The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Orang tua pun disukai anak-anak gadis!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ihamid828, 2021-11-25 11:25:14

Dedaun Senja

Orang tua pun disukai anak-anak gadis!

Bagaimana Bakri dengan isterinya Esah yang sedang sakit? Ada perjanjian antara Bakri dengan
Esah. Kalau dia ceraikan Esah, Bakri akan dihalau sehelai sepinggang. Tidak boleh
menceraikan Esah kecuali Esah mati.

Perjanjian apa begitu? Selama ini apakah makna pengorbanannya terhadap keluarga?
Tenaganya tidak diambil kira, tidak diambil peduli langsung tentang pendapaatan
sepencaraian.

Ketiga-tiga orang lelaki itu terbabit dalam satu jaraingan cinta yang menguntunggkan mereka
selagi mereka berkelakuan baik. Sekiranya mereka curang atau cuba mengenepikan pasangan
hidup masing-masing, mereka akan hidup papa kedana.

Tidak pula demikian ceritanya kepada wanita-wanita kaya yang mereka kahwini. Mereka yang
kaya itu tidak rugi apa-apa dari segi harta benda mengikut perjanjian perkahwinan mereka.
Mereka bernasib baik lahir sebagai anak orang kaya dan dilindungi pula oleh perjanjian yang
berat sebelah.

Apakah mereka itu tidak faham Islam? Mereka faham tetapi mereka tidak mempedulikannya.
Perjanjian itu belum tentu sah; tidak dapat menjadikan mereka manusia atau lelaki atau
suami yang lebih baik atu isteri yang lebih baik. Perjanjian itu boleh dicabar dalam mahkamah
Syariah, jika mereka mahu. Mereka tidak mahu ke mahkamah mana-mana pun kalau boleh
kerana mereka sedar gaya hidup mereka itu tidak elok dideddahkan.

Karim berada di Pantai Puteri walaupun dia jarang-jarang datang ke situ. Dia duduk di bangku
yang ada di situ. Seorang diri. Selalunya Asfa sentiasa berada di sisinya. Apa yang sedang
brlaku kepada Karim?Apa yang berlaku dalam syarikat Karim? Karim malu sangat dengan
Lembaga Pengarah kerana meminta wang beli rumah. Karim tidak pernah berbuat demikian
malah dia sangaat mengambil berat tentang penggunaan wang syarikat.

Selat Melaka tenang airnya. Tidak beralun, tidak kedengaran bunyi ombak menghempas
pantai. Cahaya matahari rembang kemerahan warnanya membalikkan cahaya merah di
permukaan air. Pemandangan masa itu tidak menarik hati Karim.

Kartina dan pengawal peribadinya menyusul dan mengajak Karim balik. Kartina nampak
ayahnya agak kurus. Kulitnya cerah. Hidungnya penyek ssedikit. bermisai tanpa janggut.
Karaim memakai kemeja berlengan panjang dengan kot berwarana hitam. Karim dipimpiin
oleh pengawal peribadi Kartina dan mereka beredar dari sitiu.

Karim masih lagi rasa bersalah kepada pembeli-pembeli kerana menaikkan harga rumah
sewenang-wenang dengan alasan yang sengaja diada-adakan. Dia merasa sangat malu kerana
sahabat baiknya menentang cadangan Karim itu walaupun ahlli Lembaga Pengarah yang lain
mendiamkan diri.

Karim jarang-jarang kelihatan di pejabatnya sejak mesyurat itu . Dia juga kelihatan seperti
orang kurang sihat. Karim tidak cukup tidur dan dia rasa tidak dapat lagi rasa bahagia seperti
sebelumnya.

Kesihatan Karim mulai merosot.

50

Farina, Kamal dan Kartina pun sudah nampak perubahan kesihatan suami dan ayah mereka.
Dalam keadaan yang kurang baik itu Farina sedar, mungkin keadaan Karim itu banyak
berkaitan dengan permintaannya mendapatkan rumah. Dia sebenarnya hendak
menghadiahkan rumah itu kepada Basri. Timbul pula perasaan tamak dalam diri Farina. Dia
hendak mengambilalih jawatan pengerusi ssyarikat. Di mula memikirkan bagaimana hendak
merampas jawatan pengerusi syarikat.

Karim masuk hospital kerana kesukaran bernafas. Keluarganya diberitahu Karim kena
berehaat. Dia kepenatan. Dia kena berada di hospital kerana dia perlu diberi pengawasan
yang lebih rapi.

Selain keluarganya, orang yang mula-mula melawat Karim di hospital adalah sahabat baiknya
yang menenntang pemberian rumah kepada Karim.

“ Kamu sedang membayar balik budi baik mereka itu dengan nyawa kamu sendiri, Kasrim.”

Tangan Karim digenggam erat oleh sahabatnya itu. Karim mengalirkan air mata tanpa berkata
apa-apa.

“Kamu adalah orang baik Karim,”

Kemudian barulah rakan-rakan ahli Lembaga Pengarah yang lain hadir, termasuk Azimin dan
Bakri. Asfa berada di situ setelah dia pasti tiada orang lain berada di situ.

Asfa dari dekat pada pandangan Karim, seorang gadis cantik. Kulitnya putih merah, hiddung
mancung bongkok di tengah, pipinya berisi penuh, tulang pipinya menonjolkan otot-otot yang
meninggikan pipinya berketul-ketul seperti disuntik serum kecantikan. Badannya besar tinggi
melebihi ketinggian Karim sendiri.

“Abang Karim messti kuat. Mesti cepat sembuh. Mesti cepat sembuh.”

Asfa memegang lengan Karim yang hampir tidak bermaya itu.

“Semua kontrak As dengan syarikat abang, As tunaikan.”

“Mereka mula memesan Jubin seperti yang kita persetujui dahulu,” sanbung Asfa.

Kemudian Asfa membisikkan berita yang kurang menyenangkan Karim, dia merdengar Farina
sedang berusaha merampas jawatan pengerusi. Asfa walaupun bukan pemegang saham
tetapi sekarang rakan niaga Karim, termasuk ayahnya Azimin dan Bakri mungkin tidak
bersetuju dengan tindakan Farina itu. Asfa juga mengatakan masih ada rakan-rakan Lembaga
Pengarah masih menyokong Karim. Kamal dan Kartina mungkin tidak bersetuju dengan
tindakan ibu mereka kerana selama ini Kartina dengan abangnya bekerja keras membantu
ayah mereka menguruskan syarikat itu. Walaupun Kartina tahu abangnya suka berpeleseran,
tetapi abangnya juga bekerja, menyumbangkan tenaganya kepada syarikat. Mereka masih
berharap ayah mereka akan pulih dan balik bertugas sseperti biasa.

Faarina panggil mesyuarat Lembaga Pengarah. Kecuali Karim, yang lain-lain semuanya ada.
Farina bertindak sebagai pengerusi sementara dan dia mendakwa dia pemegang saham
terbesar dan ingin mengambilalih jawatan pengerusi daripada pemgerusi yang sedang sakit.

51

Minit mesyuarat hari itu akan diluluskan dalam mesyuarat akan datang. Farina berharap tiada
halangan daripada Lembaga Pengarah untuk dia megambilalih jawatan pengerusi.

Farina sedang melayan seorang ahli Lembaga Pengarah di sebuah hotel. Orangnya gemuk
pendek dan bermisai. Dia bukan selera aku, kata hati Farina. Mereka sedang makan malam.

“Undi kamu untuk saya. Jangan kecewakan saya,” kata Farina.

“Saya boleh mendapatkan seorang lagi untuk menyokong kamu. Kamu boleh berharap
kepada kami.”

Farina turun dari hotel itu pagi esoknya. Dia masih memikirkan bagaimana dua undi Lembaga
Pengarah itu akan dapat membantu dia memegang jawatan pengerusi yang besar elaunnya.

Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk meluluskan minit perlanatikan pengerusi baru sedang
berjalan... Farina menjadi pengerusi sementara.

Farina mendakwa, dia ada 34% saham. saham sendiri 20%, Karaina 10% dan dua ahli Lembaga
Pengarah 4% menjadi 34%. Farina minta Lembaga Penarah bersetuju dia menjadi pengerusi
baru.

Baklri tidak setuju dengan cadangan Farina. Dia mengatakan saham Farina dan penyokongnya
hanya 29% kerana Kartina telah menjual sahamnya kepada Bakri sebanyak 5% Bakri
menunjukkan dokumen berkenaan pembelian saham tersebut.

Farinamasih belum berpuas haati. Dia hendak Bakri tunjukklan saaham-saham yang boleh
mengalahkannya walaupoun saaahamnya tinggal 29%

Bakri menerangkan pemilikan sahamnya hanya2% sahaja. Kartina jual kepadanya 5%, Kamal
10%. Dua orang ahli Lembaga Pengarah 4%.

Farina bertanya semuanya berapa dan saham dia berapa?

Setiausaha mesyuarata menerangkan saham Bakri hanya 21% Pada pandangan Kartina,
ibunya tentu dapat menglahkan kumpulan Bakri yang trmasuk abangnya dalam kumpulan itu.
Karatina juga juga tidak berapa senang dengan gelagat ibunya yang Nampak kerakusannya
tanpa mempedullikan keadaan ayahnya, tanpa mempedulikan penat lelah abangnya dan dia
sendiri bekerja untuk memajukan syarikat. Kartina bangun dan menyatakan penarikan dirinya
daripada menyokong ibunya kepada menyokong kumpulan Bakri. Kedudukan saham pada
masa itu : Farina 24% dan kumpulan Bakri 26%.

Bakri lantas mencadangkan Kamal menjadi pengerusi sementara menggantikan Karim semasa
kesihatan Karim masih tidak mengizinkan dia terus memegang jawatannya.

Faarina keluar dari dalam bilik mesyuarat dengan muka merah kerana marah dan malu. Ahli-
ahli Lembaga Pengarah mengucapkan tahniah kepada Kamal termasuk yang menyokong
ibunya.

Bakri merasa lega dan dia setakat masa itu belum lagai memberitahu mesyuarat yang dia
masih ada lagi 10% saham yang dijual oleh Karim kepadanya. Dia akan menggunakannya bila-
bila perlu, jika keadaan memaksa

52

Bab 24

Bobi mengucapkan tahniah kepada Kamal. Bobi menasihatkan Kamal jangan terlalu aktif
berparti. Dia memegang tugas berat menjadi pemangku pengerusi yang besar
tanggungjawabnya.

“ Ayah kamu banyak menolong abang. Abang dapat jadi pemangku pengerusi kerana bantuan
ayah kamu.”

” Ayah tahu siapa yang bekerja dan siapa yang hanya hendak ambil kesempatan.”

“ Ina juga menolong abang dengan memberi sokongan saat akhir. Pada mulanya Ina
menyokong ibu.”

“ Jangan biarkan ibu abang Kamal menaburkan wang unuk Basri,” kata Bobi.

“ Basri itu abang kamu.”

“ Farina itu ibu kamu,” kata Bobi.

Mereka ketawa.

Kita pergi Ayer Hitam. Boleh tidak?”

“ Buat apa?”

“ Makan mertabak.”

“ Oh …ok…jom.”

“ Jjaangan lupa ubi keladi dan ubi kemili, jika ada,” kata Bobi.

Mereka gunakan kereta mini cooper Bobi. Mengaum bunyi kereta itu. Kemudian lesap.

Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Pengawal peribadi Kartina ada bersama. Keadaan
petang itu tenang. Angin laut bertiup lembut. Nampak riak air tanpa alun. Dari jauh nampak
dua kapal tangki berlabuh di hujung jeti Petronas Gas, Tangga Batu. Kartina memahami cara
berpakaian kekasihnya itu iaitu Bakri. Pada hari itu, Kartina nampak Bakri memakai baju T
dengan vest pemburu dan bertopi. Dia segak dalam pakaian demikian kerana dia tinggi, fikir
Kartina.

“ Abang terhutang budi dengan Tina. Tina sokong abang pada waktu yang tepat. Terima kasih,
Tina.”

“ Terima kasih kemballi. Sama-sama. Tina sokong abang bukan ikut perasaan. Ada
pertimbangannya. Tina Nampak ibu rakus dan berusaha bersungguh-sungguh hendak
merampas jawatan pemangku pengerusi. Tina pun kurang faham, ibu dah kaya Dia tidak
perlukan jawatan itu. Ada banyak wang. Apa yang hendak dicari lagi?”

“ Abang tak fikir dia akan berhenti di situ sahaja. Mungkin dia akan cuba lagi,” kata Bakri
kepada Kartina.

53

Farina, walaupun kalah dalam pertandingan merebut jawatan pemangaku pengerusi,
walaupun marah, walaupun malu, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Dia rasa dia kalah hanya
sedikit sahaja. Mungkin dia boleh mengubah kedudukan 24%:26% menjadi berpihak
kepadanya.

Dia sedar, dia hanya memerlukan satu undi seorang ahli Lembaga Pengarah bagi
mengalahkan kumpulan Bakri. Dua orang ahli Lembaga Pengarah telah menyokongnya. Farina
sedang berusaha menjalankan rancangannya. Dia bersedia memberi rasuah kepada tiga
orang ahli Lembaga Pengarah.

Di sebuah hotel, kelihatan Farina bersama dua orang ahli Lembaga Pengarah syarikat.Mereka
makan malam di situ. Farina membawa tiga buah beg berisi hadiah kepada tiga orang ahli
Lembaga Pengarah.

Selepas makan, Farina mengangkat beg hadiah it uke atas meja. Dia membuka sebuah beg
dan menunjukkan hadiah yang ada di dalamnya. Satu kotak berisi jam tangan berjenama.
Farina menyerahkan ketiga-tiga kotak itu kepada ahli Lembaga Pengarah penyokongnya itu
dan minta mencari seorang lagi ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Asfa menceritakan semua cerita yang didengarnya tentang messyuaraat perlantikan
pemangku pengerusi syarikat Karim. Karim mendengarnya dengan tenang.

“ Abang jangan bimbang, Farina tidak akan dapat merampaas syarikat itu daripada abang.
Abang yang bekerja kuat dan memajukan syarikat itu sampai menjadi sebuah syarikat
pembinaan yang disegani,” kata Asfa.

Asfa terus menggenggam tangan Karim dan Karim dengan lemah membalas genggaman Asfa
itu.

“ Abang mesti sembuh. Mesti sembuh. As sayang abang.”

Asfa menamgis. Asfa tahu Karim sayang dia. Karim tidak suska cara Farina yang agresif dalam
tindakannya hendak merampas jawatan berpengaruh dalam syarikat tanpa memikirkan
peerasaannya,anak-anak dan rakan-rakan nilaganya. Karim berharap Bakri dapat membaatau
melindungi Kamal daripada kemahuan Farina yang nampak seperti tidak terbatas. Dia tidak
menyesal menjual 10% sahamnya kepada Bakri. Karim terasa Bakri telah membalas budi
baiknya dengan cara demikian. Dia berterima kasih kepada Bakri kerana menyokong Kamal
dan melindunginya daripada kerakusan ibunya sendidri.

“ Kamu sanggup menjual maaruah diri kamu kerana hendakkan jawatan pemangku
pengarah,” terlintas kata-kata ini dalam hati Karim.

Karim memandang kepada Assfa yag sedang mengesat aiar matanya dengan penuh rasa kasih
sayang..

Hari berikutnya, Kamal dan Bobi melawat Karim di hospital. Mereka nampak Karim mujai
kelihatan mendapat kembali semangatnya untuk meneruskan hidupnya. Dia mulai boleh
bercakap dengan teratur. Dia bertanya Kamal, sama ada dia ada mendengaar suara Asfa.

54

Asfa tiada di sini. Mungkin semalam dia ada datang melawat ayah.”

“ Ayah dengar kamu dilanatik jadi pemangku pengerusi. Tahaniah.”

“ Kawan-kawan ayah yang menolong meleetakklan Kamal di situ.”

“ Kamu buat baiklah dengan kawan-kawan ayah. Yang tidak menyokong kamu pun, buaat baik
juga dengan mereka.”

“ Bobi harap ayah Karim cepaat sembuh dan boleh balik berehat di rumah. Ayah kirim salam
kepada ayah Karim.”

“ Ayah Bobi banyak banyak membanatu Kamal,” kata Kamal kepada ayahnya.

“ Ayah tahu. Jangan sekali-kali kamu abikan kawan ayah tu,” kata Karim kepenatan.

“ Kami balik dulu, ayah.”

“ Bobi minta diri, ayah Karim.”

Semasa mereka keluar pintu ward mereka bertembung dengan Kartina. Kartina hendak
melawat ayahnya. Kamal berpesan dengan adiknya supaya jangan biarkan ayah mereka
banyak bercakap. Bobi memegang tangan Kartina dan mencium kedua-dua belah pipi
Kartina. Bobi dan Kartina rakan baik sama seperti Asfa dan Azura. Mereka bakal menjadi ipar
tidak lama lagi jika diizinkan Allah. Insya Allah.

Farina dating melawat Karim pertama kali selepas mesyuarata Lembaga Pengarah uang
menggagalkan hasratanya menjadi pemangku pengerusi ssyaraikat. Farina marah kepada
Kamal, Kartina, Bakri dan penyokong-penyokongnya. Dia juga marah kepada Karim mengapa
Karim tidak mati sahaja, senang tiada masalah lagi.

Farina masih mengungkit bahawa syarikat itu adalah syarikat bapanya. Dia berhak
mengambilnya kalau Karim tidak ada. Dia lupa siapa yang bekerja bertungkus- lumus
memajukan syaarikat itu kalau bukan Karim dengan anak-anaknya. Farina hanya
membelanjakan wangnya. Haknya yang sah adalah 20% saham yang diberi kepadanya oleh
bapanya.

“ Karim, saya tidak berputus asa. Saya akan merampas jawatan pemangku pengerusi dan
kemudian menjadi pengerusi syarikat. Harap kamu tidak menghalang hasrat saya ini.”

“ Jangan Farina. Syarikat itu berada dalam keadaan baik. Jangan kucar-kacirkan keadaannya..
Berilah anak kita peluang menguruskannya sementara waktu.”

“ Saya harap kamu mati cepat, Karim,” kata Farina kepada suaminya yang hampir kaku itu.
Karim tidak dapat menerima tekanan daripada Farina itu. Dia menutup mata dan mulutnya.
Dia tidak suka Farina berada di situ lebih lama lagi. Dalam hatinya dia mahu Farina lekas balik
daripada membebel tentang jawatan dalam syarikat. Kebetulan pada masa itu dokktor
masusk hendak memerikksa Karim. Pembantu-pembantu doctor minta Farina beredar dari
situ sementara doctor sedang memeriksa Karim. Farina tiada alasan melainkan keluar dari

55

bilik itu. Dalam hatinya, Karim hanya ada 50-50 harapan untuk pulih. Dia ampak Karim sangat
teruk. Dia mungkijn berada atas kerusi roda dalam temoh yang lama. Itu pendapat Farina.
Mungkin pendapat orang lain tidak begitu.

