Ramai lelaki yang tampan, kacak, bergaaya boleh dijumpai di Melaka Sentral tetapi dia tidak
hendakakan lelaki yang kacak, lawa, muda dan gagah tetapi tidak mempunyai apa-apa. Rupa
yang lawa dan segak tidak akan betahan selamanya, lama-lama akan luntur dan berkedut juga
apabila sudah tua.
Bakri adalah seorang yang pemurah dan banyak wang, begitulah fikir Azura. Azura boleh
menumpang hidup walaupun Azura sendiri bukanlah anak orang miskin. Ayahnya berharta
dan banyak wang. Azura tidak mahu orang menumpang kesenangannya. Dia menumpang
kesenangan orang tidak menjadi kesalahan baginya kerana dia perempuan. Aziura sedar
apabila dia dengan Asfa dan Kartina berjalan, banyak mata mengagumi mereka, maknanya
mereka adalah tergolong dalam kumpulan gadils-gadis cantik di Melaka. Begitu juga apabila
dia bersama dengan Bobi, ada mata memandang tepat kepada mereka seolah-olah mereka
hendak menelanjangi seluruh badan mereka. Memang tiada siapa yang akan mengatakan
mereka itu adalah bukan gadis-gadis yang menggiurkan.
Kesunyian apabila bersendirian menyebabkan Azura mengingini teman hidup. Kesunyian
menyebabkan Azura mengelamun tentng bagaimana dia patut memilih teman hidup.
Bgaimanapun, hati Azura tetap kepada Bakri. Hanya Bakri seorang sahaja yang dicintainya,
hanya dia seorang.
Besoknya, Bakri menjemput Azura dengan kereta Mercedes Benznya sebagaimana janjinya
hendak membawa Azura berjalan-jalan ke Labis dan Segamat.
Farina telefon Azimin memberitahu dia hendak berkahwin dengan Basri. Dia juga telefon
Karim beritahu hasratnya hendak mengahwini Basri. Farina juga telefon ibu Basri, Esah
memberitahu keinginannya hendak berkahwin dengan Basri. Dia tidak memberitahu Bakri
tentang perkara itu. Kalau semua orang tiada halangan, barulah dia hendak bercakap dengan
Bakri tentang perkara tersebut.
Bakri sebenarnya, tiada halangan dengan hasrat Farina hendak berkahwin dengan Basri itu.
Baginya jika mereka berkahwin, Basri membantu merobah keadaan bobrok keluarganya
menjadi bertambah baik.
Hanya Basri belum membuat keputusan. Dia masih teringat kepada Safiyah, walaupun Safiyah
bukanlah pilihan pertama tetapi Safiyah telah membahagiakannya pada suatu malam..
Safiyah mengutuskan mesej melalui messenger kepada Kamal.
“ Abang Kamal, Yah rindukan abang. Abang Kamal di mana Ketika Yah di dalam kesepian?
Ketika Yah merindukan abang Kamal, abang di mana?”
“ Abang datang sesuka hati dan abang tinggalkan semahu hati. Abang tinggalkan Yah
terumbang -ambing seperti kapal hilang haluan.”
Erniyani terjumpa mesej itu daripada telefon Kamal ketika Kamal di dalam billik air. Kamal
tidak berahsia sangat dengan telefonnya. Dia meletakkan telefonnya di merata-rata tempat,
ikut suka hati dia. Erniyani ingat perhubungan suaminya dengan Safiyah sudah habis, putus
dan sudah berakhir tetapi rupanya tidak. Safiyah masih berharap Kamal mahu menikahinya
100
walaupun dia tahu Kamal sudah ada Erniyani dan Bobi. Apa salahnya,Kamal ada wang, kaya
dan murah hati pula, fikir Safiyah.
Perasaan geram dan marah Erniyani tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan cemburu dan benci
kepada sepupunya itu makin bertambah-bertambah. Dia sudah hilalng kepercayaan kepada
Safiyah..
Kamal keluar dari bilik air, terperanjat melihat Erniyani sedang marah-marah.
“ Kenmapa sayang?”
“ Sasfiyah. Abang ada mesej dia lagi ke?”
“ Ssikit-sikit ada,” kata Kamal.
“ Ini sudah lebihm abang. Er tak suka ni. Er tak sabar ni. Er saungguh cemburu dan maraha.”
“ Apa?”
“ iini. Tengok ni.”
Erniyani menyerahkan telefon Kamal. Kamal beritahu telefon itu hak peribadi. Tidak elok
melihat telefon orang kerana hendak mendapatkan maklumat peribadi.
” Kita suaml isteri. Peribadi abang adalah kita. Gatal sungguh Safiyah itu.”
“ Hem. Ini bukan abang yang mulakan cerita, tahu. Dia yang mulakan cerita. Dia tulis
perasaannya, bukan abang menggoda dia.”
” Dia menggoda abang kalau abang nak tahu. Er nak balik ke Lhoksumawe beberapa hari.
Abang tolong hantar.”
“Lapangan terbang Batu Berendam. Baiklah.”
Keributan kecil antara Erniyani dengan Kamal bersangkutan dengan Safiyah sampai ke telinga
Bobi.
“ Ai, laras dua belum cukup. Nak laras tiga ke?” Bobi menyindir Kamal.
“ Abang tak terfikir pun. Safiyah itu lebih-lebih. Dia mencuba-cuba kalau boleh. Kalau tak
boleh tak mengapa.”
“ Kalau tak boleh kahwin pun tak apa, masih lagi boleh selengkoh.”
Kamal diam sahaja. Dia tidak mahu memanjangkan sindir-menyindir itu . Memang dia
bersalah kerana dia pernah meniduri Safiyah.
Maafkan abang, sayang. Itu dahululah, sekarang lain.”
“ Abang Kamal hati-hati. Jangan sampai ke pengetahuan ayah,” kata Bobi kepada Kamal.
Bobi tidak lekas melatah. Dia dapat mengawal perasaannya. Kamal sayang Bobi yang
tenang,tidak banyak bercakap dan kurang membebel. Kamal juga masih ingat bagaimana
dibelasah oleh pekerja-pekrja ayah Bobi. Dia tidak mahu mengalami peristiwa yang serupa
101
sekali lagi. Dia perlu berhati-hati. Dia perlu dengar nasihat Bobi. Dia menghargai pengorbanan
Bobi. Dia kagum dengan kesediaan Bobi mengahwininya walaupun dia sudah beristeri. Bobi
juga tidak cemburu kepada Erniyani malah dia merendahkan dirinya dengan berbaik-baik
dengan madunya itu. Kamal perlu sedar dia mempunyai sebutir permata hati yang berkualiti
tinggi.
Erniyani berjumpa dengan Safiyah di Acheh. Dia mula tidak menyukai sepupunya itu. Dia benci
sungguh dengan perangai Safiyah yang tidak segan-segan menggoda suaminya.
Safiyah menyerahkan wang hasil tuaian padi pada tahun itu kepada Eniyani. Erniani
mengambil wang itu dengan senang hati dan berterima kasih.
Erniyani memarahi Safiyah kerana menggoda asuaminya. Saafiyah senyum sahaja. Dia tahu
Kamal pun pernah suka kepadanya. Kamal senang dengannya ketika dia di rumah mereka di
Melaka. Walau bagaimanapun, dia pura-pura tidak mengerti.
“ Aku tidak pernah menggoda suami kamu. Suami kamu yang menggoda aku,” kata Safiyah.
Kemudian Safiyah menyambung, “ Ya. Memang benar. Kalau tepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Aku cinta suami kamu.”
“ Ya Tuhan. Aku tidak menyukai apa yang aku dengar ini, “ keluh Erniyani.
“ Er, dengar cakap aku. Aku akan mengahwini Kamal di sini. Aku sanggup tinggal di sini bukan
di Melaka. Kamu tengoklah nanti. Jangan marah aku apabila perkara ini terjadi nanti..”
“ Tidak sekali-kali. Kalau pun suami aku hendak berkahwin lagi, aku pastikan bukan dengan
kamu. Aku tidak setuju dengan apa yang ada dalam kepala kamu itu. Kamu boleh
merencanakan apa sahaja tetapi kamu harus ingat rencana Allah lebih baik. Aku harap
rencana Allah tidak menyebelahi kamu..”
“ Insya Allah. Kamu tengoklah sahaja nanti. Aku tetap bersabar menunggu suami kamu.”
“ Moga Tuhan mengampuni kamu. Aku kesal bergaduh dengan kamu, sepupu aku sendiri,”
kata Erniyani.
Sebenarnya Erniyani hendak selesaikan kes mereka berdua itu pada masa itu juga.
Nampaknya, titik nokhtahnya masih jauh. Sasfiyah mencadangkan sebagai peermulaan,
tanah sawah atas nama Erniyani hendaklah diserah kepadanya. Dia mahu memililki tanah itu
secara total. Ssudah tentu Erniyani tidak setuju. Sepatutnya Safiyah hendaklah menyerahkan
tanah itu kepadanya kerana Safiyah mendapat tanah itu dengan wang suaminya. Sasfiyah
ketwakan Erniyani yang tidak faham maksud hadiah kasih sayang. Itulah tanda suami kamu
sayangkan aku. Safiyah mengipas bara kemarahan Erniyani.
“ Kalau tidak setuju menyerahkan tanah sawah itu, aku akan terus menggoda Kamal. Kamu
jangan biaarkan Kamal dating ke sini. Kalau dia dating ke sini, dia tidak akan balik ke Melaka
sesbelum dia tidur dengan aku.”
Mendidih kemarahan Erniyani, lantas berkata,” Aku tidak peduli ilmu apa yang kamu pakai.
Aku akan pastikan kamu tidak akan mendekatinya selepas ini. Jangan harap kamu akan dapat
102
berjumpa dengan Kamal lagi. Dan jangan berani-berani menggoda suami aku melalui
messenger itu.”
Safiyah ketawa. Erniyani mereh padam mukanya.
“ Tolong beritahu suami kamu, jawablah mesej Yah, jangan biarkan Yah tertunggu-tunggu.”
“ Tak guna kamu. Kamu ni anak saudara ibuku. Maacam mana kamu tergamak mengganggu
aku sebegini dalam.?”
Safiyah bangun dan meninggalkan Erniyani yang sedang dalam kegawatan perasaan. Safiyah
memberi salam dan terus pergi.
Erniyani sungguh kesal, Safiyah sungguh rendah maruahnya. Dia bukan sahaja berjaya
menggoda suaminya sampai ke ranjang malah Basri gigolo itu pun tunduk kepadanya.
Erniyani mengadu kepada ibunya tentang percakapannya dengan Safiyah sebelum itu. Ibunya
berjanji dengan Erniyani supaya tindak tanduk Safiyah perlu disekat. Safiyah perlu dihalang
daripada angan-angannya hendak mengambil Kamal sebagai suaminya.
“Nanti ibu bercakap dengan makngah kamu.”
“ Makngah tu tentu menafikan dan tentu menyebelahi Safiyah kerana Safiyah anaknya.
Safiyah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah daripada Kamal. Bagaimana makngah
tidak mahu menyebelahi Safiyah?”
” Ibu cuba. Kamu jangan menangis. Duit Kamal masih banyak untuk kamu. Bersyukurlah
dengan apa yang kamu perolehi.”
“ Makngah tu adik ibu. Bagaiamana anaknya sanggup buat Er begini? Tak sangka sungguh.
Niat hati Er memang ikhlas hendak membawa Safiyah melihat-lihat negeri orang . Er bawa dia
ke rumah di Melaka. Tak percaya Er, tak sangka dia menggoda suami sepupu sendiri.”
“ Ada orang iri hati melihat keberuntungan saudaranya sendiri. Dia lekas naik cemburu dan
menyimpan niat ayang kurang baik. Kamu sebarlah. Lain kali kamu prlu berhati-hati . Jangan
biarkkan suami kamu diambil orang.”
“ Dia mengatakan Er pun mengambil hak orang lain. Sebab itu dia fikir dia pun boleh ambil
hak Er juga.”
“ Ibu nasihatkan kamu, apabila kamu balik ke sini lain kali kamu tunjukkan muka low profile
walaupun kamu tidak perlu berbuat demikian.”
“ Yalah, ibu. Ibu ingat Er ni high profile ke? Er ini anak ibu, anak kmpung bukan anak orang
kaya,” kata Erniyani kepada ibunya.
“ Kamu isteri orang kaya. Ibu ada menantu kaya. Kita bukan miskin lagi,” kata ibunya
menyenangkaan hati Erniyani.
Sejak baru balik ke Sabah dari Melaka, Saleh bertukar-tukar mesej dengan Bobi tetapi
kemudiannya senyap sahaja kerana Bobi tidak lagi melayan Saleh kerana Bobi tahu Kamal
tidak meyukainya. Kemudian Saleh menjadi sahabat facebook kepada Kartina.Pada mulanya
103
mereka hanya sekadar bertanya-tanya khabar, kemudian mereka like dan komen sataus
masing-msing di facebook. Akhir-akhirnya mereka bertukar mesej melalui whatsapps dan
messenger.
“ Saya mula menyukai kamu. Harap hubungan kita menjadi lebih rapat mulai sekarang.”
Kartina tidak menjawab kerana dia tahu dia tidak akan dapat menerima Saleh lebih daripada
sahabat maya. Mereka hanya bersahabat di facebook sahaja.
“ Kenapa kamu tidak menjawab Kartina? Kamu sangat bererti bagi saya.”
Apabila menjumpai mesej begitu, Kartina memutuskan internet telefonnya.
“ Saya tidak akan berputus asa. Saya tahu Kartina pun ada perasaan terhadap saya. Kamu
komen status saya dengan baik dan saya tidak berasa kamu memandang rendah terhadap
saya.”
Karatilna memang idak memandang rendah terhadap Saleh. Dia menganggap saudara Bobi
bukanlah rendah tarafnya. Bagaimana dia menghormati dan memandanag tinggi kepada
sahabatnya Bobi begitulah pandangannya tehadap Saleh.
Kartina mengabil kira sempadan yang perlu dipertahankan apabila berdepan dengan orang
lelaki. Dia sudah ada kekassih yang hebat yang dia sayangi iaitu Bakri. Bakri itu pula bapa
saudara kepada Saleh dan Salmah. Dia tidak akan melayani Saleh sebagaimana dia melayan
Bakri. Kartina minta maaf kepada Saleh atas keengganannya menyambut permintaan Saleh
yang hendak merapatinya. Saleh tidak berputus asa, dia masih lagi ingin mencuba, ingin
memuuk Kartina supaya menukar pendiriannya.
Kartina sedar dia tidak boleh bertindak sebarangan. Dia diperhati oleh Bakri atau orang-
orangnya. Pengawal peribadinya adalah orang Bakri. Dia tidak bebas bergerak seperti orang
lain.
Bab 34
Bakri mengambil seorang jururawat untuk menjaga Esah. Esah belum kuat selepas keluar
hospital tidak lama sebelum itu. Jururawat itu diarah menjaga ubat-ubatnya, makan
minumnya, pakaiannya, pampersnya, membersilhkan najisnya, bawa majikannya keluar
menghirup udara segar di luar dan mendapatkan cahaya matahari.
Kadanag-kadang apabila jururawat itu tidak dapat hadir, dia menghantar adik perempuannya
sebagai ganti. Adik perempuannya pun tahu apa yang hendak dibuat kerana dia diberi
taklimat oleh kakaknya.
Esah sedang tidur.
“ Hasnah, tolong ambil surat khabar,” kata Bakri kepada Hasnah yang datang menggantikan
kakaknya yang tidak dapat datang bertugas pada hari itu.
Hasnah mengambil surat khabar yang diminta. Hasnah memberikannya kepada Bakri dan
terus duduk dekat Bakri.” Tolong buat kopi abang boleh Hasnah?”
104
Hasnah senyum dan matanya memandang tepat kepada Bakri.
“ Susu ke gula, abang?” Hasnah minta kepastian.
” Gula dua sudu kecil, tak payah susu.”
“ Hasnah membawa satu mug kopi dan diletakkan di atas meja kecil di depan Bakri. Bakri
menyambut mug itu. Dia tersentuh tangan Hasnah. Terasa lembut dan halus kulit Hasnah itu.
Bakri dan Hasnah tersenyum masing-masijng memandang dengan penuh bererti.
“ Duduklah. Kita sembang -sembang sikit. Kamu tak belajar?”
“ Saya ada diploma pertanian.”
“ Apa yang amu belajar?” Bakri bertanya.
“ Macam-macam. Has belajar tentang perikanan, penternakan, perladangan ,tanaman,
macam-macam lagilah.”
“ Biasa dengan kotoran.”
“ Biasa sangat abang”
“ Abang tahu tetapi abang hairan bagaimana kamu boleh bergellumang dengan kotoran
sedangkan kulit kamu lembut dan halus?”
Hasnah ketawa kecil tetapi tersenyum lebar. Bakri terus bercakap,” Kalau hendak minum
atau hendak makan apa-apa, ambillah sendiri.”
“ Ya, terima kasih, abang,”
“ Belum kahwin?”
“ Belum , abang.”
” Tak ada teman lelaki?”
“ Taka ada. Dulu ada tapi tak kekal sebab Has tak kerja di pejabat seperti yang
dfikehendakinya.”
“ KaLau kamu ada 10 hektar tanah, kamu boleh buat apa dengan tanah itu?” Bakri bertanya
Hassnah.
” Tengok dulu. Apa yang sesuai boleh dibuat dengan tanah itu.. boleh buaat kolam ikan air
tawar, ladang ternak, atau orchard durian.”
“ Lereng bukit ada air.”” Cantik sangat tu.”
“ Boleh kamu usahakan?”
“ Insya Allah. Kita tengok dulu keadaan tempat itu, kemudian kita buat kertas kerja dan surat
perjanjian.”
“ Setuju,”kata Bakri kepada Hasnah.
105
“ Has harap sesuatu boleh kita buat. Minta sokongan kuat abang Bakri.”
Hasnah mejatuhkan surat khabar di tangan Bakri dan terus memeluknya. Lama. Bakri senang
dengan pelujkan itu, Bila ada masa, fikir Bakri, mereka boleh pergi melihat tanah itu. Dia
hendak Hasnah melihat apa yang sesuai boleh dibuat denagn tanah 10 hektar itu.
Suatu hari Hasnah mengikut kakaknya bekerja. Dia mengemaskan dapur. Dia menyediakan
sarapan untuk mereka bertiga. Bakri ada bersama, makan pagi dengan mereka.
“ Abang kalau senang hari ini, Has nak tengok tanah abang tu,” kata Hasnah.
“ Boleh, insya Allah. Abang pun senang hari ini. Kita pergi ya.”
Selepas sarapan, Bakri mengenakan pakaian lusuhnya untuk pergi ke hutan. Dia bertopi dan
membawa parang. Hasnah memakai kasut getah yang sesuai untuk berjalan dalam keadaan
sukar. Mereka pergi dengan kereta Exora Bakri.
Perjalanannya setengah jam. Mereka berjalan kaki kiraa-kira lima minit untuk sampai ke
tempat itu dari tempat mereka meletak kereta. Hasnah memegang tangan Bakri sepanjang
perjalanan itu. Bakri merasa senang dengan Hasnah..
“ Inilah dia , Hasnah.”
“ Cantik. Ada sungai kecil. Ada air. Bawah bukit. Has suka, abang.”
“ Apa yang boleh Has buat?”
“ Abang nak Has buat apa?” Hasnah bertanya Bakri.
“ Orang sebelah menyebelah, menanam durian. Durian mengambil masa panjang untuk
mendapat hasil.”
“ Kita tanam durian juga. Lambat mendapat hasil tak apa. Jangan dibiarkan kosong tidak
menanam apa-apa.”
” Abang setuju. Kalaupun abang tidak dapat memakan hasilnya tetapi anak cucu abang akan
dapat menikmati hasilnya.”
” Ini bujkan sekadar hendak makan sendiri, abang. Ini satu perniagaan. Ini bukan perniagaan
kecil,abang.” Kata Hasnah sambail memandang tepat ke mata Bakri. Bakri tersenyum. Hasnah
merapatkan badannya kepada Bakri. Baklri merangkul pinggang Hasnah dan mereka
berpelukan.
“ Boleh Hasnah usahakan tanah ini, abang?”
“ Tentu sahaja boleh. Anak-anak abang sibuk dengan kerja lain. Basri dan Bobi ada kerja
mereka di syarikat. Hasnah boleh usahakan tanah ini.”
“ Dengan perjanjian, abang. Abang uruskan terntang perjanjian itu . Kalau abang setuju dan
Has setuju dengan butir-butir perjanjian itu, kita mulakan.”
Mereka keluar dari semak-semak itu dan singgah makan di gerai makan di tepi jalan.
106
“ Apa nama tempat ini abang? Tiada hiruk-pikuk di sini. Tenang, tenteram dan sejuk.”
“ Durian Tunggal.”
Bakri menerangkan cara bagaimana hendak sampai ke situ dari Taman Cheng Baru.
“ Dari Taman Cheng Baru kita ambil Lebuh SPA, melepasi Stadium Hang Jebat, ambil ke kiri.
Kalau kita terus, kita akan jumpa pasaraya Mydin dan tol Ayer Keroh.”
Hasnah faham. Dalam kepaalanya, Hasnah teruja dengan hutan itu.
“ Has kalau diizian Allah nak jadikan tempat itu satu tempat yanga abang selalu nak datang.
Has akan pastikan tetamu Has akan selesa di situ. Kita bina satu pondok yang cantik tempat
kita berehat semasa kita datang melawat kebun itu.”
“ Kamu yakin kamu boleh melakukannya? Kamu boleh buat kertas kerja, tunjukkan matlamat
yang hendak dicapai dan strategi yang akan diambil bagi mengatasi msalah jika ada dan
seterusnya mencapai matlamat kamu.”
