57 BM Tingkatan 4 Bab 4 (iv) Berdasarkan keratan akhbar, jelas bahawa remaja di Malaysia kiniterdedah kepada masalah kesihatan mental sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Sebagai salah seorang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah, anda dikehendaki untuk menyampaikan ucapan berkaitan langkah menguruskan stres kepada rakan-rakan anda. Apakah langkah-langkah tersebut? KBAT [4 markah] Praktis 3 SANG GEMBALA KUDA Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dia lelaki bergelar perkasa dengan cemeti keberanian di tangan rembat angkuhnya memacu takut menghalau kuda-kuda di padang berebutan memburu kandang. Rumput dan jerami yang terhidang adalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapar tak peduli nasib diri setelah kenyang jadi tunggangan memburu rakan. Dia lelaki punya kuasa sesekali suaranya lebih gempita daripada ringkik kuda sekandang pacuannya diiring seribu keberanian meredah onak di rimba perburuan meranduk lumpur di paya penindasan sambil melibas cemeti durjana dia melampar muslihat aku penyelamat maruah berjuang atas dasar kebenaran menentang semua kebobrokan. Dia lelaki sang gembala kuda hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! Dipetik daripada sajak `Sang Gembala Kuda’ oleh Mohd Hashim Othman dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Antara langkah menguruskan stres ialah mendapatkan bantuan kaunselor dan berkongsi masalah dengan rakan yang boleh dipercayai. Langkah seterusnya, berbincang dengan ibu bapa tentang punca stres. Akhir sekali, bersukan bagi melupakan masalah. CONTOH
58 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu. “Mungkin ibunya,” detik hatinya. Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya, “Apakah namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren”. Nama itu diberikan kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren. Dipetik daripada cerpen ‘Oren’, karya Saifullizan Yahaya Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 3 Habislah dipijak-pijak anak-anak memerang itu. Ada yang patah kaki tangannya dan luka kepalanya, habis mati semuanya. Setelah dilihat Syah Alam di Rimba mati anak memerang itu, ia pun kembalilah ke tempatnya berdiam diri. Hatta seketika lagi hari pun petanglah. Memerang laki bini pulang ke tempat lubangnya itu. Apabila sampai ia di hadapan lubangnya, dilihatnya tujuh ekor anaknya berkaparan sahaja habis mati, darahnya pun ada tumpah di situ. Dipetik daripada prosa tradisional ‘Pelanduk Mengajar Memerang’ Papers on Malay Subjects, literature, II Mohd. Yusof Md. Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman (Penyelenggara) Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998 (i) Berdasarkan Bahan 3, apakah yang dimaksudkan dengan frasa berkaparan sahaja habis mati? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk menunjukkan rasa sayang terhadap haiwan. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah haiwan berhak disayangi seperti manusia? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, frasa berkaparan sahaja habis mati bermaksud terbaring sahaja tidak bernyawa. Berdasarkan Bahan 1, antara cara seseorang individu menunjukkan rasa sayang terhadap haiwan ialah memberi makanan dan tempat berteduh kepada haiwan. Berdasarkan Bahan 2, mengubati haiwan jika tercedera dan mengambil haiwan tersebut untuk dibela. Pada pendapat saya, haiwan berhak disayangi seperti manusia kerana haiwan juga mempunyai perasaan. Selain itu, haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Akhir sekali, haiwan juga boleh merasai sakit seperti manusia. CONTOH
59 BM Tingkatan 4 Bab 4 (iv) Berdasarkangambardiatas,jelaslahbahawamanusiaseringkalimenganiayaihaiwanataskepentingan diri sendiri. Sebagai seorang pencinta haiwan, anda telah melihat satu insiden penyeksaan terhadap seekor haiwan. Nyatakan tindakan yang akan anda ambil bagi menghentikannya. KBAT [4 markah] Praktis 4 AKU MEMBACA LAGI Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak lagi membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Dipetik daripada sajak `Aku Membaca Lagi’ oleh Razali Mohd. Yussof dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan yang akan saya ambil bagi menghentikan penganiayaan haiwan ialah menelefon pihak berkuasa. Selain itu, saya akan menjerit dengan sekuat hati untuk menakutkan pelaku. Seterusnya, saya akan menegur dengan baik supaya tindakan tersebut dihentikan. Akhir sekali, saya akan mengambil video sebagai bukti untuk digunakan sebagai dakwaan. CONTOH
60 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 Bahasa Jiwa Bangsa Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bangsa dan Maju Negara Megahkan Bahasa Kita Bahasa Jiwa Bangsa Lirik : Tan Sri Dol Ramli Bahan 3 Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu. Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah.” Dipetik daripada ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa Megahkan Bahasa Kita di dalam Bahan 2? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, gambarkan keadaan bahasa Melayu kini. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan menguasai bahasa ibunda terhadap seseorang individu? KBAT [4 markah] Frasa Megahkan Bahasa Kita di dalam Bahan 2 ialah bangga menggunakan bahasa Melayu. Berdasarkan semua bahan, keadaan bahasa Melayu kini semakin terpinggir dan tidak digunakan oleh golongan muda dengan cara yang betul. Selain itu, bahasa Melayu dirojakkan. Akhir sekali, bahasa Melayu masih dianggap sebagai bahasa perpaduan dan menjadi lambang bangsa. Pada pendapat saya, kepentingan menguasai bahasa ibunda terhadap seseorang individu ialah lebih dihormati dalam kalangan masyarakat. Selain itu, orang yang menguasai bahasa ibunda akan menjadi rujukan orang lain dalam masalah bahasa. Akhir sekali, orang yang menguasai bahasa ibunda mempunyai jati diri yang lebih kukuh. CONTOH
61 BM Tingkatan 4 Bab 4 (iv) Anda merupakan salah seorang pencinta bahasa yang memperjuangkan bahasa Melayu. Anda akan memberikan ceramah berkaitan punca-punca bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Huraikan dua punca tersebut. KBAT [4 markah] Praktis 5 WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dalam kebun diriku aku tanam saujana rancangan untuk memerdekakan warga susahku hidup menentang senja dan malam. Dalam parlimen diriku aku bahas isu onak dan enak untukku merdekakan warga fikirku mengelak hidup dikotak-katikkan. Dalam laut diriku ombak gelora menampar pantai aman untuk menguji amal dan iman. Dalam gergasi diriku terpedaya jua oleh permainan si kancil namun sempat sedar dan beringat lagi. Dalam pentas diriku aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan menghayati skrip demi skrip yang tak duga klimaksnya. Dalam dewan diriku aku tak cemas lagi oleh kata yang mengekang aku tak lemas lagi oleh kata yang menyerang. Apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku aku panggil diriku bermesyuarah menyokong, berkecuali atau menentang aku ambil keputusan waktu itu aku kenal batas diri untuk tidak mengulangi kekalahan. Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia aku turun darinya menghadapi hidup nyata peristiwa datang peristiwa pergi bagai siang memanggil malam dan sibermerdeka terus berkaca terus mengalirkan arus ingatan elakkan dirimu menjadi sia-sia hamparkan dirimu di persada Tuhan. Dipetik daripada sajak ‘www.sibermerdeka.com.my’ oleh Abdul Gaffar Ibrahim antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Dua punca bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan remaja ialah pengaruh media sosial. Hal ini demikian kerana ramai orang dipengaruhi oleh penggunaan bahasa daripada artis-artis yang diminati mereka. Selain itu, sistem pendidikan di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. CONTOH
62 Bahan 2 Biar di mana engkau diletakkan Di persada indah diri ku lemah Biar terselindung dalam kegelapan Sinar cahaya tetap berkekalan Ingin aku hampiri Kanan dan kiri jalan berduri Bila kau ku jauhi Kosong hidup ku tak bererti Aku berkeyakinan Ketulusan menerangi jalan Biar betapa sukar Sebahagian Lirik Lagu ‘Menggapai Sinar’ Bahan 3 Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. Jangan mengata jangan mengeji, Jangan aniaya bengis dan benci, Jangan takbur diri dipuji, Jangan sekali mungkir janji. Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang. Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut'ah pandangan. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap seketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. Padalah itu aku khabari, Ingatlah semua, muda jauhari, Kiranya kabul Allah memberi, Dirimu jadi pemulih negeri. Dipetik daripada ‘Syair Panduan untuk Para Remaja’ oleh Harun Mat Piah (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran, 2004 Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud penyajak apabila beliau menyatakan waktu itu aku kenal batas diri? [2 markah] Berdasarkan Bahan 1, maksud penyajak apabila beliau menyatakan waktu itu aku kenal batas diri ialah waktu itu dia mengetahui kemampuan dirinya. CONTOH
63 BM Tingkatan 4 Bab 4 (ii) Berdasarkan semua bahan, apakah sikap yang perlu ada pada seseorang remaja agar mampu menempuh dugaan hidup? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab mendorong remaja ke arah menjadi insan yang berguna? Nyatakan peranan setiap pihak tersebut. KBAT [4 markah] (iv) Seorang rakan anda telah berjumpa anda dan menceritakan masalahnya. Sebagai seorang rakan, anda ingin membantunya biarpun anda masih seorang murid. Huraikan bantuan yang mampu anda berikan. KBAT [4 markah] Praktis 6 GELANGGANG Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kucari damai di sini di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan. Kucari damai di sini cinta dan jati diri bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan. Dipetik daripada sajak ‘Kucari Damai Di Sini’ A. Hamid Jemain antologi Pohon Tradisi, Gapeniaga Sdn Bhd, 2011 Berdasarkan semua bahan, sikap yang perlu ada pada seseorang remaja agar mampu menempuh dugaan hidup ialah bersedia untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Selain itu, berhati-hati agar tidak mudah terperdaya. Seterusnya, tidak boros. Akhir sekali, berani menempuh dugaan. Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan mendidik remaja sejak kecil dengan nilai-nilai murni. Selain itu, guru-guru pula memberikan ilmu yang mampu digunakan untuk masa depan. Seterusnya, kerajaan menyediakan latihan yang sesuai mengikut kemampuan dan kemahiran remaja. Bantuan yang mampu saya berikan ialah mendengar masalah rakan dengan penuh teliti. Selain itu, saya akan menemani rakan untuk berjumpa dengan pihak yang boleh membantunya mengurangkan beban. Seterusnya, saya akan memberikan nasihat yang positif kepada rakan. Akhir sekali, saya akan membawa rakan melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatiannya daripada masalah. CONTOH