Azimin tidak melawat Karim di hospital. Azimin fikir kehadirannya mungkin akan
membahayakan kesihatan Karim. Dia teringin juga hendak pergi melawat suami Farina tetapi
dia fikir kurang sesuai, kurang wajar dia berjumpa Karim dalam keadaan demmikian.
Sebenarnya Azimin lupa inilah masa yang sesuai mellwat Karim. Dia beoleh meminta maaf
atas apa sahaja kesalahannya kepada Karim. Kita memang digalakkan melawat orang sakit.
Ada pahalanya. Dia masih ingat, dia berada dalam mesysuarat Lembaga Pengarah yang
melantik pemangku pengerusi. Dia tidak menyokong Farina. Sepatatnya dia menyokonng
kekasihnya tetapi dalam hal perlalnltikan pemangku pengerusi sebuah ssyarikat, dia
mengenepikan perasaan peribadinya. Dia tahu dia telah menghampakan Farina. Dia telah
mengkhianati Farina. Waklau bagaimanapun, dia fikir tindakannya menyokong kumpulan
Bakri adalah wajaar. Azimin juga tahu, Karim sangat sayangkan Asfa. Jika Asfa mengahawini
Kasrim, banyak faedah kewangan yang bakal diperolehi Asfa Azimin berharap Karim lekas
sembuh dan dapat kembali bertugas semula untuk menghalang keinginan Farina menguasai
syarikat.

Adas dua orang sahabat Asfa di pejabatnya, lelaki dan perempuan. Mereka duduk di
hadapannya. Mereka itu penggemar motorsikal berkuasa tinggi. Mereka sedang merancang
hendak melakukan satu aktiviti kebajikan dan meminta Asfa ikut serta dan beri cadangan apa
yang perlu mereka buat. Asfa mencadangkan mereka melawat asrama anak-anak yatim di
Pantai Puteri. Asrama anak-anak yatim itu yang dimakskudkan Asfa ialah asrama dibina oleh
orang ramai yang perihatin terhadap nasib anak-anak yatim. Asfa selalu juga ke situ selain
Kartina. Kartina tentu suka mendengar cadangan Asfa itu.

Asfa minta mereka menyediakan aturcara yang lengkap berkenaan dengan lawatan secara
convoy kumpulan motorsikal berkuasa tinggi itu. Asfa mengeluaarkan buku cek dan
menyerahkannya kepada salah seorang sahabat di hadapannya setelah ditandatangani
dengan nilai seribu ringgit sahaja.

“ Terima kasih Cik Asfa. Kita berjumpa lagi.”

“ Terima kasih Kembali. Cuba singgah di pejabat Kartina, kalua-kalau dia berminat buat
kebajikan. Dia bukan ahlli kumpulan kita, tetapi sesiapa juga bolelh menyertai aktiviti yang
baik,” kata Asfa.

Kedua-duanya bersalaman dengan Asfa, kemudian beredar dari pejabat Asfa.

Bab 25

Bobi dengan Kamal dalam kereta di Pantai Klebang. Kamal memandang Bobi macam hendak
ditelannya. Aroma haruman alat solek Bobi menaikkan nafsunya. Berlain bau anak orang kaya
dengan anak orang tidak kaya. Kamal mencium Bobi. Apabila tangan Kamal merayap ke
dadanya, Bobi protes.

56

“ Janagan. Bobi nanti cakap dengan ayah. Abang nakal.”

“ Kamu macam budak keciklah,” kata Kamal kepada Bobi.

“ Abang selalu pergi ke Lhokseumawe tu buat apa?”

“ Ada bisnses.”

“ Bisnes apa? Bisnes di Malaysia pun tak laralt nak buat macam mana nak buat bisnes di luar
negara.”

“ Ada teman wanita di sana?”

“ Ha ha. Taka da lah. Serkap jarang.”

“ Tak jumpa tak apa. Kalau ljumpa siap. Kerat empat.”

Bobi pula menerkam dan mencium Kamal dan dia menarik dua-dua belah telinga Kamal
sampai Kamal menjerit kesakitan.

“ Jangan gatal,” kata Bobi. Bobi teringin hendak bertanya Kamal bila boleh mereka berkahwin
tatapi Bobi rasa malu sangat hendak memulakan cerita.

Kamal menggosok-gosokkan telinganya ang ditarik oleh Bobi.

“ Aduuii. Kasarnya perangai anak orang kaya. Kalau begini, biarlah abang pergi ke
Lhokseumawe. Keadaannya lain sedikit di sana.”

“ Apa? Bobi cakap jangan gatal, janganlah.”

Bobi mula mencari sesuatu dari dalam glove box kereta Kamal. Dia menjumpai bebeerapa
keeping gambar wanita cantik dengan solekan ebal bukan canting-canting, berpakaian cantik
bukan compang-camping. Memang cangagih kellihatan dalam gambar.

“ Inia pa?”

“ Gambar”

“ Gambar siapa?”

“ Kaswan abang.”

Fahamlah Bobi, Kamal ada teman wanita di Acheh. Marah betul dia. Geram macam hendak
digigit-gigit telinga Kamal. Bobi membuka cermin pinntu kereta dan mencampakakan semua
gambar itu ke luar.

“ Jom balik,” kata Bobi kemudian menolak ajakan Kamal suspaya mereka makan dahulu
sebelum balik.

“ Tak nak. Dah hilang seleral.”

Sebenarnya Bobi marah-marah sayanag. Jangan dikatakana dia tidak punya perasaan
cemburu. Dia kenal Kamal. Dia terima Kamal kerana dia fikir dia boleh menukarkan gaya hidup
Kamal menjadi orang yanag lebih sesuai untuk dikahwininya.

57

“ Ayah Bobi tak suka abang berkelakuan macam ni tau. Dia pun tahu bagaimana nak pilih
menantu.”

“ Jom balik,” kata Kamal.

Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Hari sudah petang. Hampir senja. Kartina suka melihat
matahari bersembunyi di celah-celah daun ru menumpahkan cahaya ke permukaan air Selat
Melaka. Kelihatan warna merah persis fatamorgana di atas air seperti satu lorong dari ufuk.

Angin lembut meiupkan air Selat Melaka beriak kecil tanpa alun. Kelihatan lembayung merah
ungu melintang di langit barat menghiasi dada langit petang yang hampir senja itu. Bakri dan
Kartina menikmatai keindahan itu.. Dalam hati Kartina dia juga ada keindahan dalam
hatianya. Keindahan itu hanyalah dengan kehadiran orang yang disayangimya. Orang itu
adalah Bakri. Baginya semua menjadi indah apabila Bakri ada bersamanya dan apabila dia
dapat memegang tangan Bakri.

Hotel Pantai Puteri tersergam di belakang mereka. Di situlah mereka selalu minum-minum
setelah lama berada di tepi pantai itu. Sebenarnya Kartina hendak bertanya tentang
perkahwinan mereka walauupun Bakri tidak akan memberi jawaban yang tegas tentang
perkahwinan kerana dia fikir Kartina sudah faham tentang halangannya. Bakri mengingatkan
Kartina tentang kontrak perkahwinannya dengan Esah. Kartina tetap mengamggap Bakri
sebagai pantai hatinya tempat dia mendamparkan perasaan cintanya.

Dia mencemuh kontrak perkahwinan Bakri dengan Esah, walaupun dalam hatinya, dia
bersedia menjadi anak dara tua dan menanti saat Bakri bebas boleh mengahwininya. Kartina
membimbing tangan Bakri berjalan ke kereta. pengawal peribadinya mengekori dari
belakang.” Abang sayang kamu. Kamu bintang hati abang,” bisik Bakri ke telinga Kartina.
Bakril nampak Kartina memakai jump suit round neck, jenis maxi long yang agak terdedah di
bahagian dada dan bahu. Bakri nampak Kartina memakai blouse menutupi bahagian yang
terdedah . Kartina senyum bahagia.

“ Bahagia sangat Tina mendengarnya, abang.”

Kartina memang merasa bahagia apabila berada bersama Bakri. Ketika dia bersendirian,
Kartina terasa kebahagiaan itu dihiris oleh sembilu tajam yang hati seorang wanita sahaja
agakknya dapat memahami kepedihannya. Sembilu itu adalah jelmaan rakannya dan
pesainganya sendiri iaitu Azura.Dia tidak marah Azura. Dia tahu Azura juga ada perasaan
sepertinya. Mereka terpaksalahl bersaing secara sihat. Mereka tidak tahu, siapa yanag akan
dipilih oleh Bakri. Kartina berharap dia adalah pilihan Bakri kerana dia baru sahaja mendengar
Bakri mengucapkan kata-kata sayang kepadaanya.

Asfa bersama Karim di hospital. Asfa melawat Karim ke sekian kali. Banyak kali. Pada hari itu
nampak Karim beransur baik, nampak ceria di wajahnya. Asfa banya memberi semangat dan
perangsanag kepada Karim. Asfa mahu Karim cepat sembuh. Dia yakin Karim masih
mempunyai semangaat hendak hidup. Banyak tugas Karim perlu selesaikan. Pertmanya
projek membina apartment 18 tingkat. Kedua dia mahu Kamal dan Kartina berkahwin dan
melihat mereka hidup bahagia, teratur, bermoral dalam ertikata hidup mengikut gaya hidup
orang Islam.Dia sendiri hendak membersihkan kekotoran yang ada pada dirinya dengan

58

meninggalkan cara hidup yang tidak bermoral kepada cara hidup yang boleh diterima oleh
orang Islam yang lain.

Karim berazam hendak menceraikan Farina dan berkahwin dengan Asfa. Atau dia berkahwin
ssahaja dengan Asfa sama ada Farina setuju atau tidak setuju.

Bagi Asfa, hanya Karim yang dia sayang. Dia bukan budak -budak lagi. Dia kenal hati dan
perasaan dirinya terhadap Karim. Dia tahu Karim pun saayangkan dia. Sekiranya Karim tiada,
dia tidak dapat fikirkan apa akan terjadi kepada dirinya.

“ Abang Karim, As cakap boleh?”

“ Ya,” jawab Karim.

“ Bila abang Karim sihat nanti As ingat, kita kahwin sahaja.”

Karim seyum dan menjawab,” Ya.”

Farina berada di kediaman Azimin. Farina kebelakangan ini tidak lagi pergi ke apartment Basri

Farina masih marah kepada Bakri. Dia tanpa berbincang dengan Azimin, bercadanag hendak
tinggal di kediaman Azimin hari-hari. Kehendak Farina itu tentu ditentang oeh Azimin kerana
Darisa juga perlukannya.

“ Abang,kita kahwin jika apa-apa berlaku kepada Karim.”

Azimin tidak menjawab. Dia hanya memeluk Farina. Farina teringaat zaman mereka remaja
dahulu. Mereka adalah pasangan kekasih yang tidak dapat berenggang sehingglah ibu bapa
mereka berpindah.

Kebelakangan ini, tinggal Darisa melayani Basri. Darisa semacam kurang mempedullikan Azimin lagi.
Dia sudah bosan memikirkan bubungan Azimin dengan Farina

Azura sibuk menguruskan perniagaan online yang baru didaftarkan. Oleh sebab terlalu sibuk, dia
terlupa sekejap hendak berjumpa dengan Bakri. Rindu juga rasanya kerana lama juga tidak berjumpa
dengan kekasihnya itu.

Azura juga sibuk membantu ayahnya, Azimin menyelia pengubahsuaian bangunan kilang dan mesin.
Dia banyak mengambil masa dengan perniagaan online kerana Asfa sibuk dengan kekasihnya di
hospital. Bobi pula sibuk menjinakkan “musangnya”. Sebagaimana Asfa, Azura juga kalau boleh dia
hendak berkahwin cepat. Umurnya hamppir tiga puluh. Kakaknya sudah tiga puluh dua. Meeeka
belum nampak mereka boleh segera berkahwin. Dia merasa pelik, Bakri hanya boleh berkahwin
selepas isterinya meninggal. Syarat apa tu?

Dia akan mencabar perkahwinan kontrak yang berat sebelah itu sekiranya dia seorang peguam.
Masalahnya dia bukan peguam. Dia merasa aneh mengapa dia sangagup menunggu Bakri sampai
entah bila.

Bab 26

59

Fesyen Rasa Kasih mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah yang agenda utamanya ialah
meluluskan pengambilalihan kilang Ghazimin.

Mesyuarat meluluskan agenda pengambilanalih kilang kain Ghazimin dengan harga RM1.2
juta. Mesyuarat diberitahu juga tentang kemajuan kerja ubahsuai bangunan utama kilang
Fesyen Rasa Kasiih. Mesin baru akan tiba dari Korea dalam masa lima bulan lagil. Dijangka
pada masa itu kerja-kerja ubahsuai kilang sudah selesai dijalankan. Asfa tidak bercakap
tentang online business yang diusahakannya dengan Azura dan Bobi kerana dia belum
bersedia memberi sebarang laporan.

Selepas selesai menyuarat, Azimin menjemput semua ahli Lembaga Pengarah yang ada di situ
menjamu selera di bawah khemah yang disediakan di perkarangan kilang mereka. Jamuan itu
adalah rumah terbuka hari raya Aidi Fitri yang terangguh agak lama juga.

Turut hzdir dalam majlis hari raya itu adalah pekerja-pekerja Fessyen Rasa Kasih, kenalan
keluarga Azimin. Kelihatan Darisa, Farina, Asfa dan Azura melayan tetamu dan pekerja
mereka.

Menu yang disediakan bersesuaian dengan tema majlis iaitu jamuan hari raya. Ada mi goreng,
bihun goreng, sate, ketupat , lodeh, rendang daging, rendang ayam, sambal kacang, kari ayam
dan lemang.

Ada buah-buahan yang tidak kektinggalan ialah kurma selain itu ada limau orange, betik dan
tembikai.

Tidak ketinggalan, kuih-kluih basah tempatan seperti seri muka, kuih talam, tapai,agar-agar
dan karipap.

Tetamu disediakan minuman sejuk dan panas.

Kelihatan Bakri datang dengan Esah yang berkerusi roda, bersama dengan Basri dan Bobi.

Kamal dan Kartina menyusul kemudian. Tetamu yanga hendak pulang diberi buah tangan
merupakan sebuah beg kertas berisi antara lain ialah bunga atelur, tanda terima kasih tuan
rumah.

“ Terima kasih Encik Bakri kerana sudi datang. Begitu juga Puan Esah, Basri, Bobi kerana sudi
hadir ke majlis kami ini”

“ Terima kasih kembali, Encik Azimin dan Puan Darisa,” kata Bakri kepada Azimin dan
isterinya.

Kunci rumah sedanlg diagih kepada pembeli di pejabat tapak pembinaan syarikat pemaju
perumahan Karim.

Azimin mengambil kunci rumah Asfa dan Azura. Bakri diberi kunci rumah Basri dan Bobi.
Farina mengambil kunci rumah Kamal dan Kartina.

Kekecohan berlaku apabila Farina tidak hendak menyerahkan rumah kepada Basri
sepertimana yang dijanjikan. Dia minta balik kunci rumah Basri yang diambil oleh Bakri.

60

Farina naik berang apabila diberitahu rumah itu telah pun dijual kepada pembeli. Perjanjian
jual belli telah pun ditandatangani, tiada hak Farina ke atas rumah itu. Lagi.” Mereka tipu
saya.”

“ Karim dan Bakri tipu saya,” jerit Farina.

Dia sangat berang dengan Karim dan Bakri yang meraancang semuanya itu. Farina baru sedar,
dia tersilap, semuanya sudah selesai, sebab itulah kunci rumah diserah kepada pembeli.
Kartina dan Kamal memujuk ibu mereka keluar dari situ. Mereka bohong kalau mereka
mengatakan mereka tidak merasa malu dengan kelakuan ibu mereka. Orang ramai berbisik-
bisik sambil memandang kepada Kamal dan Kartina.

Punca masalah ini adalah daripada Farina dan Karim. Farina berjanji hendak hadiahkan seunit
kondominium itu kepada Basri. Karim pula berjanji hendak menghadiahkan satu unit
koondominium, itu kepada Asfa. Farina harus sedar harga asal kondominiium itu telah
dinaikklan kerana menampung dua buah rumah yang percuma itu. Itulah punca Karim jaatuh
sakit kerana tidak dapat menahan tekanan rasa bersalah kepada pembeli-pembeli
kondominium iitu.

Basri, Bobi, Asfa , Azura, Kamal dan Kartina berada dalam rumah Basri di situ. Kondo itu fully
furnished. Boleh dikatakan berperabot sepenuhnya..

“ Inilah hasil kerja tangan saya dengan Kartina,” kata Kamal.

“ Harap pembeli-pembeli suka dengan hasil kerja tangan kami,” kata Kartina kepada rakan-
rakannya.

“ Saya puas hati. Ssuka. Cantik dan teliti hiasan dalamannya,” kata Bobi.

“ Sangkar dah ada. Bila lagi nak cari burungnya, Asfa?” Kamal bergurau dengan Asfa.

“ Tunggu Bobi jinakkan burungnya dahulu,” kata Asfa menyindir Bobi dengan Kamal.

Mereka ketawa.

“ Kamal akan mengadakan majlis hari jadinya di sini. Jemput semua datang. Tarikhnya akan
diberitahu kemudian.”

“ Insya Allah. Jemputlah kami. Kami tidak akan menghampakan kamu,” kata Azura kepada
Kartina.

Azimin bercakap dengan Bakri tentang gaya hidup mereka. Azimin sedar gaya hidup mereka
tidak boleh dicontohi oleh anak-anak mereka. Azimin berazam hendak menjauhi Farina.
Farina akhir-akhir ini makin rapat dengannya. Farina sedang menjauhi Basri kerana Farina
benci kepada bapanya yang menentangnya menjadi pemangku pengerusi syarikat suaminya
dan menipu drinya tentang pemilikan satu unit kondominium. Azimin juga mahu anak-anak
gadisnya berkahwin cepat supaya dapat mengelak perbuatan maksiat. Azimin sedih melihat
Asfa kurang gembira, sugul, kurang ceria, menjadi pendiam kerana Karim berada di hospital.

Waalaupun begitu Azimin percaya dan Asfa juga berharap Karim akan sembuh dan dapat balik
bertugas seperti biasa. Azimin juga berharap Azura dapat berkahwin cepat dengan Bakri

61

kalaulah itu yang dikehendakinya. Azimin juga merasa kurang senang kerana sikap Bakri
sepserti mempermain-mainkan perasaan anak gadisnya. Dia boleh berkahwin kalau dia mahu.
Dia tidak perlu melepaskan Esah kalau hendak berpoligami..

Apakah usaha Bakri untuk membersihkan gaya hidupnya yang tidak boleh diterima
masyarakat lebih-lebih lagil masyarakat Islam. Dia memang berhasrat mengnahwini Azura
atau Kartina atau kedua-duanya sekali.. Penghalangnya adalah Esah dan perjanjiannya
dengan Esah yang dia tidak boleh berkahwin dengan orang lain selagi Esah masih hidup.
Perjanjian itu adalah satu perjanjian berat sebelah pada pendapat Bakri. Dia terfikir hendak
mencabarnya di mahkamah tetapi dia juga tahu proses mendapat keputusan daripada
mahkamah adalah perlahan dan lambat. Dia juga sedar, belum tentu dia boleh menang. Pada
masa itu dia berusaha mengenali kedua-dua orang gadis ini dengan lebih dekat lagi sama ada
mereka hendak merobah keadaan masa itu atau bermain permainan tunggu dan lihat.

