The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MODUL PEMBELAJARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fairul nizar, 2023-08-14 00:44:57

Modul Penyelenggaraan Bangunan

BUKU MODUL PEMBELAJARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN 2021

Rekabentuk bangunan bagi mengawal kebakaran Dinding pemisah a) Merupakan satu binaan struktur bagi pemisahan untuk membendung, mengawal dan melambatkan proses pemarakan api, asap dan haba antara dua atau di dalam sesuatu bangunan. b) Saiz dan had pemetakan berdasarkan jenis kegunaan bangunan mengikut UUK 136. c) Dinding dua pihak bagi rumah satu tingkat boleh dibina daripada batu padat atau konkrit bawa beban 100 mm tebal dan pembinaannya hendaklah dilanjutkan ke bahagian atas permukaan bumbung sejauh tidak kurang daripada 230 mm pada sudut tepat dengan permukaan atas. d) Biasanya berasaskan kepada ketahanan lantai dan dinding yang digunakan. Laluan keluar keselamatan a) Bahaya utama yang berkaitan dengan kebakaran peringkat awal bukannya api tapi asap dan gas-gas beracun yang dihasilkan oleh api. Seseorang dapat menahan situasi berasap hanya sekitar 3 minit. b) Asap boleh merebak di laluan keluar dan boleh memperlahankan pergerakan. Dalam keadaan ini, seseorang hanya boleh bergerak lebih kurang 12 m atau 40’ per minit. c) Laluan keluar hendaklah dirancang dengan mengambil kira bentuk bangunan, aktiviti di dalam bangunan dan potensi pemarakan api dalam bangunan tersebut Laluan keluar keselamatan a) Jalan Keluar Mendatar : Jalan keluar daripada sesuatu petak bangunan ke petak bangunan bersebelahan pada paras yang sama. 45 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


b) Jalan keluar menegak : Struktur di dalam bangunan digunakan untuk menyelamatkan diri keluar daripada tingkat atas ke tingkat bawah. c) Jalan keluar akhir : Tempat keluar terus ke jalan, laluan atau tangga terbuka di mana penghuni selamat daripada kebakaran atau asap. Syarat-Syarat Jalan Keluar a) Kelebaran dan saiz tidak berkurangan sepanjang laluan. b) Bebas dari halangan. c) Pintu rintangan api. d) Tanda KELUAR dan lampu kecemasan. e) Semua bukaan tidak dibenarkan kecuali bukaan pintu rintangan api. f) Pengudaraan dan pencahayaan cukup. (Rujuk UBBL perkara 165 & Jadual VII) 46 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Pintu rintangan kebakaran a) Adalah pintu yang mempunyai darjah ketahanan api minimum tidak kurang dari setengah jam (1/2 jam) mengikut standard yang diuji. b) Ribet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu mengikut mana yang berkenaan tidak kurang daripada18 mm. c) Engsel-engsel yang dipasang pada pintu hendaklah mempunyai takat lebur tidak kurang dari 800 darjah Celsius. d) Pintu itu boleh tertutup sendiri. e) Tujuan diadakan pintu rintangan api selain dari kegunaan biasa, ia digunakan untuk menahan kemerebakan api dan asap dari tempat bermula kebakaran ke bahagian lain dalam bangunan dan melindungi lubang terlindung daripada kemerebakan api dan asap secara menegak. Pintu rintangan api 47 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem pengesan kebakaran Sistem pengesanan kebakaran merupakan satu alat pencegahan kebakaran diperlukan jika berlaku kebakaran untuk menyelamatkan diri atau mengelakkan menjadi mangsa. Penggunaan peralatan pencegahan pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunan Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategori kepada 2 jenis : a) Perlindungan aktif : dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik b) Perlindungan pasif : dipasang pada struktur sesebauh bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakan sebagai laluan keluar dan selamat Jenis-jenis alat penggera perlindungan aktif a) Alat pecah kaca Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan. 48 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Alat pemecah kaca b) Alat pengesan haba Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran. Alat pengesan haba 49 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


c) Alat pengesan asap Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu. Alat pengesan asap Peralatan pemadaman api Alat pemadam api adalah salah satu alat pencegahan kebakaran yang penting. Alat pemadam api ini juga merupakan satu alat pemadam kebakaran pertahanan barisan hadapan iaitu memadam kebakaran peringkat api permulaan sebelum bantuan bomba. Peralatan pemadaman api Fire Extinguisher Alat Pemadam Api ini penting bagi membolehkan penghuni sesuatu bangunan untuk memadam kebakaran pada peringkat awal. Dengan mengunakan alat 50 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


