10 BM Tingkatan 2 Bab 1 Peribahasa Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Unit 2: Kebersihan Lambang Keperibadian 1 Kita seharusnya sentiasa mengamalkan kebersihan diri kerana . A kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya B melentur buluh biarlah daripada rebungnya C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih D mencegah lebih baik daripada mengubati Unit 5: Cita-cita Setinggi Bintang 2 Aiman sememangnya bercita-cita untuk menjadi doktor. Sejak kecil lagi, dia rajin berusaha untuk merealisasikan cita-citanya itu sehingga akhirnya dia berjaya. A Alah bisa, tegal biasa B Membaca jambatan ilmu C Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih D Perahu sudah di air, pendayung di dalam genggaman Unit 7: Remaja Berintegriti 3 Aris dilantik sebagai pengurus selepas berkhidmat di sebuah syarikat selama lima tahun. Namun, kerjayanya tergugat setelah dia didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah. Hal tersebut menyebabkan nama baiknya selama ini tercemar. Keadaan Aris ini dikatakan . A tepuk sebelah tangan takkan berbunyi B rosak bawang ditimpa jambak C sebab budi boleh kedapatan D ada pasang surutnya Unit 8: Integrasi Teras Kehidupan 4 Peribahasa berikut berkaitan dengan semangat tolong-menolong, kecuali A bagai aur dengan tebing B berat sama dipikul, ringan sama dijinjing C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni D berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian Unit 13: Warna-warni Budaya 5 Kita sering diingatkan supaya terus memelihara serta menjaga seni, budaya, dan warisan agar tidak terus hayut dibawa arus kemodenan. Peribahasa yang paling sesuai dengan pernyataan di atas ialah . A tak kenal maka tak cinta B usang dibarui, lapuk dikajangi C tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Unit 15: Keselamatan Diri 6 Peribahasa yang berikut sesuai dijadikan nasihat bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya, kecuali A biar lambat asalkan selamat B mencurah air ke daun keladi C sudah terhantuk baru tengadah D sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Unit 19: Kenali Malaysia 7 Wei Wen amat gembira apabila ayah memberitahu bahawa mereka sekeluarga akan bercuti di Pulau Redang. Dia sudah lama berhajat untuk makan angin di sana. Keadaan ini dikatakan seperti . A kera mendapat bunga B tiada rotan, akar pun berguna C kata mesti dikota, janji mesti ditepati D orang mengantuk disorongkan bantal Unit 23: Semarak Negara 8 Hasrul menolak tawaran kerja di luar negara walaupun ditawarkan gaji yang tinggi. Dia ingin menabur bakti di negara sendiri. Sikapnya itu sesuai dengan peribahasa berikut, kecuali A ikan pulang ke lubuk B setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga C masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak D hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Unit 28: Di Tanah dan di Air 9 Denis untuk mengembangkan perniagaan kerepek ubinya ke seluruh Malaysia. A ada bakat C bulat hati B bulat kata D besar hati Kuiz 11 Info Digital 8 CONTOH
11 BM Tingkatan 2 Bab 1 Bahagian B: Objektif Pelbagai Pilihan Kesalahan Ejaan Praktis 1 Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Ibu bapa seharusnya bertanggung jawab menyemai amalan membaca kepada anak-anak mereka sejak kecil. (ii) Pengambilan makanan seimbang menjamin kesihatan badan dan mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Praktis 2 Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Kita harus menyemak recit pembelian selepas meninggalkan kaunter bayaran. (ii) Kita memerlukan istirehat yang mencukupi. Praktis 3 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Wartawan : Bagaimanakah perasaan saudara apabila terpilih sebagai Murid Cemerlang? Akmal : Saya berasa amat gembira. Saya tidak menduga bahawa saya berpeluang memenangi anugerah itu. Wartawan : Bolehkah saudara berkongsi strategi pembelajaran dengan kami? Akmal : Saya hanya memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas apabila guru sedang mengajar. Selain itu, saya juga menyediakan jadual waktu belajar untuk mengulangkaji pelajaran yang diajar oleh guru dan sentiasa mematuhi masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Wartawan : Saya mendapat tahu bahawa saudara juga aktif dalam ko-kurikulum. Bagaimanakah saudara membahagikan masa antara pelajaran dengan sukan? (i) (ii) Kuiz 12 Info Digital 9 bertanggung jawab – bertanggungjawab kolestrol – kolesterol recit – resit istirehat – istirahat mengulangkaji – mengulang kaji ko-kurikulum – kokurikulum CONTOH
12 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 4 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Kelas membuat kuih tradisional Melayu Anda ingin membuat kuih muih tradisional, tetapi tidak tahu caranya? Bengkel ini akan menunjukkan cara membuat kuih tradisional dengan resepi mudah dan cepat. Anda akan mahir dalam masa sehari. Layari laman web www.anekakuih.com.my atau hubungi Puan Shera melalui talian 016-226 5493 Yuran: RM350.00 (termasuk bahan untuk membuat kuih) Jangan tunggu lagi! Kuih keria Kuih lapis Onde-onde Kuih ketayap Seri muka (i) (ii) Praktis 5 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. PENCEGAHAN WABAK CORONAVIRUS (COVID-19) Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan daripada individu yang mengalami gejala demam, batok, dan bersin. Kerap basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sekurang-kurangnya 20 saat atau gunakan pensanitasi tangan. Pakai pelitup muka jika mengunjungi tempat tumpuan orang ramai. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan jika hendak bersin. Basuh tangan dengan serta merta. (i) (ii) kuih muih – kuih-muih batok – batuk resepi – resipi serta merta – serta-merta CONTOH
13 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 6 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Di dalam Muzium Tekstil Negara terdapat pelbagai pamiran tentang asal-usul dan sejarah evolusi tekstil tempatan bermula di empat galeri yang berbeza. Galeri terbabit ialah Galeri Pohon Budi yang mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman prasejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. (i) (ii) Praktis 7 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih naskhah bercetak walaupun wujud pelbagai teknoloji dan aplikasi. Bagi pelajar atau maha siswa pula, mereka lebih gemar membaca secara dalam talian. Oleh itu, terpulanglah kepada pembaca untuk memilih wadah pembacaan masing-masing. (i) (ii) Praktis 8 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. JAWATAN KOSONG! JURURAWAT TERLATIH Kelayakan: Warga negara Malaysia Berkelulusan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejururawatan daripada poli-teknik/ IPTA/ IPTS yang diiktiraf Mempunyai Sijil Pos Basik Rawatan Renal Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Malaysia (LKM) Sijil Perakuan Pengalaman Jururawat Tahunan yang masih sah Umur tidak kurang daripada 23 tahun Permohonan boleh dibuat secara bersurat/ emel dengan menyatakan biodata peribadi berserta satu keping gambar sebelum 20 Disember Pengurus Pusat Hemodialisis Felda Blok J Anjung Felda, Jalan Maktab 54000 Kuala Lumpur Alamat: e-mel: [email protected] (i) (ii) (iii) pamiran – pameran teknoloji – teknologi asal-usul – asal usul maha siswa – mahasiswa Warga negara – Warganegara poli-teknik – politeknik emel – e-mel CONTOH
14 BM Tingkatan 2 Bab 1 Morfologi Kesalahan Umum Tatabahasa Buku Teks: 63, 77, 98, 103, 115, 124, 129, 136, 165, 174, 191, 198, 203, 210, 215, 229 Praktis 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anaknya menjaga kebersihan diri. (ii) Sekiranya kita menjaga kebersihan, kami dapat menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. (iii) Konsep menjaga kebersihan perlu disemai oleh kita dan diperturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain. (iv) “Dengan penjagaan kebersihan diri, barulah anda disenangi oleh orang lain,” kata Jimmy kepada rakan karibnya. (v) “Kalian perlu memberus gigi dan berkumuh selepas makan agar nafas sentiasa segar,” nasihat doktor pergigian kepada seorang pesakitnya. (vi) “Kamu mestilah menjaga kebersihan diri kerana orang yang bersih dan sihat akan hidup ceria,” kata Cikgu Sofea kepada muridmurid beliau. (vii) Basikal yang rosak itu telah Amirul baiki. Info Digital 10 Praktis 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Budaya membaca dalam kalangan khalayak umum masih kecil. (ii) Permintaan terhadap madu kelulut ini tinggi agak terutama daripada mereka yang mengamalkan amalan pemakanan sihat. (iii) Munirah benar yakin dapat memenangi kuiz bahasa yang dianjurkan di sekolahnya. (iv) Program Nilam dianjurkan untuk memupuk sikap suka akan membaca dalam kalangan murid di sekolah. (v) Hasil daripada usaha tegas itu, Azman berjaya mengeluarkan hasil tanaman organik yang pertama, iaitu durian organik. (vi) Anugerah Sastera Negara merupakan anugerah tertinggi sekali negara kepada sasterawan. (vii) Rozita ialah murid yang paling berbakat sekali dalam mendeklamasikan sajak. (viii) Majlis Kampung Hulu merupakan masjid yang tertua sekali di negeri Melaka. anak-anak mereka rendah agak tinggi yakin benar suka membaca keras tertinggi paling berbakat/ berbakat sekali tertua/ tua sekali kita kita semai kamu/ awak Kamu murid-muridnya dibaiki oleh Amirul CONTOH
15 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 3 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, dan Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran-mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid tingkatan empat. (ii) Sebelum mengembara di hutan, semua isyarat-isyarat sulit telah dipelajari oleh ahli-ahli pengakap. (iii) Melalui belajar secara berkumpulan, saya dan rakan-rakan boleh saling bertukartukar pemikiran tentang tajuk yang sukar difahami. (iv) Banyak perkara-perkara baharu dapat saya belajar melalui lawatan ke bengkel batik itu. (v) Sebaiknya, ibu bapa boleh membawa anakanak mereka melawat tempat-tempat bersejarah untuk memupuk semangat patriotisme mereka. (vi) Dia menyentuh tetikus dan menekan papan kunci untuk mencari maklumat tentang tugasan yang diberikan oleh gurunya. (vii) Semua maklumat-maklumat peribadi yang dikongsi dapat mengundang kepada perbuatan jenayah. (viii) Kekayaan alam semula jadi di Malaysia menjadi daya tarikan kepada para-para pelancong asing. Praktis 4 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pereka fesyen ialah antara kerjaya yang saya minati. (ii) Walaupun kerjaya sebagai operator kren tersangat berbahaya sekali, namun kerjaya ini memberikan pendapatan yang lumayan. (iii) Isu pengangguran dalam kalangan siswazah hangat diperkatakan sejak berapa tahun belakangan ini. (iv) Banyak pelajar memilih bidang kemahiran kerana bidang ini bukan lagi pilihan dua pelajar dan peluang kerjaya lebih luas. (v) Tiap graduan seharusnya celik teknologi agar peluang mendapatkan pekerjaan lebih tinggi. (vi) Bahan-bahan bacaan tentang amalan budaya berintegriti terdapat atas rak buku itu. (vii) Setiap orang penduduk dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka yang akan diadakan di sebuah dewan serba guna. (viii) Lemang ini memang sedap sekali dimakan bersama ayam rendang yang dimasak oleh emak. (ix) Antara sayur-sayuran yang diusahakan oleh tiga sahabat itu ialah bayam, sawi, kangkung, kacang panjang, dan banyak lagi. mata-mata pelajaran semua isyarat/ isyarat-isyarat saling bertukar/ bertukar-tukar Banyak perkara/ Perkara-perkara Sebaik-baiknya kekunci Semua maklumat/ Maklumat-maklumat para pelancong asing Antara sayur rendang ayam Setiap penduduk di atas Setiap/ Tiap-tiap kedua beberapa tersangat berbahaya adalah antara CONTOH
16 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 5 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Qistina sangat teramat suka membaca karya sastera. (ii) Sikap mementingkan diri sendiri tidak patut diamalkan oleh mana pihak. (iii) Pada masa ini, karya-karya sastera mudah untuk didapati dengan adanya capaian Internet yang sungguh tinggi amat. (iv) Murid yang mempunyai tahap pencapaian kemahiran berbahasa yang lebih tinggi boleh menjadikan mentor kepada murid yang lemah dalam kemahiran berbahasa. (v) Dengan membaca karya sastera, kita boleh memperluaskan kosa kata dan membaiki penggunaan bahasa. (vi) Kita harus berbangga bahasa kebangsaan kita kerana bahasa ialah lambang negara. (vii) Selain daripada itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi. (viii) Papan iklan seharusnya mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan berbanding dengan lain-lain bahasa. (ix) Sejak kebelakangan ini, masyarakat semakin meminggirkan karya sastera. Praktis 6 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Binaan kubu yang panjang oleh mata-mata Inggeris bertujuan untuk menyerang Lubuk Terua. (ii) Pemberani dan kehebatan pejuang negara amat kita sanjungi. (iii) Perkenalan sistem pungutan cukai oleh pihak Inggeris ditentang hebat oleh penduduk tempatan. (iv) Perlantikan Birch sebagai Residen British di Perak tidak disenangi dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. (v) Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan peninggalan sejarah tanah air yang penting. (vi) Datuk Bahaman mengarahkan semua pendudukan Semantan bersiap sedia untuk menentang pihak Inggeris. (vii) Bakul yang dianyam daripada surat khabar lama ini ialah untuk dihadiahkan kepada guru kesayangan saya. (viii) Semua warga sekolah diseru menanamkan nilai cintakan alam sekitar untuk menjamin masa depan yang sihat dan sejahtera. sangat suka/ teramat suka Pembinaan Keberanian Pengenalan Pelantikan tinggalan penduduk adalah cinta akan mana-mana sungguh amat tinggi menjadi memperluas berbangga dengan bahasa kebangsaan Selain itu bahasa-bahasa lain Kebelakangan ini CONTOH
