CONTOH
E1 Elemen Istimewa Buku Ini Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 1 Modul PKJR Aktiviti Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam bentuk modul untuk dijalankan di dalam kelas. CONTOH
E2 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Buku A Halaman Praktis PBD Modul Pentaksiran Bilik Darjah 4 Tahap Penguasaan Maklumat dan ruang untuk memudahkan guru menilai tahap penguasaan murid. 3 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses video, aktiviti PAK–21, info tambahan, video tutorial dan audio. 6 Petunjuk Halaman Buku Teks Petunjuk rujukan halaman buku teks untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan. 1 Modul PBD Modul–modul disusun mengikut unit/ tema dalam buku teks. 2 Kemahiran Bahasa Merangkumi pelbagai kemahiran bahasa yang terkandung dalam buku teks dan memenuhi DSKP. 7 Penanda KBAT Untuk membantu murid mengenal pasti standard penyoalan soalan. 5 Standard Pembelajaran Disediakan bagi membantu guru membuat rujukan dan merekodkan butiran dalam Rancangan Pengajaran Harian. CONTOH
E3 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Contoh Halaman Praktis PBD yang lain 3 Bonus Praktis Bertutur dan Praktis Mendengar untuk menguji kemahiran mendengar dan bertutur murid. 1 Rekod Pentaksiran Disediakan untuk memudahkan guru merekodkan tahap penguasaan murid. 2 Jawapan Lengkap Disediakan untuk memudahkan guru dan murid membuat semakan. 4 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses audio dan memuat turun skrip pendengaran. CONTOH
E4 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Buku B Halaman Praktis UASA (Sistem Bahasa) 1 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses video bagi memudahkan PdP dan kuiz dalam talian sebagai alternatif pentaksiran kendiri murid. 2 Petunjuk Halaman Buku Teks Petunjuk rujukan muka surat buku teks untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan. 3 Praktis Sistem Bahasa Pelbagai praktis yang memenuhi format Kertas 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) terkini: Bahagian A : Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa (Objektif Aneka Pilihan) Bahagian B : Morfologi/ Frasa/ Sintaksis/ Peribahasa (Objektif Pelbagai Bentuk) CONTOH
E5 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Pemahaman Novel 1 Contoh Soalan Novel Membimbing guru dan murid menjawab soalan novel. 2 Praktis Novel Pelbagai praktis yang memenuhi format Kertas 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) terkini: Novel : KOMSAS (Subjektif Respons Terhad) 1 Praktis Pemahaman Pelbagai praktis yang memenuhi format Kertas 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) terkini: Bahagian A : Pemahaman Petikan (Objektif Aneka Pilihan) Bahagian B : Pemahaman Petikan (Subjektif Respons Terhad) CONTOH
E6 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Pemindahan Maklumat Ringkasan Rumusan 1 Nota Pantas Memberikan input untuk menjawab soalan ringkasan dan rumusan. 1 Praktis Bertema Buku Teks Praktis berdasarkan tema buku teks. 2 Praktis Pemindahan Maklumat Pelbagai praktis yang memenuhi format Kertas 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) terkini: Bahagian C : Ringkasan/ Rumusan (Tingkatan 2) CONTOH
E7 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Penulisan Karangan (Karangan Respons Terhad) Karangan Respons Terbuka 1 Contoh Karangan Contoh karangan untuk meningkatkan pemahaman murid tentang karangan pendek. 2 Praktis Bertema Buku Teks Praktis berdasarkan tema buku teks sebagai pengukuhan. 3 Sekilas Info Mengandungi nota dan panduan menulis setiap jenis karangan. 4 Contoh Karangan Untuk meningkatkan pemahaman murid tentang setiap jenis karangan. 5 Praktis Karangan Pelbagai praktis yang memenuhi format Kertas 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) terkini: Bahagian A : Karangan (Subjektif Respons Terhad) Bahagian B : Karangan (Subjektif Respons Terbuka) 6 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses video dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan latihan/ isi–isi untuk menulis karangan. CONTOH
E8 BM Tingkatan 2 Elemen Istimewa Buku Ini Ujian Akhir Sesi Akademik Halaman yang Lain (Nota KOMSAS) Kandungan Bahan Digital dalam Buku 1 Kertas Pentaksiran UASA Terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2. 2 Jawapan Lengkap Disediakan untuk memudahkan guru dan murid membuat semakan. 1 Nota KOMSAS Dalam bentuk grafik untuk membantu murid memahami dan menghayati aspek KOMSAS dan membantu PdP di sekolah. 2 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses video dan memuat turun nota KOMSAS. 1 Kod QR Bahan Digital Untuk mengakses atau memuat turun kandungan bahan digital yang disediakan. • e–RPH • 1 set Kertas Model UASA • Ulasan Sistem Bahasa • Modul HEBAT Bacaan • Khazanah Peribahasa • Kosa Kata Berdarjat Tinggi CONTOH
S1 SUPLEMEN GURU Aktiviti 1 Tema 1: Penggunaan Jalan Raya S.P 1.1.4 Menyenaraikan tingkah laku yang mempengaruhi keselamatan semua pengguna jalan raya serta akibat penggunaan jalan raya yang salah dan tidak selamat. Teliti gambar tentang kesalahan pengguna jalan raya. Kemudian, lengkapkan rajah di bawah. Bil. Kesalahan Perlakuan Kesan Kesalahan Perlakuan Selamat 1 2 3 4 Modul PKJR CONTOH
S2 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Keselamatan Berbasikal di Jalan Raya 1 2 3 4 5 6 Aktiviti 2 Tema 1: Penggunaan Jalan Raya S.P 1.2.2 Menyenaraikan cara untuk menangani risiko dan mengurangkan bahaya di persekitaran jalan raya. Anda berbasikal ke sekolah setiap hari. Senaraikan enam cara untuk menangani risiko dan mengurangkan bahaya di persekitaran jalan raya. CONTOH
S3 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Aktiviti 3 Tema 2: Faktor Manusia dalam Perlanggaran S.P 2.1.3 Mengetahui perbezaan antara had laju, had laju yang ditetapkan, had laju yang dicadangkan dan kelajuan yang bersesuaian. Teliti gambar dan maklumat di bawah. Kemudian, nyatakan kewajaran mematuhi had laju yang ditetapkan. Had laju merupakan satu bentuk peraturan jalan raya yang ditetapkan di bawah Seksyen 69(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan hendaklah dipandu dengan kelajuan selamat, munasabah, dan mengikut had laju yang ditetapkan supaya kenderaan dapat dihentikan ketika kecemasan tanpa pemandu hilang kawalan pemanduan. Ketetapan had laju mengambil kira faktor-faktor seperti saiz jalan, jenis jalan, keadaan jalan, dan kawasan. Contohnya, jalan persekutuan, jalan negeri, lebuh raya, jalan selekoh, kawasan sekolah, kawasan bandar, serta kawasan kampung. Pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju ditetapkan melakukan kesalahan di bawah Kaedah 3 dalam Kaedahkaedah Kenderaan Motor (Had Laju) 1989 (PU(A) 25 (1989) dan boleh dikenakan denda maksimum RM300. Had Kelajuan Kewajaran mematuhi had laju yang ditetapkan 1 30 km/j 2 60 km/j 3 90km/j 4 110km/j CONTOH
S4 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Aktiviti 4 Tema 3: Alat Perlindungan S.P 3.1.3 Menyatakan implikasi sekiranya tidak menggunakan tali pinggang keledar dengan betul. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis kesan tidak memakai tali pinggang keledar belakang. Seperti melepaskan batuk di tangga. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan sikap sambalewa pengguna jalan raya terhadap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar belakang atau tempat duduk penumpang. Biarpun penguatkuasaan peraturan itu sudah lebih sedekad sejak Januari 2009, namun pengguna jalan raya masih alpa tentang kepentingan penggunaan tali pinggang keledar penumpang di belakang. Kadar pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia masih pada tahap amat rendah, iaitu sekitar 11 peratus. Mengikut kajian, sekiranya pemandu dan penumpang kenderaan terbabit dalam nahas jalan raya, risiko kematian dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus tanpa beg udara dan meningkat hingga 80 peratus kalau digunakan bersama tali pinggang. Undang-undang pemakaian tali pinggang belakang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 melalui Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaaan 2008) dan pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda maksimum RM2 000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya sekali. Nyatakan tiga kesan buruk akibat tidak memakai tali pinggang keledar dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. CONTOH
S5 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Aktiviti 5 Tema 5 : Penunggang Basikal dan Motosikal S.P 5.1.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan alat perlindungan ketika menunggang basikal. Teliti gambar di bawah. Kemudian, nyatakan kepentingan alat-alat perlindungan yang digunakan oleh penunggang basikal tersebut. Pad siku dapat 3 Pad lutut dapat 4 Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Perlindungan kaki harus menjadi keutamaan kerana 5 Topi keledar keselamatan dapat 1 Jaket pemantul cahaya sangat penting terutamanya ketika 2 CONTOH
S6 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU Hari ini seperti biasa, ayah memandu untuk menghantar saya pergi ke sekolah sebelum ayah pergi ke pejabat. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana jalan sangat licin selepas hujan lebat pada awal pagi tadi. Ketika tiba di simpang jalan, kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pada mulanya, kami tidak pasti tentang punca kejadian yang menyebabkan kesesakan itu. Ayah dapat mengagak bahawa kesesakan tersebut tentu disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Memandangkan hari ini merupakan hari persekolahan dan hari bekerja, banyak kenderaan di jalan raya. Hal ini menambahkan kesesakan jalan raya apabila kenderaan bergerak perlahan dan tidak dapat meneruskan perjalanan dengan lancar. Kereta ayah bergerak perlahan. Walaupun ayah berasa gelisah kerana saya mungkin lewat ke sekolah, namun ayah tetap bersabar dan memandu dengan berhati-hati. Ayah tetap mengekalkan jarak selamat antara kenderaan. Saya mendapati beberapa orang pemandu melanggar peraturan jalan raya. Ada yang melalui lorong kecemasan. Ada yang memotong barisan dengan sesuka hati. Sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab itulah telah memburukkan kesesakan yang berlaku. Menurut ayah, sikap tidak sabar pemandu sering menjadi punca yang menyebabkan kemalangan berlaku. Setelah lebih daripada setengah jam, kenderaan kami bergerak sedikit demi sedikit dalam kesesakan. Kami tiba di bahagian jalan yang menjadi punca kesesakan. Benar sangkaan ayah, satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku. Kami melihat bahagian depan van yang remuk di lorong sebelah kiri. Pemandu van telah mengalami kecederaan teruk. Beberapa orang anggota bomba dan penyelamat cuba membuka pintu van untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit di tempat duduknya. Beberapa orang penumpang yang diselamatkan dan mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Saya berasa simpati dan kasihan terhadap mangsa-mangsa tersebut. Sebahagian lorong jalan itu tidak boleh dilalui dan banyak kereta memperlahankan kereta mereka untuk melihat kemalangan tersebut. Anggota polis pula menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengawal lalu lintas. Setelah tersekat kira-kira satu jam, akhirnya kami dapat meneruskan perjalanan. Ayah menasihati saya agar mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Peristiwa ini juga mengingatkan kami supaya berhati-hati semasa memandu di jalan raya. Malang tidak berbau, kita harus sentiasa berwaspada agar tragedi seumpama ini dapat dihindari. 1 Berdasarkan petikan, berikan dua bukti yang menunjukkan “ayah” merupakan pemandu berhemah. Aktiviti 6 Tema 6: Pemandu dan Penumpang S.P 6.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah dan membuat perbandingan antara pemandu berhemah dengan pemandu yang tidak berhemah berdasarkan pemerhatian. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. CONTOH
