The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-book, 2022-12-13 23:18:43

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

PROSPEKTUS AKADEMIK (BM) A4 - 1212022

PROSPEKTUS AKADEMIK |
Rujukan:
Norlida Kamaluddin, Za’faran Hassan, Rabiah Abdul Wahab, Rohaya Mohd
Hussein. 2018. Principles of Management, Third Edition, Oxford.
Zainal Ariffin Ahmad, Lilis Surienty, Siti Rohaida, Tanuja Sharma, Junaimah Jauhar,
Azura Abdullah Effendi. 2009. Understanding Organizational Behaviour. Oxford.

CUGT 1013 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sinopsis

Kursus ini membincangkan tentang pengenalan kepada komputer dan
perisian, aplikasi, dokumentasi, pengenalan kepada komputer dan perisian,
aplikasi dokumentasi, pendedahan kepada rangkaian (network) serta
internet. Aspek-aspek pengurusan maklumat serta etika dalam IT juga
diberikan pendedahan.

Rujukan:

Misty E. Vermaat, Susan L. Sebok, Steven M. Freund, Jennifer T.
Campbell, Mark Frydenberg. 2018. Discovery Computers 2018: Digital
Technology, Data and Devices. Shelly Cashman Series.
Joan Lambert., Curtis Frye., Microsoft Office 2019 Step by Step.

CQAU 1013 PENGANTAR ULUM AL QURAN

Sinopsis

Kursus ini membincangkan pengertian al-Quran dan sejarah
pengumpulannya, ayat makkiyyah dan madaniyyah, Asbabun Nuzul, nasikh
dan mansukh, ilmu muhkamat dan mutasyabihat, i’jaz al-Quran, ilmu fawatih
al-suwar, ilmu qiraat, dan asas ilmu tafsir dan kaedahnya.

401


| PROSPEKTUS AKADEMIK

CQAU 1013 PENGANTAR ULUM AL QURAN

Sinopsis

Kursus ini membincangkan pengertian al-Quran dan sejarah
pengumpulannya, ayat makkiyyah dan madaniyyah, Asbabun Nuzul,
nasikh dan mansukh, ilmu muhkamat dan mutasyabihat, i’jaz al-Quran,
ilmu fawatih al-suwar, ilmu qiraat, dan asas ilmu tafsir dan kaedahnya.

Rujukan:

Rosmawati Ali. 2010. Pengantar Ulum al-Quran. Kuala Lumpur:
Percetakan Salam
Muhammad Ali Shabuni. 2003. al Tibyan fi Ulum Al- Quran, Cairo: Dar Sobuni.
Mannaq Qattan. 2016. Mabahith fi Ulum Al-Quran, Muassah Risalah.

CISS 1013 PENGANTAR SYARIAH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan konsep Syariah dan Fiqh, sejarah pembinaan hukum
Islam, pengenalan tokoh-tokoh Mujtahidin dan mazhab Fiqh serta sebahagian
sumber-sumber perundangan Islam. Kursus ini juga menerangkan secara
ringkas mengenai maqasid syariah serta pembahagiannya.

402


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Rujukan:

Saleh Ahmad. 2014. Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Haji Abdul Majid.
Dr. Abd al Karim Zaidan. 1969, Al Madkhal li Dirasah al Syari’ah al Islamiyyah,
Baghdad : Matba’ah al ‘Ani.
Wahbah al Zuhaili. 2008. Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-Fikr

CIUH 1013 PENGANTAR ULUM AL HADITH

Sinopsis

Kursus ini membincangkan pengertian istilah-istilah dalam ilmu hadith,
sejarah pembinaan dan penghimpunan hadith, sanad dan matan,
hadith mutawatir dan ahad, hadith sahih, hasan dan dhoif, hadith
mawdhu’, ilmu takhrij hadith, al Jarh wa ta’dil dan bibiografi ringkas
ulama’-ulama’ hadith.

Rujukan:

Rosmawati Ali@Mat Zin. 2005. Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Mahmud Tahhan. 2011.Taisir Mustalah al-Hadis. Karachi: Qadim Kutub
Khanah.

403


| PROSPEKTUS AKADEMIK

CISF 1013 FIQH AL IBADAT

Sinopsis

Kursus ini membincangkan mengenai thoharah seperti istinjak , wuduk,
tayammum , menyapu khuf, jabair dan ashoib,mandi dan hukum-
hukumnya, haid, istihadhah dan nifas. Kursus ini juga membincangkan
perkara-perkara berkaitan solat, waktu-waktu solat haram dikerjakan;
azan dan iqamah; syarat-syarat sah dan rukun solat; solat jamaah serta
solat-solat sunat. Selain itu kursus ini membincangkan berkenaan
zakat ,tarikh difardhukan, syarat wajib zakat, nisab, zakat harta, cara-
cara pengiraan, zakat asnaf serta zakat harta. Kursus ini juga
membincangkan puasa seperti syarat wajib dan sah puasa, rukun dan
perkara yang membatalkan puasa, perkara perkara yang makruh dan
sunat, qadha puasa Ramadhan, puasa puasa sunat, zakat fitrah dan
iktikaf. Kursus ini juga membincangkan amalan haji dan umrah seperti
seperti syarat-syarat haji, ihram serta perkara-perkara yang diharamkan
semasa berihram, amalan-amalan haji dan umrah, cara bertahallul haji,
dan doa-doa haji.

Rujukan:

Mustafa al Khin, Mustafa al-Bugha. 2008. Al Fiqh al-Manhaji. Jeddah:
Dar al Basyir.

Mustafa al Khin, Mustafa al-Bugha. 2011. Al Fiqh al-Manhaji Mazhab Al
Syafie, (terj.) Zulkifli bin Mohamad al Bakri. Kuala Lumpur: JAKIM.

Wahbah al Zuhaili. 2008. Fiqh As Shafie Al Muyassar. Damsyik : Dar al-
Fikr.

CIUT 1013 AQIDAH ISLAMIAH

Sinopsis

404


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Rujukan:

Sayed Sabiq, (terj.) Bhgn. Terjemahan dan Editiorial Rangkaian Berkat.,
2011. Aqidah Islam (Menurut Al-Quran dan Hadis), Kuala Lumpur;
Pustaka Salam.
Sayed Sabiq, al-Aqaid al-Islamiyyah. 2011. Dar al-Fathi lil I’lami al-Arabi: Kahirah.

DIST 2013 TAFSIR AYAT AL-AHKAM

Sinopsis

Kursus ini membincangkan hukum-hukum yang terdapat dalam ayat-ayat
Al-Quran yang terpilih meliputi surah al-Fatihah dan beberapa ayat dari
surah surah al-Baqarah, Ali Imran, Al Maidah, Al Anfal, At Taubah,
Luqman, Al Ahzab dan Muhammad.

Rujukan:

Muhammad Ali As Sobuni. 2008. Tafsir Ayat Al Ahkam. Banten: PT BINA
ILMU.

405


KALENDAR
AKADEMIK


PROSPEKTUS AKADEMIK |

407


PERATURAN
AKADEMIK


PROSPEKTUS AKADEMIK |

1.0 SYARAT KEMASUKAN

1.1 PROGRAM SARJANA MUDA

1.1.1 Syarat Umum
a) Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Jayyid; atau
b) Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat
sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; atau
c) Memiliki diploma dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya PNGK 2.5. Bagi
PNGK 2.5 ke bawah dan 2.0 ke atas boleh diterima tertakluk kepada penilaian
dalaman; atau
d) Lulus Asasi / Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya PNGK 2.0, dan
e) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (kepada warganegara dan bermastautin
di Malaysia sahaja) atau
f) Kelayakan-kelayakan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.

1.1.2 Syarat Khusus
a) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Kolej, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPT).
b) Memenuhi syarat-syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh mana-mana
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi program-program kerjasama/ francais.

