The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94192275, 2022-07-28 02:48:17

karangan BM

private

ii) Berdasarkan bahan 2 , apakah kepentingan kedamaian dan kesejahteraan
dalam kalangan masyarakat Malaysia ? [ 3 markah ]

Antara kepentingan kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan
Masyarakat Malaysia ialah dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Selain itu ,
kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia turut
mengelakkan Semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat; iaitu sikap
mementingkan diri sendiri .

iii) Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin luntur
kebelakangan ini. Pada pendapat apa , apakah langkah-langkah yang dapat
diambil untuk memupuk semangat perpaduan? [ 4 markah ]

Pada pendapat saya , antara langkah yang dapat diambil untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah pihak kerajaan
perlu menganjurkan lebih banyak rumah terbuka semasa musim perayaan
supaya rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam. Selain itu , pihak rukun tetangga setiap kawasan perumahan wajar
menganjurkan aktiviti gotong-royong agar penduduk taman yang berbilang
kaum dapat bekerjasama membersihkan kawasan perumahan.

Soalan 3
1. Jalan ke Puncak

Berdasarkan novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi yang telah saya pelajari
di Tingkatan 2 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang tabah menempuh kehidupan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Laiman.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Antara peristiwa yang bersesuaian dengan latar masyarakat yang dinyatakan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan ialah peristiwa Laiman tabah
menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya.Selain itu , peristiwa
Laiman tetap dengan pendiriannya dan tabah menjalankan projek yang
dirancang walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada pelbagai
pihak berkait rapat dengan latar masyarakat dan watak yang dinyatakan.Namun
begitu, projek yang dijalankan itu berjaya menunjukkan hasil sekali gus
membuka mata penduduk kampung .

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang tabah menempuh kehidupan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Laiman.

2. Meniti Impian
Berdasarkan novel Meniti Impian karya Osman Ayop yang telah saya pelajari

di Tingkatan 2 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang rajin membantu orang lain
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Zahar.

Antara peristiwa yang bersesuaian dengan latar masyarakat yang dinyatakan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan ialah peristiwa Zahar rajin
membantu bapa saudaranya , Pak Yusuf di bengkel perabot untuk menyiapkan
tempahan perabot yang semakin banyak . Selain itu , peristiwa Zahar rajin
membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah untuk meringankan beban
ibunya yang sedang berusaha mencari rezeki untuk keluarga mereka berkait
rapat dengan latar masyarakat dan watak yang dinyatakan.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang bersesuaian dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang rajin membantu orang lain
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Zahar.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

3. Jejak Monpus
Berdasarkan novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon yang telah saya pelajari

di Tingkatan 2 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang bertanggungjawab memikul
tugas sebagai seorang pendidik dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan
iaitu Qistina.

Antara peristiwa yang bersesuaian dengan latar masyarakat yang dinyatakan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan ialah peristiwa Qistina
mencipta beberapa inovasi agar pengajarannya menarik perhatian dan murid
faham apa yang diajar.

Selain itu , peristiwa apabila mendapati anak muridnya , Umar , tidak
menyiapkan latihan yang diberi , Qistina menyiasat puncanya sehingga
sanggup pergi ke rumah Umar berkait rapat dengan latar masyarakat dan watak
yang dinyatakan.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang bertanggungjawab memikul
tugas sebagai seorang pendidik dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan
iaitu Qistina.

4. Darah Titik di Semantan
Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani yang telah saya

pelajari di Tingkatan 2 , terdapat beberapa peristiwa yang bersesuaian dengan
latar masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang berani menentang
kejahatan dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Datuk
Bahaman.

Antara peristiwa yang bersesuaian dengan latar masyarakat yang dinyatakan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan ialah peristiwa Datuk
Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya. Selain itu ,

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

peristiwa Datuk Bahaman yang telah menyusun strategi perang terhadap
Inggeris berkait rapat dengan latar masyarakat dan watak yang dinyatakan.
Apabila Desborough dating membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk
Bahaman telah menyerang dan menewaskan mereka.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar
masyarakat yang dinyatakan iaitu masyarakat yang berani menentang kejahatan
dan berkait rapat dengan watak yang dinyatakan iaitu Datuk Bahaman.

Bahagian C
Soalan 1 ( ulasan )
Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita kebelakangan ini.
Antara punca utama berlakunya kemalangan ialah kecuaian pemandu ( ISI
TERSURAT ) . Tamsilnya , terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil
menggunakan telefon bimbit. Selain itu , kenderaan yang tidak diselenggara
dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan ( ISI
TERSURAT ) tersebut. Contohnya , terdapat pemilik kenderaan yang masih
menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang
baru. Seterusnya, keadaan jalan ( ISI TERSURAT ) raya yang tidak diselenggara
dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik
hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali , faktor kelemahan
penguatkuasaan ( ISI TERSURAT ) seperti lambat menjejaki mereka yang sering
melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan
di jalan raya.

Soalan 2 ( Rumusan )
Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai

usaha dijalankan untuk membendung gejala negatif ini daripada terus

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

mempengaruhi para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah
mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya.

Tidak kurang juga yang secara jujur mengakui bahawa rasa bosan dengan
beban tugas sebagai pelajar telah mendorong mereka menghisap rokok. Ibu
bapa menjadi sasaran untuk dipersalah kerana dikatakan bahawa ibu atau bapa
yang merokok akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak langkah
mereka.Selain itu , kurangnya perhatian daripada segelintir ibu bapa yang leka
mengejar dunia materialistik dan mengabaikan tanggungjawab mereka
merupakan antara punca dominan yang mempengaruhi remaja merokok.

Walaupun kita lihat banyak iklan mahupun kempen tidak merokok dijalankan
namun remaja tetap remaja. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali
mendorong mereka mencuba sesuatu yang ditegah. Naluri ini jika tidak dikawal
akan mengakibatkan rasa ketagihan dan rasa seronok apabila dapat menghisap
rokok.

Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun
cuma sebatang. Harga rokok yang murah dan mampu dimiliki membuatkan
remaja terjebak dalam gejala negatif ini . Memandangkan longgarnya
penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan masih mengambil
langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi.

Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih
bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah
kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya
mengundang ketagihan yang berpanjangan.

