The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-09-26 13:06:41

BM T4

BM T4

CONTOH


Suplemen Guru (Modul HEBAT Bacaan) 01-Hebat Bacaan.indd 9 21/9/2023 10:28:32 AM Nilai Sivik Berdasarkan bulan dan mengaplikasikan Teknik Bacaan HEBAT yang berbeza untuk setiap bulan. Teknik Bacaan Menggabungjalinkan teknik HEBAT bacaan dan nilai sivik. Cadangan Aktiviti Bagi memberikan idea atau membantu guru menjalankan PnP di dalam kelas. Lembaran Kerja Disediakan untuk membantu guru melaksanakan aktiviti di dalam kelas bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan. E1 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Buku A Modul Pentaksiran Bilik Darjah 4 Petunjuk Halaman Buku Teks Untuk memudahkan murid dan guru membuat rujukan. 1 Modul PBD Modul-modul disusun mengikut urutan tema dalam buku teks. 2 Kemahiran Bahasa Merangkumi pelbagai kemahiran bahasa yang terkandung dalam buku teks dan memenuhi DSKP. 5 Penanda KBAT Penanda KBAT untuk membantu murid mengenal pasti standard penyoalan soalan. 7 Tahap Penguasaan Ruang untuk memudahkan guru menilai tahap penguasaan murid. 6 Kod QR Untuk mengakses rakaman audio dan video tutorial. 3 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Untuk membantu guru membuat rujukan dan merekodkan butiran dalam Rancangan Pengajaran Harian. 8 Rekod Pentaksiran Disediakan untuk memudahkan guru merekodkan tahap penguasaan murid. E2 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menulis karangan respons terhad. Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan karangan berdasarkan kepelbagaian bahan rangsangan. Contoh Soalan SPM Membimbing guru dan murid menjawab soalan SPM Kertas 1, Bahagian A. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian A, Kertas 1 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 4 – 8). Buku B Kertas 1 (Bahagian A: Karangan Respons Terhad) E3 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menulis karangan respons terbuka. Contoh Soalan SPM Membimbing guru dan murid menjawab soalan SPM Kertas 1, Bahagian B. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian B, Kertas 1 SPM terkini dan berdasarkan tema buku teks sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 13, 16, 20, 23 – 27). Kertas 1 (Bahagian B: Karangan Respons Terbuka) Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan karangan respons terbuka. E4 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


04-Bab 3.indd 35 21/9/2023 12:43:03 PM 04-Bab 3.indd 40 21/9/2023 12:44:06 PM Kertas 2 (Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa) Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan sistem dan aplikasi bahasa. Kod QR Untuk mengakses video bagi memudahkan PdP dan memuat turun nota pelbagai aspek sistem dan aplikasi bahasa. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian A, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid. Soalan 1 : Morfologi, Soalan 2: Sintaksis, Soalan 3: Penyuntingan, Soalan 4: Bahasa Melayu Standard, Soalan 5: Peribahasa (rujuk muka surat 28 – 46). E5 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan Pemahaman Petikan Umum, Petikan Sastera dan Novel. 05-Bab 4.indd 48 21/9/2023 2:14:33 PM Kertas 2 (Bahagian B: Pemahaman) Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menjawab Pemahaman Petikan Umum, Petikan Sastera dan Novel. Praktis SPM Pelbagai praktis berformat Bahagian B, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid. Soalan 6: Petikan Umum, Soalan 7: Petikan Sastera, Soalan 8: Novel (rujuk muka surat 48 – 74 dan 76 – 78). E6 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Kod QR Untuk mengakses video yang disediakan bagi memudahkan PdP dan memuat turun panduan menjawab rumusan. Tip Menjawab Rumusan Penerangan langkah demi langkah untuk memudahkan guru menerangkan teknik menulis rumusan kepada murid. Contoh Soalan SPM Disediakan untuk membimbing guru dan murid menjawab soalan rumusan. Praktis SPM Praktis berformat Bahagian C, Kertas 2 SPM terkini disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada murid (rujuk muka surat 83 – 94). Kertas 2 (Bahagian C: Rumusan) Sekilas Info Nota tentang keperluan soalan rumusan. E7 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


Penilaian Akhir Tahun 07-Penilaian Akhir Tahun.indd 98 21/9/2023 2:29:34 PM 07-Penilaian Akhir Tahun.indd 106 21/9/2023 2:30:32 PM Audio Rakaman audio untuk Ujian Mendengar. Jawapan Disediakan untuk memudahkan guru dan murid membuat semakan. Penilaian Akhir Tahun Pentaksiran berformat SPM terkini untuk menilai pencapaian dan tahap penguasaan murid. Kertas 1: Bahagian A, Bahagian B Kertas 2: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Kertas 3: Ujian Bertutur Kertas 4: Ujian Mendengar E8 BM Tingkatan 4 Elemen Istimewa Buku Ini CONTOH


S1 SUPLEMENT GURU Penerapan Sivik Bulan Januari Nilai Kasih Sayang Tajuk Jauhi Buli Teknik Bacaan HEBAT 5W1H Langkah Pelaksanaan 1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkaitan dengan topik atau bahan yang dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan terarah. 2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang diberikan. 3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut. Aktiviti 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan. Buli di Sekolah: Punca dan Akibat Buli merupakan satu fenomena yang semakin membimbangkan pelbagai pihak. Budaya negatif ini digambarkan bagaikan tiada penyelesaian apabila mula menjadi buah mulut masyarakat kini. Lebih merisaukan apabila video-video tular yang mula membanjiri media-media sosial telah mendapat pelbagai respons daripada masyarakat maya. Masalah ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli di sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan murid sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di negara kita. Kita soroti satu kes buli yang pernah menggemparkan negara apabila sembilan pihak termasuk lima orang murid daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terpaksa membayar saman berjumlah RM616 634.20 kepada seorang bekas murid yang pernah menjadi mangsa buli empat tahun sebelumnya. Jumlah besar ini perlu dibayar akibat mangsa telah kehilangan pendengaran di telinga sebelah kanan dan tidak boleh menjalani aktiviti air seumur hidupnya akibat dibuli. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, ayuh kita teliti dahulu maksud buli dari segi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah, iaitu di prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan murid dan mangsa hanya berseorangan untuk mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada permasalahan ini. Who (Siapa) Siapakah pihak yang dibincangkan/ watak? What (Apa) Apakah kejadian/ masalah/ kesan yang terjadi? When (Bila) Bilakah kejadian/ masalah/ kesan itu terjadi? Where (Di mana) Di manakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku? Why (Mengapa) Mengapakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku? How (Bagaimana) Bagaimanakah kejadian/ masalah/ kesan ini dapat diselesaikan? HEBAT Bacaan Bahasa Melayu CONTOH


S2 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU Amal maaruf nahi mungkar merupakan konsep asas yang digariskan oleh agama Islam bagi memastikan penganutnya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan atau kemungkaran. Mengikut kajian-kajian awam yang dijalankan, kebanyakan pembuli yang melalui sesi kaunseling mempunyai kefahaman agama yang kurang mantap. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak sedar tentang keperluan menghormati orang lain sebagaimana yang digariskan oleh agama. Dalam negara yang pesat membangun, rakyatnya dituntut bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Kini, ibu bapa terlalu sibuk sehingga mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni melalui kefahaman agama yang utuh perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami keperluan dan kehendak anakanak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka terutamanya ketika di rumah. Ada antara pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi kini tidak melahirkan insan yang berfikiran waras. Selain itu, majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan gejala buli ini berlaku. Jika berpunca daripada keluarga, pelaku buli selalunya sama ada pernah dibuli atau sentiasa melihat keganasan buli di rumah. Seandainya bebanan kerja merupakan punca berlakunya aktiviti buli pula, selalunya pelaku buli terlalu stres akibat bebanan kerja yang diberikan. Perkara ini diburukkan lagi apabila seseorang individu gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan hingga menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya, mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati selepas berbuat demikian. Menyedari hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun menganjurkan klinik pengurusan stres bagi mendidik masyarakat tentang cara menangani tekanan yang dihadapi. Satu aspek penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sahabat daripada lingkungan umur dan latar belakang yang sama. Maka, kita tidak boleh menolak bahawa gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang semestinya sentiasa bersama dengan remaja. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut dengan perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka berkemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan fikirannya. Sewajarnya dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan vital untuk memantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya rakan sebaya anak-anak. Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi pemangkin utama kepada penularan budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya bersifat kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara Barat pula berunsurkan aksi-aksi ganas bagi menarik minat penonton. Terdorong oleh perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan, pelaku buli akan bertindak mengaplikasikan aksi-aksi tersebut terhadap mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak penerbit perlulah lebih bertanggungjawab untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bernilai murni agar sesuai dengan adat dan budaya di negara kita kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kesimpulannya, sebelum nanah menjadi tokak, langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala ini. Sebagai remaja yang mungkin terdedah untuk menjadi pelaku buli ini, mereka perlu memikirkan nasib orang lain kerana mangsa bukan sahaja terdedah kepada kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara. CONTOH


S3 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas. Isi 1 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) Isi 2 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) CONTOH


S4 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU Isi 3 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) Isi 4 Bil. Aspek Catatan 1 Who (Siapa) 2 What (Apakah kesan) 3 When (Bilakah kejadian berlaku) 4 Where (Di manakah kejadian berlaku) 5 Why (Mengapakah kejadian ini boleh berlaku) 6 How (Bagaimanakah kejadian itu patut diselesaikan) CONTOH


S5 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU Penerapan Sivik Bulan Februari Nilai Hormat-menghormati Tajuk Prihatin Terhadap Keluarga Teknik Bacaan HEBAT THRILD Title (Tajuk) Imbas bab dan tajuk. Heading (Tajuk Kecil) Tulis semua subtajuk. Read (Baca dan ringkaskan perenggan pertama) Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan maklumatnya. Illustrations (Ilustrasi) Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan. Last Paragraph (Baca dan ringkaskan perenggan terakhir) Baca perenggan terakhir dan rumuskan maklumatnya. Discussion (Bincangkan soalan) Pilih tiga soalan tentang perkara yang ingin diketahui dengan lebih lanjut oleh pembaca untuk dibincangkan. Langkah Pelaksanaan 1 Guru memberikan masa kepada murid untuk mengimbas tajuk besar, tajuk kecil, dan perkataanperkataan yang berhuruf tebal di dalam petikan. 2 Murid menulis tajuk utama dan subtajuk di dalam borang yang disediakan. 3 Murid membaca pendahuluan dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan. 4 Pindahkan kata kunci penting, perkataan berhuruf tebal, dan istilah-istilah penting yang terdapat di dalam petikan ke dalam borang. 5 Murid membaca perenggan terakhir (kesimpulan) dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan. 6 Murid berbincang dalam kumpulan untuk membentuk tiga soalan daripada subtajuk, kata kunci atau istilah untuk dibincangkan bersama guru. Aktiviti 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan. Membina Keluarga Bahagia Baiti jannati atau lebih mesra disebut sebagai rumahku syurgaku merupakan konsep yang menjadi impian dalam sesebuah keluarga. Bagi merealisasikan impian ini semestinya setiap keluarga perlu memiliki komponen penting, iaitu keluarga yang bahagia, sehati sejiwa, dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Sebuah keluarga yang bahagia tidak akan terbentuk jika setiap ahli keluarga hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Jika ada sekalipun, belenggu kejahilan dan kegelapan ini perlu diperjelas kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup. Keluarga merupakan institusi nukleus yang kecil tetapi sangat besar impaknya kepada pembentukan negara harmoni dan maju. Dalam usaha membentuk modal insan yang berminda kelas pertama sebagaimana yang diwara-warakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk suasana yang ideal bagi memangkin penerapan nilai dalam diri anakCONTOH


