107 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Borang Pentaksiran 1 Apakah yang anda dapat lihat berdasarkan gambar berikut? 2 Sejauh manakah anda menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian anda? 3 Pada pendapat anda, adakah wajar peranti pintar dikaitkan dengan keburukan semata-semata? 4 Apakah langkah yang wajar dilakukan untuk memastikan masyarakat lebih berdisiplin ketika menggunakan peranti pintar? Taksiran Individu Konstruk Tajuk Tahap Penguasaan/ Skor Cemerlang (9 – 10) Kepujian (7 – 8) Baik (5 – 6) Penguasaan Minimum (3 – 4) Tidak Mencapai Tahap Minimum (1 – 2) Tatabahasa dan Kosa Kata Sebutan, Intonasi, dan Nada Kefasihan dan Kelancaran Idea dan Bermakna Jumlah CONTOH
108 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun BAHAGIAN B : Taksiran Kumpulan 12 – 15 minit [30 markah] Naskhah Calon Negara kita kaya dengan kepelbagaian sumber air. Namun begitu, bekalan air bersih di negara kita semakin berkurangan. Bincangkan. Borang Pentaksiran Taksiran Kumpulan Konstruk Tajuk Tahap Penguasaan/ Skor Cemerlang (25 – 30) Kepujian (19 – 24) Baik (13 – 18) Penguasaan Minimum (7 – 12) Tidak Mencapai Tahap Minimum (1 – 6) Tatabahasa dan Kosa Kata Sebutan, Intonasi, dan Nada Kefasihan dan Kelancaran Idea dan Bermakna Jumlah KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH
109 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Kertas 4 30 minit UJIAN MENDENGAR [30 markah] Petikan 1 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. 1 Apakah yang dimaksudkan dengan buli mental? [2 markah] 2 Apakah kesan utama kepada pelajar sekiranya gejala buli tidak dibendung? [1 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 3 PERASAAN MANGSA BULI Tertekan (i) Takut (ii) Malu [2 markah] 4 Pembuli akan mengajak orang lain untuk membenci mangsa buli agar segala tindakan yang dilakukannya seakan-akan mendapat daripada pihak ketiga. [1 markah] 5 yang terdapat pada pelajar perempuan selalunya digunakan oleh rakan-rakannya untuk mentertawakannya. [1 markah] kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. Pelajar akan ponteng sekolah. sokongan Kelemahan Audio CONTOH
110 Petikan 2 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. 1 Mengapakah penulis melahirkan rasa kecewa di dalam petikan tersebut? [2 markah] 2 Siapakah yang tidak sepatutnya melepaskan peluang meneroka Gua Niah menurut penulis? [1 markah] Tentukan sama ada pernyataan di bawah betul atau salah dengan menandakan (✓) pada ruang yang disediakan berdasarkan petikan yang anda dengar. 3 Hanya sesetengah kenderaan yang boleh sampai ke Gua Niah. Betul Salah ✓ [1 markah] 4 Gua Niah sebenarnya merupakan kawasan perkuburan manusia pada masa lalu. Betul Salah ✓ [1 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 5 Berikut merupakan bahan-bahan sejarah yang dijumpai di Gua Niah: Fosil manusia Kayak kecil Lukisan batu [1 markah] Warga berhampiran belum pernah menjejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. Seseorang yang pertama kali. Audio CONTOH
111 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Petikan 3 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Kejohanan Negara 1 Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina 2 Sukan Asia 2018 Indonesia 3 Sukan Asia 2022 China [3 markah] Bulatkan jawapan yang paling tepat bagi soalan di bawah berdasarkan petikan yang anda dengar. 4 Mengapakah definisi sukan dikatakan telah berubah? A Terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan. B Permainan popular pada tahun 1998 sudah tidak lagi mendapat perhatian. C Sukan sudah tidak lagi berasaskan kemampuan pemain beradu fizikal semata-mata. D Malaysia akan gagal meningkatkan mutu sukan negara jika hanya bergantung pada sukan fizikal sahaja. 5 Bagaimanakah kerajaan menunjukkan sokongan kepada perkembangan e-sukan di Malaysia? A E-sukan dipertandingkan di SUKMA 2018. B Kerajaan sanggup mengubah definisi sukan di Malaysia. C Sukan popular sejak tahun 1998 sudah tidak dibangunkan lagi. D Kerajaan menambahkan jumlah atlet e-sukan di Sukan Asia 2022. [2 markah] Petikan 4 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Program Manfaat Clever Girl Malaysia Mendapatkan pengetahuan am 1 Explorace Menerapkan nilai kesabaran 2 Idola Kecil Pencarian bakat 3 Uji bakat TV3 Mencungkil bakat lakonan [3 markah] Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. 4 Apakah fungsi utama rancangan realiti televisyen? [1 markah] 5 Apakah gelaran yang diberikan kepada insan yang telah berjasa dalam dunia lakonan dan nyanyian? [1 markah] Menghiburkan penonton Seniman Audio Audio CONTOH
112 BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun Petikan 5 Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan. Berikut merupakan ciri-ciri yang mungkin menjadi kelebihan kepada buah durian. Berdasarkan petikan yang anda dengar, tandakan betul (✓) atau salah (✗) pada ruang yang disediakan. Kelebihan durian (✓)/ (✗) 1 Rasa ✓ 2 Sifat/ Bentuk ✗ 3 Bau ✓ [3 markah] Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar. Durian terkenal kerana mengandungi (4) yang tinggi. Kandungan ini membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam badan. Durian yang kaya dengan (5) pula mampu membantu badan untuk membunuh jangkitan secara semula jadi. [2 markah] 6 Nilai eksport durian pada setiap tahun RM60 juta 7 Sasaran eksport durian RM400 juta [2 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT antioksidan zat besi Audio CONTOH
J1 Jawapan Bab 1 Praktis 1 Pendahuluan Malaysia terkenal dengan tumbuhan herba yang mempunyai 1001 rahsia dan kegunaan. Isi 1 (Keistimewaan) A (Apa) Herba digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan (Bahan 2). B (Bagaimana) Baunya yang harum dan rasa manis semula jadi. C (Contoh) Kulit kayu manis (Bahan 1). D (Dampak/ Kesan) Memberikan rasa unik dan enak sesuai dengan tradisi nenek moyang. Isi 2 (Keistimewaan) A (Apa) Herba juga digunakan untuk mengubati penyakit secara tradisional (Bahan 3). B (Bagaimana) Terdapat tumbuhan herba yang boleh melegakan ketegangan otot. C (Contoh) Pokok halia (Bahan 1). D (Dampak/Kesan) Lebih selamat dan bebas bahan kimia. Penutup Cadangan Keunikan pohon herba di Malaysia haruslah dibanggakan. Harapan Tak kenal maka tak cinta. Praktis 2 Format : Rencana Pendahuluan Budaya bersukan haruslah diterapkan dalam diri seseorang remaja kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh. Isi 1 (Langkah) A (Apa) Budaya bersukan boleh dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa (Bahan 1). B (Bagaimana) Galakan daripada ibu bapa mampu membentuk kebiasaan dalam diri anak-anak. C (Contoh) Membawa anak-anak berjoging pada waktu petang atau cuti sekolah. D (Dampak/ Kesan) Anak-anak akan menjadikan budaya ini sebagai satu kemestian untuk diamalkan. Isi 2 (Langkah) A (Apa) Pihak sekolah perlu menyediakan peralatan sukan yang mencukupi (Bahan 2). B (Bagaimana) Menarik minat murid-murid ketika melakukan aktiviti sukan. C (Contoh) Aktiviti sukan dan permainan di sekolah seperti bola tampar (Bahan 3). D (Dampak/ Kesan) Aktiviti akan berjalan lancar dan membentuk minat dalam diri murid-murid untuk bersukan. Penutup Cadangan Budaya bersukan merupakan amalan yang bermanfaat. Harapan Badan sihat, otak cerdas. Praktis 3 Format : E-mel Pendahuluan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah saya telah diadakan dengan penuh meriah. Isi 1 (Aktiviti) A (Apa) Persembahan pancaragam (Bahan 2). B (Bagaimana) Mengiringi perbarisan yang dibuat oleh unit beruniform. C (Contoh) Memeriahkan sambutan semasa sesi lintas hormat. D (Dampak/ Kesan) Melahirkan rasa cinta pada negara. Isi 2 (Aktiviti) A (Apa) Nyanyian lagu-lagu kemerdekaan (Bahan 3). B (Bagaimana) Diiringi oleh beberapa murid yang telah dilatih oleh para guru. C (Contoh) Lagu Sehati Sejiwa. D (Dampak/ Kesan) Menaikkan semangat para murid yang menyanyi dengan sepenuh hati. Penutup Cadangan Awak perlu memastikan aktiviti tersebut mampu menarik minat rakan-rakan. Harapan Semoga sekolah awak juga akan dapat merasai semangat Hari Kebangsaan. CONTOH
J2 BM Tingkatan 4 Jawapan Praktis 4 Format : Surat Kiriman Rasmi Pendahuluan Pihak persatuan penduduk amat berharap agar Encik Ramlan sekeluarga dapat dibantu. Isi 1 (Masalah) A (Apa) Rumah yang semakin uzur dan berbahaya untuk diduduki. (Bahan 1). B (Bagaimana) Akibat ribut yang melanda tempoh hari. C (Contoh) Terdapat beberapa bahagian atap rumah yang telah tercabut. D (Dampak/ Kesan) Menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung terhadap keluarga Encik Ramlan. Isi 2 (Cadangan) A (Apa) Memberikan sedikit dana untuk pembaikpulihan (Bahan 3). B (Bagaimana) Mampu membantu keluarga Encik Ramlan untuk hidup lebih selesa. C (Contoh) Juga diharap dapat membantu dari segi kewangan pada setiap bulan (Bahan 2). D (Dampak/Kesan) Membantu anak-anaknya untuk meneruskan persekolahan. Penutup Cadangan Masalah ini akan mendapat perhatian pihak tuan. Harapan Semoga tindakan pantas akan dapat diambil. Praktis 5 Pendahuluan Kad kredit merupakan trend terbaharu masyarakat kini. Isi 1 (Kelebihan) A (Apa) Urusan yang lebih pantas (Bahan 1). B (Bagaimana) Tidak melibatkan wang tunai dan pulangan baki. C (Contoh) Lebih selamat kerana tidak perlu membawa tunai semasa keluar (Bahan 2). D (Dampak/ Kesan) Mengurangkan risiko kecederaan. Isi 2 (Kelebihan) A (Apa) Mendapat pulangan rebat (Bahan 3). B (Bagaimana) Berpeluang mendapat hadiah yang dijanjikan dengan menggunakan kad kredit. C (Contoh) Pulangan tunai sehingga RM1150 daripada pihak bank. D (Dampak/ Kesan) Dapat keuntungan dengan berbelanja. Penutup Cadangan Sentiasa berdisiplin ketika menggunakan kad kredit. Harapan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Bab 2 Praktis 1 Pendahuluan – Kemalangan semasa sukan ialah perkara yang biasa berlaku. – Kemalangan sukan boleh dielakkan jika individu sentiasa berusaha mengelakkan risiko yang mungkin berlaku. – Biarpun perkara ini tidak dapat dielakkan, namun sesuatu yang perlu kita semua akui ialah sukan merupakan sesuatu yang baik untuk badan. Isi 1 (Punca) : Kecuaian individu – Seseorang atlet tidak berhati-hati semasa menjalankan aktiviti sukan. – Atlet kadangkala leka dengan tidak memeriksa keupayaan alatan atau jentera sebelum bersukan. – Sesetengah kemalangan pula berlaku apabila faktor-faktor luar mempengaruhi seperti cuaca. Isi 2 (Punca) : Tidak mempunyai ilmu yang cukup – Bagi sesetengah sukan seperti berbasikal, seseorang atlet perlu mengetahui peraturan-peraturan asas di jalan raya kerana mereka berkongsi trek dengan kenderaan yang lebih besar. – Kekurangan ilmu ini akan menyebabkan mereka yang berbasikal lebih terdedah kepada kemalangan yang boleh menyebabkan kematian. – Kadangkala sesetengah individu yang bersukan juga tidak memakai alatan dengan lengkap atau tidak sempurna hingga mampu mengundang kecelakaan. Isi 3 (Langkah) : Sentiasa berhati-hati semasa melakukan aktiviti sukan – Individu perlu sentiasa memeriksa peralatan sebelum memulakan aktiviti sukan. – Jika sesuatu sukan memerlukan pemantauan daripada pakar, seseorang haruslah sentiasa memastikan aktiviti tersebut mendapat pemantauan yang sepatutnya. – Bagi sukan lasak seperti `Wall Climbing’, seseorang haruslah sentiasa mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif sebelum memulakan pendakian. Isi 4 (Langkah) : Peralatan yang sesuai dan lengkap – Sesuatu sukan semestinya memerlukan alatan yang sesuai dan lengkap bagi memastikan kecederaan dapat dielakkan. – Bagi sukan lasak pula, penggunaan topi keselamatan yang berkualiti dan telah mendapat kelulusan juga perlu dititikberatkan. – Peminat sukan perlu mengelakkan diri daripada membeli barangan tiruan. Penutup – Kemalangan sukan dapat dielakkan melalui sikap prihatin individu terhadap keselamatan diri sendiri. – Sentiasa memastikan diri sentiasa berwaspada terhadap sebarang risiko kemalangan yang mungkin berlaku secara tiba-tiba. – Malang tidak berbau. CONTOH
J3 BM Tingkatan 4 Jawapan Praktis 2 Pendahuluan – Sejarah negara semakin dilupakan kerana tempoh masa 66 tahun kemerdekaan yang dianggap sudah lapuk untuk dikenang. – Hal ini diburukkan lagi apabila sesetengah negarawan kini sudah tidak lagi aktif memperjuangkan sejarah perjuangan negara kerana faktor usia yang sudah lanjut dan kudrat yang semakin hilang. – Sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab pula telah memutarbelitkan fakta sejarah sehingga menghilangkan rasa minat masyarakat untuk mempelajari sejarah negara. – Banyak kepentingan mempelajari sejarah negara. Isi 1 : Sejarah memantapkan jati diri bangsa – Dengan mempelajari sejarah negara, sesebuah bangsa akan kukuh jati dirinya tanpa mudah diperkotak-katikkan oleh petualang negara. – Semangat untuk mempertahankan negara akan meningkat dan membantu negara memelihara kedaulatan. – Rasa kasih dalam diri remaja akan meningkat dan memastikan mereka tidak berasa malu untuk mengangkat nama Malaysia di mata dunia kelak. Isi 2 : Memastikan sejarah negara tidak diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Era moden kini telah membawa bersama berita-berita palsu yang melimpah ke dalam ruang maya. – Tanpa ilmu berkaitan sejarah negara, semestinya masyarakat akan mudah terpengaruh dan tertipu oleh agenda petualang yang cuba meruntuhkan kegemilangan negara. – Berlainan pula sekiranya masyarakat peka terhadap sejarah negara, semestinya masyarakat tidak akan mudah mempercayai berita palsu dan turut menjadi duta kerajaan untuk memperbetul tanggapan salah masyarakat negara luar terhadap negara kita. Isi 3 : Memperkukuh usaha membangunkan negara – Apabila kita mengetahui sejarah negara, semestinya kita akan berusaha untuk membangunkan negara bersamasama kerajaan kerana rasa kesepunyaan dan kekitaan kita terhadap negara tercinta. – Belia-belia pula akan lebih rela berkhidmat di dalam negara demi membangunkan negara dengan ilmu yang ada. – Sejarah negara juga akan menimbulkan rasa bangga masyarakat terhadap negara dan membakar semangat belia untuk mengekalkan kecemerlangan negara sebagaimana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang sebelum ini. Isi 4 : Mengikat perpaduan