7 BM Tingkatan 4 Bab 1 Praktis 4 Tema 9 Sayangi Malaysiaku Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah salah seorang penduduk di kawasan tempat tinggal anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memaklumkan mereka masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut. Anda dikehendaki mencadangkan bantuan yang wajar disalurkan. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. CONTOH
8 BM Tingkatan 4 Bab 1 Praktis 5 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Maklumat di bawah berkaitan penggunaan kad kredit. Huraikan pendapat anda tentang penggunaan kad kredit. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pantas Elak kecurian wang Tempoh Kempen: 1 September 2023 sehingga 31 Mac 2024 CONTOH Pulangan rebat
9 BM Tingkatan 4 Bab 2 Sekilas Info 1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. 3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. 4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah. 5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit. 6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, cereka/ imaginasi, dan keperihalan. 7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu: (i) domain awam (ii) domain peribadi (iii) domain pendidikan (iv) domain kerjaya 1 Karangan Jenis Ulasan Tema 14: Sihat dan Bersih Pilihanku Domain Awam Masalah berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia mencecah 29.4 peratus dan kegemukan pula sebanyak 15.1 peratus. Bilangan rakyat Malaysia yang gemuk akan terus meningkat jika tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan masyarakat bagi mengurangkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai langkah proaktif mengatasi isu kegemukan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui berjalan 10 000 langkah sehari. Sumber : Dipetik daripada ‘Fokus Kecergasan Masyarakat Bandar Elak Masalah Obesiti’ Prof Dr Ahmad Ismail, [email protected], 21 Februari 2018 Petikan akhbar di atas menyatakan terdapat peningkatan kes kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menyedari hal ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyedarkan masyarakat berkaitan risiko ini. Usaha ini dapat mengatasi masalah ini dan mewujudkan masyarakat yang lebih sihat. Berikan ulasan anda dalam hal ini. Pendahuluan Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisutisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan masyarakat mengenainya. Isi 1 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan ialah mewujudkan Klinik Obesiti. 2 Bab Karangan Umum Info Digital 2 Panduan menulis karangan respons terbuka CONTOH
10 BM Tingkatan 4 Bab 2 Mengapa Inisiatif ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti secara berfokus sebagaimana Klinik Diabetes yang berfungsi di semua klinik kerajaan dan hospital. Bagaimana Klinik Obesiti ini menggunakan kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui pantauan oleh pegawai yang berpengalaman dan berkaliber. Kesan Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih ramai ahli masyarakat yang malu untuk hadir ke sesi sebegini, namun tetap terdapat segelintir yang telah sedar dan berjaya dibantu. Ungkapan Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak. Penegas Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan berjaya meningkatkan kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Isi 2 Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen kesihatan melalui iklan-iklan di media massa bagi menyedarkan masyarakat. Mengapa Iklan di media massa merupakan trend terkini yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam dunia moden kini. Media massa bertindak lebih cepat untuk mempengaruhi masyarakat berbanding dengan kaedah kempen secara bersemuka. Bagaimana Di dalam iklan yang disediakan, pihak KKM telah menjelaskan secara terperinci tentang kesan obesiti terhadap organ-organ dalaman seseorang individu agar masyarakat sedar akan kepentingan untuk mengelakkan obesiti. Kesan Hasilnya, seseorang individu yang disajikan iklan yang sama berkali-kali dalam sehari, seminggu atau sebulan akan mulai sedar dan mula mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang telah disarankan bersama-sama iklan tersebut. Ungkapan Dalam hal ini, kesedaran utama yang perlu diterapkan oleh masyarakat ialah sentiasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana seandainya nasi sudah menjadi bubur segalanya sudah tidak berguna. Penegas Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa kerajaan telahpun berusaha untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya obesiti melalui iklan-iklan kesedaran di televisyen. Isi 3 KKM juga telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti. Contohnya, Kempen 10 000 langkah sehari yang kini mula menghias bahubahu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Mengapa Hal ini amat penting untuk dilaksanakan kerana masyarakat akan didorong dengan mudah untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang paling mudah, iaitu berjalan kaki di kawasan tempat tinggal tanpa memerlukan sebarang kos. Bagaimana Di sesetengah kawasan perumahan, beberapa papan tanda telah diletakkan untuk menunjukkan tempat bermula dan jarak kilometer yang telah dilalui oleh seseorang individu yang berjalan kaki. Kesan Keadaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada seseorang individu untuk melepasi target 10 000 langkah berjalan kaki dalam sehari. CONTOH
11 BM Tingkatan 4 Bab 2 Ungkapan Sememangnya bagi sesetengah individu, jarak 10 000 langkah sehari agak besar jumlahnya, namun alah bisa tegal biasa. Penegas Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen 10 000 langkah sehari yang telah dijalankan oleh kerajaan membawa 1 001 makna kepada usaha untuk mengurangkan kadar obesiti di negara kita. Isi 4 Akhir sekali, KKM dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan Negara telah memperkenalkan sukan-sukan baharu untuk memastikan masyarakat sentiasa mendekati gaya hidup sihat. Antara sukan terkini yang menjadi tumpuan masyarakat ialah berbasikal. Mengapa Kadangkala, sukan-sukan yang tular kini mampu menarik perhatian masyarakat melalui peranan artis-artis yang menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Bagaimana Apabila pihak kerajaan menggunakan ikon-ikon masyarakat ini untuk mempromosikan sejenis sukan, keberkesanannya akan lebih ketara berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Lebih hebat lagi, kerajaan juga telah berusaha menganjurkan acara-acara yang lebih santai dan bersifat masyarakat bagi membina keyakinan seseorang individu untuk bersukan. Kesan Seseorang individu yang mampu membina keyakinannya untuk bersukan dan istiqamah dalam menjalani gaya hidup sihat semestinya akan mampu mengelakkan obesiti. Ungkapan Biar apa pun sukan yang diceburi, pepatah Melayu telah menyebut, “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Penegas Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menyokong usaha kerajaan dengan menjadi duta tidak rasmi ke arah mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat kepada masyarakat sekeliling. Penutup Penegasan Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Cadangan Masyarakat sewajarnya menyokong penuh usaha ini bagi memastikan masyarakat sihat dan sejahtera dapat direalisasikan. Harapan Semoga usaha KKM ini dapat mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di negara-negara Asia Tenggara. Ungkapan Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati sejiwa merealisasikan impian murni ini. Karangan Lengkap Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisutisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan masyarakat mengenainya. CONTOH
12 BM Tingkatan 4 Bab 2 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan ialah mewujudkan Klinik Obesiti. Inisiatif ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti secara berfokus sebagaimana Klinik Diabetes yang berfungsi di semua klinik kerajaan dan hospital. Klinik Obesiti ini menggunakan kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui pantauan oleh pegawai yang berpengalaman dan berkaliber. Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih ramai ahli masyarakat yang malu untuk hadir ke sesi sebegini namun tetap terdapat segelintir yang telah sedar dan berjaya dibantu. Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak. Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan berjaya meningkatkan kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini. Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen kesihatan melalui iklan-iklan di media massa bagi menyedarkan masyarakat. Iklan di media massa merupakan trend terkini yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam dunia moden kini. Media massa bertindak lebih cepat untuk mempengaruhi masyarakat berbanding dengan kaedah kempen secara bersemuka. Di dalam iklan yang disediakan, pihak KKM telah menjelaskan secara terperinci tentang kesan obesiti terhadap organ-organ dalaman seseorang individu agar masyarakat sedar akan kepentingan mengelakkan obesiti. Hasilnya, seseorang individu yang disajikan iklan yang sama berkali-kali dalam sehari, seminggu atau sebulan akan mulai sedar dan mula mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang telah disarankan bersama-sama iklan tersebut. Dalam hal ini, kesedaran utama yang perlu diterapkan oleh masyarakat ialah sentiasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana seandainya nasi sudah menjadi bubur segalanya sudah tidak berguna. Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa kerajaan telahpun berusaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya obesiti melalui iklan-iklan kesedaran di televisyen. KKM juga telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti. Contohnya, Kempen 10 000 langkah sehari yang kini mula menghias bahu-bahu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Hal ini amat penting untuk dilaksanakan kerana masyarakat akan didorong dengan mudah untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang paling mudah, iaitu berjalan kaki di kawasan tempat tinggal tanpa memerlukan sebarang kos. Di sesetengah kawasan perumahan, beberapa papan tanda telah diletakkan untuk menunjukkan tempat bermula dan jarak kilometer yang telah dilalui oleh seseorang individu yang berjalan kaki. Keadaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada seseorang individu untuk melepasi target 10 000 langkah berjalan kaki dalam sehari. Sememangnya bagi sesetengah individu, jarak 10 000 langkah sehari agak besar jumlahnya namun alah bisa tegal biasa. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen 10 000 langkah sehari yang telah dijalankan oleh kerajaan membawa 1001 makna kepada usaha untuk mengurangkan kadar obesiti di negara kita. Akhir sekali, KKM dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan Negara telah memperkenalkan sukansukan baharu untuk memastikan masyarakat sentiasa mendekati gaya hidup sihat. Antara sukan terkini yang menjadi tumpuan masyarakat ialah berbasikal. Kadangkala, sukan-sukan yang tular kini mampu menarik perhatian masyarakat melalui peranan artis-artis yang menjadi pujaan dan ikutan masyarakat. Apabila pihak kerajaan menggunakan ikon-ikon masyarakat ini untuk mempromosikan sejenis sukan, keberkesanannya akan lebih ketara berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Lebih hebat lagi, kerajaan juga telah berusaha menganjurkan acara-acara yang lebih santai dan bersifat masyarakat bagi membina keyakinan seseorang individu untuk bersukan. Seseorang individu yang mampu membina keyakinannya untuk bersukan dan istiqamah dalam menjalani gaya hidup sihat semestinya akan mampu mengelakkan obesiti. Biar apa pun sukan yang diceburi, pepatah Melayu telah menyebut, “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menyokong usaha kerajaan dengan menjadi duta tidak rasmi ke arah mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat kepada masyarakat sekeliling. Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Masyarakat sewajarnya menyokong penuh usaha ini bagi memastikan masyarakat sihat dan sejahtera dapat direalisasikan. Semoga usaha KKM ini dapat mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di negara-negara Asia Tenggara. Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati sejiwa merealisasikan impian murni ini. CONTOH
