KARANGAN PENUH
Tabiat merokok perlulah dijauhi kerana amat berbahaya kepada diri.
Antara implikasinya ialah mengakibatkan penyakit. Bahan kimia yang
terkandung dalam rokok amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kanser
paru-paru.
Seterusnya, merokok boleh mengakibakan ketagihan. Nikotin dalam rokok
boleh menyebabkan ketagihan dan menjadikan perokok murung dan letih.
Selain itu, pembaziran wang akan berlaku. Perokok mungkin menghabiskan
wang belanjanya hanya untuk membeli rokok.
Tuntasnya, tabiat merokok yang begitu buruk ini harus dihapuskan bersama.
( 68 patah perkataan )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
****FORMAT TERBAHARU****
SET ( 1 ) REVISI
BM PT3
~ EDISI 1 ~
DILENGKAPI DENGAN SET REVISI
KERTAS 1 & 2 BM PT3 ( FORMAT
BAHARU PT3)
SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP
DENGAN PENJELASAN TERPERINCI
SEBAGAI PANDUAN
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KERTAS 1 ( 60 Markah )
Bahagian A
[ 20 markah ]
Bahagian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga Soalan 5
1. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Kamarul tersepak batu lalu jatuh
_____________________.
A tersembam
B terpelanting
C tercampak
D terguling
2. Setelah beberapa bulan berada di luar negara, Fatimah amat rindu _________
keluarganya di tanah air.
A tentang
B pada
C akan
D dengan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
3. Ke bawah Duli Tuanku sedang _________________ bintang kebesaran ke dada
Datuk Khairul Adil, sempena hari keputeraan baginda.
A menyematkan
B memadankan
C menampalkan
D memasangkan
4. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan _______________ dapat meringankan
beban mangsa banjir itu.
A seelok-eloknya
B sebaik-baiknya
C setidak-tidaknya
D seboleh-bolehnya
5. Pokok yang tumbang itu telah ___________ beberapa buah kereta di tempat
letak kereta itu.
A menghempap
B menghempas
C menghenyak
D menghimpit
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 6 hingga Soalan 7
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
6. Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual pada
AB
orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan.
CD
7. Demi memulihara warisan sejarah, kerajaan telah memperuntukkan berjuta-
AB
juta ringgit untuk membaik pulih bangunan tersebut. Tiada kesalahan.
CD
Soalan 8 hingga Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
8. I Ibu menjunjung dua buah bungkusan di kiri dan kanan tangannya semasa balik
dari pusat beli-belah.
II Acara berjalan laju sambil menjunjung buku mendapat sambutan meriah dalam
sukaneka itu.
III Sebagai rakyat yang setia, kita hendaklah sentiasa menjunjung titah Yang di-
Pertuan Agong.
IV Kita harus menjunjung tinggi lima prinsip Rukun Negara sebagai lambang
kedaulatan bangsa Malaysia.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
9. I Kakak mengacu baju yang berwarna merah itu sebelum membelinya.
II Pemburu itu mengacu senapangnya setelah terlihat binatang buruannya.
III lbu mengacu biskut cip coklat kegemaran kami sekeluarga.
IV Dasar ekonomi yang dikemukakan oleh kerajaan telah berjaya mengacu
pembangunan negara.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 10 hingga Soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
10. Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia
bertambah yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
A dari tahun ke setahun
B daripada tahun ke tahun
C daripada setahun ke setahun
D dari setahun ke setahun
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
11. Pekerja-pekerja itu sibuk mengecati semua bangunan-bangunan sekolah
sebelum tibanya hari perasmian oleh Menteri Pelajaran.
A mengecat semua bangunan sekolah
B mengecatkan semua bangunan sekolah
C mengecat semua bangunan-bangunan sekolah
D mengecati semua bangunan-bangunan sekolah
Soalan 12 hingga Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
12. Kesejahteraan yang dinikmati oleh negara ini dapat dikekalkan jika
masyarakat mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi.
A Masyarakat yang memiliki budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi
diperlukan untuk mengekalkan kesejahteraan yang dinikmati oleh negara.
B Sekiranya masyarakat memiliki budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi,
negara akan dapat mengekalkan kesejahteraan yang dikecapi.
C Budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh masyarakat memastikan
kesejahteraan yang diperoleh negara dapat dikekalkan.
D Masyarakat yang mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi
mampu mengecapi dan mengekalkan kesejahteraan negara.
13. Dalam memastikan sesuatu produk bersih dan selamat digunakan, amat
penting ujian dijalankan oleh pakar dengan menggunakan peralatan yang
sesuai.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A Ujian sangat perlu dijalankan oleh pakar dengan menggunakan peralatan yang
sesuai untuk menentukan bahawa sesuatu produk bersih dan selamat
digunakan.
B Sebelum dipastikan sesuatu produk itu bersih dan selamat digunakan oleh
pakar, ujian menggunakan peralatan yang sesuai perlu dijalankan.
C Peralatan yang bersih perlu digunakan oleh pakar untuk menguji dan
mengesahkan sesuatu produk itu sesuai dan selamat digunakan.
D Amat penting pakar menggunakan peralatan yang bersih dan selamat untuk
menguji sesuatu produk itu sesuai digunakan.
Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal
setelah merantau jauh, kecuali ___________________.
A seperti itik pulang petang.
B seperti belut pulang ke lumpur.
C tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua.
D berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.
15. Pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah itu seperti ___________ apabila
guru meminta semua pelajar menghantar buku latihan masing-masing.
A abu atas tunggul
B cacing kepanasan
C rusa masuk kampung
D telur di hujung tanduk
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca sajak di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan yang berikutnya.
