Normah pun bukanlah hebat sangat tetapi dalam facebook nampak lebih cantik dan lebih
muda daripada yang sebenarnya yang dilihat Bakri.
“ Wanita mana tidak mahu kelihatan cantik, bang. Mereka bukan menipu. Mereka hanya
menggunakan kemudahan yang ada untuk diri mereka kelihatan cantik.”
” Normah pun nampak lebih cantik dan lebih muda di facebook.”
“ Biasa saja abang. Kan ini Normah ada di sini. Abang boleh tengok sendiri. Bukan Normah
sengaja cari alasan mengelak daripada tidak mahu bertemu dengan abang. Ada orang tidak
mahu berjumpa dengan sahabat facebook kerana takut penipuan mereka terbongkar,” kata
Normah.”
“ Kebanyaakan kita yang aktif di facxebook ini adalah orang yang bermasalah. Tentu sekali
kita tidak mahu mengakuinya. Sebenarnya orang yang tidak bermasalah, tidak mahu
bersembang sampai empat pagi. Apa hasil yang kita dapat dengan bersembang sampai
telelefon jatuh ke muka kerana mengantuk.”
“ Normah pernah mengalaminya. Telefon jatuh atas hidung kemudian mata yang mengantuk
jadi tak mengantuk. Sambung sembang entah apa-apa cerita sampai tak sedar bila tetidur.”
“ Itu bukan sembang dengan abang ya.”
” Bersembang dengan abanglah tu. Abang ada banyak cerita yang Normah suka dengar.”
“ Normah suka bersembang dengan orang yang tidak dikenali?”
“ Tidak. Normah kenal abang sikit-sikit. Tempat tinggal abang, dan kereta yang abang drive,
Normah dah tahu latar belakang abang. Abang orang kaya , kan?”
“ Siapa cakap?” Bakri bertanya.
“ Tahulah.Kualiti pakaian yang abang pakai, Norma dah tahu abang bukan orang biasa.
Normah bukan bodoh sangat. Itu kereta Mercedes Benz siapa punya?” Normah bertanya
Bakri sambil menunjuk ke arah kereta Bakri di parkir depan hotel.
“ Lain kalikita ronda-ronda tengok negeri Melaka bersejarah I kalua Normah sudi.”
“ Sekarang pun boleh , bang.”
“ Tak jadi nak duduk-duduk di tepi pantai?”
“ Lain kali pun boleh,” kkaa Normah.”
“ Jom,” ajak Bakri.
Tempat yang pertama sekali mereka lawati adalah dusun durian Bakri. Normah takut melihat
hutan itu dari jauh. Kemudian Bakri beritahu dia itulah dusun duriannya. Luasnya sepuluh
hektar.
Masa itu tidak nampak Hasnah di dusun itu . Mungkin masa itu masih awal. Bakri berjalan-
jalan dalam dusun itu di kawasan berdekatan dengan perjabat pengurus. Bakri nampak
200
pekerja-pekarja sedang menyembur racun di tepi-tepi pokok durian dan pokok betik.
“Normah suka pemandangan di sini.”
“ Berani tinggal di sini.?”
“ Tak berani.”
Bakri ajak keluar dari situ. Normah menarik tangan Bakri sambil memandang tepat ke
matanya dan dia tersenyum. Bakri merangkul pinggang Normah dan mereka berpelukan.
“ Normah sayang abang pada pandang pertama, abang.,” bisik Normah ke telinga Bakri yang
masih menciumnya dengan bernafsu.
Balik dari Melaka, Normah memuat naik banyak gambar tempat-tempat menarik di Melaka
termasuk Pantai Puteri , Pantai Klebang, Bandar Hilir termasuk Jonker Walk, gambar-gambar
selfie dengan Bakri dan gambar-gambar di dusun durian dengan ulasan yang menaarik
antaranya:
“ Dulu aku tak tahu apa erti cinta. Sekarang aku tahu apa dia cinta. Sekarang aku tahu siapa
dia.”
Posts Normah ke facebook mendapat reaksi baik dan pantas. Normah mendapat banyak
likes dan komen positif serta ada yang lucu.
Di Melaka, Azura sangat marah kepada Bakri. Basri dan Bobi juga tidak suka dengan apa
yang dilihat dan dibaca di facebook itu. Kartina tersenyum sahaja.
“ Belum jadi hak kamu,” kata hati Kartina, dituju kepada Azura.
Sebagai tindak balas, Azura pula memuat naik beberapa keping gambar pertunangannya
dengan Bakri. Antaranya, gambar Bakri sedang menyarung cincin pertunangan ke jari Azura.
Mereka berpakaian pertunangan yang cantik. Gammbar-gambar itu diberi ulasan yang
menarik, antara lain seperti:
Jatuh tebing kerana licin,
Baju basah kering sendiri;
Bagai jari disarungkan cincin ,
Bagai inai merah di jari.
Bab 48
Majlis perkahwinan Asfa, Azura dan Farina sudah hampir tiba. Mereka yang berkenaan telah
mengkuti kursus perkahwinan. Mereka juga telah menjalani imbasan HIV, dan telah mengisi
borang permohonan untuk berkahwin. Mereka memilih mengadakan majlis akad nkah di
masjid Pantai Rombang.
Bobi telah memungut wang daripada ayahnya, Bakri, daripada Azimin dan daripada Karim
sebanyak M45k dan duit itu disimpan dalam akaun Bobi di Tabung Haji. Jumlah ini tidak
termasuk belanja hangus, mas kahwin, upah nikah,sagu hati kepada Sidang Pantai Puteri.
