b) Pelantar c) Susur tangan Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu: a) Kegunaan tangga b) Ruang bukaan bagi tangga yang dibina c) Ukuran naik dan curam yang dikehendaki d) Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi. Faktor rekabentuk tangga : a) Struktur yang kuat dan stabil b) Tanggung beban mati dan hidup c) Selamat dan lindungi dari kebakaran ( UBBL) d) Boleh diakses oleh manusia, perabot dan peralatan bangunan Jenis pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu : a) Tangga larian lurus Merupakan sesuatu deretan anak tangga yang dibina dalam satu arah. Dibina samada mempunyai pelantar atau dalam satu larian terus. 95 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
b) Tangga suku pusingan Tangga jenis ini mempunyai deretan anak tangga yang berlainan arah yang mana kedua-dua binaan tangga itu membelok 900 sama da ke kiri atau ke kanan untuk sampai ke tingkat berikutnya. 96 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
c) Tangga separuh pusingan Mempunyai dua arah bertentangan. Antara dua arah terdapat landing pelantar. Biasa digunakan di bangunan bertingkat. d) Tangga geometri Rekabentuknya adalah berbentuk melengkung. Biasa digunakan di lobi atau rumah banglo dan memerlukan ruang luas. 97 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
3.4 Siling Siling adalah sebahagian daripada kemasan yang diletakkan diatas beberapa komponen struktur yang dikenali sebagai dinding. Siling terletak di bawah rangka bumbung dan secara umumnya merangkumi beberapa reka bentuk. Rekabentuk siling telah banyak berubah sehingga mampu memberikan nilai estetika kepada kediaman dengan motif dan juga warnanya. Terdapat beberapa jenis siling yang biasa digunakan iaitu : a) Siling plywood Siling jenis ini mempunyai harga yang lebih murah dan banyak digunakan dengan ketebalan biasanya kira-kira 3mm hingga 5 mm. Pemasangannya tidak begitu sukar dan tidak memerlukan kemahiran khas. Sedikit rapuh sekiranya terkena air atau diamkan anai-anai b) Siling gipsum Gypsum merupakan jenis siling yang sangat popular untuk bahagian dalaman kediaman. Kerja pemasangannya yang mudah dan dapat 98 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
mempercepatkan proses kerja, ianya sering digunakan.Kebiasaanya, ada yang menggunakan siling gypsum untuk menggantikan siling plywood. Siling gypsum juga banyak motifnya yang semestinya memberi nilai tambah kepada ruang kediaman. Kelemahan siling ini adalah ia rapuh terhadap air. Maka ia akan mudah rosak. Pastikan bumbung rumah anda tidak mudah bocor dan mengenai siling gypsum ini. c) Siling asbestos Merupakan campuran daripada pelbagai bahan seperti silica. Siling asbestos juga digunakan sebagai bumbung yang rumah. Selain mudah dipasang rumah pun akan terasa sejuk. Namun asbestos sangat berbahaya terutama apabila serpihan asbestos yang tidak boleh dilihat kemudian tersedut. Ini dapat menyebabkan penyakit paru-paru. Penggunaannya dilarang di kebanyakan tempat kerana membahaya kepada kesihatan apabila tersedut seratnya. d) Siling PVC Siling ini diperbuat daripada plastik. Tahan kepada air namun jika ingin dibandingkan dengan kualiti ianya lebih mahal. PVC atau Polivynilchloride merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan. Jenis siling ini tidak memerlukan sebarang kemasan seperti cat.kerana pengilang sudah menyediakannya dalam pelbagai warna. Selain itu, siling PVC lebih tahan lama, tahan air, dan mudah dibersihkan. 99 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
3.5 Bata Definisi Bata Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah : i. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok. ii. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya berterusan ( tidak 100 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Ikatan Batu Bata Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah: i. Ikatan Sisi Bata ii. Ikatan Inggeris iii. Ikatan Flemish iv. Ikatan Kepala Bata v. Ikatan Monk 101 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Ikatan Sisi Bata Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong. Padangan hadapan Ikatan sisi bata 102 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Rajah pelan tembok lurus ikatan Sisi Bata : 103 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Ikatan Inggeris Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan Padangan hadapan Ikatan Inggeris 104 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Rajah pelan tembok lurus Ikatan Inggeris : 104 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Ikatan Kepala Bata Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah di bawah menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok dengan ikatan kepala bata. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung. Padangan hadapan Ikatan kepala 105 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Rajah pelan tembok lurus Ikatan Kepala Bata : 106 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Ikatan Flemish Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa. Padangan hadapan Ikatan Flemish 107 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Mortar Menerap Bata Mortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Tujuannya untuk mengikat ataupun bahan pelekat untuk kerja-kerja ikatan bata. Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan. Nisbah bancuhan mortar simen untuk menerap bata adalah 1:3 atau 1:4 (simen:pasir). Ciri-ciri mortar yang baik : a) Nisbah bancuhan yang betul b) Bersifat mudah dikerjakan c) Cukup kuat untuk tujuan menerap bata d) Tahan lasak dalam merintangi bahan kimia dan alkali e) Ikatan yang baik antara bata Cara Bancuhan Mortar: a) Sediakan bahan pasir dan simen mengikut nisbah b) Gaulkan sehingga sebati kedua-dua bahan tersebut c) Campurkan air ke dalam bahan pasir dan simen d) Gaul sehingga sebati dan sesuai digunakan 108 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Campuran pasir dan simen nisbah 1:4 Digaul sehingga sebati dengan air Peralatan kerja menerap bata Berikut merupakan peralatan yang digunakan dalam kerja menerap bata : i. Sudip Bata ii. Baldi iii. Penimbang air iv. Pin dan Benang v. Brick Cutter vi. Tukul batu 109 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
vii. Sesiku bangunan viii. Sudip kemas ikat ix. Bantalan x. Cangkul xi. Kereta sorong xii. Pita ukur Proses Menerap bata 1. Lakukan kerja merancang tanda ikatan bata 2. Sediakan peralatan dan bancuhan mortar 3. Meletakkan mortar pada permukaan mengikut garisan tandaan dengan ketebalan 10mm 4. Meletakkan mortar pada hujung bata dan letakkan bata tersebut pada kedudukan ikatan 110 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
5. Betulkan kedudukan bata yang telah dipasang dengan tegak dan rata 6. Membuang lebihan mortar pada ikatan bata 111 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
7. Lakukan ikatan seterusnya seperti sebelumnya sehingga selesai 8. Semak mendatar, pugak dan jajaran permukaan setiap kali memasang bata 9. Lakukan kemas ikat pada sambungan mortar ikatan 10. Bersihkan alatan, permukaan dan tempat kerja setelah selesai 112 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Kemas Ikat Bata Kemas ikat bata dilakukan bagi tembok bata yang tidak dilepa. Tujuannya adalah untuk mendapatkan rupa kemasan ikat yang cantik atau asas permukaan untuk lapisan turapan mortar. Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah: a) Sambung “struck” bawah • Dikenali juga sebagai santak. • Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung “struck “ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin. b) Sambung terbenam • Dikenali juga sebagai keruk. • Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama. c) Sambung rata • Ia dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperoleh kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur. d) Sambung V • Sambungan ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk menghasilkan ikatan yang kemas dan baik. e) Sambung julur 113 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
• Dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan Jenis-jenis kemas ikat bata 114 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
3.6 Kemasan Bangunan Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan di mana ia membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran serta kos. Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: a) kemasan lantai b) kemasan dinding c) kemasan siling Kemasan lantai Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik di permukaannya. Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang menarik terhadap bangunan. Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah : i. Kecantikan rupa bentuk bahan ii. Kelasakan (tahan lama) 115 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