13 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 1 Tema 7: Demi Kedamaian Domain Pendidikan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah tegas dan proaktif perlu dilakukan dalam aktiviti rekreasi bagi mengelakkan kecelakaan hingga boleh membunuh apabila kemalangan itu membabitkan peralatan atau mesin. "Peralatan yang sesuai dan lengkap diperlukan untuk memastikan kecederaan dapat dielakkan," katanya. Sumber: Berita Harian Online Petikan akhbar di atas menerangkan betapa pentingnya peralatan yang sesuai dan lengkap diperlukan untuk memastikan kemalangan sukan dapat dielakkan. Setelah membaca artikel tersebut, anda sebagai seorang pegawai sukan yang berpengalaman dalam menguruskan aktiviti sukan ingin membuat ulasan di akhbar tempatan berkaitan punca kemalangan sukan dan langkah mengatasinya. Tulisan ulasan anda selengkapnya. 2 Karangan Jenis Fakta Tema 6: Dunia Pelancongan Domain Awam Kerajaan Negeri Sembilan fokus memperkasakan bidang ekopelancongan dan rekreasi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, negeri ini yang mempunyai Hutan Simpanan Kekal seluas 155 549 hektar boleh dieksploitasi dengan baik dalam membangunkan bidang ekopelancongan. “Usaha yang wajar dilaksanakan bagi memastikan ekopelancongan terus maju adalah dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur awam yang lengkap,” katanya. Sumber: Berita Harian Online Malaysia merupakan antara negara yang serius membangunkan ekopelancongan berdasarkan keratan artikel di atas. Bagi tujuan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menarik minat pelancong melalui produk ekopelancongan. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan sektor pelancongan negara. Pendahuluan Sektor pelancongan merupakan salah satu cabang ekonomi yang membantu negara mengekalkan kestabilan. Hal ini dibantu dengan latar belakang Malaysia dari segi geografi dan budaya yang menarik dan menjadi tumpuan di rantau ini. Menyedari potensi ini, kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia telah memperkasakan ekopelancongan di negara kita. Isi 1 Antara langkah kerajaan memperkasakan sektor ekopelancongan di negara ini adalah dengan mewartakan taman-taman negara di seluruh Malaysia agar ekosistem hutan tidak diganggu gugat. Mengapa Sesetengah pelancong yang datang ke Malaysia dikatakan amat tertarik dengan ekosistem hutan kita yang dikatakan antara yang tertua di dunia. CONTOH
14 BM Tingkatan 4 Bab 2 Bagaimana Oleh itu, panel-panel yang dilantik akan menjalankan pengawalan bagi memastikan ekosistem semula jadi di sesetengah hutan simpan terus terpelihara agar tetap menjadi tumpuan pelancong luar yang kebanyakannya datang ke sini untuk menjalankan kajian. Kesan Kesannya, landaan pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan ekosistem hutan khatulistiwa kita akan berlaku dan membawa pulangan yang lumayan kepada negara. Ungkapan Mungkin agak janggal kepada sesetengah pihak untuk mengetahui bahawa ada pelancong yang sanggup datang dari negara mereka hanya untuk merasai nikmat kehijauan hutan kita, tetapi sedarlah bahawa alam merupakan guru yang terbaik. Penegas Maka, jelaslah bahawa tindakan kerajaan mewartakan hutan simpan merupakan satu langkah terbaik bagi memperkasakan ekopelancongan negara. Isi 2 Selain itu, promosi-promosi yang dijalankan oleh sesetengah pengusaha sektor pelancongan tempatan juga amat penting bagi membantu kerajaan menarik minat pelancong ke negara kita. Mengapa Promosi-promosi yang dilaksanakan ini merupakan antara daya penarik yang membuatkan pelancong merasakan Malaysia antara pilihan terbaik untuk dilawati. Bagaimana Pengusaha-pengusaha tempatan kadangkala memberikan promosi dari segi harga, pakej, dan aktiviti yang menarik di kawasan hutan semula jadi di Malaysia. Kesan Apabila keadaan ini berlaku semestinya pelancong luar akan lebih tertarik untuk mencuba pakej yang ditawarkan dengan harga yang menarik. Ungkapan Bagi sesetengah pelancong, agak merugikan jika mereka tidak mencuba pengalaman yang dijanjikan dengan harga yang rendah dan pakej yang menarik kerana belum cuba belum tahu. Penegas Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa promosi-promosi yang dijalankan oleh pengusaha sektor pelancongan tempatan telahpun memperkasakan ekopelancongan negara. Isi 3 Selain promosi di peringkat pengusaha tempatan, promosi-promosi kerajaan juga amat penting. Mengapa Selain iklan-iklan yang disebarkan ke seluruh dunia tentang keunikan hutan dan ekosistem hutan kita, potongan harga tiket penerbangan juga amat menarik minat pelancong ke sini. Bagaimana Bagi sesetengah negara, visa pelancongan ke negara kita telah dimansuhkan bagi memudahkan pelancong bertandang tanpa prosedur yang banyak. Kesan Kemudahan sebegini berserta promosi yang giat dijalankan akhirnya akan dapat memujuk pelancong luar untuk datang merasai kedinginan dan kenyamanan ekopelancongan Malaysia sebagaimana yang diuar-uarkan di iklan-iklan promosi. Ungkapan Pelancong-pelancong luar semestinya akan dapat merasakan bahawa semua yang dijanjikan oleh Malaysia terhadap pengunjungnya bukanlah indah khabar daripada rupa semata-mata. Penegas Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa promosi yang dijalankan oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi merealisasikan impian untuk memantapkan produk ekopelancongan negara. CONTOH
15 BM Tingkatan 4 Bab 2 Isi 4 Akhir sekali, kerajaan semestinya perlu melengkapkan prasarana yang lengkap di kawasan-kawasan pelancongan. Mengapa Sesetengah negara terutama di Asia tidak mengutamakan aspek ini hingga mengakibatkan pelancong kurang tertarik untuk kembali melancong ke negara yang sama. Bagaimana Kerajaan seharusnya menaik taraf sistem pengangkutan, tandas, dan hotel di negara kita agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kesan Kesannya, pelancong akan lebih selesa dan akan berulang datang bertandang ke negara kita kerana setiap keperluan yang dikehendaki telah disediakan. Bagi sesetengah negara, capaian Internet di kawasan pelancongan ekopelancongan juga amat penting bagi memastikan pelancong jatuh cinta pada keindahan sesuatu kawasan pelancongan. Ungkapan Kita seharusnya memberi satu tanggapan yang baik terhadap pelancongan luar bahawa tak kenal maka tak cinta. Penegas Oleh itu, sewajarnya kerajaan meningkatkan aspek prasarana di Malaysia agar pelancong tidak lagi teragak-agak untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Penutup Penegasan Kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita akan lebih mantap dan membangun dengan pelaksanaan langkah-langkah di atas. Cadangan Pengusaha-pengusaha tempatan seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti servis sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan dan pelancong-pelancong yang bertandang. Harapan Harapan semua pihak agar Malaysia mampu bangun membaiki prestasi ekonomi kita di mata dunia demi kemaslahatan bersama. Ungkapan Kita semua perlu sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh. Karangan Lengkap Sektor pelancongan merupakan salah satu cabang ekonomi yang membantu negara mengekalkan kestabilan. Hal ini dibantu dengan latar belakang Malaysia dari segi geografi dan budaya yang menarik dan menjadi tumpuan di rantau ini. Menyedari potensi ini, kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia telah memperkasakan ekopelancongan di negara kita. Antara langkah kerajaan memperkasakan sektor ekopelancongan di negara ini adalah dengan mewartakan taman-taman negara di seluruh Malaysia agar ekosistem hutan tidak diganggu gugat. Sesetengah pelancong yang datang ke Malaysia dikatakan amat tertarik dengan ekosistem hutan kita yang dikatakan antara yang tertua di dunia. Oleh itu, panel-panel yang dilantik akan menjalankan pengawalan bagi memastikan ekosistem semula jadi di sesetengah hutan simpan terus terpelihara agar tetap menjadi tumpuan pelancong luar yang kebanyakannya datang ke sini untuk menjalankan kajian. Kesannya, landaan pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan ekosistem hutan khatulistiwa kita akan berlaku dan membawa pulangan yang lumayan kepada negara. Mungkin agak janggal kepada sesetengah pihak untuk mengetahui bahawa ada pelancong yang sanggup datang dari negara mereka hanya untuk merasai nikmat kehijauan hutan kita, tetapi sedarlah bahawa alam merupakan guru yang terbaik. Maka, jelaslah bahawa tindakan kerajaan untuk mewartakan hutan simpan merupakan satu langkah terbaik bagi memperkasakan ekopelancongan negara. Selain itu, promosi-promosi yang dijalankan oleh sesetengah pengusaha sektor pelancongan tempatan CONTOH
16 BM Tingkatan 4 Bab 2 juga amat penting bagi membantu kerajaan menarik minat pelancong ke negara kita. Promosi-promosi yang dilaksanakan ini merupakan antara daya penarik yang membuatkan pelancong merasakan Malaysia merupakan antara pilihan terbaik untuk dilawati. Pengusaha-pengusaha tempatan kadangkala memberikan promosi dari segi harga, pakej, dan aktiviti yang menarik di kawasan hutan semula jadi di Malaysia. Apabila keadaan ini berlaku semestinya pelancong luar akan lebih tertarik untuk mencuba pakej yang ditawarkan dengan harga yang menarik. Bagi sesetengah pelancong, agak merugikan jika mereka tidak mencuba pengalaman yang dijanjikan dengan harga yang rendah dan pakej yang menarik kerana belum cuba belum tahu. Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa promosi-promosi yang dijalankan oleh pengusaha sektor pelancongan tempatan telahpun memperkasakan ekopelancongan negara. Selain promosi di peringkat pengusaha tempatan, promosi-promosi yang dijalankan oleh kerajaan juga amat penting. Selain iklan-iklan yang disebarkan ke seluruh dunia tentang keunikan hutan dan ekosistem hutan kita, potongan harga tiket penerbangan juga amat menarik minat pelancong ke sini. Bagi sesetengah negara, visa pelancongan ke negara kita telah dimansuhkan bagi memudahkan pelancong datang bertandang tanpa prosedur yang banyak. Kemudahan sebegini berserta promosi yang giat dijalankan akhirnya akan dapat memujuk pelancong luar untuk datang merasai kedinginan dan kenyamanan ekopelancongan Malaysia sebagaimana yang diuar-uarkan di iklan-iklan promosi. Pelancong-pelancong luar semestinya akan dapat merasakan bahawa semua yang dijanjikan oleh Malaysia terhadap pengunjungnya bukanlah indah khabar daripada rupa semata-mata. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa promosi yang dijalankan oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi merealisasikan impian memantapkan produk ekopelancongan negara. Akhir sekali, kerajaan semestinya perlu melengkapkan prasarana yang lengkap di kawasan-kawasan pelancongan. Sesetengah negara terutama di Asia tidak mengutamakan aspek ini hingga mengakibatkan pelancong kurang tertarik untuk kembali melancong ke negara yang sama. Kerajaan seharusnya menaik taraf sistem pengangkutan, tandas, dan hotel di negara kita agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kesannya, pelancong akan lebih selesa dan akan berulang datang bertandang ke negara kita kerana setiap keperluan yang dikehendaki telah disediakan. Bagi sesetengah negara, capaian Internet di kawasan pelancongan ekopelancongan juga amat penting bagi memastikan pelancong jatuh cinta pada keindahan sesuatu kawasan pelancongan. Kita seharusnya memberi satu tanggapan yang baik terhadap pelancongan luar bahawa tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, sewajarnya kerajaan meningkatkan aspek prasarana di Malaysia agar pelancong tidak lagi teragak-agak untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita akan lebih mantap dan membangun dengan pelaksanaan langkah-langkah di atas. Pengusaha-pengusaha tempatan seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti servis sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan dan pelancong-pelancong yang bertandang. Harapan semua pihak agar Malaysia mampu bangun membaiki prestasi ekonomi kita di mata dunia demi kemaslahatan bersama. Kita semua perlu sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh. Praktis 2 Tema 9: Sayangi Malaysiaku Domain Awam Generasi muda yang diharapkan menjadi pewaris masa depan dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek tentang negara sendiri, lantaran kurang minat terhadap menghayati sejarah tanah air. Perkara ini menjadi kebimbangan kepada sejarawan yang juga ahli akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang melihat semakin ‘jauh’ dan hilang penghayatan sejarah dalam kalangan generasi hari ini. Menurut beliau, semangat patriotik dan jati diri boleh diserap ke dalam jiwa anak muda menerusi pendedahan tentang sejarah dan kehebatan nenek moyang dalam memperjuangkan agama, bangsa serta negara. Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hayati Sejarah Bentuk Generasi Muda Menerusi Sejarah’ oleh Norhafzan Jaafar, bh.com.my, 3 Oktober 2018 Artikel di atas jelas menunjukkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap kelunturan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat kini perlu didedahkan kepentingan menghayati sejarah negara. Jelaskan kepentingan-kepentingan menghayati sejarah negara. CONTOH
