The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-book, 2022-12-13 23:18:43

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

2022/2023

DISEMBER 2022


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
LATAR BELAKANG KITAB
JAWATANKUASA SENAT KITAB 4
LOKASI KITAB 6
KATA ALUAN REKTOR KITAB 8
KATA ALUAN TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN 9
VISI DAN MISI 11
JAWATANKUASA PENGURUSAN EKSEKUTIF 12
PENASIHAT AKADEMIK KITAB 13
PENSYARAH KITAB 14
PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK 2021/2022 18
PROGRAM AKADEMIK MENGIKUT PUSAT PENGAJIAN 26

DIPLOMA SYARIAH 28
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM 68
DIPLOMA KAUNSELING 104
DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN 148
DIPLOMA KEWANGAN 196
DIPLOMA PENGURUSAN HALAL 234
DIPLOMA PENTADBIRAN MUAMALAT 274
DIPLOMA PENGURUSAN INSTITUSI SOSIAL ISLAM 316
SIJIL PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN 360
SIJIL PENGAJIAN BAHASA AL-QURAN 384
KALENDAR AKADEMIK 360
PERATURAN AKADEMIK 362


SIDANG REDAKSI
PROSPEKTUS AKADEMIK

Penasihat
Profesor Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid

Rektor

Pengerusi
Ustazah Khadijah binti Mohd
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan

Setiausaha
Cik Siti Zuhailah binti Mohd Zaki
Puan Noorliza binti Jamaluddin

Ketua Editor
Ustazah Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor

Ahli Jawatankuasa Editor
Bahagian Penulisan Isi Kandungan
Ustazah Noramira binti Adnan@Jamaluddin

Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil
Ustaz Ahmad Tajudin bin Ismail

Bahagian Bahasa dan Terjemahan
Ustazah Nur Farhana binti Abdul Aziz
Ustazah Nur Fazihan Izyani binti Subohi

Bahagian Penerbitan dan Reka Bentuk Grafik
Puan Wan Nurfariza binti Wan Mazlan
Puan Nurul Shameza binti Mohammad


| PROSPEKTUS AKADEMIK

LATAR BELAKANG KITAB

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang adalah merupakan Institusi
Pengajian Tinggi Islam Swasta milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP). KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004 setelah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KITAB adalah kesinambungan daripada sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
(MTQNPP) yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
pada 1995 yang menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama
Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KITAB memulakan operasi
sebagai sebuah IPT pada tahun 2005 berikutan kemajuan dan perkembangan oleh
MTQNPP yang berjaya melahirkan graduan-graduan Diploma Tahfiz Al-Quran dengan
jayanya.

KITAB berperanan mewujudkan Pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan
jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan
pembangunan negara. Badan yang terlibat dalam mengawal selia akademik di KITAB
adalah Jawatankuasa Senat dan Mesyuarat Pusat-Pusat Pengajian. Badan yang
mengelola dan mengawal selia KITAB adalah Lembaga Pengarah KITAB Pulau
Pinang Sdn. Bhd., Lembaga Pengelola KITAB dan Jawatankuasa Pengurusan
Eksekutif. Demi merealisasikan moto baharu KITAB iaitu Memacu Legasi Tarbiah Ke
Arah Melahirkan Ulul Albab, perancangan secara berperingkat telah dilaksana bagi
mencapai matlamat visi dan misi KITAB menerusi Pelan Strategik 2020-2030.

4


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Pengajaran dan pembelajaran di KITAB berasaskan kepada penekanan pengajian Al
Quran ke arah melahirkan ulul albab dalam bidang-bidang Pengajian Islam, Ilmu
Kontemporari, Ulum Al Quran, Muamalat dan Sains Pengurusan. KITAB bertekad
untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam terpilih dan dirujuk serta bertaraf
antarabangsa sejajar dengan visi dan misi KITAB dengan membudayakan Sistem
Pengurusan Kualiti dan berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan amalan ini
secara berterusan.
Sehingga kini, KITAB mempunyai empat (4) Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian
Islam dan Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran, Pusat Pengajian
Muamalat dan Sains Pengurusan dan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum.

MOTO KITAB

5


| PROSPEKTUS AKADEMIK

JAWATANKUASA SENAT KITAB

AHLI

1. Pengerusi
Profesor Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid

2. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan
Ustazah Khadijah binti Mohd

3. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan
Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Akob

4. Ketua Jabatan Pengurusan Akademik
Puan Wan Nurfariza binti Wan Mazlan

5. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Puan Norazura binti Ariffin

6. Ketua Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari
Ustazah Noramira binti Adnan@Jamaluddin

7. Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran
Ustaz Ahmad bin Hashim

8. Ketua Pusat Muamalat dan Sains Pengurusan
Hajah Rohana binti Ahmad

9. Ketua Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Ustazah Nur Farhana binti Abdul Aziz

10. Ketua Pusat Jaminan Kualiti
Ustazah Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor

11. Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pengembangan Program
Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil

6


PROSPEKTUS AKADEMIK |

AHLI (EX-OFFICIO)

1. Pendaftar
Encik Mohammad Rashdan Sulhi bin Latfzi

2. Pustakawan
Puan Wan Noraini binti Wan Abdullah

3. Bendahari
Encik Mohd Zameer bin Abdul Talib

7


| PROSPEKTUS AKADEMIK

LOKASI KITAB

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 George Town, Pulau Pinang.
kitab.edu.my
(+6) 011-13266749
(+6) 011-11434688

8


PROSPEKTUS AKADEMIK |

REKTOR KITAB

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Prospektus Akademik
KITAB buat pertama kalinya dapat diterbitkan pada tahun 2021.

