The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-book, 2022-12-13 23:18:43

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISN 2023 NIZAM AL QADHA

Sinopsis

Kursus ini membincangkan Al Qadha dan pensyariatannya, kedudukan hakim,
pendakwaan, penghakiman, tahkim, wilayah mazalim dan wilayah hisbah.

Rujukan:

• Abdal Karim Zaidan. Sistem Kehakiman Islam. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.
2010.

• Zaidan, Abd al Karim. (1997). Nizam al-Qadha’ Fi al Syariah al Islamiah. Beirut:
Muassasah al-Risalah.

• Wahbah Zuhaili. (1994). Fikh Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

DIST 2013 TAFSIR AYAT AL AHKAM

Sinopsis

Kursus ini membincangkan hukum-hukum yang terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran
yang terplilih meliputi surah Al-Fatihah dan beberapa ayat dari surah surah Al-
Baqarah, Ali Imran, Al Maidah, Al Anfal, At Taubah, Luqman, Al ahzab dan
Muhammad.

Rujukan:

• Muhammad Ali As Sobuni. (2008). Tafsir Ayat Al Ahkam. Banten: PT BINA ILMU.

51


| PROSPEKTUS AKADEMIK

DIUF 2012 PENGANTAR FALSAFAH & ISU-ISU SEMASA

Sinopsis

Kursus ini mampu mempersiapkan generasi baharu agar berupaya berfikir secara
kritikal dan rasional dalam menanggapi pelbagai cabaran pemikiran yang berkait
dengan isu dan ideologi semasa. Antara cabaran besar tersebut ialah mempertahan
dan mengekalkan jatidiri dalam menghadapi gerakan ideologi relativisme pascamoden
global yang menisbikan segala bentuk hakikat dan kebenaran dalam kehidupan.
Kursus ini membincangkan mengenai epistemologi, metafizik, logik dan ideologi
semasa seperti sekularise, modernisme dan lain-lain.

Rujukan:

• AI-Attas, S. M. Naquib. (1991). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur:
ISTAC.

• Dzulkifli, A. R.& Rosnani,H.(2019) Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020. Kuala Lumpur: IIUM Press

• Phillips, D.C. (Ed.) (2014).Encyclopedia of Educational Theory and Philosophy
(1stEd.). SAGE Publication.

• RosnaniHashim(2017). Revitalization of Philosophy and Philosophical Inquiry in
Muslim Education. Kulliyyah of Education, IIUM

52


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISI 2023 FATWA & ISU-ISU SEMASA

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang isu-isu fatwa semasa berkaitan ibadat yang
merangkumi bersuci, solat, puasa, zakat dan haji.

Rujukan:

• AI-Attas, S. M. Naquib. (1991). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur:
ISTAC.

• Dzulkifli, A. R. & Rosnani, H. (2019) Pentafsiran Baharu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020. Kuala Lumpur: IIUM
Press

• Phillips, D.C. (Ed.) (2014). Encyclopedia of Educational Theory and
Philosophy (1st Ed.). SAGE Publication.

• Rosnani Hashim (2017). Revitalization of Philosophy and Philosophical Inquiry in
Muslim Education. Kulliyyah of Education, IIUM.

• Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Engku Ahmad Tajuddin bin Engku
Alwi, Zulkifli Bin Mohd, Ahmad Faizol bin Ismail. (2014). Fatwa-Fatwa Berkaitan
Fiqh Semasa Di Malaysia. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.

53


| PROSPEKTUS AKADEMIK

MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

Sinopsis

Kursus ini membincangkan mengenai aspek persejarahan, sistem pemerintahan,
dasar, perlembagaan, pembangunan dan kemasyarakatan.

Rujukan:

• Mardiana Norfin dan Hasnah (2018): Pengajian Malaysia, Edisi Keenam, Shah
Alam, Oxford Fajar

MPU 2133 BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1

Sinopsis

Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu
asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan
pertuturan dan penulisan bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan Pembelajaran akan
dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran
pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat
berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan. Kebangsaan
untuk Pelajar luar negara: Malay language for international students: Petaling Jaya:
Pearson Malaysia

54


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Rujukan:

• Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. 2012. Modul Komunikasi
Bahasa Melayu Antarabangsa, KPT. Penerbit UKM Press

• Yong Chyn Chey, Rohaidah Mushudi, Maarof Abd Rahman, 2012. Bahasa
Kebangsaan untuk Pelajar luar negara: Malay language for international students:
Petaling Jaya: Pearson Malaysia

MPU 2213 BAHASA KEBANGSAAN A

Sinopsis

Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur,
membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Tujuan kursus ini adalah
untuk meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.
Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah tutorial,
tugasan, aktiviti kebahasaan, main peranan (role-play), ujian dan peperiksaan. Pada
akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa secara
lisan dan tulisan.

Rujukan:

• Muhammad Nadzri Mohd. Sharif , Mohd. Faiz Idris ,Suhaila Ngadiron, (2012).
Modul Bahasa Kebangsaan A: Silibus MQA. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

• Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. (2012). Modul Komunikasi
Bahasa Melayu Antarabangsa, KPT: Penerbit UKM Press.

55


| PROSPEKTUS AKADEMIK

MPU 2223 ASAS KEUSAHAWANAN

Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu asas dan konsep keusahawanan kepada
pelajar supaya dapat menimbulkan minat dan memupuk nilai untuk menceburi bidang
keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya. Pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dalam bentuk perkongsian pengalaman keusahawanan, pembelajaran
berasaskan kes, simulasi perniagaan dan perbentangan. Pada akhir kursus ini, pelajar
diharap dapat membentuk minda keusahawanan dan mempamerkan kemahiran
keusahawanan dalam aktiviti harian.

Rujukan:

• SME Corporation Malaysia (2017). Start Me UP. SME Corporation Malaysia
• Sarimah Hanim Aman Shah & Cecilia Sook Teik Lan (2013). Entrepreneurship.

