100 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Program Festival Seni Rakyat Kelate 2022 bertujuan demi untuk menampilkan kekayaan seni dan budaya negeri Kelantan yang merangkumi persembahan, demontrasi, pameran dan jualan produk negeri Kelantan. Selain penggiat seni, aktiviti-aktiviti ini juga melibatkan pengunjung dan masyarakat bertempat. Selain pameran dan jualan yang melibatkan egensi persekutuan dan negeri, swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persembahan seni budaya anjuran Kelab Seniman Jalanan Kota Bharu juga dipaparkan. Mereka telah mempersembahkan seni Makyung Ekstravaganza Patuh Syariah bertajuk "Raja Besar Maha Gading", Wayang Kulit, Pertandingan Dikir Barat (Akhir) serta Karaoke Kencang Gegar. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Festival Keseniaan Rakyat Kelate 2022’ oleh Nik Azman NM., Dewan Budaya, Jun 2022 [6 markah] Bahan 2 Menurut kajian, statistiks peningkatan peratus capaian Internet bagi isi rumah, iaitu sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019. Oleh kerana itu, capaian telefon bimbit dan komputer bagi setiap isi rumah turut meningkat, iaitu sebanyak 98.6 peratus kepada 77.6 peratus pada tahun 2020. Antara aktiviti Internet yang paling popular sekali di Malaysia ialah rangkaian sosial termasuklah permainan secara atas talian. Keadaan ini telah menjadikan generasi muda enggan mendedahi diri kepada aktiviti riadah dan permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh generasi pada zaman dahulu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kecaknaan Generasi Muda tentang Permainan Tradisional’ oleh Julaiha Yunus, Dewan Budaya, Disember 2022 CONTOH [5 markah]
101 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun 4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Khairul sedar bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dia telah berusaha sejak sekian lama untuk mendapatkan peluang bekerja di syarikat gergasi di luar negara itu. Memanglah dia bukanlah seorang pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan orang lain namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Khairul berhasrat untuk kembali bekerja di Malaysia setelah berjaya mengumpul pengalaman di sana kerana setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. [6 markah] CONTOH
102 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Nilai kebersamaan sebagai sebuah Keluarga Malaysia dalam mengharungi cabaran pandemik ini amat penting dalam usaha ke arah kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu, tanpa mengira jenis sukan yang menjadi pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga, ragbi, tenis, dan aktiviti sukan lain, mampu mengeratkan hubungan silaturahim. Sukan juga sebagai satu daripada kaedah memperkukuh pertahanan dalam diri setiap kita. Selain itu, sukan juga mampu menjadi alat untuk meningkatkan semangat cinta akan keamanan kerana daripada sukan jugalah kita memahami persaingan yang sihat. Kajian menunjukkan kejayaan Malaysia menganjurkan acara Sukan Komanwel yang telah melibatkan 6000 orang atlet dan pegawai ini, serta pelibatan 2 500 buah syarikat media cetak merekodkan sebanyak 500 juta penonton di seluruh dunia (Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin dan Jabil Mapjabil, 2010). Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jauhi Diabetes, Amalkan Gaya Hidup Sihat’, Jabatan Agama Islam Perak Bahan 2 Antara keistimewaan sukan semestinya mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Kita juga sedia tahu bahawa sukan juga dapat meningkatkan tahap kesihatan atlet secara tidak langsung. Contohnya, rentak kuda melompat dan berlari dalam sukan berkuda seperti equestrian menyebabkan vetebra tulang belakang penunggang kuda tersebut bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni. Keadaan ini sebenarnya dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan tulang belakang manusia. Selain itu, sukan renang pula mampu menguatkan mental dan fizikal perenang kerana sukan ini memerlukan satu gerakan yang berkoordinasi antara anggota kaki dan tangan di samping merangsang sistem kardiovaskular mereka. Ringkasnya, semua aktiviti sukan memiliki kemaslahatannya yang tersendiri terhadap kesihatan pengamalnya. Justeru, setiap individu perlu melakukan aktiviti ini agar terhindar daripada sebarang penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Bersukan kepada Masyarakat dan Negara’, CONTOH https://fazirakodir.blogspot.com
103 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata mengharungi cabaran? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kelebihan sukan selain membentuk perpaduan? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan budaya bersukan dalam diri masyarakat? [3 markah] (iv) Sekolah anda akan mengadakan sesi pemilihan untuk pasukan bola sepak yang akan bertanding di peringkat daerah. Anda sangat berminat untuk menyertai pemilihan ini dan berhasrat untuk diterima sebagai ahli pasukan bola sepak sekolah. Dalam tempoh dua minggu, anda ingin membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Apakah persediaan yang akan anda lakukan? [4 markah] 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung. Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas. Dipetik daripada cerpen ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka CONTOH
104 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Bahan 2 ALAM KHAZANAHKU Oleh: Aniza AS Alam, Keindahanmu memukau ramai orang, Keindahanmu tidak terlawan, Keindahanmu bagaikan syurga. Alam, Indahnya pemandangan ciptaan Tuhan, Air laut yang berombak-ombak, Burung-burung berkicauan merdu, Daun-daun hijau berterbangan, Sesiapa yang melihat pasti tertawan. Alam, Keindahanmu semakin menghilang, Tumbuh-tumbuhan semakin layu, Haiwan di hutan semakin pupus, Sungai dipenuhi sampah sarap yang menjijikkan, Air yang jernih perang bertukar. Ayuh, Marilah kita semua, Menjaga alam ini bersama, Kerana alam ini tidak ternilai, Sebagai khazanah generasi mendatang. Khazanah ciptaan Tuhan. Terima kasih Tuhan, Sebahagian alam kauciptakan untukku berimaginasi, Dan menjiwai dunia fanamu yang menawan, Kuberjanji, Kuberjanji akan menjaga khazanahmu, Agar keindahan tetap berkekalan. (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah janji penyajak kepada Tuhan? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri sungai yang telah tercemar. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memelihara alam sekitar? [4 markah] (iv) Anda mendapati kawasan taman anda semakin dipenuhi sampah akibat sikap sesetengah penduduk yang tidak menguruskan sampah dengan baik. Anjing-anjing liar pula sering kali menggigit sampah yang telah diikat kemas oleh penduduk. Sebagai ahli jawatankuasa kawasan perumahan tersebut, anda ingin menyelesaikan masalah ini sebelum menjadi lebih parah. Cadangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan. [4 markah] CONTOH
105 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Pagi tadi dia okey ke?” soal Aqram lagi. Nafasnya semakin laju, dicengkam rasa cemas. Saat itu baru Shida teringat kelakuan Farisha yang agak aneh ketika mereka dalam perjalanan ke Cyberjaya. Farisha langsung tidak bercerita seperti biasa. Dia hanya duduk diam di dalam kereta. Shida tidak tahu sama ada dia jaga atau terlena kerana dia mengenakan sepasang kaca mata hitam yang besar, sesuatu yang jarang dilakukannya. Bibirnya kelihatan pucat tetapi Shida tidak berani hendak menegur. “Farisha tidak ceria pagi tadi. Tapi saya tak tahu sebabnya.” Shida merenung mata Aqram. Baru dia perasan betapa sempurnanya penampilan lelaki itu. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara oleh Dayang Nor, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan keadaan Farisha menurut Shida semasa mereka dalam perjalanan ke Cyberjaya. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama. [6 markah] CONTOH
106 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Bahasa Melayu ialah alat yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, bahasa ini berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat tanpa mengira warna kulit atau batas sempadan. Asasnya bahasa Melayu juga menjadi pengukur kepada keperibadian bangsa Malaysia. Namun, nilai hidup yang semakin berubah kesan daripada globalisasi yang melanda dunia telah mengancam amalan berbahasa Melayu di negara kita sehingga menjadi api dalam sekam yang menggugat budaya peradaban. Masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing ketika berkomunikasi dalam kalangan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, setiap rakyat negara ini jelas menerima serta mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai medium komunikasi yang mampu menyatukan kepelbagaian kaum dan budaya. Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang sejak abad ke-7 apabila kerajaan Srivijaya menggunakan bahasa Melayu. Pada waktu itu, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu kuno. Selanjutnya, kerajaan Melaka mengangkat bahasa Melayu ke tahap kegemilangan bermula pada abad ke-13 seiring dengan kedudukannya sebagai pusat perdagangan serantau. Sejarah Melayu juga mencatatkan bahawa para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berjual beli di Tanah Melayu pada ketika itu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran dalam Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda Penutur Asli Bahasa Melayu’ oleh Abdul Razak Mohd Kasim, Dewan Bahasa, Julai 2021 CONTOH
107 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Bahan 2 KUALA LUMPUR: Masalah terbesar bahasa Melayu di negara ini ialah peminggirannya oleh orang Melayu sendiri sehingga kedudukannya di tanah airnya semakin tenat dan tercabar. Apatah lagi pengenalan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003 ialah tamparan terhebat kepada kedaulatan bahasa Melayu yang menyaksikan orang Melayu di kawasan bandar lebih mengutamakan bahasa Inggeris, manakala orang bukan Melayu langsung meminggirkan bahasa kebangsaan itu. Kenyataan pedih tetapi benar itu dilontarkan oleh tiga panel Forum Nasib Bangsa dan Agenda Negara Bangsa, iaitu Pensyarah Jabatan Sains Kemasyarakatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Sarjit Singh; Pensyarah Jabatan Pengajian Tionghua, Universiti Malaya (UM), Dr. Thock Ker Pong dan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM, Dr. Mohd Rashid Mohd Saad. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Melayu Dipinggirkan Bangsa Sendiri’ oleh Hafizah Iszahanid, www.bharian.com Bahan 3 Bahasa rojak yang digunakan di media sosial semakin tidak dapat dibendung. Remaja kini sudah menjadikan bahasa sebegini sebagai kebiasaan. Mungkin golongan remaja kini sudah tidak lagi menghargai bahasa Melayu yang menjadi perantaraan dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Bahasa Rojak: Bahasa yang bercampur aduk dengan kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (seketika digunakan perkataan Melayu dan seketika digunakan perkataan bahasa Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat) KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
108 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Kertas 3 3 – 5 minit UJIAN BERTUTUR BAHAGIAN A : Taksiran Individu [40 markah] TEMA: SAINS DAN TEKNOLOGI Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Segelintir masyarakat sering kali mengaitkan peranti pintar dengan keburukan. Hal ini dikuatkan lagi apabila terdapat pengguna yang menjadikan peranti pintar sebagai medium menjalankan aktiviti negatif sehingga memperkukuh andaian sesetengah pihak bahawa alat berteknologi tinggi ini tidak mendatangkan manfaat melainkan risiko yang tinggi. Sebenarnya, persoalan sama ada baik atau buruk penggunaan peranti pintar ini amat bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap individu. Jika pengguna berdisiplin dan mempunyai rasa tanggungjawab ketika menggunakan peranti pintar, penyalahgunaan dapat dielakkan. Namun begitu, jika niat pengguna sememangnya untuk melakukan sesuatu perkara negatif maka penyalahgunaan pasti akan berlaku. CONTOH
109 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Borang Pentaksiran 1 Apakah yang anda dapat lihat berdasarkan gambar berikut? 2 Sejauh manakah anda menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian anda? 3 Pada pendapat anda, adakah wajar peranti pintar dikaitkan dengan keburukan semata-semata? 4 Apakah langkah yang wajar dilakukan untuk memastikan masyarakat lebih berdisiplin ketika menggunakan peranti pintar? Taksiran Individu Konstruk Tajuk Tahap Penguasaan/ Skor Cemerlang (9 – 10) Kepujian (7 – 8) Baik (5 – 6) Penguasaan Minimum (3 – 4) Tidak Mencapai Tahap Minimum (1 – 2) Tatabahasa dan Kosa Kata Sebutan, Intonasi, dan Nada Kefasihan dan Kelancaran Idea dan Bermakna Jumlah CONTOH
110 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun BAHAGIAN B : Taksiran Kumpulan 12 – 15 minit [30 markah] Naskhah Calon Negara kita kaya dengan kepelbagaian sumber air. Namun begitu, bekalan air bersih di negara kita semakin berkurangan. Bincangkan. Borang Pentaksiran Taksiran Kumpulan Konstruk Tajuk Tahap Penguasaan/ Skor Cemerlang (25 – 30) Kepujian (19 – 24) Baik (13 – 18) Penguasaan Minimum (7 – 12) Tidak Mencapai Tahap Minimum (1 – 6) Tatabahasa dan Kosa Kata Sebutan, Intonasi, dan Nada Kefasihan dan Kelancaran Idea dan Bermakna Jumlah KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
111 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Kertas 4 30 minit UJIAN MENDENGAR [30 markah] Petikan 1 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. 1 Apakah yang dimaksudkan dengan buli mental? [2 markah] 2 Apakah kesan utama kepada pelajar sekiranya gejala buli tidak dibendung? [1 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 3 PERASAAN MANGSA BULI Tertekan (i) Takut (ii) Malu [2 markah] 4 Pembuli akan mengajak orang lain untuk membenci mangsa buli agar segala tindakan yang dilakukannya seakan-akan mendapat daripada pihak ketiga. [1 markah] 5 yang terdapat pada pelajar perempuan selalunya digunakan oleh rakan-rakannya untuk mentertawakannya. [1 markah] Kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. Pelajar akan ponteng sekolah. sokongan Kelemahan Audio CONTOH
