50 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 3 Sejadah Rindu Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti. Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh. Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara. Dipetik daripada sajak ‘Sejadah Rindu’ oleh Mohd. Haikal Aminuddin dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 KESAL YANG LALU Mungkin suatu ketika aku melangkah tanpa berpaling meniti arus kehidupan kala tiada tujuan tika itu aku gigih mengenal dunia hingga terleka menikmati dusta semata. Namun syukur tak terungkap dek kata kerana diri terlepas daripada tipu daya selamat daripada bala bahaya yang mungkin mengancam nyawa. Kini aku lebih pintar bertindak kerana kasih daripada sahabat setia membimbingku ke jalan Yang Maha Esa tanpamu meranalah empunya diri dengan kehadiran manusia yang tiada keikhlasan di hati. Nur A’syikin Md Ariffin Dewan Siswa, BIL. 11 2020 CONTOH
51 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 3 Mengintai Ruang Insaf Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, “Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. SHUKRI ABDULLAH Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud tercalar duri pidana. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap bahan, nyatakan pesanan yang boleh dijadikan pedoman kepada manusia. [3 markah] (iii) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bertaubat? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud tercalar duri pidana ialah terjerumus ke lembah kejahatan. Berdasarkan setiap bahan, antara pesanan yang boleh dijadikan pedoman ialah manusia perlu menyedari kesalahan dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan. Selain itu, manusia perlu memohon ampun kepada Tuhan atas segala dosa dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh Tuhan. Seterusnya, manusia perlu segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu. Pada pendapat saya, kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bertaubat kerana ajal tidak mengira usia. Selain itu, kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bertaubat supaya kita bersedia untuk meninggalkan dunia. Akhir sekali, kita perlu berbuat demikian supaya amalan kita diterima oleh Tuhan. CONTOH
52 BM Tingkatan 5 Bab 4 (iv) Situasi semasa sekarang menunjukkan mati tidak mengenal usia. Terdapat insan yang meninggal dunia walaupun masih muda atas faktor kemalangan, kesihatan, dan lain-lain. Bagaimanakah anda sebagai seorang rakan yang penyayang membantu rakan anda yang telah insaf akan kesalahannya? KBAT [4 markah] Praktis 4 Pesan Lelaki Kecil daripada Gadis Kampus Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah. Dipetik daripada sajak `Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus’ oleh Sazalee Yacob dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Sebagai seorang rakan yang penyayang, saya akan membantu rakan saya yang telah insaf akan kesalahannya dengan memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya. Selain itu, saya akan membantunya mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor jika dia masih memerlukan bimbingan dan nasihat daripada pakar. Akhir sekali, saya akan melupakan segala kesilapannya yang lalu dan akan mengajak rakan saya membuat kebajikan seperti membantu orang susah dan miskin. CONTOH
53 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud piala remajamu. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, apakah harapan penyajak kepada anak gadis dan anaknya? [3 markah] Bahan 2 Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Dipetik daripada sajak ‘Harga Remaja’ Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka Berdasarkan Bahan 2, maksud piala remajamu ialah harga diri/ maruah seseorang anak muda. Berdasarkan Bahan 1, harapan penyajak kepada anak gadisnya ialah pandai menjaga diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak juga berharap agar anak gadisnya itu tidak pulang dengan kesedihan dan kekecewaan. Berdasarkan Bahan 3, harapan penyajak kepada anaknya ialah memelihara iman dan menjaga ibadah serta menjaga diri agar tidak terlena dengan kehidupan dunia. Bahan 3 WASIAT AYAHANDA UNTUK ANAKANDA Anakanda engkau kian membesar umpama pohon yang tumbuh pesat aku lihat engkau sejak lahir di muka bumi dengan tangisan yang riang ibumu menangis kegembiraan adanya engkau dalam hidup kami. Anakanda selepas ibumu pergi buat abadi selamanya aku seperti kehilangan sayap pentingku betapa sesak dadaku mengenangkan yang sudah pergi dalam waktu yang amat singkat. Wahai anakanda jagalah imanmu jagalah ibadahmu jagalah tingkah lakumu Anakanda jadilah anak yang baik semoga Tuhan sentiasa merahmatimu sehingga akhir hayatmu. Amirul Syahmi Noor Ghazali Dewan Siswa, BIL. 11 2018 CONTOH
54 (iii) Remaja pada hari ini sering terdedah kepada budaya negatif yang bercanggah dengan adat dan budaya rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah remaja mudah terjebak dengan gejala negatif? KBAT [4 markah] (iv) Peningkatan statistik kes buang bayi, ponteng sekolah, merokok, dan sebagainya dalam kalangan remaja Malaysia pada hari ini amat membimbangkan pelbagai pihak. Apakah peranan anda sebagai remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif? KBAT [4 markah] Praktis 5 Erti Hidup Bererti Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. Dipetik daripada sajak `Erti Hidup Bererti’ oleh Teo Wei Sing dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Pada pendapat saya, remaja mudah terjebak dengan gejala negatif kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Selain itu, kurangnya didikan agama juga menyebabkan remaja mudah terjebak dengan gejala negatif. Akhir sekali, mereka juga mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Antara peranan yang akan saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif ialah mendalami ilmu agama. Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan baik berpandukan jadual waktu yang disediakan. Seterusnya, saya akan mempelbagaikan hobi berfaedah seperti bersukan dan beriadah. Akhir sekali, saya akan mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan yang bersikap negatif. CONTOH
55 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 2 PAK MAN : Oh, ya! Kakak kamu tak balik lagi, Sani? SANI : (Tenang) Kak Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London! Bukan macam dari sini ke Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak balik mungkin sebab susah hendak tinggalkan kedainya. Maklumlah orang berniaga. PAK MAN : Sani, waktu-waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan. Apa cara sekalipun kita kena balik. Yang malang itu, bapa kamu. Yang sedang menderita itu, emak kamu. Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu. SANI : Betul cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal pekerjaan abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah dibuatnya. PAK MAN : Sani, pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya? Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak kamu itu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. SANI : (Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man. Dipetik daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ karya Suriani Mohad. Yusof Bahan 3 Melepaskan hati yang terbuku, Pengajaran kepada sekalian anakku, Moga-moga betul tingkah laku, Hormati ibu bapa biar terpaku. Ibu bapa menjaga anaknya, Sejak kecil hingga dewasa, Pendidikan juga diberinya, Melangkah ke universiti adalah doanya. Adab kepada ibu dan emak, Jangan sekali berbuat bongkak, Maksud yang benar jangan disangkak, Ikut perintahnya jangan diagak. Rendahkan diri kepada ibu bapa, Dengan tilik serta rahmatnya, Mendoakan kedua dengan katanya, Ya Allah kasihani keduanya. Jika demikian fardulah anak, Berbuat baik bapa dan emak, Sudah terminum susu yang lemak, Hendaklah taat jangan dicapak. Kata ibu bapa hendaklah didengar, Di dalam kitab sudah terlakar, Jangan dibantah jangan disingkir, Supaya diri jangan tergelincir. Adapun tanda anak derhaka, Menurut perintah ia tak suka, Di dalam dunia dapat celaka, Jikalau mati masuk neraka. Ayuhai anak harapan ibu bapa, Serta bakal pewaris negara, Kata ibu bapa jangan dilupa, Jasa mereka membawa ke syurga. Dipetik daripada ‘Syair Jasa Ibu Bapa’ CONTOH noorainieothman.blogspot.com
56 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud benih keinsafan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan cara-cara anak membalas jasa ibu bapa. [3 markah] (iii) Remaja kini sering kali melupakan nasihat yang telah disemai oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak muda sekarang mudah mengingkari nasihat yang diberikan oleh ibu bapa? KBAT [4 markah] (iv) Kesibukan dengan kerjaya dan keluarga masing-masing menyebabkan anak-anak muda di kota kurang mempedulikan khabar berita ibu bapa di kampung. Apakah peranan anda sebagai remaja untuk menasihati rakan-rakan anda supaya tidak tergolong sebagai anak-anak yang melupakan jasa ibu bapa? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 1, maksud benih keinsafan ialah terbit penyesalan/ dikurniakan kesedaran. Berdasarkan Bahan 2, cara anak membalas jasa ibu bapa ialah menjaga mereka ketika mereka sudah tua/ sakit. Berdasarkan Bahan 3, anak hendaklah mendengar arahan/ nasihat ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu bapa. Pada pendapat saya, anak-anak muda sekarang mudah mengingkari nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kerana mereka memberontak akibat kekurangan perhatian/ kasih sayang daripada ibu bapa. Selain itu, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Didikan agama yang kurang sempurna juga antara sebab yang menyebabkan anak-anak muda mengingkari nasihat ibu bapa. Antara peranan yang akan saya mainkan untuk menasihati rakan-rakan supaya tidak tergolong sebagai anak-anak yang melupakan jasa ibu bapa ialah saya akan mengingatkan rakan bahawa melupakan jasa ibu bapa merupakan dosa besar. Selain itu, saya akan mengajak rakan supaya menyantuni anakanak yatim di rumah anak yatim. Seterusnya, saya akan mengajak rakan menyertai majlis ilmu yang menekankan peranan anak yang baik. Akhir sekali, saya akan menceritakan contoh anak yang telah berjaya dalam hidup dan baik kerana mendahulukan ibu bapa. CONTOH