Isi Tersurat
1. Pengaruh daripada rakan sebaya.
2. Rasa bosan dengan beban tugas sebagai pelajar

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

3. Ibu atau bapa yang merokok akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak
langkah mereka.

4. Kurangnya perhatian daripada segelintir ibu bapa yang leka mengejar dunia
materialistik dan mengabaikan tanggungjawab mereka

5. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali mendorong mereka mencuba
sesuatu yang ditegah.

6. Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli
7. Harga rokok yang murah dan mampu dimiliki
8. Longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok

Rumusan penuh :

*** 2 PILIHAN JAWAPAN DIBERIKAN ( BERGANTUNG PADA CARA MENJAWAB
YANG DIAJAR DI SEKOLAH ) ****

Cara 1 ( tiada isi tersirat dlm rumusan penuh ) – MIN 5 ISI TERSURAT
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan remaja terjebak

dalam gejala merokok.
Antara punca yang menyebabkan remaja terjebak dalam gejala merokok ialah

pengaruh daripada rakan sebaya ( ISI TERSURAT 1 ) . Selain itu , rasa bosan
dengan beban tugas sebagai pelajar juga menyebabkan remaja terjebak dalam
gejala merokok ( ISI TERSURAT 2 ) . Di Malaysia, rokok boleh didapati dengan
mudah dan boleh dibeli ( ISI TERSURAT 3 ) . Ini menyebabkan remaja senang
terjebak dalam gejala merokok. Di samping itu , harga rokok yang murah dan
mampu dimiliki merupakan salah satu punca remaja terjebak dalam gejala
merokok ( ISI TERSURAT 4 ) . Longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan
rokok juga menyebabkan remaja terjebak dalam gejala merokok ( ISI TERSURAT
5).

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Kesimpulannya , masalah remaja terjebak dalam gejala merokok wajar
ditangani dengan segera supaya dapat melahirkan remaja-remaja yang
berwibawa.

( 100 patah perkataan )
Cara 2 ( (ada isi tersirat dlm rumusan penuh ) – 3 isi tersurat & 2 isi tersirat

Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan remaja terjebak
dalam gejala merokok.

Antara punca yang menyebabkan remaja terjebak dalam gejala merokok ialah
pengaruh daripada rakan sebaya ( ISI TERSURAT 1 ) . Selain itu , rasa bosan
dengan beban tugas sebagai pelajar juga menyebabkan remaja terjebak dalam
gejala merokok ( ISI TERSURAT 2 ) . Di samping itu , harga rokok yang murah dan
mampu dimiliki merupakan salah satu punca remaja terjebak dalam gejala
merokok ( ISI TERSURAT 3 ) .

Langkah menghindarkan remaja daripada terlibat dalam gejala merokok ialah
pihak sekolah wajar menganjurkan kempen tentang bahaya merokok ( ISI
TERSIRAT
1 ) dan ibu bapa harus menjadi teladan yang baik untuk anak-anak ( ISI
TERSIRAT 2 ).

Kesimpulannya , masalah remaja terjebak dalam gejala merokok wajar
ditangani dengan segera supaya dapat melahirkan remaja-remaja yang
berwibawa.

( 100 patah perkataan )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KERTAS 2

Bahagian A
RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Amalan membaca merupakan salah satu amalan mulia yang amat bermanfaat.

ISI-ISI PENTING
1. Menambahkan pengetahuan

- seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku di dunia .

2. Mengisi masa lapang dengan berfaedah .
- Dengan ini , kita dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala negatif.

3. Pemangkin kemajuan negara
- Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan
manusia bermula daripada buku.

PENUTUP
Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat membaca berupaya
menjayakan hasrat negara menjadi negara maju .

KARANGAN PENUH
Amalan membaca merupakan salah satu amalan mulia yang amat bermanfaat.
Dengan membaca , kita dapat menambahkan pengetahuan. Melalui
pembacaan, seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku
di dunia .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Tabiat membaca membantu kita untuk mengisi masa lapang dengan
berfaedah . Dengan ini , kita dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam
gejala negatif.
Tabiat membaca adalah pemangkin kemajuan negara. Sejarah telah
membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia
bermula daripada buku.
Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat membaca berupaya
menjayakan hasrat negara menjadi negara maju .

( 78 patah perkataan )
Bahagian B

i) Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan peringkat
sekolah, anda telah memilih tajuk ‘Punca-punca pencemaran sungai’.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

ISI-ISI PENTING
• Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.

- Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai
memberikan kesan yang buruk kepada sungai.
- Hal ini kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan
sungai dipenuhi plastik sampah dan bahan terbuang yang terapung pada
permukaan air.
- Selain itu, warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-
hitaman atau kehijau-hijaun.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang
- Aktiviti pembuangan sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-
mata.
- Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan
sisa-sisa daripada kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk
melupuskan sisa –sisa tersebut.
- Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos
bagi pelupusan sisa tersebut.

• Kegiatan pembalakan.
- Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-pokok untuk
tujuan pembangunan dan industri pembuatan.
- Pencemaran sungai ini terjadi apabila ikatan zarah tanah menjadi longgar
disebabkan akar pokok yang mengikat struktur tanah tersebut telah mati akibat
daripada aktiviti penebangan.

KARANGAN PENUH
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi

menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan, selamat sejahtera saya
ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk ‘Punca-punca pencemaran sungai’.
Sejak akhir-akhir ini masalah pencemaran sungai semakin meningkat dan
menjadi perbincangan umum . Perkara yang membimbangkan ini melibatkan
kebanyakan sungai di negara kita . Terdapat beberapa punca yang
mengakibatkan pencemaran sungai.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam

sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai
memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana pembuangan
sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik
sampah dan bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu,
warna air sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau
kehijau-hijaun.

Tambahan pula, pembuangan sisa-sisa daripada kilang-kilang juga
menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Lazimnya, aktiviti pembuangan
sisa-sisa ke dalam sungai ini adalah perbuatan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab yang mementingkan keuntungan semata-mata. Kilang-kilang
yang dibina di tepi sungai pada kebiasaanya akan mengalirkan sisa-sisa daripada
kilang ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa –sisa
tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat
menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Di samping itu, pencemaran sungai juga berpunca daripada kegiatan

pembalakan. Kegiatan pembalakan merupakan kegiatan penebangan pokok-
pokok untuk tujuan pembangunan dan industri pembuatan. Pencemaran sungai
ini terjadi apabila ikatan zarah tanah menjadi longgar disebabkan akar pokok
yang mengikat struktur tanah tersebut telah mati akibat daripada aktiviti
penebangan.

Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini
perlulah diteliti dengan lebih mendalam agar usaha-usaha menangani masalah
pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

seharusnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan lebih banyak
kempen kesedaran tentang kepentingan penjagaan sungai.

ii) Kegiatan pembalakan haram di negara kita semakin serius.
Huraikan kesan-kesan negatif pembalakan haram terhadap alam sekitar.

ISI-ISI PENTING
• Salah satu punca utama berlakunya bencana alam.

- Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol
dan terdedah kepada hakisan.

- Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini
menyebabkan sungai menjadi cetek.
- Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia
melimpah ke kawasan sekitar.

• Kemusnahan habitat flora dan fauna
- Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi
pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar.
- Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan
yang tinggal didalamnya.

• Mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita.
- Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida
dalam udara.
- Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula.
- Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran dan turut
mengakibatkan kesan rumah hijau.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.
- Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air dalam tanih
sekaligus menjejaskan bekalan air. Keadaan ini mendatangkan kebejatan
kepada penduduk sekitar.
- Tamsilnya, krisis air yang pernah berlaku di Lembah Klang dan Melaka
menyebabkan aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi dan
membasuh pakaian terganggu.

KARANGAN PENUH
Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Walaupun hutan telah

membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir
ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak
dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti
pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah
menyaksikan dampak yang ketara kepada negara.

Pembalakan haram merupakan salah satu punca utama berlakunya bencana
alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi
gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan
dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek.
Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia
melimpah ke kawasan sekitar.

Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti
pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat
tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar.
Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan
yang tinggal didalamnya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Di samping itu, pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di
negara kita. Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas
karbon dioksida dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera
daripada dipantulkan semula. Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan
suhu persekitaran dan turut mengakibatkan kesan rumah hijau.

Pembalakan haram juga akan menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah
tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air dalam
tanih sekaligus menjejaskan bekalan air. Keadaan ini mendatangkan kebejatan
kepada penduduk sekitar. Tamsilnya, krisis air yang pernah berlaku di Lembah
Klang dan Melaka menyebabkan aktiviti harian penduduk seperti memasak,
mandi dan membasuh pakaian terganggu.

Oleh itu, kita seharusnya sedar akan kepentingan hutan dalam kehidupan kita.
Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah yang
didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Orang awam pula hendaklah
melaporkan sebarang pergerakan kenderaan pengangkut balak yang
mencurigakan. Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing, sudah pasti
masalah ini dapat diatasi.

iii) Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.

ISI-ISI PENTING
• Pendedahan media massa.
- Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan

surat khabar.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Media massa boleh menyiarkan rancangan atau iklan yang bertemakan
kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar .

- Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna.

• Penganjuran kempen alam sekitar di seluruh negara
- Masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan

cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan .
- Aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan

kawasan-kawasan yang kotor juga boleh dijalankan.

• Pihak sekolah perlu mengajar dan menerangkan kepentingan menjaga
kebersihan alam sekitar kepada para pelajar sejak dari bangku sekolah lagi.
- Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia.
- Melalui pendidikan moral di sekolah, guru-guru harus menanamkan perasaan
cinta alam sekitar dalam diri pelajar-pelajar.

• Penggunaan teknologi moden.
- Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran

dengan lebih cepat dan efektif.
- Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos

kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian dapat mengurangkan
kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan.
- Dengan ini , kita dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KARANGAN PENUH
Alam sekitar merupakan kurniaan tuhan yang sangat penting dalam kehidupan

manusia . Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,
udara dan air .Alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar ini seharusnya
dijaga dan dipelihara dengan baik sebelum terlambat . Terdapat beberapa
langkah yang patut diambil untuk menjaga kebersihan alam sekitar .

Antara langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan
surat khabar. Media massa boleh menyiarkan rancangan atau iklan yang
bertemakan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar . Pada hari ini, media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna.

Selain itu, penganjuran kempen alam sekitar di seluruh negara merupakan
salah satu langkah yang patut diambil untuk menjaga kebersihan alam sekitar .
Melalui penganjuran kempen alam sekitar, masyarakat akan didedahkan
tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan . Aktiviti-aktiviti seperti penanaman
pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor juga
boleh dijalankan.

Di samping itu , pihak sekolah perlu mengajar dan menerangkan
kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar kepada para pelajar sejak dari
bangku sekolah lagi. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal
pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Melalui pendidikan
moral di sekolah, guru-guru harus menanamkan perasaan cinta alam sekitar
dalam diri pelajar-pelajar.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan
teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

lebih cepat dan efektif. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara
yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang
dilepaskan. Dengan ini , kita dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar.

Kesimpulannya, setiap individu harus sedar betapa pentingnya
menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat
dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan.
Alam sekitar yang bersih menjamin kualiti kehidupan manusia yang sempurna.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

****FORMAT TERBAHARU****

SET ( 4 ) REVISI
BM PT3

~ EDISI 1 ~

 DILENGKAPI DENGAN SET REVISI
KERTAS 1 & 2 BM PT3 ( FORMAT
BAHARU PT3 )

 SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP
DENGAN PENJELASAN TERPERINCI
SEBAGAI PANDUAN

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KERTAS 1 ( 60 Markah )

Bahagian A
[ 20 markah ]
Bahagian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga Soalan 5

1. Tuan Pengetua _____________ hadiah kepada pemenang pertandingan

pidato sekolah itu.

A menyatakan B menyampaikan

C menyempurnakan D mempersetujui

2. Sumbangan ________ orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-
mangsa gempa bumi di Iran.

A dari B untuk
C kepada D daripada

3. Encik Ram mengupah _____________ dalaman untuk menyusun atur
perabot dan lukisan - lukisan di rumah barunya.

A jurucerakin B jurulatih
C juruhias D jurubina

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

4. Rakyat Malaysia begitu terkejut _____________ mendengar berita
penemuan mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.

A apabila
B sejak
C akan
D bila

5. Semua pelajar tingkatan dua dikehendaki ________________ di Dataran
Bestari pada pukul 10.30 pagi ini kerana ada perkara penting yang hendak
disampaikan oleh pengetua sekolah.