Bobi tidak berrtugas menyusun aturcara majlis. Dia hanya bendahari yang menguruskan
kewangan majlis. Bobi hanya perlu membayar dan simpan resit-ressit bayaraan dengan baik
untuk diperiksa kemudian. Bobi perlu menyelesailkan bayaran kepada caterer makanan pagi
dan petang pada hari 25/12 (pagi bagi majlis khatam al-Quran dan bacaan tahlil dan doa
selamat, petang bagi majlis akad nikah), dan membuat pembayaran atas pembelian door gifts
bagi tetamu.
201
Bobi mendapat tahu bahawa majlis berzanji dan merhaban tidak dapat diadakan
sebagaimana yang dirancang awalnya kerana kumpulan berzanji wanita Pantai Puteri tidak
dapat mengumpulkan ahli yang mencukupi kerana ada ahli-ahli kumpulan berzanji itu telah
tidak aktif lagi.
Bayaran juga perlu dibuat kepada rias penganatin, kumpulajn kompang dan bayaran untuk
majlis kenduri pada 26/12 kepada hotel. Bobi dijangka selesai membuat pembaaran pada
25/12 petang kerana pada malamnya dia dan Kartina akan bertolak ke Beijing.
Rumah Bobi dan Erniyani sudah siap dibina dan mendapat kelulusan untuk didiami. Meeka
telah mengosongkan kondo yang mereka diami sekarang dan berpindah ke rumah baru
mereka di Bukit Katil.
Malam Jumaat pertama, Erniyani mengadakan jamuan untuk keluarga, sahabat-sahabat dan
jiran-jiran selepas membaca surah yasin, tahlil dan doa selamat. Malam Jumaat berikutnya,
Bobi mengadakan majlis yang sama di kediamannya pula.
Bobi dan Erniyani sedang merancang hendak menanam pokok yang sesuai di sekeliling rumah
mereka.
“ Er , ikut kakak pergi ke nursery cari pokok yang sesuai untuk kita tanam,” Bobi mengajak
Erniyani ke Melaka mencari anak pokok rambutan dan mangga.
“ Ya. Boleh. Er suka juga pokok bunga kertas dan orkid.”
Bobi memandu kereta Proton Saga barunya. Erniyani duduk di sebelahnya. Mula-mujla
mereka singgah di UTC, Melaka. Di pekarangan bangunan UTC itu mereka terjumpa orang
menjual benih pokok mangga, durian belanda, rambutan, dan limau purut. Mereka beli
semua jenis pokok itu, seorang sepokok. Erniyani hendak membelli banyak lagi tetapi boot
kereta proton saga tidak dapat dimuat dengan lebih banyak pokok itu.
“ Lain kali kita daatang dengan dua kereta.”
“ Lain kali kita caari pokok bunga pula,” kata Erniyani.
“ Bobi minta tolong Hasnah hantarkan dua oran pekerja ddusun durian ke rumah mereka
untuk membantu mengorek lubang dan menanam pokok maagga, limau purut , durian
belanda dan rambuan. Bobi juga minta Hasnah membawa sekikit baja untuk pokok – pokok
itu.
“ Memang Bobi minta bantuan daripada orang yang betul. Jangan bimbang.,” kata Hasnah.
Mereka ketawa.
Tengah hari itu mereka pergi makan kari kepala ikan di Semabok, tidak berapa jauh dari Bukit
Katil. Bobi memberi upah kepada pekerja-pekerja Hasnah dan memberikan Hasnah duit
minyak keretanya.
“ Terima kasih kerana membantu mananam pokok-pokok di rumah kami,: kata Bobi kepada
Hasnah dan pekerja-pekerjanya.
202
“ Sama-sama, kak Bobi, kak Erniyani. Lain kali datanglah ke hutan tu, saya tunjuk bagaimana
hendak menjaga pokok -pokok bunga dan bagaimana hendak mencantum pokok-pokok itu.”
Erniyani balik ke rumah kondonya untuk mengambil baki pakaian yang masih tertinggal di
rumah lama itu. Tiba-tiba terperanjat dia kerana muncul membuka pintu adalah Safiyah.
Safiyah menyambut Erniyani dengan senyum. Eniyani pada mulanya tidak ingin menegur
Safiyah tetapi dia teringat Safiyah adalalh sepupunya, anak saudara ibunya.
“ Bila kamu ke sini? Kamu buat apa di sini?” Erniyani bertanya. Safiyah.
“ Aku sudah dua hari di sini. Aku di sini didaftar sebagai pembanatu rumah. Majikan aku
adalah abang Kamal.”
“ Kamu tidak boleh lagi menghalau aku. Majikan aku boleh. Aku hanya perlu berbuat baik
dengan majikan aku.”
“ Majikan kamu suami aku,” kata Erniyani.
Erniyani sanat marah kepada Safiyah dan Kamal. Erniyani ingat antara Kamal dengan Safiyah
sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Erniyani kesal keana perkara begitu harus terjadi
kepadanya. Oranag lain mahukan suaminya sebagaimana dia memerlukan suaminya.
“ Inilah padahnya berkahwin dengan orang ada wang dan ganteng pula. Ada orang lain yang
sedang menunggu dan menanti masa yang sesuai untuk merampas suami aku. Adui…,” keluh
Erniyani.