rakyat – Sejarah negara telah didasari perpaduan rakyat yang berbilang kaum terutamanya ketika kita menuntut kemerdekaan. – Semangat perpaduan yang sama akan meresap ke dalam diri masyarakat apabila sejarah negara diteliti dan dihayati. – Sikap mementingkan diri sendiri akan mula luntur apabila masyarakat mula sedar bahawa kemerdekaan negara bukanlah berasaskan satu kaum semata-mata, tetapi merupakan usaha semua kaum di Malaysia. Penutup – Sejarah negara perlu dihayati oleh setiap golongan di Malaysia. – Sikap mengagung-agungkan bangsa sendiri merupakan kesan kepada kurangnya penghayatan terhadap sejarah negara. – Kita perlu sentiasa mengamalkan perpaduan kerana kita seikat bak sirih, serumpun bak serai. Praktis 3 Pendahuluan – Bersetuju dengan pendapat di atas. – Ibu bapa merupakan insan yang paling banyak masa bersama anak-anak berbanding guru di sekolah. – Kegagalan ibu bapa menjalankan tanggungjawab akan menyebabkan anak-anak sukar untuk dikawal di sekolah. Hal ini menyukarkan guru-guru menjalankan tanggungjawab untuk mendidik murid-murid. – Terdapat pelbagai faktor yang menyokong pernyataan bahawa ibu bapa punca utama remaja kini terlibat dengan gejala merokok. Isi 1 : Bapa yang merokok di rumah – Ibu bapa merupakan suri teladan terbaik kepada anakanak. – Anak-anak sentiasa meniru tindakan dan perlakuan ibu bapanya di rumah. – Anak-anak akan mempertikaikan tindakan guru-guru yang menghalang mereka merokok sedangkan bapa di rumah boleh merokok. – Bapa yang merokok akan menimbulkan rasa ingin mencuba dalam diri anak-anak kerana menganggap dengan merokok mereka akan kelihatan dewasa. Isi 2 : Sikap lepas tangan ibu bapa – Ibu bapa sering menyalahkan kesibukan seharian sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap anakanak. – Anak-anak yang kurang perhatian akan mula mencari perhatian di luar sekolah hingga akhirnya terjebak dengan gejala buruk rakan sebaya termasuk merokok. – Apabila nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa mula bersikap lepas tangan kerana menganggap mereka tidak mampu mengubah sikap anak-anak mereka yang kian buruk. – Keadaan ini menyebabkan sikap buruk anak-anak menjadi semakin parah. Isi 3 : Sikap memanjakan anak-anak – Kadangkala ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dengan sentiasa membela anak-anak mereka apabila melakukan kesalahan. – Anak-anak yang tidak takut lagi melakukan kesalahan akan mula mencuba untuk melakukan kesalahan yang lebih buruk pada masa akan datang. – Hal ini juga akan menyebabkan guru-guru takut untuk menegur kesalahan anak-anak di sekolah kerana bimbang mereka akan turut dipersalahkan kelak akibat menegur anak kesayangan ibu bapa. – Akhirnya, anak-anak akan mula menganggap tindakan mereka sentiasa betul hingga membawa mereka ke arah gejala merokok. Isi 4 : Ibu bapa tidak memeriksa aktiviti harian anakanak – Sikap terlalu mempercayai anak-anak juga akan membawa kepada kesan yang sama. – Terdapat ibu bapa yang menganggap privasi anak-anak tidak boleh disentuh atau diganggu sehinggakan mereka sendiri tidak mahu memantau aktiviti seharian anak-anak mereka. CONTOH
J4 BM Tingkatan 4 Jawapan – Ibu bapa sewajarnya tahu kandungan beg sekolah anakanak, memeriksa bilik anak-anak, dan paling penting ialah sentiasa memerhatikan rakan sebaya anak-anak. – Keadaan ini akan membuatkan anak-anak lebih berjagajaga dan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka untuk mencuba gejala merokok. Penutup – Ibu bapa mampu mengubah sikap anak-anak kerana hubungan yang erat antara ahli keluarga. – Ibu bapa tidak sewajarnya berputus asa jika anak-anak terlibat dengan gejala tidak sihat. – Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kerana tidak sepatutnya ibu bapa menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Praktis 4 Maklumat asas Alamat pengirim Tarikh Pendahuluan – Mengucapkan tahniah atas kejayaan terpilih di dalam program pembangunan sukan. – Saya juga telah memohon program yang sama, namun belum rezeki untuk terpilih sebagai salah seorang atlet yang akan mewakili negeri dan negara. – Rakan-rakan yang lain turut berbangga dan mewakili saya untuk mengucapkan tahniah kepada saudara. Isi 1 : Sentiasa mengikuti perkembangan – Saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara melalui rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. – Sentiasa menunggu kemunculan saudara di kaca televisyen terutamanya ketika Sukan Malaysia (SUKMA) dan ketika mewakili negara. – Larian saudara sangat hebat dan menunjukkan peningkatan yang banyak berbanding dengan semasa kita berlatih bersama-sama ketika di sekolah dahulu. Isi 2 : Ingin mendapatkan tip latihan – Berdasarkan pengamatan terhadap larian dan catatan masa, saya melihat saudara telah mempunyai teknik larian yang agak berlainan. – Saya berbesar hati jika saudara dapat berkongsi sedikit tip untuk mengekalkan larian yang baik dalam jarak jauh sebagaimana yang telah dibuat semasa SUKMA tempoh hari. – Jika tidak keberatan, saya juga ingin mendapatkan videovideo latihan saudara untuk saya lakukan latihan yang sama di sini. Isi 3 : Tip menjaga pemakanan – Saya juga berbesar hati jika saudara dapat berkongsi cara saudara menjaga pemakanan sepanjang tempoh latihan. – Kita semua sedia tahu pemakanan atlet perlu lebih terkawal bagi memastikan otot-otot yang diperlukan semasa larian dapat berfungsi secara optimum. – Saya juga ingin mendapatkan pendapat daripada saudara tentang sejauh mana faktor pemakanan mempengaruhi prestasi larian atlet. Isi 4 : Menjemput ke sekolah – Saya mewakili pihak kelab ingin menjemput saudara untuk memberikan ceramah berkaitan teknik-teknik latihan di sekolah saya. – Murid-murid di sekolah ini amat teruja untuk menanti saudara untuk membuat perkongsian yang semestinya sangat bermakna. – Memandangkan saudara telah menyatakan bahawa saudara akan pulang ke kampung pada minggu hadapan, saya amat berharap jika saudara dapat singgah sebentar di sekolah saya. Penutup – Semoga saudara sentiasa sihat dan terus bersemangat untuk mengharumkan nama negeri dan negara pada masa hadapan. – Rakan-rakan akan sentiasa menyokong saudara di luar gelanggang. – Kami tidak sabar menunggu saudara pulang pada minggu hadapan untuk berkongsi pengalaman. Praktis 5 Kata-kata aluan – Terima kasih kepada pengerusi majlis, tetamu kehormat, dan hakim. – Sebut tajuk syarahan Pendahuluan – COVID-19 merupakan virus yang merebak dalam senyap. – Murid perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti. Isi 1 : Cuci tangan dengan kerap – Sekolah telah menyediakan cecair pencuci tangan di setiap kelas. – Cuci tangan dengan kerap terutamanya selepas keluar dari tandas kerana murid telah menyentuh tangga dan dinding kelas yang mungkin telah tercemar. – Jika mencuci tangan menggunakan sabun, pastikan cucian dibuat dengan betul mengikut langkah-langkah yang disarankan. Isi 2 : Amalkan penjarakan sosial – Penjarakan sosial amat penting bagi memastikan virus tidak mudah merebak. – Elakkan berkumpul secara dekat terutamanya ketika aktiviti berkumpulan. – Jika perlu, murid kekal berada di meja masing-masing kerana para guru telah memastikan zon selamat murid sejauh satu meter di dalam kelas. Isi 3 : Memakai pelitup muka – Murid perlu sentiasa memakai pelitup muka. – Terutama ketika aktiviti berkumpulan dibuat. – Sentiasa peka terhadap rakan-rakan yang menunjukkan gejala. Laporkan kepada guru jika perlu. Isi 4 : Tidak hadir ke sekolah jika bergejala – Sentiasa mengutamakan kesihatan diri dan rakan-rakan. – Jangan bersikap mementingkan diri dengan tetap hadir ke sekolah walaupun mempunyai gejala. – Jika gejala hanya berlaku ketika telah berada di sekolah, murid perlu segera memberitahu guru untuk dikuarantin sebelum diambil oleh ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan sepatutnya. – Bagi tujuan ini, murid perlu berdisiplin untuk sentiasa patuh memeriksa suhu di pintu masuk sekolah pada setiap pagi. CONTOH
J5 BM Tingkatan 4 Jawapan Penutup – Kita bertanggungjawab memastikan penularan wabak COVID-19 dihentikan. – Setiap individu tanpa mengira usia berperanan besar bagi memastikan usaha melenyapkan pandemik ini di Malaysia dapat direalisasikan. – Bersatu teguh, bercerai roboh. Praktis 6 Maklumat Asas – Penghantar/ Pengirim – Penerima – Tarikh – Kata panggilan hormat – Perkara : Aduan Pencerobohan Kawasan Hutan Pendahuluan – Kawasan Kampung Indah Permai telah mula menerima pembalak-pembalak yang menebang pokok secara berleluasa di bahagian hulu Sungai Cermai. – Penduduk mula risau jika aktiviti berleluasa tanpa pemantauan yang sepatutnya oleh pihak berwajib. Isi 1 : Kesan – Air sungai menjadi keruh akibat hakisan tanah di peringkat hulu. – Penduduk kampung yang menggunakan air sungai mengairi kawasan pertanian berdepan dengan masalah kerana air semakin cetek dan berlumpur. – Buat pertama kalinya, kawasan kampung dilimpahi air sungai sehingga menyebabkan jalan yang menghubungkan kawasan kampung dan kedai berdekatan terputus ditenggelami air. – Jalan raya menjadi rosak akibat jentera berat yang keluar masuk membawa muatan kayu-kayan yang besar sejak sebulan yang lalu. Isi 2 : Langkah/ Cadangan – Pihak berkuasa perlu menambahkan pegawai yang menjalankan pemantauan di kawasan yang terlibat. – Jika pengusaha tersebut mempunyai lesen, mohon pihak berkuasa memastikan prosedur yang digunakan mengikut tatacara operasi standard yang betul. – Mohon Yang Berhormat (YB) menyuarakan suara penduduk untuk meminta ganti rugi terhadap tanaman yang rosak akibat kelalaian pengusaha. – YB juga diminta untuk turun padang dan melihat tahap kerosakan jalan raya akibat aktiviti tersebut. Kesimpulan – Keprihatinan YB atas masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung amat dihargai. – Penduduk kampung sedia membantu demi kemaslahatan bersama. Penutup - Tandatangan - Jawatan Praktis 7 Pendahuluan – Bahasa melambangkan peribadi seseorang. – Semasa ditemu duga, semestinya seseorang calon perlu menunjukkan kemahiran berbahasa yang tinggi bagi menarik minat majikan. – Bahasa yang lembut dan teratur mampu memberikan peluang yang lebih besar untuk seseorang itu diterima bekerja selain faktor-faktor yang lain. Isi 1 : Menyediakan jawapan-jawapan bagi soalan popular semasa temu duga – Banyak soalan popular semasa temu duga dikongsikan di media sosial. – Saya akan mengkaji corak soalan dan menyediakan skrip jawapan yang paling baik dengan bahasa yang teratur agar saya tidak tertekan semasa menjawab soalan penemu duga kelak. – Bahasa yang dipilih juga akan dipastikan tidak terlalu berbunga sehingga membuatkan penemu duga bosan dan menganggap saya membuang masa. Isi 2 : Melihat video-video tutorial – Melalui video-video tutorial, saya akan lebih bersedia untuk mengelakkan diri daripada menggunakan perkataanperkataan yang kurang sesuai semasa ditemu duga. – Saya juga boleh belajar menggunakan bahasa badan yang merupakan salah satu elemen penilaian penting yang dilihat oleh penemu duga. – Saya juga akan mengambil maklum tentang istilah-istilah biasa yang akan digunakan oleh penemu duga untuk memastikan saya tidak kekok menggunakan istilah yang sama. Isi 3 : Memperbanyak bacaan – Saya akan mula membaca buku-buku yang menggunakan bahasa-bahasa yang lebih tertib terutamanya buku-buku ilmiah. – Paling penting, saya akan cuba membaca sebanyak mungkin surat khabar dan majalah kerana bahasa yang digunakan di dalamnya lebih formal dan sesuai dengan laras temu duga. – Sebagai tambahan, saya juga boleh melihat berita-berita di televisyen untuk belajar tentang penggunaan bahasa dan istilah yang tepat dan terkini. Isi 4 : Berlatih cara pertuturan – Saya akan meningkatkan latihan pertuturan bersama rakan. – Sebaiknya saya akan mencari rakan untuk membuat situasi sebenar proses temu duga dan ini akan membantu saya untuk berbahasa dengan lebih teratur dan tertib kelak. – Melalui latihan pertuturan ini juga, saya akan lebih bersedia untuk menerima dan menjawab soalan spontan daripada penemu duga dengan mengekalkan tatasusila dan ketertiban bahasa kelak. Penutup – Sememangnya untuk berjaya dalam sesebuah temu duga, calon harus bersedia daripada pelbagai aspek terutamanya bahasa. – Sejak dahulu lagi, orang tua-tua telah berpesan untuk sentiasa menjaga pekerti melalui bahasa kerana bahasa melambangkan keperibadian diri. – Bahasa menunjukkan bangsa. Praktis 8 Tajuk : Laporan Ekspedisi Gunung Kinabalu PETINAM SMK Taman Ria. Pendahuluan – PETINAM SMK Taman Ria telah merancang mendaki Gunung Kinabalu sebagai salah satu aktiviti tahun akhir. CONTOH
