The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsiah, 2020-04-03 05:13:50

e-posiding InPeKS 2017

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Keywords: inpeks

100 Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan

Matlamat sekolah:
Melahirkan warga sekolah yang menghayati nilai terpuji berasaskan

kepada pengukuhan pendidikan dengan lebih menumpukan kepada aspek
perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Melahirkan
murid-murid yang berilmu dan berakhlak mulia melalui program Amalan 4S.

Objektif:
Mendidik murid supaya memiliki personaliti Amalan 4S (Senyum, Sapa,

Salam dan Sopan), mempraktikkan Amalan 4S (Senyum, Sapa, Salam dan
Sopan) dalam kehidupan seharian serta mengamalkan nilai-nilai moral dan
sikap positif berdasarkan Amalan 4S.

Sasaran:
Semua murid sekolah SMK La Salle Brickfields Kuala Lumpur.

ii. Organising (Pengurusan)
Fungsi Jawatankuasa melibatkan pembentukan struktur pelaksanaan dan
pengagihan sumber manusia. Pelancaran program Amalan 4S diadakan pada
perhimpunan rasmi supaya semua warga sekolah mengambil maklum tentang
kepentingan program tersebut dan memberi kerjasama. Poster berkaitan
digantung di Dewan Wawasan. Pelaksanaan Amalan 4S bermula dari pintu
masuk ke sekolah, kemudian bergerak bersama dengan program Guru
Penyayang di mana pentadbir dan guru bertugas menyambut kehadiran murid
pada setiap pagi sebagai memulakan hari dengan keceriaan dan kasih sayang.

Murid diajar supaya SENYUM, SAPA, memberi SALAM dan
berSOPAN tidak hanya kepada guru, tetapi juga pengawal keselamatan.
Murid-murid diminta supaya senyap semasa berada di tapak perhimpunan
dan menunjukkan sikap bersopan dengan menumpukan perhatian kepada
guru yang berucap. Murid dilatih untuk beratur semasa meninggalkan tapak
perhimpunan.

Sebelum memulakan PdPc, guru perlu mematuhi Stardard Operational
Procedure (SOP) Bilik Darjah yang telah ditetapkan. Stardard Operational
Procedure (SOP) tersebut menegaskan supaya guru dan murid saling
menghormati dan memastikan suasana pembelajaran yang menarik dan
kondusif. Guru tingkatan juga memberi kerjasama dengan menampal poster-
poster yang berkaitan dengan Amalan 4S di dalam bilik darjah supaya murid
sentiasa disajikan dengan pelbagai maklumat. Pemupukan nilai murni ini
disisip dalam beberapa program sekolah yang lain, seperti Permata Kasih,
SUIT dan Program Rohani.

Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan 101

iii. Leading (Kepimpinan)
Kepimpinan merupakan pengaruh pemimpin untuk memberi inspirasi kepada

yang lain supaya bersama-sama mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sebagai seorang Pengetua, suri teladan Amalan 4S perlu ditunjukkan kepada
guru dan murid. Setiap pagi murid disambut dengan senyuman di pintu
utama sekolah sambil mengucapkan ‘Selamat Pagi,’ “Tahniah kerana hadir
ke sekolah,” dan murid-murid juga diminta supaya menjawab salam yang
diberikan.

Simulasi cara menerima hadiah/sijil yang bersopan dilakukan semasa
perhimpunan rasmi supaya murid dapat menjadikannya sebagai amalan kerana
sebelum ini murid SMK La Salle hanya menerima hadiah atau sijil dengan
menggunakan sebelah tangan tanpa mengucapkan terima kasih. Terdapat kes
di mana murid masuk ke pejabat untuk mendapatkan kunci bilik khas tanpa
mendapat kebenaran kerani. Tunjuk ajar turut diberikan supaya murid-murid
SMK La Salle dapat bersikap sopan dengan mendapatkan kebenaran terlebih
dahulu sebelum mengambil sesuatu barang yang bukan kepunyaan sendiri.

iv. Controlling (Pemantauan)
Pemantauan bertujuan untuk memastikan program Amalan 4S mencapai

objektif. Cara kawalan yang digunakan adalah dengan melibatkan penggunaan
Instrumen Soal Selidik Praujian dan Pascaujian. selain dari itu, kaedah
temubual dengan guru di sekolah turut digunakan bagi mendapatkan gambaran
lebih jelas tentang perkembangan sahsiah murid di sekolah. Pemantauan
PdPc oleh pentadbir secara tidak langsung membantu memastikan murid
mengamalkan sikap sopan, hormat-menghormati dan seterusnya belajar
bersungguh-sungguh. Sijil atau hadiah kecil dberikan kepada murid yang
menunjukkan perubahan sikap yang positif.

PENILAIAN DAN IMPAK

Soal selidik ujian pra dan ujian pos telah dijalankan untuk mengetahui keadaan
sebenar perubahan sahsiah murid. Berikut merupakan analisa yang diperoleh.

Hasil Penilaian
Dapatan menunjukkan peningkatan Amalan 4S bagi lima buah kelas.
Didapati murid kelas 2A, 3A, 3B, 4A dan 4B menunjukkan perubahan
sikap yang positif dalam elemen Senyum, Sapa, Salam dan Sopan. Namun
demikian, murid-murid kelas 1A, 1B, 2B, 5A dan 5B tidak menunjukkan
gambaran yang jelas tentang perubahan sikap mereka kerana berkemungkinan
mereka tidak menjawab Soal Selidik Ujian Pasca dengan sejujurnya.

102 Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan

Rajah 9.2: Dapatan Pra dan Pasca Analisis Program 4S
KESIMPULAN
Dapatan analisis menunjukkan terdapat perubahan sikap dan sahsiah dalam
kalangan anak murid SMK La Salle walaupun tempoh pelaksanaan program
ini adalah pendek iaitu (setahun). Namun demikian, jika diberi masa yang lebih
panjang, impak terhadap perubahan sikap anak murid pasti akan lebih terserlah
dan Amalan 4S menjadi budaya dalam kalangan warga sekolah ini.
RUMUSAN DAN REFLEKSI
Program Amalan 4S merupakan satu usaha untuk membentuk sahsiah anak murid
SMK La Salle Brickfields supaya menjadi seorang yang bersopan dan berdisiplin.
Sikap positif ini dapat membantu murid untuk memperbaiki pencapaian akademik.
Walau bagaimanapun, pembentukan sahsiah seseorang memerlukan masa yang
lama dengan usaha berterusan. Kerjasama yang diberikan oleh pentadbir dan guru
amat diperlukan. Melalui program ini, kekuatan dan kelemahan yang ada perlu
dipertimbangkan dan disertakan dengan tindakan penambahbaikan.
Kekuatan
i. Semangat kerjasama antara pentadbir dan guru, terutamanya Kaunselor yang

merupakan penyelaras program.
ii. Keyakinan tinggi dan sikap positif warga SMK La Salle dalam melaksanakan

program.
i ii. Perubahan sikap murid-murid yang lebih bersopan berbanding tahun terdahulu

yang dinyatakan hasil daripada temubual dengan guru.

Amalan 4S: Senyum, Sapa, Salam, Sopan 103

Kelemahan
i. Terdapat segelintir guru yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya kerana

mereka tidak yakin bahawa sikap terpuji dan bersopan akan dapat mengubah
pemikiran seseorang.
ii. Kurang tumpuan dan kesungguhan murid dalam menjawab Soal Selidik Ujian
Pra Dan Ujian Pasca, terutamanya murid Tingkatan 5. Mereka menganggap
instrumen tersebut hanya membuang masa dan tidak dapat mengubah
keadaan.
i ii. Instrumen Soal Selidik yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang subjektif
mungkin tidak dapat menunjukkan keadaan sebenar secara menyeluruh.

CABARAN

Pihak sekolah perlu lebih berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam merancang
aktiviti daripada analisis Soal Selidik Praujian dan Pascaujian supaya murid-murid
dapat mengamalkan tabiat sentiasa bersopan dalam kehidupan harian. Pembentukan
sahsiah seperti pemupukan tabiat bersopan merupakan proses yang memakan
masa yang panjang. Tambahan pula, hasilnya tidak dapat diukur dengan pembaris
ukur, sebaliknya melalui perubahan sikap murid. Sebagai Pengetua, kepercayaan
bahawa dengan adanya sikap 4S, terutamanya sikap bersopan, murid akan dapat
mengawal diri dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bidang akademik dan
kehidupan seharian mereka.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan. Edisi keempat, (2010), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2. W.Chan Kim. (2005) Blue Ocean Strategy. New York: Harvard Business
Review.

3. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2013 -2015 www.
academia.edu/10539055/Disiplin_d

~10~

PROGRAM GET SMART

Kamaruzzaman bin Abd rahim
Pengetua SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
Jalan Bunga Tanjung, 77000, Jasin, Melaka

Dr. Ekerim a/p Din Chen,
emel: [email protected]

Aziah Binti Adi,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Isu utama yang diberi perhatian ialah ketidakhadiran ke sekolah. Kajian ini berfokus
kepada tindakan untuk meningkatkan jumlah kehadiran dalam kalangan 34 orang murid
tingkatan satu hingga tingkatan lima yang dikenalpasti mempunyai rekod kehadiran yang
tidak memuaskan. Hasil kaji selidik ringkas mendapati bahawa faktor utama ketidakhadiran
adalah murid malas dan tidak berminat belajar, tidak menyiapkan kerja sekolah, bangun
lewat dan bekerja sampingan untuk mendapat wang perbelanjaan. Maka Pengetua, Unit
Bimbingan dan Kaunseling serta beberapa orang guru telah menggerakkan beberapa
aktiviti bagi mengurangkan kadar ponteng. Lima orang murid sekolah yang terlibat telah
berhenti sekolah semasa projek ini dilaksanakan manakala 44.93% iaitu 13 daripada 29
orang murid telah meningkat kehadirannya ke sekolah. Namun, projek ini masih diteruskan
bagi sebahagian murid yang belum capai tahap kehadiran yang dihasratkan.

Kata kunci: kehadiran murid, pengurusan hal ehwal murid

PROFIL SEKOLAH

Jadual 10.1 menunjukkan maklumat dan profil Profil SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz
Tapa (SMAAT).

Jenis Sekolah Jadual 10.1: Maklumat sekolah
Status Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan
Gred A

Lokasi Luar Bandar

Daerah Pentadbiran Jasin
PPD Jasin

Sesi Persekolahan 1 sesi
Jenis Bantuan Bantuan Modal

Program Get Smart 105

Keluasan Sekolah 8000 kaki persegi
Bilangan Bilik Darjah 36
Kod Sekolah MEB 1065
Nombor Telefon 06 529 1318
Nombor Faks 06 529 2752
Emel Sekolah [email protected]
Laman Sosial Sekolah https://www.facebook.com /SMAAT/OFFICIAL/
https://www.instagram.com/smktansriabdulaziztapa/
Pengetua Hj Kamaruzzaman Bin Ab Rahim
Penolong Kanan Hj Ramli Bin Mohd Jilis
Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Pn Hjh Hamidah Binti Jaafar
Ehwal Murid
Penolong Kanan En Letchumanan a/l Muniandy
Kokurikulum
Bilangan Guru 74 orang
Bilangan Murid 767 orang;
Melayu-428 orang (55.8%)
Bilangan Kelas Cina-101 orang (13.1%)
India-238 orang (31.02%)
Mata Pelajaran Elektif Pendidikan Khas-6
Tingkatan 1-6
Tingkatan 2-6
Tingkatan 3-6
Tingkatan 4-6
Tingkatan 5-6
Kemahiran Hidup–Teknikal Reka Bentuk &
Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga & Perdagangan
Kelas Aliran Sains–Fizik, Kimia, Biologi/Sains
Komputer, Matematik Tambahan
Kelas Aliran Akaun–Akaun, Matematik Tambahan
Kelas Aliran Sains Sosial – Ekonomi, Perniagaan,
Pendidikan Seni Visual

MENGENAL PASTI MASALAH

Isu ponteng merupakan isu kritikal di SMAAT, hasil daripada sesi soal selidik
untuk mengenal pasti punca ketidak hadiran murid ke sekolah yang dijalankan
oleh Unit Bimbingan Kauseling (UBK) dan Unit disiplin. UBK dengan kerjasama
Unit Hal Ehwal Murid, telah mengesan kadar ponteng sekolah dalam kalangan
murid adalah tinggi berdasarkan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

106 Program Get Smart

dan Buku Jadual Kedatangan. UBK membuat analisis kehadiran mingguan dan
merekod jumlah kehadiran murid serta menganalisa data berkenaan. Pihak UBK
dengan kerjasama Unit Disiplin telah mengenal pasti murid yang mempunyai
masalah kehadiran melalui borang kaji selidik. Beberapa faktor yang menyebabkan
ketidakhadiran murid ke sekolah telah dikenal pasti seperti yang terkandung dalam
Jadual 10.2 di bawah.