S6 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU anak. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan vital untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka biar sesibuk mana sekalipun. Ibu bapa perlu sedar bahawa masa yang diluangkan bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka perlu melakukan aktiviti di luar rumah semata-mata, tetapi usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping mendalami dan menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap diri anak-anak dengan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka, perkembangan pelajaran di sekolah, dan kehidupan sosial mereka. Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Sebagai saudara yang lebih makan garam dalam keluarga seperti abang mahupun kakak, mereka sewajarnya membantu menstabilkan tanggungjawab di dalam keluarga. Stabil dalam tanggungjawab di sini membawa maksud abang atau kakak yang boleh dianggap sebagai ketua kepada adik-beradik yang lain perlu bertindak meringankan tugasan keluarga dengan menerajui kerja-kerja rumah yang semestinya mampu mengurangkan beban yang dipikul oleh kedua-dua orang tua. Adakah pembahagian tugas sebegini penting? Jawapan semestinya “ya” kerana tanggungjawab yang diagihkan akan melatih setiap ahli keluarga untuk lebih mempunyai semangat kebersamaan dan kesepunyaan dalam keluarga. Setiap ahli keluarga seharusnya membantu untuk menyelesaikan tugasan rumah tanpa disuruh atas dasar rasa kasih sayang dan tolak ansur. Melalui tindakan ini, nilai-nilai murni yang lain akan mula terbentuk dan yang paling penting kemesraan dan silaturahim antara keluarga mula dijalin erat dari masa ke masa hingga terbentuknya keluarga bahagia. Laut mana tidak berombak, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Resam hidup berkeluarga yang semestinya cukup masak dengan baik dan buruk setiap ahlinya, tidak akan terlepas daripada dugaan hidup seperti perselisihan pendapat. Dalam hal ini, ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung. Namun, kita perlu sedar bahawa setiap kali hujan lebat pasti ada pelangi pada akhirnya. Hal ini bermakna semestinya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perselisihan pendapat boleh diselesaikan dengan baik kerana air dicencang tidak akan putus dan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Selalunya setiap pertentangan pendapat antara ahli keluarga hanyalah asam garam dalam kehidupan bagi mencari keserasian yang lebih hebat antara ahli keluarga. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa keluarga bahagia boleh dibentuk melalui peranan ahli keluarga itu sendiri. Kesediaan setiap anggota untuk berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia. Sesungguhnya, keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju. Semoga dengan pembentukan keluarga bahagia ini, impian negara untuk membentuk remaja yang mampu menjadi tulang belakang kepada kepimpinan cemerlang negara pada masa depan akan tercapai. CONTOH


S7 BM Tingkatan 4 Suplemen Guru SUPLEMENT GURU ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas. NAMA : TARIKH : TAJUK UTAMA : SENARAI TAJUK KECIL : Subtajuk 1 : Kata Kunci 1 : Soalan 1 : Subtajuk 2 : Kata Kunci 2 : Soalan 2 : Subtajuk 3 : Kata Kunci 3 : Soalan 3 : Rumusan Pendahuluan : Rumusan Penutup : Membina Keluarga Bahagia Ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak Keluarga harmoni, menatang minyak yang penuh, mengambil berat Bagaimanakah ibu bapa membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga? Abang dan kakak mengambil tanggungjawab ibu bapa menjalankan tugas di rumah Menstabilkan tanggungjawab, kasih sayang dan bertolak ansur, silaturahim Bagaimanakah pembahagian tugas antara ahli keluarga boleh dibuat secara adil? Mengelakkan pertengkaran antara ahli keluarga Air dicencang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Apakah langkah untuk menyelesaikan pertengkaran antara ahli keluarga? Setiap insan memerlukan keluarga yang harmoni dalam kehidupannya. Demi membentuk keluarga bahagia ini, setiap ahli keluarga perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan keluarga. Setiap ahli keluarga perlu bertolak ansur dalam menghadapi masalah. Keluarga bahagia yang diwujudkan mampu memastikan anak-anak dibentuk dalam suasana yang baik dan ideal bagi membentuk pemimpin masa depan. CONTOH


S8 SUPLEMENT GURU Suplemen Guru Jawapan Suplemen Guru Kod-kod QR untuk Suplemen Guru CONTOH


Kandungan Rekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 ....................................................................... ii - iv Tema 1 Merealisasikan Impian ..................................................................................................... 1 - 4 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera ........................................................................... 5 - 8 Tema 3 Memetik Bintang ............................................................................................................. 9 - 12 Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah ................................................................... 13 - 15 Tema 5 Memacu Produktiviti .................................................................................................... 16 - 19 Tema 6 Dunia Pelancongan ...................................................................................................... 20 - 22 Tema 7 Demi Kedamaian .......................................................................................................... 23 - 25 Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan ......................................................................................... 26 - 28 Tema 9 Sayangi Malaysiaku ...................................................................................................... 29 - 31 Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar ................................................................................. 32 - 35 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa .............................................................. 36 - 39 Tema 12 Asli dan Kontemporari ............................................................................................. 40 - 43 Tema 13 Segalanya Bermula di Sini ....................................................................................... 44 - 45 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku ....................................................................................... 46 - 48 Tema 15 Angin Perubahan Membadai .................................................................................. 49 - 53 Tema 16 Dipimpin untuk Memimpin ..................................................................................... 54 - 56 Jawapan Skrip Pendengaran Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR CONTOH


ii Sekolah : Nama : Tingkatan : Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 1 Merealisasikan Impian Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. 1 Tatabahasa S.P.5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 2 Menulis S.P.3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan yang betul mengikut konteks. 3 Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. 4 TEMA 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Mendengar dan Bertutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. 5 Menulis S.P.3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 6 Membaca S.P.2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. 7 Tatabahasa S.P.5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. 8 TEMA 3 Memetik Bintang Mendengar dan Bertutur S.P.1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul. 9 Membaca S.P.2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 10 Seni Bahasa S.P.4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. 11 Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. 12 TEMA 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah Mendengar dan Bertutur S.P.1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 13 Membaca S.P.2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 14 Tatabahasa S.P.5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks. 15 Rekod Pentaksiran Murid Bahasa Melayu Tingkatan 4 CONTOH


iii Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 5 Memacu Produktiviti Mendengar dan Bertutur S.P.1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 16 Menulis S.P.3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 17 TEMA 6 Dunia Pelancongan Mendengar dan Bertutur S.P.1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. 20 Seni Bahasa S.P.4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. 21 Tatabahasa S.P.5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks. 22 TEMA 7 Demi Kedamaian Mendengar dan Bertutur S.P.1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 23 Menulis S.P.3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. 24 Menulis S.P.3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. 25 TEMA 8 Dalam Lipatan Kenangan Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. 26 Menulis S.P.3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 27 Membaca S.P.2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. 28 TEMA 9 Sayangi Malaysiaku Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. 29 Tatabahasa S.P.5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. 30 Menulis S.P.3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. 31 TEMA 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. 32 Menulis S.P.3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 33 Mendengar dan Bertutur S.P.1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. 34 TEMA 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Membaca S.P.2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. 36 Menulis S.P.3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 37 Tatabahasa S.P.5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul mengikut konteks. 39 CONTOH


iv Tema Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan Guru dan Tarikh TEMA 12 Asli dan Kontemporari Membaca S.P.2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. 40 Menulis S.P.3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. 41 Menulis S.P.3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 42 Tatabahasa S.P.5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul. 43 TEMA 13 Segalanya Bermula di Sini Membaca S.P.2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. 44 Tatabahasa S.P.5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 45 TEMA 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Mendengar dan Bertutur S.P.1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 46 Menulis S.P.3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. 47 Menulis S.P.3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. 48 TEMA 15 Angin Perubahan Membadai Mendengar dan Bertutur S.P.1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 49 Membaca S.P.2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. 50 Mendengar dan Bertutur S.P.1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 51 Tatabahasa S.P.5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks. 52 TEMA 16 Dipimpin untuk Memimpin Mendengar dan Bertutur S.P.1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 54 Menulis S.P.3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 55 Mendengar dan Bertutur S.P.1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 56 CONTOH


1 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 2 – 3 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan SP: 1.1.1 dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada kerjaya impian murid. Dengar bahan yang diujarkan dengan teliti. Kemudian, nyatakan kerjaya impian kamu serta berikan sebab kamu memilih kerjaya tersebut. Kerjaya impian saya pula ialah guru. Profesion guru merupakan satu kerjaya yang sangat mulia. Guru mewarisi tugas untuk mendidik anak bangsa. Guru jugalah mengajar mereka menjadi insan berilmu. Insan berilmu ini nanti akan tahu membezakan perkara baik dan buruk, berjasa kepada diri, masyarakat serta negara. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita yang tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Dengan mempunyai impian dan cita-cita, kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik. Kerjaya impian saya ialah menjadi seorang ahli bomba. Kerjaya ini sememangnya satu pekerjaan yang mencabar kerana menguji kekuatan mental dan fizikal. Namun, profesion sebagai ahli bomba sangat penting dan diperlukan oleh setiap negara bagi melaksanakan sebarang operasi menyelamat yang membabitkan perihal nyawa. Kerjaya impian saya pula ialah menjadi jururawat. Kerjaya jururawat merupakan pekerjaan yang mulia dan profesional. Walaupun kerjaya ini lebih sinonim dengan kaum wanita, kini kaum lelaki juga diperlukan dalam bidang ini. Jururawat lelaki amat diperlukan untuk bekerja dalam situasi yang berisiko seperti mengendalikan pesakit yang agresif dan sukar dikawal. Oleh itu, kaum lelaki tidak perlu berasa malu untuk menceburi bidang ini. Apakah kerjaya impian anda? Kerjaya impian saya ialah TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar pelbagai ujaran secara terhad. Murid hanya mampu menjelaskan kerjaya impian dengan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid boleh mendengar pelbagai ujaran dengan betul. Murid berjaya menjelaskan kerjaya impian dengan ayat yang memuaskan. 5-6 Murid boleh mendengar pelbagai ujaran dengan betul, tepat, dan jelas. Murid berjaya menjelaskan kerjaya impian dengan ayat yang gramatis, terperinci dan mampu dijadikan teladan kepada rakan-rakan. (jawapan murid) 1 Tema Merealisasikan Impian CONTOH


