The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsiah, 2020-04-03 05:13:50

e-posiding InPeKS 2017

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Keywords: inpeks

Intervensi Pelonjakan
Kepimpinan Sekolah

(InPeKS)

29 Oktober-1 November 2018



Intervensi Pelonjakan
Kepimpinan Sekolah

(InPeKS)

29 Oktober-1 November 2018

Oleh;
Peserta Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) 2017
Pensyarah Pembimbing IAB
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bandar Enstek, 71760 Nilai
Negeri Sembilan

Diterbitkan oleh:

Unit Penerbitan
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 BANDAR ENSTEK,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-7979 200 | Faks: 06-7079 300
www.iab.edu.my

Hak Cipta Terpelihara @ 2019 Institut Aminuddin Baki
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, 71760 BANDAR ENSTEK Nilai, Negeri
Sembilan.

Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang cara baik dengan cara elektonik, mekanikal, penggambaran
semula, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Intervensi Pelonjakan
Kepimpinan Sekolah Kali Pertama anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2018 di Institut Aminuddin Baki, Kompleks
Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

ISBN 978-967-0504-87-2

Pengurus Penerbitan
Hajah Nor Hasimah Binti Hashim

Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf
Ruslida Binti Zainuddin

Printed by
Ocean Prestige Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Angsana 2, Taman Pinggiran Golf
70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan
Tel/Fax: + 6 06715684
e-mel: [email protected]

Penaung

Haji Abdul Razak Bin Manaf, Ph.D
Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

Menjalankan Tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki

Datuk Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ph.D
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
Institut Aminuddin Baki

Penasihat

Haji Abdul Razak Bin Manaf, Ph.D
Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

Institut Aminuddin Baki

Datuk Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ph.D
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
Institut Aminuddin Baki

Haji Nik Mohd Fakhruddin Bin Nik Ab. Rahman
Ketua Pusat Dokumentasi dan Penerbitan
Institut Aminuddin Baki

Zainuren Bin Haji Mohd Nor
Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands

Penulis

Peserta Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) 2017
Pensyarah Pembimbing IAB

Editor

Nor Ashikin Binti Salleh, Ph.D
Hajah Nor Hasimah Binti Hashim

Hamsiah Binti Mohd Dahalan
YM Raja Ibrahim bin Raja Midin
Noor Hashimah Binti Hashim, Ph.D
Balasandran a/l A. Ramiah, Ph.D
Jamelaa bibi Binti Abdullah Ph.D



Kandungan

PRAKATA xv
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
xvi
KATA ALU-ALUAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA xvii
ix
KATA ALU-ALUAN xi
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA xiii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI AKRONIM

TEMA 1: PENGURUSAN KURIKULUM

~1~ 23
PROJEK ASUH BAHASA MELAYU

Haji Ahamad @ Ahmad Bin Jais, YM Raja Ibrahim Bin Raja Midin, &
Mohd Rahaimi Bin Rashid

~2~ 31
PROJEK MENGGILAP PERMATA
Budreh Bin Haji Ahmad, YM Raja Ibrahim Bin Raja Midin, &
Mohd Rahaimi Bin Rashid

~3~ 40
PROJEK = V - SEE GUCIM MUCIM
Hjh. Faridah Binti Omar, Nor Kamsiah Binti Jaapar, &
Siti Anidah Binti Mahadi

~4~ 59
SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA (4S)
Halim Bin Omar, Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah, &
Mariani Binti Rahim

~5~
SUBJECT-BASED CLASSROOMS (SBC) 66
Haji Maseli Bin Haji Edi, Meriam Binti Allias, &
Faridah Binti Mohamad

8 Prosiding Kolokium

~6~ 66
PROJEK TARGET RUMUSAN TR30
Noor Zalina Binti Abdul Aziz, Nor Kamsiah Binti Jaapar, &
Siti Anidah Binti Mahadi

~7~ 74
PROJEK 1840 MINIT
Rose Aza Bin Che Ariffin, Norihan Binti Azizan, &
Hamsiah Binti Mohd Dahalan

TEMA 2: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 85
87
~8~
PROJEK MASIH ADA YANG SAYANG (MAYSA)
Azlini Binti Khairan, Norihan Binti Azizan, &
Hamsiah Binti Mohd Dahalan

~9~ 96
AMALAN 4S: SENYUM, SAPA, SALAM, SOPAN
Chan Peck Fong, Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah, &
Mariani Binti Rahim

~10~
PROGRAM GET SMART 104
Kamaruzzaman Bin Abd Rahim, Dr. Ekerim A/P Din Chen, &
Aziah Binti Adi

~11~
PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA) 111
Mohamad Hussin Bin Mat Rashid, Dr. Balasandran A/L A. Ramiah, &
Mohd Zaidi Bin Basir

~12~
WE LOVE U, STAY HERE 119
Mohd Amin Bin Harun, Dr. Akma Binti Abd Hamid, &
Euis Mariani Binti D. Koswara

~13~
PROJEK ADEWIRA (ANDA LEWAT KAMI RAWAT) 126
Mohd Razali Bin Sidek, Dr. Akma Binti Abd Hamid, &
Euis Mariani Binti D. Koswara

Prosiding Kolokium 9

TEMA 3: PENGURUSAN ORGANISASI, SUMBER MANUSIA 131
DAN HAL EHWAL MURID 133
140
~14~ 149
MINDS IN THE MAKING
Hj Nik Suhaimi Bin N. Mat, Hamzah Bin Said, & Hamizi Bin Osman 156

~15~ 166
ERA BAHARU SMK KENERING 178
Noor Azmi Bin Awang, Mohd Rosidi Bin Ismail, & Hajah Nor 187
Hasimah Binti Hashim 189

~16~
PROGRAM INTERVENSI PELONJAKAN KEPIMPINAN
SEKOLAH SETAPAKIAN
Zubidah Binti Md Yunos, Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah, &
Mariani Binti Rahim

~17~
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
MELALUI PEMERKASAAN GURU DAN STAF SOKONGAN
Siti Khadijah Binti Ngosman, Dr. Balasandran A/L A. Ramiah, &
Mohd Zaidi Bin Basir

~18~
PROGRAM CANAI GEMILANG
Mohd Salleh Bin Shari, Dr. Nor Asikin Binti Salleh, &
Dr. Abdul Wahab Bin Muda

~19~
PROGRAM DUHHH PONTENG
Speedy Bena Anak Alber Luna, Meriam Binti Allias, &
Faridah Binti Mohamad

TEMA 4: PENGURUSAN KURIKULUM, PERSEKITARAN
DAN FIZIKAL

~20~
PROJEK BUFFERING
Tan Soo Soo, Nor Kamsiah Binti Jaapar, & Siti Anidah Binti Mahadi

10 Prosiding Kolokium

~21~ 200
IKLIM SEKOLAH KONDUSIF TUNGGAK 209
KECEMERLANGAN AKADEMIK MEMBENTUK
KEMENJADIAN MURID
Vellan A/L Raman, Muhammad Bustaman Bin Abdul Manaf,&
Siti Arija Binti Abdul Rahman

~22~
MEMBUDAYAKAN AMALAN PAK 21 DI SEKOLAH
Zamnah Binti Hj. Hashim, Dr. Ekerim a/p Din Chen, & Aziah Binti Adi

~23~ 218
PEMBUGARAN EKOSISTEM GUSTO
(ECOSYSTEM GUSTO RESTORATION)
Abul Halim Bin Hussin, Dr. Nor Asikin Binti Salleh, &
Dr. Abdul Wahab Bin Muda

~24~
BE THE FIRST 229
Che Ahmad Zaini Bin Hussin, Hamzah Bin Said & Hamizi Bin Osman

235
~25~
PEMBANGUNAN PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN
FIZIKAL SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN
YANG MENYERONOKKAN
Puan Noridah Binti Ab Rahim, Muhammad Bustaman Bin Abdul Manaf,
& Siti Arija Binti Abdul Rahman

~26~ 244
FROM HOSTEL TO HOTEL
Roger Anak Peter, Meriam Binti Allias, & Faridah Binti Mohamad

LAMPIRAN 251

Lampiran A: Maklumat Kursus InPeKS 252

Lampiran B: Senarai Nama Pensyarah-Pensyarah Pembimbing, 255

Institut Aminuddin Baki

Lampiran C: Buku Program Kolokium PCIP 256

Prosiding Kolokium 11

Senarai Jadual, Rajah & Akronim

JADUAL

Jadual 1.1: Responden Praujian dan Ujian Pos 28

Jadual 1.2: Minat Pelajar Terhadap Projek ASUH Bahasa Melayu 28

Jadual 1.3: Pencapaian Gred murid lulus Bahasa Melayu 29

Jadual 2.1: Analisis Keputusan Sejarah SPM 2017 33

Jadual 2.2: Analisis Keputusan Sejarah Peperiksaan Akhir Tahun 33

Tingkatan 4 2017

Jadual 2.3a: Perbandingan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah 37

Ujian Awal Tahun Mac 2018

Jadual 2.3b: Gred Purata Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah

Bulan Mac 37

Jadual 2.4a: Pencapaian Sejarah (Peperiksaan Pertengahan Tahun)

Mei 2018 37

Jadual 2.4b: Gred purata Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah

(Peperiksaan Pertengahan Tahun) Mei 2018 37

Jadual 2.5a: Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah

(Peperiksaan Percubaan) Ogos 2018 38

Jadual 2.5b: Bilangan calon mengikut GPMP untuk Pencapaian Mata 38

Pelajaran Sejarah (Peperiksaan Percubaan) Ogos 2018

Jadual 3.1: Pelan Operasi Meningkatkan Keberkesanan Kaedah PdPc 45

Sejarah (V-SEE)

