CONTOH
Suplemen Guru (Modul HEBAT Bacaan) 01-Hebat Bacaaan.indd 1 22/9/2023 9:43:24 AM Nilai Sivik Berdasarkan bulan dan mengaplikasikan Teknik Bacaan HEBAT yang berbeza untuk setiap bulan. Teknik Bacaan Menggabungjalinkan teknik HEBAT bacaan dan nilai sivik. Lembaran Kerja Disediakan untuk membantu guru melaksanakan aktiviti di dalam kelas bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan. Cadangan Aktiviti Bagi memberikan idea atau membantu guru menjalankan PnP di dalam kelas. E1 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Buku A Modul Pentaksiran Bilik Darjah 1 Modul PBD Modul-modul disusun mengikut urutan tema dalam buku teks. 2 Kemahiran Bahasa Merangkumi pelbagai kemahiran bahasa yang terkandung dalam buku teks dan memenuhi DSKP. 3 Penanda KBAT Penanda KBAT untuk membantu murid mengenal pasti standard penyoalan soalan. 4 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Untuk membantu guru membuat rujukan dan merekodkan butiran dalam Rancangan Pengajaran Harian. 5 Kod QR Untuk mengakses rakaman audio, info, dan video tutorial. 6 Petunjuk Halaman Buku Teks Untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan. Tahap Penguasaan Ruang untuk memudahkan guru menilai tahap penguasaan murid. 7 8 Rekod Pentaksiran Disediakan untuk memudahkan guru merekodkan tahap penguasaan murid. E2 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan karangan berdasarkan kepelbagaian bahan rangsangan. Contoh Soalan SPM Membimbing guru dan murid menjawab soalan SPM Kertas 1, Bahagian A. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian A, Kerta 1 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 3 – 7). Buku B Kertas 1 (Bahagian A: Karangan Respons Terhad) Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menulis karangan respons terhad. E3 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan karangan respons terbuka. Contoh Soalan SPM Membimbing guru dan murid menjawab soalan SPM Kertas 1, Bahagian B. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian B, Kertas 1 SPM terkini dan berdasarkan tema buku teks sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 10, 13, 15, 18 – 22). Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menulis karangan respons terbuka. Kertas 1 (Bahagian B: Karangan Respons Terbuka) E4 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Kertas 2 (Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa) Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan sistem dan aplikasi bahasa. Kod QR Untuk mengakses video bagi memudahkan PdP dan memuat turun nota pelbagai aspek sistem dan aplikasi bahasa. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian A, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid. Soalan 1 : Morfologi, Soalan 2: Sintaksis, Soalan 3: Penyuntingan, Soalan 4: Bahasa Melayu Standard, Soalan 5: Peribahasa (rujuk muka surat 23 – 38). E5 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan Pemahaman Petikan Umum, Petikan Sastera dan Novel. Kertas 2 (Bahagian B: Pemahaman) Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menjawab Pemahaman Petikan Umum, Petikan Sastera dan Novel. Praktis SPM Pelbagai praktis Bahagian B, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid. Soalan 6: Petikan Umum, Soalan 7: Petikan Sastera, Soalan 8: Novel (rujuk muka surat 40 – 67 dan 69 – 72). E6 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan rumusan. Tip Menjawab Rumusan Penerangan langkah demi langkah untuk memudahkan guru menerangkan teknik menulis rumusan kepada murid. Contoh Soalan SPM Disediakan untuk membimbing guru dan murid membuat rujukan. Praktis SPM Praktis berformat Bahagian C, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 80 – 95). Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menjawab rumusan. Kertas 2 (Bahagian C: Rumusan) E7 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
Penilaian Akhir Tahun 07-Penilaian Akhir Tahun.indd 98 21/9/2023 2:29:34 PM 07-Penilaian Akhir Tahun.indd 106 21/9/2023 2:30:32 PM Audio Rakaman audio untuk Ujian Mendengar. Jawapan Disediakan untuk memudahkan guru dan murid membuat semakan. Penilaian Akhir Tahun Pentaksiran berformat SPM terkini untuk menilai pencapaian dan tahap penguasaan murid. Kertas 1: Bahagian A, Bahagian B Kertas 2: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Kertas 3: Ujian Bertutur Kertas 4: Ujian Mendengar E8 BM Tingkatan 5 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH
S1 SUPLEMEN GURU Penerapan Sivik Bulan Januari Nilai Kasih Sayang Tajuk Jauhi Buli Teknik Bacaan HEBAT 5W1H Langkah Pelaksanaan 1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkaitan dengan topik atau bahan yang dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan terarah. 2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang diberikan. 3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut. Aktiviti 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan. Buli di Sekolah: Punca dan Akibat Buli merupakan satu fenomena yang semakin membimbangkan pelbagai pihak. Budaya negatif ini digambarkan bagaikan tiada penyelesaian apabila mula menjadi buah mulut masyarakat kini. Lebih merisaukan apabila video-video tular yang mula membanjiri media-media sosial telah mendapat pelbagai respons daripada masyarakat maya. Masalah ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli di sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan murid sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di negara kita. Kita soroti satu kes buli yang pernah menggemparkan negara apabila sembilan pihak termasuk lima orang murid daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terpaksa membayar saman berjumlah RM616 634.20 kepada seorang bekas murid yang pernah menjadi mangsa buli empat tahun sebelumnya. Jumlah besar ini perlu dibayar akibat mangsa telah kehilangan pendengaran di telinga sebelah kanan dan tidak boleh menjalani aktiviti air seumur hidupnya akibat dibuli. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, ayuh kita teliti dahulu maksud buli dari segi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah, iaitu di prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan murid dan mangsa hanya berseorangan untuk mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada permasalahan ini. Who (Siapa) Siapakah pihak yang dibincangkan/ watak? What (Apa) Apakah kejadian/ masalah/ kesan yang terjadi? When (Bila) Bilakah kejadian/ masalah/ kesan itu terjadi? Where (Di mana) Di manakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku? Why (Mengapa) Mengapakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku? How (Bagaimana) Bagaimanakah kejadian/ masalah/ kesan ini dapat diselesaikan? HEBAT Bacaan Bahasa Melayu CONTOH
S2 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Amal maaruf nahi mungkar merupakan konsep asas yang digariskan oleh agama Islam bagi memastikan penganutnya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan atau kemungkaran. Mengikut kajian-kajian awam yang dijalankan, kebanyakan pembuli yang melalui sesi kaunseling mempunyai kefahaman agama yang kurang mantap. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak sedar tentang keperluan menghormati orang lain sebagaimana yang digariskan oleh agama. Dalam negara yang pesat membangun, rakyatnya dituntut bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Kini, ibu bapa terlalu sibuk sehingga mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni melalui kefahaman agama yang utuh perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami keperluan dan kehendak anakanak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka terutamanya ketika di rumah. Ada antara pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi kini tidak melahirkan insan yang berfikiran waras. Selain itu, majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan gejala buli ini berlaku. Jika berpunca daripada keluarga, pelaku buli selalunya sama ada pernah dibuli atau sentiasa melihat keganasan buli di rumah. Seandainya bebanan kerja merupakan punca berlakunya aktiviti buli pula, selalunya pelaku buli terlalu stres akibat bebanan kerja yang diberikan. Perkara ini diburukkan lagi apabila seseorang individu gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan hingga menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya, mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati selepas berbuat demikian. Menyedari hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menganjurkan klinik pengurusan stres bagi mendidik masyarakat tentang cara menangani tekanan yang dihadapi. Satu aspek penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sahabat daripada lingkungan umur dan latar belakang yang sama. Maka, kita tidak boleh menolak bahawa gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang semestinya sentiasa bersama dengan remaja. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut dengan perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka berkemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan fikirannya. Sewajarnya dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan vital untuk memantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya rakan sebaya anak-anak. Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi pemangkin utama kepada penularan budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya bersifat kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara Barat pula berunsurkan aksi-aksi ganas bagi menarik minat penonton. Terdorong oleh perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan, pelaku buli akan bertindak mengaplikasikan aksi-aksi tersebut terhadap mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak penerbit perlulah lebih bertanggungjawab untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bernilai murni agar sesuai dengan adat dan budaya di negara kita kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kesimpulannya, sebelum nanah menjadi tokak, langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala ini. Sebagai remaja yang mungkin terdedah untuk menjadi pelaku buli ini, mereka perlu memikirkan nasib orang lain kerana mangsa bukan sahaja terdedah kepada kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara. CONTOH
S3 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas. Isi 1 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) Isi 2 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) CONTOH
S4 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Isi 3 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) Isi 4 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) CONTOH
S5 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Penerapan Sivik Bulan Februari Nilai Hormat-menghormati Tajuk Prihatin Terhadap Keluarga Teknik Bacaan HEBAT THRILD Title (Tajuk) Imbas bab dan tajuk. Heading (Tajuk Kecil) Tulis semua subtajuk. Read (Baca dan ringkaskan perenggan pertama) Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan maklumatnya. Illustrations (Ilustrasi) Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan. Last Paragraph (Baca dan ringkaskan perenggan terakhir) Baca perenggan terakhir dan rumuskan maklumatnya. Discussion (Bincangkan soalan) Pilih tiga soalan tentang perkara yang ingin diketahui dengan lebih lanjut oleh pembaca untuk dibincangkan. Langkah Pelaksanaan 1 Guru memberikan masa kepada murid untuk mengimbas tajuk besar, tajuk kecil, dan perkataanperkataan yang berhuruf tebal di dalam petikan. 2 Murid menulis tajuk utama dan subtajuk di dalam borang yang disediakan. 3 Murid membaca pendahuluan dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan. 4 Pindahkan kata kunci penting, perkataan berhuruf tebal, dan istilah-istilah penting yang terdapat di dalam petikan ke dalam borang. 5 Murid membaca perenggan terakhir (kesimpulan) dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan. 6 Murid berbincang dalam kumpulan untuk membentuk tiga soalan daripada subtajuk, kata kunci atau istilah untuk dibincangkan bersama guru. Aktiviti 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan. Membina Keluarga Bahagia Baiti jannati atau lebih mesra disebut sebagai rumahku syurgaku merupakan konsep yang menjadi impian dalam sesebuah keluarga. Bagi merealisasikan impian ini semestinya setiap keluarga perlu memiliki komponen penting, iaitu keluarga yang bahagia, sehati sejiwa, dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Sebuah keluarga yang bahagia tidak akan terbentuk jika setiap ahli keluarga hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Jika ada sekalipun, belenggu kejahilan dan kegelapan ini perlu diperjelas kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Keluarga merupakan institusi nukleus yang kecil tetapi sangat besar impaknya kepada pembentukan negara harmoni dan maju. Dalam usaha membentuk modal insan yang berminda kelas pertama sebagaimana yang diwara-warakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk suasana yang ideal bagi memangkin penerapan nilai dalam diri anakCONTOH