pemadam api sebagai tindakan awal akan dapat mengawal kebakaran daripada merebak menjadi kebakaran besar yang boleh meragut nyawa dan kerugian harta. Terdapat pelbagai jenis alat pemadam api untuk melawan pelbagai kelas kebakaran. a) Air (Water) b) Serbuk Kering (Dry Powder) c) Buih (Foam) d) Karbon Dioksida (CO2) e) Kimia Basah (Wet Chemical) Jenis-jenis alat pemadam kebakaran 51 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Faktor keberkesanan penggunaan alat pemadam api a) Alat pemadam api mudah alih ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan sentiasa dalam keadaan baik. b) Penggunaan satu-satu jenis alat pemadam api mestilah sesuai dengan jenis kebakaran yang berlaku. c) Digunakan apabila api kebakaran yang ditemui semasa kecil. d) Api kebakaran ditemui oleh orang yang bersedia, tidak panik, sanggup melalukan pemadaman dan berkebolehan menggunakan alat pemadam api. Sistem pancur basah Sesuatu sesalur air tegak yang sentiasa penuh dandipasang bagi menentang kebakaran dengan saizdan sambungan yang sesuai untuk kegunaan pihakbomba. Hendaklah disediakan dalam tiap-tiap bangunan yang mana tingkat paling tinggi melebihi 30.5 m. Bekalan air hendaklah sentiasa ada dalam sistem. Sistem pancur basah 52 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem pancur Kering Sistem Pancur Kering adalah satu paip menegak yang sentiasa berkeadaan kering (tanpa air di dalamnya) yang di pasangkan pada bangunan untuk tujuan menentang kebakaran. Ianya di lengkapkan dengan injap pelantar (Landing Valve) dan juga Alir Masuk (Breeching Inlet) bagi membolehkan jentera Bomba membekalkan air ke dalam sesalur paip sistem ini Sistem Pancur Kering hendaklah disediakan dalam tiap tiap bangunan yang mana tingkat tertingginya melebihi 18.3 meter tetapi kurang daripada 30.5 meter dari paras akses perkakas bomba. Sistem pancur kering Sistem pemasangan sprinkler Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik. 53 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN


Sistem sprinkler 1. Senaraikan Sistem perkhidmatan yang ada dalam bangunan. 2. Berikan 4 jenis kaedah pendawaian elektrik. 3. Apakah yang dimaksud sistem keselamatan bersepadu ? 4. Pada pandangan anda, apakah kerosakan yang biasa berlaku kepada perpaipan di dalam bangunan. 54 TOPIK 1 PERKHIDMATAN BANGUNAN LATIHAN KENDIRI


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TOPIK 2 55 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : 3. Menerangkan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan berlandaskan akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa 4. Melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja Isi kandungan 2.1 Pengenalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2.2 Hazard, bahaya dan risiko 56 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


2.1 Pengenalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Keselamatan bermaksud Pencegahan kemalangan terutamanya yang mengakibatkan kecederaan fizikal dan merupakan kawalan risiko dari bahaya mesin, elektrik dan bahan toksik. Kesihatan pula bermaksud suatu keadaan terhindar daripada penyakit pada tubuh badan. Kepentingan keselamatan di tempat kerja : • Membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan. • Mengelakkan kerugian daripada kerosakan dan kemusnahan harta benda. Penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti. • Meningkatkan keupayaan bersaing dan keyakinan pihak luar. Kewajipan keselamatan di tempat kerja Adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan (dan menyemak semula bila perlu) dasar dan polisi keselamatan dan kesihatan secara bertulis. Majikan dikehendaki untuk memaklumkan kepada pekerja berkenaan dasar dan apa-apa pindaan berkaitan. Jika pelanggaran peruntukan di atas berlaku, seseorang yang disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Aplikasi dan skop keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah pengurusan Jawatankuasa keselematan dan kesihatan pekerjaan (JKKP) : • Meningkatkan perundingan dan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja dalam memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. • Menyediakan saluran perhubungan 2 hala bagi sebaran maklumat berhubung isu keselamatan dan kesihatan. 57 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


• Meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan pekerja dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Di bawah AKKP 514 (Seksyen 30) menyatakan : Tiap-tiap majikan mesti menubuhkan JKKP(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) di tempat kerja sekiranya: a) Terdapat 40 orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja atau b) Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja. Tanggungjawab setiap jabatan dan seksyen : • Membantu dalam pembangunan kaedah keselamatan dan kesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan. • Menjalankan analisis kejadian kemalangan dan statistik. • Menyemak dan mencadangkan pindaan ke atas Polisi Keselamatan dan Kesihatan. • Menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan langkah-langkah kawalan. • Menjalankan siasatan ke atas semua kemalangan dan mencadangkan langkah pembaikkan. • Menyiasat aduan berhubung tindakan merbahaya dan mencadangkan langkah pembaikkan. • Membantu dalam pembangunan program dan latihan. • Membincangkan laporan dan perkara yang dikemukakan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain pegawai penguatkuasa. • Menasihat majikan berhubung keselamatan dan kesihatan. 58 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Akta Keselamatan dan keselamatan pekerjaan (AKKP) 514 / 1994 AKKP digubal pada 25 Februari 1994. Tujuannya untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja. Akta ini mengandungi 67 seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan dilampirkan dengan 3 jadual. AKKP 1994 digubal bertujuan untuk memperkemaskan peruntukan akta sedia ada. Akta ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. Falsafah dan Konsep Akta AKKP digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak pada majikan dan pekerja tersebut. Skop akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam Jadual 1. Akta ini tidak terpakai bagi mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan dan Angkatan Tentera. Bil Industri 1 Perusahaan 2 Perlombongan dan Menguari 3 Pembinaan 4 Pertanian, Perhutanan dan perikanan 5 Kegunaan (Elektrik, Gas, Air, Perkhidmatan kebersihan) 6 Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi 7 Perniagaan borong dan runcit 8 Hotel dan restoran 9 Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan 10 Perkhidmatan awam dan Pihak Berkuasa Berkanun Jadual 1 59 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Kewajipan Am Majikan Terkandung dalam Bahagian IV AKKP 1994. Terdapat 3 seksyen yang menjelaskan kewajipan am majikan iaitu : • S 15: Kewajipan am majikan terhadap pekerja. • S 16: Kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan. • S 17: Kewajipan am majikan terhadap orang lain selain daripada pekerja mereka. S 15: Kewajipan am majikan terhadap pekerja • Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. • Menyediakan dan mengekalkan loji dan sistem kerja yang selamat. • Menyediakan arahan, latihan dan penyeliaan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. • Memastikan tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Menyediakan dan menyenggara persekitaran kerja agar selamat dan sihat. S 16: Kewajipan membentuk dasar keselamatan dan kesihatan • Majikan mesti menyediakan pernyataan bertulis mengenai dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. • Membentuk organisasi dan merangka rancangan untuk melaksanakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 60 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


S 17: Kewajipan am majikan terhadap orang selain drpd pekerja mereka • Perlu memastikan orang lain selain pekerjanya, tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan. Kewajipan Am Pekerja Terkandung dalam Bahagian VI AKKP 1994. Terdapat 4 seksyen yang menjelaskan kewajipan am pekerja iaitu : • S 24: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja. • S 25: Kewajipan tidak mengganggu atau menyalahguna benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu. • S 26: Kewajipan untuk tidak mengenakan caj ke atas pekerja bagi benda yang dilakukan atau diadakan. • S 27: Diskriminasi terhadap pekerja S 24: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja • Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain di persekitaran kerja. • Berkerjasama dengan majikan dan org lain ketika menjalankan tugas. Memakai alat pelindung diri yang disediakan. • Mematuhi arahan dan langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang disediakan oleh majikan 61 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


S 25: Kewajipan tidak mengganggu dan menyalahguna benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu • Seseorang tidak boleh mengganggu dan menyalahgunakan apa-apa yang disediakan untuk kebaikan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja dan orang lain di tempat kerja. S 26: Kewajipan untuk tidak mengenakan caj ke atas pekerja bagi benda yang dilakukan atau diadakan • Majikan tidak boleh mengenakan bayaran terhadap pekerjanya bagi menyediakan peralatan perlindungan persendirian. Contoh, para pekerja tidak perlu membayar peralatan perlindungan diri. 2.2 Hazard, bahaya dan risiko Hazard Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu sama lain yang mampu mengakibatkan kemudaratan. Hazard juga boleh ditaktifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. Bahaya Bahaya adalah lebih kepada dedahan relatif seseorang kepada hazard. Contohnya seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard. 62 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Risiko Risiko ialah kemungkinan dan akibat sesuatu peristiwa berhazard yang berlaku. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan - gabungan faktor - faktor kemungkinan berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kemungkinan di sini bermaksud punca kemalangan itu berlaku. Jenis-Jenis Hazard Hazard terdiri daripada beberapa jenis iaitu : • Hazard Fizikal • Hazard Kimia • Hazard Biologikal • Hazard Ergonomik Hazard Fizikal Melibatkan hazard terhadap : a) Bunyi • Gangguan terhadap pendengaran • Hilang tumpuan kerja dan gangguan komunikasi • Pendedahan terhadap bunyi melebih ip 85 dB • Berdasarkan Akta Kilang dan Jentera: Pendedahan Bunyi Bising – 1989. b) Suhu • Suhu tinggi Ruam panas, heat cramp, heat exhaustion, heat syncope, heat stroke • Suhu rendah Frostbite, hypothermia, kecederaanmata 63 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


