Pendawaian permukaan b) Sistem Pendawaian Sesalur Sistem yang digunakan kerana banyak bilangan kabel yang hendak dipasang atau ukuran kabel itu sendiri adalah besar. Sesuai diaplikasikan sekitar kilang. Pendawaian sesalur c) Sistem Pendawaian Pembuluh Sistem yang menggunakan konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel. 192 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
d) Sistem Pendawaian Tersembunyi Sistem dimana kabel-kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori. 6.3 Litar pencahayaan Litar pencahayaan perlu mamatuhi beberapa perkara iaitu : a) Pemutus litar yang digunakan adalah 6A atau 10A b) Had maksima pemasangan litar akhir adalah 10 unit beban atau 1000watt c) Kabel yang digunakan adalah 1.5 mm2 pvc. Jenis-Jenis Litar Pencahayaan a) Kawalan Satu Hala b) Kawalan Dua Hala c) Kawalan Pertengahan d) Kawalan Alatur Kipas 6.4 Litar kuasa dan kuasa am a) Litar Kuasa Jejari b) Litar Kuasa Gelang c) Litar Kuasa Am d) Litar Pencukur 193 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Satu litar yang di pasang didalam bilik air dengan saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindungan ialah 6A. Lampu Kecemasan Bekalan biasa digunakan untuk mengecas bateri lampu secara automatik. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar 6A. Kipas Ekzos Boleh dipasang melalui soket 13A. Hampir sama seperti kipas siling. Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindungi oleh pemutus litar 6A. Unit Kawalan Pemasak Alat kawalan pemasak pegun mestilah dipasang pada jarak tidak lebih 2 meter. Kawalan pemasak yang lebih besar tapi tidak melebihi 8kW mestilah disambung tetap saiz kabel yang digunakan ialah 2.5 mm2 dan dilindungi oleh pemutus litar 6A. Kawalan pemasak yang tidak melebihi 3kW bolehlah disambung pada soket SAK 15 amp. Unit Pemanas Air Bagi pemanas air di rumah (portable) perlu dipasang dengan MCB berasingan 32A dan kabel 4.0mm. Pemanas air jenis seketika mesti dilengkapkan dengan kawalan suis 2 kutub dan peranti arus bakinya sendiri. 194 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Unit Penyaman Udara • Jika motor alat pendingin mempunyai kuasa tidak lebih 1.2kW motor (1 ¼ hp) boleh di sambung ke litar akhir dengan soket 15A dan MCB yang berasingan digunakan iaitu 20A dan kabel 2.5 mm. • Jika motor 1.3kW hingga 1.9kW (1 ½ - 3 hp) litar di sambung terus ke litar akhir 30A dengan pemencil, pemula punat tekan dan pelindung tanpa voltan. MCB yang berasingan digunakan iaitu 32A dan kabel 4.0mm. 6.5 Pengujian litar elektrik Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pemasangan elektrik seperti Suruhanjaya Tenaga. Pemeriksaan Fizikal Pemeriksaan menggunakan mata kasar atau pemerhatian dari sudut pemasangan dan kerosakan yang boleh dilihat.Senarai pemeriksaan penglihatan adalah seperti berikut: • Sambungan pengalir-pengalir kabel. • Tanda pengenalan kabel. • Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan voltan. • Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja. • Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu. 195 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Ujian Keterusan Untuk memastikan setiap pengalir ada keterusan iaitu tidak putus atau litar terbuka. 3 ujian keterusan litar akhir yang mustahak : • keterusan litar gelang. • keterusan litar fasa & Neutral. • keterusan litar pelindung. Prosedur 1. Matikan bekalan 2. Menggunakan meter ohm dengan sentuh pada hujung setiap pengalir iaitu L-L ,N-N dan E-E. 3. Bacaan yang baik ada lah dengan mendapat bacaan menghampiri atau sama dengan Sifar Ohm (bawah 1 Ohm). Ujian Kekutuban Dilakukan bagi menentukan kekutuban peranti kawalan satu kutub seperti suis, fius, soket alur keluar, alat tambah seperti pemegang lampu disambung mengikut kekutuban yang betul dan dapat melindungi litar dari salah sambungan serta mengelakkan bahaya. Prosedur 1. Matikan bekalan 2. Semua beban yang disambungkan pada alatambah atau punca penyambungannya hendaklah ditanggalkan. 3. Suis kawalan litar pada kedudukan litar tertutup ( switch on ) 4. Menguji suis dan alat kawalan kutub pada konduktor fasa. 196 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