17 BM Tingkatan 2 Bab 1 Sintaksis Ayat Dasar Buku Teks: 148, 160, 224 Praktis 1 Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). (i) Ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. (ii) Ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan sangat penting. (iii) Info tentang kursus usahawan itu daripada ayah. (iv) Kursus kepimpinan ini menanamkan nilai bertanggungjawab. Praktis 2 Kenal pasti setiap ayat di bawah dan klasifikasikannya sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan. (i) Seorang yang patriotik boleh menyumbangkan tenaga, pandangan, harta, dan jiwa untuk kebaikan negara. (ii) Ayuh, menabung untuk masa hadapan anda! (iii) Pencipta asal Jalur Gemilang ialah Mohamed bin Hamzah. (iv) Bagaimanakah awak merancang perbelanjaan dan kewangan? (v) Apakah kepentingan semangat patriotisme? (vi) Wah, ramai orang yang datang meraikan sambutan Hari Kebangsaan! (vii) Saya akan membahagikan wang saya kepada dua kategori, iaitu pendapatan dan perbelanjaan. Kuiz 13 Info Digital 11 Kuiz 14 Info Digital 12 FN + FK FN + FS FN + FA FN + FK Ayat penyata Ayat seruan Ayat penyata Ayat tanya Ayat tanya Ayat seruan Ayat penyata CONTOH
18 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 3 Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan. (i) Pengawas sekolah membantu pihak sekolah memantau peraturan sekolah. Subjek : Predikat : (ii) Hari Keusahawanan diadakan untuk mengasah bakat perniagaan murid-murid. Subjek : Predikat : (iii) Ahli-ahli Kelab Keusahawanan kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang jualan di gerai masing-masing. Subjek : Predikat : Praktis 4 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris. (i) Kita perlu melaporkan kepada ibu bapa atau guru sekiranya dibuli di media sosial. (ii) Jumlah orang di seluruh dunia yang dijangkiti penyakit COVID-19 telah melebihi 50 000 ribu orang. (iii) Semua murid dilarang masuk ke dalam makmal sains tanpa kebenaran daripada guru kerana kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku tanpa pengawasan daripada guru. (iv) Alat pemadam api harus diletakkan di setiap bahagian bangunan sekolah. (v) Perkara yang perlu kita lakukan jika ingin bercuti lama atau pulang ke kampung ialah menghentikan langganan surat khabar. Pengawas sekolah Hari Keusahawanan Ahli-ahli Kelab Keusahawanan membantu pihak sekolah memantau peraturan sekolah diadakan untuk mengasah bakat perniagaan murid-murid kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang jualan di gerai masing-masing Siapakah yang perlu kita laporkan sekiranya dibuli di media sosial?/ Orang yang perlu kita laporkan sekiranya dibuli di media sosial siapa? Berapakah jumlah orang di seluruh dunia yang dijangkiti penyakit COVID-19?/ Jumlah orang di seluruh dunia yang dijangkiti penyakit COVID-19 berapa? Mengapakah semua murid dilarang masuk ke dalam makmal sains tanpa kebenaran daripada guru?/ Semua murid dilarang masuk ke dalam makmal sains tanpa kebenaran daripada guru mengapa? Di manakah alat pemadam api harus diletakkan? Alat pemadam api harus diletakkan di mana? Apakah perkara yang perlu kita lakukan jika ingin bercuti lama atau pulang ke kampung?/ Perkara yang perlu kita lakukan jika ingin bercuti lama atau pulang ke kampung apa? CONTOH
19 BM Tingkatan 2 Bab 1 Peribahasa Praktis 1 Unit 4: Ilmu Penyuluh Hidup Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Praktis 2 Unit 8: Integrasi Teras Kehidupan Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Praktis 3 Unit 13: Warna-warni Budaya Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya/ Bagaimana rupa, begitulah bayangnya Bagai aur dengan tebing Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Membaca jambatan ilmu Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Yang lama dikelek, yang baharu didukung/ Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah CONTOH
20 BM Tingkatan 2 Bab 1 Praktis 4 Unit 15: Keselamatan Diri Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Praktis 5 Unit 17: Sukan Milik Semua Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Praktis 6 Unit 25: Ekonomi dan Perniagaan Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Titik peluh Nasi sudah menjadi bubur Usaha tangga kejayaan Mata pencarian CONTOH
21 Bahagian A Praktis 1 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang, ada anaknya tujuh ekor. Anak memerang itu pun keluarlah daripada lubangnya bermain-main di situ. Syah Alam di Rimba pun datang menghampiri seraya bertanya, “Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?” Sahut anak memerang itu, “Mak bapa hamba sudah mencari ikan akan makanan hamba sekalian ini.” Fikir Syah Alam di Rimba, “Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia.” Setelah sudah ia fikir itu, dengan takdir Allah Subhanahuwataala melakukan kudrat-Nya hendak memanjangkan cerita ini, bunyilah burung bubut terlalu banyak bunyinya bersahut-sahutan sahaja. Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu kala cekak perkelahian. Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja kakinya ke sana ke mari. Habislah dipijak-pijak anak memerang itu, ada yang patah kaki tangannya dan luka kepalanya, habis mati semuanya. Setelah dilihat Syah Alam di Rimba mati anak memerang itu, ia pun kembalilah ke tempatnya berdiam dirinya. Dipetik daripada prosa tradisional ‘Pelanduk Mengajar Memerang’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Maksud frasa perbuat pakatan pula dengan dia dalam petikan di atas ialah A berdamai dengannya. B berunding dengannya. C mencari jalan penyelesaian. D mencapai kata sepakat dengannya. 2 Apakah punca kematian semua anak memerang? A Bunyi burung bubut bersahut-sahutan. B Syah Alam di Rimba bersilat lalu terpijak mati anak-anak memerang secara tidak sengaja. C Syah Alam di Rimba berasa risau apabila terdengar sahutan burung bubut. D Anak-anak memerang ditinggalkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan rapi. 3 Mengapakah Syah Alam di Rimba membuka langkah silat gelombang? A Dia teringat akan peperangan yang berlaku. B Dia ingin menuntut bela atas kematian keluarga Sang Sebarau. C Dia berasa murka apabila mengetahui Sang Memerang telah menganiayai keluarga Sang Sebarau. D Dia terkejut selepas mendengar bunyi sahutan burung bubut. 4 Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Syah Alam di Rimba yang turun meninjau rakyat jelatanya? A Amanah B Prihatin C Baik hati D Penyayang 2 Bab Pemahaman CONTOH
22 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 2 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. “Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung ... tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. Kirim salam pada suami dan anak-anak kau.” Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan televisyen menambahkan kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran dengan rumah saya melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tapi ikan kering. Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. Ya Allah, saya tidak dapat menelan. Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. Tiada jawapan. Saya menunggu hingga ke deringan terakhir. Masih juga begitu. Ke mana dia? Mungkinkah keluar membeli makanan? Dekatkah jauh tempat yang dituju? Rumahnya di mana? Dapatkah dia ke sana? Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Maksud rangkai kata membetulkan tanggapan ialah A berubah akal fikiran. B memberikan pandangan. C memberikan maklum balas. D memahami perkara sebenar yang berlaku. 2 Antara yang berikut ialah sebab ada jiran yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala, kecuali A harga ikan melambung ke paras menakjubkan. B mereka tidak dapat keluar membeli ikan kerana banjir. C menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tetapi ikan kering. D ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja hidangan. 3 Berdasarkan petikan, ‘Saya’ digambarkan sebagai seorang yang A tabah. B prihatin. C berdikari diri. D bertanggungjawab. 4 ‘Saya’ mencapai telefon dan menekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi kerana A risau akan keadaan ibu tua yang tinggal bersendirian dan dilanda banjir ketika itu. B ingin tahu sebab ibu tua yang sedang dilanda banjir itu tidak berpindah. C ingin memberitahu ibu tua itu bahawa dirinya bukan Nana. D ingin meredakan kerinduan yang menyeksa ibu tua itu. CONTOH
23 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 3 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Petempatan mereka dengan lombong di utara sebenarnya tidak terlalu jauh. Saban tengah hari, mereka dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Cuma jarak antara mereka dipisahkan oleh hutan dan belukar. Ahli-ahli suku itu lebih biasa melalui denai ke timur yang bertemu dengan jalan balak. Jika ditawarkan sedikit beras atau hasil buruan, pemandu-pemandu lori balak sedia menumpangkan mereka. Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. Namun, pemandu-pemandu lori itu juga pernah memberitahu, jalan kereta api memakan masa yang lebih singkat. “Talia!” Dodo memanggil anak sulungnya yang sedang bermain tanah membentuk binaan rumah. Talia segera datang ke muka pintu, menyahut panggilan si bapa. Dua tangannya masih berselupat dengan tanah, sampai di bawah hujung-hujung kukunya habis berubah ungu. Dipetik daripada cerpen ‘Talia dan Raksasa Qadqad’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Jika ditawarkan sedikit beras atau hasil buruan, pemandu-pemandu lori balak sedia menumpangkan mereka. 1 Apakah peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas? A Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. B Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan. C Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. D Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 2 Mengapakah ahli-ahli suku sering menggunakan jalan denai? A Mereka sudah terbiasa dengan jalan tersebut. B Mereka takut berdepan dengan raksasa yang terdapat di dalam belukar. C Mereka sentiasa mempunyai lebihan beras dan hasil buruan untuk diberikan. D Mereka lebih gemar menaiki lori balak yang lebih selesa berbanding jalan kereta api. 3 Apakah yang dimaksudkan dengan frasa Dua tangannya masih berselupat dengan tanah? A Tangannya masih menggenggam tanah. B Sekeliling tangannya masih berselaput dengan tanah. C Tangannya terendam di dalam tanah selut yang basah berair. D Titisan air tanah masih membasahi keduadua tangannya sampai ke siku. 4 Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. A Kita haruslah sentiasa menghormati orang lain biarpun serba kekurangan. B Sebagai seorang anak, kita haruslah patuh pada suruhan kedua-dua orang tua. C Seorang pekerja yang baik haruslah sentiasa amanah dalam tindakan. D Kita tidak boleh menolak kemajuan yang telah disediakan oleh kerajaan. 5 Berikan satu perwatakan Talia yang terdapat dalam petikan di atas. A Seorang yang sering bermain-main. B Talia seorang yang bertanggungjawab. C Dia seorang anak yang sangat patuh pada arahan bapanya. D Talia seorang yang cekap dalam menguruskan sesuatu permasalahan. CONTOH
