The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94192275, 2022-07-28 02:48:17

karangan BM

private

MODUL 1
KARANGAN RESPONS

TERBUKA

• CONTOH KARANGAN YANG
DIKUPAS DARIPADA TEMA-TEMA UTAMA

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PANDUAN MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA YANG CEMERLANG
1. Karangan respons terbuka akan disoal dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu

PT3.
2. Para pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Pastikan anda memilih satu soalan yang tepat . Gariskan kata kunci yang terdapat

pada soalan yang dipilih.
5. Pastikan karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 5 perenggan.
6. Cara menulis perenggan isi adalah seperti berikut:

a) Ayat Judul / Ayat Topik – menyatakan isi utama yang ingin disampaikan
b) Ayat Huraian - Ayat topik hendaklah disokong oleh ayat huraian.
c) Ayat contoh – Anda boleh memasukkan contoh untuk menjadikan karangan

anda lebih menarik.
d) Ayat penyimpul – Utk menyimpul keseluruhan isi dalam sesebuah perenggan.
7. Peribahasa / ungkapan menarik yang relevan dengan topik karangan juga boleh
dimasukkan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PT3
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

TEMA : PERPADUAN

i) Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk
syarahan tersebut ialah “Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara”. Tulis
syarahan anda itu selengkapnya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ii) Malaysia dahulunya terkenal di persada dunia sebagai sebuah negara yang
berbilang kaum dan bangsa yang bersatu padu. Namun demikian, perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luntur kebelakangan ini.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menjejaskan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia.

iii) Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin longgar
sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif
sekiranya tidak dibendung lebih awal. Bincangkan kesan-kesannya dan langkah-
langkah untuk membendungnya.

CONTOH JAWAPAN:
i) Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk

syarahan tersebut ialah “Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara”. Tulis
syarahan anda itu selengkapnya.

ISI-ISI PENTING
• Perpaduan merupakan teras pembangunan negara dan elemen yang sangat

penting dalam mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di negara ini.
- Pepatah Melayu ada mengatakan "bersatu kita teguh,bercerai kita
roboh" yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan.
- Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,
pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada
semua rakyat .

• Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan.
- Kerjasama yang erat diperlukan antara jurulatih dengan pelatih.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Contohnya, Dato' Lee Chong Wei,pemain badminton terkenal berjaya
memenangi pelbagai kejohanan badminton kerana mempunyai
kerjasama yang erat dengan pelatihnya, Datuk Misbun Sidek.

- Secara tidak langsung, kejayaan negara kita dalam bidang sukan
semestinya akan mengharumkan lagi nama negara serta menonjolkan
negara kita di serata dunia.

• Selain itu, perpaduan kaum juga perlu kita amalkan untuk mengelakkan
perselisihan faham antara kaum.

- Amalan ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya rusuhan kaum
seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

- Sebenarnya, rusuhan kaum seperti ini dapat dielakkan sekiranya semua
kaum dapat memahami memahami satu sama lain dan bertolak ansur.

- Perpaduan kaum dapat mewujudkan negara yang aman dan sejahtera
tanpa pergaduhan atau peperangan.

KARANGAN PENUH
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Puan Hajah Mastura Binti Mohd Imran, pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Murni ,barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana pihak sekolah sudi memberi peluang kepada saya untuk
menyertai pertandingan syarahan pada pagi ini. Tajuk syarahan saya pada hari
ini ialah “Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara” .

Perpaduan merupakan teras pembangunan negara dan elemen yang sangat
penting dalam mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di negara ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh"

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

yang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan. Kemajuan negara kita dalam
bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan
tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat .

Hadirin yang dihormati,

Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan. Kerjasama yang erat
diperlukan antara jurulatih dengan pelatih. Contohnya,Dato' Lee Chong Wei,
pemain badminton terkenal berjaya memenangi pelbagai kejohanan badminton
kerana mempunyai kerjasama yang erat dengan pelatihnya, Datuk
Misbun Sidek. Secara tidak langsung, kejayaan negara kita dalam bidang sukan
semestinya akan mengharumkan lagi nama negara serta menonjolkan negara
kita di serata dunia.

Selain itu, perpaduan kaum juga perlu kita amalkan untuk mengelakkan
perselisihan faham antara kaum. Amalan ini amat penting untuk mengelakkan
berlakunya rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Sebenarnya,
rusuhan kaum seperti ini dapat dielakkan sekiranya semua kaum dapat
memahami memahami satu sama lain dan bertolak ansur. Perpaduan kaum
dapat mewujudkan negara yang aman dan sejahtera tanpa pergaduhan atau
peperangan.

Akhir kata, perpaduan kaum penting untuk menjamin kesejahteraan negara.
Oleh yang demikian, semua rakyat perlu mengamalkan perpaduan negara dan
mengelakkan diri daripada mengamalkan sikap "enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing- masing".Sikap ini akan memudaratkan negara dan
mewujudkan jurang antara masyarakat . Sebelum mengundur diri, saya ingin
menegaskan bahawa perpaduan negara adalah teras pembangunan negara.

Sekian,terima kasih.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ii) Malaysia dahulunya terkenal di persada dunia sebagai sebuah negara yang
berbilang kaum dan bangsa yang bersatu padu. Namun demikian, perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luntur kebelakangan ini.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menjejaskan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia.

