The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsiah, 2020-04-03 05:13:50

e-posiding InPeKS 2017

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Keywords: inpeks

~4~
SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA (4S)

Halim Bin Omar
Pengetua SMK Sultan Sulaiman Shah,

Bestari Jaya , Kuala Selangor
Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah,

emel: [email protected]
Mariani Binti Rahim,

emel: [email protected]

ABSTRAK

Beberapa strategi penambahbaikan sekolah telah disusun dengan kemas Melalui
penglibatan sekolah ini dalam Program INPEKS. Penambahbaikan yang telah
dilaksanakan ialah dalam bidang; Kurikulum, iaitu melalui Program Celik 3M, Hal Ehwal
Murid melalui Program Peningkatan Disiplin, Kehadiran Murid dan Keceriaan Sekolah,
sementara Kokurikulum menekankan kepada Olahraga, Bola Sepak dan Pengakap. Setelah
menganalisis data-data yang relevan, bagi tujuan mengenalpasti faktor yang berkait
rapat dengan tiga aspek tersebut, program-program penambahbaikan berkenaan telah
dijayakan serta memberi impak yang membanggakan. Program pembentukan sahsiah
murid menggunakan pendekatan mendidik dan membangun murid dan tidak semata-mata
menghukum, manakala Program KoKurikulum pula mengambilkira minat murid sementara
Program Kurikulum pula menumpukan kepada kemahiran asas 3M. Kesemua sumber-
sumber dalam dan luar sekolah telah sama-sama menggembeling tenaga merealisasikan
program-program tersebut dan sekolah ini berhasrat mencapai tahap sekolah cemerlang
pada tahun 2020.
Kata kunci: pengurusan kurikulum, Celik 3M, pengurusan hal ehwal murid

PROFIL SEKOLAH

SMK Sultan Sulaiman Shah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris Batang Berjuntai. Pada peringkat permulaan
sekolah ini telah menumpang di bangunan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz,
Kampung Kuantan sementara menantikan bangunan baru siap dibina. Ketika itu,
terdapat 12 kelas dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga yang diterajui oleh
Pengetua pertamanya, iaitu Encik Yeong Kum Meng. Jumlah murid pada ketika itu
ialah 200 orang. Oleh sebab bilangan murid kian bertambah, maka pihak sekolah
telah meminjam bangunan SRJK C) Yuk Chih dan SRJK (T) Batang Berjuntai
untuk dijadikan kelas.

Pada tahun 1965, Kelas Peralihan telah dibuka dengan bilangan murid seramai
150 orang yang ditempatkan di tujuh buah bilik darjah. Murid-murid kelas ini
berasal kalangan keluarga B40 yang merupakan peladang kelapa sawit, penoreh
getah, pekerja lombong dan lain-lain. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun

Saya Sayang Sekolah Saya (4S) 51

1965 dan siap sepenuhnya pada bulan Julai 1966. Sultan Selangor pada ketika
itu, iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan
Hishamuddin Alam Shah, telah berkenan merasmikan bangunan kekal sekolah
ini pada 21 September 1968 dengan nama Sekolah Menengah Sultan Sulaiman
Shah, iaitu sempena nama nenda Baginda. Pada tahun 1978 jumlah murid telah
meningkat kepada 1500 orang dengan sesi pagi dan petang.

Seramai 17 orang Pengetua telah menerajui kepimpinan sekolah ini sepanjang
55 tahun penubuhannya dan ia telah melalui beberapa fasa perubahan. Pada awal
penubuhan sekolah ini, SMK Sultan Sulaiman Shah merupakan Sekolah Elit
di Daerah Kuala Selangor. Sekolah ini pernah menjuarai Kejohanan Olahraga
Peringkat Daerah selama 17 tahun berturut turut. Ramai atlet dari negeri Selangor
merupakan murid SMK Sultan Sulaiman Shah. Walau bagaimanapun, sejak 10
tahun kebelakangan ini, prestasi sekolah mula merudum.

Kehadiran Pengetua baharu ke sekolah ini pada 25 September, 2017
menyaksikan enrolmen murid seramai 758 orang. 530 orang murid daripada kaum
India (70%), 145 murid kaum Melayu (19%) dan 83 kaum murid Cina (11%).
Manakala bilangan guru seramai 64 orang dan 10 orang Anggota Kumpulan
Pelaksana. Matlamat utama ialah membangunkan semula prestasi sekolah dalam
pelbagai aspek dan menjadikan sekolah ini diterima semula oleh masyarakat
sebagai sekolah pilihan.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SMK Sultan Sulaiman Shah sudah sedia
dikenali sebagai Sekolah Berprestasi Rendah (SBR). Kejayaan dalam bidang sukan
yang dahulunya hebat, kini tinggal kenangan. Masalah sahsiah dan disiplin murid
seperti gansterisme mula meningkat dari semasa ke semasa. Kemuncak kepada
masalah ini ialah apabila dua orang guru sekolah pernah diancam oleh gangster
yang menyebabkan guru-guru tersebut terpaksa dipindahkan dalam tempoh 24
jam. Sehingga kini, SMK Sultan Sulaiman Shah masih berada dalam kelompok
pencapaian Band Enam berdasarkan keputusan SPM 2017. Gred Purata Sekolah
(GPS) ialah 6.11. Ini merupakan pencapaian terbaik dicatatkan dalam tempoh
lapan tahun kebelakangan ini.

Pemilihan tajuk projek ini adalah sempena nama sekolah, iaitu SMK
Sultan Sulaiman Shah (4S) di Daerah Kuala Selangor. Nama 4S lebih dikenali
ramai berbanding nama SMK Sultan Sulaiman Shah. Oleh itu, satu nafas baru telah
disuntik menggunakan TAG LINE 4S (Saya Sayang Sekolah Saya). Diharapkan
dengan TAG LINE ini akan menjadi sumber inspirasi bagi seluruh warga sekolah
untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang dengan tersemat di hati untuk
menyayangi sekolah.

52 Saya Sayang Sekolah Saya (4S)

MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

Pada peringkat awal, proses mengumpul maklumat mengenai status quo sekolah
telah dimulakan. Pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan lain-lain
pendekatan formal dan tidak formal telah digunakan bagi memastikan maklumat
yang diperolehi adalah tepat. Ketepatan maklumat ini penting untuk membolehkan
perancangan pemajuan sekolah menggunakan pendekatan yang paling sesuai
atau strategik. Berikut adalah data yang diperoleh hasil daripada pengumpulan
maklumat yang lakukan sejak dari awal kehadiran Pengetua baharu, iaitu pada 25
September, 2017.

Jadual 4.1: Dapatan fasa scanning the environment/pengumpulan maklumat

Bil. Aspek Tahun Petunjuk prestasi Status
rujukan
1. Sahsiah Murid pencapaian 86.4%
112
2. Pencapaian 2017 % kehadiran (Harian) 250
Kokurikulum 34
Bil murid tegar salah laku berat 6.2%
PAJSK
Tingkatan 5 Bil murid tegar salah laku sederhana 31.1&
3. Pencapaian 37.2%
peperiksaan Dibuang sekolah 25.5%
SPM 6.20
2017 % gred A 63.88%
4. Pencapaian
Peperiksaan % gred B 14
SPM 6.11
% gred C 65.3%
5. Peperiksaan 16
Akhir Tahun % gred D 7.74
T4 17.27%
2016 GPS
6. Amalan 2
PdPc guru % layak dapat sijil 60%
(pemerhatian/ 40%
Data Kualiti minimum 5A
pencerapan)
2017 GPS
7. Kemudahan
prasarana % layak dapat sijil
sekolah
Kualiti minimum 5A

2017 GPS

% layak dapat sijil

Kualiti minima 5A

2017 % PdPc berpusatkan murid

PdPc berpusatkan guru

2017 % kerosakan(Meja,Kerusi dan Papan 30%
Kenyataan)

Saya Sayang Sekolah Saya (4S) 53

Berdasarkan data/maklumat yang dikumpul, didapati SMK Sultan Sulaiman
Shah berada dalam kategori Sekolah Berprestasi Rendah (SBR);
i. Pencapaian murid dalam akademik rendah (data 3M murid Kelas Peralihan,

SPM 2017).
i i. Amalan sahsiah terpuji murid-murid adalah rendah (bilangan peratus murid

tegar salah laku-SSDM/APDM 2017).
iii. Kemenjadian murid dalam kokurikulum adalah rendah (GPS tahun 2017)
iv. Kualiti profesional guru di bawah standard piawaian rasmi (berdasarkan skor

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2).
v. Pemuafakatan strategik sekolah dengan pemegang taruh adalah rendah (rekod

pelaksanaan program sekolah- kurang memanfaatkan sumber di Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan pendidikan Negeri).
v i. Kurang aktiviti jaringan dan jalinan (rekod sekolah kurang aktiviti kolaborasi
dengan sekolah lain, Institut Pengajian tinggi, agensi swasta dan kerajaan,
PIBG dan Alumni).
vii. Budaya atau suasana kerja yang kurang sihat, dingin, tertutup (guru-guru
melihat mantan Pengetua sebagai autokratik).



Rajah 4.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Mengenal Pasti Punca

Rajah 4.1 memaparkan punca kelemahan akademik, sahsiah dan kokurikulum
murid sekolah ini. Masalah 3M juga menjadi masalah besar di sekolah ini
yang berkait dengan disiplin dan sahsiah serta kegagalan dalam meningkatkan
kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

54 Saya Sayang Sekolah Saya (4S)

Beberapa penambahbaikan telah dirangka berdasarkan kepada Analisis
Tulang Ikan Ishikawa yang menyatakan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan,
persekitaran dan kepimpinan memberi kesan terhadap rendahnya prestasi sekolah.
Sehubungan itu Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga tahun yang dibuat bagi
penambahbaikan di SMK Sultan Sulaiman Shah telah dirangka.

PELAKSANAAN PROGRAM 4S

Empat komponen dalam kitaran pengurusan, iaitu merancang (P-Planning),
Mengelola (Organising-O), Memimpin (Leading-L) dan Mengawal (Controlling 
-C) telah digunakan dalam mengurus program ini. Manakala strategi pula ialah
rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai matlamat
atau kejayaan sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007). Dengan kata lain,
pengurusan strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai matlamat sesebuah
organisasi. Konsep pengurusan strategik amat penting diketahui, difahami dan
seterusnya diaplikasi (Bryson 2004; Haberberg dan Rieple 2001; Thompson 1997)
oleh pengurus atau pentadbir di sesebuah organisasi.

Dalam konteks melaksanakan perancangan program ini, pengurusan strategik
dilihat sebagai salah satu elemen terpenting bagi setiap pengetua sama ada sebagai
pemimpin atau pengurus di sesebuah organisasi. Kerangka POLC, iaitu Planning,
Organising, Leading, Controlling telah dijadikan sebagai asas tindakan. Semua
Pemimpin Pertengahan digerakkan dahulu dengan diberi bimbingan dan tunjuk
ajar oleh Pengetua sendiri. Dialog prestasi diadakan setiap minggu kepada semua
Pemimpin Pertengahan bagi memahami hasrat Pengetua untuk melaksanakan
perubahan di sekolah. Semua isu yang dikenalpasti sebagai faktor utama yang
menghalang peningkatan prestasi sekolah dibincangkan secara mendalam. Segala
pengalaman sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran selama 10 tahun serta
pembelajaran semasa mengikuti kursus NPQEL telah digunakan. Pendekatannya
ialah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
berselerak. Ini disebabkan faktor umur Pengetua yang jauh beza dengan Pemimpin
Pertengahan yang lebih berusia. Pada permulaanya agak sukar tetapi dengan
pengalaman yang ada dan ilmu pengurusan yang dikutip di IAB sememangnya
membantu dalam mengurus dan memimpin di sekolah ini. Jadual 4.3 memberi
gambaran kitaran POLC yang dibuat di SMK Sultan Sulaiman Shah.

Berdasarkan analisis kekuatan dan kelemahan serta peluang dan cabaran
yang ada telah digunakan untuk membina pelan tindakan penambahbaikan sekolah
ini. Sila rujuk Jadual 4.4: Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga Tahun
Organisasi.

