30 Menulis Buku Teks m/s 122 SP: 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis. Tulis pendahuluan dan kesimpulan bagi karangan yang bertajuk “Pulau Langkawi Destinasi Tumpuan Pelancong”. Pendahuluan Ayat Tema Pulau Langkawi merupakan destinasi tumpuan pelancong. Ayat Rangsangan Keindahan pantai dan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati berjaya menambat hati para pelancong untuk berkunjung ke Pulau Langkawi. Ayat Arahan Pelbagai acara dan aktiviti yang terdapat di Pulau Langkawi turut menarik minat pelancong asing ke sini. Isi-isi penting Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Pulau Langkawi ialah Pantai Cenang. Pantai Cenang menjadi destinasi utama pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi. Pelancong dapat menghirup udara segar di samping menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu petang. Tambahan pula, kemudahan yang lengkap turut disediakan kepada para pelancong seperti kemudahan hotel, chalet, restoran, dan kedai cenderamata. Terdapat juga perkhidmatan kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Chinchang. Pelancong dapat menikmati keindahan panorama Pulau Langkawi dengan menaiki kereta kabel ke puncak setinggi 709 meter. Perjalanan sepanjang 2.2 kilometer ini mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak. Pelancong yang ingin merasai pengalaman di dasar laut pastinya teruja apabila berkunjung ke Underwater World. Pelancong dapat melihat pelbagai spesies hidupan laut yang terdapat di sini. Pelancong juga dapat berkenalan dengan spesies penguin bernama Rockhopper yang suka melompat. Kesimpulan Penanda Wacana Kesimpulannya, Merumuskan Isu tarikan semula jadi dan pelbagai tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi menjadikan pulau ini sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Ayat Cadangan Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab mengekalkan keaslian dan keindahan Pulau Langkawi. Ayat Harapan Diharapkan bilangan pelancong akan meningkat dari tahun ke tahun dan seterusnya meningkatkan industri pelancongan di negara kita. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis pendahuluan dan kesimpulan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis pendahuluan dan kesimpulan dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis pendahuluan dan kesimpulan dengan sangat baik. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia 19 Unit Kenali Malaysia CONTOH
31 BM Tingkatan 2 Unit 19 Tatabahasa Buku Teks m/s 124 SP: 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat. 1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta di dalam aktiviti yang dilakukan oleh pengusaha. Pelancongan agro memberi kepuasan dan pengalaman berbeza pada pelancong kerana mereka dapat mempelajari dan melihat sendiri proses hasilan sesuatu produk makanan atau minuman yang melalui pelbagai peringkat sebelum dijual ke pasaran umum. Misalnya, jika melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, orang ramai akan didedahkan cara menternak haiwan itu dan melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu. (i) (iii) (ii) (iv) 2 Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Tidak ketinggalan dalam aktiviti penanaman padi misalnya, terdapat pengusaha yang memberi peluang kepada para-para pelancong untuk membajak tanah dan menuai padi. Ketika menuai padi, pelancong akan berada di kawasan bendang yang sememangnya terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti menangkap ikan di kawasan tali air. Bagi warga bandar khasnya kanakkanak, mereka dapat melihat sendiri cara beras dihasilkan. Pada masa yang sama, pembelajaran juga dapat diterapkan oleh kerana aktiviti pelancongan agro sememangnya membawa kesan positif untuk pendidikan luar kelas yang berlangsung secara tidak formal. Bagi mereka yang gemar akan merakam gambar, pusat pelancongan agro juga boleh dijadikan sebagai destinasi mengabadikan pelbagai sudut gambar yang menarik terutama yang bertemakan alam semula jadi. (i) (ii) (iii) (iv) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan tepat. adalah – ialah di dalam – dalam pada – kepada hasil – penghasilan para-para pelancong – para pelancong oleh kerana – kerana pelbagai aktiviti-aktiviti – pelbagai aktiviti/ aktiviti-aktiviti gemar akan merakam gambar – gemar merakam gambar CONTOH
32 Menulis Buku Teks m/s 127 SP: 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan. Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, dan nahu yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. KBAT Kota A’ Famosa membawa erti “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis. Monument ini telah dibina oleh portugis pada tahun 1511 sejurus selepas berjaya menawan kota Melaka. Bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, pihak Portugis telah menggunakan buruh paksa demi untuk membina kubu utama yang digelar “A’ Famosa” atau secara rasminya dikenali sebagai Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A’ Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka dan bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka serta Gereja St. Paul. Kota A’ Famosa merupakan di antara seni bina Eropah tertua sekali yang masih wujud di Asia. Sejarah pembinaan Kota A’ Famosa atas arahan alfonso de albuquerque telah menjadi lambang penentangan penduduk Melayu Melaka pada ketika itu sehingga memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai dan mengambil alih bandar Melaka. Jenis kesalahan Kesalahan Pembetulan Ejaan Termashur Termasyhur Monument Monumen Tanda baca portugis Portugis alfonso de albuquerque Alfonso de Albuquerque Tatabahasa demi untuk demi/ untuk di antara antara tertua sekali tertua/ tua sekali TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lima kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan tepat. Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia 20 Unit Cintai Malaysia CONTOH
33 Membaca Buku Teks m/s 133 SP: 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. Baca petikan dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea utama dan idea sampingan. KBAT Antara inisiatif yang dapat diambil untuk mengukuhkan permuafakatan antara kaum dengan etnik di negara kita termasuk generasi muda sepatutnya berinteraksi dengan rakan yang berlainan kaum. Sebagai contoh, murid disarankan untuk duduk bersama-sama rakan yang berlainan kaum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya perasaan prejudis terhadap sesuatu kaum dapat dikikis. Murid juga berpeluang untuk mengenali rakan dengan lebih dekat serta bertegur sapa semasa aktiviti kumpulan dilaksanakan di dalam kelas. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk memupuk semangat perpaduan dalam sanubari mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan mulia seperti kunjungmengunjung dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Amalan ini wajar dipraktikkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan Krismas. Kerajaan dapat mewujudkan ikatan ukhuwah dalam kalangan rakyat. Matlamat ini dapat dicapai seandainya kerajaan memanfaatkan kemudahan teknologi yang semakin canggih melalui penggunaan media sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kerajaan seharusnya melaksanakan kempen kesedaran tentang perpaduan kaum melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, dan WhatsApp. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat tentang perpaduan kaum dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan melalui media sosial. Sumber: Diubah suai daripada ‘Prakarsa Mewujudkan Perpaduan Kaum’, Dewan Siswa, Mei 2016 Perenggan 1 Idea Utama Idea Sampingan – Generasi muda berinteraksi dengan rakan yang berlainan kaum. • Murid disarankan untuk duduk bersamasama rakan yang berlainan kaum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya perasaan prejudis terhadap sesuatu kaum dapat dikikis. • Murid berpeluang untuk mengenali rakan dengan lebih dekat serta bertegur sapa semasa aktiviti kumpulan dilaksanakan di dalam kelas. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, tetapi tidak mampu mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam petikan. 3-4 Murid mampu membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam petikan dengan betul. 5-6 Murid mampu membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat di dalam petikan dengan tepat. Tema 11 Perpaduan 21 Unit Indah Ukhuwah CONTOH
34 Seni Bahasa Buku Teks m/s 140 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul. SP: 4.1.2 Fahami pantun di bawah. Kemudian, kenal pasti tema, persoalan, dan nilai yang anda peroleh daripada pantun tersebut. KBAT PANTUN PERIBAHASA Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Hendak layari perahu payar, Angin berpuput di Laut India; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah dia. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Puisi Warisan, 1984 Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema Persoalan 1 2 3 Nilai 1 2 3 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan betul. 3-4 Murid mampu menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan betul. 5-6 Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan tepat. Pantun Peribahasa bertemakan sifat-sifat mulia yang menjadi amalan manusia. Orang yang berhati mulia sentiasa dihormati dan dipandang tinggi. Berhemah tinggi Bersabar dan berusaha gigih sangat penting apabila hendak mengejar sesuatu cita-cita. Gigih berusaha Masyarakat yang saling bekerjasama akan banyak mencapai kejayaan. Bermuafakat Tema 11 Perpaduan 22 Unit Teras Keharmonian CONTOH
35 Tatabahasa Buku Teks m/s 148 SP: 5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. Analisis risalah di bawah. Kemudian, kenal pasti jenis-jenis ayat yang terdapat dalam risalah tersebut. MARILAH SertaI BERAMAI-RAMAI KEM PERKASA REMAJA SMK PEKULA JAYA Tarikh : 16 hingga 17 Februari 2024 Tempat : Pusat Latihan dan Rekreasi Paya Pahlawan, Mukim Binjal, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman Apakah objektif Kem Perkasa Remaja SMK Pekula Jaya? Objektif kem ini adalah untuk membina jati diri para peserta. Selain itu, kem ini dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Kem ini juga akan memupuk nilai perpaduan antara kaum. Apakah aktiviti yang akan diadakan? Bengkel Perkasa Remaja Merentas Desa Malam Kebudayaan Meredah Hutan Berkayak Kem ini terbuka kepada semua warga SMK Pekula Jaya Yuran sebanyak RM5 dikenakan Makanan disediakan kepada para peserta Bawa pakaian yang sesuai Jenis Ayat Contoh Ayat Ayat Penyata – Objektif kem ini adalah untuk membina jati diri para peserta. – Selain itu, kem ini dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. – Kem ini juga akan memupuk nilai perpaduan antara kaum. – Kem ini terbuka kepada semua warga SMK Pekula Jaya. – Yuran sebanyak RM5 dikenakan. – Makanan disediakan kepada para peserta. Ayat Tanya – Apakah objektif Kem Perkasa Remaja SMK Pekula Jaya? – Apakah aktiviti yang akan diadakan? Ayat Perintah – Marilah sertai beramai-ramai Kem Perkasa Remaja SMK Pekula Jaya. – Bawa pakaian yang sesuai. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti dua ayat penyata, dua ayat tanya, dan dua ayat perintah yang terdapat dalam petikan dengan betul. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti dua ayat penyata, dua ayat tanya, dan dua ayat perintah yang terdapat dalam petikan dengan betul mengikut konteks. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga ayat penyata, dua ayat tanya, dan dua ayat perintah yang terdapat dalam petikan dengan betul dan tepat mengikut konteks. Tema 12 Negaraku Jati Diriku 23 Unit Semarak Negara CONTOH
36 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 149 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. SP: 1.5.3 Berdasarkan maklumat yang diberikan, jawab soalan-soalan berikut. KBAT Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 1 Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat diwujudkan? 2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda berusaha mencapai prinsip tersebut? TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat bersoal jawab menggunakan soalan bercapah dengan baik/ terhad. Jawapan yang diberikan tidak tepat dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat bersoal jawab menggunakan soalan bercapah dengan baik. Murid mampu menjawab soalan dengan betul dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat bersoal jawab menggunakan soalan bercapah dengan sangat yakin dan mampu memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. KBAT KBAT Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat diwujudkan dengan cara: – mengadakan gotong-royong – meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia – mengadakan rumah terbuka – menghadiri rumah terbuka – melalui aktiviti sukan – menyambut Hari Kebangsaan bersama-sama Untuk mencapai prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, kita hendaklah: – mengenang jasa pejuang-pejuang negara – mematuhi undang-undang negara – menghormati bendera Malaysia dan jata negara – mengenali raja dan pemimpin-pemimpin negara – mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang akan mencemarkan nama negara Audio 8 Tema 12 Negaraku Jati Diriku 24 Unit Hayati Rukun Negara CONTOH
37 Menulis Buku Teks m/s 158 SP: 3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang. Baca dan fahami petikan dialog di bawah. Kemudian, hasilkan kerangka karangan dalam bentuk grafik. KBAT Hannah : Anis, tahukah kamu bahawa perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa ini? Anis : Saya tahu, Hannah. Perniagaan ini mudah dibina dan dijalankan dengan modal yang lebih rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana perniagaan dalam talian tidak melibatkan kos sewa kedai dan kos upah pekerja. Hannah : Betul, Anis. Perniagaan dalam talian juga berisiko rendah berbanding perniagaan biasa. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli aset seperti bangunan, alat, mesin, dan kelengkapan semasa memulakan perniagaan. Anis : Perniagaan dalam talian ini dijalankan melalui Internet. Segala maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat di seluruh dunia dengan mudah. Mereka yang berminat akan berhubung terus dengan peniaga untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Jadi, pelanggan perniagaan dalam talian tidak terhad. Hannah : Peniaga dalam talian juga menikmati kebebasan tempat bekerja. Anis : Mengapakah kamu berkata demikian? Hannah : Hal ini dikatakan demikian kerana peniaga dalam talian hanya perlu mengawal perniagaan mereka melalui komputer. Mereka bebas menjalankan perniagaan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Mereka tetap boleh mengawal segala urusan perniagaan asalkan dapat mengakses Internet. Anis : Oh, begitu! Hannah : Selain itu, perniagaan dalam talian dapat memudahkan masyarakat membeli-belah memandangkan masyarakat pada masa ini agak sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tiada masa untuk membeli-belah pada hujung minggu. Anis : Betul kata kamu, Hannah. Perniagaan dalam talian dapat menggantikan perniagaan secara konvensional kerana kelebihannya yang menguntungkan pelanggan. Pelanggan tidak perlu berkunjung ke pusat beli-belah atau kedai untuk mendapatkan produk yang diinginkan. Hannah : Dengan membuat pembelian dalam talian, kita bukan sahaja dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu ke pusat beli-belah, malah dapat menjimatkan wang kerana harga barangan yang dijual dalam talian lebih murah berbanding barangan yang dijual di kedaikedai. Anis : Nampaknya, perniagaan dalam talian memainkan peranan yang penting pada masa ini. Hannah : Betul, Anis. Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 25 Unit Ekonomi dan Perniagaan CONTOH