1.1.3 Luput tawaran dan tangguh tawaran
a) Mana-mana pelajar yang tidak mendaftar pada hari pendaftaran yang telah
ditetapkan, tawaran mengikuti pengajian ini adalah terbatal.
b) Pelajar boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran atas sebab perubatan
atau kes-kes khas dalam tempoh selewat-lewatnya minggu kedua selepas
tarikh pendaftaran.

409


| PROSPEKTUS AKADEMIK

1.2 PROGRAM DIPLOMA

1.2.1 Syarat Umum
a) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-
kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
b) Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan
dan memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu
(1) matapelajaran dan melalui program pengukuhan (jika perlu); atau
c) Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang
berkaitan dan memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian
dalam satu (1) mata pelajaran dan melalui program pengukuhan (jika perlu);
atau
d) Lulus sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00; atau
e) Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK
2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
f) Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
g) Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

1.2.2 Syarat Khusus
a) Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Kolej, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

1.2.3 Luput tawaran dan tangguh tawaran
a) Mana-mana pelajar yang tidak mendaftar pada hari pendaftaran yang telah
ditetapkan, tawaran mengikuti pengajian ini adalah terbatal.
b) Pelajar boleh dipertimbangkan penangguhan pendaftaran atas sebab perubatan
atau kes-kes khas dalam tempoh selewat-lewatnya minggu kedua selepas
tarikh pendaftaran.

410


PROSPEKTUS AKADEMIK |

1.3 KEPERLUAN BAHASA

1.3.1 Bahasa Melayu
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma
dikehendaki memenuhi keperluan Bahasa Melayu bagi tujuan kemasukan ke
Kolej seperti yang disyaratkan oleh SENAT KITAB dan sejajar dengan dasar
kebangsaan.
b) Bagi pelajar antarabangsa diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Melayu dan
lulus dalam tempoh pengajiannya.
c) Bagi pelajar tempatan diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan
sekiranya tiada kredit diperingkat SPM.

1.3.2 Bahasa Inggeris
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma
dikehendaki mencapai tahap kecekapan dalam Bahasa Inggeris yang
diperlukan bagi program akademiknya. Keperluan Bahasa ini adalah tertakluk
kepada keperluan program akademik masing-masing sekiranya ada.

1.3.3 Bahasa Arab
a) Semua pelajar program akademik ijazah sarjana muda dan diploma
dikehendaki mencapai tahap kecekapan dalam Bahasa Arab yang diperlukan
bagi program akademiknya. Keperluan bahasa ini adalah tertakluk kepada
keperluan program akademik masing-masing sekiranya ada.
b) Bagi pelajar antarabangsa yang tiada asas Bahasa Arab diwajibkan mengikuti
kelas pemantapan dalam tempoh pengajiannya.
c) Bagi pelajar tempatan yang tiada asas dan tidak kredit Bahasa Arab peringkat
SPM diwajibkan mengikuti kelas pemantapan Bahasa Arab.

411


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.0 PENDAFTARAN

2.1 DAFTAR SEBAGAI PELAJAR KOLEJ

2.1.1 Seseorang yang mendapat tawaran hendaklah mendaftar sebagai pelajar Kolej
pada tarikh yang ditetapkan.

2.1.2 SENAT boleh pada bila-bila masa membatalkan tawaran kemasukan pelajar
atau membatalkan status pelajar sekiranya terbukti pemohon atau pelajar
mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat palsu.

2.1.3 Pendaftaran Serentak
a) Seseorang pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada satu
program pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Kolej atau di
institusi lain.
b) Walau apapun yang dinyatakan di perenggan (a) di atas, pelajar dibenarkan
mendaftar serentak dalam keadaan di mana Kolej mengadakan program
kerjasama dengan universiti atau institusi lain yang membawa kepada
penganugerahan sesuatu ijazah.
c) Mana-mana pelajar yang didapati melanggar perenggan (a) di atas boleh
ditamatkan dari program pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran dan
bayaran lain yang telah dibayar.

2.1.4 Pelajar akan ditangguhkan pengajian sekiranya tidak mengaktifkan status
sebagai pelajar Kolej selepas minggu keempat (4) pengajian tanpa
mengemukakan alasan yang munasabah. Pelajar akan dikenakan yuran
pengekalan status.

2.1.5 Pelajar yang telah tamat tempoh maksimum pengajian tidak dibenarkan
mendaftar kursus tertakluk kepada perkara 8.2.

412


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.1.6 Pelajar hendaklah bertanggungjawab dari semasa ke semasa untuk
mengemaskini maklumat peribadinya di dalam Portal Pelajar.

2.2 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

2.2.2 Pelajar lama hendaklah mengaktifkan status sebagai pelajar Kolej dalam
tempoh tujuh (7) hari sebelum semester berikutnya bermula. Pelajar yang tidak
mengaktifkan status (pasif) dan tidak mengesahkan pendaftaran kursus dalam
tempoh yang ditetapkan sebanyak dua semester (pelajar tempatan) atau satu
semester (pelajar antarabangsa) sepanjang tempoh pengajian akan digugurkan
sebagai pelajar Kolej.

2.1.2 SENAT boleh pada bila-bila masa membatalkan tawaran kemasukan pelajar
atau membatalkan status pelajar sekiranya terbukti pemohon atau pelajar
mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat palsu.

2.2.3 Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan bahawa semua
maklumat yang tercatat di dalam slip pendaftaran kursus adalah betul
sebagaimana yang didaftarkan. Sebarang kesilapan yang terdapat pada slip
tersebut (sekiranya ada) hendaklah diperbetulkan oleh pelajar atau Pusat
Pengajian mengikut peraturan, syarat dan tempoh tertentu yang telah
ditetapkan

2.2.4 Had kredit minimum mendaftar kursus adalah 12 jam kredit dan had kredit
maksimum mendaftar kursus adalah 20 jam kredit pada setiap semester
(tertakluk kepada Standard Program). Had tersebut boleh ditambah/ dikurang
dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian. Had kredit minimum tidak tertakluk
kepada pelajar yang mendaftar kursus Latihan Industri/ Kertas Projek dan
pelajar semester akhir pengajian.

413


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.2.5 Had tersebut boleh ditambah/ dikurang dengan kebenaran Ketua Pusat
Pengajian. Had kredit maksimum ditentukan berdasarkan PNGK terkini pelajar
seperti berikut:

PNGK HAD KREDIT MAKSIMUM

3.00 – 4.00 20
2.51 – 2.99 18
2.00 – 2.50 15

1.50 – 1.99 12

2.2.6 Bagi semester pendek, had kredit minimum mendaftar kursus adalah 03 jam
kredit dan had kredit maksimum 10 jam kredit pada setiap semester. Had
tersebut boleh ditambah/ dikurang dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.

2.2.7 Bagi pelajar yang mendaftar mod separuh masa, had kredit minimum adalah 06
jam kredit dan had kredit maksimum adalah 12 jam kredit. Had tersebut boleh
ditambah/ dikurang dengan kebenaran Ketua Pusat Pengajian.

2.2.8 Pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran bagi semester terdahulu dan
tidak mempunyai jaminan pembayaran boleh dihalang daripada membuat
pendaftaran kursus, ditahan keputusan peperiksaan semester, ditangguhkan
dari meneruskan pengajiannya atau tidak dibenarkan bergraduat sehingga
tunggakan yuran tersebut dijelaskan.

2.2.9 Kod Pendaftaran Kursus
a) Kod pendaftaran kursus adalah tertakluk kepada senarai kursus yang
ditetapkan Pusat Pengajian bagi program berkenaan.

