PERPAIPAN DOMESTIK TOPIK 5 143 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : 1. Mengenalpasti sistem perpaipan domestik dan bahan lekapan sanitari yang digunakan untuk keja-kerja perpaipan domestik. 2. Keperluan bahan dan alatan yang diperlukan untuk kerja-kerja perpaipan domestik. Isi Kandungan 5.1 Pengenalan sistem perpaipan domestik 5.2 Sistem bekalan air domestik 5.3 Bahan pepasang dan lengkapan sanitari 144 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
5.1 Pengenalan Di Malaysia, bekalan air bersih adalah beras al daripada air hujan yang terkumpul di sungai dan mengalir ke empangan. Bekalan air kepada pengguna adalah melalui satu sistem rangkaian saluran paip yang membawa air dari loji pembersihan air. Dalam sistem bekalan air, air yang dirawat harus melalui 6 fasa pembersihan sebelum dapat diedarkan kepada pengguna. Carta aliran sumber bekalan air Punca Bekalan Air (Loji air) Paip perhubungan Paip perkhidmatan (meter air) Sistem air terus Sistem air tidak terus Tangki simpanan air Paip agihan Bilik mandi,tandas dll Sinki dapur, pili 145 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
5.2 Sistem bekalan air domestik Sistem perpaipan air domestik bermula dari selepas titik meter air. Sistem perpaipan dalam rumah terbahagi kepada sistem bekalan air terus dan sistem bekalan air tidak terus. Juga dikenali sebagai sistem bekalan air sejuk. Ia merujuk kepada air yang tidak melalui sistem pemanasan air dan disalurkan pada suhu bilik/suhu persekitaran. Perpaipan air sebelum titik meter air hanya boleh diselenggara oleh tukang paip Lesen A2. Kesalahan menyelenggara dan mengubahsuai perpaipan air dari saluran paip utama (syarikat air) ke meter air oleh mereka tanpa lesen tukang paip A2 boleh didakwa di makamah. Sistem bekalan air di rumah terdiri daripada meter air, kunci paip, sinki, tangki simpanan air, tab mandian dan selinder air panas. Komponen berkenaan dihubungkan oleh sambungan paip seperti paip perkhidmatan, paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Terdapat dua sistem asas bekalan air disalurkan ke rumah kita, iaitu melalui sistem terus dan sistem tidak terus. a) Sistem Terus Berfungsi untuk membekalkan air secara terus tanpa melaui tangki simpanan air dari paip perkhidmatan kekelengkapan perpaipan dalam rumah khasnya pili dapur dan pili air. b) Sistem Tidak Terus i. Bekalan air dibekalkan dari meter air melaui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air ii. Berfungsi membekalkan air ke pelbagai kelengkapan perpaipan dalam rumah seperti tandas, bilik mandi dan pili paip 146 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Fungsi Paip Sistem Bekalan Air a) Paip Perhubungan • Menghubungkan paip utama dengan meter air. • Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG) b) Paip Perkhidmatan • Membekalkan air daripada tangki simpanan • Menghubungkan meter air ke tangki simpanan dan sinki dapur. • Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG) c) Paip Agihan Menagihkan air dari tangki simpanan air kepada kelengkapan perpaipan di dalam rumah seperti pili-pili sinki cuci, alat mandian hujan dan tangki simbah. 147 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
d) Paip limpah • Menyalurkan limpahan air dari tangki simpanan jika injap bebola yang mengawal paras aii tidak berfungsi. • Disambungkan pada tangki simpanan air dengan jarak kira-kira 50 mm atas paras air penuh. e) Paip Cuci • Menyalurkan air kotor keluar dari tangki simpanan air semasa kerja mencuci tangki. • Paip ini biasanya di pasang pada dasar tangki simpanan air Prinsip asas pemasangan perpaipan domestik a) Kunci paip (stop cock) pada dinding dipasang pada ketinggian 1.8 meter supaya mudah dicapai oleh pengguna dan tukang paip. Ia tidak dipasang terlalu rendah bagi mengelakkan kekeliruan pengguna dengan kunci pili air. Kedudukan tinggi juga boleh mengelakkan kunci paip dicapai oleh kanakkanak. b) Setiap tandas hendaklah mempunyai satu kunci paip (stop cock) supaya kerja penyelenggaraan boleh dilakukan dalam tandas tersebut tanpa perlu mengganggu sistem bekalan air dalam bahagian rumah lain. c) Paip agihan dalam bilik air ditanam dalam dinding bata dengan ketinggian 40cm dari aras lantai. Kedudukan ini dapat menjimatkan penggunaan paip dan memudahkan sambungan paip agihan ke perkakas-perkakas sanitari dalam sesebuah bilik tandas. d) Saiz paip agihan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan kadar penggunaan air. Aliran air akan menjadi lambat dan lemah sekiranya saiz paip kecil digunakan untuk mengalirkan air ke banyak keluaran(outlet). 