The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-09-26 13:06:49

BM T5

BM T5

ii Bil. Perkara Keterangan Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur Ujian Mendengar 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Objektif Aneka Pilihan • Objektif Pelbagai Bentuk • Subjektif Respons Terhad 3 Bilangan Soalan Bahagian A – Individu [40 markah] • 1 petikan/ bahan rangsangan yang disediakan untuk setiap calon • Bersoal jawab dengan pentaksir Bahagian B – Kumpulan [30 markah] • 1 tajuk/ tema umum disediakan untuk perbincangan • Perbincangan dalam kumpulan 3 – 5 orang calon • 4 - 6 petikan • Instrumen mengandungi 20 hingga 25 soalan ( Jawab semua soalan) • Jawapan berdasarkan petikan 4 Jumlah Markah 70 markah 30 markah 5 Tempoh Ujian Individu: 3 hingga 5 minit Kumpulan: 12 hingga 15 minit 30 minit CONTOH


1 BM Tingkatan 5 Bab 1 Sekilas Info 1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian A. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan. 4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. 5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit. 6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada: Jenis bahan rangsangan Ilustrasi kartun Petikan/ Catatan/ Dialog Gambar rajah Gambar ilustrasi Foto Pelan/ Peta Iklan/ Poster Strategi Menulis Karangan Murid perlu membaca bahan rangsangan dengan teliti untuk mengenal pasti tema, kehendak soalan dan maklumat tersurat dalam bahan. Murid MESTI menggunakan sekurangkurangnya satu (1) maklumat daripada setiap bahan sama ada di perenggan pendahuluan, isi mahupun penutup. 1 2 Murid boleh memasukkan unsur-unsur menarik seperti peribahasa, maksud hadis, maksud ayat al-Quran atau kata-kata tokoh untuk mematangkan huraian. Untuk perenggan kesimpulan, murid perlu memberikan cadangan dan harapan berkaitan tema yang dibincangkan. 5 6 Kemudian, murid perlu membina perenggan pendahuluan yang mempunyai tema, isu, dan kehendak soalan (Langkah, Kebaikan, Keburukan, Faktor atau Ciri-ciri) Murid boleh menggunakan Teknik ABCD untuk membina perenggan isi, iaitu A (Apa), B (Bagaimana), C (Contoh), dan D (Dampak @ Kesan) 4 3 Karangan yang ditulis perlulah disemak dari segi kematangan huraian, kesalahan ejaan, dan tatabahasa agar tidak menyebabkan ‘tanggapan’ pemeriksa menurun. Kira jumlah patah perkataan dengan teliti agar tidak melebihi jumlah yang dibenarkan. 8 7 1 Bab Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Ransangan Info Digital 1 CONTOH


2 BM Tingkatan 5 Bab 1 Sampel Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Cemerlang Contoh 1 Tema 2 Sukan dan Rekreasi Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan aktiviti rekreasi. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang aktiviti rekreasi. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bersenam Eratkan hubungan Walaupun aktiviti rekreasi nampak mudah, namun tidak ramai sedar akan kebaikannya dalam usaha mudah untuk mengekalkan kesihatan badan. Tanpa kita sedari aktiviti sedemikian juga memupuk amalan gaya hidup lebih sihat. Sumber : Berita Harian, 25 September 2018 Contoh Karangan Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat khususnya berekreasi. Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti selain bekerja. Namun begitu, masyarakat hari ini memandang enteng kepentingan berekreasi yang sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan. Persoalannya, apakah kebaikan berekreasi? Dewasa ini kita sering dihantui pelbagai penyakit yang dikatakan membunuh dalam senyap seperti kencing manis, darah tinggi, dan lemah jantung. Oleh itu, atas kesedaran ini masyarakat perlulah berekreasi agar dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti rekreasi dapat memaksa peluh yang merupakan toksin untuk keluar daripada badan. Contohnya, aktiviti bersenam selama 20 minit sebanyak dua kali seminggu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menguatkan antibodi badan untuk penyakit sekali gus menjauhi penyakit. Panduan menulis karangan respons terhad CONTOH


3 BM Tingkatan 5 Bab 1 Keluarga merupakan institusi nukleus yang penting untuk dipelihara. Oleh itu, aktiviti rekreasi sangat penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga yang berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama akan dapat berkongsi cerita dan masalah. Contohnya, aktiviti berkelah bersama keluarga. Pada ketika inilah sesi perbincangan dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih tenang hingga membentuk keluarga yang harmoni. Kesimpulannya, aktiviti rekreasi menjanjikan pelbagai kebaikan kepada individu dan keluarga. Masyarakat haruslah mengambil peluang untuk berekreasi walaupun dihimpit kesibukan bekerja. Semoga dengan kesedaran tentang aktiviti berfaedah ini, negara akan lebih membangun kerana rakyat sihat, negara sejahtera. (200 patah perkataan) Praktis ke Arah SPM Praktis 1 Tema 5 Pendidikan untuk Semua Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan aktiviti membaca buku. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kesibukan Bekerja Permainan Internet Kadar Kekerapan Rakyat Malaysia Membeli Buku Tahun 2019 Setiap Minggu Dua Minggu Sekali Tiga Minggu Sekali 2-3 Kali Setahun CONTOH


4 BM Tingkatan 5 Bab 1 Praktis 2 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kepentingan mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kebaikan mempelajari mata pelajaran Sejarah. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Semangat Patriotisme CONTOH Tokoh Sejarah


5 BM Tingkatan 5 Bab 1 Praktis 3 Tema 5 Pendidikan untuk Semua Baca kedua-dua e-mel di bawah. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Kaedah belajar berkesan Salam hormat sahabatku, Nurul. Apa khabar kamu dan keluarga di sana? Semoga kamu dan keluarga dalam keadaan ceria selalu. Sebenarnya, saya akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac tahun hadapan. Saya berasa kurang yakin dengan kaedah belajar yang saya gunakan sekarang. Memandangkan awak telahpun mendapat keputusan peperiksaan yang sangat memberangsangkan, bolehkah awak berkongsi kaedah belajar yang telah awak amalkan? Saya amat berharap awak boleh mencadangkan kaedah belajar yang berkesan terutamanya ketika di rumah. Saya menantikan respons daripada awak. Sahabatmu, Aiman E-mel 1 Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Pengalaman bercuti Salam hormat sahabatku, Haizat. Apa khabar kamu dan keluarga di sana? Saya berharap awak dan keluarga dapat menikmati pelancongan yang sangat menggembirakan semasa cuti sekolah yang lalu. Untuk pengetahuan kamu, saya dan keluarga juga sedang merancang untuk melancong di dalam negara pada cuti sekolah yang akan datang. Namun begitu, kami masih tidak dapat memutuskan destinasi paling sesuai untuk melancong. Setelah saya mendapat tahu awak baru sahaja pulang dari melancong bersama keluarga. Saya tertarik untuk mendengar pengalaman kamu bercuti tempoh hari. Mungkin kamu dapat mencadangkan tempat-tempat menarik yang boleh saya dan keluarga kunjungi nanti. Saya menantikan respons daripada awak. Sahabatmu, Zaitun E-mel 2 Tema 8 Melancong Mencari Makna CONTOH


6 BM Tingkatan 5 Bab 1 Praktis 4 Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah jalan raya yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang jalan raya yang berlopak dan cadangkan tindakan yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. CONTOH


7 BM Tingkatan 5 Bab 1 Praktis 5 Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan penggunaan elektrik. Huraikan pendapat anda tentang penggunaan elektrik di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Cabut plag jika tidak digunakan Guna barangan jimat tenaga Penggunaan tenaga perkakasan elektrik di Malaysia Peti sejuk 25% Penyaman udara 15% Lampu 8% Kipas 10% Televisyen 8% Mesin basuh 7% Periuk elektrik 7% Lain-lain 20% Fakta CONTOH


8 2 Bab Karangan Umum Sekilas Info 1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. 4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah. 5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit. 6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, dan keperihalan. 7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu: (i) domain awam (ii) domain peribadi (iii) domain pendidikan (iv) domain kerjaya Karangan Jenis Rencana Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Domain Awam Mulai pukul 2:00 petang, bekalan air akan disalurkan secara berperingkat ke 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/ Shah Alam, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor. Kawasan-kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada pukul 9:00 malam semalam apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan. Penduduk kawasan terlibat boleh menadah air hujan untuk basuhan luar atau menyiram pokok dengan air yang terguna bagi menggurangkan penggunaan air buat sementara kerana dikhuatiri bekalan air yang disalurkan juga tidak mencukupi. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Bekalan Air di Selangor Pulih Secara Berperingkat’, Berita Awani, 18 Oktober 2020 Petikan akhbar di atas menggambarkan situasi yang berlaku di kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air. Selain tindakan pihak kerajaan untuk membantu, masyarakat juga perlu bertindak bagi memastikan masalah ini tidak menjejaskan urusan seharian mereka. Tulis sebuah rencana tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ketika berdepan dengan masalah gangguan bekalan air. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pendahuluan Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit ini. Info Digital 2 Panduan menulis karangan respons terbuka CONTOH


9 BM Tingkatan 5 Bab 2 Isi 1 Menadah air hujan untuk basuhan luar. Mengapa Mengurangkan penggunaan air bersih. Bagaimana Menyediakan takungan air di luar rumah. Kesan Menjimatkan penggunaan air yang boleh digunakan bagi tujuan memasak. Ungkapan Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Penegas Air hujan yang ditadah mampu membantu pada kala ketiadaan air. Isi 2 Menyiram pokok menggunakan air terguna. Mengapa Tidak membazirkan air. Bagaimana Air basuhan yang tidak terlalu bersabun boleh diguna semula untuk menyiram pokok. Kesan Aktiviti menyiram pokok tidak terjejas biarpun kekurangan air. Ungkapan Tiada gading tanduk pun berguna. Penegas Sentiasa mengutamakan kepelbagaian penggunaan air bagi mengurangkan pembaziran. Isi 3 Mengurangkan aktiviti luar. Mengapa Memastikan jumlah basuhan baju seharian tidak terlalu tinggi. Bagaimana Membasuh pakaian secara banyak. Kesan Jumlah penggunaan air dapat dikawal. Ungkapan Sebelum nanah menjadi tokak. Penegas Tolak ansur antara ahli keluarga amat perlu bagi menjayakan hal ini. Penutup Penegasan Kesedaran daripada masyarakat amat perlu bagi memastikan kesan gangguan air tidak menjejaskan urusan seharian. Cadangan Masyarakat perlu mengamalkan penjimatan yang berterusan. Harapan Semoga isu gangguan bekalan air tidak berpanjangan. Ungkapan Setiap dugaan akan mematangkan manusia. Karangan Lengkap TINDAKAN INDIVIDU APABILA BERDEPAN DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR Oleh: Ahmad Wafi Ridzuan bin Yahya Harun Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit ini. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh individu bagi memastikan gangguan bekalan air tidak menjejaskan urusan seharian ialah menadah air hujan untuk tujuan basuhan luar seperti mencuci kereta dan kawasan laman. Hal ini supaya penggunaan air bersih dapat dikurangkan kerana pada ketika ini air bersih lebih diperlukan untuk tujuan lain. Sesebuah keluarga boleh menyediakan takungan yang selamat untuk menadah air hujan yang meluncur dari bumbung rumah. Takungan air hujan mampu CONTOH