Oxford Fajar
• Sarimah H. A. S., Abd. Rashid, M. A., Entrepreneurship, Oxford Fajar Sdn. Bhd.,

2012
• Sarimah Hanim Aman Shah et al., (2018). OFPS Entrepreneurship. Oxford Fajar.
• Sodri Ariffin et.al (2017). Introduction to Entrepreneurship. Oxford Fajar.
• Wan Nong Muzafar (2016) Kuasai Formula Perniagaan. Alaf 21.

56


PROSPEKTUS AKADEMIK |

MPU 2312 ASAS PENGAJIAN AL QURAN

Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar membaca dan menghafal Al-Quran dengan
cara mudah dan pantas tetapi masih meraikan Ilmu Tajwid. Antara surah-surah yang
perlu dihafal ialah surah-surah yang terdapat di dalam juzuk 30 iaitu daripada surah Al-
Dhuha hingga Al-Naas. Pelajar juga dapat menghubungkait pengajian Al-Quran
dengan isu-isu kemasyarakatan melalui pengajaran daripada surah-surah pilihan.

Rujukan:

• Al-Quran al-Karim – Mushaf al-Madinah al-Nabawiyyah (t.t.). Al-Madinah al-
Munawwarah:Majma’ al-Malik Fahd bin Abd al-Aziz

• Al-Suyuthi, Jalaluddin (2008), Asbabun Nuzul: Sebab Turunnya ayat al-Quran, Tim
Abdul Hayyie (terj.). Jakarta: Gema Insani.

• Ibn Kathir, Abi al-Fida' Ismail bin Umar. (1994). Tafsir Ibnu Katsir. Abdullah bin
Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh (ed.). Jakarta: Pustaka Iman As
-Syafie.

• Muhammad Mahmud Abdul ‘Alim (2013). Ahkam Tajwid Wa Fadhail al-Quran,
Kaherah

57


| PROSPEKTUS AKADEMIK

MPU 2413 KHIDMAT MASYARAKAT

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep projek khidmat masyarakat, penyediaan kertas
cadangan dan ciri-ciri projek yang berkesan. Tujuan kursus ini ialah memberikan
kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan projek khidmat masyarakat.
Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dalam bentuk kuliah interaktif, diskusi
kumpulan, pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti kumpulan dan
semangat sukarelaan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan
nilai dan etika, kepimpinan dan kerja berpasukan serta tanggungjawab sosial.

Rujukan:

• Masyarakat dan kepelbagaian sosial di Malaysia. Publication: Selangor: Universiti
Putra Malaysia., 2008

DILI 2013 LATIHAN INDUSTRI

Sinopsis

Kursus ini direkabentuk untuk memastikan para pelajar dapat mengaplikasikan segala
ilmu yang dipelajari secara teori kepada secara praktikal di organisasi yang menjadi
pilihan pelajar.

Rujukan:

• Panduan Penulisan dan Penyediaan Laporan Latihan Industri Kolej Islam
Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, 2019

58


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DILP 1013 PENGANTAR UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Sinopsis

Kursus ini secara keseluruhan akan membincangkan sistem undang-undang di
Malaysia di mana pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada sejarah pembentukan
undang-undang di Malaysia sejak dahulu hingga sekarang. Sumber-sumber undang-
undang di Malaysia, konsep pengasingan kuasa iaitu Pembuat Undang-Undang
(Legislative) Eksekutif dan kehakiman. Kursus ini juga akan menyentuh secara khusus
kedudukan undang-undang Islam di Malaysia.

Rujukan:

• Mohd. Salleh Abbas (2003), Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia,
Kuala Lumpur: DBP (dikemaskini oleh Haji Salleh Buang)

• Wan Arfah Hamzah/Ramly Bulan, An Introduction to The Malaysian Legal System
(2007), Oford/Fajar.

• Wu Min Aun. The Malaysian Legal System (2006), Pearson/Longman.

DILK 2023 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Sinopsis

Kursus ini merangkumi konsep Perkahwinan dan kuasa dalam undang-undang
keluarga termasuk latar belakang pelaksanaan dan pentadbirannya di semua negeri di
Malaysia.

59


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Ahmad Ibrahim (1999), Undang-undang keluarga Islam di Malaysia, Kuala Lumpur:
MLI.

• Ahmad Ibrahim (1965), Islamic Law in Malaysia.
• Zaydan, Abd Karim (1984) Nizam al Qadha fi al Syariah al Islamiyyah, Baghdad.

DILA 2023 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

Sinopsis

Kursus ini merangkumi Keterangan Islam yang terpakai di semua negeri di Malaysia
termasuk dokumentari lisan dan keterangan keadaan.

Rujukan:

• Mahmud Saedon Awang Othman, Undang-undang Keterangan Islam, Kuala
Lumpur: DBP.

• Ibn. Qayyim (1953), al Turuq al Hukumiyah, Matba’ah al Sunnah al
Muhammadiyyah.

• Akta/Keterangan Undang-undang Keterangan Islam Negeri-Negeri.

60


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DILT 2023 UNDANG-UNDANG ACARA

Sinopsis

Kursus ini secara kesimpulan akan membincangkan prosiding pendakwaan,
perbicaraan dan hukuman kes-kes jenayah Syariah.

Rujukan:

• Abdullah Abu Bakar (1989), Acara Jenayah Islam dalam Jurnal Hukum, Jilid 6:2.
• Ahmad Ibrahin (1965), Islamic Law in Malaysia.
• Ahmad Ibrahim (1997), Acara Mal Syariah di dalam Ibedin, Pentadbiran Undang-

Undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: IKIM.

DILS 2023 UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan tentang kesalahan jenayah syariah dalam enakmen
negeri. Pelajar dikehendaki memahami perkembangan terkini dan isu semasa
berkaitan kesalahan jenayah syariah.

61


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Ahmad Ibrahim (1999), Undang-undang Pentadbiran Keadilan Jenayah di
Malaysia; al-hakam jld. (2) Kuala Lumpur: DBP.

• Paizah Ismail (1991) Undang-undang Jenayah Islam, Petaling Jaya: Dewan
Pustaka Islam.

• Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.

DMFB 1013 PENGENALAN PERNIAGAAN

Sinopsis

Kursus ini membahaskan tentang konsep, asas dan prinsip-prinsip pengurusan dan
pentadbiran perniagaan.