112 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Petikan 2 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. 1 Mengapakah penulis melahirkan rasa kecewa di dalam petikan tersebut? [2 markah] 2 Siapakah yang tidak sepatutnya melepaskan peluang meneroka Gua Niah menurut penulis? [1 markah] Tentukan sama ada pernyataan di bawah betul atau salah dengan menandakan (✓) pada ruang yang disediakan berdasarkan petikan yang anda dengar. 3 Hanya sesetengah kenderaan yang boleh sampai ke Gua Niah. Betul Salah ✓ [1 markah] 4 Gua Niah sebenarnya merupakan kawasan perkuburan manusia pada masa lalu. Betul Salah ✓ [1 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 5 Berikut merupakan bahan-bahan sejarah yang dijumpai di Gua Niah: Fosil manusia Kayak kecil Lukisan batu [1 markah] Warga berhampiran belum pernah menjejakkan kaki di sini. Seseorang yang pertama kali. Audio CONTOH
113 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Petikan 3 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Kejohanan Negara 1 Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina 2 Sukan Asia 2018 Indonesia 3 Sukan Asia 2022 China [3 markah] Bulatkan jawapan yang paling tepat bagi soalan di bawah berdasarkan petikan yang anda dengar. 4 Mengapakah definisi sukan dikatakan telah berubah? A Terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan. B Permainan popular pada tahun 1998 sudah tidak lagi mendapat perhatian. C Sukan sudah tidak lagi berasaskan kemampuan pemain beradu fizikal semata-mata. D Malaysia akan gagal meningkatkan mutu sukan negara jika hanya bergantung pada sukan fizikal sahaja. 5 Bagaimanakah kerajaan menunjukkan sokongan kepada perkembangan e-sukan di Malaysia? A E-sukan dipertandingkan di SUKMA 2018. B Kerajaan sanggup mengubah definisi sukan di Malaysia. C Sukan popular sejak tahun 1998 sudah tidak dibangunkan lagi. D Kerajaan menambahkan jumlah atlet e-sukan di Sukan Asia 2022. [2 markah] Petikan 4 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Program Manfaat Clever Girl Malaysia Mendapatkan pengetahuan am 1 Explorace Menerapkan nilai kesabaran 2 Idola Kecil Pencarian bakat 3 Uji bakat TV3 Mencungkil bakat lakonan [3 markah] Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 4 Apakah fungsi utama rancangan realiti televisyen? [1 markah] 5 Apakah gelaran yang diberikan kepada insan yang telah berjasa dalam dunia lakonan dan nyanyian? [1 markah] Menghiburkan penonton Seniman Audio Audio CONTOH
114 BM Tingkatan 5 Penilaian Akhir Tahun Petikan 5 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Berikut merupakan ciri-ciri yang mungkin menjadi kelebihan kepada buah durian. Berdasarkan petikan yang anda dengar, tandakan betul (✓) atau salah (✗) pada ruang yang disediakan. Kelebihan durian (✓)/ (✗) 1 Rasa ✓ 2 Sifat/ Bentuk ✗ 3 Bau ✓ [3 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Durian terkenal kerana mengandungi (4) yang tinggi. Kandungan ini membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam badan. Durian yang kaya dengan (5) pula mampu membantu badan untuk membunuh jangkitan secara semula jadi. [2 markah] 6 Nilai eksport durian pada setiap tahun RM60 juta 7 Sasaran eksport durian RM400 juta [2 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT antioksidan zat besi Audio CONTOH
J1 Jawapan Bab 1 Praktis 1 Pendahuluan – Menurut kajian, 22 peratus (5.5 juta) pada kumpulan usia 15 tahun ke atas langsung tidak berminat dengan buku atau sebarang bahan bacaan. – Sebanyak 59 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia hanya membeli buku 2 hingga 3 kali sahaja dalam tempoh setahun. Isi 1 – Apa: Golongan dewasa selalunya memberi alasan kesibukan bekerja. – Bagaimana: Waktu bekerja yang panjang dan memenatkan. – Contoh/ Cara: Waktu bekerja yang tidak fleksibel dan melebihi 8 jam. – Dampak/ Kesan: Masyarakat mengabaikan amalan membaca dan mementingkan tidur untuk mendapatkan rehat. Isi 2 – Apa: Remaja terlalu asyik dengan permainan Internet. – Bagaimana: Lebih menyeronokkan dengan pelbagai animasi. – Contoh/ Cara: Permainan Mobile Legend yang diiktiraf sebagai permainan paling popular pada suatu ketika. – Dampak/ Kesan: Menyebabkan ketagihan yang teruk dalam kalangan remaja. Penutup – Kerajaan perlu menggiatkan lagi usaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan membaca terutamanya remaja sebelum nasi menjadi bubur. – Malaysia mampu menjadi negara membaca seiring harapan kerajaan. Praktis 2 Pendahuluan – Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak tahun 2013. Isi 1 – Apa: Mata pelajaran ini mampu membentuk semangat patriotisme dalam kalangan anak muda. – Bagaimana: Pendidikan berkaitan elemen kenegaraan akan membentuk nilai mulia ini. – Contoh/ Cara: Perbincangan aspek warisan negara bangsa yang mengangkat kisah kegemilangan Melaka suatu ketika dahulu. – Dampak/ Kesan: Membakar semangat anak muda untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Isi 2 – Apa: Murid dapat mengenali tokoh-tokoh perjuangan melalui mata pelajaran Sejarah. – Bagaimana: Murid diberikan peluang untuk mendalami kisah dan latar perjuangan setiap tokoh. – Contoh/ Cara: Murid mendalami keperitan penjajahan Jepun yang dirasai oleh datuk nenek terdahulu. – Dampak/ Kesan: Memberikan keinsafan kepada murid untuk lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Penutup – Memberikan keinsafan kepada murid untuk lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. – Semoga rakyat Malaysia lebih mendalami sejarah kerana mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Praktis 3 E-mel 1 Kata alu-aluan – Keluarga dalam keadaan sentiasa sihat dan ceria (menjawab pertanyaan rakan) Pendahuluan – Terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan. Hal ini sangat bergantung pada situasi dan kecenderungan setiap individu. Isi 1 – Apa: Membuat jadual belajar yang sesuai dengan minat. – Bagaimana: Mengulang kaji subjek yang paling kurang diminati pada waktu yang paling seronok untuk belajar. – Contoh/ Cara: Belajar subjek Bahasa Inggeris pada waktu malam kerana lebih tenang. – Dampak/ Kesan: Tidak berasa bosan dan cepat letih. Isi 2 – Apa: Mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan. – Bagaimana: Pastikan rakan belajar yang mampu membantu antara satu sama lain. – Contoh/ Cara: Belajar dengan rakan yang bijak mata pelajaran Matematik kerana saya lemah dalam subjek ini. CONTOH
J2 BM Tingkatan 5 Jawapan – Dampak/ Kesan: Selain dibantu di dalam kelas oleh guru, rakan ulang kaji juga dapat membantu ketika di luar kelas. Penutup – Perlu meletakkan semangat untuk berjaya dan tidak berputus asa. – Semoga awak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (mendoakan rakan dengan harapan). E-mel 2 Kata alu-aluan – Keluarga sihat dan kami dapat menikmati percutian yang menyeronokkan ketika di Pulau Langkawi (menjawab pertanyaan rakan) Pendahuluan – Pulau Langkawi merupakan sebuah kawasan pelancongan yang sangat menarik dan penuh sejarah. Isi 1 – Apa: Saya mencadangkan Makam Mahsuri untuk dilawati. – Bagaimana: Makam Mahsuri terletak lebih kurang 12 kilometer dari Pekan Kuah. – Contoh/ Cara: Terdapat teater tradisional dan rumah Kedah yang dibina semula. – Dampak/ Kesan: Dapat belajar tentang sejarah Mahsuri dan negeri Kedah. Isi 2 – Apa: Saya juga mencadangkan awak untuk mengunjungi Tasik Dayang Bunting. – Bagaimana: Terdapat pakej melawat tasik ini bersama lawatan pulau-pulau (Island Hopping). – Contoh/ Cara: Aktiviti mandi-manda dan berkayak di tasik ini sangat mengujakan. – Dampak/ Kesan: Dapat meluangkan masa bersama keluarga di tepi tasik yang penuh legenda. Penutup – Pulau Langkawi merupakan tempat paling sesuai untuk dilawati. – Semoga awak berpeluang melawati tempat yang indah ini kerana tak kenal maka tak cinta. Praktis 4 Kata alu-aluan – Saya merupakan salah seorang penduduk di Kampung Cermai Indah ingin membuat laporan dan mencadangkan penambahbaikan kepada tuan. Pendahuluan – Penduduk kampung telah mengalami beberapa siri kemalangan yang tidak berkesudahan. Isi 1 – Apa: Jalan raya yang berlopak dan dipenuhi air. – Bagaimana: Digunakan oleh lori bermuatan besar sebagai jalan pintas. – Contoh/ Cara: Lori membawa pasir dan tanah merah. – Dampak/ Kesan: Menyebabkan pemandu motosikal dan kereta mengalami kegagalan mengawal kenderaan selepas melanggar lopak yang terlalu dalam. Isi 2 – Apa: Membuat pembaikan jalan dengan segera. – Bagaimana: Menghalang lori-lori ini daripada masuk ke dalam kawasan kampung. – Contoh/ Cara: Memasang gawang penghalang pada pintu masuk kampung. – Dampak/ Kesan: Memastikan nyawa penduduk kampung lebih terjamin. Penutup – Mengambil tindakan dengan segera kerana malang tidak berbau. – Aduan dan cadangan ini diberi perhatian sewajarnya. Praktis 5 Pendahuluan – Penggunaan elektrik semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Isi 1 – Apa: Pengguna perlu mencabut plag alat elektrik jika tidak digunakan. – Bagaimana: Dapat membantu mengurangkan pengaliran arus elektrik semasa suis dimatikan. – Contoh/ Cara: Contohnya, plag penyaman udara yang menyumbang 15 peratus penggunaan elektrik di rumah. – Dampak/ Kesan: Boleh mengelakkan kebakaran akibat litar pintas di samping mengurangkan kadar bayaran bil elektrik. Isi 2 – Apa: Pengguna perlu bijak untuk membeli barangan yang jimat tenaga. – Bagaimana: Barangan elektrik sebegini lebih mesra tenaga dan kurang berbahaya. – Contoh/ Cara: Penggunaan peti ais yang mempunyai tahap cekap tenaga 5 bintang kerana peti ais menyumbang 25 peratus kos elektrik di rumah. – Dampak/ Kesan: Boleh berjimat dan mengurangkan penggunaan elektrik domestik. Penutup – Kita perlu bijak untuk menguruskan penggunaan elektrik di rumah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. – Semoga masyarakat lebih cakna terhadap penggunaan elektrik. CONTOH
J3 BM Tingkatan 5 Jawapan Bab 2 Praktis 1 Format: Rencana Pendahuluan – Nilai moral dalam masyarakat mampu menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam negara. – Malaysia yang terkenal dengan kemajmukan kaum amat memerlukan pengamalan nilai-nilai positif agar perpaduan sentiasa terpelihara. Isi 1 : Pemimpin menunjukkan nilai-nilai positif – Pemimpin sewajarnya mempromosikan perpaduan dalam pentadbiran sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. – Pemimpin mengelakkan diri daripada menyentuh isuisu sensitif yang mampu menggugat ikatan antara kaum. – Tindakan pemimpin yang menjadi idola akan diikuti oleh rakyat. Isi 2 : Sekolah menerapkan nilai murni dalam pendidikan formal – Pihak sekolah perlu melancarkan program-program yang berobjektif memupuk nilai moral dalam diri murid. – Guru-guru perlu menekankan aspek ini dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam. – Murid yang dibentuk akan menjadi ejen penyebaran nilai moral ke dalam institusi kemasyarakatan. Isi 3 : Ibu bapa membimbing anak-anak secara tidak formal di rumah – Ibu bapa merupakan insan paling rapat dengan anak-anak, maka ibu bapa merupakan elemen utama membentuk nilai moral yang akan ditunjukkan oleh anak-anak apabila dewasa kelak. – Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat dan sentiasa menegur setiap tingkah laku buruk bagi tujuan membetulkannya. – Dalam aspek perpaduan, ibu bapa haruslah membiasakan anak-anak dengan interaksi pelbagai kaum sejak kecil lagi. Penutup – Setiap pihak memainkan peranan penting dalam membentuk nilai moral dalam masyarakat. – Kita perlu mengamalkan semangat kekitaan kerana cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Praktis 2 Pendahuluan – Bidang kesusasteraan merupakan antara bidang yang kurang mendapat sambutan dalam kalangan remaja kini. – Biarpun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mendekatkan bidang ini di hati anak-anak muda namun usaha ini dilihat kurang berjaya. Isi 1 : Sikap ibu bapa – Kebanyakan ibu bapa kurang menggalakkan anakanak menceburi bidang ini kerana dianggap kurang menjanjikan kerjaya yang baik. – Penglibatan anak-anak di sekolah juga dihadkan kerana dianggap mengganggu fokus utama, iaitu peperiksaan. – Ibu bapa juga lebih cenderung memantapkan anakanak dengan kemahiran lain yang lebih bersifat pilihan majikan. Isi 2 : Mentaliti remaja – Kebanyakan remaja menganggap bidang ini merupakan milik mereka yang berbakat secara semula jadi sahaja. – Hal ini diburukkan lagi apabila remaja kini memandang remeh terhadap penguasaan bahasa Melayu yang diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. – Remaja yang kurang berminat untuk membaca karyakarya sastera membuatkan mereka semakin jauh dengan keindahan sastera apatah lagi menceburinya. Isi 3 : Kurang penganjuran – Biarpun kerajaan telah menjalankan beberapa inisiatif memperkenalkan sastera kepada remaja namun inisiatif itu masih bersifat ‘setempat’, iaitu tidak menyeluruh. – Kempen-kempen dan aktiviti yang dijalankan kurang mendapat sambutan malah tiada penambahbaikan terhadap penganjuran yang kurang berjaya sebelum ini. – Sikap sesetengah badan bukan kerajaan juga memburukkan keadaan apabila pertandingan bidang sains dan teknologi lebih banyak dianjurkan berbanding pertandingan dalam bidang sastera. Penutup – Semua pihak perlu berusaha mempopularkan bidang sastera di Malaysia kerana bidang ini mempunyai nilainya tersendiri. – Biar mati anak, jangan mati adat. Praktis 3 Pendahuluan – Malaysia pernah bergelar sebagai negara pertanian suatu ketika dahulu sebelum diiktiraf sebagai sebuah negara membangun hasil pembangunan dalam bidang perindustrian. – Namun setelah sekian lama, dasar yang diperkenalkan oleh pemimpin mula berbalik kepada pembangunan aspek pertanian akibat kesan kebergantungan negara pada import barangan makanan dari luar seperti padi. Isi 1 : Risiko yang tinggi – Kebanyakan belia tidak mahu menceburi bidang ini kerana risiko yang perlu ditanggung adalah tinggi. – Berdasarkan pengalaman, kebanyakan belia yang menceburi bidang ini tidak mampu bertahan lebih daripada 5 tahun akibat bidang ini terlalu bergantung pada faktor luar seperti cuaca dan penyebaran penyakit. – Hal ini diburukkan lagi apabila terdapat sesetengah syarikat yang memonopoli pasaran sehinggakan menggentarkan belia menceburi bidang pertanian. Isi 2 : Kurang ilmu dan dana – Kebanyakan remaja kini kurang mendapat pendedahan berkaitan ilmu dalam bidang pertanian. – Sesetengah kursus yang ditawarkan oleh badan bukan kerajaan tidak bersesuaian dengan masa para belia yang perlu bertungkus lumus bekerja setelah menamatkan pembelajaran akibat dibelenggu hutang. – Bagi belia yang kurang berkemampuan pula, impian mereka menceburi bidang ini terbantut akibat kos yang agak tinggi memandangkan mereka terpaksa bermula dari bawah. CONTOH