64 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Dipetik daripada sajak `Gelanggang’ oleh Onn Malini antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 3 RUANG Tuhan memberikan ruang dan udara untuk kita menghambat kehidupan biarpun aku dalam panas sinar mentarimu malammu terlalu lembut dengan udara dingin yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam. Tuhan memberikan ruang dan udara yang cukup panjang untuk kita mendaki bukit-bukit harapan sambil mencari ketentuan yang terapung di mana-mana aku berterima kasih kerana kau telah menjanjikan sesuatu yang tak dapat aku pastikan. Ahmad Razali Hj. Yusof CONTOH
65 BM Tingkatan 4 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa suara-suara momokan sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan tanggungjawab rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara tetap terpelihara. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, sejauh manakah media sosial kini mampu menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat Malaysia? KBAT [4 markah] (iv) Sebagai pengerusi Kelab Sejarah, anda ingin menjalankan beberapa aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan muridmurid sekolah anda. Huraikan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan objektif tersebut. KBAT [4 markah] Praktis 7 KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.” Maka Laksamana pun berdatang sembah,“Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barangbarang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.” Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa suara-suara momokan sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3 ialah hasutan-hasutan negatif. Berdasarkan semua bahan, tanggungjawab rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara tetap terpelihara ialah memelihara perpaduan kaum di Malaysia. Selain itu, tidak terpengaruh dengan hasutan petualang bangsa. Seterusnya, mengharumkan nama negara di persada dunia. Akhir sekali, sentiasa setia dan menyokong pemimpin negara. Pada pendapat saya, media sosial kini mampu menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat Malaysia kerana berita palsu sukar dikawal. Selain itu, masyarakat mudah terpengaruh dengan anasir luar. Akhir sekali, anak muda sering menyalahgunakan media sosial untuk memutarbelitkan fakta. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan objektif tersebut ialah menayangkan filem kenegaraan seperti Paskal dan Mat Kilau. Selain itu, mengadakan lawatan ke muzium sejarah seperti Muzium Perang. Seterusnya, mengadakan karnival sejarah yang mempamerkan pelbagai maklumat sejarah. Akhir sekali, bekerjasama dengan pihak tentera untuk membuat ceramah bagi menaikkan semangat patriotik murid. CONTOH
66 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 Hei! Kersani mengalirlah dikau Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku Agar aku bisa berdiri Tegap dan segak Bagaikan laksamana Melayu Hei! Sepuluh helai daun sirih Kugentas bersama Bunga cengkih jadilah dikau Darah merah pekat mengisi uratku Agar bisaku berlangkah Gagah dan tampan Bagaikan si jantan yang berkokok Di mana bumi kupijak Di situ langit kujunjung Alang-alang menyeluk pekasam Biar sampai ke pangkal lengan Aku seru mentera pusakaku Mentera semerah padi Mentera semerah padi Mentera semerah padi Lirik lagu “Mentera Semerah Padi” M. Nasir Bahan 3 PAHLAWAN jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan engkau derhaka maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang Sungai Semantan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakit mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat. Usman Awang Dalam Puisi-puisi Pilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka Pahlawan Kemerdekaan (Kepada Pahlawan Pahang) (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah dimaksudkan dengan frasa bukan barang-barang penjurit? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, apakah kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri? [3 markah] Berdasarkan Bahan 1, frasa bukan barang-barang penjurit bermaksud bukan pahlawan yang biasa. Berdasarkan semua bahan, kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri ialah dapat membantu orang lain jika diperlukan. Selain itu, kita dapat berkhidmat kepada pemimpin. Seterusnya, kita dapat memelihara pusaka lama. Akhir sekali, nama kita akan dikenang jika ilmu digunakan ke arah kebaikan. CONTOH
67 BM Tingkatan 4 Bab 4 (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah meningkatkan semangat remaja untuk menyertai seni mempertahankan diri? KBAT [4 markah] (iv) Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda melihat beberapa orang lelaki mengelilingi seorang murid yang bersaiz lebih kecil. Berdasarkan pengamatan anda, murid tersebut meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Apakah tindakan anda untuk membantu murid tersebut? KBAT [4 markah] Praktis 8 JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu. Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeem turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai. “Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu. Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Pada pendapat saya, langkah meningkatkan semangat remaja untuk menyertai seni mempertahankan diri ialah pihak sekolah wajar menubuhkan kelab seni mempertahankan diri untuk menggalakkan penyertaaan murid-murid. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri. Akhir sekali, kerajaan membuka peluang kepada remaja untuk menyertai pertandingan seni mempertahankan diri ketika di sekolah. Tindakan yang boleh saya ambil untuk membantu murid tersebut ialah menelefon pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, saya akan menegur secara berhemah. Seterusnya, saya akan mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih dewasa. Akhir sekali, saya akan menggunakan ilmu seni mempertahankan diri hanya ketika perlu. CONTOH
68 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kau mesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal. Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah. Dipetik daripada sajak ‘Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus’ oleh Sazalee Yacob antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 3 Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu yang mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih terurus. Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya. Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 3, apakah yang dimaksudkan dengan sekelumit ilmu yang mengisi dada? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kepentingan ilmu pengetahuan di dalam diri. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah perkara yang penting kepada seseorang individu selain daripada ilmu yang diperoleh secara formal di sekolah? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud sekelumit ilmu yang mengisi dada ialah ilmu yang sedikit di dalam dada. Berdasarkan semua bahan, kepentingan ilmu pengetahuan di dalam diri ialah kita tidak mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, ilmu penting agar kita dapat membuat pertimbangan yang rasional. Seterusnya, ilmu yang dikuasai menjamin kerjaya dan masa depan. Akhir sekali, ilmu yang kita kuasai membolehkan kita membezakan sesuatu yang baik dan buruk dalam kehidupan. Pada pendapat saya, perkara penting yang harus dimiliki oleh seseorang individu selain daripada ilmu yang diperoleh secara formal di sekolah ialah budi bahasa. Selain itu, sentiasa melakukan kebaikan. Seterusnya, boleh bekerja dalam pasukan. CONTOH
69 BM Tingkatan 4 Bab 4 (iv) Anda bercita-cita untuk melancong ke negara-negara luar apabila dewasa kelak. Oleh itu, anda telah meminta kebenaran daripada ibu bapa anda untuk mengikuti kelas bahasa asing selepas waktu persekolahan. Nyatakan alasan-alasan yang akan anda berikan kepada ibu bapa agar mereka membenarkan anda mengikuti kelas bahasa asing tersebut. KBAT [4 markah] Praktis 9 KADUK, AYAM DAN RAJA Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azam. “Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.” Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA. Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’ oleh Zurinah Hassan antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Jelas dalam mindanya akan petak-petak sawah berbuah emas di Seberang Perak yang pernah dikunjunginya dalam usaha mengumpul pengalaman dan maklumat. Betapa perasaan bangga menusuk hati ketika menggenggam buah padi keemasan itu. Waktu menghidu harum wangi padi yang baru dituai, ingatannya melayang kepada abah. Kenangan dia membantu abah menuai pada waktu kecil-kecil dahulu masih ranai dalam ingatan. Abah, anak abah ini akan kembali menyambung tugas abah tetapi dengan kaedah yang lebih canggih dan terancang. Dipetik daripada cerpen“Menuai Emas” oleh Salina Ibrahim antologi Cerita Akhir Tahun, Utusan Publications & Distributors, 2012 Alasan-alasan yang akan saya berikan kepada ibu bapa ialah saya akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dengan menguasai bahasa asing. Selain itu, saya tidak akan ditipu oleh penduduk tempatan semasa melancong. Seterusnya, saya mudah untuk mendapatkan harga barangan yang lebih murah semasa melancong. Akhir sekali, bahasa asing itu dapat digunakan sebagai salah satu bahasa tambahan kelak. CONTOH
70 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 3 Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga. Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada. Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang. Dipetik daripada ‘Pantun Kiasan’ Puisi Melayu Tradisi, Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara), Penerbit Fajar Bakti, 1996 (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa petak-petak sawah berbuah emas? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang belia menceburi bidang pertanian. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kebanyakan belia enggan menceburi bidang pertanian? KBAT [4 markah] (iv) Jumlah pengangguran di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, kerajaan telah menggalakkan belia untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan. Namun begitu, usaha ini kurang menarik minat para belia. Sebagai seorang petani yang berjaya, anda dijemput untuk memberi ucapan sempena sambutan Hari Belia peringkat daerah. Di dalam teks ucapan, anda akan menyatakan kepentingan menceburi bidang pertanian kepada diri, masyarakat, dan negara. Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa petak-petak sawah berbuah emas ialah pokok padi yang sedang menguning. Berdasarkan Bahan 1, persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang belia menceburi bidang pertanian ialah memohon bantuan dana daripada pihak terlibat. Berdasarkan Bahan 2, sentiasa bermotivasi untuk mengubah kehidupan dan mencari ilmu berkaitan jenis tanaman yang akan diusahakan. Pada pendapat saya, kebanyakan belia enggan menceburi bidang pertanian kerana mereka menganggap bidang pertanian tidak menjanjikan keuntungan. Selain itu, bidang pertanian mempunyai CONTOH risiko yang tinggi. Akhir sekali, mereka lebih suka bekerja `makan gaji’.