KITAB dalam proses transformasi bermula tahun 2020 melalui visi 2030 iaitu “Sebuah
Institusi Pendidikan Tinggi Islam Pilihan dan Pusat Kecemerlangan Islam yang dirujuk
di rantau Asia Tenggara serta diiktiraf di peringkat Antarabangsa”. Manakala misi
KITAB adalah “Melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing melalui program Pendidikan
Tinggi dan Tarbiah Modal Insan bersepadu serta menawarkan penyelesaian ummah
dari perspektif Islam”.

Sejak tahun 2004 penubuhan KITAB, tiga (3) program diploma telah ditawarkan iaitu
Diploma Tahfiz Al-Quran, Diploma Syariah dan Diploma Kewangan serta satu program
kerjasama dengan Universitas Agama Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) Medan
iaitu Ijazah Sarjana Muda Syariah Al Ahwal Al Syakhsiyyah yang ditawarkan bermula
tahun 2013.

Bermula tahun 2020, tujuh (7) program baharu iaitu Diploma Pengajian Islam, Diploma
Kaunseling, Diploma Pengurusan Halal, Diploma Pentadbiran Muamalat, Diploma
Pengurusan Institusi Sosial Islam, Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Sijil Pengajian
Bahasa Al-Quran telah direkabentuk dan lima (5) daripadanya telah mendapat
kelulusan pengendalian program dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Justeru itu, pada tahun 2021, KITAB juga telah mula mengorak langkah untuk
bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan yang terpilih bagi menawarkan
program kerjasama di peringkat Ijazah Sarjana Muda di KITAB.

9


| PROSPEKTUS AKADEMIK

KITAB telah menjalankan kerjasama program akademik dengan pemindahan kredit
secara pukal yang melibatkan beberapa universiti di Timur Tengah iaitu The World
Islamic Sciences Education University (WISE), Amman, Jordan dan Universiti Al –
Azhar, Mesir. Bermula tahun 2022, buat pertama kalinya pelajar-pelajar lepasan
KITAB telah dihantar ke WISE University untuk menyambung pengajian peringkat
Ijazah Sarjana Muda.

Ilmu pengetahuan bukan sahaja menjamin nilai tambah dalam diri seseorang. Bahkan,
ia mampu membentuk pemikiran yang sihat bagi setiap umat dalam membina masa
depan cemerlang. Ilmu yang baik akan membentuk jati diri seseorang Muslim. Bidang
akademik merupakan salah satu medan penyampaian ilmu yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini adalah
berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat
pada sesuatu bangsa itu sendiri. Ilmu pengetahuan sering disebut sebagai jambatan
kejayaan, pemangkin kemenangan dan pelbagai lagi.

Oleh hal yang demikian, melalui program-program akademik yang sedia ada di KITAB
ini, maka halatuju KITAB 2020-2030 merupakan satu hasrat yang besar dengan

capaian dinaik taraf daripada sebuah Kolej kepada Kolej Universiti dan
seterusnya kepada sebuah Universiti Islam Pulau Pinang menjelang

Profesor Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Rektor,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

10


PROSPEKTUS AKADEMIK |

TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Prospektus Akademik KITAB ini merupakan satu bahan dokumentasi dan rujukan
penawaran program-program akademik yang telah ditawarkan di KITAB. Program-
program di KITAB telah direka bentuk untuk menyediakan kepada pelajar ilmu-ilmu
‘aqli dan naqli seterusnya berkembang menjadi pemikir yang seimbang serta
melahirkan teknokrat, usahawan, profesional yang berminda Al-Quran dan Islam
secara praktikal.
Sehingga kini, KITAB mempunyai empat (4) Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian
Islam dan Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, Pusat Pengajian
Muamalat dan Sains Pengurusan serta Pusat Bahasa dan Pengajian Umum.
Pembelajaran dan pengajaran di KITAB bertunjangkan kepada penekanan asas-asas
pengajian Al-Quran ke arah melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing serta mahir
dalam bidang-bidang Pengajian Islam, Ilmu Kontemporari, Ulum Al-Quran, Muamalat
dan Sains Pengurusan.
Badan yang terlibat dalam mengawal selia akademik di KITAB adalah Jawatankuasa
Senat dan Mesyuarat Pusat-Pusat Pengajian. Jabatan Pengurusan Akademik
berfungsi dalam menguruskan hal ehwal akademik KITAB. Pusat Jaminan Kualiti pula
bertanggungjawab dalam pengurusan kualiti program-program akademik KITAB.
Badan yang mengelola dan mengawal selia akademik KITAB adalah Lembaga
Pengelola KITAB demi merealisasikan moto iaitu “Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah
Melahirkan Ulul Albab”.
Akhir kalam, semoga dengan hasil terbitan Prospektus Akademik KITAB
ini bakal menjadi rujukan dan panduan akademik kepada
pensyarah, pelajar dan bakal-bakal pelajar melalui
pembinaan program-program akademik di KITAB.

Ustazah Khadijah binti Mohd
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

11


| PROSPEKTUS AKADEMIK

VISI & MISI KITAB

VISI

Visi KITAB: Sebuah Institusi Pendidikan Islam Pilihan dan Pusat Kecemerlangan Islam
yang dirujuk di rantau Asia Tenggara serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.

MISI

Misi KITAB: Melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing melalui program Pendidikan
Tinggi dan Tarbiyah Modal Insan yang bersepadu serta menawarkan penyelesaian
ummah dari perspektif Islam.