J6 BM Tingkatan 4 Jawapan – Seramai 10 orang pelajar telah menjalani latihan selama hampir 3 bulan bersama seorang jurulatih yang berpengalaman. – Tarikh penerbangan ke Kota Kinabalu ditetapkan pada 12 Januari. Pendakian akan dimulakan pada 15 Januari. Perenggan 1 : Bertolak ke Kota Kinabalu – 10 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring berserta dengan seorang jurulatih telah bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 10.00 pagi, 12 Januari. – Semua kelengkapan telah disediakan bagi memastikan keperluan secukupnya ketika mendaki kelak. – Semua bagasi dan alatan yang telah diperiksa telah dimasukkan ke bahagian yang telah ditetapkan. Perenggan 2 : Tiba di Kota Kinabalu – Tiba di Kota Kinabalu dan bertolak ke kawasan pergunungan dengan bantuan orang tempatan yang menjadi ejen yang dilantik oleh pihak kami di sana. – Menggunakan tiga hari sebagai latihan tambahan bagi membiasakan diri dengan cuaca dan suhu di kawasan tersebut yang agak dingin. – Tiga hari digunakan sebaiknya untuk mencari stamina yang secukupnya memandangkan pendakian memerlukan ketahanan fizikal yang baik. Perenggan 3 : Memulakan pendakian – Pendakian dimulakan pada hari keempat, iaitu pada 15 Januari atas nasihat dan bimbingan penduduk tempatan yang menjadi pemandu arah. – Kami telah bersedia dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani bagi memastikan misi membawa nama sekolah berjaya dilaksanakan. – Perjalanan yang dijangka mengambil masa selama 3 hari 2 malam ini sememangnya membuatkan 10 orang pelajar SMK Taman Ria berasa sangat teruja. Perenggan 4 : Pendakian dan turun – Berhenti di beberapa kawasan rehat untuk mengambil foto dan berehat. – Berhenti di tempat makan yang disediakan di atas gunung. – Keadaan yang agak sesak. – Ketika ini kami perlu bertolak ansur dengan orang lain dari segi perkongsian kawasan tempat tidur, ruang makan, dan tandas. – Dari Laban Rata ke Puncak, kami berhenti solat subuh pada pukul 5.45 pagi. Sampai ke puncak Kinabalu pada pukul 7.00 pagi. – Hanya mengambil masa 5 minit di puncak kerana jumlah orang yang terlalu ramai dan kesejukan. Suhu di bawah –1 darjah Celsius. Penutup – Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. – Pasti akan merindui suasana sepanjang perjalanan yang indah dan mengasyikkan. – Berbangga kerana membawa nama sekolah di puncak Gunung Kinabalu. Praktis 9 Pendahuluan – Menceritakan latar belakang tokoh bahasa dari segi nama, umur, dan pengalaman. – Menceritakan situasi sebenar bahasa Melayu kini yang semakin terpinggir akibat sikap sesetengah anak-anak muda yang lebih mengagungkan budaya Barat dan bahasa Inggeris. – Pewawancara meminta pendapat daripada tokoh berkaitan kepentingan bahasa Melayu. Isi 1 : Bahasa Perpaduan – Bahasa Melayu sememangnya sudah terkenal sebagai bahasa perpaduan sejak diperkasakan awal kemerdekaan dahulu. – Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca suatu ketika dahulu, namun kini usaha untuk menyatukan bangsa dan kaum-kaum di Malaysia semakin menyerlah. – Pertuturan yang berbeza boleh menyebabkan salah faham antara kaum memandangkan ada sesetengah perkataan dalam sesuatu bahasa yang mempunyai maksud kurang baik dalam bahasa yang lain. Maka bahasa Melayu akan menjadi rujukan utama untuk mencari kesefahaman antara kaum. Isi 2 : Bahasa Pengantar – Di Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan kerajaan. – Fungsi bahasa Melayu dalam konteks ini adalah sebagai satu garis panduan kepada semua murid yang mengikuti aliran yang ditetapkan oleh kerajaan untuk belajar dan menimba ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu. – Kegagalan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan mengakibatkan sistem pendidikan menjadi huru-hara kerana tiada satu ketetapan bahasa utama yang perlu digunakan untuk menyampaikan maklumat sama ada secara lisan atau tulisan di sekolah. Isi 3 : Bahasa Rasmi – Bahasa Melayu digunakan dalam semua surat-menyurat rasmi kerajaan. – Malahan di Parlimen sekalipun, bahasa Melayu wajib digunakan dalam sesi perbahasan. Biarpun terdapat selingan bahasa Inggeris oleh para menteri, namun mereka masih tetap perlu meminta izin daripada Yang Dipertua. – Apabila keadaan ini berlaku, maka semua kaum secara rela atau paksa perlu mempelajari bahasa Melayu sebagai salah satu keperluan wajib kerana fungsinya sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Isi 4 : Bahasa Ilmu – Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa ilmu kerana semua cabang ilmu sepatutnya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. – Sebagaimana Jepun yang tetap bangga akan bahasa mereka, kita juga perlu berbuat sedemikian. – Di Malaysia, semua buku luar akan dialih bahasa ke bahasa Melayu agar lebih bersifat mesra kaum di negara kita. Biarpun beberapa kali fungsi bahasa Melayu cuba digugah dengan usaha beberapa pihak yang cuba membawa masuk bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, namun bahasa Inggeris masih dianggap sebagai bahasa kedua di Malaysia. Penutup – Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan demi memastikan identiti kita sebagai sebuah negara bangsa tetap dipelihara. – Bahasa Melayu akan sentiasa menjadi medium penyatuan semua kaum di Malaysia. – Ucapan terima kasih. CONTOH
J7 BM Tingkatan 4 Jawapan Praktis 10 Kata-kata aluan – Terima kasih kepada pengerusi majlis, tetamu kehormat, dan hakim. – Nyatakan pendirian. Pendahuluan – Internet merupakan rangkaian komputer yang berhubung menerusi rangkaian. – Kini, Internet telah mendasari setiap aktiviti manusia. – Tanpa Internet, banyak perkara akan tergendala dan mampu melumpuhkan sesebuah negara. Isi 1 : Membantu mengakses maklumat – Internet membantu murid mencari maklumat dengan pantas. – Enjin carian seperti `Google’ dan `Yahoo’ mampu membantu murid mencari maklumat hanya melalui perkataan yang ditulis pada ruangan yang disediakan. – Maklumat yang diperoleh juga kebanyakannya telah disaring dan boleh diguna pakai bagi mendapat maklumat tambahan yang berkaitan pembelajaran di sekolah. Isi 2 : Menarik – Melalui Internet, sesuatu pembelajaran akan lebih menarik. – Dalam era kemajuan kini, murid lebih tertarik dengan pengajaran guru yang lebih moden seperti menggunakan video yang boleh diperoleh daripada banyak ruang maya dengan syarat mempunyai capaian Internet. – Bagi sesetengah sekolah, pelajar boleh menggunakan tablet yang disediakan untuk mengakses maklumat semasa pengajaran guru, dalam hal ini semestinya pembelajaran secara aktif dapat dilaksanakan. Isi 3 : Belajar berkumpulan – Melalui Internet juga, murid dapat membuat pembelajaran berkumpulan di luar waktu persekolahan kerana terdapat banyak medium yang boleh digunakan terutamanya melalui media sosial. – Jadi, murid tidak hanya bergantung pada guru di kelas dan waktu di sekolah sahaja, mereka juga dapat membuat pertemuan belajar di ruang maya. – Lebih menarik, apabila guru juga boleh memantau perbincangan murid melalui capaian yang sama. Isi 4 : Buku dalam talian – Jika dahulu, perpustakaan ialah satu-satunya medium untuk mencari buku rujukan, namun kini tidak lagi apabila buku-buku dalam talian juga mudah untuk didapati. – Lebih menarik, apabila buku-buku yang dimuat naik kadangkala lebih lengkap dan mudah diuruskan kerana tidak memerlukan ruang untuk simpanan. – Murid juga boleh menjimatkan masa untuk mencari maklumat dengan menggunakan aplikasi carian bagi sesetengah istilah atau maklumat yang diperlukan dengan cepat. Penutup – Internet lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. – Penyalahgunaan Internet tidak boleh dianggap salah satu indikator keburukan Internet kerana penggunaan Internet bergantung pada sikap pengguna itu sendiri. – Tegaskan pendirian untuk tetap membangkang usul. Praktis 11 Pendahuluan – Remaja kini merupakan bakal pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. – Tanpa golongan ini, kepimpinan negara pada masa hadapan akan berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan legasi kecemerlangan sedia ada. Pembangunan remaja di peringkat akar umbi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian yang telah dipertanggungjawabkan. – Namun, realiti pahit yang perlu ditelan ialah remaja kini semakin runtuh akhlak dan pegangan dalam diri. Isi 1 (Punca) : Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak di rumah – Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anakanak. – Masa ibu bapa dengan anak-anak lebih banyak berbanding guru di sekolah. – Oleh itu, ibu bapa lebih berperanan penting membentuk nilai dalam diri anak-anak. Isi 2 (Kesan) : Negara akan kehilangan pewaris pada masa hadapan – Pemuda dan pemudi yang sepatutnya menjadi tunjang kepada pembangunan negara pada masa hadapan telah runtuh pegangan dan tidak mampu menjadi pemimpin. – Remaja yang telah bergelumang dengan jenayah akan mensia-siakan usaha kerajaan untuk membentuk remaja sejak bangku persekolahan. – Negara juga terpaksa menanggung kos pemulihan remajaremaja bermasalah. Isi 3 (Kesan) : Pembangunan negara akan terbantut – Apabila remaja yang sepatutnya mengisi perjawatan profesional sudah mula hilang kredibiliti akibat jenayah, maka pelabur-pelabur luar akan mula hilang keyakinan terhadap negara. – Negara terpaksa bergantung pada pekerja dari luar untuk membangunkan negara. – Keadaan ini akan membawa kerugian besar kepada negara kerana wang kita akan mengalir keluar. Isi 4 (Langkah) : Kerajaan menjalankan program pembangunan remaja – Kerajaan perlu lebih cekap mengatur program yang berimpak tinggi kepada remaja. – Dasar-dasar yang dibentuk perlu mula berfokus kepada pembangunan golongan ini bagi memastikan remaja tidak lagi terlibat dalam kes-kes jenayah dan salah laku. – Kerajaan juga perlu memberi pendidikan kepada ibu bapa tentang kaedah menangani anak-anak bermasalah kerana kebanyakan ibu bapa bersikap lepas tangan apabila anakanak mula bergejala negatif. Penutup – Negara hanya akan membangun apabila wujudnya golongan pemuda dan pemudi yang mampu menjadi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan. – Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan usaha kerajaan ini tidak menemui jalan buntu yang akhirnya membawa kerugian kepada kita semua. – Presiden Indonesia, Soekarno pernah berkata, “Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya, beri aku 10 pemuda, nescaya akan kugoncangkan dunia.” CONTOH
J8 BM Tingkatan 4 Jawapan Praktis 12 Pendahuluan – Guru-guru dijemput ke dewan untuk mengambil tempat. – Para murid yang bertugas dikehendaki mengiringi guru ke tempat duduk yang disediakan. – Paluan kompang dibunyikan untuk menyambut pengetua dan barisan pentadbir ke dalam dewan. Aktiviti 1 – Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan sekolah. – Pengetua memberikan ucapan sempena Hari Guru. – Tayangan video “Wajah-wajah Kesayangan Hamba” selama 20 minit. Aktiviti 2 – Guru-guru diberikan anugerah berdasarkan undian. – Murid bertepuk tangan untuk meraikan guru-guru yang memenangi undian. – Guru-guru kelihatan malu-malu untuk mengambil hadiah hasil undian murid, tetapi sempat berseloroh semasa mengambil hadiah daripada pengetua. – Semua guru menerima cenderahati daripada murid. Aktiviti 3 – Bacaan ikrar guru. – Nyanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’. – Nyanyian lagu tema Hari Guru. – Upacara memotong kek sempena Hari Guru. Aktiviti 4 – Guru-guru bersedia untuk ke padang. (Aktiviti fizikal) – Guru lelaki bermain permainan futsal berkain pelekat. – Guru perempuan bermain bola jaring dengan kaki terikat. – Murid dan guru kelihatan sangat gembira kerana diakhiri dengan penyampaian hadiah. Penutup – Guru-guru mengucapkan terima kasih kepada para murid yang memberikan hadiah secara peribadi kepada mereka. – Semua guru dan murid pulang dengan gembira. – Sambutan Hari Guru pada tahun ini dianggap berjaya. Bab 3 Soalan 1 - Morfologi Praktis 1 Kata hubung gabungan : atau, tetapi Kata hubung pancangan keterangan : kerana, jika (i) Aiman belum pasti mahu bekerja sendiri atau makan gaji. (ii) Kamarul ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara, tetapi dibantah oleh ayahnya. (iii) Adik tidak dapat hadir ke sekolah kerana kurang sihat. (iv) Kamu harus belajar dengan bersungguh-sungguh jika ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Praktis 2 Kata bilangan : seluruh, banyak, beberapa (i) Berita baik itu sudah tersebar ke seluruh kampung. (ii) Banyak cabaran yang harus dihadapinya sebelum bergelar usahawan berjaya. (iii) Cikgu Lilian berasa agak terkilan kerana hanya beberapa orang murid yang menghantar kerja rumah yang diberikannya. Praktis 3 Kata ganda : pedagang-pedagang, perlahan-lahan Kata kerja tak transitif : berbentuk, bermula/ datang/ berwarna (i) Pelabuhan Melaka menjadi pusat entrepot yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari timur dan barat. (ii) Saya membuka pintu bilik tidur dengan perlahanlahan agar tidak mengejutkan adik yang sedang tidur lena di dalam buaian. (iii) Meja makan berbentuk segi empat tepat itu memang sesuai diletakkan di ruang makan rumah baharu kakak saya. (iv) Dia kelihatan anggun dengan gaun yang berwarna biru muda itu. Praktis 4 Kata penguat : amat, sekali Kata bantu : harus, perlu (i) Ilmu amat penting dalam kehidupan setiap insan. (ii) Industri pelancongan di Melaka berkembang dengan pesat sekali. (iii) Perbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian dan bukan hanya untuk mencegah penularan COVID-19 semata-mata. (iv) Kita harus menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tepat pada masanya dan tidak bertangguh. Praktis 5 Kata sendi nama : kepada, dalam, di/ dengan (i) Wan Nazila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. (ii) Remaja perlu bijak memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya memberikan impak yang besar kepada diri mereka. (iii) Emak menamam sayur-sayuran seperti tomato, terung, dan timun Jepun dengan menggunakan kaedah penanaman hidroponik. Praktis 6 Kata adjektif : utama, sukar, positif, rajin/ maju/ tinggi/ baharu (i) Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. (ii) Remaja perlu rajin menuntut ilmu agar tidak digelar katak di bawah tempurung. (iii) Setiap individu pasti pernah melalui saat yang sukar dalam hidup. (iv) Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang, dan terbilang. CONTOH