S7 BM Tingkatan 2 Suplemen Guru SUPLEMEN GURU 2 Jika anda terlihat kemalangan jalan raya berlaku, apakah yang akan anda lakukan? 3 Berdasarkan petikan, apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu yang lain? 4 Lengkapkan jadual di bawah. Bil. Pemandu berhemah Pemandu tidak berhemah (i) (ii) (iii) (iv) (v) 5 Pada pendapat anda, bagaimanakah kemalangan jalan raya dapat dielakkan? CONTOH
S8 SUPLEMEN GURU Aktiviti 1 1 Kesalahan Perlakuan ‒ Melintas jalan raya tanpa menggunakan jejantas. Kesan Kesalahan ‒ Dilanggar oleh kenderaan lain. Perlakuan Selamat ‒ Menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya. 2 Kesalahan Perlakuan ‒ Menunggang basikal secara beriringan di atas jalan raya. Kesan Kesalahan ‒ Dilanggar oleh kenderaan lain. Perlakuan Selamat ‒ Menunggang basikal secara berturut. 3 Kesalahan Perlakuan ‒ Tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal. Kesan Kesalahan ‒ Terdedah kepada kecederaan pada kepala atau maut kerana hentakan akibat perlanggaran. Perlakuan Selamat ‒ Memakai topi keledar piawaian SIRIM dan mengancing tali topi keledar dengan kemas. 4 Kesalahan Perlakuan ‒ Menunggang motosikal dengan membawa pembonceng berlebihan. Kesan Kesalahan ‒ Akan mengancam nyawa penunggang dan pembonceng serta pengguna jalan raya yang lain. Perlakuan Selamat ‒ Menunggang motosikal dengan tidak membawa muatan yang lebih. Aktiviti 2 1 Pakai topi keledar dan ikat dengan ketat. 2 Pakai pakaian yang berwarna cerah atau jaket pemantul cahaya. 3 Jangan mencelah antara kenderaan. 4 Berhati-hati dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. 5 Beri isyarat sebelum membelok atau berhenti. 6 Gunakan laluan basikal yang disediakan. Aktiviti 3 1 Keselamatan murid/ Mengurangkan bunyi kenderaan yang mengganggu ketenteraman orang lain. 2 Membolehkan kenderaan dikawal dengan lebih mudah terutamanya ketika berhenti mengejut. 3 Reka bentuk jalan persekutuan dan jalan negeri tidak menyokong had laju lebih tinggi daripada yang ditetapkan. 4 Reka bentuk lebuh raya tidak menyokong had laju lebih tinggi daripada yang ditetapkan. Aktiviti 4 Antara tiga kesan buruk akibat tidak memakai tali pinggang keledar ialah kita akan terhumban keluar daripada kenderaan. Lazimnya menyebabkan kematian. Selain itu, kita akan mengalami kecederaan akibat terlanggar beg udara yang sedang terbuka dengan pantas. Akhir sekali, kita akan mengalami kecacatan jika mengalami kecederaan parah. Aktiviti 5 1 Topi keledar keselamatan dapat mengelakkan kecederaan parah di bahagian kepala yang boleh membawa maut. 2 Jaket pemantul cahaya sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini bertujuan untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. 3 Pad siku dapat mengurangkan kecederaan pada bahagian siku sekiranya penunggang basikal terjatuh. 4 Pad lutut dapat mengurangkan kecederaan pada bahagian lutut sekiranya penunggang basikal terjatuh. 5 Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Perlindungan kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki ialah anggota yang sangat penting untuk menunggang basikal. Aktiviti 6 1 Dua bukti yang menunjukkan “ayah” merupakan pemandu berhemah ialah ayah memandu kereta dengan berhatihati kerana jalan sangat licin selepas hujan lebat. Bukti kedua ialah walaupun ayah berasa gelisah kerana bimbang anaknya mungkin lewat ke sekolah, namun ayah tetap bersabar dan memandu dengan berhati-hati/ ayah tetap mengekalkan jarak selamat antara kenderaan. 2 Jika saya terlihat kemalangan jalan raya berlaku, saya akan menghubungi talian kecemasan dengan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Selain itu, saya akan menghulurkan bantuan yang termampu kepada mangsa kemalangan. 3 Kesalahan yang dilakukan oleh pemandu yang lain ialah melalui lorong kecemasan. Seterusnya, ada yang memotong barisan dengan sesuka hati. Selain itu, banyak kereta memperlahankan kereta mereka untuk melihat kemalangan tersebut. 4 Bil Pemandu berhemah Pemandu tidak berhemah (i) Bersabar dan memandu dengan berhati-hati. Memotong barisan dengan sesuka hati. (ii) Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan. Memecut dengan laju semasa memandu. (iii) Patuh pada peraturan lalu lintas. Melalui lorong kecemasan. (iv) Mengekalkan jarak selamat antara kenderaan. Tidak mengekalkan jarak selamat antara kenderaan. (v) Memberikan perhatian penuh semasa memandu. Makan dan menggunakan telefon bimbit sambil memandu. 5 Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dengan meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya. Selain itu, kerajaan harus mereka bentuk jalan raya yang lebih selamat dan mesra pengguna. Seterusnya, kenderaan perlu diselenggara secara berkala agar selamat digunakan. Jawapan cadangan yang lain: • Ibu bapa perlu memantau serta menegur anak mereka sekiranya mereka tidak memakai topi keledar atau tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu. • Tidak menggunakan telefon semasa memandu. • Memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan. Jawapan Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya CONTOH
Rekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 2.....................................................ii – iv Unit 1 Anda Sihat Anda Ceria.................................1 Unit 2 Kebersihan Lambang Keperibadian............... 3 Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Unit 3 Indahnya Menuntut Ilmu ............................ 5 Unit 4 Ilmu Penyuluh Hidup.................................. 7 Tema 2 Menimba Ilmu Unit 5 Cita-cita Setinggi Bintang............................ 8 Unit 6 Budi Disemai, Bakti Dituai .......................... 9 Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian Unit 7 Remaja Berintegriti ...................................10 Unit 8 Integrasi Teras Kehidupan..........................12 Tema 4 Integriti Amalan Kita Unit 9 Bahasaku di Persada Dunia ........................14 Unit 10 Indah Sastera, Cantik Bahasa .....................16 Tema 5 Bahasa dan Sastera Unit 11 Sejarah Kita .............................................18 Unit 12 Pusaka Tanah Air ..................................... 20 Tema 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan Unit 13 Warna-warni Budaya ................................ 22 Unit 14 Segalanya Bermula di Sini......................... 23 Tema 7 Indah Seni Gah Budaya Unit 15 Keselamatan Diri ..................................... 25 Unit 16 Anda Prihatin, Anda Selamat..................... 26 Tema 8 Utamakan Keselamatan Unit 17 Sukan Milik Semua .................................. 28 Unit 18 Seronoknya Beriadah ............................... 29 Tema 9 Sukan dan Rekreasi Unit 19 Kenali Malaysia ....................................... 30 Unit 20 Cintai Malaysia........................................ 32 Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia Unit 21 Indahnya Ukhuwah .................................. 33 Unit 22 Teras Keharmonian .................................. 34 Tema 11 Perpaduan Unit 23 Semarak Negara ...................................... 35 Unit 24 Hayati Rukun Negara ............................... 36 Tema 12 Negaraku Jati Diriku Unit 25 Ekonomi dan Perniagaan .......................... 37 Unit 26 Bijak Wang.............................................. 39 Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Unit 27 Suburnya Bumiku ..................................... 41 Unit 28 Di Tanah dan di Air .................................. 42 Tema 14 Berbudi kepada Alam Unit 29 Hebatnya Teknologi.................................. 43 Unit 30 Dunia Kreativiti ....................................... 45 Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi Unit 31 Dunia Hanya Pinjaman ............................. 46 Unit 32 Buana Menguntum Senyum....................... 47 Tema 16 Pelestarian Alam Unit 33 Industri Berdaya Saing ............................. 48 Unit 34 Industri Berdaya Maju .............................. 49 Tema 17 Era Baharu Industri Unit 35 Patriot Bangsa ......................................... 50 Unit 36 Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya ............. 52 Tema 18 Pentadbiran dan Politik Jawapan Kandungan Skrip Pendengaran PBD Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR CONTOH
ii Sekolah : Nama : Tingkatan : Unit Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh UNIT 1 Anda Sihat Anda Ceria Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat. 1 Menulis S.P.3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks. 2 UNIT 2 Kebersihan Lambang Keperibadian Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat. 3 Tatabahasa S.P.5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks. 4 UNIT 3 Indahnya Menuntut Ilmu Menulis S.P.3.2.1 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5 Tatabahasa S.P.5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks. 6 UNIT 4 Ilmu Penyuluh Hidup Membaca S.P.2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul. 7 UNIT 5 Cita-cita Setinggi Bintang Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang betul. 8 UNIT 6 Budi Disemai, Bakti Dituai Membaca S.P.2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. 9 UNIT 7 Remaja Berintegriti Membaca S.P.2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan. 10 Menulis S.P.3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. 11 UNIT 8 Integrasi Teras Kehidupan Membaca S.P.2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. 12 Menulis S.P.3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. 13 UNIT 9 Bahasaku di Persada Dunia Membaca S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. 14 Rekod Pentaksiran Murid Bahasa Melayu Tingkatan 2 CONTOH
iii BM Tingkatan 2 Rekod Pentaksiran Unit Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh Seni Bahasa S.P.4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional. 15 UNIT 10 Indah Sastera, Cantik Bahasa Mendengar dan Bertutur S.P.1.4.2 Berbicara untuk memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal secara bertatasusila. 16 Seni Bahasa S.P.4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul. 17 UNIT 11 Sejarah Kita Membaca S.P.2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. 18 Tatabahasa S.P.5.3.1 Memahami dan menggunakan apitan bagi kata nama dengan betul mengikut konteks. 19 UNIT 12 Pusaka Tanah Air Membaca S.P.2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. 20 Menulis S.P.3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan. 21 UNIT 13 Warna-warni Budaya Mendengar dan Bertutur S.P.1.3.1 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna. 22 UNIT 14 Segalanya Bermula di Sini Membaca S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. 23 UNIT 15 Keselamatan Diri Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.3 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. 25 UNIT 16 Anda Prihatin, Anda Selamat Mendengar dan Bertutur S.P.1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis. 26 Menulis S.P.3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis. 27 UNIT 17 Sukan Milik Semua Membaca S.P.2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. 28 UNIT 18 Seronoknya Beriadah Mendengar dan Bertutur S.P.1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. 29 UNIT 19 Kenali Malaysia Menulis S.P.3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. 30 Tatabahasa S.P.5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat. 31 UNIT 20 Cintai Malaysia Menulis S.P.3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan. 32 CONTOH