2 BM Tingkatan 4 Tema 1 Tatabahasa Buku Teks m/s 4 – 5 SP: 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam petikan di bawah. Pang Chinn Fei bersekolah di Sekolah Kebangsaan Salak South, Kuala Lumpur. Ayahnya menghantar dia dan abangnya ke sekolah kebangsaan kerana ayahnya mahu mereka menguasai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dengan baik. Kemudian, dia menyambung alam persekolahan peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convert Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Sebagai pelajar yang fokus pada akademik, dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahunan, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di sekolah, dia aktif menyertai pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu seperti pertandingan menulis esei, puisi, dan pantun. Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam di SMK Methodist. Kecemerlangannya dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia membolehkannya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Komunikasi (Penyiaran dan Linguistik). Kehebatannya dalam berkomunikasi dan cekap mengendalikan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah di fakulti itu melayakkannya mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester. Pencapaian yang konsisten pada setiap semester juga membolehkannya dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Jurusan Komunikasi bagi tahun 2000 ketika tamat pengajian di UKM. Selepas tamat pengajian di UKM, dia memohon kerja di TV3. Setelah ditemu duga dan mengambil pelbagai jenis ujian bertulis dan praktikal, dia diterima bekerja sebagai wartawan penyiaran di Jabatan Berita TV3 pada tahun 2000. Kehebatannya dalam menyampaikan laporan berita khususnya penampilannya untuk “stand upper” menyebabkan pihak pengurusan TV3 menawarkannya mencuba bakat sebagai penyampai berita pada tahun 2005. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pesona Suara Pang Chin Fei’, oleh Rosli Mohd. Nordin, Dewan Siswa Bil. 11, 2020 Kata Tunggal Kata Majmuk di, dan, abang, ke, sekolah, kerana, mahu, mereka, bahasa, dengan, baik, alam, yang, fokus, pada, akademik, sentiasa, cemerlang, dalam, aktif, aktiviti, esei, puisi, pantun, untuk, enam, cekap, oleh, para, fakulti, itu, kosisten, semester, juga, tahun, ketika, tamat, kerja, jenis, praktikal, berita, pihak, bakat sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mata pelajaran, ditemu duga, mencuba bakat TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya lima kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat dalam petikan. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat dalam petikan. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada lima kata tunggal dan tiga kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Video tutorial 1 CONTOH


3 BM Tingkatan 4 Tema 1 Menulis Buku Teks m/s 6 – 7 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul SP: 3.1.1 mengikut konteks. Baca dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan dalam petikan. Kemudian, bina ayat bagi membezakan makna kata dan rangkai kata yang ditebalkan huruf dalam petikan tersebut. Dahulu, kegiatan bermain permainan video dianggap tidak mendatangkan faedah dan sekadar hobi yang membuang masa serta melalaikan. Namun, persepsi negatif terhadap permainan video seharusnya diubah apabila e-sukan telah diiktiraf pada peringkat global dan terbukti memberikan banyak faedah kepada para pemainnya. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang bermain permainan video mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi dan tindakan yang pantas. Hal ini sekali gus menjadikan mereka individu yang berkemahiran untuk menyelesaikan masalah, berfikiran kolektif dan kreatif, kuat daya ingatan, dan mudah menerima maklumat baharu. Selain itu, persaingan sengit dalam e-sukan yang memerlukan strategi dan tumpuan yang tinggi secara tidak langsung menanamkan sikap berdaya saing dan tidak mudah berputus asa dalam kalangan para pemainnya. Sikap tidak mudah berputus asa ini menjadi elemen penting untuk para remaja khususnya dalam mengharungi kehidupan dalam dunia nyata. Selain itu, penglibatan para pelajar dalam e-sukan juga mampu menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan gejala sosial. Bagi mereka yang sudah biasa bermain permainan video, mereka dapat mengasah kemampuan mereka untuk membuat keputusan dengan tepat selain kemahiran menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan. E-sukan juga menjana pendapatan yang lumayan. Ganjaran atau hadiah lumayan bakal menanti pemain e-sukan yang berjaya merangkul kejayaan. Selain itu, e-sukan dapat membangunkan industri lain yang terlibat secara langsung dengan sukan ini. Antaranya seperti perekaan grafik komputer, pengaturcaraan komputer, pembangunan permainan video, perisian baharu, dan pembangunan perkakasan komputer yang lebih canggih. Hal ini berupaya memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat E-sukan Terhadap Remaja’ oleh M. Farhan Zaman, Dewan Siswa, Mac 2019 1 pantas 2 sengit 3 gejala sosial 4 mengasah 5 merangkul TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman terhadap kata dan rangkai kata tersebut. Murid hanya mampu membina ayat dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis. 3-4 Murid mampu menunjukkan kefahaman terhadap kata dan rangkai kata tersebut. Murid membina ayat dengan menggunakan ayat yang gramatis tetapi laras dan konteks yang tidak berbeza. 5-6 Murid mampu menunjukkan kefahaman mendalam terhadap kata dan rangkai kata tersebut. Murid membina ayat menggunakan ayat yang gramatis, laras dan konteks yang berbeza. Yahya dan peserta-peserta lain berlari dengan pantas ke garisan penamat acara lumba lari 200 meter. Persaingan sengit untuk mencapai kejayaan dalam akademik telah menyebabkan Ramlah berasa tertekan. Semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan gejala sosial dapat dikurangkan. Kem Kepimpinan itu diadakan untuk mengasah bakat kepimpinan selain membina sahsiah terpuji dalam kalangan murid. S. Karthikgesan mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul tiga hadiah utama dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (IIDEX) 2019 peringkat antarabangsa. CONTOH


4 BM Tingkatan 4 Tema 1 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 8 – 9 SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. Dengar, faham, dan tuturkan bahan yang diujarkan dengan teliti. Kemudian, laporkan secara lisan. Baru-baru ini, saya berpeluang melawat Rumah Panjang Annah Rais yang terletak di Padawan. Rumah Panjang Annah Rais merupakan antara rumah panjang masyarakat Bidayuh yang masih kukuh berdiri hingga kini. Para penghuninya masih mengamalkan budaya dan tradisi zaman dahulu. Padawan sebenarnya terletak berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Rumah panjang ini telah menjadi destinasi pelancongan popular kerana jaraknya dengan bandar raya Kuching tidak begitu jauh, iaitu kurang daripada 60 kilometer. Untuk ke Rumah Panjang Annah Rais, saya telah memilih pakej pelancongan harian yang disediakan oleh agensi pelancongan. Apabila sampai ke Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh, saya dan pengunjungpengunjung yang lain diraikan dengan banyak tarian untuk menyambut kedatangan tetamu. Saya juga diajak menari tarian tradisional bersama-sama. Perkara yang paling seronok, saya dapat melihat budaya dan cara hidup tradisional orang Bidayuh. Semasa di Annah Rais, saya juga berpeluang melihat penghuni rumah panjang menghasilkan produk kraf tangan termasuk daripada manik tradisional Bidayuh yang dijual untuk menambahkan pendapatan. Penduduk kampung di sini ramah. Saya tentunya akan datang lagi dan membawa keluarga saya untuk lawatan akan datang, selain mempromosikan tempat ini kepada kawan-kawan saya yang lain di Semenanjung Malaysia. Rumah panjang 120 pintu di Kampung Annah Rais itu menjadi destinasi pelancongan popular. Pelawat boleh melihat penduduk kampung membuat kraf tangan, memetik dan memproses lada, termasuk cara lada dikeringkan di beranda rumah panjang, yang dipanggil ‘awah’. Rumah Panjang Annah Rais dibina pada tahun 1818. Namun begitu, struktur rumah panjang ini masih kukuh, malah kini dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Tradisi Ngayau atau pemburu kepala cukup sinonim dengan kehidupan penduduk Bumi Kenyalang pada suatu ketika dahulu. Tradisi ini sebagai lambang martabat sosial seseorang individu dalam kelompok tersebut. Semakin banyak kepala musuh dipenggal dan disimpan, lebih tinggi penghormatan diberikan kepadanya. Tradisi ini sudah tidak diamalkan lagi. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang Annah Rais dengan penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin dan baik. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang Annah Rais dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menyampaikan maklumat tentang Rumah Panjang Annah Rais dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Video tutorial 2 CONTOH


5 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 16 – 17 Mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan SP: 1.1.1 dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. Dengar petikan yang diujarkan dengan teliti. Kenal pasti perbezaan sebutan perkataan dalam petikan dengan jelas dan betul. Kemudian, cari maksud perkataan tersebut dan bina ayat seperti contoh yang diberikan. KBAT Menganalisis, Mencipa Video tutorial 3 “Pei Shan ada di luar. Mak ajak dia masuk, dia tidak mahu,” ujar emak dari luar pintu bilik. Damia ternampak Pei Shan berdiri di bawah sebatang pokok yang rendang. Wajah Pei Shan nampak tidak ceria seperti selalu. “Aku mengganggu engkaukah?” tanya Pei Shan. “Masuklah dulu. Takkan nak bercakap di luar. Dah hujan renyai-renyai …,” ujar Damia pula. “Tidak mengapalah. Di sini pun tidak apa,” balas Pei Shan dengan suara yang sedih. “Kenapa ni, lain macam nampaknya. Engkau ada masalah?” soal Damia. Pei Shan menggangguk. “Mia! Ajak Pei Shan masuk ke dalam rumah. Mak dah hidangkan nasi ni,” laung emak dari muka pintu. “Mari kita masuk. Kita makan dulu. Hari ini, mak masak rendang ayam. Sedap tu. Lepas kenyang barulah dapat idea untuk menyelesaikan masalah,” ujar Damia sambil menarik tangan Pei Shan. “Aku minta maaf kerana menyusahkan engkau. Aku selalu menceritakan masalah aku. Hanya engkau yang memahami perasaanku,” ujar Pei Shan. “Janganlah cakap macam tu. Kita kawan baik,” balas Damia. “Aku kecewa dengan keputusanku. Ibu dan ayah mahu aku berjaya macam orang lain, namun aku telah menghampakan mereka,” ujar Pei Shan. “Engkau seharusnya menerima keputusan itu dengan reda dan mencuba lagi pada masa akan datang. Janganlah terlalu menekan diri. Apa kata kita belajar bersama-sama. Dengan itu, kita dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat,” kata Damia. “Hmm … bagus juga cadangan engkau itu,” kata Pei Shan. “Macam mana sekarang?” soal Damia. “Baru tenang fikiran aku. Terima kasih, Mia. Hujan dah reda, aku balik dulu,” balas Pei Shan. Audio 1 Perkataan : Maksud 1 : Ayat : Maksud 2 : Ayat : TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan dengan agak terhad. Murid boleh membina ayat menggunakan kata yang dikenal pasti tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan dengan yakin dan baik. Murid dapat membina ayat menggunakan kata yang dikenal pasti dengan gramatis. 5-6 Murid boleh mendengar, mengenal, menyebut, dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan dengan yakin, baik, dan jelas. Murid dapat membina ayat menggunakan kata yang dikenal pasti dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. rendang Banyak daun dan cabang (berkenaan pokok); rimbun Ayah membentang tikar di bawah sebatang pokok yang rendang. Lauk yang dibuat daripada daging, ayam, dan lain-lain serta dibubuhi rempah dan dimasak dengan santan kelapa hingga kering. Kai Jun memang suka makan masakan orang Melayu terutamanya rendang. 2 Tema Insan Terdidik, Negara Sejahtera CONTOH