71 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis 10 MUNSYI Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini. Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak lagi membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah. Dipetik daripada sajak `Aku Membaca Lagi’ oleh Razali Mohd. Yussof antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Antara kepentingan menceburi bidang pertanian kepada diri ialah dapat membantu diri memperbaik nasib keluarga dan bekerja mengikut masa yang sesuai dengan diri sendiri. Manakala kepentingan menceburi bidang pertanian kepada masyarakat ialah bidang pertanian mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling apabila berjaya. Kepentingan menceburi bidang pertanian kepada negara pula ialah dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan pada produk pertanian dari luar negara. CONTOH
72 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 3 Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; 1 Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Yang kurik kundi, Yang merah saga; 2 Yang baik budi, Yang indah bahasa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; 3 Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; 4 Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai berlari; 5 Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; 6 lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa, Padang Temu Padang baiduri, Tempat raja membangun kota; 7 Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. Puisi Melayu Tradisi, Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara), Penerbit Fajar Bakti, 1996 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah yang dimaksudkan dengan frasa adegan sumbang? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan apabila bahasa Melayu semakin dipinggirkan. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah semangat mencintai bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda? KBAT [4 markah] (iv) Anda merupakan pengawas pusat sumber di sekolah anda. Anda ingin memastikan pusat sumber sekolah anda menjadi kawasan yang mampu meningkatkan semangat cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Untuk tujuan itu, beberapa perubahan perlu dibuat. Cadangkan perubahan-perubahan yang akan anda lakukan. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 1, frasa adegan sumbang bermaksud sikap buruk. Berdasarkan Bahan 1, kesan apabila bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah anak muda akan terpengaruh dengan bahasa-bahasa dari luar. Selain itu, anak muda akan hilang identiti dan jati diri bangsa. Berdasarkan Bahan 2, bahasa Melayu akan semakin lenyap sebagai salah satu khazanah yang dibanggakan. Pada pendapat saya, semangat mencintai bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda kerana mereka dipengaruhi budaya luar dan mengikut trend semasa. Selain itu, bahasa Inggeris lebih dipandang sebagai bahasa yang menunjukkan kemodenan juga menyebabkan bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan anak-anak muda. Cadangan saya ialah menambahkan majalah-majalah berbahasa Melayu di pusat sumber. Selain itu, kata-kata motivasi berkaitanbahasaMelayuperluditampalpadadinding-dindingpusat sumber. Seterusnya,KamusDewanharusdisediakan di setiap meja belajar murid. Akhir sekali, sekolah perlu mengadakan pertandingan bahasa secara mingguan dengan hadiah yang menarik untuk meningkatkan semangat cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. CONTOH
73 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis 11 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia. NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang. AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat. NEK SINAH : Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang. Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. Teo Wei Sing Suara Anak Pahang, 2009 Pekan Ilmu Sdn. Bhd. Erti Hidup Bererti CONTOH
74 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 3 “Banjir dulu, pindah juga ke pusat pemindahan… tapi susah. Mak Piah ni kencing kerap, kadangkadang tak sempat ke bilik air. Kali ni, biarlah duduk di rumah. Daripada sakit telinga dengar umpat caci orang, lebih baik menahan lapar di rumah sendiri.” Ya Allah, beginikah saya apabila tua nanti? “Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, Insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.” Sebaik-baik terluncur perkataan terakhir daripada mulut saya, Mak Piah menerkam memeluk ke tubuh yang telah lama tidak didakap ibu. Dipetik daripada cerpen ‘Banjir di Mata Emak’ oleh Che Soo Ismail antologi Cerita Akhir Tahun, Utusan Publications & Distributors, 2012 (i) Berdasarkan Bahan 3, apakah yang dimaksudkan dengan frasa daripada sakit telinga dengar umpat caci orang? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan masalah yang dihadapi oleh golongan tua kini. [3 markah] (iii) Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan isu pengabaian warga tua semakin menjadi-jadi kini? KBAT [4 markah] (iv) Setiap manusia akan melalui masa tua suatu masa nanti. Apakah persediaan yang akan anda buat bagi memastikan hari tua anda kelak lebih bermakna? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, frasa daripada sakit telinga dengar umpat caci orang bermaksud daripada mendengar orang berkata buruk tentang orang lain. Berdasarkan semua bahan, masalah yang dihadapi oleh golongan tua kini ialah tidak dihormati oleh golongan muda. Selain itu, mereka juga tinggal sendirian di desa dan dianggap menyusahkan oleh masyarakat. Akhir sekali, mereka sentiasa merindui ahli keluarga yang tidak pulang menjenguk mereka. Pada pandangan saya, pengabaian warga tua semakin menjadi-jadi kini kerana anak-anak sibuk dengan kerjaya. Selain itu, ibu bapa tidak mahu mengikut anak-anak tinggal di kota. Akhir sekali, masyarakat menganggap golongan tua sebagai golongan yang menyusahkan. Persediaan yang akan saya buat bagi memastikan hari tua saya kelak lebih bermakna ialah saya akan membuat simpanan yang mencukupi. Selain itu, saya perlu menjaga kesihatan sejak muda. Seterusnya, saya harus memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni supaya mereka menghargai jasa ibu bapa yang bersusah payah membesarkan mereka. CONTOH
75 BM Tingkatan 4 Bab 4 Model Novel Cemerlang (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pisang juga dapat memulihkan beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200 orang murid sekolah di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang waktu sarapan pagi, makan tengah hari, dan malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk rangsangan otak. Triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan dapat membuatkan si pemakannya berasa tenang. Selain buah, kulit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit pada bahagian yang digigit. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin Kementerian Pendidikan Malaysia (1) (2) (3) (4) (5) Nyatakan manfaat-manfaat pisang. [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai murni yang boleh dijadikan teladan yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] Leftenan Adnan Wira Bangsa Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib ialah patriotisme. Leftenan Adnan dan askar-askar Melayu sanggup menggadaikan nyawa semasa menentang tentera Jepun di Bukit Candu demi mempertahankan tanah air. Selain itu, nilai kerajinan. Leftenan Adnan rajin membantu bapanya di kebun getah dan sawah serta rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran. Antara manfaat pisang ialah zat besi yang ada dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan anemia. Selain itu, triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan dapat membuatkan si pemakannya berasa tenang. Akhir sekali, kulit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Isi cukup 3 = 4 markah Pembahagian markah 6 markah = 2 isi × 2 markah + bahasa 2 markah Nota lengkap novel Panduan menjawab novel CONTOH