12


PROSPEKTUS AKADEMIK |

JAWATANKUASA PENGURUSAN EKSEKUTIF KITAB

1. Pengerusi
Profesor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid

2 Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan
Ustazah Khadijah binti Mohd

3. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan
Ustaz Mohamad Aisamudin bin Akob

4. Pendaftar
Encik Mohammad Rashdan Sulhi bin Latfzi

5. Bendahari
Encik Mohd Zameer bin Abdul Talib

13


| PROSPEKTUS AKADEMIK

PENASIHAT AKADEMIK KITAB

Diploma Syariah
1. Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyadin

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS) - UITM Shah Alam
(Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang)

2. Dr. Mohamad Zaki bin Abdul Halim
Penolong Mufti,
Bahagian Fatwa, Unit Buhuth (Penyelidikan)
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Diploma Tahfiz Al-Quran
1. Dr. Abdul Jalal bin Abdul Manaf

Pensyarah, Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni
Imam Besar
Masjid Negara
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Diploma Kewangan
1. Profesor Dr. Mohd Abdullah bin Jusoh

Pensyarah
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2. Tuan Hj. Abdul Ghani bin Abdul Wahab
State Deposit Director, Bank Islam Malaysia Berhad

14


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Diploma Pengajian Islam
1. Profesor Madya Dr. Mukhamad Hadi Musolin Subagio

Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah dan Penyelidikan
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
2. Mohamad Hanif bin Omar@Wahab
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Diploma Kaunseling
1. Profesor Madya Dr. Nor Shafrin binti Ahmad
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
2. Encik Muhammad Saffuan bin Abdullah
Pengarah Urusan Akademi Latihan & Perundingan PEKA

15


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Diploma Pengurusan Halal
1. Dr. Anis Najiha binti Ahmad

Pensyarah
International Institute for Halal Research and Training (INHART)
International Islamic University Malaysia

2. Ustaz Faizal bin Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

3. Encik Fazil Irwan bin Som
Ketua Pegawai Eksekutif
Penang Halal International Sdn. Bhd.

Diploma Pentadbiran Muamalat
1. Profesor Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

2. Encik Amirul Ridzuan bin Abd Razak
Pengurus Cawangan, Co-opbank Pertama

Diploma Pengurusan Institusi Sosial Islam
1. Profesor Madya Dr. Romzie bin Rosman

Institut Perbankan Dan Kewangan Islam
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2. Dr. Ahmad Raflis Bin Che Omar
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Encik Munib Hanis bin Mohammad
Pengurus Cawangan, Co-op Bank Pertama

16


PROSPEKTUS AKADEMIK |
Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran
1. Profesor Madya Dr. Shahir Akram bin Hasan

Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, ISDEV
Universiti Sains Malaysia (USM)
2. Encik Muneer bin Mohamed Farid
Peguam Syarie, Tetuan Muneer Farid & Co.
Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran
1. Profesor Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman
Pensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. Ustaz Mohd Shauqi bin Arshad
Dekan Kuliyyah Bahasa Arab
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU)
1. Tuan Haji Anas Suzastri bin Ahmad
Pensyarah MPU,
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

17


| PROSPEKTUS AKADEMIK

PENSYARAH KITAB

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran

1. Ahmad bin Hashim
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Takhasus Al-Quran Wal Qiraat ,Universiti Al Azhar, Mesir -

1996
• Diploma Lanjutan (Qiraat), Syoubra, Mesir - 1993
• Diploma Tahfiz Al-Quran ,Maahad Tahfiz Quran (MTQ) - 1990
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel :[email protected]

2. Ahmad Tajudin bin Ismail
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Takhasus Al-Quran Wal Qiraat, Universiti Al Azhar, Mesir -

1996
• Diploma Tahfiz, Pusat Islam Malaysia - 1987
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel: [email protected]

3. Yazid bin Salleh
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Takhasus Al-Quran, Wal Qiraat Universiti Al Azhar, Mesir -

1995
• Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) - 2000
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel: [email protected]

18


PROSPEKTUS AKADEMIK |

4. Muhamad Helmi bin Ismail
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengajian Al-Quran ,Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul

Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - 2018
• Ijazah Sarjana Muda Takhasus Al-Quran Wal Qiraat, Universiti Al Azhar, Mesir -

1995
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel: [email protected]

5. Malyanah Solehah binti Mohamad Shukor
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam (Pengurusan Institusi Islam),

Universiti Sains Malaysia (USM) - 2019
• Ijazah Sarjana Muda Takhasus Al-Quran Wal Qiraat, Universiti Al Azhar, Mesir -

2011
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel: [email protected]

6. Khatijah binti Mohamad (Juru Tunjuk Tasmi’)
Kelayakan Akademik:

Diploma Tahfiz Al-Quran, Kolej Islam Teknologi Antrabangsa (KITAB) Pulau Pinang
- 2010
Bidang Kepakaran Akademik: Tahfiz Al-Quran
Emel: [email protected]

7. Solehah binti Zahari (Juru Tunjuk Tasmi’)
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS) - 2019
• Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ,Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)

Pulau Pinang - 2012
Bidang Kepakaran Akademik: Al-Quran Wal Qiraat
Emel: [email protected]

19


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Pusat Pengajian Islam Dan Ilmu Kontemporari
1. Noramira binti Adnan @ Jamaluddin
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam (Usul Al-Din dan Perbandingan

Agama) (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 2012
• Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam (Usul Al-Din dan

Perbandingan Agama) (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
– 2008
Bidang Kepakaran Akademik: Usuluddin
Emel: [email protected]

2. Khairoll Bushra bin Md. Isa
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al Azhar, Mesir - 1999
• Diploma Syariah, Islamiah Maahad Ali Liddirasah Islamiah Wal Arabiah (MADIWA)

- 1997
Bidang Kepakaran Akademik: Syariah Islamiah
Emel: [email protected]

3. Khadijah binti Mohd
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengurusan Dan Pembangunan Islam (Pengurusan Aset Islam),

Universiti Sains Malaysia (USM) - 2019
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al

Azhar, Mesir - 2011
Bidang Kepakaran Akademik: Syariah Islamiah
Emel: [email protected]

20


PROSPEKTUS AKADEMIK |

4. Mohammad Aisamuddin bin Akob
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia

(USM) - 2016
• Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah Universiti Al Azhar, Mesir - 2013
Bidang Kepakaran Akademik: Syariah Islamiah
Emel: [email protected]

