N30 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Watak dan Perwatakan Zahar • Gigih belajar. • Rajin membantu ibunya apabila pulang ke kampung. • Mengenang budi. • Bertanggungjawab. • Rendah diri. Pak Yusuf • Bapa saudara Zahar dan memiliki bengkel perabot kecil. • Berusia 60 tahun. • Baik hati. • Prihatin. • Bertanggungjawab. Suhaili • Rakan Zahar sejak di bangku sekolah. • Anak ketua kampung. • Sangat mementingkan pelajaran dan melanjutkan pelajaran di ITM. • Menyesali tindakannya menghina keputusan Zahar. Norimi • Anak Pak Kamil yang berasal dari Johor. • Menaruh perasaan terhadap Zahar. • Mencemburui Zahar dengan hubungan lampaunya. • Sering memberikan katakata semangat agar Zahar terus berjaya. Nilai Baik hati Mengenang budi Kerjasama Ketabahan Bercita-cita tinggi Pengajaran Kita hendaklah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Kita harus bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diamanahkan. Kita perlu membantu orang yang dalam kesusahan. Kita hendaklah menghargai jasa dan sumbangan orang lain. Kita hendaklah berdikari untuk berjaya dalam hidup. CONTOH
N31 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kedah) Tema Perjuangan seorang anak muda dalam menempa kejayaan hidup. Persoalan Perjuangan untuk mengubah nasib diri dan masyarakat. Kebergantungan golongan bumiputera kepada pihak kerajaan. Kemiskinan menjadi penghalang dalam mengejar impian. Perasaan cemburu dan dendam yang membawa padah. Pemikiran konservatif masyarakat terhadap sektor pertanian. Binaan Plot Permulaan Laiman, pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan menjalani latihan di sebuah pelantar minyak di Sarawak. Dia merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab tetapi tidak mahu menerima pelawaan Sukri untuk terus bekerja di pelantar minyak setelah tamat pengajian. Perkembangan Tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman terbakar. Peristiwa ini menyebabkan Laiman tidak senang hati. Hasil siasatan mendapati Muluk merupakan dalang kejadian tersebut dan dia telah diberkas. Laiman pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian dan mempunyai prinsip hidup yang baharu. Info Digital 18 CONTOH
N32 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Perumitan Rancangan Laiman mengusahakan kebun tembikai mendapat tentangan daripada ayahnya. Penduduk kampung tidak memberikan sokongan kepada usaha Laiman dan Milan. Laiman turut menghadapi masalah lokasi kerana Pak Sahok tidak memberikannya kerjasama walaupun telah dibenarkan oleh Jabatan Pertanian. Puncak Laiman panik dan hampir berputus asa ekoran bantahan banyak pihak. Tambahan pula, Pak Sahok masih berkeras walaupun telah dipujuk beberapa kali. Pak Kiassim yang melihat sendiri kejayaan kebun tembikai Laiman berasa serba salah dan berjanji akan memujuk Pak Sahok serta membuat perjanjian baharu. Peleraian Berita kejayaan kebun tembikai Laiman dan Milan tersebar luas, lalu Pak Sahok membenarkan mereka menjalankan projek penternakan ikan air tawar dan udang harimau berhampiran dengan tanah di tapak sawahnya. Laiman menyerahkan tanggungjawab menguruskan kebun tembikai kepada ayahnya. Akhirnya, projek mereka dijadikan projek contoh dan akan dibesarkan dengan bantuan Jabatan Pertanian Sabah. Ramai anak muda yang mencontohi usaha Laiman. CONTOH
N33 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Teknik Plot Pemerian Dialog Saspens Monolog dalaman Imbas kembali Gaya Bahasa Simile tumpah bagaikan air hujan; merah padam seperti udang dibakar; nasib manusia bagai menanam benih Peribahasa selurus-lurus ekor anjing ada juga bengkoknya; lempar batu sembunyi tangan; nasi sudah menjadi bubur Sinkope kau; nak; tak; saja; ni Metafora embun jantan; gedung ilmu; kenangan luka; gerbang universiti Latar Latar masa waktu tengah hari; waktu malam; enam bulan; pukul 5:15 petang. Latar tempat Pekan Lutong; Kuching, Sarawak; Kalumpang; Kusilat, Kota Kinabalu Latar masyarakat masyarakat graduan universiti yang berdikari; masyarakat yang memandang rendah kemampuan golongan wanita; masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak; masyarakat yang tabah menghadapi cabaran; masyarakat kampung yang berfikiran cetek Watak dan Perwatakan Laiman • Seorang graduan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. • Bercita-cita tinggi. • Mengenang budi. • Berdikari. • Berani. • Tabah. Milan • Sepupu Laiman dan rakan kongsi Laiman. • Tidak berpendidikan tinggi. • Berfikiran positif. • Tabah. • Rajin bekerja. • Mempunyai semangat setia kawan yang tinggi. Pak Kiassim • Ayah Laiman dan merupakan seorang petani. • Tidak bersetuju dengan tindakan Laiman yang mahu menjadi petani moden di kampung. • Baik hati. • Menyesali tindakannya kerana tidak memahami Laiman yang berwawasan tinggi. Nilai Kasih sayang Kegigihan Berdikari Ketabahan Mengenang jasa CONTOH
N34 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Pengajaran Kita hendaklah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Kita harus berani menghadapi risiko untuk mencapai kejayaan hidup. Kita hendaklah berdikari untuk berjaya dalam hidup. Darah Titik di Semantan karya Arman Sani (Johor, Labuan, Sabah, Sarawak) Tema Perjuangan anak bangsa dalam menentang penjajah di Tanah Melayu. Persoalan Semangat kerjasama sesama penduduk untuk menentang Inggeris. Ketamakan Inggeris dalam menakluki kekayaan bumi Tanah Melayu. Kesengsaraan hidup penduduk sewaktu dijajah Inggeris. Pembelotan masyarakat terhadap sultan dan bangsa Melayu. Binaan Plot Permulaan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad menuju ke masjid dan mendengar suntikan semangat daripada Datuk Bahaman di Masjid Lubuk Terua. Beliau mengingatkan penduduk agar bersiap sedia untuk menghadapi pihak Inggeris. Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berpakat mahu membina kubu sendiri di Lubuk Sengarat. Info Digital 19 CONTOH
N35 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Perumitan Orang suruhan Owen datang membuat bancian dan mengganggu Kak Minah. Mereka diberikan amaran keras oleh Datuk Bahaman. Pemergian Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor pula tidak membuahkan hasil. Semakin ramai mata-mata Inggeris di Lubuk Terua dan Samad mengesyaki ada hantu Inggeris. Inggeris mahu mencabar Datuk Bahaman dan tidak menjemput beliau menghadiri mesyuarat bersama sultan. Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama. Samad dan ayahnya ditangkap oleh Inggeris tetapi dibebaskan oleh Datuk Bahaman menggunakan jampi. Puncak Datuk Bahaman mengambil keputusan untuk merempuh rumah pasung dan merampas senjata Inggeris. Desborough menahan Pak Uda Ismail dan membunuhnya sebagai pengajaran kepada sesiapa yang memberontak. Datuk Bahaman bertekad mahu menyerang Bentong agar mata-mata Inggeris tidak mudik ke hilir. Musuh mula memasuki Semantan. Inggeris memaksa sultan bekerjasama untuk menangkap Datuk Bahaman dan membawa 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman tidak mahu mencederakan askar sultan kerana bimbang akan keselamatan sultan. Perkembangan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad mula membina kubu di Lubuk Sengarat. Inggeris mula menceroboh Semantan. Datuk Bahaman meminta semua penduduk bersabar kerana kubu pertahanan baru mula digali. Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor atas urusan sulit. CONTOH
N36 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Peleraian Datuk Bahaman berjumpa dengan sultan untuk membincangkan rancangan pengampunan beramairamai bagi mengelakkan pertumpahan darah orang Melayu. Mat Lela dan Awang Muhammad ditembak oleh askar sultan yang belot. Perajurit Semantan berundur ke Darat Kelubi seperti yang dirancang. Sultan mungkir janji. Semua orang Semantan diberikan pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman, Mat Lela, dan Tuk Gajah mudik ke Batu Hampar. Rancangan Mat Kilau turut gagal. Datuk Bahaman menghilangkan diri. Teknik Plot Pemerian Saspens Dialog Gaya Bahasa Simile sepertilah anak ayam kehilangan ibu; matanya pula bulat seperti orang ketakutan; menggelupur seperti ayam disembelih Peribahasa berat sama dipikul ringan, sama dijinjing; kais pagi makan pagi kais, petang makan petang; alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Hiperbola Darah merah mengubah warna air Sungai Semantan yang jernih itu Metafora birai gaung; hantu Inggeris; derma bakti Latar Latar masa waktu tengah hari; waktu malam; waktu pagi Latar tempat Lubuk Terua; rumah pasung; Kuala Lipis; Sungai Semantan Latar masyarakat masyarakat kampung yang hidup sengsara ekoran penjajahan Inggeris; masyarakat yang berani berjuang untuk mempertahankan hak mereka; masyarakat yang belot terhadap negara sendiri; masyarakat Inggeris yang tamak; masyarakat yang cinta akan negara Watak dan Perwatakan Datuk Bahaman • Pahlawan yang menentang penjajahan Inggeris di Pahang. • Berani. • Bijak menyusun strategi. • Berpegang pada janji. • Cinta akan negara. • Memiliki pengetahuan menjampi. Datuk Panglima Raja Awang Ishak • Rakan seperjuangan Datuk Bahaman dalam menentang penjajah Inggeris. • Berani. • Bijak. • Cinta akan negara. • Pandai bersilat. CONTOH