17 BM Tingkatan 4 Bab 2 3 Karangan Jenis Pendapat/ Perbincangan Domain Pendidikan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Demikianlah pepatah yang sering dikaitkan dengan pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mempunyai peranan dalam usaha memastikan nilai sastera dipupuk dalam kalangan anak-anak mereka sejak awal lagi. Terdapat ibu bapa yang sememangnya menghalang anak-anak mereka menceburi bidang sastera kerana dianggap tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Sumber : Dewan Siswa, BIL. 07 2018 Petikan di atas menyatakan ibu bapa merupakan punca bidang sastera semakin dipinggirkan dewasa ini. Bincangkan faktor keadaan ini berlaku dan langkah menanganinya. Pendahuluan Bidang sastera kini dilihat semakin kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan remaja. Bagi sesetengah remaja, bidang ini dianggap kolot dan tidak selari dengan peradaban bangsa yang semakin maju kini. Namun begitu, sesuatu yang tidak disedari oleh mereka ialah bidang ini merupakan nilai tambah terbaik dalam diri seseorang individu. Isi 1 (Faktor) Antara faktor keadaan ini berlaku ialah fokus pendidikan kini yang lebih mementingkan aspek sains dan teknologi. Mengapa Aspek sains dan teknologi kini lebih dilihat mampu bersaing selari dengan kehendak semasa dan keperluan kerjaya. Bagaimana Keadaan ini telah memaksa remaja untuk lebih cenderung menguasai aspek sains dan teknologi berbanding dengan aspek kesusasteraan yang kurang popular. Kesan Apabila keadaan ini berlaku, bidang sastera yang dijadikan sebagai hanya salah satu subjek elektif di sekolah akan semakin dikesampingkan. Ditambah lagi dengan jumlah masa pengajaran seminggu yang kurang berbanding dengan subjek berteraskan sains dan teknologi akan semakin memburukkan keadaan. Ungkapan Hal ini menyebabkan bidang sastera semakin hilang arah dalam usaha mencari pewarisnya. Penegas Maka, jelaslah bahawa fokus pendidikan merupakan punca utama bidang sastera semakin kurang mendapat perhatian remaja. Isi 2 (Faktor) Faktor kedua yang menyebabkan bidang sastera semakin tidak menarik minat remaja ialah peranan ibu bapa sendiri yang tidak dimanfaatkan sebaiknya. Mengapa Ibu bapa kini lebih terdorong untuk berlumba-lumba menyediakan anak-anak ke arah bidang yang lebih popular. Bagaimana Terdapat ibu bapa yang sememangnya menghalang anak-anak mereka menceburi bidang sastera kerana dianggap tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Tema 10: Bahasa Bugar, Sastera Kekar CONTOH
18 BM Tingkatan 4 Bab 2 Kesan Kesannya, anak-anak yang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa ini akan mula menganggap bidang sastera ini tidak penting sebagaimana yang difikirkan oleh ibu bapa. Ungkapan Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, bukan? Penegas Oleh itu, sememangnya ibu bapa merupakan antara faktor terkuat hingga menyebabkan anak-anak semakin melupakan bidang sastera. Isi 3 (Langkah) Namun begitu, biar apa pun punca keadaan ini berlaku masih terdapat variasi langkah untuk mempopularkan bidang ini. Antaranya ialah menyelitkan kemahirankemahiran sastera di dalam mata pelajaran sedia ada. Mengapa Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya anak-anak remaja mampu mengenali sastera secara tidak langsung biarpun tidak mengambil subjek sastera secara terus. Bagaimana Contohnya, melalui penerapan sastera di dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek wajib seperti ini semestinya akan menjadi satu tunjang yang cukup utuh untuk mempopularkan subjek sastera walau hanya sebagai elemen sampingan. Kesan Hasilnya, sedikit demi sedikit anak-anak muda akan mula jatuh cinta dan mula mengenali keindahan sastera sebelum mula berjinak-jinak dengannya. Ungkapan Kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. Penegas Oleh itu, jelaslah bahawa langkah menyelitkan unsur-unsur kesusasteraan sebagai salah satu elemen dalam subjek teras merupakan satu langkah yang bijak. Isi 4 (Langkah) Langkah seterusnya untuk menerapkan rasa cinta akan sastera dalam diri remaja ialah melalui penganjuran pertandingan yang berkaitan. Mengapa Melalui penganjuran pertandingan berunsurkan sastera, semestinya anak-anak muda akan tertarik untuk mempelajari ilmu sastera seperti pantun, sajak, dan syair bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam pertandingan tersebut. Jiwa suka bersaing dan gemar mencuba sesuatu yang baharu dalam diri anak muda perlulah digunakan secara positif dalam hal ini. Bagaimana Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sewajarnya memperluas promosi sesuatu pertandingan dengan tawaran hadiah yang lumayan. Kesan Melalui usaha murni ini, semestinya remaja akan mula tertarik untuk mencubanya walau pada mulanya hanya mengejar hadiah yang ditawarkan. Ungkapan Seperti yang sedia kita semua tahu, belakang parang pun jika diasah akan menjadi tajam. Penegas Maka, DBP seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan impian ini mampu direalisasikan. Penutup Penanda wacana Kesimpulannya, biarpun terdapat banyak faktor yang menyebabkan bidang sastera semakin dilupakan oleh golongan remaja, namun masih banyak langkah boleh dicuba untuk kembali memperkasakannya. Cadangan Semua pihak haruslah berganding bahu untuk memastikan impian murni ini tidak hanya menjadi omongan kosong terutamanya ibu bapa dan guru di sekolah. CONTOH
19 BM Tingkatan 4 Bab 2 Harapan Semoga bidang sastera yang menjadi tunjang peradaban bangsa kita sejak dahulu ini akan kembali disemarakkan selaras dengan kemajuan yang kita kejar kini. Ungkapan Kita perlu sentiasa berpegang pada kata bijaksana, “biar mati anak, jangan mati adat”. Karangan Lengkap Bidang sastera kini dilihat semakin kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan remaja. Bagi sesetengah remaja, bidang ini dianggap kolot dan tidak selari dengan peradaban bangsa yang semakin maju kini. Namun begitu, sesuatu yang tidak disedari oleh mereka ialah bidang ini merupakan nilai tambah terbaik dalam diri seseorang individu. Antara faktor keadaan ini berlaku ialah fokus pendidikan kini yang lebih mementingkan aspek sains dan teknologi. Aspek sains dan teknologi kini lebih dilihat mampu bersaing selari dengan kehendak semasa dan keperluan kerjaya. Keadaan ini telah memaksa remaja untuk lebih cenderung menguasai aspek sains dan teknologi berbanding dengan aspek kesusasteraan yang kurang popular. Apabila keadaan ini berlaku, bidang sastera yang dijadikan sebagai hanya salah satu subjek elektif di sekolah akan semakin dikesampingkan. Ditambah lagi dengan jumlah masa pengajaran seminggu yang kurang berbanding dengan subjek berteraskan sains dan teknologi akan semakin memburukkan keadaan. Hal ini menyebabkan bidang sastera semakin hilang arah dalam usaha mencari pewarisnya. Maka, jelaslah bahawa fokus pendidikan merupakan punca utama bidang sastera semakin kurang mendapat perhatian remaja. Faktor kedua yang menyebabkan bidang sastera semakin tidak menarik minat remaja ialah peranan ibu bapa sendiri yang tidak dimanfaatkan sebaiknya. Ibu bapa kini lebih terdorong untuk berlumbalumba menyediakan anak-anak ke arah bidang yang lebih popular. Terdapat ibu bapa yang sememangnya menghalang anak-anak mereka menceburi bidang sastera kerana dianggap tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Kesannya, anak-anak yang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa ini akan mula menganggap bidang sastera ini tidak penting sebagaimana yang difikirkan oleh ibu bapa. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, bukan? Oleh itu, sememangnya ibu bapa merupakan antara faktor terkuat hingga menyebabkan anak-anak semakin melupakan bidang sastera. Namun begitu, biar apa pun punca keadaan ini berlaku masih terdapat variasi langkah untuk mempopularkan bidang ini. Antaranya ialah menyelitkan kemahiran-kemahiran sastera di dalam mata pelajaran sedia ada. Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya anak-anak remaja mampu mengenali sastera secara tidak langsung biarpun tidak mengambil subjek sastera secara terus. Contohnya, melalui penerapan sastera di dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek wajib seperti ini semestinya akan menjadi satu tunjang yang cukup utuh untuk mempopularkan subjek sastera walau hanya sebagai elemen sampingan. Hasilnya, sedikit demi sedikit anak-anak muda akan mula jatuh cinta dan mula mengenali keindahan sastera sebelum mula berjinak-jinak dengannya. Kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, jelaslah bahawa langkah menyelitkan unsur-unsur kesusasteraan sebagai salah satu elemen dalam subjek teras merupakan satu langkah yang bijak. Langkah seterusnya untuk menerapkan rasa cinta akan sastera dalam diri remaja ialah melalui penganjuran pertandingan yang berkaitan. Melalui penganjuran pertandingan berunsurkan sastera, semestinya anak-anak muda akan tertarik untuk mempelajari ilmu sastera seperti pantun, sajak, dan syair bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam pertandingan tersebut. Jiwa suka bersaing dan gemar mencuba sesuatu yang baharu dalam diri anak muda perlulah digunakan secara positif dalam hal ini. Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sewajarnya memperluas promosi sesuatu pertandingan dengan tawaran hadiah yang lumayan. Melalui usaha murni ini, semestinya remaja akan mula tertarik untuk mencubanya walau pada mulanya hanya mengejar hadiah yang ditawarkan. Seperti yang sedia kita semua tahu, belakang parang pun jika diasah akan menjadi tajam. Maka, DBP seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan impian ini mampu direalisasikan. Kesimpulannya, biarpun terdapat banyak faktor yang menyebabkan bidang sastera semakin dilupakan oleh golongan remaja, namun masih banyak langkah boleh dicuba untuk kembali memperkasakannya. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk memastikan impian murni ini tidak hanya menjadi omongan kosong terutamanya ibu bapa dan guru di sekolah. Semoga bidang sastera yang menjadi tunjang peradaban bangsa kita sejak dahulu ini akan kembali disemarakkan selaras dengan kemajuan yang kita kejar kini. Kita perlu sentiasa berpegang pada kata bijaksana, “biar mati anak, jangan mati adat”. CONTOH
20 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 3 Tema 14: Sihat dan Bersih Pilihanku Domain Awam Antara punca utama yang menjadi penyebab remaja merokok ialah mereka melihat ada dalam kalangan ahli keluarganya, terutamanya ibu bapa merokok. Remaja yang memerhatikan gelagat itu sejak kecil akan meniru dan mencuba apabila ada peluang. Apabila sudah ketagih, memang sukar untuk diberhentikan. Sumber : Dipetik daripada ‘Fahami Jiwa, Kenal Pasti Punca Anak Curi Merokok’ oleh Dr. Mastura Badzis, https://www.bharian.com.my/, 25 November 2016 Berdasarkan petikan di atas jelas menunjukkan ibu bapa akan menjadi pihak pertama untuk dipersalahkan dalam kes remaja yang terlibat dengan gejala merokok. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat di atas? 4 Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Domain Peribadi Malaysia telah menjadi pilihan utama pelancong bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah, dan Amerika Syarikat. Makanan dan juadah warisan tradisional ataupun makanan tempatan sekian lama digunakan sebagai strategi tarikan pelancongan. Setiap negara, negeri mahupun daerah memiliki keunikan makanan tempatan masing-masing. Makanan dan juadah tradisional mencerminkan identiti budaya sesebuah tempat. Sumber : Dipetik daripada ‘Kulinari Tradisional Melayu Tarikan Pelancongan’ oleh Dr. Mohd Nazri Abdul Raji, [email protected], 1 Jun 2021 Berdasarkan petikan artikel di atas, ternyata makanan dan juadah warisan tradisional menjadi produk pelancongan yang utama di Malaysia untuk menarik minat pelancong mengunjungi negara kita. Salah seorang rakan media sosial anda ingin memilih sebuah negara untuk dilawatinya pada cuti hujung tahun ini. Anda ingin menulis surat untuk menceritakan seni budaya di Malaysia yang boleh dihayatinya apabila tiba di Malaysia kelak. Tulis surat anda selengkapnya. Pendahuluan Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sentiasa menjanjikan pengalaman yang menarik kepada pelancong yang mengunjunginya. Antara yang menjadi sebutan dari masa ke masa ialah aspek kebudayaannya. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk semestinya mempunyai variasi kebudayaan yang sedia untuk diterokai oleh pengunjung. Tema 8: Dalam Lipatan dan Kenangan CONTOH
21 BM Tingkatan 4 Bab 2 Isi 1 Malaysia mempunyai lagu-lagu rakyat yang memukau. Mengapa Lagu-lagu rakyat di Malaysia melambangkan keunikan sesebuah negeri di Malaysia. Maka, tidak hairan setiap negeri mempunyai lagu rakyat yang tersendiri. Bagaimana Kebanyakan lagu rakyat akan mengangkat kisah legenda yang mendasari sejarah sesebuah negeri di Malaysia. Kesan Pengunjung yang hadir di sesebuah negeri akan tertarik untuk belajar tentang sesebuah negeri melalui lagu rakyat yang akan didendangkan di kawasan-kawasan pelancongan yang dilawati. Ungkapan Lagu rakyat di Malaysia sudah menjadi halwa telinga kepada penduduk tempatan dan boleh disiulkan kerana keindahan bait lirik dan melodinya. Penegas Saudara semestinya tidak akan dapat melupakan lagu rakyat di Malaysia yang indah dan menenangkan ini. Isi 2 Malaysia terkenal dengan makanan dan juadah tradisional yang menyelerakan. Mengapa Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, India, Cina, Kadazan, dan Iban. Setiap kaum tertentu mempunyai puluhan makanan tradisi yang sedia untuk dirasa. Bagaimana Makanan-makanan tradisi ini disediakan sebagai makanan seharian penduduk setempat. Maka tidak sukar untuk merasai kenikmatannya pada hari-hari biasa. Kesan Jika saudara berkunjung ke Malaysia, saudara tidak perlu memilih tarikh-tarikh tertentu untuk datang. Setiap masa makanan tradisi ini boleh dihidangkan kerana masyarakat Malaysia masih mengamalkan pemakanan makanan tradisi sebagai hidangan harian. Ungkapan Juadah yang pelbagai warna dan rasa ini pasti akan mengikat hati saudara untuk kembali ke Malaysia kelak kerana dari mata turun ke hati. Penegas Maka, saudara tidak perlu membuang masa berfikir panjang untuk memilih kawasan pelancongan. Juadah-juadah di Malaysia sentiasa bersedia untuk `meraikan’ selera saudara. Isi 3 Malaysia juga terkenal dengan beberapa tarian yang unik. Mengapa Saya mendengar bahawa saudara merupakan seorang aktivis tarian di tempat saudara. Saudara pastinya sangat menyukai Malaysia yang mempunyai banyak tarian menarik untuk saudara pelajari. Bagaimana Di sesetengah kawasan pelancongan, saudara akan disajikan dengan tarian-tarian tradisional tempatan, contohnya di Kampung Budaya, Sarawak. Kesan Jika saudara bernasib baik, saudara berpeluang menari bersama dengan pasukan tarian tradisional tempatan di samping merasai keindahan lenggok badan dan langkah yang lembut gemalai. Ungkapan Berdasarkan pengalaman yang pernah saya rasai, sekali saudara mencuba, saudara pasti mahu mencubanya sekali lagi. Penegas Oleh itu, saya yakin saudara pastinya ingin mencuba tarian-tarian menarik di Malaysia, bukan? CONTOH