Jadual 4.1: Dapatan fasa scanning the environment/pengumpulan 52

maklumat

Jadual 4.2: Kitaran POLC PROGRAM 4S 55

Jadual 4.3: Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun Organisasi 57

Jadual 5.1: Isu-Isu di SMK Sri Matang 60

Jadual 5.2: Rumusan impak program 65

Jadual 6.1: Keputusan SPM 2014 hingga 2017 66

Jadual 6.2: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT 67

Jadual 6.3: Analisis 5W 1H 69

Jadual 6.4: Pemetaan Tiga Tahun Pengurusan Kurikulum SMK Permas 69

Jaya 3

Jadual 7.1: Pelan Taktikal SMK Syed Hassan 79

Jadual 7.2: Pelan Operasi SMK Syed Hassan 80

Jadual 7.3: Proses kerja pelaksanaan Program 1840 minit 82

Jadual 9.1: Maklumat dan profil SMK La Salle 96

Jadual 10.1: Maklumat sekolah 104

Jadual 10.2: Dapatan Kaji Selidik Faktor Ketidakhadiran Murid ke

Sekolah 106

12 Prosiding Kolokium

Jadual 10.3: Peratus Kehadiran Murid dari Tahun 2015 hingga 2018 109

Jadual 11.1: Kerangka Pengurusan PDCA 113

Jadual 12.1: Carta Gantt Projek “We Love U, Stay Here” 124

Jadual 13.1: Analisis Perbandingan Punca Murid Datang Lewat 130

Jadual 15.1: Pencapaian Lima Tahun Peperiksaan SPM 141

Jadual 15.2: Pencapaian dalam PT3 adalah seperti berikut: 141

Jadual 15.3: Data Kehadiran 2108 146

Jadual 15.4: Peratus Kehadiran pelajar Tingkatan 4 dan 5 146

Jadual 15.5: Pada bulan Januari 2018 bilangan pelajar buta 2 M 147

Jadual 15.6: Sasaran Pencapaian Lima Tahun SPM dan KPI 2018 148

Jadual 16.1: Takwim Program Koko Bersepadu Setapakian

bagi Kelab Sukan dan Permainan 152

Jadual 16.2: Takwim Program Koko Bersepadu Setapakian

bagi Unit Beruniform 152

Jadual 16.3: Takwim Program koko Bersepadu Setapakian bagi

Kelab Persatuan 153

Jadual 18.1: Program Intervensi SPM dan PT3 2018 169

Jadual 18.2: Jadual peratus kehadiran murid mengikut bulan 170

Jadual 18.3: Senarai Aktiviti Jaringan dan Jalinan SMK Batu Kawan 172

Jadual 18.4: Key Performance Indicartor (KPI) Unit Kurikulum 176

Jadual 18.5: Key Performance Indicartor (KPI) Unit Hal Ehwal Murid 177

jadual 18.6: KPI Unit Kokurikulum 177

Jadual 19.1: Bil murid ponteng sekolah berdasarkan bulan 181

Jadual 19.2: Pemetaan Pengurangan % Kes Ponteng Sekolah Dalam 182

Tempoh Tiga Tahun

Jadual 19.3: Perbandingan bilangan murid ponteng berdasarkan tempoh 184

Jadual 20.1: Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah 193

Jadual 20.2: Pemetaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) Tiga Tahun 198

Jadual 22.1: Analisis Pemahaman Guru Terhadap PAK21 212

Jadual 23.1: Kerangka Kerja POLC 222

Jadual 23.2: Terjemahan VISI ke MISI 222

Jadual 23.3: Key Perfomance Indicator SMKTS 222

Jadual 23.4: Senarai aktiviti disusun mengikut keutamaan 223

Jadual 23.5: Pelan Operasi SMKTS 223

Jadual 23.6: Pendapatan Ibu bapa 228

Jadual 25.1: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek Tiga Tahun

SMK Hang Kasturi 238

Jadual 25.2: Pelan Taktikal Bidang Pengurusan Kemudahan

Fizikal SMK Hang Kasturi 238

Jadual 25.3: Instrumen Maklum Balas Prestasi SMK Hang Kasturi 240

Jadual 26.1: Bilangan Penghuni Asrama yang Keluar 2016-2018 249

Prosiding Kolokium 13

RAJAH

Rajah 1.1: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu

mengikut Tingkatan 29

Rajah 2.1: Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah SPM 38

Rajah 3.1: Rajah Tulang Ishikawa 42

Rajah 3.2: Model Kecemerlangan Perdana 43

Rajah 3.3: Peratus Pencapaian Sejarah Calon SPM 2018 47

Rajah 3.4: Peratus Pencapaian Sejarah Kumpulan GUCIM MUCIM 47

Calon SPM 2018

Rajah 4.1: Rajah Tulang Ikan Mengenal Pasti Punca 53

Rajah 6.1: Tulang Ikan Ishikawa digunapakai untuk mengenal pasti 68

sebab-akibat

Rajah 6.2: Pemilihan aktiviti keutamaan mengikut impak 70

dan kemudahtadbiran

Rajah 6.3: Analisis TR30 71

Rajah 9.1: Mengenal Pasti Isu Menggunakan BOS Tool - ERRC Grid 98

Rajah 9.2: Dapatan Pra dan Pasca Analisis Program 4S 102

Rajah 10.1: Purata Kehadiran Murid 109

Rajah 11.1: Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa 116

Rajah 12.1: Tulang Ishikawa 121

Rajah 14.1: Kerangka Minds In The Making 135

Rajah 14.2: Pencapaian SPM Tahun 2014 hingga 2017 138

Rajah 15.1: Perbandingan peratus Kehadiran murid Tingkatan 4

dan Tingkatan 5 147

Rajah 16.1: Analisis Isu Menggunakan Tulang Ikan Ishikawa 150

Rajah 16.2: Status quo SMK Tinggi Setapak pada tahun 2017 151

Rajah 16.3: Peratus kehadiran murid Unit Kokurikulum 154

Rajah 18.1: Komposisi murid mengikut kaum 167

Rajah 18.2: Prestasi kelulusan SPM 2011-2017 dan Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2018 168

Rajah 19.1: Bilangan murid ponteng sekolah mengikut jantina 182

Rajah 20.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa digunakan untuk

mengenal pasti isu. 191

Rajah 20.2: Analisis SWOT menjana TOWS Matrik3 192

Rajah 20.3: Punca dan Faktor Masalah 194

Rajah 20.4: Timeline Pelaksanaan Sasaran Guru Sejarah 195

Rajah 20.5: Senarai Pelaksanaan Intervensi Sasaran Murid 195

Rajah 20.6: Impak Program Intervensi Peningkatan Gred Purata

Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah 197

Rajah 22.1: Dapatan Analisis Amalan PAK21 213

Rajah 22.2: Analisis Perbandingan Penglibatan Murid dalam PdPc 213

Sebelum dan Selepas Amalan PAK21

Rajah 23.1: Impak Pengajaran Projek Gusto 224
Rajah 23.2: Pola Kehadiran Murid Projek Gusto mulai 2017
hingga 2018 224
Rajah 23.3: Pendapatan Ibu Bapa Mengikut Kategori 227
Rajah 24.1: Kerangka Be The first 232
Rajah 25.1: Model Mudah Pengurusan Strategik Sekolah 241
Rajah 25.2: Interdependency of Management Tools in DEFFRAAC
Model (Yap, 2003) 241

Prosiding Kolokium 15

SENARAI AKRONIM

SALC Self-Access Learning Center

SES Sosio-Ekonomi Status

PIBK Perstuan Ibubapa dan Komuniti

JU Jurulatih Utama

PAJSK Pentaksiran Amalan Jasmani, Sukan dan Kebudayaan

PAT Peperiksaan Akhir Tahun

ETR Expected Target Results

TOV Take-off Value

PPT Peperiksaan Pertengahan Tahun

RPS Rancangan Pemajuan Sekolah

PPC Peperiksaan Percubaan

KRA Key Results Area

CGPA Cummulative Grade Point Average

PAK21 Pembelajaran Abad Ke 21

FPTV

UTHM Faculty of Technical and Vocational Education, University

Tun Hussein Onn Malaysia

ICT Information and Communication Technology

LO Learning Observation

LW Learning Walk

CPD Continuous Professional Development

PSG Program Sekolah GUSTO

MDEC Malaysia Development Economy Corporation

AADK Agensi Anti-Dadah Kebangsaan

DEFFRAAC Delegation, Empowerment, Follow-up Follow-through, Reflection,

Action, Appreciation, Celebration

KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

PCG Per Capita Grant

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

SISC+ School Improvement Specialist Coaches

SENARAI AKRONIM

AKP Anggota Kumpulan Pelaksana

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

GPS Gred Purata Sekolah

GPMP Gred Purata Mata Pelajaran

POLC Plan-Organise-Lead-Control

BBM Bahan Bantu Mengajar

SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2

HEM Hal Ehwal Murid

SMART Specific, Measureable, Achievable, Realistic and Timely

PDCA Plan-Do-Check-Act

KPI Key Performance Indicator

MSSD Majlis Sukan Sekolah Daerah

MLT Middle Leaders Team

PLC Professional Learning Community

UBK Unit Bimbingan dan Kaunseling

SAPDM Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

SSN Sekolah Sukan Negara

ETR Expected Target Results

SOP Standard Operational Procedures

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

NGO Non-Organisational Organisation

RISDA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

MAIK Majlis Agama Islam Kelantan

HUSM Hospital Universiti Sains Malaysia

LCD Led Controlling Panel

PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

BOS Blue Ocean Strategy

ERRC Grid Eliminate-Reduce-Raise-Create Grid

SBPT Sekolah Berprestasi Tinggi

SKK Sekolah Kluster Kecemerlangan

SKPA Standard Kualiti Pengurusan Asrama

BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

MSSPK Majlis Sukan Sekolah Perak

SSDM Sistem Sahsiah Diri Murid

PILL Pelan Intervensi Lima Langkah

RPS Rancangan Pelajaran Sekolah

Prosiding Kolokium 17

Pengarah InPstirtuatkAamtainuddin Baki

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya
penulisan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Institusi Pendidikan: Intervensi Pelonjakan Kepimpinan
Sekolah (InPeKS) Kohort 2017 ini dapat diterbitkan.

Buku ini adalah kompilasi kertas laporan projek yang
ditulis oleh Pengetua-Pengetua yang telah membuat pembentangan dalam
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) pada akhir tahun
2018 yang lalu. Kolokium tersebut yang dianjurkan oleh pihak Institut Aminuddin
Baki (IAB) bertujuan untuk berkongsi hasil kejayaan program-program di
sekolah-sekolah menengah yang diterajui oleh Pengetua-Pengetua cemerlang yang
mengambil bahagian dalam program Intervensi Pelonjakan Kepmipinan Sekolah
(InPeKS) kohort pertama tahun 2017.