KUNCI BAHASA
Bahasa bermaruah Bahasa berwasilah
tidak berbilur bahasa di lidah tidak putus jambatan ukhuwah
Bahasa berbuah Bahasa berbudi sudah
tidak kering bahasa diperah tidak lokek pada ummah
Bahasa bersejarah Bahasa begitu indah
tidak habis bahasa bermadah tidak luput bahasa bertingkah
Abdul Hadi Yusof
(Sajak Kunci Bahasa , Antologi Kuingin
Berterima Kasih , Tingkatan 1 )
16. Berdasarkan sajak di atas , apakah jenis bahasa yang digunakan bagi
mengeratkan persahabatan ?
A Bahasa bermaruah B Bahasa berwasilah
C Bahasa bersejarah D Bahasa berbuah
17. Berikut merupakan persoalan yang terkandung dalam sajak di atas , kecuali
A Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat
dan tidak akan hilang ditelan zaman.
B Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk
menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
C Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan
secara berhemah.
D Bahasa tidak menguntungkan dan mampu mencetus konflik
18. Apakah nada sajak “Kunci Bahasa” ?
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A Melankolik
B Protes
C Patriotik
D Romantis
19. Berdasarkan rangkap keempat sajak , bahasa merupakan
A pengikat hubungan sesama insan
B sesuatu yang indah
C pencetus konflik
D sesuatu yang dinamik dan sistematik
20. Berdasarkan rangkap pertama sajak , apakah seruan penyajak ?
A Menggunakan bahasa yang berkesan ketika berkomunikasi
B Bertutur dengan menggunakan bahasa yang sopan
C Menghargai peranan bahasa
D Bijak mengeksploitasikan bahasa
Bahagian B
[ 25 markah ]
Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan
kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan
yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Makanan yang terhidang itu tidak mampu dihabiskan oleh saya kerana banyak
sungguh .
__________________________________________________________________
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Inang pengasuh meminta dayang-dayang menaburkan bunga-bungaan di dalam
kolam kerana tuan puteri akan turun mandi.
__________________________________________________________________
[ 2 markah ]
Dalam iklan di bawah , terdapat tiga kesalahan ejaan . Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan . Anda
tidak perlu menyalin iklan itu semula .
PERSATUAN PENDUDUK SAMBUTAN HARI KELUARGA
TAMAN INDAH KE 5 TAMAN INDAH
• TARIKH : 10 JULY 2019
• MASA : 10 PAGI-3 PETANG
• TEMPAT : TAMAN PERMAINAN , TAMAN INDAH
Semua penduduk Taman Indah dijemput hadir ke sambutan hari keluarga . Pelbagai
aktiviti akan dilaksanakan. Antaranya;
~ Acara tarik tali
~ Acara lompat jauh
~ Pertandingan memasak dan banyak lagi aktiviti menarik !!!!
Cadutan bertuah juga
menanti anda!!!
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
i) _________________________________________
ii) _________________________________________
iii) _________________________________________
[ 3 MARKAH ]
Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian , jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Bahan 1
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahan 2
Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan fenomena yang semakin
membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti penagihan dadah, salah laku
pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat.
Remaja kini senang dipengaruhi oleh kawan-kawan mereka . Oleh itu, remaja
mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-
rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana kajian mendapati
bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama
dengan rakan-rakan berbanding dengan keluarga. Remaja perlu menjauhkan diri
daripada rakan-rakan yang berperangai buruk . Kegagalan remaja untuk memilih
kawan yang betul boleh membinasakan masa depan remaja .
i) Berdasarkan bahan 1 , nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang kawan yang
baik.
___________________________________________________________________

[ 3 markah ]
ii) Berdasarkan bahan 2 , pengaruh rakan sebaya dilihat sebagai salah satu punca
yang menyebabkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Nyatakan
dua punca lain yang turut meningkatkan masalah sosial dalam kalangan remaja.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 3 markah ]
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
iii) Pada pendapat anda , apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai
pihak untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ? [ 4 markah ]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3 .
i) Justeru Impian di Jaring , karya Zaid Akhtar
ii) Hempasan Ombak , karya Zailiani Taslim
iii) Tawanan Komander Caucasus , karya Ruzaini Yahya
iv) Chot , karya Azizi Haji Abdullah
Persoalan merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam
hasil karya mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Berdasarkan persoalan yang
dinyatakan , nyatakan dua peristiwa yang dapat mengukuhkan persoalan tersebut.
Peristiwa yang dinyatakan mestilah berkaitan dengan watak yang diberikan dalam
soalan.
NOVEL WATAK PERSOALAN
Justeru Impian di Jaring Syahir Perasaan kasih sayang terhadap
terhadap ibu kandung
Hempasan Ombak Mokhsein Sikap manusia yang sanggup
menolong orang lain
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Tawanan Komander Farhani Keberanian menghadapi cabaran
Caucasus
Alias Kehidupan kanak-kanak yang
Chot berdikari
[ 10 markah ]
Bahagian C [ 15 markah ]
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Segelintir remaja
yang kurang bernasib baik akan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan
ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah ibu bapa yang kurang menumpukan
perhatian terhadap anak-anak.
Remaja yang bermasalah dapat dikesan dengan mengenal pasti kelainan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka . Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja
mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa tidak
sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Jika tindakan ini
dilakukan, anak-anak remaja akan berasa diri mereka tidak dihargai. Anak remaja
hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka.
Di sekolah pula, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang
sepatutnya oleh guru. Hal ini sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan yang
dihadapi mereka . Selain itu , remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Hal
ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dan mereka
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
seharusnya membantu rakan mereka yang bermasalah. Pergerakan remaja harus
sering dipantau oleh ibu bapa , selain mengenali rakan-rakan mereka.
Di samping itu, di hospital kerajaan atau swasta terdapat banyak pakar psikiatri
yang mampu membantu remaja untuk mengatasi masalah mereka. Oleh itu, ahli
keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar
psikiatri. Remaja juga boleh mengamalkan teknik relaksasi dan pernafasan untuk
mengawal tekanan mereka.