Semasa hendak turun dari kondo itu, Erniyani sempat bebisik kepada Safiyah,” Datanglah ke
rumah aku. Datang dengan abang Kamal.”
“ Ya. Sangat berterima kasih,” kata Safiyah.
Bobi dan ayahnya, Bakri memandang serius perkembangan ini. Bobi anggap perbuatan Kamal
dengan Safiyah sudah melampaui batas. Bakri merasa geram dan macam hendak melanyak
Kamal dengan teruk supaya dia tidak lagi dapat melukai hati Bobi.
“ Ayah tengok dahulu. Ayah jangan risau kan saya keana saya bersedia menghadapi perkara
seperti ini. Saya sudah mempesiapkan kekuatan mental sebelum mengahwini Kamal.”
Bobi tahu apa akan berlaku kalau ayahnya marah. Bakri bukanlah orang yang sabar dengan
provokasi orang.
Semasa Safiyah berada di rumah Erniyani di Bukit Katil itu, Safiyah ada berkata,” Abang Kamal
tentu tidak ada masalah memberi sebuah rumah macam ini kepada wanita simpanannya.”
Erniyani menyampaikan apa yang didengarnya daripada mulut Safiyah kepada Bobi.
Heboh kondominium Karim Tower pada suatu pagi. Rumah Kamal dicerohohi dan Safiyah di
dalamnya diperkosa. Tiada kesan yang ditinggal oleh penceroboh-penceroboh itu. Mereka
bertopeng dan memakai sarung tangan . Hanya yang tinggal adalah air mani merka kepada
Safiyah. Cctv tidak dapat mengecam rupa mereka. Nombor pendaftaran kereta mereka
adalah palsu.
203
“ Pergi balik. Jangan datang lagi ke sini,” kata seorang daripada penceroboh-penceroboh itu.
Sebelum siasaatan polis selesai, Safiyah sudah meninggalkan Melaka dan balik ke
kampungnya.
“ I’ll come back,” Safiyah meninggalkan satu nota kepada Erniyani.
“ No. You don’t,” kata Erniyani dalam hatinya sebagai membalas nota itu dengan yakin
bahawa Safiyah mungkin sudah serik.
Bobi mulai sedar bahawa kebahagiaan yang dikecapi sekarang bukanlah datang sendiri tetapi
kebahagiaan yang diramncang. Dia memandang Erniyani dengan pandangan yang sedih dan
kesal apa yang berlaku kepada Safiyah. Bobi berpendapat Safiyah dalam usaha mencapai apa
yang dikehendakinya datang seperti jentolak menolak apa sahaja di depannya tetapi jika
jentolak itu dapat dihalang , padanya makan diri.
Bab 49
Erniyani balik ke Lhoksuemawe berjumpa ibunya. Erniyani menceritakan apa yang berlaku
pada Safiyah di Melaka.
“ Ibu tahu tak apa yang Safiyah buat di Melaka? Dai jadi perempuan simpanan abang Kamal.”
“ Kan Kamal ada dua isteri?”
“ Ini tentu bukan idea abang Kamal. Er ingat ini adalah rancana Safiyah. Dia hendak rampas
Kamal daripada Er. Ada perkara yang memalukan terjadi kepada Safiyah.”
“ Apa dia?”
“ Dia telah diperkosa oleh tiga orang lelaki yang mencderoboh masuk ke rumahnya.”
“ Siasatan awal mendapati tujuan pencerobohan itu bukan hendak merompak kerana tiada
barang-barang yang terusik. Tiada almlari yang diselongkar.”
“ Tujuannya?”
“ Hendak menakutkan Safiyah,” kata Erniyani
“ Safiyah disuruh tinggalkan Melaka dan balik ke kampungnya dan jangan datang-datang lagi
ke Malaysia.”
“ Ibu tolong nasihatkan dia supaya jaga diri dan jangan pergi lagi ke Melaka kerana hendakkan
abang Kamal itu. Er takut perkara yang lebih buruk akan belaku jika dia terus berdegil.”
Salmah sepupu Bobi yang bekerja di rumah Karim pun merasa takut dengan apa yang berlaku
kepada Safiyah. Dia mulai takut hedak berjumpa dengan Kamal secaara terang-terang lagi.
“Sal ada saudara di sini. Sal adalah sepupu Bobi. Tak kan boleh berlaku ke atasnya seperti yang
berlaku kepada Safiyah.”
204
“ Bagaimana pun, kamu mesti hati-hati . Jangan keluar rumah bersendirian . Kalau
bersendirian di rumah, pastikan semua pintu ditutup dan dikunci,” pesan Bobi kepada
Salmah.
Azura pergi ke rumah Bakri di Taman Cheng Baru. Tujuannya hendak berjumpa dengan Esah.
Bakri tiada di rumah, mungkin dia pergi melawat dusun duriannya.
“ Assalaamualaikum, Kak Esah.”
“ Waalaikum salaam, Azura. Mari sini. Duduk sini kita bersembang,” kata Esah.
“ Kakak sihat hari ini?”
“ Tak berapa sihat. Bagaimana Azura sekarang? Happy? Nak kahwin tak lama lagi,” kata Esah
kepada Azura.
” Ya. Minta maaf kak. Zura akan brkahwin dengan abang Bakri walaupun ada keberatan di
pihak kakak.”
“ Tidak mengapa, Azura. Kakak dah tidk boleh lagi menjadi isteri seperti orang biasa lagi.
Biarlah dia berkahwin lagi asalkan dia tidak membuang kakak yang tua dan lumpuh ini.”
