60 BM Tingkatan 2 Bab 5 Ceramah/ Syarahan Sekilas Info 1 Syarahan dan ceramah biasanya disampaikan dalam majlis rasmi (perkara ilmiah). 2 Ucapan disampaikan dalam situasi yang tidak begitu formal. Lazimnya, ucapan disampaikan dalam sesuatu majlis seperti majlis perpisahan, Hari Guru atau meraikan seseorang. 3 Secara keseluruhannya, cara penulisan karangan jenis syarahan hampir serupa dengan ceramah. Meskipun terdapat persamaan, namun terdapat juga perbezaan dari segi persembahan karangan. 4 Kandungan ucapan lebih berupa penerangan, pujian, dan penghargaan kepada seseorang atau sesuatu. 5 Karangan syarahan dimulakan dengan kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, tetamu khas dan pendengar amnya. Contohnya: Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar sekalian. 6 Sekiranya syarahan disampaikan dalam pertandingan, anda harus memberikan kata alu-aluan kepada para hakim yang mengadili pertandingan itu. Contohnya: Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru, ibu bapa dan para murid yang budiman. 7 Karangan ucapan juga mesti dimulakan dengan kata alu-aluan mengikut protokol. Contohnya: Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Contoh karangan Tema 4: Integriti Amalan Kita Anda terpilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah ‘Pentingnya Keluarga Bahagia dalam Menjana Masyarakat yang Sejahtera’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan daerah Melaka Tengah, Tuan Haji Rahmat bin Jantan; para pengetua, guru-guru, rakan-rakan, dan hadirin sekalian. Pada pagi yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Pentingnya Keluarga Bahagia dalam Menjana Masyarakat yang Sejahtera’. Hadirin yang saya hormati, Tajuk syarahan ini memang kena pada masanya kerana institusi keluarga kini sedang dilanda pelbagai kemelut. Kes remaja lari dari rumah, anak tidak menghormati ibu bapa, jenayah remaja, masalah disiplin murid, vandalisme membabitkan remaja adalah antara masalahnya. Pendek kata, kesemua masalah ini saling berkait dengan sistem kekeluargaan kita. Sebelum saya menapak lebih jauh lagi, izin saya mendefinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini. ‘Keluarga’ diertikan sebagai seluruh isi rumah yang anggotanya terdiri daripada suami, isteri, dan anak-anak. Oleh itu, keluarga bahagia bermaksud sebuah keluarga yang dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman dan sentosa tanpa sebarang perselisihan faham antara anggota-anggotanya. Dalam konteks syarahan ini, saya ingin menegaskan bahawa untuk mencipta sebuah masyarakat yang sejahtera, asasnya ialah keluarga yang bahagia. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Institusi keluarga ibarat asas suatu binaan. Tanpa adunan simen, pasir, air, dan konkrit dalam kuantiti yang sewajarnya, sudah tentu aspek keselamatan bangunan tersebut tidak terjamin. Begitulah juga halnya sebuah masyarakat. Sekiranya sistem kekeluargaan kita cacat dan tidak utuh, maka seluruh masyarakat akan menjadi pincang. CONTOH
61 Masyarakat terbina daripada asas-asas keluarga. Dalam membina sebuah keluarga bahagia, fokus harus diberi kepada peranan atau tanggungjawab setiap anggota keluarga itu sendiri. Matlamatnya adalah untuk melahirkan perasaan saling menghormati sesama anggota keluarga. Jika hal ini dapat dilaksanakan, sudah tentu sesebuah keluarga dapat hidup dengan bahagia. Hadirin yang saya hormati sekalian, Ibu bapalah merupakan pencorak watak anak-anak. Peranan ibu bapa tidak boleh diabaikan. Tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh yang kritikal. Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Anak-anak yang sudah dewasa adalah sukar untuk dibentuk wataknya atau diubah sikap dan tingkah lakunya. Justeru, kecuaian ibu bapa terhadap tanggungjawab keibubapaan akan membawa natijah buruk kepada seluruh kehidupan keluarganya. Kini, kebanyakan ibu bapa bekerja. Anak ditinggalkan dengan para pengasuh. Tidak salah jika saya katakan, banyak masalah remaja berpunca daripada kurang perhatian dan kasih sayang oleh ibu bapa sendiri. Pada hemat saya, tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu-ibu yang bekerja ialah bercuti daripada tugas buat beberapa tahun untuk mentadbir keluarga hingga anak-anak mereka mencapai umur masuk sekolah rendah dan boleh berdikari. Tujuannya adalah supaya anak-anak mendapat jagaan rapi dan asuhan yang sempurna. Wang tidak wajar menjadi perhitungan utama. Yang penting ialah anak-anak mendapat layanan dan asuhan yang baik. Hal ini dapat menjamin pembentukan anak-anak yang sempurna. Anak-anak yang diasuh dengan sempurna akan mencontohi tingkah laku baik yang dipamerkan oleh ibu bapa mereka. Seperkara lagi, apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak amat penting. Ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anakanak. Banyak salah faham dan kekusutan rumah tangga dapat diselesaikan melalui hubungan mesra sesama anggota keluarga. Hadirin yang saya hormati sekalian, Dalam usaha menjana sebuah masyarakat yang sejahtera, peranan kedua-dua ibu bapa tidak boleh dipandang ringan. Ibu bapa harus kenal rakan-rakan anak masing-masing serta memantau aktiviti mereka di luar rumah agar dapat dihindarkan daripada kegiatan-kegiatan yang tidak sihat. Selain itu, anak-anak juga harus bijak dalam memilih kawan. Dengan kata lain, mereka harus dapat membezakan antara intan dengan kaca. Jika tersalah pilih kawan, akibat buruklah yang terpaksa ditanggung. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai kesimpulannya, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia yang seterusnya dapat menjana sebuah masyarakat yang sejahtera. Sekian, terima kasih. BM Tingkatan 2 Bab 6 Praktis 4 Tema 4: Integriti Amalan Kita Anda menyertai suatu pertandingan syarahan. Anda memilih tajuk ‘Ibu Bapa Berperanan Mengatasi Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja’. Tulis syarahan itu selengkapnya. Info 4 CONTOH
62 BM Tingkatan 2 Bab 5 Dialog/ Wawancara/ Temu Bual Sekilas Info 1 Ketiga-tiga jenis karangan ini berbentuk perbualan. 2 Perbualan biasanya melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak, iaitu penemu bual dan orang yang ditemu bual. 3 Gunakan kata ganti nama yang sesuai seperti encik, puan, saudara, saudari, tuan, dan sebagainya. 4 Gaya bahasa yang digunakan ialah bahasa percakapan. Namun begitu, bahasa yang digunakan mesti baku dan betul dari segi tatabahasa. 5 Dialog yang tidak formal dimulakan dengan satu ayat tentang situasi yang diberikan, kemudian diikuti oleh teks dialog. 6 Wawancara dan temu bual dimulakan dengan pendahuluan tentang situasi yang diberikan, kemudian diikuti oleh teks dialog. 7 Penutup wawancara biasanya diakhiri dengan ucapan terima kasih kerana sudi diwawancara. Contoh karangan Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian Sebagai ahli jawatankuasa buletin sekolah, anda telah diberi tugas untuk mewawancara pengetua sekolah anda yang akan bersara pada hujung tahun ini. Wawancara ini akan dimuatkan dalam buletin sekolah anda. Tulis wawancara anda selengkapnya. Pada 18 Mac 2024 yang lalu, saya telah mewawancara Pengetua SMK Mawar Indah, Tuan Haji Rahman bin Sahari yang akan bersara pada bulan Oktober akan datang. Berikut merupakan hasil wawancara tersebut. Mustika : Assalamualaikum, Tuan Haji Rahman. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Haji untuk menerima kunjungan kami. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi sedikit banyak pengalaman Tuan Haji sepanjang bergelar guru terutamanya sepanjang bertugas di sekolah ini. Pengetua : Sama-sama. Saya juga amat berbesar hati menerima kunjungan kalian. Mustika : Baiklah, Tuan Haji. Saya, Mustika daripada Ahli Jawatankuasa Sidang Buletin Sekolah ingin bertanyakan beberapa perkara kepada tuan. Pertama, bolehkah Tuan Haji berkongsi tentang latar belakang Tuan Haji? Pengetua : Saya telah diputerakan pada tanggal 23 Oktober 1964 di Alor Setar, Kedah. Memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Alor Setar dan menyambung pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Saya bertuah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Bahasa Melayu. Saya berkahwin pada tahun pertama saya menjadi guru dan kini telah dikurniakan lima orang anak dan tujuh orang cucu. Alhamdulillah. Mustika : Wah, begitu menarik kisah Tuan Haji! Bagaimanakah pula dengan latar belakang perkhidmatan Tuan Haji? Pengetua : Perkhidmatan pertama saya adalah pada tahun 1988 di Sekolah Menengah (P) St. George Pulau Pinang sebagai guru Bahasa Melayu. Selepas satu tempoh perkhidmatan yang agak lama, saya telah memegang beberapa jawatan seperti Ketua Panitia, Guru Kanan, dan Penolong Kanan sebelum menjadi pengetua di sekolah ini. Mustika : Berapa lamakah Tuan Haji menjadi pengetua di SMK Mawar Indah ini? Pengetua : Saya menjadi pengetua di sini sejak tahun 2014. Saya rasa sudah 10 tahun saya kekal di sini. Mustika : Seterusnya, bolehkah saya tahu perubahan-perubahan yang berlaku di sekolah ini yang dapat dikongsikan oleh Tuan Haji? Pengetua : Sejak 2014, banyak perubahan di sekolah ini telah berlaku. Dari segi prasarana, beberapa bangunan tambahan telah dibina berdekatan dengan kantin. Dahulunya, kawasan tersebut merupakan kawasan rumah warden tetapi kini telah diruntuhkan dan dibina bilik kelas bagi menampung kapasiti murid yang semakin meningkat. Bangunan Dewan Al-Fattah juga telah CONTOH
63 BM Tingkatan 2 Bab 5 dibaik pulih agar lebih selesa untuk menjalankan aktiviti. Dari segi pencapaian murid juga banyak peningkatan berlaku. Sekolah kita pernah dinobatkan sebagai johan pidato peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut hasil bimbingan Cikgu Azmir. Peningkatan kualiti keputusan dalam peperiksaan awam juga turut berlaku sepanjang tempoh 9 tahun perkhidmatan saya di sini. Mustika : Akhir sekali, apakah pesanan akhir Tuan Haji kepada para murid yang akan membaca wawancara ini nanti? Pengetua : Saya berharap agar semua murid dapat meningkatkan kecemerlangan akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Jangan sesekali mempertaruhkan masa hadapan hanya untuk keseronokan sementara. Biarpun masalah disiplin di sekolah ini tidaklah begitu membimbangkan sebagaimana sekolah-sekolah berdekatan, namun masalah ini tetap perlu disifarkan. Guru-guru sentiasa ingin membantu anda dalam apa-apa jua bentuk bantuan yang boleh diberikan. Teruskan kecemerlangan SMK Mawar Indah. Mustika : Baiklah, setakat ini sahaja sesi wawancara ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya doakan semoga Tuan Haji sentiasa dirahmati kesihatan yang berpanjangan dan menjalani kehidupan selepas persaraan dengan penuh keceriaan. Pengetua : Terima kasih dan sama-sama. Praktis 5 Tema 3: Kerjaya ke Mercu Impian Sebagai seorang wartawan, anda dikehendaki mewawancara seorang atlet negara yang telah mengharumkan nama negara dalam Sukan Asia. Tulis wawancara anda selengkapnya. Berita/ Rencana Akhbar Sekilas Info 1 Karangan jenis berita ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa untuk memberikan maklumat kepada pembaca. 2 Berita yang dilaporkan meliputi pelbagai aspek seperti sukan, kemalangan, hal ehwal semasa, hiburan, pembangunan, dan jenayah. 3 Bahasa yang digunakan biasanya mudah difahami, tegas, ringkas, dan padat. 4 Isi berita mestilah lengkap dan mesti menjawab enam soalan, iaitu apa, siapa, di mana, bila, mengapa, dan bagaimana. 5 Bagi karangan rencana akhbar, karangan jenis ini boleh ditulis dalam bentuk rencana berita dan rencana umum. 6 Murid perlu meletakkan nama penulis rencana selepas tajuk rencana. Contoh karangan Tema 8: Utamakan Keselamatan Anda merupakan wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda dikehendaki menulis berita tentang kejadian ragut di kawasan anda. Tulis berita tersebut selengkapnya. Info 5 CONTOH