148 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Jadual bilangan paip dan pilihan saiz paip Pemasangan tangki simpanan sejuk Secara umumnya, tangki air bagi kegunaan domestik satu isi rumah adalah jenis tangki poly atau plastik, tangki stainless steel, dan tangki fiber. Pemilihan tangki air hendaklah jenis sesuai untuk mengisi air minuman manusia (potable). Tangki air di pasaran dijual untuk pelbagai kegunaan antaranya kegunaan kilang (manufacturing), agrikultural (pertanian dan penternakan), komersial, dan domestik (kegunaan rumah). Tangki air terbahagi kepada 2 jenis iaitu potable or nonpotable. Potable bermaksud sesuai digunakan untuk air minuman manusia. Manakala non-potable adalah tidak sesuai digunakan untuk air minuman manusia. Pemilihan saiz tangki simpanan air Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655), menetapkan tangki simpanan air kegunaan bangunan domestik dan komersial harus mempunyai bekalan air kecemasan sekurangkurangnya 24jam sekiranya berlaku gangguan bekalan air. 149 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Tangki stainles steel dan tangki poly 150 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Antara bahan sambungan tangki simpanan air Masalah/penyelenggaraan umum di tangki simpanan air Masalah umum pada tangki simpanan air adalah: a) Injap bebola tekanan tinggi rosak dan perlu diganti. b) Bebola pelampung pada injap rosak. Hanya perlu mengantikan pelampung sahaja. c) Tangki air jenis besi bergalvani boleh berkarat dan mencemarkan air. d) Penutup tangki jenis plastik, poly dan fiber boleh melendut apabila menua. Pada hari hujan, takungan air menekan penutup dan bebola ke bawah menyebabkan air mengalir masuk tanpa henti. Cara mengatasi adalah mengikat skru dan penyokong bagi mengurangkan lendutan penutup. e) Retakan pada tangki air menyebabkan kebocoran tangki. Kebiasaanya berlaku di tempat tebukan paip agihan dan paip cuci. Sekiranya retakan tidak dapat ditampal, perlu menukar tangki simpanan baru 151 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
5.3 Bahan pepasang dan lengkapan sanitari Penyambungan Paip Dan Injap Pengenalan Pengenalan kepada benda penyambung yang akan digunakan adalah mustahak untuk memberi kepada kesudahan kerja yang baik dan mendapat penyudah sambungan yang teguh. Kesesuaian benda penyambung kepada jenis paip yang digunakan adalah mustahak, kerana setiap paip yang direka telah mempunyai benda penyambung yang telah dikhaskan. Kecuali benda penyambung itu telah diberi jaminan untuk digunakan pada paip yang berlainan jenis. Penyambungan Setiap jenis paip yang direka telah diciptakan benda penyambung khas untuk dibuat sambungan. Ini adalah untuk menjamin kepada penyambungan paip yang dibuat itu adalah teguh dan kuat. Terdapat berbagai jenis benda penyambung yang digunakan dalam ketukangan kerja paip iaitu: Bahan Penyambung paip PVC Bahan-baham penyambung. Bahan-bahan penyambung atau pepasang (fitting) adalah bahan yang sangat sesuai didalam kerja-kerja paip. Sekiranya salah satu dari bahan yang kita perlukan tidak ada atau tidak dapat kita kenali, maka terbengkalailah projek yang akan dilakukan. Oleh itu pengenalan bahan-bahan penyambung amatlah mustahak. Tujuan bahan penyambung : a. Menukar arah haluan. b. Mengambil cabang. 152 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