414


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.2 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS
2.3.1 Pelajar diberikan tempoh dua (2) minggu untuk proses menambah atau

menggugurkan kursus yang telah didaftarkan.
2.3.2 Pelajar boleh menambah/ gugur kursus dalam tempoh dua (2) minggu mulai

minggu ke dua setelah semester baharu bermula.
2.3.3 Bayaran denda akan dikenakan bagi pelajar yang lewat membuat pendaftaran

kursus dan penambahan selepas tempoh yang ditetapkan dengan kelulusan
Ketua Pusat Pengajian dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari KITAB.
Kenaan caj denda ini adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan dan
Akaun KITAB.
2.3.4 Sekiranya pihak pentadbiran tidak menerima apa-apa makluman pendaftaran
diri dan kursus daripada pelajar dalam masa tiga (3) minggu selepas tarikh
permulaan semester panjang atau semester pendek, pelajar dianggap telah
menarik diri daripada semester (Tangguh Pengajian). Caj yuran tertakluk
kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.
2.3.5 Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua (2) semester berturut- turut
boleh mengakibatkan status pengajian pelajar sebagai Henti Sendiri (HS).

415


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.4 TARIK DIRI

2.4.1 Penarikan diri dari kursus
a) Pelajar boleh menarik diri dari mengikuti kursus pada minggu ke empat (4)
pengajian sahaja dengan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pusat
Pengajian dengan menggunakan borang yang disediakan.
b) Pelajar yang menarik diri akan diberi gred TD dan dicatat dalam Slip Keputusan
Peperiksaan Semester.
c) Bayaran proses akan dikenakan mengikut bilangan kursus yang dimohon dan
yuran pengajian berkenaan adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan
dan Akaun KITAB.
d) Kebenaran untuk menarik diri adalah tertakluk kepada jumlah kredit minimum
yang dibenarkan tertakluk kepada perkara 2.2.4, 2.2.5, 2.2.6 dan 2.2.7.

2.4.2 Penarikan diri daripada semester
a) Penarikan diri dari pertengahan semester bermakna penarikan diri dari
kesemua kursus yang didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan atau cuti
daripada menghadiri kuliah bagi program akademik yang sedang diikuti bagi
semester berkenaan. Tempoh penarikan diri atas apa-apa sebab munasabah
akan diambil kira sebagai memenuhi tempoh maksimum yang ditetapkan untuk
program pengajian akademik yang sedang diikuti di KITAB.
b) Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah
menjalani program akademiknya sekurang- kurangnya satu (1) semester.
c) Permohonan penarikan diri dari semester boleh dibuat kepada Ketua Pusat
Pengajian mulai minggu pertama hingga minggu ketiga semester semasa.

416


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.5 ULANG KURSUS (WAJIB/ PILIHAN)
2.5.1 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus wajib akan diberi peluang

untuk mengulang kursus tersebut jika
i. Kursus Wajib (W): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali

percubaan. Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus wajib (W).
Kursus wajib boleh dikategorikan dalam sub- klasifikasi berikut:
a) Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU); dan
b) Kursus Wajib Kolej.
2.5.2 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus teras akan diberi peluang
untuk mengulang kursus tersebut jika
i. Kursus Teras (T): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali
percubaan. Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus teras (T). Kursus
teras boleh dikategorikan dalam sub-klasifikasi berikut:
a) Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU); dan
b) Kursus Wajib Kolej.

417


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.4 TARIK DIRI

2.4.1 Penarikan diri dari kursus
a) Pelajar boleh menarik diri dari mengikuti kursus pada minggu ke empat (4)
pengajian sahaja dengan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pusat
Pengajian dengan menggunakan borang yang disediakan.
b) Pelajar yang menarik diri akan diberi gred TD dan dicatat dalam Slip Keputusan
Peperiksaan Semester.
c) Bayaran proses akan dikenakan mengikut bilangan kursus yang dimohon dan
yuran pengajian berkenaan adalah tertakluk kepada Buku Peraturan Kewangan
dan Akaun KITAB.
d) Kebenaran untuk menarik diri adalah tertakluk kepada jumlah kredit minimum
yang dibenarkan tertakluk kepada perkara 2.2.4, 2.2.5, 2.2.6 dan 2.2.7.

2.4.2 Penarikan diri daripada semester
a) Penarikan diri dari pertengahan semester bermakna penarikan diri dari
kesemua kursus yang didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan atau cuti
daripada menghadiri kuliah bagi program akademik yang sedang diikuti bagi
semester berkenaan. Tempoh penarikan diri atas apa-apa sebab munasabah
akan diambil kira sebagai memenuhi tempoh maksimum yang ditetapkan untuk
program pengajian akademik yang sedang diikuti di KITAB.
b) Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah
menjalani program akademiknya sekurang- kurangnya satu (1) semester.
c) Permohonan penarikan diri dari semester boleh dibuat kepada Ketua Pusat
Pengajian mulai minggu pertama hingga minggu ketiga semester semasa.

418


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.5 ULANG KURSUS (WAJIB/ PILIHAN)

2.5.1 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus wajib akan diberi peluang
untuk mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Wajib (W): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali
percubaan. Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus wajib (W).
Kursus wajib boleh dikategorikan dalam sub- klasifikasi berikut:
a) Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU); dan
b) Kursus Wajib Kolej.

2.5.2 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus teras akan diberi peluang
untuk mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Teras (T): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali
percubaan. Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus teras (T). Kursus
teras boleh dikategorikan dalam sub-klasifikasi berikut:
a) Kursus Teras (contohnya kursus Core/ Common Core);
b) Kursus Specialisation; (contohnya kursus Specialisation/ Discipline Core/
Major);
c) Projek Tahun Akhir (Final Year Project); dan
d) Latihan Industri (Industrial Training).

2.5.3 Pelajar yang gagal memperolehi gred D bagi kursus elektif akan diberi peluang
untuk mengulang kursus tersebut jika

i. Kursus Elektif (E): Pelajar TIDAK boleh gagal kursus ini sebanyak tiga (3) kali
percubaan. Mendapat sekurang-kurangnya gred D bagi kursus elektif (E).
Kursus elektif boleh dikategorikan dalam sub-klasifikasi berikut:
a) Kursus Elektif (contohnya kursus Elective Discipline/ Elective related to
major/ Elective Open).

419


| PROSPEKTUS AKADEMIK

i. Kursus Elektif: Kursus yang ditawarkan dan dipilih oleh pelajar daripada satu (1)
senarai tertentu bagi memenuhi keperluan pengijazahan program akademik
berkenaan. Pelajar wajib lulus kursus ini dan hanya boleh mengambil mana-
mana kursus ini sebanyak tiga (3) kali percubaan sahaja. Pelajar dibenarkan
untuk mengambil mana-mana kursus yang lain dalam kategori kursus elektif
yang sama.

2.5.4 Pelajar yang mendapat gred C- ke bawah dibenarkan untuk memperbaiki gred
kursus. Pelajar dengan PNGK kurang dari 2.00 pada mana-mana semester
diberi pilihan mengulangi kursus berkenaan supaya mereka mempertingkatkan
PNGK kepada had tempoh pengajian maksimum bagi program akademik
tersebut.

2.5.5 Setiap gred yang diperolehi bagi sesuatu kursus yang diulangi akan dicatatkan
dan diambil kira dalam pengiraan purata mata nilaian, dengan syarat bahawa
jam kredit bagi sesuatu kursus yang diulangi hendaklah dikira sekali sahaja bagi
maksud jumlah kredit yang perlu untuk tamat belajar dan pengijazahan.

2.6 TANGGUH PENGAJIAN

2.6.1 Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan oleh Pengamal
Perubatan Berdaftar atau masalah-masalah lain yang boleh diterima Kolej,
boleh memohon menangguh pengajian kepada Ketua Pusat Pengajian secara
bertulis. Semester yang ditangguh tidak akan diambil kira dalam jumlah
pengiraan semester.

Kelulusan penangguhan pengajian adalah berdasarkan semester ke semester
dan tidak melebihi dua (2) semester berturut-turut. Selepas kelulusan
penangguhan diberikan, semua kursus yang telah didaftar pada semester
berkenaan akan terbatal.