Karim yang terlanltar di hospital pun tahu, dia juga perlu mengubah gaya hidup mereka yang
dia rasa tidak bermoral. Dia mesra dengan Asfa sedangkan isterinya selengkoh dengan Azimin
dan Basri. Hasrat Karim adalah dia mesti melarang Farina berhubung lagi dengan Azimin dan
Basri. Farina jarang-jarang berjumpa dengan Basri kebelakanangan ini tetapi makin rapat pula
dengan kekasih lamanya, Azimin. Karim mesti nikahkan Kamal dengan Bobi secepat mungkin
dan Kartina berkahwin dengan Bakri.

Hari jadi Kamal ke-31 tahun. Kamal merayakan hari jadinya di kondominium barunya. Majlis
diadakan secara sederhana sahaja kerena menghormati ayahnya, Kaim yang sedang berada
di hospital Kamal menjemput hanya 30 orang rakannya. Ada yang belum berkahwin dan ada
yang sudah berumahtangga.

Kad jemputan Kamal jelas ditulis tema sambutan hari jadi Bahagia tanpa dadah dan alkohol.

Aturcara majlis seperti yang tertera dalam kad jemputan itu adalah seperti berikut:

1. Ucapan pengerusi majlis
2. Ucapan balas dan ucapan selamat hari jadi kepada Kamal.
3. Hadiah kepada kanak-kanak
4. Potong kek dan nyanyian selamat hari jadi
5. Jamuan ringan, dan
6. Tahlil dan doa selamat diadakan lepas zohor.

Kelihatan Bobi tidak membiarkan Kamal bergerak jauh daripadanya. Dia betul-betul
menunjukkan kehadirannya boleh dilihat.

Pukul 11.30 malam, hanya tinggal yang ada di situ adalah Bobi, Asfa, Azura, Basri dan Kartina.

Bobi merasa puas hati dan lega kerana majlis hari jadi Kamal itu diadakan dengan aturcara
yang bersih tanpa dadah dan alkohol, tanpa muzik rock dan dangdut yang menampakkan
Kamal mulai membersihkan gaya hidupnya daripada unsur-unsur negatif dan yang tidak
Islamik.

62

Pemillik kondominium baru itu mula masuk menghuni dan banyaklah kelihatan kenderaan
mereka keluar masuk. Tempat yang asalnya senyap sahaja mulai nampak ada aktiviti
kehidupan manusia.

Kamal, Kartina, Bobi, Azura, Basri dan Asfa turut berpindah masuk ke rumah baru mereka.
Senang bagi mereka berhubung antara satu sama lain kerana mereka tinggal di tempat yanag
sama.

Bab 27

Azimin bercakap dengan Asfa di pejabatnya tentang berbagai-bagai perkara termasuk antara
lain yang penting ialah berkaitan dengan tugas Asfa dan hal-hal peribadi Asfa.

Azimin minta Asfa pantau perjalanan kilang Ghazimin dengan lebih rapi. Awasi pekerja-
pekerja bahagian stor yang terdedah kepada kecenderungan mencuri barang-barang. Asfa
perlu membantu Pengurus Kilang dalam kerja-kerja penyeliaan kakitangan yang lebih rapi.
Asfa diminta aktifkan cctv dan jangan cuai.

Asfa juga digesa supaya berkahwin cepaat. Azimin tidak bercakap Panjang tentang
perkahwinan Asfa kerana dia tahu calon Asfa kurang sihat pada masa itu.

“ Ayah mahu Azura juga berkahwin cepat dan hidup berkeluarga dan membesarkan anak-anak dalam
suasana baik sebagaimana sepaatutnya orang Islam membesarkan anak-anak mereka.”

“ Baiklah ayah. As faham kemahuan ayah. As pun kalau boleh hendak berkahwin dan hidup
berkeluarga seperti yang ayah mahu. Tentang Azura, As boleh sampaikan hasrat ayah
kepadanya hari ini juga. Insya Allah,” kata Asfa kepada Azimin.

Erniyani datang dari Lhokseumawe, Acheh hendak berjumpa suainya di Malaysia. Suaminya,
Kamal. Hasraat hati Erniyani dengan ibunya hendak melihat dan melawat Melaka. Mereka
tidak menjangkakan apa-apa masalah apabila berada di rumah Kamal. Kamal belum
berkahwin semasa bekahwin dengan Erniyani. Mereka tersilap kerana Kamal mempunyai
teman wanita yang sangat mesra dengannya walaupun dia belum berkahwin dengannya.

Bobi datang ke kondo Kamal dan bersemuka dengan Kamal bertanyakan apakah benar
Erniyani itu isterinya. Bobi kesal kerana Kamal menyembunyikan perkahwinannya daripada
pengetahuannya. Dia juga sangat marah kerana Kamal tidak pernah membayangkan
keinginannya hendak berkahwin dengan Bobi. Bobi menemani Kamal sebagai seorang teman
setia yang tidak ada tujuan untuk berkahwin. Dia sangat kesal, marah, sedih dan malu
menerima layanan yang buruk yang diberikan Kamal kepadanya.

Kamal dipanggil oleh Bakri ke pejabatanya. Kamal cuba mengelak dengan mengatakan dia
banyak kerja. Katanya dia akan datang berjumpa Bakri apabila dia ada masa lapang.

Hari itu juga keempat-empat tayar kereta Kamal bocor. Bakri membocorkan tayar kereta
Kamal dengan bantuan samseng-samsengnya.

63

“ Nak datang atau tidak?” Bakri bertanya Kamal.

“ Baiklah, saya akan datang.”

Kamal datang ke pejabat Bakri diiringi oleh dua orang pengawal keselamaatan.

“ Kamu sudah kahwin, Kamal?”

“ Ya , uncle,” jawab Kamal.

“ Tahu Bobi itu anak saya?”

“ Tahu, uncle.”

“ Saya mahu kamu masuk meminang dengan seberapa segera . Jangan tangguh-tangguh lagi.”
“ Ibu saya mungkin tidak setuju, uncle,” kata Kamal.

“ Kamu selesaikan masalah dengan ibu kamu tu segera,” Bakri tidak mahu berlembut dengan
Kamal.

Kamal fikir mungkin ibunya tidak setuju dengan perkahwinannya dengan Bobi. Sebab yang
kuat dan jelas ialah Bakri menentanagnya menjadi pemangku pengerusi syarikat Karim. Bukan
itu sahaja, Bakri berjaya mendapat sokongan Kamal dan Kartina menentangnya. Bakri dan
Karim juga seolah-olah menipu Farina tentang pemilikan kondominium untuk Basri. Farina
merancang hendak memberi rumah itu kepada Basri. Dia fikir dia boleh ubah fikiran , jika dia
mahu. Kegagalan Kamal menyokong ibunya menyebabkan hasratnya mendapatkan restu
ibunya menjadi sedkit sukar. Dia pun tahu, ibunya tentu akan menggunakan perkahwinannya
dengan Erniyani sebagai menghalang Kamal berkahwin dengan Bobi.

Kamal makan malam dengan ibunya, Farina di Hotel Pantai Puteri. Mereka berbincnag dalam
suasana yang baik tentang cadangan meminang Bobi sebagai menantunya yanag kedua.
Kamal sangaat terperanjat kerana ibunya tidak menunjukklan penentangan terhadap
cadangannya mengahwini Bobi.

“ Ibu setuju Kamal berkahwin dengan Bobi?”

“ Ibu tidak menghalang. Ibu tidak mahu cucu ibu pergi ke Acheh, tinggal ibu sendirian.”

“ Terima kasih , ibu. Yang lain-lain serah kepada Kamal menguruskannya.”

Kamal bangun dan menarik tangan ibunya dan mencium tangan ibunya itu. Farina meletakkan
tangannya yang sebelah lagi ke atas kepala Kamal. Kelihatan mengalir air mata Farina, air
mata kasih, kasih ibu kepada anaknya, satu-satunya anak lelakinya.

Selepas habis makan, mereka beredar dari situ. Terperanjat Kamal dan Farina kerana Bobi
dan Kartina berada tidak jauh dari situ. Kamal menghantar ibunya ke kereta dan kembali
mendapatkan Bobi dan Kartina.

Kamal menemani Bobi dan Kartina makan.

“ Ada tugas berat untuk kamu mulai sekaang,” kata Kamal kepada Bobi dan Kartina.

64

Majlis pertunangan Kamal dengan Bobi diadakan di rumah Bobi. Majlisnya ringkas. Tidak
banyak bunga-bunga perhiasan. Ruang tetamu dipenuhi oleh keluaarga Bakri dan rombongan
lelaki. Mereka membawa lima dulang hantaran yang termasuk wang pendahuluan, cincin
pertunangan , dan hadiah-hadiah iringan yang lain.
Majlis dimulakan dengan menjamah sirih pinang bagi kedua-dua belah pihak. Kemudian
rombongan lelaki berucap meyatakan tujuan mereka datang ke rumah Bakri itu didahului
dengan pantun:
Jitra di Kedah, Sik pun di Kedah,
Seberang Jaya di Pulau Pinang;
Bertanya sudah, merisik pun sudah,
Kami kini datang meminang.

Anak kedidi di sawah padi,
Burung puyuh panjang berlagu;
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak kami tertunggu-tunggu.
Pantun dijawab oleh pihak perempuan:
Buah ciku buah mengkudu,
Buahnya rendah dicapai tangan;
Tuan setuju kami pun setuju,
Kami tiada sebarang halangan.
Imam bertanyakan apakah hadiah yang dibawa dan berapakah harga barang kemas yang
diberi supaya sekiranya ada apa-apa yang kurang baik berlaku, nilai gantiannya boleh
ditaksirkan.
Kemudian kelihatan Farina menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Bobi. Cincin belah
rotan, iaitu cincin merisik telah diberi sebelum ini. Kemudian Farina mencium kedua-dua
belah pipi dan dahi Bobi. Farina berbisik,” Tahniah.” Bobi malu-malu mengucapkan terima
kasih.
Rakan-rakan Bobi berkerumun ke arah Bobi, mengucapkan tahniah kepada Bobi. Tetamu
kemudian dijemput menjamu selera di bawah khemah yang disediakan.
Kartina mengatakan Bobi telah berjaya melaksanakan satu tugas yang baik dan ringkas. Bobi
tidak membazir wang yang banyak untuk majlis pertunangan itu

65

Bab 28

Operasi Mencegah Maksiat di kondominium tempat mereka tinggal itu dijalankan oleh Majlis
Agama Islam Melaka. Darisa dan Basri tertangkap khalwat. Darisa cuba melompat tingkap
hendak terjun. Dia dapat dihalang oleh pegawai-pegawai majlis.

Azimin merasa tertekan dengan kejadian itu walaupun dendanya tidak banyak tetapi kesan
tangkapan itu dan pengakuan bersalah kedua-duanya itu memalukan Azimin.

Azimin memanggil peguamnya untuk menyemak semula perjanjian perkahwinannya dengan
Darisa.

Kata peguam itu mengikut perjanjian itu Azimin dan Darisa tidak boleh bercerai. Azimin tidak
boleh menceraikan Darisa. Jika perceraian berlaku, Azimin tidak akan medapat apa-apa harta
atau wang daripada harta ayah Darisa.

Anak-anak gadis Azimin tidak boleh berkahwin dengan suami orang atau orang yang pernah
berkahwin.

Pada pendapat peguam Azimin, perjanjian itu masih boleh dicabar atau Azimin dengan Darisa
boleh memansuhkan perjanjian itu kerana mereka terlibat secara langsung dalam perjanjian
itu. Anak-anak mereka tidak kena mengena dalam perjanjian itu sepatutnya.

Azimin dan Darisa setuju merujuk perkara itu ke pejabat kadi. Sekurang-kurangnya mereka
akan diberi kaunseling nasihat atau cadangan bagaimana mereka boleh menyelesaikan atau
meletakkan perkahawinan mereka di landasan yang wajar. Azimin dan Darisa juga sedih atas
keterlibatan anak-anak mereka dalam perjanjian itu. Sepatutnya mereka boleh memilih atau
menentukan sendiri dengan siapa mereka hendak berkongssi hidup atau berumahtangga.

Farina terdengar apa yang berlaku kepada Basri dan Darisa. Dia terfikir juga suatu masa nanti
dia juga akan tertangkap seperti Basri dan Darisa. Dia tidak bimbangkan sangat tentang
hubungannya dengan Basri kerana dia jarang-jaranga bertmeu dengan Basri lagi. Apa yang
dibimbangkannya ialah perhubungannya dengan Azimin. Dia tidak dapat berpisah dengan
Azimin. Azimin kekasih lamanya. Dia berkahwin dengan Karim kerana bapanya perlukan
seorang menantu yang boleh dipercayai; boleh menguruskan syarikat pembinaannya setelah
dia melepaskan tugasnya dalam syarikat.

Karim diberi 50% saham dalam syarikat untuk dia menguruskan dan memajukan syarikat itu.
Dia juga dikehendaki berkahwin dan tidak menceraikan Farina untuk mendapatkan saham
tersebut dan kedua-kedua perkara itu ada dalam wasiat bapa Faarina. Farina boleh
mendiamkan sahaja perkara wasiat itu dan terus hidup seperti sekarang. Dia dalam hatinya,
terasa dia perlu berubah dan hidup seperti orang lain.Gaya hiduupnya sekarang , tidak
membantu mereka berdua hidup bahagia seperti orang lain yang bahagia rumahtangga
mereka .Farina juga kasihan kepada Karim yang menelan kepahitan hidup dengan Farina.
Itulah agaknya antara lain Karim jatuh sakit. Farina bercadang mendapatkan nasihat pejabat
kadi bagaiamana hendak menghormaati wasiat itu tanpa mereka perlu berceraai dan di
samping itu mereka mematuhi undang-undang Islam. Farina rasa lega, mengikut wasiat itu,

66

anak-anak mereka tidak terlibat dengan syarat-syarat pelik untuk mendapaatkan saham
syarikat.

Farina berjumpa Azimin dan Darisa di pejabat kadi. Mereka membuat temujanji untuk
mendapatkan kaunselor. Mereka berjumpa pegawai-pegawai yang berlainan.

Kamal berjumpa Bobi pertama kali setelah mereka bertunang.Kamal nampak Bobi makin
berseri, makin cantik, menarik, memikat hati. Bobi memandang Kamal dengan penuh rasa
sayang dan dia rasa sangat bahagia bersama tunangannya hari itu. Terasa hendak mencium
Kamal pada masa itu juga tetapi dia malu. Dia simpan sahaja perasaan mesranya terhadap
Kamal.

“ Kuslmpan dalam hati yang peling dalam.”

“ Apa? Memgigau? Bercakap sorang-sorang,” kata Kamal.”

“Tak ada apa-apalah. Jom cepat.”

“Mana?”

“ Kuala Lumpur.”

Kamal melilhat jam di tangannya. Jam menunukkan pulul enam petang. Dari rumah Bobi di
Taman Cheng Baru, mereka mengambil Lebuh SPA terus ke Ayer Keroh dan mengambil jalan
ke Kuala Laumpur. Dengan kereta Toyota Camry 2.4 Kamal mengambil masa dua jam dari tol
Ayer Keroh ke tol Damansara. Mereka masuk ke tol Damansara kemudian ke Bandar Utama.
Kamal masuk ke Sam Sam Café & Satay Club di Lebuh Bandar Utama.

Mereka makan sate di situ. Malam itu juga mereka balik ke Melaka.

“ Bobi ingat abang tak nak kahwin dengan Bobi. Bobi sangat sedih, abang. Sekarang Bobi ambil
suami orang. Tak tahu nak gambarkan perasaan Bobi ini. Sedih ada, suka pun ada.”

“ Jangan risaulah. Abang dah hantar Erniyani balik ke Acheh.”

“ Walaupun dia di sana, dia tetap isteri abang. Abang kena adill kepada kami. Layan dia seperti
abang layan Bobi. Apa nak buat, Bobi kena berrmadu. Ssekarang ni kita belum lagli bernikah
tapi Bobi bercakap kita seolah-olah sudah menjadi suami isteri.”

“ Ini salah abang. Abang mudah sangat jatuh hati dan cepat termakan pujuk rayu,” kata Kamal.

“ Bobi kurang percaya. Abang ramai kenalan, luas pergaualan dan biasa sangat dengan
wanita-wanita dangdut itu. Sepatutnya abang kebal.”

“ Erniyani tu istimewa kan bang?” Bobi bertanya sambil mencubit paha Kamal.

Kamal pun hairan bagaimana dia boleh mengabaikan Bobi, menipu dia, idak memberitahu dia
sudah berkahwin, sedangkan dalam masa yang sama dia melayan Bobi dengan baik, seolah-
olah tiada apa yang sedang berlaku.

Baagi Bobi, dia ingat telah berjaya menjinakkan musang tetapi sebaliknya musang itui makan
ayam dalam rebannya. Tidak boleh menaruh kepercayaan kepada seseorang yang pada

67

dasarnya “buas”, “llar” menjadi jinak seperti burung dalasm sangkar. Kita boleh menaruh
kepercayaan kepada seseorang, dalam masa yang sama kita perlu pantau aktivitinya.
Memantau, mengambil tahu, bukan bermakna cemburu. Walaupun dikatakan cemburu, apa
salahnya kita simpan sedikit perasaan kurang percaya kepada pasangan kita. Begitu fikir Bobi.
Apa salahnya cemburu kalau cemburu itu dapat mempertahankan perhubungan,
mengeratkan kasih sayang? Bobi tersilap, dia bahkan lupa Kamal itu anak orang kaya,kacak,
suka kelab dangdut. Dia tidak memantau aktiviti Kamal sebaliknya dia memberi kepercaayaan
penuh kepada Kamal.

Bakri dan Azura di Pantai Puteri. Waktu itu petang hampir senja. Suasana keliling tenang
sahaja. Mereka bercakap sambil berdiri. Pengawal peribadi Azura berdiri tidak jauh dari situ.

Mereka bercakap tentang ibu Azura dan Basri. Azura bimbangkan ibunya. Rumahtangga ibu
bapanya sedang bergoyang. Dia lihat ibunya tidak lagi mesra dengan ayahnya.

“ Mereka tidak tidur bersama lagi. Ibu kerap meninggalkan rumah dan jarang makan di
rumah.”

“ Kesian Azimin. Darisa masih muda, dalam empat puluhan, masih cantik. Dia bahagia dengan
Basri walaupun dia tahu Basri bukanlalh jenis lelaki yang mahu terikat dengan sebarang
orang,” kata Bakri kepada Azura.

Azura menceritakan perjanjian perkahwinan ayah dan ibunya. Azura tidak memikirkan sangat
tentang perkahwinan ibu bapanya tetapi dia sangat kecewa dengan syarat perjanjian itu yang
melibatkan anak-anak mereka.

“ Perjanjian antara ibu dengan ayah. Mengapa anak-anak mereka terlibat sama?”

“ Mengapa dengan anak -anak mereka, Azura?” Bakri bertanya.