A berjajar
B bersusun
C berhimpun
D berlonggok

Soalan 6 hingga Soalan 7
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
6. Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Bee Kee untuk

AB
menjelaskan yuran peperiksaan. Tiada kesalahan.

CD

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

7. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Kuala Lumpur
AB

akan ditampal pada papan kenyataan. Tiada kesalahan.
CD

Soalan 8 hingga Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8. I Pada cuti semester nanti, Encik Adam akan menebus janji untuk membawa
anak- anaknya ke Pulau Tioman.

II Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya sedang menebus tanah ke dalam
lubang yang dikorek itu.

III Pasukan bahas sekolah kami berazam untuk menebus pertandingan pada
masa akan datang.

IV Kata-kata nasihat ibunya itu telah menebus ke dalam hati Zhong Ling.

A I dan II sahaja B Ill dan IV sahaja
C I ,Ill dan IV sahaja D II, Ill dan IV sahaja

9. I Bilik itu agak sesak untuk menampung kami yang seramai lima orang.
II Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana sesak nafas.
III Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu .
IV Kehidupannya menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru ini.

A I dan II sahaja
B Ill dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, Ill dan IV sahaja.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Soalan 10 hingga Soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

10.Cerpen yang memenangi hadiah pertama itu beliau karang berdasarkan
pengalamannya.

A beliau karang berdasarkan pada
B dikarang oleh beliau berdasarkan pada
C dikarang oleh beliau berdasarkan
D beliau karang berdasarkan

11.Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang
peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi.

A dari sehari ke sehari
B daripada hari ke hari
C dari hari ke sehari
D daripada sehari kepada sehari

Soalan 12 hingga Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

12. Janet berasa amat bangga kerana berjaya menjadi juruterbang wan ita yang
pertama di negara ini mengendalikan pesawat kormesial.

A Kejayaan Janet mengendalikan pesawat komersial membolehkannya menjadi
juruterbang wan ita yang pertama di negara ini.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

B Kejayaan Janet menjadi juruterbang wanita yang pertama mengendalikan
pesawat komersial begitu membanggakan dirinya.

C Janet berasa bangga kerana telah berjaya menjadi juruterbang yang
mengendalikan pesawat komersial yang pertama di negara ini.

D Juruterbang wanita yang pertama mengendalikan pesawat komersial di negara
ini begitu membanggakan Janet.

13. Kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan
luar bandar.

A Peningkatan kemudahan asas harus diusahakan oleh kerajaan di kawasan desa.
B Kelengkapan prasarana di kawasan pedalaman wajar diperhebat oleh kerajaan.
C Penyediaan kemudahan asas di luar bandar hendaklah diusahakan oleh

kerajaan.
D Usaha harus dipertingkatkan oleh kerajaan untuk menyediakan kemudahan

asas di luar bandar.

Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14. Anak raja itu gemar bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira kedudukan
malahan baginda sangat gemar berkunjung ke kampung-kampung di kawasan
pedalaman. Keadaan ini menunjukkan bahawa situasi ini bersesuaian dengan
peribahasa ______________________

A benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
B ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
C ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk
D batu yang bergolek tidak akan meriyimpan lumut

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

15. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan usaha kecuali _______________

A yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang
B di mana ada kemahuan , di situ ada jalan
C sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
D jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca sajak di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Hatta telah berapa lamanya antaranya maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun hamil
pula. Maka segala inang pengasuh dan isteri raja-raja dan menteri hulubalang itu
pun masing-masing masuk menghadap membawa persembahan daripada idaman
dan makanan-makanan.

Setelah sudah beberapa antaranya maka sampailah kepada bulan dan ketika
yang baik pada waktu dinihari maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun berputeralah
seorang perempuan terlalu baik parasnya. Maka dimandikan orang di dalam
bokor emas. Setelah sudah dimandikan itu maka diperbuatnya oranglah seperti
adat raja-raja yang besar-besar berputera. Demikianlah diperbuatnya.

Maka baginda pun datanglah lalu disambutnya anakanda baginda lalu
dipangkunya seraya dinamakan anakanda baginda itu Tuan Puteri Nila Kesuma.

( Dipetik daripada prosa tradisional ‘Bahagia Sesudah Derita’ ,
Antologi Bintang Hati , Tingkatan 3 )

16. Antara gaya bahasa yang terkandung dalam petikan prosa tradisional di atas
ialah

A bahasa klasik B peribahasa
C simile D bahasa Inggeris

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

17. Berikut merupakan orang yang terlibat dalam membawa persembahan
daripada idaman dan makanan-makanan , kecuali

A inang pengasuh
B isteri raja-raja
C menteri hulubalang
D Tuan Puteri Ratna Dewi

18. Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas , siapakah nama yang diberikan
kepada anak baginda ?

A Tuan Puteri Ratna Dewi
B Tuan Puteri Nila Kesuma
C Betara Angkasa Indera Dewa
D Indera Angkasa

19. Baris “Setelah sudah beberapa antaranya maka sampailah kepada bulan dan
ketika yang baik pada waktu dinihari maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun
berputeralah seorang perempuan terlalu baik parasnya” bermaksud
_________________.

A Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang bayi lelaki
B Seorang perempuan yang baik parasnya telah melahirkan seorang bayi
C Baginda telah melahirkan seorang bayi yang bernama Tuan Puteri Ratna Dewi
D Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang bayi perempuan

20. Pada pendapat anda , bagaimanakah cara menjaga seorang yang sedang hamil ?

A Menasihatinya agar rajin membuat kerja rumah
B Menyediakan makanan untuknya dan menasihatinya agar berehat secukupnya

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

C Menyuruhnya menyertai aktiviti lasak
D Memasak makanan yang berlemak untuknya

Bahagian B
[ 25 markah ]
Soalan 1
Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa . Anda
perlu menulis ayat itu semula pada ruang jawapan yang disediakan .
i) Bermain bola keranjang mereka di gelanggang itu.

__________________________________________________________________
ii ) Pada hari raya pertama Alia sekeluarga berkumpul di rumah kakaknya .

