The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Orang tua pun disukai anak-anak gadis!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ihamid828, 2021-11-25 11:25:14

Dedaun Senja

Orang tua pun disukai anak-anak gadis!

sayangnya kepada anak perempuannya itu. Niat baik Farina itu disalahanggaap oleh Basri
sebagai membazir. Sebenarnya, Basri iri hati kerana Farina tidak memberikannya kereta.
Farina tidak mahu memanjakan Basri dengam hadiah-hadiah melampau. Basri ada BMW yang
dibelinya sendiri; ada Toyota Vellfire yang diberi oleh Darisa dan ada rumah yang diberi oleh
Faaina. Bagi Farina, apa yang berlaku itu adalah perkara kecil. Basri pula menganggap
pandangan yang berbeza itu boleh menjadi isu besar kalau mereka tidak menanganinya
dengan cermat. Mengapa Farina memberi kereta Mercedes Benz kepada Kartina? Basri fikir,
Farina mahu anaknya hidup bergaya dengan wang emaknya.
“ Sebenarnya Ina hendak mengimbangi kasih sayang kepada anak-anak Ina. Karim memberi
kereta yang serupa kepada Kamal. Dan Ina pula mahu megurangkan beban Karim dengan
menggunakan wangnya pula untuk Kartina. Ina beharap dua beradik itu tidak iri hati kepada
satu sama lain.”
Tujuan Farina itu tidak difahami oleh Basri. Farina nampak perhubungan mereka itu sedang
diuji ketahanannya.
Basri minta mereka menangguhkan perkahwinan mereka sehingga mereka betul-betul yakin
mereka boleh mengharungi lautan kehidupan mereka dengan selamat. Farina tidak menolak
kemungkinan perkahwinan mereka tidak akan berlaku. Mereka tidak akan berkahwin dengan
begitu mudah. Dia sedar, dia sudah berumur, tidak seperti Hasnah. Selagi Basri tidak berhenti
berangan-angan hendak memiliki Hasnah, selama itulah mereka sukar untuk mendirikan
rumahtangga mereka. Farina mahu Basri sedar bahawa Hasnah itu juga buah hati ayahnya.
Basri perlu berasa takut sekiranya ayahnya menggunakan kekerasan ke atasnya. Farina faham
sangat cara bagaimana Bakri menangani masalah.
“ Darling, jangan lagi pergi ke dusun durian itu bersendirian,” kata Farina kepada Basri.
“ Mengapa? Kan itu dusun Bakril? Ddusun ayahnya, dusun Basrilah juga.”
“ Jangan darling, bahaya,” kata Farina yang cuba mengingatkan bahaya akan menantinya
kalau dia berdegil.
Farina juga mengingatkan Basri tentang jerat yang sedang dipasang oleh Safiyah. Dia
menasihatkan Basri supaya berhati-hati dengan niat buruk Safiyah. Memang mudah untuk
memiliki orang seperti Safiyah tetapi sukar untuk menjinakkan “ayam hutan” itu. Farijna
minta Basri fikir dengan serilus pertuanan mereka; hormatilah pengakuan dan persetujuan
mereka yang sama-sama hendak mengadakan majlis perkahwinan bersama dengan dua
pasangan lagi.
Basri tahu perjanjjian telah dibuat tetapi dia berasa perjanjian itu boleh dirungkai, boleh
diubah, oleh dipinda dan ditunda.
Bagi Basri perasaan cinta itiu adalah rasa mesra terhadap pasangannya tetapi perasaan mesra
itu tidak semesti mengikat kedua-duanya dalam ertikata memiliki.
Farina merencanakan sesuatu tindakan terhadap Basri supaya dia tahu mengjhormati
perjanjian dan persetujuan. Dia hanya perlu mengangkat telefon dan bercakap dengan Bakri
beberapa minit. Basri akan tahu bagaiamana dia akan ditimpa bahaya kalau tidak
menghormati perjanjian dan persetujuan yang telah dibuat dengan ornag.
Perkembangan terbaru kepada pasangan yang hendak berkahawin mendapat perhatian
mereka yang berkaitan. Bakri tidak menyangka perhubungannya dengan Hasnah menjadi
masalah kepada Azura sehingga Azura merajuk dan mengancam memutuskan pertunangan

150

mereka. Dia juga bimbang perhubungan Basri dengan Hasnah dan Safiyah menjadi
penghalang kepada rancangan asal mereka hendak turut bersama Asfa dan Azura berkahwin.
Karim tidak menyangka Hasri akan datang semula dan menggganggu Asfa walaupun dia tahu
apa akibatnya jika dapat tertangkap oleh orang-orang Bakri. Gangguan kali ini nampaknya
makin serius sampai Asfa tidak teragak-agak melaporkan ancaman Hasri kepada polis.
Azimin ada dua orang anak yang akan melanggsungkan perkahwinan tetapi nampaknya dia
terpaksa akur, sebarang perselisihan perlu diselesaikan dan ditangani dahulu sebelum
langkah selanjutnya diambill. Azimin faham masalah yang dihadapi oleh Asfa kerana perkara
itu adalah susulan masalah dahulu. Walalu bagaimanapun, Azimin kurang faham bagaimana
Bakri boleh membiarkan dirinya terlibat dengan Hasnah yang sudah tentu mengecewakan
perasaaan Azura.
Baik Bakri mahupun Azimin dan Karim, mereka bersetuju majlis perkahwinan mereka
ditangguh sementara waktu sehingga keadaan menjadi reda dan lebih sesuai mengadakan
majlis. Biar perlahan asalkan selamat.

Bab 40
Karim berjaya mendapatkan tanah empat hektar di Pantai Puteri yang dicadangkan oleh
Kamal termpoh hari. Bagi Karim harganya mengikut penilaian semasa. Dia tidak menyatakan
berapa harga yang dibayarnya. Kamal akan tahu sendiri nanti.
Karim mahu projek itu dijalankan dengan kadar segera. Karim memilih jurutera perunding
berwibawa dari Sungai Petani, anak saudaraa sepupunya sendiri, anak Haji Hashim.
Anak Haji Hashim itu merupakan anak kampung pertama mendapat ijazah Kejuruteraan
Awam, Kepujian Kelas Pertama dari Universiti Glasgow, Scotland.
Apa yang hendak Karim lakukan dengan tanah itu terpulanglah kepada pandangan Kamal dan
Kartina serta jututera perunding mereka dan kelululsan pihak berkuasa negeri.
Kamal gembira mendapat berita itu. Dia sepatutnya menjadi broker tanah, dapat juga sedikit
komisen. Dia malu bercakap denan ayahnya tenang duit kerana ayahnya baru sahaja
memberinya sebuah kereta dan satu unit kondominium di Karim Tower.
Kartilna juga tidak ada apa-apa masalah. Dia adalah pekerja kepada syarikat ayahnya dan dia
bersedia memberi sumbangannya yang terbaik. Dia berpuas hati dengan apa yang dia ada,
degnan apa yang diberi kepadanya. Dia medapat satu unlit kondominium dan sebuah kereta
Mercedes Benz macam abangnya juga Dia tidak ada sebab hendak iri hati atau rasa tidak puas
hati kepada sesiapa.

Di pejabat Kartina, Hasri datang memohon pekerjaan di syarikat ayah Kartina. Hasri ditanya
apa yang boleh dia buat di syarikat pembinaan ? Dia mengatakan dia tahu tentang mesin, dia
boleh menguruskan pekerja.
“ Di sini tidak ada mesin seperti yang kamu maksudkan. Mesin bancuh simen adalah. Kita
banyak menggunakan tenaga manusia. Jika kita perlukan mesin besar, kita sewa daripada
syarikat lain,” kata Kartina.
“Saya boleh menguruskan tenaga kerja, jadual kerja mereka, cuti rehat, perkerja ganti dan
kebajikan mereka.”
“ Kita ada pengurus porjek yang menjaga, mamantau pekerja-pekerja. Minta maaf Encik Hasri,
kami setakat ini belum memerlukan pekerja baharu.”

151

Kartina tahu masalah Hasri dengan Asfa. Dia ponteng kerja, tidak hadir bekerja dan dibuang
kerja. Kemudian dia merayu hendak bekerja semula. Dia ingat orang boleh sabar dengan cara
ikut suka hati dia. Kartina tidak mahu Hasri mengulangi perangai buruknya di pejabat Kartina
pula. Kartina bimbang, apabila dia gagal menggoda Asfa, dia akan cuba menggoda Kartina
pula. Ya baru dia ingat, dia sekarang adalah jutawanita. Mungkin Hasri terhidu wang Kartina.
Kartina meninjau pegawal peribadinya di luar pejabatanya. Dia ada di situ.
Kartina menghubungi Asfa selepas Hasri keluar dari pejabatnya. Kartina memberitahu Asfa
tujuan Hasri datang ke pejabatnya.
“Saya suka Tina tolak permohonannya. Saya tahu tujuan utamanya adalah kamu dengan wang
kamu bukan pekerjaanitu,” kata Asfa.
“ Harap Tina tidak terperangkap dengan orang seperti itu.”

Azimin, Bakri dan Karim minum petang di Hotel Pantai Puteri. Mereka bertiga inilah ketua
keluarga yang bobrok yang sedang berusaha membetulkan kehidupoan keluarga masing-
masing supaya kehidupan mereka menjadi jernih semula seperti keluarga baik-baik yang lain.
Ibarat satu pelan bangunan tiga tiang, ketiga-tiga tiang itu mestilah kukuh, kuat dan tidak
memberi bebanan kepada tiang-tiang yang lain kerana kelemahan salah satu daripadanya.
Mereka sedang membina semacam struktur mengikut pelan tersebut. Apakah yang mereka
telah lakukan setakat ini?
Azimin rasa dia telah hampir berjaya mencapai matlamatnya tidak lama lagi. Dia telah
membina tiangnya dengan teliti. Dia harap tidak lama lagi dia akan berjaya mendirikan tiang
kepada satu struktur yang kukuh dengan sokongan dua tiang yang lain.
Bagi Azimin, dia telah berjaya membetulkan isterinya yang seleweng. Dia dalam persediaan
mengahwinkan anak-anak gadisnsya , Asfa dan Azura.
Apa yang menjengkelkan Azimin dengan isterinya sebelum ini ialah isterinya terbabit dalam
hubungan sulit dengan Basri, anak Bakri. Dia sendiri, karam dalam hubungannya dengan
Farina, isteri Karim. Banyak maksiat berlaku.
Sekiranya dia dapat mengawal dirinya daripada berjumpoa dengan Farina, dia menganggap
dia telah berjaya memperbaiki dirinya. Dari segi itu, Azimin memang bejaya. Dia tidak lagi
berhubung dengan Farina. Dia juga melarang Darisa berjumpa dengan Basri. Sekiranya kedua-
dua anak gadisnya berkahwin, maka lengkaplah tiang yang sedang dia bina itu. Sedih sangat
Azimin kerana Asfa dan Azura mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan mereka.
Bakri juga cuba mendirikan tiang struktur akhlak yang lebih kukuh dan baik. Isterinya tiada
masalah moral. Kalau ada pun hanyalah larangannya supaya Bakri tidak berkahwin lagi
semasa dia masih hidup. Setelah dia melonggarkan sekatannya, Bakri rasa Esah tidak lagi
menjadi penghalang untuk dia mejadi manusia yang lebih baik daripada keadaannya pada
masa itu. Dia bersedia berkahwin dengan Azura adalah satu langkah baik ke arah membina
keluarga yang lebih murni. Masalahnya dia belum bersedia menyelesaikan kerumitan
hubungannya dengan Kartina. Dia juga mula megadakan perhubungan dengan Hasnah,
pengurus dusunnya. Dari segi itu, Bakri belumlah lagi boleh dikatakan berjaya memperbaiki
keadaan kehidupan bobroknya ditambah lagi dengan keengganan Basri dan Farina
mengadakan majlis perkahwinan mereka seperti yang dirancang bersama.Sebenarnya
perkahwinan Bobi dengan Kamal adalah satu langkah ke arah kebaikan bagi Bakri. Satu

152

langkah baik di antara beberapa kegagalan memperbaiki kehidupan yang lebih baik, tidaklah
boleh dianggap Bakri hampir barjaya.
Bakri perlu berkahwin segera dengan Azura, kemudian dia perlu selesaikan hubugannya
dengan Karrtina dan Hasnah. Bakri juga perlu menggalakkan Basri dan Farina berbaik-baik
semula dan berkahwin segera. Jika ini boleh berlaku, maka Bakri bolehlah menganggap
berjaya mengubah kehidupan ke arah kebaikan. Nampaknya pada masa itu tiang moral yang
sedang diusahakan Bakri belum lagi dapat dilihat kewujudannya.
Seorang lagi rakan mereka yang sama-sama berikrar menjayakan rancangan memperbaiki
kehidupan mereka yang tidak bermoral kepada kehidupan yang boleh dierima oleh
masyarakat dan agama Islam adalalh Karim. Karim bekahwin dengan anak bosnya yang kaya
raya menjadikannya lupa kehidupan murni yang dituntut oleh Islam.
Karim tidak boleh membiarkan apa sahaja berlaku tanpa sekaktan dan teguran. Karim baru
sahaja menceraikan isterinya untuk membersihkan dosa yang dilakukan oleh Farina. Sekarang
Farina tidak lagi menjadi beban kemungkaran dalam hidup Karim. Walaupun begitu, Karim
berasa lega kerana Kamal memilih untuk berkahwin daripada hidup bersama di luar ikatan
perkahwinan sebagaimana yang dilakukan oleh Farina dengan Basri.
Hanya satu kekecewaan Karim adalah kegagalan Kartina mengikat Bakri untuk bertunang dan
kemudiannya berkahwin dengannya walauupun pada hakikatnya Bakri nampak lebih
menyayangi Kartina daripada Azura dan Hasnah.
Sebagai satu kenyataan yang tidak dapat ditolak ialah perceraiannya dengan Farina
memang membantu Karim membersihkan noda dalam kehidupannya. Perkahwinan Kamal
membantu Karim membina tiang kehidupan yang lebih kukuh tetapi terbantut dengan
kegagalan Kartina mengubah kehiduapannya. Kesediaannya berkahwin dengan Asfa
bukanlah perkara kecil bagi mereka berdua, tetapi bagi keluarga Azimin juga.
Bakri bersama Hasnah di dusun durian. Hasnah membawa Bakri melihat-lihat anak-anak
pokok durian yag sedang tumbuh subur dan pokok-pokok betik yang mereka tanam.
Kemudian mereka balik ke pejabat Hasnah.
Bakri diberi minuman sejuk dan nasi lemak yang dibawa oleh Hasnah dari pekan Durian
Tunggal. Bakri tidak segera makan dan minum. Dia memerhatikan Hasnah yang sudah lama
tidak berjumpoa. Ditariknya Hasnah ke sisinya dan dia memeluk Hasnah.
“Di sini,abang?”
Bakri tidak menjawabnya.
Ketika hendak balik, Bakri teringat hendak bertanya Hasnah bagaimana dia mendapatkan air
untuk dusun itu.
“ Kalau abang nak tahu, kita gunakan dua cara di ssini. Cara pertama kita gunakan teknik spray
irrigation atau pengaiaran semburan. Cara kedua kita gunakan drip irrigation atau kita sebut
pengairan titisan,” kata Hasnah.
“ Separuh kawasan kita gunakan pengairan semburan dan separuh kawasan lagi kita gunakan
pengairan titisan,” kata Bakri.
“ Ya. Betul tu abang.”
“ Dulu kita gunakan cara membawa baldi dan menyiram air ke atas pokok,” kata Bakri.
“ Ada juga orang gunakan cara flood irrigation atau pengairan banjir. Kebun dipamkan air
sampai macam banjir. Cara itu banyak menggunakan air. Air banyak terbuang kerana
penyejatan atau disebut evaporation,” Hasnah menerangkan.

153

“ Yang kita tengok tadi ialah teknik pengairan titisan. Pengairan titisan ini lebih baik daripada
flood irrigation. Dengan pengairan titisan, air dihantar melalui paip plastik yang berlubang
yang diletak atau ditanam di sepanjang barisan pokok. Cara ini dapat mengurangakan
penyejatan sebanyak seperempat air kalau dibandingkan dengan pengairan banjir.”
“ Apa itu spray irrigation?” Bakri bertanya Hasnah.
“ Pengairan semburan menggunakan sedikit teknologi mudah. Sistem ini sesuai dengan
ladang yang luas. Kita gunakan tiub panjang dipasang pada hujung sumber air seperti perigi.
Air yang mengalir melalui tiub akan ditembak keluar melalui sistem senapang semburan,”
kata Hasnah menerangkan.
Bakri menaarik pinggang Hasnah; merapatkannya ke badannya dan Bakri mencium Hasnah.
“ Kita balik kdulu?”
“ Tidaak . Has nak tengok pekerja meracun rumputd-rampai di dusun. Petang baru balaik.”
“ Baiklah abang balik dulu.”
Pada masa itu, senang sedikit keluaar masuk dusun kerana ada jalan tidak berturap dibina
oleh Hasnah dan boleh dimasuki kereta dan lori kecil.
“ Baiklah abanag. Sayang abang…” kata Hasnah kepada Bakri orang yang menjadi tempat
baginya menumpahkan kasih sayang. Basri bagaimana? Basri itu macam nyamuk pengacau.
Ibu Erniyajni menunjukkan gambar yana dimuatnaikkan Erniyani ke facebook.
“ Tengok Safiyah. Apa kereta yang dipandu oleh Erniyani? Bukan itu kereta Mercedes Benz,
Safiyah?”
“ Ya betul bu. Memang bertuah Er tu, dapat suami kaya. Safiyah ini tidak ada apa-apa. Janda
pula. Tidak adil sungguh nasib ini.”
“ Tlidak baik kamu bercakap macam tu, Safiyah. Anggaplah ia sebagai ujian Allah. Mana tahu
hari lain kamu pun boleh jadi wanita kaya. Ada orang kaya melamar kamu.”
Erniyani lulus ujian memandu kenderaan Jabatan Pengangkuan Jalan, Malalysia. Dia minta
Kamal membenarkan dia memandu mana-mana kereta yag ada pada Kamal. Kamal tidak
membenrkan Erniyani memandu kereta Mercedes Benz yang baru itu kerana Erniyani belum
cekap lagi memandu. Dia perlu masa yang lebih lama unuk mendaptkan kemahiran
memandu. Kamal membenarkan Erniyani bereselfie menggunakan kereta mewah itu.
Erniyani diberikan kereta Toyota Camry Kamal untuk dia berkereta ke mana dia mahu. Sudah
tentu dia mahu mundar-mandir di Jalan Pantai Puteri yang lurus itu.
Pada hari-hari bekerja, Jalan Pantai Puteri tidak banyak kenderaan. Kamal tidak benarkan
Erniyani keluar memandu pada hujung minggu di Jalan Pantai Puteri kerana banyak
kenderaan dan orang ramai di jalan itu. Pada petang hari Ahad pula, ada pasar malam di sitiu
menjjadikan jalan di situ digunakan oleh pejalan-pejalan kaki yang menambahkan kesukaran
kepada pemandu-pemandu yang kurang mahir.
Erniyani memuatnaikkan gambar-gambar sselfie yang mnunjukkan dia beraya dengan kereta
Mercedes Benz ke facebook. Erniyani menulils mesej,” Ibu, tunggu saya.”
Gambar-bgambar dan mesej itulah yang dilihat ibunya dengan Safilyah. Dia harap ibunya
gembira melihat gambar-gambar itu tetapi dia tidak bemaksud bermegah-megah dengan
Safiyah. Apa yang diharap oleh Erniyani, dia cuba memujuk Kamal membeli sebuah kenderaan
untuk kegunaan ibunya di Lhoksuemawe.

154

Daatin Fatimah datang dari Johor untuk menandatangani perjanjian menjadi pengedar
barangan pakaian secara online dengan Syarikat Pakaian Asfa memboolehkan Datin Fatimah
mendapatkan bekalan daripada Fesyen Rasa Kasih juga. Acara menandatangani perjanjian itu
didadakan di pejabat Asfa tanpa wartawan.
Datin Fatimah ditanya sama ada beliau hendak makan di hotel atau makan cara orang
sederhana kampung style.
“ Saya nak makan asam pedas Melaka.”
“ Tambah kepala ikan boleh agaknya?”
“ Boleh”
“ Kalau begitu kita makan cara kampung.”
“ Saya tahu tempaatnya,” kata Bobi.
Asfa dan Azura mengangguk sahaja tanda akur.
” Semabok ke?”
“ Ya,” kata Bobi.
Datin Fatimah dengan pemandunya. Azura dengan pengawal periabdinya. Asfa sekerteta
dengan Bobi yang menggunakan kereta Mercedes Benz suaminya.
“ Datin Fatimah, mengikut perjanjian yang kita tandatangani tadi kita berussusan secara pbd,
“ kata Asfa.
“ Apa pbd tu, Cik Asfa?” Datin bertanya sambil ketawa.
” Pay before delivery,” kata Asfa sambil tersenyum.
“ Tiada bisnes melalui consignment,” kata Azura sambil tesenyum.
“ Apa-apa hal, fon kami atau mesej kami, ya Datin Fatimah!” kata Bobi.
Selepas makan, mereka berdar dari restoran it menuju destinasi masing-masing. Ramai
memandang wanita-wanita berkerjaya ini. Pekaian hebat, solekan hebat, penampilan hebat,
memandu kereta hebat-hebat, ada pengawal peribadi lagi. Datin Fatimah sungguh kagum
dengan budak-budak ini.

Kamal membawa Erniyani dan Bobi melihat-lihat tanah tapak rumah bungalows yang meeka
beli di Bukit Katil, Melaka. Sudah ada didirikan beberapa buah rumah bungalows di kawasan
itu. Kiri kanan tanah yang mereka beli sudah ada didirikan rumah. Ada rumah satu tingkat dan
ada dua tingkat. Besar-besar dan cantik-cantik. Erniyani dan Bobi tidak sabar hendak melihat
tanah mereka itu didirikan rumah secepat mungkin.
“Kalau kita minta pemaju mendirikan rumah macam ni memanglah mahal. Abang ni kan
pemaju perumahan? Abang tahu berapa kos sebenar hendak mendirikan rumah itu.”
“Kita buat rumah kita sendiri tak kan mahal, bang,”kata Bobi.
“Kalau kita bayar upah pekerja dan barang-barang kita beli sendiri tentu tak mahal kan Bobi?”
Erniyani berkata seperti dia tahu juga sedikit sebanyak tentang mendirikan rumah.
“Apa yang perlu ialah kita membeli bahan-bahan binaan sendiri dan kita upah ornag
membuatnya,”kata Kamal.
“Abang Kamal tentu tahu sebab abang pemaju perumahan. Kita perlu tahu kadar upah kerja
yang hendak dibayar. Kalalu salah kira, kita kerugian dan harga rumah jadi mahal juga..”
“Betul kata Bobi.”
“Bila boleh kita buat? Sekaramg bolehkah?”Erniyani bertanya.
“Kalau ada duit, sekarang pun boleh buat,”kata Kamal.