5. Menggunakan meter ohm dengan sentuh pada hujung setiap pengalir iaitu L-L , N-N dan E-E. 6. Bacaan yang baik ada lah dengan mendapat bacaan menghampiri atau sama dengan Sifar Ohm (bawah 1 Ohm) Ujian Rintangan Penebatan Ujian rintangan penebatan dilakukan bagi mengukur ketahanan penebatan kabel, litar dan kelengkapan elektrik agar berupaya mengelakkan kebocoran arus dari litar. Alat uji ialah meter rintangan penebatan (insulation tester). Nilai bacaan ujian rintangan penebatan yang rendah akan menunjukkan kemungkinan berlakunya arus bocor atau litar pintas. Prosedur 1. Matikan bekalan 2. Semua beban yang disambungkan pada alatambah atau punca penyambungannya hendaklah ditanggalkan. 3. Suis kawalan litar pada kedudukan litar tertutup ( switch on ) 4. Menguji suis dan alat kawalan kutub pada konduktor fasa. 5. Klipkan salah satu punca penguji (dawai kuar penguji) pada punca hidup selepas suis utama dan satu lagi punca penguji pada punca pengalir neutral. Bacaannya mestilah tidak kurang (lebih) dari 1 megaOhm (1 MΩ). 6. Ujian dilakukan di antara pengalir dengan pengalir dan pengalir dengan bumi. Bacaannya mestilah tidak kurang (lebih) dari 0.5 MegaOhm. 197 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Jenis Kerosakkan Pendawaian Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada seseubuah pepasangan elekrik yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang baharu, pendawaian lama atau pendawaian tambahan. Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan elektrik ia juga melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agihan. • Litar pintas. • Litar terbuka. • Beban lebih • Bocor ke bumi Litar Pintas Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu dengan lain. Litar Buka Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :- • Pengalir kabel terputus. • Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan. • Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa baik. Beban Lebih • Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yang dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas. 198 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
• Beban lebih yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat permulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangkamasa singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi. Bocor Ke Bumi • Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. • Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. 6.6 Sistem pembumian Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi. Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu: a) Pembumian Sistem • Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan 199 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
• Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu kawasan; dan • Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza. b) Pembumian Peralatan • Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. • Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan manusia atau pengguna. • Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi. Bahagian – Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan a) Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya; i. Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai sarung bukan logam b) Satu punca belitan sekunder bagi pengubah c) Klip logam untuk memasang kabel d) Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss). e) Penutup lampu yang dibuat daripada logam f) Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat g) Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya h) Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air. 200 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