57 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 6 Kudup Perang Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Negara ini dibina bata per bata disimen celik minda tapaknya teguh sekata tidak saling curiga tidak saling wasangka. Anak, negara ini milik semua siapa pun mereka yang kuat menggalas usaha yang lemah dibantu tenaga ras dan warna bukan hak membeda. Anak, negara ini pusaka diwarisi adil saksama dibangun bersama. Anak, negara ini pemberi yang wajib dikasihi yang tetap teguh di hati. Anak, negara ini cinta yang tidak berbelah kasih yang tidak mungkin berubah. Anak, negara ini Malaysia tanah tumpah darahku tanah tumpah darahmu tanah takhta tinggi semayam dalam diri relakan berbakti. Lirik : Abdullah Jines Lagu : Airmas SZ Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lagu Pesan Pak Dollah Bahan 2 Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." Dipetik daripada ‘Syair Bidasari’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
58 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 3 Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya; siapakah pahlawan yang asli? Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersirat – nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya. Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’ Tuah Sujana antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud selumbar sengsara. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap Bahan, nyatakan ciri-ciri pemimpin yang disegani. [3 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud selumbar sengsara ialah duri kesulitan/ derita/ kepayahan. Berdasarkan setiap bahan, antara ciri pemimpin yang disegani ialah adil dan bertanggungjawab. Selain itu, pemimpin yang disegani memperjuangkan tanah air dan melindungi rakyat. Seterusnya, pemimpin yang disegani menyelesaikan segala permasalahan dengan bijaksana. Akhir sekali, pemimpin yang disegani juga mengutamakan rakyat dan negara semasa ditimpa bencana. CONTOH
59 BM Tingkatan 5 Bab 4 (iii) Remaja pada hari ini dilihat sebagai bakal pewaris negara pada masa akan datang. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengasuh remaja untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan? KBAT [4 markah] (iv) Remaja pada hari ini sering terpengaruh dengan kebejatan sosial yang akhirnya akan merugikan masa hadapan remaja, agama, masyarakat, serta negara. Huraikan peranan anda sebagai remaja untuk mengelakkan anda dan rakan-rakan daripada terjebak dengan gejala sosial. KBAT [4 markah] Praktis 7 Cinta Ahmad Mutawakkil Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Bebaskan Tanah Melayu!” Itulah kata-kata penutup pidato Ahmad Mutawakkil pada malam itu. Kami juga diingatkan untuk terus berjuang mendesak Inggeris berundur, sesuai dengan perjanjian pada 1 Februari 1948. “Persekutuan Tanah Melayu mesti jadi kenyataan,” katanya dengan penuh semangat. Kami juga diberitahu oleh Ahmad Mutawakkil, dua tahun dari sekarang, yakni tahun 1955, satu pilihan raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan. “Jadi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang kemerdekaan semakin dekat.” Walaupun pidato pada malam itu sangat menarik dan semua mata terpaku kepada Ahmad Mutawakkil, setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap, tercari-cari di mana duduknya Sandra, anak gadis Tuan Booth. Agak memeranjatkan, si rambut perang bermata biru lembut itu tidak kelihatan. “Barangkali dia tak sihat … atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil … atau … .” Kami mendengar segala macam sokseksoksek. Akhirnya, dek terpesona oleh kata-kata dan kobaran semangat merdeka, seluruh isi fikiran dan muatan perasaan kami karam dipukau Ahmad Mutawakkil. Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengasuh remaja untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan ialah mendidik mereka menjadi pemimpin melalui jawatan di sekolah. Selain itu, melibatkan remaja dalam aktiviti kokurikulum yang turut mendidik mereka menjadi pemimpin dan berdisiplin diri yang tinggi. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk menunjukkan contoh teladan sebagai pemimpin rumah tangga. Antara peranan yang akan saya mainkan untuk mengelakkan saya dan rakan-rakan daripada terjebak dengan gejala sosial ialah mengukuhkan ilmu agama. Selain itu, saya akan memastikan saya membahagikan masa dengan baik dan mengikut jadual yang disediakan. Seterusnya, saya akan memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti membaca dan beriadah. Akhir sekali, saya akan memilih rakan dengan bijak agar tidak terpengaruh dengan sikap buruk mereka. CONTOH
60 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 2 Gugurnya satu nyawa Satu persatu hilang Dari radar pancaindera Bertambahlah pusara Di laman kediaman. Hari ini Hidup kerana adanya sungai darah Hidup kerana adanya pejuang yang terkorban Hidup kerana adanya kebangkitan menentang. Hari ini Mengenal sejarah tanpa melihat Tahu jeritannya tanpa mendengar Kerana merdeka menceritakan segalanya. Terima kasih pejuang negara Terima kasih kerana bangkit Terima kasihkeranaberjuang, kamimerdeka. Umi Arika Nuranis Mohd Azmi Dewan Siswa, BIL. 11 2018 HARI INI Bahan 3 Jika diundurkan tika Kau akan lihat masa dulu kala Terlihat betapa pentingnya perjuangan Terlihat betapa besar dan agung Jasa dan keringat mereka taburkan Wang, tenaga, masa dan fikiran Hanya didambakan untuk perjuangan Satu perjuangan yang lahir dari jiwa Satu perjuangan yang terbit dari naluri Jiwa mereka perkasa Jiwa mereka murni suci Setiap langkah hanya untuk anak bangsa Untuk lihat lahirnya negara bangsa Perjuangan mesti diteruskan Hanya itu jalan penyelesaian Langkah kaki mesti dipercepat Kerana itu cara perjuangan Kelompok pimpinan diperkuat Hati masyarakat semua ditambat Perjuangan ini murni Perjuangan ini suci Hanya ingin satu kebebasan Kita lihat tika ini Bangsa kita bangsa merdeka Separuh abad terpasak di dada dunia Gah, juara digeruni seantero Malaysia Namamu melakar sejarah Lagakmu mencabar Kelibatmu ghairah Sang negara dunia hati – hati denganmu Resipi bercampur kaum Serat isi inti dalamnya Penuh dengan pelbagai rasa Perpaduan utuh punca segala Globalisasi dunia pemangkin utama Namamu gah merentasi sempadan dunia Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti Dihidang semua untuk bangsa dicintai Merdeka separuh abad Bukti keagungan bangsamu Bukti kekuatan perpaduanmu Anak bangsa untung menikmati Dijaga rapi kemas merdeka ini Untuk santapan cucu-cicit Untuk ingatan cerita nenek moyang Merdeka sudah dianugerahi Semat di jiwa simpan di hati Merdeka ini anugerah Illahi.. OSMAN ZAINI 080808 09PM E005 IPS,MIRI TANAH PEJUANG CONTOH
61 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud kelibatmu ghairah. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu. [3 markah] (iii) Pejuang negara terdahulu sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi tanah air tercinta. Namun, jasa dan bakti mereka kini sudah semakin dilupakan oleh rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah kita patut mengingati dan menghargai sejarah? KBAT [4 markah] (iv) Sekolah anda akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. Sebagai pengerusi Persatuan Kenegaraan, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh ahli persatuan anda dalam memeriahkan Hari Kemerdekaan di sekolah anda. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud kelibatmu ghairah ialah rupa/ bayangan yang penuh perasaan/ ingin akan sesuatu. Berdasarkan Bahan 1, faktor yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu ialah semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang. Berdasarkan Bahan 2 pejuang negara yang sanggup bangkit berjuang dan berkorban menentang penjajah juga menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Pada pendapat saya, kita patut mengingati dan menghargai sejarah kerana sejarah menjadikan kita bersyukur atas keamanan yang kita peroleh. Selain itu, sejarah mengajar kita menghargai pejuang negara yang telah terkorban demi negara. Akhir sekali, sejarah menjadi panduan dan iktibar supaya kita memperbaiki kesilapan masa lalu untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ahli persatuan saya dalam memeriahkan Hari Kemerdekaan di sekolah ialah mengadakan konvoi kemerdekaan melalui kelab dan persatuan. Selain itu, menghias kelas dan kawasan persekitaran sekolah dengan Jalur Gemilang. Akhir sekali, menganjurkan pameran dan ceramah kemerdekaan. CONTOH
62 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 8 Hipertensi Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama.Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri. Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ oleh Illias Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 BANGKITLAH Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! Rejab F.I. Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka CONTOH