c. Membuat sambungan terus. d. Membuat sambungan beraneka corak. Bahan-bahan penyambung paip diperbuat dari perbagai jenis iaitu terdiri dari jenis logam, plastik, tanah liat dan sebagainya. Ini mengikut kepada jenis paip yang digunakan. Contohnya logam besi Galvani, tembaga, keluli lembut, UPVC, besi Tuangan, Asbestos dan sebagainya. a) Penyambung selekoh. i. Siku sama (Equal Elbow) digunakan untuk menukar perjalanan air kekiri atau kekanan dengan buka sudut yang kecil. ii. Siku pengurang (Reducing Elbow) Digunakan untuk mengurangkan arus perjalanan air. iii. Liku betina (Bend digunakan untuk mengubah haluan air kekiri atau kekanan dengan buka sudut yang besar. b) Penyambung terus. i. Soket (Socket) digunakan untuk menyambung paip yang selari dan panjang. ii. Soket injab (Valve socket) digunakan untuk menyambung injab dengan paip. iii. Soket Pengurang (Reducing Socket) 153 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
digunakan untuk mengurangkan arus pengaliran air. iv. Faucet soket. digunakan untuk menyambung pili dan diantara paip Bes Galvani dengan paip PVC yang lain. v. End cap. digunakan untuk menutup perjalan air yang tidak diperlukan. c) Penyambung bercabang. i. Ti (Equal Tee) digunakan untuk mengubah haluan air kekiri dan kekanan. ii. Faucet Tee digunakan untuk mengubah haluan air dan untuk menyambung diantara paip besi dan PVC. iii. Ti pengurang (ReducingTee) digunakan untuk mengubah haluan air dan untuk mengecilkan arau air pada cawanganya. Bahan Penyambung paip Besi Galvani (GI) a) Penyambung menukar haluan. • Liku jantan/betina, jantan/jantan, betina/betina (Bend) • digunakan untuk mengubah haluan air kekiri atau kekanan dengan buka sudut yang besar. • Penyambung menukar haluan yang lain sama dengan PVC kecuali benda penyambung Besi Galvani ini mempunyai bebenang di bahagian dalamnya. 154 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
b) Penyambung bercabang. • Ti palang (Cross Tee). mempunyai empat cabang pengeluaran air yang mana kesemua cabang mempunyai bebenang dibahagian dalamnya dan semua ukuranya adalah c) Penyambung terus. i. Soket (Socket) • Soket pelin. Ia mempunyai semua bebenang dibahagian dalam dan sangat sesuai untuk membuat Long Screw joint atau running joint. • Soket kiri dan kanan Ia mempunyai bebenang dikedua – dua hujung sahaja. ii. Nat ketial (Jam nut / Back nut) Berbentuk enam persegi dan mempunyai benang dibahagian dalam dan digunakan untuk mengetatkan paip pada bahagian tangki. iii. Soket pengjodoh (Union Socket) • Mempunyai bebenang disebelah dalam dikedua-dua bahagian hujung. Dilengkapkan dengan penjodoh ditengah-tengah dan digunakan untuk menyambung paip yang terputus atau membuat kerja-kerja • Sambungan pada paip yang lama. iv. Puting (Nipple) • Plain nipple mempunyai bebenang diseluruh bahagian luar. • Barrel Nipple 155 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
mempunyai bebenang dikedua bahagian luar hujung. • Hexagonal nipple mempunyai bebenang dikedua bahagian hujung luar dan dibahagian tengah mempunyai bentuk enam persegi. Kegunaan puting ini adalah untuk menyambung paip yang terdekat. d) Sambungan aneka corak. • Palam (Plug) digunakan untuk menutup bahagian paip yang tidak mahu digunakan lagi atau untuk mematikan perjalanan air. Penyambungan lurus 156 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Penyambungan bercabang 157 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Mengenal Dan Mengguna Berbagai Jenis Injap Dalam kerja- kerja perkhidmatan air,pili dan kunci paip amat mustahak dan patut dikenali serta difahami segala fungsi-fungsinya.Ini adalah kerana untuk memudahkan pelatih memilih injab yang sesuai yang akan digunakan untuk pemasangan pada paip. Pemilihan Injab yang bersesuaian adalah amat mustahak untuk menentukan kualiti kerja dan untuk menjamin mutu kerja yang baik. Ini kerana jika silap memilih injab,boleh juga mengakibatkan kebocoran pada sambungan dan mungkin juga air tidak dapat mengalir dengan sempurna. Dalam kerja-kerja perkhidmatan air, pili dan kunci paip amat mustahak dan patut dikenali serta faham fungsi-fungsinya. Ini kerana setiap bentuk dan kegunaanya berbeza antara satu sama lain. Ia berguna bagi mengawal pengaliran air dan cecair lain seperti: a) Membuka pangaliran air. b) Menutup pengaliran air. c) Mengawal pengaliran air sehala sahaja. 