10 BM Tingkatan 5 Bab 2 menjimatkan penggunaan air bersih yang boleh digunakan bagi tujuan memasak. Dalam hal ini, kita perlu sentiasa sedar bahawa kita perlu sentiasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Maka, jelas bahawa air hujan yang ditadah mampu membantu masyarakat pada kala ketiadaan air. Bagi sesetengah rumah pula, kesuburan tanaman di sekeliling juga perlu diutamakan. Dalam hal ini, seseorang individu boleh menggunakan semula air terpakai untuk menyiram pokok. Antara air terpakai yang boleh digunakan ialah air basuhan yang tidak bersabun. Hal ini bagi memastikan tiada pembaziran air berlaku terutamanya ketika keadaan gawat sebegini. Dalam hal ini, pokok tidak semestinya memerlukan air bersih untuk melakukan proses fotosintesis. Maka, kita boleh menggunakan air terpakai untuk menyiram pokok agar hobi menanam dan memelihara pokok di sekitar kawasan rumah tidak terganggu di kawasan terjejas. Kata orang-orang tua, tiada gading, tanduk pun berguna. Oleh itu, bagi mereka yang berada di kawasan yang terkesan akibat gangguan bekalan air perlulah sentiasa mengutamakan kepelbagaian penggunaan air bagi mengurangkan pembaziran air. Bagaimanakah pula dengan aktiviti seharian seperti bersukan? Sewajarnya aktiviti-aktiviti luar perlu dikurangkan. Dalam hal ini, kita dapat memastikan jumlah basuhan pakaian seharian dapat dikurangkan memandangkan jumlah air yang dihadkan. Selain itu, mengumpul pakaian dan membuat basuhan yang banyak sekali gus dalam sebuah keluarga juga turut membantu mengurangkan penggunaan air. Manakan tidak, dengan jumlah catuan air yang dihantar pada waktu-waktu tertentu semestinya sesuatu yang tidak praktikal untuk membuat basuhan berulang kali. Setiap ahli keluarga perlu berjimat cermat dalam penggunaan air kerana masalah kekurangan air ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar jika tidak dikawal bak kata orang-orang tua, sebelum kudis menjadi tokak. Oleh itu, tolak ansur antara ahli keluarga dalam hal ini amatlah diperlukan bagi menjayakan hal ini. Kesimpulannya, kesedaran daripada masyarakat amat perlu bagi memastikan kesan gangguan air tidak menjejaskan urusan seharian. Masyarakat perlu mengamalkan penjimatan yang berterusan supaya seandainya isu ini berulang, mereka akan lebih bersedia kelak. Namun begitu, kita perlu sentiasa berdoa agar isu gangguan bekalan air di kawasan terjejas tidak berpanjangan. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa sedar bahawa segala yang berlaku merupakan suatu ujian yang akan mematangkan kita pada masa hadapan. (490 patah perkataan) Praktis 1 Tema 4 Bersatu Kita Teguh Domain Awam Menjelang tahun 2020, Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang kaya dengan sikap positif agar dapat menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/ Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi bagi memastikan perpaduan mampu dibentuk dalam negara. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan nilai-nilai tersebut mampu dibentuk dalam masyarakat. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


11 BM Tingkatan 5 Bab 2 Karangan Jenis Fakta Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Domain Pendidikan Musibah yang melanda negara memberi impak terhadap penggunaan sistem pembelajaran dalam talian di sekolah. Bermula dengan penutupan sekolah akibat jerebu di Semenanjung, penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan pembelajaran dalam talian. Berdasarkan senario ini, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan guru dan murid terdedah kepada pembelajaran dalam talian yang mempunyai variasi maklumat. Bagi memastikan penggunaan secara menyeluruh, kemudahan infrastruktur termasuk peralatan mencukupi serta akses kepada capaian Internet perlu diberi perhatian. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Sedia Hadapi Kelas Maya Normal Baharu’, Berita Harian Online, 19 April 2020 Keratan akhbar di atas mengulas tentang penggunaan Internet yang meningkat secara mendadak akibat sistem pembelajaran dalam talian semasa penularan COVID-19. Jelaskan kepentingan Internet kepada murid. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pendahuluan Penularan wabak COVID-19 menyebabkan penggunaan Internet semakin penting dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem pembelajaran maya bagi memastikan murid boleh belajar dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Internet sememangnya memberi banyak manfaat kepada murid. Isi 1 Maklumat yang pantas. Mengapa Mudah untuk membuat carian dan rujukan. Bagaimana Menggunakan enjin carian seperti `Google’. Kesan Menarik minat murid untuk membuat bacaan tersendiri. Ungkapan Maklumat di hujung jari. Penegas Internet menarik minat murid untuk belajar biarpun tanpa kehadiran guru. Isi 2 Maklumat yang bervariasi. Mengapa Murid boleh membuat perbandingan maklumat. Bagaimana Guru-guru memberikan alamat carian kepada murid. Kesan Murid boleh membuat bacaan maya dan memberi pendapat berkaitan isu. Ungkapan Membaca jendela dunia. Penegas Melalui pembacaan, murid akan lebih matang dalam memahami sesuatu isu. Isi 3 Memudahkan perbincangan dalam talian. Mengapa Terkekang dengan jarak dan perintah pergerakan. Bagaimana Membuat perjumpaan dalam talian menggunakan medium seperti `Zoom’. Kesan Perkongsian pendapat boleh dibuat biarpun berlainan tempat. Ungkapan Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Penegas Internet membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. CONTOH


12 BM Tingkatan 5 Bab 2 Penutup Penegasan Kesimpulannya, Internet mempunyai seribu satu kebaikan. Cadangan Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan ini di rumah namun tetap perlu memantau penggunaan anak-anak. Harapan Berharap agar Internet dapat digunakan dengan berhemah oleh remaja. Ungkapan Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan. Karangan Lengkap Penularan wabak COVID-19 menyebabkan penggunaan Internet semakin penting dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem pembelajaran maya bagi memastikan murid boleh belajar dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Internet sememangnya memberi banyak manfaat kepada murid. Antara kepentingan Internet ialah membolehkan murid mendapatkan maklumat dengan pantas. Seperti yang kita semua tahu, dewasa kini perkembangan ilmu semakin pesat dan pelbagai. Oleh itu, murid memerlukan sesuatu alat yang memudahkan mereka untuk membuat carian dan rujukan pantas agar tidak ketinggalan. Dalam hal ini, mereka boleh menggunakan enjin carian yang boleh didapati secara percuma seperti `Google’ dan `Yahoo’. Apabila keadaan ini berlaku, semestinya minat murid-murid akan lebih dirangsang untuk membuat bacaan sendiri tanpa paksaan daripada guru. Berbanding dengan pembacaan secara konvensional, iaitu melalui buku, semestinya kaedah maya sebegini lebih menarik dan pelbagai memandangkan semua maklumat kini di hujung jari sahaja. Maka, jelaslah bahawa melalui Internet minat murid-murid untuk belajar mampu ditingkatkan biarpun tanpa kehadiran guru bersama-sama. Selain itu, Internet juga merupakan satu ruang yang menjanjikan limpahan maklumat yang bervariasi. Maklumat yang banyak ini akan lebih mematangkan minda murid dalam sesuatu isu apabila mereka boleh membuat perbandingan maklumat yang diperoleh. Hal ini selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid-murid. Dalam hal ini, guru-guru boleh membantu murid dengan menghantar alamat carian kepada murid agar mereka lebih berfokus kepada maklumat yang dikehendaki oleh guru. Hasilnya, rangkuman daripada pembacaan tersebut akan membolehkan murid membuat perbandingan dan ulasan berkaitan sesuatu isu dengan mantap. Biarpun terkurung di rumah, ini bukanlah satu halangan kepada murid untuk tidak mengenali dunia luar kerana membaca merupakan jendela dunia. Oleh itu, jelaslah bahawa kematangan seseorang murid mampu ditingkatkan melalui kepelbagaian bahan bacaan yang terdapat di ruang maya. Jika di sekolah, perbincangan antara murid sememangnya mampu meningkatkan kemahiran interpersonal dan komunikasi murid. Namun, bagaimanakah kemahiran ini mampu dibentuk seandainya murid tidak dapat hadir ke sekolah akibat COVID-19? Sebenarnya, Internet telah menyebabkan halangan ini menjadi satu kelebihan. Melalui capaian Internet di rumah, murid dapat membuat perbincangan dalam talian bersama-sama rakan dan guru. Biarpun terkekang oleh jarak dan undang-undang yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, murid tetap dapat menjalankan perbincangan tanpa sebarang masalah. Contohnya, penggunaan aplikasi `Zoom’. Melalui medium ini, perkongsian pendapat tetap dapat dilaksanakan biarpun berada di tempat yang berlainan. Bak kata orang tua-tua, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Maka tiada lagi yang dapat menolak kebenaran bahawa Internet membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Kesimpulannya, Internet mempunyai seribu satu kebaikan kepada murid. Namun begitu, ibu bapa perlu memantau penggunaan Internet oleh anak-anak agar Internet digunakan secara berhemah oleh anak-anak dan golongan remaja. Internet yang mempunyai pelbagai kepentingan ini bolehlah diibaratkan seperti perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, hanya menunggu untuk kita menggunakannya ke arah kebaikan sahaja. (471 patah perkataan) CONTOH


13 BM Tingkatan 5 Bab 2 Praktis 2 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya Domain Awam Mahdzir mengumumkan Zurinah sebagai penerima anugerah kecemerlangan dan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mula dikenali dengan sajak “Sesayup Jalan”, Zurinah, 67, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi “Menghadap ke Pelabuhan”. Kejayaan dalam bidang sastera didorong oleh minat yang besar namun tidak semua orang berani mencuba malahan sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak dalam bidang ini kerana memerlukan usaha yang besar. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Zurinah Hassan Terima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13’, Berita Harian Online, April 27, 2016 Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi bagi memastikan perpaduan mampu dibentuk dalam negara. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan nilai-nilai tersebut mampu dibentuk dalam masyarakat. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Pendapat/ Perbincangan Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Domain Pendidikan Bersempena sambutan tersebut, pelbagai program berkaitan usaha menyayangi, memelihara, dan memulihara alam sekitar diadakan seperti acara penanaman pokok, kem kesedaran alam sekitar, serta pelbagai pameran dan kempen yang memberi penekanan terhadap keperluan melestarikan alam sekitar. Pelibatan seperti ini turut direncanakan oleh pihak sekolah seperti menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) dan mengadakan Program Pokok Angkat (PPA) demi membentuk kesedaran mencintai alam sekitar dalam diri murid. Namun begitu, adakah masih lestari alam sekitar kita? Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Melestarikan Alam Sekitar’, Bernama.com.my Petikan artikel di atas membincangkan peranan masyarakat dalam memelihara kelestarian alam sekitar. Biarpun pelbagai langkah dilaksanakan, namun alam sekitar masih lagi terancam akibat tindakan manusia. Menurut pendapat pakar, kesedaran memelihara alam sekitar haruslah dibentuk bermula sejak di bangku sekolah lagi. Bincangkan peranan pihak sekolah untuk membentuk kesedaran mencintai alam sekitar dalam diri murid. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pendahuluan Sekolah merupakan institusi pembentukan sahsiah dan kemahiran dalam diri murid. Dalam menyampaikan ilmu secara formal, sekolah boleh dianggap sebagai industri yang menghasilkan produk yang mampu memberi manfaat kepada semua. Melalui peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam institusi persekolahan, impian untuk melahirkan remaja yang menghayati nilai kecintaan terhadap alam sekitar mampu dibentuk. CONTOH