63 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 3 BINTANG HATI Titipan secebis harapan tulusan kasih untukmu bintang impian. Teruskan melangkah duhai si bintang hati tetap cekal dalam meniti duri-duri kehidupan ini jangan berduka mahupun kecewa pelangi indah sedang menanti langkah megahmu di bumi ini. Kejayaan itu sebuah kesukaran namun penuh kebahagiaan air mata dan lelah silih berganti demi meragut kesenangan hati tetaplah bangkit duhai si bintang masa yang berbaki ini biarlah menjadi bukti kemenanganmu nanti. Nur Aisyah Mohammad Omri Dewan Siswa, BIL. 01/2021 (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud duri-duri kehidupan. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap bahan, nyatakan ciri-ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang. [3 markah] (iii) Remaja dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan belajar menonjolkan keistimewaan masing-masing sejak di bangku sekolah lagi. Pada pendapat anda, mengapakah remaja patut bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud duri-duri kehidupan ialah rintangan/ kesengsaraan dan dugaan dalam hidup. Berdasarkan setiap bahan, antara ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang ialah mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Selain itu, mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang terpuji. Remaja yang cemerlang juga perlu mempunyai keperibadian yang unggul dan berketerampilan diri. Pada pendapat saya, remaja patut bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu akan memandu remaja pada masa akan datang. Selain itu, remaja merupakan pemimpin masa akan datang. Akhir sekali, remaja diperlukan untuk membina negara dengan ilmu dalam pelbagai bidang. CONTOH
64 BM Tingkatan 5 Bab 4 (iv) Anda diminta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran bagi memenuhi impian ibu dan ayah sebagai seorang doktor pakar bedah. Namun, anda masih tidak pasti hala tuju anda selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia selepas ini kerana anda lebih berminat dalam bidang perakaunan. Sebagai seorang remaja yang prihatin terhadap masa hadapan, apakah cara anda berhadapan dengan konflik ini? KBAT [4 markah] Praktis 9 Gerhana Manusia Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Akumenjeling ke tubuhal-Hafiz.Tulang selangka yang remuk, salurdarahdi ruang foraks,memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. “Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.” Dipetik daripada cerpen ‘Gerhana Manusia’ oleh Aminah Mokhtar dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Kala ini watanku sedang dalam keriuhan namun sedarkah kita? ada yang bersengkang mata tika kita asyik diselimuti lena mereka mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melihat nyawa lain kekal di muka bumi. Mereka sanggup berjauhan dengan sanak-saudara agar kita dapat berbahagia bersama keluarga takut hanyalah kata yang tidak bermaksud tiada dalam kamus hidup. Mereka bukan mengangkat senjata namun bahayanya sama seperti tentera berisiko diinfeksi terpaksa diisolasi barangkali bisa mati itulah pekerjaan mereka sehari-hari baju tebal yang dipakai menggambarkan beban yang dipikul sungguh berat sekali. Yin_iqbalamin Dewan Siswa, BIL. 06 2020 Pejuang Barisan Hadapan Sebagai seorang remaja yang prihatin terhadap masa hadapan, tindakan yang akan saya ambil untuk berhadapan dengan isu ini ialah saya akan meminta nasihat daripada guru/ guru kaunseling. Selain itu, saya akan mencari/ menyelidik maklumat berkaitan program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan SPM yang saya peroleh. Saya juga akan berbincang dengan ibu bapa secara terbuka. Akhir sekali, saya akan meminta bantuan daripada orang yang dipercayai dan dihormati oleh orang tua seperti datuk, nenek atau ibu bapa saudara. CONTOH
65 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud bersengkang mata. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan nilai kemanusiaan yang perlu ada apabila insan lain ditimpa kesusahan. [3 markah] (iii) Petugas barisan hadapan telah berkorban masa, tenaga, dan terpaksa meninggalkan keluarga, melupakan masa bersama keluarga demi memastikan keselamatan kita. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita membalas jasa petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga bagi membendung COVID-19? KBAT [4 markah] (iv) Bencana alam yang sering berlaku seperti banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi, dan lainlain memberikan kesan yang besar terhadap manusia. Pada pendapat anda, apakah bantuan yang dapat anda berikan sebagai salah seorang petugas sukarelawan Mercy Malaysia? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud bersengkang mata ialah berjaga hingga larut malam/ menahan diri daripada tidur. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nilai kemanusiaan yang perlu ada apabila insan lain ditimpa kesusahan ialah bersimpati. Selain itu, menolong sedaya mungkin. Seterusnya, mempunyai sikap bertanggungjawab semasa memberikan bantuan dan tidak mengharapkan balasan. Pada pendapat saya, kita hendaklah membalas jasa petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga bagi membendung COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengurangkan beban petugas barisan hadapan. Selain itu, kita hendaklah berada di rumah dan menghindari sikap sambalewa bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19. Antara bantuan yang dapat saya berikan sebagai salah seorang petugas sukarelawan Mercy Malaysia ialah memberikan bantuan barang perubatan, makanan, dan keperluan lain kepada mangsa. Selain itu, saya akan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang mengalami kecederaan. Seterusnya, saya akan memberikan bantuan secara sukarela tanpa bayaran. Akhir sekali, saya akan terlibat dalam pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana untuk mengurangkan beban yang dialami mangsa. CONTOH
66 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 10 Bukan Gila Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 PELAKON I : Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman. PELAKON II : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah. ARIF : Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan klta semua; lebih-lebih lagi pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu. Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Izinkan aku beradu di sini Berbumbungkan langit Berselimutkan dingin sembilu Beralaskan hamparan kotak-kotak Aku masih mampu terlena Lebih lena daripada tidurmu Bertemankan mimpi indah Yang pernah aku alami dulu Aku juga insan sepertimu Ingin rasa bahagia Sedangkan kupilih untuk berlari Jauh dari kehidupan realiti Hingga aku terdampar di sini Dikau yang bergelar insan Lemparkan sedikit simpati Agar perutku terisi Walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu Aku juga punya hati sepertimu Tetapi di sinilah hatiku Yang kubawa lari itu Hati yang telah lama mati Dikau yang bergelar insan Hulurkan secubit kasih Agar aku rasa dihormati Sebagai penghuni terhormat Di kaki lima ini. Sumber : Ayu Mardiana www.penyair.wordpress.com Mengemis Kasih di Kaki Lima CONTOH
67 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 3 Mak Timah memikirkan nasib Pungut, iaitu anak angkatnya. Pungut ialah nama gelaran. Nama sebenarnya ialah Zahara manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah mengambil Pungut semasa bayi kerana didesak oleh anak-anaknya, tambahan pula ibu kandung Pungut tidak mahu menerima anaknya itu. Usia Pungut kini 24 tahun, namun dia cacat. Selain fizikalnya kecil, dia pekak, bisu, dan tidak tahu melakukan apa-apa. Kini, anak-anak Mak Timah sudah berumah tangga dan enggan menjaga Pungut. Mak Timah terfikir bahawa mungkin Tuhan mahu mengujinya dengan menjaga Pungut. Anak lelaki Mak Timah mencadangkan Pungut dihantar ke rumah kebajikan. Mak Timah tidak bersetuju. Dia berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia supaya Pungut tidak menderita setelah kematiannya. Dipetik daripada cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ karya Mohamed Latiff Mohamed (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud Lemparkan sedikit simpati. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, nyatakan isu yang diketengahkan. [3 markah] (iii) Nilai simpati dan prihatin terhadap insan lain amat dituntut dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut kita buat sekiranya berhadapan dengan situasi seperti di dalam puisi? KBAT [4 markah] (iv) Seorang lelaki berusia lewat 40-an yang cacat penglihatan tergesa-gesa kerana tidak mahu ketinggalan tren lagi. Riak di raut wajahnya menampakkan kerisauan lantaran ketika itu merupakan waktu puncak warga kota berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing. Setiap kali tren tiba, tiada seorang penumpang pun memberikan laluan kepadanya untuk masuk terlebih dahulu. Sekiranya anda terlihat lelaki itu, apakah yang perlu anda lakukan? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud Lemparkan sedikit simpati ialah berikan sekelumit rasa kasihan. Berdasarkan Bahan 1, isu yang diketengahkan ialah masalah kesihatan/ masalah dalam hidup yang menyebabkanrasasedihdankecewatimbuldidalamhati.Selainitu,terdapatisumasalahkemurungan/ jiwa yang dihadapi oleh sesetengah orang akibat kesihatan yang kurang baik. Berdasarkan Bahan 3 golongan kurang upaya yang disisihkan/ dibuang oleh ibu kandung. Pada pendapat saya, tindakan yang patut kita buat sekiranya berhadapan dengan situasi seperti di dalam puisi ialah memberikan derma dan bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan kita. Selain itu, mengumpulkan derma daripada orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dengan lebih lanjut. Akhir sekali, memberikan sokongan moral dan perhatian kepada mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan serta kehilangan tonggak keluarga. Saya akan menghampirinya dan bertanya kepadanya sama ada dia memerlukan bantuan atau tidak. Sekiranya dia memerlukan bantuan, saya akan menawarkan lengan untuk membimbingnya. Pada masa yang sama, saya akan meminta penumpang yang lain memberikan laluan kepadanya. Apabila tren tiba, saya akan membimbingnya masuk ke dalam tren dan mencari tempat duduk untuknya. CONTOH