iv BM Tingkatan 2 Rekod Pentaksiran Unit Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh UNIT 21 Indahnya Ukhuwah Membaca S.P.2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. 33 UNIT 22 Teras Keharmonian Seni Bahasa S.P.4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul. 34 UNIT 23 Semarak Negara Tatabahasa S.P.5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. 35 UNIT 24 Hayati Rukun Negara Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.3 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. 36 UNIT 25 Ekonomi dan Perniagaan Menulis S.P.3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang. 37 UNIT 26 Bijak Wang Menulis S.P.3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang. 39 UNIT 27 Suburnya Bumiku Seni Bahasa S.P.4.2.1 Memahami dan menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks. 41 UNIT 28 Di Tanah dan di Air Membaca S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. 42 UNIT 29 Hebatnya Teknologi Menulis S.P.3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik. 43 UNIT 30 Dunia Kreativiti Tatabahasa S.P.5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat. 45 UNIT 31 Dunia Hanya Pinjaman Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.1 Mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai secara bertatasusila. 46 UNIT 32 Buana Menguntum Senyum Mendengar dan Bertutur S.P.1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis. 47 UNIT 33 Industri Berdaya Saing Membaca S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. 48 UNIT 34 Industri Berdaya Maju Mendengar dan Bertutur S.P.1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis. 49 UNIT 35 Patriot Bangsa Menulis S.P.3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik. 50 UNIT 36 Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya Membaca S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. CONTOH 52
1 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 2 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat. SP: 1.1.1 Dengar dialog yang dilakonkan oleh rakan-rakan anda. Kemudian, sebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang bercetak tebal dengan intonasi yang betul. Apa khabar, Nisya? Adakah awak mengetahui bahawa program vaksinasi untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan bermula pada minggu hadapan? Ya, betul. Kita masih perlu mengamalkan penjarakan sosial dan hendaklah sentiasa memastikan diri kita dalam keadaan bersih. Kita hendaklah memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi tangan. Vaksin ini untuk mengawal penularan COVID-19 dalam kalangan remaja. Saya berpendapat bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan wabak tersebut. Khabar baik, Min Yee. Saya ada dengar berita semalam. Program ini menyasarkan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat. Pemberian suntikan vaksin bagi remaja akan diadakan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara. Benar kata awak. Ayah saya telah mendaftarkan saya untuk program vaksinasi ini. Walaupun jangkitan COVID-19 telah menunjukkan penurunan, namun kita masih perlu berwaspada dan mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Pandemik COVID-19 telah mengubah norma kehidupan kita. Mahu atau tidak kita perlu mengubah kehidupan kita. Diharapkan kita dapat menjalankan aktiviti seperti sebelumnya tidak lama lagi. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan betul tetapi hanya menunjukkan kefahaman terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut secara terhad. 3-4 Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan sebutan yang betul dan menunjukkan kefahaman terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut. 5-6 Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan sebutan yang betul dan tepat serta menunjukkan kefahaman yang mendalam terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut. Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Aktiviti PAK-21 1 Unit Anda Sihat Anda Ceria CONTOH
2 BM Tingkatan 2 Unit 1 Menulis Buku Teks m/s 4 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks. SP: 3.1.1 Fahami bahan-bahan di bawah. Cari makna perkataan dan rangkai kata dalam bahan dengan merujuk kamus. Kemudian, bina ayat yang sesuai. Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku-Separuh) Pinggan Sihat Malaysia memberikan nasihat tentang pengambilan makanan harian kita dengan betul. Suku-Suku-Separuh ini bermakna hidangan perlu mengandungi suku karbohidrat, suku protein, serta separuh sayur dan buah. Jika boleh, sayur dan buah jangan ditinggalkan. Jangan lupa minum secawan air kosong atau minuman tanpa gula bagi melengkapkan hidangan. Tentukan Saiz Hidangan Ramai ibu bapa beranggapan bahawa kanakkanak memerlukan saiz hidangan yang besar untuk memenuhi keperluan harian mereka. Sebenarnya, keperluan nutrien anakanak bukan bergantung pada saiz hidangan, sebaliknya diukur daripada jumlah kalori yang sepatutnya diambil berdasarkan keperluan mereka beraktiviti, umur, dan jantina. 1 keperluan harian Apa-apa yang diperlukan dalam setiap hari; apa-apa yang berguna atau yang penting dalam sehari. Ayat lengkap 2 kalori Unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. Ayat lengkap TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu memberikan makna perkataan dan rangkai kata dalam bahan dengan merujuk kamus tetapi tidak menunjukkan kefahaman terhadap perkataan dan rangkai kata tersebut. 3-4 Murid mampu memahami makna perkataan dan rangkai kata dalam bahan dengan merujuk kamus serta menunjukkan kefahaman terhadap perkataan dan rangkai kata tersebut. 5-6 Murid mampu memahami makna perkataan dan rangkai kata dalam bahan dengan merujuk kamus serta menunjukkan kefahaman mendalam terhadap perkataan dan rangkai kata tersebut. Harga barang keperluan harian yang dijual di kedai runcit itu berpatutan. Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja rendah lemak dan kalori, malah mengenyangkan dan baik untuk kesihatan. CONTOH
3 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 7 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat. SP: 1.1.1 Dengar petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, persembahkan penerangan yang didengar dengan menggunakan teknik ajuk-hafaz. Langkah Utama Cegah HFMD Penyakit tangan, kaki, dan mulut juga dikenali sebagai Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD). Penyakit HFMD sering berjangkit dalam kalangan kanakkanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan enterovirus. Penyakit ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh, dan najis pesakit serta boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini. Pesakit akan mengalami gejala seperti demam dan kulit melepuh. Langkah Pencegahan HFMD 1 Tidak membawa anak yang dijangkiti ke tempat awam seperti sekolah, taska, tadika atau pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. 2 Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 3 Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, selepas menyentuh atau merawat lepuh, dan semasa mencuci najis kanak-kanak yang dijangkiti. 4 Membersihkan dengan cara basmi kuman menggunakan larutan berasaskan klorin semua permainan kanak-kanak dan lantai rumah terutama tandas. 5 Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul. 6 Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan kanak-kanak lain yang tidak dijangkiti. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan agak terhad. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah utama cegah HFMD dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah utama cegah HFMD dengan baik dan memuaskan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang langkah utama cegah HFMD dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 1 Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan 2 Unit Kebersihan Lambang Keperibadian Video tutorial 1 CONTOH
4 BM Tingkatan 2 Unit 2 Tatabahasa Buku Teks m/s 11 SP: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks. Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai. kita kami mereka anda kalian saya Kulit yang halus dan cantik menjadi idaman setiap remaja. Baik lelaki mahupun perempuan, (1) mereka perlu menjaga kulit bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah. Kebersihan kulit perlu dijaga dengan mengamalkan gaya hidup sihat kerana kulit yang cantik mencerminkan keperibadian diri. Terdapat beberapa panduan yang boleh (2) kita guna pakai untuk membantu kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhannya. Antaranya: (a) Gunakan krim pelindung tabir suria ketika (3) kita hendak pergi ke sekolah atau melakukan aktiviti luar seperti bersukan mahupun beriadah. (b) Lakukan senaman bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. (c) Selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit apatah lagi jika (4) kita kuat berpeluh. (d) Pilih sabun yang bersesuaian jika mempunyai kulit kering. Bagi remaja yang mempunyai kulit berminyak, (5) mereka tidak perlu menggunakan pelembap manakala (6) mereka yang berkulit sensitif pula perlu mengelakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi wangian dan pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit. (e) (7) Kita perlu menyalin dan memakai pakaian bersih mengikut keperluan sekurangkurangnya sekali atau dua kali sehari bagi menjaga kebersihan kulit. (f) Bagi menjaga kulit muka yang berminyak, (8) kita boleh menggunakan penyegar untuk membantu menutup liang roma. Penggunaan penyegar boleh menyebabkan kulit kurang berminyak. (g) Jangan sekali-kali memicit jerawat kerana kuku (9) kita mungkin berkuman dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut. (h) Amalkan pengambilan makanan yang sihat kerana boleh mencantikkan wajah. (i) Elakkan merokok atau terkena asap rokok kerana boleh menyebabkan kulit cepat berkedut. (j) Minum air dua liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan tubuh (10) kita dapat berfungsi dengan baik. (Sumber: Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu memahami dan menggunakan beberapa kata ganti nama diri dengan betul. 3-4 Murid mampu memahami dan menggunakan kata ganti nama diri dengan betul. 5-6 Murid mampu memahami dan menggunakan kata ganti nama diri dengan tepat dan gramatis. CONTOH