S6 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU anak. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan vital untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka biar sesibuk mana sekalipun. Ibu bapa perlu sedar bahawa masa yang diluangkan bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka perlu melakukan aktiviti di luar rumah semata-mata, tetapi usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping mendalami dan menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap diri anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka, perkembangan pelajaran di sekolah, dan kehidupan sosial mereka. Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Sebagai saudara yang lebih makan garam dalam keluarga seperti abang mahupun kakak, mereka sewajarnya membantu menstabilkan tanggungjawab di dalam keluarga. Stabil dalam tanggungjawab di sini membawa maksud abang atau kakak yang boleh dianggap sebagai ketua kepada adik-beradik yang lain perlu bertindak meringankan tugasan keluarga dengan menerajui kerja-kerja rumah yang semestinya mampu mengurangkan beban yang dipikul oleh kedua-dua orang tua. Adakah pembahagian tugas sebegini penting? Jawapan semestinya “ya” kerana tanggungjawab yang diagihkan akan melatih setiap ahli keluarga untuk lebih mempunyai semangat kebersamaan dan kesepunyaan dalam keluarga. Setiap ahli keluarga seharusnya membantu untuk menyelesaikan tugasan rumah tanpa disuruh atas dasar rasa kasih sayang dan tolak ansur. Melalui tindakan ini, nilai-nilai murni yang lain akan mula terbentuk dan yang paling penting kemesraan dan silaturahim antara keluarga mula dijalin erat dari masa ke masa hingga terbentuknya keluarga bahagia. Laut mana tidak berombak, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Resam hidup berkeluarga yang semestinya cukup masak dengan baik dan buruk setiap ahlinya, tidak akan terlepas daripada dugaan hidup seperti perselisihan pendapat. Dalam hal ini, ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Namun, kita perlu sedar bahawa setiap kali hujan lebat pasti ada pelangi pada akhirnya. Hal ini bermakna semestinya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perselisihan pendapat boleh diselesaikan dengan baik kerana air dicencang tidak akan putus dan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Selalunya setiap pertentangan pendapat antara ahli keluarga hanyalah asam garam dalam kehidupan bagi mencari keserasian yang lebih hebat antara ahli keluarga. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa keluarga bahagia boleh dibentuk melalui peranan ahli keluarga itu sendiri. Kesediaan setiap anggota untuk berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia. Sesungguhnya, keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju. Semoga dengan pembentukan keluarga bahagia ini, impian negara untuk membentuk remaja yang mampu menjadi tulang belakang kepada kepimpinan cemerlang negara pada masa depan akan tercapai. CONTOH
S7 BM Tingkatan 5 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas. NAMA : TARIKH : TAJUK UTAMA : SENARAI TAJUK KECIL : Subtajuk 1 : Kata Kunci 1 : Soalan 1 : Subtajuk 2 : Kata Kunci 2 : Soalan 2 : Subtajuk 3 : Kata Kunci 3 : Soalan 3 : Rumusan Pendahuluan : Rumusan Penutup : Membina Keluarga Bahagia Ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak Keluarga harmoni, menatang minyak yang penuh, mengambil berat Bagaimanakah ibu bapa membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga? Abang dan kakak mengambil tanggungjawab ibu bapa menjalankan tugas di rumah Menstabilkan tanggungjawab, kasih sayang dan bertolak ansur, silaturahim Bagaimanakah pembahagian tugas antara ahli keluarga boleh dibuat secara adil? Mengelakkan pertengkaran antara ahli keluarga Air dicencang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Apakah langkah untuk menyelesaikan pertengkaran antara ahli keluarga? Setiap insan memerlukan keluarga yang harmoni dalam kehidupannya. Demi membentuk keluarga bahagia ini, setiap ahli keluarga perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan keluarga. Setiap ahli keluarga perlu bertolak ansur dalam menghadapi masalah. Keluarga bahagia yang diwujudkan mampu memastikan anak-anak dibentuk dalam suasana yang baik dan ideal bagi membentuk pemimpin masa depan. CONTOH
S8 SUPLEMEN GURU Suplemen Guru Jawapan Suplemen Guru Kod-kod QR untuk Suplemen Guru CONTOH
Rekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 5 ........................................................................ ii - iv Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat ..................................................................................................... 1 Tema 2 Sukan dan Rekreasi .............................................................................................................. 5 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya .............................................................................................................. 8 Tema 4 Bersatu Kita Teguh .............................................................................................................. 14 Tema 5 Pendidikan untuk Semua .................................................................................................. 19 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi ......................................................................................... 21 Tema 7 Pertanian, Penternakan dan Perikanan .................................................................. 23 Tema 8 Melancong Mencari Makna ............................................................................................ 25 Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan .................................... 29 Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau .............................................................................. 33 Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita .................................................................................................. 38 Tema 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika ...................................................................... 42 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik .................................................................................... 47 Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita ....................................................................................... 52 Tema 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang ..................................................................... 55 Tema 16 Integriti ...................................................................................................................................... 60 Jawapan Skrip Pendengaran Kandungan Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR CONTOH
ii Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 1 Anda Bersih, Anda Sihat Mendengar dan Bertutur 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan makna dan fungsi perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan jelas dan betul. 1 Tatabahasa 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 2 Menulis 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. 3 Mendengar dan Bertutur 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan. 4 TEMA 2 Sukan dan Rekreasi Membaca 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. 5 Menulis 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 7 TEMA 3 Kerjaya Meniti Jaya Membaca 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 8 Menulis 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 10 Membaca 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 12 TEMA 4 Bersatu Kita Teguh Mendengar dan Bertutur 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 14 Tatabahasa 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 15 Menulis 3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. 17 TEMA 5 Pendidikan untuk Semua Mendengar dan Bertutur 1.5.1 Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. 19 Tatabahasa 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 20 Sekolah : Nama : Tingkatan : Rekod Pentaksiran Murid Bahasa Melayu Tingkatan 5 CONTOH
iii BM Tingkatan 5 Rekod Pentaksiran Murid Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Membaca 2.4.1 Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. 21 Tatabahasa 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks. 22 TEMA 7 Pertanian, Penternakan dan Perikanan Mendengar dan Bertutur 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 23 Tatabahasa 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 24 TEMA 8 Melancong Mencari Makna Membaca 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi. 25 Tatabahasa 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. 26 Menulis 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. 28 TEMA 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Mendengar dan Bertutur 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul. 29 Membaca 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 30 Tatabahasa 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 32 TEMA 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Mendengar dan Bertutur 1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat, dan bermakna. 33 Seni Bahasa 4.4.2 Mempersembahkan seloka dan gurindam dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif. 35 Mendengar dan Bertutur 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. 37 TEMA 11 Dunia Selamat Milik Kita Mendengar dan Bertutur 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. 38 Membaca 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik yang sesuai. 39 Tatabahasa 5.1.3 Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 41 TEMA 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Mendengar dan Bertutur 1.5.1 Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. 42 Tatabahasa 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 43 Menulis 3.5.1 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. 45 CONTOH
iv BM Tingkatan 5 Rekod Pentaksiran Murid Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Mendengar dan Bertutur 1.5.2 Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan kebolehpasaran diri secara bertatasusila. 47 Menulis 3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 48 Seni Bahasa 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. 50 TEMA 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita Mendengar dan Bertutur 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan bertatasusila. 52 Membaca 2.4.1 Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. 53 Menulis 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. 54 TEMA 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang Mendengar dan Bertutur 1.8.1 Merumus dan mengulas isu secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. 55 Membaca 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 57 Tatabahasa 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 59 TEMA 16 Integriti Mendengar dan Bertutur 1.8.2 Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. 60 Menulis 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. 61 Membaca 2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. 63 CONTOH