“ Abang boleh harapkan Has, insya Allah,” kata Hasnah
“ Abang Bakri, mengapa abang peluk dan cium Has?”
“ Abang sayang Has maknanya tu.”
“ Baru jumpa sekali dua dah sayang. Abang bukan tahu Has ni macam mana, elok ke tak elok
ke kelakuannya.”
“ Orang yang ada di hadapan abang ni tidak menyusahkan abang. Apa lagi yang abang
hendak?”
“ Has juga sayangkan abang. Sentuhan abang membahaagiakan Has. Has ada feel dalam
pelukan abang. Tak tahu Has kena bersaing dengan siapa pula ni.”
Selepas makan, Bakri dan Hasnah beredar dari situ.
Hasnah memimpin Bakri ke kereta. Hasnah memandu kereta Proton Exora balik ke rumah.
Bakri banyak kena cari alasan untuk menjawab soalan-soalan Azura dan Kartina.
Hasnah mula bersedia dari saat itu untujk bekerja kuat. Saat bermalas-malas sudah tiada
baginya kalua bertul-beetul dia berhasrat hendak memajukan tanah itu. Setelah berusaha,
memerah keringat dan mengaktifkan urat-urat dan tulangnya, apa yang perlu dilakukannya,
setiap hari ialah berdoa. Ayuh Hasnah! Kau boleh melakukannya,kamu memang dilaatih
unukk pekerjaan begini, kata hati Hasnah. Dia sungguh bersemangat dan berkobar-kobar
kemahuannya hendak melakukan sesuaatu yang sangat bermakna dalam hidupnya. Dia mahu
jadi petani yang berjaya dan petani yang boleh menjadi contoh.
Kartina berjumpa dengan ayahnya, Karim. Karim baru sahaja bercerai dengan Farina. Keadaan
Karim tidak sama seperti ketika dia beisteri. Kartina bimbang tentang kesihaan ayahnya, tiada
orang yang menjaganya.
107
Kartina memeriksa dapur rumah ayahnya. Dia membuka pei sejuk, tiada makanan di rumah
itu. Keadaan rumah tidak terurus. Pakaian Karim juga tidak berkemas. Kartina yang periang
pun hancur hatinya melihat keadaan ayahnya, lalu tanpa dapat ditahaan-tahaan dia
menangis.
” Ayah perlukan seseorang untuk membanatu ayah di rumah. Makan minum ayah perlu
dijaga, dan ubat-ubat ayah, pakaian ayah perlu ada orang mengemaskannya. Ayah perlukan
orang menguruskan rumah. Tina sungguh terkejut dan sedih melihaat kehidupan ayah.”
“Tak apa. Ayah perlu belajar menjaga diri sendiri.”
“ Bukan begitu, ayah. Apalah guna semua wang dan kekayaan ayah kalau kekayaan ayah itu
tidak digunakan untuk kemudahan ayah?”
“ Janganlah menangis. Ayah gembira kalau kamu dapat kahwin cepat.”
“ Tina tidak boleh tengok keadaan ayah ini,” kata Kartina.
“ Minta tolong Safiyah jaga ayah,” kata Kartina.
“ Jangan , tidak boleh,” sampuk Bobi yang kebetulan datang melawat ayah mertuanya.
“ Budak itu tidak elok kelakuannya. Saya cadangkan Salmah.”
“ Budak dari Sabah tu?” Kartina bertanya kepada Bobi.
“ Mahukah dia? Dia bukan orang susah,” kata Kartina.
“ Kita tanya dia dahulu. Kalau dia tidak mahu, kita cari yang lain,” kata Bobi. Bobi pun hairan
mengapa dia mencadangkan Salmah. Salmah pernah merapati Kamal. Bobi fifkir mungkin
Salmah suka tinggal di Melaka.
“ Dia pernah ada perasaasn kepada suami kamu. Nanti jadi masalah dengan kamu, Bobi.”
“ Harap tidak,” kata Bobi yang kemudian mendapatkan ayah mertuanya, memegang tangan
Karim, dan menciumnya seperti cara dibuat ornag Melayu.
Bobi dengan Kartina nak ajak ayah makan. Ayah pillih tempat. Pantai Puteri ? Tanjung Bidara?
Atau Semabok?”
“ Tina apa lagi? Siapkan aayah.”
Mereka menggunakan kereta Mercedes Benz Karim. Destinasi mereka adalah restoran kari
kepala ikan dan asam pedas di Semabok.
Mereka memesan kari kepala ikan dnasma pedas ikan jenahak. Karitina mengalir air matanya
melihat ayahnya makan berselera seperti sudah lama tidak makan sedap-sedap.
“ Maafkan Tina ayah. Tina hampir abaikan ayah. Apa kata ayah kahwin lagil?”
“ Siapa yang hendakkan ayah yang sudah tua ini?”
108
“ Ayah, siapakah Asfa itu bagi ayah? “ Kartina yang tadi mengalirkan air mata, kini ketaawa
apabila menyebut nama anak dara tua pakcik Azimin itu. Mengapa Kartina ketawa? Dia
merasa ada kelucuan di situ.
“ Asfa adalah orang yang ayah sayang.”
“ Habis? Ayah cakaplah terus terang dengan pakcik Azimin itu. Tina dengan Bobi boleh
bercakap dengan makacik Darisa.”
Bobi ingatkan Kartina ada dua perkara segera yang perlu dia buat. Pertama, cari Salmah.
Kedua, kahwinkan ayahnya dengan segera.
Azura baring guling gantang di katilnya. Dia menikmati muzik dengan alat pendengar di
telinganya. Dia tringat peristiwa-peristiwa indah dalam hidupnya. Ada orang kata,
kebahagiaan itu adalah rentetan peritiwa indah dalam hidup kita. Azura pun ada perisiwa-
peristiwa indah yang menjadi kenangan ketika kesunyian.
Dia teringaat peristiwa Bakri menolongnya semasa dia menjadi mangsa ragut. Bakeri milnta
dia bhati-hati semasa keseorangan lebih-lebih lagi di tempat sunyi.
Dia masih teringata perkenalaln pertamanya dengan Bakri.
“ Saya Azura.”
“ Sasya Bakri.”
Azura juga masih terbayang bagaiaamana pandangan dan jelingan Bakri kepadanya walaupun
pada masa itu Kartina ada bersamanya..
Terkenang juga dan tildak akan dilupai, Azura kehilangan daranya di penginapan Bakri pada
suatu malam dia mabuk. Bakri memecahkan daranlya dan meratahnya macam makan
keropok lekor. Bakri memujuknya dengan memberinya hadiah seutas rantai emas.
Azura masih teringat dia ada berkata kepada Bakri,” Abang masih handsome walaupun sudah
tua.”
Masih segar dalam ingatannya tentang larangan ayahnya, Azimin supaya tidak melayani Bakri.
Ayahnya tidak suka Azura bercinta demgan Balri tetapi Azura bertegas tidak akan tunduk
kepada kemahuan ayahnya kerana dia sayangkan Bakri.
Azura juga cemburukan Kartina. Dia tidak suka Bakri berbaik-baik dengan Kartina.
Masih segar dalam ingatan Azura tentang syarat Esah kepada siapa yang hendak berkahwin
dengan Bakri iaitu tunggu selepas kematiannya. Azura tahu Kartina sanggup menunggu
walaupun sampai tua.
Masih segar juga dalam ingatan Azura bagaimana ayahnaya memberi tahniah kepada
kakaknya, Asfa kerana berjaya mendapat tempahan besar terhadap pakaian keluaran kilang
mereka. Azura juga mengambil kesempatan turut memberi tahniah kepada Asfa.
109
Azura tidak dapat melupakan bagaimana dia menolak ranangan menambahkan cawangan
kilang di bandar lain. Azura cdanagkan mereka kembanagkan kapasiti kilang yang ada
sekarang. Dia terperanjat apabila dia dibri tugas menjadi Pengurus Projek.
Sambil baring menelentang di atas katilnya, telefon jatuh ke atas hidungnya. Sakit juga tetapi
tidak luka, tiada kecederana. Azura terus mengangkat telefonnya ke atas, betul-betul atas
mukanya. Azura tidak dapat melupakaan juga bagaimana dia bergurau dengan Kartina dan
Bobi tentang hubungan mereka, jika dia dan Kartina berkahwin dengan Bakri. Mahu tidak
mahu Kartina dan Azura akan menjadi ibu tiri kepada Bobi.
Kenangan manis yang masih kuat berlegalrlll di kepala Azura ialah percutiannya dengan Bakri
di Phuket, Thailand. Waalaupun dia bergembira di sana tetaapi dlam hatianya terpahat
ingatan rasa bersalah menunggu kematian seorang wanita untuk berkahwin dengan
suaminya. Azura menganggap perbuatan itu atau penantian itu sesuatu yang tidak bermoral.
Azura masih teringat pada suatu hari, dia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya
kepoda Kartina sehingga Bakri menenangkannya dengan memeluknya erat.
Azura juga masih teringat dan merasa terharu terhadap kepoercayaan yang diberi oleh Bobi
dan Asfa kepadanya menjadi duta produk pakaian perniagaan online mereka. Dia juga terasa
teruja apa yang akan berlaku kemudian apabila produk dikenali ramai nanti.Telefon di
tangannya terlepas tetapi tidak lagi terjatuh ke atas hidungnya. Azura terlelap.
Hasnah menunjukkan kertas kerjanya kepada Bakri tentang projek dusun durian yang dia
dengan Bakri bincang sebelum itu. Bakri tidak terus membacanya tetapi dia bertanya berapa
yang diperlukan Hasnah untuk memulakan projek itu.
Hasnah memberitahu, mereka perlu menyediakan tanah untuk tanaman, parilt dan jalan
untuk sekadar kenderaan pick up satu tan keluar masuk dan pagar kukuh.
“ Kita perlu sediakan elaun pengurus dan gaji pekerja. Kos membeli anak benih, baja, dan
jentera bajak farm tractor atau/dan walking tractor, rumah pengurus dan rumah pekerja
termasuk stor serta garaj.”
“ Kamu masukkan tidak kemudahan elektrik dan air?”
“ Ada. Saya ternampak sebelah menyebelah tempat ini ada kemudahan itu.”
“ Saya fikirfkan juga matlamat jangka pendeknya yang membolehkan kita mendapat hasisl
segera bagi digunakan untuk pengurusan dusun ini. Pokok durian biasa boleh mendapatkan
hasil dalam masa 10 tahun hingga 15tahun. Jenis klon boleh mengeluakan hasil selepas lima
tahun.”” Kita boleh tanam betik dan pisang di anatara anak-anak pokok durian itu. Lima
hektar pisang dan lima hektar betik banyak tu, bang.”
“ Anggaran kamu?”
“ Has anggarkan RM 700 ribu.”
“Kita perlu buat pinjaman bank,” kata Hasnah.
110
Bakri terdiam. Dia berfikir bagaimana hendak meminjam bank? Dia sudah berumur. Hasnah
pula tiada sebarang cagaran melainkan pengetahuannya tentang pertanian
“ Abang beri pendahuluan kepada kamu. Bagaimana pinjaman kepada bank kamu kena bayar,
pinjaman kepada abanga pun kamu kena bayar.”
“ Terilma kasih , abang. Abang bukan sahaja banyak wang tetapi murah hati,” kata Hasnah
kepada Bakri dan dia terus memeluk dan mencium Bakri seperti kekasihnya.
“ Abang tahu tak, kita boleh tanam 100 batang pokok sehektkar. Abang bayangkan kalau
sepuluh hekktar,” kata Hasnah.
“ Bagaimana hasilnya?”
“Biasanya,kita boleh mendapat antara 10 hingga 15 tan bagi tiap-tiap hektar. Satau tan
metrik, abang tahu kan berapa kilogram?”
“ Seribu kilogram.”
“ Abang tahu tak waktu yang paling seronok di dusun durian? Masa pokok mula berbunga
hingga buahnya matang dan jatuh.”
“ Berapa lama buahnya bergayut di atas pokok?” Bakri bertanya Hasnah.
“ Dari masa berputik yang kita panggil anthesis hingga buah masak mengambil masa kira-kira
115 hari.”
Bakri memimpin Hassnah ke kereta. Bakri memilih kereta meweahnya membawa Hasnah ke
bandarraya. Destinasi mereka adalah pejabat Peguambela dan Peguamcara. Perkara ini
belum diketahui oleh Kartina dan Azura. Bagaimana Bakri hendak menghadapi situasi yang
mungkin tegang apabila mereka berdua itu mendapat tahu tentang Hasnah dan pendahuluan
yang Bakri akan berikan Hasnah sebanyak RM 700 ribu itu. Basri dengan Bobi tentu sekali
tidak setuju dengan apa yang ayah mereka sedang lakukan. Esah tidak berkata apa-apa kerana
dia faham wang itu wang Bakri, bukan wang bapanya lagi.
Bab 35
Safiyah merasakan dia sedang berbadan dua. Safiyah sedih dia tidak tahu dia mengandungkan
anak siapa. Adakah anak Kamal? Atau anak Basri? Adakah dia yakin dia sedang berbadan dua.
Dia belum pasti. Dia pasti haidnya kelewatan.
Dia mengadu kepada Erniyani. Dia beritahu mungkin anak yang dikandungnya itu anak
Kasmal, suami Erniyani. Erniyani tidak sedikit pun bersimpati dengan apa yang diberitahu oleh
Safiyah malah dia semakin meradang. Katanya, Safiyah melakukannya dengan sengaja untuk
menjerat suaminya.
Safiyah juga mengadu kepada ibu Erniyani.
“ Ibu, kasihanlah Safiyah ini. Safiyah minta maaf kerana tidak berhaati-hati, tidak pandai
menjaga diri. Ibu, tolonglah pujuk Erniyani terimalah Safiyah sebagai madunya.”
111
“ Ibu Erniyani tidak berani pandai-pandai masuk campur dalam rumahtangga anaknya.
Sebenarnya dia sendiri tidak mahu Safiyah mengganggu Erniyani yag sedang hidup bahagia
dengan Kamal walaupun dia bermadu dengan Bobi.
“Kamu berbincanglah sendiri dengan Erniyani.”
Safiyah juga mengadu kepada Bobi. Bobi juga tidak mengambil peduli sangat dengan apa yang
diberitahu oleh Safiyah. Bobi minta Safiyah selesaikan masalahnya dengan Kamal sahaja.
Kalau Kamal setuju bertanggungjawab, Bobi tiada halangan. Bobi mengatakan bahawa
Safiyah boleh berkahwin dengan Kamal jika itulah keputusan Kamal.
Safiyah belum lagi memberitahu Kamal dan Basri tentang kemungkinan dia sedang berbadan
dua. Safiyah tahu Kamal dan Basri akan menafikannya dan tidak akan mahu
bertanggungjawab ke atas kandungan Safiyah itu. Inilah akibat terlalu mengejar wang
daripada menjaga maruah diri. Apabila keadaan ini berlaku, gadis itulah yang akan
menderita.Safiyah benaa-benar merasa dirinya tidak lagi berharga dan tidak lagi boleh duduk
bersama-sama dengan rakan-rakan gadis sebaya dengannya. Dia akan menyisihkan dirinya.
Dia betul-betul terasa dirinya terpinggir. Teringgir bukan tidak disukai oleh kawan-
kawan,tetapi merasai dirinya terhumban ke lembah kehinaan atas pilihannya sendiri. Malu.
Safiyah perlu membuat ujian kehamillan untuk mendapatkan kepassstian. Mengikut
pengetahuannya, ujian kehamilan it boleh dibuaat dlam sepuluh hari selepas haid yang
terlepas. Ujian kehamilan dibuat bagi mengetahui darah atau air kencing ada hormon yang
dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon ini terjadi selepas persenyawaan,
biasanya enam hari.
Safiyah masih teragak-agak hendak membuat ujian kehamilan itu atau tidak. Kalau boleh dia
hendak berkahwin sahaja tanpa menjalani ujian itu. Dia masih teringat pesan Erniyani, jangan
cuba-cuba mendekati Kamal lagai. Dia perlu berjumpa juga dengan Kamal dan Basri; merayu
supaya salah seorang daripada mereka sudi mengambilnya sebagai isteri.
Safiyah datang ke Melaka hendak berjumpa dengan Kamal dan Basri. Safiyah enggan datang
ke rumah kerana tidak disukai oleh Erniyani. Safiyah tinggal di hotel dan berjumpa dengan
Kamal di hotel. Belum lagi Kamal berehat, Safiyah sudah menanggalkan pakaiannya dan
menggoda Kamal. Kamal tidak menolak godaan Safiyah.
“ Kamu sungguh menggiurkan. Emm, mari sayang.”
Safiyah membuka mulut dengan mengatakan dia sedang berbadan dua. Kamal tidak terkejut
dan tidak panik kerana dia tahu bukan dia seorang tidur dengan Safiyah.
“ Abang Kamal kena kahwin dengan Yah.”
“ Abang fikir tidak. Kita tidak tahu siapa bapanya.”
“ Macammana nasib Yah ni. Mengandung tetapi tiada suami. Abang Kamal kesianlah Yah ni
Kemudian nak ceraikan Yah pun cerailah. Lepas tu Yah tak ganggu abang lagi.”
“Maafkan abang, Yah. Abang hanya hendak berseronok sahaja.”
112
Safiyah menangis sambil memukul belakang Kamal dengan bantal. Kamal keluar dari bilik
hotel itu bersendirian tanpa mempelawa Safiyah datang ke rumahnya.
Safiyah datang ke rumah Basri pada malam itu. Setelah memuaskan nafsu gigolo itu, dia
mengadu dia sedang hamil dan mengajak Basri berkahwin dengannya segera.
Dia merayu supaya Basri menjadi suaminya sekurang-kurangnya sehingga dia bersalin.
Selepas itu kalau Basri hendak meninggalkannya, dia merelakan. Basri tidak bersetuju dengan
cadangan Safiyah itu, dan dia minta maaf kepada Safiyah sekiranya dia menyebabkan
kesedihan dan kesusahan kepadanya. Safiyah menangis sedih dan kesal kerana kesilapan yang
berlaku. Kesilapan yang dilakukan dengan sengaja, dengan tujuan hendak besuka-suka dan
hendak menjerat Kamal atau Basri. Tiada siapa yang akan membantu mempengaruhi kedua-
dua orang lelaki yang meratah tubuhnya dengan rakus supaya bertanggungjawab atas nasib
malang Safiyah. Adillah kerana tiada siapa pun yang mempengaruhi dia berlaku sumbang
dengan dua orang lelaki itu. Dia masih teringaat bagaimana pengalaman pertamanya dengan
Kamal di ranjang. Dia meresa enak dan kemudiannya dia merasa sungguh bahagia sehingga
pengalaman yang sama berulang sampailah diketahui oleh Erniyani. Kemudian dia pegi ke
kediaman gigolo itu dan mereka tidak melepaskan peluang menikmati keseronokan bersama.
Kini air mata mengalir tanpa diseka. Mengapa dia menangis, sedangkan dia tahu perkara
seperti itu boleh berlaku. Pada masa iltu dia tidak mempedulikan perkara itu. Dia lelbilh
pentingkan keseronokan seksual yang selalu dia tonton dalam internet. Mengapa abang
Kamal tidak kasihankan dia? Abang Basri pun tidak berminat bertanggungjawab atas
kesedihan Safiyah itu. Safiyah perlu menggunakan pelan kedua selepas kering air matanya,
selepas gagal memujuk Kamal dan Basri mengahwininya. Dia balik ke Lhoksuemawe minta
ibunya kahwinkan dia dengan mana-mana “ Datuk Meringgih” yang ada di kampungnya.
Ramai “ Datuk Meringgih” hendakkan Safiah yamg muda dan menggiurkan itu. Maka
berkahwinlah Safiyah. Dia mengahwini lelaki yang boleh di panggil kakek, sudah tentulah
tidak disukainya tetapi apalah dayanya kerana sudah terpaksa.
Safiyah tidak boleh salahkan Kamal dan Basri sahaja. Safiyah yang mula-mula menghulurkan
tangga, Kamal dan Basri hanya memanjatnya sahaja. Safiyah yang menggoda Kamal. Dia
masih ingat bagaimana dia menggeselkan badannya kepada Kamal. Malam iltu juga Kamal
mendatangi Safiyah di kamarnya.
Sekarang Safiyah sudah bersuami. Dia menganggap suaminya orang yang baik. Walaupun dia
tidak sukakan suaminya, kerana suaminya orang tua tetapi dia tetap mengakui diri dia kini
sudah menjadi isteri Suaminya itulah yang akan menjaganya, membantu menaikkan balik
harga dirinya dan akhirnya orang akan melupakan bahawa Safiyah mengandung di luar nikah.
Erniyani dan Bobi merasa lega kerana Safiyah sudah bersuami. Dia tidak akan mengganggu
lagi rumahtangga mereka. Mereka berharap Safiyah tidak akan bercerai dengan suaminya dan
kemudian muncul pula di Melaka. Kalau boleh Erniyani dan Bobi tidak mahu melihat Safiyah
lagi. Tidak dapat dikenang oleh Erniyani bagaimana sakit hatinya terhadap Safiyah yang
memperbodohkannya di rumahnya sendiri. Erniyani bimbang kerana Kamal akan pergi lagi ke
Acheh. Kamal berjanji dengannya hendak membelikannya sebuah kereta untuk digunakan di
Acheh. Erniyani tidak lagi begitu ghairah untuk mendapatkan kereta itu. Dia tidak mahu Kamal
113
pergi ke Acheh lagi. Dia takut Kamal akan berjumpa lagi dengan Safiyah,. Erniyani tahu
walaupun Safiyah sudah berkahwin tetapi perasaan sayanagnya kepada Kamal mungkin
belum luput.