“Anak-anak mereka tidak boleh berkahwin dngan suami orang atau orang yang pernah
berkahwin,”kata Azura.

“Azura tidak boleh berkahwin dengan abang. Asfa tidak boleh berkahwin dengan Kaaim,”
kata Bakri.

“Ayah dan ibu tidak boleh bercerai,”kata Azura kepada Bakri.

Tiga orang anak gadis remaja berlari dari gigi air lalu di sisi Bakri dan Azura sambil ketawa
mengilai. Mereka sungguh gembira.

Pengurus kilang tambahan Fesyen Rasa Kasih membuat laporan berkala kepada Asfa tentang
kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh kilang Fesyen Rasa Kasih. Hasri, nama pengurus
kilang itu. Pada pandangan Asfa, Hasri itu orangnya segak. Dia masih bujang.Memgikut
laporan Hasri, kilang brjalan dengan baik, pekerja tidak memberi masalah dan mesin berada
pada tahap maksimum. Masalahnya , ada kain yang dicuri. Hasri kenalpasti pencuri-pencuri
itu iatiu bekas pekerja kilanag yang dibuang kerja kerana tidak hadir bertugas. Rakaman cctv
jelas menunjukkan muka penyangak itu dan Hasri bertanya kepada Asfa apakah perlu mereka
buat dengan penyangak itu?

68

“ Tak apa. Serah kepada saya. Saya uruskan. Kamu buat kerja seperti biasa, seperti tidak
berlaku apa-apa.”

“ Ya, Cik Asfa. Saya minta maaf kalau saya cuai.”

“ Tak apa.”

Hasri beredar dari pejabat Asfa. Dalam hatinya berkata, Asfa cantik. Cair hatinya melihat
keayuan wajah Asfa .

“ Tentu mahal alat soleknya. Orang kaya mempu memakai apa yanga mereka mahu.”

Asfa kemudian bercakap dengan pegawai polis tentanag kejadian itu dan dia menyerahkan
pita rakaman cctv kepada polis. Mereka berjanji akan membuat intipan dan tangkapan boleh
dibuat ketika jenayah itu sedang dilakukan.

Keadaan Karim di hospital beransur baik. Karim boleh bangun dan duduk di atas katil; mula
bercakap dengan lebih terataur. Dia nampak bersemangat hendak meneruskan hidup.

Karim juga ada mendengar kes khalwat Darisa dengan Basri. Dia risau Farina akan terjerat
sama seperti Darisa dengan Basri sekiranya dia tidak berhati-hati. Dia tahu Farina selalu
berjumpa dengan Azimin dan Bassri. Hasrat Karim hendak menyelesaikan masalah dirinya
dengan Farina atau meminta Farina merobah cara hidupnya sekarang kepada cara hidup yang
lebih sesuai adalah wajar. Masalahnya ialah perjanjian perkahwinannya dengan Farina perlu
diselesaikan juga.

Di bilik mesyuarat Syarikat Pembinaan Karim, mesyuarat Lembaga Pengarah sedang berjalan,.
Farina memanggil mesyuarat itu menggantikan pemangku pengerusi yang ada sekarang
dengan pemangku pengerusi yang baru. Farina yakin dia boleh memenangi undian ini
sekaligus merampas jawatan pemangku pengerusi menggantikan Kamal. Dia telah memberi
rasuah kepada tiga orang ahli Lembaga Pengarah. Dia yakin dia boleh memperolehi 26 undi
mengalahkan kumpulan Bakri.

Bakril sehari sebelum itu telah mendapat jaminan sokongan daripada Kamal dan Kartina.
Baklri mungkin mendapat 24 undi. Dia perlukan seorang lagi ahli Lembaga Pengarah untuk
menyokongnya.

Apabila undian dibuat dan undi dikira, Farina mendapat 26 undi seperti yang dijangka dan
Bakri mendapat 24 undi.

Farina terlalu gembira dan tidak segan silu memeluk tiga orang Lembaga Pengarah yang
menyokongnya.

Kamal yang menjadi pemangku pengerusi mengumumkan dia meletak jawaatan sebagai
pemangku pengerusi dan digantikan oleh ibunya, Farina.

“ Nanti dulu Kamal. Saya sebenaarnya ada lagi 10% saham yanga dijual oleh Karim kepada
saya.”

69

Bakri menunjukkan salinan dokumen berkaitan. Suasana mesyuarat menjadi senyap sepi.
Bakri minta Kamal terus memegang jawatannya dan berharap Farina tidak akan mengulangi
lagi hasratnya hendak merampas jawatan pemangku pengeerusi atau pengeerusi selepas itu.

Kamal dengan Kartina terkejut; mereka memuji pandangan jauh ayah mereka. Ayah mereka
mungkin menjangkakan percubaan merampas jawatan akan berlaku anatara Farina dengan
anak-anak mereka. Faraina sangaat marah, sangat malu; meninggalkan bilik mesyuarat
dengan muka masam.

“ Tak guna kamu, Karim, ” kata Farina

Bab 29

Azimin dan Darisa mendapat khidmaat kaunselinlg perkahwinan di Majlis Agama Islam
Melaka. Farina jug membuat temu janji yang sama tetapi dia berjumpa pegawai yang
berlainan. Azimin dan Darisa dicadangkan:

• Azimin dan Darisa boleh meneruskan perkahwinan jika tidak mahu berceerai;
• Anak-anak meeka aboleh berkahwin dengan sesiapa yang mereka suka;
• Darisa dan Azimin perlu berhenti berlaku curang;
• Azimin boleh menceraikan isterinya;
• Azimin perlu menjauhhi Farina.
• Darisa perlu meninggalkan Basri.

Farina pula menjeling kepada Karim. Dia ada opsyen sama ada hendak bercerai atau terus
hidup dengan Karrim. Farina tidak boleh lagi menerima penghinaan Karim terhadapnya.
Farina tidak puas hati tentang pemberian kondominium kepada Basri. Farina juga sangat
geram tindakan Karim menjual 10% sahamnya kepada Bakri menjadikan Bakri pemegang
saham ketiga terbesar.

Bakri sendiri mempunyai masalah rumahtangganya. Dia tidak boleh menceraikan isterinya.
Bakri belum mahu meminta nasihat kaunseling atau mencabar syarat perjanjian itu.

Di Pantai Puteri, Asfa menolak kerusi roda Karim. Asfa menceritakaan apa yang berlaku di
kalangan keluarga Azimin, Bakri dan Karim sendiri. Dia mengulangi cerita Basri dengan Darisa
tertangkap khalwat. Walaupun mereka membayar dendanya tetapi kesan kes mereka
ditangkkap basah memalukan keluarga.

Bakri malu dengan kelakuan Basri tetapi dia tidak boleh bertegas dengan Basri kerana dia
sendiri pun bukanlah baik sangat. Darisa memberi conntoh yang tidak elok kepada dua orang
anak gadisnya. Ketiga-tiga mereka telah pergi ke Majlis Agama Islam Melaka untuk
mendapatkan khidmat kaunseling. Basri tidak ikut serta.

Asfa juga memuji Karim kerana berpandangan jauh tentang penjualan 10% sahamnya kepada
Bakri untuk mengelak daripada rampasan kuasa oleh Farina.

70

” Abang perlu cepat sembuh. Abang mesti kembali menguruskan syarikat seperti dahulu.
Abang perlu ingat ada ahli Lemaga Pengarah tidak lagi meyokong abang. Mereka telah
disogok dengan hadiah-hadiah barangan dan seks.”

“ Abang gembira anak-anak abang tidak menyokong ibu mereka,” kata Karim.

Asfa memusingkan kerusi roda dan berpatah balik. Asfa juga memberitahu Karim, dia bebas
boleh berkahwin dengan sesiapa yang dia suka.

“ Abang cepat sembuh dan kita boleh cepat berkahwin.”

Asfa lupa tentang Farina yang sedang marah kerana dia menganggap Karim menipu dia.

“ Abang seorang lelaki, boleh berkahwin lebih daripada seorang perempuan.”

“ As nak abang. As sayang abang. As sanggup tunggu sampai abang bersedia.”

Karim tahu, sekarang ini dia tidak ada lagi alasan melambatkan perkahwinan dia dengan Asfa.
Farina tidak boleh melarang Karim lagi. Dia tidak boleh menggunakan perjanjian perkahwinan
mereka untuk menghalang Karim berkahwin lain.

Kamal mengadakan jamuan makan malam di Hotel Pantai Puteri meraikan ahli-ahli Lembaga
Pengarah yang menyokongnya menjadi pemangku pengerusi. Dalam ucapan alu-aluannya
Kamal mengucapkan terima kasih kepada yang menyokongnya terutama Encik Bakri.

“ Penyokong kuat saya, saya sebutkan namanya, Encik Bakri adik saya Kartina, dan seorang
ahli Lembaga Pengarah, Encik Harmi.”

“ Saya juga menjemput ahli-ahli Lembaga Pengarah yang tidak menyokong saya tetapi mereka
tidak dapat hadir atas berbagai-bagai alasan. Mungkin mereka mengadakan jamuan
kesedihan di tempat lain.”

Kamal juga memperkenalkan isterinya, Erniyani dan tunangnya Bobi Bakri.

“ Saya jemput tuan-tuan dan semua yang ada menjamu selera dengan juadah yang
disediakan.”

Bobi sentiasa berada di sisi Kamal walaupun Erniyani ada bersama. Nampaknya mereka
berdua, berusaha memenangi hati Kamal. Bobi tidak nampak ada kemungkinan masalah akan
timbul antara mereka bertiga. Bagi Bobi, jika Erniyani tidak bersikap negative, mereka bertiga
tidak akan menghadapi masalah.

Bagi Bakri, dia melihat Kamal boleh mengendalikan bahtera rumahatangganya dengan baik.
Dia tahu Kamal adalah jenis lelaki yang suka dangdut, tetapi dia masih dipercayai oleh Bobi.
Bakri gembira akan tidak ada perjanjian perkahawinan antara Bobi dan Kamal. Perkahwinan
kontrak hanya akan menyusahkan mereka juga kemudiannya. Kalau setakat melibatkan
mereka sahaja, masih boleh mereka terima tetapi akan memberi kesan kepada anak-anak
mereka. Itulah yang sedang berlaku kepada keluarga Bakri, Azimin dan Karim iaitu keluarga
bakal mertua Bobi.

71

Pada hari yang lain, Bakri kelihatan sedang minum sendirian di coffee house Hotel Pantai
Puteri. Dia masih teringat bagaimana Esah ditinggal oleh kekasihnya. Esah kemudiannya
dinikah dengan Bakri dengan syarat mereka tidak boleh bercerai. Dia sendiri diberi jawatan
pengarah mengganatikan bapa Esah.

Bakri tersenyum apabila teringatkan Kartina. Penyamaran dia menjadi orang tua yang selekeh
menarik perhatian Kartina. Kartina halus perasaannya, penyayang dan tidak lekas marah oleh
sebab-sebab remeh temeh. Bagi Bakri, Kartina adalah lambang wanita conservative tetapi
trendy.

Dia juga teringatkan Azura. Dia seolah-olah tidak percaya Azura dan Kartina itu anak-anak
rakannya.

Azura mungkin tertarik kepadanya kerana budi baiknya menyelamatkan dia daripada peragut.
Azura, pada pandangan Bakri, lekas mesra dan kurang mempedulikan maruh dirinya. Dia
hidup bebas Ketika Bakri mula-mula bejumpa dengannya, Bakri tahu Azura suka memenuhi
masa lapangnya di kelab-kelab malam.

Bagi Bakri dia menyayangi kedua-duanya. Dia terpaksa memilih sama ada Kartina atau Azura,
atau dia tidak perlu langsung memilih. Ambil sahaja kedua-duanya, bisik hati kecilnya.

Sepanjang hubungannya dengan Esah, Bakri tiak ada masalah. Dia saayangkan Esah. Dia ahu
Esah tidak mampu lagi berperanan sebagai isteri secara fizikal namun kebaikan Esah,
kesediaan Esah menerima dirinya ketika dia muda-muda dahulu meruntuhkan egonya. Pada
masa itu, Bakri tidak mempunyai apa-apa. Dia hanya bernasib baik bapa Esah mempunyai
kepercayaan kepadanya.

Bab 30

Hasri, Pengurus Kilang Tambahan Fesyen Rasa Kasih menghantar mesej melalui Whatsapp
menyatakaan keinginannya berkenalan dengan Asfa lebih dekat lagli. Dia menyatakan ini
hati, ada hati, dan jatuh hatinya kepada Asfa pilihan hati dan ingin menjadikannya sebagai
isteri.

Asfa tidak menjawab mesej itu.

Hasri terus menghantar mesej cintanya kepada Asfa dengan harapan Asfa memberi respon
yang positif Asfa tetap membisu dan menutup telefonnya apabila ternampak mesej Hasri.
Hasri mjula mengambil tindakan yang lebih kasar. Di mula menggunakan kata-kata kesat dan
ada yang seperti kata-kata ancaman yang bertujuan menakutkan Asfa.

Kemudiannya, Hasri yang mula marah kerana tidak dilayan Asfa, mula menghantar gambaar-
gambaar lucah. Setelah terasa perbuatan Hasri itu melampaui batas, Asfa menghantar
seorang pegawai syarikat bagi menasihati Hasri supaya berkelakuan lebih baik dengan
pegawai atasannya.

Hasri mula membuat ancaman ke atas keselamatan diri Asfa. Asfa mula berasa bimbang.
Macam-macam boleh dilakukan oleh orang yang keceewa sseperti Hasri. Asfa tidak berani

72

lagi keluar bersendirian. Dia berhati-hati di tempat letak kereta, tempat berjalan kaki, dan
tempat makan.

Asfa kemudiannya membuat laporan polis dan dia minta bantuan Azura menggunakan
pengawal peribadinya. Polis memberitahu Asfa kes kecrian kain di kilang dahulu telah selesai.
Orang yang disyaki telah ditngkap dan dia mengaku salah .Asfa diberitahu dia sedang berada
di penjara.

Polis memanggil Hasri ke balai polis; menasihatinya supaya berhenti mengugut dan membuat
ancaman terhadap keselamatan Asfa. Polis juga menasihati Hasri supapya fokus kepada
pekerjaannya kerana dia orang penting dalam ssyarikat. Nasihat polis tidak diambil perhatian
dan Hasri malah lebih berani mengancam Asfa seperti akan melakukan kemalangan yang
disengajakaan. Hasri menyembunyikan diri dan tidak hadir bertugas. Asfa memberi Hasri cuti
sebulan walaupun kelayakan cutinya tidak sampai sebulan dalam setahun. Tempat Hasri
dipangku oleh Timbalan Pengurus.

Polis menasihati Asfa supaya berhati-hati apabila berada di tempat-tempat yang boleh
berlaku kemalangan seperti beada di tempat berdekatan dengan mesin, d tepi jalanraya, di
tempat makan, di pasaraaya dan di tempat letak kereta.

Asfa memaklumkan kes ini kepada ayahnya dan kepada Karaim.

Azura datang ke pejabat Asfa. Dia menunjukklan rasa simpatinya terhadap apa yang sedang
berlaku ke atas kakaknya. Azura hanya ada seorang kakak. Mereka dua beradik sahaja.
Masalah yang dihadapi oleh kakaknya seolah-olah berlaku ke atas dirinya juga. Itulah yang
dikatakan semangat kekeluargaan.

Azimin, ayah mereka sangat marah kepada Hasri. Hasri adalah perkerja Ghazimin. Azimin
berpendapat Hasri terlalu mendesak dan cepat sangat jatuh cinta. Sebab itulah apabila
cintanya tidak berbalas dia merasa sangat kecewa dan marah. Ugutan hendak mencederakan
Asfa mngkin percubaan terakhirnya untuk memilikinya. Setengah orang berkata, cinta itu
adalah sesuatu yang mengelirukan. Sesiapa sahaja boleh bercinta tetapi bukan semua boleh
memiliki pasangannya. Azimin sangat kesal dengan apa yang berlaku ke atas Asfa. Kita kena
tangkap ular itu dan buang jauh-jauh ke habitatnya, kata Azimin dalam hatinya.

Karim cukup tertekan dengan apa yang sedang ditanggung oleh Asfa. Dia sendiri tidak
berdaya hendak membantu kekasihnya itu, tetapi dia berharap pihak berkuasa dapat
mengatasi dan menyelesaikan kerumitan itu. Bagi pihak berkuasa, apa yang berlaku ke atas
Asfa itu adalah satu perkara kecil sahaja, fikir Karim.

Asfa dengan Karim di Pantai Puteri.

“ Abang Karim tahu, As sayang abang Karim setiap sudut hati As ini. Setiap nafas yang As hela,
hanya abang yang ada besama.”

“ Abang pun sayangkan As, sepenuh hati abang.”” Abang tahu ada orang sedang mengejar As;
ingin memiliki As tapi hati As hanya untuk abang. Abang Karim seorang yang As sayang.
Cepatlah sembuh. Cepatlah sembuh, abang Karim,” kata Asfa kepada Karim yang berada di
kerusi roda di sebelahnya.

73

“ Terima kasih menghadiahkan As kondo itu. As ingat hendak berpindah ke situ tidak berapa
lama lagi. Kesian abang sebab hadiah itu menjadi isu besar kepada abang sampai abang jatuh
sakit.”

“ Abang lebih terasa bersalah kepada pembeli-pembeli kondominium itu kerana menaikkan
harga. Tidak patut abang melakukananya. Tentu banyak orang marah dan mereka berharap
abang cepat mati.”

Karim juga teringat bagaimana marahnya Farina kepadanya kerana tidak menyerahkan
rumahnya kepadanya dahulu sebelum memberikannya kepada Basri.

“ Abang Karim akan tinggal di rumah itu bersama As apabila kita berkahwin nanti.”

Karim berharap mereka ada cukup waktu untuk berkahwin dan berpindah duduk di rumah
baru itu.

“ Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.”

Kartina dan Bakri sedang berjalan di sepanjang pantai , Pantai Puteri. Kemudian mereka
berhenti di tempat yang mereka selalu duduk. Mereka berdiri tidak jauh dari bangku yang
selalu mereka duduk. Pengawal peribadi Kartina berada tidak jauh dari mereka.

Bakri teringat bagaimana Kartina mula berjumpa denannya dahulu. Agaknya apakah
sebabnya Kartina suka kepadanya, fikir Bakri. Mungkin Bakri tidak berlagak seperti orang
kaya. Dia tiak perlukan orang kaya kerana dia sudah kaya. Bakri nampak Kartina tiak sombong.

“ Tina tolong abang ambil tongkat abang yang jatuh,” kata Bakri kepada Kartina yang berdiri
di sebelahnya.

“ Itu bukanlah masalah besar pun. Bukan berat sangat tongkat itu.”

“ Abang sengaja jatuhkan tongkat itu. Dari situ abang sudah tahu kebaikan hati Tina.”

Kartina memicit lengan Bakri kerana protes terhadap apa yang dilakukan Bakri.

Kata Kartina,” Banyak cara lain nak tahu baik budi seseorang , kan bang?”

“ Abang sukakan Tina kerana tidak sombong, hormat orang tua, “ kata Bakri dan seterusnya
berkata, “ Tina lambang wanita conservative yang trendy.”