38 BM Tingkatan 2 Unit 25 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu membina kerangka karangan dalam bentuk grafik berdasarkan bahan yang diberikan secara terhad. 3-4 Murid mampu membina kerangka karangan dalam bentuk grafik berdasarkan bahan yang diberikan secara terancang, tertib, dan kemas menggunakan bahasa yang betul. 5-6 Murid dapat membina kerangka karangan dalam bentuk grafik berdasarkan bahan yang diberikan secara terancang, tertib, dan kemas. Kelebihan Perniagaan dalam Talian Mudah dibina dan dijalankan dengan modal yang lebih rendah Berisiko rendah berbanding perniagaan biasa Pelanggan perniagaan dalam talian tidak terhad Menikmati kebebasan tempat bekerja Menjimatkan wang Menjimatkan masa Menggantikan perniagaan secara konvensional Aktiviti CONTOH PAK-21
39 Menulis Buku Teks m/s 163 SP: 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang. Berdasarkan grafik, hasilkan perenggan isi yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. KBAT Faedah Menabung Dapat digunakan pada waktu kecemasan Persediaan masa hadapan Memupuk amalan murni Dapat membeli barang yang diingini Isi Pertama Ayat Topik Antara faedah menabung ialah sebagai persediaan masa hadapan untuk tujuan pelajaran. Ayat Huraian Wang tabungan boleh menampung perbelanjaan persekolahan dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ayat Contoh Misalnya, membeli buku-buku rujukan, peralatan belajar, dan membayar yuran pengajian. Ayat Penegas Tegasnya, masa hadapan kita akan lebih terjamin apabila menabung untuk tujuan melanjutkan pelajaran. Info 2 Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 26 Unit Bijak Wang CONTOH
40 BM Tingkatan 2 Unit 26 Isi Kedua Ayat Topik Amalan menabung dapat memupuk amalan murni seperti berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ayat Huraian Menabung dapat mengelakkan diri daripada berbelanja dengan boros yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Ayat Contoh Sebagai contoh, orang yang menabung tidak akan membelanjakan wang yang dimiliki sehingga habis. Sebaliknya, berbelanja secara berhemah. Lebihan wang akan disimpan. Ayat Penegas Tegasnya, amalan menabung dapat menjadikan seseorang itu tidak membazir dan terhindar daripada kemiskinan pada masa hadapan. Isi Ketiga Ayat Topik Wang tabungan dapat digunakan apabila berlaku kecemasan. Ayat Huraian Sikap “sediakan payung sebelum hujan” harus dijadikan amalan agar dapat mengelakkan musibah yang menimpa diri atau ahli keluarga. Ayat Contoh Misalnya, mengalami masalah kesihatan, tragedi kemalangan jalan raya, dan ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Ayat Penegas Tuntasnya, amalan menabung dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan mengelakkan seseorang meminjam wang daripada orang lain. Isi Keempat Ayat Topik Dengan menabung, kita dapat membeli apa-apa barang yang diinginkan. Ayat Huraian Kita tidak perlu bergantung hidup pada ibu bapa dan dapat meringankan beban mereka. Ayat Contoh Misalnya, wang tabungan dapat membeli barang yang diinginkan seperti kasut atau komputer riba tanpa meminta wang daripada ibu bapa. Ayat Penegas Kesimpulannya, menabung dapat mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terhad. 3-4 Murid mampu menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang, tertib, dan kemas menggunakan bahasa yang betul. 5-6 Murid dapat menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang, tertib, dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik. CONTOH
41 Seni Bahasa Buku Teks m/s 173 Memahami dan menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks. SP: 4.2.1 Persembahkan gurindam secara kreatif. Kemudian, terangkan kefahaman anda tentang gurindam tersebut. KBAT Bumiku Rumahku Bumi sebahagian daripada hidup kita Bumi memberikan nyawa kepada semua hidupan Bumi menyalurkan oksigen untuk hidupan bernyawa. Hentikan gejala pembuangan sisa toksik ke dalam sungai Hentikan penebangan haram pokok di hutan Harus berjimat cermat dan tidak membazirkan kertas Supaya pokok di hutan tidak lagi ditebang. Janganlah kita menjadi punca kemusnahan bumi Jadikanlah bumi kita ini aktif selamanya Tanpa bumi, tiadalah kita Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan Ayuh sayangi dan pelihara bumi. Ashwiniy Subramaniam Dewan Siswa, Jun 2019 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak mampu memahami dan menerangkan makna gurindam serta menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama secara agak terhad. 3-4 Murid mampu memahami dan menerangkan makna gurindam dengan kebolehan dan kreativiti yang baik serta menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan baik. 5-6 Murid mampu memahami dan menerangkan makna gurindam dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks. Gurindam Bumiku Rumahku menerapkan pelbagai nilai murni kepada kita. Antara nasihat yang diutarakan kepada kita ialah kita dinasihatkan agar tidak memusnahkan alam kerana alam memberi oksigen yang sangat diperlukan oleh manusia. Kita harus menghargai dan memulihara alam sekitar dengan tidak membuang sisa toksik ke dalam sungai dan tidak melakukan pembalakan haram. Kita diseru agar menjadikan alam semesta seperti rumah sendiri. Dengan demikian, kita akan menyayangi dan lebih menghargai anugerah Tuhan. Gurindam ini juga mengajak kita agar sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan dan turut mengingatkan kita supaya tidak menjadi punca kepada kemusnahan alam. Tema 14 Berbudi kepada Alam 27 Unit Suburnya Bumiku CONTOH
42 Membaca Buku Teks m/s 176 SP: 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan maklumat penting yang terdapat dalam petikan tersebut. Kejayaan aktiviti pertanian bergantung pada kesesuaian jenis tanaman dengan keadaan tanah. Jika tanaman yang dipilih sesuai dengan keadaan tanah yang dijadikan tapak tanaman, hasil yang lumayan bakal menjadi milik petani. Namun begitu, masih terdapat sebilangan petani tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu tempat. Mereka menanam sesuatu jenis tanaman hanya berdasarkan kebiasaan. Hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. Keadaan cuaca yang sedemikian boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas. Jadi, kebijaksanaan petani menyesuaikan jenis tanaman dengan tanah dan keadaan cuaca di negara ini amat penting dalam memastikan usaha yang dilakukan tidak sia-sia. Di samping itu, pihak kerajaan sentiasa berusaha memastikan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian dapat diatasi. Langkah ini penting bagi membanteras penindasan orang tengah terhadap petani. Dari aspek lain pula, usaha untuk mengubah pemikiran dan persepsi golongan tertentu agar memilih hasil pertanian tempatan bukanlah mudah. Minda segelintir anggota masyarakat yang mengagung-agungkan barangan dari luar negara menyebabkan mereka menganggap hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti. Aktiviti pertanian menggunakan kaedah tradisional masih lagi diamalkan oleh kebanyakan petani. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang pertanian pula, teknologi terkini telah diperkenalkan. Walaupun demikian, modal yang besar diperlukan untuk tujuan ini. Perkara ini menjadi permasalahan yang sukar untuk ditangani dengan segera. Tidak dinafikan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang memberikan bantuan dan pinjaman kepada petani untuk tujuan tersebut, namun kemudahan ini tidak dapat dinikmati oleh semua petani. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat meneroka maklumat daripada bahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat daripada bahan dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat daripada bahan pada tahap tekal dan terperinci. – Masih terdapat sebilangan petani yang tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu tempat. – Hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. – Penindasan orang tengah terhadap petani. – Usaha untuk mengubah pemikiran dan persepsi golongan tertentu agar memilih hasil pertanian tempatan bukanlah mudah. – Aktiviti pertanian menggunakan kaedah tradisional masih lagi diamalkan oleh kebanyakan petani. – Modal yang besar diperlukan bagi menggunakan teknologi terkini dalam bidang pertanian. Tema 14 Berbudi kepada Alam 28 Unit Di Tanah dan di Air CONTOH
43 Menulis Buku Teks m/s 184 SP: 3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik. Berdasarkan grafik di bawah, tulis karangan bertajuk “Manfaat Penggunaan Internet kepada Murid” menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah, serta menarik. KBAT Pendahuluan – Internet merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan seluruh dunia – Penggunaan Internet semakin meluas dalam kalangan murid Isi 3 – Kemudahan perhubungan interaktif secara langsung – E-Tuisyen – proses pengajaran dan pembelajaran secara maya – Laman web ini menyediakan bahan secara interaktif – Memberikan keseronokan – Meningkatkan penguasaan dalam pelajaran Kesimpulan – Penggunaan Internet dengan cara yang betul akan memberikan banyak faedah – Memperbanyak Pusat Jalur Lebar di kawasan pedalaman – Tujuan yang murni akan melahirkan murid yang bersahsiah dan cemerlang Isi 1 – Internet menyediakan ruang untuk menambahkan maklumat dan ilmu – Mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan mudah – Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan – Mengetahui informasi terkini dari dalam dan luar negara Isi 2 – Mempercepat tugasan – Memperoleh maklumat dalam masa yang singkat – Hanya memerlukan komputer dan mengakses Internet – Agen carian seperti Google dan Yahoo – Maklumat di hujung jari Manfaat Penggunaan Internet kepada Murid Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi 29 Unit Hebatnya Teknologi CONTOH
44 BM Tingkatan 2 Unit 29 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Internet merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan seluruh dunia. Pada zaman globalisasi ini, penggunaan Internet semakin penting dalam kehidupan manusia. Manfaat daripada penggunaan Internet menyebabkan penggunaannya semakin meluas dalam kalangan murid. Antara manfaat penggunaan Internet kepada murid ialah menyediakan ruang untuk menambahkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Kemudahan yang disediakan melalui Internet membolehkan murid mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan mudah. Murid dapat melayari laman web seperti Portal Pendidikan Utusan dan mycikgu.net untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan. Murid juga lebih celik ilmu dengan isu-isu semasa kerana mereka dapat memperoleh informasi terkini dari dalam dan luar negara dengan hanya menggunakan Internet. Selain itu, Internet juga dapat mempercepat tugasan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat memperoleh maklumat dalam masa yang singkat. Murid tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Mereka hanya memerlukan komputer dan mengakses Internet sahaja. Segala proses mencari maklumat akan dilakukan oleh agen carian seperti Google dan Yahoo. Segala maklumat berada di hujung jari sahaja dengan menggunakan Internet. Penggunaan Internet turut memberikan kemudahan perhubungan interaktif secara langsung kepada murid. E-Tuisyen misalnya, boleh diakses dan menjadi alat perhubungan secara langsung melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara maya. Laman web ini menyediakan bahan secara interaktif dalam bentuk video, audio, grafik, dan animasi dengan teks memberikan keseronokan kepada murid dan seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran. Konklusinya, penggunaan Internet dengan cara yang betul akan memberikan banyak faedah kepada murid. Oleh itu, kerajaan perlulah memperbanyak Pusat Jalur Lebar terutamanya di kawasan pedalaman supaya masyarakat di sana turut dapat menikmati kemudahan Internet. Sesungguhnya, penggunaan Internet dengan tujuan yang murni akan melahirkan murid yang bersahsiah dan cemerlang. CONTOH
45 Tatabahasa Buku Teks m/s 191 SP: 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat. Teliti maklumat yang diberikan untuk mengenal pasti kesalahan kata dan frasa. Kemudian, betulkan kesalahan penggunaan bahasa tersebut. KBAT Langkah-langkah untuk Mewujudkan Budaya Inovasi dalam Kalangan Murid Adakan pertandingan dalaman sekolah Mewujudkan “Peti Inovasi” di sekolah Guna Internet dipertingkatkan untuk mengakses laman web seperti YouTube, Insider Science, dan Today Innovation Mencetuskan budaya inovasi oleh para guru-guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Galakkan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mewujudkan hubungan antara institusi pendidikan yang lain seperti universiti, politeknik, dan kolej komuniti Beri pendedahan tentang kaedah saintifik bagi menguji dan menhasilkan sesuatu produk Kesalahan Kata/ Frasa Pembetulan 1 Adakan Mengadakan 2 Guna Penggunaan 3 dipertingkatkan ditingkatkan 4 para guru-guru para guru/ guru-guru 5 Galakkan Galakan 6 antara dengan 7 Beri Memberikan 8 menhasilkan menghasilkan TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan tepat. Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi 30 Unit Dunia Kreativiti CONTOH