_________________________________________________________________
iii) Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk.
________________________________________________________________

iv) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
__________________________________________________________________

v) Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.
__________________________________________________________________

[ 5 markah ]

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian , jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1

Bahan 2
Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh dalam
mewujudkan dan membentuk masyarakat penyayang . Semua insan mengidamkan
sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting
untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam
keluarga. Ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-
anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya
melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di
dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-
anak . Selain itu, setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan sikap menghormati
antara ahli keluarga untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan
kebahagiaan dalam keluarga . Sikap hormat-menghormati ini akan dapat
mengelakkan konflik dalam keluarga. Di samping itu , anak-anak juga memainkan
peranan penting dalam usaha membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan
kebahagiaan dalam keluarga. Hal ini kerana, anak-anak merupakan ahli yang
penting dalam sesebuah institusi keluarga. Anak-anak mesti menyayangi ibu bapa
dan anggota keluarga yang lain. Mereka juga mesti taat kepada suruhan ibu bapa.
Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang
penyayang dan masyarakat yang maju.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Berdasarkan bahan 1 , nyatakan dua sebab Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng
itu anaknya ? [ 3 markah ]

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
ii) Berdasarkan bahan 2 , apakah langkah untuk membina keluarga yang harmoni

dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga ? [ 3 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda , apakah kepentingan mengamalkan sifat kasih sayang
antara ahli keluarga ? [ 4 markah ]

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3 .

i) Justeru Impian di Jaring , karya Zaid Akhtar
ii) Hempasan Ombak , karya Zailiani Taslim
iii) Tawanan Komander Caucasus , karya Ruzaini Yahya
iv) Chot , karya Azizi Haji Abdullah

Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Penerapan nilai ini digambarkan
menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya
tersebut. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari , kemukakan dua
contoh peristiwa yang bersesuaian dengan nilai yang dinyatakan. Peristiwa yang
dinyatakan mestilah berkait rapat dengan watak yang dinyatakan.

NOVEL WATAK NILAI

Justeru Impian Di Jaring Syahir Kasih Sayang

Hempasan Ombak Mokhsein Kegigihan

Tawanan Komander Caucaus Farhani Keberanian
Chot Alias Berdikari
[ 10 markah ]

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Bahagian C [ 15 markah ]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang usaha-usaha untuk menghidupkan dan mengekalkan minat
masyarakat terhadap permainan tradisional. . Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80-100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional. Antara
permainan tradisional tersebut termasuklah gasing, wau, congkak, sepak raga dan
sebagainya. Namun begitu, permainan tradisional kian dilupakan dan semakin
pupus ditelan peredaran zaman.
Oleh itu, pihak kerajaan khususnya perlulah mengambil pelbagai inisiatif untuk
menghidupkan dan mengekalkan minat masyarakat terhadap permainan
tradisional. Pada peringkat sekolah rendah, pelajar-pelajar seharusnya sudah biasa
dan mengenali permainan tradisional melalui kegiatan kokurikulum yang
ditetapkan dalam kurikulum sekolah rendah. Pihak sekolah boleh
memperkenalkan permainan tradisional ini sewaktu mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan atau kegiatan di luar bilik darjah. Jadi, untuk membiasakan
para pelajar dengan permainan tradisional ini, pertandingan antara kelas,
kumpulan, atau sekolah boleh diadakan.
Pihak media massa perlu memainkan peranan untuk menghidupkan permainan
tradisional. Pihak media cetak dan media elektronik boleh memberikan publisiti
yang meluas tentang permainan tradisional agar segenap lapisan masyarakat
dapat mengenalinya. Jenis-jenis permainan dan cara-cara permainan ini
seharusnya dipaparkan berkali-kali agar memudahkan anggota masyarakat untuk
memahaminya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Pihak berkenaan terutama agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan perlu mengadakan bengkel, kursus, dan
demonstrasi permainan tradisional secara berterusan.Peluang untuk menyertai
bengkel seperti ini haruslah dibuka seluas-luasnya dan segala kemudahan bagi
penyertaan mereka haruslah dibiayai oleh pihak yang berkenaan. Pihak kerajaan
boleh juga menggalakkan pihak swasta menjadi penaja bagi sesuatu pertandingan,
pertunjukan, bengkel, atau demonstrasi permainan tradisional. Pihak Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan digalakkan mengadakan pertunjukan
permainan tradisional bukan sahaja dalam kalangan masyarakat setempat malah
juga dalam masyarakat luar negeri.

Dengan usaha ini tentulah permainan tradisional akan diminati dan tidak
dilupakan oleh generasi muda. Oleh yang demikian diharapkan permainan
tradisional akan terus kekal sepanjang zaman.
Soalan 2
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti . Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut , tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KERTAS 2 ( 40 Markah )

Bahagian A
[ 10 markah ]
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Dadah - musuh - kesan - penyalahgunaan dadah - memberi kesan kepada institusi
kekeluargaan - kalangan ahli keluarga - menjadi tidak aman - mengakibatkan
pembaziran wang - membazirkan semua duitnya - kesan kepada penagih itu
sendiri- mengakibatkan ketagihan , gangguan jiwa dan - najis dadah - ditangani
segera - terlambat.

Bahagian B
[ 30 markah ]
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
TEMA : SUKAN

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

i) Anda dikehendaki menyediakan sebuah laporan tentang temasya sukan tahunan
yang telah dijalankan oleh sekolah anda buat kali ke-30. Sediakan laporan itu
selengkapnya.

ii) Bersukan merupakan satu kegiatan yang berfaedah. Oleh itu , pihak kerajaan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan sukan di negara kita. Huraikan
faedah-faedah bersukan kepada masyarakat.

iii) Kemenangan atlet-altet Malaysia dalam pelbagai kejohanan sukan bertaraf
antarabangsa telah membanggakan negara. Huraikan usaha-usaha yang wajar
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu sukan negara.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

SKEMA PEMARKAHAN

KERTAS 1

BAHAGIAN A
1. JWPN : B ( menyampaikan ) – memberikan / menyerahkan

A menyatakan - memaklumkan / menjelaskan
C menyempurnakan - menunaikan / melakukan sesuatu dgn sempurna
D mempersetujui - mengiakan

2. JWPN : D ( daripada ) - kata sendi nama yg menunjukkan orang memberi
A dari – hanya digunakan utk arah , tempat dan masa
B untuk - bagi
C kepada - kata utk menyatakan arah ke / terhadap / akan

3. JWPN : C ( juruhias ) – org yg mahir melakukan hiasan
A jurucerakin - ahli kimia yg kerjanya membuat penyelidikan di makmal
B jurulatih – org yg melatih org lain supaya mahir
D jurubina - orang yg berkelayakan utk mereka bentuk bangunan dan
menyelia pembinaannya, arkitek.