Kelihatan Kartina merapatkan bahunya ke bahu Bakri dan kemudian mereka duduk di bangku
yang memang sedia ada di situ.

Apakah malamata hidup Kartina? Apa yang dikehendakinya? Bagaimana gaya hidup yang
akan dipilih apabila dia berumahtangga?

“ Tina berharap sangat kita dapat berkahwin dengan segera. Tina tidak begitu selesa hidup
seorang diri tetapi jika abang minta Tina tunggu, Tina sanggup tunggu.”

“ Abang tidak berkikir sangat tentang perjanjian perkahwainan itu. Abang sedang fikirkan
perasaan Esah. Kami tidak ada masalah rumahtangga kecuali keadaan kesihatan Esah yang
makin erosot. Abang tidak tergamak bercakap dengan Esah entang berkahwin lain.”

74

“ Dalam keadaan seperti itu memang kurang sesuai abang beritahu dia, abang nak bekahain
lagli. Tenu dia merasa berambah sedih. Tina mahu berjumpa dengan dia dan bercakap dengan
dia tentang hubungan kita, “ kata Katina kepada Bakri.

Sebenarnya Bakri sendiri sedang berfikir dia perlu berhijrah daripada gaya hidup sekarang
kepada gaya hdup yang lebih sesuai. Langkah membenarkaan Bobi bertunang dengan Kamal
itu adalah satu daripada langkah baik yang akan dapat membanatu Bobi menjalalni
kehidupanyang lebih baik. Bakri juga ada tugas besar untuk menolong Basri sedar tenang gaya
hidup yang diamalkan sekarang perlu diubah.Walau bagaimanapun Bakri sedar dia perlu
berhati-hati menegur Basri kerana dia sendiri bukan sempurna hidupnya di mata Basri. Pada
pandangan Basri, ayahnya pun perlu berubah. Ayahnya perlu berhenti berjumpa dengan
Azura dan Kartina secara bebas.

“ Susah kita hendak betulkan orang kalau kita sendiri tak betul,” kata Bakri kepada Kartina.

“ Kita selesaikan dulu satu persatu . Yang penting kit ani dahulau,” Kartina mendadangkan.

“ Kita sudah setuju menunggu hingga Esah meninggal.”

“ Abang juga kena fikirkan masalah Tina dengan Azuara.”

Kamal mengunjungi issterinyan Erniyani di Lhokseumawe, Acheh. Teringat Kamal kepada
pantun ini:

Dengan tangan memetik rambutan,

Rambutan ditanam hanya sebatang;

Secantik-cantik gadis tempatan,

Cantik juga gadis seberang.

Kamal yang selalu berulang-alik ke seberang Selat Melaka, berjumpa dengan Eerniyani dan
kemudian mengahwininya, telah membelil sebuah rumah di Lhoksusemawe untuk Erniyani.

“ Abang Kamal, boleh tidak abang belikan sebuah mobil untuk Er?”

Kamal mengakui Erniyani itu isteri yang baik tetaapi jenis yang suka meminta-minta.”

“ Er minta itu , minta ini macam abang ni tukang cetak wang.”

Tidak mengapa kena sindir. Lain kali dia akan minta lagi, fikir Erniyani.

Keadaan demikian membuatkan Kamal teringatkan Bobi, bertambah sayang kepada Bobi.
Bobi tidak pernah minta apa-apa daripada Kamal, adaakah kerana dia tidak tahu mengambil
kesempatan atau jenis yang bukan suka meminta-minta? Sudah lama Kamal berkawan
dengan Bobi, kemudian berpacaran, tidak pernah Bobi meminta Kamal belikan apaapa
untuknya walauun sebaatang ice cream. Mengapa Kamal tidak mengahawini Bobi sekiranya
dia perlukan seorang isteri? Mengapa dia memilih mengahwini Erniyani yang baru

75

dikenalinya? Kamal baru faham, Bobi bukanlah jenis yanga suka mendesak, apa lagi memaksa
Kamal mengawininya sekiranya Kamal belum bersedia untuknya. Lain pula cara ayah Bobli
yang tidak suka orang mempermain-mainkan anaknya. Barangkali lain pula dengan Erniyani
yang tahu apa yang dikehendakinya, sebab itulah dia menjadi orang yang pandai melayan
dan membahagiakan Kamal. Kamal tahu Bobi tidak akan melutut untuk mendapatkan sesuatu
daripadanya kerana dia anak orang kaya. Bobi tidak perlu melakukannya. Kamal dan Bobi
sekarang sedang membuat persediaan mengadakan majlis pernikahan mereka. Bobi mahju
majlis perkahwinan mereka diadkan secaa sederhana tetapi meriah. Dia tidak mahu
menghabiskan banyak wanagnya kerana majlis satu hari iu. Jika Kamal hendak
mengadakannya secara besaar-besaran, Bobi tiada halangan.

Di saau sudut coffee house, Karttina dan Azura sedang minum. Mereka bercakap tentang diri
masing-masing. Mereka bercakap tentang Bakri. Mereka berbincang pegaimana caara yang
baik hendak menyelessaikan masalah mereka. Kedua-dua terbabit dalam percintaan dengan
suami orang. Kedua-dduanya cintakan orang yang sama.

“ Salah seorang daripada kita perlu beralah,” kata Karktina.

“ Kalau salah seorang perlu beralah, kamulah yang beralah,” kata Azura.

“ Kamu boleh ambil abang Bakri kalau kamu mahu. Tetapi bagaiamana kalau abang Bakri tidak
mahu melepaskan saya?”

Suasana yang mulanya friendly mula bertukar menjadi sedikit tegang.

“ Kalau saya tidak dapat, saya akan passtikan kamu pun tidak akan mendapatnya.” Kata Azura.

“ Sepatutnya kita selelsaikan hari ini sujpaya dapat kita mengamabil langkah seterusnya, “
kata Kartina..

Pada pandangan Kartina, Azura walaupun manja orangnya dia adalah seorang yang agressif,
tidak boleh bertolak ansur, tidak boleh lebih kurang. Ancamannya terhadap Kartina boleh
dianggap, Azura tidak peduli sangat tentang dirinya dan maruah dirinya. Berlainan dengan
Kartina yang lembut perwatakannya, conservative tetapi trendy orangnya, masih mahu
mempertahankan sopan-santun Melayu.

Bakri, Azimin dan Karim berada di rumah Karim. Mereka datang melawat Karim yang
dikatakan beransur pulih. Karim nampak ceria dan bersemangat.

Mereka dihidangkan sedikit kek dan pudding. Azimin dan Bakri minum sambil bersembang.
Karim tidak minum. Terdengar Karim mengucapkan terima kasih kepada Bakri kerana
membantu Kamal menentang emaknya dalam rebutan menguasai syarikat.

“ Tidak menyeesal menjual saham saya kepada kamu kerana kamu bijak menggunakannya
dan kamu menggunakannya pada masa yang tepat.”

Karim menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Karim juga berteerima kasih kepada Azimin
kerana datang meladswaatnya walaupun Karim tidak berapa suka kepada Azimin kerana
hubungannya dengan Farina.

76

“ Saya minta maaf kerana apa yang berlaku antara saya dengan Farina. Saya berani beri
jaminan, saya tidak akan berjumpoa lagi dengan Farina dari sekarang.,” kata Azim;in kepada
Karim. Azimin menambah,” Saya harap Karim cepat sembuh kerana Asfa sedang menunggu
kamu.”

Bakri berharap Darisa dan Fariana tidak lalgi bermain-main dengan Basri. Permainan mereka
sungguh sumbang. Basri jadi toy boy dan dia juga boleh dipanggil gigolo. Bakri perlu
membetulkan keadaan ini. Dia sendilri mengakui dia juga tidak begitiu sempurna kerana
hubungannya dengan Azura dan Kartina.

Bakri bercakap hendak berkahwin lagi. Bila dan bagaimana sedang bermain di kepala Bakri.
Cepat sangat pun kurang sesuai kerana Bobi perlu berkahwin dahulu sebab Bobi dengan
Kamal dalam pertunangan.

“ Susah juga saya hendak memilih salah seoranag daripada anak-anak sahabat saya. Saya
tidak mahu siapa pun merasa kecil hati terhadap pilihan saya. Saya fikir hendak meminang
kedua-duanya. Itu harapan saya tetapi rencana Allash lebih baik daripada rencana kita,” kata
Bakri kepada Azimin dan Karim.

Karim dan Azimin nampaknya macam setuju dengan cadangan dan harapan Bakri itu. Karim
tiada halangan jika Kartina hendak berkahwin dengan Bakri. Azimin juga tiada halangan jika
Azura hendak berkahwin dengan Bakri.

“ Saya harap sangatlah gaya hidup kita yang bobrok ini dapat dikurangkan kejelikannya dan
kita bina gaya hidup yang lebih acceptable.”

“ Insya Allah,” sahut Azimin.

“ God willing,” kata Bakri.

Ketiga-tiga mereka mengakui mereka terjebak dalam satu jaringan cinta yang rumit dan
mengusutkan. Mereka sedar mereka sedang melakukan sesuatu yang kurang wajar dan
mereka sedang berusaha memperbaiki gaya hidup mereka.

Mereka perlu mengambil tindakan segera. Mereka perlu bersihkan diri mereka dahulu
sebelum mereka cuba membersihkan diri orang lain. Anak-anak mereka juga sedang
memerhatikan apa yang sedang berlaku dan anak-anak mereka juga kurang senang dengan
tingkah-laku ibu bapa mereka yang pada pandangan mereka perlu dibaiki.

Di Dataran Merdeka, Klebang suasana menjadi sedikit bingit kerrana bunyi bising 50 buah
metorsilkal berkuasa tinggi berkumpul di situ. Asfa adalah salah seorang daripada mereka.
Mereka akan bertolak dari situ ke Johor Bahru dan kemudian balik.

Sebelum bertolak ketua kumpulan memberi taklimat ringkas tentang perjalanan dan dstinasi
convoy tersebut. Derma kilat dikutip untuk memberi cenderamata atau hadiah kepada
pesakit-pesakit wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Di kalangan mereka
ada yang bersendirian dan ada yang membawa isteri, dan ada yang membawa suami. Mereka
juga diberitahu, bangunan induk hospital terletak di Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan. Mereka

77

berada di hospital itu kira-kira setengah jam dan kemudian mereka akan pergi ke Danga Bay
untuk makan malalm sebelum mreka bertolak balik ke Melaka.

Dalam perjalanan balik, berlaku satu kemalangan maut dekat Ayer Hitam yang mellibatkan
sebuah motorsikal dalam convoy tersebut. Asfa tidak berhenti lama di situ dan terus balilk
dengan beberapa buah motorsikal yang lain. Gambar-gambar kemalangan itu dimuat naik ke
facebook dan ramailah ahli kumpulan yang tidak menyertai convoy tersebut menyaksikannya.

Asfa sempat menhantar mesej melalui messenger kepada Karim memberitahu dia selamat
dan berharap Karim tidak meresa bimbang kerana pada masa itu dia dalam perjalalnan balik

Di rumah Basri, Farina mujla berbaik-baik semula dengan Bakri kerana Azimin tidak
membenarkan Farina datang lagi ke rumahnya. Azimin tidak hendak melayan Farina lagi, dan
Darisa dilarang oleh Azimin daripada berjumpa lagi dengan Basri. Nampaknya Azimin
menyangka dia berjaya menghalang Farina dan Darisa daripada meneruskan akktiviti maksiat
mereka. Mungkin Azimin boleh mengawal Darisa tetapi tidak boleh berbuat demikian kepada
Farina kerana Farina isteri orang, bukan iserinya.Karim tidak berada dalam keadaan yang baik
untuk menangani situasi tersebut. Dia tidak dapat menghalang Farina dalam keadaan dia
masih lagi belum betul-betul sihat. Sekarang tinggal Bakri yang boleh melakukan sesuaatu
supaya Farina dan Basri menghentikan aktiviti maksiat mereka.

Hari minggu itu keluarga Karim semua ada di rumahnya. Kamal, Kartina dan Farina ada
berehat di rumah. Kartina masak nasi kukus ayam berempah. Farina buat pudding jagung.
Kamal bawa ice cream. Mereka makan bersama. Karim nampak suka dengan makanan yang
ada. Dai banyak makan pudding dan ice cream.

Lepas makan, Karim bertanya tentang kerja Kamal dan Kartina di pejabat. Kamal menyatakan
sekiranya ayahnya sudah bersedia balik ke pejabat, dia sedia menyerahkan jawatan ayahnya.

Kartina menjangkakan ayahnya tidak lama lagi boleh balik memegang jawatannya sebagai
pengerusi syarikat.

Karim menasihati Farina supaya jangan lagi berjumpa dengan Azimin dan Basri. Karim juga
berharap Kamal membuat perssiapan dari hari itu untuk majlis perkahwinannya dengan Bobi.
Kamal juga diminta membwsa isterinya dari Acheh itu tinggal bersama dengan mereka di
Melaka.

Kartina memberitahu Karim dia juga ingin hendak lekas berkahwin tetapi kalau belum ada
jodoh, dia sanggup menunggu sampai jodoh itu tiba waalaupun dia akan menjaadi anak dara
tua.

Farina menjeling sahaja ke arah Karim dan Kartina. Mungkin Farina kurang setuju dengan
pandangan Kartina.” Kamu sanggup meunggu isteri orang itu mati kemudian kamu baru
hendak berkahwin dengan dia. Ibu rasa loya, nak muntah. Tidak percqya anak ibu yang cantik
ini boleh jadi begitu.”

“Ya. Memang ramai yanag berminat dengan Tina tetapi Tina akan hanya ada seorang suami
sahaja, seorang suami sahaja, ibu.”

78

Kartina terlepas cakap. Dia harap ibunya tidak sensitif. Dia sedar memang dia menyindir
ibunya.

Di rumah Bakri, Esah merasa terharu dengan sikap dua orang anak gadis yang sanggup
menunggu kematiannya untuk mengahwini Bakri. Dia merasa terharu bercampur kasihan. Dia
kasihan kepada Azura dan Kartina yang sanggup menghabiskan masa muda mereka
menunggu orng yang mereka kasihi. Dalam hatinya Esah bertanya, mengapa mereka tidak
membunuh dia sahaja?

Basri hidup tanpa hala tuju, dia hidup hari itu untuk hari itu. Esoknya akan menentukan nasib
dirinya oleh hari esoknya itu. Bakri tidak gemar dengan gaya hidup Basri itu. Dia anak lelaki
yang sepatuutnya sedang sibuk dengan tugas perniagaan ayahnya. Dia malas bekerja keras
kerana dia kurang gemar menghadapi tekanan kerja. Bakri tidak mahu stress. Dia tidak
perlukan banyak wang untuk hidup. Dia tidak ada jet peribadi yanga perlu diselenggarakan.
Dia tidak ada kereta mewah untuk dihantar ke bengkel. Perbelanjaannya adalah daripada gaji
yanag dierima daripada pekerjaannya dan permberian wanita-wanita kaya. Basril bernasib
baik kerana dia ada adik yang baik untuk membantunya melaksanakan banyak kerja yang
sepatutnyaaa diurus oleh Basri.

“ Ayah mahu kamu bersihkan rumah kamu daripada najis dan maksiat,” kata Bakri kepada
Basri.

“ Ayah tahu Farina masih datang ke rumah kamu .”

“ Darisa tidak datang lagi, ayah,” kata Basri kepada ayahnya Bakri.

“ Ayah mahu Farina pun tidak datang ke rumah kamu lagi. Kamu faham tu Basri?

Bakri minta Bobi pesan pizza tambah dengan sedikit ayam kfc.

“ Baik ayah,” jawab Bobi.

“ Bobi, kamu perlu mengurangkan perjumpaan dengan Kamal. Kamu kena jaga diri kamu.
Jangan ikut rentak Kamal. Kurangkan sedikit meeting lagi baik. Kamu perlu fikirkan balasan
hadiah iringan yang hendak diberi kepada pihak pengantin lelaki.”

” Kita sediakan 9 hadiah balasan. Mereka bawa 7 hadiah. Itulah yang selalu orang buat. Adat
orang Melayu,” kata Bobi.

“ Yang lain-lain kamu serah sahaja kepada perancang perkahwinan. Mereka adalah orang
professional yang mahiar dalam bidang mereka.”

“ Rasanya saya hendak gunakan andaman rias pengantin Acheh. Erniyani suka hendak
membantu,” kata Bobi.

Bakri, Esah dan Basri mendengar tanpa protes.

Basri mencelah,” Rias pengantin yang mengandam macam Raden Galoh tu?”

“ Bukanlah. Ini rias pengantin yang terkenal di sana.

79

“ Di Melaka pun ada andaman pengantin yang baik dengan pakej perkahwinan yaag lengkap.,”
Esah mencelah.

“ Kamu kena ikut tema yang kamu pilih. Nak kelihatan macam orang Melayu, Jawa atau Acheh
atau India atau Arab,” Basri mengingatkan Bobi.

Pesanan pizza dan ayam kfc sampai. Basri menyambutnya dan membayar bil-bilnya.

Bobi menyediakan jus tembikai. Mereka makan Bersama. Dalam rancak mereka makan, Bobi
kedengaran berbisik kepada aayahnya,” Azura dengan Kartina bagaimana?”

Bakri tersenyum dan menjeling kea rah Esah.

“ Sekiranya ibu kamu tiada halangan, esok juga ayah pergi meminang. Ayah pun sedar tidak
baik berjumpa dengan anak gadis orang dan meminta mereka menunggu sampai ayah
bersedia mengahwini mereka. Rasanya kurang adil.”

“ Kalau dah gatal, kahwin sahajalah. Takkan kamu nak tunggu sampai aku mati baru nak
berkahwin lagi. Dulu memang aku melarang tetapi sekarang aku dah tua, keadaan dah
berubah, hati aku juga berubah. Aku sudah tidak ada rasa cemburu lagi,” kata Esah.

Bobi dan Basri macam tidak percaya apa yang mereka baru dengar daripada mulut ibu
mereka. Bakri juga tidak peraya. Basri dengan Bobi berpandangan dengan ayah mereka.

“ Ayah pilih siapa? Azura atau Kartina. Dua-duanya hebat.,” tanya Bobi kepada ayahnya.

“ Tengah fikirlah ni. Adakah betul apa yang ayah dengar ibu kamu katakan tadi?”

“ Ya ayah. Ibu pun tidak mahu ayah melakukan maksiat berterusan. Ibu pun ada rasa bersalah
kerana melarang ayah berkahwin lagi. Kataakanlah terima kasih kepada ibu sebelum ibu
menukar fikiran.”

“ Terima kasih, Esah. Harap kamu ikhlas dengan kebenaran kamu itu,” kata Bakri dengan
penuh rasa bersyukur.

“ Aamiin,” kata Basri sambil menyapu tangannya yang ditadah ke mukanya.

Bobi menolak kerusi roda ibunya ke luar rumah. Esah rasa bahaagia tetapi dia menangis. Bobi
turut rasa bahagia. Basri bersedia hendak meninggalkan rumah ibunya. Dia sudah
kekenyangan. Sedap rasanya makan beramai-ramai. Biasanya dia makan bersendirian atau
berdua sama ada dengan Darisa atau Farina. Dia minta diri untuk balik ke rumahnya setelah
mencium tangan ayahnya dan ibunya.