46 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 194 SP: 1.5.1 Mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai secara bertatasusila. Berdasarkan bahan, kemukakan soalan-soalan bercapah untuk mencungkil pendapat secara bertatasusila. KBAT Jerebu Pembakaran hutan Pembebasan asap dari kilang Contoh soalan bercapah yang boleh dikemukakan: 1 Apakah jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. 2 Apakah punca-punca jerebu? Antara punca jerebu ialah pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan kenderaan, serta pembakaran hutan. 3 Apakah kesan jerebu kepada kesihatan? Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuk gatal-gatal di bahagian kerongkong, batuk, sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin. 4 Pada pendapat anda, apakah langkah pencegahan ketika jerebu? Pada pendapat saya, antara langkah pencegahan ketika jerebu ialah orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, dan memakai pelitup muka apabila berada di luar. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai dengan baik/ terhad. Ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai dengan baik. Ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai dengan sangat yakin dan betul secara bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. Info 3 Tema 16 Pelestarian Alam 31 Unit Dunia Hanya Pinjaman CONTOH
47 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 199 SP: 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis. Baca petikan di bawah untuk menyaring maklumat berikut: Kementerian Wilayah serius menguatkuasakan larangan penggunaan straw plastik berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 demi kelestarian alam dan kesejahteraan penduduk di ibu negara. Objektif utama dasar ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran semua pihak berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar. Di samping itu, pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula. Straw kebanyakannya diperbuat daripada plastik dan adalah antara barang plastik paling banyak digunakan dalam kehidupan harian. Straw plastik sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah. Menurut laman sesawang syarikat yang bertanggungjawab untuk membersihkan pantai, straw plastik mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. Tanpa disedari straw plastik merupakan ancaman terbesar kepada hidupan marin. Kirakira 71 peratus burung laut dan 30 peratus penyu yang dijumpai, terdapat plastik di dalam perut haiwan tersebut. Apabila hidupan marin menelan plastik, haiwan itu mempunyai kadar kematian 50 peratus lebih tinggi. Kerajaan yakin bahawa usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan alam sekitar melalui larangan penggunaan straw plastik konvensional akan mencapai matlamat biarpun mengambil sedikit masa. Hal ini demikian kerana beberapa alternatif lain seperti straw biodegradasi atau kertas serta metal juga boleh digunakan apabila larangan ini dikuatkuasakan sepenuhnya. (a) Ciri-ciri straw plastik Straw plastik sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah dan mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. (b) Apakah tujuan larangan penggunaan straw plastik? Tujuan larangan penggunaan straw plastik ialah mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran semua pihak berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar di samping akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula. (c) Apakah pengganti kepada straw plastik? Straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas serta metal boleh digunakan sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar untuk menyaring dan menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam bahan secara terhad. 3-4 Murid boleh mendengar untuk menyaring dan menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam bahan dengan betul dan rasional menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid boleh mendengar untuk menyaring dan menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam bahan secara tekal, terperinci, dan rasional menggunakan ayat yang gramatis. (b) (b) (a) (a) (c) Tema 16 Pelestarian Alam 32 Unit Buana Menguntum Senyum CONTOH
48 Membaca Buku Teks m/s 207 SP: 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. Baca rencana di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam rencana tersebut. Mengikut definisi, agropelancongan atau juga dikenali sebagai agrotourism merupakan kegiatan perniagaan tambahan yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan, hiburan, dan operasi pengeluaran yang menarik kunjungan ke pusat pertanian, ladang atau kebun. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) adalah antara agensi yang turut membantu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membangunkan agropelancongan negara. Agropelancongan bukanlah suatu benda yang baharu kerana amalan melawat dusun, ladang pertanian, dan penternakan sambil berekreasi serta berhibur sudah lama wujud di negara ini. Situasi itu boleh dilihat berlaku ketika musim buah dan musim menuai. Pelbagai acara festival akan dianjurkan bagi tujuan berhibur dan mendidik masyarakat. Pada masa ini, aktiviti tersebut kembali dipopularkan dan diadakan dengan lebih tersusun. Bezanya, aktiviti tersebut kini lebih bersifat komersial dan mampu menjana pendapatan buat pemilik ladang pertanian dan ternakan. Agropelancongan kini sedang berkembang pesat dan merupakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang lebih gemar menjalankan aktiviti riadah bersifat alam semula jadi di luar kota. Bidang ini mempunyai potensi untuk diterokai kerana segala aspek yang terdapat dalam bidang pertanian dan ternakan boleh dikomersialkan sebagai produk bagi menarik kunjungan pelancong. Sebagai contoh, aktiviti penyembelihan haiwan korban bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi masyarakat tempatan, namun aktiviti ini mungkin berpotensi menarik perhatian warga asing. Sumber: Diubah suai daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/perkasa-agropelancongan-negara-1.105372 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat meneroka maklumat tentang agropelancongan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat tentang agropelancongan dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat tentang agropelancongan pada tahap tekal dan terperinci. – Agropelancongan atau juga dikenali sebagai agrotourism merupakan kegiatan perniagaan tambahan yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan, hiburan, dan operasi pengeluaran yang menarik kunjungan ke pusat pertanian, ladang atau kebun. – Amalan melawat dusun, ladang pertanian, dan penternakan sambil berekreasi serta berhibur kini lebih bersifat komersial dan mampu menjana pendapatan buat pemilik ladang pertanian dan ternakan. – Agropelancongan merupakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang lebih gemar menjalankan aktiviti riadah bersifat alam semula jadi di luar kota. – Bidang ini mempunyai potensi untuk diterokai kerana segala aspek yang terdapat dalam bidang pertanian dan ternakan boleh dikomersialkan sebagai produk bagi menarik kunjungan pelancong. Tema 17 Era Baharu Industri 33 Unit Industri Berdaya Saing CONTOH
49 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 211 SP: 1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis. Teliti gambar rajah di bawah. Kemudian, huraikan pendapat anda tentang kepentingan industri desa di negara kita secara bernas dan kritis dengan menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis. KBAT Industri Desa Industri desa mempunyai potensi untuk maju dan dijangka akan meningkatkan ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi penduduk luar bandar untuk menghasilkan produk melalui kaedah tradisional seperti kraf tangan dan makanan yang diwarisi sejak turun-temurun. Memang tidak dapat disangkalkan lagi, industri desa merupakan salah satu industri yang mempunyai peranan yang signifikan di Malaysia. Dengan berkembangnya industri desa, masalah pengangguran turut berkurangan dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Selain kepentingan dari segi ekonomi, industri desa mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Menerusi industri desa juga, kemajuan sektor pelancongan turut dapat ditingkatkan. Lazimnya, para pelancong akan membeli barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Malaysia. Di samping itu, pembinaan industri desa di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Hal ini demikian kerana industri desa seperti industri pemprosesan makanan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran. Biasanya bahan-bahan mentah ini terdiri daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Oleh itu, semua pihak tidak harus meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai pelbagai kepentingan yang tersendiri. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menghuraikan dua daripada tiga idea (kepentingan industri desa di negara kita) daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu menghuraikan dua daripada tiga idea (kepentingan industri desa di negara kita) daripada bahan di atas dengan jelas. Penggunaan ayat yang betul dan gramatis. 5-6 Murid mampu menghuraikan ketiga-tiga idea (kepentingan industri desa di negara kita) daripada bahan di atas dengan bernas dan kritis serta mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang betul, tepat, dan gramatis. Tema 17 Era Baharu Industri 34 Unit Industri Berdaya Maju CONTOH
50 Menulis Buku Teks m/s 222 SP: 3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik. Berdasarkan rangka karangan di bawah, tulis karangan bertajuk “Memupuk Semangat Patriotisme” menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah, serta menarik. KBAT Pendahuluan • Semangat cinta akan negara • Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan mengukuhkan pertahanan negara Isi-isi Penting Isi Pertama: Penerapan nilai patriotisme oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil • Ibu bapa bercerita tentang ketokohan pejuang tanah air • Menceritakan jasa pejuang tanah air untuk membebaskan negara daripada penjajahan • Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Dato' Bahaman, dan Mat Kilau • Menekankan kepentingan semangat patriotisme dalam diri setiap individu Isi Kedua: Pihak sekolah mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah • Melihat tinggalan pejuang bangsa • Kota A’ Famosa di Melaka, Lembah Bujang di Kedah, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak • Membangkitkan rasa semangat cinta akan negara • Melahirkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara Isi Ketiga: Peranan media massa • Menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat • Menyiarkan rancangan yang dapat meningkatkan semangat patriotisme • Rencana, dokumentari, dan filem Kesimpulan • Pemupukan semangat patriotisme perlu dijalankan dengan bersungguh-sungguh • Semua pihak perlu sehati dan sejiwa menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat • Penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan sesebuah negara Tema 18 Pentadbiran dan Politik 35 Unit Patriot Bangsa CONTOH
51 BM Tingkatan 2 Unit 35 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Terdapat banyak kesalahan ejaan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan bahasa yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan ejaan dan bahasa yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan ejaan dan bahasa yang tepat, indah, serta menarik. Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya memiliki rasa sayang dan cinta akan negara, tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Semangat patriotisme sangat penting dalam membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mengukuhkan pertahanan negara. Semangat patriotisme dapat dipupuk melalui penerapan nilai-nilai patriotisme oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil. Sebagai contoh, ibu bapa sering bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah air seperti Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, dan Mat Kilau dalam membebaskan negara daripada penjajahan. Ibu bapa perlu menekankan kepentingan semangat patriotisme dalam diri setiap individu semasa bercerita. Dengan cara ini, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam diri anakanak sejak kecil dan menjadi amalan sehingga mereka dewasa kelak. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik dalam jiwa murid. Pihak sekolah perlu mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah untuk melihat tinggalan pejuang bangsa. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka, Lembah Bujang di Kedah, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak. Pemerhatian terhadap kesan peninggalan sejarah akan membangkitkan semangat cinta akan negara dan melahirkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara. Media massa memainkan peranan dalam menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Media elektronik, iaitu televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti rencana dan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan negara serta menayangkan filem patriotik seperti Bukit Kepong. Konklusinya, pemupukan semangat patriotisme perlulah dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Semua pihak perlu sehati dan sejiwa menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat kerana semangat patriotisme penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan sesebuah negara. CONTOH