“ Jangan kakak Esah bercakap begitu. Sedih Zura mendenarnya. Abang Bakri idak akan
membuang kakak kerana dia sayangkan kakak. Kakak jangan kecil hati sebab Zura ambil abang
Bakri jadi ssuami Zura. Harap kakak Esah restu kami. Zura berjanji tidak akan meminggirkan
kakak. Kakak anggaplah Zura ini sebagai adik kecil kakak,” kata Azura.
Azura kemudian menyambung,” Abang Bakri sayangkan kakak sebab itulah dia tidak pernah
menyebut hendak berkahwin lagi.”
“ Tapi kakak tahu pandangannya kepada kakak seolah-olah meminta kebenaran kakak supaya
memberikan dia kebenaran untuk berkahwin. Kakak pentingkan diri kerana kakak melarang
dia bekahwin lagi,” kata Esah.
Esah mula sebak dan menangis lantas mengalir air mata. Pertuturannya tersekat-sekat. Dia
sedih.
“ Sekarang kakak tidak melarang lagi abang Bakri berkahwin lain. Sepatutnya abang Bakri
berterima kasih dengan kakak.” Kata Azura.
Esah mengesat air matanya dan menyapu air matanya dengan tuala kecil yang ada padanya
kemudian dia menunjukkan satu kotak kayu yang berukir dan mina Azura mengambilnya.
“ Cuba kamu buka dan tengok apa yang ada dalam kotak itu.”
“ Barang kemas kakak, ya?” Azura bertanya Esah.
“ Ya. Ambillah yang mana kamu suka. Anggaplah ini hadiah perkahwinan daripada kakak
kepada kamu.”
Azura pula mengalirkan air mata. Tidak tergamak hendak mengambilnya setelah mengambil
suaminya.
205
“ Tak payahlah kakak. Aura dapat berkahwin dengan abang Bakri pun sudah baik,” kata Azura.
Esah sendiri mengambil seutas rantai tangan dan diberi kepada Azura. Azura enggan
mengambilnya tetapi dia dipaksa mengambilnya. Azura dengan air mata bergenang di bibir
matanya , menyambut rantai tangan emas yang diberi oleh Esah. Azura memakai rantai
tangan itu ke tangannya. Cantik. Warna kulitnya yang putih dihiasi dengan kilauan warna
emas memang cantik.
” Terima kasih kak Esah,” kata Azura kepada Esah.
Azura mencium kedua-dua belah pipi Esah. Kedua-duanya menangis kerana terharu.”
‘Kalau Bobi dapat tahu tentu dia iri hati dengan saya,” kata Azura kepada Esah.
Esah mengatakan itu tidak akan berlaku. Bobi tetap akan mendapat haknya, dan dia minta
Azura jangan berasa risau tentang itu.
“ Kkananlah kamu risau sangat. Ambillah rantai tangan itu sebagai hadiah kakak kepada
kamu.”
“ Terima kasih sekali lalgi kak Esah.”
“ Terima kasih kembali. Sama-sama.”
Azura menolak Esah dengan kerusi rodanya keluar ke halaman rumahnya. Dia mahu Esah
mengjhirup udara segar dan mendapat sedikit cahaya matahari. Mereka terus bercakap
tentang diri mereka masing-masing. Esah suka bercakap tentang Bobi tetapi dia tidak
bercakap tentang Basril. Dia suka sikap Bobi yang tildak terpengaruh dengan cerita klise
berkaitan dengan kehidupan bermadu. Dia dapat hidup dengan Erniyani dengan harmoni.
Dia juga suka dengan cara Kamal melayani isteri-isterinya. Dia nampak adil, beli kereta
seorang sebuah,beli rumah seorang sebuah. Azura tahu kelemahan Kamal ialah dia seorang
womanizer yang aktif.
Bakri berjumpa dengan Karim, besannya. Dia melamar Kartina menjadi sebagai isterinya yang
ketiga. Karim kurang percaya dengan apa yang didengarnya. Mengapa dia tidak berkahwin
sahaja dengn Kartina besama dengan Azura? Pada pandanagan Bakri, dia tidak mahu
merendahkan Karim denan berbuat demikian. Nampak sangat murahnya Kartina dengan
Azura jika kedua-duanya berkahwin serentak, macam beli ikan di pasar, dua tiga ekor ikan
sekali timbang.
Bakri sudah beritahu Kartina tentang perkara ini tetapi dia tidak tahu Kartina percaya atau
tiidak. Dia akan mengambil Kartina sebagai isterinya jika Karim tidak mengahalangnya.
Sekarang ini , Bakri adalah besan Karim. Jika dia mengahwini Kartina, Bakri adalah menantu
Karim. Bagi Karim, Bakri adalah besan dan juga menantu. Bakri kena panggil ayah kepada
Karim.
Kamal adalah menantunya sekarang tetapi kemudian akan jadi abang iparnya. Kamal panggil
dia ayah mertua dan pada masa yang sama Kamal boleh panggil dia adik ipar. Satu jaringan
yang pelik.
206
“ Ya. Saya setuju. Beri saya hantaran RM30k, tidak termasuk mas kahwin, upah nikah, sagu
hati Sidang dan hadiah-hadiah iringan.”
“ Nak buat majlis pertunangan?”
“ Tentulah kena buat. Kartina tu anak dara. Dia juga orang kaya, jutawanita, kamu pun tahu
kan? Bukan macam ikan di pasar,” kata Karim. Karim terus menyambung,” Ya. Dalam majlis
pertunangan itu , kamu bawa separuh daripada RM30k tu, dan sebentuk cilncin emas belah
rotan dan sebentuk cincin berlian.