Bobi rasa sangat tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Kamal bukan sahaja suami
Erniyani malah dia juga suami Bobi. Apa yang irasa oleh Erniyani sedikit sebanyak dia akan
terasa juga.Walaupun Bobi bukan senang terusik dengan kelakuan Kamal yang “ buas” itu,
Bobi boleh menjadi gelabah juga apabila ada orang yang terang-terang mengatakan hendak
mengambil suaminya.
“ Abang , cubalah abanag ubah sedikit perangai abang tu. Jadilah orang yang lebih baik selepas
abang berkahwin. Bobi malu kalau ada orang mengatakan abang “liar” atau “buas”,” kata Bobi
kepada Kamal.
Bobi seolah-olah mendengar jawaban Kamal,” Abang tak macam dulu lagi. Abang dah baik
sikit.”
“ Bobi pun rasa abang Kamal perlukan sekatan pergaulan. Abang tidak boleh lagi becampur
rapat sangat dengan kawan-kawan kelab.” Itulah perasaan yang boleh Bobi katakan dalam
hatinya, untuk memujuk kekecewaannya juga.
Bobi rasa dia masih bernasib baik kerana dia tidak begitu rasa sunyi kerana dia bekerja.
Pekerjaannya berat dan perlukan fokus. Dia tidak boleh main-main ikut jam masuk dan ikut
jam balik. Dia ada misi, tugas perlu dilaksanakan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Dia
tidak mampu membuat kesilapan. Bahan-bahan binaan bukan murah-murah. Dia mempunyai
vision perusahaan ayahnya ini akan berkembang dengan baik. Pengurusan yang baik bukan
sahaja boleh menunjukklan kemahiran pengurus-pengurusnya malah boleh memajukan
syarikat.
Kadang-kadang Bobi rasa dia kurang berlaku adil kepada Kamal. Dia banyak mengabiskan
masa di tempat kerja. Terpaksalah Bobi berhubung dengan Kamal seberapa kerap yang boleh
melalui telefon. Kalau boleh mereka perlu keluar makan tengah hari bersama.
Erniyani sedang mengemaskan bilik tidurnya. Dia teringatkan Safiyah yang baru mengahwini
orang tua di kampungnya. Eniyani gembira Safiyah berkahwin dengan “ Datuk Meringgih”
bukan “ Kamal Meringgih”.
Suaminya adalah Kamal bin Karim. Dia harap padanlah dengan kelakuan buruk Safiyah itu .
Hasratnya hendak merampas suaminya itu sudah jelas tidak akan berlaku. Erniyani sudah
boleh balik ke Lhoksuemawe dengan senang hati. Dia tidak perlu lagi menangis di depan
ibunya mengadukan hal tentang Safiyah yang mengganggu rumahtangganya.
Dia juga tidak perlu takut lagi dengan ugutan Safiyah supaya menyerahkan sawahnya kepada
Safiyah sebagai ganti tidak mengganggu Kamal lagi.
Erniyani tidak mudah masuk ke dalam perangkap Safiyah walaupun nampak dia berada di
pihak defensive. Ada kemungkinan dia akan mengajak Kamal balik ke Acheh. Dia akan
menuntut janji Kamal hendak membeli kereta di sana. Janji membelikan sebuah kereta
kegunaan keluarga Erniyani hampir dilupai kerana gangguan Safiyah. Sekarang Safiyah tidak
114
akan mengganggu Kamal lagi. Dia sudah ada suami.Sekurang-kurangnya itu adalah
pandangan Erniyani. Apa yang akan berlaku pada masa depan adalah rencana Allah.
Salmah datang ke Melaka. Dia diminta oleh Kartina membuat kerja-kerja pembantu rumah.
Salmah sanggup menjadi pembantu rumah kerana Salmah ingin mendekati Kamal. Apa
salahnya dia membantu ayah mertua Bobi yang telah bercerai dengan Farina. Tiada siapa yang
boleh membantu menguruskan kehidupan mertua Bobi itu pada masa itu. Salmah pula tidak
berbuat apa-apa di Sabah. Dia tahu, ayah saudaranya orang kaya. Dia tahu Kamal adalah
suami kepada sepupunya ,Bobi. Dia juga mengetahui Kamal mempunyai seorang lagi isteri
dari Indonesia. Salmah tidak gusar sangat tentang isteri-isteri Kamal. Bagi Salmah, yang
penting baginya adalah Kamal. Cinta adalah perasaan halus yang susah hendak digambarkan
dengan perkataan. Salmah hanya tahu dia cintakan Kamal yang tidak membawa maksud ingin
memilikinya. Tanpa pemilikan, cinta masih bolelh bersemi, tanpa nikah,cinta masih boleh lagi
bercambah. Salmah tentu tidak digemari oleh ayah saudaranya, Bakri yang sedang berusaha
membersihkan gaya hidup yang patut dijauhi. Salmah pula cuba mengembangkan gaya hidup
yang diamalkan oleh Basri.
Salmah masih lagi teringat kata-kata mesra antara dia dan Kamal ketika mereka hendak
berpisah tidak lama dahulu,” I lone you. Muahhh.” Sekiranya Erniyani bertanya kepadanya
mengapa dia mesti datang ke Melaka lagi setelah Kamal tidak memilihnya sebagai isteri maka
dia akan mengatakan dia cintakan Kamal.
Sebenarnya, apa yang dikehendaki oleh Salmah dengan keberadaannya di Melaka bolehlah
disimpulkan sebagaimana yang dikfikirkan oleh Salmah iaitu menghulurkan bantuan kepada
ayah Kamal dengan tujuan mendekati Kamal walaupun bukan sebagai iserinya. Bagi Salmah,
adalah sudah mencukupi bagi dirinya menjadi kekaksih gelap kepada Kamal. Hasrat Salmah
itu sudah tentu tidak disukai oleh Bakri, Karim dan Azimin yang sedang berusaha
membersihkan nama baik keluarga mereka.
Bakri bercakap dengan Basri dan Bobi tentang rancangan membina orchard durian. Mereka
di pejabat Bakri. Basri dan Bobi memerhati keadaan fizikal ayah mereka. Ayah mereka itu
masih sihat dan bersemangat. Bakri tinggi tubuh badannya. Ketinggiannya hanya kurang
sedikit daripada Basri. Bobi nampak warna kulitnya sawo matang tetapi dia tetap tampan
dengan sepasang bola mata yang berwarna coklat cair. Basri nampak ayahnya tidak
menyimpan janggut. Bakri memakai kemeja lengan pendek bersama dengan vest pemburu
yang digemarinya. Dia memakai topi semasa menyambut Bobi dan Basri di pejabatnya pada
hari itu.
Bobi minta ayahnya berhati-hati dengan orang yang menggunakan duitnya. Ada orang pura-
pura serius pada mulanya, kemudian hilang dengan duitnya sekali. Lesap tidak dapat dikesan
lagi. Bobi juga mengatakan adalah susah hendak mendapat duit sebanyak itu dalam tempoh
segera. Mengikut pendapatannya, dia tildak akan dapat mengumpulkan wang sebanyak itu
walaupun dia bekerja keras, lainlah kalau dia menyeleweng.
Basri tidak menghalang apa yang hendak ayahnya lakukan dengan wangnya tetapi Basri minta
dia dan Bobi dilibatkan secara aktif dalam rancangan itu.
115
Hujung minggu itu Bakri membawa Hasnah, Basri dan Bobi melawat dusun durian di Balik
Pulau, Pulau Pinang dan satu lagi di Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang. Mereka banyak melihat
dan bercakap dengan pengurus kedua-dua dusun durian itu. Ada pelajaran berguna
diperolehi Hasnah. Mereka banyak makan durian di situ tetapi Bakri menjamah satu dua ulas
sahaja jenis musang king.
“ Panas durian Penang,” kata Bobi.
Mereka semua setuju.
Hasri minta maaf kepada Asfa atas apa yang telah dilakukannya kepada Asfa. Dia sudah ada
pengganti Asfa. Rakan sekolahnya dahulu.
“ Saya tahu saya pernah mengganggu Cik Asfa dulu. Saya tidak akan ganggu Cik Asfa lagi.
Maafkan apa yang saya telah buat kepada Cik Asfa.”
“ Nasib baik kamu berhubung dengan saya. Saya sedang berkira-kira hendak menggunakan
kekerasan kepada kamu. Saya hendak selesaikan perkara kamu ini dengan segera. Saya pun
ada pelan hendak mendirikan rumahtangga tetapi bukan dengan kamu.”
“ Saya faham Cik Asfa. Maafkan saya sekali lagi,” kata Hasri.
“Saya maafkan kamu. Harap kamu bahagia dengan kekasih baru kamu itu.”
Kemudian Hasri minta diri dan memutuskan telefonnya.
Bagi Hasri, Asfa walalupun seorang yang tegas teapi pemaaf juga orangnya. Dia
memaafkannya walaupun tindakannya ada yang melampaui batas.
Asfa masih teringat bagaimana Hasri membantu menangkap pencuri kain di kilangnya. Dia
juga masih teringat dan terbayang bagaimana Hasri mengganggunya. Dia tahu apa yang
tersirat dalam hati lelaki daripada cara mereka memandang dirinya. Hasri memandang Asfa
dengan rasa kagum dan ghairah.
Hasri juga menghantar mesej cinta kepada Asfa melalui whatsapp. Apabila Asfa idak
melayannya, dia mula mengggunakan kata-kata kesat, lucah dan ancaman untuk menakut-
nakutkan Asfa. Asfa kemudiannya membuat laporan polis.
Polis menasihati Hasri supaya menghentikan perbuatan tidak baiknya dan menumpukan
perhatiannya kepada pekerjaannya kerana dia seorang yang penting dalam kilang. Walau
bagaimanapun,nasihat polis tidak diendah oleh Hasri. Dia mula tidak hadir bertugas.
Asfa sekarang merasa lega sedikit kerana masalahnya dengan Hasrri dianggapnya sudah
selesai. Sekurang-kurangnya dia boleh mengatakan Hasri tidak akan mengganggunya lagi.
Asfa sekarang masih ada tekanan pekerjaan yang perlu dikurangkan bebannya. Asfa perlu
turunkan sedikit kuasanya atau delegate kuasanya kepada karyawan lain.
Penglibatannya dalam perniagaan online perlu diserah kepada Azura dan Bobi. Asfa belum
membuat keputusan tentang langakah-lanlgkah mengurangkan sedikit beban tugasnya
kepada orang lain. Asfa bercadang menyerahkan perniagaan online kepada Azura dan Bobi.
Kesibukan Asfa tetap tidak berubah. Dia masih sibuk. Kesibukan itulah yang menghalang Asfa
116
membuat keputusan berani tentang berkahwin.Tentang perkahwinannya, ayah Asfa
memanglah berharap Asfa cepat berkahwin. Ayah Asfa, Azimin hendak sangat Asfa cepat
berkahwin kerana dia berpendapat Asfa sudah layak berumahtangga. Dia sudah cukup
matang untuk melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Azimin pun
sedang memerhatikan Bobi anak Bakri yang baru berumahtangga. Bobi tidak mengahadapi
masalah dalam rumahtangganya kecuali perangai Kamal yang lambat hendak berubah.
Karim berjumpa dengan Azimin di rumah Azimin bertujuan merisik Asfa untuk dijadikan
isterinya. Kartina dan Bobi berjumpa dengan Darisa pada waktu dan bagi tujuan yang sama.
Mereka mengambil keputusan hendak menikahkah Asfa dengan Karim. Azimin minta
menangguhkan persetujuannya sehingga dia mendengar sendiri daripada mulut Asfa sama
ada dia setuju atau tidak setuju. Walau bagaimanapun, Karim meninggalkan sebentuk cincin
emas belah rotan sebagai tanda dia datang membuat risikan.
“ Kalau apa pun keputusan Asfa, cincin itu tidak perlu dipulangkan. Anggaplah ia sebagai
hadiah kami kepada Asfa,” kata Kartina.
Karim dan Bobi tersenyum tanda setuju. Darisa menerima cincin itu bagi pihak Asfa.
Jitra di Kedah Sik pun di Kedah,
Seberang Jaya di Pulaau Pinang:
Bertanya sudah meisik pun sudah,
Kami datang hendak meminang.
Majlis pertunangan Asfa dengan Karim dilaksanakan di rumah Azimin , menjelaskan yang Asfa
menerima Karim sebagai suaminya. Tetamu yang hadir hari itu, antara lain, adalah Karim,
Kamal dengan isterinya, Bobi, dan Kartina, Salmah, Bakri, Basri dan Hasnah. Tuan rumah
tentulah Azimin, Darisa, Azura dan sudah tentu yang berkaitan secara langsung dengan majlis
berkenaan iaitu Asfa. Selain itu, turut hadir pegawai syarak masjid. Tidak kelihatan, Esah
dengan jururawatnya dan Farina, bekas isteri Karim.
Pihak lelaki membawa wang pendahuluan sebanyak RM 7500 dan tujuh dulang hadiah
iringan. Hadiah lain termasuk seutas rantai tangan emas dan cincin permata berlian. Jumlah
maskahwin diputuskan mengikut enactment negeri. Hantaran hangus RM15,000; bakinya
akan diserah kepada pihak perempuan sebelum hari akan nikah.
Kartina mewakili ayahnya, menyarungkan cincin pertunagnan ke jari Asfa. Kartina mencium
pipi Asfa kiri dan kanan. Kartina nampak pada hari itu Asfa tidak memakai gown pengantin.
Asfa hanya memakai baju high low yang labuh di belakang tetapi singkat dan terbuka di
hadapan, dipadan dengan seluar yang longgar. Kartina juga ternampak Asfa memakai blouse
bagi menutupi bahagian dada dan bahunya yang terbuka. Pada hari itu, Kartina sendiri hanya
memakai baju kurung Melayu dengan sedikit kerawang di hujung lengannya.
Inilah satu majllis pertunangan yang sungguh sederhana yang dibuat biasanya oleh
masyarakat biasa bukan orang kaya seperti Azinmin dan Karim. Telah sah, Asfa menjadi
tunangan Karim mulai hari itu.
117
Bakri gembira kerana satu lagi perkara baik telah mereka laksanakan. Bakri berharap
pertunangan Asfa dengan Karim dapat bertahan sampai mereka diijabkabulkan dan hidup
bahagia sampai akhir hayat. Asfa sendiri merasa gembira dan dia berharap kesihatan dia dan
Karim sentiasa baik dan mereka dapat hidup dalam keadaan yang gembira sampai hari tua.Dia
melupakan sekejajp masalah beban kerja dan tanggungjawab berat yang dipikulnya di tempat
kerja. Mulai hari itu Asfa menjadi tunangan Karim, orang yang dicintai denagn penuh sabar
dan yakin. Asfa berharap Hasri tidak lagi mengganggunya sebagaiaamana janjinya kepada
Asfa tidak lama dulu. Bagi Kamal dan Kartina, mereka berhaarap ayah mereka nanti akan
berkahwin dengan gadis yang dicintai dan akan ada orang menjaga keperluannya dan
menemaninya, dan akan ada orang membantu memulihkan kecergasan Karim supaya dapat
Karim kembali memegang jawatan pengarah syarikat yang sekarang dipangku oleh Kamal.
Buat sementara waktu , Salmah membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Karim tidak
menganggap Salmah sebagai pembantu rumah. Salmah adalah anak saudara sahabatnya ,
Bakri.
Adalah penting bagi Karim sekarang mengubah pandangannya terhadap Azimin, yang
dahulunya adalah seorang sahabat tetapi akan menjadi ayah mertuanya. Sahabat yang akan
menjadi ayah mertua kepada Karim dan menantu kepada Azimin. Kartina ketawa kerana dia
tidak terfikir perkara begitu boleh berlaku dalam keluarganya. Asfa dahulunya seorang rakan,
seorang kenalan tetapi sekarang bukan sahaja rakan malah bakal menjadi ibu tirinya.
“ Saya Asfa, makcik kamu. Ibu tiri kamu. Panggil saya makcik bukan Asfa.”
Kartina hendak ketawa. Dia tersenyum sendirian. “ Saya Tina. Anak tiri makcik.”
Kartina menggelengkan kepala. Tinggal dia belum terasa ada tanda-tanda hendak mendirikan
rumahtangga. Azura juga belum lagi terdengar berita tentang perkahwinannya. Mungkin
Azura serius menunggu kematian Esah seperti juga dirinya yang menunggu Bakri membuat
keputusan.
Basri pun belum membuat persediaan hendak berkahwin kerana dia berpuas hati, setakat itu
dengan layanan Farina, janda ayah Kartina yang kaya raya itu. Kartina tahu , ibunya banyak
wang. Dia bimbang wangnya akan dihabiskan oleh gigolo itu. Mengapa mereka tidak
berkahwin sahaja. Tidakkah malu kalau mereka tertangkap khalwat lagi? Basri masih berdegil,
tidak mahu mendengar nasihat ayahnya dan desakan Bobi supaya menamatkan zaman
bujangnya. Kartina juga berharap Esah sihat walaupun pada pandangan orang dia mahu Esah
cepat meninggal dunia.
Bobi sedang memasak. Kamal akan balik ke rumah malam itu.. Dia teringat waktu dalam majlis
pertunangan Asfa, Salmah tidak lekang-lekang matanya memandang Kamal. Bobi memerhati
kelakuan Salmah itu dengan perasaan geram. Oleh sebab Kamal duduk bersama dengan
orang lelaki dalam majlis pertunangan Asfa itu tidak dapatlah Bobi berbuat apa-apa. Dia rasa
hendak bangun dan menampar muka Salmah di situ juga.
“ Tidak sedar diri.”
Bobi menyokong kedatangan Salmah ke Melaka untuk membantu bapa mertuanya. Kartina
tidak perasan apa yang sedang berlaku pada masa itu. Kartina duduk jauh dari Bobi.
118
Semasa majlis pertunangan Asfa-Karim dijalankan, Safiyah di Lhoksuemawe berhempas pulas
dalam bilik bersalin kerana hendak melahirkan.
Safiyah menghantar mesej kepada Erniyani mengatakan dia telah selamat melahirkan bayi
perempuan. Dia mengatakan Erniyani patut tahu siapakah bapa kepada bayi tersebut. Sakit
hati Erniyani membaca mesej itu. Erniyani tidak menjawab mesej Safiyah itu. Safiyah juga
mengjhantar mesej yang sama kepada Basri. Basri juga seperti Erniyani, tidak mengendahkan
mesej Safiyah itu.
Mengapa Safiyah berbuat demikian? Dia sudah bersuami. Dia sudah ada anak. Sebenarnya
dia hendak beritahu Erniyani, Kamal dan Basri dia belum putus asa, dia masih lagi berusaha
mendapatkan penyelesaian yang lebih adil antara dirinya di satu pihak dan Kamal dengan
Basri di satu pihak yang lain. Dia mahukan wang. Dia tahu Kamal dan Basri orang kaya, ada
banyak wang. Erniyani sangat marah dengan ancaman baru daripada Safiyah itu.
“ Gila dia ini.”
Meminta wang sagu hati sebagai penyelesaian konflik bagi Safiyah adalah wajar, bukan gila.
Dia meminta, kalau orang memberi , dia gembira. Kalau orang tidak mahu memberinya dia
akan merayu lagi, dia akan mencari jalan bagaimana dia boleh meminta wang daripada orang
berdua itu.
Asfa dengan Karim berjalaln-jalan di lorong tidak berturap di Pantai Puteri. Di kiri kanan lorong
dipagari dengan pokok-pookok ru yang sudah besar, Tidak panas kerana pokok-pokok itu
melindungi mereka daripada cahaya matahari. Ada sedikit angin bertiup lembut.
Asfa berterima kasih kepada Karim kerana sudi mengambilnya sebagai tunangannya. Asfa
ingat masa yang indah itu mungkin tidak berlaku dalam waktu yang cepat. Sudah lama Asfa
menanti detik-detik gembira itu. Air mata Asfa mengalir di pipinya dan dia mengesatnya
dengan kertas tisu. Tangisannya disedari oleh Karim.
” Abang sayang As. Dah tentu abang tidak membiarkan As ternanti-nanti. Abang tahu As
bekerja kuat kerana hendak memenuhi masa lapang. As sampai tidak ada masa lapang nak
dikongsi bersama abang.”
“ Sekarang kan As ada di sini? Bersama abang,” kata Asfa sambil memegang errata lengan
Karim.
“ Kita bertunang kan bang? Susah nak percaaya.”
“ Hem,” jawab Karim.
“ As masih bingung, masih belum berani nak percaya yang kita dah bertunang.”
Mereka kemudian singgah di Hotel Pantai Puteri dan mereka minum di situ. Karim sudah lupa
bagaimana dia berjumpa dengan Asfa. Dia tahu Asfa adalah anak Azimin. Pada mulanya
memang Karim tidak suka kepada Azimin kerana hubungan Azimin dengan Farina. Sekarang
119
Karim dan Farina telah bercerai, dan Azimin tidak lagi berjumpa dengan Farina. Tidak ada
sebab lagi Karim merasa benci kepada Azimin.
Azimin akan menjadi bapa mertua, dan rakan niaganya itu, Karim akan menjadi menantu.
Pelik jluga ceritanya tetapi itulah kenyataannya. Asfa menjadi sangat keliru kerana hubungan
emaknya dengan isteri Karim. Mereka berebut bermain denan budak mainan yang sama.
Mengingatkan hubungan ayahnya dengan Farina, Asfa menjadi tergamam. Dia sendiri tidak
boleh terima apa yang dilihatnya tetapi apa yang boleh dia buat, dia hanyalah seorang anak.
Keputusan ayahnya memutuskan hubungan dengan Farina menggembirakannya dan juga ahli
keluarga yang lain. Perceraian Karim dengan Farina dan perunangannya dengan Karim
menambahkan asam garam ke dalam kehidupan Asfa.
” As sayangkan abang juga. As pilih abang, As tunggu abang kerana As sayangkan abang.”