Jadual 10.2: Dapatan Kaji Selidik Faktor Ketidakhadiran Murid ke Sekolah

Diri Sendiri Keluarga Sekolah Lain-Lain

• Bangun • Membantu ibu • Guru • Tiada
lewat. menjaga anak yang suka Kenderaan.
asuhan ibu. membebel
• Malas • Tertinggal bas.
• Ibu ayah tidak • Tidak minat
• Tidak sihat/ sihat. pada mata
sakit. pelajaran.
• Masalah
• Tertekan keluarga. • Peraturan
rambut.
• Tidak suka • Menjaga nenek
belajar. yang sakit. • Peraturan
pemakaian.
• Melepak
hingga lewat
malam.

PELAKSANAAN

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan warga sekolah SMK Tan Sri
Haji Abdul Aziz Bin Tapa yang suka hadir ke sekolah berasaskan kepada program
’Get Smart’ yang menumpukan pelbagai program anjuran Unit Disiplin dan Unit
Bimbingan Kaunseling sekolah dengan objektif meningkatkan dan mengekalkan
kehadiran murid ke sekolah. Program ini disasarkan kepada semua murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa.

3.1 Program Masih Ada Yang Sayang

Bagi aktiviti utama di bawah Program Get SMART, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz
Tapa mengorak langkah melalui Program Masih Ada Yang Sayang. Program ini
dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin di
bawah pengurusan Hal Ehwal Murid. Program ini berfokuskan kepada kes ponteng
sekolah yang berkait rapat dengan kehadiran murid. Sasaran murid yang terlibat
adalah berdasarkan daripada maklumat yang diperolehi melalui aplikasi SSDM.

Program Get Smart 107

Di bawah merupakan pelaksanaan bagi menjayakan program Masih Ada
Yang Sayang;

i. Kes direkod di dalam aplikasi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
ii. Profil murid diwujudkan.
iii. Melibatkan mereka dalam program serta aktiviti yang diperlukan
iv. Token atau ganjaran diberikan serta dikeluarkan dari kelompok sekiranya

murid menunjukkan perubahan yang positif.

Antara aktiviti yang diikuti oleh murid ini ialah ;

i. Mentor mentee bersama pentadbir.
ii. Ceramah dan program Motivasi.
iii. Lawatan ke Muzium Penjara di Bandar Hilir, Melaka.
iv. Program Sayangi Hidup Elak Derita (SHIELD) bersama Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK).
v. Sesi Kaunseling.

3.2 Program Roadshow-Seronoknya datang ke Sekolah

Objektif program ini adalah untuk menangani peratusan rendah kehadiran murid
ke sekolah. Program ini menyasarkan murid yang mencatatkan kehadiran penuh
ke sekolah. Berikut merupakan prosedur pelaksanaan program RoadShow;

i. Guru disiplin akan menganalisis kehadiran murid ke sekolah setiap bulan
menerusi jadual kedatangan murid dan Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM).

ii. Guru disiplin mengingatkan kepentingan hadir ke sekolah pada perhimpunan
harian dan menjanjikan sijil kehadiran sebagai penghargaan kehadiran murid
ke sekolah.

iii. Guru disiplin akan mencatatkan nama murid bagi setiap kelas.
iv. Sijil Kehadiran 100% akan di cetak bagi murid yang hadir penuh.
v. Penyampaian sijil akan dilakukan di dalam kelas, yang disampaikan oleh

Tuan Pengetua sendiri bersama PK Hal Ehwal Murid serta Guru Disiplin dan
Kaunselor.
vi. Senarai nama murid yang menerima Sijil Kehadiran 100% akan dipaparkan
di papan kenyataan.

3.3 Program Zon Merah, Zon Hijau.

Program Zon Merah, Zon Hijau dilaksanakan dalam usaha memupuk dalam diri
murid tentang tanggungjawab sekiranya tidak hadir ke sekolah. Selain itu, ia
merupakan satu program yang memberi kesedaran kepada penjaga atau ibu bapa
diatas ketidakhadiran anak mereka ke sekolah yang menyasarkan murid-murid
yang tidak hadir atau ponteng sekolah. Berikut merupakan pelaksanaan program

108 Program Get Smart

Zon Merah, Zon Hijau.

i. Sesi ini akan dilakukan pada setiap kali perhimpunan harian sekolah.
ii. Murid-murid yang tidak hadir pada hari sebelumnya akan diminta tampil

kehadapan.
iii. Guru Tingkatan bertindak untuk mengenal pasti murid-murid yang tidak

hadir.
iv. Murid-murid di asingkan mengikut Zon Hijau (mempunyai surat tunjuk sebab

yang relevan) dan Zon Merah (murid yang tidak mempunyai surat tunjuk
sebab).
v. Murid yang tidak mempunyai surat tunjuk sebab atau surat tunjuk sebab
yang meragukan, guru disiplin atau kaunselor atau Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid atau Pengetua sendiri akan menelefon penjaga murid untuk
mendapatkan pengesahan.
vi. Isu kehadiran murid akan sentiasa disentuh oleh mana-mana guru yang
berucap sewaktu perhimpunan harian.

3.4 Program 4K (Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan)

Tujuan Pelaksanaan Program 4K adalah;

i. Membantu mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas

bersih dan ceria.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,

hormat- menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
iv. Menyemai perasaan sayang kepada sekolah dan menyumbang kepada

pengurusan dan kebersihan sekolah tersebut.

3.5 Kamar selesa

Kamar Selesa merupakan inovasi yang dijalankan dengan hasrat untuk
mengurangkan kadar ponteng kelas dalam kalangan murid lelaki SMK Tan Sri
Haji Abdul Aziz Tapa. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan
keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan
keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan. Kamar Selesa
juga diilhamkan dalam usaha memupuk budaya hidup yang menerapkan amalan
kebersihan yang berterusan dalam kehidupan seharian.

KEBERHASILAN

Hasil dari pelaksanaan lima program utama iaitu Masih Ada Yang Sayang,
Roadshow- Seronoknya datang ke Sekolah dan Zon Merah Zon Hijau, Program
4K dan Kamar Selesa, didapati peratusan kehadiran murid ke sekolah adalah

Program Get Smart 109

meningkat. Hal ini dibuktikan dengan dapatan yang diperolehi dari aplikasi
APDM berdasarkan butiran pada bulan Julai 2017 apabila program GET SMART
kali pertama dimulakan dan mencatat 96.47% seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 10.4.

Jadual 10.3: Peratus Kehadiran Murid dari Tahun 2015 hingga 2018

Tahun Bulan Januari
2015 93.80%
2016 93.84%
2017 92.30%
2018 96.47%

Peratus kehadiran ini merupakan catatan terbaik berbanding empat tahun
sebelumnya bagi bulan yang sama. Murid yang layak menerima sijil kehadiran
100% bagi bulan ini adalah seramai 480 orang. 97% kelas menunjukkan kehadiran
melebihi 90%. Program GET SMART turut diperkasakan dan dapatan menunjukkan
purata kehadiran murid bagi tahun 2018 untuk tempoh 7 bulan adalah 91.80%
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1 dan perbandingan peratus kehadiran
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.2.

TAHUN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS SEP OKT NOV

2017 92.39% 88.46% 90.11% 89.64% 89.53% 85.09% 90.06% 90.40% 89.88% 87.91% 81.51%

2018 96.47% 93.47% 93.03% 90.87% 89.89% 87.95% 91.10% 91.00%

Rajah 10.1: Purata Kehadiran Murid

110 Program Get Smart

PENGIKTIRAFAN

Selain itu, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa juga menerima pengikhtirafan di
atas kejaayaan GET SMART dalam pertandingan anjuran PPD Jasin dan Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka.Antaranya ialah;

i. Naib Johan pertandingan 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan)
peringkat Negeri Melaka.

ii. Tempat ke 3 dalam pertandingan Perkongsian Amalan Terbaik kategori
pengurusan anjuran PPD Jasin pada 27-30 Ogos.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa dengan terlaksananya program
GET SMART, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa mengalami transformasi
secara fizikal dan intrinsik. Atmosfera sekolah semakin ceria, kondusif dan
berupaya menarik minat murid untuk hadir ke sekolah serta mencapai hasrat untuk
melahirkan murid yang berdisiplin, bersahsiah dan cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum.

RUJUKAN

1. Jenny Anak Micheal Jemat, Che Nazrah Binti Yusof. 2016. T-Trace:
Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah Dalam Kalangan Murid Tahun
4. Universiti Utara Malaysia.

2. Norzawati Yoep, Leni Tupang, Ahmad Nadzri Jai, Lim Kuang Kuay, Faizah
Paiwai, Noor Safiza Mohd Nor. (2016). Prevalence of truancy and its
associated factors among school-going Malaysian adolescents: Data
from Global School-Based Health Survey 2012. Kuala Lumpur: Scientific
Research Publishing Inc.

3. Sutphen, R. D., Ford, J. P., & Flaherty, C. (2009). Truancy interventions: A
Review of the research literature. Research on Social Work Practice 000(00)
1-11 The Author(s) 2009 Reprints and permission: http://www.sagepub.
com/journals Permissions.navDOI: 10.1177/104973150934786.

5. Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih
& Mohd Hairy Ibrahim. 2016. Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah
Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

~11~
PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)

Mohamad Hussin Bin Mat Rashid
Pengetua SMK Pusing, Batu Gajah,Perak.

Dr. Balasandran A/L A. Ramiah,
emel: [email protected]

Mohd Zaidi Bin Basir,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Pembangunan bakat murid melalui Program Perantisan Industri Menengah Atas
atau PIMA merupakan usaha memperkenalkan Program Sijil Kemahiran Masakan
dan Sijil Kehadiran Automatif kepada murid dengan kerjasama institusi swasta yang
berdaftar. Tujuan PIMA dibuat adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid dan
menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. PIMA juga berusaha untuk
menimbulkan minat dan motivasi murid melalui pengalaman hands on serta menyediakan
laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid. kelas dijalankan pada setiap
hari Selasa untuk tempoh 16 minggu melibatkan 42 murid daripada kelas 4 Progresif dan
4 Proaktif. Program dilaksanakan menggunakan waktu pdpc dan dikendalikan sepenuhnya
oleh pensyarah daripada intitusi yang terlibat di premis sekolah. Impak daripada program
PIMA menunjukkan terdapat kesan kepada peningkatan motivasi dan kehadiran murid,
khususnya pada hari selasa. Temubual dengan murid-murid dan guru-guru menunjukkan
terdapat perubahan sikap yang positif. Murid-murid ini tidak lagi ponteng kelas, tidak
mengantuk, lebih mudah dan berkeyakinan untuk berkomunikasi, lebih berdisiplin, kemas
dari segi pakaian dan perwatakan menarik.

Kata kunci:pengurusan hal ehwal murid, TVET , PIMA

PROFIL SEKOLAH

SMK Pusing merupakan sekolah menengah luar bandar yang terletak di Batu Gajah
di dalam Daerah Kinta, Perak. Pada tahun 2018, usia sekolah ini menjangkau usia
17 tahun. Jumlah keseluruhan guru adalah seramai 69 orang guru, staf sokongan
15 staf orang dan jumlah murid-murid terkini seramai 910 orang yang terdiri
daripada komposisi kaum Melayu (30%), kaum India (18%), kaum Cina (50%)
dan lain-lain (2%). Hampir kesemua murid ini datang dari latar belakang keluarga
yang bertaraf sosio-ekonomi sederhana dan rendah. Sebilangan murid sekolah ini
datang daripada keluarga bermasalah kesan daripada penceraian ibu bapa dan ada
yang tinggal bersama-sama datuk nenek kerana ibu bapa bekerja di luar negara
seperti di Singapura.

112 Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)

Pengetua melapor diri di SMK Pusing pada 1 Februari, 2017 dan mula
menjalankan tugas sepenuhnya pada 6 Februari, 2017. Dapatan daripada proses
scanning dan pengumpulan maklumat menunjukkan pencapaian SPM SMK Pusing
pada tahun 2016 dari segi GPS SPM terletak pada Band 6, iaitu sebanyak 6.32
mata. Pada tahun 2017, Gred Purata Sekolah SPM telah mengecil kepada 6.28,
iaitu peningkatan Gred Purata Sekolah sebanyak 0.04 mata. Pencapaian murid-
murid Tingkatan 5 SPM, bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 Gred Purata
Sekolah berada di angka 7.06 di mana dalam menuju kepada sasaran SPM pada
tahun ini iaitu 5.90. Pihak pentadbir sekolah juga sering menganjurkan perjumpaan
bersama ibu bapa dan penjaga murid sasaran yang akan menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia dan Pentaksiran Tingkatan 3.

