30 Membaca Buku Teks m/s 112 – 113 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang SP: 2.3.2 sesuai. Baca dan kenal pasti idea yang terdapat dalam kedua-dua bahan di bawah. Pilih satu daripada cabang kerjaya yang diberikan, kemudian kukuhkan pendirian anda dengan mencari penyelesaian bagi setiap kelemahan yang terdapat pada setiap kerjaya. KBAT Menganalisis, Menilai USAHAWAN Kelebihan 1 Masa yang Fleksibel Seseorang usahawan boleh merancang cuti pada bila-bila masa tanpa mengganggu operasi perniagaan dengan mengagihkan tugas kepada pekerja. 2 Keuntungan yang Lebih Tinggi Apabila menjadi pemilik kepada sesuatu perniagaan, keuntungan yang diperoleh akan lebih tinggi berbanding makan gaji. Kelemahan 1 Kesukaran Memperoleh Pinjaman Kekurangan keyakinan pihak bank, pembekal, dan pelanggan terhadap usahawan muda. 2 Risiko kegagalan Kebanyakan usahawan gagal dalam bidang ini kerana kekurangan pengalaman dan latihan. Bahan 1 PEKERJA SYARIKAT Kelebihan 1 Pendapatan yang Lebih Stabil Setiap bulan jumlah gaji seorang pekerja telah ditetapkan oleh majikan tanpa perlu menanggung apa-apa risiko kerugian syarikat. 2 Pembiayaan Syarikat juga menyediakan kemudahan perubatan klinik panel dan hospital yang dibiayai. Kelemahan 1 Masa bekerja yang ditetapkan Seorang pekerja harus patuh pada peraturan yang ditetapkan oleh syarikat dari segi masa dan etika pemakaian. 2 Tekanan kerja yang tinggi Terpaksa bersaing dari segi prestasi bagi memastikan kepuasan majikan. Bahan 2 BM Tingkatan 5 Tema 9 CONTOH
31 Usahawan Kelebihan Alasan Masa yang fleksibel – Tidak suka terikat dengan waktu bekerja. – Sukar mengikut ketetapan orang lain. Keuntungan yang lebih tinggi – Tidak mahu bekerja untuk keuntungan pihak lain. – Lebih berbaloi kerana mendapat pulangan daripada hasil usaha sendiri sepenuhnya. Kelemahan Langkah mengatasi Kesukaran memperoleh pinjaman – Membuat simpanan awal. – Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk membuka peluang perniagaan yang lebih besar. Risiko kegagalan – Mendapatkan ilmu pengurusan risiko daripada pengalaman rakan-rakan yang telah berjaya. – Sentiasa menyediakan pelan sokongan. Pekerja Syarikat Kelebihan Alasan Pendapatan yang lebih stabil – Lebih stabil untuk memulakan kehidupan terutama bagi lepasan universiti. – Boleh mengumpul wang untuk memulakan perniagaan pada masa hadapan. Pembiayaan rawatan – Kos rawatan kini semakin tinggi, maka perlu sentiasa bersedia jika berhadapan dengan bencana. – Keluarga juga akan mendapat manfaat. Kelemahan Langkah mengatasi Masa bekerja yang ditetapkan – Sudah terbiasa dengan waktu bekerja 8 jam sehari. – Berbincang dengan majikan jika memerlukan masa yang lebih fleksibel. Tekanan kerja yang tinggi – Cabaran kepada diri untuk menjadi yang lebih baik. – Sentiasa meningkatkan kemahiran diri dari masa ke masa. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, tetapi hanya dapat memahami dan mengenal pasti pendapat daripada kedua-dua bahan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan pendapat berdasarkan bahan-bahan secara minimum. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan membuat perbandingan pada tahap kukuh. Murid mampu mengulas dan memberi pendapat tentang kelemahan-kelemahan setiap kerjaya secara betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan membuat perbandingan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan memberi pendapat tentang kelemahan-kelemahan setiap kerjaya berserta langkah penyelesaian secara tepat dan rasional. BM Tingkatan 5 Tema 9 CONTOH
32 Tatabahasa Buku Teks m/s 112 – 113 SP: 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Baca petikan di bawah dengan teliti. Cari tiga kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat di dalamnya. Kemudian, anda dikehendaki membina ayat baharu bagi setiap kata tunggal dan kata majmuk tersebut tanpa mengubah bentuk asalnya. KBAT Menganalisis, Mencipta Seiring perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan pelbagai industri, amatlah penting bagi sesebuah organisasi memiliki kecekapan dalam menguruskan tugas dan perkhidmatan, sama ada dalaman mahupun luaran. Kemajuan teknologi komunikasi membolehkan organisasi berhubung dengan pelanggan dalam urusan jual beli dan pengurusan syarikat serta pekerja secara lebih pantas dan efisien. Hal ini bagi memastikan sesebuah syarikat tidak ketinggalan dari segi teknologi terutamanya jika berurusan dengan pelanggan atau rakan kongsi di peringkat antarabangsa. Pada keadaan semasa, negara bertanggungjawab untuk meningkatkan kelajuan capaian Internet bagi merancakkan perkembangan ekonomi yang lebih cekap dalam sektor pembuatan, perkhidmatan profesional, penyajian, hartanah dan pembinaan, logistik, serta peniaga dan pengedar. Jika dahulunya semua dilakukan secara manual serta mengambil masa yang lama, kini syarikat telekomunikasi menawarkan pelbagai kemudahan yang menggabungkan panggilan, pelayaran Internet, pemindahan dokumen, dan sebagainya hanya menggunakan telefon bimbit. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Teknologi memudahkan cara bekerja’, Berita Harian Online, 18 September 2017 Bil. Perkataan Ayat 1 Tunggal pesat Malaysia telah mengalami pembangunan yang pesat sejak pengenalan Dasar Pandang ke Timur suatu ketika dahulu. 2 Tunggal negara Terdapat 10 buah negara yang akan menyertai Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada tahun ini. 3 Tunggal ekonomi Ekonomi negara kian pulih setelah berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melumpuhkan semua sektor perniagaan tahun lepas. 4 Majmuk rakan kongsi Rakan kongsi ayah dalam perniagaan telah menipunya dan melarikan diri sehingga ayah terpaksa berhutang kepada pihak bank. 5 Majmuk antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sangat serius dalam memastikan sukan tempatan kita mampu diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. 6 Majmuk bertanggungjawab Alisa tidak mahu bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa Zarul. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid dapat mengenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam petikan secara terhad. Murid dapat membuat ayat bagi setiap kata tunggal dan kata majmuk yang dikenal pasti tetapi kurang gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti tiga kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Murid dapat membuat ayat bagi setiap kata tunggal dan kata majmuk dengan gramatis. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Murid dapat membuat ayat bagi setiap kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dan konteks dengan gramatis dan terperinci. BM Tingkatan 5 Tema 9 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 124 – 125 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu secara betul, tepat SP: 1.3.1 dan bermakna. Dengar maklumat yang dibacakan dengan teliti, kemudian kaitkan pengetahuan sedia ada anda dengan fakta baharu yang diperoleh untuk menjawab soalan yang diberikan. KBAT Menganalisis, Menilai Kod yang digunakan bagi membezakan jenis-jenis plastik yang boleh dikitar semula. Biasanya dikenali sebagai PET, PETE atau Polyethylene Terephthalate. Biasa digunakan untuk membuat botol minuman dan bekas makanan. Tidak sesuai digunakan semula atau disimpan terlalu lama tetapi boleh dikitar semula. Plastik kelas 1 Barangan plastik daripada Polyvinyl Chloride atau PVC biasanya digunakan untuk membuat pelbagai jenis paip dan komponen kenderaan kerana sifatnya yang tahan lasak. Plastik jenis ini boleh dikitar semula. Plastik kelas 3 Plastik ini sangat tahan pada suhu yang tinggi. Plastik jenis ini diperbuat daripada Polypropylene atau PP. Bahan ini biasanya dibuat tupperware, penutup botol, tong, dan komponen kenderaan. Plastik jenis ini sesuai untuk dikitar semula. Plastik kelas 5 Plastik jenis ini sangat sesuai untuk dikitar semula kerana menggunakan bahan yang sangat selamat. Barang mainan, bekas susu, dan syampu merupakan antara barangan yang menggunakan plastik jenis ini. Plastik kelas 2 Material utama plastik jenis ini ialah Low-Density Polyethylene atau LDPE. Beg plastik yang selalu kita gunakan untuk membungkus terdiri daripada jenis ini. Sifatnya yang kuat, anjal, dan fleksibel membuatkan plastik jenis ini boleh dikitar semula. Plastik kelas 4 10 Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Audio 3 33 CONTOH
Sebanyak 78 546.71 kilogram sisa buangan kitar semula dikumpul menerusi Kempen Kitar Semula F&N dan MPSJ 2019 yang berakhir Ogos lalu, yang diadakan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). ‘Kempen Kitar Semula MPSJ, F&N Terus Catat Kejayaan’, Berita Harian Online, 8 Oktober 2019 Soalan : Berdasarkan petikan akhbar di atas, bincangkan kesan terhadap manusia dan alam sekitar jika usaha kitar semula tidak dilaksanakan. Kesan terhadap manusia Kesan terhadap alam sekitar TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk membincangkan kesan terhadap manusia atau alam sekitar dengan pengetahuan yang terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin dan baik. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk membincangkan kesan terhadap manusia dan alam sekitar dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk membincangkan kesan terhadap manusia dan alam sekitar dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. 1 Jumlah tapak pelupusan sampah meningkat. 2 Persekitaran menjadi tidak bersih. 3 Banyak pokok terpaksa ditebang untuk menghasilkan kertas yang baharu. 4 Hutan akan digondolkan. 5 Haiwan akuatik akan mati akibat ancaman sampah yang terapung di laut dan sungai. 1 Penyakit berjangkit bawaan tikus, lipas, dan lalat akan merebak. 2 Masyarakat akan tinggal dalam suasana yang tidak bersih. 3 Generasi akan datang tidak akan dapat melihat kehijauan hutan. 4 Kawasan rekreasi akan berkurangan kerana dipenuhi sampah yang tidak boleh dikitar semula. 5 Masyarakat akan dipandang rendah oleh negara luar. 34 BM Tingkatan 5 Tema 10 CONTOH
Seni Bahasa Buku Teks m/s 128 – 129 Mempersembahkan seloka dan gurindam dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara SP: 4.4.2 kreatif. Pilih salah satu daripada bahan di bawah, kemudian bentuk kumpulan kecil. Baca, rakam, dan persembahkan bahan yang dipilih menggunakan media yang sesuai dan menarik. Anda kemudian dikehendaki menjawab soalan yang diberikan. Petikan Lagu Hijau Zainal Abidin Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat-laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Kulihat hijau Bahan 1: Lagu Petikan Sajak Hari Terakhir Sebuah Hutan Muhammad Haji Salleh Maut tiba di hujung gigi gergaji dengan duri jerit yang menyerampang angkasa dan merah matahari membenam ke padat isi kayu yang tersentak oleh sakit dan bising asing dunianya memulas kebiasaan, aneh seperti pitam getah mengalir, zatnya meniadakan waja tergetar perdu dan akar berterbangan udaranya diharumkan oleh wangian sehutan langit bersaksi dengan mata bening. rebah cengah rebah meranti rebah merbau rebah pulai rebah seraya rebah nyatuh rebah resak rebah halban rebah nibung rebah rotan Bahan 2: Sajak Bahan 3: Gurindam Gurindam Alam Sekitar Alam sekitar hendaklah dijaga, udara segar kita pun bangga. Sungai kita sangatlah kotor, pembuangan sisa jadi faktor. Bukit gondol dah ditarah-tarah, hakisan menyusul jadi amarah. Skala hutan semakin sempit, rakus pembangunan resah pipit. Prihatinlah kepada alam sekitar, hidup pun selesa umur berputar. Flora dan fauna makin terancam, rakus manusia bermacam-macam. Alam sekitar pastikan terpelihara, janganlah terbiar bumiku mutiara. Pauzi Mohd. Isa 35 BM Tingkatan 5 Tema 10 Video tutorial 5 CONTOH
Jawab soalan-soalan berikut: (i) Berdasarkan rangkap 1 Bahan 1, mengapakah manusia dianggap jahil? (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memulihkan kawasan hutan yang telah diteroka? KBAT Menilai (iii) Bincangkan pengajaran yang boleh diperoleh daripada ketiga-tiga bahan di atas. KBAT Menganalisis TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas tetapi dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan tidak menunjukkan kefahaman terhadap isu alam sekitar yang dibincangkan dalam bahan yang dipilih. 3-4 Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid mampu menjawab soalan dengan betul dan menunjukkan kefahaman terhadap isu alam sekitar yang dibincangkan dalam bahan yang dipilih. 5-6 Murid mampu membaca mana-mana bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid mampu menjawab soalan dengan betul dan menunjukkan kefahaman mendalam terhadap isu alam sekitar yang dibincangkan dalam bahan yang dipilih dengan contoh yang tepat dan rasional. Manusia dianggap jahil kerana mereka masih ketawa setelah memusnahkan hutan sedangkan manusia sendiri yang akan menerima kesannya kelak. Pada pendapat saya, langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memulihkan kawasan hutan yang telah diteroka ialah penanaman semula pokok di kawasan lain yang lebih terpelihara bagi menggantikan jumlah pokok yang telah ditebang. Selain itu, pihak kerajaan harus mewajibkan peneroka untuk membuat penebangan secara terpilih, iaitu hanya pokok-pokok bersaiz tertentu sahaja boleh ditebang. Malahan terdapat beberapa buah kerajaan negeri telah mengutamakan pemuliharaan hutan melalui pengekalan tinggal untuk giliran yang akan datang. Pengajaran yang terdapat dalam ketiga-tiga bahan tersebut ialah kita haruslah memelihara alam sekitar. Hal ini supaya kita tidak akan menanggung akibatnya pada masa akan datang. Selain itu, kita janganlah bersifat mementingkan diri. Sifat mementingkan diri akan mengakibatkan semua hutan yang terdapat di dalam negara kita akan pupus kelak. 36 BM Tingkatan 5 Tema 10 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 130 – 131 SP: 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. Dengar dan fahami maklumat yang dibacakan. Kemudian, analisis dan isikan maklumat penting yang diperoleh ke dalam ruangan yang disediakan. KBAT Menganalisis Apakah ciri-ciri teknologi hijau? Bil. Kepentingan Teknologi Hijau Kesan Penggunaan Teknologi Hijau 1 Ciptaan yang mesra alam. Cekap tenaga, kitar semula, keselamatan, kesihatan, dan sumber yang boleh diperbaharui. 2 Digunakan di dalam industri-industri di Malaysia terutamanya industri pengurusan sisa pembakaran. Membantu menguruskan sisa bahan kitar semula. 3 Membekalkan air bersih kepada masyarakat. Masyarakat dapat menikmati air bersih dan berkualiti dengan bantuan teknologi di rumah. 4 Menangani pembebasan karbon. Membolehkan manusia dan semua makhluk yang bernyawa dapat bernafas dengan lebih baik. 5 Menggantikan peranti yang menggunakan banyak bahan bakar. Terhasil teknologi baharu seperti penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik. Langkah-langkah mempopularkan teknologi hijau TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar namun hanya dapat mengenal pasti maklumat dan pendapat penulis yang terdapat dalam bahan secara terhad. Murid tidak mampu menulis semula maklumat yang dikenal pasti secara teratur. Penggunaan ayat kurang gramatis. 