158 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Pili dan kunci paip diperbuat dari bahan-bahan yang tidak mudah berkarat seperti: a) Gangsa Tuangan (Cast Bronze) b) Tembaga Kuning (Brass atau Loyang) c) Gun metal d) Plastik. Fungsi Injap • Mengawal kadar aliran air. • Memberhentikan aliran air. • Menyekat hala aliran air. • Melepaskan udara daridalam paip dan membolehkan udara masuk ke dalam paip bila paip dikosongkan. • Melegakan tekanan daripada dalam paip. • Mengurangkan tekanan air. • Membuang kotoran dari dalam paip air. • Memberikan sambungan ke hose bomba. Jenis-Jenis Pili Dan Kunci Paip • Injap berkunci (Stop Cock) B.S 1010 Diperbuat dari loyang, plastik dan Gun metal. Digunakan untuk mengawal perjalanan air sehala sahaja dan ia digunakan pada tempat yang mempunyai tekanan air yang tinggi. Spindal dipusing kekanan untuk menutup dan kekiri untuk membuka perjalanan air. Jika tekanan air tinggi atau kuat, gunakan jumper yang melekat pada spindal. Mempunyai anak panah yang menunjukan arah perjalanan air, jika dipasang terbalik air tidak akan dapat mengalir dengan sempurna atau air tidak akan keluar. 159 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Kunci paip (Stop cock) • Injap berpintu (Gate valve) membenarkan air mengalir pada kedua-dua arah dan lebih sesuai dipasang pada paip agihan Injap berpin 160 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
• Pili berbibir (Bib Tap) B.S Diperbuat daripada Loyang (brass) atau chrome dan juga plastik. Air yang melaluinya sama dengan kunci paip. Gunanya untuk membuka dan menutup . pengaliran air. Perjalanan air boleh dimatikan dengan menutup Jumper iaitu memusing Spindal kekanan. Pili berbibir • Pili bertiang (Pillar Tap) B.S 1010. Biasanya diperbuat daripada Chrome dan digunakan pada pemasangan wash hand basin. Penggunaanya sama dengan pili berbibir iaitu untuk membuka dan menutup pengaliran air. Pillar tap 161 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
• Pili Leher Angsa. B.S 1010 Diperbuat daripada Chrome.Air masuk dari bawah atau cara melintang. Air keluar boleh dihalakan mengikut kesesuaian pengguna.Biasa dipasang pada Sinki mangkuk dua (Double Strainer Sink). Pili leher angsa Jenis-Jenis Injap • Temin (Ferrule) B.S 1010 Injap ini diperbuat dari loyang untuk mengelakan dari berkarat. Kerana injap ini sentiasa digunakan dalam tanah iaitu untuk penyambungan paip perkhidmatan dari paip Induk atau paip Utama.Pemasangan Injap ini hanya dapat dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Bekalan Air. 162 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Injap temin • Injab Cegah Balik (Check Valve / Non- return Valve) B.S 1010 Injap ini digunakan untuk pengaliran air sehala sahaja. Ia diperbuat dari tembaga. Pada bahagian badanya terdapat anak panah yang menunjukan arah perjalanan air. Injap check valve • Injap keledar ( Safety Valve ) B.S 1010. Biasa dipasang pada dandang air panas (Boiler) atau kebuk air panas. Digunakan bagi melegakan atau mengurangkan tekanan yang berlebihan didalam sistem bekalan air panas terutama dikebuk simpanan air. 163 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Injap keledar Bahan Penyambung 1. Pita Ptfe (Poly Tetra Fluoro Ethylene) • Digunakan untuk menyambung paip BG atau yang berulir • Pita dililit pada ulir ikut arah jam sebelum bahan penyambung dipasang 2. Gam Paip Pvc (PVC Solvent Cement) • Disapu pada bahagian sambungan • Sambungan akan menjadi kukuh dan tidak mudah bocor 164 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Kaedah Penyambungan Paip PVC • Disapu pada bahagian sambungan • Menggunakan gam paip PVC (PVC Solvent Cement) • Sambungan akan menjadi kukuh dan tidak mudah bocor. • Pemasangan paip PVC memerlukan peralatan penyambungan seperti pita pengukur, paip PVC, gergaji, kikir, pensil untuk membuat penanda dan gam paip. Berikut adalah cara-cara pemasangan paip PVC 165 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Kaedah Penyambungan Paip Besi Bergalvani /Galvanise Iron (GI) Kaedah Penyambungan Paip Hdpe (High Density Polyethyylene) & Polypropylylene 166 