68 BM Tingkatan 5 Bab 4 Soalan 8 – Novel Model Novel Cemerlang (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Orang muda di kampung ini memang tidak minat zapinkah, pak cik?” luah Haiqal sewaktu bertandang ke rumah Pak Cik Bakar pada suatu petang. Niat asalnya untuk ke rumah Tauke Ong, tetapi Tauke Ong dan keluarganya pergi ke bandar Batu Pahat. Langsung dia ke rumah Pak Cik Bakar. “Dulu ada sekejap … tapi entahlah. Anak-anak muda kampung ni selalu hangat-hangat tahi ayam saja. Kumpulan kompang pun macam tu juga. Hidup sekejap, matinya berkurun!” Ada nada geram ketika Pak Cik Bakar berkata begitu. “Puncanya?” “Puncanya tidak minat. Sampai bila nak jadi macam pahat dengan penukul? Zapin dan kompang tu warisan budaya kita. Sepatutnya mereka ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap kebudayaan yang diwarisi turun-temurun. Mati budaya, maka seolah-olah bangsa itu telah mati, Haiqal.” Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan sebab tarian zapin kurang diminati oleh orang muda di kampung. [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua pengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca. [6 markah] Songket Berbenang Emas Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel ialah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah menghadapi ujian hidup apabila ibunya yang dianggap gila menerima rawatan di Hospital Permai. Tanah tempat tinggalnya yang sekangkang kera juga ingin dijual oleh neneknya. Selain itu, bapanya pula dipatuk ular. Malahan, Dahlia sendiri dituduh menjadi penyebab kepada kematian Said yang lemas di sungai berhampiran rumahnya. Selain itu, kita mestilah membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Tauke Lim membantu keluarga Embong ketika ditimpa kesusahan. Antara sebab tarian zapin kurang diminati oleh orang muda di kampung ialah mereka bersikap hangat-hangat tahi ayam. Selain itu, mereka juga tidak berminat mempelajari tarian zapin. Akhir sekali, mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kebudayaan yang diwarisi turuntemurun. Isi cukup 3 = 4 markah Pembahagian markah 6 markah = 2 isi × 2 markah + bahasa 2 markah Nota lengkap novel Panduan menjawab novel CONTOH
69 BM Tingkatan 5 Bab 4 Tirani Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel ialah kita tidak boleh bersikap terburuburu membuat sesuatu keputusan sebelum menyiasatnya terlebih dahulu. Contohnya, Zahid bercerai dengan Waheeda dengan talak satu di hadapan ibu bapa Waheeda kerana tidak mengaku Izzati anaknya, sebaliknya menuduh Waheeda melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tanpa menyiasat terlebih dahulu. Selain itu, kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan. Contohnya, Waheeda berusaha dengan gigih untuk membangunkan Tajau Emas dan Chalet AyaSajinah. Silir Daksina Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel ialah kita hendaklah mengamalkan sikap saling bekerjasama dan bantu-membantu bagi menjayakan sesuatu rancangan secara bersama. Contohnya, penduduk Kampung Seri Purnama sibuk bergotong-royong memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam persembahan tarian zapin. Selain itu, kita perlulah menjaga amanah setelah diberikan tanggungjawab oleh seseorang. Contohnya, Tauke Ong seorang yang amanah menjaga rumah dan kebun, serta menyerahkan hasil jualan kelapa sawit milik arwah Abdullah bin Kayan kepada Haiqal. Bimasakti Menari Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Antara pengajaran yang dapat kita pelajari daripada novel ialah kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Contohnya, demi menggagalkan rancangan projek mewartakan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap, Dato’ Johann Arlington-Majid mengupah tiga orang tonto untuk menculikNurulHafsa bagi mempergunakannya untuk mendapatkan Muhammad Taufik. Selain itu, kita perlu memelihara alam sekitar supaya tidak tercemar. Contohnya, pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti di Kuala Selangor telah menyebabkan kelip-kelip semakin mengalami kepupusan dan bintang-bintang di langit lenyap. Praktis ke Arah SPM Praktis 1 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Baguslah Dahlia datang. Sebenarnya sakit emak Dahlia ni sudah ke tahap bahaya.” “Bahaya?” “Bertenang, Dahlia. Sebagai doktor, saya suka berterus terang agar apa-apa yang berlaku kelak tidak disalahtafsirkan. Begini, kami berusaha mengubatinya. Tetapi tentu lebih mudah jika kami mengetahui hal-hal yang menyebabkan emak Dahlia berkeadaan begini!” Doktor Ridhuan menelan air liur. Dahlia mengetap bibir. Cuping telinganya dipasang. “Punca penyakit seperti ini, biasanya daripada masalah tekanan. Tekanan ini daripada pelbagai sebab seperti keadaan persekitaran yang menekan, masalah kekeluargaan yang berat, atau mungkin faktor makanan. Itu cuma satu andaian. Kami sedang mengkaji punca yang tepat.” CONTOH
70 BM Tingkatan 5 Bab 4 “Emak saya gila, doktor?” “Perkataan itu kami tidak pernah gunakan. Cuma kami boleh katakan kurang sihat. Saya ingin tahu, emak Dahlia dah lama dalam keadaan begini?” Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan punca penyakit emak Dahlia menurut Doktor Ridhuan. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan sifat keberanian yang terdapat pada watak utama yang boleh dicontohi oleh pembaca. [6 markah] Praktis 2 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Petang tadi, Haiqal turut membantu kerja-kerja memperkasa balai raya. Dia ikut serta menyusun kerusi-kerusi plastik dan menyiapkan meja jamuan untuk tetamu khas di dalam balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Ambal di dalam balai raya itu juga turut disapu dan divakum. Di bahagian belakang balai raya, penduduk kampung itu sibuk bergotong-royong memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini. Menu yang telah dipersetujui ialah nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca. Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah persediaan yang dilakukan sebelum acara persembahan tarian zapin diadakan? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian klimaks novel ini menarik perhatian anda. [6 markah] CONTOH
71 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 3 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pada malam semalam, selepas menunaikan solat, Nurul Hafsa berdoa dan menanam azam yang dia akan menjalankan tugasnya sebagai seorang penjawat awam dengan penuh dedikasi. Pagi tadi dia telah menyemak fail-fail pencerapan yang tidak konsisten pengumpulan datanya dan mengumpulkan fail-fail tersebut. Dia mencatat nota arahan supaya fail-fail tersebut dihidupkan semula. Namun, selepas malam ini, menghidupkan fail-fail yang telah lama mati bukan lagi keutamaan tugasnya. Kini, Nurul Hafsa mempunyai tanggungjawab yang lebih penting. Dia perlu bertindak supaya bintang-bintang di langit boleh dilihat dengan mata kasar. Barulah fail pencerapan boleh dihidupkan dan kegiatan mencerap bintang secara amatur menjadi meriah. Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan sifat yang perlu ada pada seorang penjawat awam. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan pendapat anda tentang ilustrasi yang terdapat di muka hadapan novel ini. Jelaskan. [6 markah] Praktis 4 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Hantu…!” renta Waheeda sesampainya di pekarangan rumah. Dia menyingsing lengan baju kurung seragamnya. Batu, kerikil, ranting atau apa-apa sahaja yang tercapai oleh tangannya dilontarkan ke sasarannya. “Tak kena, tak kena! Jeng jeng …” kata hantu sakat itu terus menyeringai. “Eee…, kamu masuk ke neraka!” jerit Waheeda geram. Dalam amarah teringat juga akan kata-kata Ustazah Ruqaiyah bahawa orang yang mengeji dan mencela sifat orang lain samalah seperti mencela perbuatan Tuhan. Berdosa katanya. Orang berdosa masuk neraka. Waheeda cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia melangkah masuk ke dalam rumah, terus menyeka peluh dan air mata yang bersememeh di muka. Dipetik daripada novel Tirani, karya Nizar Parman Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah tindakan yang dilakukan oleh Waheeda setelah diejek? [4 markah] CONTOH
72 BM Tingkatan 5 Bab 4 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, setujukah anda tentang tajuk novel ini diberikan sedemikian? Berikan alasan anda. [6 markah] Praktis 5 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cemas dan takut, binatang itu berdengus menyeringaikan gigi tajamnya. Kerana terperanjat, kedua-dua sepupu itu menjerit sekuat-kuat hati. Dalam suasana panik, monyet itu menerpa ke arah Waheeda. Jari dan kuku panjang haiwan itu merangkul kepalanya dan spontan dia terasa gigi tajam haiwan itu mencengkam hidung dan pipinya. Waheeda terasa pedih bukan main. Tangannya menepis kasar binatang itu. Haiwan liar itu melompat tersusup-sasap sebaik-baik terpelanting ke atas lantai. Hujung batang penyapu kayu dilibas Fatimah terkena badan haiwan berbulu putih itu. Sepantas kilat monyet itu melompat keluar melalui tingkap ke arah pokok kelapa. Monyet itu panik. Batang penyapu itu begitu memeranjatkannya sebelum sempat ia membenamkan giginya sekali lagi ke wajah Waheeda. Semuanya berlaku begitu pantas. Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Waheeda dan Fatimah apabila diserang oleh monyet. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (a) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (b) Tirani karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama bagi novel tersebut. CONTOH [6 markah]