Karim tersenyum. Mukanya nampak merah-merah darah. Nampak hidup dan tidak pucat
seperti beberapa bulan yang lepas. Karim mujlai memandang Asfa dengan pandangan yang
mengandung perasaan halus dan mulus.
Bab 36
Bobi berjumpa dengan Salmah selepas beberapa hari berlangsungnya majlis pertunangan
Asfa dengan Karim. Bobi bercakap tentang kelakuan Salmah dalam majlis itu . Bobi nampak
Salmah merenung kepada Kamal seolah-olah dia menggoda Kamal. Bobi mengingatkan
Salmah, Kamal itu suami orang. Dia ada dua orang isteri. Isteri- isteri Kamal itu cantik-cantik.
Salmah bukan saingan mereka dan bukan berada dalam kategori sama dengan mereka.
“ Kamu patut tahu, isteri-isteri Kamal bukan setaraf dengan kamu,” kata Bobi
menyombongkan diri, sekadar hendak menawarkan hati Salmah yang sedang ghairah hendak
menggoda orang kaya.
Erniyani beritahu Kamal bahawa Safiyah sudah bersalin. Dia melahirkan bayi perempuan.
Erniyani juga beritahu Kamal tentang ugutan Safiyah hendak mendapatkan wang daripada
Kamal dan Basri. Erniyani minta Kamal jangan ikut rentak Safiyah.
“ Dia tidak akan berani buat kecoh-kecoh kerana dia ada suami. Jangan senang-senang beri
wang kepada Safiyah,” kata Erniyani kepada Kamal.
Erniyani juga beritahu Kamal, Basri pun mendapat ugutan yang sama.
Bobi marah Kamal kerana melayan renungan Salmah terhadapnya dalam majlis pertunangan Asfa.
Kamal menafikan. Bobi ingatkan Kamal jangan mudah-mudah masuk perangkap Salmah. Dia
mungkin ada agendanya sendiri. Bobi ingatkan Kamal, duitnya banyak. Ada ramai orang hendakkan
duitnya, bukan Salmah seorang sahaja.
“ Ingatlah isteri-isteri yang ada sekarang.Mereka itu adalah tanggungjawab abang. Mereka ini
boleh meminta-minta kerana status mereka sebagai isteri.”
“ Jangan jadi macam cerita Madu Tiga, bohong sana bohong sini. Tak aman hidup macam tu
kan Bobi hehe,” seloroh Kamal dengan Bobi.
120
Bobi mengejar Kamal keliling meja makan. Mereka berkejar-kejar dua tiga kali pusingan dan
Kamal berhenti. Bobi dipeluknya, dicempung masuk ke bilik. Bobi memukul-mukul bahu
Kamal yang gagah itu. Mereka ketawa bahagia.
Telefon Bobi berdering. Nama Erniyani naik di paparan telefon. Bobi menjawab panggilan itu.
Erniyani bertanya sama ada Kamal berada besamanya atau tidak. Bobi beritahu Kamal ada
bersamanya.
“ Jaga dia untuk saya, hihi.”
Azimin di pejabatnya. Dia memanggil setiausahanya masuk sekejajp. Azmin minta dia kaji
beban tugas Asfa dan cari jalan bagaimana setengah-setengah tugas Asfa yang kurang penting
dapat dikurang dan diserah kepada orang bawahannya.
“ Delegate tugas Cik Asfa kepada subordinates, tuan?”
“ Ya buat dengan kadar segera.”
Azimin memanggil Azura. Dia minta tugas Asfa dalam perniagaan online mereka diserah
kepada orang lain atau Azura dan Bobi serapkan sahaja tugas Asfa itu.
“ Rehatkan Asfa bukan bermakna menyerahkan perniagaan itu kepada kamu secara total.”
Azura menelefon Asfa dan kemudiannya Bobi memberitahu arahan Azimin tentang cadangan
mengurangkan tugas Asfa. Asfa mendengar sahaja dan tidak membantah tatapi air matanya
mengalir. Bobi pun faham tujuan ayah Azura dan Asfa itu. Ayah mereka mahu Asfa ada banyak
masa untuk dirinya.
Kamal melawat ayahnya, Karim. Di rumah ayahnya Kamal berjumpa dengan Salmah. Salmah
melepaskan senyuman kepada Kamal dari jauh. Kamal menjeling kepada Salmah dan
memanggilnya dengan jari.
“ Tolong buat jus limau untuk tuan dan untuk abang.”
“ Baiklah abang Kamal.”
Kamal merapatkan badannya ke badan Salmah. Salmah pura-pura mengelak.
“ Abang Kamal selalulah datang melawat tuan. Kesian tuan brsendirian.”
“ Asfa kan ada? Asfa tak dating melawata aatuan?”
“ Ada, tetapi tidak selalu.”
Kamal minta Salmah membawa jus itu kepada ayahnya.
“ Ayah, saya balik dulu. Kalau ada apa-apa yang ayah perlukan, beritahulah saya, atau Bobi
atau Kartina.”
“ Kartina patut balik duduk di sini,” kata Kamal kepada ayahnya.
“ Salmah abang Kamal nak balik dulu. Jaga tuan baik-baik ya.”
“ Ya abang Kamal, insya Allah. Biar Sal buka pintu.”
121
Mata Kamal terjatuh ke dada Salmah, Mereka sama-sama tersenyum. Salmah tersenyum
puas. Dia tahu apa yang dipandang oleh Kamal.
“Possitif,” kata Salmah dalam hati.
Kamal di dalam kereta, menelefon Kartina.” Tina, kamu baliklah duduk temankan ayah.”
Kartina pada mulanya, cuba mengelak daripada memberi jawaban tetapi akhirnya dia
mengatakan persetujuannya. Kartina setuju berpindah balik duduk di rumah ayahnya buat
sementara waktu. Dia hanya akan tinggal di rumah ayahnya sebelum ayahnya berkahwin.
“ Apabila ayahnya berkahwin denan Asfa, dia kena panggil Asfa sebagai makcik, ibu tirinya.
Kepada ayah Asfa, dia kena panggil Tok Azimin. Kepada ibu Asfa iaitu Darisa, dia kena panggil
Nek Darisa. Alangkah cepatnya manusia menjadi tua,” fikir Kartina dalam mindanya.
Kartina tersenyum…
Suatu malam Jumaat, Bakri menumpang menganjurkan majlis membaca yasin dan tahlil serta
doa selamat di masjid Pantai Rombang. Imam dan pegawai syarak masjid menunggu tetamu
pada malam itu sebelum maghrib. Mula-mula Bakri datang dengan Esah, kemudian Azimin
dengan Darisa, lepas itu Karim dengan Salmah dan Kartina. Mereka diikuti oleh Asfa dan
Azura, Kamal dengan Bobi dan Erniyani, serta Basri.
Bakri berbisik dengan imam memberitahu tujuan dia turut mengambil bahagian dalam majlis
bacaan yasin , tahlil dan doa selamat pada malam itu. Bakri minta imam doakan
kessejahteraan jemaaah dan dipermudahkan pekerjaannya hendak membuka dusun durian
di Durian Tunggal.
Selepas majlis itu, jemaah yang hadir dijemput menjamu selera di serambi masjid tersebut.
Bakri menempah nasi beriani untuk jamuan kepada 200 orang.
Selepas makan, Bakri, Azimin dan Karim bersalaman dengan imam dan pegawai syarak dan
mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-pegawai masjid itu.
Bakri, Azimin dan Karim dengan keluarga masing-masing berpuas hati dengan perjalanan
majlis di masjid tadi. Ketiga-tiga keluarga itu menghulurkan sedikit derma kepada masjid
Pantai Rombang.
Erniani sebagai orang luar memandang majlis itu sebagai satu majlis mewah. Satu majlis kecil
menelan belanja sebanyak RM10.00x200 iaitu RM2,000. Perbelanjaan semahal itu kalau
dibuat di kamungnya, ramai orang boleh dijemput makan.
Salmah suka menghadiri majlis serupa itu kerana dia berpeluang berjumpa dengan ahli
keluarga majikannya dan yang lain-lailn. Dia hairan manusia-manusia bobrok juga ingatkan
tuhan. Mengapa Salmah memandang rendah kepada keluarga majikannya dan keluarga
rakan-rakan majikannya adalah disebabkan kurang perhatian mereka terhadap agama Islam.
Sebenarnya dia sendiri juga bukanlah orang yang warak yang patuh kepada agama. Pada
pandangan Salmah dia tidak silap memilih tinggal bersama orang yang dipandangnya rendah
itu. Salmah tidak faham dan belum nampak ada usaha dibuat untuk merobah gaya hidup
keluarga yang dikatakan bobrok itu. Bagi Azimn perhubungan baiknya dengan isterinya adalah
122
satu kejayaan yang boleh dikatakan berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan.
Pertunangan Asfa dengan Karim adalah satu langkah yang baik daripada membiarkan mereka
bercinta tidak tentu arah tujuan.
Karim juga menyumbang ke arah satu kehidupan yang lebih baik dengan menceraikan
isterinya yang curang dan mengahwinkan anaknya, Kamal.
Bakri kurang berjaya memperbaiki kehidupan keluarganya.Dia hanya dapat mengahwinkan
Bobi dengan Kamal. Dia sendiri tidak dapat membersihkan dirinya daripada kehidupan yang
kurang murni yang patut ditinggalkkan segera. Dia masih menggagalkan usaha-usaha
membersihkan kehidupan yang tidak bermoral, dia masih lagi menggauli Azura dan dia masih
membiarkan Kartina hidup seperti sebatang kara pada hal dia boleh mengahwininya kalau dia
mahu.
Sekarang dia mulai merapati Hasnah. Bakri juga tidak berjaya mempengaruhi Basri supaya
meninggalkan budaya gigolo yang diamalkannya. Basri masih lagi hidup seperti suami isteri
dengan Farina tanpa perkahwinan.
Bakri dengan Hasnah di tapak dusun duriannya. Dia diberi penjelasan oleh Hasnah apa ang
akan dilakukan terlebih dahulu. Mereka perlu dirikan rumah untuk pengurus,pekerja dan stor
untuk menyimpan peralatan termasuk mesin,baja dan lain-lain. Mereka perlu blna pagar
kawat berduri yang kukuh dan tahan lama.
Hasnah pada masa itu hanya memakai baju T dan seluar sukan. Nampak bentuk tubuhnya.
Bakri berdiri dekat Hasnah dan dia memegang ponggong Hasnah kemudian pinggangnya. Dia
merapatkan Hasnah ke badannya dan mereka berpelukan.
“ Dakam kereta, abang?”
“ Hem. Jom.”
Di rumah Bakri, Hasnah selalu datang menolong kakaknya menguruskan keperluan Esah.
Kadang-kadang dia datang bersendirian apabila kakaknya tidak dapat datang bekerja. Hasnah
selalu keluar masuk bilik tidur Bakri kerana dia membantu kakaknya mengemas bilik
majikannya.
“ Abang Bakri. Bangun. Sudah dekat tenngah hari ni.”
“ Pukul berapa?” Bakri bertanya Hasnah.
“ Sebelas pagi.”” Sarapan di sini sahaja. Abang nak kopi dahulu.”
Lantas ditariknya Hasnah. Hasnah maka rebah ke atas badan Bakri. Tidak lama selepas itu,
Hasnah bersuara,” Sedap kopinya abang Bakri?”
“ Sedap. Pandai kamu bancuh kopi. Abang nak kamu buat kopi macam ni lebih selalu, ya.”
“ Kik kik kik…,”Hasnah mengilai.
Ada sebuah kereta baru di hadapan kilang Fesyen Rasa Kasih. Kereta itu, Toyota Hilux baru
dibeli oleh Azura untuk kegunaan perniagaan onlilne mereka. Keretai tu didaftar atas nama
123
syarikat. Perniagaan mereka menjual pakaian online bertambah baik. Jenama mereka mulai
dikenali. Mereka menjadi sibuk dan tidak dapat menguruskannya berdua sahaja. Asfa
cadangkan mereka mengambil dua orang pekerja untuk membantu melancarkan kerja
mereka. Mereka mengambil seorang pekerja lelaki dan seorang pekerja peremuan. Pekerja
lelaki akan menggunakan kereta yang baru dibeli itu untuk urusan pengangkutan barang,
pengeposan, dan tugas-tugas lain yang memerlukan kenderaan seperti itu.
Azura dan Bobi berpuas hati dengan prestasi perniagaan online mereka. Kalau diberi skala
kepuasan mereka antara 1-10 untuk mengukur prestasi syarikat, Azura dan Bobi tidak
teragak-agak memberikan markah skala kepuasan kepada 6. Secara tidak lalngsung,
perniagaaan online ini membantu merancakkan pengeluaran kilang Fesyen Rasa Kaasih.
Fesyen Rasa Kasih menjadi pembekal yang tidak pernah gagal menyediakan barangan yang
dikehendaki dan syarikat mereka menjadi pengedar tunggal. Mereka belum lagi, setakat ini
melantik pengedar kecil atau peruncit. Sukar hendak mempercayai, terutammanya orang
yang kita tidak kenal. Biasa berlaku, pengedar melambakkan baranagan di kedai mereka,
barangan habis dijual tetapi bayaran tidak dibuat. Itulah yang dibimbangi Azura dan Bobi
apabila mereka hendak mencari peruncit kepada barangan mereka.
Bab 37
Hubungan Bakri dan Hassnah telalh diketahui oleh Azura dan Kartina. Dahulu mereka berdua
sahaja, tetapi sekarang mereka bertiga. Azura dan Kartina sangat sedih dengan kehadirian
Hasnah dalam kehidupan mereka terutama Azura yang terasa seperti terpukul kerana
disakiti.
Azura masih teringat bagaimana dia mengenali Bakri. Pada waktu itu Bakri ada bersama
Kartina, tetapi Bakri sempat menjeling tajam dan senyum kepadanya. Jelingan dan senyuman
Bakri pada ketika itu tepat menusuk ke hatinya. Azura masih teringat bagaimana Bakari
menyelamatkannya daripada peragut beg tangannya. Tindakan pantas Bakari itu seolalh-olah
satu tindakan heroic yang menyelamatkan banyak benda penting dalam beg tangannya.
Azura terasa terhutang budi walaupun bantuan Bakri itu bukanlah tindakan yang boleh
dikatakan satu sumbangan yang sangat bemakna.
Azura juuga teringat bagaimana Bakri pertama kali menidurinya, bagaimana Bakri
memujuknya dengan memberi hadiah-hadiah dan bagaimana mereka menghabiskan masa di
Phuket, Thailand.
Azura terasa kecewa kerana tiada usaha Bakri mengahwininya dan juga Kastina, sebaliknya
minta mereka menunggu sehingga Esah meninggal dunia, malah Bakri sekarang ada seorang
kekasih baru iaitu Hasnah.
“ Abang Bakri, kuserahkan jiwa ragaku kepadamu tetapi apakah abang menghargainya?
Sungguh sedih bagaimana abang mengaambil kesempatan meratah tubuh Zura ini, ketika
Zura tidak sedar, ketika itu Zura khayal.”
“ Kita menikmati kemanisan rasa cinta apabila kita ada kesempatan. Zura rela menyerahkan
tubuh Zura kepada abnng kerana abang yang Zura sayang. Harapan Zura, abang tidak lagi
memandang ornag lain. Rupanya Zura tersilap. Adakah abang telah jemu dengan Zura?
124
Adakah “musang queen” dalam hutan itu lebih baik daripada Zura? Zura sungguh cemburu
kepada Hasnah yang tiba-tiba, entah datang dari mana, dapaa menawan hati abang.”
“ Abang katakan sesuatu kepada Zura, apa yang kurang dengan Zura? Zura bukan orng
sengkek, Zura ada pendapatan yang lumayan. Ayah Zura bukan seperti orang fikir, dia adalah
orang kaya, dia bukan orang miskin. Ayah boleh beli pemuda kacak di luar sana untuk Zura
kalau Zura minta dia berbuat demikian.”
“ Apakah ertinya harga diri kalua dibandingkan kasih sayang abang kepada Zura. Zura hanya
tahu, Zura sayangkan abang sahaja. Tiap mimpi Zura, hanyalah mimpi bersama abang. Zura
tidak bermimpi orang lain tetapi abang telah mengecewakan hati Zura. Abang meyekiti hati
ini. Hancur dan luluh bagai beras bertaburan di lantai. Walaupun kita tidur sebantal, tetapi
mimpi kita, kata orng, lain-lailn. Zura mimpi abang, tetapi abang mimpikan Kartina. Abang
juga mimpikan Hasnah.”
Azura mengesat air hidungnya. Air matanya turut mengalir. Dia bukanlah suka sangat hendak
menangis tetapi Bakri membuatkan Azura jadi cengeng dan galau.
“ Abang Bakri, kalau boleh lekaslah masuk meminang. Kahwinilah Zura. Abang kahwinilah
Zura. Zura bukanlah perempuan hodoh. Banyak mata memandang Zura apabila Zura berjalan,
abang.”
“ Kalau Zura boleh meminang abang, anggaplah ini sebagai lamaran Zura. Zura hendak
berkahwin dengan abang. Zura tidak merasa bimbang kalau Zura bercakap seorang diri begini.
Zura masiih waras. Zura belum hilang akal. Zuara bukan meroyan. Zura hanya sayang abang.
Kehidupan Zura hanya untukmu, abang Bakri.”
Kartina tidak menyalahkan Bakri serataus peratus tentang hubungannya dengan Hasnah.
Walaupun begitu, dia tidak pula menyokong apa yang berlaku antara Bakri dengan Hasnah.
Orang lelaki menganggap seks seperti menukar baju. Bakri kesunyian , dia perlukan teman.
Masa dia menyamar menjadi orang miskin di pasaraya, Kartina tahu Bakri perlukan teman.
Dia merasa sedih kerana tidak dapat memberinya seks kerana bukan dia tidak berkemampuan
atau tiada keinginan. Dia tahu perbuatan itu salah. Dia tahu Azura ada hubungan seksual
dengan Bakri, tetapi tidak merobah apa-apa. Bakri masih lagi mencari yang lain.
Kartina meraasa jijik dengan tingkah-laku Hasnah yang mengambil kesempatan daripada
keadaan Bakri yang kesunyian itu.
“ Tina rasa nak tonyoh-tonyoh mulut bawahnya tu dengan tempurung baru dia rasa sama ada
sakit atau bengkak.”
Kartina rasa henak ketawa walaupoun dia dalam keadaan kesedihan. Kartina bukanlah
celupar atau bercakap lucah tetapi dalam keadaan sedang risau, dia kadang-kadang terlepas
perkataan -perkataan kotor daripada hatinya.
Hasnah tidak peduli apa yang orang hendak bercakap tentang dirinya. Dia orang miskin tetapi
dia tidak senang-senang, sewenang-wenang memeras duit orang. Dia berhubung dengan
Bakri kerana keperluan perniagaan. Salahnya dia mencampurkan pernniagaan dengan
125
keseronokan. Dia berazam hendak menjadikan dusun durian satu projek yang berjaya dan
mendatangkan keuntungan.
Berita hubungan Bakri dengan Hasnah sampai juga ke pengetahuan Esah. Esah mengucapkan
istigfar dan kesal dengan apa yang sedang belaku. Sedih juga hati Esah yang ada suami tetapi
tidak dapat memberi kasih sayang yang bermakna kepada suaminya kerana keuzurannya.
“ Aku perlu beri dia kelonggaran kepada syarat dan janji mereka yang melarang Bakri daripada
berkahwin sebelum aku mati.”
Kata-kata ini masih bermain dalam fikirannya, belum lagi diluahkan melalui lisan kepada Bakri.
Dari sudut pandangan Hasnah, dia sebagai anak orang miskin yang tidak ada apa-apa, kalau
ada peluang hidup senang, dia tidak akan menolak. Bagi Hasnah di mana ada gula, adalah
semut. Walaupun gula boleh membunuh semut, tetapi semut masih beharap mereka boleh
memanfaatkan gula, tidak kira ada daripada mereka yang akan terkorban.
Dia tahu dia perlu berusaha kuat untuk menjayakan projek dusun durian Bakri. Bakri yakin
Hasnah boleh melakukannya. Dia hanya menyediakan prasarana kepada Hasnah.
Bakri percayakan Hasnah. Dia nampak ada kesungguhan dan kuat iltizamnya yang ada pada
Hasnah yang perlu dia beri sokongan. Hasnah juga tidak peduli apa yang akan dikatakan oleh
orang kepadanya.Dia hanya memberi perhatian kepada Bakri yang banyak melabur dalam
projek dusun durian itu. Hasnah memikirkan hasil yang lumayan yang akan mereka perolehi
nanti.
“ Satu hektar dusun durian boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 tan durian. Kalau
bernasib baik, boleh mencapai 18 tan sehektar. Bayangkan bagaimana kalau 10 hektar?”
Hasnah memasang angan-angan.
Hasnah tidak ambil peduli sangat dengan Azura dan Kartina. Mereka anak orang kaya. Hasnah
anak orang miskin. Mereka tidak serupa. Dari segi pakaian sahaja mereka kelihatan jauh
berbeza. Hasnah perlukan Bakri untuk merialisasikan hasratnya menjayakan satru matlamat
yang besar, Azura dan Kartina tidak mungkin mahu membantunya sebagaimana yang dibuat
oleh Bakri.
Basri memujuk Farina membelikannya seutas jam tangan baru.
“Sayang, jam tangan ni ha dah lama. Bercalar. Boleh sayang belikan yang lain? Abang Bas
sayang Fa.”
“ Abang nak apa? Cuba sebut sekali lagi?”
“ Bukan kapal terbang. Abang nak jam tangan saja, yang berjenama.”
“ Tak ada duitlah abang Bas.”
“ Belilah satu. Satu saja. Lama Fa tak pergi shopping. Abang teman Fa beli-belah. Boleh kan
sayang?”