76 BM Tingkatan 4 Bab 4 Jendela Menghadap Jalan Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin ialah bertanggungjawab.Ibu Lili akan memastikan Lili mendapat pendidikan yang sempurna dan sering menelefon Lili semasa berada di kampung untuk bertanyakan perkembangan anaknya itu. Selain itu, nilai ketabahan. Che Jah tabah menghadapi sikap suaminya yang panas baran di samping sikap dua orang anak lelakinya yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mencuri. Pantai Kasih Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin ialah bertanggungjawab. Ibu Unong Siron berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk memastikan anaknya sembuh. Selain itu, nilai ketabahan. Doktor Raiha tabah menghadapi dugaan hidup, iaitu sikap suaminya yang tidak mahu menerima kehadiran anak mereka, Rohayu akibat kelainan upaya dan kematian Rohayu dalam suatu kebakaran. Di Sebalik Dinara Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor ialah kasih sayang. Azraai memasang retinal scanner dan menyambung interkom rumah adiknya, Farisha dengan telefon rumahnya demi keselamatan Farisha. Selain itu, nilai setia kawan. Shida sangat runsing apabila mendapat tahu Farisha ditahan di hospital dan perlu menjalani CT Scan. Praktis ke Arah SPM Praktis 1 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bukan soal pulang ke kampung yang membuatku sedih, tetapi kerana aku tidak mampu menyuarakan keinginanku kepada ibu, betapa cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah ini aku ingin memanfaatkannya bersama-sama teman-teman sekelas, terutama majlis perpisahan pengetua sekolah. Lebih membuatkan aku sedih, kerana aku berpura-pura bahawa aku gembira dan tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung, sebenarnya aku tidak memiliki perasaan itu. “Lili,” ibuku memanggil dan aku tahu dia berada dekat di tempat aku sedang berada kerana aku dapat mendengar kibasan skirt labuhnya. Tentu ibu sedang bersiap sedia mahu ke pejabat kerana dia seorang wanita berkerjaya dan berjaya. “Bangun sayang, nanti kamu lewat ke stesen bas. Hari ni kan kamu akan balik ke kampung datuk dan nenek. Bangun cepat, nanti ketinggalan bas,” sambungnya lagi. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan sebab-sebab CONTOH Lili berasa sedih. [4 markah]
77 BM Tingkatan 4 Bab 4 (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan bagi novel tersebut. [6 markah] Praktis 2 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Kau harus terima kenyataan ini, Raiha. Kerjaya sebagai seorang pakar bedah, memang tidak sesuai denganmu. Tidak sesuai sama sekali! Tidak berfaedah kepada hidupmu, dalam jangka masa panjang,” tegas bapanya yang juga seorang pakar bedah, sejak Raiha mula-mula menyatakan hasratnya untuk mengikuti pengajian perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi dahulu. “Kenapa tidak, pak? Padahal, bapa sendiri seorang pakar bedah,” tingkah Raiha, waktu itu. “Aku ini orang lelaki, Raiha. IQ orang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti kau dan ibumu!” tegas bapanya, serius. “Sepatutnya, engkau menyediakan diri untuk menjadi suri rumah sepenuhnya. Engkau harus menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bakal suami dan anak-anakmu kelak. Jangan kau jadi macam arwah ibumu.” Dipetik daripada novel Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Kementerian Pendidikan Malaysia Mengapakah bapa Raiha membantah hasratnya untuk menjadi pakar bedah? [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor • Berani • Berilmu • Tabah Menghadapi Cabaran • Penyayang Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, bincangkan sejauh manakah watak utama dalam novel yang anda k CONTOH aji menepati dua ciri yang ditetapkan di atas. [6 markah]
78 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis 3 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Akar-akar kayu memang lebih mujarab berbanding dengan ubat-ubatan moden,” ujar datuk dengan penuh bersemangat sebelum menghirup kopi yang masih berasap. Aku terhidu bau kopi yang pekat dan wangi. Datuk seorang penggemar kopi dan perokok. Ibu pernah memberitahu, jika kita mencampurkan kafein dan rokok, maka penyakit seperti kemurungan, tekanan darah tinggi, kekeliruan mental, osteoporosis, kanser dan kardiovaskular akan memendekkan jangka hayat manusia. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan kesan negatif percampuran kafein dan rokok kepada kesihatan manusia. [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan dua konflik yang dihadapinya. [6 markah] Praktis 4 (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Apa dia, bang?” Farisha agak keliru, sisa-sisa air mata dilap dengan tisu. “Dalam fail ni ada macam-macam surat yang arwah ayah serahkan kepada abang. Semua ini maklumat tentang kamu.” Azraai menghulurkan fail plastik kepada Farisha. “Maklumat apa, bang? Saya tak faham,” soal Farisha dengan wajah keliru. Fail disambut dengan tangan terketar-ketar. “Semua ini dokumen semasa arwah ayah membuat permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Sijil anak angkat pun ada di dalam ni.” Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah dokumen yang ada dalam fail plastik tersebut? [4 markah] (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] CONTOH
79 BM Tingkatan 4 Bab 5 Sekilas Info 1 Soalan yang bermuat bahan rumusan yang mempunyai tidak kurang daripada dua fokus akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian C. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan. 4 Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza (contoh : petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama. 5 Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan. 6 Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 7 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah, iaitu 20 markah untuk isi dan 10 markah untuk bahasa. Sampel Rumusan Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam mendepani era globalisasi hari ini, kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Di samping fasih bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing, seseorang yang menguasai bahasa selain bahasa ibunda memiliki daya konsentrasi yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan orang lain. Mereka dilihat lebih cekap menapis hanya maklumat yang diperlukan berdasarkan pengetahuan bahasa mereka. Melalui bahasa, kita akan lebih mudah berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia juga dapat menjadi ejen perpaduan kaum bagi mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini. Dengan mempelajari pelbagai bahasa, seseorang itu dapat memahami dengan lebih meluas dan mendalam tentang budaya, pantang larang, dan adat resam kaum lain. Kita juga mampu menggali lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penguasaan pelbagai bahasa yang baik. Di samping itu, penguasaan pelbagai bahasa juga dapat meningkatkan nilai tambah kepada seseorang untuk bersaing dalam pasaran kerja. Rata-rata graduan universiti gagal memperoleh pekerjaan disebabkan kurang fasih untuk berbahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan graduan berlaku kerana kekurangan penerapan dalam aktiviti harian pada peringkat sekolah lagi. Rata-rata mahasiswa pada masa ini hanya memulakan langkah untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris pada peringkat universiti. Mereka tidak akan dapat memahirkan diri dengan penggunaan bahasa kedua sekiranya mereka tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Keadaan ini bertambah buruk apabila guru kurang menggalakkan murid bertutur dalam bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa’ oleh Fais Awae, Dewan Siswa, Bil.04/2021 (F1-3) (F1-4) (F1-5) (F1-6) (F2-1) (F2-2) (F2-3) (F2-4) (F1-1) (F1-2) 5 Bab Rumusan Info Digital 11 Panduan menjawab rumusan CONTOH
80 BM Tingkatan 4 Bab 5 Bahan 2 Perlukah kita menguasai pelbagai bahasa? Apakah kepentingannya kepada kita? Saya bercadang melawat Korea pada cuti akhir tahun nanti. Kalau macam tu, saya perlulah mempelajari bahasa Korea bagi memudahkan komunikasi secara dua hala berlaku semasa saya berada di negara mereka nanti. Memanglah perlu. Dengan menguasai pelbagai bahasa, kita akan lebih mudah berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, penguasaan pelbagai bahasa juga memudahkan kita melancong ke mana-mana negara di dunia. F1(1) F1(2) Bahan 3 Mari kita berbahasa sebaiknya Dengan bahasa budi dipertingkatkan mesra diperlebarkan dengan bahasa kita menjadi kita bersama Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini Mari kita berbahasa sebaiknya. Dipetik daripada sajak ‘Bahasa’, karya Rahman Shaari F1(1) F1(2) Tip Menjawab Soalan Rumusan Tip 1: Mencari tema 1 Murid boleh merujuk sumber pada Bahan 1 untuk mendapat gambaran tema. Namun begitu, menjadi tanggungjawab murid untuk membaca keseluruhan Bahan 1, Bahan 2, dan Bahan 3 untuk memastikan tema yang dikenal pasti adalah tepat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa’ oleh Fais Awae, Dewan Siswa, Bil.04/2021 Murid boleh mendapat gambaran tema pada tajuk artikel Tip 2: Menentukan fokus Dalam soalan ini, disebabkan Bahan 2 dan Bahan 3 membincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa, maka isi berkaitan kepentingan menguasai pelbagai bahasa pasti akan dibincangkan juga pada Bahan 1. CONTOH
81 BM Tingkatan 4 Bab 5 Tip 3: Kaedah menulis rumusan Secara umumnya, stuktur rumusan adalah seperti berikut: Perenggan Bahagian Jumlah ayat 1 Pendahuluan 1 2 Fokus 1 8 3 Fokus 2 & Fokus 3 (Jika ada) 4 Penutup 1 Jika dilihat pada pecahan isi pada fokus (Perenggan 2 dan 3), panduan asasnya adalah seperti berikut: Dua fokus Fokus Bahan 1 + Bahan 2 Fokus 1 6 5 4 3 2 Fokus 2 2 3 4 5 6 Jumlah isi 8 Tiga fokus Fokus Bahan 1 + Bahan 2 + Bahan 3 Fokus 1 6 5 5 4 4 4 3 3 3 2 2 2 2 2 Fokus 2 1 2 1 3 2 1 4 3 4 5 4 3 2 1 Fokus 3 1 1 2 1 2 3 1 2 1 1 2 3 4 5 Jumlah isi 8 Tip 4: Kaedah menulis rumusan Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dan kekangan menguasai pelbagai bahasa. Isi: Fokus Bahan Isi Pilihan Kepentingan menguasai pelbagai bahasa 1 Memiliki daya konsentrasi yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan orang lain. Akan lebih mudah berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Menjadi ejen perpaduan kaum bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Dapat memahami dengan lebih meluas dan mendalam tentang budaya, pantang larang, dan adat resam kaum lain. Mampu menggali lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penguasaan pelbagai bahasa yang baik. Dapat meningkatkan nilai tambah kepada seseorang untuk bersaing dalam pasaran kerja. CONTOH