Rujukan:

• Ang huat Bin, Principles of Management , Oxford Fajar ,2019
• Abdullah Osman,Pengurusan, Teori, Proses,Praktis, Percetakan perlis Sdn

Bhd,2014
• Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa Penghantar Perniagaan Islam,

Prebtice Hall, 2012
• Madura J.Introduction to Business Fifth Edition, Thomson, South Westerm

USA,2012

62


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DMGG 2013 PENGAWALSELIAAN DAN TADBIR URUS
KEWANGAN ISLAM
Sinopsis

Kursus ini memfokuskan pengajaran beberapa akta-akta, peraturan dan garis panduan
serta perbincangan tentang badan-badan Pengawal Seliaan dan Tadbir Urus Institusi
Kewangan Islam.

Rujukan:

• Mohamed Hafiz Rosli, Corporate Governance, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2019.
• Asyraf Wajdi Dusuki, Islamic Financial System, ISRA, 2013.
• M. Kabir Hasan, Introduction to Islamic Banking and Finance, Pearson, 2013.
• Mustafa Mohd Hanefah, Governance and Syariah Audit in Islamic Financial

Institution, USIM Publisher, 2012.

63


| PROSPEKTUS AKADEMIK

DMFP 2013 PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Sinopsis

Kursus in memberi pengetahuan bagaimana untuk membuat perancangan kewangan
yang berkesan, proses perancangan kewangan, instrumen yang ada untuk pelaburan
serta merancang pelaburan untuk persaraan, dengan mengambilkira prinsip dan
maqasid syariah.

Rujukan:

• Penggunaan & Pemilikan HARTA Menurut Persepektif Islam. Bushrah Basiron,
Selmah Ahmad. Penerbit UTM Press (UTM)

• Islamic Wealth Management Theory and Practice. Ed: Mohamed Ariff and
Shamsher Mohamad, Edward Elgar Publishing. 2017

DMFI 2013 PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Sinopsis

Kursus ini membahaskan bentuk, jenis, peranan dan perkembangan pasaran dan
institusi-institusi kewangan Islam serta isu-isu dan cabaran semasa yang berkaitan
serta penyelesaiannya.

64


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Rujukan:

• Asyraf Wajdi Dusuki, Islamic Financial System, ISRA, 2013.
• M. Khabir Hasan, Introduction to Islamic Banking and Finance, Pearson,2015.
• Zukri Samat, Application of Syariah Contract in Islamic Banking, Products and

Services, Bank Islam Malaysia Berhad, 2012.

DMIF 2013 SISTEM KEWANGAN ISLAM
Sinopsis

Kursus ini membahaskan tentang asas-asas, prinsip-prinsip sistem kewangan Islam
dan kontrak-kontrak muamalat Islam seperti Mudarabah, Musyarakah, Murabahah,
Wadiah, Taawun, ArRahn, Saham, Sukuk (Bon Islam) yang diamalkan di dalam
Sistem Pengurusan Perbankan Islam, Syarikat Takaful dan Pasaran Modal Islam.
Kursus ini juga membahaskan isu-isu dan cabaran sistem kewangan Islam serta
penyelesaiannya.

65


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Asyraf Wajdi Dusuki, Islamic Financial System, ISRA, 2013.
• M. Kabir Hasan, Introduction to Islamic Banking and Finance, Pearson, 2013.
• Dr Mustafa Al-Khin, Fiqh Manhaji, Pustaka Salam Jilid 6,7, 2013.
• Obiyatullah Ismat Batcha, Islamic Capital Market, Wiley, 2013.
• Dr Ahchene Laksasna, Maqasid Al Syariah in Islamic Finance, IBFIM, 2013.
• Zukri Samat, Application of Syariah Contract in Islamic Banking Products and

Services, BIMB, 2012.
• Asyraf Wajdi Dusuki, Fundamental of Islamic Banking, IBFIM, 2011.

66


PROSPEKTUS AKADEMIK |

67


DIPLOMA
PENGAJIAN
ISLAM


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

Matlamat program Diploma Pengajian Islam ialah untuk memperlengkap pelajar
dengan pengetahuan tentang pelbagai cabang ilmu Pengajian Islam yang merangkumi
Ilmu Aqidah, Pengajian Al-Quran, Pengajian Hadith, Syariah, Akhlak dan Tasawuf,
Pemikiran dan Falsafah Islam, Dakwah dan Perbandingan Agama. Program ini
bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang cara ulama bidang tersebut
menganalisis dan menyelesaikan isu dalam masyarakat berdasarkan sumber
muktabar dengan menunjukkan kefahaman yang betul tentang cara mengaplikasi
pengetahuan yang diperoleh. Pelajar juga berkemampuan melakukan pencarian fakta
mengenai isu berkaitan agama Islam untuk memberi kefahaman yang betul kepada
masyarakat setempat. Program ini juga memfokuskan integrasi ilmu bidang Pengajian
Islam dengan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan menawarkan kursus-
kursus elektif. Melalui program diploma ini, pelajar diberikan kemahiran yang
membolehkan mereka memberi khidmat dan bantuan kepada badan dan organisasi
yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam. Program ini juga
memperlengkapkan pelajar dengan kompetensi yang selari dengan keperluan masa
kini dan persekitaran global selain mempunyai nilai moral, etika dan kerohanian Islam.

69


| PROSPEKTUS AKADEMIK

OBJEKTIF PROGRAM (PEO)

1. Melahirkan graduan yang berilmu, mahir dalam ilmu-ilmu Pengajian Islam serta
berfikiran global selaras dengan nilai-nilai-nilai Islam.

2. Mempraktikkan nilai, integriti, etika, profesionalisme dan kemahiran sosial dalam
organisasi dan masyarakat selaras dengan nilai-nilai Islam dan etika (akhlak).

3. Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi, bekerja dalam pasukan dengan
berkesan, berani menanggung risiko serta mampu menonjolkan kualiti kepimpinan
yang baik dalam berorganisasi.