Penamatan di bumi adalah seperti di bawah Kotak Pembumian (Earth chamber) adalah dari jenis konkrit atau PVC manakala elektrod bumi adalah dari jenis besi bersalut kuprum. Earth chamber 1. Apakah fungsi bahan penebat dalam pendawaian elektrik. 2. Senaraikan 3 pemeriksaan penglihatan fizikal litar elektrik 3. Nyatakan peraturan litar pencahayaan yang digunakan. 9. Apakah kerosakan pendawaian elektrik yang biasa berlaku di dalam bangunan? LATIHAN KENDIRI 201 TOPIK 6 PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN TOPIK 7 202 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
TOPIK 8 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN Hasil pembelajaran Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat : 5. Menghuraikan komponen dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan 6. Mengenalpasti perancangan pengurusan dan penyiasatan bangunan Isi Kandungan 7.1 Asas penyelengaraan bangunan 7.2 Pengurusan penyelenggaraan bangunan 7.3 Perancangan penyelenggaraan bangunan 7.4 Prosedur penyiasatan bangunan 203 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
7.1 Asas penyelenggaraan bangunan Penyelenggaraan Bangunan ialah kerja yang dilakukan untuk menjaga, memulih atau mempertingkatkan setiap kemudahan iaitu setiap bahagian bangunan, kemudahannya dan sekitarnya kepada satu standard yang dipersetujui, yang ditentukan oleh perseimbangan antara kehendak dengan sumber-sumber yang ada. Matlamat utama penyenggaraan adalah untuk mengurangkan seberapa mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara efektif dan sistematik. Segala aspek keselamatan dan keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pemilik dan organisasi. Syarat-syarat penyelenggaraan bangunan: i. Menepati tujuan sebenar dan fungsi bangunan ii. Memperolehi kos penyelenggaraan yang minima iii. Memperolehi pulangan kos atau keuntungan yang maksimum iv. Melaksana pengurusan yang efisien dan lebih ekonomi Fungsi dan pendekatan penyelenggaraan bangunan Tertakluk kepada tiga Jenis maklumbalas diterima dari pemilik dan pengguna sama ada i. Tiada maklumbalas dari mana-mana pihak ii. Menerima sokongan dan cadangan iii. Menerima rungutan dan bantahan Fungsi utama keutamaan oleh agensi atau organisasi penyelenggaraan : i. Meningkatkan keuntungan maksimum terutama kepada pemilik bangunan seperti industri, swasta atau perniagaan ii. Mendapatkan prestasi maksimum pada kos yang terendah terumata kepada bangunan milik awam, berorientasikan keselamatan dan organisasi yang bukan membuat keuntungan 204 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
iii. Menyediakan bangunan yang selesa dan tenteram terutama pemilik persendirian seperti rumah kediaman Kepentingan penyelenggaraan bangunan 1) Nilai pelaburan • Pulangan Jangka Pendek • Pulangan Jangka Panjang 2) Rekabentuk bangunan • Penyelenggaraan yang baik akan mengekalkan rekabentuk bangunan daripada kerosakan 3) Fungsi bangunan • Penyelenggaraan yang baik akan mengekalkan fungsi bangunan yang dibina kepada tujuan asal pembinaan, menepati keperluan pengguna dan undang-undang, keperluan ruang bangunan dan semua kemudahan berfungsi sepenuhnya. 4) Bahan warisan • Penyelenggaraan akan mengekalkan nilai, rekabentuk warisan dan sejarah bangunan Standard dan kualiti penyelenggaraan bangunan Terbahagi kepada dua kategori : i. Standard Kualiti ii. Standard perkhidmatan atau servis Standard kualiti Kualiti selenggara memberi gambaran tentang mutu terhadap perkara yang diselenggara. Ciri-ciri kualiti tersebut terdiri : i. Polisi dan objektif organisasi 205 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