4. JWPN : A ( apabila ) – pd ketika/ semasa
B sejak - bermula dr/ mulai / dari
C akan – shall/ will
D bila - kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika)

5. JWPN : C ( berhimpun ) – berkumpul (di sesuatu tempat)
A berjajar - terletak atau tersusun sebaris; berderet
B bersusun - beratur atau berderet berlapis-lapis

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

D berlonggok – bertimbun-timbun

6. JWPN : B ( diberi )- sepatutnya ‘Wang sebanyak dua puluh ringgit telah
diberikan oleh ibu kepada Bee Kee untuk menjelaskan yuran peperiksaan.

7. JWPN : A ( Senarai nama-nama ) – sepatutnya ‘ Senarai nama pelajar yang akan
menyertai lawatan ke Kuala Lumpur akan ditampal pada papan kenyataan.

8. JWPN : A ( I dan II sahaja )
Menebus : Maksud 1 - menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll)
Maksud 2 - membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk
digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll )

9. JWPN : C ( I, II dan IV sahaja )
Sesak : Maksud 1 – sempit
Maksud 2 - tersumbat atau tersekat (nafas ), sendat, senak nafasnya
Maksud 3 – berhimpit-himpit / berasak-asak

10. JWPN : C ( dikarang oleh beliau berdasarkan )

11.JWPN : A ( dari sehari ke sehari )

12.JWPN : B ( Kejayaan Janet menjadi juruterbang wanita yang pertama
mengendalikan pesawat komersial begitu membanggakan dirinya. )

13.JWPN : A ( Peningkatan kemudahan asas harus diusahakan oleh kerajaan di
kawasan desa )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

14.JWPN : B ( ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya ) - orang besar atau
mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri.
A benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik,
ke mana pergi akan baik juga akhirnya.
C ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk - semakin tinggi ilmu dan darjat
seseorang, dia tetap merendah diri serta tidak menyombong diri.
D batu yang bergolek tidak akan meriyimpan lumut - orang yang berpindah-
pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

15.JWPN : C ( sehari selembar benang, lama-lama jadi kain ) - Sedikit demi sedikit
lama-lama berhasil juga. Sabar mengerjakan sesuatu usaha lama-lama berhasil
juga.

16.JWPN : A ( bahasa klasik ) – Cth : Hatta
17.JWPN : D ( Tuan Puteri Ratna Dewi )
18.JWPN : B ( Tuan Puteri Nila Kesuma ) – rujuk baris terakhir petikan prosa
19.JWPN : D ( Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang bayi perempuan )
20.JWPN : B ( Menyediakan makanan untuknya dan menasihatinya agar berehat

secukupnya )

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Bahagian B
Soalan 1
Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa .
i) Bermain bola keranjang mereka di gelanggang itu.

Mereka bermain bola keranjang di gelanggang itu.

ii ) Pada hari raya pertama Alia sekeluarga berkumpul di rumah kakaknya .
Alia sekeluarga berkumpul di rumah kakaknya pada hari raya pertama.

iii) Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk.

Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan.
iv) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

v) Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

Soalan 2
i) Antara sebab Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya ialah sejak

kelahiran Lim Meng , perniagaan Lim Pooi lingkup. Selain itu , banyak kecurian
berlaku sejak kelahiran Lim Meng.

ii) Antara langkah untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan
kebahagiaan dalam keluarga ialah ibu bapa haruslah meluangkan masa
bersama dengan anak-anak. Selain itu, setiap ahli keluarga perlulah

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

mengamalkan sikap menghormati antara ahli keluarga untuk membina
keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga . Anak-
anak mesti taat kepada suruhan ibu bapa.

iii) Pada pendapat saya , antara kepentingan mengamalkan sifat kasih sayang
antara ahli keluarga ialah untuk mewujudkan sikap tolak ansur antara ahli
keluarga sekali gus mengelakkan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan.Selain itu , dengan mengamalkan sifat kasih sayang antara ahli
keluarga , keluarga yang harmoni dapat dipupuk. Secara tidak langsung , negara
yang harmoni dan bebas jenayah dapat dibentuk.

Soalan 3
1. Justeru Impian di Jaring

Berdasarkan novel Justeru Impian di Jaring , karya Zaid Akhtar yang telah saya
pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak
Syahir yang dapat mengukuhkan nilai yang dinyatakan iaitu ; kasih sayang .

Antara peristiwa yang mengukuhkan nilai yang dinyatakan ialah peristiwa
Syahir berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang demam
sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Sebelum ke Jakarta untuk menyertai
Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang
menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, peristiwa Syahir yang
sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan
emaknya sewaktu di Jakarta mengukuhkan nilai yang dinyatakan. Apabila
pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Syahir dan nilai yang dinyatakan iaitu ; kasih sayang .

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

2. Hempasan Ombak
Berdasarkan novel Hempasan Ombak , karya Zailiani Taslim yang telah saya

pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak
Mokhsein yang dapat mengukuhkan nilai yang dinyatakan iaitu ; kegigihan.

Antara peristiwa yang mengukuhkan nilai yang dinyatakan ialah peristiwa
Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula
Syarikat Batik Nusantara. Selain itu , peristiwa Mokhsein sering memberi
motivasi kepada Farid juga mengukuhkan nilai yang dinyatakan .Dia juga
membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi
memasarkan batik milik keluarga Farid.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Mokhsein dan nilai yang dinyatakan iaitu ; kegigihan.

3. Tawanan Komander Caucasus
Berdasarkan novel Tawanan Komander Caucasus , karya Ruzaini Yahya yang

telah saya pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan
watak Farhani yang dapat mengukuhkan nilai yang dinyatakan iaitu ; keberanian.

Antara peristiwa yang mengukuhkan nilai yang dinyatakan ialah peristiwa
Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika
berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat .
Seterusnya, peristiwa Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang
diri walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya serta
mengancam keselamatan nyawanya mengukuhkan nilai yang dinyatakan.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Farhani dan nilai yang dinyatakan iaitu ; keberanian.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

4. Chot
Berdasarkan novel Chot , karya Azizi Haji Abdullah yang telah saya pelajari di

Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak Alias yang
dapat mengukuhkan nilai yang dinyatakan iaitu ; berdikari.