22 BM Tingkatan 4 Bab 2 Isi 4 Selain budaya tradisi, Malaysia juga terkenal dengan tempat bersejarah. Mengapa Saya rasa saudara pernah mendengar bahawa Malaysia pernah melalui fasa penjajahan yang agak lama. Biarpun kisah ini sedih untuk dikenang, namun indahnya ialah budaya-budaya dari negara penjajah terus melekat di sini sebagai salah satu kebanggaan kami. Bagaimana Contohnya, wujudnya bangunan-bangunan bersejarah di Melaka dan yang paling menarik bangsa Portugis yang telah berasimilasi dengan budaya tempatan juga wujud di Malaysia. Kesan Hal ini semestinya menjanjikan sesuatu yang menarik untuk saudara rasai kerana kebudayaan mereka masih diamalkan di samping sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan norma tempatan. Ungkapan Biarpun pelbagai kaum di Malaysia, kami tetap hidup bagai seikat bak sirih, serumpun bak serai. Penegas Saya yakin, saudara pasti tidak sabar-sabar untuk datang ke Malaysia apabila saudara mengetahui wujudnya bangsa Portugis di sini memandangkan saudara merupakan seorang pelajar yang fasih berbahasa Portugis. Penutup Penanda wacana Kesimpulannya, saya yakin Malaysia cukup menepati cita rasa saudara untuk dilawati. Cadangan Saya amat berbesar hati untuk menerima kunjungan saudara dan keluarga di sini. Saya bersedia untuk membantu saudara sekeluarga meneroka kebudayaan negara ini. Harapan Saya berharap, surat saya ini dapat meyakinkan saudara sekeluarga bahawa Malaysia pilihan yang terbaik. Ungkapan Saya berani mengatakan bahawa Malaysia bukanlah sekadar indah khabar daripada rupa. Selamat datang ke Malaysia. Karangan Lengkap No. 39, Jalan Damai, Taman Bukit Anggerik, Ipoh, 30290 Perak Darul Ridzuan. 12 Januari 202 . Menemui sahabatku, Indra Pranata yang kini berada di Kabupaten Indonesia. Semoga sihat-sihat bersama keluarga hendaknya. Saudara, Saya mendapat tahu bahawa saudara ingin memilih negara lain untuk menjadi destinasi pelancongan saudara kelak. Di sini saya ingin mengesyorkan Malaysia sebagai negara yang patut saudara lawati. Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang sentiasa menjanjikan pengalaman yang menarik kepada pelancong yang mengunjunginya. Antara yang menjadi sebutan dari masa ke masa ialah aspek kebudayaannya. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk semestinya mempunyai variasi kebudayaan yang sedia untuk diterokai oleh pengunjung. Untuk pengetahuan saudara, Malaysia mempunyai lagu-lagu rakyat yang memukau. Lagu-lagu rakyat di Malaysia melambangkan keunikan sesebuah negeri di Malaysia. Maka tidak hairan setiap negeri mempunyai lagu rakyat yang tersendiri. Kebanyakan lagu rakyat akan mengangkat kisah legenda yang mendasari sejarah sesebuah negeri di Malaysia. Pengunjung yang hadir di sesebuah negeri akan tertarik untuk belajar tentang sesebuah negeri melalui lagu rakyat yang akan didendangkan di kawasan-kawasan pelancongan yang dilawati. Lagu rakyat di Malaysia sudah menjadi halwa telinga kepada penduduk tempatan dan boleh CONTOH
23 BM Tingkatan 4 Bab 2 disiulkan kerana keindahan bait lirik dan melodinya. Saudara semestinya tidak akan dapat melupakan lagu rakyat di Malaysia yang indah dan menenangkan ini. Malaysia terkenal dengan makanan dan juadah tradisional yang menyelerakan. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, iaitu kaum Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, dan sebagainya. Setiap kaum tertentu mempunyai puluhan makanan tradisi yang sedia untuk dirasa. Makanan-makanan tradisi ini disediakan sebagai makanan harian penduduk setempat. Maka, tidak sukar untuk merasai kenikmatannya pada harihari biasa. Jika saudara berkunjung ke Malaysia, saudara tidak perlu memilih tarikh-tarikh tertentu untuk datang. Setiap masa makanan tradisi ini boleh dihidangkan kerana masyarakat Malaysia masih mengamalkan pemakanan makanan tradisi sebagai hidangan harian. Juadah yang pelbagai warna dan rasa ini pasti akan mengikat hati saudara untuk kembali ke Malaysia kelak kerana dari mata turun ke hati. Maka, saudara tidak perlu membuang masa berfikir panjang untuk memilih kawasan pelancongan. Juadah-juadah di Malaysia sentiasa bersedia untuk `meraikan’ selera saudara. Malaysia juga terkenal dengan beberapa tarian yang unik. Saya mendengar bahawa saudara merupakan seorang aktivis tarian di tempat saudara. Saudara pastinya sangat menyukai Malaysia yang mempunyai banyak tarian menarik untuk saudara pelajari. Di sesetengah kawasan pelancongan, saudara akan disajikan dengan tarian-tarian tradisional tempatan, contohnya di Kampung Budaya, Sarawak. Jika saudara bernasib baik, saudara berpeluang menari bersama dengan pasukan tarian tradisional tempatan di samping merasai keindahan lenggok badan dan langkah yang lembut gemalai. Berdasarkan pengalaman yang pernah saya rasai, sekali saudara mencuba, saudara pasti mahu mencubanya sekali lagi. Oleh itu, saya yakin saudara pastinya ingin mencuba tarian-tarian menarik di Malaysia, bukan? Selain budaya tradisi, Malaysia juga terkenal dengan tempat bersejarah. Saya rasa saudara pernah mendengar bahawa Malaysia pernah melalui fasa penjajahan yang agak lama. Biarpun kisah ini sedih untuk dikenang, namun indahnya ialah budaya-budaya dari negara penjajah terus melekat di sini sebagai salah satu kebanggaan kami. Contohnya, wujudnya bangunan-bangunan bersejarah di Melaka dan yang paling menarik bangsa Portugis yang telah berasimilasi dengan budaya tempatan juga wujud di Malaysia. Hal ini semestinya menjanjikan sesuatu yang menarik untuk saudara rasai kerana kebudayaan mereka masih diamalkan di samping sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan norma tempatan. Biarpun pelbagai kaum di Malaysia, kami tetap hidup bagai seiikat bak sirih, serumpun bak serai. Saya yakin, saudara pasti tidak sabar-sabar untuk datang ke Malaysia apabila saudara mengetahui wujudnya bangsa Portugis di sini memandangkan saudara merupakan seorang pelajar yang fasih berbahasa Portugis. Kesimpulannya, saya yakin Malaysia cukup menepati cita rasa saudara untuk dilawati. Saya amat berbesar hati untuk menerima kunjungan saudara dan keluarga di sini. Saya bersedia untuk membantu saudara sekeluarga meneroka kebudayaan negara ini. Saya berharap, surat saya ini dapat meyakinkan saudara sekeluarga bahawa Malaysia pilihan yang terbaik. Saya berani mengatakan bahawa Malaysia bukanlah sekadar indah khabar daripada rupa. Selamat datang ke Malaysia. Yang benar, Haritz Zamani Praktis 4 Tema 3: Memetik Bintang Domain Peribadi KUALA LUMPUR : Program pembangunan sukan di peringkat akar umbi diterajui MILO dengan kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti berjaya melahirkan ramai atlet muda serta pelapis untuk diketengahkan di persada sukan antarabangsa. Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) – MILO dengan kerjasama KPM misalnya antara program permulaan kerjaya sukan atlet kebangsaan sejak lebih 40 tahun lalu. Menerusi platform ini, atlet muda yang mencapai kecemerlangan dalam sukan diceburi diiktiraf melalui Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO. Sumber: Harian Metro Salah seorang rakan baik anda telah terpilih untuk menyertai program pembangunan sukan seperti yang dinyatakan di dalam petikan di atas. Anda ingin menulis surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah dan menjemput rakan anda tersebut untuk membuat sesi perkongsian pengalaman dengan ahli kelab olahraga di sekolah anda. Tulis surat anda selengkapnya. CONTOH
24 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 5 Karangan Jenis Ceramah/ Syarahan Domain Pendidikan Kuala Lumpur: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berpendapat kawalan kendiri dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ialah langkah penting bagi membendung penularan COVID-19 dan peningkatan kluster pendidikan ketika ini. Presidennya, Mohd. Azizee Hasan berkata, sekolah perlu meningkatkan disiplin dan kawalan terutama pematuhan SOP, menjaga penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sentiasa membasuh tangan. Sumber : Dipetik daripada ‘Kawalan Kendiri, Patuh SOP Elak Kluster Pendidikan Meningkat’ oleh Suraya Roslan, hmetro.com.my, 26 Januari 2022 Malaysia merupakan salah sebuah negara yang belum terlepas sepenuhnya daripada wabak COVID-19. Oleh itu, anda sebagai salah seorang ahli Kelab Doktor Muda telah menyertai pertandingan syarahan secara dalam talian. Anda telah memilih tajuk ‘Langkah-langkah Pelajar Memelihara Diri daripada Jangkitan COVID-19 di Sekolah’. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Praktis 6 Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi Tema 7: Demi Kedamaian Domain Pendidikan Kemajuan membuta tuli merupakan faktor yang boleh menjejaskan alam sekitar. Isu pemodenan negara dan alam sekitar sewajarnya berjalan seiring. Seperti yang berlaku di Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara maju, tetapi bandar utamanya, New York merupakan antara lokasi yang menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar. Hal yang sama tidak seharusnya berlaku di Malaysia. Sumber: Dewan Masyarakat Petikan di atas menunjukkan betapa pentingnya kita sebagai masyarakat untuk memelihara alam sekitar biarpun kita ghairah mengejar kemajuan. Atas kesedaran ini, anda ingin melaporkan kejadian pencerobohan kawasan hutan berdekatan kawasan tempat tinggal kepada wakil rakyat di kawasan anda. Di dalam surat tersebut, anda ingin memaklumkan kesan aktiviti tersebut kepada penduduk setempat dan langkah yang sewajarnya dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Tulis surat anda selengkapnya. Tema 14: Sihat dan Bersih Pilihanku CONTOH
25 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 7 Karangan Jenis Rencana Tema 10: Bahasa Bugar, Sastera Kekar Domain Kerjaya KOTA KINABALU: Kemampuan menguasai banyak bahasa khususnya bahasa-bahasa antarabangsa memberi nilai tambah secara praktikal dalam komunikasi dengan masyarakat sebuah negara ketika berurusan di luar negara. Timbalan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Saidatul Nornis Hj Mahali berkata, kemampuan kalangan pelajar berbahasa dalam bahasa yang dipelajari menunjukkan kemampuan pembelajaran dalam meningkatkan motivasi pelajar menguasai bahasa yang dipelajari. Sumber : Dipetik daripada ‘Penguasaan Bahasa Beri Nilai Tambah dalam Komunikasi Antarabangsa’, Utusan Borneo, 29 November 2019 Berdasarkan petikan di atas, jelaslah bahawa kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing. Tulis rencana tentang langkah-langkah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. Praktis 8 Karangan Jenis Laporan Tema 6: Dunia Pelancongan Domain Pendidikan Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazandusun tidak membenarkan penerokaan dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang mereka berasa marah dan bertindak mengganggu penduduk setempat dan pendaki. Hingga pada tahun 1851, Gabenor British, Sir Hugh Low mengambil keputusan untuk memulakan ekspedisi perjalanan ke Gunung Kinabalu dan membuat upacara menenangkan roh suci gunung tersebut. Sejak itu, puncak dengan ketinggian 4 095 meter tersebut tidak pernah ditutup daripada menerima kunjungan pelancong dari serata dunia hingga layak menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia yang kedua di negara ini selepas Taman Negara Gunung Mulu. Sumber : Dewan Masyarakat Gunung Kinabalu merupakan salah satu kawasan pelancongan yang amat popular di negeri Sabah. Berdasarkan sejarah yang telah anda baca di dalam petikan di atas, anda dan Persatuan Pelajar Tingkatan Enam (PETINAM) sekolah anda telahpun menjalankan ekspedisi ke sana. Sebagai setiausaha persatuan, anda dipertanggungjawabkan untuk menulis laporan untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah anda. Sedia laporan anda selengkapnya. CONTOH