Bagi pihak pengurusan IAB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat menulis, menyelia, mengedit serta menerbitkan
buku ini. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi inspirasi kepada para
pemimpin sekolah serta warga pendidikan amnya dalam usaha memajukan sekolah
masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

Dr. HAJI ABDUL RAZAK BIN MANAF
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
Menjalankan Tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

18 Prosiding Kolokium

MentKeriaPtaenAdilduik-aAnluMaanlaysia

Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Asas sistem pendidikan sekarang dan masa depan menuntut
kementerian menyediakan pendidikan berkualiti tinggi
untuk memastikan pengeluaran tenaga kerja mahir,
berpengetahuan luas serta memiliki nilai yang baik untuk
membina negara bangsa. Selaras dengan perubahan global,
pendidikan di Malaysia juga sedang menjalani transformasi pada
kadar yang sangat pantas dalam era revolusi industri ke empat.

Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah merupakan
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan pelbagai
perancangan, dasar, program dan aktiviti terlaksana dan transformasi sekolah
berkualiti tercapai. InPeKS di bawah Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah selaras dengan PPPM 2013-2025 di
bawah Anjakan ke-5, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah menjelang 2025.

IAB telah diberi tanggungjawab melaksanakan program intervensi bagi
pengetua/guru besar berprestasi cemerlang (PGBBC) yang ditempatkan di sekolah
berprestasi rendah (SBR) untuk membugar status quo menjadi sekolah berprestij
tinggi dalam tempoh tiga tahun. Semua perubahan ini direka bentuk untuk
memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang berkualiti seiring dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Harapan dan doa saya agar semua usaha sedang dijalankan oleh Institut
Aminuddin Baki dan pelbagai bahagian Kementerian bagi menghasilkan outcome
yakni kemenjadian murid yang ingin digarapkan.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah saya ke atas pasukan
penerbitan prosiding demi mengekalkan keunggulan kepimpinan sekolah berprestasi
tinggi agar dapat disebarluaskan perkongsian amalan terbaik untuk negara.
Selamat Maju Jaya.

YB Dr. MASZLEE BIN MALIK
Menteri Pendidikan Malaysia

Prosiding Kolokium 19

Ketua PeKngaatarahAPlue-laAjalruaannMalaysia

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Institut Aminuddin
Baki dan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Prosiding
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan: Intervensi
Pelonjakan Kepimpinan Sekolah Kohort 2017. Saya percaya dokumen
ini merupakan rujukan penting bagi pemimpin pendidikan dan
pemegang taruh (stakeholders) di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku ini adalah bukti komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memastikan sistem pendidikan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa.
Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
bawah Anjakan ke-5 dalam PPPM 2013-2025 menekankan penempatan pemimpin
yang berprestasi tinggi di semua sekolah. Program Pelonjakan Kepimpinan
Sekolah (ProPeKS) yang diterajui IAB digandingkan dengan kerjasama yang
diterajui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama IAB
dan bahagian-bahagian lain di KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa memandangkan
kerumitan dunia kini dalam era revolusi industri ke empat, tidak ada satu cara
penyelesaian untuk mencapai kejayaan. Program ProPeKS bertujuan memastikan
sekolah SBR untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian demi mencapai dan
mengekalkan kecemerlangan agar terus relevan dalam skala global.

Saya yakin buku ini akan memberi manfaat kepada semua warga pendidik dan
menjadi sumber rujukan kepada mereka yang ingin memahami sistem pendidikan
di Malaysia dengan lebih mendalam.

Akhir kata, semoga segala perkongsian pengalaman oleh peserta ProPeKS
akan memberi manfaat kepada pemimpin sekolah khususnya dan warga sekolah
amnya.

Terima kasih.

DATUK Dr. AMIN BIN SENIN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Prosiding Kolokium 21

KERTAS-KERTAS
PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN TAHUN 2018
TEMA 1: PENGURUSAN KURIKULUM



~1~
PROJEK ASUH BAHASA MELAYU

Haji Ahamad @ Ahmad Bin Jais
Pengetua SMK Bongawan, Sabah,
YM Raja Ibrahim Bin Raja Midin,

emel: [email protected]
Mohd Rahaimi Bin Rashid,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun 2017, didapati bahawa pencapaian prestasi mata
pelajaran Bahasa Melayu tidak memberangsangkan dan ini menimbulkan kebimbangan
memandangkan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib lulus pada peringkat
Sijil Peperiksaan Malaysia. Projek ASUH Bahasa Melayu dijalankan untuk menjana
motivasi semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 tahun 2018 di sekolah ini supaya
mereka belajar dengan penuh minat dan menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Seramai 779 orang murid aliran perdana terlibat dalam kajian ini. Kaedah kajian yang
digunakan ialah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Di samping itu, murid
mengikuti aktiviti ASUH Bahasa Melayu pada setiap hari Rabu selama 20 minit yang
dirancang dan dikendalikan oleh pelajar sendiri dengan dibimbing oleh guru-guru mata
pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini, menunjukkan minat murid terhadap mata
pelajaran ini meningkat. Peratus murid belajar mata pelajaran ini di rumah atau asrama
juga telah turut meningkat. Pencapaian ujian sumatif 2018 meningkat daripada purata
60% kepada 80%. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan projek ASUH
Bahasa Melayu dapat menjana motivasi murid.

Kata Kunci: pengurusan kurikulum, ASUH Bahasa Melayu

PROFIL SEKOLAH

Pada 1 April 2016, penyelidik telah melaporkan diri di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bongawan (XEE6102) di bawah kawal selia PPD Papar yang terletak
di luar bandar. Sekolah tersebut merupakan sekolah gred A yang beroperasi dua
sesi, iaitu pagi dan petang. Jenis bantuan yang diterima sekolah adalah Sekolah
Kerajaan (No PTJ: 594101). Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan telah
ditubuhkan pada 1 Januari 1971 di bangunan sendiri di atas tanah seluas 14.33 ekar
(5.80 hektar). Sekolah memiliki tiga blok asrama harian yang boleh menampung
200 orang muriddalam satu masa. Seramai 858 orang murid ditempatkan dalam
14 bilik darjah, dengan pecahan 34 kelas melalui tiga aliran iaitu Perdana, Pusat
Tingkatan Enam (Mod 3) dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

24 Projek ASUH Bahasa Melayu

Latar belakang sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan terletak di Kampung Padang,
Bongawan, Sabah. SMK Bongawan boleh diakses melalui alamat surat-menyurat
sekolah SMK Bongawan, Peti Surat 3, 89700 Bongawan, Sabah dan melalui
alam maya pada e-mel [email protected]. Sekolah Menengah Kebangsaan
Bongawan juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 087861990 dan nombor
faks 087861812. Untuk sampai ke lokasi, Sekolah Menengah Kebangsaan
Bongawan dihubungkan melalui jalan yang terletak 52 km daripada Bandaraya
Kota Kinabalu, Sabah.

Status quo sekolah

Maklumat awal sebelum melangkahkan kaki secara rasmi ke SMK Bongawan,
Papar, Sabah, mendapati bahawa sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah
Band 6 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Daerah Papar selama tiga
tahun berturut-turut. Semakan data yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan
kendalian sekolah daripada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 menunjukkan
bahawa pencapaian dalam dua mata pelajaran wajib lulus, iaitu Bahasa Melayu
dan Sejarah mencatatkan peratus lulus dan kualiti yang agak rendah. Beberapa isu
telah dikenalpasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan guru dan murid.

MENGENAL PASTI ISU

Data Peperiksaan Akhir Tahun 2017 mempamerkan purata peratus lulus Bahasa
Melayu SPM yang rendah, iaitu 60% dan gred kualiti yang rendah berada pada paras
C dan D. Keadaan ini amat membimbangkan kerana Bahasa Melayu merupakan
mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM. Jika isu ini dapat ditangani, usaha
melonjakkan Gred Purata Matapelajaran (GPMP) sekolah dalam peperiksaan SPM
akan berhasil.
Beberapa isu telah dikenalpasti;

i. Bahasa Ibunda (Mother Tongue)

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat 80% pelajar terdiri
daripada mereka yang menggunakan Bahasa Brunei sebagai bahasa
pertuturan di sekolah. Cabaran utama sekolah, khususnya kepada guru mata
pelajaran Bahasa Melayu, adalah masih terdapat murid yang menggunakan
bahasa ibunda mereka dalam kawasan sekolah khususnya, dalam bilik darjah
sepanjang sesi PdPc berlangsung.

Projek ASUH Bahasa Melayu 25

ii. Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Cabaran yang dihadapi ialah 60% murid daripada Tingkatan
1 hingga Tingkatan 4 telah mengabaikan subjek ini. Mereka hanya mula
mengambil perhatian terhadap subjek ini apabila mereka berada dalam
Tingkatan 5. Murid perlu digerakkan supaya secara berterusan dibina dengan
asas yang kukuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

iii. Pelajar tidak menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu

Sebanyak 40% pelajar tidak menjawab semua soalan dalam peperiksaan bagi
matapelajaran Bahasa Melayu. Mereka meninggalkan soalan yang dianggap
sukar. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi markah
yang maksimum.

Sebagai langkah pertama dalam usaha melonjakkan prestasi sekolah adalah
usaha ‘menyelamatkan’ murid agar tidak mensia-siakan persekolahan dengan
memastikan mereka layak memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meneruskan kesinambungan hidup adalah dengan
meningkatkan motivasi dan minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu
melalui Projek ASUH Bahasa Melayu. Usaha ini sebagai sokongan kepada
program kecemerlangan akademik sedia ada yang disusun oleh Panitia Bahasa
Melayu.

PELAKSANAAN

Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang
strategik amat penting supaya ia meninggalkan impak yang mendalam terhadap
kumpulan sasarannya.

I. Planning (Perancangan)

Setelah melapor diri sebagai Pengetua di sekolah ini, penyelidik telah meneliti
kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal
ehwal murid dan kokurikulum serta meminta taklimat daripada semua Penolong
Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat kekuatan, kelemahan,
peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah mencapai
matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa
Melayu Aliran Perdana murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah dipilih.

26 Projek ASUH Bahasa Melayu

Visi: 100% murid lulus dan menunjukkan kompetensi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Misi: (1) 100% pelajar terlibat dalam Projek ASUH Bahasa Melayu yang
diadakan.
setiap hari Rabu jam 6.40 pagi hingga 7.00 pagi.
(2) Mengaktifkan panitia Bahasa Melayu.
(3) Memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada murid.
Strategi: (1) Projek ASUH Bahasa Melayu.
(2) Pelan Taktikal dan Pelan Operasi ASUH Bahasa Melayu
(3) Permuafakatan Akademik bersama ibu bapa.