Antara peristiwa yang mengukuhkan nilai yang dinyatakan ialah peristiwa
Alias mencari rezeki dengan mengait buah kelapa yang dilakukan oleh beruk
kesayangannya, Chot. Seterusnya , peristiwa Alias yang tidak menghebahkan
keadaan kemiskinan yang dihadapinya kepada orang lain , termasuk keadaan
ibunya yang lumpuh , sebaliknya berusaha mencari rezeki untuk menyara
ibunya mengukuhkan nilai yang dinyatakan.

Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak Alias
dan nilai yang dinyatakan iaitu ; berdikari.

Bahagian C
Soalan 1 ( Ringkasan )
Negara Malaysia kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional. Antara
permainan tradisional tersebut termasuklah gasing, wau, congkak, sepak raga
dan sebagainya. Namun begitu, permainan tradisional kian dilupakan dan
semakin pupus ditelan peredaran zaman.

Oleh itu, pihak kerajaan khususnya perlulah mengambil pelbagai inisiatif untuk
menghidupkan dan mengekalkan minat masyarakat terhadap permainan
tradisional. Pada peringkat sekolah rendah, pelajar-pelajar seharusnya sudah
biasa dan mengenali permainan tradisional melalui kegiatan kokurikulum yang
ditetapkan dalam kurikulum sekolah rendah. Pihak sekolah boleh
memperkenalkan permainan tradisional ini sewaktu mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau kegiatan di luar bilik darjah. Jadi, untuk

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

membiasakan para pelajar dengan permainan tradisional ini, pertandingan
antara kelas, kumpulan, atau sekolah boleh diadakan.

Pihak media massa perlu memainkan peranan untuk menghidupkan
permainan tradisional. Pihak media cetak dan media elektronik boleh
memberikan publisiti yang meluas tentang permainan tradisional agar segenap
lapisan masyarakat dapat mengenalinya. Jenis-jenis permainan dan cara-cara
permainan ini seharusnya dipaparkan berkali-kali agar memudahkan anggota
masyarakat untuk memahaminya.

Pihak berkenaan terutama agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan perlu mengadakan bengkel, kursus, dan
demonstrasi permainan tradisional secara berterusan.Peluang untuk
menyertai bengkel seperti ini haruslah dibuka seluas-luasnya dan segala
kemudahan bagi penyertaan mereka haruslah dibiayai oleh pihak yang
berkenaan. Pihak kerajaan boleh juga menggalakkan pihak swasta menjadi
penaja bagi sesuatu pertandingan, pertunjukan, bengkel, atau demonstrasi
permainan tradisional. Pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
digalakkan mengadakan pertunjukan permainan tradisional bukan sahaja
dalam kalangan masyarakat setempat malah juga dalam masyarakat luar
negeri.

Dengan usaha ini tentulah permainan tradisional akan diminati dan tidak
dilupakan oleh generasi muda. Oleh yang demikian diharapkan permainan
tradisional akan terus kekal sepanjang zaman.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ISI
1. Pada peringkat sekolah rendah, pelajar-pelajar seharusnya sudah biasa dan

mengenali permainan tradisional melalui kegiatan kokurikulum yang ditetapkan
dalam kurikulum sekolah rendah.
2. Pihak sekolah boleh memperkenalkan permainan tradisional ini sewaktu mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau kegiatan di luar bilik darjah.
3. Pertandingan antara kelas, kumpulan, atau sekolah boleh diadakan.
4. Pihak media cetak dan media elektronik boleh memberikan publisiti yang meluas
tentang permainan tradisional
5. Jenis-jenis permainan dan cara-cara permainan ini seharusnya dipaparkan
berkali-kali
6. Pihak berkenaan terutama agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan perlu mengadakan bengkel, kursus, dan
demonstrasi permainan tradisional secara berterusan.
7. Peluang untuk menyertai bengkel seperti ini haruslah dibuka seluas-luasnya dan
segala kemudahan bagi penyertaan mereka haruslah dibiayai oleh pihak yang
berkenaan.
8. Pihak kerajaan boleh juga menggalakkan pihak swasta menjadi penaja bagi
sesuatu pertandingan, pertunjukan, bengkel, atau demonstrasi permainan
tradisional.
9. Pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan digalakkan mengadakan
pertunjukan permainan tradisional bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
setempat malah juga dalam masyarakat luar negeri.

Ringkasan penuh : ( MIN – 5 ISI )
Antara usaha untuk menghidupkan dan mengekalkan minat masyarakat

terhadap permainan tradisional ialah pihak sekolah boleh memperkenalkan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

permainan tradisional ini sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan atau kegiatan di luar bilik darjah ( ISI TERSURAT 1 ). Selain itu ,

pertandingan antara kelas, kumpulan, atau sekolah boleh diadakan ( ISI

TERSURAT 2 ). Pihak media cetak dan media elektronik juga boleh memberikan

publisiti yang meluas tentang permainan tradisional( ISI TERSURAT 3 ) . Jenis-

jenis permainan dan cara-cara permainan ini seharusnya dipaparkan berkali- kali

( ISI TERSURAT 4 ). Di samping itu, pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan

dan Warisan digalakkan mengadakan pertunjukan permainan tradisional bukan

sahaja dalam kalangan masyarakat setempat malah juga dalam masyarakat luar

negeri ( ISI TERSURAT 5 ). ( 94 patah perkataan )

Soalan 2 ( Ulasan)
Poster ini tentang kelebihan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-
buahan tempatan termasuklah harganya lebih murah ( ISI TERSURAT 1 )
berbanding dengan harga buah-buahan import. Buah-buahan tempatan baik
untuk kesihatan seisi keluarga juga. Selain itu , buah-buahan tempatan dapat
juga diproses untuk
dijadikan makanan lain ( ISI TERSURAT 2 ) seperti kerepek , jem , jus , dan
sebagainya. Seterusnya , produk kecantikan seperti sabun, pencuci muka,
losen, dan sebagainya dapat dihasilkan ( ISI TERSURAT 3 ) dengan menggunakan
buah-buahan tempatan. Buah-buah tempatan juga kaya dengan pelbagai
khasiat seperti vitamin C ( ISI TERSURAT 4 ) . Kesimpulannya , buah-buahan
tempatan banyak kelebihannya.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

KERTAS 2

Bahagian A
RANGKA KARANGAN :

PENDAHULUAN
Dadah merupakan musuh pertama negara. Terdapat banyak kesan yang berlaku
akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.
ISI-ISI PENTING
1. Memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
- Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan
rumahtangga menjadi tidak aman.