64 BM Tingkatan 2 Bab 5 Bandar Baharu, 15 Februari – Dua orang wanita cedera akibat menjadi mangsa ragut di tepi kedai jam berhadapan dengan kawasan pasar malam. Dua orang wanita tersebut ialah Mayang Isabella (23 tahun) dan Hanim Iskandar (20 tahun) yang merupakan adik-beradik telah dibawa ke hospital oleh orang ramai sebaik sahaja kejadian berlaku. Penjenayah telah ditangkap oleh orang ramai yang berada berdekatan ketika itu. Menurut orang awam, kedua-dua orang mangsa menaiki motosikal melalui kawasan tersebut sebelum penjenayah yang juga menaiki motosikal telah meragut beg tangan mereka dari belakang. Akibat tarikan yang kuat, mangsa telah hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya sebelum diseret oleh penjenayah sejauh 15 meter. Mayang Isabella yang mengalami kecederaan di bahagian siku dan lutut kiri telah menjelaskan bahawa mereka terkejut apabila seorang lelaki menghulurkan tangan dan menarik beg tangannya yang tersangkut di bahunya. Menurut Inspektor Hasrul Ismail, penjenayah telah ditangkap dengan bantuan orang ramai. Dengan tertangkapnya penjenayah ini, tiga lagi kes dapat diselesaikan kerana pelaku yang sama. Inspektor Hasrul Ismail juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap aktiviti ragut kerana terdapat beberapa orang penjenayah ragut masih dalam pemerhatian polis. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengelakkan diri daripada menunjukkan barang-barang berharga di tempat awam dan mengelakkan diri daripada berjalan bersendirian pada waktu malam. Jika diugut penjenayah, jangan bertindak sendiri tetapi memberikan kerjasama kepada penjenayah kerana nyawa tiada galang gantinya. Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang dijumpai di Hospital Parit Buntar telah mengesahkan bahawa mangsa kedua, Hanim Iskandar yang mengalami hentakan kuat di kepala telah mula sedarkan diri. Biarpun kini masih dalam pantauan rapi oleh doktor, namun keluarganya bersyukur kerana peristiwa ini tidak meragut nyawa kedua-dua mereka. Keluarga mangsa juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu anak-anak mereka ketika kejadian. Karangan Tidak Berformat Karangan Fakta Sekilas Info 1 Karangan fakta ialah karangan yang diolah untuk: (a) menerangkan sesuatu peraturan (d) memberi petunjuk dan arahan (b) menerangkan proses kejadian sesuatu perkara (e) menerangkan sesuatu kaedah dan penggunaan ciptaan (c) menerangkan peranan seseorang 2 Sebuah karangan fakta yang baik mempunyai: (a) isi-isi yang tepat, padat, kukuh, dan logik (c) statistik yang tepat (b) contoh yang benar (d) bahasa yang mantap, ringkas, dan mudah difahami 3 Pendahuluan sesebuah karangan fakta diolah berdasarkan tema atau kata kunci daripada soalan yang dikemukakan. 4 Isi-isi disampaikan secara tersusun dan berkesinambungan antara satu sama lain. 5 Penutup karangan fakta diolah dengan membuat kesimpulan daripada keseluruhan karangan. Penutup yang paling mudah adalah dengan memberikan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni. Praktis 6 Tema 8: Utamakan Keselamatan Anda telah ditugaskan untuk membuat liputan kejadian bencana alam yang berlaku di kawasan anda. Tulis berita anda selengkapnya. Info 6 CONTOH
65 BM Tingkatan 2 Bab 5 Amalan rasuah sebagai penerima apa-apa suapan sebagai dorongan, upah, dan galakan untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau tidak diambil sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Antara contoh suapan tersebut termasuklah wang ringgit, komisen, hadiah, lesen, tanah, dan seumpamanya. Persoalannya, mengapakah perbuatan rasuah ini boleh berlaku dan semakin berleluasa di negara ini pada saban tahun? Antara punca amalan rasuah termasuklah dorongan nafsu manusia yang ingin akan kekayaan dalam sekelip mata. Umpamanya untuk mendapatkan sesuatu tender, para kontraktor yang bersaing sanggup mengeluarkan wang berjuta-juta ringgit sebagai suapan untuk mendapatkan tender itu. Mereka tahu bahawa peluangnya adalah berkali ganda daripada suapan yang diberikan kepada pihak yang meluluskan tender tersebut. Punca yang seterusnya disebabkan oleh kelembapan jentera pentadbiran kerajaan. Para peniaga dan pelabur ingin akan sesuatu permohonan diluluskan dengan segera kerana bagi mereka masa itu merupakan wang. Menunggu kelulusan sesuatu permohonan bermakna mereka akan mengalami kerugian dalam perniagaan. Lantas, mereka rela menyuap pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa untuk meluluskan tender itu. Akibatnya, si pemohon akan mendapat kelulusan dalam tempoh yang paling singkat. Punca lain yang menggalakkan perbuatan rasuah ialah faktor gaji rendah. Misalnya, seorang pegawai cenderung untuk menerima rasuah kerana tahap gajinya yang rendah tidak dapat menampung kehidupan sekeluarganya. Pada pihak si pemberi pula, mereka mendapat faedah akibat sokongan diberikan kepada para pegawai berkenaan kerana dia tahu tiada tindakan undangundang akan diambil terhadapnya sekiranya pihaknya melakukan sebarang kesalahan seperti membawa kenderaan dengan barangan melampaui berat muatan yang ditetapkan. Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejak 2015 hingga 2020, sejumlah 5 652 tangkapan telah dibuat, iaitu 2 683 atau 47.5 peratus daripada tangkapan itu membabitkan penjawat awam. Faktor hukuman yang tidak seberapa berat seolah-oleh telah menggalakkan amalan ini daripada berterusan. Para penerima rasuah tahu bahawa hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya adalah ringan sahaja sekiranya dia disabitkan kesalahan. Malah sering kali seseorang yang dituduh akan terlepas bebas kerana bukti yang tidak cukup. Oleh hal yang demikian, keadaan ini terus berleluasa walaupun masyarakat pada zahirnya menganggap amalan rasuah ini sebagai perbuatan yang tidak bermoral. Konklusinya, rasuah sememangnya merupakan satu penyakit sosial yang harus dibanteras. Jika tidak, rasuah akan menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat kita yang pada akhirnya akan memusnahkan seluruh sistem pentadbiran negara kita. Oleh itu, para pegawai SPRM perlu melipatgandakan usaha membanteras amalan jijik ini. Mereka perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas mendakwa pihak-pihak yang disyaki terbabit dalam amalan rasuah ini tanpa memilih bulu dan status. Contoh karangan Tema 4: Integriti Amalan Kita Amalan rasuah ibarat kanser yang dapat memusnahkan masyarakat. Jelaskan punca-punca amalan rasuah. CONTOH
BM Tingkatan 2 Bab 5 Praktis 7 Tema 4: Integriti Amalan Kita Gejala buli bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli murid sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Huraikan langkah-langkah mengatasi gejala buli di sekolah. Pendapat/ Perbincangan Sekilas Info 1 Soalan yang dikemukakan biasanya berkaitan dengan isu semasa yang mempunyai pro dan kontra. 2 Kata kunci soalan perbincangan biasanya seperti berikut: (a) Bincangkan/ berikan pendapat (b) Setujukah/ ulaskan (c) Berikan pandangan anda 3 Anda mempunyai pilihan sama ada hendak menyokong, menentang atau kedua-duanya sekali berdasarkan kehendak soalan. 4 Isi-isi yang dikemukakan mestilah menunjukkan kematangan anda berhujah dengan bukti-bukti yang bersesuaian. 5 Pendapat anda hendaklah disokong dengan huraian daripada sumber rujukan atau tokoh-tokoh terkenal. 6 Penutup atau kesimpulan mestilah mencerminkan pendirian berkaitan dengan isi-isi yang telah dikemukakan. Contoh karangan Tema 16: Pelestarian Alam Pemusnahan hutan secara berleluasa tanpa kawalan boleh menimbulkan pelbagai kesan yang membahayakan kehidupan manusia. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya dan bagaimana gejala ini dapat dibendung? Hutan yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu merupakan khazanah terpenting bagi manusia. Antara sumber asli hutan termasuklah bekalan kayu balak, air, pemeliharaan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, pengawalan sistem ekologi, tanah, dan tempat rekreasi. Oleh itu, segala khazanah yang terdapat di dalam hutan perlu dipelihara daripada mengalami kepupusan dan kemusnahan secara besar-besaran. Namun demikian, kepupusan dan kemusnahan yang sebenarnya berlaku bertentangan dengan kehendak manusia, terutamanya pencinta alam sekitar. Pada pendapat saya, kesan yang lain ialah kesan ‘rumah hijau’. Hal ini memang hangat diperkatakan oleh pencinta alam di serata dunia. Kesan ‘rumah hijau’ ini timbul sebagai akibat berlaku peningkatan kuantiti gas karbon dioksida, bahan kimia CFC, metana, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, dan ozon secara berlebihan di atmosfera. Kehadiran gas-gas ini menghalang pelepasan semula tenaga suria daripada permukaan bumi. Sebagai akibatnya, suhu bumi akan meningkat. Kesan kedua ialah pertambahan peratusan gas karbon dioksida di atmosfera. Pokok dan tumbuhtumbuhan di hutan memerlukan karbon dioksida untuk membuat makanannya melalui proses fotosintesis. Oleh sebab itulah hutan rimba merupakan suatu takungan karbon yang terbesar. Dianggarkan 500 – 700 bilion tan metrik karbon terkandung di dalam hutan. Melalui penebangan, pembersihan, dan pembakaran hutan untuk keperluan pembangunan yang dijalankan oleh manusia, kandungan karbon yang tersimpan dalam biojisim akan terlepas ke atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida. Seterusnya, pemushanan hutan boleh menyebabkan terganggunya sumber bekalan air. Ekosistem hutan amat penting bagi menjamin sumber air yang mencukupi untuk kegunaan manusia. Kitar hidrologi yang berfungsi di kawasan tadahan hujan di hutan dapat menentukan kuantiti dan 66 Info 7 CONTOH