1 1 Tema Anda Bersih, Anda Sihat Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 2 – 3 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan makna dan fungsi perkataan, rangkai kata, istilah dan SP: 1.1.1 ungkapan dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan jelas dan betul. Berdasarkan bahan yang diperdengarkan, kenal pasti perkataan yang berbeza makna dan fungsi. Kemudian, laksanakan aktiviti komunikasi dengan menggunakan perkataan tersebut dengan jelas dan betul. KBAT Mengaplikasi Selepas banjir surut, banyak kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, kita perlu pastikan persekitaran di dalam dan di luar rumah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes. LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN DENGGI SELEPAS BANJIR SURUT 1 Lakukan semburan aerosol di dalam rumah sebelum masuk ke dalam rumah. 3 Lupus segala sampah sarap dengan cara yang betul. Kumpul dan ikatkan dengan baik sebelum kutipan dilakukan. 2 Lakukan aktiviti cari dan musnah secara kendiri di persekitaran rumah bagi membersihkan tempat menakung selepas banjir. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu mengenal pasti beberapa perkataan yang berbeza makna dan fungsi. Murid hanya mampu melaksanakan aktiviti komunikasi menggunakan perkataan tersebut secara minimum. 3-4 Murid mampu mengenal pasti perkataan yang berbeza makna dan fungsi serta mampu melaksanakan aktiviti komunikasi menggunakan perkataan tersebut dengan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu mengenal pasti perkataan yang berbeza makna dan fungsi serta melaksanakan aktiviti komunikasi menggunakan perkataan tersebut dengan jelas dan betul serta ayat yang gramatis. Audio 1 CONTOH
2 Tatabahasa Buku Teks m/s 4 – 5 SP: 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Berdasarkan bahan, kenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam bahan tersebut. Kemudian, tulis rencana ringkas yang berkaitan dengan penyakit berjangkit dengan menggunakan kata tunggal dan kata majmuk tersebut. KBAT Mengenal pasti, Mencipta Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunkan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar dari tandas, selepas menukar lampin pakai buang, dan mencuci najis. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak seperti sekolah, prasekolah, taman mainan, pasar raya, dan pengangkutan awam sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit Ibu bapa/ penjaga hendaklah membasuh tangan dengan sabun dan air bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka. Ajar anak-anak mengamalkan kebersihan yang baik. Elakkan daripada berkongsi pakaian, sapu tangan, tuala mandi, perkakas makanan, dan minuman serta alat mainan. Kata Majmuk air bersih, sapu tangan, tuala mandi, tempat awam, pasar raya Kata Tunggal tangan, kaki, mulut, ibu, bapa, dengan, sabun, dan, dahulu, anak, atau, bayi, mereka, ajar, yang, baik, konsisten, dari, tandas, lampin, najis, daripada, sesak, seperti, sekolah TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam poster. Murid hanya mampu menulis rencana ringkas yang berkaitan dengan penyakit berjangkit menggunakan kata tunggal dan kata majmuk secara terhad. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam poster serta menulis rencana ringkas yang berkaitan dengan penyakit berjangkit menggunakan kata tunggal dan kata majmuk tersebut dengan ayat yang memuaskan. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam poster serta menulis rencana ringkas yang berkaitan dengan penyakit berjangkit menggunakan kata tunggal dan kata majmuk tersebut dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Penyakit tangan, kaki, dan mulut sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Penyakit ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung oleh seseorang individu yang dijangkiti. Oleh itu, wajar jika ibu bapa memastikan anak-anak menggunakan air bersih dan sabun untuk mencuci tangan apabila melakukan sentuhan pada bahan-bahan yang mungkin berpotensi untuk dicemari dengan virus ini. Ibu bapa juga dinasihati supaya tidak membawa anak yang dijangkiti ke tempat awam seperti sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana mereka boleh merebakkan jangkitan. Video tutorial 1 BM Tingkatan 5 Tema 1 CONTOH
3 Menulis Buku Teks m/s 6 – 7 SP: 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks. Teliti bahan. Kemudian, tulis dan jelaskan maksud ayat tentang kemurungan dengan betulnya mengikut konteks. KBAT Menganalisis Berabad-abad lamanya, muzik digunakan untuk meringankan rasa bimbang, kesakitan atau mengembalikan ketenangan fikiran. Terapi muzik pada asasnya ialah mekanisme penyembuhan yang digunakan oleh ahli terapi yang bertauliah. Melalui kemahiran menggunakan muzik, aspek kesihatan pesakit dapat ditingkatkan, dipulihkan, dan dikekalkan. Hal ini dikesan apabila doktor dan jururawat di Eropah menyedari betapa pesakit memerlukan sesuatu yang seni daripada alunan suci itu, maka seorang pakar muzik mula dijemput ke rumah sakit. Sebuah tempat khas disediakan, iaitu di ruang kosong dengan persekitaran yang sunyi. Program yang lebih tersusun direncanakan dengan objektif utama untuk mencegah keletihan dan rasa jemu pesakit. Hal ini mencakupi peranan muzik itu sendiri sebagai ubat mujarab dalam penyembuhan penyakit. Tidak ada paksaan bagi pesakit untuk datang ke ruang tersebut. Namun begitu, tarikan alunan yang gemersik benar-benar memaut hati mereka. Pada mulanya, para doktor hanya membenarkan mereka yang berpenyakit paru-paru untuk mendengar petikan gitar yang dimainkan oleh orang tua yang memang pandai bermain gitar. Bagaikan ada selingan keramat dibawa oleh pemuzik tua tersebut, semua pesakit ingin datang. Ada yang datang dengan berselimut untuk mendengar petikan gitar tersebut, kecuali mereka yang tidak dapat meninggalkan katil mereka. Beethoven (1770 – 1827) ketika mudanya terkenal sebagai pemain piano terkemuka di Wina. Dia sebenarnya menyimpan rahsia kesengsaraan hidupnya. Dia mengalami masalah pendengaran yang kurang baik (tuli). Ternyata bahawa muzik dapat menyembuhkan penyakit dan mempunyai pengaruh yang jelas kepada kehidupan manusia, baik manusia cacat mahupun manusia normal. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dapatkah Muzik Menyembunyikan Penyakit?’ oleh Ismail Restu, Dewan Siswa, Bil. 1 2017 Maksud ayat perenggan pertama Maksud ayat perenggan kedua Maksud ayat perenggan ketiga TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan menggunakan ayat yang mudah dan kurang gramatis. 3-4 Murid mampu menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan tepat dan terperinci menggunakan ayat yang sangat gramatis. Satu daripada kaedah efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Muzik tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit, sebaliknya dapat menenang, mengurangkan simptom atau kesakitan yang ditanggung dan mempercepat proses pemulihan. Banyak juga penyakit lain yang turut memanfaatkan kaedah rawatan muzik. BM Tingkatan 5 Tema 1 CONTOH
4 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 8 – 9 SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan. Berdasarkan bahan, jalankan simulasi sesi dialog antara pengerusi persatuan penduduk dengan ahli jawatankuasa untuk membincangkan masalah kebersihan di kawasan perumahan. KBAT Mengaplikasi Papan tanda larangan membuang sampah yang diletakkan di sini nampaknya tidak memberikan apa-apa makna kepada penghuni apabila terus membuang sisa buangan di sana. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pemandangan kotor ditambah bau busuk. Keadaan seperti ini tidak boleh dibiarkan. Kalau begitu, usah bertangguh lagi. Ayuh, kita, laporkan hal ini kepada pengerusi persatuan penduduk! Bolehlah beliau mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa penduduk untuk tindakan yang seterusnya. Betul cakap kamu. Lampin pakai buang, pembungkus makanan, serta sisa buangan dibuang di sini walaupun terdapat tong sampah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk kemudahan orang ramai kira-kira 100 meter dari tempat pembuangan sampah yang tidak diiktiraf ini. Setuju. Kita perlu bertindak segera. Penghuni taman seharusnya mengubah sikap untuk samasama menjaga kebersihan seterusnya mengelak diserang pelbagai penyakit yang berpunca daripada kawasan kotor ini. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu menjalankan simulasi untuk membincangkan masalah kebersihan di kawasan perumahan secara terhad. Murid hanya mampu melaksanakan aktiviti komunikasi secara minimum. 3-4 Murid mampu menjalankan simulasi untuk membincangkan masalah kebersihan di kawasan perumahan dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu menjalankan simulasi untuk membincangkan masalah kebersihan di kawasan perumahan dengan lancar, jelas, dan ayat yang gramatis. Video tutorial 2 BM Tingkatan 5 Tema 1 CONTOH
5 Membaca Buku Teks m/s 18 – 19 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan SP: 2.2.1 betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, analisis dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan dengan menggunakan teknik Luncuran dan Imbasan. KBAT Menganalisis Sukan lasak seperti memanjat tebing tidak lagi asing kepada golongan remaja pada masa ini. Sukan ini sesuai dengan sifat remaja yang suka akan cabaran. Banyak kebaikan yang boleh didapati daripada menyertai sukan ini. Sukan ini dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal peserta serta menguji tahap keberanian individu. Sukan memanjat tebing memberikan keseronokan dan cabaran kepada penggemarnya walaupun boleh mendatangkan bahaya. Aktiviti memanjat bukan perkara yang mudah kerana memerlukan tumpuan dan fokus yang tinggi selain sentiasa mengutamakan keselamatan. Dalam sukan ini, keselamatan perlu dititikberatkan dan untuk itu peralatan keselamatan perlu disediakan. Dalam sesetengah keadaan, nyawa anda memang bergantung pada peralatan-peralatan seperti abah-abah, tali panjatan, alat susur ikat, dan karabiner. Untuk mencapai puncak cerunan, anda semestinya memerlukan kekuatan anggota tubuh badan serta teknik memanjat yang baik kerana permukaan batu tidak sama rata. Sekiranya tidak, kecederaan mudah berlaku memandangkan jarak bagi sukan panjat tebing ialah 50 meter dari tanah. Persediaan rapi dari segi mental, fizikal, dan logistik juga perlu diambil kira. Kecederaan yang kerap berlaku biasanya melibatkan jari-jemari, tangan, siku, dan lengan kerana merupakan anggota yang paling utama digunakan. Aktiviti memanjat tembok sememangnya bukan sesuatu yang baharu dalam kalangan peminat aktiviti ekstrem tempatan. Sukan ini dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal peserta serta menguji tahap keberanian individu. Aktiviti memanjat tembok bukan perkara yang mudah kerana pemanjat hanya dibenarkan berpaut pada pemegang pemanjat yang bersaiz antara 7.62 cm hingga 20.32 cm. Bukan sekadar kekuatan tangan diperlukan, malah bahagian utama dalam pergerakan badan juga memainkan peranan penting bagi memastikan pendaki dapat mengawal kestabilan badan untuk sampai ke penghujung tembok tiruan. Bagi aktiviti memanjat tembok, terdapat beberapa keperluan asas, iaitu kasut khas untuk mendaki, abah-abah, tali dinamik, dan serbuk kapur. Tilam akan disediakan untuk keselamatan sekiranya terjatuh. Tembok biasanya berketinggian antara 5 meter hingga 20 meter atau bersamaan bangunan lima tingkat. Pendaki juga akan mendaki tembok mengikut laluan yang ditetapkan. Tali untuk mendaki sedia dipasang hingga atas selain penyeliaan pengawal tali mendaki (belayer) yang berada di bawah tembok tiruan bagi membantu pendaki ketika mendaki atau turun dengan selamat. Bahan 1 Bahan 2 2 Tema Sukan dan Rekreasi CONTOH
6 BM Tingkatan 5 Tema 2 ARAHAN: Buat ringkasan daripada bahan-bahan di atas. Ringkasan pendahuluan Persamaan Perbezaan TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid dapat membaca maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza tetapi hanya dapat mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat secara terhad. 3-4 Murid dapat membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza pada tahap kukuh. 5-6 Murid dapat membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza pada tahap kekal dan terperinci. Sukan lasak seperti memanjat tebing dan tembok merupakan sukan yang popular. Sukan ini semakin digemari oleh golongan muda di negara kita. Pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan membabitkan diri dalam sukan lasak. 1 Merupakan sukan lasak. 2 Aktiviti memanjat tebing atau tembok bukan perkara yang mudah. 3 Dapat meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal peserta. 4 Dilengkapkan peralatan keselamatan semasa memanjat. 5 Memerlukan kekuatan anggota tubuh badan. 6 Menguji kebolehan dan tahap keberanian individu. 1 Permukaan batu tidak sama rata bagi sukan panjat tebing. 2 Sukan panjat tebing memerlukan teknik memanjat yang baik. 3 Jarak bagi sukan panjat tebing ialah 50 meter dari tanah, manakala jarak bagi sukan panjat tembok kurang daripada 20 meter. 4 Pemanjat sukan panjat tembok hanya berpaut pada pemegang pemanjat yang bersaiz antara 7.62 cm hingga 20.32 cm sahaja. 5 Sukan panjat tebing memerlukan teknik memanjat yang baik manakala sukan panjat tembok mendaki tembok mengikut laluan yang ditetapkan dan diselia oleh pengawal tali mendaki. CONTOH