Remaja seharusnya menjadi modal insan yang cemerlang dengan memanfaatkan
usia remaja sebaik mungkin demi masa depan yang lebih bermakna.
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam
kalangan masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80-100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Pembangunan yang terlalu pantas boleh menyebabkan generasi kini dan akan
datang kehilangan alam semula jadi yang boleh dinikmati. Langkah-langkah
mengatasinya perlu diambil alam semula jadi terus terpelihara dan selamat.
Media memainkan peranan yang penting untuk mendidik masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana media massa seperti
televisyen ditonton oleh jutaan penonton seluruh negara. Oleh itu, mesej dapat
disampaikan dalam pelbagai cara dengan lebih berkesan. Tanggapan sesetengah
pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran dan warisan alam merupakan
tanggungjawab kerajaan perlu diperbetulkan. Setiap orang perlu memainkan
peranan masing-masing kerana menjaga kebersihan alam sekitar merupakan
tanggungjawab bersama.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Amalan kitar semula yang dimulai dengan kertas, plastik dan aluminium
hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Selain itu, pihak kerajaan wajar
menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
agar dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas.
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil supaya membuang sampah di
tempat yang betul . Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kepada
segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sampah, sisa toksik dan bahan buangan kilang.
Kegiatan kokurikulum yang boleh menanam dan membudayakan rasa cinta
terhadap alam sekitar dalam kalangan murid boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah. Kempen kesedaran untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang
kepentingan hutan perlu dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan ( NGO ).
Tanpa langkah yang berkesan, tidak mustahil jika suatu hari kelak semua
keistimewaan dan keunikan khazanah hutan ini hanya tinggal kenangan sahaja.
KERTAS 2 ( 40 Markah )
Bahagian A
[ 10 markah ]
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
Bersukan - aktiviti riadah – menyihatkan tubuh badan – mengeluarkan peluh –
mengisi masa lapang – menghindarkan diri - gejala sosial – mengeratkan
hubungan – memupuk perpaduan – masyarakat yang sihat
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Bahagian B
[ 30 markah ]
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti . Kemudian , pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
SEMANGAT KEJIRANAN
MAJLIS RUMAH TERBUKA PROGRAM GOTONG-ROYONG
HARI KELUARGA ZIARAH – MENZIARAHI JIRAN YANG
SAKIT
BERTEGUR SAPA DENGAN JIRAN SALING MEMBANTU SESAMA JIRAN
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
i) Anda diminta menulis rencana bagi dimuatkan dalam majalah sekolah . Tajuk
rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
ii) Baru-baru ini anda sekeluarga telah menyertai program Hari Keluarga di
Kawasan perumahan anda. Ceritakan pengalaman anda sekeluarga menyertai
program tersebut.
iii) Semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan rakyat di negara kita . Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SKEMA PEMARKAHAN
KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. JWPN : A ( tersembam ) – terjerumus , tersungkur
B terpelanting – tercampak jauh-jauh
C tercampak – jatuh dengan kuat
D terguling – rolled over
2. JWPN : C ( akan ) - will / towards
A tentang - mengenai
B pada – menunjukkan tempat , diri seseorang atau waktu
D dengan - berserta
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
3. JWPN : A ( menyematkan ) – mencantumkan ( dua benda ) dengan semat
B memadankan – menyesuaikan
C menampalkan – melekatkan
D memasangkan – fix
4. JWPN : C ( setidak-tidaknya ) – sekurang-kurangnya
A seelok-eloknya – sebaik-baiknya
B sebaik-baiknya – yang paling baik dan patut dilakukan
D seboleh-bolehnya – sedapat mungkin
5. JWPN : A ( menghempap ) – menimpa , jatuh menindih sesuatu
B menghempas - membanting
C menghenyak – menekan atau memijak sesuatu dengan kuat
D menghimpit – menindih dengan sesuatu yang berat
6. JWPN : B ( pada ) - sepatutnya ‘Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan
bahawa makanan yang dijual kepada orang ramai adalah
bersih daripada kekotoran’
Perbezaan ‘pada’ dan ‘kepada’
Pada Kepada
Menyatakan waktu atau masa Menyatakan sasaran
( manusia, haiwan,
unsur abstrak )
Menunjukkan tempat bagi Menyatakan pecahan
perbuatan sesuatu kata kerja.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Merujuk kepada manusia/haiwan Menyatakan perubahan
yang didahului oleh perkataan keadaan
‘ada’ ( ada + pada )
7. JWPN : D ( Tiada kesalahan )
8. JWPN : D ( II, III dan IV sahaja )
Menjunjung : Maksud 1 – membawa sesuatu di atas kepala
Maksud 2 – mematuhi / menurut perintah
Maksud 3 – menghormati / menghargai
9. JWPN : A ( I dan II sahaja )
Mengacu : Maksud 1 - mencuba memakai sesuatu pakaian utk mengetahui
sama ada sepadan atau tidak
Maksud 2 - mengancam dgn menghalakan senjata dan sebagainya
10. JWPN : D ( dari setahun ke setahun )
11. JWPN : A ( mengecat semua bangunan sekolah )
* perkataan ‘semua bangunan’ menunjukkan banyak bangunan .