ISI-ISI PENTING
• Keutuhan perpaduan negara mula tercabar kerana masyarakat kita mula

dilimpahi dengan aspek kebendaan yang melampau.
- Kekayaan yang melanda negara ini telah membawa kehidupan
masyarakat kita berubah menjadi budaya hedonisme yang keterlaluan
sehingga kita lupa asas-asas keharmonian masyarakat itu.
- Amalan bergotong-royong atau berkhidmat demi masyarakat tidak lagi
wujud kerana semua ini tidak mampu membawa keuntungan kewangan.

• Kehidupan masyarakat yang begitu mewah kini telah melupakan kita akan
pentingnya sesuatu perpaduan itu.
- Masyarakat terutama remaja sudah tidak lagi mahu bercampur antara
mereka sehingga menyebabkan kita sukar untuk melihat kewujudan
pelbagai kaum dalam sesuatu persahabatan tersebut.
- Biasanya kelompok remaja lebih tertumpu mengikut kaum masing-
masing sahaja lalu situasi ini menjadikan perpaduan itu sesuatu yang asing
buat mereka.

• Malah, ancaman budaya barat telah mula menusuk ke dalam jiwa remaja kita
akibat dasar langit terbuka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Media massa terutama internet telah menyalurkan pelbagai informasi
yang tidak mudah untuk dikawal oleh mana-mana kerajaan pun lalu
remaja kita terpengaruh dengan budaya yang harus mereka patuhi.

- Kehidupan remaja yang penuh halunasi ini menyebabkan tindakan
mereka kadangkala bertentangan dengan asas-asa budaya tempatan
terutama tentang aspek perpaduan itu.

• Kemunculan sesetengah pemimpin yang suka menggunakan unsur
perkauman dalam ucapan mereka turut memberikan kesan kepada tahap
perpaduan di negara ini.

- Sikap pemimpin yang suka mengambil kesempatan ini mampu
menjejaskan kepercayaan masyarakat kerana golongan sebegini begitu
mudah meyakinkan masyarakat umum bahawa pendapat mereka itu
benar dan harus dilaksanakan.

KARANGAN PENUH:
Negara kita cukup terkenal sebagai sebuah negara harmoni kerana adanya
semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat . Sejak negara ini
merdeka, tidak ada sebarang peristiwa yang mampu menjejaskan keutuhan
perpaduan kita kecuali peristiwa 13 Mei 1969 yang telah menyebabkan kita
semakin berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak berlaku lagi peristiwa
sebegitu . Namun, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia
semakin luntur kebelakangan ini.
Keutuhan perpaduan negara mula tercabar kerana masyarakat kita mula
dilimpahi dengan aspek kebendaan yang melampau. Kekayaan yang melanda
negara ini telah membawa kehidupan masyarakat kita berubah menjadi budaya
hedonisme yang keterlaluan sehingga kita lupa asas-asas keharmonian

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

masyarakat itu. Amalan bergotong-royong atau berkhidmat demi masyarakat
tidak lagi wujud kerana semua ini tidak mampu membawa keuntungan
kewangan.

Kehidupan masyarakat yang begitu mewah kini telah melupakan kita akan
pentingnya sesuatu perpaduan itu. Masyarakat terutama remaja sudah tidak
lagi mahu bercampur antara mereka sehingga menyebabkan kita sukar untuk
melihat kewujudan pelbagai kaum dalam sesuatu persahabatan tersebut.
Biasanya kelompok remaja lebih tertumpu mengikut kaum masing-masing
sahaja lalu situasi ini menjadikan perpaduan itu sesuatu yang asing buat mereka.

Malah, ancaman budaya barat telah mula menusuk ke dalam jiwa remaja kita
akibat dasar langit terbuka. Media massa terutama internet telah menyalurkan
pelbagai informasi yang tidak mudah untuk dikawal oleh mana-mana kerajaan
pun lalu remaja kita terpengaruh dengan budaya yang harus mereka patuhi.
Kehidupan remaja yang penuh halunasi ini menyebabkan tindakan mereka
kadangkala bertentangan dengan asas-asa budaya tempatan terutama tentang
aspek perpaduan itu.

Kemunculan sesetengah pemimpin yang suka menggunakan unsur perkauman
dalam ucapan mereka turut memberikan kesan kepada tahap perpaduan di
negara ini. Sikap pemimpin yang suka mengambil kesempatan ini mampu
menjejaskan kepercayaan masyarakat kerana golongan sebegini begitu mudah
meyakinkan masyarakat umum bahawa pendapat mereka itu benar dan harus
dilaksanakan.

Konklusinya, semua punca yang dijelaskan itu berupaya untuk menjadi
ancaman utama kepada perpaduan negara. Kerjasama yang erat dalam
kalangan masyarakat amat penting dalam usaha untuk menangkis ancaman
yang memang begitu hebat ini tanpa mengamalkan sikap menuding jari pula.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

iii) Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin longgar
sejak akhir-akhir ini. Hal ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif
sekiranya tidak dibendung lebih awal. Bincangkan kesan-kesannya dan
langkah- langkah untuk membendungnya.

ISI-ISI PENTING
• Keamanan dan keharmonian negara akan tergugat.

- Hal demikian tidak dapat dielakkan lagi apabila masing-masing mula
menyimpan perasaan syak wasangka.

- Keadaan pasti lebih parah apabila api persengketaan mula menular dalam
kalangan masyarakat majmuk.

• Menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara.
- Ekonomi ialah tiang seri dan pasak kekuatan kepada sesebuah negara.
- Tanpa sokongan ekonomi yang mapan, kemajuan negara akan terbantut.
- Krisis kemanusiaan seperti kebuluran yang melanda negara-negara di
Afrika adalah berpunca daripada runtuhnya sistem ekonomi dan sosial
mereka yang terlalu parah.

• Muafakat sebagai prakarsa untuk menyuburkan semula semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
- Kita hendaklah menjadi rakyat yang berfikiran rasional dalam menghadapi
sesuatu masalah.
- Kita perlu bersatu di bawah panji-panji negara yang berdaulat dan
merdeka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Sesungguhnya, kita wajar menilai semula akan harga kemerdekaan dan
kebebasan yang kita kecapi kini adalah terlalu mahal.

• Semangat patriotik dan perasaan berbangga menjadi rakyat Malaysia
hendaklah sentiasa subur dan mekar di dalam jiwa raga setiap rakyat.

- Anggaplah kelahiran kita di bumi Malaysia ini sebagai suatu rahmat.
- Apabila sudah ditakdirkan kita dilahirkan di sini, justeru inilah negara yang

perlu dicintai dan tumpahkan seluruh taat setia.
- Sikap sesetengah pihak yang sentiasa mengagumi negara lain sedangkan

sesuap nasi untuk dirinya masih berada di sini amatlah dikesali.

KARANGAN PENUH:
Masyarakat Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan pelbagai etnik

lain . Keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi tauladan
kepada negara-negara lain. Sejak akhir-akhir ini , perpaduan yang telah sekian
lama terjalin mula rapuh . Bibit-bibit perpecahan yang berlaku boleh membawa
pelbagai ancaman terhadap kestabilan negara. Sebagai rakyat yang prihatin kita
hendaklah berusaha untuk memupuk semangat perpaduan tersebut semula.

Bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
sungguh membimbangkan. Apabila perpaduan dalam kalangan rakyat sudah
mula goyah, kesan besar yang bakal menimpa ialah keamanan dan keharmonian
negara akan tergugat. Hal demikian tidak dapat dielakkan lagi apabila masing-
masing mula menyimpan perasaan syak wasangka. Keadaan pasti lebih parah
apabila api persengketaan mula menular dalam kalangan masyarakat majmuk.

Kesan yang amat nyata apabila berlaku perbalahan dalam kalangan
masyarakat sudah pasti menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan
kemajuan negara. Ekonomi ialah tiang seri dan pasak kekuatan kepada

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

sesebuah negara. Tanpa sokongan ekonomi yang mapan, kemajuan negara akan
terbantut. Krisis kemanusiaan seperti kebuluran yang melanda negara-negara di
Afrika adalah berpunca daripada runtuhnya sistem ekonomi dan sosial mereka
yang terlalu parah.

Demi negara yang tercinta ini kembalilah kepada slogan “Bersatu teguh,
bercerai roboh” dan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat sebagai prakarsa untuk menyuburkan semula semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Kita hendaklah menjadi
rakyat yang berfikiran rasional dalam menghadapi sesuatu masalah. Kita perlu
bersatu di bawah panji-panji negara yang berdaulat dan merdeka.
Sesungguhnya, kita wajar menilai semula akan harga kemerdekaan dan
kebebasan yang kita kecapi kini adalah terlalu mahal.

Semangat patriotik dan perasaan berbangga menjadi rakyat Malaysia
hendaklah sentiasa subur dan mekar di dalam jiwa raga setiap rakyat. Anggaplah
kelahiran kita di bumi Malaysia ini sebagai suatu rahmat. Apabila sudah
ditakdirkan kita dilahirkan di sini, justeru inilah negara yang perlu dicintai dan
tumpahkan seluruh taat setia. Sikap sesetengah pihak yang sentiasa mengagumi
negara lain sedangkan sesuap nasi untuk dirinya masih berada di sini amatlah
dikesali.

Dalam usaha mencari penyelesaian isu ini, kita oleh menjadikan peribahasa
Melayu , ‘sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan’ sebagai panduan . Salah
faham dan pertikaian yang berpanjangan dalam kalangan kaum akan
menjejaskan keamanan yang telah terbina sejak sekian lama .Oleh itu, rakyat
Malaysia perlu mengamalkan sikap saling bersatu, ibarat ke gunung sama
di daki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

****SELAMAT MAJU JAYA DALAM PT3****

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

MODUL 2
KARANGAN RESPONS

TERBUKA

• CONTOH KARANGAN YANG
DIKUPAS DARIPADA TEMA-TEMA UTAMA

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PANDUAN MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA YANG CEMERLANG
1. Karangan respons terbuka akan disoal dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu

PT3.
2. Para pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Pastikan anda memilih satu soalan yang tepat . Gariskan kata kunci yang terdapat

pada soalan yang dipilih.
5. Pastikan karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 5 perenggan.
6. Cara menulis perenggan isi adalah seperti berikut:

a) Ayat Judul / Ayat Topik – menyatakan isi utama yang ingin disampaikan
b) Ayat Huraian - Ayat topik hendaklah disokong oleh ayat huraian.
c) Ayat contoh – Anda boleh memasukkan contoh untuk menjadikan karangan

anda lebih menarik.
d) Ayat penyimpul – Utk menyimpul keseluruhan isi dalam sesebuah perenggan.
7. Peribahasa / ungkapan menarik yang relevan dengan topik karangan juga boleh
dimasukkan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PT3
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

TEMA : GEJALA SOSIAL

Gengsterisme Penyalahgunaan dadah

Pembuangan bayi Lumba haram

Vandalisme Merokok

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Anda diminta menulis rencana bagi dimuatkan dalam majalah sekolah . Tajuk
rencana tersebut ialah ‘Punca-punca remaja mudah terpengaruh dengan
budaya negatif’.
Tulis rencana itu selengkapnya.

ii) Isu gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini.
Bincangkan cara-cara mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja.

iii) Ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk akhlak anak-anak.
Huraikan peranan ibu bapa dalam menangani isu gejala sosial dalam
kalangan remaja di negara kita.