14 BM Tingkatan 5 Bab 2 Isi 1 Menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Mengapa Membentuk nilai mencintai alam sekitar melalui aktiviti yang dilaksanakan. Bagaimana Menjalankan aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berkala. Kesan Menimbulkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan. Ungkapan Mengikis sikap lepas tangan. Ungkapan Pembentukan nilai dalam diri murid akan berlaku secara terancang melalui kelab PALS. Isi 2 Program Pokok Angkat (PPA) Mengapa Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk memelihara tumbuhtumbuhan. Bagaimana Setiap kelas diberikan anak pokok untuk ditanam, dijaga, dan dipelihara sepanjang tahun. Kesan Membentuk amanah dalam diri murid agar memelihara alam sekitar. Ungkapan Murid bekerjasama bagai aur dengan tebing. Penegas PPA mampu mendidik murid secara berterusan dalam jangka masa panjang. Isi 3 Penerapan nilai melalui mata pelajaran Geografi. Mengapa Murid terdorong untuk mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar dan kesan pengabaiannya. Bagaimana Guru memberikan penerangan secara jelas tentang faktor, langkah, dan kesan berhubung dengan sesuatu isu alam sekitar semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kesan Rasa cinta terhadap alam sekitar mula menyerap ke dalam jiwa murid-murid di samping mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Ungkapan Sambil menyelam minum air. Penegas Guru menjadi suri teladan kepada murid-murid di sekolah. Penutup Penanda wacana Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya memelihara dan memulihara alam sekitar dalam jiwa remaja. Cadangan Sokongan daripada pihak-pihak lain juga diperlukan bagi merealisasikan impian ini. Harapan Semoga bakal pemimpin negara pada masa hadapan akan terdidik untuk mencintai alam sekitar. Ungkapan Jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini. Karangan Lengkap Sekolah merupakan institusi pembentukan sahsiah dan kemahiran dalam diri murid. Dalam menyampaikan ilmu secara formal, sekolah boleh dianggap sebagai industri yang menghasilkan produk yang mampu memberi manfaat kepada semua. Melalui peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam institusi persekolahan, impian untuk melahirkan remaja yang menghayati nilai kecintaan terhadap alam sekitar mampu dibentuk. CONTOH


15 BM Tingkatan 5 Bab 2 Bagi memastikan murid-murid di sekolah ditanam dengan sikap mencintai alam sekitar, pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS). Hal ini bagi membentuk nilai mencintai alam sekitar melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini. Melalui kelab ini, aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar akan dijalankan sepanjang tahun secara berkala bagi menarik minat ahli untuk menyertainya secara aktif. Hal ini akan mengikis sikap lepas tangan terhadap isu alam sekitar dalam diri murid apabila mereka dewasa kelak. Jelaslah bahawa pembentukan nilai dalam diri murid akan berlaku secara terancang melalui Kelab PALS. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melancarkan Program Pokok Angkat (PPA) bagi menggalakkan penglibatan murid dalam usaha membentuk nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri mereka. Hal ini bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid untuk memelihara tumbuh-tumbuhan. Kaedahnya, setiap kelas diberikan anak pokok untuk ditanam, dijaga, dan dipelihara sepanjang tahun. Hasilnya, aktiviti sebegini akan membentuk amanah dalam diri murid agar sentiasa memelihara alam sekitar. Melalui pendekatan ini juga, murid-murid akan bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjayakan program ini. Maka, jelaslah bahawa PPA mampu mendidik murid secara berterusan dalam jangka masa panjang. Seterusnya, guru-guru juga boleh menerapkan nilai cinta akan alam sekitar melalui mata pelajaran Geografi di sekolah. Dalam hal ini, murid akan terdorong untuk mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar dan kesan pengabaiannya. Bagi memantapkan usaha ini, guru sewajarnya memberikan penerangan secara jelas tentang faktor, langkah, dan kesan berhubung dengan sesuatu isu alam sekitar semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Melalui fokus yang berterusan terhadap inisiatif ini, semestinya rasa cinta terhadap alam sekitar akan mula menyerap ke dalam jiwa murid-murid di samping mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Keadaan ini bolehlah diibaratkan sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja sahsiah malahan akademik juga dapat ditingkatkan. Maka, benarlah bahawa guru perlu menjadi suri teladan kepada murid-murid di sekolah dalam usaha memekarkan nilai murni ini. Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya memelihara dan memulihara alam sekitar dalam jiwa remaja. Namun begitu, sokongan daripada pihakpihak lain juga amat diperlukan bagi merealisasikan impian ini. Sebagai warganegara, saya berharap semoga bakal pemimpin negara pada masa hadapan akan terdidik untuk mencintai alam sekitar kerana pujangga pernah berkata, “jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini”. (453 patah perkataan) Praktis 3 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya Domain Kerjaya Aspek guna tenaga serta produktiviti mengundang cabaran. Puncanya status petani yang sudah berumur dengan kekurangan pelapis atau pengganti serta masih mengamalkan kaedah pertanian konvensional atau kurang penggunaan mekanisasi dan autonomi selari tuntutan IR4.0. Persepsi dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian mempunyai risiko yang tinggi, kurang menjanjikan kerjaya serta dikelaskan sebagai 3D (sukar, berbahaya, kotor) juga membelenggu. Faktor ini menyebabkan sektor pertanian terus bergantung pada buruh asing. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian’, Berita Harian Online, 27 Mei 2020 Petikan di atas membincangkan cabaran yang dihadapi untuk menarik minat belia menceburi bidang pertanian di Malaysia. Bagi sesetengah belia, persepsi bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti merupakan antara faktor mereka enggan menceburi bidang pertanian. Bincangkan? Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


16 BM Tingkatan 5 Bab 2 Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Tema 5 Pendidikan untuk Semua Domain Peribadi Bandar Baru Nilai, 7 Februari 2019 – 10 000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan untuk menyertai Karnival Jom Masuk U 2019 Zon 4. Program berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Februari 2019 (9:00 pagi hingga 6:00 petang). Program ini membuka sesi perkongsian yang menarik dan menyediakan banyak maklumat haluan kerjaya. Karnival ini mendapat sambutan hebat daripada murid-murid sekolah termasuk calon SPM, STPM, STAM, ibu bapa, guru-guru, kaunselor, dan masyarakat setempat. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘10 000 Kunjungi Karnival Jom Masuk U’, www.Usim.edu.my Anda ingin menulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman ketika anda mengunjungi Karnival Jom Masuk U baru-baru ini. Anda ingin meyakinkan rakan anda untuk berkunjung ke karnival tersebut yang dijadualkan berlangsung di kawasannya pada minggu hadapan. Tulis surat anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Pendahuluan Karnival Jom Masuk U merupakan salah satu kaedah membuka ruang kepada para murid untuk mengenali universiti-universiti di Malaysia dan tawaran kursus yang terdapat di dalamnya. Karnival ini dijalankan di seluruh Malaysia dengan menyasarkan para murid yang sedang dalam proses memilih pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran. Isi 1 Sesi perkongsian yang menarik. Mengapa Memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan sesuatu kursus dan universiti. Bagaimana Kaunter-kaunter pameran dibuka dengan edaran risalah. Kesan Membuka mata para pengunjung kepada kursus-kursus menarik yang ditawarkan oleh sesebuah universiti. Ungkapan Tak kenal maka tak cinta. Penegas Pameran-pameran yang dijalankan sangat menarik dan menambah maklumat kita berkaitan sesebuah universiti. Isi 2 Mendapat maklumat haluan kerjaya. Mengapa Persepsi murid yang selalu salah faham tentang potensi kerjaya sesuatu kursus dapat diperbetul. Bagaimana Beberapa universiti membuat sesi perkongsian kerjaya dengan menunjukkan gambargambar tokoh yang pernah menuntut di universiti tersebut dan kursus yang diambil mereka. Kesan Memberikan semangat kepada murid yang mengidolakan tokoh tersebut untuk turut mengikut jejak langkahnya. Ungkapan Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Penegas Semangat pengunjung akan bertambah di samping laluan kerjaya yang lebih jelas setelah mengunjungi karnival ini. CONTOH


17 BM Tingkatan 5 Bab 2 Isi 3 Kemeriahan karnival dengan kehadiran artis-artis undangan. Mengapa Peluang mendekati artis-artis terkenal. Bagaimana Penganjur mempromosikan karnival dengan persembahan artis-artis yang dijemput. Kesan Dapat berhibur sambil mengumpulkan maklumat. Ungkapan Sambil menyelam minum air. Penegas Peluang keemasan berkenalan dengan para artis terkenal. Penutup Penanda wacana Kesimpulannya, karnival ini memberi banyak manfaat kepada kita. Cadangan Membawa bersama adik agar matlamat untuk memasuki mana-mana universiti pada masa hadapan dapat dibentuk sejak awal. Harapan Saya berharap awak dapat membalas surat saya dengan menceritakan pengalaman awak pula. Ungkapan Jauh perjalanan, luas pengalaman. Karangan Lengkap No. 39, Jalan Limau, Taman Bukit Cahaya, 70290 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. 12 April 2024. Menemui sahabatku, Hasiah yang berada di Pulau Pinang bersama keluarga tercinta. Semoga sihatsihat bersama keluarga hendaknya. Saudari, Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan awak sangat membanggakan saya. Saya mendapat tahu bahawa awak sedang memilih pusat pengajian yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran kelak. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ketika mengunjungi Karnival Jom Masuk U tempoh hari. Tujuannya adalah untuk mengajak awak untuk turut serta dalam karnival tersebut yang akan dijalankan di tempat awak pada minggu hadapan. Untuk pengetahuan awak, terdapat banyak manfaat yang akan kita peroleh apabila menghadiri karnival tersebut. Antaranya ialah kita akan mendapat banyak maklumat melalui sesi perkongsian yang dibuat. Hal ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan sesuatu kursus dan universiti. Hal ini berlaku apabila terdapat kaunter-kaunter pameran yang dibuka dengan edaran risalah-risalah berkaitan kursus yang ditawarkan. Pada pendapat saya, usaha ini penting untuk memperkenalkan kita kepada kursus yang sesuai dengan cita-cita kita kerana tak kenal maka tak cinta. Bagi sesetengah pengunjung pula, mereka akan disajikan dengan peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh mereka setelah tamat pengajian kelak. Hal ini boleh mengubah persepsi murid yang selalu salah faham tentang potensi kerjaya sesuatu kursus. Lebih menarik lagi, semasa saya mengunjungi karnival ini tempoh hari, terdapat beberapa kaunter pameran yang membuat perkongsian kerjaya dengan menunjukkan gambar-gambar tokoh yang pernah menuntut di universiti tersebut serta kursus CONTOH