ii. Kawalan kualiti yang dijaga iii. Produk kerja iv. Penyiapan kerja v. Kebersihan tapak kerja vi. Kerja-kerja pembaikan Standard Perkhidmatan Berkait rapat dengan cara atau tingkah laku individu memberi khidmat kepada pengguna atau pelanggan berkaitan selenggaraan Aspek penting standard perkhidmatan : • Polisi dan objektif organisasi • Kepuasan pelanggan • Penjimatan masa • Penilaian standard • Pemberitahuan jelas kepada pelanggan Kategori dalam penyelenggaraan bangunan Terbahagi kepada tiga kategori: i. Penyelenggaraan pencegahan - Penyelenggaraan yang terancang merangkumi kerja pembaikan. ii. Penyelenggaraan rutin – merupakan kerja rutin atau pembaikan harian iii. Penyelenggaraan kecemasan – Tindakan segera untuk pembaikan Pencegahan penyelenggaraan bangunan Terdapat tiga kemungkinan berlaku : i. Pemilik tidak melantik pengurus projek yang kompeten dan mahir dalam keperluan rekabentuk, kos dan masalah penyelenggaraan 206 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
ii. Sikap professional yang tidak mengutamakan kesan rekabentuk bangunan terhadap penyelenggaraan iii. Tiada penyelidikan atau penilaian terlebih dahulu sebelum pembinaan terutama kepada rekabentuk bangunan Punca kecacatan dan kerosakan bangunan Terbahagi kepada beberapa faktor iaitu : i. Faktor Manusia ii. Faktor Alam Sekitar iii. Faktor lain Komponen dan elemen utama yang memerlukan penyelenggaraan Terbahagi kepada beberapa komponen: • Struktur utama • Binaan dalaman • Kemasan bangunan • Perkhidmatan perpaipan dan sanitari • Perkhidmatan Mekanikal • Perkhidmatan elektrik • Kerja bangunan awam dan luaran 7.2 Pengurusan penyelenggaraan bangunan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan adalah suatu sistem dan prosedur yang diwujudkan bagi membolehkan pemilik/pengurus menjaga bangunan secara efisien, tersusun dan pada kos yang efektif. Tujuannya adalah : i. Mengekalkan keadaan asal bangunan 207 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
ii. Memastikan sepraktik yang boleh keberkesanan fungsi bangunan iii. Keperluan utama iaitu kekalkan nilai pelaburan bangunan, bangunan sentiasa berfungsi dengan baik dan sentiasa selesa dan menarik Definisi Pengurusan Bangunan Satu sistem pengurusan bangunan berpusat yang mengawal, mengawasi dan mengoptimumkan fasiliti seperti pengudaraan, pencahayaan, sekuriti, ruang dan sebagainya. Sistem ini mebolehkan fasiliti dengan mudah serta mengurangkan pembaziran tenaga. Perkhidmatan termasuk kerja penyelenggaraan rutin dan pencegahan dalam memastikan bangunan, utiliti dan ruang pada tahap yang memuaskan dan selamat. Computerizedmaintenance management system (CMMS) Pada masa kini sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer (computerizedmaintenance management system (CMMS)) menjadi sangat popular di kalangan pengurusan penyelenggaraan bangunan dalam aktiviti seharian. CMMS direka untuk menyimpan maklumat dan data lengkap bagi setiap aktiviti, sistem atau peralatan bangunan seperti penyelenggaraan dirancang atau tidak dirancang, pesanan kerja, jadual aktiviti, sejarah penyelenggaraan, pembekal alat ganti, pesanan belian dan aliran kewangan. Data yang direkod akan diguna pakai dalam pemantauan dan kawalan kerjakerja penyelenggaraan, perancangan bajet serta penyediaan laporan kewangan dan penyelenggaraan semua maklumat yang disimpan dalam CMMS mudah untuk dirujuk kembali apabila diperlukan. 