4. Melahirkan graduan yang mengintegrasikan kemahiran digital dan numerikal dalam
pembangunan kendiri, pengurusan dan keusahawanan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

1. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang syariah.
2. Mengurus pengetahuan berkaitan ilmu-ilmu Pengajian Islam.
3. Mempamerkan kemahiran praktikal berkaitan ilmu-ilmu Pengajian Islam.
4. Mempamerkan kemahiran sosial bercirikan nilai Islam dalam organisasi dan

masyarakat.
5. Mempamerkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam organisasi dan

masyarakat.
6. Mengaplikasi kemahiran digital dalam ilmu-ilmu Pengajian Islam.
7. Mengaplikasikan kemahiran numerikal dalam ilmu-ilmu Pengajian Islam.
8. Mempamerkan kepimpinan yang cekap dan berkesan dalam organisasi dan

masyarakat.
9. Mengintegrasi kemahiran personal dalam pembangunan kendiri.
10. Menerapkan prinsip keusahawanan dalam ilmu-ilmu Pengajian Islam.
11. Mengamalkan nilai etika dan profesionalisme dalam ilmu-ilmu Pengajian Islam

70


PROSPEKTUS AKADEMIK |

YURAN PENGAJIAN

Anggaran Yuran Keseluruhan Program:
• Pelajar Warganegara Malaysia : RM 17,085.00
• Pelajar Antarabangsa : RM 29,680.00

Pecahan Anggaran Yuran Program mengikut Kategori:

ANGGARAN YURAN

BIL. KATEGORI YURAN
WARGANEGARA MALAYSIA PELAJAR ANTARABANGSA

*1. Yuran Pendaftaran (150 x 7 semester) (RM300 x 7 semester)
1,050.00 2,100.00

2. Yuran Asas (rujuk jadual pembayaran) (rujuk jadual pembayaran)
1,680.00 2,880.00

3. Yuran Pengajian dan Peperiksaan (rujuk jadual pembayaran) (rujuk jadual pembayaran)
9,285.00 19,010.00

4. Yuran Asrama (RM660 x 7 semester) (RM660 x 7 semester)
5. Yuran Hemat Diri 4,620.00 4,620.00
6. Yuran Konvokesyen
(1 semester sahaja) (1 semester sahaja)
200.00 400.00

(1 semester sahaja) (1 semester sahaja)
250.00 500.00

JUMLAH KESELURUHAN 17,085.00 29,680.00

71


| PROSPEKTUS AKADEMIK

SENARAI KURSUS DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

Kursus Wajib

MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2

MPU 2213 / MPU 2133 BAHASA KEBANGSAAN A / BAHASA MELAYU

ATAU ASAS KEUSAHAWANAN
MPU 2223 ASAS PENGAJIAN AL QURAN
MPU 2312 KHIDMAT MASYARAKAT
MPU 2413

72


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Kursus Major HIFZ AL QURAN 1
HIFZ AL QURAN 2
DQHA 1011 BAHASA ARAB 1
DQHA 1021 BAHASA ARAB 2
DUAA 1013 ACADEMIC ENGLISH
DUAA 1023 TEKNOLOGI MAKLUMAT
DUAE 1013 FIQH AL IBADAT
DUGT 1013 ULUM AL-QURAN
DISF 1013 ULUM AL-HADITH
DQAU 2013 AL AHWAL AL SYAKHSIYAH
DIUH 1013 AQIDAH ISLAMIAH
DISK 2023 PENGANTAR SYARIAH
DIUT 1013 FIQH AL MAWARITH
DISS 1013 USUL AL FIQH
DISW 2023 FIQH AL MUAMALAT
DISS 2023 FIQH AL JINAYAT
DISM 1023 HADITH AL AHKAM
DISJ 2023 DAKWAH WA KHITABAH
DISH 2013 AL MUQARANAH AL ADYAN
DIUD 1013 AL FIRAQ AL ISLAMIAH
DIUQ 2013
DIUR 2013

73


| PROSPEKTUS AKADEMIK

DIUS 2013 SIRAH AN NABAWIYAH
DIUW 2013 TASAWUF DAN AKHLAK
DIUY 3013 AL TAYYARAT AL FIKRIYYAH
DIUL 2013 ILMU TAFSIR
DILI 2013 LATIHAN INDUSTRI

Kursus Elektif Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DIPF 1013 FALSAFAH, TEORI DAN DASAR PENDIDIKAN AWAL

DIPI 2013 PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL DALAM PENDIDIKAN
DIPD 2013 PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

74


PROSPEKTUS AKADEMIK |

SENARAI KURSUS PER SEMESTER (SEPENUH MASA)

TAHUN 1 (SEMESTER 1)

BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
1. MPU 2312 ASAS PENGAJIAN AL QURAN WAJIB
2 D WAJIB
TERAS
2. MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2 3D TERAS
TERAS
3. DISF 1013 FIQH AL IBADAT 3D TERAS

4. DUAA 1013 BAHASA ARAB 1 3D WAJIB

5. DUAE 1013 ACADEMIC ENGLISH 3D

6. DUGT 1013 TEKNOLOGI MAKLUMAT 3D

7. MPU 2213 BAHASA KEBANGSAAN A atau 3D
MPU 2133 BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1

JUMLAH NILAI KREDIT 20

TAHUN 1 (SEMESTER 2)

BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
1. MPU 2223 ASAS KEUSAHAWANAN WAJIB
3 D
MAJOR
2. DQHA 1011 HIFZ AL QURAN 1 1D MAJOR
MAJOR
3. DUAA 1023 BAHASA ARAB 2 3D MAJOR
3D MAJOR
4. DISS 1013 PENGANTAR SYARIAH 3D
3D ELEKTIF
5. DQAU 2013 ULUM AL QURAN

6. DIUT 1013 AQIDAH ISLAMIAH

7. DIPF 1013 FALSAFAH, TEORI DAN DASAR PEN- 3D
DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

JUMLAH NILAI KREDIT 19

75


| PROSPEKTUS AKADEMIK

TAHUN 1 (SEMESTER 3) NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS TERAS
1. DISM 1023 FIQH AL MUAMALAT 3 D
2. DIUD 1013 DAKWAH WA KHITABAH TERAS
3. DQHA 1021 HIFZ AL QURAN 2 3 D
JUMLAH NILAI KREDIT 1 TERAS
D
7