Saya Sayang Sekolah Saya (4S) 55

Jadual 4.2: Kitaran POLC PROGRAM 4S

P O L C
Planning Organising Leading Controlling

Merancang Mengurus Memimpin Mengawal

1. Menjajarkan 1. Menyusun 1. Tingkatkan 1. Pemantauan,
semula visi dan semula struktur komunikasi pencerapan
misi SMK 4S. organisasi bilateral atas- dan semakan
sekolah. bawah. dokumen secara
2. Menetapkan bekala dan
matlamat 2. Agihan tugas 2. Suri Teladan berterusan
sekolah. mengikut bidang dalam semua
kepakaran guru. aspek . 2. Perjumpaan/
3. Membina pelan Morning prayer
tindakan (tambah 3. Bina hubungan 3. Membimbing pada setiap isnin
baik pelan sedia baik dengan guru muda dan Jumaat
ada). semua guru. / pemimpin untuk pastikan
Kebajikan pelapis. setiap masalah
4. Menyusun diutamakan. ditangani dengan
strategi dan Tiada pendekatan 4. Pengantara yang segera sebelum
program autokratik baik antara guru, parah.
intervensi. digunakan. ibu bapa, PIBG
dan masyarakat
5. Menjenamakan 4. Meningkatkan setempat.
semula sekolah komunikasi
dengan slogan... dengan PIBG 5. Membina
Saya Sayang dan ALUMNI. hubungan
Sekolah Saya baik dengan
(4S). 5. Memperkasakan PIBG, Alumni,
dialog masyarakat
profesional setempat, PPD
antara guru dan dan JPN.
murid.

PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Penilaian merupakan satu peringkat yang amat penting untuk mengukur
keberkesanan program atau projek yang dilaksanakan dalam usaha peningkatan
kecemerlangan. Program penambahbaikan dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal
Murid dan KoKurikulum yang dilaksanakan sepanjang tahun 2018 ini dinilai untuk
memastikan semua penambahbaikan yang dilaksanakan mencapai objektifnya.

Program kelas pemulihan Celik 3M yang dilaksanakan untuk murid-murid
yang terpilih telah meningkatkan penguasaan 3M di mana sebanyak 35 orang
murid didapati boleh menulis, membaca dan mengira dengan cara yang betul dan
pantas. Tulisan mereka lebih kemas dan mampu membaca ayat yang diberikan
dengan tepat. Mereka boleh membuat pengiraan yang mudah. Mereka dapat
mengeja dengan tepat perkataan yang mempunyai tiga suku kata berdasarkan
kepada gambar yang diberikan. Murid juga boleh membina ayat mudah bagi
membina karangan ringkas. Program ini masih diteruskan untuk 15 orang yang
tidak dapat menguasai 3M tetapi dalam kumpulan yang lebih kecil dengan diketuai
oleh rakan yang telah menguasai kemahiran 3M sambil melahirkan Guru Muda
dalam kalangan murid yang lemah.

56 Saya Sayang Sekolah Saya (4S)

Dapatan daripada program yang dirancang bagi peningkatan peratus dan
kualiti murid-murid SPM dapat dilihat keberkesanannya. Kesedaran murid tentang
kepentingan akademik mendorong mereka aktif dalam program yang disusun
seperti kelas jadual blok dan kelas bimbingan berfokus. Perbandingan dibuat
antara Peperiksaan Akhir Tahun 2017 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018,
didapati peningkatan peratus lulus dari 17.27% ke 36.50% dan juga peningkatan
GPS dari 7.74 ke 7.28.

Penilaian ke atas program-program Hal Ehwal Murid pada keseluruhannnya
memberi impak yang positif. Terdapat peningkatan kehadiran murid yang
memuaskan. Program KPI 100% kehadiran ke sekolah telah memberi motivasi
kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah. Program ini mewujudkan semangat
persaingan secara sihat bagi memastikan kehadiran rakan-rakan di dalam kelas
yang sama hadir ke sekolah untuk mendapatkan ganjaran seperti lawatan percuma
dan hamper. Terdapat beberapa kelas yang mencatat kehadirannya 100% berturut-
turut dalam sebulan. Banyak kelas mencatat KPI kehadiran melebihi 90% selepas
program ini dilancarkan.

Amalan penggunaan sistem on-line Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
secara maksimum juga dapat dilihat keberkesanannya dalam melahirkan sahsiah
murid yang unggul. Penggunaan sistem ini dapat membantu guru-guru merekod
kesalahan murid secara lebih cepat dan telus. Impaknya murid-murid juga sentiasa
berwaspada bagi mengelakkan kesalahan mereka direkodkan oleh guru-guru di
dalam sistem tersebut. Justeru, sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) ini
dilihat mewujudkan sahsiah murid yang lebih berkualiti. Di samping itu, di dalam
sistem ini juga terdapat amalan baik yang boleh bantu menambahkan markah
disiplin. Oleh sebab itu, murid-murid tersebut diberi peluang untuk melakukan
aktiviti keceriaan kawasan sekolah. Sambil melakukan kerja amal ini, mereka
dapat membaiki sahsiah mereka, iaitu merapatkan hubungan dengan guru, menjaga
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah serta tidak mengulangi perbuatan yang
boleh melanggar peraturan sekolah.

Sebagai penghargaan atas kejayaan murid-murid, pemberian pelbagai anugerah
di dalam Majlis Anugerah Kokurikulum yang dapat meningkatkan kesungguhan
murid-murid. Berdasarkan pemerhatian guru-guru sekolah ini didapati Sistem
Sahsiah Diri Murid mempunyai potensi dan bakat yang boleh diketengahkan.
Justeru, program latihan intensif dapat membantu muridini membina keyakinan
diri untuk bersaing dengan murid-murid sekolah lain. Hal ini dapat dibuktikan
dengan membuat perbandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah
(MSSD) 2017, sekolah telah mendapat tempat kelima dan melonjak menjadi Naib
Johan (MSSD) pada tahun 2018. Tambahan pula kewujudan Badan Beruniform
Pengakap Udara menarik minat dan penglibatan murid-murid SMKSSS seramai
80 orang. Walaupun badan beruniform ini baru ditubuhkan selama satu bulan di
SMKSSS, Pengakap Udara Malaysia menjemput seramai 40 orang murid bersama
tiga orang guru untuk lawatan ke Lapangan Terbang Subang.

Saya Sayang Sekolah Saya (4S) 57

RUMUSAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan program penambahbaikan di bawah bidang
Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, guru-guru memberi kerjasama dan
sokongan sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah, terutamanya Pengetua.
Penglibatan guru secara langsung dapat menyumbang idea dan kemahiran bagi
melaksanakan penmbahbaikan ini dengan jayanya. Sokongan daripada semua guru
telah digunakan dengan sebaik-baiknya agar usaha ini mendatangkan perubahan
kepada ‘zero-defect’ 3M, pencapaian prestasi Sijil Pelajaran Malaysia, sahsiah
murid terus meningkat.

Jadual 4.3: Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga Tahun Organisasi

ASPEK 2018 2019 2020
Pengurusan Tiada Masalah
Kurikulum i. Mengenalpasti Murid Program 3M di sekolah
(Celik 3M) murid yang menghadapi Pengukuhan 3M ini.
masalah 3M dari kelas. diteruskan bagi
Pengurusan Peralihan dan Tingkatan 1 murid yang belum 1. Kes disipin
Hal Ehwal mencapai tahap berat 1%.
Murid ii. Mengadakan kelas yang ditetapkan.
pemulihan Khas selama 3 i. Guru di hantar 2. Kehadiran
bulan berturut turut. murid
mengikuti mencapai
iii. Perbincangan dengan kemahiran kelas 95%.
Guru Besar, PPD KS pemulihan.
berkaitan Murid yang ii. Hanya 15 orang 3. 20 kawasan
mengalami masalah 3M. murid yang sekolah
Perlu diurus sebelum perlu diberi dipenuhi
masuk ke sekolah bimbingan 3M. dengan
Menengah. lukisan
1. Kes disiplin mural dan
iv. 50 murid di kenalpasti berat sebanyak 3D.
mengikuti Program celik 5%.
3M.
2. Kehadiran
1. Penggunaan SSDM murid ke
Online diperkasa dan sekolah
bagi mengawal Disiplin mencapai 93%.
Murid.
3. 10 kawasan
2. Hubungan komuniti sekolah di
dengan Polis, masyarakat, penuhi dengan
PIBG, Alumni NGO Lukisan Mural
diteruskan. dan 3D.

3. Lawatan ke rumah bagi
murid yang tidak hadir ke
sekolah.

4. Ganjaran bagi kelas
yang mencapai KPI 95%
kehadiran di sekolah.

58 Saya Sayang Sekolah Saya (4S)

5. Kes disiplin berat 1. Peningkatan 1. Penyertaan
sebanyak menurun Ahli Pengakap dalam
kepada 10 %. Udara sebanyak bidang
80 orang. penerbangan
6. Kehadiran murid ke oleh murid
sekolah mencapai 90%. 2. Melahirkan 4S.
tujuh orang
7. Kawasan sekolah Pengakap 2. Melahirkan
dipenuhi dengan lukisan Diraja. 10 orang
Mural dan 3D. Pengakap
3. Johan Diraja.
Pengurusan 1. Memperkenalkan Kelab Keseluruhan
KoKurikulum Pengakap Udara. Kejohanan Olah 3. 15 murid
Raga Daerah. mewakili
2. Melahirkan 3 Pengakap Selangor
di Raja. 4. Johan Bola dalam MSS
Sepak Daerah Olahraga/
3. Naib Johan keseluruhan Bawah 18 & Bola Sepak.
kejohanan Olahraga Bawah 15.
Daerah Kuala Selangor.

4. Naib Johan Bola sepak
Daerah Kuala Selangor
Bawah 18 dan ketiga
Bawah 15.

~5~
SUBJECT-BASED CLASSROOMS (SBC)

Haji Maseli bin Haji Edi
Pengetua SMK Sri Matang, Kuching, Sarawak,

Meriam Binti Allias,
emel: [email protected]
Faridah Binti Mohamad,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Program Subject-Based Classroom telah dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu seperti
di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kejayaan yang dicapai
sekolah berkenaan khususnya kemenjadian murid dalam bidang akademik mendorong
minat dan kecenderungan murid dalam mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) guru. Melalui program ini, motivasi belajar murid meningkat dengan suasana
PdPc yang berbeza daripada amalan biasa yang mana mereka hanya duduk di kelas
sepanjang masa. Sebaliknya murid bergerak ke bilik-bilik khas yang menyediakan kelas
yang lebih kondusif berdasarkan konsep Kelas Abad ke-21. Perubahan ketara adalah dari
segi kesediaan belajar murid dengan persediaan fizikal dan mental yang lebih cergas
dan cerdas ekoran pergerakan ke bilik-bilik khas yang memberi ruang kepada mereka
melapangkan minda seketika. Seterusnya program ini turut memaparkan kreativiti guru
dan murid untuk memastikan bilik khas ini sentiasa menjadi tarikan utama murid untuk
belajar. Melalui program ini diharapkan lahirlah generasi berilmu yang turut mengangkat
martabat sekolah menjadi sekolah ikon dalam pelbagai bidang.

Kata kunci: pengurusan kurikulum

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Matang mula beroperasi pada 2 Januari, 2014
di bangunan dan tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji
Othman Abdul Wahab, Kuching dan berkeluasaan 10.427 hektar. Sekolah ini
merupakan sekolah asrama harian biasa gred B kategori Luar Bandar. Sehingga 1
September, 2018 bilangan murid ialah seramai 993 orang, manakala bilangan guru
dan Anggota Kumpulan Pelaksana masing-masing 62 orang dan 12 orang.

Objektif pembukaan sekolah adalah untuk menyediakan kemudahan
pembelajaran yang kondusif kepada murid yang tinggal di sekitar kawasan tersebut
dan mengurangkan kepadatan enrolmen di sekolah-sekolah menengah harian
di kawasan Matang. Antara kepentingan pembukaan sekolah ini adalah untuk
mengurangkan kepadatan enrolmen di sekolah yang berhampiran dan memberi
peluang kepada murid bersekolah berdekatan dengan rumah kediaman masing-
masing.