12. JWPN : B ( Sekiranya masyarakat memiliki budi bahasa dan nilai-nilai murni
yang tinggi, negara akan dapat mengekalkan kesejahteraan yang
dikecapi )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
13. JWPN : A ( Ujian sangat perlu dijalankan oleh pakar dengan menggunakan
peralatan yang sesuai untuk menentukan bahawa sesuatu
produk bersih dan selamat digunakan )
14. JWPN : A ( seperti itik pulang petang ) – berjalan sgt lambat
15. JWPN : B ( cacing kepanasan ) – orang yang selalu
A abu atas tunggul – sesuatu keadaan yang tidak tetap
C rusa masuk kampung - Berasa hairan atau terkagum dengan tempat baru
D telur di hujung tanduk – berada dlm keadaan atau situasi yang berbahaya
16. JWPN : B ( Bahasa berwasilah )
17. JWPN : D ( Bahasa tidak menguntungkan dan mampu mencetus konflik )
18. JWPN : C ( Patriotik )
19. JWPN : A ( pengikat hubungan sesama insan )
20. JWPN : B ( Bertutur dengan menggunakan bahasa yang sopan )
Bahagian B
Soalan 1
Kesalahan Bahasa
i) Makanan yang terhidang itu tidak mampu dihabiskan oleh saya kerana banyak
sungguh .
saya habiskan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
ii) Inang pengasuh meminta dayang-dayang menaburkan bunga-bungaan di
dalam kolam kerana tuan puteri akan turun mandi.
Bersiram
Kesalahan Ejaan
i) KE-5
ii) Julai
iii) Cabutan
Soalan 2
i) Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang kawan yang baik ialah seorang yang mulia
hati . Selain itu , seorang kawan yang baik ialah seorang yang tidak
mementingkan diri sendiri dan tidak bertabiat buruk.
ii) Punca lain yang turut meningkatkan masalah sosial dalam kalangan remaja
ialah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa kerana ibu bapa
kini begitu sibuk mencari kekayaan. Selain itu , pengaruh media massa. Remaja
terpengaruh dengan paparan hiburan di media massa yang khususnya dari
barat.
iii) Pada pendapat saya , antara langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak
untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah pihak ibu bapa
seharusnya meluangkan lebih masa dengan anak-anak supaya dapat
mengeratkan hubungan dengan anak . Selain itu , pihak kerajaan perlu
memperbanyak pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi masa
lapang mereka dengan berfaedah.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 3
1. Justeru Impian di Jaring
Berdasarkan novel Justeru Impian di Jaring , karya Zaid Akhtar yang telah saya
pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak
Syahir yang dapat mengukuhkan persoalan yang dinyatakan iaitu ; perasaan
kasih sayang terhadap terhadap ibu kandung.
Antara peristiwa yang mengukuhkan persoalan yang dinyatakan ialah
peristiwa Syahir berasa amat risau apabila mengenangkan emaknya yang
demam sewaktu dia menyertai Terbuka Johor. Sebelum ke Jakarta untuk
menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa, dia mengunjungi emaknya yang
menghidap strok di Hospital Universiti. Seterusnya, peristiwa Syahir yang
sentiasa menghubungi Kak Uda untuk mengetahui keadaan kesihatan
emaknya sewaktu di Jakarta mengukuhkan persoalan yang dinyatakan. Apabila
pulang dari Jakarta, dia segera bertemu emaknya yang masih berada di hospital.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Syahir dan persoalan yang dinyatakan iaitu ; perasaan kasih sayang terhadap
terhadap ibu kandung.
2. Hempasan Ombak
Berdasarkan novel Hempasan Ombak , karya Zailiani Taslim yang telah saya
pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak
Mokhsein yang dapat mengukuhkan persoalan yang dinyatakan iaitu ; sikap
manusia yang sanggup menolong orang lain.
Antara peristiwa yang mengukuhkan persoalan yang dinyatakan ialah
peristiwa Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha
membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Selain itu , peristiwa
Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid juga mengukuhkan persoalan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
yang dinyatakan .Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari
Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Mokhsein dan persoalan yang dinyatakan iaitu ; sikap manusia yang sanggup
menolong orang lain.
3. Tawanan Komander Caucasus
Berdasarkan novel Tawanan Komander Caucasus , karya Ruzaini Yahya yang
telah saya pelajari di Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan
watak Farhani yang dapat mengukuhkan persoalan yang dinyatakan iaitu ;
keberanian menghadapi cabaran.
Antara peristiwa yang mengukuhkan persoalan yang dinyatakan ialah peristiwa
Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika
berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat .
Seterusnya, peristiwa Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri
walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya serta
mengancam keselamatan nyawanya mengukuhkan persoalan yang dinyatakan.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak
Farhani dan persoalan yang dinyatakan iaitu ; keberanian menghadapi cabaran.
4. Chot
Berdasarkan novel Chot , karya Azizi Haji Abdullah yang telah saya pelajari di
Tingkatan 3 , terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan watak Alias yang dapat
mengukuhkan persoalan yang dinyatakan iaitu ; kehidupan kanak-kanak yang
berdikari.
Antara peristiwa yang mengukuhkan persoalan yang dinyatakan ialah peristiwa
Alias mencari rezeki dengan mengait buah kelapa yang dilakukan oleh beruk
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
kesayangannya, Chot. Seterusnya , peristiwa Alias yang tidak menghebahkan
keadaan kemiskinan yang dihadapinya kepada orang lain , termasuk keadaan
ibunya yang lumpuh , sebaliknya berusaha mencari rezeki untuk menyara
ibunya mengukuhkan persoalan yang dinyatakan.
Begitulah beberapa contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan watak Alias
dan persoalan yang dinyatakan iaitu ; kehidupan kanak-kanak yang berdikari.
Bahagian C
Soalan 1 ( Rumusan )
Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Segelintir remaja
yang kurang bernasib baik akan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan
ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah ibu bapa yang kurang menumpukan
perhatian terhadap anak-anak.
Remaja yang bermasalah dapat dikesan dengan mengenal pasti kelainan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh mereka . Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja
mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa tidak
sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Jika tindakan ini
dilakukan, anak-anak remaja akan berasa diri mereka tidak dihargai. Anak remaja
hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa
mereka.
