Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian , jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Bahan 1
Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
( Sajak Roti , Antologi Budi Baik ,
Indah Bahasa , Tingkatan 2 )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahan 2
Pengertian Kemiskinan adalah suatu kondisi dimana seseorang tidak mampu
untuk memenuhi kebutuhan dasarnya seperti pangan, sandang, tempat tinggal,
12endidikan, dan kesehatan yang layak.
Secara kuantitatif, kemiskinan merupakan suatu keadaan dimana taraf hidup
manusia serba kekurangan atau “tidak memiliki harta beda. Sedangkan secara
kualitati, pengertian kemiskinan adalah keadaan hidup manusia yang tidak layak.
Kemiskinan sangat berhubungan dengan masalah kesejahteraan masyarakat dan
menjadi tingkat minimum yang didapatkan berdasarkan standar hidup masyarakat
di suatu negara. Kemiskinan sudah menjadi masalah global, dimana setiap negara
memiliki anggota masyarakat yang berada di bawah garis kemiskinan.
Bahan 3
1. Bahan 1 menggambarkan keperluan bagi orang yang lapar manakala bahan 2
dan bahan 3 menggambarkan kemiskinan. Bagaimanakah kemiskinan dapat
dibendung ? [ 3 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
2. Berdasarkan bahan 1 , nyatakan sebab-sebab roti menjadi kegemaran
masyarakat.[ 3 markah ]

3. Purata kemiskinan di Malaysia semakin meningkat . Pada pendapat anda ,
apakah faktor-faktor yang menyebabkan purata kemiskinan semakin
meningkat di Malaysia ? [ 4 markah ]

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 1 .
iv) Formula Termodinamik , karya Obasiah Haji Usman
ii) Sejambak Bakti , karya Rejab F.I
iv) Pelari Muda , karya Ghazali Ngah Azia
iv) Destinasi Impian , karya Mohd Ismail Sarbini
Pengajaran merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis
dalam hasil karya mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Penerapan pengajaran
ini digambarkan menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak
dalam karya tersebut.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari , kemukakan dua contoh
peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran dan watak yang dinyatakan.
NOVEL PENGAJARAN Watak
Formula Kita mestilah saling menyayangi Nenek
Termodinamik antara satu sama lain
Sejambak Bakti Kita mestilah memaafkan kesalahan Razali
orang lain dengan rela hati
Pelari Muda Kita wajarlah memikul tanggungjawab Encik Kadir
dengan sempurna
Destinasi Impian Kita mestilah berani mengharungi Azlina
rintangan [ 10 markah ]
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahagian C [ 15 markah ]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti . Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut , tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan pelaburan kepada masyarakat. Panjang ringkasan
anda hendaklah antara 80-100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baharu yang menawarkan kelebihan
bagi pelaburan langsung asing. Demi menggamit para pelabur cenderung untuk
menanam modal di negara kita, kerajaan mengorak langkah dengan menyediakan
pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana yang lengkap.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat menikmati
kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh
pihak kerajaan . Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa
depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila
usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin berkurang.
Aktiviti pelaburan mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan terutamanya
dalam 16endid perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali
gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar
pengangguran yang tinggi akan mencetuskan pelbagai gejala sosial .
Selain itu, kos untuk melanjutkan pelajaran kini semakin mahal. Sekurang-
kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa mampu mengurangkan bebanan
kewangan dalam menampung kos perbelanjaan 16endidikan anak-anak .
Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat
mengurangkan bebanan kewangan rakyat. Kenaikan harga barang boleh
menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara. Melabur seperti
rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan.
Pelaburan dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara . Pelaburan
juga dapat mengatasi kemelesetan ekonomi .
Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan dan aspirasi
negara. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat
hari ini agar masa depan lebih terjamin.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KERTAS 2 ( 40 Markah )
Bahagian A
[ 10 markah ]
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
Pencemaran Sungai
Pembuangan sisa-sisa Kegiatan
daripada kilang pembalakan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahagian B
[ 30 markah ]
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
TEMA : PELANCONGAN
Pulau Redang Tanah Tinggi Kundasang
Pulau Tioman Pulau Langkawi
Persiaran Jonker Pantai Batu Ferringhi
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
i) Sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin tahu tempat-tempat menarik
yang terdapat di negara ini. Balas surat rakan anda itu.
ii) Industri pelancongan di negara ini semakin berkembang dengan pesat sehingga
Malaysia dianggap sebagai satu destinasi yang sangat menarik. Jelaskan usaha-
usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memajukan industri
pelancongan di Malaysia.