5 3 Unit Indahnya Menuntut Ilmu Menulis Buku Teks m/s 18 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis. SP: 3.2.1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis kepentingan menuntut ilmu. Ilmu yang diperoleh perlulah diamalkan. Seseorang yang berilmu sebenarnya tidak berguna jika tidak beramal dan memanfaatkan ilmu tersebut kepada orang lain. Hal ini demikian kerana orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya mampu menjadi insan yang hebat dengan mentaati perintah ibu bapa, menjadi murid cemerlang, dan rakyat yang baik serta mampu menyumbangkan kembali ilmunya untuk dimanfaatkan. Bijak pandai pernah berkata “sebaik-baik manusia ialah mereka yang berilmu dan sebaik-baik ilmu ialah yang memberi manfaat”. Dengan kekuatan ilmu, kita dapat menyumbang kepada budaya intelektual dalam kalangan rakyat Malaysia. Negara kini sedang menghampiri halangan terakhir dan paling sukar, iaitu membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh ilmuwan. Oleh itu, remaja hari ini perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri masyarakat intelek agar hasrat menjadi negara maju akan tercapai. Sikap malas dan leka perlu diubah untuk menjadi golongan bijak pandai agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi. Kita perlu berfikir secara global dan bertindak secara lokal supaya hasrat untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama akan tercapai. Memetik kata-kata Walter Cronkite, “Sebesar mana pun jumlah harga pembinaan perpustakaan, harganya jauh lebih murah berbanding dengan bangsa yang jahil”. Untuk menjadi maju, negara memerlukan rakyat yang berintelektual. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Fenomena Remaja Muflis Intelek’, Dewan Siswa TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu merumus dua daripada enam idea (kepentingan menuntut ilmu) daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu merumus keenam-enam idea (kepentingan menuntut ilmu) daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu merumus keenam-enam idea (kepentingan menuntut ilmu) daripada bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Tema 2 Menimba Ilmu Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia kerana mampu menjadikan seseorang itu insan yang hebat. Hal ini demikian kerana melalui ilmu, seseorang itu akan lebih dihormati dan disegani. Seseorang yang berilmu akan mentaati ibu bapa, menjadi murid cemerlang seterusnya rakyat yang baik. Hal ini semestinya akan membantu negara untuk membangun pada masa hadapan. Selain itu, kekuatan ilmu dapat menyumbang kepada budaya intelektual dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan penting untuk seseorang terus bersaing dalam globalisasi. Oleh itu, rakyat terutamanya remaja perlu berusaha menuntut ilmu untuk melengkapkan diri dengan ciri-ciri masyarakat intelektual. Video tutorial 2 CONTOH
6 BM Tingkatan 2 Unit 3 Tatabahasa Buku Teks m/s 20 SP: 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks. Lengkapkan petikan dengan kata adjektif yang betul. ❀ selesa ❀ tekun ❀ mudah ❀ cemerlang ❀ baik ❀ senyap ❀ awal ❀ efektif ❀ rajin ❀ baru Setiap murid ingin mendapat keputusan yang (1) cemerlang . Hal ini demikian kerana keputusan yang cemerlang dapat menjamin keselesaan hidup pada masa hadapan. Tanpa pencapaian akademik yang (2) baik , masa hadapan seseorang diibaratkan seperti telur di hujung tanduk. Oleh itu, murid digalakkan mengisi masa lapang dengan baik untuk meningkatkan prestasi akademik sendiri sebelum nasi menjadi bubur. Terdapat beberapa usaha yang (3) efektif untuk meningkatkan pencapaian akademik murid. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah dengan (4) rajin mengulang kaji pelajaran. Setelah waktu persekolahan, murid-murid disarankan mengulang kaji pelajaran yang diajar di sekolah secepat mungkin. Tindakan sedemikian adalah untuk memastikan ilmu yang (5) baru diperoleh itu tidak (6) mudah dilupakan. Cara ini sangat berkesan bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap sesuatu topik. Selain itu, murid perlu rajin mengunjungi perpustakaan. Pihak sekolah telah melengkapkan perpustakaan sekolah dengan pelbagai jenis buku untuk rujukan murid. Dengan itu, murid tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli apa-apa buku rujukan. Bukan itu sahaja, suasana perpustakaan yang (7) senyap dan kondusif juga sangat sesuai untuk belajar. Oleh itu, murid lebih fokus untuk belajar tanpa gangguan orang ramai. Seterusnya, murid juga boleh kerap mengadakan perbincangan berkumpulan. Melalui cara ini, para murid dapat berkongsi ilmu bersama-sama rakan. Ilmu pengetahuan ahli kumpulan juga akan ditingkatkan. Ahli kumpulan boleh saling melengkapi dengan berkongsi nota dan latihan yang mereka ada. Dengan belajar bersama rakan-rakan, murid dapat belajar dengan lebih (8) selesa . Lantaran itu, belajar secara berkumpulan dapat membantu murid untuk belajar. Tuntasnya, murid-murid perlulah belajar dengan (9) tekun bagi meningkatkan pencapaian akademik. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, murid harus membuat persediaan (10) awal untuk menghadapi peperiksaan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu memahami dan menggunakan beberapa kata adjektif dengan betul. 3-4 Murid mampu memahami dan menggunakan kata adjektif dengan betul. 5-6 Murid mampu memahami dan menggunakan kata adjektif dengan tepat dan gramatis. Video tutorial 3 CONTOH
7 4 Unit Ilmu Penyuluh Hidup Membaca Buku Teks m/s 22 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul. SP: 2.2.2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, senaraikan maklumat berbentuk pesanan yang terdapat dalam petikan tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa isu yang melibatkan demam denggi telah mendapat perhatian serius di negara ini sejak beberapa tahun lalu. Statistik jangkitan demam denggi serta kadar kematian yang berlaku dilihat meningkat secara mendadak dari semasa ke semasa. Oleh itu, satu langkah yang lebih proaktif dan komprehensif perlu diambil oleh semua pihak berkaitan bagi membendung masalah terbabit daripada terus berlaku. Pihak berkuasa tempatan melalui kerjasama Jabatan Kesihatan perlu menggiatkan usaha menjalankan pelbagai program kesedaran tentang bahaya wabak demam denggi serta mengadakan lebih banyak program pencegahan dan pendidikan di peringkat akar umbi dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang punca dan tatacara pencegahan demam denggi. Pendidikan kesihatan ini boleh dilakukan melalui kempen kesedaran, pameran, dan ceramah yang melibatkan pelbagai lapisan usia dan masyarakat seperti Program Bebas Denggi dan Communication for Behavioural Impact (COMBI). Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, pendidikan tentang aspek kesihatan perlu juga dimulakan dari peringkat sekolah supaya para murid sedar akan tabiat pembiakan dan kitaran hidup nyamuk aedes, bahaya demam denggi, kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling, serta mempraktikkan pengetahuan yang ditimba kelak. Berkenaan aspek perundangan, satu akta telah pun diwujudkan dalam usaha mengawal dan mencegah penyakit demam denggi ini, iaitu melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154). Walaupun undang-undang berkaitan sudah wujud, pihak kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menambah baik akta sedia ada dengan meningkatkan kadar kompaun bagi mereka yang disabitkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta 154 bagi pengawalan serta pencegahan demam denggi dengan lebih berkesan. Antara maklumat berbentuk pesanan ialah: 1 2 3 4 5 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu membaca untuk menyaring dan mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca untuk menyaring dan mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca untuk menyaring dan mengenal pasti jenis maklumat yang terdapat di dalam bahan secara tekal, terperinci, dan rasional yang menunjukkan penguasaan murid terhadap isu. Pihak kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menambah baik akta sedia ada dengan meningkatkan kadar kompaun. Pendidikan tentang aspek kesihatan perlu juga dimulakan dari peringkat sekolah. Pendidikan kesihatan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran, pameran, dan ceramah yang melibatkan pelbagai lapisan usia dan masyarakat. Mengadakan lebih banyak program pencegahan dan pendidikan di peringkat akar umbi dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat. Pihak berkuasa tempatan melalui kerjasama Jabatan Kesihatan perlu menggiatkan usaha menjalankan pelbagai program kesedaran. Tema 2 Menimba Ilmu Aktiviti PAK-21 Video tutorial 4 CONTOH
8 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 28 SP: 1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang betul. Dengar maklumat yang dibacakan oleh rakan anda. Gunakan maklumat tersebut dan lakonkan situasi temu bual dengan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran menggunakan intonasi yang betul. Azura berminat untuk menjadi juruterbang. Jadi, dia telah menemui Kapten Nur Hidayah yang menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Sentosa Airlines untuk mendapatkan maklumat lanjut. Syarat-syarat umum dan kelayakan: ✓ Berumur 18 hingga 24 tahun. ✓ Tidak hanya terhad kepada lelaki. ✓ Menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik, dan Fizik dengan baik. ✓ Mempunyai rekod kesihatan yang baik. ✓ Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna. ✓ Ketinggian sekurang-kurangnya 160 sentimeter. Proses yang akan dilalui: ➠ Ujian pemikiran kritikal kuantitatif dan penilaian personaliti ➠ Ujian penilaian psikomotor, orientasi spatial, dan fizikal ➠ Temu duga Cara mula melibatkan diri dalam bidang ini: ✐ Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan (jika tawaran dibuka). ✐ Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL. ✐ Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja. Lesen penerbangan: ✈ Private Pilot Licence (PPL). ✈ Commercial Pilot Licence (CPL). ✈ Airline Transport Pilot Licence (ATPL). TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya melakonkan sesi temu bual dengan rakan menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran, tetapi dengan intonasi kurang sesuai. 3-4 Murid berjaya melakonkan sesi temu bual dengan rakan menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran secara bertatasusila dan intonasi yang memuaskan. 5-6 Murid berjaya melakonkan sesi temu bual dengan rakan menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran dengan bertatasusila dan ayat yang gramatis, terperinci, dan mampu dijadikan teladan kepada rakan-rakan. Audio 2 Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian Aktiviti PAK-21 5 Unit Cita-cita Setinggi Bintang CONTOH