60 Subject-Based Classrooms (SBC)

Visi sekolah : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sekolah : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk

Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

Negara

Slogan : ‘Kejayaan Milik Kita’

Moto : ‘Berakhlak Berilmu Berjaya’

Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri

Penyelidik memulakan tugas di sekolah ini pada 22 Januari, 2018. Amalan biasa
semasa PdPc adalah mengikut sistem kelas dengan murid kekal berada di dalam
kelas sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Murid hanya bergerak sekali-
sekala apabila menggunakan makmal ataupun ke padang permainan pada waktu
mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Murid yang mempunyai banyak masa berada di dalam kelas tetap ini,
menyebabkan mereka kurang aktif sehingga ada yang tidur ketika sesi PdPc.
Masalah disiplin seperti kes buli dan vandalisme berlaku dalam kelas ketika
pertukaran masa mata pelajaran lebih-lebih lagi apabila guru lewat masuk ke kelas.

Keadaan bilik kelas tidak mencerminkan konsep Kelas Abad ke-21
sepenuhnya, terutamanya dari segi keceriaan dan kemudahan asas yang kurang
terurus dan terjaga. Terdapat banyak kemudahan Papan Kenyataan Sekolah yang
ada namun tidak digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat kepada
murid. Bahan yang ada tidak dikemaskini dan kurang menarik minat serta perhatian
murid. Begitu juga dengan ruang dan sudut yang ada tidak dimanfaatkan untuk
kegunaan murid seperti memaparkan hasil kerja murid.

Jadual 5.1: Isu-Isu di SMK Sri Matang

Bil Isu Rujukan
1 Masih ada guru yang belum mencapai
Pencerapan Julai 2018
skor PdPc tahap baik (minimum). (4 orang skor kurang 80%)
2 Kepimpinan Pemimpin Pertengahan
SKPMg2 Tahun 2018 (April- Julai)
(MLT) belum menyerlah. Standard 3.2.1 (58.75%).
3 Program pembangunan guru tidak
SKPMg2 Tahun 2018 (April- Julai)
dilaksanakan oleh Ketua Panitia. Standard 3.2.1 (58.75%).
4 Terdapat beberapa orang guru yang
SKPMg2 Tahun 2018 (April- Julai)
gagal mengawal kelas semasa PdPc. Standard Markah pencerapan di bawah
80% (4 orang).
5 Sebahagian guru kurang komited
terhadap tanggung jawab pengurusan 30 daripada 46 bilik masih belum
bilik darjah dengan membiarkan bilik diceriakan.
tidak diceriakan.

Subject-Based Classrooms (SBC) 61

6 Pencapaian akademik (SPM dan PT3) GPS PT3 – 4.18 (2017).

masih lemah. GPS SPM – 6.48 (2017).

7 Murid ponteng kelas/tidak berminat 37 kes sehingga Ogos 2018.
untuk belajar/malas.

8 Masalah disiplin seperti , merokok, Merokok – 11 kes.
buli, dan gaduh masih berlaku. Bergaduh – 3 kes.
Buli – 7 kes.

*rekod sehingga Sept 2018.

9 Beban beg murid agak berat Catatan Buku Kawalan.

menyebabkan mereka beri alasan tidak

membawa buku ke sekolah.

10 Murid mengambil kesempatan lewat Catatan Buku Kawalan.
masuk ke bilik-bilik khas semasa
pertukaran kelas.

11 Murid tidak berminat untuk bersekolah 9 orang –ponteng tegar (Sept 2018).
yang akhirnya menyebabkan mereka 6 orang telah dibuang sekolah.
tidak hadir berterusan ke sekolah.

12 Kemudahan Asas di kelas kurang 2017 – 100 unit.

memuaskan dengan banyak kerosakan 2018 – 40 unit.

(kerusi, meja, tingkap).

13 Keadaan makmal sains agak uzur dan Gambar.
kemudahan kerusi yang rosak dan
tidak mencukupi.

14 Pengurusan Kewangan masih tahap Audit berteguran (2016)
sederhana. Laporan Audit 2017 belum
dikeluarkan.

17 Sarana Ibu Bapa (PIBG) Kehadiran Hari Permuafakatan 2018
Ibu bapa kurang memberikan (48%) sahaja hadir.
komitmen dengan pihak sekolah.

PELAKSANAAN SUBJECT-BASED CLASSROOMS (SBC)

Sekolah menggunakan pendekatan Planning, Organising, Leading, dan
Controlling (POLC) bagi melaksanakan Subject-Based Classroom (SBC).

A) Planning (Perancangan)

Perancangan pelaksanaan SBC di SMK Sri Matang bermula dengan beberapa
siri perbincangan dan mesyuarat dalam kalangan pentadbir. Pada peringkat awal,
perbincangan diadakan melibatkan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah yang terdiri
daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Penolong Kanan

62 Subject-Based Classrooms (SBC)

Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan semua Ketua Bidang.
Akhirnya, perancangan Pelan strategik, Pelan taktikal dan Pelan operasi berkaitan
SBC dibina. Seterusnya, taklimat diadakan bersama-sama semua guru bagi
menerangkan konsep dan pelaksanaan SBC di SMK Sri Matang. Perancangan
SBC di SMK Sri Matang dilaksanakan dengan beberapa langkah.

Langkah 1: Menetapkan Matlamat Program SBC
Program SBC di SMK Sri Matang dirangka dengan tujuan untuk menyediakan
kaedah terbaik kepada guru-guru dan murid dalam memastikan murid mencapai
kemenjadian secara holistik dan bersedia dalam menghadapi pembelajaran abad
ke-21 secara global. Selain dari itu, program ini juga meningkatkan keupayaan
murid untuk belajar secara aktif. Guru pula dapat merancang, menyedia dan
menggunakan sumber mata pelajaran dengan lebih efektif.

Langkah 2: Menganalisis persekitaran melalui Analisis SWOC
Analisis SWOC dibuat dengan melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran
yang perlu dihadapi dalam melaksanakan SBC di SMK Sri Matang.

Langkah 3: Menetapkan tindakan
Program SBC dilaksanakan berpandukan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang
telah dibuat. Program ini digerakkan dengan jawatankuasa yang dibentuk yang
telah dimuktamadkan peranan dan tanggungjawabnya.

Langkah 4: Menilai alternatif
Walaupun penetapan telah dibuat, pelbagai kemungkinan dan kekangan terhadap
pelaksanaan SBC turut diberi perhatian seperti cadangan dari pihak IAB serta PPD
yang memerlukan pengurusan sekolah mengambil tindakan segera. Antaranya
membugarkan Professional Learning Community (Lesson Study) dan pemantauan
PdPc guru menggunakan instrumen Learning Walk.

Langkah 5: Memilih tindakan alternatif
Tindakan alternatif yang dipilih adalah berasaskan suara kolektif Pengurusan SMK
Sri Matang.

B) Mengurus (Organising)

Subject-Based Classroom (SBC) diurus dengan menubuhkan jawatankuasa bagi
menentukan aliran kerja. Setiap Ahli Jawatan Kuasa bertanggungjawab terhadap
aspek-aspek tertentu dalam pelaksanaan SBC. Panduan bagi melaksanakan SBC
ditetapkan. Tanggungjawab setiap guru diberikan penekanan kerana guru menjadi
penggerak, fasilitator, penyelesai masalah dan penghubung sumber. Pada peringkat
awal, Ahli Jawatan Kuasa Jadual Waktu mengagihkan bilangan kelas berasaskan
subjek tersebut. Setelah selesai, penjanaan jadual berasaskan bilik dibuat dan
diedar kepada semua guru.

Subject-Based Classrooms (SBC) 63

Seterusnya, taklimat berkaitan Pengurusan Bilik Darjah Berasaskan Mata
pelajaran dibuat bagi menerangkan kepada semua guru tentang keperluan SBC.
Aspek pengurusan kelas adalah mengikut PAK21 seperti berikut;

Fizikal:
• Susun atur kerusi dan meja sesuai (4-6 murid).
• Media pengajaran dan pembelajaran cukup.
• Pengudaraan dan pencahayaan cukup.
• Lampu cukup dan berfungsi.
• Kipas cukup dan berfungsi.
• Kebersihan.
• Keceriaan.

Sosial:
• Jadual Tugasan dipamerkan.
• Peraturan kelas dipamerkan.
• Pelan kecemasan.
• Buku Kawalan Murid.

Emosi:
• Sudut Pencapaian.
• Sudut Ganjaran.
• Sudut hasil kerja murid.

Sudut Eksplorasi Sosial:
• Sudut mata pelajaran.
• Sudut PPPM (Aspirasi Murid/KBAT/I-Think).
• Perpustakaan Mini.
• Sudut kesedaran isu semasa.
• Sudut kesedaran alam sekitar.

C) Leading (Memimpin)

Kepimpinan adalah penentu kepada hala tuju organisasi. Pemimpin berperanan
sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya dalam mencapai matlamat
organisasi. Pengetua SMK Sri Matang telah membentangkan idea SBC buat
pertama kalinya kepada semua guru dalam Taklimat Guru yang diadakan pada
bulan Mac. Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra daripada para guru, Pengetua
optimis bahawa SBC boleh dilaksana dan dijayakan di SMK Sri Matang. Pengetua
mahu semua guru memanfaatkan sarana yang ada dan bersedia untuk mempelajari
budaya kerja yang baru. Pengetua seringkali mengingatkan semua guru untuk
memahami perubahan dan mengubah kebiasaan yang menjadi halangan ke arah
kejayaan SBC di SMK Sri Matang. Pengetua mendorong guru untuk berani
mengambil risiko dan menerapkan idea-idea di luar kebiasaan. Saya telah meminta

64 Subject-Based Classrooms (SBC)

barisan utama kepimpinan akademik sekolah iaitu Penolong Kanan Akademik dan
Ketua Bidang menggerakkan Ketua Panitia bagi menerangkan dengan lebih jelas
pelaksanaan SBC kepada semua guru mata pelajaran. Hasilnya, guru-guru mula
bergerak ke bilik subjek masing-masing. Jawatan Kuasa Pengurusan memastikan
keperluan SBC dipenuhi dengan pembahagian dan pengagihan kerusi dan meja
mengikut bilangan murid maksimum di dalam sesebuah kelas.

D) Mengawal (Controlling)

Pemantauan secara berterusan telah digerakkan bagi memastikan Subject-Based
Classroom (SBC) dilaksanakan secara lebih berkesan. Pemantauan adalah suatu
proses mendapat maklumat bagi memastikan program kurikulum dilaksanakan
mengikut prosedur. Suatu proses mengutip maklumat dengan cara melihat, atau
secara lebih spesifik, pemerhatian terhadap tingkah laku dan membuat catatan
terhadap tingkah laku yang diperhatikan.

Tugas pemantauan ini telah dibahagikan kepada Jawatan Kuasa Pengurusan
Sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan KoKurikulum dan Ketua-
Ketua Bidang. Kaedah yang digunakan ialah Learning Walk. Kaedah ini digunakan
untuk mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran dan pengurusan bilik mata
pelajaran yang diperhatikan dalam bilik darjah. Dapatan berkaitan dibincang dalam
taklimat guru. Pemantauan dilaksanakan setiap bulan dan dapatan pemantauan
dianalisis bagi mengenal pasti perkara-perkara yang boleh dijadikan rujukan atau
yang memerlukan penambahbaikan.

Langkah-langkah pelaksanaan adalah seperti berikut;

i. Penetapan fokus untuk pemerhatian.
Pada peringkat awal, fokus utama adalah untuk melihat pengurusan bilik-

bilik mata pelajaran dilaksanakan dan penerapan PAK21 dalam proses PdPc.
Borang pemerhatian menetapkan kriteria yang perlu dalam pengurusan bilik
mata pelajaran dan pelaksanaan PdPc dibina dan diedar kepada semua guru.

ii. Pengumpulan bahan bukti.
Pengumpulan bahan bukti melalui Learning Walk dan borang pemerhatian

dari kelas ke kelas. Dapatan daripada pemantauan dikumpulkan untuk
dianalisis bagi penambahbaikan dan tindakan susulan.

iii. Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.
Dapatan daripada pemerhatian dikongsi dan dibincangkan bersama semua

guru dalam Taklimat Mingguan bagi tujuan penambahbaikan.

Subject-Based Classrooms (SBC) 65

PENILAIAN DAN IMPAK

Hasil dapatan daripada data terkumpul sehingga September 2018, beberapa
perubahan yang melibatkan pengurusan organisasi, guru, murid dan bilik darjah
telah mula menampakkan peningkatan.