iii) Sempena Tahun Melawat Malaysia, anda dan keluarga telah melancong ke
sebuah destinasi pelancongan yang menarik di negara ini. Perihalkan
pengalaman anda itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SKEMA PEMARKAHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. JWPN : A ( memerah ) – memicit atau meramas sesuatu supaya keluar airnya
B membilas - membasuh bagi kali kedua atau seterusnya dgn air bersih utk
menghilangkan kotoran yg masih tinggal
C memutar - memusing
D mengilas - memutarkan atau memiuh (tangan)
2. JWPN :C ( terpinga-pinga ) - tercengang-cengang kerana hairan
A terkial-kial – membuat sesuatu dgn penuh tenaga
B tersipu-sipu – sangat malu
D termangu-mangu – termenung-menung ( kerana susah hati / bingung )
3. JWPN : C ( mengharungi ) - berjalan menyeberangi anak sungai / belukar
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A melintasi - menyeberangi
B merintagi – menghalang/ menganggu
D menyeberangi - melalui / menempuh sungai
4. JWPN : D ( sementara ) - dalam tempoh waktu tertentu
A sambil - sedang melakukan sesuatu dam melakukan yg lain juga
B kerana - kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu
keadaan atau kejadian; oleh sebab
C apabila – ketika / semasa
5. JWPN : A ( kaget ) – terkejut / terperanjat
B takjub – berasa aneh / pelik
C kagum - hairan kerana melihat atau mendengar sesuatu yg ganjil / menakjubkan
D pelik – aneh / ganjil
6. JWPN : B ( sambil ) – sepatutnya ‘Dengan yakin Amir berdiri lalu membidas
hujah pihak pembangkang dalam pertandingan bahas
peringat negeri.’
7. JWPN : B ( perkilangan ) – sepatutnya ‘Kerja-kerja pembungkusan dilakukan
cermat oleh pekerja kilang itu sebelum proses
penghantaran dilakukan.’
8. JWPN : D ( II , III dan IV sahaja )
Sehalus : Maksud 1 - tidak keras ( lembut )
Maksud 2 – lembut / licin ( kulit muka )
Maksud 3 – kecil-kecil
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
9. JWPN : C ( I , II dan III sahaja )
Berarak : Maksud 1 – bergerak beriring-iring
Maksud 2 – timbul ( kenangan )
Maksud 3 - awan sudah mulai ke Timur
10.JWPN : B ( menceritakan pengalaman )
11.JWPN : C ( menghormati guru-guru mereka )
12. JWPN : A ( Bagi menambahkan tabungan kelas , Faizal mengesyorkan supaya
kelasnya membuka gerai jualan makanan semasa Hari Kantin
Sekolah )
13. JWPN : A ( Hanya untuk kelihatan menarik banyak orang sama ada lelaki atau
wanita rela berbelanja lebih )
14.JWPN : A ( ukur baju di badan sendiri )
B tepuk dada tanya selera- untuk melakukan sesuatu, kita perlu membuat
pertimbangan yang teliti.
C alah membeli , menang memakai - Barang yang baik ataupun berkualiti
memang mahal, tetapi dapat bertahan lama
D alah bisa tegal biasa – sesuatu yang rumit akan menjadi mudah jika sering
dilakukan
15.JWPN : A ( sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna ) – sebelum
melakukan sesuatu , hendaklah difikirkan dahulu baik dan buruk agar tidak
wujud penyesalan di hari kelak
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
B mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan - Melepaskan apa yang
ada semata-mata hendak
mengejar keuntungan yg
lebih besar, tetapi
akhirnya mengalami
kerugian.
C ingat sebelum kena , jimat sebelum habis - Kita mesti selalu berwaspada dan
beringat-ingat terutama berkenaan
hal wang dan harta benda, sebelum
ia habis atau terlambat.
D buang yang keruh , ambil yang jernih - Melupakan hal yang tidak baik, dan
mengingati hal yang baik sahaja
16. JWPN : B ( Berlari mencari pucuk daun dalut )
17.JWPN : A ( daun )
18.JWPN : D ( Kita haruslah rajin bekerja dalam kehidupan )
19.JWPN : B ( tolong – menolong )
20.JWPN : A ( Mengikis sifat mementingkan diri sendiri )
Bahagian B itu permainan anak gembira dengan itu
Soalan 1
i) kecil sekali
Pola : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) itu mahasiswa pemuda sains seorang merupakan mereka jurusan
Pola : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
Pemuda itu merupakan seorang mahasiswa jurusan sains
iii ) memeriksa pelajarnya Puan Zaleha buku sedang para
Pola : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
Puan Zaleha sedang memeriksa buku para pelajarnya
iv) Kuala Lumpur saya ke hujung ini akan minggu pergi
Pola : Frasa Nama + Frasa Sendi ( FN + FS )
Saya akan pergi ke Kuala Lumpur hujung minggu ini
v) sedang ibu bilik adik membersihkan
Pola : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
Ibu sedang membersihkan bilik adik
Soalan 2
i) Bahan 1 menggambarkan keperluan bagi orang yang lapar manakala bahan 2
dan bahan 3 menggambarkan kemiskinan. Bagaimanakah kemiskinan dapat
dibendung ? [ 3 markah ]
Kemiskinan dapat dibendung melalui taraf pendidikan yang tinggi supaya
dapat menempatkan diri dalam sektor pekerjaan. Selain itu , golongan miskin
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
wajar diberikan latihan kemahiran dan bimbingan dalam bidang yang
bersesuaian.