420


PROSPEKTUS AKADEMIK |

Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi dua (2) semester berturut
-turut, permohonan beliau hendaklah dirujuk kepada SENAT oleh Ketua Pusat
Pengajian dan keputusan SENAT adalah muktamad.

2.6.2 Walau bagaimana bayaran Pengekalan Status Pelajar akan dikenakan tertakluk
kepada Buku Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB.
Permohonan penangguhan untuk sesuatu semester hendaklah dibuat selewat-
lewatnya pada minggu ke empat (4) semester. Permohonan selepas tempoh
tersebut tidak akan diterima. Kelulusan penangguhan pengajian adalah satu (1)
semester sahaja.

2.6.3 Pelajar antarabangsa tidak dibenarkan menangguh pengajian kecuali
mempunyai masalah kesihatan yang disahkan oleh Pengamal Perubatan
Berdaftar.

2.6.4 Penangguhan atas arahan Kolej:
a) Kolej boleh mengarahkan pelajar menangguhkan pengajian untuk satu (1) atau
lebih semester berikutnya jika pelajar memperolehi PNG kurang daripada 1.00
tetapi PNGK lebih atau sama dengan 2.00.
b) Kolej juga boleh mengarahkan pelajar untuk menangguhkan pengajian untuk
selama satu (1) atau lebih semester berikutnya selain daripada alasan
Peraturan 2.6.5 (a).

Tempoh penangguhan bagi Peraturan 2.6.5 (a dan b) tidak diambilkira dalam
pengiraan bilangan semester yang digunakan.

421


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.7 TUKAR PROGRAM PENGAJIAN
2.7.1 Permohonan menukar program dibenarkan bagi program yang setara sahaja.
2.7.2 Permohonan untuk menukar program pengajian hendaklah dibuat kepada JPA

melalui Ketua Pusat Pengajian berkenaan.
2.7.3 Permohonan pertukaran program pengajian boleh dibuat selewat-lewatnya

pada minggu kedua semester bermula. Permohonan tukar program bagi Pusat
Pengajian yang berbeza hanya dibenarkan kepada pelajar semester pertama
dan semester kedua sahaja.
2.7.4 Permohonan menukar program di dalam Pusat Pengajian yang sama
dibenarkan sehingga Semester Keempat.
2.7.5 Permohonan menukar program pengajian adalah sekali sahaja.
2.7.6 Pelajar boleh memohon pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat
seperti di Peraturan 4.5.
2.7.7 Yuran proses akan dikenakan berdasarkan Buku Peraturan Kewangan dan
Akaun KITAB.

422


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.8 TUKAR MOD PENGAJIAN
2.8.1 Permohonan untuk menukar mod pengajian hendaklah dibuat kepada JPA

melalui Ketua Pusat Pengajian berkenaan.
2.8.2 Permohonan pertukaran mod pengajian boleh dibuat selewat-lewatnya minggu

keempat (4) pada semester berkenaan.
2.8.3 Yuran proses akan dikenakan berdasarkan Buku Peraturan Kewangan dan

Akaun KITAB.

2.9 BERHENTI BELAJAR
2.9.1 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA melalui Ketua Pusat yang

berkenaan.
2.9.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan pengajiannya sehingga permohonan

diluluskan oleh Kolej.
2.9.4 Sebarang pengembalian yuran pengajian tertakluk kepada Buku Peraturan

Kewangan dan Akaun KITAB.

423


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.9.4 Pelajar akan ditamatkan pengajiannya dari Kolej apabila:
a) Tidak membuat pendaftaran dan pengesahan kursus sebanyak dua (2)
semester sepanjang tempoh pengajian kecuali pelajar antarabangsa (pelajar
antarabangsa perlu membuat pendaftaran dan pengesahan kursus setiap
semester)
b) Melebihi tempoh pengajian yang dibenarkan.
c) Gagal mendaftar selepas tamat tempoh penangguhan.
d) Dikenakan hukuman tatatertib dan diberhentikan.

.
Pelajar yang ditamatkan pengajian mengikut Peraturan ini dibenarkan untuk memohon
Kemasukan Semula tertakluk kepada syarat pada Peraturan 8.3.

2.10 CUTI KECEMASAN

2.10.1 Pelajar dibenarkan untuk mengambil cuti kecemasan / khas bagi kes-kes
berikut:

a) Masalah kesihatan yang diberikan sijil cuti sakit / surat perakuan oleh
Pengamal Perubatan Berdaftar;

b) Kematian ahli keluarga terdekat (pelajar perlu kemukakan salinan sijil
kematian).

2.10.2 Semua cuti yang dinyatakan pada Peraturan 2.10.1 (a dan b) adalah tidak
melebihi satu (1) minggu atau tidak melebihi 20 peratus jumlah ketidakhadiran
kelas yang dibenarkan. Pemakluman hendaklah dikemukakan secara bertulis
bersama dengan bukti kepada Ketua Pusat Pengajian dalam tempoh satu
minggu selepas berlaku kes kecemasan tersebut.

2.10.3 Bagi kes cuti menunaikan haji semasa semester pengajian, pelajar perlu
memohon penangguhan semester tersebut. Penangguhan ini tidak diambil
kira sebagai tempoh pengajian.

424


PROSPEKTUS AKADEMIK |

2.11 TANGGUH KHAS (DIGANTUNG PENGAJIAN)
2.11.1 Tangguh khas ialah hukuman yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan

meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang
disabitkan kesalahan dalam Peraturan ini atau apa-apa peraturan / polisi /
arahan yang diluluskan oleh Kolej boleh diberi status Tangguh Khas.
Penangguhan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian.
2.11.2 Semua kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan dengan
sendirinya akan terbatal.
2.11.3 Kesan penangguhan pengajian terhadap pelajar adalah seperti berikut:
a) Pelajar terputus daripada pengajian;
b) Memberi kesan kepada biasiswa / bantuan kewangan yang diberikan oleh
penaja;
c) Pelajar lewat menamatkan pengajian;
d) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan Kolej
sepanjang tempoh penangguhan;
e) Pelajar tidak layak menerima apa-apa pemulangan dan pihak Kolej berhak
membuat tuntutan terhadap yuran dan apa jua caj tertunggak daripada
pelajar.

425


| PROSPEKTUS AKADEMIK

2.12 YURAN KOLEJ

2.12.1 Pakej yuran
a) Pelajar hendaklah membayar yuran Kolej berdasarkan semester pengajian.
b) Pelajar baharu hendaklah menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan di
dalam surat tawaran kemasukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Kolej
untuk sesuatu program akademik. Pihak Kolej berhak menolak pendaftaran
sekiranya pelajar berkenaan tidak menjelaskan semua bayaran yang
ditetapkan di dalam surat tawaran kemasukan.
c) Pihak Kolej mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-
apa kadar bayaran lain yang ditetapkan dengan notis.
d) Pelajar hendaklah mendaftar dan mengikuti kursus yang ditetapkan oleh
program pengajiannya serta membayar semua yuran Kolej yang ditetapkan.

2.12.2 Kriteria Penangguhan Yuran Kolej
a) Seseorang pelajar itu dibenarkan menduduki peperiksaan pada suatu
semester apabila telah menjelaskan keseluruhan yuran Kolej pada semester
berkenaan.
b) Pelajar perlu menjelaskan semua tunggakan hutang sebelum dibenarkan
membuat pendaftaran kursus pada awal semester.
c) Penangguhan bayaran kepada perkara (a) dan (b) oleh pelajar perlu
mendapatkan pengesahan Ketua Pusat Pengajian yang berkenaan dan
kelulusan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) KITAB.
d) Seseorang pelajar itu telah diluluskan pinjaman tetapi belum menerima
daripada pihak penajanya dan disahkan oleh pihak Jabatan Bendahari
KITAB.
e) Pihak Kolej menerima jaminan daripada agensi tertentu yang akan
mengemukakan bayaran untuk melangsaikan yuran pengajian pelajar seperti
Pusat Pungutan Zakat Negeri dan lain-lain badan yang dinyatakan.