7 BM Tingkatan 5 Tema 2 Pada pendapat saya, permainan tradisional perlu dipertahankan kerana permainan tradisional ini merupakan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa Malaysia yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Contohnya, permainan congkak yang telah terkenal sejak dahulu lagi. Selain itu, permainan tradisional warisan nenek moyang kita juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan begitu cantik. Selain itu, permainan tradisional dapat mengukuhkan perpaduan kaum, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat yang berbilang bangsa. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Hal ini akan mencetuskan suasana muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Video tutorial 3 Menulis Buku Teks m/s 20 – 21 SP: 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. Teliti dan nilai maklumat yang diberikan. Kemudian, tulis justifikasi permainan tradisional perlu dipertahankan dengan menggunakan ayat yang gramatis. KBAT Menilai Jenis Permainan Cara Bermain Pemain akan memulakan permainan dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkkan satu per satu buah congkak ke dalam setiap kampung menuju ke rumah masingmasing menurut arah pusingan jam sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak. Sebiji buah akan dijadikan ibu. Ibu akan dilambung ke udara. Dalam masa yang sama sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan ini akan berterusan sehingga semua buah sudah dikutip. Negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak, dan sebagainya. Namun begitu, permainan ini semakin dilupakan sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional ini perlu dipertahankan? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang mudah dan kurang gramatis. 3-4 Murid mampu menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang sangat gramatis. CONTOH
8 3 Tema Kerjaya Meniti Jaya Membaca Buku Teks m/s 32 – 33 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam SP: 2.3.1 teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Baca kedua-dua bahan dengan menggunakan teknik bacaan QUACK. Kemudian, bandingkan kedua-dua bahan dengan mengemukakan bukti daripada bahan teks. KBAT Menganalisis Bahan 1 KANGAR: Bermula sekadar suka-suka yang dipelajari melalui laman YouTube, seorang guru agama kini aktif bertukang dengan menghasilkan perkakasan rumah menggunakan kayu palet, sekali gus menjadi sumber pendapatan sampingan. Sejak dua tahun lalu, Azizul Yaakub, 36, sudah menghasilkan lebih 1 000 unit rak kasut, meja makan, kerusi, katil, almari, dan bar mini, malah meraih pendapatan tambahan mencecah RM24 000 setahun. Ilham menghasilkan perabot menggunakan kayu palet terdetik selepas melihat seorang pemilik restoran menghasilkan kerusi dan meja makan menggunakan bahan berkenaan. “Saya perhati dengan teliti bagaimana beliau menghasilkan perabot berkenaan dan bersembang tentang kaedah membuatnya sebelum mencari serta mempelajari sendiri melalui laman YouTube tentang cara untuk menghasilkan perabot menggunakan kayu palet,” katanya. Produk pertama beliau ialah rak kasut tanpa pintu yang dihasilkan pada November 2015 dan hasil kerja tangan itu dijual kepada seorang rakan. Laman sosial Facebook menjadi medium utama untuk beliau memasarkan perabot yang dihasilkan dan mendapat maklum balas memberangsangkan. “Dalam sebulan, hanya 10 hingga 15 unit perkakasan yang boleh dihasilkan kerana saya terikat dengan komitmen sebagai seorang guru sehingga ada ketika saya terpaksa menolak beberapa tempahan. Hanya pada musim cuti sekolah, saya dapat menghasilkan lebih daripada 30 barangan dengan kerja pertukangan berlangsung dari pagi hingga malam,” katanya. Beliau merancang untuk menghasilkan perkakasan berasaskan besi dan kayu palet pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bertukang Ikut YouTube Tambah Pendapatan Ustaz’ oleh Muhammad Mustakim Ramli, Berita Harian Online, 3 Ogos 2017 Bahan 2 KOTA BHARU: Daripada membiarkan kayu palet mereput, dua sahabat, Mohd. Farhan Fakri, 28, dan Azaizuri Ahmad, 38, menjadikannya sebagai perabot menarik dan dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit. Lebih membanggakan Mohd. Farhan dan Azaizuri sejak memulakan perusahaan membuat perabot daripada kayu palet pada Mac lalu, kini mampu menarik nafas lega apabila hasil kreativiti mereka diterima masyarakat setempat dan negeri jiran. Tanpa mengeluarkan modal yang besar berikutan bahan asasnya adalah daripada kayu yang terbuang, pelbagai jenis perabot telah dihasilkan. Antaranya kerusi, meja makan dan pejabat, rak, serta perhiasan dinding. Video tutorial 4 CONTOH
9 BM Tingkatan 5 Tema 3 Pada asalnya beliau menjalankan kerja pengurusan sisa buangan dari pejabat termasuk komputer. Apabila melihat banyak kepingan kayu yang turut diberikan semasa menguruskan sisa buangan, beliau terfikir untuk menghasilkan sesuatu daripada sisa kepingan kayu itu. Bersama Azaizuri, Mohd. Farhan mengambil keputusan untuk cuba menghasilkan perabot dengan menggunakan kayu palet. Mereka memperoleh kayu palet dari tempat pembinaan sama ada dibeli dengan harga yang murah atau mendapatnya secara percuma. Sebaik menghasilkan beberapa jenis perabot, mereka memuat naik gambar ke laman sosial Facebook dengan tugas mempromosi itu dilakukan oleh Azaizuri. Azaizuri berkata, mereka menerima reaksi positif apabila ramai orang berminat untuk mendapatkan perabot yang dihasilkan. Meskipun masih baharu, mereka menerima banyak tempahan perabot, iaitu antara lima hingga enam set sehari, malah ada pelanggan yang mereka sendiri rekaan yang dikehendaki. Mereka turut mengupah tiga orang pekerja untuk kerja ini bermula dengan bertukang, memasang, dan mengecat. Menurut Azaizuri, harga yang ditawarkan mereka bagi perabot berkenaan amat berpatutan, iaitu antara RM150 hingga RM600 bagi satu set atau unit tertakluk kepada permintaan pelanggan. Pelanggan boleh datang ke kilang mereka untuk memilih dan membeli, malah pihaknya turut menyediakan khidmat penghantaran. Mereka merancang untuk membina sebuah bengkel dalam masa terdekat bagi meluaskan ruang pembuatan perabot palet ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ubah Kayu Terpakai Jadi Wang’ oleh Siti Rohana Idris, Berita Harian Online, 13 Julai 2017 Perkara Bahan 1 Bahan 2 Bahan menghasilkan perabot Kayu palet. Kayu palet. Cara mendapat ilham Selepas melihat seorang pemilik restoran menghasilkan kerusi dan meja makan menggunakan kayu palet. Apabila melihat banyak kepingan kayu yang turut diberikan semasa menguruskan sisa buangan. Cara pemasaran perabot laman sosial Facebook laman sosial Facebook Jenis perabot yang dihasilkan rak kasut, meja makan, kerusi, katil, almari, dan bar mini kerusi, meja makan dan pejabat, rak, serta perhiasan dinding Rancangan pada masa hadapan Merancang untuk menghasilkan perkakasan berasaskan besi dan kayu palet pada masa hadapan. Membina sebuah bengkel dalam masa terdekat bagi meluaskan ruang pembuatan perabot palet ini. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, memahami, dan membandingkan kedua-dua bahan secara terhad. Murid hanya mampu mengemukakan bukti daripada bahan teks secara minimum. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan membandingkan kedua-dua bahan pada tahap yang kukuh. Murid mampu mengemukakan bukti daripada bahan teks secara betul. 5-6 Murid dapat membaca, memahami, dan membandingkan kedua-dua bahan dengan membuat perbandingan pada tahap tekal dan terperinci. Murid dapat mengemukakan bukti daripada bahan teks secara tepat. CONTOH
10 BM Tingkatan 5 Tema 3 Menulis Buku Teks m/s 34 – 35 SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. Analisis isi penting yang terdapat dalam bahan yang diberikan. Kemudian, susun isi penting berdasarkan kesesuaian untuk menghasilkan kerangka karangan tentang faktor-faktor pengangguran dalam kalangan graduan universiti. KBAT Menganalisis, Mencipta Pengangguran merupakan isu yang hangat diperkatakan. Menurut Sistem Kajian Pengesanan Graduan, daripada 238 187 orang graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2017, seramai 54 103 orang graduan menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hal ini menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah amat membimbangkan. Masalah pengangguran antara dilema paling dikhuatiri oleh graduan pada masa ini. Segulung ijazah belum pasti menjanjikan pekerjaan. Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan pembaziran sumber tenaga yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi, politik, dan sosial. Pilihan yang terlalu banyak tetapi tidak menepati cita rasa graduan menimbulkan konflik dalam dunia kerjaya. Terlalu cerewet memilih pekerjaan supaya menepati tahap pensijilan akademik menyebabkan mereka menjadi mangsa pengangguran. Graduan masa ini terlalu memilih pekerjaan sehingga melepaskan peluang pekerjaan yang sedia ada di hadapan mata seperti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Ada sesetengah siswazah pula mempunyai pemikiran bahawa mereka sanggup menganggur selagi belum ada pekerjaan yang sesuai. Mereka sanggup menganggur daripada bekerja dengan jawatan yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik daripada menganggur. Oleh itu, jelaslah bahawa sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan sesuatu pekerjaan tidak dapat diisi. Satu daripada punca berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan. Hasil daripada beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa terdapat ketidaksepadanan antara keperluan pekerjaan dalam industri dan pengetahuan dengan kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduangraduan yang diperlukan. Impaknya, graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Jelaslah bahawa hanya graduan yang benar-benar memiliki nilai tambah yang luar biasa daripada graduan yang lain dapat mempertingkatkan kebolehpasaran di dunia pekerjaan. Selain itu, kegagalan menguasai kemahiran berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris juga menyebabkan graduan tidak diterima oleh majikan. Hal ini demikian kerana majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Ketika sesi temu duga, kriteria tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan sebelum menawarkan pekerjaan. Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi, sukar untuk majikan menawarkan pekerjaan. Memetik daripada kata-kata Datuk Maznah Hamid, “jika dari segi akademik, individu itu hebat, namun lemah dari aspek komunikasi, dia tetap tidak akan membantu kejayaan individu itu.” Maka, sudah terang lagi bersuluh, kemahiran berkomunikasi merupakan pelengkap bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Konklusinya, pihak kerajaan perlu mencari inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran untuk mengelakkan pembaziran sumber tenaga. Graduan perlu mengubah sikap diri sendiri supaya dapat mengurangkan lambakan penganggur di negara dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing seperti di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semua bakal graduan harus membuka mata, minda, dan hati untuk melipatgandakan usaha agar tidak ketinggalan atau menjadi mangsa keadaan setelah memiliki segulung ijazah kelak. CONTOH