J4 BM Tingkatan 5 Jawapan Isi 3 : Kurang menjanjikan kerjaya – Bagi murid yang kini berada di sekolah, mentaliti bahawa bidang ini hanya untuk mereka yang mendapat gred rendah di sekolah sudah sebati di dalam diri mereka. – Bagi murid, mereka lebih suka hidup ‘makan gaji’ yang lebih menjanjikan banyak kelebihan. – Mentaliti sebegini telah diterap di rumah oleh ibu bapa. Penutup – Tanpa usaha semua pihak, bidang pertanian akan semakin lumpuh dan dilupakan. – Sampai masa, negara kita akan kekurangan pelapis dalam bidang ini dan kita terpaksa bergantung sepenuhnya pada import dari negara luar. Praktis 4 Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan – Bertanya khabar kepada rakan. – Mendoakan rakan sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Isi 1 : Memberikan motivasi – Berharap rakan sentiasa reda dengan ketentuan Tuhan. – Sentiasa melihat dari aspek positif dan tidak putus semangat. – Memberitahu rakan bahawa dia memotivasikan diri anda kerana tabah menghadapi dugaan. Isi 2 : Bantuan kewangan – Menyatakan hasrat untuk memberikan bantuan kewangan. – Meminta rakan mencadangkan kaedah menyampaikan bantuan kewangan yang memudahkannya. – Memaklumkan bahawa anda dan rakan-rakan yang lain telah membuat kutipan di sekolah dan berharap dapat membantu serba sedikit keperluan ketika berada di petempatan sementara mangsa banjir. Isi 3 : Bantuan buku – Akibat banjir, rakan anda banyak terlepas pembelajaran di sekolah. Maka, anda ingin berkongsi nota-nota pembelajaran. – Nota-nota anda akan dihantar melalui pos apabila banjir reda kelak. – Berharap supaya bantuan anda mampu mengurangkan bebanan. Penutup – Mendoakan rakan anda sentiasa di bawah lindungan Tuhan. – Meminta rakan untuk membalas surat anda apabila banjir telah reda. Praktis 5 Format Syarahan Pendahuluan – Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai banyak tempat menarik sehinggakan banyak kawasan bersejarah di Malaysia diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. – Terdapat banyak kepentingan memelihara bangunan warisan. Isi 1 : Meningkatkan kefahaman sejarah – Bangunan bersejarah banyak menyimpan khazanah yang boleh dijadikan tatapan untuk generasi akan datang. – Hal ini bagi memastikan generasi muda tidak mengulangi kesilapan nenek moyang suatu ketika dahulu. – Malah semangat berjuang juga dapat diwariskan melalui tinggalan bangunan warisan. Isi 2 : Mengekalkan kesenian – Bangunan-bangunan warisan selalunya mempunyai seni ukiran yang cantik dan menarik. – Contohnya, bangunan-bangunan lama yang menerapkan seni dari luar negara seperti Portugis dan British. – Seni sebegini akan memperkaya nilai sejarah kita yang pelbagai terutamanya dari aspek seni ukiran dan bentuk bangunan. Isi 3 : Menarik pelancong dari luar – Monumen-monumen yang dipelihara di Malaysia mampu menarik minat pelancong luar. – Terdapat pelancong yang datang ke Malaysia hanya untuk menjalankan kajian berkaitan bangunanbangunan warisan yang kita pelihara. – Pelancong tertarik dengan latar belakang sesebuah bangunan dalam pelbagai aspek terutamanya sejarah bangunan tersebut. Penutup – Semua pihak haruslah memainkan peranan untuk menyokong usaha kerajaan memelihara bangunan warisan. – Kita perlu melahirkan rasa sayang terhadap warisan ini kerana tak kenal maka tak cinta. Praktis 6 Format : Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan – Memperkenalkan latar belakang guru yang dicadangkan. Isi 1 : Jasa guru kepada murid – Guru melatih murid untuk pertandingan. – Guru memberikan motivasi kepada murid untuk bersaing dalam sesuatu pertandingan. Isi 2 : Komitmen guru kepada sekolah – Seorang guru yang komited dalam tugas yang dilaksanakan sebagai guru kelas. – Malah, guru ini juga mempunyai pelbagai kemahiran hingga boleh menjadi suri teladan kepada anak murid. Isi 3 : Kejayaan guru di luar bidang perguruan – Ceritakan kejayaan guru dalam bidang lain seperti sukan. – Kongsikan kebolehan guru dalam bidang seni ukiran dan suara. Penutup – Sesungguhnya, guru yang dicadangkan merupakan adiwira setiap murid di sekolah. – Dengan pencalonan ini, semua murid di seluruh Malaysia berpeluang untuk mengetahui kualiti seorang guru adiwira yang sebenar. CONTOH
J5 BM Tingkatan 5 Jawapan Praktis 7 Pendahuluan – Malaysia pernah terkenal dengan penganjuran perlumbaan Formula One (F1) suatu ketika dahulu. – Malaysia juga sering membida hak penganjuran kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang lain. – Terdapat banyak manfaat penganjuran temasya sukan antarabangsa kepada masyarakat dan negara. Isi 1 : Menarik pelancong ke dalam negara – Peminat-peminat sukan akan berkunjung ke negara sepanjang tempoh temasya sukan dijalankan. – Lokasi-lokasi pertandingan akan dibanjiri pelancong luar yang datang untuk menyokong pasukan masingmasing. – Kita dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong luar. Isi 2 : Meningkatkan ekonomi negara – Atlet dan penyokong yang bertandang sepanjang tempoh kejohanan akan meningkatkan ekonomi negara. – Jualan-jualan di lokasi pertandingan juga akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat. – Industri perkhidmatan seperti perhotelan dan pengangkutan juga akan mendapat manfaat melalui penganjuran sukan antarabangsa ini. Isi 3 : Meningkatkan semangat patriotisme rakyat – Membangkitkan semangat juang atlet dan penyokong di Malaysia. – Memberi peluang kepada penyokong untuk memberi semangat secara dekat berbanding hanya menonton di dalam televisyen sahaja. – Membentuk perpaduan kaum melalui sukan. Penutup – Banyak manfaat penganjuran sukan antarabangsa kepada masyarakat dan negara. – Usaha ini boleh diibaratkan seperti serampang dua mata. Praktis 8 Format : Laporan Pendahuluan – Persatuan Sejarah telah merancang lawatan ke Putrajaya sempena Hari Kebangsaan sejak tahun lepas. – Kutipan wang dibuat daripada murid sebagai tambahan kepada jumlah tajaan yang diperoleh. – Seramai 40 orang murid dan 3 orang guru terlibat dengan lawatan ini. Isi 1 : Berkumpul di sekolah – Berkumpul di sekolah pada pukul 6:30 pagi. – Guru mengambil kedatangan dan mengatur tempat duduk murid. – Guru memberi taklimat ringkas tentang perjalanan yang akan mengambil masa sejam. Isi 2 : Aktiviti di Putrajaya – Murid dibawa untuk bersarapan sebelum mengambil tempat di kawasan yang telah disediakan oleh penganjur. – Murid mengambil tempat di kawasan yang disediakan dan diberi sedikit taklimat berkaitan keselamatan sepanjang perarakan berjalan. – Murid sibuk mengambil gambar sepanjang perarakan. Isi 3 : Perjalanan pulang – Perarakan tamat pada pukul 11:30 pagi. – Murid dibawa ke kawasan medan selera di Putrajaya untuk makan tengah hari. – Perjalanan pulang bermula setelah semua murid selesai bersolat di Masjid Putrajaya. Penutup – Banyak manfaat yang diperoleh murid hasil daripada lawatan ini. – Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Praktis 9 Format : Temu ramah Pendahuluan Soalan – Latar belakang pengarah/ pengalaman/ kejayaan Jawapan – Ceritakan pengalaman semasa di sekolah dan universiti sehingga meminati bidang perfileman. – Nyatakan kejayaan dalam bidang perfileman. Isi 1 : Filem menyampaikan mesej positif Soalan Sejauh manakah filem dapat menyampaikan mesej positif kepada masyarakat? Jawapan – Melalui watak-watak yang menarik dan pesanan yang disampaikan secara bersahaja oleh watak. – Pelakon-pelakon yang dipilih dalam sesebuah filem juga mestilah tepat dengan tema yang ingin diangkat oleh pengarah. Isi 2 : Nilai kemasyarakatan yang ditonjolkan dalam filem Soalan Bagaimanakah sesebuah filem menerapkan nilai? Jawapan – Kadangkala seseorang pengarah cuba menyampaikan nilai positif secara `ringan’ kepada penonton. – Contohnya, melalui latar tempat, masyarakat, dan masa yang ditunjukkan dalam filem. Isi 3 : Motivasi untuk menghasilkan filem terbaik Soalan Apakah filem yang boleh dijadikan contoh yang terbaik? Jawapan – Banyak filem kini kurang meletakkan nilai sebagai fokus utama. Filem-filem kini memerlukan penonton mentakrif secara mendalam untuk mengetahui nilai yang diangkat. – Filem-filem lama seperti karya Tan Sri P. Ramlee boleh dijadikan panduan bagi membuktikan bahawa filem sememangnya mampu mendidik masyarakat. Penutup Soalan Mengucapkan terima kasih dan memberikan peluang kepada ahli panel untuk memberikan nasihat. CONTOH
J6 BM Tingkatan 5 Jawapan Jawapan – Pengarah-pengarah muda seharusnya menghasilkan filem yang lebih bersifat mendidik masyarakat dan tidak mengejar populariti semata-mata. – Karya-karya yang bernilai tinggi akan diangkat oleh masyarakat. Praktis 10 Format : Perbahasan Pendahuluan – Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada suatu ketika dahulu. – Kini, bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang kepada pembentukan bangsa Malaysia. – Namun begitu, bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya generasi muda. Isi 1 : Pengaruh filem – Filem-filem kini banyak menggunakan bahasa rojak sebagai daya penarik. – Tanpa disedari, generasi muda akan terpengaruh dengan gaya pertuturan pelakon-pelakon terkenal dalam filem. – Remaja akan mula menggunakan bahasa rojak tersebut dalam perbualan sehingga menjadi budaya. Isi 2 : Istilah-istilah yang terdapat dalam sesetengah bidang – Terdapat sesetengah istilah yang lebih ‘mesra’ didengar dalam bahasa Inggeris terutamanya dalam bidang tertentu. – Penggunaan yang kerap akan membuatkan masyarakat menerima istilah tersebut dalam pertuturan harian. – Contohnya, istilah `stake holder’ yang sebenarnya mempunyai istilah bahasa Melayu tersendiri, iaitu pemegang taruh, namun jarang digunakan. Isi 3 : Sistem pendidikan yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu – Bahasa Melayu di sekolah hanya dikenali sebagai mata pelajaran wajib lulus semata-mata. – Murid tidak menghayati bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang penting untuk dipelihara. – Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) perlu diperkukuh agar murid mampu menjadi ejen penyebaran kesedaran terhadap kepentingan memelihara bahasa Melayu kepada masyarakat. Penutup – Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memantapkan bahasa Melayu yang merupakan khazanah yang perlu kita pelihara. – Bahasa menunjukkan bangsa. Praktis 11 Pendahuluan – Budi yang ditabur kepada orang lain dibalas dengan pahala yang berterusan olah Tuhan. – Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Isi 1 : Ibu bapa – Menyediakan keperluan ibu bapa pada saat mereka sudah tua. – Tidak menyakiti hati mereka dengan sentiasa menerima nasihat mereka. – Mampu menjadi contoh kepada anak-anak untuk sentiasa menghargai warga tua. Isi 2 : Masyarakat – Memberikan idea dan tenaga kepada masyarakat melalui khidmat komuniti. – Terlibat secara langsung dalam aktiviti masyarakat. – Tidak bersikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Isi 3 : Negara – Menyertai pasukan pertahanan negara bagi mempertahankan sempadan negara. – Menjadi belia yang mampu memberikan sokongan kepada perubahan positif yang dibawa oleh pemimpin. – Sentiasa berusaha mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang. Penutup – Setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk menabur budi. – “Usah ditanya apa yang negara dapat berikan kepadamu, tetapi tanyalah apa yang dapat kamu berikan kepada negara.” Praktis 12 Pendahuluan – Berasal daripada keluarga yang serba kekurangan. – Bertekad untuk berjaya setelah melihat penat lelah ayah mengerjakan sawah untuk mencari sesuap nasi. Isi 1 : Sekolah – Telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan. – Menonjol dalam mata pelajaran Perniagaan. – Selalu membantu ibu berniaga di tepi jalan dan merasai kesusahan. Isi 2 : Universiti – Melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan. – Telah menyimpan hasrat menguruskan syarikat sendiri. – Mencari pengalaman dengan bekerja sambil belajar. Isi 3 : Kerjaya – Pernah mengalami kerugian akibat produk yang kurang mendapat sambutan. – Berguru dengan usahawan yang lebih berpengalaman dan sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan. – Kini berjaya dan bercita-cita ingin mencari pelapis untuk dibantu. Penutup – Kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. – Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Praktis 13 Pendahuluan – Hari Sukan Negara merupakan salah satu inisiatif kerajaan membentuk budaya bersukan dalam diri masyarakat. CONTOH