26 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 9 Karangan Jenis Temu Ramah/ Dialog Domain Awam Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu merupakan bahasa yang wajib dituturkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Status bahasa Melayu sebagai bahasa peribumi menyerlahkan kedudukannya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berasal daripada pelbagai kaum. Menyedari hakikat ini, bahasa Melayu menjadi pilihan tepat untuk dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara, sekali gus membangkitkan ‘aura’ dalam memupuk semangat kebangsaan antara pelbagai kaum. Sumber : Dipetik daripada ‘Pulih Keyakinan terhadap Bahasa Melayu’ oleh Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, [email protected], 23 Julai 2019 Petikan artikel di atas menyatakan kepentingan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Sebagai wakil produksi majalah di sekolah, anda ditugaskan untuk menemu ramah seorang tokoh bahasa berkaitan kepentingan bahasa Melayu. Tulis wawancara anda selengkapnya. Praktis 10 Karangan Jenis Perbahasan Tema 15: Angin Perubahan Membadai Domain Pendidikan Pendapat tentang faedah dan bahaya Internet untuk murid sekolah sangat berbeza antara ibu bapa dengan guru. Memang tidak dapat dinafikan, segala bentuk maklumat dapat kita peroleh daripada penggunaan Internet ini, namun ternyata penggunaan Internet akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika disalahgunakan. Penggunaan Internet melalai dan melekakan terutama bagi golongan remaja dan murid sekolah. Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam laman web Internet. Sumber : Internet Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa penggunaan Internet membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Namun begitu, anda berpendapat sebaliknya berdasarkan pengalaman anda sebagai murid. Anda telah menyertai sebuah pertandingan perbahasan yang bertajuk “Internet Membawa Lebih Banyak Keburukan Berbanding Kebaikan”. Sebagai pembangkang, tulis teks perbahasan anda selengkapnya. Tema 10: Bahasa Bugar, Sastera Kekar CONTOH
27 BM Tingkatan 4 Bab 2 Praktis 11 Karangan Jenis Komen Domain Peribadi Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja moden semakin menjadi-jadi akibat terlalu meniru perlakuan tidak bermoral yang dipaparkan dalam gajet. Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kasih sayang dan bimbingan dilihat sebagai salah satu puncanya. Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung pada akhlak remaja. Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masih Adakah Remaja Berakhlak di Masa Depan?’, Utusan Malaysia, 8 Mei 2021 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Artikel di atas menunjukkan remaja kini berdepan dengan isu keruntuhan moral yang serius. Jika keadaan ini berterusan, cogan kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan sukar direalisasikan. Apakah komen anda? Praktis 12 Karangan Jenis Keperihalan/ Gambaran Domain Peribadi Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei akan disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh Malaysia. Sambutan yang saban tahun diadakan ini selalunya menggambarkan betapa guruguru dihargai sepanjang tahun mereka berkhidmat. Aktiviti-aktiviti yang diisi dan dijalankan oleh pelajar-pelajar juga menambahkan keakraban hubungan guru dan pelajar di sekolah. Sumber : Internet Anda ditugaskan untuk menyelia sambutan Hari Guru di sekolah anda. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan. Gambarkan perjalanan majlis sambutan tersebut. Tema 16: Dipimpin untuk Memimpin Tema 3: Memetik Bintang CONTOH
28 BM Tingkatan 4 Bab 3 Sekilas Info 1 Soalan tentang sistem dan aplikasi bahasa akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian A. 2 Soalan ini memperuntukkan 35 markah. 3 Terdapat lima soalan yang dikemukakan, iaitu: (a) morfologi (b) sintaksis (c) penyuntingan (d) bahasa Melayu standard (e) peribahasa Soalan 1 – Morfologi Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata hubung gabungan dan dua kata hubung pancangan keterangan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan keterangan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Isu pencemaran udara sering dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Udara tidak boleh dinilai sekadar melalui pandangan mata kasar atau mencium baunya, kecuali jerebu. Partikel sekecil PM2.5 tidak kelihatan oleh mata, tetapi dapat dirasai kesannya terhadap kesihatan. Menurut laporan WHO, sebanyak 80 peratus daripada populasi yang tinggal di kawasan bandar menghirup udara yang sangat tidak sihat. Jadi, pilihlah rumah yang jauh dari jalan raya yang sibuk jika mahukan udara yang sihat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masih Adakah Udara Bersih’ oleh Norimanah Serman, Dewan Masyarakat, Bil. 12/2019 [8 markah] Kata hubung gabungan : Kata hubung pancangan keterangan : (i) (ii) (iii) (iv) atau, tetapi kerana, jika Kamarul ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara, tetapi dibantah oleh ayahnya. Aiman belum pasti mahu bekerja sendiri atau makan gaji. Adik tidak dapat hadir ke sekolah kerana kurang sihat Kamu harus belajar dengan bersungguh-sungguh jika ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 3 Bab Sistem dan Aplikasi Bahasa Info Digital 3 Nota Kata Hubung CONTOH
29 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata bilangan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bilangan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Memasuki tahun 2021, seluruh dunia menanti penawar COVID-19. Menjelang Disember 2020, banyak negara mula membeli vaksin dari beberapa buah syarikat bioteknologi atau farmaseutikal dari negara pengeluar vaksin COVID-19. Malaysia juga tidak terkecuali apabila berusaha mendapatkan vaksin tersebut. Usaha kerajaan untuk membendung penularan dan memutuskan rantaian COVID-19 memasuki fasa menggembirakan apabila Putrajaya mengumumkan untuk mendapatkan bekalan awal vaksin dari syarikat farmaseutikal, Pfizer. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tahun 2021 Dunia Menanti Vaksin’ oleh Laupa Junus, Dewan Masyarakat, Bil. 01/ 2021 [6 markah] Kata bilangan : (i) (ii) (iii) Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata kerja tak transitif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata kerja tak transitif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kemenyan yang berbentuk ketulan keras merupakan getah daripada sejenis pokok yang terdapat di hutan tropika. Kulit pokok akan dikikis untuk mendapatkan kemenyan daripada pokoknya. Sebaik sahaja lapisan kulit itu dikikis, cairan berwarna putih susu mengalir perlahan-lahan. Sebuah mangkuk digunakan untuk menadah cairan itu. Cairan tersebut akan membeku dengan sendirinya. Penggunaan kemenyan dipercayai bermula di negara Arab. Pedagang-pedagang Arab yang datang menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara menggunakan kemenyan sebagai bahan pewangi, manakala asap kemenyan pula digunakan untuk tujuan perubatan batin. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemenyan’ Eksiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Siswa, Bil. 05/2021 [8 markah] seluruh, banyak, beberapa Berita baik itu sudah tersebar ke seluruh kampung. Banyak cabaran yang harus dihadapinya sebelum bergelar usahawan berjaya. Cikgu Lilian berasa agak terkilan kerana hanya beberapa orang murid yang menghantar kerja rumah yang diberikannya. Nota Kata Bilangan Nota Kata Ganda dan Kata Kerja Tak Transitif CONTOH
30 BM Tingkatan 4 Bab 3 Kata ganda : Kata kerja tak transitif : (i) (ii) (iii) (iv) Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata penguat dan dua kata bantu. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata penguat dan kata bantu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kebersihan diri pramusaji amat penting terutamanya pada bahagian tangan. Kebanyakan kuman dan bakteria disebarkan melalui pencemaran bersilang pada makanan melalui kutleri yang tercemar. Pramusaji harus sentiasa bersih, kemas, segak, dan bergaya. Hal ini merupakan bahasa badan yang baik sekali untuk menarik pelanggan datang ke restoran. Selain itu, pramusaji juga perlu mengenal pasti punca kemarahan pelanggan. [8 markah] Kata penguat : Kata bantu : (i) (ii) (iii) (iv) pedagang-pedagang, perlahan-lahan amat, sekali harus, perlu Ilmu amat penting dalam kehidupan setiap insan. Industri pelancongan di Melaka berkembang dengan pesat sekali. Perbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian dan bukan hanya untuk mencegah penularan COVID-19 semata-mata. Kita harus menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tepat pada masanya dan tidak bertangguh. berbentuk, bermula/ datang/ berwarna Pelabuhan Melaka menjadi pusat entrepot yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari timur dan barat. Saya membuka pintu bilik tidur dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan adik yang sedang tidur lena di dalam buaian. Meja makan berbentuk segi empat tepat itu memang sesuai diletakkan di ruang makan rumah baharu kakak saya. Dia kelihatan anggun dengan gaun yang berwarna biru muda itu. Nota Kata Penguat dan Kata Bantu CONTOH
31 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sebenarnya, banyak kelebihan yang dapat diperoleh remaja yang melakukan pekerjaan sambilan. Kerja sambilan memberikan satu pengajaran dan pengalaman berguna kepada remaja dalam kehidupan mereka. Ada yang bekerja sebagai penghantar makanan, pembantu kedai makan atau restoran. Ada juga yang bekerja di pasar raya, pusat beli-belah, kedai buku, dan banyak lagi. Tidak kurang juga ada remaja yang menjadi usahawan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan sendiri produk mereka seperti biskut. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Remaja dan Kerja Sambilan’ oleh Athma Zuriantee Ahmad Zubir, Dewan Siswa, Bil. 06/ 2020 [6 markah] Kata sendi nama : (i) (ii) (iii) Praktis 6 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Masyarakat yang berilmu merupakan aset utama dalam usaha membangunkan sesebuah negara. Tanpa rakyat yang mempunyai pendidikan dan ilmu, sesuatu projek pembangunan modal insan amat sukar dilaksanakan. Pembangunan negara bergantung pada rakyatnya yang berpengetahuan, berfikiran positif, rajin, dan berdaya saing. Negara yang maju dan bertamadun tinggi didiami oleh anggota masyarakat yang berpengetahuan dan sentiasa meneroka pelbagai ilmu. Dengan ilmu, manusia akan menemukan sesuatu yang baharu yang dinamakan sebagai pembaharuan atau kemajuan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembinaan Tamadun Bangsa Melalui Budaya Membaca’ oleh Muhammad Helmi Ibrahim, Dewan Siswa, Bil. 08/ 2018 [8 markah] kepada, dalam, di/ dengan Wan Nazila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. Remaja perlu bijak memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya memberikan impak yang besar kepada diri mereka. Emak menamam sayur-sayuran seperti tomato, terung, dan timun Jepun dengan menggunakan kaedah penanaman hidroponik. Nota Kata Sendi Nama Nota Kata Adjektif CONTOH
32 BM Tingkatan 4 Bab 3 Kata adjektif : (i) (ii) (iii) (iv) Soalan 2 – Sintaksis Praktis 1 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut: Subjek : Predikat : Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam mendidik anak-anak untuk menabung. Simpanan wang yang dilakukan pada setiap hari walaupun dalam jumlah yang kecil, bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan. Wang tabungan tersebut tidak akan digunakan jika tidak diperlukan. Wang tersebut hanya akan digunakan pada masa tertentu. Antara tujuan menabung termasuklah dapat membantu seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, menabung juga dapat mengurangkan beban seseorang bagi mendapatkan rawatan perubatan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalan Menabung’ oleh Nur Alya Wafa Mustaffa, Dewan Siswa, Bil. 10 2020 [6 markah] (i) Subjek : Predikat : (ii) Subjek : Predikat : (iii) Subjek : Predikat : utama, sukar, positif, rajin/ maju/ tinggi/ baharu Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. Remaja perlu rajin menuntut ilmu agar tidak digelar katak di bawah tempurung. Setiap individu pasti pernah melalui saat yang sukar dalam hidup. Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam mendidik anak-anak untuk menabung Wang tabungan tersebut tidak akan digunakan jika tidak diperlukan Antara tujuan menabung termasuklah dapat membantu seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang, dan terbilang. Info Digital 4 Nota Ayat Dasar CONTOH
33 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya. Pahar merupakan talam berkaki. Pahar diperbuat daripada tembaga. Pahar diperbuat daripada gangsa. Pahar digunakan sebagai bekas makanan dalam majlis-majlis beristiadat. Pahar digunakan sebagai peralatan dalam majlis-majlis beristiadat. Pahar juga digunakan untuk hidangan nasi kunyit. Pahar juga digunakan sebagai bekas barang-barang hantaran pengantin. Pahar juga digunakan sebagai bekas barang-barang hantaran pertunangan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pahar’ Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Siswa, Bil. 02/ 2020 [6 markah] (i) (ii) (iii) Praktis 3 Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak. Beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun. Ayahnya, Lee Ah Chai sering membawanya ke gelanggang badminton. Gaya permainan Datuk Lee Chong Wei mendapat perhatian seorang jurulatih tempatan lalu meminta izin daripada ayahnya untuk menjadikan Datuk Lee Chong Wei anak didiknya. Tidak lama kemudian, Datuk Lee Chong Wei menjadi perhatian jaguh badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang bertanggungjawab membawa beliau menyertai Pasukan Kebangsaan pada usia 17 tahun. Selama 19 tahun berkecimpung dalam arena badminton, beliau telah memenangi tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Noktah Seorang Legenda’ oleh Ku Seman Ku Hussain, Dewan Masyarakat, Bil. 9/ 2019 [6 markah] Pahar merupakan talam berkaki yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa. Pahar digunakan sebagai bekas makanan atau peralatan dalam majlis-majlis beristiadat. Pahar juga digunakan untuk hidangan nasi kunyit dan sebagai bekas barang-barang hantaran pengantin atau pertunangan. Nota Ayat Majmuk Nota Ayat Tanya CONTOH