155

“Kami taka da wang. Minta duit abanglah,”Erniyani berkaa sambil menampar bahu Kamal.
Bobi melihatnya dengan tersenyum.
“Abang takut kehilangan taraf jutawan kerana wang tunai abang dah berkurangan.”
“Bukan begitu. Taraf kejutawanan itu bukan ditentukan oleh wang tunai di tangan sahaja.
Aset yang ada itu pun boleh diambil kira.”
“Bobi bukan jenis meminta-minta. Bobi anak orang kaya, Bobi malu nak meminta-minta.
Kalau abang tanya Bobi hendak apa, inilah yang Bobi nak. Buatlah rumah yang cantik untuk
kami,”kata Bobi merapatkan badannya ke badan Kamal. Erniyani pula memegang tangan
Kamal yang sebelah lagi. Kedua-dua wanita itu sangat sayang kepada suami mereka.
“Abang sayang kamu berdua.”
“ Kalau sayangkan kami jauhilah Salmah,” kata Bobi sambil mencubit lengan Kamal.
“ Isyyy. Sakitnya.”
“ Begitulah sakitnya hati perempuan kalau suaminya selalu memandang perempuan lain,
tidak begitu , Bobi?”
“ Ya,” ujar Bobi.
“ Mari kita balik,” Kamal mencadangkan.
“ Tak sempat masak, sayanag. Kita makanlah di mana-ana dulu kemudian baru balik.”
“ Muar?” Kamal mencadangkan.
“ Kota Laksamana. Mungkin ada makanan sedap di situ,” Bobi buat cadangan.
“ Bolehlah . Jom,” kata Erniyani yang nampak sudah selesa dengan dialek utara Semenanjung.

Bab 41
Kartina melayani rintihan hatinya kerana kecewa yang amat sangat kerana orang yang
dikasihinya meninggalkan dia tanpa sebarang ikatan yang boleh disimpulkan sebagai ikatan
kasih yang akan membawa dia dan kekasihnya itu ke jinjang pelamin. Sebaliknya Bakri
memilih sahabat Kartina untuk dinikahi tidak lama lagi.
Janji yang diberikan tidaklah boleh dipercayai selagi tidak dikotakan dengan tindakan.
Memang Bakri ada berjanji dengannya dia belum membuat keputusan tentang Kartina.
Kartina faham kalau itulah yang dikatakan oleh Bakri bermakna dia masih lagi ada peluang
untuk memiliki Bakri.” Ya. Insya Allah. Bersabarlah.”
Itulah yang dikatakan Bakri. Itulah harapan Kartina. Walaupun dia tidak menaruh harapan
tinggi dengan janji Bakri serupa itu, Kartina percaya Bakri maslih sayang kepadanya.
Sebak hatinya, sesak nafasnya, Kaatina mengenangkan buah hatinya bertunang dengan
sahabatnya sendiri. Mengalir air matanya menyejukkan panas yang membara dalam hatinya
yang keceewa. Lagi deras air matanya mengalir, makin redalah sebak di hatinya dan sesak
nafas di dadanya.
Kartina telah membuat pilihan. Dia memilih orang tua yang selekeh yang dijumpai di pasaraya
di Melaka. Diberikan hatinya kepadanya. Diberikan kepercayaan kepadanya yang dia betujl-
betul ikhlas dan inginn memilikinya sebagai suaminya. Dia membutakan matanya daripada
melihat lelaki lain. Tidak ingin dia kepada orang lain, yang dia fikir adalah kekasihnya itu, iaitu
Bakri.

156

“ Abang Bakri , mengapa jadi begini? Mengapa abang tidak memilih Tina sebagai tunang
abang sebaliknya abang memilih Azura. Abang memilih Azura kerana keindahan namanya
agaknya bukan rupa parasnya kerana kalau dibandingkan rupa paras, Tina pun bukan hodoh
Ramai orang memandang Tina ketika Tina berjalan.”
Makin dekat hari perkahwinan Bakri dengan Azura, makin kencanglah gelora kekecewaannya
dirasai sehingga di tempat tidur. Basah pipinya maka basahlah bantal tidurnya. Kartina berasa
kasihan kepada dirinya sendiri kerana memberi hatinya kepada orang yang belum tentu
menghargai pemberiannya. Dia ingin menjerit, dia ingin mengeluh panjang tatapi dia masih
waras, dia tidak mahu dikatakan dia sedang meroyan kerana gagal dalam bercinta. Apa yang
ada padanya hanyalah air mata kasih.
Kartina sebenarnya tidak perlu gundah dan galau kerana dia adalah jutawanita yang ramai
lelaki hendakkan wanita seperti dia. Akan tetapi, kata hati Kartina, aku bukanlah senang
hendak memberi hatiku kepada orang . Orang tertentu sahaja yang terpilih yang boleh
menerima hatinya itu. Aku telah memilih Bakri, kata hatinya.
“ Abang Bakri. Kalaulah abang ada di sisi Tina sekarang ini, abang akan Tina beri apa sahaja
yang abang mahu. Abang mesti tahu betapa dalamnya sayang Tina kepada abang. Tina
sungguh sedih sayang..”
Kartina berasa terkejut mendengar perkembangan perhubungan Bakri dengan Azura sedang
berada dalam keadaan goyah. Azura minta menangguhkan perkahwinan mereka. Salah satu
puncanya ialah Hasnah. Hasnah datang macam nyamuk; mengganggu ketenteramannya.

Kehadiran Hasnah itu adalah lebih kepada perniagaan jika dibanding dengan perasaan.
Kartina sekarang tahulah bahawa Azura tidak mahu berkongsi suami dengan orang lain,
termasuk dia sendiri. Kartina tidak menyangka sikap Azura begitu. Sekiranya mereka
ditakdirkan bermadu, rasanya perhubungan mereka tidaklah lagi seperti yang ada pada masa
itu. Sikap cemburu dan posesif tidak begitu baik bagi rumahtangga berpoligami.
“ Abang Bakri, abang tahu tidak, pada waktu malam yang sunyi, waktu malam yang dingin,
Tina sangat rindukan abang. Abang tidak call Tina, abang tidak mesej Tina. Tina rasa telefon
Tina ini tidak berfungsi dengan baik.”
Kartina sedar sekarang dia merindui tunangan orang. Dia tidak boleh menggoda tunangan
orang atau suami orang. Kartina perlu menunggu janji Bakri kepadanya. Dalam keadaan yang
kurang tenteram, Kartina menelefon Bakri,” Abang! Tina teringatkan abang ni.”
“ Bercakap dengan abang bessoks saja, ok?”
“ Di mana kamu abang Bakri sewaktu Tina memerlukan kamu, abang tinggalkan Tina sebagai
kapal kehilangan haluan.”
Kartina tahu telefon Bakri dimatikan tetapi dia terus juga bercakap seorang diri.
“ Datanglah kepadaku saat aku memerlukan kehadiranmu. Aku sayang kepadamu sungguh-
sungguh. Adakah abang sudi mengambil Tina sebagai teman hidup abang? Tina berjanji akan
membahagiakan abang. Tahukah abang, yang penting bagi Tina ialah kasih saying Tina kepada
abang. Tina tidak pedulikan perasaan abang terhadap Tina.”
“ Ada orang mencadangkan pililhlah orang yang sayang kepada kita, bukan kita sayang
kepadanya. Tina kalau boleh mahu kedua-duanya tetapi jika tidak boleh cukuplah dengan

157

pilihan Tina. Yang penting bagi Tina ialah perasaan Tina terhadap abang. Tina cuma hendak
beritahu, Tina juga ingin memiliki orang yang Tina kasihi.”
Menyedasri dia bercakap seorang diri, Karatina melepaskan telefoonnya ke bawah katail.
Kartilna kemudian terlelap dengan membawa bersamanya rasa sendu yang amat mendalam.
Air matanya terus mengalir dalam tidunya, adakah mimpinya pun sedih juga? Kasihan
sungguh anak yanag periang dahulunya sekarang sedang menghadapi tekanan perasaan yang
sangat hebat.
Besoknya Kartina menghabiskan masa sehari suntuk dalam pelukan kekasihnya, Bakri. Dia
seolah-olah tidak mahu Bakri melepaskan diri daripada pelujkannya. Pantai Puteri menjadi
saksi. Bangku batu yang bisu, pokok-pokok ru yang berbaris-baris, air Selat Melaka yang
tenang itu semuanya menyaksikan bagaimana Kartina merebahkan kepdanya ke bahu Bakri
yang sangat disayangi itu.
“ Kamu bermanja dengan tunangan orang , Tina.”
“ Saya hanya meminjamnya sekejap kadar tidak lebih sehari,” kata Kartina yang mengerti
sindiran Bakri itu.
“Kamu lupa waktu makan. Mari kita pergi makan, sayang.”
Mereka pergi ke resort Tanjung Bidara. Makan tengah hari di situ.
Kartina memakai kaca mata hitam menutupi matanya yang cengkung. Dalam hatinya dia
mahu Azura berada di situ, melihat betapa sayangnya dia kepada Bakri. Dia ingin tunjuk
kepada Azura betapa tidak adilnya nasib yang diterimanya kerana Bakri tidak memilih untuk
berkahwin dengannya. Kartina mahu Azura lihat bagaimana seorang yang nampak baik
menjadi penggoda dan perampas tunangan orang. Datanglah ke sini wahai sahabatku dan
lihatlah apa yang sedang berlaku. Kamu tidak akan percaya aku berada dalam dakapan
tunangan kamu. Kami sedang makan seperti pengantin baru dalam majlis pesandingan. Aku
mahu melihat kamu meraung, menjerit, marah kepada kami wahai Azura sahabataku sayang.
“ Sayang, habiskan jus tu dan kita balik, OK?”
Tersentak Kartina, dia mengangkat mukanya, melelpaskan senyuman kepada Bakri. Sambil
menyedut jusnya sampai habis, dia bangun dan berkata,” Jom kita balik.”

Hasri bersedia melaksanakan pelan keduanya. Sekiranya dia tidak dapat , tidak ada siapa yang
akan mendapatnya. Sekiranya Asfa tidak dapat dimililkinya, tiada siapa yang akan
memillikinya. Hassri sudah nekad hendak melaksanakan pelan yang mungkin membawa
kecederaan teruk kepada Asfa sekiranya tidak mati.
Petang tadi dia ada menghanar mesej kepada Asfa mengucapkan selamat tinggal dan minta
maaf sekiranya tidak berjumpa lagi.
Asfa terus meminta pandangan Bakri bagaimana mereka dapat mengambil tindakan balas
atau tindakan penghalang supaya tiada siapa yang akan mendapat kecederaan.
“ Serah kepada kami. Kami tahulah bagaimana hendak menangkap budak ini ketika jenayanh
sedang berlaku,” kata Bakri.
Biasanya jam sembilan Asfa sudah keluar dari pejabatnya. Pada malam itu , dia keluar lambat
sedikit sebagai umpan untuk menangkap jerung itu.
Hampir jam sepuluh malam baru dia muncul. Dia membawa beg galas. Dia memakai baju
gelap. Jaketnya jenis boleh menutup kepala. Dia merebahkan badannya menelentang di
bawah enjin kereta Kartina. Semasa dia hendak bangun dari bawah kereta itu, pengawal

158

keselamatan mengelilinginya. Dia mencampakkan begnya kepada seorang pengawal
keselamatan tetapi dia tidak dapat melepasi pengawal kedua. Hasri teruk dibelasah.
“ Kamu tidak serik.”
“ Kamu ingat orang lain tidak cerdik macam kamu?”
“Ya Saya patut serik dan saya sedar saya buat salah.”
“ Ini tugas polis. Call polis.”
Sebelum polis datang, Asfa turun melihat keadaan Hasri yang tidak bermaya itu.
“ Sasya minta maaf, Cik Asfa.”
“ Saya tahu kamu mahu saya mati atau mendapat kecederaan teruk dalam kemalangan.”
Polis datang membawa Hasri dengan tangan bergari. “ Kereta Cik Asfa akan menjadi barang
kes. Kami akan bawa kereta itu ke balai.”
Asfa tidak membantah. Kereta Honda Accordnya itu masih baru. Polis tentu mudah mencari
kerosakan yang berlaku ke atas kereta itu .
Asfa balik dengan pengawal keselamatan syarikat.
“ Nasib baik Cik Asfa memberitahu kami cepat. Perkara macaam ini Cik Asfa tidak boleh
tangani besendirian. Syukurlah tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Cik Asfa.”
Azimin, Darisa, Azura menguapkan rasa syukur dan lega kerana satu masalah telah dapat
diatasi.
Orang yang turut berasa lega dengan tertangkapnya Hasri ialah Karim. Karim tidak dapat
menggambarkan apa yang akan berlaku sekiranya Hasri berjaya melepaskan dirinya.
Besoknya karim berjumpoa dengan Asfa. Karim memeluk Asfa seperti tidak berjumpa
berbulan-bulan. Karim juga membawa Asfa makan di resort Tanjung Bidara. Semalam Bakri
makan di situ dengan Kartina. Orang suka tempat itu kerana tempat itu agak tenteram, tidak
hiruk-pikuk seperti di kota tetapi Tanjung Bidara agak jauh dari Melaka Sentral.
“ Abang terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi,” kata Karim kepada Asfa.” Tujuannya
adalah hendnak membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan As,” kata Asfa kepada
Karim.
“ Sekarang perkara yang menghlang perkahwinan kita sudah seleslalli. Kita abolehlah
meneruskan rancangan kita mengaedakan majlis perkahwainan kita yang tidak eolok lagi
dilengah-lengahkan.”
“ Rancangan asal kita seperrti abang tahu, kita nak mengadakan majlis perkahawinan kita
serenak dengan dua pasangan lyang lain.”
“ Kita atidak tahu apa masalah Bakri.”
“ Azura dengan Bakri tu ada sedikit masalah. Masalashnya Kartina dan Hasnah,” kata Asfa
kemudian menyambung,” Basri ada masalah dengan Farina kerana Basri dikatakan selalu
pergi ke dusun durian bejumpa dengan Hasnah. Anak dan ayah mengejar perempuan yang
sama.”
“ Bakri mesti selesaikan masalah ini kerana Azura tidak boleh ditinggalkan. Kalau kita
tinggalkan Azura, mungkin Bakri akan pergi kepada Kartina atau Hasnah.”
“ Nampaknya struktur binaan tiga tiang ini masih pincang. Kita tidaklah boleh buru-buru
mendirikan binaan atas tiang yang goyah.”
“ Ya sayang. Kita tidak boleh mementingkan diri kita sahaja sekarang ini. Kita yang berpakat
hendak mengadakan majlis bersama. Kita tunggulah mereka menyelesaikan masalah
mereka.”

159

“ Abang harap Bakri gunakan kebijaksanaannya bukan kekerasan seperti yang selalu
dilakukannya.”
Tanpa pengetahuan Bakri, Azura pergi ke dusun durian berjumpoa dengan Hasnah. Hasnah
pergi ke dapur sekejap dan menelefon Bakri minta Bakri datang ke dusun kerana Azura ada di
dusun dengan Hasnah. Hasnah takut kemungkinan ada perkara tidak baik boleh berlaku
antara dia dengan Azura.
“ Ada nyamuk di dusun ni Hasnah. Kamu tidak digigit nyamukkah?”
“ Tak banyak nyamuk di sini. Tempat yang gelap ni dah terang seperti yang kamu nampak.”
“ Abang Bakri selalu merungut ada nyamuk di dusun ini. Dia selalu kena gigit nyamuk sampai
merah-merah,” kata Azura.
“ Kalau dan kena gigitan nyamuk tentulah ada kesannya. Saya pun ada kesan-kesan gigitan
nyamuk.”
“ Selalulnya kamu kena gigit nyamuk di pejabat ke atau di luar pejabat.”
“ Tak tentu Cik Azura. Tengok peluang. Ada masa di luar ni. Ada masa di dalam rumah. Ada
masa di meja makan pun kena gigit.”
“ Harap kamu bukan nyamuk itu. Abang Bakri perlukan sokongan kamu kerana kami hendak
berkahwin.”” Abang Bakri tu majikan saya. Dia pelabur tunggal dalam dusun durian ini. Saya
tidak mahu menghampakan dia kerana banyak wangnya terbenam di sini.”

Azura bercakap dengan Bakri tentang pertemuannya dengan Hasnah. Azura tidak ada
masalah Hasnah mengusahakan dusun durian itu tetapi dia tidak suka Hasnah menggoda tuan
dusun tersebut. Hubungan Bakri dengan Hasnah menjadi perkara yang boleh membantut
rancangan mereka hendak mengadakan majlis perkahwinan yang dirangcang.
Bakri memberi jaminan bahawa Hasnah bujkanlah penghalang kepada mereka. Dia tidak lebih
sebagai pengurus dusun Bakri.
“ Hasnah mengaku dia melayan abang lebih daripada majikannya. Zura kurang percaya
dengan abang. Hasnah tu bercakap ikhlas. Dia becakap benar, bang.”
“ Zura ni kena layan abang sebagaimana yang sepatutnya. Zura jangan abaikan abang. Zura
jangan bersikap dingin dengan abang.”
“ Orang lelaki pandai mengelak. Kalau tak nak dingin kahwin saja, lagi cepat lagi bagus,” kata
Azura.
“ Abang beri jaminan Hasnah tu tidak menjadi penghalang kepada kita . Dia tidak akan
menghalang perkahwinan kita.”
“ Abang tak terfikir, Hasnah datang ke majlis kita menjerit-jerit mengatakan dia mengandung
anak abang.Malu kan?”
“ Harap tidak berlaku perkara buruk seperti itu.”
“ Kartina pula satu masalah lagi. Abang tak pernah berusaha menyelesaikan perkara Kartina
ini dengan serius.,” kata Azura.
“ Abang berjanji dengan kamu, abang akan selesaikan perkara Kartina ni selepas kita
berkahwin. Ini janji abang.”
“ Zura tak nak, kerana masalah kita ini merosakkan rancangan pasangan yang lain. Kessianlah
kepada kakak Asfa. Umur dia sudah meningkat, bang. Biar kita tolong segerakan perkahwinan
ini.”

160

Bakri bersetuju mengadakan majlis perkahwinan mereka seperti yang mereka rancang. Bakri
akan mengahwini Azura. Karim akan berkahwin dengan Asfa. Basri akan mengahwini Farina.
Mereka perlu duduk berbincang tentang beberapa perkara penting seperti kos mengadakan
majlis, tarikh dan tempat mengadakan majlis, jemputan, catering makanan dan berbulan
madu.
“ Jangan biarkan nyamuk gigit sampai merah-merah dekat dusun durian tu bang.”
Azura mencubit pinggang Bakri dan dia ketawa.
Bakri perlu berbincang dengan Azimin dan Karim bagi memulakan letak kerja majlis
perkahwinan itu.
Kartina berjumpa Bakri seperti biasanya di Pantai Puteri. Dia bercakap tentang nasibnya yang
dibiar oleh Bakri tanpa sebarang ikatan dan janji hendak mengahwininya. Dia menagih janji
Bakri, janji yang diucapkan di pantai itu.Pantai Puteri menjadi saksinya.
“ Tina janji tidak akan menimbulkan huru-hara yang boleh merosakkan majlis perkahwinan
abang dengan Azura,” kata Kartina.
“ Abang tidak mahu Tina hadir dan menyaksikan perkahwinan itu.”
“ Abang tidak akan menjemput Tina ke majlis itu?”
“ Bagaimana rasanya duduk di rumah bersendirian sedangkan orang lain bergembira di sana?”
Bakri menyatakan kebimbangannya tentang kesedihan Kartina dan mungkin berlaku
kekecohan dalam majlis itu jika Kartina turut hadir.
”Abang hantar Tina dengan Bobi bercuti di Beijing. Abang tanggung semua perbelanjaan Tina
dan Bobi selama berada tiga hari di sana. Abang sediakan wang saku untuk dua orang.“ Tina
akan hargai pemberian abang tu . Sebenarnya Tina sendiri tidak memerlukan duit abang
kerana Tina ada wang.”
“ Pemberian abang itu ikhlas. Waslaupun sedikit, cukup untuk Tina melupakan Melaka yanga
melukakan hati Tina untuk sementara waktu. Apabila Tina balik bercuti nanti, kita hadapi hari-
hari kemudiannya sebagaimana keadaan memerlukannya.”
“Bagaimana hendak melupakan Melaka sedang orang Melaka ada bersama Tina di Beijing.
Apabila tengok sahaja Bobi, tentu sekali Tina akan teringatkan abang.”
“ Abang ingat tawaran itu lumayan, ambillah peluang melihat negara orang apabila ada
peluang berbuat demikian.”
“ Biarlah Tina fikirkan dahulu. Bobi tidak dapat menyaksikan majlis perkahwianan abang.”
“ Kadang-kadang sesuatu yang baik itu memerlukan sedikit pengorbanan,” kata Bakri.
Kemudian kereta Mercedess Benz Kartina berhenti di tepi jalan Pantai Puteri, dipandu oleh
pengawal peribadi Kartina. Bakri dan Kartina masuk ke dalam kereta itu dan mereka beredar
dari situ.

Dari kaca mata Farina, mengadakan majlis perkahwinan mereka seperti yang mereka rancang
asalnya boleh dilaksanakan. Farina dan Basri setuju bekahwin. Farina berharap Basri boleh
terima nasihatnya tentang Safiyah dan Hasnah. Farina melarang Basri berjumpa lagi dengan
Safiyah dan Hasnah secara bersendirian. Farina adalah seorang wanita kaya yang ada semua
yang dikehendaki wanita lain kecuali dia tidak mempunyai rumahtangga bahagia. Dia
berharap Basri tidak mensia-siakan hidupnya. Dia akan berusaha menjadi isteri yang disayangi
suami dan menjadi isteri solehah. Farina ada semuanya, hanya dia tiada ornag yang mahu
menjaganya. Dia masih menganggap dirinya belum lagi sempurna.