N37 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad • Empat sekawan yang sentiasa mengikuti perkembangan penentangan Inggeris bersama Datuk Bahaman dan rakan seperjuangannya. • Berani – berani menentang Inggeris walaupun masih muda. • Gigih – tidak berputus asa dalam usaha menentang penjajah. Desborough • Pegawai Inggeris yang mengetuai mata-mata Inggeris di Pahang. • Mencabar Datuk Bahaman dan orang di Semantan. • Kejam – tidak teragak-agak untuk membunuh penduduk yang menentang Inggeris. • Menemui ajal di Lubuk Terua. Nilai Kebijaksanaan Kasih sayang Taat setia Keberanian Kita hendaklah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga maruah bangsa. Kita hendaklah taat setia kepada pemimpin. Kita hendaklah berani menentang penganiayaan. Kita perlu bantu-membantu sesama manusia. Pengajaran CONTOH
J1 Jawapan Bab 1 Bahagian A Morfologi Penggolongan Kata Praktis 1 1 C 2 D 3 B 4 B 5 C 6 C 7 A 8 D 9 A 10 D 11 A 12 B Praktis 2 1 D 2 D 3 A 4 C 5 A 6 A 7 B 8 D 9 B 10 A 11 C 12 C 13 C Praktis 3 1 B 2 B 3 C 4 D 5 D 6 B 7 B 8 C 9 B 10 C 11 C 12 D Praktis 4 1 C 2 A 3 D 4 B 5 B 6 D 7 B 8 A Praktis 5 1 B 2 B 3 B 4 B 5 D 6 C 7 D Praktis 6 1 C 2 C 3 D 4 D 5 B 6 C 7 C 8 D 9 B 10 B Kata Banyak Makna 1 C 2 C 3 C 4 A 5 C 6 A 7 A 8 D 9 D Kesalahan Frasa 1 B 2 A 3 C 4 A 5 A 6 A 7 A 8 D 9 C 10 C 11 A 12 C Sintaksis Ayat yang Betul 1 C 2 C 3 D 4 D 5 C 6 C 7 C 8 D 9 C Ayat Sama Maksud 1 C 2 A 3 C 4 C 5 D 6 A Peribahasa 1 D 2 C 3 B 4 D 5 C 6 B 7 D 8 C 9 C Bahagian B Kesalahan Ejaan Praktis 1 (i) bertanggung jawab – bertanggungjawab (ii) kolestrol – kolesterol Praktis 2 (i) recit – resit (ii) istirehat – istirahat Praktis 3 (i) mengulangkaji – mengulang kaji (ii) ko-kurikulum – kokurikulum Praktis 4 (i) kuih muih – kuih-muih (ii) resepi – resipi Praktis 5 (i) batok – batuk (ii) serta merta – serta-merta Praktis 6 (i) pamiran – pameran (ii) asal-usul – asal usul Praktis 7 (i) teknoloji – teknologi (ii) maha siswa – mahasiswa Praktis 8 (i) warga negera ‒ warganegara (ii) poli-teknik ‒ politeknik (iii) emel ‒ e-mel CONTOH
J2 BM Tingkatan 2 Jawapan Morfologi Praktis 1 (i) anak-anaknya – anak-anak mereka (ii) kami – kita (iii) disemai oleh kita – kita semai (iv) anda – kamu/ awak (v) Kalian – Kamu (vi) murid-murid beliau – murid-muridnya (vii) Amirul baiki – dibaiki oleh Amirul Praktis 2 (i) kecil – rendah (ii) tinggi agak – agak tinggi (iii) benar yakin – yakin benar (iv) suka akan membaca – suka membaca (v) tegas – keras (vi) tertinggi sekali – tertinggi (vii) paling berbakat sekali – paling berbakat/ berbakat sekali (viii) tertua sekali – tertua/ tua sekali Praktis 3 (i) mata pelajaran-mata pelajaran – mata-mata pelajaran (ii) semua isyarat-isyarat – semua isyarat/ isyaratisyarat (iii) saling bertukar-tukar – saling bertukar/ bertukartukar (iv) Banyak perkara-perkara – Banyak perkara/ Perkara-perkara (v) Sebaiknya – Sebaik-baiknya (vi) kunci – kekunci (vii) Semua maklumat-maklumat – Semua maklumat (viii) para-para pelancong asing – para pelancong asing Praktis 4 (i) ialah antara – adalah antara (ii) tersangat berbahaya sekali – tersangat berbahaya (iii) berapa – beberapa (iv) dua – kedua (v) Tiap – Setiap/ Tiap-tiap (vi) atas – di atas (vii) Setiap orang penduduk – Setiap penduduk (viii) ayam rendang – rendang ayam (ix) Antara sayur-sayuran – Antara sayur/ Sayursayuran Praktis 5 (i) sangat teramat suka – sangat suka/ teramat suka (ii) mana – mana-mana (iii) sungguh tinggi amat – sungguh amat tinggi (iv) menjadikan – menjadi (v) memperluaskan – memperluas (vi) berbangga bahasa kebangsaan – berbangga dengan bahasa kebangsaan (vii) Selain daripada itu – Selain itu (vii) lain-lain bahasa – bahasa-bahasa lain (ix) Sejak kebelakangan ini – Kebelakangan ini Praktis 6 (i) Binaan – Pembinaan (ii) Pemberani – Keberanian (iii) Perkenalan – Pengenalan (iv) Perlantikan – Pelantikan (v) peninggalan – tinggalan (vi) pendudukan – penduduk (vii) ialah – adalah (viii) cintakan – cinta akan Sintaksis Praktis 1 (i) FN + FK (ii) FN + FA (iii) FN + FS (iv) FN + FK Praktis 2 (i) Ayat penyata (ii) Ayat seruan (iii) Ayat penyata (iv) Ayat tanya (v) Ayat tanya (vi) Ayat seruan (vii) Ayat penyata Praktis 3 (i) Subjek : Pengawas sekolah Predikat : membantu pihak sekolah memantau peraturan sekolah (ii) Subjek : Hari Keusahawanan Predikat : diadakan untuk mengasah bakat perniagaan murid-murid (iii) Subjek : Ahli-ahli Kelab Keusahawanan Predikat : kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang jualan di gerai masingmasing Praktis 4 (i) Siapakah yang perlu kita laporkan sekiranya dibuli di media sosial?/ Orang yang perlu kita laporkan sekiranya dibuli di media sosial siapa? (ii) Berapakah jumlah orang di seluruh dunia yang dijangkiti penyakit COVID-19?/ Jumlah orang di seluruh dunia yang dijangkiti penyakit COVID-19 berapa? (iii) Mengapakah semua murid dilarang masuk ke dalam makmal sains tanpa kebenaran daripada guru?/ Semua murid dilarang masuk ke dalam makmal sains tanpa kebenaran daripada guru mengapa? (iv) Di manakah alat pemadam api harus diletakkan?/ Alat pemadam api harus diletakkan di mana? (v) Apakah perkara yang perlu kita lakukan jika ingin bercuti lama atau pulang ke kampung?/ Perkara yang perlu kita lakukan jika ingin bercuti lama atau pulang ke kampung apa? CONTOH
J3 BM Tingkatan 2 Jawapan Peribahasa Praktis 1 (i) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya/ Bagaimana rupa, begitulah bayangnya (ii) Membaca jambatan ilmu Praktis 2 (i) Bagai aur dengan tebing (ii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Praktis 3 (i) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (ii) Yang lama dikelek, yang baharu didukung/ Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Praktis 4 (i) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (ii) Nasi sudah menjadi bubur Praktis 5 (i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (ii) Usaha tangga kejayaan Praktis 6 (i) Titik peluh (ii) Mata pencarian Bab 2 Bahagian A Praktis 1 1 B 2 B 3 D 4 B Praktis 2 1 D 2 B 3 B 4 A Praktis 3 1 D 2 A 3 B 4 B 5 C Praktis 4 1 D 2 C 3 B 4 D 5 B Praktis 5 1 D 2 B 3 D Praktis 6 1 D 2 B 3 B 4 D 5 C Praktis 7 1 B 2 B 3 C 4 D 5 C Bahagian B Praktis 1 (a) Usaha yang dilakukan oleh Alif untuk berjaya dalam bidang pertanian yang diceburinya ialah dia berusaha mencari maklumat dan pengalaman tentang estet padi yang ingin diusahakannya dengan mendapatkan bantuan daripada pegawai pertanian. Manakala Laiman pula mengusahakan ladang tembikainya sehingga berjaya dan menjadikan hasil yang diperolehnya untuk mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. (b) Nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah kegigihan. Alif berusaha mendapatkan pengalaman dan maklumat tentang cara untuk mengendalikan estet padi, manakala Laiman pula gigih mengusahakan ladang tembikainya sehingga mendapat hasil lumayan. Selain itu, nilai tabah. Alif dan Laiman tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. (c) Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja dan graduan yang masih menganggur menceburi bidang pertanian ialah mengadakan kursus jangka pendek untuk mendedahkan bidangbidang pertanian kepada remaja dan graduan bagi mengubah persepsi mereka tentang bidang pertanian. Selain itu, memberikan pinjaman dan modal kepada remaja atau graduan yang baru memulakan projek pertanian mereka. Praktis 2 (a) Maksud rangkap ketujuh dalam Bahan 1 ialah peringatan kepada individu supaya pandai membawa diri apabila berada di tempat orang lain. (b) Nasihat utama yang ingin disampaikan kepada pembaca ialah kita tidak boleh terjebak dengan najis dadah. Hal ini demikian kerana banyak perkara buruk yang akan terjadi seandainya kita terlibat dengan najis dadah. Antara kesannya ialah mencemarkan maruah diri. (c) Pada pendapat saya, antara faktor remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah ialah terpengaruh oleh rakan sebaya. Selain itu, remaja juga tidak dipantau oleh ibu bapa mereka ketika berada di luar rumah. Ada sesetengah kes, remaja berdepan dengan tekanan perasaan yang berlebihan hingga menyebabkan mereka mencari jalan salah untuk mendapat ketenangan. Akhir sekali, penceraian dan perpecahan keluarga menyebabkan anak-anak menjadi liar dan mencari keseronokan dengan mengambil dadah. Praktis 3 (a) Sikap positif yang cuba diterapkan oleh pengarang ialah berjimat cermat/ mengitar semula bahan terbuang. Pengarang mengingatkan kita supaya tidak CONTOH