426


PROSPEKTUS AKADEMIK |

f) Pihak Kolej menerima jaminan bertulis daripada pihak ibu bapa / penjaga
pelajar yang akan menjelaskan hutang berkenaan dalam masa empat (4)
minggu sebelum peperiksaan semester bermula.

g) Bagi kes pelajar baharu yang mendaftar selepas Minggu Orientasi, tarikh
pendaftarannya berkuatkuasa mulai tarikh beliau mendaftar di Kolej. Bagi
tujuan bayaran yuran Kolej seseorang pelajar itu masih tertakluk dengan Buku
Peraturan Kewangan dan Akaun KITAB dalam tempoh dua (2) minggu jika
beliau menarik diri daripada pengajian di Kolej.

h) Bagi pelajar rayuan, tempoh dua (2) minggu dikira daripada tarikh pendaftaran
untuk dikenakan caj yuran pengajian.

i) Bagi kes-kes khas, pelajar dibenarkan untuk membuat rayuan kepada pihak
Kolej.

2.12.3 Semua cas, denda dan yuran adalah tertakluk kepada Buku Peraturan
Kewangan dan Akaun KITAB semasa.

427


| PROSPEKTUS AKADEMIK

3.0 SISTEM PENGAJIAN
3.1 Kolej mengamalkan sistem semester. Satu sesi pengajian akademik

mengandungi dua (2) Semester Panjang iaitu Semester Pertama dan Semester
Kedua. Setiap semester mengandungi empat belas (14) minggu pengajian, satu
(1) minggu ulangkaji, dua (2) minggu peperiksaan dan cuti pertengahan
semester.
3.2 Kolej juga boleh mengadakan satu (1) sesi pendek pengajian yang dinamakan
Semester Pendek. Sesi ini mengandungi tujuh (7) minggu pengajian dan satu
(1) minggu peperiksaan.
3.3 Perubahan tempoh pengajian dalam satu-satu sesi boleh dilakukan dengan
kelulusan Senat.

428


PROSPEKTUS AKADEMIK |

4.0 KREDIT AKADEMIK
4.1 JAM KREDIT
4.1.1 Pada amnya bilangan jam kredit maksimum yang boleh diambil dalam semester

panjang adalah 20 jam kredit dan bagi intersesi atau semester pendek ialah 10
jam kredit.
4.1.2 Pelajar hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 12 jam kredit bagi setiap
semester panjang. Mana-mana pelajar yang ingin mendaftar kurang daripada
12 jam kredit hendaklah mendapat kebenaran daripada Pusat Pengajian
berkenaan kecuali pelajar berstatus LB (Lulus Bersyarat).
4.1.3 Seseorang pelajar dibenarkan mendaftar kursus lebih daripada 20 jam kredit
pada mana-mana semester panjang tertakluk kepada pelajar memohon dan
mendapat kebenaran Pusat Pengajian berkenaan sekiranya memenuhi syarat-
syarat berikut :
a) mempunyai PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada semester terakhir

sebelum pendaftaran berkenaan.

429


| PROSPEKTUS AKADEMIK

4.2 NILAIAN JAM KREDIT MINIMUM BAGI SETIAP KURSUS
4.2.1 Semua kursus ditetapkan nilai jam kredit seperti berikut:

40 jam belajar pelajar adalah bersamaan dengan SATU (1) jam kredit (rujuk
Kerangka Kelayakan Malaysia – MQF).
4.2.2 Jumlah Jam Kredit
Setiap program akademik hendaklah mengandungi jumlah jam kredit berikut
berdasarkan kategorinya iaitu:
Jumlah Kredit Minimum bagi program pengajian peringkat Diploma ialah 90 jam
kredit dan Jumlah Kredit Minimum bagi program pengajian peringkat Ijazah
Sarjana Muda ialah 120 jam kredit.
4.3 KEPERLUAN KREDIT KURSUS
4.3.1 Klasifikasi dan Definisi Kursus
Kredit Kursus Wajib adalah kredit bagi semua kursus yang telah ditetapkan
mengikut struktur pengajian sesuatu program. Semua kursus perlu diambil dan
lulus serta diambilkira untuk memenuhi keperluan pengijazahan. Kursus yang
gagal (mendapat gred D dan ke bawah) tidak diambil kira dalam jumlah
keperluan kredit pengijazahan. Semua Kredit Kursus Wajib yang didaftarkan
bagi sesuatu semester akan diambil kira untuk penentuan PNG dan PNGK.

430


PROSPEKTUS AKADEMIK |

4.4 PENGECUALIAN KREDIT

4.4.1 Pengecualian kredit:
a) Pengecualian kursus ialah proses pengecualian pelajar daripada mengambil
kursus atau kursus-kursus dalam program yang diikuti atas sebab-sebab
tertentu.
b) Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
dikecualikan. Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan
kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit bergraduat.
c) Kolej berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk
pelajar, jika perlu, dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas bagi
menentukan pelajar layak diberikan pengecualian kursus.
d) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA dan bayaran proses akan
dikenakan bagi setiap permohonan

4.5 PENGECUALIAN KREDIT

4.5.1 Pelajar yang menukar program di Kolej atau mana-mana PPT yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia, boleh memohon pemindahan kredit untuk sesuatu kursus
tertakluk kepada kategori yang berikut:
a) Menegak (Vertical) - pemindahan kredit daripada satu program ke program
di tahap yang lebih tinggi seperti daripada Diploma ke Sarjana Muda.
b) Melintang (Horizontal) - pemindahan kredit daripada satu program ke
program di tahap yang sama seperti daripada Diploma ke Diploma.

431


| PROSPEKTUS AKADEMIK

4.5.2 Syarat-syarat umum pemindahan kredit: :
a) Permohonan hendaklah dipohon semasa permohonan kemasukan dan boleh
dibuat hanya sekali sahaja.
b) Permohonan pada peringkat Foundation/ Pra-universiti/ Matrikulasi/ Asasi/ A-
Level dan kelayakan lain yang setaraf adalah tidak dibenarkan.
c) Program pengajian yang telah diikuti adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
d) PNGK terakhir pelajar tersebut adalah 2.00 dan ke atas.
e) Keputusan minimum peperiksaan kursus tersebut adalah 50 markah; C / Baik.
f) Kandungan kursus atau kursus-kursus yang telah diikuti mengandungi
sekurang-kurangnya lapan puluh peratus (80%) pertindihan kursus yang perlu
diambil di Kolej.
g) Nilai kredit kursus bagi program terdahulu hendaklah sekurang-kurangnya sama
dengan nilai kredit kursus bagi program yang diikuti.
h) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada JPA.
i) Pelajar di semester pertama pengajian sahaja dibenarkan untuk memohon
pemindahan kredit. Permohonan selain dari semester pertama tidak akan
dipertimbangkan.
j) Kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan mata gred bagi kursus
yang diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
k) Permohonan pemindahan kredit boleh dibuat hanya sekali sahaja iaitu sehingga
minggu keempat (4) pada semester pertama pengajian.
l) Kolej berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk
pelajar, jika perlu, dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas.
m) Pelajar yang gagal dan diberhentikan atau diberhentikan dari mana-mana PPT,
tidak layak untuk memohon pemindahan kredit.

432


PROSPEKTUS AKADEMIK |
4.6 KREDIT DIAMBIL

Jumlah jam kredit bagi kursus yang telah didaftarkan dan dinilai pada setiap
semester. Jumlah ini akan dipaparkan dalam Transkrip Akademik Pelajar.
4.7 KREDIT DIKIRA
Jumlah jam kredit terkumpul bagi kursus yang telah didaftarkan, dinilai dan lulus
termasuk jumlah pemindahan kredit. Jumlah ini akan dipaparkan dalam
Transkrip Akademik Pelajar. Hanya pelajar yang telah memenuhi keperluan
minima jumlah jam kredit dikira seperti yang ditetapkan dalam struktur program,
layak untuk bergraduat.

