The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MODUL PEMBELAJARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fairul nizar, 2023-08-14 00:44:57

Modul Penyelenggaraan Bangunan

BUKU MODUL PEMBELAJARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN 2021

MODUL PEMBELAJARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN PROGRAM PENYELENGGARAAN BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI


Cetakan Pertama (Modul Pembelajaran), 2021 FAIRULNIZAR BIN RAHMAT NAFIZA BINTI MD SARIP AMNAH BINTI HAMZAH Hak cipta terpelihara. Tidak Dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis. Diterbit dan dicetak oleh: FAIRULNIZAR BIN RAHMAT 45, Jalan Dato Jaafar 23/2 Taman Mutiara Desaru 81930 Bandar Penawar Johor Darul Takzim Tel : 016-7503096 Faks : 07-8224880 E-mail : [email protected]


KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN i MATLAMAT i Bab 1 : Perkhidmatan Bangunan 1 1.1 Pengenalan perkhidmatan bangunan 3 1.2 Sistem perkhidmatan bekalan air dan kumbahan 4 1.3 Sistem perkhidmatan elektrik dan pencahayaan bangunan 9 1.4 Sistem perkhidmatan pengudaraan bangunan 13 1.5 Sistem perkhidmatan pengangkutan bangunan 22 1.6 Sistem perkhidmatan keselamatan bangunan 36 1.7 Sistem perkhidmatan pencegahan kebakaran bangunan 42 Bab 2 : Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 55 2.1 Pengenalan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 57 2.2 Hazard, bahaya dan risiko 62 Bab 3 : Bahan Binaan 69 3.1 Konkrit 71 3.2 Pintu dan tingkap 84 3.3 Tangga 94 3.4 Siling 98 3.5 Bata 100 3.6 Kemasan 115


Bab 4 : Struktur bangunan 125 4.1 Pengenalan 127 4.2 Rasuk 129 4.3 Lantai 131 4.4 Tangga 134 4.5 Tiang 135 4.6 Asas 136 4.7 Bumbung 139 4.8 Dinding 140 Bab 5 : Perpaipan domestik 143 5.1 Pengenalan sistem perpaipan domestik 145 5.2 Sistem bekalan air domestik 146 5.3 Bahan pepasang dan lekapan sanitari 152 Bab 6 : Pendawaian elektrik domestik 178 6.1 Peralatan dan aksesori 180 6.2 Sistem pendawaian elektrik domestik 190 6.3 Litar pencahayaan 193 6.4 Litar kuasa dan kuasa am 194 6.5 Pengujian litar elektrik 195 6.6 Sistem pembumian 199 Bab 7 : Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan 202 7.1 Asas Penyelenggaraan Bangunan 204 7.2 Pengurusan penyelenggaraan bangunan 207 7.3 Perancangan penyelenggaraan bangunan 210 7.4 Prosedur penyiasatan bangunan 215 Rujukan 219 Maklumbalas modul 220


PENGENALAN Modul ini secara amnya merupakan panduan pembelajaran pelajar bagi kursus Perkhidmatan Bangunan bagi program Sijil Penyelenggaraan Bangunan di Kolej Komuniti. MATLAMAT Modul ini bertujuan membantu pelajar untuk mengetahui dan mengaplikasi teori dan melaksanakan penilaian kognitif yang dijalankan dalam bilik kuliah dan panduan dalam pelaksanaan amali di bengkel bagi kemahiran dalam bidang penyelenggaraan bangunan. HASIL PEMBELAJARAN MODUL Pada akhir modul ini pelajar akan dapat : 1. Menerangkan pengetahuan asas dalam bidang penyelenggaraan bangunan. 2. Mengaplikasikan pengetahuan untuk melaksanakan amali dalam kursus penyelenggaraan bangunan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bagi membantu dalam penilaian bagi kursus penyelenggaraan bangunan. i


PERKHIDMATAN BANGUNAN TOPIK 1 1 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


TOPIK 1 : PERKHIDMATAN BANGUNAN Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : 1. Mengenalpasti prinsip dalam perkhidmatan bangunan 2. Menerangkan sistem dalam perkhidmatan bangunan Isi kandungan 1.1 Pengenalan perkhidmatan bangunan 1.2 Sistem bekalan air dan kumbahan 1.3 Sistem elektrik dan pencahayaan 1.4 Sistem pengudaraan dan penyaman udara bangunan 1.5 Sistem Pengangkutan Mekanikal Bangunan 1.6 Sistem Keselematan Komersial Bangunan 1.7 Sistem Mencegah Kebakaraan Bangunan 2 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


