The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94192275, 2022-07-28 02:48:17

karangan BM

private

- Banyak kematian berlaku kerana pengguna jalan raya tidak mematuhi
peraturan terutamanya memandu dalam keadaan yang laju dan
mengantuk.

- Lantaran itu, hentaman atau pelanggaran yang berlaku begitu kuat
sehingga mangsa kemalangan terkorban.

• Selain itu, kerugian dalam aspek kewangan turut berlaku apabila sesuatu
kejadian kemalangan terjadi itu.
- Setiap kemalangan pasti membawa kerosakan kenderaan yang perlu
dihantar ke bengkel kereta untuk dibaiki dengan kos yang tinggi.
- Sesungguhnya, pemandu akan kerugian wang apabila kereta mereka
terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya itu.

• Kekerapan kemalangan jalan raya yang berlaku boleh menyebabkan imej
negara pada mata orang asing terjejas.
- Orang ramai akan beranggapan bahawa pengguna jalan raya negara ini
tidak bertanggungjawab dan suka memandu dalam keadaan bahaya pula.
- Jelaslah, maruah dan imej negara akan dipandang rendah oleh masyarakat
terutamanya pelancong asing jika kemalangan terus berlaku.

• Kejadian kemalangan jalan raya yang berleluasa turut menjadikan masyarakat
berasa gerun untuk menggunakan kemudahan awam.
- Perasaan takut dan bimbang wujud kerana mereka berpendapat jalan raya
amat bahaya dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
- Maka, jalan raya di negara ini akan kurang digunakan kerana masyarakat
bimbang akan keselamatan mereka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH:
Isu kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun di Malaysia.
Biasanya, kemalangan berlaku di jalan yang sempit dan berselekoh.
Terdapat pelbagai kesan negatif yang berpunca daripada kemalangan jalan
raya.
Kesan yang pertama ialah kemalangan boleh meragut nyawa dan kecederaan
dalam kalangan masyarakat kita. Banyak kematian berlaku kerana pengguna
jalan raya tidak mematuhi peraturan terutamanya memandu dalam keadaan
yang laju dan mengantuk. Lantaran itu, hentaman atau pelanggaran yang
berlaku begitu kuat sehingga mangsa kemalangan terkorban.
Selain itu, kerugian dalam aspek kewangan turut berlaku apabila sesuatu
kejadian kemalangan terjadi itu. Setiap kemalangan pasti membawa kerosakan
kenderaan yang perlu dihantar ke bengkel kereta untuk dibaiki dengan kos yang
tinggi. Sesungguhnya, pemandu akan kerugian wang apabila kereta mereka
terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya itu.
Tambahan pula, kekerapan kemalangan jalan raya yang berlaku boleh
menyebabkan imej negara pada mata orang asing terjejas. Orang ramai akan
beranggapan bahawa pengguna jalan raya negara ini tidak bertanggungjawab
dan suka memandu dalam keadaan bahaya pula. Jelaslah, maruah dan imej
negara akan dipandang rendah oleh masyarakat terutamanya pelancong asing
jika kemalangan terus berlaku.
Kejadian kemalangan jalan raya yang berleluasa turut menjadikan masyarakat
berasa gerun untuk menggunakan kemudahan awam. Perasaan takut dan
bimbang wujud kerana mereka berpendapat jalan raya amat bahaya dan
kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Maka, jalan raya di negara ini
akan kurang digunakan kerana masyarakat bimbang akan keselamatan mereka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Konklusinya, semua kesan kemalangan jalan raya itu akan berlaku apabila kadar
kemalangan ini tidak dapat dikawal . Usaha mengenakan denda yang lebih tinggi
dan berat harus dilaksanakan kepada pengguna yang memandu secara
berbahaya.Peribahasa biar lambat asal selamat harus menjadi pegangan setiap
pengguna jalan raya kerana nyawa mereka lebih penting daripada cepat sampai
ke destinasi.

****SELAMAT MAJU JAYA DALAM PT3****

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

MODUL 5
KARANGAN RESPONS

TERBUKA

• CONTOH KARANGAN YANG
DIKUPAS DARIPADA TEMA-TEMA UTAMA

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PANDUAN MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA YANG CEMERLANG
1. Karangan respons terbuka akan disoal dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Melayu

PT3.
2. Para pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
3. Karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
4. Pastikan anda memilih satu soalan yang tepat . Gariskan kata kunci yang terdapat

pada soalan yang dipilih.
5. Pastikan karangan anda mengandungi sekurang-kurangnya 5 perenggan.
6. Cara menulis perenggan isi adalah seperti berikut:

a) Ayat Judul / Ayat Topik – menyatakan isi utama yang ingin disampaikan
b) Ayat Huraian - Ayat topik hendaklah disokong oleh ayat huraian.
c) Ayat contoh – Anda boleh memasukkan contoh untuk menjadikan karangan

anda lebih menarik.
d) Ayat penyimpul – Utk menyimpul keseluruhan isi dalam sesebuah perenggan.
7. Peribahasa / ungkapan menarik yang relevan dengan topik karangan juga boleh
dimasukkan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

PT3
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

TEMA : KESIHATAN

Bersenam Makan berdasarkan pyramid makanan

Elakkan tabiat merokok Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan

Menghadiri ceramah kesihatan Tidur secukupnya

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk
syarahan tersebut ialah ‘Cara-cara mengelakkan diri daripada masalah
obesiti’.
Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

ii) Masyarakat kini sibuk bekerja dan mengejar dunia materialistik sehinggakan
tidak memberi perhatian kepada pengamalan gaya hidup sihat . Huraikan
kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

iii) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen anti-merokok ,
namun isu gejala merokok semakin berleluasa di Malaysia. Bincangkan kesan
buruk tabiat merokok dalam kalangan masyarakat.