TAHUN 2 (SEMESTER 1)

BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
1. DISS 2023 USUL AL FIQH TERAS
3D TERAS
TERAS
2. DISK 2023 AL AHWAL AL SYAHSIYAH 3D TERAS
TERAS
3. DIUQ 2013 AL MUQARANAH AL ADYAN 3D
ELEKTIF
4. DIUL 2013 ILMU TAFSIR 3D

5. DIUS 2013 SIRAH AN NABAWIYAH 3 D
3 D
6. DIPI 2013 PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL 18
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

JUMLAH NILAI KREDIT

76


PROSPEKTUS AKADEMIK |

TAHUN 2 (SEMESTER 2)

BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
1. DISJ 2023 FIQH AL JINAYAT TERAS
3D
2. DIUR 2013 AL FIRAQ AL ISLAMIYYAH TERAS
3D TERAS
3. DISW 2023 FIQH AL MAWARITH 3D TERAS
3D TERAS
4. DISH 2013 HADITH AL HAKAM 3D ELEKTIF
3D
5. DIUW 2013 TASAWUF DAN AKHLAK 18

6. DIPD 2013 PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

JUMLAH NILAI KREDIT

TAHUN 2 (SEMESTER 3)

BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS NILAI GRED KATEGORI
KREDIT LULUS KURSUS
1. DILI 2013 LATIHAN INDUSTRI
3D LATIHAN
INDUSTRI
3
JUMLAH NILAI KREDIT

77


| PROSPEKTUS AKADEMIK

TAHUN 3 (SEMESTER 1) NILAI GRED KATEGORI KUR-
KREDIT
BIL. KOD KURSUS NAMA KURSUS LULUS SUS
1. DIUH 1013 ULUM AL HADITH 3
2. DIUY 3013 AL TAYYARAT AL FIKRIYYAH D TERAS
3. MPU 2413 KHIDMAT MASYARAKAT
JUMLAH NILAI KREDIT 3D TERAS

3D WAJIB

9

78


PROSPEKTUS AKADEMIK |

SINOPSIS KURSUS DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

DUAA 1013 BAHASA ARAB 1

Sinopsis

Pada akhir kursus ini Mahasiswa akan mampu untuk menjelaskan asas tatabahasa
Arab, mengenalpasti kosa kata Bahasa Arab dalam pelbagai tema dan
mengaplikasikan konsep-konsep tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan dengan
tepat.

Rujukan:

• Dr. Mahmud Ismail, Nasif Mustafa Abd Aziz, Mukhtar al Tahir Hussain. Al Arabiyah
li al Nashin.

• Siti Salwa Mohd Nor.Al-Mu’in Fi Ta’allumi Al-Lughatil Al-‘Arabiyah, Penerbit Unisza.
• Kamarul Shukri Mat Teh, Al-Taisir Fi Ta’allumi Al-Lughatil Al-‘Arabiyah, Penerbit

Unisza

DUAA 1023 BAHASA ARAB 2

Sinopsis

Kursus ini merupakan asas untuk memahami semua teks berbahasa Arab khususnya
Al-Quran dan Hadith. Kursus ini juga merupakan teras untuk menguasai bahasa Arab.

79


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Fuad Ni’mah. t.th. Mulakhkhas qawaid al-Lughah al-Arabiah.
• Ahmad Hashim Dr, Ali Sultan Dr & Hassan al-Syair Dr. t.th. Muzakkirah al-Nahw.

DUAE 1013 ACADEMIC ENGLISH

Sinopsis

Bahasa Inggeris Akademik dalam kursus pertengahan. Matlamat kursus ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar, bertutur, membaca dan
menulis supaya mereka dapat mengatasi pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di
mana Tatabahasa ditekankan dalam semua pembentangan. Fokus utama kursus ini
adalah untuk membantu pelajar membangunkan teknik asas untuk literal dan penilaian
teks akademik. Kemahiran kecekapan membaca akan menggabung dan mengimbas
maklumat, membuat inferens, nota dan meringkaskan, mentafsir graf dan
memindahkan maklumat.

Rujukan:

• Gaudart and Huges (2003), Towards Better English Grammar, Fajar Bakti.

80


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DUGT 1013 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sinopsis

Kursus ini direkabentuk untuk menjadikan pelajar-pelajar yang mengikutinya sebagai
pengguna IT yang cekap dan mahir. Mereka akan diajar pengenalan kepada komputer
dan perisian, aplikasi, dokumentasi, pengenalan kepada komputer dan perisian,
aplikasi dokumentasi, pendedahan kepada rangkaian (network) serta internet. Aspek-
aspek pengurusan maklumat serta etika dalam IT juga diberikan pendedahan.

Rujukan:

• Misty E. Vermaat, Susan L. Sebok, Steven M. Freund, Jennifer T. Campbell, Mark
Frydenberg. (2018). Discovery Computers 2018: Digital Technology, Data and
Devices. Shelly Cashman Series.

• Joan Lambert., Curtis Frye., Microsoft Office 2019 Step by Step.

DQAU 2013 ULUM AL QURAN

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian Al-Quran dan ilmunya, Asbabun Nuzul, sejarah Al-
Quran, pentafsiran Al-Quran, nasikh dan mansukh, ilmu muhkamah dan mutasyabihat,
Al-munasabat, Ijaz Al-Quran, ilmu fawatih al-suwar, ilmu qiraat, ahli tafsir, tafsir al-
Isyari dan gharaibul tafsir, kitab tafsir yang muktabar dan pengarangnya.

81


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Rosmawati Ali. (2010). Pengantar Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Percetakan
Salam.

• Muhammad Ali Shabuni. (2003). al Tibyan fi Ulum Al- Quran, Cairo: Dar Sobuni.
• Mannaq Qattan. (2016). Mabahith fi Ulum Al-Quran, Muassah Risalah.