CONTOH JAWAPAN:
i) Anda diminta menulis rencana bagi dimuatkan dalam majalah sekolah . Tajuk

rencana tersebut ialah ‘Punca-punca remaja mudah terpengaruh dengan
budaya negatif’.
Tulis rencana itu selengkapnya.

ISI-ISI PENTING
• Pendedahan terhadap budaya-budaya asing.

- Remaja yang mudah terpengaruh oleh budaya barat gagal membezakan
perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka lalu menjebakkan
diri mereka dalam perkara-perkara negatif.

• Ramai remaja beranggapan bahawa sesuatu yang datang daripada negara
barat itu menyeronokkan
- sesiapa yang mengikut budaya barat dikatakan moden serta mengikut
peredaran zaman.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Mereka yang celik IT juga disajikan dengan laman-laman web pornografi
sehingga mereka terikut-ikut budaya negatif tersebut.

• Keruntuhan rumahtangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan ibu
bapa

- menyebabkan anak-anak mereka terutamanya remaja berasa tertekan
dan mencari kesoronakan dan kebebasan diluar.

- Pada usia remaja, mereka lebih mudah terpengaruh dengan budaya
negatif yang membawa kerugian kepada diri.

• Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta
penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya
dalam sesetengah masyarakat semakin menipis.

- Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang didikan
agama atau tidak menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti
yang tidak bermoral dan negatif.

KARANGAN PENUH:
Punca-punca remaja mudah terpengaruh dengan budaya negatif
Oleh : Razif Osman

Remaja merupakan harapan bangsa dan negara kita kelak . Dasawarsa ini,
dunia kini dibelenggu fenomena yang sangat membimbangkan. Remaja kita
mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan budaya negatif yang
bertentangan dengan nilai-nilai murni . Mengapakah mereka berkelakuan
begitu?

Banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya perkara tersebut tetapi
yang paling ketara adalah faktor pendedahan terhadap budaya-budaya

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

asing. Remaja yang mudah terpengaruh oleh budaya barat gagal membezakan
perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka lalu menjebakkan diri
mereka dalam perkara-perkara negatif.

Masyarakat kita kini sudah tidak lagi seperti katak di bawah
tempurung. Penggunaan Internet membawa bersama-sama unsur yang
negatif. Ramai remaja beranggapan bahawa sesuatu yang datang daripada
negara barat itu menyeronokkan dan sesiapa yang mengikut budaya barat
dikatakan moden serta mengikut peredaran zaman. Mereka yang celik IT juga
disajikan dengan laman-laman web pornografi sehingga mereka terikut-ikut
budaya negatif tersebut.

Anak-anak secara semulajadi memandang ibu bapa sebagai panduan hidup
mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Keruntuhan rumahtangga
seperti masalah penceraian dan pergaduhan ibu bapa menyebabkan anak-anak
mereka terutamanya remaja berasa tertekan dan mencari kesoronakan dan
kebebasan diluar. Pada usia remaja, mereka lebih mudah terpengaruh dengan
budaya negatif yang membawa kerugian kepada diri.

Bukan itu sahaja, keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan
pengetahuan serta penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai
murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin menipis. Oleh yang
demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang didikan agama atau tidak
menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan
negatif.

Konklusinya, remaja perlu diberi didikan yang baik dan kukuh agar dapat
mempertahankan diri daripada dugaan dan cabaran dalam menempuh era
globalisasi ini. Lebih ramai remaja yang berwawasan perlu dilahirkan kerana
remaja merupakan warisan pemimpin masa hadapan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ii) Isu gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini.
Bincangkan cara-cara mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja.

ISI-ISI PENTING
• Peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi gejala sosial

ini.
- Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan

kehendak dankemahuan diri sendiri.
- Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan

melakukannya.
- Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada

sesiapa.
- Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan .

• Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala
sosial ini.
- Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai
kemahiran dalam mendidik anak-anak.
- Ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi rakan anak-anak mereka.
- Sebagai contoh, kemahiran mendengar dan membantu remaja dalam
memahami perubahan fizikal dan seksual mereka.
- Ibu bapa juga perlulah mendidik dan mengajar anak-anak mereka dengan
didikan agama yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya anak-
anak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai
benih- benih salah laku dalam kalangan remaja.

- Saluran media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik
remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral.

- Remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi
negatif. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media massa.

• Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak
boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam
kalangan remaja ini.

- Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah
mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut
kebejatan moral.

- Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja
ini. Sekiranya teguran ini tidak dapat diterima,laporkan sahaja kepada
pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

KARANGAN PENUH:
Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu
membimbangkan dan berleluasa. Gejala sosial yang melibatkan golongan
remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan
kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Langkah-langkah segera perlu
diambil untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.
Peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi gejala sosial
ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan
kehendak dankemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Oleh itu, kita perlulah
muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan
moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan .

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala
sosial ini.Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak
mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu memahirkan
diri menjadi rakan anak-anak mereka. Sebagai contoh, kemahiran
mendengar dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Ibu bapa juga perlulah mendidik dan mengajar anak-anak
mereka dengan didikan agama yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi.
supaya anak-anak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai
benih- benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti
televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan
kemelut kebejatan moral. Remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon
yang membawa aksi negatif. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di
media massa.

Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh
lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan
remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup
sebelah mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut
kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan
golongan remaja ini. Sekiranya teguran ini tidak dapat diterima,laporkan sahaja
kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu dan berganding bahu untuk
membanteras isu gejala sosial sebelum keadaan menjadis semakin teruk .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Sekiranys isu ini diberi perhatian yang serius dan mendapat kerjasama daripada
semua pihak , semestinya isu ini dapat ditangani dengan mudah.

iii) Ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk akhlak anak-anak.
Huraikan peranan ibu bapa dalam menangani isu gejala sosial dalam
kalangan remaja di negara kita.

ISI-ISI PENTING
• Ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka
dan menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai .
- Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan
perlulah dikikis sama sekali kerana mereka mengabaikan anak-anak
mereka.
- Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa
mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak
mereka.

• Memberi didikan agama kepada anak-anak.
- Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka
menangkis segala anasir yang bersifat negatif.
- Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama
kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.

• Pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak
mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk
menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka.

- Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang
pertemuan antara ibu bapa dan guru.

- Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan
bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari
jalan penyelesaian yang terbaik.

• Ibu bapa juga haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka.
- Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan
pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan
oleh anak-anak mereka.
- Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka.
- Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok
perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka
berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok.

KARANGAN PENUH:
Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial

kerap terpampang di dada akhbar seperti pembuangan bayi di dalam tong
sampah, gengsterisme , vandalisme, penyalahgunaan dadah, hinggalah kepada
mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani
gejala sosial Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang
golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai . Sikap
sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali kerana mereka mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka.

Seterusnya , peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah
memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh
yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada
anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap
kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak
mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif
untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan
bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

Ibu bapa juga haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka
kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka.
Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka.
Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah
bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan
besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi
dalam mendidik anak-anak. Negara kita memerlukan barisan remaja yang
berkaliber dan berwawasan. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan
menjadi lalang. Ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak
tercinta.

****SELAMAT MAJU JAYA DALAM PT3****

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

MODUL 3
KARANGAN RESPONS

TERBUKA

• CONTOH KARANGAN YANG
DIKUPAS DARIPADA TEMA-TEMA UTAMA

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PANDUAN MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA YANG CEMERLANG
1. Karangan respons terbuka akan disoal dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu

PT3.
2. Para pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Pastikan anda memilih satu soalan yang tepat . Gariskan kata kunci yang terdapat

pada soalan yang dipilih.
5. Pastikan karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 5 perenggan.
6. Cara menulis perenggan isi adalah seperti berikut:

a) Ayat Judul / Ayat Topik – menyatakan isi utama yang ingin disampaikan
b) Ayat Huraian - Ayat topik hendaklah disokong oleh ayat huraian.
c) Ayat contoh – Anda boleh memasukkan contoh untuk menjadikan karangan

anda lebih menarik.
d) Ayat penyimpul – Utk menyimpul keseluruhan isi dalam sesebuah perenggan.
7. Peribahasa / ungkapan menarik yang relevan dengan topik karangan juga boleh
dimasukkan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PT3
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

TEMA : TEKNOLOGI

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Anda telah menerima surat daripada seorang sahabat pena anda yang ingin
mengetahui pendapat anda tentang kebaikan teknologi maklumat kepada
masyarakat. Balas surat sahabat anda itu untuk menerangkan pendapat anda
tentang kebaikan teknologi maklumat kepada masyarakat.

ii) Pada era globalisasi kini , teknologi maklumat terutamanya internet amatlah
penting kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, penggunaan internet
turut mengakibatkan keburukan kepada masyarakat .

iii) Penggunaan media sosial amat popular di Malaysia. Kecanggihan teknologi
dunia sukar membendung angkara negatif di sebaliknya. Bincangkan cara-
cara pelajar sekolah dapat menggunakan laman sosial untuk pembelajaran.

CONTOH JAWAPAN:
i) Anda telah menerima surat daripada seorang sahabat anda yang ingin

mengetahui pendapat anda tentang kebaikan teknologi maklumat kepada
masyarakat. Balas surat sahabat anda itu untuk menerangkan pendapat
anda tentang kebaikan teknologi maklumat kepada masyarakat.

ISI-ISI PENTING
• Mampu mempercepatkan masa mencari maklumat yang dikehendaki
- Hal ini demikian,masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai
bahan atau maklumat hanya di internet.
- Sebagai contohnya,Google membolehkan kita mencari pelbagai maklumat
hanya dengan satu klik sahaja dan tidak mengambil masa yang lama

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

seperti mencari bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang memakan
banyak masa.

• Kita dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau saudara
mara yang berjauhan dengan kita.