CONTOH JAWAPAN:
i) Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk

syarahan tersebut ialah ‘Cara-cara mengelakkan diri daripada masalah
obesiti’. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

ISI-ISI PENTING
• Mengamalkan pemakanan seimbang.

- Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat
pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur.

- Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai
panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih
sihat.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur
terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan
tengah hari dan makan malam.

• Melakukan senaman secara teratur.
- Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-
kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu.
- Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita.
- Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk
tidak bersenam.
- Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan
dapat digunakan di rumah.

• Kita tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang
kian berlambak dalam pasaran.
- Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh
mengaburi mata pengguna.
- Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan
dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan
malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh
menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Encik Ali Shafie Bin Mutajab , pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Hitam , barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan sekalian. Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana pihak sekolah sudi memberi peluang kepada saya untuk menyertai
pertandingan syarahan pada pagi ini. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Cara-cara mengelakkan diri daripada masalah obesiti”.
Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat
negara kita. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes,
darah tinggi dan juga serangan jantung. Persoalannya, apakah langkah-langkah
yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini?
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada
masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah
mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang
sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan
piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan
agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu
secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi,
makan tengah hari dan makan malam.
Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur.
Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya
selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah
dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan
kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini
banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur,
kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang
kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan
diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-
hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan
badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada
jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh
yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan
pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan.

Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk
menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan
gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti
fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika
setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan
mencapai berat badan yang ideal.

ii) Masyarakat kini sibuk bekerja dan mengejar dunia materialistik
sehinggakan tidak memberi perhatian kepada pengamalan gaya hidup sihat
. Huraikan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

ISI-ISI PENTING
• Dapat menguatkan badan kita.

- Makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu
tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang
secukupnya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada
penggunaan bahan pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan
kita akan menjadi lebih sihat dan kuat.

- Hal ini akan menjurus kepada menjadikan badan lebih kuat bagi menangkis
penyakit.

• Kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
- Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan kesihatan yang
lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat.
- Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal makanan
dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung
tersumbat.
- Kesannya, kita tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti
terpaksa mengikut jadual ubat-ubatan dan pergi ke hospital.

• Kita juga akan terhindar daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok,
minum arak, mengambil dadah dan pergaulan bebas.

- Kita semestinya dapat memikirkan secara logik tentang kesan apabila
terlibat dengan penyakit sosial.

• Dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.
- Hal ini kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup
mantap iaitu gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan
seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan gejala sosial.
- Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan.
- Misalnya, ahli keluarga makan makanan sihat bersama-sama dan beriadah
bersama sama.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Keluarga bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang
produktif untuk negara.

KARANGAN PENUH
Kehidupan manusia alaf baru yang serba-serbi pantas menyebabkan mereka

mengabaikan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai
aspek daripada segi penjagaan makanan, senaman dan kitaran tidur yang betul.
Pelbagai manfaat daripada pengamalan gaya hidup sihat dapat kita perolehi
seandainya kita mengamalkannya dengan kaedah yang betul.

Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat adalah dapat menguatkan badan
kita. Makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu
tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang
secukupnya. Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada
penggunaan bahan pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan kita
akan menjadi lebih sihat dan kuat. Hal ini akan menjurus kepada menjadikan
badan lebih kuat bagi menangkis penyakit.
Selain itu, kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Hal ini kerana,
gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan kesihatan yang lebih baik berbanding
gaya hidup tidak sihat. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti
mengawal makanan dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit
misalnya jantung tersumbat. Kesannya, kita tidak perlu menjalani kehidupan
menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual ubat-ubatan dan pergi ke
hospital.

Di samping itu, kita juga akan terhindar daripada pelbagai gejala sosial seperti
merokok, minum arak, mengambil dadah dan pergaulan bebas. Kita semestinya
dapat memikirkan secara logik tentang kesan apabila terlibat dengan penyakit
sosial.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat melahirkan sebuah
keluarga yang bahagia. Hal ini kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah
elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang merangkumi
pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan gejala
sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli keluarga
makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama sama. Keluarga
bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk
negara.

Konklusinya, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat menghasilkan sebuah
negara yang maju kerana rakyatnya hidup dengan ceria berdasarkan amalan
gaya hidup sihat. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa
pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera
kehidupannya.

iii) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen anti-merokok ,
namun isu gejala merokok semakin berleluasa di Malaysia. Bincangkan
kesan buruk tabiat merokok dalam kalangan masyarakat.