DIUH 1013 ULUM AL HADITH

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian Hadith Riwayah dan Dirayah, sejarah pembinaan
dan penghimpunan hadith, sanad dan matan, hadith mutawatir dan ahad, hadith sahih,
hasan dan dhoif, hadith mawdhu’, ilmu takhrij hadith, al Jarh wa ta’dil dan bibiografi
ringkas ulama’-ulama’ hadith

Rujukan:

• Rosmawati Ali@Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam

• Mahmud Tahhan. (2011).Taisir Mustalah al-Hadis. Karachi: Qadim Kutub Khanah

82


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DQHA 1011 HIFZ AL QURAN 1

Sinopsis

Kursus ini mengkehendaki pelajar menghafal secara bertalaqi dan murattal surah-
surah yang terpilih di dalam Al-Quran. Antara surah-surah yang perlu dihafal ialah
surah-surah yang terdapat di dalam juzuk 30 iaitu daripada surah al-Layl sehingga
surah Al-A'la. Pelajar juga dapat mengetahui hukum-hukum tajwid dan latar belakang
surah-surah tersebut.

Rujukan:

• Al-Quran al-Karim Tajwid dan Terjemahan (2020). Humaira Publication Sdn Bhd,
Selangor

• Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu Abd Rahman (2016), Asbabun Nuzul: Sebab Turunnya
ayat al-Quran, Abu Athiyyah (terj.). Al-Haramie, Kuala Lumpur.

• Nurul Furqan (2019). Tafsir Jalalain Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian), Telaga
Biru, Selangor

• Haji Abd Qadir Leong (Al-azhari) (2017). Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Pustaka
Salam Sdn Bhd, Selangor.

DQHA 1021 HIFZ AL QURAN 2

Sinopsis

Kursus ini mengkehendaki pelajar menghafal surah-surah yang terpilih di dalam al-
Quran. Antara surah-surah yang perlu dihafal ialah surah-surah yang terdapat di
dalam juzuk 30. Pelajar dikehendaki memilih DUA surah pilihan di antara surah al-
Tariq sehingga surah Al- Naba'. Pelajar juga dapat mengetahui hukum-hukum tajwid
dan latar belakang surah-surah tersebut.

83


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Al-Quran al-Karim Tajwid dan Terjemahan (2020). Humaira Publication Sdn Bhd,
Selangor

• Al-Suyuthi, Jalaluddin Abu Abd Rahman (2016), Asbabun Nuzul: Sebab Turunnya
ayat al-Quran, Abu Athiyyah (terj.). Al-Haramie, Kuala Lumpur.

• Nurul Furqan (2019). Tafsir Jalalain Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian), Telaga
Biru, Selangor

• Haji Abd Qadir Leong (Al-azhari) (2017). Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Pustaka
Salam Sdn Bhd, Selangor.

DISS 1013 PENGANTAR SYARIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep Syariah dan Fiqh, sejarah pembinaan hukum
Islam, pengenalan tokoh-tokoh Mujtahidin dan mazhab Fiqh serta sebahagian sumber-
sumber perundangan Islam. Kursus ini juga menerangkan secara ringkas mengenai
maqasid syariah serta pembahagiannya.

Rujukan:

• Saleh Ahmad. (2014). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul
Majid.

• Dr. Abd al Karim Zaidan (1969), Al Madkhal li Dirasah al Syari’ah al Islamiyyah,
Baghdad : Matba’ah al ‘Ani.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr.

84


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISS 2023 USUL AL FIQH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian Usul Al Fiqh dan perbahasannya, hukum dan
pembahagiannya, sumber hukum, kaedah pengambilan hukum, nasakh, ijtihad, taqlid
dan kaedah-kaedah usul dari segi bahasa.

Rujukan:

• Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zin. (2012). Pengantar Usul Fiqh. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam.

• Abu Zahrah, Muhammad. (1994). Usul al Fiqh, diterjemahkan oleh Saefullah
Ma’shum, Jakarta: Pustaka Firdaus.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik: Dar al-Fikr.

DISH 2013 HADITH AL AHKAM

Sinopsis

Kursus ini meliputi tajuk Hadith yang akan dibincangkan ialah hadith-hadith terpenting
berkaitan bersuci, solat, kekeluargaan, jual-beli, jenayah, kehakiman dan dosa-dosa
besar.

85


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri (2010). Ibanah al-Ahkam Syarah
Bulugh al-Maram (Jilid Pertama), terj. Nor Hasanuddin H.M. Fauzi, Kuala Lumpur :
Al Hidayah Publication.

• As-Shan’ani, Sayyid Imam Muhammad Ibnu Ismail al-Kahlani. (t.t). Subulussalam
III, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

DISF 1013 FIQH AL IBADAT

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian-pengertian bersuci dan jenisnya, solat fardhu, solat
sunat, zakat, puasa, haji, umrah dan perkara yang berkaitan dengannya.

Rujukan:

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

86


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISM 1023 FIQH AL MUAMALAT

Sinopsis

Kursus ini merangkumi konsep Al Mal dan Al ‘Aqad, jual beli, konsep khiyar, Al Riba,
Al Salam, Al Ju’alah, Al Bai’bi murabahah, Al Ijarah, Syarikat, Al Qard wal Iqradh, Al
Qirad (Al Mudharabah), Al Wadi’ah, Al rahn dan Al Wakalah

Rujukan:

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

DISW 2023 FIQH AL MAWARITH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian ilmu Fara'id, hukum dan kaedah, hak dan manfaat,
kategori waris lelaki dan perempuan, perbezaan pendapat tentang kedudukan dan
kaedah penerimaan pusaka, munasakhah dan takharruj.

87


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Hilmi Haniz Muhammad. (2019). Faham Faraid. Selangor: Akademi Alif.
• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2008). Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al

Basyir.
• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha. (2011). Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,

(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.
• Zaharuddin Abd. Rahman. (2014). Fiqh Kewangan Islam. PTS Islamika.
• H. Addys Aldizar. (2011). Hukum Waris. Jakarta Selatan: Senayan Abadi

Publishing.

DISJ 2023 FIQH AL JINAYAT

Sinopsis

Kursus ini merangkumi pengertian jinayat Islam, jenisnya dan hukuman dan balasan
termasuk pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

Rujukan:

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2008).Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2011).Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Audah, Abdul Kadir,al-Tasyri’ al-Jinai al Islami, Beirut : Muassasah al-Risalah,
1992.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr.