3-4 Murid boleh mendengar dan dapat mengenal pasti maklumat dan pendapat penulis yang terdapat dalam bahan dengan baik. Murid mampu menulis semula dan mengolah maklumat yang dikenal pasti secara teratur dan lengkap. Penggunaan ayat yang gramatis. 5-6 Murid boleh mendengar dan dapat mengenal pasti maklumat dan pendapat penulis yang terdapat dalam bahan dengan tepat dan terperinci. Murid mampu menulis semula dan mengolah maklumat yang dikenal pasti secara teratur, lengkap, dan mampu membuat ramalan tentang penggunaan teknologi hijau pada masa hadapan. Penggunaan ayat yang gramatis dan mampu menjadi teladan. Antara ciri teknologi hijau ialah murah, jimat, mesra alam, dan mampan. Masyarakat perlu merancang dan menyokong usaha kerajaan mempopularkan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu sentiasa sedar bahawa peranan semua pihak dalam menjayakan hal ini adalah sangat penting. Audio 4 37 BM Tingkatan 5 Tema 10 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 140 – 141 SP: 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. Berdasarkan bahan-bahan di bawah, berbuallah dengan rakan anda tentang peranan anggota keselamatan di negara kita. KBAT Menilai KUALA LUMPUR: Empat ahli ‘Geng Pantai’ yang aktif melakukan jenayah ragut di KLCC dan kawasan sekitarnya ditahan polis tidak sampai sejam selepas cuba meragut seorang pelancong wanita warga Korea dalam kejadian pada 9 Februari lalu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun memberitahu bahawa dia cuba diragut oleh dua orang lelaki ketika berjalan di Jalan Raja Chulan pada pukul 6.30 petang. PASIR MAS: Seramai 1 600 anggota Tentera Darat ditempatkan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 646 kilometer dalam usaha mengekang ancaman kumpulan militan IS dan penyeludupan. Anggota berkenaan membabitkan Pasukan 2 Briged, 6 Briged, 8 Briged, dan 31 Briged Sempadan yang berkawal di 80 pos kawalan bermula dari Perlis ke Kelantan. AYER KEROH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di negeri itu. Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, seramai 20 orang pegawai dan hampir 300 orang anggota sudah bersiap siaga. Beliau menjelaskan, APM turut menyediakan 5 buah lori, 6 buah pacuan empat roda, dan 18 buah bot pelbagai guna untuk sebarang kemungkinan yang berlaku. Sumber: Berita Harian Online Cadangan skop perbualan: 1 Pasukan keselamatan yang manakah menarik minat anda untuk menyertainya? 2 Apakah keistimewaan pasukan keselamatan tersebut berbanding yang lain? 3 Adakah anda mempunyai pengalaman dengan mana-mana pasukan keselamatan di negara kita? 4 Dalam mengatasi pandemik COVID-19 kini, apakah cadangan anda untuk mengukuhkan peranan anggota keselamatan negara bagi memastikan rantaian virus ini boleh dihentikan? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan secara terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan dengan baik tetapi tidak dapat mengemukakan idea baharu dalam perbualan. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbualan dengan sangat yakin dan mampu mengemukakan idea baharu dalam perbualan. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, bervariasi, dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. Audio 5 11 Tema Dunia Selamat Milik Kita 38 CONTOH
Membaca Buku Teks m/s 142 – 143 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam SP: 2.3.1 teks menggunakan teknik yang sesuai. Berdasarkan bahan-bahan di bawah, teliti dan aplikasikan teknik ACID. KBAT Menganalisis Tragedi seorang kanak-kanak perempuan maut tertusuk pisau di Kuala Kurau, Perak benar-benar menyentuh jiwa banyak pihak. Dua perkara penting yang menarik perhatian saya, iaitu keselamatan anak-anak di rumah dan hubungannya dengan faktor kemiskinan. Sekalipun ajal itu suatu ketentuan dan tidak mengenal usia, paling tidak hal ini perlu membuka mata banyak pihak betapa keselamatan di rumah perlu diutamakan. Umumnya ketika kanak-kanak berada di rumah, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Ertinya, segala yang berlaku di bawah pengawasan mereka. Merujuk perkataan keselamatan, perkataan ini sinonim dengan usaha mencegah kemalangan atau musibah. Jika dikaitkan tragedi malang itu, ternyata kanak-kanak terbabit belum mengerti bahaya. Sekalipun tidak sengaja dan perlu diterima sebagai takdir, tidak wajar dijadikan alasan untuk kita membiarkan kejadian seperti itu terus berulang. Usaha dan tindakan perlu dilakukan untuk menyedarkan ibu bapa dan penjaga tentang pentingnya menjaga keselamatan anak-anak di rumah. Tidak keterlaluan jika dimasukkan dalam kurikulum kursus praperkahwinan. Maksudnya, sejak awal lagi bakal pengantin diingatkan peri pentingnya keselamatan terhadap bakal zuriat mereka. Tiada alasan berlaku cuai Pertubuhan bukan kerajaan, persatuan penduduk, jawatankuasa masjid atau surau, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga perlu berganding bahu bersama-sama agensi kerajaan mewujudkan kesedaran keselamatan anak-anak di rumah. Sebagai ibu bapa dan penjaga yang bertanggungjawab, tanamkan dalam minda anak-anak nilai keselamatan. Sebagai contoh, bahaya haiwan berbisa seperti ular, lipan, dan kala jengking. Begitu juga didikan kesedaran terhadap pelbagai objek tajam dan panas di rumah seperti pisau atau barangan elektrik. Mungkin boleh ‘menampar manja’ tangan atau anggota badan yang sesuai sebagai isyarat melarang dan peringatan bahaya benda itu. Keluarga yang menginap di bangunan tinggi pula perlu cakna akan risiko keselamatan anak-anak yang kerap bermain di koridor bangunan. Mengaitkan faktor kemiskinan sebagai punca tragedi seperti ini memang tidak relevan, apatah lagi belum ada kajian spesifik mengesahkannya. Yang pasti musibah seperti ini lebih sesuai dikaitkan dengan faktor kecuaian dan sikap ambil mudah. Bagaimanapun, tidak salah untuk mengandaikan bahawa ahli keluarga yang mempunyai rumah lebih selesa dan kemas, lazimnya mempunyai tahap kesedaran keselamatan yang lebih tinggi. Buktinya, objek berbahaya biasanya disimpan di tempat khas dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Berbanding keluarga yang rumahnya tidak selesa apatah lagi tidak kemas, objek berbahaya kadangkala terdedah kepada kanak-kanak. Risiko besar jika tidak prihatin Contoh mudah cangkul dibiarkan di halaman rumah atau parang serta pengopek kelapa disandar pada dinding. Ada juga ibu bapa yang meletakkan botol kaca di sudut rumah. Semua ini menarik minat kanak-kanak ‘bermain’ dengan objek itu tanpa mengetahui risiko berbahaya yang bakal dihadapinya. Tidak terkecuali, sesetengah bahan beracun bukan sahaja diletakkan di tempat terbuka, malah ada yang menggantikannya dengan bekas botol minuman sebelum diletakkan di tempat tidak selamat atau disimpan berdekatan ruang dapur. Semua ini sebahagian sikap tidak prihatin dan risiko akibat kecuaian itu cukup besar. Benar malang tidak berbau, namun untuk menyerahkannya sebagai takdir sematamata tanpa berusaha mencegahnya memang mendukacitakan. Justeru, eloklah sesama ahli masyarakat saling mengingati peri pentingnya keselamatan dan melindungi anak-anak di rumah. Ambil cakna setiap tragedi malang sebagai iktibar agar tidak terjadi kepada keluarga kita, apatah lagi membabitkan kanakkanak yang sedang membesar. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Didik Masyarakat Kurangkan Musibah di Rumah’, Berita Harian Online, 23 Februari 2019 39 BM Tingkatan 5 Tema 11 CONTOH
Keselamatan kanak-kanak di rumah Teknik tanda ACID A Agree (Setuju) C Confuse (Keliru) I Interesting (Menarik) D Disagree (Tidak Brsetuju) Semasa membaca, tandakan maklumat yang diperoleh dengan tanda-tanda di atas pada bahagian sisi maklumat tersebut. Berikan tanda bulat, asterik, garis atau kurungkan maklumat secara spesifik. Maklumat yang ditandakan boleh dijadikan asas perbincangan dengan rakan-rakan untuk soalan berikut. Apakah faktor dan langkah mengatasi kemalangan dalam kalangan kanak-kanak di rumah? Faktor 1 2 3 4 Langkah 1 2 3 4 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan mengaplikasikan teknik ACID secara terhad. Murid tidak mampu menilai dan membanding beza kedua-dua teks dengan baik. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan mengaplikasikan teknik ACID dengan baik. Murid mampu menilai dan membanding beza kedua-dua teks secara betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan mengaplikasikan teknik ACID pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas, menilai, dan membanding beza kedua-dua bahan dengan tepat dan rasional. Kecuaian ibu bapa. Terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak mahu mendengar nasihat daripada ibu bapa. Rasa ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Situasi luar jangka juga boleh menjadi punca ancaman seperti haiwan/ serangga berbisa. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keadaan di rumah. Contohnya, sentiasa menilai risiko yang boleh berlaku apabila menempatkan sesuatu alatan bahaya di sesuatu tempat. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang kecederaan yang boleh berlaku apabila mereka menyalahgunakan sesuatu alatan. Memastikan anak-anak dilatih untuk menghadapi situasi genting atau luar jangka seperti kehadiran haiwan atau serangga berbisa ke dalam rumah. Sentiasa memastikan anak-anak kecil diawasi oleh kakak atau abang bagi memastikan mereka tidak menggunakan alatan berbahaya oleh sebab rasa ingin tahu. 40 BM Tingkatan 5 Tema 11 CONTOH
Tatabahasa Buku Teks m/s 148 – 149 SP: 5.1.3 Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti kata ganda dan akronim yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis sebuah perenggan ringkas yang menggunakan kata ganda dan akronim berdasarkan tema yang ditetapkan. KBAT Mengenal pasti, Mencipta Piala abang yang disusun rapat-rapat di atas rak itu langsung tidak dilap sejak setahun yang lalu. Antara piala yang paling menarik ialah piala kejohanan ragbi ketika dia belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya masih ingat ketika ayah menghantar abang menyambung pelajaran pada tahun 2007. Ketika itu, ayah cuma berkereta Proton Saga. Kami berhimpit-himpit dengan beg abang untuk sampai ke Tanjung Malim. 1 Kata ganda Akronim rapat-rapat, berhimpit-himpit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton Tema: Kemalangan jalan raya Tebing sungai yang terhakis belakangan ini berpunca daripada hutan di hulu kampung yang tidak dipulihara setelah aktiviti penggondolan. Akibatnya, air sungai mudah melimpah dan menyebabkan banjir. Desas-desus bahawa pihak bertanggungjawab mahu memulihkan kawasan tersebut membawa sedikit harapan kepada penduduk kampung kerana sekurang-kurangnya keselamatan anak-anak mereka akan lebih terpelihara. 2 Kata ganda Akronim desas-desus, anak-anak terhakis, dipulihara Tema: Semangat kejiranan TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti keseluruhan kata ganda dan akronim yang terdapat dalam petikan serta membuat perenggan ringkas menggunakan kata ganda dan akronim yang dikenal pasti dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti keseluruhan kata ganda dan akronim yang terdapat dalam petikan serta membuat perenggan ringkas menggunakan kata ganda dan akronim yang dikenal pasti dengan menggunakan ayat yang gramatis tetapi kurang menepati tema dan konteks yang betul. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti keseluruhan kata ganda dan akronim yang terdapat dalam petikan serta membuat perenggan ringkas menggunakan kata ganda dan akronim yang dikenal pasti dengan menggunakan ayat yang gramatis, menepati tema, dan konteks yang betul. Dua buah kereta yang memandu secara rapat-rapat dengan kelajuan yang tinggi di jalan raya berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyebabkan kemalangan berlaku sebentar tadi. Beberapa orang pemandu yang turun dari kenderaan masing-masing telah memberikan bantuan. Tidak kurang juga beberapa orang yang berhimpithimpit untuk mengambil video dan gambar untuk dikongsikan di media sosial masing-masing. Setelah beberapa minit, ambulans tiba dan telah membawa pemandu kereta Proton dan Viva tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sikap masyarakat setempat yang suka menyebarkan desas-desus berita yang salah telah menyebabkan perpecahan mula berlaku dalam kawasan kejiranan kami. Kalau dahulu setiap kali terdapat majlis keramaian, semua penduduk kampung mula bergotong-royong dua hari sebelumnya. Namun, kini amalan tersebut telah terhakis akibat ketidaksefahaman antara mereka. Anak-anak muda pula sudah mula terlibat dengan budaya tidak sihat apabila masyarakat mula tidak mengambil endah tentang keadaan sekeliling mereka. Perpecahan ini perlu dipulihara dengan segera agar tidak mengundang masalah yang lebih buruk kelak. 41 BM Tingkatan 5 Tema 11 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 154 – 155 SP: 1.5.1 Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara secara bertatasusila. Dengar maklumat yang dibacakan dengan teliti. Berdasarkan bahan-bahan di bawah, jawab soalan-soalan yang diberikan. Bentangkan jawapan anda dengan bantuan multimedia yang menarik. KBAT Menilai Awang Batil ialah watak hulubalang dan wak nujum yang ditampilkan oleh tukang cerita secara solo dalam bentuk penyamaran dengan mengenakan topeng kayu berwarna merah sambil memukul alat muzik seakan-akan belanga yang dipanggil sebagai batil. Paluan batil ini menjadi ciri unik yang hanya dapat disaksikan dalam persembahan Awang Batil. Topeng, batil, dan serunai antara komponen penting dalam persembahan Awang Batil dalam menghidupkan jalan cerita yang turut diwarnai dengan dialog spontan, jenaka serta nyanyian mengikut kesesuaian acara dan sambutan khalayak. Wayang kulit ialah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak khayalan yang ditarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung, dan watak mengetengahkan aspek kelakar yang sering menarik minat pengunjung sepanjang cerita wayang kulit itu. Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Menurut orang Jawa, ‘kepang’ merujuk kepada anyaman. Pembuatan kuda kepang adalah dengan menggunakan buluh yang dianyam. Pada awalnya, kuda kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu. Kuda yang dibuat biasa berwarna hitam dengan bulu berwarna kuning. Namun, pengubahsuaian telah berlaku apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi menampakkan kuda semakin menarik. Soalan: 1 Mengapakah kesenian tradisi di Malaysia semakin dilupakan? 2 Apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mempopularkan semula kesenian tradisi di Malaysia? 3 Pilih satu daripada kesenian tradisi di atas dan nyatakan faktor anda menyukainya. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap isu kesenian dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap isu kesenian dengan yakin dan baik. Murid boleh memberi respons terhadap soalan tambahan daripada guru dan rakan-rakan dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap isu kesenian dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh memberi respons terhadap soalan tambahan daripada guru dan rakan-rakan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 6 12 Tema Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 42 CONTOH