Jadual 5.2: Rumusan impak program

Bil Perkara Catatan

1 Skor PdPc guru Lebih 85% guru mencapai skor 80% ke atas.

2 Keceriaan Kelas 23 daripada 46 bilik kelas telah diceriakan.

3 Papan Kenyataan Semua Papan Kenyataan telah dikemaskini dan
diceriakan.

4 Kehadiran Murid Peningkatan Peratus kehadiran keseluruhan Tahun
2017 (85.93%) kepada (90.08%) sehingga September
2018.

5 Vandalisme Kes Vandalisme menurun dengan jumlah kerosakkan
kerusi dari 100 unit 2017 kepada 40 unit 2018.

RUMUSAN

Subject-Based Classroom (SBC) Pelaksanaan telah membantu dalam menyelesaikan
beberapa isu utama yang berkaitan dengan komitmen guru dan murid dalam
mendepani perubahan semasa selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Program SBC diharap akan memberikan lebih banyak
impak positif berdasarkan pencapaian yang begitu ketara dalam banyak perkara.
Bermula dengan pembugaran PdPc guru untuk meningkatkan tahap penyampaian
dan motivasi murid semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan telah memberikan
impak terhadap amalan Pembelajaran Abad ke-21. Keceriaan kelas dengan konsep
PAK21 turut meningkat atas inisiatif guru dan murid telah menarik minat murid
untuk mengikuti PdPc guru dengan berkesan.

~6~
PROJEK TARGET RUMUSAN 30 (TR 30)

Noor Zalina Binti Abdul Aziz
Pengetua SMK Permas Jaya 3, Pasir Gudang, Johor

Nor Kamsiah Binti Jaapar,
emel: [email protected]

Siti Anidah Binti Mahadi,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Hasil sumbangsaran dan analisis data kurikulum mendapati bahawa mata pelajaran
Bahasa Melayu (BM) masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Projek Target
Rumusan 30 Markah (TR30) telah dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid-
murid membina rumusan bagi membolehkan mereka menjawab Soalan 1 Bahagian
A: Kertas Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, yang mempunyai
pemberatan 30 markah. Seramai 25 orang murid gagal lulus (GALUS) (mendapat 10
hingga 25 markah dalam Ujian Sumatif 1) telah terpilih menyertai program ini. Kajian
keberkesanan program adalah berdasarkan perbandingan pencapaian murid dalam Ujian
Sumatif 1 dengan Pascaujian Projek TR30. Hasil penilaian keberkesanan program ini
bahawa murid-murid telah menguasai kemahiran membina rumusan dan bila digabungkan
dengan markah Kertas 1 membolehkan mereka lulus (Gred D atau E) dalam mata pelajaran
BM secara keseluruhannya.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, TR30

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3 merupakan sekolah luar bandar
gred B dan hanya beroperasi pada sesi pagi sahaja. Pengetua mula berkhidmat di
SMK Permas Jaya 3 pada 12 Disember, 2013.

Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri;

Jadual 6.1: Keputusan SPM 2014 hingga 2017

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS
2014 131 71.54 (93 murid) 6.54
2015 123 74.38 (90 murid) 6.39
2016 159 69.49 (116 murid) 5.91
2017 147 62.14 (87 murid) 6.07

Projek Target Rumusan 30 (TR 30) 67

MENGENAL PASTI ISU

SMK Permas Jaya 3 adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi
untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang
menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Pihak sekolah telah
melaksanakan sumbangsaran dengan menggunakan kaedah Analisis SWOT dan
Alat Sebab dan Akibat untuk mengenal pasti isu.

Analisis SWOT

Jadual 6.2: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN(WEAKNESS)

S1 - Terdapat 4 orang guru W1 - GPS masih rendah (6.07).
berpengalaman/penanda SPM. W2- 35% guru kurang pengalaman
S2 - Terdapat 3 orang JU mata (lima tahun ke bawah).
pelajaran. W3 - Kehadiran pelajar ke sekolah
S3 - Pengiktirafan kepada murid tidak mencapai KPI(86.17).
sebagai pengukuhan Nilai (Cth: W4 - Penglibatan murid dalam
Sijil Kehadiran Cemerlang). aktiviti peringkat daerah kurang.
S4 - seorang guru mewakili negeri W5 - 97.7% murid mencapai
ke peringkat kebangsaan dalam minima gred C dalam PAJSK.
sukan bola Tampar. W6 - 41.1% dalam kalangan pelajar
Cina lemah penguasaan Bahasa
Melayu.

PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (TREATS)

O1 - Sokongan daripada PPD dan T1 - Kurang kerjasama dan
JPN. sokongan daripada ibu bapa.
O2 - Mendapat bimbingan daripada T2 - Pelajar bekerja secara
SISC+ dan SIP. sambilan.
O3 - Hubungan baik dengan agensi
luar.
O4 - Sokongan kewangan daripada
PIBG.

Berdasarkan analisis SWOT di atas, Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah
masih rendah. Setelah dianalisis didapati bahawa pencapaian Gred Purata Sekolah
perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik. Pengetua
telah menggunakan Alat Sebab dan Akibat bagi mendapatkan punca masalah.

68 Projek Target Rumusan 30 (TR 30)

Rajah 6.1: Tulang Ikan Ishikawa digunapakai untuk mengenal pasti sebab-akibat
Isu yang dikenal pasti ialah mata pelajaran wajib lulus (Bahasa Melayu dan

Sejarah) kurang dikuasai oleh murid menyebabkan Gred Purata Sekolah (GPS)
masih rendah dan perlu ditangani agar dapat meningkatkan GPS pada masa akan
datang. Sehubungan dengan itu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil:
i) Meningkatkan pencapaian murid dalam GPMP Bahasa Melayu.
ii) Mengenal pasti aspek-aspek/topik yang boleh meningkatkan pencapaian

GPMP murid.
Bagi tujuan tersebut, Kaedah SMART digunakan iaitu Specific (khusus),
Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (Realistik &
relevan) dan Time-bound (mempunyai tempoh masa tertentu) untuk mencapai
matlamat kajian yang dijalankan. Penentuan sasaran atau target yang tepat amat
penting bagi memastikan matlamat dicapai.
Hasil dapatan Kaedah Smart Goal Setting murid belum mencapai ETR Bahasa
layu yang disasarkan dalam peperiksaan SPM iaitu 5.37. Secara keseluruhan,
dapatan yang diperoleh melalui kaedah-kaedah kajian yang telah digunakan
menunjukkan bahawa aspek rumusan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu menjadi
penyumbang murid gagal memperoleh sekurang-kurangnya separuh daripada
markah keseluruhan iaitu 110.

Projek Target Rumusan 30 (TR 30) 69

Jadual 6.3: Analisis 5W 1H

1 APA (WHAT) Murid tidak mahir menjawab aspek rumusan dalam
Kertas 2.
2 SIAPA (WHO) 25 pelajar GALUS (11-25 markah Ujian Sumatif 1).
3 DI MANA (WHERE) Bilik darjah/klinik di Makmal Bahasa.
4 MENGAPA (WHY) Dapat meningkatkan GPMP kepada 5.37
5 JANGKAMASA Selepas Ujian Sumatif 1 Tahun 2018

(WHEN) 25 murid GALUS
6 SASARAN (HOW

MANY)

Sehubungan itu, kami telah merancang projek ini dilaksanakan berdasar
pemetaan yang disediakan. Projek ini akan diperluaskan kepada Tingkatan 4 bagi
tahun seterusnya.

PEMETAAN DAN LAPORAN PROJEK TR30

Projek TR30 yang dirancang akan disambung pada dua tahun yang seterusnya
kerana memberi impak yang tinggi kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa
Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keseluruhannya.

Jadual 6.4: Pemetaan Tiga Tahun Pengurusan Kurikulum SMK Permas Jaya 3



Jika tahun 2018, Projek TR30 disasarkan kepada Kumpulan pelajar GALUS
Tingkatan Lima seramai 25 orang. Pada tahun 2019 dan 2020, program ini
diperluaskan kepada murid Tingkatan 4 pada awal tahun lagi supaya program ini
mencapai matlamatnya.

PELAKSANAAN

Dalam pelaksanaan projek ini, kami menggunakan POLC sebagai alat yang dapat
menggambarkan keseluruhan proses pelaksanaannya.

70 Projek Target Rumusan 30 (TR 30)

Perancangan

Kaedah Pemilihan Intervensi Lima Langkah (PILL) telah digunakan sebagai alat
untuk memulakan gerak kerja untuk mengenal pasti dan merancang projek yang
sesuai dan berimpak tinggi.

Langkah pertama yang diambil adalah Mesyuarat AJK Pelaksana telah
diadakan untuk merancang dan mengenalpasti projek yang akan dilaksanakan. 25
responden telah dipilih terdiri daripada murid GALUS berdasarkan markah dalam
Ujian Pra.

Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan
Alat Sebab dan Akibat. Hasil dapatan sumbangsaran tersebut didapati murid tidak
mendapat markah yang baik dalam Kertas 2 menyebabkan mereka gagal Kertas
Bahasa Melayu.

Langkah ketiga adalah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu
dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan rumusan. Hasil
dapatan daripada sumbangsaran dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu
bersama pentadbir dicadangkan empat projek iaitu Projek TR30, Kelas Tambahan
Sabtu, Kelas Tambahan Selepas Waktu Sekolah, Modul Kerja Rumah Terancang
untuk dipertimbangkan.

Rajah 6.2: Pemilihan aktiviti keutamaan mengikut impak dan kemudahtadbiran

Langkah keempat iaitu membuat prioriti intervensi. Daripada keempat-empat
projek yang dicadangkan, Projek Target Rumusan TR30 adalah projek yang mudah
dilaksanakan dan boleh memberi impak tinggi.

Langkah kelima; Ahli Jawatan Kuasa Projek Target Rumusan TR30 telah
menyediakan Pelan Tindakan dan Carta Gantt bagi memastikan projek yang dipilih
berkesan dan mencapai matlamatnya.

Projek Target Rumusan 30 (TR 30) 71

Kepimpinan
Pengetua sebagai peneraju telah memastikan Projek Target Rumusan TR30
dijalankan seperti yang dirancang dari semasa ke semasa. Beliau juga telah
memfokuskan tiga aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu bahan modul,
guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang projek
dilaksanakan. Bagi menunjukkan sokongan kepada tenaga pengajar pula, mereka
telah diberikan kemudahan seperti alat tulis, dan kemudahan fotostat, sementara
untuk murid pula beliau telah mengadakan sesi perjumpaan sebanyak dua kali
untuk memberi semangat dan motivasi serta berbincang masalah yang dihadapi
dalam pelajaran mereka. Setiap kali Pascaujian dilaksanakan Pengetua akan
bersama-sama memantau perjalanan projek untuk memastikan ketekalan projek
ini .
Kawalan

!
Rajah 6.3: Analisis TR30

Dapatan hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Projek TR30
telah dapat meningkatkan kemahiran menulis rumusan. Hal ini dapat dikukuhkan
dan dibuktikan lagi dengan perbandingan keputusan yang telah dilakukan melalui
Praujian dan empat kali Pascaujian. Ujian ini bertujuan menilai sejauh mana
berlakunya peningkatan pembelajaran murid selepas program selesai dilaksanakan.

Setelah menganalisis hasil dapatan, Projek Target Rumusan TR30, proses
controlling akan dijalankan untuk meneruskan kesinambungan projek hingga
menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi merealisasikan matlamat
tersebut.

72 Projek Target Rumusan 30 (TR 30)

Beberapa projek telah disenaraikan bukan sahaja dalam aspek pencapaian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam aspek persediaan murid
menghadapi peperiksaan, motivasi dan kerohanian.

PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Projek Target Rumusan TR30 telah memberi impak yang positif kepada pencapaian
mata pelajaran Bahasa Melayu keseluruhannya. Hal Ini dapat dibuktikan melalui
peningkatan markah Kertas 2 Bahasa Melayu pada Peperiksaan Percubaan SPM
2018 yang lalu. Setiap responden telah mendapat sekurang-kurangnya Gred D
dan E dalam peperiksaan tersebut. Praujian hingga Pascaujian 4 menunjukkan
berlakunya peningkatan yang konsisten dalam kalangan responden lingkungan 2
hingga 4 markah.