2. Mengakibatkan pembaziran wang.
- Contoh pembaziran wang dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri yang

membazirkan semua duitnya untuk najis dadah.

3. Kesan kepada penagih itu sendiri.
- Dadah boleh mengakibatkan ketagihan , gangguan jiwa dan pelbagai penyakit

lagi.

PENUTUP
Konklusinya, najis dadah yang mengakibatkan pelbagai kesan negatif ini perlu
ditangani segera sebelum terlambat.

KARANGAN PENUH
Dadah merupakan musuh pertama negara. Terdapat banyak kesan yang

berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan

rumahtangga menjadi tidak aman.

Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran wang. Contoh

pembaziran wang dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri yang

membazirkan semua duitnya untuk najis dadah.

Kesan yang paling jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri.

Dadah boleh mengakibatkan ketagihan , gangguan jiwa dan pelbagai penyakit

lagi.

Konklusinya, najis dadah yang mengakibatkan pelbagai kesan negatif ini perlu

ditangani segera sebelum terlambat. ( 80 patah perkataan )

Bahagian B
i) Anda dikehendaki menyediakan sebuah laporan tentang temasya sukan

tahunan yang telah dijalankan oleh sekolah anda buat kali ke-30. Sediakan
laporan itu selengkapnya.

ISI-ISI PENTING
• Pada 12 April 2019 yang lalu , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah telah

mengadakan termasya sukan yang ke-30. Termasya sukan ini diadakan di padang
sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
• Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir
telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.
Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu menyiapkan
kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di
tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri
Selangor dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

• Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang
tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah Gombak yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar
sekolah iaitu Encik Ibrahim Salleh bin Manan serta Pengerusi PIBG. Acara
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil
bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya
merasmikan sukan tersebut.

• Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan telah dilangsungkan. Acara-
acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk
rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian.
Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira
pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan
Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

• Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-30 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang
disediakan di kantin.

KARANGAN PENUH
Laporan Temasya Sukan Ke-30 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah

Pada 12 April 2019 yang lalu , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah telah
mengadakan termasya sukan yang ke-30. Termasya sukan ini diadakan di padang
sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.
Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu menyiapkan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di
tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri
Selangor dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang
tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah Gombak yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar
sekolah iaitu Encik Ibrahim Salleh bin Manan serta Pengerusi PIBG. Acara
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil
bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya
merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan telah dilangsungkan. Acara-
acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat
pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4
X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30
pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-30 ini ialah pasukan Rumah
Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum
bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di
kantin.

Laporan disediakan oleh, 15 April 2019

Intan Zaheera

..............................................................
(Nur Intan Zaheera binti Shafik)

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

ii) Bersukan merupakan satu kegiatan yang berfaedah. Oleh itu , pihak
kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan sukan di negara
kita. Huraikan faedah-faedah bersukan kepada masyarakat.

ISI-ISI PENTING
• Membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
- Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan membantu masyarakat untuk

menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental.
- Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung

sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi,
diabetis dan penyakit jantung.
• Mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi dalam kalangan masyarakat.
- Kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk

meraih kemenangan.
- Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan

kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

• Mengisi masa lapang seseorang.
- Melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang

dengan berfaedah.
- Masa lapang perlu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah seperti

bersukan supaya dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang tidak bermoral dan membuang masa .

• Membantu sesetengah masyarakat contohnya atlet yang mencapai tahap
kemahiran profesional untuk memperoleh pendapatan yang lumayan.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

- Penganjur pertandingan sukan dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan
juga mampu menjana pendapatan yang besar.

KARANGAN PENUH
Bersukan bukan sahaja aktiviti fizikal yang dilakukan sebagai riadah kecil bagi

mengeluarkan peluh malah pemodenan sukan wajarlah bergerak seiring dengan
kemajuan dunia .Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sukan kerana bersukan banyak faedahnya .

Faedah utama bersukan ialah dapat membantu mengekalkan kesihatan
fizikal dan mental. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan membantu
masyarakat untuk menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan
mental. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan
payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah
tinggi, diabetis dan penyakit jantung.

Seterusnya , sukan amat penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan
dan integrasi dalam kalangan masyarakat. Kegiatan sukan dapat melahirkan
semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu
padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Kegiatan bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Melibatkan diri
dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Masa lapang perlu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah
seperti bersukan supaya dapat menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral dan membuang masa .

Kegiatan sukan turut membantu sesetengah masyarakat contohnya atlet
yang mencapai tahap kemahiran profesional untuk memperoleh pendapatan

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.

yang lumayan. Penganjur pertandingan sukan dan pengusaha peralatan dan

prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar.

Kesimpulannya, kegiatan bersukan membawa pelbagai faedah kepada

masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai

semua jenis sukan. Sukan semestinya dapat melahirkan masyarakat yang sihat

dan berwawasan. ( 240 patah

perkataan )

iii) Kemenangan atlet-altet Malaysia dalam pelbagai kejohanan sukan bertaraf
antarabangsa telah membanggakan negara. Huraikan usaha-usaha yang
wajar dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu sukan
negara.

ISI-ISI PENTING
• Pihak kerajaan seharusnya menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk

kegunaan para atlet negara.
- Antaranya, padang bola sepak yang luas dan bersih, gelanggang tenis yang serba

canggih dan lain-lain lagi.
- Selain itu, peralatan permainan sukan juga seharusnya diperiksa sebelum

digunakan supaya berada dalam keadaan baik. Hal ini adalah untuk memastikan
tiada sebarang masalah atau perkara yang tidak diingini berlaku ketika latihan
sedang berlangsung.

• Pihak sukan juga seharusnya mengupah jurulatih yang lebih banyak makan
garam dalam acara sukan tertentu.

- Hal ini bertujuan supaya atlet sukan mendapat bimbingan yang betul untuk
bertanding dengan atlet-atlet sukan negara lain.

HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.


Click to View FlipBook Version