Tatabahasa Buku Teks m/s 160 – 161 SP: 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, bina ayat berdasarkan perkataan yang ditemui dengan laras dan konteks yang berbeza. KBAT Mengenal pasti, Mencipta Tart Bengkulu kuih tradisi Mengikut sejarah, masyarakat Bengkulu mula berhijrah ke negara kita dari kawasan Bengkahulu di Sumatera Barat sejak kurun ke-17 lagi. Masyarakat Bengkulu di Malaysia hari ini kebanyakannya tinggal di beberapa tempat di Selangor seperti Sungai Selisik, Sungai Choh, Sungai Merab selain ramai yang menetap di Behrang, Perak, dan juga Gemas di Negeri Sembilan. Salah satu makanan tradisi masyarakat Bengkulu yang masih kekal sehingga kini ialah kuih tart bengkulu. Berintikan kelapa gula merah, kuih tart ini dimasak dengan menggunakan dapur kayu api dan lazimnya berbentuk daun. Kuih ini memiliki keistimewaan dari segi tekstur dan masih dihasilkan secara tradisional sekali gus mengekalkan keasliannya. Berikut merupakan resipi menghasilkan kuih tradisi tart bengkulu. Bahan-bahan 1 kilogram tepung disangrai 1 2 kilogram gula dikisar halus 2 biji telur 1 1 2 biji kelapa parut 1 2 kilogram santan 2 sudu teh serbuk penaik 2 sudu minyak masak Gula melaka Gula merah Garam secukup rasa Langkah membuat inti Cara membuat inti kelapa. Masakkan gula melaka atau gula merah. Kemudian, masukkan kelapa parut dan masak inti sehingga bertukar keperang-perangan. Kemudian, tambah sedikit garam. Langkah membuat doh Campurkan tepung yang telah disangrai, gula yang telah dikisar halus, dan serbuk penaik. Kemudian, masukkan dua biji telur dan gaul sebati. Sementara itu, masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Doh perlu diuli dan diperap selama satu jam. Langkah menyatukan doh dan inti. Setelah doh diperap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Kemudian, doh dimasukkan inti kelapa dan dibalutkan dalam bentuk daun dengan kemas. Kepitkan kulitnya agar berjalur seperti urat daun. Kemudian, sapukan telur kuning yang dicampur sedikit pewarna di atasnya. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius sehingga masak dan berbau wangi. Mengikut tradisi orang tua-tua, kuih ini dibakar menggunakan kayu api. Bil. Kata Nama Ayat 1 masyarakat Budaya bertegur sapa kini semakin terhakis dalam kalangan masyarakat akibat sikap lepas tangan yang diamalkan. 2 makanan Makanan yang bersepah di atas lantai itu disebabkan oleh kucing adik. 43 BM Tingkatan 5 Tema 12 CONTOH
3 telur Putih telur mempunyai protein yang tinggi. 4 kelapa Pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat semalam telah menimpa dapur nenek. 5 minyak Ramli terpaksa menolak motosikalnya hampir 10 kilometer akibat kehabisan minyak. Bil. Kata Kerja Ayat 1 disangrai Bawang putih yang disangrai itu berbau sangat harum. 2 masukkan “Keputusan Abah untuk masukkan kamu ke asrama adalah untuk kebaikan semata-mata,” kata ayah Ramlan kepadanya. 3 bahagikan “Bahagikan hadiah tersebut dengan adil, ya,” kata Cikgu Danish. 4 tambah “Jangan kamu tambah garam lagi, nanti masin sangat,” kata ibu. 5 bertukar Kumpulan kami bertukar pendapat untuk mendapatkan kata putus. Bil. Kata Adjektif Ayat 1 kecil Amri tangkas menangkis serangan Harith biarpun dia seorang yang bertubuh agak kecil. 2 halus Buih halus yang terdapat pada kopi itu sangat menyelerakan. 3 sebati Hamidah tenang berdepan dengan situasi genting itu kerana dia sudah sebati dengan keadaan tersebut. 4 wangi “Beras yang dibeli suami saya semalam memang wangi tetapi agak lembik apabila dimasak,” kata Che Jah kepada jirannya. 5 kemas Amran berpakaian kemas pagi ini untuk menghadiri temu duga. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang dikenal pasti dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti tiga perkataan bagi setiap kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang dikenal pasti dengan menggunakan ayat yang gramatis tetapi laras dan konteks yang tidak berbeza. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga perkataan bagi setiap kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif yang dikenal pasti menggunakan ayat yang gramatis, menepati tema, laras, dan konteks yang berbeza. 44 BM Tingkatan 5 Tema 12 CONTOH
Menulis Buku Teks m/s 162 – 163 Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan sumber bagi menghasilkan SP: 3.5.1 pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang sesuai. Berdasarkan maklumat berkaitan tempat-tempat menarik di Malaysia, jawab soalan di bawah. KBAT Menilai, Mencipta Lukisan mural di dinding dan jalanan yang berwarna-warni di bandaraya George Town menjadi daya tarikan pelancong ke negeri itu. Bandaraya itu mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah lokasi yang kaya dengan seni jalanan selain New York, London, Barcelona, Berlin, Paris, Melbourne, dan San Francisco. Buku Street Art yang meliputi 42 bandar raya di seluruh dunia telah menyenaraikan George Town sebagai satu-satunya destinasi di Asia. Rumah bumbung panjang di Perak dikenali sebagai Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani. Ciri-ciri rumah Kutai ini dapat dilihat pada ragam hias lebah bergantung dan penggunaan daun tepas berkelarai pada muka tebar layarnya. Selain itu, penggunaan lantai jeria, struktur bumbung dengan sistem teknologi yang unik, bentuk pintu gelangsar, dan bentuk tingkapnya yang tersendiri memang tidak pernah terdapat pada unsur-unsur lain seni bina Rumah Melayu Tradisional yang baik di Malaysia. Festival Light and Motion Putrajaya 2019 (LAMPU 2019) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kembali untuk tahun ketujuh dengan konsep kepelbagaian etnik dan budaya Malaysia. Buat julung kalinya, pengunjung berpeluang merakamkan ucapan secara swafoto yang akan dipaparkan pada Bangunan Istana Kehakiman. Suasana Dataran Putrajaya telah diserikan lagi dengan persembahan bunga api dan pertunjukan bunga api digital. Malaysia mempunyai visi yang besar untuk memajukan sektor pelancongan. Ulaskan keistimewaan Malaysia yang mampu diketengahkan untuk menarik minat pelancong untuk bercuti ke negara kita. Panjang ulasan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. 45 BM Tingkatan 5 Tema 12 CONTOH
TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca tetapi tidak memahami dan tidak dapat mengenal pasti pendapat dan mengaplikasikan maklumat tersebut ketika membuat ulasan. Murid hanya membuat ulasan secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan mengaplikasikan maklumat tersebut ketika membuat ulasan. Murid mampu membuat ulasan yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan mengaplikasikan maklumat ketika membuat ulasan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas, menilai, dan membanding beza kesemua bahan dengan tepat dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia ada. Malaysia sangat terkenal dengan kesenian dan kebudayaan yang amat berlainan daripada negara-negara lain. Terdapat beberapa kesenian yang pastinya akan menarik minat pelancong luar untuk bertandang dan melihatnya secara dekat. Antaranya ialah beberapa program yang dianjurkan khas seperti Pesta Lampu yang menggabungjalinkan antara kesenian dan teknologi. Istimewanya, negara-negara jiran belum pun menganjurkan pesta sebegini yang semestinya menjadikan Malaysia pilihan menarik untuk dikunjungi. Malahan, di Malaysia kita masih lagi memelihara kesenian-kesenian dari aspek reka bentuk. Contohnya, reka bentuk rumah tradisional yang sememangnya unik untuk dikunjungi. Terdapat beberapa negeri yang mempopularkan rumah-rumah tradisi ini dengan memperkenalkan taman tema berasaskannya. Contohnya, Taman Mini Malaysia di Melaka. Terdapat rumah tradisi yang dihimpunkan dengan reka bentuk yang sama dalam satu tempat. Menarik bukan? Jangan lupa selain seni lukis jalanan yang menarik di Pulau Pinang, Malaysia juga amat terkenal dengan kelazatan makanan yang bervariasi. Jadi, sememangnya Malaysia mempunyai keunikan dan keistimewaan. (135 patah perkataan) 46 BM Tingkatan 5 Tema 12 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 166 – 167 Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk menggemukkan idea baharu bagi meningkatkan kebolrhpasaran diri secara SP: 1.5.2 bertatasusila. Isi ruang kosong di bawah dengan maksud bagi setiap elemen yang terdapat pada Jalur Gemilang. Kemudian, laksanakan aktiviti yang dicadangkan. KBAT Mengaplikasi Bulan Warna kuning 14 Jalur Warna biru Bintang bucu 14 Warna putih Warna merah 1 Guru memberikan soalan kepada semua murid (Cadangan soalan: Berdasarkan maksud-maksud yang terdapat pada Jalur Gemilang, apakah ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi seorang warganegara yang baik?) 2 Guru memberikan masa kepada murid untuk berfikir secara individu. 3 Murid dipasangkan bersama rakan untuk bertukar pendapat dan menyelesaikan masalah yang diajukan. 4 Murid kemudian berkongsi pandangan mereka dengan pasangan lain atau dengan keseluruhan kelas. Aktiviti PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap ciri-ciri warganegara yang baik dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap ciri-ciri warganegara yang baik dengan yakin dan betul. Murid boleh mengaitkan elemen-elemen yang terdapat di dalam Jalur Gemilang dengan jawapannya dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan pemahaman terhadap ciri-ciri warganegara yang baik dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh mengaitkan elemen-elemen yang terdapat di dalam Jalur Gemilang dengan jawapannya berserta idea baharu secara tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Islam sebagai agama rasmi Kedaulatan negara Keberanian Perpaduan bangsa Bersih dan berbudi pekerti Gabungan 13 buah negeri dengan Wilayah Persekutuan Keanggotaan 13 buah negeri dengan Wilayah Persekutuan 13 Tema Jati Diri, Warganegara Patriotik 47 CONTOH
Menulis Buku Teks m/s 170 – 171 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan SP: 3.5.2 bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Hubung kaitkan semua maklumat daripada bahan-bahan di bawah. Kemudian, buat bahan grafik yang menunjukkan keseluruhan kisah hidup Leftenan Adnan. Penerangan yang anda buat mestilah menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. KBAT Menganalisis, Mencipta SAMBUTAN HARI PAHLAWAN Leftenan Adnan dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas beliau memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adik bongsunya, Amarullah Saidi terselamat daripada peperangan dan kini bersara serta menetap di Kajang, Selangor. Adnan menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni ‘C’ menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu – Pt. 226, Bukit Chandu. Pertempuran sengit berlanjutan. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Leftenan Adnan mengendalikan sendiri senjata mesingan jenis Lewis Gun. Namun dalam pertempuran kali ini, Leftenan Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, beliau terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni ‘C’. 48 BM Tingkatan 5 Tema 13 CONTOH
Bahan grafik Leftenan Adnan dilahirkan di Kampung Sungai Ramal pada tahun 1915. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Platun ke-7 atau dikenali Kompeni ‘C’. 1942 Pasukan Kompeni ‘C’ telah diarahkan ke tapak pertahanan baharu, Bukit Chandu untuk menentang pencerobohan askar Jepun. Ketika zaman kanak-kanak, Leftenan Adnan telah menerima pendidikan dalam aliran Inggeris. Pada tahun 1933, beliau telah menyertai Rejimen Askar Melayu dan terpilih sebagai rekrut terbaik Leftenan Adnan berusaha berhabis-habisan biarpun beliau telah cedera parah. Leftenan Adnan telah memotivasikan semua orangnya untuk terus berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Leftenan Adnan digantung di pokok ceri dan dicucuk dengan bayonet berkali-kali. 1933 1937 1937 Terpilih ke London TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti keseluruhan idea yang terdapat di dalam bahan. Murid menggambarkan idea menggunakan bahan grafik secara memuaskan dan menggunakan ayat yang tidak gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti keseluruhan idea yang terdapat di dalam bahan. Murid menggambarkan idea menggunakan bahan grafik secara baik dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti keseluruhan idea yang terdapat di dalam bahan. Murid menggambarkan idea menggunakan bahan grafik dengan sangat baik bersama maklumat tambahan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan boleh menjadi contoh teladan. 49 BM Tingkatan 5 Tema 13 CONTOH
Seni Bahasa Buku Teks m/s 172 – 173 SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden dan puisi tradisional. Hayati sajak di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah menggunakan ayat anda sendiri. KBAT Menganalisis, Menilai Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli? Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus rinkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya. Istimewa, 2012 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (i) Berdasarkan rangkap terakhir sajak di atas, apakah yang cuba disampaikan oleh penyajak? Penyajak menyatakan bahawa sehingga akhirnya kita tidak akan dapat mengetahui siapa pahlawan sebenar. 50 BM Tingkatan 5 Tema 13 CONTOH
(ii) Peperangan Membawa Seribu Keburukan Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda. (iii) Bincangkan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. (iv) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca bahan di atas tetapi dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak dapat menjawab soalan yang disediakan dengan baik. Murid menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid dapat menjawab soalan yang disediakan dengan baik. Murid menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca bahan di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menjawab soalan yang disediakan dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat, dan rasional. Saya bersetuju. Peperangan akan membawa keburukan kerana peperangan akan menyebabkan banyak kematian. Ekonomi yang lumpuh akibat berlakunya peperangan di sesebuah negara akan menyebabkan rakyat menderita. Rakyat juga terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain akibat takut kepada ancaman nyawa terhadap keluarga. Persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah persoalan tentang keperwiraan seseorang pejuang. Penyajak menceritakan Hang Jebat yang berusaha mempertahankan keadilan biarpun dia dituduh sebagai pengkhianat. Persoalan kedua ialah persoalan tentang kesetiaan terhadap pemimpin. Penyajak menyatakan bahawa Hang Tuah sanggup mempertahankan pemimpin kerana kesetiaannya yang tinggi. Pada pandangan saya, ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah bijaksana dalam mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, pemimpin perlu memiliki prinsip hidup yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dan tetap pendirian. 51 BM Tingkatan 5 Tema 13 CONTOH
Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 180 – 181 SP: 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan bertatasusila. Sekolah anda akan menganjurkan Hari Sastera peringkat sekolah. Sebagai ahli Persatuan Bahasa Melayu, anda dan rakan-rakan ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang mampu mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan. Anda perlu mengisi ruang yang disediakan dengan kelemahan dan kekuatan setiap aktiviti dan berbincang dengan rakan-rakan anda untuk memilih aktiviti terbaik. KBAT Menilai Objektif program Program ini diharapkan dapat: 1 Menarik minat murid mengenali sasterawan dan karya-karya sastera terkenal di Malaysia. 2 Menggalakkan penyertaan murid daripada pelbagai kaum. Aktiviti cadangan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Ucapan daripada tokoh sastera Melukis mural wajah sasterawan dan karyanya Kekuatan 1 2 Kelemahan 1 2 Kekuatan 1 2 Kelemahan 1 2 Kekuatan 1 2 Kelemahan 1 2 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan hujah yang longgar dan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan hujah dengan yakin dan betul. Murid boleh menegaskan kebaikan aktiviti yang dipilih dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh membentang dan bersoal jawab dengan hujah yang baik dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh membanding beza kelemahan aktivitiaktiviti lain dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Memberi peluang kepada murid untuk menghayati sesuatu karya. Dapat mendengar pengalaman menarik daripada tokoh berpengalaman. Boleh melibatkan semua murid. Mencungkil bakat baharu murid dalam mendeklamasi sajak. Dapat mendengar deklamasi sajak daripada tokoh. Mencantikkan kawasan sekolah. Penyertaan yang agak terhad. Murid akan cepat berasa bosan. Melibatkan sedikit kos untuk membeli bahan. Kurang mendapat sambutan daripada murid bukan Melayu. Kos yang agak tinggi untuk menjemput tokoh terkenal. Tidak semua murid pandai melukis dan mewarna. 14 Tema Citra Bahasa dan Sastera Kita 52 CONTOH
Membaca Buku Teks m/s 182 – 183 SP: 2.4.1 Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu. Baca kedua-dua bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang disediakan. KBAT Menganalisis Ciri-ciri pantun Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah. Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bagi pantun empat kerat, baris pertama dan kedua ialah pembayang, manakala baris ketiga dan keempat ialah maksud. Setiap baris lazimnya mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama ialah pembayang dan baris kedua ialah maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk ‘a, a’. Bilangan suku kata sebaris juga tetap, iaitu antara 8 hingga12 suku kata dalam sebaris. Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk ‘a, b, a, b’. Apakah itu syair? Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran, nasihat, pengajaran, agama, dan juga berasaskan sejarah atau dongeng. Ciri-ciri syair (a) Merupakan puisi terikat. (b) Rangkap : Jumlah baris serangkap tetap, iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Hal ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. (c) Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap, iaitu 4 hingga 5 perkataan sebaris. (d) Suku kata : Bilangan suku kata sebaris juga tetap, iaitu antara 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris. (e) Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap, iaitu a/a/a/a. Soalan : Terangkan perbezaan kedua-dua jenis puisi tradisional di atas berdasarkan fungsi dan bentuknya. Pantun Syair Perbezaan 1 Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama ialah pembayang dan baris kedua ialah maksud. 2 Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk ‘a, b, a, b’. 1 Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. 2 Rima akhir dalam serangkap juga tetap, iaitu a/a/a/a. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun tidak memahami dan tidak dapat mengenal pasti pendapat dan membanding beza maklumat tersebut ketika membuat ulasan. Murid hanya membuat ulasan secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan membanding beza maklumat tersebut ketika membuat ulasan. Murid mampu membuat ulasan yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dan membanding beza maklumat ketika membuat ulasan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas, menilai, dan membanding beza kesemua bahan dengan tepat dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia ada. 53 BM Tingkatan 5 Tema 14 CONTOH
Menulis Buku Teks m/s 188 – 189 SP: 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. Terdapat dua kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat di bawah, betulkan dan salin semula ayat tersebut. Kemudian, anda dikehendaki menyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat. KBAT Menganalisis, Menilai 1 Ahmad sudah serik menasihati semua anak-anaknya supaya tidak mengabaikan pelajaran. Namun, mereka tetap dengan sikap suka ponteng dan membuat masaalah di sekolah. Peribahasa: 2 Amri redha dengan ujian yang terpaksa ditempuhi olehnya dan keluarganya. Selepas kematian abang akibat kemalangan tempoh hari, hari ini mereka terpaksa berpindah daripada rumah usang keluarganya setelah mereka gagal membayar pinjaman. Peribahasa: 3 Kamala gembira kerana emak membawa pulang murtabak ayam ketika pulang daripada kerja. Sememangnya dia memang bercadang ingin ke Kamal Restoran untuk membelinya tadi. Peribahasa: TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti dua kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat. Murid tidak dapat mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai atau tepat. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti kesemua kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat. Murid tidak berjaya mengaitkan semua situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan tepat. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti kesemua kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat. Murid berjaya mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan mampu mencadangkan peribahasa seerti atau situasi yang lain bagi menggambarkan peribahasa yang sama. Ahmad sudah serik menasihati semua anaknya/ anak-anaknya supaya tidak mengabaikan pelajaran. Namun, mereka tetap dengan sikap suka ponteng dan membuat masalah di sekolah. Amri reda dengan ujian yang terpaksa ditempuhi olehnya dan keluarganya. Selepas kematian abang akibat kemalangan tempoh hari, hari ini mereka terpaksa berpindah daripada rumah pusaka keluarganya setelah mereka gagal membayar pinjaman. Kamala gembira kerana emak membawa pulang martabak ayam ketika pulang daripada kerja. Sememangnya dia memang bercadang ingin ke Restoran Kamal untuk membelinya tadi. Bagai mencurah air ke daun keladi Sudah jatuh ditimpa tangga Bagai orang mengantuk disorongkan bantal 54 BM Tingkatan 5 Tema 14 CONTOH
55 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 194 – 195 SP: 1.8.1 Merumus dan mengulas isu secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. Berdasarkan bahan-bahan di bawah, buat rumusan tentang Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) secara kritis dan bernas menggunakan ayat yang gramatis. Rumusan anda tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. KBAT Menilai Bahan 1 Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi memberikan cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung pada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tunggaknya. Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis, simulasi, integrasi sistem, dan penggunaan robotik yang akan merancakkan kemajuan landskap ekonomi dunia moden. Revolusi ini dapat memastikan kemunculan sistem fizikal siber yang lebih terkini melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin, dan kaedah baharu teknologi. Dalam erti kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga berfungsi untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Revolusi ini juga mampu untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan ekonomi dan teknologi di peringkat global. Melalui Industri 4.0 ini juga, negara akan dapat melahirkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi, kreatif, dan kritis. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Celik Industri 4.0’, www.utusan.com.my Bahan 2 Komitmen setiap industri Melatih tenaga pekerja berkemahiran tinggi Memperkasa pendidikan teknologi dan maklumat Pelan ekonomi negara yang baik Persiapan Menghadapi Revolusi Industri 4.0 Memperkukuh keselamatan siber Membangunkan infrastruktur teknologi yang lengkap dan diselenggara dengan baik 15 Tema Industri Cemerlang, Negara Gemilang CONTOH
56 BM Tingkatan 5 Tema 15 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu merumus dua daripada tiga idea (ciri Industri 4.0, kepentingan, dan persiapan) daripada kedua-dua bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu merumus ketiga-tiga idea (ciri Industri 4.0, kepentingan, dan persiapan) daripada kedua-dua bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu merumus ketiga-tiga idea (ciri Industri 4.0, kepentingan, dan persiapan) daripada kedua-dua bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Rumusan membincangkan ciri-ciri Revolusi Industri 4.0, kepentingan, dan persiapan menghadapinya. Ciri-ciri Revolusi Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu. Kepentingan Revolusi Industri 4.0 ialah dapat merancakkan kemajuan landskap ekonomi dunia moden dan memastikan kemunculan sistem fizikal siber yang lebih terkini. Selain itu, Industri 4.0 juga berfungsi untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga dan mampu untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan ekonomi dan teknologi. Melalui revolusi ini juga, negara akan dapat melahirkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi, kreatif, dan kritis. Persiapan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 ialah negara perlu melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkasakan pendidikan teknologi dan maklumat bagi menjayakan usaha murni ini. Kesimpulannya, kita harus bersama menjayakan revolusi ini agar ekonomi negara lebih mampan. (111 patah perkataan) CONTOH
57 BM Tingkatan 5 Tema 15 Membaca Buku Teks m/s 196 – 197 SP: 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Baca dan analisis bahan di bawah dengan menggunakan teknik CHATT kemudian isi borang yang disediakan dengan maklumat yang sesuai. KBAT Menganalisis Herba ialah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan, dan baunya. Tanaman herba bukan sahaja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau luar rumah, malah turut memberi pelbagai manfaat lain. Terdapat tanaman herba yang boleh dimakan sama ada dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan, mahupun sebagai perubatan tradisional. Bagi yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam di dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah. Hiasan sebegini sesuai disusun di bahagian dapur, tidak memerlukan ruang yang besar, dan mudah dijaga. Antara pokok herba yang mudah didapati, boleh dimakan, serta boleh dijadikan ubatan tradisional ialah pokok belalai gajah, kemangi, pecah kaca, bangun-bangun, dan daun pandan. Berikut antara kebaikan pokok-pokok herba 1 Belalai gajah Belalai gajah sangat popular di Asia kerana mempunyai banyak manfaat. Belalai gajah dikatakan mempunyai 1 001 kebaikan, antaranya dapat menurunkan kadar gula dalam darah serta mengatasi masalah kulit seperti kemerahan, gatal-gatal, dan radang. Belalai gajah juga dipercayai dapat membantu mereka yang mengalami gastrik, melegakan senak perut, sakit belakang, dan asma). 2 Kemangi Pokok daripada keluarga pokok selasih ini sangat popular di India. Kemangi menawarkan pelbagai khasiat seperti ekstraknya agen antioksida semula jadi yang mampu mencegah penuaan. Pokok kemangi juga digunakan sebagai ubat tradisional untuk menggantikan ‘pain killer’ kerana dapat mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Pokok kemangi turut ditanam di keliling rumah kerana dipercayai mampu menghalau nyamuk. 3 Pecah kaca Pokok ini terkenal di Asia Tenggara. Dalam perubatan tradisional, pecah kaca digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti kencing manis, batu karang, dan kanser. Pokok ini mempunyai kalsium karbonat yang tinggi. Jadi, pokok ini dapat melawaskan pembuangan air kecil. Bagi merawat masalah kencing, makan daunnya mentah-mentah, namun bagi masalah kencing manis dan batu karang, daunnya perlu direbus terlebih dahulu sehingga mendidih sebelum minum airnya. 4 Daun pandan Penggunaan daun pandan sangat meluas. Daun pandan umpama vanila bagi penduduk Asia Tenggara kerana digunakan dalam hampir setiap masakan, malah turut dijadikan pewangi rumah. Daunnya bukan sahaja mampu memberikan aroma kepada nasi, kuih-muih, dan minuman, malah digunakan sebagai pembungkus untuk masakan ikan, ayam, dan pulut. Dalam perubatan, daun pandan digunakan untuk membantu mengatasi masalah angin dan pencernaan serta merawat masalah kelemumur dan melebatkan rambut. 5 Bangun-bangun Tumbuhan berasal dari India ini terkenal dalam perubatan tradisional Melayu dan Cina. Tumbuhan ini digunakan bagi merawat masalah seperti batuk, mual, serta sakit kepala. Pokok ini juga boleh dijadikan penawar kepada masalah asma dan bronkitis. Bagi yang tidak mempunyai penyakit, pokok bangun-bangun boleh dijadikan ulam dan menjadi petua awet muda. Pokok ini juga dikatakan mampu melancarkan pengaliran darah dan memperbaiki tekstur kulit. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok Herba Penghias Rumah’ oleh Nor Hanisah Kamaruzaman, [email protected] CONTOH
58 BM Tingkatan 5 Tema 15 Borang CHATT Kata kunci/ Istilah Tanaman herba mempunyai banyak kepentingan dari aspek perubatan dan makanan. Idea Utama 1 Pokok herba kini boleh ditanam di dalam rumah menggunakan pasu. 2 Mudah dijaga. 3 Cantik untuk dijadikan hiasan dalaman. Rumusan Guru: Imej (Definisi) Idea Sampingan Kelebihan pokok herba 1 Belalai gajah menghilangkan sakit kulit. 2 Kemangi mengurangkan bengkak. 3 Pecah kaca mampu menyembuhkan kencing manis. 4 Daun pandan boleh melebatkan rambut. 5 Bangun-bangun merupakan penawar tradisional untuk penyakit asma. Definisi Herba ialah tumbuhtumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan, dan baunya. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, tetapi kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan dan mengaplikasikan teknik CHATT secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan dan mengaplikasikan teknik CHATT dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan dan mengaplikasikan teknik CHATT secara tekal, terperinci, dan rasional yang menunjukkan penguasaan murid terhadap isu. CONTOH