18 BM Tingkatan 5 Bab 2 yang diambil mereka. Contohnya, tokoh pemberita terkenal kini, Mohd. Fedtri Yahya merupakan salah seorang penuntut di Universiti Sains Malaysia. Sebagai salah seorang peminatnya, saya tertarik untuk menuntut di universiti yang sama kerana ingin mengikut jejak langkahnya. Melihat kepada sejarah beliau yang diceritakan, saya kini faham bahawa usaha perlulah dilakukan secara berterusan kerana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Seperti mana saya, semestinya semangat pengunjung lain juga akan bertambah di samping laluan kerjaya yang lebih jelas setelah mengunjungi karnival ini. Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan, saya rasa awak semestinya akan tertarik dengan aktiviti yang dijalankan di karnival ini. Semasa karnival dijalankan di sini tempoh hari, penganjur telah menjemput artis terkenal, iaitu Faizal Tahir dan Zamani untuk membuat persembahan. Undangan ini semestinya dimanfaatkan oleh pengunjung yang berpeluang mendekati artis-artis terkenal. Tujuan penganjur semestinya untuk mempromosikan karnival ini dengan menjadikan artisartis jemputan sebagai daya penarik. Namun, itu bukanlah perkara yang besar kerana perkara yang penting ialah kita dapat berhibur sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan bak kata orang, “sambil menyelam minum air”. Jadi, saya rasa awak mesti ikut serta karnival ini pada minggu hadapan kerana ini merupakan peluang keemasan untuk awak berkenalan dengan para artis terkenal. Kesimpulannya, saya yakin karnival ini akan memberikan banyak manfaat kepada awak. Apabila awak pergi ke karnival itu nanti, bawalah bersama adik awak yang sedang menuntut di tingkatan 3 sekarang agar dia dapat memasang cita-cita untuk memasuki mana-mana universiti pada masa hadapan. Saya berharap awak dapat membalas surat saya kelak untuk berkongsi pengalaman awak pula di karnival tersebut. Sebelum melanjutkan pelajaran kelak, tidak salah rasanya kita melapangkan fikiran kita di karnival sebegini kerana jauh perjalanan, luas pengalaman. Yang benar, Intan Zulaika (498 patah perkataan) Praktis 4 Tema 4 Bersatu Kita Teguh Domain Peribadi Di Kota Setar, seramai 194 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Titi Gajah, di PPS SK Gunung (102 mangsa), PPS Surau Aassyakirin (60 mangsa) dan PPS SK Suka Menanti (39 orang mangsa). “Daerah Baling ialah di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Banggol Derom dengan enam mangsa dan PPS Dewan Risda Kampung Tanjung Pari dengan 15 mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini. Sumbangan kewangan diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Jumlah Mangsa Banjir di Kedah Menurun kepada 480 Orang’, Berita Harian Online, Rabu, 10 Oktober 2018 Salah seorang rakan baik anda terlibat dalam bencana banjir seperti yang dinyatakan di dalam keratan akhbar di atas. Anda ingin menghantar sepucuk surat kepadanya untuk memberikan kata-kata semangat dan memberikan bantuan kewangan. Tulis surat anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


19 BM Tingkatan 5 Bab 2 Karangan Jenis Ceramah/ Syarahan Praktis 5 Tema 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Domain Awam Uniknya Taiping bukan hanya pada nama, tetapi juga sejarahnya. Taiping menjadi lokasi pelbagai prasarana dibina. Setiap binaan merupakan binaan pertama seumpamanya didirikan di Malaysia, iaitu bangunan pentadbiran kerajaan (1881), pejabat pos dan telegraf (1877), stesen kereta api yang pertama (1884), Charted Bank (1888), Penjara Taiping (1879), Mess Pegawai British (1879), dan banyak lagi. Keaslian ini wajar dikekalkan untuk mengekalkan kesenian sejarah malahan binaan bersejarah ini mampu menarik pelancong dari luar. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Keunikan Taiping Bandar Warisan’, Berita Harian Online, 27 Julai 2017 Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah seperti mana yang telah dinyatakan di dalam petikan berita di atas. Anda ingin menyertai pertandingan syarahan sempena pelancaran Taiping Bandar Warisan. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah `Kepentingan Memelihara Bangunan Warisan’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Praktis 6 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Domain Pendidikan Tercatat lagi sejarah apabila 16 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira Kebangsaan KPM yang disampaikan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang pada bulan Mei lalu. Setiap negeri diwakili oleh seorang guru Adiwira yang pencalonannya dilakukan oleh pihak JPN sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru yang terpilih bukanlah daripada kalangan berkaliber semata-mata tetapi juga mempunyai jasa dan komitmen besar kepada murid dan sekolah. Berikut merupakan 16 orang guru Adiwira PAK-21 tersebut. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM’, www.cikguhailmi.com Anda telah terbaca maklumat di atas semasa sedang melayari Internet. Anda ingin mencalonkan salah seorang guru di sekolah anda sebagai salah seorang penerima anugerah Guru Adiwira pada tahun ini. Bagi tujuan itu, anda perlu menulis surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mencalonkan guru anda dengan menyenaraikan keistimewaan beliau. Tulis surat anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


20 BM Tingkatan 5 Bab 2 Karangan Jenis Komentar Praktis 7 Tema 2 Sukan dan Rekreasi Domain Awam Dengan berbaki 14 hari lagi untuk Sukan SEA ke-29 bermula secara rasmi, Malaysia kini sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di rantau ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, pihak penganjur, iaitu Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang memulakan tugas mereka dua tahun lepas, kini berada dalam peringkat terakhir untuk merealisasikan penganjuran terbaik dalam sejarah. Inspirasi demi merealisasikan temasya sukan terbesar ini merupakan idea genius untuk meningkatkan ekonomi Malaysia. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Malaysia Sedia Anjur Sukan SEA’, Berita Harian Online, 5 Ogos 2017 Petikan akhbar di atas menunjukkan kesediaan Malaysia menganjurkan temasya sukan bertaraf antarabangsa. Persediaan selama dua tahun ini dianggap berbaloi kerana banyak manfaat yang akan diperoleh negara. Berikan komen anda. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Laporan Praktis 8 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Domain Pendidkan PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya esok, pastinya menjadi detik yang paling dinantikan rakyat Malaysia. Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, sambutan tahun ini juga tidak kurang meriahnya dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik. Contohnya perarakan seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Pemilihan tema bagi sambutan ini menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cinta akan negara, dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Persembahan Menarik Warnai Sambutan Hari Kebangsaan ke-62’, Sinar Harian, 30 Ogos 2019 Persatuan Sejarah di sekolah anda telah menganjurkan lawatan ke Putrajaya untuk menyambut Hari Kebangsaan seperti yang dinyatakan di dalam keratan akhbar di atas. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menyediakan sebuah laporan berkaitan program tersebut. Sediakan laporan anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


21 BM Tingkatan 5 Bab 2 Karangan Jenis Temu Ramah/ Dialog era Kita Praktis 9 Tema 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang Domain Awam Penerbitan filem bukan untuk hiburan semata-mata tetapi mengangkat aspek sosial, seni, budaya, dan mesej dalam sesebuah naskhah. Tahun demi tahun, kita melihat penggiat seni berusaha menghasilkan filem yang bukan sahaja kreatif tetapi menarik minat penonton. Unsur-unsur yang diserapkan dalam filem juga mampu menyampaikan mesej positif dan motivasi bagi melahirkan lebih banyak seni perfileman yang terbaik. Bahkan, filem-filem berbentuk komersial sering menjadi pilihan dengan pelbagai genre popular meliputi aksi, komedi, romantik, dan seram. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Filem Tempatan: Apa Pilihan Penonton?’, Sinar Harian, 22 Oktober 2020 Petikan akhbar di atas, jelas menunjukkan bahawa industri perfileman di Malaysia turut menjadi medium penyampaian nilai-nilai positif. Anda merupakan salah seorang penuntut di sebuah universiti dalam bidang kewartawanan. Anda ingin menemu ramah seorang pengarah terkenal berkaitan fungsi filem dalam menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Tulis temu ramah anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Perbahasan Praktis 10 Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita Domain Awam Semua kaum di Malaysia sejak dahulu lagi telah menggunakan satu bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu. Namun, sedarkah kita akan kelunturan penggunaan bahasa Melayu pada era globalisasi ini? Masyarakat kini gemar menggunakan bahasa Inggeris kerana dianggap tampak hebat. Malahan bahasa rojak juga sering digunakan akibat terpengaruh daripada tontonan filem yang dianggap lebih gah dan bergaya. Di manakah silapnya sehinggakan bahasa Melayu kian dipingirkan oleh masyarakat? Adakah bahasa Melayu lebih layak digantikan dengan penggunaan bahasa lain? Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada artikel `Bahasa Melayu Bahasa Rakyat Malaysia,’ Sinar Harian, 3 Mac 2019 Petikan akhbar di atas menunjukkan dilema yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu di Malaysia. Anda ingin menyertai pertandingan perbahasan yang dianjurkan di peringkat daerah. Anda ingin membincangkan punca-punca bahasa Melayu semakin terpinggir. Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Peribahasa/ Cogan Kata Praktis 11 Tema 4 Bersatu Kita Teguh Domain Peribadi Peribahasa: Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Takrif: Budi yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. Contoh: Setelah pemergiannya, nama Azman sering disebut oleh penduduk di kawasannya kerana beliau tidak pernah berkira dan banyak menyumbang dari segi tenaga dan usahanya membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka CONTOH


22 BM Tingkatan 5 Bab 2 Peribahasa di atas menggalakkan masyarakat untuk sentiasa berbudi kepada orang lain. Budi yang ditabur semasa hidup akan tetap dikenang biarpun kita telah tiada kelak. Bincangkan cara anda menabur budi kepada ibu bapa, masyarakat, dan negara. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Cerita Praktis 12 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Domain Peribadi Sejak kecil, Ahmad Hilmy Abdullah sentiasa tertarik dengan lukisan kartun. Setiap kali mempunyai waktu lapang, melukis merupakan aktiviti kegemarannya. Malah ketika bersekolah asrama di Pengkalan Chepa, Kelantan, minatnya semakin menebal malah sering menghasilkan karya-karya terbaharu dengan harapan karyanya dapat diterbitkan dalam majalah kartun tempatan. Tetapi Ahmad Hilmy atau Mie sedar bahawa peluang itu tidak mudah kerana dia hanyalah seorang pelukis kartun amatur yang tidak mempunyai pengalaman luas untuk karyanya diterbitkan. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pernah pilih arkitek banding bergelar kartunis, Mie anggap ia 12 tahun penuh kesunyian ... kini bangkit buktikan kecintaan pada dunia kartun’ oleh Dinesh Kumar Maganathan, mstar.com.my, 2 Jun 2020 Keratan artikel di atas menceritakan latar belakang Ahmad Hilmy Abdullah sebelum berjaya bergelar kartunis yang terkenal. Anda juga mempunyai banyak pengalaman sebelum berjaya dalam bidang yang anda ceburi kini. Ceritakan pengalaman anda. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Karangan Jenis Keperihalan/ Gambaran Praktis 13 Tema 4 Bersatu Kita Teguh Domain Peribadi Hari Sukan Negara, 2018 disambut meriah dan dijalankan serentak di seluruh negara pada 13 Oktober lalu dengan pelbagai aktiviti menarik. Tidak ketinggalan warga sekolah seluruh Malaysia turut sama membuat persiapan bagi menjayakannya pada tarikh yang sama. Pelbagai acara telah dijalankan antaranya senamrobik, larian 1000 langkah, congkak, batu seremban, dan dart. Aktiviti bertambah meriah dengan beberapa pertandingan seperti futsal, bola keranjang, bola tampar, dan sepak takraw yang melibatkan perlawanan antara guru dengan ibu bapa. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Meriahnya Sambutan Hari Sukan Negara di Seluruh Malaysia’ oleh Roshlawaty Raeih, www.gpsbestari.com, 16 Oktober 2018 Hari Sukan Negara yang ditetapkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober telah disambut meriah di sekolah anda. Gambarkan kemeriahan sambutan tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. CONTOH