Dari segi pengurusan hal ehwal murid pula, peratusan kehadiran murid ke
sekolah semakin merosot iaitu pada tahun 2017, peratusan kehadiran murid ialah
93.64 peratus manakala tahun 2018 (sehingga bulan Ogos) ialah 90.9 peratus.
Dari segi disiplin murid-murid secara keseluruhannya, bagi tahun 2017 dan 2018,
hanya masalah disiplin yang ringan dikenalpasti sering berlaku. Kes-kes disiplin
besar seperti merokok, bergaduh dan ponteng sekolah hanya melibatkan segelintir
murid sahaja.

Manakala dari segi pengurusan kokurikulum, pada tahun 2017, Kor Kadet
Polis sekolah The Spinian Blues telah mencapai beberapa kejayaan pada peringkat
Kebangsaan dalam Perkhemahan Kor Kadet Polis, iaitu Johan Mara Lasak
Perpasukan Lelaki, Johan Ronda Pandu Arah Wanita, Naib Johan Ronda Pandu
Arah Lelaki, Tempat Keempat Kawad Kaki individu dan juga berkumpulan wanita.
Pada tahun 2018 pula, beberapa kejayaan juga telah ditempa lagi, iaitu Johan
Ronda Pandu Arah Lelaki Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat Kebangsaan
di Melaka dan mendapat tempat ke-5 keseluruhan pasukan. Selain dari itu juga,
seorang murid Tingkatan 4 telah menjadi Johan Bengkel Bakat Tunas Remaja DBP
peringkat negeri dan akan bertanding Peringkat Kebangsaan di Pahang. Secara
keseluruhannya, Gred Purata Sekolah kokurikulum pada 2017 ialah 2.85 dengan
hanya seorang calon mendapat Gred A.

Sejak tahun 2016, pihak sekolah, dengan kolaberasi PIBG telah melaksanakan
beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan
universiti dan kolej swasta seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),
Tunku Abdul Rahman College (TARC), Quest University, Universiti Teknologi
Petronas (UTP) dan lain-lain. Hari bertemu waris juga telah dilaksanakan untuk
sesi dialog prestasi murid dan temasya sukan sekolah, karnival kokurikulum
dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod
didapati penglibatan ibu bapa dalam menyokong aktiviti sekolah adalah masih
tidak memuaskan.

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) 113

MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

Hasil daripada perbualan dengan warga sekolah, permerhatian dan pemantauan
yang dilakukan sejak hari pertama berada di SMK. Pusing, terdapat banyak
aspek yang boleh dipertingkatkan dalam budaya kerja sepasukan terutama dalam
kalangan guru. Perkara kedua yang dikenalpasti ialah rata-rata guru-guru di
sekolah ini mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang rendah dalam aspek
berkaitan Perintah Am, dasar dan arahan semasa. Iklim persekitaran di sekolah
ini terutama dari segi semangat kerja sepasukan, persekitaran PdPc yang positif
dan pembangunan bakat murid, khususnya dalam kurikulum dan kokurikulum
masih perlu diperbaiki. Kemenjadian murid sangat penting kerana prestasi sekolah
diukur dalam semua aspek dan bukan hanya dalam pencapaian akademik. Indikator
yang sangat berkaitan dengan kualiti sekolah awam adalah prestasi keseluruhan
berdasarkan Skor Indeks Komposit daripada Band 1 hingga Band 7.

Kerangka pengurusan PDCA, iaitu Planning, Do, Check dan Act yang di
pelopori oleh Edward Deming dijadikan sebagai asas tindakan.

Jadual 11.1:Kerangka Pengurusan PDCA

P D C A
Plan Do Check Act

Merancang Melaksana Menyemak Tindakan

1. Menjajarkan 1. Menyusun 1. Melaksanakan 1. Membandingkan
semula visi dan semula struktur pemantauan, prestasi sebelum
misi sekolah organisasi. lawatan dan dan selepas.
semakan.
2. Menetapkan 2. Pengagihan tugas dokumen secara 2. Pesediaan
matlamat mengikut bidang berkala dan untuk langkah
sekolah. kepakaran guru. berterusan seterusnya.

3. Mengenalpasti 3. Mengupayakan 2. Melaporkan
dan menganalisis SLT dan MLT. perkembangan
isu-isu. projek.
4. Memantapkan
4. Membina pelan suara guru/ 3. Melihat
tindakan pelan murid. pencapaian
pemajuan objektif.
sekolah sedia 5. Membimbing
ada. guru muda
/ pemimpin
5. Merancang pelapis.
tindakan,
menyusun 6. Mening
strategi dan komunikasi
program dengan PIBG.
intervensi.
7. Memperkasakan
dialog
profesional.

114 Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)

Kerangka pengurusan Plan-Do-Check-Act (PDCA) ini membantu penulis
melaksanakan tugas-tugas sebagai Pengetua disamping mengawal serta memantau
pelaksanaan aktiviti sekolah. Penulis telah mengupayakan penolong-penolong
kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama
dengan melibatkan secara langsung Penolong Kanan (PK), Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (PK HEM), Penolong Kanan Kokurikulum (PK Ko) dan Penolong
Kanan Petang (PK Petang) di dalam semua aktiviti sekolah. Begitu juga dengan
barisan pemimpin pertengahan iaitu keempat-empat Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP), Setiausaha Akademik, Setiausaha disiplin, Setiausaha Kokurikulum,
Setiausaha sukan, Setiausaha Peperiksaan, Ahli Jawatankuasa PIBG dan Kelab
Staf. Pengetua selalu berbincang dengan mereka secara formal dan tidak formal
dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Faktor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan SMK Pusing berada dalam
kategori sekolah berprestasi rendah adalah seperti berikut;

a. Pencapaian akademik murid yang rendah (SPM dan peperiksaan akhir tahun
Tingkatan Empat tahun 2017);

b. Amalan sahsiah terpuji dalam kalangan murid rendah (berdasarkan bilangan
peratus murid tegar salah laku berat dan sederhana (SSDM/APDM tahun
2017);

c. Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (GPS 2.85 tahun
2017);

d. Amalam PdPc adalah baik (pemerhatian, pemantauan dan lawatan ke kelas);
e. Kualiti profesional guru tidak mencapai standard piawaian rasmi (skor

SKPMg2 dan penglibatan guru dalam aktiviti sekolah);
f. Kepimpinan kurang efektif (berdasarkan perbualan, pemerhatian dan catatan);
g. Hubungan dan pemuafakatan strategik rendah antara sekolah dengan

pemegang taruh (Berdasarkan rekod, kurang merujuk dan memanfaatkan
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negara);
h. Kurang aktiviti jaringan dan jalinan.

Senarai faktor di atas menunjukkan yang ia selari dengan senarai utama
kriteria kritikal ukuran kejayaan sesebuah sekolah seperti yang terdapat dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sama ada versi 2003, 2010 atau
versi yang terkini, iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) gelombang
2. Situasi ini membawa kepada wujudnya persepsi dan andaian bahawa SMK
Pusing selama ini kurang komited membudayakan instrumen Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia sebagai alat kualiti ketika mengurus dan mentadbir sekolah.

Kegagalan murid aliran kemanusiaan dalam isu kehadiran ke sekolah dan
isu sikap dan motivasi yang rendah boleh menjejaskan prestasi akademik sekolah
dan menyebabkan Key Performance Indicator (KPI) kehadiran yang ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (95%) tidak akan tercapai. Nyika dan Mercy

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) 115

(2004) menjelaskan bahawa murid-murid perlu berada di sekolah untuk lulus
dan meningkatkan pemerolehan peluang dalam kehidupan mereka. Pandangan
ini disokong oleh Nemec dan Watson (2007) yang menjelaskan, there is the
concern among educators that students who are not learning the importance of
attendance will struggle in the workplace where truancy can easily cost workers
their livelihood.

Data yang dikumpul melalui temubual dinamakan sebagai sesi sembang
santai antara penulis dengan beberapa orang guru, staf sokongan dan murid-murid
digunakan untuk menguji aktiviti scanning the environment. Hasilnya, penulis
mendapati faktor-faktor yang disenaraikan di atas ada korelasi mempunyai sebab
utama prestasi sekolah rendah. Sesi ini dilakukan untuk;

a. mengesan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan guru-guru dan staf
sokongan terhadap visi dan misi sekolah sebagai punca kuasa dan hala tuju
yang hendak dicapai;

b. mendengar pendapat dan penilaian jujur guru dan staf terhadap prestasi
sekolah;

c. mengumpul maklumat punca penyebab SMK Pusing berada di dalam kategori
sekolah berprestasi rendah dari sudut pandangan guru-guru dan staf;

d. mengesan kesan kualiti hubungan dengan amalan kerja sepasukan dan warga
kerja terhadap prestasi sekolah secara keseluruhannya.

PELAKSANAAN

Pengetua diberi peluang mengikuti Kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan
Sekolah (InPeKS) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Genting
Highlands pada bulan Disember 2017. Hasil bimbingan pensyarah dan keputusan
Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 2/2018, Pengetua telah menetapkan lima
Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk memajukan sekolah berdasarkan isu-
isu yang telah dibincangkan di atas, iaitu;

1. Guru Berkualiti
2. Persekitaran PdPc Yang Positif
3. Pembinaan Bakat Murid
4. Hubungan Komuniti Yang Mantap
5. Kepimpinan Yang Berkesan

Sebagai usaha untuk menangani isu kehadiran dan motivasi murid, sekolah
telah memilih KRA - Pembinaan Bakat Murid melalui pelaksanaan Program PIMA
untuk kelas Aliran Kemanusiaan (4 Progresif dan 4 Proaktif yang melibatkan 42
orang murid) sebagai rintis untuk jangka masa tiga tahun 2018 hingga 2020.

116 Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)

Analisis persekitaran dan analisis sebab dan akibat menggunakan rajah Tulang
Ikan Ishikawa telah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas
4 Progresif dan 4 Proaktif kurang bermotivasi untuk belajar dan rendah peratus
kehadiran mereka.

Rajah 11.1: Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa

Murid Kurang Motivasi Belajar dan Rendah Kehadiran

Faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan memberi kesan
terhadap minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah. Mandat bagi program
PIMA ini adalah berdasarkan Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMA KPM.600-
14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September, 2017. Program PIMA bertujuan
meningkatkan peratus kehadiran murid khususnya kelas-kelas aliran kemanusiaan
dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. Kedua,
untuk menimbulkan minat belajar murid melalui pengalaman pembelajaran secara
Hands-On. Ia juga bertujuan menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan
kecenderungan murid serta mewujudkan kerjasama dengan agensi luar dalam
memberi latihan dan kemahiran.

Kemahiran yang dipilih ialah ialah Sijil Automotif dan Sijil Penyediaan
Makanan yang dijalankan selama 16 minggu bermula dari 26 Jun, 2018. Agensi
swasta yang terlibat ialah Institut Teknologi Perak (ITP) bagi Sijil Penyediaan
Makanan dan ProSkill Academic dan Esnet Academy untuk Sijil Kehadiran
Automotif. Yuran yang dikenakan kepada murid sebanyak RM50 untuk tempoh
16 minggu bagi Sijil Penyediaan Makanan dan RM50 untuk tempoh 8 minggu
bagi Sijil Kehadiran Automotif. Semua yuran ini dijelaskan oleh ibu bapa masing-
masing semasa pendaftaran. Program ini dilaksanakan setiap hari Selasa mulai
9.30 pagi hingga 1.20 petang dan berjalan serentak di bilik masakan dan di bengkel
pertukangan di premis sekolah bagi mengelakkan masalah keselamatan murid dan
pengangkutan.

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) 117

PENILAIAN DAN IMPAK PROGRAM

Impak program ini menunjukkan peningkatan kehadiran dan perubahan sikap
murid. Walaupun program ini baru bermula, daripada pemerhatian dan perbualan
dengan murid-murid oleh pihak pentadbir dan penyelaras program, Guru
Bimbingan dan Kaunseling sekolah menunjukkan kesan yang positif, iaitu murid
gembira dan suka untuk hadir ke sekolah.

Laporan temu bual di antara penyelaras program dan murid-murid terlibat
mendapati Program PIMA ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran murid
khususnya pada hari Selasa tetapi juga menunjukkan ada perubahan sikap dan
motivasi diri untuk belajar.

Hasil daripada temu bual dengan murid-murid program automotif, majoriti
merasakan program ini menjadikan mereka seorang yang berkemahiran dan
berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Murid kini jelas tentang kerjaya pilihan
selepas tamat sekolah. Kebanyakan mereka bercita-cita untuk membuka bengkel
sendiri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti. Harapan
mereka agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan dilaksanakan
selama tiga hari seminggu serta membuka peluang kepada murid-murid lain yang
kurang cemerlang dalam akademik untuk turut serta.