2. Berdasarkan bahan 1 , nyatakan sebab-sebab roti menjadi kegemaran
masyarakat.[ 3 markah ]
Antara sebab roti menjadi kegemaran masyarakat ialah harga roti yang murah
dan mampu dibeli oleh masyarakat . Selain itu , proses menyediakan roti lebih
senang menyebabkan sesiapa sahaja boleh membuatnya.
3. Purata kemiskinan di Malaysia semakin meningkat . Pada pendapat anda ,
apakah faktor-faktor yang menyebabkan purata kemiskinan semakin
meningkat di Malaysia ? [ 4 markah ]
Pada pendapat saya , antara faktor yang menyebabkan purata kemiskinan
semakin meningkat di Malaysia ialah peningkatan kos hidup . Keperluan asas
memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk dimiliki , terutamanya di bandar.
Selain itu , persaingan memperoleh pekerjaan menyebabkan ramai orang
gagal mendapatkan pekerjaan.
Soalan 3
1. Formula Termodinamik
Berdasarkan novel Formula Termodinamik , karya Obasiah Haji Usman yang
telah saya pelajari di Tingkatan 1 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian
dengan pengajaran yang dinyatakan iaitu kita mestilah saling menyayangi antara
satu sama lain dan watak yang dinyatakan iaitu nenek .
Antara peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran dan watak yang
dinyatakan ialah peristiwa nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
dalam menjayakan Projek mesin 2 dalam 1 . Selain itu , peristiwa nenek yang
teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah walaupun
nenek baru sahaja menjalani pembedahan berkait rapat dengan pengajaran
dan watak yang dinyatakan.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran
yang dinyatakan iaitu kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain dan
watak yang dinyatakan iaitu nenek .
2. Sejambak Bakti
Berdasarkan novel Sejambak Bakti , karya Rejab F.I yang telah saya pelajari di
Tingkatan 1 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran
yang dinyatakan iaitu kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain dengan rela
hati dan watak yang dinyatakan iaitu Razali .
Antara peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran dan watak yang
dinyatakan ialah peristiwa Razali segera bersalam dengan Munir apabila Munir
meminta maaf dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala
kesalahan Munir terhadapnya. Selain itu , peristiwa Razali yang menerima
Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan memfitnah
dirinya berkait rapat dengan pengajaran dan watak yang dinyatakan.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran
yang dinyatakan iaitu kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain dengan rela
hati dan watak yang dinyatakan iaitu Razali .
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
3. Pelari Muda
Berdasarkan novel Pelari Muda , karya Ghazali Ngah Azia yang telah saya
pelajari di Tingkatan 1 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan
pengajaran yang dinyatakan iaitu kita wajarlah memikul tanggungjawab dengan
sempurna dan watak yang dinyatakan iaitu Encik Kadir .
Antara peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran dan watak yang
dinyatakan ialah peristiwa Encik Kadir melatih Kumar, Sures, dan Rajip untuk
memastikan mereka meraih kejuaraan dalam Sukan SEA di Bangkok. Selain itu
, peristiwa Encik Kadir juga melatih Kamarul dengan sabar sehingga Kamarul
meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter walaupun pada
peringkat awal Kamarul tidak berdisiplin, angkuh, dan suka berlatih sendiri
berkait rapat dengan pengajaran dan watak yang dinyatakan.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran
yang dinyatakan iaitu kita wajarlah memikul tanggungjawab dengan sempurna
dan watak yang dinyatakan iaitu Encik Kadir .
4. Destinasi Impian
Berdasarkan novel Destinasi Impian , karya Mohd Ismail Sarbini yang telah saya
pelajari di Tingkatan 1 , terdapat beberapa beberapa peristiwa yang bersesuaian
dengan pengajaran yang dinyatakan iaitu kita mestilah berani mengharungi
rintangan dan watak yang dinyatakan iaitu Azlina.
Antara peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran dan watak yang
dinyatakan ialah peristiwa Azlina yang sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer walaupun baru berusia 16 tahun. Selain
itu , peristiwa Azlina yang merupakan seorang pelajar yang mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar berkait rapat dengan persoalan yang
dinyatakan.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran yang
dinyatakan iaitu kita mestilah berani mengharungi rintangan dan watak yang
dinyatakan iaitu Azlina.
Bahagian C
Soalan 1 ( Ulasan)
Kempen Cara Hidup Sihat akan diadakan pada 17 Mei 2014 bermula pukul 7.00
pagi hingga 5.00 petang. Program anjuran Taman Saujana Utama ini akan
diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Saujana. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah,
demonstrasi CPR, ceramah dan pameran kesihatan. Kempen seumpama ini
penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bersenam dan
menjaga pemakanan supaya sentiasa sihat kerana kesihatan amat berharga
daripada kekayaan dan wang ringgit. Bersenam contohnya dapat mengeluarkan
peluh. Hindari makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam untuk
mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya seperti
darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Justeru semua masyarakat perlu
menyokong kempen cara hidup sihat. (100 patah perkataan)
Soalan 2
Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baharu yang menawarkan
kelebihan bagi pelaburan langsung asing. Demi menggamit para pelabur
cenderung untuk menanam modal di negara kita, kerajaan mengorak langkah
dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana
yang lengkap.
Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat menikmati
kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
oleh pihak kerajaan . Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk
masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari ini. Hal ini demikian
kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin
berkurang.
Aktiviti pelaburan mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan
terutamanya dalam sektor perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan
ini juga sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi akan mencetuskan pelbagai gejala
sosial .
Selain itu, kos untuk melanjutkan pelajaran kini semakin mahal. Sekurang-
kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa mampu mengurangkan bebanan
kewangan dalam menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak .
Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat
mengurangkan bebanan kewangan rakyat. Kenaikan harga barang boleh
menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara. Melabur seperti
rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan.
Pelaburan dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara . Pelaburan
juga dapat mengatasi kemelesetan ekonomi .
Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan dan aspirasi
negara. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat
hari ini agar masa depan lebih terjamin.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Isi :
1. Rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang
selesa yang telah disediakan oleh pihak kerajaan .
2. Dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi
masyarakat hari ini.
3. Dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan
4. Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.
5. Ibu bapa mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos
perbelanjaan pendidikan anak-anak .
6. Dapat mengatasi kenaikan harga barang
7. Dapat mengurangkan bebanan kewangan rakyat.
8. Meningkatkan pembangunan infrastruktur negara .
9. Dapat mengatasi kemelesetan ekonomi
Ringkasan Penuh: ( MIN – 5 ISI )
Antara kepentingan pelaburan kepada masyarakat ialah rakyat dapat menikmati
kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan
oleh pihak kerajaan ( ISI 1 ). Selain itu , pelaburan dapat menyediakan simpanan
untuk masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari ini ( ISI 2 ) .
Seterusnya , pelaburan juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan ( ISI
3 ) . Di samping itu , pelaburan turut mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan masyarakat ( ISI 4 ) . Melalui pelaburan , ibu bapa mampu
mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos perbelanjaan
pendidikan anak-anak ( ISI 5 ) . Tambahan pula , pelaburan dapat mengurangkan
bebanan kewangan rakyat ( ISI 6 ) dan meningkatkan pembangunan
infrastruktur negara ( ISI 7 ) .
( 93 patah perkataan )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KERTAS 2
Bahagian A
RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Isu pencemaran sungai semakin berleluasa di negara kita dan hangat diperkatakan
oleh masyarakat sejak kebelakangan ini .
ISI-ISI PENTING
1. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
- menyebabkan sungai dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang
terapung pada permukaan air.
2. Pembuangan sisa-sisa daripada kilang
- Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan
kos bagi pelupusan sisa tersebut.
3. Kegiatan pembalakan
- Pokok-pokok ditebang untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan.
PENUTUP
Kesimpulannya, isu pencemaran sungai wajar ditangani dengan segera sebelum
terlambat.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KARANGAN PENUH
Isu pencemaran sungai semakin berleluasa di negara kita dan hangat
diperkatakan oleh masyarakat sejak kebelakangan ini .
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam
sungai.Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan sungai
dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan
air.
Selain itu , pembuangan sisa-sisa daripada kilang juga merupakan antara
punca pencemaran sungai . Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang
dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut.
Kegiatan pembalakan juga salah satu punca pencemaran sungai . Pokok-pokok
ditebang untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan.
Kesimpulannya, isu pencemaran sungai wajar ditangani dengan segera
sebelum terlambat. ( 99 patah perkataan )
BAHAGIAN B
i) Sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin tahu tempat-tempat
menarik yang terdapat di negara ini. Balas surat rakan anda itu.
ISI-ISI PENTING
• Pulau Langkawi
- terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia dan dikelilingi
oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh
dari hiruk-pikuk bandar.
- terkenal dengan gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda
Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang
zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
• Pulau Redang
- terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu.
- Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk
pengunjung seperti selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot,
berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau
hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.
- Kawasan perairan di Taman laut Pulau Redang ini merupakan salah satu tempat
menyelam yang paling menarik dan menakjubkan.
• Persiaran Jonker
- terletak di Jalan Hang Jebat , Melaka
- merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar
Melaka.
- Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping
barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya
yang tersendiri. Antara barang yang dijual di Persiaran Jonker ialah jam tangan,
cemin mata, duit lama, poster lama, selipar, dan kasut.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KARANGAN PENUH:
No. 24, Jalan Intan,
Taman Bukit Damai,
Jitra, 06000
Kedah Darul Aman.
18 Ogos 2018
Menemui sahabat penaku Alicia , yang kini berada bersama keluarga di Perth,
Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan
sejahtera.