67 Praktis 8 Tema 16: Pelestarian Alam Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kemudahan awam terutamanya pengangkutan awam. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menggunakan pengangkutan awam? kualiti air. Jika hutan dimusnahkan, maka sistem kitaran air juga akan turut terjejas. Dari segi kuantiti, ekosistem hutan berperanan sebagai ‘tombol pelaras’ air yang mengawal kadar alirannya. Kewujudan hutan dapat mempengaruhi iklim mikro atau iklim setempat. Hutan boleh mengurangkan suhu setempat yang tinggi. Oleh sebab itulah, pokok-pokok sering ditanam oleh manusia di sepanjang jalan di bandar-bandar besar. Tujuannya adalah untuk memperlambat pergerakan udara di sekitarnya secara mendatar dan memantulkan pancaran matahari. Dengan itu, suhu di bandar dapat diturunkan dan kehidupan manusia di kawasan itu akan menjadi lebih selesa. Berdasarkan hakikat inilah, pemusnahan hutan secara berleluasa akan meninggikan suhu setempat. Untuk membendung gejala buruk ini, beberapa langkah boleh dilaksanakan. Umpamanya, aspek pengurusan hutan hendaklah dikendalikan dengan lebih teratur dan secara profesional. Usaha mengawal pembalakan mestilah lebih ketat lagi agar pokok-pokok muda dan spesies luar biasa tidak ditebang dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan hal pembukaan dan penggunaan tanahtanah hutan mesti dikawal dan dirancang supaya sistem ekologi hutan tidak tergugat. Kesimpulannya, hutan memang mudah untuk dimusnahkan. Namun, untuk menghidupkan semula sudah pasti akan memakan masa beratus-ratus tahun. Oleh sebab itu, usaha-usaha pemuliharaan hutan haruslah digiatkan agar dapat menjamin keadaan persekitaran yang selesa untuk kehidupan di muka bumi ini. BM Tingkatan 2 Bab 6 Jenis Keperihalan/ Gambaran Sekilas Info 1 Karangan jenis gambaran atau keperihalan ialah karangan yang menghendaki anda bercerita tentang sesuatu peristiwa, pengalaman, suasana, pemandangan, perwatakan, temasya, dan sebagainya. 2 Karangan ini tidak berformat kerana karangan ini boleh direka tetapi mesti memenuhi kehendak topik dan boleh diterima akal. 3 Anda hendaklah menyusun isi-isi karangan dengan baik supaya tidak berlaku pengulangan isi. 4 Anda boleh memasukkan unsur saspens supaya karangan anda lebih menarik lagi. 5 Dalam perenggan pengenalan, anda boleh menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa yang sebenarnya berlaku. 6 Dalam perenggan penutup, anda boleh menceritakan cara peristiwa itu berakhir. 7 Anda juga boleh memasukkan perasaan atau pendapat anda tentang peristiwa itu. Contoh karangan Tema 2: Menimba Ilmu Pesta Buku Malaysia telah berlangsung baru-baru ini. Anda sempat berkunjung ke pesta itu. Gambarkan suasana dan keadaan di pesta buku tersebut. Info 8 CONTOH
68 BM Tingkatan 2 Bab 5 Tepat pada pukul 8:00 pagi pada hari minggu lepas, aku dan 40 orang murid sekelas bertolak dengan bas yang disewa khas menuju ke Pesta Buku Malaysia yang diadakan di Pusat Beli-belah The Mines. Sebaik kakiku melangkah masuk ke pintu, hatiku terpegun apabila melihat suasana dewan yang luas dan meriah itu. Para pengunjung pesta terdiri daripada murid-murid sekolah yang berpakaian seragam, orang dewasa, dan juga kanak-kanak. Oleh sebab pesta buku ini diadakan pada musim cuti sekolah, pengunjung sangat ramai sekali. Kami terpaksa berhimpit-himpit ketika bergerak dari sebuah gerai ke sebuah gerai yang lain. Walaupun begitu, tidaklah semua gerai berada dalam keadaan penuh sesak dengan pengunjung. Aku memerhatikan gerai-gerai yang menjual buku rujukan peperiksaan dan majalah hiburan dikerumuni banyak pelawat. Aku difahamkan oleh pegawai di kaunter informasi bahawa pesta kali ini disertai oleh sebanyak 72 buah syarikat penerbiran dari dalam dan luar negara. Suasana di Pesta Buku Malaysia laksana bertih digoreng kerana suara para pengunjung dan penjual mengisi seluruh ruangan pameran. Pengunjung sibuk bertanyakan judul-judul buku yang dijual. Sementara pihak penjual pula sibuk melayan setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan. Selain gerai yang menjual pelbagai jenis buku, terdapat juga gerai yang menjual cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), dan alat bantu mengajar. Cakera padat yang dijual merupakan rakaman perbualan dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Jepun, Thai, Perancis, dan Jerman. Aku hanya sekadar membelek-belek pembalut plastik CD tersebut. Tiada keinginan untuk memiliki CD tersebut kerana harga yang terpampang di luar kemampuanku. Berbagai-bagai DVD turut dipamerkan, sesetengahnya berunsur pendidikan dan tidak kurang pula yang bersifat hiburan semata-mata. Aku menjangka golongan kanakkanak yang paling gemar menonton DVD yang bercorak kartun dan pertarungan antara kuasa-kuasa ajaib. Di tengah-tengah dewan yang serba indah itu, terdapat satu sudut bercerita. Kanak-kanak berpeluang mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh tukang cerita. Pelbagai cerita fantasi dan pengembaraan untuk manfaat mereka. Aku tidak segan silu menyelinap di dalam sudut ini sekadar untuk mengenang kembali nostalgia cerita-cerita yang pernah diceritakan oleh guru semasa aku belajar di sekolah rendah dahulu. Namun, aku mendapati cerita kanak-kanak kini jauh lebih maju kerana telah diubah suai dengan perubahan zaman. Banyak unsur sains, komputer, dan pengembaraan diterap ke dalam cerita-cerita khayalan ini. Dalam hati kecilku, aku menduga kanak-kanak pasti terpegun dan terhibur dengan ceritacerita itu. Tidak jauh dari sudut ini terdapat pula sebuah pentas kecil. Kelihatan beberapa orang sasterawan sedang menandatangani karya-karya mereka. Antara yang kukenali ialah Datuk A. Samad Said dan Rahman Shaari. Kedua-duanya tidak putus-putus menjawab kemusykilan daripada para pengunjung. Pasti banyak antara yang bertanya ialah murid sekolah yang ingin mengetahui rahsia untuk mencipta karya sastera. Setelah mengunjungi hampir semua gerai, aku berasa keletihan. Aku singgah sebentar di sebuah gerai makan untuk membasahkan tekak. Tatkala itu, sahabat karibku, Mohamad Isa menghampiriku. Dia menemaniku di meja sambil berbual-bual tentang kehebatan pesta buku ini. Perbualan kami berkisar di sekitar jenis-jenis buku yang dipamerkan. Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul 12:00 tengah hari. Perutku mula berkeroncong. Aku dan rakan-rakan lain berkumpul di luar pintu besar dewan untuk menaiki bas. Ketiga-tiga orang guru pengiring menunggu kami di sana. Kami menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari tapak pesta untuk makan tengah hari sebelum berangkat pulang. Praktis 9 Tema 2: Menimba Ilmu Anda sempat berkunjung ke Perpustakaan Negara. Pelbagai jenis buku dan biografi tokoh penulis hebat dan karya dipamerkan. Gambarkan suasana dan perasaan anda ketika itu. Info 9 CONTOH
BM Tingkatan 2 Bab 5 Peribahasa/ Cogan kata Sekilas Info 1 Ada dua teknik yang digunakan dalam menulis karangan peribahasa, iaitu: (a) Teknik cerita (b) Teknik huraian 2 Jika anda menggunakan teknik cerita, cerita yang dikaitkan dengan peribahasa itu mestilah mempunyai pengajaran dan nilai-nilai murni. 3 Cerita anda mestilah ada permulaan, kemuncak, dan peleraian. 4 Jika anda menggunakan teknik huraian, anda perlu memahami maksud peribahasa itu. 5 Anda perlu menghuraikan maksud peribahasa dan cara peribahasa itu dipraktikkan dalam masyarakat. Kaitkan peribahasa itu dengan keadaan semasa atau suasana masyarakat hari ini. 6 Akhiri karangan anda dengan pengajaran daripada peribahasa itu dan contoh-contohnya. Contoh karangan Tema 5: Bahasa dan Sastera “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”. Peribahasa di atas membawa maksud kita seharusnya mengambil langkah pencegahan sebelum terjadi sesuatu yang buruk. Tulis sebuah karangan untuk menghuraikan sejauh mana peribahasa ini mampu dipraktikkan dalam kehidupan. Mencegah lebih baik daripada merawat merupakan peribahasa yang sinonim dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Peribahasa ini membawa maksud sesuatu hal buruk sewajarnya dielakkan daripada berlanjutan agar kita tidak berdepan dengan kesukaran untuk merawatnya kelak. Selalunya peribahasa ini sering kali dikaitkan dengan kesihatan. Namun begitu, peribahasa ini lebih bersifat umum dan dapat diaplikasikan dalam semua situasi dan keadaan. Kita mulakan dari aspek kesihatan. Dari segi pemerhatian, kita dapat melihat betapa masyarakat kini mengabaikan aspek kesihatan. Makanan-makanan yang membahayakan kesihatan seperti gula dan lemak diambil tanpa kawalan. Tidak pelik jika kita terbaca satu artikel yang memaparkan kajian menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi kadar obesiti masyarakatnya. Apa tidaknya, bersarapan dengan nasi lemak dan teh tarik, makan tengah hari di kedai mamak, dan makan malam di kedai makanan segera. Masyarakat kita mengumpulkan lemak dan gula sepanjang hari. Prinsip yang dipegang ialah kita perlu menikmati kehidupan. Tetapi sedarkah kita, penyakit darah tinggi, kencing manis, dan lemah jantung merupakan penyakit yang membunuh di Malaysia? Oleh itu, bagi mengelakkan kita menjadi antara pesakit tiga jenis penyakit utama ini, wajarlah kita mengurangkan makanan-makanan yang berlemak dan bergula sejak awal. Hal ini demikian kerana tatkala kita sudah dihinggapi penyakit ini, kosnya agak tinggi dan masa pemulihannya juga agak lama. Selain aspek kesihatan, peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat boleh dikaitkan dengan perpaduan bangsa di Malaysia. Perpaduan negara kita dibentuk sejak sekian lama. Maka, dalam meniti era pascakemerdekaan ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan lunturnya sedikit nilai penyatuan bangsa dalam diri terutamanya remaja. Oleh itu, seperti yang dapat kita 69 CONTOH
70 lihat kini kerajaan telah mengatur pelbagai kempen dan aktiviti yang mampu membentuk semula nilai perpaduan dalam diri remaja. Hal ini demikian kerana jika perkara ini dibiarkan, keretakan hubungan antara kaum akan berlaku dan mengganggu inisiatif kerajaan untuk membangunkan negara. Maka bertepatan dengan peribahasa ini, untuk mencegah perkara yang lebih buruk berlaku kelak, kerajaan mula mengatur pelbagai strategi untuk menyatukan semula bangsa melalui rasa cinta akan negara yang diterap ke dalam diri remaja. Jika dilihat pula dari aspek kekeluargaan, ibu bapa perlu sentiasa memantau perubahan sikap anak-anak dari masa ke masa. Hal ini demikian kerana anak-anak yang tidak dipantau mudah terjerumus ke arah negatif. Sememangnya ibu bapa bertindak sebagai doktor yang perlu mengenal pasti sesuatu penyakit dari awal agar tidak semakin parah. Jika dilihat kepada senarai pelajar yang telah terlibat dengan jenayah, kebanyakan mereka menyatakan punca mereka menjadi sedemikian disebabkan masalah keluarga. Mereka bagaikan tidak dapat berpatah balik kerana malu akibat sudah jauh terjebak ke kancah jenayah. Oleh itu, ibu bapa seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah anak-anak sejak awal lagi agar mereka tidak jauh tenggelam dan akhirnya sukar diselamatkan. Jelaslah bahawa peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat mampu dipraktikkan dalam semua situasi kehidupan. Kebijaksanaan orang-orang pada zaman dahulu terpancar pada bait-bait peribahasa yang dibentukkan oleh mereka. Bukan sahaja mampu menunjukkan ketinggian bahasa, malah menjadi pedoman hidup kita. Maka, marilah kita memelihara budaya bangsa kita agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. BM Tingkatan 2 Bab 5 Praktis 10 Tema 5: Bahasa dan Sastera Peribahasa “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” membawa maksud pekerjaan yang dilakukan dengan tekun akan membuahkan hasil. Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud peribahasa tersebut. 1 Pada minggu yang lalu, sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti Hari Sukan baru-baru ini. 2 Selain menyihatkan diri, aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Bincangkan cara-cara yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bersukan. 3 Anda ingin menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Aktiviti Rekreasi dapat Memberikan Manfaat kepada Masyarakat’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Soalan Praktis Bertema Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan tersebut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. Tema: CONTOH Sukan dan Rekreasi