1.1 Pengenalan perkhidmatan bangunan Perkhidmatan bangunan adalah sistem yang dipasang di bangunan untuk menjadikannya lebih selesa, berfungsi, cekap dan selamat. Reka bentuk perkhidmatan bangunan mesti diintegrasikan ke dalam reka bentuk bangunan secara keseluruhan dari peringkat awal, terutama pada projek pembinaan Secara umum kerja-kerja selenggaraan dalam perkhidmatan bangunan boleh dibahagikan kepada kategori sistem berikut: i. Sistem bekalan air, sanitari dan kumbahan ii. Sistem elektrik dan pencahayaan iii. Sistem penyaman udara iv. Sistem pengangkutan mekanikal v. Sistem keselamatan komersial vi. Sistem pencegahan kebakaran • Menurut Institut Jurutera Perkhidmatan Bangunan Chartered (CIBSE) dalam setiap projek pembinaan baru, perkhidmatan bangunan biasanya mencakupi 30-40% daripada jumlah kos. (Lembaran fakta CIBSE) dan bangunan menyumbang hampir 50% pelepasan karbon (Ref CIBSE). • Reka bentuk perkhidmatan bangunan dikawal selia (peraturan bangunan, peraturan produk berkaitan tenaga, dan sebagainya) • Pelanggan boleh mengenakan piawaian mereka sendiri di atas peraturanperaturan ini atau mendapatkan persijilan di bawah skim seperti Bangunan Penyelidikan Bangunan Kaedah Penilaian Alam Sekitar (BRE) (BREEAM). 3 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Secara umum kerja-kerja selenggaraan dalam perkhidmatan bangunan boleh dibahagikan kepada kategori sistem berikut: i. Sistem bekalan air, sanitari dan kumbahan ii. Sistem elektrik dan pencahayaan iii. Sistem penyaman udara iv. Sistem pengangkutan mekanikal v. Sistem keselamatan komersial vi. Sistem pencegahan kebakaran 1.2 Sistem bekalan air dan kumbahan Di Malaysia, bekalan air bersih adalah berasal daripada air hujan yang terkumpul di sungai dan mengalir ke empangan. Bekalan air kepada pengguna adalah melalui satu sistem rangkaian saluran paip yang membawa air dari loji pembersihan air. Dalam sistem bekalan air, air yang dirawat harus melalui 6 fasa pembersihan sebelum dapat diedarkan kepada pengguna. Sistem bekalan air yang terawat 4 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sumber air yang digunakan adalah dari air hujan, sungai, tasik, kolam, takungan air dan air bumi. Tujuan rawatan air adalah: • Membunuh organisma yang membawa penyakit • Menghilangkan bau, rasa dan warna yang tidak menyenangkan • Meningkatkan kandungan oksigen • Melarutkan bahan galian • Mengurangkan sifat mudah karat Faktor kualiti air merosot : Faktor Aktiviti Pembangunan Tanah Untuk aktiviti pertanian dan pembangunan Kegiatan pertanian Penggunaan racun dan baja kimia dan dikesan melalui nilai pH Kegiatan penternakan Pembuangan sisa ternakan tanpa rawat Kegiatan perindustrian Pembuangan sisa kilang Kegiatan pelancongan Pembebasan sisa kumbahan dari hotel, resort Proses perbandaran Pembandaran berlakunya pertambahan penduduk meningkatkan sisi domestik dan kumbahan Pembangunan sumber tenaga Pembinaan empangan menyebabkan air berkelodak dan loji penjanaan elektrik menggunakan petroleum Faktor kualiti air merosot 5 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Agensi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Di Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah badan pengawalseliaan kebangsaan untuk industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. SPAN mengawal selia kesemua entiti dalam industri air dan pembetungan termasuk operator perkhidmatan bekalan air dan pembetungan awam, operator perkhidmatan bekalan air dan pembetungan persendirian, kontraktor bekalan air dan pembetungan, pemegang permit dan kelulusan produk bagi bekalan air dan pembetungan. SPAN mengawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 (Akta 655) yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2008. AIPA hanya diguna pakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ia tidak melanggar dan tidak juga mempengaruhi penggunaan umum undangundang sedia ada mengenai perkara-perkara berkaitan kualiti alam sekitar dan tanah serta kuasa negeri sedia ada ke atas sumber air. Antara objektif AIPA adalah untuk mewujudkan rangka kerja campur tangan pengawalseliaan dan mempromosikan Objektif Dasar Negara untuk industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan. 6 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem bekalan air Sistem bekalan air bersih di Malaysia melalui dua sistem iaitu : • Sistem bekalan air luaran (awam) dari empangan, loji rawatan air • Sistem bekalan air dalaman bermula dari selepas meter penggunaan air Sistem bekalan air di kediaman atau premis dibekalkan dari meter air akan melalui dua sistem iaitu : i. Sistem terus • Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sinki cuci, bilik air dan tandas ii. Sistem tidak terus • Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan di rumah. Sistem paip air dalaman Fungsi sistem paip air dalaman digunakan adalah untuk membekalkan air untuk minuman, memasak, membersih dan mencuci. Air dari paip awam disalurkan ke tangki simpanan dan diagihkan kepada setiap pepasang atau perlatan dalam bangunan. Terdapat dua jenis sistem paip iaitu : i. Sistem paip air dalam (bekalan) • sistem paip air sejuk • sistem paip air panas ii. Sistem paip sanitari (buangan) 7 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem paip air dalam bangunan Sistem paip sanitari 8 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem paip kumbahan Sistem paip kumbahan membolehkan pembuangan kumbahan melalui satu sistem sambungan paip yang bersih dan cekap. Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) untuk mengurus dan mengawal ke atas pembangunan, pengurusan dan peraturan pengurusan kumbahan di seluruh negara Sistem pembentungan terdiri dari dua jenis yang utama : i. Sistem pembentungan awam ii. Sistem pembetungan tangki najis 1.3Sistem elektrik dan pencahayaan Elektrik adalah merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan geseran, haba dan aruhan electromagnet. Sumber utama elektrik di Malaysia adalah dari gas, arang batu, empangan hidroelektrik dan solar. Sistem bekalan dan pemasangan elektrik merupakan proses bagi memenuhi keperluan pengguna secara berperingkat-peringkat dan mengandungi tiga (3) peringkat utama iaitu; a) Sistem Penjanaan b) Sistem Penghantaran c) Sistem Pengagihan 9 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem bekalan elektrik Sistem bekalan elektrik Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) (didaftarkan sebagai Suruhanjaya tenaga; singkatan ST) ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industri tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industri bekalan tenaga. Di dalam Akta Suruhanjaya Tenaga (ST) menyatakan Akta Bekalan Elektrik 1990 (dan pindaan tahun 2001) Akta 447 memperuntukkan keperluan sesuatu aktiviti berkaitan dengan pembekalan elektrik dilesenkan bagi pengawal seliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 amat wajib dipatuhi oleh semua petugas semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan pepasangan elektrik. Akta dan Peraturan10 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Peraturan Elektrik dibekalkan bagi tujuan utama sebagai garis panduan penting bagi menjamin bahawa pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan pepasangan elektrik dibuat mengikut aturan yang betul dan selamat digunakan oleh pengguna. Sistem pendawaian elektrik Sistem pendawaian elektrik adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik termasuk pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik . Faktor utama pemilihan pendawaian untuk memilih sesuatu sistem pendawaian perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan. Sebaliknya sistem ini untuk mengawal kecekapan dan selamat. Bekalan kuasa elektrik terbahagi kepada dua iaitu; • Bekalan kuasa 1 fasa Mempunyai dua kabel dari bekalan ke beban, digunakan di kawasan kediaman kecil dan sederhana dan membekalkan 240V • Bekalan kuasa 3 fasa Sistem ini mempunyai tiga kabel dari bekalan ke beban, digunakan di kawasan industri dan komesial serta membekalkan 415V Terdapat empat jenis sistem pendawaian elektrik; • Sistem pendawaian permukaan • Sistem pendawaian tersembunyi • Sistem pendawaian pembuluh (kondiut) • Sistem pendawaian sesalur (trungking) 11 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem pencahayaan Cahaya ialah satu bentuk tenaga sinaran dan dapat dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik melalui filamen karbon, rod karbon atau tiub-tiub yang berisi gas. Tenaga elektrik yang dialirkan itu ditukarkan kepada bentuk tenaga haba dan kemudiannya menjadi cahaya yang menyinar keluar. Kegunaan cahaya adalah sebagai panduan dan penunjuk arah. Punca dan penerimaan cahaya • Semula Jadi Sinar siang tidak menggunakan bantuan sumber lain. Faktor Penerimaan Cahaya Adalah Kecerahan Semulajadi, Saiz Dan Bentuk Kedudukan Tingkap, Pembalikan Daripada Permukaan Dalam Bangunan Dan Pembalikan Dan Halangan Objek Luar. • Cipta Jadi Terhasil Secara Elektrikal Melibatkan Komponen Dan Suis. Faktor Pemilihannya Adalah Kuantiti Cahaya, Sifat Fizikal, Penggunaan Tenaga, Kos, Cahaya Semulajadi, Kualiti Warna. Jenis-jenis rekabentuk sistem pencahayaan i. Pencahayaan umum ii. Pencahayaan tempatan iii. Pencahayaan setempat 12 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