- Sebagai contohnya, Facebook, Twitter dan Instagram membolehkan kita
berkomunikasi antara satu sama lain dan jika kita rindu dengan orang
yang berjauhan , kita boleh menggunakan servis panggilan video untuk
bercakap dengan rakan-rakan atau saudara mara kita yang sudah lama
tidak berjumpa.

• Kita juga boleh menggunakan internet untuk membantu kita
dalam pembelajaran.

- Banyak maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat .
- Sesungguhnya,kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi

membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.

KARANGAN PENUH:

No. 36, Jalan Mastura,
Putra Heights,

Subang Jaya, 47650
Selangor Darul Ehsan.

23 Januari 2020

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Menemui sahabatku Intan, semoga saudari dan keluarga berada dalam
keadaan sihat dan sejahtera.

Saudari,

Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak
terlambat untuk membalas surat saudari tempoh hari. Pada surat yang saudari
utuskan sebelum ini , saudara telah menanyakan pendapat saya tentang
kebaikan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Pada era globalisasi ini,negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi,duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Antara kebaikan teknologi
maklumat kepada masyarakat ialah mampu mempercepatkan masa mencari
maklumat yang dikehendaki .Hal ini demikian,masyarakat di Malaysia kini boleh
mencari pelbagai bahan atau maklumat hanya di internet .Sebagai
contohnya,Google membolehkan kita mencari pelbagai maklumat hanya
dengan satu klik sahaja dan tidak mengambil masa yang lama seperti mencari
bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang memakan banyak masa.

Selain itu, kita dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau
saudara mara yang berjauhan dengan kita. Sebagai contohnya, Facebook,
Twitter dan Instagram membolehkan kita berkomunikasi antara satu sama lain
dan jika kita rindu dengan orang yang berjauhan , kita boleh menggunakan
servis panggilan video untuk bercakap dengan rakan-rakan atau saudara mara
kita yang sudah lama tidak berjumpa.

Di samping itu,kita juga boleh menggunakan internet untuk membantu kita
dalam pembelajaran. Banyak maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan
cepat . Sesungguhnya,kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi
membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Teknologi maklumat kini semakin menjadi rebutan masyarakat kerana
mempunyai banyak kelebihannya kepada masyarakat.Teknologi maklumat
seharusnya digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk membantu dalam
usaha memajukan negara .

ii) Pada era globalisasi kini , teknologi maklumat terutamanya internet
amatlah penting kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, penggunaan
internet turut mengakibatkan keburukan kepada masyarakat .

ISI-ISI PENTING
• Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang

terdapat di dalam internet itu terutama bahan-bahan pronografi.
- Pendedahan yang sebegini boleh meruntuhkan moral seseorang terutama
golongan remaja yang belum mampu untuk memikirkan kesan
pendedahan keterlaluan mereka terhadap bahan sebegitu.
- Remaja akan menganggap bahan-bahan sebegini sesuatu yang lumrah lalu
mereka berani melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan
moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula.

• Penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan
perpaduan negara kita.
- Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai
fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di
negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula.
- Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan
pergaduhan dalam kalangan masyarakat.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan.

- Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat
mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan
dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di
internet sekarang ini.

- Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu
sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang
lain pula.

• Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik
sahaja mereka pulang dari sekolah.

- Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita
itu baik di bandar mahupun di desa.

- Mereka menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja
selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari
internet.

- Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran mereka.

KARANGAN PENUH:
Kepentingan internet dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal

lagi oleh mana-mana pihak. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-
kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dengan begitu
mudah. Namun, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat
tanpa disedari.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang
terdapat di dalam internet itu terutama bahan-bahan pronografi. Pendedahan
yang sebegini boleh meruntuhkan moral seseorang terutama golongan remaja
yang belum mampu untuk memikirkan kesan pendedahan keterlaluan mereka
terhadap bahan sebegitu. Remaja akan menganggap bahan-bahan sebegini
sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula.

Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian
dan perpaduan negara kita. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja
menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk
memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya
kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah
faham dan pergaduhan dalam kalangan masyarakat.

Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita
sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri
mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan
secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini.
Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu
sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain
pula.

Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik
sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak
dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Mereka
menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain
menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari internet.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran mereka.

Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungjawab
dalam tindakan mereka itu. Pengguna internet perlulah lebih peka dan teliti
semasa menggunakan internet. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan
keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah ”tepuk
dada tanya selera”.

iii) Penggunaan media sosial amat popular di Malaysia. Kecanggihan teknologi
dunia sukar membendung angkara negatif di sebaliknya. Bincangkan cara-
cara pelajar sekolah dapat menggunakan laman sosial untuk pembelajaran.

ISI-ISI PENTING
• Laman sosial di alam siber boleh dijadikan tempat perbincangan dalam

kalangan pelajar bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul
dalam pembelajaran.
- Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial membolehkan pelajar

berhubung dengan mudah antara satu sama lain tidak kira waktu dan
tempat.
- Ia menghubungkan para pelajar dengan cara yang mudah tanpa
memerlukan pergerakan fizikal.

• Pelajar boleh menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakan
yang jauh untuk bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran antara satu sama
lain.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Mereka dapat berkongsi tips-tips, bertukar-tukar soalan dan berkongsi
idea sesama mereka.