iii. Selesa dan selamat iv. Rintangan api v. Kebersihan vi. Rintangan asid dan alkali vii. Rintangan kepada haus viii. Harga Jenis Kemasan Lantai Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya adalah jejalur kayu, parket, mozek, terazo dan sebagainya. Didalam projek pembinaan ini, hanya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu : a) Kemasan lantai daripada lepaan simen b) Kemasan lantai daripada jubin c) Kemasan lantai daripada lepaan simen Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah. Lepaan simen terdiri daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan iaitu lapisan pertama menggunakan mortar dan lapisan kedua menggunakan simen minyak (slurry cement). Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk membancuh mortar adalah dalam kuantiti yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja- kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang disitu, diratakan dengan menggunakan kayu perata durby pada kecuraman permukaan yang sesuai pada ketebalan 50mm. 116 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan menggunakan ‘slurry cement’ setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan permukaan adalah pemaras keluli. Kemasan lantai daripada jubin seramik Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi dan tandas serta dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin seramik dimulakan. Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan licin) dan jubin separuh gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam). Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas. Jubin yang telah siap dipasang. Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. Setelah selesai pemasangan 117 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih. Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak. Kemasan Dinding Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding. Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu; a) Kemasaan lepa b) Kemasan Jubin Kemasan Melepa Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok. Kerja melepa dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air dan elektrik siap dilakukan. Didalam kerja melepa bahan pelekat yang digunakan ialah mortar. Mortar adalah hasil campuran simen penampal (walcrate), pasir halus dan air. Simen penampal berbeza dari simen Portland biasa. Ini kerana simen penampal mengandungi kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih halus dari pasir yang digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu, campuran simen penampal, pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan mortar ialah 1:3 (simen:pasir). Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit (concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik supaya menghasilkan mortar yang 118 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
berkualiti. Bagi projek pembinaan dibawah HC Hidayah Construction, kerja melepa meliputi di dalam bangunan dan di luar bangunan. Dalam kerja melepa ini, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang telah siap diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan ‘finish coat’ yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata. Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’ bergantung kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan ‘plaster’ ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry cement’. Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’ dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada dinding. Rajah Kerja melepa sedang dijalankan 119 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘base coat’ dan ‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan disapu dengan air menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar. Kerja-kerja melepa dinding memerlukan pengawasan dan penelitian yang begitu rapi bagi memastikan tiada kecacatan. Oleh itu, lepaan dinding mestilah rata dan tiada rekahan. Mengecat Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara amya, kebanyakkan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada; • Cat minyak • Cat air • Cat kapur (Emulsi) • Cat distemper • Cat kegunaan khas Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam usaha untuk memberi lapisan perlindungan dan mencantikkan permukaan bahan-bahan binaan. Tujuannya 120 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