1.4Sistem pengudaraan dan penyaman udara bangunan Definisi ventilasi atau pengudaraan Proses mengekalkan keadaan keselesaan terhadap suhu, kelembapan dan oksigen didalam sesuatu ruang dengan memasukan udara bersih ke dalam ruang bagi menggantikan udara yang kotor atau pun yang telah digunakan. Penyediaan bukaan pada bangunan bertujuan pengudaraan sebenarnya mempunyai kesan langsung dari segi fisiologi khususnya di dalam keperluan kebersihan dan pergerakan udara dalam bangunan. Keperluan sistem pengudaraan bangunan Peruntukkan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi. Perkara 39(1) hingga (4) 4091) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam undang-undang kecil ini biasanya dikuatkuasakan oleh penguasa tempatan terhadap pelan bangunan yang abru sebagai salah satu syarat kelulusan. Garis panduan rekabentuk menghendaki luas bukaan pada bangunan di sekitar 40% hingga 80% dari luas dinding manakala undang-undang kecil bangunan seragam hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% daripada keluasan lantai. Kepentingan sistem pengudaraan i. Keselesaan Mengeluarkan udara panas yg terjadi akibat haba dr badan manusia, bahang matahari dan dari perkakas elektrik 13 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


ii. Kesihatan Mengeluarkan habuk, bakteria dan segala bauan di dalam udara supaya udara sentiasa bersih iii. Kebakaran Mengawal asap dan gas beracun yg tersebar ke merata ruang semasa kebakaran iv. Menyejukkan struktur bangunan Penting apabila suhu di dalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan Jenis-jenis pengudaraan dalam bangunan a) Pengudaraan semulajadi i. Satu proses pertukaran udara dalam bangunan tanpa bantuan kipas ii. Tidak ada sistem pengawalan yang penting diperlukan iii. Bergantung pada banyak manakah pergerakan udara itu sendiri dan juga perbezaan suhu dalam dan luar bangunan iv. Ia juga bergantung pada pembukaan yang ada pada sesebuah bangunan b) Pengudaraan mekanikal Satu proses pertukaran udara dalam bangunan menggunakan bantuan jentera 14 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Perbezaan pengudaraan secara semulajadi dan secara mekanikal Cara-cara pengudaraan semulajadi Terdapat 3 cara iaitu: i. Tekanan Udara ii. Kesan Stack iii. Kedua-duanya Cara pengudaraan semulajadi • Tekanan udara Berlaku apabila terjadi perbezaan tekanan bagi udara di dalam dan diluar bangunan, udara bergerak dari zon tekanan tinggi ke zon tekanan rendah. Lagi tinggi kadar kelajuan angin lebih ketara perbezaan tekanan tersebut 15 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Tiga cara pengudaraan: • tingkap • dinding • bumbung • Kombinasi tingkap, pintu dan bumbung Satu-satunya cara mendapatkan pengudaraan semulajadi. Rekaannya dari segi bentuk,kedudukan,saiz dan bilangan tingkap akan menentukan kesan pengudaraan tersebut. Oleh kerana arah tiupan angin sentiasa berubah,sebaik-baiknya tingkap perlu ditempatkan pada semua bahagian dinding bangunan. Perletakan tingkap perlulah betul kedudukanya, jika silap akan menyebabkan udara di dalam ruang tersebut terhenti(stagnant). • Pengudaraan melalui bumbung Pembukaan pada bumbung untuk membolehkan angin masuk ke dalam ruang bangunan. Pengudaraan melalui bumbung 16 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