c) Sinaran • Melibatkan ion dan tidak ion (keduanya memudaratkan). Pendedahan akut yang menyebabkan lecuran dan maut. Pendedahan kronik seperti barah, kecacatan janin dan kesan keturunan dan baka. d) Kekemasan • berpunca daripada struktur bangunan, susun atur perabot. • menyebabkan cedera ringan dan parah. • atasi dengan housekeeping, pemeriksaan berkala dan 5s. Hazard Mekanikal Melibatkan dedahan anggota badan pekerja kepada bahagian mesin dan jentera yang bergerak. Contoh seperti berikut : • Hempapan • Himpitan • Terpotong • Tikaman • Tusukan Perundangan iaitu Akta Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan yang berkaitan dengannya. Kesan hazard mekanikal cedera ringan, calar, terseliuh, luka, cedera parah, kecacatan, hilang anggota dan maut 64 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Kaedah pencegahan hazard mekanikal : • Latihan dan pematuhan protokol kerja selamat bagi pengendalian dan penyelengaraan. • Bekalan dan pemasangan mesind an peralatan mematuhi piawai dan peraturan yang ditetapkan. • Penyelengaraan berkala mesin dan jentera agar sentiasa selamat dan bebas dari sebarang risiko. • Memastikan setiap operator mesin dan jentera mempunyai tauliah seperti ditetapkan oleh undang-undang (contoh: Boiler dan crane operator). Hazard Kimia Bahan kimia merupakan bahan yang bersifat : • Beracun • Merengsa • Memeka • Menghakis • Karsinogenik • Mudah terbakar • Mudah meletup Kesan hazard kimia : • Kesan akut: Kesan jangka pendek lazim berlaku pada dos yang tinggi dan jangka masa yang pendek (contoh: Corrosive, Irritant, Sensitize). 65 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


• Kesan kronik: Toksik kepada sistem pernafasan, hati, ginjal, reproduktif/saraf (contoh: Kegagalan hati dan paru-paru). • Karsinogenik: Barah Pengurusan risiko hazard kimia : • Kenalpasti bahan kimia yang ada. • Mewujudkan sistem daftar kimia. • Mendapatkan maklumat keselamatan dari daftar bahan kimia dan risalah data keselamatan kimia (csds –chemical safety data sheet). • Pematuhan protokol kerja selamat. • Peningkatan program pendidikan dan latihan. Hazard Ergonomik Satu sains yang menyesuaikan kerja dengan mereka yang melakukannya bagi mengurangkan kerja berkaitan MSDS (Muscular Skeleton Disorders). MSDS bermaksud apabila kerja secara berulang seperti mencapai, membongkok, mengangkat, getaran dan sebagainya. Akibatkan kesakitan atau kecederaan pada otot, saraf, tedon, ligamen, sendi, spinal disc. Kesan hazard ergonomik : • kekuatan untuk memegang. • Ketidak mampuan jarak untuk jangkauan. • Kehilangan fungsi otot. • Kebas dan berdenyut pada anggota badan. 66 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


• Sakit sendi, tangan, jari dan tidak mampu melakukan tugas harian. Kaedah pencegahan hazard ergonomik : • Kawalan Kejuruteraan • Kawalan Pentadbiran i. Latihan ii. Prosedur dan amalan kerja selamat iii. Penggiliran kerja iv. Kepelbagaian tugasan • Penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) Hazard Biologikal Berpunca daripada organisma yg boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan manusia seperti berikut : • Microorganisma (contoh: Hepatitis B & C, HIV) • Haiwan (contoh: ular, tikus) • Serangga (contoh: nyamuk, lalat) • Tumbuhan (contoh: pokok rengasi) Seseorg berisiko untuk terdedah kepada hazard biologi melalui: • Serapan: Agen biologi masuk melalui kulit tubuh seperti luka atau selaput mukosa. • Tusukan: Agen masuk melalui media tajam seperti tercucuk jarum tercemar atau paku karat. • Termakan: Agen masuk melalui mulut seperti ketika merokok, makan, minum atau bercumbuan. 67 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