Saudari,
Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak
terlambat untuk membalas surat saudari tempoh hari. Pada surat yang saudari
utuskan sebelum ini , saudari telah mengatakan bahawa saudari berminat untuk
mengetahui tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Saya
akan menerangkan tentang beberapa destinasi pelancongan yang menarik di
Malaysia .
Pulau Langkawi merupakan salah satu pusat perlancongan yang menarik di
Malaysia. Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung
Malaysia dan dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan
suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Selain itu , Pulau Langkawi juga
terkenal dengan gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda
Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang
zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Pulau Redang yang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau
Redang terletak kira-kira 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Taman Laut Pulau
Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti selam
skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas
denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan
mengambil gambar di darat dan dasar laut. Kawasan perairan di Taman laut
Pulau Redang ini merupakan salah satu tempat menyelam yang paling menarik
dan menakjubkan.
Negeri Melaka pula terkenal dengan Persiaran Jonker yang terletak di Jalan Hang
Jebat , Melaka . Persiaran Jonker merupakan syurga bagi pengumpul barang-
barang antik dan murah di Bandar Melaka.Artifak asli yang berumur sehingga
300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain,
setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Antara barang
yang dijual di Persiaran Jonker ialah jam tangan, cemin mata, duit lama, poster
lama, selipar, dan kasut.
Setakat ini sahaja penerangan saya kepada saudari kali ini . Saya berharap agar
penjelasan ini dapat memikat hati saudari untuk berkunjung ke Malaysia. Saya
bersedia untuk menjadi pemandu pelancong saudari jika saudari sekeluarga
datang ke sini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.
Sahabatmu,
Shafiq Adlan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Industri pelancongan di negara ini semakin berkembang dengan pesat
sehingga Malaysia dianggap sebagai satu destinasi yang sangat menarik.
Jelaskan usaha- usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri
pelancongan di Malaysia.
ISI-ISI PENTING
• Pihak kerajaan wajar memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat
menarik minat pelancong.
- Konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Biasanya pelancong luar mahu
melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka.
- Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan
negara kita dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat
tempat.
• Pihak kerajaan harus memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi
- khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju.
- Pihak kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari
tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan pelancong menikmati keindahan alam semula jadi.
• Kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan
kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara.
- Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia wajib dijalankan
setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia.
- Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga
boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau
Redang, Cameron Highland dan banyak lagi.
• Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya perlu
disediakan
- Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ia akan mendorong seseorang
pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara
memperoleh lebih banyak mata wang asing.
- Kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu perlu diambil kira dalam
proses penyediaan kemudahan penginapan.
KARANGAN PENUH:
Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan
dan kemajuan bagi sesebuah negara. Di Malaysia, industri pelancongan
merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui
pengaliran masuk wang asing. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih
dan laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan
industri pelancongan di Malaysia ?
Salah satu usaha untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia ialah
pihak kerajaan wajar memperkenalkan produk pelancongan baharu yang
dapat menarik minat pelancong.Konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah
dikembangkan. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di
negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan
keunikan negara kita dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian
masyarakat tempat.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Antara faktor utama pelancong mengunjungi sesebuah negara ialah adanya
kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Pihak kerajaan
harus memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada
khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju. Pihak kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri
dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan pelancong menikmati keindahan alam semula jadi.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk
mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara.
Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia wajib dijalankan setiap
tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar
negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada
Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di
Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak
lagi.
Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya
perlu disediakan kerana ia menjadi faktor penting dalam menarik ramai
pelancong mengunjungi negara kita. Jika tempat penginapan selesa dan
lengkap, ia akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di
negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata
wang asing. Kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu perlu diambil
kira dalam proses penyediaan kemudahan penginapan.
Kesimpulannya, pelbagai usaha dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
memajukan industri pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil
dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata
pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan
sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong .
iii) Sempena Tahun Melawat Malaysia, anda dan keluarga telah melancong ke
sebuah destinasi pelancongan yang menarik di negara ini. Perihalkan
pengalaman anda itu.
Sempena Tahun Melawat Malaysia , kami sekeluarga berpeluang melancong ke
Bandaraya Bersejarah Melaka . Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan
barang keperluan masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-
destinasi tersebut. Selepas mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke
Melaka dengan menaiki kereta bapa saya.
Kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A' Farmosa selepas beberapa
jam. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat
kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu.
Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan
kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan
terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada
pengunjung yang lalu-lalang di situ.
Selepas mengunjungi Kota A' Farmosa, kami menjamu selera di sebuah
restoran yang menjual nasi ayam. Selepas itu, kami bertolak ke hotel untuk
meletakkan barang-barang kami dan berehat untuk menghilangkan penat. Pada
sebelah malamnya kami berpeluang untuk menaiki beca mengelilingi 'Jonker
Walk'. Beca yang kami naiki dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni dan
selesa. Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan
kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah.