208 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Objektif, Dasar dan Strategi pengurusan penyelenggaraan Pembentukan objektif, dasar dan strategi oleh organisasi pengurusan fasiliti dalam penyelenggaraan bangunan merupakan kunci utama ke arah penentu kejayaan kualiti penyelenggaraan bangunan. Pelaksanaan perancangan yang efektif dalam penyelenggaraan bangunan meliputi tiga peringkat jangka masa mengikut keperluan sesuatu peralatan,sistem atau keadaan fizikal sesebuah bangunan iaitu:- i. Perancangan jangka pendek (rutin) - 2 tahun atau kurang, ii. Perancangan pertengahan - 2 hingga 5 tahun, dan iii. Perancangan jangka - 5 hingga 10 tahun. Peraturan dan Piawaian Peraturan dan piawaian merupakan satu garis panduan, pengukur dan sumber rujukan untuk menentukan sesebuah organisasi atau individu menjalankan aktiviti yang berkaitan bagi memenuhi kehendak atau pencapaian sesuatu pihak. Standard dan piawaian yang digunakan oleh organisasi pengurusan bangunan adalah bertujuan memberi perkhidmatan yang berkualiti terhadap penyelenggaraan bangunan bagi keselesaan, keselamatan dan kesihatan semua penghuni. Sumber Manusia Penyediaan sumber manusia atau tenaga kerja yang secukupnya bagi menjalankan tugas-tugas berkaitan penyelenggaraan bangunan adalah tanggungjawab sepenuhnya organisasi pengurusan bangunan. 209 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Pekerja mahir akan memastikan setiap selenggaraan di dalam bangunan diselenggara dengan baik dan berkesan serta ia juga menjadi pemimpin atau juru tunjuk bagi kalangan pekerja separuh mahir. 7.3 Perancangan penyelenggaraan bangunan Matlamat perancangan penyelenggaraan adalah untuk mengatur aktiviti-aktiviti yang boleh meminimumkan kesan kegagalan dari mana-mana bahagian bangunan. Peringkat perancangan Pada peringkat perancangan : i. Bangunan masih dalam peringkat rekabentuk ii. Sebelum bangunan diambil alih iii. Perubahan kegunaan bangunan kepada kegunaan baru iv. Perubahan peruntukkan penyelenggaraan v. Perubahan guna tenaga Terdapat dua perkara penting ketika merancang kerja penyelenggaraan iaitu elemen kerja dan proses melapor i. Elemen kerja : a) Pusingan kerja penyelenggaraan melibatkan setiap item kerja b) Produktiviti pengguna c) Perancangan tahunan d) Penggantian 210 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
ii. Proses melapor : a) Melapor sebarang penangguhan kerja yang tidak melibatkan kerosakan yang serius b) Melaporkan jangka hayat bangunan atau bahan yang digunakan c) Melaporkan setiap aktiviti harian d) Melapor perkara serius dan kritikal yang perlu tindakan segera Perancangan keselamatan penyelenggaraan bangunan Tindakan semasa merekabentuk bangunan • Bangunan yang baharu haruslah direka bentuk berdasarkan kegiatan dan risiko beroperasi rekabentuk bangunan dan susunatur perlu mengetengahkan reka bentuk berdasarkan keselamatan dan kesihatan penghuni. Melakukan tinjauan dan pemeriksaan fizikal terhadap bangunan • Mengenal pasti bangunan-bangunan awam yang berisiko dan terdedah kepada bahaya dan bencana yang melibatkan aktiviti dalaman dan persekitaran yang kurang sihat. Memastikan bangunan sihat dan bebas dari sindrom bangunan sakit • Setiap bangunan perlu mempunyai tahap pengudaraan dalaman tidak mencemarkan dan mempunyai pencahayaan dalaman yang mencukupi. Bangunan harus mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan mempunyai sijil keselamatan bagi menjalankan sebarang aktiviti berkaitan penubuhan bangunan 211 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Bina jaringan kepakaran penyelenggaraan bangunan • Kepakaran ahli-ahli akademik boleh membantu mengetengahkan teknik-teknik penyelenggaraan bangunan yang baharu. Bekerja sama