J7 BM Tingkatan 5 Jawapan – Dengan tujuan yang sama pihak sekolah SMK Jalan Paya telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. – Banyak aktiviti sukan dalaman dan luaran dipertandingkan bagi memastikan semua murid turut serta dalam sambutan ini. Isi 1 : Persiapan – Padang sekolah telah dicat semula dengan garisan yang baharu untuk pertandingan bola sepak dan futsal wanita. – Tiang gol juga telah dipasang dengan jaring yang baharu. – Beberapa khemah besar dipasang di luar dewan untuk pertandingan sukan dalaman seperti congkak, catur, dan batu seremban. Isi 2 : Pertandingan – Pada awal pagi, semua guru dan murid berkumpul untuk sesi regangan. Seorang guru sukan memimpin senaman regangan. – Perasmian oleh pengetua dan bermula acara berjalan 1000 langkah mengelilingi kawasan Taman Semarak. Mengambil masa hampir 30 minit. Semua kelihatan sangat gembira. – Murid dan guru berpecah untuk mengambil bahagian dalam setiap acara yang didaftarkan. Terdapat acara yang turut disertai oleh para ibu bapa. Isi 3 : Penutup – Semua murid berkumpul di dewan sekolah. – Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua dan wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). – Semua bergambar dengan hadiah yang dimenangi. Penutup – Terdapat banyak kebaikan yang diperoleh daripada penganjuran sukan peringkat sekolah sebegini. – Berharap supaya sambutan ini terus dianjurkan pada tahun hadapan dengan lebih kemeriahan. Bab 3 Soalan 1 - Morfologi Praktis 1 Kata kerja transitif merentasi, mempunyai/ menjadikan/ memiliki/ menyambungkan Kata sendi nama di, dari/ dengan/ kepada/ hingga Ayat: (i) Farid perlu merentasi jalan yang penuh dengan lalang sebelum dapat sampai ke kebun sayurnya. (ii) Kabus yang tebal itu menjadikan penglihatannya kurang jelas. (iii) Persembahan wayang kulit itu dikagumi oleh pelancong asing dari Kanada itu. (iv) Askar-askar berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Praktis 2 Kata hubung atau, yang/ semasa/ ketika/ meskipun Kata adjektif merah darah, merah/ buruk Ayat: (i) Laiman masih tidak dapat membuat keputusan sama ada hendak memilih jurusan Diploma Pengajian Perniagaan atau Diploma Pengajian Perbankan. (ii) Meskipun Azrin tidak berkelulusan tinggi, dia berjaya juga menjawat jawatan tinggi. (iii) Rambutan di kebun buah-buahan datuk yang masak ranum itu berwarna merah darah. (iv) Puan Aida pengsan sejurus menerima berita buruk bahawa anaknya mengalami kemalangan jalan raya semalam. Praktis 3 Kata Kerja Berapitan mengamalkan, menghabiskan, menggunakan, dijalankan/ memperuntukkan/ menggambarkan/ dihabiskan/ menyebabkan Ayat: (i) Azura menghabiskan masa lapangnya dengan berkebun di tanah kosong di belakang rumahnya. (ii) Kejayaan yang diperoleh Aiman dalam perniagaan yang dijalankannya menjadi contoh kepada pemudapemuda di kampungnya. (iii) Sebagai ibu dan ayah, mereka seharusnya mengamalkan budaya membaca di rumah agar dicontohi dan diikuti oleh anak-anak mereka. (iv) Pengambilan makanan segera yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti. Praktis 4 Kata ganda Kata majmuk sayur-sayuran, kira-kira/ lelaki luar biasa, kerjasama/ berat tangan Ayat: (i) Sayur-sayuran yang dijual oleh Ravi segar belaka. (ii) Kami tiba di rumah datuk dan nenek kira-kira pada pukul 5:00 petang kerana jalan raya agak sesak. (iii) Pasukan bomba itu melakukan tindakan luar biasa apabila berjaya menyelamatkan seorang kanakkanak yang hampir lemas di sungai itu. (iv) Pengetua meminta kerjasama daripada semua guru untuk mengawal disiplin murid sepanjang program dijalankan. atau – Di belakang seorang lelaki yang berjaya, berdirinya seorang perempuan yang sentiasa menyokong. – Sikap berat tangan Jamil menyebabkan rumahnya bersepah kerana jarang dibersihkan. CONTOH
J8 BM Tingkatan 5 Jawapan Praktis 5 Kata bantu Kata bilangan masih, perlu banyak, tiga/ pertama/ kedua Ayat: (i) Zuraida masih tidak dapat menyesuaikan diri meskipun sudah tiga bulan berpindah ke rumah baharu. (ii) Kita perlu sentiasa berwaspada agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. (iii) Kaisah tidak menyangka bahawa dia akan memperoleh tempat pertama dalam pertandingan mencipta slogan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolahnya. (iv) Ayah membawa pulang tiga biji durian kampung yang dikutipnya dari dusun datuk pada pagi tadi. Soalan 2 - Sintaksis Praktis 1 (i) Sangat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar pemakanan sihat. (ii) Mampu membekalkan tenaga kepada kanak-kanak pemakanan sihat. (iii) Juga dapat membendung masalah obesiti dari awal sebelum meningkat dewasa pemakanan sihat. Praktis 2 (i) Orang ramai cuba kami galakkan supaya menjaga tingkah laku. (ii) Sampah-sampah tersebut disepahkan oleh monyet. (iii) Tiada orang yang membuang sampah sarap saya lihat. Praktis 3 (i) FN + FK (ii) FN + FN (iii) FN + FA Praktis 4 (i) Subjek : Pemilik Istana Kellie ini Predikat: ialah seorang peladang getah berbangsa Scottish (ii) Subjek : William Predikat: datang ke Tanah Melayu bagi mengintai peluang dalam bidang perniagaan (iii) Subjek : Bahan binaan serta tenaga kerja yang diperlukan Predikat: turut dibawa dari India Praktis 5 Farizul ingin mengetahui waktu Adi Raimie mula berkecimpung dalam sukan lumba basikal. Adi Raimie memberitahu bahawa dia mula melibatkan diri dalam sukan lumba basikal semasa berusia 14 tahun. Minat itu bermula dengan dorongan daripada ayah yang ingin melihatnya melakukan sesuatu yang cukup signifikan dalam hidupnya. Farizul ingin tahu perasaan Adi Raimie ketika pertama kali mewakili negara. Adi Raimie menjawab bahawa dia berasa bangga sekali. Farizul mahu Adi Raimie berkongsi rutin latihan hariannya. Adi Raimie memberitahu bahawa pada setiap hari dia akan melakukan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Soalan 3 - Penyuntingan Praktis 1 Bahan 1 Kesalahan Pembetulan di pada nipis rendah pengupahan mengupah konvasional konvensional ubahsuai ubah suai lain-lain kos kos-kos lain Bahan 2 Kesalahan Pembetulan paling penting sekali paling penting/ penting sekali agar supaya agar/ supaya Oleh kerana itu Oleh sebab itu Petampilan Penampilan di dalam dalam Praktis 2 Kesalahan Pembetulan setengah sesetengah bukan tidak pemotoran permotoran di pada 1980an 1980-an mengimbas mengimbau keluasan berkeluasan selekuh selekoh para-para pelumba para pelumba sehingga ke sehingga menjadikannya menjadikan litar ini sebatang sebuah CONTOH terbaik sekali terbaik
J9 BM Tingkatan 5 Jawapan Praktis 3 Bahan 1 Kesalahan Pembetulan menjalankan menjalani mempantau memantau turunan penurunan sekaligus sekali gus jika sekiranya jika/ sekiranya daripada dari Bahan 2 Kesalahan Pembetulan penaikan peningkatan di antara antara mengabungkan menggabungkan kedua-dua organisasiorganisasi kedua-dua organisasi di anggap dianggap Praktis 4 Bahan 1 Kesalahan Pembetulan berbagai berbagai-bagai/ pelbagai ting-ting tingting masa kosong masa lapang/ masa senggang menunjukan menunjukkan sikit sedikit dari daripada Bahan 2 Kesalahan Pembetulan Banyak bukti-bukti Banyak bukti menghasil menghasilkan inter-aksi interaksi pada kepada penguna pengguna Praktis 5 Kesalahan Pembetulan antonim sinonim berapa beberapa belakang sebaliknya kursusnya khususnya pada kepada kecantikkan kecantikan kahsiat khasiat anti-septik antiseptik di pada daripada dari prodak produk Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard Praktis 1 Setelah hari malam, Awi Dicu pun sampailah. Bendahara Paduka Raja menyuruh pengikutnya mengikat puntung api pada semua pokok bakau dan nyirih serta tumpu api-api itu. Setelah dipandang oleh orang Siam api tidak terkira banyaknya, lalu hulubalang Siam berkata, “Kelengkapan perahu Melaka terlalu banyak. Jika mereka menyerang apakah nasib kita?” Praktis 2 Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi besar, penduduk negeri itu berpecah belah, separuh daripada mereka menyokong Paduka Raja manakala separuh lagi menyokong Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya merupakan keturunan yang mempunyai kedudukan di istana. Seri Nara Diraja tidak bersepakat dengan Paduka Raja dan mereka selalu bermusuhan. Beberapa kali juga sering kelihatan, Paduka Raja di kampung Seri Nara Diraja. Praktis 3 Sesudah habis idah, Seri Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja semakin utuh seperti saudara rapat. Seri Nara Diraja menghadap Sultan Muzaffar Syah lalu bersembah, “Tuanku, sebaik-baiknya Paduka Raja dilantik menjadi bendahara kerana Paduka Raja berketurunan bendahara.” Praktis 4 Seri Bija Diraja dan semua hulubalang dititahkan baginda untuk mengiringi Bendahara Paduka Raja. Seri Bija Diraja berbangsa Melayu, namanya Tun Hamzah, berasal dari Muntah Lembu. Beliau digelar sebagai Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, beliau akan membongkok. Oleh sebab sangat gagah dan berani, beliau dilantik sebagai ketua hulubalang. Praktis 5 Bendahara Paduka Raja seorang yang bijaksana kerana ketika itu terdapat tiga buah negeri yang sama besar, pertama Majapahit; kedua Pasai; ketiga Melaka. Di dalam tiga buah negeri itu, terdapat tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja yang menjadi penghulu bendahari. CONTOH
J10 BM Tingkatan 5 Jawapan Soalan 5 - Peribahasa Praktis 1 (i) Umpama orang mengantuk disorongkan bantal (ii) Itik mendapat air Praktis 2 (i) sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu (ii) tulang belakang Praktis 3 (i) Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan (ii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni/ Bagai isi dengan kuku Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ Bagai aur dengan tebing Praktis 4 (i) Mencurah air ke daun keladi/ Keras kepala (ii) Bagai menatang minyak yang penuh (iii) Nasi sudah menjadi bubur/ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Praktis 5 (i) Burung terbang dipipiskan lada (ii) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Praktis 6 (i) Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu padu dan bertolak ansur kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (ii) Sonia mula menabung untuk masa hadapannya kerana bagi Sonia sehari selembar benang, lamalama menjadi kain. Bab 4 Soalan 6 - Petikan Umum Praktis 1 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa memudaratkan kesihatan ialah membahayakan keadaan tubuh. (ii) Merujuk Bahan 1, antara kepentingan pemakanan sihat ialah dapat mengawal berat badan dan mengurangkan kadar indeks jisim tubuh kanakkanak. Merujuk Bahan 2, pemakanan yang sihat membantu perkembangan mental kanak-kanak serta membolehkan kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran serta kecerdikan. (iii) Pada pendapat saya, antara faktor yang menyebabkan masyarakat tidak prihatin dan memandang remeh penjagaan kesihatan yang baik ialah mereka sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Selain itu, kebanyakan orang menganggap sukan merupakan aktiviti yang membuang masa. Akhir sekali, masyarakat lebih gemar melapangkan minda dengan hiburan seperti melepak, menonton wayang, dan karaoke. (iv) Peranan saya untuk memastikan anak saya terhindar daripada masalah obesiti ialah saya akan menyediakan hidangan sihat kepada anak serta menerangkan manfaat dan khasiat di sebalik makanan yang dihidangkan. Selain itu, saya juga akan menunjukkan contoh baik ketika menikmati hidangan bersama anak bagi membiasakannya dengan makanan lengkap dan berkhasiat. Akhir sekali, saya akan mengurangkan pengambilan makanan segera dalam diet harian kerana makanan ini mengandungi kadar garam dan lemak yang tinggi yang menyumbang kepada masalah obesiti. Praktis 2 (i) Berdasarkan Bahan 1, frasa mempunyai potensi bermaksud berkemampuan/ berkebolehan/ berkeupayaan untuk berkembang maju. (ii) Antara persamaan kebaikan e-dompet ialah aplikasi e-dompet lebih mudah, lebih laju, dan lebih selesa. Tambahan pula, pengguna e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian kerana setiap transaksi akan direkodkan. Akhir sekali, banyak peluang untuk mendapat pulangan wang, diskaun, mata ganjaran, dan ganjaran wang tunai. (iii) Pada pendapat saya, rakyat negara ini masih takut untuk menggunakan e-dompet kerana mereka mempunyai kebimbangan tentang kemungkinan kehilangan transaksi ketika menggunakan perkhidmatan pembayaran digital itu. Ada pula ragu-ragu apabila menggunakan e-dompet kerana risau telefon pintar mungkin dicuri untuk membuat sebarang pembayaran. Selain itu, mereka juga bimbang maklumat perbankan mereka mungkin dibocorkan kepada pihak ketiga. (iv) Saya akan menggunakan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan persekolahan lain seperti membeli buku-buku rujukan dan membayar yuran kelas bimbingan luar. Selain itu, saya akan menggunakan wang tersebut untuk mengakses Internet bagi mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Akhir sekali, saya akan membelanja ibu bapa makan sebagai membalas jasa mereka. Praktis 3 (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata modal insan ialah tenaga kerja/ sekelompok orang yang bekerja atau memenuhi syarat untuk bekerja dalam sebuah organisasi. CONTOH
J11 BM Tingkatan 5 Jawapan (ii) Berdasarkan Bahan 1, usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menempatkan Murid Berkeperluan Khas dalam bidang pekerjaan selepas tamat pendidikan sekolah menengah ialah mewujudkan Program Transisi ke Kerjaya dan menyediakan peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran yang spesifik di pelbagai institusi pendidikan. Berdasarkan Bahan 2, Murid Berkeperluan Khas yang tamat sekolah menengah diberi fasa latihan sehingga mereka mendapat pekerjaan dan membina lima Pusat Latihan Berdikari (Independent Learning Centre) khususnya bagi program Sindrom Down serta menubuhkan dua Bengkel Terlindung. (iii) Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Seterusnya, menyediakan kemudahan khusus seperti penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan, serta ruang awam. Akhir sekali, meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat. (iv) Antara cadangan yang boleh saya berikan kepadanya ialah saya akan menasihatinya agar bersedia sebelum menghadiri temu duga kerja. Selain itu, saya juga akan mendorongnya untuk berfikir secara kompetitif dan membuang perasaan rendah diri. Saya juga akan menasihatinya agar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan kebolehpasarannya seperti meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Soalan 7 - Petikan Sastera Praktis 1 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud perintah syarak ialah tuntutan/ arahan agama. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, sifat-sifat baik yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian ialah berfikir sebelum berkata-kata. Selain itu, jangan mencari musuh dan bijak memilih sahabat. Seterusnya sentiasa merendah diri dan bersyukur. (iii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang ialah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, dan menghormati orang lain. Selain itu, ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sikap positif di depan anakanak supaya anak-anak akan mengikut perlakuan dan sikap ibu bapa. Seterusnya, melibatkan diri dalam pelbagai kursus yang boleh memberikan pendedahan tentang sikap-sikap dan amalan baik dalam hidup bermasyarakat agar tidak mudah terlibat dalam gejala tidak sihat. (iv) Sebagai rakan yang prihatin, saya akan membantu rakan mengubah sikapnya dengan menasihatinya supaya menjaga pertuturannya. Selain itu, saya akan mengajak dia menyertai aktiviti keagamaan seperti menghadiri ceramah agama. Seterusnya, saya akan meminta ibu bapanya memberikan nasihat kepadanya. Akhir sekali, saya akan memberikan pujian/ ganjaran sekiranya dia berubah sikap. Praktis 2 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud tumpahnya darahku ialah tempat lahir. (ii) Berdasarkan setiap bahan, nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan harian ialah taat setia kepada pemerintah. Selain itu, nilai bersatu padu. Seterusnya, nilai bertanggungjawab serta tingkah laku yang sopan dan mengikut undang-undang. (iii) Pada pendapat saya, kita perlu menghormati raja dan sultan yang memerintah negara kita kerana raja merupakan pentadbir negara yang membuat keputusan untuk kebaikan rakyat. Selain itu, raja dan sultan dapat mentadbir negara dengan berkesan jika kita menghormati raja dan sultan. Dengan itu, kita dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. – untuk mengukuhkan imej dan pandangan yang baik dari negara luar – dituntut dalam Islam menghormati pemimpin yang tidak melanggar peraturan Islam (iv) Antara cara yang akan saya lakukan untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku dengan rakan-rakan ialah sentiasa menyiasat sesuatu khabar berita. Selain itu, saya akan bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan berbincang dengan baik-baik. Akhir sekali, saya akan menggunakan orang tengah sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan. – meminta maaf sekiranya bersalah Praktis 3 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud tercalar duri pidana ialah terjerumus ke lembah kejahatan. (ii) Berdasarkan setiap bahan, pesanan yang boleh dijadikan pedoman ialah manusia perlu menyedari kesalahan dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan. Selain itu, manusia perlu memohon ampun kepada Tuhan atas segala dosa dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh Tuhan. Seterusnya, manusia perlu segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu. (iii) Pada pendapat saya, kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bertaubat kerana ajal tidak mengira usia. Selain itu, kita perlu sentiasa menginsafi diri dan bertaubat supaya kita bersedia untuk meninggalkan dunia. Akhir sekali, kita perlu berbuat demikian supaya amalan kita diterima oleh Tuhan. – supaya kita sentiasa mendapat pahala bertaubat CONTOH