Di sekolah pula, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang
sepatutnya oleh guru. Hal ini sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan
yang dihadapi mereka . Selain itu , remaja perlu memilih rakan sebaya yang
sesuai. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dan
mereka seharusnya membantu rakan mereka yang bermasalah. Pergerakan
remaja harus sering dipantau oleh ibu bapa , selain mengenali rakan-rakan
mereka.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Di samping itu, di hospital kerajaan atau swasta terdapat banyak pakar psikiatri
yang mampu membantu remaja untuk mengatasi masalah mereka. Oleh itu, ahli
keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan pakar
psikiatri. Remaja juga boleh mengamalkan teknik relaksasi dan pernafasan
untuk mengawal tekanan mereka.
Remaja seharusnya menjadi modal insan yang cemerlang dengan
memanfaatkan usia remaja sebaik mungkin demi masa depan yang lebih
bermakna.
Isi Tersurat
1. Ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah
yang dihadapi.
2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
mereka.
3. Anak remaja hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh
ibu bapa mereka.
4. Remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.
5. Remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.
6. Pergerakan remaja harus sering dipantau oleh ibu bapa ,
7. Ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak mereka.
8. Ahli keluarga boleh membawa remaja yang bermasalah berjumpa dengan
pakar psikiatri.
9. Remaja juga boleh mengamalkan teknik relaksasi dan pernafasan untuk
mengawal tekanan mereka.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Rumusan penuh :
*** 2 PILIHAN JAWAPAN DIBERIKAN ( BERGANTUNG PADA CARA MENJAWAB
YANG DIAJAR DI SEKOLAH ) ****
Cara 1 ( tiada isi tersirat dlm rumusan penuh ) – MIN 5 ISI TERSURAT
Petikan membincangkan cara-cara untuk menghindarkan masalah dalam
kalangan remaja .
Antara cara untuk menghindarkan masalah dalam kalangan remaja ialah ibu
bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah
yang dihadapi ( ISI TERSURAT 1 ) . Selain itu , ibu bapa tidak sepatutnya terlalu
mengongkong kebebasan anak-anak mereka ( ISI TERSURAT 2 ) . Anak remaja
hendaklah ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa
mereka ( ISI TERSURAT 3 ) . Di samping itu , remaja yang bermasalah wajar diberi
bimbingan yang sepatutnya oleh guru ( ISI TERSURAT 4 ) . Pergerakan remaja
harus sering dipantau oleh ibu bapa ( ISI TERSURAT 5 ) , selain mengenali rakan-
rakan anak mereka ( ISI TERSURAT 6 ) .
Kesimpulannya , masalah-masalah dalam kalangan remaja wajar diatasi supaya
remaja yang berkaliber dapat dilahirkan. ( 98 patah perkataan )
Cara 2 ( (ada isi tersirat dlm rumusan penuh ) – 3 isi tersurat & 2 isi tersirat
Petikan membincangkan cara-cara untuk menghindarkan masalah dalam
kalangan remaja .
Antara cara untuk menghindarkan masalah dalam kalangan remaja ialah ibu
bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang
dihadapi ( ISI TERSURAT 1 ). Selain itu , anak remaja hendaklah ditunjukkan
kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka ( ISI TERSURAT 2 ). Di
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
samping itu , remaja juga boleh mengamalkan teknik relaksasi dan pernafasan
untuk mengawal tekanan mereka ( ISI TERSURAT 3 ) .
Punca-punca yang menyebabkan remaja bermasalah ialah rakan sebaya yang
banyak mempengaruhi remaja secara negatif ( ISI TERSIRAT 1 ) dan pengaruh
media massa ( ISI TERSIRAT 2 ) .
Kesimpulannya , masalah-masalah dalam kalangan remaja wajar diatasi supaya
remaja yang berkaliber dapat dilahirkan. ( 94 patah perkataan )
Soalan 2
Pembangunan yang terlalu pantas boleh menyebabkan generasi kini dan akan
datang kehilangan alam semula jadi yang boleh dinikmati. Langkah-langkah
mengatasinya perlu diambil alam semula jadi terus terpelihara dan selamat.
Media memainkan peranan yang penting untuk mendidik masyarakat
tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana media massa
seperti televisyen ditonton oleh jutaan penonton seluruh negara. Oleh itu,
mesej dapat disampaikan dalam pelbagai cara dengan lebih berkesan.
Tanggapan sesetengah pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran
dan warisan alam merupakan tanggungjawab kerajaan perlu diperbetulkan.
Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing kerana menjaga
kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.
Amalan kitar semula yang dimulai dengan kertas, plastik dan aluminium
hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Selain itu, pihak kerajaan wajar
menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
agar dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas.
Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil supaya membuang sampah
di tempat yang betul . Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kepada
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sampah, sisa toksik dan bahan buangan kilang.
Kegiatan kokurikulum yang boleh menanam dan membudayakan rasa cinta
terhadap alam sekitar dalam kalangan murid boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah. Kempen kesedaran untuk memberi pendedahan dan kesedaran
tentang kepentingan hutan perlu dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (
NGO ).
Tanpa langkah yang berkesan, tidak mustahil jika suatu hari kelak semua
keistimewaan dan keunikan khazanah hutan ini hanya tinggal kenangan sahaja.
Isi
1. Media memainkan peranan yang penting untuk mendidik masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar.
2. Tanggapan sesetengah pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran dan
warisan alam merupakan tanggungjawab kerajaan perlu diperbetulkan.
3. Amalan kitar semula hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.
4. Pihak kerajaan wajar menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam
5. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil supaya membuang sampah di
tempat yang betul .
6. Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kepada segelintir pihak yang
suka mencemarkan sungai .
7. Kegiatan kokurikulum yang boleh menanam dan membudayakan rasa cinta
terhadap alam sekitar dalam kalangan murid boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah.