II. Organising (Pelaksanaan)

Jawatankuasa Projek ASUH Bahasa Melayu

Penasihat: Pensyarah Pembimbing IAB

Pengerusi: Tuan Haji Ahamad @ Ahmad Bin Jais

Penyelaras/Setiausaha: Pn. Dg Zaiton Hj Ag Ismail

Pasukan Pemantau: Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan

Mata Pelajaran



Ahli Jawatankuasa:

1. Pn. Nor Azuna Ahmad Zahidi (Ketua Panitia Bahasa Melayu)

2. Pn. Noraini Kassim

3. Pn. Hjh Rosneh Hj Kirah

4. Pn. Dg Rosnah Ag Sulaiman

5. Cik Aisyah Mat Yakub

a. Pembudayaan

• Panitia Bahasa Melayu membuat garis panduan pemilihan tajuk oleh
pelajar.

• Membimbing murid untuk mencari maklumat dan melakukan persediaan
untuk pembentangan.

• Murid membuat pembentangan sama ada secara individu atau
berkumpulan setiap hari Rabu.

• Pemantau atau Pembimbing dan semua guru perdana menyaksikan
persembahan murid dan memberikan ulasan dan pengukuhan.

• Perbincangan Panitia Bahasa Melayu diadakan untuk tujuan
penambahbaikan projek.

Projek ASUH Bahasa Melayu 27

b. Jaringan Sosial

Pada masa tertentu, sesi ASUH Bahasa Melayu ini dihadiri bersama oleh
Pegawai SISC+ Daerah Papar dan Guru Pakar Bahasa Melayu.

I II. Leading (Kepimpinan)

Bagi menjayakan projek ini, keterlibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran dan semua guru adalah perlu agar berlaku permuafakatan dalam organisasi
agar kata sepakat dapat dicapai secara kolektif. Penglibatan murid adalah secara
menyeluruh dalam penyediaan bahan pembentangan atau perkongsian semasa
sesi ASUH Bahasa Melayu dijalankan. Di sini telah berlaku proses pembelajaran
secara tidak langsung kepada murid tersebut dan murid yang menjadi penonton.
Sentiasa memberikan motivasi dan penghargaan kepada mereka yang terlibat.
Penyelarasan petugas sentiasa dilakukan agar tidak membebani hanya individu
tertentu sahaja dalam pengendalian ASUH Bahasa Melayu. Murid yang berjaya
melaksanakan sesi ASUH Bahasa Melayu sama ada kumpulan pembentang atau
responden diberikan hadiah sebagai penghargaan atas usaha mereka. Manakala
murid yang mendengar juga diberikan motivasi sebagai pendengar yang baik
setiap kali sesi ASUH Bahasa Melayu dijalankan.

IV. Controlling (Pengawalan)

Sebagai langkah kawalan kualiti projek ASUH Bahasa Melayu, instrumen seperti
senarai semak berskala 1 (sangat lemah) hingga 10 (sangat baik) disediakan.
Terdapat dua kriteria penilaian, iaitu aspek bahasa dan keterampilan. Aspek bahasa
dinilai berdasarkan penggunaan ayat, tatabahasa dan sebutan. Manakala aspek
keterampilan pula dinilai dari sudut persembahan dan kreativiti. Penglibatan murid
lain sebagai penonton juga diambilkira.

Terdapat standard yang telah ditetapkan dan perlu dicapai oleh murid. Untuk
aspek bahasa, murid perlu mencapai sekurang-kurangnya skala 7-8, manakala
daripada aspek keterampilan pula markah minimum pada skala 5-6. Penglibatan
murid lain sebagai penonton juga menjadi titik tolak kejayaan setiap kali sesi
ASUH Bahasa Melayu dilaksanakan di mana standard yang perlu dicapai adalah
pada skala 5-6. Kumpulan atau individu murid yang tidak mencapai standard yang
telah ditetapkan akan dibimbing dan diberi pengukuhan oleh guru mata pelajaran
Bahasa Melayu.

28 Projek ASUH Bahasa Melayu

PENILAIAN DAN IMPAK

Melalui kaji selidik yang telah dijalankan terhadap 20 orang murid dari setiap
tingkatan, data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan murid yang
belajar atau mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu di rumah.

Jadual 1.1: Responden Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS

RESPONDEN BELAJAR TIDAK BELAJAR TIDAK
BM BELAJAR BM BELAJAR

BM BM

TINGKATAN 1 9 11 12 8

TINGKATAN 2 6 14 13 7

TINGKATAN 3 5 15 12 8

TINGKATAN 4 8 12 11 9

TINGKATAN 5 12 8 14 6

PERATUS (%) 40.00 60.00 62.00 38.00



Satu lagi kaji selidik telah dijalankan bagi impak projek ini kepada Sasaran,

iaitu kaji selidik minat murid terhadap projek ASUH Bahasa Melayu. Kaji selidik

ini telah dijalankan ke atas 20 orang. Murid yang diwakili setiap tingkatan, iaitu

seramai 100 orang responden. Data telah diambil pada akhir bulan Julai 2018.



Jadual 1.2: Minat Murid Terhadap Projek ASUH Bahasa Melayu

RESPONDEN SANGAT SUKA KURANG TIDAK
SUKA
SUKA SUKA

TINGKATAN 1 4 9 7 0

TINGKATAN 2 5 10 5 0

TINGKATAN 3 3 10 7 0

TINGKATAN 4 3 9 8 0

TINGKATAN 5 5 12 3 0

PERATUS (%) 20.00 50.00 30.00 0.00



Pemerhatian secara rawak juga telah dijalankan ke atas hasil kerja murid

daripada aspek penulisan karangan. Berdasarkan pemerhatian, terdapat sedikit

peningkatan dalam aspek pengembangan idea dalam penulisan karangan Bahasa

Melayu. Murid pada mulanya hanya mampu menulis dua muka surat tetapi selepas

pelaksanaan projek ASUH Bahasa Melayu, murid mampu menghasilkan karangan

sehingga tiga muka surat dengan pengembangan idea yang agak baik.

Projek ASUH Bahasa Melayu 29

Rajah 1.1 di bawah menunjukkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu
yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam Ujian 1 (TOV) dan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2018. Merujuk kepada Rajah 1.1, Tingkatan 2, 3 dan 5 telah
menunjukkan peningkatan prestasi yang agak memberangsangkan daripada aspek
kuantiti dan kualiti. Manakala, Tingkatan 1 dan 4 masih belum berlaku peningkatan.

Rajah 1.1: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu mengikut Tingkatan

RUMUSAN

Sebagai Pengetua, penyelidik terpanggil untuk memastikan semua murid layak
mendapat Sijil Penuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia apabila menamatkan
persekolahan di Tingkatan 5. Segala data dan rekod keputusan mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015, 2016
dan 2017 telah diteliti bagi tujuan tersebut.

Jadual 1.3: Pencapaian Gred murid lulus Bahasa Melayu

Tahun Jumlah Gagal BM Mendapat Lulus BM
calon
Bil % Gred D & E Bil %
2015 167 10 6.0 Bil % 157 94.0
156 1 0.6 18 10.8 154 99.4
2016 190 3 1.6 49 31.4 186 98.4
22 11.6
2017

30 Projek ASUH Bahasa Melayu

Atas keyakinan dan kerjasama kolektif daripada semua pengurus kurikulum
bersama guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, cabaran pertama dalam
membangunkan pelan tindakan Projek ASUH Bahasa Melayu berjaya diatasi.
Keberkesanan projek ini haruslah dititikberatkan kerana ramai pihak telah
mempertaruhkan masa dan tenaga masing-masing bagi menjalankan projek.

Cabaran kedua ialah membuat perancangan yang teliti dan holistik serta
diolah khusus bagi memenuhi aspirasi murid. Cabaran ketiga ialah memastikan
pelaksanaan Projek ASUH Bahasa Melayu mendapat komitmen jitu daripada guru
dan murid. Setelah tiga kali pembentangan Pelan Projek ASUH Bahasa Melayu
dan pemurnian dilakukan, projek ASUH Bahasa Melayu dilihat mampu menjana
peningkatan prestasi pencapaian Bahasa Melayu murid.

Kaji selidik yang menunjukkan peningkatan komitmen murid untuk membuat
ulangkaji di rumah, data minat murid terhadap Projek ASUH Bahasa Melayu turut
menunjukkan respon yang positif serta terdapat peningkatan sedikit demi sedikit
dalam prestasi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu.

RUJUKAN

1.University of Minnesota Libraries Publishing (2015, October).
Principles of Management. Retrieved from http://open.lib.umn.edu/
principlesmanagement/chapter/1-5-planning-organizing-leading-and-
controlling-2/.

2. Creative Commons (2012, December). Management Principles. Retrieved from
https://2012books.lardbucket.org/books/management-principles-v1.0/s08-
02-mission-and-vision-in-the-p-o-.html.

~2~
PROJEK MENGGILAP PERMATA

Budreh Bin Haji Ahmad
Pengetua SMK PITAS, Sabah,
YM Raja Ibrahim bin Raja Midin,
emel: [email protected]

Mohd Rahaimi Bin Rashid,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Projek ‘Menggilap Permata Intan’ dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi pelajar
Tingkatan Lima SMK Pitas dalam subjek Sejarah, khususnya pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
kemenjadian pelajar dan sekolah yang berkualiti. Pada tahun 2017 peratus lulus Sejarah
ialah 64.05 % dan GPS ialah 6.58. Bagi meningkatkan pencapaian subjek ini, beberapa
faktor dalaman dan luaran telah dikenalpasti sebagai penyumbang yakni, pedagogi
guru, masalah ponteng dan ketidakhadiran ke sekolah, kurangnya inisiatif atau program
sekolah bagi subjek sejarah serta sokongan ibubapa. Satu projek yang melibatkan aktiviti
pembelajaran dalam dan luar kelas telah dihasilkan. Aktiviti sokongan luar kelas adalah
bertujuan untuk menerapkan jati diri, semangat waja dan motivasi murid, ibubapa, dan
penjaga serta warga guru. Hasil pelaksanaan projek ini ialah peningkatan peratus lulus
subjek Sejarah dalam peperiksaan percubaan yang baru lalu. Murid juga menunjukkan
minat yang lebih mendalam terhadap subjek Sejarah manakala penglibatan ibubapa juga
semakin meningkat dalam program-program sekolah.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, pembalajaran luar bilik darjah, Sejarah

PENGENALAN

Tindakan awal sebaik sahaja memulakan tugas sebagai Pengetua di SMK Pitas ialah
mendapatkan maklumat berkenaan profil sekolah seterus memanggil Penolong-
Penolong Kanan dan Ketua Kerani untuk memberikan taklimat berkenaan profil
sekolah, latar belakang sekolah, pengurusan pejabat, kewangan serta isu-isu semasa
yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, hubungan dengan masyarakat
luar dan seterusnya maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum
dan disiplin murid. Semua perkara di atas perlu difahami terlebih dahulu sebelum
membuat sebarang tindakan penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan
gambaran, taklimat dan penerangan tentang penerangan dan tanggungjawab
pemimpin pertengahan dan kepentingan sembilan bidang keberhasilan utama
dalam sesebuah organisasi, iaitu pengurusan kepimpinan dalam organisasi,
Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kewangan,
Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran, Pengurusan Sumber Manusia dan
Hubungan Luar.