Terdapat peningkatan markah yang konsisten dari semasa ke semasa di
mana pada akhir projek 68% murid sasar telah melepasi sasaran 20 markah dalam
kemahiran membuat rumusan, manakala 100% telah menunjukkan peningkatan
walaupun belum melepasi sasaran 20 markah. Hasil projek ini juga menunjukkan
latih tubi yang berterusan dapat memberi keyakinan kepada murid. Selain dari itu,
dapat menambah kosa kata dan kemahiran membina ayat-ayat yang gramatis.

RUMUSAN

Fokus projek bertumpu pada menjawab aspek rumusan dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu telah berjaya membantu murid-murid sasaran meningkatkan kemahiran
menjawab aspek tersebut dan meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran Bahasa
Melayu di SMK Permas Jaya 3 ini.

Fokus kepada kumpulan murid sasaran GALUS (10-25 markah keseluruhan)
kerana murid GALUS tidak gemar membaca teks KOMSAS untuk mencapai
markah yang baik. Selain itu, peruntukan markah bagi setiap soalan KOMSAS
kecil (2-4 markah) dan mereka perlu banyak mengulang kaji teks-teks KOMSAS
seperti cerpen, drama, prosa tradisional dan puisi. Hal ini menyebabkan kumpulan
murid GALUS tidak membolehkan mereka mengutip markah bagi mengimbangi
markah Kertas 1, iaitu penulisan karangan menyebabkan mereka gagal dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Melalui projek ini murid diberi pendedahan dan bimbingan secara berterusan
kaedah mengenalpasti fakta dan isi penting untuk menulis rumusan berdasarkan
petikan yang diberi. Murid juga sentiasa dilatih untuk menghafal kata kunci
sinonim berdasarkan kata arahan yang terdapat pada soalan di samping menulis
ayat-ayat yang gramatis.

Projek Target Rumusan 30 (TR 30) 73

Sesuatu yang menarik dalam hasil projek ini ialah melalui Ujian Sumatif 1 dan
4 Pascaujian yang telah dijalankan didapati seramai 20 orang daripada 25 murid
sasaran telah menunjukkan peningkatan secara konsisten antara 2 hingga 4 markah
setiap kali ujian. Situasi ini meningkatkan keyakinan murid menguasai aspek
penulisan rumusan. Peningkatan ini adalah hasil komitmen tinggi dan kerjasama
baik guru-guru Bahasa Melayu yang gigih membimbing kumpulan sasar ini di
samping penggunaan modul-modul soalan yang berkualiti hasil garapan guru-guru
Bahasa Melayu yang berpengalaman juga yang dibekalkan PPD dan JPNJ dan
soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas. Bimbingan dan sokongan moral berterusan
dari pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SIP+, SISC PPD Pasir
Gudang juga membantu program ini mencapai objektifnya.

Murid kumpulan GALUS yang telah menguasai kemahiran menjawab
rumusan dan menunjukkan keyakinan yang tinggi dilantik menjadi guru muda
kepada rakan-rakan yang lain sepanjang projek Pecutan 30 hari berjalan menjelang
Peperiksaan SPM sebenar. Projek ini juga akan diperluas kepada murid-murid
Tingkatan 4 pada awal sesi persekolahan 2019.

Terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakan projek ini. Antaranya
ialah kekangan masa yang singkat tambahan pula latihan yang berulang kali
menyebabkan murid hilang fokus. Justeru, untuk mengembalikan motivasi mereka,
pihak sekolah dengan sokongan PIBG mengambil inisiatif memberi ganjaran
berupa alat tulis dan makanan kepada murid. Guru-guru berpengalaman kerap
melaksanakan PLC untuk berkongsi ilmu dan pendekatan PdPc berkesan dengan
guru-guru baharu yang kurang berpengalaman. Pemantauan pihak pentadbir turut
menyumbang kepada kejayaan projek.

RUJUKAN

1. Mazniyah Md Jaafar.(2008). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Jurnal
Penyelidikan Pendidikan. Jilid 18. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Johor. (2016). Jurnal Kajian Tindakan.
Johor: MPSM.

~7~
PROJEK 1840 MINIT

Rose Aza Bin Che Ariffin
Pengetua SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis

Norihan Binti Azizan,
emel: [email protected]
Hamsiah Binti Mohd Dahalan,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk menangani tahap pencapaian akademik yang rendah dalam
kalangan murid-murid sekolah sukan menerusi Projek 1840 Minit. Seramai 74 orang
murid Tingkatan 5 dari Sekolah Sukan Negeri Perlis, SMK Syed Hassan telah terlibat
dalam projek ini. Punca utama masalah akademik murid-murid sekolah sukan ini ialah
ketidakcukupan masa dalam proses PdPc. Ini disebabkan jadual pertandingan yang cukup
padat yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam waktu pembelajaran dalam kelas.
Maka fokus projek ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan menebus waktu
PdPc menerusi Projek 1840 Minit. Projek ini menyasarkan 90% murid mencapai 1840
minit PdPc dan juga 92% murid layak mendapat sijil SPM. Keberkesanan projek ini
diukur menerusi pencapaian dalam peperiksaan percubaan SPM 2018 yang dibandingkan
dengan ujian 1 sebagai TOV. Tinjauan awal sebelum projek ini dimulakan menunjukkan
20.07% murid telah mencapai 1840 minit PdPc dan 77.63% murid tidak layak mendapat
sijil untuk SPM dalam Ujian 1 kerana mereka gagal mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah atau salah satu daripada mata pelajaran tersebut. Setelah Projek 1840 Minit
dilaksanakan (setakat Peperiksaan Pertengahan Tahun), didapati 58.11% murid mencapai
1840 minit PdPc dan hanya 47.37% murid sahaja yang masih gagal mendapat sijil untuk
SPM.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, melindungi masa
instruksional

PROFIL SEKOLAH

Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) telah beroperasi secara menumpang di
sekolah-sekolah biasa sejak tahun 2002. SSN telah mendapat suntikan baru apabila
Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah meluluskan Pelan Pembangunan
Sukan Sekolah-Sekolah dalam mesyuarat pada 30 Jun, 2005. Beberapa peruntukan
sukan telah diberi, antaranya menaiktaraf kemudahan sukan, pembinaan
gelanggang serbaguna dan peruntukan pembelian peralatan sukan. Perlaksanaan
Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) secara rasmi dan beroperasi sebagai sebuah
sekolah sukan mulai ambilan pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2009 dan akhirnya

Projek 1840 minit 75

nanti akan menjadi Sekolah Sukan Berasrama Penuh.
SMK Syed Hassan telah terpilih di negeri Perlis untuk ditabalkan sebagai

Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) di mana setiap negeri hanya ada sebuah
sekolah sahaja yang ditabalkan menjadi Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN).
Pengetua telah melapor diri pada 4 Mei, 2017 di sekolah ini. Sekolah-sekolah
Sukan Negeri (SSN) Perlis SMK Syed Hassan menawarkan Program Khas Latihan
untuk tujuh jenis sukan, iaitu Olahraga, Bola Sepak, Bola Jaring, Hoki, Badminton,
Sepak Takraw dan Memanah. Tawaran kemasukan murid juga dipilih berdasarkan
tujuh jenis sukan tersebut. Selain itu, Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) Perlis
SMK Syed Hassan juga berkolaborasi dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis
yang melatih atlet-atlet dalam umur persekolahan bagi sukan-sukan lain seperti
Basikal, Tae Kwan Do, Ragbi, Gimnastik, Muay Tai, Menembak, Tenis, Bowling
Padang, Petanque, Angkat Berat dan lain-lain. Atlet-atlet ini persekolahannya
adalah di Sekolah Sukan Negara (SSN) Perlis SMK Syed Hassan.

Hakikatnya Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) berbeza daripada segi
matlamat dan rutin harian persekolahannya. Setiap murid yang bersekolah di
Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) perlu mencapai dua matlamat besar, iaitu
kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik. Justeru, murid-murid yang
bersekolah di Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) sudah semestinya bersedia
daripada segi mental dan fizikal. Ditambah lagi dengan rutin harian persekolahan
yang tidak seperti sekolah harian biasa yang lain. Bermula dari jam 6.50 pagi dan ada
sesetengah permainan seawal jam 6.30 pagi telah turun menjalani latihan sehingga
jam 8.00 pagi. Sesi pembelajaran bermula jam 8.20 pagi sehingga 2.40 petang.
Latihan diteruskan lagi pada sebelah petang bermula jam 3.30 petang sehingga
7.00 malam. Pada masa yang sama, setiap murid mempunyai kewajipan dalam
mencemerlangkan diri dalam bidang akademik yang tidak boleh dikesampingkan.
Kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengulangkaji pelajaran perlu
dilunaskan juga pada setiap hari walau bagaimana penatnya murid.

Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) tidak lengkap tanpa kejohanan-
kejohanan dan pertandingan-pertandingan yang wajib disertai oleh setiap murid bagi
mengukur tahap atau pencapaian mereka. Kejohanan-kejohanan anjuran Bahagian
Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain silih berganti setiap bulan.
Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia menyebabkan hampir setiap
dua minggu sekali dan ada kalanya seminggu sekali murid meninggalkan sekolah
bermula pagi Jumaat untuk menyertai kejohanan. Lantaran itu, kesediaan mental
dan fizikal serta pengurusan masa untuk semua murid Sekolah-sekolah Sukan
Negeri (SSN) amat dituntut untuk menggapai dua matlamat kecemerlangan sukan
dan akademik.

76 Projek 1840 minit

Analisis Persekitaran

Untuk langkah awal, beberapa tindakan diambil untuk mengenalpasti isu yang
perlu ditangani bagi peningkatan sekolah secara holistik. Tindakan-tindakan
tersebut adalah;

i. Sumbangsaran (Brainstorming)
ii. Pemerhatian
iii. Temu bual
iv. Soal selidik
v. Data semasa

Melalui lima tindakan tersebut, diharap isu-isu di sekolah dapat dikenalpasti
dengan lebih tepat dan dibuat analisis SWOT bagi menentukan isu utama untuk
diselesaikan, seterusnya menzahirkan peningkatan sekolah.

i) Sumbangsaran (Brainstorming)
Satu perjumpaan bersama-sama semua guru yang mengajar Tingkatan 5 telah
diadakan untuk mendapatkan idea atau buah fikiran tentang permasalahan murid-
murid Tingkatan 5 yang menghalang peningkatan sekolah. Berikut adalah isu-isu
yang diperoleh hasil daripada sumbangsaran yang telah dijalankan.

a. Prestasi akademik terutamanya dalam peperiksaan awam (SPM) yang rendah.
b. Motivasi murid pada tahap yang rendah.
c. Pembelajaran kendiri murid berada pada tahap rendah.
d. Peratus kehadiran murid masih rendah.
e. Peratus keberadaan murid di sekolah masih rendah.
f. Murid tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan pelajaran.
g. Murid tidak fokus.

ii) Pemerhatian
Sejak bulan Januari, penyelidik telah membuat pemerhatian keseluruhan sekolah
bagi mencari isu-isu dan permasalahan di SSN Perlis SMK Syed Hassan yang
menghalang peningkatan daripada berlaku. Segala aspek pemerhatian dicatatkan
dan dapatannya tidak lari daripada isu-isu yang diperoleh daripada sumbangsaran
di atas.

iii) Temu bual
Penyelidik telah menemu bual lapan orang murid Tingkatan 5 berkaitan rutin
harian persekolahan mereka dan prestasi mereka di dalam bidang akademik.
Berkebetulan lapan orang murid tersebut mewakili tujuh bidang sukan yang
ditawarkan di Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) Perlis SMK Syed Hassan dan
termasuk satu bidang sukan lain-lain. Soalan-soalan yang ditanya seperti berikut;

Projek 1840 minit 77

a. Adakah faktor rutin harian murid memberi kesan kepada fokus atau tumpuan
murid ketika sesi pembelajaran?

b. Adakah faktor guru mempengaruhi prestasi murid dalam pelajaran?
c. Adakah faktor sikap murid mempengaruhi fokus atau tumpuan murid ketika

sesi pembelajaran?
d. Adakah jadual padat pertandingan di luar (ketidakberadaan di sekolah)

mempengaruhi prestasi murid dalam pelajaran?