Basri terasa sepi apabila sampai ke rumahnya. Cerita yang banyak didengarnya adalah cerrita
tentang orang hendak berkahwin. Kamal berkahwin dengan Erniyani dan bertunang pula
dengan Bobi. Asfa hendak mendirikan rumahtangga dengan Karim apabila keadaan kesihtan
Karim mengizinkan. Sekarang ayahnya pula mendapat lampu hijau untuk berkahwin sama ada
dengan Kartina atau Azura atau mungkin kedua-duanya. Tinggal aku, kata Basri. Dia perlu
memikirkan secara serius tentang kehiddupannya pula.

80

Bab 31

Anak-anak saudara Bakri dari Sandakan, Sabah datang melawat Bakri di Melaka. Dua orang
adik beradik itu masing-masing bernama Saleh dan Salmah. Mereka lebih kurang sebaya
dengan Bobi.

Di Melaka, mereka dibawa melihat-lihat tempat bersejarah dan menikmati masakan
Melayu Melaka terutama asam pedas. Kamal dan Bobi menjadi pemandu pelancong kepada
kedua orang adik beradik itu.

Dalam masa yang singkat itu, Saleh jatuh hati kepada Bobi dan Salmah pula jatuh hati
kepada Kamal.

Semasa mereka hendak balik ke Sabah, kata-kata selamat tinggal mereka ialah “ I love you.
Muahh”.

Sebelum mereka balik ke Sabah, Salmah, Saleh dan Bobi sempat berjalan-jalan di pasaraya
Tesco Melaka dan mereka bertembung dengan Kartina. Bobi kenalkan Kartina dengan
sepupunya yang datang dari Sabah itu. Mata Saleh terpaku kepada Kartina yang ayu itu.
Walaupun dia mengagumi Kartina, dia masih menganggap Bobi lebih cantik daripada
Kartina.

Balik ke Sabah pun meeka masih meneruskan perhubungan melalui internet. Bobi pula ke
Sandakan membalas lawatan sepupu-sepupunya itu. Mengertahui Bobi ke Sandakan, Kamal
pula terbang ke Lhoksuemawe berjumpoa Erniyani. Apabila Kamal balik dari Acheh dan Bobi
balik dari Sandakan, mereka bergaduh. Kasmal mengaancam hendak memutuskan
pertunangan mereka. Bobi pula mengatakan bukan senang hendak putusskan perhubugan
mereka. Mereka kena berbaincang semula dengan sanak saudara. Leceh.

Bobi berharap Kamal tidak lagil melayan mesej Salmah. Kamal berharap Bobi tidak lagi
berhubung dengan Saleh. Bobi sayangkan Kamal sebab itulah dia sanggup tunggu Kamal dan
menerima Kamal walaupun Kamal sudah beristeri. Perhatian mereka kepada Salmah dan
Saleh itu, mereka setuju, mungkin kerana tarikan fizikal, bukan kerana cinta. Mereka
menganggap perhubungan mereka dengan sepupu-sepupu Bobi sebagai satu episode yanag
kurang penting. Tidak perlu diperbesarkan, tidak perlu difikir sangat. Apabila lama tidak
berjumpoa, maka akan luputlah ingatan kepada mereka.

Asfa di pejabatnya.. Cuti Hasri selama sebulan telah tamat. Hasri sepatutnya balik bertugas
tetapi gagal berbuat demikian. Asfa menulis surat kepada Hasri meminta dia balik bertugas
dan menerangkan sebab-seab dia tidak datang bertugas. Sekiranya dia gagal menjawab surat
itu dia akan diambil tidakan tatatertib berat sehingga boleh dibuang kerja.

Hasri gagal menjawab surat tunjuk sebab itu dan gagal balik bertugas, dkenakan tindakan
tatatertib buang kerja mulai tarikh dia tidak hadir bertugas.

81

Asfa merasa lega ssebab dapat membuang barah dalam syarikat. Dia telah berjaya
melaksanakan satu tugas penting menegakkan disiplin perkerja di kilang.

Timbalan Pengurus kilang yang memangku jawatan Pengurus Kilang dinaikkan pangkat
menjadi Pengurus Kilang yang baru berkuatkuasa serta merta.

Asfa memulangkan balik pengaawal peribadi Azura kerana dia sudah merasa selamat. Asfa
memnta pengawal keselamatan kilang lebih peka dan beri lebih perhatian kepada orang atau
aktilviti yang mencurigakan di sekitar tempat kerja atau kilang.

Darisa tidak lagi berjumpa dengan Basri. Ketiadaan Darisa di kediaman Basri, memberi
peluang pula kepada Farina menghampiri dan berkepit dengan Basri.

Basri kurang senang dengan keadaan itu. Dia cuba meninggalkan aktiviti seks bebas itu dan
memulakan hidup baru sebagaimana yang diharap oleh ayahnya, Bakri tetapi nampaknuya
dia akan gagal.” Kalau kita tidak berjumpa lagi, bagaimana pula kaeadaan hidup kita ini?”
Basri bertanya Farina..

Farina tidak menjawab tetapi dia tersenyum.

“ Tolong ambil beg tangan saya saying. Tengok apa yang ada dalam beg itu. Apa yang ada
ambillah. Hadiah saya.”

Basri membuka beg tangan Farina itu dan dia nampak ada satu samul surat berisi wang.
Banyak. Dia tidak mengira berapa banyak wang itu.

“ Tiga ribu ringgit sahaja. Ambillah. Hadiah untuk kamu..”

Basri ktidak terkata apa-apa dan dia sendiri tidak sedar bagaimana Farina melekap dalam
pelukannya selepas itu. Farina diciumnya semahu-mahunya dan Basri berbisik, “ Thank you,
darling.”

Pemilik kondominium yang baru siap itu telah berpindah masuk. Asfa, Azura, Basri, Bobi,
Kamal dan Kartina pun ikut berpindah masuk ke situ. . Mereka adalah orange yang mula-mula
masuk berpindah ke kondo itu.

Di kondominium yang baru dan sselesa inilah Basri terus membina sarang maksiatnya
walaupun ayahnya Bakri telah menasihatinya supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak
bermoral itu. Peangaruh Farina ke atas Basri sangat kuat dan dia tidak berdaya hendak
mengelaknya.

Karaim juga gagal mengawal kegiatan maksiaat Farina. Dia telah memberi nasihat kepada
Faarina supaya jangan lagi berjumpa dengan Basssri atau Azimin.

Farina dengan kebenciannya kepada Karim, terus berdegil dan tidak menghiraukan nasihat
Karim. Dia terus menghabiskan banyak masa di kediaman Basri seolah-olah hidup sebagai
suami isteri: bersekedudukan. Dalam hati kecilnya, Farina tahu dia adalah isteri yang derhaka..

Bakri mendapat tahu tentang kegiatn Basri dengan Farina. Nampaknya usahanya hendak
membetulkan kehidupan keluarganya menemui jalan buntu dan Bakri sunggauh tersentap
dengan aktiviti Basri dan Farina yang tidak mahu mendengar nasihat keluarga mereka.

82

KaKerja-kerja pengubahsuaian kilang dan pengambilalihan kilang Ghazimin telah selesai.
Kilang baru telah diuji dan berjalan lanacar. Perniagaan online Asfa dengan Azura dan Bobi
juga berjalan lancer. Mereka jadi sangat sibuk. Tiada banyak masa unuk santai dan
berpeleseran kecuali hujung minggu. Perniagaan online mereka memberi keuntungan yang
lumayan juga.

Mereka mengadakan jamuan makan tengah hari kepada pekerja Fesyen Rasa Kaaih dan
rakan-rakan Asfa dari luaar. Jamuan itu juga memberi kesempatan kepada mereka
mengiklankan produk online mereka. Asfa, Azura dan Bobi nampak gembira dan tersenyum
sahaja sepanjang jamuan itu. Pada suatu hari, hujung minggu, mereka mengadakan
perkelahan di Pantai Puteri. Ramai oranag di pantai. Tempat letak kereta di sepanjang pantai
itu penuh digunakan. Ada pertandingan memancing diadakan di situ. Walaupun begitu,
mereka sempat juga membentangkan tikar rumput untuk meletak makanan dan minuman
mereka di situ. Yang ada dalam kumpulan Asfa hari itu adalah Azura, Bobi dan Kartina.

Ketika Azura, Bobi dan Kartina melayani pemaning-pemancing di situ, Asfa tinggal
bersendirian mengawasi makanan dan minuman mereka. Sempat juga Asfa melayani
kenangan masa lalu, masa dia masih di bangku sekolah menengah. Dia sedang melasyani
bekas gurunya, cikgu Ismail melalui messenger. Asfa tahu cikgu Ismail ada hati terhadapnya
tetapi pada masa itu Asfa masih budak sekolah, dia masih muda untuk bercinta. Bekas guru
Asfa itu masih lagi mengingatinya dan hairan mengapa Asfa masih lagi belum berkahwin
sedangkan Asfa itu tidak ada cacat celanya, pada pandangan bekas gurunya itu.

“ Cikgu, As belum berkahwin kerana menunggu seseorang, hehe.”

Itulah mesej Asfa kemapda cikgu Ismail.

Azura bercakap denan Kartina tentang hubungan mereka dengan Bakri. Azura tidak berganjak
dengan pendiriannya hendak berkahwin dengan Bakri. Kartina juga tidak hendak mengalah
dan menyerah sahaja apa yang dikehendaki oleh Azura. Kartina juga hendakkan Bakri sebagai
suaminya walaupun sebagai isteri ketiga. Mereka tidak meminta salah seorang daripada
mereka berundur. Mereka masih lagi percaya, siapa bernasib baik, dia yang akan dapsat
berkahwin dengan Bakri dan dia adalah pemenangnya. Sementara itu mereka tidak perlu
bergaduh tentang perkara tersebut.

Di kediaman baru mereka itu, kelihatan keretakan berlaku di lantai gelanggang tenis dan
tempat letak kereta pelawat. Walaupun keretakan itu tidak serius tetapi membimbangkan
penghuni-penghuni di kondominium itu. Beberapa orang penduduk membuat aduan kepada
Kamal.

Kamal dan Kartina memanggil juruperunding mereka supaya melihat apa yang sedang
berlaku. Mereka diberitahu bahawa keretakan itu berlaku kerana mendapan tanah dan
berlaku di luar premis.

Penghuni-penghuni diberi jaminan supaya tidak bimbang dan mereka akan selamat.

Bab 32

83

Di tempat letak kereta di kondominium tempat tinggal Asfa, seseorang sedang memerhatikan
gerak-geri Asfa. Asfa nampak ada orang sedang mengekorinya tetapi hilang apabila dia
berhenti berjalan. Asfa menelefon pengawal keselamatan supaya datang dengan segera ke
tempat letak kereta .

Pemeriksaan cctv menunjukkan orang yanga mengekori Asfa itu adalah Hasri.

Azimin bimbang tentang keselamatan anaknya, Asfa dan terus memberinya seoranag
pengawal peribadi bagi melindungi Asfa daripada ancaman orang jahat.

Petang esoknya, Hasri datang lagi ke kawasan letak kereta. Pengawal keselamatan yang
meronda kawasan letak kereta dengan motosikal tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.

ASfa mendapati keretanya telah disembur cat merah.

“ I love you.”

Asfa tahu itu tidak lain dan tidak bukan melainkan Hasri yang sanggup berbuat demikian.

“ Sekali lagi kamu berbuat demikian, aku tidak teragak-agak membuat laporan polis,” Asfa
menenangkan dirinya sendiri..

Asfa memanggil pengawal keselamatan kilang datang ke pejabatnya. Tiga orang pengawal
keselamatan kilang datang ke pejabat Asfa. Mereka berbincang bagaimana hendak
memerangkap Hasri. Asfa juga minta pengawal keselamatan itu berhati-hati. Mungkin orang
itu membawa senjata dan dia merbahaya.

“ Baik, Cik Asfa.”

Erniyani datang dari Acheh dengan sepupunya. Mereka tentulah tinggal di kediaman Kamal.
Sepupu Erniyani tidak pernah datang ke Malaysia. Dia pernah mendengar tentang Melakla,
tetaapi tidak tahu banyak tentangnya. Suka sangat dia berada di Melaka. Terasa benar
berlainan daripada kampung halamannya.

“ Harap Safiyah gembira duduk di sini,´ kata Kamal.

“ Suka sangat macam tak nak balik ke Lhoksuemawe”

Safiyah sengaja merapatkan dirinya kepada Kamal. Dia banyak melayan Kamal, menjaga
makan minum dan pakaian Kamal juga dia ambil berat. Kasut Kamal pun disediakan.

Erniyani memerhati kelakuan Safiyah dan dia terasa kurang senang dengan apa yang
dilihatnya.

“ Kamu kena balik cepat ke Acheh kerana emak kamu tinggal sendirian. Dia tentu
bimbanagkan kamu,” kata Erniyani.

“ Tidak. Saya nak berehat di Melaka.”

Di dapur, Safiyah memasak dan melayan Kamal makan. Di tempat yanga sempit di dapur,
Safiyah menggeselkan badannya kepada Kamal, memberi isyarat dia perlukan sesuatu.

84

Malam itu , Kamal mengetuk pintu bilik Safiyah. Erniyani terasa tempat tidur Kamal sejuk. Dia
curiga. Dia bimbang Sufiyah jatuh hati kepada suaminya yang kacak itu.

Erniyani dan Safiyah bersemuka ketika Kamal tiada di rumah. Mereka bergaduh. Kata
mengata telah terhambur.

“ Aku kesal membawa kamu ke Melaka,” kata Erniyani

“ Memang niaat aku hendak memikata Kamal. Aku suka kepada suami kamu,” kata Sasaafiyah.

Macam bom meletup. Marah betul Erniyani kepada sepupunya itu. Dia betul-betul tidak
menyanngka perkara ini akan berlaku. di depan hidungnya.

“ Kamu tidak berterima kasih kerana aku membawa kamu keluar dari kampung kamu, melihat
negeri orang.”

“ Aku berterima kasih kepada kamu, Kamu mesti ingat aku di sini tidak duduk diam, Aku ikut
membantu kamu mengemas rumah.”

“Kamu tidak menghormati hak millik orang,” kata Erniyani.

“ Kamal bukan hak milik kamu seorang. Kamu ambil kekasih orang.. Kamu berkahwin dengan
kekasih orang. Kamu tahu tidak betapa hancurnya hati kekasih abang Kamal? Apa salah aku
ambil hak milik kamu. Adil kan?”

Erniyani sangat marah. Dia hampir hilang sabar. Dia hampir menghalau Safiyah keluar dari
situ tetapi dia masih ingat Safiyah itu ssepupunya. Semasa Safiyah berada di Melaka,
Erniyanilah penjaganya.

“ Macam tak ada lelaki lain.”

“ Aku tidak pernah memberi hati kepada sesiapa sebelum ini. Hanya abang Kamal yang aku
suka, “ kata Safiyah.

Safiyah seterusnya menylambung,” Inilah nasib aku, mencintai suami sepupu sendiri. Aku
anggap sebagai takdir aku. Harap kamu tiada halangan berkongsi suami dengan aku.”

“ Macam mana aku boleh bersabar dengan kamu kerana kamu terang-terang hendak
merampas suami aku. Jangan berharap sangat. Abang Kamal itu bukan milik aku seoarng. Dia
ada tunangan yang tidak setaraf dengan kita. Tunangannya anak orang kaya dan cantik pula,”
kata Erniyani.

“ Aku iri hati dengan kamu. Kamu berkahwin dengan abang Kamal yang kaya dan banyak
wang.”

Kaloau kamu hendak orang kaya aku boleh kenalkan kamu dengan anak orang kaya asalkan
kamu tidak berangan hendakkan suami aku.”

Erniyani terus menyarankan,” Abaang Bobi masih lagi belum berkahwin. Boleh aku kenalkan
jika kamu mahu. Anak orang kaya juga.”

“ Siapa namanya?” Safiyah bertanya tanpa segan silu.

85

“ Basri.”

Safiyah berusaha mendapatkan nombor telefon Basri melalui pejabat Bobi. Pembantu Bobi
sangat bekerjasama menolong Safiyah. Petang itu kelihatan Topyhota Vellfire Basri datang
ke rumah Kamal mengambil Sasfiyah dan kemudian mereka ke kediaman Basri.

Sasfiyah idak balik ke rumah malam itu.

Kamal berjumpa Bobi di coffee house. Bobi tidak selindung-selindung lagi marahnya kepada
Kamal apabila diberitahu oleh Erniyani tentang hubungannya dengan Safiyah.

“ Hairan bagaiamana orang yang luas pergaulan, boleh terjebak dengan budak kampung
seperti Safiyah tu,” kata Bobi kepada Kamal.

“ Susah cakaplah, Bobi. Budak kampung pun ada perasaan macam bukan budak kampung.”

“ Abang Kamal tidur dengan Safiyah?”

Kamal tidak menjawab. Dia memandang Bobi. Kamal mengangguk. Bobi terasa macam
hendak mencurah air sejuk di tangannya ke muka Kamal tetapi dia tidak berbuat demikian
kerana dia tahu dia yang bertanya walaupun dia sudah mengetahui melalui Erniyani.

Kamal hanya menjawab soalan dengan body language. Dia menjawab dengan ikhlas.

“ Kamu sudah matang, Bobi,” kata Kamal.

“ Kalau sudah matang , bolehlah biarkan saja apa yang berlaku?”

“ Maksud abang, Bobi tidak terus meroyan mendengar cerita seperti itu.”

“ Seperti apa?”

“ Saafiyah layan abang macam suaminya.”

Bobi beri amaran kepada Kamal supaya mejaga kelakuan dan jangan mudah terjerat dengan
tindnak tanduk Sasfiyah yang terdesak itu. Bobi dan Erniyani mengambil keputusan
menghantar Safiyah balik ke Lhokssuemawe dengan segera. Bobi sendiri akan mengiringi
mereka dalam penerbangan. Erniyani ssetuju dengan cadangan Bobi.

Bobi juga memberi amaran kepada Basri supaya berhati-hati dengan Safiyah. Dia hendakkan
Kamal, dia juga hendakkan Basri.

Bobi tidak menghabiskan makanan dan minumannya . Mereka kemudian beredar dari situ.

Kamal bergadudh dengan kErniyani.

“ Abang buat maksiat di hadapan hidung saya. Macam mana saya boleh bersabar. Saya sedih
sekali kerana sepupu saya sendiri berniat serong terhadap saya.”

“ Sudah berlalu Er. Sudah berlaku. Abang minta maaf.”

Kamal rasa dia perlu pujuk dan sejukkan haati Eniyani yang sedang marah itu. Kamal ajak
Erniyani berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Erniyani setuju dan dia pun teringin sangat hendak
melihat Menara Berkembar Petronas.dan Menara Kuala Lumpur yang terkenal itu Petang itu,

86

Kamal dengan Erniyani dan Safiyah bertolak ke Kuala Lumpur. Mereka terus ke KLCC melihat
Menara Berkembar Petronas dari dekat dan mereka juga dapat melihat Menara Kuala
Lumpur dari jauh.