9 Membaca Buku Teks m/s 35 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. SP: 2.1.2 Baca sajak di bawah secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, kenal pasti maksud tersurat dan tersirat. KBAT Seorang Guru Tua Guruku yang baik masih lagi mengajar sedang aku kini sudah besar dulu wajahnya muda kini rambut memutih kepala ada anak-anak muridnya sudah menjadi menteri ada anak-anak muridnya kini memegang jawatan tinggi tidak kurang pula bergelar usahawan berjaya. Guruku yang baik masih di situ masih memandu kereta lama masih menuju sekolah yang sama tiada kelihatan jemu dari air mukanya tiada kedengaran bosan dari suara bibirnya dia gigih menggenggam tanggungjawab yang diamanahkan. Seorang guru tua dia masih di situ berdiri sebagai guru menabur jasa-jasa dialah pendidik bangsa! Gunawan Mahmood Nyanyian Wau, 1987, Dewan Bahasa dan Pustaka. Aktiviti PAK-21 Tema Bertemakan kemuliaan, pengorbanan, dan kegigihan seorang guru dalam usaha mendidik anak-anak bangsanya. Nilai • Mengenang budi – mengenang jasa guru yang telah banyak berjasa kepada masyarakat. • Bertanggungjawab – tidak jemu menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan. Rima Akhir Rangkap 1 : abbcccdcdcc Rangkap 2 : abccbcdced Rangkap 3 : abbaa TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu memberikan maksud tersurat dan tersirat dengan tepat dan rasional. Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian 6 Unit Budi Disemai, Bakti Dituai CONTOH
10 Membaca Buku Teks m/s 43 SP: 2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan. Baca diari pengawas di bawah secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan. KBAT 15 Januari Empat orang pengawas baharu daripada tingkatan satu mula bertugas hari ini. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Ini menjadikan jumlah pengawas sekolah seramai dua puluh empat orang. Kami berkenalan dan kemudian ketua pengawas memberi taklimat. Dia menggesa kami bertugas dengan berdedikasi. Kami umpama polis yang cuba menegakkan undang-undang dan peraturan sekolah kepada hampir seribu lima ratus orang murid. 29 Januari Cikgu Khalid menggesa kami supaya lebih tajam memerhatikan murid yang menghisap rokok. Dia mahu kami mencatatkan nama murid yang menghisap rokok sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Menghisap rokok mungkin hal peribadi seseorang. Akan tetapi tentu tidak baik seorang murid menghisap rokok apa lagi dalam kawasan sekolah. Aku tidak nampak di mana kemegahan dengan menghisap rokok. Sebagai murid, kita perlu menjaga imej dan nama baik sekolah. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan maksud keseluruhan bahan secara minimum. 3-4 Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan pada tahap kukuh. Murid mampu mengulas dan memberikan maksud keseluruhan bahan secara betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan memberikan maksud keseluruhan bahan secara tepat dan rasional. Maklumat di atas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pengawas sekolah. Antara tanggungjawab pengawas termasuk perlu membantu pihak sekolah menjaga disiplin sekolah. Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka bertugas mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid. Murid yang membuat kesalahan disiplin akan diberikan nasihat dan denda agar mereka insaf akan kesalahan diri. Seterusnya, pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada murid lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas ialah seseorang murid yang mestilah memiliki tahap disiplin yang tinggi. Tamsilannya, tingkah laku yang dilakukan oleh pengawas seperti berbaris dengan teratur semasa berada di kantin akan dicontohi oleh murid dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Akhir sekali, pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan. Tema 4 Integriti Amalan Kita 7 Unit Remaja Berintegriti CONTOH
11 BM Tingkatan 2 Unit 7 Menulis Buku Teks m/s 44 SP: 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis kesimpulan yang sesuai. KBAT Antara perkara yang dapat dilakukan bagi menerapkan pendidikan integriti dalam kalangan remaja termasuklah kepimpinan melalui contoh. Ibu bapa sebagai pemimpin dan pembimbing anak perlu mengamalkan nilai integriti terlebih dahulu supaya dapat menjadi contoh buat anak mereka agar tidak menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan lurus”. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dengan cara berterus terang dan bercakap benar dalam semua perkara supaya anak tidak terdidik dengan sikap suka menipu. Ibu bapa juga perlu mengajar anak mereka supaya tidak mengharapkan balasan bagi setiap kerja rumah yang dilakukan dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Pendidikan integriti juga boleh dilaksanakan secara langsung atau tidak langsung melalui subjek yang diajar di sekolah seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Selain itu, dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru dapat mengetengahkan peribahasa Melayu yang memiliki mesej penyampaian elemen integriti. Remaja juga boleh bermuhasabah melalui bantuan daripada guru kaunseling dan fasilitator dalam aktiviti motivasi, malah rakan seangkatan turut berupaya membantu hal ini melalui program rakan pembimbing di sekolah. Bahan bacaan yang menyampaikan mesej integriti di perpustakaan sekolah dan sudut bacaan di kelas juga dapat membantu. Media massa juga perlu memainkan peranannya dalam memberikan pendidikan integriti terhadap remaja melalui program atau iklan di televisyen, radio, dan surat khabar. Rancangan khas yang memfokuskan penyampaian moral yang baik sebagai pendidikan buat warga ini perlu diwujudkan dengan lebih banyak oleh media. Perkara ini bukan sahaja dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada remaja tentang konsep integriti dan kepentingan menjadi insan berintegriti, sama ada pada peringkat individu, masyarakat ataupun negara, malah sikap ini akan lebih diingati oleh remaja, terutama jika iklan tentang isu ini kerap dipaparkan di media. Dipetik daripada ʻPendidikan Integriti dalam Kalangan Remajaʼ, Dewan Siswa, Bil. 03 2014 Kesimpulan Penanda Wacana Kesimpulannya, Rumusan Isi Secara Umum pendidikan integriti dalam kalangan remaja dapat dilakukan dengan cara kepimpinan melalui contoh oleh ibu bapa, pengajaran subjek oleh guru, dan program yang dianjurkan oleh media massa. Ayat Cadangan Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam menyemai nilai murni ini. Ayat Harapan Dengan ini, remaja yang memiliki sahsiah yang mulia dapat direalisasikan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. CONTOH
12 Membaca Buku Teks m/s 48 SP: 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. Baca teks di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan. KBAT Amalan bergotong-royong merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dahulu dan dianggap sebagai aktiviti yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat, terutamanya generasi baharu ini. Jika dilihat keadaan masyarakat hari ini, berapakah peratusan golongan muda yang turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong? Amalan bergotong-royong sememangnya aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada vektor penyakit. Dengan berbuat demikian, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Bergotong-royong juga dapat dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal. Kegiatan ini juga memainkan peranan yang signifikan sebagai agen perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara mendapati bahawa jurang antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun. Oleh itu, melalui kegiatan ini kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan saling menghormati. Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semula semangat kejiranan kerana kita dapat mengenali jiran dengan lebih dekat. Pembahagian tugas akan membangkitkan semangat bersatu padu. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan merapatkan hubungan sesama jiran. Amalan bergotong-royong membawa banyak kemaslahatan. Dengan mengamalkan semangat ini, secara tidak langsung kita dapat memelihara bumi menjadi tempat yang indah. Gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Dipetik daripada ʻKemaslahatan Bergotong-royongʼ, Dewan Siswa, Bil. 03 2014 Perenggan Idea Utama Idea Sampingan 2 Gotong-royong dapat membersihkan tempat tinggal daripada vektor penyakit. • Mencegah dan menjauhi penyakit. • Bergotong-royong dapat mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal. 3 Gotong-royong memainkan peranan yang signifikan sebagai agen perpaduan. • Kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan saling menghormati. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, tetapi hanya mampu memahami serta mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam bahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam bahan dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam bahan secara tekal, terperinci, dan rasional yang menunjukkan penguasaan murid terhadap isu. Tema 4 Integriti Amalan Kita 8 Unit Integrasi Teras Kehidupan CONTOH
13 BM Tingkatan 2 Unit 8 Menulis Buku Teks m/s 49 SP: 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. Berdasarkan kerangka isi karangan, tulis perenggan kesimpulan dengan menggunakan bahasa yang gramatis. KBAT Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial, dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama, dan sokongan. Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing, serta peningkatan kecemerlangan dan imej negara. Peranan Sukan dalam Menyatupadukan Rakyat Malaysia Kesimpulan Penanda Wacana Tuntasnya, Rumusan Isi Secara Umum sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas dan sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian daripada proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Cadangan Oleh itu, semua lapisan masyarakat harus dididik agar dapat memupuk semangat kesukanan dalam melestarikan sukan sebagai alat untuk menjalinkan perpaduan demi kesejahteraan manusia sejagat. Harapan Dengan itu, sukan akan menjadi 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan, dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan peranan sukan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan peranan sukan dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan peranan sukan dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. CONTOH
14 Membaca Buku Teks m/s 55 SP: 2.4.1 Membaca secara ekstensif bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. Baca petikan di bawah. Kemudian, senaraikan maklumat baharu yang anda peroleh. KBAT Pada masa ini, jumlah penutur bahasa Melayu dalam pelbagai dialek di seluruh pelosok dunia mencecah 300 juta orang. Hal ini menjadikan bahasa Melayu termasuk dalam tujuh bahasa besar di dunia, selain bahasa Rusia, Arab, Sepanyol, Hindi, Inggeris, dan Mandarin. Kebanyakan penutur berasal daripada rumpun Melayu, selain terdapat diaspora yang membentuk komuniti Melayu seperti di Afrika Selatan, Sri Lanka, Amerika Syarikat (AS), Australia, United Kingdom (UK), dan Arab Saudi. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rumpun Melayu sahaja tidak mampu mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa perlu mengambil kira potensi bangsa lain yang berpeluang menguasai bahasa Melayu. Dalam pada itu, Kursi Pengajian Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu di beberapa buah universiti terkemuka dunia seperti Universiti Leiden, Universiti Ohio, Universiti Wellington, Universiti Beijing, dan Universiti Hankuk perlu diperkukuh untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana jumlah pelajar asing di negara kita dianggarkan 60 000 ribu orang. Kehadiran mereka di universiti awam (UA) dan swasta boleh membantu pengembangan bahasa Melayu menerusi dasar kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil kursus bahasa Melayu. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maklumat daripada arahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada arahan dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada arahan pada tahap tekal dan terperinci. 1 Bahasa Melayu termasuk dalam tujuh bahasa besar di dunia. 2 Kebanyakan penutur bahasa Melayu berasal daripada rumpun Melayu. 3 Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rumpun Melayu sahaja tidak mampu mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa. 4 Usaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa perlu mengambil kira potensi bangsa lain yang berpeluang menguasai bahasa Melayu. 5 Kursi Pengajian Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu di beberapa buah universiti terkemuka dunia perlu diperkukuh untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu. Tema 5 Bahasa dan Sastera 9 Unit Bahasaku di Persada Dunia CONTOH