59 BM Tingkatan 5 Tema 15 Tatabahasa Buku Teks m/s 196 – 197 SP: 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. Gabungkan ayat-ayat di bawah. Kemudian, hasilkan sebuah perenggan yang terdiri daripada beberapa ayat majmuk yang mengikut konteks dan menggunakan penanda wacana yang betul. KBAT Mencipta 1 Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber. 2 Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi makanan. 3 Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi kewangan. 4 Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi ekonomi. 1 ‘Pertanian adalah perniagaan’ merupakan visi yang sangat penting. 2 Visi ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. 3 Menjana keuntungan yang lebih besar. 1 Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. 2 Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. 3 Usaha ini membantu menambah hasil pendapatan negara. 1 Kerajaan telah melakukan banyak perubahan dari aspek proses. 2 Kerajaan telah melakukan perubahan dari aspek keperluan jentera. 3 Bantuan deripada agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI. 4 Malaysia telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon, dan baka tanaman baharu dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang terkini. Pertanian Satu Perniagaan TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat menggabungkan semua atau sebahagian ayat dengan menggunakan kata gabungan yang betul. 3-4 Murid mampu menggabungkan semua ayat dengan menggunakan kata gabungan yang betul tetapi tidak menggunakan penanda wacana atau menggunakan penanda wacana yang tidak tepat. 5-6 Murid mampu menggabungkan semua ayat dengan menggunakan kata gabungan yang betul dan menggunakan penanda wacana yang tepat. Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber, makanan, kewangan, dan ekonomi. ‘Pertanian adalah perniagaan’ merupakan visi yang sangat penting kerana visi ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian bagi menjana keuntungan yang lebih besar. Dalam hal ini, tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang, tetapi usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang mampu membantu menambah hasil pendapatan negara. Oleh itu, kerajaan telah melakukan banyak perubahan dari aspek proses dan keperluan jentera dengan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI sehingga Malaysia telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon, dan baka tanaman baharu dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang terkini. CONTOH
60 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 208 – 209 SP: 1.8.2 Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. Berdasarkan bahan-bahan di bawah, nyatakan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam kedua-dua novel tersebut. Kemudian, anda perlu menyatakan cara anda mengatasi cabaran tersebut jika berdepan dengan keadaan yang sama. KBAT Menganalisis, Menilai Pagi tadi, apabila Anggerik diberi makan tetapi dikeluarkan balik. Anggerik cuma mahu susu. Sekadar susu manalah cukup bagi kanak-kanak berusia 18 bulan. Di depan rumah kelihatan dua orang lelaki bersongkok, tentu ke rumah Mak Aton, desis hatinya. Akukah pembunuh Said? Sumpah, tidak terniat untuk menganiaya murid tahun lima itu. Dengan sedikit kekuatan, berbaur keberanian dia berusaha menyelamatkan Said. Tetapi mengapa tuduhan seperti itu yang dilontarkan?. “Lia, kenapa lambat selamatkan Said?” tanya seorang perempuan, tatkala dia membuka kasut untuk naik ke rumah si mati. Pertanyaan itu amat mengejutkan. Petikan Novel “Songket Berbenang Emas” karya Khairuddin Ayip “Tidak ada sesiapa yang ingin dilahirkan tidak sempurna,” desis Waheeda. Nasuha terdiam. Gejolak rasa Waheeda sedikit terpadam apabila mengingatkan kata-kata oleh Ustazah Ruqaiyah bahawa kecantikan hanyalah luaran, sedangkan kecantikan sebenar terletak pada hati yang luhur. Dia mengingatkan Nasuha tentang kata-kata hikmat yang pernah diberikan kepadanya itu buat pedoman dirinya. Saat itu Nasuha rasa terpempan, mengalir rasa simpati terhadap rakan karib yang tidak senasib dirinya yang sempurna segala sifat. Nasuha mengangguk-angguk kecil serta melontar senyuman manisnya yang secara tidak langsung turut mendamaikan perasaan dan jiwa rakannya. Simpati dan empati serentak dihulurkan tulus buat rakan karib yang sering bersama-sama dari sekolah rendah hingga menengah. Petikan Novel “Tirani” karya Beb Sabariah Novel Cabaran Cara mengatasi Songket Berbenang Emas Cabaran yang dihadapi oleh Dahlia ialah sikap orang kampung yang menuduhnya gagal menyelamatkan nyawa Said. Jika saya berdepan dengan situasi sebegini, saya akan berbincang secara berhemah dengan Mak Aton untuk menerangkan betapa saya telah berusaha menyelamatkan nyawa Said, namun masih tidak berjaya. Tirani Cabaran yang dihadapi oleh Waheeda ialah dia berdepan dengan masyarakat yang memandang rupa paras sebagai kecantikan sebenar. Jika saya berdepan dengan situasi ini, saya akan melakukan hal yang sama seperti tindakan Waheeda, iaitu menasihati rakan-rakan saya secara lembut agar mereka sedar bahawa kecantikan paras rupa hanyalah sementara. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama secara terhad. Murid tidak dapat memberikan cadangan penyelesaian. 3-4 Murid dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama. Murid dapat memberikan cadangan penyelesaian yang umum. Penggunaan ayat yang gramatis. 5-6 Murid dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama. Murid dapat memberikan cadangan penyelesaian yang tepat dan terperinci. Penggunaan ayat yang gramatis dan mampu dijadikan contoh teladan. 16 Tema Integriti CONTOH
61 BM Tingkatan 5 Tema 16 Menulis Buku Teks m/s 212 – 213 SP: 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. Berdasarkan bahan-bahan yang diberikan, buat sebuah karangan berkaitan amalan rasuah. Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KBAT Mencipta Bahan 1: Petikan Akhbar JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba memberi rasuah sebanyak RM45 000 kepada seorang anggota polis di sebuah pusat hiburan di Ulu Tiram di sini pada 2 Disember lalu. Samudin Kambali, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik nombor 11, Angel Club Entertainment, Lot LG-03, Todays Mall, PTD 153691, Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram pada pukul 12.35 tengah malam, 2 Disember lalu. Tertuduh cuba memberi suapan sebanyak RM45 000 kepada seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Superitendan Saifullah Jaya@Yahya untuk tidak mengambil tindakan terhadap 65 orang individu yang ditahan untuk menjalani ujian air kencing. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ahli Perniagaan Didakwa Rasuah Polis RM45000’ www.sinarharian.com CONTOH
62 BM Tingkatan 5 Tema 16 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan berkaitan amalan rasuah secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan amalan rasuah dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahanbahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan berkaitan amalan rasuah dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan-bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, dan sebagainya. Rasuah merupakan musuh utama negara. Oleh sebab itu, sebagai rakyat yang berintegriti, kita harus mencegahnya. Antara langkah untuk mencegah rasuah ialah kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. Hal ini bagi menakutkan pelaku rasuah yang tidak gentar melakukan kesalahan. Dengan adanya penguatkuasaan yang tegas, pelaku akan takut untuk memberi atau menerima rasuah. Selain itu, pihak majikan dan pekerja juga perlu diberi pendedahan tentang bahayanya gejala rasuah dalam sesebuah institusi. Kesedaran di peringkat akar umbi amat perlu kerana hukuman bukanlah satusatunya penyelesaian bagi masalah ini. Melalui kesedaran terhadap bahaya rasuah dalam diri individu, semestinya gejala rasuah dapat dibanteras. Campur tangan daripada pihak berkepentingan juga boleh membawa kepada gejala rasuah ini semakin berleluasa. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pihak menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mencari jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu terutamanya dalam urusan jual beli. Maka, pihak kerajaan boleh membaiki keadaan ini dengan meningkatkan ketelusan pegawai-pegawai yang menguruskan sesuatu urusan. Kesimpulannya, usaha membanteras gejala rasuah ini terletak di bahu semua pihak. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. CONTOH
63 BM Tingkatan 5 Tema 16 Membaca Buku Teks m/s 214 – 215 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional SP: 2.3.5 menggunakan teknik membaca yang sesuai. Baca bahan di bawah dengan teliti dan buat bacaan tambahan tentang kaedah membuat laporan penyalahgunaan media sosial. Kemudian, anda dikehendaki mencipta carta yang sesuai untuk menunjukkan kaedah membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). KBAT Menganalisis, Mencipta Puan, bagaimanakah saya membuat laporan tentang sesuatu kandungan yang terdapat di sesebuah laman sesawang? Anda digalakkan untuk membuat aduan terus kepada pihak pengendali atau pemilik kandungan tersebut. Hal ini demikian kerana laporan sendiri daripada pihak anda lebih diutamakan oleh mana-mana pihak pentadbiran laman-laman sesawang. Saya sudah membuat laporan di laman sesawang tersebut, namun tiada apa-apa tindakan diambil. Bolehkah saya terus berurusan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Ya, boleh. Anda boleh membuat aduan kepada SKMM dengan menyertakan dokumen sokongan dan maklumat terperinci tentang kandungan yang diadukan. Salinan e-mel atau surat yang telah dihantar kepada pihak pemilik atau pentadbir laman sesawang ataupun pihak berkuasa lain juga patut disertakan agar kami dapat menelitinya. Anda boleh membuat laporan kepada kami di laman web http://aduan. skmm.gov.my/ atau mana-mana saluran aduan yang disediakan oleh SKMM. Ya, itu yang sebaik-baiknya. Anda boleh membuat laporan terlebih dahulu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyerahkan kepada kami surat laporan polis bersama-sama dokumen yang lain. Saya rasa kandungan yang dimuat naik di dalam laman sesawang tersebut boleh membawa kepada salah faham yang serius. Adakah saya boleh melibatkan pihak berkuasa bagi memastikan pelaku dihukum? Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Masalah Kandungan dalam Talian’ mcmc.gov.my CONTOH
64 BM Tingkatan 5 Tema 16 Buat laporan kepada pentadbir laman sesawang. Beri maklumat terperinci tentang perkara yang menjadi perhatian anda. Buat laporan polis terhadap kandungan yang dirasakan boleh membawa ancaman tersebut. Bawa bersama bukti laporan yang dihantar kepada pentadbir laman sesawang. Bawa laporan polis dan laporan yang dihantar kepada pentadbir laman sesawang tersebut kepada pihak SKMM. Pihak SKMM akan meneliti dan akan mengambil tindakan. Aduan boleh dibuat di laman web http://aduan.skmm.gov. my/ atau mana-mana saluran aduan yang disediakan oleh SKMM. Langkah Membuat Laporan Penyalahgunaan Media Sosial TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya dapat mengenal pasti maklumat penting di dalam bahan yang dirujuk secara terhad. Murid tidak dapat membuat carta yang sesuai berkaitan langkah membuat laporan. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti maklumat penting di dalam bahan yang dirujuk. Murid dapat membuat carta yang sesuai berkaitan langkah membuat laporan yang tepat. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti maklumat penting di dalam bahan yang dirujuk. Murid dapat membuat carta yang sesuai berkaitan langkah membuat laporan yang tepat dan mampu menghuraikan kaedah tersebut sebagai teladan kepada rakan-rakan. CONTOH
J1 Jawapan Tema 1 Mendengar dan Bertutur Contoh perkataan banyak makna 1 Surut (a) kembali (ke asal), balik (ke belakang), mundur (b) menjadi berkurang, reda (kemarahan), susut (c) air turun (selepas pasang atau naik) 2 bebas (a) tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap), tidak terkongkong (b) melepaskan daripada kewajiban (c) memerdekakan (daripada kekuasaan lain) (d) memberhentikan daripada tugas atau jawatan 3 betul (a) benar, tidak salah (b) tepat, langsung (c) sungguh, sangat (d) sejati, tulen 4 baik (a) memberi faedah apabila menggunakannya, elok (b) memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan) (c) tidak jahat (d) pulih, sembuh (e) sangat sesuai dan rapat (f) ya (menyatakan persetujuan) (g) biar, walau Tatabahasa Kata Tunggal kaki, mulut, tangan, ibu, bapa, dengan, sabun, dan, dahulu, anak, atau, bayi, mereka, ajar, yang, baik, konsisten, dari, tandas, lampin, najis, daripada, sesak, seperti, sekolah Kata Majmuk air bersih, sapu tangan, tuala mandi, tempat awam, pasar raya, Rencana ringkas tentang penyakit berjangkit Penyakit tangan, kaki, dan mulut sering berjangkit dalam kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Penyakit ini boleh merebak dengan sentuhan secara langsung oleh seseorang individu yang dijangkiti. Oleh itu, wajar jika ibu bapa memastikan anakanak menggunakan air bersih dan sabun untuk mencuci tangan apabila melakukan sentuhan pada bahan-bahan yang mungkin berpotensi untuk dicemari dengan virus ini. Ibu bapa juga dinasihati supaya tidak membawa anak yang dijangkiti ke tempat awam seperti sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana mereka boleh merebakkan jangkitan. Menulis Maksud ayat perenggan pertama Satu daripada kaedah efektif dalam merawat penyakit ialah memperdengarkan muzik kepada pesakit. Maksud ayat perenggan kedua Muzik tidak menyembuhkan sepenuhnya penyakit, sebaliknya dapat menenang, mengurangkan simptom atau kesakitan yang ditanggung dan mempercepat proses pemulihan. Maksud ayat perenggan ketiga Banyak juga penyakit lain yang turut memanfaatkan kaedah rawatan muzik. Mendengar dan Bertutur Contoh simulasi Pengerusi : Saya dimaklumkan bahawa masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan larangan walaupun sebelum ini pihak berkuasa telah memasang papan tanda amaran bagi mengelakkan kejadian ini berulang. AJK 1 : Saya berasa kesal dan sedih apabila masih ramai pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan berkenaan. Walaupun pihak berkuasa memberi amaran jangan berbuat demikian, tetapi mereka ambil mudah. Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berulang lagi. AJK 2 : Setuju. Longgokan sampah itu bukan sahaja menyebabkan bau busuk, malah membahayakan kesihatan penduduk di taman perumahan kita. Sampah berkenaan akan bertaburan apabila dimakan anjing liar, malah menyebabkan pembiakan lalat. Kita perlu ambil tindakan segera. Pengerusi : Apakah yang perlu kita lakukan? AJK 3 : Saya cadangkan kita adakan mesyuarat dengan penghuni di taman perumahan kita ini dan menasihati mereka agar membuang sampah di tong besar yang disediakan. AJK 4 : Apa kata kita kerap memantau kawasan pembuangan sampah haram dan menjalankan siasatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku? Pengerusi : Setuju. Ada cadangan lain? Bendahari : Saya rasa pemasangan kain rentang yang mencela perbuatan membuang sampah di bahu jalan juga dijangka berkesan dalam mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab berterusan melakukan perbuatan tersebut. Tema 2 Membaca Ringkasan pendahuluan Sukan lasak seperti memanjat tebing dan tembok merupakan sukan yang popular. Sukan ini semakin digemari oleh golongan muda di negara kita. Pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan membabitkan diri dalam sukan lasak. Persamaan 1 Merupakan sukan lasak. 2 Aktiviti panjat tebing atau tembok bukan perkara yang mudah. 3 Dapat meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal peserta. 4 Dilengkapkan peralatan keselamatan semasa memanjat. 5 Memerlukan kekuatan anggota tubuh badan. 6 Menguji kebolehan dan tahap keberanian individu. CONTOH