- Sebagai contoh, pelajar dapat berhubung dan menjalankan proses
pembelajaran menerusi panggilan video yang merupakan salah satu
kemudahan yang disediakan oleh laman sosial.

- Kesannya, proses pembelajaran menjadi lebih merarik.

• Laman sosial juga berfungsi sebagai satu janjang untuk pelajar mengetahui
isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka dengan mudah.
- Hal ini demikian kerana segala isu akan dikemaskini oleh pengguna
laman sosial dari semasa ke semasa .
- Pelajar-pelajar dapat mengetahui segala informasi tentang isu-isu semasa
dengan cepat dan tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

• Pelajar juga boleh membuka minda dan meluaskan pemikiran dengan
melayari laman-laman sosial.
- Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar lebih berminat
untuk menuntut ilmu dalam kaedah yang lebih menyenangkan.
- Pada masa yang sama , para pelajar dapat menambah pengetahuan
mereka.

KARANGAN PENUH:
Laman sosial kian popular dalam kalangan pelajar sekolah. Tidak dapat

dinafikan bahawa terdapat kesan buruk daripada laman sosial di alam siber.
Namun,kita perlu faham bahawa terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh
daripada lawan sosial ini untuk membantu pembelajaran para pelajar.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Facebook, twitter dan myspace merupakan contoh laman sosial yang begitu
popular pada era ini.

Laman sosial di alam siber boleh dijadikan tempat perbincangan dalam
kalangan pelajar bagi membincangkan masalah dan persoalan yang timbul
dalam pembelajaran. Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial membolehkan
pelajar berhubung dengan mudah antara satu sama lain tidak kira waktu dan
tempat. Ia menghubungkan para pelajar dengan cara yang mudah tanpa
memerlukan pergerakan fizikal.

Selain itu, pelajar boleh menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan
rakan yang jauh untuk bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran antara satu
sama lain. Mereka dapat berkongsi tips-tips, bertukar-tukar soalan dan
berkongsi idea sesama mereka. Sebagai contoh, pelajar dapat berhubung
dan menjalankan proses pembelajaran menerusi panggilan video yang
merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh laman sosial.
Kesannya,proses pembelajaran menjadi lebih merarik.

Tambahan pula , laman sosial juga berfungsi sebagai satu janjang untuk pelajar
mengetahui isu semasa yang berlaku di persekitaran mereka dengan mudah. Hal
ini demikian kerana segala isu akan dikemaskini oleh pengguna laman sosial dari
semasa ke semasa . Pelajar-pelajar dapat mengetahui segala informasi tentang
isu-isu semasa dengan cepat dan tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung.

Selain itu, pelajar juga boleh membuka minda dan meluaskan pemikiran
dengan melayari laman-laman sosial. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan pelajar lebih berminat untuk menuntut ilmu dalam kaedah yang
lebih menyenangkan. Pada masa yang sama , para pelajar dapat menambah
pengetahuan mereka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Kesimpulannya, laman sosial begitu penting dalam kehidupan pelajar
terutamanya untuk pembelajaran. Kegagalan untuk menggunakan laman-laman
sosial dengan baik akan membawa pelbagai impak kepada para pelajar seperti
kes jenayah siber.

****SELAMAT MAJU JAYA DALAM PT3****

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

MODUL 4
KARANGAN RESPONS

TERBUKA

• CONTOH KARANGAN YANG
DIKUPAS DARIPADA TEMA-TEMA UTAMA

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PANDUAN MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA YANG CEMERLANG
1. Karangan respons terbuka akan disoal dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu

PT3.
2. Para pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Pastikan anda memilih satu soalan yang tepat . Gariskan kata kunci yang terdapat

pada soalan yang dipilih.
5. Pastikan karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 5 perenggan.
6. Cara menulis perenggan isi adalah seperti berikut:

a) Ayat Judul / Ayat Topik – menyatakan isi utama yang ingin disampaikan
b) Ayat Huraian - Ayat topik hendaklah disokong oleh ayat huraian.
c) Ayat contoh – Anda boleh memasukkan contoh untuk menjadikan karangan

anda lebih menarik.
d) Ayat penyimpul – Utk menyimpul keseluruhan isi dalam sesebuah perenggan.
7. Peribahasa / ungkapan menarik yang relevan dengan topik karangan juga boleh
dimasukkan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PT3
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

TEMA : KEMALANGAN JALAN RAYA

Menggunakan telefon bimbit semasa Keadaan jalan raya
memandu

Keletihan / mabuk Keadaan cuaca

Sikap tidak sabar pemandu Keadaan kenderaan yang dipandu

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Isu kemalangan jalan raya kini hangat diperkatakan dalam kalangan
masyarakat.
Ceritakan pengalaman anda menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya.

ii) Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap
tahun. Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah
tersebut.

iii) Isu kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun di Malaysia. Isu
tersebut telah mengakibatkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan kesan-
kesannya.

CONTOH JAWAPAN:
i) Isu kemalangan jalan raya kini hangat diperkatakan dalam kalangan

masyarakat.
Ceritakan pengalaman anda menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya.