• Pengudaraan melalui dinding Bukaan pada dinding seperti ram tetap(fixed louvred), bata rongga dan unjuran dinding. Kesemua bukaan tersebut membolehkan angin masuk kedalam ruang melalui kesan tekanan angin. Pengudaraan dari dinding • Kesan stack Pergerakan udara berlaku disebabkan oleh kesan stack. Kesan stack berlaku apabila wujud perbezaan suhu udara didalam dan luar bangunan. Udara panas akan naik keatas ke aras siling atau bumbung dan ruang bawah akan diganti dengan udara sejuk Kadar pergerakan udara bergantung kpd perbezaan suhu, ketinggian ruang dan saiz dan kedudukan bukaan masuk udara. Pengudaraan semulajadi hasil dari kesan stack boleh dijadikan sebagai salah satu cara pengudaraan yang baik dengan mengambilkira bukaan masuk udara dengan meletakanya di aras yang rendah pada ruang tersebut manakala bukaan udara keluar adalah pada satu corong yang dipanaskan bagi tujuan mengujudkan perbezaan suhu. 17 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Kesan stack • Kedua-duanya Keadaan ini berlaku apabila angin bertiup kuat kearah pembukaan stack. Ini akan menyebabkan udara didalam ruang dalaman disedut keluar. Udara dalam ruang akan diganti dengan udara bersih dari luar bangunan pada aras bawah ruang. 18 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Pengudaraan dengan kesan stack dan tekanan udara Cara-cara pengudaraan mekanikal Keperluan pengudaraan mekanikal : i. Sukar mendapatkan kuantiti, kualiti dan kawalan melalui sistem semulajadi ii. Mengendali dan mengawal persekitaran dalaman iii. Dapat menentukan udara yang cukup didalam ruang iv. Mengeluarkan haba yang berlebihan serta segala kekotoran didalam udara Cara pengudaraan mekanikal : a) Sistem bekal b) Sistem keluar c) sistem seimbang 19 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem bekal Memasukan udara secara mekanikal dan mengeluarkan udara secara natural. Udara dipaksa masuk, tekanan akan wujud dalam ruang, maka udara yang sediada akan keluar secara tekanan melalui sebarang pembukaan yang ada. Ruangan basement, kilang dan lain-lain. Sistem bekal Sistem keluar Udara dikeluarkan secara mekanikal dan masuk secara natural. Mengandungi satu atau lebih kipas(jenis propellar) diletakan 1.8 tinggi dari aras lantai di dinding luar. Digunakan utk mengawal asap kebakaran, mengeluarkan bau dari tempat masak,basement dan lain-lain. Menggantikan juga udara didalam ruang untuk menyamankan keadaan yang lembab seperti bilik air, tandas dan lain-lain 20 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem keluar Sistem seimbang Kombinasi diantara sistem bekal dan sistem keluarkan. Proses memasukan dan mengeluarkan udara secara mekanikal. Pengawalan pengudaran boleh dibuat samada pada proses masuk atau keluar. Kadar masukan dan keluarkan adalah berlainan mengikut kehendak bangunan. Tekanan udara boleh dikawal dengan mengawal nisbah udara masuk dan keluar Kaedah menukar ganti udara dengan berkesan. Mengeluarkan haba, bau dan kotoran dalaman. Kegunaan pada restoran, dapur, hospital, kompleks membeli belah , kawasan merokok. Bagi ruang misalnya terdapat ramai orang yang merokok, bekalan udara masuk sepatutnya lebih banyak dari keluarkan supaya asap rokok akan cepat keluar. Pemilihan sistem pengudaraan Pemilihan sistem pengudaraan berdasarkan kriteria berikut: i. Jenis bangunan ii. Fungsi ruang/bangunan iii. Lokasi bangunan iv. Iklim/cuaca 21 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


v. Mutu pengudaraan Peralatan pemasangan pengudaraan Kipas merupakan peralatan utama dalam sistem pengudaraan. Pertimbangan dalam pemilihan kipas adalah : i. Isipadu udara yg perlu dikendalikan ii. Rintangan pada kipas semasa berputar di udara iii. Kadar bising yg dibenarkan iv. Kadar keselesaan dengan ruang yang diudarakan v. Implikasi drpd rekabentuk saluran (ducting)pada keupayaan sesuatu jenis kipas Jenis-jenis kipas pengudaraan Jenis-jenis kipas yang biasa digunakan : i. Kipas Propellar ii. Kipas Centrifugal iii. Kipas Axial Flow 1.5Sistem Pengangkutan Mekanikal Bangunan Pengenalan Sistem pengangkutan dalam bangunan merupakan satu kemudahan yang penting dan perlu di dalam bangunan sebagai kemudahan yang sistematik kepada pengguna. Terdapat beberapa pengangkutan bangunan seperti lif (elevator), eskalator dan konveyor. a) Lif (Elavator) : pengangkutan menegak, direkabentuk oleh Mr. Elisha Otis pada tahun 1857. 22 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