161

Basri sanggup menjadi suami kepada seorang perempouan yang tidak sempurna sepertinya.
Farina menghadiahkan Basri sekeping tanah lot bungalow berdekatan dengan tanah Kamal di
Bukit Katil, Melaka.
Farina bercadang akan membina sebuah rumah satu tingkat di situ atas namanya dan juga
Basri. Farina berharap Basri tidak risau tentang wang ringgit kerana Farina ada banyak wang.
Basri setuju mempercepatkan perkahwinan mereka sebagaimana yang mereka rancang
bersama dengan pasangan lain. Basri memberi jaminan kepada Farina, dia tidak perlu
bimbangkan Safiyah dan Hasnah kerana dia mengangagap Safiyah dan Hasnah hanyalah
kekasih nyamuk yang hanya mampu meninggalkan kesan-kesan merah kerana gigitan.
Hasnah yang tiba-tiba menarik perhatian wanita sekitar dusun durian Bakri, beranggapan
hidupnya ada matlamat yang hendak dicapai. Dia berusaha keras untuk mencapai matlamat
itu. Sama ada orang suka atau tidak kepadanya tidak penting bagi Hasnah. Dia menghormati
Bakri kerana Bakri mengangkat mertabatnya daripada seorang gadis yang tiada apa-apa
kepada seorang gadis berwawasan yang ada iltizam, visi dan misi.Pandangan orang tentang
kehidupan peribadinya adalah perkara kurang penting baginya. Dia meletakkan pengorbanan
dan kepercayaan Bakri tehadap kemampuannya di atas semua keutamaan. Azura tidak perlu
takut Hasnah akan membuat onar di majlis perkahwinannya nanti.

Bab 42
Tiga pasangan bersahabat berbincang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. Azimin
menjadi tuan rumah perbincangan itu di rumahnya di Taman Pantai Puteri. Semua ahli
keluarga tiga pasangan yang akan berkahwin, ada hadir.
Mereka menjemput Imam 1 mempengerusikan majlis perbincangan itu tetapi tidak dapat
hadir kerana ada jemputan memberi ceramah di Masjid Kuala Sungai Baru. Mereka setuju
melantik Azimin menjadi pengerusi majlis sebagai menghormati Azimin sebagai tuan rumah
dan ayah kepada dua orang anak gadisnya yang akan berkahwin.
Azimin tidak menganggap tugas mempengerusikan majlis seperti itu mudah. Bukan satu
pasangan yang akan berkahwin tetapi tiga pasangan akan berkahwin.
Semua yang berkaitan ada hadir. Semua yang ada hubungan rapat dengan tiga buah keluarga
itu juga ada hadir. Kelihatan yang berpakaian cantik malam itu adalah Azimin sendiri, Bakri
dan Karim. Orang perempuan yang berpakaian isimewa malam itu adalah Asfa, Azura dan
Farina. Orang lain berpakaian biasa sahaja.
Antara perkara yang disebut oleh Azimin ialah perkahwinan itu penting, tetapi ada perkara
lain juga sama penting dengan perkahwinan ini ialah bagaimana perkahwinan ini dapat
mengubah cara hidup yang selalu orang sebut cara hidup yang bobrok kepada gaya hidup
yang muni dan baik, dan diredai Allah.
Azimin seperti juga sahabat-sahabatnya, mensasarkan pembinaan keluaga yang lebih baik
sebagai matlamat perjuangan mereka. Tidak ada garis panduan yang mereka buat tetapi
usaha-usaha mereka diterjemah melalui tindakan meninggalkan cara hidup tidak bermoral
yang belaku dalam keluarga mereka. Menggalakkan dan memberi sokongan kepada diri
sendiri dan sahabat mereka supaya berkahwin boleh mereka anggap tindakan yang harus

162

mendapat pujian. Tindakan mereka tidak menghalang anak-anak mereka hendak berkahwin
juga harus diberi pujian.
Walauupun pada pandangan mata kasar, ada plihan pasangan yang nampak ganjl, Azimin
mengatakan itulah realitiinya.Kita tidak menentang pilihan mereka kerana itulah yang mereka
mahu. Mereka sahajalah yang tahu apa yang mereke mahu.
Tetamu lelaki dan perempuan yang ada di situ, senyum sahaja tanda mereka mengerti. Bagi
orang lelaki, isteri mereka adalah pasangan hidup yang membahagiakan atau sebaliknya.
Sebab itulah mereka memandang berat kepada aktiviti isteri-isteri mereka . Kejayaan atau
kegagalan mereka menangani isteri mereka menandakan berjaya atau tidak usaha mereka
membina satu kehidupan yang baik.
Mereka yang hadir juga setuju dengan Azimin apabila Azimin mengatakan bahawa dalam
proses mereka berhijrah daripada kehidupan berumahtangga yang tidak bermoral kepada
rumahtangga yang bahagia dan teratur, ada rumahtangga yang perlu diroboh, ada isteri yang
diminta menghentikan aktiviti mereka yang jelik.
“ Anak-anak kami, kami berikan mereka nasihat dan galakan untuk mereka berkahwin
daripada membiarkan mereka hidup bebas yang dilarang agama,” kata hati Azimin.
Bagi diri dia sendiri, Azimin menerangkan tindakan tidak menceraikan isterinya adalah
tindakan yang wajar setelah isterinya memninta maaf dan dia memaafkan isterinya yang
mengakui dan berazam tidak lagi akan berlaku curang.
Dia sendiri tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya, Farina. Azimin menanggap
perhubungannya dengan Farina adalah dosa berganda: dosa kepada tuhan dan dosa kepada
sahabatnya sendiri. Dia meminta maaf kepada Karim atas apa yang berlaku dan bersyukur
atas kesudian Karim menerimanya sebagai bakal menantunya, insya Allah.
Dia tidak mengahalang Asfa dan Azura berkahwin dengan rakan-rakan niaganya yang
berumur sebaya dengannya kerana itulah pilihan mereka. Dengan kedukdukan
rumahtangganya yang bersih daripada maksiat dan perkhawinan anak-anaknya, Azimin
berharap tugasnya membina satu keluarga bahagia berlandaskan moral dan agama dapat
dicaapasi. Itulah masalah yang dihadapinya dan itulah cara penyelesaian yang dianggap telah
berjaya mencapai matlamat yang sama-sama mereka cuba perjuangkan.
Azimijn kemudian menjemput Karim memberi sedikit ucapan kepada semua yang hadir.
Tahniah dan terima kasih kepada sahabat Encik Azimin, yang tidak lama lagi selepas majlis ini,
akan menjadii ayah mertuanya pula. Memang benar apa yang diceritakan oleh Encik Azimin
tadi, mereka berazam sedaya upaya mereka hendak kembali hidup seperti orang lain, seperti
manusia biasa, bukan menusia bobrok yang jelik
Dia sendiri, katanya tidak berjaya menyelamatkan rumahtangganya. Dia kkhirnya bercerai
dengan isterinya Farina. Perceraian itu adala jalan terkhir bagi mreka setelah mereka tidak
dapat menyelesaikan perselisihan faham antara mereka suami isteri. Setelah mereka
bercerai, Karim menceritakan dapatlah dia menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
tunangnya Asfa yang dengan sabar telah lama menunggu keputusan sama ada dia hendak
berkahwin atau tidak dengannya.
Dalam majlis yang dihadiri oleh kaum keluarga itu, Karim menyatakan dia akan mengahwini
Asfa, anak sahabatnya, Azimin dengan Darisa.

163

Karaim juga berkata, adalah menjadi kenyataan, perkahwinan Kamal dengan Bobi dan
Erniyani telah menamatkan zaman bujang seorang play boy. Dia mendenagr cerita Bobi dan
Erniyani sedang berusaha keras menjinakkan musang dalam rumah mereka.
Karim hanya ada seorang anak perempuan yang belum lagi berkahwin. Saya harap Kartina
juga akan meremuil jodohnya tidak lama lagl.
Apabila dia sendiri berkahwin setelah rumahtangganya dengan Farina runtuh, Kamal pula
berkahwin dan berharap tidak lama lagi Kartina akan berkahwin juga, maka Karim barulah
berani mengatakan dia telah berjaya mengubahkan cara hidup keluarganya menuju ke arah
kemurnian. Karim tidak menceritakan ada musang betina dalam rumahnya.
Perkahwinannya dengan Asfa nanti, dianggap Karim sebagai satu langkah positif ke arah
membersihkan kotoran dalam keluarganya.
Selepas Kariam bercakap , Azimin menjemput Bakri pula menyampaikan ucapannya.
Kata Bakri, mereka ini adalah golongan elit dalam masyarakat. Mereka dikenali kerana kelas
sosio ekonomi merreka tetapi cara hidup mereka tidak selari dengan taraf sosial mereka
dalam masyarakat. Mereka hidup dalam keadaan bobrok dan jijik bergelumang dengan dosa.
Bakri dengan sahabat-sahabatnya, Azimin dan Karim memang berzam hendak menjadikan
keluarga mareka sebagai keluarga yang baik-baik kalau pun tldak lebih baik dibandingkan
dengan keluarga baik-baik yang lain. Bakri membuat keputusan hendak mengahwini Azura.
Dia berharap keputusan ini sedikit sebanyak akan dapat membersihkan satu kotoran dalam
hidupnya. Keputusan Basri dan Farina memilih hendak berkahwin dapat mengubah satu gaya
hidup yang salah dan jijik, boleh menamatkan gaya hidup gigolo dan perhubungan ala suami
isteri di luar perkahwinan. Bakri mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya, Bobi
kerana memilih berkahwin dan hidup rukun damai dengan suami dan madunya. Sebagai
kesimpulannya, Bakri menyebut dia belum lagi berjaya meletakkan rumahtangganya di
landasan yang betul sabagaimana yang diingininya. Bakri tidak menyebut tentang
hubungannya dengan Kartina dan Hasnah.
Untuk meneruskan mesyuarat itu, Bakri menyerahkan majlis kepada Azimin untuk menerskan
agenda selanjutnya iaitu bagaiamana hendak mengadakan majlis perkahwinan tiga pasangan
itiu.
Mereka berbincang tentang:
Jemputan,
Jenis makanan,
Tarikh dan tempat diadakan,
Kos dan perbelanjaan rias pengantin, dan
Hal-hal lain yang berkaitan.
Semasa perbincangan berjalan, Kamal dan Salmah turun berjalan di luar rumah Azimin.
Hasnah juga keluar berjalan dengan Basri. Bakri memerhatikan mereka dengam rasa geram
Salmah dan Hasnah boleh menggagalkan usahanya mendirikan keluarga yang harmonni dan
bersih daripada kemungkaran.
Besoknya Bakri pergi ke dusun untuk melihat-lihat anak-anak pokok durian dan betik yang
tumbuh dengan subur. Hasnah berada di situ. Bakri diberitahu, Hasnah telah mengambil dua
orang pekerja lagi untuk menjaga pokok-pokok betik. Sekarang ada empat orang pekerja yang
berkongsi dua buah rumah yang disediakakn. Pekerja-pekerja itu semuanya boleh memandu

164

jentera bajak dan pengangkut. Dijangka dalam masa sepuluh bulan dari mula ditanam, betik
sudah boleh mengeluarkan hasil. Mereka banyak menanam jenis betik wanita merah.
“ Red lady papaya,” kata Hasnah.
“ Berapa banyak pokok betik yang kamu tanam?” Bakri bertanya.
Kalau tak ada pokok durian, kita boleh tanam 6,400 batang pokok betik sehektar.”
“Macam mana kita nak tahu buah betik itu sudah matang dan boleh dipetik?” Bakri minta
penjelasan.
“ Apabila getah betik itu tidak lagi pekat dan mulai cair, bolehlah buah itu dipetik,” kata
Hasnah dan kemudian meneruskan ,” Mungkin abang Bakri nak tahu bagaimana hasil yang
boleh kita perolehi dalam satu hektar?”
“ Tentu banyak. Hasil daripada 6,400 pokok.”
“ Ya , abang Bakri. Hasilnya boleh mencapai 75 – 100 tan tiap hektar tertakluk kepada jarak
pokok yang ditanam.
“ Abang ada juga tengok bagaimana buah berik dibawa keluar dari dusun dengan lori ke pasar.
Mereka gunakan bakul buluh yang besar dilapik dengan daun pisang.”
“ Kena tanam pokok pisang pula . Lama-lama hilang pokok durian tu.”
Mereka sama-sama ketawa.
“ Abanag minta kamu jangan lagi layan Basri tu. Kamu abang punya.”
“ Baik abang. Abang tak takut kena gigit nyamuk? Nanti merah-merah pula. Kalau Azura
nampak tentu abang kena marah.”
Mereka ketawa.
“ Nyamuk ni bukan sebarang nyamuk. Nyamuk yang dibela, yang dipelihara. Orang
mencarinya bukan takut kepadanya.”
Mereka ketawa lagi. Hasnah dan Bakri berjalan berpegangan tangan ke pejabat pengurus
dusun.
“ Abang Bakri, Has dah mula sayang kat abang. Abang mahukah ambil Has jadi kekasih abang
kalaupun abang enggan menerima Has sebagai isteri.”
“ Abang pun ada perasaan macam tu terhadap Has. Tapi macam mana ni. Abang ada Esah,
ada Azura, ada Kartina. Dan sekarang kamu nak masuk dalam senarai itu?” Bakri bertanya.
“ Koatanya tak lebih kan abang?”
“ KIV. Jangan terlalu mendesak. Wise men say, only fools rush in, kata Elvis Presley.”
“ But I can’t help falling in love with you..”
Mereka ketawa.
“ Ada mood hari ini?”
“ Penat malam tadi. Mood hilang. Datang sini hanya nak melepaskan rindu sahaja.”
“ Tak nak minum kopilah?” Hasnah bertanya sambil melepaskan senyuman manja.
“ Tak nak . Nak rehat sahaja.”
Hasnah masuk ke bilik tidurnya, mengemaskan tempat tidurnya dan mengajak Bakri baring di
situ.
“ Abang tidurlah di sini ya, sayang.”
Hasnah keluar ke dusun, memeriksa anak-anak pokok durian yang rosak, kalau ada. Dia juga
memantau pekerja-pekerja dusun bekerja. Hasnah masuk ke rumahnya, mandi, membasuh
rambutnya dengan shampoo kemudian menghiaskan dirinya dengan solekan yang tebal dan
dia merebahkan badannya di sebelah Bakri.

165

Azura di pejabat Kartina. Azura berpakaian potongan benggali. Dengan tinggi badannya,
sesuailah pakaian serupa itu. Solekannya cantik menandakan dia ada masa yang panjang
untuk mengenakan solekan seperti itu. Minyak wanginya jenama poison. Harum. Dia duduk
sebelum dijemput duduk.
“ Assalaamualaikum, Tina.” Azura kemudian menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
Tangannya disambut oleh Kartina sambil menjawab salamnya, “ Waalaikum salaam, Zura.”
“ Lama juga kita tidak berjumpa dan bercakap tentang hal-hal peribadi masing-masing,” kata
Azura.
“ Ya. Lama juga,” kata Kartina dan kemudian dia menyambung,” Apa hal jumpa Tina?”
“ Pasal malam tadi tu. Zura minta maaf dengan Tina. Abang Bakri menyatakan dia hendak
berkahwin dengan Zura. Semua orng yang ada di situ mendengarnya.”
“ Buang masa saya beada dalam majlis orang. Majlis yang tidak ada kena-mengena dengan
Tina.Tina hadir di situ kerana ayah ada di situ.”
Kartina berpakaian seluar dan blouse. Tidak bertudung. Azura juga tidak bertudung. Mereka
memakai gincu tebal berwarna terang.
“ Kita tidak perlu bincangkan perkara ini lagi. Yang perlu kita fikirkan ialah apa yang akan
berlaku selepas ini,” kata Kartina yang kemudian menyambung,” Zura perlu menjaga Bakri
dengan baik sampai diijabkabulkan. Jangan biarkan dia pergi kepada orang lain. Tina tidak
menolak jika abang Bakri datang kepada Tina. Tina tidak buat apa-apa kesalahlan jika suami
orang datang kepada Tina. Berkongsi suami tidak salah, Zura. Merampas suaami orang
perkara lain.”
“ Kamu masih ingat nak mengambil abang Bakri walaupun kau tahu dia suami Zura? Zura tidak
dapat terima cadangan kamu.”
“ Kita memisahkan suami isteri dan kemudian mengambil suaminya menjadi suami kita, itu
tidak betul,” kata Kartina dan kemudian menyambung,” Harap Tina tidak menghasut suami
orang menceraikan isterinya supaya Tina dapat memilikinya. Itu adalah tidak wajar.”
“ Kamu jangan rampas suami saya , Tina.”
“ Tidak merampas. Mungkin berkongsi. Mahu tidak mahu kamu kena terima, abang Bakri juga
sayangkan Tina.”
Kartina tidak mahu lagi merendah diri. Dia bukanlah inferior kepada Azura. Azura mungkin
ada wang kerana bapanya kaya tetapi Kartina bukan sahaja anak orang kaya, dia sendiri sudah
jutawanita. Dia sendiri sudah kaya.
“ Kamu belum putus asa, belum mengalah , Tina.”
” Kamu pun belum tentu mendapat kemenangan mutlak,” kata Kartina membayangkan
konflik mereka itu tidak berakhir di situ sahaja.
“ Kamu patut fikir selain Tina, mungkin ada perempuan lain yang hendakkan abang Bakri
dalam diam-diam. Mungkin orang itu ada di hutan sana, Zura.”
Azura tidak suka mendengarnya dan dia minta diri hendak meninggalkan pejabat Kartina.
Kartina menghantar Azura sampai ke keretanya.
Kartina rasa dia telah melukakan hati Azura. Kartina pun fikir Azura datang ke pejabatnya
mungkin hendak menyatakan kemenangannya dalam pertarungan merebut cinta seorang
lelaki bernama Bakri. Azura fikir mungkin Kartina tidak lagi relevant baginya. Tetapi

166

mendengar ada orang lain yang sedang mendekati Bakri, Azura naik marah seperti tidak
dapat menanggung cemburunya.
“ Ramai orang suka Bakri ini. Adakah kacak orangnya? Atau dia ada banyak wang?” Azura
takut memikirkannya.
“ Ramai orang suka kedua-duanya. Dia kacak dan kaya. Senyumnya menccairkan hati wanita
dan wangnya berbau jauh,” bisik iblis dalam hati Azura.
“ Aku akan bertanya abang Bakri adakah yang dicerita oleh Kartina itu betul atau tidak. Dia
akan bertanya, bertanya sampai Azura mendapat jawaban daripada Bakri.”
“ Aku hendak mendengar jawaban daripada mulut Bakri sendiri.”

Azura bersama Bakri di Pantai Puteri. Azura bertanya Bakri tentang Hasnah. Azura tidak
percaya Bakri boleh jatuh hati kepada budak perempuan yang low class itu, iaitu Hasnah.
Hasnah adalah seorang siswazah yang bercita-cita tinggi. Dia hendak melakukan sesuaatu
yang bermakna, sesuatu yang besar.
“ Semua wanita yag abang jumpa, abang nak miliki mereka. Semkua yang buat baik dengan
abang, mesti tidur dengan mereka?”
Azura mengingatkan Bakri yang mereka sudah bertunang. Tidak lama lagi mereka akan
berkahwin.
“ Sekarang abang adalah tunang Zura. Abang kena kurangkan aktiviti maksiat tu,” kata Azura
dan kemudian menyambung,” Katanya hendak berhijrah daripada kehidupan yang penuh
kemungkaran kepada kebaikan. Mana dia, abang?”
Bagi Azura sekiranya Bakri dianggap sebagai satu tiang kepada satu struktur binaan, tiang
Bakrilah yang paling lemah.
“ Abang dah bertunang, teapi masih lagi berjumpa dengan buah hati lama abang tu, Kartina.
Kemudian buat hal pula dengan Hasnah.”
Bakri mendengar sahaja leteran Azura. Azura sedang membebel. Biar dia melepaskan
perasaan geramnya kepada Bakri. Azura meneruskan leterannya,” Abang patut malu kepada
Basri yang hidup seperti gigolo mula nak jadi baik dan bersedia berkahwin dengan Farina.”
“ Zura tahu abang pergi minum kopi di dusun durian itu. Tentu kopi di situ sedap dan enak
diminum. Minum dalam dusun yang ternteram dan sunyi menambahkan keenakannya.”
“ Dah habis berleter? Sebelum penat berleter, jom kita balik dulu,” kata Bakri kepada Azura.

Tugas mengadakan majlis perkahwinan tiga pasangan daripada tiga keluarga bersahabat itu
dibahagi kepada Azimin, Bakri dan Karim Mengikkut mesyuarat itu , Azimin ditugaskan
menyediakan kad jemputan, bilangan jemputan dan resepsi. Bakri diberi tugas menentukan
tarikh, tempat dan jamuan, acara majlis dan anggaran kos mengadakan majlis. Karim
ditugaskan mencaari andaman pengantin yang sesuai, hiasan dewan dan cenderamata
tetamu.
Azimin menempah seribu kad jemputan dan dia menempah sebuah buku daftar tetamu
(wedding guest book) daripada Intan Enterprise.
Bakri menetapkan tarikh majlis perkahwinan itu pada hari Sabtu, 26/12/2015. Bakri memilih
Hotel Pantai Puteri sebagai tempat mengadakan majlis. Jamuannya adalah satu pakej dengan
dewan, kerusi meja, alas meja, back drop. Bakri menganggarkan RM45k sebagai anggaran

167

yang perlu disediakan. Anggaran Bakri ini adalah satu jumlah sederhana yang diadakan oleh
orang kaya!
Bakri sedang memikirkan bagaimana majlis ini boleh menyerlahkan tema “ satu majlis
perkahwinan orang Melayu Islam yang beradat.”
Bakri mencadangkan majlis khatam al-Quran, berzanji dan tahlil serta doa selamat diadakan
sehari sebelum hari kenduri, di sebelah pagi. Majlis akad nikah diadakan sebelah petang.
Berkaitan dengan adat orang Melayu, Bakri tidak berasa bimbang sangat kerana dia boleh
mendapat nasihat daripada orang Melaka. Kalau hendak rujuk adat istiadat Melayu, rujuk ke
Melaka dahulu. Di Melakalah bermulanya kesultanan Melayu Melaka, di situlah sumber adat
istiadatnya.
Karim akan menetapkan rias pengantin yang baik, yang berdekatan dengan Pantai Puteri.
Pakej didikira pakaian pengantin, pelamin, hiasan dewan, kenderaan pengantin, cenderamata
untuk tetamu yang datang ( dodor gift) dan bunga telur. Semuanya adalah ditempah daripada
Intan Enterprise.

Azura , Asfa dan Darisa bersembang di rumah: wanita dengan wanita. Azura merungut kerana
lambat tarikh yang dicadangkan oleh Bakri. Tarikh yang dicadangkan itu adalah dalam musim
hujan di Melaka. Musim monsun adalah di antara bulan Oktober hingga bulan Mac. Musim
kemarau, musim kering, kurang hujan di Melaka adalah antara bulan Mei hingga Julai. Waktu
itu kurang sesuai mengadakan majlis kenduri- kendara kerana ditakuti ada gangguan bekalan
air pada hari kenduri.