J2 BM Tingkatan 5 Jawapan Perbezaan 1 Permukaan batu tidak sama rata bagi sukan panjat tebing. 2 Sukan panjat tebing memerlukan teknik memanjat yang baik. 3 Jarak bagi sukan panjat tebing ialah 50 meter dari tanah, manakala jarak bagi sukan panjat tembok kurang daripada 20 meter. 4 Pemanjat sukan panjat tembok hanya berpaut pada pemegang pemanjat yang bersaiz antara 7.62 cm hingga 20.32 cm sahaja. 5 Sukan panjat tebing memerlukan teknik memanjat yang baik manakala sukan panjat tembok mendaki tembok mengikut laluan yang ditetapkan dan diselia oleh pengawal tali mendaki. Menulis Pada pendapat saya, permainan tradisional perlu dipertahankan kerana permainan tradisional ini merupakan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa Malaysia yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Contohnya, permainan congkak yang telah terkenal sejak dahulu lagi. Selain itu, permainan tradisional warisan nenek moyang kita juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warnawarni yang dilukis dan digunting dengan begitu cantik. Selain itu, permainan tradisional dapat mengukuhkan perpaduan kaum, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat yang berbilang bangsa. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Hal ini akan mencetuskan suasana muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Tema 3 Membaca Bahan menghasilkan perabot Kayu palet. Kayu palet. Cara mendapat ilham Selepas melihat seorang pemilik restoran menghasilkan kerusi dan meja makan menggunakan kayu palet. Apabila melihat banyak kepingan kayu yang turut diberikan semasa menguruskan sisa buangan. Cara pemasaran perabot laman sosial Facebook laman sosial Facebook Jenis perabot yang dihasilkan rak kasut, meja makan, kerusi, katil, almari, dan bar mini kerusi, meja makan dan pejabat, rak, serta perhiasan dinding Rancangan pada masa hadapan Merancang untuk menghasilkan perkakasan berasaskan besi dan kayu palet pada masa hadapan. Membina sebuah bengkel dalam masa terdekat bagi meluaskan ruang pembuatan perabot palet ini. Menulis Rangka karangan Pendahuluan Pengangguran merupakan isu yang hangat diperkatakan – menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian – amat membimbangkan – merupakan pembaziran sumber tenaga Isi-isi penting Isi 1 Sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaaan. Mengapa Terlalu cerewet memilih pekerjaan supaya menepati tahap pensijilan akademik. Bagaimana Graduan universiti sanggup menganggur selagi belum ada pekerjaan yang sesuai. Kesan Melepaskan peluang pekerjaan yang sedia ada di hadapan mata. Penegas Oleh itu, jelaslah bahawa sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan sesuatu pekerjaan tidak dapat diisi. Isi 2 Kelulusan graduan tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan. Mengapa Terdapat ketidaksepadanan antara keperluan pekerjaan dalam industri dan pengetahuan dengan kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Bagaimana Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Kesan Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Penegas Jelaslah bahawa hanya graduan yang benar-benar memiliki nilai tambah yang luar biasa daripada graduan yang lain dapat mempertingkatkan kebolehpasaran di dunia pekerjaan. Isi 3 Kegagalan menguasai kemahiran berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris. Mengapa Majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Bagaimana Ketika sesi temu duga, kriteria tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan sebelum menawarkan pekerjaan. CONTOH
J3 BM Tingkatan 5 Jawapan Kesan Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi, sukar untuk majikan menawarkan pekerjaan. Penegas Sudah terang lagi bersuluh, kemahiran berkomunikasi merupakan pelengkap untuk menjamin masa hadapan yang cerah. Penutup Penegasan Konklusinya, pihak kerajaan perlu mencari inisiatif bagi mengatasi masalah pengangguran untuk mengelakkan pembaziran sumber tenaga. Cadangan Graduan perlu mengubah sikap diri sendiri supaya dapat mengurangkan lambakan penganggur di negara dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing. Harapan Semua bakal graduan harus membuka mata, minda, dan hati untuk melipatgandakan usaha agar tidak ketinggalan atau menjadi mangsa keadaan setelah memiliki segulung ijazah kelak. Membaca Bahan 1 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapakah watak utama dalam novel ini? ) Watak utama dalam novel ini ialah Laiman. 2 What (Apakah kejadian yang menimpa watak utama?) Laiman tidak mahu bekerja sebagai jurutera setelah tamat belajar. Laiman mahu melakukan kerja-kerja pertanian, tetapi ayahnya mahu dia bekerja dalam bidang yang sesuai dengan kelulusannya. 3 When (Bilakah kejadian itu berlaku?) Selepas isyak. 4 Where (Di manakah kejadian itu berlaku?) Di rumah. 5 Why (Mengapakah kejadian itu boleh berlaku?) Ayah Laiman terlalu mengambil berat tentang masa hadapan anaknya. Ayah Laiman juga berasa kesal apabila Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani dan tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya. 6 How (Bagaimanakah kejadian itu dapat diselesaikan?) Ayah Laiman seharusnya memahami dan menyokong impian Laiman untuk hidup berdikari dan memajukan orang kampung. Bahan 2 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapakah watak utama dalam drama ini?) Watak utama dalam drama ini ialah Tini. 2 What (Apakah kejadian yang menimpa watak utama?) Tini berminat untuk bekerja sendiri walaupun dia mempunyai diploma. Ayah Tini membantah hasrat Tini itu. 3 When (Bilakah kejadian itu berlaku) Pada waktu siang. 4 Where (Di manakah kejadian itu berlaku) Di rumah. 5 Why (Mengapakah kejadian itu boleh berlaku) Tini ingin bekerja sendiri dan berbakti di tempat kelahirannya, tetapi ayahnya mempertikaikan kemampuannya. 6 How (Bagaimanakah kejadian itu dapat diselesaikan?) Ayah Tini harus memberikan peluang kepada Tini untuk membuktikan kemampuannya. Tema 4 Mendengar dan Bertutur ... kawad kaki dan latihan berkumpulan? Program sebegini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan peserta kerana mereka akan merasai semangat cinta akan negara. Melalui latihan yang dijalankan juga, peserta-peserta dapat bercampur gaul sesama mereka yang berbilang kaum, budaya, dan agama. Tatabahasa Kata Nama Am negara, bendera, lambang, kemegahan, rakyat, sejarah, akhbar, tinjauan, pembaca, peringkat, pertandingan, tahun, proses, kemerdekaan, ciptaan, pekerja, pindaan, perkenan, perubahan, warna, bulan, bintang, penambahan, bucu bintang, negeri Kata Nama Khas Jalur Gemilang, The Malay Mail, Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Perundangan Persekutuan, Union Jack, British, Tanah Melayu, November, Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Johor, Mohamad Hamzah, Mesyuarat Raja-raja, Februari, Raja-Raja Melayu Kata Kerja Transitif Aktif mempunyai, mengenali, menjalankan, memiliki, mencapai, menjajah, mendapat, menukar, melambangkan, melibatkan Kata Adjektif cinta, akhir, putih, kuning Kata Majmuk reka bentuk, mereka bentuk, mengambil kira CONTOH
J4 BM Tingkatan 5 Jawapan Kata Kerja Tak Transitif merdeka, berdaulat, menjadi, berdasarkan, bermula, bernama, termasuk Ayat 1 Kata Nama Am (i) Pertandingan mencipta slogan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. (ii) Jata Negara menjadi lambang kemegahan penduduk negara. 2 Kata Nama Khas (i) Jalur Gemilang merupakan lambang negara yang harus kita hormati. (ii) Masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baharu Cina pada bulan Februari nanti. 3 Kata Kerja Transitif Aktif (i) Fuad menjalankan tugasnya sebagai pegawai keselamatan dengan penuh bertanggungjawab. (ii) Wee Leng berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya. 4 Kata Kerja Tak Transitif (i) Sejak di bangku sekolah, Qistina bercita-cita menjadi doktor pakar bedah. (ii) Kesultanan Melaka berakhir dan dijajah oleh kuasa asing bermula pada tahun 1511. 5 Kata Adjektif (i) Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam sanubari anak-anak. (ii) Winnie mengecat ruang tamunya dengan warna putih kegemarannya. 6 Kata Majmuk (i) Reka bentuk hiasan dalaman rumah banglo itu sangat unik. (ii) Sekolah dibuka semula selepas mengambil kira pandangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah. Menulis Isi 1 Pada era yang serba moden ini, sikap tolong-menolong dapat diterapkan melalui media massa yang banyak mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan belia di Malaysia. Penayangan iklan-iklan, dokumentari atau drama yang memaparkan konsep ini melalui media massa mampu memberikan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Melalui corong radio juga, masyarakat diperdengarkan iklan yang berbentuk konsep bagai aur dengan tebing. Media cetak seperti surat khabar, majalah, dan risalah boleh mengisi bahan yang berkaitan dengan konsep tolong-menolong ini. Selain nilai murni, pengajaran yang berkonsepkan kerjasama juga dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat kerana secara tidak langsung mereka dapat mengetahui akibat buruk jika mempunyai sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jelaslah bahawa media massa mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang konsep bantu-membantu ini. Isi 2 Selain itu, amalan kerjasama dan bantu-membantu ini dapat diterapkan melalui aktiviti gotong-royong secara bersama-sama. Aktiviti ini memerlukan pengagihan kerja yang baik supaya segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Sikap tolong-menolong dan toleransi amat penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan melalui konsep ini ialah pembersihan taman, kenduri-kendara, sukan rakyat, dan majlis kesyukuran. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini mampu memupuk semangat bantu-membantu dalam masyarakat kerana penglibatan semua ahli kariah dan taman. Jelaslah bahawa aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang semakin hilang ini mampu dihidupkan semula seandainya semua pihak memahami konsep bagai aur dengan tebing. Isi 3 Ibu bapa juga memainkan peranan untuk memupuk dan menanam sikap ini dalam diri anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak kerana lazimnya mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dalam kehidupan. Misalnya, ibu bapa yang membawa anak-anak mengikuti aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong mampu membentuk keperibadian murni dalam jiwa anakanak. Mereka akan menjadikan amalan ini suatu kebiasaan kerana alah bisa tegal biasa. Konsep ini secara tidak langsung dipupuk agar anak-anak bekerjasama dan tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama. Jelaslah bahawa pendedahan awal konsep ini kepada anak-anak mampu membentuk generasi pelapis yang baik. Tema 5 Mendengar dan Bertutur 1 Apakah tujuan Program Pemulihan Khas dijalankan? Tujuan Program Pemulihan Khas dijalankan adalah untuk meningkatkan keyakinan murid yang bermasalah 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira sebelum meneruskan pembelajaran di kelas biasa. 2 Apakah maksud Program Pendidikan Khas? Program Pendidikan Khas pula merupakan program integrasi bersama-sama aliran perdana yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dan memberikan pendidikan secara formal kepada Murid Berkeperluan Khas yang berusia tujuh tahun hingga sembilan belas tahun. 3 Bilakah Program Pemulihan Khas dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia? Program Pemulihan Khas dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1960-an. 4 Siapakah yang tergolong sebagai Murid Berkeperluan Khas? Kanak-kanak yang mengalami sindrom Down, autisme, disleksia, dan terencat akal serta golongan kelainan upaya seperti masalah penglihatan, pendengaran, dan percakapan tergolong sebagai Murid Berkeperluan Khas. 5 Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru pemulihan khas? Masalah yang sering dihadapi oleh guru pemulihan khas ialah sukar untuk berhubung dengan pihak ibu bapa. Terdapat juga ibu bapa yang segan untuk datang ke sekolah disebabkan anak mereka perlu memasuki kelas pemulihan khas. Tatabahasa Frasa Nama • Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual CONTOH