71 4 I Anak-anak yatim itu haus akan kasih sayang. II Tapak kasut sukan saya menjadi haus kerana selalu dipakai untuk berjoging. III Adik minum air yang banyak kerana terlalu haus selepas bermain badminton dengan kawannya. IV Warna baju sukannya telah haus kerana selalu dijemur di bawah cahaya matahari. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Semua pihak haruslah berganding bahu membasmi gejala vandalisme yang semakin berleluasa dari tahun ke setahun dalam kalangan remaja. A dari setahun ke tahun B dari setahun ke setahun C daripada tahun ke tahun D dari tahun ke setahun 6 Kami akan ceriakan balai raya itu secara bergotong-royong. A Akan kami ceriakan B Akan kami menceriakan C Akan diceriakan oleh kami D Kami akan ceriakan Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Encik Raju sedang menolong jirannya yang baru berpindah ke sebelah rumahnya barangan dari lori. A memuat C memungut B membawa D memunggah 2 Projek pembinaan balai raya di Kampung Murni itu merupakan hasil sumbangan daripada yang pemurah itu. A ilmuwan C dermawan B usahawan D budayawan Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Puan Noraini sedang masak rendang ayam untuk hidangan tengah hari. II Kamal tidak merajuk kerana sudah masak dengan perangai Mohan yang nakal itu. III Rambutan di kebun datuk sudah masak ranum. IV Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain masak dengan riangnya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Kertas 1 1 jam 30 minit Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] Ujian Akhir Sesi Akademik CONTOH
72 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9 Tingkah laku dan sahsiah seorang individu dapat dibentuk melalui peranan institusi keluarga. A Institusi keluarga ternyata dapat membentuk sahsiah dan tingkah laku keluarga tersebut. B Anak-anak perlu diberi peluang oleh keluarga mereka untuk membentuk sahsiah dan tingkah laku yang baik. C Ibu bapa sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. D Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10 Semua peribahasa yang berikut membawa maksud seperti di bawah, kecuali Sifat dan perangai anak lazimnya ikut perangai bapanya. A ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. B bagaimana acuan begitulah kuihnya. C bapa borek, anak rintik. D ada rupa, ada gaya. Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7 I Amalan menabung harus dipupuk sejak kecil. II Kemarau berlaku kerana sudah berbulanbulan hujan tidak turun. III Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan pada minggu hadapan. IV Murid-murid diberikan masa selama satu setengah jam untuk menjawab soalan Kertas 1 Bahasa Melayu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 8 I Janganlah kita merajuk bila dimarahi oleh ibu kita. II Para pengguna haruslah bijak memilih barangan agar supaya tidak tertipu. III “Nama-nama murid yang disebut telah dipilih sebagai pengawas,” kata Cikgu Asman kepada murid-muridnya. IV Amalan saling mengunjungi harus diteruskan demi mengeratkan hubungan antara kaum. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja CONTOH
73 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. “Qadqad … qraakkk!” Bunyi itu tiba-tiba kedengaran dari arah laluan kereta api. Sejurus kemudian, deru loncatan tinggi muncul dari hutan, mengiringi objek-objek bagaikan bola bertanduk yang terbang laju. Kawasan itu seolah-olah diserbu lingkaran reben gergasi hijau kuning yang diliukkan angin. “Lari! Lari!” Sidek menjerit. Para pekerja bertempiaran meninggalkan tugas masing-masing. Pekerja yang berdekatan kapal korek terjun ke dalam lombong. Talia sempat melihat seorang lelaki tumbang dirodok Qadqad. Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak mereka. Melihat orang lain berlari ke arah dua bangunan di tepi lombong, mereka juga menuju ke situ. Kira-kira dua puluh meter di hadapan, Binjah dan kebanyakan pekerja, termasuk Sidek, berlari memasuki salah satu bangunan. Bangunan yang satu lagi sudah ditutup. “Cepat! Cepat!” Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun, mendadak pula dia ditolak ke tepi oleh majikannya. Pintu itu ditutup pantas. Dodo yang baru tiba segera mengetuk dengan keras dan menjerit minta dibenarkan masuk. Talia memeluk erat bapanya. Jini di dalam bakul tidak bergerak. Qadqad yang paling dekat dengan mereka melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Nyaris Talia terjerit jika tidak kerana isyarat mata dan gelengan ibunya. Peluh merenik di dahi Dodo yang menanggung berat anaknya berserta makhluk selebar bahunya itu. Dipetik daripada cerpen ‘Talia dan Raksasa Qadqad’ antologi Baik Budi, lndah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Berdasarkan petikan, kata merenik membawa maksud A menitik C mencurah B meleleh D mencucur Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun, mendadak pula dia ditolak ke tepi oleh majikannya. Pintu itu ditutup pantas. 12 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah simpulan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan perwatakan yang ada pada Sidek? A Sejuk hati B Besar hati C Baik hati D Terang hati 13 Berdasarkan petikan cerpen di atas, Binjah digambarkan sebagai A seorang yang kejam. B seorang yang berani. C seorang yang baik hati. D seorang yang prihatin. 14 Mengapakah Dodo dan keluarganya tidak dapat masuk ke dalam bangunan itu? A Bangunan di tepi lombong itu terlalu jauh. B Mereka telah dikejar oleh kira-kira dua puluh ekor qadqad. C Dodo dan Misa tidak dapat berlari dengan pantas kerana mendukung anak-anak mereka. D Pintu ditutup pantas kerana majikan Sidek menolak Sidek yang menahan pintu untuk mereka. 15 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang petikan. A Seekor qadqad yang paling dekat dengan Talia melompat ke bahunya. B Binjah dan pekerja-pekerjanya berlari ke arah sebuah bangunan di tepi kapal korek itu. C Para pekerja bertempiaran meninggalkan tugas masing-masing apabila diserbu oleh Qadqad. D Majikan Sidek membenarkan Dodo dan Misa serta anak-anak mereka memasuki bangunan itu. CONTOH
74 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Bahagian B [30 markah] [Masa dicadangkan: 50 minit] 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. • Pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan murid-murid sepanjang kejohanan. • Markah kehadiran rumah sukan akan diambil (2 kali markah kehadiran) hanya diberikan kepada murid-murid yang menyertai Kejohanan Merentas Desa. • Tuan/ puan dikehendaki mengisi dan menanda tangani borang kebenaran yang telah diberikan kepada anak tuan/ puan dan perlu menyerahkan semula kepada guru kelas masing-masing. Larian Merentas Desa Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Makmur Tarikh: 26 Jun 202X Masa: 7:30 pagi – 12:30 tengahari (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pengambilan makanan yang segar amat penting untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang badan perlukan. (ii) Ibu memasukkan satu setengah sudu teh garam ke dalam kari ayam yang dimasaknya. [2 markah] tengahari ‒ tengah hari menanda tangani – menandatangani diperlukan oleh badan satu sudu teh setengah CONTOH
75 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik 3 Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah atau ayat tanya. Kemudian, tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Pemuda yang berkemeja biru itu anak siapa? (ii) Majlis perpisahan pengetua sekolah disudahi dengan bacaan doa. (iii) Oh, beliau rupa-rupanya jiran baharu saya! (iv) Usah pedulikan kata-katanya. [4 markah] 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] Ayat tanya Ayat penyata Ayat seruan Ayat perintah Bagai aur dengan tebing/ Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah CONTOH
76 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampai ke paras dada …” Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihannya, mungkin dia sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara, saya menyelit soal. “Dah tu, macam mana?” Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan. “Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung … tak hirau keadaan mak dan banjir ni. Kirim salam pada suami dan anakanak kau.” Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’ antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 “Murni pergi kerja ya mak! Mak rehat-rehatlah saja di rumah ini. Kalau hendak apa-apa mintak dengan Mak Aton,” pesan Murni sebelum melangkah keluar. Si ibu mengangguk-anggukkan kepala saja. Wajahnya muram dan lesu seperti orang tak cukup makan. “Tengah hari Murni balik makan. Mak rehat-rehat sajalah di rumah,” pesannya lagi. “Hantarkan aku balik ke kampung sajalah, Murni. Risau aku,” tambahnya dengan suara yang merendah dan antara dengar dengan tidak. Murni terkejut. “Hai … baru sampai semalam dah nak balik?” cetus Murni sedikit kesal. Hon kereta ditekan bertalu-talu oleh si menantu. Murni tergesa-gesa meninggalkan ibu termangu-mangu di bilik tamu. Anak dan menantu sudah hilang di mata. Tinggallah Jemah kesepian. Hatinya semakin risau. Penat rasanya duduk-duduk tanpa kerja itu. Aton, orang gaji Murni sibuk membasuh di bilik air. Jemah bangun dan keluar berjalan keliling rumah. Rumah-rumah jiran di sebelah-menyebelah sunyi belaka macam tidak berorang. Tidak ada kelibat manusia yang boleh ditegur sapa. Agaknya semua orang pergi kerja seperti anak dan menantunya juga. Rumah batu yang sederhana besarnya itu dikelilingnya dua tiga kali. Entah apa yang dicari dia sendiri tak tahu. Yang disedarinya benar-benar dia risau. Dipetik daripada cerpen ‘Budi yang Tak Terbeli’ karya Khadijah Hashim, Wanita, Mei 1971 CONTOH
77 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Berdasarkan Bahan 1, masalah yang dihadapi oleh Nek Piah ialah dia sudah kehabisan makanan akibat banjir. Berdasarkan Bahan 2, masalah yang dihadapi oleh Jemah ialah Jemah menjadi risau kerana dia telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan tidak biasa duduk-duduk berehat. Bahan 3 Selamat Menyambut Hari Ibu Terima kasih atas jasa dan pengorbanan ibu selama ini. (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Nek Piah dan Jemah. [3 markah] (b) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 3. [3 markah] (c) Selain mengajak ibu bapa tinggal bersama-sama, pada pendapat anda apakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa. [4 markah] 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani (ii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon (iv) Meniti Impian karya Osman Ayop Masyarakat yang bekerjasama. Latar masyarakat ialah gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, jelaskan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan masyarakat di atas. [10 markah] Pada pendapat saya, untuk membalas jasa ibu bapa, seseorang anak hendaklah selalu pulang menziarahi ibu bapa dan mendengar nasihat mereka. Selain itu, anak-anak juga hendaklah mengirimkan wang kepada ibu bapa dan memenuhi keperluan mereka. Dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 3 ialah anak-anak mestilah mengasihi ibu dengan sepenuh hati. Selain itu, kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu. CONTOH