23 Sekilas Info 1 Soalan tentang sistem dan aplikasi bahasa akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian A. 2 Soalan ini memperuntukkan 35 markah. 3 Terdapat lima soalan yang dikemukakan, iaitu: (a) morfologi (b) sintaksis (c) penyuntingan (d) bahasa Melayu standard (e) peribahasa Soalan 1 – Morfologi Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja transitif dan kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia yang merentasi Isthmus Suez dari Pelabuhan Tewfik di Bandar Suez yang menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai. Ketika mula dibuka, Terusan Suez hanya mempunyai kepanjangan 164 kilometer dengan kedalaman lapan meter, namun banyak penambahbaikan dilakukan bersesuaian dengan fungsinya yang menjadikan terusan ini pada hari ini memiliki 193 kilometer panjang, 24 meter kedalaman, dan 300 meter lebar. Terusan Suez dibahagikan kepada dua bahagian penting, iaitu bahagian utara dan selatan Tasik Besar Bitter yang menyambungkan Laut Tengah hingga Teluk Zuez di Laut Merah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Di Balik Terusan Suez’, Dewan Masyarakat, BIL. 05/2021 [8 markah] Kata kerja transitif merentasi, mempunyai/ menjadikan/ memiliki/ menyambungkan Kata sendi nama di, dari/ dengan/ kepada/ hingga (i) (ii) (iii) (iv) Farid perlu merentasi jalan yang penuh dengan lalang sebelum dapat sampai ke kebun sayurnya. Kabus yang tebal itu menjadikan penglihatannya kurang jelas. Persembahan wayang kulit itu dikagumi oleh pelancong asing dari Kanada itu. Askar-askar berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 3 Bab Sistem dan Aplikasi Bahasa Info Digital 3 Nota Kata Kerja Transitif dan Kata Sendi Nama CONTOH


24 BM Tingkatan 5 Bab 3 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Fenomena bulan berdarah atau blood moon merupakan kejadian gerhana bulan yang menyebabkan bulan bertukar menjadi warna merah darah. Bulan ini nampak berdarah disebabkan oleh bayangbayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi semasa fenomena gerhana bulan. Keadaan ini sama seperti cahaya merah yang dapat dilihat ketika matahari terbenam. Meskipun saintis menyifatkan bulan berdarah sebagai fenomena astronomi biasa, namun ada juga sebilangan pihak yang cuba mengaitkan fenomena ini dengan peristiwa buruk. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Misteri Fenomena Bulan Berdarah’, Dewan Siswa, BIL. 07/2020 [8 markah] Kata hubung atau, yang/ semasa/ ketika/ meskipun Kata adjektif merah darah, merah/ buruk (i) (ii) (iii) (iv) Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja berapitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja berapitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Obesiti terjadi apabila seseorang kurang mengamalkan aktiviti bersenam. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia gemar menghabiskan masa dengan menggunakan telefon pintar berbanding beriadah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hootsuit dan We Are Social, rakyat Malaysia memperuntukkan masa sekurang-kurangnya tiga jam di laman sosial. Hal ini jelas menggambarkan bahawa masa yang ada dihabiskan sewenang-wenangnya. Natijahnya, kandungan lemak yang tidak dibakar terus meningkat dan menebal sehingga akhirnya menyebabkan serangan jantung. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Obesiti di Manakah Silapnya?’, Dewan Siswa, BIL. 05 2020 [8 markah] Laiman masih tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak memilih jurusan Diploma Pengajian Perniagaan atau Diploma Pengajian Perbankan. Meskipun Azrin tidak berkelulusan tinggi, dia berjaya juga menjawat jawatan tinggi. Rambutan di kebun buah-buahan datuk yang masak ranum itu berwarna merah darah. Puan Aida pengsan sejurus menerima berita buruk bahawa anaknya mengalami kemalangan jalan raya semalam. Nota Kata Hubung dan Kata Adjektif Nota Apitan Kata Kerja CONTOH


25 BM Tingkatan 5 Bab 3 Kata Kerja Berapitan mengamalkan, menghabiskan, menggunakan, dijalankan/ memperuntukkan/ menggambarkan/ dihabiskan/ menyebabkan (i) (ii) (iii) (iv) Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Seorang tukang rumah memanfaatkan masa terluangnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya. Mohd Fauzi Ismail, 51, berkata tindakannya agak luar biasa kerana kawasan kebunnya hanyalah seluas kira-kira 45 meter persegi. Lelaki yang merupakan ayah kepada tiga anak itu mengambil keputusan menanam cili dan kangkung sebaik sahaja kerajaan mengumumkan arahan PKP pada 18 Mac lalu. Dengan kerjasama daripada keluarganya, kebun sayurnya membuahkan hasil. Bagi Fauzi, dalam keadaan sebegini, seseorang ketua keluarga tidak boleh berat tangan dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan sahaja. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tanam Sayur Terapi Sekeluarga Ketika PKP’ oleh Noorazura Abdul Rahman, www.bharian.com.my [8 markah] Kata ganda Kata majmuk sayur-sayuran, kira-kira/ lelaki luar biasa, kerjasama/ berat tangan (i) (ii) (iii) (iv) Azura menghabiskan masa lapangnya dengan berkebun di tanah kosong di belakang rumahnya. Kejayaan yang diperoleh Aiman dalam perniagaan yang dijalankannya menjadi contoh kepada pemuda-pemuda di kampungnya. Sebagai ibu dan ayah, mereka seharusnya mengamalkan budaya membaca di rumah agar dicontohi dan diikuti oleh anak-anak mereka. Pengambilan makanan segera yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti. Sayur-sayuran yang dijual oleh Ravi segar belaka. Kami tiba di rumah datuk dan nenek kira-kira pada pukul 5:00 petang kerana jalan raya agak sesak. Pasukan bomba itu melakukan tindakan luar biasa apabila berjaya menyelamatkan seorang kanakkanak yang hampir lemas di sungai itu. Pengetua meminta kerjasama daripada semua guru untuk mengawal disiplin murid sepanjang program dijalankan. Nota Kata Ganda dan Kata Majmuk CONTOH


26 BM Tingkatan 5 Bab 3 Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata bilangan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu dan kata bilangan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. TOKYO: Menurut ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele, "Aaron-Wooi Yik masih muda dan mempunyai prospek cerah. Namun, mereka perlu melakukan lebih banyak latihan keras, tingkatkan gaya permainan di gelanggang termasuk kekuatan, kelajuan, dan ketahanan kerana tiga aspek berkenaan dilihat kurang berbanding pemain beregu dari Taiwan dan China di Olimpik Tokyo 2020," katanya. Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk meraih gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung hampir sejam, semalam. Dipetik dan diubah suai daripada ‘OLIMPIK: Perjalanan Aaron-Wooi Yik Masih Panjang’, Berita Harian Online, 1 Ogos, 2021 [8 markah] Kata bantu Kata bilangan masih, perlu banyak, tiga/ pertama/ kedua (i) (ii) (iii) (iv) Soalan 2 – Sintaksis Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Pemakanan sihat sangat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Hal ini dikatakan demikian kerana pemakanan yang sihat mempunyai banyak kebaikan kepada fungsi kognitif dan psikologi kanak-kanak. Di samping itu, pemakanan sihat mampu membekalkan tenaga kepada kanakkanak. Pemakanan sihat juga dapat membendung masalah obesiti dari awal sebelum meningkat dewasa. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Pendidikan Pemakanan pada Peringkat Awal’, Dewan Siswa, BIL. 11 2018 [6 markah] Zuraida masih tidak dapat menyesuaikan diri meskipun sudah tiga bulan berpindah ke rumah baharu. Kita perlu sentiasa berwaspada agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Kaisah tidak menyangka bahawa dia akan memperoleh tempat pertama dalam pertandingan mencipta slogan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya. Ayah membawa pulang tiga biji durian kampung yang dikutipnya dari dusun datuk pada pagi tadi. Info Digital 4 Nota Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang Nota Kata Bantu dan Kata Bilangan CONTOH


27 BM Tingkatan 5 Bab 3 (i) (ii) (iii) Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Bagi meningkatkan kesedaran, kami cuba menggalakkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku. Misalnya, sekitar denai hutan (Taman Tugu), tiada satu tong sampah yang berada di sana kerana tidak mahu monyet menyepahkan sampah-sampah tersebut. "Jadi, walaupun tiada tong sampah, saya melihat tiada orang yang membuang sampah sarap,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Bumi Sedunia, di sini, pada Sabtu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hari Bumi: Kesedaran Rakyat Malaysia terhadap Alam Sekitar Meningkat’, oleh Hasimi Muhamad, www.hmetro.com [6 markah] (i) (ii) (iii) Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan pola ayat bagi setiap ayat yang bergaris di bawah. Malaysia memiliki jumlah pelakon tidak terkira ramainya, namun tidak ramai sebenarnya yang mampu menghidupkan sesebuah watak dengan baik. Menyifatkan kerjaya pelakon merupakan antara pekerjaan “mencabar intelektual”, pengarah filem Razaisyam Rashid menyenarai 15 pelakon yang disifatkannya sebagai anak seni luar biasa. Mereka sangat hebat membawa emosi yang diarahkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘15 Pelakon Hebat, Penuh ‘Aura’ Pilihan Pengarah ‘Pusaka’’ oleh Aliff Fikri Aziz, www.bharian.com [6 markah] (i) (ii) (iii) Sangat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar pemakanan yang sihat. Juga dapat membendung masalah obesiti dari awal sebelum meningkat dewasa pemakanan sihat. Orang ramai cuba kami galakkan supaya menjaga tingkah laku. Sampah-sampah tersebut disepahkan oleh monyet. FN +FK FN +FN FN +FA Tiada orang yang membuang sampah sarap saya lihat. Mampu membekalkan tenaga kepada kanak-kanak pemakanan sihat. Nota Ayat Dasar Nota Ayat Aktif dan Ayat Pasif CONTOH


28 BM Tingkatan 5 Bab 3 Praktis 4 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris seperti yang berikut: Subjek : Predikat : Berdasarkan catatan sejarah yang didedahkan, pemilik Istana Kellie ini ialah seorang peladang getah berbangsa Scottish, iaitu William Kellie Smith. William datang ke Tanah Melayu bagi mengintai peluang dalam bidang perniagaan. Selepas isterinya melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Anthony, William berhasrat untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih agam seperti istana sebagai kediaman mereka. William telah membawa pengaruh Hindu dalam pembinaan istananya. Selain itu, bahan binaan serta tenaga kerja yang diperlukan turut dibawa dari India. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tersergamnya Istana Kellie di Laman Sejarah’, Dewan Siswa, BIL. 01 2020 [6 markah] (i) Subjek : Predikat : (ii) Subjek : Predikat : (ii) Subjek : Predikat : Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan cakap ajuk tersebut kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. Farizul : Sejak bilakah anda mula berkecimpung dalam sukan lumba basikal? Adi Raimie : Semasa berusia 14 tahun. Minat ini bermula dengan dorongan daripada ayah yang ingin melihat saya melakukan sesuatu yang cukup signifikan dalam hidup. Farizul : Apakah perasaan ketika pertama kali mewakili negara? Adi Raimie : Sudah semestinya saya berasa bangga sekali. Farizul : Bolehkah anda kongsikan rutin latihan harian anda? Adi Raimie : Pada setiap hari saya akan melakukan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Temu Bual Bersama Pemenang Pingat Emas Pertama Asean Para Games, Adi Raimie’ oleh Farizul Izwany, www.remaja.my Nota Cakap Ajuk dan Cakap Pindah [6 markah] Pemilik Istana Kellie ini William Bahan binaan serta tenaga kerja yang diperlukan ialah seorang peladang getah berbangsa Scottish datang ke Tanah Melayu bagi mengintai peluang dalam bidang perniagaan turut dibawa dari India CONTOH