52 Membaca Buku Teks m/s 226 SP: 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu. Baca petikan di bawah. Kemudian, nyatakan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Tun V. T. Sambanthan. KBAT Tun V. T. Sambanthan atau nama sebenarnya Veerasamy Thirunyana Sambanthan ialah tokoh negara yang amat berpegang teguh pada nilai budaya dan keagamaan. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Annamalai, Chidambaran, Tamil Nadu, India. Beliau berjinak-jinak untuk mendalami hal ehwal politik sejak berada di universiti tersebut. Dalam usaha menguruskan perniagaan keluarga bersama abang sulungnya, beliau menyaksikan kedaifan dan hal ehwal buruh India di Tanah Melayu. Kemiskinan dan kedaifan buruh India yang dilihatnya itu membuatkan beliau menanam azam untuk membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan. Beliau menjalankan peranannya bagi menyediakan kemudahan pendidikan yang bermutu kepada anak buruh India melalui penubuhan kelas bahasa Tamil dan Inggeris. Beliau merupakan antara tokoh negara yang terlibat dalam rundingan akhir dengan British bagi membuktikan bahawa ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu telah bersatu padu untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga berperanan dalam upacara penandatanganan Perjanjian Malaysia dan Perjanjian Bangkok untuk mengakhiri konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia. Selain itu, beliau antara menteri kanan yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1970 untuk membincangkan isu perpaduan negara. Segala sumbangan dan pengorbanan beliau sebagai Presiden MIC dan pemimpin kerajaan Malaysia telah meletakkannya setaraf dan setanding dengan pemimpin negara yang lain dan sentiasa dikenang sehingga akhirnya. Nama Tun V. T. Sambanthan turut diabadikan pada sebatang jalan, iaitu Jalan Tun Sambanthan dan pada sebuah bangunan, iaitu Wisma Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur. Dipetik daripada ‘Tun V. T. Sambanthan’, Dewan Siswa, Jun 2017 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat meneroka maklumat tentang ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki Tun V.T. Sambantahan secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat tentang ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki Tun V.T. Sambantahan dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan meneroka maklumat dtentang ciri-ciri kepemimpinan yang dimiliki Tun V.T. Sambantahan pada tahap tekal dan terperinci. Ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada Tun V. T. Sambanthan: – Seorang yang bertanggungjawab – Bijak mengatur strategi – Seorang yang baik hati dan jujur – Seorang yang rela berkorban – Seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi – Berani memperjuangkan nasib rakyat – Seorang yang berdedikasi Tema 18 Pentadbiran dan Politik 36 Unit Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya CONTOH
53 Praktis Bertutur Arahan: 1 Terdapat lapan tema dalam kertas soalan ini. Setiap tema mengandungi tiga tajuk. 2 Pilih satu tajuk daripada salah satu tema untuk diberikan kepada kumpulan calon yang akan ditaksir. TEMA TAJUK PERBINCANGAN Sains dan teknologi • Kepentingan teknologi kepada seseorang murid • Kesan penggunaan telefon bimbit kepada remaja • Kaedah mendidik murid menggunakan Internet secara berhemah Seni dan budaya • Keistimewaan kebudayaan di Malaysia • Tarian tradisional rakyat Malaysia • Pengalaman melancong ke negara/ negeri lain Pendidikan • Kepentingan belajar secara berkumpulan • Kaedah belajar yang berkesan • Buku yang menarik kepada anda Patriotisme • Kepentingan mata pelajaran Sejarah • Aktiviti-aktiviti semasa Hari Kemerdekaan • Tokoh kemerdekaan yang anda kagumi Alam sekitar • Pencemaran sungai • Kaedah memelihara alam sekitar • Pengalaman anda berkelah di sebuah perkampungan Sukan • Kepentingan sukan • Dasar 1 Murid 1 Sukan • Hari Sukan sekolah Sekolah • Ciri-ciri guru kesayangan anda • Sekolah ceria, murid gembira • Sambutan Hari Kantin sekolah Kekeluargaan • Sambutan hari keluarga • Pengalaman menyambut Hari Ibu • Langkah-langkah mengatasi stres anak-anak Bonus CONTOH
54 BM Tingkatan 2 Bonus (Praktis Bertutur dan Mendengar) Praktis Mendengar Petikan 1 Kepentingan Sejarah Lisan Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Tandakan () pada pernyataan yang diberikan. Petikan 2 Batik Malaysia Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan maklumat berikut dengan jawapan yang betul. 1 Lambakan batik dari Indonesia, , Korea, dan Thailand dipasarkan secara berleluasa di negara ini bagi mengaburi mata dan menarik minat pembeli tempatan. 2 Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggabungkan tempatan dan negara tersebut telah merosakkan imej dan ‘membunuh’ keunikan batik Malaysia. Petikan 3 Fungsi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan maklumat berikut dengan jawapan yang betul. 1 Semua negeri di Malaysia mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut. Betul Salah 2 Tidak terdapat tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumendokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Betul Salah China motif FUNGSI CAC Menentukan kaedah pengurusan pesakit COVID- 19 Mengenal pasti pesakit untuk dipantau di rumah 1 menggunakan tatacara yang telah ditetapkan Memantau dan menilai 2 Mengenal pasti pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk Skrip Pendengaran Praktis Mendengar CONTOH
55 BM Tingkatan 2 Bonus (Praktis Bertutur dan Mendengar) Petikan 4 Keracunan Makanan Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Padankan maklumat berikut dengan betul. Punca Kesan Logam berat Alahan Cirit- birit Rasa loya Lenguh badan Kulat Petikan 5 Kho-kho Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan maklumat berikut dengan jawapan yang betul. 1 Permainan Kho-kho merupakan permainan tradisional kaum . 2 Permainan ini diadaptasi daripada permainan . Petikan 6 Ayam Pansuh Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Tandakan () pada bahan yang tidak diperlukan untuk menghasilkan ayam pansuh. Petikan 7 Piramid Makanan Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Tandakan () pada pernyataan yang betul manakala () pada pernyataan yang salah. 1 Piramid makanan sangat penting untuk memastikan seseorang individu tidak makan secara berlebihan. ( ) 2 Tanpa pemahaman terhadap piramid makanan, sukar untuk seseorang individu mengamalkan amalan gaya hidup sihat. ( ) Bawang putih Saderi Bunga kantan Ubi kayu Halia India lari dan kejar CONTOH
56 BM Tingkatan 2 Bonus (Praktis Bertutur dan Mendengar) Petikan 8 Nanas MD2 Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat yang betul. Petikan 9 Tip Menghadiri Sesi Temu Duga Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat yang betul. Petikan 10 Laporan Aktiviti Gotong-royong Taman Sentosa Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan di bawah. Lengkapkan maklumat berikut dengan jawapan yang betul. Nama Nanas MD2 Nama Saintifik Ananas cosmosus Kod Pendaftaran AC 8 Ciri-ciri 1 Warna 2 Rasa 3 Bentuk 4 5 Mampu bertahan lama Perkara yang Mesti Dibuat Perkara yang Mesti Dielakkan 1 Memakai stoking berwarna gelap STOKING 2 Stoking berwarna putih/ berbelang TENTATIF PROGRAM GOTONG-ROYONG TAMAN SENTOSA Masa Aktiviti 7:00 pagi Peserta berkumpul di depan Surau Al-Iman 7:30 pagi Aktiviti gotong-royong dimulakan 10:30 pagi Jamuan ringan 11:00 pagi Program tamat Tahap kematangan CONTOH
J1 Jawapan Unit 1 Menulis 1 Maksud – Apa-apa yang diperlukan dalam setiap hari; apa-apa yang berguna atau yang penting dalam sehari. Ayat lengkap – Harga barang keperluan harian yang dijual di kedai runcit itu berpatutan. 2 Maksud – Unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. Ayat lengkap – Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja rendah lemak dan kalori, malah mengenyangkan dan baik untuk kesihatan. Unit 2 Tatabahasa 1 mereka 6 mereka 2 kita 7 Kita 3 kita 8 kita 4 kita 9 kita 5 mereka 10 kita Unit 3 Menulis Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia kerana mampu menjadikan seseorang itu insan yang hebat. Hal ini demikian kerana melalui ilmu, seseorang itu akan lebih dihormati dan disegani. Seseorang yang berilmu akan mentaati ibu bapa, menjadi murid cemerlang seterusnya rakyat yang baik. Hal ini semestinya akan membantu negara untuk membangun pada masa hadapan. Selain itu, kekuatan ilmu dapat menyumbang kepada budaya intelektual dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan penting untuk seseorang terus bersaing dalam globalisasi. Oleh itu, rakyat terutamanya remaja perlu berusaha menuntut ilmu untuk melengkapkan diri dengan ciri-ciri masyarakat intelektual. Tatabahasa 1 cemerlang 6 mudah 2 baik 7 senyap 3 efektif 8 selesa 4 rajin 9 tekun 5 baru 10 awal Unit 4 Membaca 1 Pihak berkuasa tempatan melalui kerjasama Jabatan Kesihatan perlu menggiatkan usaha menjalankan pelbagai program kesedaran. 2 Mengadakan lebih banyak program pencegahan dan pendidikan di peringkat akar umbi dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat. 3 Pendidikan kesihatan boleh dilakukan melalui kempen kesedaran, pameran, dan ceramah yang melibatkan pelbagai lapisan usia dan masyarakat. 4 Pendidikan tentang aspek kesihatan perlu juga dimulakan dari peringkat sekolah. 5 Pihak kerajaan juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menambah baik akta sedia ada dengan meningkatkan kadar kompaun. Unit 6 Membaca Tema Bertemakan kemuliaan, pengorbanan, dan kegigihan seorang guru dalam usaha mendidik anak-anak bangsanya. Nilai • Mengenang budi – mengenang jasa guru yang telah banyak berjasa kepada masyarakat. • Bertanggungjawab – tidak jemu menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan. Rima Akhir Rangkap 1 : abbcccdcdcc Rangkap 2 : abccbcdced Rangkap 3 : abbaa Unit 7 Membaca Maklumat di atas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pengawas sekolah. Antara tanggungjawab pengawas termasuklah perlu membantu pihak sekolah menjaga disiplin sekolah. Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka bertugas mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid. Murid yang membuat kesalahan disiplin akan diberikan nasihat dan denda agar mereka insaf akan kesalahan diri. Seterusnya, pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada murid lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas ialah seseorang murid yang mestilah memiliki tahap disiplin yang tinggi. Tamsilannya, tingkah laku yang dilakukan oleh pengawas seperti berbaris dengan teratur semasa berada di kantin akan dicontohi oleh murid dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Akhir sekali, pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan. Menulis Penanda Wacana Kesimpulannya, Rumusan Isi Secara Umum pendidikan integriti dalam kalangan remaja dapat dilakukan dengan cara kepimpinan melalui contoh oleh ibu bapa, pengajaran subjek oleh guru, dan program yang dianjurkan oleh media massa. CONTOH
J2 BM Tingkatan 2 Jawapan Ayat Cadangan Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam menyemai nilai murni ini. Ayat Harapan Dengan ini, remaja yang memiliki sahsiah yang mulia dapat direalisasikan. Unit 8 Membaca Perenggan 2 Idea Utama Gotong-royong dapat membersihkan tempat tinggal daripada vektor penyakit. Idea Sampingan • Mencegah dan menjauhi penyakit. • Bergotong-royong dapat mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal. Perenggan 3 Idea Utama Gotong-royong memainkan peranan yang signifikan sebagai agen perpaduan. Idea Sampingan • Kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan saling menghormati. Perenggan 4 Idea Utama Aktiviti bergotong-royong dapat menghidupkan semula semangat kejiranan. Idea Sampingan • Kita dapat mengenali jiran dengan lebih dekat. • Kita dapat menjalin dan merapatkan hubungan sesama jiran. Menulis Penanda Wacana Tuntasnya, Rumusan Isi Secara Umum sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas dan sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian daripada proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Cadangan Oleh itu, semua lapisan masyarakat harus dididik agar dapat memupuk semangat kesukanan dalam melestarikan sukan sebagai alat untuk menjalinkan perpaduan demi kesejahteraan manusia sejagat. Harapan Dengan itu, sukan akan menjadi 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan, dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini. Unit 9 Membaca 1 Bahasa Melayu termasuk dalam tujuh bahasa besar di dunia. 2 Kebanyakan penutur bahasa Melayu berasal daripada rumpun Melayu. 3 Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rumpun Melayu sahaja tidak mampu mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa. 4 Usaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa perlu mengambil kira potensi bangsa lain yang berpeluang menguasai bahasa Melayu. 5 Kursi Pengajian Melayu dan Pengajian Bahasa Melayu di beberapa buah universiti terkemuka dunia perlu diperkukuh untuk pengantarabangsaan bahasa Melayu. Seni Bahasa 1 Rangkap pertama sajak Dirgahayu Bahasaku bermaksud bahasa kebangsaan seharusnya disanjung tinggi oleh bangsa Malaysia yang berbudi, setia, dan amanah kepada negara. 2 Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah patriotisme. Contohnya, rakyat diseru agar mendaulatkan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan maruah bangsa. Nilai lain ialah bertanggungjawab. Contohnya, rakyat bertanggungjawab mempertahankan martabat bahasa ibunda daripada tercemar. Unit 10 Mendengar dan Bertutur Amira : Kawan-kawan, saya minta maaf kerana tidak dapat menghadiri sesi latihan semalam. Saya berasa amat kesal. Saya bukannya sengaja. Semalam, ibu saya tiba-tiba jatuh sakit. Saya terpaksa menjaga ibu yang kurang sihat. Saya berharap agar kawan-kawan sudi memaafkan saya. Kawan-kawan : Baiklah, Amira. Kami maafkan awak. Seni Bahasa 1 Rangkap ketiga sajak di atas membawa maksud Tuhan menjadikan bangsa penyajak sebagai bangsa Melayu yang mengembara merentasi lautan dan pulau lalu menetap di Tanah Melayu. 2 Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita haruslah menyanjungi dan memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kebolehan berkomunikasi. Unit 11 Membaca 1 Tewas dan meninggal dunia 2 Patriotisme 3 Mengenang jasa Tatabahasa 1 penentangan – Penentangan British di Negeri Sembilan dilakukan oleh Dol Said. 2 penaklukan – British telah mengakhiri penaklukan Siam di Tanah Melayu. 3 ketenteraan – Dol Said berjaya menewaskan British kerana mendapat bantuan ketenteraan. CONTOH