Farina tidak terus menjawab. Basri terus mendesak.
126
“Boleh sayang. Boleh kan?”
Basri terus memujuk dan dia memberi satu ciuman mesra dan memeluk Farina dengan erat
persis tidak hendak melepaskannya. Kemudian Basri tanya lagi, bolehkah belikan dia satu jam
tangan yang berjenama. Farina melepaskan pelukan Basri dan berkata,” Di mana ada jual jam
tangan?”
“ Di Melaka besepah-sepah , sayang.”
“ Kuala Lumpur. Kita jalan-jalan. Kemudian beli barang sedikit,” kata Farina.
“ Sekarang sayang?” Basri betanya teruja.
“ Besoklah.”
Seperti yang dijanjikan Farina, mereka besoknya pergi ke Kuala Lumpur. Mereka makan nasi
kandar di sebuah restoran lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kemudian mereka pergi ke
Sogo. Farina membeli satu set jam tangan: satu untuk lelakil dan satu lagi untuk wanita.
“ Suka tidak? Kalau tak suka kita ambil yang lain.”
Basri membelek-belek jam itu, dia tersenyum. Diperhatikan tanda harganya: RM 15k.
“ Setuju?” Farina bertanya.
Basri mengangguk. Jam apa mahal sangat, tanya Basri dalam hatinya.
“ Setuju.”
“ Abang satu . Fa satu.””
“ Terima kasih Fa yang abang sayang. Lain kali abang minta beli kasut pula ya? Macam inilah
abang sayang sangat Fa ni.”
Bagi Farina, tidak menjadi beban besar menghadiahkan jam tangan mahal kepada orang yang
dia sayang. Bukan sahaja jam dan kasut yang diminta oleh Basri boleh dibelinya, kedai jam
dan kedai kasut itu pun dia boleh membelinnya untuk Basri. Bagaimanakah Basri tidak sayang
wanita kaya ini?
“ Mengapa tak minta beli jam di Switzerland?” Farina berjenaka.
Mereka ketawa besama. Farina singgah di kedai kasut. Dia beli empat pasang kasut wanita
dan dua pasang kasut lelaki saiz Basri.
Salmah pujuk Kamal melawat ayahnya, Karim dengan yang demikian dia dapatlah melepaskan
rasa rindu kepada Kamal.
“ Abang Kamal datanglah ke rumah. Sal rindu abang. Lama tak jumpa abang. Sal rasa
berdenyut-denyut semasa teringatkan abang.”
Mesej Salmah kepada Kamal dibaca Kamal berulang-ulang. Dia cuba memahami maksud
Salmah.
127
“ Sal juga kesunyian di sini. Sal tiada sesiapa yang mahu hiburkan Sal di sini. Harap abang
Kamal seorang sahaja. Datanglah ya, abang Kamal?”
“ Yalah. Baik. Abang daang,” jawab Kamal.
Hari itu lepas kerja, Kamal tidak terus balik ke rumah. Kamal singgah di rumah ayahnya.
Setelah minum the bersama ayahnya, Salmah menjeling kepadanya dan dia masuk ke bilik.
Kamal mengerti maksudnya. Kamal menghampiri bilik Salmah dan berkata,” Sal, abang balik
dahulu.”
Sungguh hampa hati Salmah.
“ Lain kali abang Kamal.”
“ Ya.”
Mata Salmah tidak lekang-lekang memandang Kamal yang kacak itu.
Di pejabat Azimin, Azimin bercakap dengan Bakri tentang hubungan Azura dengan Bakri.
Mengapa Azimin bersetuju menerima Bakri sebagai bakal suami anaknya, Azura? Dulu Azimin
tidak berapa suka keluarga Bakri sebabnya antara lain ialah kerana hubungan Darisa dengan
Basri. Mereka pernah ditangkap khalwat dan didenda. Kejadian itu sagnat memalukan kedua-
dua keluarga dan memang patutlah Azimin tidak berapa suka kepada Bakri. Sekarang Darisa
tidak lagi berhubung dengan Basri. Keadaan sudah nampak ada sedikit perubahan.
Kemarahan Azimin mulai reda. Dia dapat berbincang dengan Bakri dalam suasana yang baik.
Azimin dan Bakri bersetuju tidak akan mengadakan majlis pertunangan.
“ Anggaplah perbincangan ini sebagai adat merisik,” kata Azimin.
Bakri setuju akan memberi RM15K sebagai hantaran atau belanja hangus. Dua bentuk cincin
akan diberi sebagai cincin merisik dan cincin bertunang. Juga akan diberi seutas rantai tangan
semasa membatalkan air sembahyang. Hadiah-hadian iringan lain adalah sepersalinan
pakaian dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.
“ Buat apa hadiah-hadiah ini kerana kita tidak mengadakan majlis pertunangan?” Bakri
bertanya Azimin.
“ Belanja hangus dan hadiah-hadiah lain itu adalah untuk kami, Mas kahwin atau mahar
adalah tuntutan agama; pertunangan pula adalah adat yang kita tidak laksanakan.”
Bakri menyerahkan sebentuk cincin emas belah rotgan sebagai cincin merisik dan sebentuk
cincin permata berlian sebagai cincin pertunangan. Rantai emas hanya akan diberi pada hari
akad nikah.
“ Sekarang Azura tunangan saya dan bapak Azimin adalah bakal menjadi mertua saya,” kata
Bakri.
Mereka sama-sama ketawa. Tiada siapa yang menyaksikan perjanjian lisan itu melainkan
seorang pengawal keselamatan. Azimin mereasa lega kerana anak-anaknya telah bertunang.
Asfa bertunang dengan Karim. Azura pula berunang dengan Bakri Azimin bercadang hendak
mengadakan majlis perkakhwinan serentak bagi kedua-dua orang anaknya itu. Bagi Bakri dia
128
telah mengambil jalan yang betul kerana hendak berkahwin. Isterinya belum mengetahuinya,
begitu juga buah hatinya yang seorang lagi, Kartina. Alangkah terperanjat besar Esah apabila
mendapat tahu nanti tentang bakal perkahawinan Bakri. Selama ini, Bakri patuh dengan
kehendaknya supaya tidak berkahwin sebelum dia meninggal dunia. Kartina pula tentu
hancur luluh hatinya kerana Bakri memilih Azura sebagai bakal isterinya.
Bagaimana Kartina hendak berjumpa dengan Azura, hendak mengucapkan tahniah kepada
Azura atas perkahwinannya nanti? Kartina tahu, dia tidak akan dapat menahan kesedihannya
jika bertemu dengan Azura nanti.
Kartina menenrima berilta pertunangan Azura dengan Bakri dengan perasaan amat kecewa,
sedih pilu dan galau. Kartina bukanlah orng yang cengeng dan mudah bersedih tetapi keadaan
yang dihadapi sekarang ini sungguh meninggalkan kesan luka di hatinya yang mendalalm. Dia
terasa ditipu, terasa dipermainkan. Penat sungguh berpacaran. Menumpukan perhatian
seratus peratus belum tentu mencukupi.
Kartina tidak berkata apa-apa, tidak bercakap apa-apa. Dia hanya berbisik dalam hatinya. Rasa
sedih, pilu,marah, kecewa berperang dalam hatinya. Dia duduk di tepi katil. Kakinya berjuntai
ke lantai, dia menundukkan kepalanya ke lantai. Rambutnya dibiarkan menutupi wajahnya,
sungguh galau perasaannya.
Kartina bangun ke tingkap, dipandangnya ke luar tingkap. Lama dia di situ. Kemudian dia
berpusing ke belakang, dia duduk mencangkung di atas lantai tanpa berkata apa-apa. Dia
seorang anak gadis yang baik. Mengapa dilayan seperti itu? Dia tidak faham sikap lelaki boleh
melukakan hati perempuan dan dia boleh memujuk orang perempuan sampai hati yang beku
menjadi cair.
Kartina teringat bagaimana dia berjumpa dengan Bakri. Dia mencari orang yang difikirkan
serasi dengannya tetapi setelah diperolehi, ditinggalkan pula.
Kartina bangun berdiri dan kemudian merebahkan badannya ke atas katil. Mukanya ditekap
ke bantal. Nampak rambutnya tidak terurus. Dia berfikir, apakah yang hendak dirisau sangat,
dia anak orang kaya. Ada ramai orang di Melaka Sentral mungkin sukakan dia. Walaupun
mereka mungkin tidak sukakan dia kerana rupanya, sekurang-kurangnya dia kaya, dia ada
wang, dia hidup mewah. Dia boleh berkongsi kemewahannya dengan ornag yang sayangkan
dia.
“ Sebenarnya Tina ada dua-dua kualiti itu: kaya dan cantik,” kata Kartina dalam hati.
Kartina bangun, berdiri di depan cermin, mengemaskan pakaian yag dipakainya, dan
mengenakan sedikit solekan dan terus memandu Proton Perdananya ke rumah Bobi.
Sampai di rumah Bobi, Kartina terus memeluk Bobi. Barulah dia terasa panas air matanya
mengalir ke pipinya. Bobi memeluk Kartina dengan erat kemudian Bobi membawa Kartina ke
dalam. Ketika itu Kamal tiada di rumah. Kamal pergi melaway ayahnya, Karim. Ketika Kartina
keluar tadi, Kamal belum sampai ke rumah ayahnya.
“ Kamu janganlah sedih. Kalau mereka berkahwin pun, kamu masih boleh berkahwin dengan
ayah kalau kamu mahu. Jadi macam cerita Tan Seri P. Ramli tu. Kamu boleh jadi madu emak
saya dengan Azura.”
Esakan Kartina makin kuat. Teresak-esak sambil mengesat air matanya.
129
“ Kalau bukan jodoh kamu bermakna Allah akan memberikan kamu orng yang lebih baik
daripada ayah. Bersabarlah Tina.”
“ Abang Kamal ada bercakap dengan kakak tadi. Dia berkata, dia banyak mengahampakan
hati orang. Sekarang dia terasa bagaimana sedihnya apabila adiknya sendiri dikecewakan
orang.”
Kartina masih tidak mempu hendak bercakap apa-apa. Dia masih terasa tidak gembira dan
tidak percaya apa yang berlaku ke atas dirinya. Bobi membawa minuman sejuk dan
mempelawa Kartina minum.
“ Kita makan asam pedas di Semabok, Tina. Kakak drives, okey?”
Kartina meanganagguk. Selepas memberitahu Kamal, Bobi membawa Kartina ke keretanya
dan mereka menuju ke Semabok. Destinasinya adalah gerai asam pedas dan ikan bakar di
situ.
“ Kakak sudah pernah rasa apa yang Tina rasa sekarang ini. Masa itu, kakak tidak percaya,
abang Kamal sudah berkahwin dengan Erniyani. Bayangkan bagaimana hancurnya hati
kakak.”
Baklri membawa tunangnya, Azura ke dusun duriannya. Hasnah ikut sama.Hasnah rasa
cemburu juga dengan Azura yang berjaya memikat hati Bakri. Hasnah pun ada hati kepada
Bakri tetapi dia tidak serius sangat untuk memiliki Bakri tetapi dia mahu Bakri sentiasa ada di
sampingnya walaupn bukan sebagai tunang atau isterinya. Hasnah sengaja menyakiti hati
Azura dengan berbuat baik dan bermanja-manja dengan Bakri di depan Azura.
“ Abang Bakri, apabila rumah ini siap nanti, bolehlah abang dating berehat di sini untuk
menghilangkan penat lelah bekerja. Has ada di sini selalu.”
Hasnah merapatkan badannya kepada Bakri. Azura memerhati kelakuan Hasnah dengan
perasaan marah.
“ Aku tidak percaya kepada mereka ini. Depan aku pun mereka mesra, bagaimana pula di
belakang aku?” Azura bertanya diri sendiri.
“ Abang Bakri, kita boleh tanam 100 batang pokok durian sehektar. Sementara pokok durian
itu membesar, kita taman pokok betik sebagai tanaman kontan yang boleh memberi sedikit
hasil kepada dusun, boleh juga kita gunakan pendapatan itu untuk menguruskan dusun, kan
abang Bakri?”
Hasnah memicit lengan Bakri. Dilakukannya dengan sengaja di depan Azura. Azura merasakan
apa yang dilihatnya itu adalah satu tindakan keterlaluan dan provokasi daripada Hasnah.
“ Abang. Jom kita balik,” Azura mengajak Bakri meninggalkan hutan yang ada “musang
betina” itu.
“ Tunggu dulu. Kita tengok pekerja-pekerja memasang pagar,” kata Hasnah. Dari jauh
kedengaran, terkukur berbunyi kokku kokku.
Hasri datang berjumpa Asfa di pejabat Asfa. Hasri minta bekerja semula di syarikat Fesyen
Rasa Kasih. Hasri membawa bersama iserinya.
“ Harap Cik Asfa dapat timbangkan permohonan saya hendak bekerja semula di syarikat ini.
Saya akan patuh kepada arahan dan fokus kepada pekerjaan . Saya akan bekerja keras untuk
kemajuan syarikat.”
“ Buat masa ini, kami tidak memerlukan pekerja tambahan. Terima kasih kerana datang
kembali hendak bekerja semula di syarikat ini. Saya masih ingat kamu diambil tindakan
130
tetatertib buang kerja. Tempoh rayuan kamu telah tamat. Saya cadangkan kamu pergi ke
dusun durian Encik Bakri. Banyak kerja ada di sana.”
“ Cik Asfa tidak mahu terima saya semula?”
“ Tidak. Saya tidak perlukan kamu lagi. Maafkan saya.”
Hasri keluar dari bilik Asfa dengan rasa kecewa. Dia menyesal dengan apa yang telah
dilakukannya dahulu sehingga dia dibuang kerja. Isterinya terasa benar wanita itu sangat
tegas dengan pendirian dan tindakannya.
Suatu petang di Pantai Puteri. Bakri dan Kartina baru keluar dari sudut kopi di Hotel Pantai
Puteri. Mereka berjalan menyeberangi jalan raya dan berdiri di tepi bangku yang sama yang
selalu mereka gunakan.
Kartina banyak mendiamkan diri. Tidak dapat dia bercakap banyak dalam keadaan hatinya
yang gundah kerana dia tidak dipilih oleh Bakri sebagai calon isterinya. Bakri pilih bertunang
dengan Azura. Walaupun Kartina bukan dalam keadaan ceria seperti biasanya, namun
digagahinya juga bercakap.
“ Abang tak sayang Tina. Tina menjumpai abang di pasaraya di Melaka. Tina kutip abang dalam
keadaan yang buruk dan hodoh. Ramai orang mengjhindari abang, tentu abang ingat kan?
Tina sanggup teima abang dalam keadaan begitu tetapi abnag tidak menghargai Tina.”
Bakri memegang sebelah tangan Kartina, digenggamnya tangan Kartina dengan erat dan
kemas.
“ Abang belum menolak kamu, Tina. Abang juga sayangkan kamu. Cuma abang belum
membuat keputusan tentang kamu.
“ Apakah Tina masih ada peluang, abang?”
“Ya. Insya Allah. Bersabarlah.”
Kartina sebak. Dia hampir-hampir tidak dapat mengawal esakan tangisnya namun air matanya
deras mengalir tanpa dapat disekat-sekat. Bakri mengesat air mata Kartina dengan tisu kertas.
Kartina tidak berani menaruh harapan tinggi kepada janji-janji Bakri.
“ Selagi janji-janji abang tidak dilaksanakan selama itulah keyakinan Tina terhadap abang
jatuh merudum,” kata Kartina kepada Bakri.
Kartina berjumpa dengan Azura. Perjumpaan itu menampakkan kematangan dua orang yang
bersahabat itu . Mereka minum di sebuah restoran di Melaka Raya, Jalan 13. Kartina
mengucapkan tahniah kepada Azura kerana pertunangannya dengan Bakri.
“ Tina harap kamu bahagia.”
Kartina juga berharap Azura dapat menjaga Bakri dengan baik. Dia juga berharap mereka akan
bernikah secepat mungkin. Tidak elok ditangguh lagi.
“ Harap kamu akan sudi menjemput Tina ke majlis perkahwinanmu dengan Bakri.”
Kartina kemudian menyambung, “ Walaupun Tina belum mengaku kalah, Tina mengaku kamu
telah menang, Azura.”
“ Zura harap kiita akan bejumpa lagi mungkin lebih selalu dan lebih kerap. Terima kasih atas
ucapan tahniahmu itu tadi.”
Kartina mendengar Azura mengatakan, “ Zura minta maaf kerana kessusahan yang kamu
alami sekarang. Zura harap kamu akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada
Bakri.”
131
Kartina tidak memberitahu apa yang Bakri janji kepadanya. Kalau Azura tahu, dia mungkin
tidak akan melafazkan apa yang diucapkannya tadi.
“ Cinta itu tidak usah dikejar. Lagi dikejar, lagi jauh ia berlari. Biarlah dia datang sendiri kepada
kita. Kita terimalah seadanya,” kata Kartina.
Mereka beredar dari situ dalam keadaan mata mereka masing-masiang merah tetapi mereka
tidak menangis. Kedua-duanya memakai kaca mata hitam.
Merela memandu kenderaan mereka sendiri. Pengawal peribadi masing-masing mengekori
dari belakang.
Basri dengan Farina hidup dengan gembira walaupun bergelumang dengan dosa. Farina rasa
dia bebas hendak berbuat apa yang dia suka kerana tiada siapa hendak melarangnya lagi.
Basri pun tidak boleh menghalang apa yang hendak dia lakukan. Farina bukan sahaja hidup
bebas, tetapi dia disokong oleh wang ringgit yang banyak. Orang Pantai Puteri mengatakan
Farina adalah janda ada benda, maksudnya ada wang dan harta-benda.
Orang di sekeliling mereka sibuk menyebut tentang pertunangan Karim dengan Asfa dan Bakri
dengan Azura. Farina juga ingin bertunang dengan Basri. Mereka berdua tidak ada apa yang
dibimbangi lagi. Mereka tidak terikat dengan apa-apa lagi. Mereka bukan isteri atau suami
sesiapa. Mereka boleh berkahwin pada bila-bila masa. Iddah perceraian Farina dengan Karim
telah lama tamat. Mereka tidak ingin hendak merujuk perkahwainan mereka semula. Mereka
sah bercerai. Noktah.
“ Darling,kita bertunang saja dulu. Kemudian kita fikir pasal berkahwin,” kata Farina kepada
Basri, membuat cadangan.”
“ Kalau kita bertunang kemudian kita berkahwin, Safiyah tidak akan ganggu kita lagi, kan?”
Sebenarnya Safiyah tidak peduli sama ada Basri atau Kamal berkahwin atau tidak, dia tetap
bertekad hendak memeeras ugut Basri dan Kamal. Bagi Safiyah, sekiranya bapa kepada
bayinya it orang kaya, bayi itu pun boleh hidup sebagai anak orang kaya. Safiyah tidak takut
sama ada Basri sudah bertunang atau tidak ,sama ada Kamal beisteri atau tidak. Dia hanya
hendakkan wang mereka.
“ Peras ugut ini tidak akan berhenti pada sekali penyelesaian. Ia akan berulang,” kata Basri.
“ Untuk mendiamkan pemeras ugut itu sementara waktu, bolehlah dibuat penyelesaian
dengan memenuhi apa yang dituntut oleh pemeras ugut itu,” kata Farina.
Biasanya dia akan kembali apabila duit sudah habis. Dia tahu “isteri” Basri dan isteri-isteri
Kamal juga ada wang. Lagi mdah dia memeras.”
Jika Basri berkahwin denan Farina, dia boleh berkongsi kemewahan Farina. Dia tak payah
bekerja, kalau dia mahu. Basri mula berfikir dengan serius hendak menjadikan Farina sebagai
iserinya, seorang janda kaya. Farina bukan sahaja kaya bahkan cantik pula!
Erniyani tidak senang dengan ugutan itu. Dia tidak bersetuju jika penyelesaiannya dibuat
dengan wang. Dia fikir hendak balik ke Lhoksuemawe beberapa hari. Dia akan mengajak
Kamal sekali. Dia rasa Bobi pun patut ikut sama sekadar unuk melihat-lihat negeri Acheh.
Erniyani masih teringat ancaman Safiyah supaya dia menjaga Kamal baik-baik supaya tidak
terlepas ke tangan Safiyah. Dia tidak akan berjaya mendekati Kamal pun, fikir Erniyani.
Kehadiran Bobi bersama menambahkan kuat pengawasan mereka terhadap Kamal.
132
Kamal suka pergi ke Acheh kerana Safiyah memang sedia menunggunya. Kali ini, Safiyah
sudah bersuami. Hubugan Kamal dengan Safiyah sudah berlainan. Kamal tidak berapa berahi
sangat dengan Safiyah kerana Safiyah sudah bersuami. Akan tetapi bagaimana pula
pandangan Safiyah? Safiyah tidak menganggaap pekahwinannya menjadi penghalang
kepadanya unuk mendapatkan wang daripada orang kaya dari Melaka itu.
Sebelum Kamal dengan isteri-isterinya sampai ke Acheh, Safiyah telah menempah sebuah
bilik hotel untuk dia dengan Kamal tanpa pengetahuan Erniyani dan Bobi.
Karim, Basri dan Farina bercakap di ruang minum Hotel Pantai Puteri. Mereka makan bihun
goreng dengan jus mangga Melaka Delite. Karim menasihati Basri dan Farina supaya mereka
mengambil langkah berkahwin sahaja kalau mereka suka satu sama lain. Tidak bagus hidup
sebagai suami isteri tanpa ikatan ijab kabul. Haram.
“ Pakcik Karim, kami sedang berfikir ke arah itu secara serius sekarang,” kata Basri.
“ Farina, kamu patut tahu kita semua akan mati. Kita akan mengadap Tuhan dengan amalan
yang kosong. Amalan kosong satu hal, dosa besar satu hal yang lain. Hentikanlah cara hidup
yang dilarang dan dilaknati Allah.”