b) Eskalator : mengangkut penumpang dari satu aras ke satu aras c) Konveyor : mengangkut penumpang pada arah mendatar sehingga sudut 15º Faktor yang perlu bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bangunan yang baik adalah: a) Kos yang sesuai b) semua kekangan dan halangan c) data mengenai jenis bangunan d) jenis pengguna Sistem lif bangunan Sistem lif bangunan merupakan sistem pengangkutan dalam bangunan yang digunakan untuk mengangkut barang, manusia dari satu tingkat ke tingkat yang lain secara menegak. Keperluan lif bangunan adalah : a) Pembangunan pesat : bangunan yang terpaksa dibina tinggi kerana kos tanah yang tinggi dalam kawasan cbd ( central business district) b) Keperluan asas : terpaksa membawa pengguna, barangan dari satu tingkat ke satu tingkat dalam bangunan tinggi c) Keperluan keselesaan & keselamatan : kecekapan berkerja terhadap organisasi pejabat – pejabat besar terutama bagi pejabat yang mempunyai lebih dari satu tingkat. d) Keperluan undang-undang kecil bangunan : bangunan yang melebihi 4 tingkat perlu memperuntukkan sistem lif e) Keperluan bomba : menyediakan lif bomba untuk digunakan semasa berlaku kebakaran. 23 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Ciri-ciri lif yang baik a) Diperlukan bagi bangunan yang lebih 4 tingkat. b) Kelajuan lif : 100kaki/minit hingga 150 kaki/minit, terlalu laju akan mengakibatkan gangguan saraf. c) Perlahan, menyebabkan ia kurang berfungsi. d) Konstrain / tekanan kepada fizikal dan psikologikal. e) Fizikal : bergerak dalam paksi pugak (menegak) : ganguan pada saraf. f) Psikologikal : berlaku semasa menaiki, sedang menaiki, menunggu dan masa keluar. g) Takat menunggu ; maksimum 30 saat waktu kerja, 60 saat off peak. h) Sistem yang baik : i. masa menunggu pendek ii. masa perjalanan dalam lif yang cepat. iii. estetik pada lif dan lobi iv. corak pergerakan pintu lif Kategori lif yang digunakan dalam bangunan a) Lif perdagangan i. beban pengangkutan 6-23 orang ii. kelajuanya 200 kaki/minit hingga 2000 kaki/minit iii. perkhidmatan dan kecekapan penting – prestasi baik kepada pelanggan. iv. contoh pejabat, kompleks membeli belah dan hotel. 24 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Lif perdagangan b) Lif hospital i. beban pengangkutan 17-23 orang ii. Kelajuannya 100 kaki/minit hingga 350 kaki/minit iii. Hospital & pusat rawatan. iv. lantai lif direka besar bagi mengangkut kereta sorong atau perabot. v. mempunyai 2 belah pintu depan dan belakang untuk kemudahan pemunggahan dan pengisian. 25 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Lif hospital c) Lif kediaman tinggi i. lif jenis ini tidak kritikal seperti lif perdagangan dari segi masa menunggu tetapi memerlukan kerja-kerja penyenggaraan yang baik disebabkan kekerapan penggunaan pada setiap hari dan waktu. ii. tambahan pengunaan terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat dan kemungkinan berlaku vandalism. 26 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Lif kediaman tinggi d) Lif institusi i. perpustakaan, pejabat am, kelas atau dewan kuliah di aras tinggi. 27 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Lif institusi e) Lif setor i. digunakan untuk mengangkat barang berat. ii. bergantung pada jenis barang yang diangkut. iii. beban pengangkutan : 5000 paun – 20 000 paun. iv. kelajuan 50 kaki/minit hingga 150 kaki/minit. v. kompleks membeli belah, lapangan terbang, hotel, gudang. 