J4 BM Tingkatan 2 Jawapan membazir dalam kehidupan kerana sikap ini akan membawa keburukan. (b) Nilai pertama ialah nilai berhati-hati. Dalam rangkap keempat, penulis mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Nilai kedua ialah nilai bersederhana. Dalam rangkap keenam, penulis menasihati kita agar tidak menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada. (c) Pada pendapat saya, masyarakat kurang mengamalkan kitar semula kerana tidak mendapat pendedahan secara berterusan daripada pihak berwajib. Selain itu, masyarakat juga tidak mahu bersusah payah mengumpulkan bahan terbuang kerana menganggap kitar semula tiada keuntungan kepada mereka. Lebih menyedihkan lagi, sikap kurang prihatin sesetengah ahli komuniti yang lebih suka membuang sampah secara tidak teratur telah menyebabkan usaha ini gagal. Praktis 4 (a) Maksud rangkap kelima pantun tersebut ialah biarpun kita berada di mana-mana sekalipun, seandainya sudah dijodohkan untuk bertemu kita akan dipertemukan. Semua ini ialah ketentuan daripada Tuhan. (b) Dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2 ialah kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian. Selain itu, kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara./ Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan. (c) Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana anak-anak menyimpan dendam terhadap orang tua mereka. Selain itu, anak-anak juga kadangkala lupa diri akibat mengejar kejayaan. Malahan, terdapat sesetengah anak menganggap ibu bapa mereka ialah bebanan dalam kehidupan. Praktis 5 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, pemimpin hendaklah komited dalam menjalankan amanah, manakala pengawas pula harus bertugas dengan bersungguh-sungguh tanpa pilih kasih. (b) Dua ciri kepemimpinan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah seorang pemimpin haruslah adil dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, seorang pemimpin mestilah amanah dan bertanggungjawab. (c) Pada pendapat saya, seorang pemimpin yang tidak adil akan mengundang perpecahan dalam kalangan rakyatnya. Selain itu, pemimpin tersebut akan hilang kepercayaan daripada rakyat. Seterusnya, ekonomi negara akan terjejas akibat situasi kacau-bilau. Praktis 6 (a) Maksud rangkap kelima sajak Dalam Persekitaran Kata-kata ialah bahasa mampu mengembangkan pengalaman seseorang melalui ilmu yang terdapat dalam alam semesta yang terbentang luas. Bahasa juga membolehkan alam semesta dikaji kewujudannya. (b) Nasihat pertama ialah kita haruslah menggunakan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang tepat agar jati diri kita semakin hebat dan kukuh. Kedua, untuk mengaku sebagai seorang Melayu yang sejati, kita harus menggunakan bahasa Melayu sepanjang masa. (c) Pada pendapat saya, kesan seandainya remaja enggan memartabatkan bahasa Melayu ialah mereka akan mudah hilang jati diri sebagai bangsa Melayu. Kedua, remaja akan mudah terpengaruh oleh anasir-anasir luar kerana tiada benteng yang utuh dalam diri. Ketiga, bahasa Melayu akan semakin lenyap kerana kehilangan penutur aslinya. Keempat, Malaysia akan hilang identiti kemelayuan. Praktis 7 (a) Seseorang amat berselera kerana perutnya sangat lapar. Selain itu, roti yang dihidangkan juga rangup dan segar. Malahan, roti yang dihidangkan juga dihamparkan seperti permaidani. (b) Tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang yang beriman ialah memastikan orang miskin terbela nasib mereka. Selain itu, seseorang yang beriman perlu memastikan perut orang miskin atau orang yang kurang bernasib baik mendapat makanan sewajarnya/ mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan orang yang kurang bernasib baik tidak merintih kelaparan. (c) Pada pendapat saya, antara bantuan yang boleh disalurkan ialah bantuan dari aspek makanan. Selain itu, kita juga boleh menghantar keperluan harian seperti pakaian dan ubat-ubatan. Dari aspek lain pula, kita boleh menghantar pasukan sukarelawan untuk membantu mereka menguruskan aktiviti harian. Malahan, kita juga boleh menjemput mereka untuk tinggal sementara di negara kita sementara negara mereka pulih daripada peperangan. Praktis 8 (a) Berdasarkan Bahan 1, pesanan penyajak kepada anak gadis ialah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat. Berdasarkan Bahan 2, pesanan penyajak kepada remaja ialah remaja perlu mengisi hidup dengan amalan yang sihat dan berfaedah supaya tidak terlibat dengan perbuatan negatif. (b) Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 ialah nilai berwaspada. Contohnya, kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. Selain itu, nilai kesedaran. Contohnya, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial. (c) Pada pendapat saya, inisiatif yang harus saya lakukan supaya tidak mudah terjebak dalam gejala negatif ialah saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa. Selain itu, saya akan memperbanyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Akhir sekali, saya mestilah pandai memilih kawan agar tidak terpengaruh dengan perkara buruk. CONTOH
J5 BM Tingkatan 2 Jawapan Praktis 9 (a) Maksud hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi ialah tanpa sikap suka membantu orang lain, kita akan menjadi manusia yang tidak bernilai. Sebagai manusia, selain mengejar kemewahan dan kesenangan hidup, kita juga dituntut oleh agama untuk sentiasa membantu orang yang memerlukan pertolongan. (b) Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 2 dan Bahan 3 ialah nilai bantu-membantu. Sikap bantumembantu akan dibentuk dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan seperti membantu mangsa banjir. Selain itu, nilai prihatin dan penyayang. Membantu mereka yang dalam kesusahan akan menimbulkan rasa simpati dan empati serta memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat. (c) Pada pendapat saya, kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan kerana sikap ini merupakan suatu tuntutan agama. Malahan, kita akan didoakan kebaikan oleh orang yang kita bantu. Selain itu, Allah telah menjanjikan syurga bagi mereka yang menabur budi di atas dunia ini. Di samping itu, kita akan mendapat ketenangan dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan. Praktis 10 (a) Antara cara penyajak menaikkan semangat patriotik ialah melahirkan perasaan bangga dan bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman dan damai. Datuk Maharaja Lela pula menaikkan semangat patriotik penduduk kampung dengan memberitahu bahawa mereka juga mempunyai senjata-senjata yang cukup seperti bedil pemuras dan lela rentaka untuk mempertahankan kampung mereka. (b) Pengajaran yang sama yang terdapat dalam keduadua bahan ialah kita harus mempunyai rasa cinta akan negara. Selain itu, kita haruslah berusaha untuk melindungi negara agar generasi akan datang dapat terus menikmati kemakmuran. (c) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh remaja untuk memantapkan semangat cinta akan negara dalam diri ialah melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan pembinaan jati diri seperti kem pembinaan jati diri. Selain itu, remaja perlulah memelihara perpaduan bangsa agar mampu mengelakkan sikap mementingkan diri dan perkauman. Bab 3 Praktis 1 Darah Titik di Semantan Antara peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani ialah peristiwa Datuk Bahaman menangis apabila melihat mayat dua pahlawan Semantan ditimbus. Peristiwa ini memberikan kesedaran bahawa nyawa amat berharga. Kita haruslah menghargai dan menyayangi rakan. Selain itu, peristiwa lain yang menimbulkan kesedaran ialah peristiwa Datuk Panglima Raja bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa di samping tenaga, kita haruslah menggunakan akal untuk menewaskan musuh. Peristiwa ketiga ialah peristiwa Datuk Bahaman dan perajurit Semantan yang lain tidak gentar walaupun Inggeris mahu menangkap mereka. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah berani mempertahankan hak. Jalan ke Puncak Antara peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi ialah peristiwa Muluk diberkas pihak polis atas perbuatannya mendalangi kebakaran tangki minyak. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita tidak harus cemburu dan menganiaya orang lain kerana perbuatan ini akan menyusahkan diri sendiri. Selain itu, peristiwa lain yang menimbulkan kesedaran ialah peristiwa Laiman dan Milan yang tidak berputus asa walaupun Pak Sahok tidak memberikan kebenaran untuk menggunakan tanah tersebut. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah tabah menghadapi cabaran dan tidak boleh berputus asa dengan mudah. Di samping itu, peristiwa lain yang memberikan kesedaran kepada pembaca ialah peristiwa projek ikan air tawar Laiman dan Milan ditawarkan menjadi projek contoh di daerah mereka. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa individu yang gigih berusaha akan mencapai kejayaan. Jejak MONPUS Antara peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon ialah peristiwa Zahar menitiskan air mata kerana terpaksa membunuh Morgan. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah menyayangi dan menghargai hidupan lain sebagai penghuni bumi. Selain itu, peristiwa lain yang menimbulkan kesedaran ialah peristiwa Zahar berjaya mencipta penawar bagi membunuh ulat bulu berintik hitam walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa usaha yang berterusan tanpa berputus asa akan mencapai kejayaan. Peristiwa ketiga ialah peristiwa Ripin ditahan oleh pihak polis berhubung sindiket penjualan benih cambah sawit secara haram. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah jujur dalam mencari rezeki kerana perbuatan jahat seseorang pasti akan terbongkar dan mendapat balasan yang setimpal. Meniti Impian Antara peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Meniti Impian karya Osman Ayob ialah peristiwa Zahar sentiasa mengunjungi bengkel kecil Pak Yusuf dan membantunya walaupun Zahar telah menuntut di Institut Kemahiran Mara. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa berada dalam kesusahan. CONTOH