Bakri pilih tarikh itu kerana masa itu adalah cuti sekolah. Harapan Bakri adalah kalau hujan
pun, tidak hujan sepanjang hari itu.
“ Dah tak sabar nak kahwin, bu. Kak As pun tak sabar juga. Tapi dia diam sahaja,” kata Azura.
“ Isssyy. Gatal. Sabarlah sikit. Bukan lama pun. Bertahun-tahun boleh tunggu. Ni hanya
beberapa bulan sahaja,” kata Asfa.
“ Ibu, orang perempuan berkahwin kena layan suami hari-hari ke ibu? Larat ke ni.”
“ Jangan kamu meroyan Azura. Cuba banyak berpuasa, baca al-Quran, solat , zikir dan doa,”
kata Darisa kepada Azura. Asfa senyum dan menjeling ke arah Azura. Mereka ketawa.
“ Betul tu ibu. Budak ni gatal lebih sangat ni. Macam mana nak tunggu Esah tu mati dulu baru
nak kahwin dengan suaminya,” kata Asfa meyndir Azura.
Mereka ketawa lagi.
Di rumah Karim, Kamal dengan Bobi melawat Karim. Kartina ada di sana. Salmah masak bihun
goreng Singapura. Dia hidangkan kopi Sin Sing. Bobi menelefon Asfa minta dia datang ke
Taman Ayer Keroh Permai tetapi Asfa meolak kerana dia ada lain hal yang hendak
diselesaikan.
“ Ayah perlukan bantuan saya tentang maajlis perkahwinan tu bolehlah minta banatuan
saya,” kata Bobi kepada ayah mertuanya, Karim.
“ Kamu boleh perhatikan solekan pengantin. Walaupun ada orang Intan Enterprise di situ,
kamu kena pastikan mereka tidak jadikan majlis ini seperti wayang cina.”
“ Kamu juga mesti bersedia dengan pembantu yang hendak mengagihkan door gifts kepada
tetamu yang hendak balik.”
“ Kamu juga kena cari tiga orang pemandu kereta pengantin,” kata Karim.

168

“ Ya. Mungkin saya tidak dapat hadir ke majlis perkahwanan itu. Saya dengan Kartina ada
rancangan lain,” kata Bobi , kemudian menyambung,” Kami mungkin ke Beijing, ayah. Saya
dengan Kartina.”
Kamal kena ambil tugas yang kita bincangkan tadi. Kamal kena ambil alih tugas menjaga
solekan pengantin dan kenderaan pengantin termasuk pemandu kereta penganatin dan door
gifts.”
“ Kamal, kamu akan sibuk pada hari kenduri tu nanti,” kata Karim.
“ Biarlah dia sibuk sikit pada hari kenduri itu. Jangan dia sibuk memandang orang
perempuan.”
Kamal kemudian pergi ke dapur berjumpa Salmah. Dia memeluk Salmah dan menciumnya.
“ Sal dah mula sayang abang tahu,” Salmah menerangkan.
“ Tina, kakak nak balik. Tolong panggil abang Kamal.”
Kamal dan Bobi beredar dari rumah itu setelah berjumpa dan minta izin Karim. Dalam
perjalanan balik, terdengar Bobi merungut,” Abang pandai-pandai jaga diri. Jangan
terperangkap lagi sepertgi apa yang dibuat Safiyah.”
“ Orang perempuan suka abang,” kata Kamal.
“ Atau abang yang hidung belang?”
“ Bobi nak bercuti ke Beijing dengan Kartina. Bobi bimbang nak tinggalkan abang. Bobi takut
abang pergi tidur di rumah ayah.”
“ Tak apa , pergilah. Jangan risaukan abang.”
“ Tentulah abang suka. Di situ ada ayam betina yang gebu. Musang mana nak lepas peluang,”
sindir Bobi kepada Kamal.
“ Ingat tugas abang yang abang kena buat untuk majlis perkahwinan tu?”
“ Ingat. Urus selia solekan pengantin jangan jadi macam wayang cina,’ kata Kamal.
“ Ini majllis perkahwinan Melayu. Cara Acheh pun tak mahu, faham abang?”
“ Faham.”

Dari Pantai Puteri, kereta Mercedes Benz Kartina menuju ke simpang Tanjung Keling. Mereka
belok ke kanan ke Bandaraya Melaka Bersejarah. Bersama Kartina dalam kereta itu ialah
ibunya, Farina. Farina ajak Kartina keluar minum. Mereka sampai ke Klebanag dan masuk ke
kanan menggunakan jalan baru di tepi laut menuju ke Melaka Raya. Jalan Melaka Raya 1
sibuk, sesak dan mereka terus ke Jalan Melaka Raya 13 yang selalu juga mereka pergi ke situ.
Oleh sebab jalan itu agak jauh, tidaklah rama orang datang ke situ.
Sambil minum, Kartina dengan ibunya bercerita tentang hal-hal diri mereka . Farina sangat
tersentuh dengan apa yang berlaku kepada Kartina.
“ Bersabarlah sayang. Tentu ada hikmah di sebalik semua yang berlaku kepada kamu.”
Kartina mengalirkan air mata kerana ibaunya menimbulkan cerita sedihnya. Bagi Kartina,
ibunya tentu gembira kerana akan berkahwin dengan kekasihnya, orang muda kacak dan
bergaya. Dia sendiri menghadapi kesulitan walaupun dia hanya hendakkan seorang tua.
“ Sudah lama kamu membuang masa. Eloklah kamu cari ganti dengan orang lain yang lebih
baik daripada Bakri itu,” kata Farina.
“ Ya. Betul ibu. Tina ada semuanya kecuali orang yang hendak menjaga Tina. Tina ada rupa,
ada wang. Orang panggil Tina jutawanita. Orang tengok kereta yang Tina pandu, orang sudah
segan.”

169

“ Pakaian yang kamu pakai, solekan canggih dengan aksesori yang kamu pilih menjadikan
kamu wanita anggun yang trendy.”
“ Tentulah ramai yang terpikat kepada Tina. Tapi dalam hati Tina hanya ada seorang itu. Dia
adalah Bakri.”
“ Jangan rasa sedih dan jangan kecewa sangat. Kamu berempat ni, ibu tengok sama cantik.
Asfa, Azura, Bobi dan kamu, semuanya cantik-cantik. Kamu sendiri tidak ada cacat celanya
pada pandangan lbu. Mengapalah Bakri tinggalkan kamu?”
“ Dia kata dia malu hendak berkahwin dua orang dalam satu majlis. Dia rasa, dia merendahkan
taraf Tina kalau dia buat begitu. Itu pendapat dia, ibu.”” Keputusan kamu?” Farina bertanya
Kartina.
“ Tunggu dan lihat macam orang bodoh sedangkan dia seronok saja.”
“ Kesian kamu. Tak patut Bakri buat macam ni, nanti ibu bercakap dengan dia.”
“ Dia tu bakal menjadi ayah mertua ibu.”
Mereka ketawa. Kartina ketawa sedang air matanya mengalir juga. Fikir Kartina, sekiranya dia
berkahawin dengan Bakri,apa gelaran yang ibunya akan panggil kepadanya? Makcik? Kartina
senyum dan hendak ketawa walaupun dia dalam keadaan sedih.
“ Apakah yang menggelikan hati kamu, Tina?” Farina bertanya Kartina.
“ Ibu berkahwin dengan Basri. Ibu panggil Bakri sebagai ayah mertua. Senang saja. Kalau Tina
jadi isteri Bakri, apakah ibu akan panggil Tina? Makcik ke, Tina ke, dan itulah yang menggelikan
hati Tina.”
Farina ketawa.
“ Ibu tak payahlah bercakap dengan Bakri tentang Tina. Dia sudah beritahu Tina, dia akan
berkahwin juga dengan Tina nanti. Dia pun minta Tina bersabar.”
“ Nak tunggu Esah mati dulu ke?”

Di dusun durian Bakri waktu pagi. Keadaan sunyi sahaja. Daun-daun anak pokok durian dan
betik masih basah dengan embun. Basri datang ke dusun melawat Hasnah. Hasnah belum
datang ke dusun. Basri masuk berjalan-jalan dalam dusun dan bercakap-cakap dengan
pekerja-pekerja dusun. Pekerja-pekerja sedang membaja pokok. Basri balik ke pejabat
pengurus dusun apabila nampak Hasnah sampai ke pejabat. Basri terus masuk ke rumah dan
berjumpa dengan Hasnah.
“ Kamu aakan menjadi suami orang tidak lama lagi. Tidak elok kamu datang bersendirian.
Kamu boleh tolong saya di dusun kalau kamu mahu tetapi bawalah tunang kamu sekali supaya
tidak timbul salah faham.”
Basri tidak memberikan perhatian sangat kepada apa yang diberitahu oleh Hasnah. Dia hanya
beri perhatian kepada Hasnah sahaja. Dia nampak Hasnah mengghairahkan . Dia bangun
hendak mendekati Hasnah. Hasnah tidak suka apa yang dilihatnya. Hasnah berundur ke
tempat yang dia boleh mempertahankan dirinya. Basri terus datang merapatinya. Hasnah
melarangnya tetapi tidak dipedulikannya.Basri memeluk Hasnah dan Hasnah mencapai pasu
bunga kaca dan diketuknya kepala Basri sampai pecah pasu bunga itu. Basri melepaskan
Hasnah dan memegang kepalanya dan dia terduduk kemudian dia terbaring.
Hasnah menelefon pekerja-pekarjanya supaya datang ke pejabat pengurus dusun. Dia
perlukan pertolongan mereka. Kesemua pekerja dusun datang ke pejabat Hasnah.

170

“ Kenapa Cik Hasnah?”
“ Tolong ikat tangan dia ke belakang. Masukkan dia ke dalam kereta. Hantar bersama
keretanya di tepi jalan besar. Buka sebelah pintu supaya orang nampak ada kecemasan.
“ Faham, Cik Hasnah.”
“ Harap dia tidak datang lagi dalam keadaan seperti orang mabuk.”
Hasnah memberitahu Bakri dia memukul Basri di pejabatnya. Dia minta maaf mengasari
Basri.
” Abang pun dah beri amaran kepada dia sebelum ini, tetapi dia tak nak dengar, rasakan
akibatnya.”

Pengurusan Tesco memanaggil Bakri dan Azura ke pejabat Tesco. Tesco mina maaf atas
kejadian meraagut yang berlaku dalam Kawasan paarkir Tesco tempoh hari. Mereka telah
dibantu oleh pihak polis mengenalpasti peragut melalui kamera cctv. Peragut itu adalah ahli
satu kumpulan peragut yang aktif di Melaka. Polis juga menahan dan mendakwa ketua
mereka.
Encik Chua memainkan semula rakaman pita cctv yang menunjukkan Azura diragut dan
bagaimana dia dibantu oleh Bakri mendapatkan balik beg tangannya.
“ Terima kasih kerana berjaya menangkap peragut dalam kawasan letak kereta kompleks
Tesco ini,” kata Bakri.
“ Terima kasih juga atas kerjasama Cik Azura dan Encik Bakri yang membolehkan kami dan
pihak pollis menangkap peragut itu.”
“ Mereka tidak berani mencopet di dalam pasaraya kerana susah hendak melepaskan diri.
Mereka aktif di tempat letak kereta,” kata Azura.
Sebelum mereka beredar, Bakri dan Azura diberi sedikit cenderamata oleh pengurusan Tesco.
Hadiah tanda penghargaan dan terima kasih.
“ Terima kasih Encik Chua,’kata Bakri.
“ Terima kashih Kembali,” jawab Encik Chua.
Mereka berjabat tangan dan terus beredar.

Kamal menjual kereta Toyota Camry dan membeli dua buah kereta Proton Saga 1.3 untuk dua
orang isterinya. Erniyani suka dengan kereta itu tetapi Bobi kurang berkenan dengan kereta
itu.
Erniyani suka bergambar dengan kereta itu dan memuat naik gambar-gambarnya dengan
kereta Proton Saga itu di facebook. Tujuan Erniyani adalah hendak menggembirakan hati
ibunya.
“ Ini kereta Er sendiri. Abang Kamal belikan unuk Er. Kereta yanag dulu tu, abang Kamal punya.
Er cuma melaram dengan kereta itu,” kata Erniyani dan kemudian menyambung, “ Er dah
malu nak minta abang Kamal belikan kereta lain untuk ibu. Kalau dia beli untuk ibu,dia kena
belikan satu lagi untuk Bobi. Abang Kamal banyak mengeluarkan wang untuk membeli kereta
sahaja.”
Erniyani teringat Kamal sedang membina rumah untuk mereka.
“ Bukan sedikit wangnya ibu unuk membina rumah di Malaysia.”
“ Tidak mengapa. Ibu di sini senang melihat kamu gembira. Kamu gembira, ibu turut gembira.
Wang yang kamu beri kepada ibu tiap-tiap bulan sudah cukup menggembirakan ibu.”

171

“ Er pamit. Assalaamualaikum.”
“ Waalaikum salaam, Er. Jaga diri.”
“ Baik ibu. Harap ibu sihat-sihat sahaja,” kata Erniyani.

Bab 43
Menjelang hari perkahwinan mereka, Azimin, Bakri dan Karim berebut-rebut mengadakan
majlis membaca yasin, tahlil dan doa selamat di rumah mereka secara bergilir-gilir seminggu
sekali. Ahli ketiga keluarga itu dan jiran-jiran bedekatan hadir dalam majlis itu.
Anak-anak mereka disuruh melancarkan bacaan al -Quran mereka untuk majlis khatam al-
Quran. Asfa, Azura dan Basri dikehendaki bersedia belajar membaca surah-surah khatam al-
Quran. Mereka dibantu oleh seorang ustazah.
Daripada aktiviti bertahlil dan doa selamat itu, perhubungan ketiga keluarga bertambah baik.
Mereka nampak lebih baik dari dahulu.
Azimin merasakan dirinya, keluarganya berambah baik. Dia telah berjaya menarik kembali
isterinya daripada kehidupan penuh noda kepada satu kehidupan yang boleh diterima
masyarakat dan agama. Dia cuma bimbangkan Azura yang sedkit sukar mengubah cara
hidupnya yang meremehkan agama.
Karim pula merasa lega setelah bercerai dengan Farina yang enggan patuh kepada ajaran
Islam. Sekarang dia besedia mengambil Asfa sebagai isterinya. Anaknya Kamal sudah
berkahwin walaupun begitu dia tidak menolak wanita lain jika diberi peluang. Hanya Kartina
yang belum nampak rancangannya hendak menamatkan zaman kegadisannya dalammasa
terdekat tetapi Karim tidak bimbangkan Kartina kerana Kartina anak peremuan yang baik.
Nampaknya kalau hendak dikira berjaya atau tidak Karim membersihkan
kehidupan keluarganya, banyak bergantung kepada Kamal.
Bakri hanya berjaya menikahkan Bobi dengan Kamal. Aktiviti maksiat masih lagi berlaku. Basri
masih lagi bersekedudukan dengan Farina. Dia sendiri tidur dengan Azura dan Hasnah
mengkkut semahunya. Apakah sumbangan Bakri dalam usaha mereka tiga keluarga itu
hendak berhijirah kepada satu kehidupan yang leblih murni? Sedikit sangat sumbangannya.
Usaha mereka hendak membina kehidupan yang lebih baik belum lagi nampak kenyataannya.

Tiga orang bertopeng menahan Basri sebaik sahaja dia keluar dari keretanya. Sebuah kereta
berhenti dan mereka bertiga tadi menolak Basri masuk ke dalamnya.
Mereka pergi ikut jalan Krubong, dekat Sadium Hang Jebat. Mereka meolak Basri turun dari
kereta dan bergolek ke tepi jalan. Tangan dan kakinya diikat dan seluarnya dilucut dan
dicampak berdekatan dengan tempat Basri terbaring.
“Jangan ganggu hak orang,” kata salah seorang daripada meeka.
“ Ini tempat senang dijumpai. Lain kali , orang susah nak umpa kamu. Ingat tu.”
Mereka meninggalkan Basri di situ. Mungkin pagi esok ada orang ternampak Basri di situ.
Mereka tidak mencederakan Basri. Basri tahu itu adalah amaran. Lain kali Basri belum tahu
tindakan lembut begitu masih boleh diharap daripada mereka itu.
Farina sedih apabila besoknya diberitahu tentang nasib yang menimpa Basri. Memanglah
Basri itu bukan orang baik sangat, tetapi dia tidak patut dihina begitu. Farina menganggap
penghinaan telah dilakukan ke atas Basri. Mereka tidak mencederakan dia, mereka hanya
memalukan dia.

172

Hasnah pun ada terbaca berita sensasi itu melalui internet.
“ Dijumpai seorang lelaki bertelanjang di Krubong.”
Berita Basri diikat dan dibiar di tepi jalan, bertelanjang telah menjadi tular di youtube.
Bobi dan Kamal juga datang melawat Basri. Orang yang paling akhir melawat Basri adalah
ayahnya, Bakri. Ayahnya dating bersama dengan Hasnah.
“ Nasib baik meeka tidak mencederakan kamu. Lain kali berhatil-haati. Pandai-pandailah jaga
diri,” kata Bakri.
Terlintas dalam fikirannya, Bakri selalu membelasah anak orang, dia bimbang suatu hari nanti
dia akan belasah anak sendiri.
Bakri dan Hasnah beredar dari rumah Basri. Mereka pergi makan tengah hari di Durian
Tunggal. Lepas makan mreeka singgah di pejaat Hasnah. Bakri berada di situ sehtngga petang.
Mereka keluar dari pejabat Hasnah bersama.
Dalam hati Hasnah, dia rasa bersalah pula kepada Basri. Sekiranya dia tidak memberitahu
Bakri, mungkin apa yang berlaku kepada Basri tidak terjadi. Dalam hatinya, dia percaya, Bakri
yang merancang apa yang berlaku ke atas Basri itu.
Kamal dan Bobi melawat Basri.
“ Anak orang kaya selalu kena belasah macam ni.”
“ Anak orang miskin tidak timbulkan masalah dengan orang lain seperti anak orang kaya, “
kata Bobi.
“ Aku dah kena belasah dulu. Sekarang kamu pula. Apakah salah kamu Basril?” Kamal beranya.
“ Aku tahu sebabnya, aku tidak dengar nasihat orang. Aku degil,” kata Basri.
“ Kamu pergi ke dusun durian. Kamu kena pulul di situ. Kamu ditinggal dalam kereta dengan
kaki dan tangan kamu terikat. Mungkin kejadian itu ada kena mengena,” kata Bobi kepada
abangnya, Basri.
“ Kamu harus fokus hari perkahwinan kamu dengan Farina. Jangan ingat yang lain-lain, “
pesan Kamal.
Selepas Bobi dan Kamal balik, Farina pula melepaskan kemarahannya kepada Basri.
“ Kalau kamu duduk di rumah, tak berlaku apa yang berlaku kepada kamu. Kamu sendiri tidak
berhati-hati. Tak pandai jaga diri. Tentu kamu ada ganggu seseorang ,” kata Farina.
“ Ling, memang abang salah. Abang tidak patut ganggu orang . Abang malu dengan Ling. Apa
yang tidak ada pada Ling? Ling ada semua. Tapi abang pandang macam tidak bererti.”
“ Kepala tu masih bengkak.”
“ Masih terasa sakit . Nasib baik tak mati, Ling.”
“ Kalau buat lagi boleh jadi matilah,” kata Farina.
“ Dah serik.”
“ Jangan buat lagi.”
“ Kamu kena pergi periksa kepala kamu. Takut ada darah beku.”
“ Ling, buat scan ke?”
“ Dokor tahulah apa nak buat,l” lata Farina.
“ Ling, kita pergi mana-mana berehat?” Basri bertanya.
“Tempat berehat yang sesuai selaln di tepi pantai adalah tanah tinggi. Kita pilih tanah tinggi
untuk berehat macam Janda Baik, Bukit Fraser, Genting Highlands, Cameron Highlands.”
“ Abaang belum pergi ke Bukit Farser. Kita pergi sana.?

173

“ Kita ajak Kartina teman.”
“ Boleh,” jawab Basri.

Salmah adalah sepupu Bobi. Salmah berjumpa Bobi di rumah Karim. Bobi bercakap dengan
Salmah tentang kelakuan Salmah menggoda Kamal. Bobi minta Salmah berhenti mengganggu
atau melayan Kamal seprerti dia terlupa Kamal itu suami kepada sepupunya sendiri.
“ Jangan ganggu suami orang.”
“ Saya tidak ganggu dia. Saya tidak ganggu abang Kamal.”
“ Dialah yang ganggu kamu?”Bobi bertanya.
“ Saya lalyan,” kata Salmah.
“ Kan abang Kamal suka minum kopi? Saya pun pandai buat kopi yang abang Kamal suka.”
“ Kopi yang kamu gerodak dengan sudu yang baik tentulah sedap rasanya.”
“ Kakak Bobi macam marah saya?” Salmah bertanya.
“ Tentu marah kerana hak kita ada orang kacau, ada orang nak ambil. Hak kita orang ganggu
mana boleh kita diam.”
“ Kakak Bobi jangan marah kepada saya kerana abang Kamal datang kepada saya. Bukan saya
cari dia. Dia yang cari saya.”
“ Kamu jangan layan dia, boleh tidak?” Bobi sedang marah.
“ Tak janji,” kata Salmah besahaja, menimbulkaan marak api kemarahan Bobi.
“ Dengar sini. Kamu tahu apa yang berlaku ke atas abang Basri? Kamu nak jadi macam tu?”
“ Kakak Bobi mengancam saya. Kakak mengugut tu. Saya boleh lapor kepada polis.”
“Kalau kamu tak malu, pergilah. Buat laporan polis.”
“ Kamu leblih suka duit abang Kamal daripada dia sendiri. Abang Kamal sudah ada dua orang
isteri. Isteri-isterinya cantik-cantik. Bukan itu sahaja, dia ada banyak wang. Dia orang kaya,
seorang jutawan.”
“ Saya pun cantik juga. Tengok kulit saya putih melepak. Kalau saya tak cantik, abang Kamal
pandang pun tidak. Saya suka dia kerana dia orang kaya. Wang abang Kamal itu bonus kepada
saya,” kata Salmah dan kemudian menambah,” Saya suka melakukannya di depan kakak Bobi,
kalau kakak mahu menontonnya.”
“ Aduh! Kurang sopan betul budak ni.”
Bobi bergegas keluar dari dapur rumah Karim itu dan buru-buru meninggalkan rumah bapa
mertuanya. Dia sungguh kesal berbincang dengan musang betina itu. Tugasnya berat kerana
dia ada musang jantan yang perlu dijinakkan di rumah.
Bobi rasa belum masanya bercakap dengan ayahnya tentang perkara itu. Kalau ayahnya tahu,
tentu teruk Kamal dibelasah kerana Bobii adalah anak kesayangan Bakri. Bakri tidak akan
membenarkan sessiapa pun menjentik apa lagi melukakan perasaan anaknya, Bobi itu.
Apakah Erniyani pun boleh mendiamkan diri sekiranya dia mendenanr apa yang disebut oleh
Salmah kepada Bobi. Dia juga seorang perempuan. Dia juga seorang isteri.
Dia bersimpati dengan Bobi kerana Bobi menghadapi masalah dengan sepupunya sama
seperti Erniyani dengan sepupunya, Safiyah. Baik Safiyah mahupun Salmah, mereka memang
mengejar wang Kamal. Mereka mahu wang Kamal. Kamal pula tdak lokek. Keadaan itulah
yang tidak disukai oleh Karim yang sedang membersihkan keluarganya daripada kehiduupan
yang kotor kepada kehidupan yanag lebih murni.