6 BM Tingkatan 4 Tema 2 Menulis Buku Teks m/s 20 – 21 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan SP: 3.2.1 ayat yang gramatis. Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ramalan tentang penggunaan buku teks digital pada masa hadapan. KBAT Menilai Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pelaksanaan secara bersepadu penggunaan buku teks secara digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelaksanaan ini dilihat sebagai langkah ke hadapan, sekali gus mengorak langkah transformasi pendidikan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain mudah dicapai dan diakses, buku digital turut menyediakan ruang simpanan yang lebih baik. Murid tidak memerlukan rak buku atau beg untuk menyimpan buku teks dan dibawa ke sekolah. Buku teks kini disimpan dalam format buku elektronik (EPUB) dan buku teks digital ini lebih mudah disimpan di dalam pustaka digital masing-masing. Tambahan pula, saiz buku teks digital tidaklah memakan ruang yang banyak dalam pustaka digital masing-masing. Dengan format EPUB, bahan buku teks digital mudah diterima dalam semua platform peranti dan lebih ringan, malahan hanya memerlukan ruang simpanan yang kecil. Seterusnya, penggunaan buku teks digital dilihat seiring dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang awal sesi persekolahan pada tahun 2021 ini. Sesi pengajaran guru akan menjadi lebih menarik dan murid akan lebih mudah merujuk teks melalui peranti masingmasing di samping kelas akan menjadi lebih interaktif. Sub topik buku teks yang mudah dicari dan dikenal pasti melalui penggunaan aplikasi carian (Search) dalam setiap tajuk yang ingin dibaca atau dengan penggunaan buku teks digital yang dibaca dan dikaji memudahkan lagi proses PdP. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buku Teks Digital – Apakah Manfaatnya?’ oleh Hasrul Hosshan, Dewan Siswa, Bil. 3/ 2021 Ramalan TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun tidak memahami maklumat yang disampaikan dalam bahan yang diberikan. Murid hanya membuat ramalan tentang penggunaan buku digital pada masa hadapan secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu membaca dan memahami maklumat yang disampaikan dalam bahan yang diberikan. Murid mampu membuat ramalan tentang penggunaan buku digital pada masa hadapan yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid mampu membaca dan memahami maklumat yang disampaikan dalam bahan yang diberikan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu membuat ramalan tentang penggunaan buku digital pada masa hadapan menggunakan ayat yang gramatis dan rasional di samping melahirkan idea di luar bahan sedia ada. Pemanfaatan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan boleh meningkatkan kualiti proses PdP dalam kalangan guru dan murid. Oleh itu, penggunaan buku teks digital merupakan inisiatif yang paling efektif untuk menggantikan penggunaan buku teks bercetak pada masa hadapan. Penggunaan buku teks digital yang meluas sememangnya amat bagus dan sesuai dengan peredaran zaman untuk generasi alfa. Dengan penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid dapat mengakses bahan-bahan yang berkaitan dengan mata pelajaran atau pendidikan melalui platform yang mudah untuk dicapai tanpa mengira masa dan lokasi. Penggunaan buku teks digital merupakan satu kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang lebih bersifat interaktif. Tambahan pula, isu beg berat dalam kalangan murid dapat ditangani. CONTOH


7 BM Tingkatan 4 Tema 2 Membaca Buku Teks m/s 24 – 25 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang SP: 2.1.1 wajar. Baca teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Encik Hamzah bin Husin, Pengetua SMK Seri Alam, guruguru, para ibu bapa, dan pelajar-pelajar sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Perpustakaan Mini di Rumah dan Kepentingannya” bersempena dengan kempen galakan membaca. Semoga kempen ini akan berjaya mencapai matlamatnya. Hadirin yang dihormati, Membaca merupakan suatu aktiviti yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan. Apakah kebaikan membaca? Membaca merupakan asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun demikian, kita masih kurang memberikan perhatian terhadap aktiviti yang amat berfaedah ini. Anak-anak perlu diberikan peluang dan ruang yang secukupnya untuk melakukan aktiviti membaca. Oleh itu, penyediaan perpustakaan mini di rumah merupakan langkah terbaik ke arah menggalakkan aktiviti membaca di rumah. Malangnya, hanya segelintir ibu bapa yang menyediakan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan mini di rumah akan menjadikan anak-anak membesar dalam persekitaran buku dan maklumat. Persekitaran ini diharap akan dapat memupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga. Bahan bacaan yang disediakan perlu sesuai dengan kehendak ahli keluarga mengikut peringkat umur dan kecenderungan. Bahan bacaan yang terkini, bermutu, dan mudah diperoleh akan menjadikan anak-anak lebih terdorong untuk membaca. Hadirin yang dihormati, Perpustakaan mini sebaik-baiknya diletakkan di ruangan yang sesuai dan mudah diakses oleh semua ahli keluarga. Misalnya, perpustakaan ini diletakkan di ruangan yang berdekatan dengan ruang tamu. Hal ini demikian kerana jika perpustakaan mini mudah diakses, penggunaannya akan lebih kerap. Selain itu, perpustakaan ini juga seharusnya sangat selesa untuk digunakan. Peralatan seperti rak yang mudah dicapai, kerusi yang selesa, dan pencahayaan yang terang mempengaruhi ahli keluarga untuk menggunakan perpustakaan ini dengan optimum. Sekiranya perpustakaan sering digunakan, maka ilmu akan bertambah kerana membaca jambatan ilmu. Di samping itu, bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar juga perlu disediakan di perpustakaan mini di rumah. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, dan Dewan Kosmik amat bermanfaat kepada ahli keluarga. Dengan membaca majalah-majalah tersebut, kita akan menambahkan ilmu pengetahuan am dan mengetahui ilmu tentang sains dan teknologi semasa. Pengetahuan yang pelbagai akan menjadikan seseorang itu berfikiran lebih matang semasa mengambil tindakan. Majalah ini boleh dibeli secara berkala melalui tempahan sepanjang tahun. Selain itu, bahan bacaan berat dan bahan bacaan ilmiah juga perlu disediakan bersesuaian dengan minat dan kecenderungan anak-anak. Akhir sekali, saya berharap agar perpustakaan mini diwujudkan di setiap rumah dan penggunaannya juga perlu dimaksimumkan. Semoga langkah ini akan membantu kempen galakan membaca dan akan berjaya mewujudkan masyarakat yang suka membaca. Membaca akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memajukan pemikiran masyarakat supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sekian, terima kasih. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh membaca teks syarahan dengan sebutan yang betul, tetapi intonasi dan nada serta kepantasan kurang memuaskan. 3-4 Murid boleh membaca teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang memuaskan. 5-6 Murid boleh membaca teks syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, yakin, dan jelas, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. CONTOH


8 BM Tingkatan 4 Tema 2 Tatabahasa Buku Teks m/s 24 – 25 SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. Berdasarkan teks syarahan pada halaman 7, kelaskan kata terbitan yang berhuruf tebal bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat dengan kata terbitan yang diberikan. KBAT Menganalisis, Mencipta Kata Terbitan Awalan Akhiran Apitan terlebih, penganjur, bertajuk, berfaedah, terbaik, membesar, memupuk, diperoleh, terdorong jutaan, galakan, bacaan, ruangan, tempahan dimuliakan, sekalian, mengucapkan, kebaikan, mendapatkan, pengetahuan, melakukan, penyediaan, menyediakan, pencahayaan, menambahkan, mengetahui, berfikiran, kecenderungan, pemikiran 1 berfikiran 2 pemikiran 3 penyediaan 4 menyediakan 5 disediakan 6 pengetahuan 7 mengetahui TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan tetapi tidak mampu membina ayat bagi setiap kata terbitan yang diberikan. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan serta dapat membina ayat bagi setiap kata yang diberikan dengan gramatis. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga kata terbitan awalan, akhiran, dan apitan yang terdapat dalam petikan serta dapat membina ayat bagi setiap kata terbitan yang diberikan dari pelbagai laras bahasa dan konteks dengan gramatis dan terperinci. Kita seharusnya memiliki semangat dan berfikiran positif agar berupaya melawan perasaan negatif seperti tiada keyakinan diri dan stres. Remaja perlulah berusaha untuk membangunkan diri sendiri agar dapat membentuk pemikiran dan keperibadian yang unggul. Dengan penyediaan persekitaran yang kondusif, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yang menggalakkan. Ibu bapa seharusnya menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak membentuk sahsiah diri mereka. Pelbagai bahan bacaan seperti karya sastera disediakan di pusat sumber untuk menggalakkan muridmurid membaca. Guru merupakan orang yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita tanpa mengenal jemu. Dengan membaca surat khabar, saya dapat mengetahui perkara-perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. CONTOH


9 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 28 – 29 SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul. Dengar bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada kerjaya dalam bidang perubatan dan berikan sebab anda memilih kerjaya tersebut. KBAT Menilai Kerjaya sebagai ahli fisiologi berlainan dengan seorang doktor perubatan. Namun demikian, ahli fisiologi dan doktor perubatan saling memerlukan antara satu sama lain untuk membantu pengubatan pesakit. Doktor Perubatan • Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit. • Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis. • Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis. • Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu. • Memberi nasihat tentang penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan. • Mengambil bahagian dan pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum. Fisioterapi • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urutan, dan rawatan elektrik. • Merancang program rawatan yang berkesan kepada pesakit. • Membantu doktor membuat diagnosis penyakit. • Menyimpan rekod kesihatan pesakit. • Memaklumkan pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan kepada pesakit. • Mengajar pesakit tentang senaman yang perlu dilakukan di rumah, terutama pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat memberikan respons terhadap kerjaya pilihan dan sebab memilih kerjaya dengan baik/ terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat memberikan respons terhadap kerjaya pilihan dengan baik, tetapi tidak dapat mengemukakan sebab memilih kerjaya tersebut dengan baik. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat memberikan respons terhadap kerjaya pilihan dengan sangat yakin dan mampu mengemukakan sebab memilih kerjaya tersebut yang munasabah. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, jelas, bervariasi, dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. Saya akan memilih menjadi fisioterapi. Saya mahu membantu sesiapa sahaja terutamanya pesakit strok dengan memberikan mereka peluang kedua untuk menikmati kehidupan lebih baik agar mereka boleh berjalan atau bekerja semula. Fisioterapi ialah bidang yang mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Kerjaya ini bukan sahaja diperlukan di hospital kerajaan, malah lebih banyak tempat yang memerlukan ahli fisioterapi seperti pusat jagaan orang tua dan hospital swasta. 3 Tema Memetik Bintang Audio 2 CONTOH