• Terhidu/Tersedut Erosol: Agen biologikal terampai di udara masuk melalui sistem pernafasan seperti virus selsema atau TB. Kesan hazard biologikal : • Mangsa boleh dijangkiti penyakit, kecederaan, maut, wabak seluruh negara dan imej negara dan industri tercalar di persada antarabangsa (contoh: Virus Nipah, Kolera, Denggi,COVID-19. Kaedah pencegahan hazard biologikal: • Penyampaian maklumat bahaya hazard biologikal kepada pekerja atau penduduk. • Latihan. • Pematuhan etika dan protokol kerja. • Sentiasa mengamalkan Standard Precaution dalam tugas seharian. • Pelalian bagi pekerja yg berisiko. 68 TOPIK 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 5. Nyatakan 2 kepentingan keselamatan di tempat kerja? 6. Jelaskan tujuan Akta AKKP 514. 7. Apakah itu hazard? 8. Pada pandangan anda, apakah punca kemalangan berlaku di tempat kerja. LATIHAN KENDIRI


BAHAN BINAAN TOPIK 3 69 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


TOPIK 3 BAHAN BINAAN Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : • Menghuraikan penggunaan bahan dan binaan dalam penyelenggaraan bangunan Isi Kandungan 3.1 Konkrit 3.2 Pintu dan tingkap 3.3 Tangga 3.4 Siling 3.5 Bata 3.6 Kemasan bangunan 70 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


3.1 Konkrit Pengenalan Konkrit merupakan bahan binaan yang sangat penting dan popular digunakan dalam pembinaan pada masa sekarang. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada konkrit tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan ia sesuai digunakan dalam apa jua keadaan. Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen, batu baur (pasir), batu baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran nisbah yang tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya. Konkrit boleh didapati dengan tiga (3) cara : a) Membancuh dengan menggunakan penyodok b) Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul konkrit c) Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit siap campur. Bahan Bancuhan Konkrit Pembancuhan konkrit samada di tapak bina mahu pun di kilang hendaklah mematuhi nisbah bancuhan yang ditetapkan untuk menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi. Bahan-bahan utama bancuhan konkrit adalah simen, batu baur (pasir), batu baur kasar dan air. 71 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


a) Simen Simen didatangkan dalam beg seberat 50kg. Jenis simen biasa digunakan ialah Ordinary Portland Cement. Terdapat juga beberapa simen iaitu : i. Simen Portland cepat mengeras ii. Simen putih iii. Simen alumina iv. Simen tahan sulfat b) Batu Baur Halus (Pasir) Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus. c) Batu Baur Kasar Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu. Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur. Kandungan batu-baur adalah 60 hingga 80% daripada isipadu konkrit. d) Air Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit: i. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat. ii. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit. 72 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


iii. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit Sifat Konkrit Berikut adalah sifat-sifat konkrit : a) Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah. b) Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain. c) Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan. d) Konkrit tahan panas dan tidak terbakar. Kualiti campuran konkrit Berikut adalah kualiti campuran bagi konkrit : a. Kualiti bahan-bahan bancuhannya. b. Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur) ialah 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan. c. Cara mencampur dan mengangkut. d. Kualiti acuan yang digunakannya. e. Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan. f. Pengawetan yang digunakan. Penentuan Sifat Konkrit Terdapat dua perkara yang perlu diambilkira bagi mengenalpasti bancuhan konkrit yang baik iaitu : 73 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