J5 BM Tingkatan 5 Jawapan • kerja lukis-lukis atau conteng-conteng • para guru di sekolah • tugas mereka Frasa Kerja • mula ditawarkan • menerusi proses pembinaan kurikulum • berperanan untuk menyuburkan jati diri bangsa • berbudaya dan bertamadun tinggi • berperanan untuk mencari titik keserasian • mampu menghayati fitrah hidup • meneladani fungsi sebagai rakyat • berupaya memajukan negara Frasa Adjektif • harmonis, kreatif, serta kritis • lebih kreatif dan realistik • cukup penting Frasa Sendi Nama • di sekolah • pada tahun 1960-an • untuk melahirkan generasi Malaysia • hingga saat ini • dalam pelajaran akademik • antara para murid dengan suasana pelajaran • untuk melahirkan generasi Ayat : 1 Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kurang diminati oleh murid. 2 Para guru di sekolah berperanan untuk menyuburkan jati diri bangsa. 3 Peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat membaca cukup penting. 4 Tarikh lahirnya pada tahun 1960-an. Tema 6 Membaca Apabila perkataan “nuklear” didengari, perkara yang akan kita bayangkan ialah tenaga ini merupakan teknologi bahaya yang boleh menyebabkan malapetaka. Kejadian kemalangan reaktor nuklear di Fukushima, Jepun pada tahun 2011 menyemarakkan lagi perasaan takut terhadap tenaga nuklear. Namun begitu, banyak orang tidak menyedari bahawa tenaga nuklear merupakan satu daripada sumber tenaga yang selamat berbanding sumber tenaga lain pada masa ini. Tambahan pula, teknologi tenaga nuklear yang digunakan pada masa ini lebih selamat berbanding teknologi reaktor nuklear yang dihasilkan pada waktu sebelumnya. Tatabahasa Ayat terbitan 1 Sains dan teknologi dalam bidang perubatan yang pesat berkembang telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita kesakitan. 2 Peralatan perubatan yang canggih dilihat mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. 3 Teknologi sains telah membolehkan ubat-ubatan diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. 4 Hal ini akan mengurangkan masalah pengambilan dos ubat-ubatan secara berlebihan kerana pesakit hanya perlu mengambil ubat tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh doktor. 5 Rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberi kepada para pesakit. Bina perenggan dengan menggunakan ayat terbitan. Anak-anak perlu dipupuk amalan menabung bagi menjamin keselesaan hidup pada hari yang mendatang. Antara faedah menabung ialah menyemai sikap berjimat cermat dan berdikari terutamanya dalam kalangan murid. Amalan ini mendisiplinkan diri kita agar tidak boros dan berhemat dalam perbelanjaan seharian. Kita hanya akan membeli barang yang perlu sahaja dan menyimpan sebahagian wang di dalam tabung atau bank. Tema 7 Mendengar dan Bertutur Kesedaran masyarakat tentang khasiat madu kelulut menyebabkan permintaan semakin meningkat. Permintaan berterusan daripada penduduk tempatan menyebabkan lebah madu kelulut yang dihasilkan sentiasa habis dan tidak sempat untuk dipasarkan ke luar. Madu kelulut dijual sekitar harga RM90 hingga RM150 sekilogram. Memandangkan lebah kelulut lebih mudah diternak dan mempunyai potensi pasaran yang memberangsangkan, kita harus menternak lebah kelulut. Tatabahasa Ayat majmuk 1 Malaysia mula menceburi bidang nanoteknologi dengan mewujudkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) yang ditubuhkan pada 19 September 2006. 2 Malaysia memberikan perhatian khusus terhadap teknologi ini agar setanding dengan pencapaian negara maju. 3 Teknologi nano mempunyai potensi untuk mewujudkan revolusi pertanian di sesebuah negara melalui pengaplikasian pendekatan baharu aktiviti penanaman. 4 Banyak produk sektor pertanian dan industri asas tani berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal 1 (a) Malaysia mula menceburi bidang nanoteknologi dengan mewujudkan Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN). (b) Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) ditubuhkan pada 19 September 2006. 2 (a) Malaysia memberikan perhatian khusus terhadap teknologi ini. (b) Teknologi ini setanding dengan pencapaian negara maju. 3 (a) Teknologi nano mempunyai potensi. (b) Teknologi nano mewujudkan revolusi pertanian di sesebuah negara melalui pengaplikasian pendekatan baharu aktiviti penanaman. 4 (a) Banyak produk sektor pertanian berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. (b) Banyak produk industri asas tani berasaskan teknologi nano giat dibangunkan. CONTOH
J6 BM Tingkatan 5 Jawapan Tema 8 Tatabahasa Ayat Aktif 1 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor pelancongan yang terjejas susulan penularan COVID-19. 2 Sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara. 3 Bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing, MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan menangani impak wabak pandemik COVID-19. Ayat Pasif 1 Beberapa langkah yang merangkumi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan diperkenalkan untuk merancakkan semula sektor berkenaan khususnya pelancongan domestik. 2 Walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dibatalkan sebelum ini, usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan. 3 Malaysia juga harus diletakkan sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa hadapan. 4 Selain itu, pengecualian kompaun juga diberikan kepada pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan tempoh PKP. 5 Strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan sudah dikenal pasti MOTAC bagi merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara. Bina ayat dalam perenggan tentang usaha memajukan sektor pelancongan. Malaysia banyak memiliki kawasan menarik yang menjadi pusat pelancongan seperti Pulau Langkawi, Melaka, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Kuala Lumpur, dan sebagainya. Industri pelancongan memberi sumbangan kepada pendapatan negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk memajukan sektor ini. Banyak cara dapat dilakukan untuk memajukan industri pelancongan. Salah satu daripadanya ialah melalui promosi. Usaha kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia merupakan cara yang terbaik untuk menarik kemasukan lebih ramai pelancong. Pelbagai aktiviti perlu dirancang untuk menjayakan kempen ini. Di samping itu, kawasan pelancongan perlu diperindah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Selain kerajaan, pihak swasta seperti syarikat-syarikat penerbangan, hotel-hotel, dan agensiagensi pelancongan perlu merangka pakej pelancongan yang menarik dengan harga yang berpatutan kepada pelancong. Masyarakat juga harus menerima kehadiran pelancong dengan penuh mesra. Masyarakat perlu menunjukkan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun kepada pelancong. Hal ini akan menaikkan dan memelihara imej negara sepanjang Tahun Melawat Malaysia. Segala usaha yang dijalankan akan menjadi sia-sia sahaja jika semua pihak tidak mengambil berat tentang perkara ini. Industri ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada negara, malahan dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Menulis Apa khabar sahabatku, Mei Yee, yang berada di Melaka? Saya berharap agar saudari serta keluarga sihat sejahtera. Saya menulis e-mel ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya bercuti di Pantai Cherating baru-baru ini. Pantai Cherating terletak di Kuantan. Pantai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Antara keistimewaan Pantai Cherating yang menggamit kehadiran para pelancong ialah keindahan alam semula jadinya. Pantai Cherating ialah pantai yang bersih dengan pasirnya yang memutih. Keindahan pantai ini amat memikat hati pelancong yang pernah berkunjung ke sini. Kebersihan pantainya juga memuaskan hati semua pengunjung. Selain itu, Pantai Cherating merupakan pusat bagi beberapa jenis aktiviti riadah. Sekiranya saudari berkunjung ke sana, saudari boleh memancing dan mencari remis. Semua aktiviti/ Aktiviti-aktiviti ini pasti akan menghiburkan saudari dan dapat mempererat/ mengeratkan hubungan kekeluargaan. Percutian di sini umpama serampang dua mata. Saudari juga berpeluang untuk melihat tempat yang unik, iaitu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Di sini, saudari boleh mendapat pelbagai informasi tentang penyu dan melihat sendiri penyu bertelur serta anak-anak penyu dilepaskan ke laut semula. Pendek kata, Pantai Cherating sememangnya menarik untuk dikunjungi oleh semua pelancong, sesuai dengan pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pandangan. Tema 9 Mendengar dan Bertutur Antara faktor keadaan ini berlaku ialah: 1 Mengikut trend semasa/ gaya hidup yang mementingkan kemewahan. 2 Tidak mempunyai ilmu pengurusan wang yang cekap. 3 Keinginan membuat pinjaman pada usia muda. 4 Kemudahan pinjaman peribadi yang terlalu mudah untuk diluluskan. 5 Perancangan kewangan yang tidak strategik. 6 Kehilangan pekerjaan tanpa simpanan kewangan yang kukuh. Membaca Usahawan Kelebihan Alasan Masa yang fleksibel – Tidak suka terikat dengan waktu bekerja. – Sukar mengikut ketetapan orang lain. Keuntungan yang lebih tinggi – Tidak mahu bekerja untuk keuntungan pihak lain. – Lebih berbaloi kerana mendapat pulangan daripada hasil usaha sendiri sepenuhnya. CONTOH
J7 BM Tingkatan 5 Jawapan Kelemahan Alasan Kesukaran memperoleh pinjaman – Membuat simpanan awal. – Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk membuka peluang perniagaan yang lebih besar. Risiko kegagalan – Mendapatkan ilmu pengurusan risiko daripada pengalaman rakan-rakan yang telah berjaya. – Sentiasa menyediakan pelan sokongan. Pekerja Syarikat Kelebihan Alasan Pendapatan yang lebih stabil – Lebih stabil untuk memulakan kehidupan terutama bagi lepasan universiti. – Boleh mengumpul wang untuk memulakan perniagaan pada masa hadapan. Pembiayaan rawatan – Kos rawatan kini semakin tinggi, maka perlu sentiasa bersedia jika berhadapan dengan bencana. – Keluarga juga akan mendapat manfaat. Kelemahan Alasan Masa bekerja yang ditetapkan – Sudah terbiasa dengan waktu bekerja 8 jam sehari. – Berbincang dengan majikan jika memerlukan masa yang lebih fleksibel. Tekanan kerja yang tinggi – Cabaran kepada diri untuk menjadi yang lebih baik. – Sentiasa meningkatkan kemahiran diri dari masa ke masa. Tatabahasa 1 Kata Tunggal – pesat Malaysia telah mengalami pembangunan yang pesat sejak pengenalan Dasar Pandang ke Timur suatu ketika dahulu. 2 Kata Tunggal – negara Terdapat 10 buah negara yang akan menyertai Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada tahun ini. 3 Kata Tunggal – ekonomi Ekonomi negara kian pulih setelah berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melumpuhkan semua sektor perniagaan tahun lepas. 4 Kata Majmuk – rakan kongsi Rakan kongsi ayah dalam perniagaan telah menipunya dan melarikan diri sehingga ayah terpaksa berhutang kepada pihak bank. 5 Kata Majmuk – antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sangat serius dalam memastikan sukan tempatan kita mampu diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. 6 Kata Majmuk – bertanggungjawab Alisa tidak mahu bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa Zarul. Tema 10 Mendengar dan Bertutur Cadangan jawapan Kesan terhadap manusia 1 Penyakit berjangkit bawaan tikus, lipas, dan lalat akan merebak. 2 Masyarakat akan tinggal dalam suasana yang tidak bersih. 3 Generasi akan datang tidak akan dapat melihat kehijauan hutan. 4 Kawasan rekreasi akan berkurangan kerana dipenuhi sampah yang tidak boleh dikitar semula. 5 Masyarakat akan dipandang rendah oleh negara luar. Kesan terhadap alam sekitar 1 Jumlah tapak pelupusan sampah meningkat. 2 Persekitaran menjadi tidak bersih. 3 Banyak pokok terpaksa ditebang untuk menghasilkan kertas yang baharu. 4 Hutan akan digondolkan. 5 Haiwan akuatik akan mati akibat ancaman sampah yang terapung di laut dan sungai. Seni Bahasa (i) Manusia dianggap jahil kerana mereka masih ketawa setelah memusnahkan hutan sedangkan manusia sendiri yang akan menerima kesannya kelak. (ii) Pada pendapat saya, langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memulihkan kawasan hutan yang telah diteroka ialah penanaman semula pokok di kawasan lain yang lebih terpelihara bagi menggantikan jumlah pokok yang telah ditebang. Selain itu, pihak kerajaan harus mewajibkan peneroka untuk membuat penebangan secara terpilih, iaitu hanya pokok-pokok bersaiz tertentu sahaja boleh ditebang. Malahan terdapat beberapa buah kerajaan negeri telah mengutamakan pemuliharaan hutan melalui pengekalan tinggal untuk giliran yang akan datang. (iii) Pengajaran yang terdapat dalam ketiga-tiga bahan tersebut ialah kita haruslah memelihara alam sekitar. Hal ini supaya kita tidak akan menanggung akibatnya pada masa akan datang. Selain itu, kita janganlah bersifat mementingkan diri. Sifat mementingkan diri akan mengakibatkan semua hutan yang terdapat di dalam negara kita akan pupus kelak. Mendengar dan Bertutur Antara ciri teknologi hijau ialah murah, jimat, mesra alam, dan mampan. Bil. Kepentingan Teknologi Hijau Kesan Penggunaan Teknologi Hijau 1 Ciptaan yang mesra alam. Cekap tenaga, kitar semula, keselamatan, kesihatan, dan sumber yang boleh diperbaharui. CONTOH
J8 BM Tingkatan 5 Jawapan 2 Digunakan di dalam industri-industri di Malaysia terutamanya industri pengurusan sisa pembakaran. Membantu menguruskan sisa bahan kitar semula. 3 Membekalkan air bersih kepada masyarakat. Masyarakat dapat menikmati air bersih dan berkualiti dengan bantuan teknologi di rumah. 4 Menangani pembebasan karbon. Membolehkan manusia dan semua makhluk yang bernyawa dapat bernafas dengan lebih baik. 5 Menggantikan peranti yang menggunakan banyak bahan bakar. Terhasil teknologi baharu seperti penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik. Langkah-langkah mempopularkan teknologi hijau Masyarakat perlu merancang dan menyokong usaha kerajaan mempopularkan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu sentiasa sedar bahawa peranan semua pihak dalam menjayakan hal ini adalah sangat penting. Tema 11 Mendengar dan Bertutur Soalan 1 Saya berminat untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Soalan 2 Pasukan polis lebih dekat dengan masyarakat berbanding pasukan tentera yang bertugas jauh di perbatasan negara. Saya juga berminat untuk menyertai pasukan PDRM kerana skop tugas yang lebih luas untuk menjaga masyarakat berbanding anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang lebih kecil skopnya. Soalan 3 Ya, saya pernah mempunyai pengalaman berurusan dengan pihak PDRM apabila saya melaporkan kes vandalisme di kawasan kediaman saya. Pada ketika itu, pihak polis telah menyelesaikan aduan saya ini dengan sangat profesional dan cekap. Dalam masa dua hari, mereka telah berjaya menangkap pesalah. Soalan 4 Pada pendapat saya, semua anggota keselamatan perlu lebih tegas melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP). Masyarakat kini semakin lupa tentang peranan masing-masing dalam memutuskan rantaian virus Covid-19. Terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa biarpun telah diberi amaran. Maka dalam hal ini, pihak berkuasa perlu bersedia untuk bertindak tegas dengan memberi kompaun dan membawa pesalah ke muka pengadilan. Membaca Faktor 1 Kecuaian ibu bapa. 2 Terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak mahu mendengar nasihat daripada ibu bapa. 3 Rasa ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak. 4 Situasi luar jangka juga boleh menjadi punca ancaman seperti haiwan/ serangga berbisa. Langkah 1 Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keadaan di rumah. Contohnya, sentiasa menilai risiko yang boleh berlaku apabila menempatkan sesuatu alatan bahaya di sesuatu tempat. 2 Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang kecederaan yang boleh berlaku apabila mereka menyalahgunakan sesuatu alatan. 3 Memastikan anak-anak dilatih untuk menghadapi situasi genting atau luar jangka seperti kehadiran haiwan atau serangga berbisa ke dalam rumah. 4 Sentiasa memastikan anak-anak kecil diawasi oleh kakak atau abang bagi memastikan mereka tidak menggunakan alatan berbahaya oleh sebab rasa ingin tahu. Tatabahasa Latihan 1 Kata ganda rapat-rapat, berhimpit-himpit Akronim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton Tema : Kemalangan jalan raya Dua buah kereta yang memandu secara rapat-rapat dengan kelajuan yang tinggi di jalan raya berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyebabkan kemalangan berlaku sebentar tadi. Beberapa orang pemandu yang turun dari kenderaan masing-masing telah memberikan bantuan. Tidak kurang juga beberapa orang yang berhimpit-himpit untuk mengambil video dan gambar untuk dikongsikan di media sosial masing-masing. Setelah beberapa minit, ambulans tiba dan telah membawa pemandu kereta Proton dan Viva tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Latihan 2 Kata ganda desas-desus, anak-anak Akronim terhakis, dipulihara Tema : Semangat kejiranan Sikap masyarakat setempat yang suka menyebarkan desas-desus berita yang salah telah menyebabkan perpecahan mula berlaku dalam kawasan kejiranan kami. Kalau dahulu setiap kali terdapat majlis keramaian, semua penduduk kampung mula bergotong-royong dua hari sebelumnya. Namun, kini amalan tersebut telah terhakis akibat ketidaksefahaman antara mereka. Anak-anak muda pula sudah mula terlibat dengan budaya tidak sihat apabila masyarakat mula tidak mengambil endah tentang keadaan sekeliling mereka. Perpecahan ini perlu dipulihara dengan segera agar tidak mengundang masalah yang lebih buruk kelak. CONTOH