“Saya setuju. Kita adakan majlis pertunangan selepas 26hb Disember.”
Mereka menghabiskan minuman mereka dan beredar dari situ. Di luar Nampak dua buah
kereta Mercedes Benz keluar dari pekarangan hotel. Kedua-duanya belok ke kanan, menambil
jalan ke simpang Tangga Batu (kuburan), belok ke kanan ke simpang Tangga Batu (masjid), ke
Bukit Rambai, belok ke kiri di persimpangan Tanjung Minyak hingga ke persimpangan Cheng.
Mereka belok ke kiri. Bakri masuk ke Taman Cheng Baru manakala Karim terus mengambil
Lebuh SPA ke Ayer Keroh.
Bakri berjumpa dengan Sslmah, anak saudaranya dari Ssabah yang menjadi pembantau
rumah di rumah Karim. Bakri bertanya tentang hal-hal keluarga Salmah di Sabah. Bakri
menasihatkan Salmah supaya pandai-pandai jaga diri. Jangan jadi sampai menyusahkan diri
kerana kecuaian sendiri.
“ Undle ingat kamu orang berpelajaran tahu macamm mana nak jaga diri,” kata Bakri.
” Maafkan Sal uncle. Sal tak pandai jaga diri. Sal menyusahkan uncle.”
“ Kalau kamu perlukannya , kamu tahu apa yang harus kamu lakukan,” kata Bakri kepada
Salmah.
“ Kadang-kadang kita tak bersedia, Uncle. Bila rasa nak saja, tak ingat apa-apa dah,” Salmah
berterus- terang.
“ Kamu sepatutnya malu bincang perkara ini dengan uncle.”
“ Ya. Sal malu , uncle.”
Bakri kemudian mengingatkan Salmah bahawa ibunya tentu bimbangkan keselamatan
Salmah di Melaka ini. Ibu kamu berharap kamu akan bekerja dengan baik-baik dan mendapat
jodoh dengan orang yang baik-baik juga.
“ Ibu dah tahu.. Dia marah betul. Dia kata Sal tak pandai jaga diri, Uncle. Kalau kita sayangkan
seseoarang kita sanggup memberi apa sahaja yang dia minta.”
Bakri tidak mahu mengulas apa yang dikata oleh Salmah itu. Bakri bertanya sama ada Salmah
masih ingin duduk di Melaka ini. Kalau Salmah hendak balik ke Sabah, dia boleh uruskan.
“ Sal suka duduk di sini, Uncle,” kata Salmah.
“ Jangan pisang berbuah dua kali, ya Salmah,” kata Bakri kepada Salmah.
207
“ Ya, Uncle. Sal minta maaf banyak-banyak.”
Walaupun Salmah berjanji dengan Bakri tidak akan berlaku lagi kehamilan sebelum nikah,
Salmah terus berjumpa dengan Kamal dan mereka mengulangi kegiatan zina yang tidak dapat
mereka kawal.
Terima kasih kerana Uncle membiayai semua perbelanjaan pergi ke Phuket dan membayar
bil hospital.”
“Uncle memolong saudara terdekat. Itu adalah kewajiban.”
“Kalau Uncle sayangkan Sal, tolonglah cari pekerjaan lain untuk Sal.”
“ Kerja di hotel kamu mahu? Ada kerja kosong di dapur.”
“ Nak. Sal setuju.”” Baiklah . Insya Allah, “ kata Bakri.
Cikgu Ismail berhubung mesej dengan Kartina. Dia sedang memujuk Kartina. Kartina
menjawab secara hambar tetapi ada juga sedikit jenaka.
“ Ya sayang. Ada apa? Belum tidur? Nak teman ke? Boleh Tina temankan?”
“ Abang rindu sangat kat sayang. Bila nak turun ke Segamat?”
“Ada apa di Segamat? Udang galah. Daging rusa ada?
“ Senua ada sayang. Gajah pun ada. Ular sawa pun ada.”
“ Kita tak makan ular sawa. Kia tak makan gajah .Kik kik”
“Tina sayang. Abang boleh bawa Tina ronda-ronda bandar Segamat. Abang boleh tunjukkan
bandar Labis. Kalau dah penat, seronook pun habis.”
“Tina ada pantun:
Ronda-ronda bandar Segamat,
Round-round bandar Labis:
Kalau belanja banyak sangat
Tidak sedar duit habis.
Itu pantun Tina.”
“ Tina, abang dah mula sayang Tina tahu.”
“ Tak nak orang botak.”
“ Orang botak panjang akal dan banyak duit.”
” Patutlah dia fikirkan duit dia saja sampai kepala dia botak. Hihi…”
“ Betul sayang. Abang cinakan Tina.”
“ Tak nak. Abang perut besar, buncit. Kepala botak.”
208
“ Orang berumur memang begitulah. Jangan sakit lutut sudahlah,” tulis Cikgu Ismail.
“ Mengapa sakit lultut?”
“ Tak boleh berjalan. Tak boleh panjat pokok kelapa . Kik kik.”
“ Sayang dan jam 1.00 pagi. Abang menganuk.”
“ Jom kita tidur.”
“ Jom,” tullis Cikgu Ismail.
Kedua-duanya peniipu. Kemujdian mereka pergi ke facebook sampai pukul 3.00 pagi Agaknya
masing-masing mungkin ada perkara tertentu yang menarik perhatian mereka.