ialah untuk menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lama, dan menambahkan keberkesanan cahaya lampu. Pada dasarnya, cat diperbuat daripada pewarna dan cecair. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat seta memberi sifat kalisan dan kelincinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan semasa mengecat. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Didalam pembinaan ini cat yang sering digunakan ialah cat minyak dan cat kapur (emulsi). • Cat Minyak Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat biasanya tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. • Cat Kapur (Emulsi)] Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air untuk mencairkannyasemasa digunakan. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan dinding bata dan konkrit bagi tembok dalam atau tembok luar. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek atau disembur. Terdapat empat cara mengecat : • Berus • Semburan • Penggelek atau rola • Pencelupan 121 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Dalam projek pembinaan rumah kediaman hanya dua kaedah sahaja yang digunakan iaitu menggunakan berus dan menggunakan penggelek atau rola. Hal ini demikian kaedah ini menjimatkan serta senang digunakan. Kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan berikut: i. Lapisan asas (Prime coat) ii. Lapisan alas (Under coat) iii. Lapisan kemasan (Finishing coat) Lapisan Asas • Merupakan lapisan pertama. • Mengandungi minyak pigmen senang kering. • Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta menembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya. • Mencegah karat. • Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyak linseed. Lapisan Alas • Menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan • Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan menyebabkan kehilangan cat • Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan akhir. 122 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
Kemasan • Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuaca buruk, kimia dan kerosakan. • Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan. Kerja mengecat dinding sedang dilakukan menggunakan rola pengecat. Kemasan Siling Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk menutup pandangan bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan. Selain itu, ia juga menghalang haba panas, Jenis siling yang digunakan ialah siling gantung iaitu jenis siling yang tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu. Siling ini perlu dicat supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Dalam pemasangan siling, satu pengikat akan dipasang terus kepada alang atau kasau bumbung. Kemudian siling bumbung dipasang secara terus menerus pada 123 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
kasau atau jeriau bumbung. Siling bumbung ini akan dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau. Jalur atau ruang yang terbentuk di antara papan-papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling. 1. Berikan 2 sifat konkrit. 2. Apakah yang bahan konkrit bagi 1 jika nisbah digunakan adalah 1:3:6. 3. Berikan 2 prinsip utama dalam ikatan bata. 4. Pada pandangan anda, apakah kerosakan yang biasa berlaku kepada struktur konkrit di dalam bangunan? LATIHAN KENDIRI 124 TOPIK 3 BAHAN BINAAN
STRUKTUR BANGUNAN TOPIK 4 125 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat: • menghuraikan komponen struktur bangunan yang terdapat dalam sesebuah bangunan • melaksanakan kerja selenggara struktur bangunan mengikut prosedur yang ditetapkan Isi kandungan 4.1 Struktur 4.2 Komponen-komponen struktur • Rasuk • Lantai • Tangga • Tiang • Asas • Bumbung • Dinding 126 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
4.1 Pengenalan Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan. Pengertian struktur bangunan adalah bahagian-bahagian dari sebuah bangunan yang membentuk bangunan tersebut. Bahagian struktur bangunan tersebut mulai dari asas, rasuk, tiang, dinding dan lain-lainnya. Struktur-struktur ini berfungsi untuk menanggung beban seperti beban bangunan dan penghuni dalam bangunan. Struktur rangka bangunan memiliki peranan yang penting dalam dunia pembinaan. Keselamatan orang sangat tergantung oleh kekuatannya. Kelemahan atau kerosakan akan menyebabkan kecederaaan atau pun kematian. Kerana itu, struktur itu tidak boleh diambil mudah semasa dibangunkan. Rekabentuk Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepada dua (2) peringkat iaitu: 127 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