J9 BM Tingkatan 4 Jawapan Soalan 2 - Sintaksis Praktis 1 (i) Subjek : Ibu bapa Predikat : memainkan peranan yang dominan dalam mendidik anak-anak untuk menabung (ii) Subjek : Wang tabungan tersebut Predikat : tidak akan digunakan jika tidak diperlukan (iii) Subjek : Antara tujuan menabung Predikat : termasuklah dapat membantu seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi Praktis 2 (i) Pahar merupakan talam berkaki yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa. (ii) Pahar digunakan sebagai bekas makanan atau peralatan dalam majlis-majlis beristiadat. (iii) Pahar juga digunakan untuk hidangan nasi kunyit dan sebagai bekas barang-barang hantaran pengantin atau pertunangan. Praktis 3 (i) Di manakah Datuk Lee Chong Wei dilahirkan? (ii) Bilakah Datuk Lee Chong Wei mula mempelajari badminton? (iii) Siapakah yang bertanggungjawab membawa Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan Kebangsaan? (iv) Pada usia berapakah Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan Kebangsaan? (v) Berapa lamakah Datuk Lee Chong Wei berkecimpung dalam arena badminton? (vi) Berapakah jumlah pingat perak yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan Olimpik? Praktis 4 (i) Belia yang menyertai aktiviti kesukarelawanan dapat memperoleh banyak manfaat. (ii) Mereka yang menjadi sukarelawan sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. (iii) Belia juga dapat mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu. Praktis 5 (i) Pada hari ini, isu bahan api menjadi isu hangat di seluruh dunia. (ii) Salah satu sumber tenaga yang mendapat perhatian ialah biodiesel. (iii) Terbukti dapat mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil biodiesel. Soalan 3 - Penyuntingan Praktis 1 (i) edaran – kitaran (ii) dalam – di (iii) di atas – di (iv) Tempuh – Tempoh (v) adalah berbeza – berbeza (vi) ambil – mengambil (vii) ketiga – tiga (viii) di antara – antara (ix) sehingga ke – hingga (x) adalah – ialah (xi) kepada – pada Praktis 2 (i) saling hormat-menghormati – saling menghormati/ hormat-menghormati (ii) di dalam – di (iii) diamalkan oleh kita – kita amalkan (iv) Antara prinsip-prinsip – Antara prinsip/ Prinsipprinsip (v) kita boleh praktikkan – boleh kita praktikkan (vi) agar supaya – agar/ supaya (vii) mempelajari tentang cara-cara – mempelajari caracara (viii) teknoloji – teknologi (ix) Selain daripada itu – Selain itu (x) mensarankan – menyarankan (xi) amalkan – mengamalkan (xii) terbentang – terbuka (xiii) di antara – antara Praktis 3 (i) para graduan-graduan – para graduan (ii) menjalankan – menjalani (iii) mempertingkatkan lagi – meningkatkan lagi (iv) mereka peroleh – diperoleh mereka (v) mengguna – berguna (vi) apabila – ketika (vii) akedemik – akademik (viii) dari – daripada (ix) Keboleh pasaran – Kebolehpasaran (x) perebutan – persaingan (xi) hangat – sengit (xii) kelayakkan – kelayakan (xiii) semakin hari makin meningkat – semakin hari semakin meningkat/ makin hari makin meningkat Praktis 4 Bahan 1 (i) adalah – ialah/ merupakan (ii) dijadi – dijadikan (iii) kedua-duanya – kedua-dua haiwan ini (iv) Lapuran – Laporan (v) terlibat – melibatkan (vi) dengan – dan Bahan 2 (i) tertinggi sekali – tertinggi/ tinggi sekali (ii) beberapa penyakit – beberapa jenis penyakit (iii) hidu – menghidu (iv) menguat kuasakan – menguatkuasakan (v) memperbanyakkan – memperbanyak Praktis 5 Bahan 1 (i) paling mudah sekali – paling mudah/ mudah sekali (ii) gulongan – golongan (iii) pasaraya – pasar raya (iv) prodak – produk (v) pada – kepada (vi) perbelanjaan – caj/ bayaran CONTOH
J10 BM Tingkatan 4 Jawapan Bahan 2 (i) pamiran – pameran (ii) di – pada (iii) menjemput – mengajak (iv) diperoleh kita – kita peroleh (v) dari – daripada Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard Praktis 1 Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya itu, dia pun sangat marah, lalu berkata, “Siapakah yang menyuruh membunuh bapaku ini akan kumusnahkan negeri Majapahit berhabis-habisan?”. Ibunya menceritakan kisah kejadian dari mula hingga akhir kepadanya. Setelah Kertala Sari mendengar kisah cerita ibunya itu, dia berasa sangat marah. Praktis 2 Ratu Melaka bertitah kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, beta sudah berasa keliru. Siapakah pembunuh yang sebenarnya?” Bendahara bersembah, “Ya tuanku, mengikut pendapat patik, terdapat dua bukti lagi yang belum ditemui; tambahan pula, Laksamana belum datang lagi.” Praktis 3 Tidak lama kemudian, Laksamana pun datang dengan membawa kemaluan dan keris Kertala Sari. Bendahara bersembah, “Inilah bukti yang kukuh. Mengikut pendapat patik, selain Laksamana, tiada seorang pun yang dapat membunuh penjurit itu. Jangan kata hendak membunuhnya, bertentang mata dengannya pun tidak mampu.” Semua orang yang datang dan mengaku sebagai pembunuh Kertala Sari tunduk malu, lalu beredar. Praktis 4 Kertala Sari berjalan masuk ke dalam kota. Laksamana tidur di tengah-tengah pasar itu. Laksamana terdengar hentakan kaki yang kuat. Laksamana mengetahui kedatangan Kertala Sari. Kertala Sari berjalan di tengah pasar dan tertendang tubuh Laksamana. Praktis 5 Laksamana membahagikan harta itu kepada tiga bahagian, Laksamana telah mengambil satu bahagian. Bahagian tersebut kemudiannya telah diagihkan pula kepada tiga bahagian; satu bahagian didermakan kepada fakir miskin, satu bahagian untuk orang-orang bawahannya yang tidak berjawatan, dan satu bahagian lagi kepada semua pengikutnya. Semua harta itu habis dibahagikan, Laksamana tidak mengambil sedikit pun harta tersebut. Soalan 5 - Peribahasa Praktis 1 (i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (ii) Seperti aur dengan tebing Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) Usaha tangga keyajaan/ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (ii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Praktis 2 (i) Melentur buluh biarlah dari rebungnya (ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) Masa lagi rebunglah hendak lentur, jangan dinantikan sampai jadi aur (ii) Bapa borek anak rintik/ Bagaimana rupa begitulah bayangnya Praktis 3 (i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan (ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri (iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga/ Air dicencang tidak akan putus Praktis 4 (i) Bagai menatang minyak yang penuh (ii) Bagai kacang lupakan kulit (iii) Hidung tinggi Praktis 5 (i) Seperti belut pulang ke lumpur/ Seperti gagak pulang ke benua (ii) Bagai aur dengan tebing/ Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga/ Air ditetak tidak akan putus Praktis ke Arah SPM Soalan 1 Kata kerja transitif : memaparkan/ melibatkan/ melaporkan/ menimbulkan Kata sendi nama : dalam, di Ayat: (i) Aktiviti gotong-royong itu melibatkan semua penghuni di Taman Desa. (ii) Adik melaporkan kejadian yang berlaku tadi kepada ibu. (iii) Aina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. (iv) Saya menunggu ayah menjemput saya pulang di hadapan pintu masuk sekolah. Soalan 2 (i) Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan (sesuatu). (ii) Musim hujan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kali ini bermula pada pertengahan November. (iii) Musim hujan ini juga berlaku di Sarawak. (iv) Musim hujan ini juga berlaku di Sabah. (v) Hujan lebat yang berterusan dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut. (vi) Monsun Timur Laut diramalkan bertiup pada kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam. CONTOH
J11 BM Tingkatan 4 Jawapan Soalan 3 (i) Semua pejuang-pejuang – Semua pejuang/ Pejuangpejuang (ii) bertungkus-lumus – bertungkus lumus (iii) dari – daripada (iv) membanjiri – menitis (v) dihargai oleh kita – kita hargai (vi) patriotisma – patriotisme (vii) musnah – pudar (viii) menyahut – menyambut (ix) menginsafkan – keinsafan (x) Bukan – Tidak (xi) orang-orang tua – orang tua-tua Soalan 4 Selepas baginda mendengar sembah orang yang datang mengadu itu, baginda terkejut lalu menampar-nampar pahanya. Baginda bertitah, “Wah, negeri beta ditimpa malapetaka pula! Nasib baik ada Laksamana; jika Laksamana beta utuskan ke negeri lain, musnahlah negeri beta ini.” Soalan 5 (i) Besar periuk besarlah keraknya (ii) Berdakwat biar hitam/ Mandi biar basah Bab 4 Petikan Umum Praktis 1 (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud frasa peningkatan trend ialah meningkat secara mendadak. (ii) Merujuk Bahan 1, punca-punca kemurungan ialah dibuli, prestasi akademik yang rendah, kehilangan ibu bapa, sering kesunyian, dan berasa keseorangan. Merujuk Bahan 2, punca kemurungan ialah peristiwa trauma seperti kehilangan ibu bapa, didera atau dibuli secara fizikal dan emosi atau penderaan seksual, pemikiran negatif, dan perubahan hormon juga punca kemurungan. (iii) Pada pendapat saya, antara cara untuk mengurangkan tekanan ialah berkongsi perasaan dengan seorang yang boleh dipercayai dan dapat memahami perasaan kita. Selain itu, berehat sambil mendengar alunan muzik yang lembut dan menenangkan juga antara cara mengurangkan tekanan. Cara seterusnya ialah meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] (iv) Antara langkah yang akan saya lakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ialah saya akan menghubunginya untuk mengetahui sama ada dia mampu atau tidak untuk menguruskan perasaannya. Selain itu, saya akan menghubungi ibu bapanya agar mengambil serius perkara itu. Akhir sekali, saya akan menemaninya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar dan menerima rawatan yang betul. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] Praktis 2 (i) Berdasarkan Bahan 2, frasa manfaat yang besar bermaksud kelebihan yang banyak. (ii) Dengan merujuk Bahan 1, kepentingan mengamalkan cara hidup sihat ialah dapat mencegah kenaikan berat badan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes dan kanser. Merujuk Bahan 2, apabila tubuh dalam keadaan sihat, otak akan dirangsang untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti harian. (iii) Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan bersukan kurang mendapat sambutan ialah kesibukan bekerja. Selain itu, sukan dalam talian yang semakin popular juga menyebabkan bersukan kurang mendapat sambutan. Akhir sekali, remaja tidak gemar berpeluh. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – anak-anak kurang mendapat galakan daripada keluarga (iv) Antara cara yang sihat untuk mengurangkan berat badan ialah mengira kalori untuk mengelakkan makan berlebihan. Dengan mengira kalori, seseorang akan menyedari betapa banyaknya makanan yang diambil. Selain itu, melakukan senaman kardiovaskular (kardio) seperti berjalan atau berjoging bagi membantu badan membakar kalori dengan cepat. Akhir sekali, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu seseorang menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan mereka. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] Praktis 3 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa memperkukuh keharmonian ialah mengeratkan kemesraan. (ii) Merujuk Bahan 1, kepentingan memelihara kebudayaan dan kesenian bangsa ialah dapat memelihara identiti bangsa. Selain itu, kebudayaan dan kesenian bangsa dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang. Merujuk Bahan 2, kebudayaan dan kesenian bangsa mewujudkan persefahaman antara kaum. (iii) Pada pendapat saya, antara langkah untuk mempopularkan permainan tradisional yang lain ialah mempromosikan permainan tradisional tersebut di media sosial dan media massa negara luar. Selain itu, kerajaan harus mempertandingkan permainan tradisional tersebut di sukan-sukan luar. Akhir sekali, kerajaan perlu menghantar jurulatih tempatan untuk melatih atlet luar negara untuk mempopularkan permainan tradisional. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – menjemput atlet luar untuk berkongsi ilmu permainan tradisional tersebut di negara kita (iv) Dua keunikan gasing dan wau ialah mempunyai ukiran yang menarik berasaskan flora dan fauna yang membawa maksud-maksud tertentu. Selain itu, gaya permainan yang unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – proses pembuatan yang agak lama dan menggunakan bahan-bahan tradisional – warna-warna yang menarik apabila sedang dimainkan CONTOH
J12 BM Tingkatan 4 Jawapan Petikan Sastera Praktis 1 (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata sangat tiada merasai susah ialah tidak pernah menghadapi dugaan. (ii) Berdasarkan semua bahan, ciri-ciri seorang pemimpin yang baik ialah merupakan seorang yang adil. Selain itu, pemimpin juga perlu bijak menyelesaikan masalah. Seterusnya, pemimpin yang baik tidak mengharapkan sanjungan rakyat. Akhir sekali, pemimpin yang baik bersikap jujur dan bertanggungjawab. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – seseorang yang mengikut perintah agama (iii) Pada pendapat saya, kesan yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh seorang pemimpin yang tidak berkaliber ialah negara akan menjadi huru-hara. Keadaan ini akan menyebabkan kepercayaan daripada para pelabur hilang. Selain itu, ekonomi akan jatuh dan pembangunan negara terganggu. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] (iv) Bantuan-bantuan yang sesuai ialah bantuan makanan untuk memastikan mangsa tidak kelaparan. Selain itu, bantuan motivasi juga harus diberikan kepada mangsa bagi memastikan mangsa tetap bersemangat untuk menghadapi dugaan. Seterusnya, bantuan kesihatan untuk memastikan rawatan dapat diberikan kepada mereka yang cedera. Akhir sekali, bantuan kewangan untuk membolehkan mangsa membaiki kerosakan yang dialami mereka. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – bantuan barangan keperluan harian seperti barangan keperluan wanita Praktis 2 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud frasa hati yang betul hendak disahaja ialah sentiasa mengamalkan jiwa yang bersih. (ii) Berdasarkan Bahan 1, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk memastikan diri mereka tidak terjebak dalam gejala negatif ialah memelihara telinga daripada mendengar perkara buruk. Seterusnya, tidak pergi ke tempat yang boleh mempengaruhi diri melakukan perkara negatif. Berdasarkan Bahan 2, pandai mencari kawan dan sentiasa mengikut perintah agama. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – menjaga lidah agar tidak bercakap perkara buruk (iii) Pada pendapat saya, golongan remaja lebih mudah terpengaruh dengan gejala negatif kerana mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Selain itu, remaja suka mencuba sesuatu yang baharu. Akhir sekali, mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – pengaruh media sosial (iv) Antara langkah menguruskan stres ialah mendapatkan bantuan kaunselor dan berkongsi masalah dengan rakan yang boleh dipercayai. Langkah seterusnya, berbincang dengan ibu bapa tentang punca stres. Akhir sekali, bersukan bagi melupakan masalah. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – sentiasa berdoa kepada Tuhan – melancong ke tempat-tempat yang menenangkan – mengalihkan fikiran kepada aktiviti-aktiviti lain Praktis 3 (i) Berdasarkan Bahan 3, frasa berkaparan sahaja habis mati bermaksud terbaring sahaja tidak bernyawa. (ii) Berdasarkan Bahan 1, antara cara seseorang individu menunjukkan rasa sayang terhadap haiwan ialah memberi makanan dan tempat berteduh kepada haiwan. Berdasarkan Bahan 2, mengubati haiwan jika tercedera dan mengambil haiwan tersebut untuk dibela. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – tidak mencederakan binatang (iii) Pada pendapat saya, haiwan berhak disayangi seperti manusia kerana haiwan juga mempunyai perasaan. Selain itu, haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Akhir sekali, haiwan juga boleh merasai sakit seperti manusia. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – haiwan boleh dijadikan teman kepada manusia (iv) Tindakan yang akan saya ambil bagi menghentikan penganiayaan haiwan ialah menelefon pihak berkuasa. Selain itu, saya akan menjerit dengan sekuat hati untuk menakutkan pelaku. Seterusnya, saya akan menegur dengan baik supaya tindakan tersebut dihentikan. Akhir sekali, saya akan mengambil video sebagai bukti untuk digunakan sebagai dakwaan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – mendapatkan bantuan daripada orang dewasa berdekatan Praktis 4 (i) Frasa Megahkan Bahasa Kita di dalam Bahan 2 ialah bangga menggunakan bahasa Melayu. (ii) Berdasarkan semua bahan, keadaan bahasa Melayu kini semakin terpinggir dan tidak digunakan oleh golongan muda dengan cara yang betul. Selain itu, bahasa Melayu dirojakkan. Akhir sekali, bahasa Melayu masih dianggap sebagai bahasa perpaduan dan menjadi lambang bangsa. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] (iii) Pada pendapat saya, kepentingan menguasai bahasa ibunda terhadap seseorang individu ialah lebih dihormati dalam kalangan masyarakat. Selain itu, orang yang menguasai bahasa ibunda akan menjadi rujukan orang lain dalam masalah bahasa. Akhir sekali, orang yang menguasai bahasa ibunda mempunyai jati diri yang lebih kukuh. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – mempunyai personaliti yang lebih menarik kerana bijak berbahasa – mudah mendapat pekerjaan dalam bidang bahasa (iv) Dua punca bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan remaja ialah pengaruh media sosial. Hal ini demikian kerana ramai orang dipengaruhi oleh penggunaan bahasa daripada artis-artis yang diminati mereka. Selain itu, sistem pendidikan di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat sekolah yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – peranan ibu bapa. Ibu bapa menggunakan bahasa Inggeris/ rojak di rumah CONTOH
J13 BM Tingkatan 4 Jawapan – Istilah-istilah tertentu yang lebih dikenali dalam bahasa Inggeris. Terdapat istilah-istilah tertentu yang agak janggal/ jarang digunakan dalam bahasa Melayu terutamanya istilah sains dan teknologi Praktis 5 (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud penyajak apabila beliau menyatakan waktu itu aku kenal batas diri ialah waktu itu dia mengetahui kemampuan dirinya. (ii) Berdasarkan semua bahan, sikap yang perlu ada pada seseorang remaja agar mampu menempuh dugaan hidup ialah bersedia untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Selain itu, berhati-hati agar tidak mudah terperdaya. Seterusnya, tidak boros. Akhir sekali, berani menempuh dugaan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – tidak mengulangi kesalahan yang lalu – sentiasa yakin ketika melakukan sesuatu perubahan/ kebaikan – tidak mungkir janji – jangan sombong (iii) Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan mendidik remaja sejak kecil dengan nilai-nilai murni. Selain itu, guru-guru pula memberikan ilmu yang mampu digunakan untuk masa depan. Seterusnya, kerajaan menyediakan latihan yang sesuai mengikut kemampuan dan kemahiran remaja. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – pihak swasta dan badan bukan kerajaan membantu remaja dengan menyediakan program-program atau peluang kerjaya (iv) Bantuan yang mampu saya berikan ialah mendengar masalah rakan dengan penuh teliti. Selain itu, saya akan menemani rakan untuk berjumpa dengan pihak yang boleh membantunya mengurangkan beban. Seterusnya, saya akan memberikan nasihat yang positif kepada rakan. Akhir sekali, saya akan membawa rakan melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatiannya daripada masalah. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – menunjukkan perkongsian emosi dengan rakan agar dirinya berasa lebih tenang Praktis 6 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa suara-suara momokan sumbang yang dinyatakan pada rangkap ke-3 ialah hasutan-hasutan negatif. (ii) Berdasarkan semua bahan, tanggungjawab rakyat bagi memastikan kemerdekaan negara tetap terpelihara ialah memelihara perpaduan kaum di Malaysia. Selain itu, tidak terpengaruh dengan hasutan petualang bangsa. Seterusnya, mengharumkan nama negara di persada dunia. Akhir sekali, sentiasa setia dan menyokong pemimpin negara. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – menuntut ilmu untuk membantu negara pada masa hadapan (iii) Pada pendapat saya, media sosial kini mampu menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat Malaysia kerana berita palsu sukar dikawal. Selain itu, masyarakat mudah terpengaruh dengan anasir luar. Akhir sekali, anak muda sering menyalahgunakan media sosial untuk memutarbelitkan fakta. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – sesetengah maklumat di dalam media sosial tidak dibaca sepenuhnya oleh pengguna media sosial sehingga menyebabkan berlaku salah faham antara kaum – mudah berlaku provokasi di dalam media sosial – petualang bijak bersembunyi di dalam media sosial menggunakan identiti palsu (iv) Aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan objektif tersebut ialah menayangkan filem kenegaraan seperti Paskal dan Mat Kilau. Selain itu, mengadakan lawatan ke muzium sejarah seperti Muzium Perang. Seterusnya, mengadakan karnival sejarah yang mempamerkan pelbagai maklumat sejarah. Akhir sekali, bekerjasama dengan pihak tentera untuk membuat ceramah bagi menaikkan semangat patriotik murid. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – pertandingan sketsa kenegaraan Praktis 7 (i) Berdasarkan Bahan 1, frasa bukan barang-barang penjurit bermaksud bukan pahlawan yang biasa. (ii) Berdasarkan semua bahan, kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri ialah dapat membantu orang lain jika diperlukan. Selain itu, kita dapat berkhidmat kepada pemimpin. Seterusnya, kita dapat memelihara pusaka lama. Akhir sekali, nama kita akan dikenang jika ilmu digunakan ke arah kebaikan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – supaya kelihatan gagah dan segak (iii) Pada pendapat saya, langkah meningkatkan semangat remaja untuk menyertai seni mempertahankan diri ialah pihak sekolah wajar menubuhkan kelab seni mempertahankan diri untuk menggalakkan penyertaan murid-murid. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai pertandingan seni mempertahankan diri. Akhir sekali, kerajaan membuka peluang kepada remaja untuk menyertai pertandingan seni mempertahankan diri ketika di sekolah. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – kerajaan menjalankan kempen-kempen bagi memperkenalkan jenis-jenis seni mempertahankan diri di Malaysia – kerajaan membuka peluang kerjaya kepada remaja yang menyerlah dalam bidang seni mempertahankan diri – kerajaan menjadikan seni mempertahankan diri sebagai salah satu silibus dalam pendidikan (iv) Tindakan yang boleh saya ambil untuk membantu murid tersebut ialah menelefon pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, saya akan menegur secara berhemah. Seterusnya, saya akan mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih dewasa. Akhir sekali, saya akan menggunakan ilmu seni mempertahankan diri hanya ketika perlu. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – mengambil video sebagai bukti dan menakutkan pelaku Praktis 8 (i) Berdasarkan Bahan 3, maksud sekelumit ilmu yang mengisi dada ialah ilmu yang sedikit di dalam dada. CONTOH
J14 BM Tingkatan 4 Jawapan (ii) Berdasarkan semua bahan, kepentingan ilmu pengetahuan di dalam diri ialah kita tidak mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, ilmu penting agar kita dapat membuat pertimbangan yang rasional. Akhir sekali, ilmu yang kita kuasai membolehkan kita membezakan sesuatu yang baik dan buruk dalam kehidupan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – membanggakan ibu bapa – menjamin kerjaya dan masa depan (iii) Pada pendapat saya, perkara penting yang harus dimiliki oleh seseorang individu selain ilmu yang diperoleh secara formal di sekolah ialah budi bahasa. Selain itu, sentiasa melakukan kebaikan. Seterusnya, boleh bekerja dalam pasukan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – keimanan di dalam hati (iv) Alasan-alasan yang akan saya berikan kepada ibu bapa ialah saya akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dengan menguasai bahasa asing. Selain itu, saya tidak akan ditipu oleh penduduk tempatan semasa melancong. Seterusnya, saya mudah untuk mendapatkan harga barangan yang lebih murah semasa melancong. Akhir sekali, bahasa asing itu dapat digunakan sebagai salah satu bahasa tambahan kelak. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – akan digunakan untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan kebolehan berbahasa asing Praktis 9 (i) Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa petak-petak sawah berbuah emas ialah pokok padi yang sedang menguning. (ii) Berdasarkan Bahan 1, persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang belia menceburi bidang pertanian ialah memohon bantuan dana daripada pihak terlibat. Selain itu, mendapatkan sokongan moral daripada orang terdekat seperti keluarga dan rakan. Berdasarkan Bahan 2, sentiasa bermotivasi untuk mengubah kehidupan dan mencari ilmu berkaitan jenis tanaman yang akan diusahakan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] (iii) Pada pendapat saya, kebanyakan belia enggan menceburi bidang pertanian kerana mereka menganggap bidang pertanian tidak menjanjikan keuntungan. Selain itu, bidang pertanian mempunyai risiko yang tinggi. Akhir sekali, mereka lebih suka bekerja `makan gaji’. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga – sukar mendapatkan pinjaman kewangan atau modal (iv) Antara kepentingan menceburi bidang pertanian kepada diri ialah dapat membantu diri memperbaik nasib keluarga dan bekerja mengikut masa yang sesuai dengan diri sendiri. Manakala kepentingan menceburi bidang pertanian kepada masyarakat ialah bidang pertanian mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling apabila berjaya. Kepentingan menceburi bidang pertanian kepada negara pula ialah dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan pada produk pertanian dari luar negara. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – dapat menjadi majikan kepada diri sendiri/ masyarakat – mampu menjadi suri teladan/ sumber motivasi kepada golongan muda yang lain – menambahkan bekalan pertanian negara – menambahkan pendapatan eksport negara Praktis 10 (i) Berdasarkan Bahan 1, frasa adegan sumbang bermaksud sikap buruk. (ii) Berdasarkan Bahan 1, kesan apabila bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah anak muda akan terpengaruh dengan bahasa-bahasa dari luar. Selain itu, anak muda akan hilang identiti dan jati diri bangsa. Berdasarkan Bahan 2, bahasa Melayu akan semakin lenyap sebagai salah satu khazanah yang dibanggakan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] (iii) Pada pendapat saya, semangat mencintai bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda kerana mereka dipengaruhi budaya luar dan mengikut trend semasa. Selain itu, bahasa Inggeris lebih dipandang sebagai bahasa yang menunjukkan kemodenan juga menyebabkan bahasa Melayu semakin terhakis dalam kalangan anak-anak muda. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – pengaruh peranti-peranti yang menggunakan istilah-istilah bahasa Inggeris – filem-filem luar yang mudah meresap dalam ingatan anak-anak muda (iv) Cadangan saya ialah menambahkan majalah-majalah berbahasa Melayu di pusat sumber. Selain itu, katakata motivasi berkaitan bahasa Melayu perlu ditampal pada dinding-dinding pusat sumber. Seterusnya, Kamus Dewan harus disediakan di setiap meja belajar murid. Akhir sekali, sekolah perlu mengadakan pertandingan bahasa secara mingguan dengan hadiah yang menarik untuk meningkatkan semangat cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – membuat tempahan majalah bahasa Melayu secara dalam talian untuk dipinjam pada waktu petang – meletakkan semua buku bahasa Melayu yang menarik berdekatan dengan meja belajar murid Praktis 11 (i) Berdasarkan Bahan 3, frasa daripada sakit telinga dengar umpat caci orang bermaksud daripada mendengar orang berkata buruk tentang orang lain. (ii) Berdasarkan semua bahan, masalah yang dihadapi oleh golongan tua kini ialah tidak dihormati oleh golongan muda. Selain itu, mereka juga tinggal sendirian di desa dan dianggap menyusahkan oleh masyarakat. Akhir sekali, mereka sentiasa merindui ahli keluarga yang tidak pulang menjenguk mereka. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – ditinggalkan anak-anak di rumah orang-orang tua (iii) Pada pandangan saya, pengabaian warga tua semakin menjadi-jadi kini kerana anak-anak sibuk dengan kerjaya. Selain itu, ibu bapa tidak mahu mengikut anak-anak tinggal di kota. Akhir sekali, masyarakat menganggap golongan tua sebagai golongan yang menyusahkan. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] CONTOH