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Peralatan tangan pemasangan paip 167 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Jenis pengkelasan paip besi galvani (GI) Paip besi bergalvani (galvanised iron, GI) diperbuat daripada besi keluli lembut bersadur zink. Ia terbahagi kepada 3 kelas. Jadual 1 di bawah menunjukkan kod warna dan kegunaan paip GI mengikut kelas. Ukuran paip GI diambil berdasarkan ukur lilit dalam (diameter dalam). Paip dijual dalam 6 meter panjang, saiz 15mm (1/2” ) hingga 400mm(16”). Paip GI boleh digunakan untuk mengalirkan cecair panas dan sejuk, juga digunakan untuk menyalurkan minyak, gas dan wap. Ia diluluskan mengikut piawaian British Standard 1387. Paip GI mudah berkarat apabila lapisan zink yang bertindak sebagai pelindung karat paip tercalar atau rosak. Kebiasaannya, karat mudah berlaku ditempat sambungan paip GI. Ini kerana kerja memotong paip GI dan kerja mengkikir semasa membuat sambungan telah merosakkan lapisan tahan karat. Seterusnya air berklorin dalam air paip memudahkan paip GI berkarat. Paip GI kian kurang digunakan kerana tidak tahan karat dan sukar untuk dikerjakan. Ia digantikan dengan penggunaan paip tembaga, paip tahan karat (stainless steel), paip HDPE, ABS, PVC dan UPVC. Paip GI di kediaman umumnya perlu ditukar baru selepas 10 tahun penggunaan kerana telah berkarat. Paip GI yang berkarat menyempitkan aliran air dalam paip hinggakan aliran air menjadi lemah 168 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Kebaikan dan kelemahan paip GI Berikut merupakan kebaikan paip GI : • Dapat menahan tekanan air yang kuat. Dapat menahan beban dari dalam dan luar paip. • Lebih murah dari paip tembaga dan paip tahan karat (SS) dari segi ketahanan. • Boleh mengalirkan cecair sejuk dan panas. Berikut merupakan kelemahan paip GI: • Susah untuk dikerjakan. Kerja pemotongan, kerja membuat bunga skrew dan kerja • pemasangan yang sukar. • Berat. • Lebih mahal berbanding paip HDPE. • Mudah berkarat 169 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Penyambung paip GI Penyambung paip GI 170 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Penyambung paip GI Peralatan pemasangan paip GI Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut: • Pita paip /white tape (pita paip PTFE, polytetrafluoroethylene) • Gergaji besi atau pemotong paip beroda • Kikir rata • Kikir bulat • Ragum paip yoke • Perengkuh paip • Pembenang / pengulir luar (ratchet die) • Minyak pelincir cutting oil 171 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
5.3 Sistem Sanitari Sistem yang merangkumi peralatan kebersihan dan paip keberishan di dalam sebuah bangunan. Mengikut peraturan bangunan 1985, sanitari merupakan satu air basuhan dan bahan – bahan kotoran dan bangunan untuk tujuan penghapusan yang terdiri daripada kelengkapan seperti paip saluran, ruang pemeriksaan dan tangki penghapus. Kepentingan Sistem Sanitari • Untuk mengumpul dan mengalirkan sisa domestik seperti pepejal dan air sisa • Untuk menghalang pencemaran bau dari sisa domestik • Untuk mengelakkan penyakit berjangkit Dalam kerja- kerja perkhidmatan bekalan air,kerja-kerja pemasangan alat-alat lekapan amat perlu diketahui bagaimana cara pemasanganya dan dimana kedudukan yang paling tepat dalam sesebuah bangunan atau rumah kediaman.Begitu juga undang-undang pemasanganya,seseorang tukang paip yang mahir perlu tahu memasang alat-alat lekapan dengan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dalam bekalan air. Begitu juga dalam memilih tempat untuk pemasanganya, agar alat-alat lekapan yang hendak dipasang sesuai dengan tempatnya. Kumpulan alat-alat lekapan yang baik mestilah selesa dan bersih dari segi kesihatan semasa digunakan. 