8. Kempen kesedaran untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang
kepentingan hutan perlu dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan ( NGO )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Ringkasan penuh : ( MIN – 5 ISI )
Antara cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat
ialah tanggapan sesetengah pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran
dan warisan alam merupakan tanggungjawab kerajaan perlu diperbetulkan. ( ISI
1 ) . Selain itu , ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil supaya
membuang sampah di tempat yang betul ( ISI 2 ) . Di samping itu , hukuman yang
setimpal juga harus dikenakan kepada segelintir pihak yang suka mencemarkan
sungai ( ISI 3 ) . Tambahan pula , kegiatan kokurikulum yang boleh menanam
dan membudayakan rasa cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan murid
boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ( ISI 4 ) . Kempen kesedaran untuk
memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan hutan perlu
dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan ( NGO ) ( ISI 5 ). ( 94 patah perkataan)
KERTAS 2
Bahagian A
RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang boleh dijadikan amalan harian kerana
banyak faedahnya.
ISI-ISI PENTING
1. Menyihatkan tubuh badan
- badan kita akan mengeluarkan peluh
- pembakaran lemak akan berlaku.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
2. Mengisi masa lapang
- Menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
3. Mengeratkan hubungan
- Membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
PENUTUP
Kesimpulannya , aktiviti bersukan sememangnya melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas.
KARANGAN PENUH
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang boleh dijadikan amalan harian kerana
banyak faedahnya.
Antara faedah bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan . Apabila kita
berekreasi , badan kita akan mengeluarkan peluh dan pembakaran lemak akan
berlaku.
Selain itu , bersukan juga membantu kita mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Aktiviti bersukan mengeratkan hubungan sesama masyarakat . Ia membantu
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya , aktiviti bersukan sememangnya melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas. ( 78 patah perkataan )
Bahagian B
i) Anda diminta menulis rencana bagi dimuatkan dalam majalah sekolah . Tajuk
rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat’.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Tulis rencana itu selengkapnya.
ISI-ISI PENTING
• Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
- Dengan mengamalkan sikap tolong-menolong dan bertegur sapa sesama jiran,
suasana yang tenang dan aman dapat diwujudkan dalam kalangan jiran.
- Contohnya , melalui aktiviti gotong-royong , jiran-jiran dapat menghulurkan
bantuan antara satu sama lain untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat
tinggal .
• Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan jiran
- Apabila mengenali jiran pelbagai kaum, masyarakat dapat memupuk hubungan
silaturahim yang erat dengan menyelami adat dan tradisi kaum lain.
- Dengan ini , sebarang masalah perkauman atau isu sensitif yang boleh menggugat
hubungan dan keamanan negara tidak akan ditimbulkan oleh masyarakat.
•Memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan
membawa kemajuan kepada rakyat.
- Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni,
segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama.
•Menjamin keselamatan kepada penduduk setempat
- jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada
berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat
setempat boleh membuat rondaan bagi memastikan kawasan kediaman mereka
sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
- Dengan pelaksanaan program sebegini yang melibatkan semua penduduk , kes
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
jenayah di kawasan tempat tinggal dapat dikurangkan .
KARANGAN PENUH
Tajuk: Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat
Oleh : Amira Syazwani
Jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan mereka
merupakan orang pertama yang membantu kita apabila kita berada dalam
kesusahan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat kejiranan banyak
memberikan maslahat dalam kehidupan setiap insan. Persoalannya, apakah
kepentingan di sebalik cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat ” ?
Semangat kejiranan sememangnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera . Dengan mengamalkan sikap tolong-menolong dan bertegur sapa
sesama jiran ,suasana yang tenang dan aman dapat diwujudkan dalam kalangan
jiran. Contohnya , melalui aktiviti gotong-royong , jiran-jiran dapat
menghulurkan bantuan antara satu sama lain untuk membersihkan kawasan
persekitaran tempat tinggal .
Selain itu , semangat kejiranan juga memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan jiran . Apabila mengenali jiran pelbagai kaum, masyarakat dapat
memupuk hubungan silaturahim yang erat dengan menyelami adat dan tradisi
kaum lain. Dengan ini , sebarang masalah perkauman atau isu sensitif yang boleh
menggugat hubungan dan keamanan negara tidak akan ditimbulkan oleh
masyarakat.
Di samping itu , semangat kejiranan yang teguh dalam kalangan jiran
memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan
membawa kemajuan kepada rakyat. Jika masyarakat dapat hidup bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni, segala kemajuan yang disediakan oleh
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara
adil dan saksama.
Dengan adanya semangat kejiranan yang kukuh dalam kalangan jiran ,
keselamatan penduduk setempat dapat dijamin. Jiran yang baik akan bersama-
sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak
diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat setempat boleh membuat
rondaan bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam
keadaan yang selamat. Dengan pelaksanaan program sebegini yang melibatkan
semua penduduk , kes jenayah di kawasan tempat tinggal dapat dikurangkan .
Secara intihanya, kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan
dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Rakyat Malaysia
tidak seharusnya mempunyai sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu dalam usaha untuk
mengukuhkan semangat kejiranan.
ii) Baru-baru ini anda sekeluarga telah menyertai program Hari Keluarga di
kawasan perumahan anda. Ceritakan pengalaman anda sekeluarga
menyertai program tersebut.
ISI-ISI PENTING
• Hari keluarga itu diadakan untuk memupuk semangat kejiranan yang kukuh
dalam kalangan jiran di kawasan perumahan kami.
• Apabila tiba di taman permainan tersebut, ayah terus mendaftarkan nama dan
diberikan nombor untuk acara cabutan nombor bertuah.
• Kemudian, program Hari Keluarga dimulakan dengan pertandingan karaoke .
Sebanyak 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu ,
termasuk ibu saya . Suara kebanyakan peserta sungguh merdu. Kami sekeluarga
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
telah memberi sokongan kepada ibu. Ibu berjaya meraih tempat kedua dalam
pertandingan itu.
• Selepas tamatnya pertandingan karaoke , acara sukaneka telah diadakan .