a) Kebolehkerjaan (Workability) Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke dalam acuan. b) Kekuatan (Strength) Kekuatan konkrit biasanya bermakna apabila ia mencapai kekuatan hancur bagi kiub 150mm (6”) pada takat umur 28 hari. Kekuatan ini dikenali sebagai kekuatan ciri konkrit. Campuran Nisbah Bancuhan Apabila berada di tapak projek pegawai-pegawai audit boleh meneliti campuran yang sedang dibuat. Jika dimaklumkan campuran 1: 2: 4 bermakna 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu. Bahagian-bahagian hendaklah menggunakan alat sukatan yang sama bagi ketiga-tiga bahan tersebut. Nisbah Bancuhan dan kegunaan konkrit : Nisbah Bancuhan Kegunaan 1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam parit bagi kerja tanah keras 1 : 3 : 6 Lantai konkrit, jasad 1 : 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain 1 : 1 ½ : 3 Konkrit tegas dulu, tangga dan lain-lain Nisbah bancuhan dan kegunaannya 74 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Nisbah Air dengan Simen Bagi menyukat bahan-bahan untuk sesuatu bancuhan konkrit, hendaklah sentiasa berpandukan kepada nisbah campuran yang betul serta memastikan sukatan airnya tepat bagi menentukan aduanan itu mudah dikerjakan dan menghasilkan jisim konkrit yang kuat, tahan lasak dan halus. Berikut adalah nisbah air dengan simen untuk konkrit : a) Kalau permukaan konkrit tu tertutup dan dalam bangunan dan bukanlah tanggung beban yang kuat sangat gunakan nisbah air : simen 0.65. b) Kalau permukaan konkrit tu terdedah kepada hujan panas menggunakan untuk tanggung beban gunakan 0.55. c) Kalau permukaannya terdedah secara langsung kepada air dan terendam, seperti contoh konkrit dlm sungai, laut, bawah tanah gunakan 0.45. d) Kesesuaian nisbah bancuhan konkrit Gred Konkrit (Grade of concrete) Gred konkrit boleh dibezakan berdasarkan kepada kekuatan konkrit yang boleh digunakan mengikut keperluan penggunaannya. CP 110 mencadangkan kadar yang terhad bagi merekabentuk peringkat konkrit dengan menyamakan angka yang digunakan dengan kekuatan ciri dalam sebenar. Anda boleh merujuk (Jadual 3.1) di bawah untuk melihat perbandingan diantara gred konkrit : Gred konkrit Kekuatan ciri (N/mm2 ) Kegunaan 7 10 7 10 Konkrit tanpa tetulang 15 15 Konkrit tetulang dengan batu baur ringan 20 25 20 25 Konkrit tetulang dengan batu baur padu 30 30 Konkrit tetulang tegas dulu 40 50 40 50 Konkrit tetulang tegas kemudian Perbandingan antara gred konkrit 75 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Kecacatan konkrit Kecacatan yang biasa berlaku adalah dikenali honeycombs. Berlakunya lubang udara di dalam konkrit pada permukaan ataupun pada di dalam konkrit. Ini berpunca daripada mortar yang tidak memenuhi ruang antara aggregate. Biasa berlaku honeycombs pada struktur berikut : a) Lantai b) Rasuk c) Dinding d) Tiang Honeycombs pada struktur konkrit Kesan Honeycombs a) Kekuatan konkrit menjadi kurang kuat. b) Besi tetulang mudah terdedah dengan karat yang boleh menyebabkan kelemahan struktur. c) Kelemahan dalam menanggung beban. d) Air dan udara mudah memasuki pada ruang udara struktur. 76 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Punca berlakunya Sarang Lebah ( Honey comb ) a) Gred kualiti konkrit yang rendah. b) Berlaku pergerakan pada papan formwork. c) Pemadatan tidak dilakukan dengan betul atau tidak dilakukan. d) Kebolehkerjaan konkrit lemah. Ujian Kiub konkrit (Cube Test) Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan ujian konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujianujian ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang dibuat. Di dalam semua projek, ujian kiub akan dibuat pada setiap kali campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7 dan ke 28. a) Alat- Alat Yang Digunakan i. Kiub bersaiz 6” 150mmx150mm ii. Rod besi diameter 16mm dan panjang 600mm 77 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Kotak acuan kiub konkrit b) Cara Ujian Kuib Dijalankan i. Kiub hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk mengelakkan daripada konkrit melekat pada kiub. ii. Acuan yang berukuran 6 inci kiub itu dipenuhkan konkrit dalam 3 lapisan yang hampir sama tebal. iii. Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35 kali hentakan. iv. Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air. v. Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan peringkat kedua adalah selama 28 hari. vi. Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu mencapai kekuatan 75%. Jika kurang dari 75% ujian peringkat kedua perlu dijalankan selepas 28 hari. 78 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Penempatan sampel bancuhan konkrit dalam kotak acuan kiub Ujian kiub konkrit c) Contoh Kiraan Ujian Kiub : Kiub Gred yang digunakan (G25) beban yang dikenakan 500KN 79 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