172 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Jenis perkakasan sanitari Jenis-Jenis Perkakasan Sanitari Tempat Mandi Panjang (Long Bath) Dalam penggunaan umum, tempat mandi panjang yang bertujuan untuk radas kebersihan selalunya diperbuat daripada porcelain enamelled cast iron, vitreous enameled (pressed steel) atau fibre glass. Berbentuk empat segi bujur, tempat mandi panjang ini selalunya dipasangkan dengan penyokong / kaki (support) di depan dan belakang. Penyokong atau kaki itu boleh diubahsuai untuk mendapatkan ruang bagi pamasangan paip samada paip bekalan air atau paip buangan dan juga bagi membolehkan kerja dijalankan dengan mudah dan selesa. Pengeluaran air samada dengan menggunakan pillar tap atau mixer dikedua punca pengeluaran air iaitu air panas dan sejuk. Paip alir masuk yang biasa digunakan ialah berukuran 25 mm, manakala paip air buang yangberukuran 38 mm yang disambungkan terus dari paip limpah. 173 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Long Bath Sinki (Sink) Kebanyakan digunakan untuk urusan dapur iaitu digunakan tempat memasak dan juga bagi kegunaan ditempat dobi bagi membasuh kain dan lain-lain lagi. • Biasa dibuat daripada ‘Stainless Steel’, kepingan logam atau tembikar • Bekalan air ke pili sinki berukuran 12mm diameter untuk kediaman dan 18mm untuk asrama • Air yang dibekalkan ke sinki biasanya terus dari paip penaik. 174 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Sinki Basin Basuh Tangan (Wash Hand Basin) Basin ini diperbuat dari Clay yang kemudianya dibakar dan dikeraskan di dalam perkakas yang dikenali dengan nama tenor (Kiln). Proses ini dipanggil firing dengan perlekatan Clay tadi serta kemahiran pembuatnya menghasilkan basin yang bersih, tahan dan cantik serta dengan berbagai bentuk yang menarik. Basin ialah alat lekapan yang digunakan bagi kegunaan am.Pemasanganya terdapat dirumah kediaman, Hostel, Hospital dan lain-lain tempat yang sesuai.Wash hand basin mempunyai kelulusan B.S 1188. Pemasanganya adalah dengan menggunakan bracket, strap and legs dan pedestal.Bagi menguji basin itu pecah atau retak ialah dengan mengetuk perlahan-lahan dengan besi. Bunyi kasar dan longgar itu menunjukan ia retak.Bunyi nyaring menandakania dalam keadaan baik.Tap air sejuk dipasang pada sebelah kanan dan tap air panas dipasang pada sebelah kiri. Basin basuh tangan 175 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Mangkuk Tandas (Water Closet) Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis. Bagi membuang dan membersihkan kekotoran dalam takong kandungan air didalam sistem simbah perlu mencukupi untuk menggerakan najis yang terdapat didalamnya. Ia diperbuat dari bahan yang telah ditentukan boleh menjamin akan kesihatan dan kebersihan iaitu tembikar. Kebanyakan ia direka dengan menggunakan perangkap (trap) dengan tujuan untuk menakung air di dalamnya. Terdapat dua jenis yang biasa digunakan: i. Mangkuk tandas jenis cangkung (High level water closet / squatting type) ii. Mangkuk tandas jenis duduk (Low level water closet / sitting type) Tandas duduk dan cangkung 176 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
Mangkuk Urinal Adalah tempat membuang air bagi bilik air lelaki. Terdapat 3 jenis urinal jenis `stall`, urinal jenis `slab` dan urinal jenis mencangkung. Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk urinal adalah tembikar dan besi tidak berkarat. 1. Nyatakan perbezaan sistem air terus dan tidak terus dalam bangunan 2. Apakah yang bahan konkrit bagi 1 jika nisbah digunakan adalah 1:3:6. 3. Berikan 3 jenis-jenis perkakasan sanitari 4. Pada pandangan anda, apakah kerosakan yang biasa berlaku kepada tangki simpangan air kediaman? LATIHAN KENDIRI 177 TOPIK 5 PERPAIPAN DOMESTIK
PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK TOPIK 6 178 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : 1. Mengenalpasti peralatan dan aksesori pendawaian elektrik domestik. 2. Menerangkan istilah sistem pendawaian elektrik domestik. 3. Menentukan prosedur penyelenggaraan bagi litar pendawaian elektrik domestik. Isi Kandungan 6.1 Peralatan dan aksesori 6.2 Sistem pendawaian elektrik domestik 6.3 Litar pencahayaan 6.4 Litar kuasa dan kuasa am 6.5 Pengujian litar elektrik 6.6 Sistem pembumian 179 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