24 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 4 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. “CANTIK, ya abah!” “Memang cantik.” “Kuningnya seperti emas, kan, abah?” “Inilah hasilnya berbudi kepada tanah. Kita akan menuai emas nanti!” Sayup mata memandang. Tenang hati Alif ketika menyeluruhi petak emas di hadapannya. Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah serasa-rasa mesra di penjuru mata. Ya abah, tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik. Kesyukuran terjarum menusuk hati. Ini ganjaran daripada sebuah kesabaran. Ini imbuhan daripada sebuah keredaan. Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga. Terima kasih yang tidak terkimah, emak, kerana selalu mendidik anakmu ini akan makna syukur, sabar dan reda. Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah motosikal hampir melanggarnya. Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman apabila bersabung pandang dengan si penunggang motosikal. “Hah, anak muda! Awal-awal pagi lagi sudah di petak bendang?” Nada Tuk Ketua tegas tetapi sebagaimana biasa berbaur kemesraan yang hangat dalam suara yang seperti sengaja dikeraskan itu. Dipetik daripada cerpen ‘Menuai Emas’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Apakah maksud rangkai kata petak emas? A Petak-petak sawah yang dikelilingi lumpur berwarna keemasan. B Setiap butir padi yang berwarna keemasan yang menyilau matanya. C Keuntungan hasil padi yang akan ditukar kepada butiran emas kelak. D Pokok padi yang subur berwarna kekuningan dalam setiap petak sawah. 2 Mengapakah Alif berterima kasih kepada emaknya? A Emaknya telah membantunya mengusahakan sawah. B Emaknya telah menyediakan tanah untuk diusahakannya. C Emaknya telah mendidiknya supaya bersyukur, sabar, dan reda. D Sawah usaha bersama emaknya akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi. 3 Apakah perasaan yang dialami oleh Alif ketika melihat sawah di hadapannya? A Bangga B Tenang C Kagum D Terharu 4 Kuningnya seperti emas. Gaya bahasa yang digunakan ialah A hiperbola. B personifikasi. C metafora. D simile. 5 Yang berikut merupakan perwatakan Alif, kecuali A bersyukur. B amanah. C sabar. D reda. CONTOH
25 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 5 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahawasanya kamu, Akikino-komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. HAKIM : Ya … Akikino-komokotoko, apakah kamu faham akan tuduhan yang dikenakan atas kamu? TERTUDUH II : Akakuku taka fakahaka iskitikilaka bekeroko sukusikidiki. PENTERJEMAH : Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk subsidi. HAKIM : Pendakwa raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak difahami oleh Akinomoto. PENDAKWA RAYA : Ya, yang arif … mohon tempoh 2 minit untuk merujuk kamus. PENDAKWA RAYA membuka buku besar dan beraksi membelek kandungannya dengan teliti. PENDAKWA RAYA : Yang arif, adapun “beruk” itu menurut kamus The Advance Dictionary of The Modern English for the Malaysian World, terbitan Syarikat Cetak Rompak Sendirian Berhad … adapun istilah “beruk” itu dapatlah diperincikan sebagai … is a kind of animal which have a short tail, and the body is fully with “bulus”, and like to eat bananas, and many people call … monkey. Adapun makna “subsidi” itu menurut kamus yang sama, muka surat 300, perenggan dua, baris lima dari bawah, dapatlah diperincikan sebagai maknanya … is a subsidy… that’s all, ya tuan hakim. HAKIM : Well done … well done … Apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto? TERTUDUH II : Akakuku makakiki toko fakahaka daka hakaraka pendakakakawoko gukunoko bakahakasaka makaleke sikiyaka. PENTERJEMAH : Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pihak pendakwa menggunakan bahasa Melayu. HAKIM : Ya, ya, ya … saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30 tahun, seharusnya kita menggunakan bahasa Melayu … bahasa kebangsaan kita di dalam mahkamah yang mulia ini. Dipetik daripada drama ‘Mahkamah’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Apakah tuduhan yang dikenakan terhadap Tertuduh II? A Dia memelihara beruk tanpa permit. B Dia mencuri di stor JKK Ulu Dungun. C Dia menceroboh stor JKK Ulu Dungun. D Dia mencuri seekor beruk subsidi kepunyaan kerajaan Malaysia. 2 Antara yang berikut benar tentang Tertuduh II, kecuali A tidak fasih berbahasa Melayu. B dia tinggal di stor JKK Ulu Dungun. C tidak faham akan istilah beruk subsidi. D tidak sedar bahawa beruk yang telah dicurinya itu ialah beruk subsidi. 3 Apakah pengajaran yang diperoleh daripada drama di atas? A Kita mestilah berani kerana benar. B Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas. C Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas. D Kita mestilah menggunakan bahasa Melayu CONTOH terutamanya dalam urusan rasmi.
26 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 6 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. 2 Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. 3 Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. 4 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. 5 Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. Dipetik daripada ‘Pantun Kasih Sayang’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia PANTUN KASIH SAYANG Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. 1 Peribahasa yang sama maksud dengan baris sajak di atas ialah A bertemu buku dengan ruas. B ada padi masak, adalah pipit. C di mana ada gula, di situ ada semut. D garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga. 2 Apakah persoalan yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun ini? A Persoalan perpisahan hanya sementara. B Persoalan keinginan untuk memiliki gadis yang cantik. C Persoalan menggunakan helah untuk mendapatkan sesuatu hajat. D Persoalan perwatakan yang menarik menyebabkan kita disukai ramai. 3 Berdasarkan rangkap keempat, apakah pengajaran yang dapat diperoleh? A Kita mesti reda dengan ketentuan Tuhan. B Kita mesti ikhlas dalam setiap perhubungan. C Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain. D Kita harus berusaha dengan gigih untuk memiliki orang yang disayangi. 4 Anak udang meniti batang merupakan gaya bahasa A simile. B sinkope. C hiperbola. D personifikasi. 5 Antara berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Pantun Kasih Sayang, kecuali A Rasional. B Kesetiaan. C Keadilan. D Kasih sayang CONTOH
27 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 7 Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kucari Damai di Sini Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. Dipetik daripada sajak ‘Kucari Damai di Sini’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Rangkai kata bersemadi di naluri yang terdapat dalam sajak di atas membawa maksud A dijadikan tabiat. B terpahat kukuh dalam hati. C diperjuangkan dengan gigih. D kekal diamalkan dalam hidup. 2 Di manakah penyajak mencari kedamaian? A Di negara yang mencapai kemajuan. B Di negara yang makmur dan merdeka. C Di negara yang mencapai kemerdekaan. D Di negara yang menjadi kebanggaan rakyat. 3 Laman sukma merupakan gaya bahasa bagi A simile. B sinkope. C metafora. D hiperbola. 4 Apakah harapan penyajak? A Segala masalah dapat diatasi dengan bijak. B Kedamaian hendaklah diusahakan bersama. C Kedamaian akan wujud dengan adanya kasih sayang. D Kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan dan menjadi kebanggaan generasi akan datang. 5 Pernyataan yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak, kecuali A kita haruslah cinta dan bangga akan negara. B kita harus menghargai kemerdekaan negara. C kita perlu membantu golongan yang kurang berkemampuan. D kita perlu memiliki jati diri agar tidak hilang identiti bangsa dan negara. CONTOH
28 BM Tingkatan 2 Bab 2 Bahagian B Praktis 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Cerpen ini mengisahkan Alif yang berkelulusan ijazah ekonomi berdepan dengan cabaran untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi petani moden. Dia berhasrat mengusahakan tanah tinggalan arwah ayahnya. Dia berusaha mencari maklumat dan pengalaman tentang estet padi yang ingin diusahakannya dengan mendapatkan bantuan daripada pegawai pertanian. Kata-kata motivasi daripada pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi. Khidmat nasihat pegawai pertanian dan penggunaan mesin berteknologi canggih dimanfaatkan sebagai projek estet mini yang mengubah kaedah bermandi keringat dan selut kepada gaya pengurusan yang cekap dan sistematik. Akhirnya, semua 15 orang pemilik petak sawah dengan keluasan hampir 60 hektar itu setuju berganding bahu sehingga terbentang petak emas yang tersedia untuk dituai. Dipetik daripada cerpen ‘Menuai Emas’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman menggunakan hasil yang diperoleh sebagai modal untuk mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya, Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung pada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Dipetik daripada novel ‘Jalan ke Puncak’, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Alif dan Laiman untuk berjaya dalam bidang pertanian yang diceburi mereka. [3 markah] Usaha yang dilakukan oleh Alif untuk berjaya dalam bidang pertanian yang diceburinya ialah dia berusaha mencari maklumat dan pengalaman tentang estet padi yang ingin diusahakannya dengan mendapatkan bantuan daripada pegawai pertanian. Manakala Laiman pula mengusahakan ladang tembikainya sehingga berjaya dan menjadikan hasil yang diperolehnya untuk mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Info Digital 13 CONTOH
29 BM Tingkatan 2 Bab 2 (b) Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (c) Remaja dan graduan yang masih menganggur digalakkan menceburi bidang pertanian. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja dan graduan yang masih menganggur menceburi bidang pertanian? [4 markah] KBAT Nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah kegigihan. Alif berusaha mendapatkan pengalaman dan maklumat tentang cara untuk mengendalikan estet padi, manakala Laiman pula gigih mengusahakan ladang tembikainya sehingga mendapat hasil lumayan. Selain itu, nilai tabah. Alif dan Laiman tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja dan graduan yang masih menganggur menceburi bidang pertanian ialah mengadakan kursus jangka pendek untuk mendedahkan bidangbidang pertanian kepada remaja dan graduan bagi mengubah persepsi mereka tentang bidang pertanian. Selain itu, memberikan pinjaman dan modal kepada remaja atau graduan yang baru memulakan projek pertanian mereka. Praktis 2 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 1 Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. 2 Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? 3 Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. 4 Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. 5 Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. 6 Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. 7 Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. Dipetik daripada ‘Pantun Nasihat’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
30 BM Tingkatan 2 Bab 2 Bahan 2 Dadah: Murid Tahun 6 antara Ditahan TASEK GELUGOR: Seorang murid tahun enam antara yang ditahan dalam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, malam tadi. Ketua Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Nasruddin Abdul Rahman, berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 120 individu dalam Operasi Perdana. Beliau berkata, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 100 individu berusia antara 12 hingga 72 tahun didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing. Katanya, operasi itu dijalankan sejak Jumaat lalu, di lima daerah negeri ini. Dalam operasi itu, 11 individu yang masih bersekolah termasuk seorang yang baru tamat tahun enam, didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah. “Semua tahanan kini direman antara tujuh hingga 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Dipetik daripada [email protected], oleh Nur Izzati Mohamad, 18 Disember 2017 (a) Nyatakan maksud rangkap ketujuh dalam Bahan 1. [3 markah] (b) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan nasihat utama yang ingin disampaikan kepada pembaca. [3 markah] (c) Kebelakangan ini, ramai remaja ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam dadah. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah? [4 markah] KBAT Maksud rangkap ketujuh dalam Bahan 1 ialah peringatan kepada individu supaya pandai membawa diri apabila berada di tempat orang lain. Nasihat utama yang ingin disampaikan kepada pembaca ialah kita tidak boleh terjebak dengan najis dadah. Hal ini demikian kerana banyak perkara buruk yang akan terjadi seandainya kita terlibat dengan najis dadah. Antara kesannya ialah mencemarkan maruah diri. Pada pendapat saya, antara faktor remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah ialah terpengaruh oleh rakan sebaya. Selain itu, remaja juga tidak dipantau oleh ibu bapa mereka ketika berada di luar rumah. Ada sesetengah kes, remaja berdepan dengan tekanan perasaan yang berlebihan hingga menyebabkan mereka mencari jalan salah untuk mendapat ketenangan. Akhir sekali, penceraian dan perpecahan keluarga menyebabkan anak-anak menjadi liar dan mencari keseronokan dengan mengambil dadah. CONTOH