ISI-ISI PENTING
• Kajian saintifik menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok merupakan

faktor utama penyebab ketagihan.
- Oleh itu, tidak hairanlah rokok amat sinonim dengan pelbagai penyakit

berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser mulut, batuk kering, penyakit
jantung, barah pundi kencing, kerongkong serta masalah saluran
pernafasan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Mereka yang ketagih merokok terpaksa mengeluarkan belanja yang besar
untuk membeli rokok.

- Menurut kajian yang dilakukan, seseorang yang ketagih merokok sanggup
mengeluarkan beratus-ratus ringgit semata-semata untuk membeli rokok
setiap hari.

- Merokok juga menjejaskan keterampilan diri.
- Seseorang yang merokok semestinya mempunyai nafas yang berbau

busuk.

• Wanita hamil yang merokok misalnya akan membahayakan janin dalam
kandungannya.
- Rokok boleh memudaratkan dan meracuni janin.
- Bayi wanita merokok lebih terdedah kepada risiko kematian pada bulan
awal kelahirannya.
- Maka lebih teruk lagi kebanyakkan wanita perokok melahirkan bayi yang
telah mati sejak dalam kandungan lagi.

• Rokok juga amat berbahaya kepada kanak-kanak.
- Wanita perokok yang menyusui bayinya boleh memindahkan nikotin
kepada bayi secara langsung menerusi susu badan.
- Tabiat merokok dalam kalangan masyarakat boleh meningkatkan kadar
kematian akibat terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang terdapat
dalam rokok.
- Kepulan asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah dapat
mencemarkan udara disekelilingnya.

KARANGAN PENUH

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Sememangnya diakui bahawa tabiat merokok telah lama sebati dalam
kalangan masyarakat di seluruh dunia. Tabiat ini kini telah menular ke seluruh
lapisan masyarakat khususnya golongan pelajar dan remaja. Di Malaysia,
kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM 17 juta untuk menjayakan kempen
Tak Nak (merokok) bagi membebaskan bumi Malaysia daripada kepulan asap
rokok. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi menjadi perokok di negara kita.

Sebagaimana kita tahu , amalan merokok sememangnya merugikan semua
pihak malah memberikan banyak kesan sampingan kepada si perokok. Kajian
saintifik menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok merupakan faktor utama
penyebab ketagihan. Oleh itu, tidak hairanlah rokok amat sinonim dengan
pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser mulut, batuk
kering, penyakit jantung, barah pundi kencing, kerongkong serta masalah
saluran pernafasan.

Seterusnya, mereka yang ketagih merokok terpaksa mengeluarkan belanja
yang besar untuk membeli rokok. Menurut kajian yang dilakukan, seseorang
yang ketagih merokok sanggup mengeluarkan beratus-ratus ringgit semata-
semata untuk membeli rokok setiap hari. Merokok juga menjejaskan
keterampilan diri. Seseorang yang merokok semestinya mempunyai nafas yang
berbau busuk.

Bagi wanita yang merokok pula, mereka menganggap bahawa merokok
sebagai lambang gaya hidup yang moden. Kesan merokok terhadap wanita lebih
serius berbanding lelaki. Wanita hamil yang merokok misalnya akan
membahayakan janin dalam kandungannya. Rokok boleh memudaratkan dan
meracuni janin. Bayi wanita merokok lebih terdedah kepada risiko kematian
pada bulan awal kelahirannya. Maka lebih teruk lagi kebanyakkan wanita
perokok melahirkan bayi yang telah mati sejak dalam kandungan lagi.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Selain memberi kesan kepada janin, rokok juga amat berbahaya kepada kanak-
kanak. Wanita perokok yang menyusui bayinya boleh memindahkan nikotin
kepada bayi secara langsung menerusi susu badan. Tabiat merokok dalam
kalangan masyarakat boleh meningkatkan kadar kematian akibat terdedah
kepada pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam rokok. Kepulan asap rokok
bukan sahaja membahayakan kesihatan malah dapat mencemarkan udara
disekelilingnya.

Kesimpulannya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa amalan merokok ini
sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan sebaliknya hanya
mendatangkan keburukan bukan sahaja pada diri malah pada masyarakat
disekeliling. Oleh itu, semua pihak hendaklah menghakis tabiat merokok agar
kesihatan yang baik boleh dikecapi.

****SELAMAT MAJU JAYA DALAM PT3****

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

***FORMAT BAHARU PT3***

MODUL KARANGAN
RESPONS TERHAD ( 1 )

( KARANGAN PENDEK )

KERTAS 2 PT3 ( BAHAGIAN A )

 NOTA LENGKAP BESERTA CONTOH
( CARA MENJAWAB SOALAN KARANGAN
RESPON TERHAD DALAM PT3 )

 LATIHAN DENGAN SKEMA PEMARKAHAN
LENGKAP

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK )
YANG CEMERLANG

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu
PT3 .

2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek ) ?
Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan yang
pendek dan ringkas berdasarkan soalan.

3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.

4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.

5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak
menyusahkan pemeriksa kertas.

6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang .

7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek ) untuk soalan
bahagian ini.

8. Gunakan semua isi yang diberikan.

9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.

10 . Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.

11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah
Rendah Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah dikira sebagai 1
perkataan sahaja.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos
perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu
bapa- bayar yuran- perlu praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
ISI-ISI PENTING
1. Dapat digunakan semasa kecemasan.
- Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
2. Berjimat-cermat.
- tidak boros berbelanja
- membeli barangan keperluan sahaja.
3. Mengurangkan beban ibu bapa
- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.

PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH :
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk
diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan.
Contohnya , wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
Selain itu, amalan menabung mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita
seharusnya tidak boros berbelanja dan membeli barangan keperluan sahaja.
Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita boleh
membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

( 76 pp )

LATIHAN UJI DIRI

LATIHAN 1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

HARI SUKAN NEGARA DI SEKOLAH
Semua pelajar berkumpul –ucapan Guru Besar - senamrobik – merentas desa –
Kategori A – kategori B – sukaneka - jamuan untuk pelajar dan guru – pemberian
hadiah dan sijil- sesi bergambar- bersurai

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Faedah-faedah menyertai Memanfaatkan masa
aktiviti kokurikulum lapang dengan baik

Menyihatkan tubuh
badan

Memupuk disiplin diri

LATIHAN 3

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang

panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Punca-punca obesiti dalam kalangan remaja

 Tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang
 Kurang bersukan dan beriadah
 Ibu bapa kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 4
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Masalah pencemaran alam sekitar - berleluasa - pelbagai kesan negatif -suhu
bumi meningkat- pembebasan gas karbon dioksida-udara-kesihatan terjejas-
pelbagai penyakit-haiwan terancam-kehilangan habitat-pelbagai langkah-
diambil
LATIHAN 5
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Isu kenaikan harga-buah mulut- rakyat perlu berjimat-cermat- boros-merancang
perbelanjaan keluarga- berdasarkan keperluan sahaja-pihak kerajaan-
pemantauan- kenaikan harga barang-ditangani bersama.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

SKEMA PEMARKAHAN
LATIHAN 1
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Hari Sukan Negara telah disambut pada 13 Oktober 2018 yang lalu di Sekolah
Menengah Alam Shah.

ISI-ISI PENTING
1. Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seawal 7.30 pagi. Upacara

dimulakan dengan ucapan Guru Besar .
2. Selepas itu , acara senamrobik dijalankan oleh Cikgu Hamidi. Sekitar pukul 9

pagi, acara merentas desa dimulakan dengan kategori A , pelajar-pelajar
menengah rendah diikuti dengan kategori B, pelajar-pelajar menengah atas.
3. Pada pukul 11.45 pagi, jamuan untuk pelajar dan guru diadakan. Selepas itu,
upacara pemberian hadiah dan sijil bagi para pemenang berlangsung. Majlis
bersurai pada pukul 1 petang .

PENUTUP
Hari Sukan Negara di Sekolah Menengah Alam Shah telah berlangsung dengan
lancar.

KARANGAN PENUH
Hari Sukan Negara telah disambut pada 13 Oktober 2018 yang lalu di Sekolah
Menengah Alam Shah.
Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan seawal 7.30 pagi. Upacara
dimulakan dengan ucapan Guru Besar . Selepas itu , acara senamrobik
dijalankan oleh Cikgu Hamidi. Sekitar pukul 9 pagi, acara merentas desa
dimulakan dengan kategori A , pelajar-pelajar menengah rendah diikuti dengan
kategori B, pelajar-pelajar menengah atas. Pada pukul 11.45 pagi, jamuan untuk

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

pelajar dan guru diadakan. Selepas itu, upacara pemberian hadiah dan sijil bagi

para pemenang berlangsung. Majlis bersurai pada pukul 1 petang .

Hari Sukan Negara di Sekolah Menengah Alam Shah telah berlangsung dengan

lancar. ( 78 patah perkataan )

LATIHAN 2
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sentiasa digalakkan kerana
banyak faedahnya.

ISI-ISI PENTING
1. Memanfaatkan masa lapang dengan baik.

- Menghindarkan diri daripada gejala negatif .
2. Menyihatkan tubuh badan.

- Mencergaskan tubuh badan dan meningkatkan kecerdasan otak.
3. Memupuk disiplin diri .

- Dilatih untuk menepati masa dan mematuhi peraturan .

PENUTUP
Tuntasnya , aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang.

KARANGAN PENUH
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sentiasa digalakkan kerana
banyak faedahnya.
Antara faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah ialah pelajar dapat
memanfaatkan masa lapang dengan baik. Dengan ini , pelajar dapat
menghindarkan diri daripada gejala negatif .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Seterusnya , ia menyihatkan tubuh badan. Pelajar boleh mencergaskan tubuh

badan dan meningkatkan kecerdasan otak.

Di samping itu, pelajar dapat memupuk disiplin diri . Contohnya, pelajar akan

dilatih untuk menepati masa dan mematuhi peraturan .

Tuntasnya , aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

cemerlang. ( 77 patah perkataan )

LATIHAN 3
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Purata obesiti semakin meningkat saban tahun terutamanya dalam kalangan remaja.