73 Sekilas Info 1 Soalan yang bermuat bahan rumusan yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian C. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan. 4 Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza (contoh: petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama. 5 Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan. 6 Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 7 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah, iaitu 20 markah untuk isi dan 10 markah untuk bahasa. Strategi Menjawab Soalan Rumusan Langkah 3: Menulis Isi • Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap daripada F1 dan F2 atau F1, F2, dan F3 (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus). • Gunakan penanda wacana atau kata hubung untuk menunjukkan kesinambungan isi rumusan. Langkah 4: Menulis Kesimpulan • Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan. • Gabungkan dua elemen dalam kesimpulan, iaitu tema dan kesan dengan menggunakan kata hubung. • Bina kesimpulan dalam satu perenggan sahaja. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Langkah 5: Menyemak Rumusan • Semak rumusan dari aspek tatabahasa, ejaan, dan tanda baca. • Kira jumlah patah perkataan dalam rumusan dan pastikan bahawa panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. • Catatkan jumlah patah perkataan di dalam kurungan di sudut kanan, iaitu di bawah rumusan tersebut. Langkah 1: Kenal Pasti Semua Fokus • Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam semua bahan. • Calon perlu mengenal pasti isi-isi yang terdapat dalam setiap bahan yang diberikan. Langkah 2: Menulis Pendahuluan • Bina pendahuluan dengan menggunakan semua fokus dalam setiap bahan. • Contoh pendahuluan: 2 fokus Rumusan ini membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar (Fokus 1) dan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar (Fokus 2). • Contoh pendahuluan: 3 fokus Rumusan ini membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar (Fokus 1), kesan-kesan pencemaran alam sekitar (Fokus 2), dan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar (Fokus 3). 5 Bab Rumusan Info Digital 11 CONTOH
74 Sampel Rumusan 1 Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Ramai orang suka bermain air sama ada di tempat terbuka seperti pantai, kolam, tasik atau tempat tertutup seperti di dalam bilik air, tab mandi dan kolam mandi persendirian. Menurut kajian, aktiviti bermain air mampu merangsang pertumbuhan badan yang baik bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pula, aktiviti ini dapat merangsang perkembangan otot mereka. Namun begitu, aktiviti berfaedah ini mampu membawa kecelakaan yang tidak diingini. Akademi Pediatrik Amerika (APA) telah mengesyorkan beberapa nasihat kepada ibu bapa atau penjaga untuk mencegah anak-anak daripada kelemasan. Seboleh-bolehnya jangan dibiarkan kanakkanak kecil bermain air berseorangan di dalam bilik air atau kolam. Manakala baldi atau besen yang tidak digunakan haruslah dikosongkan. Kanak-kanak begitu ghairah untuk bermain air apabila melihat takungan yang berisi air. Kelalaian sesaat seperti ini akan mengundang padah kepada anak-anak yang disayangi. Ibu bapa atau penjaga wajarlah memerhatikan betul-betul anak-anak mereka ketika bermandi-manda di tempat terbuka. Hal ini kerana aktiviti lain boleh mengganggu fokus ibu bapa terhadap anak-anak. Pakar keselamatan di air juga amat menggalakkan ibu bapa mengajar anak-anak berenang seawal umur 4 tahun. Latihan berenang mampu mengurangkan risiko lemas dan menjadikan kanak-kanak lebih berani ketika bermain di dalam air. Di samping itu, ibu bapa, penjaga atau pengusaha kolam renang haruslah mengetahui ilmu CPR yang amat berguna ketika berhadapan dengan detik-detik cemas sekiranya berlaku kejadian lemas. Sekiranya memilih untuk beriadah di luar bersama-sama keluarga, ibu bapa hendaklah memilih tempat mandi-manda yang mempunyai khidmat pegawai pantai atau pengawal kolam (lifeguards). Hal ini dapat memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terkawal. Dalam erti kata lain, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selamat apabila bermain air. Janganlah biarkan keseronokan yang dirasai diakhiri dengan kemalangan yang tidak diingini. Malang tidak berbau dan boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tragedi Anak-anak Lemas, Salah Siapa?’ oleh Syarifah Adilla bt Syed Mohamad, Majalah ANIS F1(1) F2(3) F1(2) F2(6) F2(4) F2(1) F2(2) F2(5) BM Tingkatan 5 Bab 5 Panduan menjawab Rumusan CONTOH
75 Bahan 2 Terapi Air Buat Kanak-kanak Merangsang komunikasi kanak-kanak Kanak-kanak akan menjadi lebih berani Melatih kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif Teknik Menjawab Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan bermain air dan langkah mengelakkan tragedi lemas. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kebaikan bermain air Bahan 1 Merangsang pertumbuhan badan yang baik bagi kanak-kanak. ✓ Aktiviti ini dapat merangsang perkembangan otot mereka. Bahan 2 Merangsang komunikasi kanak-kanak. ✓ Kanak-kanak akan menjadi lebih berani. ✓ Melatih kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif. Fokus Bahan Isi Pilihan Langkah mengelakkan tragedi lemas Bahan 1 Jangan dibiarkan kanak-kanak kecil bermain air berseorangan di dalam bilik air atau kolam. ✓ Baldi atau besen yang tidak digunakan haruslah dikosongkan. ✓ Ibu bapa atau penjaga wajarlah memerhatikan betul-betul anak-anak mereka ketika bermandi-manda di tempat terbuka. ✓ F1(1) F2(2) F1(3) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
76 Ibu bapa mengajar anak-anak berenang seawal umur 4 tahun. Ibu bapa, penjaga atau pengusaha kolam renang haruslah mengetahui ilmu CPR. ✓ Ibu bapa hendaklah memilih tempat mandi-manda yang mempunyai khidmat pegawai pantai atau pengawal kolam. ✓ Bahan 2 Tiada. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya tragedi lemas perlu dielakkan ketika bermain air agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Contoh Rumusan Lengkap Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan bermain air kepada kanak-kanak dan langkah mengelakkan tragedi lemas. Kebaikan bermain air termasuklah merangsang pertumbuhan badan yang baik bagi kanak-kanak. Selain itu, merangsang komunikasi kanak-kanak dan mereka akan menjadi lebih berani. Langkah-langkah mengelakkan tragedi lemas semestinya jangan dibiarkan kanak-kanak kecil bermain air berseorangan di dalam bilik air atau kolam. Malah, baldi atau besen yang tidak digunakan haruslah dikosongkan. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu mengajar anak-anak berenang seawal umur 4 tahun. Di samping itu, ibu bapa, penjaga atau pengusaha kolam renang haruslah mengetahui ilmu CPR. Akhir sekali, ibu bapa hendaklah memilih tempat mandi-manda yang mempunyai khidmat pegawai pantai atau pengawal kolam. Kesimpulannya, tragedi lemas perlu dielakkan ketika bermain air agar kita tidak menyesal di kemudian hari. (116 patah perkataan) Pemarkahan Rumusan Markah keseluruhan isi ialah 20 markah. • Pendahuluan = 2 markah • F1 + F2 = 8 isi × 2 markah = 16 markah • Kesimpulan = 2 markah Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah. • Cemerlang 8 – 10 markah • Baik 5 – 7 markah • Sederhana 3 – 4 markah • Lemah 1 – 2 markah Panduan mengira perkataan Perkataan Dikira Sebagai 1 Perkataan Contoh Nama khas Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Kata majmuk urus setia, pasar raya, lebuh raya Kata depan di depan/ ke pasar Tarikh 1 Oktober 2024 Kata ganda kedua-dua, hormat-menghormati Angka yang ditulis dalam perkataan dua ratus empat puluh tiga Gelaran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
77 Sampel Rumusan 2 Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan pada setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja. Namun begitu, bagi sesetengah orang, bersarapan bukanlah satu kewajipan dalam kehidupan mereka. Ramai yang mengambil mudah berkaitan sarapan kerana mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakannya. Selain itu, bagi pekerja yang bertugas pada waktu malam, mereka lebih mengutamakan waktu pagi sebagai masa tidur kerana kerja malam yang memenatkan. Sebenarnya, pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang untuk lebih bersedia untuk melaksanakan tugasan di tempat kerja. Oleh hal yang demikian, sarapan tidak sepatutnya dipandang ringan oleh setiap individu. Bagi sesetengah keadaan pula, sarapan yang diambil tidak menepati ciri-ciri sarapan yang baik antaranya ialah tidak mempunyai santan dan terlalu berminyak. Dalam hal ini, biarpun kita bersarapan, kualiti sarapan juga perlu dijaga. Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang, malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Oleh hal yang demikian, mereka yang mengabaikan sarapan boleh membawa kepada risiko mendapat penyakit berbahaya. Waktu yang paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu yang mahu menurunkan berat badan. Hal ini kerana makanan yang tinggi seratnya boleh mengenyangkan dalam tempoh yang lama dan mengurangkan selera makan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan. Kesimpulannya, masyarakat yang mementingkan kesihatan perlu mengutamakan pengambilan sarapan pada setiap hari. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sarapan Cegah Penyakit’ oleh Mohd. Faizal Mat Salleh, Dewan Kosmik, Bil 9/2018 F1(1) F1(2) F3(2) F3(1) F3(3) F2(1) F3(4) F3(5) F3(6) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