34 BM Tingkatan 4 Bab 3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang berhuruf condong kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Banyak manfaat dapat diperoleh belia yang menyertai aktiviti kesukarelawanan. Menjadi sukarelawan bukan perbuatan sia-sia, bahkan melalui aktiviti itu, belia dapat membentuk keperibadian yang baik seperti suka menolong orang lain. Masa dan tenaga sanggup diluangkan oleh mereka yang menjadi sukarelawan untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Apabila menyertai aktiviti kesukarelawanan, kemahiran dan pengetahuan baharu juga dapat dipelajari oleh belia. Selain itu, belia juga dapat mengelakkan diri daripada terbabit dengan kegiatan tidak bermoral. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Aktiviti Sukarelawan Bentuk Belia Berkualiti’ oleh Nursyazwani Awang, BHOnline, 9 Disember 2021 [6 markah] (i) (ii) (iii) Di manakah Datuk Lee Chong Wei dilahirkan? Bilakah Datuk Lee Chong Wei mula mempelajari badminton? Siapakah yang bertanggungjawab membawa Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan Kebangsaan? Pada usia berapakah Datuk Lee Chong Wei menyertai Pasukan Kebangsaan? Berapa lamakah Datuk Lee Chong Wei berkecimpung dalam arena badminton? Berapakah jumlah pingat perak yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan Olimpik? Belia yang menyertai aktiviti kesukarelawanan dapat memperoleh banyak manfaat. Mereka yang menjadi sukarelawan sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Belia juga dapat mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu. Nota Ayat Aktif dan Ayat Pasif CONTOH
35 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Isu bahan api menjadi isu hangat di seluruh dunia pada hari ini. Bahkan kebanyakan negara cenderung untuk beralih kepada sumber tenaga diperbaharui yang berasaskan bioteknologi dan mesra alam. Biodiesel ialah salah satu sumber tenaga yang mendapat perhatian. Biodiesel merupakan sumber alam yang lestari serta mapan sekiranya diuruskan dengan baik. Biodiesel juga terbukti dapat mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil. Lebih penting lagi, pelepasan gas rumah hijau dapat dikurangkan dengan menggunakan biodiesel. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kelapa Sawit Bekalkan Sumber Tenaga Baharu’ oleh Zulaini Ismail, Dewan Ekonomi, Bil. 7/ 2017 [6 markah] (i) (ii) (iii) Soalan 3 – Penyuntingan Praktis 1 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan semula. Penyu pada amnya mempunyai edaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan dalam laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di atas pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempuh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu dan pada kebiasaannya ambil masa satu hingga ketiga jam. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara empat sehingga ke enam kali sepanjang musim bertelur. Selang masa yang diambil adalah lapan hingga 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ceritera Penyu Bilakah akan Berakhir’ oleh Aninah Janang, Dewan Masyarakat, Bil. 04/ 2021 [11 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pada hari ini, isu bahan api menjadi isu hangat di seluruh dunia. Salah satu sumber tenaga yang mendapat perhatian ialah biodiesel. Terbukti dapat mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil biodiesel. edaran – kitaran dalam – di di atas – di Tempuh – Tempoh adalah berbeza – berbeza Nota Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang Info Digital 5 Nota Penyuntingan CONTOH
36 BM Tingkatan 4 Bab 3 (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) Praktis 2 Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan semula. Sebagai rakyat Malaysia, budaya saling hormat-menghormati dan bijak ketika berada di dalam alam digital seharusnya diamalkan oleh kita. Antara prinsip-prinsip yang kita boleh praktikkan termasuklah mengamalkan kawalan kendiri agar supaya dapat meningkatkan kecelikan Internet dan mempelajari tentang cara-cara yang betul untuk menggunakan kemudahan teknoloji komunikasi. Selain daripada itu, pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) juga mensarankan agar masyarakat amalkan sikap bertoleransi dengan hati yang terbentang supaya dapat memahami di antara satu sama lain. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hormati Perbezaan Budaya Masyarakat Berbilang Kaum’ Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dewan Siswa, Bil. 6/ 2019 [13 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) saling hormat-menghormati – saling menghormati/ hormat-menghormati diamalkan oleh kita – kita amalkan di dalam – di Antara prinsip-prinsip – Antara prinsip/ Prinsip-prinsip kita boleh praktikkan – boleh kita praktikkan agar supaya – agar/ supaya ambil – mengambil di antara – antara adalah – ialah kepada – pada sehingga ke – hingga ketiga – tiga mempelajari tentang cara-cara – mempelajari cara-cara teknoloji – teknologi Selain daripada itu – Selain itu mensarankan – menyarankan terbentang – terbuka amalkan – mengamalkan di antara – antara CONTOH
37 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 3 Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan semula. Bagi para graduan-graduan yang masih menganggur, mereka disarankan supaya menjalankan kursus TVET bagi mempertingkatkan lagi peluang mereka untuk memperoleh pekerjaan. Melalui kemahiran yang mereka peroleh itu, secara tidak langsung dapat membantu mereka mempunyai nilai tambah yang amat mengguna apabila memohon pekerjaan kelak di samping kelulusan akedemik yang diperoleh dari institusi pengajian tinggi. Keboleh pasaran kerja graduan kemahiran TVET lebih tinggi. Situasi tersebut menunjukkan perebutan untuk mendapatkan pekerjaan semakin hangat dan taraf kelayakkan untuk sesuatu jawatan semakin hari makin meningkat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lepasan TVET Kini Buruan’ oleh Khairul Ariffin, Dewan Siswa, Bil. 2/ 2020 [13 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) para graduan-graduan – para graduan menjalankan – menjalani mempertingkatkan lagi – meningkatkan lagi mereka peroleh – diperoleh mereka mengguna – berguna dari – daripada Keboleh pasaran – Kebolehpasaran akedemik – akademik apabila – ketika perebutan – persaingan hangat – sengit kelayakkan – kelayakan semakin hari makin meningkat – semakin hari semakin meningkat/ makin hari makin meningkat Ejaan Imbuhan Kata/ Istilah Frasa/ Ayat • Huruf besar/ huruf kecil • Imbuhan awalan • kata sendi nama • Frasa Kerja Transitif • Dieja rapat/ jarak • Imbuhan akhiran • kata ganda • Frasa Kerja Tak Transitif • Ejaan kata pinjaman • Imbuhan apitan • kata pemeri • Frasa Kerja Pasif • Ada/ tiada tanda sempang • Imbuhan sisipan • kata bilangan • Frasa Kerja Aktif • Kelainan vokal • kata nafi • Frasa Sendi Nama • Kelainan konsonan • kata tanya • Frasa Adjektif • istilah mengikut konteks • Hukum D-M • Ayat Majmuk Soalan 3 – Penyuntingan CONTOH
38 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 4 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Kucing dan anjing adalah haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadi haiwan peliharaan, selain burung, arnab, hamster, dan kura-kura. Meskipun haiwan tersebut menjadi teman kesayangan manusia, kedua-duanya juga tidak terkecuali menjadi mangsa penderaan. Lapuran oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyatakan bahawa kira-kira 90 peratus kes penderaan haiwan terlibat anjing dengan kucing. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Undang-undang Setimpal untuk Pendera Haiwan’ oleh Khaieul Ariffin, Dewan Masyarakat, Bil. 11 2020 [6 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahan 2 Tabiat merokok merupakan punca kematian yang tertinggi sekali di negara kita. Seseorang perokok terdedah kepada risiko penyakit jantung, kanser, dan juga beberapa penyakit berbahaya yang lain. Risiko penyakit sedemikian boleh juga menimpa orang lain yang hidu asap rokok walaupun mereka tidak merokok. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguat kuasakan undang-undang larangan remaja bawah 18 tahun membeli rokok dan memperbanyakkan zon larangan merokok di tempat awam. [5 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) adalah – ialah/ merupakan tertinggi sekali – tertinggi/ tinggi sekali Lapuran – Laporan menguat kuasakan – menguatkuasakan dijadi – dijadikan beberapa penyakit – beberapa jenis penyakit terlibat – melibatkan memperbanyakkan – memperbanyak kedua-duanya – kedua-dua haiwan ini hidu – menghidu dengan – dan CONTOH
39 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 5 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Aktiviti membeli-belah dalam talian merupakan kaedah yang paling mudah sekali bagi gulongan yang ingin mendapatkan barangan yang diidamkan tanpa perlu terburu-buru ke pasaraya. Sebanyak 57 peratus rakyat Malaysia lebih gemar membeli-belah prodak atau perkhidmatan dalam talian menggunakan peranti mudah alih mereka. Hanya sekadar menekan butang tetikus, barangan tersebut akan dihantar pada pembeli dengan perbelanjaan penghantaran yang minimum atau percuma dan tunggu barangan tersebut sampai di depan pintu. Kemudahan ini menjadi antara faktor tarikan utama pembelian dalam talian terus menjadi pilihan ramai. [6 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahan 2 Fung Yee : Saya bercadang hendak berkunjung ke pamiran buku yang diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di petang ini. Jadi, saya ingin menjemput awak ke sana. Saya rasa tentu banyak buku rujukan yang dapat diperoleh kita di sana. Asyikin : Petang ini? Saya tidak boleh memberikan kata putus sekarang. Saya perlu meminta izin dari ayah dan ibu saya. Saya akan menelefon kamu nanti. Fung Yee : Baiklah, kalau begitu. Jangan lupa menelefon saya, ya. Asyikin : Baiklah. [5 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) paling mudah sekali – paling mudah/ mudah sekali prodak – produk menjemput – mengajak gulongan – golongan pamiran – pameran pada – kepada diperoleh kita – kita peroleh pasaraya – pasar raya di – pada perbelanjaan – caj/ bayaran dari – daripada CONTOH
40 BM Tingkatan 4 Bab 3 Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard Panduan Menjawab Soalan 4 Kenal pasti dan tukar kosa kata bahasa Melayu klasik serta betulkan kesalahan struktur ayat. Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya “Teririk bangkai pula aku ini!” Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya. ..berdiri di atas.. ..tembus.. Gugurkan kata penekan pun ..menghunuskan kerisnya.. Laksamana yang sedang tidur itu Bahasa Melayu Klasik: ..terpijak.. Praktis 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” Maka oleh ibunya segala hal ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya itu, dia pun sangat marah, lalu berkata, “Siapakah yang menyuruh membunuh bapaku itu akan kumusnahkan negeri Majapahit berhabis-habisan?”. Ibunya menceritakan kisah kejadian dari mula hingga akhir kepadanya. Setelah Kertala Sari mendengar cerita ibunya itu, dia berasa sangat marah. Info Digital 6 Nota Bahasa Melayu Standard ..mayat.. CONTOH
41 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?” Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Praktis 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Ratu Melaka bertitah kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, beta sudah berasa keliru. Siapakah pembunuh yang sebenarnya?” Bendahara bersembah, “Ya tuanku, mengikut pendapat patik, terdapat dua bukti lagi yang belum ditemui; tambahan pula, Laksamana belum datang lagi.” Tidak lama kemudian, Laksamana pun datang dengan membawa kemaluan dan keris Kertala Sari. Bendahara bersembah, “Inilah bukti yang kukuh. Mengikut pendapat patik, selain Laksamana, tiada seorang pun yang dapat membunuh penjurit itu. Jangan kata hendak membunuhnya, bertentang mata dengannya pun tidak mampu.” Semua orang yang datang dan mengaku sebagai pembunuh Kertala Sari tunduk malu, lalu beredar. CONTOH
42 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Praktis 5 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Kertala Sari berjalan masuk ke dalam kota. Laksamana tidur di tengah-tengah pasar itu. Laksamana terdengar hentakan kaki yang kuat. Laksamana mengetahui kedatangan Kertala Sari. Kertala Sari berjalan di tengah pasar dan tertendang tubuh Laksamana. Laksamana membahagikan harta itu kepada tiga bahagian, Laksamana telah mengambil satu bahagian. Bahagian tersebut kemudiannya telah diagihkan pula kepada tiga bahagian; satu bahagian didermakan kepada fakir miskin, satu bahagian untuk orang-orang bawahannya yang tidak berjawatan, dan satu bahagian lagi kepada semua pengikutnya. Semua harta itu habis dibahagikan, Laksamana tidak mengambil sedikit pun harta tersebut. CONTOH