10 BM Tingkatan 4 Tema 3 Membaca Buku Teks m/s 30 – 31 SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Baca dan analisis infografik di bawah dengan teliti. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dan tersirat tentang kebolehpasaran graduan di Malaysia. KBAT Menganalisis, Menilai KEBOLEHPASARAN GRADUAN (WARGANEGARA) 2020 KEBOLEHPASARAN GRADUAN (WARGANEGARA) 2019 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua isi tersurat, tetapi tidak mampu menjelaskan isi tersirat daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan tiga isi tersurat dan satu isi tersirat daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan lebih daripada tiga isi tersurat dan tiga isi tersirat daripada bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Kebolehpasaran graduan merangkumi status bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran, dan menunggu penempatan pekerjaan. Kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 menurun sebanyak 1.8 peratus kepada 84.4 peratus berbanding 86.2 peratus pada tahun 2019. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat daripada kesan pandemik COVID-19 yang melanda pada masa yang sama. Selain itu, keluaran graduan pada tahun 2020 menurun sebanyak 25 256 orang berbanding pada tahun 2019. Kaedah pelaksanaan PdP yang membebankan, ditambah dengan faktor luaran seperti suasana dalam kediaman yang tidak kondusif untuk penumpuan kepada PdP dan tugasan sepanjang tempoh mengikuti PdP menambahkan lagi tahap stres kepada pelajar yang terkesan sehingga menyebabkan kelewatan menamatkan pengajian. Graduan yang belum bekerja pada tahun 2020 juga meningkat sebanyak 1.8 peratus kepada 15.6 peratus berbanding 13.8 peratus pada tahun 2019. Dalam keadaan negara yang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 khususnya dari aspek ekonomi, peluang pekerjaan sudah pastinya akan menguncup. Justeru itu, graduan yang belum bekerja dalam tahun 2020 perlu meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka. Selain itu, pelbagai inisiatif juga perlu diambil bagi meminimumkan impak pandemik terhadap graduan. Video tutorial 4 CONTOH


11 BM Tingkatan 4 Tema 3 Seni Bahasa Buku Teks m/s 32 – 33 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai SP: 4.1.2 terhadap karya. Deklamasikan sajak, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT Mengaplikasi Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! Rejab F. I Bangkitlah (i) Apakah maksud rangkap keempat sajak Bangkitlah? (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menyedarkan golongan remaja yang masih leka? KBAT Menilai (iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak secara terhad. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak dengan baik. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu memberikan maksud tersurat dan tersirat dengan tepat dan rasional. Rangkap keempat sajak Bangkitlah bermaksud golongan remaja akan menghadapi masalah dan masa hadapan mereka akan gelap sekiranya mereka masih leka dan malas berusaha. Antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyedarkan golongan remaja yang masih leka ialah menganjurkan kem atau seminar kesedaran kepada remaja. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing mereka menceburi bidang berdasarkan minat dan kemahiran mereka. Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah merebut peluang yang masih ada untuk memperoleh kehidupan yang baik. Selain itu, kita janganlah leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan dalam arus kemajuan. Video tutorial 5 CONTOH


12 BM Tingkatan 4 Tema 3 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 34 – 35 SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. Berdasarkan bahan, jalankan sesi bersoal jawab tentang kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang kerjaya yang ingin diceburi. KBAT Mengaplikasi TAWARAN KERJA ANDA INGIN MENJADI CEF Kelayakan ✎ Berkelulusan Sijil Profesional atau mempunyai ijazah dari sekolah kulinari yang diiktiraf ✎ Minimum 2 tahun pengalaman bekerja sebagai cef di restoran atau hotel Tanggungjawab ✎ Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak ✎ Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja dalam bahagian operasi kulinari ✎ Merancang hidangan dan menu ✎ Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan perhidangan Manfaat ✎ Gaji yang tinggi mengikut pengalaman kerja ✎ Kawasan kerja yang baik Hantar RESUME anda! Fiqri : Selamat sejahtera, tuan. Penemu duga : Selamat sejahtera. Silalah duduk. Encik Fikri memohon jawatan sebagai cef pastri, betul? Fiqri : Ya, betul. Tuan. Penemu duga : Boleh jelaskan sedikit latar belakang Encik Fikri? Fiqri : (1) Penemu duga : Adakah Encik Fikri mempunyai pengalaman bekerja selama ini? Fiqri : (2) Penemu duga : Mengapakah Encik Fikri memohon pekerjaan ini? Fiqri : (3) Penemu duga : Wah, bagus begitu! Berapa lamakah Encik Fikri akan bekerja dengan hotel kami? Fiqri : (4) Penemu duga : Baiklah, terima kasih Encik Fikri. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya menjalankan sesi soal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran, tetapi dengan intonasi kurang sesuai. 3-4 Murid berjaya menjalankan sesi soal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran secara bertatasusila dan intonasi yang memuaskan. 5-6 Murid berjaya menjalankan sesi soal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran dengan bertatasusila dan ayat yang gramatis, terperinci, dan mampu dijadikan teladan kepada rakan-rakan. Saya kini berusia 28 tahun. Saya mempunyai Diploma Seni Kulinari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang penyediaan pastri, kek, dan roti. Ada, tuan. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai cef pastri di bakeri selama tiga tahun dan Hotel JW Marriot selama lima tahun. Semasa belajar, saya telah menjalani latihan industri di Hotel JW Marriot. Selepas tamat belajar, saya telah diambil bekerja sebagai cef pastri. Saya dipertanggungjawabkan untuk urusan dapur, perancangan menu, menjaga kualiti makanan, dan mengenal pasti cita rasa pelanggan. Saya memang meminati bidang penyediaan pastri dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Sekiranya saya ditawarkan kerja ini, saya akan cuba sedaya upaya merangka idea menu terbaharu dan menghasilkan menu pencuci mulut yang enak dan istimewa. Saya juga bersedia untuk bekerja mengikut syif. Selama yang boleh. Asalkan pekerjaan ini mampu memberikan motivasi kepada diri saya secara profesional. CONTOH


13 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 44 – 45 SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. Dengar bahan dibacakan dengan teliti. Kemudian, sebut semula fakta dan hujah berdasarkan bahan. KBAT Menganalisis (vi) mengurangkan stres (v) melembapkan kulit (ii) merawat demam (iii) menurunkan risiko gout Manfaat Buah Mengkudu (i) mengelakkan kanser (iv) meningkatkan tenaga TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar, menyebut semula, dan menyusun fakta dengan agak terhad. Murid boleh menyebut manfaat buah mengkudu dan keperluan asas tanaman dengan agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar, menyebut semula, dan menyusun fakta dengan betul. Murid boleh menyebut manfaat buah mengkudu dan keperluan asas tanaman dengan baik dan memuaskan. 5-6 Murid boleh mendengar, menyebut semula, dan menyusun fakta dengan betul, tepat, dan jelas. Murid boleh menyebut manfaat buah mengkudu dan keperluan asas tanaman dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Audio 3 Jenis tanah Semua jenis tanah Suhu 22°C hingga 30°C Sinaran matahari Secukupnya pH tanah 6 hingga 7 Keperluan Asas Tanaman 4 Tema Menjulang Harapan di Bumi Bertuah CONTOH


14 BM Tingkatan 4 Tema 4 Membaca Buku Teks m/s 46 – 47 SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Baca, kenal pasti isi-isi tersurat tentang manfaat pokok kunyit dan cadangkan cara mempromosikan manfaat kunyit. KBAT Menganalisis, Menilai Kunyit atau Curcuma longa ialah tumbuhan tropika yang banyak terdapat di selatan dan tenggara Asia. Penduduk negara tertentu seperti India, China, Malaysia, dan Indonesia banyak menggunakan kunyit dalam kehidupan harian. Tumbuhan ini biasanya tumbuh hingga satu meter tinggi dengan batang yang pendek dan daun yang berumbai. Pokok kunyit banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah ratus yang popular. Daun kunyit selalu digunakan dalam masyarakat Melayu, seperti pais tempoyak ikan patin. Selain itu, daun kunyit juga dijadikan sebagai pembalut untuk membakar ikan, ayam atau daging. Selain digunakan dalam masakan, kunyit digunakan sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisi India. Kunyit juga dijadikan sebagai pewarna dalam industri tekstil dan sebagai bahan aktif dalam industri farmaseutikal. Komponen aktif kunyit ialah kurkumin. Ada banyak laporan yang menyatakan bahawa kurkumin berkebolehan untuk membentuk halangan biokimia yang mengaktifkan rawatan dalam sistem tubuh manusia. Potensi antikanser kurkumin makin galak dikaji di makmal penyelidikan untuk mencari cara terbaik untuk merawat kanser yang menjadi pembunuh utama populasi manusia. Kurkumin dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menghalang penghasilan tumor dan mampu menyekat pembentukan tumor. Selain itu, kurkumin juga berpotensi untuk menyekat pembentukan karsinogenesis pada kulit, perut, kalon, dan hati berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kunyit Rempah Sepanjang Zaman’ oleh Khairul Adli Nikman, Dewan Kosmik, April 2017 Manfaat pokok kunyit Cara mempromosikan manfaat kunyit TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua isi tersurat, tetapi tidak mampu menjelaskan isi tersirat daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan tiga isi tersurat dan satu isi tersirat daripada bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu membaca, mengenal pasti, dan menjelaskan lebih daripada tiga isi tersurat dan tiga isi tersirat daripada bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Pokok kunyit memiliki seribu satu kebaikan. Pokok kunyit banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah ratus yang popular. Selain itu, daun kunyit dijadikan sebagai pembalut untuk membakar ikan, ayam atau daging. Kunyit digunakan sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisi India. Kunyit juga dijadikan sebagai pewarna dalam industri tekstil. Kunyit dijadikan sebagai bahan aktif dalam industri farmaseutikal. Kurkumin yang terdapat dalam kunyit dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menghalang penghasilan tumor dan mampu menyekat pembentukan tumor. Antara cara untuk mempromosikan manfaat kunyit ialah mengedarkan risalah tentang manfaat kunyit kepada orang ramai. Selain itu, media massa boleh menyiarkan dokumentari tentang khasiat kunyit untuk pengetahuan orang ramai. Seterusnya, pameran tentang kunyit juga boleh diadakan untuk membolehkan masyarakat umum mengetahui kelebihannya. Pengiklanan secara meluas dalam pelbagai media juga antara cara mempromosikan manfaat kunyit. CONTOH