Pada kira-kira pukul 11:00 malam , kami kembali ke hotel untuk tidur.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di
hotel itu. Kami merancang untuk melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium
Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi. Setibanya kami
di sana , kami begitu terharu melihat patung pahlawan-pahlawan kita yang telah
gugur di medan perang sewaktu berjuang menuntut kemerdekaan negara yang
tercinta ini.
Seterusnya, bapa saya membawa kami berkunjung ke Muzium Negara . Seni
bina bangunan Muzium Negara amat menarik perhatian kami sekeluarga.
Selepas membeli tiket kami pun masuk ke dalam bangunan muzium tersebut.
Selain peristiwa-peristiwa bersejarah, terdapat barangan lama yang dipamerkan
seperti senjata-senjata yang digunakan oleh pahlawan pada zaman dahulu,
peralatan muzik, kebudayaan dan lain-lain lagi. Sebelum beredar, kami sempat
membeli beberapa keping poskad dan cenderamata untuk dibawa pulang.
Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak
memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta
akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi
masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya
berharap agar bapa saya akan membawa kami sekeluarga untuk mengunjungi
tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan
datang.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
****FORMAT TERBAHARU****
SET ( 3 ) REVISI
BM PT3
~ EDISI 1 ~
DILENGKAPI DENGAN SET REVISI
KERTAS 1 & 2 BM PT3 ( FORMAT
BAHARU PT3 )
SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP
DENGAN PENJELASAN TERPERINCI
SEBAGAI PANDUAN
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KERTAS 1 ( 60 Markah )
Bahagian A
[ 20 markah ]
Bahagian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga Soalan 5
1. “Setelah _____________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk Sultan
Izzuddin," kata bendahara kepada gerau di Istana Seri Kenangan.
A patik B beta
C baginda D tuanku
2. Encik Halil membungkus lalu _______________ barang-barang yang hendak
dibawanya untuk mengembara.
A mengendong B menanggung
C mengandar D memikul
3. Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang berbaris secara _____________ dalam
perhimpunan rasmi kokurikulum mendapat tepukan gemuruh.
A sekata B seragam
C serasi D seirama
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
4. Ibu membeli __________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak
B selonggok
C seikat
D setangkai
5. Hatinya tidak _______________ sedikit pun apabila menerima hukuman itu.
A bergoyang
B berkocak
C bergegar
D berasa
Soalan 6 hingga Soalan 7
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
6. Pelajar itu berlompatan kerana terlalu gembira di atas kemenangan pasukan bola
AB
sepak sekolah dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Tiada kesalahan.
CD
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
7. Sultanah Zanariah akan berangkat untuk mencemar duli dalam majlis santapan
AB C
diraja yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D
Soalan 8 hingga Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
8. I Peguam itu menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang lewat.
II Musim menuai padi di daerah Pendang sudah lewat.
III Di tepi sungai itu duduk seorang lelaki yang sudah agak lewat usianya.
IV Aishah telah lama menunggu emaknya yang lewat pulang.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
9. I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.
II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 10 hingga Soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
10. Antara aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin, termasuklah sukan ragbi.
A Antara aktiviti kokurikulum yang Ai Lin minati
B Antara aktiviti-aktiviti kokurikulum yang Ai Lin minati
C Antara aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin
D Antara aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin
11. Dia menceburi diri dalam bidang perniagaan sejak tahun lepas.
A menceburkan diri dalam bidang B menceburi dalam bidang
C mencebur bidang D menceburi diri dalam bidang
Soalan 12 hingga Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
12. "Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Taman
Satria," kata Aiman kepada Hafiz.
A Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini
kalau Aiman ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang,
datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
C Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang itu jika dia ada masa lapang.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman
Satria pada petang ini jika dia kelapangan.
13. Walaupun sudah sebulan tinggal di asrama, Ainun masih belum dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba baharu itu.
A Penyesuaian diri di asrama belum berlaku kepada Ainun walaupun dia sudah
sebulan tinggal di tempat yang serba baharu itu.
B Kehidupan serba baharu di asrama selama sebulan menyebabkan Ainun belum
dapat menyesuaikan diri.
C Ainun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya
yang serba baharu walaupun sudah sebulan tinggal di asrama.
D Sebulan tinggal di asrama yang serba baharu belum mencukupi untuk Ainun
menyesuaikan diri.
Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun
dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan
______________________ .
A Orang mengantuk disorongkan bantal.
B Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
C Pucuk dicita ulam mendatang.
D Pungguk merindukan bulan.
15. Peribahasa yang manakah tidak membawa maksud orang yang tamak?
A Yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
B Seperti anjing dengan bayang-bayang.
C Alah membeli menang memakai.
D Seperti Belanda minta tanah.
Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca sajak di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan yang berikutnya
16. Berikut merupakan gaya bahasa yang terkandung dalam Syair Burung Nuri,
kecuali
A Inversi B Simile
C Repetisi D Bahasa Inggeris
17.Berdasarkan rangkap kedua , penyair meluahkan pendapatnya berdasarkan
_____________.
A cerita orang lain B pemerhatian terhadap orang lain
C pengetahuan dan pengalamannya D kesudian membantu orang lain
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
18. Antara yang berikut , nyatakan tema syair burung nuri .
A Adab dalam kehidupan seseorang B Sikap berani menyahut cabaran
C Kepentingan menghormati orang lain D Pentingnya hidup bersatu
19. Pernyataan berikut adalah benar tentang syair di atas , kecuali
A mengandungi 8 rangkap
B Rima akhirnya ialah a-a-a-a
C setiap rangkap mengandungi dua hingga empat baris
D berbentuk terikat
20. Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada dilanda cabaran pada zaman
yang moden dan maju ini . Pada pendapat anda , apakah usaha yang boleh kita
lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut ?
A Tidak putus asa dan sentiasa mencuba
B Meminta bantuan kewangan daripada orang lain
C Tidak mengamalkan sifat rendah diri agar tidak muda ditipu oleh orang lain
D Meminta nasihat daripada ramai orang
Bahagian B [ 25 markah ]
Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan
yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada
para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.
__________________________________________________________________
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti
manggis dan durian.
__________________________________________________________________
[ 2 markah ]
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi , adik mengharapkan supaya kami
sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.
__________________________________________________________________
ii) Satu pamiran barang-barang antik telah diadakan di pusat kraf tangan bermula
semalam.
__________________________________________________________________
iii) Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat
keluasan tanah terbiar.
__________________________________________________________________
[ 3 markah ]
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian , jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Bahan 1
Sajak Kucari Damai di Sini
Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.
Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.
( Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2 )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahan 2
Perpaduan merupakan elemen penting untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian rakyat di Malaysia. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan
dan perselisihan faham antara satu sama lain. Selain itu , kedamaian dan
kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia turut mengelakkan
semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat; iaitu sikap mementingkan diri
sendiri . Malaysia yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya.
Bahan 3
i) Berdasarkan bahan 1 , nyatakan dua mesej yang disampaikan oleh penyajak
melalui sajak tersebut. [ 3 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Berdasarkan bahan 2 , apakah kepentingan kedamaian dan kesejahteraan
dalam kalangan masyarakat Malaysia ? [ 3 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
iii) Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin luntur
kebelakangan ini. Pada pendapat apa , apakah langkah-langkah yang dapat
diambil untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia ? [ 4 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 2 .
i) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi
ii) Meniti Impian karya Osman Ayop
iii) Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon
iv) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Latar masyarakat melengkapkan watak utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan
latar masyarakat yang dinyatakan , nyatakan dua peristiwa yang dapat
mengukuhkan latar masyarakat tersebut.
NOVEL WATAK Latar masyarakat
Jalan ke Puncak Laiman Masyarakat yang tabah
menempuh kehidupan
Meniti Impian Zahar Masyarakat yang rajin
membantu orang lain
Jejak Monpus Qistina Masyarakat yang
bertanggungjawab
memikul tugas sebagai
seorang pendidik
Darah Titik di Semantan Datuk Bahaman Masyarakat yang berani
menentang kejahatan
[ 10 markah ]
Bahagian C [ 15 markah ]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti . Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut , tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai
usaha dijalankan untuk membendung gejala negatif ini daripada terus
mempengaruhi para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah
mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya.
Tidak kurang juga yang secara jujur mengakui bahawa rasa bosan dengan beban
tugas sebagai pelajar telah mendorong mereka menghisap rokok. Ibu bapa menjadi
sasaran untuk dipersalah kerana dikatakan bahawa ibu atau bapa yang merokok
akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak langkah mereka.Selain itu ,
kurangnya perhatian daripada segelintir ibu bapa yang leka mengejar dunia
materialistik dan mengabaikan tanggungjawab mereka merupakan antara punca
dominan yang mempengaruhi remaja merokok.
Walaupun kita lihat banyak iklan mahupun kempen tidak merokok dijalankan
namun remaja tetap remaja. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali
mendorong mereka mencuba sesuatu yang ditegah. Naluri ini jika tidak dikawal
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
akan mengakibatkan rasa ketagihan dan rasa seronok apabila dapat menghisap
rokok.
Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun cuma
sebatang. Harga rokok yang murah dan mampu dimiliki membuatkan remaja
terjebak dalam gejala negatif ini . Memandangkan longgarnya penguatkuasaan
terhadap penjualan rokok, kerajaan masih mengambil langkah-langkah
pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi.
Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih
bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah
kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya
mengundang ketagihan yang berpanjangan.
KERTAS 2 ( 40 Markah )
Bahagian A
[ 10 markah ]
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
MANFAAT AMALAN MEMBACA
Amalan membaca – mulia – menambahkan pengetahuan – mengetahui isu-isi
semasa- mengisi masa lapang- mengelakkan diri – gejala negatif- pemangkin
kemajuan negara- sejarah - pembangunan tamadun keintelektualan manusia –
tabuat - menjayakan hasrat - maju
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahagian B
[ 30 markah ]
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
TEMA : CINTA AKAN ALAM SEKITAR
Peningkatan suhu bumi Pembuangan sampah sarap di sungai
Pelepasan asap dari kilang Program kitar semula
Hakisan tanah Gotong-royong
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
i) Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan peringkat sekolah,
anda telah memilih tajuk ‘Punca-punca pencemaran sungai’.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
ii) Kegiatan pembalakan haram di negara kita semakin serius.