Antara acara sukaneka yang dijalankan ialah acara meniup belon, berlari dalam
guni, tarik tali, menganyam ketupat, mencari gula-gula di dalam tepung, dan
sebagainya.
• Kami adik-beradik telah mengambil bahagian dalam acara berlari dalam guni
dan mencari gula-gula di dalam tepung manakala ibu dan ayah mengambil
bahagian dalam acara meniup belon. Kami telah mendapat johan dalam acara
mencari gula-gula di dalam tepung.
• Selepas semua acara tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para penduduk
menikmati juadah yang dihidangkan.
• Selepas itu, kemuncak sambutan Hari Keluarga diadakan iaitu acara cabutan
nombor bertuah. Acara itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua
penduduk.
• Kami amat terkejut dan gembira apabila nombor ayah disebut sebagai
pemenang cabutan bertuah.
• Sebelum pulang ke rumah masing-masing , semua peserta menangkap gambar
untuk dijadikan kenangan.
• Walaupun penat , kami sekeluarga berasa sangat gembira kerana berpeluang
menyertai sambutan Hari Keluarga di kawasan perumahan kami.
KARANGAN PENUH
Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah menyertai program Hari
Keluarga di taman permainan berdekatan kawasan perumahan kami. Hari
keluarga itu diadakan untuk memupuk semangat kejiranan yang kukuh dalam
kalangan jiran di kawasan perumahan kami. Apabila tiba di taman permainan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
tersebut, ayah terus mendaftarkan nama dan diberikan nombor untuk acara
cabutan nombor bertuah.
Sarapan pagi dihidangkan untuk semua penduduk yang hadir . Kemudian,
program Hari Keluarga dimulakan dengan pertandingan karaoke . Sebanyak 20
orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu , termasuk ibu
saya . Suara kebanyakan peserta sungguh merdu. Kami sekeluarga telah
memberi sokongan kepada ibu. Ibu berjaya meraih tempat kedua dalam
pertandingan itu.
Selepas tamatnya pertandingan karaoke , acara sukaneka telah diadakan .
Antara acara sukaneka yang dijalankan ialah acara meniup belon, berlari dalam
guni, tarik tali, menganyam ketupat, mencari gula-gula di dalam tepung, dan
sebagainya. Kami adik-beradik telah mengambil bahagian dalam acara berlari
dalam guni dan mencari gula-gula di dalam tepung manakala ibu dan ayah
mengambil bahagian dalam acara meniup belon. Kami telah mendapat johan
dalam acara mencari gula-gula di dalam tepung.
Selepas semua acara tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para
penduduk menikmati juadah yang dihidangkan. Selepas itu, kemuncak
sambutan Hari Keluarga diadakan iaitu acara cabutan nombor bertuah. Acara itu
sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua penduduk. Kami amat terkejut dan
gembira apabila nombor ayah disebut sebagai pemenang cabutan bertuah.
Sebelum pulang ke rumah masing-masing , semua peserta menangkap gambar
untuk dijadikan kenangan. Walaupun penat , kami sekeluarga berasa sangat
gembira kerana berpeluang menyertai sambutan Hari Keluarga di kawasan
perumahan kami.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
iii) Semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan rakyat di negara kita .
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
ISI-ISI PENTING
• Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak.
- Ibu bapa haruslah kerap bertegur-sapa dan mengunjungi jiran agar dapat memupuk
semangat kejiranan.
- Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
• Program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula.
- Semua penduduk haruslah bergilir-gilir bertugas meronda kawasan
perumahan tanpa mengira usia dan kaum .
- Ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan
kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang kukuh dalam kalangan
penduduk .
• Mengadakan aktiviti gotong-royong.
- Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk dapat berkumpul dan
bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
- Penduduk-penduduk dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain
yang sekali gus mengenal hati budi jiran dengan lebih dekat.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
• Majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan juga boleh
diadakan di kawasan tempat tinggal .
- Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat
kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
- Jiran-jiran dapat mengenali budaya kaum lain sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah.
KARANGAN PENUH
Jiran merupakan merupakan orang pertama yang membantu kita apabila kita
berada dalam kesusahan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat
kejiranan banyak memberikan maslahat dalam kehidupan setiap insan. Namun
demikian , semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan rakyat di negara
kita sejak kebelakangan ini .
Antara langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk dapat ditingkatkan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah kerap bertegur-sapa dan
mengunjungi jiran agar dapat memupuk semangat kejiranan. Tegasnya, contoh
teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Seterusnya , program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti
dihidupkan semula. Sebagai contohnya, semua penduduk haruslah bergilir-gilir
bertugas meronda kawasan perumahan tanpa mengira usia dan kaum . Ini akan
mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus
memupuk semangat kejiranan yang kukuh dalam kalangan penduduk .
Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
aktiviti yang akan dilakukan. Penduduk-penduduk dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus mengenal hati budi jiran dengan
lebih dekat.
Selain itu , majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan
juga boleh diadakan di kawasan tempat tinggal . Amalan ini dapat membentuk
ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran
setempat. Jiran-jiran dapat mengenali budaya kaum lain sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Secara intihanya, kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan
dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Rakyat Malaysia
tidak seharusnya mempunyai sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu dalam usaha untuk
mengukuhkan semangat kejiranan.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
****FORMAT TERBAHARU****
SET ( 2 ) REVISI
BM PT3
~ EDISI 1 ~
DILENGKAPI DENGAN SET REVISI
KERTAS 1 & 2 BM PT3 ( FORMAT
BAHARU PT3 )
SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP
DENGAN PENJELASAN TERPERINCI
SEBAGAI PANDUAN
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
KERTAS 1 ( 60 Markah )
Bahagian A
[ 20 markah ]
Bahagian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan , iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.
Soalan 1 hingga Soalan 5
1. Ibu sedang ______________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang
rumah.
A memerah
B membilas
C memutar
D mengilas
2. Rohana ___________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik
membaca novel.