78 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara pemakanan sihat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Cara pengambilan makanan berkhasiat menjamin kesihatan yang sejahtera dan membantu menghindari sebarang penyakit. Hal ini demikian kerana corak pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Makan pelbagai jenis makanan setiap hari berdasarkan saranan piramid makanan. Antara makanan tersebut termasuk bijirin, buah, sayur, daging, ayam, kekacang, susu, lemak minyak, dan sebagainya. Selain itu, elakkan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin dan mi segera kerana kurang zatnya. Kita juga digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memastikan kita mengamalkan diet seimbang. Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, kita perlu mengetahui nilai kalori dan memastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori yang diperlukan oleh badan. Kita juga perlu mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak. Cara lain ialah kita wajar makan dalam kuantiti yang betul untuk kekal sihat. Pinggan Sihat Malaysia telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pendekatan mudah bagi seseorang untuk memastikan pilihan makanan yang diletakkan di atas pinggan makan waktu utama dalam kuantiti yang sewajarnya. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan garam. Pengambilan gula dan garam perlu dikawal kerana jika diambil berlebihan akan menyumbang kepada risiko penyakit kronik. Paling penting, makan mengikut waktu makan secara teratur. Pastikan mengambil makanan pada tiga waktu makan utama, iaitu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalkan Corak Pemakanan Sihat’, bharian.com.my, 20 Februari 2023 (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) CONTOH
79 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 2 1 jam Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Program Kitar Semula Menyediakan tong kitar semula Menggalakkan kreativiti Membawa satu barang kitar semula Kertas, kaca, plastik, logam, botol Mengasingkan bahan kitar semula Pertandingan inovasi bahan terbuang CONTOH
80 BM Tingkatan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Sukan Lasak Paintball Meredah hutan Berakit arus deras Mendaki gunung Panjat tembok Selam skuba 1 Anda telah berpeluang menyertai satu aktiviti berkayak. Tulis pengalaman anda sepanjang aktiviti tersebut. 2 Sukan lasak merupakan sukan yang kian popular dalam kalangan remaja hari ini. Jelaskan manfaat menyertai sukan lasak. 3 Kelab Kembara sekolah anda ingin mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Jerai. Selaku setiausaha kelab, anda dikehendaki menulis surat kepada pengetua bagi memohon kebenaran untuk mengadakan ekspedisi tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. CONTOH
N1 Antologi Baik Budi, Indah Bahasa A Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang Binaan Plot Permulaan Pelanduk melawat kawasan pemerintahannya dan terserempak dengan anak-anak memerang. Perkembangan Bunyi burung bubut menyebabkan pelanduk membuka langkah silat. Anak-anak memerang mati dipijak oleh pelanduk. Perumitan Pasangan memerang memaklumkan hal kematian anak mereka kepada Nabi Allah Sulaiman. Nabi Allah Sulaiman menyoal siasat pelanduk, burung bubut, biawak, labi-labi, udang, dan sebarau untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anak-anak memerang. Puncak Sebarau mengadu nasib ahli keluarganya yang habis dimakan oleh memerang dan meminta pertimbangan yang adil untuk dirinya. Peleraian Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa kematian anak-anak memerang disebabkan oleh kesalahan memerang sendiri. Memerang mengakui kesalahan mereka. Pelanduk bebas daripada tuduhan menganiaya memerang. Nota Grafik KOMSAS Nota Lengkap KOMSAS Info Digital 1 CONTOH
N2 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Tema Penganiayaan terhadap orang lain akan mendapat balasan yang setimpal. Sikap tamak yang membawa bencana kepada diri sendiri. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Keadilan dalam memberikan pengadilan. Sikap bertindak tanpa usul periksa sering membawa padah. Persoalan Monolog dalaman Teknik Plot Dialog Gaya Bahasa Kata ganda patik-patik; beribu-ribu; ubun-ubun Bahasa Melayu klasik hatta; maka; bertelut; hamba; sebermula Inversi “Hai Syah Alam di Rimba, menanglah engkau; ... .” Latar Latar masa pada zaman semua haiwan bercakap seperti manusia; pada suatu hari ketika pelanduk melawat wilayahnya; pada waktu petang sewaktu memerang pulang ke lubangnya Latar tempat rimba; lubang tempat tinggal memerang; sungai Latar masyarakat masyarakat haiwan yang boleh berkata-kata; masyarakat yang adil dan saksama; CONTOH masyarakat yang tamak haloba; masyarakat yang bertindak tanpa usul periksa
N3 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Watak dan Perwatakan Syah Alam/ Pelanduk • Bijaksana. • Prihatin terhadap semua penghuni rimba. • Pandai seni pencak silat. • Memijak mati anak-anak memerang secara tidak sengaja. Memerang • Mempunyai tujuh ekor anak. • Bersikap tamak kerana habis seisi keluarga sebarau ditangkap dan dimakan. • Bersikap tidak bertimbang rasa terhadap sebarau. Nilai Kebijaksanaan Keadilan Rasional Kesederhanaan Kita harus bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Kita hendaklah adil dalam membuat pertimbangan. Kita tidak boleh bersikap tamak sehingga menyusahkan orang lain. Kita tidak boleh bertindak terburu-buru dan membuat andaian tanpa usul periksa. Pengajaran B Cerpen Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail) Binaan Plot Permulaan ‘Saya’ tersalah mendail nombor telefon dan tersentuh hati mendengar kata-kata seorang wanita tua yang sengsara akibat banjir. Perkembangan ‘Saya’ menghubungi Mak Piah kembali untuk mengetahui perkembangannya. ‘Saya’ mencari kediaman Mak Piah dan menghantar makanan kepadanya. Info Digital 2 CONTOH
N4 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Peleraian Nana menyesal dan berasa sedih atas kematian ibunya. ‘Saya’ memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan. Puncak Banjir semakin surut dan ‘Saya’ telah sembuh. Mak Piah meninggal dunia kerana tergelincir semasa membersihkan rumah. Perumitan Kedua-dua orang anak Mak Piah tidak mengambil berat terhadap ibu mereka yang sudah tua di kampung. Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana mengalami masalah kerap kencing. ‘Saya’ demam panas selama lima hari. Tema Pengabaian tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa pada usia tua. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Keprihatinan masyarakat terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain. Penderitaan masyarakat kampung sewaktu banjir. Sikap ibu bapa yang tidak mahu menyusahkan anak-anak. Persoalan Monolog dalaman Teknik Plot Saspens CONTOH
N5 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Gaya Bahasa Sinkope tu; ni; tak Kata ganda apa-apa; menujah-nujah; mana-mana; sungguh-sungguh Hiperbola merasai cungap harapannya yang telah lemas, terpendam di lembah kepiluan Metafora resipi pembohongan; lautan fikir; dipeluk kepanasan demam Latar Latar masa sewaktu kampung dilanda banjir; empat malam hujan lebat dan renyai silih berganti; setelah lima hari demam panas Latar tempat kampung; rumah Mak Piah; kubur Latar masyarakat masyarakat anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa; masyarakat ibu yang merindui anak-anak pada usia tua; masyarakat kampung yang dilanda banjir; masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain Watak dan Perwatakan ‘Saya’ • Sangat merindui arwah ibunya. • Prihatin terhadap nasib Mak Piah yang merindui anakanaknya. • Baik hati. • Mengotakan janjinya untuk melawat Mak Piah setelah demamnya kebah. Mak Piah • Mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. • Sangat merindui anakanaknya. • Lemah daya pendengaran. • Hidup seorang diri dan tidak mahu menyusahkan anakanaknya. Nilai Kasih sayang Tanggungjawab Prihatin Bantu-membantu Anak-anak harus memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa pada usia tua. Kita perlu prihatin terhadap kesusahan orang lain. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Kita haruslah membantu golongan yang memerlukan. Pengajaran CONTOH
N6 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdullah) Binaan Plot Permulaan Talia menemui seekor Qadqad yang tercedera dan merawat lukanya. Perkembangan Ramai penduduk kampung yang terserempak dengan Qadqad. Jini demam panas dan terpaksa dibawa ke hospital. Binjah tidak membenarkan Dodo menaiki kereta api untuk ke bandar. Peleraian Binjah dan pengikutnya mati dan Qadqad ghaib. Raksasa Qadqad tidak muncul lagi selepas itu. Perumitan Ramai pekerja balak dicederakan oleh Qadqad. Binjah mengarahkan penduduk kampung Bukit Ungu berpindah. Sidek dan Dodo melaporkan perbuatan Binjah kepada pihak polis. Puncak Binjah cuba membakar pondok penduduk kampung. Lengan kiri Dodo terkena tembakan yang dilepaskan oleh Binjah. Talia menjerit meminta bantuan Qadqad. Qadqad... Tema Pertembungan antara manusia yang berakhlak mulia dengan manusia yang bersikap tamak. Tanggungjawab seorang bapa. Kesusahan hidup masyarakat kawasan pedalaman. Cinta akan alam sekitar. Sikap mengenang budi. Persoalan Imbas kembali Teknik Plot Dialog Info Digital 3 CONTOH
N7 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Gaya Bahasa Simile gempal macam disumbat air; objek bagaikan bola bertanduk Kata ganda rata-rata; berpindah-randah; pemandu-pemandu; kacau-bilau Personifikasi disambar demam; jentera mengaum; ditelan hutan belantara Latar Latar masa beberapa bulan sebelum kejadian; tiga hari; waktu senja Latar tempat sempadan huma; Bukit Ungu; stesen kereta api Latar masyarakat masyarakat yang tamak mengejar kemewahan; masyarakat kampung yang menjalankan pertanian pindah; masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain Watak dan Perwatakan Talia • Anak Dodo dan Misa. • Adiknya, Jini demam panas. • Baik hati. • Panjang akal kerana menyeru bantuan Qadqad pada saatsaat genting. • Patuh kepada ibu bapanya. Dodo • Bapa Talia dan Jini. • Seorang petani pertanian pindah. • Bertanggungjawab. • Berani melaporkan tindakan Binjah kepada pihak polis. Binjah • Penyelia lombong bijih besi. • Seorang yang tamak dan tidak berperikemanusiaan. • Kejam dan tidak bertimbang rasa. Raksasa Qadqad • Haiwan hijau berkaki empat menyerupai katak raksasa. • Menyerang pembalak yang mencerobohi kawasan hutan. • Mengenang jasa Talia dan tidak menyerangnya. Kasih sayang Kesederhanaan Baik hati Mengenang budi Nilai Cinta akan alam sekitar Kita haruslah bersederhana dalam hidup dan tidak bersikap tamak. Kita perlu mencintai dan menghargai alam sekitar kurniaan Tuhan. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Kita haruslah mengenang budi orang yang pernah membantu kita. Pengajaran CONTOH