29 BM Tingkatan 5 Bab 3 Soalan 3 – Penyuntingan Praktis 1 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang di kenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat di masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang nipis. Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu pengupahan ramai pekerja. Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan konvansional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubahsuai bangunan, upah pekerja, dan lain-lain kos dapat dikurangkan melalui perniagaan jenis ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kelebihan Perniagaan dalam Talian’ oleh Wan Nong Muzaffar, www.alaf21.com Kesalahan Pembetulan di pada nipis rendah pengupahan mengupah konvansional konvensional ubahsuai ubah suai lain-lain kos kos-kos lain Info Bahasa • Huruf besar/ huruf kecil • Ejaan kata pinjaman • Kelainan vokal/ konsonan • Kata majmuk • Tanda sempang Ejaan • Kata sendi nama • Kata ganda • Kata bilangan • Kata hubung • Kata ganti nama • Hukum D-M • Frasa nama/ Frasa adjektif/ Frasa kerja/ Frasa sendi nama Tatabahasa • Imbuhan awalan • Imbuhan akhiran • Imbuhan apitan • Imbuhan sisipan Imbuhan • Maksud yang hampir sama Istilah Penyuntingan [6 markah] Farizul ingin mengetahui waktu Adi Raimie mula berkecimpung dalam sukan lumba basikal. Adi Raimie memberitahu bahawa dia mula melibatkan diri dalam sukan lumba basikal semasa berusia 14 tahun. Minat itu bermula dengan dorongan daripada ayah yang ingin melihatnya melakukan sesuatu yang cukup signifikan dalam hidupnya. Farizul ingin tahu perasaan Adi Raimie ketika pertama kali mewakili negara. Adi Raimie menjawab bahawa dia berasa bangga sekali. Farizul mahu Adi Raimie berkongsi rutin latihan hariannya. Adi Raimie memberitahu bahawa pada setiap hari dia akan melakukan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Info Digital 5 Nota Penyuntingan CONTOH


30 BM Tingkatan 5 Bab 3 Bahan 2 Muhammad Wafiy bin Hassan Murid sekolah Kebersihan paling penting sekali kepada kita. Saya akan memastikan sampah dibuang di tempat yang disediakan. Puan Norliza binti Abu Bakar Pengetua sekolah Petampilan diri saya menjadi tumpuan dan tarikan murid sekolah. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan supaya berada di dalam keadaan baik. Encik Mohd. Aswan bin Awang Yang Dipertua PIBG Saya menyeru agar supaya murid-murid mengamalkan budaya bersih dan sihat ketika belajar. Oleh kerana itu, murid-murid mesti menjaga kebersihan bilik darjah agar dapat belajar dengan selesanya. [5 markah] Kesalahan Pembetulan paling penting sekali paling penting/ penting sekali agar supaya agar/ supaya Oleh kerana itu Oleh sebab itu Petampilan Penampilan di dalam dalam Praktis 2 Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan semula. Mungkin bagi setengah warga, Litar Batu Tiga ini bukan memberikan sebarang makna. Namun begitu, bagi penggemar sukan pemotoran terutamanya di era tahun 1980an dan tahun 1990-an, litar ini mampu mengimbas seribu satu nostalgia. Litar sepanjang 3.5 kilometer di atas tanah yang keluasan 143 ekar ini direka dengan 14 selekuh dan dilengkapi back straight sepanjang 900 meter yang memudahkan para-para pelumba mencecah kelajuan sehingga ke 190 km/j. Hasil reka litar ini telah menjadikannya sebagai sebatang litar terbaik sekali di Asia Tenggara. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Arkib Negara – Litar Batu Tiga’, Dewan Masyarakat, BIL. 05/2021 [13 markah] CONTOH


31 BM Tingkatan 5 Bab 3 Kesalahan Pembetulan setengah sesetengah bukan tidak pemotoran permotoran di pada 1980an 1980-an mengimbas mengimbau keluasan berkeluasan selekuh selekoh para-para pelumba para pelumba sehingga ke sehingga menjadikannya menjadikan litar ini sebatang sebuah terbaik sekali terbaik Praktis 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat di dalam bahan tersebut. Bahan 1 Sumber : Internet [6 markah] CONTOH


32 BM Tingkatan 5 Bab 3 Kesalahan Pembetulan menjalankan menjalani mempantau memantau turunan penurunan sekaligus sekali gus jika sekiranya jika/ sekiranya daripada dari Bahan 2 Selari dengan penaikan kadar penduduk tua di Malaysia, terdapat keperluan untuk mempertimbangkan semula hubungan di antara penjagaan kesihatan dan sosial. Kaedahnya, dengan mengabungkan kedua-dua organisasi-organisasi ini bagi mewujudkan hubungan yang bersepadu. Penjagaan kesihatan dan sosial biasanya di anggap dua isu dasar berbeza. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menangani Kesihatan, Sosial Warga Tua’ oleh Jason Loh, www.bharian.com [5 markah] Kesalahan Pembetulan penaikan peningkatan di antara antara mengabungkan menggabungkan kedua-dua organisasi-organisasi kedua-dua organisasi di anggap dianggap Praktis 4 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Negara kita kaya dengan berbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, ting-ting, tarik upih, dan konda-konde diamalkan masyarakat dahulu sebagai pengisi masa kosong. Sayangnya permainan tradisional yang menunjukan kebudayaan sesuatu tempat itu mula sikit demi sedikit terpinggir apabila kebanyakan dari permainan berkenaan kurang diketahui golongan muda. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lupakan Gajet Buat Seketika’, www.hmetro.com, 30 Julai 2019 [6 markah] CONTOH


33 BM Tingkatan 5 Bab 3 Kesalahan Pembetulan berbagai berbagai-bagai/ pelbagai ting-ting tingting masa kosong masa lapang/ masa senggang menunjukan menunjukkan sikit sedikit dari daripada Bahan 2 Banyak bukti-bukti menunjukkan bahawa pembelajaran dalam talian boleh menghasil kesan positif seperti pembabitan pelajar, sikap positif guru, dan pembelajaran secara peribadi, inter-aksi keluarga dan pembabitan ibu bapa. Pandemik COVID-19 mengubah senario PdP. Suka atau tidak, landskap PdP perlu berubah daripada hanya tertumpu pada kaedah bersemuka kepada bersifat hibrid atau dalam talian. Keberkesanan PdP bergantung pada kemudahan dan peluang yang ada serta kebijaksanaan penguna. Dipetik dan diubah suai daripa ‘PdP dalam talian perlu diurus secara bijak’ oleh Prof. Dr. Sapora Sipon dan Prof. Madya Dr. Waidah Ismail, Berita Harian Online, 2 Mac 2021 [5 markah] Kesalahan Pembetulan Banyak bukti-bukti Banyak bukti menghasil menghasilkan inter-aksi interaksi pada kepada penguna pengguna Praktis 5 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan semula. Kunyit sememangnya sudah antonim dengan masyarakat Melayu kerana penggunaannya dalam berapa jenis masakan. Namun, di belakang penggunaannya dalam masakan, kunyit juga mempunyai kelebihan lain kursusnya pada wanita yang mementingkan kecantikkan dan kesihatan berterusan. Pada masa sama, kunyit mempunyai pelbagai kahsiat dari segi perubatan kerana kandungan antiseptik yang terdapat di kunyit mampu mempercepat proses penyembuhan luka kecil, kecederaan, dan melecet. Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan daripada seluruh dunia mula menyedari dan menggunakan kunyit di dalam prodak kecantikan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kunyit Bahan Kecantikan Semula Jadi’, www.hmetro.com [11 markah] CONTOH


34 BM Tingkatan 5 Bab 3 Kesalahan Pembetulan antonim sinonim berapa beberapa belakang sebalik kursusnya khususnya pada kepada kecantikkan kecantikan kahsiat khasiat anti-septik antiseptik di pada daripada dari prodak produk Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard Praktis 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Teknik Menjawab Bahasa Melayu Standard Bahagi dan baca teks petikan keseluruhan. Bahagi ayat menggikut noktah dalam teks petikan yang diberi. Jika ada 3 ayat dalam petikan, alihkan juga dalam 3 ayat. Bahagi Susunan ayat dalam petikan. Bahasa istana. Contohnya, menghadap Kata ganti nama diri. Contohnya, hamba, patik Kekal Gugur perkataan maka, partikel pun, dan -lah. Gugur kata pangkal ayat • adapun • alkisah (kisahnya/ ceritanya) • arakian • hatta (hingga) • maka (lalu) • syahadan (lalu/ selanjutnya) Gugur Kosa kata klasik. Contohnya, berahi ➔ cinta Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan. Tukar Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu apiapi itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Setelah hari malam, Awi Dicu pun sampailah. Bendahara Paduka Raja menyuruh pengikutnya mengikat puntung api pada semua pokok bakau dan nyirih serta tumpu api-api itu. Setelah dipandang oleh orang Siam api tidak terkira banyaknya, lalu hulubalang Siam berkata, “Kelengkapan perahu Melaka terlalu banyak. Jika mereka menyerang apakah nasib kita?” [6 markah] Info Digital 6 Nota Bahasa Melayu Standard CONTOH


35 BM Tingkatan 5 Bab 3 Praktis 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Praktis 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi besar, penduduk negeri itu berpecah belah, separuh daripada mereka menyokong Paduka Raja manakala separuh lagi menyokong Seri Nara Diraja kerana keduaduanya merupakan keturunan yang mempunyai kedudukan di istana. Seri Nara Diraja tidak bersepakat dengan Paduka Raja dan mereka selalu bermusuhan. Beberapa kali juga sering kelihatan, Paduka Raja di kampung Seri Nara Diraja. Sesudah habis idah, Seri Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja semakin utuh seperti saudara rapat. Seri Nara Diraja menghadap Sultan Muzaffar Syah lalu bersembah, “Tuanku, sebaik-baiknya Paduka Raja dilantik menjadi bendahara kerana Paduka Raja berketurunan bendahara.” CONTOH


36 BM Tingkatan 5 Bab 3 Praktis 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Praktis 5 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Seri Bija Diraja dan semua hulubalang dititahkan baginda untuk mengiringi Bendahara Paduka Raja. Seri Bija Diraja berbangsa Melayu, namanya Tun Hamzah, berasal dari Muntah Lembu. Beliau digelar sebagai Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, beliau akan membongkok. Oleh sebab sangat gagah dan berani, beliau dilantik sebagai ketua hulubalang. Bendahara Paduka Raja seorang yang bijaksana kerana ketika itu terdapat tiga buah negeri yang sama besar, pertama Majapahit; kedua Pasai; ketiga Melaka. Di dalam tiga buah negeri itu, terdapat tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja yang menjadi penghulu bendahari. CONTOH