Kartina sedar Cikgu Ismail ada hati terhadapnya tatapi Kartina tidak sedikit pun ada perasaan
yang sama tehadap Cikgu Ismail. Dia melayan mesej Cikgu Ismail secara selamba kerana dia
tidak mahu Cikgu Ismail terssalah anggap.
Bagi Kartina, dia hanya sayang kepada Bakri. Walaupun Bakri akan berkahwin dengan orang
lain, Kartina mendapat tahu Bakri telah masuk merisik Kartina. Ayah Kartina, telah bersetuju
dengan lamaran Bakri. Begitulah yang difahami oleh Kartina. Dia melompat kesukaan
mendengar berita itu. Tidak lagi dia terasa dipinggir oleh Bakri kerana majlis perkahwinan
mereka akan dilangsungkan kemudian, selepas perkahwinan Azura.
Kartina tidak sabar lagi hendak bertemu dengan Bakri di tempat yang selalu mereka berjumpa
iaitu di Pantai Puteri. Di situlah tempat Kartina meluahkan perasaan suka dukanya semasa
berada bersama Bakri. Kali ini dia ingin sangat hendak mengucapkan terima kasihnya kepada
Bakri kerana melamarnya.Bakri melamar melalui ayahnya adalah cara lama. Dia mahu Bakri
melamarnya secara kebaratan sedikit.
” Kartina sudikah kamu menjadi isteri saya?”
Itulah ayat keramat yang mahu didengar oleh Kartina daripada Bakri, mungkin diiringi dengan
sekuntum mawar biru.
Kartina berharap Bakri melamarnya di Pantai Puteri itu tetapi dia tidak ada halangan jika Bakri
mahu melamarnya di suatu tempat yang ekslusif yang hanya mereka berdua sahaja makan-
makan bertemankan cahaya lilin yang samar-samar.Oh! Alangkah romantisnya Kartina. Ada
pun cara dan tempat yang dipilih oleh Kartina untuk menerima lamaran Bakri tidaklah
dianggap kerterlalauan kerana latar belakang kehidupan Kartina memang wajar, tidak jelik
dipandang kerana Kartina sebenarnya anak gadis kaya, digelar jutawanita yang memandu
kereta Mercedes Benz. Semuanya ini berlegar dalam fikiran Kartina. Bakri munngkin ada
kejutan lebih baik daripada jangkaan Kartina.
Di rumah Karim di Taman Ayer Keroh Permai, sebuah kereta Mercedes Benz menunggu di
luar pagar. Kartina dengan pakaian yang hebat keluar dari rumah itu dan terus masuk ke
dalam kereta yang menunggu itu. Kartina membuat temujanji dengan Bakri hendak bercakap
dengan Bakri di Pantai Puteri tempat yang selalu mereka berjumpa. Dia berharap sedikit
drama akan belaku di Pantai Puteri . Pantai Puteri tempat mereka menyatakan perasaan
209
mereka, tempat yang menyaksikan janji mereka hendak hidup bersama sampai mati.
Keadaan tenteram sahaja di Pantai Puteri pada petang itu, tidak seperti pada hujung minggu
yang sibuk dengan pengunjung tempatan dan luar. Pengawal peibadi Kartina menunggu tidak
jauh dari tempat mereka selalu berjumpa.
Kereta Mercedes Benz berwarna hitam itu dileetaklkan di tepi jalan. Kartina dan Bakri keluar
dari kereta itu dan mereka pergi duduk di kerusi batu yang tersedia di situ. Mereka duduk
berdekatan seperti tidak hendak berpisah atau dipiisahkan. Bakri terfikir dalam hatinya
kehadiran Kartina hari itu sungguh dirasai. Dia dapat merasakan Kartina gembira saat itu.
Merah pipinya dan tersenyum.
“ Abang Bakri. Terima kasih kerana melamar Tina. Tina tidak tahu nak kata apa-apa. Terasa
jantung Tina melompat-lompat dalam dada.”
“ Abang tahu sudah lama Tina mendertita. Tina merasa sangat iri hati dengan Azura. Tapi hari
ini, Tina nampak ceria. Tina mungkin tidak iri hati lagi kepada Azura,” kata Bakri.
“ Buat apa kita bercakap pasal Azura. Tina ada di sini, abang. Kita bercakap pasal kita.”
Bakri menelefon seseorang dan bertanya,” Siap?”
Bakri mengajak Kartina pergi ke hotel di belakang tempat mereka duduk. Mereka
menyeberang jalan dan masuk ke tempat makan di Hotel Pantai Puteri.
Seorang petugas hotel membawa mereka ke suatu sudut yang samar-samar cahayanya.
Mereka minum teh di situ.
Kartina teruja melihat hiasan meja itu . Ada sekuntum mawar merah di dalam vase kecil yang
cantik. Ada lilin sedang terbakar. Ada gelas tinggi berisi air kosong. Ada teh panas dengan
paket gula dan krimer. Kartina tertarik dengan pudding dan kek yang terhidang di meja itu.
Kartina teringat ada orang meletakkan cincin dalam kek sebagai menimbulkan elemen
kejutan. Bakri bangun dan pergi melutut ke sisi Kartina sambil bekata,” Sayangku , adakah
kamu sanggup menjadi isteriku?” Walaupun kotak cinccin dibuka dan dihulur kepada Kartina,
dia merasa sedikit gugup dan tidak terus mengambil cincin itu.