11 BM Tingkatan 5 Tema 3 Rangka karangan Pendahuluan Pengangguran merupakan isu yang hangat diperkatakan – menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian – amat membimbangkan – merupakan pembaziran sumber tenaga Isi-isi penting Isi 1 Sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaaan. Mengapa Terlalu cerewet memilih pekerjaan supaya menepati tahap pensijilan akademik. Bagaimana Graduan universiti sanggup menganggur selagi belum ada pekerjaan yang sesuai. Kesan Melepaskan peluang pekerjaan yang sedia ada di hadapan mata. Penegas Oleh itu, jelaslah bahawa sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan sesuatu pekerjaan tidak dapat diisi. Isi 2 Kelulusan graduan tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan. Mengapa Terdapat ketidaksepadanan antara keperluan pekerjaan dalam industri dan pengetahuan dengan kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Bagaimana Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Kesan Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Penegas Jelaslah bahawa hanya graduan yang benar-benar memiliki nilai tambah yang luar biasa daripada graduan yang lain dapat mempertingkatkan kebolehpasaran di dunia pekerjaan. Isi 3 Kegagalan menguasai kemahiran berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris. Mengapa Majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Bagaimana Ketika sesi temu duga, kriteria tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan sebelum menawarkan pekerjaan. Kesan Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi, sukar untuk majikan menawarkan pekerjaan. Penegas Sudah terang lagi bersuluh, kemahiran berkomunikasi merupakan pelengkap untuk menjamin masa hadapan yang cerah. Penutup Penegasan Konklusinya, pihak kerajaan perlu mencari inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran untuk mengelakkan pembaziran sumber tenaga. Cadangan Graduan perlu mengubah sikap diri sendiri supaya dapat mengurangkan lambakan penganggur di negara dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing. Harapan Semua bakal graduan harus membuka mata, minda, dan hati untuk melipatgandakan usaha agar tidak ketinggalan atau menjadi mangsa keadaan setelah memiliki segulung ijazah kelak. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terhad. 3-4 Murid mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan betul. 5-6 Murid dapat menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan tepat. CONTOH
12 BM Tingkatan 5 Tema 3 Membaca Buku Teks m/s 38 – 39 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang SP: 2.3.2 sesuai. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti menggunakan teknik 5W1H. Kemudian, kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan tentang pilihan kerjaya dan selesaikannya. KBAT Menganalisis, Menilai Bahan 1 Laiman baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Dia menyangkutkan kopiah dan baju teluk belanganya di paku pada para pakaian di atas tempat tidurnya yang tidak mempunyai bilik itu. Apabila ayahnya melihat Laiman mahu melabuhkan punggungnya di bendul pintu rumah, ayahnya bertanya. “Kamu merupakan graduan dalam jurusan kejuruteraan sepatutnya sudah punya kerja, Man. Jabatan kerajaan semua memerlukan orang seperti kamu. Cuma kamu saja sengaja menolak. Ayah ni bukan apa, Man. Ayah kasihankan kamu bertahun-tahun menuntut pelajaran. Pulangnya di kampung. Kamu tidak malukah?” Laiman tidak bersuara setelah lebih kurang lima minit ayahnya meminta jawapan. “Cubalah kamu fikir, Man. Nenek kamu ni. Kamu tak kasihankan nenek kamu yang sudah tua ni? Dia mahu melihat kamu senang dan berjaya dalam hidup. Mahu merasakan pendapatan hasil titik peluh kamu sendiri sebelum meninggal dunia,” kata Pak Kiassim lagi. Laiman berasa bingung sekarang. Mahu sahaja dia melenting dan melawan cakap ayahnya. Dia bukanlah seperti yang dikatakan oleh ayahnya itu. Dia tidak pernah lupa akan jasa-jasa yang dicurahkan kepadanya. Dia mahu hidup berdikari dan memajukan orang kampung tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. “Ayah tak tahu apa kenanya dengan kamu ni. Dah dapat kerja ditolak. Konon nak usahakan ladang tembikai. Projek itu kamu fikir akan menguntungkan? Bukan kamu seorang yang cuba untuk berdikari, malah sudah ramai. Tapi, tidak seorang pun yang berjaya dengan projek yang diusahakan. Sia-sia saja titik peluh yang dicurahkan.” Dipetik dan diubah suai daripada novel ‘Jalan ke Puncak’ karya Juri Durabi Bahan 2 MASA : Waktu siang. TEMPAT : Di rumah Tini. AYAH : (Keras) Ayah tak suka kau bertindak sendiri, Tini. Ayah hantar kau belajar tinggi-tinggi kerana ayah tak mau kau terus menetap di kampung ini. Tiada apa-apa yang kau peroleh di kampung ini. Kau ada kelulusan. Takkan dah dapat diploma kau tak mau kerja? TINI : Ayah! Zaman sekarang tidak menghalang sesiapa yang mahu berusaha untuk maju. Di kampung ini, banyak yang boleh saya buat. Perusahaan kraf tangan bukannya hina. AYAH : Walaupun bukan hina tetapi tindakan ini akan memalukan ayah dan keluarga kita. TINI : Pekerjaan itu tidak menyalahi undang-undang, ayah. Kenapa ayah harus malu? AYAH : (Kesal) Tini! Tini! Cubalah kau fahami maksud ayah. Ayah tidak yakin dengan kemampuan kau. Kau itu perempuan. Bukan layak untuk kau lakukan. TINI : Kalau ayah tidak memberi peluang untuk saya membuktikan, bagaimana ayah harus yakin? Ayah, walaupun saya ini daripada golongan lemah, tapi semangat saya tak lemah, ayah. Sepatutnya ayah bangga kerana ada anak ayah yang sanggup berjuang menyambung usaha ayah dan kampung ini. Dipetik dan diubah suai daripada drama ‘Di Sini Bakti Bersemadi’ karya Ajes Tuah CONTOH
13 BM Tingkatan 5 Tema 3 ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan bahan-bahan yang diberikan. Bahan 1 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapakah watak utama dalam novel ini?) Watak utama dalam novel ini ialah Laiman. 2 What (Apakah kejadian yang menimpa watak utama?) Laiman tidak mahu bekerja sebagai jurutera setelah tamat belajar. Laiman mahu melakukan kerja-kerja pertanian, tetapi ayahnya mahu dia bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusannya. 3 When (Bilakah kejadian itu berlaku?) Selepas isyak. 4 Where (Di manakah kejadian itu berlaku?) Di rumah. 5 Why (Mengapakah kejadian itu boleh berlaku?) Ayah Laiman terlalu mengambil berat tentang masa hadapan anaknya. Ayah Laiman juga berasa kesal apabila Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani dan tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya. 6 How (Bagaimanakah kejadian itu dapat diselesaikan?) Ayah Laiman seharusnya memahami dan menyokong impian Laiman untuk hidup berdikari dan memajukan orang kampung. Bahan 2 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapakah watak utama dalam drama ini?) Watak utama dalam drama ini ialah Tini. 2 What (Apakah kejadian yang menimpa watak utama?) Tini berminat untuk bekerja sendiri walaupun dia mempunyai diploma. Ayah Tini membantah hasrat Tini itu. 3 When (Bilakah kejadian itu berlaku) Pada waktu siang. 4 Where (Di manakah kejadian itu berlaku) Di rumah. 5 Why (Mengapakah kejadian itu boleh berlaku) Tini ingin bekerja sendiri dan berbakti di tempat kelahirannya, tetapi ayahnya mempertikaikan kemampuannya. 6 How (Bagaimanakah kejadian itu dapat diselesaikan?) Ayah Tini harus memberikan peluang kepada Tini untuk membuktikan kemampuannya. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti masalah daripada kedua-dua bahan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan cara penyelesaian masalah berdasarkan bahan-bahan secara minimum. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti masalah daripada kedua-dua bahan pada tahap kukuh. Murid mampu memberikan cara penyelesaian masalah berdasarkan kedua-dua bahan secara betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti masalah daripada kedua-dua bahan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu memberikan cara penyelesaian masalah berdasarkan kedua-dua bahan secara tepat dan rasional. CONTOH
14 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 42 – 43 SP: 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. Lakukan perbualan dengan rakan anda tentang aktiviti yang dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Kemudian, kemukakan idea baharu bagi aktiviti yang akan dilaksanakan secara bertatasusila. KBAT Menilai Pertandingan pertunjukan kebudayaan yang diadakan pada tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan. Apa kata kita cadangkan agar pertandingan sebegini diadakan lagi? Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Aktiviti kemerdekaan seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan pakaian tradisional, deklamasi puisi, dan lain-lain sedikit sebanyak mampu mendorong murid untuk sayang akan negara. Tambahan pula, program-program sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah juga dapat memupuk perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Semua aktiviti yang dicadangkan itu menarik, tetapi saya hendak mencadangkan aktiviti yang lebih menarik yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Apa kata kita mengadakan kawad kaki dan latihan berkumpulan? Program sebegini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan peserta kerana mereka akan merasai semangat cinta akan negara. Melalui latihan yang dijalankan juga, peserta-peserta dapat bercampur gaul sesama mereka yang berbilang kaum, budaya, dan agama. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan secara terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan dengan baik tetapi hanya dapat mengemukakan idea baharu dalam perbualan secara umum. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan dengan sangat yakin dan mampu mengemukakan idea baharu dalam perbualan. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, bervariasi, dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. 4 Tema Bersatu Kita Teguh CONTOH
15 BM Tingkatan 5 Tema 4 Tatabahasa Buku Teks m/s 44 – 45 SP: 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti golongan kata yang terdapat dalam bahan. Kemudian, anda dikehendaki membina dua ayat anda sendiri daripada setiap golongan kata yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. KBAT Menganalisis. Mencipta Setiap negara yang merdeka dan berdaulat semestinya mempunyai bendera. Bendera menjadi lambang kemegahan setiap rakyat yang cinta akan negara. Kita dapat mengenali sesebuah negara berdasarkan benderanya. Sejarah Jalur Gemilang bermula apabila akhbar The Malay Mail menjalankan tinjaun kepada pembaca terhadap tiga reka bentuk yang dipilih pada peringkat akhir pertandingan mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan itu dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949. Persekutuan Tanah Melayu perlu memiliki bendera sendiri ketika dalam proses mencapai kemerdekaan. Ketika itu, bendera rasmi negara kita ialah Union Jack, iaitu bendera negara British yang menjajah Tanah Melayu. Pada 28 November 1949, majoriti rakyat Malaysia memilih reka bentuk ketiga, iaitu ciptaan pekerja di Jabatan Kerja Raya, Johor, bernama Mohamad Hamzah. Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan mendapat perkenan Mesyuarat Raja-raja pada 23 Februari 1950. Antara perubahan yang ditambahbaikkan termasuklah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi Raja-Raja Melayu. Selain itu, perubahan melibatkan penambahan pada bucu bintang menjadi 11 sebagai mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam persekutuan Tanah Melayu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jalur Gemilang Lambang Kemegahan Negara’ oleh Lokman Ismail, Dewan Siswa, Ogos 2013 Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Kerja Transitif Aktif negara, bendera, lambang, kemegahan, rakyat, sejarah, akhbar, tinjauan, pembaca, peringkat, pertandingan, tahun, proses, kemerdekaan, ciptaan, pekerja, pindaan, perkenan, perubahan, warna, bulan, bintang, penambahan, bucu bintang, negeri Jalur Gemilang, The Malay Mail, Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Perundangan Persekutuan, Union Jack, British, Tanah Melayu, November, Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Johor, Mohamad Hamzah, Mesyuarat Raja-raja, Februari, Raja-Raja Melayu mempunyai, mengenali, menjalankan, memiliki, mencapai, menjajah, mendapat, menukar, melambangkan, melibatkan Kata Adjektif Kata Majmuk Kata Kerja Tak Transitif cinta, akhir, putih, kuning reka bentuk, mereka bentuk, mengambil kira merdeka, berdaulat, menjadi, berdasarkan, bermula, bernama, CONTOH termasuk