32 Projek Menggilap Permata

PROFIL SEKOLAH

En. Budreh Bin Haji Ahmad melapor diri sebagai Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Pitas di Pejabat Pendidikan Daerah Pitas pada 11 Ogos, 2015.
Berdasarkan Sejarah penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas telah
ditubuhkan pada 1 Mac 1981 di bawah kawal selia PPD Pitas. Sekolah ini terletak di
luar bandar dan dikategorikan sebagai sekolah gred A. Jenis bantuan yang diterima
ialah bantuan penuh (No PTJ: 593101) sekolah ini terletak di atas sebidang tanah
yang mempunyai keluasan 24.40 ekar (59.87 hektar). Sekolah ini mempunyai lima
buah blok bangunan, iaitu dua blok bangunan konkrit dua tingkat, dua buah blok
bangunan papan satu tingkat, 23 buah bilik darjah, tiga Bilik Guru, satu Pejabat
Am, dua buah makmal, satu Bilik Persediaan, dan sebuah surau. Jumlah murid
terkini ialah 1100 orang dengan tiga aliran, iaitu Aliran Perdana, Pusat Tingkatan
Enam (Mod 3) dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pada masa ini sekolah
ini beroperasi dalam dua sidang, iaitu Sidang Pagi dan Sidang Petang dan jumlah
kakitangan ialah 80 orang guru dan 12 orang Anggota Kumpulan Pelaksana.

Sementara asrama pula mempunyai dua buah blok asrama lelaki dua tingkat,
Asrama Wanita pula terdiri daripada satu blok konkrit dua tingkat, dua buah Asrama
Desa satu tingkat. Murid yang bersekolah di sini bukan sahaja datangnya dari
kampung-kampung berdekatan tetapi juga murid dari daerah lain dan menampung
320 orang murid. Asrama ini turut dilengkapi dewan sebuah Dewan Serbaguna
dan dapur asrama.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas terletak di Pekan Pitas, Sabah. Sekolah ini
boleh diakses melalui alamat surat menyurat: Sekolah Menengah Kebangsaan
Pitas, Peti Surat 248, Pejabat Pos Mini 89100 Pitas, Sabah, emel: smkpitassabah@
gmail.com telefon 088613244 dan faks 088613343. SMK Pitas boleh dihubungi
menggunakan jalan darat sejauh 175km dari Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

SMK Pitas merupakan salah sebuah daripada sekolah menengah di daerah
Pitas yang mempunyai pencapaian yang rendah dalam akademik. Berdasarkan
keputusan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia selama lima tahun berturut-
turut purata Gred Purata Sekolah ialah 6.2.

Beberapa tinjauan dan temubual secara rawak bersama guru dan murid,
mendapati bahawa terdapat aktiviti-aktiviti akademik yang dilaksanakan sangat
sedikit dan tiada kesinambungan yang dikendalikan oleh sesetengah guru
sahaja. Keadaan ini sudah tentu tidak akan dapat memberi impak maksima
untuk meningkatkan prestasi dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang
kurikulum. Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian SPM tahun 2017, pencapaian
GPS 6.58 dan peratus lulus hanya 63.23%. Situasi sangat membimbangkan dan

Projek Menggilap Permata 33

perlu ditangani segera. Salah satu daripada mata pelajaran yang juga mempunyai
pencapaian rendah ialah Mata Pelajaran Sejarah. Statistik menunjukkan daripada
153 orang calon yang mendudukinya hanya 98 orang calon yang lulus dan layak
mendapat sijil penuh SPM.

MENGENAL PASTI ISU

Berdasarkan kepada Keputusan SPM 2017, pencapaian lulus mata pelajaran
Sejarah menunjukkan peratus yang rendah, iaitu sebanyak 64.05%. Peratusan ini
sangat membimbangkan kerana mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran
wajib lulus pada peringkat SPM.

Jadual 2.1: Analisis Keputusan Sejarah SPM 2017

BIL CALON BILANGAN LULUS DAN GRED

TH A+ A A- B+ B C+ C D E G
163

1 0 0 1 4 6 15 17 28 27 55

Sumber: UPP, SMK Pitas.

Kes yang sama juga berlaku dalam pencapaian mata pelajaran Sejarah
PeperiksaanAkhir Tahun 2017 untuk murid Tingkatan 4. Bilangan calon menduduki
peperiksaan ialah 176, namun bilangan calon yang lulus mata pelajaran Sejarah
ialah 108 dan peratus lulus 61.36% sementara Gred Purata Mata Pelajaran 7.00.

Jadual 2.2: Analisis Keputusan Sejarah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2017

BIL CALON BILANGAN LULUS DAN GRED

TH A+ A A- B+ B C+ C D E G
176

21 0 1 7 9 9 12 25 28 17 68

Sumber: UPP, SMK Pitas.

Menyedari keadaan ini, usaha untuk meningkatkan GPMP dan GPS sekolah
dalam peperiksaan SPM menjadi satu tanggungjawab Pengetua. Berdasarkan
kepada Analisis SWOT dan perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran,
Ketua Bidang, Ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran Sejarah. Terdapat isu-
isu yang perlu ditangani dalam mata pelajaran ini seperti berikut;

i. Murid kurang memberikan tumpuan kepada mata pelajaran Sejarah.

Hasil dapatan daripada soal selidik yang diberikan kepada 50 murid Tingkatan 5
tahun ini mendapati bahawa murid kurang memberikan tumpuan dan penekanan
kepada mata pelajaran ini. Alasan mereka mata pelajaran ini susah kerana

34 Projek Menggilap Permata

melibatkan fakta, kesukaran mengingat fakta menyebabkan mereka kurang
memberikan tumpuan dan minat , kurang membuat ulangkaji dan masalah
kekurangan sumber rujukan tambahan.

ii. Mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus peringkat SPM

Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. Isu
yang perlu ditangani di sini ialah hanya 98 orang yang layak mendapat sijil dan 65
orang calon tidak layak mendapat sijil SPM 2017. Keadaan ini juga berlaku dalam
peperiksaan Akhir Tahun 2017 untuk murid Tingkatan 4 di mana jumlah lulus ialah
108 dan gagal 68 murid. Oleh sebab mereka akan menduduki SPM pada tahun ini,
maka sudah tentu ada usaha penambahbaikan perlu dilakukan supaya mereka lulus
dan layak mendapat sijil.

iii. Murid tidak menguasai teknik menjawab soalan Sejarah

Hasil soal selidik yang diberikan kepada 50 murid sebagai sampel mendapati
sebanyak 60% murid tidak dapat menjawab soalan Sejarah dengan baik kerana
tidak memahami maksud soalan, dan tidak menguasai teknik dan skema jawapan
yang sebenar. Mereka juga tidak menguasai cara pembahagian masa menjawab
soalan dalam semua kertas Sejarah, iaitu Kertas I, Kertas II dan Kertas III.

iv. Kehadiran Murid

Berdasarkan kepada data kehadiran sepanjang tahun 2017 mendapati bahawa kes
ponteng di sekolah ini sangat membimbangkan. Purata peratus kehadiran bulanan
sepanjang tahun 2015-2017 ialah 78%. Kes ponteng juga merupakan isu yang
perlu ditangani segera. Pada peperiksaan SPM 2017, didapati seorang calon tidak
hadir dalam tiga peperksaan yang dijalankan juga mencatatkan jumlah agak besar,
iaitu (23) untuk ujian Mac, (15) Peperiksaan Mac dan (21) Peperiksaan Percubaan.

v. Kekurangan aktiviti sokongan

Sepanjang tahun 2017 hanya terdapat satu sahaja akitviti sokongan sahaja untuk
mata pelajaran Sejarah, iaitu kelas tambahan yang dikendalikan oleh guru-guru
Sejarah. Bagaimanapun tidak terdapat sistem yang boleh mengawal aktiviti
sokongan ini di mana ianya lebih bersifat menghabiskan sukatan pelajaran semata-
mata pada peperiksaan SPM 2017.

Oleh hal yang demikian, satu trend pembaharuan perlu dibuat dalam usaha
melonjakkan prestasi sekolah dan memastikan mereka layak memperoleh Sijil
Penuh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan isu-isu
yang dikenalpasti di atas maka terciptalah Projek Menggilap Permata Intan ini
sebagai salah satu daripada intervensi sokongan akademik Panitia Sejarah.

Projek Menggilap Permata 35

PELAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek ini, kaedah POLC digunakan seperti berikut;

a. Planning (Perancangan)

Sebaik sahaja memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengetua, kedudukan
status quo sekolah dalam sembilan aspek utama, termasuklah bidang Pengurusan
Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Aset, dan hubungan luar telah
di halusi. Beberapa siri taklimat dibuat oleh semua Penolong Kanan, Ketua Kerani,
Ketua-Ketua Bidang, Ketua-Ketua Panitia dan semua Guru untuk mendapatkan
gambaran dan maklumbalas kepada apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan
cabaran yang ada di sekolah ini. Tanggungjawab dan peranan Pengetua ialah
menggerakkan seluruh warga sekolah untuk sentiasa bekerja bersama-sama. Maka,
isu prestasi dan pencapaian kurang memuaskan dalam mata pelajaran Sejarah pada
peringkat SPM telah diangkat sebagai isu utama yang perlu diatasi pada tahun
2018.