ISI-ISI PENTING
• Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Saya menggorak langkah

meninggalkan perkarangan sekolah.
• Tiba-tiba , saya terdengar bunyi yang kuat.
• Dengan segera , saya memusingkan kepala ke arah bunyi tersebut.
• Suatu kemalangan berlaku di simpang jalan.
• Kemalangan itu berlaku di kira-kira 100 meter dari sekolah dan melibatkan

sebuah bas dan sebuah lori.
• Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu.
• Beberapa kenderaan bergerak perlahan melalui kawasan kemalangan itu .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Keadaan di tempat kemalangan itu menjadi huru-hara.
• Saya berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang

berhampiran dan segera menelefon talian kecemasan.
• 5 minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu

lintas.
• Tidak lama selepas itu , 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat

sampai di tempat kejadian.
• Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan

tersebut lalu ambulans menghantar mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke
hospital.
• Saya melihat mangsa-mangsa berlumuran darah.
• Saya terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa mengerang
kesakitan.
• Saya berasa amat simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang
ketakutan.
• Kepala pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas hanya
mengalami kecederaan ringan.
• Saya terdengar orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam
keadaan mabuk.
• Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, pasukan polis serta
bomba dan penyelamat beredar.
• Keadaan lalu lintas menjadi pulih semula dan saya meneruskan perjalanan
balik ke rumah.
• Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa
kecemasan.
• Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Memandu dalam keadaan mabuk atau letih bukan sahaja mampu meragut
nyawa kita tetapi nyawa orang lain juga.

KARANGAN PENUH:
Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Saya menggorak langkah

meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , saya terdengar bunyi yang kuat.
Dengan segera , saya memusingkan kepala ke arah bunyi tersebut. Suatu
kemalangan berlaku di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di kira-kira 100
meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.

Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Beberapa kenderaan
bergerak perlahan melalui kawasan kemalangan itu . Keadaan di tempat
kemalangan itu menjadi huru-hara.Saya berasa cemas lalu berlari dengan cepat
ke sebuah pondok telefon yang berhampiran dan segera menelefon talian
kecemasan.

5 minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu
lintas. Tidak lama selepas itu , 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan
penyelamat sampai di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat
mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut lalu ambulans menghantar
mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke hospital.

Saya melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Saya terdengar suara budak-
budak menangis dan suara mangsa mengerang kesakitan. Saya berasa amat
simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang ketakutan. Kepala
pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas hanya mengalami
kecederaan ringan.

Saya terdengar orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam
keadaan mabuk. Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital,

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

pasukan polis serta bomba dan penyelamat beredar. Keadaan lalu lintas menjadi
pulih semula dan saya meneruskan perjalanan balik ke rumah.

Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa
kecemasan. Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan
raya. Memandu dalam keadaan mabuk atau letih bukan sahaja mampu meragut
nyawa kita tetapi nyawa orang lain juga.

ii) Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap
tahun. Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah
tersebut.

ISI-ISI PENTING
• Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu

sendiri yang tidak sabar.

- Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di
destinasi.

- Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap
akan memperlambat pergerakan mereka.

- Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat
rempit” yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.

- Mereka bukan sahaja mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi
salah satu punca kemalangan jalan raya.

• Penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca
utama kemalangan jalan raya.
- Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi
terlupa bahawa mereka sedang memandu.

- Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah salah di sisi undang-
undang jalan raya.

• Punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk
atau letih.
- Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum
arak bersama rakan atau saudara mara mereka.
- Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan
mabuk.
- Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya
meragut nyawa pemandu tersebut.
- Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi
mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah
tertidur dan tidak fokus terhadap pemanduan.

• Keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan
kemalangan jalan raya.
- Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan
kecekapan brek kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan
raya .
- Jalan raya yang berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan
di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang dan mereka
akan berlanggar.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Terdapat juga jalan raya yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan
tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan
melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.

KARANGAN PENUH:
Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu kemalangan jalan raya telah menjadi
buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian media massa .
Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan
jalan raya di negara kita?
Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu
sendiri yang tidak sabar. Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju
dan cepat tiba di destinasi. Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat
kerana menganggap akan memperlambat pergerakan mereka. Terdapat juga
pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat rempit” yang sering
melumba motosikal secara haram di jalan raya. Mereka bukan sahaja
mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi salah satu punca
kemalangan jalan raya.
Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu
punca utama kemalangan jalan raya. Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus
pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Perbuatan ini amat
berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi terlupa bahawa mereka
sedang memandu. Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah salah
di sisi undang-undang jalan raya.
Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu
yang mabuk atau letih. Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis
keraian akan minum arak bersama rakan atau saudara mara mereka. Apabila

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan mabuk.
Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya
meragut nyawa pemandu tersebut. Selain itu,pemandu yang letih atau tidak
cukup tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini
demikian,mereka akan mudah tertidur dan tidak fokus terhadap pemanduan.

Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan
mengakibatkan kemalangan jalan raya. Hal ini demikian,jalan raya yang licin
semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek kenderaan dan boleh
mengakibatkan kemalangan jalan raya .Jalan raya yang berselekoh tajam juga
amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat
kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar. Terdapat juga jalan raya
yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan
kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang tersangkut
jika tidak berhati-hati.

Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang
dikatakan dalam ungkapan “Biar lambat asalkan selamat”. Semua pihak harus
berganding bahu agar mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk
bersatu memajukan negara kita.

iii) Isu kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun di Malaysia. Isu
tersebut telah mengakibatkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan kesan-
kesannya.

ISI-ISI PENTING
• Kesan yang pertama ialah kemalangan boleh meragut nyawa dan kecederaan

dalam kalangan masyarakat kita.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.


Click to View FlipBook Version