J3 BM Tingkatan 2 Jawapan Unit 12 Membaca 1 Pembuatan yang rumit, kesukaran mendapatkan bahan mentah, dan kehilangan petua memasak antara sebab kuih-muih tradisional ini berdepan dengan risiko lenyap ditelan zaman. 2 Antara usahanya ialah mengadakan lebih banyak kelas masakan kuih tradisional yang menyasarkan peserta golongan muda. Selain itu, anak-anak harus diajarkan cara membuat kuih tradisional di samping berkongsi resipi istimewa itu bersama mereka. Menulis 1 (i) hari raya aildilfitri – Hari Raya Aidilfitri (ii) malaysia – Malaysia (iii) traditional – tradisional (iv) dilapek – dilapik 2 (i) resepi – resipi (ii) ranggup – rangup (iii) samada – sama ada (iv) mengunakan – menggunakan 3 (i) pesta tanglung – Pesta Tanglung (ii) telor – telur (iii) ke 15 – ke-15 (iv) calendar – kalendar Unit 13 Mendengar dan Bertutur Seni silat mempunyai banyak kepentingan. Antaranya ialah dapat menyelamatkan diri dan juga orang yang kita sayangi daripada perkara yang tidak diingini. Silat juga dapat meningkatkan kewaspadaan dan kepekaan seseorang terhadap perubahan persekitarannya. Selain baik untuk kesihatan, seni silat juga penting dalam pembentukan jati diri, membalas serangan musuh, dan mempertahankan kedaulatan negara. Unit 14 Membaca • Siapa (Who) Semua pihak. • Apa (What) Generasi akan datang tidak mewarisi dan mengamalkan warisan budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. • Bila (When) Kebudayaan tradisional perlu dipraktikkan pada bila-bila masa. • Di mana (Where) Kebudayaan tradisional dapat dilihat dari segi amalan, cara hidup, makanan, pakaian, seni budaya, dan sebagainya. • Mengapa (Why) Kemajuan teknologi dan modenisasi. • Bagaimana (How) Mendedahkan budaya warisan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Unit 15 Mendengar dan Bertutur 1 elakkan berjalan berseorangan kerana keadaan ini memudahkan peragut menjalankan aktiviti ragut. 2 mereka perlu diingatkan agar meletakkan beg tangan di tengah antara pembonceng dengan penunggang atau meletakkan beg tangan di dalam raga motosikal dan menutup beg tangan dengan kain untuk mengaburi pandangan dan perhatian peragut. Unit 16 Mendengar dan Bertutur Antara langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya ialah kita perlu memastikan tingkap dan pintu rumah telah dikunci dengan ibu kunci yang tidak mudah pecah sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan kecurian. Selain itu, lampu di dalam rumah harus dipasang untuk menipu penjenayah bahawa rumah kita seolah-olah ada orang. Jika kita bercadang bercuti lama, kita hendaklah menghentikan langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui bahawa rumah kita ditinggalkan. Selain itu, kita juga harus memaklumkan anggota bertugas di bilik gerakan polis atau jiran untuk mengawasi rumah kita. Menulis Isi-isi penting 1 Pembeli perlu mengenal pasti identiti peruncit elektronik berkenaan. 2 Pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pembeli dalam talian. 3 Pembeli juga perlu menyemak harga pasaran sebelum membeli. 4 Pembeli juga harus membaca terma dan syarat. 5 Pembeli harus memastikan bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah dan betul sebelum membuat pembayaran. 6 Butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit, dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli sebagai satu bentuk bukti pembelian. 7 Membuat bayaran apabila menerima barangan tersebut. Ringkasan Antara cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian ialah pembeli perlu mengenal pasti identiti peruncit elektronik berkenaan. Selain itu, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pembeli dalam talian. Seterusnya, pembeli juga perlu menyemak harga pasaran serta membaca terma dan syarat sebelum membeli. Pembeli juga harus memastikan bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah dan betul sebelum membuat pembayaran. Di samping itu, pembeli merekodkan butir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit, dan pengesahan pesanan sebagai satu bentuk bukti pembelian. Akhir sekali, pembeli digalakkan membuat bayaran apabila menerima barangan yang dibeli. (95 patah perkataan) CONTOH
J4 BM Tingkatan 2 Jawapan Unit 17 Membaca Perenggan 2 Idea Utama Dapat mengisi masa lapang dan memberikan kepuasan. Idea Sampingan • Remaja yang menceburi aktiviti sukan lasak akan berlatih dengan gigih kerana sukan lasak sememangnya memerlukan penumpuan dan latihan yang rapi. • Kejayaan yang dicapai ketika melakukan aktiviti lasak dapat mencetuskan kepuasan dalam jiwa remaja. Perenggan 3 Idea Utama Dapat menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda. Idea Sampingan • Dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan kondusif. • Dapat melahirkan remaja yang memiliki modal insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, dan sosial. Perenggan 4 Idea Utama Dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Idea Sampingan • Menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, malah mampu mengharumkan nama negara jika terlibat secara serius dalam sukan ini. Unit 18 Mendengar dan Bertutur 1 berbasikal. Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika kita berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung kita memiliki oksigen yang mencukupi. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung. Berbasikal juga dapat mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. 2 bermain bola sepak. Ketika bermain bola sepak, kita perlu berlari, melompat, dan menendang bola. Pergerakan fizikal ini bukan sahaja dapat menguatkan otot dan tulang, malah dapat membakar kalori serta menguatkan jantung. Unit 19 Menulis Pendahuluan Ayat Tema Pulau Langkawi merupakan destinasi tumpuan pelancong. Ayat Rangsangan Keindahan pantai dan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati berjaya menambat hati para pelancong untuk berkunjung ke Pulau Langkawi. Ayat Arahan Pelbagai acara dan aktiviti yang terdapat di Pulau Langkawi turut menarik minat pelancong asing ke sini. Kesimpulan Penanda Wacana Kesimpulannya, Merumuskan Isu tarikan semula jadi dan pelbagai tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi menjadikan pulau ini sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara. Ayat Cadangan Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab mengekalkan keaslian dan keindahan Pulau Langkawi. Ayat Harapan Diharapkan bilangan pelancong akan meningkat dari tahun ke tahun dan seterusnya meningkatkan industri pelancongan di negara kita. Tatabahasa 1 (i) adalah – ialah (ii) di dalam – dalam (iii) pada – kepada (iv) hasilan – penghasilan 2 (i) para-para pelancong – para pelancong (ii) pelbagai aktiviti-aktiviti – pelbagai aktiviti/ aktivitiaktiviti (iii) oleh kerana – kerana (iv) gemar akan merakam gambar – gemar merakam gambar Unit 20 Menulis Ejaan Termashur – Termasyhur Monument – Monumen Tanda baca portugis – Portugis alfonso de albuquerque – Alfonso de Albuquerque Tatabahasa demi untuk – demi/ untuk di antara – antara tertua sekali – tertua/ tua sekali Unit 21 Membaca Perenggan 1 Idea Utama Generasi muda berinteraksi dengan rakan yang berlainan kaum. Idea Sampingan • Murid disarankan untuk duduk bersama-sama rakan yang berlainan kaum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya perasaan prejudis terhadap sesuatu kaum dapat dikikis. • Murid berpeluang untuk mengenali rakan dengan lebih dekat serta bertegur sapa semasa aktiviti kumpulan dilaksanakan di dalam kelas. Perenggan 2 Idea Utama Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. CONTOH
J5 BM Tingkatan 2 Jawapan Idea Sampingan • Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk memupuk semangat perpaduan dalam sanubari mereka. • Amalan mulia seperti kunjung-mengunjung dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Perenggan 3 Idea Utama Kerajaan berperanan mewujudkan ikatan ukhuwah dalam kalangan rakyat. Idea Sampingan • Kerajaan melaksanakan kempen kesedaran tentang perpaduan kaum melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, dan WhatsApp. • Maklumat tentang perpaduan kaum dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan melalui media sosial. Unit 22 Seni Bahasa Tema Pantun Peribahasa bertemakan sifat-sifat mulia yang menjadi amalan manusia. Persoalan 1 Orang yang berhati mulia sentiasa dihormati dan dipandang tinggi. 2 Bersabar dan berusaha gigih sangat penting apabila hendak mengejar sesuatu cita-cita. 3 Masyarakat yang saling bekerjasama akan banyak mencapai kejayaan. Nilai 1 Berhemah tinggi 2 Gigih berusaha 3 Bermuafakat Unit 23 Tatabahasa Ayat Penyata – Objektif kem ini adalah untuk membina jati diri para peserta. – Selain itu, kem ini dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. – Kem ini juga akan memupuk nilai perpaduan antara kaum. – Kem ini terbuka kepada semua warga SMK Pekula Jaya. – Yuran sebanyak RM5 dikenakan. – Makanan disediakan kepada para peserta. Ayat Tanya – Apakah objektif Kem Perkasa Remaja SMK Pekula Jaya? – Apakah aktiviti yang akan diadakan? Ayat Perintah – Marilah sertai beramai-ramai Kem Perkasa Remaja SMK Pekula Jaya. – Bawa pakaian yang sesuai. Unit 24 Mendengar dan Bertutur 1 Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dapat diwujudkan dengan cara: – mengadakan gotong-royong – meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia – mengadakan rumah terbuka – menghadiri rumah terbuka – melalui aktiviti sukan – menyambut Hari Kebangsaan bersama-sama 2 Untuk mencapai prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara, kita hendaklah: – mengenang jasa pejuang-pejuang negara – mematuhi undang-undang negara – menghormati bendera Malaysia dan jata negara – mengenali raja dan pemimpin-pemimpin negara – mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang akan mencemarkan nama negara Unit 25 Menulis Kelebihan Perniagaan dalam Talian – Mudah dibina dan dijalankan dengan modal yang lebih rendah – Berisiko rendah berbanding perniagaan biasa – Pelanggan perniagaan dalam talian tidak terhad – Menikmati kebebasan tempat bekerja – Menggantikan perniagaan secara konvensional – Menjimatkan masa – Menjimatkan wang (Boleh dalam bentuk peta i-THINK atau sebarang bentuk grafik lain yang munasabah) Unit 26 Menulis Isi Pertama Ayat Topik Antara faedah menabung ialah sebagai persediaan masa hadapan untuk tujuan pelajaran. Ayat Huraian Wang tabungan boleh menampung perbelanjaan persekolahan dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ayat Contoh Misalnya, membeli buku-buku rujukan, peralatan belajar, dan membayar yuran pengajian. Ayat Penegas Tegasnya, masa hadapan kita akan lebih terjamin apabila menabung untuk tujuan melanjutkan pelajaran. Isi Kedua Ayat Topik Amalan menabung dapat memupuk amalan murni seperti berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ayat Huraian Menabung dapat mengelakkan diri daripada berbelanja dengan boros yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Ayat Contoh Sebagai contoh, orang yang menabung tidak akan membelanjakan wang yang dimiliki sehingga habis. Sebaliknya, berbelanja secara berhemah. Lebihan wang akan disimpan. Ayat Penegas Tegasnya, amalan menabung dapat menjadikan seseorang itu tidak membazir dan terhindar daripada kemiskinan pada masa hadapan. Isi Ketiga Ayat Topik Wang tabungan dapat digunakan apabila berlaku kecemasan. CONTOH
J6 BM Tingkatan 2 Jawapan Ayat Huraian Sikap “sediakan payung sebelum hujan” harus dijadikan amalan agar dapat mengelakkan musibah yang menimpa diri atau ahli keluarga. Ayat Contoh Misalnya, mengalami masalah kesihatan, tragedi kemalangan jalan raya, dan ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Ayat Penegas Tuntasnya, amalan menabung dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan mengelakkan seseorang meminjam wang daripada orang lain. Isi Keempat Ayat Topik Dengan menabung, kita dapat membeli apa-apa barang yang diinginkan. Ayat Huraian Kita tidak perlu bergantung hidup pada ibu bapa dan dapat meringankan beban mereka. Ayat Contoh Misalnya, wang tabungan dapat membeli barang yang diinginkan seperti kasut atau komputer riba tanpa meminta wang daripada ibu bapa. Ayat Penegas Kesimpulannya, menabung dapat mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Unit 27 Seni Bahasa Gurindam Bumiku Rumahku menerapkan pelbagai nilai murni kepada kita. Antara nasihat yang diutarakan kepada kita ialah kita dinasihatkan agar tidak memusnahkan alam kerana alam memberi oksigen yang sangat diperlukan oleh manusia. Kita harus menghargai dan memulihara alam sekitar dengan tidak membuang sisa toksik ke dalam sungai dan tidak melakukan pembalakan haram. Kita diseru agar menjadikan alam semesta seperti rumah sendiri. Dengan demikian, kita akan menyayangi dan lebih menghargai anugerah Tuhan. Gurindam ini juga mengajak kita agar sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan dan turut mengingatkan kita supaya tidak menjadi punca kepada kemusnahan alam. Unit 28 Membaca – Masih terdapat sebilangan petani yang tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu tempat. – Hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. – Penindasan orang tengah terhadap petani. – Usaha untuk mengubah pemikiran dan persepsi golongan tertentu agar memilih hasil pertanian tempatan bukanlah mudah. – Aktiviti pertanian menggunakan kaedah tradisional masih lagi diamalkan oleh kebanyakan petani. – Modal yang besar diperlukan bagi menggunakan teknologi terkini dalam bidang pertanian. Unit 29 Menulis Internet merupakan rangkaian komputer yang menghubungkan seluruh dunia. Pada zaman globalisasi ini, penggunaan Internet semakin penting dalam kehidupan manusia. Manfaat daripada penggunaan Internet menyebabkan penggunaannya semakin meluas dalam kalangan murid. Antara manfaat penggunaan Internet kepada murid ialah menyediakan ruang untuk menambahkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Kemudahan yang disediakan melalui Internet membolehkan murid mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan mudah. Murid dapat melayari laman web seperti Portal Pendidikan Utusan dan mycikgu.net untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan. Murid juga lebih celik ilmu dengan isu-isu semasa kerana mereka dapat memperoleh informasi terkini dari dalam dan luar negara dengan hanya menggunakan Internet. Selain itu, Internet juga dapat mempercepat tugasan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat memperoleh maklumat dalam masa yang singkat. Murid tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Mereka hanya memerlukan komputer dan mengakses Internet sahaja. Segala proses mencari maklumat akan dilakukan oleh agen carian seperti Google dan Yahoo. Segala maklumat berada di hujung jari sahaja dengan menggunakan Internet. Penggunaan Internet turut memberikan kemudahan perhubungan interaktif secara langsung kepada murid. E-Tuisyen misalnya, boleh diakses dan menjadi alat perhubungan secara langsung melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara maya. Laman web ini menyediakan bahan secara interaktif dalam bentuk video, audio, grafik, dan animasi dengan teks memberikan keseronokan kepada murid dan seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran. Konklusinya, penggunaan Internet dengan cara yang betul akan memberikan banyak faedah kepada murid. Oleh itu, kerajaan perlulah memperbanyak Pusat Jalur Lebar terutamanya di kawasan pedalaman supaya masyarakat di sana turut dapat menikmati kemudahan Internet. Sesungguhnya, penggunaan Internet dengan tujuan yang murni akan melahirkan murid yang bersahsiah dan cemerlang. Unit 30 Tatabahasa 1 Adakan – Mengadakan 2 Guna – Penggunaan 3 dipertingkatkan – ditingkatkan 4 para guru-guru – para guru/ guru-guru 5 Galakkan – Galakan 6 antara – dengan 7 Beri – Memberikan 8 menhasilkan – menghasilkan Unit 31 Mendengar dan Bertutur 2 Apakah punca-punca jerebu? Antara punca jerebu ialah pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan kenderaan, serta pembakaran hutan. CONTOH