31 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 3 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 1 Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. 2 Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang. 3 Tebang gelam tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. 4 Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. 5 Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung. 6 Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. 7 Anak punai anak merbah, Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hatinya orang. 8 Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya. 9 Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga. 10 Sangkut terendak dekat beranda, Orang Papua anyam tak sudah; Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah. 11 Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. 12 Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. 13 Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. 14 Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang. 15 Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung. 16 Laksana gadis Menteri Bogor, Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. 17 Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. Dipetik daripada ‘Pantun Kiasan’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
32 BM Tingkatan 2 Bab 2 (a) Rangkap 1 dalam Bahan 1 mempunyai maksud yang sama dengan Bahan 2. Apakah sikap positif yang cuba diterapkan oleh pengarang? [3 markah] (b) Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Rata-rata rakyat Malaysia memahami konsep 3R, namun hanya sebilangan kecil yang mengamalkannya. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat kurang mengamalkan kitar semula? [4 markah] KBAT Bahan 2 Sikap positif yang cuba diterapkan oleh pengarang ialah berjimat cermat/ mengitar semula bahan terbuang. Pengarang mengingatkan kita supaya tidak membazir dalam kehidupan kerana sikap ini akan membawa keburukan. Nilai pertama ialah nilai berhati-hati. Dalam rangkap keempat, penulis mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Nilai kedua ialah nilai bersederhana. Dalam rangkap keenam, penulis menasihati kita agar tidak menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada. Pada pendapat saya, masyarakat kurang mengamalkan kitar semula kerana tidak mendapat pendedahan secara berterusan daripada pihak berwajib. Selain itu, masyarakat juga tidak mahu bersusah payah mengumpulkan bahan terbuang kerana menganggap kitar semula tiada keuntungan kepada mereka. Lebih menyedihkan lagi, sikap kurang prihatin sesetengah ahli komuniti yang lebih suka membuang sampah secara tidak teratur telah menyebabkan usaha ini gagal. Majalah Surat Khabar Fikir Dahulu Sebelum Buang JOM KITAR SEMULA! CONTOH
33 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 4 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 1 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. 2 Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. 3 Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. 4 Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. 5 Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. Dipetik daripada ‘Pantun Kasih Sayang’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Bahan 2 Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. Dipetik daripada sajak ‘Kucari Damai di Sini’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (a) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud rangkap kelima pantun tersebut. [3 markah] (b) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2. [3 markah] (c) Pantun di atas telah membawa tema kasih sayang dalam kehidupan. Namun begitu, masih ramai anak yang sanggup mengabaikan orang tua mereka. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah] KBAT Maksud rangkap kelima pantun tersebut ialah biarpun kita berada di mana-mana sekalipun, seandainya sudah dijodohkan untuk bertemu kita akan dipertemukan. Semua ini ialah ketentuan daripada Tuhan. Dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 2 ialah kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian. Selain itu, kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara./ Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan. Pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana anak-anak menyimpan dendam terhadap orang tua mereka. Selain itu, anak-anak juga kadangkala lupa diri akibat mengejar kejayaan. Malahan, terdapat sesetengah anak menganggap ibu bapa mereka ialah bebanan dalam kehidupan. CONTOH
34 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan mengguankan ayat anda sendiri. Bahan 1 1 Tamatlah kitab dikarang orang, akalnya pendek ilmunya kurang, daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang. 2 Melepaskan hati yang terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan laku, perangai yang baik biar terpaku. 3 Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. 4 Ayuhai anakanda muda remaja, jika anakanda menjadi raja, hati yang betul hendak disahaja, serta rajin pada bekerja. 5 Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas, seperti air di dalam gelas. 6 Menuntut ilmu janganlah segan, ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan. 7 Hendaklah anakanda mengaji selalu, dari yang lain lebihkan dulu, had syarak jangan dilalu, tidaklah anakanda beroleh malu. 8 Segala perbuatan dengan berilmu, maka kebajikan boleh bertemu, jika sebarang-barang diramu, akhirnya anakanda jatuh tersemu. 9 Ilmu itu besar faedahnya, membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya. 10 Jika ilmu tidak diendah, sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah. 11 Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu, berpeluk tubuh tangan ke bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu. 12 Terkadang duduk mendiamkan diri, sepatah tidak mengeluarkan peri, penat duduk bangkit berdiri, lalu masuk ke dalam puri. 13 Orang berdakwa duduk menanti, serta dengan bersakit hati, hairan takjub tidak mengerti, sebab bicaranya belum pasti. 14 Terkadang dihukumkan dengan biladah, bukannya syarak bukannya ‘adah, ambil lekas jalan yang mudah, supaya jangan berhati gundah. 15 Jika demikian apa jadinya, hukum tak betul dengan jalannya, di hadapan majlis diterimanya, di belakang kelak diumpatnya. 16 Jika yang benar kita hukumkan, di belakang jangan kita hiraukan, umpat dan puji kita biarkan, kepada Allah kita syaksikan. 17 Jika anakanda jadi menteri, orang berilmu anakanda hampiri, lawan mesyuarat lawan berperi, supaya pekerjaan jadi ugahari. 18 Hendaklah periksa adabnya wazir, di dalam kitab sudah terukir, hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi tergelincir. Dipetik daripada ‘Syair Nasihat’ (Penghujung Thamarat al-Muhimmah), antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
35 BM Tingkatan 2 Bab 2 Bahan 2 4 Februari Nah, pagi tadi aku menahan si cantik manis Mona Aida! Gadis yang saya sukai. Kerana apa? Dia lambat sampai. Katanya kereta ayahnya pancit di jalan. Setelah pintu pagar dikunci barulah dia sampai. Dia tergesa-gesa keluar dari kereta dan memanggil aku membuka pintu pagar. Setelah masuk dia berlari merentas taman bunga untuk menuju ke bangunan Blok C. Aku memanggilnya kembali. Dia datang dengan muka masam. Kukatakan kepadanya, dia telah melakukan dua kesalahan: pertama lewat datang dan kedua memijak rumput di taman. Dia mengatakan yang dia hendak cepat. Aku membalas kalau hendak cepat pun tidak bererti boleh melanggar peraturan sekolah. Dia berkata dengan marah, “Okey, pengawas besar, saya minta maaf,” lalu pergi dengan masam malalui jalan biasa. Ada rasa kasihan padanya. Adakah aku telah berkasar padanya? Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Diari Seorang Pengawas’, karya Ali Majod (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, bagaimanakah sikap yang harus ada pada seorang pemimpin dan pengawas? [3 markah] (b) Nyatakan dua ciri kepemimpinan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (c) Seseorang pemimpin haruslah adil dan saksama dalam pemerintahannya. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan seandainya seseorang pemimpin bersikap tidak adil terhadap rakyatnya? [4 markah] KBAT Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, pemimpin hendaklah komited dalam menjalankan amanah, manakala pengawas pula harus bertugas dengan bersungguh-sungguh tanpa pilih kasih. Dua ciri kepemimpinan yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah seorang pemimpin haruslah adil dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, seorang pemimpin mestilah amanah dan bertanggungjawab. Pada pendapat saya, seorang pemimpin yang tidak adil akan mengundang perpecahan dalam kalangan rakyatnya. Selain itu, pemimpin tersebut akan hilang kepercayaan daripada rakyat. Seterusnya, ekonomi negara akan terjejas akibat situasi kacau-bilau. CONTOH
36 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 6 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Dia mencipta manusia. Mengajarnya pandai berbicara.” (Al-Quran, 55:3-4) Engkau beri kami kata-kata dan akal untuk mengucapkannya. Kami pindahkan makna, dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman. Engkau jadikan kami bangsa berkulit sawo matang. Belayar di samudera jauh menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh di pantai-pantai semenanjung. Kata-kata yang berselerakan langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan dan pohon, adalah persekitaran. Seperti kami memetik buah-buahan kami sunting istilah iman, daripada kitab-kitab silam, mentakrif tanda alam, dan menjernihkan tafsiran. Kata-kata mengembangkan pengalaman, terbentang di semesta alam, memaknakan kewujudan. Dipetik daripada sajak ‘Dalam Persekitaran Kata-kata’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Pantun Bahasa 1 Pagi-pagi menganyam ketupat, Jangan berongga biarlah tumpat; Gunakan bahasa secara tepat, Jiwa Melayumu semakin mampat. Pantun Bahasa 2 Pergi mengundang rumah Pak Haji, Buat jamuan mendapat restu; Jiwa Melayumu hendak menjadi, Gunakan bahasamu setiap waktu. Pantun Bahasa 3 Hendak menangkap ikan siakap, Masuk ke jala si ikan sepat; Gunakan bahasamu dengan kerap, Lambat-laun bertambah tepat. Bahan 2 (a) Apakah maksud rangkap kelima sajak Dalam Persekitaran Kata-kata? [3 markah] Maksud rangkap kelima sajak Dalam Persekitaran Kata-kata ialah bahasa mampu mengembangkan pengalaman seseorang melalui ilmu yang terdapat dalam alam semesta yang terbentang luas. Bahasa juga membolehkan alam semesta dikaji kewujudannya. CONTOH
37 BM Tingkatan 2 Bab 2 (b) Merujuk Bahan 2, nyatakan dua nasihat yang disampaikan melalui pantun-pantun tersebut. [3 markah] (c) ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pada pendapat anda, apakah kesan seandainya remaja masa ini enggan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka? [4 markah] KBAT Pada pendapat saya, kesan seandainya remaja enggan memartabatkan bahasa Melayu ialah mereka akan mudah hilang jati diri sebagai bangsa Melayu. Kedua, remaja akan mudah terpengaruh oleh anasir-anasir luar kerana tiada benteng yang utuh dalam diri. Ketiga, bahasa Melayu akan semakin lenyap kerana kehilangan penutur aslinya. Keempat, Malaysia akan hilang identiti kemelayuan. Nasihat pertama ialah kita haruslah menggunakan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang tepat agar jati diri kita semakin hebat dan kukuh. Kedua, untuk mengaku sebagai seorang Melayu yang sejati, kita harus menggunakan bahasa Melayu sepanjang masa. Praktis 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dari cerobong dapur asap berjelaga berkepul terkecur liur harum berbau juadah tersohor. Perut yang lapar selera kian menggelepar menanti roti dibakar rangup dan segar terhidang seumpama permaidani terhampar. Kala roti di depan mata nafsu makan pun bergelora berkeping-keping menggegar selera perut pun kenyang terasa tenang bersendawa. Bagi pemilik iman di dada sendawa itu tidak sempurna masih ada beban di bahu mereka warga miskin belum terbela masih merintih lapar dahaga. Bila begitu selamanya kalimah syukur pun jelas tertera di hati sanubari warga dunia melangit damai dirasa percikan iman segar berwarna. Dipetik daripada sajak ‘Roti’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 CONTOH
38 BM Tingkatan 2 Bab 2 (a) Mengapakah seseorang amat berselera menikmati roti pada rangkap kedua dalam Bahan 1? [3 markah] (b) Nyatakan dua tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang yang beriman berdasarkan kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (c) Banyak negara mengalami pergolakan akibat bencana, peperangan, dan konflik. Pada pendapat anda, apakah bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat di negara-negara miskin yang mengalami pergolakan? [4 markah] KBAT Seseorang amat berselera kerana perutnya sangat lapar. Selain itu, roti yang dihidangkan juga rangup dan segar. Malahan, roti yang dihidangkan juga dihamparkan seperti permaidani. Tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang yang beriman ialah memastikan orang miskin terbela nasib mereka. Selain itu, seseorang yang beriman perlu memastikan perut orang miskin atau orang yang kurang bernasib baik mendapat makanan sewajarnya/ mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan orang yang kurang bernasib baik tidak merintih kelaparan. Pada pendapat saya, antara bantuan yang boleh disalurkan ialah bantuan dari aspek makanan. Selain itu, kita juga boleh menghantar keperluan harian seperti pakaian dan ubat-ubatan. Dari aspek lain pula, kita boleh menghantar pasukan sukarelawan untuk membantu mereka menguruskan aktiviti harian. Malahan, kita juga boleh menjemput mereka untuk tinggal sementara di negara kita sementara negara mereka pulih daripada peperangan. Praktis 8 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sehelai kelopakmu gugur adalah titis air mata bonda yang luruh dalam lipatan usia. Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. Sekuntum mawar bukan melontar harum indahmu di hujung lembah tapi mengangkat seri mahkotamu ke puncak iman. Dipetik daripada sajak ‘Pada Sekuntum Mawar’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 1 Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Dipetik daripada sajak ‘Harga Remaja’ Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 2 CONTOH