Huraikan kesan-kesan negatif pembalakan haram terhadap alam sekitar.
iii) Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.
SKEMA PEMARKAHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. JWPN : C ( baginda ) – kata yg digunakan sbg gelaran di pangkal nama
seseorang raja atau sultan
A patik – hamba
B beta - kata ganti diri pertama utk raja-raja.
D tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri
kedua bagi raja atau sultan.
2. JWPN : A ( mengendong ) - membawa barang dgn dibungkus dlm sarung
B menanggung - membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul:/
menderita kesusahan, kerugian dll / memikul segala
tanggungjawab.
C mengandar - membawa barang dgn kandar , menggalas , memikul:
D memikul – membawa barang di atas bahu
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
3. JWPN : B ( seragam ) – uniformly
A sekata - tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh
C serasi – secocok / sepadan
D seirama - senada
4. JWPN : C ( seikat ) - penjodoh bilangan utk benda-benda yg diberkas dgn tali
A secekak – segenggam
B selonggok – penjodoh bilangan utk benda yang diletakkan dalam longgokan
seperti durian, tanah, batu, ikan, sayur, dan sebagainya.
D setangkai – penjodoh bilangan utk benda yang bertangkai seperti buah,
bunga, padi dan sebagainya.
5. JWPN : B ( berkocak ) – hati berdebar-debar / gelisah
A bergoyang - bergerak terayun-ayun
C bergegar - bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat
dan kuat; bergetar
D berasa – mengalami rasa dlm hati
6. JWPN : B ( di atas ) - sepatutnya ‘Pelajar itu berlompatan kerana terlalu
gembira atas kemenangan pasukan bola sepak sekolah
dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
7. JWPN : D ( tiada kesalahan )
8. JWPN : D ( II , III dan IV sahaja )
Lewat : Maksud 1 – lampau / habis
Maksud 2 – lanjut
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Maksud 3 – larut , lambat
9. JWPN : C ( I , II dan III sahaja )
Lepas : Maksud 1 – bebas drpd ikatan / tahanan
Maksud 2 – sesudah selesai
10.JWPN : D ( Antara aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin )
11.JWPN : A ( menceburkan diri dalam bidang )
12.JWPN : C ( Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman
Satria pada petang itu jika dia ada masa lapang. )
13.JWPN : D ( Sebulan tinggal di asrama yang serba baharu belum mencukupi
untuk Ainun menyesuaikan diri. )
14.JWPN : C ( Pucuk dicita ulam mendatang. ) - Memperolehi sesuatu melebihi
daripada yang dikehendaki.
A Orang mengantuk disorongkan bantal. - Memperoleh sesuatu yang diingini.
B Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. - Menyatakan sangat berterima kasih
atas nasihat atau pertolongan orang
D Pungguk merindukan bulan. - merindukan seseorang yang tidak mungkin
dimiliki.
15.JWPN : C ( Alah membeli menang memakai ) – membeli sesuatu barang yang
mahal harganya tetapi barang
itu bermutu dan tahan Iama.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A Yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran. - Apa yang dicari itu tidak
diperoleh, barang yang
ada pula hilang atau habis
B Seperti anjing dengan bayang-bayang.- org yang bersikap tamak
D Seperti Belanda minta tanah. - Diberi sedikit, hendak banyak
16.JWPN : D ( bahasa Inggeris )
A Inversi – ‘sahifah supaya nyata’ - Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.
B Simile - Laksana cermin jatuh ke batu
C Repetisi – Hanyutlah badan ke sana ke mari
17.JWPN : C ( pengetahuan dan pengalamannya )
18.JWPN : A ( Adab dalam kehidupan seseorang )
19.JWPN : C ( setiap rangkap mengandungi dua hingga empat baris )
20.JWPN : A ( Tidak putus asa dan sentiasa mencuba )
Bahagian B
Soalan 1
Kesalahan tatabahasa
i) Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada
para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.
Para pelanggan / pelanggan-pelanggan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan
seperti manggis dan durian.
suka akan
Kesalahan Ejaan
i) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi , adik mengharapkan supaya kami
sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.
e-mel
ii) Satu pamiran barang-barang antik telah diadakan di pusat kraf tangan
bermula semalam.
pameran
iii) Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat
keluasan tanah terbiar.
juruukur
Soalan 2
i) Berdasarkan bahan 1 , nyatakan dua mesej yang disampaikan oleh penyajak
melalui sajak tersebut. [ 3 markah ]
Antara mesej yang disampaikan oleh penyajak melalui sajak tersebut ialah
penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang
dan dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia. Selain itu , penyajak menyatakan
bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai
dan hidup dengan aman.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.