28 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Lif stor f) Lif kereta i. pengunaan khusus mengangkat kereta. ii. tempat letak kereta bertingkat Pemasangan lif yang baik a) Kuantiti Servis : Keupayaan lif memberi perkhidmatan seberapa banyak dan cepat b) Kualiti servis : ditentukan oleh pencepatan, pelarasan, awal pecutan, pergerakan serta keupayaan untuk mengangkut penumpang dalam jangkamasa tertentu c) Teknologi : Rekabentuk lif dengan teknologi baru kini mengambil kira kualiti, perkhidmatan yang baik d) Sistem yang fleksibel : Satu sistem yang boleh diubahsuai mengikut perkembangan teknologi dan mudah diselanggara dan dikendalikan e) Estatik : Lif moden perlu rekabentuk yang menarik , selesa dan mudah dilihat, lengkap dengan alat keselamatan, maklumat penting dan pamel kawalan f) Pakar tempatan : Bagi pemasangan lif dari syarikat tempatan diberi keutamaan yang lebih pakar bagi kerja pemasangan dan selenggaraan 29 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Pengenalan Eskalator Pengenalan Ekskalator merupakan tangga bergerak yang digunakan untuk memudahkan pergerakan orang ramai dari satu paras ke paras yang lain dalam sesebuah bangunan. Sepasang eskalator iaitu satu naik dan satu menurun biasanya digunakan untuk kemampuan mengangkut beban antara 12000 orang sejam. Had maksimum yang boleh diangkut oleh sebuah eskalator bergantung pada lebar dan kelajuanya. Lebar tangga biasanya 600 mm hingga 1200mm. Kelajuan tangga bergerak di antara 0.45 m/2 hingga 0.35 m/s. Jenis Eskalator Terdapat dua jenis eskalator iaitu: a) Eskalator lurus b) Eskalator melengkung Eskalator Jenis lurus 30 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Esklator melengkung Susunan pemasangan Eskalator a) Selari (parallel) dan selari bertindan (stacked parallel) b) Bersilang (crisscross) Selari (parallel) dan selari bertindan (stacked parallel) a) Susunan selari, dua tempat menaiki escalator ke bawah dan satu ke atas berdepan dengan satu sama lain b) Susunan dalam bentuk bertindan c) Kelemahanya pengguna terpaksa berjalan keliling sepanjang ufuk 31 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Eskalator selari dan bersilang Selari dan bertindan 32 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Bersilang (Crisscross) a) Susunan bersilang, tempat memasuki escalator dan keluar dipisahkan oleh ajrak ufuk eskaltor tersebut b) Dapat mengelakkan kesesakan sesame pengguna kerana terdapat satu tempat untuk naik dan satu untuk keluar c) Susunan lebih ekonomi dari segi penggunaan ruang bangunan Jenis bersilang Elemen pemasangan eskalator Eskalator terdiri dari komponen seperti Truss , motor bergerak, sistem transmisi, tangga, track system, step chain, safety control. 33 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem eskalator Kelebihan eskalator Dapat mengangkut orang ramai bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain dengan cepat dan selesa. Berkeupayaan mengangkut beban seramai 12000 orang sejam. Kadar kerosakan juga rendah dan tahap keselamatan yang tinggi. Kelemahan eskalator a) Kos pemasangan dan selenggaraan yang tinggi b) Mengambil masa yang lama untuk diperbaiki jika berlaku kerosakan c) Tidak berfungsi jika gangguan bekalan elektrik Sistem travellator dalam bangunan Disebut juga sebagai moving walkway, moving sidewalk, walkalator. Merupakan sistem pengangkutan dalam bangunan untuk memindahkan orang atau barang dari satu lantai ke satu lantai yang berikutnya. Dipasang pada kedudukan mendatar atau condong 10 hingga 20 darjah. 34 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem travellator Komponen sistem travellator 35 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