78 Bahan 2 Kurangkan gula Patuhi Piramid Pemakanan Kuantiti Bersesuaian Sarapan apa pagi ini? Pastikan!! Bahan 3 Kembang pagi bunga di hulu, Tepian dahlia dipetik raja, Sarapan pagi amalkan selalu, Pasti ceria tika bekerja. Terbang belibis ke hujung pekan, Di panas terik angin menerpa, Minuman manis jika amalkan, Penyakit kronik datang menyapa. Cuaca terang di Tanjung papan, Bermain pipit tepian jermal, Banyak orang enggan sarapan, Konon diet hendak diamal. Teknik Menjawab Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 Fokus 2 & Fokus 3 Rumusan membincangkan faktor masyarakat tidak bersarapan ciri-ciri sarapan yang baik dan kebaikan bersarapan. F2(1) F2(2) F2(3) F3(1) F1(1) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
79 Fokus Bahan Isi Pilihan Faktor masyarakat tidak bersarapan Bahan 1 Mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakannya. ✓ Mereka lebih mengutamakan waktu pagi sebagai masa tidur kerana kerja malam yang memenatkan. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Mengamalkan diet. ✓ Ciri-ciri sarapan yang baik Bahan 1 Tidak mempunyai santan dan terlalu berminyak. ✓ Bahan 2 Kurangkan gula. Mematuhi piramid makanan. ✓ Kuantiti bersesuaian. Kebaikan bersarapan Bahan 1 Dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan. ✓ Membantu seseorang untuk lebih bersedia melaksanakan tugasan di tempat kerja. Sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang. ✓ Dapat menurunkan tahap kolesterol jahat. ✓ Mampu membantu individu yang mahu menurunkan berat badan. Metabolisme badan dan komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Memastikan keceriaan ketika bekerja. ✓ Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya sarapan perlu diambil pada setiap pagi agar dapat memulakan hari dengan lebih baik. Contoh Rumusan Lengkap Rumusan membincangkan faktor masyarakat tidak bersarapan, ciri-ciri sarapan yang baik dan kebaikan bersarapan. Faktor masyarakat tidak bersarapan ialah mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakannya. Selain itu, terdapat individu yang mengamalkan diet. Ciri-ciri sarapan yang baik semestinya tidak mempunyai santan dan terlalu berminyak serta mematuhi piramid makanan. Kebaikan bersarapan termasuklah membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Di samping itu, sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang. Akhir sekali, sarapan juga dapat menurunkan tahap kolesterol jahat dan memastikan keceriaan ketika bekerja. Kesimpulannya, sarapan perlu diambil pada setiap pagi agar dapat memulakan hari dengan lebih baik. (96 patah perkataan) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
80 Praktis ke Arah SPM Praktis 1 Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Selepas merdeka, negara berkembang dengan pesat dalam pelbagai sektor. Sejajar dengan perkembangan itu, kerajaan telah membangunkan taman dan ujana awam untuk menampung keperluan penduduk terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar. Matlamat utamanya adalah untuk menjayakan pencapaian kualiti kehidupan yang menyeluruh (Total Quality Living Environment) dengan tumpuan kepada mutu persekitaran kehidupan yang indah, bersih dan selamat. Penyediaan taman dan ujana awam dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi dan keindahan alam di sekitar kawasan penduduk setempat, selain memberi peluang penduduk berinteraksi antara satu sama lain yang akan membantu integrasi sosial rakyat. Pengguna yang memanfaatkan kemudahan yang disediakan mampu memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara berkumpulan atau individu. Malah, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan, padang rumput dan pokok bunga-bungaan di kawasan itu mampu memberikan kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian penggunanya. Sesetengah taman mampu menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikan sendiri. Pokok dalam ruang lapang dan taman awam juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen di dalam udara. Ruang hijau di dalam taman awam turut memainkan peranan dalam kawalan banjir kerana air larian permukaan tanah dapat menyerap masuk ke dalam tanah semasa hujan lebat. Oleh sebab itu, masyarakat sewajarnya memainkan peranan dengan memelihara kemudahan di taman awam. Hal ini akan memperkukuh usaha Jabatan Landskap Negara yang bercadang untuk melancarkan Hari Landskap Negara bagi memupuk kesedaran penjagaan landskap, taman dan ujana awam serta ruang hijau di negara ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Taman Awam Kepada Masyarakat’, Jabatan Landskap Negara www.bharian.com F1(1) F2(1) F1(3) F1(2) F1(6) F1(7) F1(8) F1(5) F1(4) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
81 Bahan 2 Jangan lupa, masyarakat perlu mengikuti program menanam pokok yang dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab. Selain itu, rajin-rajinlah buat aktiviti gotong-royong bersihkan taman. Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja. Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan taman awam dan langkah untuk memelihara taman awam. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kebaikan taman awam Bahan 1 Dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi. Keindahan alam di sekitar kawasan penduduk setempat. Membantu integrasi sosial rakyat. F2(1) F2(2) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
82 Fokus Bahan Isi Pilihan Memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal. Memberikan kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian penggunanya. Menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikan sendiri. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen di dalam udara. Memainkan peranan dalam kawalan banjir. Bahan 2 Tiada. Langkah memelihara taman awam Bahan 1 Masyarakat sewajarnya memainkan peranan dengan memelihara kemudahan di taman awam. Bahan 2 Masyarakat perlu mengikuti program menanam pokok. Melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan taman. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya taman awam perlulah sentiasa dipelihara agar semua pihak mendapat manfaatnya. Rumusan Rumusan membincangkan kebaikan taman awam dan langkah untuk memelihara taman awam. Kebaikan taman awam ialah dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi. Selain itu, memberikan seseorang itu kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian penggunanya. Malah, memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal. Seterusnya, taman awam turut memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen di dalam udara. Akhir sekali, taman awam mampu memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen di dalam udara. Langkah-langkah memelihara taman awam ialah masyarakat sewajarnya memainkan peranan dengan memelihara kemudahan di taman awam. Selain itu, masyarakat perlu mengikuti program menanam pokok. Akhir sekali, penglibatan masyarakat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan taman. Kesimpulannya, taman awam perlulah sentiasa dipelihara agar semua pihak mendapat manfaatnya. (110 patah perkataan) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
83 Praktis 2 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja akan lebih kerap berada di kafe siber kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan kebimbangan juga ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme. Menurut laporan, fenomena ini terjadi disebabkan oleh kafe siber menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Hal ini telah membuatkan remaja lebih terdedah untuk melakukan jenayah siber. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja hingga berlaku peningkatan jumlah kerugian, iaitu daripada RM 63 juta pada tahun 2015 kepada RM73 juta pada 5 tahun akan datang sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik di Malaysia. Selain itu, sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam media sosial juga boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya kebebasan ini disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18 tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap minggu untuk melayari Internet. Selain itu, pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal hingga mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian sebelum nasi menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penggunaan Internet dalam Kalangan Remaja Membimbangkan’, https://www.astroawani.com/ F2(1) F2(2) F1(1) F2(3) F2(4) F2(5) F2(6) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
84 Bahan 2 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan faktor remaja menggunakan Internet dan keburukan Internet. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Faktor remaja menggunakan Internet Bahan 1 Kafe siber menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Bahan 2 Menjanjikan hiburan kepada remaja. Gedung maklumat dan ilmu. Mendapat rakan baharu. Mengetahui maklumat semasa. Keburukan Internet Bahan 1 Golongan remaja akan lebih kerap berada di kafe siber. Remaja mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme. Remaja lebih terdedah untuk melakukan jenayah siber. Boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal. Bahan 2 Tiada. Jumlah 8 MENGAPAKAH INTERNET MENJADI PILIHAN? BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