37 BM Tingkatan 5 Bab 3 Soalan 5 – Peribahasa Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Petang itu, ayah Amira pulang ke rumah bersama-sama dengan seekor arnab. Yang gembira menyambutnya tentulah Amira. Cepat-cepat Amira mendukung arnab itu. Amira sudah banyak kali meminta ibunya untuk memelihara haiwan tersebut, tetapi ayahnya tidak membenarkan. Arnabnya diberikan nama Putih. Sejak kehadiran Putih, Amira bertambah ceria. Ayah Amira menyedari perkara itu ketika dia berada di rumah seharian. Dia sering melihat Amira bermain dengan Putih. Amira begitu sayang akan haiwan peliharaannya itu. [4 markah] (i) (ii) Praktis 2 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang tepat. (i) Setelah berkali-kali tertipu ketika membeli barangan menggunakan aplikasi dalam talian, Aiman lebih berhati-hati apabila membeli-belah kerana . (ii) Pembentukan belia haruslah dimantapkan kerana mereka merupakan kepada pembangunan negara. [4 markah] Praktis 3 Baca dialog di bawah dengan teliti, senaraikan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi di dalam dialog. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Amin : Ravi, marilah ikut serta kelas tambahan yang Cikgu Farah buat petang ini. Pihak sekolah sudah sediakan macam-macam program kecemerlangan untuk kita. Hanya tunggu semangat dari kita sahaja untuk berjaya. Ravi : Ya, saya akan ikut serta. Terima kasih, Amin. Kamu banyak membantu saya terutamanya dalam pelajaran. Semua maklumat yang kamu peroleh, mesti akan kamu berkongsi dengan saya. Amin : Tak ada masalah Ravi, kita sahabat dan perlu saling membantu. Awak pun banyak membantu saya dalam bidang sukan. [6 markah] (i) (ii) Umpama orang mengantuk disorongkan bantal sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni/ Bagai isi dengan kuku tulang belakang Itik mendapat air Info Digital 7 Nota Peribahasa CONTOH


38 BM Tingkatan 5 Bab 3 Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) (ii) Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut. Sudah menjadi lumrah apabila anak-anak tidak mendengar nasihat ibu bapa. Hal ini diburukkan lagi apabila terdapat segelintir ibu bapa yang terlalu menyayangi anak-anak sehingga tidak sanggup menegur setiap kesalahan anak-anak. Jika tidak dibendung, masalah sikap anak-anak akan semakin buruk kelak. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sayangi Anak Biar Berpada-pada’, www.mingguanwanita.com [6 markah] (i) (ii) (iii) Praktis 5 Baca ayat dengan teliti dan senaraikan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut. (i) Walaupun belum mendapat keputusan kemasukan ke universiti, keluarga Arif telah mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. (ii) “Sudah sampai di sini, bukan lagi masanya untuk kita bersuka-suka. Kita perlu cuba bersungguhsungguh tidak kira menang atau kalah,” kata jurulatih kepada pasukan bola sepaknya. [4 markah] Praktis 6 Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i) bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (ii) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kainnya [4 markah] Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Mencurah air ke daun keladi/ Keras kepala Bagai menatang minyak yang penuh Nasi sudah menjadi bubur/ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Burung terbang dipipiskan lada Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu padu dan bertolak ansur kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sonia mula menabung untuk masa hadapannya kerana bagi Sonia sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ Bagai aur dengan tebing CONTOH


39 BM Tingkatan 5 Bab 4 Sekilas Info Soalan 6 : Pemahaman Petikan Umum 1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan. 3 Empat soalan, iaitu: (i) Soalan makna rangkai kata (ii) Soalan pemahaman petikan (iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Pemikiran kritis (iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Penyelesaian masalah 4 Markah yang diperuntukkan ialah 12 markah. Soalan 7 : Pemahaman Petikan Sastera 1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan. 3 Empat soalan, iaitu: (i) Soalan makna rangkai kata (ii) Soalan pemahaman petikan (iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Pemikiran kritis (iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Penyelesaian masalah 4 Markah yang diperuntukkan ialah 13 markah. Soalan 8 : Novel 1 Soalan tentang novel akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Markah keseluruhan soalan ini ialah 10 markah. 3 Bahagian ini terbahagi kepada dua soalan, iaitu (i) dan (ii) dengan pecahan 4 markah atau 5 markah dan 5 markah atau 6 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian (ii) adalah tidak tetap. 4 Bagi soalan 8 (i), soalan yang diajukan ialah soalan pemahaman petikan novel. Murid hendaklah membaca soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan dan mencari jawapan berdasarkan petikan yang diberikan. 5 Bagi soalan 8 (ii), soalan yang diajukan merupakan soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh murid di setiap zon. Setiap isi yang diutarakan perlu disertakan contoh-contoh yang sesuai yang terkandung dalam novel. 6 Murid perlu menggunakan bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul. 7 Murid perlu menguasai beberapa perkara untuk mendapat markah yang tinggi. (a) Memahami dan mengenal genre novel. (b) Memahami istilah sastera bagi genre novel, iaitu: (i) sinopsis (ii) tema (iii) persoalan (iv) watak dan perwatakan (v) teknik plot (vi) latar tempat, latar masyarakat, latar masa (vii) nilai dan pengajaran (viii) plot dan binaan plot (ix) mesej (c) Murid juga perlu mengetahui contoh yang relevan bagi membuktikan pernyataan isi sastera. 4 Bab Pemahaman Info Digital 8 Info Digital 9 Info CONTOH Digital 10


40 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis ke Arah SPM Soalan 6 – Petikan Umum Praktis 1 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pendidikan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting bagi melahirkan generasi yang sihat. Hal ini demikian kerana melalui pendidikan pemakanan, kanak-kanak dapat mengawal berat badan dan mengurangkan kadar indeks jisim tubuh mereka. Selain itu, pendidikan pemakanan mampu menggalakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini membawa kepada sikap yang positif terhadap makanan. Pendidikan pemakanan juga mampu membantu kanak-kanak meningkatkan pengetahuan pemakanan dan prestasi persekolahan mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Amalan pemakanan sihat perlulah dididik dan disemai sejak kecil lagi. Terdapat pelbagai cara untuk mendidik amalan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Pendidikan Pemakanan pada Peringkat Awal’, Dewan Siswa, Bil. 11 2018 Bahan 2 Otak kanak-kanak ibarat sebuah lebuh raya. Makanan yang berkhasiat amat penting bagi memastikan lebuh raya ini dalam keadaan baik, licin, dan tidak berlubang. Menurut pakar dari Jabatan Psikologi Universiti Sunway, Prof Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon, “Berdasarkan kajian SEANUTS yang dijalankan ke atas kanak-kanak sehingga usia 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Malaysia mendapati bahawa pemakanan yang sihat membantu perkembangan mental kanak-kanak serta membolehkan kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran serta kecerdikan. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk ibu bapa memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak dan menyediakan pelan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif kanak-kanak. Kekurangan makanan yang sihat boleh memudaratkan kesihatan seperti mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan, dan mengurangkan sistem imunisasi badan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Makanan dan Mental’, Berita Harian Online, 16 Mei 2015 Panduan menjawab pemahaman petikan umum CONTOH


41 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa memudaratkan kesihatan? [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan pemakanan sihat. [3 markah] (iii) Masyarakat pada hari ini tidak prihatin dan memandang remeh penjagaan kesihatan yang baik. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku? KBAT [3 markah] (iv) Masalah obesiti boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan remaja akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. Sebagai ibu bapa yang prihatin akan kesihatan anak, apakah peranan anda untuk memastikan anak anda terhindar daripada masalah obesiti? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa memudaratkan kesihatan ialah membahayakan keadaan tubuh. Merujuk Bahan 1, antara kepentingan pemakanan sihat ialah dapat mengawal berat badan dan mengurangkan kadar indeks jisim tubuh kanak-kanak. Merujuk Bahan 2, pemakanan yang sihat membantu perkembangan mental kanak-kanak serta membolehkan kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran serta kecerdikan. Pada pendapat saya, antara faktor yang menyebabkan masyarakat tidak prihatin dan memandang remeh penjagaan kesihatan yang baik ialah mereka sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Selain itu, kebanyakan orang menganggap sukan merupakan aktiviti yang membuang masa. Akhir sekali, masyarakat lebih gemar melapangkan minda dengan hiburan seperti melepak, menonton wayang, dan karaoke. Peranan saya untuk memastikan anak terhindar daripada masalah obesiti ialah saya akan menyediakan hidangan sihat kepada anak serta menerangkan manfaat dan khasiat di sebalik makanan yang dihidangkan. Selain itu, saya juga akan menunjukkan contoh baik ketika menikmati hidangan bersama anak bagi membiasakannya dengan makanan lengkap dan berkhasiat. Akhir sekali, saya akan mengurangkan pengambilan makanan segera dalam diet harian kerana makanan ini mengandungi CONTOH kadar garam dan lemak yang tinggi yang menyumbang kepada masalah obesiti.


42 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 2 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kebelakangan ini, teknologi bayaran tanpa tunai, iaitu e-dompet atau dompet elektronik seperti Touch ‘n Go e-Wallet, GrabPay, Boost, Alipay, dan sebagainya semakin popular dalam kalangan pengguna. E-dompet mempunyai potensi untuk dilaksanakan di negara ini secara meluas kerana pengguna mula beralih ke arah kaedah pembayaran yang ternyata lebih mudah, lebih laju, dan lebih selesa. E-dompet menjadikan proses membawa wang lebih mudah dan selesa kerana tidak perlu membawa tunai. Keadaan ini boleh mengelakkan pencuri atau penyeluk saku untuk mengambil wang tanpa izin. Dengan kata lain, pengguna boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. Selain itu, mereka yang menggunakan e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian kerana setiap transaksi akan direkodkan. Cara ini dapat membantu mereka menguruskan kewangan mereka dengan berhemah. Pengguna juga boleh menikmati rebat dan mendapat pulangan tunai daripada transaksi tertentu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Selamatkah E-dompet?’ oleh Alizani Yusof, Dewan Masyarakat, Bil. 5, 2020 Bahan 2 Jimat masa, selamat, dan mudah menjadi antara faktor yang mendorong Rohaizi Yusuf, 42, dari Taman Sri Manir menggunakan kemudahan aplikasi e-dompet sebagai medium penyaluran wang saku untuk anak perempuannya, Nur Faqihah Zulkifli, 16. Rohaizi berkata, dia mula berminat untuk menggunakan kaedah itu selepas membaca pelbagai informasi menarik di media massa dan laman sosial yang mempromosikan kelebihan penggunaan e-dompet. Sejak itu, dia dan suaminya, Amri Mustaffa, 45, mula beralih daripada penggunaan e-debit kepada penggunaan e-dompet yang lebih mudah, selamat, dan tiada risiko kehilangan wang. Tambahan pula, dia lebih senang memantau ke mana duit itu dibelanjakan kerana semua perbelanjaan direkodkan dalam telefonnya. Tambah Rohaizi lagi, pengunaan e-dompet juga sangat menguntungkan mereka sekeluarga kerana banyak syarikat menawarkan pulangan balik (cash back) yang berbaloi untuk setiap perbelanjaan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-dompet Mudahkan Ibu Bapa Pantau Wang Saku Anak’ oleh Sofyan Rizal Ishak, malaysiakini.com, 6 Februari 2020 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa mempunyai potensi? [2 markah] Berdasarkan Bahan 1, frasa mempunyai potensi bermaksud berkemampuan/ berkebolehan/ berkeupayaan untuk berkembang maju. CONTOH