88


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DISK 2023 AL AHWAL AL SYAKHSIYAH

Sinopsis

Kursus ini meliputi pengertian nikah dan kahwin, peminangan, mas kahwin, rukun-
rukun nikah, nafkah, pembubaran perkahwinan, ‘iddah, rujuk dan hak-hak selepas
penceraian.

Rujukan:

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2008).Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah: Dar al
Basyir.

• Mustafa al Khin,Mustafa al-Bugha. (2011).Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al Syafie,
(terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

• Syed Sabiq, Fikih Sunnah, (terj.) Abdurrahim dan Masrukkin. Jakarta: Cakrawda
Publishing. 2009.

• Wahbah al Zuhaili. (2008). Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr.

DIUT 1013 AQIDAH ISLAMIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang konsep ketuhanan merangkumi sifat-sifat Allah,
pembahagian tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa Sifat; hubungan antara
Iman dan Islam; kufur dan nifaq. Perbincangan ini juga meliputi al-nubuwwah, kitab
samawiyyah serta perkara-perkara sami’yyat seperti ruh, alam kubur dan hari akhirat.

89


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Sayed Sabiq, (terj.) Bhgn. Terjemahan dan Editiorial Rangkaian Berkat., Aqidah
Islam (Menurut Al-Quran dan Hadis), Kuala Lumpur; Pustaka Salam, 2011.

• Sayed Sabiq, al-Aqaid al-Islamiyyah, Dar al-Fathi lil I’lami al-Arabi: Kahirah, 2011.
• Mohd Aizam bin Mas'od (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Islam di

Malaysia, Jakim.
• Haji Said Haji Ibrahim, Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma'rifah Kuala

Lumpur, Cetakan Kedua 2000, Dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam
Terengganu, Terengganu.

DIUQ2013 AL MUQARANAH AL ADYAN

Sinopsis

Kursus ini menerangkan konsep agama dan kepercayaan. Ianya terdiri daripada
pelbagai agama di dunia seperti Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu dengan
perbincangan yang utama adalah agama Islam. Antara topik utama yang dibincangkan
adalah berkaitan kepercayaan dan amalan agama-agama tersebut. Kursus ini juga
membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama seperti liberalisme dan pluralisme.

Rujukan:

• Abdurrazak Abdullah Hash. 2012. Ilm Muqaranah Al-Adyan Min Manzur Islami, Al-
Mafhum Wal Manhaj. Kuala Lumpur: IIUM Press.

• Wan Suhaimi Wan Abdullah dan Mohd Fauzi Hamat (ed.) 2007, Konsep Asas
Islam dan Hubungan Antara Agama, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam., Akademi Pengajian Islam.

90


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DIUR 2013 AL FIRAQ ISLAMIYYAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan mengenai aliran-aliran aqidah yang wujud di kalangan
umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW seperti Syiah, Khawarij dan Mu’tazilah.
Kursus ini juga turut membahaskan sebab-sebab kemunculan mereka serta
perbandingan dengan pegangan ahli Sunnah wal Jamaah.

Rujukan:

• Abu Manshur Abd al-Qahir al-Baghdadi. 2007. Al-Farqu baina al-Firaq, Mesir:
Maktabah Dar at-Turats.

• Raji Abdullah, M. Sufyan. Lc. 2006. Mengenal Aliran-Aliran Dalam Islam Dan Ciri-
Ciri Ajarannya, Jakarta, Pustaka Al-Riyadh.

DIUD 1013 DAKWAH WA KHITABAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang pengenalan kepada ilmu dakwah, kepentingan
mempelajarinya, metodologi dakwah yang berkesan. Kursus ini juga mendedahkan
kepada pelajar metodologi dakwah Rasulullah s.a.w, para nabi-nabi dan al-salaf al-
soleh di dalam perjuangan mereka menyampaikan agama Allah s.w.t.

91


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Abdul Karem Zaidan. 1997. Dasar-Dasar Ilmu Da’wah. Jakarta: Dewan Pustaka
Fajar.

• Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

• Ali Sayyid Yousef al-Syimi, Dirasat fi Fiqh al-Dakwah.

DIUW 2013 TASAWUF DAN AKHLAK

Sinopsis

Kursus ini membincangkan kajian dan huraian makna tasawuf, sumber tasawuf serta
metodologi tasawuf yang diterima dan ditolak oleh ahli Sunnah wal Jamaah. Kursus ini
juga membincangkan perbahasan tentang akhlak serta sumber-sumber akhlak Islam.

Rujukan:

• Othman Napiah. (2001). Pengantar Ilmu Tasawuf. Kuala Lumpur: Universiti
Teknologi Malaysia Press.

• Mohd. Sulaiman Hj. Yasin. (1997). Mengenal Ilmu Tasawuf 2. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

• Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & Tasawuf Islam. Seri Kembangan: Berita
Publications.

92


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DIUY 3013 AL TAYYARAT AL FIKRIYYAH

Sinopsis

Kursus ini memperkenalkan aliran pemikiran Islam dan perbezaannya dengan aliran-
aliran pemikiran atau ideologi Sekularisme, Komunisme, Nasionalisme, Modenisme
dan Pluralisme yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam.

Rujukan:

• Aizam Masod, (2015), Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia,
JAKIM. Sulaiman Noordin (2010), Sejarah Pemikiran 1: Sumber Ilmu,
Perbandingan Ideologi dan ‘Orde Baru Dunia, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

• Ishomuddin. M. Si. (2011), Islam dan Ideologi-Ideologi Moden, Malang: Bayumedia
Publishing.

DIUS 2013 SIRAH AN NABAWIYAH

Sinopsis

Kursus ini mengandungi sirah dan peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui oleh Baginda
s.a.w. di dalam menyampaikan dakwah dan syiar Islam. Juga mengandungi maklumat
mengenai strategi Baginda dalam mencorak kehidupan masyarakat rabbani yang
pernah dibentuk dan dibina oleh Baginda. Kursus ini juga memberi maklumat
mengenai penyelewengan Sirah an-Nabawiyah antara jawapan dan penyelesaian
menerusi perspektif utama.