433


| PROSPEKTUS AKADEMIK

5.0 TEMPOH PENGAJIAN

5.1 TEMPOH PENGAJIAN YANG DIBENARKAN

5.1.1 Tempoh menyempurnakan sesuatu program Diploma dan Sarjana Muda adalah
seperti berikut:
a) Sepenuh masa
Tempoh menyempurnakan sesuatu program adalah tertakluk kepada
tempoh pengajian yang dinyatakan dalam surat kelulusan KPT. Tempoh
maksimum pengajian adalah empat (4) semester melebihi tempoh
pengajian yang diluluskan.
b) Separuh masa / Pengajian Jarak Jauh
Tempoh menyempurnakan sesuatu program Diploma dan Sarjana Muda
adalah tidak melebihi enam belas (16) semester. Tempoh maksimum
pengajian adalah tidak melebihi dua (2) kali tempoh maksimum pengajian
sepenuh masa bagi program berkenaan.

5.1.2 Bagi pelajar yang telah mencapai tempoh maksimum pengajian tetapi belum
layak untuk menamatkan pengajian tanpa alasan yang munasabah akan
diberhentikan pengajian oleh Kolej di bawah Peraturan 2.9.4 (b).

5.2 TEMPOH PENGAJIAN SELEPAS PERTUKARAN PROGRAM

Pelajar yang membuat pertukaran program akan diiktiraf sebagai pelajar baru
bagi program tersebut. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada peraturan
program baru tersebut.

434


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.0 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

6.1 PENILAIAN PRESTASI PELAJAR

6.1.1 Penilaian pencapaian pelajar setiap semester meliputi :
a) Kerja kursus iaitu ujian lisan, tugasan, tutorial, projek, kuiz dan lain-lain yang
ditetapkan Pusat Pengajian dan / atau
b) Peperiksaan akhir

Kursus yang berbentuk praktikal atau projek, boleh dinilai 100% berdasarkan penilaian
berterusan sepanjang tempoh semester tanpa ujian bertulis.

6.2 KEPERLUAN MENGHADIRI KULIAH

6.2.1 Pelajar diwajibkan menghadiri semua kuliah dan memenuhi keperluan
kehadiran ke kuliah yang telah ditetapkan dalam kandungan kursus termasuk
kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir.

6.2.2 Mana-mana pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jam
pertemuan tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran pensyarah berkenaan, akan dihalang daripada mengambil
kerja kursus dan/atau peperiksaan akhir bagi kursus tersebut oleh Ketua Pusat
Pengajian mengikut program.

6.2.3 Senarai nama pelajar yang dihalang menduduki peperiksaaan akan dikeluarkan
oleh pihak Pusat Pengajian yang menawarkan kursus setelah mendapat
makluman daripada pensyarah kursus berkenaan. Senarai tersebut hendaklah
diserahkan kepada JPA untuk mengeluarkan surat halangan menduduki
peperiksaan.

435


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.2.4 Pelajar yang dihalang daripada mengambil kerja kursus dan/ atau peperiksaan
akhir bagi sesuatu kursus akan dianggap gagal kursus berkenaan dan akan
diberi gred X untuk kursus itu.

6.2.5 Pelajar yang mendaftar sesuatu kursus tetapi tidak mengikutinya akan diberi
gred X bagi kursus berkenaan.

6.2.6 Peraturan 6.2.1, 6.2.2 dan 6.2.3 boleh dikecualikan kepada pelajar yang
mengalami masalah kesihatan yang disahkan oleh Pengamal Perubatan
Berdaftar atau mewakili negara/negeri dalam acara tertentu atau menjalani
aktiviti yang diarahkan oleh kerajaan atau Kolej untuk tempoh tertentu yang
diperakukan oleh Ketua Pusat Pengajian dan mendapat kelulusan JPA.

6.3 KEPERLUAN MENYEMPURNAKAN HAFAZAN (HIFZ AL QURAN)
6.3.1 Hafazan

Pelajar perlu menyempurnakan hafazan mengikut sukatan yang ditetapkan
untuk membolehkan pelajar menduduki peperiksaan akhir bagi kursus
berkenaan. Kelayakan menduduki peperiksaan akhir adalah seperti berikut:
a) Mana-mana pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jam

pertemuan tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran pensyarah berkenaan, akan dihalang daripada
mengambil kerja kursus dan/atau peperiksaan akhir bagi kursus tersebut
oleh Dekan program pengajiannya.

436


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.4 PEMBELAJARAN KENDIRI

6.4.1 Pembelajaran Kendiri ialah kaedah pembelajaran untuk sesuatu kursus yang
tidak terikat dengan jadual waktu rasmi yang telah ditetapkan tetapi merupakan
pembelajaran yang dibimbing oleh pensyarah kursus berkenaan.

6.4.2 Pelajar yang berada dalam tahun akhir pengajian (Semester Panjang) boleh
mengambil suatu kursus secara pembelajaran kendiri sekiranya;
a) Kursus tersebut tidak ditawarkan dalam suatu semester yang sedang diikuti;
atau
b) Berlaku pertindihan jadual waktu sebenar kursus tersebut dengan kursus-
kursus lain yang diambil oleh pelajar terbabit; atau
c) Mengambil kursus ulangan.

6.4.3 Pelajar boleh memohon untuk mengikuti Pembelajaran Kendiri tertakluk kepada

pertimbangan dan kelulusan Pusat Pengajian yang menawarkan kursus

tersebut. Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya

dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula.

437


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.6 GRED

MARKAH GRED NILAI GRED KREDIT DIAMBIL KREDIT DIKIRA
90 – 100 A+ 4.00 (Cemerlang) Ya Ya
80 – 89 A 4.00 (Cemerlang) Ya Ya
75 – 79 A- 3.67 (Cemerlang) Ya Ya
70 – 74 B+ Ya Ya
65 – 69 B 3.33 (Kepujian) Ya Ya
60 – 64 B- 3.00 (Kepujian) Ya Ya
55 – 59 C+ Ya Ya
50 – 54 C 2.67 (Baik) Ya Ya
45 – 49 C- 2.33 (Baik) Ya Ya
40 – 44 D 2.00 (Baik) Ya Ya
35 – 39 E 1.67 (Lulus) Ya Tidak
F 1.00 (Lulus) Ya Tidak
0 – 34 0.67 (Gagal)
0.00 (Gagal)

- TH 0.00 (Gagal Hadir Peperiksaan Ya Tidak
Akhir)

- GHB 0.00 (Gagal Hadir Penilaian Berte- Ya Tidak
rusan) Tidak

-X 0.00 (Dihalang) Ya

438


PROSPEKTUS AKADEMIK |

STATUS
TL Tidak Lengkap
TK Tidak hadir dengan Kebenaran
TD Tarik Diri
PK Pengecualian Kursus
PM Pemindahan Kredit
PG Periksa Ganti
CP Kecurangan Akademik
DP1 Dalam Pemerhatian Kali Pertama
DP2 Dalam Pemerhatian Kali ke-Dua
GB Gagal dan diberhentikan
AU Audit
XM Pemarkahan tidak lengkap

439


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.6.1 Pelajar hendaklah lulus semua Kursus (Teras, Wajib dan Elektif) dengan
sekurang-kurangnya gred D (nilai gred 1.00). Pelajar yang mendapat F perlu
mengulang semula kursus sekiranya melibatkan semua kursus. Seorang pelajar
dengan PNGK kurang dari 2.00 dan mendapat gred “C- dan D” untuk sesuatu
kursus pada mana-mana semester diberi pilihan mengulangi kursus berkenaan
pada semester berikutnya supaya mereka mempertingkatkan PNGK sehingga
2.00 dan ke atas tertakluk kepada had tempoh pengajian maksimum bagi
program akademik tersebut. Pelajar akan dikenakan caj yuran berasingan bagi
setiap kursus mengulang yang didaftarkan dan kenaan tersebut adalah
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan KITAB. Semua bayaran ini
hendaklah dibuat kepada Bendahari KITAB oleh pelajar berkenaan. Keputusan
mengulang kursus tertakluk kepada keputusan SENAT KITAB.