J6 BM Tingkatan 2 Jawapan Selain itu, peristiwa lain yang menimbulkan kesedaran ialah peristiwa Zahar lulus cemerlang dalam latihannya di kilang serta mendapat pujian daripada pihak atasan kerana sikap dedikasi terhadap tugas yang diamanahkan. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita haruslah berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Peristiwa ketiga ialah peristiwa Suhaili yang menyesali tindakannya menghina Zahar dan memandang rendah jurusan pilihannya. Peristiwa ini menyedarkan pembaca bahawa kita tidak seharusnya memandang rendah profesion kolar biru. Praktis 2 Darah Titik di Semantan Sebuah novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan karya Arman Sani. Tema novel ini ialah perjuangan anak bangsa dalam menentang penjajah di Tanah Melayu. Bukti yang menyokong tema ini ialah Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja tidak menyerah kalah kepada Inggeris walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa mengusir penjajah dari Pahang. Selain itu, empat orang remaja, iaitu Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad juga dipaparkan sebagai bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris dengan mendirikan kubu mereka sendiri di Lubuk Sengarat. Tema ini turut disokong oleh watak Pak Uda Ismail dan Samad yang ditangkap oleh mata-mata Inggeris tetapi tidak membuka rahsia perjuangan penduduk tempatan. Jalan ke Puncak Sebuah novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak karya Juri Durabi. Tema novel ini ialah perjuangan seorang anak muda dalam menempa kejayaan hidup. Bukti yang menyokong tema ini ialah Laiman berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ikan air tawar dan udang harimaunya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Selain itu, Laiman juga tidak berputus asa walaupun ayahnya tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menjadi petani moden sekali gus menolak jawatan kerajaan. Perkara ini turut menunjukkan kecekalan hati Laiman sebagai seorang remaja yang mahu melakar kejayaan hidup dalam sektor penternakan. Tema ini juga tepat dengan kesudahan cerita apabila usaha Laiman mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan projeknya dijadikan projek contoh yang akan dibesarkan dengan bantuan Jabatan Pertanian Sabah. Jejak MONPUS Sebuah novel yang saya kaji ialah Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon. Tema novel ini ialah semangat dan iltizam remaja yang berwawasan. Bukti yang menyokong tema ini ialah Zahar bersemangat tinggi untuk mencipta penawar bagi membunuh ulat bulu berintik hitam walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Selain itu, Fikri dan Malcom juga dipaparkan sebagai beriltizam tinggi apabila bertekad untuk membantu Zahar mencari spesies ulat bulu di Pulau Pisang walaupun dikatakan berpenunggu. Tema ini juga bertepatan dengan watak Zahar yang menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor kerana banyak menyumbang jasa kepada UTM. Meniti Impian Sebuah novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayob. Tema novel ini ialah kegigihan seorang remaja untuk berjaya dan membuktikan kemampuan diri sendiri. Bukti yang menyokong tema ini ialah Zahar belajar bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian dan membuka bengkel perabot sendiri. Selain itu, Zahar juga dipaparkan tidak bergantung pada nama Pak Yusuf semata-mata. Dia berusaha memperluas pasaran perabotnya melalui rundingan dengan para peniaga perabot di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Kota Bharu. Tema ini juga bertepatan dengan watak Norimi yang turut gigih berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajiannya di Institut Kemahiran Mara. Hasil usaha gigihnya, Norimi turut berjaya menamatkan pengajiannya. Praktis 3 Darah Titik di Semantan Sebuah novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan karya Arman Sani. Antara nilai kemanusiaan dalam novel ini ialah nilai keberanian. Contohnya, Datuk Bahaman tidak gentar dengan ancaman Inggeris untuk menangkapnya. Selain itu, nilai lain dalam novel ini ialah nilai cinta akan negara. Contohnya, perajurit-perajurit Semantan rela berkorban untuk menentang Inggeris kerana cinta akan Tanah Melayu. Di samping itu, nilai kebijaksanaan turut diutarakan oleh pengarang. Contohnya, Datuk Panglima Raja bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris. Jalan ke Puncak Sebuah novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak karya Juri Durabi. Antara nilai kemanusiaan dalam novel ini ialah nilai ketabahan. Contohnya, Laiman tidak berputus asa walaupun projek penternakan ikan air tawarnya mendapat tentangan daripada ayahnya, Pak Kiassim. Selain itu, nilai berdikari turut diutarakan oleh pengarang. Contohnya, Laiman tidak mahu mengharapkan jawatan kerajaan sebaliknya mahu berusaha sendiri untuk maju kerana dia seorang yang berdikari dan berwawasan tinggi. Di samping itu, nilai lain dalam novel ini ialah nilai mengenang budi. Contohnya, Laiman sentiasa berterima kasih kepada sepupunya, Milan yang banyak membantu dalam menjayakan projek penternakan ikan air tawar serta udang harimau yang diusahakannya. Jejak MONPUS Sebuah novel yang saya kaji ialah Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon. Antara nilai kemanusiaan dalam novel ini ialah nilai kegigihan. Contohnya, Zahar gigih berusaha untuk mencipta penawar bagi menghadapi serangan ulat bulu di kampungnya. CONTOH
J7 BM Tingkatan 2 Jawapan Selain itu, nilai lain dalam novel ini ialah nilai cinta akan alam sekitar. Contohnya, Zahar mengumpul pelbagai jenis ulat bulu dan menyayanginya. Malahan, Zahar menitiskan air mata kerana terpaksa membunuh Morgan. Di samping itu, nilai kasih sayang turut diutarakan oleh pengarang. Contohnya, Zahar sayang dan taat akan ibunya. Dia juga merindui bapanya yang telah bercerai dengan ibunya. Meniti Impian Sebuah novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayob. Antara nilai kemanusiaan dalam novel ini ialah nilai kegigihan. Contohnya, Zahar gigih dan belajar bersungguh-sungguh di Institut Kemahiran Mara serta membuka bengkel perabotnya sendiri. Selain itu, nilai lain dalam novel ini ialah nilai mengenang budi. Contohnya, Zahar sentiasa mengenang budi Pak Yusuf yang menyuburkan minatnya dalam bidang pertukangan perabot serta sentiasa memberikannya sokongan moral. Di samping itu, nilai dedikasi turut diutarakan oleh pengarang. Contohnya, Zahar lulus cemerlang dalam latihannya di kilang serta mendapat pujian daripada pihak atasan kerana sangat berdedikasi terhadap tugas. Praktis 4 Darah Titik di Semantan Antara tiga latar tempat yang terdapat dalam novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani ialah di Rumah Pasung Temerloh. Contohnya, Datuk Bahaman, Samad, Awang Muhammad, Pak Long Abas, Lajis, Rahman, dan Zahid menghilir ke Kuala Semantan untuk mengambil mayat Pak Uda Ismail yang diletakkan di dalam pagar Rumah Pasung Temerloh oleh Desborough. Latar tempat kedua ialah di sebuah bukit yang lapang. Contohnya, Datuk Panglima Raja menggunakan helah bubur ubi gadung untuk menewaskan mata-mata Inggeris. Mata-mata Inggeris yang makan bubur itu terjun dan tenggelam dalam sungai. Latar tempat ketiga ialah di Lubuk Sengarat. Contohnya, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad membina kubu di Lubuk Sengarat. Jalan ke Puncak Antara tiga latar tempat yang terdapat dalam novel Jalan ke Puncak karya Juri Durabi ialah rumah Pak Sahok. Contohnya, Laiman dan Milan ke rumah Pak Sahok untuk meminta keizinannya untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi mengusahakan projek penternakan ikan air tawar. Latar tempat kedua ialah di Gerai Pitas. Contohnya, Zahar menjaja kuih yang dipajaknya daripada orangorang kampung bagi menambahkan pendapatannya. Latar tempat ketiga ialah di pekan Lutong. Contohnya, Laiman bertemu dengan Soniah yang ditemani oleh adik sepupunya. Di sinilah juga, Laiman mengajak Soniah menjamu selera di sebuah restoran. Jejak MONPUS Antara tiga latar tempat yang terdapat dalam novel Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon ialah di Pulau Pisang. Contohnya, Zahar, Fikri, dan Malcom ke Pulau Pisang dengan menaiki bot untuk mencari spesies baharu dan di sinilah Zahar berjaya menemui spesies Monarch. Latar tempat kedua ialah di makmal kecil Zahar. Contohnya, Zahar menempatkan serangga dan larva ramarama di makmal kecil yang terletak di sebelah rumahnya. Latar tempat ketiga ialah di Hutan Kem Kaizen. Contohnya, Zahar tergelincir ke dalam jurang semasa mendekati ulat bulu pengganti Pus Pus. Meniti Impian Antara tiga latar tempat yang terdapat dalam novel Meniti Impian karya Osman Ayob ialah di bengkel perabot Pak Yusuf. Contohnya, Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan perabot bagi meringankan beban ibunya. Latar tempat kedua ialah di City Point, Alor Setar. Contohnya, Zahar bertemu dengan Suhaili untuk memberitahu Suhaili tentang tawaran yang telah diterimanya. Latar tempat ketiga ialah di kilang perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping. Contohnya, Zahar ditawarkan menjalani pratikal di kilang perabot Usaha Bersatu selama enam bulan. Bab 4 Ringkasan Praktis 1 Isi-isi penting 1 Dapat membina badan yang kuat dan sihat. 2 Keperluan vitamin yang mencukupi dapat diperoleh. 3 Menghindarkan obesiti dan mengekalkan berat badan ideal. 4 Membolehkan perkembangan mental tidak terganggu. 5 Merangsang tumbesaran seseorang remaja lebih sempurna dari aspek fizikal. 6 Dapat menjana tenaga. Jawapan lengkap Antara kepentingan pemakanan seimbang ialah dapat membantu kita membina badan yang kuat dan sihat. Selain itu, keperluan vitamin yang mencukupi dapat kita peroleh melalui amalan pemakanan seimbang. Kita juga dapat menghindarkan obesiti dan mengekalkan berat badan ideal melalui pemakanan seimbang. Di samping itu, pemakanan seimbang juga membolehkan perkembangan mental kita tidak terganggu. Seterusnya, bagi remaja pula, pemakanan seimbang dapat merangsang tumbesaran seseorang remaja lebih sempurna dari aspek fizikal. Akhir sekali, pemakanan seimbang dapat menjana tenaga untuk membolehkan kita bergerak aktif sepanjang hari. (82 patah perkataan) Praktis 2 Isi-isi penting 1 Lebih mudah, lebih laju, dan lebih selesa. 2 Tidak perlu membawa tunai. 3 Boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. CONTOH