5. Nur Yusra Hidayah binti Md Yusuf
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Sastera (Hadith), Universiti Sains Malaysia (USM) – 2017
• Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir – 2013
Bidang Kepakaran Akademik: Syariah Islamiah
Emel: [email protected]

6. Bakre bin Ramli
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Tafsir Dan Ulum Hadis (Usuluddin), Universiti Al Azhar, Mesir

- 2001
• Diploma Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 1999
Bidang Kepakaran Akademik: Usuluddin
Emel: [email protected]

21


| PROSPEKTUS AKADEMIK

7. Nur Diyana binti Mohamad
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Sains (Kaunseling), Universiti Utara Malaysia (UUM) – 2008
• Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir Dan Ulum Quran), Universiti Al Azhar, Mesir

– 2004
• Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah), Kolej Ugama Sultan Zainal

Abidin - 2002
Bidang Kepakaran Akademik: Usuluddin dan Kaunseling
Emel: [email protected]

8. Siti Nur Jannah binti Hasanuddin
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan, Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) – 2019
• Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang dan Syariah (Kepujian), Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM) – 2017
Bidang Kepakaran Akademik: Syariah dan Undang-undang
Emel: [email protected]

9. Norazura binti Ariffin
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa, Sultan Abdul Halim

Mua'dzam Shah (UniSHAMS) - 2019
• Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat Perniagaan dan Perniagaan

Antarabangsa, Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur dengan Kerjasama Coventry
University U.K - 2013
Bidang Kepakaran Akademik: Teknologi Maklumat dan Kaunseling
Emel: [email protected]

22


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Pusat Pengajian Muamalat Dan Sains Pengurusan

1. Rohana binti Ahmad

Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) – 1987
• Diploma Pentadbiran Awam Institut Teknologi Mara - 1982

Bidang Kepakaran Akademik: Ekonomi
Emel: [email protected]

2. Mohd Ikhmal bin Fadzil

Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan

Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - 2018
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran), Universiti Teknologi

MARA (UiTM) - 2010
• Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) - 2008

Bidang Kepakaran Akademik: Pengurusan Perniagaan
Emel: [email protected]

3. Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy bin Wan Mohar

Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Muamalat), Universiti Utara

Malaysia (UUM) – 2014
• Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Utara Malaysia (UUM) – 2010
• Diploma Kewangan, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 2006

Bidang Kepakaran Akademik: Kewangan
Emel: [email protected]

4. Wan Nurfariza binti Wan Mazlan
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysia (UUM) – 2013
• Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Universiti Utara

Malaysia (UUM) – 2010
Bidang Kepakaran Akademik: Teknologi Maklumat
Emel: [email protected]

23


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Pusat Bahasa Dan Pengajian Umum

1. Nur Farhana binti Abdul Aziz
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 2017
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Kesusasteraan Arab (Kepujian), Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 2014
Bidang Kepakaran Akademik: Bahasa Arab
Emel: [email protected]

2. Nur Fazihan Izyani binti Subohi
Kelayakan Akademik:
• Ijazah Sarjana Bahasa Arab Kolej, Universiti Insaniah (KUIN) – 2017
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan) dengan kepujian, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – 2012
• Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab), Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS) – 2008
Bidang Kepakaran Akademik: Bahasa Arab
Emel: [email protected]

3. Dr. Hazrul Affendi bin Mohmad Razali
Kelayakan Akademik:
• Doktor Falsafah Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) - 2017
• Ijazah Sarjana Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) - 2008
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian), Universiti Al-Azhar, Mesir - 1998
Bidang Kepakaran Akademik: Bahasa Arab
Emel: [email protected]

24


PROSPEKTUS AKADEMIK |
4. Dr. Mohamad Shahrin bin Baharudin
Kelayakan Akademik:
• Doktor Falsafah Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) - 2015
• Ijazah Sarjana Al-Quran Dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) -

2011
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusteraan, Universiti Albayt, Jordan -

2008
• Diploma Tahfiz Wal Qiraat, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Pulau

Pinang (MTQNPP) - 2004
Bidang Kepakaran Akademik: Bahasa Arab dan Kesusteraan
Emel: [email protected]

25


PROGRAM-
PROGRAM
AKADEMIK
2021/2022


PROSPEKTUS AKADEMIK |

PROGRAM AKADEMIK MENGIKUT PUSAT
PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN ILMU KONTEMPORARI

1. Diploma Syariah
2. Diploma Pengajian Islam
3. Diploma Kaunseling

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN

1. Diploma Tahfiz Al-Quran
2. Sijil Tahfiz Al-Quran
3. Sijil Pengajian Tahfiz Al-Quran

PUSAT PENGAJIAN MUAMALAT DAN SAINS PENGURUSAN

1. Diploma Kewangan
2. Diploma Pengurusan Halal
3. Diploma Pentadbiran Muamalat
4. Diploma Pengurusan Institusi Sosial Islam

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM

1. Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran

27


DIPLOMA
SYARIAH


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DIPLOMA SYARIAH

Matlamat program Diploma Syariah ialah untuk memperlengkap pelajar dengan
pengetahuan yang mencukupi dalam Pengajian Islam secara umum dan pengetahuan
dalam bidang syariah secara khusus. Program ini bertujuan memberi kefahaman
kepada pelajar tentang cara ulama syariah menganalisis dan menyelesaikan isu dalam
masyarakat dengan menunjukkan kefahaman yang betul tentang cara mengaplikasi
pengetahuan yang diperoleh daripada bidang-bidang ilmu syariah. Pelajar juga
berkemampuan melakukan pencarian fakta mengenai isu syariah untuk meningkatkan
kefahaman Islam masyarakat setempat. Program ini memfokuskan kepada penelitian
hukum-hakam berkenaan perilaku orang Islam dalam kehidupan individu dan
bermasyarakat melalui dua dimensi utama iaitu Fiqh dan Usul Fiqh. Fiqh ialah kajian
mengenai hukum-hakam yang diistinbatkan daripada sumber perundangan, manakala
Usul Fiqh adalah kajian metodologi mengistinbat hukum daripada sumber
perundangan. Program ini juga memfokuskan integrasi ilmu bidang syariah dengan
bidang undang-undang dan kewangan dengan menawarkan kursus-kursus elektif.
Melalui program diploma ini, pelajar diberikan kemahiran yang membolehkan mereka
memberi khidmat dan bantuan kepada badan dan organisasi yang bertanggungjawab
mengenai hal ehwal Islam.