N8 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Menuai Emas (Salina Ibrahim) Binaan Plot Perumitan Abang Man tidak bersetuju dan mendesak Alif agar menjual tanah sawahnya. Ramai tuan tanah bersetuju untuk menjual tanah kerana sudah tidak larat untuk mengusahakannya. Mak Wan tetap menyokong pendirian anaknya, Alif. Puncak Alif memujuk beberapa orang penduduk kampung agar tidak menjual tanah mereka. Projek perumahan dibatalkan. Alif mencadangkan tanah sawah tersebut dijadikan estet padi. Permulaan Alif berada di bendang awal pagi sehari sebelum hasilnya dituai. Alif imbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum estet padi ini diusahakan. Perkembangan Tanah sawah penduduk kampung hendak dibeli oleh pemaju untuk dijadikan projek perumahan. Alif tidak mahu menjual tanah arwah ayahnya sebaliknya mahu mengusahakannya sendiri. Peleraian Projek estet padi berjalan lancar seperti yang dirancang oleh Alif. Teknologi moden banyak digunakan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti padi. Padi akan dituai pada keesokan hari. Tema Kecekalan dan ketabahan dalam melakukan sesuatu walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sikap masyarakat yang memandang rendah potensi sektor pertanian. Keceloparan mulut masyarakat yang mampu menggores perasaan. Amanat bapa yang disanjung tinggi oleh anak-anak. Kemajuan teknologi memudahkan tugas pelbagai pihak. Persoalan Info Digital 4 CONTOH
N9 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Teknik Plot Monolog dalaman Pemerian Imbas kembali Gaya Bahasa Simpulan bahasa bendera putih; campur tangan; senyum kambing Perlambangan petak emas; ruji semangat Metafora pita ingatan; hari limun benar; permaidani hijau; hutan batu Simile kuningnya seperti emas; bagaikan disua bahang api Hiperbola menenangkan hati yang terasa seperti mahu luruh Latar Latar masa awal pagi; zaman moden; suatu petang Latar tempat rumah Alif; petak bendang; Seberang Perak Latar masyarakat masyarakat kampung yang tidak menyedari potensi sektor pertanian; masyarakat yang panas baran; masyarakat lepasan universiti yang berdikari; masyarakat muda yang berhijrah ke kota Watak dan Perwatakan Alif • Graduan universiti jurusan ekonomi. • Tekad dengan keputusan untuk mengerjakan tanah sawah arwah ayahnya. • Tabah dan berwawasan tinggi. • Berjaya mengusahakan estet padi. Mak Wan • Ibu Alif dan seorang balu. • Sangat yakin terhadap pendirian anaknya. • Sangat menyayangi anaknya. • Penyabar. • Teguh pendirian. • Tegas. Abang Man • Pandai memujuk. • Seorang yang panas baran. • Menuduh Alif menghasut penduduk kampung. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Kita haruslah berbudi bahasa dan tidak melukakan hati orang lain. Kita haruslah tabah menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Kita haruslah bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Pengajaran Nilai Kesyukuran Berbudi bahasa Kasih sayang Berdikari Ketabahan CONTOH
N10 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS C Drama Mahkamah (Awang Abdullah) Binaan Plot Perumitan Peguam bela menolak dakwaan bahawa Tertuduh I bersalah. Tuan Hakim memutuskan bahawa Tertuduh I tidak bersalah. Puncak Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Dia mengaku bersalah dan mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya. Permulaan Tuan hakim melangkah masuk dan perbicaraan dimulakan. Tertuduh I diminta mengambil tempat di kandang pesalah. Perkembangan Tertuduh I dibekalkan khidmat peguam bela. Tertuduh I tidak mengaku menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali. Peleraian Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya. Tema Setiap individu harus bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kedaulatan sistem perundangan negara. Sindiran terhadap sikap sesetengah pihak yang tidak mematuhi etika pemakaian. Isu penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Kekurangan kesedaran masyarakat terhadap hak mereka. Pemikiran Info Digital 5 CONTOH
N11 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Pemerian Teknik Plot Dialog Gaya Bahasa Nilai Mematuhi peraturan Bertanggungjawab Mencintai bahasa kebangsaan Keadilan Sinkope kan; tak; nak Perlambangan melabur Bahasa Inggeris …is a kind of animal which have short tail; well done Diksi hakim; peguam bela; pendakwa raya; Tertuduh I Latar Latar masa siang; waktu pagi; 10 Januari 1988, jam 8:00 pagi hingga 9:00 pagi Latar tempat ruang mahkamah; mahkamah; Taman Gagak Putih Latar masyarakat masyarakat hakim dan peguam yang menjalankan tugas di mahkamah; masyarakat yang prihatin terhadap haiwan; masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu; masyarakat yang tidak mengaku kesalahan diri sendiri; masyarakat miskin yang tidak menyedari hak mereka Watak dan Perwatakan Hakim • Gemar menonton gusti. • Adil dalam memberikan pertimbangan. • Teliti kerana mengkaji banyak aspek sebelum menjatuhkan hukuman. Bulat bin Leper/ Tertuduh I • Miskin dan tidak mengetahui bahawa dia boleh menggunakan peguam bela percuma yang disediakan oleh mahkamah. • Dituduh menyebabkan kematian seorang warga emas, Mek Teh binti Jali. • Tidak mengaku bersalah. Akinomoto • Warga Jepun yang tidak mahir berbahasa Melayu. • Seorang yang mencintai haiwan. • Dituduh mencuri beruk subsidi kerajaan dan mengaku bersalah. Peguam bela • Tegas. • Pandai mematahkan hujah. • Bertanggungjawab. • Yakin ketika berhujah. Kita haruslah adil dan saksama dalam memberikan hukuman. Kita perlu mencintai bahasa kebangsaan dan tidak memperlekehkannya. Kita hendaklah bertanggungjawab atas tindakan sendiri. Kita haruslah mematuhi peraturan dan etika pemakaian di tempat awam. Pengajaran CONTOH
N12 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS D Puisi Tradisional Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap 1 Anak-anak berasa gembira ketika menyambut kepulangan ibu mereka. Rangkap 2 Kepulangan ibu menyebabkan hati anak-anak yang cemas menjadi tenang. Rangkap 3 Anak-anak bersuka ria apabila melihat ibu pulang dengan cepat. Rangkap 4 Anak-anak menyanyikan lagu bersama-sama. Rangkap 5 Anak-anak berasa gembira apabila ibu bapa mereka telah pulang ke rumah. Rangkap 6 Anak-anak sangat bersuka ria apabila diberikan pakaian baharu oleh ibu bapa. Rangkap 7 Sudah menjadi kebiasaan, anak-anak yang masih kecil bermanja dengan ibu bapa mereka. Tema Bertemakan perasaan anak-anak yang bergembira dan bersuka ria apabila menyambut kepulangan ibu bapa mereka. Perasaan gembira apabila mendapat pakaian baharu daripada ibu bapa. Sifat manja merupakan sifat semula jadi dalam berkasih sayang. Rasa takut akan hilang apabila ibu sudah pulang. Persoalan Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: Tidak terkatakan besar hati (R1; B3) • Aliterasi konsonan n: Sebarang nyanyi kita nyanyikan (R4; B4) • Kata ganda: bilang-bilang (R2; B2); adik-beradik (R4; B3); bersorak-sorak (R6; B1) • Peribahasa: besar hati (R1; B3) Bentuk Bentuk Terikat Rima akhir Bilangan rangkap Tujuh rangkap Rangkap 1 : a, b, a, b Rangkap 2 : a, a, a, a Rangkap 3 : a, b, a, b Rangkap 4 : a, b, a, b Rangkap 5 : a, a, a, a Rangkap 6 : a, b, a, b Rangkap 7 : a, b, a, b Bilangan baris Empat baris satu rangkap Bilangan suku kata Sembilan hingga sepuluh suku kata setiap baris Bilangan kata Tiga hingga lima patah perkataan sebaris Info Digital 6 CONTOH
N13 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Nilai dan Pengajaran Kesabaran Kita haruslah bersabar semasa menunggu kepulangan ibu bapa. Kesyukuran Kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa yang memilih dan membeli pakaian untuk kita. Kasih sayang Kita hendaklah menerima pemberian ibu bapa dengan gembira sebagai tanda berkasih sayang. Pantun Kiasan Maksud Rangkap 1 Sesuatu benda yang buruk tidak harus dibuang begitu sahaja kerana kemungkinan benda itu masih boleh digunakan untuk tujuan lain. Rangkap 2 Orang dagang bersikap terlalu merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak memberikan faedah kepada masyarakat. Rangkap 3 Seorang lelaki yang ingin mendapatkan seseorang gadis untuk dijadikan kekasihnya atau isterinya tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau berdarjat terlalu tinggi. Rangkap 4 Seseorang tidak seharusnya menyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapai sesuatu kerana dibimbangi harapan itu tidak kesampaian. Rangkap 5 Seseorang yang berkebolehan menyelesaikan masalah yang besar sudah tentu tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil. Rangkap 6 Seseorang tidak harus mengamalkan sikap membesar-besarkan atau menghebohkan sesuatu pekerjaan yang tidak seberapa. Rangkap 7 Pendirian seseorang mudah berubah jika tidak berpegang teguh pada sesuatu pendapat. Rangkap 8 Kemarahan seseorang dapat dipadamkan dengan kata-kata yang bernas daripada orang yang berilmu pengetahuan. Rangkap 9 Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampung halaman. Rangkap 10 Sesuatu yang terjadi mesti ada punca dan akibatnya. Rangkap 11 Kehendak hati yang terlalu besar sehingga tidak berupaya untuk mencapainya. Rangkap 12 Jika pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih tinggi pengetahuannya. Rangkap 13 Seseorang tidak harus mengharapkan sesuatu yang belum tentu lagi diperolehnya. Rangkap 14 Kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin apabila sudah tua. Rangkap 15 Seseorang tidak seharusnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan. Rangkap 16 Seseorang berasa kesal setelah meninggal dunia dan berharap agar peluang menebus kesalahan masih terbuka untuknya. Rangkap 17 Orang yang tampan dan cantik tidak dianggap sempurna jika berkelakuan atau berperangai kurang sopan. Info Digital 7 CONTOH
N14 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Tema Kiasan atau sindiran terhadap tingkah laku manusia. Sindiran terhadap perbuatan membazir. Sikap terlalu merendah diri yang tidak kena pada tempatnya. Persoalan Terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Kebolehan individu menyelesaikan masalah. Orang yang malas sukar mendapat kejayaan dalam hidupnya. Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: Apakan daya tangan tak sampai (R11; B4) • Aliterasi konsonan k: Kononlah pulak cicak mengkarung (R5; B4) • Hiperbola: Hujan ribut gunung terbakar (R8; B3) • Peribahasa: melukut di tepi gantang (R2; B4) • Sinkope: nak (R3; B3); tak (R14; B3) Bentuk Bentuk Terikat Bilangan suku kata Sembilan hingga sebelas suku kata setiap baris Bilangan rangkap Tujuh belas rangkap Bilangan kata Tiga hingga lima patah perkataan sebaris Bilangan baris Empat baris satu rangkap Rima akhir a, b, a, b Nilai dan Pengajaran Berjimat cermat Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam kehidupan. Merendah diri Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang lain. Berkeyakinan Kita hendaklah mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa. Pantun Budi Maksud Rangkap 1 Budi pekerti yang baik akan sentiasa dijunjung, diingati, dan menjadi sebutan orang. Info Digital 8 CONTOH
N15 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Rangkap 2 Berbudi bahasa melambangkan ketinggian budi pekerti seseorang. Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi akan dipandang hina dan disamakan dengan besi yang berkarat. Rangkap 4 Sudah menjadi resam hidup, iaitu seseorang lebih mementingkan kekayaan daripada budi bahasa. Rangkap 5 Walaupun miskin, seseorang itu masih dipandang mulia jika bersopan dan berbudi bahasa. Rangkap 6 Seseorang akan dipandang mulia kerana berbudi pekerti manakala hidup atau majunya sesuatu bangsa dinilai dari segi kemajuan dan ketinggian bahasanya. Rangkap 7 Carilah pasangan hidup yang sama padan dan berbudi pekerti mulia. Tema Berbudi pekerti yang baik akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kepentingan budi bahasa. Sikap terlalu mementingkan kekayaan daripada budi bahasa. Orang yang tidak berbudi akan dipandang hina. Nilai manusia terletak pada budinya. Persoalan Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: Tinggi bangsa kerana bahasa (R6; B4) • Aliterasi konsonan p: Tingkap papan kayu bersegi (R6; B1) • Kata ganda: tenang-tenang (R1; B1) • Sinkope: nak (R1; B4) • Simile: Bagai cincin dengan permata (R7; B4) • Repetisi: Pandai melompat pandai berlari (R5; B2) Bentuk Bentuk Terikat Rima akhir Bilangan rangkap Tujuh rangkap Rangkap 1 : a, b, a, b Rangkap 2 : a, b, a, b Rangkap 3 : a, b, a, b Rangkap 4 : a, b, a, b Rangkap 5 : a, a, a, a Rangkap 6 : a, b, a, b Rangkap 7 : a, b, a, b Bilangan baris Empat baris satu rangkap Bilangan suku kata Lima hingga sebelas suku kata sebaris Bilangan kata Tiga hingga enam patah perkataan sebaris Nilai dan Pengajaran Menghargai budi Kita haruslah menghargai budi yang ditabur oleh seseorang. CONTOH
N16 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Kesederhanaan Kita hendaklah hidup dalam kesederhanaan tanpa mementingkan kekayaan semata-mata hingga mengabaikan budi pekerti yang baik. Keikhlasan Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera. Berbudi bahasa Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia. Pantun Nasihat Maksud Rangkap 1 Apabila melakukan sesuatu kebaikan hendaklah ada sempadannya, tetapi sesuatu perbuatan yang jahat itu jangan sekali-kali dilakukan. Rangkap 2 Manusia masih ingin mengambil risiko walaupun mengetahui perbuatan tersebut akan membawa keburukan. Rangkap 3 Seseorang yang cuba menyembunyikan perasaan sedihnya di sebalik senyuman. Rangkap 4 Kita perlu berhati-hati ketika berkata-kata dan ingat bahawa percakapan yang tidak baik akan mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri. Rangkap 5 Dari sisi amalan berumah tangga, isteri tidak harus menengking suami kerana suami akan bosan dan fobia lalu mengabaikan tanggungjawabnya. Rangkap 6 Seseorang itu selalu dinilai melalui tingkah laku dan budi bahasanya. Rangkap 7 Peringatan kepada individu supaya pandai membawa diri apabila berada di tempat orang lain. Tema Nasihat kepada semua lapisan masyarakat ke arah kebaikan. Sikap akan membentuk peribadi seseorang. Bijak menjaga diri. Bersederhana dalam membuat kebaikan dan mengelak sama sekali perbuatan jahat atau bermusuhan dengan orang lain. Persoalan Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: Apakah sebab maka dimakan? (R2; B4) • Aliterasi konsonan b: Buat baik berpada-pada (R1; B3) • Peribahasa: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali (R1; B3 dan B4) • Simile: Bagai panas mengandung hujan (R3; B4) Info Digital 9 CONTOH
N17 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Bentuk Bentuk Terikat Rima akhir Bilangan rangkap Tujuh rangkap Rangkap 1 : a, b, a, b Rangkap 2 : a, b, a, b Rangkap 3 : a, b, a, b Rangkap 4 : a, b, a, b Rangkap 5 : a, b, a, b Rangkap 6 : a, b, a, b Rangkap 7 : a, b, a, b Bilangan baris Empat baris satu rangkap Bilangan suku kata Tujuh hingga sebelas suku kata sebaris Bilangan kata Tiga hingga lima patah perkataan sebaris Nilai dan Pengajaran Kita haruslah rasional ketika membuat sebarang keputusan. Kesederhanaan Kita hendaklah bersikap tidak keterlaluan dalam pertuturan. Rasional Baik hati Kita hendaklah menolong orang lain tanpa melebihi batasnya. Pantun Kasih Sayang Maksud Rangkap 1 Senyuman daripada lelaki yang dicintai merupakan senyuman yang tersangat manis sehingga mengalahkan gula madu. Rangkap 2 Menaruh harapan yang tinggi terhadap lelaki yang dicintainya sehingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang daripada lelaki lain. Rangkap 3 Tertarik hati kepada gadis yang cantik dan berkeinginan untuk memikat gadis tersebut. Rangkap 4 Selalu mengambil kesempatan untuk memerhatikan anak gadis orang. Rangkap 5 Kalau sudah jodoh, tetap akan bertemu juga walaupun berjauhan. Senyuman yang manis mengalahkan gula madu. Jodoh ditentukan oleh Tuhan. Kecantikan seseorang yang tiada bandingannya. Impian untuk memiliki sesuatu yang bukan kemampuan diri tidak kesampaian. Persoalan Tema Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang. Info Digital 10 CONTOH
N18 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: Bagaikan rasa hendak dicapai (R3; B4) • Aliterasi konsonan g: Singgah-menyinggah di pagar orang (R4; B2) • Peribahasa: bulan dipagar bintang (R3; B3) • Simile: Bagaikan rasa hendak dicapai (R3; B4) • Imej alam: buah mengkudu (R1; B1); anak udang, batang (R3; B1) Bentuk Bentuk Terikat Rima akhir Bilangan rangkap Lima rangkap Rangkap 1 : a, b, a, b Rangkap 2 : a, b, a, b Rangkap 3 : a, b, a, b Rangkap 4 : a, b, c, b Rangkap 5 : a, b, a, b Bilangan baris Empat baris satu rangkap Bilangan suku kata Lapan hingga sepuluh suku kata sebaris Bilangan kata Tiga hingga enam patah perkataan sebaris Nilai dan Pengajaran Kita haruslah mementingkan kesopanan dan kesantunan dalam berkasih sayang. Kesopanan dan kesantunan Kasih sayang Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang antara insan. Rasional Kita mestilah rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan. Keikhlasan Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) Maksud Rangkap 1 Walaupun memiliki pengetahuan yang cetek, ayah yang sangat menyayangi anaknya mengarangkan kitab supaya dapat memberikan pelbagai pesanan yang berguna kepada anak-anaknya. Rangkap 2 Kitab yang dihasilkan memberikan pengajaran kepada anaknya supaya menjaga perangai dan tingkah laku serta menjadi insan yang berakhlak mulia. Rangkap 3 Ayah berpesan kepada anaknya supaya menghindari sikap malas. Rangkap 4 Ayah menasihati anaknya, sekiranya anak menjadi pemimpin hendaklah memerintah negara dengan adil dan bertanggungjawab. Rangkap 5 Ayah berharap anaknya sering melakukan kebajikan dan membantu dengan hati yang ikhlas. Info Digital 11 CONTOH
N19 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Rangkap 6 Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah dinyatakan dalam kitab. Rangkap 7 Ayah menasihati anaknya supaya rajin mengaji dan hal ini perlu diutamakan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar supaya tidak mendapat malu. Rangkap 8 Anak-anak dinasihati melakukan segala perkara berdasarkan ilmu pengetahuan supaya tidak tersasar. Mereka juga dinasihati melakukan setiap perkara dengan berhati-hati agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Rangkap 9 Ilmu membolehkan kita membezakan perkara yang betul dan salah. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengadili sesuatu kesalahan rakyat dan menjatuhkan hukuman yang adil. Rangkap 10 Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, hal ini pasti akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran. Rangkap 11 Orang yang tidak berilmu itu tidak pandai mengambil tindakan dan hanya tahu memeluk tubuh dan menyebut nama Allah. Rangkap 12 Orang yang tidak berilmu hanya mampu duduk mendiamkan diri kerana tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Perkara yang mampu dilakukan oleh mereka ialah bangun dan duduk sahaja. Rangkap 13 Orang yang sedang menunggu perbicaraan bersusah hati dan berasa marah kerana perbicaraan belum diadili. Rangkap 14 Kadangkala hukuman yang dijatuhkan tidak mengikut hukum syarak dan tidak setimpal dengan kesalahan kerana mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa susah hati. Rangkap 15 Hukuman yang tidak adil akan dikeji oleh rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati. Rangkap 16 Jika hukuman tidak dijatuhkan berlandaskan hukuman yang benar, kita tidak perlu mempedulikan apa-apa yang diperkatakan orang kerana semuanya akan diadili oleh Allah. Rangkap 17 Jika anaknya menjadi menteri, dia hendaklah berkawan dengan golongan berilmu supaya perbincangan dan segala pekerjaan berjalan dengan lancar. Rangkap 18 Pemimpin hendaklah menjaga keperibadian seperti yang terdapat dalam kitab dan menjauhkan pekerjaan yang tidak baik supaya tidak berlaku penyelewengan. Tema Nasihat daripada ayah kepada anak agar memimpin negara dengan bijaksana dan adil. Kepentingan memiliki ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan. Hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri. Menjaga tingkah laku dan adab sopan. Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan. CONTOH Persoalan
N20 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Gaya Bahasa • Inversi: Menuntut ilmu janganlah segan (R6; B1) • Simile: seperti air di dalam gelas (R5; B4) • Responsi: Kerja kebajikan janganlah malas (R5; B1); zahir dan batin janganlah culas (R5; B2) • Anafora: Hendak menghukumkan tiada tahu (R11; B1); hendak diam hati tak mahu (R11; B2) • Asonansi vokal a: daripada sangat hajatku gerang (R1; B3) Bentuk Bentuk Terikat Bilangan suku kata Lapan hingga empat belas suku kata sebaris Bilangan rangkap Lapan belas rangkap Bilangan kata Tiga hingga enam patah perkataan sebaris Bilangan baris Empat baris satu rangkap Rima akhir a, a, a, a Nilai dan Pengajaran Kita haruslah rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan dengan bertanggungjawab. Kerajinan Keikhlasan Kita hendaklah melakukan kebajikan dengan hati yang ikhlas. Keadilan Kita perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawab kita. Kepatuhan Kita perlu patuh pada nasihat ibu bapa. E Puisi Moden Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain) Maksud Rangkap 1 Tuhan yang mencipta manusia turut memberikan kita kebolehan untuk bercakap. Rangkap 2 Tuhan memberikan manusia kebolehan bercakap dan akal fikiran untuk menterjemahkan maksud kata mengikut situasi dan peredaran masa. Rangkap 3 Tuhan menjadikan bangsa Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini mengembara merentasi lautan dan pulau-pulau lalu menetap di Tanah Melayu. Rangkap 4 Bahasa telah disebarkan secara meluas dengan menjadikan alam sebagai sudut pandang. Bahasa turut digunakan sebagai medium penyebaran agama. Rangkap 5 Bahasa membolehkan manusia menambahkan ilmu untuk memahami kewujudan alam semesta. Tema Kesyukuran atas nikmat berbahasa yang dianugerahkan oleh Tuhan. Info Digital 12 CONTOH
N21 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di bumi. Hubungan hakiki antara manusia dengan Tuhan. Kepentingan bahasa dalam kehidupan manusia. Penyebaran bahasa. Persoalan Gaya Bahasa • Metafora: sawo matang (R3; B2); istilah iman (R4; B6); tanda alam (R4; B8) • Asonansi vokal a: dari zaman ke zaman (R2; B5) • Aliterasi konsonan n: awan, hujan dan pohon (R4; B3) • Pengulangan: kami (5 kali) • Kata ganda: kata-kata (R2; B1); pulau-pulau (R3; B4) Romantik Nada Bentuk Bentuk Bebas Rima akhir Bilangan rangkap Lima rangkap Rangkap 1 : a, a Rangkap 2 : a, a, a, b, c Rangkap 3 : a, b, c, c, b Rangkap 4 : a, b, a, a, a, a, c, c, a Rangkap 5 : a, b, a Bilangan baris Dua hingga sembilan baris satu rangkap Bilangan suku kata Tujuh hingga tiga belas suku kata sebaris Bilangan kata Tiga hingga empat patah perkataan sebaris Nilai dan Pengajaran Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kebolehan berkomunikasi. Kesyukuran Kita haruslah menjadi khalifah di bumi dan patuh kepada ajaran agama. Patuh kepada ajaran agama Kerajinan Kita perlulah rajin menuntut ilmu. Kita haruslah menyanjungi dan memartabatkan bahasa Melayu. Menyanjungi bahasa Melayu Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap 1 Bau roti yang dibakar di dapur membangkitkan selera penyajak. Rangkap 2 Penyajak semakin lapar sementara menunggu roti dibakar. Rangkap 3 Selera makan penyajak bertambah apabila melihat roti sudah dihidangkan di hadapan mata. Penyajak memakan roti tersebut sehingga kenyang. Info CONTOH Digital 13