J12 BM Tingkatan 5 Jawapan (iv) Sebagai seorang rakan yang penyayang, saya akan membantu rakan saya yang telah insaf akan kesalahannya dengan memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya. Selain itu, saya akan membantunya mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor jika dia masih memerlukan bimbingan dan nasihat daripada pakar. Akhir sekali, saya akan melupakan segala kesilapannya yang lalu dan akan mengajak rakan saya membuat kebajikan seperti membantu orang susah dan miskin. Praktis 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud piala remajamu ialah harga diri/ maruah seseorang anak muda. (ii) Berdasarkan Bahan 1, harapan penyajak kepada anak gadisnya ialah pandai menjaga diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak juga berharap agar anak gadisnya itu tidak pulang dengan kesedihan dan kekecewaan. Berdasarkan Bahan 3, harapan penyajak kepada anaknya ialah memelihara iman dan menjaga ibadah serta menjaga diri agar tidak terlena dengan kehidupan dunia. (iii) Pada pendapat saya, remaja mudah terjebak dengan gejala negatif kerana mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Selain itu, kurangnya didikan agama juga menyebabkan remaja mudah terjebak dengan gejala negatif. Akhir sekali, mereka juga mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. – faktor penerimaan dalam kumpulan rakan sebaya – memberontak – kurang kasih sayang (iv) Antara peranan yang akan saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif ialah mendalami ilmu agama. Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan baik berpandukan jadual waktu yang disediakan. Seterusnya, saya akan mempelbagaikan hobi berfaedah seperti bersukan dan beriadah. Akhir sekali, saya akan mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan yang bersikap negatif. – mendengar nasihat ibu bapa dan guru Praktis 5 (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud benih keinsafan ialah terbit penyesalan/ dikurniakan kesedaran. (ii) Berdasarkan Bahan 2, cara anak membalas jasa ibu bapa ialah menjaga mereka ketika mereka sudah tua/ sakit. Berdasarkan Bahan 3, anak hendaklah mendengar arahan/ nasihat ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu bapa. (iii) Pada pendapat saya, anak-anak muda sekarang mudah mengingkari nasihat yang diberikan oleh ibu bapa kerana mereka memberontak akibat kekurangan perhatian/ kasih sayang daripada ibu bapa. Selain itu, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Didikan agama yang kurang sempurna juga antara sebab yang menyebabkan anak-anak muda mengingkari nasihat ibu bapa. – perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu (iv) Antara peranan yang akan saya mainkan untuk menasihati rakan-rakan supaya tidak tergolong sebagai anak-anak yang melupakan jasa ibu bapa ialah saya akan mengingatkan rakan bahawa melupakan jasa ibu bapa merupakan dosa besar. Selain itu, saya akan mengajak rakan supaya menyantuni anak-anak yatim di rumah anak yatim. Seterusnya, saya akan mengajak rakan menyertai majlis ilmu yang menekankan peranan anak yang baik. Akhir sekali, saya akan menceritakan contoh anak yang telah berjaya dalam hidup dan baik kerana mendahulukan ibu bapa. Praktis 6 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud selumbar sengsara ialah duri kesulitan/ derita/ kepayahan. (ii) Berdasarkan setiap bahan, ciri pemimpin yang disegani ialah adil dan bertanggungjawab. Selain itu, pemimpin yang disegani memperjuangkan tanah air dan melindungi rakyat. Seterusnya, pemimpin yang disegani menyelesaikan segala permasalahan dengan bijaksana. Akhir sekali, pemimpin yang disegani juga mengutamakan rakyat dan negara semasa ditimpa bencana. (iii) Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengasuh remaja untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan ialah mendidik mereka menjadi pemimpin melalui jawatan di sekolah. Selain itu, melibatkan remaja dalam aktiviti kokurikulum yang turut mendidik mereka menjadi pemimpin dan berdisiplin diri yang tinggi. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk menunjukkan contoh teladan sebagai pemimpin rumah tangga. – ibu bapa/ guru memperkenalkan tokoh-tokoh negara dan sumbangan mereka yang boleh dijadikan idola oleh remaja (iv) Antara peranan yang akan saya mainkan untuk mengelakkan saya dan rakan-rakan daripada terjebak dengan gejala sosial ialah mengukuhkan ilmu agama. Selain itu, saya akan memastikan saya membahagikan masa dengan baik dan mengikut jadual yang disediakan. Seterusnya, saya akan memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti membaca dan beriadah. Akhir sekali, saya akan memilih rakan dengan bijak agar tidak terpengaruh dengan sikap buruk mereka. – menghadiri kelas tambahan atau tuisyen – mendengar nasihat ibu bapa dan guru Praktis 7 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud kelibatmu ghairah ialah rupa/ bayangan yang penuh perasaan/ ingin akan sesuatu. (ii) Berdasarkan Bahan 1, faktor yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu ialah semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang. Berdasarkan Bahan 2 pejuang negara yang sanggup bangkit berjuang dan berkorban menentang penjajah juga menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu. – faktor semangat berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah CONTOH
J13 BM Tingkatan 5 Jawapan (iii) Pada pendapat saya, kita patut mengingati dan menghargai sejarah kerana sejarah menjadikan kita bersyukur atas keamanan yang kita peroleh. Selain itu, sejarah mengajar kita menghargai pejuang negara yang telah terkorban demi negara. Akhir sekali, sejarah menjadi panduan dan iktibar supaya kita memperbaiki kesilapan masa lalu untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. – mengelakkan kita mengulangi kesilapan lalu – mengingati kegemilangan masa lalu – memupuk semangat patriotisme dalam diri (iv) Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ahli persatuan saya dalam memeriahkan Hari Kemerdekaan di sekolah ialah mengadakan konvoi kemerdekaan melalui kelab dan persatuan. Selain itu, menghias kelas dan kawasan persekitaran sekolah dengan Jalur Gemilang. Akhir sekali, menganjurkan pameran dan ceramah kemerdekaan. Praktis 8 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud duri-duri kehidupan ialah rintangan/ kesengsaraan dan dugaan dalam hidup. (ii) Berdasarkan setiap bahan, antara ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang ialah mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Selain itu, mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang terpuji. Remaja yang cemerlang juga perlu mempunyai keperibadian yang unggul dan berketerampilan diri. – mampu menjadi teladan dan idola rakan-rakan lain (iii) Pada pendapat saya, remaja patut bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu akan memandu remaja pada masa akan datang. Selain itu, remaja merupakan pemimpin masa akan datang. Akhir sekali, remaja diperlukan untuk membina negara dengan ilmu dalam pelbagai bidang. – boleh mengurangkan kebergantungan negara pada tenaga pakar dari negara luar (iv) Sebagai seorang remaja yang prihatin terhadap masa hadapan, tindakan yang akan saya ambil untuk berhadapan dengan isu ini ialah saya akan meminta nasihat daripada guru/ guru kaunseling. Selain itu, saya akan mencari/ menyelidik maklumat berkaitan program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan SPM yang saya peroleh. Saya juga akan berbincang dengan ibu bapa secara terbuka. Akhir sekali, saya akan meminta bantuan daripada orang yang dipercayai dan dihormati oleh orang tua seperti datuk, nenek atau ibu bapa saudara. Praktis 9 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud bersengkang mata ialah berjaga hingga larut malam/ menahan diri daripada tidur. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nilai kemanusiaan yang perlu ada apabila insan lain ditimpa kesusahan ialah bersimpati. Selain itu, menolong sedaya mungkin. Seterusnya, mempunyai sikap bertanggungjawab semasa memberikan bantuan dan tidak mengharapkan balasan. (iii) Pada pendapat saya, kita hendaklah membalas jasa petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga bagi membendung COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengurangkan beban petugas barisan hadapan. Selain itu, kita hendaklah berada di rumah dan menghindari sikap sambalewa bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19. (iv) Antara bantuan yang dapat saya berikan sebagai salah seorang petugas sukarelawan Mercy Malaysia ialah memberikan bantuan barang perubatan, makanan, dan keperluan lain kepada mangsa. Selain itu, saya akan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang mengalami kecederaan. Seterusnya, saya akan memberikan bantuan secara sukarela tanpa bayaran. Akhir sekali, saya akan terlibat dalam pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana untuk mengurangkan beban yang dialami mangsa. Praktis 10 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud Lemparkan sedikit simpati ialah berikan sekelumit rasa kasihan. (ii) Berdasarkan Bahan 1, isu yang diketengahkan ialah masalah kesihatan/ masalah dalam hidup yang menyebabkan rasa sedih dan kecewa timbul di dalam hati. Selain itu, terdapat isu masalah kemurungan/ jiwa yang dihadapi oleh sesetengah orang akibat kesihatan yang kurang baik. Berdasarkan Bahan 3 isu golongan kurang upaya yang disisihkan/ dibuang oleh ibu kandung. (iii) Pada pendapat saya, tindakan yang patut kita buat sekiranya berhadapan dengan situasi seperti di dalam puisi ialah memberikan derma dan bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan kita. Selain itu, mengumpulkan derma daripada orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dengan lebih lanjut. Akhir sekali, memberikan sokongan moral dan perhatian kepada mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan serta kehilangan tonggak keluarga. – mewujudkan satu dana bagi membantu golongan yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan hidup masing-masing. (iv) Saya akan menghampirinya dan bertanya kepadanya sama ada dia memerlukan bantuan atau tidak. Sekiranya dia memerlukan bantuan, saya akan menawarkan lengan untuk membimbingnya. Pada masa yang sama, saya akan meminta penumpang yang lain memberikan laluan kepadanya. Apabila tren tiba, saya akan membimbingnya masuk ke dalam tren dan mencari tempat duduk untuknya. CONTOH
J14 BM Tingkatan 5 Jawapan Soalan 8 - Novel Praktis 1 (i) Punca penyakit emak Dahlia menurut Doktor Ridhuan ialah: – masalah tekanan – keadaan persekitaran yang menekan – masalah kekeluargaan yang berat – faktor makanan (ii) Contoh peristiwa yang menunjukkan sifat keberanian yang terdapat pada watak utama yang boleh dicontohi oleh pembaca. Songket Berbenang Emas – Dahlia berani untuk menolak lamaran daripada Azhari yang ingin bertunang dengannya walaupun dia masih belajar di tingkatan enam. – Dahlia juga berani semasa dia cuba menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai, walaupun Aton sentiasa menyakiti hatinya. – Kita perlu mencontohi sifat berani untuk bertindak melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan. Tirani – Waheeda mempunyai sikap yang berani mengambil risiko untuk memajukan perniagaannya. Waheeda berani untuk memohon pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. – Waheeda berani mempertahankan keputusannya untuk tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya, Datuk Yasser untuk menggabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas. Hal ini demikian kerana Waheeda ingin memajukan perniagaannya sendiri tanpa bantuan atau sokongan daripada pihak lain. – Kita perlu mencontohi sifat berani watak utama yang bertegas untuk menetapkan pendiriannya. Silir Daksina – Haiqal Haqimi berani menyuarakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Seri Purnama untuk mendalami kehidupan arwah bapanya walaupun ditentang oleh uminya. Peristiwa ini menunjukkan Haiqal seorang yang berani membuat keputusan. – Haiqal Haqimi juga seorang yang berani menanggung risiko. Hal ini terbukti apabila dia berani ke Johor tanpa ditemani sesiapa walaupun dia kali pertama ke sana. – Haiqal Haqimi juga seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Dia mencuba untuk bermain alat muzik dan menari zapin walaupun dia bukan seorang yang berpengalaman. – Kita perlu mencontohi sifat berani untuk berterus terang untuk mendapatkan kepastian. Kita juga perlu berani mencuba bidang baharu walaupun belum pernah mencubanya. Bimasakti Menari – Nurul Hafsa digambarkan seorang yang berani kerana mampu membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Walaupun cadangan tersebut ditentang oleh John Arlington-Majid kerana dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya, namun Nurul Hafsa tetap berani mengemukakan hujah-hujah yang bernas bagi mendapatkan sokongan untuk pelaksanaan projek yang dicadangkannya. – Nurul Hafsa juga bertindak dengan berani semasa bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin apabila mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung pelajar dari Jepun apabila pengunjung tersebut gagal untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat pencerap kerana langit terlalu cerah. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. – Kita perlu mencontohi watak utama yang berani semasa menghadapi kekangan dan masalah dalam tugasnya. Watak utama berjaya mengatasi masalah tersebut dengan penuh keberanian. Praktis 2 (i) Antara persediaan yang dilakukan sebelum acara persembahan tarian zapin diadakan ialah: – Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik dan menyiapkan meja jamuan untuk tetamu khas di dalam balai raya – See Hwa mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Ambal di dalam balai raya itu juga turut disapu dan divakum. – Di bahagian belakang balai raya, penduduk kampung itu sibuk bergotong-royong memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini. (ii) Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana : Songket Berbenang Emas – Apabila Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Selepas kejadian itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benarbenar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia. CONTOH