15 BM Tingkatan 4 Tema 4 Tatabahasa Buku Teks m/s 48 – 49 SP: 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti kata nama yang terdapat dalam petikan tersebut. KBAT Menganalisis Nama Azmi Zainal atau lebih mesra disapa sebagai “Bos Susu” sudah tidak asing dalam sektor keusahawanan dan perdagangan, khususnya industri tenusu di Malaysia. Sikapnya yang sentiasa menghormati orang lain, berintergriti, telus, bersungguh-sungguh, dan mempunyai semangat yang tinggi menjadi tunjang kejayaan beliau pada hari ini. Pada usia 55 tahun, Azmi Zainal merupakan Ketua Pegawai Operasi The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di No.11, 1, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor. Malah, Azmi turut dinobatkan sebagai pemenang beberapa anugerah pengiktirafan atas kejayaan dan kecemerlangan dalam pentas perniagaan. Berbekalkan pengalaman dan ilmu tentang perniagaan yang sedikit, Azmi bertekad menceburi arena industri tenusu demi mengangkat nama dan maruah produk tenusu keluaran Malaysia. Cetusan ilham dan idea penubuhan Farm Fresh terhasil apabila beliau dan rakan kongsinya, Loi Tuan Ee membayangkan bahawa dunia industri pengeluaran dan penghasilan produk tenusu negara diterajui, dipimpin serta dikuasai oleh anak tempatan dan warganegara Malaysia, bukannya dimonopoli oleh syarikat-syarikat asing dari luar negara. Azmi mengutamakan kepuasan para pelanggan dan memastikan kepuasan melebihi jangkaan mereka dalam setiap aspek mutu produk dan perkhidmatan yang diberikan. Hal ini dapat mengekalkan kesetiaan dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama Farm Fresh. Peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan turut diwujudkan di bawah program keusahawanan di bawah kendalian Farm Fresh. Orang ramai yang berminat menjadi ejen khas di rumah untuk memasarkan produk susu Farm Fresh di seluruh negara. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bos Susu – Berkongsi Rezeki dengan Orang Lain’ oleh Muhammad Mubarak Ismail, Dewan Siswa, Bil. 02/2021 Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Hidup – manusia anak tempatan, rakan kongsi, pemenang, pelanggan, ejen, orang ramai Hidup – manusia Azmi Zainal, Bos Susu, Loi Tuan Ee, Kata ganti nama diri orang beliau, -nya, mereka Tak Hidup – bukan institusi abstrak berbilang sektor, industri, kejayaan, anugerah, pentas, perniagaan, kejayaan, kecemerlangan, pengalaman, ilmu, ilham, idea, nama, syarikat, program, negara Tak Hidup – bukan manusia Malaysia, The Holstein Milk Company Sdn. Bhd., Farm Fresh, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru, Johor Kata ganti nama tunjuk umum ini TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya satu perkataan bagi setiap kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti tiga perkataan bagi setiap kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga perkataan bagi setiap kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan. CONTOH


16 5 Tema Memacu Produktiviti Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 58 – 59 SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Dengar dan analisis maklumat dalam kedua-dua bahan. Kemudian, terangkan maklumat tentang Perusahaan Kecil dan Sederhana yang anda dengar kepada kelas. KBAT Menganalisis Saya mempelajari cara-cara menghasilkan barangan kraf dan seni anyaman seperti beg, kotak tisu, bakul, tudung saji, barang perhiasan, dan pelbagai lagi selama setahun setengah di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Setelah yakin bahawa produk berasaskan aneka kraf berpontensi dan bernilai untuk dikormesialkan, saya membuat keputusan membuka bengkel untuk menghasilkan pelbagai barangan kraf yang unik dan cantik serta boleh dijadikan cenderamata mahupun barangan perhiasan rumah. Kesemua produk yang dihasilkan dipasarkan di seluruh negara termasuk mendapat permintaan tinggi dari Kuala Lumpur. Saya bersyukur kerana perusahaan kraf ini sedikit sebanyak menambah pendapatan keluarga dan seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga saya ke arah yang lebih selesa sekali gus membantu penduduk setempat. Ismawati Ismail Pengusaha kraf Sederhana Kecil Mikro Pembuatan Jualan Tahunan: RM15 juta N RM50 juta ATAU Pekerja: Daripada 75 hingga N 200 Jualan Tahunan: RM300 000 < RM15 juta ATAU Pekerja: Daripada 5 hingga N 75 Jualan Tahunan: Daripada < RM300 000 ATAU Pekerja: < 5 Jualan Tahunan: RM3 juta N RM20 juta ATAU Pekerja: Daripada 30 hingga N 75 Jualan Tahunan: RN300 000 < RM3 juta ATAU Pekerja: Daripada 5 hingga < 30 Jualan Tahunan: < RM300 000 ATAU Pekerja: < 5 Perkhidmatan dan Sektor Lain TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan agak terhad. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan pemahaman yang agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan yakin dan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 4 CONTOH


17 BM Tingkatan 4 Tema 5 Menulis Buku Teks m/s 66 – 67 SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. Baca karangan di bawah. Kemudian, tulis kerangka karangan berdasarkan karangan tersebut. Ekopelancongan di Malaysia mampu dimajukan kerana kekayaan produk ekopelancongan dan biodiversiti yang terdapat di negara kita memang menjadi tarikan utama terutamanya pelancong asing yang memang gemar akan hutan hujan tropika. Keadaan ini telah menjanakan pertumbuhan ekonomi seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara. Antara destinasi ekopelancongan yang popular ialah Taman Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang di Pulau Pinang, Pulau Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu, Taman Negara Gua Mulu di Sarawak, Santuari Gajah Kuala Gandah di Pahang, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul di Sabah, dan destinasi-destinasi lain. Persoalannya, apakah usaha untuk memajukan ekopelancongan di Malaysia? Antara usaha yang boleh dijalankan bagi memajukan ekopelancongan ialah mempergiat usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan. Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Maklumat-maklumat yang boleh dipromosikan adalah seperti aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikan-tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengangkutan dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi ekopelancongan tersebut, dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di kawasan ekopelancongan tersebut. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan merancakkan sektor ekopelancongan di Malaysia. Di samping itu, langkah menaik taraf kemudahan infrastruktur juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan keselesaan pelancong semasa berada di negara kita. Semakin tinggi kemudahan infrastruktur yang disediakan semakin tinggi jumlah kedatangan pelancong ke kawasan ekopelancongan tersebut. Contohnya, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur seperti jalan perhubungan ke kawasan pelancongan dan jalan-jalan pertanian, membina jeti untuk aktiviti sungai, tandas, tapak khemah, kemudahan untuk pendakian berbatu, membina tukun tiruan bagi aktiviti menyelam, dan banyak lagi. Jika tempat pelancongan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Ringkasnya, dengan adanya usaha seperti ini, taraf kehidupan masyarakat kampung dapat dinaikkan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negara dengan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga perlu bagi memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu. Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan. Contohnya, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) demi memastikan hutan negara dapat dilindungi selain memastikan pembangunannya yang mampan dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) untuk membanteras kegiatan pemburuan haram. Tegasnya, usaha ini akan menjamin ekopelancongan dapat berterusan. Usaha menambahkan hutan simpan kekal juga merupakan antara usaha penting untuk memajukan kegiatan ekopelancongan. Hal ini demikian kerana pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan. Misalnya, pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal seperti Taman Negara, Hutan Simpan Belum, dan Hutan Simpan Bako. Lantaran itu, negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa kerana berupaya mengekalkan keseimbangan flora dan fauna. Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor ekopelancongan di negara kita. Oleh itu, semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan CONTOH


18 BM Tingkatan 4 Tema 5 dapat sagunya. Dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit, industri ekopelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional. Pendahuluan Usaha-usaha memajukan ekopelancongan KBAT Mencipta Isu : Industri ekopelancongan mampu dimajukan • Kesan: • Contoh: Taman Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang di Pulau Pinang, Pulau Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu, Taman Negara Gua Mulu di Sarawak, Santuari Gajah Kuala Gandah di Pahang, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul di Sabah, dan destinasi-destinasi lain • Ayat arahan: Kemajuan dalam industri ini menjanakan pertumbuhan ekonomi seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan ekopelancongan Isi 1 Kerajaan mempergiat promosi ekopelancongan • Huraian isi: Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini • Contoh: • Huraian contoh: Mendorong seseorang pelancong datang melawat negara kita pada suatu hari kelak jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong • Penegasan: Maklumat-maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikantarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengangkutan dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi ekopelancongan tersebut, dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di kawasan ekopelancongan tersebut promosi yang telah diatur sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan merancakkan sektor ekopelancongan di Malaysia Isi 2 Menaik taraf kemudahan infrastruktur • Huraian isi: • Contoh: Menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur seperti jalan perhubungan ke kawasan pelancongan dan jalan-jalan pertanian, membina jeti untuk aktiviti sungai, tandas, tapak khemah, kemudahan untuk pendakian berbatu, serta membina tukun tiruan bagi aktiviti menyelam • Huraian contoh: • Penegasan: taraf kehidupan masyarakat kampung dapat dinaikkan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan negara Menjamin kepuasan dan keselesaan pelancong semasa berada di negara kita Tempat pelancongan yang selesa dan lengkap akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing CONTOH


19 BM Tingkatan 4 Tema 5 Isi 3 Penguatkuasaan undang-undang • Huraian isi: • Contoh: • Huraian contoh: • Penegasan: Memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Dapat memastikan aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan menjamin ekopelancongan dapat berterusan Isi 4 Usaha menambahkan hutan simpan kekal • Huraian isi: • Contoh: • Huraian contoh: • Penegasan: negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa kerana berupaya mengekalkan keseimbangan flora dan fauna Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal Taman Negara, Hutan Simpan Belum, dan Hutan Simpan Bako Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan Kesimpulan Kesimpulan: Terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor ekopelancongan di negara kita Cadangan: Harapan: Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit, industri ekopelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional 1 Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. 2 Setiap kumpulan diminta membina rangka karangan berdasarkan petikan karangan yang diberikan. 3 Setiap kumpulan diberikan masa untuk mengadakan perbincangan dan menyiapkan tugasan. 4 Setelah masa yang diberikan berakhir, setiap kumpulan diminta mempamerkan hasil tugasan mereka. 5 Ahli daripada kumpulan lain diminta bergerak mengikut kumpulan untuk melihat hasil dapatan yang dipamerkan dan mendapatkan maklumat. 6 Ahli daripada kumpulan yang lain boleh menulis komen di atas hasil kerja kumpulan lain. 7 Guru boleh membincangkan hasil dapatan setiap kumpulan dan komen yang diberikan oleh ahli kumpulan lain. Aktiviti PAK-21 Jalan Galeri TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terhad. 3-4 Murid mampu menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan betul. 5-6 Murid dapat menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang dan tepat. CONTOH