dengan jabatan penyelamat bencana dan majlis berkuasa tempatan bagi memperkasakan dokumen-dokumen binaan bangunan dan kemudahan bangunan terkini. Memperkasakan dokumen-dokumen dan garis panduan menyelenggaraan bangunan-bangunan yang aktif beroperasi berisiko tinggi. Penubuhan pasukan khas penyelenggaraan dan bencana • Penubuhan pasukan khas bagi setiap bangunan awam terutama aspek penyelenggaraan fasiliti. Pasukan khas yang diwujudkan ini akan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada mana-mana insiden pencemaran dari sudut teknikal, siasatan dan hasil laporan kejadian dan bencana. • Aspek keselamatan dan bencana alam serta kebakaran perlu diterapkan dalam penubuhan pasukan ini. Penghuni bangunan perlu didedahkan dengan latihan menghadapi kebakaran atau fire drill. Mematuhi perundangan, akta, peraturan dan arahan-arahan berkaitan bangunan • Semua kerjakerja penyenggaraan bangunan dan perkhidmatan kejuruteraa di dalamnya adalah tertakluk kepada pematuhan akta, peraturan-peraturan dan arahan- arahan yang berkuat kuasa seperti mematuhi garis panduan rekabentuk berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By-Laws 1984.) ;Occupational Safety and Health Act 514:1994.; Akta 447: Akta Bekalan Elektrik 1990; Peraturan – Peraturan Elektik 1994; Piawaian Malaysia (Malaysian Standards) yang berkaitan; perundangan dari Pihak Berkuasa Tempatan. • Bangunan baharu dan sedang beroperasi perlu mendapatkan sijil keselamatan kebakaran bagi mengiktirafkan tahap keselamatan bangunan berpenghuni. 212 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Mengadakan audit bangunan dan audit keselamatan • Bangunan awam yang telah berusia perlu menjalani audit bangunan. Ini bertujuan untuk melihat aspek kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan bangunan. • Audit keselamatan boleh membantu untuk mengenalpasti dan memperkukuhkan pengurusan penyelenggaraan dengan menaik taraf bagi meingkatkan tahap keselamatan di bangunan awam. • Perlu mewujudkan satu sistem pengurusan keselamatan bagi setiap bangunan berpenghuni dan berisiko tinggi. Setiap bangunan perlu menjalani operasi penyelenggaraan berkala. Membudayakan kesedaran penyelenggaraan • Memewujudkan persekitaran sihat bagi meningkatkan tahap keselamatan bagi penghuni dan warga kerja disesebuah bangunan. • Bangunan harus mempunyai tindakan keselamatan dan penyelamat sekiranya berlaku musibah seperti kebakaran, ancaman banjir , pencemaran dan ancaman-ancaman luar. Mengadakan dan dimasukkan kaedah menyelamat penghuni didalam pelan tindakan kebakaran. • Mengurangkan risiko aktiviti penghuni yang memungkinkan berlakunya ancaman seperti kebakaran, kemalangan dan kecederaan, ancaman banjir dan pencemaran bahan kimia. • Taklimat kesedaran keselamatan dan kesihatan kepada setiap penghuni dan pengguna bangunan perlu dilakukan sentiasa. Mewujudkan dokumen pasca binaan • Mewujudkan dokumen pasca bina atau lukisan pasca bina atau as built drawing. Lukisan itu adalah gambar realisasi suatu binaan yg telah dilaksanakan. 213 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
• Dokumen ini perlu menyatakan spesifikasi bangunan dan bahan binaan yang digunakan bagi pembinaan dan pengubahsuaian yang telah dilakukan. • Maklumat kontraktor pengubahsuaian perlu dinyatakan bagi memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian dimasa hadapan. Mewajibkan penyelenggaraan bangunan dilakukan secara kerapkali dan sebagai perakuan wajib selepas menduduki bangunan • Pengiktirafan keselamatan dan kesihatan terhadap penghuni bangunan dan kemudahan bangunan perlu diadakan. • Tahap prestasi bangunan berdasarkan kaedah merit bagi menunjukkan bangunan selamat untuk diduduki dan beroperasi. • Pengubalan