i. Analisis Struktur ii. Rekabentuk Struktur Analisis Struktur Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan tenaga jurutera yang berpengalaman serta peralatan komputer untuk mempercepatkan proses ini. Penggunaan pakej-pakej penyelesaian secara berkomputer ini walaubagaimanapun perlulah diguna dengan memahami konsep asas dan teori analisa struktur bagi mengelakkan hasil perkiraan yang tepat dari segi proses tetapi salah dari segi input dan parameter rekabentuk. Rekabentuk Struktur Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang). Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam 128 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum wujudnya komputer. Komponen-Komponen Struktur 4.2 Rasuk Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat. Jenis-Jenis rasuk adalah seperti berikut : a) Rasuk Utama (Main Beam) Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang. b) Rasuk Kedua (Secondary Beam) Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut. c) Rasuk pengikat (Tie Beam) Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan. 129 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
d) Rasuk tepi (Edge Beam) Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar. Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:- i. Rasuk tupang mudah ii. Rasuk Selanjar. iii. Rasuk julur. iv. Rasuk Kerangka Komponen struktur rasuk 130 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
Rasuk tepi 4.3 Lantai Merupakan binaan pada bahagian dasar ruang di dalam bangunan atau bilik. Lantai juga permukaan dasar bangunan yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain. Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Lantai juga adalah ruang pijak sekata bagi manusia dan ruang duduk pugak bagi barang. Mempunyai level yang sama dalam mengimbangi keadaan mendatar sesuatu benda. Lantai juga adalah tapungan pugak sesuatu barang dan apa sahaja yg berada diatasnya. Lantai juga adalah salah satu binaan struktur yang paling penting. Ini kerana ia memegang kesemua elemen struktur kerangka seperti Rasuk, Tiang, Dinding, dan Tangga. 131 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
Jenis-jenis Lantai • Lantai Padu Lantai ini dibina pada aras tanah dengan menggunakan konkrit. Lapisan asas terletak di atas tanah yang telah diratakan dan dimampatkan, diikuti dengan lapisan pasir dan akhirnya dengan lapisan konkrit yang terdiri daripada bancuhan 1:2:4 atau 1:3:6. Permukaan lantai ini dikemaskan dengan lapisan kemasan yang terdiri daripada bahan-bahan yang sesuai mengikut kehendah dan keperluan individu. Keratan lantai padu • Lantai Gantung Lantai ini dibina di atas papak konkrik pada aras tanah. Pembinaananya dilakukan dengan menggunakan gelegar lantai yang dikosong oleh tembok landas. 132 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
Keratan lantai gantung • Lantai Tingkat Atas Lantai ini boleh dibina dengan menggunakan konkrit bertetulang ataupun kayu. Lantai kayu terdiri daripada papan lantai, gelegar lantai yang disokong oleh rasuk dan tembok atau tiang. Elemen kepingan mendatar yang menanggung beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur. a) Papak rentangan sehala Bertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek. b) Papak dua hala Bertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya. c) Papak Pipih Papak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk. Ciri-ciri Lantai yang baik : a) Kestabilan Lantai kukuh menjamin kestabilan dan menghalang keretakan 133 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
b) Kekuatan Keupayaan menanggung beban hidup dan mati serta menahan segala tekanan c) Pencegahan kelembapan Menentang resapan air dan mencegah kelembapan dalam bangunan d) Ketahanlasakan Tahan lama tanpa kerosakan, sifat menentang keretakan, kikisan, kebakaran, asid, reput, minyak, serangga e) Keselesaan Tahan panas, sejuk, bunyi (penebatan suara), licin tanpa gelincir,elok pandangannya f) Penyelenggaraan Tahan lasak, senang dibersihkan dan tidak perlu penjagaan yang kerap 4.4 Tangga Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Jenis-jenis tangga adalah seperti berikut: a) Rentangan Lintang Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasukrasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga. b) Rentangan memanjang Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya. 134 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
4.5 Tiang Dalam pembinaan bangunan, struktur tiang merupakan struktur yang paling penting dalam menentukan tahap kestabilan dan keselamatan bangunan. Dalammana-mana pembinaan bangunan, struktur tiang mestilah dibina dengan teliti dansegala aspek keselamatan perlulah diambil kira secara menyeluruh kerana tiang bertindak sebagai pusat kestabilan bagi keseluruhan bangunan. Secara amnya, tiang boleh didefinisikan sebagai anggota mampatan yang jugamerupakan anggota pugak yang mampu menanggung beban dari lantai, bumbung dankren di dalam bangunan Tiang merupakan komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk. Jenis-jenis tiang adalah seperti berikut : a) Di rembat Terjadi pada bangunan-bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lain-lain bentuk rembatan. b) Tak di rembat Terjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang. c) Pendek Tiang ini gagal secara pecahan konkritnya. d) Langsing Momen yang disebabkan oleh pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira. 135 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