20 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 72 – 73 SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. Berdasarkan bahan, kemukakan pendapat anda tentang faktor yang diambil kira semasa merancang percutian dalam perbualan santai secara bertatasusila. KBAT Menilai Tarikh dan tempoh Bila? Berapa lama? Lokasi dan Aktiviti Di mana? Di dalam atau di luar negara? Apakah aktiviti yang ada? Penginapan Apakah jenis penginapan? Hotel, calet atau inap desa? Pengangkutan Pengangkutan darat, udara atau air? Kos Pelancongan kos rendah, sederhana atau mewah? Keselamatan Adakah kemungkinan berlaku masalah atau risiko? Adakah dilindungi insurans? Lydia : Pada cuti sekolah yang akan datang, keluarga saya merancang bercuti di negara Korea. Aina : Jika kamu ingin melancong, buatlah perancangan dengan teliti. Lydia : Betul cakap kamu. Apakah faktor yang harus diambil kira semasa merancang percutian? Aina : Antara faktor yang harus diambil kira ialah (1) Lydia : Mengapakah perancangan percutian perlu? Aina : (2) Sebelum memulakan perjalanan pelancongan kamu, belilah insurans perjalanan yang cukup dan sesuai. Lydia : Mengapakah perlu berbuat demikian? Aina : Insurans penting (3) TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan agak terhad. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk menyampaikan pendapat tentang perancangan percutian dengan pengetahuan yang terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin dan baik. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk menyampaikan pendapat tentang perancangan percutian dengan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami ujaran dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan di atas untuk menyampaikan pendapat tentang perancangan percutian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. tarikh dan tempoh, lokasi dan aktiviti, penginapan, pengangkutan, kos, keselamatan, dan lain-lain lagi. Hal ini penting supaya percutian ini menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan dan tidak menelan belanja yang banyak. agar dapat melindungi kamu semasa berada di luar negara, seandainya sesuatu berlaku. 6 Tema Dunia Pelancongan CONTOH


21 BM Tingkatan 4 Tema 6 Seni Bahasa Buku Teks m/s 74 – 75 SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks cerita. • pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air • sambil menyelam minum air • jauh perjalanan, luas pemandangan • serampang dua mata • ibarat orang mengantuk disorongkan bantal • sediakan payung sebelum hujan Terima kasih atas ingatan awak. Saya perlu (3) untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan impian saya sejak kecil. Saya harus yakin bahawa impian saya pasti akan menjadi kenyataan. (2) Pendakian ini pasti akan menambahkan ilmu dan memperkayakan pengalaman awak. Oh, ya! Jangan lupa sediakan krim panas untuk mengelakkan kejang otot dan jaket untuk menahan suhu di bawah 7°C. Saya doakan agar awak berada dalam keadaan yang cergas dan sihat serta berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Saya akan mendaki Gunung Kinabalu pada hujung bulan ini. Walaupun saya telah menjalani latihan mendaki Gunung Lambak dan Gunung Ledang, tetapi saya masih khuatir akan kemampuan saya. Banyak pendaki yang gagal ke puncak kerana mengalami kejang otot setelah mendaki separuh jalan. Mampukah saya? Janganlah awak risau. Jika segala persediaan telah dibuat, awak tentu mampu melakukannya. Peribahasa ada mengatakan (1) , awak hanya menanti masa untuk melakukannya. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai atau tepat. 3-4 Murid berjaya mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan tepat. 5-6 Murid berjaya mengaitkan situasi di dalam ayat dengan peribahasa yang sesuai dan mampu mencadangkan peribahasa seerti atau situasi yang lain bagi menggambarkan peribahasa yang sama. pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air Jauh perjalanan, luas pemandangan. sediakan payung sebelum hujan CONTOH


22 BM Tingkatan 4 Tema 6 Tatabahasa Buku Teks m/s 76 – 77 SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks. Kenal pasti kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, bina tiga ayat dengan menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks. KBAT Menganalisis, Mencipta Pada era milenium ini, industri pelancongan di Malaysia semakin pesat membangun. Keadaan ini telah menjanakan pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan. Perkembangan pesat industri pelancongan ini menjadikan pelancongan satu daripada industri penting di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan, pelbagai inisiatif yang efisien perlu diambil bagi memajukan industri pelancongan di negara kita. Antara cara untuk memajukan industri pelancongan di negara kita termasuklah memperlengkap kemudahan pengangkutan awam di negara ini. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam berfungsi sebagai kenderaan utama bagi pelancong untuk sampai ke destinasi tertentu. Dalam hal ini, kemudahan pengangkutan awam seperti bas, sampan, bot, dan kapal perlu diperbanyak. Selain itu, bas persiaran juga perlu diperbanyak untuk kemudahan pelancong. Di Kuala Lumpur, bas persiaran dua tingkat, iaitu KL Hop-On-Hop-Off yang berkhidmat untuk membawa pelancong mengunjungi 40 destinasi menarik di Kuala Lumpur telah memudahkan pergerakan pelancong. Namun begitu, pihak berkenaan harus memastikan kemudahan pengangkutan tersebut berada dalam keadaan sempurna dan selamat bagi mengelakkan tragedi kemalangan berlaku. Usaha menyediakan kemudahan penginapan seperti inap desa, calet, dan hotel perlu diperbanyak dengan harga yang berpatutan supaya tidak terlalu membebankan pelancong. Tambahan pula, layanan yang mesra kepada pelancong juga harus diberikan oleh pihak pengurusan tempat penginapan. Di samping itu, agensi pelancongan harus ditubuhkan untuk menyalurkan maklumat kepada pelancong melalui Internet, iklan, dan lain-lain. Tindakan ini membolehkan pelancong mendapat maklumat seperti kedudukan geografi dan iklim di negara ini. Secara tidak langsung, mereka akan tertarik dengan keindahan sesuatu tempat dan berminat untuk melancong ke negara kita. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Langkah Memajukan Industri Pelancongan di Malaysia’, Dewan Siswa Bil. 12, 2019 Kata Kerja Transitif Aktif • menjanakan • merancakkan • menjadikan • mempunyai • memajukan • memperlengkap • membawa • mengunjungi • memudahkan • memastikan • mengelakkan • menyediakan • membebankan • menyalurkan • membolehkan • mendapat • melancong 1 2 3 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata kerja yang dipilih tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada tiga perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata kerja yang dipilih dengan gramatis tetapi laras dan konteks yang tidak berbeza. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti lebih daripada lima perkataan bagi kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam petikan. Murid membina ayat menggunakan kata kerja yang dipilih dengan gramatis, laras, dan konteks yang berbeza. Kepelbagaian biologi seperti terumbu karang, penyu, dan kehidupan marin yang lain merupakan khazanah semula jadi yang menjadikan Pulau Layang-layang terkenal. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memajukan sektor pelancongan di negara kita. Kita harus melancong di dalam negara terlebih dahulu sebelum melancong ke negara luar. CONTOH


23 7 Tema Demi Kedamaian Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 86 – 87 SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut. KBAT Menganalisis, Menilai Jika hal ini berlaku ✧ menepuk, mencubit atau menggeselkan badan ✧ menunjukkan bahan lucah ✧ mencuba untuk meraba, memeluk, dan mencium anda Langkah keselamatan ✧ berhati-hati dengan orang yang mencurigakan ✧ belajar seni mempertahankan diri ✧ memakai pakaian yang sopan Tindakan jika diganggu ✧ buat laporan kepada pihak sekolah ✧ buat laporan polis ✧ beritahu ibu bapa Gangguan seksual merangkumi perbuatan yang berunsurkan seks seperti sentuhan, menunjukkan bahan lucah, meraba, dan menunjukkan perbuatan tidak senonoh atau kata-kata yang berbaur seks. Gangguan seksual tidak hanya berlaku di sekolah, malah berlaku di mana-mana. Oleh itu, kita perlu memupuk keyakinan diri dan kemahiran untuk menangani gangguan seksual sekarang. Jika saya mengalami gangguan seksual, saya akan meminta bantuan orang lain. Saya akan mendapatkan bantuan daripada ibu bapa atau guru untuk membantu saya menghentikan gangguan seksual itu. Jika saya merahsiakannya, si pengganggu seksual itu mungkin akan terus mengganggu saya bahkan akan mengganggu orang lain. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan agak terhad. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang gangguan seksual dengan pemahaman yang agak terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan memuaskan. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang gangguan seksual dengan yakin dan baik. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid boleh mendengar dan memahami maklumat dengan yakin, baik, dan jelas. Murid boleh menganalisis dan menerangkan maklumat tentang gangguan seksual dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Audio 5 CONTOH


24 BM Tingkatan 4 Tema 7 Menulis Buku Teks m/s 90 – 91 SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. Baca dan fahami soalan di bawah. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan jenis definisi dan persoalan. KBAT Menganalisis, Mencipta Kes jenayah yang melibatkan remaja semakin membimbangkan masyarakat kita. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi membendung kes jenayah remaja yang semakin meningkat. Pendahuluan jenis definisi (Memberikan definisi atau maksud dengan merujuk kamus) Jenayah merujuk sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Perkataan remaja berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kematangan. Manakala remaja mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai peringkat mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Pendahuluan jenis persoalan (Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk) Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam kehidupan masa ini. Vandalisme, gengsterisme, dan buli merupakan jenayah yang sering kali didengar melalui media elektronik, media cetak mahupun percakapan orang ramai. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Pendahuluan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis sejenis perenggan pendahuluan berkaitan usaha membendung kes jenayah remaja secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Pendahuluan lengkap. Murid mampu menulis perenggan pendahuluan berkaitan usaha membendung kes jenayah remaja dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Pendahuluan lengkap. Murid mampu menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan berkaitan usaha membendung kes jenayah remaja dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut. Jenayah berat pula termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah, serta menyeludup barangan haram. Menurut kajian polis, kes jenayah yang melibatkan remaja semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membendung kes jenayah remaja daripada terus meningkat di negara kita. Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Persoalannya, mengapakah gejala ini masih berleluasa? Adakah ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak? Bagaimanakah pula dengan pihak berkuasa atau sekolah? Sesungguhnya, isu jenayah remaja ini perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk mengekang gejala ini daripada kehidupan seharian. CONTOH