1.6Sistem Keselematan Komersial Bangunan Pengenalan sistem keselamatan komersial Bagi pemilik bangunan dan perniagaan, keselamatan boleh menjadi sangat penting. Serta keselamatan harta fizikal juga penting untuk melindungi peralatan, kakitangan, pelawat dan maklumat. Keselamatan juga boleh menjadi pertimbangan penting di dalam bangunan. a) Komponen sistem keselamatan komersil mungkin termasuk: b) Kawalan akses c) CCTV d) Penggera penceroboh e) Keselamatan perimeter f) Sistem pengesanan kebakaran g) Sistem bersepadu Sistem keselamatan Kawalan Akses (Access control) Kawalan akses membenarkan akses oleh kakitangan yang diberi kuasa ke tapak, bangunan, bilik atau pemasangan selamat lain. Sistem kawalan akses elektronik boleh membenarkan akses menggunakan kelayakan seperti: a) Kod laluan b) PIN c) Kad kunci d) Lencana akses e) Cap jari f) Kunci 36 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


g) Kue kunci h) Pengesahan video Sistem keselamatan Kawalan Akses (Access control) 37 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem keselamatan Closed Circuit Television (CCTV) Sistem CCTV umumnya terdiri daripada beberapa kamera keselamatan yang disambungkan ke perakam video digital pusat (DVR) atau komputer dengan kabel seperti kabel internet atau melalui isyarat Wi-Fi. Kamera boleh menyertakan ciri-ciri seperti: a) Penglihatan inframerah atau malam b) Plat lesen atau pengiktirafan muka c) Pengesan gerakan automatik d) Pencahayaan Pertimbangan penting ketika memasang sistem CCTV adalah kualiti rakaman yang direkodkan dan resolusi kamera. Imej yang jelas diperlukan jika rakaman digunakan dalam sebarang prosiding undang-undang. Satu kesukaran untuk perniagaan besar adalah cara memonitor pelbagai kamera dengan cara yang kos efektif. Analisis video juga dapat membantu mengotomatisasi pemantauan CCTV dan menganalisis rakaman tanpa memerlukan tenaga kerja tambahan. Imej CCTV boleh dihantar ke kemudahan pengawasan jauh atau boleh diakses pada peranti jauh seperti telefon bimbit, yang membolehkan respons dapat dikendalikan seperti tindakan polis atau tindakan api, atau dalam beberapa kes untuk membenarkan akses dan mengaktifkan penggera. 38 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem cctv Sistem keselamatan Penggera Penceroboh (Intruder alarms) Juga dikenali sebagai penggera keselamatan atau pencuri, penggera penceroboh mengesan kemasukan tidak dibenarkan ke dalam tapak, bangunan, bilik atau pemasangan yang selamat. Mereka boleh bekerja melalui beberapa jenis sensor seperti berikut: a) Suis dimeteraikan secara histetik b) Pengesan pergerakan infra-merah pasif c) Sistem pancaran foto d) Pengesan akustik pecah kaca. e) Isyarat dari sensor ini dihantar kembali ke unit kawalan pusat melalui rangkaian berwayar atau tanpa wayar. Di dalam pemasangan mewah, unit ini boleh ditempatkan di kemudahan terpencil di mana kakitangan boleh memantau aktiviti, menggerakkan anggota keselamatan atau menghubungi polis dalam keadaan kecemasan. 39 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem penggera penceroboh juga boleh memancarkan penggera yang boleh didengar. Ini berfungsi dua tujuan iaitu menarik perhatian kepada pemecah masuk dan menjadikannya tidak menyenangkan untuk penceroboh untuk kekal di lokasi. Sistem keselamatan Penggera Penceroboh Sistem keselamatan Perimeter Keselamatan perimeter boleh menghalang akses ke harta melalui cara-cara seperti di dinding, pagar, rasuk perimeter infra merah, bollards dan sebagainya. Di tempat masuk, pengawal keselamatan atau kawalan akses lain boleh dipasang. Gerbang, halangan, bidai dan skrin boleh digunakan untuk menutup mata ini di luar waktu perniagaan. Penjagaan mesti diambil bahawa luar bangunan adalah bebas daripada pokok, pokok renek dan halangan lain yang boleh digunakan untuk mendekati bangunan itu sementara tersembunyi dari penglihatan. 40 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem keselamatan Perimeter Sistem keselamatan Bersepadu Sistem keselamatan bersepadu adalah satu set alat teknikal yang direka untuk mengawal kebakaran, penggera keselamatan atau peranti amaran, serta peralatan pemadam kebakaran automatik, akses dan pengawasan televisyen. Kawalan akses, penggera, sensor dan tindak balas, boleh diintegrasikan ke dalam satu sistem, kadang-kadang sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan bangunan yang lebih luas. Ini boleh membenarkan kawalan yang lebih besar, tindak balas yang lebih baik dan fleksibiliti yang lebih baik Sebagai contoh, menetapkan konfigurasi yang berbeza untuk hujung minggu, cuti dan keselamatan waktu malam, menghidup dan mematikan lampu, mengawal tirai dan mengawal kamera. Sistem mungkin juga beroperasi di beberapa laman web. 41 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem keselamatan Bersepadu 1.7Sistem Mencegah Kebakaraan Bangunan Pengenalan pencegahan kebakaran Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. 3 unsur kebakaran iaitu Oksigen, haba, bahan api. Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunan-bangunan. Terdapat juga 42 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. Dalam merekabentuk sesebuah bangunan, empat tindakan yang perlu perlu diambil kira bagi mencegah dan mengawal api adalah seperti berikut: a) Pencegahan api Dapat dilakukan dengan mengawasi dari semasa kesemasa perkara-perkara yang boleh menyebabkan kebakaran. b) Kawalan api Mengesan kebakaran dengan memasang alat pengesan kebakaran yang akan memberikan isyarat apabila berlaku kebakaran , asap, haba. Memadam kebakaran terdapat 3 kaedah mengawal pemarakan api dan memadam kebakaran iaitu penyejukan, pengasingan oksigen dan pembuangan bahan api. c) Kawalan struktur Struktur mestilah terdiri daripada bahan yang tahan kepada kebakaran bagi membolehkan penghuni sesebuah bangunan menyelamatkan diri sebelum bangunan tersebut terbakar dan roboh. d) Jalan pelepasan api Perlu disediakan pada setiap bangunan terutama pada bangunan bertingkat. Tujuannya adalah bagi menyediakan laluan kepada penghuni untuk turun dan keluar dengan selamat semasa berlaku kebakaran. 43 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Undang-undang kecil bangunan Terdapat beberapa undang-undang kecil bangunan yang berkaitan sistem kebakaran bangunan iaitu : a) Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 b) Bahagian VII : Kehendak Menentang kebakaran UUK 133-224 c) Bahagian VIII : Penggera Kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses menentang kebakaran UKK 225-253 d) Tujuannya dalah mengawal pembinaan bangunan dari aspek kebakaran, kesihatan, keselamatan struktur dan sebagainya Sistem pencegahan kebakaran Sistem pencegahan dan kawalan kebakaran di bangunan. a) Perlindungan aktif (Active control) Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik. b) Perlindungan pasif (Passive control) Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran 44 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Click to View FlipBook Version