J15 BM Tingkatan 5 Jawapan – Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. – Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana merasakan sihir merupakan perbuatan yang akhirnya memporak-perandakan kehidupan orang dan tidak patut diamalkan. Saya juga tertarik dan mengagumi kekukuhan hubungan penduduk kampung yang bersatu padu dan patuh pada nasihat Haji Sulaiman. Tirani – Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. – Akibat kejadian itu, Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya itu. – Ghazi dan Raidah mengambil tindakan dengan membawa Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur bagi menyembuhkan masalah kemurungan Waheeda. – Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana saya tertanya-tanya kesudahan novel ini kerana ingin tahu tentang masalah kemurungan yang dihidapi Waheeda selepas mendapatkan rawatan dan kaunseling. Saya juga tertanya-tanya kesudahan kisah Waheeda yang ditinggalkan oleh suami walaupun sudah mempunyai wajah yang cantik. Silir Daksina – Watak utama merasai kerinduan yang teramat kepada ayahnya. – Haiqal memberanikan diri berbincang dengan umi dan walid selepas menunaikan solat Maghrib berkenaan hajatnya untuk ke kampung arwah bapanya, Kampung Seri Purnama. – Walid memberikan sokongan penuh hasrat kepada Haiqal walaupun umi tidak bersetuju kerana walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haiqal. Walid juga bersetuju untuk menampung perbelanjaan Haiqal semasa berada di Johor kelak. – Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana perhubungan antara bapa tiri dengan anak tiri yang saling menghormati dan menunjukkan kasih sayang (ambil berat) walaupun bukan darah daging. – Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana Haiqal tetap berusaha untuk berbincang secara dua muka dengan umi dan walidnya walaupun Haiqal tahu umi tidak akan merestui hasratnya. Bimasakti Menari – Klimaks berlaku apabila berlaku penculikan Nurul Hafsa. Ekoran daripada penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dengan berani telah pergi menemui penculik di stesen minyak PETRONAS. Di situ, dia diculik dan dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit di Bestari Jaya. Selepas itu, penculik membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya. Pihak polis diketuai oleh lnspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas untuk menyerbu dan berjaya menembak tiga orang lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik berjaya diselamatkan oleh Inspektor Lim. – Bahagian klimaks novel ini menarik perhatian kerana saya tertanya-tanya kesudahan novel ini kerana ingin tahu penyebab berlakunya penculikan ini dan siapa yang mengupah penculik tersebut. Saya juga mengagumi pengorbanan Muhammad Taufik untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang ditimpa kesusahan. Praktis 3 (i) Sifat yang perlu ada pada seorang penjawat awam: – bertanggungjawab – berdedikasi – berpengetahuan luas – amalan kerja baik: bersungguh-sungguh dan sentiasa serius dalam pekerjaan, fokus, disiplin, tepati masa, dan mempunyai kemahiran (ii) Pendapat anda tentang ilustrasi yang terdapat di muka hadapan. Alasan anda: Songket Berbenang Emas – Ilustrasi yang terdapat di hadapan muka depan menunjukkan gambar seorang perempuan muda (Dahlia) yang digambarkan sedang menaiki bas dengan di ribanya terhampar sehelai kain songket berbenang emas. – Terdapat juga seorang lelaki muda yang boleh dianggap sebagai Azhari yang merupakan tunang Dahlia setia menanti dengan penuh kesabaran pemergian tunangnya demi menuntut ilmu. Tirani – Ilustrasi muka depan novel ini memaparkan wajah seorang wanita yang boleh dikaitkan dengan Waheeda. – Waheeda yang semenjak kecil diejek oleh kenalannya kerana bermata layu dan berhidung pesek. – Ilustrasi ini memberi gambaran bahawa kulit novel ini memaparkan tema berkisar kecantikan wajah yang diidamkan oleh watak utama, namun akhirnya membawa kekecewaan dalam hidupnya apabila ditinggalkan oleh suami akibat cemburu dan curiga. Silir Daksina – Muka depan Silir Daksina menunjukkan gambaran kaki seorang lelaki yang berseluar dilipat serta kakinya berselut sedang duduk di muka bendul pintu rumah. Manakala di tepinya terdapat sepasang kasut yang diletakkan di atas tangga. Ilustrasi juga menunjukkan pemandangan sebuah kampung. CONTOH
J16 BM Tingkatan 5 Jawapan – Ilustrasi ini boleh dikaitkan dengan gambaran Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan, iaitu watak bapa Haiqal Hakimi) yang terdapat di dalam manuskrip yang ditulis oleh Cikgu Amirulnizam. – Gambaran yang boleh dikaitkan dengan ilustrasi ialah seorang lelaki yang hidup kesepian (meluangkan masa lapang dengan termenung di muka pintu rumah) kerana hidup keseorangan dan merindui anak lelakinya, Aiman (Haiqal Haqimi). Bimasakti Menari – Warna hijau bersesuaian dengan tema alam sekitar dan menggambarkan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. – Gambar kelip-kelip menggambarkan mereka (Nurul Hafsa, Muhammad Taufik, Budiman) cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. – Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. – Dalam masa yang sama, Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar Teknoalam dengan membina rumah mesra alam. Praktis 4 (i) Tindakan yang dilakukan oleh Waheeda setelah diejek: – dia menyingsing lengan baju seragamnya – dia melontarkan batu, kerikil, ranting atau apaapa sahaja yang tercapai oleh tangannya ke sasarannya – dia menjerit dengan mengatakan mereka akan masuk neraka – dia menyedapkan hati sendiri – dia melangkah masuk ke dalam rumah, terus menyeka peluh dan air mata yang bersememeh di muka (ii) Setuju tajuk novel ini diberikan sedemikian. Alasan : Songket Berbenang Emas – Setuju kerana tajuk ini menunjukkan sehelai kain yang merupakan hadiah daripada tunang Dahlia, Azhari kepada Dahlia semasa mereka terpaksa berpisah kerana Dahlia akan bergerak menaiki bas ke Kuala Lumpur. – Hadiah itu menunjukkan simbol bahawa mereka ialah orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa. Tirani – Setuju kerana kecantikan yang diagungkan itu bersifat tirani (pemerintahan yang zalim). – Hal ini kerana watak utama, Waheeda telah menjadi mangsa kuasa tirani yang ada pada kecantikan yang diciptanya melalui proses pembedahan kosmetik apabila tetap gagal dalam perkahwinan yang singkat usianya. – Kerakusan dan ketaasuban naluri mahu memiliki kesempurnaan fizikal tidak menjanjikan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh Waheeda. – Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki dan manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebijaksanaan seperti Dr. Zahid yang menunjukkan perhatian kepada Waheeda berbanding dengan Bazilah. – Dr. Rushdi juga turut menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hanya hadir sementara sahaja. Silir Daksina – Setuju kerana silir bermaksud angin manakala daksina bermaksud selatan (Johor). Tiupan angin dari selatan menunjukkan angin dari selatan itu menerbitkan kenangan arwah bapanya yang berasal dari Johor. – Keadaan ini boleh dibayangkan apabila angin yang terus meniup kenangan-kenangan silam. Keadaan ini menyebabkan Haiqal berasa silir itu mengajaknya ke Kampung Seri Purnama untuk menjejaki kenangan arwah bapanya. Bimasakti Menari – Setuju kerana novel ini menunjukkan watak utama, iaitu Nurul Hafsa yang berpendidikan tinggi dalam bidang fizik dan kaji falak (berkaitan bintang) dari Universiti Jordan. – Kemudian, dia juga bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin yang mengkaji fenomena benda-benda langit, matahari, bulan, bintang, dan sebagainya. Praktis 5 (i) Tindakan yang dilakukan oleh Waheeda dan Fatimah apabila diserang oleh monyet : – Waheeda dan Fatimah menjerit sekuat-kuat hati kerana ketakutan – tangan Waheeda menepis kasar monyet itu apabila hidung dan pipinya dicengkam oleh monyet tersebut – Fatimah melibas batang kayu ke arah monyet itu (ii) Dua perwatakan watak utama Songket Berbenang Emas Watak utama – Dahlia – Seorang yang tabah menghadapi cabaran hidup. Buktinya, Dahlia terpaksa membahagi masanya untuk menjaga adiknya sewaktu ibunya, Saleha dirawat di hospital akibat masalah kemurungan. Dia juga terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga adiknya, Anggerik sewaktu ayahnya ditahan di hospital kerana dipatuk ular tedung. – Seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, dia membantu ayahnya menguruskan adik-adiknya ketika ibunya dirawat di Hospital Permai. – Seorang yang berani. Buktinya, dia menongkah arus sungai yang deras ketika ingin menyelamatkan Said yang lemas di sungai berhampiran dengan rumahnya tanpa menghiraukan keselamatannya. Tirani Watak utama – Waheeda – Seorang yang tabah. Buktinya, Waheeda tabah menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga CONTOH
J17 BM Tingkatan 5 Jawapan selepas diceraikan oleh suaminya, Zahid. Dia bangkit daripada kekecewaan dan membesarkan anak perempuannya, Izzati secara berseorangan. – Memiliki rupa paras yang cantik. Waheeda mewakili Flamingo de La Rossa di Singapura menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan ketika menjadi Pegawai Perhubungan Awam di sana dan dinobatkan sebagai Ratu Pelancongan Antarabangsa. – Seorang yang berani menanggung risiko. Buktinya, Waheeda membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak untuk mengusahakan Chalet Tajau Emas dan membuat pinjaman baharu bagi membeli Chalet Iwana-Iwani. Silir Daksina Watak utama – Haiqal Haqimi – Seorang yang setia kawan. Buktinya, dia memberikan dorongan kepada kawan baiknya, Ratna yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM. – Mempunyai keazaman yang kuat bagi menghidupkan kembali zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Buktinya, Pak Cik Bakar membawa cadangan Haiqal untuk mengadakan persembahan zapin kepada Ketua Kampung Seri Purnama. – Rajin. Buktinya, dia membantu uminya menjaga kedai batik sementara menunggu keputusan STPM. Bimasakti Menari Watak utama – Nurul Hafsa – Bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Buktinya, dia menghantar laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor ke Pejabat Daerah Kuala Selangor selepas seminggu bertugas di sana. – Seorang yang tabah. Buktinya dia menabahkan dirinya berjalan selama 10 minit dan menahan sebuah van untuk mendapatkan bantuan setelah dibebaskan oleh penjahat. – Dia setia kawan. Buktinya, dia berusaha untuk mencari Muhammad Taufik yang mengalami kemalangan akibat diserang oleh tiga orang tonto yang diupah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Bab 5 Praktis 1 Pendahuluan Rumusan membincangkan kebaikan taman awam dan langkah untuk memelihara taman awam. Fokus 1 : Kebaikan taman awam (Bahan 1) 1 Dapat memberikan ruang yang selesa daripada impak rekreasi. 2 Keindahan alam di sekitar kawasan penduduk setempat. 3 Membantu integrasi sosial rakyat. 4 Memperoleh peningkatan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal. 5 Memberikan kelegaan daripada tekanan kehidupan seharian penggunanya. 6 Menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikan sendiri. 7 Memainkan peranan penting dalam pengeluaran oksigen di dalam udara. 8 Memainkan peranan di dalam kawalan banjir. Fokus 2 : Langkah memelihara taman awam (Bahan 1) 1 Masyarakat sewajarnya memainkan peranan dengan memelihara kemudahan di taman awam. Fokus 2 : Langkah memelihara taman awam (Bahan 2) 1 Masyarakat perlu mengikuti program menanam pokok. 2 Melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan taman. Penutup Kesimpulannya, taman awam perlulah sentiasa dipelihara agar semua pihak mendapat manfaatnya. Praktis 2 Pendahuluan Rumusan membincangkan faktor remaja menggunakan Internet dan keburukan Internet. Fokus 1 : Faktor remaja menggunakan Internet (Bahan 1) 1 Kafe siber menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Fokus 1 : Faktor remaja menggunakan Internet (Bahan 2) 1 Menjanjikan hiburan kepada remaja. 2 Gedung maklumat dan ilmu. 3 Mendapat rakan baharu. 4 Mengetahui maklumat semasa. Fokus 2 : Keburukan Internet (Bahan 1) 1 Golongan remaja akan lebih kerap berada di kafe siber. 2 Remaja mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme. 3 Remaja lebih terdedah untuk melakukan jenayah siber. 4 Boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. 5 Melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan bertentangan dengan amalan budaya dan agama. 6 Pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal. Penutup Kesimpulannya, Internet haruslah digunakan secara berhemah oleh para remaja agar mendapat pelbagai kebaikan daripadanya. Praktis 3 Pendahuluan Rumusan membincangkan langkah dan kesan pemantapan kemahiran insaniah para graduan. CONTOH