85 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya Internet haruslah digunakan secara berhemah oleh para remaja agar mendapat pelbagai kebaikan daripadanya. Praktis 3 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Berdasarkan statistik, kira-kira 240 000 daripada 1.2 juta orang pelajar di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia akan menamatkan pengajian mereka pada setiap tahun. Hal ini bermakna lebih 200 000 orang graduan perlu bersaing dalam suasana yang sengit untuk mendapatkan kerja. Ekoran daripada itu, pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstrukturkan program mereka dengan elemen ilmu, nilai, dan kemahiran supaya dapat memantapkan kemahiran insaniah para graduan. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam dalam usaha memastikan graduan memperkasakan penguasaan bahasa tersebut. Semua kemahiran ini amat penting kepada para graduan agar mereka dapat menarik minat para majikan kelak. Tambahan pula, para graduan yang berkemahiran akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan sendiri apabila tamat pengajian kelak. Sehubungan dengan hal itu, kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan yang bukan sahaja berperanan untuk merancang, menyelaras dan memantau program, malahan menyediakan usahawan berpengetahuan. Hal ini demikian kerana apabila siswazah menamatkan pengajian, mereka mampu menjadi graduan yang berkualiti yang akan menyumbang kepada kekuatan modal insan yang diperlukan negara. Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara dalam talian. Menyedari kepentingan graduan berkualiti, kerajaan telah melancarkan Skim Latihan Malaysia yang membabitkan 8 000 orang graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah menjalankan progam khas langkah jangka pendek kepada 12 000 daripada 20 000 orang graduan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan bagi menangani masalah pengangguran di negara ini. Kesimpulannya, kerajaan merupakan institusi paling ampuh untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah tempatan demi pembangunan negara. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Meningkatkan Kebolehpasaran Siswazah Tempatan’ oleh Haji Samat Buang, Wadah Siswa F1(1) F1(2) F1(3) F2(1) F1(5) F1(6) F1(4) F2(2) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
86 Bahan 2 Graduan Berkualiti Menjadi pekerja yang mampu membuat keputusan kepada organisasi Menyerlah dalam organisasi pekerjaan Menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan langkah dan kesan pemantapan kemahiran insaniah para graduan. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Langkah memantapkan kemahiran insaniah para graduan Bahan 1 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstrukturkan program mereka dengan elemen ilmu, nilai, dan kemahiran. Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di IPT awam. Kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan. Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC). Kerajaan telah melancarkan Skim Latihan Malaysia yang membabitkan 8 000 orang graduan. Kementerian Pendidikan juga telah menjalankan progam khas langkah jangka pendek kepada 12 000 daripada 20 000 orang graduan. Bahan 2 Tiada. Kesan Bahan 1 Dapat menarik minat para majikan kelak. Akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan sendiri apabila tamat pengajian kelak. F2(1) F2(2) F2(3) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
87 Bahan 2 Menjadi pekerja yang mampu membuat keputusan kepada organisasi. Menyerlah dalam organisasi pekerjaan. Menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya kemahiran insaniah perlu dimantapkan agar para graduan mampu menyerlah dalam bidang pekerjaan. Praktis 4 Tema 2 Sukan dan Rekreasi Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pencapaian cemerlang beberapa orang atlet negara di arena antarabangsa baru-baru ini cukup menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Pada masa yang sama, kita turut diceriakan dengan kejayaan hebat atlet paralimpik di peringkat antarabangsa. Namun kini, kita berhadapan dengan masalah ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya, kita belum dapat mencari pengganti jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh squasy dunia, iaitu Datuk Nicol Ann David. Jika keadaan seperti ini masih berterusan kita akan menghadapi masalah mencari pelapis pada masa hadapan. Keadaan ini juga pastinya akan lebih menyukarkan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan emas pertama Sukan Olimpik. Antara masalah yang dihadapi ialah pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat antarabangsa. Misalnya, apabila seseorang atlet hebat muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepadanya tanpa mempedulikan pelan pengganti. Selain itu, negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Hal ini menyebabkan para atlet tidak mendapat latihan yang sewajarnya untuk menghadapi kejohanan pada peringkat antarabangsa. Salah satu masalah yang terlalu lama berlaku tanpa sebarang penyelesaian ialah tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Persatuan ini dianggap gagal untuk melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa secara konsisten. Hakikatnya negara ini tidak pernah ketandusan bakat baharu. Baik dalam sukan olahraga, badminton mahupun bola sepak misalnya banyak atlet yang berbakat, namun ke manakah hala tuju atlet muda dan baharu ini? Siapakah yang menjaga, menguruskan mereka dan memastikan kumpulan pelapis ini diasah serta dipersiapkan untuk mengambil alih daripada atlet utama apabila tiba masanya? Dipetik dan diubah suai daripada ‘Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia’ oleh Noor Muhammad Shakil Hameed, Julai 2017 F1(1) F2(1) F1(3) F1(2) F2(2) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
88 Bahan 2 Lantik jurulatih berpengalaman. Setuju Persatuan sukan perlu ada visi dan misi yang jelas. Persatuan sukan di negara kita perlu mengambil tindakan sewajarnya. Apakah pendapat ahli panel? Bahan 3 “Birokrasi dalam bidang sukan merupakan punca kemunduran kita. Jika kita tidak bertindak sekarang, akan terdapat beberapa jenis sukan yang pernah kita kuasai diambil alih oleh negara-negara yang baharu. Hal ini merupakan satu kerugian kepada negara.” Petikan ucapan Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu Sambutan Hari Sukan Negara 2021 F3(1) F3(2) F1(1) F2(1) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
89 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 Fokus 2 & Fokus 3 Rumusan membincangkan masalah pengurusan sukan kesan dan langkah pemulihan sukan di Malaysia. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Masalah pengurusan sukan Bahan 1 Pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten. Negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan. Tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Birokrasi dalam bidang sukan. Kesan Bahan 1 Menghadapi masalah mencari pelapis pada masa hadapan. Menyukarkan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan emas pertama Sukan Olimpik. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Beberapa jenis sukan yang pernah kita kuasai akan diambil alih oleh negara-negara yang baharu. Langkah pemulihan sukan Bahan 1 Tiada. Bahan 2 Melantik jurulatih berpengalaman. Persatuan sukan perlu ada visi dan misi yang jelas. Bahan 3 Tiada. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya bidang sukan di Malaysia haruslah dimantapkan agar mampu setanding dengan negara hebat yang lain BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
90 Praktis 5 Tema 16 Integriti Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Rasuah merupakan penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah. Tangkapan demi tangkapan membabitkan penjawat awam telah dilakukan oleh SPRM. Ternyata operasi besar-besaran hasil daripada komitmen dan iltizam pihak SPRM untuk membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam mula menampakkan hasil yang jelas. Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan. Rasuah menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal kerana peniaga terpaksa menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa dikeluarkan kepada pihakpihak tertentu. Hal ini merupakan beban yang sentiasa menjadi tanda tanya kepada masyarakat apabila harga barang menjadi tidak relevan. Sesungguhnya, jika amalan rasuah terus berleluasa di negara kita banyak keburukan yang perlu kita tanggung. Antara faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat ialah tiada kesedaran daripada masyarakat untuk membendungnya. Kebanyakan daripada kita hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga apabila gejala ini berlaku di depan mata kerana menganggapnya hanyalah secara kecil-kecilan. Selain itu, terdapat juga kes pengamal tidak sedar bahawa dia telah melakukan rasuah kerana kekurangan ilmu berkaitannya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pulihkan Integriti Penjawat Awam’ oleh Noor Mohamad Shakil Hameed, Berita Harian, 17 Januari 2017 F2(1) F2(3) F2(2) F2(4) F1(1) F1(2) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
91 Bahan 2 Rasuah Membawa Padah Jangan memberi atau menerima sebarang bentuk suapan Apakah tindakan anda? Laporkan jenayah rasuah yang anda lihat Bahan 3 Gurindam Perangi Rasuah Dianggap rasuah setiap pemberian, Kalau balasan tuan harapkan. Jika penguasa tidak berjaga, Pengamal rasuah mudah bekerja. Kalau rasuah dibiar berangkai, Kesulitan rakyat tak mampu dirungkai. F3(1) F3(2) F1(1) F2(1) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