6.1 Peralatan dan aksesori Peralatan Tangan Alat tangan perlu digunakan untuk melaksanakan pendawaian mengikut kesesuaian supaya dapat membantu proses kerja pendawaian elektrik. Bagi kerja pendawaian litar elektrik domestik, peralatan yang sesuai adalah seperti berikut: Pemutar Skru Alat ini digunakan untuk pemasang dan membuka skru. Terdiri daripada dua jenis iaitu mata rata dan mata philip. Pemutar skru rata dan philip Pemotong (Cutter) Alat ini mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada kegunaan seperti : a) Pemotong kabel - untuk memotong kabel atau memotong penebat kabel b) Pemotong sisi - untuk memotong permukaan rata lain seperti casing atau tapak suis dan sebagainya. 180 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Pemotong (Cutter) Playar Alat ini digunakan untuk memintal hujung kabel atau membengkokkan bahagian pemasangan yang keras. Playar Pen Penguji Alat ini digunakan menguji kehadiran arus bekalan elektrik. Tidak sesuai untuk digunakan sebagai pemutar skru kerana sifatnya yang tidak kukuh. Pen penguji 181 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Tukul Pendawaian (Clip Hammer) Alat ini adalah untuk memasang paku kecil pada klip timah sesuai untuk kerja pendawaian permukaan. Tukup pendawaian Pita Dan Alat Pengukur Alat ini digunakan untuk menentukan ukuran pada ruang kerja pemasangan pendawaian. Pita ukur 182 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Gergaji Alat ini digunakan untuk memotong bahagian tertentu seperti sesalur, pembuluh dan sebagainya. Gergaji Spring Bender Alat ini digunakan sebagai alat bantu untuk membengkokkan pembuluh supaya memberi bentuk darjah offset atau sudut tertentu dengan lebih kemas. Spring bender 183 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Aksesori Pendawaian Aksesori pendawaian adalah alat yang disambungkan pada litar akhir pendawaian sebagai beban yang memerlukan tenaga untuk berfungsi. Pemasangan aksesori pendawaian melibatkan mana – mana litar harus merujuk standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang telah melihat ciri reka bentuk yang selamat dan kesesuaian pengguna. Lampu Lampu adalah bahagian beban yang di pasang pada pemegang lampu supaya dapat memberikan cahaya dengan memberikan bekalan tenaga tertentu. Lampu Berfilamen Lampu jenis ini mempunyai filamen sebagai pengalir halus di dalamnya yang bercahaya apabila di beri bekalan tenaga menjadikan ia bercahaya. Apabila filamen putus lampu akan tidak bercahaya. Namun, lampu ini kurang digunakan kerana memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi untuk memberi kecerahan yang lebih. Lampu berfilamen 184 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Lampu Kalimantang Lampu ini adalah lampu nyahcas dimana dalam mentol terdapat gas yang akan bertindak balas dari bekalan yang diberikan lalu memberikan cahaya pada lampu. Perbezaan gas mengikut penggunaan lampu seperti Darium, Argon, Merkury. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk termasuk jenis komplek atau padat. Lampu kalimantang Lampu Led (Light Emitter Diode) Lampu ini adalah jenis terkini yang menggunakan beberapa biji LED binaan dalam dengan menyerupai saiz dan rupa mentol yang pelbagai. Kelebihan lampu LED adalah memberi penjimatan tinggi kepada pengguna dengan memberi kecerahan tinggi pada kadar tenaga yang lebih rendah. Lampu Led 185 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Pemegang Lampu Terdapat pelbagai jenis yang digunakan pada masa kini, namun berikut adalah jenis pemegang lampu yang biasa digunakan. a) Jenis Batten Dipasang secara lekap pada permukaan dengan tapak unutk mengikat pemegang lampu .Terdiri daripada dua jenis iaitu pangkal kilas dan skru. Jenis batten b) Jenis Pendant Dipasang dari ros siling dengan sambungan kabel mengikut ukuran panjang yang bersesuaian. Terdiri daripada dua jenis iaitu pangkal kilas dan skru. 186 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Jenis Pendant Kalimantang Lampu ini mempunyai binaan di dalamnya dengan beberapa komponen iaitu ballast , starter dan pemuat . Namun pemegang lampu ini juga disesuaikan dengan penggunaan lampu LED tanpa menggunakan komponen lampu kalimantang. Suis Dan Soket Aksesori ini adalah bahagian kawalan yang menghubungkan