15 BM Tingkatan 2 Unit 9 Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah patriotisme. Contohnya, rakyat diseru agar mendaulatkan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan maruah bangsa. Nilai lain ialah bertanggungjawab. Contohnya, rakyat bertanggungjawab mempertahankan martabat bahasa ibunda daripada tercemar. Rangkap pertama sajak Dirgahayu Bahasaku bermaksud bahasa kebangsaan seharusnya disanjung tinggi oleh bangsa Malaysia yang berbudi, setia, dan amanah kepada negara. Seni Bahasa Buku Teks m/s 57 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan SP: 4.1.1 perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT Video tutorial 5 Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju Manuskrip Luka Bangsa, 2006 Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Aktiviti PAK-21 Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu Bahasaku 1 Apakah maksud rangkap pertama sajak Dirgahayu Bahasaku? 2 Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan betul. 3-4 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat, dan rasional. CONTOH
16 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 59 SP: 1.4.2 Berbicara untuk memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal secara bertatasusila. Berdasarkan situasi yang diberikan, anda dikehendaki memohon maaf kepada rakan-rakan anda. Berbicaralah secara bertatasusila. Anda terlibat dalam pementasan teater di sekolah anda. Atas sebab-sebab tertentu, anda tidak dapat menghadiri sesi latihan yang dijalankan. Anda memohon maaf kepada rakan-rakan anda. Cadangan frasa yang sesuai digunakan untuk memohon maaf : • tidak dapat menghadiri sesi latihan • saya berasa kesal • maafkan saya • saya bukannya sengaja • menjaga ibu yang kurang sihat • maafkan saya sekali lagi • berilah saya peluang Kawan-kawan, saya minta maaf kerana tidak dapat menghadiri sesi latihan semalam. Saya berasa amat kesal. Saya bukannya sengaja. Semalam, ibu saya tibatiba jatuh sakit. Saya terpaksa menjaga ibu yang kurang sihat. Saya berharap agar kawan-kawan sudi memaafkan saya. Baiklah, Amira. Kami maafkan awak. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya melakonkan watak/ berbincang dengan rakan tentang dialog memohon maaf secara bertatasusila dengan ayat yang kurang gramatis. Murid hanya mampu memberikan respons terhadap soalan tambahan daripada guru dengan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid berjaya melakonkan watak/ berbincang dengan rakan tentang dialog memohon maaf secara bertatasusila dengan ayat yang memuaskan. Murid boleh memberikan respons terhadap soalan tambahan daripada guru dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid berjaya melakonkan watak/ berbincang dengan rakan tentang dialog memohon maaf secara bertatasusila dengan ayat yang gramatis dan terperinci. Murid boleh memberikan respons terhadap soalan tambahan daripada guru dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 3 Tema 5 Bahasa dan Sastera Aktiviti PAK-21 10 Unit Indah Sastera, Cantik Bahasa CONTOH
17 BM Tingkatan 2 Unit 10 Seni Bahasa Buku Teks m/s 62 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan SP: 4.1.2 pengajaran dengan betul. Baca sajak di bawah dengan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT “Dia mencipta manusia. Mengajarnya pandai berbicara.” (Al-Quran, 55:3–4) Engkau beri kami kata-kata dan akal untuk mengucapkannya. Kami pindahkan makna, dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman. Engkau jadikan kami bangsa berkulit sawo matang. Belajar di samudera jauh menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh di pantai-pantai semenanjung. Kata-kata yang berselerakan langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, dan pohon, adalah persekitaran. Seperti kami memetik buah-buahan kami sunting istilah iman, daripada kitab-kitab silam, mentakrif tanda alam, dan menjernihkan tafsiran. Kata-kata mengembangkan pengalaman, terbentang di semesta alam, memaknakan kewujudan. Baha Zain Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Persekitaran Kata-kata Aktiviti PAK-21 1 Nyatakan maksud rangkap ketiga sajak Dalam Persekitaran Kata-kata. 2 Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan betul. 3-4 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat, dan rasional. Rangkap ketiga sajak di atas membawa maksud Tuhan menjadikan bangsa penyajak sebagai bangsa Melayu yang mengembara merentasi lautan dan pulau lalu menetap di Tanah Melayu. Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita haruslah menyanjungi dan memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kebolehan berkomunikasi. CONTOH
18 Membaca Buku Teks m/s 69 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. SP: 2.1.1 Baca surat kiriman tidak rasmi di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kenal pasti maksud tersirat daripada maksud tersurat yang diberikan. KBAT No. 28, Kampung Sentosa, 12100 Butterworth, Pulau Pinang. 10 September 2024. Menemui sahabatku, Zalikha yang kini berada di Kuala Terengganu di samping keluarga tersayang. Saudari, Apa khabar? Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Buat pengetahuan saudari, saya sekarang sedang bercuti di kampung datuk saya di Sabah. Datuk saya banyak bercerita tentang Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai dan surat perahu. Pegawai-pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya gugur dalam pertempuran tersebut pada 31 Januari 1900. Perjuangan Mat Salleh itu menunjukkan semangat cinta akan tanah air dalam membela bangsa yang kekal dalam ingatan kita hingga hari ini. Begitulah kisah tokoh negara yang wajar dicontohi dan dikenang, bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Suhana Maksud Tersurat Maksud Tersirat 1 gugur dalam pertempuran Tewas dan meninggal dunia 2 semangat cinta akan tanah air Patriotisme 3 harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Mengenang jasa TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, tetapi hanya mampu menulis untuk menjelaskan maksud tersirat daripada maksud tersurat yang diberikan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca dan menulis untuk menjelaskan maksud tersirat daripada maksud tersurat yang diberikan dengan betul. 5-6 Murid mampu membaca dan menulis untuk menjelaskan maksud tersirat daripada maksud tersurat yang diberikan dengan tepat. Tema 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan 11 Unit Sejarah Kita CONTOH
19 BM Tingkatan 2 Unit 11 Tatabahasa Buku Teks m/s 72 SP: 5.3.1 Memahami dan menggunakan apitan bagi kata nama dengan betul mengikut konteks. Tambahkan imbuhan kata nama yang sesuai pada perkataan yang dicetak tebal. Kemudian, bina ayat yang sesuai. Dol Said, Pahlawan Naning ❖ Nama sebenar Dol Said ialah Dato’ Naning Abdul Said bin Omar. ❖ Dilahirkan pada tahun 1773. ❖ Berketurunan suku Semelenggang. ❖ Dol Said ialah penghulu Naning yang kesembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun. ❖ Tentang oleh Dol Said di Naning merupakan penentangan yang paling awal berlaku di Tanah Melayu, iaitu antara tahun 1831 – 1833. ❖ Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah mereka yang menjadi takluknya. ❖ Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka. ❖ Akibatnya, British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831. ❖ Takluk pasukan British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said. ❖ Beliau yang mendapat bantuan tentera daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong, serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning. ❖ Pada akhir tahun 1832, British dengan 1 200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning. ❖ Pada kali ini, Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa pun. ❖ Tentera Penghulu Dol Said mengalami kalah yang teruk. Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka. 1 tentang : Ayat : 2 takluk : Ayat : 3 tentera : Ayat : TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menambahkan imbuhan apitan pada perkataan yang dicetak tebal yang terdapat dalam bahan serta dapat membina ayat menggunakan kata nama berapitan yang dibina tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid mampu menambahkan imbuhan apitan pada perkataan yang dicetak tebal yang terdapat dalam bahan dan dapat membina ayat menggunakan kata nama berapitan yang dibina dengan gramatis. 5-6 Murid mampu memahami dan menambahkan imbuhan apitan pada perkataan yang dicetak tebal yang terdapat dalam bahan dan membina ayat menggunakan kata nama berapitan yang dibina dengan gramatis dan terperinci. penentangan penaklukan ketenteraan Penentangan British di Negeri Sembilan dilakukan oleh Dol Said. British telah mengakhiri penaklukan Siam di Tanah Melayu. Dol Said berjaya menewaskan British kerana mendapat bantuan ketenteraan. CONTOH
20 Membaca Buku Teks m/s 74 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat. SP: 2.1.1 Baca surat kiriman tidak rasmi di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalansoalan yang berikutnya. KBAT No. 20, Taman Suria, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. 10 Jun 2024. Menemui sahabatku, Emily di Kanada. Mudah-mudahan saudari sekeluarga sihat sejahtera. Saudari, Sebagai penggemar kuih-muih tradisional, saya memang berasa sedih apabila terbaca rencana tentang kuih-muih tradisional semakin luput daripada lidah masyarakat Melayu. Lebih menyedihkan lagi terdapat ramai orang yang tidak mengenali kuih-muih tradisional yang pelbagai. Yang mereka tahu hanyalah karipap, kuih lapis, pulut panggang, seri muka, dan beberapa jenis kuih lagi. Untuk pengetahuan saudari, rata-rata generasi muda kini menganggap pembuatan juadah itu rumit kerana menggunakan kaedah lapuk dan mengambil masa lama. Selain itu, bahan mentah sukar didapati, kehilangan petua memasak, tidak dipraktikkan, dan rasa kuih-muih yang terlalu manis dikenal pasti antara sebab kuih tradisional ini berdepan risiko lenyap ditelan zaman. Kuih tradisional melambangkan kebudayaan rakyat Malaysia. Perubahan teknologi dan inovasi yang semakin berkembang tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita melupakan tradisi nenek moyang. Cukuplah dahulu tulisan saya buat masa ini. Kalau ada kesempatan, saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Sekian. Sahabatmu, Suhaili 1 Nyatakan tiga sebab kuih-muih tradisional berdepan dengan risiko lenyap ditelan zaman. 2 Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan agar kemahiran menyediakan kuihkuih tradisional dapat diturunkan kepada generasi muda? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat menjawab soalan yang diberikan secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia ada. Tema 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan 12 Unit Pusaka Tanah Air Pembuatan yang rumit, kesukaran mendapatkan bahan mentah, dan kehilangan petua memasak antara sebab kuih-muih tradisional ini berdepan dengan risiko lenyap ditelan zaman. Antara usahanya ialah mengadakan lebih banyak kelas masakan kuih tradisional yang menyasarkan peserta golongan muda. Selain itu, anak-anak harus diajarkan cara membuat kuih tradisional di samping berkongsi resipi istimewa itu bersama mereka. CONTOH