25 BM Tingkatan 4 Tema 7 Menulis Buku Teks m/s 94 – 95 SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. Berdasarkan pendahuluan yang ditulis pada muka surat 24, tulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. KBAT Mencipta Isi 1 ibu bapa memainkan peranan – membimbing anak-anak ke arah kebaikan – janganlah bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul – menghindari pengaruh negatif – anak-anak yang dididik dengan baik – berkelakuan baik Isi 2 pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik – membentuk keperibadian para remaja yang mulia – memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja – berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan – kes jenayah boleh ditangani TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Perenggan isi tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis perenggan isi secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Perenggan isi lengkap. Murid mampu menulis perenggan isi dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Perenggan isi lengkap. Murid mampu menulis perenggan isi dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Usaha yang paling efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa ibarat tiang seri yang amat penting dan menjadi tunjang kepada keutuhan institusi keluarga. Ibu bapa harus memperkasakan nilai kekeluargaan bagi menangani kes jenayah yang berlaku kini. Ibu bapa harus membimbing anak-anak ke arah kebaikan. Janganlah bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, tetapi diri sendiri yang tidak betul. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Melalui cara ini, anak-anak dapat menghindari segala pengaruh negatif di luar. Tuntasnya, anak-anak yang dididik dengan baik akan lebih cenderung berkelakuan baik dan tidak akan melakukan perkara yang menyakiti ibu bapa. Selain itu, pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik kepada murid sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah dalam kalangan remaja. Pendidikan Sivik merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya, serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah terang lagi bersuluh, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. CONTOH


26 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 102 – 103 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau SP: 1.5.1 kelompok secara bertatasusila. Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti soalan dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa. Kemudian, jalankan sesi temu bual dengan menggunakan soalan yang sesuai mengikut situasi. KBAT Mengaplikasi Adiguru Kraf merupakan seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut : ✾ mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, pengubahan produk, dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia ✾ memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan ✾ bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan ✾ kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan Adiguru Kraf Tembikar Tembeling Noriah binti Mohd. Ali Kampung Pasir Durian, Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang ✾ Dilantik pada tahun 2006. ✾ Mewarisi kemahiran pembuatan tembikar ini daripada ibu mertuanya, Puan Sepian Mat Amin. ✾ Menggunakan tanah liat yang halus dan hanya terdapat di Kampung Pasir Durian. ✾ Permukaan tembikar menggunakan pelbagai motif seperti bunga sambar, tampok manggis, tapak pelanduk, tapak itik, pucuk rebung, bunga kelopak, belalang cucuk, bunga pecah empat, dan bunga kipas. ✾ Acuan motif ini dibuat sendiri dengan menggunakan kayu yang keras. ✾ Sering diundang untuk mengadakan demonstrasi di beberapa buah negeri seperti Perlis, Perak, dan Pekan, Pahang. ✾ Sebuah bengkel yang dilengkapi ruang pameran dibina dengan hasil bantuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang pada Januari 2008 yang terletak bersebelahan dengan kediaman beliau untuk membantu beliau meneruskan perusahaan pembuatan tembikar tembeling secara tradisional ini. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya menjalankan sesi temu bual menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran, tetapi dengan intonasi kurang sesuai. 3-4 Murid berjaya menjalankan sesi temu bual menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran secara bertatasusila dan intonasi yang memuaskan. 5-6 Murid berjaya menjalankan sesi temu bual menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran dengan bertatasusila dan ayat yang gramatis, terperinci, dan mampu dijadikan teladan kepada rakan-rakan. Audio 6 8 Tema Dalam Lipatan Kenangan CONTOH


27 BM Tingkatan 4 Tema 8 Menulis Buku Teks m/s 106 – 107 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan SP: 3.4.4 yang menarik. Baca karangan di bawah. Kemudian, tulis perenggan kesimpulan tersebut. KBAT Mencipta Permainan tradisional diwarisi turun-temurun. Namun, permainan tradisional seperti congkak, tingting, batu seremban, gasing, dan sebagainya semakin dilupakan oleh generasi muda terutamanya golongan yang tinggal di bandar. Lebih malang lagi, ada yang tidak tahu tentang kewujudan dan cara permainan tradisional itu dimainkan. Sebagai pewaris kesenian dan kebudayaan, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Apakah usaha-usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat? Bagi mencapai matlamat untuk mempopularkan permainan ini, kerajaan telah mendirikan tempattempat permainan. Melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, kerajaan-kerajaan negeri, dan penguasa tempatan, tempat-tempat permainan tradisional ini dibina di bandar atau luar bandar bagi memudahkan masyarakat bermain dalam suasana yang selesa dan kondusif. Contohnya, kerajaan telah menyediakan padang yang luas untuk bermain wau atau tanah lapang untuk bermain sepak takraw dan gasing. Dengan adanya tempat-tempat sebegini, pertandingan atau pertunjukan permainan tradisional dapat diadakan dari masa ke masa. Jelaslah bahawa kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti dapat mempopularkan permainan tradisional khususnya dalam kalangan generasi muda. Selain itu, pihak media massa seperti televisyen harus menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional dan mendedahkan masyarakat tentang peri pentingnya mengekalkan warisan nenek moyang yang amat berharga ini. Untuk memantapkan keadaan ini, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen dengan pelbagai cara khususnya melalui media massa. Melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kempen Jom Main Permainan Tradisional dan Festival Layanglayang Antarabangsa dianjurkan sebagai langkah mempopularkan permainan tradisional dan seterusnya menarik minat pelancong asing. Media massa juga memperluas publisiti tentang pertandingan yang akan dijalankan untuk menarik orang ramai menyertai dan menyaksikan pertandingan tersebut. Menerusi peranan media massa, permainan tradisional pasti akan disayangi dan diminati. Peranan ibu bapa juga penting dalam menyemai minat anak-anak untuk bermain permainan tradisional. Hal ini demikian kerana ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada masa lapang, ibu bapa harus membawa anak-anak ke padang untuk bermain layang-layang atau wau agar anak-anak mempunyai semangat untuk bermain permainan tersebut. Melalui usaha ini, anak-anak akan berasa teruja selain dapat mengenali warisan nenek moyang kita. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut permainan tradisional dapat dipopularkan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan langkah mempopularkan permainan tradisional secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan langkah mempopularkan permainan tradisional dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan langkah mempopularkan permainan tradisional dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. Kesimpulannya, dengan adanya langkah-langkah ini, permainan tradisional akan diminati dan tidak lapuk ditelan zaman. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk memelihara warisan nenek moyang ini supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Janganlah kita mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Dengan kesedaran itu, diharapkan semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. CONTOH


28 BM Tingkatan 4 Tema 8 Membaca Buku Teks m/s 110 – 111 SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan. KBAT Mencipta Muzium Diraja Istana Negara dahulunya merupakan tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957 hingga tahun 2011. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad ialah Yang di-Pertuan Agong pertama yang bersemayam di istana tersebut, iaitu bermula pada 27 Ogos 1957 dan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ialah Yang di-Pertuan Agong terakhir yang bersemayam di situ hingga 15 November 2011. Muzium Diraja Istana Negara mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013 hingga kini. Bangunan muzium ini telah dibina sejak tahun 1928 sebagai sebuah rumah agam bagi jutawan Cina yang dikenali sebagai Chan Wing. Kediaman dua tingkat dengan 13 buah bilik ini dibina di atas Lot No. 62, Seksyen 69, Kuala Lumpur dengan kos berjumlah $150 000.00. Kediaman ini turut memiliki halaman yang luas dengan persekitaran yang cantik dan dipagari dengan pagar dawai berserta tiang konkrit setinggi 15 kaki serta dibina sebuah pondok pengawal. Seni bangunan ini berkonsepkan gaya Palladian, iaitu lambang kemewahan dan kehebatan. Pada tahun 1980, Istana Negara sekali lagi melalui proses pengubahsuaian untuk membina beberapa ruang khas seperti balairung seri, dewan menghadap, dewan persidangan, bilik duta, bilik menteri, bilik mesyuarat raja-raja, dan bilik singgahsana kecil. Kesimpulan Kesimpulannya, TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di luar bahan di atas. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. bangunan bersejarah yang mempunyai nilai estetika yang tinggi patut dipelihara dan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi muda akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah di negara kita. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang menghayati warisan dan khazanah negara. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. CONTOH


29 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 116 – 117 SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. Teliti dan fahami sajak. Kemudian, dengar dan nilai soalan dengan menggunakan borang yang disediakan. Berikan respons terhadap soalan. KBAT Mengaplikasi Warkah kepada Generasi Generasiku tercinta Kalian adalah kelompok bertuah yang sempat berteduh di langit alaf baru dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah di tanah merdeka milik abadi kita. Generasiku yang bijak bestari ini bumi suci perjuangan nenek moyang yang bersumpah setia memartabatkan bangsa mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan membina istana merdeka yang kalian diami. Penutup warkah ini ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi bertuah ini. Amiruddin Md. Ali Hanafiah Borang Penilaian Soalan Soalan 1 Jenis soalan (Tandakan ✓) Soalan tertutup ✓ Soalan terbuka Kehendak soalan (Tandakan ✓) Sebab Kepentingan Tujuan Langkah Waktu Kesan Cara Lain-lain Nyatakan Soalan 2 Jenis soalan (Tandakan ✓) Soalan tertutup ✓ Soalan terbuka Kehendak soalan (Tandakan ✓) Sebab Kepentingan Tujuan Langkah Waktu Kesan Cara Lain-lain Nyatakan Soalan 3 Jenis soalan (Tandakan ✓) Soalan tertutup Soalan terbuka ✓ Kehendak soalan (Tandakan ✓) Sebab Kepentingan Tujuan Langkah Waktu Kesan Cara Lain-lain ✓ Nyatakan Soalan 4 Jenis soalan (Tandakan ✓) Soalan tertutup Soalan terbuka ✓ Kehendak soalan (Tandakan ✓) Sebab Kepentingan Tujuan Langkah Waktu Kesan Cara ✓ Lain-lain Nyatakan Pesanan Pastikan negara yang telah merdeka tidak terjajah untuk kali seterusnya. Sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah dan membawa anak-anak menyertai sambutan Hari Kebangsaan. 1 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan tidak dapat menjawab soalan yang diperdengarkan dengan tepat. 3-4 Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak. Murid mampu menjawab soalan yang diperdengarkan dengan betul menggunakan ayat yang gramatis 5-6 Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak. Murid mampu menjawab soalan yang diperdengarkan dengan tepat menggunakan ayat yang gramatis dan memuaskan. Audio 7 9 Tema Sayangi Malaysiaku CONTOH


Click to View FlipBook Version