Dapatan temubual santai dengan murid-murid kemahiran masakan pula
mendapati kebanyakan mereka mengakui tidak pandai memasak tetapi melalui
program ini, mereka berpeluang mencungkil bakat sendiri dan hasilnya kini sudah
mampu membuat cup cake, donat, churros dan spaghetti. Mereka merasakan
diri mereka istimewa daripada rakan yang lain kerana mempunyai kemahiran
tersendiri. Murid-murid ini bercita-cita membuka restoran sendiri serta terdapat
sebilangan murid yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan
menjadi chef terkenal. Motivasi dan disiplin diri mereka juga tinggi kerana setiap
kali mereka masuk ke kelas, mereka perlu memakai apron yang lengkap dengan
kuku yang pendek dan berpenampilan rapi.

Menurut beberapa orang guru, kadar ponteng kelas telah menurun, murid tidak
lagi mengantuk dan kepatuhan terhadap arahan guru meningkat. Murid-murid ini
kini lebih mementingkan penampilan diri dengan berpakaian kemas serta menjaga
perwatakan agar sentiasa menarik. Kesan positif ini memberi satu sokongan yang
kuat pihak sekolah melaksanakan perluasan program PIMA untuk tahun 2019
dengan membuka tiga kelas dan 2020 kepada empat kelas dan melibatkan dua hari
dalam seminggu.

Kelemahan Program
Daripada temu bual dengan pentadbir dan guru-guru, beberapa kelemahan telah
dikenalpasti, iaitu;

118 Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)

a. Kehadiran murid hanya tinggi pada hari Selasa kerana program diadakan
pada hari tersebut.

b. Jangkamasa program terlalu singkat, iaitu hanya 16 minggu.
c. Program hanya menawarkan dua bidang kemahiran sahaja.

RUMUSAN DAN REFLEKSI
­
Faktor utama kejayaan program PIMA adalah faktor sumber manusia, iaitu aspek
kerjasama dan kesefahaman antara kepimpinan dan pengurusan sekolah dengan
guru-guru serta jalinan dan jaringan luar yang mantap.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pada Akhir fasa ini, murid-murid yang terlibat akan memiliki sijil penyertaan dan
yang berminat boleh melanjutkan kemahiran di peringkat Diploma kelak. Antara
cadangan penambahbaikan yang disyorkan bagi projek ini ialah;

a. Memperluaskan pelaksanaan program ke semua kelas aliran kemanusiaan
untuk mengekalkan momentum kehadiran dan meningkatkan disiplin murid.

b. Melaksanakan program sepanjang tahun dengan jadual yang lebih kerap.
c. Menawarkan pelbagai bidang kemahiran yang lain seperti kemahiran

dandanan, solekan, elektronik, dan sebagainya.
d. Menyediakan tabung/bantuan kewangan kepada murid-murid yang kurang

berkemampuan dari segi kewangan.

RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMA.
KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017

3. Mohd Salleh Bin Mahat.(2004) Perkongsian Dalam Pendidikan – Fokus Di
Sekolah – Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004.

4. Majalah Pendidik. (Mei 2017). Pengiktirafan Sekolah dan Pengorbanan Guru.

5. Uma Sekaran. (2002). A Skill-Building Approach 4th. Edition. New Jersey
John Willy & Son

6. www.free-management-ebooks.com/news/plan-do-check-act

7 . h t t p s : / / w w w. re s e a rc h g a t e . n e t / p u b l i c a t i o n / 3 1 / 3 1 7 0 8 0 3 3 4 T- T R A C E
MENINGKATKAN KEHADIRAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 4

~12~
WE LOVE U, STAY HERE

Mohd Amin Bin Harun
Pengetua SMK Kompleks Padang Jambu, Dungun, Terengganu.

Dr. Akma Binti Abd Hamid,
emel: [email protected]

Euis Mariani Binti D. Koswara,
[email protected]

ABSTRAK

Kemenjadian murid yang menjadi fokus utama pendidikan di sekolah boleh dicapai
dengan memastikan setiap murid berpeluang mendapat pendidikan di sekolah. Ini
bermakna murid perlu berada dalam rekod daftar sekolah bukan dikeluarkan daripada
rekod seperti digantung atau dibuang sekolah. Melalui analisi rekod murid, didapati
murid yang dikeluarkan daripada rekod daftar sekolah bagi SMKKPJ bagi tahun 2016
dan 2017 adalah membimbangkan. Berikutan itu, satu projek yang diberi nama We Love
U, Stay Here telah dilaksanakan. Objektif utama projek ini dilaksanakan adalah untuk
mengurangkan peratus murid yang dikeluarkan dari rekod daftar sekolah di SMKKPJ.
Enam intervensi telah diaplikasikan kepada 125 murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Hasil projek We Love U, Stay Here ini telah memberi impak kepada murid-murid tersebut
di mana 115 murid berjaya dikekalkan dalam daftar sekolah sehingga Ogos 2018. Hasil
daripada intervensi yang dijalankan didapati terdapat penurunan bilangan dan peratus
murid yang dikeluarkan daripada daftar sekolah berbanding dalam tempoh yang sama
bagi tahun 2016 dan 2017.

Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, unit bimbingan dan
kaunseling

PROFIL SEKOLAH

Pada mula pembukaan sekolah ini, iaitu pada 17 Ogos, 2014 empat orang Caretaker
telah ditempatkan untuk menguruskan pentadbiran di sini. Mereka adalah terdiri
daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sekolah ini
mula menerima seorang Pengetua ialah pada 21 Oktober, 2014. Selepas setahun
sebulan diurustadbir oleh Pengetua tersebut, Pengetua baharu En. Mohd Amin Bin
Harun mula melapor diri ke sekolah ini pada 2 Februari, 2016. Pada waktu Pengetua
melapor diri sekolah ini mempunyai 43 orang guru, 449 orang murid (data 31
Januari 2016), enam orang Anggota Kumpulan Pelaksana, empat orang pengawal
keselamatan dan tujuh orang pekerja swasta menjadikan jumlah kesemuanya 509
anggota semuanya. Ini adalah sekolah Gred B kategori Luar Bandar.

120 We Love U, Stay Here

Enrolmen murid berakhir pada 31 Disember, 2017 ialah seramai 415 orang.
Jumlah murid yang telah dikeluarkan daripada pendaftaran pada tahun 2017 ialah
seramai 39 orang (9.4%), di mana 35 orang (8.4 %) murid telah dikeluarkan
daripada sekolah atas sebab ketidakhadiran dan empat orang (1.0%) atas sebab kes
disiplin. Namun pada tahun 2018 terdapat 125 orang murid yang kerap tidak hadir
ke sekolah dan jika tidak ditangani dengan segera mereka berpotensi dikeluarkan
daripada pendaftaran sekolah. Oleh itu, satu pasukan gerak kerja (task force) telah
dibentuk untuk memastikan murid-murid ini masih kekal di sekolah. Maka hasil
daripada gerak kerja ini kami telah membentuk satu projek yang diberi WE LOVE
U, STAY HERE bagi menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

MENGENAL PASTI ISU

Sememangnya isu ketidakhadiran yang membawa kepada murid dikeluarkan dari
rekod daftar sekolah merupakan sesuatu yang sangat membimbangkan di sekolah
ini. Antara faktor yang menyebabkan peratus kehadiran di sekolah ini kurang
memuaskan adalah kerana murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini pada
awalnya adalah yang telah sedia mempunyai masalah disiplin dan ketidakhadiran
sewaktu di sekolah lama. Bilangan murid yang dikeluarkan daripada pendaftaran
sekolah melebihi 5% pada tahun 2017. Masalah utama yang dihadapi sekolah ialah
kadar ponteng atau ketidakhadiran yang tinggi, yakni purata 16% sehari ataupun
kehadiran murid ke sekolah belum mencapai sasaran 90% seperti yang ditetapkan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

MATLAMAT PROJEK

Projek ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bilangan murid yang dikeluarkan
daripada pendaftaran sekolah.

Objektif:

Melalui projek ini, objektif yang hendak dicapai ialah;
i. Meningkatkan kesedaran murid untuk hadir ke sekolah
ii. Meningkatkan bilangan murid hadir ke sekolah
iii. Mengurangkan bilangan murid yang dikeluarkan daripada pendaftaran

sekolah

Analisis Persekitaran

Hasil tinjauan persekitaran dalam dan luar sekolah merumuskan bahawa pasukan
kerja adalah dalam kalangan guru yang berpengalaman lama, namun para ibu bapa
dan waris masih ramai (16%) yang kurang prihatin atau melibatkan diri dalam
aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah. Pada masa yang sama, hubungan
sekolah dengan komuniti setempat adalah baik di mana banyak program disokong
pihak luar. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit yang agak berleluasa
menjadikan punca budaya bangun lewat dalam kalangan murid-murid yang
mengakibatkan kelewatan atau ketidakhadiran ke sekolah.

We Love U, Stay Here 121

Punca masalah
Berdasarkan soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan terhadap 125 orang
murid yang terlibat, antara faktor yang berkait rapat dengan masalah ponteng
ialah faktor keluarga dan diri murid sendiri. Faktor keluarga merangkumi kes-kes
perceraian dan kurang kecaknaan tentang kepentingan hadir ke sekolah. Manakala
faktor diri sendiri adalah daripada sikap murid itu sendiri yang malas dan kurang
berminat terhadap pelajaran. Antara pelan pembangunan kendiri yang telah
dilaksanakan ialah;
i. Menyediakan hadiah galakan untuk murid yang mempunyai kehadiran penuh

selama setahun.
ii. Menyediakan hadiah galakan untuk setiap kelas bagi kehadiran terbaik setiap

bulan.
iii. Program memotivasi murid oleh pengurusan sekolah, kaunselor dan

penceramah jemputan-penyuburan kendiri murid.
iv. Mempamerkan gambar pelajar yang hadir penuh setiap bulan.
v. Memperkasakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Langkah Mengenal Pasti Punca Masalah Ketidakhadiran dan Disiplin Murid
Menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Alat Sebab-Akibat)

Rajah 12.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa

122 We Love U, Stay Here

PELAKSANAAN

Projek diberi nama WE LOVE U, STAY HERE yang mefokuskan kepada enam
intervensi, iaitu;

i. Lawatan Cakna

PERSONAL • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Guru Kelas
• Ahli Jawatan Kuasa PIBG/MPKK (Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung)

DESKRIPSI • Guru Kelas mengenal pasti murid mempunyai rekod
kehadiran yang tidak memuaskan.

• Guru kelas telah menguruskan surat-surat amaran mengikut
prosedur.

• Guru Bimbingan dan Kaunseling mendapat maklumat
daripada guru kelas dan juga daripada surat-surat amaran
yang telah dikeluarkan.

• Guru Bimbingan dan Kaunseling menguruskan jadual
lawatan dan dokumen untuk ke rumah murid berkenaan.

• Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Guru Kelas/GPK
HEM/AJK PIBG/MPKK menziarahi rumah murid untuk
intervensi agar murid hadir semula ke sekolah.

• Guru Bimbingan dan Kaunseling meneruskan intervensi
(sesi kaunseling) kepada murid berkenaan apabila mereka
kembali semula ke sekolah.

ii. Jom Ke Sekolah

PERSONAL • Pengurusan Sekolah
• Guru Bertugas Mingguan
• Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Guru Kelas
• PIBG/MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti)
• Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

DESKRIPSI SAMBUTAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH PADA
SETIAP HARI
• Jadual pihak pengurusan dan Guru Bertugas Mingguan

menyambut kehadiran murid ke sekolah setiap hari.

We Love U, Stay Here 123

• Hadiah kehadiran murid. Guru Bimbingan dan Kaunseling
bersama Pembimbing Rakan Sebaya mendapatkan data
(melaluiAPDM) untuk peratus kehadiran kelas terbaik setiap
bulan dan peratus kehadiran murid (individu) dua kali setiap
tahun.Majlis penyampaian hadiah peratus kehadiran terbaik
(kelas) pada waktu perhimpunan rasmi sekolah diadakan

setiap dua bulan sekali. Hadiah wang tunai kepada Johan
dan sijil penghargaan kepada Naib Johan dan Tempat
Ketiga (sumbangan PIBG). Senarai peratus kehadiran kelas
terbaik setiap bulan dipaparkan di papan kenyataan Unit
Bimbingan dan Kaunseling.

iii. Cakna Ibu Bapa

PERSONAL • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Guru Kelas

DESKRIPSI • Ibu bapa/penjaga setiap murid yang dikeluarkan surat
amaran atas sebab ketidakhadiran dijemput ke sekolah
untuk konsultasi ibu bapa bersama GPK Hal Ehwal Murid/
Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk diberi bimbingan
agar anak terus hadir ke sekolah. Setiap kehadiran direkod
dan dicatat serta perkembangan anak mereka dipantau oleh
guru kelas.