29


| PROSPEKTUS AKADEMIK

OBJEKTIF PROGRAM (PEO)

1. Melahirkan graduan yang berilmu, mahir dalam ilmu-ilmu syariah serta berfikiran
global dan berkeupayaan untuk bertindak berinteraksi dengan perubahan semasa
dengan nilai-nilai syariah Islam.

2. Mempraktikkan nilai, integriti, etika, profesionalisme dan kemahiran sosial dalam
organisasi dan masyarakat selaras dengan nilai-nilai syariah Islam dan etika
(akhlak).

3. Menghasilkan graduan yang mampu berkomunikasi, bekerja dalam pasukan
dengan berkesan, berkeupayaan menanggung risiko serta mampu mempamerkan
kualiti kepimpinan yang baik.

4. Mengeluarkan graduan yang mengintegrasikan kemahiran digital dan numerikal
dalam pembangunan kendiri, pengurusan dan keusahawanan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

1. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang syariah.
2. Mengurus pengetahuan berkaitan ilmu-ilmu syariah.
3. Mempamerkan kemahiran praktikal berkaitan ilmu-ilmu syariah.
4. Mempamerkan kemahiran sosial bercirikan nilai Islam dalam organisasi dan

masyarakat.
5. Mempamerkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam organisasi dan

masyarakat.
6. Mengaplikasi kemahiran digital dalam ilmu-ilmu syariah.
7. Mengaplikasikan kemahiran numerikal dalam ilmu-ilmu syariah.
8. Mempamerkan kepimpinan yang cekap dan berkesan dalam organisasi dan

masyarakat.
9. Mengintegrasi kemahiran personal dalam pembangunan kendiri.
10. Menerapkan prinsip keusahawanan dalam ilmu-ilmu syariah.
11. Mengamalkan nilai etika dan profesionalisme dalam ilmu-ilmu syariah.

30


PROSPEKTUS AKADEMIK |

YURAN PENGAJIAN

Anggaran Yuran Keseluruhan Program:
• Pelajar Warganegara Malaysia : RM 17,000.00
• Pelajar Antarabangsa : RM 29,510.00

Pecahan Anggaran Yuran Program mengikut Kategori:

ANGGARAN YURAN

BIL. KATEGORI YURAN WARGANEGARA MALAYSIA PELAJAR ANTARABANGSA
*1. Yuran Pendaftaran
2. Yuran Asas (150 x 7 semester) (RM300 x 7 semester)
1,050.00 2,100.00

(rujuk jadual pembayaran) (rujuk jadual pem-
1,680.00 bayaran)2,880.00

3. Yuran Pengajian dan Peperiksaan (rujuk jadual pembayaran) (rujuk jadual pem-
9,200.00 bayaran)19,010.00

4. Yuran Asrama (RM660 x 7 semester) (RM660 x 7 semester)
5. Yuran Hemat Diri 4,620.00 4,620.00
6. Yuran Konvokesyen
(1 semester sahaja) (1 semester sahaja)
JUMLAH KESELURUHAN 200.00 400.00

(1 semester sahaja) (1 semester sahaja)
250.00 500.00

17,000.00 29,510.00

31


| PROSPEKTUS AKADEMIK

SENARAI KURSUS DIPLOMA SYARIAH

Kursus Wajib

MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

MPU 2213 / MPU 2133 BAHASA KEBANGSAAN A / BAHASA MELAYU

ATAU ASAS KEUSAHAWANAN
MPU 2223 ASAS PENGAJIAN AL QURAN
MPU 2312 KHIDMAT MASYARAKAT
MPU 2413

32


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Kursus Major HIFZ AL QURAN 1
HIFZ AL QURAN 2
DQHA 1011 BAHASA ARAB 1
DQHA 1021 BAHASA ARAB 2
DUAA 1013 ACADEMIC ENGLISH
DUAA 1023 TEKNOLOGI MAKLUMAT
DUAE 1013 FIQH AL IBADAT
DUGT 1013 FATWA & ISU-ISU SEMASA
DISF 1013 ULUM AL QURAN
DISI 2023 ULUM AL HADITH
DQAU 2013 HADITH AL AHKAM
DIUH 1013 AL AHWAL AL SYAKHSIYAH
DISH 2013 PENGANTAR FALSAFAH & ISU-ISU SEMASA
DISK 2023 AQIDAH ISLAMIAH
DIUF 2012 PENGANTAR SYARIAH
DIUT 1013 FIQH AL MAWARITH
DISS 1013 NIZAM AL QADHA
DISW 2023 USUL AL FIQH
DISN 2023 QAWAID FIQHIAH
DISS 2023 FIQH AL MUAMALAT
DISF 2023
DISM 1023

33


| PROSPEKTUS AKADEMIK

DISJ 2023 FIQH AL JINAYAT
DIST 2023 TAFSIR AYAT AL AHKAM
DILI 2013 LATIHAN IINDUSTRI

Kursus Elektif Undang-Undang

DILP 1013 PENGANTAR UNDANG-UNDANG MALAYSIA
DILK 2023 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
DILS 2023 UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH
DILT 2023 UNDANG-UNDANG ACARA
DILA 2023 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

Kursus Elektif Kewangan

DMFK 2013 SISTEM KEWANGAN ISLAM
DMFI 2013 PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