“ Dosa kita macam mana pun kepada Allah, kita boleh minta ampun dengan Allah. Tetapi dosa
kita dengan manusia, bagaimana? Dosa saya kepada abang Karim, adakah abang Karim boleh
memaafkan?”
“ Abang sudah lama memaafkan kamu. Janganlah risau tentang itu. Sekarang ini, dosa kamu
dengan Allah, kenalah kamu beril perhatian. Abang nasihatkan kamu, berkahwinlah.”
“ Makanlah Basri. Sedap jus mangga Melaka Delite keluaran Kampung Gelam ini ya,” kata
Karim yang memang menggemari buah mangga yang lembut dan manis itu.
“ Abang Karim, maafkan Ina sekali lagi.”
Farina menangis.
“ Ya. Abang maafkan kamu. Abang juga minta maaf atas semua kesalahan abang kepada kamu
semasa kamu menjadi isteri abang.”
Basri menepuk-nepuk tangan Farina dengan tujuan mententeramkan Farina. Selepas makan,
mereka pun beredar dari situ. Karim belok ke kiri menuju ke Tanjung Keling. Basri dan Farina
belok ke kanan menuju ke simpang Tangga Batu.
“ Dengar abang Karim cakap tadi? Dia mahu kita kahwin, abang Basri. Mengapa kita tidak
kahwin sahaja?”
“ Kamu janda senang cakap. Saya belum pernah berkahwin tahu. Ada adat yang perlu
dipatuhi. Merisik, meminang dan kenduri bukan senang.”
“ Yang pentingnya apa Adata atau agama? Merisik, meminang tu adat sahaja. Akad nikah tu
yang penting. Nikah tahu? Nak nikah tu ada sedikit syarat lain, tetapi tidak banyak pakai duit.
Ina ni janda, abang Basri. Tidak perlu merisik dan meminang macam dibuat orang kepada anak
dara. Tanya Ina, adakah Ina sanggup menjadi isteri abang?”
“ Adakah Ina sanggup jadi isteri abang?”
“ Ya minta cincin.”
“ Cincin tu adat sahaja kan. Tunggulah dulu,” kata Basri.
“ Kalau sudah akad nikah, baru jadi suami isteri. Bukan macam sekarang jadi suami isteri tanpa
nikah. Berzina tahu, haram.” Farina mengingatkan Basri.
133
Basri seolah-olah tidak memberi perhatian kepada halal dan haram yang disebut Farina. Basri
lebih memikirkan perbelanjaan mengadakan kenduri nikah kahwin.
“ Orang kampung pun berbelanja kira-kira RM30k untuk perkahwinan anak lelaki mereka. Itu
orang kampung tahu, Ina.”
“ Kamu bukan anak orang kampung. Apa yang kamu risaukan?”
“ Pinjam duit darling dulu, boleh tidak?
“ Berapa nak?”
“Masih belum cukup RM10k,” kata Basri.
“ Beres. Bila nak?”
“ Sekarang.”
“ Issys. Tidak sabar pula.”
“ Darling banyak wang. Jutawanita.”
Basri dan Farina berjumpa dengan Bakri. Mereka berbincang tentang cadangan mereka
hendak berkahwin.
“ Senang ssahaja. Senang kerja. Kita adakan majlis itu sekali dengan ayah Kalau boleh kita
bincang denan pakcik Karim kalau dia mahu sertai majlis itu.”
Majlis perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di antara tiga pasangan yang tidak asing lagi
bagi Farina iaitu Bakri dengan Azura, Karim dengan Asfa, dan Basri dengan dirinya, Farina.
“ Mengapa orang kaya bercakap hendak menjimatkan perbelanjaan? Adakah mereka itu
kedekut? Sepaatutnya inilah masanya kita nak tengok bagaimana mereka gunakan duit
mereka dengan mengadakan majlis yang besar-besar, mewah dan meriah,” fikir Basri.
Sebelum meereka meninggalkan Bakri, sempat juga Bakri menyindir Farina, “ Jaga baik-baik
boy kamu.”
Farina ketawqa. Mereka bertiga sama-sama ketawa. Bakri boleh mengurut dada dengan
perasaan lega kerana Basri dan Farina memilih hendak berkahwin.
Sejak balik dari Lhoksuemawe, Kamal dan isteri-istrinya, Erniyani dan Bobi tidak banyak
berinteraksi apa lagi bergurau senda. Mereka seolah-olah terpesona ditiup bayu di pantai
Sumatera Utara. Kamal tidak banyak becakap. Eerniyani pun banyak mendiamkan diri sahaja.
Bobi tidak begitu ambil pedui denagn tingkah laku Safiyah.
Kamal tidur dengan Safiyah di Lhoksuemawe pada malam itu. Bobi dan Erniyani sedar Kamal
tidak balik ke bililk hotel Bobi dan tidak juga balik ke rumah Erniyani.
“ Ini satu juta rupiah untuk kamu, Safiyah.”
“ Terima kasih, abang Kamal,” kata Safiyah.
“ Terima kasih kembali.”
“ Safiyah sayang abang Kamal. Mereka tidak berjaya merantai abang Kamal di Acheh, ya. Kik
kik..”
Mereka yang dimaksudkan oleh Safiyah itu adalah Erniyani dan Bobi.
“ Safiyah bukan orang baik apabila bercakap tentang wang dan cinta, hihi..”
“ Kamu memang hebat. Awesome.”
“ Apabila kita sangat berhajatkannya kita kenalah bekerja lebih sedikit, haha.”
Erniyani sangat marah kepada Kamal kerana tidak balik ke rumah pada malam itu. Dia malas
bergaduh dengan Kamal di depan ibunya. Dia malu kalau ibunya mendengar masalah
rumatangga mereka.
134
“ Abang, lain kali Er balik sendiri sahaja ke Acheh. Abang tak payah temankan Er lagi.”
“ Tak boleh. Abang mesti temankan Er. Er ni isteri abang.”
“ Abang bukan nak temankan Er tapi nak jumpa pacar di Acheh.”
“Tak adalah,” kata Kamal kepada Erniyani. Kamal tersenyum.
Si gigolo itu sedah bertuang. Dia bertunang dengan Farina, janda Karim. Macam adik bongsu
lelaki dengan kakak sulung. Nampaknya Basri dengan Farina memilih unuk berhijrah daripada
satu kehidupan yang bermaksiat kepada kehidupan yang lebih murni. Bakri sangaa suka
dengan hasrat Basri hendak berkahwin. Walaupun dia tidak berapa suka kepada Farina kerana
umurnya tetapi dia tidak mahu merosakkan hasrat mereka hendak menjadi orang baik. Farina
pula tidak kisah dengan cemuhan orang yang mengatakan dia hendak berkahwin dengan toy
boynya. Farina menyerahkan hidupnya kepada hantu yang dikenalinya lebih baik daripada
hantu yang tidak pernah dikenali.
Tiada majlis pertunangan diadakan antara Basri dengan Farina. Mereka hanya berjumpoa
dengan Bakri dan Karim. Bakri adalah bapa Basri manakala Karim pula bekas suami Farina.
Basri menghadiahkan sebentuk cincin, seutas rantai tangan, jam tangan, beg tangan,kasut
dan alat-alat solek berjenama serta wang tunai RM10k sebagai hadiah.
Kartina rasa gelabah mendengar Farina, ibunya sudah bertunang dan akan berkahwin tidak
lama lagi. Kenapa dia gelabah? Sebenarnya, Kartina suka kalau ibunya berkahwin. Tidak
kiralah dengan siapa dia hendak berkahwin asalkan dia suka. Yang menyedihkan Kartina
adalah dia sendiri terinnggal di belakang dalam pelumbaan mereka membina keluarga
bahagia. Tinggal Kartina seorang lagi tidak dilamar oleh Bakri yang berjanji hendak
menyunting Kartina, apabila masa sesuai. Bagi Kartina dia kenal Bakri. Dia percayakan Bakri.
Dia tidak menganggap kata-kata Bakri sebagai satu janji muluk hanya unuk mempermainkan
perasaannya sahaja. Mulanya dia merasa lega apabila Bakri tidak lagi mahu menghormati
janjinya tidak akan berkahwin selagi Esah masih hidup. Sekarang dia mula merasa ragu-ragu
terhadap kejujuran Bakri hendak mengambilnya sebagai isterinya. Dia bukan berdiam diri
menerima apa sahaja yang berlaku kepada dirinya. Dia cuba memujuk Bakri dan dia juga cuba
menggunakan pengaruh Esah unuk menarik perhatian Bakri kepadanya. Kartina mula rasa,
dia tidak perlu mengharapkan sesuatu yang sudah jelas baginya pada masa itu, tidak berpihak
kepadanya. Mulanya dia rasa sangat yakin, Bakri akan memilihnya untuk dijadikan isterinya
tetapi keyakinan itu mulai luntur. Kartina masih teringat penyamaran Bakri, menjadi orang
miskin, dalam usahanya mencari bakal isteri yang tidak materialistik, lembut, pengasih, baik
tutur katanya.
“ Abang telah menjumpai ciri-ciri bakal isteri dalam diri Tina tetapi entah apa sebab agaknya
abang membiarkan Tina terumbang-ambing seperti layang-layang putus tali,” keluh hati
Kartina. Bagi Bakri dia tetap hendak mengambil Kartina sebagai isterinya kemudian nanti. Dia
rasa malu menikahi kedua-dua gadis itu sekaligus, dalam satu masa. Terasa pula dia seoleh-
oleh membeli ikan di pasar. Walaupun begitu dia belum lagi memberitahu Kartina tentang
perkara itu.
Dari Sabah, Saleh menghubungi Kartina setelah gagal memikat Bobi. Saleh masih teringat
kepada Kartina di Tesco Melaka. Dia diperkenal kepada Kartina oleh Bobi. Saleh mengagumi
kecanatikan Kartina tetapi dia masih menanggap Bobi lebih cantik daripada Kartina.
135
Semasa lawatan mereka yang singkat itu, Saleh masih ingat, dia jatuh hati kepada Bobi dan
Salmah pula jatuh hati kepada Kamal. Tidak lama selepas itu, Bobi dan Kamal pula
berumahtangga. Saleh tidak lagi menyimpan hati kepada Bobi tetapi Saleh teingat kepada
seorang gadis yang diperkenal Bobi kepadanya di Tesco Melaka. Namanya Kartina.
Salah mula mengirim mesej kepada Kartina. Mereka bersahabat di alam maya, menjadi
netizen yang berinteraksi melalui internet. Kadang-kadang mereka chat sampai jauh malam.
Bagi Saleh, tujuannya adalah jelas, dia hendak memikat Kartina tetapi bagi Kartina, dia
bersahabat sekadar memenuhi masa lapang. Kartina masih sayang kepada Bakri. Bakri adalah
satu-satunya yang dia sayang pada masa itu. Kehidupannya adalah untuk Bakri seorang sahaja
walaupun dia tahu Bakri tidak dapat berbuat demikian kepadanya.Dalam percintaan, kita
banyak memberi bukan meminta.Cinta menuntut perngorbanan yang besar, cinta tidak
semestinya kita dapat memiliki pasangan kita. Dari situlah timbul perasaan sedih pilu, gembira
bahagia, rindu dan termenung, terasa dilukai dan disakiti maka selalunya mengalir air mata
kasih tanpa disedari. Biaasanya oleh sebab terlalu mendalam kasihnya maka terlalu banyak
air mata mengalir, sehingga dikatakan tiada lagi air mata hendak ditangisi kerana sudah
kering.
“ Tina tidak sanggup melepaskan dia. Tina tidak dapat menahan sakitnya di hati apabila
melihat dia pergi. Tina berdoa, perpisahan tidak akan berlaku dan tidak dipaksakan berlaku
ke atas Tina.”
Kemudian fikir Kartina lagi,” Cinta bagi Tina adalah apabila banyak masa kita dapat bersama.
Keberadaan orang yang dikaksihi di samping kita sangat penting bagi kita melepaskan rasa
sayang, rasa manja, mesra, dan hendak melabuhkan kepala di atas riba orang yang dikasihi.”
“ Melafazkan kata-kata cinta dengan kata-kata indah adalah resam orang dilamun percintaan.
Akan tetapi, jika dia tiada, apakah maknaya semua kata-kata indah itu?” Kartina juga
mengerti oleh sebab terlalu mendalamnya rasa sayang kepada pasangan kita, kita hanya
memikirkannya, kita banyak menyebut namanya sehingga kadang-kadang kita tersasul
menyebutnya.
Kamal membawa Bobi melawat ayahnya, Karim. Bobi tiada halangan pergi melawat bapa
mertuanya. Sekurang-kurangnya Bobi hendak melihat kelakuan Salmah terhadap Kamal di
samping melihat keadaan kesihatan bapa mertuanya. Bobi juga sedang memantau kelakuan
Kamal terhadap Salmah.
Bobi mendapati Salmah bekerja dengan baik. Salmah itu adalah supupunya yang tinggal di
Sabah. Salmah dibawa ke Melaka bagi membantu ayah mertuanya, Karim. Salmah ambil berat
tentang makan minum Karim, ubat-ubatnya, dan pakaiannya. Bobi nampak keadaan
kesihatan bapa mertuanya betambaah baik. Dia rasa bapa metuanya boleh mengambil balik
jawatan pengarah yanag diambil oleh Kamal. Dengan itu bolehlah Kamal menumpukan
perhatiannya kepada rumahtangganya pula.
Bobi nampak suaminya barkelakuan baik sepanjang berada di rumah ayahnya. Dia tidak
nampak Salmah cuba menggoda suaminya dan dia oun tidak nampak Kamal cuba menggatal
dengan Salmah. Bobi puas hati dengan layanan diberi oleh Salmah kepada Karim.
“ Jangan letak kasut di tepi pintu . Ada rak kasut yang disediankan, mengapa tak pakai?” Bobi
memarahi Salmah.
“ Baik ,puan.”
136
“ Bobi, saya ni sepupu kamu.” Salmah mungkin terlepas pandang , tidak nampak kasut terletak
di situ.
“ Biar abang tolong,” Kamal bangun hendak pergi mengalih kasut yang dimaksudkan Bobi itu.
Salmah melarang Kamal dan mereka bertembung, berlanggar.
“ Op…”
Salmah menjeling ke arah Bobi dengan tersenyum.
“ Mari kita balik, abang. Sakit mata melihatnya.”
Kamal dan Salmah terus senyum. Mereka tidak merasa bersalah. Hanya Bobi kurang enak
melihat drama yang disaksikannya itu.. Bobi ingat suaminya sudah menjadi orang baik.
“ Susah hendak menjinakkan musang seekor ini,” keluh hati Bobi.
Mengapa orang suka sangat dengan Kamal? Kacak? Memang dia kacak, tetapi ada ramai
orang yang lebih kacak daripadanya. Agaknya, dia bukan sahaja anak orang kaya malah dia
sendiri pun kaya. Emak dia beri banyak duit kepada Kamal dan Kartina. Sebab duitnya itu,
orang kejar Kamal. Safiyah sudah terang-terang minta wang. Ini Salmah pula, walaupun belum
lagi meminta-minta, akan sampai masanya Salmah juga akan meminnta-minta seperti
Safiyah.
“ Saya dengan Erniyani bagaimana? Adakah kami hendak menjadi penonton sahaja sedang di
depan kami orang berebut-rebut mengikis duit suami kami?” Kata hati Bobi.
Bobi berbincang dengan Erniyani bagaimana mereka hendak menggunakan duit Kamal
sebaik-baiknya supaya duit Kamal tidak habis begitu sahaja.
Erniyani mencadangkan mereka membeli tanah lot tapak rumah bunglows untuk mereka
simpan sebagai pelaburan spekulataif.” Saya tahu di mana. Bukit Katil, setuju?
“ Setuju.”
“ Wangnya?” Erniyani beranya Bobi.
“ Abang Kamallah, siapa lagi?”
“ Banyak tu RM200k?”
“ Bolehlah tu.Di Melaka harga tanah belum begitu tinggi seperti Johor Bahru,” kata Bobi.
“ Kalau hendak duit abang, letakkan sama nama abang pada geran tanah tu. Kalau tak mahu,
kamu berdua boleh pinjam bank,”kata Kamal. “ Setuju,” kata Bobi dan Erniyani, dan
menyambung, “ Inilah kami sayang abang.”
Bab 38
Mesyuarat Lembaga Pengarah sedang berjalan. Karim meminta jawatannya dikembalikan
kepadanya kerana pada masa itu . dia rasa sudah sihat. Bakri banagun bertanya Karim sama
ada dia perlukan masa yang agak lebih lama sedikit untuk menyambung semula tugasnyaa?
Karim menjawab dia sudah bersedia. Bakri bangun sekali lagi dan mengucapkan tahniah
kerana cepat sembuh dan mengalu-alukan Karim yang bersedia balik bertugas.” Kita juga
mengucapkan terima kasih kepada Penolong Pengarah (1), Encik Kamal yang memangku
jawatan pengarah beberapa bulan yang lalu.”
Mesyuarat bersetuju Karim memegang semula jawatannya. Ahli Lembaga Pengarah yang
menyokong Farina dahulu turut memberi kepercayaan kepada Karim. Semua orang
mengucapkan tahniah dan berjabat tangan dengan Karim kecuali Farina. Kamal bangun dan
pergi ke hadapan Bakri, menyambut dan mencium tangan Bakri tanda menghormatinya
sebagai ayah mertuanya, dan kemudian melakukan perkara yanga sama kepada ayahnya,
Karim. Kamal juga mencium tangan ibunya, Farina.
137
Bagi Bakllri, dalam syasrikat ini ada bessannya, Karim dan ada menantunya , Kamal. Jika Farina
berkahwin dengan Basri, bermakna ada dua orang menantunya dalam syarikat itu. Keluarga
Bakri boleh menumbangkan Karim bila-bila masa sahaja.
Bakri kelihatan bercakap-cakap dengan Farina sambil berjalan. Farina kena menghormati
Bakri selepas itu sebagai ayah mertua apabila dia dan Basri berkahwin nanti.
Azura dengan Bobi bercadang mencari peruncit atau pengedar kepada barangan pakaian
mereka. Perkara-perkara yang dibincangkan mereka ialah tempat, ruang niaga atau stor,
simpan kira syarikat ( semak hutang syarikat), kemudahan-kemudahan lain seperti kenderaan
pejabat dan pemandu, pengendali syarikat itu sendiri sama ada baik atau tidak.
Bobi pergi ke Johor Bahru berjumpa dengan bakal pengedar mereka. Azura dan Bobi tidak
dapat menangani beban tugas yang bertambah kerana Asfa melepaskan tugasnsya kepada
mereka. Mereka perlukan bantuan orang lain iaitu pengedar yang cekap bagi meringankan
kerja mereka .Azura melihat keadaan sekeliling kedai dan Bobi menyemak akaun syarikat.
“ Datin, kita makan dululah. Dah jam dua lebih ni,” kata Azura.
Semasa makan mereka bercakap tentang perniagaan. Pengendali syarikat itu, Datin Fatimah.
“ Pengunjung-pengunjung ke sini kebanyakan orang dari negara jiran. Mereka adalah
pelanggan saya.”
“ Maaf Datin, saya sudah dapat sedikit gambaran tentang syarikat Datin ini. Saya dapati
syarikat ada tunggakan sewa kedai selama tiga bulan. Satu bulan, saya dapati tiada jualan.
Gaji pekerja rendah. Saya tidak nampak ada caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja.”
“ Ya. Betul tu, saya akan selesaikan perkara ini dalam waktu yang terdekat.”
“ Datin membeli bahan jualan secara tunai. Saya dapati Datin membuat bayaran dalam
tempoh yang cepat dan saya kagum Datin tidak mempunyai hutang dengan pembekal.”
“ Saya tidak ada kenderaan yang sesuai untuk mengangkut dan membuat penghantaran
dengan cekap. Saya juga memerlukan pemandu kenderaan itu.”
“ Syarikat Datin belum didaftar,” kata Bobi dan menyambung,” Datin menjual barang-barang
berkualiti rendah. Tidak ada barang berjenama dijual di kedai Datin.”
rBobi tidak yakin denan pengurusan syarikat ini. Dia mengatakan,” Kamil akan datang lagi
dalam masa tiga bulan. Kami nak tengok kelemahan-kelemahan yang kita sebut tadi telah
ditangani. Sekarang kita letakkan keputusan perbincangan ini kepada tahap kiv.”
Selepas makan , mereka pun beredar balik ke Melaka.
Asfa datang ke rumah Karim. Di rumah Karim di Taman Ayer Keroh Permai itu yang ada
bersama Karim adalah Salmah dan Kartina.
Asfa ada juga terdengar, Kamal rajin balik ke rumah ayahnya sejak Salmah ada di situ. Kartina
diminta balik ke rumah ayahnya kerana menemani Salmah yang keseorangan dengan
ayahnya. Asfa tidak selalu datang melawat tunangnya kerana kesibukan kerja.
Pada hari itu, Asfa datang berjumpa Karim kerana hendak berbincang tentang persiapan
perkahawinan mereka. Karim memberitahu Asfa,mereka tidak dapat membuat keputusan
selagi pasangan yang lain tidak mengambil bahagian dalam perbincangan itu.
“ Ini melibatkan perbelanjaan, makskudnya duit.”
“ As faham kita tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mereka.”
138
“ Kita hanya boleh membuat keputusan tentang pakaian kita sahaja.Kita hanya boleh memilih
tukang andam kita sendiri. Yang lain-lain, tempat mengadakan majlis, makanan, jemputan,
kita perlu bincang bersama.”
“Makcik , apa khabar?” Kartina menyapa bakal ibu tirinya, Asfa. Asfa ketawa.” Aku dah tua
ya?”
“Ya.”