“ Take the ring and say yes, Kartina.”
Kartina menggigil ketika mengambil cincin itu, dan dia berkata,” Yes.”
Lampu ruang diterangkan. Ada orang bertepuk tangan. Bakri menolong Kartina
menyarungkan cincin di jarinya dan mencium kedua-dua belah pipinya.
“ Rasa macam Cinderella. Bahagia sangat,” kata Kartina.
“ Terima kasih kerana menerima abang sebagai bakal suamimu.”
“ Terima kasih juga kerana abang sudi mengambil Tina sebagai bakal isteri abang.Sekarang
abang tunangan Tina.”” Adakah apa yang abang buat ini , menggembirakan kamu sayang?”
“ Tentu sekali darling.”
Kemudian Bakri mengambil mawar merah itu dan menghululrkannya kepada Kartina.
210
Lama juga mereka minum teh di situ sebelum mereka balik. Apa yang berlaku hari itu
dimaklumkan kepada Bobi dan Kamal. Bobi sedang memikikan apa yang harus dipanggil
kepada Kartina. Isteri kepada ayahnya, bermakna ibu tirinya. Bobi kena panggil ibu atau
makcik. Kartina adalah adik ipar kerana dia adik suaminya, Kamal. Dia boleh pangggil Kartina
dengan namanya sahaja kerana Kartina pangkat adik kepadanya. Bobi pelik memikirkannya.
.Di sebelah ayahnya, dia kena panggil Kartina sebagai ibu atau makcik. Di sebelah suaminya
pula, dia boleh panggil Kartina dengan namanya sahaja kerana dia pangkat kakak kepada
Kartina.
Bobi mengucapkan tahniah kepada Kartina atas pertunangannya yang tidak rasmi itu. Kartina
membalas terima kasihnya itu dengan senang hati.
Majlis perkahwainan tiga pasangan yang melibatkan tiga keluarga sedang berjalan. Pada
petang itu majlis akad nikah berlangsung di masjid Pantai Rombang. Ketiga-tiga pasangan
pengantin berada di masjid itu. Pasangan -pasangan iltu adalalh Karim dengan Asfa, Bakri
dengan Azura, dan Basri dengan Farina. Selepas selesai akad nikah , mereka dan tetamu
mereka pergi menjamu selera di Hotel Pantai Puteri tidak jauh dari masjid Pantai Rombang.
Waktu pagi itu, majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat serta khatam al-Quran berlangsung
di rumah Azimin di Taman Pantai Puteri.
Bobi siap membuat semua bayaran untuk majlis pada 25/12 dan 26/12. Pada malam itu ,
Bobi dan Kartina terbang ke Beijing, China bercuti sambil melancong.
Selelpas akad nikah, Bakri menukarkan pakaian pengantinnya dan terus pergi ke dusun
duriannya. Dia membawa sedkit makanan untuk dua orang. Hasnah masih berada di dusun
itu seolah-olah dia tahu Bakri akan datang kepadanya.” Abang malam pertama abang patut
berada di rumah bersama pengantin perempuan, bukan di hutan ini bersama orang buruk
macam Nah ni.”
“ Pokoknya, abang senang di sini bersama dengan kamu.”
“ Tengoklah abang bercakap pun menggunakan perkataan “pokok” mentang-mentanglah di
sini ada banyak pokok, hehe.”
“ Abang tenteram dengan pokok -pokok ini. Lebih-lebih lagi abang nyaman berada di samping
orang yang abang sayang.”
“ Abang tidur di sini? Di sini sejuk tapi ada nyamuk,” kata Hasnah.
“ Kita raikan perkahwinan abang di sini. Malam pertama abang di sini. Apakah ada halangan
bagi kamu , sayang?”
“ Tentu sekali tidak. Nah sediakan makanan. Kita makan bersama,” kata Hasnah.
“ Itu abang ada bawa sedikit makanan Tengoklah apa yang ada,” kata Bakri.
Majlis jamuan besoknsya berjalan lancer. Dua pasangan pengantin nampak ceria dan
tersenyum tetapi Azura nampak muram dan tidak senyum langsung. Azura sedang
memendam kemaarahannya kepada Bakri kerana tidak datang kepadanya malam tadi.
Banyak sudah air matanya mengalir malam tadi. Nammpaknya Azura tidak dapat menjamah
211
makanan pengantin yang tersedia di atas meja pengantin di situ. Ramai sahabat dan saudara
mara mereka datang ke majlis mereka dan mengucapkan tahniah kepada tiga pasangan
pengantin itu.
Hujan mulai turun di Pantai Puteri selepas majls kenduri itu selesai. Hujan terus turun lebat
pada keesoskan harinya pada 27/12. Tidak nampak matahari di Pantai Puteri pada hari itu. Di
tempat-tempat lain juga ditimpa hujan lebat. Ada beberapa tempat dinaiki air. Banjir. Melaka
Sentral dinaiki air. Kawasan tadahan air terpaksa membuka empangannya untuk mengelak
empangan pecah. Taman Merdeka, di Batu Berendam dinaiki air dengan cepat.
Di Pantai Puteri kondominiuim Menara Karim mulai kurang stabil. Rekahan tanah yang pernah
dilihat dahulu mulai menjadi luas lubangnya. Ada pergerakan tanah. Pada malam itu pula
Pantai Puteri dilanda ribut yang kuat Pada masa penghuni-penghuni kondo itu nyenyak
tidur,Menara Karim runtuh dan rebah menyembah bumi.