Dari situ mereka ke Damansara. Mereka masuk ke center point Bandar Utama dan kemudian
mereka pergi ke Sam Sam Cafe & Satay Club Cafe, tempat kegemaran Kamal makan-makan
apabila dia berada di Kuala Lumpur. Kamal juga suka tempat itu kerana berdekatan dengan
lebuhraya balik ke Melaka.

Erniyani dam Safiyah gembira dengan perjalanan tersebut. Itulah pertama kali mereka
melihat Kuala Lumpur. Mereka sampai balik ke Melaka lebih kurang jam 1.00 pagi.

Pagi besoknya , ketika sarapan Erniyani dan Safiyah masih becakap tentang Kuala Llumpur.

“ Abang Kamal boleh bawa Er lihat-lihat Puterajaya.”

“ Jika masa mngizinkan ya abang,” kata Safiyah.

Erniyani menjeling ke arah Safiyah. Dia tidak suka Safiyah mencelah percakapannya dengan
Kamal. Erniyani kalau boleh tidak hendak Safiyah berada berdekatan dengan Kamal. Sakit
hatinya apaabila dia berkata, Erniyani megambil hak orang dan dia pun boleh mengambil hak
Erniyani. Erniyani akan memastikan Safiyah tidak lagi datang ke rumahnya selepas ini. Kalau
sekiranya dia berkahwin dengan orang Melaka, dia pastikan bukan suaminya. Sekiranya Basri
berminat orang seperti Safiyah, dia hanya akan mengucapkan tahniah sekiranya mereka
mengambil keputusan hendak berkahwin. Erniyani tidak suka berdekatan dengan Safiyah lagi,
lebih-lebih lagi dia tidak menunjukkan rasa bersalah sedikit pun kerana tidur dengan
suaminya.

Bobi menghantar Erniyani dan Safiyah balik ke Azheh. Kamal tidak dapat melapangkan masa
pada waktku iltu. Bobi membuat tempahan tinggal di hotel selama dua hari sahaja.

Erniyani dari jauh menangis, sebak, bercucuran air mata memeluk ibunya.

“ Apa Kamal hendak menceraikan kamu?”

“ Kalau tersalah langkah jawabannya ya , ibu,” kata Erniyani kepada ibunya yang masih belum
mengerti apa yang sebenarnya berlaku.

“ Apa maksud kamu?”

“ Safiyah iitu.”

“ Mengapa Safiyah itu? Dia bukankah sepupu kamu. Apa masalah dengan dia?”

“ Dia hendak abang Kamal. Dia goda suami Er. Dia buat maksiat di depan hidung Er. Mana
boleh sabar, ibu?”

“ Astaghfirullah..Tidakkah dia tahu Kamal tu suami kamu?”

“ Dia tidak peduli. Dia mengatakan Er mengambil kekasih orang maka dia pun boleh ambil
milik Er.”

87

“ Ini serius ke main-main?

“ Safiyah tidak main-main. Dia tidak bergurau ibu. Dia melayan abang Kamal lebih daripada
Er. Benci Er melihatnya. Itu anak saudara ibu.”

“ Baiklah ibu pastikan dia tidak akan pergi ke Malalysia lagi.”

“ Kalau dia tidak boleh pergi ke Malaysia, orang Malaysia akan diajak datang ke Acheh. Er
bimbang dia terus goda abang Kamal.”

“ Sudahlah jangan menangis lagi.”

“ Bukan suami Er sahaja dia goda, Safiyah juga menggoda abang Bobi,” kata Erniyani kepada
ibunya.

“ Kamu balik ke Melaka, kamu jaga suami kamu. Kamu layan suami kamu baik-baik. Jangan
beri dia peluang melihat perempuan lain.”

“ Kecuali tunangannya ibu.”

Erniyani mengikut Bobi balik ke Melaka walauupun rencana awalnya dia akan tinggal di
Lhoksuemawe. Seperti yang dijangka, Safiyah tidak berada di lapangan terbng Malikus Saleh
ketika Bobi dan Erniyani hendak berlepas balik ke Melaka.

Erniyani merasa pelik kerana dia boleh rapat dengan Bobi macam adik beradik. Dia sepatutnya
cemburukan Bobi tetapi dia tidak mempunyai perasaan demikian. Mengapa? Mungkin dia
sendiri terasa bersalah kepada Bobi kerana berkahwin dengan Kamal tanpa pengetahuan
Bobi. Erniyani hendakkan orang tahu bahawa bermadu itu manis bukan pahit.

Karim mula sihat. Dia berjalan tanpa tongkat. Walaupun perlahan pergerakannya, dia tidak
perlu bantuan untuk berjalan. Di Pantai Puteri yang panjang itu, Karim diiringi oleh Asfa
berjalan sepanjang pantai. Ada lorong pejalan kaki di sepanjang pantai itu. Mereka diawasi
oleh pengawal peribadi Asfa.

Asfa memberitahu pengawal peribadinya supaya mengaawasi kereta Honda City hitam yang
baru lalu di situ. Pengawal itu meminta rakan-rakannya memintas dan menahan kereta itu.

Pengawal peribadi Asfa memberitahu, mereka telah menyekat kereta Hasri dekat SK Pantai
Kundur. Hasri melarikan diri meninggalkan keretanya di situ. Mereka memecahkan keempat-
empat lampu kereta Hasri dan dibiarkan tersadai di situ.

“ Mengapa lari? Kamu berani dengan wanita sahaja,” kata salah seorang daripada rakan-rakan
pengawal peribadi Asfa.

Karim bertganya Asfa tentang kemungkinan mereka melangsungkan perkahwinan. Karim
bersedia berkahwin. Dia tidak lagi bimbangkan Farina yanag sekian lama menjadi batu
penghalang kepada Karim untuk berkahwin lagi.

Asfa meminta Karim bersabar kerana pada masa itu Asfa perlu menyelesaikan beberapa
masalah peribadi.

88

“ Abang Karim, As dalam keadaan kurang selamat kerana ancaman Hasri. As perlu selesaikan
masalah dengan Hasri seberapa cepat yang boleh. As sedang dikejar oleh Hasri.”

Asfa juga memberitahu Karim, dia sedang sibuk pada masa itu. Asfa minta menangguhkan
perkahawinan mereka sementara mereka berusaha mengatasinya.

“ Perkahwinan abang dengan Farina perlu diselesaikan. Asfa kurang gembira dengan tingkah
laku Farina yang curang dan tidak menghormati abang Karim.”

Asfa juga bercadang hendak mengurangkan tekanan kerja dengan menyerahkan perniagaan
online mereka kepada Azura dan Bobi.

“ Abang Kaarim…”

Asfa merapatkan bahunya ke bahu Karim. Sungguh manja anak Azimin, ketua pejabat yang
dikatakan tegas itu. Asfa di pejabat dan Asfa di sebelahnya adalah orang yang berlainan. Karim
senang dengan gelagat Asfa.

“ Ya sayang . Ada apa?”

“ Biar As selesaikan perkara Hasri itu. Dia sedang mengejar As. Kalau As tidak dapat
menghentikan ganagguannya, kita terpaksa minta bantuan polis.”

Kereta Honda Accord Asfa berhenti berdekatan dengan temp;at mereka beralan. Pengawal
peribadi Assfa menyerhkan kunci kreta itu kepada Asfa. Asfa dan Karim hilang dalam perut
kereta itu.

Karim menceraikan Farina atas alasan curang. Farina tinggal bersendirian. Biasanya dia
berada di kediaman Basri. Farina kurang selesa hendak menumpang rumah Kamal. Dia juga
kurang rapat dengan Kartina.

Kamal baru berkahwin dan dia ada masalah sendiri. Kartina seorang anak gadis yang Farina
fikir kurang sesuai untuk dia menumpang takut Kartina terpengaruh dengan gaya hidupnya.
Walau bagaimanapun kedua-adua anaknya itu ada juga mempelawa Farina tinggal dengan
mereka tetapi Farina menolak.

Farina terus berjumpa Basri seperti tiada apa-apa yang berubah. Dia menghabiskan banyak
masa di kediaman Basri. Farina membawa beg pakaiannya ke rumah Basri, macam pengantin
baru mula masuk ke rumah mertua.

Karim memberikan wang sebanyak tiga juta ringgit sebagai penyelesaian perceraian mereka.
Sebenarnya Farina tidak memerllukan wang itu kerana dia sendiri banyak wang yang
ditinggalkan oleh bapanya. Karim pun bukanlah bermurah hati sangat memberi tiga juta
ringgit kepada Farina begitu sahaja. Ssebenarnya wang itu pun daripada wang ayah Faraina
juga.

Farina terima wang itu tetapi dia tidak mengabil semuanya. Dia memberikan satu juta kepada
Kamal dan satu juta lagi kepada Kartina. Dia sendiri ambil satu juta sahaja.

Kartina dan Kamal menjadi jutawan sekelip mata, jutawan segera.

89

Erniyani sudah berbau wang di badan Kamal. Perasaan suka meminta-minta telah timbul
tanpa disekat-sekat. Erniyani minta Kamal membeli sebuah rumah untuknya di Melaka,
sebuah kereta di Melaka dan sebuah lagi di Acheh.

“ Itu sahaja?”

“ Ada lagli kemudian,” lata Ermiyani.

“ Insya Allah.”

Kamal teringat kepada Safiyah. Dia ajak Erniyani balik ke Lhoksuemawe dengan alasan
mungkin Erniyani rindukan ibunya dan kamung halamannaya. Dalam hati Erniyani, Kamal
rilndukan Safiyah tetapi Erniyani tidak mahu mengeruhkan rumahtangganya dissebabkan
sepupunya, Safiyah itu.

Safiyah terdengar Kamal mendapat wang banyak daripada ibunya. Dia memujuk Kamal
memberi dia sedikit wang. Godaan Ssfiyah tidak dapat ditolak oleh Kamal.

“ Abang Kamal bermalam di mana malam tadi?” Erniyani bertanya Kamal yang tidak balik ke
rumah malam itu..

Kamal mendiamkan diri. Dia memeluk Erniyani tetapi Erniyani berjaya melepaskan diri.
Erniyani tahu Kamal hendak memujuknya dengan cara demikian.

“ Abang Kamal dengan siapa?”

“ Safiyah. Maafkan abng,” jawab Kamal dengan rasa bersalah.

“ Memang dah agak dah. Abang Kamal datang ke sini bukan kerana nak berjumpa ibu tetapi
abang nak berjumpa dengan kekasih gelap abang.”

Kamal memang rasa bersalah tetapi tarikan Safiyah itu kuat. Terkenang-kenang dan
terbayang-bayang. Kamal dengan tlidak fikir panjang membeli sebidang tanah sawah dua
hektar. Mulanya dia hendak meletakkan nama Safiyah seorang sahaja tetapi dia teringat
kepada isterinya dan terus menamakan pemilik sawah itu atas nama Safiyah dan Erniyani.

“ Er minta abamg beliikan kereta untuk kegunaan ibu di Lhoksuemawe. Abang sedang
fikirkannya. Lain kali apabila kita balik ke sini lagi, kita selesaikan perkara itu, sayang.”

“ Kelebihan abang ialah memujuk Er dengan kata-kata manis. Kelemahan Er ialah mudah
termakan pujukan abang. Macam mana pun . Er tetap sayangkan abang. Abang suami Er. Er
hamya ada sesorang suami. Hanya abang seorang . Abanglah kehidupan Er. Abang melukakan
hati Er dengan kekasih abang itu, Remuk hati Er ini , bang.”

“ Maafkan abang. Abang janji tidak akan berjumpa dia lagi.,” kata Kamal dan dia memeluk
Erniyani.

“ Er nak ingatkan abang. Hari ini dia mendapat wang abang entah esok dia terus mendapat
abang sekali,” kata Erniyani.

Dalam hati Kamal, memang Ssafiyah sudah mendapatkan dirinya. Safiyah hanya tidak
mendapatkan kelayakan sebagai isteri kepada Kamal. Kamal memujuk Erniyani dengan

90

mengajaknya cepat balik ke Melaka. Dia teringat permintaan Erniyani hendakkan sebuah
rumah dan kereta di Melaka. Dia memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh atas
permintaaan Erniyani itu. Dia juga tidak lupa kepada Bobi. Sebelum wang itu habis, Kamal
perlu fikirkan tentang perkahwinannya dengan Bobi bersungguh-ssungguh juga.

Erniyani menceritakan apa yang berlaku di Acheh kepda Bobi.

“ Ingat musang itu sudah jinak tetapi makin liar rupanya.”

Dia perlu berkahwin cepat atau dia tidak akan berkahwin langsung dengan Kamal. Kalau dia
mengambil keputusan tidak berkahwin dengan Kamal bermakna selama ini dia hanya
membuang masa sahaja. Bobi meminta pandangan ayahnya, Bakri. Bakri minta Bobi bersabar.

“ Ayah akan b ercakap dengan ayah Kamal tentang perkara ini.”

Bakri dan Karim bersetuju mengadaakan poerkahwinan Kamal dengan Bobi seceepat
mungkin. Mereka bercadang mengadakan perkahwinan itu secara simple. Penganin datang
makan bersama tetamu. Ada rias penganatin tetapi sekadar solekan dan pakaaian sahaja.
Karim setuju tiada acara persandingan, tiada pelamin, tiada hiasan bunga-bungaan secara
berlebihan. Hanya mungkin ada back drop yang disediakan oleh hotel. Bakri pun setuju
dengan cara Karim yang simple itu.

Bakri memanggil tiga orang pekerjanya dan mereka berbincang sesuatu yang nampak serius.

“ Sekadar memberi peringatan dan pengajaran. Tiada anggota yang akan menjadi cacat.”

Besoknya terdengar Kamal kena pukul. Mukanya lebam-lebam, begitu juga matanya. Dua tiga
hari dia tidak keluaar rumah Dia tahu siapa yang melakukannya. Dia patut berhaati-haati dari
dahulu lagi.

Inilah akibat bermain-main dengn anak gadis orang. Sangat berbahaya menjadi musang liar,
ada sahaja yang memburunya. Itu sedikit sahaja kecederaannya. Kamal patut tahu lain kali
mungkin leblih teruk lagi.

Kamal dengan Bobi berkahwin dan majlis jamuan perkahwinan mereka diadakan di Hotel
Pantai Puteri. Tidak ramai jemputannya. Jemputannya adalah rakan-rakan keluarga kedua
belah pihak.

Bobi memilih kediamannya sebagai tempat mereka tinggal suami isteri.

“ Kita pergi berbulan madu di Lhoksuemawe.Kita boleh tinggalkan Erniyani di rumah ibunya,
“ kata Kamal kepada Bobi.

“ Abang belum serik lebam muka tu? Bobi pun ada belajar taekwondo semasa bersekolah
dahulu.”

“Samseng.”

“ Siapa samseng?”

“ Apa kata kita ke Bandung? “ Kamal bertanya Bobi.

91

“ Cadangan yang baik. Jauh dari Acheh.”

Bobi dan Kamal berbulan madu di Bandung. Erniyani tidak ikut berssama. Banyak
cenderamata dibawa balilk oleh mereka untuk keluarga masing-masing.

Sebagaimana yang dirancang oleh Bobi iaitu tempat tinggal mereka ialah rumah Bobi. Anak
Bakri yang jelita itu telah menjadi isteri orang.

Selesailah satu perkara. Lega sedikit perasaannya yang berserabut itu. Tinggal masalah Basri
yang memeningkan kepalanya. Bakri harap Basri akan meninggalkan gaya hidupnya yang
kacau-bilau itu dengan menghentikan begiatan seks bebasnya. Selama ini, Bakri membelasah
anak orang yang tidak disukainya tetaapi lain kali mungkin anaknya sendiri akan
dibelasahnya.

Dalam hati Bakri usahanya hendak membersihkan gaya hidup mereka mula berjaya dengan
perkahwainan Bobi. Dia perlu selesaikan kegiatan maksiat Basri kemudian dia sendiri akan
berkahwin pula.

Karim sendiri merasakan dia juga sedang berusaha membersihkan lamannya sendiri. Dia telah
menceraikan Farina yang curang itu. Dia juga telah mengahwinkan Kamal dengan Bobi anak
rakan niaganya. Dia menganggap perkahwinan Kamal dan Bobi adalah satu usahanya
membersihkan nama baik keluarganya. Dia terasa juga begaimana risau ayah si gadis yang
belum berkahwin. Karim berharap Kamal akan menjadi suami yang baik kepada dua orang
isterinya. Karim hanya ada satu halangan atau hurdle yang perlu dilompati iaitu Kartina.

Karim perlu berhati-hati menangani perkara yang dianggapnya sensitif berekaitan dengan
Kartina kerana yang terlibat sama adalah rakan niaganya sendiri, besaannya iaiitu Bakri.

Azimin merasakan kehidupannya mulai sedikit berubah. Dia tidak lagi berjumpa dengan
Farina. Dia melarang Farina datang ke kediamannya. Azimin juga merasaka perubahan
berlaku kepada isterinya Darisa. Darisa yang ditangkap khalwat dengan Basri, mungkin telah
bertaubat dan tidak lagi mahu berjumpa denan Basri. Azimin dengan Darisa tidak bercadang
hendak bercerai.. Darisa kesal dengan apa yang berlaku dan meminta maaf kepada Azimin.
Azimin juga rasa bersalah terhadap Darisa kerana hubungannya dengan Farina. Azimin juga
minta maaf kepada Darisa kerana keterlanjurannya dengan Farina.

Apa yang membimbangkan Azimin dengan Darisa pada masa itu adalah Asfa dan
Azura.Merreka sudah dewasa. Mereka perlu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Azimin tidak bimbangkan Asfa kerana boleh berkahwin denan duda rakan niaganya, Karim.
Tiada siapa yang boleh menghalang Karim daripada beristeri sekai lagi. Setelah Karim
bercerai, Asfa selalu berada dengan Karim. Asfa tidak mahu Karim mencari orang lain sebagai
pengganti Farina

Walau bagaimanapun, Azimin cukup bimbangkan Azura. Bolehkah Azura percayakan Bakri?
Bakri juga ada hubunan dengan Kartina. Dia berharap Azura dapat mengatasi masalahnya
dengan bijak Azimin terasa buntu bagaimana hendak menyelesaikan sendiri kemelut anak
gadisnya itu , iaitu Azura kerana yang terlibat adalah rakannya,, Bakri. Bakri masih beristeri

92

dan isterinya sedang uzur. Lelaki yang beristeri bukanlah menjadi halangan kepada Azura.
Azimin pun ktidak melarang Azura bermadu dengan Esah, kalau itulah yang Azura pilih.

Setelah mengintip berminggu-minggu, Majlis Agama Islam Melaka meyerbu dan menahan
empat pasangan tidak berkahwin di Karim Tower. Salah satu pasangan ialah Basri dan Farina.
Basri ada kes sebelum itu, dan dia mengulangi kegiatannya dan pasangannya seorang janda.