Kartina pun ketawa. Mereka sebenarnya sahabat kerana ayah mereka bersahabat.
Salmah membawa jus mangga Melaka Delite dengan bihun goreng. Mereka makan bertiga.”
“ Nak adakan majlis perkahwinan serentak? Siapa yang lain-lain tu?”
Kartina sudah mengetahuinya, tetapi dia sengaja hendak bertanya sendiri dengan Asfa.
“ Basri dengan ibu kamu. Bakri dengan adik saya, Azura”
” Ooowww.”
“ Haaaa,” sambut Asfa.
“ Kamu sebak, kenapa?” Asfa mengusik Kartina.” HEmmmm.”
“ As. Tina. Makanlah lagi. Tambah lagi sikit. Tambah air tu,” kata Karim.
Tidak lama selepas itu, Karim menemani tunangnya turun ke kereta. Dia sempat
mengingatkan Asfa supaya memandu dengan hati-hati.
Saleh datang dari Sabah. Tujuannya hendak berjumpa dengan Kartina. Dia menginap di rumah
Karim. Salmah, adiknya ada di situ. Saleh mengajak Kartina membawanya bersiar-siar melihat-
llihat keindahan negeri Melaka.
Kartina tiada halangan tetapi dia ada juga bercakap dengan Bakri tentang perkara itu. Dia
bukan minta kebenaran Bakri untuk menemani Saleh bersiar-siar di Melaka, dia hanya
memberitahu Bakri.
Kartina membawa Saleh melawat Ayer Keroh. Ada taman rekrreasi di situ. Mereka pergi ke
Bandar Hilir, Dataran Pahlawan melihat tempat-tempat bersejarah, dan mereka juga pergi ke
Jonker Walk memilih cenderamata.
Mereka makan kari kepala ikan dan asam pedas di Semabok. Saleh sibuk bertanya, mengapa
Taming Sari ada di Melaka? Kartina menjawab secara berjenaka bahawa Taming Sari di
Melaka bukanlah pembunuh upahan.
Sebagai tempat pelancongan , perlu ada sesuatu yang orang nak tengok. Macam binaan
ikonik. Bandingkan di luar negara, bangunan yang dipanggil Town Hall mereka , ada binaan
ikonik yang mereka buat.”
“ Di Kuala Lumpur ada Bangunan Sultan Abdul Samad.”
“ Binaan itu termasuklah pancutan air dibina beratus-ratus tahun dahulu, sekarang masih utuh dan
ramai orang datang melihatnya.”
“ Di Dataran Malaysia di Pantai Klebang ni, apa yang boleh kamu cadangkan?” Kartina bertanya.
“ Buat pancutan air dan menara jam yang besar,” kata Saleh.
“ Di Melaka ni dah ada menara jam dan pancutan air.”
“ Buat lagi yang lebih baik , yang lebih cantik. Ada benda orang datang dari jauh boleh tengok.”
Saleh menyatakan Hasrat hatinya kepada Kartina. Dia telah jatuh hati kepada Kartina. Dia hendak
mengambil Kartina sebagai isterinya. Kartina menolaknya dengan menyatakan dia tidak ada perasaan
begitu terhadap Saleh. Dia sudah ada pilihan hatinya. Kartina minta maaf kerana tidak dapat
menerima cinta Saleh yang memang telah dijangkanya. Saleh berani menyatakan perasaannya,
Kartina pula berani berterus terang. Lepas itu, Saleh mungkin tidak lagi memandang Kartina sebagai
139
orang yang perlu diberi perhatian atau melayannya sebagai kekasih. Saleh merasa kecewa. Dia
mengagumi Kartina kerana kecantikannya. Melihat kulit lengannya yang halus, Saleh sudah tahu
Kartina memang cantik orangnya. Kartina tidak memandang rendah kepada Saleh.
“ Kamu kacak orangnya tetapi Tina tidak suka orang yang tidak cukup tinggi.”
Azimin dan Darisa sedang berborak-borak di ruang tamu rumahnya. Di depan mereka ada sedikit kek
dan teh kosong. Sebenarnya mereka sedang memikirkan perkahwinan anak-anak perempuan mereka.
Mereka besetuju mengadakan majlis perkahwinan itu serentak.
Bagi Azimin perkara menjemput saudara-mara menjadi perkara mencabar kerana dia tidak
mempunyai ramai saudara-mara. Darisa tidak mahu yang datang ke majlis itu lebih banyak saudara-
maranya daripada saudara-mara Azimin. Mengadakan majlis perkahwinan serentak bukan boleh
mereka buat keputusan sesuka hati. Mereka perlu berbincang dengan bakal menantu mereka, Bakri
dan Karim.
Mereka perlu berbincang bersungguh-sungguh tentang jemputan mereka. Selain saudara-mara dekat,
mereka mempunyai rakan-rakan dan pelanggan perniagaan mereka. Rakan-rakan kejiranan yang
merupakan rakan-rakan kepada Azimin, Bakri dan Karim perlu juga dijemput.
Mereka juga kena tentukan tempat hendak diadakan jamuan sama ada di rumah atau dewan orang
ramai atau hotel. Kalau mereka memilih hotel, masalah mencari cartering dianggap sudah selesai
kerana ada hotel menyediakan pakej termasuk menyediakan makanan.
Mereka hanya boleh mengambail keputusan sendiri sama ada mereka mahu memilih andaman sendiri
atau secaa bersama.
Azimin dan Darisa tidak fikir Bakri setuju mengadakan majlis pekhahawinan dengan segera kerana
Bakri pada masa itu sibuk dengan dusun durian yang baru diusahakannya.
Sepupu Erniyani dari Acheh datang melawat Erniyani. Dia tinggal di rumah Erniyani. Erniyani rasa serba
salah kerana sepupunya itu lelaki, baru habis kuliah dan sedang mencari pekarjaan. Namanya Ilias,
sepupu sebelah ayahnya. Erniyani bimbang kerana dia takut Kamal cemburu dan salah sangka sebab
Kamal tidak selalu berada di rumah.”
“ Kamu tidak boleh lama tinggal di sini. Kamu tengok sendiri suami kakak tidak selalu berada di rumah.”
“ Saya tengok kakak di sini hidup senang lenang. Kakak bersuamikan orang kaya.. Kakak pandang
rendah kepada saya,” kata Ilias.
“ Bukan begitu.Nanti kamu berumahtangga kamu akan faham sendiri,” kata Erniyani. Kemudian dia
menyambung,” Lebih baik kamu balik cepat sebelum abang Kamal bekata apa-apa.”
“ Abang Kamal itu pun bukan orang baik-baik juga. Kakak ingat saya tidak tahu, dia selengkoh dengan
Safiyah. Anak Safiyah itu entah anak siapa.”
“ Tutup mulut kamu.”
Besoknya Ilias balik ke Acheh. Erniyani merasa lega sedikit,senang hatinya Ilias sudah balik. Apa yang
ditakuti sangat oleh Erniyani? Dia takut Ilias menjadi orang suruhan Safiiyah; dipergunakan Safiayah
untuk memeras ugut Erniyani dan Kamal. Mereka tahu Erniyani adalah isteri orang kaya. Suaminya
banyak wang. Kamal pula, bagi Erniyani, tidak lokek dengan wangnya. Safiyah minta sahaja,dia akan
berikan, kalau tidak banayak, sedikit. Kamal tentu berikan dia wang kerana Kamal itu pemurah.
Sebenarnya tidak susah hendakkan duit Kamal. Dia tidak perlu membuat ugutan. Minta sahaja dengan
baik, Kamal akan petimbangkannya.
Erniyani mengingatkan ibu dan ayahnya supaya berhati-hati dengan Ilias selain Safiyah. Mereka
mampu menggugat dan mempurak-perandakan rumahtangganya. Kalau orang lain tidak
menggangggu rumahtangganya, Erniyani tidak mahu saudara-maranya sendiri yang akan
melakukannya.
140
Erniyani mengagumi saudara-mara Kamal yanga nampaknya tidak seorang pun mengganggu
kehidupan Kamal. Sepatautnya, ada seorang dua saudaranya yang datang mengadu hal kepada Kamal
meminta bantuan dan pertolongan itu ini tetapi Erniyani hairan tiada seorang pun muncul. Apakah
ayah Kamal itu anak tunggal dalam keluarga? Apakah ibu Farina itu anak tunggal dalam keluarga?
“ Apakah ada masalah dalam keluarga Kamal?
“ Mereka malu mendekati kami kerana takut dikatakan cuba mengendeng kesenangan keluarga
kami,” pernah Kamal menceritakan kepada Erniyani yang pada masa itu tidak memberi perhatian
sangat tenttang masalah keluarga Kamal. Pada masa itu Erniyani sedang melayani perasaan
kekagumannya terhadap kemewahan rumah yang disediaka oleh Kamal kepadanya.
Erniyani teringat ayat al-Quran 16:90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku
adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan)
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan..”
“ Abang mendengar ayat itu dibaca oleh khatib tiap-tiap hari Jumaat.”
“ Kita mesti ingat abang Kamal. Dalam poket kita ini, ada hak orang lain. Hak kaum kerabat yang
memerlukan, hak orang miskin, hak anak yatim yang memerlukan sedekah dan bantuan.”
“ Mereka tidak datang berjumpa kita. Mereka tidak suka meminta-minta,” kata kamal.
“ Abang kena pergi kepada mereka. Cari mereka. Abang kena menolong saudara-mara yang dekat
dahulu, barulah menolong orang lain.”” Ya. Abang tahu di mana nak cari sepupu ayah kalau pun dia
tidak ada adik beradik sendiri. Abang bawa Er nanti ke sana.”
“ Tentu sekali Er suka. Di sini Er belum lagi pergi ke mana-mana. Duduk di rumah sahaja,” kata Erniyani.
“ Kita pergi ke Kedah. Di utara Semenanjung.” Kamal seolah-olah memberi jaminan.
“ Bagaimana kalau Bobi pun ikut bersama?”
“ Abang akan bawa Bobi berjumpa dengan saudara-mara sebelah ibu. Di Terengganu.”
Bakri, Basri dan Bobi ke dusun durian mereka. Menunggu di sana adalah Pengurus Dusun,Hasnah.
Hasnah menunjukkan rumah pengurus dan juga pejabat pengurus dusun, rumahh-rumah pekerja, dan
stor telah siap dibina. Dusun itu telah disambung dengan kemudahan elektrik dan air bersih. Pagar
dusun sudah lama siap dipasang dengan kawat berduri. Hasnah dengan pekerja-pekerja ( dua
orang) sedang menanam anak benih ke tanah. Seribu anak benih durian baka baik dibeli dari Pulau
Pinang. Semua seribu anak pokok yang dibeli oleh Bakri.
“Sehektar kita tanam dengan 100 pokok sahaja. Ada orang tanam dengan 115 pokok sehektar. Saya
gunakan banyak ruang untuk jalan dalam dusun. Kita masuk ke dalalm dusun dengan kenderaan
kerana keluasan kawasannya. Kita perlu mengangkut baja, sampah dan hasil. Kita perlukan jalan yang
baik. Saya buat jalan di tengah-tengah dusun bukan di tepi pagar. Jalan di tepi sempadan memudahkan
orang menumpang lalu di jalan kita.”
“Bukan lalu sahaja, mereka mungkin tumpang cabut tiang pagar dan tumpang mengutip buah
durian,”kata Bobi.
“Tapak dusun dibuat berteres, ada perparitan, ada pengairan yang boleh memperlahankan hidrologi,”
kata Hasnah dan kemudian menyambung,” Silalah masuk ke pejabat/chalet Pengurus Dusun Bakri.”
“Saya belum masak.”
“Tak apalah kita makan di luar. Kalau ada asam pedas pun jadilah,”kata Bakri.
Bobi dan Basri melihat-lihat sahaja keadaan di sekeliling. Bobi takut pacat kerana dia tidak berpakaian
sesuai masuk hutan. Hutan itu sebenarnya sudah terang. Boleh nampak baris-baris tapak anak durian
baru ditanam.
“Papa, kereta Exora kurang sesuai di sini. Hasnah perlukan Hilux,”kata Bobi.
Mereka berempat memesan makanan tengah hari. Mereka memesan minuman jus Melaka Delite.
Bakri bertanya,”Asam pedas ikan apa ya?”
“ Ikan pari ada. Ikan tenggiri ada. Ikan jenahak pun ada. Ikan bakar, cencaru sahaja.”
141
“Bawa semua, dua dua. Ikan bakar empat.”
“Maksud Encik? Pari dua , tenggiri dua, jenahak dua?”
“Ya.”
Basri berminat dengan kerja-kerja Hasnah di dusun durian. Dia tidak banyak mengetahui tentang
penanaman durian. Dia tahu makan sahaja.
“Berapa jarak antara satu pokok dengan pokok yang lain?” Basri bertanya Hasnah.
“Ada orang tanam 8x12m jarak. Ada orang tanam 10x10m jarak. Kita tanam 10x10m, itu pun dikira
sempit bagi pokok durian.”
Bagi Hasnah menyediakan tapak perlu diambil kira pembajaan, perparitan dan pengairan.
“Berapa lama buah durian boleh tahan sebelum rosak?” Bobi bertanya kepada Hasnah.
“ Buah durian elok dimakan dalam 2 aau 3 hari sahaja. Durian akan rosak dalam masa seminggu,”
kata Hasnah.
“ Bagaimana hasilnya dapat diperolehi bagi taip-tiap pokok?”
Hasnah dihujani dengan soalan-soalan adademik. Penat juga dia melayan soalan-soalan itu.
Bagaimanapun, Hasnah cuba menjawab soalan-soalan yang memerlukan penjelasan untuk
pengetahuan bagi mereka yang tiada pengetahuan tentang durian itu.
“Pokok yang dijaga dengan baik boleh berbuah antara 2-10 biji sepokok bagi 5-6 tahun pertama,” kata
Hasnah.
“ Lima enam tahun dah boleh berbuah?”
“Ya. Kalau umur durian itu sepuluh tahun ke atas, kita boleh mengutip hasil antara 45-80 biji sepokok,”
ujar Hasnah.
“ Ha dah sampai makanan kita. Mari kita makan, jangan bercakap sahaja,” kata Bakri.
“ Boleh kilta makan pulut durian di situ tidak lama lgai kan papa?” Bobi bertanya ayahnya.
“ Hem,” kata Bakri kemudian meminta Basri berdoa sebelum makan.
“ Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa waqinaa azaabannaar.”
“ Aamiin.”
Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Kartina banyak bertanya tentang perkahwinan Bakri dengan
Azura, perkahwinan ibunya, Farina dengan Basri dan perkahwinan ayahnya dengan Asfa.
Kartina mengandaikan Bobi sudah bahagia dengan Kamal dan Erniyani. Hanya tinggal dia seorang lagi
belum ada apa-apa, belum tersebar lagi berita angin pun tentang perkahwinan Kartina.
“ Tak lakukah aku ini?”
Dalam hatinya, Kartina rasa dia sudah kalah bersaing denan Azura. Kini dia kena besaing pula dengan
Hasnah. Mengingatkan dua keadaan itu, menjadikan Kartina sebak dan menangis dalam pelukan Bakri.
Pelukan Bakri itu sekadar pelukan merapatkan bahu Kartina pada bahunya, bukan seperti berpelukan
seperti orang sedang bercium. Mereka di tempat awam, tidaklah boleh tunjukkan kemesraan
berlebih-lebihan.
“ Abang tak sayang Tina,” keluh Kartina kepada Bakri.
“ Siapa cakap? Abang tahu , siapa sahaja berkahwin dengan Tina akan menjadi jutawan segera.”
“ Mengapa abang tak ambil kesempatan?”
“ Abang pun ada wang. Tapi abang tak nak Tina jatuh ke tangan orang seperti Saleh tu dengan senang
sahaja.”
“ Abang cemburukan Saleh?” Kartina bertanya Bakri.
Di hadapan mereka, Selat Melaka nampak sedikit bergelora, berombak kecil dan berangin.
“ Saleh itu anak saudara abang. Salmah tu adiknya.”
“ Abang bawa Tina ke sini, mengapa? Ada hal penting ke abang?”
“ Nak beritahu Tina, abang nak ulangi janji abang. Minta Tina sabar. Abang berkahwin dengan Azura
dahulu. Lepas tu kita kahwin pula. Azura tidak tahu tentang hal ini,” kata Bakri dan menyambung,”
142
Abang tak mahu mencium tangan emak dan ayah Azura kemudian cium pula tangan emak dan ayah
Tina. Rasa berat sangat. Malu juga.”
Dalam hati Kartina, Bakri memberi alasan yang tidak munasabah. Kartina tidak mahu memberi apa-
apa komen tentang itu. Walaujpun begitu Kartina mengatakan,” Bukan berat sangat cium tangan
empat orang . Berat lagi kalau abang cium Tina. Kalau Hasnah desak abang berkahwin dengan dia
bagaimana?”
“Mana dapat cerita pasal Hasnah ni pula?”
“ Abang ingat Tina tak tahu apa-apa.”
“ Dia kena ikut giliran kalau dia mahu,” kata Bakri.
Kartina mencubit pinggang Bakri. Bakri cuba mengelak dengan mengaduh kesakitan. Bakri
menerangkan keperluan Hasnah berada rapat dengannya. Hasnah ada impiannya yang perlu
diusahakan dan dicapai sebelum dia tua. Dia mahu melihat dusun durian itu mengeluarkan hasil dan
apabila hasil pertama dituai barulah dia berpuas hati. Bakri tidak mahu pelaburannya sebanyak
RM700k lesap begitu sahaja. Oleh sebab itulah mereka bersungguh-sungguh berusaha menjayakan
orchard durian Bakri ini.
“ Jangan terbengkalai dusun itu, abang. Jangan abang patahkan semangat Hasnah itu, jangan biarkan
dia tawar hati, kecewa dan merajuk lalu meninggalkan projek dusun durian itu.”
“ Tidak, Tina. Semuanya didokumentasikan dan ditandatangani di hadapan peguam.”
“ Abang sangat berhati-hati dengan duit abang. Insya Allah semuanya dipermudah untuk abang,” kata
Kartina.
“ Sebenarnya, abang hendak beritahu kamu, abang wasiatkan sertiga dusun ini kepada Hasnah dan
selebihnya untuk Basri dan Bobi.”
Kartina terkejut mendengar penjelasan Bakri tetapi dia diam sahaja.
“ Itulah saham yang abang beri kepada Hasnah kerana usahanya dan iltizamnya dan dengan berani
membuka orchard durian ini.”
“ Tina jatuh hati dengan abang pun kerana abang baik hati, tidak kedekut macam Haji Bakhil. Entah
apa yang tinggal untuk Tina?”
“ Kamu masih ada abang. Abang tahu apabila manusia itu mati, harta benda tidak bermakna lagi
kepadanya,” kata Bakri dan kemudian menyambung,” Tina, kamu sendiri adalah seorang jutawanita.
Kamu tidak perlu berganatung kepada orang lain.”
“ Ya. Terima kasih kepada ibu Farina yang memberi banyak wang kepada Kamal dan Tina.”
Bab 39
Malam tadi hujan lebat. Lama juga. Karim bimbang hujan lebat boleh menimbulkan bencana ke atas
Karim Tower yang baru diduduki penghuni. Pagi esoknya Karim, Basri dan Kartina berada di Karim
Tower memeriksa kerosakan kalau ada. Mereka bimbang apa yang pernah berlaku pada satu
kondominium, tidak lama dahulu, belaku pula di tempat-tempat lain. Karim tidak mahu Karim Tower
mengalami nasib yang sama.
Apa yang berlaku pada kondominium yang runtuh itu adalah disebabkan hujan lebat secara
berterusan. Ada berlaku paip pecah dekat dengan menara konodominium itu yang melemahkan
pegangan tanah di situ.
Karim dengan anak-anaknya memerikksa rekahan tanah di gelanggang tenis dan tempat letak kereta
pelawat. Retakannya bertambah panjang. Tiada paip pecah berdekatan dengan menara. Rekahan itu
mungkin kerana mendapan tanah bukan pergerakan tanah. Karim memanggil konraktor memperbaiki
keretakan itu dangan cara menurap semula sekitar kawasan berkenaan.
Karim banyak berdoa supaya penghuni-penghuni kondominium dan bangunan kediaman mereka
selamat diduduki dan dipelihara Allah.
“ Ayah jangan bimbang di Melaka ni hujan tidak lebat seperti di Lembah Kelang.”
143
“Insya Allah,” kata Karim.
“ Ayah kita makan di Semabok. Jom”
“ Boleh juga. Dengan kereta ayah.”
“ Ayah beli kereta lainlah. Yang ini beri saya. Saya pakai Toyota Camry. Saya perlukan satu kereta lagi.”
“ Kamu jutawan segera, tak mampu membeli Mercedes Benz?”
“ Mercedes terpakai bolehlah ayah.”
“ Cakap dengan ayah mengapa ayah yang kena bagi kamu kereta ayah ni?
“ Pasalnya adalah kerana saya buat kerja ayah lama juga.”
Karim, Kamal, dan Kartina ketawa.
Suatu pagi selepas sarapan, Kamal bersedia hendak ke pejabat. Seperti biasa, Bobi mengemaskan
pakaian dan tali leher Kamal dan mencium pipi suaminya.
“Bobi memberikan seberkas kunci kereta. Ada lambang bintang tiga Mercedes di situ. Kamal sudah
mengesyaki ayahnya memberikannya kereta idamannya. Terperanjat Kamal kerana apa yang
difikirkannya tidak berlaku. Ayahnya menghadiahkannya sebuah kereta Mercedes baru,bukan kereta
yang dipakai ayahnya.
“ Terima kasih , papa.”
“ Seronoknya jadi anak orang kaya,” kata Bobi.
Kamal memeluk Bobi dan menarik Bobi masuk ke dalam kereta dan mereka mencuba-cuba kereta itu
di jalanraya.