6.6.2 Pelajar hendaklah lulus semua Kursus (Teras, Wajib dan Elektif) dengan
sekurang-kurangnya gred D (nilai gred 1.00). Pelajar yang mendapat F perlu
mengulang semula kursus sekiranya melibatkan semua kursus. Gred X akan
diberikan kepada pelajar yang dihalang dari menduduki peperiksaan akhir yang
tidak memenuhi keperluan kursus seperti:
a) Kehadiran ke kuliah / tutorial / latihan kurang dari 80%; atau
b) Tidak menyempurnakan keperluan komponen kerja kursus; atau
c) Tidak menyempurnakan hafazan bagi kursus tertentu.

Gred XK juga akan diberikan kepada pelajar yang kehadiran ke kuliah / tutorial /
latihan kurang dari 80% bagi kursus-kursus yang tidak mempunyai peperiksaan
akhir.

440


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.6.3 Status TL boleh diberikan kepada pelajar yang belum melengkapkan mana-
mana keperluan tertentu bagi penilaian Latihan Praktikal / Kertas Projek / Projek
oleh Dekan / Penyelia.
Status TL hendaklah ditebus dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat
tempoh Latihan Industri / Kertas Projek / Projek.
Jika status TL tidak ditebus selepas tamat tempoh empat (4) minggu yang
ditetapkan, gred F akan diberikan kepada pelajar terlibat.

6.6.4 Status TK boleh diberikan kepada pelajar yang tidak mengambil peperiksaan
akhir bagi mana-mana kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan
dan/atau kecemasan dan diperakukan oleh Kolej.
Pelajar dikehendaki menebus status TK dengan menduduki peperiksaan
gantian yang akan ditetapkan oleh Kolej tanpa disyaratkan mengikuti semula
kursus tersebut.
Pelajar akan diberikan gred TH bagi kursus berkenaan sekiranya tidak
menebus status TK pada tarikh yang ditetapkan.
Jika pelajar lulus peperiksaan gantian kursus berkenaan, gred terbaharu akan
menggantikan status TK pada semester berkenaan.

441


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.6.5 Status Tarik Diri (TD) diberikan kepada pelajar yang memohon untuk menarik
diri dari sesuatu kursus selepas tempoh tambah / gugur kursus tamat. Pelajar-
pelajar tidak digalakkan untuk Tarik Diri (TD). Sekiranya pelajar dibenarkan
untuk Tarik Diri, yuran bagi kursus berkenaan tidak akan dikembalikan. Status
TD boleh diberikan kepada:
a) Pelajar yang membuat permohonan kepada Dekan untuk menarik diri
selepas minggu keempat (4) sehingga minggu kelapan (8) sahaja.
b) Pelajar yang mendaftar untuk Latihan Praktikal tetapi gagal mendapat
tempat di mana-mana organisasi dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan hendaklah dibuat melalui Unit Latihan Praktikal.
c) Pelajar PJJ dan Semester Pendek boleh mengemukakan permohonan
kepada Dekan sehingga 24 jam sebelum peperiksaan akhir bermula.

Kebenaran untuk pelajar menarik diri adalah tertakluk kepada Peraturan 2.4.

6.6.6 Status PK akan diberikan kepada pelajar yang mendapat pengecualian kursus
bagi sesuatu kursus tertakluk kepada Peraturan 4.4.

6.6.7 Status PM akan diberikan kepada pelajar yang mendapat pemindahan kredit
bagi sesuatu kursus tertakluk kepada Peraturan 4.5.

6.6.8 Pelajar-pelajar yang mendaftar kursus untuk tujuan Audit dan memenuhi
keperluan kehadiran kursus akan diberi status AU. Status AU tidak diambil kira
dalam pengiraan PNG dan PNGK dan bukan merupakan keperluan
pengijazahan.

442


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.6.9 Status XM akan diberikan kepada kursus atau kursus-kursus yang belum
selesai proses pemarkahan setelah tamat tempoh daftar markah.

6.6.10 PNG dan PNGK bagi kursus yang mendapat status TD, PK, AU, TK, TL dan
XM tidak akan diambil kira.

6.7 PURATA NILAI GRED (PNG), PURATA NILAI GRED KUMULATIF (PNGK)

6.7.1 Pencapaian dalam sesuatu semester dikira berdasarkan Purata Nilai Gred
(PNG) yang diperoleh daripada semua kursus yang didaftarkan pada semester
tersebut. PNG ialah ukuran untuk menentukan pencapaian taraf akademik
pelajar bagi sesuatu semester.

6.7.2 PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif yang dikumpul oleh pelajar daripada
satu semester ke satu semester pengajiannya.

6.7.3 Rumus untuk mengira PNG dan PNGK adalah seperti berikut:

PNG = Jumlah Nilai Gred Pada Satu Semester

---------------------------------------------------------------

Jumlah Kredit Yang Diambil Pada Semester Berkenaan

PNGK = Jumlah Nilai Gred Keseluruhan Semester
---------------------------------------------------------------
Jumlah Kredit Yang Diambil Pada Semua Semester

443


| PROSPEKTUS AKADEMIK

Contoh kiraan PNG dan PNGK:

Semester 1 Kursus Kredit Gred Nilai gred Jumlah nilai gred
(kredit x nilai
ABC XXX 4 B- 2.67 gred)
ABC XXX 4 C 2.00
ABC XXX 3 C 2.00 4 x 2.67 = 10.68
ABC XXX 2 A 4.00 4 x 2.00 = 8.00
ABC XXX 3 B+ 3.33 3 x 2.00 = 6.00
ABC XXX 1 A 4.00 2 x 4.00 = 8.00
3 x 3.33 = 9.99
JUMLAH 17 1 x 4.00 = 4.00

46.67

PNG = 46.67/17
= 2.75

PNGK = 2.75 (Sama kerana jumlah kredit yang sama)

Semester 2 Kursus Kredit Gred Nilai gred Jumlah nilai gred
(kredit x nilai
ABC YYY 4 B- 2.67 gred)
ABC YYY 4 B 3.00
ABC YYY 3 C 2.00 4 x 2.67 = 10.68
ABC YYY 3 A 4.00 4 x 3.00 = 12.00
ABC YYY 2 B+ 3.33 3 x 2.00 = 6.00
ABC YYY 3 A 4.00 4 x 4.00 = 12.00
ABC YYY 1 A 4.00 2 x 3.33 = 6.66
3 x 4.00 = 12.00
JUMLAH 20 1 x 4.00 = 4.00

63.34

444


PROSPEKTUS AKADEMIK |

PNG = 63.34 / 20
= 3.17

PNGK = Jumlah semua nilai kredit yang diperolehi hingga kini
Jumlah semua kredit yang diambil hingga kini

= 46.67 + 63.34
17 + 20

= 2.97
6.7.4 Nilai gred dan jam kredit yang diperolehi dalam mana-mana semester

hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan PNG dan PNGK semester
berkenaan.
6.7.5 Gred D, E, F, TH, GHB dan X tidak menyumbang apa-apa nilai dalam
memenuhi syarat pengijazahan. Walaubagaimanapun jumlah jam kredit bagi
kursus berkenaan dimasukkan ke dalam pengiraan PNG dan PNGK.
6.7.6 Kursus-kursus yang diberi status TK, TD, TL, PK, XM dan AU tidak diambilkira
dalam penentuan PNG dan PNGK.
6.7.7 Apabila seorang pelajar mengulang sesuatu kursus (Ulang Kursus), gred yang
diambil kira dalam PNGK ialah gred terbaik yang diperolehi pelajar itu. Kursus
berkenaan perlu didaftarkan pada semester yang berikutnya, tertakluk kepada
penawaran kursus oleh Pusat Pengajian dan had maksimum jam kredit yang
dibenarkan.