ISI-ISI PENTING
1. Tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang .

- Kurang mengambil makanan yang berkhasiat
- lebih gemar makan makanan segera.
2. Remaja kurang bersukan dan beriadah.
- Lebih suka melakukan aktiviti berunsurkan hiburan seperti melepak.
3. Ibu bapa kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka .
- Ibu bapa yang bekerja kini tidak sempat menyediakan makanan seimbang untuk

anak-anak .

PENUTUP
Masalah obesiti ini wajar diberi perhatian sebelum makin serius.

RANGKA PENUH
Purata obesiti semakin meningkat saban tahun terutamanya dalam kalangan
remaja.
Antara puncanya ialah tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang .
Remaja kurang mengambil makanan yang berkhasiat malah lebih gemar makan
makanan segera.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Selain itu, remaja kurang bersukan dan beriadah. Mereka lebih suka melakukan

aktiviti berunsurkan hiburan seperti melepak.

Di samping itu , ibu bapa kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka . Ibu

bapa yang bekerja kini tidak sempat menyediakan makanan seimbang untuk anak-

anak .

Masalah obesiti ini wajar diberi perhatian sebelum makin serius.

( 78 patah perkataan )

LATIHAN 4

RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Masalah pencemaran alam sekitar yang makin berleluasa kini boleh

menyebabkan pelbagai kesan negatif.

ISI-ISI PENTING
1. Suhu bumi meningkat.

- Pembebasan gas karbon dioksida di udara.
2. Kesihatan terjejas
- Menghidapi pelbagai penyakit dan sistem respirasi terjejas.
3. Mengancam haiwan .
- Haiwan-haiwan liar akan kehilangan habitat akibat pembangunan di hutan

PENUTUP
Tuntasnya, pelbagai langkah proaktif wajar diambil untuk mengurangkan

pencemaran alam sekitar.

KARANGAN PENUH
Masalah pencemaran alam sekitar yang makin berleluasa kini boleh
menyebabkan pelbagai kesan negatif.
Pencemaran alam sekitar menyebabkan suhu bumi meningkat. Ini disebabkan
pembebasan gas karbon dioksida di udara.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Selain itu , kesihatan juga terjejas. Masyarakat berkemungkinan menghidapi

pelbagai penyakit dan sistem respirasi juga boleh terjejas.

Pencemaran alam sekitar boleh mengancam haiwan . Haiwan-haiwan liar akan

kehilangan habitat akibat pembangunan di hutan .

Tuntasnya, pelbagai langkah proaktif wajar diambil untuk mengurangkan

pencemaran alam sekitar. ( 73 patah perkataan )

LATIHAN 5
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Isu kenaikan harga barangan di negara kita menjadi buah mulut masyarakat .

ISI-ISI PENTING
1. Berjimat-cermat

- Mengelakkan sikap boros berbelanja.
2. Merancang perbelanjaan keluarga.

- Membeli berdasarkan keperluan sahaja dan bukannya kehendak.
3. Pihak kerajaan mestilah kerap menjalankan pemantauan

- Peniaga-peniaga tidak akan menaikkan harga sesuka hati.

PENUTUP
Kesimpulannya , kenaikan harga barang wajar ditangani bersama dengan berhemah.

KARANGAN PENUH

Isu kenaikan harga barangan di negara kita menjadi buah mulut masyarakat .
Kita perlulah berjimat-cermat semasa berbelanja. Kita harus mengelakkan
sikap boros berbelanja.
Selain itu, kita harus merancang perbelanjaan keluarga. Semasa membeli
barangan , kita perlu membeli berdasarkan keperluan sahaja dan bukannya
kehendak.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Pihak kerajaan mestilah kerap menjalankan pemantauan di kedai-kedai.
Dengan ini , peniaga-peniaga tidak akan menaikkan harga sesuka hati.

Kesimpulannya , kenaikan harga barang wajar ditangani bersama dengan

berhemah. ( 71 patah perkataan )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

***FORMAT BAHARU PT3***

MODUL KARANGAN
RESPONS TERHAD ( 2 )

( KARANGAN PENDEK )

KERTAS 2 PT3 ( BAHAGIAN A )

 NOTA LENGKAP BESERTA CONTOH
( CARA MENJAWAB SOALAN KARANGAN
RESPON TERHAD DALAM PT3 )

 LATIHAN DENGAN SKEMA PEMARKAHAN
LENGKAP

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK )
YANG CEMERLANG

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu
PT3 .

2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek ) ?
Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan yang
pendek dan ringkas berdasarkan soalan.

3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.

4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.

5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak
menyusahkan pemeriksa kertas.

6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang .

7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek ) untuk soalan
bahagian ini.

8. Gunakan semua isi yang diberikan.

9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.

10 . Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.

11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah
Rendah Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah dikira sebagai 1
perkataan sahaja.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos
perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu
bapa- bayar yuran- perlu praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
ISI-ISI PENTING
1. Dapat digunakan semasa kecemasan.
- Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
2. Berjimat-cermat.
- tidak boros berbelanja
- membeli barangan keperluan sahaja.
3. Mengurangkan beban ibu bapa
- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.

PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH :
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk
diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan.
Contohnya , wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
Selain itu, amalan menabung mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita
seharusnya tidak boros berbelanja dan membeli barangan keperluan sahaja.
Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita boleh
membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

( 76 pp )

LATIHAN UJI DIRI

LATIHAN 1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

• Masa depan musnah
• Imej keluarga terjejas
• Menjejaskan ekonomi negara

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Ibu bapa- sahsiah remaja yang terpuji-jadi suri teladan- nilai-nilai murni - beri
didikan agama –kelas agama - awasi - anak-anak – berkenalan dengan kawan
anak-anak –jadi manusia berguna

LATIHAN 3
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Langkah-langkah - Mengambil makanan yang
menjaga kesihatan diri berkhasiat dan seimbang

- Beriadah dan melakukan
senaman

- Mendapat rehat yang
secukupnya

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 4
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

FAKTOR-FAKTOR GEJALA BULI SEMAKIN BERLELUASA

• Kurangnya didikan agama
• Pengaruh rakan sebaya
• Pengaruh media massa

LATIHAN 5
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Melancong dalam negara-menyeronokkan-banyak faedahnya-mengeratkan
hubungan- meluangkan masa- meningkatkan ilmu pengetahuan-mengenali
sejarah dan budaya – memajukan industri pelancongan-memajukan ekonomi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SKEMA PEMARKAHAN
LATIHAN 1
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Pelbagai jenis gejala sosial yang kian teruk melanda negara kita terutamanya kes
penyalahgunaan dadah.
ISI-ISI PENTING
1. Masa depan musnah

- tidak akan ditawarkan pekerjaan oleh sesiapa jua.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

2. Imej keluarga akan terjejas.
- Semua ahli keluarga penagih dadah akan dipandang rendah oleh masyarakat

3. Menjejaskan ekonomi negara.
- Imej negara akan terjejas di persada dunia dan urusan perdagangan akan
tergendala.

PENUTUP
Tuntasnya, semua rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memerangi najis dadah

di negara kita.

KARANGAN PENUH

Pelbagai jenis gejala sosial yang kian teruk melanda negara kita terutamanya

kes penyalahgunaan dadah.

Antara kesannya ialah masa depan penagih musnah. Penagih dadah itu tidak

akan ditawarkan pekerjaan oleh sesiapa jua.

Seterusnya, imej keluarga akan terjejas. Semua ahli keluarga penagih dadah

akan dipandang rendah oleh masyarakat.

Penyalahgunaan dadah boleh menjejaskan ekonomi negara. Imej negara akan

terjejas di persada dunia dan urusan perdagangan akan tergendala.

Tuntasnya, semua rakyat Malaysia perlu bersatu untuk memerangi najis dadah

di negara kita. ( 77 patah perkataan )

LATIHAN 2
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sahsiah remaja yang terpuji.

ISI-ISI PENTING
1. Menjadi suri teladan

- Menjelaskan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni kepada anak-anak

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

2. Memberikan didikan agama
- Anak-anak dapat menguasai ilmu agama sekiranya dihantar ke kelas agama.

3. Mengawasi pergerakan anak-anak.
- Mungkin boleh berkenalan dengan kawan-kawan anak mereka.

PENUTUP
Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah remaja yang terpuji
supaya menjadi manusia berguna.

KARANGAN PENUH
Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sahsiah remaja yang terpuji.

Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa boleh

menjelaskan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Seterusnya, ibu bapa wajar memberikan didikan agama kepada anak-anak.

Anak-anak dapat menguasai ilmu agama sekiranya dihantar ke kelas agama.

Ibu bapa juga harus mengawasi pergerakan anak-anak. Mereka mungkin

boleh berkenalan dengan kawan-kawan anak mereka.

Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah remaja yang terpuji

supaya menjadi manusia berguna. ( 77 patah perkataan )

LATIHAN 3
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Kesihatan diri amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna.

ISI-ISI PENTING
1. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.

- Mengambil makanan seperti yang disyorkan oleh piramid makanan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

2. Beriadah dan melakukan senaman.
- Menggerakkan otot badan supaya berfungsi dengan baik.

3. Mendapatkan rehat yang secukupnya.
- Tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik jika tidak cukup rehat.

PENUTUP
Tuntasnya, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri

KARANGAN PENUH
Kesihatan diri amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna.
Antara caranya ialah mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kita
harus mengambil makanan seperti yang disyorkan oleh piramid makanan.
Kita perlulah beriadah dan melakukan senaman. Kita dapat menggerakkan
otot badan supaya berfungsi dengan baik.
Seterusnya, kita mestilah mendapatkan rehat yang secukupnya. Kita tidak
dapat melaksanakan kerja kita dengan baik jika tidak cukup rehat.
Tuntasnya, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri

( 76 patah perkataan )
LATIHAN 4
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan
keganasan seseorang .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ISI-ISI PENTING
1. Kurangnya didikan agama.

- Ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memberi didikan agama
kepada anak-anak.