Hasil temu bual tersebut mendapati 50% daripada murid yang ditemu bual
mengakui bahawa latihan Sport Fitness dua kali seminggu pada waktu pagi
menyebabkan fokus dan tumpuan murid ketika sesi pembelajaran terganggu
kerana mereka keletihan dan mengantuk di dalam kelas. Manakala, 37.5% sahaja
daripada murid yang di temubual mengatakan faktor guru mempengaruhi prestasi
mereka dalam akademik. 62.5% mengatakan bahawa guru-guru mereka sungguh
komited dan bertanggungjawab dalam pengajaran.

Sebanyak 50% murid yang ditemu bual mengakui bahawa faktor sikap murid
itu sendiri mempengaruhi fokus dan tumpuan mereka dalam pelajaran. Sikap
negatif seperti tidak mementingkan pelajaran, malas membaca, tidak bermotivasi
dan tidak menyiapkan kerja sekolah menyebabkan prestasi mereka merosot dalam
akademik. Hampir 87.5% murid mengatakan bahawa ketidakberadaan mereka
di dalam kelas atau sekolah mempengaruhi prestasi mereka dalam akademik.
Disebabkan sering keluar untuk menyertai pertandingan, mereka sering ketinggalan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesannya prestasi mereka
merosot dalam akademik.

iv) Soal selidik
Borang soal selidik kepada seluruh warga Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN)
Perlis SMK Syed Hassan meliputi guru, staf Aggonta Kumpulan Pelaksana,
pembantu makmal, pengurusan murid, pekerja kantin, pekerja kebersihan dan
pekerja kawalan keselamatan. Soal selidik tersebut merangkumi empat bahagian
di mana Bahagian A (Latar Belakang Responden), Bahagian B (Pandangan
Responden Mengenai Tahap Kepuasan Guru, Staf dan Lain-Lain), Bahagian
C (Pandangan Responden Terhadap Pengetua) dan Bahagian D (Pandangan
Responden Terhadap Sekolah). Borang soal selidik yang dikembalikan semula
sebanyak 105 daripada 135 yang diedar. Setelah dianalisis borang soal selidik
tersebut, hasil dapatannya adalah seperti berikut;

a. Seramai 95.2% responden setuju kepuasan mereka berkhidmat di SSN Perlis
SMK Syed Hassan (Bahagian B).

b. Seramai 94.3% responden menyenaraikan kekuatan-kekuatan Pengetua
(Bahagian C).

78 Projek 1840 minit

c. Seramai 9.5% responden menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang
mengatakan Pengetua banyak menyelesaikan masalah di dalam mesyuarat
daripada menjelaskan (Bahagian C).

d. 100% responden mahu mengekalkan kekuatan sekolah dan 19.1% responden
mahu kerosakan fizikal sekolah segera diperbaiki (Bahagian D).

v) Data Semasa
Analisis dilakukan ke atas data semasa, iaitu keputusan peperiksaan awam
terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun-tahun lepas yang dicapai oleh
Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) Perlis SMK Syed Hassan dan kehadiran
murid-murid bagi tahun-tahun sebelumnya. Keputusan SPM bagi sekolah ini masih
di tahap sederhana di mana Gred Purata Semasa berkisar 6.00-5.00. Manakala,
kehadiran murid tidak melepasi Key Performance Indicator (KPI), iaitu 95%. Hasil
analisis ke atas data tersebut, didapati ada korelasi antara pencapaian akademik
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kehadiran atau keberadaan murid di dalam
kelas atau ke sekolah.

Hasil daripada analisis persekitaran di atas, dapat dikenalpasti bahawa isu
utama yang perlu diselesaikan di Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) Perlis
SMK Syed Hassan adalah isu pencapaian prestasi peperiksaan awam (SPM) yang
rendah. Oleh itu, dengan menggunakan Analisis SWOT dan TOWS, diharapkan
strategi yang sesuai dapat dijana.

PELAKSANAAN

Analisis persekitaran telah dilaksanakan dengan menggunakan Analisis SWOT,
Matriks TOWS dan Matrix Ranking. Daripada lapan strategi yang dijana, satu
strategi dipilih berasaskan kriteria pemilihan yang digunakan, iaitu meningkatkan
tahap pembelajaran kendiri murid dan kualiti masa pembelajaran murid.

PELAN TAKTIKAL

Jadual 7.1: Pelan Taktikal SMK Syed Hassan

STRATEGI: Meningkatkan tahap pembelajaran kendiri murid dan kualiti masa pembelajaran murid

Bil. Program/ Tanggungjawab Tempoh/ Kos/ Output/ KPI Sasaran/ Pelan
Projek dan Outcome Prestasi Kontigensi
Tindakan Hari Sumber

1 1840 Minit Guru Kanan Feb - RM4000.00 Pertambahan % murid 90% Kelas Malam
Berfokus.
Bahasa Oktober - PIBG bilangan lulus. yang capai murid

Guru Kanan - PCG Mata 1840 capai

Kemanusiaan. Pelajaran minit. 1840

- Sumbangan minit.

individu

2 ‘Jom Pi Kaunselor Feb - RM200 Kehadiran % 90% Perhimpunan
Sekolah’ pelajar Kehadiran murid Sejati 5.
November - PIBG meningkat.
hadir.
Projek 1840 minit 79
3 ‘Bapa Bijak, Penolong Kanan 2 kali RM1000 Pertambahan % dapat 92%
% lulus. sijil murid
Anak Cerdik’ Pentadbiran setahun - PIBG dapat
sijil.

80 Projek 1840 minit

PELAN OPERASI

Jadual 7.2: Pelan Operasi SMK Syed Hassan

Matlamat Pencapaian prestasi kurikulum yang tinggi oleh semua murid.
Strategik

Strategi Meningkatkan tahap pembelajaran kendiri murid dan kualiti
masa pembelajaran murid.

Nama Projek 1840 Minit

Objektif • 90.0% murid mencapai 1840 minit PdPc.
Program • 92.0% murid layak mendapat sijil dalam peperiksaan SPM

pada tahun 2018.
• 90.0% murid hadir ke sekolah.

Tanggungjawab Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Kanan Bahasa
Guru Kanan Kemanusiaan
Kaunselor

Tempoh/Hari Februari-November 2018

Tempat Sekolah-sekolah Sukan Negeri (SSN) Perlis SMK Syed
Hassan

Sasaran Semua murid Tingkatan 5.

Kos/Anggaran RM 6200.00
Perbelanjaan

Sumber PIBG
kewangan PCG Mata Pelajaran
Sumbangan Individu

Jawatankuasa Pengerusi: En. Rose Aza Bin Che Arifin
Naib Pengerusi: Tn. Hj. Mahizan Bin Mustafa
Setiausaha: Pn. Che Saodah Binti Ibrahim
Pen. Setiausaha: Pn. Tadzilah Binti Jib
Ahli Jawatan Kuasa: Pn. Azmaliza Binti Alias (Pengerusi
Sejati 5)
: En. Che Yusmadi bin Che Mohammad

: Pn. Khatijah Binti Din
: Pn. Razmaliza Binti Zabri
: Semua Guru Tingkatan 5
: Jurulatih Sepenuh Masa (JSM)

Projek 1840 minit 81

RINGKASAN PROJEK

i. Projek ini bermula dari bulan Februari sehingga bulan November.

ii. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam
peperiksaan SPM. Dijalankan pada setiap kali murid menyertai pertandingan
di luar.

iii. Penyediaan modul adalah mengikut tahap kebolehan murid, iaitu tinggi,
sederhana dan rendah.

iv. Tugasan diedar dan disemak oleh guru mata pelajaran.

v. Data Take-off Value (TOV) dan Expected Target Results (ETR) mata pelajaran
digunakan untuk membimbing dan mensasarkan pencapaian murid.

vi. Pemantauan projek dilaksanakan oleh Guru Kanan Bahasa dan Guru Kanan
Kemanusiaan disokong dengan aktiviti-aktiviti lain.

PROSES KERJA 82 Projek 1840 minit

Jadual 7.3: Proses kerja pelaksanaan Program 1840 minit

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab KPI Kumpulan/ Status/Penilaian
Sasaran Kontigensi
1 Mesyuarat kerja dan • Pengetua. Semua kertas kerja
disiapkan pada 15 Semua guru PK Pentadbiran akan
taklimat. • PK Pentadbiran. Januari 2018. yang mengajar mempengerusikan
Tingkatan 5 mesyuarat jika
• Menetapkan tempoh/ • Kertas Kerja disediakan dan JSM. pengetua tiada.

tarikh. oleh Guru Kanan Bahasa

• Membincangkan kos/ • Modul disediakan oleh

sumber. semua guru Tingkatan 5.

• Bentang kertas kerja. • Aktiviti sokongan lain

• Penyediaan modul. diuruskan oleh Kaunselor

• Aktiviti sokongan. dan PK Pentadbiran.

• Hal-hal lain. • Semua Guru Kanan.

• JSM.

2 Mempromosikan projek Kaunselor 100 % murid Semua murid Disampaikan oleh
• Surat pemberitahuan Tingkatan Tingkatan 5. Guru Kanan Bahasa
kepada ibu bapa. 5 mendapat sebagai Setiausaha
• Aktiviti-aktiviti maklumat. Projek.
sokongan yang
menyokong projek.
• Tarikh-tarikh
pelaksanaan.

3 Penyediaan Modul Semua Guru Tingkatan 5. Penyediaan modul, Semua guru Murid fokus kepada
setiap modul yang
ETR dan TOV. Tingkatan 5. dibekalkan.

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab KPI Kumpulan/ Status/Penilaian
Sasaran Kontigensi
4 Mengedar dan Semua Guru Mata pelajaran 90 % dibuat oleh Semua murid
menyemak. Tingkatan 5. murid. Tingkatan 5. Meningkatkan kualiti
Kaunselor 90 % murid hadir Semua murid belajar murid.
5 Aktiviti Sokongan: ke sekolah. Tingkatan 5
‘Jom Pi Sekolah’ Menggunakan Modul
92 % murid dapat Semua murid dari Unit Bimbingan
6 Aktiviti Sokongan: PK Pentadbiran sijil dalam SPM. Tingkatan 5 dan Kaunseling
‘Bapa Bijak , Anak PK Pentadbiran (Program Rintis).
Cerdik’. 90 % murid hadir Semua murid
ke sekolah. Tingkatan 5. PK Pentadbiran akan
7 Aktiviti Sokongan: mempengerusikan
‘Masalah Sama Dihadapi, mesyuarat.
Kejayaan Sama
Dikecapi’. PK HEM akan
mempengerusikan
mesyuarat sekiranya
PK Pentadbiran tiada.

8 Penilaian, pelaporan dan

post mortem. • Penilaian oleh PK Penambahbaikan Selepas Pencapaian prestasi
program 2019. program kurikulum yang tinggi
Pentadbiran dan semua berakhir. oleh semua murid.

Jawatankuasa. Projek 1840 minit 83

• Dokumentasi disediakan

oleh Guru Kanan

Kemanusiaan.

84 Projek 1840 minit

PENILAIAN DAN IMPAK

Setelah projek ini dilaksanakan, membuktikan ada korelasi antara pencapaian
akademik murid dengan keberadaan murid di dalam kelas. Murid-murid tidak
berada di sekolah kerana mengikuti pertandingan atau aktiviti luar yang ada kaitan
dengan sekolah sukan. Buktinya daripada dua peperiksaan yang telah ditempohi
oleh murid-murid tingkatan 5.

Dalam Ujian 1, hanya 20.07% (20 orang murid daripada 74 orang murid
Tingkatan 5) yang mencapai 1840 minit PdPc dalam seminggu. Bermakna 79.93%
lagi tidak berada atau mengikuti PdPc disebabkan pertandingan yang disertai oleh
mereka. Ini menyebabkan 77.63% murid gagal mendapat sijil untuk SPM. Apabila
Projek 1840 Minit ini dilaksanakan di mana sebagai menggantikan masa PdPc
yang tidak cukup itu, setiap kali murid mengikuti pertandingan atau aktiviti luar
akan dibekalkan dengan modul-modul mata pelajaran oleh guru-guru. Hasilnya
dapat dibuktikan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Didapati 58.11% (43
orang) murid telah mencapai 1840 minit PdPc dalam seminggu dan hanya tinggal
47.37 % murid sahaja yang gagal mendapat sijil dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

RUMUSAN

Diharapkan Projek 1840 Minit ini dapat diteruskan lagi bagi menzahirkan kesan
yang lebih besar. Walau bagaimanapun dipanjangkan beberapa cadangan untuk
melancarkan lagi pelaksanaannya dan beberapa penambahbaikan yang boleh
dilaksanakan ialah penambahbaikan kepada modul, melibatkan semua tingkatan
dan diguna pakai oleh semua sekolah sukan.