93


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Shafiyurrahman Al Mubarakfuri. 2019. Ar Rahiq Al Makhtum Sirah Nabawiyyah.
Kuala Lumpur: PTS Publishing House.

• Sofi Ar Rahman al Mubar Al Kasturi, (1976), Ar Rohiqul al Maklum. Dar Al Kitab Al
Islami.

DIUL 2023 ILMU TAFSIR

Sinopsis

Subjek ini membincangkan tentang pengenalan ilmu tafsir, pengenalan surah Al-
An’am. Tafsiran surah-surah berikut merujuk kepada Tafsir al Jalalain dengan melihat
kepada pemahaman ayat-ayat Al-Quran serta hukum-hukum dan pengajaran yang
terdapat pada ayat-ayat tersebut.

Rujukan:

• Jalaluddin al-Mahalli dan Jalal al Din al Sayuti (t.t), Tafsir al-Jalalyn, Surabaya, al-
Hidayah.

• al-Qursyi, Muhammad Ibnu Syami Ibnu Mathain Syaibah, 2015, al-Tafsir al-Mujaz
wa Durus min al-Quran al-Karim, Dar al-Haqqiyyah al-Kawniyyah li al-Nasyri wa al-
Tauzi'. 2. Dr. Muhammad A’tiyah Basya, 1991M-1411H, Fathu Al-Rahman fi Tafsir
Surah Ali Imran, Kaherah: Matbaah Al-Husain Al-Islamiah.

• Muhammad Ali Shabuni. (2003). al Tibyan fi Ulum Al- Quran, Cairo: Dar Sobuni.

94


PROSPEKTUS AKADEMIK |

DIPF 1013 FALSAFAH, TEORI DAN DASAR PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

Sinopsis

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada falsafah, teori dan dasar pendidikan
awal kanak-kanak yang merangkumi jenis-jenis kurikulum serta perbandingan program
-program pendidikan awal kanak-kanak luar negara dan tokoh-tokoh dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Kurikulum PERMATA Negara dan kurikulum standard prasekolah
kebangsaan juga didedahkan kepada pelajar.

Rujukan:

• Collette Cray & Sean Macblain. (2015). Learning Theories in Childhood, London:
SAGE Publications.

DIPI 2013 PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sinopsis

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar tahap-tahap perkembangan kerohanian
dan moral kanak-kanak berdasarkan pandangan ahli-ahli falsafah serta teori-teori
perkembangan moral kanak-kanak. Pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti
pengajaran kerohanian dan moral yang berkesan untuk kanak-kanak.

95


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Susan Stacey (2015). Pedagogical Documentation in Early Childhood : Sharing
Children's Learning and Teacher's Thinking. United States. Redleaf Press.

DIPD 2013 PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan kepada pedagogi dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan kepentingan dan peranan
kepelbagaian pedagogi dalam pendidikan awal kanak-kanak, teori-teori dalam
pedagogi pendidikan awal kanak-kanak serta kaedah pedagogi yang sesuai untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Rujukan:

• Susan Stacey (2015). Pedagogical Documentation in Early Childhood : Sharing
Children's Learning and Teacher's Thinking.

• Collette Cray & Sean Macblain. (2015). Learning Theories in Childhood, London:
SAGE Publications.United States. Redleaf Press.

96


PROSPEKTUS AKADEMIK |

MPU 2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2
Sinopsis

Kursus ini membincangkan mengenai aspek persejarahan, sistem pemerintahan,
dasar, perlembagaan, pembangunan dan kemasyarakatan.

Rujukan:

• Mardiana Norfin dan Hasnah (2018): Pengajian Malaysia, Edisi Keenam, Shah
Alam, Oxford Fajar

MPU 2133 BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1
Sinopsis

Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan
pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan Pembelajaran akan
dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran
pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat
berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan.

97


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Rujukan:

• Zarina Othman, Roosfa hashim & Rusdi abdullah. 2012. Modul Komunikasi Bahasa
Melayu Antarabangsa, KPT. Penerbit UKM Press

• Yong Chyn Chey, Rohaidah Mushudi, Maarof Abd Rahman, 2012. Bahasa
Kebangsaan untuk Pelajar luar negara: Malay language for international students :
Petaling Jaya: Pearson Malaysia

98


PROSPEKTUS AKADEMIK |

MPU 2133 BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1
Sinopsis

Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan
pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan Pembelajaran akan
dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan dan pengalaman pembelajaran
pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat
berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan berkesan.

Rujukan:

• Zarina Othman, Roosfa hashim & Rusdi abdullah. 2012. Modul Komunikasi Bahasa
Melayu Antarabangsa, KPT. Penerbit UKM Press

• Yong Chyn Chey, Rohaidah Mushudi, Maarof Abd Rahman, 2012. Bahasa
Kebangsaan untuk Pelajar luar negara: Malay language for international students :
Petaling Jaya: Pearson Malaysia

99


| PROSPEKTUS AKADEMIK

MPU 2213 BAHASA KEBANGSAAN A

Sinopsis

Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur,
membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Tujuan kursus ini adalah
untuk meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.
Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah tutorial,
tugasan, aktiviti kebahasaan, main peranan (role-play), ujian dan peperiksaan. Pada
akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa secara
lisan dan tulisan.

Rujukan:

• Muhammad Nadzri Mohd. Sharif, Mohd. Faiz Idris, Suhaila Ngadiron, (2012). Modul
Bahasa Kebangsaan A: Silibus MQA. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

• Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. (2012). Modul Komunikasi
Bahasa Melayu Antarabangsa, KPT: Penerbit UKM Press.

MPU 2223 ASAS KEUSAHAWANAN
Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu asas dan konsep keusahawanan kepada
pelajar supaya dapat menimbulkan minat dan memupuk nilai untuk menceburi bidang
keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya. Pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dalam bentuk perkongsian pengalaman keusahawanan, pembelajaran
berasaskan kes, simulasi perniagaan dan perbentangan. Pada akhir kursus ini, pelajar
diharap dapat membentuk minda keusahawanan dan mempamerkan kemahiran
keusahawanan dalam aktiviti harian.

100


Click to View FlipBook Version