Projek ini melibatkan seramai 198 orang calon yang akan menduduki SPM
pada tahun ini sebagai sasaran projek. Visi dan Misi merupakan rujukan penting
yang dijadikan asas dan ukuran pelaksanaan sesebuah projek. Perancangan
sistematik boleh mengukur kejayaan projek, mencapai objektif dan dapat
meninggalkan impak yang maksima kepada kumpulan sasaran.

Visi:L ulus 100% dalam mata pelajaran Sejarah pada peringkat SPM.

Misi:
(1) 100% murid SPM terlibat dalam Projek Menggilap Permata Intan.
(2) Meningkatkan prestasi Panitia Sejarah.
(3) Memberikan anugerah dan pengiktirafan kepada murid.
(4) Meningkat kehadiran murid.
(5) Meningkatkan kerjasama ibu bapa/penjaga.

Strategi:
(1) Projek Menggilap Permata Intan.
(2) Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Projek Menggilap Permata Intan.
(3) Dialog Prestasi bersama ibubapa/Penjaga.
(4) Kupi-Kupi Talk Bersama Penceramah Luar.
(5) Sudut Inspirasiku.
(6) Minggu Pementasan Drama Berdasarkan TopikYang Dipelajari.

36 Projek Menggilap Permata

b. Organising (Pelaksanaan)

Jawatankuasa Projek Menggilap Permata Intan

Penasihat: Pensyarah Pembimbing IAB

Pengerusi: En.Budreh Bin Hj Ahmad

Penyelaras/Setiausaha: En. Nashruh Bin Sharipudin

Pasukan Pemantau: Semua Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panita

Sejarah dan Guru Mata Pelajaran Sejarah

AJK : Pn Safarina Binti Samsudin (Panitia Sejarah)

Pn Nur Izzah Binti Abdul Hamid

Pn Norhanisdah Binti Abdullah

Cik Neronika Fion

En. Soliman Bin Pg Assim

Cik Nurbalqis Mojotal

Pembudayaan

• Panitia Sejarah Melayu menyediakan Jadual Waktu Berfokus Sejarah.
• Panitia Sejarah Menyediakan Modul Khas Pembelajaran.
• Murid membuat refleksi mingguan hasil pembelajaran/aktiviti setiap

perjumpaan melalui drama yang dipentaskan.
• Pemantau atau semua guru pembimbing menyaksikan persembahan murid

dan memberikan ulasan dan pengukuhan.
• Perbincangan Panitia Sejarah diadakan untuk tujuan penambahbaikan projek.

Jaringan Sosial

Projek ini turut melibatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Pegawai SISC+
Daerah Pitas, Guru Pakar Sejarah dan SIP Kota Marudu.

c. Leading (Kepimpinan)

Kerjasama dan penglibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran
dan semua guru adalah perlu agar berlaku permuafakatan dalam organisasi untuk
memastikan projek ini berjaya.

Proses pembelajaran secara tidak langsung dapat diberikan kepada semua
murid boleh berlaku sepanjang projek ini dijalankan melalui pembentangan,
pementasan dan juga aktiviti Kelas Tambahan Berfokus. Pengetua sentiasa
memberikan motivasi dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
melaksanakan projek ini.

Projek Menggilap Permata 37

d. Controlling (Pengawalan)

Borang-borang tertentu telah disediakan Untuk mengawal keberkesanan projek.
Ini termasuklah borang-borang toolkits yang bertujuan untuk memudahkan
pengumpulan maklumat dan maklumbalas bagi tujuan mengawal perjalanan
projek dan penambahbaikan kualiti projek dari semasa ke semasa.

PENILAIAN DAN IMPAK

Projek ini telah dlaksanakan pada bulan April 2018 selepas mengambilkira
keputusan Sejarah dalam peperiksaan yang dijalankan pada bulan Mac 2017. Data
menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan bilangan murid lulus dalam mata
pelajaran ini dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun pada (Mei) dan Peperiksaan
Percubaan (Ogos) tahun ini. Perbandingan boleh dilihat melalui jadual-jadual
berikut;

Jadual 2.3a: Perbandingan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Ujian Awal Tahun
Mac 2018

BIL CALON BILANGAN LULUS MENGIKUT GRED

171 TH A+ A A- B+ B C+ C D E G

23 0 0 3 7 2 5 11 16 18 109

Jadual 2.3b: Gred Purata Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Bulan Mac

BIL CALON LULUS % GAGAL % GPMP
171 62 36.26 109 63.74 7.97

Jadual 2.4a: Pencapaian Sejarah (Peperiksaan Pertengahan Tahun) Mei 2018

BIL. CALON BILANGAN LULUS MENGIKUT GRED G
179 TH A+ A A- B+ B C+ C D E 94
15 0 1 3 7 8 14 12 16 24

Jadual 2.4b: Gred purata Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
(Peperiksaan Pertengahan Tahun) Mei 2018

BIL CALON LULUS % GAGAL % GPMP
179 85 47.49 94 52.51 7.55

38 Projek Menggilap Permata

Jadual 2.5a: Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
(Peperiksaan Percubaan) Ogos 2018

BIL CALON BILANGAN LULUS MENGIKUT GRED G
176 TH A+ A A- B+ B C+ C D E 68
21 0 1 7 9 9 12 25 28 17

Jadual 2.5 b: Bilangan calon lulus Mata Pelajaran Sejarah
(Peperiksaan Percubaan) Ogos 2018

BIL CALON LULUS % GAGAL % GPMP
176 110 65.48 58 34.52 6.202

Sumber: UPP, SMK Pitas.

Rajah 2.1: Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah SPM

Rajah 2.1 menunjukkan pencapaian mata pelajaran Sejarah yang terdapat
peningkatan prestasi dalam Ujian Bulan Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun
(Mei) dan Peperiksaan Percubaan (Ogos) daripada aspek kuantiti dan kualiti.

RUMUSAN

Salah satu daripada tanggungjawab saya sebagai pengetua ialah untuk memastikan
semua murid layak mendapat Sijil Penuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Penelitian terhadap prestasi lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia selama tiga tahun, iaitu pada tahun 2015, 2016 dan 2017 sangat

Projek Menggilap Permata 39

membimbangkan. Oleh hal yang demikian, masalah ini perlu diatasi segera dan
berharap agar dengan pelaksanaan projek Menggilap Permata Intan ini, isu dan
masalah dalam pencapaian mata pelajaran Sejarah ini tidak akan berterusan.

Pada peringkat awal, cabaran yang dihadapi ialah dari segi membangunkan
Pelan Strategik dan Pelan Taktikal untuk projek ini. Bagaimanapun ianya dapat
diatasi dengan kolaborasi semua pihak, termasuk pembimbing dari IAB dan SIP
Kota Marudu. Seterusnya cabaran yang di hadapi ialah dari segi pengisian aktiviti.
Pengisian aktiviti ini mestilah mengikut keperluan dan kehendak projek itu
bersesuaian dengan sasaran, iaitu murid. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
kesan-kesan negatif, terutama dari segi masa dan kekangan pembelajaran harian
mereka. Cabaran seterusnya ialah dari segi sumber kewangan untuk menjalankan
aktiviti. Pengetua mendapat sokong kewangan daripada PIBG bagi membiayai
kos membeli Bahan Bantu Mengajar dan keperluan-keperluan semasa, contohnya
dalam menjayakan pementasan drama Sejarah. Secara keseluruhannya berdasarkan
kepada kaji selidik, penilaian secara sumatif dan testimoni daripada ibubapa, guru
dan murid menunjukkan bahawa projek ini sangat memberikan impak besar dan
mencapai objektif yang disasarkan.

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Md. Noor. (2003). An investigation into the headship training
programme for inspiring primary school headteacher. Disertasi Doktor
Falsafah. Universiti of Bristol, UK.

2. Asma Ahmad. (1994). Training Design Development: The practises of four
Development Agencies in Malaysia. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti
Putra Malaysia.

3. Krikpatrick, D.L. (1975). Evaluating training programs. Wisconsin: American
Society for Training and Development Inc.

~3~
PROJEK = V-SEE GUCIM MUCIM

Hjh. Faridah Binti Omar
Pengetua SMK Seri Perdana, Kluang, Johor

Nor Kamsiah Binti Jaapar
emel: [email protected]

Siti Anidah Binti Mahadi
emel: [email protected]

ABSTRAK

SMK Seri Perdana merupakan sekolah Band 6 yang terletak di pinggir bandar Kluang.
Amalan Instruksional yang kurang mantap dikenalpasti sebagai faktor penyumbang
utama terhadap pencapaian akademik yang rendah. Berdasarkan dapatan analisis, punca
utama berlakunya masalah tersebut adalah disebabkan sistem pemantauan dan kawalan
yang kurang berkesan. Sehubungan dengan itu, projek V-SEE yang telah dirancang dan
dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Konsepnya berasaskan idea pemantauan
sebagai satu proses pentadbiran yang menekankan kepada pencapaian matlamat
pengajaran. Sasaran projek ini adalah calon-calon peperiksaan SPM 2018. Fokus projek
adalah terhadap subjek wajib lulus SPM, iaitu Sejarah yang kritikal untuk ditingkatkan
pencapaiannya. Program Cahaya Perdana GUCIM MUCIM merupakan intervensi utama
untuk meningkatkan pencapaian tersebut sementara pendekatan V-SEE dilaksanakan bagi
memastikan pengoperasiannya berjalan lancar dan mengikut prosedur. Natijahnya, Projek
V-SEE GUCIM MUCIM bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
Sejarah, malah turut melonjakkan pencapaian sekolah dalam akademik, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah murid.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, Sejarah, pembangunan sahsiah murid, amali
instruksional, pemantauan dan kawalan

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK Seri Perdana merupakan sekolah Band 6 yang terletak di pinggir bandar
Kluang. Sekolah ini baru beroperasi selama lima tahun mulai 1 Januari, 2013.
Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 4 ekar di KM 3 Jalan Niyor yang
jaraknya 5 km dari Bandar Kluang. Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk
memenuhi permintaan tinggi oleh penduduk di kawasan perumahan sekitar Taman
Pelangi, Taman Suria, Taman Kiara, Taman Murni, Kampung Palembang dan
beberapa lagi taman perumahan.