J8 BM Tingkatan 2 Jawapan 4 Terdapat polisi untuk menjaga hak pengguna serta memastikan akaun pengguna kekal selamat. 5 Boleh menghalang penggunaan tidak sah. 6 Dapat melihat kembali semua transaksi pembelian. 7 Data peribadi pengguna lebih terjamin. 8 Dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Jawapan lengkap Antara kelebihan e-dompet ialah pengguna boleh membuat pembayaran dengan lebih mudah, laju, dan selesa. Selain itu, pengguna juga boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. Seterusnya, terdapat polisi untuk menjaga hak pengguna serta memastikan akaun pengguna kekal selamat. Di samping itu, mereka yang menggunakan e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian untuk membantu mereka menguruskan kewangan. Selanjutnya, data peribadi pengguna lebih terjamin. Akhir sekali, pengguna e-dompet turut dapat menjimatkan wang perbelanjaan kerana tidak perlu keluar rumah untuk membuat pembayaran atau membeli barangan. (82 patah perkataan) Praktis 3 Isi-isi penting 1 Mendorong diri mereka ke arah pembaziran wang. 2 Bakal berdepan dengan risiko kecurian. 3 Boleh mendorong rasa iri hati terhadap rakan yang berkemampuan untuk menggunakan produk berjenama. 4 Akan berlumba-lumba sesama sendiri bagi menggayakan fesyen dan alatan elektronik yang paling popular dan terkini. 5 Akan mewujudkan persaingan tidak sihat dalam perhubungan sesama rakan. 6 Terdorong untuk melakukan perkara-perkara negatif. 7 Akan berasa riak dan ego. 8 Wujud lebih banyak lagi remaja yang materialistik. Jawapan lengkap Antara kesan tabiat mementingkan jenama dan barangan mewah kepada remaja ialah tabiat ini akan mendorong diri mereka ke arah pembaziran wang. Selain itu, tabiat ini boleh mendorong rasa iri hati terhadap rakan yang berkemampuan untuk menggunakan produk berjenama. Remaja juga akan berlumba-lumba sesama sendiri bagi menggayakan fesyen dan alatan elektronik yang paling popular dan terkini. Seterusnya, akan mewujudkan persaingan tidak sihat dalam perhubungan sesama rakan. Tambahan lagi, mereka akan berasa riak dan ego. Akhir sekali, tabiat ini akan wujud lebih banyak lagi remaja yang materialistik. (85 patah perkataan) Rumusan Praktis 1 Isi-isi penting 1 Mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. 2 Menjimatkan masa tenaga pakar dalam menjalankan sebarang pembedahan. 3 Membolehkan ubat-ubatan diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. 4 Ubat-ubatan yang lebih bersih dan selamat juga dapat dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 5 Proses perbincangan antara doktor pakar perubatan dari seantero dunia dapat dijalankan dengan lebih mudah menggunakan teleperubatan. 6 Dapat mengesan punca sesuatu penyakit dan uslub yang efektif diambil bagi mengatasi penyakit tersebut. 7 Rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberikan kepada para pesakit. Jawapan lengkap Petikan membincangkan kepentingan perkembangan sains dan teknologi dalam perubatan. Antara kepentingannya ialah mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. Dengan itu, doktor pakar dapat menjimatkan masa dalam menjalankan sebarang pembedahan. Selain itu, ubat-ubatan dapat diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. Seterusnya, proses perbincangan antara doktor pakar perubatan dari seantero dunia dapat dijalankan dengan lebih mudah menggunakan teleperubatan. Selanjutnya, punca sesuatu penyakit dapat dikesan dan uslub yang efektif diambil bagi mengatasi penyakit tersebut. Akhir sekali, rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberikan kepada para pesakit. Kesimpulannya, pelbagai inisiatif yang berterusan harus diimplementasikan agar bidang perubatan dapat terus berkembang. (100 patah perkataan) Praktis 2 Isi-isi penting 1 Dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. 2 Ilmu pengetahuan kita akan bertambah. 3 Menguatkan daya ingatan. 4 Dapat menambahkan perbendaharaan kata. 5 Kemahiran penulisan kita akan menjadi bertambah baik. 6 Dapat mengurangkan tekanan. 7 Berasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Jawapan lengkap Petikan membincangkan kelebihan membaca kepada remaja. Antara kelebihannya ialah remaja dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. Selain itu, ilmu pengetahuan remaja akan bertambah melalui amalan membaca yang dipraktikkan dalam kehidupan harian. Seterusnya, daya ingatan juga dapat dikuatkan melalui amalan membaca. Di samping itu, membaca dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh remaja. Akhir sekali, remaja dapat menambahkan perbendaharaan kata melalui membaca dan seterusnya membolehkan kemahiran penulisan menjadi bertambah baik. Kesimpulannya, remaja harus menjadikan aktiviti membaca ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian agar tahap pemikiran menjadi lebih maju. (87 patah perkataan) CONTOH
J9 BM Tingkatan 2 Jawapan Praktis 3 Isi-isi penting 1 Akan mengalami kesan negatif dalam jangka masa panjang. 2 Membunuh diri. 3 Membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. 4 Akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional. 5 Menjadi seorang yang penakut. 6 Mengalami perasaan ‘takut’ yang luar biasa. 7 Memilih untuk tidak mengadu kepada guru atau ibu bapa. Jawapan lengkap Petikan membincangkan kesan-kesan gejala buli kepada mangsanya. Antara kesannya, mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka masa panjang. Terdapat juga mangsa buli bertindak untuk membunuh rakan akibat tekanan melampau. Mangsa buli akan membesar menjadi seorang dewasa yang emosional kerana telah terbiasa dengan keadaan dibuli. Mangsa buli juga cenderung untuk menjadi penakut. Selain itu, mangsa buli juga akan mengalami perasaan takut yang luar biasa. Hasilnya, mereka akan memilih untuk tidak membuat laporan kepada guru atau ibu bapa dan menyebabkan buli terus menghantui hidup mereka. Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa membantu mangsa buli agar mereka tidak mengalami kesan yang membahayakan. (97patah perkataan) Bab 5 Bahagian A Praktis 1 Ibu mengajak saya menemaninya ke pasar. Sesampai di pasar, suasananya sungguh hingar-bingar. Banyak orang sedang membeli barangan keperluan harian mereka. Saya pun mengikuti ibu memasuki pasar. Selepas membeli sayur-sayuran, kami ke gerai ikan pula. Ketika ibu memilih ikan yang dikehendakinya, tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara wanita menjerit meminta tolong. Rupa-rupanya, seorang wanita telah diragut beg tangannya. Beberapa orang lelaki yang berhampiran segera memberikan pertolongan. Mereka mengejar peragut itu. Akhirnya, peragut itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis. Praktis 2 Emily ialah jiran Puan Dewi. Biarpun berbeza budaya, namun hubungan mereka tetap baik dan mesra. Mereka akan saling menolong apabila menghadapi kesusahan. Pada suatu malam, Puan Dewi datang ke rumah Emily untuk menyerahkan kunci rumahnya. Dia perlu pulang ke kampung kerana ibunya sakit. Seminggu berlalu, Puan Dewi pulang ke rumahnya. Dia berasa sangat terharu kerana jirannya bukan sahaja menolongnya mengawasi rumah, tetapi juga menolongnya menjaga pokok bunganya agar tidak layu. Puan Dewi bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik. Praktis 3 Farid menunggang basikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia ternampak sebuah dompet di tepi jalan. Dia mengambilnya lalu membuka dompet itu. Di dalam dompet itu terdapat kad pengenalan, beberapa keping kad bank, dan wang tunai. Setelah dibelek, dia mendapati dompet itu kepunyaan jirannya. Farid segera menuju ke rumah jirannya. Dia memulangkan dompet tersebut. Jirannya mengucapkan terima kasih kepada Farid. Jirannya menghulurkan wang RM20.00 sebagai tanda berterima kasih. Farid menolak dengan baik kerana dia memberikan pertolongan secara ikhlas. Bahagian B Praktis 1 Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan Alamat pengirim – tarikh – kata-kata penghadapan surat Isi-isi penting (a) Mengucapkan terima kasih kerana mengirimkan warkah – memohon maaf kerana lambat membalas surat – membuat persediaan pentaksiran pertengahan tahun (b) Tempat peranginan menarik – pantai peranginan Cherating di negeri Pahang – terdapat pelbagai keistimewaan – keistimewaan Cherating – keindahan alam semula jadi – keunikan tertumpu pada keindahan alam semula jadi serta seni warisan masyarakat setempat – pantai yang bersih – memuaskan hati pengunjung (c) Pertandingan peringkat antarabangsa – acara berprestij “International Surfing Competition” – peluncur-peluncur terbaik di dunia (d) Keistimewaan lain – pusat bagi beberapa aktiviti riadah – sukan rakyat, bola sepak, dan bola tampar pantai – boleh memancing dan mencari remis – aktiviti menghiburkan jika berkunjung ke sini (e) Kampung Cherating dan masyarakat nelayan – destinasi menarik – mengenali masyarakat Malaysia – Cherating sememangnya menarik untuk dikunjungi oleh semua pelancong Penutup Setakat ini sahaja untuk kali ini – terima kasih Praktis 2 Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan Alamat pengirim dan penerima – tarikh – tajuk surat – menyatakan tujuan – kerosakan alatan di taman permainan sangat serius Isi-isi penting (a) Peralatan yang rosak amat berbahaya jika digunakan – tahap keselamatan peralatan di taman amat diragui – keadaan peralatan yang tidak sempurna boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak (b) Alatan yang disediakan tidak mencukupi berbanding dengan kepadatan penduduk – jumlah penghuni yang banyak menyebabkan terdapat kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk bermain alatan permainan CONTOH
J10 BM Tingkatan 2 Jawapan (c) Cadangan – memantau kemudahan permainan kanak-kanak dari semasa ke semasa – jika didapati kemudahan itu telah rosak, segeralah bertindak membaiki alatan itu – peralatan yang terbaik mesti berkualiti tinggi Penutup Aduan – akan mendapat perhatian yang sewajarnya – tandatangan – nama penuh pengirim Praktis 3 Laporan Pendahuluan Tajuk : Laporan Perkhemahan Perdana Minggu Kokurikulum – menyatakan pihak penganjur – bila diadakan – lokasi perkhemahan – bilangan yang terlibat – guru – murid Isi-isi penting (a) Perkhemahan diadakan julung-julung kalinya – sempena minggu kokurikulum (b) Bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mengamalkan semangat berkumpulan dan kepemimpinan – menguasai kemahiran dalam perkhemahan – ikatan – membina khemah – pembinaan gajet – mempelajari dan memperoleh ilmu – mencungkil bakat kepimpinan murid – generasi pelapis negara – menjalin persahabatan antara satu dengan yang lain – lebih kenal – rapat hubungan antara kaum (c) Pelbagai aktiviti diadakan – hari pertama – pertandingan khemah tercantik dan membina gajet – penyediaan makanan tengah hari – waktu petang diadakan aktiviti dalam kumpulan untuk berkenalan sesama ahli – waktu malam ceramah motivasi – sesi kembara malam – pengalaman yang menakutkan – sunyi – gelap duduk bersendirian (d) Hari kedua – menjelajah hutan – ekspedisi menyeronokkan tetapi penat – pelbagai pengalaman – satu kumpulan tersesat – mengenali hutan – keindahan flora dan fauna – waktu petang – latihan untuk persembahan – ada lakonan – nasyid – tarian – sebelah malam pertandingan – kumpulan yang menang (e) Majlis penutupan – penyampaian hadiah – kumpulan terbaik, tokoh pemimpin, peserta terbaik Penutup Aktiviti yang menyeronokkan – banyak pengalaman dan pengetahuan – harapan – dapat diadakan setiap tahun Praktis 4 Ceramah/ Syarahan Pendahuluan Kata alu-aluan – nyatakan tajuk – rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan – rasa sedih dan kesal – masalah sosial dalam kalangan remaja semakin kritikal pada masa ini Isi-isi penting (a) Faktor keluarga – ibu bapa lalai menjalankan tanggungjawab mereka – faktor utama menyebabkan masalah sosial dalam kalangan remaja – ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing bagi membentuk sahsiah anakanak (b) Para ibu bapa – berusaha membentuk keadaan keluarga yang harmoni – mengambil berat dan bertimbang rasa antara satu dengan yang lain – keluarga yang berpecah belah akan menyebabkan berlaku pelbagai masalah sosial – seperti melepak, gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah – keluarga yang bahagia pasti akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik (c) Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak – perlu mengetahui siapa rakan-rakan mereka – bagaimanakah mereka menggunakan masa lapang – dapat memastikan anak-anak mereka berada di jalan yang betul – tidak terjerumus dalam gejala yang tidak baik (d) Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka – merupakan benteng untuk menghalang mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik (e) Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang setara kepada anak-anak – tidak boleh membezabezakan kasih sayang kepada anak-anak – menggantikan kasih sayang dengan kebendaan Penutup Berharap agar ibu bapa memainkan peranan masingmasing untuk mengatasi masalah sosial – harus memandang serius masalah sosial ini Praktis 5 Dialog/ Wawancara/ Temu Bual Pendahuluan Mengucapkan salam – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan wawancara Isi-isi penting (a) Ucapan tahniah – membanggakan negara – membuktikan Malaysia mempunyai bakat setanding dengan negara Asia yang lain (b) Perasaan bangga – bangga kerana diberikan peluang mewakili Malaysia – tidak mahu mensiasiakan peluang yang diberikan – membuktikan kejayaan program yang diatur oleh kerajaan (c) Latihan – latihan berterusan sejak Sukan SEA tahun lepas – tewas semasa Sukan SEA telah membakar semangat untuk berusaha dan berlatih dengan lebih gigih (d) Harapan pada Sukan Olimpik – latihan diteruskan untuk menempa nama di pentas Olimpik – harapan menjadi atlet pertama membawa pulang pingat emas pertama Penutup Mengucapkan terima kasih kerana menjayakan wawancara – semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi Praktis 6 Berita/ Rencana Akhbar Pendahuluan Menyatakan tajuk berita – nama, tempat, dan tarikh CONTOH
J11 BM Tingkatan 2 Jawapan Isi-isi penting (a) Latar belakang kawasan – sebuah kawasan kampung yang agak terpencil di negeri Pahang – angin kuat membawa hujan lebat sepanjang tiga hari sebelum ini (b) Kesan fizikal yang dapat dilihat – pokok tumbang akibat dipukul angin kuat dan hujan lebat – air melepasi paras empat meter akibat sungai berdekatan penuh dan melimpah – bot Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat berulang-alik membawa mangsa ke pusat pemindahan banjir (c) Temu ramah ketua operasi penyelamat – ketua operasi penyelamat menganggarkan air akan terus naik ke paras lima meter menjelang pagi esok – 68 keluarga telah berjaya dipindahkan – ada keluarga yang terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter akibat air yang sangat deras (d) Mohon sumbangan – meminta agar para pembaca menghantar sebarang bentuk bantuan kepada mangsa – boleh terus berhubung dengan sukarelawan yang bertugas di tempat kejadian Penutup Memohon penonton/ pembaca mendoakan mangsa agar dapat menjalani musibah dengan tenang dan sabar – diharap agar masyarakat dapat mengambil pengajaran daripada kejadian banjir yang sedang dialami agar lebih bersedia menghadapi musibah kelak Praktis 7 Fakta Pendahuluan Pada era globalisasi ini, masalah gejala buli semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti buli ini dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut masyarakat. Isi-isi penting – Memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati – Menyediakan saluran untuk murid mengadu masalah – Memastikan murid bebas daripada sebarang pengaruh buruk – Menjadi contoh teladan terbaik untuk murid sekolah – Memberikan tindakan atau undang-undang yang lebih berkesan kepada pembuli – Mendidik ilmu keagamaan Penutup Ringkasnya, kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan perlakuan anakanak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak. Dengan berbuat demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan. Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja. Praktis 8 Pendapat/ Perbincangan Pendahuluan Pengangkutan awam disediakan untuk kegunaan masyarakat awam – contoh: bas, teksi, monorel, LRT – kita sewajarnya memanfaatkan kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan – banyak kebaikan jika kita menggunakan pengangkutan awam ini Isi-isi penting (a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas – dapat mengurangkan kadar pengguna jalan raya – MRT, LRT, Komuter – dapat mengangkut jumlah penumpang yang lebih banyak berbanding kenderaan lain (b) Mengurangkan kos – menyediakan pas bulanan RM30 yang sangat menjimatkan – ratusan ringgit wang petrol dan tol mampu dijimatkan (c) Mengurangkan pencemaran udara – pengurangan pengguna jalan raya serta kenderaan persendirian – mengurangkan pelepasan karbon yang mengancam ekosistem alam sekitar (d) Dapat menambah pendapatan negara – sekiranya kerajaan tempatan berjaya menyediakan pengangkutan awam yang efisien – aktiviti ekonomi di kawasan sekitar akan berkembang – pertumbuhan ekonomi akan berlaku – kerajaan akan mendapat pulangan dalam bentuk cukaicukai yang telah dikenakan Penutup Konklusinya, pihak kerajaan perlu mempertingkatkan kemudahan dan fasiliti di stesen-stesen pengangkutan – dapat dimanfaatkan semua golongan masyarakat Praktis 9 Keperihalan/ Gambaran Pendahuluan Seawal pukul 6:00 pagi – bertolak dari sekolah – pukul 9:30 pagi sampai ke lokasi – disambut oleh pegawai bertugas – mengiringi ke lokasi Isi-isi penting (a) Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang buku-buku ilmiah dan sastera yang mudah diperoleh – memberikan maklumat kepada murid tentang karya-karya Sasterawan Negara – contoh: Novel SALINA karya Saterawan Negara, A. Samad Said (b) Memupuk semangat ingin membaca dan banyak sudut maklumat tentang buku-buku fiksyen – sains dan teknologi dan bahasa serta sastera – koleksi buku Tatabahasa Dewan (c) Memberi info dan maklumat tentang skop kerja pustakawan – menimbulkan minat untuk menceburi kerjaya ini (d) Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah – berasa amat seronok dan dapat berkongsi maklumat dengan murid lain – sertakan peribahasa yang sesuai dengan tajuk Penutup Mendapat pengalaman yang berharga – berharap program ini dianjurkan berterusan CONTOH