2. Pengaruh rakan sebaya.
- Terpengaruh dengan perangai rakan yang terjebak dengan gejala buli ini.

3. Pengaruh media massa.
- Pelbagai rancangan yang berunsurkan gejala negatif yang disiarkan mampu
mempengaruhi minda remaja.

PENUTUP
Gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan masyarakat yang

harmoni.

KARANGAN PENUH
Buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan

keganasan seseorang .

Antara faktor gejala buli semakin berleluasa ialah kurangnya didikan agama.

Ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk memberi didikan agama

kepada anak-anak.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya. Seseorang itu boleh terpengaruh dengan

perangai rakan yang terjebak dengan gejala buli ini.

Selain itu, pengaruh media massa. Pelbagai rancangan yang berunsurkan

gejala negatif yang disiarkan mampu mempengaruhi minda remaja.

Gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan masyarakat yang

harmoni. ( 79 patah perkataan )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 5
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Melancong dalam negara amat menyeronokkan dan banyak faedahnya.

ISI-ISI PENTING
1. Mengeratkan hubungan dengan keluarga.

- Meluangkan masa dengan senang dengan ahli keluarga yang lain.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan.

- Mengenali sejarah dan budaya tempat tersebut.
3. Memajukan industri pelancongan negara kita.

- Pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan
PENUTUP
Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah menyokong industri
pelancongan tempatan agar lebih maju.

KARANGAN PENUH

Melancong dalam negara amat menyeronokkan dan banyak faedahnya.

Antara faedahnya ialah mengeratkan hubungan dengan keluarga. Kita dapat

meluangkan masa dengan ahli keluarga yang lain.

Di samping itu, kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila

melancong ke sesuatu tempat, ,kita akan mengenali sejarah dan budaya tempat

tersebut.

Melancong dalam negara membantu memajukan industri pelancongan

negara kita. Dengan berbuat demikian , pengaliran wang ke luar negara dapat

dielakkan.

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah menyokong industri

pelancongan tempatan agar lebih maju. ( 77 patah perkataan )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

***FORMAT BAHARU PT3***

MODUL KARANGAN
RESPONS TERHAD ( 3 )

( KARANGAN PENDEK )

KERTAS 2 PT3 ( BAHAGIAN A )

 NOTA LENGKAP BESERTA CONTOH
( CARA MENJAWAB SOALAN KARANGAN
RESPON TERHAD DALAM PT3 )

 LATIHAN DENGAN SKEMA PEMARKAHAN
LENGKAP

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK )
YANG CEMERLANG

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu
PT3 .

2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek ) ?
Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan yang
pendek dan ringkas berdasarkan soalan.

3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.

4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.

5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak
menyusahkan pemeriksa kertas.

6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang .

7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek ) untuk soalan
bahagian ini.

8. Gunakan semua isi yang diberikan.

9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.

10 . Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.

11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah
Rendah Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah dikira sebagai 1
perkataan sahaja.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos
perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu
bapa- bayar yuran- perlu praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.
ISI-ISI PENTING
1. Dapat digunakan semasa kecemasan.
- Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
2. Berjimat-cermat.
- tidak boros berbelanja
- membeli barangan keperluan sahaja.
3. Mengurangkan beban ibu bapa
- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.

PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH :
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk
diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan.
Contohnya , wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
Selain itu, amalan menabung mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita
seharusnya tidak boros berbelanja dan membeli barangan keperluan sahaja.
Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita boleh
membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.

( 76 pp )

LATIHAN UJI DIRI

LATIHAN 1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Ciri-ciri pelajar cemerlang
Setiap pelajar-keinginan-cemerlang- bidang akademik-mendapat keputusan baik
- mengutamakan disiplin diri-mematuhi peraturan-cergas-aktiviti kokurikulum-
menyihatkan tubuh badan- berusaha – dalam kehidupan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK

- Tekanan kerja
- Masalah kewangan
- Kurang didikan agama

LATIHAN 3
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Purata- kes kemalangan jalan raya- peningkatan-memastikan kenderaan – baik-
membuat servis berkala-mematuhi undang-undang-had laju-pihak Jabatan
Kerja Raya –baiki jalan-pelbagai langkah-mengurangkan kemalangan jalan raya

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

LATIHAN 4
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT
Alat perhubungan

Mendapat informasi terkini
Alat hiburan

LATIHAN 5
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
Tabiat merokok-dijauhi-bahaya-mengakibatkan penyakit-bahan kimia-kanser
paru-paru- menyebabkan ketagihan-murung dan letih-pembaziran-
menghabiskan wang belanja- tabiat buruk-dihapuskan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

SKEMA PEMARKAHAN
LATIHAN 1

RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Setiap pelajar semestinya mempunyai keinginan untuk menjadi pelajar
cemerlang.

ISI-ISI PENTING
1. Cemerlang dalam bidang akademik

- berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar
- mendapat keputusan yang baik.
2.Mengutamakan disiplin diri
- Pelajar yang mematuhi peraturan di sekolah merupakan pelajar yang
cemerlang.
3. Cergas dalam aktiviti kokorikulam.
- Menyihatkan dan mencergaskan badan pelajar.