174

Karim , Bakri dan Azimin sedang berujsaha meletakkan keluarga mereka di atas landasan yang
betul. Kalau dianggap kejayaan memebersihkan keluarga mereka sebagai membina sebuah
bangunan, maka bangunan mereka itu masih tidak boleh terbina dengan asas-asas tiang yang
tidak kukuh.
Safiyah meniyndir Erniyani tentang hubungan Salmah dengan Kamal. Dalam hatinya dia
mengatakan bahawa Erniyani tidak mampu menjaga Kamal. Bobi pun tidak berjaya
menjinakkan Kamal. Safiyah fikir dia sahaja yag boleh melembutkan hati Kamal. Dia boleh
menundukkan Kamal.
“ Sekarang kamu tidak lagi boleh mengatakan sepupu kamu sahaja kurang baik, sepupu Bobi
juga sama hebat macam saya, Er. Siapa namanya? Salmah?” Kata Safiyah dan kemudian
menyambung,” Elok sangatlah, dua orang isteri bertentangan dengan dua orang pupu
mereka. Kalau dilukis sebuah kon pentagon, kamu berdua merupakan dua tiang sebelah kiri
manakala kami sepupu-sepupu kamu berada di tiang sebelah kanan. Lukiskan pentagon yang
puncaknya adalah abang Kamal.”
“ Kamu mengada-ngada. Buat cerita yang tak masuk akal. Cerita yang tidak boleh diterima
akal,” tulis Erniyani melalui messenger. Marah sungguh Erniyani kepada Safiyah.
“ Jadi tidaklah salah kalau saya jatuh hati kepada abang Kamal kerana ada orang lain juga
jartuh hati kepadanya. Tidaklah boleh nak salahkan saya sahaja kalau ada hati kepada suami
kamu, Er.”
“Kalau ada orang lain suka abang Kamal tidak bermakna halal bagi kamu merampas suami
orang.”
“ Tengok kamu dah naik meroyan. Kamu cakap pun sudah tidak betul. Kalau abang Kamal ada
dua isteri, masih halal baginya berkahwin lagi dua.”
“ Kalau kamu kerap balik ke Acheh, makin rapatlah hubungan kami. Kalau kamu tak balik ke
Acheh pun, abang Kamal bila-bila sahaja boleh terbang ke Acheh. Dia ada sayap,kata orang.”
“ Safiyah, kamu sedang menyakiti hatiku. Jangan kamu pernah datang ke Melaka lagi.
Keselamatan kamu tidak terjamin.”
“ Er mengugut Safiyah?”
“ Bukan mengugut tetapi memberi amaran. Jangan sampai kaki dan tangan kamu diikat,
dicampakkan kamu berbogel di tepi jalan.”
“ Tidak takut,” tulis Safiyah.
Erniyani menutup telefonnya. Dia kesal mengugut Safiyah begitu. Sebenarnya dia tidak dapat
mengawal kemarahannya kepada Safiyah yang terang-terang dan tidak segan-segan hendak
merampas suaminya. Dia lantas teringat ibunya di kampung. Bagaimana keadaan ibunya
sekarang? Dia teringin dan meronta-ronta hatinya hendak balik ke Acheh melawat ibiunya
yang sudah lama tidak berjumpa. Ballik ke Acheh beermakna baerjumpa dengan Sasssfiyah
juga. Sukalah Ssafiyah kerana Kamal ada bersma. Dia akan memastikan Kaaamal tidur
dengannya walaupun satau malam. Memikirkaan perkara yang begitu menyebabkan Eniyani
tgeragak-agak hendak ballijk ke Lhoksuemawe tetapi dia mesti balik juga kerana iabunyia ada
di sana. Dia menulis dua rangkap pantun berkait untuk ibunya:

Buah keranji buah pauh,
Diletak tepi pokok sena;
Walaupun kini terpisah jauh,
Namun haiku tetap di sana.

175

Diletak tepi pokok sena,
Terlindung panas cahaya mentari;

Namun hatiku tetap di sana,
Walaupun kasihku berlabuh di sini.

Datin Fatimah bercerai dengan suaminya. Suaminya hendak menarik balik sahamnya dalam
syarikat Fatimah Enterprise pengedar pakaian online. Datin Fatimah tidak lagi mampu
meneruskan perniagaannya tanpa bantuan bekas suaminya. Suaminya memiliki 50% saham
dalam syarikat itu.Datin Fatimah minta pandangan Azura dan Bobi.
“ Bagaimana kita beli saham bekas suaminya tu,” kata Azura.
“ Saya setuju kita berunding dan mengambilalih 51% saham syarikat itu,” kata Bobi.
“ Saya setuju bebaskan syarikat Fatimah Enterprise daripada bekas suami Datin Fatimah,”
kata Asfa kemudian meneruskan,” Datian Fatimah tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan.
Syarikat Asfa akan mengambilalih 60% saham.”
“ Saya setuju dengan cadangan Asfa. Seorang wakil Asfa perlu berada di Johor Bahru.”
“ Siapa yang sesuai?” Bobi bertanya.
“ Orang kepercayaan Asfa? Ya. Ada seoranga pembantu khas Asfa di pejabatnya, Jasmina
Abdullah,” kata Azura.
Asfa menenangkan Datin Fatimah supaya bersabar. Mungkin ini adalah ujian Allah. Bukan
semuanya dalam kehidupan kita ini berjalan dengan lancar. Kadang-kadang ada halangan
yang perlu dihadapi dan diatasi.
“ Datin berilah kerjasama kepada Jasmina. Dia mewakili kami di Johor Bahru,” kata Asfa.
“ Saya faham saya akan menjadi Penolong Pengurus kepada Jasmina.”
“ Bagus Datin faham. Ini adalah perniagaan. Banyak wang terlilbat. Tolak sebelah, jika ada
perasaan yang kurang senang dengan keadaan yang baru ini,” kata Asfa.
“ Saya masih berminat hendak meneruskan perniagaan ini,” kata Datin Fatimah.
“ Kami bersma dengan Datin,” kata Asfa.
“ Ikrar,” kata Datin Fatimah sambil bangun berjabat tangan dengan Asfa, Azura dan Bobi.

Selepas beredar dari pejabat Asfa, Datin Fatimah dibawa berjumpa Azimin, ayah Asfa dan
Azura di pejabatnya. Bobi ikut bersama. Azimin memandang tepat kepada Datin Fatimah.
Wajah Datin Fatimah direnungnya seolah-olah hendak melekapkan matanya ke wajah Datin
Fatimah. Mereka tersenyum. Hati Azimin berdebar. Hatinya berkata, “ Cantik , Datin
Fatimah.”
Bakri dengan Azura di Pantai Puteri di tempat yang selalu mereka berjumpa, di tempat yang
selalu mereka bersama menikmati keindahan pantai, laut, angin, dan cahaya matahari
petang. Bakri jarang berjumpa Azura sejak mereka bertunang. Bakri ingin tahu daripada Azura
apakah rancangan Azura apabila mereka berkahwin nanti.
“Zura tak hendak apa-apa. Hasrat Zura hendak berbaik-baik dengan kak Esah. Zura faham
perasaan kak Esah tu. Dia tentu sedih dan merasa dipinggir oleh abang apabila abang
berkahwin lagi.”
“ Dia patut faham keadaannya yang tidak membolehkan dia berfungsi sebagai seorang isteri
normal. Dia sepatutnya merelakan perkahwinan kita dengan hati yang terbuka. Tak perlulah

176

dia ingat yang bukan-bukan tentang kita.” Kata Bakri kepada Azura yang semakin merapatkan
badannya kepada Bakri.
“ Abang fikir kita perlu tinggal sekali dengan kak Esah? Atau kita duduk sahaja berdua di rumah
lain. Di kondo itu pun boleh,” kata Azura.
“ Abang tidaklah cerewet sangat di mana kita hendak duduk. Asalkan kita boleh duduk
bersama dengan aman tanpa gangguan,” kata Bakri.
“ Abang jangaanlah selalu sangat pergi ke dusun durian tu bang,. Zura cemburukan Hasnah
tu. Dia seorang perempuan duduk di hutan seorang diri pula,” kata Azura yang tidak dapat
menyembunyikan perasaan cemburunya terhadap Hasnah.
“ Oleh sebab dia soranag dirilah, abang kena pergi selalu melihatnya. Kesian dia seorang diri
dalam hutan itu. Dia kadang-kadang memerlukan pertolongan dan dia juga perlukan
kehadiran orang lain di hutan itu. Kalau kita dapat membawa nasi bungkus kepadanya ,dia
cukup gembira, Zura. Harap Zura boleh jadikan dia sebagai kawan. Kita perlukan dia dalam
waktu yang lama, selagi dusun itu ada di situ.”
“ Hasnah tinggal di situ, ya bang?”
“ Tidak. Waktu siang dia ada di situ tetapi waktu petang dia balik.”
Bakri menarik pinggang Azura dan merapatkan badan Azura ke badannya.
“ Zura sayang abang. Zura dah tak nampak orang lain dah. Zura tak percaya kepada orang lain.
Zura percaya abang saja.”
“ Abang pun sayang Zura. Kita akan menjadi suami isteri tidak lama lagi.”

Pantai Puteri waktu petang sunyi sahaja. Angin perlahan. Ombak kecil. Cahaya matahari
petang berwarna merah. Daun-daun ru memagari cahaya matahari daripada menikam terus
ke mata mereka. Bagi orang bercinta, ombak dan pantai adalah lambang cinta yang klise
tetapi orang tetap gemar menggunakannya bagi menggambarkan perasaan mereka. Ombak
tetap menghempaskan pantai. Pantai pula tetap berada di situ menanti, menunggu
hempasan ombak yang lama kelamaan terhakis jua. Begitulah hati wanita bagaimana tabah,
bagaimana cekal, bagaimana degil pun akan cair juga apabila tanpa jemu dirayu, dipujuk oleh
lelaki.
Mereka beredar dari situ dengan kereta Bakri. Mereka diekori oleh pengawal peribadi Azura.

Di Lhoksuemawe, Safiyah mengirim pesanan melalui messenger , meluahkan rasa cintanya
kepada Kamal.
“ Abang Kamal yang Safiyah sayang. Safiyah sungguh rindukan abang. Apabila melihat bayi
ini, Safiyah makin terasa dekat dengan abang. Abang datanglah ke Acheh. Safiyah tetap
menunggu abang. Apabila melihat sawah yang abang beri itu, hati ini rasa berderai seperti
padi yang dileraikan daripada tangkainya. Siangnya panas di tepi sawah ini, tetapi malamnya
dingin kerana Safiyah bersendirian, abang. Safiyah masih teringat bagaimana keidinginan
malam bisa bertukar menjadi hangat dengan kehadiran abang di sisi Safiyah. Safiyah meridui
saat-saat yang sungguh bererti bagi Safiyah, saat-saat yang sungguh bahagia yang tidak dapat
Safiyah lupakan.”
“ Abang juga menyayangi dan merinduimu, sayangku. Tunggulah abang datang,” Kamal
membalas.

177

“ Apabaila abang datang ke Acheh , abang adalah kepunyaan Safiyah walaupun hanya satu
malam, sayang. Safiyah faham abang Kamal adalah suami orang . Bagi Sufiyah abang adalah
buah hati, kekasih, pacar yang bisa mententeramkan dan membahagiakan hati ini. Gelora hati
Safiyah ini bukanlah sengaja diada-adakan sayangku, abang Kamal. Merintih jantung ini
menanti sentuhan abang yang Safiyah tidak pernah lupakan. Datanglah kepada Safiyah yang
sentiasa sahaja mengharapkan kasih sayang suami orang. Safiyah berharap separuh daripada
hati abang masih ada untuk orang seperti Safiyah ini.”
“ Abang mengerti perasaanmu, Safiyah. Abaang tentu sekali akan cuba bersamamu walaupun
hanya untuk seketika waktu,” Kamal membalas.
Safiyah tidak meneruskan mesejnya malah mengucapkan selamat tinggal pun tidak . Agaknya
Safiyah merasa terlalu tertekan dan mungkin dia menangis.
Semasa Kamal dan Safiyah berutus mesej, Erniyani memerhatinya dari jauh. Dalam hati
Erniyani, suaminya sedang menghubungi seseorang yang rapat, mungkin bukan teman biasa.
Erniyani bimbangkan pujuk rayu Safiyah yang boleh merosakkan rumahtangga mereka.

Erniyani nedak dengan keputusannya hendak balik ke Lhoksuemawe kerana rindu kepada
ibunya. Dia tidak pedulilkan lagi apa yang bakal terjadi di kampungnya apabila ketemu
sepupunya, Safiyah. Erniyani telah membaca mesej-mesej yang Safiyah dan Kamal tulis
daripada telefon Kamal. Erniyani tahu Kamal sengaja tidak memadam mesej-mesej itu
seolalh-olah hendak memberitahu Erniyani tentang mesej-mesej Safiyah itu. Erniyani
menempah satu tiket penerbangan ke Lhoksuemawe. Dia akan balik berdendirian tetapi dia
bukan melarikan diri dari rumah Kamal. Dia mahu Safiyah fikir rumahtangganya sedang
bergolak gara-gara mesej cintanya kepada Kamal. Erniyani pun ada rencana juga hendak
ditunjukkan kepada Safiyah.
“ Abang Kamal datang ambil Er kemudian. Jangan lama sangat, abang. Er suka kalau abang
datang bersama Bobi.”
Kamal hairan juga kerana Erniyani tidak menunjukklan kemarahan kepadanya berkaitan
mesej cinta Safiyah itu. Dia akan menyusul Erniyani dalam masa dua hari. Dia beritahu Safiyah
dia akan datang ke Lhoksuemawe dan memaklumkan tarikhnya sekali.Mengapa? Mengapa
Kamal berbuat demikian? Dia juga sayangkan Safiyah walaupun kelakuannya tidak seelok
Erniyani. Safiyah melayan Kamal melebihi layanan yang diberikan Erniyani kepadanya.

Di Lhoksuemawe, Erniyani menerkam ibunya serta memeluk ibunya bagai tidak hendak
melepaskannya lagi.
“Apabila merasa sedih, Erniyani tidak dapat duduk diam-diam di Melaka. Er tentunya
teringatkan ibu.. Er balik ni kerana rindukan ibu. Er juga sedih dengan kelakuan Safiyah. Dia
memang berazam hendak merampas abang Kamal daripada Er. Bagaimana ini ,Ibu?”
“ Janganlah kamu bimbang. Insya Allah kerisauan kamu itu tidak akan berlaku. Ibu berdoa
untuk kamu anakku,” kata ibu Erniyani.
Ibu Erniyani melepaskan pelukannya dan membawa Erniyani duduk di atas sofa.
“ Er nak berehat di sini sehari dua, ibu. Er nak tengok sawah padi yang diberi abang Kamal
itu, bilakah agaknya musim menuai?”
“ Kamu bercakap seperti orang Melayu Melaka. Kamu sudah lupa panen?”
“ Tidak lupa bu. Hihihi.”

178

Erniyani ketawa dalam tangisan. Besoknya, seperti yang dijangka, seperti berbau, Safiyah
datang ke rumah hendak berjumpa dengan Erniyani.
“ Ada bawa hadiah untukku Er? Abang Kamal tidak mengirim apa-apa untuk Safiyah?”
“ Ada,” kata Erniyani sambil memberi satu bungkusan kain.
“ Tudung kepala?”
“Ya.”
“ Terima kasih Er dan terima kasih abang Kamal.”
Erninyani ke dapur dan kemudian keluar semujla ke ruag tamu egnmembawa dua xawan the.
Di bawah cawan untuk Safiyah diletakkan selembar surat salinan mesej Safiyah kepada Kamal.
“ Apa ini, Er?”
“ Tengok dan bacalah.”
Safiyah tersenyum dan menjeling tajam kepada Erniyani.
“ Kamu sanggup bersusah payah kerana ini. Aku sangka kamu tentu gila membacanya.”
“ Aku cukup kuat, cukup kebal menghadapi perkara-perkara macam ini. Kamu fikir
rumahtangga kami akan hancur dengan perbuatan kamu ini? Tidak Safiyah. Aku malah
bertambah sayang kepada suami aku, kamu tahu?”
“ Yalah. Salah jangkaan aku. Bagaimanapun, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kerana cenderamata ini.”
“ Itu satu dozen kain tudung untuk kamu. Pakailah sepuas-puas hati kamu. Masa memakainya
kamu ingatlah Erniyani bukan abang Kamal, kamu mengerti?”
“ Terima kasih sekali lagli,” kata Safiyah.
“ Terima kasih kembali.”
Dua hari selepas itu Kamal pula menyusul ke Acheh. Kamal tidak terus berjumpa Erniyani
tetapi Kamal dicolek dan disembunyi di hotel oleh Safiyah tanpa pengetahuan Erniyani. Kamal
dijangka berada di Lhoksuemawe tiga hari sahaja. Safiyah menempah hotel selama tiga hari.
Kamal berada di rumah Erniyani dalam waktu yang singkat sahaja. Kamal lebih banyak
melayani Safiyah di hotel. Kamal memberi alasan tinggal di hotel adalah kerana keselesaan
dan kemudahan yang ada di hotel.
“ Abang Kamal, kita kahwin sahaja di sini. Safiyah berjanji tidak pergi ke Melaka. Ssfiyah hanya
akan tinggal di Acheh ini.”
“ Abang tidak dapat membuat keputusan tergesa-gsa kerana jika tersalah langkah,
keselamatan abang akan tergugat. Abang pernah dibelasah. Abang perlu berhati-hati.”
“ Kalau begitu, Safiyah hanya boleh berpuas hati sebagai kekasih gelap sahajalah.”
Kamal ketawa. Safiyah pun ketawa. Dia menolak Kamal dengan kasar ke katil sebelum dia
sendiri menghempaskan badannya ke sebelah Kamal.
“ Abang Kamal, kita menipu Erniyani dan Bobi. Kalau meeka tahu kita di sini, tentu perang
besar,” kata Safiyah.
“ Mereka bukan baru tahu tentang Safiyah. Mereka sudah kenal Safiyah sebelum ini,” kata
Kamal.

Datin Fatimah sejak bllik dari Melaka, sentiasa teringat kepada Azimin. Dia sudah jatuh hati
kepada Azimin yang baru ditemui di pejabatnya tempoh hari. Dia terasa seperti tidak hendak
melangkah balik ke Johor Bahru. Dia juga telah jatuh cinta dengan Melaka Bandaraaya
Bersejarah.

179

Datin Faatimah tidak segan-segan lagi menghubungi Azimin melalui messenger. Mereka
selalu berbalas-balas mesej kadang-kadang hingga jam satu atau dua pagi. Mula-mula Datin
Fatimah menggunakan panggilan Encik Azaimin, kemudian bertukar kepada abang, lepas itu
dipanggil pula sayang. Begitu juga Azimin mula-mula panggil Datin, kemudian panggil darling
kepada Datin Fatimah. Mereka mula merasakan mereka sedang jatuh cinta. Azimin ada isteri
dan Datin Fatimah seorang janda.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, hati mereka berdua itu
seolah-olah tidak dapat lagi dipisahkan. Mereka mula mnggunakan perkataan-perkataan
keramat dan frasa seperti rindu, gelora di jiwa, terbuku di hati, bisikan hati dan sebagainaya.
Akhirnya, apabila perasaan rindu tidak dapat lagi dibendung, Azimin mengambil keputusan
berjumpa dengan kekasihnya di Johor Bahru. Maka pada suatu hari, Asfa terperanjat kerana
ayahnya minta bawa dia ke Johor Bahru makan angin.
” Ayah nak tengok Fatimah Enterprise,” kata Azimin kepada Asfa.
“Nak tengok Fatimah Enterprise atau tuan punya enterprise itu,ayah?”
“ Kedua-duanya.”
Mereka ketawa walaupun Asfa bukanlah seorang kelakar. Asfa geli hati melihat ayahnya jatuh
cinta lagi. Ini akan menjadi masalah kepada ibunya, Darisa. Pertemuan Azimin dengan Datin
Fatimah di Johor Bahru mendekatkan lagi dua jiwa yang sedang dilamun perasaan kasih.Maka
termeterailah janji, satu ikatan yang akan mengumpulkan banyak peristiwa kemudiannya.
“ Abang datanglah selalu ke sini. Mah sentiasa menunggu kedatanganmu , sayang.”
“ Ling, sabarlah ya. Yang dulu kita dulukan. Anak-anak itu hendak berkahwin. Biarlah mereka
berkahwin dahulu kemudian kita fikikan rancangan kita pula.”
Azimin sendiri terkejut kerana begitu mudah dia memberi harapan kepada kekasihnya itu.
Azimin belum kaji lagi tentang pandangan anak-anak perempuannya dan isterinya, Darisa.
Asfa tidak menghalang,nampaknya. Bagi Asfa perrniagaan mereka penting juga. Asfa mehu
perhubungan ayahnya dengan Datin Fatimah bukan menjadi penghalang malah menjadi
pencetus ke arah perkembangan perniagaan yang lebih luas.
Azura pula memikirkan perkahwinannya lebih daripada yang lain-lain. Dia mahu mereka
berkahwin cepat dan kemudian barulah dia akan memikirkan rumahtangga ayahnya. Azura
sungguh tidak tenteram memikirkan nasib sahabatnya Kartina yang tertinggal dalam
perlumbaan mencari jodoh itu. Azura juga sangat jengkel mengenangkan perhubungan Bakri
dengan Hasnah. Pening kepala Azura.
“ Kalau ayah hendak berkahwin lagi, kahwinlah. Azura tidak boleh menghalang hak ayah
hendak beristeri lagi kerana ayah mampu,” berbisik kata hati Azura. Hanya tinggal Darisa
sahaja lagi yang membimbangkan Azimin. Adakah Darisa mahu menerima orang lain dalam
keluarga mereka? Darisa membuang gaya hidupnya yang kotor kepada gaya hidup yang baik
seperti sekarang. Ini kerana dia sayangkan Azimin dan anak-anaknya juga. Kalau Azimin tidak
menghargai pengorbanannya mungkin Darisa balik ke lembah maksiat seperti dahulu. Inilah
yang tidak dikehendaki Azimin. Azimin perlukan sedikit masa untuk menenangkan perasaan
Darisa. Dia harap Darisa tidak ada apa-apa halangan dengan Datin Fatimah.
Berbalik kepada isteri-isteri Kamal di kediaman mereka di Karim Tower, Bobi dan Erniyani
tenggelam punca bagaimana harus mereka lakukan lagi untuk mengawal Kamal yang buas itu.