82 BM Tingkatan 4 Bab 5 2 Lebih mudah berkomunikasi dengan orang lain. Penguasaan pelbagai bahasa juga memudahkan kita melancong ke mana-mana negara di dunia. 3 Bahasa menjadi alat untuk mencapai perpaduan antara kaum. Kita sukar mewujudkan persefahaman tanpa bahasa. Kekangan menguasai pelbagai bahasa 1 Kekurangan penerapan dalam aktiviti harian pada peringkat sekolah lagi. Hanya memulakan langkah untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris pada peringkat universiti. Tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Guru kurang menggalakkan murid bertutur dalam bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. 2 Tiada 3 Tiada Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya kekangan menguasai pelbagai bahasa harus diatasi agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Contoh Rumusan Lengkap Petikan membincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dan kekangan menguasai pelbagai bahasa. Antara kepentingan menguasai pelbagai bahasa ialah kita mampu memiliki daya konsentrasi yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan orang lain. Selain itu, kita lebih mudah berkomunikasi dengan orang lain. Penguasaan pelbagai bahasa juga memudahkan kita melancong ke mana-mana negara di dunia dan dapat meningkatkan nilai tambah kepada seseorang untuk bersaing dalam pasaran kerja. Seterusnya, bahasa menjadi alat perpaduan antara kaum. Akhir sekali, kita mampu menggali lebih banyak ilmu pengetahuan. Antara kekangan menguasai pelbagai bahasa ialah kekurangan penerapan dalam aktiviti harian pada peringkat sekolah lagi dan tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, kekangan menguasai pelbagai bahasa harus diatasi agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. (116 patah perkataan) Markah keseluruhan isi ialah 20 markah. • Pendahuluan = 2 markah • F1 + F2 = 8 isi × 2 markah = 16 markah • Kesimpulan = 2 markah CONTOH
83 BM Tingkatan 4 Bab 5 Praktis ke Arah SPM Praktis 1 Tema 6 Dunia Pelancongan Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Bersesuaian dengan slogan “Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia”, Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan bersejarah. Kemasyhuran elemen sejarah dan keunikan budaya berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Portugis, Baba Nyonya, orang Asli, dan sebagainya berjaya mengangkat martabat Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia yang kian disegani di dunia. Melaka kaya dengan pelbagai sejarah yang bukan sahaja berkisar pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka, tetapi turut menyimpan sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan yang selama ini menjadi pilihan utama para pelancong yang datang. Keunikan warisan budaya yang tiada di negeri lain di Malaysia menjadi daya tarikan utama ke negeri Hang Tuah ini. Walaupun negara masih terkesan dengan pandemik koronavirus (COVID-19), pandemik ini tidak sedikit pun melemahkan semangat negeri Melaka untuk bangkit semula dengan strategi baharu bagi menyemarakkan kembali industri pelancongan. Kerajaan Melaka mengorak langkah dengan mengambil inisiatif untuk terus mempromosikan pelancongan negeri itu terutama kepada pelancong domestik melalui penawaran pelbagai pakej dan tawaran menarik yang diadakan menerusi agensi serta produkproduk pelancongan yang ada di Melaka. Kerajaan Melaka turut mengambil inisiatif memastikan semua penggiat industri pelancongan di negeri itu bersiap sedia untuk memulakan operasi atau perkhidmatan masing-masing dengan mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). Justeru, pelancong tidak perlu risau kerana Melaka bersedia memberikan perkhidmatan pelancongan yang terbaik dan selamat mengikut SOP yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, kerajaan Melaka juga melancarkan kempen Dream Now Travel Later (DNTL) dan memperkenalkan aplikasi Melaka excess, satu platform dalam talian yang menjual pelbagai pakej pelancongan dan penginapan yang terdapat di Melaka. Kerajaan negeri juga melancarkan promosi pakej 'Melakan Visit Melaka 2020'. Langkah itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kempen promosi itu memberi peluang kepada orang Melaka sendiri menikmati lokasi tarikan pelancongan dengan diskaun 50 peratus berbanding harga biasa yang ditawarkan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melaka Permata yang Bersinar’ oleh Aninah Janang, Dewan Masyarakat, Bil. 11 2020 F1(1) F1(2) F1(3) F1(4) F2(1) F2(2) F2(3) F2(4) CONTOH
84 BM Tingkatan 4 Bab 5 Bahan 2 WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA Bahan 3 Saya memilih negeri Melaka kerana negeri itu terkenal dengan sejarah keunikan budaya dan kepelbagaian kaum. Negeri Melaka juga mempunyai bukti tinggalan sejarah bangsa dan budaya yang menjadi tarikan kepada para pelancong. F1(1) F1(2) Nadia, mengapakah kamu memilih negeri Melaka sebagai destinasi percutian kamu satu keluarga? CONTOH
85 BM Tingkatan 4 Bab 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan faktor-faktor Melaka menjadi tarikan pelancong dan usaha memulihkan industri pelancongan berikutan pandemik COVID-19. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Faktor-faktor Melaka menjadi tarikan pelancong 1 Kemasyhuran elemen sejarah dan keunikan budaya berbilang kaum. Melaka kaya dengan pelbagai sejarah yang bukan sahaja berkisar pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Menyimpan sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan. Keunikan warisan budaya yang tiada di negeri lain di Malaysia. 2 Tiada 3 Terkenal dengan sejarah keunikan budaya dan kepelbagaian kaum. Mempunyai bukti tinggalan sejarah bangsa dan budaya yang menjadi tarikan kepada para pelancong. Usaha memulihkan industri pelancongan berikutan pandemik COVID-19 1 Penawaran pelbagai pakej dan tawaran menarik yang diadakan menerusi agensi serta produk-produk pelancongan yang ada di Melaka. Memastikan semua penggiat industri pelancongan di negeri itu bersiap sedia untuk memulakan operasi atau perkhidmatan masing-masing dengan mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan. Melancarkan kempen Dream Now Travel Later (DNTL) dan memperkenalkan aplikasi Melaka excess. Melancarkan promosi pakej 'Melakan Visit Melaka 2020'. 2 Mengadakan promosi pelancongan. Pakej kombo tiket. 3 Tiada Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya industri pelancongan perlulah dimajukan agar dapat merancakkan pembangunan negara. CONTOH
86 BM Tingkatan 4 Bab 5 Praktis 2 Tema 9 Sayangi Malaysiaku Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Setiap kali menjelang Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan masyarakat Malaysia. Pernahkah kita berfikir apa yang akan terjadi pada kemajuan negara kita jika nilai patriotisme tidak diterapkan dalam diri masing-masing? Semangat patriotisme dan nilai patriotisme merupakan asas utama yang akan menjadikan negara lebih kuat dan maju. Semakin banyak individu yang menyatakan rasa patriotik mereka, semakin kuat dan teguh negara kita secara keseluruhannya. Di samping itu, nilai patriotisme sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Selain itu, patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara. Dalam mencapai matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju, semangat patriotik mampu menjadi benteng untuk memastikan kemerdekaan negara akan terus dapat didaulatkan. Rentetan itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besarbesaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Saya Sayang Malaysia!’, Dewan Siswa, Bil. 08 2020 F1(1) F1(2) F1(3) F1(4) F2(1) F2(2) F2(3) CONTOH
87 BM Tingkatan 4 Bab 5 Bahan 2 • DEKLAMASI SAJAK • LAGU PATRIOTIK • PAKAIAN KEBANGSAAN • HIAS KENDERAAN • MELUKIS POSTER Bahan 3 Pantun Teguh Bersama Ada sebuah cerita lama, Cerita sebuah tentang hikayat; Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Maju negara sejahtera rakyat. Hikayat lama si anak jati, Sanggup korbankan jiwa dan raga; Semangat patriotik menebal di hati, Daulat negara kekal terjaga. Sanggup korban jiwa dan raga, Hebat bersilat tangkas beradu; Berpadu rakyat gembleng tenaga, Kemakmuran negara terus dipacu. Masyhur hikayat seluruh pura, Dari desa hingga ke pekan; Terus dipacu kemakmuran negara, Merdeka Malaysia dapat dikekalkan. Dipetik daripada https://tunascipta.jendeladbp.my F1(1) F1(3) F1(4) F1(2) CONTOH