J12 BM Tingkatan 2 Jawapan Praktis 10 Peribahasa/ Cogan Kata Pendahuluan Maksud peribahasa – menyiapkan tugasan atau mengusahakan sesuatu pekerjaan sedikit demi sedikit dengan tekun dan sabar lambat-laun akan terlaksana jua Isi-isi penting (a) Pelajaran/ pendidikan – sesuatu ilmu yang tidak dikuasai perlu dibuat latih tubi sedikit demi sedikit – meminta bantuan guru dan rakan-rakan – semakin mahir (b) Pekerjaan/ kerjaya – jangan putus asa dengan kegagalan semasa cubaan pertama – perlu terus mencari keuntungan sedikit demi sedikit agar mampu membina legasi perniagaan – keuntungan yang lebih banyak akan diperoleh (c) Pembentukan nilai dalam diri anak-anak – ibu bapa perlu mendidik anak bagai menarik rambut dalam tepung – nasihat perlu diberikan sedikit demi sedikit agar meresap ke dalam jiwa anak-anak – hasilnya tidak terpancar dalam masa terdekat tetapi memerlukan sedikit masa (d) Ekonomi – kerajaan ingin membangunkan keupayaan industri perkilangan di negara kita melalui pemantapan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) – pemantapan ekonomi dilaksanakan secara berperingkat agar kemajuan dapat dijana secara optimum – sikap terburu-buru akan mengundang risiko tinggi kepada negara Penutup Maksud peribahasa harus menjadi pegangan hidup – hanya usaha berterusan akan memastikan kejayaan – kejayaan tidak datang dengan sendirinya Soalan Praktis Bertema Soalan 1 Karangan Jenis Keperihalan Pendahuluan Pada minggu lepas, sekolah mengadakan Hari Sukan tahunan – diadakan di padang sekolah – sebanyak empat rumah sukan telah mengambil bahagian – Rumah Bendahara, Rumah Temenggung, Rumah Panglima, dan Rumah Laksamana Isi-isi penting (a) Pada pukul 8:00 pagi, semua murid berkumpul di padang – acara sukan bermula pada pukul 9:00 pagi – upacara perasmian oleh pengetua – persembahan pembukaan daripada peserta rumah sukan masing-masing – ketua rumah sukan melafazkan ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas (b) Acara sukan berlangsung – dimulakan dengan acara lompat tinggi dan lompat jauh – acara berjalan dengan lancar – memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing – suasana di padang sangat riuh-rendah dan meriah – Rumah Bendahara mendahului mata berbanding pasukan lain (c) Menyertai acara larian 800 meter – berlari pantas menuju ke garisan penamat – memenangi juara – acara sukan berhenti pada pukul 10:30 pagi – para murid berehat – acara diteruskan pada pukul 11:15 pagi – larian 400 meter menjadi acara kemuncak (d) Acara tamat – penyampaian hadiah dijalankan – telah membawa pulang satu pingat emas dalam acara larian – Rumah Laksamana muncul sebagai juara – Rumah Panglima menjuarai pertandingan khemah terbaik dan juga perbarisan – pengetua mengucapkan tahniah kepada para pemenang Penutup Berasa gembira – dapat merasai pengalaman yang menarik dan berharga – berharap tahun akan datang akan menyertai lagi sukan tahunan sekolah Soalan 2 Karangan Jenis Perbincangan Pendahuluan Ibu bapa berperanan menggalakkan anak bersukan Isi-isi penting (a) Memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan (b) Menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif (c) Memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan – membelikan anak-anak majalah sukan (d) Melakukan aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton dengan anak-anak Penutup Bersukan banyak manfaat dan harus digalakkan Soalan 3 Karangan Jenis Syarahan Pendahuluan Kata alu-aluan, kata menghadap majlis – penerangan tentang tajuk Isi-isi penting (a) Melapangkan fikiran – dalam mengharungi kesibukan serta tekanan belajar – aktiviti rekreasi seperti berjoging, berenang, dan bermain bola keranjang dilihat sebagai satu penyelesaian kepada kita untuk melapangkan minda – akan dapat menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar – memberikan kedamaian jiwa (b) Menyihatkan badan – sebagai contoh, aktiviti rekreasi seperti berjoging dan berenang – akan berpeluh dan seterusnya menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan daripada badan – menghindari penyakit berbahaya seperti lemah jantung – badan sihat, otak cerdas (c) Mengeratkan hubungan silaturahim – aktiviti seperti bermain badminton pada hujung minggu bersama rakan-rakan – dapat berkenalan dengan rakan yang bermain bersama ketika menjalankan aktiviti rekreasi – anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama – meluangkan masa berekreasi bersama-sama – dalam kesibukan belajar dan bekerja – dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain (d) Mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial – masa lapang remaja dapat CONTOH
J13 BM Tingkatan 2 Jawapan diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan – tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti rekreasi Penutup Aktiviti rekreasi amat bermanfaaat kepada masyarakat – perlu mengutamakan dan mengamalkan aktiviti rekreasi dalam kehidupan seharian – minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 Bahagian A 1 D Kata memunggah yang membawa maksud menurunkan muatan dari lori paling sesuai digunakan mengikut konteks ayat. 2 C Kata dermawan yang membawa maksud orang yang suka menderma atau murah hati paling sesuai digunakan mengikut konteks ayat. 3 C Ayat yang betul ialah I, II dan III. Kata masak dalam ayat I membawa maksud cara membuat masakan. Kata masak dalam ayat II membawa maksud sudah tahu dan faham benar. Kata masak dalam ayat III membawa maksud sudah tua dan boleh dimakan; matang. Ayat IV salah kerana perkataan masak tidak sesuai mengikut konteks ayat. Perkataan yang betul ialah tanak-tanakan/ masak-masak. 4 C Ayat yang betul ialah I, II dan III. Kata haus dalam ayat I membawa maksud dahaga akan kasih sayang. Kata haus dalam ayat II membawa maksud berkurangan tebalnya kerana sering dipakai. Kata haus dalam ayat III membawa maksud dahaga atau berasa kering tekak kerana ingin minum. Ayat IV salah kerana perkataan haus tidak sesuai mengikut konteks ayat. Perkataan yang betul ialah lusuh yang bermaksud sudah luntur warnanya. 5 B Frasa dari tahun ke setahun tidak gramatis. Jika penggunaan se- dilakukan, bentuk yang sama hendaklah digunakan. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, frasa yang betul ialah dari setahun ke setahun/ dari tahun ke tahun. 6 A Frasa kami akan ceriakan tidak gramatis. Hal ini kerana kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama, iaitu kami dengan kata kerja ceriakan yang tidak berawalan men-. 7 A Ayat yang betul ialah I dan II sahaja. Ayat III salah kerana kata bantu telah membawa maksud perbuatan yang sudah berlaku. Oleh itu, kata bantu yang betul ialah akan yang bermaksud perbuatan yang akan berlaku pada minggu hadapan. Ayat IV salah kerana kata bilangan tentu, iaitu satu tidak boleh rapat dengan kata bilangan pecahan, iaitu setengah. Frasa yang betul ialah satu jam setengah, perlu letak objek di antara dua kata bilangan ini. 8 B Ayat yang betul ialah III dan IV sahaja. Ayat I salah kerana kata bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan masa manakala kata hubung apabila digunakan dalam ayat majmuk untuk menunjukkan pada ketika atau semasa. Ayat II salah kerana kata hubung agar dan supaya tidak boleh hadir serentak dalam ayat. 9 D Pilihan A salah kerana maksud ayat tidak menyatakan sahsiah dan tingkah laku keluarga dibentuk melalui peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga. Pilihan B salah kerana maksud ayat tidak menyatakan anak-anak perlu diberi peluang untuk membentuk sahsiah dan tingkah laku yang baik oleh keluarga. Pilihan C salah kerana maksud ayat tidak menyatakan sahsiah dan tingkah laku anak-anak mereka dibentuk oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Pilihan D betul kerana maksud ayat kekal walaupun susunan berubah. 