43 BM Tingkatan 4 Bab 3 Soalan 5 – Peribahasa Praktis 1 Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Ai Ling : Ratna, janganlah menangis lagi. Aku faham perasaan engkau. Percayalah, gagal dalam peperiksaan bukan bermakna gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha untuk mencapai citacita engkau. Ikutlah nasihat orang tua-tua, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ratna : Terima kasih, Ai Ling. Engkau selalu memberi dorongan kepada aku. Ai Ling : Sama-sama, Ratna. Sebagai sahabat, kita harus tolong-menolong seperti aur dengan tebing. Ratna : Aku tidak akan melupakan nasihat engkau itu. Ai Ling : Soal masa depan bergantung pada daya usaha kita untuk maju. Jika engkau rajin berusaha, kejayaan pasti engkau capai. Kalau ada peluang, melanconglah ke tempat lain untuk menimba pengalaman kerana jauh perjalanan luas pemandangan. [6 markah] (i) (ii) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) (ii) Praktis 2 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk dan menanamkan sikap saling menolong dalam diri anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa merupakan cerminan kepada anak-anak kerana lazimnya mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dalam kehidupan. Misalnya, ibu bapa yang membawa anak-anak mengikuti aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong mampu membentuk keperibadian murni dalam jiwa anak-anak. Begitulah kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka akan mencontohi tingkah laku ibu bapa dan menjadikan amalan ini suatu kebiasaan kerana alah bisa tegal biasa. [6 markah] (i) (ii) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud (i) (ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Usaha tangga keyajaan/ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Seperti aur dengan tebing Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Melentur buluh biarlah dari rebungnya Masa lagi rebunglah hendak lentur, jangan dinantikan sampai jadi aur Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bapa borek anak rintik/ Bagaimana rupa begitulah bayangnya Info Digital 7 Nota Peribahasa CONTOH
44 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut. Sudah dua puluh tahun Alif meninggalkan kampung halaman kerana ingin mencuba nasibnya di ibu kota dan berlaku perselisihan faham dengan abangnya. Setelah dia meninggalkan kampungnya, dia tidak mahu mengambil tahu tentang kampung halamannya lagi. Kini, dia berada di perantauan dan telah mencapai kejayaan. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada abangnya atas kesalahannya yang lalu. Kini, hubungan mereka semakin mesra. [6 markah] (i) (ii) (iii) Praktis 4 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut. Mak Esah dan Pak Kamil membesarkan Sani dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi. Apabila dewasa, Sani berjaya menjawat jawatan tinggi di Kuala Lumpur. Sejak itu, Sani menjadi sombong dan bongkak. Sani juga telah melupakan jasa ibu bapanya yang telah membesarkannya selama ini. Sikap Sani itu mengecewakan Mak Esah dan Pak Kamil. [6 markah] (i) (ii) (iii) Praktis 5 Berikan satu peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah. (i) Bagai ikan pulang ke lubuk (ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (iii) Air dicencang tidak akan putus [6 markah] (i) (ii) (iii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga/ Air dicencang tidak akan putus Bagai menatang minyak yang penuh Seperti belut pulang ke lumpur/ Seperti gagak pulang ke benua Bagai kacang lupakan kulit Bagai aur dengan tebing/ Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Hidung tinggi Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga/ Air ditetak tidak akan putus CONTOH
45 BM Tingkatan 4 Bab 3 Praktis ke Arah SPM BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja transitif dan kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kebelakangan ini, terdapat banyak isu yang memaparkan kegiatan gejala antisosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya yang melibatkan golongan bawah umur seperti golongan kanak-kanak dan remaja. Pada penghujung bulan April yang lalu, pihak media telah melaporkan aksi visual sekumpulan remaja yang menimbulkan kekecohan di hadapan sebuah sekolah di Klang, Selangor. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Akta Kawal Perlakuan Antisosial’ oleh Muzafffar Syah Mallow, Dewan Masyarakat, Bil. 7 2017 [8 markah] Kata kerja transitif : Kata sendi nama : (i) (ii) (iii) (iv) 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa musim hujan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kali ini bermula pada pertengahan November. Musim hujan ini juga berlaku di Sarawak dan Sabah. Hujan lebat yang berterusan dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut yang diramalkan bertiup pada kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam. [6 markah] (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan (sesuatu) Aktiviti gotong-royong itu melibatkan semua penghuni di Taman Desa. memaparkan/ melibatkan/ melaporkan/ menimbulkan dalam, di Musim hujan ini juga berlaku di Sabah. Saya menunggu ayah menjemput saya pulang di hadapan pintu masuk sekolah. Musim hujan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kali ini bermula pada pertengahan November. Adik melaporkan kejadian yang berlaku tadi kepada ibu. Hujan lebat yang berterusan dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut. Musim hujan ini juga berlaku di Sarawak. Aina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Monsun Timur Laut diramalkan bertiup pada kelajuan antara 10 hingga 20 kilometer sejam. CONTOH
46 BM Tingkatan 4 Bab 3 3 Petikan di bawah terdapat sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan tersebut. Semua pejuang-pejuang bangsa telah bertungkus-lumus berjuang untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Setiap titik darah yang membanjiri di atas tanah pusaka kita ini perlu dihargai oleh kita agar semangat patriotisma di dalam diri tidak akan musnah. Oleh itu, wajarlah kita menyahut Hari Pahlawan dengan penuh rasa menginsafkan. Bukan kira warna kulit, bangsa, dan agama, kita mestilah menanam keinginan untuk turut berjuang mempertahankan tanah air. Bak kata orang-orang tua, “biar putih tulang, jangan putih mata”. [11 markah] (i) (vii) (ii) (viii) (iii) (ix) (iv) (x) (v) (xi) (vi) 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menamparnampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah. (i) Semakin besar pendapatan, semakin besarlah perbelanjaan. (ii) Kalau membuat sesuatu pekerjaan biarlah dilakukan sehingga selesai, jangan berhenti di separuh jalan. [4 markah] (i) (ii) Selepas baginda mendengar sembah orang yang datang mengadu itu, baginda terkejut lalu menampar-nampar pahanya. Baginda bertitah, “Wah, negeri beta ditimpa malapetaka pula! Nasib baik ada Laksamana; jika Laksamana beta utuskan ke negeri lain, musnahlah negeri beta ini.” Besar periuk besarlah keraknya Berdakwat biar hitam/ Mandi biar basah Semua pejuang-pejuang – Semua pejuang/ Pejuang-pejuang musnah – pudar dari – daripada menginsafkan – keinsafan dihargai oleh kita – kita hargai orang-orang tua – orang tua-tua bertungkus-lumus – bertungkus lumus menyahut – menyambut membanjiri – menitis Bukan – Tidak patriotisma – patriotisme CONTOH
47 Soalan 7 : Pemahaman Petikan Sastera 1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan. 3 Empat soalan, iaitu: (i) Soalan makna rangkai kata (ii) Soalan pemahaman petikan (iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Pemikiran kritis (iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Penyelesaian masalah 4 Markah yang diperuntukkan ialah 13 markah. Soalan 8 : Novel 1 Soalan tentang novel akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Markah keseluruhan soalan ini ialah 10 markah. 3 Bahagian ini terbahagi kepada dua soalan, iaitu (i) dan (ii) dengan pecahan 4 markah atau 5 markah dan 5 markah atau 6 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian (ii) adalah tidak tetap. 4 Bagi soalan 8 (i), soalan yang diajukan ialah soalan pemahaman petikan novel. Murid hendaklah membaca soalan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan dan mencari jawapan berdasarkan petikan yang diberikan. 5 Bagi soalan 8 (ii), soalan yang diajukan merupakan soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh murid di setiap zon. Setiap isi yang diutarakan perlu disertakan contoh-contoh yang sesuai yang terkandung dalam novel. 6 Murid perlu menggunakan bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul. 7 Murid perlu menguasai beberapa perkara untuk mendapat markah yang tinggi. (a) Memahami dan mengenal genre novel. (b) Memahami istilah sastera bagi genre novel, iaitu: (i) sinopsis (ii) tema (iii) persoalan (iv) watak dan perwatakan (v) teknik plot (vi) latar tempat, latar masyarakat, latar masa (vii) nilai dan pengajaran (viii) plot dan binaan plot (ix) mesej (c) Murid juga perlu mengetahui contoh yang relevan bagi membuktikan pernyataan isi sastera. Sekilas Info Soalan 6 : Pemahaman Petikan Umum 1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B. 2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan. 3 Empat soalan, iaitu: (i) Soalan makna rangkai kata (ii) Soalan pemahaman petikan (iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Pemikiran kritis (iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/ Penyelesaian masalah 4 Markah yang diperuntukkan ialah 12 markah. 4 Bab Pemahaman Info Digital 8 Info Digital 9 Info CONTOH Digital 10
48 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis ke Arah SPM Soalan 6 – Petikan Umum Praktis 1 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Laporan WHO sebelum era COVID-19, iaitu bertarikh 30 Januari 2020 menganggarkan sebanyak 264 juta manusia daripada pelbagai kelompok usia menghidap kemurungan. Hal ini merupakan sebab utama ketidakupayaan dan beban penyakit di seluruh dunia. Kaum wanita lebih mudah mengalami kemurungan berbanding dengan kaum lelaki. Kemurungan berkait rapat dengan tingkah laku bunuh diri. Secara global, WHO melaporkan bahawa bunuh diri merupakan 10 penyebab utama kematian di dunia. Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan trend. Kajian yang sama juga menunjukkan peratusan berlakunya kemurungan ialah sebanyak 18.3 peratus. Kebanyakan individu yang terlibat dalam cubaan membunuh diri mengalami kemurungan dan mempunyai beberapa faktor risiko yang mendorong perbuatan tersebut. Antaranya, mengalami kemurungan akibat dibuli, prestasi akademik yang rendah, kehilangan ibu bapa, sering kesunyian, dan berasa keseorangan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Hari Kesihatan Mental – Usaha Mengurus Kemurungan’ oleh Mohamed Hatta Shaharom, Dewan Masyarakat, Bil. 11 2020 Bahan 2 DalamkajianyangdilakukanolehKesihatandanMorbiditiKebangsaan(NHMS)2017mendedahkan bahawa dalam 5.5 juta remaja di Malaysia, seorang daripada lima remaja berpotensi mengalami kemurungan. Secara umumnya, masalah kemurungan merupakan satu daripada penyakit gangguan mental yang mengganggu fungsi otak yang menyebabkan perubahan proses pemikiran, perasaan, dan tingkah laku seseorang. Hal ini menyebabkan individu yang mengalami masalah kemurungan tidak dapat menjalani aktiviti harian dengan baik. Penyakit kemurungan berbeza daripada kesedihan biasa. Kemurungan biasanya melibatkan banyak punca atau penyebab. Peristiwa trauma seperti kehilangan ibu bapa, didera secara fizikal dan emosi atau penderaan seksual boleh menyebabkan kemurungan. Kemurungan lebih lazim berlaku kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang turut mengalami keadaan yang sama. Kebiasaan pemikiran negatif dan perubahan hormon juga punca kemurungan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemurungan Derita dalam Diam’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, Dewan Siswa, Bil.12 2019 Panduan menjawab pemahaman petikan umum CONTOH
49 BM Tingkatan 4 Bab 4 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud frasa peningkatan trend? [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca kemurungan. [3 markah] (iii) Tekanan merupakan punca utama yang menyebabkan terjejasnya kesihatan mental. Pada pendapat anda, apakah cara mengurangkan tekanan? KBAT [3 markah] (iv) Semasa anda melayari Facebook, anda mendapati seorang rakan anda menyiarkan nota bunuh diri. Selepas diteliti dengan lebih dekat, anda dapat membaca tanda-tanda depresi melalui perkongsiannya itu. Nyatakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 1, maksud frasa peningkatan trend ialah meningkat secara mendadak. Merujuk Bahan 1, punca-punca kemurungan ialah dibuli, prestasi akademik yang rendah, kehilangan ibu bapa, sering kesunyian, dan berasa keseorangan. Merujuk Bahan 2, punca kemurungan ialah peristiwa trauma seperti kehilangan ibu bapa, didera atau dibuli secara fizikal dan emosi atau penderaan seksual, pemikiran negatif, dan perubahan hormon juga punca kemurungan. Pada pendapat saya, antara cara untuk mengurangkan tekanan ialah berkongsi perasaan dengan seorang yang boleh dipercayai dan dapat memahami perasaan kita. Selain itu, berehat sambil mendengar alunan muzik yang lembut dan menenangkan juga antara cara mengurangkan tekanan. Cara seterusnya ialah meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara langkah yang akan saya lakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ialah saya akan terus menghubunginya untuk mengetahui sama ada dia mampu atau tidak untuk menguruskan perasaannya. Selain itu, saya akan menghubungi ibu bapanya agar mengambil serius perkara itu. Akhir sekali, saya akan menemaninya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar CONTOH dan menerima rawatan yang betul.