21 BM Tingkatan 2 Unit 12 Menulis Buku Teks m/s 75 SP: 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan. Dalam setiap petikan di bawah terdapat empat kesalahan ejaan atau tanda baca. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan dan tanda baca yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari raya aildilfitri. Semua kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di malaysia. Makanan traditional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapek dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. 1 (i) (iii) (ii) (iv) Muruku ialah makanan tradisional kaum India yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku merupakan makanan ringan yang sedap, ranggup dan diperbuat daripada tepung kacang, tepung beras, dan dicampur dengan rempah sebelum diproses menjadi doh. Kemudian, doh tersebut akan dibentuk menjadi pusaran samada dengan mengunakan tangan ataupun dengan acuan. 2 (i) (iii) (ii) (iv) Kuih Bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan pesta tanglung. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telor masin. Kuih Bulan yang halal boleh juga dinikmati oleh pelbagai bangsa. Ramai kaum Melayu dan India suka makan Kuih Bulan. Pada malam ke 15 bulan Ogos menurut calendar Cina, anggota keluarga akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan Kuih Bulan yang enak dengan diterangi tanglung-tanglung. 3 (i) (iii) (ii) (iv) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat. Hari Raya Aidilfitri resipi Pesta Tanglung tradisional sama ada ke-15 Malaysia rangup telur dilapik menggunakan CONTOH kalendar
22 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 80 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna. SP: 1.3.1 Dengar petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. KBAT Seni silat Melayu ialah sejenis ilmu mempertahankan diri bangsa Melayu yang diamalkan sejak dahulu kala. Penemuan tinggalan sejarah di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa membuktikan seni silat mula wujud di Kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Golongan remaja khususnya digalakkan untuk mempelajari seni mempertahankan diri supaya dapat menyelamatkan diri dan juga orang yang kita sayangi ketika perkara yang tidak diingini menimpa diri kita. Mempelajari seni silat dapat meningkatkan kewaspadaan dan kepekaan seseorang terhadap perubahan persekitarannya. Seterusnya, mempelajari seni silat yang merupakan salah satu jenis seni mempertahankan diri baik untuk kesihatan kita. Mempelajari seni silat merupakan senaman yang melibatkan banyak pergerakan badan. Kita akan banyak berpeluh selepas itu. Senaman ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan kita malah membantu dalam membuang sisa toksik dalam badan kita melalui berpeluh. Seterusnya, seni silat penting dalam pembentukan jati diri serta pemupukan semangat dan minat yang mendalam terhadap dunia silat. Selain itu, kita patut mengamalkan seni silat yang merupakan warisan bangsa. Sejak zaman dahulu, orang Melayu banyak mengamalkan seni silat. Mereka menjadikan seni silat seni mempertahankan keselamatan diri mereka mahupun menggunakannya dalam membalas serangan musuh dan mempertahankan kedaulatan negara. Pada pendapat anda, apakah kepentingan seni mempertahankan diri seperti silat? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan pendapat berdasarkan bahan tentang kepentingan seni mempertahankan diri seperti silat secara minimum. 3-4 Murid boleh mendengar, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan pada tahap kukuh. Murid mampu mengulas dan memberikan pendapat berdasarkan bahan tentang kepentingan seni mempertahankan diri seperti silat secara betul dan rasional. 5-6 Murid boleh mendengar, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan memberi pendapat berdasarkan bahan tentang kepentingan seni mempertahankan diri seperti silat secara betul, tepat, dan rasional. Seni silat mempunyai banyak kepentingan. Antaranya ialah dapat menyelamatkan diri dan juga orang yang kita sayangi daripada perkara yang tidak diingini. Silat juga dapat meningkatkan kewaspadaan dan kepekaan seseorang terhadap perubahan persekitarannya. Selain baik untuk kesihatan, seni silat juga penting dalam pembentukan jati diri, membalas serangan musuh, dan mempertahankan kedaulatan negara. Audio 4 Tema 7 Indah Seni Gah Budaya 13 Unit Warna-warni Budaya CONTOH
23 Membaca Buku Teks m/s 86 SP: 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. Baca petikan di bawah dengan teliti. Gunakan teknik 5W1H untuk mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam petikan. Bangsa Malaysia memiliki pelbagai budaya tradisional yang merangkumi amalan, cara hidup, makanan, pakaian, dan seni budaya. Melalui budaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, begitulah perumpamaan yang dapat dikaitkan dengan budaya tradisional walaupun kita berdepan dengan kemajuan teknologi dan modenisasi. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memartabatkan kebudayaan tradisional ini agar budaya ini tidak mudah diratap oleh budaya dari Barat atau K-pop yang menjadi kegilaan anak muda pada masa ini. Antara peranan ibu bapa dalam memartabatkan budaya tradisional ini termasuklah mendedahkan budaya warisan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, budaya bersalam-salaman dan membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua. Kakak dan abang yang lebih tua perlu menjadi suri teladan kepada adik-adik yang masih kecil bagi memastikan kebudayaan tradisional tidak hilang ditelan zaman. Sebagai contohnya, pemakaian pakaian tradisional seperti baju kurung, ceongsam, dan sari perlu dipraktikkan tanpa mengira waktu. Di samping itu, ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak untuk mempelajari kebudayaan tradisional. Pada era moden ini, terdapat segelintir ibu bapa yang menghalang minat anak-anak untuk mendalami bidang kebudayaan seperti tarian dan permainan tradisional. Mereka beranggapan bahawa perkara yang berkaitan dengan kebudayaan tidak perlu dipelajari dengan lebih mendalam kerana tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan kepada anak-anak untuk meneruskan minat mereka demi mengangkat kebudayaan dan kesenian tradisional ke persada antarabangsa. Dalam usaha memartabatkan kebudayaan tradisional ini, sesebuah keluarga perlu membudayakan permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, dan sepak takraw dalam kehidupan harian. Amalan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, bahkan dapat mengurangkan ketagihan anak-anak terhadap gajet. Kesimpulannya, semua pihak termasuklah ibu bapa harus menggembleng tenaga dalam usaha untuk memartabatkan kebudayaan tradisional dalam kalangan generasi muda. Kebudayaan tradisional ini perlu dipertahankan supaya generasi akan datang dapat mewarisi dan mengamalkan warisan ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Keluarga Memartabatkan Kebudayaan Tradisional’, Dewan Siswa, Bil. 11 2019 Tema 7 Indah Seni Gah Budaya 14 Unit Segalanya Bermula di Sini CONTOH
24 BM Tingkatan 2 Unit 14 • Siapa (Who) Siapakah yang perlu memainkan peranan untuk memartabatkan kebudayaan tradisional dalam kalangan generasi muda? • Apakah (What) Apakah kesannya sekiranya kebudayaan tradisional tidak dapat dipertahankan? • Bilakah (When) Bilakah kebudayaan tradisional perlu dipraktikkan? • Di mana (Where) Di manakah kebudayaan tradisional dapat dilihat? • Mengapa (Why) Mengapakah kebudayaan tradisional kian terpinggir? • Bagaimana (How) Bagaimanakah ibu bapa memainkan peranan dalam memartabatkan kebudayaan tradisional? 1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkait dengan topik atau bahan yang dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa aktif dan terarah. 2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebutsepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang diberikan. 3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut. Langkah Pelaksanaan HEBAT Bacaan 5W1H TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan pada tahap kukuh. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maklumat daripada bahan pada tahap tekal dan terperinci. Semua pihak. Generasi akan datang tidak mewarisi dan mengamalkan warisan budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan tradisional dapat dilihat dari segi amalan, cara hidup, makanan, pakaian, seni budaya, dan sebagainya. Kebudayaan tradisional perlu dipraktikkan pada bila-bila masa. Kemajuan teknologi dan modenisasi. Mendedahkan budaya warisan kepada anak-anak sejak kecil lagi. CONTOH
25 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 94 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. SP: 1.5.3 Dewasa ini, semakin banyak jenayah ragut yang berlaku dan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat. Bersoal jawab dengan rakan tentang langkah-langkah mencegah jenayah ragut. KBAT Segelintir masyarakat memandang remeh jenayah ragut. Oleh sebab itu, masih banyak kes jenayah ragut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa tempatan seharusnya menggiatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat agar dapat mengubah persepsi banyak pihak yang memandang ringan gejala ragut yang semakin berleluasa di negara kita. Pada pendapat kamu, bagaimanakah wanita mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut? Kaum wanita yang merupakan penunggang atau pembonceng motosikal gemar menggalas beg tangan atau menyangkutkan beg tangan di bahu. Situasi ini boleh mengundang peragut merentap dengan kasar dan mengakibatkan penunggang atau pembonceng motosikal terhumban di atas jalan raya dan berlakulah kemalangan maut. Apakah langkah berjaga-jaga yang harus dilakukan oleh mereka untuk mengelakkan beg mereka diragut? Pada pendapat saya, cara pencegahan yang boleh dilakukan oleh wanita ialah (1) Pada pendapat saya, langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh wanita untuk mengelakkan beg mereka diragut ialah (2) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh menyebut tentang langkah-langkah mencegah jenayah ragut dengan agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menyebut tentang langkah-langkah mencegah jenayah ragut dengan baik dan memuaskan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyebut tentang langkah-langkah mencegah jenayah ragut dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Info 1 elakkan berjalan berseorangan kerana keadaan ini memudahkan peragut mereka perlu diingatkan agar menjalankan aktiviti ragut. meletakkan beg tangan di tengah antara pembonceng dengan penunggang atau meletakkan beg tangan di dalam raga motosikal dan menutup beg tangan dengan kain untuk mengaburi pandangan dan perhatian peragut. Tema 8 Utamakan Keselamatan Audio 5 15 Unit Keselamatan Diri CONTOH