J15 BM Tingkatan 4 Jawapan – ibu bapa/ warga tua tiada pewaris/ anak – kos rawatan warga tua yang tinggi hingga menyebabkan anak-anak enggan bersusah payah – kemiskinan keluarga anak-anak (iv) Persediaan yang akan saya buat bagi memastikan hari tua saya kelak lebih bermakna ialah saya akan membuat simpanan yang mencukupi. Selain itu, saya perlu menjaga kesihatan sejak muda. Seterusnya, saya harus memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni supaya mereka menghargai jasa ibu bapa yang bersusah payah membesarkan mereka. [Terima mana-mana jawapan yang relevan] – membuat persediaan asas seperti rumah dan kereta untuk hari tua Novel Praktis 1 (i) Sebab-sebab Lili berasa sedih: – tidak mampu menyuarakan keinginannya kepada ibu – ingin memanfaatkan cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah bersama-sama temanteman sekelas – ingin mengikuti majlis perpisahan pengetua sekolah – perlu berpura-pura gembira dan tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung [Isi cukup : 3] (ii) Peristiwa yang dijadikan iktibar Leftenan Adnan Wira Bangsa – Peristiwa Sophia mengikut suaminya, Leftenan Adnan berpindah ke Pasir Panjang. Iktibarnya ialah seseorang isteri hendaklah taat kepada suami dan mengikut suami ke mana-mana sahaja. – Peristiwa Pak Saidi menghantar anaknya, Adnan belajar di sekolah Inggeris meskipun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Pak Saidi juga sanggup menghantar dan mengambil anaknya di sekolah yang jauh dengan basikal pada setiap hari. Iktibarnya ialah kita harus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya agar masa depan anak menjadi cerah. – Peristiwa Leftenan Adnan memimpin pasukannya untuk terus mempertahankan kubu yang strategik itu meskipun sudah ramai yang terkorban dan pasukan mereka juga telah kehabisan peluru. Iktibarnya ialah kita harus mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan penjajah. Jendela Menghadap Jalan – Peristiwa Lili menceritakan kejadian Che Jah dan anak-anaknya yang didera oleh suami kepada Kak Mimah, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Iktibarnya ialah kita mestilah berani melaporkan kes keganasan rumah tangga dan penganiayaan kanak-kanak kepada pihak terbabit bagi melindungi mangsa daripada segala bentuk keganasan. – Peristiwa Haziq dan Rafiq yang suka mencuri harta benda orang kampung dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah berubah akhirnya. Iktibarnya ialah kita perlu mendidik anak dengan penuh kasih sayang agar mereka tidak salah memilih rakan dan terjebak dalam masalah sosial. – Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya, Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan. Iktibarnya, seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Pantai Kasih – Peristiwa Raiha tetap melahirkan anaknya walaupun suaminya, Doktor Sadiz mendesaknya untuk menggugurkan janin dalam kandungan kerana janin itu tidak normal sewaktu menjalani ujian ultrasound. Iktibarnya ialah kita perlu menerima ketentuan Tuhan dengan tabah. – Peristiwa Doktor Raiha prihatin dengan nasib Unong Siron. Baginya, pembedahan kali keenam ini tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi pembedahan tersebut dilakukan oleh doktor pakar. Iktibarnya, kita janganlah mementingkan keuntungan atas kesusahan orang lain. Di Sebalik Dinara – Peristiwa Farisha dapat mengagak bahawa ada sesuatu di sebalik tawaran lumayan yang bernilai RM1.5 juta oleh Syarikat Soft Lab. Iktibarnya ialah kita tidak sewajarnya mudah terpengaruh oleh kebendaan. – Peristiwa Azraai yang sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di rumah Farisha yang bersambung ke rumahnya. Iktibarnya ialah kita haruslah menyayangi dan mengambil berat terhadap ahli keluarga. Praktis 2 (i) Bapa Raiha membantah hasratnya untuk menjadi pakar bedah kerana : – bapanya merasakan kerjaya sebagai seorang pakar bedah memang tidak sesuai dengan Raiha – tidak membawa faedah kepada hidup Raiha dalam jangka masa panjang – IQ orang lelaki tidak sama dengan kaum wanita – merasakan Raiha harus menyediakan diri untuk menjadi suri rumah sepenuhnya – Raiha harus menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bakal suami dan anak-anaknya kelak – bapanya tidak mahu Raiha menjadi macam arwah ibunya [Isi cukup : 3] (ii) Ciri-ciri yang menepati watak Leftenan Adnan Wira Bangsa Berani Leftenan Adnan berani berhadapan dengan tentera Jepun biarpun dia sedar bahawa dia akan dibunuh. Berilmu Leftenan Adnan menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya untuk mempertahankan kubu mereka daripada dicerobohi. Tabah Menghadapi Cabaran Leftenan Adnan tabah menghadapi kesusahan hidup hingga terpaksa belajar sambil membantu bapanya di kebun getah dan sawah ketika kecil. CONTOH
J16 BM Tingkatan 4 Jawapan Penyayang Kasih sayang Leftenan Adnan kepada isterinya tidak pernah luntur biarpun terpaksa tinggal berjauhan. Jendela Menghadap Jalan Berani Lili berani untuk campur tangan dalam masalah Che Jah dengan suaminya yang panas baran. Berilmu Lili sentiasa menggunakan masa senggangnya untuk melakukan aktiviti berfaedah agar dia sentiasa dapat menimba ilmu. Contohnya, dia membaca buku sepanjang perjalanan di dalam bas ke kampung datuk dan neneknya. Tabah Menghadapi Cabaran Lili tetap sabar menempuh ujian apabila dia diculik oleh anak-anak Che Jah. Penyayang Lili amat menyayangi ibunya sehinggakan dia mematuhi arahan ibunya untuk pulang ke kampung biarpun berat hati. Pantai Kasih Berani Dr. Raiha berani menegur Felicia walaupun Felicia tidak menerima teguran tersebut. Berilmu Dr. Raiha sangat berpengalaman dalam bidang perubatan sehingga mendapat gelaran doktor pakar. Tabah Menghadapi Cabaran Dr. Raiha tabah menghadapi ujian apabila suaminya tidak sanggup menerima anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Penyayang Dr. Raiha sangat prihatin terhadap pesakitnya. Contohnya, Unong Siron. Di Sebalik Dinara Berani Farisha seorang wanita yang berani kerana menerima tawaran Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara. Berilmu Farisha seorang yang bijak dalam bidang perkomputeran. Tabah Menghadapi Cabaran Farisha tabah menghadapi dugaan apabila mengetahui bahawa ayah kandungnya sanggup mempergunakan dirinya untuk kepentingan dunia teknologi. Penyayang Farisha sangat sedih apabila mengetahui abangnya, Azraai menghidap penyakit jantung. Praktis 3 (i) Kesan negatif percampuran kafein dan rokok kepada kesihatan manusia ialah: – kemurungan – tekanan darah tinggi – kekeliruan mental – osteoporosis – kanser – kardiovaskular (ii) Konflik dan cara mengatasinya Leftenan Adnan Wira Bangsa – Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan. – Leftenan Adnan berdepan dengan konflik apabila ibu dan ayahnya mahu menjodohkannya dengan Sophia. Bagi menyelesaikan konflik ini, Adnan akur dengan keputusan ibu bapanya dan berkahwin dengan Sophia apabila mengenangkan jasa ibu bapanya. – Adnan berdepan dengan konflik apabila Budin tidak berpuas hati dengan Adnan yang telah mengalahkan pasukan bola sepak dari kampungnya. Bagi menyelesaikan konflik ini, mereka mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dengan jaguh Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan itu tidak sah. Jendela Menghadap Jalan – Watak utama dalam novel ini ialah Lili. – Lili berdepan dengan konflik apabila ibunya mahu dia menghabiskan cuti bersama-sama datuk dan neneknya di daerah Dungun, Terengganu. Bagi menyelesaikan konflik ini, Lili patuh kepada arahan ibunya demi menjaga hati ibunya. – Lili berdepan dengan konflik apabila dia bersimpati dengan nasib Che Jah yang sering didera suaminya yang tidak bertanggungjawab dan kelakuan anakanaknya yang terlibat dalam masalah sosial. Bagi menyelesaikan konflik ini, Lili telah mendapatkan bantuan Puan Hamimah, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pantai Kasih – Watak utama dalam novel ini ialah Raiha. – Raiha berdepan dengan konflik apabila hasratnya mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Ayahnya juga memperkecil kemampuannya sebagai seorang wanita. Bagi menyelesaikan konflik ini, Raiha mengikuti pengajian perubatan dan belajar bersungguh-sungguh. Dia berkeras untuk terus memenuhi impian dan cita-citanya sehingga menjadi pakar bedah. – Raiha berdepan dengan konflik apabila Felicia bercakap kasar dengan ibu tua Unong Siron. Bagi menyelesaikan konflik ini, Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap ibu tua Unong Siron kerana dia berpendapat bahawa cara berkenaan salah dari segi etika kerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih. – Raiha berdepan dengan konflik apabila suaminya, Dr. Sadiz memintanya menggugurkan kandungan setelah mengetahui anak yang dikandungnya itu OKU. Bagi menyelesaikan konflik ini, Raiha tetap melahirkan anaknya. Di Sebalik Dinara – Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. – Farisha berdepan dengan konflik apabila dia mengetahui dirinya hanyalah anak angkat kepada keluarga Azraai. Farisha berasa sangat sedih dan menangis semalaman. Bagi menyelesaikan konflik ini, Farisha menghadapi situasi tersebut dengan tabah. Dia meminta Azraai bercerita lebih lanjut tentang ibu bapa kandungnya. CONTOH
J17 BM Tingkatan 4 Jawapan – Farisha berdepan dengan konflik apabila ibunya, Marilyn menyuruh Farid dan Amin menculiknya. Marilyn berkomunikasi dengan Farisha dalam tidur untuk menceritakan perkara yang berlaku. Bagi menyelesaikan konflik ini, Farisha tidak mahu menerimanya dan menganggap semua yang dilakukan oleh ibunya merupakan muslihat dan bertujuan untuk membunuhnya. Praktis 4 (i) Dokumen yang ada dalam fail plastik tersebut ialah: – bermacam-macam surat yang diserahkan oleh arwah ayah Azraai. – dokumen semasa arwah ayah Azraai membuat permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. – sijil anak angkat. [Isi cukup : 3] (ii) Perwatakan watak utama Leftenan Adnan Wira Bangsa Watak utama : Leftenan Adnan • Rajin – membantu bapanya di kebun getah dan sawah serta disenangi oleh rakan-rakan dan guruguru kerana sikap tersebut. • Taat – tidak membantah pertunangan yang diaturkan oleh ibu bapanya. • Berani dan bersemangat juang yang tinggi – tidak gentar menentang musuh dan tetap tidak mahu menyerah kalah walaupun mengetahui banyak askar Melayu yang gugur. Jendela Menghadap Jalan Watak utama : Lili • Taat kepada ibu bapa – tidak menghampakan harapan ibunya supaya dia menghabiskan cuti persekolahannya bersama-sama datuk dan nenek di kampung. • Berani – membersihkan luka di kepala Haziq walaupun dia pernah diculik oleh Haziq. • Prihatin – berusaha membantu Che Jah yang menghadapi masalah keluarga, iaitu suaminya sering memukulnya dan anak-anaknya terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mencuri. Pantai Kasih Watak utama : Doktor Raiha • Bertanggungjawab – sentiasa menjalankan tugasnya sebagai doktor dengan penuh tanggungjawab. • Penyayang – sangat menyayangi anaknya, Rohayu walaupun Rohayu merupakan kanak-kanak istimewa. • Prihatin – prihatin terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih seperti Unong Siron yang mengalami komplikasi. Di Sebalik Dinara Watak utama : Farisha • Bijak – berjaya menggodam sistem di Bank Sapurba. • Penyayang – sangat menyayangi abangnya, Azraai dan berasa sangat sedih apabila mendapat tahu Azraai menghidap penyakit jantung. • Pemaaf – memaafkan kesalahan Karl yang sedang nazak walaupun Karl telah berlaku zalim terhadapnya semasa masih bayi. Bab 5 Praktis 1 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan faktor-faktor Melaka menjadi tarikan pelancong dan usaha memulihkan industri pelancongan berikutan pandemik COVID-19. Isi Fokus Bahan Isi Faktor-faktor Melaka menjadi tarikan pelancong 1 Kemasyhuran elemen sejarah dan keunikan budaya berbilang kaum. Melaka kaya dengan pelbagai sejarah yang bukan sahaja berkisar pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Menyimpan sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan. Keunikan warisan budaya yang tiada di negeri lain di Malaysia. 2 Tiada 3 Terkenal dengan sejarah keunikan budaya dan kepelbagaian kaum. Mempunyai bukti tinggalan sejarah bangsa dan budaya yang menjadi tarikan kepada para pelancong. Usaha memulihkan industri pelancongan berikutan pandemik COVID-19 1 Penawaran pelbagai pakej dan tawaran menarik yang diadakan menerusi agensi serta produkproduk pelancongan yang ada di Melaka. Memastikan semua penggiat industri pelancongan di negeri itu bersiap sedia untuk memulakan operasi atau perkhidmatan masing-masing dengan mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan. Melancarkan kempen Dream Now Travel Later (DNTL) dan memperkenalkan aplikasi Melaka excess. Melancarkan promosi pakej 'Melakan Visit Melaka 2020'. 2 Mengadakan promosi pelancongan. Pakej kombo tiket. 3 Tiada CONTOH
J18 BM Tingkatan 4 Jawapan Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya industri pelancongan perlu dimajukan agar dapat merancakkan pembangunan negara. Praktis 2 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kepentingan memupuk semangat patriotik kepada generasi muda dan cara-cara memupuk semangat patriotik. Isi Fokus Bahan Isi Kepentingan memupuk semangat patriotik 1 Merupakan asas utama yang akan menjadikan negara lebih kuat dan maju. Dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum. Semangat patriotik mampu menjadi benteng untuk memastikan kemerdekaan negara akan terus dapat didaulatkan. 2 Tiada 3 Semangat patriotik menebal di hati. Daulat negara kekal terjaga. Kemakmuran negara terus dipacu. Kemerdekaan Malaysia dapat dikekalkan. Cara-cara memupuk semangat patrotik 1 Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. 2 Mengibarkan Jalur Gemilang. Nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai. Pertandingan pakaian kebangsaan bertemakan warna Jalur Gemilang. Pertandingan melukis poster kemerdekaan, deklamasi sajak, dan hias kenderaan. 3 Tiada Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya semangat patriotik perlu dipupuk agar mampu memangkin jati diri yang unggul dalam diri remaja. Praktis 3 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kepentingan membaca dan langkahlangkah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja. Isi Fokus Bahan Isi Kepentingan membaca 1 Membaca penting untuk seseorang menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat. Membaca membolehkan seseorang menguasai dan memahami kosa kata dengan lebih mendalam. Kemahiran menulis akan bertambah baik dengan bertambahnya perbendaharaan kata. Membaca menajamkan minda. 2 Tiada Langkahlangkah menggalakkan amalan membaca dalam kalangan remaja 1 Kerajaan memperuntukkan baucar buku kepada para pelajar di universiti awam dan universiti swasta. CONTOH