DMFP 2013 PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

DMGG 2013 PENGAWALSELIAAN DAN TADBIR URUS KEWANGAN

DMFB 1013 PENGENALAN PERNIAGAAN

34


PROSPEKTUS AKADEMIK |

SENARAI KURSUS PER SEMESTER (SEPENUH MASA)

TAHUN 1 (SEMESTER 1)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
WAJIB
1. MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2 3 D WAJIB
D TERAS
2. MPU 2312 ASAS PENGAJIAN AL QURAN 2 D TERAS
3. DUAA 1013 BAHASA ARAB 1 3 D TERAS
4. DISF 1013 FIQH AL IBADAT 3 D TERAS
D
5. DUAE 1013 ACADEMIC ENGLISH 3 WAJIB
D
6. DUGT 1013 TEKNOLOGI MAKLUMAT 3
3
BAHASA KEBANGSAAN A atau
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1

7. MPU 2213/ *** Untuk pelajar yang tidak kredit
MPU 2133 Bahasa Melayu peringkat SPM atau

pelajar antarabangsa.

JUMLAH NILAI KREDIT 17 @ 20

TAHUN 1 (SEMESTER 2)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
WAJIB
1. MPU 2223 ASAS KEUSAHAWANAN 3 D
TERAS
2. DQHA 1011 HIFZ AL QURAN 1 1 D TERAS
3 D TERAS
3. DUAA 1023 BAHASA ARAB 2 3 D TERAS
3 D TERAS
4. DQAU 2013 ULUM AL QURAN 3 D
16
5. DIUT 1013 AQIDAH ISLAMIAH

6. DISS 1013 PENGANTAR SYARIAH

JUMLAH NILAI KREDIT

35


| PROSPEKTUS AKADEMIK

TAHUN 1 (SEMESTER 3)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
TERAS
1. DIUH 1013 ULUM AL HADITH 3 D
TERAS
2. DISM 1023 FIQH AL MUAMALAT 3 D

JUMLAH NILAI KREDIT 6

TAHUN 2 (SEMESTER 1)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
TERAS
1. DQHA 1021 HIFZ AL QURAN 2 1 D TERAS
D TERAS
2. DISN 2023 NIZAM AL QADHA 3 D TERAS
D WAJIB
3. DISK 2023 AL AHWAL AL SYAKHSIYAH 3 D
ELEKTIF
4. DISW 2023 FIQH AL MAWARITH 3 D ELEKTIF
D
5. MPU 2413 KHIDMAT MASYARAKAT 3 ELEKTIF
D ELEKTIF
ELEKTIF UNDANG-UNDANG D

6. DILP 1013 PENGANTAR UNDANG-UNDANG 3
MALAYSIA

7. DILK 2023 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 3

ELEKTIF KEWANGAN

6. DMFB 1013 PENGENALAN PERNIAGAAN 3
3
7. DMFI 2013 PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN 19
ISLAM

JUMLAH NILAI KREDIT

36


PROSPEKTUS AKADEMIK |

TAHUN 2 (SEMESTER 2)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
TERAS
1. DISF 2023 QAWAID FIQHIAH 3 D TERAS
D TERAS
2. DISH 2013 HADITH AL AHKAM 3 D TERAS
D
3. DISJ 2023 FIQH AL JINAYAT 3 ELEKTIF
D ELEKTIF
4. DIUF 2012 PENGANTAR FALSAFAH & ISU-ISU 2 D
SEMASA ELEKTIF
D ELEKTIF
ELEKTIF UNDANG-UNDANG D

5. DILS 2023 UNDANG-UNDANG KESALAHAN 3
JENAYAH SYARIAH

6. DILT 2023 UNDANG-UNDANG ACARA 3

ELEKTIF KEWANGAN

5. DMFK 2013 SISTEM KEWANGAN ISLAM 3

6. DMFP 2013 PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM 3

JUMLAH NILAI KREDIT 17

TAHUN 2 (SEMESTER 3)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS

1. DILI 2013 LATIHAN INDUSTRI 3 D LATIHAN
INDUSTRI
3
JUMLAH NILAI KREDIT

37


| PROSPEKTUS AKADEMIK

TAHUN 3 (SEMESTER 1)

BIL. KOD NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KURSUS KREDIT LULUS KURSUS
TERAS
1. DISI 2023 FATWA & ISU-ISU SEMASA 3 D TERAS
D TERAS
2. DISS 2023 USUL AL FIQH 3 D
ELEKTIF
3. DIST 2013 TAFSIR AYAT AL AHKAM 3 D
ELEKTIF
ELEKTIF UNDANG-UNDANG D

4. DILA 2023 UNDANG-UNDANG KETERANGAN 3
ISLAM

ELEKTIF KEWANGAN

4. DMGG PENGAWALSELIAAN DAN TADBIR 3
2013 URUS KEWANGAN ISLAM

JUMLAH NILAI KREDIT 12

38


PROSPEKTUS AKADEMIK |

SINOPSIS KURSUS DIPLOMA SYARIAH

DUAA 1013 BAHASA ARAB 1

Sinopsis

Pada akhir kursus ini Mahasiswa akan mampu untuk menjelaskan asas tatabahasa
Arab, mengenalpasti kosa kata Bahasa Arab dalam pelbagai tema dan
mengaplikasikan konsep-konsep tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan dengan
tepat.

Rujukan:

• Dr. Mahmud Ismail, Nasif Mustafa Abd Aziz, Mukhtar al Tahir Hussain. Al Arabiyah
li al Nashin.

• Siti Salwa Mohd Nor.Al-Mu’in Fi Ta’allumi Al-Lughatil Al-‘Arabiyah, Penerbit Unisza.
• Kamarul Shukri Mat Teh, Al-Taisir Fi Ta’allumi Al-Lughatil Al-‘Arabiyah, Penerbit

Unisza

DUAA 1023 BAHASA ARAB 2

Sinopsis

Kursus ini merupakan asas untuk memahami semua teks berbahasa Arab khususnya
Al-Quran dan Hadith. Kursus ini juga merupakan teras untuk menguasai Bahasa Arab.