• Ibu bapa yang tidak dapat hadir akan dihubungi melalui
panggilan telefon/sms/aplikasi whatsapp, untuk terus
dipantau mengenai perkembangan anak-anak mereka agar
terus hadir ke sekolah.

iv. Seminar Keibubapaan

PERSONAL • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Setiausaha Unit Hal Ehwal Murid
• Ahli Jawatankuasa PIBG

DESKRIPSI • Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama PIBG mengadakan
satu seminar untuk konsultasi ibu bapa berkenaan isu murid
yang tidak hadir ke sekolah. Jemputan fasilitator daripada
pihak luar diharapkan mampu menyuntik motivasi dan
kesedaran kepada ibu bapa bagi menggalakkan murid untuk
terus hadir ke sekolah.

124 We Love U, Stay Here

v. Mentoring PRS

PERSONAL • Guru Bimbingan dan Kaunselingg
• Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

DESKRIPSI • Dua orang Mentor Pembimbing Rakan Sebaya membimbing
setiap seorang murid mentee yang dikenalpasti tegar tidak
hadir sekolah, yang ditempatkan mengikut kelas atau
tingkatan yang sama.Mentor membina kepercayaan murid
senang berkongsi maklumat dengan sesama rakan sebaya
dan PRS serta beretika menyimpan rahsia.

• Pembimbing Rakan Sebaya akan melaporkan perkembangan
mentee kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk
intervensi seterusnya.

vi. CAKNA PPS (PDRM)

PERSONAL • GPK Hal Ehwal Murid
• Guru Disiplin

DESKRIPSI • KPJ ditempatkan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah
dari PDRM (IPD Dungun) iaitu yang juga mantan ketua
jurulatih Program Remaja Berwawasan bawah NBOS 2017.

• Guru disiplin merangka jadual dan aktiviti pertemuan
bersama PPS berkenaan isu disiplin dan untuk tahun 2018
lebih berfokus kepada isu kehadiran ke sekolah.

Tempoh Pelaksanaan

Projek WE LOVE U, STAY HERE telah dilaksanakan bermula Januari hingga
Ogos 2018. Pelaksanaan Program ini dapat dilaksanakan seperti dalam carta Gantt
di bawah.

Jadual 12.1: Carta Gantt Projek “We Love U, Stay Here”

Bil. Perkara J FMAM J J OS
AE A P E UUGE
1. Menubuhkan Jawatan Kuasa NB C R I NLOP
pelaksana
ST
2. Taklimat pelaksanaan
3. Mengenal pasti isu

We Love U, Stay Here 125

4. Bengkel Sumbang Saran
5. Menjalankan kaji selidik
6. Program-program intervensi
7 Penambahbaikan program intervensi
8. Memantau peratus kehadiran
9. Memantau perjalanan projek
10. Mengumpul dan menganalisis data
11. Mengemaskini data
12. Menyediakan bahan pembentangan

dan pameran

PENILAIAN DAN IMPAK

Berdasarkan data yang diambil daripada Januari hingga Ogos 2018 dan dibandingkan
dengan data lalu, memberikan gambaran yang positif. Hasil dari pelbagai program
dan inisiatif yang telah diambil sekolah sejak awal tahun 2018, menampakkan
kesan positif terhadap disiplin murid-murid di sekolah ini. Peratus murid yang
dikeluarkan dari sekolah atas sebab ponteng menurun dengan signifikan iaitu 2.2%
pada 2018 berbanding 4.4% pada tahun 2016. Pada masa yang sama peratus murid
yang dikeluarkan atas sebab disiplin juga menurun daripada 1.9% pada 2016,
kepada hanya 0.3% pada tahun 2018. Secara keseluruhan, hanya 2,5% sahaja
murid yang dikeluarkan daripada sekolah pada 2018 berbanding 6.3% pada 2016.
Ini menunjukkan intervensi dan langkah-langkah yang diambil berjaya mencapai
matlamatnya dan mengekalkan murid yang berada dalam pendaftaran sekolah.
Impak daripada intervensi ini diharap dapat melahirkan murid yang ‘menjadi’
dalam pembelajaran mahupun sahsiah.

RUMUSAN

We Love U, Stay Here merupakan salah satu projek intervensi Sekolah Menengah
Kebangsaan Kompleks Padang Jambu (SMKKPJ) bagi mengurangkan kadar murid
yang dikeluarkan daripada daftar sekolah pada tahun 2018. Pelbagai tindakan telah
dilaksanakan sekolah di peringkat perancangan meskipun pelbagai halangan juga
dihadapi termasuk kekurangan kepakaran, dana dan kesuntukan masa.

Pengurusan berdasarkan objektif yang diamalkan menjadi lebih cekap kerana
setiap program yang dijalankan mempunyai objektif yang khusus dan juga harapan
kemenjadian program tersebut. Pihak sekolah juga turut mempunyai hala tuju yang
didokong bersama oleh semua warga sekolah untuk memajukan sekolah. Kejayaan
program adalah bergantung kepada sokongan semua pihak terhadap kepimpinan
sekolah dan mempunyai wawasan yang jelas serta mempunyai semangat dedikasi
yang tinggi.

~13~
PROJEK ADEWIRA
(ANDA LEWAT KAMI RAWAT)

Mohd Razali Bin Sidek
Pengetua SMK Kompleks Tembesu

Dr. Akma Binti Abd Hamid,
emel: [email protected]

Euis Mariani Binti D. Koswara,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Isu murid datang lewat ke sekolah (31.0 %) pada bulan Januari 2018 amat membimbangkan
di SMK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus. Kehadiran lewat ke sekolah berdasarkan
takrifan melebihi jam 7.30 pagi pada hari persekolahan. Berdasarkan soal selidik yang
dijalankan, kelewatan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, tindakan
segera perlu diambil bagi mengurangkan kes murid yang datang lewat ke sekolah melalui
Projek ADEWIRA (Anda Lewat Kami Rawat). Intervensi dijalankan terhadap 30 orang
murid-murid tegar yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan lapan murid perempuan yang
kekerapan lewat melebihi sembilan kali sepanjang bulan Januari hingga Mac. Intervensi
dilaksanakan melalui lapan tindakan atau inisiatif. Hasilnya, berlaku perubahan tingkah
laku sepanjang bulan April hinga Jun (Fasa 2) ke atas 25 daripada 30 orang murid yang
mengikuti program ini.

kata kunci: pengurusan hal ehwal murid kehadiran, interversi dan inisiatif

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Bagi menampung pertambahan murid-murid di SMK Gong Badak dan Bukit
Tunggal, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
untuk membina sebuah sekolah yang baharu. Hasilnya pada tahun 2011, KPM
telah meluluskan permohonan untuk membina sekolah menengah kebangsaan
baharu, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu, Kuala Nerus.

Sekolah menengah harian biasa ini memulakan sesi persekolahan pertama
pada 3 Ogos, 2014. Kumpulan murid pertama mendaftar seramai 203 orang untuk
ditempatkan di dalam dua buah kelas Tingkatan Empat, tiga buah kelas Tingkatan
Dua dan tiga buah kelas Tingkatan Satu. Seramai 18 orang guru, seorang kaunselor,
tiga orang pentadbir dan lima staf sokongan ditempatkan di sekolah ini. Pada
ketika ini, SMK Kompleks Tembesu mempunyai bilangan guru seramai 53 orang
dan tujuh orang AKP. Bilangan murid pula seramai 575 orang dengan bilangan
kelas sebanyak 24 buah.

Projek Adewira (Anda Lewat Kami Rawat) 127

MENGENAL PASTI ISU

Kedudukan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2015 adalah yang tercorot di
Terengganu, iaitu 7.41. Pada tahun 2016, Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat
ke 6.50% dan seterusnya kepada 6.23% pada 2017. SMK Kompleks Tembesu
berjaya mendapat Anugerah Lonjakan Terbaik SPM 2016 bagi daerah Kuala Nerus
dan seterusnya pada 2017 mendapat Anugerah Lonjakan Terbaik SPM 2017 dari
68.0% ke 90.7%.

Berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), sepanjang tahun 2017,
salah laku ponteng adalah yang tertinggi, iaitu 1543 kes diikuti kes datang lewat
sebanyak 1069 kes seterusnya kekemasan diri sebanyak 89 kes. Secara purata,
20% murid-murid datang lewat setiap bulan. Pada masa yang sama, 30% murid-
murid gagal mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu menyebabkan gagal
mendapat sijil SPM. Berdasarkan maklumat tersebut, isu kritikal yang dipilih
untuk diselesaikan melalui program ini ialah kes datang lewat.

Objektif Umum

Bagi mengatasi masalah murid datang lewat ke sekolah melalui pelaksanaan
projek intervensi dan seterusnya dapat mengurangkan bilangan murid yang datang
lewat ke sekolah.

Objektif Program

1. Menimbulkan kesedaran murid tentang kepentingan datang awal.
2. Membantu murid melalui sesi kaunseling dan program kesedaran yang dapat

meningkatkan motivasi untuk dating awal ke sekolah.
3. Meningkatkan kehadiran murid datang awal ke sekolah.

Tinjauan Masalah

Pemerhatian awal melalui analisis data borang kehadiran lewat yang dicatat oleh
pengawas dan guru bertugas pada setiap hari bermula dari bulan Januari hingga
Mac 2018. Analisis kehadiran lewat mendapati seramai 30 responden tegar datang
lewat melebihi sembilan kali. Maklumat telah dikumpul melalui rekod dan soal
selidik yang diedarkan kepada 30 orang murid-murid ini. Rumusan soal selidik
mendapati bahawa 77.6% murid-murid datang lewat ke sekolah kerana malas,
73.3% disebabkan oleh tidur lewat. 70% kurang motivasi. Soalan sama telah
diberikan kepada murid-murid selepas program tamat. Analisis persekitaran dalam
dan luar sekolah (SWOT) mendapati;

128 Projek Adewira (Anda Lewat Kami Rawat)

i. Tiga orang guru bepengalaman mengurus sekolah.
ii. Guru-guru mempunyai aktiviti kebersamaan.
iii. Pelaksanaan PAK21 dalam bilik darjah berdasarkan Standard 4 Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) masih rendah.
iv. Jarak sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Nerus adalah berdekatan

(1.5km).
v. Jalinan kerjasama dengan pihak universiti berhampiran (UNIisZA, UMT,

OUM).
vi. Bantuan kewangan dan sokongan daripada PIBG dan Penyelaras Pembangunan

Parliman Kuala Nerus.
vii. Budaya lepak di kedai kopi berdekatan sekolah.

Intervensi Projek ADEWIRA

i. Pembangunan Guru
Guru diberikan peneguhan untuk bertugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab
melalui kursus yang berkaitan peranan guru dalam melaksanakan tugas dengan
amanah. Antaranya Kerja Sebagai Ibadah, Budaya Kerja Positif dan Integriti
Seorang Guru.

ii. Skuad Unit ‘Cakna Awal’
Pengawas bertugas merekod kehadiran murid yang datang lewat melepasi 7.30
pagi pada hari persekolahan. Murid dikumpul untuk sesi tazkirah ringkas setiap
pagi oleh guru bertugas untuk memberikan kesedaran serta bertanyakan masalah
yang dihadapi. Peneguhan positif diberikan secara berterusan dan konsisten oleh
pengurusan sekolah serta guru bertugas mengikut jadual.

iii. Skuad Belaian Kaunseling Kelompok
Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi suntikan motivasi melalui belaian
kaunseling’ secara berterusan melalui sesi kaunseling kelompok. Aktiviti bacaan
Yaasin, berdoa dan mencabar pemikiran murid dengan mengatakan “apakah
peranan aku sebenarnya.” Guru Kaunselor menggunakan kemahiran memujuk
agar murid mempunyai tahap pemahaman dan kesedaran yang tinggi terhadap
peranannya sebagai seorang murid di sekolah. Rekod tingkah laku dicatat bagi
setiap murid terlibat untuk melihat perubahan sikap yang berlaku.

iv. Skuad Sahsiah Positif
Murid yang datang lewat ke sekolah pada setiap hari akan dikumpulkan selepas
solat zohor berjemaah untuk diberikan tugasan. Murid diberikan bahan dan modul
agar mereka mendapat suntikan motivasi untuk mengetahui hala tuju mereka ke
sekolah. Bacaan Surah Juzuk Amma. Adalah aktiviti kerohanian untuk membina
akhlak dan sahsiah yang positif. Murid terlibat dikehendaki menghafal dan
membaca Surah Juzuk Amma di hadapan pihak pengurusan pada masa yang
dijadualkan.