445


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.8 PENENTUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

6.8.1 Keperluan minimum pengajian

Untuk berada dalam kedudukan akademik yang baik di Kolej, seseorang pelajar
perlu mengekalkan PNG dan PNGK sekurang-kurangnya 2.00 pada setiap
semester sehingga tamat pengajiannya.

6.8.2 Anugerah Ketua Pusat Pengajian/ Anugerah Dekan

Pelajar yang mencapai PNG 3.50 dan ke atas bagi mana-mana semester
panjang layak menerima Anugerah Ketua Pusat Pengajian jika memenuhi
syarat-syarat berikut:
a) Mengambil dan menduduki peperiksaan untuk kursus yang berjumlah

sekurang-kurangnya 12 jam kredit dalam semester panjang berkenaan; dan
b) Tidak dikenakan tindakan tatatertib pada semester berkenaan; dan
c) Tidak mendapat status "dihalang" (X) pada kursus yang didaftarkan; dan
d) Mana-mana kursus yang didaftarkan pada semester tersebut bukan kursus

ulangan.

Bagi pelajar yang membuat pertukaran program, sama ada dalam Pusat
Pengajian yang sama atau Pusat Pengajian yang berlainan, keputusan pada
program sebelum pertukaran akan diambil kira dalam menentukan kelayakan
penganugerahan Anugerah Ketua Pusat Pengajian.

Keputusan peperiksaan semester pendek (intersesi) tidak diambilkira untuk
penganugerahan Anugerah Ketua Pusat pengajian. Senarai penerima
Anugerah Ketua Pusat Pengajian akan dikeluarkan oleh Pusat Pengajian pada
setiap semester.

446


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.9 PRESTASI PELAJAR YANG TIDAK MEMUASKAN
6.9.1 Dalam Pemerhatian (DP)

a) Pelajar yang mendapat PNGK di antara 1.50 hingga 1.99 pada kali pertama
akan diberi status Dalam Pemerhatian Kali Pertama (DP1) dan diletakkan
Dalam Pemerhatian dan akan diberikan amaran untuk meningkatkan PNGKnya
supaya mencapai sekurang-kurangnya taraf Lulus (2.00) pada semester
berikutnya untuk melayakkannya meneruskan pengajian di Kolej.

b) Status Dalam Pemerhatian Kali Kedua (DP2) akan diberikan kepada pelajar
yang mendapat PNGK 1.50 – 1.99 untuk kali kedua secara berturut-turut
dengan syarat PNGK pada DP2 adalah lebih tinggi dari PNGK pada DP1 dan
akan diberikan amaran untuk meningkatkan PNGKnya supaya mencapai
sekurang-kurangnya taraf Lulus (2.00) pada semester berikutnya untuk
melayakkannya meneruskan pengajian di Kolej. Sekiranya PNGK pada DP2
adalah lebih rendah dari PNGK pada DP1, pelajar tersebut akan diberi status
Gagal Berhenti dan akan diberhentikan dari pengajian.

c) Pelajar yang mendapat PNGK 1.50 – 1.99 tiga kali berturut-turut akan diberi
status Gagal Berhenti dan akan diberhentikan dari pengajian.

d) Had maksimum mendaftar kursus bagi pelajar yang mendapat status DP1 dan
DP2 adalah 12 jam kredit (Peraturan 2.2.5).

447


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.9.2 Gagal Berhenti (GB)
Seorang pelajar adalah gagal dan diberhentikan jika:
a) Mendapat PNGK 1.50 – 1.99 tiga kali berturut-turut; atau
b) Mendapat PNGK kurang daripada 1.50; atau
c) Mendapat PNGK pada DP2 lebih rendah dari PNGK pada DP1; atau
d) Gagal memperolehi PNGK 2.00 selepas memenuhi semua keperluan
akademik; atau
e) Mendapat status Gagal bagi sesuatu kursus sebanyak tiga (3) kali; atau
f) Mendapat Gred X, GHB dan/atau TH bagi semua kursus yang didaftarkan
pada semester semasa; atau
g) Mendapat status CP sekurang-kurangnya tiga (3) kursus yang didaftarkan
sepanjang tempoh pengajian.

Ringkasan status adalah seperti di bawah:

STATUS

PNGK Kali pertama Kali kedua berturut Kali ketiga
2.00 dan Ke Atas Lulus -turut berturut-turut

Lulus Lulus

Dalam Pemerhatian Gagal Berhenti
(DP2)

PNGK : DP2 > DP1

1.50 – 1.99 Dalam Pemer-
hatian (DP1)

Gagal Berhenti -
PNGK : DP2 < DP1

1.49 dan ke bawah Gagal Berhenti - -

448


PROSPEKTUS AKADEMIK |

6.10 PEPERIKSAAN
6.10.1 Peperiksaan Akhir

a) Peperiksaan akhir hendaklah dijalankan mengikut peraturan-peraturan
Pentadbiran Peperiksaan seperti yang ditetapkan setelah minggu pengkuliahan
yang ditetapkan oleh Kolej berakhir.

b) Pelajar perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
(Sementara) yang dipaparkan di Portal Pelajar.

c) Pelajar mesti membuat pengesahan ke atas Penyata Kelayakan Menduduki
Peperiksaan (Sementara) melalui Portal Pelajar mengikut tempoh yang
ditetapkan. Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian, penyata tersebut dengan
sendirinya dianggap sah dan muktamad.

d) Pelajar perlu mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
(Muktamad) melalui Portal Pelajar selepas semua urusan pengesahan Penyata
Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Sementara), pra-pendaftaran kursus dan
telah menyelesaikan semua yuran / denda pada semester tersebut. Sebarang
pindaan tidak dibenarkan.

e) Pelajar layak menduduki peperiksaan akhir jika:
i. Tidak dihalang daripada menduduki peperiksaan.
ii. Tidak digantung pengajian.
iii. Membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan.

449


| PROSPEKTUS AKADEMIK

6.10.2 Penangguhan Peperiksaan Akhir
a) Pelajar yang mengalami masalah perubatan atau atas sebab perikemanusiaan
iaitu ditimpa musibah atau kematian ibubapa serta waris terdekat seperti
penjaga, anak, suami/isteri, adik beradik, datuk atau nenek sewaktu
peperiksaan akhir semester hendaklah memohon kepada Ketua Pusat
Pengajian berkenaan untuk menangguhkan peperiksaan. Permohonan tersebut
hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas peperiksaan
diadakan.
b) Satu permohonan bertulis seperti yang tersebut dalam perenggan (a) di atas
mestilah dikemukakan bersama dengan:
a. Sijil cuti sakit / surat perakuan dan laporan doktor yang dikeluarkan oleh
Pengamal Perubatan Berdaftar sekiranya atas sebab perubatan. Sijil cuti
sakit / surat perakuan tanpa laporan doktor tentang jenis penyakit dan
keadaan kesihatan pelajar tidak akan diberi pertimbangan; atau
b. Satu laporan daripada pegawai daerah/pegawai polis yang menjadi ketua
daerahnya jika tidak menghadiri sebahagian atau keseluruhan
peperiksaannya disebabkan oleh sebab perikemanusiaan seperti yang
tersebut di atas; atau
c. Salinan sijil kematian yang telah disahkan.
c) Permohonan pelajar yang diluluskan akan mendapat status TK.

450


Click to View FlipBook Version