J7 BM Tingkatan 2 Jawapan 3 Apakah kesan jerebu kepada kesihatan? Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuk gatal-gatal di bahagian kerongkong, batuk, sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin. 4 Pada pendapat anda, apakah langkah pencegahan ketika jerebu? Pada pendapat saya, antara langkah pencegahan ketika jerebu ialah orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, dan memakai pelitup muka dan hidung apabila berada di luar. atau Apakah kesan pembakaran hutan secara tidak terkawal? Pembakaran hutan secara tidak terkawal akan menyebabkan udara dipenuhi debu dan asap sehingga menjejaskan kualiti udara di samping mengurangkan jarak penglihatan manusia. Unit 32 Mendengar dan Bertutur (a) Straw plastik sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah dan mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. (b) Tujuan larangan penggunaan straw plastik ialah mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran semua pihak berhubung kesan jangka panjang penggunaan plastik sekali guna khususnya straw plastik terhadap kesihatan dan alam sekitar di samping akan dapat membantu kerajaan mengawal masalah pencemaran alam sekitar yang semakin ketara dan menggalakkan usaha kitar semula. (c) Straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas serta metal boleh digunakan sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional. Unit 33 Membaca – Agropelancongan atau juga dikenali sebagai agrotourism merupakan kegiatan perniagaan tambahan yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan, hiburan, dan operasi pengeluaran yang menarik kunjungan ke pusat pertanian, ladang atau kebun. – Amalan melawat dusun, ladang pertanian, dan penternakan sambil berekreasi serta berhibur kini lebih bersifat komersial dan mampu menjana pendapatan buat pemilik ladang pertanian dan ternakan. – Agropelancongan merupakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang lebih gemar menjalankan aktiviti riadah bersifat alam semula jadi di luar kota. – Bidang ini mempunyai potensi untuk diterokai kerana segala aspek yang terdapat dalam bidang pertanian dan ternakan boleh dikomersialkan sebagai produk bagi menarik kunjungan pelancong. Unit 34 Mendengar dan Bertutur Industri desa mempunyai potensi untuk maju dan dijangka akan meningkatkan ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi penduduk luar bandar untuk menghasilkan produk melalui kaedah tradisional seperti kraf tangan dan makanan yang diwarisi sejak turun-temurun. Memang tidak dapat disangkalkan lagi, industri desa merupakan salah satu industri yang mempunyai peranan yang signifikan di Malaysia. Dengan berkembangnya industri desa, masalah pengangguran turut berkurangan dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Selain kepentingan dari segi ekonomi, industri desa mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Menerusi industri desa juga, kemajuan sektor pelancongan turut dapat ditingkatkan. Lazimnya, para pelancong akan membeli barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai tanda kenangkenangan sewaktu berada di Malaysia. Di samping itu, pembinaan industri desa di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Hal ini demikian kerana industri desa seperti industri pemprosesan makanan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran. Biasanya bahan-bahan mentah ini terdiri daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Oleh itu, semua pihak tidak harus meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai pelbagai kepentingan yang tersendiri. Unit 35 Menulis Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya memiliki rasa sayang dan cinta akan negara, tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Semangat patriotisme sangat penting dalam membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mengukuhkan pertahanan negara. Semangat patriotisme dapat dipupuk melalui penerapan nilai-nilai patriotisme oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil. Sebagai contoh, ibu bapa sering bercerita tentang perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah air seperti Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, dan Mat Kilau dalam membebaskan negara daripada penjajahan. Ibu bapa perlu menekankan kepentingan semangat patriotisme dalam diri setiap individu semasa bercerita. Dengan cara ini, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil dan menjadi amalan sehingga mereka dewasa kelak. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik dalam jiwa murid. Pihak sekolah perlu mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah untuk melihat tinggalan pejuang bangsa. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka, Lembah Bujang di Kedah, Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak. Pemerhatian terhadap kesan peninggalan sejarah akan membangkitkan semangat cinta akan negara dan melahirkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara. Media massa memainkan peranan dalam menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Media elektronik, iaitu televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti rencana dan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan negara serta menayangkan filem patriotik seperti Bukit Kepong. Konklusinya, pemupukan semangat patriotisme perlulah dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Semua pihak perlu sehati dan sejiwa menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat kerana semangat patriotisme penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan sesebuah negara. CONTOH
J8 BM Tingkatan 2 Jawapan Unit 36 Membaca Ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada Tun V. T. Sambanthan: – Seorang yang bertanggungjawab – Bijak mengatur strategi – Seorang yang baik hati dan jujur – Seorang yang rela berkorban – Seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi – Berani memperjuangkan nasib rakyat – Seorang yang berdedikasi Bonus Praktis Bertutur Panduan Menjawab TEMA Sains dan teknologi SOALAN Kepentingan teknologi kepada seseorang murid ISI CADANGAN – Teknologi akan memudahkan seseorang murid untuk mencari maklumat terutamanya berkaitan dengan pelajaran. – Teknologi juga penting bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat ataupun tugasan sesama rakan dan guru. – Teknologi membolehkan seseorang murid meneruskan pembelajaran di dalam talian terutamanya ketika berlakunya situasi pandemik, penutupan sekolah akibat jerebu atau cuaca panas. – Teknologi dapat memastikan murid berhubung dengan dunia luar melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid seharusnya menyatakan kelebihan teknologi kepada seorang murid bukan kepada seseorang individu secara umum. TEMA Sains dan teknologi SOALAN Kesan penggunaan telefon bimbit kepada remaja ISI CADANGAN – Telefon bimbit memberikan kesan positif kepada remaja kerana membolehkan mereka menghubungi pihak bertanggungjawab apabila diperlukan. – Telefon bimbit juga memastikan remaja dapat mencari maklumat yang diperlukan pada bila-bila masa kerana telefon bimbit mempunyai aplikasi pintar. – Telefon bimbit juga membawa kesan buruk kerana boleh melekakan murid dengan permainan dalam talian. – Telefon bimbit juga boleh menyumbang kepada kejadian culik kerana peranti ini membolehkan seseorang pengguna dikesan kedudukannya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid sewajarnya membincangkan dari aspek positif dan negatif bagi menunjukkan kematangan jawapan. TEMA Sains dan teknologi SOALAN Kaedah mendidik murid menggunakan Internet secara berhemah ISI CADANGAN – Guru menasihati murid untuk sentiasa berhati-hati menggunakan Internet melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. – Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan kaedah menggunakan Internet secara berhemah. – Pihak kerajaan menggiatkan lagi kempen `Klik dengan Bijak’ bagi memastikan kesedaran dalam diri murid dapat ditingkatkan. – Remaja sendiri perlu berusaha mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan gejala negatif semasa melayari Internet. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid boleh menyatakan peranan banyak pihak bagi memastikan idea mereka lebih bercambah. TEMA Sains dan teknologi SOALAN Keistimewaan kebudayaan di Malaysia ISI CADANGAN – Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya yang melambangkan keunikan kaum. Contohnya, ceongsam yang sinonim dengan kaum Cina. – Kebudayaan di Malaysia telah berasimilasi antara satu sama lain sehingga mewujudkan budaya bangsa Malaysia. – Kebudayaan di Malaysia tidak bergantung pada satu aspek semata-mata namun merangkumi kebudayaan dari segi adat, pakaian, makanan, perayaan, dan permainan. – Kebudayaan di Malaysia juga merupakan produk yang menjadi tarikan kepada para pelancong seperti perayaan Hari Gawai yang saban tahun menggamit kehadiran pengunjung di Borneo. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid akan mendapat markah yang baik apabila mampu memberikan contohcontoh yang sesuai dan pelbagai. CONTOH
J9 BM Tingkatan 2 Jawapan TEMA Seni dan budaya SOALAN Tarian tradisional rakyat Malaysia ISI CADANGAN – Joget merupakan tarian tradisional kaum Melayu. Tarian joget mempunyai rutin yang berbeza mengikut negeri-negeri di Malaysia. – Tarian kipas merupakan tarian tradisional masyarakat Cina di Malaysia. Tarian ini selalunya dikaitkan dengan ‘Feng shui’ oleh kaum Cina. – Tarian bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian ini unik kerana menggabungkan kemahiran tangan, kaki, dan mata. – Tarian ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Tarian ngajat bagi orang-orang Iban adalah sangat unik kerana tarian ini dahulunya dikaitkan dengan latihan peperangan orang Iban. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Pelbagaikan perbincangan kepada kaum-kaum yang lain. Elakkan perbincangan bertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. TEMA Seni dan budaya SOALAN Pengalaman melancong ke negara/ negeri lain ISI CADANGAN – Dapat mengurangkan tekanan belajar apabila melihat kehijauan hutan dan kicauan burung-burung. – Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti-aktiviti yang disertai sepanjang percutian seperti menyelam skuba. – Mengenal budaya kaum lain yang agak berbeza daripada tempat sendiri. Contohnya, pengalaman merasai makanan tradisional. – Berpeluang belajar bahasa asing untuk urusan jual beli. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid boleh menceritakan pengalaman berkunjung ke tempat yang biasa sahaja tetapi selesa untuk dikongsikan selagi mampu menghuraikan keadaan tersebut dengan contoh yang sesuai. TEMA Pendidikan SOALAN Kepentingan belajar secara berkumpulan ISI CADANGAN – Dapat berkongsi pendapat dengan rakan-rakan berkaitan subjek yang diulang kaji. – Dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik melalui penerangan daripada rakan. – Boleh berkongsi bahan yang diperoleh rakan bagi memantapkan kefahaman diri terhadap sesuatu topik. – Mengelakkan diri daripada berasa bosan apabila belajar secara bersendirian. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Pelbagaikan contoh topik dan subjek bagi memastikan perbincangan anda lebih matang. TEMA Pendidikan SOALAN Kaedah belajar yang berkesan ISI CADANGAN – Belajar secara berkumpulan dapat memastikan diri tidak cepat berasa bosan. – Menggunakan bahan-bahan tambahan daripada Internet bagi memastikan minat terhadap sesuatu topik semakin bertambah. – Mencari rujukan video sebagai tambahan agar tidak bergantung pada buku semata-mata hingga menyebabkan diri berasa bosan. – Membuat nota kecil untuk dimasukkan ke dalam poket bagi memastikan rujukan dapat dibuat pada bila-bila masa. Contohnya, ketika menunggu bas. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid seharusnya memberi cadangan dan mengaitkan kepentingan/ kekuatan kaedah tersebut berbanding kaedah yang lain. TEMA Pendidikan SOALAN Buku yang menarik kepada anda ISI CADANGAN – Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip. – Watak utamanya ialah Dahlia. – Dahlia mendepani pelbagai cabaran dalam hidupnya sehingga akhirnya dia berjaya menyambung pelajaran di luar negara. – Memberikan kesedaran kepada diri sendiri agar sentiasa sabar menghadapi dugaan hidup. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Pilih satu buku sahaja dan perlu menjawab sebab-sebab buku tersebut menarik. Sesebuah buku boleh dikatakan menarik dari segi rekaan muka depan, watak, dan nilai. TEMA Patriotisme SOALAN Kepentingan mata pelajaran Sejarah ISI CADANGAN – Meningkatkan semangat patriotik dalam diri seseorang murid. – Dapat mengenali pejuang pejuang tanah air yang telah mempertahankan tanah air pada suatu ketika dahulu. – Membentuk jati diri seseorang remaja agar tidak mudah dipengaruhi oleh fitnah dan anasir anasir jahat dari luar. CONTOH
J10 BM Tingkatan 2 Jawapan – Membentuk perpaduan melalui pemahaman yang mendalam terhadap kesan perpecahan kaum dan pemberontakan di dalam negara. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Soalan tidak menjurus kepada kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada murid semata-mata, tetapi boleh juga kepada golongan dewasa yang telah melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah ketika di sekolah suatu ketika dahulu. TEMA Patriotisme SOALAN Aktiviti-aktiviti semasa Hari Kemerdekaan ISI CADANGAN – Aktiviti melukis wajah negarawan. Aktiviti ini mampu mendidik murid untuk mengenali tokoh dan sumbangannya kepada negara. – Aktiviti menyanyikan lagu kemerdekaan. Aktiviti ini dapat menanam rasa sayang murid terhadap negara melalui alunan muzik dan lirik yang bersemangat. – Aktiviti menghias kelas. Aktiviti ini dapat memastikan para murid bersatu padu berusaha menghias kelas dengan Jalur Gemilang. – Tayangan filem. Aktiviti ini mampu memperkenalkan murid dengan filem-filem kenegaraan yang mungkin tidak pernah ditonton oleh mereka sebelum ini. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu menyebut jenis aktiviti dan tujuan aktiviti tersebut dijalankan. Elakkan daripada menyenaraikan aktiviti semata-mata. TEMA Patriotisme SOALAN Tokoh kemerdekaan yang anda kagumi ISI CADANGAN – Tunku Abdul Rahman. – Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. – Berusaha mendapatkan kemerdekaan negara daripada Inggeris sehingga sanggup belayar ke London. – Memberikan motivasi kepada diri saya untuk sentiasa memelihara kemerdekaan negara. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan nilai yang ditonjolkan dan boleh dipraktikkan oleh diri sendiri. TEMA Alam sekitar SOALAN Pencemaran sungai ISI CADANGAN – Sungai penting untuk dijadikan sumber air bersih, kawasan rekreasi, dan menyederhanakan suhu setempat. – Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap di kawasan bandar. – Kesan pencemaran sungai ialah kekurangan air bersih untuk kegunaan domestik. – Masyarakat perlu mengambil langkah awal dengan menimbulkan kesedaran di dalam diri agar menguruskan sampah dengan baik. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid boleh memecahkan perbincangan kepada aspek yang berbeza seperti kepentingan, faktor, kesan, dan langkah memandangkan soalan bersifat terbuka. TEMA Alam sekitar SOALAN Kaedah memelihara alam sekitar ISI CADANGAN – Menguruskan sampah dengan baik. Masyarakat perlu memperkasakan amalan kitar semula. – Mengurangkan penebangan hutan. Kerajaan perlu mengawal penebangan hutan dengan membuat pemantauan dengan lebih kerap. – Menggunakan barangan elektrik yang lebih mesra alam. Hal ini bagi mengelakkan pembebasan gas-gas yang berbahaya ke udara. – Berkongsi kenderaan. Tindakan ini boleh mengurangkan pembebasan asap ke udara dan mengurangkan pembakaran bahan api fosil. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid boleh memberi kaedah secara umum. Jangan berfokus kepada manamana jenis pencemaran agar kaedah yang dibincangkan lebih relevan. *Jika murid ingin berfokus kepada satu jenis pencemaran sahaja, murid perlu menyatakan dengan jelas pada awal perbualan. TEMA Alam sekitar SOALAN Pengalaman anda berkelah di sebuah perkampungan ISI CADANGAN – Kawasan perkampungan yang mempunyai sungai yang cantik. – Kawasan yang masih dipenuhi dengan kawasan hutan yang terpelihara. – Dibawa merentas hutan bersama penduduk kampung untuk menjejaki air terjun di atas bukit. – Berpeluang mandi di kawasan air terjun yang tidak dicemari dengan sampah sarap seperti di kota. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu sentiasa berwaspada agar tidak memberikan isi di luar skop tema memandangkan soalan ini merupakan soalan skop terbuka. CONTOH