16 BM Tingkatan 5 Tema 4 Ayat 1 Kata Nama Am (i) (ii) 2 Kata Nama Khas (i) (ii) 3 Kata Kerja Transitif Aktif (i) (ii) 4 Kata Kerja Tak Transitif (i) (ii) 5 Kata Adjektif (i) (ii) 6 Kata Majmuk (i) (ii) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu memahami dan mengenal pasti beberapa golongan kata yang terdapat dalam bahan serta dapat membina ayat menggunakan golongan kata yang dikenal pasti tetapi kurang gramatis. 3-4 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti golongan kata yang terdapat dalam bahan dan dapat membina ayat menggunakan golongan kata yang dikenal pasti dengan gramatis. 5-6 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti golongan kata yang terdapat dalam bahan dan membina ayat menggunakan golongan kata yang dikenal pasti dengan gramatis dan terperinci. Pertandingan mencipta slogan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Jata Negara menjadi lambang kemegahan penduduk negara. Jalur Gemilang merupakan lambang negara yang harus kita hormati. Masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baharu Cina pada bulan Februari nanti. Fuad menjalankan tugasnya sebagai pegawai keselamatan dengan penuh bertanggungjawab. Wee Leng berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya. Sejak di bangku sekolah, Qistina bercita-cita menjadi doktor pakar bedah. Kesultanan Melaka berakhir dan dijajah oleh kuasa asing bermula pada tahun 1511. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam sanubari anak-anak. Winnie mengecat ruang tamunya dengan warna putih kegemarannya. Reka bentuk hiasan dalaman rumah banglo itu sangat unik. Sekolah dibuka semula selepas mengambil kira pandangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah. CONTOH
17 BM Tingkatan 5 Tema 4 Pada era yang serba moden ini, sikap tolong-menolong dapat diterapkan melalui media massa yang banyak mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan belia di Malaysia. Penayangan iklan-iklan, dokumentari atau drama yang memaparkan konsep ini melalui media massa mampu memberikan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Melalui corong radio juga, masyarakat diperdengarkan iklan yang berbentuk konsep bagai aur dengan tebing. Media cetak seperti surat khabar, majalah, dan risalah boleh mengisi bahan yang berkaitan dengan konsep tolong-menolong ini. Selain nilai murni, pengajaran yang berkonsepkan kerjasama juga dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat kerana secara tidak langsung mereka dapat mengetahui akibat buruk jika mempunyai sikap bagai enau dalam belukar, melepakan pucuk masing-masing. Jelaslah bahawa media massa mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang konsep bantu-membantu ini. Menulis Buku Teks m/s 46 – 47 SP: 3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Masyarakat Melayu mempunyai banyak peribahasa sebagai teladan kepada masyarakatnya. Peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ bermaksud saling membantu antara satu dengan yang lain. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat diterapkan dalam masyarakat kini? Dengan menggunakan pendekatan persembahan idea secara deduktif, tulis karangan yang panjangnya hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. KBAT Mencipta Sikap tolong-menolong dan bantu-membantu sememangnya sesuai dengan amalan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sejak zaman-berzaman lagi, rakyat Malaysia telah pun mengamalkan sikap ini. Kalau tidak begitu, manakan mungkin lahirnya peribahasa bagai aur dengan tebing? Maksud peribahasa ini ialah konsep tolong-menolong dan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat. Peribahasa ini merupakan perlambangan kepada masyarakat yang saling bekerjasama tanpa mengira perbezaan darjat atau agama, malah melampaui bangsa dan kaum. Masyarakat yang bekerjasama juga boleh dikaitan dengan peribahasa lain, iaitu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Malangnya, konsep ini seakan-akan telah hilang ditelan dek zaman. Masyarakat kini sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan kurangnya pendedahan aktiviti kemasyarakatan kepada golongan muda. Justeru, konsep ini perlu diterapkan dalam masyarakat kini semula. Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk merealisasikan konsep yang baik ini dalam masyarakat. Isi 1 Ayat topik Memberikan kesedaran melalui media massa. Ayat huraian Penayangan iklan-iklan, dokumentari atau drama yang memaparkan konsep ini melalui media massa mampu memberikan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ayat contoh Melalui radio, televisyen, dan media cetak. Ayat penegasan Media massa mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang konsep bantu-membantu ini. Isi 2 Ayat topik Mengadakan aktiviti gotong-royong secara bersama-sama. Ayat huraian Sikap tolong-menolong dan toleransi amat penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Ayat contoh Pembersihan taman, kenduri-kendara, sukan rakyat, dan majlis kesyukuran. Ayat penegasan Jelaslah bahawa aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang semakin hilang ini mampu dihidupkan semula seandainya semua pihak memahami konsep bagai aur dengan tebing. CONTOH
18 BM Tingkatan 5 Tema 4 Selain itu, amalan kerjasama dan bantu-membantu ini dapat diterapkan melalui aktiviti gotong-royong secara bersama-sama. Aktiviti ini memerlukan pengagihan kerja yang baik supaya segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Sikap tolong-menolong dan toleransi amat penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan melalui konsep ini ialah pembersihan taman, kenduri-kendara, sukan rakyat, dan majlis kesyukuran. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini mampu memupuk semangat bantu-membantu dalam masyarakat kerana penglibatan semua ahli kariah dan taman. Jelaslah bahawa aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang semakin hilang ini mampu dihidupkan semula seandainya semua pihak memahami konsep bagai aur dengan tebing. Ibu bapa juga memainkan peranan untuk memupuk dan menanam sikap ini dalam diri anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak kerana lazimnya mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dalam kehidupan. Misalnya, ibu bapa yang membawa anak-anak mengikuti aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong mampu membentuk keperibadian murni dalam jiwa anak-anak. Mereka akan menjadikan amalan ini suatu kebiasaan kerana alah bisa tegal biasa. Konsep ini secara tidak langsung dipupuk agar anak-anak bekerjasama dan tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama. Jelaslah bahawa pendedahan awal konsep ini kepada anak-anak mampu membentuk generasi pelapis yang baik. Isi 3 Ayat topik Memupuk dan menanam sikap ini dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ayat huraian Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak kerana lazimnya mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dalam kehidupan. Ayat contoh Ibu bapa membawa anak-anak mengikuti aktiviti kemasyarakatan. Ayat penegasan Jelaslah bahawa pendedahan awal konsep ini kepada anak-anak mampu membentuk generasi pelapis yang baik. Intihanya, konsep bagai aur dengan tebing perlu diterapkan dalam masyarakat seawal peringkat kanakkanak lagi. Pendedahan awal ini mampu membentuk masyarakat atau generasi pelapis yang mempunyai jati diri yang baik dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Akhirnya, masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri dan aman mampu dibentuk. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan berkaitan peribahasa bagai aur dengan tebing secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan peribahasa bagai aur dengan tebing dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan peribahasa bagai aur dengan tebing dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakanrakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. CONTOH
19 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 56 – 57 SP: 1.5.1 Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. Senaraikan soalan terbuka yang boleh dikemukakan. Kemudian, jalankan sesi soal jawab secara bertatasusila. Segelintir masyarakat menganggap murid pemulihan khas dan pendidikan khas adalah sama. Pada hakikatnya, Program Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas amat berbeza dari segi definisi dan juga pelaksanaan. Namun, kedua-dua program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendidikan yang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan mental, fizikal, dan keupayaan seseorang. Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid normal dalam kelas aliran perdana yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira. Program Pemulihan Khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1960-an ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid yang bermasalah 3M sebelum meneruskan pembelajaran di kelas biasa. Secara ringkasnya, Program Pemulihan Khas merupakan penyelesaian masalah seawal mungkin dalam penguasaan kemahiran asas 3M. Oleh sebab itu, program ini lebih tertumpu pada peringkat sekolah rendah berbanding dengan pendidikan khas yang lebih meluas. Program Pendidikan Khas pula merupakan program integrasi bersama-sama aliran perdana yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dan memberikan pendidikan secara formal kepada Murid Berkeperluan Khas yang berusia tujuh tahun hingga sembilan belas tahun. Kategori murid bermasalah pembelajaran ini termasuklah kanak-kanak yang mengalami sindrom Down, autisme, disleksia, dan terencat akal serta golongan kelainan upaya seperti masalah penglihatan, pendengaran, dan percakapan. Murid Berkeperluan Khas ini memerlukan kaedah pendidikan dan perkhidmatan khas bagi membolehkan mereka berkembang seiring dengan murid lain. Antaranya termasuklah penggunaan bahan pengajaran khas, peralatan khas, serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Segelintir masyarakat menganggap tugas pemulihan khas mudah dan tidak membebankan. Pada hakikatnya, guru yang terlibat perlu menyediakan bahan bantu belajar dan mengajar yang kreatif dan inovatif berdasarkan kemampuan murid tersebut. Guru pemulihan acap kali menghadapi masalah untuk berhubung dengan pihak ibu bapa. Terdapat juga ibu bapa yang segan untuk datang ke sekolah disebabkan anak mereka perlu memasuki kelas pemulihan khas. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Program Pemulihan Khas – Perbezaan dan Cabaran yang Perlu Dihadapi’ oleh Lyisronney Dulasik, Dewan Siswa, Bil. 1 2019 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh bersoal jawab dengan pemahaman yang agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh bersoal jawab dengan pemahaman secara yakin dan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh bersoal jawab dengan pemahaman secara yakin, baik, dan jelas serta mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. 5 Tema Pendidikan untuk Semua CONTOH
20 BM Tingkatan 5 Tema 5 Tatabahasa Buku Teks m/s 58 – 59 SP: 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang terdapat dalam bahan. Kemudian, pilih frasa tertentu dan bina ayat dengan frasa tersebut. KBAT Menganalisis, Mencipta Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) mula ditawarkan di sekolah pada tahun 1960-an menerusi proses pembinaan kurikulum. Tujuannya untuk melahirkan generasi Malaysia yang harmonis, kreatif, dan kritis. Malangnya, hingga saat ini, PSV sering kali ditanggapi dengan persepsi bahawa mata pelajaran ini sesuai untuk para murid yang ketinggalan dalam pelajaran akademik. Ada juga segelintir masyarakat yang menganggap seni sebagai kerja lukis-lukis atau conteng-conteng. Mata pelajaran PSV di sekolah berperanan untuk menyuburkan jati diri bangsa yang berbudaya dan bertamadun tinggi. Dalam hal ini, para guru di sekolah berperanan untuk mencari titik keserasian antara para murid dengan suasana pelajaran dan kurikulum yang lebih kreatif serta realistik. Para guru di sekolah cukup penting. Hal ini demikian kerana tugas mereka bukan sahaja untuk melahirkan generasi yang mampu menghayati fitrah hidup, seimbang, dan kreatif, bahkan meneladani fungsi sebagai rakyat yang berupaya memajukan negara. Frasa Nama Frasa Kerja • Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual • kerja lukis-lukis atau conteng-conteng • para guru di sekolah • tugas mereka • mula ditawarkan • menerusi proses pembinaan kurikulum • berperanan untuk menyuburkan jati diri bangsa • berbudaya dan bertamadun tinggi • berperanan untuk mencari titik keserasian • mampu menghayati fitrah hidup • meneladani fungsi sebagai rakyat • berupaya memajukan negara Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama • harmonis, kreatif, dan kritis • lebih kreatif serta realistik • cukup penting • di sekolah • pada tahun 1960-an • untuk melahirkan generasi Malaysia • hingga saat ini • dalam pelajaran akademik • antara para murid dengan suasana pelajaran • untuk melahirkan generasi Ayat: 1 2 3 4 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu memahami dan mengenal pasti keempat-empat jenis frasa yang terdapat dalam bahan serta dapat membina ayat bagi setiap jenis frasa tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti keempat-empat jenis frasa yang terdapat dalam bahan serta dapat membina ayat bagi setiap jenis frasa dengan gramatis. 5-6 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti keempat-empat jenis frasa yang terdapat dalam bahan dan membina ayat bagi setiap jenis frasa dengan gramatis dan terperinci. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kurang diminati oleh murid. Para guru di sekolah berperanan untuk menyuburkan jati diri bangsa. Peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat membaca cukup penting. Tarikh lahirnya pada tahun 1960-an. CONTOH