26 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 99 SP: 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis. Dengar perbualan di bawah ini dengan teliti, kemudian saring maklumat tentang langkah-langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya. Esok, saya dan keluarga akan pulang ke rumah datuk dan nenek di Kuantan, Pahang untuk meraikan hari raya. Ya, betul cakap kamu. Jika kita bercadang bercuti lama, kita perlu hentikan langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah kita ditinggalkan. Selain itu, kita harus memaklumkan anggota bertugas di bilik gerakan polis atau jiran untuk mengawasi rumah kita supaya kediaman bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini. Wah, seronoknya dapat pulang ke kampung! Bagi mengelakkan kecurian berlaku, sebelum meninggalkan rumah, pastikan tingkap dan pintu rumah telah dikunci dengan ibu kunci yang tidak mudah pecah. Selain itu, lampu di dalam rumah harus dipasang untuk menipu penjenayah bahawa rumah kita seolah-olah ada orang. Dengan adanya perancangan yang rapi, kita tidak perlu bimbang akan keselamatan rumah kita. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran secara terhad. Murid hanya mampu menyaring maklumat berdasarkan bahan secara minimum dan penggunaan ayat kurang gramatis. 3-4 Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran pada tahap kukuh. Murid mampu menyaring maklumat berdasarkan bahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya secara betul dan rasional. 5-6 Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu menyaring maklumat berdasarkan bahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya secara tepat dan rasional. Audio 6 Antara langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya ialah kita perlu memastikan tingkap dan pintu rumah telah dikunci dengan ibu kunci yang tidak mudah pecah sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan kecurian. Selain itu, lampu di dalam rumah harus dipasang untuk menipu penjenayah bahawa rumah kita seolah-olah ada orang. Jika kita bercadang bercuti lama, kita hendaklah menghentikan langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui bahawa rumah kita ditinggalkan. Selain itu, kita juga harus memaklumkan anggota bertugas di bilik gerakan polis atau jiran untuk mengawasi rumah kita. Aktiviti PAK-21 Tema 8 Utamakan Keselamatan 16 Unit Anda Prihatin, Anda Selamat CONTOH
27 BM Tingkatan 2 Unit 16 Antara cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian ialah pembeli perlu mengenal pasti identiti peruncit elektronik berkenaan. Selain itu, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pembeli dalam talian. Seterusnya, pembeli juga perlu menyemak harga pasaran serta membaca terma dan syarat sebelum membeli. Pembeli juga harus memastikan bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah dan betul sebelum membuat pembayaran. Di samping itu, pembeli perlu merekodkan butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit, dan pengesahan pesanan sebagai satu bentuk bukti pembelian. Akhir sekali, pembeli digalakkan membuat bayaran apabila menerima barangan yang dibeli. (95 patah perkataan) Menulis Buku Teks m/s 101 SP: 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumuskan pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis. Berdasarkan petikan di bawah, tulis ringkasan tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian. KBAT Kebelakangan ini, kes penipuan siber yang melibatkan produk tiruan, transaksi bayaran atau kualiti sesuatu produk semakin meningkat. Oleh itu, pembeli perlu meningkatkan ilmu tentang e-dagang untuk mengelakkan ditipu ketika berbelanja secara dalam talian dan menjadi pembeli bijak ketika berada dalam talian. Sebelum melakukan sebarang urusan dalam talian, pembeli perlu mengenal pasti identiti peruncit elektronik berkenaan. Bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, pembeli digalakkan menyemak profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi laman sesawang rasmi KPDNHEP. Mana-mana penjual yang berdaftar dan mendapat pensijilan BizTrust merupakan penjual yang boleh diyakini. Selepas mengenal pasti identiti sesebuah peruncit elektronik, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pembeli dalam talian. Pembeli harus membaca ulasan pembeli yang pernah berurusan dengan peruncit berkenaan untuk mengetahui kelebihan serta kelemahan pedagang berkenaan. Selain itu, pembeli juga perlu menyemak harga pasaran sebelum membeli. Jika barang yang dijual terlalu murah, berkemungkinan produk tersebut merupakan barangan tiruan. Oleh itu, periksa harga dengan membuat perbandingan di laman web atau aplikasi e-dagang. Selain harga, pembeli juga harus membaca terma dan syarat untuk mengetahui proses penghantaran dan pulangan semula barang. Sebaik sahaja pembeli berpuas hati dengan syarikat berkenaan, pembeli harus memastikan bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah dan betul sebelum membuat pembayaran. Butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit, dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli sebagai satu bentuk bukti pembelian. Jika pembayaran boleh dilakukan secara cash on delivery, iaitu membuat bayaran apabila menerima barangan tersebut, pembeli digalakkan berbuat demikian untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual, terutamanya peniaga kecil yang menjual beberapa produk sahaja. (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak mampu mengenal pasti semua isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang terdapat di dalam petikan. Ringkasan tidak lengkap dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti isi-isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang terdapat di dalam petikan. Murid mampu membuat ringkasan yang baik dengan menggunakan penanda wacana dengan betul. 5-6 Murid mampu membaca, memahami dan mengenal pasti isi-isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang terdapat di dalam petikan secara tekal dan terperinci serta rasional. Murid mampu membuat ringkasan yang baik dengan menggunakan penanda wacana dengan tepat. CONTOH
28 Membaca Buku Teks m/s 107 SP: 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. Baca petikan dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea utama dan idea sampingan. KBAT Bersukan merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Sukan lasak seperti panjat tembok, berkayak, mendaki gunung, dan sebagainya tidak lagi asing dalam kalangan remaja masa ini. Sukan lasak ini bersesuaian dengan sifat remaja yang suka akan cabaran. Mereka melakukan aktiviti ini dengan latihan yang mencukupi dan lengkap dengan peralatan tertentu bagi menjamin keselamatan. Umumnya, bersukan dapat mengisi masa lapang dan memberikan kepuasan. Remaja yang menceburi aktiviti sukan lasak akan berlatih dengan gigih kerana sukan lasak sememangnya memerlukan penumpuan dan latihan yang rapi. Latihan yang berterusan dapat menjadikan mereka mahir dan terlatih dalam sukan lasak yang diceburi. Hal ini penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan ketika melakukan aktiviti lasak. Justeru, kejayaan yang dicapai ketika melakukan aktiviti lasak dapat mencetuskan kepuasan dalam jiwa remaja. Penglibatan remaja dalam sukan lasak juga dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda. Badan yang sihat membolehkan remaja menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan kondusif. Hal ini dapat melahirkan remaja yang memiliki modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, dan sosial. Kesibukan melakukan aktiviti sukan lasak secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja seperti melepak, buli, vandalisme, dan penagihan dadah. Penglibatan remaja dalam aktiviti sukan lasak bukan sahaja menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, malah mampu mengharumkan nama negara jika terlibat secara serius dalam sukan ini. Perenggan Idea Utama Idea Sampingan 2 Dapat mengisi masa lapang dan memberikan kepuasan. • Remaja yang menceburi aktiviti sukan lasak akan berlatih dengan gigih kerana sukan lasak sememangnya memerlukan penumpuan dan latihan yang rapi. • Kejayaan yang dicapai ketika melakukan aktiviti lasak dapat mencetuskan kepuasan dalam jiwa remaja. 3 Dapat menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda. • Dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan kondusif. • Dapat melahirkan remaja yang memiliki modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, dan sosial. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak mampu mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat pada perenggan kedua dan ketiga yang terdapat di dalam petikan. 3-4 Murid mampu mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat pada perenggan kedua dan ketiga yang terdapat di dalam petikan dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat pada perenggan kedua dan ketiga yang terdapat di dalam petikan dengan tepat. Tema 9 Sukan dan Rekreasi 17 Unit Sukan Milik Semua CONTOH
29 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 111 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. SP: 1.7.1 Anda dan rakan sedang berbual tentang aktiviti riadah yang dilakukan setiap petang. Sambung perbualan tersebut dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan gramatis. Setiap petang saya akan (1) Aktiviti riadah seharusnya diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak faedah kepada pengamalnya. Aktiviti riadah bukan sahaja dapat menyihatkan badan, bahkan dapat mencerdaskan minda. Laila, apakah aktiviti riadah yang awak lakukan setiap petang? Saya pula gemar (2) Saya setuju dengan pendapat awak. Apabila badan kita cergas, minda kita akan turut cerdas. Hal ini akan memudahkan kita menerima ilmu yang diajar untuk kecemerlangan akademik kita di sekolah. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat berbual tentang aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap petang dengan baik/ terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat berbual tentang aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap petang dengan baik. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat berbual tentang aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap petang dengan sangat yakin. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, bervariasi, dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. Audio 7 berbasikal. Berbasikal amat baik untuk kesihatan bermain bola sepak. Ketika bermain bola sepak, kita jantung. Ketika kita berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung kita memiliki oksigen yang mencukupi. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung. Berbasikal juga dapat mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. perlu berlari, melompat, dan menendang bola. Pergerakan fizikal ini bukan sahaja dapat menguatkan otot dan tulang, malah dapat membakar kalori serta menguatkan jantung. Tema 9 Sukan dan Rekreasi 18 Unit Seronoknya Beriadah CONTOH