semula perakuan kelayakan menduduki dan jangka masa penyelenggaraan perlu dinyatakan setelah premis beroperasi mengikut jangka masa pendek atau panjang. Saranan jangka masa bagi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan premis iaitu 3 hingga 5 tahun , 6 hingga 10 tahun , 11 hingga 16 tahun, 20 hingga 30 tahun, 30 hingga 50 tahun. • Bagi bangunan yang berusia 50 tahun keatas perlu melalui proses pembaharuan (refurbishment) dan konservasi atau pemuliharaan (conservation). Penyelia penyelenggaran bangunan Penyelia adalah individu yang bertanggungjawab langsung dalam memastikan perkhidmatan penyenggaraan bangunan. Bertindak sebagai penghubung antara pihak atasan dengan anggota bawahan. Penyelia juga berperanan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam ruang lingkup tugas mereka. Peranan Penyelia : • Para penyelia memain peranan penting dalam melaksanakan strategi-strategi operasi. 214 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
• Mereka perlu dilengkapkan dengan konsep dan kemahiran-kemahiran supaya mereka dapat bertindak sebagai liason antara pihak pengurusan dengan para pekerja. • Dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seharian, penyelia sentiasa menghadapi isu-isu seperti komunikasi, perhubungan antara peribadi, konflik dan ketidakpuasan. Tindakan oleh Penyelia / Pengurus Penyenggaraan • Merancang dan menjadualkan kerja • Membantu penyediaan taklimat dan melibatkan diri dengan penyeliaan bangunan • Menyemak rekabentuk semasa penyediaan dan memastikan telah mematuhi spesfikasi • Membekal maklumat mengenai keadaan bangunan dan sumber perkhidmatan • Membantu membuat anggaran kos selenggaraan • Menyedia dan memberi nasihat mengenai maklumat penting diperlukan dalam manual penyelenggaraan • Membuat keputusan dalam urusan operasi 7.4 Prosedur penyiasatan bangunan Sebelum memulakan prosedur forensik atau penyiasatan bangunan, jenis binaan dan jangka hayat bangunan perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Hal ini kerana jenis pembinaan akan memberikan perbezaan di dalam kaedah penyenggaraan. Bagi bangunan-bangunan yang telah berusia, penyenggaraan yang khusus dan cermat diperlukan. Ia bertujuan untuk mengekalkan rekabentuk bangunan tersebut. Seterusnya, keadaan persekitaran bangunan memberikan pelbagai impak kepada bangunan tersebut. Oleh itu, keadaan persekitaran perlu dikenalpasti serta 215 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
diketahui puncanya terlebih dahulu. Tentukan kerja selenggara dilakukan oleh organisasi dalaman atau khidmat kontraktor luar. Perbezaan fungsi bangunan, peralatan dan kerumitan memerlukan beberapa perubahan dari segi cara penyiasatan Prosedur penyiasatan bangunan Prosedur penyiasatan yang mesti dilakukan oleh seseorang kakitangan penyiasat terdiri daripada dua proses iaitu : • mendapatkan maklumat dan beberapa gambaran awal berkaitan objek atau bangunan yang hendak disiasat • menjalankan siasatan sebenar di tapak dengan menggunakan peralatanperalatan yang sesuai dan mencukupi. Terdapat empat perkara yang perlu dibuat bagi proses mengumpulkan maklumat. • penyiasat dinasihatkan membuat perbincangan awal dengan pengguna. • mengumpul dan merekod maklumat asas pula tertakluk kepada tujuan penyiasatan itu dijalankan. Kepentingan maklumat adalah berbeza-beza mengikut keperluannya. • memeriksa bangunan bersama pengguna. Kehadiran pengguna haruslah tidak mengganggu tugas sebenar penyiasat untuk menyiasat kerosakan. Penyiasat boleh mengumpul maklumat dengan lebih terperinci dan boleh mengambil beberapa gambar pada mana-mana perkara yang diperlukan tanpa banyak gangguan. • mengenalpasti kedudukan atau posisi bangunan. Dapatkan seberapa banyak maklumat daripada pemilik atau penghuni bangunan yang diperiksa tentang masalah yg dialami, kaedah Penyelenggaraan Bangunan yang dijalankan sebelum ini, semak dan teliti pelan tapak, lukisan seni bina 216 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