N22 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Rangkap 4 Individu yang beriman sering terkenang akan nasib golongan yang kurang berkemampuan dan kelaparan. Mereka selalu memikirkan usaha untuk membantu orang yang miskin. Rangkap 5 Penyajak memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas makanan tersebut dan berharap agar orang yang beriman akan membantu orang yang menderita di dunia. Tema Perilaku insan beriman terhadap rezeki. Membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kepentingan makanan dalam kehidupan manusia. Ciri-ciri manusia beriman. Kesyukuran terhadap rezeki. Persoalan Gaya Bahasa • Metafora: kalimah syukur (R5; B2); percikan iman (R5; B5) • Hiperbola: berkeping-keping menggegar selera (R3; B3) • Pengulangan: roti; lapar; perut • Asonansi vokal a: asap berjelaga berkepul (R1; B2) • Aliterasi konsonan n: tenang bersendawa (R3; B5) Didaktik Nada Bentuk Bentuk Bebas Bilangan rangkap Lima rangkap Bilangan baris Empat hingga lima baris satu rangkap Bilangan kata Dua hingga enam patah perkataan sebaris Bilangan suku kata Lima hingga empat belas suku kata sebaris. Rima akhir Rangkap 1 : a, b, a, a Rangkap 2 : a, a, a, a, a Rangkap 3 : a, a, a, a, a Rangkap 4 : a, a, a, a, a Rangkap 5 : a, a, a, a, a Nilai dan Pengajaran Berjimat cermat Kita tidak boleh membazirkan makanan dan mestilah makan secara sederhana. Kesyukuran Kita haruslah bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Baik hati Kita perlu membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain) Maksud Rangkap 1 Penyajak mencari ketenangan di tanah airnya yang makmur dan merdeka. Penduduk di negaranya hidup bersatu padu. Info Digital 14 CONTOH
N23 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Rangkap 2 Penyajak sangat mencintai negaranya dan memiliki jati diri yang utuh. Rangkap 3 Penyajak menyatakan bahawa negaranya aman dan berharap kegemilangan negaranya berkekalan serta menjadi kebanggaan generasi akan datang. Tema Keharmonian hidup di tanah air yang merdeka. Perasaan cinta akan negara. Kepentingan jati diri dalam kalangan rakyat. Kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Kegemilangan negara akan menjadi kebanggan semua. Persoalan Gaya Bahasa • Metafora: laman sukma (R2; B3) • Asonansi vokal a: Kucari damai di sini (R1; B1) • Aliterasi konsonan n: dengan kasih sayang (R2; B4) • Sinkope: kucari (R1; B1) • Repetisi: Kucari damai di sini (R1; B1) (R2; B1) Patriotik Nada Bentuk Bentuk Bebas Bilangan rangkap Tiga rangkap Bilangan baris Empat hingga enam baris satu rangkap Bilangan kata Tiga hingga lapan patah perkataan sebaris Bilangan suku kata Enam hingga lapan belas suku kata sebaris. Rima akhir Rangkap 1 : a, b, a, c, c, c Rangkap 2 : a, a, b, c, a Rangkap 3 : a, b, b, b Nilai dan Pengajaran Kita harus hidup bersatu padu untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara. Perpaduan Cinta akan negara Kita haruslah cinta dan bangga akan negara. Jati diri Kita perlu memiliki jati diri agar tidak hilang identiti bangsa dan negara. Kesyukuran Kita harus menghargai kemerdekaan negara. Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed) Maksud Rangkap 1 Perempuan yang sudah kehilangan kehormatan akan tersisih dan menyebabkan ahli keluarga terutamanya ibu berdukacita. Info Digital 15 CONTOH
N24 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Rangkap 2 Andainya maruah gadis telah tercemar, ibu akan berasa sedih dan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi. Rangkap 3 Penyajak berpesan agar gadis tidak menjatuhkan kehormatan diri, sebaliknya perlu memelihara diri untuk mencapai martabat yang tinggi dan dipandang mulia. Tema Bertemakan peri pentingnya gadis menjaga maruah atau harga dirinya. Menyesali sesuatu yang telah hilang. Memelihara maruah diri. Kesedihan ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar. Persoalan Gaya Bahasa • Asonansi vokal a: adalah titis air mata bonda (R1; B2) • Aliterasi konsonan n: Merenung pada malam yang kematian angin (R1; B1) • Sinkope: tak (R2; B6) • Metafora: pintu kehidupan (R2; B4) • Simile: seperti telah menutup (R2; B3) • Imej alam: angin; ombak Nada Melankolik Bentuk Bentuk Bebas Bilangan rangkap Tiga rangkap Bilangan baris Tiga hingga enam baris satu rangkap Bilangan kata Dua hingga enam perkataan sebaris Bilangan suku kata Lima hingga tiga belas suku kata sebaris Rima akhir Rangkap 1 : a, b, b Rangkap 2 : a, b, c, d, e, e Rangkap 3: a, b, c, b, d Nilai dan Pengajaran Kita hendaklah mematuhi segala suruhan Tuhan berlandaskan pegangan agama masing-masing. Kepercayaan kepada Tuhan Harga diri Kita haruslah memuliakan dan menjaga maruah diri. Kasih sayang Kita perlu menjaga hati ibu agar tidak bersusah hati. CONTOH
N25 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Novel Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon (Terengganu, Melaka, Kelantan, Pahang) Tema Semangat dan iltizam remaja yang berwawasan. Persoalan Kepentingan hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekitar. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Sikap dendam yang memudaratkan diri. Pandangan serong masyarakat terhadap golongan janda. Kesengsaraan hidup akibat serangan makhluk perosak. Binaan Plot Permulaan Zahar bercadang ke Tanjung Piai dan Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu yang baharu. Mawar kurang bersetuju dengan cadangan Zahar ke Pulau Pisang. Perkembangan Zahar tercedera di Kem Kaizen semasa mencari spesies baharu. Setelah sembuh, dia dan Malcom Tan ke Pulau Pisang dan membawa pulang seekor ulat bulu yang unik. Nota Lengkap Novel Info Digital 16 CONTOH
N26 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Perumitan Hasil kacukan Monarch dan Pus Pus telah melahirkan Morgan. Selepas sebulan, Kampung Maju Jaya diserang oleh ulat bulu berintik hitam pada waktu malam. Penduduk kampung yang dihasut oleh Ripin menyalahkan Zahar sebagai puncanya. Puncak Zahar yakin bahawa serangan ulat bulu di kampungnya ada kaitan dengan Morgan. Ramai penduduk kampung yang sakit dan banyak haiwan ternakan yang mati. Hal ini menyebabkan masyarakat hilang arah dan Ripin menyerang Zahar. Makmal Zahar diceroboh. Semua bahan kajian Zahar telah hilang. Peleraian Bahan kajian Zahar yang dicuri turut dikembalikan. Zahar berjaya menghasilkan semburan ulat bulu berintik hitam bernama MONPUS. Dia meraih Anugerah Inovasi di samping Biasiswa Kerusi Canselor. Dia juga bertemu kembali dengan ayah kandungnya setelah lama berpisah. Teknik Plot Pemerian Dialog Saspens Kejutan Imbas kembali Gaya Bahasa Simile duduk rumah macam ratu; gatal macam ulat bulu Peribahasa serkap jarang; jauh perjalanan luas pemandangan; ikan pulang ke lubuk; tumbuh bagai cendawan selepas hujan Sinkope dah; nak; ni; tak; dik Metafora besar hati; mahligai cinta; tirai kehidupan; sejarah hidup; muka bumi CONTOH
N27 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Latar Latar masa waktu tengah hari; waktu malam; pukul 5:00 petang; pukul 6:00 pagi Latar tempat makmal kecil Zahar; Tanjung Piai; Pulau Pisang; Kampung Maju Jaya; Kem Kaizen Latar masyarakat masyarakat pelajar universiti yang bijak dan beriltizam; masyarakat ibu tunggal yang tabah mengharungi cabaran hidup; masyarakat yang percaya kepada kepercayaan karut; masyarakat kampung yang sengsara ekoran serangan serangga perosak; masyarakat yang menyimpan dendam Watak dan Perwatakan Zahar • Seorang penuntut UTM berusia 22 tahun. • Pencinta alam. • Gigih berusaha. • Penyayang. • Bertanggungjawab. • Bijak. Qistina • Ibu Zahar. • Seorang ibu tunggal. • Tabah. • Tegas. • Guru Bahasa Melayu di SMK Sri Yasin. • Dedikasi dalam tugasnya sebagai guru. Ripin • Pendendam. • Suka menghasut. • Boros. • Diberkas polis atas kesalahan mencuri hasil kajian Zahar dan beberapa kesalahan lain. Nilai Kasih sayang Kebijaksanaan Ketabahan Keberanian Kita hendaklah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kita hendaklah menjaga dan melindungi alam sekitar. Kita harus menyayangi ahli keluarga. Kita perlu membantu orang yang dalam kesusahan. Pengajaran CONTOH
N28 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Meniti Impian karya Osman Ayob (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan) Tema Kegigihan seorang remaja untuk berjaya dan membuktikan kemampuan diri sendiri. Persoalan Semangat kejiranan sesama penduduk kampung. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Hala tuju pelajar lepasan SPM. Pandangan serong masyarakat terhadap kerjaya kolar biru. Sikap anggota masyarakat yang suka mereka-reka cerita. Binaan Plot Permulaan Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan perabot selepas gagal menyambung pelajarannya. Zahar menyimpan azam untuk menyambung pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM. Perkembangan Zahar ditawarkan kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani. Rakan-rakan Zahar turut menumpang gembira. Zahar mahu menyampaikan berita gembira itu kepada Suhaili. Perumitan Zahar berasa sedih kerana Suhaili memperlekehkan hasratnya untuk belajar di IKM. Suhaili mengutus surat kepada Zahar untuk memutuskan hubungan. Puncak Zahar mengikuti latihan dalam loji di sebuah kilang perabot di Kamunting, Perak. Zahar bertemu dengan Suhaili yang bekerja sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang tersebut. Info Digital 17 CONTOH
N29 BM Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS Peleraian Zahar lulus cemerlang dalam latihan serta mendapat pujian daripada pihak atasan. Dia pulang ke kampung dan mendirikan sebuah bengkel moden. Kisah Zahar tersiar di akhbar dan perabotnya mendapat sambutan yang baik, malah memiliki logo serta tandanya yang tersendiri. Teknik Plot Pemerian Dialog Monolog dalaman Imbas kembali Gaya Bahasa Simile bagai api yang pasti membakar semangat; bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya; suaranya bagaikan mampu membelah bukit Peribahasa isi dengan kuku; memasang telinga; kera sumbang; berat tulang; pucuk dicita ulam mendatang Hiperbola suaranya garau; lantangnya bagaikan mampu membelah bukit Metafora sinar gembira; arus waktu; perut bas; ranjau ketidakmampuan Latar Latar masa waktu tengah hari; waktu malam; enam bulan; pukul 10:30 pagi Latar tempat bengkel perabot Pak Yusuf; Institut Kemahiran Mara Sungai Petani; Kompleks Beli-belah City Point; Pekan Sik Latar masyarakat masyarakat kampung yang hidup bantu-membantu; masyarakat yang memandang rendah kerjaya kolar biru; masyarakat ibu tunggal yang tabah menyara anakanak; masyarakat yang mempunyai semangat bekerjasama; masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan CONTOH