180

Bobi dan Erniyani berbincang bagaimana hendak mengawal Kamal. Ada beberapa options
yang boleh mereka pilih:
1. Tinggalkan Kamal seorang diri di rumah manakala mereka pergi bercuti di mana-mana

pulau yang cantik di Malaysia ini;
2. Buat surat sindiran dan letakkan di bawah cawan kopi Kamal seperti: Selamat pagi

abang Kamal- Safiyah; Selamat pagi abang Kamal- Salmah;
3. Buat nota-nota love quotes seperti: Bobi halal, bang; Erniyani halal, bang;
4. Tempah baju T bertulis kata-kata sindiran seperti: Saya bukan Salmah; Saya bukan

Safiyah.
Mereka mendapati option pertama tidak boleh digunapakai kerana Kamal tidak boleh
dibiar bersendirian kerana Kamal akan keluar merayap macam musang. Surat sindiran dan
love quotes boleh diterima dan baju T walaupun kedudak-budakan, bopleh juga dierima
pakai sebagai sindiran dan jenaka.Bagi setengah-setengah orang,gurauan atau sindiran
menggunakan cawan kopi mengundang masalah. Orang kurang sabar akan
mencampakkan cawan kopi itu ke dinding rumah. Kamal bukan jenis bengkeng dan baran.
Dia tahu sindiran itu memang patut dia terima kerana kesalahannya juga.
Baju-baju T mereka telah hilang. Kamal membuang baju-baju T itu ke dalam tong sampah.
Kamal tahu isteri-isterinya sedang marah kepadanya. Kamal membawa isteri-iserinya itu
berjalan-jalan dengan kereta mewahnya. Kamal membawa mereka ke Bukit Katil melihat
rumah mereka yang sedang dibina.
” Wau! Cantiknya. Hampir siap. Sebulan lagi siap agaknya,”kata Erniyani.
“ Abang Kamal sayang kita. Tentulah dia buat rumah-rumah ini macam Taj Mahal hehe,”
kata Bobi.
“ Safiyah dan Salmah tak dapat rumah macam ni, abang Kamal.”
“ Tentu tidak. Musang-musang betina itu tidak perlukan rumah. Mereka perlukan hutan
tempat sembunyi. Mereka keluar masa tak ada orang hehe. Masa ornag tidur mereka
aktif,” kata Bobi.
Kamal diam sahaja.
“ Mari balik,” ajak Kamal.
“ Makan rojak bang. Dekat Semabok. Tak jauh dari sini. Dekat dah,” kata Bobi.
“ Ok. Er suka rojak pasembur tu.”
Kamal merasa awesome, ketika dua orang wanita cantik berrjalan di kiri kanannya. Hanya
perangainya sahaja yang kurang senonoh, ada dua orang isteri yang cantik , masih layan
orang lain.
Cikgu Ismail datang dari Segamat berjumpa Asfa di Melaka. Asfa ditemani oleh Karim.
Mereka makan tengah hari di Tanjung Bidara. Cikgu Ismail adalah bekas guru Asfa ketika
Asfa dalam Tingkatan Lima. Cikgu Ismail minta Asfa melabur dalam bisnesnya di Segamat.
Dia hendak membuka kelas tusyen di sana. Dia perlukan banyak wang untuk memulakan
kelas tusyennya. Dia perlu membayar pendahuluan sewa premis, gaji guru dan kerani,
peralaltan kelas, hawa dingin dan bayaran elektrik dan air.
Cikgu Ismail bercadang membuka kedai minuman yang menjual air dan kek sahaja di
tingkat bawah premis. Sekiranya Asfa berminat bolehlah dia membuat perincian dan
anggaran keperluan pejabat. Asfa tidak berfikir panjang. Dia kurang berminat dengan

181

perniagaan pendidikan. Dia tidak ada pengetahuan tentang kelas tusyen dan dia tidak
tahu bagaimana hendak menguruskan kerja-kerja kelas tusyen.
Cikgu Ismail, saya minta maaf saya kurang berminat dengan bisnes itu. Saya tidak dapat
membantu Cikgu Ismail.”
“ Ini bukanlah paksaan. Kalau Cik Asfa ubah fikiran selepas ini, saya sedia menerimanya
dengan senang hati.”
“ Apa salahnya kalau As tolong cikgu ini?”
“ As bukan tak nak tolong. As tak fikir boleh menyelia dua tempat yang jauh dalam satu
masa. As sudah ada bisnes di Johor Bahru. Tempatnya sudah cukup jauh. Bagaimana As
nak memantau Segamat pula. Lagi pun bidang ini bukan minat As.”
“ Abang ingat As fikirkan semula. Ambil masa yang As perlukan,” kata Karim.
“ As tak nak. Kalau abang berminat, abang sahaja meneruskan perincangan dengan Cikgu
Ismail,” kata Asfa.
“ Kamu janganlah tegas sangat dengan bekas guru kamu.Dia perlukan bantuan. Sekiranya
As boleh membantu, bantulah. Kalau As keberatan , abang akan menolong Cikgu Ismail
ini. Cikgu Ismail kena terima Asfa sebagai rakan kongsi cikgu. Kalau cikgu setuju kita boleh
teruskan rundingan ini.”
“Minta maaf. As cadangkan abang minta Kartina menjadi rakan kongsi Cikgu Ismail. Harap
Kartina tidak menolaknya. As sendiri sangat sibuk. As perlukan masa untuk diri As sendiri
lebih-lebih lagi apabila As berumahtangga nanti.”
“ Saya sediakan kertas kerjanya. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada saya.”
“ Saya harap Cikgu Ismail gembira untuk hari ini,” kata Asfa.
“ Kamu sangat tegas dengan pendirian kamu. Kamu tidak takut mengatakan tidak kepada
apa yang kamu tidak suka.”
” Orang di pejabatnya sudah faham dengan perangai Asfa ini, cikgu.”
Bakri dan Kartina di Pantai Puteri. Mereka berdiri di tempat yang sama yang selalu meeka
menikmati keindahan Pantai Puteri dengan Selat Melaka yang tenang. Di tepi tempat
mereka berdiri ada sebuah bangku batu yang cantik dan bersih. Di belakang mereka
tersergam bangunan hotel tempat mereka makan dan minum jika mereka ada
kelapangan. Pengawal peribadi Kartina berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“ Tina harap Azura tidak marah kerana Tina pinjam abang sekejap di sini. Lama juga kita
tidak datang ke sini. Rasa bertahun-tahun. Tetapi keadaan sekarang dengan keadaan pada
masa itu tidak sama.Masa itu abang bebas tidak terikat dengan tali pertunangan. Sekarang
abang tunang Azura. Tina hanya menumpang kasihan belas Azura.”
“ Jangan bercakap begitu . Kamu dengan Azura adalah setaraf. Kamu cuma tidak
mendapat hak sebagai tunang sahaja tetapi dalam hati abang kamu tetap abang sayang
seperti Azura juga.”
“Bukanlah senang Tina nak menumpang tunang orang.”
“ Ada apa Tina ajak abang datang ke sini?” Bakri bertanya.
“Tina nak tanya abang, elok tidak bisnes Kelas Tusyen?”
“ Bagus tu bagus. Kalau ada masalah pun, gaji guu-guru. Guru -guru itu tidak mahu lagi
mereka dibayar murah-murah. Kalau kita hendak guru yang berkualiti , gajinnya pun perlu
tinggi.”

182

“ Tina tidak ada pengalaman tentang bisnes ini. Tapi ayah hendak Tina tolong Cikgu Ismail
tu. Dia perlukan bantuan modal . Ayah mahu Tina menjadi rakan kongsi.”
“Kalau Tina ambil bisnes ini bermakna Tina kena berulang-alik ke Segamat.Banyak masa
habis di tengah jalan.”
“Tina, tiap-tiap venture ada halangan . Kita perlu megaatasinya dan anggaplah semua
kesulitan itu sebagai pengorbanan,”kata Bakri yang kemudiannya meyambung,” Kita perlu
ingat, perniagaan ini tidak semestinya mendapat untung sahaja. Kadang-kadang rugi.”
“ Abang izinkan Tina berulang-alik dari Melaka-Segamat-Melaka?”
“ Sesekali abang boleh temankan Tina ke Segamat.”
Mereka beredar dari situ dan masuk ke hotel unuk minum teh.

Azura mendapat tahu Bakri ada berjumpa dengan Kartina di Pantai Puteri. Azura menjadi
cemburu kepada Kartina kerana Bakri dan Kartina berjumpa di tempat mereka memadu
kasih. Di situlah juga tempat Azura bermanja-manja dengan Bakri.
Azura bercakap dengan Kartina dalam bahasa yang sinis dan kasar.
“ Dulu bolehlah Zura didamkan kerana kami belum bertunang. Sekarang kamu tidak boleh
lagi bekepit dengan tunangan orang.Kamu tidak malu Tina,” kata Azura”
“ Kami bercakap tentang peluang perniagaan. Abang Bakri tidak menghalang Tina
menceburkan diri dalam bisnes yang mereka bincang..”
“ Kamu nak buat bisnes buatlah. Jangan libatkan tunang orang.”
“ Jangan kamu sombong sangat. Suami orang pun ada orang rampas inikan pula tunang
orang.”
“ Jangan kamu sebut jangan kamu cuba. Zura tidak benarkan kamu menyentuh abang
Bakri.”
“ Kamu patut tahu, abang Bakri bukan sahaja menyentuh Tina malah dia memeluk
pinggang Tina.”
“ Eeeei geramnya.”
Azura memutuskan talian telefonnya dengan marah. Azura belum tahu, Bakri berjanji
dengan Kartina akan bersama Kartina ke Segamat sekali-sekala. Azura marah dan geram
serta cemburu mengalirkan air matanya semasa bercakap dengan Kartina.

Bab 45

Datin Fatimah turun dari Johor Bahru ke Melaka semata-mata hendak berrjumpa Azimin.
Sejak menjanda hatinya menjadi kering tetapi apabila bertemu dengan Azimin, hatinya
berbunga kemabali. Masih ada ruang bagi Datin Farimah jathuh cinta lagi kerena dia masih
muda dan dia rasa ada orang mahu mendekatinya. Sejak terpandang Azimin, dia merasa
ada debaran, ada degupan nyaman dan halus yang menyenangkan. Dia merasakan dia
sudah jatuh hati kepada Azimin yang kacak itu.
” Abang Azimin handsome. Mah macam hendak duduk dengan abang malam ini juga.”
“ Abang pun sama juga. Kalau boleh tidak hendak melepaskan Fatimah balik. Abang nak
kahwin hari ini juga,’ kata Azimin.
“ Abang ambillah Mah jadi isteri abang.”
“Abang ada isteri , ada anak.”

183

“ Mah tak kisah sangat pasal anak isteri abang.”
“ Kalau Mah sanggup bermadu, maknanya Mah sanggup mengharungi suka dukanya, suka
duka bermadu.”
Pantai Puteri itu banyak menyaksikan pasangan bercinta. Ababila mereka berkahwin,ada
yang balik ke pantai itu hanya ingin menikmati masa -masa lampau yang indah. Ada yang
tidak penah balik-balik , mungkin kerana mereka hendak melupakan peristiwa nostalgik
yang mengahampakan mereka di pantai itu.
“ Mah sayang abang. Mah sebatang kara, tiada siapa yang akan menjenguk Mah masa tua
nanti. Mah takut mati bersendirian, hanya disedari apabila bau busuk dalam rumah.
“ Mah janganlah fikir yang bukan-bukan. Kan abang ada ni?”
“ Sudikah abang mengambil Mah sebagai isteri abang?”
“ Sabarlah Mah. Kita kahwinkan budak-budak ini dahulu.”

Kartlna berbincang dengan Cikgu Ismail tentang kertas kerja ayang disedia oleh Cikgu
Ismail. Cikgu Ismail menerangkan secara terperinci kertas cadangannya meubuhkan kelas
tusyen di Segamat.Mereka setuju dengan matlamat dan objektif, cara-cara menangani
masalah, strategi dan langkah-langkah melaksanakan kerja.

Kartina kurang berpuas hati dengan kertas kerja Cikgu Ismail itu kerana tiada ditunjukkan
unjuran pendapatan bagi tempoh beberapa tahun pertama oprerasi.
Selepas selesai mereka becakap, mereka makan tengah hari di Hoel Pantai Puteri. Cikgu
Ismail cuba mendekati Kartina tetapi dihalang oleh pengawal peribadi Kartina.

Di pejabat Bakri, Kamal dipanaggil untuk melaksanankaan satu urusan. Kamal diminta
membawa Salmah dan Hasnah bercuti di Phuket, Thailand. Kamal juga diberi surat temu
janji Salmah dan Hasnah dengan hospital di situ.
“ Bawa mereka ke hospital di situ,” kata Bakri kepada Kamal.
Kemudian Kamal diberi empat tiket kapal terang pergi balik. Bakri mahu Erniyani
menemani Kamal. Bobi tidak ikut serta.
“ Baik ayah,” kata Kamal.
Kamal keluar dari pejabat Bakri dan kemudian terus menelefon Hasnah dan Salmah
memberitahu percutian mereka yang diatur oleh ayah mertuanya, Bakri.
Salmah dan Hasnah tidak mengetahui tentang percutian yang diatur oleh Bakri sebelum
Kamal memberitahu mereka. Salmah gembia kerana dapat berehat daripada routine kerja
yang menjemukan. Hasnah tidak begitu gembira kerana dia banyak kerja dan perlu berada
di Dusun Durian Bakri.
Datin Fatimah berkahwin dengan Azimin di Johor Bahru. Tiada seorang pun ahli kerluarga
Azimin berada di Johor Bahru pada masa itu. Apabila balik dari Johor Bahru ke Melaka,
mereka diberi sambutan dingin. Anak-anak , Asfa dan Azura tidak suka cara Azimin
berkahwin dengan Datin Fatimah. Asfa berpendapat ayahnya patut fokus tentang
perkahwinan anak-anaknya dahulu daripada dia sendiri yang berkahwin.
Azura nampak pengaruh Datin Fatimah ke atas ayahnya sangat kuat. Mereka sanggup
berkahwin senyap-senyap, membelakangkan keluarga asalkan perkahwinan itu diurus
dengan segera.

184

Darisa tidak dapat menahan kesabarannya dan marah sangat dengan Azimin yang
sepatutnyaa mendahulukan perkahwinan anak-anak mereka. Darisa setuju dengan
pandangan Asfa dan Azura tentang perkahwinan suaminya. Darisa sekarang ada madu
yang lebih muda daripadanya dan cantik pula.
Darisa akur dengan perkahwinan Azimin itu walaupun dia kurang senang dengan
kehadiran Datin Fatimah di Melaka. Datin Fatimah dapat merasakan kehadirannya kurang
disenangi oleh keluarga Azimin tetapi dia menganggap itu adalah satu proses sosial yang
harus ditempuhi oleh sesiapa yang bermadu.
Satu jamuan kecil diatur oleh Azimin di Hotel Pantai Puteri. Mereka yag dijemput adalah
ahli keluarganya sendiri, Bakri, Basri dengan Fariana, Kamal dengan Bobi dan Erniyani,
Karim dengan Kartina dan Salmah serta Hasnah. Sebelum mereka makan, Azimin
memperkenalkan Datin Fatimah sebagai isterinya .Mulai pada masa itu mereka boleh
memanggil Datin Fatimah sebagai Puan Fatimah sahaja. Azimin membaca doa makan dan
kemudian mereka mulai menikmati juadah yang disediakan.
Pemandangan di situ pada masa itu: Azimin diapit oleh dua orang isterinya; Bakri
berdekatan dengan Azura, Karim duduk berdekatan dengan Asfa, Basri bersama Farina,
Kamal bersama Bobi dan Erniyani, dan Kartina berrsama dengan Salmah dan Hasnah.
Keadaan Pantai Puteri tenang sahaja. Selat Melaka dilihat dari Pantai Puteri, tidak
beralun. Angin bertiup perlahan. Pokok-pokok ru membarisi pantgai dan memagari
cahaya matahari terik menjadikan Pantai Puteri itu redup dan sejuk.
Bagi Azimin, dia tahu cinta itu bukan sahaja menyatukan dua jiwa malah mendekatkan
ikatan kekeluargaan dan sahabat-sahabat.

Slepas balik dari Phuket, Thailand Erniyani melaporkan diri kepada Bobi. Erniyani
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam percutian itu.
“ Salmah dan Hasnah menggugurkan kandungan , kak Bobi,” kata Erniyani.
“ Tidak memeranjatkan tetapi tidak menyangka itulah perkara pokoknya. Mereka adalah
pelancong kesihatan.”
Erniyani memberitahu Bobi bahawa Kamal menghamilkan Salmah dan Bakri
menghamilkan Hasnah.Bobi menerima tekanan yang hebat kerana orang yang paling
dekat dengannya iaitu suaminya dan ayahnya terlibat dalam maksiat serupa itu. Bobi
merasa sangat sedih kerana baik suaminya mahupun ayahnya tidak merasa bersalah
kerana mereka ada wang. Mereka akan disoal di akhirat nanti, apakah yang dibelanjakan
mereka dengan wang kekayaan mereka.
Bobi malu dan kesal kerana keluarga Azimin dan Karim berusaha berssungguh-sungguh
membersihkan kehidupan mereka yang kotor kepada kehidupan; yang lebih bersih tetapi
Bakri hanya berusaha dengan cakap-cakap kosong sahaja kerana dia masih lagi dengan
kehidupan yang tidak menunjukkan boleh berubah menuju ke arah kehidupan yang lebih
baik.
Bobi rasa keluarga ayahnya sungguh pincang dan keluarganya sendiri tidak membantu
menjernihkan keadaan apabila suaminya sendiri memalukannya.
Azura bercakap dengan Bakri di Pantai Puteri tempat biasa mereka berjumpa. Azura
ditemani oleh pengawal peribadinya. Bakri memilih duduk di atas bangku batu di situ,
Azura turut ikut duduk di sebelah Bakri.

185

“ Apalah abang ni, sudah dekat nak berkahwin pun masih buat perangai juga. Zura ni tak
cukup bagi abang?”
“ Abang ingat Hasnah tu pandai jaga diri. Dia berpendidikan,” kata Bakri.
“ Dia sengaja biarkan diri dia mengandung. Dia hendak menjerat abang dengan cara
begitu. Abang tidak sedar lagi?” Azura bertanya.
“ Dia sayangkan abang. Abang pun sayangkan dia juga . Semua yang sayang abang,
abang layanlah.”
“ Abang ni semua orang abang mahu. Susah kita nanti abang,” kata Azura dan kemudian
menyambaung, “ Macam mana nak nasihatkan abang? Sakit hati Zura ni tahu.”
Azura sebak dan menangis. Bakri memeluk bahu Azura. Dia tidak berkata apa-apa, hanya
kedengaaran esakan dan bunyi hidung yang berhingus. Bakri memberikan Azura
sebungkus kecil kertas tisu yang belum dibuka. Azura mengesat matanya dan
menghembus hingusnya. Tisu yang berhingus itu dimasukkan ke dalam beg tangannya.”
Abang tak boleh pergi ke mana -mana malam ini,” kata Azura kepada Bakri yang cepat
faham maksud Azura itu.
“Baiklah mari kita pergi.”
Mereka bangun dari situ. Azura seperti kebiasaannya memegang lengan Bakri ketika
berjalan. Dia memakai cermin mata hitam besar bagi meutupi matanya yang merah
kerana menanagis.
Di kondominium Bobi, Erniyani melawat Bobi dan Kamal. Mereka menyambung
percakapan mereka tentang percutian Kamal dengan Salmah dan Hasnah di Phuket,
Thailand.
” Susah juga abang Kamal ini. Licik benar,” kata Erniyani, kemudian dia menyambung’” Di
Acheh Er tak dapat mengawal abang Kamal kerana Er bersendirian tetapi di Melaka ini Er
dengan kak Bobi pun tak dapat mengawal abang Kamal.”
“ Bila musang jantan terlepas, adalah musang betina yang akan bunting,” kata Bobi.
Selepas minum, Kamal hendak lekas-lekas keluar ke pejabat. Bobi tidak mahu Kamal
singgah di rumah ayahnya, Karim.
“ Abang terus ke pejabat. Jangan melencong ke Taman Ayer Keroh. Kawasan itu sesak sikit
dengan trafik,” kata Bobi. Erniyani dan Bobi menghantrar Kamal hingga ke pintu. Bobi
menyediakan kasut Kamal di depan pintu. Erniyani mengemaskan tali leher Kamal.
Erniyani memberi ciuman mesra , kemudian diikuti oleh ciuman Bobi.
Erniyani membuka beg tangannya dan membuka kotak barang-barang cenderamata
untuk Bobi.
“ Ini hadiah Er untuk kakak Bobi.Tak seberapa. Cuma ada sedikit kelainan jika dibeli di
Jonker Walk.”
“ Kamu tentu bahagia di situ Er. Phuket itu satu tempat terkenal dan cantik.”
“ Memang mengagumkan. Mungkin itu kali pertama ke situ,tentulah menyeronokkan.”
“ Kamu patut ada bersama. Kalau kamu tak ikut, agaknya abang Kamal pengsan digigit
musang-musang betina tu.”
Mereka ketawa.
“ Lain kali kita pergi shopping di sana, boleh tak kakak Bobi?”
” Berdua atau bertiga dengan abang Kamal?”
“ Kalau bertiga , kita tidur sekatil?” Erniyani berseloroh.