PENUTUP
Tuntasnya, semua pelajar perlu berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang agar
berjaya dalam kehidupan.

KARANGAN PENUH
Setiap pelajar semestinya mempunyai keinginan untuk menjadi pelajar
cemerlang.
Antara ciri pelajar cemerlang ialah cemerlang dalam bidang akademik. Seorang
pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar pasti akan mendapat
keputusan yang baik.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Seterusnya, mengutamakan disiplin diri. Pelajar yang mematuhi peraturan di
sekolah merupakan pelajar yang cemerlang.
Selain itu, cergas dalam aktiviti kokorikulam. Ini membantu menyihatkan dan
mencergaskan badan pelajar.
Tuntasnya, semua pelajar perlu berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang
agar berjaya dalam kehidupan.

LATIHAN 2
RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Kes penderaan kanak-kanak tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara kita.

ISI-ISI PENTING
1. Tekanan kerja

- Ibu bapa melepaskan tekanan di tempat kerja kepada anak- anak yang tidak
berdosa.

2. Masalah kewangan.
- Menyebabkan ibu bapa bertindak ganas terhadap anak-anak.

3. Kurang didikan agama.
- Ilmu agama amat penting sebagai panduan dalam menguruskan keluarga.

PENUTUP
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras dan wajib dielakkan.

KARANGAN PENUH
Kes penderaan kanak-kanak tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara kita.
Antara punca berlakunya penderaan kanak-kanak ialah tekanan kerja . Ibu
bapa melepaskan tekanan di tempat kerja kepada anak- anak yang tidak
berdosa.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Seterusnya, masalah kewangan. Masalah kewangan yang melanda keluarga

menyebabkan ibu bapa bertindak ganas terhadap anak-anak.

Selain itu, kurang didikan agama. Ilmu agama amat penting sebagai panduan

dalam menguruskan keluarga.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang

dilarang keras dan wajib dielakkan. ( 74 patah perkataan )

LATIHAN 3
RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Purata kes kemalangan jalan raya di negara menunjukkan peningkatan sejak

kebelakangan ini.

ISI-ISI PENTING
1. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

- Membuat servis berkala
2. Mematuhi undang-undang.

- memandu dalam had laju yang ditetapkan.
3. Pihak Jabatan Kerja Raya pula perlu membaiki jalan-jalan yang berlubang-

lubang
- jalan yang tidak rata pasti mengundang bahaya kepada pemandu.

PENUTUP
Tuntasnya, pelbagai langkah seyogianya diambil bagi mengurangkan

kemalangan jalan raya. ( 78 patah perkataan )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH
Purata kes kemalangan jalan raya di negara menunjukkan peningkatan sejak

kebelakangan ini.

Antara langkah mengelakkan kemalangan jalan raya ialah memastikan

kenderaan dalam keadaan baik. Pemandu perlu membuat servis berkala untuk

memastikan kenderaan selamat dipandu.

Seterusnya, pemandu perlu mematuhi undang-undang. Contohnya, pemandu

harus memandu dalam had laju yang ditetapkan.

Pihak Jabatan Kerja Raya pula perlu membaiki jalan-jalan yang berlubang-

lubang kerana jalan yang tidak rata pasti mengundang bahaya kepada pemandu.

Tuntasnya, pelbagai langkah seyogianya diambil bagi mengurangkan

kemalangan jalan raya. ( 78 patah perkataan )

LATIHAN 4
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Penggunaan telefon bimbit telah pun menjadi trend pada masa kini
terutamanya dalam kalangan remaja.

ISI-ISI PENTING
1. Alat perhubungan .

- Membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat.
2. Mendapat informasi terkini .

- Dapat mengakses laman sesawang untuk mendapatkan maklumat.
3. Alat hiburan.

- Dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa.

PENUTUP
Kesimpulannya, telefon bimbit banyak kebaikannya jika digunakan dengan bijak.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH
Penggunaan telefon bimbit telah pun menjadi trend pada masa kini

terutamanya dalam kalangan remaja.

Telefon bimbit digunakan sebagai alat perhubungan . Ini membolehkan

pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat.

Seterusnya, kita boleh mendapat informasi terkini . Melalui telefon bimbit,

kita dapat mengakses laman sesawang untuk mendapatkan maklumat.

Telefon bimbit juga digunakan sebagai alat hiburan. Kita dapat mendengar lagu

dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, telefon bimbit banyak kebaikannya jika digunakan dengan

bijak. ( 74 patah perkataan )

LATIHAN 5
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Tabiat merokok perlulah dijauhi kerana amat berbahaya kepada diri.

ISI-ISI PENTING
1. Mengakibatkan penyakit.

- Bahan kimia yang terkandung dalam rokok amat berbahaya
- boleh menyebabkan kanser paru-paru.
2. Mengakibakan ketagihan.
- Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan
- menjadikan perokok murung dan letih.
3. Pembaziran wang
- Perokok mungkin menghabiskan wang belanjanya hanya untuk membeli
rokok.

PENUTUP
Tuntasnya, tabiat merokok yang begitu buruk ini harus dihapuskan bersama.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.


Click to View FlipBook Version