A terkial-kial
B tersipu-sipu
C terpinga-pinga
D termangu-mangu
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
3. Aizat dan rakan-rakannya ______________anak sungai sebelum pulang ke
tapak perkhemahan mereka.
A melintasi
B merintagi
C mengharungi
D menyeberangi
4. Pak Ali merotan ___________ menunggu pokok getahnya yang ditanam semula
boleh ditoreh.
A sambil
B kerana
C apabila
D sementara
5. Anand berasa _______________ apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah
meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
A kaget
B takjub
C kagum
D pelik
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 6 hingga Soalan 7
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
6. Dengan yakin Amir berdiri sambil membidas hujah pihak pembangkang dalam
AB C
pertandingan bahas peringat negeri. Tiada kesalahan.
D
7. Kerja-kerja pembungkusan dilakukan dengan cermat oleh pekerja perkilangan itu
AB
sebelum proses penghantaran dilakukan. Tiada kesalahan.
CD
Soalan 8 hingga Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
8. I Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa.
II Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera.
III Banyak wanita menginginkan kulit muka yang sehalus bayi.
IV Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
9. I Beberapa buah kereta berhias berarak dari pusat bandar ke stadium negeri.
II Kenangan silam berarak datang dalam fikirannya ketika dia melalui 5endidi
sekolah lamanya itu.
III Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung
berarak yang menandakan hujan akan turun.
IV Ahli pasukan unit beruniform berarak semasa pengetua melakukan
pemeriksaan barisan pada hari sukan sekolah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja
Soalan 10 hingga Soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
10. Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada
di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
A bercerita pengalaman
B menceritakan pengalaman
C berceritakan tentang pengalaman
D menceritakan tentang pengalaman
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
11. Murid-murid sekolah itu sangat menghormati akan guru-guru mereka yang
baik hati , penyayang dan bertanggungjawab.
A hormat guru-guru mereka
B hormat pada guru-guru mereka
C menghormati guru-guru mereka
D menghormati akan guru-guru mereka
Soalan 12 hingga Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
12. Faizal mencadangkan agar kelasnya membuka gerai jualan makanan
bersempena dengan Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A Bagi menambahkan tabungan kelas , Faizal mengesyorkan supaya kelasnya
membuka gerai jualan makanan semasa Hari Kantin Sekolah.
B Semasa Hari Kantin Sekolah , kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan
makanan untuk mengisi tabung kelas.
C Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena
dengan Hari Kantin Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
D Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh kelas Faizal dibuka bersempena
dengan Hari Kantin Sekolah bertujuan untuk menambahkan tabungan kelas.
13. Banyak orang tidak kira lelaki atau wanita sanggup berbelanja lebih semata-
mata untuk kelihatan menawan.
A Hanya untuk kelihatan menarik banyak orang sama ada lelaki atau wanita rela
berbelanja lebih.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
B Untuk kelihatan menawan semata-mata , banyak orang sama ada lelaki atau
wanita perlu berbelanja lebih.
C Dengan hanya berbelanja secara berlebihan , banyak orang tidak kira lelaki atau
wanita akan kelihatan menawan.
D Banyak orang sama ada lelaki atau wanita sanggup kelihatan menawan semata-
mata dengan berbelanja lebih.
Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Peribahasa ini mengingatkan kita bahawa tiap-tiap pekerjaan yang dilakukan
hendaklah sesuai dengan kemampuan kita sendiri.
Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah ________________
A ukur baju di badan sendiri
B tepuk dada tanya selera
C alah membeli , menang memakai
D alah bias tegal biasa
15. Peribahasa yang sesuai dengan nasihat di atas ialah __________________
A sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna
B mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan
C ingat sebelum kena , jimat sebelum habis
D buang yang keruh , ambil yang jernih
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
Soalan 16 hingga Soalan 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan yang
berikutnya.
16. Apabila melihat katak raksasa yang cedera pada bahagian kepalanya itu ,
apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Talia ?
A Mengerang kesakitan
B Berlari mencari pucuk daun dalut
C Mengunyah lumat dan menampalnya di kepala haiwan itu
D Pastikan darah pada luka membeku
17. Antara imej alam yang terkandung dalam petikan cerpen di atas ialah ,
A daun
B lompatan
C kuning
D qadqad
18. Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ‘ Talia dan
Raksasa Qadqad’ , kecuali
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
A Kita haruslah bersimpati dengan semua makhluk yang berada di sekeliling
kita.
B Kita mestilah menyayangi anggota keluarga supaya mereka dapat hidup
dengan selamat dan selesa.
C Kita harus berani mempertahankan hak kita walaupun terpaksa mengorbankan
diri.
D Kita haruslah rajin bekerja dalam kehidupan.
19. Apakah nilai yang terkandung dalam petikan cerpen di atas ?
A Berdikari
B Tolong-menolong
C Bertanggungjawab
D Ketabahan
20. Pada pendapat anda , apakah kepentingan menolong orang lain ?
A Mengikis sifat mementingkan diri sendiri
B Menyihatkan badan
C Dapat meminta pertolongan daripada orang yang sama kelak
D Mendapat nama baik dalam kalangan masyarakat
Bahagian B
[ 25 markah ]
Soalan 1
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa
yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah
ditetapkan . Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan
tidak boleh menambah perkataan lain.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Indah Bahasa dan Testpaper.com.my.
i) kecil sekali itu permainan anak gembira dengan itu
Pola : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
____________________________________________________________________
ii) itu mahasiswa pemuda sains seorang merupakan mereka jurusan
Pola : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
____________________________________________________________________
iii ) memeriksa pelajarnya Puan Zaleha buku sedang para
Pola : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
iv) Kuala Lumpur saya ke hujung ini akan minggu pergi
Pola : Frasa Nama + Frasa Sendi ( FN + FS )
v) sedang ibu bilik adik membersihkan