Projek pembinaan sekolah ini bermula pada 31 Ogos, 2012 dan siap
sepenuhnya pada Oktober 2013. Sekolah berbentuk segi empat ini dilengkapi
dengan 18 bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik-bilik khas dan kantin. Sekolah
ini mula beroperasi pada 4 Januari, 2013 di bawah pengurusan Pengetuanya yang

Projek V-SEE GUCIM MUCIM 41

pertama, iaitu Puan Maimun Binti Juhari. Seramai 24 orang guru telah ditugaskan
untuk menjadi tenaga pengajar serta empat orang staf sokongan perintis sekolah
ini. Sekolah ini mula beroperasi dalam satu sesi dan pengambilan pertamanya
melibatkan seramai 600 orang murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.
Mereka telah ditempatkan di 12 bilik darjah. Kebanyakan murid terdiri daripada
penduduk sekitar Kampung Palembang dan kawasan taman-taman perumahan
berdekatan. Kini, sekolah beroperasi dalam dua sesi dengan enrolmen murid
mencecah 896 orang (sehingga September 2018). Komposisi murid terbahagi
kepada 57.6 peratus kaum Melayu, 27.8 peratus kaum Cina, 12.6 peratus kaum
India dan 1.65 peratus dari lain-lain kaum.

Pengetua kedua, Puan Hajah Faridah binti Omar mula bertugas di SMK
Seri Perdana mulai 1 Januari, 2018 bagi menggantikan Pengetua pertama yang
telah bersara. Kini, sekolah ini mempunyai kekuatan anggota guru seramai 68
orang (20 lelaki dan 48 perempuan) dengan disokong oleh enam orang Anggota
Kumpulan Pelaksana dan tiga Pembantu Makmal. Sebagai Pengetua baharu,
tinjauan persekitaran dan berbincang dengan penolong-penolong kanan, guru-guru
dan murid-murid, terutama berkaitan amalan instruksional kerana ia berkait rapat
dengan masalah pencapaian sekolah yang rendah.

Oleh itu, sekolah mengambil tindakan mengenalpasti punca-punca masalah
tersebut. Berdasarkan punca-punca yang dikenalpasti, didapati sekolah masih
tidak mempunyai hala tuju yang jelas, amalan Mengawal Masa Instruksional
(MMI) belum dibudayakan, sistem kawalan dan pemantauan kurang berkesan serta
program sokongan dan kecemerlangan akademik kurang membantu. Ringkasnya,
sebahagian besar elemen Kepimpinan Instruksional yang dianjurkan oleh Hallinger
dan Murphy (1985) belum dilaksanakan dengan berkesan, terutama bagi elemen
pemantauan dan kawalan. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, banyak
implikasi negatif yang mungkin akan berlaku kepada sekolah.

Sehubungan dengan itu, projek V-SEE telah dirancang dan dilaksanakan bagi
menangani masalah ini. Konsepnya berasaskan idea pemantauan sebagai satu
proses pentadbiran yang menekankan kepada pencapaian matlamat pengajaran
(Eye, Netzer dan Kircy, 1971). Sasaran projek ini ialah calon-calon peperiksaan
SPM 2018. Fokus projek adalah terhadap subjek wajib lulus SPM iaitu, Sejarah
yang kritikal untuk ditingkatkan pencapaiannya. Program Cahaya Perdana GUCIM
MUCIM merupakan intervensi utama untuk meningkatkan pencapaian tersebut
sementara pendekatan V-SEE dilaksanakan bagi memastikan pengoperasiannya
berjalan lancar dan mengikut prosedur.

42 Projek V-SEE GUCIM MUCIM

ANALISIS PERSEKITARAN DAN MENGENAL PASTI MASALAH
Bagi menentukan dan mengenalpasti projek yang dijalankan, terlebih dahulu
masalah sekolah perlu dikenalpasti. Hasil sumbang saran dalam kalangan pentadbir
(Pengetua, empat orang Penolong Kanan dan empat orang Guru Kanan Mata
Pelajaran) semasa mesyuarat pengurusan, punca masalah mengapa mata pelajaran
Sejarah masih rendah telah dikenalpasti. Sila rujuk rajah Tulang Ikan seperti
berikut; (i) masalah kehadiran murid (ii) masalah kualiti amalan instruksional (iii)
masalah hala tuju sekolah dan (iv) masalah motivasi murid.

Rajah 3.1: Rajah Tulang Ikan
Pemilihan Masalah Utama
Pentadbir sekolah bersama-sama Kaunselor berbincang dan membuat sumbang
aran bagi membuat identifikasi masalah paling utama yang perlu diatasi segera.
Hasil sumbangsaran dan Analisis SMART mendapati bahawa masalah utama yang
dipilih ialah masalah kualiti amalan instruksional Sejarah, terutama melibatkan
program sokongan akademik. Namun, pada masa yang sama masalah hala tuju
turut dilaksanakan bagi membolehkan semua warga sekolah mempunyai fokus dan
matlamat yang sama.
Pemilihan Projek
a) Hala tuju sekolah amat penting dalam meningkatkan motivasi setiap warga

sekolah. Berdasarkan hasil perbincangan dan maklumat berkaitan, sekolah
telah merangka dan melaksanakan ‘Rebranding SMK Seri Perdana’ dengan

Projek V-SEE GUCIM MUCIM 43

memperkenalkan Slogan, Motto dan Tagline sekolah dalam usaha untuk
meningkatkan rasa kesepunyaan terhadap sekolah. Malah, sekolah turut
merangka dan memperkenalkan Model Kecemerlangan Perdana (Rajah 3.2)
sebagai asas untuk membangunkan kemenjadian murid yang dijenamakan
sebagai Permata Perdana.

Rajah 3.2: Model Kecemerlangan Perdana
b) Melalui slogan Guru Mendidik Murid Terdidik, sekolah memberi

penekanan terhadap peri pentingnya peranan guru untuk mendidik murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum, latar belakang keluarga, pendidikan
dan sosio ekonomi. Ini bertepatan dengan apa yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2012). Oleh
itu, amalan Mengawal Masa Instruksional (MMI) menjadi teras utama dan
perlu dibudayakan. Guru juga perlu melaksanakan PdPc yang memenuhi
kriteria kualiti Standard 4 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
2). Malah, konsep pendidikan yang dihasratkan turut mencakupi keseluruhan
aspek kemenjadian murid.
c) Moto Perdana Menerajui Kecemerlangan pula dihasratkan untuk
meningkatkan semangat dan menyemarakan usaha ke arah kecemerlangan
dalam segala aspek termasuk kurikulum, KoKurikulum, Hal Ehwal Murid,
sahsiah, nilai dan kehadiran. Semua stakeholder dilibatkan untuk memainkan
peranan masing-masing dalam merealisasikannya. Sementara tagline Perdana
Forward yang membawa maksud SMK Seri Perdana bersifat dinamik untuk
maju dan terus melangkah ke hadapan menghasratkan agar semua tindakan
yang diambil oleh warga sekolah sama ada dalam bentuk individual atau

44 Projek V-SEE GUCIM MUCIM

secara kolektif mestilah semakin baik dan berkualiti serta membangkitkan
rasa kesepunyaan dan kebersamaan yang tinggi.

Model Kecemerlangan Perdana pula merupakan kerangka
pembangunan kemenjadian murid melalui satu sistem pengoperasian
SMK Seri Perdana yang berkesan. Permata Perdana merupakan outcome
kemenjadian murid yang dihasratkan hasil daripada sistem ini. Sementara
itu, seluruh sistem yang terdapat di sekolah melibatkan aspek persekitaran
kondusif, guru kualiti, pengurusan berkesan, stakeholder serta jalinan dan
jaringan dipantau dan dikawal melalui budaya V-SEE.

d) Projek V-SEE juga pula telah dipilih sebagai strategi utama untuk menangani
masalah amalan instruksional yang kurang mantap. Melalui intervensi
ini, sistem pemantauan dan kawalan terhadap amalan instruksional dapat
ditingkatkan. Fokus utamanya adalah terhadap subjek Sejarah melibatkan
calon-calon SPM 2018. Program Cahaya Perdana GUCIM MUCIM merupakan
intervensi utama untuk meningkatkan pencapaian subjek tersebut sementara
pendekatan V-SEE dilaksanakan bagi memastikan pengoperasiannya berjalan
lancar dan mengikut prosedur. Akronim V-SEE juga membawa maksud yang
berikut:
V– Vigilant bermaksud berjaga-jaga atau berwaspada.
S– Specific bermaksud berfokus berdasarkan realiti dan memberi impak.
E– Engage bermaksud pelibatan aktif stakeholders.
E– Empower bermaksud pengupayaan dalam proses pengoperasian.

PELAKSANAAN PROJEK

Pelaksanaan projek ini menggunakan ‘Pendekatan Proses’ bagi memastikan
hasilannya dalam bentuk ‘big, fast result’ tercapai. Pendekatan Proses merupakan
salah satu prinsip penting daripada lapan prinsip kualiti dalam Sistem Pengurusan
Kualiti. Penggunaan pendekatan proses yang betul dalam pengurusan bukan
sahaja memanfaatkan pelanggan kerana dapat menikmati output dan outcome
yang berkualiti, tetapi juga kepada keberkesanan organisasi itu tersendiri. Satu
pendekatan proses dan kitaran penambahbaikan berterusan dikenali sebagai PDCA
(Plan-Do-Check-Action) memerlukan kita menguruskan keseluruhan proses bagi
mendapatkan momentum hasil yang berterusan. Pelaksanaannya sama seperti
bulatan yang tidak mempunyai akhiran, iaitu kitaran PDCA perlu diulangi lagi dan
lagi untuk penambahbaikan yang berterusan.

Plan (Merancang)

Pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan perancangan yang rapi dalam
beberapa pertemuan dan perbincangan melibatkan semua ahli jawatankuasa.

Projek V-SEE GUCIM MUCIM 45

Penyelaras Kecemerlangan SPM dan Ketua Panitia Sejarah telah mengadakan satu
perbincangan khas pada 1 Julai, 2018 bersama Unit Kurikulum dan Bimbingan
Kaunseling bagi mengenalpasti isu dan penambahbaikkan yang perlu dilakukan
bagi meningkatkan murid potensi lulus SPM Sejarah. Setelah mendapat persetujuan
bersama, satu senarai aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk mencapai matlamat
bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah melalui Budaya V-SEE
telah terhasil. Program Cahaya Perdana GUCIM MUCIM merupakan intervensi
utama untuk meningkatkan pencapaian subjek tersebut sementara pendekatan
V-SEE dilaksanakan bagi memastikan pengoperasiannya berjalan lancar dan
mengikut prosedur.