39 BM Tingkatan 2 Bab 2 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah pesanan yang diberikan oleh penjayak kepada anak gadis dan remaja? [3 markah] (b) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Remaja mudah terjebak dalam gejala negatif. Pada pendapat anda, sebagai remaja, apakah inisiatif yang harus anda lakukan supaya tidak mudah terjebak dalam gejala negatif? [4 markah] KBAT Berdasarkan Bahan 1, pesanan penyajak kepada anak gadis ialah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat. Berdasarkan Bahan 2, pesanan penyajak kepada remaja ialah remaja perlu mengisi hidup dengan amalan yang sihat dan berfaedah supaya tidak terlibat dengan perbuatan negatif. Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1 ialah nilai berwaspada. Contohnya, kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. Selain itu, nilai kesedaran. Contohnya, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial. Pada pendapat saya, inisiatif yang harus saya lakukan supaya tidak mudah terjebak dalam gejala negatif ialah saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa. Selain itu, saya akan memperbanyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Akhir sekali, saya mestilah pandai memilih kawan agar tidak terpengaruh dengan perkara buruk. Praktis 9 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 1 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. 2 Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. 3 Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. 4 Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. 5 Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. 6 Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. 7 Padang Temu padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Dipetik daripada ‘Pantun Budi’, antologi Baik Budi, lndah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia CONTOH
40 BM Tingkatan 2 Bab 2 (a) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi? [3 markah] (b) Berdasarkan Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan dua nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (c) Banyak kebaikan yang kita peroleh apabila kita mengamalkan sikap membantu orang lain. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan? [4 markah] KBAT Maksud hina besi kerana karat, hina manusia tidak berbudi ialah tanpa sikap suka membantu orang lain, kita akan menjadi manusia yang tidak bernilai. Sebagai manusia, selain mengejar kemewahan dan kesenangan hidup, kita juga dituntut oleh agama untuk sentiasa membantu orang yang memerlukan pertolongan. Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 2 dan Bahan 3 ialah nilai bantu-membantu. Sikap bantu-membantu akan dibentuk dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan seperti membantu mangsa banjir. Selain itu, nilai prihatin dan penyayang. Membantu mereka yang dalam kesusahan akan menimbulkan rasa simpati dan empati serta memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat. Pada pendapat saya, kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan kerana sikap ini merupakan suatu tuntutan agama. Malahan, kita akan didoakan kebaikan oleh orang yang kita bantu. Selain itu, kita akan mendapat ketenangan dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan. Bahan 2 Bahan 3 CONTOH
41 BM Tingkatan 2 Bab 2 Praktis 10 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. Dipetik daripada sajak ‘Kucari Damai di Sini’, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 1 “Saudara-saudaraku. Kita telah mendapat khabar bahawa angkatan orang putih akan sampai ke kampung kita esok. Nampaknya peperangan sudah tak dapat dielakkan lagi. Masa untuk kita mengangkat senjata mempertahankan bumi Pasir Salak sudah tiba!” kata Datuk Maharaja Lela penuh semangat. “Ya, kita lawan!” “Tapi mereka ada meriam dan senapang, Datuk,” sahut satu suara dari sebelah belakang. Datuk Maharaja Lela diam. Matanya memandang ke arah datangnya suara itu. “Kita juga ada lela rentaka. Ada bedil pemuras. Jangan takut. Kita mesti lawan. Jika kita berjuang penuh semangat dan bersatu padu, kita akan menang! Kata Datuk Maharaja Lela, terus menaikkan semangat pengikut-pengikutnya. Dipetik daripada novel ‘Pahlawan Pasir Salak’, karya Mohd. Ismail Sarbini Bahan 2 (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, bagaimanakah cara penyajak dan Datuk Maharaja Lela menaikkan semangat patriotik? [3 markah] (b) Nyatakan dua pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (c) Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk memantapkan rasa cinta akan negara dalam diri? [4 markah] KBAT Antara cara penyajak menaikkan semangat patriotik ialah melahirkan perasaan bangga dan bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman dan damai. Datuk Maharaja Lela pula menaikkan semangat patriotik penduduk kampung dengan memberitahu bahawa mereka juga mempunyai senjata-senjata yang cukup seperti bedil pemuras dan lela rentaka untuk mempertahankan kampung mereka. Pengajaran yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah kita harus mempunyai rasa cinta akan negara. Selain itu, kita haruslah berusaha untuk melindungi negara agar generasi akan datang dapat terus menikmati kemakmuran. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh remaja untuk memantapkan semangat cinta akan negara dalam diri ialah melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan pembinaan jati diri seperti kem pembinaan jati diri. Selain itu, remaja perlulah memelihara perpaduan bangsa agar mampu mengelakkan sikap mementingkan diri dan perkauman. CONTOH
42 3 Bab Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani (ii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon (iv) Meniti Impian karya Osman Ayob Watak sampingan merupakan watak yang membantu perkembangan cerita dalam sesebuah novel. Jelaskan tiga sebab anda wajar mencontohi watak sampingan yang telah ditetapkan dalam novel tersebut. Jawapan anda perlu disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai kepada pembaca. Tiga sebab watak sampingan wajar dicontohi Meniti Impian Pak Yusuf Darah Titik di Semantan Pak Long Abas Jejak MONPUS Qistina Jalan ke Puncak Soniah Kriteria Markah Bahasa Markah Kriteria Cemerlang 4 markah • Bahasa baik dan lancar • Penggunaan ayat yang gramatis • Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca Baik 2 – 3 markah • Bahasa masih baik dan lancar • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi mempunyai kesalahan bahasa yang minimum • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Penguasaan minimum 1 markah • Bahasa tidak cekap • Ayat tidak gramatis • Kesalahan tanda baca dan ejaan yang ketara Peruntukan markah = 10 markah • Jumlah isi (3 isi sahaja). 1 isi = 2 markah • Perenggan (3 perenggan) • Setiap isi wajib disertai huraian atau contoh. Penting !!!! Tanpa contoh tiada markah. Pemarkahan – isi (6 markah) – bahasa (4 markah) Formula menjawab novel (P) Pernyataan = (H) huraian + (CP) contoh peristiwa (i) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani Novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan karya Arman Sani. Watak sampingan novel ini ialah Pak Long Abas. Antara sebab watak ini wajar dicontohi ialah Pak Long Abas seorang yang berani (Isi 1). Contohnya, dia sanggup menghilir dengan rakit bersama dengan Pak Uda Ismail membawa rotan-rotan ke Batu Hampar bagi mendapatkan wang untuk membeli senapang dan ubat-ubat bedil (Huraian 1). Model Jawapan Novel Cemerlang CONTOH
43 BM Tingkatan 2 Bab 3 Selain itu, dia seorang yang taat setia (Isi 2). Contohnya, Pak Long Abas yang ditangkap oleh Inggeris semasa mengail ikan tembelian di Sungai Semantan bersama-sama Pak Uda Ismail tidak membocorkan rahsia Datuk Bahaman walaupun dipukul dengan bundut senapang oleh matamata Inggeris (Huraian 2). Seterusnya, dia akur kepada perintah pemimpin (Isi 3). Contohnya, Pak Long Abas akur kepada suruhan Datuk Bahaman yang menyuruhnya bersabar kerana persiapan mereka belum cukup lagi apabila dia bercadang mahu menyerang Inggeris yang bertapak di tanah dusun Datuk Panglima Raja (Huraian 3). (ii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi Novel yang saya kaji ialah Jalan ke Puncak karya Juri Durabi. Watak sampingan novel ini ialah Soniah. Antara sebab watak ini wajar dicontohi ialah Soniah seorang yang tabah (Isi 1). Contohnya, walaupun keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terbantut kerana keluarganya tidak mampu, dia tidak berputus asa dan mencari jalan dengan bekerja di syarikat pengeluar minyak terkenal untuk mencapai cita-citanya itu (Huraian 1). Selain itu, dia bercita-cita tinggi (Isi 2). Contohnya, walaupun jurusan kejuruteraan agak mencabar dan tidak ramai wanita yang berminat dalam jurusan ini, dia tetap ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan tersebut (Huraian 2). Seterusnya, dia tekun (Isi 3). Contohnya, berkat ketekunannya, dia telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya memperoleh ijazah (Huraian 3). (iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon Novel yang saya kaji ialah Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon. Watak sampingan novel ini ialah Qistina. Antara sebab watak ini wajar dicontohi ialah Qistina seorang yang tabah (Isi 1). Contohnya, dia gigih meneruskan hidup dan mengasuh anaknya, Zahar sehingga dewasa dan berjaya tanpa bantuan sesiapa setelah ditinggalkan oleh suaminya (Huraian 1). Selain itu, dia pemaaf (Isi 2). Contohnya, walaupun hatinya telah dilukai, dia tidak pernah sekalipun memburuk-burukkan suaminya di depan anaknya supaya membenci ayah sendiri (Huraian 2). Seterusnya, dia bertanggungjawab dan dedikasi (Isi 3). Contohnya, dia tidak pernah datang lewat ke sekolah SMK Sri Yasin kecuali jika ada hal-hal kecemasan. Buku latihan murid juga dikembalikan secepat mungkin (Huraian 3). (iv) Meniti Impian karya Osman Ayob Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian karya Osman Ayob. Watak sampingan novel ini ialah Pak Yusuf. Antara sebab watak ini wajar dicontohi ialah Pak Yusuf penyayang (Isi 1). Contohnya, dia sentiasa memberikan dorongan kepada Zahar setiap kali Zahar pulang ke kampung pada hari minggu dari Institut Kemahiran Mara (Huraian 1). Selain itu, dia baik hati (Isi 2). Contohnya, dia menolong Norimi menjinjing beg yang berat ke asrama sewaktu dia menghantar Zahar melaporkan diri di Institut Kemahiran Mara (Huraian 2). Seterusnya, dia seorang yang mudah simpati (Isi 3). Contohnya, Pak Yusof cukup simpati dengan nasib Zahar. Sejak ayah Zahar meninggal dunia, tanggungjawab keluarga terbeban di bahu kakaknya, ibu Zahar. Dia berjanji membantu Zahar dan keluarganya sekadar yang mampu selepas Zahar melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Mara (Huraian 3). Tip Menjawab 1 Fahami pengagihan markah soalan novel. 2 Baca soalan dan fahami kehendak soalan atau kata kunci soalan. 3 Kemukakan satu isi dalam satu perenggan. 4 Sentiasa merancang agihan masa ketika menjawab soalan novel agar jawapan tidak terlalu panjang. CONTOH
44 BM Tingkatan 2 Bab 3 Praktis 1 Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, jelaskan tiga contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Peristiwa-peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca Jalan ke Puncak Jejak MONPUS Meniti Impian Darah Titik di Semantan Praktis 2 Anda bersetuju dengan tema sebuah novel yang telah anda pelajari. Buktikan ketepatan tema dengan mengemukakan tiga bukti yang tepat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. Novel Tema Darah Titik di Semantan Perjuangan anak bangsa menentang penjajah. Jalan ke Puncak Perjuangan seorang anak muda dalam menempa kejayaan hidup. Jejak MONPUS Semangat dan iltizam remaja yang berwawasan. Meniti Impian Kegigihan seorang remaja untuk berjaya dan membuktikan kemampuan diri sendiri. Praktis 3 Huraikan tiga nilai berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap nilai yang dinyatakan dalam sebuah novel yang anda pelajari. Praktis 4 Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Darah Titik di Semantan karya Arman Sani (ii) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon (iv) Meniti Impian karya Osman Ayob Info Digital 14 Praktis Kendiri CONTOH