Mereka dibicarakan dan didapati bersalah dan didenda. Masing-masing membayar denda.
Basri mula berasa malu. Sudah dua kali dtiangkap khalwat. Kalau dia ditangkap lagi atas
kegiatan yang sama mungkin dia akan didenda dan dipenjarakan.

Dia mula berfikir kehidupan berumahtangga boleh mengelakkan aktiviti yang tidak sihat yang
diamalkannya pada masa itu. Siapakah yang sesuai menjadi isterinya? Farina bolehkah
menjadi isteri yang baik? Tidak adakah orng lailn yang lebih baik daripada Farina? Darisa
sudah tidak berjumpa dengannya lagi. Tidak perlu difikir tentang Darisa lagi. Dia bahagia
denan Azimin. Basri teringatkan Safiyah. Sebenarnya Safiyah jatuh hati kepada Kamal tetapi
mungkin Safiyah tidak menolak sekiranya Basri melamarnya.

Bakri menolak Esah dengan kerusi rodanya, berjalan di tepi Pantai Puteri. Mereka kemudian
berhenti dekat sebuah bangku yang tersedia di situ. Bakri duduk di bangku itiu dan Esah di
kerusi rodanya.

“ Abang tahu Esah sayangkan abang. Abang tidak pertikaikan kasih saying Esah kepada abang.
Abang pun sayang Esah juga.”

“ Apa yang abang hendak bercakap dengan Esah? Esah sentiasa ada dengan abang. Esah tidak
akan pergi ke mana=mana dalam keadaan seperti ini. Abang ada sesuatu hendak beritahu
Esah, cakaplah.”

“ Bagaimana hendak berbincang denagn serius, sebelum abang becakapo apa-apa air mata
Esah sudah bergenang.”

“ Esah sedih, abang. Esah uzur. Esah tidak seperti isteri yang lain-lain tu. Mereka bahagia. Esah
sungguh sedih dan kesiankan abang. Esah sayangkan abang. Esah tidak mahu berkongsi abang
dengan orang lain.”

“ Yalah. Jangan menangis.”

“ Tidak abang. Esah tidak patut menghalang abang hendak berkahwin lagi. Tapi hati Esah ni,
tidak membenarkan abang berbuaat demikian. Esaah tidak mahu berkongsi suami dengan
perempuan lain.”

” Abang tahu. Sudah lama abang tahu.”

“ Esah tidak dapat menahan perasaan cemburu dan iri hati kepada madu Esah. Esah takut
tidak dapat memberi kebaikan kepada isteri baru abang itu. Esah minta abang tunggulah
sampai Esah mati dahulu, kemudian kalau nak kahwin dua tiga Esah tak kisah dah. Esah dah
mati.”

93

Bakri tahu permintaan Esah itu satu permintaan melampau, dan boleh diabaikan sahaja.
Sebaliknya, dia tringaat budi baik bapa Esah yang mengutipnya semasa dia tiada apa-apa.
Kebaikan bapa Esah itu menjadi penghalang Bakri daripada berkahwin lagi. Sebagai seorang
lelaki, dia boleh sahaja berkhwin dan tidak perlu menunggu Esah mati. Di sudut hati keciil
Bakri, dia tidak sanggup melukai hati Esah.

“ Esah sayang abang. Janganlah abang pinggirkan Esah. Esah pun bukan lama sangaat lagi
boleh hidup , abang.”

“ Janganlah Esah brcakap begitu. Abang sayangkan Esah juga.”

Esah mengesat air matanya. Bakri bangun dan menolak Esah beredar dari situ.

Karim bersemuka dengan Kartina. Dia hendak bercakap dengan Kartina tentang
perkahwinannya. Karim mahu mendenganr lagi ke sekian kalinya daripada mulut Kartina
sendiri tentang perkahwinan.

“ Ini bukan pertama kali ayah bertanya tentang perkahwainan kamu.”

“ Tina belum bersedia hendak berkahwin.”

“ Ayah mahu kamu berkahwin.”

“ Ayah pun tahu, berkahwin bukanlah mudah. Bukan seperti memilih ikan di pasar. Kita
memilih orang. Orang ni berbagai-bagai ragam. Macvm-macam masalalhnya.” Kalau orang itu
tidak bermasalah, mungkin ahli keluarganya yang bermasalah.”

“ Mungkin kita sendiri yanag bermasalah,” kata Karim.

“ Abang kamu sudah berkahwin. Dan sekarang fokus ayah, kamu perlu menamatkan zaman
solo kamu. Lagi cepat lagi baik.”

“ Bukan Tina tak hendak berkahwin, ayah. Ayah tengok sendiri keadaannya, Orang yang Tina
sayang juga dikejar oleh orang lain.”

“ Boleh ayah tahu, siapa dia orangnya?”

“ Azuara. Anak pakcik Azimin. Tina dapat tahu mereka sangat mesra. Mereka sudah
terlanajur..”

“ Kamu begitu juga?”

“ Tidak. Ayah boleh percayakan Tina. Tina masih anak dara, ayah.”

“ Ayah percayakan kamu.”

“ Baru-baru ilni Tina dengar mereka pergi makan angin ke Phuket.”

“ Tina cemburu juga tetapi Tina tidak boleh menghalang orang melakukan apa yang Tina
sendiri tidak boleh melakukannaya. Biarlah mereka buat apa yang mereka mahu, asalkan
bukan Tina. Tina ada pegangan hidup sendiri. Tina tidak akan tidur dengan lelaki yang bukan
suami sendiri.”

94

“ Ada orang berkata, dia tidak akan tidur dengan lelaki yang tidak dicintai, “ kata Karim.

“ Meniduri lelaki yang dicintai bukan bermaksud suami yang dicintai,” kata Kartina.

Karim seterusnya bertanya, adakah Azura menjadi punca dia tidak mahu berkahwin? Kartina
mengatakan ada sebab lain lagi yang menghalang mereka menyegerakan perkahawinan
mereka. Mereka perlu waktu. Mereka perlu bersabar. Waktu itu mungkin panjamg. Karim
bagaimanapun berharap sangat Kartina dapat mengatasi masalahnya dengan segera kalau
tidak mungkin dia sendiri akan berkahwin sebelum Kartina.

Kartina tidak mahu berterus terang dengan ayahnya tentang satu perkara aneh yang Kartina
hadapi tetapi dia terlepas cakap juga.

“Tina mungkin akan menunggu sampai isteri abang Bakrri meninggal dunia.”

Bab 33

Esah sakit, Dia berada di hospistal. Basri dengan Bobi berada di hospital melawat ibu mereka
Kamal pun ada bersama. Bakri sentiasa berada di sisi Esah.

Azimin dan Karim turut melawat Esah di hospsital. Darisa dan Farina juga ada bersama.

“ Datang melawat ibu mertua ke?” Darisa menyindir Farina.

“ Sekali lagi kamu cakap aku saman kamu. Aku datang melawat besan sakit.”

“ Ya jangan besan jadi ibu mertua,” kata Darisa.

Darisa dan Farina didatangi Basri. Keadaan menjadi tegang kerana berlaku sindir-menyindir
antara Darisa dengan Farina. Mereka sedar mereka berada di hospital tetapi mereka tidak
dapat menahan hati daripada menyindir satu sama lain. Perkataan-perkataan yang diucapkan
pedas dan sinis. Basri mengucapkan helo kepada Darisa yang sudah lama tidak berjumpa.

“ Dia sudah menjadi macam orang bertapa; menjauhi diri daripada lelaki,” kata Farina kepada
Darisa.

“ Sekurang-kurangnya aku telah berhenti buat dosa. Ada orang tu, tak mahu hendak hidup
macam orang lain, tak mehu bertaubat.”

“ Sudahlah, mari kita pergi makan,” kata Basri.

Pergilah dengan Farina. Maaf, saya datang dengan suami saya. Pergilah dengan orang yang
tiada suami.”

Basri menarik Farina dan beredar dari situ.

Bakri memmberitahu Esah susah hati kerana dia tidak dapat menjadi isteri yang bermakna
bagi suaminya. Dia susah hati tentang keidupan Basri yang bergelumang dengan dosa. Dia
juga sedih, Bobi seorng anak yang baik dan cantik pula, berkahwin dengan orang yang sudah
beristeri. Muda-muda sudah bermadu. Dia juga sedih kerana dia tidak dapat berlaku adil

95

kepada suaminya sebab menghalang suaminya berkahwin lain. Esah juga tahu ada orang
sedang menunggu suaminya.

Azimin dan Karim berharap Esah cepat sembuh dan boleh balik ke rumah tidak lama lagi.
Buat sementara waktu, biarlah dia berehat di hospital dan mendapat rawatan yang
sempurna.Karim adalah besan Esah. Azimin adalah rakan keluarga Esah, rakan niaga Bakri.
Kedua-duanya tahu anak-anak mereka sedang menunggu kematian Esah.

Tidak kelihatan di hospital pada hari itu adalah Asfa dan adiknya Azura, dan Kartina.

Bobi bercakap dengan Basri di pejabat Basri pada hari itu. Mereka bercakap perkara-perkara
umum termasuklah tentang kehidupan berumahtangga.

“ Abang patut berumahtangga. Abang layak beristeri,” kata Bobi kepada Basri.

“ Ya,” jawab Basri.

“ Abang ada pekerjaan yang baik, ada pendapatan yang tetaap dan lumayan, ada rumah
tempat tinggal.”

“ Ya?”

“ Abang sihat, gagah, kacak. Tentu tak ada wanita terlepas pandang.”

Basri menjelaskan, dia belum bersedia untuk berumahtangga. Dia juga susah hendak
percayakan orang kerana pada pandangannya, ada orang hendak bersuka-suka dengan dia
bukan hendakkan dia sebagai suami.

“ Abang cuma bimbang ditangkap khalwat. Abang tak takut didenda tetapi takut
dipenjarakan,” kata Basri kepada adiknya, Bobi.

“ Sampai bila abang nak hidup macam tu. Sentiasa dalam ketakutan.”

” Abang tahu mesti ada masa abang jemu dengan kehidupan sekarang. Tetapi abang nak
beritahu kamu, abang tidak suka jenis isteri yang suka meminta-minta.”

“ Abang ada banyak syarat ketat memilih isteri. Sebenarnya abang patut tahu, sekiranya
abang berkelakuan baik, abang boleh berharap mendapat isteri yang baik, kalau tidak abang
mungkin akan mendapat orang yang seperti abang juga.”

“ Abang pun berharap abang dapat hidup bahagia seperti kamu. Tenteram hidup kamu, Bobi.”

“ Insya Allah.”

Bakri dengan Kartina di Pantai Puteri. Kartina memegang lengan Bakari. Mereka berdirti
sahaja di tepi bangku yang tersedia di situ. Dari situ namlpak sejajaran pokok ru menahan
cahaya matahari petang daripada terus membakar mata mereka.

“ Mengapa kak Esah tu lambat mati, ya?” Kartina berseloroh dengan Bakri.

“ Mengapa? Tina suka dia mati cepat supaya kita dapat kahwin cepat.”

“ Kalau dia mati pun, belum tentu kita dapat berkahwin, abang.”

96

“ Mengapa tidak boleh?”

“ Itu yang dibawa ke Phuket kan ada,” kata Kartina.

“ Kamu maksudkan Azura?”

“ Ha laa. Azura yang mesra tu . Kikikik.”

“ Kak Esah tu tak patut melarang abang nak kahwin lagi kan, abng?”

“ Ya tak patut. Abang boleh kahwin bila-bila masa sahaja, sebenarnya.”

“ Habis buat apa abang biarkan orang di sini tertunggu-tunggu macam menunggu buah tak
jatuh?”

Kartina ketawa. Bakri pun ketawa juga.

“ Tidak patut dia mengungkit perkara lama, masa abang susah dulu,” kata Kartina dan
kemudian dia menyambung,” Azura tu satu langkah ke hadapan. . Dia meninggalkan Tina di
belakang, kikikik.”

Kartina merapatkan bahunya ke bahu Bakri. Bakri merangkul bahu Kartina yang sebelah lagi.
Kartina memandang Bakri. Mereka tersenyum. Kartina melepaskan tangan Bakri yang
memeluknya dan dia memegang tangan itu dengan errat.

Dalam hati kecil Kartina, dia berkata dia tetap dengan cara hidupnya yang tidak mahu ambil
pusing tentang aktsiviti orang lain yang dia tidak dapat mengikutnya Biarlah mereka dengan
cara mereka dan dia dengan cara dia..

“ Tina sayang abang. Harap kita dapat berkahwin dengan seberapa cepat yang boleh.”

Bakri ketawa, Katina pun ketawa. Kemudian mereka beredar dari Pantai Puteri dan mereka
singgah sekejap di rumah anak yatim tidak jauh dari situ.

Basri masih tertingat Bobi menasihatkannya supaya menghentikan aktiviti seksualnya dengan
Farina, berkawinlah dengan Farina kalua iitu yang dikehendakinya.. Basri kurang yakin sama
ada sesuai atau tidak.

Basri makan tengah hari di sebuah resort di Tanjung Bidara dengan Farina. Farina berpakaian
cantik, ketat, nampak susuk tubuhnya dan tidak bertudung. Rambutnya baru didandan di
sallum. Kelihatan masih cantik dan bergaya.

“ Basri, tolong bawa kopi.”

“ Ya sayang, Nak susu tidak?

“ Ambil krimer dan gula.”

Basri ikut sahaja cakap Farina. Nampaknya seperti ada kasih saying antara meeka.

“ Nak rasa pudding? Nampak sedap,” kata Basri.

“ Boleh juga sayang. Ambillah.”

97

Farina mengoyakkan paket susu dan gujla, dimasukkan ke dalam cawan kopinya. Basri
menikmati keenakan pudding yang dia sendiri tidak tahu apa namanya.

Memandang kepada Farina, Basri teringat percakapannya dengan Bobi sebelum itu. Bobi
menasihatkan Basri supaya menamaatkan zaman bujangnya, berkahwin dan hidup
berkeluarga seperti orang lain.

Basri terfikir juga hendak berkahwin, siapa yang sessuai dengannya? Dia sibuk melayani Farina
sampai dia sendiri tiada calon isteri yang sessuai melainkan Safiyah yang pernah ditidurinya.
Bobi suruh Basri mencari orang yang baik-baik. Tetapi Basri terfikir pula adakah dia seorang
penzina boleh berkahwin dengan gadis baik-baik? Siapa yaag hendakkan dia yang digelar
gigolo? Barulah dia sedar, dia patut bimbangkan gaya hidup orang kaya yang lepas laku.
Adakah orang yang baik-baik itu sessuai dengannya? Atau Safiyah, yang juga penzina, tidak
menjaga kehormatannya, dan yang banyak meminta-minta? Belum ada apa-apa ikatan,
Safiyah sudah minta Kamal bell saawah. Sifat suka meminta-minta itulah yang menyebabkan
Erniyani dan Bobi naik berang.

“ Apa yang direnung jauh tu? Teringat Acheh ke? Orang Melaka kan ada ni?” Farina mengusik
Basri. Basri ketawa sahaja.

“ Sayang, kahwin dengan saya?” Terhambur kata-kata yang sebelum itu tidak terfifkfir
langsung oleh Basri.

“ Tidak ada orang yang lebih muda daripada saya ke?”

Mereka ketawa.

“ Oranga muda tidak sama dengan yang berpengalaman ini. Yasng ini bukan sahaja cantik,
romantik dan lebih-=lebih lagi banyak duit pula.”

“ Nak saya ke, nak duit saya?” Farina bertanya.

Mereka ketawa kecil.

“ Dua-dua, semuanya,” kata Basri sambil ketawa.

Farina banagun dan menarik hidung Basri. Basr menolak sambil mengaduh.

Ssselaaepas makan, Bassri dan Farina bertolak ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui tol Pedas-
Linggi. ke Kuala Lumpur.

“ Kita fikirkan sama-sama ya sayang “ kata Farina kepada Basri sambil merebahkan kepalanya
ke bahu Basri yang sedang memandu kereta.

“ Macam mana terfikir hendak berkahwin pula.? Tak kahwin pun tak apa, kan?” Bassri
menyindir Farina. Dia ketawa. Farina ikut ketawa.

“ Isy…” Farina terasa malu-malu dan mencubit paha Basri. Satu cubitan manja yang
menyenangkan dan membahagiakan Basri.

Azura di biliknya bersendirian. Dia memakai baju tidur yang nipis dan longgar. Dia memaakai
earphones di telinga. Perhatiannya fokus kepada youtube. Dia mencari video clipo, dia

98

melepaskan earphones d telinganya dan meletakkan telefonnya ke bawah bantal. Azura
baring-baring, berguling-guling ke kiri dan ke kanan. Matanya tidak mahu lelap juga Lantas
Azura teringat kepada kekasihnya, Bakri.

“ Abang, Zura rindu kepdamu 100%, sayang. Di mana abang sekarang? Abang sedang buat
apa sekarang?”

Tidak berjumpa dua tiga hari boleh ditanggung dengan telefon sama ada membuat panggilan
terus, messenger atau whatsapps tetapi jika penggilan tidak dapat dibuat, mesej messenger
dan whatasapps tidak dijawab, hati mulai risau, galau, letih menunggu , penat menanti. Maka
bermacam-macamlah perasaan bermain di dada, sesak, sebak, resah, gelisah, kehilangan
kepercayaan, cemburu, rasa tidak dihargai, tidak dipeduli seolah-olah ditinggal , lantas air
mata tidak dapat ditahan, mengalir laju bagai embun jatuh dari daun.

“ Abang Bakri. Mengapa abang tidak melamar Azura? Adakah abang pilih Kartina yang kolot
itu?”

Azura tidak dapat mengawal emosi dengan melepaskan geramnya kepada sahabatnya,
Kartina. Azura juga berasa pelik mengapa dia dan Kartina bersaing untuk mendapat sekeping
hati Bakri?

“ Oh Tuhan. Aku sayang kepadanya. Janganlah aku dibiar terkapai-kapai tanpa dahan untuk
berpaut. Adu perlukan dia, oh Tuham.”

Azura tidak dapat membuat gambaran bagaimana kalau kekasihnya itu mimilih orang lain?
Matilah dia rasanya. Hancur rasa harapannya dan dia terfikir akan pergi menangis kuat-kuat
di hadapan orang yang dikasihi itu. Dia mahu orang tahu betapa menderitanya dia kerana
kasih putus di tengah jalan.

Azura mengeluarkan telefonnya dari bawah bantalnya dan membuat panggilan.

“ Abang..”

“ Ya sayang. Kenapa?” Bakri bertanya.

” Rindu abang serratus persen.”

“Tidurlah. Sudah lewat ni. Esok kita ke luar bandar. Memandu kereta di tengah-tengah pokok
kelapa sawit dan pokok getah sungguh menyegarkan.”

” Abang cadang ke mana?”

Azura teruja juga dengan cadangan perjalanan serupa itu.

“ Kita pergi ke Tangkak, kemudian Labis dan Segamat.”

“ Suka. Belum pernah tengok Labis dan Segamat.”

“ Orang kata wanita Segamat cantik-cantik kan abang?”

“ Karut. Di Melaka pun ada yang cantik macam Azura ni haha.”

Azura ketawa.

99


Click to View FlipBook Version