J19 BM Tingkatan 4 Jawapan Kerajaan dan swasta juga memperkenalkan banyak potongan harga kepada kelompok ini untuk membeli buku dengan diskaun yang mencecah 50 peratus. Pihak sekolah perlu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menggalakkan amalan membaca. Langkah menyenaraikan buku dan tema yang ingin dibaca juga dapat membantu memotivasikan diri untuk sentiasa menghabiskan bacaan. 2 Ibu bapa merupakan model yang paling dekat mendedahkan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini di rumah. Sekolah menyediakan pelbagai bacaan yang menarik di pusat sumber untuk menggalakkan murid membaca. Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku untuk membeli bahan bacaan yang sesuai. Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya amalan membaca perlu dibudayakan agar dapat membentuk insan yang berguna pada masa hadapan. Praktis 4 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan menabung dan faktor pengurusan kewangan lemah. Isi Fokus Bahan Isi Kebaikan menabung 1 Membolehkan seseorang merencanakan masa hadapan dengan ekonomi yang kukuh dan mapan. Dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Mendidik remaja supaya berjimat cermat. Dapat mengelakkan pembaziran. 2 Menambahkan wang simpanan. Memupuk amalan berjimat cermat. Membantu keluarga semasa dalam kecemasan. Menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran. Faktor pengurusan kewangan lemah 1 Perbelanjaan tidak teratur. Kurangnya motivasi dan disiplin. Lebih berminat untuk meminjam dengan bank atau agensi pemberi dana bagi mendapatkan wang lebih cepat berbanding mengumpul atau menyimpan wang sejak usia kecil. 2 Tiada Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya aktiviti menabung perlu dijadikan amalan agar masa hadapan lebih terjamin. Praktis 5 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan tanda-tanda masalah kesihatan mental dan usaha-usaha untuk membendung peningkatan kes berkaitan kesihatan mental. Isi Fokus Bahan Isi Tanda-tanda masalah kesihatan mental 1 Makan dan tidur yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Mengasingkan diri daripada individu lain. Mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang biasa dilakukan. Tidak berupaya dan tidak berdaya. CONTOH
J20 BM Tingkatan 4 Jawapan Mengalami naik turun perasaan yang menyebabkan punca kepada permasalahan dalam perhubungan sosial. 2 Letih lesu. Keresahan yang teruk. Kerisauan yang berlebihan. Perubahan selera makan. Masalah tidur. 3 Tiada Usahausaha untuk membendung peningkatan kes berkaitan kesihatan mental 1 Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat tentang tanggapan negatif terhadap masalah kesihatan mental dan pesakitnya. Kempen ‘Let’s Talk Minda Sihat’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat membuka jalan kepada individu yang berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Mendapatkan bantuan dengan meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai. Mendapatkan bantuan daripada profesional. 2 Tiada 3 Mendapatkan bantuan profesional. Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai. Mengamalkan cara hidup sihat. Mengelakkan pengambilan alkohol atau dadah. Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya masalah kesihatan mental perlu ditangani dengan segera agar kes berkaitan kesihatan mental dapat dibendung. Penilaian Akhir Tahun Kertas 1 Bahagian A Cadangan jawapan Bahagian A Pendahuluan Seseorang murid yang cemerlang harus menguasai kaedah pembelajaran berkesan. Apakah langkah-langkah belajar secara berkesan? Isi 1 (Langkah/ Kaedah) A (Apa) Penggunaan Internet sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. (Bahan 1) B (Bagaimana) Bahan-bahan yang lebih berinteraktif dan menarik. C (Contoh) Contohnya, melayari laman sesawang seperti blog atau Youtube. D (Dampak/ Kesan) Menambahkan pemahaman dan pengetahuan murid-murid. Isi 2 (Langkah/ Kaedah) A (Apa) Pembelajaran secara berkumpulan. (Bahan 2) B (Bagaimana) Mampu bertukar-tukar pendapat dan saling membantu. C (Contoh) Rakan menjadi guru kepada rakan yang lain. D (Dampak/ Kesan) Menjadikan belajar lebih menyeronokkan dengan berkongsi ilmu dan pengetahuan. Isi 3 (Langkah/ Kaedah) A (Apa) Membuat nota ringkas. (Bahan 3) B (Bagaimana) Dijadikan sebagai rujukan pantas. C (Contoh) Bentuk i-Think seperti peta bulatan, peta pokok, dan peta alir. D (Dampak/ Kesan) Mampu membantu memberi gambaran keseluruhan idea. Penutup Cadangan Kesimpulannya banyak kaedah belajar secara berkesan. Harapan Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bahagian B Cadangan jawapan Bahagian B Soalan 1 Pendahuluan Tema Makanan seimbang merupakan usaha penting untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Isu Kesihatan merupakan anugerah paling berharga. Kehendak soalan Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang? Isi 1 (Kepentingan) A (Apa) Tumbesaran tubuh yang sempurna. B (Bagaimana) Badan mendapat vitamin yang secukupnya. C (Contoh) Pengambilan buah-buahan dan sayursayuran. CONTOH
J21 BM Tingkatan 4 Jawapan D (Dampak/ Kesan) Sistem di dalam badan dapat bekerja dengan sempurna. P (Penegasan) Tidak memerlukan makanan tambahan yang mempunyai kesan sampingan. Isi 2 (Kepentingan) A (Apa) Mengelakkan sebarang jenis penyakit. B (Bagaimana) Kecenderungan masyarakat untuk makan makanan segera. C (Contoh) Penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi. D (Dampak/ Kesan) Kandungan lemak dan minyak yang tinggi. P (Penegasan) Membawa kesan kepada kandungan gula dan kesihatan jantung. Isi 3 (Kepentingan) A (Apa) Menjimatkan wang. B (Bagaimana) Makanan seimbang lebih mudah dan murah untuk disediakan. C (Contoh) Kurang minyak dan gula. D (Dampak/ Kesan) Badan menjadi lebih sihat dan cergas. P (Penegasan) Tidak menghabiskan wang untuk mendapatkan rawatan kelak. Penutup Kesimpulan Kesimpulannya, banyak kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang. Cadangan Melahirkan masyarakat yang cemerlang dan berakal tajam kerana badan sihat, otak cerdas. Harapan Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Soalan 2 Pendahuluan Tema Kemalangan jalan raya merupakan pembunuh utama di Malaysia. Isu Jumlah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya semakin meningkat saban tahun. Kehendak soalan Apakah langkah-langkah mengelakkan kemalangan jalan raya? Isi 1 (Langkah) A (Apa) Menyelenggara kenderaan. B (Bagaimana) Kebanyakan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik. C (Contoh) Brek yang tidak mencengkam dan tayar yang telah haus. D (Dampak/ Kesan) Menyebabkan kes kemalangan semakin meningkat. P (Penegasan) Buat penyelenggaraan mengikut cadangan yang telah disediakan oleh syarikat pengeluar. Isi 2 (Langkah) A (Apa) Jangan memandu ketika mabuk. B (Bagaimana) Kesedaran asas kepada para pemandu. C (Contoh) Kerajaan telah menyediakan kawasan Rehat & Rawat sepanjang perjalanan. D (Dampak/ Kesan) Ambil masa untuk menyegarkan diri sebelum menyambung perjalanan. P (Penegasan) Membantu pemanduan menjadi selamat dan akan sampai ke destinasi yang dituju. Isi 3 (Langkah) A (Apa) Kerajaan perlu menyelenggara jalan raya. B (Bagaimana) Jalan berlopak dan kehadiran objek di atas jalan menyebabkan kemalangan berlaku. C (Contoh) Laluan khas. D (Dampak/ Kesan) Membuat laluan khas kepada kenderaan berat yang sering merosakkan jalan. P (Penegasan) Buat lawatan ke tempat yang sering menjadi kawasan kemalangan dengan lebih kerap. Penutup Kesimpulan Kesimpulannya, banyak langkah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Cadangan Imej negara disanjung di mata dunia kerana kemampuan kita mematuhi peraturan dan berhemah tinggi semasa di jalan raya. Harapan Ingat orang tersayang. Soalan 3 Pendahuluan Tema Industri herba telah dikesan mampu memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negara. Isu Namun begitu, pengusaha kecil dilihat kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi industri ini. Kehendak soalan Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini? Isi 1 (Peranan) A (Apa) Kerajaan menyediakan kursus-kursus berkaitan. B (Bagaimana) Di bawah seliaan universiti-universiti tempatan. C (Contoh) IPTA/ IPTS/ Institut Kemahiran MARA (IKM) D (Dampak/ Kesan) Turun padang ke kampung-kampung untuk memberi kesedaran tentang peluang-peluang yang disediakan. CONTOH
J22 BM Tingkatan 4 Jawapan P (Penegasan) Beri kemudahan yang diperlukan untuk mendidik anak-anak muda berkaitan industri ini. Isi 2 (Peranan) A (Apa) Menyediakan modal yang mencukupi. B (Bagaimana) Boleh juga memberi peluang pinjaman mudah kepada golongan muda yang berminat. C (Contoh) Melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA). D (Dampak/ Kesan) Memberi peluang kepada penggiat industri untuk mencuba nasib dalam industri ini. P (Penegasan) Dapat melahirkan ramai usahawan dalam industri herba. Isi 3 (Peranan) A (Apa) Menyediakan insentif. B (Bagaimana) Memberi galakan kepada anak-anak muda untuk menjadi usahawan. C (Contoh) Hadiah atau insentif khas seperti gelaran. D (Dampak/ Kesan) Mampu membakar semangat anak-anak muda. P (Penegasan) Memberi teladan kepada usahawanusahawan lain untuk turut menceburi bidang industri herba. Penutup Kesimpulan Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani isu yang dinyatakan. Cadangan Kerajaan perlu berani dalam melakukan anjakan paradigma untuk membawa industri herba menjadi produk multinasional dan mampu berdaya saing di peringkat global. Harapan Tak kenal maka tak cinta. Soalan 4 Pendahuluan Tema Bahasa Melayu merupakan identiti rakyat Malaysia. Isu Namun kini, bahasa ini semakin dipinggirkan. Kehendak soalan Apakah punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Isi 1 (Punca) A (Apa) Bahasa Melayu terlalu remeh untuk dipelajari. B (Bagaimana) Anak muda tidak melihat potensi bahasa Melayu dalam bidang kerjaya. C (Contoh) Penggunaan bahasa asing. D (Dampak/ Kesan) Pengaruh bahasa Inggeris yang terlalu kuat. P (Penegasan) Mereka menganggap belajar bahasa asing lebih berbaloi dan menjanjikan kerjaya yang lebih luas. Isi 2 (Punca) A (Apa) Bahasa Melayu dianggap kolot. B (Bagaimana) Ada antara anak-anak muda menganggap bahasa Melayu akan menjatuhkan standard mereka. C (Contoh) Istilah bahasa Inggeris. D (Dampak/ Kesan) Kelihatan lebih mudah dituturkan berbanding bahasa Melayu. P (Penegasan) Akhirnya bahasa Melayu menjadi bahasa kedua. Isi 3 (Punca) A (Apa) Ibu bapa tidak mendedahkan kepentingan bahasa Melayu sejak kecil. B (Bagaimana) Lebih gemar bertutur bahasa Inggeris di rumah. C (Contoh) Video, filem atau drama dalam bahasa Inggeris. D (Dampak/ Kesan) Ibu bapa merelakan anak-anak bercakap menggunakan bahasa rojak. P (Penegasan) Anak-anak menjadi hilang minat untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Penutup Kesimpulan Kesimpulannya, banyak faktor bahasa Melayu semakin dipinggirkan kini. Cadangan Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Melayu. Harapan Bahasa jiwa bangsa. Kertas 2 Bahagian A Soalan 1 Kata hubung Contoh Ayat yang Kereta yang berwarna merah itu milik ayah. atau Dia tidak pasti sama ada ingin bercuti di Malaysia atau di Indonesia. hingga Saya ingin mencuba sebaik mungkin hingga berjaya. apabila Ibu menghidupkan pendingin hawa apabila sampai ke rumah. Soalan 2 (i) Penjagaan dan kaedah didikan khas diperlukan oleh kanak-kanak autisme. (ii) Terapi bagi membantu kanak-kanak ini mengawal simptom autisme mereka turut dijalankan oleh Pusat Jagaan Autisme Kelantan (KACC). (iii) Langkah menjalinkan kerjasama pintar dengan komuniti yang memberikan manfaat bersama diorak oleh Kelab Penyayang UMK. CONTOH
J23 BM Tingkatan 4 Jawapan Soalan 3 Bahan 1 Kesalahan Pembetulan Matapelajaran Mata pelajaran sessi sesi berapa beberapa pada kepada saujana sarjana melanjutkan dilanjutkan Bahan 2 Kesalahan Pembetulan Di Pada nasionalisma nasionalisme persoalkan mempersoalkan bidang aspek masaalah masalah Soalan 4 Laksamana memakai pakaian askar. Laksamana berjalan. Pada malam itu cahaya kelam dan hujan rintik. Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana tidur di tengah pasar. Laksamana mendengar bunyi tapak kaki Kertala Sari yang sungguh kuat. Laksamana tahu bahawa itu ialah Kertala Sari. Soalan 5 (i) jauh perjalanan, luas pengalaman (ii) rusa masuk kampung (iii) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Bahagian B Soalan 6 (i) Maksud rangkai kata implikasi buruk ialah kesan negatif. (ii) Bahan 1 Tanda-tanda seseorang telah menghidapi penyakit diabetes: – kerap membuang air kecil – otot menjadi lemah Bahan 2 – tidak aktif dalam kehidupan seharian secara fizikal – mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. [Isi cukup: 2] (iii) Masyarakat di Malaysia kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat kerana: – kesibukan bekerja – tidak didedahkan sejak kecil – bergantung pada ubat-ubatan/ makanan tambahan – tidak suka berpeluh (Terima mana-mana jawapan yang sesuai) [Isi cukup: 2] (iv) Tindakan yang wajar saya lakukan untuk membantunya menjalani gaya hidup yang lebih sihat ialah: – menasihatinya untuk menjaga pemakanan – mengajaknya untuk berjoging/ bersukan/ beriadah bersama-sama – mencadangkan langkah-langkah menjaga kesihatan/ menurunkan paras gula dalam darah – membawanya berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat (Terima mana-mana jawapan yang sesuai) [Isi cukup: 3] Soalan 7 (i) Kejayaan perhimpunan pemimpin di Johor: – berjaya menubuhkan PEKEMBAR – Inggeris sudah membatalkan Malayan Union (ii) Bahan 1 Ciri-ciri seorang anak muda yang akan dihormati: – setiap katanya berpengaruh – tindak-tanduk yang berpengaruh Bahan 2 – berpendirian – berani – berilmu [Isi cukup: 2] (iii) Langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk peribadi mulia dalam diri remaja: – menerapkan ilmu agama – menjadi suri teladan kepada anak-anak – menegur setiap kesalahan anak-anak secara berhemah – mendidik sejak mereka kecil tentang keperibadian mulia (Terima mana-mana jawapan yang sesuai) [Isi cukup: 2] (iv) Langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk menimba ilmu berkaitan kepimpinan: – membaca – berjumpa dengan guru / kaunselor untuk bertanya – menyertai kem kepimpinan – mendapatkan nasihat daripada rakan yang berpengalaman (Terima mana-mana jawapan yang sesuai) [Isi cukup: 3] Soalan 8 (i) Pak Karim bersetuju dengan penubuhan pasukan Askar Melayu kerana: – inilah peluang anak-anak muda Melayu menjadi askar – mereka akan dilatih menggunakan senjata seperti pistol, senapang, dan meriam – Askar Melayu boleh mempertahankan tanah air kita apabila diserang musuh [Isi cukup: 3] (ii) Peristiwa yang menyentuh hati Leftenan Adnan Wira Bangsa – Kesungguhan Adnan untuk berhenti kerja sebagai seorang guru dan menyertai askar Melayu pada ketika itu meskipun banyak mendapat tentangan. Namun atas dasar semangat cinta akan tanah air, beliau teruskan cita-citanya. Alasan: Semangat patriotisme. CONTOH