39


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Fuad Ni’mah. t.th. Mulakhkhas qawaid al-Lughah al-Arabiah.
• Ahmad Hashim Dr, Ali Sultan Dr & Hassan al-Syair Dr. t.th. Muzakkirah al-Nahw.

DUAE 1013 ACADEMIC ENGLISH

Sinopsis

Bahasa Inggeris Akademik dalam kursus pertengahan. Matlamat kursus ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar, bertutur, membaca dan
menulis supaya mereka dapat mengatasi pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di
mana Tatabahasa ditekankan dalam semua pembentangan. Fokus utama kursus ini
adalah untuk membantu pelajar membangunkan teknik asas untuk literal dan penilaian
teks akademik. Kemahiran kecekapan membaca akan menggabung dan mengimbas
maklumat, membuat inferens, nota dan meringkaskan, mentafsir graf dan
memindahkan maklumat.

Rujukan:

• Gaudart and Huges (2003), Towards Better English Grammar, Fajar Bakti.

40


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DUGT 1013 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sinopsis

Kursus ini direkabentuk untuk menjadikan pelajar-pelajar yang mengikutinya sebagai
pengguna IT yang cekap dan mahir. Mereka akan diajar pengenalan kepada komputer
dan perisian, aplikasi, dokumentasi, pengenalan kepada komputer dan perisian,
aplikasi dokumentasi, pendedahan kepada rangkaian (network) serta internet. Aspek-
aspek pengurusan maklumat serta etika dalam IT juga diberikan pendedahan.

Rujukan:

• Misty E. Vermaat, Susan L. Sebok, Steven M. Freund, Jennifer T. Campbell, Mark
Frydenberg. (2018). Discovery Computers 2018: Digital Technology, Data and
Devices. Shelly Cashman Series.

• Joan Lambert., Curtis Frye., Microsoft Office 2019 Step by Step.

DQAU 2013 ULUM AL QURAN

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian Al-Quran dan ilmunya, Asbabun Nuzul, sejarah al-
Quran, pentafsiran al-Quran, nasikh dan mansukh, ilmu muhkamah dan mutasyabihat,
al-munasabat, i’jaz al-Quran, ilmu fawatih al-suwar, ilmu qiraat, ahli tafsir, tafsir al-
Isyari dan gharaibul tafsir, kitab tafsir yang muktabar dan pengarangnya

41


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Rosmawati Ali. (2010). Pengantar Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Percetakan
Salam.

• Muhammad Ali Shabuni. (2003). al Tibyan fi Ulum Al- Quran, Cairo: Dar Sobuni.
• Mannaq Qattan. (2016). Mabahith fi Ulum Al-Quran, Muassah Risalah.

DIUH 1013 ULUM AL HADITH

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian Hadith Riwayah dan Dirayah, sejarah pembinaan
dan penghimpunan hadith, sanad dan matan, hadith mutawatir dan ahad, hadith sahih,
hasan dan dhoif, hadith mawdhu’, ilmu takhrij hadith, al Jarh wa ta’dil dan bibiografi
ringkas ulama’-ulama’ hadith

Rujukan:

• Rosmawati Ali@Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam

• Mahmud Tahhan. (2011).Taisir Mustalah al-Hadis. Karachi: Qadim Kutub Khanah

42


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DQHA 1011 HIFZ AL QURAN 1

Sinopsis

Kursus ini mengkehendaki pelajar menghafal secara bertalaqi dan murattal surah-
surah yang terpilih di dalam Al-Quran. Antara surah-surah yang perlu dihafal ialah
surah-surah yang terdapat di dalam juzuk 30 iaitu daripada surah al-Layl sehingga
surah al-A'la. Pelajar juga dapat mengetahui hukum-hukum tajwid dan latar belakang
surah-surah tersebut.

Rujukan:

• Al-Quran al-Karim Tajwid dan Terjemahan (2020). Humaira Publication Sdn Bhd,
Selangor

• Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu Abd Rahman (2016), Asbabun Nuzul: Sebab Turunnya
ayat al-Quran, Abu Athiyyah (terj.). Al-Haramie, Kuala Lumpur.

• Nurul Furqan (2019). Tafsir Jalalain Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian), Telaga
Biru, Selangor

• Haji Abd Qadir Leong (Al-azhari) (2017). Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Pustaka
Salam Sdn Bhd, Selangor.

DQHA 1021 HIFZ AL QURAN 2

Sinopsis

Kursus ini mengkehendaki pelajar menghafal surah-surah yang terpilih di dalam Al-
Quran. Antara surah-surah yang perlu dihafal ialah surah-surah yang terdapat di
dalam juzuk 30. Pelajar dikehendaki memilih DUA surah pilihan di antara surah al-
Tariq sehingga surah al- Naba'. Pelajar juga dapat mengetahui hukum-hukum tajwid
dan latar belakang surah-surah tersebut.

43


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Al-Quran al-Karim Tajwid dan Terjemahan (2020). Humaira Publication Sdn Bhd,
Selangor

• Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu Abd Rahman (2016), Asbabun Nuzul: Sebab Turunnya
ayat al-Quran, Abu Athiyyah (terj.). Al-Haramie, Kuala Lumpur.

• Nurul Furqan (2019). Tafsir Jalalain Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian), Telaga
Biru, Selangor

• Haji Abd Qadir Leong (Al-azhari) (2017). Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Pustaka
Salam Sdn Bhd, Selangor.

DISS 1013 PENGANTAR SYARIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep Syariah dan Fiqh, sejarah pembinaan hukum
Islam, pengenalan tokoh-tokoh Mujtahidin dan mazhab Fiqh serta sebahagian sumber-
sumber perundangan Islam. Kursus ini juga menerangkan secara ringkas mengenai
maqasid syariah serta pembahagiannya.