J11 BM Tingkatan 2 Jawapan TEMA Sukan SOALAN Kepentingan sukan ISI CADANGAN – Menyihatkan tubuh badan. Aktiviti sukan dapat memastikan badan mampu mengeluarkan peluh yang merupakan toksin di dalam badan. – Mengelakkan diri daripada penyakit. Sukan membolehkan seseorang individu mengelakkan obesiti yang merupakan punca segala penyakit berbahaya. – Mengharumkan nama negara. Bagi sesetengah atlet, sukan merupakan satu medium untuk mereka mengharumkan nama negara di pentas dunia. – Membentuk disiplin diri. Latihan yang berterusan dan kepatuhan terhadap strategi yang dirancang melatih diri untuk sentiasa berdisiplin. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu memberikan contoh sukan dan tokoh-tokoh sukan yang sesuai bagi menarik minat pentaksir terhadap kematangan dalam perbincangan. TEMA Sukan SOALAN Dasar 1 Murid 1 Sukan ISI CADANGAN – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan mulai 2011. – Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. – Seseorang murid boleh memilih bentuk dan jenis sukan berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing. – Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Seandainya murid tidak dapat berbincang tentang dasar ini secara terperinci, murid boleh memberikan contoh sukan dan aktiviti yang dijalankan semasa pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di sekolah. TEMA Sukan SOALAN Hari Sukan sekolah ISI CADANGAN – Hari Sukan sekolah telah dijalankan pada 25 Mei 2024. – Rumah Merah (Kinabalu) memenangi johan keseluruhan setelah mendapat 23 emas, 20 perak, dan 15 gangsa. – Hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Zakaria bin Hamid, Pengetua SMK Dato’ Lela. – Kejohanan sukan tamat pada pukul 5:00 petang dan murid dibenarkan pulang setelah tamat pembersihan kawasan padang. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Selain pengalaman, murid juga boleh berbincang tentang kepentingan Hari Sukan sekolah. TEMA Sekolah SOALAN Ciri-ciri guru kesayangan anda ISI CADANGAN – Penyayang – Selalu mengambil berat terhadap masalah saya. – Berbakat – Sukan olahraga dan bersyair. – Kreatif – Mengajar menggunakan pelbagai kaedah yang menarik. – Berketrampilan – Sering berpakaian kemas ke sekolah. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Tajuk berskop kecil sebegini boleh dibincangkan secara santai, tetapi murid masih perlu berbincang dengan menggunakan bahasa yang standard. TEMA Sekolah SOALAN Sekolah ceria, murid gembira ISI CADANGAN – Sekolah yang bersih akan melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri murid untuk memeliharanya. – Suasana sekolah yang ceria akan membuatkan murid bersemangat untuk hadir ke sekolah. – Sekolah yang lengkap akan memudahkan murid untuk belajar dengan selesa. – Sekolah yang mempunyai guru yang baik dan prihatin akan membuatkan murid berasa lebih dihargai. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu mengaitkan antara keceriaan sekolah dengan kepentingan kepada murid bagi mendapatkan markah yang baik. TEMA Sekolah SOALAN Sambutan Hari Kantin sekolah ISI CADANGAN – Hari Kantin sekolah telah dijalankan pada 12 Jun 2024 yang lalu. – Terdapat 35 buah gerai yang diuruskan ahli kelab, badan beruniform, sukan, dan permainan serta staf. – Beberapa pertandingan dijalankan bagi menarik minat murid ke sekolah. – Murid yang bertuah akan menerima hadiah cabutan bertuah. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Selain pengalaman, murid juga boleh berbincang tentang kepentingan Hari Kantin sekolah. CONTOH
J12 BM Tingkatan 2 Jawapan TEMA Kekeluargaan SOALAN Sambutan hari keluarga ISI CADANGAN – Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. – Peluang membaiki hubungan antara ahli keluarga. – Menggantikan semula masa yang digunakan oleh ibu bapa untuk fokus bekerja sepanjang tahun. – Anak-anak akan berasa lebih dihargai dengan aktiviti yang ditemani oleh ibu bapa. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid juga boleh menceritakan pengalaman sambutan hari keluarga. TEMA Kekeluargaan SOALAN Pengalaman menyambut Hari Ibu ISI CADANGAN – Memberi kejutan kepada ibu dengan memberikan hadiah dan jambangan bunga. – Ibu memotong kek dan memberikan ucapan kepada anak-anak. – Ibu membuka hadiah yang telah diberikan oleh anak-anak. – Sesi bergambar dengan keluarga. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid juga boleh menceritakan pengalaman sambutan hari keluarga. TEMA Kekeluargaan SOALAN Langkah-langkah mengatasi stres anakanak ISI CADANGAN – Ibu bapa berbincang dengan anakanak tentang punca stres anak-anak. – Ibu bapa mendapatkan nasihat daripada kaunselor sekolah jika diperlukan. – Ibu bapa membawa anak-anak melancong bagi memberikan ruang kepada mereka untuk melupakan masalah. – Ibu bapa mendekatkan diri anakanak dengan agama. TIP MENDAPAT MARKAH CEMERLANG Murid perlu berbincang tentang tindakan ibu bapa sahaja kerana dinyatakan ‘anak-anak’ di dalam pernyataan. Praktis Mendengar Petikan 1 1 Salah 2 Betul Petikan 2 1 China 2 motif Petikan 3 1 Memantau dan menilai 2 menjadi lebih teruk Petikan 4 1 Punca – Kulat 2 Kesan – Cirit-birit Petikan 5 1 India 2 lari dan kejar Petikan 6 – Saderi – Ubi kayu Petikan 7 1 Betul 2 Betul Petikan 8 – AC 8 – Tahap kematangan Petikan 9 1 Memakai stoking berwarna gelap 2 Stoking berwarna putih/ berbelang Petikan 10 – 7:00 pagi – Jamuan ringan CONTOH
CONTOH
Kandungan 1 Bab Sistem Bahasa...........................................................................................................1 – 20 2 Bab Pemahaman.............................................................................................................21 – 41 3 Bab Novel.........................................................................................................................42 – 44 4 Bab Pemindahan Maklumat (Ringkasan dan Rumusan)...............................................45 – 53 5 Bab Penulisan Karangan..................................................................................................54 – 70 Ujian Akhir Sesi Akademik..............................................................................................71 – 80 (Kertas 1 dan Kertas 2) Nota Grafik KOMSAS ......................................................................................................N1 – N37 Jawapan Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR e-RPH 1 Set UASA Ulasan Sistem Bahasa Modul HEBAT Bacaan Khazanah Peribahasa Kota Kata Berdarjat CONTOH Tinggi
1 1 Bab Sistem Bahasa Bahagian A: Objektif Aneka Pilihan Morfologi Penggolongan Kata Praktis 1 Kata Ganti Nama Buku Teks: 11, 110 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 “ perlu kerap membasuh tangan dengan sabun untuk mengelakkan jangkitan COVID-19,” kata Kaishah kepada adiknya. A Kita C Kamu B Anda D Kalian 2 Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersenam bersama anak-anak . A -nya C engkau B dia D mereka 3 “Ibu selalu menyediakan makanan yang direbus, dipanggang, dan dicelur,” kata Mei Yee semasa ditanya oleh gurunya. A aku C kami B saya D kamu 4 “ berbangga kerana rakyat negara ini bekerjasama memakmurkan negara,” titah baginda sultan dalam perutusan Hari Keputeraan baginda. A Saya C Patik B Beta D Hamba 5 “Ampunkan , tuanku. Segala kelengkapan sudah patik sediakan untuk keberangkatan tuanku,” kata Bendahara. A baginda C patik B hamba D beta 6 “ bahagian yang belum difahami akan diterangkan semula,” kata Cikgu Latifah. A Apa-apa C Mana-mana B Bila-bila D Siapa-siapa 7 “ lah kereta idaman saya,” kata Melinda kepada Haslina sambil menuding ke arah sebuah kereta Porsche di hadapannya. A Ini C Sini B Itu D Sana 8 “ kah cara untuk membendung gejala vandalisme yang semakin berleluasa?” tanya Mirah. A Siapa C Di mana B Berapa D Bagaimana 9 “Dua tahun yang lalu, di letaknya sebuah taman permainan, tetapi kini telah dibina dewan serba guna,” kata Hanif yang berada tidak jauh dari dewan itu. A sini C situ B itu D ini 10 Tindakan keras akan dikenakan kepada yang melanggar peraturan sekolah. A apa-apa B bila-bila C mana-mana D siapa-siapa 11 “ kah hadiah yang kamu berikan kepada guru kesayangan kamu?” tanya ibu kepada adik. A Apa C Berapa B Siapa D Bagaimana 12 “Wah, hebatnya persembahan payung terjun !” kata Fuad sambil menuding ke arah penerjun-penerjun yang melakukan persembahan payung terjun. A ini C sini B itu D sana Kuiz 1 Info Digital 1 CONTOH
2 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 2 Kata Adjektif Buku Teks: 20, 179 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca pasti dapat membina jati diri yang . A unik C cekap B aneh D unggul 2 Meskipun baru berusia tiga tahun, adik Diena sudah membaca buku cerita dalam tribahasa. A fasih C pintar B pakar D pandai 3 Pelajar lepasan SPM digalakkan mengambil Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mempunyai pasaran kerja yang cukup pada masa hadapan. A luas C besar B lebar D lapang 4 Jentera pembajak menjadikan tugas pesawah semakin . A rumit C mudah B lekas D ringkas 5 Setelah beberapa tahun berada di perantauan, Doria amat akan kampung halamannya. A rindu B cinta C kasih D sayang 6 Dalam suasana yang itu, agak sukar bagi Fariza untuk mengecam suara anak-anaknya. A riuh B kalut C bingit D kecoh 7 Jalan raya itu sentiasa dengan kenderaan yang lalu-lalang. A padat C penuh B sesak D sarat 8 Kanak-kanak itu berteduh di bawah sepohon pokok yang . A pendek C landai B rendah D rendang 9 Kai Ting risau akan keadaan neneknya yang semakin . A lapuk C usang B uzur D teruk 10 “Gulai ikan yang sudah itu perlu dibuang ke dalam tong sampah,” kata ibu. A basi C busuk B hangit D tengik 11 Kabel elektrik itu dipasang kendur untuk mengelakkan kabel menjadi dan terputus apabila mengecut ketika cuaca sejuk. A lurus C tegang B kejang D bengkok 12 Lalu lintas di tempat berlaku kemalangan itu kembali setelah kenderaan yang terlibat dialih ke tepi jalan. A aman C pulih B surut D tenang 13 Pesilat itu mengelak serangan daripada lawannya. A ligat C tangkas B lasak D kencang Kuiz 2 Info Digital 2 CONTOH
3 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 3 Kata Ganda Buku Teks: 25 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Faridah menggunakan untuk mengukur sudut tepat bongkah kayu. A kekisi C tetupai B sesiku D keketam 2 yang dimasak oleh kakak telah mengental dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. A Otak-otak C Onde-onde B Agar-agar D Jemput-jemput 3 Murid-murid dalam setiap kumpulan pandangan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. A berubah-ubah B berbalas-balas C bertukar-tukar D berbantah-bantah 4 Puan Zaleha sedang menggoreng untuk hidangan minum petang mereka sekeluarga. A onde-onde C umang-umang B agar-agar D jemput-jemput 5 Chandran dan ahli kumpulannya menyiapkan kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu hadapan. A berbolak-balik B bergotong-royong C bermundar-mandir D bersungguh-sungguh 6 Pengakap-pengakap itu mengumpulkan untuk menyalakan unggun api. A batu-bata C tanah-tanih B kayu-kayan D rumput-rampai 7 Ayah memandu kereta dengan berhati-hati ketika melalui jalan ke Cameron Highlands yang . A beralun-alun C berlekuk-lekuk B berliku-liku D bersimpang-siur 8 Hati para peserta menantikan keputusan pertandingan syarahan diumumkan oleh pengerusi majlis. A berkobar-kobar B berdegar-degar C berdebar-debar D berdenyut-denyut 9 Mazlan ke sekolah kerana sudah terlewat. A terkial-kial C terlonjak-lonjak B tergopoh-gapah D tercungap-cungap 10 Pokok kelapa itu apabila ditiup angin kencang. A meliang-liuk B berkibar-kibaran C bergoyang-goyang D melenggak-lenggok 11 Suasana di balai raya dengan suara penduduk kampung yang datang membantu menyediakan hidangan untuk majlis sambutan Maulidur Rasul. A haru-biru C hingar-bingar B kucar-kacir D gegak-gempita 12 Pengetua mengambil tindakan tatatertib terhadap murid yang terlibat dalam kes buli itu. A porak-peranda C lambat-laun B remeh-temeh D serta-merta Kuiz 3 Info Digital 3 CONTOH