J9 BM Tingkatan 5 Jawapan Tema 12 Mendengar dan Bertutur Solan 1 Kesenian tradisi di Malaysia semakin dilupakan kerana anak muda telah terpengaruh dengan budaya luar yang dianggap lebih terkini dan moden. Hal ini menyebabkan kita telah kehilangan pewaris bagi meneruskan kesenian tradisi di negara kita. Soalan 2 Kerajaan – menganjurkan pertandingan atau bengkel bagi memperkenalkan keunikan kesenian-kesenian tertentu kepada anak muda. Sekolah – menubuhkan kelab-kelab yang mampu membimbing murid untuk meminati sesuatu kesenian. Ibu bapa – memberi dorongan kepada anak-anak dengan menjadi suri teladan kepada mereka. Soalan 3 Wayang kulit. Saya menyukai wayang kulit kerana dalam setiap cerita yang dipersembahkan terdapat banyak nasihat yang diselitkan dengan jenaka. Lagipun, saya amat tertarik dengan dialek negeri Kelantan yang unik. Tatabahasa Kata Nama 1 masyarakat – Budaya bertegur sapa kini semakin terhakis dalam kalangan masyarakat akibat sikap lepas tangan yang diamalkan. 2 makanan – Makanan yang bersepah di atas lantai itu disebabkan oleh kucing adik. 3 telur – Putih telur mempunyai protein yang tinggi. 4 kelapa – Pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat semalam telah menimpa dapur nenek. 5 minyak – Ramli terpaksa menolak motosikalnya hampir 10 kilometer akibat kehabisan minyak. Kata Kerja 1 disangrai – Bawang putih yang disangrai itu berbau sangat harum. 2 masukkan – “Keputusan Abah untuk masukkan kamu ke asrama adalah untuk kebaikan semata-mata,” kata ayah Ramlan kepadanya. 3 bahagikan – “Bahagikan hadiah tersebut dengan adil, ya,” kata Cikgu Danish. 4 tambah – “Jangan kamu tambah garam lagi, nanti masin sangat,” kata ibu. 5 bertukar – Kumpulan kami bertukar pendapat untuk mendapatkan kata putus. Kata Adjektif 1 kecil – Amri tangkas menangkis serangan Harith biarpun dia seorang yang bertubuh agak kecil. 2 halus – Buih halus yang terdapat pada kopi itu sangat menyelerakan. 3 sebati – Hamidah tenang berdepan dengan situasi genting itu kerana dia sudah sebati dengan keadaan tersebut. 4 wangi – “Beras yang dibeli oleh suami saya semalam memang wangi tetapi agak lembik apabila dimasak,” kata Che Jah kepada jirannya. 5 kemas – Amran berpakaian kemas pagi ini untuk menghadiri temu duga. Menulis Malaysia sangat terkenal dengan kesenian dan kebudayaan yang amat berlainan daripada negara-negara lain. Terdapat beberapa kesenian yang pastinya akan menarik minat pelancong luar untuk bertandang dan melihatnya secara dekat. Antaranya ialah beberapa program yang dianjurkan khas seperti Pesta Lampu yang menggabungjalinkan antara kesenian dan teknologi. Istimewanya, negara-negara jiran belum pun menganjurkan pesta sebegini yang semestinya menjadikan Malaysia pilihan menarik untuk dikunjungi. Malahan, di Malaysia kita masih lagi memelihara keseniankesenian dari aspek reka bentuk. Contohnya, reka bentuk rumah tradisional yang sememangnya unik untuk dikunjungi. Terdapat beberapa negeri yang mempopularkan rumahrumah tradisi ini dengan memperkenalkan taman tema berasaskannya. Contohnya, Taman Mini Malaysia di Melaka. Terdapat rumah tradisi yang dihimpunkan dengan reka bentuk yang sama dalam satu tempat. Menarik bukan? Jangan lupa selain seni lukis jalanan yang menarik di Pulau Pinang, Malaysia juga amat terkenal dengan kelazatan makanan yang bervariasi. Jadi, sememangnya Malaysia mempunyai keunikan dan keistimewaan. (135 patah perkataan) Tema 13 Mendengar dan Bertutur Warna biru = Perpaduan bangsa Warna kuning = Kedaulatan negara Warna putih = Bersih dan berbudi pekerti Warna merah = Keberanian Bulan = Islam sebagai agama rasmi Bintang bucu 14 = Gabungan 13 buah negeri dengan Wilayah Persekutuan. 14 jalur = Keanggotaan 13 buah negeri dengan Wilayah Persekutuan. Menulis Leftenan Adnan dilahirkan di Kampung Sungai Ramal pada tahun 1915. Ketika zaman kanak-kanak, Leftenan Adnan telah menerima pendidikan dalam aliran Inggeris. 1933 CONTOH
J10 BM Tingkatan 5 Jawapan Pada tahun 1933, beliau telah menyertai Rejimen Askar Melayu dan terpilih sebagai rekrut terbaik. 1937 Terpilih ke London 1937 Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Platun ke-7 atau dikenali Kompeni ‘C’. 1942 Pasukan Kompeni ‘C’ telah diarahkan ke tapak pertahanan baharu, Bukit Chandu untuk menentang pencerobohan askar Jepun. Leftenan Adnan berusaha berhabis-habisan biarpun beliau telah cedera parah. Leftenan Adnan telah memotivasikan semua orangnya untuk terus berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Leftenan Adnan digantung di pokok ceri dan dicucuk dengan bayonet berkali-kali. Seni Bahasa (i) Penyajak menyatakan bahawa sehingga akhirnya kita tidak akan dapat mengetahui siapa pahlawan sebenar. (ii) Saya bersetuju. Peperangan akan membawa keburukan kerana peperangan akan menyebabkan banyak kematian. Ekonomi yang lumpuh akibat berlakunya peperangan di sesebuah negara akan menyebabkan rakyat menderita. Rakyat juga terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain akibat takut kepada ancaman nyawa terhadap keluarga. (iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah persoalan tentang keperwiraan seseorang pejuang. Penyajak menceritakan Hang Jebat yang berusaha mempertahankan keadilan biarpun dia dituduh sebagai pengkhianat. Persoalan kedua ialah persoalan tentang kesetiaan terhadap pemimpin. Penyajak menyatakan bahawa Hang Tuah sanggup mempertahankan pemimpin kerana kesetiaannya yang tinggi. (iv) Pada pandangan saya, ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah bijaksana dalam mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, pemimpin perlu memiliki prinsip hidup yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dan tetap pendirian. Tema 14 Mendengar dan Bertutur Pertandingan Mendeklamasi Sajak Kekuatan 1 Memberi peluang kepada murid untuk menghayati sesuatu karya. 2 Mencungkil bakat baharu murid dalam mendeklamasi sajak. Kelemahan 1 Penyertaan yang agak terhad. 2 Kurang mendapat sambutan daripada murid bukan Melayu. Ucapan daripada tokoh sastera Kekuatan 1 Dapat mendengar pengalaman menarik daripada tokoh berpengalaman. 2 Dapat mendengar deklamasi sajak daripada tokoh. Kelemahan 1 Murid akan cepat berasa bosan. 2 Kos yang agak tinggi untuk menjemput tokoh terkenal. Melukis mural wajah sasterawan dan karyanya Kekuatan 1 Boleh melibatkan semua murid. 2 Mencantikkan kawasan sekolah. Kelemahan 1 Melibatkan sedikit kos untuk membeli bahan. 2 Tidak semua murid pandai melukis dan mewarna. Membaca Pantun Syair Perbezaan 1 Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama ialah pembayang dan baris kedua ialah maksud. 2 Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a, b, a , b'. 1 Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. 2 Rima akhir dalam serangkap juga tetap, iaitu a/a/a/a. Menulis 1 Ahmad sudah serik menasihati semua anaknya/ anakanaknya supaya tidak mengabaikan pelajaran. Namun, mereka tetap dengan sikap suka ponteng dan membuat masalah di sekolah. Peribahasa : Bagai mencurah air ke daun keladi 2 Amri reda dengan ujian yang terpaksa ditempuhi olehnya dan keluarganya. Selepas kematian abang akibat kemalangan tempoh hari, hari ini mereka terpaksa berpindah daripada rumah pusaka keluarganya setelah mereka gagal membayar pinjaman. Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa tangga 3 Kamala gembira kerana emak membawa pulang martabak ayam ketika pulang daripada kerja. Sememangnya dia memang bercadang ingin ke Restoran Kamal untuk membelinya tadi. Peribahasa : Bagai orang mengantuk disorongkan bantal CONTOH
J11 BM Tingkatan 5 Jawapan Tema 15 Mendengar dan Bertutur Rumusan membincangkan ciri-ciri Revolusi Industri 4.0, kepentingan, dan persiapan menghadapinya. Ciri-ciri Revolusi Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu. Kepentingan Revolusi Industri 4.0 ialah dapat merancakkan kemajuan landskap ekonomi dunia moden dan memastikan kemunculan sistem fizikal siber yang lebih terkini. Selain itu, Industri 4.0 juga berfungsi untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga dan mampu untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan ekonomi dan teknologi. Melalui revolusi ini juga, negara akan dapat melahirkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi, kreatif, dan kritis. Persiapan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 ialah negara perlu melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkasakan pendidikan teknologi dan maklumat bagi menjayakan usaha murni ini. Kesimpulannya, kita harus bersama menjayakan revolusi ini agar ekonomi negara lebih mampan. (111 patah perkataan) Membaca Kata kunci/ Istilah Tanaman herba mempunyai banyak kepentingan dari aspek perubatan dan makanan. Definisi Herba ialah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan, dan baunya. Imej (Definisi) Idea utama • Pokok herba kini boleh ditanam di dalam rumah menggunakan pasu. • Mudah dijaga. • Cantik untuk dijadikan hiasan dalaman. Idea sampingan Kelebihan pokok herba 1 Belalai gajah menghilangkan sakit kulit. 2 Kemangi mengurangkan bengkak. 3 Pecah kaca mampu menyembuhkan kencing manis. 4 Daun pandan boleh melebatkan rambut. 5 Bangun-bangun merupakan penawar tradisional untuk penyakit asma. Tatabahasa Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber, makanan, kewangan, dan ekonomi. ‘Pertanian adalah perniagaan’ merupakan visi yang sangat penting kerana visi ini bertujuan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian bagi menjana keuntungan yang lebih besar. Dalam hal ini, tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang, tetapi usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang mampu membantu menambah hasil pendapatan negara. Oleh itu, kerajaan telah melakukan banyak perubahan dari aspek proses dan keperluan jentera dengan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI sehingga Malaysia telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon, dan baka tanaman baharu dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang terkini. Tema 16 Mendengar dan Bertutur Songket Berbenang Emas Cabaran Cabaran yang dihadapi oleh Dahlia ialah sikap orang kampung yang menuduhnya gagal menyelamatkan nyawa Said. Cara mengatasi Jika saya berdepan dengan situasi sebegini, saya akan berbincang secara berhemah dengan Mak Aton untuk menerangkan betapa saya telah berusaha menyelamatkan nyawa Said, namun masih tidak berjaya. Tirani Cabaran Cabaran yang dihadapi oleh Waheeda ialah dia berdepan dengan masyarakat yang memandang rupa paras sebagai kecantikan sebenar. Cara mengatasi Jika saya berdepan dengan situasi ini, saya akan melakukan hal yang sama seperti tindakan Waheeda, iaitu menasihati rakan-rakan saya secara lembut agar mereka sedar bahawa kecantikan paras rupa hanyalah sementara. Menulis Pendahuluan • Rasuah merupakan musuh utama negara. • Sebagai rakyat yang berintegriti, kita harus mencegahnya. Isi 1 (Langkah) • Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. • Hal ini bagi menakutkan pelaku rasuah yang tidak gentar melakukan kesalahan. • Dengan adanya penguatkuasaan yang tegas, pelaku akan takut untuk memberi atau menerima rasuah. CONTOH
J12 BM Tingkatan 5 Jawapan Isi 2 (Langkah) • Pihak majikan dan pekerja juga perlu diberi pendedahan tentang bahayanya gejala rasuah dalam sesebuah institusi. • Kesedaran di peringkat akar umbi amat perlu kerana hukuman bukanlah satu-satunya penyelesaian bagi masalah ini. • Melalui kesedaran terhadap bahaya rasuah dalam diri individu, semestinya gejala rasuah dapat dibanteras. Isi 3 (Langkah) • Campur tangan daripada pihak berkepentingan juga boleh membawa kepada gejala rasuah ini semakin berleluasa. • Terdapat sesetengah pihak menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mencari jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu terutamanya dalam urusan jual beli. • Maka pihak kerajaan boleh membaiki keadaan ini dengan meningkatkan ketelusan pegawaipegawai yang menguruskan sesuatu urusan. Kesimpulan • Usaha membanteras gejala rasuah ini terletak di bahu semua pihak. • Bersatu teguh bercerai roboh. Membaca Langkah Membuat Laporan Penyalahgunaan Media Sosial Buat laporan kepada pentadbir laman sesawang. Beri maklumat terperinci tentang perkara yang menjadi perhatian anda. Buat laporan polis terhadap kandungan yang dirasakan boleh membawa ancaman tersebut. Bawa bersama bukti laporan yang dihantar kepada pentadbir laman sesawang. Bawa laporan polis dan laporan yang dihantar kepada pentadbir laman sesawang tersebut kepada pihak SKMM. Pihak SKMM akan meneliti dan akan mengambil tindakan. Aduan boleh dibuat di laman web http://aduan.skmm.gov.my/ atau mana-mana saluran aduan yang disediakan oleh SKMM. CONTOH
CONTOH
Kandungan Format Instrumen Peperiksaan SPM.................................................................................i – ii 1 Bab Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan..............................1 – 7 2 Bab Karangan Umum................................................................................................... 8 – 22 3 Bab Sistem dan Aplikasi Bahasa...............................................................................23 – 38 4 Bab Pemahaman............................................................................................................39 – 72 5 Bab Rumusan..................................................................................................................73 – 95 Penilaian Akhir Tahun .....................................................................................................96 – 114 (Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3, Kertas 4) Jawapan Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR e-RPH Penilaian Akhir Tahun Khazanah Peribahasa Kosa Kata Berdarjat Tinggi CONTOH
i Bil. Perkara Keterangan Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Jawab satu soalan Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan Jumlah soalan : 5 Soalan Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu Moden/ Standard 5 Peribahasa Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan Soalan 7 Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi Tradisional/ Sajak) Soalan 8 Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 menulis rumusan Jumlah soalan : 9 soalan 4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU (1103) CONTOH