Rujukan:

• Saleh Ahmad. (2014). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul
Majid.

• Dr. Abd al Karim Zaidan (1969), Al Madkhal li Dirasah al Syari’ah al Islamiyyah,
Baghdad : Matba’ah al ‘Ani.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik: Dar al-Fikr.

44


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISS 2023 USUL AL FIQH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian Usul Al Fiqh dan perbahasannya, hukum dan
pembahagiannya, sumber hukum, kaedah pengambilan hokum, nasakh, ijtihad, taqlid
dan kaedah-kaedah usul dari segi bahasa.

Rujukan:

• Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zin. (2012). Pengantar Usul Fiqh. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam.

• Abu Zahrah, Muhammad. (1994). Usul al Fiqh, diterjemahkan oleh Saefullah
Ma’shum, Jakarta:Pustaka Firdaus.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik: Dar al-Fikr.

DISH 2013 HADITH AL AHKAM

Sinopsis

Kursus ini meliputi tajuk Hadith yang akan dibincangkan ialah hadith-hadith terpenting
berkaitan bersuci, solat, kekeluargaan, jual-beli, jenayah, kehakiman dan dosa-dosa
besar.

45


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri (2010). Ibanah al-Ahkam Syarah
Bulugh al-Maram (Jilid Pertama), terj. Nor Hasanuddin H.M. Fauzi, Kuala Lumpur :
Al Hidayah Publication.

• As-Shan’ani, Sayyid Imam Muhammad Ibnu Ismail al-Kahlani. (t.t). Subulussalam
III, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

DISF 1013 FIQH AL IBADAT

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian-pengertian bersuci dan jenisnya, solat fardhu, solat
sunat, zakat, puasa, haji, umrah dan perkara yang berkaitan dengannya.

Rujukan:

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik: Dar al-Fikr

46


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISM 1023 FIQH AL MUAMALAT

Sinopsis

Kursus ini merangkumi konsep Al Mal dan Al ‘Aqad, jual beli, konsep khiyar, Al Riba,
Al Salam, Al Ju’alah, Al Bai’bi murabahah, Al Ijarah, Syarikat, Al Qard wal Iqradh, Al
Qirad (Al Mudharabah), Al Wadi’ah, Al rahn dan Al Wakalah

Rujukan:

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

DISW 2023 FIQH AL MAWARITH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian ilmu Fara'id, hukum dan kaedah, hak dan manfaat,
kategori waris lelaki dan perempuan, perbezaan pendapat tentang kedudukan dan
kaedah penerimaan pusaka, munasakhah dan takharruj.

47


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Hilmi Haniz Muhammad. (2019). Faham Faraid. Selangor: Akademi Alif.
• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al

Basyir.
• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,

(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.
• Zaharuddin Abd. Rahman. (2014). Fiqh Kewangan Islam. PTS Islamika.
• H. Addys Aldizar. (2011). Hukum Waris. Jakarta Selatan: Senayan Abadi

Publishing.

DISJ 2023 FIQH AL JINAYAT

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian jinayat Islam, jenisnya dan hukuman dan balasan
termasuk pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

Rujukan:

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2008).Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2011).Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Audah, Abdul Kadir,al-Tasyri’ al-Jinai al Islami, Beirut : Muassasah al-Risalah,
1992.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr.

48


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISK 2023 AL AHWAL AL SYAKHSIYAH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian nikah dan kahwin, peminangan, mas kahwin, rukun-
rukun nikah, nafkah, pembubaran perkahwinan, ‘iddah, rujuk dan hak-hak selepas
penceraian.

Rujukan:

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2008).Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2011).Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Syed Sabiq, Fikih Sunnah, (terj.) Abdurrahim dan Masrukkin. Jakarta: Cakrawda
Publishing. 2009.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik: Dar al-Fikr.

DISF 2023 QAWAID FIQHIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan kaedah-kaedah fiqhiyah dengan memulakan pengertian
Qawaid Fiqhiyah, sejarah perkembangannya serta kedudukkannya dalam syariat
Islam. Kursus ini juga menjelaskan lima kaedah asas dan sepuluh kaedah umum
(kuliyah) berkaitan qawaid fiqhiyah serta menghubungkannya dengan masalah isu-isu
semasa.

49


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Al Suyuti, Jalaluddin Abdurrahman b. Ali Bakar Muhammad. (2009). Al Asybah wa
al-Nazhair. Beirut: Dar al Fikr.

• Thanthawi, Mohd Syed. (2006). Al Qawaid al Fiqhiah al Muyassarah, Madinah:
Maktabah al Malik al Fahd.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr.

DIUT 1013 AQIDAH ISLAMIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang konsep ketuhanan merangkumi sifat-sifat Allah,
pembahagian tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa Sifat; hubungan antara
iman dan Islam; kufur dan nifaq. Perbincangan ini juga meliputi al-nubuwwah, kitab
samawiyyah serta perkara-perkara sami’yyat seperti ruh, alam kubur dan hari akhirat.

Rujukan:

• Sayed Sabiq, (terj.) Bhgn. Terjemahan dan Editiorial Rangkaian Berkat, Aqidah
Islam (Menurut Al-Quran dan Hadis), Kuala Lumpur; Pustaka Salam, 2011.

• Sayed Sabiq, al-Aqaid al-Islamiyyah, Dar al-Fathi lil I’lami al-Arabi: Kahirah, 2011.
• Mohd Aizam bin Mas'od (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Islam di

Malaysia, Jakim.
• Haji Said Haji Ibrahim,Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma'rifah Kuala

Lumpur, Cetakan Kedua 2000, Dicetak ole Percetakan Yayasan Islam Terengganu,
Terengganu.

50


Click to View FlipBook Version