10 D Peribahasa ada rupa, ada gaya yang bermaksud ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya tidak membawa maksud yang sama. 11 A 12 C 13 A 14 D 15 C Bahagian B 1 (i) tengahari – tengah hari (ii) menanda tangani – menandatangani 2 (i) badan perlukan – diperlukan oleh badan (ii) satu setengah sudu teh – satu sudu teh setengah 3 (i) Ayat tanya (ii) Ayat penyata (iii) Ayat seruan (iv) Ayat perintah 4 (i) Bagai aur dengan tebing/ Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat (ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah 5 (a) Berdasarkan Bahan 1, masalah yang dihadapi oleh Nek Piah ialah dia sudah kehabisan makanan akibat banjir. Berdasarkan Bahan 2, masalah yang dihadapi oleh Jemah ialah Jemah menjadi risau kerana dia telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan tidak biasa dudukduduk berehat. (b) Dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 3 ialah anak-anak mestilah mengasihi ibu dengan sepenuh hati. Selain itu, kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu. (c) Pada pendapat saya, untuk membalas jasa ibu bapa, seseorang anak hendaklah selalu pulang menziarahi ibu bapa dan mendengar nasihat mereka. Selain itu, anak-anak juga hendaklah mengirimkan wang kepada ibu bapa dan memenuhi keperluan mereka. 6 Latar masyarakat yang bekerjasama (i) Darah Titik di Semantan – Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bekerjasama membina kubu di Lubuk Sengarat dan menyediakan bumbu runcing untuk menyerang Inggeris. – Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua. CONTOH
J14 BM Tingkatan 2 Jawapan – Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata berdekatan rumah Pak Uda Ismail. – Datuk Bahaman, Panglima Raja, Mat Lela, dan Zahid serta rakan-rakannya pergi ke Temerloh untuk mengambil mayat Pak Uda Ismail yang dibunuh oleh Inggeris. (ii) Jalan ke Puncak – Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman bekerjasama dengan Laiman untuk menjayakan projek pertanian. – Pegawai pertanian yang berjumpa dengan Laiman dan Milan memberikan kerjasama dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada mereka. – Jabatan Pertanian membantu Laiman memperbesar ternakan ikan air tawarnya. (iii) Jejak MONPUS – Fikri sentiasa bersama Zahar dalam melakukan kajian dan menjelajah mencari spesies serangga di mana-mana. – Semasa di Kem Kaizen, Fikri dengan bantuan dua orang pemuda yang sedang melakukan aktiviti meredah hutan di situ menyelamatkan Zahar yang tergelincir dan jatuh ke dalam jurang. – Zahar, Fikri, dan Malcom menaiki bot ke Pulau Pisang untuk mencari spesies baharu yang mungkin boleh menyelamatkan spesies Pus Pus. – Pak Mail dan orang-orang kampung bekerjasama mengangkat Zahar yang rebah ke tanah akibat dilibas oleh Ripin dengan pisau lipatnya ke dalam warung. Mereka bersama-sama membawa Zahar ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina. – Zahar bekerjasama dengan Fikri untuk pergi ke gudang tapak semaian bagi menyiasat kehilangan bahan uji kaji dan buku formulanya di makmalnya yang sudah hilang. (iv) Meniti Impian – Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelatih lelaki menebas rumput yang tumbuh meliar di atas bekas tanah kebun getah manakala pelatih perempuan mengangkat rumput dengan menggunakan pongkes ke tempat pembakaran. – Pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak Institut Kemahiran Mara Alor Setar. – Orang kampung datang ke rumah Pak Karim untuk membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis kenduri kesyukuran bersempena dengan kejayaan Suhaili mendapat kerja di Kuala Lumpur. – Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabot Meniti Impian di tanah milik ibu Zahar yang terletak di sebelah rumah. Mereka bersama-sama bekerjasama menegakkan tiang dan bumbung. Bahagian C Isi-isi penting 1 Makan pelbagai jenis makanan setiap hari berdasarkan saranan piramid makanan. 2 Elakkan makanan yang diproses. 3 Mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan kita mengamalkan diet seimbang. 4 Perlu mengetahui nilai kalori dan memastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori yang diperlukan oleh badan. 5 Perlu mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan. 6 Wajar makan dalam kuantiti yang betul untuk kekal sihat. 7 Perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan garam. 8 Makan mengikut waktu makan secara teratur. Kertas 2 Bahagian A Sekolah saya telah menganjurkan program kitar semula. Semua murid diminta membawa satu barang kitar semula pada setiap hari ke sekolah untuk dikumpulkan. Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan juga menyediakan tong kitar semula di sekolah. Tong kitar semula ini memudahkan murid mengasingkan bahan kitar semula seperti kertas, kaca, plastik, logam, dan botol. Pertandingan ciptaan inovasi menggunakan bahan terbuang juga diadakan bagi menggalakkan kreativiti murid. Pengetua berharap agar program tersebut dapat menjadi platform untuk murid membudayakan amalan kitar semula dari peringkat awal. Bahagian B Soalan 1 Pendahuluan Pada cuti persekolahan pertengahan tahun, menyertai program Eksplorasi Berkayak di Tasik Taman Titiwangsa yang dianjurkan oleh sekolah – disertai oleh murid daripada pelbagai tingkatan – pertama kalinya menyertai aktiviti lasak dalam hidup – berasa agak cemas Isi-isi penting (a) Bertolak dari sekolah ke Tasik Taman Titiwangsa pada awal pagi – disambut dengan mesra – sebelum memulakan aktiviti berkayak, bersarapan dan diberikan penerangan keselamatan serta asas dayungan kayak (b) Selesai taklimat – mengambil kayak masingmasing untuk memulakan aktiviti tersebut – setiap kayak hanya memuatkan dua peserta yang turut dilengkapi jaket keselamatan – seramai 20 orang guru dan urus setia terbabit mengawasi semua peserta sepanjang aktiviti berkayak (c) Rasa takut hilang setelah mendapat keyakinan daripada taklimat yang didengar tadi – pada mulanya, kayak bergerak tidak tentu hala tetapi akhirnya pandai mengemudi kayak – masingmasing sudah mula berani berkayak ke kawasan yang lebih jauh CONTOH
J15 BM Tingkatan 2 Jawapan (d) Berkayak mengelilingi Tasik Taman Titiwangsa – melihat pemandangan indah di tasik itu – berpeluang melihat secara lebih dekat pokok teratai berbunga yang banyak terdapat di tasik berkenaan (e) Selepas berkayak selama satu jam – bergerak untuk balik ke tempat bermula tadi – berehat dan makan tengah hari serta solat zuhur – berangkat pulang Penutup Pengalaman yang sangat menakjubkan dan penuh dengan cabaran ekstrem yang pasti tidak dapat dilupakan – walaupun penat, sakit bahu, sakit badan, dan berasa stres untuk mengawal kayak tersebut, berasa puas – pengalaman yang sangat hebat Soalan 2 Pendahuluan Sukan lasak bukan sesuatu yang baharu di Malaysia – semakin digemari – contoh-contoh sukan lasak darat termasuklah panjat tembok, mendaki gunung, meredah hutan, paintball – sukan lasak udara termasuklah payung terjun – sukan lasak air termasuklah berakit, belayar, selam skuba – aktiviti sukan seperti ini mesti diperkembangkan kerana banyak manfaatnya Isi-isi penting (a) Meningkatkan keyakinan diri – akan meyakini kemampuan diri – sukan lasak amat mencabar – perlu kekuatan fizikal dan mental – melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran – mempunyai semangat yang kental apabila berdepan dengan masalah (b) Menguatkan aspek fizikal dan mental – sukan lasak amat mencabar – perlu kekuatan fizikal dan mental – badan cergas, minda cerdas – jadi seorang yang lebih aktif (c) Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama – sebagai contohnya, ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamat – dapat melatih teknik komunikasi sesama ahli kumpulan (d) Menyemai ketabahan diri menghadapi segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan – misalnya, dalam aktiviti mendaki gunung, kita perlulah tabah dan kuat semangat bagi mengatasi apa-apa jua halangan Penutup Sukan lasak mesti diperluas – banyak manfaat – para murid harus digalakkkan untuk mencuba aktiviti sukan lasak Soalan 3 Pendahuluan Alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, panggilan hormat penerima dan perkara tajuk – Memohon Kebenaran bagi Menjalankan Aktiviti Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai, Kedah Isi-isi penting (a) Kelab Kembara ingin mengadakan satu ekspedisi mendaki Gunung Jerai – tarikh, masa, bilangan peserta, bilangan guru pengiring (b) Objektif utama ekspedisi dijalankan – untuk mendedahkan ahli-ahli kelab kepada aktiviti lasak yang mampu mencabar kebolehan dan kemampuan fizikal diri mereka – memupuk semangat setia kawan dan memenuhi aktiviti murid (c) Ekspedisi ini merupakan julung kalinya diadakan oleh Kelab Kembara – dengan pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat menjadi lembaran baharu bagi menyahut seruan kerajaan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat (d) Ahli yang terlibat akan melengkapkan surat kebenaran waris dan borang deklarasi kesihatan – memastikan keselamatan ahli yang terlibat – melampirkan maklumat dan tentatif ekspedisi Mendaki Gunung Jerai Penutup Harapan – pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengetua amat diharapkan – kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih CONTOH
CONTOH