45 Teknik Menulis Ringkasan 1 Baca dan fahami kata kunci soalan yang biasa dinyatakan melalui kata-kata seperti langkah-langkah, sebab-sebab, punca-punca, kesan-kesan, dan sebagainya. 2 Sebelum membuat ringkasan, murid dikehendaki membaca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami maksud keseluruhannya. 3 Gariskan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan. 4 Tulis ringkasan dalam satu perenggan sahaja. 5 Tulis ringkasan mengikut jumlah perkataan yang diperlukan. 6 Gunakan penanda wacana seperti selain itu, di samping itu, justeru, dan sebagainya untuk menyambung isi-isi tersebut. 7 Tulis jumlah patah perkataan dalam kurungan di sudut kanan bahagian bawah ringkasan. Perbandingan antara Ringkasan dengan Rumusan Kriteria Perbandingan Ringkasan Rumusan Jumlah perenggan 1 1 atau 3 Kata kunci berfokus Ada Tiada Jenis soalan Petikan Petikan Idea 5 hingga 7 isi daripada petikan ✎ Isi = 5 (5 isi ´ 2 markah) ✎ Bahasa = 5 markah ✎ Pendahuluan/ Idea utama = 1 (1 isi ´ 2 markah) ✎ Idea sokongan = 6 (6 isi ´ 1 markah) ✎ Kesimpulan = 1 (1 isi ´ 2 markah) ✎ Bahasa = 5 markah Jumlah patah perkataan Tidak melebihi 100 Tidak melebihi 100 Perkataan yang Dikira Sebagai 1 Perkataan Contoh Nama khas Kementerian Kesihatan Malaysia Kata majmuk Urus setia Kata depan Di depan/ ke pasar Tarikh 1 Oktober 2024 Kata ganda Kedua-dua Angka yang ditulis dalam perkataan Dua ratus empat puluh tiga Gelaran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 4 Bab Pemindahan Maklumat Info CONTOH Digital 15
46 BM Tingkatan 2 Bab 4 Contoh Jawapan Lengkap Antara kepentingan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ialah semangat patriotisme membugar dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Malahan, semangat patriotisme juga dapat menjadi pencetus kepada kemajuan negara. Melalui semangat patriotisme juga, keadaan negara akan bebas daripada kacau-bilau. Selain itu, perpaduan kaum juga akan semakin mekar. Lebih hebat lagi, sektor pelancongan akan berkembang hasil daripada wujudnya perpaduan dalam negara. Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga dapat meningkatkan jati diri anak-anak muda. Akhir sekali, modal insan berkualiti tinggi dapat dibentuk melalui semangat patriotisme. (82 patah perkataan) Model Ringkasan Unit 23: Semarak Negara Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Masalah yang sering meniti dari bibir ke bibir yang berkaitan dengan semangat patriotisme semakin bergema di setiap pelosok negara. Hal ini terjadi kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Jika diteliti sebenarnya terdapat banyak kemaslahatan atau kebaikan semangat patrotisme dalam kalangan rakyat. Kepentingan perdana ialah semangat patriotisme membugar dan mengekalkan semangat cinta akan negara yang setelah sekian lama disuburkan. Dengan wujudnya semangat ini dalam kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya, anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pencetus kepada kemajuan negara. Hal ini demikian kerana melalui semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk membangunkan negara. Malahan, keadaan negara yang bebas daripada kacau-bilau hasil daripada semangat patriotisme ini akan mendorong lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Lebih indah lagi, melalui semangat patriotisme perpaduan kaum juga akan semakin mekar. Setiap kaum akan lebih bertolak ansur untuk menolak kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan bersama. Hasilnya, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Dalam masa yang sama, suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan dalam negara kita yang dilihat kini semakin membanggakan. Bukan itu sahaja, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dapat meningkatkan jati diri anak-anak muda dalam negara. Kita sedia maklum bahawa generasi muda zaman milenium ini kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Maka, inilah langkah yang paling sesuai untuk menanam jati diri dalam diri mereka agar mampu menjadi modal insan berkualiti pada masa depan. Kesimpulannya, banyak manfaat yang mampu diperoleh melalui pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Hal ini jika tidak dipupuk kini, maka masalah ini akan semakin membarah kelak. Peranan setiap pihak untuk memastikan impian kerajaan ini tercapai amatlah dituntut. Sikap lepas tangan dan melaksanakan tanggungjawab secara melepaskan batuk di tangga akan mengakibatkan semua usaha ini hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin. (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) Peringkat Markah Cemerlang 8 – 10 Baik 6 – 7 Penguasaan minimum 3 – 5 Tidak mencapai tahap penguasaan minimum 0 – 2 Isi = 10 markah Bahasa = 5 markah CONTOH
47 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 1 Unit 1: Anda Sihat Anda Ceria Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan amalan pemakanan seimbang. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kesihatan diri merupakan antara harta paling berharga yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, namun ramai tidak mengambil perhatian sehingga akhirnya menghidap pelbagai penyakit serius. Makanan seimbang ialah makanan yang membekalkan zat yang mencukupi untuk keperluan badan setiap hari. Lantaran itu, amalan pemakanan seimbang haruslah dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Antara kepentingan pengambilan makanan seimbang ialah dapat membina badan yang kuat dan sihat. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal seseorang itu lebih baik dan sihat berbanding individu yang kurang menjaga aspek pemakanan. Selain itu, keperluan vitamin yang mencukupi dapat diperoleh melalui amalan pemakanan seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana penyerapan vitamin menjadikan tubuh manusia lebih berdaya tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau dengan kata lain, tidak mudah jatuh sakit. Kita juga mampu menghindarkan obesiti dan mengekalkan berat badan ideal melalui amalan pemakanan seimbang. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu aspek utama pemakanan seimbang ialah keperluan mengambil makanan berkhasiat secukupnya mengikut keperluan badan dan bukannya berlebihan. Kawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu ideal dan mudah menjalankan pelbagai aktiviti cergas yang mampu menyihatkan badan, sekali gus menghindarkan obesiti. Seterusnya, pemakanan seimbang juga membolehkan perkembangan mental tidak terganggu. Hal ini demikian kerana kekurangan zat makanan tertentu boleh membuatkan seseorang cepat letih fizikal dan mental. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih berkesan. Pemakanan seimbang juga merangsang tumbesaran seseorang remaja lebih sempurna dari aspek fizikal. Remaja memerlukan zat yang cukup untuk membantu tumbesaran. Sekiranya tidak seimbang, tumbesaran akan terjejas. Pemakanan seimbang juga dapat menjana tenaga. Sekiranya makanan tidak seimbang, mereka akan lemah. Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah seia sekata dan sehati sejiwa untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalan Pemakanan Seimbang’, Dewan Siswa, Bil. 6, 2019 Antara kepentingan pemakanan seimbang ialah dapat membantu kita membina badan yang kuat dan sihat. Selain itu, keperluan vitamin yang mencukupi dapat kita peroleh melalui amalan pemakanan seimbang. Kita juga dapat menghindarkan obesiti dan mengekalkan berat badan ideal melalui pemakanan seimbang. Di samping itu, pemakanan seimbang juga membolehkan perkembangan mental kita tidak terganggu. Seterusnya, bagi remaja pula, pemakanan seimbang dapat merangsang tumbesaran seseorang remaja lebih sempurna dari aspek fizikal. Akhir sekali, pemakanan seimbang dapat menjana tenaga untuk membolehkan kita bergerak aktif sepanjang hari. (82 patah perkataan) (1) (2) (3) (4) (5) (6) CONTOH
48 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 2 Unit 26: Bijak Wang Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kelebihankelebihan e-dompet. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebelakangan ini, teknologi bayaran tanpa tunai, iaitu e-dompet atau dompet elektronik seperti Touch ‘n Go e-Wallet, GrabPay, Boost, Alipay, dan sebagainya semakin popular dalam kalangan pengguna. E-dompet berfungsi seperti dompet fizikal kita, iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, dan juga maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. E-dompet mempunyai potensi untuk dilaksanakan di negara ini secara meluas kerana pengguna mula beralih ke arah kaedah pembayaran yang ternyata lebih mudah, lebih laju, dan lebih selesa. E-dompet menjadikan proses membawa wang lebih mudah dan selesa kerana tidak perlu membawa tunai. Nilai tunai RM1 000 yang diletakkan di dalam dompet menjadikan dompet lebih tebal dan sukar dimasukkan ke dalam poket seluar. Keadaan ini boleh memberikan peluang kepada pencuri atau penyeluk saku untuk mengambil wang tanpa izin. Dengan kata lain, pengguna boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. Selain itu, terdapat polisi untuk menjaga hak pengguna serta memastikan akaun pengguna kekal selamat dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan hanya melalui satu aplikasi. Sebagai contohnya, Touch ‘n Go e-Wallet memperkenalkan Polisi Jaminan Pulangan Wang, iaitu menerusi polisi tersebut pengguna e-dompet boleh melaporkan sebarang transaksi tidak sah dan menuntut pulangan dengan mendaftar masuk ke dalam aplikasi e-dompet. Dalam pada itu, agensi penyedia e-dompet juga boleh menghalang penggunaan tidak sah melalui kawalan kata kunci yang disahkan melalui mesej yang dihantar kepada telefon berdaftar. Penggunaan Transaction Authorization Code (TAC) yang mengandungi enam digit kod pengesahan turut menjadi pelindung tambahan keselamatan untuk mengesahkan pemilik nombor telefon. Di samping itu, mereka yang menggunakan e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian kerana setiap transaksi akan direkodkan. Cara ini dapat membantu mereka menguruskan kewangan mereka dengan berhemah. Selanjutnya, agensi penyedia e-dompet terikat dengan undangundang yang menghalang mereka daripada mendedahkan identiti pelanggan. Lanjutan daripada itu, data peribadi pengguna lebih terjamin. Penggunaan e-dompet turut dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Melalui kaedah tradisional, pengguna yang hendak membayar bil atau membeli barang perlu menggunakan kenderaan, membayar parkir, dan beratur untuk pembayaran. Dengan kaedah e-dompet, mereka hanya menggunakan telefon pintar atau komputer di rumah untuk membuat pembayaran atau memesan barang yang akan dihantar ke rumah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Selamatkah E-dompet?’ oleh Alizani Yusof, Dewan Masyarakat, Bil. 5, 2020 (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) Antara kelebihan e-dompet ialah pengguna boleh membuat pembayaran dengan lebih mudah, laju, dan selesa. Selain itu, pengguna juga boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian wang. Seterusnya, terdapat polisi untuk menjaga hak pengguna serta memastikan akaun pengguna kekal selamat. Di samping itu, mereka yang menggunakan e-dompet dapat melihat kembali semua transaksi pembelian untuk membantu mereka menguruskan kewangan. Selanjutnya, data peribadi pengguna lebih terjamin. Akhir sekali, pengguna e-dompet turut dapat menjimatkan wang perbelanjaan kerana tidak perlu keluar rumah untuk membuat pembayaran atau membeli barangan. (82 patah perkataan) CONTOH