Projek Adewira (Anda Lewat Kami Rawat) 129

v. Pembimbing Rakan Sekampung
Sebilangan murid yang mempunyai daya kepimpinan bagi setiap kampung telah
diberikan tugasan membimbing murid datang lewat dan setiap Pembimbing
Rakan Sekampung (PRS) akan diselia oleh empat orang guru, iaitu dua orang
guru Bimbingan dan Kaunseling serta dua orang guru disiplin. Aktiviti berbentuk
membiming sesama rakan supaya datang awal ke sekolah. Pembimbing Rakan
Sekampung (PRS) akan melaporkan perubahan tingkah laku ahlinya kepada guru
penyelia pada setiap minggu. Kaedah pelaksanaan bergantung kepada keupayaan
Pembimbing Rakan Sekampung (PRS) melaksanakan tugas terhadap rakan
sekampungnya.

vi. Skuad ‘Kami Sayang Anda’
Apabila kelompok murid yang kebiasaannya lewat ke sekolah menampakkan
perubahan, mereka akan diberikan penghargaan berbentuk sijil, hadiah, makan
percuma dan seumpamanya. Hasilnya pada bulan Jun 2018, seramai 25 daripada
30 orang murid telah berjaya datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi secara
berterusan. Pemantauan terhadap 30 orang murid-murid ini diteruskan sehingga
akhir tahun.

vii. Skuad KUDAP: Ku Dapat Makan Percuma
Murid yang menunjukkan peningkatan dan hadir awal akan diberikan peneguhan
positif melalui kupon makan percuma sekiranya dapat hadir awal (April hingga
Jun). Mereka akan diberi makan percuma di kantin sekolah pada waktu rehat. Nilai
bagi setiap kupon adalah berjumlah RM 5.00.

viii. Skuad ‘Ku Cergas’
Peluang penyertaan sebagai ahli latihan silat telah diberikan kepada murid
yang menunjukkan perubahan tingkah laku untuk hadir awal. Latihan diadakan
pada sebelah petang dikendali guru bertugas seminggu sekali. Aktiviti silat
merupakan acara baharu diperkenalkan yang merupakan daya tarikan untuk murid
menyertainya.

PENILAIAN/ IMPAK PROGRAM

Kesan daripada pelbagai tindakan yang dijalankan dalam Projek ADEWIRA (Anda
Lewat Kami Rawat) ternyata bahawa 30 orang murid-murid yang tegar lewat
dapat dikurangkan. Perubahan sikap dapat dilihat melalui analisis perbandingan
10 Soalan Pra Dan Pasca Soal Selidik yang telah dibuat oleh Kaunselor sekolah.

130 Projek Adewira (Anda Lewat Kami Rawat)

Jadual 13.1: Analisis Perbandingan Punca Murid Datang Lewat

Bil. Perkara (Praujian) (Pascaujian)
Bil. Murid Bil. Murid

1 Bangun lewat setiap pagi. 14 10

2 Tidur lewat lebih 12 tengah malam. 22 11

3 Bermain gajet setiap malam. 21 13

4 Ambil masa siapkan diri ke sekolah. 72

5 Kurang bermotivasi hadir ke sekolah. 21 3

6 Kurang berminat datang awal ke sekolah. 5 4

7 Terpaksa atau dipaksa hadir ke sekolah. 31

8 Malas untuk datang awal ke sekolah. 23 6

9 Tiada siapa peduli dan cakna. 20 8

10 Memang sengaja datang lewat ke sekolah. 10 2

Ternyata pelbagai aktiviti pemantauan dan penghargaan di sekolah sebegini
boleh mendorong murid agar dapat datang awal setiap pagi. Punca tertinggi, iaitu
malas untuk datang awal ke sekolah dapat dikurangkan daripada 23 kes kepada
enam kes sahaja. Begitu juga bagi kes tidur lewat lebih 12.00 tengah malam dan
bermain gajet setiap malam telah menurun kurang separuh kepada 11 kes dan 13
kes masing-masing.

RUMUSAN DAN REFLEKSI

Projek ADEWIRA (Anda Lewat Kami Rawat) melalui pelbagai tindakan telah
memperlihatkan kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan kes murid datang
lewat ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Dengan sasaran kepada 30 orang
murid tegar, ternyata berlaku penurunan ketara kes salah laku berkenaan. Secara
langsung, intervensi telah juga membantu murid daripada tertinggal pembelajaran
mata pelajaran waktu pertama serta makluman daripada pihak sekolah dalam
perhimpunan yang diadakan pada setiap pagi. Namun, peranan dan kerjasama ibu
bapa, khususnya kepada murid tegar yang datang lewat ke sekolah sangat dituntut
agar pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kejayaan
Projek ADEWIRA boleh dilihat melalui perubahan sikap dan tingkah laku murid-
murid di mana mereka kini lebih berminat untuk hadir ke sekolah kerana terdapat
pelbagai aktiviti serta penghargaan yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada
masa yang sama pemantauan ketat oleh pihak pengurusan sekolah serta bimbingan
rakan sebaya juga memberikan kesan yang positif. Adalah diharapkan budaya
dan keadaan sebegini dapat berterusan di sekolah ini dan seterusnya membantu
membangunkan sekaligus prestasi akademik sekolah.

KERTAS-KERTAS
PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN TAHUN 2018
TEMA 3: PENGURUSAN ORGANISASI,
SUMBER MANUSIA DAN HAL EHWAL
MURID



~14~

MINDS IN THE MAKING

Hj Nik Suhaimi Bin N.Mat
Pengetua SMK Long Gafar 2

Kota Bharu, Kelantan

Hamazah Bin Saad,
[email protected]

Hamizi Bin Osman,
[email protected]

ABSTRAK

Pengetua sebagai pemimpin di sekolah seharusnya berupaya membawa perubahan yang
mana satu usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi melonjakkan sekolah melalui
perubahan iklim sekolah secara holistik. Tuntutan tersebut memerlukan komitmen yang
tinggi selari dengan Anjakan Lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai
peneraju baharu di Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) dengan pelbagai kekurangan dan
ketidaklengkapan kemudahan asas ,pemantapan kefahaman terhadap visi dan misi sekolah
adalah menjadi matlamat utama. Matlamat itu disokong dengan memperkenalkan slogan
baharu, ‘Minds In The Making’ agar hala tuju perubahan yang hendak dicapai lebih
jelas dan difahami oleh setiap warga sekolah dan komuniti setempat. Semoga Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 tidak lagi dibayangi oleh angka “dua” nya, tetapi
dilihat pada kedudukannya yang mampu berada setaraf dengan sekolah tersohor yang
lain.

Kata kunci: pengurusan sumber manusia, budaya kerja, mind set

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 yang terletak berhampiran dengan
sekolah tersohor lain sememangnya mewujudkan satu persepsi atau stigma bahawa
sekolah ini hanya penyelesaian kepada pelbagai masalah yang membendung
sekolah lain tanpa diberi keyakinan untuk membina kecemerlangan tersendiri.
Maka, sebagai pengurus dan pemimpin Sekolah Berprestasi Rendah (SBR),
peranan yang perlu dimainkan amat mencabar yang memerlukan kebolehan dan
keupayaan yang tinggi dalam merubah minda warga menuju matlamat perubahan
total. Berpandukan suatu diagnosis secara Analisis SWOT bagi mengenal pasti
isu yang timbul serta peluang yang ada, maka, pengetua bersama dengan barisan
pentadbir mengambil keputusan secara konsesus dengan membawa satu slogan
baru iaitu Minds In The Making. Kami amat mengharapkan bahawa slogan ini akan
membina semula budaya kerja baharu dan pemikiran baharu dengan menetapkan
hala tuju sekolah yang akan dibina dan dikongsi bersama warga sekolah. Dengan
mengambil kira saranan yang dikemukakan oleh The Select Committee on Equal
Education Opportunity of the United States’s Senate tahun 1979 yang mengatakan;

134 Minds In The Making

“Dalam banyak hal, pengetua adalah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada
sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dan moral guru serta
darjat keprihatinan terhadap masa depan murid. Pengetua juga merupakan
penghubung utama antara sekolah dan komuniti.”

Maka pengetua mengambil tanggungjawab ini, dengan membetulkan urus
tadbir sekolah seterusnya mengambil segala peluang yang ada secara optima dalam
usaha melihat perubahan ke arah yang lebih baik berlaku secara menyeluruh.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 terletak di pinggir bandar Kota
Bharu, iaitu di Kubang Kerian. Di sekitarnya terdapat beberapa sekolah yang lain
yang sudah tersohor dalam kalangan seantero komuniti setempat seperti Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah
Yayasan Islam Kelantan (Al Kauthar dan Taqaddum Ilmi). Jumlah muridnya ialah
485 orang dari kalangan penduduk sekitar yang berlatar belakang sosio ekonomi
yang menggabungjalinkan kakitangan kerajaan, peniaga pasar malam, buruh dan
lain-lain. Murid-muridnya pula datang daripada sekolah saluran dan bukan saluran,
iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Keling, Sekolah Kebangsaan Peringat,
Sekolah Kebangsaan Long Gafar dan Sekolah Kebangsaan Padang Mokan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 mula menerima pendaftaran
murid pada 16 November, 2011. Sesi persekolahan bermula pada 1 Januari
2012 dengan seramai 105 orang murid Tingkatan 1 yang diambil dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar diserap masuk ke Tingkatan 1 Akik, 1 Berlian
dan 1 Cempaka.

Pengetua pertama, iaitu Datin Tuan Maznah Binti Tuan Ibrahim (16 Disember,
2011 hingga 27 Disember, 2012) dan lapan orang guru mendaftar pada tarikh
tersebut. Pada 28 Disember 2015, Puan Hajjah Noor Azlina Binti Omar menjadi
Pengetua selama setahun berakhir pada 25 Disember, 2016. Pada 26 Disember
2016, Tn Hj Nik Suhaimi Bin Nik Mat mula melaporkan diri untuk bertugas
sebagai Pengetua di sekolah ini sehingga kini.

Pada hari pertama bertugas di SMK Long Gafar 2, jumlah muridnya seramai
484 orang murid dan jumlah guru termasuk Pengetua ialah seramai 52 orang guru,
Pembantu Tadbir N17 seorang, Pembantu Am pejabat seramai dua orang dan
Pembantu Makmal C17/22 seramai tiga orang staf.

Pada tahun 2013, sekolah berada pada kedudukan Band 6 kemudian melonjak
ke Band 4 pada tahun 2014 sebelum merudum semula kepada Band 6 semula pada
tahun 2015.

Minds In The Making 135

MOTO SEKOLAH
“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”
FALSAFAH SEKOLAH
Murid yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai perkembangan yang
seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Oleh itu, murid di sekolah
ini diberi peluang untuk mengembangkan keempat-empat aspek tersebut. Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 mempunyai pendidik yang memiliki
kebolehan ikhtisas dan berkeupayaan untuk memberi pendidikan yang lengkap
dan berkualiti bagi memajukan murid sekolah ini.
PENYELESAIAN BERDASARKAN AMALAN TERBAIK: MINDS IN THE
MAKING.

Rajah 14.1: Kerangka Minds In The Making
Pengetua dan warga sekolah telah membuat satu ketetapan bagi menyelesaikan
isu yang timbul secara bersepadu dengan membawa satu slogan baharu Minds In
The Making. Hal ini banyak menjurus kepada isu sikap dan mindset. Pengurusan
Sumber Manusia sebenarnya satu aspek pengurusan yang terlalu mencabar dan
memerlukan satu sentuhan yang luar biasa kerana kita berdepan dengan tiga

136 Minds In The Making

kategori pemikiran manusia, iaitu;

a. Golongan yang berfikiran negatif.
b. Golongan yang hendak berubah.
c. Golongan yang sukar diubah.

Maka, rasional Minds In The Making ialah satu usaha membina semula
budaya kerja baharu dan pemikiran baharu dengan menetapkan hala tuju sekolah
yang dibina dan dikongsi bersama warga sekolah.

Minds In The Making diharapkan dapat menjana perubahan holistik akan
berlaku kepada tiga golongan di atas secara lebih positif. Minds In The Making
juga cuba membuat re-setting kepada tiga golongan terpenting dalam di Sekolah
Menengah Kebangsaan Long Gafar 2, iaitu mindset;

a. Guru
b. Pelajar
c. Komuniti

Pendekatan ini bermula dengan penghargaan kepada tenaga pengajar.
Pemerkasaan Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKT) dengan membuat
penstrukturan semula Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKT) dan
memperkenalkan beberapa inovasi seperti Program Sambutan Hari Jadi warga
sekolah dibuat setiap bulan secara berterusan, Hari Keluarga, pot luck secara
berkala diadakan, program bulanan sembahyang berjemaah dan sembahyang hajat
di surau sekolah. Program ini walaupun, sudah biasa dibuat oleh sekolah lain tetapi
dalam konteks Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2, secara lokalitinya
amat berkesan kepada warga Long Gafar 2 dan sudah tentu solidariti warga Long
Gafar 2 dapat diperkukuhkan dan kejelekitan antara warganya akan dapat dibina.