186

Mereka ketawa lagi.
Bakri berjumpa Hasnah di dusun durian. Bakri minta maaf atas apa yang terjadi. Bakri
bersimpati atas kessusahan yag terpakasa dialami oleh Hasnah.
“ Abang minta maaf. Hasnah boleh maafkan abang kerana trauma yang dilalui.”
“ Kerana sayangkan abang, Has sanggup menghadapi semua kesusahan. Menggugurkan
kandungan bukanlah perkara kecil. Ia melibatkan moral dan agama, abang. Itulah yang
menjadaikan Has traumatic.”
“ Abang minta Has lebih sensitif dengan kehamilan yang tidak dikehendaki,” kata Balri.
“ Adakah abang masih sayangkan Has, setelah apa yang berlaku?”
“ Abang masih mahu bersama denganmu, sayang.”
“Entah macam mana hati Has ini sentiasa percayakan abang. Has tidak pernah terfikir
abang akan menganiayakan Has.”
Kemudian Hasnah melaporkan kemajuan dusun mereka, keadaa anak-anak pokok durian
dan betik ang mereka tanam. Hasnah puas hati dengan prestasi pekerjapekarja meeka.
Mereka rajin dan bertanggungjawab. Keadaan dusun bersih, terang daripada rumput-
rampai yang tidak dikehendaki . Anak-anak pokok durian dan betik hidup subur, mulai
membesar. Seronok melihaatnya.
Hasnah menyatakan raa sayangnya kepada Bakri. Perasaan yang datang sendiri, katanya.
Hanah tidak peduli Bakri akan berkahwin dengan Azura atau Kartina.
“ Kalau tidak dapat berkahwin pun tidak mengapa asalkan abang sayang kepada Has.”
“ Has sihat?”
“ Abang sihat?”
Mereka ssenyum. Bakri merapati Hasnah dan terus merapatkan Hasnah dalam
pelukannya.
“ Rindu abang,” kata Hasnah
“ Sasma, sayang,” kata Bakri kepada Hasnah
“ Sedap epal terlarang ni.”
“ Gebu dan lembut. Manis tak masam,” kata Bakri dan dia menyambung lagi,” Bagaimana
keadaan Has sejak balik dari Phuket?”
“ Has sihat walaupun sedkit terperanjat kerana fobia.”
” Baguslah Has sihat. Abang datang ni nak tengok keadaan Has,” kata Bakri.Tidak lama
kemudian mereka tertidur.

Bab 46

Azimin mencadangkan penutupan Syarikat Fatimah Enterprise kerana isterinya perlu
berada di Melaka, berdekatan dengannya. Fatimah suka hendak berpindah ke Melaka
tetapi dia sayangkan perniagaannya di Johor Bahru.
Ada kemungkinan Asfa tidak bersetuju menutup syarikat itu kerana mereka sudah banyak
melabur dalam syarikat itu.
“ Mah nak berdekatan dengan abang. Mah sayang Faatimah Enterprise. Apalah ertinya
bagi kita duduk berjauhan kerana hendak mencari wang, sebenarnya kita tidak perlu
bekerja keras lagi mencari wang kerana abang orang kaya. Abang perlu membelanjakan
wang yang ada itu.”

187

“ Yalah Mah. Abang setuju. Bila lagi kita hendak membelanjakan wang kita? Kalaupun kita
idak membelanjakan wang kita itu , anak-anak kita akan menghabiskannya juga,” kata
Azimin kepada isterinya, Fatimah.
“ Buat apa Mah susah payah mencaari wang kerana suami Mah orang kaya.Lebih baik Mah
jaga abang di Melaka.”
Sebenarnya Fatimah Enterprise mengambil banyak masa rehatnya. Perniagaan itu juga
menjadi punca kerunstuhan rumahtangganya dahulu. Fatimah tidak mahu kejadian yang
serupa menimpa rumahtangganya yang kedua ini. Dia perlukan masa untuk dirinya,
maknanya dia perlu banyak masa berada di rumah, menguruskan rumahtangga dan
melayani suami dan anak-anak.
“ Mah akan bercakap dengan Asfa tentang masa depan Fatimah Enterprise di Johor Bahru
itu.”
Rancangan Fatimah ialah hendak menjujal lerus perniagaannya itu . Ada sahabatnya yang
boleh membeli keseluruhan syarikat itu. Sementara itu Azimin diminta mencari tempat
tinggal yang susuai untuk Fatimah dan anak-anaknya.
Azimin bertanya bakal menantunya, Karim sama ada masih ada unit yang belum terjual
di Karim Tower. Karim memberitahu, semua unit telah dijual. Hanya tinggal unit
kupnyaannya sendiri. Kalau dia mahu, Karim akan menawarkan harga pemaju kepada
Aminin. Azimin setuju.
” Ayah boleh pindah masuk serta merta,” kata Karim yang bakal menjadi menantu Azimin.
Karim juga menawarkan kondominium yang sedang dalam proses pembinaan di Pantai
Puteri yang sedang dibina oleh Karim. Azimin tidak bercadang hendak membelinya kerana
dia membeli rumah ikut keperluan sahaja.
Cadangan membina kondominium di Patnai Puteri yang dibuat oleh Syarikat Pembinaan
Karim telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Majllis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Karim memberi sedikit taklimat kepada Kamal dan Kartina tentang projek membina
kondominium itu.
Tugas Kamal yang segera adalah membina pagar di sekeliling kawasan pembinaan;
sediakan pejabat tapak; bersihkan kawasan; kawal selia penanaman cerucuk oleh syarikat
yang mereka pilih; dan menaikkan papan kenyataan pembinaan projek.
Karim perlu berunding dengan bank berkaitan jadual pembayaran bank kepada syarikat
sebagaimana termaktub dalam kertas cadangan pinjaman yang dilulus kepada Syarikat
Pembinaan Karim.Kartina diberi tugas menentukan bagan-bahan binaan ditempah,
dihantar mengikut jumlah dan jadual yang disediakan. Kartina juga dikehendaki
mengemaskinikan senarai pekerja mahir dan kurang mahir. Kartina juga diminta
menambah bilangan pekerja lulusan diploma kerana kumpulan itu mempunyai kemahiran
dan mahu turun padang dan tidak suka memakai tali leher.
Karim berdoa. Kamal dan Kartina mengaminkan doanya. Dalam hati Kamal terlintas
perasaan tamak iaitu satu unit untuk dia dan satu unit untuk Kartina.
“ Makan di mana ayah?”
“Nasi beriani Muar.”
“Tak payah. Di sini ada. Tu di situ.”
Karim menunjukkan gerai makan di tepi jalan yang tidak disangka oleh Kamal dan Kartina.
Mereka tersenyum dalam protes. Karim terbayang bagaimana tiga buah kereka Mercedes

188

Benz yang akan berhenti di depan gerai tepi jalan. Orang kaya makan di tepi jalan jarang-
jarang berlaku.
“ Apa salahnya, jom,” kata Kartina.
Dalam hatinya Kartina berrkata,” Sebenarnya aku tidak sedar, kami adalah orang kaya.”
“ Ayah, minta sedikit bahan binaan unuk rumah saya di Bukit Katil tu,” pujuk Kamal kepada
ayahnya.” Apa tu bisik-bisik. Adalah projek tu. Baik cakap abang Kamal, apa dia?”
“ Minta bahan binaan nak siapkan rumah di Bukit Katil tu.”
“ Oooo pandai.Tina ni yang menjaga barang-barang tu tau?”
Kamal dan Karim ketawa. Kartina menepuk belakang bahu abangnya. Itu cara dia
bergurau.
“Bertambahlah musang betina nanti.”
Mereka bertiga ketawa. Kamal rasa tersindir.
Mereka makan nasi campur layan diri. Karim dan Kamal suka masak asam pedas ikan pari.
Kartina ambil asam pedas ikan jenahak.
“ Mereka minta air sirap pink. Kartina mina ditambah air kosong suam.
Malam itu Azimin ke kondo Fatimah, isteri keduanya. Fatimah mencium tangan suaminya
dan diikuti oleh dua orang anaknya. Kemudian budak-budak itu menghilangkan diri ke bilik
mereka . Azimin betanya Fatimah apa yang kurang, apa yang tidak ada.
“ Mah perlukan kenderaan menghantar dan mengambil anak-anak pergi dan balik
sekolah. Mah takut anak-anak itu dicolek kerana mereka anak-anak tiri orang kaya, “ kata
Fatimah kepada Azimin dan menyambung,” Mah rasa selesa di sini. Mah boleh berjumpa
Asfa dan Azura dengan senang.
“ Duduk sini baik-baik , sayang. Jamgan ingat lagi Johor Bahru. Orang kata, barang yang
lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun hati, “ kata Azimin.
Memang dalam hatinya , Fatimah hendak melupakan kisah silamnya dan berusaha
memperbaiki dirinya dengan mengurangkan aktiviti perniagaannya.
” Mah dah bercakap dengan Asfa tentang kedudukan Fatimah Enterprise. Asfa bersetuju
dia menjualkan sahamnya kepada sahabatnya di Johor Bahru. Sekarang Fatimah
Enterprise diurus oleh pemegang saham yang baru di Johor Bahru. Asfa, Azura dan Bobi
masih lagi pemegang saham terbesar.”
“ Datin Faridah tu boleh diharap dan boleh dipercayai, abang”
“ Harap bgitulah,” kata Azimin.
“Mah boleh kerja di Fesyen Rasa Kasih?”
“ Abang ingat boleh. Boleh buat kerja di rumah kalau mahu. Sayang boleh mengetuai unit
pakaian kanak-kanak sebagai pereka dan juga pengawal kualiti.”
“ Fatimah membawa bihun sup dan air kopi panas kepada Azimin.
“ Abang makanlah. Ini sahaja yang ada.”
Azimin memegang tangan isterinya dan menarik Fatimah ke sisinya.
“ Sekarang ke? Di sini?” Fatimah sengaja bertanya.
Azimin meletakkan tangannya ke pinggang Fatimah.
“ Sayang minta apa tadi. Nak kereta hantar anak-anak ke sekolah?”
“ Ya bang. Mah tahu abang mampu.” “ Nanti abang mina Asfa uruskan.”
“ Boleh Mah minta kereta yang Mah suka?”
“ Kereta apa?” Azimin bertanya.

189

“ Honda Civic.”
“ Oooo macam Azura punya. Asfa boleh uruskan . Beres.”
“ Petang esok Asfa hantarkan,” kata Azimin beri jaminan.

Bakri sedang minum di café hotel. Bakri mengimbas kembali kehidupannya dan kehidupan
rakan-rakannya. Bagi Bakri hidup bersama isteri yang lumpuh satu pengalaman yang
mengerikan. Tidak mudah bagainya menjalani hidup sehari-harian dengan Esah. Dia
sungguh merasa tertekan dan sedih mengapa dia tidak bekahwin sahaja walaupun ada
halangan daripada Esah pada mulanya.
Agaknya Esah pun tidak dapat menahan rasa bersalahnya kepada Bakri kerana
menghalang Bakri berkahwin lagi . Sekaang dia tidak lagi tegas dengan larangannya
supaya Bakri tidak berkahwin lagi. Dia pun tidak berapa peduli lagi tentang perjanjaian
perkahwinan mereka. Esah sedar melarang orang daripada berkahwin adalah salah,
bukan sunah nabi.
Bagi Bakri bejumpa dengan Kartina adalah satu peristiwa yang baik yang menyedarkan
Bakri masih ada orang tidak memandang rupa dan wang ringgit dalam kehidupannya.
Mengenali Azura menjadikan Bakri sedar bahawa ada orang agresif, tidak pedulikan hak
orang lain, tidak menjaga maruah, asalkan dia dapat apa yang dikehendakinya. Sekianya
dia dapat menamatkan aktiviti seksnya dengan Azura, dengan mengahwininya,Bakri rasa
dia mencapai satu kejayaan.
“ Di tengah-tengah usaha membersihkan kehidupan daripada maksiat, aku bertemu pula
dengan Hasnah, seorang graduan pertanian,” bisik hati Bakri.
Projek pertanian yang diusahakan oleh Bakri dan Hasnah merapatkan perhubungan
mereka. Mereka menjadi seolah-olah satu pasangan bercinta, tanpa mereka sedari
mereka hidup sebagai suami isteri walaupun tidak sah. Bakri perlu selesaikan kekusutan
itu kalau dia ingin perjuangan mereka hendak membina keluarga bemoral dan beragama
dapat dicapai.
Bakri boleh berpuas hati walaupun dia tidak boleh mendabik dada mengatakan dia telah
berjaya mendisiplinkan Basri dengan menyuruh Basri dn Farina berkahwin. Mereka belum
berkahwin walaupun merancang akan berkahwin tidak lama lagi. Hidup sepert suami isteri
bukanlah satu kebaikan yang Bakri boleh banggakan. Tiada siapa pun dalam keluarga Bakri
merasa senang dengan cara hidup gigolo yang diamalkan oleh Basri dan kemudian akhir-
akhir ini hidup sebagai suami isteri di luar ikatan perkahwinan.
Bakri menyedut sedikit minumannya kemudian meletakkan semula gelas minumannya.
Dia menyandarkan badannya ke kerusi sementara pandangannya terus ke hadapan, satu
pandangan yang kosong. Dia terus melayani peristiwa-peristiwa yang menjadi kenangan
dalam hidupnya. Dia masih teringat bagaimana dia menyuruh pekerja-pekerjanya
mengasari Kamal kerana melambat-lambatkan perkahwinannya dengan Bobi. Sekarang
Bakri berpuas hati , Bobi sudah bersuami walaupun suamainya sudah beristeri.
Bakri masih teringat bagaimana dia merosakkan hidup Hasnah dengan
menghaamilkannya dan menggugurkan kandungannya . Bakri tahu itu adalah perbuatan
dosa , dosa yang berganda iaitu bezina dan menggugurkan kandungan. Kalaulah rakan-
rakannya sedang berusaha memperbaiki kehidupan mereka , Bakri pula dalam usaha

190

memperbaiki kehiduupan anak-anaknya dan kehidupannya sendiri, membiarkan dirinya
berglumang dengan dosa dan mencampakkan dirinya hidup dalam kancah kekotoran.
“ Apakah kebaikan yang aku buat? Apakah sumbangan yang aku berikan kepada diriku
sendiri dan orang lain?” Bakri bertanya dirinya sendiri. Mungkin Bakri boleh mengatakan
dia ada memberi sumbangan di sebalik keburukan yang ada pada dirinya. Dia berjaya
memujuk Basri dan Farina berkahwin. Dia dengan Hasnah berjaya membuka dusun durian
seluas sepuluh hektar. Dia mengahwinkan Bobi dengan Kamal.
Usaha-usaha baik Bakri it tidak dapat menghapuskan maksiat kerana merosakkan Azura
dan menghamilkan Hasnah.
Dia patut lebih banyhak membanatu Kartina dengan asrama anak-anak yatim itu. Dia
patut memikirkann bagaimana hendak mengindahkan lagi Panai Puteri , bagaimana
hendak meningkatkan keumdahan bagi pengunjung-pengunjung yang daltang ke situ.
Usaha Bakri dengan rakanrakannya hendak mengubah cara hidup mereka nampakya
belum lagi tercaapai.

Bakri menghabiskan minumannya kemudian bangun dan keluar dari situ. Dia
memerhatikan Selat Melaka, satu pemandangan yang tenang dilihat dari jalanraya di tepi
paatai. Itulah Pantai Puteri yanag disayangi Bakri. Di situlah dia melepaskan kesedihannya
kerana keadaan Esah yang lumpuh. Di situlah dia menumopahkan kasih sayangnya kepada
Azura dan Kartina, dan di situlah juga dia berazam hendak membersihkan dirinya
daripada noda dan dosa. Bakri terus melayan lamunannya semasa dia memandu.
Azmin dan Karim tentu setuju dengan Bakri bahawa mereka hanya mencapai kejayaan
yang sedikit sahaja. Azimin hanya berjaya mengawal aktiviti isterinya yang dahulunya
seorang isteri yang curang. Perkahwinannya dengan Fatimah sekurang-kurangnya boleh
membantu mengurangkan kesulitan Fatimah yang menjadi ibu tunggal itu.
Bakri berpendapat mungkin apa yang ada dalam hati Azimin ialah selagi anak-anaknya
tidak berkahwin dan hidup bahagia selama itulah Azimin tidak berani mengatakan dia
telah berjaya membina keluarga bahagia.
Bakri juga memikirkan bagaimana keadaan Karim dengan keluarganya. Setelah
menceraikan isterinya, Karim hidup bersendirian. Rumahnya diurus sementara oleh anak
saudara Bakri, Salmah. Karim bercadang hendak berkahwin dengan Asfa seperti yang
mereka rancangkan.
Pada pandangan Bakri juga, Karim menghadapi kesulitan dengan anaknya , Kamal yang
suka hidup bebas walaupun sudah beristeri. Sebagaimana dia menyesali dirinya, Bakri
turut menyesali Kamal yanag menghamilkan Salmah. Karim juga tidak senang mellihat
Kartina belum bersuami.
Dalam hatinya Bakri berpendapat apabila semuanya sudah menjadi baik barulah mereka
boleh mengatakan perjuangan mereka memerangi maksiat dalam keluarga mereka telah
berjaya. Kalau dianggap mereka menegakkan sebatang tiang seorang, tiang paling lemah
ialah tiang Bakri. Binaan yanag punya struktur yang lemah , senang runtuh dan ranap ke
bumi.
Kamal berjumpa Salmah di rumah ayahnya , Karim. Da merasa lama sangat tidak berjumpa
dengan Salmah sejak balik dari Phuket. Sslmah bersendirian di rumah. Ayah Kamal telah
pergi ke pejabat. Salmah nampak gembira apabila Kamal datang berjumpa dengannya.

191

“ Sal sentiasa ada apabila diperlukan. Sal sayang abang. Sal tidak peduli apa yang akan
berlaku kepada Sal kerana sayangkan abang. Sal tidak peduli apa akibatnya, bang.”
“ Ya , sayang.”
“Kalau Sal mati pun Sal tidak kesal kalau kematian itu kerana sayang kepada abang,” kata
Salmah kepada Kamal.
“ Abang sayangkan kamu juga,” kata Kamal kemudian menyambung,” Abang mahu Sal
gembira. Abang mahu Sal sihat.”
“ Sejak balik dari Phuket, Sal sihat sahaja. Sal tidak sakit apa-apa.”
Kamal berjumpa dengan Salmah kerana hendak mengetahui keadaan kesihatan Salmah
sejak menjalani pengguguran kandungan di Phuket. Dia juga rindukan Salmah, teraasa
lama tidak berjumpa dengan Salmah. Kalau berjumpa pun, Bobi ada bersama. Tidaklah
dapat Kamal bermesra dengan Salmah. Kamal juga hendak mengetahaui apakah
keperluan peribadi yang patut Kamal beli untuk Salmah.
“ Abang nak minum kopi?”
“ Ya, sayang.”

“ Jom,” kata Salmah.
Salmah senyum sambil menarik Kamal ke biliknya.

Kartina sedih dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Selama ini dia mendiamkan diri.
Dia telan semua penderitaan kerana gagal dalam percintaan. Apa salah dirinya, dia tidak
menjadi pilihan utama Bakri. Dia adakah pilihan kedua? Pun tidak dapat dibuat kepastian
kerana ada orang lain pula di antara mereka iaitu Hasnah.
“ Abang Bakri , datanglah dan tengnoklah keadaan Tina yang teruk ini. Sedih hati ini
mengenangkan janjimu yang tidak mahu abang tunaikan walaupun abang mempunyai
kesempatan melakukannya. Apakah Tina ini tidak cukup baik untuk abang?”
“Kartina merasakan, apabila tiba waktu malam, dia bersendirian, kesepian merayap
menyejukkan dan membekukan hati dan perasaaannya seolah-olah tidak lagi dapat
merasakan apa-apa. Lumpuh hatinya, tidak tahu apa yang difikirkan , kosong belaka.
“Bagaimana tergamak abang biarkan Tina terkapai-kapai, hanyut tanpa ikatan, tanpa sauh
untuk melabuhkan hati ini. Abang, datanglah kepada Tina ang sangat merinduimu. Tiada
satu hari pun berlalu tanpa ingatan kepadamu. Abang selalu di hati Tina ini. Memang tidak
dapat Tina nafikan ada masa-masa tertentu Tina bencikan sangat kepada abang. Biasanya
Tina merasa abang sentiasa bermain dalam perasaan Tina maka dengan sebaab itulah
agaknya Tina rasa sangat sayang kepada abang. Percayalah hari-hari yang berlalu itu pergi
bersama hati Tina yang hampa, sedih , duka dan luka,” keluh Kartina dalam hatinya dan
kemudian dia terus melayani perasaaannya,” Abang Bakri apalah ertinya semua wang dan
kekayaan Tina ini jika Tina tidak dapat berkongsi dengan orang yang Tina sayang?”
Kartina terus meluahkan perasaanya , hanya Bakri seorang yang bererti baginya.
“ Apalah ertinya semua kemewahaan Tina sedangkan Tina miskin dengan kasih sayang.
Tina mengemis cinta, mengharapkan belas kasihan abang kepada Tina. Air mata yang
mengalir ini tidak dapat menghapuskan rasa cinta di hati Tina ini kepada abang malah ia
makin menyburkan bibit-bibit kemesraan yang kemudian mengembangkan bunga-bunga
cinta tetapi akhirnya layu kering. Sayang, proses ini berulang lagi bersama tangisan Tina

192

kerana tidak dapat melupakan abang. Sakit sungguh merindui orang yang ada berdekatan
dengan Tina tetapi orang itu kepunyaan orang lain. Sungguh hampa kekasih yang selalu
memeluk Tina bukan milik Tina tetapi kepunyaan sahabat Tina sendiri. Abang, ke manakah
akan Tina bawa hati yang lara ini?”
Kartiana pergi ke Segamat berjumpa rakan kongsinya, Cikgu Ismail. Karatina sedang
memantau perjalanan kelas tusyen dan pengurusannya. Kartina memeriksa akaun
syarikat. Dia dapati wang syarikat dibelanja dengan cermat. Ada borang pesanan, ada
baucer bayaran, dan resit disimpan dengan teratur.
Cikgu Ismail menentukan tiap-tiap pembayaran perlu ada dokumen sokongan seperti
yang diperiksa oleh Kartina. Penyata bank disimpan dengan kemas. Buku cek disimpan
sendiri. Tiada penurunan kuasa diberi kepada keraninya tentang hal-hal kewangan
syarikat.
“ Saya tentukan saya hanya membuat pembayaran. Pesanan membeli barang-barang
dibuat oleh guru-guru dan pegawai kerani.”
“ Maknanya cikgu tidak membuat pesanan dan cikgu hanya membuat pembayaran.”
“ Ya. Saya hanya membuaat bayaran,” kat Cikgu Ismail.
“ Berapa orang boleh tandatangan baucer bayaran?”
“ Sasyas sendiri.”
Kartina berpuas hati dengan kerja yang ditunjuk oleh rakan kongsinya, Cikgu Ismail.
Ketika Kartina hendak balik, Cikgu Ismail cuba merapaati Kartina. Pengawal peribadi
Kartina cepat-cepat menghalang kemaraan Cikgu Ismail.
“ Minta maaf,” kata Cikgu Ismail.
Kartina walaupun dalam keadaan bersedih tetapi dia tidak bercadang hendak mencari
orang lain selain Bakri. Oleh sebab itulah dia tidak memberi perhatian sangat kepada
Cikgu Ismail yang botak tetapi cuba menutupi botaknya dengan rambut panjang di
tepinya.
Kata Kartina dalam hatinya,” Kalau kita botak biarlah botak. Apakah salahnya penampilan
kita dengan kepala botak Kita sudah tua mana boleh kita pusing jarum jam ke belakang
supaya kita nampak muda semula.”
Dalam perjalanan balik ke Melaka dari Segamat, Kartina masih lagi teringatkan Bakri yang
menjadi tunangan Azura. Dia tertidur dalam perjalalnan ke Melaka, tertidur dalam
kesedihan.
Terasa juga dalam hatinya, apakah yang dibuatnya dengan kehidupannya?Dia ada lebih
daripada kebanyakan gadis lain. Ramai mereka mahu berada dalam tempat Kartina
kalaupun mereka tidak boleh jadi seperti Kartina yang cantik dan kaya, yang disebut orang
jutawanita.
Kata Kartina dalam hatinya.” Mereka boleh mengimpikan kehidupan luarannya yang
nampak sempuna tetapi mereka tidak tahu hatinya sangat tertekan.”
Kamal ke Bukit Katil memantau pembinaan dua buah rumahnya di situ. Sebuah rumah
untuk Bobi dan sebuah lagi untuk Erniyani.
Kamal menelefon Kartina,” Sudah hantar barang yang abang minta?”
“ Dalam perjalanan. Jubin dan cat saja ya?”
“Itu saja?”