Kamal menghantar Bobi balik dan terus memanggil Erniyani turun ke bawah. Kamal menunjukkan
kereta mewahnya kepada Erniyani. Kamal memberitahu, kereta itu diberi oleh ayahnya.
“ Er tidak pernah bermimpi hendak duduk di sebelah abang dalam kereta Meredes Benz. Syukur
sangat. Abang beruntung, Er turut beruntung. Enak sungguh menjadi anak orang kaya. Enak lagi
menjadi menantu orang kaya, abang Kamal, kan?”
Kemudian mereka hilang dalam perut kereta itu, entah ke mana. Hari itu Kamal lambat pergi ke
pejabat. Dia menelefon ayahnya mengucapkan terima kasih kerana hadiah ayahnya iltu.
Kamal memandu kereta itu ke Pantai Puteri melepasi rumah Azimin di Taman Pantai Puteri, ke Tangga
Batu, ke Bukit Rambai, ke Cheng melewati rumah Bakri, di Taman Cheng Baru, dan ke Lebuh SPA
menuju ke Ayer Keroh, masuk juga ke Taman Ayer Keroh Permai, rumah ayahnya, dan balik.
Safiyah diceraikan. Dia janda sekarang . Safiyah ada melihat gambar Erniyani bergaya dengan kereta
Mercedes Benz suaminya di facebook. Makin naik tinggi cemburunya dan iri hati Safiyah kepada
Erniyani. Safiyah mengadu kepada ibu Erniyani tentang keberuntungan Erniyani, sedangkan dia tidak
ada apa-apa. Dia tiada suami, tiada kekasih, tiada wang, yang dia ada hanya seorang bayi entah anak
siapa. Safiyah sendiri tidak tahu.
“ Tengok ni,” Safiyah menunjukkan gambar Erniyani dalam facebook kepada ibu saudaranya itu,”
Bukan main bergaya lagi. Pakaiannya sahaja Safiyah tidak dapat tandingi Erniyani. Belum lagi
solekannya. Mengapa dia dapat semuanya? Safiyah tidak ada apa-apa.”
“ Itu rezeki dia. Jodoh dia. Allah tentukan. Dia tidak mencari Kamal. Kamal jumpa dia. Itu rencana Allah,
Safiyah. Kamu jangan lupa,” kata ibu Erniyani dan kemudian menyambung lagi,” Erniyani tidak tahu
pun Kamal itu anak orang kaya.”
“ Sekarang Kamal dah jadi jutawan segera. Ibunya yang kaya itu memberikannya banyak wang.”
“ Itu pun bukan rencana Erniyani. Itu rezeki dia.”
“ Dia duduk di kondominium mewah, berkereta mewah, bergaya dengan fesyen terkini. Aduh!
Cemburunya aku,” kata Safiyah. Dia menyambung, “ Sekarang dia sedang belajar memandu kereta.
Tidak lama lagi Erniyani balik ke Lhoksuemawe memandu kereta sendiri. Wah! Hebat dia.”
“ Mengapa abang Kamal tidak berkahwin saja dengan aku, ibu?”
“ Bukan semua kita kehendaki boleh dimiliki, Safiyah. Bersabarlah.”
144
Basri diam-diam berjumpa Hasnah di Dusun Durian Bakri. Hasnah memberitahu Basri dia memerlukan
dua orang lagi pekerja untuk menanam tanaman kontan. Dua orang pekerja yang ada sekarang boleh
menumpukan perhatian kepada pokok durian. Hasnah perlukan tenaga yang boleh membantu dia
menanam betik.
“ Nak tanam betik?”
“ Cadangannya begitulah. Kita perlukan wang tunai segera untuk terus menguruskan dusun ini.”
“ Basri berminat dengan tanaman ini? Ada pengetahuan tentang tanaman kontan?”
“ Kita boleh meminta bantuan orang-orang Jabatan Pertanian. Mereka sedia menolong.”
“ Pokok betik ini adalah pokok pelindung. Cepat tumbuh, berbuah sepanjang tahun.”
“ Ditanam dengan menggunakan biji benih,” kata Basri.
“ Pokok betik perlukan banyak cahaya matahari, banyak air dan tanah yang subur,” kata Hasnah.
“Bila dia mula berbuah,Hasnah?” Basri bertanya.
“Dia mula berbuah setelah 6 hingga 10 bulan.”
“ Ada pokok jantan dan ada pokok betina. Pokok jantan tidak berbuah tetapi ada ornag tanam juga.”
“ Pokok jantan perlu ditanam juga , kalau tak ada yang jantan macam mana? Kita tanam satu pokok
jantan antara 10 hingga 15 pokok betina.”
“ Owww. Baja apa yang sesuai untuk pokok betik?”
“ Aduh! Banyak soalan. Baja kompos dan baja tahi ayam bagus untuk pokok betik.”
“ Kadang-kadang pokok betik ini tinggi. Susah nak petik buahnya. Adakah pokok-pokok yang tinggi itu
ditebang sahaja.”
“ Boleh tebang atau cantas sahaja. Ada yang dicantas itu mati ada yang hidup semula dengan beberapa
cabang.”
“ Begitu ya.”
Basri memerhati Hasnah. Dipandangnya ke atas sampai ke bawah. Cantik juga budak ni, kata hati Basri.
Hasnah tahu dia diperhati oleh Basri.
“ Masuk ke pejabat saya, Basri.”
“ Boleh juga nak tengok.”
Mereka masuk ke pejabat Pengurus Dusun. Basri rasa tenteram berada di situ. Keadaannya kemas.
Rumah dan juga pejabat.
“ Nak makan ? Saya masak.”
“ Tidak . Lain kali. Nak ajak Hasnah makan di luar.”
“ Jom,” kata Hasnah.
“ Selalulah datang ke sini. Ini dusun Basri juga. Semua ini waris Bakri akan mendapatnya. Tapi jangan
anggap saya ini ornag asing. Saya di sini sebagai pemegang saham dan juga Pengurus Dusun.”
“ Apa pun keputusan yang akan kita buat berkaitan dengan dusun ini, kita akan ambil kira
hak dan sumbangan Hasnah sebagai pemegang saham dan juga Pengurus Dusun.”
“ Maksud Basri apa?”
“ Kiranya kita hendak menjual dusun ini, misalnya kita bincang dengan Hasnah dahulu.”
“ Saya faham.”
Mereka keluar makan di pekan. Lepas makan Basri hantar Hasnah balik ke dusun. Basri terus balik ke
kondoiniumnya di Pantai Puteri.
“ Dia tu buah hati bapa kamu. Jangan cuba-cuba nak simpan perasaan kepada dia,” kata Farina kepada
Basri.
Basri tersenyum sahaja.
145
Kamal ke rumah ayahnya di Taman Ayer Keroh Permai. Kamal menggunakan kereta Mercedes Benz
yang baru diberi oleh ayahnya. Dia hendak mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada ayahnya yang
bermurah hati memberikannya sebuah kereta baru.
Kamal juga memberitahu ayahnya ada sekeping tanah di Pantai Puteri hendak dijual. Luasnya empat
hektar. Kedudukan tanah itu bedekatan dengan laut; berpemandangan laut.
Saya sokong sangat kalau ayah berminat. Kita tidak ada kerja sekarang. Elok kita mulakan kerja baru,”
kata Kamal kepada ayahnya.
Karim juga berminat hendak mendapatkan tanah itu. Dia hendakkan tanah itu bukan kerana merebut
tanah tetapi dia ada beberapa sebab mengapa dia perlu mengambil peluang yang dihidang kepadanya.
Sebab-sebab iltu adalah kerana untuk kepentingan anak-anaknya. Kalalu dia tidak menggunakan
wangnya sekarang secara wajar, anak-anaknya mungkin menghabiskannya begitu sahaja. Dia akan
berkahwin, apakah dapat diberi kepada bakal isterinya. Keuntungan atas projek itu nanti mungkin
dapat dikongsi dengan bakal isterinya. Selain itu, Karim terfkir juga bila lagi dia hendak membelanjakan
wang yang banyak itu. Dia sudah tua, dia perlu belanjakan duit itu. Kalau tidak dia yang
membelanjakannya, mungkin anak-anaknya akan menghabiskannya. Karim minta Kamal uruskan hal
perolehan tanah itu.
Salmah masak bihun Singapura. Kamal makan bersendirian kerana ayahnya sudah makan. Selepas
makan Kamal minta diri hendak balik dan tidak lupa dia mencium tangan ayahnya. Wajah ayahnya
direnung sungguh-sungguh. Waktu Kamal lalu dekat bilik Salmah, Kamal ditarik masuk ke dalam
biliknya.
“ Sayang abang..”
“ Emmm.”
“ Rindu sangat-sangat.”
Sepupu Karim datang dari Kedah melawat Karim. Tujuan kedatangannya hendak merapatkan lagi tali
persaudaraan mereka dengan ikatan perkahwinan.
“ Kalau Haji Hashim ada hajat tertentu, beritahulah kepada saya. Kita bukan selalu dapat berjumpa.
Kalalu kita berjumpa seolah-olah ada hal mustahak yang hendak dibincangkan, “ kata Karim.
“ Karim, kita ni sepupu. Kita berkongsi datuk yang sama. Bapa kita adik-beradik. Persaudaraan kita ni
tidaklah jauh.”
“ Mula-mula saya nak mengucapkan tahiiah atas pertunangan kamu dengan Asfa. Saya harap tidak
lama lagi kamu akan menjadi suami sekali lagi,” kata Haji Hashim.
“ Ya. Betul tu. Tak lama lagi kami akan mengadakan majlis pekahwinan. Bagaimana kami hendak
melangsungkan perkahwinan itu dan bila tarikhnya belum diputuskan.”
“ Tinggal anak kamu belum ada apa-apa cerita. Siapa nama dia? Tina? Ya.Kartina.Nampaknya Kartina
belum lagi hendak berumahtangga?”
Haji Hashim seterusnya menyambung,” Bertuah betul muda-muda lagi sudah jadi orang kaya.
Jutawanita. Beruntung sangat sesiapa yang dapat mengahwini dia.”
“ Haji Hashim berminat sangat dengan Tina tu. Berapa lama Haji Hashim membujang? Cuba beritahu
saya, Haji Hashim datang ke sini hendak merisik Kartina untuk Haji Hashim jadikan dia isteri?””
“Subhanallah. Tidak terlintas langsung, Karim. Saya tidak sedikit pun memikirkan perkara serupa itu .
Saya cuma hendak tahu sama ada Kartina itu sudah ada yang punya atau masih tiada menjadi pililhan
sesiapa.”
“ Ini soalan rumit. Jawabannya pun tentu rumit juga. Susah nak cakap tentang budak-budak sekarang
ini. Kita nak kata tak ada pilihan hati pun tak boleh. Kita suruh dia kahwin, dia kata dia sedang
menunggu seseorang.”
“ Kartina tu bukan muda lagi. Dah matang.”
“ Itulah faktanya. Tetapi Haji Hashim tahu tak, dia kata dia akan menunggu walaupun sampai tua.”
146
“ Saya tidak pandang rendah terhadap Hasrat budak-budak ini. Saya harap apa yang hendak
dicari oleh Kartina itu, dimakbulkan. Tetapi kita mesti ingat Karim, rencana Allah adalah yang
terbaik.”
Bakri menghantar Kartina balik dari rumah anak yatim. Mereka memberi sumbangn sedikit
beras, ikan sardine, minyak masak dan sedikit wang tunai. Pengawal peribadi Kartina berdiri
di luar rumah.
“ Boleh balik. Tunggu sampai saya call.”
“ Baik, Cik Kartina.”
“Tina, jumpa sepupu ayah dari Kedah, Haji Hashim, “ kata Karim kepada Kartina. Kartina
menyambut tangan Haji Hashim dan menciumnya.
“ Uncle seorang sahaja?”
“ Ya. Seorang sahaja.”
“ Maaf, Tina pergi ke rumah anak yatim tadi. Hantar sedikit bahan-bahan makanan dan sedikit
wang tunai. Sedekah, uncle.”
“ Saya pun boleh terima sedekah. Kan kita tahu, Allah menyuruh kita membantu keluarga
dekat dahulu, kemudian baru orang lain?”
Mereka ketawa, Mereka bukan ketawa kerana meremehkan perintah Allah. Mereka ketawa
sebab Haji Hashim yang kaya pun nak minta sedekah!
“ Siapa yang menghantar Tina tadi?”
“ Oh dia?” Kartina memandang ayahnya, kemudian dia menyambung,” Itulah pilihan hati
Tina.”
“ Haji Hashim, rasanya saya tidak perlu memberi penjelasan panjang lebar. Apa yang Haji
Hashim lihat dan dengar itulah penjelasannya.”
“ Alhamdulillah . Saya faham. Tidak ada jodoh..”
Malam itu juga Haji Hashim balik ke Kedah. Dia memandu dari Melaka hingga ke Kuala
Lumpur. Dari Kuala Lumpur, anaknya memandu hingga ke Sungai Petani.
Sebelum dia balik, Kartina memberikan dia wang sebanyak RM500 dan ayah Kartina pun ada
memberi satu sampul berisi wang yang Kartina tidak ketahui berapa banyak.
“ Apa hajat uncle tu ayah?” Kartina bertanya ayahnya.
“ Dia merisik kamu. Ayah tidak memberi jawaban apa-apa.”
“ Mengapa ayah tak beritahu, Tina sudah ada orang punya?”
“ Ayah cuma melawak, sama ada dia hendakkan Tina untuk dirinya?”
Kartina ketawa. Karim pun ketawa.
“ Duit kamu harum sampai ke Kedah,” seloroh Karim.
Kartina ketawa lagi kuat.
“ Ayah ni. Orang nak kahwin dengan saya kerana duit sayakah?”
“ Mungkin. Sebenarnya kamu ni duit ada, rupa pun ada.”
“ Tina serba salah dengan uncle tu. Tentu dia kecewa dengan Tina.”
“ Kamu berterus terang tu, ayah kira sudah baiklah tu,” kata Karim.
Bobi dengan Azura ke Johor Bahru dengan menggunakan Mercedes Benz Kamal. Mereka
hendak memantau pengurusan syarikat yang memohon menjadi pengedar tunggal bagi
barangan keluaran syarikat mereka di negeri Johor.
147
“ Dulu kita ada beincngkan beberapa perkara termasuklah sewa kedai, jualan tidak bagus, gaji
pekerja rendah dan tidak dicarum KWSP; tiada kenderaaan yang sesuai untuk mengangkut
barang yang banyak dan juga tiada pemandu. Saya juga dadpati syarikat Daatin ni belum
didaftar pada masa itu.”
“ Ya. Betul tu. Saya sudah menjelaskan sewa kedai, saya sudah mendapat pekerja baru yang
rajin dan gajinya saya bayar mengikut gaji minima denan caruman KWSP dan Socso. Pekarja
juga bepeluang mendapat bonus ikut prestasi syarikat. Saya pun sudah mendapat seorang
pemandu. Sekarang ini saya belum membeli kenderaan syarikat. Saya harap saya dapat bank
loan membeli kenderaan syarikat.”
“ Saya dapati syarikat tidak berhutang. Ada wang tunai yang banyak dalam akaun.”
“ Datuk beri wang itu.”
“ Suami?” Bobi bertanya.
“Ya.”
“ Datin, saya Bobi dan ini rakan kongsi saya Azura tiada halangan menerima permohonan
Datin menjadi pengedar tunggaal di Johor. Kami harap Datin boleh turun ke Melaka dan
menandatangani perjanjian.”
“ Terima kasih Bobi dan Azura.”
“ Terima kasih kembali,” kata Azura dengan tersenyum manis.
Ketiga-tiga pasangan yang hendak berkahwin itu minta ditangguhkan perkahwinan mereka.
Belum lagi mereka berbaincang bagaimana hendak meengadakan majjlis perkahwinan itu,
pada masa itu berlaku pula masaalah antara pasangan yang hendak berkahwin itu.
Pasangan Karim dengan Asfa diganggu oleh Hasri. Hasri tildak jemu-jemu mengganggu Asfa
kerana bukan sahaja dia dibuang kerja malah permohonannya hendak bekerja semuja di
Fesyen Rasa Kasih ditolak oleh Asfa. Cintanya kepada Asfa juga ditolak oleh Asfa. Hasri
mengancam hendak mencederakan Asfa jika Asfa tidak berhati-hati. Hasri mengingatkan Asfa
bahaawa kemalangan jalanraya boleh berlaku kerana kerosakan pada kenderaan yang tidak
diselenggara dengan sempurna atau kerosakan yang dilakukan dengan sengaja. Kedua-dua
jenis kerosakan itu boleh membawa maut.
Assfa sangat risau dengan niat jahat Hasri itu. Dia meminta Karim menangguhkan
perkahwinan mereka sementara mereka selesaikan masalah itu. Karim membawa Asfa ke
balai polis membuat laporan tentang ancaman bunuh.
Karim juga memberitahu Bakri tentang perkara itu. Bakri faham apa yang dikehendaki oleh
Karim. Pengawal-pengawal keselamatan Bakri mula mencari lokasi tempat Hasri beroperasi.
Bakri menganggap, kesusashan kepada Karim samalah seperti kesusahannya juga kerana
mereka meranacang hendak mengadakan majlis perkahwinan bersama. Asfa diminta meletak
keretanya di tempat mudah diawasi oleh cctv. Pengawal keselamatan kilang diminta focus
dengan akativiti atau orang yang tidak dikenali di kawasan kilang. Pada bila-bila masa pun,
Asfa tidak lagi dbenarkah berada seorang diri. Selain pengawal keselamatan kilang, Asfa
sentiasa diawasi oleh pekerja-pekarja kilang yang diberikan tugas menjaga Asfa mengikut
jadual. Asfa sangat marah denan keadaan ini.
“ Bangsat,” keluh Asfa.
Azura mengancam hendak memutuskan pertunangan dia dengan Bakri kerana Hasnah.
Hasnah makin rapat dengan Bakri. Apa ang diminta oleh Hasnah senang sahaja Bakri sediakan.
148
Azura tahu, banyak wang Bakri dilabur dalam projek dusun durian itu. Bakri selalu melawat
dusun duriannya. Di situ dia berjumpa dengan Hasnah. Azura cemburukan Hasnah. Azura juga
ada terdengar hubungan Bakri dengan Hasnah bukan setakat pekerja dengan majikan sahaja
tetapi lebih daripada itu.
“ Ada orang nampak abang dan Hasnah berpeluk-pelukan di dusun itu,” kata Azura kepada
Bakri.
Bakri selalu juga berehat di pejabat pengurus dusun iaitu pejabat dan tempat tinggal Hasnah.
Hasnah pada waktu siang hari memang ada di stiu; dia balik hanya waktu malam. Selain
Hasnah, ada dua orng pekerja tinggal di dusun itu. Azura tidak mahu meneruskan rancangan
perkahwinan mereka sehingga Bakri boleh menyakinkan dia Hasnah tidak akan mengganggu
rumahtangga mereka.
“ Abang kena sedar, orang kejar wang abang. Abang tunjukkan Hasnah tu abang ada banyak
wang. Apa lagi, makin sayanglah dia kepada abang.”
“ Hasnah tiak sama denan kamu,” kata Bakri.
“ Betul tidak, abang ada hubungan itim dengan Hasnah?”
“ Sikit-sikitlah,” kata Bakri.
Azura memukul-mukul bahu Bakri sambil menangis dia berkata,” Azura dan agak dah. Azura
minta tangguh perkahwinan kita. Mana tahu Hasnah tu mengandung atau tidak. Nanti kita
tengah bersanding Hasnah bawa bayi depan orang ramai semua. Malu.”
Bakri terdiam.
Basri dan Farina berhadapan dengan masalah tidak percaya antara mereka berdua. Basri
mulai jatuh hati kepada Hasnah dan dia selalu juga melawat dusun durian mereka di Durian
Tunggal. Pada mulanya Basri segan-segan bertemu dengan Hasnah. Apabila dua tiga kali
datang ke pejabat Hasnah, Basri jadi berani dan hilang rasa segan malah dia mula tidak kekok
masuk sampai ke dapur.
“ Di sini. Kamu mahu di sini?”
Basri memeluk Hasnah, menanggalkan seluarnya dan mengangkatnya ke atas meja makan.
Itu yang pernah berlaku. Basri makin ghairah dan lupa dia perlu bersedia membuat persediaan
untuk perkahwinannya.
“ Kalau kamu pergi ke hutan itu lagi, kita tak akan berkahwin Basri, “ kata Farina.
Farina juga mendapat tahu Basri ada menghubungi Safiyah melalui Messenger. Dia ingat
hubungan mereka putus begitu sahaja. Dia ingat Basri tidak ingatkan Safiyah lagi. Safiyah
bebas kerana dia menjadi janda sekarang. Faina sangat kecewa dengan keadaan ini. Dia ingat
semuanya baik-baik sahaja ketika dia bersetuju berkahwin dengan Basri.
Basri pada masa itu adalah tunangnya. Tentulah dia rasa ada hak milik ke atas Basri. Basri
haknya. Dia tidak suka kalau ada ornag lain mengganggu-gugat miliknya. Farina mula hilang
kepercayaan terhadap keikhlasan Basri. Mereka perlu berjauhan buat sementara. Ini
cadangan siapa apabila selisih faham, jangan tinggal besama atau menyepikan diri? Farina
menganggap cadangan itu menguntungkan sebelah pihak.
Basri juga tidak suka Farina membeli kereta Mercedes Benz kepada Kartina. Farina
sebanarnya kasihan kepada Kartina kerana dia tinggal seorang sahaja yang belum dipinang
orang. Asfa, Azura sudah bertunang. Bobi pula sudah berumahtangga. Untuk memujuk dan
menenangkan perasaan Kartina, ibunya menghadiahkan sebuah kereta kepadanya tanda
149