Pada malam itu juga, pasukan penyelamat telah diberitahu dan mereka datang untuk
melakukan kerja-kerja menyelamat. Mangsa-mangsa runtuhan yang tidak dapat ditolong,
dibawa keluar. Bakri yang bermalam di rumah Azura dapat melepaskan diri daripada
runtuhan tetapi isterinya, Azura tidak dapat diselamatkan. Basri dengan Farina belum dapat
dijumpai . Mayat Safiyah dijumpai dan dibawa keluar.
Penghuni-penghuni kondo yang tinggal di situ yang terselamat termasuklah Asfa, Fatimah,
Bobi, Kamal , Kartina.
Asfa menginap di rumah suaminya, Karim di Taman Ayer Keroh Permai; Fatimah dengan anak-
anaknya balik ke Johor Bahru; Kamal dengan Erniani berada di rumah mereka di Bukit Katil;
Bobi dengan Kartina masih berada di Beijing bercuti.
Erniyani terkejut bagaimana Safiyah berada di kondo itu. Dia tidak tahu bagaimana dan bila
dia datang ke Melaka. Erniyani kagum denan semangat Safiyah yang samggup menggadaikan
nyawanya kerana cintanya kepada Kamal.
Dalam hati Bakri, dia biberi peluang unuk bertaubat. Allah tunjukklan dia jalan yang harus dia
ikut sekarang. Dia tidak boleh lagi hidup mengikut nafsu nafsi. Kalau Allah hendak
menurunkan bencana, semua orang baik dan tidak baik akan sama-sama ditimpa musibah.
Kamal juga mulai sedar, ada mangsa runtuhan itu adalah terdiri daripada ornag yang baik-
baik tidak sepertinya yang bergelumang dengan dosa.
Bakri akan menikahi Kartina tanpa diadakan majlis pertunangan dan kenduri secara besaar-
besaran. Dia juga akan mengambil Hasnah sebagai istrinya yang kedua.
Melihat runtuhan kondominium itu, Bakri teringat berssama runtuhan itu, perjuangan
mereka juga turut runtuh. Perjuangan mereka hendak mengubah kehidudpan yang kotor,
tidak sepenuhnya berjaya kerana ada di antara mereka tidak bersungguh-sungguh dan tidak
mahu mencuba bekerjasaama untuk menjayakan perjuangan itu. Dia sendiri tidak berusaha
meninggalkkan cara hidupnya yang kotor itu.Bakri kehilangan isteri,Esah setelah Esah
diseranag angin ahmar semasa kondominiium itu runtuh. Dia juga kehilangan anaknya dan
212
menantunya Basri dan Farina. Agaknya itulah balasan di dunia ini ke atassnya yang banyak
membuaat dosa, fikir Bakri.
Azimin sedih kehilangan Azura. Darisa hampir pengsan mendapat tahu Azura tidak dapat
diselamatkan. Sekarang ini tinggal anak-anak Fatimah yang boleh menghiburkan Azimin dan
Darisa. Azimin dan Darisa bersyukur sangat kerana Asfa masih ada kerana Asfa terselamat
oleh sebab dia bersama suaminya di rumah suaminya di Taman Ayer Keroh Permai.
Karim sedilh juga apa yang berlaku kepada bekas isterinya, Farina. Walaupun begitu, dia
bersyukur kerana Kamal, Bobi , Kartina , Erniyani dan Salmah masih ada. Selain itu , mereka
yang bernasib baik dan terselamat daripada runtuhan itu adalah isteri kedua Azimin, Fatimah.
Fatimah dan anak-anaknya balik ke Johor Bahru melawat ibu bapanya sambil bertugas di
Fatimah Entrprise menggantikan Jasmina yang bercuti di Malaka.
Karim sedih mengenangkan mereka yang tidak dapat diberi pertolongan dalam kemalangan
itu. Dia mula menyalahkan dirinya. Adakah bangunan yang dibina itu tidak mengikkut
peraturan dan piawaian? Adakah bahan-bahan binaan yang digunakan tidak mengkut
spesifikasi yang ditetapkan? Adakah ini bencana alam? Soalan-soalan ini akan dijawab oleh
pihak berkuasa yang akan dibnetuk bagi menjalankan siasatan.
Kamal ,Bobi dan Erniyani tidak tinggal di kondo itu . Pada malam itu Kamal tinggal di rumah
Erniyani di Bukit Katil. Salmah berada di rumah Karim. Hasnah terselamat kerana dia bukan
penghuni kondominium yang malang itu.
Kamal memberitahu Bakri bahawa Farina ada membeli sekeping tanah di Bukit Katil sebagai
hadiah kepada Basri. Farina baru pada peringkat perbinangan dengan Kamal bagaimana
rumah itu harus dibina.
Bakri berpendapat mereka harus teruskan pembinaan rumah itu kerana Farina meninggalkan
wang yang banyak. Bakri mencadangkan rumah itu dibina mengikut kualiti RM 1.5 juta.
Kita namakan Villa Farina Basri,’ kata Kamal.
Bakri juga menerima meesej daripada Normah mengucapkan takziah dan rasa sedihnya atas
kehilangan Esah,Basri dan Farina. Normah mencadangkan majlis perjumpaan ahli group
Bisikan Hati ditangguh kepada suatu Tarikh yang lebih sesuai. Bakri setuju.
213
Saya boleh dihubungi melalui:
Tel : 016 913 7383
Email : [email protected]
214
215
216