J18 BM Tingkatan 5 Jawapan Fokus 1 : Langkah memantapkan kemahiran insaniah para graduan (Bahan 1) 1 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu menstrukturkan program mereka dengan elemen ilmu, nilai, dan kemahiran. 2 Kementerian Pendidikan juga seharusnya meningkatkan jumlah jam kredit bagi mata pelajaran bahasa Inggeris di IPT awam. 3 Kerajaan amat menggalakkan setiap IPT membangunkan pusat keusahawanan. 4 Pihak Kementerian Sumber Manusia juga telah menubuhkan 11 buah Jobs Malaysia Centre (JMC). 5 Kerajaan telah melancarkan Skim Latihan Malaysia yang membabitkan 8 000 orang graduan. 6 Kementerian Pendidikan juga telah menjalankan program khas langkah jangka pendek kepada 12 000 daripada 20 000 orang graduan. Fokus 2 : Kesan (Bahan 1) 1 Dapat menarik minat para majikan kelak. 2 Akan lebih bersedia untuk memulakan perniagaan sendiri apabila tamat pengajian kelak. Fokus 2 : Kesan (Bahan 2) 1 Menjadi pekerja yang mampu membuat keputusan kepada organisasi. 2 Menyerlah dalam organisasi pekerjaan. 3 Menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan. Penutup Kesimpulannya, kemahiran insaniah perlu dimantapkan agar para graduan mampu menyerlah dalam bidang pekerjaan. Praktis 4 Pendahuluan Rumusan membincangkan masalah pengurusan sukan, kesan, dan langkah pemulihan sukan di Malaysia. Fokus 1 : Masalah pengurusan sukan (Bahan 1) 1 Pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten. 2 Negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan sukan. 3 Tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Fokus 1 : Masalah pengurusan sukan (Bahan 3) 1 Birokrasi dalam bidang sukan. Fokus 2 : Kesan (Bahan 1) 1 Menghadapi masalah mencari pelapis pada masa hadapan. 2 Menyukarkan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan emas pertama Sukan Olimpik. Fokus 2 : Kesan (Bahan 3) 1 Beberapa jenis sukan yang pernah kita kuasai akan diambil alih oleh negara-negara yang baharu. Fokus 3 : Langkah pemulihan sukan (Bahan 2) 1 Melantik jurulatih berpengalaman. 2 Persatuan sukan perlu ada visi dan misi yang jelas. Penutup Kesimpulannya, bidang sukan di Malaysia haruslah dimantapkan agar mampu setanding dengan negara hebat yang lain. Praktis 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan faktor, kesan, dan langkah mengatasi rasuah di Malaysia. Fokus 1 : Faktor rasuah (Bahan 1) 1 Tiada kesedaran daripada masyarakat untuk membendungnya. 2 Pengamal tidak sedar bahawa dia telah melakukan rasuah. Fokus 1 : Faktor rasuah (Bahan 3) 1 Pihak penguasa tidak berjaga-jaga. Fokus 2 : Kesan rasuah (Bahan 1) 1 Menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. 2 Mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. 3 Menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan. 4 Menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal. Fokus 2 : Kesan rasuah (Bahan 3) 1 Kesulitan rakyat tidak mampu dirungkai. Fokus 3 : Langkah mengatasi rasuah (Bahan 2) 1 Melaporkan jenayah rasuah yang anda lihat. 2 Jangan memberi atau menerima sebarang bentuk suapan. Penutup Kesimpulannya, rasuah perlu dibanteras agar pembangunan negara tidak terjejas. Praktis 6 Pendahuluan Rumusan membincangkan kebaikan berpeluh dan faktor masyarakat tidak mengamalkannya. Fokus 1 : Kebaikan berpeluh (Bahan 1) 1 Berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan. 2 Akan mempunyai kulit yang lebih bersih. 3 Peluh dapat mengimbangkan suhu badan supaya kekal stabil. 4 Dapat menenangkan perasaan. 5 Dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat. 6 Dapat mengurangkan keletihan. 7 Dapat membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot. Fokus 1 : Kebaikan berpeluh (Bahan 3) 1 Sakit kepala boleh dikurangkan. 2 Tubuh sihat minda cerdas. Fokus 2 : Faktor masyarakat tidak mengamalkannya (Bahan 1) 1 Penduduknya tidak suka akan pekerjaan yang terlalu banyak mengerah tenaga. 2 Lebih suka bekerja di pejabat. CONTOH
J19 BM Tingkatan 5 Jawapan Fokus 2 : Faktor masyarakat tidak mengamalkannya (Bahan 2) 1 Peluh menyebabkan badan berbau. 2 Berpeluh menyebabkan individu tidak selesa. Penutup Kesimpulannya, masyarakat perlu melakukan aktiviti yang melibatkan perpeluhan agar mendapat pelbagai kebaikan. Penilaian Akhir Tahun Kertas 1 Bahagian A Pendahuluan – Bidang pertanian telah menjadi tumpuan masyarakat sejak dahulu. – Apakah kepentingan bidang pertanian di Malaysia? Isi 1 – Tumpuan pelancong. (Bahan 1) – Agro pelancongan merupakan salah satu cabang pelancongan di Malaysia. – Contohnya, terdapat pelancong yang bertandang hanya untuk melihat kaedah penanaman strawberi di Cameron Highlands. Isi 2 – Menghijaukan alam sekitar. (Bahan 2) – Penanaman pohon-pohon hijau mampu menghijaukan bumi di samping mampu menambah kandungan oksigen. – Pohon-pohon seperti padi dan jagung mampu menjadi salah satu elemen kehijauan. Isi 3 – Menambahkan pendapatan. (Bahan 3) – Terdapat beberapa jenis pertanian yang kini telah menjadi lubuk rezeki bagi sesetengah usahawan. – Contohnya, penanaman pokok-pokok herba telah menjadi salah satu cabang ekonomi yang menjanjikan keuntungan berganda. Penutup – Kesimpulannya banyak kepentingan sektor pertanian kepada masyarakat, – Pertanian nadi kemajuan ekonomi. Bahagian B Soalan 1 Pendahuluan – Pembelajaran secara dalam talian membawa banyak perspektif kepada masyarakat terutamanya ibu bapa. – Salah satu masalahnya ialah anak-anak mula menunjukkan simptom kurang minat untuk belajar. – Apakah faktor-faktornya? Isi 1 – Kekurangan peranti. – Anak -anak terpaksa berkongsi peranti untuk belajar. – Ketidakmampuan ibu bapa menyediakan peranti yang mencukupi menyebabkan terdapat anak-anak yang tertinggal kelas. – Anak-anak mula hilang minat untuk belajar apabila tidak menguasai topik-topik penting apabila terlepas kelas. Isi 2 – Capaian Internet yang berkualiti rendah. – Sesi pembelajaran yang tersangkut-sangkut akibat capaian Internet terganggu. – Banyak maklumat tidak jelas. – Anak-anak juga tidak dapat mengakses maklumat dengan baik hingga akhirnya enggan membuat rujukan. Isi 3 – Ibu bapa tidak berupaya membantu anak-anak. – Silibus yang berbeza berbanding zaman belajar ibu bapa menyukarkan mereka membantu anak-anak. – Terdapat ibu bapa yang sibuk bekerja seharian. – Anak-anak dibiarkan tanpa pantauan sehingga hilang minat untuk belajar. Penutup – Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan anakanak tidak berminat untuk belajar. – Jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah anak-anak muda pada hari ini. Soalan 2 Pendahuluan – Kuih tradisional telah diwarisi sejak turun-temurun oleh datuk moyang kita. – Namun begitu, hakikatnya hidangan-hidangan ini semakin kurang popular dalam kalangan anak-anak muda. – Apakah langkah yang wajar dilaksanakan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak-anak muda? Isi 1 – Mendidik anak-anak tentang kaedah menyediakan kuih tradisional. – Beri ilmu kepada anak-anak tentang kaedah membuat kuih tradisional. – Bina kemahiran untuk mewujudkan rasa sayang terhadap keunikan kuih-kuih tempatan. – Tak kenal maka tak cinta. Isi 2 – Perkenalkan kuih-kuih tradisional kepada anak-anak sejak kecil. – Terangkan sejarah dan keunikan setiap juadah. – Bezakan setiap rasa kuih-kuih tradisional termasuk bentuk dan warna. – Dari mata turun ke hati. Isi 3 – Menyediakan hidangan kuih tradisional semasa hari kebesaran. – Contohnya, semasa perayaan. – Anak-anak akan terbiasa dan tidak kekok untuk menjadikan kuih tradisional sebagai hidangan wajib sehingga jatuh cinta. – Anak-anak akan menjadi lebih tertarik kerana sudah terbiasa di lidah. CONTOH
J20 BM Tingkatan 5 Jawapan Penutup – Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak muda terhadap kuih tradisional. – Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Soalan 3 Pendahuluan – Nilai murni akan mengangkat darjat seseorang di mata masyarakat. – Nilai murni dianggap lebih penting daripada ilmu yang tinggi bagi sesetengah pengamal ilmu. – Apakah kepentingan nilai murni sehingga dianggap sedemikian? Isi 1 – Nilai murni memastikan seseorang akan lebih dihormati. – Orang yang mengamalkan nilai-nilai yang baik akan menjadi teladan dan rujukan orang ramai. – Mereka akan dijadikan sebagai pakar rujuk bagi sesuatu isu dalam masyarakat. – Agama Islam juga telah meletakkan nilai-nilai murni sebagai pertimbangan utama dalam pemilihan seseorang pemimpin. Isi 2 – Mampu menjamin kecemerlangan. – Adab sentiasa mendahului ilmu bagi seseorang murid yang sedang belajar. – Maka wajar untuk seseorang itu mengamalkan nilainilai murni bagi memastikan ilmu yang diperoleh lebih berkat dan mampu membawa kebaikan. – Nilai murni semestinya akan menjadi panduan utama bagi menjadi seseorang insan yang cemerlang. Isi 3 – Mendapat keredaan Tuhan. – Nilai murni akan memastikan hidup sentiasa tenang kerana disukai oleh orang di sekeliling. – Mereka yang bernilai murni selalunya akan mempunyai lebih ramai kawan dan sentiasa dibantu apabila berada dalam kesusahan. – Insan yang bernilai murni akan dipandang mulia dalam kalangan masyarakat. Penutup – Kesimpulannya, banyak kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni. – Semoga kita mampu menjadi insan yang mampu menjadi contoh teladan dalam pengamalan nilai-nilai murni. Soalan 4 Pendahuluan – Isu alam sekitar semakin menjadi-jadi kini. – Tanpa campur tangan kerajaan, usaha membanteras isu ini sekadar menemui jalan buntu. – Apakah langkah-langkah yang wajar dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Isi 1 – Menguatkuasakan undang-undang. – Mengenakan denda yang berat kepada pembalak haram. – Memberi rasa takut kepada pesalah-pesalah lain yang masih belum tertangkap. – Mereka diharap akan menghentikan tindakan tidak bermoral tersebut. Isi 2 – Memberi pendidikan alam sekitar kepada generasi muda. – Generasi muda merupakan nadi kepada pertumbuhan negara pada masa hadapan. – Bina persepsi buruk terhadap penggondolan hutan dan pembuangan sampah serta pencemaran hutan. – Generasi muda akan menjadi ejen perubahan kepada pemeliharan hutan pada masa hadapan. Isi 3 – Pihak kerajaan membuat serbuan terhadap kilangkilang. – Semak tahap keprihatinan kilang-kilang terhadap alam sekitar terutamanya sungai. – Beri amaran apabila terdapat kilang yang melepaskan sisa ke sungai. – Melibatkan sektor-sektor perkilangan dalam usaha membina kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Penutup – Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi isu alam sekitar. – Kebersihan alam sekitar, tanggungjawab bersama. Kertas 2 Bahagian A Soalan 1 Bil. Kata ganda berentak Contoh Ayat 1 bukit-bukau Kawasan bukit-bukau itu telah digondolkan untuk dijadikan kawasan perumahan. 2 ramahtamah Penduduk di kawasan kampung itu sangat ramah-tamah kerana tidak berhenti menegur kami. 3 bengkangbengkok Adik dimarahi oleh ibu kerana garisan yang dibuatnya bengkangbengkok. 4 riuh-rendah Suasana di rumah kenduri itu riuhrendah selepas kehadiran sanaksaudara mereka. Soalan 2 (i) Ayat tanya (ii) Ayat penyata (iii) Ayat tanya (iv) Ayat seruan (v) Ayat penyata CONTOH (vi) Ayat perintah
J21 BM Tingkatan 5 Jawapan Soalan 3 Bahan 1 Bil. Kesalahan Pembetulan 1 demi untuk demi/ untuk 2 demontrasi demonstrasi 3 bertempat setempat 4 egensi agensi 5 dipaparkan dipertontonkan 6 serta dan Bahan 2 Bil. Kesalahan Pembetulan 1 statistiks statistik 2 Oleh kerana Oleh sebab 3 paling popular sekali paling popular/ popular sekali 4 atas talian dalam talian 5 mendedahi mendedahkan Soalan 4 Bendahara Paduka Raja seorang yang bijaksana, kerana ketika itu terdapat tiga buah negeri yang sama besar: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam tiga buah negeri itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kenayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja yang menjadi penghulu bendahari. Soalan 5 (i) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Peribahasa sama maksud : pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang (ii) tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu Peribahasa sama maksud : asal sabut timbul, asal batu tenggelam (iii) setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga Peribahasa sama maksud : sirih pulang ke gagang/ seperti ikan pulang ke lubuk Soalan 6 (i) Maksud rangkai kata mengharungi cabaran ialah menempuhi kesukaran. (ii) Kelebihan sukan selain membentuk perpaduan: Bahan 1 – kaedah memperkukuh pertahanan dalam diri setiap kita – menjadi alat meningkatkan semangat cinta akan keamanan Bahan 2 – dapat meningkatkan tahap kesihatan atlet – mampu menguatkan mental dan fizikal perenang Isi cukup: 2 (iii) Langkah yang wajar dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan budaya bersukan dalam diri masyarakat: – menjalankan kempen kesedaran tentag kepentingan sukan – menambahkan prasarana sukan – menganjurkan lebih banyak pertandingan – Kementerian Pendidikan Malaysia menambahkan lebih banyak waktu aktiviti sukan di sekolah [Terima mana-mana jawapan yang sesuai] Isi cukup: 2 (iv) Persediaan yang akan saya lakukan sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal: – makan makanan berkhasiat – meningkatkan latihan – mendapatkan jurulatih – memotivasikan diri [Terima mana-mana jawapan yang sesuai] Isi cukup: 3 Soalan 7 (i) Berdasarkan Bahan 2, janji penyajak kepada Tuhan ialah menjaga khazanah Tuhan agar keindahan tetap berkekalan. (ii) Ciri-ciri sungai yang telah tercemar: Bahan 1 – ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi – sungai menjadi busuk – sungai menjadi tohor Bahan 2 – sungai dipenuhi sampah sarap yang menjijikkan – air yang jernih bertukar perang Isi cukup: 2 (iii) Langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memelihara alam sekitar: – mengamalkan 3R (kitar semula, guna semula, kurangkan) – menanam pokok-pokok hijau – tidak membuang sampah di merata-rata tempat – kerajaan menyediakan lebih banyak tong sampah [Terima mana-mana jawapan yang sesuai] Isi cukup: 3 (iv) Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah sampah: – menyediakan lebih banyak tong sampah bertutup – membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap anjing liar – menegur keluarga yang tidak menguruskan sampah dengan baik – menganjurkan ceramah kebersihan kawasan [Terima mana-mana jawapan yang sesuai] CONTOH Isi cukup : 3