49 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 3 Unit 26: Bijak Wang Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesankesan tabiat mementingkan jenama dan barangan mewah kepada remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Remaja pada zaman serba canggih ini amat mementingkan jenama produk untuk kegunaan seharian mereka. Remaja yang mementingkan jenama ini akan mendorong diri mereka ke arah pembaziran wang. Barangan berjenama ini bukan murah harganya, bahkan boleh mencapai ribuan ringgit. Benarlah kata pepatah jika ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. Selain itu, remaja yang mengamalkan gaya hidup serba moden dan mewah bakal berdepan dengan risiko kecurian. Pemakaian pakaian berjenama dan penggunaan telefon pintar berjenama seperti Apple, Samsung, Huawei yang harganya mencecah ribuan ringgit pastinya membuka ruang untuk perompak menjalankan kegiatannya. Tidak hanya terhad di situ sahaja, penampilan sebegini juga boleh mendorong rasa iri hati terhadap rakan yang berkemampuan untuk menggunakan produk berjenama. Sejajar dengan itu, remaja akan berlumba-lumba sesama sendiri bagi menggayakan fesyen dan alatan elektronik yang paling popular dan terkini. Keadaan ini sudah tentu akan mewujudkan persaingan tidak sihat dalam perhubungan sesama rakan. Di samping itu, remaja juga akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara negatif. Remaja akan mendesak ibu bapa untuk membelikan produk berjenama meskipun mereka arif tentang keadaan keluarga mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Seandainya kehendak dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, mereka akan memberontak dan mencari seribu satu ikhtiar sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai moral seperti mencuri, memeras ugut dan mengedar dadah sekadar untuk memperoleh wang bagi memenuhi kehendak hati. Bagi remaja yang gila akan jenama, mereka akan berasa riak dan ego apabila wujudnya perbezaan status sosial dengan rakan yang lain. Fenomena ini bukanlah suatu petanda yang baik kerana kewujudan mereka hanya akan mempengaruhi golongan remaja yang tidak berkemampuan. Melalui gambaran perilaku remaja pada hari ini, pastinya akan wujud lebih banyak lagi remaja yang meterialistik yang mementingkan jenama melebihi segala-segalanya. Bagi golongan materialistik ini, miskin atau kaya bukanlah suatu percaturan asalkan keiginan untuk memiliki barangan berjenama dapat dipenuhi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja Mewah Jenama’ oleh Azimah Ismail, Dewan Siswa, Bil. 1, 2020 Antara kesan tabiat mementingkan jenama dan barangan mewah kepada remaja ialah tabiat ini akan mendorong diri mereka ke arah pembaziran wang. Selain itu, tabiat ini boleh mendorong rasa iri hati terhadap rakan yang berkemampuan untuk menggunakan produk berjenama. Remaja juga akan berlumbalumba sesama sendiri bagi menggayakan fesyen dan alatan elektronik yang paling popular dan terkini. Seterusnya, akan mewujudkan persaingan tidak sihat dalam perhubungan sesama rakan. Tambahan lagi, mereka akan berasa riak dan ego. Akhir sekali, tabiat ini akan wujud lebih banyak lagi remaja yang materialistik. (85 patah perkataan) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (8) (7) CONTOH
50 BM Tingkatan 2 Bab 4 Model Rumusan Unit 7: Remaja Berintegriti Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Rasuah bukanlah satu fenomena baharu yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu. Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah terus berleluasa ialah sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Ditambah lagi dengan didikan dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan peraturan agama yang senipis kulit bawang, akhirnya seseorang itu mudah tewas dengan tuntutan hawa nafsu. Rasuah juga sering dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan. Hakikatnya itu bukanlah satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini perbuatan rasuah juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Dalam pada itu, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi membendung rasuah merupakan suatu yang dialu-alukan. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah. Rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memerangi Rasuah hingga ke Akar Umbi’ oleh Hj Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2011 (1) (2) (3) (4) (6) (7) (8) (5) Contoh Jawapan Lengkap Petikan membincangkan punca-punca rasuah berlaku. Antara puncanya ialah sikap segelintir masyarakat yang mengejar kemewahan hingga hilang pedoman agama. Tambahan pula, kurang didikan agama sejak kecil telah memburukkan keadaan. Selain itu, masalah kewangan juga menyebabkan rasuah berlaku dalam keadaan terdesak. Pemantauan yang lemah daripada pihak atasan menyebabkan pelaku rasuah tidak gentar melakukan kesalahan. Punca lain ialah sikap masyarakat yang lebih mementingkan gaya berbanding kemampuan kewangan. Salah fahaman sesetengah individu yang menganggap bahawa rasuah yang diberikan sebagai ganjaran juga membuatkan hal ini bagai tiada penghujung. Kesimpulannya, setiap orang mesti memainkan peranan bagi membanteras rasuah agar negara dapat terus maju pada masa depan. (100 patah perkataan) Peringkat Markah Cemerlang 8 – 10 Baik 6 – 7 Penguasaan minimum 3 – 5 Tidak mencapai tahap penguasaan minimum 0 – 2 Isi = 10 markah Bahasa = 5 markah Langkah 1 Baca dan fahami maksud keseluruhan petikan. Langkah 2 Tulis pendahuluan. Langkah 3 Kenal pasti isi-isi tersurat. Gabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan penanda wacana atau kata hubung. Langkah 4 Tulis penutup rumusan dalam satu ayat sahaja berdasarkan pemahaman menyeluruh terhadap petikan. Penutup rumusan harus menggabungkan dua elemen, iaitu cadangan + harapan. Teknik Menulis Rumusan Info Digital 16 CONTOH
51 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 1 Unit 29: Hebatnya Teknologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sains dan teknologi dalam bidang perubatan yang pesat berkembang telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Peralatan perubatan yang canggih dilihat mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. Penggunaan robotik seperti sistem pembedahan Da Vinci kini banyak diaplikasikan dalam pelbagai bidang perubatan serta pembedahan yang kompleks. Sistem robotik juga dikatakan mampu mengurangkan kesilapan yang mungkin dibuat oleh manusia ketika pembedahan dilakukan. Hal ini secara tidak langsung akan menjimatkan masa tenaga pakar dalam menjalankan sebarang pembedahan. Selain itu, perkembangan teknologi pemprosesan ubat-ubatan juga merupakan antara sumbangan sains dan teknologi dalam perubatan. Teknologi sains telah membolehkan ubat-ubatan diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. Hal ni akan mengurangkan masalah pengambilan dos ubat-ubatan secara berlebihan kerana pesakit hanya perlu mengambil ubat tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh doktor. Di samping itu, ubat-ubatan yang lebih bersih dan selamat juga dapat dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya, proses perbincangan antara doktor pakar perubatan dari seantero dunia dapat dijalankan dengan lebih mudah menggunakan teleperubatan. Teleperubatan yang merangkumi telerawatan, telediagnosis, dan sebagainya membenarkan pakar perubatan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu penyakit. Teknologi-teknologi baharu dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, teknologi pengimbasan CT, Mata Bionik, Teknologi Llizarov, dan sebagainya telah terbukti dapat mengesan punca sesuatu penyakit dan uslub yang efektif diambil bagi mengatasi penyakit tersebut. Dengan perkembangan teknologi juga, rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberikan kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy, dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga diubati, contohnya dengan melalui sesi kemoterapi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perkembangan Sains dan Teknologi dalam Perubatan’, Dewan Siswa, Bil. 4, 2020 Petikan membincangkan kepentingan perkembangan sains dan teknologi dalam perubatan. Antara kepentingannya ialah mampu mengurangkan risiko kegagalan ketika pembedahan. Dengan itu, doktor pakar dapat menjimatkan masa dalam menjalankan sebarang pembedahan. Selain itu, ubat-ubatan dapat diproses dan dihasilkan dalam bentuk kapsul mengikut spesifikasi yang lebih tepat. Seterusnya, proses perbincangan antara doktor pakar perubatan dari seantero dunia dapat dijalankan dengan lebih mudah menggunakan teleperubatan. Selanjutnya, punca sesuatu penyakit dan uslub yang efektif diambil bagi mengatasi penyakit tersebut. Akhir sekali, rawatan yang lebih efektif dan cekap mampu diberikan kepada para pesakit. Kesimpulannya, pelbagai inisiatif yang berterusan harus diimplementasikan agar bidang perubatan dapat terus berkembang. (100 patah perkataan) (2) (1) (3) (4) (5) (6) (7) CONTOH
52 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 2 Unit 3: Indahnya Menuntut Ilmu Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, swasta, persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja bagi membentuk generasi muda negara yang berilmu, berdaya saing, disegani, dan mampu bersaing pada masa depan. Membaca akan membezakan seseorang remaja dengan remaja yang lain. Hal ini demikian kerana bangsa yang berjaya ialah bangsa yang membaca. Aktiviti membaca sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Dengan membaca, kita dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. Sebenarnya membaca merupakan satu senaman minda. Dengan membaca, kita akan melakukan satu proses aktif minda dengan menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut dan seterusnya membuatkan minda kita menjadi lebih sihat. Lanjutan daripada membaca juga, ilmu pengetahuan kita akan bertambah. Hal ini demikian kerana semua yang kita baca akan tersimpan dalam otak. Semakin kerap kita membaca, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita miliki. Selain itu, membaca akan menguatkan daya ingatan. Apabila kita membaca novel misalnya, kita akan mengingati pelbagai watak, latar belakang, pelbagai plot cerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita dapat melatih daya ingatan kita untuk menjadi lebih kuat bagi mengingati perkara yang dibaca. Di samping itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak perkataan yang kita peroleh. Dengan itu, kemahiran penulisan kita akan menjadi bertambah baik. Seterusnya, membaca dapat mengurangkan tekanan. Menurut kajian, dengan membaca novel, kita akan dapat mengurangkan masalah peribadi, masalah di tempat kerja atau masalah lain yang sedang dihadapi. Hal ini dikatakan demikian kerana dipercayai bahawa novel yang ditulis dengan baik dapat membawa pembacanya ke alam lain, manakala artikel yang menarik akan mengalihkan perhatian seseorang untuk tidak memikirkan masalah yang sedang dihadapi. Membaca juga dapat membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik. Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada aktiviti membaca, kita akan berasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Budaya Membaca Remaja’ oleh Sham A. Kadir, Dewan Siswa, Bil. 4, 2020 Petikan membincangkan kelebihan membaca kepada remaja. Antara kelebihannya ialah remaja dapat menjaga otak untuk terus kekal aktif. Selain itu, ilmu pengetahuan remaja akan bertambah melalui amalan membaca yang dipraktikkan dalam kehidupan harian. Seterusnya, daya ingatan juga dapat dikuatkan melalui amalan membaca. Di samping itu, membaca dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh remaja. Akhir sekali, remaja dapat menambahkan perbendaharaan kata melalui membaca dan seterusnya membolehkan kemahiran penulisan menjadi bertambah baik. Kesimpulannya, remaja harus menjadikan aktiviti membaca ini sebagai sebahagian daripada kehidupan harian agar tahap pemikiran menjadi lebih maju. (87 patah perkataan) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) CONTOH
53 BM Tingkatan 2 Bab 4 Praktis 3 Unit 15: Keselamatan Diri Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Petikan membincangkan kesan-kesan gejala buli kepada mangsanya. Antara kesannya, mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka masa panjang hingga mengakibatkan kematian. Terdapat juga mangsa buli bertindak untuk membunuh rakan akibat tekanan melampau. Mangsa buli akan membesar menjadi seorang dewasa yang emosional kerana telah terbiasa dengan keadaan dibuli. Mangsa buli juga cenderung untuk menjadi penakut. Selain itu, mangsa buli juga akan mengalami perasaan takut yang luar biasa. Hasilnya, mereka akan memilih untuk tidak membuat laporan kepada guru atau ibu bapa dan menyebabkan buli terus menghantui hidup mereka. Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa membantu mangsa buli agar mereka tidak mengalami kesan yang membahayakan. (97 patah perkataan) Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang, dan sebagainya. Menurut pakar, mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka masa panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara, seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut keriting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli keluarga dan orang lain. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu juga berperasaan sedemikian walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim berpendapat bahawa mangsa buli akan mengubah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah. Sebetulnya, mengalami perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, peribadi individu terbabit akan menjadi lemah dan kurang berkeyakinan. Akibat ketakutan yang melampau inilah menyebabkan mereka akan memilih untuk tidak mengadu kepada guru atau ibu bapa manakala pembuli pula berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan aduan mereka. Masalah ini perlu diatasi segera supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) CONTOH