antara pengguna dan beban seperti lampu dan peralatan elektrik mudah alih lain. Berfungsi secara sesiri bagi menyambung dan memutuskan sambungan litar. a) Suis Lampu Terdiri daripada beberapa jenis kutub iaitu : a) Suis Sehala : Mempunyai dua tamatan iaitu bekalan (command) dan kawalan (light).Boleh didapati dalam beberapa gabungan untuk kawalan lebih beban (gang). Contohnya suis lampu sehala lima gang yang menggabungkan lima suis pada satu panel suis. 187 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Suis sehala b) Suis Dua Hala : Mempunyai tiga tamatan iaitu bekalan (command) dan dua kawalan (light). Mesti menggunakan dua unit untuk kawalan. Suis ini biasa digunakan untuk kawalan dari dua lokasi seperti di tangga yang menggunakan dua suis ( atas dan bawah ) untuk kawal satu lampu. Suis dua hala c) Suis Perantaraan : Mempunyai empat tamatan dan dipasang diantara dua unit suis dua hala. Tiada had untuk menggunakan suis ini. Sesuai digunakan pada laluan yang panjang seperti terowong kerana dapat mengawal lampu (selari) dari lokasi melebihi dua suis. 188 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Suis perantaraan d) Suis Pemalap : Berfungsi seperti suis sehala tetapi boleh menghadkan bekalan elektrik supaya lampu memberi kecerahan hingga gelap dengan kawalan secara putaran suis. Suis pemalap e) Alatur Kipas : Sambungan terus secara sesiri dari suis sehala kepada beban iaitu kipas dan terdapat nombor untuk mengawal kelajuan kipas. 189 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Regulator fan f) Soket Alir Keluar : Aksesori ini dipasang pada litar kuasa bagi menyambungkan litar kepada peralatan elektrik dengan menggunakan palam tiga pin atau dua pin. Terdiri daripada dua jenis iaitu : i. Soket 13 A – mempunyai suis dan sambungan palam bersegi. ii. Soket 15 A – mempunyai suis dan sambungan palam bulat. g) Suis Dwi Kutub : Suis ini hampir sama fungsinya seperti suis sehala. Tetapi suis ini memutuskan sambungan bagi 2 kutub iaitu kabel hidup dan kabel neutral. Juga mempunyai lampu isyarat fungsi. 6.2 Sistem pendawaian elektrik domestik Pengalir, Penebat Dan Kabel Pengalir Bahan yang membenarkan pengaliran arus. Bahan yang biasa digunakan ialah kuprum dan aluminium. 190 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Penebat Bahan yang menghalang pengaliran arus dan melindungi pengalir. Bahan yang biasa digunakan adalah getah dan polivinil klorida (pvk @ pvc ) Kabel Gabungan pengalir dan penebat. Pengalir Utama Dalam Pendawaian Elektrik a) Pengalir Hidup (Live) - Pengalir yang membawa arus elektrik b) Pengalir Neutral - Pengalir yang melengkapkan litar elektrik c) Pengalir Bumi (Earth) - Pengalir yang membawa arus bocor kebumi dalam suatu pendawaian elektrik ke jisim bumi untuk melindungi pendawaian elektrik itu. Litar Kawalan Turutan Dan Kotak Fius Agihan Litar Kawalan Turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama dan litar akhir pengguna. Kawalan turutan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian Pembekal dan bahagian Pengguna. a) Bahagian Pembekal i. Fius perkhidmatan dan Penghubung Neutral – berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. ii. Jangka Kilo Watt Jam – berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif. b) Bahagian Pengguna i. Suis Utama – berfungsi sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan. ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi – berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar. iii. Pemutus Litar Kecil – berfungsi sebagai pengagihan litar kecil akhir dan perlindungan arus lebihan. 191 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
MCB box Sistem Pendawaian Elektrik Sistem pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi kabel elektrik, aksesori-aksesori elektrik serta beban-beban elektrik yang dipasang pada bangunan-bangunan serta rumah kediaman pengguna. a) Sistem Pendawaian Permukaan Sistem dimana kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan serta kabel yang bersalut dua lapisan PVC. 191 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK