30 BM Tingkatan 4 Tema 9 Tatabahasa Buku Teks m/s 118 – 119 SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat menggunakan kata hubung tersebut mengikut konteks. KBAT Menganalisis, Mencipta ASAL USUL BENDERA MALAYSIA Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949, hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan, iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu serta pegawai-pegawai King George VI. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum. Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia, iaitu sebagai Jalur Gemilang. Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen Kata Hubung Pancangan Keterangan • dan • serta • yang • untuk • setelah • sejak 1 2 3 4 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kata hubung yang terdapat dalam petikan, tetapi tidak berjaya mengkategorikan kata hubung tersebut. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid mampu mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam petikan dan berjaya mengkategorikan kata hubung tersebut. Murid dapat membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti. 5-6 Murid mampu mengenal pasti kata hubung yang terdapat dalam petikan dan berjaya mengkategorikan kata hubung tersebut. Murid mampu membina ayat yang gramatis dan terperinci dengan menggunakan kata hubung yang dikenal pasti. Tahukah Anda? Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun ini amat bermakna bagi saya kerana pasukan pancaragam sekolah saya terpilih untuk membuat persembahan. Kami menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat. Setelah mencuba nasib di luar negara selama sepuluh tahun, Azlina mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di negara asalnya. Sejak kecil, ibu bapa hendaklah menyemai semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak. CONTOH
31 BM Tingkatan 4 Tema 9 Menulis Buku Teks m/s 124 – 125 SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. Analisis kesalahan bahasa dalam petikan di bawah dan betulkannya. KBAT Menganalisis Saban tahun, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan di tanggal 31 Ogos. Banyak kebaikan akan diperoleh kita apabila menyaksikan pelbagai acara-acara sambutan yang gilang-gemilang ini. Sambutan Hari Kemerdekaan adalah penting agar supaya dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Seterusnya, melalui sambutan Hari Kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan di antara kaum di negara kita. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, saling hormat-menghormati, bekerjasama, dan bertoleransi. Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan demi untuk membentuk perpaduan kaum. Pelbagai kaum yang menyertai perbarisan bersatu padu menjayakan temasya yang hebat ini. Justeru, kesepakatan ini mampu melahirkan perasaan kecintaan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Selain daripada itu, sambutan Hari Kemerdekaan mampu membentuk generasi yang bersyukur. Hal ini wujud bila belia dipertontonkan kisah tentang kepayahan pejuang negara berjuang menentang penjajah. Kesedaran timbul apabila generasi kini merasakan kepayahan menuntut kemerdekaan. Laungan Merdeka! Merdeka! semasa sambutan Hari Kemerdekaan mampu menaik semangat cintakan negara di dalam diri masyarakat. Kesalahan Pembetulan di pada diperoleh kita kita peroleh pelbagai acara-acara pelbagai acara/ acara-acara agar supaya agar/ supaya di antara antara saling hormat-menghormati saling menghormati/ hormat-menghormati demi untuk demi/ untuk selain daripada itu selain itu bila apabila merasakan merasai menaik menaikkan cintakan cinta akan di dalam dalam TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan tersebut secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat. CONTOH
32 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 130 – 131 SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. Berdasarkan bahan, jalankan sesi bersoal jawab tentang manfaat menguasai pelbagai bahasa dan panduan menguasai bahasa asing untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang kerjaya yang ingin diceburi. KBAT Mengaplikasi TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid berjaya menjalankan sesi bersoal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran, tetapi dengan intonasi kurang sesuai. 3-4 Murid berjaya menjalankan sesi bersoal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran secara bertatasusila dan intonasi yang memuaskan. 5-6 Murid berjaya menjalankan sesi bersoal jawab menggunakan ayat dalam pelbagai ujaran dengan bertatasusila dan ayat yang gramatis, terperinci, dan mampu dijadikan teladan kepada rakan-rakan. Patutlah semasa kak long belajar di universiti, kak long mengambil bahasa Korea sebagai mata pelajaran elektif. Saya juga berminat untuk mempelajari bahasa Korea. Apakah panduan menguasai bahasa asing tersebut? Selain menguasai aspek pendengaran dan pertuturan, saya rasa (3) menggunakan bahasa asing yang dipelajari sebanyak mungkin dengan cara berkomunikasi dengan rakan juga merupakan cara yang terbaik untuk menguasai bahasa yang dipelajari. Betul tak, kak long? (1) Penguasaan pelbagai bahasa pastinya memberikan nilai tambah kepada kita. Penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing selain bahasa ibunda dan bahasa Inggeris dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Dalam sektor kerajaan, individu yang mempunyai kelulusan tambahan dalam bahasa asing boleh menyertai perkhidmatan sebagai guru atau pensyarah, jurubahasa, penterjemah, pegawai perancang bahasa, pegawai tadbir dan diplomatik, serta pegawai imigresen. Betul. Tip yang paling berguna ialah jangan takut membuat kesilapan. Daripada kesilapan tersebutlah bermulanya proses pembelajaran. Mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa bukan bermakna kita melupakan atau meminggirkan bahasa kebangsaan. Tidak ada istilah “kerugian” jika kita mampu menguasai lebih daripada satu bahasa. (4) Banyak ilmu baharu yang bakal kamu peroleh dengan menguasai pelbagai bahasa. Sesiapa pun berupaya menguasai pelbagai bahasa asalkan ada usaha dan kemahuan. Untuk menguasai pelbagai bahasa dengan mudah, kamu (2) haruslah menguasai aspek pendengaran dan pertuturan. Keraplah mendengar percakapan, perbualan atau sebutan penutur natif menerusi filem, lagu, cakera padat, aplikasi bahasa dalam telefon pintar atau melalui laman web. Dengan cara ini, kamu dapat memperbaik cara sebutan, mengetahui struktur ayat yang digunakan, dan meningkatkan kefahaman butiran yang dituturkan oleh penutur natif. Kak long, apakah kelebihan yang dapat kita peroleh jika menguasai pelbagai bahasa? 10 Tema Bahasa Bugar, Sastera Kekar CONTOH
33 BM Tingkatan 4 Tema 10 Menulis Buku Teks m/s 134 – 135 SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis ulasan tentang keburukan penggunaan bahasa rojak. KBAT Mencipta Daniel Awak dah lunch? Apa kata makan burger? x leh ke? Belom lagi! Nak makan ape? Makan kat kedai ke tapau? Burger lagi? Tak boring ke u? Makanan tu high kolesterol tau! 4G 1:01 ⎹ menaip Isu pencemaran bahasa melalui penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat semakin meruncing dewasa ini. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampuradukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Media massa merupakan antara punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Isu ini harus ditangani segera kerana bakal meninggalkan kesan membimbangkan pada jangka masa panjang. Pencemaran bahasa akan menjejaskan martabat bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa rojak bukan sahaja sudah semakin sebati dalam kalangan masyarakat khususnya generasi Z, bahkan bagai api dalam sekam yang membakar senyap sehingga menjejaskan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam kalangan remaja terutama di media sosial merupakan satu bentuk kehilangan bahasa sekiranya tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa itu sendiri. Oleh itu, masalah penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial perlu ditangani segera bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam masyarakat. Kesan penggunaan bahasa rojak yang paling ketara ialah akan menjejaskan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Apabila tatabahasa dan pemahaman bahasa Melayu pelajar terpengaruh dengan penggunaan bahasa rojak, kemahiran dalam penulisan pelajar serta jati diri mereka turut akan terjejas. Hal ini demikian kerana bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi, dan memo hingga menyebabkan mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis. Jelaslah bahawa pembelajaran di sekolah akan terjejas kerana penggunaan bahasa rojak. Selain itu, penggunaan bahasa rojak akan menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekali gus menimbulkan salah faham. Hal ini demikian kerana kebiasaan menggunakan bahasa rojak seperti bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi di laman media sosial boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya menyebabkan pergaduhan. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa rojak menjejaskan kemahiran berbahasa. Kesimpulannya, sebagai warganegara yang cinta akan negara, setiap rakyat perlu mempertahankan kelangsungan bahasa kebangsaan. Oleh itu, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik di samping memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira keadaan. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain. Bak kata pepatah “yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menulis ulasan secara terhad berdasarkan grafik yang diberikan. Terdapat banyak kesalahan ejaan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad. 3-4 Murid mampu menulis ulasan dengan baik berdasarkan grafik yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan ejaan dan penanda wacana yang betul. 5-6 Murid mampu menulis ulasan dengan sangat baik berdasarkan grafik yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, indah, serta menarik dan penggunaan ejaan dan penanda wacana yang sesuai. CONTOH
34 BM Tingkatan 4 Tema 10 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 136 – 137 SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. Baca petikan di bawah, kemudian dengar soalan dan nilai maksud keseluruhan soalan serta berikan respons yang sesuai. KBAT Mengaplikasi Satu kajian tentang keberkesanan pelaksanaan pendidikan sastera menerusi KOMSAS Tingkatan 4 dicatatkan dalam jurnal pendidikan menunjukkan bahawa hanya 35 peratus remaja gembira kerana berpeluang mempelajari KOMSAS berbanding 65 peratus remaja yang tidak gembira mempelajari KOMSAS. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa majoriti murid tidak menerima baik pembelajaran KOMSAS kerana mereka terpaksa mempelajari KOMSAS dan menganggap KOMSAS sebagai suatu yang membebankan. Kebanyakan remaja cenderung mempelajari KOMSAS hanyalah untuk lulus dalam peperiksaan. Namun begitu, seusai sahaja tamat persekolahan, mereka tanpa segan silu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti mahupun bahan bacaan yang berkaitan dengan sastera ini. Remaja masa ini lebih cenderung untuk membaca bahan bacaan yang bersifat santai dan mudah. Mereka rela beratur panjang untuk mendapatkan novel popular ketika pesta jualan buku daripada memilih karya sastera seperti antologi puisi, kumpulan cerpen, antologi skrip drama, dan lain-lain. Malah mereka lebih mengingati penulis karya popular berbanding penulis karya sastera, apatah lagi nama Sasterawan Negara. Akibatnya, kepentingan sastera semakin tidak disedari dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) membawa pelbagai manfaat. Antaranya, murid dapat meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera, iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden, dan puisi tradisional. Tabiat suka membaca penting sekali untuk melahirkan individu berpengetahuan atau bermaklumat. Bermula dengan membaca bahan bacaan KOMSAS, minat membaca dalam kalangan murid akan terus subur sehingga menjadi budaya rakyat negara ini. Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengandungi pelbagai jalan cerita, tetapi juga mengandungi nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan. Nilai kegigihan, keberanian, tanggungjawab, kasih sayang, dan nilai-nilai lain terdapat dalam kebanyakan karya kesusasteraan. Murid yang kerap didedahkan kelebihan nilai murni tersebut akan mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Dari aspek yang lain pula, bakat murid dalam bidang penulisan dapat dikembangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat mengetahui ilmu sastera secara ringkas yang meliputi penggunaan kosa kata serta peribahasa yang menarik. Hal ini seterusnya dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa murid. Jelaslah bahawa sastera sememangnya membawa pelbagai manfaat. Justeru itu, pelbagai pihak yang berkaitan perlu mengambil usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan remaja agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman. Antara langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk menarik minat murid membaca karya sastera ialah mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera, dan sebagainya untuk meningkatkan minat murid-murid membaca karya sastera. Selain itu, pusat sumber sekolah harus memperbanyak buku sastera untuk murid-murid membaca. Program NILAM tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera. Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Sastera Membentuk Diri Remaja’ oleh Dayang Sakini Mohd Kadri, Dewan Siswa, Julai 2018 CONTOH
35 BM Tingkatan 4 Tema 10 Soalan 1 Ya Tidak (Jawapan murid) Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan dalam petikan. Murid tidak dapat menilai keseluruhan soalan dengan betul dan tepat. Murid tidak dapat menjawab soalan yang diperdengarkan dengan tepat. 3-4 Murid menunjukkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan dalam petikan. Murid mampu menilai keseluruhan soalan dengan betul dan tepat. Murid mampu menjawab soalan yang diperdengarkan dengan betul menggunakan ayat yang gramatis. 5-6 Murid menunjukkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan dalam petikan. Murid mampu menilai keseluruhan soalan dengan betul dan tepat. Murid mampu menjawab soalan yang diperdengarkan dengan tepat menggunakan ayat yang gramatis dan memuaskan. Antara manfaat pembelajaran KOMSAS ialah mengukuhkan minat membaca dalam kalangan murid. Selain itu, pembelajaran KOMSAS melahirkan individu yang berpengetahuan. Melalui pembelajaran KOMSAS, nilai-nilai murni dapat dijadikan teladan dan kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan. Tambahan pula, istilah asas kesusasteraan dapat difahami oleh murid. Generasi muda juga menjadi lebih peka untuk mempertahankan kesusasteraan warisan bangsa yang tinggi nilainya. Antara karya sastera ialah novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden, dan puisi tradisional. Pihak sekolah boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera, dan sebagainya untuk meningkatkan minat murid-murid membaca karya sastera. Selain itu, pusat sumber sekolah juga harus memperbanyak buku sastera untuk murid-murid membaca. Program NILAM tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera. Majoriti murid tidak menerima baik pembelajaran KOMSAS kerana mereka terpaksa mempelajari KOMSAS dan menganggap KOMSAS sebagai suatu yang membebankan. Sasterawan Negara yang saya ketahui ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, dan A. Samad Said. Pada pendapat saya, antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memupuk anak-anak supaya membaca karya sastera ialah ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti sastera seperti penulisan puisi, penulisan cerpen, dan sebagainya bagi memupuk minat terhadap sastera. Selain itu, ibu bapa juga boleh membeli karya sastera yang sesuai kepada anak-anak untuk menarik minat mereka membaca. Audio 8 CONTOH
36 11 Tema Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Membaca Buku Teks m/s 148 – 149 SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, cadangkan langkah penyelesaian. KBAT Menilai Tujuan program: Pelaksanaan Hari Keusahawanan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk: ➠ mendapat pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. ➠ mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid, ibu bapa/ penjaga, pihak luar lain yang berkaitan dengan sekolah dan pihak pentadbiran sekolah. ➠ mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan murid-murid dalam bidang keusahawanan. ➠ mengumpul dana bagi melancarkan aktiviti sekolah. Anggaran perbelanjaan Modal gerai 8 x RM300 = RM2400 Khemah 6 x RM250 = RM1500 Kertas kupon dan fotostat RM100 Kain rentang 5 x RM80 = RM400 Sepanduk 5 x RM30 = RM150 Masalah yang dihadapi ➠ Pemilihan dan penyediaan kawasan perniagaan (padang/ dewan/ pekarangan sekolah/ kelas) ➠ Penyertaan ibu bapa dan tajaan/ sumbangan makanan jualan kurang Nama projek : Hari Keusahawanan Tarikh : 20 Jun 2024 Masalah yang dihadapi Pemilihan dan penyediaan kawasan perniagaan Cara penyelesaian Masalah yang dihadapi Penyertaan ibu bapa dan tajaan/ sumbangan makanan jualan kurang Cara penyelesaian TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam perancangan Hari Keusahawanan. Murid tidak dapat mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai. 3-4 Murid menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam perancangan Hari Keusahawanan. Murid mampu mencadangkan langkah penyelesaian yang betul dan rasional. 5-6 Murid menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam perancangan Hari Keusahawanan. Murid mampu menilai keseluruhan soalan dengan betul dan tepat. Murid mampu mencadangkan langkah penyelesaian yang tepat dan rasional. Di pekarangan sekolah kerana kawasan yang luas membolehkan pelbagai aktiviti menarik dijalankan./ Di dalam kelas kerana tidak terdedah kepada cuaca panas dan hujan. Tambahan pula, tempat ini tidak menggunakan sebarang khemah. Jadi, pulangan hasil jualan akan bertambah kerana dapat menjimatkan perbelanjaan. Pihak sekolah harus memberikan ingatan mesra melalui media sosial misalnya di dalam kumpulan WhatsApp kelas anak-anak tentang sumbangan ini. CONTOH
37 BM Tingkatan 4 Tema 11 Menulis Buku Teks m/s 150 – 151 SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Amalan berjimat cermat perlu diterapkan sejak kecil. Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak. Tulis sebuah karangan berdasarkan rangka karangan yang diberikan. KBAT Mencipta Rangka karangan Pendahuluan Sikap berjimat cermat merupakan amalan mulia – banyak faedah yang diperoleh perlu diamalkan oleh setiap keluarga – ibu bapa harus memupuk sikap berjimat cermat kepada anak-anak sejak kecil Isi 1 Menjadikan amalan berjimat cermat sebagai budaya keluarga Ayat huraian Suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak Ayat contoh Menyediakan makanan yang mencukupi dan tidak membazir – menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan elektrik, air, dan telefon di rumah – melentur buluh biar dari rebungnya Kesan Anak-anak akan bersikap sederhana dalam kehidupan dan tidak boros berbelanja Ayat penyimpul Sudah terang lagi bersuluh, anak-anak yang terdidik amalan berjimat cermat sejak kecil akan meneruskan amalan ini apabila meningkat dewasa kelak Isi 2 Menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak Ayat huraian Orang yang terdekat kepada anak-anak – tingkah laku ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak – anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang berperanan mencorakkan mereka Ayat contoh Ibu bapa mempamerkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan harian – mengutamakan barangan keperluan – membimbing anak-anak membeli barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan Kesan Anak-anak akan terdorong melakukan amalan berjimat cermat – bagaimana acuan begitulah kuihnya – akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti diri Ayat penyimpul Jelaslah bahawa ibu bapa menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk memupuk amalan berjimat cermat Isi 3 Membantu anak-anak merancang perbelanjaan Ayat huraian Perancangan perlu diamalkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran Ayat contoh Anak-anak didedahkan cara-cara membuat perancangan sebelum membeli-belah – menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli Kesan Anak-anak akan berbelanja mengikut kemampuan – dapat membezakan antara keperluan dengan kehendak – tidak berbelanja mengikut nafsu – ikut hati mati, ikut rasa binasa Ayat penyimpul Seyogianya, keprihatinan dan tanggungjawab ibu bapa membantu anak-anak membuat perancangan kewangan akan mengelakkan sebarang pembaziran CONTOH
38 BM Tingkatan 4 Tema 11 Isi 4 Memberi kesedaran kepada anak-anak Ayat huraian Anak-anak yang berumur setahun jagung tidak boleh dipaksa mengamalkan sesuatu amalan Ayat contoh Ibu bapa menyatakan kepentingan amalan berjimat cermat – mendedahkan kesan buruk bersikap boros berbelanja – menanam sikap mengukur baju di badan sendiri sebagai prinsip hidup Kesan Anak-anak akan mengetahui cara-cara membeli barangan secara berhemat – akan membandingkan harga sebelum membeli – tidak akan berhutang keliling pinggang Ayat penyimpul Dengan itu, amalan berbelanja secara berhemat akan terus terpahat kukuh dalam hati nurani anak-anak Penutup Rumusan isu Ibu bapa memikul peranan untuk menyemai amalan berjimat cermat dalam sanubari anak Ayat cadangan Ibu bapa harus peka dan bersikap sabar dalam menerapkan amalan menabung dalam diri anak-anak Ayat harapan Amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang berhemat, bijak, dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Karangan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis karangan secara terhad menggunakan maklumat yang diberikan. Terdapat banyak kesalahan ejaan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan bahasa yang agak terhad. 3-4 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan baik menggunakan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan ejaan dan bahasa yang betul. 5-6 Karangan lengkap. Murid mampu menulis karangan dengan sangat baik menggunakan maklumat yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan ejaan dan bahasa yang tepat, indah, serta menarik. Jawapan murid CONTOH
39 BM Tingkatan 4 Tema 11 Tatabahasa Buku Teks m/s 154 – 155 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul mengikut SP: 5.3.1 konteks. Baca dan kategorikan frasa yang berhuruf tebal yang terdapat dalam petikan sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan frasa tersebut. KBAT Menganalisis, Mencipta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) merupakan sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia serta membantu individu mencapai kawalan kewangan peribadi melalui pengurusan kredit yang berhemat. AKPK ditubuhkan pada April 2006. Semenjak penubuhannya, AKPK telah berjaya membantu 16 161 orang peminjam yang melibatkan jumlah hutang sebanyak RM643.2 juta sehingga Mac 2018. Individu yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman boleh mendapatkan khidmat AKPK bagi menstrukturkan semula pinjaman berkaitan di bawah program pengurusan kredit (PPK). Langkah menstruktur semula pembayaran tertakluk kepada budi bicara pihak bank. Khidmat ini diberikan percuma kepada orang ramai tanpa membabitkan pihak lain. Berdasarkan statistik AKPK, seramai 246 041 orang peserta program itu direkodkan setakat tahun lalu dan 100 543 orang atau 40.9 peratus membabitkan golongan berusia 30 hingga 40 tahun. Saban tahun, kumpulan usia itu mendominasi jumlah peserta pengurusan kredit berikutan beberapa faktor antaranya perancangan kewangan lemah dan kos sara hidup yang agak tinggi. Isu pengurusan wang yang lemah menjadi punca paling popular dalam kalangan peserta PPK kerana mereka mula mengumpul masalah kredit bermula usia antara 20 hingga 30 tahun. Sekiranya gagal melunaskan bayaran semula daripada pihak bank, pelbagai masalah lebih rumit akan dihadapi oleh mereka dan paling mengerikan tentulah jika diisytiharkan muflis. (Sumber : AKPK) Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif • masyarakat Malaysia • masalah pembayaran balik pinjaman • perancangan kewangan • kos sara hidup • ditubuhkan pada April 2006 • menstrukturkan semula pinjaman • membabitkan golongan • kepada budi bicara • kepada orang ramai • antara 20 hingga 30 tahun • daripada pihak bank • agak tinggi • paling popular 1 Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan. 2 Masyarakat Malaysia berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, dan kebankrapan dengan merancang kewangan. 3 Kadar faedah yang dikenakan ke atas tunggakan bayaran kad kredit agak tinggi. 4 Bank Dunia menganggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia membabitkan golongan muda. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengkategorikan sekurang-kurangnya dua frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama, dan frasa adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid dapat menggunakan frasa yang diberikan untuk membina ayat lengkap dengan bimbingan daripada guru. 3-4 Murid berjaya mengkategorikan sekurang-kurangnya dua frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama, dan frasa adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid dapat menggunakan frasa yang diberikan untuk membina ayat yang lengkap. 5-6 Murid berjaya mengkategorikan frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama, dan frasa adjektif berhuruf tebal yang terdapat dalam petikan. Murid dapat menggunakan frasa yang diberikan untuk membina ayat yang lengkap. CONTOH
40 Membaca Buku Teks m/s 162 – 163 SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, cadangkan langkah penyelesaian. KBAT Menganalisis, Menilai “Orang muda di kampung ini memang tidak minat zapinkah, pak cik?” luah Haiqal sewaktu bertandang ke rumah Pak Cik Bakar pada suatu petang. Niat asalnya untuk ke rumah Tauke Ong, tetapi Tauke Ong dan keluarganya pergi ke bandar Batu Pahat. Langsung dia ke rumah Pak Cik Bakar. “Dulu ada sekejap … tapi entahlah. Anak-anak muda kampung ini selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. Kumpulan kompang pun macam tu juga. Hidup sekejap, matinya berkurun!” Ada nada geram ketika Pak Cik Bakar berkata begitu. “Puncanya?” “Puncanya tidak minat. Sampai bila nak jadi macam pahat dengan penukul? Zapin dan kompang tu warisan budaya kita. Sepatutnya mereka ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap kebudayaan yang diwarisi turun-temurun. Mati budaya, maka seolah-olah bangsa itu telah mati, Haiqal.” Pak Cik Bakar berhenti seketika mengikat mata kail pada benang tangsinya untuk dijadikan perambut. “Saya sebenarnya sangat suka tinggal di sini, Pak Cik Bakar. Kampung yang sebenarnya kaya dengan kebudayaannya. Sebab itulah agaknya ayah saya sanggup pulang ke sini,” kata Haiqal. Kemudian, dia membelek-belek perambut yang telah diikat oleh Pak Cik Bakar. Ikatannya halus dan kemas. “Ayah kamu seorang yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa, Haiqal. Tidak semua orang mampu melakukannya. Dia sanggup berpisah dengan ibu kamu hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan yang ada di sini. Dia tidak rela tarian ini lenyap begitu sahaja,” ujar Pak Cik Bakar. Dipetik daripada novel ‘Silir Daksina’, karya Nizar Parman, halaman 252 – 253, Kementerian Pendidikan Malaysia Masalah yang dihadapi Warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Cara penyelesaian Warisan budaya merupakan satu aset yang amat berharga dalam mengekalkan jati diri bangsa terutama ketika berhadapan dengan era globalisasi. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab tarian tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Selain itu, kempen, ceramah, wawancara, dan pameran harus dianjurkan untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, kita akan lebih memahami budaya sendiri. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam petikan yang diberikan. Murid tidak dapat mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai. 3-4 Murid menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam petikan yang diberikan. Murid mampu mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai. 5-6 Murid menunjukkan kefahaman terhadap masalah yang dihadapi dalam petikan yang diberikan. Murid mampu menilai keseluruhan soalan dengan betul dan tepat. Murid mampu mencadangkan langkah penyelesaian yang rasional. 12 Tema Asli dan Kontemporari CONTOH
41 BM Tingkatan 4 Tema 12 Menulis Buku Teks m/s 164 – 165 SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. Baca petikan di bawah dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripada petikan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. KBAT Mencipta Pembuatan gambus bermula daripada pemilihan kayu. Kayu diambil daripada batang pokok yang ditebuk di bahagian tengah. Kayu yang dipilih hendaklah berkualiti. Selepas kayu dipotong, kayu tersebut akan dibelah menggunakan mesin untuk dijadikan kepingan badan gambus. Kemudian, kayu yang sudah menjadi kepingan papan yang nipis itu akan direndam dalam air semalaman. Langkah ini penting untuk memastikan kayu tersebut benar-benar kuat dan tahan lama. Setelah papan direndam, kerja-kerja melayurkan papan dilakukan. Melayurkan papan di atas api ini bertujuan untuk membengkokkan papan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya tersilap langkah, papan yang lembut dan nipis ini akan patah. Papan yang patah tidak boleh digunakan lagi dalam pembuatan gambus. Sesudah kerja-kerja melayur papan, papan tersebut akan dikikir hingga menjadi tajam di bahagian hujungnya. Papan inilah yang akan menjadi badan gambus. Beberapa keping papan diperlukan untuk membuat badan gambus. Dengan menggunakan paku dan gam, setiap keping papan ini akan dicantumkan berpandukan acuan khas. Papan akan disusun mengikut dua jenis warna secara berselang-seli bagi menambahkan kecantikan rupa bentuk gambus. Untuk menguatkan struktur binaan gambus, apit-G digunakan untuk menetapkan kedudukan papan tersebut. Seterusnya, bahagian badan dan muka akan diketam untuk memperhalus badan dan muka gambus. Gambus yang separuh siap ini akan dibiarkan sehari untuk memastikannya betul-betul kukuh. Selepas itu, penutup gambus akan dibuat. Penutup gambus ini mempunyai motif kerawang yang diukir. Ukiran yang siap itu akan ditampalkan pada penutup gambus. Seterusnya, kerja-kerja kemasan gambus dilakukan. Akhir sekali, tali dipasang pada hujung leher hingga kekuda gambus. Gambus akan diuji bunyi supaya tidak sumbang. Membuat penutup gambus Kekemasan Pemasangan tali gambus dan uji bunyi Pemilihan kayu Membelah kayu Direndam dalam air semalaman Melayur Pembuatan badan gambus Mengetam Proses Pembuatan Gambus TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang kurang sesuai. 3-4 Murid berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang sesuai. 5-6 Murid berjaya mengolah maklumat daripada petikan yang diberikan. Murid menggambarkan idea menggunakan bentuk grafik yang sesuai dan menarik. CONTOH
42 BM Tingkatan 4 Tema 12 Menulis Buku Teks m/s 166 – 167 SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Teliti proses penyediaan tapai ubi kayu di bawah. Kemudian, olah bahan tersebut menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. KBAT Menganalisis Cara penyediaan: Kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Potong ubi kayu sederhana kecil. Hancurkan ragi dan tabur pada ubi kayu yang telah sejuk hingga rata. Ubi kayu direbus sehingga empuk dan ditoskan airnya. Aturkan ubi kayu yang telah ditaburkan ragi ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. Tutup bekas dan simpan di tempat yang tertutup. Dibiarkan sejuk sebelum menaburkan ragi. Tapai ubi kayu boleh dimakan selepas diperam selama tiga hari. 1 4 2 5 3 6 Mula-mula, kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Selepas itu, potong ubi kayu dalam bentuk sederhana kecil dan rebus sehingga empuk. Ubi kayu yang direbus, diangkat dan ditoskan airnya. Seterusnya, ubi kayu yang direbus dibiarkan sejuk sebelum ditaburkan ragi. Kemudian, hancurkan ragi dan tabur pada ubi kayu yang telah sejuk hingga rata. Selanjutnya, aturkan ubi kayu yang telah ditaburkan ragi tadi ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. Akhir sekali, tutup bekas dan simpan di tempat yang tertutup. Setelah tiga hari, bolehlah kita makan tapai ubi kayu yang enak ini. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu mengolah proses penyediaan tapai ubi secara terhad berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad. 3-4 Murid mampu mengolah proses penyediaan tapai ubi dengan baik berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang betul. 5-6 Murid mampu mengolah proses penyediaan tapai ubi dengan sangat baik berdasarkan gambar dan maklumat yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang sesuai. CONTOH
43 BM Tingkatan 4 Tema 12 Tatabahasa Buku Teks m/s 168 – 169 SP: 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul. Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti pola ayat dasar dalam petikan. KBAT Menganalisis Songket lambang kehalusan seni tenunan Melayu. Seni tenunan ini warisan zaman-berzaman. Kain songket merupakan hasil tenunan daripada benang emas. Songket juga ditenun menggunakan benang perak. Kain songket terkenal di Malaysia sejak abad ke-15. Harga kain songket agak mahal. Industri tenunan songket ini berkembang pesat di Terengganu dan Kelantan. Seseorang penenun mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya antara 20 hingga 40 meter. Motif-motif songket yang digunakan ialah motif tumbuh-tumbuhan, motif haiwan, motif alam, dan motif kuih. Kain songket Terengganu paling banyak menggunakan motif tumbuhan. Tampuk Manggis antara corak songket pilihan peminat songket di seluruh negara. Pada zaman dahulu, songket dipakai oleh raja-raja dan pembesarpembesar istana sahaja, tetapi pada zaman moden, songket digunakan sebagai pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, cenderamata, dan sebagainya. Ayat dasar FN + FN Bil. Subjek (FN) Predikat (FN) 1 Songket lambang kehalusan seni tenunan Melayu. 2 Seni tenunan ini warisan zaman-berzaman. Ayat dasar FN + FK Bil. Subjek (FN) Predikat (FK) 1 Kain songket merupakan hasil tenunan daripada benang emas. 2 Kain songket terkenal di Malaysia sejak abad ke-15. Ayat dasar FN + FA Bil. Subjek (FN) Predikat (FA) 1 Harga kain songket agak mahal. 2 Kain songket Terengganu paling banyak menggunakan motif tumbuhan. Ayat dasar FN + FS Bil. Subjek (FN) Predikat (FS) 1 Tampuk Manggis antara corak songket pilihan peminat songket di seluruh negara. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu mengenal pasti beberapa pola ayat dalam petikan dengan betul. 3-4 Murid menunjukkan kefahaman terhadap petikan yang diberikan dan mampu mengenal pasti pola ayat yang terdapat dalam petikan dengan betul mengikut konteks. 5-6 Murid memahami secara mendalam terhadap petikan yang diberikan dan berjaya mengenal pasti pola ayat dengan tepat mengikut konteks. CONTOH
44 Membaca Buku Teks m/s 176 – 177 SP: 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. Baca petikan di bawah. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. KBAT Menilai Masalah pencemaran air turut menjadi penyumbang kepada kemerosotan alam sekitar. Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam saliran seperti sungai dan parit masih berlarutan walaupun pelbagai tindakan dan penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak yang berwajib. Pencemaran air turut dilakukan oleh pemilik kapal dagang dan bot nelayan yang tidak bertanggungjawab dengan membuang minyak kotor ke dalam laut selain pembuangan sisa toksik dan bahan kimia lain oleh sektor perindustrian ke dalam sungai. Sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab turut menjadi punca kepada pencemaran air. Pembuangan sampah sarap dan bahan buangan lain ke dalam sungai atau sistem saliran yang lain menjejaskan kualiti alam sekitar. Sektor pertanian sama ada perladangan ataupun penternakan yang mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar juga merupakan sebab berlakunya kemerosotan kualiti air. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’ oleh Nizar Parman, Dewan Siswa, Julai 2016 ASAP Asap mengapakah bisamu memedihkan mataku menangis – tanpa dosa? Asap mengapakah rongga-ronggamu semakin lama semakin membesar dan aku tenggelam lemas tanpa airnya? Asap hanya satu jantungku ini telah kau rampas berjuta-juta yang lain tua dan muda tanpa belas. Asap, tidak dapat kurasai dengan sentuhan tetapi bahangmu cukup memusnahkan segala tanpa apinya. Maya Iza Azizan Ulasan Alam sekitar semakin musnah akibat pencemaran. Antara punca yang telah dikenal pasti membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar akan membawa pelbagai kemudaratan. Oleh itu, kita mestilah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat daripada kedua-dua bahan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan pendapat berdasarkan bahan-bahan secara minimum. 3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan membuat perbandingan pada tahap kukuh. Murid mampu mengulas dan memberi pendapat tentang punca dan kesan pencemaran alam sekitar dengan betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan membuat perbandingan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan memberi pendapat tentang punca dan kesan pencemaran alam sekitar berserta langkah penyelesaian secara tepat dan rasional. 13 Tema Segalanya Bermula di Sini CONTOH
45 BM Tingkatan 4 Tema 13 Tatabahasa Buku Teks m/s 180 – 181 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang dan ayat majmuk yang betul SP: 5.3.3 mengikut konteks. Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang, dan ayat majmuk. KBAT Menganalisis Anda suka akan keindahan alam sekitar? Jika anda gemar akan selam skuba, pilihan yang paling tepat anda perlu buat ialah memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi pelancongan anda. Pulau Sipadan terletak di Semporna. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur. Ketinggian batu kapur itu ialah 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan merupakan destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Di dasar laut tersebut, penyelam skuba dapat melihat pelbagai hidupan marin. Dasar laut Pulau Sipadan diserikan dengan pelbagai spesies ikan, terumbu karang, penyu, dan bermacam-macam lagi. Para penyelam skuba pasti akan terpesona melihat keindahan dasar laut yang berwarna-warni itu. Untuk menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semula jadi di Pulau Sipadan, hanya 120 orang penyelam dibenarkan dalam sehari. Malah, pengunjung harus beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal lagi. Peraturan ini diadakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan dilakukan terhadap kebersihan pulau dan keselamatan hidupan marin. Ayat Tunggal Susunan Biasa Bil. Subjek Predikat 1 Pulau Sipadan terletak di Semporna. 2 Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur. 3 Ketinggian batu kapur itu ialah 600 meter dari dasar laut. 4 Pulau Sipadan merupakan destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Ayat Tunggal Susunan Songsang Subjek Predikat Di dasar laut tersebut, penyelam skuba dapat melihat pelbagai hidupan marin. Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan Dasar laut Pulau Sipadan diserikan dengan pelbagai spesies ikan, terumbu karang, penyu, dan bermacam-macam lagi. Ayat Majmuk Pancangan Para penyelam skuba pasti akan terpesona melihat keindahan dasar laut yang berwarna-warni itu. Ayat Majmuk Campuran Untuk menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semula jadi di Pulau Sipadan, hanya 120 orang penyelam dibenarkan dalam sehari. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu mengenal pasti beberapa ayat tunggal susunan biasa dan songsang serta ayat majmuk yang terdapat dalam petikan, tetapi hanya mampu mengelaskan ayat-ayat yang dikenal pasti secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti beberapa ayat tunggal susunan biasa dan songsang serta ayat majmuk yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengelaskan ayat-ayat yang dikenal pasti dengan betul mengikut konteks. 5-6 Murid mampu mengenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan songsang serta ayat majmuk yang terdapat dalam petikan dan berjaya mengelaskan ayat-ayat yang dikenal pasti dengan tepat mengikut konteks. CONTOH
46 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 190 – 191 SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. Teliti bahan di bawah. Kemudian, rumuskan isu yang terkandung dalam bahan dengan jelas, kritis, dan bernas. KBAT Menganalisis, Menilai Statistik keracunan makanan antara tahun 2016 – 2017 Tahun Jumlah kes 2016 17 480 2017 13 868 Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan? Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Selain itu, keracunan makanan juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan. Keracunan Makanan Boleh Membunuh, Segera Dapatkan Rawatan Gejala Neurologi: – Kebas mulut – Sukar bernafas Loya Muntah Sakit Perut Demam Cirit-birit TANDA-TANDA Rumusan isu Kes keracunan makanan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mereka yang keracunan makanan akan mengalami gejala yang begitu teruk seperti sakit perut, muntah, dan cirit-birit sehingga terpaksa dirawat di hospital. Cara pemprosesan makanan dan minuman yang tidak bersih ataupun makanan tidak dimasak dengan baik menjadi punca utama keracunan makanan. Intihanya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan makanan. Pengusaha makanan dan pengusaha kantin harus memainkan peranan penting menjaga kebersihan makanan untuk mengelakkan gejala keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan serta mengamalkan konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah rosak. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu merumus isu keracunan makanan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu merumus isu keracunan makanan secara jelas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu merumus isu keracunan makanan secara jelas, kritis, dan bernas menggunakan ayat yang betul. Murid boleh memberikan contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. 14 Tema Sihat dan Bersih Pilihanku CONTOH
47 BM Tingkatan 4 Tema 14 Menulis Buku Teks m/s 194 – 195 SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. Baca perenggan teks di bawah. Kemudian, tentukan sama ada teks tersebut mempunyai kejituan idea atau tidak. Betulkan dan tulis teks tersebut semula. KBAT Menganalisis Selain itu, anak-anak terutamanya yang berumur dalam lingkungan enam tahun ke bawah mesti diawasi sepenuhnya oleh ibu bapa. Hal ini demikian kerana mereka akan terus makan makanan yang telah dibeli atau dihidangkan tanpa mengendahkan kebersihan tangan mereka. Kuman-kuman yang berada di tangan boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami cirit-birit dan muntah. Oleh itu, mereka perlu didedahkan tabiat membersihkan tangan dengan air sabun sebelum makan. Misalnya, ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak membasuh tangan sebelum makan dan menunjukkan langkah membasuh tangan yang betul. Cara ini sangat efektif jika selalu dipraktikkan di rumah kerana apabila anak-anak makan di luar, mereka akan terbiasa melakukan hal yang sama. Jelaslah bahawa anak-anak yang membersihkan tangan sebelum makan merupakan kaedah terbaik yang mampu mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan. Terdapat kejituan idea. ( ✓ ) Tiada kejituan idea. ( ) Antara langkah yang berkesan untuk menangani masalah keracunan makanan ialah mengelakkan diri daripada makan makanan yang terdedah kepada suhu bilik terlalu lama. Bakteria yang biasa dikaitkan dengan keracunan makanan ialah Salmonella, Clostridium perfringens, Campylobacter, dan Bacillus cereus. Hal ini demikian kerana makanan yang ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi empat jam akan menyebabkan makanan tersebut dijangkiti bakteria. Jelaslah bahawa makanan yang tercemar sangat bahaya untuk dimakan dan tidak sepatutnya dihidangkan atau dijual. Sekiranya terdapat tanda makanan itu telah rosak seperti berubah bau dan warna atau mempunyai rasa tidak enak seperti masam, makanan tersebut sudah tidak lagi selamat untuk dimakan dan perlu dibuang. Tidak jitu. Urutan idea tidak teratur. Pembetulan Antara langkah yang berkesan untuk menangani masalah keracunan makanan ialah mengelakkan diri daripada makan makanan yang terdedah kepada suhu bilik terlalu lama. Hal ini demikian kerana makanan yang ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi empat jam akan menyebabkan makanan tersebut dijangkiti bakteria. Bakteria yang biasa dikaitkan dengan keracunan makanan ialah Salmonella, Clostridium perfringens, Campylobacter, dan Bacillus cereus. Sekiranya terdapat tanda makanan itu telah rosak seperti berubah bau dan warna atau mempunyai rasa tidak enak seperti masam, makanan tersebut sudah tidak lagi selamat untuk dimakan dan perlu dibuang. Jelaslah bahawa makanan yang tercemar sangat bahaya untuk dimakan dan tidak sepatutnya dihidangkan atau dijual. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak dapat menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea bagi petikan yang diberikan. Murid hanya mampu membetulkan kejituan idea secara terhad. 3-4 Murid mampu mengenal pasti kesalahan bahasa dan kejituan idea bagi petikan yang diberikan. Murid mampu membetulkan kejituan idea dengan betul. 5-6 Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan bahasa dan kejituan idea bagi petikan yang diberikan. Murid mampu membetulkan kejituan idea dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat. CONTOH
48 BM Tingkatan 4 Tema 14 Menulis Buku Teks m/s 198 – 199 SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. KBAT Mencipta Belakangan ini terdapat banyak liputan dibuat tentang kesihatan mental serta penyakit mental di media sosial dan media massa. Perkembangan ini merupakan satu perkembangan yang positif kerana kesihatan mental telah mula mendapat perhatian ramai berbanding dahulu. Antara penyakit mental yang paling banyak diperkatakan ialah kemurungan atau dalam terma perubatan dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)". Kemurungan yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian seseorang individu. Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini. Penyakit ini diramalkan akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan di negara-negara membangun menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung. Penyakit kemurungan berbeza daripada kesedihan biasa. Jika didapati bahawa perasaan sedih itu berterusan dan mula menjejaskan fungsi harian, maka perkara itu perlu diberi perhatian. Mereka yang mengalami kemurungan akan menunjukkan simptom-simptom seperti berasa terlalu sedih atau sunyi. Mereka juga hilang minat melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya. Mereka akan mudah menangis atau menangis tanpa sebarang sebab. Mereka juga mungkin hilang minat dalam aktiviti yang menyeronokkan, diiringi dengan kehilangan selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara. Di samping itu, mereka juga sukar untuk tidur dan hilang daya atau tenaga serta berasa amat lemah. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasakan diri tidak berguna. Kemurungan yang berlanjutan tanpa dikawal dan dirawat dengan baik berupaya mengundang situasi yang lebih parah seperti berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri. SIMPTOM KEMURUNGAN Sukar untuk tidur Berasa mati itu lebih baik atau sentiasa berfikir untuk membunuh diri Hilang selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara Hilang daya atau tenaga serta berasa amat lemah Mudah menangis atau menangis tanpa sebarang sebab Berasa salah atau hilang keyakinan diri Hilang minat pada perkara yang diminati TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu menganalisis maklumat tentang kemurungan secara terhad berdasarkan petikan yang diberikan. Murid mengolah maklumat daripada petikan menggunakan bentuk grafik yang kurang sesuai. 3-4 Murid mampu menganalisis maklumat tentang kemurungan dengan betul berdasarkan petikan yang diberikan. Murid mengolah maklumat daripada petikan menggunakan bentuk grafik yang sesuai. 5-6 Murid mampu menganalisis maklumat tentang kemurungan dengan tepat dan terperinci berdasarkan petikan yang diberikan. Murid mengolah maklumat daripada petikan menggunakan bentuk grafik yang sesuai dan menarik. CONTOH
49 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 204 – 205 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang SP: 1.8.2 betul dan gramatis. Teliti gurindam di bawah. Kemudian, kenal pasti kekuatan gurindam tersebut dan sampaikan ulasan dengan bahasa yang gramatis. KBAT Menganalisis, Menilai Gurindam Jerebu Apabila jerebu datang menyerang, Udara bersih akan menghilang. Apabila jerebu menguasai langit, Manusia mudah mendapat penyakit. Apabila jerebu janganlah lupa, Untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Apabila jerebu kurangkan aktiviti luar, Pakailah topeng muka ketika keluar. Apabila jerebu banyakkan minum air, Supaya badan tidak kehilangan cecair. Apabila jerebu kita berasa sakit, Segeralah ke klinik sebelum rumit. Apabila jerebu teruskan berdoa. Agar bumi kembali seperti sediakala. Apabila jerebu sudah beransur pulang, Pencemaran dahulu jangan sesekali diulang. Khadijah Hamdi Kulim, Kedah (Dewan Siswa) Antara kekuatan Gurindam Jerebu ialah gurindam ini sangat jelas menggambarkan fenomena jerebu yang sering melanda negara kita. Gurindam sebanyak lapan rangkap ini membawa nasihat dan panduan ketika kita menghadapi jerebu. Baris pertama gurindam ialah syarat atau sebab dan baris kedua ialah akibat. Selain itu, dua rangkap terakhir gurindam ini menggunakan pengucapan yang puitis dan bermakna. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu mengulas kekuatan gurindam yang diberikan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu mengulas kekuatan gurindam yang diberikan secara jelas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu mengulas kekuatan gurindam yang diberikan secara jelas, kritis, dan bernas menggunakan ayat yang betul. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. 15 Tema Angin Perubahan Membadai CONTOH
50 BM Tingkatan 4 Tema 15 Membaca Buku Teks m/s 206 – 207 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam SP: 2.4.1 pelbagai bidang. Baca bahan di bawah. Kemudian, cari maksud kosa kata yang berhuruf tebal. Angin ahmar atau strok merupakan satu daripada penyakit atau masalah kesihatan yang utama di seluruh dunia dan penyebab kematian ketiga terbesar di Malaysia. Bilangan kejadian strok dan kematian dalam kalangan rakyat Malaysia makin meningkat secara mendadak sepanjang tahun. Masalah utama yang dihadapi oleh pesakit strok ialah ketiadaan motivasi untuk meneruskan proses pemulihan menerusi senaman fisioterapi kerana pesakit tidak dapat mengetahui sama ada proses pemulihan setelah sekian lama melakukan terapi berlaku atau tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada data yang dapat dilihat oleh pesakit sama ada dalam bentuk kualiti atau kuantiti. Kuantiti merujuk bentuk nombor digit yang dapat menterjemahkan peratusan peningkatan fungsi atau aktiviti tubuh badan pesakit setelah melalui proses terapi. Bagi mengatasi masalah ini, pasukan penyelidikan kumpulan penyelidikan permodenan dan simulasi kejuruteraan bioperubatan (BIOMEMS) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mereka alat pemantauan yang mengandungi peranti pintar yang dikenali sebagai BIOMEMS REHAB. Alat ini mampu mengukur kekuatan tangan, merekodkan, dan menghantar data pesakit secara dalam talian. Alat ini terdiri daripada satu sarung tangan yang dilengkapi oleh lima peranti lentur dan lima perintang sensitif daya pada setiap jari. Peranti lentur digunakan untuk mengukur bacaan gerakan jari, manakala perintang sensitif daya dipasang pada setiap hujung jari untuk mengukur daya yang dikenakan pada hujung jari apabila pesakit menggenggam objek. Alat ini juga dilengkapi sistem perekodan data yang dapat menyimpan data pesakit dalam pangkalan data dalam talian. Data ini akan dianalisis oleh ahli terapi untuk menetapkan sama ada pesakit perlu menjalani rawatan lanjut atau tidak. Dipetik daripada ‘BIOMEMS REHAB Pantau Pesakit Strok’ oleh Muhammad Mahadi Abdul Jamil dan Suhassini Ganeson, Dewan Kosmik, Bil. 8, 2017 Kosa kata Maksud 1 angin ahmar Keadaan yang terjadi dengan tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah yang mengakibatkan hilang kemampuan untuk menggerakkan sesetengah anggota badan. 2 fisioterapi Rawatan terhadap seseorang yang mengalami kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dengan menggunakan cahaya, haba, dan lain-lain. 3 peranti pintar Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. 4 pangkalan data Istilah himpunan data yang disimpan dalam jumlah yang besar di dalam komputer yang dapat dicapai dan digunakan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu memberikan makna kosa kata yang berhuruf tebal dalam bahan dengan merujuk kamus tetapi tidak menunjukkan kefahaman terhadap perkataan tersebut. 3-4 Murid mampu memahami makna kosa kata yang berhuruf tebal dalam bahan dengan merujuk kamus serta menunjukkan kefahaman terhadap perkataan tersebut. 5-6 Murid mampu memahami makna kosa kata yang berhuruf tebal dalam bahan dengan merujuk kamus serta menunjukkan kefahaman mendalam terhadap perkataan tersebut. CONTOH
51 BM Tingkatan 4 Tema 15 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 210 – 211 SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Teliti bahan di bawah. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. KBAT Mengaplikasi, Menilai Sofia : Apakah kesan yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam sesebuah keluarga jika didedahkan dengan gajet sejak kecil? Hayati : Kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas jika terlalu obses dengan gajet akan (1) menjejaskan tumpuan di dalam kelas. Malah, mereka akan menghadapi kemahiran berkomunikasi kerana tutur kata yang tidak berkembang. Sofia : Penggunaan telefon bimbit dalam bidang telekomunikasi amat meluas pada masa ini. Namun, kita tidak seharusnya terlalu bergantung pada telefon bimbit. Setahu saya, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan tingkah laku yang digelar nomofobia. Hayati : Memang betul, Sofia. Ketagihan tingkah laku ini tidak boleh kita ambil mudah begitu sahaja kerana (2) amat berbahaya. Mereka yang menghidap nomofobia akan berasa panik jika telefon tidak ada di sisi dan kehabisan bateri. Siapa sangka gajet canggih ini akhirnya membahayakan kita pula? Sofia : Kemunculan pelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat, WhatsApp, dan sebagainya merupakan faktor utama yang menyebabkan fobia ini. Akibat nomofobia, (3) banyak orang yang sanggup bersengkang mata pada waktu malam menghadap skrin telefon bimbit. Malah mereka banyak menghabiskan waktu untuk mengemas kini status dalam media sosial. Hayati : Ketagihan ini mesti diatasi segera. Jika tidak risiko yang dihadapi akan bertambah. Pada pendapat awak, apakah langkah berkesan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani isu ketagihan terhadap telefon bimbit dalam kalangan remaja? Sofia : Pada pendapat saya, (4) ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil. Pengawalan penggunaan media di rumah mampu memberi petunjuk yang positif terhadap anak-anak. Anak-anak ketagih menggunakan telefon bimbit kerana mengikut ibu bapa yang sering menggunakan telefon bimbit. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau dan mengawal anak-anak dengan menyediakan jadual dan menetapkan masa tertentu untuk menggunakan telefon bimbit. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbincangan tentang kesan ketagihan gajet secara terhad. Intonasi yang digunakan kurang sesuai dan ayat yang digunakan bercampur aduk dan tidak gramatis. 3-4 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbincangan tentang kesan ketagihan gajet dengan baik tetapi tidak dapat mengemukakan idea baharu tentang langkah berkesan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani isu ketagihan terhadap telefon bimbit. Intonasi yang digunakan sesuai dan ayat yang digunakan gramatis. 5-6 Murid dapat memulakan dan memberi respons terhadap perbincangan tentang kesan ketagihan gajet dengan sangat yakin dan mampu mengemukakan idea baharu tentang langkah berkesan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani isu ketagihan terhadap telefon bimbit dengan bernas dan rasional. Intonasi yang digunakan sangat sesuai, bervariasi dan bertatasusila. Ayat yang digunakan gramatis dan mampu menjadi teladan. CONTOH
52 BM Tingkatan 4 Tema 15 Tatabahasa Buku Teks m/s 212 – 213 SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks. Baca dialog di bawah. Kenal pasti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Kemudian, bina dialog dengan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. KBAT Menganalisis, Mencipta Sures : Bagaimanakah pihak Jabatan Perhutanan menggunakan teknologi terkini seperti dron dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan? Mohon tuan jelaskan. Pegawai : Pihak kami menggunakan dron untuk menyimpan data yang terdiri daripada lebih satu maklumat seperti aktiviti penanaman semula hutan, penentuan cerun, serta kontur dan saiz kanopi pokok. Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggunakan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan segera kepada kawasan berimpak seperti tanah runtuh atau kebakaran dapat dilakukan. Sures : Wah, nampaknya penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan hutan secara signifikan! Mengapakah aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan perancangan kerja yang teliti? Pegawai : Hal ini demikian kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca, dan faktor keliling perlu diambil kira. Sures : Berapa jauhkah dron mampu bergerak? Pegawai : Dron mampu bergerak dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. Sures : Wah, agak jauh juga! Apakah jenis dron yang digunakan dalam aktiviti pemantauan hutan yang luas? Pegawai : Bagi aktiviti pemantauan hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. Dron jenis ini mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan. Sures : Apakah kekangannya? Pegawai : Dron ini memerlukan kawasan untuk berlepas dan mendarat. Jenis Ayat Ayat penyata 1 Pihak kami menggunakan dron untuk menyimpan data yang terdiri daripada lebih satu maklumat seperti aktiviti penanaman semula hutan, penentuan cerun, serta kontur dan saiz kanopi pokok. 2 Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggunakan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan segera kepada kawasan berimpak seperti tanah runtuh atau kebakaran dapat dilakukan. 3 Hal ini demikian kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. 4 Bagi kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca, dan faktor keliling perlu diambil kira. 5 Dron mampu bergerak dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. 6 Bagi aktiviti pemantauan hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. 7 Dron jenis ini mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama. 8 Walau bagaimanapun, ada juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan. CONTOH
53 BM Tingkatan 4 Tema 15 Ayat tanya 1 Bagaimanakah pihak Jabatan Perhutanan menggunakan teknologi terkini seperti dron dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan? 2 Mengapakah aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan perancangan kerja yang teliti? 3 Berapa jauhkah dron mampu bergerak? 4 Apakah jenis dron yang digunakan dalam aktiviti pemantauan hutan yang luas? 5 Apakah kekangannya? Ayat perintah 1 Mohon tuan jelaskan. Ayat seruan 1 Wah, nampaknya penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan hutan secara signifikan! 2 Wah, agak jauh juga! Bina dialog (Cadangan jawapan) Rakan : Apakah kerjaya yang akan awak ceburi apabila dewasa kelak? Anda : Saya ingin menjadi seorang doktor. Rakan : Wah, tingginya cita-cita awak! Kalau begitu, awak mesti bersedia dari segi fizikal dan mental mulai sekarang. Mengapakah awak memilih kerjaya itu? Anda : Saya memilih kerjaya ini kerana pekerjaan ini sangat mencabar dan doktor merupakan seorang insan yang mulia kerana berusaha menyelamatkan nyawa manusia dan mengubati pesakit yang menanggung kesakitan. Rakan : Saya pula bercita-cita menjadi seorang guru. Saya memilih kerjaya ini kerana guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Guru memainkan peranan melahirkan anak didik yang celik huruf dan berjaya pada masa hadapan. Anda : Kerjaya sebagai guru juga amat mencabar. Mulai hari ini, marilah kita berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mencapai cita-cita kita. 1 Guru mengedarkan petikan yang mengandungi pelbagai jenis ayat kepada murid-murid. 2 Murid diberi masa untuk mengenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam petikan yang diberikan. 3 Masa tamat, guru mengarahkan murid berbincang dan berkongsi jawapan dengan rakan sebelah. 4 Guru meminta setiap pasangan berkongsi jawapan yang diperoleh dengan pasangan murid lain. 5 Murid-murid diperuntukkan masa selama 10 minit untuk berinteraksi dan menyetujui setiap jenis ayat yang diperoleh bersama. Aktiviti PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid tidak berjaya mengenal pasti keempat-empat jenis ayat yang terdapat dalam petikan. Murid hanya dapat membina dialog yang ringkas tetapi tidak gramatis. 3-4 Murid berjaya mengenal pasti keempat-empat jenis ayat yang terdapat dalam petikan. Murid dapat membina dialog dengan gramatis. 5-6 Murid berjaya mengenal pasti keempat-empat jenis ayat yang terdapat dalam petikan. Murid dapat membina dialog dari pelbagai laras bahasa dan konteks dengan gramatis dan terperinci. CONTOH
54 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 218 – 219 SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. Teliti bahan di bawah. Kemudian, rumuskan isu yang terkandung dalam bahan dengan jelas, kritis, dan bernas. Buku psikologi Rakan Internet Guru Keliru dengan identiti diri Tekanan perasaan Perubahan fizikal dan emosi Pengaruh media sosial Ekonomi keluarga Konflik Persekitaran Pengaruh rakan sebaya Halangan dan Cabaran Remaja Semasa Transisi Peringkat remaja dikatakan sebagai peralihan usia yang paling kritikal kerana pada ketika ini remaja mula mencari dan membina identiti diri. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Adakalanya, semua yang berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Selain itu, masalah ekonomi keluarga juga sangat mempengaruhi proses transisi remaja. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadangkala, fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan sebaya, dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid mampu memahami dan mengenal pasti maklumat daripada bahan secara terhad. Murid hanya mampu merumus isu tentang halangan dan cabaran remaja semasa transisi secara umum dengan menggunakan ayat yang kurang gramatis. 3-4 Murid mampu memahami dan mengenal pasti maklumat daripada bahan pada tahap kukuh. Murid mampu merumus isu tentang halangan dan cabaran remaja semasa transisi dengan menggunakan ayat yang betul dan rasional. 5-6 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti pendapat dengan membuat perbandingan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu merumus isu tentang halangan dan cabaran remaja semasa transisi dengan menggunakan ayat yang tepat dan rasional. KBAT Menganalisis, Menilai 16 Tema Dipimpin untuk Memimpin CONTOH
55 BM Tingkatan 4 Tema 16 Menulis Buku Teks m/s 222 – 223 SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, olah bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. KBAT Menganalisis, Mencipta Parlimen dibubarkan Suruhan Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pengundian • Pemilih yang namanya terdapat dalam daftar pengundi keluar mengundi • Pukul 8:00 pagi – 6:00 petang Kempen pilihan raya • Memasang poster, ceramah, pengedaran risalah, dan kempen dari rumah ke rumah • Mesti tamat pada pukul 12:00 tengah malam sebelum hari pilihan raya Pengumuman keputusan pilihan raya • Mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti • Mengesahkan sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan 1 4 Penamaan calon • Menerima Borang Akuan Berkanun daripada calon • Borang 5 (Calon ahli Dewan Rakyat) • Borang 5A (Calon ahli Dewan Undangan Negeri) • Menyertakan deposit pilihan raya Penjumlahan rasmi undi • Borang 14 (keputusan pengiraan undi dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk penjumlahan rasmi undi) • Borang 13 Penyata Kertas Undi (jika terdapat keraguan) • Borang 15 (Penyata Pengundian selepas pengiraan kertas undi pos) 2 5 3 6 Pilihan Raya Umum di Malaysia melibatkan enam peringkat. Apabila berlaku pembubaran Parlimen, SPR akan mengeluarkan surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan daripada calon. Calon-calon perlu menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akuan Berkanun, iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding. Selepas urusan penamaan calon selesai, calon-calon bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah, pengedaran risalah, dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada pukul 12:00 tengah malam sebelum hari mengundi. Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya terdapat di dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang di seluruh negara. Sebaik sahaja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan ke dalam Borang 14 dan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat penjumlahan rasmi undi. Apabila semua keputusan Borang 14 dan Borang 15 diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya. Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu mengolah peringkat pilihan raya secara terhad berdasarkan grafik yang diberikan. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad. 3-4 Murid mampu mengolah peringkat pilihan raya dengan baik berdasarkan grafik yang diberikan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang betul. 5-6 Murid mampu mengolah peringkat pilihan raya dengan sangat baik berdasarkan grafik yang diberikan dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis dan penggunaan penanda wacana yang sesuai. CONTOH
56 BM Tingkatan 4 Tema 16 Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 224 – 225 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang SP: 1.8.2 betul dan gramatis. Teliti syair di bawah. Kemudian, kenal pasti kekuatan syair tersebut dan sampaikan ulasan dengan bahasa yang gramatis. KBAT Menganalisis, Menilai SYAIR TENAGA PEMUDA Tenaga muda kalau diasuh, Pimpin dan didik kotor dibasuh, Tidaklah ia menjadi lusuh, Amat berguna menentang musuh. Tenaga pemuda memang terbilang, Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat dijulang, Benda yang jauh dapat dijelang. Tenaga pemuda tenaga bererti, Tenaga yang berani menempah mati, Tidak mengenal erti nanti, Hanya penuh kemahuan mesti. Tenaga pemuda mestilah sayang, Jangan dibiar lemah dan goyang, Di waktu muda tenaga kencang, Berani sampai berputih tulang. Tenaga pemuda kalau dijaga, Kelak akhirnya sangat berharga, Tenaga yang menjadi harapan bangsa, Gagah berani mempertahankan negara. Gustam Negara Syair Tenaga Pemuda menjelaskan kepentingan tenaga pemuda. Antara kekuatan syair ini ialah menyelitkan persoalan tentang tugas membimbing tenaga pemuda amat penting kerana mereka akan menjadi tulang utama kekuatan negara. Selain itu, pemilihan kata adalah indah dan tepat. Contohnya, penggunaan personifikasi, iaitu tenaga yang berani menempah mati. Seterusnya, syair ini juga menyelitkan pelbagai pengajaran yang menyeru golongan muda hendaklah sanggup berkorban untuk negara. Masyarakat pula hendaklah memberikan kepercayaan kepada golongan muda untuk menerajui negara. TP Pernyataan Pencapaian 1-2 Murid hanya mampu mengulas kekuatan syair yang diberikan secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan penggunaan istilah yang agak terhad. 3-4 Murid mampu mengulas kekuatan syair yang diberikan secara jelas. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul. 5-6 Murid mampu mengulas kekuatan syair yang diberikan secara jelas, kritis, dan bernas menggunakan ayat yang betul. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat. CONTOH
J1 Jawapan Tema 1 Mendengar dan Bertutur Jawapan murid Tatabahasa Kata tunggal di, dia, dan, abang, ke, sekolah, kerana, mahu, mereka, bahasa, dengan, baik, alam, yang, fokus, pada, akademik, sentiasa, cemerlang, dalam, aktif, aktiviti, esei, puisi, pantun, enam, untuk, cekap, oleh, para, fakulti, itu, kosisten, semester, juga, tahun, ketika, tamat, kerja, jenis, praktikal, berita, pihak, bakat Kata majmuk sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mata pelajaran, ditemu duga, mencuba bakat Menulis 1 Yahya dan peserta-peserta lain berlari dengan pantas ke garisan penamat acara lumba lari 200 meter. 2 Persaingan sengit untuk mencapai kejayaan dalam akademik telah menyebabkan Ramlah berasa tertekan. 3 Semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan gejala sosial dapat dikurangkan. 4 Kem Kepimpinan itu diadakan untuk mengasah bakat kepimpinan selain membina sahsiah terpuji dalam kalangan murid. 5 S. Karthikgesan mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul tiga hadiah utama dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (IIDEX) 2019 peringkat antarabangsa. Mendengar dan Bertutur Ayat topik 1 Rumah panjang ini sangat menarik kerana mempunyai 120 buah pintu. Ayat huraian Di samping itu, setiap rumah di rumah panjang ini menawarkan kraf tangan, kaedah memetik lada, dan memproses di hadapan rumah mereka. Ayat contoh Contohnya, mereka mengeringkan lada yang telah diproses di beranda rumah mereka bagi menarik minat pelancong. Ayat penegasan Hal ini jelas bahawa 120 pintu yang dimaksudkan itu bolehlah dianggap sebagai jumlah penduduknya yang ramai di dalam rumah panjang tersebut. Ayat topik 2 Walaupun Rumah Panjang Annah Rais telah dibina pada tahun 1818, struktur rumah panjang ini masih kukuh, malah kini dilengkapi kemudahan elektrik dan air. Ayat huraian Ketahanan struktur rumah panjang ini kerana tiang jenis kayu dan tidak mudah reput serta mampu bertahan hingga puluhan tahun digunakan sebagai bahan asas binaan rumah tersebut. Ayat contoh Contohnya, penggunaan kayu berlian yang begitu mudah didapati di Kepulauan Borneo. Ayat penegasan Hal ini jelas bahawa peredaran masa dan gaya hidup generasi sekarang telah sedikit sebanyak mengubah wajah rumah panjang, namun ciri-ciri tradisional tetap dipelihara. Tema 2 Mendengar dan Bertutur 1 Perkataan : rendang Maksud : Banyak daun dan cabang (berkenaan pokok); rimbun Ayat : Ayah membentang tikar di bawah sebatang pokok yang rendang. Maksud : Lauk yang dibuat daripada daging, ayam, dan lain-lain serta dibubuhi rempah dan dimasak dengan santan kelapa hingga kering. Ayat : Kai Jun memang suka makan masakan orang Melayu terutamanya rendang. 2 Perkataan : reda Maksud : Membenarkan (melepaskan dan lain-lain) dengan ikhlas; mengizinkan; merelakan Ayat : Walaupun berat hati, dia reda dengan pemergian anaknya. Maksud : Mula berkurang; hampir berhenti (berkenaan hujan ribut atau angin) Ayat : Selepas setengah jam berteduh di bawah hentian bas, hujan pun reda. Menulis Pemanfaatan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan boleh meningkatkan kualiti proses PdP dalam kalangan guru dan murid. Oleh itu, penggunaan buku teks digital merupakan inisiatif yang paling efektif untuk menggantikan penggunaan buku teks bercetak pada masa hadapan. Penggunaan buku teks digital yang meluas sememangnya amat bagus dan sesuai dengan peredaran zaman untuk generasi alfa. Dengan penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid dapat mengakses bahan-bahan yang berkaitan dengan mata pelajaran atau pendidikan melalui platform yang mudah untuk dicapai tanpa mengira masa dan lokasi. Penggunaan buku teks digital merupakan satu kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang lebih bersifat interaktif. Tambahan pula, isu beg berat dalam kalangan murid dapat ditangani. CONTOH
J2 BM Tingkatan 4 Jawapan Tatabahasa Awalan terlebih, penganjur, bertajuk, berfaedah, terbaik, membesar, memupuk, diperoleh, terdorong Akhiran jutaan, galakan, bacaan, ruangan, tempahan Apitan dimuliakan, sekalian, mengucapkan, kebaikan, mendapatkan, pengetahuan, melakukan, penyediaan, menyediakan, pencahayaan, menambahkan, mengetahui, berfikiran, kecenderungan, pemikiran 1 Kita seharusnya memiliki semangat dan berfikiran positif agar berupaya melawan perasaan negatif seperti tiada keyakinan diri dan stres. 2 Remaja perlulah berusaha untuk membangunkan diri sendiri agar dapat membentuk pemikiran dan keperibadian yang unggul. 3 Dengan penyediaan persekitaran yang kondusif, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yang menggalakkan. 4 Ibu bapa seharusnya menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak membentuk sahsiah diri mereka. 5 Pelbagai bahan bacaan seperti karya sastera disediakan di pusat sumber untuk menggalakkan murid-murid membaca. 6 Guru merupakan orang yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita tanpa mengenal jemu. 7 Dengan membaca surat khabar, saya dapat mengetahui perkara-perkara yang berlaku di dalam dan luar negara. Tema 3 Mendengar dan Bertutur Saya akan memilih menjadi fisioterapi. Saya mahu membantu sesiapa sahaja terutamanya pesakit strok dengan memberikan mereka peluang kedua untuk menikmati kehidupan lebih baik agar mereka boleh berjalan atau bekerja semula. Fisioterapi ialah bidang yang mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Kerjaya ini bukan sahaja diperlukan di hospital kerajaan, malah lebih banyak tempat yang memerlukan ahli fisioterapi seperti pusat jagaan orang tua dan hospital swasta. Membaca Kebolehpasaran graduan merangkumi status bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran, dan menunggu penempatan pekerjaan. Kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 menurun sebanyak 1.8 peratus kepada 84.4 peratus berbanding 86.2 peratus pada tahun 2019. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat daripada kesan pandemik COVID-19 yang melanda pada masa yang sama. Selain itu, keluaran graduan pada tahun 2020 menurun sebanyak 25 256 orang berbanding pada tahun 2019. Kaedah pelaksanaan PdP yang membebankan, ditambah dengan faktor luaran seperti suasana dalam kediaman yang tidak kondusif untuk penumpuan kepada PdP dan tugasan sepanjang tempoh mengikuti PdP menambahkan lagi tahap stres kepada pelajar yang terkesan sehingga menyebabkan kelewatan menamatkan pengajian. Graduan yang belum bekerja pada tahun 2020 juga meningkat sebanyak 1.8 peratus kepada 15.6 peratus berbanding 13.8 peratus pada tahun 2019. Dalam keadaan negara yang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 khususnya dari aspek ekonomi, peluang pekerjaan sudah pastinya akan menguncup. Justeru itu, graduan yang belum bekerja dalam tahun 2020 perlu meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka. Selain itu, pelbagai inisiatif juga perlu diambil bagi meminimumkan impak pandemik terhadap graduan. Seni Bahasa (i) Rangkap keempat sajak Bangkitlah bermaksud golongan remaja akan menghadapi masalah dan masa hadapan mereka akan gelap sekiranya mereka masih leka dan malas berusaha. (ii) Antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyedarkan golongan remaja yang masih leka ialah menganjurkan kem atau seminar kesedaran kepada remaja. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing mereka menceburi bidang berdasarkan minat dan kemahiran mereka. (iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah merebut peluang yang masih ada untuk memperoleh kehidupan yang baik. Selain itu, kita janganlah leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan dalam arus kemajuan. Mendengar dan Bertutur 1 Saya kini berusia 28 tahun. Saya mempunyai Diploma Seni Kulinari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang penyediaan pastri, kek, dan roti. 2 Ada, tuan. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai cef pastri di bakeri selama tiga tahun dan Hotel JW Marriot selama lima tahun. Semasa belajar, saya telah menjalani latihan industri di Hotel JW Marriot. Selepas tamat belajar, saya telah diambil bekerja sebagai cef pastri. Saya dipertanggungjawabkan untuk urusan dapur, perancangan menu, menjaga kualiti makanan, dan mengenal pasti cita rasa pelanggan. 3 Saya memang meminati bidang penyediaan pastri dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Sekiranya saya ditawarkan kerja ini, saya akan cuba sedaya upaya merangka idea menu terbaharu dan menghasilkan menu pencuci mulut yang enak dan istimewa. Saya juga bersedia untuk bekerja mengikut syif. 4 Selama yang boleh. Asalkan pekerjaan ini mampu memberikan motivasi kepada diri saya secara profesional. Tema 4 Mendengar dan Bertutur Keperluan Asas Tanaman Suhu 22°C hingga 30°C pH tanah 6 hingga 7 Jenis tanah Semua jenis tanah Sinaran matahari Secukupnya Manfaat Buah Mengkudu (i) mengelakkan kanser (ii) merawat demam (iii) menurunkan risiko gout (iv) meningkatkan tenaga (v) melembapkan kulit (vi) mengurangkan stres CONTOH
J3 BM Tingkatan 4 Jawapan Membaca Manfaat pokok kunyit Pokok kunyit memiliki seribu satu kebaikan. Pokok kunyit banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah ratus yang popular. Selain itu, daun kunyit dijadikan sebagai pembalut untuk membakar ikan, ayam atau daging. Kunyit digunakan sebagai bahan rawatan dalam perubatan tradisi India. Kunyit juga dijadikan sebagai pewarna dalam industri tekstil. Kunyit dijadikan sebagai bahan aktif dalam industri farmaseutikal. Kurkumin yang terdapat dalam kunyit dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menghalang penghasilan tumor dan mampu menyekat pembentukan tumor. Cara mempromosikan manfaat kunyit Antara cara untuk mempromosikan manfaat kunyit ialah mengedarkan risalah tentang manfaat kunyit kepada orang ramai. Selain itu, media massa boleh menyiarkan dokumentari tentang khasiat kunyit untuk pengetahuan orang ramai. Seterusnya, pameran tentang kunyit juga boleh diadakan untuk membolehkan masyarakat umum mengetahui kelebihannya. Pengiklanan secara meluas dalam pelbagai media juga antara cara mempromosikan manfaat kunyit. Tatabahasa Kata Nama Am Hidup – manusia anak tempatan, rakan kongsi, pemenang, pelanggan, ejen, orang ramai Tak Hidup – bukan institusi abstrak berbilang sektor, industri, kejayaan, anugerah, pentas, perniagaan, kejayaan, kecemerlangan, pengalaman, ilmu, ilham, idea, nama, syarikat, program, negara Kata Nama Khas Hidup – manusia Azmi Zainal, Bos Susu, Loi Tuan Ee Tak Hidup – bukan manusia Malaysia, The Holstein Milk Company Sdn. Bhd., Farm Fresh, Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin, Johor Bahru, Johor Kata Ganti Nama Kata ganti nama diri orang beliau, -nya, mereka Kata ganti nama tunjuk umum ini Tema 5 Mendengar dan Bertutur Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi semua sektor, iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian. Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa ialah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi PKS. Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Definisi terperinci mengikut kategori, iaitu mikro, kecil, dan sederhana adalah seperti berikut: (i) Industri mikro dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dan sektor lain mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM300 ribu atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi lima orang. (ii) Industri kecil dalam sektor pembuatan mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM15 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Manakala perkhidmatan dan sektor lain pula mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 30 orang. (iii) Industri sederhana dalam sektor pembuatan mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Manakala perkhidmatan dan sektor lain pula mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Menulis Pendahuluan Kesan Kemajuan dalam industri ini menjanakan pertumbuhan ekonomi seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara Ayat arahan terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan ekopelancongan Isi 1 Contoh Maklumat-maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang ditawarkan, tarikan-tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut, pengangkutan dan kos yang diperlukan untuk sampai ke destinasi ekopelancongan tersebut, dan tempat-tempat penginapan yang boleh didapati di kawasan ekopelancongan tersebut Penegasan promosi yang telah diatur sudah pasti akan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia dan merancakkan sektor ekopelancongan di Malaysia Isi 2 Huraian isi Menjamin kepuasan dan keselesaan pelancong semasa berada di negara kita Huraian contoh Tempat pelancongan yang selesa dan lengkap akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing Isi 3 Huraian isi Memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu Contoh Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Huraian contoh Dapat memastikan aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan Penegasan menjamin ekopelancongan dapat berterusan CONTOH
J4 BM Tingkatan 4 Jawapan Isi 4 Huraian isi Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal Contoh Taman Negara, Hutan Simpan Belum, dan Hutan Simpan Bako Huraian contoh Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan Kesimpulan Cadangan Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat Harapan Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit, industri ekopelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional Tema 6 Mendengar dan Bertutur 1 tarikh dan tempoh, lokasi dan aktiviti, penginapan, pengangkutan, kos, keselamatan, dan lain-lain lagi. 2 Hal ini penting supaya percutian ini menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan dan tidak menelan belanja yang banyak. 3 agar dapat melindungi kamu semasa berada di luar negara, seandainya sesuatu berlaku. Seni Bahasa 1 pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air 2 Jauh perjalanan, luas pemandangan 3 sediakan payung sebelum hujan Tatabahasa Kata Kerja Transitif Aktif • menjanakan • merancakkan • menjadikan • mempunyai • memajukan • memperlengkap • membawa • mengunjungi • memudahkan • memastikan • mengelakkan • menyediakan • membebankan • menyalurkan • membolehkan • mendapat • melancong 1 Kepelbagaian biologi seperti terumbu karang, penyu, dan kehidupan marin yang lain merupakan khazanah semula jadi yang menjadikan Pulau Layang-layang terkenal. 2 Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memajukan sektor pelancongan di negara kita. 3 Kita harus melancong di dalam negara terlebih dahulu sebelum melancong ke negara luar. Tema 7 Mendengar dan Bertutur Gangguan seksual merangkumi perbuatan yang berunsurkan seks seperti sentuhan, menunjukkan bahan lucah, meraba, dan menunjukkan perbuatan tidak senonoh atau kata-kata yang berbaur seks. Gangguan seksual tidak hanya berlaku di sekolah, malah berlaku di mana-mana. Oleh itu, kita perlu memupuk keyakinan diri dan kemahiran untuk menangani gangguan seksual sekarang. Jika saya mengalami gangguan seksual, saya akan meminta bantuan orang lain. Saya akan mendapatkan bantuan daripada ibu bapa atau guru untuk membantu saya menghentikan gangguan seksual itu. Jika saya merahsiakannya, si pengganggu seksual itu mungkin akan terus mengganggu saya bahkan akan mengganggu orang lain. Menulis Pendahuluan jenis definisi Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut. Jenayah berat pula termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah, serta menyeludup barangan haram. Menurut kajian polis, kes jenayah yang melibatkan remaja semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membendung kes jenayah remaja daripada terus meningkat di negara kita. Pendahuluan jenis persoalan Gejala ini sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Persoalannya, mengapakah gejala ini masih berleluasa? Adakah ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak? Bagaimanakah pula dengan pihak berkuasa atau sekolah? Sesungguhnya, isu jenayah remaja ini perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk mengekang gejala ini daripada kehidupan seharian. Menulis Isi 1 Usaha yang paling efisien untuk mengatasi masalah jenayah dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa ibarat tiang seri yang amat penting dan menjadi tunjang kepada keutuhan institusi keluarga. Ibu bapa harus memperkasakan nilai kekeluargaan bagi menangani kes jenayah yang berlaku kini. Ibu bapa harus membimbing anak-anak ke arah kebaikan. Janganlah bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul, tetapi diri sendiri yang tidak betul. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Melalui cara ini, anak-anak dapat menghindari segala pengaruh negatif di luar. Tuntasnya, anak-anak yang dididik dengan baik akan lebih cenderung berkelakuan baik dan tidak akan melakukan perkara yang menyakiti ibu bapa. Isi 2 Selain itu, pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik kepada murid sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah dalam kalangan remaja. Pendidikan Sivik merupakan satu CONTOH
J5 BM Tingkatan 4 Jawapan langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya, serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah terang lagi bersuluh, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. Tema 8 Mendengar dan Bertutur Soalan 1 Bilakah Puan Noriah bergiat aktif dalam bidang pembuatan tembikar tembeling? Soalan 2 Puan Noriah mewarisi kemahiran pembuatan tembikar tembeling daripada siapa? Soalan 3 Mengapakah Puan Noriah masih terus gigih mengusahakan kemahiran warisan ini? Soalan 4 Puan Noriah gembira dengan pembinaan sebuah bengkel yang dilengkapi ruang pameran? 1 Beliau mula bergiat aktif dalam bidang ini pada tahun 1954, ketika berusia 21 tahun. 2 Beliau mewarisi kemahiran pembuatan tembikar Tembeling daripada ibu mertuanya, Puan Sepian binti Mat Amin. 3 Puan Noriah masih terus gigih mengusahakan kemahiran warisan ini kerana minat yang mendalam terhadap bidang pembuatan tembikar ini. 4 Ya, Puan Noriah sangat gembira. Menulis Kesimpulannya, dengan adanya langkah-langkah ini, permainan tradisional akan diminati dan tidak lapuk ditelan zaman. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk memelihara warisan nenek moyang ini supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Janganlah kita mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Dengan kesedaran itu, diharapkan semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Membaca Kesimpulannya, bangunan bersejarah yang mempunyai nilai estetika yang tinggi patut dipelihara dan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi muda akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah di negara kita. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang menghayati warisan dan khazanah negara. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha pengekalan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tema 9 Mendengar dan Bertutur Soalan 1 Soalan tertutup Soalan 2 Soalan tertutup Soalan 3 Soalan terbuka Kehendak soalan Lain-lain (Pesanan) Pastikan negara yang telah merdeka tidak terjajah untuk kali seterusnya. Soalan 4 Soalan terbuka Kehendak soalan Cara Sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah dan membawa anak-anak menyertai sambutan Hari Kebangsaan Tatabahasa Kata Hubung Gabungan • dan • serta Kata Hubung Pancangan Relatif • yang Kata Hubung Pancangan Komplemen • untuk Kata Hubung Pancangan Keterangan • setelah • sejak 1 Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun ini amat bermakna bagi saya kerana pasukan pancaragam sekolah saya terpilih untuk membuat persembahan. 2 Kami menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat. 3 Setelah mencuba nasib di luar negara selama sepuluh tahun, Azlina mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di negara asalnya. 4 Sejak kecil, ibu bapa hendaklah menyemai semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak. Menulis Kesalahan Pembetulan di pada diperoleh kita kita peroleh pelbagai acara-acara pelbagai acara/ acara-acara agar supaya agar/ supaya di antara antara saling hormat-menghormati saling menghormati/ hormat-menghormati demi untuk demi/ untuk selain daripada itu selain itu bila apabila merasakan merasai CONTOH
J6 BM Tingkatan 4 Jawapan menaik menaikkan cintakan cinta akan di dalam dalam Tema 10 Mendengar dan Bertutur 1 Penguasaan pelbagai bahasa pastinya memberikan nilai tambah kepada kita. 2 haruslah menguasai aspek pendengaran dan pertuturan. Keraplah mendengar percakapan, perbualan atau sebutan penutur natif menerusi filem, lagu, cakera padat, aplikasi bahasa dalam telefon pintar atau melalui laman web. 3 menggunakan bahasa asing yang dipelajari sebanyak mungkin dengan cara berkomunikasi dengan rakan juga merupakan cara yang terbaik untuk menguasai bahasa yang dipelajari. 4 Banyak ilmu baharu yang bakal kamu peroleh dengan menguasai pelbagai bahasa. Menulis Isu pencemaran bahasa melalui penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat semakin meruncing dewasa ini. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampuradukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Media massa merupakan antara punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku. Isu ini harus ditangani segera kerana bakal meninggalkan kesan membimbangkan pada jangka masa panjang. Pencemaran bahasa akan menjejaskan martabat bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa rojak bukan sahaja sudah semakin sebati dalam kalangan masyarakat khususnya generasi Z, bahkan bagai api dalam sekam yang membakar senyap sehingga menjejaskan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam kalangan remaja terutama di media sosial merupakan satu bentuk kehilangan bahasa sekiranya tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa itu sendiri. Oleh itu, masalah penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial perlu ditangani segera bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam masyarakat. Kesan penggunaan bahasa rojak yang paling ketara ialah akan menjejaskan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Apabila tatabahasa dan pemahaman bahasa Melayu pelajar terpengaruh dengan penggunaan bahasa rojak, kemahiran dalam penulisan pelajar serta jati diri mereka turut akan terjejas. Hal ini demikian kerana bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi, dan memo hingga menyebabkan mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis. Jelaslah bahawa pembelajaran di sekolah akan terjejas kerana penggunaan bahasa rojak. Selain itu, penggunaan bahasa rojak akan menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekali gus menimbulkan salah faham. Hal ini demikian kerana kebiasaan menggunakan bahasa rojak seperti bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi di laman media sosial boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya menyebabkan pergaduhan. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa rojak menjejaskan kemahiran berbahasa. Kesimpulannya, sebagai warganegara yang cinta akan negara, setiap rakyat perlu mempertahankan kelangsungan bahasa kebangsaan. Oleh itu, golongan masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik di samping memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira keadaan. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuradukkan dengan bahasabahasa lain. Bak kata pepatah "yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Mendengar dan Bertutur Soalan 1 Jawapan murid Soalan 2 Antara manfaat pembelajaran KOMSAS ialah mengukuhkan minat membaca dalam kalangan murid. Selain itu, pembelajaran KOMSAS melahirkan individu yang berpengetahuan. Melalui pembelajaran KOMSAS, nilai-nilai murni dapat dijadikan teladan dan kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan. Tambahan pula, istilah asas kesusasteraan dapat difahami oleh murid. Generasi muda juga menjadi lebih peka untuk mempertahankan kesusasteraan warisan bangsa yang tinggi nilainya. Soalan 3 Antara karya sastera ialah novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden, dan puisi tradisional. Soalan 4 Pihak sekolah boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera, dan sebagainya untuk meningkatkan minat murid-murid membaca karya sastera. Selain itu, pusat sumber sekolah juga harus memperbanyak buku sastera untuk murid-murid membaca. Program NILAM tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera. Soalan 5 Majoriti murid tidak menerima baik pembelajaran KOMSAS kerana mereka terpaksa mempelajari KOMSAS dan menganggap KOMSAS sebagai suatu yang membebankan. Soalan 6 Sasterawan Negara yang saya ketahui ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, dan A. Samad Said. Soalan 7 Pada pendapat saya, antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memupuk anak-anak supaya membaca karya sastera ialah ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti sastera seperti penulisan puisi, penulisan cerpen, dan sebagainya bagi memupuk minat terhadap sastera. Selain itu, ibu bapa juga boleh membeli karya sastera yang sesuai kepada anak-anak untuk menarik minat mereka CONTOH membaca.
J7 BM Tingkatan 4 Jawapan Tema 11 Membaca Cara penyelesaian Di pekarangan sekolah kerana kawasan yang luas membolehkan pelbagai aktiviti menarik dijalankan./ Di dalam kelas kerana tidak terdedah kepada cuaca panas dan hujan. Tambahan pula, tempat ini tidak menggunakan sebarang khemah. Jadi, pulangan hasil jualan akan bertambah kerana dapat menjimatkan perbelanjaan. Cara penyelesaian Pihak sekolah harus memberikan ingatan mesra melalui media sosial misalnya di dalam kumpulan WhatsApp kelas anak-anak tentang sumbangan ini. Menulis Jawapan murid Tatabahasa Frasa Nama • masyarakat Malaysia • masalah pembayaran balik pinjaman • perancangan kewangan • kos sara hidup Frasa Kerja • ditubuhkan pada April 2006 • menstrukturkan semula pinjaman • membabitkan golongan Frasa Sendi Nama • kepada budi bicara • kepada orang ramai • antara 20 hingga 30 tahun • daripada pihak bank Frasa Adjektif • agak tinggi • paling popular 1 Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan. 2 Masyarakat Malaysia berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, dan kebankrapan dengan merancang kewangan. 3 Kadar faedah yang dikenakan ke atas tunggakan bayaran kad kredit agak tinggi. 4 Bank Dunia menganggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia membabitkan golongan muda. Tema 12 Membaca Masalah yang dihadapi Warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Cara penyelesaian Warisan budaya merupakan satu aset yang amat berharga dalam mengekalkan jati diri bangsa terutama ketika berhadapan dengan era globalisasi. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab tarian tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami tarian tradisional yang terdapat di Malaysia. Selain itu, kempen, ceramah, wawancara, dan pameran harus dianjurkan untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, kita akan lebih memahami budaya sendiri. Menulis Proses Pembuatan Gambus Pemilihan kayu Membelah kayu Direndam dalam air semalaman Melayur Pembuatan badan gambus Mengetam Membuat penutup gambus Kekemasan Pemasangan tali gambus dan uji bunyi Menulis Mula-mula, kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Selepas itu, potong ubi kayu dalam bentuk sederhana kecil dan rebus sehingga empuk. Ubi kayu yang direbus, diangkat dan ditoskan airnya. Seterusnya, ubi kayu yang direbus, dibiarkan sejuk sebelum ditaburkan ragi. Kemudian, hancurkan ragi dan tabur pada ubi kayu yang telah sejuk hingga rata. Selanjutnya, aturkan ubi kayu yang telah ditaburkan ragi tadi ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. Akhir sekali, tutup bekas dan simpan di tempat yang tertutup. Setelah tiga hari, bolehlah kita makan tapai ubi kayu yang enak ini. Tatabahasa Ayat dasar FN + FN 1 Subjek (FN) Songket Predikat (FN) lambang kehalusan seni tenunan Melayu. 2 Subjek (FN) Seni tenunan Predikat (FN) warisan zaman-berzaman. Ayat dasar FN + FK 1 Subjek (FN) Kain songket Predikat (FK) merupakan hasil tenunan daripada benang emas. 2 Subjek (FN) Kain songket Predikat (FK) terkenal di Malaysia sejak abad ke-15. Ayat dasar FN + FA 1 Subjek (FN) Harga kain songket Predikat (FA) agak mahal. CONTOH
J8 BM Tingkatan 4 Jawapan 2 Subjek (FN) Kain songket Terengganu Predikat (FA) paling banyak menggunakan motif tumbuhan. Ayat dasar FN + FS 1 Subjek (FN) Tampuk Manggis Predikat (FS) antara corak songket pilihan peminat songket di seluruh negara. Tema 13 Membaca Alam sekitar semakin musnah akibat pencemaran. Antara punca yang telah dikenal pasti membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar akan membawa pelbagai kemudaratan. Oleh itu, kita mestilah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup. Tatabahasa Ayat Tunggal Susunan Biasa Bil. Subjek Predikat 1 Pulau Sipadan terletak di Semporna. 2 Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur. 3 Ketinggian batu kapur itu ialah 600 meter dari dasar laut. 4 Pulau Sipadan merupakan destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Ayat Tunggal Susunan Songsang Subjek Predikat Di dasar laut tersebut, penyelam skuba dapat melihat pelbagai hidupan marin. Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan Dasar laut Pulau Sipadan diserikan dengan pelbagai spesies ikan, terumbu karang, penyu, dan bermacam-macam lagi. Ayat Majmuk Pancangan Para penyelam skuba pasti akan terpesona melihat keindahan dasar laut yang berwarna-warni itu. Ayat Majmuk Campuran Untuk menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semula jadi di Pulau Sipadan, hanya 120 orang penyelam dibenarkan dalam sehari. Tema 14 Mendengar dan Bertutur Kes keracunan makanan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mereka yang keracunan makanan akan mengalami gejala yang begitu teruk seperti sakit perut, muntah, dan cirit-birit sehingga terpaksa dirawat di hospital. Cara pemprosesan makanan dan minuman yang tidak bersih ataupun makanan tidak dimasak dengan baik menjadi punca utama keracunan makanan. Intihanya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan makanan. Pengusaha makanan dan pengusaha kantin harus memainkan peranan penting menjaga kebersihan makanan untuk mengelakkan gejala keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan serta mengamalkan konsep ‘lihat, hidu, dan rasa’ sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah rosak. Menulis Perenggan 1 Terdapat kejituan idea Perenggan 2 Tidak jitu. Urutan idea tidak teratur. Pembetulan Antara langkah yang berkesan untuk menangani masalah keracunan makanan ialah mengelakkan diri daripada makan makanan yang terdedah kepada suhu bilik terlalu lama. Hal ini demikian kerana makanan yang ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi empat jam akan menyebabkan makanan tersebut dijangkiti bakteria. Bakteria yang biasa dikaitkan dengan keracunan makanan ialah Salmonella, Clostridium perfringes, Camphylobactor, dan Bacillus cereus. Sekiranya terdapat tanda makanan itu telah rosak seperti berubah bau dan warna atau mempunyai rasa tidak enak seperti masam, makanan tersebut sudah tidak lagi selamat untuk dimakan dan perlu dibuang. Jelaslah bahawa makanan yang tercemar sangat bahaya untuk dimakan dan tidak sepatutnya dihidangkan atau dijual. Menulis SIMPTOM KEMURUNGAN Sukar untuk tidur Berasa mati itu lebih baik atau sentiasa berfikir untuk membunuh diri Hilang selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara Hilang daya atau tenaga serta berasa amat lemah Mudah menangis atau menangis tanpa sebarang sebab Berasa bersalah atau hilang keyakinan diri Hilang minat pada perkara yang diminati CONTOH
J9 BM Tingkatan 4 Jawapan Tema 15 Mendengar dan Bertutur Antara kekuatan Gurindam Jerebu ialah gurindam ini sangat jelas menggambarkan fenomena jerebu yang sering melanda negara kita. Gurindam sebanyak lapan rangkap ini membawa nasihat dan panduan ketika kita menghadapi jerebu. Baris pertama gurindam ialah syarat atau sebab dan baris kedua ialah akibat. Selain itu, dua rangkap terakhir gurindam ini menggunakan pengucapan yang puitis dan bermakna. Membaca 1 Keadaan yang terjadi dengan tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah yang mengakibatkan hilang kemampuan untuk menggerakkan sesetengah anggota badan. 2 Rawatan terhadap seseorang yang mengalami kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dengan menggunakan cahaya, haba, dan lainlain. 3 Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. 4 Istilah himpunan data yang disimpan dalam jumlah yang besar di dalam komputer yang dapat dicapai dan digunakan. Mendengar dan Bertutur 1 menjejaskan tumpuan di dalam kelas. Malah, mereka akan menghadapi kemahiran berkomunikasi kerana tutur kata yang tidak berkembang. 2 amat berbahaya. Mereka yang menghidap nomofobia akan berasa panik jika telefon tidak ada di sisi dan kehabisan bateri. 3 banyak orang yang sanggup bersengkang mata pada waktu malam menghadap skrin telefon bimbit. Malah mereka banyak menghabiskan waktu untuk mengemas kini status dalam media sosial. 4 ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anakanak sejak mereka kecil. Pengawalan penggunaan media di rumah mampu memberi petunjuk yang positif terhadap anak-anak. Anak-anak ketagih menggunakan telefon bimbit kerana mengikut ibu bapa yang sering menggunakan telefon bimbit. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau dan mengawal anak-anak dengan menyediakan jadual dan menetapkan masa tertentu untuk menggunakan telefon bimbit. Tatabahasa Ayat penyata 1 Pihak kami menggunakan dron untuk menyimpan data yang terdiri daripada lebih satu maklumat seperti aktiviti penanaman semula hutan, penentuan cerun, serta kontur dan saiz kanopi pokok. 2 Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggunakan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan kajian keadaan status kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan segera kepada kawasan berimpak seperti tanah runtuh atau kebakaran dapat dilakukan. 3 Hal ini demikian kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. 4 Bagi kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca, dan faktor keliling perlu diambil kira. 5 Dron mampu bergerak dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. 6 Bagi aktiviti pemantauan hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. 7 Dron jenis ini mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama. 8 Walau bagaimanapun, ada juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan. Ayat tanya 1 Bagaimanakah pihak Jabatan Perhutanan menggunakan teknologi terkini seperti dron dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan? 2 Mengapakah aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan perancangan kerja yang teliti? 3 Berapa jauhkah dron mampu bergerak? 4 Apakah jenis dron yang digunakan dalam aktiviti pemantauan hutan yang luas? 5 Apakah kekangannya? Ayat perintah 1 Mohon tuan jelaskan. Ayat seruan 1 Wah, nampaknya penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan hutan secara signifikan! 2 Wah, agak jauh juga! Bina dialog (Cadangan jawapan) Rakan : Apakah kerjaya yang akan awak ceburi apabila dewasa kelak? Anda : Saya ingin menjadi seorang doktor. Rakan : Wah, tingginya cita-cita awak! Kalau begitu, awak mesti bersedia dari segi fizikal dan mental mulai sekarang. Mengapakah awak memilih kerjaya itu? Anda : Saya memilih kerjaya ini kerana pekerjaan ini sangat mencabar dan doktor merupakan seorang yang mulia kerana dapat menyelamatkan nyawa manusia dan mengubati pesakit yang menanggung kesakitan. Rakan : Saya pula bercita-cita menjadi seorang guru. Saya memilih kerjaya ini kerana guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Guru memainkan peranan melahirkan anak didik yang celik huruf dan berjaya pada masa hadapan. Anda : Kerjaya sebagai guru juga amat mencabar. Mulai hari ini, marilah kita berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mencapai cita-cita kita. Tema 16 Mendengar dan Bertutur Peringkat remaja dikatakan sebagai peralihan usia yang paling kritikal kerana pada ketika ini remaja mula mencari dan membina identiti diri. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka CONTOH
J10 BM Tingkatan 4 Jawapan gagal mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Adakalanya, semua yang berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Selain itu, masalah ekonomi keluarga juga sangat mempengaruhi proses transisi remaja. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadangkala, fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan sebaya, dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Menulis Apabila berlaku pembubaran Parlimen, SPR akan mengeluarkan surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan daripada calon. Calon-calon perlu menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akuan Berkanun, iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding. Selepas urusan penamaan calon selesai, calon-calon bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah, pengedaran risalah, dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada pukul 12:00 tengah malam sebelum hari mengundi. Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya terdapat di dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusatpusat mengundi yang telah ditetapkan dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang di seluruh negara. Sebaik sahaja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan ke dalam Borang 14 dan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat penjumlahan rasmi undi. Apabila semua keputusan Borang 14 dan Borang 15 diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya. Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Mendengar dan Bertutur Syair Tenaga Pemuda menjelaskan kepentingan tenaga pemuda. Antara kekuatan syair ini ialah menyelitkan persoalan tentang tugas membimbing tenaga pemuda amat penting kerana mereka akan menjadi tulang utama kekuatan negara. Selain itu, pemilihan kata adalah indah dan tepat. Contohnya, penggunaan personifikasi, iaitu tenaga yang berani menempah mati. Seterusnya, syair ini juga menyelitkan pelbagai pengajaran yang menyeru golongan muda hendaklah sanggup berkorban untuk negara. Masyarakat pula hendaklah memberikan kepercayaan kepada golongan muda untuk menerajui negara. CONTOH
S1 BM Tingkatan 4 Skrip Pendengaran Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Audio 1 Dengar petikan yang diujarkan dengan teliti. Kenal pasti perbezaan sebutan perkataan dalam petikan dengan jelas dan betul. Kemudian, cari maksud perkataan tersebut dan bina ayat. “Pei Shan ada di luar. Mak ajak dia masuk, dia tidak mahu,” ujar emak dari luar pintu bilik. Damia ternampak Pei Shan berdiri di bawah sebatang pokok yang rendang. Wajah Pei Shan nampak tidak ceria seperti selalu. “Aku mengganggu engkaukah?” tanya Pei Shan. “Masuklah dulu. Takkan nak bercakap di luar. Dah hujan renyai-renyai …,” ujar Damia pula. “Tidak mengapalah. Di sini pun tidak apa,” balas Pei Shan dengan suara yang sedih. “Kenapa ni, lain macam nampaknya. Engkau ada masalah?” soal Damia. Pei Shan menggangguk. “Mia! Ajak Pei Shan masuk ke dalam rumah. Mak dah hidangkan nasi ni,” laung emak dari muka pintu. “Mari kita masuk. Kita makan dulu. Hari ini, mak masak rendang ayam. Sedap tu. Lepas kenyang barulah dapat idea untuk menyelesaikan masalah,” ujar Damia sambil menarik tangan Pei Shan. “Aku minta maaf kerana menyusahkan engkau. Aku selalu menceritakan masalah aku. Hanya engkau yang memahami perasaanku,” ujar Pei Shan. “Janganlah cakap macam tu. Kita kawan baik,” balas Damia. “Aku kecewa dengan keputusanku. Ibu dan ayah mahu aku berjaya macam orang lain, namun aku telah menghampakan mereka,” ujar Pei Shan. “Engkau seharusnya menerima keputusan itu dengan reda dan mencuba lagi pada masa akan datang. Janganlah terlalu menekan diri. Apa kata kita belajar bersama-sama. Dengan itu, kita dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat,” kata Damia. “Hmm … bagus juga cadangan engkau itu,” kata Pei Shan. “Macam mana sekarang?” soal Damia. “Baru tenang fikiran aku. Terima kasih, Mia. Hujan dah reda, aku balik dulu,” balas Pei Shan. Tema 3 Memetik Bintang Audio 2 Dengar bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada kerjaya dalam bidang perubatan dan berikan sebab anda memilih kerjaya tersebut. Doktor Perubatan • Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit. • Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis. • Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis. • Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu. • Memberi nasihat tentang penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan. • Mengambil bahagian dan pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum. Fisioterapi • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urutan, dan rawatan elektrik. • Merancang program rawatan yang berkesan kepada pesakit. • Membantu doktor membuat diagnosis penyakit. • Menyimpan rekod kesihatan pesakit. • Memaklumkan pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan kepada pesakit. Skrip Pendengaran CONTOH
S2 BM Tingkatan 4 Skrip Pendengaran • Mengajar pesakit tentang senaman yang perlu dilakukan di rumah, terutama pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital. Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah Audio 3 Dengar bahan dibacakan dengan teliti. Kemudian, sebut semula fakta dan hujah berdasarkan bahan. Buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia memberikan seribu satu kebaikan kepada kita. Buah mengkudu mempunyai batang pokok yang tumbuh menegak dan banyak cabang. Dahannya agak lurus serta berdaun lebar dengan bunga berwarna putih yang keluar sepanjang tahun. Buah mengkudu berbentuk bujur dan bertukar daripada hijau kepada putih kekuningan apabila matang. Buah mengkudu unik dan mempunyai bonjolan-bonjolan pada permukaan kulit luarnya. Buah mengkudu mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah mengelakkan kanser, merawat demam, dan menurunkan risiko gout. Buah mengkudu juga dipercayai dapat meningkatkan tenaga dan melembapkan kulit. Selain itu, buah ini juga mampu mengurangkan stres. Buah mengkudu juga boleh diproses menjadi makanan kesihatan tambahan, tonik, minuman, dan perubatan tradisional serta barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan kesihatan diri, dan biopestisid. Mengkudu merupakan tanaman yang mudah dijaga dan bersifat tahan lasak. Pokok mengkudu boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah seperti tanah berpasir dan tanah gambut. Pokok mengkudu boleh ditanam dengan menggunakan biji dan keratan batang. Suhu yang sesuai untuk pokok mengkudu ialah 22 hingga 30 darjah Celsius. Tanaman ini harus mendapat sinar matahari yang cukup, namun pokok mengkudu masih dapat tumbuh dalam keadaan berteduh. Selain cara menanam yang baik, tanah untuk tanaman ini seharusnya memiliki pH tanah 6 hingga 7 dan kesuburan yang baik, seperti banyak mengandungi humus. Tema 5 Memacu Produktiviti Audio 4 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi semua sektor, iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian. Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa ialah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi PKS. Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Definisi terperinci mengikut kategori, iaitu mikro, kecil, dan sederhana adalah seperti berikut: (i) Industri mikro dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dan sektor lain mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM300 ribu atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang. (ii) Industri kecil dalam sektor pembuatan mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM15 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Manakala perkhidmatan dan sektor lain pula mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 30 orang. (iii) Industri sederhana dalam sektor pembuatan mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang. Manakala perkhidmatan dan sektor lain pula mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Tema 7 Demi Kedamaian Audio 5 Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut. Apakah itu gangguan seksual? Gangguan seksual merupakan apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual yang mempunyai kesan gangguan verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Wanita diganggu secara seksual di jalanan, dalam pengangkutan awam, dan sangat kerap di tempat kerja. Gangguan CONTOH
S3 BM Tingkatan 4 Skrip Pendengaran seksual boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Gangguan seksual secara fizikal adalah seperti sentuhan seks yang melibatkan perlakuan mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh mangsa, dan persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap mangsa dan memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur mangsa. Gangguan seksual bukan fizikal pula merupakan perlakuan yang dilakukan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi ataupun fizikal. Contoh perlakuan gangguan seksual secara tidak langsung adalah seperti kata-kata lucah, perbuatan menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak dan melakukan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, dan meraba. Mangsa gangguan seksual hendaklah mempertahankan hak mereka sekiranya mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Pihak mangsa sama ada mangsa lelaki ataupun wanita tidak seharusnya berdiam diri serta membiarkan masalah terbabit berlalu tanpa tindakan diambil terhadap diri pelaku bagi mengelakkan masalah gangguan seksual berkenaan berterusan berlaku terhadap diri mereka serta orang lain. Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan Audio 6 Noriah binti Mohd Ali dilahirkan pada 19 Oktober 1934 di Kampung Pasir Durian. Beliau mewarisi kemahiran pembuatan tembikar Tembeling daripada ibu mertuanya, Sepian binti Mat Amin. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang ini pada tahun 1954, ketika berusia 21 tahun. Produk tembikar yang dihasilkan oleh beliau terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis produk tembikar seperti terenang, belanga, pasu, dan bekas buah dalam pelbagai bentuk lama dan baharu mengikut permintaan pelanggan. Produk-produk ini boleh digunakan untuk memasak, menyimpan air, perhiasan, dan perubatan tradisional. Keistimewaan produk Kraf Tembikar Tembeling ialah keunikan tanah liatnya yang halus dan hanya terdapat di kampung tersebut. Sejak dahulu lagi, para pembuat tembikar di Kampung Pasir Durian mengambil tanah liat dari tanah wakaf seluas enam ekar. Terdapat pelbagai motif corak yang digunakan pada permukaan tembikar seperti bunga sambar, tampuk manggis, tapak kaki pelanduk, tapak itik, pucuk rebung, bunga kelopak, belalang cucuk, bunga pecah empat, dan bunga kipas. Acuan motif ini dibuat sendiri oleh Noriah dengan menggunakan kayu selain menggunakan batu untuk mengilatkan permukaan tembikar. Kerana minat yang mendalam, Noriah memberi komitmen sepenuhnya kepada bidang pembuatan tembikar ini. Beliau juga pernah mengajar beberapa orang anak muda, namun hanya seorang dua sahaja yang betul-betul konsisten terhadap perusahaan ini. Beliau sering diundang untuk mengadakan demonstrasi di beberapa buah negeri seperti Perlis, Perak, dan Pekan, Pahang. Beliau biasanya mendapat tempahan daripada jabatan kerajaan, muzium, dan penduduk sekitar negeri Pahang. Selain tempahan, beliau juga sering menerima lawatan daripada pengunjung dari dalam atau luar negara ke bengkelnya. Bagi menghargai ketekunan dan usaha gigih beliau, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tembikar Tembeling pada tahun 2006. Sebuah bengkel yang dilengkapi ruang pameran telah dibina dengan hasil bantuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang pada Januari 2008 yang terletak bersebelahan dengan kediaman beliau. Usaha ini merupakan inisiatif yang disediakan oleh pihak Kraftangan Malaysia dalam membantu beliau meneruskan perusahaan pembuatan tembikar tembeling secara tradisional ini. Tema 9 Sayangi Malaysiaku Audio 7 Anda akan diajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan pada muka surat 29. Sebelum itu, anda dikehendaki meneliti bahan tersebut. Anda diberikan masa 3 minit untuk menelitinya. Sekarang, dengar soalan dan nilai keseluruhan soalan dengan menggunakan borang yang disediakan. Soalan 1 Pernahkah anda menonton filem yang bertemakan patriotisme? Soalan 2 Adakah generasi sekarang merupakan kelompok yang bertuah? Soalan 3 Apakah pesanan yang disampaikan oleh penyajak melalui warkahnya kepada generasi baharu kita? CONTOH
S4 BM Tingkatan 4 Skrip Pendengaran Soalan 4 Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa memupuk semangat patriotisme dalam sanubari anak-anak? Berikan respons terhadap soalan-soalan yang telah dikemukakan. Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar Audio 8 Anda akan diajukan dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan teks pada muka surat 34. Sebelum itu, anda dikehendaki membaca teks tersebut dengan telitinya. Sekarang, dengar soalan dan nilai keseluruhan soalan. Soalan 1 Pernahkah anda membaca karya sastera selain karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS? Soalan 2 Apakah manfaat membaca karya sastera? Soalan 3 Nyatakan jenis-jenis karya sastera. Soalan 4 Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan minat murid membaca karya sastera? Soalan 5 Berikan nama Sasterawan Negara yang kamu ketahui. Soalan 6 Mengapakah majoriti murid tidak menerima baik pembelajaran KOMSAS? Soalan 7 Budaya membaca karya sastera perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha memupuk minat anak-anak supaya membaca karya sastera? Berikan respons terhadap soalan-soalan yang telah dikemukakan. CONTOH
CONTOH
Kandungan Format Instrumen Peperiksaan SPM...................................................................................... ii 1 Bab Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan..............................1 – 8 2 Bab Karangan Umum....................................................................................................9 – 27 3 Bab Sistem dan Aplikasi Bahasa..............................................................................28 – 46 4 Bab Pemahaman............................................................................................................47 – 78 5 Bab Rumusan.................................................................................................................79 – 94 Penilaian Akhir Tahun ..................................................................................................... 95 – 112 (Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3, Kertas 4) Jawapan Semua laman sesawang dalam buku ini boleh dicapai semasa proses penerbitan. QR e-RPH 1 set Penilaian Akhir Tahun Khazanah Peribahasa Kosa Kata Berdarjat Tinggi CONTOH
ii Bil. Perkara Keterangan Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Jawab satu soalan Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan Jumlah soalan : 5 Soalan Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu Moden/ Standard 5 Peribahasa Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan Soalan 7 Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi Tradisional/ Sajak) Soalan 8 Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 menulis rumusan Jumlah soalan : 9 soalan 4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit Bil. Perkara Keterangan Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur Ujian Mendengar 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Objektif Aneka Pilihan • Objektif Pelbagai Bentuk • Subjektif Respons Terhad 3 Bilangan Soalan Bahagian A – Individu [40 markah] • 1 petikan/ bahan rangsangan yang disediakan untuk setiap calon • Bersoal jawab dengan pentaksir Bahagian B – Kumpulan [30 markah] • 1 tajuk/ tema umum disediakan untuk perbincangan • Perbincangan dalam kumpulan 3 – 5 orang calon • 4 - 6 petikan • Instrumen mengandungi 20 hingga 25 soalan ( Jawab semua soalan) • Jawapan berdasarkan petikan 4 Jumlah Markah 70 markah 30 markah 5 Tempoh Ujian Individu: 3 hingga 5 minit Kumpulan: 12 hingga 15 minit 30 minit FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103) CONTOH
1 Sekilas Info 1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian A. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan. 4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. 5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit. 6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada: Jenis bahan rangsangan Ilustrasi kartun Petikan/ Catatan/ Dialog Gambar rajah Gambar ilustrasi Foto Pelan/ Peta Iklan/ Poster Strategi Menulis Karangan Murid perlu membaca bahan rangsangan dengan teliti untuk mengenal pasti tema, kehendak soalan dan maklumat tersurat dalam bahan. Murid MESTI menggunakan sekurangkurangnya satu (1) maklumat daripada setiap bahan sama ada di perenggan pendahuluan, isi mahupun penutup. 1 2 Murid boleh memasukkan unsur-unsur menarik seperti peribahasa, maksud hadis, maksud ayat al-Quran atau kata-kata tokoh untuk mematangkan huraian. Untuk perenggan kesimpulan, murid perlu memberikan cadangan dan harapan berkaitan tema yang dibincangkan. 5 6 Kemudian, murid perlu membina perenggan pendahuluan yang mempunyai tema, isu, dan kehendak soalan (Langkah, Kebaikan, Keburukan, Faktor atau Ciri-ciri) Murid boleh menggunakan Teknik ABCD untuk membina perenggan isi, iaitu A (Apa), B (Bagaimana), C (Contoh), dan D (Dampak @ Kesan) 4 3 Karangan yang ditulis perlulah disemak dari segi kematangan huraian, kesalahan ejaan, dan tatabahasa agar tidak menyebabkan ‘tanggapan’ pemeriksa menurun. Kira jumlah patah perkataan dengan teliti agar tidak melebihi jumlah yang dibenarkan. 8 7 1 Bab Karangan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan Info Digital 1 Panduan menulis karangan respons terhad CONTOH
2 BM Tingkatan 4 Bab 1 Soalan contoh Tema 13 Segalanya Bermula di Sini Maklumat di bawah berkaitan pemeliharaan sungai di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang pemeliharaan sungai di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Gotong-royong Menggunakan tong sampah 5 Jenis Pengelasan Sungai Malaysia Airnya boleh terus diminum tanpa rawatan Airnya memerlukan rawatan biasa Airnya nampak bersih, tidak berbau tetapi kualitinya tercemar Tercemar Hampir mati Pendahuluan T (Tajuk) Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sumber alam semula jadi yang mempesonakan. H (Huraian tajuk) Sungai memberikan banyak manfaat kepada penduduk sekitarnya. M (Masalah/ Isu) Isu pencemaran yang melanda sungai sungai ini memerlukan jalan penyelesaian yang segera. S (Persoalan yang timbul) Cara pemeliharaan sungai di Malaysia. CONTOH
3 BM Tingkatan 4 Bab 1 Isi 1 (Langkah) A (Apa) Aktiviti gotong-royong haruslah dilaksanakan secara berkala (Bahan 1). B (Bagaimana) Mengutip sampah yang dibuang oleh pengunjung. C (Contoh) Botol plastik yang digunakan untuk membawa minuman. D (Dampak/ Kesan) Mengelakkan sungai tersebut daripada dilabel sebagai kelas 4 dan 5 yang memerlukan kos yang tinggi untuk dipulihkan (Bahan3). Isi 2 (Langkah) A (Apa) Pengunjung perlu digalakkan untuk menggunakan tong sampah yang disediakan (Bahan 2). B (Bagaimana) Memberi peringatan kepada pengunjung. C (Contoh) Memasang papan tanda amaran. D (Dampak/ Kesan) Sungai kita akan kekal terpelihara. Penutup Cadangan Masyarakat perlu bekerjasama untuk mengelakkan pencemaran sungai. Harapan Sungai nadi kehidupan. Jawapan lengkap Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian sumber alam semula jadi yang mempesonakan. Antaranya termasuklah sungai-sungai jernih yang banyak memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya. Namun begitu, isu pencemaran yang melanda sungai-sungai ini memerlukan jalan penyelesaian yang segera. Aktiviti gotong-royong membersihkan sungai dilihat sebagai salah satu kaedah paling tuntas untuk dilaksanakan secara berkala. Sukarelawan selalunya akan bertindak untuk mengutip sampah yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, mengumpulkan botol plastik yang sering kali digunakan untuk membawa minuman. Tindakan ini perlu dilaksanakan agar dapat mengelakkan sungai tersebut daripada dilabel sebagai kelas 4 dan 5 yang memerlukan kos yang tinggi untuk dipulihkan. Pengunjung juga perlu digalakkan untuk menggunakan tong sampah yang disediakan di kawasan rekreasi di tepi sungai. Tindakan ini boleh dikukuhkan dengan pihak bertanggungjawab sentiasa memberi peringatan kepada para pengunjung. Contohnya, memasang papan tanda amaran agar menimbulkan rasa gerun dalam diri mereka yang berniat untuk mencemari sungai. Kesedaran mencintai sungai ini sebenarnya haruslah wujud dari dalam diri setiap ahli masyarakat agar sungai kita akan kekal terpelihara. Kesimpulannya, masyarakat perlu bekerjasama untuk mengelakkan pencemaran sungai daripada terus berlaku tanpa pemulihan. Sentiasalah kita sedar bahawa sungai merupakan nadi kehidupan manusia kerana fungsinya yang tidak pernah diragui. Ingatlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! (193 patah perkataan) CONTOH
4 BM Tingkatan 4 Bab 1 Praktis ke Arah SPM Praktis 1 Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah Maklumat di bawah berkaitan tumbuhan herba. Huraikan pendapat anda tentang tumbuhan herba di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Penambah rasa dalam makanan Mengubati penyakit CONTOH
5 BM Tingkatan 4 Bab 1 Praktis 2 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Grafik menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan budaya bersukan. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah memupuk budaya bersukan. Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pupuk sejak kecil Menyediakan peralatan SENARAI KELAB SUKAN DAN PERMAINAN SMK JAGUH BIL. NAMA SUKAN DAN PERMAINAN BIL. NAMA SUKAN DAN PERMAINAN 1 Ragbi 8 Sepak takraw 2 Bola tampar 9 Bola baling 3 Badminton 10 Petangue 4 Bola jaring 11 Bola sepak 5 Ping pong 12 Bola keranjang 6 Ten-Pin boling 13 Catur/ Permainan dalaman 7 Basikal bukit 14 Permainan luar senarai CONTOH
6 BM Tingkatan 4 Bab 1 Praktis 3 Tema 9 Sayangi Malaysiaku Teliti bahan dan e-mel di bawah. Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Subjek : Sambutan Hari Kebangsaan Salam hormat sahabatku, Yahya. Apa khabar kamu dan keluarga di sana? Semoga kamu dan keluarga dalam keadaan ceria selalu. Untuk pengetahuan kamu, sekolah saya akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Saya telah dilantik untuk mengetuai pasukan pengawas bagi merancang aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan. Saya telah melihat hantaran kamu di media sosial tentang sambutan Hari Kebangsaan yang sangat meriah di sekolah kamu. Bolehkah kamu berkongsi aktiviti-aktiviti menarik yang telah sekolah kamu jalankan tempoh hari? Saya menantikan respons daripada awak. Sahabatmu. Tamin Pancaragam Nyanyian lagu CONTOH kemerdekaan