92 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 Fokus 2 & Fokus 3 Rumusan membincangkan faktor kesan dan langkah mengatasi rasuah di Malaysia. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Faktor rasuah Bahan 1 Tiada kesedaran daripada masyarakat untuk membendungnya. Pengamal tidak sedar bahawa dia telah melakukan rasuah. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Pihak penguasa tidak berjaga-jaga. Kesan rasuah Bahan 1 Menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. Mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan. Menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Kesulitan rakyat tak mampu dirungkai. Langkah mengatasi rasuah Bahan 1 Tiada. Bahan 2 Melaporkan jenayah rasuah yang anda lihat. Jangan memberi atau menerima sebarang bentuk suapan. Bahan 3 Tiada. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya rasuah perlu dibanteras agar pembangunan negara tidak terjejas. BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
93 Praktis 6 Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam suasana kehidupan di bandar, kebanyakan penduduknya tidak suka akan pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Mereka lebih suka bekerja di pejabat tanpa mengeluarkan peluh. Sikap ini perlu diubah kerana pakar perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan. Hal ini demikian kerana peluh mengalirkan kotoran keluar daripada tubuh dan tidak membiarkan bahan toksik bergelumang dalam darah. Berdasarkan sistem biologi tubuh manusia, orang yang sering berpeluh akan mempunyai kulit yang lebih bersih. Hal ini kerana peluh yang keluar dapat mengekalkan keanjalan kulit secara semula jadi. Kadar peluh yang keluar itu dikawal oleh sel saraf di bahagian otak yang mendapat input daripada reseptor yang mengesan suhu pada permukaan kulit. Tujuan pengeluaran peluh ini adalah untuk menyejukkan tubuh badan kerana peluh dapat mengimbangkan suhu badan supaya kekal stabil. Oleh sebab itu, terapi peluh dilakukan di rumah mandi wap sebagai salah satu cara perubatan tertua yang diamalkan turun-temurun dalam pelbagai budaya di dunia seperti sauna di Finland, hamam di Timur Tengah, sifutu di Afrika, dan sento di Jepun. Selain menggunakan air panas dan wap untuk merembeskan peluh, mandi wap juga dapat menenangkan perasaan. Di samping itu, rembesan peluh dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca daripada liang roma yang tersumbat. Seseorang yang bekerja di pejabat dalam jangka masa yang lama tanpa mengeluarkan peluh, sering berasa letih. Sehubungan dengan itu, mereka perlu sedar akan kepentingan berpeluh. Kajian perubatan telah membuktikan bahawa berpeluh sebenarnya dapat mengurangkan keletihan di samping dapat membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot. Selain melalui najis dan kencing, bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan dengan cara berpeluh. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Berpeluh’, https://ms.forvm.at/ F1(1) F2(1) F1(3) F1(5) F1(2) F2(2) F1(4) F1(6) F1(7) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
94 Bahan 2 Peluh akan menyebabkan badan saya berbau. Berpeluh akan menyebabkan saya jadi tidak selesa. Bahan 3 Pantun Kesihatan Pulau pandan tempat belayar, Cerah cuaca di hari terang; Peluh di badan andai keluar, Sakit kepala boleh dikurang. Burung kenari di hujung pekan, Terbang cermat ke pohon kerdas ; Galakkan diri lakukan gerakan, Tubuh sihat minda cerdas. F2(2) F2(1) F1(1) F1(2) BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
95 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan berpeluh dan faktor masyarakat tidak mengamalkannya. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kebaikan berpeluh Bahan 1 Berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan. Akan mempunyai kulit yang lebih bersih. Peluh dapat mengimbangkan suhu badan supaya kekal stabil. Dapat menenangkan perasaan. Dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat. Dapat mengurangkan keletihan. Dapat membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot. Bahan 2 Tiada. Bahan 3 Sakit kepala boleh dikurangkan. Tubuh sihat minda cerdas. Faktor masyarakat tidak mengamalkannya Bahan 1 Penduduknya tidak suka akan pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. Lebih suka bekerja di pejabat. Bahan 2 Peluh menyebabkan badan berbau Berpeluh menyebabkan individu tidak selesa. Bahan 3 Tiada. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya masyarakat perlu melakukan aktiviti yang melibatkan perpeluhan agar mendapat pelbagai kebaikan. BM Tingkatan 5 Bab 5 CONTOH
96 Kertas 1 Masa : 2 jam Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan bidang pertanian. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang bidang pertanian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Cameron Highlands kembali jadi tumpuan Suhu dingin kadangkala serendah 14 darjah Celsius, menjadikan Cameron Highlands antara tumpuan pelancong domestik, lebih-lebih lagi ketika kerajaan belum membenarkan percutian ke luar negara ketika semasa tempoh kawalan pergerakan. Antara lokasi yang wajib dikunjungi pastinya pasar tani Kea Farm, ladang teh serta kebun bunga. Sumber: www.hmetro.com Menghijaukan alam sekitar Sumber pendapatan petani Penilaian Akhir Tahun CONTOH
97 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Kebanyakan ibu bapa mula melahirkan rasa bimbang apabila anak-anak mereka menunjukkan rasa bosan dan hilang minat untuk belajar secara dalam talian sejak tahun lalu. Antara faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku ialah kekurangan peranti, capaian Internet berkualiti rendah, dan ketidakupayaan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi kesan jangka panjang terhadap prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Minat untuk Belajar Semakin Berkurang’, www.bharian.com Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan anak-anak berasa bosan untuk belajar secara dalam talian. Bincangkan. 2 Biskut makmur, kuih bangkit, sugi, tat bunga, kuih siput dan gunting, baulu lapis, agar-agar kering, dan halwa maskat antara kuih raya tradisional yang semakin luput daripada lidah masyarakat Melayu. “Saya melihat peranan ibu bapa penting dalam mendidik dan memperkenalkan makanan dan sajian tradisional Melayu kepada anak, bukan sahaja juadah sempena perayaan bahkan hidangan harian. Pengenalan awal ini mampu membuatkan generasi muda menghargai keunikan cita rasa dan selera warisan nenek moyang,” kata Prof. Dr. Shahrim Karim. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sajian Tradisi Kian Dilupakan’, www.hmetro.com Huraikan peranan ibu bapa dalam menarik minat anak muda terhadap kuih raya tradisional. CONTOH
98 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun 3 Kecemerlangan belia dalam apa-apa jua bidang sekalipun akan dilihat sebagai sempurna jika mereka mengamalkan nilai-nilai murni. Sebaliknya, belia akan dilihat sebagai pincang jika gagal menunjukkan nilai-nilai murni dalam perilaku seharian mereka. Seorang belia perlu sedar bahawa nilai murni akan memastikan mereka dihormati oleh masyarakat dan mampu menjamin kecemerlangan pada masa hadapan. Sumber: www.ikim.gov.my Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni. Bincangkan. 4 Terdapat banyak isu alam sekitar yang timbul baru-baru ini seperti pencemaran sungai yang mengakibatkan gangguan air di Selangor, masalah kesihatan dalam kalangan penduduk Sungai Kim Kim di Johor, pembalakan hutan yang merosakkan kawasan tadahan air, projek-projek tambak pantai yang merosakkan sumber laut, masalah pembuangan plastik, dan kilang-kilang yang mengeluarkan sisa toksik berbahaya yang sukar dilupuskan. Sumber: www.sinar harian.com Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi isu di atas? KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
99 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Kertas 2 Masa: Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan. BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata ganda berentak. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda berentak tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pemandangan yang indah dikelilingi bukit-bukau merupakan salah satu elemen tarikan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke Inap Desa Gemas, Negeri Sembilan. Layanan penduduknya yang ramah-tamah dan tidak pernah lokek dengan senyuman turut membuatkan kami semakin rindu untuk kembali bertandang ke sini. Laluan yang agak bengkang-bengkok bermula dari Tampin memang agak mencabar sehingga berdebar-debar terasa. Namun begitu, suasana di dalam kereta tetap riuh-rendah dengan gelak tawa ahli keluarga yang seronok bercuti. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Percutian Inap Desa Sekeluarga’, [email protected] [8 markah] 2 Berdasarkan dialog di bawah, tentukan jenis-jenis ayat yang dinomborkan di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat-ayat tersebut. Ravi : Benarkah apa yang awak beritahu saya ini, Micheal? (i) Micheal : Betul Ravi, saya juga tidak menyangka penyertaan kita telah terpilih ke peringkat akhir. Ravi : Bilakah pertandingan akhir itu akan dijalankan? Micheal : Pertandingan robotik itu kemungkinan akan dijalankan pada minggu hadapan. (ii) Zamani : Ravi, Michael. Kenapakah saya lihat awak berdua sangat gembira? (iii) Michael : Ciptaan kami untuk pertandingan robotik tempoh hari telah terpilih ke peringkat akhir. Zamani : Wah, saya sangat-sangat bangga dengan kehebatan kamu berdua! (iv) Ravi : Kami pun tidak menyangka akan dapat pergi sejauh ini, Zamani. (v) Zamani : Kamu berdua jangan lepaskan peluang berharga ini. (vi) Ravi : Baiklah. Tapi sebelum itu, jemputlah datang ke rumah saya petang ini kerana terdapat sedikit jamuan sempena sambutan hari lahir adik saya. [6 markah] CONTOH