500KN = 500000N Kiraan : Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm = 22500 mm persegi = F/A = 500000 / 22500 = 22.22 N/mm² Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah : 22.22 / 25 Gred konkrit = 0.88 = 88% Ujian lulus kerana ia melebihi 75% Pengenalan ujian penurunan (slump test) konkrit Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan dan taraf kerja untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan perubahan pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Dengan itu ia amat berguna bagi mengawal kualiti konkrit yang akan dihasilkan. Ia juga mengawal kualiti konkrit yang dihasilkan seperti : a) kebolehkerjaan penting untuk mengekalkan konsistensi kerja. b) kebolehkerjaan boleh diukur dengan ujian piawai ( ujian runtuhan) 80 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Langkah bagi menjalankan ujian penurunan (slump test): 1. Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak atau trustrum berbentuk kon dengan 100mm garis pusat bahagian atas dan 200mm garis pusat bahagian bawah dan 300mm tingginya serta dipasang dengan dua pemegang pada bahagian sisi. 2. Langkah ujikaji adalah seperti berikut :- a) Pastikah cetak kon sentiasa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di atas yang keras dan rata serta kedap. b) Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan. Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan rod keluli bergaris pusat 5/8. c) Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip d) Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan runtuh e) Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris. f) Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan, iaitu runtuhan benar, runtuhan ricih dan runtuhan roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara ½ hingga 4(1/2). g) Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu kekurangan sifat lekit atau terlalu basah. 81 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Langkah-langkah ujian penurunan Bentuk mendapan atau penurunan 82 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


a) Penurunan Sebenar Telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit. b) Penurunan Ricih (Shear Slump) Jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan. c) Penurunan Roboh (Collapse Slump) campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil. Kadar penurunan mengikut kegunaan konkrit 83 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


3.2 Pintu dan tingkap Pintu Pintu merupakan bukaan pada tembok atau dinding dan berfungsi sebagai laluan keluar masuk, ke dalam bangunan dan antara bilik. Terdapat dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu. Faktor penting dalam pembinaan pintu adalah : a) Kekuatan dan pengekalan bentuk • Daun pintu perlu kuat menanggung beban sendiri dan tahan lasak. • Bergantung kepada bahan yang digunakan • Kayu yang sempurna kering, bebas kecacatan, kerosakan oleh serangga. • Tanggam hendaklah kuat dan tahan b) Keselamatan • Daun pintu dan kerangka pintu harus kuat • Keselamatan bergantung kepada kualiti kelengkapan yang dipasang, engsel, kunci, bolt, dan cara pemasangan bingkai kerangka c) Penebatan haba dan bunyi • Mempunyai fungsi sama seperti tembok iaitu penebatan suhu dan bunyi. • Pintu harus dapat mengurangkan bunyi semasa ditutup. • Pintu besar dan berat lebih berkesan mengurangkan bunyi. • Pemasangan kedap udara mengurangkan bunyi. d) Rintangan api • Dikelaskan sebagai pintu khas. • Perlindungan yang disyorkan antara ½ jam hingga 2 jam. 84 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