4.6 Asas Asas merupakan bahagian bangunan yang paling bawah yang menanggung keseluruhan beban bangunan dan mengagihkannya ke bumi. Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah. Keseluruhan beban yang dimaksudkan adalah : • Beban mati – berat bangunan • Beban hidup – berat manusia, perabot, kenderaan dll • Beban angin Jenis-jenis asas adalah seperti berikut : a) Penapak terasing (Pad footing) Penapak terasing di bawah tiap-tiap tiang. b) Penapak Jalur (Strap footing) Penapak selanjar di bawah dinding atau sebaris tiang. 136 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
c) Penapak bergabung Menanggung dua tiang atau lebih. d) Asas rakit dan lantai bawah tanah Asas bergabung yang menanggung keseluruhan bangunan. 137 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
e) Asas Cerucuk Ditanggung oleh cerucuk geseran atau galas hujung. Cerucuknya boleh jadi dari pratuang (precast) atau tuang di situ (cast in-situ). 138 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
4.7 Bumbung Bumbung merupakan binaan yang menutupi bangunan dari atas. Bumbung juga kemuncak rumah yang berbentuk curam ataupun rata digunakan untuk menutup dan menahan rumah daripada terkena hujan, panas, embun dan lain-lain. Ciri – ciri yang perlu pada bumbung : a) Kestabilan b) Perlindungan cuaca c) Tahan lasak d) Rintangan haba e) Kecantikan Faktor penting pembinaan stuktur bumbung : a) Angin b) Penebatan c) Ganti udara d) Serangga e) Kilat f) Air hujan Jenis-jenis bumbung : a) Bumbung tebeng layar b) Bumbung limas c) Bumbung Gambriel d) Bumbung layang e) Bumbung Mansard f) Bumbung limas Belanda 139 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
g) Bumbung pisang sesikat h) Bumbung Minangkabau Jenis-jenis bumbung 4.8 Dinding Dinding (wall) merupakan bahagian bangunan yang tegak yang menutupi struktur, samada daripada jenis galas beban (yang menyokong lantai atau bumbung) ataupun yang bukan galas beban, iaitu yang hanya bertindak sebagai panel penutup di antara struktur. Dinding juga satu struktur luar atau atau struktur dalam bagi membezakan keperluan fungsi yang berlainan. Struktur menggalas beban atas struktur tanpa galas beban yang juga membezakan keperluan strukturnya. Dinding Struktur pejal, kebiasaan dalam keadaan pugak bersambung dan dibina dari batu bata, batu, konkrit, kayu atau logam. Berfungsi sebagai perlindungan dan pembahagian ruang. 140 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
Kategori keperluan dinding : a) Dinding galas (bearing wall) Dinding struktur yang menyokong beban daripada lantai atau daripada bumbung. b) Dinding galas beban (load bearing wall) Dinding galas yang memikul sebarang beban selain daripada beratnya sendiri dan juga daya angin. Dinding galas beban dan dinding galas Ciri-ciri struktur dinding: a) Kestabilan • Dinding yang kukuh dan stabil serta tidak mudah runtuh • Bergantung kepada asas, ketebalan, ketinggian, tekanan, beban dan kedudukan pusat graviti. • Faktor utama kestabilan adalah asas dan pusat graviti. DINDING GALAS DINDING GALAS BEBAN 141 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
b) Kekuatan • Keupayaan menanggung beban, menahan tekanan dan tegangan serta kekerasan • Bergantung juga kepada bahan dan cara binaan c) Perlindungan cuaca • Mencegah kepanasan dan kesejukan • Menentang air hujan masuk • Ditentukan oleh bahan dan cara binaan. d) Rintangan kebakaran • Kebolehan menahan api • Bergantung kepada bahan yang digunakan • Menjamin keselamatan nyawa e) Serapan bunyi • Keupayaan menyerap bunyi • Bergantung kepada bahan dan kaedah binaan yang digunakan • Menjamin keselesaan dan ketenteraman Bahan-bahan binaan dinding : a) Kayu b) Logam c) Konkrit bertetulang d) Bata e) Blok simen/ konkrit 142 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN
5. Berikan 2 sifat konkrit. 6. Apakah yang bahan konkrit bagi 1 jika nisbah digunakan adalah 1:3:6. 7. Berikan 2 prinsip utama dalam ikatan bata. 8. Pada pandangan anda, apakah kerosakan yang biasa berlaku kepada struktur konkrit di dalam bangunan? LATIHAN KENDIRI 143 TOPIK 4 STRUKTUR BANGUNAN