21 Membaca Buku Teks m/s 74 – 75 SP: 2.4.1 Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. Baca dan fahami bahan yang dipaparkan. Kemudian, buat refleksi berdasarkan bahan. KBAT Menilai Pada masa ini, tenaga nuklear menyumbang kepada 17 peratus bekalan kuasa dunia. Reaktor kuasa nuklear dapat dilihat di 31 buah negara dengan kapasiti tenaga berbeza-beza. Sehingga kini, terdapat 457 reaktor nuklear di seluruh dunia, manakala 54 reaktor masih dalam pembinaan. Amerika Syarikat (AS) merupakan pengeluar terbesar tenaga nuklear, sementara Perancis menjana 78 peratus tenaga elektrik daripada reaktor nuklear, bukan sahaja untuk kegunaan domestik, tetapi dieksport ke negara jiran. China pula mempunyai program kuasa nuklear yang paling pesat berkembang dengan 11 reaktor baharu sedang dibangun. Banyak reaktor baharu juga dibina di India, Russia, dan Korea Selatan. Tenaga nuklear menjana elektrik daripada proses pembelahan nukleus dalam reaktor yang menghasilkan tenaga haba. Haba menukar air kepada bentuk wap dan disalurkan ke turbin untuk menjana elektrik. Tenaga nuklear satu-satunya sumber tenaga penjana elektrik yang boleh menghasilkan kuasa besar dengan jumlah bahan api yang kecil. Proses pembelahan berantai dalam reaktor berlaku secara berterusan dalam jangka masa lama dan membebaskan jumlah tenaga yang besar. Tenaga nuklear juga dikategorikan sebagai tenaga hijau kerana membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit sepanjang masa hidupnya. Selain itu, pembinaan stesen jana kuasa nuklear tidak memerlukan kawasan luas berbanding jana kuasa solar atau angin. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teroka Potensi Besar Nuklear Jana Tenaga Diperbaharui’, Berita Harian Online, 20 Ogos 2020 Apabila perkataan “nuklear” didengari, perkara yang akan kita bayangkan ialah tenaga ini merupakan teknologi bahaya yang boleh menyebabkan malapetaka. Kejadian kemalangan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun pada tahun 2011 menyemarakkan lagi perasaan takut terhadap tenaga nuklear. Namun begitu, banyak orang tidak menyedari bahawa tenaga nuklear merupakan satu daripada sumber tenaga yang selamat berbanding sumber tenaga lain pada masa ini. Tambahan pula, teknologi tenaga nuklear yang digunakan pada masa ini lebih selamat berbanding teknologi reaktor nuklear yang dihasilkan pada waktu sebelumnya. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maklumat tersebut secara terhad ketika membuat ulasan. Murid hanya membuat ulasan secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat tersebut ketika membuat ulasan. Murid mampu membuat ulasan yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat ketika membuat ulasan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan menilai kesemua bahan dengan tepat dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia ada. 6 Tema Sains, Teknologi dan Inovasi CONTOH
22 BM Tingkatan 5 Tema 6 Tatabahasa Buku Teks m/s 74 – 75 SP: 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti ayat terbitan dalam teks. Kemudian, bina satu perenggan yang mengandungi ayat terbitan. KBAT Menganalisis, Mencipta Sains dan teknologi dalam bidang perubatan yang pesat berkembang telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita kesakitan. Peralatan perubatan yang canggih dilihat mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. Penggunaan robotik dikatakan mampu mengurangkan kesilapan yang mungkin dibuat oleh manusia ketika pembedahan dilakukan. Hal ini secara tidak langsung akan menjimatkan masa tenaga pakar dalam menjalankan sebarang pembedahan. Selain itu, perkembangan teknologi pemprosesan ubat-ubatan juga merupakan antara sumbangan sains dan teknologi dalam perubatan. Teknologi sains telah membolehkan ubat-ubatan diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. Hal ini akan mengurangkan masalah pengambilan dos ubat-ubatan secara berlebihan kerana pesakit hanya perlu mengambil ubat tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh doktor. Seterusnya, rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberi kepada para pesakit. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perkembangan Sains dan Teknologi dalam Perubatan’, Dewan Siswa, Bil. 4, 2020 Ayat terbitan Bina perenggan dengan menggunakan ayat terbitan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti beberapa ayat terbitan yang terdapat dalam petikan tetapi hanya mampu menulis rencana ringkas dengan menggunakan ayat terbitan yang kurang gramatis dan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti ayat terbitan yang terdapat dalam petikan serta menulis rencana ringkas menggunakan ayat terbitan dengan istilah yang betul mengikut konteks. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti ayat terbitan yang terdapat dalam petikan serta menulis rencana ringkas dengan menggunakan ayat terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. 1 Sains dan teknologi dalam bidang perubatan yang pesat berkembang telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita kesakitan. 2 Peralatan perubatan yang canggih dilihat mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. 3 Teknologi sains telah membolehkan ubat-ubatan diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. 4 Hal ini akan mengurangkan masalah pengambilan dos ubat-ubatan secara berlebihan kerana pesakit hanya perlu mengambil ubat tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh doktor. 5 Rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberi kepada para pesakit. Anak-anak perlu dipupuk amalan menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari yang mendatang. Antara faedah menabung ialah menyemai sikap berjimat cermat dan berdikari terutamanya dalam kalangan murid. Amalan ini mendisiplinkan diri kita agar tidak boros dan berhemat dalam perbelanjaan seharian. Kita hanya akan membeli barang yang perlu sahaja dan menyimpan sebahagian wang di dalam tabung atau bank. CONTOH
23 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 84 – 85 SP: 1.7.2 Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Main peranan sebagai Haikal dan abangnya. Lakonkan perundingan untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. KBAT Menilai Haikal mahu menternak lebah kelulut tetapi abangnya mahu menternak lebah madu. Mereka berunding untuk memilih satu jenis lebah sahaja. Lebah Kelulut • Sekurang-kurangnya 30 sarang diperlukan. • Perlu arif tentang penjagaan serta amalan pertanian baik agar dapat mengoptimumkan penghasilan madu. • Hasil minimum madu yang boleh diperoleh sekitar 250 gram sebulan. Menjelang musim buah dan bunga, hasilnya boleh meningkat kepada hampir dua kilogram madu. • Penghasilan madu bergantung pada sumber makanan di sekitar sarang. • Lebah ini tidak berbahaya dan sarangnya perlu diletakkan di kawasan redup seperti di bawah pokok. Sekiranya sarangnya diletakkan di kawasan terbuka dan terdedah kepada panas, lebah kelulut ini akan mati atau lari membuat sarang di tempat yang lain. • Elak tuai ketika musim hujan kerana kandungan air yang tinggi dalam madu memerlukan kerja tambahan untuk memprosesnya. • Madu itu boleh dituai sebanyak lapan kali setahun. Lebah Madu • Ratu lebah dan lebah pekerja diperoleh melalui sarang di kawasan habitat semula jadi sebelum dibelah dan dimasukkan ke dalam sarang khas yang dibina menggunakan kayu. • Perlu dibuat tiang (kayu/besi) agar kotak tidak menyentuh tanah. • Untuk menghasilkan keuntungan yang optimum, penternak lebah madu harus mempunyai sekurangkurangnya 100 haif koloni lebah madu. • Lokasi ternakan: tempat terbuka. Tiada masalah sekiranya di bawah pokok atau di kawasan panas terik, jauh daripada keramaian, dan banyak terdapat bunga. • Suhu yang ideal: sesuai dalam sekitar 26 – 30°C. Di lereng pergunungan/ dataran tinggi yang bersuhu normal (25°C). • Lebah madu mempunyai musuh dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian, kepupusan, dan pengeluaran madu berkurangan. • Mampu menghasilkan antara 1 hingga 3 kilogram madu lebah dalam satu haif, daripada 4 hasil tuaian dalam setahun. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak mampu berunding secara kritis untuk membuat keputusan dan hanya mampu memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara menggunakan ayat yang kurang gramatis dan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara dengan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan istilah yang betul. 5-6 Murid berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang sesuatu perkara dengan penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan istilah yang tepat. Info 7 Tema Pertanian, Penternakan dan Perikanan CONTOH
24 BM Tingkatan 5 Tema 7 Tatabahasa Buku Teks m/s 86 – 87 SP: 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat majmuk dan cerakinkan setiap ayat majmuk tersebut supaya menjadi dua ayat tunggal sahaja tanpa mengubah maksud asalnya. KBAT Menganalisis Malaysia mula menceburi bidang nanoteknologi dengan mewujudkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) yang ditubuhkan pada 19 September 2006. Pusat INN di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Malaysia memberikan perhatian khusus terhadap teknologi ini agar setanding dengan pencapaian negara maju. Teknologi nano mempunyai potensi untuk mewujudkan revolusi pertanian di sesebuah negara melalui pengaplikasian pendekatan baharu aktiviti penanaman. Banyak produk sektor pertanian dan industri asas tani berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aplikasi Teknologi Nano dalam Pertanian’ oleh Inaz Safiyah Zainal, Dewan Ekonomi, Bil. 1 2017 Ayat majmuk 1 2 3 4 Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal 1 (a) (b) 2 (a) (b) 3 (a) (b) 4 (a) (b) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu memahami dan mengenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan tetapi tidak mampu mencerakinkan ayat majmuk yang dikenal pasti dengan betul. 3-4 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan serta mampu mencerakinkan ayat majmuk yang dikenal pasti dengan betul. 5-6 Murid mampu memahami dan berjaya mengenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan serta mampu mencerakinkan ayat majmuk yang dikenal pasti dengan tepat dan terperinci. Malaysia mula menceburi bidang nanoteknologi dengan mewujudkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) yang ditubuhkan pada 19 September 2006. Malaysia memberikan perhatian khusus terhadap teknologi ini agar setanding dengan pencapaian negara maju. Teknologi nano mempunyai potensi untuk mewujudkan revolusi pertanian di sesebuah negara melalui pengaplikasian pendekatan baharu aktiviti penanaman. Banyak produk sektor pertanian dan industri asas tani berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. Malaysia mula menceburi bidang nanoteknologi dengan mewujudkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN). Malaysia memberikan perhatian khusus terhadap teknologi ini. Teknologi nano mempunyai potensi. Banyak produk sektor pertanian berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) ditubuhkan pada 19 September 2006. Teknologi ini setanding dengan pencapaian negara maju. Teknologi nano mewujudkan revolusi pertanian di sesebuah negara melalui pengaplikasian pendekatan baharu aktiviti penanaman. Banyak produk industri asas tani berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. CONTOH