43 BM Tingkatan 5 Bab 4 (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan kebaikan e-dompet. [3 markah] (iii) Rakyat negara ini masih takut untuk menggunakan e-dompet disebabkan isu keselamatan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaaan ini berlaku? KBAT [3 markah] (iv) Anda telah menebus kredit e-tunai sebanyak RM200 yang diberikan oleh kerajaan. Bagaimanakah anda merancang penggunaan wang tersebut? KBAT [4 markah] Praktis 3 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Program Pendidikan Khas diwujudkan bermula dari peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah hinggalah peringkat pendidikan lepas menengah. Ironinya, untuk membentuk golongan OKU menjadi modal insan yang produktif, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara memerlukan usaha yang berterusan dengan kerjasama daripada semua pihak, perancangan strategik yang baik serta perlu mula dilaksanakan di peringkat sekolah. Rentetan itu, banyak sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas (PPK), iaitu program pendidikan transisi kerjaya alternatif untuk MBK (Murid Berkeperluan Khas) yang tamat pendidikan sekolah menengah. Hal ini bersesuaian dengan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar dilaksanakan Program Transisi ke Kerjaya MBK untuk golongan MBK dalam Program Pendidikan Khas di seluruh Malaysia. Selain itu, berdasarkan Pelan Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (2016 – 2020) yang menyasarkan lebih banyak peluang bagi MBK lepasan sekolah disediakan untuk melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran yang spesifik di pelbagai institusi pendidikan seperti di kolej komuniti, politeknik, dan pusat latihan industri terpilih hasil daripada kolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan. Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Khas untuk Menjana Industri’ oleh Kama Shaffeei, Dewan Siswa, BIL. 02/2021 Antara persamaan kebaikan e-dompet ialah aplikasi e-dompet lebih mudah, lebih laju, dan lebih selesa. Tambahan pula, pengguna e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian kerana setiap transaksi akan direkodkan. Akhir sekali, banyak peluang untuk mendapat pulangan wang, diskaun, mata ganjaran, dan ganjaran wang tunai. Pada pendapat saya, rakyat negara ini masih takut untuk menggunakan e-dompet kerana mereka mempunyai kebimbangan tentang kemungkinan kehilangan transaksi ketika menggunakan perkhidmatan pembayaran digital itu. Ada pula ragu-ragu apabila menggunakan e-dompet kerana risau telefon pintar mungkin dicuri untuk membuat sebarang pembayaran. Selain itu, mereka juga bimbang maklumat perbankan mereka mungkin dibocorkan kepada pihak ketiga. Saya akan menggunakan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan persekolahan lain seperti membeli buku-buku rujukan dan membayar yuran kelas bimbingan luar. Selain itu, saya akan menggunakan wang tersebut untuk mengakses Internet bagi mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Akhir sekali, saya akan membelanja ibu bapa makan sebagai membalas jasa mereka. CONTOH


44 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 2 Orang kurang upaya (OKU) adalah antara kelompok penting masyarakat yang mempunyai potensi dan dinamika tersendiri. Justeru, menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selain menyediakan kemudahan atau perkhidmatan bagi menjaga, melindungi, dan membela OKU, kerajaan turut membangunkan pelbagai kaedah advokasi serta intervensi untuk memanfaatkan dan menggilap keistimewaan yang sedia ada pada golongan ini. Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang tamat sekolah menengah diberi fasa latihan sama ada dalam bentuk kemahiran atau pembangunan diri OKU hingga mereka mendapat pekerjaan. Di samping itu, Belanjawan 2020 turut menyuntik RM20 juta untuk pembinaan lima Pusat Latihan Berdikari (Independent Learning Centre) khususnya bagi program Sindrom Down. Kerajaan juga memberi penekanan kepada kemampuan OKU bersaing di pasaran kerja dengan menubuhkan dua Bengkel Terlindung di negara ini. Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘OKU Ada Potensi, Dinamika Tersendiri’, Berita Harian Online, 12 Disember 2019 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata modal insan? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menempatkan Murid Keperluan Khas dalam bidang pekerjaan selepas tamat pendidikan sekolah menengah. [3 markah] (iii) Usaha berterusan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini? KBAT [3 markah] Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata modal insan ialah tenaga kerja/ sekelompok orang yang bekerja atau memenuhi syarat untuk bekerja dalam sebuah organisasi. Berdasarkan Bahan 1, usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menempatkan Murid Berkeperluan Khas dalam bidang pekerjaan selepas tamat pendidikan sekolah menengah ialah mewujudkan Program Transisi ke Kerjaya dan menyediakan peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran yang spesifik di pelbagai institusi pendidikan. Berdasarkan Bahan 2, Murid Berkeperluan Khas yang tamat sekolah menengah diberi fasa latihan sehingga mereka mendapat pekerjaan dan membina lima Pusat Latihan Berdikari (Independent Learning Centre) khususnya bagi program Sindrom Down serta menubuhkan dua Bengkel Terlindung. Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Seterusnya, menyediakan kemudahan khusus seperti penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan, serta ruang awam. Akhir sekali, meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat. CONTOH


45 BM Tingkatan 5 Bab 4 (iv) Seorang rakan anda resah memikirkan masa hadapannya berikutan masih tidak mendapat pekerjaan disebabkan status OKU yang dimilikinya. Sebagai rakan baiknya, apakah cadangan yang dapat anda kemukakan kepadanya untuk meningkatkan keyakinannya? KBAT [4 markah] Soalan 7 – Petikan Sastera Praktis 1 Beberapa Petua Hidup Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bonda di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat. Dipetik daripada gurindam ‘Beberapa Petua Hidup’ oleh Za’ba dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Antara cadangan yang boleh saya berikan kepadanya ialah saya akan menasihatinya agar bersedia sebelum menghadiri temu duga kerja. Selain itu, saya juga akan mendorongnya untuk berfikir secara kompetitif dan membuang perasaan rendah diri. Saya juga akan menasihatinya agar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan kebolehpasarannya seperti meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Nota lengkap KOMSAS Panduan menjawab pemahaman petikan sastera CONTOH


46 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 2 Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. Jikalau ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja. Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu. Dipetik daripada ‘Syair Definisi Orang Berakal’ Abu Hassan Sham (Penyelenggara) Bahan 3 Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak. Dipetik daripada ‘Syair Makna Riak’ Mohd Yusoff Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh CONTOH (Penyelenggara)


47 BM Tingkatan 5 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud perintah syarak. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, nyatakan sifat-sifat baik yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian. [3 markah] (iii) Akhlak yang terpuji amat penting dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang? KBAT [4 markah] (iv) Anda mempunyai seorang rakan yang suka menimbulkan masalah. Dia bersikap sombong, bermulut besar, dan sering menjadi batu api dalam kalangan rakan-rakan anda. Sikapnya itu telah menyebabkan anda dan rakan-rakan anda menjadi tidak tenteram semasa berada di sekolah. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda membantu rakan untuk mengubah sikapnya itu? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud perintah syarak ialah tuntutan/ arahan agama. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, sifat-sifat baik yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian ialah berfikir sebelum berkata-kata. Selain itu, jangan mencari musuh dan bijak memilih sahabat. Seterusnya, sentiasa merendah diri dan bersyukur. Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang ialah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, dan menghormati orang lain. Selain itu, ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sikap positif di depan anak-anak supaya anak-anak akan mengikut perlakuan dan sikap ibu bapa. Seterusnya, melibatkan diri dalam pelbagai kursus yang boleh memberikan pendedahan tentang sikap-sikap dan amalan baik dalam hidup bermasyarakat agar tidak mudah terlibat dalam gejala tidak sihat. Sebagai rakan yang prihatin, saya akan membantu rakan mengubah sikapnya dengan menasihatinya supaya menjaga pertuturannya. Selain itu, saya akan mengajak dia menyertai aktiviti keagamaan seperti menghadiri ceramah agama. Seterusnya, saya akan meminta ibu bapanya memberikan nasihat kepadanya. CONTOH Akhir sekali, saya akan memberikan pujian/ ganjaran sekiranya dia berubah sikap.


48 BM Tingkatan 5 Bab 4 Praktis 2 Berbuat Istana Zaman Dahulu (Seloka) Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota; Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti. Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega. Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru: Dipersembahkan kepada baginda suami isteri. Dipetik daripada seloka ‘Berbuat Istana Zaman Dahulu’ oleh Za’ba dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 HANG KADIM : Bagaimana, Anjang Awang dan Pandak Aman? Ramai pekerja datang bergotongroyong? ANJANG AWANG : Ramai. Taat titah pemerintah. Orang-orang dari Kampar, Bentan, dan Lingga ada sama. PANDAK AMAN : Orang-orang dari Melaka ramai tiba di sini. Mereka ikut bergotong-royong bina negeri ini. HANG KADIM : Bagaimana mereka datang? PANDAK AMAN : Ikut jalan darat, tempuh hutan rimba dari Melaka ke hulu Melaka, ke hulu Muar, ke darat Sungai Johor. Orang-orang darat bantu mereka. HANG KADIM : Ya, aku dengar. Baginda Tuanku berkehendak istana dibentuk ikut bentuk Melaka, sebab itu Demang Sulung dan orang-orangnya dititahkan membina. ANJANG AWANG : Bolehkah berjaya kerja-kerja kita ini, Hang Kadim? HANG KADIM : Insya-Allah, berjaya. Asalkan kita semua bersatu padu, tulus ikhlas berbakti. Taat setia kita tidak berbelah bagi kepada raja, ketua negeri. Dipetik daripada drama ‘Seri Nara’ karya Sharon Husain, Drama-drama Shaharon Husain, 1991. Dewan Bahasa dan Pustaka CONTOH


49 BM Tingkatan 5 Bab 4 Bahan 3 Petikan lirik lagu Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta. (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud tumpahnya darahku. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap bahan, nyatakan nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan harian. [3 markah] (iii) Kita dituntut untuk sentiasa menghormati dan patuh kepada pemimpin. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghormati raja dan sultan yang memerintah negara kita? KBAT [4 markah] (iv) Anda sering mendengar berita berkaitan permusuhan dan pertelingkahan antara kaum di media sosial mahupun di media arus perdana. Sebagai seorang rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda mengelakkan perselisihan faham berlaku dengan rakan-rakan anda? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud tumpahnya darahku ialah tempat lahir. Berdasarkan setiap bahan, nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan harian ialah taat setia kepada pemerintah. Selain itu, nilai bersatu padu. Seterusnya, nilai bertanggungjawab serta tingkah laku yang sopan dan mengikut undang-undang. Pada pendapat saya, kita perlu menghormati raja dan sultan yang memerintah negara kita kerana raja merupakan pentadbir negara yang membuat keputusan untuk kebaikan rakyat. Selain itu, raja dan sultan dapat mentadbir negara dengan berkesan jika kita menghormati raja dan sultan. Dengan itu, kita dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Antara cara yang akan saya lakukan untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku dengan rakanrakan ialah sentiasa menyiasat sesuatu khabar berita. Selain itu, saya akan bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan berbincang dengan baik-baik. Akhir sekali, saya akan menggunakan orang tengah sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan. CONTOH


Click to View FlipBook Version