Minds In The Making cuba membuat fokus secara personal deep kepada setiap
guru dengan memperkenalkan program Bicara Intelek. Setiap guru akan dipanggil
oleh Pengetua untuk merealisasikan ‘Profesional talk’ ini secara santai dan dibuat
sebanyak tiga kali setahun. Persoalan personal, keluarga dan profesionalisme akan
disentuh dalam Bicara Intelek. Atas kesedaran bahawa kejayaan sesuatu organisasi
itu bermula daripada rumah dan penyelesaian masalah personal guru diharap dapat
memberi kelegaan fikiran kepada guru untuk bekerja secara lebih fokus, ikhlas dan
beramanah.

Re-setting ini juga berfokus untuk pembangunan minda guru melalui program
Latihan Dalam Perkhidmatan sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian
Pendidkan Malaysia dibuat secara berkala dengan menekankan tajuk terkini
seperti Pembelajaran Abad Ke-21, VLE-Frog dan lain-lain yang diadakan secara
kolaboratif dengan pihak pakar, sama ada daripada JPN, PPD, SIP + dan SIC+.

Minds In The Making 137

Bukan itu sahaja, proses re-setting minda guru juga dilazimi dengan Pengetua
memulakan setiap kali mesyuarat dan perjumpaan guru “Slot Tazkirah” dengan
mengambilkira nilai-nilai yang baik untuk dijadikan amalan dalam budaya kerja
warga LG2. Hari Ahad dipilih untuk program Morning Prayer. Masa yang diambil
selama 10-15 minit dirasakan begitu memberi impak kepada semua warga kerana
hari Ahad adalah hari permulaan kerja mingguan. Pengetua juga mengamalkan
konsep kepimpinan melalui teladan dengan kehadiran paling awal ke sekolah dan
pulang paling lewat.

Bagi murid, aspek motivasi dan daya saing dititikberatkan bagi menjayakan
semula aspek kemenjadian murid yang senantiasa berjuang untuk berjaya. Dalam
konteks ini, kita amat memerlukan peranan Pengetua, Pentadbir Dan Kaunselor
dalam usaha menyemarakkan lagi keinginan murid untuk berjaya, semangat untuk
bersaing dengan murid sekolah lain yang telah berjaya. Ciri sebagai ‘motivator’
perlu ada pada Pengetua, Pentadbir Dan Kaunselor Sekolah.

Aspek disiplin dan kemenjadian murid ini amat dititikberatkan kerana
menyedari wujud korelasi yang besar antara kejayaan akademik dengan disiplin
murid. Penghargaan terhadap murid diberi perhatian yang istimewa, iaitu murid
yang cemerlang akademik dan sahsiah diberi sumbangan biasiswa, Anugerah
Sahsiah Terpuji, sarapan bersama Pengetua untuk kelas yang kehadiran 100%
bulanan , Anugerah Kelas Terbaik, Program Gading Emas, kunjungan pentadbir
ke rumah murid cemerlang dengan membawa buah tangan, Program Kelas Malam
,Program Kelas Mutiara Dan Kelas Elit.

Fokus untuk komuniti turut diberi perhatian bagi mengubah persepsi negatif
komuniti terhadap sekolah selama ini. Persepsi negatif seperti sekolah ini sebagai
sekolah pilihan kedua, sekolah yang tidak memberi harapan dan sekolah yang
senantiasa mendapat keputusan yang rendah dalam akademik akan cuba sedaya
upaya untuk dibuang daripada minda komuniti. Proses membina kepercayaan
komuniti ini dibuat melalui Pengenalan Buletin Sekolah yang dihasilkan
sebulan sekali, Program ‘Pengetua Masuk Kampong’, Pengetua ke sekolah
saluran, memperkasa dan memberi nafas baru kepada ‘Muka Buku Sekolah’,
memperbanyakkan program kolaboratif dengan NGO, seperti UMNO Bahagian
Kubang Kerian, Bank-bank, RISDA, MAIK, HUSM serta meningkatkan kekerapan
menjemput ibu bapa ke sekolah dapat menggambarkan secara objektif komitmen
pihak sekolah dalam memasarkan sekolah kepada komuniti. Usaha ini akan
diteruskan sehingga kita mencapai matlamat menjadi sekolah pilihan komuniti
setempat sekaligus menghapuskan stigma negatif terhadap Sekolah Menengah
Kebangsaan Long Gafar 2 .

138 Minds In The Making

PENILAIAN DAN IMPAK
Pembudayaan melalui slogan Minds In The Making di atas telah memberikan
impak dalam membudayakan murid, guru dan warga sekolah dalam menjana
perubahan dan kejayaan dalam masa terdekat.

Ini dibuktikan dengan peningkatan Gred Purata Sekolah berterusan dalam
Sijil Pelajaran Malaysia sekolah sebagaimana rajah di bawah;

Rajah 14.2: Pencapaian SPM Tahun 2014 hingga 2017
Kehadiran murid juga turut menunjukkan pola peningkatan yang
memberangsangkan yang mana purata kehadiran pada tahun 2017 ialah 88.26%
telah meningkat kepada 92.86% untuk tahun 2018.
Dalam bidang kokurikulum pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar
2 telah memperolehi kejayaan dalam pertandingan sepak takraw dengan mendapat
Pingat Gangsa pada peringkat Kebangsaan. Pasukan Pandu Puteri sekolah pula
telah terpilih dalam perkhemahan Pandu Puteri peringkat Kebangsaan. Dalam
koakademik, pihak sekolah telah berjaya mendapat Johan Hafazan pada peringkat
QIT Ketereh dan Naib Johan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Bharu. Sekolah ini telah menjadi perintis kepada Projek Teknologi Hijau Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan.
Segala kejayaan ini diharapkan menjadi pencetus kepada kecemerlangan
seterusnya hasil daripada penghayatan slogan Minds In The Making yang telah
mula menampilkan hasil.

Minds In The Making 139

RUMUSAN

Adalah menjadi iltizam SMK Long Gafar 2 dengan sokongan dan penghayatan
slogan Minds In The Making secara konsisten akan dapat melahirkan suatu budaya
baharu dalam kalangan warga sekolah yang akan memangkinkan kegemilangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar 2 dalam mendepani cabaran global.
Seterusnya, hasrat kepimpinan bersama pemegang taruh untuk melihat sekolah
ini berdiri sama tinggi dengan sekolah tersohor yang lain menjadi realiti tidak
boleh dinafikan lagi. Sebagai Pengetua di sekolah ini, keinginan untuk melihat
berlakunya anjakan dari tiga aspek, iaitu akademik, kemenjadian murid dan
kokurikulum tidak boleh dianggap sebagai suatu beban tetapi lebih kepada suatu
tanggungjawab dan amanah yang sewajibnya dipikul dan direalisasi semampu
mungkin sebagaimana yang dikatakan oleh Edmond (1978), “…principals can
make a difference.” Di pundak pengetualah segala yang dirancang akan bergerak
lancar menuju destinasinya. “A leader is one who knows the way, goes the way, and
shows the way.” (John Maxwell).

RUJUKAN

1. Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Sufean Hussin. (1996). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Tie Fatt Hee. (2002). Undangg-Undang Pendidikan di Malaysia, Shah
Alam:Fajar Bakti.

~15~

ERA BAHARU SMK KENERING

Noor Azmi Bin Awang
Pengetua SMK Kenering, Grik, Perak

Mohd Roshidi Bin Ismail,
emel: [email protected]
Hajah Nor Hasimah Binti Hashim,

emel: [email protected]

ABSTRAK

Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan boleh menyumbang kepada matlamat utama
pendidikan, iaitu pencapaian cemerlang dalam kemenjadian murid. Menyedari hakikat
ini pengurusan SMK Kenering telah mengorak langkah melaksanakan program yang
dinamakan Era Baru SMK Kenering yang bertujuan merubah proses kerja barisan
pentadbir, para guru dan murid-murid. Analisis hasil laporan, pemerhatian dan temubual
dengan warga sekolah serta pihak luar mendapati sekolah ini berprestasi rendah dalam
bidang akademik, kehadiran hal ehwal murid dan pencapaian kokurikulum. Setiap aktiviti
telah di uar-uarkan kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Beberapa
penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mendapat impak terbaik. Pada bulan Julai 2018
telah dilaksanakan Projek ‘Era Baru SMK Kenering’ dengan matlamat meningkatkan
pencapaian dalam peperiksaan SPM melalui pembugaran minda warga sekolah,
pembugaran kelas dan pembugaran persekitaran fizikal sekolah bagi tujuan meningkatkan
motivasi murid, motivasi guru dan kehadiran murid. Hasilnya peratus kehadiran murid,
peratus lulus dan GPS dalam peperiksaan percubaan SPM telah meningkat.

Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, kehadiran murid dan
pengurusan fizikal, pembugaran minda kelas pertama, celik 2M

PROFIL SEKOLAH

SMK Kenering terletak di Daerah Hulu Perak antara Pekan Lenggong dan Gerik.
Lokasi sekolah terletak di Pekan Kecil Lawin. Jarak sekolah ini 28 km dari Pekan
Gerik dan 30 km dari Pekan Lenggong. Feeder Schoolnya ialah tiga buah sekolah,
iaitu SK Kenering, SK Felda Lawin Selatan dan SK Felda Papulut. murid sekolah
ini adalah anak-anak peneroka dan penduduk kampung berhampiran. Sebagai
sebuah sekolah feeder kepada kawasan Felda dan kampung persekitaran, bilangan
murid sentiasa berkurangan dari setahun ke setahun. Sekolah ini ditubuhkan pada
tahun Disember 1988 dengan menumpang di SK Kenering. Bilangan kelas hanya
tiga buah kelas sahaja, kemudiannya mempunyai bangunan baru dibina pada
Disember 1990.

Era Baharu SMK Kenering 141

Memandangkan SMK Kenering telah dua tahun tidak mempunyai Pengetua,
manakala Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum juga
hanya melaporkan diri bertugas pada Septembar 2017, keadaan sekolah tidak begitu
terurus. Guru-guru pula berada dalam zon selesa. Pada bulan Jun hingga Ogos
pula enam orang guru yang mengajar Tingkatan 5 ditukarkan dalam Daerah. Ini
merencatkan persiapan murid menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Situasi
ini menyebabkan Gred Purata Sekolah Sijil Pelajaran Malaysia 2017 jatuh semula
kepada di bawah Band 6 (6.21). Keadaan tersebut memerlukan satu pembaharuan
mesti dilaksanakan di sekolah ini. Hasil perbincangan dengan para pentadbir
dan guru-guru lahirkan projek yang dinamakan ERA BARU SMK KENERING.
Projek ini bertujuan untuk memberi nafas baru dan motivasi kepada semua warga
sekolah. Projek ini memberi tumpuan kepada tiga aspek;

1. Pembugaran Kawasan Sekolah
2. Pembugaran Kelas
3. Pembugaran Minda

Enrolmen Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana dan Murid

Terdapat seramai 25 orang guru dan lapan orang staf pelaksana di sekolah. Pada
akhir tahun 2017 terdapat 173 orang murid lelaki dan 174 perempuan di Tingkatan
1 sehingga Tingkatan 5 serta lapan orang di kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI). Selain Melayu, terdapat dua orang pelajar India dan 14 orang
Asli disekolah ini. Pencapaian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti
berikut;

Jadual 15.1: Pencapaian Lima Tahun Peperiksaan SPM mulai Tahun 2014 hingga 2018

TAHUN SEMUA A % lulus GPS
2014 0 87.67 6.53

2015 0 82.14 6.33
2016 0 91.49 5.92
2017 0 82.98 6.21
2018 2 95.89 5.90

Jadual 15.2: Pencapaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dari Tahun 2014 hingga 2018

TAHUN SEMUA A BIL. LULUS GPS
2014 0 15/79 4.11
2015 0 14/88 4.18
2016 0 10/81 4.12
2017 0 8/70 4.12
2018 25 25/59
--

142 Era Baharu SMK Kenering

Kehadiran Murid Tahun 2018
Kehadiran murid pada Januari 2018 ialah 91.92% dan semakin menurun sehingga
ke 89.93% pada Ogos 2018.

MENGENAL PASTI ISU

Pencapaian lima tahun Peperiksaan SPM sekolah ini mempunyai trend yang
kurang baik, iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi skor 6. Cuma pada tahun
2016, ia meningkat kepada 5.92 skor, manakala peratus murid layak mendapat
sijil juga kurang memberangsangkan dan hanya pada tahun 2016 berjaya melepasi
90%. Pencapaian tahap menguasai dalam PT3 juga kurang baik. Kesimpulannya,
sekolah ini mempunyai sejarah pencapaian dalam peperiksaan awam yang kurang
memuaskan.