Prosiding Kolokium 85

KERTAS-KERTAS
PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN TAHUN 2018
TEMA 2: PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID



~8~
PROJEK MASIH ADA YANG SAYANG (MAYSA)

Azlini Binti Khairan
Pengetua SMK Beseri, Perlis

Norihan Binti Azizan,
emel: [email protected]
Hamsiah Binti Mohd Dahalan,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Isu utama yang diberi perhatian ialah ketidakhadiran ke sekolah. Kajian ini berfokus
kepada tindakan untuk meningkatkan jumlah kehadiran dalam kalangan 34 orang murid
tingkatan satu hingga tingkatan lima yang dikenalpasti mempunyai rekod kehadiran yang
tidak memuaskan. Hasil kaji selidik ringkas mendapati bahawa faktor utama ketidakhadiran
adalah murid malas dan tidak berminat belajar, tidak menyiapkan kerja sekolah, bangun
lewat dan bekerja sampingan untuk mendapat wang perbelanjaan. Maka Pengetua, Unit
Bimbingan dan Kaunseling serta beberapa orang guru telah menggerakkan beberapa
aktiviti bagi mengurangkan kadar ponteng. Lima orang murid sekolah yang terlibat telah
berhenti sekolah semasa projek ini dilaksanakan manakala 44.93%, iaitu 13 daripada 29
orang murid telah meningkat kehadirannya ke sekolah. Namun, projek ini masih diteruskan
bagi sebahagian murid yang belum capai tahap kehadiran yang dihasratkan.

Kata kunci: kehadiran murid, pengurusan hal ehwal murid


PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri merupakan sekolah menengah harian yang
ditubuhkan pada 5 November 2012. Sekolah ini terletak dalam Mukim Beseri
dan di bawah Parlimen Padang Besar. SMK Beseri dikategorikan sebagai sekolah
Gred B dengan keluasannnya 5.565 hektar. Sekolah ini pada awal pembukaannya
mempunyai 29 orang guru dan empat orang staf sokongan. Jumlah kelas yang
diperuntukkan adalah sebanyak 24 kelas. Gred sekolah ini adalah Gred B dan
sekolah satu sesi. Lokasi sekolah adalah luar bandar dan jenis sekolah adalah
sekolah menengah harian.

Kebanyakkan murid yang mendaftar pada 5 November, 2012 berasal daripada
SMK Tengku Suleiman, SMK Dato’ Jaafar Hassan dan juga sekolah menengah
harian berdekatan seperti SMK Abi.

Infrastruktur sekolah dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat,
Bilik Guru, Makmal Sains, Makmal Komputer, Dataran terbuka, Kantin, Padang

88 Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA)

Permainan dan Gelanggang Permainan, Perpustakaan, Bengkel-bengkel, Bilik-
bilik Khas, Kedai Koperasi dan Bilik Kesihatan. Sekolah ini dipimpin oleh tiga
orang Pengetua. Jumlah murid adalah 321 orang dan jumlah kelas adalah 15 buah
kelas. Setiap tingkatan mempunyai tiga buah kelas.

SMK Beseri telah menggariskan dasar sekolah, iaitu “Kami yakin bahawa
usaha kami ke arah penambahbaikan berterusan boleh menjamin masa hadapan
dan kecemerlangan sekolah ini. Usaha ini dicapai melalui komitment padu semua
warga sekolah bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dengan penuh
tanggungjawab dan profesional.”Moto sekolah adalah Ilmu Transformasi Insan.
Ke arah itu, SMK Beseri akan terus berusaha untuk memberi pendidikan yang
terbaik kepada semua murid bagi memastikan hala tuju yang telah ditetapkan
menjadi realiti.

Analisis Persekitaran

Keadaan sekolah ini terkawal. Persekitaran sekolah dikelilingi sawah padi.
Kebanyakkan ibu bapa murid terdiri daripada kalangan B40 yang bekerja sendiri
sebagai pesawah, peniaga, petani dan lain-lain. Kesedaran murid dan segelintir ibu
bapa berpendidikan rendah masih pada tahap sederhana.

Keadaan infrastruktur SMK Beseri sangat kondusif. Terdapat tiga kelas
Tingkatan Satu, tiga kelas Tingkatan Dua, tiga kelas Tingkatan Tiga, tiga kelas
Tingkatan Empat dan tiga kelas Tingkatan Lima. Keseluruhannya 15 buah kelas.
Murid-muridnya terdiri dari tiga jenis kaum murid di sekolah, iaitu kaum Melayu,
kaum Cina dan kaum Siam. 89.75% kaum Melayu, 1.24% kaum Cina dan 9.01%
kaum Siam.

Seramai 17 orang guru berpengalaman mengajar selama 1-17 tahun dan 22
daripada 39 orang guru berpengalaman mengajar selama lebih 17 tahun. Terdapat
15 orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan. Jumlah guru dan murid
yang tidak ramai di mana murid Tingkatan satu datang dari dua buah sekolah
berhampiran, iaitu Sekolah Kebangsaan Beseri dan Sekolah Bukit Kedak, Guar
Jentik yang mana pencapaian UPSR feeder school ini adalah pada tahap sederhana.

MENGENAL PASTI ISU

Pada awal tahun, Pengetua telah membuat satu kajian ringkas tentang kepuasan
kerja serta pandangan guru terhadap kepimpinan Pengetua kini. Maklumat bertulis
daripada guru-guru turut diambilkira untuk mengenalpasti isu-isu yang ada di
sekolah. Selain dari itu, kaji selidik terperinci dilaksanakan bagi mengetahui tahap
kepuasan pelanggan dalam kalangan guru-guru turut dilaksanakan seperti berikut;

Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA) 89

a) Kaji Selidik Tahap Kepuasan Kerja Guru.
Kaji selidik ini bertujuan untuk melihat isu guru. Item soalan berkisarkan

tahap kepuasan bekerja di SMK Beseri. Hasil kajian menunjukkan tiada isu
serius dalam kalangan guru-guru di SMK Beseri.

b) Kaji Selidik Persepsi Murid Terhadap Keberkesanan PdPc.
Kaji selidik mengandungi 17 item soalan berkisar keberkesanan PdPc dalam

kelas. Setiap murid perlu membuat penilaian pengajaran guru semasa PdPc
berlangsung. Kaji selidik ini bertujuan untuk mencari isu sekolah. Hasil kajian
mendapati isu guru bukannya menjadi isu utama.

c) Laporan Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran.
Berdasarkan laporan guru terutama guru tingkatan didapati sejak bulan kedua

persekolahan terdapat beberapa orang murid telah mulai ponteng sekolah.

d) Data Ketidakhadiran Murid.
Merujuk kepada laporan guru dan data ponteng sekolah yang dikumpul pada

tiga bulan pertama persekolahan tahun 2018, didapati seramai 34 orang murid
dengan rekod kehadiran mereka yang membimbangkan. Satu soal selidik
ringkas telah dilakukan bagi mengetahui faktor atau punca murid-murid
ponteng sekolah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai kecoh, tipu atau lari
dari tugas tanggungjawab tanpa kebenaran. Ponteng merupakan satu perbuatan
salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang murid dianggap
memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang dibenarkan pada
hari-hari persekolahan. Usaha ditumpukan kepada tindakan untuk meningkatkan
jumlah kehadiran dalam kalangan 34 orang murid bermula dari Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima setelah mendapati kehadiran mereka adalah yang paling
tidak memuaskan berbanding murid-murid lain.

Berdasarkan analisis kaji selidik faktor utama ketidakhadiran adalah faktor
individu, iaitu malas dan tidak berminat untuk belajar, tidak menyiapkan kerja
sekolah, tidak dapat bangun awal, bekerja sampingan untuk mendapat wang
perbelanjaan dan menghabiskan masa di siber kafe. Setelah membuat analisis
keseluruhan faktor dalam dan luar sekolah, maka tindakan seterusnya ialah
mengadakan beberapa aktiviti bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah. Program
yang dilaksanakan adalah Program MAYSA (Masih Ada Yang Sayang). Antara
aktiviti di bawah program MAYSA adalah Motivasi, Kunjungan Mesra, Umi Abi,
Awat Tak Mai Kelmarin, Geosciencevisua Green Dot, Lawatan Sambil Belajar dan
Majlis Apresiasi. Hasil dapatan daripada aktiviti ini, didapati berlaku peningkatan
kehadiran murid ke sekolah.

90 Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA)

PENILAIAN DAN IMPAK PROGRAM

Setelah tamat program ini, peratus kehadiran murid meningkat 3% dari tahun
sebelumnya. Peratus kesalahan pelanggaran peraturan sekolah pula menurun
sebanyak 10%.

Perancangan masa hadapan sekolah ini mensasarkan perubahan yang lebih
baik untuk sekolah ini, iaitu kehadiran murid disasarkan meningkat 3% setiap
tahun sehingga 2020; penurunan kes pelanggaran peraturan sekolah daripada
10% ke 3%, peratus murid lulus semua subjek meningkat 3% setiap tahun dan
pencapaian dalam kokurikulum daripada 3% mendapat Gred A dan B kepada 10%
pada tahun 2020.

RUMUSAN

Pelbagai cabaran dilalui dalam melaksanakan program ini, namun hasil yang
diperoleh menampakkan kejayaan. Pelbagai inisiatif yang diambil bertujuan
menjadikan sekolah lebih kondusif dan proses pembelajaran lebih bermakna di
mana murid-murid rasa dihargai dan pengajaran guru lebih menarik. Pihak sekolah
juga akan cuba melihat ruang dan peluang yang masih boleh diperbaiki dalam
usaha untuk terus meningkatkan kehadiran murid ini pada masa hadapan.

Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA) 91

LAMPIRAN A

KAJI SELIDIK PERSEPSI MURID TERHADAP
KEBERKESANAN PdPc

BIL ITEM SKOR

1 2 3 4
Sangat Tidak Setuju Sangat
tidak Setuju Setuju
setuju

1 Saya sering diberi perhatian dan dilayan
baik oleh guru.

2 Guru masuk ke kelas tepat pada
waktunya.

3 Salam/sapaan saya sering dijawab guru.

4 Saya selalu dipuji oleh guru saya.

5 Pendapat saya sering didengar guru.

6 Kejayaan saya dihargai oleh guru.

7 Saya suka cara guru mengajar.

8 Guru saya sentiasa sabar melayan
tingkahlaku dan karenah saya.

9 Saya sangat seronok semasa berada di
dalam kelas PdPc guru.

10 Saya faham apa yang guru saya ajar di
dalam kelas.

11 Saya meminati setiap topik yang diajar
oleh guru.

12 Saya rasa penampilan guru sangat
menarik dan ceria.

13 Saya dapat mendengar dengan jelas
suara guru.

92 Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA)

14 Kaedah pengajaran guru saya sangat
menarik dan mudah difahami.

15 Guru sentiasa berdiri dan bergerak aktif
semasa mengajar.

16 Guru melaksanakan peta I-think di dalam
pengajaran (Contoh: peta bulatan, peta
buih, peta pokok, peta dakap).

17 Pengajaran guru berdasarkan sukatan
pelajaran dalam buku teks.

Jumlah murid yang menjawab: 107 orang murid

ANALISIS SOAL SELIDIK PERSEPSI MURID TERHADAP
KEBERKESANAN PdPc

Nombor Soalan Min Nombor Soalan Min
1 3.626 10 3.355
2 3.187 11 3.364
3 3.308 12 3.393
4 2.738 13 3.336
5 2.981 14 3.430
6 3.168 15 3.467
7 3.477 16 3.215
8 3.206 17 3.439
9 3.402

Maksimum: 3.626 (Saya sering diberi perhatian dan dilayan baik oleh guru).
Minimum: 2.738 (Saya selalu dipuji oleh guru saya).

Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA) 93

LAMPIRAN B

KAJI SELIDIK KETIDAKHADIRAN MURID

1. Maklumat Peribadi Murid
2. Butiran Bapa/Penjaga
3. Maklumat Ibu/Penjaga
4. Soal Selidik Ketidakhadiran Murid

Saya selalu tidak hadir ke sekolah disebabkan oleh... YA TIDAK
BIL ITEM SOALAN

1. Terpaksa membantu ibubapa.

2. Rakan-rakan mengajak untuk ke tempat lain.

3. Peraturan sekolah yang terlalu ketat.

4. Malas dan tidak berminat untuk belajar.

5. Rumah jauh dari sekolah.

6. Terpaksa menjaga adik-adik di rumah.

7. Hasutan daripada rakan-rakan sekelas atau sekolah yang
sama.

8. Guru-guru yang mengajar terlalu membosankan dan sukar
untuk memahami apa yang diajarnya.

9. Tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

10. Tiada pengankutan yang sesuai untuk memudahkan ke
sekolah.

11. Ibubapa tidak menghiraukan dan mengambil berat tentang
diri saya.

12. Melepak dengan rakan-rakan di tempat-tempat tertentu.

13. Guru-guru yang mengajar terlalu garang, selalu marah dan
memaki.

14. Tidak dapat bangun untuk ke sekolah kerana berjaga hingga
lewat malam.

15. Suasana persekitaran sekolah yang tidak menarik.

16. Kehidupan keluarga yang susah dan miskin.

94 Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA)

17. Pengaruh daripada rakan-rakan yang tidak lagi bersekolah.

18. Hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah terlalu ketat.

19. Tidak suka atau benci dengan sesetengah guru di sekolah
terutama guru disiplin.

20. Keadaan kawasan tempat tinggal yang terlalu mendesak
sehingga menyebabkan saya terpaksa ponteng sekolah.

21. Halangan daripada ibubapa untuk ke sekolah.

22. Dipaksa oleh rakan-rakan supaya tidak ke sekolah.

23. Pentadbiran sekolah yang terlalu ketat dan tiada tolak ansur.

24. Bekerja sampingan untuk mendapat wang perbelanjaan.

25. Tidak menyukai suasana sekolah ini dan berniat untuk
pindah sekolah lain.

26. Tidak diberikan wang saku oleh ibubapa.

27. Takut dan benci daripada rakan rakan di sekolah.

28. Guru memberi terlalu banyak kerja sekolah.

29. Tidak suka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

30. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan
peraturan sekolah.

31. Menjaga ahli keluarga yang sakit dan uzur.

32. Menjadi mangsa buli ,pukul atau ugut oleh rakan-rakan di
sekolah.

33. Tidak menyukai guru mata pelajaran tertentu.

34. Menghabiskan masa di siber kafe untuk melayari internet
atau bermain online game.

35. Keadaan dan suasana kelas yang terlalu panas dan tidak
selesa.

Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYSA) 95

ANALISIS KETIDAKHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH

Nombor Soalan Bilangan Pelajar Nombor soalan Bilangan Pelajar
1 14 19 9
2 5 20 1
3 15 21 2
4 11 22 2
5 12 23 3
6 3 24 10
7 4 25 7
8 13 26 3
9 18 27 7
10 5 28 14
11 2 29 9
12 13 30 11
13 7 31 7
14 15 32 3
15 12 33 14
16 8 34 6
17 9 35 14
18 9

NO. SOALAN FAKTOR JUMLAH
1, 6, 11,16, 21, 26, 31 Keluarga 39
2, 7, 12, 17, 22, 27, 32 39
3, 8, 13, 18, 23, 28, 33 Rakan 75
4, 9, 14, 19, 24, 29, 34 Sekolah 78
5, 10, 15, 20, 25, 30, 35 Individu 62
Persekitaran

~9~
AMALAN 4S: SENYUM, SAPA, SALAM, SOPAN

Chan Peck Fong
Pengetua SMK La Salle Brickfields,

Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah,
emel: [email protected]

Mariani Binti Rahim,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Program Amalan 4S (Senyum, Sapa, Salam, Sopan) merangkumi perwatakan yang
sepatutnya ada pada semua murid SMK La Salle Brickfields, Kuala Lumpur. Masalah
disiplin akan dapat ditangani dengan wujudnya persekitaran pembelajaran yang bersifat
penyayang, bersopan-santun dan hormat-menghormati, seterusnya pencapaian akademik
murid juga dapat dipertingkatkan. Usaha menangani masalah disiplin memerlukan usaha
berterusan dan menyeluruh. Bagi mengelakkan salah laku murid, usaha menjaga hati,
mengawal minda, input badan dan persekitaran perlu dilaksanakan. Program Amalan 4S
ini juga sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasrat ini memerlukan tahap
disiplin yang tinggi seorang murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Program
pembangunan sahsiah ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen
yang digunakan melalui Soal Selidik Ujian Pra dan Ujian Pasca. Subjek kajian terdiri
daripada 130 orang murid, 23 rakan guru sebagai responden temubual. Data ini disokong
dengan dapatan data pemerhatian dan dokumen analisis. Walau bagaimanapun, tidak
dapat dinafikan program pembangunan sahsiah murid memerlukan usaha berterusan dan
tidak mungkin dapat dicapai dan dinilai dalam masa yang singkat.

Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, sahsiah dan kemenjadian murid

PROFIL SEKOLAH

Jadual 9.1 menunjukkan maklumat dan profil SMK La Salle.

Jenis Sekolah Jadual 9.1 Profil SMK La Salle
Status Sekolah
Lokasi Sekolah Jenis Kebangsaan
Daerah Pentadbiran Gred  B
PPD Bandaraya
Sesi  Persekolahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jenis Bantuan Bangsar/Pudu
1 Sesi
Bantuan Modal

Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan 97

Keluasan Sekolah 8000 kaki persegi
Bilangan Bilik Darjah 12
Kod Sekolah WEB0236
Nombor Telefon 03-22741852
Nombor Faks 03-22734682
Emel Sekolah [email protected]
Laman Web Sekolah Smklsb.edu.my
Pengetua Pn. Chan Peck Fong
Penolong Kanan Pentadbiran En. Zainal Bin Mat
Penolong Kanan Hal Ehwal Pn. Halimatul Saadiah Binti Ali
Murid
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Sujata Rani Dev A/P S.S.Dev
Bilangan Guru 23 orang
Bilangan Murid 130 orang:
Melayu - 70 (53.85%);
Bilangan Kelas Cina - 4 (3.08%);
Mata Pelajaran Elektif India - 40 (30.76%); dan
Lain-lain - 16 (12.31%)
10 (T5 -2; T4-2; T3-2; T2-2 dan T1-2)
Kemahiran Hidup - Teknikal
Reka Bentuk & Teknologi
Kelas Aliran Sains
4 Alfa & 5 Alfa: Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan
Kelas Aliran Sosial Sains
4 Beta & 5 Beta: Ekonomi/Perniagaan/
Pendidikan Seni Visual

MENGENAL PASTI ISU

Pengetua mula berkhidmat di SMK La Salle Brickfields, Kuala Lumpur pada
16 November, 2016. Pada ketika itu, enrolmen murid adalah seramai 177 orang
murid, (Kaum Melayu - 63.82%, Kaum Cina- 3.39%, Kaum India - 30.51% dan
Lain-lain Kaum - 2.82%). Kebanyakan murid berasal daripada keluarga berstatus
sosio-ekonomi sederhana dan rendah di mana murid-murid tinggal di kawasan
Program Perumahan Rakyat (PPR). Terdapat juga murid yang tinggal di Stepping
Stones Living Center.

98 Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan

Semasa mula berkhidmat di sekolah ini, didapati sekolah ini berada di status
quo seperti yang berikut:

1. Pentadbir (Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran) kurang inisiatif
dan hanya menjadi penerima arahan.

2. Guru kurang semangat dan berada di zon selesa.
3. Murid kurang motivasi, kurang daya usaha dan kurang adab.
4. Peratus ketidakhadiran murid dan kelewatan ke sekolah adalah tinggi.
5. Keterampilan diri dan disiplin murid kurang memuaskan.
6. Pencapaian akademik dan kokurikulum kurang memuaskan.
7. Persekitaran sekolah (dalam dan luar bilik darjah) kurang kondusif dan kurang

ceria.

Pendekatan ERRC Grid telah digunakan bagi mengenal pasti isu. Rajah 9.1 di
bawah menerangkan secara ringkas tentang pendekatan yang dipilih.

ELIMINATE REDUCE (PENGURANGAN)
(PENYINGKIRAN) - % kelewatan murid ke
- Pentadbir hanya menerima
arahan. sekolah,
- Guru berada di zon selesa. - % ketidakhadiran murid.
- Murid bersikap kurang
bersopan.

RAISE (PENINGKATAN) CREATE (PENCIPTAAN)
- Semarakkan semangat - Persekitaran yang lebih

pentadbir dan guru. kondusif dan ceria.
- Meningkatkan disiplin murid. - Program Pizza untuk
- Meningkatkan motivasi
meningkatkan % kehadiran
murid. murid.
- Jom Stay Back untuk
mengurangkan % lewat ke
sekolah.

Rajah 9.1: Mengenal pasti Isu Menggunakan Blue Ocean Strategy

(BOS Tool) - ERRC Grid

Melalui pemerhatian pada hari pertama persekolahan, murid kelihatan
kurang berdisiplin. Semasa perhimpunan rasmi, murid-murid termasuk pengawas
tidak menumpukan perhatian malah membuat bising manakala guru-guru pula
tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal disiplin murid. Semasa
meninggalkan tapak perhimpunan untuk ke bilik darjah pula, mereka masih tidak

Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan 99

tertib berbaris, malahan berjalan sesuka hati. Situasi yang sama turut kelihatan pada
waktu rehat di mana murid berebut-rebut membeli makanan dan tidak berbaris.

Daripada pemerhatian yang dilakukan, kebanyakan murid dan guru tidak
mengamalkan budaya memberi salam ketika bertembung di kawasan sekolah.
Murid juga tidak mengamalkan amalan baik seperti menolong guru untuk
membawakan beg atau buku latihan kecuali apabila diminta berbuat demikian.
Disiplin diri dan sahsiah diri yang baik perlu dibentuk secara terancang daripada
peringkat awal. Pembentukan disiplin mampu memberi kepuasan, kesejahteraan
dan keselesaan kepada seseorang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
semasa.

Sekiranya murid tidak berdisiplin, guru dan murid tidak saling menyayangi
dan menghormati, maka tidak wujud suasana persekitaran yang menyeronokkan
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, murid tidak
menunjukkan rasa sayang pada sekolah tempat mereka menimba ilmu, tidak ada
sense of belonging tidak menghargai usaha guru dan pihak sekolah, malah mereka
juga tidak mempunyai sikap tanggungjawab terhadap pencapaian akademik
sendiri. Kes kehadiran lewat dan tidak hadir ke sekolah juga tinggi di mana peratus
kehadiran murid adalah kurang daripada 80 peratus.

Pada peringkat awal, Unit Hal Ehwal Murid diminta untuk mengambil
tindakan tegas terhadap murid yang mempunyai masalah disiplin. Guru-guru
diminta supaya mendidik murid agar lebih bersopan dan menghormati guru serta
murid-murid lain. Walau bagaimanapun, didapati guru-guru hanya memberi arahan
secara lisan dan kurang berkesan kerana tidak secara berterusan. Akhirnya isu ini
telah diangkat dalam mesyuarat guru. Satu program khas perlu dilaksanakan untuk
membentuk sahsiah anak murid sekolah ini, iaitu Program Amalan 4S yang meliputi
unsur Senyum, Sapa, Salam dan Sopan. Unit Hal Ehwal Murid dipertanggung
jawabkan untuk menyediakan kertas kerja perancangan dan pelaksanaannya dan
pihak Kaunselor sekolah memainkan peranan sebagai penyelaras program.

PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program Amalan 4S merangkumi langkah-langkah POLC (Planning,
Organising, Leading dan Controlling). Oleh itu, langkah pelaksanaan program ini
diteruskan dengan sistematik iaitu;

i. Planning (Perancangan)
Projek ini dimulakan dengan penubuhan Jawatankuasa untuk merancang dan

melaksana program. Jawatankuasa tersebut menentukan matlamat, objektif
dan kumpulan sasaran program.


Click to View FlipBook Version