4 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 4 Kata Prafrasa Buku Teks: 32, 38 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Saya patuh kepada arahan ibu kerana segalagala yang dilakukan oleh ibu untuk kebaikan saya. A ialah C adalah B tidak D bukan 2 Kini, murid telah menyedari bahawa mereka juga boleh memohon kursus yang berteraskan vokasional dan kemahiran. A banyak C setengah B seluruh D setiap 3 orang abang saya menceburi bidang penguaman. A Tiga C Bertiga B Ketiga D Ketiga-tiga 4 Farid yang tertipu dalam skim cepat kaya itu seharusnya memperoleh pengajaran daripada sikap tamaknya. A masih C belum B sudah D akan 5 Farib dan rakan-rakannya berkunjung ke Muzium Negara sejam yang lalu. A masih C belum B telah D akan 6 Yan Ling berasa panik kerana wang simpanannya di dalam akaun bank telah hilang. A segala C setengah B beberapa D sebahagian 7 “Wang ini untuk kegunaan sekarang, tetapi untuk digunakan semasa kecemasan,” kata ibu. A tidak C sahaja B bukan D memang 8 “Di mana kamu berada, jagalah tingkah laku dan maruah diri,” pesan Mak Jah kepada anak gadisnya. A jua C hanya B lagi D memang Kuiz 4 Kuiz 5 Info Digital 4 Praktis 5 Buku Teks: 72 Imbuhan Apitan Kata Nama Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 itu telah menyebabkan Pak Karim tinggal sehelai sepinggang kerana rumahnya hangus dijilat api. A Kebanjiran C Pembakaran B Kebakaran D Kemusnahan 2 yang tidak terancang dan tidak terkawal boleh merosakkan ekosistem. A Bangunan C Perkembangan B Pembangunan D Pengembangan 3 Kita perlu belajar dengan bersungguhsungguh kerana hanya ilmu yang dapat menjami kita kelak. A hidupan C penghidup B kehidupan D penghidupan 4 Peminat bola sepak amat kagum akan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir semalam. A penilaian C penglibatan B pencapaian D pertunjukan 5 vaksin COVID-19 mengurangkan kesan jangkitan teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. A Temuan C Pertemuan B Penemu D Penemuan 6 Nabilah melanjutkan pelajarannya di pusat tinggi tempatan. A kajian C pengajian B pengkaji D penggajian 7 Majlis anak Pak Kamil, Diena berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah. A keraian C keramaian B perayaan D perkahwinan Kuiz 8 Info Digital 5 Kuiz 6 Kuiz 7 CONTOH
5 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 6 Buku Teks: 84 Kata Kerja Transitif Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Pengawal keselamatan dikehendaki keadaan lalu lintas berhampiran pintu masuk sekolah. A meneliti C mengawal B meninjau D mengawasi 2 Pekerja itu sedang sate yang dipesan oleh pelanggan. A melayur C membakar B menyalai D mendiang 3 Puan Aina gemar bunga untuk dijadikan hiasan di ruang tamu rumahnya. A mencucuk C menyusun B mengubah D menggubah 4 Zakuan pandai gambus setelah mendapat tunjuk ajar daripada abangnya. A menggesa B menggelek C menggesek D memetik 5 Nenek pengalamannya menyertai perarakan selepas penjajahan British. A menyiarkan B menceritakan C memaklumkan D mengumumkan Kuiz 9 Info Digital 6 6 Memorial Negarawan ditubuhkan untuk dan mengenang segala jasa dan sumbangan tokoh-tokoh negarawan ini kepada bangsa dan negara. A memuji C memperingati B menghormati D menyanjungi 7 Wei Ming air untuk menghilangkan kehausan. A meneguk C meminum B menelan D menghisap 8 Selepas melukis corak pada kain putih itu, Zarina mula untuk mencorakkan kain. A mengecap C melakar B mewarna D mencanting 9 Sukan lasak dapat kekuatan mental dan fizikal para peserta. A meneka C mengkaji B menguji D menyelidik 10 Puan Khatijah sepinggan kuih karipap yang baru digoreng kepada jirannya. A memulangkan B menghulurkan C mengagihkan D mengirimkan CONTOH
6 BM Tingkatan 2 Bab 1 Kata Banyak Makna Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 1 I Azlina yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. II Minggu Bahasa di sekolah saya berjalan lancar. III Kanak-kanak berumur empat tahun itu dapat membaca buku itu dengan lancar sekali. IV Doria lebih lancar membaca daripada menulis. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Ibu menggunakan pencuci yang berkualiti agar warna pakaian tidak turun. II Rini terpaksa mencari tempat berteduh kerana hujan turun dengan lebatnya. III Encik Kang terpaksa turun ke bandar untuk urusan perniagaannya. IV Buah durian turun pada waktu malam. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Pembakaran terbuka membawa banyak kesan terhadap alam sekitar. II Jazli menunjukkan kesan melecur pada tangan kanannya akibat tertumpah air panas. III Stres yang tidak ditangani dengan betul boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan seharian. IV Dalam kehidupan sejari-hari, kita sering terdedah kepada pelbagai kesan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Pak Kassim menabur makanan untuk itik ternakannya. II Dermawan itu banyak menabur bakti kepada penduduk di kampung itu. III Anggota bomba dan penyelamat menabur air ke kawasan rumah yang terbakar itu. IV David telah menabur beratus-ratus ringgit dalam perniagaannya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 5 I Samy berasa curiga tentang kata-kata jurujual itu. II Sikap curiga antara kaum boleh menggugat keharmonian negara kita. III Majikan itu curiga tentang kejujuran pekerjanya. IV Puan Wong kelihatan curiga kerana anaknya masih belum pulang. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 6 I Atap genting rumahnya telah pecah kerana ditimpa buah kelapa. II Kita tidak boleh panik ketika berada dalam saat-saat genting. III Badannya menjadi genting selepas berat badannya turun dengan banyak. IV Matanya menjadi genting kerana tidak cukup tidur. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 7 I Bahan utama untuk membuat jemputjemput ialah tepung dan pisang. II Bee Ling mencari bahan di pusat sumber untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. III Pihak polis sedang mencari bahan untuk mendakwa orang itu. IV Buku itu dijadikan sebagai bahan untuk bidang seni bina. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Pusat sumber itu lebat dengan buku-buku rujukan. II Kereta kami terkandas di jalan raya kerana hujan sangat lebat. III Kucing kesayangan ayah itu mempunyai bulu yang lebat. IV Air mata Mak Jah bercucuran lebat sewaktu menyambut kepulangan anaknya. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 9 I Dia memandu kereta dengan deras. II “Tolong abang angkat kotak ini deras sedikit!” kata Yazri kepada adiknya. III Hujan deras turun sejak samalam. IV Izzati terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu untuk menyelamatkan budak yang lemas. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja CONTOH
7 BM Tingkatan 2 Bab 1 Kesalahan Frasa Frasa Adjektif Buku Teks: 58 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 1 Kebanyakan pelajar dan mahasiswa lebih gemarkan membaca secara dalam talian. A gemar baca B gemar membaca C gemar akan membaca D gemarkan membaca 2 Buku-buku di atas rak buku itu tebal-tebal belaka. A tebal belaka B tebal belaka-belaka C semuanya tebal-tebal belaka D tebal-tebal belaka 3 Kerja berkumpulan itu dapat kita siapkan dengan mudah jika kita saling bantumembantu. A saling bantu B saling dibantu C saling membantu D saling bantu-membantu 4 Hanya menggunakan laman sesawang, segala maklumat-maklumat yang kita perlukan dapat diperoleh dengan mudah. A segala maklumat B segala semua maklumat C segala-segala maklumat D segala maklumat-maklumat 5 Adalah menjadi hasrat saya, cita-cita saya untuk menjadi pegawai bomba dan penyelamat direstui oleh ibu bapa saya. A Menjadi hasrat saya B Ialah menjadi hasrat saya C Menjadi hasrat saya adalah D Adalah menjadi hasrat saya 6 Pasukan Khas Laut (PASKAL) menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang terbesar sekali dalam memikul misi negara. Kuiz 10 Info Digital 7 A besar sekali B paling besar sekali C tersangat besar sekali D terbesar sekali 7 Karnival kerjaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra selama tiga setengah hari. A tiga hari setengah B setengah tiga hari C tiga kesetengah hari D tiga setengah hari 8 Peranan kerajaan amat penting sekali kerana mata pena sasterawan dapat membantu kerajaan mencapai matlamat yang telah dirancangkan. A amat sekali penting B teramat penting sekali C amat terpenting sekali D amat penting sekali 9 Pembelajaran KOMSAS sangat penting sekali setiap murid pelajari. A setiap murid terpelajar B setiap murid dipelajari C dipelajari oleh setiap murid D setiap murid pelajari 10 Penguasaan kemahiran bahasa Azlan semakin hari makin baik selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru bahasanya. A makin hari kian baik B makin hari semakin baik C semakin hari semakin baik D semakin hari makin baik 11 Minggu Bahasa diadakan demi untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. A untuk melahirkan B demi untuk lahirkan C demi untuk dilahirkan D demi untuk melahirkan 12 Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas ke atas murid yang terlibat dalam kegiatan buli dan gengsterisme. A tindakan tegas atas murid B tindakan tegas kepada murid C tindakan tegas terhadap murid D tindakan tegas ke atas murid CONTOH
8 BM Tingkatan 2 Bab 1 Sintaksis Ayat yang Betul Pilih ayat-ayat yang betul. 1 I Tebal betul novel yang dibaca oleh budak itu. II Kejayaan yang dicapai oleh Amirul dalam pelajaran membuatkan ibu bapanya berasa amat kagum. III Pelbagai jenis buku mudah diperoleh di kedai buku itu. IV Kamus-kamus itu tebal-tebal belaka. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 2 I Petani mencacakkan orang-orang di bendang untuk menghalau burung. II Beberapa orang ahli pengakap mengutip ranting-ranting kayu untuk dijadikan unggun api. III Ubat-ubatan perlu disediakan semasa mengembara di hutan. IV Selepas siap membuat kerja sekolah, saya berbincang jawapan dengan semua rakanrakan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 3 I Segala nasihat-nasihat yang diberikan oleh pakar pemakanan akan saya patuhi. II Ilmu dapat diperoleh di mana-mana sahaja. III Bahan-bahan bacaan itu memberikan manfaat kepada murid. IV Mazlan menghabiskan berjam-jam lamanya di perpustakaan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Chandran tidak bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya, benarkah? II Pengawas harus tegas dan serius dalam menjalankan tugas. III Kita harus melaporkan kes yang merosakkan diri kepada guru bimbingan dan kaunseling. IV Buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh dan amanah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 5 I Suriati berasa kecewa kerana dia tidak dipanggil menjalani temu duga. II Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. III Kerjaya sebagai jururawat tidak mudah kerana memerlukan kesabaran yang tinggi. IV Saya bukan berminat menceburi bidang perniagaan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 6 I Azura tidak berminat untuk memohon jawatan itu. II Dia bukan sahaja berbudi bahasa, tetapi berwawasan tinggi. III Kerjaya itu bukan sahaja mulia, tetapi mencabar juga. IV Ibu bapa bukan memaksa saya memilih bidang kerjaya pilihan mereka. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 7 I Peraturan tanah yang diperkenalkan oleh British menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu. II Kisah perjuangan tokoh yang diceritakan oleh datuk menarik sekali. III Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terhadap penguasaan British. IV Satu pembicaraan telah diadakan di Matang, Perak berkaitan dengan kes pembunuhan Birch. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Peragut itu ditangkap akhirnya juga oleh polis. II Puan Faridah menghiaskan kerongsong pada bahu kebayanya. III Setelah tiga bulan tinggal bersama-sama keluarga angkatnya, Suriati berasa berat hati untuk pulang ke kampus. IV Kerusi yang rosak itu sudah dibaiki ayah. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 9 I Sampah sarap di dalam longkang itu telah menyekat pengaliran air. II Belon berwarna-warni tergantung pada siling. III Ibu menyidai pakaian di jemuran. IV Awak tinggal di manakah? A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja CONTOH
9 BM Tingkatan 2 Bab 1 Ayat Sama Maksud Praktis 1 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 1 Budi pekerti dan tingkah laku dapat melambangkan keperibadian seseorang. A Keperibadian ialah faktor utama yang dapat membentuk budi pekerti dan tingkah laku seseorang. B Tingkah laku seseorang bergantung pada budi pekerti yang baik dan keperibadian yang elok. C Budi pekerti yang baik dan tingkah laku yang elok melambangkan keperibadian seseorang. D Kita dapat mengenali tingkah laku dan keperibadian seseorang melalui budi pekertinya. 2 Kajian terhadap pucuk pegaga oleh saintis bertujuan untuk mengenal pasti khasiatnya sebagai produk kesihatan. A Produk kesihatan berasaskan pucuk pegaga akan dihasilkan setelah kajian tentang khasiatnya selesai dilakukan oleh saintis. B Produk kesihatan berjenama pucuk pegaga akan dihasilkan oleh saintis setelah kajian dilakukan. C Saintis menjalankan pelbagai kajian bagi memasarkan produk pucuk pegaga di pasaran. D Pucuk pegaga mempunyai pelbagai khasiat sebagai produk kesihatan. 3 Sikap berjimat cermat perlu ditanam dalam jiwa anak-anak sejak kecil agar mereka tidak membazir. A Anak-anak perlu dilatih bercermat supaya mereka tidak boros. B Pembaziran tidak akan berlaku jika anakanak diajar menyimpan wang. C Anak-anak tidak akan membazirkan wang ringgit jika mereka diasuh semenjak kecil. D Menyemaikan sikap bercermat dalam kalangan kanak-kanak akan melahirkan rakyat yang baik. 4 Kemajuan sains dan teknologi penting dalam bidang pertanian dan perusahaan. A Hanya dengan adanya kemajuan sains dan teknologi, bidang pertanian dan perusahaan dapat berkembang. B Untuk memajukan sains dan teknologi, bidang pertanian dan perusahaan perlu dilibatkan. C Kemajuan dalam bidang pertanian dan perusahaan mementingkan sains dan teknologi. D Dalam bidang pertanian dan perusahaan, kemajuan sains dan teknologi diutamakan. 5 Beberapa orang guru menitiskan air mata kerana hati mereka tersentuh apabila mendengar sajak yang dideklamasikan oleh murid bersempena dengan sambutan Hari Guru. A Guru-guru berasa tersentuh dan menitiskan air mata apabila mendengar sajak yang dideklamasikan oleh murid. B Beberapa orang guru berasa tersentuh apabila mendengar sajak daripada murid bersempena dengan sambutan Hari Guru. C Sajak yang dideklamasikan oleh beberapa orang guru menyebabkan hati murid tersentuh lalu menitiskan air mata. D Sajak yang dideklamasikan oleh murid bersempena dengan sambutan Hari Guru telah menyebabkan hati beberapa orang guru tersentuh sehingga menitiskan air mata. 6 Penduduk taman perumahan itu bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk membanteras demam denggi. A Penduduk di taman perumahan itu bekerjasama melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk menangani demam denggi. B Untuk menangani demam denggi di taman perumahan, penduduk haruslah melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pembiakan nyamus aedes secara berterusan. C Dengan adanya pembersihan yang terancang di kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes, wabak demam denggi di taman perumahan dapat ditangani. D Kerjasama penduduk taman perumahan diperlukan dalam kerja-kerja pembersihan kawasan pembiakan nyamuk aedes. CONTOH