J22 BM Tingkatan 5 Jawapan Soalan 8 (i) Keadaan Farisha menurut Shida semasa mereka dalam perjalanan ke Cyberjaya: – tidak bercerita seperti biasa – dia hanya duduk diam di dalam kereta – dia mengenakan sepasang kaca mata hitam – bibirnya kelihatan pucat tetapi Shida tidak berani hendak menegur Isi cukup: 3 (ii) Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama Cadangan Jawapan Leftenan Adnan Wira Bangsa Peristiwa ketika pasukan tentera di bawah arahan Leftenan Adnan berusaha habis-habisan untuk menangkis serangan musuh. Ketika itu, mereka berjuang bersama-sama sehinggalah Leftenan Adnan tertewas dan digantung pada dahan pokok ceri oleh lalu ditikam bertubitubi tentera-tentera Jepun dengan bayonet sehingga hancur mayatnya. Di Sebalik Dinara Farisha dan Rosman saling bekerjasama membangunkan syarikat perkongsian mereka, iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Syarikat Soft Lab. Jendela Menghadap Jalan Lili, Gheeta dan Danel berusaha menyelesaikan isu kubah surau dan masalah keluarga Che Jah. Mereka bekerjasama untuk memastikan keamanan kampung dapat dikembalikan. Pantai Kasih Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor Uwang yang terlibat dalam kemalangan. Kerjasama ini telah menyelamatkan pesakit tersebut. Songket Berbenang Emas Peristiwa orang kampung bekerjasama memulihkan rumah Embong yang rebah dilanda banjir. Orang perempuan memasak sementara orang lelaki mendirikan rumah. Kerjasama antara penduduk kampung telah membolehkan rumah Embong disiapkan. Tirani Waheeda bekerjasama dengan keluarganya untuk menguruskan syarikat perniagaan Tajau Emas yang mengusahakan inap desa. Waheeda sebagai pengarah dan pengurus, ibunya, Raidah sebagai pengurus dapur, ayahnya, Fadhil menjadi pemandu pelancong, emak saudaranya sebagai ketua tukang masak, sepupunya, Kamri sebagai pembantu ibunya di dapur dan Fatimah menjadi akauntan bagi menjaga kewangan syarikat. Abangnya, Ghazi pula sanggup melepaskan jawatannya di Petronas Miri untuk membantu ayahnya menguruskan Tajau Emas. Bimasakti Menari Peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bekerjasama dalam usaha mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip. Silir Daksina Peristiwa Tauke Ong dan penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama menjayakan majlis persembahan tarian zapin untuk dipersembahkan kepada Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi. Golongan pemuda bekerjasama menyusun kerusi. Golongan wanita bekerjasama menyediakan makanan untuk jamuan. Soalan 9 Pendahuluan – Rumusan membincangkan kepentingan/ fungsi / tugas bahasa Melayu dan cabaran/ halangan/ kekangan memartabatkan bahasa Melayu. [2 markah] – Rumusan membincangkan kepentingan/ kebaikan/ manfaat/ faedah memelihara bahasa Melayu. [1 markah] – Rumusan membincangkan cabaran/ halangan/ kekangan memartabatkan bahasa Melayu. [1 markah] Kepentingan Bahan 1 A1 Tujuan berkomunikasi antara satu sama lain. A2 Jambatan yang menghubungkan masyarakat tanpa mengira warna kulit atau batas sempadan. A3 Menjadi pengukur kepada keperibadian bangsa Malaysia. A4 Medium komunikasi yang mampu menyatukan kepelbagaian kaum dan budaya. A5 Bagi memudahkan mereka berjual beli di Tanah Melayu. CONTOH
J23 BM Tingkatan 5 Jawapan Bahan 3 B1 Menjadi perantaraan dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Cabaran Bahan 1 C1 Nilai hidup yang semakin berubah. Bahan 2 D1 Peminggirannya oleh orang Melayu sendiri. D2 Pengenalan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bahan 3 E1 Bahasa rojak yang digunakan di media sosial semakin tidak dapat dibendung. Penutup – Kesimpulannya, bahasa Melayu haruslah diperkukuh agar dapat membina bangsa yang beridentiti. [2 markah] – Kesimpulannya, bahasa Melayu haruslah diperkukuh. [1 markah] Kertas 3 Ujian Bertutur Bahagian A : Tafsiran Individu Panduan Menjawab Tema : Sains dan teknologi 1 Apakah yang anda dapat lihat berdasarkan gambar di atas? • Penggunaan peranti pintar seperti komputer mempunyai banyak fungsi. • Komputer digunakan dalam urusan kewangan dan membeli-belah. • Komputer juga mampu menghubungkan manusia melalui panggilan dalam talian. • Komputer juga turut digunakan untuk membuat sesuatu tetapan pada peranti. Tip Mendapat Markah Cemerlang Lihat gambar yang diberikan di dalam rangsangan dan tafsirkannya mengikut kefahaman murid. Kadangkala maklumat yang terdapat di dalam gambar turut disebut dalam pernyataan yang diberikan. 2 Sejauh manakah anda menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian anda? • Saya menggunakan peranti pintar untuk mendapatkan maklumat terutamanya dalam pelajaran. • Saya juga mengaplikasikan telefon pintar untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui media sosial. • Melalui komputer pula, saya menghantar maklumatmaklumat penting melalui e-mel. • Komputer saya digunakan untuk menyimpan datadata penting. Tip Mendapat Markah Cemerlang Jelaskan penggunaan peranti pintar menggunakan kata ganti nama diri 'saya' untuk menunjukkan pengalaman diri murid sendiri. 3 Pada pendapat anda, adakah wajar peranti pintar dikaitkan dengan keburukan semata-semata? • Tidak wajar. • Terdapat banyak kebaikan peranti pintar yang boleh dipertimbangkan selain keburukan semata-mata. • Keburukan peranti pintar hanya wujud jika digunakan secara tidak bertanggungjawab. • Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tip Mendapat Markah Cemerlang Murid perlu menyatakan pendirian terlebih dahulu sama ada wajar atau tidak wajar sebelum memberikan alasan. 4 Apakah langkah yang wajar dilakukan untuk memastikan masyarakat lebih berdisiplin ketika menggunakan peranti pintar? • Kerajaan perlu memperkasakan kempen `Klik dengan Bijak’. • Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anakanak dengan menggunakan peranti pintar secara berhemah. • Guru menyampaikan maklumat tentang kesan buruk media sosial jika digunakan secara tidak berdisiplin di dalam kelas. • Masyarakat sendiri haruslah saling berwaspada agar tidak melakukan aktiviti sumbang menggunakan peranti pintar. Tip Mendapat Markah Cemerlang Murid boleh membincangkan peranan pelbagai pihak kerana tidak dinyatakan secara khusus pihak yang bertanggungjawab. Bahagian B : Taksiran Kumpulan Panduan Menjawab TEMA : Alam Sekitar Soalan Isi Cadangan Tip Mendapat Markah Cemerlang Faktor Kemarau • Perubahan suhu dunia menyebabkan kemarau berlaku dalam tempoh masa yang agak lama. • Kekurangan hujan menyebabkan proses kitaran air berlaku dengan sangat perlahan. • Penggunaan air secara maksimum menyebabkan air bersih tidak dapat diganti secara semula jadi. Murid boleh membincangkan isi ini dengan menggunakan pengetahuan dalam subjek CONTOH Geografi.
J24 BM Tingkatan 5 Jawapan • Kemarau juga turut mencemarkan kandungan air sedia ada. Faktor sikap masyarakat • Masyarakat membuang sampah ke dalam sungai. • Terdapat kilangkilang yang mengalirkan sisa ke sungai. • Penggunaan baja kimia oleh para petani. • Penambakan sungai dan laut untuk tujuan pembangunan. Murid boleh memilih untuk menyebut satu isi sahaja dan menghuraikannya secara mendalam dengan contoh yang sesuai. Peranan semua pihak • Masyarakat memperkasakan amalan kitar semula. • Kerajaan mendenda kilangkilang yang mengalirkan sisa ke sungai. • Para petani menggunakan baja organik. • Pengawalan aktiviti penambakan sungai dan laut. Murid boleh mencadangkan peranan semua pihak berdasarkan faktor yang telah dibincangkan di atas supaya isi lebih teratur. Kertas 4 Ujian Mendengar Petikan 1 Kesan-kesan Masalah Buli dan Langkah Mengatasinya Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan perbuatan fizikal hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Kesan utama gejala buli di sekolah ialah mangsa buli akan berasa bimbang dan risau untuk hadir ke sekolah. Kebanyakan mangsa buli tidak mampu melawan pembulinya hinggakan takut untuk bertentang mata dengan mereka ketika di sekolah. Lumrahnya, pembuli akan cuba mendapatkan mangsanya untuk melakukan sesuatu atas kepentingan diri sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang cuba menimbulkan rasa benci pihak ketiga kepada mangsa agar tindakan sumbangnya mendapat sokongan orang lain. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menggunakan kelemahan masing-masing sebagai subjek untuk ditertawakan. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Hal ini juga menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa malu untuk hadir ke sekolah. Jawapan 1 Kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. [Isi cukup: 2] 2 Pelajar akan ponteng sekolah. 3 (i) Takut (ii) Malu 4 sokongan 5 Kelemahan Petikan 2 Kemegahan Gua Niah dapat dilihat dengan jelas dari pekan Batu Niah. Gua Niah merupakan salah satu destinasi yang harus dilawati oleh penduduk negeri Sarawak. Malangnya kebanyakan warga Sarawak, malah warga berhampiran seperti dari Bekenu, Niah, Miri, dan Bintulu yang belum pernah menjejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. Gua Niah terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar raya Miri dan boleh dilawati dengan mudah menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Gua Niah masyhur kerana terdapat penemuan penting dalam sejarah dunia. Ahli-ahli arkeologi telah menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara, iaitu pada empat puluh ribu tahun yang lalu. Penemuan seperti lukisan batu, fosil manusia, dan kayak kecil seperti keranda menjadi bukti bahawa gua ini pernah dijadikan sebagai kawasan perkuburan manusia pada zaman dahulu. Bagi pencinta alam dan sejarah, inilah salah satu lokasi untuk menghayati keindahan flora dan fauna selain mengenali dan mencintai aspek dan nilai sejarahnya. Penerokaan di Taman Negara Niah pasti akan memberi pengalaman yang menarik dan berharga, apatah lagi jika ini merupakan pengalaman yang pertama seseorang yang ingin menjelajah gua. Jawapan 1 Warga berhampiran belum pernah menjejakkan kaki di sini. 2 Seseorang yang pertama kali. 3 Salah 4 Betul 5 Lukisan batu Petikan 3 E-sukan Sukan di Malaysia melalui fasa perkembangan dan pembangunan yang rancak. Pada era sebelum kemerdekaan, sukan seperti badminton, bola sepak, dan olahraga banyak mengharumkan nama negara dengan pencapaian yang memberangsangkan. Bermula 1998, sukan yang boleh dianggap baharu atau kurang popular CONTOH
J25 BM Tingkatan 5 Jawapan oleh rakyat Malaysia seperti boling dan acara terjun mula mendapat perhatian. Kini, tumpuan terarah pula kepada sukan permotoran, sukan lasak dan yang terbaharu, e-Sukan. Hal ini menyebabkan definisi sukan juga banyak berubah sejak beberapa dekad ini. Olimpik diilhamkan daripada tradisi sukan masyarakat Yunani kuno. Aspek beradu fizikal menjadi ukuran.Namun, macam mana pula sukan elektronik atau e-sukan dapat disesuaikan dengan keadaan ini? Hal ini kerana e-sukan tidak memerlukan atlet untuk mempunyai kekuatan fizikal. Jadi kita sewajarnya membuat penyesuaian dalam meneliti e-sukan berdasarkan perkembangan terbaharu ini. Perkembangan e-sukan di Malaysia agak progresif. Bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan anjuran kelab, e-sukan mendapat tempat di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018. Malaysia juga telah menghantar atlet e-sukan ke Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia dan Sukan Asia Tenggara 2019 di Manila, Filipina. E-sukan juga sedang dipertimbangkan untuk dipertandingkan di Sukan Asia 2022 di China. Jawapan 1 Filipina 2 Indonesia 3 China 4 C 5 A Petikan 4 Antara kebaikan rancangan realiti televisyen ialah rancangan sebegini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada penonton. Contohnya, rancangan Clever Girl Malaysia yang dapat membantu kita untuk mendapatkan pengetahuan am yang disoal di dalam program tersebut. Rancangan realiti televisyen juga mampu menerapkan nilai murni dalam masyarakat. Rancangan-rancangan tersebut bukan sahaja dapat menghiburkan masyarakat, malah sesetengah rancangan realiti yang bersifat pertandingan dapat memupuk semangat berpasukan bagi peserta dalam rancangan realiti televisyen tersebut. Misalnya, rancangan Explorace yang menerapkan nilai kesabaran dan semangat kerjasama dalam pasukan. Seterusnya, rancangan realiti televisyen juga boleh mencungkil bakat-bakat dalam industri seni tanah air. Contohnya, platform pencarian bakat seperti Idola Kecil dan Ceria Pop Star yang berjaya melahirkan bakat-bakat yang mampu mengharumkan nama negara menerusi artis-artis kelahiran rancangan realiti televisyen tersebut. Di samping itu, rancangan realiti televisyen juga dapat mencungkil bakat baharu dalam pelbagai bidang lain seperti lakonan dan tarian. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pelapis-pelapis muda dalam dunia lakonan untuk menyerlahkan bakat yang dimiliki oleh mereka. Misalnya, sesi uji bakat lakonan di TV3 yang dapat melahirkan seniman yang berbakat dalam bidang lakonan dan tarian tradisional. Jawapan 1 Menerapkan nilai kesabaran – kerjasama [1 isi cukup] 2 Program – Idola Kecil – Ceria Pop Star [1 Isi cukup] 3 Mencungkil bakat lakonan – tarian [1 Isi cukup] 4 Menghiburkan penonton 5 Seniman Petikan 5 Durian Durian atau nama saintifiknya 'Durio' merupakan buah tropika yang terkenal di dunia terutamanya di Asia Tenggara kerana isinya yang manis, lembut, dan aromanya yang enak. Maka, tidak hairanlah jika durian menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun. Raja buah ini juga dikatakan sangat berkhasiat sekiranya dimakan sebaik sahaja buahnya gugur. Jika buah durian disimpan terlalu lama sebelum dimakan khasiatnya akan berkurangan manakala kualiti rasanya akan terganggu. Durian mengandungi antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Kajian mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan. Dari segi sektor ekonomi pula, durian merupakan antara penyumbang pendapatan negara apabila nilai eksport produk ini boleh mencecah RM60 juta pada setiap tahun. Tahun ini, kerajaan telah menyasarkan nilai eksport produk durian negara meningkat sehingga RM400 juta berdasarkan permintaan tinggi bagi raja buah ini sekali gus membolehkan petani dan pengusaha mendapat peluang yang lebih baik pada masa hadapan. Jawapan 1 ✓ 2 ✗ 3 ✓ 4 antioksidan 5 zat besi 6 RM60 juta 7 RM400 juta CONTOH
CONTOH