dan lukisan kemudahan bangunan jika ada bagi gambaran yang lebih jelas tentang lokasi pemeriksaan. Semak dan teliti spesifikasi bangunan jika ada bagi membantu perincian kerja dan penyediaan laporan kerosakan. Sedia dan periksa peralatan pemeriksaan bangunan yang digunakan (lengkap dan bersesuaian dengan objektif pemeriksaan bangunan) Peralatan menjalan penyiasatan bangunan Untuk menjalankan kerja penyiasatan memerlukan beberapa peralatan asas seperti berikut : • lampu suluh • penukul getah • tangga • proba poket • meter pelembap • teropong • kanta pembesar • kertas • alat tulis • papan klip • karung atau bekas plastik • tali pengukur • kamera pemancar • pembuka skru • pemacu skru 217 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Pendekatan penyiasatan penyelenggaraan bangunan • memanjangkan usia penggunaan aset • melindungi pengguna dari bahaya atau bencana yg mungkin timbul • meminimakan kos operasi dan perbelanjaan pengeluaran • memenuhi undang – undang pihak berkuasa tempatan dan saranan syarikat pembuat • Format Laporan hendaklah diselaraskan • Senarai semak kerja forensik • Sumber yang betul • Penyebab kerosakan • Cadangan pembaikan • Kos yang terlibat 1. Apakah yang dimaksudkan penyelenggaraan bangunan? 2. Senaraikan 3 kepentingan penyelenggaraan bangunan. 4. Berikan 3 tujuan pengurusan penyelenggaraan. 10. Senaraikan 2 tugas utama penyelia bangunan? LATIHAN KENDIRI 218 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Rujukan 1. Mat Lazim Zakaria (2005). Bahan dan Binaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Jahiman Badron (2007). Teknologi Binaan Bangunan. Petaling Jaya. IBS Buku 3. A.M Neville (2012). Teknologi Konkrit.Kuala Lumpur. ITBM 4. Abdul Hakim Mohamaed (1991). Teknologi Penyenggaraan Bangunan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Azlan Shah Ali (2013). Teknologi dan Pengurusan Penyenggaraan Bangunan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. 6. Anuar Alias dan Azlan Shah Ali (2011). Pengurusan Penyenggaraan dan Pengubahsuaian Bangunan. Batu Pahat. Penerbit UTHM. 7. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKTA 514), Peraturan-Peraturan & Perintah-Perintah. Kuala Lumpur. ILBS 8. Ismail Bahari (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kuala Lumpur. Mcgraw-Hill 9. Mohd Affendi Jamlos (2016). Rujukan Pantas Asas Kejuurteraan Awam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Mohd Isa Idris dan Ramli harun (2011) Asas Pendawaian. Petaling Jaya. IBS Buku. 11. Md Nasir Abd Manan (2010). Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Petaling Jaya. IBS Buku. 219 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN
BORANG MAKLUM BALAS MODUL Skala :1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju Bil Item 1 2 3 4 5 1 Rekabentuk kulit hadapan dan belakang adalah sesuai 2 Saiz modul adalah sesuai dengan keperluan pengajian 3 Font tulisan dan jarak baris memudahkan bacaan 4 Kualiti penjilidan modul adalah bermutu 5 Kandungan modul disusun secara teratur 6 Hasil pembelajaran yang dinyatakan adalah jelas 7 Perincian topik dalam bentuk teks, grafik, jadual dan gambarajah membantu pemahaman 8 Bahan pembelajaran adalah sesuai dengan kursus pengajian penyelenggaraan 9 Senarai bahan rujukan mudah didapati 10 Aktiviti kendiri membantu saya meningkatkan kefahaman Cadangan penambahbaikan buku modul : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… 220 TOPIK 7 PENGURUSAN PENYENGGARAAN BANGUNAN