25 Membaca Buku Teks m/s 100 – 101 SP: 2.1.2 Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai berdasarkan situasi. Baca teks prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Bersesuaian dengan slogan “Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia”, Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan bersejarah. Kemasyhuran elemen sejarah dan keunikan budaya berbilang kaum, seperti Melayu, Cina, India, Portugis, Baba Nyonya, Orang Asli, dan sebagainya berjaya mengangkat martabat Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia yang kian disegani dunia. Melaka kaya dengan pelbagai sejarah yang bukan sahaja berkisar pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka, tetapi turut menyimpan sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan yang selama ini menjadi pilihan utama para pelancong yang datang. Keunikan warisan budaya yang tiada di negeri lain di Malaysia, sama ada dalam bentuk tidak ketara mahupun yang berbentuk ketara menjadi daya penarik utama ke negeri Hang Tuah ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Subsektor Pelancongan Sejarah dan Budaya Melaka’ oleh Noor Azimah Md Ali, Dewan Masyarakat, Bil. 10 2020 PANTUN CUTI-CUTI MALAYSIA Mentari serlah ceria sinaran, Nyanyi burung riang bersama; Cuti sekolah ambil kesempatan, Bercuti rehat bersama keluarga. Nyanyi burung riang bersama, Merdu suara burung kenari; Bercuti rehat bersama keluarga, Tempat menarik dalam negeri. Merdu suara burung kenari, Murai riuh mencari pasangan; Tempat menarik dalam negeri, Pulau dan pantai jadi pilihan. Murai riuh mencari pasangan, Terbang rendah, terbang tinggi; Pulau dan pantai jadi pilihan, Nikmati indah alam semula jadi. Terbang rendah, terbang tinggi, Burung punai hinggap di jendela; Nikmati indah alam semula jadi, Bukit gunung hijau Malaysia. Burung punai hinggap di jendela, Terbang pula ke satu arah; Bukit gunung hijau Malaysia, Kota besar syurga beli-belah. Terbang sekawan cari rezeki, Burung merpati jelajahi buana; Tiada bezanya luar negeri, Malaysia jadi pilihan utama. (Sumber: Internet) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi dan nada yang kurang memuaskan. 3-4 Murid membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi dan nada yang yakin, baik, dan memuaskan. 5-6 Murid membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi dan nada yang yakin, baik, dan jelas. 8 Tema Melancong Mencari Makna CONTOH
26 BM Tingkatan 5 Tema 8 Tatabahasa Buku Teks m/s 100 – 101 SP: 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. Kenal pasti ragam ayat yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat dalam perenggan tentang usaha memajukan sektor pelancongan dengan menggunakan ragam ayat yang pelbagai. KBAT Menganalisis, Mencipta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor pelancongan yang terjejas susulan penularan COVID-19. Beberapa langkah yang merangkumi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan diperkenalkan untuk merancakkan semula sektor berkenaan khususnya pelancongan domestik. Walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dibatalkan sebelum ini, usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara. Malaysia juga harus diletakkan sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa hadapan. Bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing, MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan menangani impak wabak pandemik COVID-19. Antaranya, pelaksanaan kursus ‘Domestic Tourism Vibes’ secara dalam talian mulai Mei hingga Disember ini kepada kumpulan pemandu pelancong berlesen yang akan tamat tempoh dalam tahun ini. Selain itu, pengecualian kompaun juga diberikan kepada pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan tempoh PKP. Strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan sudah dikenal pasti MOTAC bagi merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara. Antaranya, mengutamakan platform digital seperti media sosial, laman blog, laman sesawang, e-pasaran, dan sebagainya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘MOTAC Lancar Pelan Pemulihan Pelancongan, Kebudayaan’, Berita Harian Online, 10 Jun 2020 Ayat Aktif 1 2 3 Ayat Pasif 1 2 3 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor pelancongan yang terjejas susulan penularan COVID-19. Beberapa langkah yang merangkumi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan diperkenalkan untuk merancakkan semula sektor berkenaan khususnya pelancongan domestik. Sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara. Walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dibatalkan sebelum ini, usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan. Bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing, MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan menangani impak wabak pandemik COVID-19. Malaysia juga harus diletakkan sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa hadapan. CONTOH
27 BM Tingkatan 5 Tema 8 Selain itu, pengecualian kompaun juga diberikan kepada pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan tempoh PKP. Strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan sudah dikenal pasti MOTAC bagi merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara. Malaysia banyak memiliki kawasan menarik yang menjadi pusat pelancongan seperti Pulau Langkawi, Melaka, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Kuala Lumpur, dan sebagainya. Industri pelancongan memberi sumbangan kepada pendapatan negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk memajukan sektor ini. Banyak cara dapat dilakukan untuk memajukan industri pelancongan. Salah satu daripadanya ialah melalui promosi. Usaha kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia merupakan cara yang terbaik untuk menarik kemasukan lebih ramai pelancong. Pelbagai aktiviti perlu dirancang untuk menjayakan kempen ini. Di samping itu, kawasan pelancongan perlu diperindah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Selain kerajaan, pihak swasta seperti syarikat-syarikat penerbangan, hotel-hotel, dan agensi-agensi pelancongan perlu merangka pakej pelancongan yang menarik dengan harga yang berpatutan kepada pelancong. Masyarakat juga harus menerima kehadiran pelancong dengan penuh mesra. Masyarakat perlu menunjukkan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun kepada pelancong. Hal ini akan menaikkan dan memelihara imej negara sepanjang Tahun Melawat Malaysia. Segala usaha yang dijalankan akan menjadi sia-sia sahaja jika semua pihak tidak mengambil berat tentang perkara ini. Industri ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada negara, malahan dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia. 4 5 Bina ayat dalam perenggan tentang usaha memajukan sektor pelancongan dengan menggunakan ragam ayat yang pelbagai. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti ragam ayat yang terdapat dalam petikan tetapi hanya mampu membina ayat dalam perenggan yang berkaitan dengan usaha memajukan sektor pelancongan dengan menggunakan ragam ayat yang kurang gramatis dan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti ragam ayat yang terdapat dalam petikan serta mampu membina ayat dalam perenggan yang berkaitan dengan usaha memajukan sektor pelancongan dengan menggunakan ragam ayat yang gramatis, bertatasusila, dan istilah yang betul. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti ragam ayat yang terdapat dalam petikan serta mampu membina ayat dalam perenggan yang berkaitan dengan usaha memajukan sektor pelancongan dengan menggunakan ragam ayat yang gramatis, bertatasusila, dan istilah yang tepat. CONTOH
28 BM Tingkatan 5 Tema 8 Menulis Buku Teks m/s 102 – 103 SP: 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. Analisis e-mel dan kenal pasti kesalahan bahasa serta betulkan kesalahan tersebut. KBAT Menganalisis, Menilai Apa khabar sahabatku, Mei Yee, yang berada di Melaka? Saya berharap agar saudari serta keluarga sihat sejahtera. Saya menulis e-mel ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya bercuti di Pantai Cherating baru-baru ini. Pantai Cherating terletak di Kuantan. Pantai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Antara keistimewaan-keistimewaan Pantai Cherating yang menggamit kehadiran para-para pelancong ialah keindahan alam semula jadinya. Pantai Cherating ialah pantai yang bersih dengan pasirnya yang memutih. Keindahan pantai ini amat memikat hati pelancong yang pernah berkunjung ke sini. Kebersihan pantainya juga memuaskan hati semua pengunjung. Selain daripada itu, Pantai Cherating merupakan pusat bagi beberapa buah aktiviti riadah. Sekiranya saudari berkunjung ke sana, saudari boleh memancing dan mencari remis. Semua aktivitiaktiviti ini pasti akan menghiburkan saudari dan dapat mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan. Percutian di sini umpama serampang dua mata. Saudari juga berpeluang melihat tempat yang unik, iaitu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Saudari boleh di sini mendapat pelbagai informasi penyu dan melihat sendiri penyu bertelur serta anak-anak penyu dilepaskan semula ke laut. Pendek kata, Pantai Cherating sememangnya menarik untuk semua pelancong kunjungi, sesuai dengan pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Baharu Arkib ... HTML TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu mengenal pasti dan memurnikan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti dan memurnikan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan dengan betul. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti dan memurnikan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan dengan tepat. Apa khabar sahabatku, Mei Yee, yang berada di Melaka? Saya berharap agar saudari serta keluarga sihat sejahtera. Saya menulis e-mel ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya bercuti di Pantai Cherating baru-baru ini. Pantai Cherating terletak di Kuantan. Pantai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Antara keistimewaan Pantai Cherating yang menggamit kehadiran para pelancong ialah keindahan alam semula jadinya. Pantai Cherating ialah pantai yang bersih dengan pasirnya yang memutih. Keindahan pantai ini amat memikat hati pelancong yang pernah berkunjung ke sini. Kebersihan pantainya juga memuaskan hati semua pengunjung. Selain itu, Pantai Cherating merupakan pusat bagi beberapa jenis aktiviti riadah. Sekiranya saudari berkunjung ke sana, saudari boleh memancing dan mencari remis. Semua aktiviti/ Aktiviti-aktiviti ini pasti akan menghiburkan saudari dan dapat mempererat/ mengeratkan hubungan kekeluargaan. Percutian di sini umpama serampang dua mata. Saudari juga berpeluang untuk melihat tempat yang unik, iaitu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Di sini, saudari boleh mendapat pelbagai informasi tentang penyu dan melihat sendiri penyu bertelur serta anak-anak penyu dilepaskan ke laut semula. Pendek kata, Pantai Cherating sememangnya menarik untuk dikunjungi oleh semua pelancong CONTOH , sesuai dengan pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pandangan.
29 9 Tema Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 110 – 111 SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul. Dengar, faham, dan tuturkan bahan yang diujarkan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan yang diberikan secara lisan. KBAT Mengenal pasti Saya berusia 32 tahun, setelah 5 tahun bekerja saya telah berjaya memohon kad kredit dengan kadar gaji yang diterima. Kini, setelah 3 tahun menggunakan kad kredit tanpa disiplin, saya sudah tidak dapat menanggung bayaran ansuran kepada pihak bank. Aisyah, Taiping Kebanyakan golongan muda membuat pembelian tanpa berfikir panjang. Akibatnya, mereka terpaksa membuat pinjaman peribadi hanya untuk membayar tunggakan ansuran bulanan. Akhirnya, mereka menanggung beban kredit tinggi. Pegawai AKPK Kehendak gaya hidup yang berlebihan telah menyebabkan pembayaran pembiayaan kad kredit dan pinjaman peribadi saya telah tertunggak. Sekarang, saya sedar bahawa saya telah mengumpulkan hutang dan boleh diisytiharkan muflis pada usia muda. Teck Ming, Arau Soalan: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan bahawa mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun paling ramai merujuk kepada agensi berkenaan berkaitan pengurusan kredit. Bincangkan faktor keadaan ini berlaku. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar, membaca, dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh menyebut faktor-faktor kegagalan pengurusan kredit dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar, membaca, dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menyebut faktor-faktor kegagalan pengurusan kredit dengan baik dan memuaskan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar, membaca, dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyebut faktor-faktor kegagalan pengurusan kredit dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 2 CONTOH