54 Berwaspada Selalu menunggu ibu – selepas waktu sekolah – ibu masih belum tiba – seseorang yang tidak dikenali menghampiriku – ibu suruh datang menjemputku – teringat akan pesanan ibu – menjerit meminta tolong – takut – melarikan diri – ibu bersyukur – selamat Aku menunggu ibu di pondok yang berdekatan dengan pondok pengawal selepas waktu sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 1:30 petang. Namun, ibu masih belum tiba. Tanpa disedari, seseorang yang tidak dikenali menghampiriku. Orang itu mengatakan bahawa ibuku menyuruhnya datang untuk menjemputku kerana kereta ibuku rosak di pertengahan jalan. Aku teringat akan pesanan ibu agar berwaspada dengan orang yang tidak dikenali. Aku segera menjerit meminta tolong. Orang itu berasa takut lalu melarikan diri. Tidak lama kemudian, ibuku tiba di sekolah. Ibu bersyukur kerana aku selamat. Kebaikan Bersenam Menghilangkan tekanan Badan akan cergas dan sihat Dapat berkenalan dengan kawan baharu Mengelakkan kegemukan Contoh 1 Contoh 2 Petua Cemerlang 1 Murid boleh menulis pendahuluan dan penutup yang ringkas. Cukup sekadar satu ayat sahaja untuk karangan pendek. 2 Pemerengganan – tidak wajib (digalakkan tulis dalam satu perenggan sahaja agar tidak menulis karangan yang terlalu panjang). 3 Ungkapan menarik – tidak wajib dimasukkan. 4 Wajib menggunakan semua kata kunci/ maklumat yang diberikan dalam soalan. Kriteria Penskoran/ Pemarkahan Cemerlang 8 -– 10 markah : Cemerlang 6 -– 7 markah : Baik 3 -– 5 markah : Penguasaan minimum 0 -– 2 markah : Tidak mencapai tahap memuaskan Unit 16: Anda Prihatin, Anda Selamat Unit 17: Sukan Milik Semua 5 Bab Penulisan Karangan Info Digital 17 Bahagian A CONTOH
55 BM Tingkatan 2 Bab 5 Aktiviti bersenam seperti berjoging, senamrobik, dan sebagainya merupakan aktiviti yang berfaedah. Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh melalui aktiviti bersenam. Badan kita akan cergas dan sihat jika kita melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, aktiviti senaman dapat mengelakkan kita daripada kegemukan dan mengekalkan berat badan yang unggul. Di samping itu, kita juga dapat menghilangkan tekanan selepas penat belajar. Kita juga dapat berkenalan dengan kawan baharu jika senaman itu dilakukan secara beramai-ramai. Tuntasnya, bersenam harus dijadikan amalan hidup. Praktis 1 Unit 15: Keselamatan Diri Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 2 Unit 22: Teras Keharmonian Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Jiran yang Baik jiran – berbeza budaya – hubungan tetap baik dan mesra – saling menolong – menyerahkan kunci rumah – perlu pulang ke kampung – ibu sakit – seminggu berlalu – pulang ke rumah – sangat terharu – menolongnya mengawasi rumah – menjaga pokok bunga – bersyukur – jiran baik Praktis 3 Unit 7: Remaja Berintegriti Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Dalam perjalanan pulang ke rumah Ternampak dompet Menolak dengan baik Membuka dompet Jiran memberikan ganjaran sebagai tanda berterima kasih Kad pengenalan, kad bank, wang tunai Mendapati kepunyaan jiran Ibu mengajak menemaninya ke pasar Peragut ditangkap Suasana hingar-bingar Beberapa orang lelaki segera menolong Membeli barangan keperluan Terdengar wanita menjerit CONTOH
BM Tingkatan 2 Bab 5 Karangan Berformat Surat Kiriman Tidak Rasmi Sekilas Info 1 Surat kiriman tidak rasmi lazimnya dihantar kepada ibu bapa, saudara-mara, dan sahabat handai untuk bertanya khabar, mengkhabarkan sesuatu, berkenal-kenalan, mengucapkan tahniah, dan takziah. 2 Surat kiriman tidak rasmi mempunyai format khas yang harus dipatuhi. 3 Pastikan panggilan hormat yang sesuai digunakan seperti ayahanda untuk ayah, bonda untuk ibu, nenda untuk datuk/ nenek, kakanda untuk abang/ kakak, adinda untuk adik, dan saudara/ saudari untuk kawan. Contoh karangan Tema 10: Selamat Datang ke Malaysia Rakan pena anda yang tinggal di luar negara bertanya tentang hab halal yang dilaksanakan di Malaysia. Balas surat rakan anda itu untuk menjawab pertanyaannya. Jalan Cempaka Sari 6/2, Taman Seri Cempaka, 84007 Muar, Johor Darul Takzim. 28 Mac 2024. Menemui sahabatku, Saudari Winnie Soo di Singapura. Saudari, Apa khabar saudari dan keluarga di sana? Saya berdoa semoga saudari dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudari telah saya terima pada 18 Mac yang lalu. Saya akan menceritakan serba ringkas berkenaan dengan pertanyaan saudari tentang hab halal yang dilaksanakan di Malaysia. Untuk pengetahuan saudari, hab halal didefinisikan sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan, dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai kuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelebihan Malaysia untuk mencapai matlamat negara sebagai hab halal dunia ialah dapat menjanakan ekonomi negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan bahawa pasaran produk makanan halal dunia ketika ini semakin meningkat, iaitu bernilai hampir RM600 bilion setahun. Seterusnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) mendapati bahawa pasaran dunia bagi makanan sejuk beku halal telah bertambah dan mencatat jumlah sehingga RM106 bilion. Dengan adanya bukti kejayaan tersebut, Malaysia telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan sumbangan ekonomi halal daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 8.1 peratus dan menjana lebih US$12 bilion hasil eksport menjelang 2025. Selain itu, kelebihan hab halal juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Oleh itu, dengan adanya peluang pekerjaan, negara Malaysia dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah melalui keluaran produk halal walaupun dalam jumlah yang sedikit. Bahagian B Info Digital 18 56 CONTOH
57 Praktis 1 Tema 10: Selamat Datang ke Malaysia Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat pena anda yang berada di luar negara. Dia ingin mengetahui tempat peranginan menarik yang boleh dikunjungi di Malaysia. Tulis surat kepada sahabat pena anda itu selengkapnya. Surat Kiriman Rasmi Sekilas Info 1 Surat kiriman rasmi ditulis untuk tujuan rasmi seperti membuat aduan, permohonan, bantahan, rayuan, dan sebagainya. 2 Bahasa yang digunakan dalam surat kiriman rasmi mestilah baku, mudah, tepat, dan tidak berbunga-bunga. Contoh karangan Tema 12: Negaraku Jati Diriku Persatuan Sejarah sekolah anda bercadang untuk mengadakan Pameran Kemerdekaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Selaku setiausaha, tulis sepucuk surat kepada Tuan Pengetua untuk memohon kebenaran di samping menjelaskan tujuan pameran tersebut diadakan. Sediakan surat tersebut selengkapnya. Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah, 84007 Muar, Johor Bahru. Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah, 84007 Muar, Johor Bahru. 25 JUN 2024. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Pameran Kemerdekaan Merujuk perkara di atas, Persatuan Sejarah telah bersetuju untuk mengadakan pameran kemerdekaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang dijangka akan diadakan pada 29 Ogos 2024 (Khamis). Malaysia mempunyai faktor sokongan seperti kestabilan politik, ekonomi yang pesat, suasana perdagangan yang menggalakkan, serta undang-undang yang berkesan untuk memajukan industri hab halal ini. Kesemua faktor tersebut penting untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Natijahnya, kedudukan jenama halal kini menjadi sangat penting dalam industri makanan pada peringkat global. Setakat ini sahaja dapat saya jelaskan tentang hab halal di negara saya. Saya berharap semoga kita dapat bertemu lagi dalam lembaran yang seterusnya. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Shafiya Alya BM Tingkatan 2 Bab 6 Info 1 CONTOH
58 BM Tingkatan 2 Bab 5 2. Antara pengisian pameran tersebut termasuklah mengadakan pameran tokoh pejuang tanah air. Tokoh yang akan kami tonjolkan pada kali ini ialah Dato’ Onn Jaafar. Sejarah perjuangannya bermula sekitar tahun 1950-an apabila beliau menentang campur tangan British dalam pentadbiran di Johor. Beberapa orang tokoh tempatan turut diundang ke sekolah ini. Mereka akan menerangkan liku-liku perjuangan negara dalam usaha menuntut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu, "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang". 3. Aktiviti lain yang akan diadakan ialah permainan bahasa. Permainan bahasa ini berkaitan dengan tokoh-tokoh negara yang pernah berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan negara. Permainan bahasa ini mampu meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah. 4. Selain itu, pertandingan menulis esei akan diadakan juga. Peserta-peserta akan diminta mencari maklumat berdasarkan bahan pameran. Esei-esei yang ditulis bertemakan semangat cinta akan tanah air. Semangat ini perlu dipupuk semasa usia muda lagi kerana “melentur buluh biarlah waktu rebungnya”. 5. Saya berharap semoga permohonan ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Keprihatinan pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. “SEJARAH PEMANGKIN GENERASI GEMILANG” Yang benar, Shahnaz Arman (SHAHNAZ ARMAN BIN SHAHYZAN) Setiausaha Persatuan Sejarah. Praktis 2 Tema 12: Negaraku Jati Diriku Keadaan taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan anda semakin tidak menyenangkan. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyatakan rasa tidak puas hati anda dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Tulis surat itu selengkapnya. Laporan Sekilas Info 1 Laporan ditulis bagi sesuatu acara atau aktiviti yang dijalankan. 2 Untuk menulis karangan jenis laporan, anda hendaklah tahu segala butiran peristiwa yang hendak anda laporkan. 3 Laporan yang dibuat hendaklah berdasarkan kenyataan. 4 Laporan biasanya ditulis oleh pengerusi, setiausaha, bendahari atau ketua pasukan. Contoh karangan Tema 9: Sukan dan Rekreasi Kelab sukan sekolah anda menjadi tuan rumah bagi kejohanan sepak takraw peringkat daerah Muar. Anda diminta menulis laporan bagi kejohanan tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya. Info 2 CONTOH
59 BM Tingkatan 2 Bab 5 Laporan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Muar SMK Tun Sulaiman Ninam Shah Pada 10 Jun 2024 yang lalu, SMK Tun Sulaiman Ninam Shah telah diberi mandat untuk mengelolakan kejohanan sepak takraw peringkat daerah Muar. Sebanyak 15 buah sekolah di sekitar daerah Muar mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Empat buah gelanggang yang berukuran 13.4 x 6.1 meter dan bebas daripada sebarang halangan setinggi 8 meter daripada permukaan lantai turut dibina. Perlawanan pembukaan berlangsung antara sekolah tuan rumah dengan SMK Seri Menanti. Pemain utama bagi tuan rumah, iaitu Izwan bertindak sebagai tekong, manakala Syahmi sebagai apit kanan dan Riduan sebagai apit kiri. Sepakan dimulakan oleh pihak tuan rumah yang ditentukan melalui lambungan duit syiling. Perlawanan begitu sengit antara kedua-dua pasukan yang mempamerkan skil yang mantap. Menyedari mereka perlu menang untuk memastikan harapan menggenggam gelaran juara tercapai, trio pasukan tuan rumah yang pada satu ketika ketinggalan 11 – 17 memaksa pasukan lawan berhempas pulas untuk bertahan sebelum akhirnya menundukkan mereka dengan catatan 22 – 20, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan. Pada set penentuan, beregu pasukan tuan rumah dilihat lebih bersedia dan berjaya menahan asakan demi asakan beregu lawan untuk menundukkan pihak lawan 21 – 11. Tiga pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah SMK Sultan Alauddin Riayat Shah, SMKA Maahad, SMK Pekan Baharu, dan SMK Sungai Abong. Pasukan tuan rumah terpaksa berdepan dengan SMK Sungai Abong. Sokongan tidak berbelah bahagi diterima daripada penyokong untuk memastikan kejayaan menjadi milik pasukan tuan rumah. Malangnya, bak kata orang, “menang sorak kampung tergadai”, pasukan tuan rumah tewas tipis kepada pasukan lawan. SMK Sultan Alauddin Riayat Shah telah muncul sebagai juara dan SMK Pekan Baharu sebagai naib juara. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Abdul Malek bin Samsuri. Sebelum menyempurnakan majlis penutupan, beliau memuji pengelolaan oleh tuan rumah yang sistematik. Beliau berharap agar semua pihak tidak kira usia atau pangkat, bahu-membahu untuk mempopularkan permainan tradisional ini kembali. Pihak sekolah berpuas hati dengan semua pihak yang menjayakan kejohanan tersebut. Sekitar pukul 5:00 petang, kejohanan berakhir dan semua pasukan pulang ke destinasi masing-masing. Disediakan oleh, 17 JUN 2024. Shahin (SHAHIN ARYAN BIN SHAHIZAN) Setiausaha Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Muar, SMK Tun Sulaiman Ninam Shah. Praktis 3 Tema 9: Sukan dan Rekreasi Pihak sekolah telah mengadakan Perkhemahan Perdana sempena Minggu Kokurikulum. Sebagai setiausaha perkhemahan tersebut, anda diminta untuk menyediakan laporan tentang Perkhemahan Perdana tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. Info 3 CONTOH