Do (Laksana)

Program Cahaya Perdana GUCIM MUCIM merupakan intervensi utama untuk
meningkatkan keyakinan dan kefahaman murid tentang Sejarah melalui medium
pengajaran bahasa ibunda oleh penutur bahasa tersebut, iaitu Guru Cina India
Melayu mengajar Murid Cina India Melayu. Oleh itu, kaedah pelaksanaan adalah
dengan mengoptimumkan penggunaan ceramah di luar waktu pembelajaran dan
pengajaran menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Sementara pendekatan V-SEE dilaksanakan bagi memastikan pengoperasiannya
berjalan lancar dan mengikut prosedur. Pemantauan V-SEE dilaksanakan terhadap
setiap proses kerja dan pelan operasi program (Jadual 3.1). Pendekatan V-SEE juga
melibatkan bimbingan dan nasihat semasa program dilaksanakan melalui kaedah
temu bual dan perbincangan ketika penyeliaan dilaksanakan. Pemantauan perjalanan
program, pemerhatian dan prestasi kehadiran murid diambilkira dalam proses ini.

Jadual 3.1: Pelan Operasi Meningkatkan Keberkesanan
Kaedah PdPc Sejarah (V-SEE)

46 Projek V-SEE GUCIM MUCIM

Projek ini tidak melibatkan sebarang bayaran kepada penceramah. Penceramah
secara sukarela menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik sekolah dan
membantu untuk meningkatkan pencapaian murid berpotensi lulus Sejarah dengan
ikhlas. Kos bahan cetakan sahaja yang perlu dibayar.

Check (Nilai)

Beberapa kaedah telah dilaksanakan, Bagi mengawal dan menilai Projek V-SEE
Sejarah, antaranya melalui;

a) Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Projek V-SEE Sejarah telah dijadikan agenda dalam setiap mesyuarat

pengurusan sekolah. Ini bertujuan bagi melihat status pelaksanaannya
menerusi laporan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dan Penolong Kanan
Pentadbiran. Dapatan daripada analisis data pemantauan V-SEE dalam hal
ini, dilaporkan oleh Guru Kanan dalam mesyuarat tersebut dan perbincangan
telah diadakan bagi membantu guru dalam pelaksanaan projek. Selain dari
itu, perbincangan dibuat bagi mengenalpasti perkembangan pelaksanaannya
dan memutuskan cadangan tindakan sekiranya terdapat perkara yang perlu
diambil tindakan segera.

b) Temu bual bersama murid dan guru
Beberapa orang murid dan guru ditemubual oleh pentadbir. Temu bual ini

bertujuan bagi melihat sama ada Program GUCIM MUCIM yang dilaksanakan
memberi impak terhadap pembelajaran dan prestasi murid dalam Sejarah.
Selain dari itu, GKMP juga mendapatkan maklum balas secara lisan daripada
guru-guru dan murid-murid yang terlibat berkaitan dengan manfaat yang
diperoleh daripada aktiviti yang dilaksanakan. Di samping itu, kaedah ini
digunakan bagi mengenalpasti sebarang masalah yang timbul agar usaha-
usaha penambahbaikan dapat dirancang. Proses ini jarang dapat dilakukan
sekiranya proses check tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Natijahnya,
saban tahun intervensi yang sama diulang tanpa pengubahsuaian.

Action (Tindakan)

Berdasarkan proses check yang dilaksanakan, kitaran seterusnya adalah
melaksanakan usaha-usaha pembetulan dan penambahbaikan terhadap program-
program yang telah dilaksanakan sebelum ini. Biasanya, usaha ini merupakan
tindak ikut dan tindak susul yang perlu dilakukan setelah proses check dilaksanakan.

PENILAIAN DAN DAPATAN PROJEK

Tindakan untuk melaksanakan Rebranding SMK Seri Perdana dan menjayakan
Projek V-SEE terutama untuk mengatasi pencapaian prestasi mata pelajaran

Projek V-SEE GUCIM MUCIM 47

Sejarah calon SPM 2018 telah banyak memberi impak yang positif secara khusus
kepada Pengetua dan secara umumnya kepada keseluruhan organisasi sekolah.
a. Impak Terhadap Organisasi
Setelah projek ini dilaksanakan dalam jangka masa tiga bulan mulai Julai hingga
September 2018, beberapa dapatan telah diperoleh. Penilaian telah dilaksanakan
menggunakan analisis data kehadiran dan data peperiksaan. Dapatan menunjukkan
bahawa Program V-SEE GUCIM MUCIM telah berjaya meningkatkan prestasi
pencapaian calon SPM bagi mata pelajaran Sejarah dalam Percubaan SPM 2018.
(Rajah 3.3). Sekiranya program ini terus dibudayakan, maka peratus kehadiran,
penglibatan dan pencapaian murid dan sekolah menjadi lebih baik lagi (Rajah 3.4).

Rajah 3.3: Peratus Pencapaian Sejarah Calon SPM 2018

Rajah 3.4: Peratus Pencapaian Sejarah Kumpulan GUCIM MUCIM
Calon SPM 2018

48 Projek V-SEE GUCIM MUCIM

Rebranding SMK Seri Perdana juga telah dapat menatijahkan beberapa impak
yang positif. Berdasarkan dapatan soal selidik melibatkan 350 orang murid yang
dipilih secara rawak untuk menjadi responden pada bulan Februari dan Julai 2018,
penghayatan murid-murid terhadap hala tuju dan matlamat sekolah telah meningkat
daripada 35 peratus kepada 80 peratus. Rasa kesepunyaan dalam kalangan murid
telah meningkat daripada 30 peratus pada bulan Februari kepada 70 peratus pada
bulan Julai. Manakala, hubungan mesra antara guru dan murid turut meningkat
dari 45 peratus pada bulan Februari kepada 80 peratus pada bulan September.

Sementara itu, dari aspek lain projek ini telah menunjukan impak yang positif
terhadap murid. Kehadiran murid untuk pelbagai aktiviti dan penglibatan mereka
dalam aktiviti kokurikulum berimpak tinggi telah meningkat. Jalinan komuniti
setempat bersama sekolah dan PIBG telah dapat ditingkatkan.

b. Penambahbaikan Projek

Tatacara mengurus sekolah dengan berkesan banyak dipelajari melalui projek ini.
Pendekatan yang berorientasikan perkongsian kepimpinan diaplikasikan dengan
memberi peluang dan ruang kepada penyertaan Ahli Jawatankuasa Think Tank
untuk memberi sumbangan idea, cadangan dan pendapat dalam menjayakan projek.
Pengupayaan kepada Penolong-Penolong kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran,
Jawatankuasa dan guru-guru dengan memberi tanggungjawab dan kepercayaan
membolehkan mereka berkarya bagi mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman sedia ada. Pengamalan Budaya V-SEE bagi memantau, menilai
dan membimbing mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program terus
dilaksanakan. Namun, keutamaan kepada suasana kerja yang harmoni dan jalinan
hubungan yang mesra dalam kalangan semua guru harus ditekankan.

Pengetua semakin yakin dengan prinsip Kaizen, iaitu penambahbaikan secara
berterusan untuk memperbaiki mana-mana kelemahan yang berlaku semasa
pelaksanaan projek. Pengetua berpegang kepada falsafah ‘Do It Better, Make
It Better and Improve It’. Selari dengan hasrat KPPM di mana semua sekolah
di Malaysia perlu menghasilkan kemenjadian murid secara holistik melalui
pengurusan dan pengoperasian sekolah berkualiti (KPM, 2012). Gerak kerja
SMK Seri Perdana melalui Model Kecemerlangan Perdana berpotensi besar untuk
mengeluarkan sekolah ini dari kelompok sekolah berprestasi rendah dan seterusnya
berupaya menghasilkan lebih ramai Permata Perdana.

Walau bagaimanapun, untuk penambahbaikkan terhadap projek ini,
perancangan dan pelaksanaanya dibuat awal lagi sejak Februari. Kelas GUCIM
MUCIM perlu diteruskan walaupun kadangkala guru tidak dapat hadir. Ia perlu
digantikan dengan guru Sejarah yang lain. Projek V-SEE GUCIM MUCIM
ini sepatutnya dilaksanakan sejak murid berada di Tingkatan Satu. Ini dapat

Projek V-SEE GUCIM MUCIM 49

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah sejak berada di awal
menengah rendah. Program ini berjaya menarik minat murid untuk berkomunikasi
dan melibatkan diri dalam perbincangan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Rebranding hala tuju SMK Seri Perdana dan Projek V-SEE
khusus untuk GUCIM MUCIM Sejarah telah dapat meningkatkan semangat
kekitaan dalam kalangan guru dan murid. Projek ini secara langsung telah
meningkatkan peratus kehadiran murid, prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara konsisten dan positif. Walau
bagaimanapun Key Performance Indicator yang ditetapkan masih belum dicapai.
Namun, Model Kecemerlangan Perdana berpotensi menjadi driving force untuk
mengintegrasikan kesemua sistem dalam sekolah secara berkesan untuk mencapai
KPI yang disasarkan. Oleh itu, fungsi stakeholders, kualiti guru, persekitaran yang
kondusif, dan pengurusan yang berkesan perlu digarap secara efektif dan dipantau
melalui budaya V-SEE bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Berdasarkan impak positif yang diperoleh, gerak kerja SMK Seri Perdana
melalui Model Kecemerlangan Perdana dan pendekatan V-SEE perlu dibudayakan
di sekolah ini. Namun, cabarannya agak besar kerana pelbagai usaha perlu
dilaksanakan secara berterusan dan konsisten untuk menjadi budaya. Pembudayaan
memerlukan tindakan secara konsisten untuk melaksanakan perubahan yang
dimahukan dalam jangkamasa yang panjang sehinggalah perubahan tersebut dapat
dibudayakan (Kotter & Rathgeber, 2017). Sehubungan dengan itu, dengan komited
untuk menjayakannya sehinggalah gerak kerja ini menjadi budaya sekolah ini.

RUJUKAN

1. Eye, G.C, Netzer dan Kircy (1971). Supervision of Instruction. New York:
Harper & Row Pub.

2. Hallinger, P., dan Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership
behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 217–248.

3. Kotter, J dan Rathgeber, H. (2017). Our Iceberg is Melting: Changing and
Succeeding under any Conditions. 2nd Edition. New York: The Penguin
Group.

4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.


Click to View FlipBook Version