88 BM Tingkatan 4 Bab 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kepentingan memupuk semangat patriotik kepada generasi muda dan cara-cara memupuk semangat patriotik. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kepentingan memupuk semangat patriotik 1 Merupakan asas utama yang akan menjadikan negara lebih kuat dan maju. Dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum. Semangat patriotik mampu menjadi benteng untuk memastikan kemerdekaan negara akan terus dapat didaulatkan. 2 Tiada 3 Semangat patriotik menebal di hati. Daulat negara kekal terjaga. Kemakmuran negara terus dipacu. Kemerdekaan Malaysia dapat dikekalkan. Cara-cara memupuk semangat patrotik 1 Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. 2 Mengibarkan Jalur Gemilang. Nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai. Pertandingan pakaian kebangsaan bertemakan warna Jalur Gemilang. Pertandingan melukis poster kemerdekaan, deklamasi sajak, dan hias kenderaan. 3 Tiada Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya semangat patriotik perlu dipupuk agar mampu memangkin jati diri yang unggul dalam diri remaja. CONTOH
89 BM Tingkatan 4 Bab 5 Praktis 3 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Membaca merupakan jambatan ilmu. Kata hikmat ini sering kita dengar dan lihat. Apakah kepentingan membaca? Membaca penting untuk seseorang menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat. Hal ini demikian kerana membaca merupakan satu keperluan dan cara yang paling mudah untuk seseorang individu memperoleh segala ilmu. Membaca juga membolehkan seseorang menguasai dan memahami kosa kata dengan lebih mendalam. Dengan itu, kemahiran menulis akan bertambah baik dengan bertambahnya perbendaharaan kata. Selain itu, membaca menajamkan minda. Meskipun kepentingan membaca diketahui umum, namun budaya membaca dalam kalangan remaja menunjukkan penurunan yang amat ketara. Kerajaan sememangnya memandang serius hal ini. Rentetan itu, kerajaan memperuntukkan baucar buku kepada para pelajar di universiti awam dan universiti swasta yang bertujuan untuk memastikan generasi di pusat pengajian tinggi berupaya untuk memperoleh bahan bacaan yang bermutu. Kerajaan dan swasta juga memperkenalkan banyak potongan harga kepada kelompok ini untuk membeli buku dengan diskaun yang mencecah 50 peratus kepada pembeli yang berstatus pelajar atau mahasiswa. Peranan pihak sekolah juga tidak boleh disisihkan dalam usaha menggalakkan amalan membaca ini. Hal ini demikian kerana remaja yang bergelar pelajar menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Justeru pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. Contohnya, program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) perlu dilaksanakan di sekolah dengan bersungguh-sungguh dan pengiktirafan yang sesuai diberikan kepada murid mengikut bilangan buku yang telah dibaca. Langkah menyenaraikan buku dan tema yang ingin dibaca juga dapat membantu memotivasikan diri untuk sentiasa menghabiskan bacaan. Tuntasnya, penggemblengan tenaga semua pihak penting untuk membentuk generasi muda yang berilmu, disegani, dan mampu bersaing pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Budaya Membaca Remaja’, Dewan Siswa, Bil. 4 2020 F1(1) F1(2) F1(3) F1(4) F2(1) F2(2) F2(3) F2(4) Bahan 2 Langkah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja CONTOH
90 BM Tingkatan 4 Bab 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kepentingan membaca dan langkah-langkah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kepentingan membaca 1 Membaca penting untuk seseorang menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat. Membaca membolehkan seseorang menguasai dan memahami kosa kata dengan lebih mendalam. Kemahiran menulis akan bertambah baik dengan bertambahnya perbendaharaan kata. Membaca menajamkan minda. 2 Tiada Langkahlangkah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja 1 Kerajaan memperuntukkan baucar buku kepada para pelajar di universiti awam dan universiti swasta. Kerajaan dan swasta juga memperkenalkan banyak potongan harga kepada kelompok ini untuk membeli buku dengan diskaun yang mencecah 50 peratus. Pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca. Langkah menyenaraikan buku dan tema yang ingin dibaca juga dapat membantu memotivasikan diri untuk sentiasa menghabiskan bacaan. 2 Ibu bapa merupakan model yang paling dekat mendedahkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah. Sekolah menyediakan pelbagai bacaan yang menarik di pusat sumber untuk menggalakkan murid membaca. Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku untuk membeli bahan bacaan yang sesuai. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya amalan membaca perlu dibudayakan agar dapat membentuk insan yang berguna pada masa hadapan. CONTOH
91 BM Tingkatan 4 Bab 5 Praktis 4 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Amalan menabung merupakan satu tindakan proaktif yang memberikan kesedaran kepada seseorang untuk membuat persediaan bagi menjamin masa hadapan yang cerah. Aktiviti menabung membolehkan seseorang merencanakan masa hadapan dengan ekonomi yang kukuh dan mapan. Hal ini demikian kerana menabung merupakan alternatif bagi seseorang menambahkan pendapatan secara berterusan dan dalam jangka masa panjang. Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran memandangkan kos pengajian di peringkat universiti semakin meningkat. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa, remaja tetap perlu menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Justeru, untuk memiliki kesempurnaan hidup ini, amalan menabung merupakan langkah bijak dan mendatangkan impak yang besar. Melalui aktiviti menabung, seseorang itu dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak dalam banjir. Amalan menabung juga dapat mendidik remaja supaya berjimat cermat sekali gus dapat mengelakkan pembaziran dan berpegang pada peribahasa ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Pengurusan kewangan lemah disebabkan beberapa faktor. Perbelanjaan tidak teratur, serta kurangnya motivasi dan disiplin menyebabkan seseorang individu itu gagal mengatur kewangannya dengan sihat. Selain itu, rakyat Malaysia juga lebih berminat untuk meminjam dengan bank atau agensi pemberi dana bagi mendapatkan wang lebih cepat berbanding mengumpul atau menyimpannya sejak pada usia kecil. Tuntasnya, kesedaran menabung atau menyimpan wang mesti ditingkatkan dan dijadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menabung untuk Kemudahan Masa Hadapan’, Dewan Siswa, Bil. 09 2020 F1(1) F1(2) F1(3) F1(4) F1(5) F2(1) F2(2) F2(3) CONTOH
92 BM Tingkatan 4 Bab 5 Bahan 2 Kebaikan Menabung Menambahkan wang simpanan Memupuk amalan berjimat cermat Membantu keluarga semasa dalam kecemasan Menampung perbelanjaan melanjutkan pelajaran Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan menabung dan faktor pengurusan kewangan lemah. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Kebaikan menabung 1 Membolehkan seseorang merencanakan masa hadapan dengan ekonomi yang kukuh dan mapan. Dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Mendidik remaja supaya berjimat cermat. Dapat mengelakkan pembaziran. 2 Menambahkan wang simpanan. Memupuk amalan berjimat cermat. Membantu keluarga semasa dalam kecemasan. Menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran. Faktor pengurusan kewangan lemah 1 Perbelanjaan tidak teratur. Kurangnya motivasi dan disiplin. Lebih berminat untuk meminjam dengan bank atau agensi pemberi dana bagi mendapatkan wang lebih cepat berbanding mengumpul atau menyimpan wang sejak usia kecil. 2 Tiada Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya aktiviti menabung perlu dijadikan amalan agar masa hadapan lebih terjamin. CONTOH
93 BM Tingkatan 4 Bab 5 Praktis 5 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Apabila memperkatakan kesihatan mental, banyak orang yang mengaitkan kesihatan mental ini dengan gila. Salah anggap masyarakat terhadap penyakit kesihatan mental menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan awal. Oleh hal yang demikian, kita perlu bersikap prihatin terhadap individu di sekeliling kita dan kepada diri kita sendiri yang mungkin menunjukkan tanda-tanda awal gangguan mental supaya bantuan yang sepatutnya dapat diusahakan. Antara tanda awal kesihatan mental ialah makan dan tidur yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, mengasingkan diri daripada individu lain, mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang biasa dilakukan, tidak berupaya dan tidak berdaya, serta mengalami naik turun perasaan yang menyebabkan punca kepada permasalahan dalam perhubungan sosial. Menyedari perlunya sokongan kepada mereka yang menghidap penyakit kesihatan mental, Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat tentang tanggapan negatif terhadap masalah kesihatan mental dan pesakitnya. Selain itu, Kempen 'Let's Talk Minda Sihat' yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat membuka jalan kepada individu yang berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Selain mendapatkan bantuan dengan meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai, mendapatkan bantuan daripada profesional seperti pakar kaunseling, klinikal psikologi, dan psikiatri juga antara langkah menyelesaikan masalah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Stigma Halangan Utama Isu Kesihatan Mental’ oleh Rafidah Mat Ruzki, Berita Harian Online, 25 Mei 2021 F1(1) F1(2) F1(3) F1(4) F1(5) F2(1) F2(2) F2(3) F2(4) Bahan 2 Bahan 3 Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kesihatan mental? 1 Mendapatkan bantuan profesional. F2(1) 2 Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai. 3 Mengamalkan gaya hidup sihat. 4 Mengelakkan pengambilan alkohol atau dadah. F2(2) F2(3) F2(4) Keresahan yang teruk Letih lesu Perubahan selera makan Masalah tidur Kerisauan yang berlebihan Tanda-tanda masalah kesihatan CONTOH mental
94 BM Tingkatan 4 Bab 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan tanda-tanda masalah kesihatan mental dan usaha-usaha untuk membendung peningkatan kes berkaitan kesihatan mental. Isi Fokus Bahan Isi Pilihan Tanda-tanda masalah kesihatan mental 1 Makan dan tidur yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Mengasingkan diri daripada individu lain. Mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang biasa dilakukan. Tidak berupaya dan tidak berdaya. Mengalami naik turun perasaan yang menyebabkan punca kepada permasalahan dalam perhubungan sosial. 2 Letih lesu. Keresahan yang teruk. Kerisauan yang berlebihan. Perubahan selera makan. Masalah tidur. 3 Tiada Usahausaha untuk membendung peningkatan kes berkaitan kesihatan mental 1 Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat tentang tanggapan negatif terhadap masalah kesihatan mental dan pesakitnya. Kempen ‘Let’s Talk Minda Sihat’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat membuka jalan kepada individu yang berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Mendapatkan bantuan dengan meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai. Mendapatkan bantuan daripada profesional. 2 Tiada 3 Mendapatkan bantuan profesional. Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai. Mengamalkan gaya hidup sihat. Mengelakkan pengambilan alkohol atau dadah. Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya masalah kesihatan mental perlu ditangani dengan segera agar kes berkaitan kesihatan mental dapat dibendung. CONTOH
95 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Kertas 1 Masa : 2 jam Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran berkesan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pembelajaran berkesan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan Internet mampu membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Dengan penggunaan Internet, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan dengan menggunakan gambar, persembahan multimedia dan video-video interaktif. Sumber: www.hmetro.com Pembelajaran secara berkumpulan Membuat nota ringkas Penilaian Akhir Tahun CONTOH
96 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri sendiri. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna dan mengelakkan sebarang jenis penyakit. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel berkaitan pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://ifixphysiotherapy.com.my Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang. Bincangkan. 2 Saban hari kita dikhabarkan dengan berita kemalangan jalan raya yang berlaku sehingga meragut nyawa insan yang tidak bersalah. Malah ada yang menjadi sebatang kara apabila ahli keluarga yang lain meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Perkara ini telah membuka mata pelbagai pihak untuk memastikan tragedi sebegini tidak berulang lagi. Pihak berkuasa telah memasukkan pendidikan berkenaan keselamatan dan penggunaan jalan raya dalam kurikulum sekolah untuk dipelajari oleh generasi muda. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada https://www.irujukan.my/keselamatan-jalan-raya www.hmetro.com Selain saranan yang dinyatakan di atas, bincangkan langkah-langkah lain yang wajar dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. CONTOH
97 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun 3 Industri herba dikenal pasti sebagai salah satu pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju. Dalam perubatan tradisional, herba terbukti mengandungi pelbagai khasiat. Khazanah semula jadi itu mampu dijadikan bahan untuk kesejahteraan kesihatan. Namun, industri ini dilihat kurang mendapat sambutan kerana pengusaha kecil-kecilan di Malaysia kekurangan pengalaman dan modal. Sumber: www.ikim.gov.my Berdasarkan petikan di atas, nyatakan peranan pihak kerajaan untuk mengatasi isu-isu tersebut. 4 Masalah utama menyebabkan keterpinggiran bahasa Melayu ialah perspektif masyarakat di negara ini khususnya golongan muda yang menganggap bahasa Melayu merupakan perkara yang telalu remeh untuk dipelajari. Mereka juga berfikiran bahawa perkataan baku dalam bahasa Melayu itu kolot dan berasa malu untuk dituturkan. Lebih parah, apabila generasi ini memegang tanggungjawab sebagai ibu bapa, mereka pula tidak mendedahkan bahasa Melayu kepada anak-anak ketika bertutur di rumah. Sumber: http://kpbsegar08.blogspot.com Berdasarkan bahan di atas, terdapat pelbagai punca bahasa Melayu semakin terpinggir dalam kalangan anak-anak muda. Bincangkan punca-punca tersebut. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
98 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Kertas 2 Masa: Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan. BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Perselisihan faham sering terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara. Antara puncanya termasuklah pergolakan rumah tangga melibatkan ahli keluarga. Perselisihan faham seperti ini menjadi parah apabila ahli keluarga yang mempunyai pendapat atau kepentingan berlawanan mula bertindak ganas hingga melakukan kecederaan fizikal. Pertikaman lidah sesama ahli keluarga juga boleh menyebabkan keganasan akibat dipengaruhi emosi. Sangat menyedihkan apabila masalah ini turut menyebabkan kematian. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Krisis Keluarga dari Perspektif Siasatan Polis’ oleh Mohd Farouk Eshak, Dewan Rakyat, Jun 2023 [6 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, pasifkan ayat-ayat yang bergaris. Anda tidak perlu menyalin semula ayat-ayat tersebut. Kanak-kanak autisme memerlukan penjagaan dan kaedah didikan khas. Hal ini bagi menerapkan kemahiran asas pengurusan diri pada awal perkembangan mereka. Selain khidmat jagaan, Pusat Jagaan Autisme Kelantan (KACC) turut menjalankan terapi bagi membantu kanak-kanak ini mengawal simptom autisme mereka. Kelab Penyayang UMK mengorak langkah menjalinkan kerjasama pintar dengan komuniti yang memberikan manfaat bersama. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kerjasama Pintar Kelab Penyayang UMK Terhadap Kanak-kanak Autisme’ oleh Ruzaini Ijon, Dewan Rakyat, Mei 2023 CONTOH [6 markah]
99 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Matapelajaran sastera perlu diperkenalkan seawal peringkat sekolah rendah lagi supaya dapat melahirkan murid yang mencintai bahan sastera. Saranan tersebut dikemukakan oleh Ketua Satu Persatuan Penulis Johor, Encik Amiruddin Md. Ali Hanafiah ketika sessi penutupan Simposium Sastera Malaysia di Hotel Good Hope, Skudai, Johor. Beliau telah merumuskan berapa perkara yang perlu diangkat dan diketengahkan pada pihak yang berautoriti bagi melaksanakan cadangan dan percambahan fikiran para saujana dan pembentang kertas kerja. Selain itu, hal ini juga memerlukan kesinambungan dengan menambahkan subjek Penulisan Kreatif di peringkat sekolah menengah sehingga melanjutkan ke peringkat universiti di semua Institut Pengajian Tinggi Awam. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mata Pelajaran Sastera Perlu Diperkenalkan di Peringkat Sekolah’ oleh Azura Mohd Halid, Dewan Rakyat, Mei 2023 [6 markah] Bahan 2 Di tahun-tahun menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, banyak penggiat sastera yang terlibat dalam membangkitkan semangat nasionalisma, dan anti-British. Namun, perbincangan tentang sastera dan kemerdekaan kerap terhenti setakat itu sahaja. Kini, setelah lebih daripada separuh abad Malaysia mencapai kemerdekaan, kita harus mula persoalkan peranan sastera dalam mengisi kemerdekaan negara kita. Dalam sejarah negara ini, sastera boleh dianggap dinamik dalam mempengaruhi bidang sosial, politik, emosi dan undang-undang negara. Setelah kemerdekaan dicapai, masaalah lain mula timbul. Mentadbir sebuah negara yang baru merdeka bukanlah tugas yang mudah. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sastera dan Masa Depan’ oleh Abang Patdeli Abang Muhi, Dewan Sastera, September 2022 CONTOH [5 markah]
100 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Amri bersetuju untuk melanjutkan pelajarannya ke Korea demi menimba ilmu baharu kerana (i) . Dia telah membuat sedikit kajian melalui pembacaan agar tidak kelihatan seperti (ii) apabila tiba di sana nanti. Amri berasa sangat teruja kerana semua usahanya membuahkan hasil sesuai dengan peribahasa (iii) . [6 markah] BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan penyakit berbahaya yang memberikan implikasi buruk pada kesihatan manusia. Diabetes berlaku apabila kadar gula berlebihan dalam peredaran darah kerana badan kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ dalam tubuh bernama pankreas yang berfungsi menukarkan gula kepada tenaga. Diabetes dapat dikesan pada peringkat awal melalui tanda-tanda seperti kerap membuang air kecil dan otot menjadi lemah. Malaysia mencatatkan jumlah penyakit diabetes yang tertinggi di Asia dan kesepuluh tertinggi di dunia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes meningkat daripada 13.4 peratus pada tahun 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jauhi Diabetes, Amalkan Gaya Hidup Sihat’ oleh Jabatan Agama Islam Perak, Dewan Tamadun Islam, Jun 2023 CONTOH
101 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Bahan 2 Sehingga hari ini, dianggarkan seramai 16.8 peratus penduduk di Malaysia menghidap diabetes. Lebih membimbangkan, pada tahun 2025, dianggarkan pesakit diabetes yang berumur 18 tahun ke atas akan meningkat kepada 31.3 peratus daripada jumlah populasi penduduk di Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan oleh Tinjauan Kesihatan dan Kebangsaan Morbiditi 2019 (NMHS), penghidap diabetes menunjukkan peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam tempoh 30 tahun. Kajian juga menunjukkan pesakit diabetes mempunyai simptom tidak aktif dalam kehidupan seharian secara fizikal dan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Menurut laporan NMHS, tiga negeri merekodkan kes bagi penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang. Lebih memburukkan keadaan, individu yang menghidap diabetes menunjukkan peningkatan dalam trend obesiti atau berlebihan berat badan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kawal Diabetes Dengan Kekal Aktif’ oleh Nor Adzliyana Azizan, Dewan Kosmik, Januari 2022 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata implikasi buruk? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah tanda-tanda seseorang telah menghidapi penyakit diabetes? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat di Malaysia kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat? [3 markah] (iv) Salah seorang rakan anda berasa sangat tertekan apabila telah disahkan menghidapi penyakit diabetes. Doktor menasihatinya agar mula menjaga kesihatan supaya dapat megawal kandungan gula di dalam badan. Sebagai rakan, anda ingin membantunya untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan? [4 markah] CONTOH
102 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun 7 Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Alhamdulillah ... berkat pimpinan Datuk Onn, perhimpunan pemimpin kita yang diadakan di Johor pada 4 Mei yang lalu telah berjaya menubuhkan PEKEMBAR. Inggeris sudah membatalkan Malayan Union. ” Kami melihat nyala semangat dalam dua bola matanya. Suaranya bersahaja, tetapi setiap patah perkataan yang disebutnya cukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami. “Apa-apa pun,” sambung Ahmad Mutawakkil, “jangan lupa tentang matlamat utama kita – Tanah Melayu mesti merdeka!” Usia Ahmad Mutawakkil pada waktu itu, baru 17 tahun. Meskipun masih terlalu muda remaja, setiap kata dan tindak-tanduk Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh. Selain dihormati di kampungnya sendiri, dia juga disegani di seluruh daerah. Tatkala sayap parti dikembangkan ke daerah kami, dia terpilih sebagai antara orang kuatnya. Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Harga Remaja Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Rahman Shaari Langit di Tangan, 1995 CONTOH Dewan Bahasa dab Pustaka
103 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah kejayaan perhimpunan pemimpin di Johor? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah ciri-ciri seorang anak muda yang akan dihormati? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk peribadi mulia dalam diri remaja? [4 markah] (iv) Anda telah terpilih untuk menjadi ketua pengawas di sekolah anda. Sebagai seorang murid yang ingin memikul tanggungjawab dengan sebaik-baiknya, anda ingin menimba ilmu berkaitan kepimpinan bagi memastikan anda mampu menjalankan amanah sebagai ketua pengawas. Cadangkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menimba ilmu tersebut. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nordin mencebik bibirnya sambil berkata, “Askar Melayu itu akan dilatih oleh orang putih. Maknanya kena ikut cakap mereka dan askar-askar kita akan dijadikan alat oleh penjajah. Bertambah kuat lagi mereka menjajah negeri kita.” “Saya pun setuju dengan penubuhan pasukan Askar Melayu itu,” Pak Karim pula mencelah. “Inilah peluang anak-anak muda Melayu menjadi askar. Mereka akan dilatih menggunakan senjata seperti pistol, senapang, dan meriam. Dengan kemahiran itu nanti, askar Melayu boleh mempertahankan tanah air kita apabila diserang musuh.” “Musuh kita ialah British. Mana ada musuh lain?” kata Nordin pula. “Suatu hari nanti British akan meninggalkan negeri ini. Ketika itu orang kita yang akan memerintah. Oleh itu, perlu adanya pasukan Askar Melayu bagi mempertahankan negeri kita.” Pak Saidi yang kebetulan berada di situ pula menyampuk. Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, oleh Abdul Latip bin Talib Kementerian Pendidikan Malaysia Mengapakah Pak Karim bersetuju dengan penubuhan pasukan Askar Melayu? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menyentuh hati anda. [6 markah] CONTOH
104 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Pandemik yang melanda dunia akibat penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan masyarakat di seluruh dunia mengubah norma kehidupan. Antara norma baharu yang dipraktikkan ialah pendidikan secara maya. Sebenarnya, pendidikan secara maya telahpun diadakan sejak aplikasi panggilan video seperti Skype diterbitkan. Namun kaedah ini tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) diperkenalkan. Pembelajaran secara maya sebagai pendekatan yang mendatangkan manfaat kepada pihak institusi pendidikan dan pelajar. Antaranya, pembelajaran menggunakan kaedah ini dapat memberi akses kepada pelajar untuk membuat persediaan lengkap bagi menghadapi peperiksaan akhir. Para pelajar juga tidak akan ketinggalan dalam mengejar sukatan pelajaran bagi sesuatu subjek. Melalui pembelajaran maya seperti kuliah dalam talian, pelajar juga dapat bertanyakan soalan secara Iangsung kepada guru atau pensyarah. Seterusnya, pembelajaran secara maya juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih komprehensif dan menarik kerana pembelajaran melalui kaedah ini menggabungkan pelbagai unsur seperti grafik, video ataupun animasi ke dalam sesi pembelajaran pelajar. Hal ini mampu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar tentang sesuatu subjek atau kursus tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat penambahbaikan yang perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan pendidikan maya. Rangkaian Internet perlu diperluas capaiannya bagi memastikan setiap pelajar tidak mempunyai halangan untuk mengakses kemudahan Internet terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Kesukaran pelajar untuk memperoleh rangkaian Internet yang baik dan stabil hanya akan merencatkan pendekatan institusi pendidikan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran secara maya. Mental dan motivasi pelajar juga perlu dipersiap agar mereka lebih bersedia menerima perubahan. Di samping itu, institusi pendidikan seharusnya melakukan kajian tentang penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara maya ini. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembelajaran Secara Maya’ oleh Lim Wei Wen, CONTOH Dewan Siswa, Bil. 07 2020
105 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Bahan 2 Melalui pembelajaran maya, murid dapat membuat rujukan pantas semasa sesi pengajaran. Guru perlu bijak memberi tugasan yang bersesuaian semasa pembelajaran maya. Bahan 3 Pantun Pembelajaran Secara Maya Buah pauh manisnya rasa, Jatuh ke akar hujung terbelah; Walau jauh di ceruk desa, Dapat belajar tanpa masalah. Dari pekan berjalan perlahan, Menjerat merbah di hujung muara; Bersama rakan berkongsi bahan, Ilmu bercambah pelbagai cara. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
106 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Kertas 3 3 – 5 minit UJIAN BERTUTUR BAHAGIAN A : Taksiran Individu [40 markah] TEMA: SAINS DAN TEKNOLOGI Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Segelintir masyarakat sering kali mengaitkan peranti pintar dengan keburukan. Hal ini dikuatkan lagi apabila terdapat pengguna yang menjadikan peranti pintar sebagai medium menjalankan aktiviti negatif sehingga memperkukuh andaian sesetengah pihak bahawa alat berteknologi tinggi ini tidak mendatangkan manfaat melainkan risiko yang tinggi. Sebenarnya, persoalan sama ada baik atau buruk penggunaan peranti pintar ini amat bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap individu. Jika pengguna berdisiplin dan mempunyai rasa tanggungjawab ketika menggunakan peranti pintar, penyalahgunaan dapat dielakkan. Namun begitu, jika niat pengguna sememangnya untuk melakukan sesuatu perkara negatif maka penyalahgunaan pasti akan berlaku. CONTOH