193

“ Itulah saja, abang Kamal,” kata Kartina dan dia menyambung,” kalau nak yang lain-lain,
kena beli, kena bayar bukan percuma.”
“ Kedekut macam sapa kamu ni?”
“ Macam abang. Rumah sendiri nak ambil bahan syarikat,” kata Kartina.
Mereka ketawa.
Rumah-rumah itu dalam peringkat akhir pembinaan. Apabila siap pasang jubin dan
mengecat bangunannya, membersilhkan sampah-sarap daripada bahaan-bahan buangan
binaan, meratakan tanah dan menanam rumput, memasukkan elektkrik dan air, maka
bolehlah diduduki setelah mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Lori membawa cat dan Jubin baru sahaja sampai. Kamal minta pekerja membilang jumlah
cat dan jumlah jubin yang dihantar dan dia menandatangani surat penerimaan.
Kamal mengupah seorang pekerja tinggal di rumah itu untuk menjaga barang-barang yang
baru sampai. Bagi Kamal rumah-rumah ini penting kerana di sinilah dia akan membina
rumahtangga bahaagia. Ini tidak bererti kondo yang dia diami sekarang kurang bagus. Di
rumah detached yang dibina ini ada sedikit peribadi. Dia juga nanti tidak lagi berebut-
rebut naik turun lift. Dia juga tidak akan risau lagi menacari tempat letak kereta.
Rumah itu bagi Kamal tidak beraapa penting dalam usaha mereka membina kreluarga
bahagia. Akan tetapi rumah-rmah itu adalah terjemahan kepada kemamuan Kamal yang
bergelar jutawan. Usaha membina keluarga bahagia sudah pun dilaksanakan Kamal
dengan berkahwin. Sudah baik bagi Kamal kerana dia memilih untuk berumahtangga ,
menjadi suami yang sah daripada hidup bebas tanpa ikatan perkahwinan.
Kamal merasa dia boleh jadi manusia yang lebih baik jika dia tidak mengganggu Safiyah
dan Salmah.
Asfa sedang makan tengah hari dengan Karim di Tanjung Bidara. Ramai orang di situ pada
hujung minggu.
“ Lama tak jumpa abang. Rindu rasanya,” kata Asfa dan kemudian dia menyambung,”
Apabila dapat berjumpa abang, As rasa terubat hati rindu As kepada abang.”
” Lama sangat ke tak jumpa abang? Minggu lepas kan abang ada jumpa As?”
“ Seminggu tu lama abang,” kata Asfa kemudian dia menyambung,” Kalau boleh As nak
jumpa abang hari-hari.”
” Kita di sini, ada apa yang As nak cakap dengan abang?”
” As cuma bimbang kalau lama tak nampak abang, nanti ada orang colek abang. Tengok
ayah As, diam-diam Datin Fatimah colek dia.”
“ Bukan colek namanya. Itu kerja molek.”
Karim ketawa. Asfa tidak menganggap itu sebagai jenaka. Asfa tidak ketawa.
“ Tarikh perkahwinan kita makin dekat. Kita belum membuat persediaan.”
” Tak payah buat persediaan. Semuanya orang buat untuk kita.”
Karim bertanya Asfa apakah hadiah iringan yang Asfa hendak? Ssambil tersenyum Asfa
memberitahu,Karim kena beli hadiah serba satu.
“ Abang kena beli payung, alat-alat solek , sepasang pakaian, beg tangan dan kasut.”
“ Itu adalah hadiah iringan,” kata Karim.
“ Mengapa disebut hadiah iringan?”
“ Sebab ada hadiah lain. Hadiah-hadiah iu mengiringi hadiah yang lain, hadiah utama,”
kata Karim.

194

“ Hadiah utama tu apa, bang?”
“Belanja hangus atau hantaaran, barang-barang kemas itu hadiah utama dicatat dalam
borang nikah.”
“As nak beli sendiri atau As nak abang ikut sama?
“ Abang ikut sekali kan lebih baik? As takut nak bawa barang-barang berharga tu. Banyak
barang tu , As tak boleh bawa sendiri.”
“ Esok boleh ?” Karim bertanya.
“ Esok As keluar pejabat sekejap. Kita pergi bersama,” kata Asfa.
Besoknya Asfa dengan Karim keluar membeli belah. Mereka pergi ke Mahkota
Parade,Aeon, Tesco. Mereka pergi juga ke Giants dan Mydin Hypermarket. Semua barang
haddiah iringan telah mereka beli.
Berita Asfa dengan Karim membeli hadia-hadiah iringan untuk Asfa telah diketahui oleh
Farina dan Azura. Farlna mengajak Basri bersama-sama mencari barang-barang hadiah
yang diperlukan. Azura pula mengheret Bakri membeli barang-barang yang
dikehendakinya.
Kartina tidak ada apa yang hendak dibeli dan dia hanya mendengar cerita daripada rakan-
rakannya sahaja. Sedih sungguh Kartina, jutawanita yang bernaasib malang. Dia hanya
berpegang kepada janji Bakri yang hendak mengahwininya selepas berkahwin dengan
Azura. Benar dia merasa sedih tetapi dia perlu tabah dan sabar kerana selama ini pun dia
tabah dan sanggup menunggu Bakri walaupun sampai tua. Dia masih lagi ingat
pengakuannya bahaawa dia sanggup menunggu Bakri selepas Esah meninggal dunia. Itu
janji dahulu. Keadaan sekarang telah berubah. Bakri tidak lagi ada halangan kalau dia
hendak berkahwin. Malangnya bagi Kartina, Bakri memililh untuk berkahwin dengan
Azura.
Dalam hati Kartina, dia tidak yakin Bakri akan segera berkahwin dengannya selepas dia
mengahwini Azura sebagaimana yang dijanjikan. Mengalir air mata Kartina menahan
tekanan perasaan yang hebat. Selat Melaka tidak beralun seperti badai yang melanda
hainya. Itulah gelora perasaan Kartina. Sebelum ini, dia selalu merindui Bakri tetapi
sekarang perkataan rindu itu seolah-olah tidak boleh lagi digunakan. Ada satu kerinduan
yang terhalang di pantai hati puteri Kartina.
Basri bercakap dengan Farina tentang masa depan kehidupan mereka. Basri mahukan
seoarang anak daipada Farina. Farina kurang yakin sama ada dia boleh melahirkan dan
memberikan anak kepada Basri kerana umurnya sudah tua. Oleh sebab Farina sudah
berumur, mereka perlu membuat keputusan cepat. Mereka akan tinggal di kondo itu.
Mereka akan membesarkan anak mereka di situ. Mereka akan menamatkan kehidupan
mereka yang jijik itu dan hidup seperti orang lain.
Basri akan merapatkan diri dengan ibunya yang sedang uzur jika sekiranya ayahnya
mengabaikan ibunya kerana sibuk dengan isteri mudanya. Dia akan menjaga ibunya
sekirnya ayahnya sudah tiada. Basri berharap Farina sama-sama boleh membantu ayah
mereka di dusun durian yang sedang diurus oleh Hasnah. Mereka perlu merapatkan
hubungan dengan Bobi dan Kamal. Dan juga dengan keluarga mertua ayahnya yang
bermakna mereka kena berbaik-baik dengan Azimin, Darisa dan Fatimah serta Asfa dan
Azura yang menjadi ibu tiri Basri.

195

Apabila ayahnya berkahwin dengan Azura, Basri kena memanggil Azura sebagai “ibu”.
Asfa menjadi “ibu saudara” Basri, dan dia sendiri menjadi “cucu tiri” kepada Azimin dan
Darisa.
Basri juga kena berbaik-baik dengan keluarga Karim. Karim adalah besan ayahnya Anak-
anak Karim juga adalah anak-anak Farina. Kamal dan Kartina boleh panggil Basri sebagai
abang ipar atau ayah tiri jika Basri berkahwin dengan Farina nanti. Kartina juga adik ipar
Bobi.
Ini adalah satu jaringan cinta yang kompleks, fikir Basri.
Basri juga ada terdengar Asfa dengan Karim sedang sibuk membeli barang-barang hadiah
iringan untuk perkahwinan mereka. Basri sedang menunggu Farina mengajaknya
membeli barang-barang hadiah yang sama.
Gambar Bakri , Basri, Kamal dan Bobi di dusun durian yag mereka muatnaik ke facebook
menarik perhatian ramai dan banyak mendapat suka dan komen. Bakri tidak dapat
melayan semua mereka. Dia pilih yang comel-comel untuk bertukar-tukar mesej melalui
messenger dan whatsapp. Begitu juga Basri , Kamal dan Bobi. Peminat-peminat Bobi
apabila mendapat tahu Bobi sudah bersuami, mereka cepat-cepat berundur. Berlainan
dengan peminat perempuan Bakri,Basri dan Kamal, mereka tidak peduli sama ada Bakri
atau Basri atau Kamal sudah beristeri atau tidak.
Peminat-peminat perempuan di facebook walauupun banyak berahsia tetapi mereka
berani mengatakan sudah bersuami atau mereka adalah ibu tunggal kepada lima orang
anak. Ada kawan-kawan facebook mereka menukarkan wajah mereka daripada wajah
yang sederhana kepada wajah yang cantik.Rupa yang sebenarnya tidaklah cantik sangat
tetapi di facebook kelihatan ayu dan muda.
Ada penipuan dan ramai yang tidak ikhlas. Apa tujuan mereka? Kalau penipuan terdedah,
apa akan terjadi? Mereka tidak peduli, mereka cari yang lain yang mahu berutus mesej
dengan mereka kadang-kadang sampai jam tiga pagi.
Bakri terperanjat ada yang menghantar gambar-gambar pelik-pelik kepadanya. Bakri agak
ramai lagi yang berbuat demikian kepeda buah hati facebook mereka.
“ Aku yang lelaki pun tak sanggup mengrim gambar begitu kepada orang perempuan,”
kata Bakri dalam hatinya.

Fatimah sudah kenal dengan Asfa dan Azura melalui perniagaan online mereka. Sekarang
dia mahu berkenalan dengan Darisa. Darisa tidak suka berkenalan rapat dengan Fatimah
kerana Fatimah mengambil kesempatan berkahwin dengan Azimin untuk mendapatkan
kehidupan yang selesa dengan wang Azimin. Darisa melabelkan Fatimah sebagai mata
duitan. Dia mahu wang Azimin.
“ Abang Azimin ada banyak wang. Kalau Mah nak makan tak habis wang abang tu,” kata
Fatimah.
“ Saya harap kamu tidak banyak meminta-minta.”
“ Saya minta apa yang perlu sahaja. Itu pun kalau abang Azimijn tiada halangan. Kalau
saya orang miskin, eloklah orang kaya bersedekah kepada saya.”
“ Saya ke sini nak kenal dengan kakak Darisa. Sekarang saya sudah kenal sedikit tentang
kakak Darisa. Cukuplah setakat ini dahulu,” kata Fatimah.

196

Dalam hati Fatimah , madunya itu kurang mesra, hidung tinggi, kata-katanya merupakan
sindiran tajam. Fatimah tidak suka orang begini. Apa yang diperoehi Fatimah daripada
pertemuannya dengan Darisa? Tiada apa yang menggembirakannya. Sekurang-kurangnya
dia mengetahui Darisa tidak suka kepadanya. Tahulah dia bagaimana bertindak balas
sewajarnya. Fatimah berpendapat kalau orang buat baik dengannya dia pun boleh ikut
berbuat baik dengan orang itu. Begitulah sebaliknya. Tidak mengapa Darisa tidak suka
kepadanya. Dia bukanlah Azimin kutip di tepi jalan. Dia dahulu dipanggil orang Datin
Fatimah.

Bab 47
Azura bercakap dengan ibu tirinya , Fatimah tentang Datin Faridah yang membeli
sahamnya dalam Fatimah Enterprise. Sebagaimana yang diketahui, Datin Faridah memiliki
40% saham Fatimah Enterprise. Selebihnya , saham syarikat dimiliki oleh Asfa, Azura dan
Bobi. Untuk menjaga kepentingan mereka dalam syarikat, Asfa menghantar Jasmina
sebagai wakil mereka di Johor Bahru.
Perniagaan mereka di Johor Baharu berjalan lancar. Kerja diurus dengan baik. Pakaian
kanak-kanak digemari dan laris.
Azura berbincang dengan Fatimah bagaimana hendak memberi peluang kepada Jasmina
balik ke Melaka untuk beralih angin. Fatimah cadangkan , dia sendiri menggantikan
tempat Jasmina pada hujung tahun, masa cuti sekolah akhir tahun.
Azura setuju. Fatimah hanya perlu mendapat persetujuan suaminya, Azimin. Dia fikir
suaminya tidak akan menghalangnya kerana dia akan tinggal bersama ibu bapanya di
Johor Bahru. Pada masa yang sama anak-anaknya bercuti sekolah. Dengan demikian,
mereka berharap Jasmina dapat balik ke Melaka untuk mengelak kejemuan berada
seorang diri di Johor Bahru.
Jasmina nama penuhnya Jasmina Jun Abdullah, anak campuran Melalyu- Inggeris. Dia
sungguh cantik dengan rupa mat salehnya. Jasmina bercerita kapada Azura, dia jatuh hati
kepada pemuda Bangla di tempat kerjanya. Dia suka kepada Bangla itu kerana dia nampak
baik, hidung mancung macam Arab. Jasmina minta nasihat Azura adakah dia patut
meneruskan perhubungannya dengan Bangla itu.
Azura tidak bersetuju langsung dengan pilihan Jasmina itu. Sayang rupa yang cantik jatuh
hati kepada orang yang dia tidak tahu latar belakang keluarganya di negara asalnya. Azura
minta Jasmina fikirkan tentang taraf kewarganegaraannya.
“ Pendatang ni mulut manis, pandai memujuk dan sabar,” fikir Azura.
Azura cadangakan Jasmina mengambil orang Melayu tempatan. Jasmina perlu
memikirkan kemudahan yang ada jika dia berkahwin dengan orang tempatan. Jasmina
memberitahu Azura, dia bukan tidak hendak budak Melalyu tetapi budak-budak Melayu
malu atau segan mendekatinya.
“ Mereka takut mengurat saya. Bukan saya tidak mahu.”
Azura tidak setuju dengan pandangan Jasmina. Dalam hati Azura, ramai lelaki Melayu
hendakkan Jasmsina jika Jasmina memberi peluang.
Kartina membawa 50 orang anak yatim berbuka puasa di Hotel Pantai Puteri. Hari itu
adalah hari 10 Muharram. Ramai orang berpuasa pada hari itu. Kartina datang dengan
Bakri. Mereka membawa hadiah-hadiah wang tunai kepada tiap-tiap orang anak yatim

197

itu. Bakri juga bersedekah kepada asrama anak-anak yatim itu. Hadiah Bakri disambut
oleh Pengetua Asrama anak-anak yatim itu.
Bakri dan Kartina masing-masing menerima hadiah sekuntum bunga mawar merah
seorang tanda terima kasih mereka kepada Kartina dan Bakri.
“ Apa yang cikgu perlukan lagi,boleh beritahu Encik Bakri ini,” kata Kartina.
Bakri tersenyum sahaja. Cikgu Pengetua Asrama itu pun tersenyum juga.
”Nantilah saya beritahu kemudian. Terima kasih kerana jamuan yang sedap ini dan
hadiah-hadish yang diberi. Tentu budak-budak itu suka menerimanya.”
“ Kartina akan menghantar tuala mandi kepada anak-anak yatim itu sehelai seorng. Cikgu
beritahu berapa yang cukup
“ Saya kira 80 helai sudah cukup, Cik Kartina.”
“ Insya Allah . Esok Kartina akan hantar,” kata Bakri sambil menjeling kepada Kartina.
Kartina dan Pengetua Asrama tersenyum.
“ Saya confirm. Insya Allah saya akan hantar tuala mandi yang dimasksudkan itu mengikut
jumlah yang cikgu minta.”
Mereka kemudian beredar dari situ. Bakri menghantar Kartina ke Taman Ayer Keroh
Permai, ke rumah ayahnya, Karim.
Bakri memanggil Bobi ke pejabatnya.
“ Ada apa ayah?”
” Kamil dah berbincang dan bersetuju kamu jadi bendahari majlis perkahwinan,”kata
Bakri kepada Bobi.
“ Tapi Bobi tak ada dalam majlis perkahwinan itu.”
“ Tugas menguruskan kewangan ini mungkin sibuk sebelum hari perkahwinan itu.”
“Kamal akan menolong kamu pada hari perkahwinan dan hari kenduri.”
“Maknanya, Bobi kena minta wang daripada pakcik Azimin, ayah Karim, dan ayah sendiri.
Kemudian Bobi membuat bayaran untuk majlils khatam al-Quran, tahlil dan doa selamat,
akad nikah (tidak termasuk mas kahwin ,wang belanja hangus), bayaran rias pengantin
dan hotel.”
” Anggarannya 45K iaitu 15K seorang.”
“ Siapa?”
“ Ayah , Azimin dan Karim,” kata Bakri.
“ Bobi pakai akaun peribadi.”
“ Kalau boleh jangan campurkan duit itu dengan duit kamu,” kata Bakri.
“ Bobi akan buka akaun Tabung Haji. Akaun baru, tak bercampur dengan duit yang lain-
lain.”
“ Ini duit ayah atas nama kamu.”
“ M15k . Tidak terlalu awal ke ayah?”
“ Tak lama lagi.”
“ Ayah tak sabar nak kahwin. Kahwin dengan orang muda, ayah”
Mereka ketawa.
“ Abang Basri tak bayar apa-apa?”
“ Tak payah . Dia nak kahwin sudah cukup baik.”
Mereka ketawa. Tiba-tiba Bobi teringatkan Kartina.

198

Rakan facebook Bakri hendak berjumpa dengannya. Bakri menunggunya di Melaka
Sentral dan membawanya ke Hotel Pantai Puteri. Bakri perhatikan rupanya tidaklah hebat
sebagaimana rupanya di facebook. Gambarnya di facebook nampak cantik dan muda. Dia
sebenarnya tidaklah muda orangnya.
“ Normah tempah hotel satu malam sahaja.”
Sementara sahabatnya check in , Bakri duduk membaca surat khabar di lobi hotel. Selepas
menyimpan beg pakaiannya di bilik, Normah turun mendapatkan Bakri.
“ Normah minta abang organise satu majlis perjumpaan ahli kumpulan kita di sini. Kita
boleh berkenalan dengan ahli-ahli lain. Tapi ingat, abang tidak boleh mengurat orang lain.
Abang ni Normah punya.”
“ Kamu ingat abang ni apa? Barang mainan? Sugar daddy? Abang dah beristeri ,” kata
Bakri.
“ Normah janda anak dua.”
“ Kami nak jadikan abang sebagai pengerusi majlis. Abang beri sedikit ucapan selamat
datang dan kemudian abang duduk dengan Normah sampai majlis selesai. Normah mahu
orang tahu , abang ni Normah punya. Orang tak berani mengurat abang lagi , kikikik.”
“ Apa program yang diatur pada malam itu?” Bakri bertanya.
“ Aturcara yang dicadang antara lain: Karoke, pakaian terbaik, pasangan bergaya,sesi
berkenalan, cabutan ( tiap-tiap ahli diminta membawa sedikit hadiah untuk acara cabutan
betuah itu),” kata Normah kepada Bakri.
Normah ajak Bakri temankan dia pada malam itu. Pada malam itu tdak nampak kereta
Bakri di parkir hotel tersebut. Pagi besoknya, Bakri ada di hotel itu bersarapan. Dia
ditemani oleh Normah.
“Normah dah mula sayang abang. Macam dah lama kenal abang.”
“ Sayang orang facebook bukan real. Berkawan setakat facebook sahaja,” kata Bakri.
““Normah sungguh-sungguh abang.Sayang abang sangat-sangat. Real, abang.”
“ Lepas makan, Normah mahu abang temankan Normah duduk-duduk di tepi pantai. Nak
menikmati keindahan Pantai Puteri dengan Selat Melaka yang tenang sebagaimana
abang canang dalam posts abang di facebook.”

“ Ada kawan-kawan Nomah lari ke sempadan dan berkahwin di negara jiran. Berkahwin
dengan kenalan di facebook.”

“ Normah cadangkan kita kahwin lari. Kahwin di negara jiran.”

“Tidak. Normah tidak akan buat begitu. Normah masih ada emak bapa. Mereka tentu malu
jika Normah buat begitu.”

Bakri tidak begitu yakin denan cakap-cakap rakan wanita facebook kerana dia tidak tahu siapa
yang boleh betul-betul dipercayainya. Dia tidak mahu ditipu. Ramai orang kurang ikhlas
sekarang ini. Mereka hanya perlukan sabahat bagi memenuhi masa lapang mereka.

Rakan-rakan perempuan pula ingat rakan-rakan lelaki facebook mereka tidak boleh
dipercayai. Orang lelaki facebook suka wanita-wanita yang cantik-cantik. Tidak hairanlah
ramai orang perempuan di facebook kelihatan cantik-cantik belaka.

199


Click to View FlipBook Version