J24 BM Tingkatan 4 Jawapan – Kematian leftenan setelah berhempas pulas melawan komunis. Beliau tidak menyerah kalah biarpun pasukannya sudah tidak mampu lagi menentang kekuatan komunis pada ketika itu. Alasan: Berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Jendela Menghadap Jalan – Keganasan rumah tangga Che Jah yang telah menyebabkan dia dan anak-anaknya menderita sejak sekian lama. Kedua-dua anaknya terpaksa menanggung tekanan sehingga menyebabkan mereka melakukan pelbagai perkara negatif. Alasan: Ketabahan seorang isteri. – Kesabaran datuk menerima kenyataan bahawa orang kampung sudah tidak lagi mengharapkannya untuk memulihkan sakit mereka menggunakan ubat-ubatan tradisional. Datuk tetap berpegang pada prinsip bahawa ubat herba tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Alasan: Ketabahan hati seorang orang tua. Pantai Kasih – Doktor Raiha tabah menerima kematian anaknya, Rohayu yang terlibat dalam kemalangan kereta yag dirancang oleh suaminya sendiri, Doktor Sadiz. Doktor Raiha menerima dengan reda dan menganggap bahawa itu ialah takdir Tuhan. Alasan: ketabahan hati seorang ibu. – Unong Siron, iaitu pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) tabah menjalani pembedahan bagi penyakit sendi tulang pinggul walaupun setelah enam kali dibedah oleh doktor di pusat rawatan itu. Pembedahan kali ke-6 yang dikendalikan oleh Doktor Raiha akhirnya berjaya. Alasan: Kesabaran menghadapi ujian. Di Sebalik Dinara – Farisha menerima berita yang tidak disangka-sangka apabila dia mendapat tahu bahawa dia hanyalah anak angkat kepada keluarga Azraai. Farisha tetap bersabar dan menerima dengan reda. Alasan: Reda atas ujian. – Marylin berusaha mencari anaknya yang terpisah sejak sekian lama. Marylin yang banyak bersabar dengan tindakan Dr. Karl telah berusaha menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan. Alasan: Kasih sayang seorang ibu. Bahagian C Soalan 9 Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 & Fokus 2 Rumusan membincangkan kebaikan/ manfaat/ kepentingan/ faedah pembelajaran secara maya dan langkah/ usaha/cara penambahbaikan pembelajaran secara maya. Isi Fokus Bahan Isi Cadangan pilihan Kebaikan pembelajaran secara maya Bahan 1 Dapat memberi akses kepada pelajar untuk membuat persediaan lengkap. Tidak akan ketinggalan dalam mengejar sukatan pelajaran bagi sesuatu subjek. Dapat bertanyakan soalan secara Iangsung kepada guru atau pensyarah. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih komprehensif dan menarik. Bahan 2 Dapat membuat rujukan pantas semasa sesi pengajaran. Bahan 3 Walau jauh di ceruk desa dapat belajar tanpa masalah. Bersama rakan dapat berkongsi bahan. CONTOH
J25 BM Tingkatan 4 Jawapan Langkah penambahbaikan pembelajaran secara maya Bahan 1 Rangkaian Internet perlu diperluas capaiannya. Mental dan motivasi pelajar juga perlu dipersiap agar mereka lebih bersedia menerima perubahan. Institusi pendidikan seharusnya melakukan kajian tentang penerimaan pelajar terhadap pembelajaran secara maya. Bahan 2 Guru perlu bijak memberi tugasan yang bersesuaian. Bahan 3 Tiada Jumlah 8 Penutup Kesimpulannya Tema Kesan Kesimpulannya pembelajaran secara maya haruslah dipraktikkan agar dapat menyediakan suasana pembelajaran yang efektif. Kertas 3 Ujian Bertutur Bahagian A : Taksiran Individu Tema : Sains dan teknologi Panduan Menjawab 1 Apakah yang anda dapat lihat berdasarkan gambar berikut? • Penggunaan peranti pintar seperti komputer mempunyai banyak fungsi. • Komputer digunakan dalam urusan kewangan dan membeli-belah. • Komputer juga mampu menghubungkan manusia melalui panggilan dalam talian. • Komputer juga turut digunakan untuk membuat sesuatu tetapan pada peranti. Tip Mendapat Markah Cemerlang Lihat gambar yang diberikan di dalam rangsangan dan tafsirkannya mengikut kefahaman murid. Kadangkala maklumat yang terdapat di dalam gambar turut disebut dalam pernyataan yang diberikan. 2 Sejauh manakah anda menggunakan peranti pintar dalam kehidupan seharian anda? • Saya menggunakan peranti pintar untuk mendapatkan maklumat terutamanya dalam pelajaran. • Saya juga mengaplikasikan telefon pintar untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui media sosial. • Melalui komputer pula, saya menghantar maklumatmaklumat penting melalui e-mel. • Komputer saya digunakan untuk menyimpan data-data penting. Tip Mendapat Markah Cemerlang Jelaskan penggunaan peranti pintar menggunakan kata ganti nama diri `saya’ untuk menunjukkan pengalaman diri murid sendiri. 3 Pada pendapat anda, adakah wajar peranti pintar dikaitkan dengan keburukan semata-semata? • Tidak wajar. • Terdapat banyak kebaikan peranti pintar yang boleh dipertimbangkan selain keburukan semata-mata. • Keburukan peranti pintar hanya wujud jika digunakan secara tidak bertanggungjawab. • Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tip Mendapat Markah Cemerlang Murid perlu menyatakan pendirian terlebih dahulu sama ada wajar atau tidak wajar sebelum memberikan alasan. 4 Apakah langkah yang wajar dilakukan untuk memastikan masyarakat lebih berdisiplin ketika menggunakan peranti pintar? • Kerajaan perlu memperkasakan kempen `Klik dengan Bijak’. • Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menggunakan peranti pintar secara berhemah. • Guru menyampaikan maklumat tentang kesan buruk media sosial jika digunakan secara tidak berdisiplin di dalam kelas. • Masyarakat sendiri haruslah saling berwaspada agar tidak melakukan aktiviti sumbang menggunakan peranti pintar. Tip Mendapat Markah Cemerlang Murid boleh membincangkan peranan pelbagai pihak kerana tidak dinyatakan secara khusus pihak yang bertanggungjawab. Bahagian B : Taksiran Kumpulan TEMA : Alam Sekitar Panduan Menjawab Soalan Isi Cadangan Tip Mendapat Markah Cemerlang Faktor Kemarau • Perubahan suhu dunia menyebabkan kemarau berlaku dalam tempoh masa yang agak lama. • Kekurangan hujan menyebabkan proses kitaran air berlaku dengan sangat perlahan. Murid boleh membincangkan isi ini dengan menggunakan pengetahuan dalam CONTOH subjek Geografi.
J26 BM Tingkatan 4 Jawapan • Penggunaan air secara maksimum menyebabkan air bersih tidak dapat diganti secara semula jadi. • Kemarau juga turut mencemarkan kandungan air sedia ada. Faktor sikap masyarakat • Masyarakat membuang sampah ke dalam sungai. • Terdapat kilangkilang yang mengalirkan sisa ke sungai. • Penggunaan baja kimia oleh para petani. • Penambakan sungai dan laut untuk tujuan pembangunan. Murid boleh memilih untuk menyebut satu isi sahaja dan menghuraikannya dengan mendalam dengan contoh yang sesuai. Peranan semua pihak • Masyarakat memperkasakan amalan kitar semula. • Kerajaan mendenda kilangkilang yang mengalirkan sisa ke sungai. • Para petani menggunakan baja organik. • Pengawalan aktiviti penambakan sungai dan laut. Murid boleh mencadangkan peranan semua pihak berdasarkan faktor yang telah dibincangkan di atas supaya isi lebih teratur. Kertas 4 Ujian Mendengar Petikan 1 Kesan-kesan Masalah Buli dan Langkah Mengatasinya Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. Buli fizikal pula melibatkan perbuatan fizikal hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Kesan utama gejala buli di sekolah ialah mangsa buli akan berasa bimbang dan risau untuk hadir ke sekolah. Kebanyakan mangsa buli tidak mampu melawan pembulinya hinggakan takut untuk bertentang mata dengan mereka ketika di sekolah. Lumrahnya, pembuli akan cuba mendapatkan mangsanya untuk melakukan sesuatu atas kepentingan diri sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang cuba menimbulkan rasa benci pihak ketiga kepada mangsa agar tindakan sumbangnya mendapat sokongan orang lain. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menggunakan kelemahan masing-masing sebagai subjek untuk ditertawakan. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Hal ini juga menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa malu untuk hadir ke sekolah. Jawapan 1 Kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang. 2 Pelajar akan ponteng sekolah. 3 (i) Takut (ii) Malu 4 sokongan 5 Kelemahan Petikan 2 Kemegahan Gua Niah dapat dilihat dengan jelas dari pekan Batu Niah. Gua Niah merupakan salah satu destinasi yang harus dilawati oleh penduduk negeri Sarawak. Malangnya kebanyakan warga Sarawak, malah warga berhampiran seperti dari Bekenu, Niah, Miri, dan Bintulu yang belum pernah menjejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. Gua Niah terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar raya Miri dan boleh dilawati dengan mudah menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Gua Niah masyhur kerana terdapat penemuan penting dalam sejarah dunia. Ahli-ahli arkeologi telah menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara, iaitu pada empat puluh ribu tahun yang lalu. Penemuan seperti lukisan batu, fosil manusia, dan kayak kecil seperti keranda menjadi bukti bahawa gua ini pernah dijadikan sebagai kawasan perkuburan manusia pada zaman dahulu. Bagi pencinta alam dan sejarah, inilah salah satu lokasi untuk menghayati keindahan flora dan fauna selain mengenali dan mencintai aspek dan nilai sejarahnya. Penerokaan di Taman Negara Niah pasti akan memberi pengalaman yang menarik dan berharga, apatah lagi jika ini merupakan pengalaman yang pertama seseorang yang ingin menjelajah gua. Jawapan 1 Warga berhampiran belum pernah menjejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. 2 Seseorang yang pertama kali. 3 Salah 4 Betul 5 Lukisan batu CONTOH
J27 BM Tingkatan 4 Jawapan Petikan 3 E-sukan Sukan di Malaysia melalui fasa perkembangan dan pembangunan yang rancak. Pada era sebelum kemerdekaan, sukan seperti badminton, bola sepak, dan olahraga banyak mengharumkan nama negara dengan pencapaian yang memberangsangkan. Bermula 1998, sukan yang boleh dianggap baharu atau kurang popular oleh rakyat Malaysia seperti boling dan acara terjun mula mendapat perhatian. Kini, tumpuan terarah pula kepada sukan permotoran, sukan lasak dan yang terbaharu, e-sukan. Hal ini menyebabkan definisi sukan juga banyak berubah sejak beberapa dekad ini. Olimpik diilhamkan daripada tradisi sukan masyarakat Yunani kuno. Aspek beradu fizikal menjadi ukuran. Namun, macam mana pula sukan elektronik atau e-sukan dapat disesuaikan dengan keadaan ini? Hal ini kerana e-sukan tidak memerlukan atlet untuk mempunyai kekuatan fizikal. Jadi, kita sewajarnya membuat penyesuaian dalam meneliti e-sukan berdasarkan perkembangan terbaharu ini. Perkembangan e-sukan di Malaysia agak progresif. Bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan anjuran kelab, e-sukan mendapat tempat di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018. Malaysia juga telah menghantar atlet e-sukan ke Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, dan Sukan Asia Tenggara 2019 di Manila, Filipina. E-sukan juga sedang dipertimbangkan untuk dipertandingkan di Sukan Asia 2022 di China. Jawapan 1 Filipina 2 Indonesia 3 China 4 C 5 A Petikan 4 Antara kebaikan rancangan realiti televisyen ialah rancangan sebegini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada penonton. Contohnya, rancangan Clever Girl Malaysia yang dapat membantu kita untuk mendapatkan pengetahuan am yang disoal di dalam program tersebut. Rancangan realiti televisyen juga mampu menerapkan nilai murni dalam masyarakat. Rancangan-rancangan tersebut bukan sahaja dapat menghiburkan masyarakat, malah sesetengah rancangan realiti yang bersifat pertandingan dapat memupuk semangat berpasukan bagi peserta dalam rancangan realiti televisyen tersebut. Misalnya, rancangan Explorace yang menerapkan nilai kesabaran dan semangat kerjasama dalam pasukan. Seterusnya, rancangan realiti televisyen juga boleh mencungkil bakat-bakat dalam industri seni tanah air. Contohnya, platform pencarian bakat seperti Idola Kecil dan Ceria Pop Star yang berjaya melahirkan bakat-bakat yang mampu mengharumkan nama negara menerusi artis-artis kelahiran rancangan realiti televisyen tersebut. Di samping itu, rancangan realiti televisyen juga dapat mencungkil bakat baharu dalam pelbagai bidang lain seperti lakonan dan tarian. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pelapis-pelapis muda dalam dunia lakonan untuk menyerlahkan bakat yang dimiliki oleh mereka Misalnya, sesi uji bakat lakonan di TV3 yang dapat melahirkan seniman yang berbakat dalam bidang lakonan dan tarian tradisional. Jawapan 1 Menerapkan nilai kesabaran – kerjasama [1 isi cukup] 2 Program – Idola Kecil – Ceria Pop Star [1 isi cukup] 3 Mencungkil bakat lakonan – tarian [1 isi cukup] 4 Menghiburkan penonton 5 Seniman Petikan 5 Durian Durian atau nama saintifiknya 'Durio' merupakan buah tropika yang terkenal di dunia terutamanya di Asia Tenggara kerana isinya yang manis, lembut, dan aromanya yang enak. Maka, tidak hairanlah jika durian menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun. Raja buah ini juga dikatakan sangat berkhasiat sekiranya dimakan sebaik sahaja buahnya gugur. Jika buah durian disimpan terlalu lama sebelum dimakan khasiatnya akan berkurangan manakala kualiti rasanya akan terganggu. Durian mengandungi antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Kajian mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan. Dari segi sektor ekonomi pula, durian merupakan antara penyumbang pendapatan negara apabila nilai eksport produk ini boleh mencecah RM60 juta pada setiap tahun. Tahun ini, kerajaan telah menyasarkan nilai eksport produk durian negara meningkat sehingga RM400 juta berdasarkan permintaan tinggi bagi raja buah ini sekali gus membolehkan petani dan pengusaha mendapat peluang yang lebih baik pada masa hadapan. Jawapan 1 ✓ 2 ✗ 3 ✓ 4 antioksidan 5 zat besi 6 RM60 juta CONTOH 7 RM400 juta
CONTOH