• Bahan gipsum dan asbestos digunakan sebagai lapisan perintang. • Pintu ini biasanya berbentuk rata dan padu. Jenis-jenis pintu Jenis pintu biasanya bergantung pada jenis binaan daun pintunya. Pintu yang biasa digunakan untuk bangunan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: a) Pintu Beroti- batten door b) Pintu Rata – flush door c) Pintu Panel – panel door Selain itu terdapat beberapa jenis pintu lain : a) Pintu beroti berbelebas b) Pintu beroti berbelebas dan berembat c) Pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat d) Pintu rata e) Pintu rata berongga f) Pintu rata padu g) Pintu ram Pintu beroti Dibina menggunakan papan-papan beroti yang dicantumkan dan diikat pada kepingan-kepingan kayu belebas yang diletakkan secara melintang. Papan beroti yang digunakan biasanya bersaiz 100 – 175mm lebar dan 20 – 32mm tebal. Terdapat beberapa rekabentuk pintu beroti antaranya: a) Pintu Beroti Biasa- (Batten & Ledged) b) Pintu Beroti Dan Berembat (Batten, Ledged and braced) c) Pintu Beroti Berbingkai (Batten, Frame, Ledged and braced) 85 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Jenis-jenis pintu beroti 86 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Pintu rata Jenis pintu paling popular khususnya bagi projek perumahan. Permukaan luar licin, menggunakan papan lapis (plywood) atau MDF ke atas rangka kayu ringan, bahagian-bahagian yang berongga sering diisi dengan bahan kadbod sebagai teras. Pintu rata boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu: i. Pintu Rata Padu ii. Pintu Rata Berbingkai Pintu rata Pintu panel Binaan pintu ini terdiri daripada bingkai dan panel. Jumlah panel bergantung kepada rekabentuk. 87 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Pintu panel Pintu kaca Pintu kaca biasanya dikategorikan sebagai pintu rata atau pintu panel. Pintu kaca banyak digunakan di kedai atau tempat pameran. Ini bagi memudahkan orang ramai melihat terus ke bahagian dalam bangunan. Pintu kaca kurang selamat kerana mudah pecah. Namun kini terdapat kaca yang telah diperkukuhkan (tempered glass). Pintu kaca 88 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Pintu rintangan api Pintu rintangan api dikategorikan sebagai pintu khas. Pintu ini boleh melambatkan rebakan api ketika kebakaran. Penetapan tempoh rintangan api dibuat oleh pihak bomba. Tempoh rintangan api adalah dari ¼ jam hingga 2 jam. Kebiasaannya pintu rintangan api berwarna merah. Pada pintu ada ditulis amaran daripada pihak bomba. PINTU RINTANGAN API HENDAKLAH SENTIASA TERTUTUP. Pintu rintangan api Engsel - hinged Terdapat berbagai jenis engsel untuk pemasangan pintu. Kebiasaannya engsel diperbuat daripada logam keluli, tembaga, loyang, aluminium dan lain-lain. Saiz dan bilangan engsel bergantung kepada berat daun pintu. 89 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Engsel pintu Kunci dan selak pintu Pintu biasanya akan disertakan dengan kunci atau selak atau kedua-duanya untuk tujuan keselamatan. Kunci dan selak pintu 90 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Tingkap ` Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding. Fungsi tingkap ialah untuk jalan masuk sinar siang ke bahagian dalam bangunan pada waktu siang hari. Terdapat dua jenis tingkap : a) Tingkap ram kaca b) Tingkap berbingkai kaca Jenis-jenis tingkap adalah mengikut cara bukaannya : a) Gantungan sisi membuka keluar b) Gantungan atas membuka keluar c) Unjuran gantung sisi d) Unjuran gantung atas e) Gelangsar tegak f) Gelangsar ufuk Binaan tingkap a) Tingkap dibina semasa pembinaan dinding. b) Kerangka tingkap dipasang dan diletakkan di ruang yang dikosongkan pada dinding. c) Tambatan keluli digunakan bagi mengukuhkan kedudukan tingkap pada dinding. Fungsi tingkap ialah untuk : a) Membolehkan kemasukan cahaya semulajadi b) Mengadakan peredaran udara semulajadi. c) Menebat haba dan bunyi. d) Menghalang angin dan hujan 91 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Tingkap dibina semasa pembinaan dinding. Kerangka tingkap dipasang dan diletakkan di ruang yang dikosongkan pada dinding. Tambatan keluli digunakan bagi mengukuhkan kedudukan tingkap pada dinding. Pemasangan kerangka tingkap pada dinding Pencahayaan Semulajadi Peratusan keluasan tingkap yang boleh ditembusi cahaya semulajadi menurut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam adalah seperti berikut: a) Fungsi tingkap bangunan kediaman b) Luas tingkap yang membolehkan cahaya c) Semulajadi masuk mestilah sekurang-kurangnya 10% daripada keluasan lantai. 92 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Pengudaraan Semulajadi Luas tingkap yang boleh dibuka bagi membolehkan udara semulajadi masuk mestilah sekurang-kurangnya 5% daripada keluasan lantai. Peratusan keluasan tingkap yang boleh dibuka bagi tujuan pengudaraan menurut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam adalah seperti berikut: a) Bangunan Hospital : 7.5% b) Bangunan Sekolah : 10% Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang. Terdapat empat jenis tingkap yang biasa digunakan iaitu: a) Tingkap berengsel tepi (side hung) b) Tingkap gelungsur (sliding) c) Tingkap daun berpangsi (casement) d) Tingkap ram kaca boleh laras (louver) Tingkap berengsel tepi 93 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Tingkap gelunsur tepi dan menegak 3.3 Tangga Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Tangga juga boleh dibina dalam satu larian lurus atau membelok. Setiap anak tangga mengandungi bahagian mengufuk yang dipanggil Jejak dan bahagian pugak yang menutupi ruang di antara jejak-jejak dipanggil penaik. Tangga untuk kediaman biasanya dibina daripada kayu, konkrit, bata dan sebagainya. Komponen utama tangga adalah : a) Anak tangga 94 TOPIK 3 BAHAN BINAAN


Click to View FlipBook Version