50 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis 2 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kunci utama untuk kehidupan yang sihat adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Apakah yang dimaksudkan dengan cara hidup yang sihat? Makan secara sihat, tidak merokok, melakukan aktiviti fizikal, dan belajar menangani stres merupakan amalan cara hidup sihat yang sepatutnya menjadi keutamaan seseorang bermula dari peringkat remaja sehingga seseorang meningkat tua. Apabila remaja mengamalkan gaya hidup sihat, sudah tentu banyak faedah yang akan diraih. Antaranya mencegah kenaikan berat badan, meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan remaja, mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi, dan kanser. Apabila tubuh dalam keadaan sihat, otak akan merangsang untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti harian. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sihat Semestinya Cantik’ oleh Mohamad T. Abdullah, Dewan Siswa, Bil. 07 2020 Bahan 2 Sebelum ini, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen berjalan 10 000 langkah bagi menggalakkan masyarakat menjalani hidup lebih sihat dan aktif. Berjalan membawa manfaat yang besar dan sewajarnya diamalkan. Berjalan membantu mencegah penambahan berat badan. Semakin laju langkah dan lama berjalan, semakin banyak kalori dibakar. Namun, pada masa yang sama, anda perlu mengekalkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat. Apabila tubuh dalam keadaan sihat, otak akan dirangsang untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti harian. Berjalan dengan jarak sederhana antara 30 hingga 45 minit setiap hari meningkatkan sel-sel sistem imun badan. Kajian yang dijalankan Appalachian State University Boone, North Carolina, mendapati tahap peningkatan imuniti individu tetap aktif untuk beberapa jam selepas bersenam dan mempunyai kesan kumulatif dalam melindungi sesuatu penyakit dari masa ke masa. Tambahan pula, berjalan dengan kadar yang sederhana membantu mengekalkan dan menstabilkan tahap gula dalam darah terutama kepada penghidap diabetes jenis dua. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Berjalan Aktiviti Mudah Gaya Hidup Sihat’ oleh Azhar Salleh, Berita Harian Online, 31 Oktober 2020 (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa manfaat yang besar? [2 markah] Berdasarkan CONTOH Bahan 2, frasa manfaat yang besar bermaksud kelebihan yang banyak.
51 BM Tingkatan 4 Bab 4 (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan mengamalkan cara hidup sihat. [3 markah] (iii) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi menarik minat masyarakat untuk bersukan, namun masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku? KBAT [3 markah] (iv) Salah seorang rakan anda yang mengalami masalah obesiti mengambil jalan pintas dengan mengamalkan pengambilan ubat-ubatan untuk cepat kurus. Sebagai rakan baiknya, anda ingin berkongsi cara yang sihat bagi membantunya mengurangkan berat badan. Huraikan cara-cara yang sihat untuk mengurangkan berat badan. KBAT [4 markah] Praktis 3 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Malaysia mewarisi budaya, adat istiadat, dan tradisi yang melimpah-limpah kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, dan agama. “Gandingan unik ini banyak menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara terutamanya melalui perpaduan yang terbentuk hasil daripada perkongsian kesenian dan budaya kita,” katanya menerusi rakaman video khas yang disiarkan dalam majlis makan malam sempena mengalualukan Sidang Kemuncak kelapan Dunia Seni dan Budaya di sini hari ini. Tun Dr. Mahathir berkata, walaupun Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian, Malaysia tidak mahu kehilangan identiti yang dibentuk menerusi kepelbagaian kebudayaan dan keseniannya,” katanya dan menambah Malaysia berhasrat untuk memelihara seni dan budaya ini walaupun dengan beberapa pengubahsuaian. Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Seni dan Budaya Cerminan Ketamadunan Negara’, Berita Harian, November 2019 Merujuk Bahan 1, kepentingan mengamalkan cara hidup sihat ialah dapat mencegah kenaikan berat badan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes dan kanser. Merujuk Bahan 2, apabila tubuh dalam keadaan sihat, otak akan dirangsang untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti harian. Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan bersukan kurang mendapat sambutan ialah kesibukan bekerja. Selain itu, sukan dalam talian yang semakin popular juga menyebabkan bersukan kurang mendapat sambutan. Akhir sekali, remaja tidak gemar berpeluh. Antara cara yang sihat untuk mengurangkan berat badan ialah mengira kalori untuk mengelakkan makan berlebihan. Dengan mengira kalori, seseorang akan menyedari betapa banyaknya makanan yang diambil. Selain itu, melakukan senaman kardiovaskular (kardio) seperti berjalan atau berjoging bagi membantu badan membakar kalori dengan cepat. Akhir sekali, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu seseorang menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan mereka. CONTOH
52 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 2 KUALA LUMPUR: Pameran tentang keunikan negara yang didiami masyarakat berbilang kaum dan cara hidup setiap kaum yang menjadi tatapan generasi muda merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh keharmonian. Melalui Lottie’S Cultural Splash yang dibawakan oleh YTL Foundation, keunikan dan kepelbagaian yang menjadi simbol kemakmuran masyarakat berbilang kaum dipertontonkan kepada pengunjung menerusi pertunjukan drum, tarian Melayu, Cina, dan seni tarian India Bharatanatyam. Pengarah Projek YTL Foundation,DatinKathleen Chewberkata, kepelbagaian yang dimiliki itu perlu dihayati oleh semua pihak supaya mereka memahami cara hidup setiap kaum selain mengukuhkan keakraban semua kaum. Beliau berkata, keunikan warisan kebudayaan bukan hanya dipertontonkan kepada pelancong, malah membawakan generasi muda mencuba permainan tradisional. Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Seni Budaya Pemangkin Keharmonian Kaum’, Berita Harian, November 2019 (i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud frasa memperkukuh keharmonian? [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kepentingan memelihara kebudayaan dan kesenian bangsa? [3 markah] (iii) Permainan tradisional seperti sepak takraw telah dipertandingkan ke peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilakukan oleh kerajaan untuk mempopularkan permainan tradisional yang lain agar setanding dengan permainan sepak takraw di pentas antarabangsa? KBAT [3 markah] (iv) Perkampungan anda merupakan antara lokasi tumpuan pelancong kerana menganjurkan pesta wau dan gasing pada setiap tahun. Salah seorang pelancong ingin mengetahui keunikan gasing dan wau dengan lebih lanjut. Huraikan dua keunikan tersebut. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 2, maksud frasa memperkukuh keharmonian ialah mengeratkan kemesraan. Merujuk Bahan 1, kepentingan memelihara kebudayaan dan kesenian bangsa ialah dapat memelihara identiti bangsa. Selain itu, kebudayaan dan kesenian bangsa dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang. Merujuk Bahan 2, kebudayaan dan kesenian bangsa mewujudkan persefahaman antara kaum. Pada pendapat saya, antara langkah untuk mempopularkan permainan tradisional yang lain ialah mempromosikan permainan tradisional tersebut di media sosial dan media massa negara luar. Selain itu, kerajaan harus mempertandingkan permainan tradisional tersebut di sukan-sukan luar. Akhir sekali, kerajaan perlu menghantar jurulatih tempatan untuk melatih atlet luar negara untuk mempopularkan permainan tradisional. Dua keunikan gasing dan wau ialah mempunyai ukiran yang menarik berasaskan flora dan fauna yang membawa maksud-maksud tertentu. Selain itu, gaya permainan yang unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. CONTOH
53 BM Tingkatan 4 Bab 4 Soalan 7 – Petikan Sastera Praktis 1 Syair Bidasari Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dengarkan tuan suatu riwayat, 1 Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, 2 Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, 3 Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, 4 Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5 Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, 6 Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, 7 Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, 8 Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." Dipetik daripada `Syair Bidasari’ oleh Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 i Pilihlah ketuamu untuk bersatu mencipta sejarah kemanusiaan. Kira kau memegang peganglah kebaikan yang berkembang di dusun hati. Nescaya tak akan terlepas pancaran mesra yang menetas di persada iman. ii Perkukuhkanlah letakmu untuk menentu barisan diri kesuburan budi. Sekali kau bergerak seluruh jasad ikut bertindak melentur mimpi kehidupan. Hilmi Rindu Pesan Tangan kepada Jari Nota KOMSAS lengkap Panduan menjawab pemahaman petikan sastera CONTOH
54 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 3 Gurindam Pemimpin Pemimpin adil juga saksama, Rakyat bersatu hidup bersama. Pemimpin mesti kotakan janji, Rakyat menyokong tidak mengeji. Pemimpin sentiasa berbudi bahasa, Seluruh negara hidup sentosa. Pemimpin mulia tinggi akhlak, Rakyat tidak berasa jelak. Pemimpin bijak mengurus negara, Negara makmur rakyat sejahtera. Pemimpin telus menabur jasa, Rakyat tentu menyanjung sentiasa. Irfaan Alias Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2 (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata sangat tiada merasai susah? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh seorang pemimpin yang tidak berkaliber? KBAT [4 markah] (iv) Sukarelawan memainkan peranan penting bagi membantu mangsa bencana alam di sesuatu kawasan. Sebagai salah seorang sukarelawan, anda dikehendaki menghantar bantuan ke sebuah negara yang ditimpa bencana. Nyatakan bantuan-bantuan yang sesuai dihantar bagi membantu mangsa di negera tersebut. KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata sangat tiada merasai susah ialah tidak pernah menghadapi dugaan. Berdasarkan semua bahan, ciri-ciri seorang pemimpin yang baik ialah merupakan seorang yang adil. Selain itu, pemimpin juga perlu bijak menyelesaikan masalah. Seterusnya, pemimpin yang baik tidak mengharapkan sanjungan rakyat. Akhir sekali, pemimpin yang baik bersikap jujur dan bertanggungjawab. Pada pendapat saya, kesan yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh seorang pemimpin yang tidak berkaliber ialah negara akan menjadi huru-hara. Keadaan ini akan menyebabkan kepercayaan daripada para pelabur hilang. Selain itu, ekonomi akan jatuh dan pembangunan negara terganggu. Bantuan-bantuan yang sesuaiialahbantuanmakananuntukmemastikanmangsa tidak kelaparan. Selainitu, bantuan motivasi juga harus diberikan kepada mangsa bagi memastikan mangsa tetap bersemangat untuk menghadapi dugaan. Seterusnya, bantuan kesihatan untuk memastikan rawatan dapat diberikan kepada mereka yang cedera. Akhir sekali, bantuan kewangan untuk membolehkan mangsa membaiki kerosakan yang dialami mereka. CONTOH
55 BM Tingkatan 4 Bab 4 Praktis 2 GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA) Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Dipetik daripada `Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)’ oleh Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Petikan lirik lagu Burung Kenek-kenek Burung kenek-kenek Terbang tinggi di awan Pesan datuk nenek Pandai-pandai cari kawan Burung kenek-kenek Hinggap di atas dahan Pesan datuk nenek CONTOH Sujudlah pada Tuhan
56 BM Tingkatan 4 Bab 4 Bahan 3 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. Ayuhai anakanda muda remaja, jika anakanda menjadi raja, hati yang betul hendak disahaja, serta rajin pada bekerja. Puisi-puisi Raja Ali Haji, (Penyelenggara) Abu Hassan Sham Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993 (i) Berdasarkan Bahan 3, apakah maksud frasa hati yang betul hendak disahaja? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk memastikan diri mereka tidak terjebak dalam gejala negatif? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja lebih mudah terpengaruh dengan gejala negatif? KBAT [4 markah] Berdasarkan Bahan 3, maksud frasa hati yang betul hendak disahaja ialah sentiasa mengamalkan jiwa yang bersih. Berdasarkan Bahan 1, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk memastikan diri mereka tidak terjebak dalam gejala negatif ialah memelihara telinga daripada mendengar perkara buruk. Seterusnya, tidak pergi ke tempat yang boleh mempengaruhi diri melakukan perkara negatif. Berdasarkan Bahan 2, pandai mencari kawan dan sentiasa mengikut perintah agama. Pada pendapat saya, golongan remaja lebih mudah terpengaruh dengan gejala negatif kerana mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Selain itu, remaja suka mencuba sesuatu yang baharu. Akhir sekali, mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. CONTOH