Setelah pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan sekolah, dan setelah
mengkaji pola pencapaian ujian bulanan bagi kesemua mata pelajaran sejak awal
tahun, maka sasaran Gred Purata Sekolah yang ditetapkan ialah 5.9 dalam Sijil
Pelajaran Malaysia 2018 berbanding pencapaian awal tahun, iaitu 7.85.

Questioning Data Schematic Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4
tahun 2017

Bagi mencari punca pencapaian yang kurang baik dalam peperiksaan pertengahan
Tahun 2017 calon SPM 2018 Questioning Data Schematic telah dibuat. Soalan-
soalan yang timbul dan jawapan telah dibincangkan bersama para pentadbir dan
guru-guru yang terlibat bagi mencari jawapan yang tepat dan seterusnya merancang
jalan penyelesaian masalah.

Hasil Analisis Root Cause (Questioning Data Schematic) bersama guru-guru
didapati terdapat banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada keputusan PPT
Tingkatan 4 sekolah ini lemah. Antaranya ialah;

i. Subjek yang terlalu berat diambil oleh murid iaitu Matematik Tambahan,
Fizik dan kimia.

ii. Terdapat lima orang murid Tingkatan 5 KM yang menghadapi masalah 2M.
iii. Murid kelas bawah kerap ponteng sekolah dan ponteng kelas.
iv. Murid kelas bawah kurang motivasi belajar dan kerap tidur dalam kelas.
v. Guru mengajar kelas peperiksaan kerap ditukarkan dalam Daerah.
vi. Suasana kelas dan Kawasan sekolah kurang bahan pembelajaran.
vii. Guru tidak dapat mengawal murid kelas bawah.
viii. PdPc guru kurang menarik dan tidak berkesan.

Era Baharu SMK Kenering 143

PROSES PENGURUSAN

Daripada pemetaan Questioning Data Schematic di atas didapati terdapat
tiga kategori yang menjadi punca kelemahan dalam pencapaian.Peperiksaan
Pertengahan tahun Tingkatan Empat tahun 2017:

• Murid kerap ponteng dan kurang bermotivasi untuk belajar.
• Guru subjek Tingkatan 5 kurang pengalaman kerana kerap ditukarkan dalam

Daerah.
• Suasana persekitaran yang kurang merangsang minat murid untuk belajar.

1. Planning (Perancangan)

Memandangkan sejarah sekolah ini di mana pencapaian peperiksaan awam
hanya mencapai GPS melebihi 6 mata disebabkan oleh punca-punca yang telah
dikenalpasti itu, satu pembaharuan yang drastik perlu dirancang oleh Pengetua
sebagai titik perubahan terhadap pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Menetapkan matlamat sekolah berada dalam kedudukan sekolah dalam
bidang akademik dan ko-akademik;

• Tiada murid buta 2M menjelang 2020.
• Gred Purata Sekolah dalam Sijil Pelajaran Malaysia di bawah 5 mulai 2018.
• Peratus murid layak mendapat sijil SPM 95% mulai 2018.
• Peratus kehadiran 95% mulai 2018.
• Pengurangan 90% murid ponteng kelas dan tidur masa PdPc.
• Sebuah kelas sekurang-kurangnya bagi setiap tingkatan ceria dan mempunyai

galery walk yang menarik.
• Persatuan Pengakap Kenering Ipoh Johan Daerah.
• Ko-akademik (sajak dan pidato) Johan Daerah.
• Mewujudkan jalinan dan jaringan dengan PIBG, Jawatan Kuasa Masjid, Polis,

FELDA, IPT, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pengetua telah meuar-uarkan matlamat dan perancangan kepada semua
warga sekolah dalam mesyuarat pertama sesi 2018. Selain itu, dalam perhimpunan
rasmi, mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru perkara yang akan diulangi oleh
Pengetua sebagai ingatan.

2. Organising (Pengelolaan)

Beberapa tindakan rombakan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan
program sekolah melibatkan pelbagai aspek.

• Menyusun semula jadual waktu mengikut opsyen dan keperluan murid daan
guru.

• Menyusun semula subjek elektif Tingkatan Empat.

144 Era Baharu SMK Kenering

• Menjenamakan rebranding semula nama kelas.
• Menstruktur semula tugasan guru mengikut kepakaran.
• Membina hubungan akrab dengan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana

secara diplomatik.
• Melaksanakan penurunan kuasa kepada pasukan pentadbir (pemimpin

pertengahan).
• Menjalinkan hubungan dengan PIBG, Alumni, stakeholder dan komuniti

setempat.

3. Leading (Mengawal)

Beberapa tindakan dalam usaha memimpin dan membimbing guru-guru telah
dilaksanakan;

• Membimbing guru-guru melalui Latihan Dalam Perkhidmatan yang berkesan.
• Melaksanakan Profesional Learning Communication seperti mesyuarat,

perbincangan tidak rasmi dan learning walk.
• Menjadi suri teladan seperti datang paling awal ke sekolah, menepati masa

PdPc dan sentiasa turun padang dalam aktiviti sekolah.
• Menyemak kertas kerja setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan sebelum

diluluskan.

4. Controlling (Mengawal)

Pelbagai tindakan pemantauan dan penilaian keberkesanan proses-proses telah
diambil;

• Melaksanakan pencerapan PdPc dan buku latihan.
• Melaksanakan pemantauan aktitivi sekolah dari semasa ke semasa dengan

borang yang telah disediakan dan membuat penilaian serta meminta
penambahbaikan jika diperlukan.
• Semua aktiviti yang telah dilaksanakan mesti disertai dengan laporan
bergambar.
• Mengadakan mesyuarat pengurusan setiap Jumaat. Dialog prestasi setiap
selesai peperiksaan.

Program penambahbaikan dilaksanakan dengan aktiviti menceriakan kawasan
sekolah di mana benih pokok hiasan telah mendapat sumbangan adalah daripada
Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak. Benih pokok bunga pula hasil daripada
sumbangan tabung keceriaan PIBG SMK Kenering. Bangunan sekolah dan surau
juga telah diperbaiki dan dicat semula dengan kolabarasi Ahli Dewan Undangan
Negara setempat dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak.

Era Baharu SMK Kenering 145

Setiap kelas telah dihias dan menjadi lebih ceria, bersih dan bermaklumat.
Perubahan dibuat berperingkat-peringkat dalam jangka masa beberapa bulan.
Penghargaan kepada kelas terbaik turut diberikan. Pada tahun 2018, nama-nama
kelas telah ditukarkan daripada contohnya, 1 Sains dan 1 Vokasional kepada nama
Tokoh-Tokoh Islam.

Bagi mengatasi masalah murid tidak membuat ulangkaji di rumah, aktiviti
gallery walk dilaksanakan oleh para guru dan murid. Di mana murid telah
menyediakan gallery walk untuk ditampal dalam kelas, manakala guru-guru
menyediakan gallery walk di luar kelas dan kawasan sekolah. Bahan gallery walk
ini akan digunakan oleh guru dalam PdPc dalam bentuk kuiz kahoof dan soalan
latihan. Aktiviti ini telah membolehkan murid belajar secara tidak langsung. Pada
masa hadapan gallery walk ini akan dilaksanakan menggunakan media sosial
seperti group telegram.

Aktiviti membersih dan menceriakan kelas dilaksanakan seawal 7.20-7.40
pagi secara gotong-royong. Hasilnya didapati guru-guru dan murid telah datang
awal dan bergerak ke kelas, bengkel dan makmal dengan cepat.

Pembugaran Minda, pihak sekolah telah menyediakan bahan dan peralatan
yang mencukupi untuk semua panitia seperti Led Contrast Display (LCD) panel
dan komputer baharu menggunakan belanja RM9,000, aktiviti pembangunan guru
berkaitan kaedah PdPc berkesan dengan kolaborasi rakan SISC+, Program Intelek
Junior dan Medan Keinsafan serta Kelas Celik 2M untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan
2. Program lawatan ke luar sekolah oleh guru-guru dan anggota pelaksana.

Pelaksanaan penguatkuasaan disiplin murid dijalankan seperti berikut, para
pelajar lewat akan dikumpulkan dan ditahan dari pukul 2.00 petang hingga 2.30
petang. Mereka akan diberi tugasan menyalin karangan atau membaca surah yasin.
Manakala, murid yang tidak hadir bersurat, surat tersebut mesti disahkan oleh
Ketua Kampung atau Penghulu. Penghulu telah diberi taklimat supaya memastikan
maklumat surat tersebut betul sebelum disahkan.

PENILAIAN DAN IMPAK

Secara keseluruhannya, Projek Era baru SMK Kenering ini telah mula menampakkan
hasil untuk merubah sekolah ke arah yang lebih baik. Perubahan ini dapat dilihat
dalam kesungguhan guru melaksanakan tugas dan motivasi murid. Perubahan ini
boleh dilihat melalui pencapaian murid dalam peperiksaaan dalaman khususnya
murid Tingkatan Lima, peningkatan peratus hadir ke sekolah mulai bulan Julai
2018 dan pengurangan murid Buta 2M (membaca dan menulis).

Projek Era Baharu ini mula dilaksanakan secara serius pada bulan Julai
2018 setelah kajian semula aktiviti-aktiviti dilaksanakan. Sebelum ini kurang
menampakkan kejayaan dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Aktiviti

146 Era Baharu SMK Kenering

yang ditambah baik adalah surat makluman tidak hadir yang ditulis oleh ibu bapa/
penjaga disahkan oleh Ketua Kampung atau Penghulu. Situasi ini menyebabkan
murid lebih suka hadir ke sekolah daripada terpaksa bersusah payah ke Pejabat
Penghulu. Aktiviti lain yang menampakkan kesan yang baik adalah Medan
Keinsafan. Murid yang ponteng akan dikenakan kelas tahanan dan suntikan
motivasi. Adalah diharapkan peningkatan ini akan mencapai Key Performance
Indicator kehadiran 95% menjelang tahun 2019.

Jadual 15.3: Data Kehadiran Murid Tahun 2108

BULAN PERATUS KEHADIRAN BEZA
JANUARI 91.92
FEBRUARI 91.57 - 0.35
91.71 + 0.14
MAC 87.96 - 3.75
APRIL 88.38 + 0.42
84.45 - 3.93
MEI 85.60 + 1.15
JUN 89.93 + 4.33
JULAI
OGOS

Jadual 15.4: Peratus Kehadiran murid Tingkatan 4 dan 5 Tahun 2018

BULAN PERATUS BEZA PERATUS BEZA
KEHADIRAN KEHADIRAN
JANUARI TINGKATAN 4 - 1.61 TINGKATAN 5 - 2.07
FEBRUARI + 1.12 - 1.88
91.01 - 4.45 92.09 - 6.71
MAC 89.40 + 1.43 90.02 + 4.85
APRIL 90.52 - 6.75 91.90 - 7.798
86.07 + 3.65 85.19 + 4.83
MEI 87.50 + 5.91 90.04 +5.25
JUN 80.75 82.25
JULAI 84.40 87.08
OGOS 90.31 92.35
SEPT

Kehadiran murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima telah mula menigkat.
Mulai bulan Julai 2018 meningkat hasil daripada aktiviti medan keinsafan dan surat
yang mesti disahkan oleh Penghulu. Didapati peratus kehadiran murid Tingkatan
Empat dan Lima telah berjaya melepasi 90% pada bulan Julai dan Ogos. Namun
kehadiran ini tidak mencapai 95% kerana kehadiran murid Tingkatan 5 KM, iaitu
kelas terakhir agak rendah. Inisiatif lain yang lebih berkesan perlu dicari untuk
meningkatkan kehadiran murid kelas bawah bagi setiap tingkatan.

Era Baharu SMK Kenering 147

Rajah 15.1 : Perbandingan peratus Kehadiran murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Celik 2M

Jadual 15.5: Menunjukkan Bilangan Murid Buta 2M pada bulan Januari 2018

TINGKATAN BILANGAN CATATAN
MURID
1 Tidak Boleh mengeja suku kata.
2 14 Tidak boleh mengeja suku kata.
5 Boleh mengeja suku kata mudah.
5

5

Bilangan murid Tingkatan Satu dan Dua pada bulan Januari langsung tidak
dapat membaca dan menulis. Pihak sekolah telah mewujudkan sebuah kelas celik
2M dan murid ini perlu menghadiri kelas tersebut dari pukul 7.40 pagi hingga
9.40 pagi. Pada bulan Jun seorang murid telah berjaya dipulihkan dan kembali ke
kelas biasa setelah dapat menulis dan membaca. Pada bulan Julai seorang murid
lagi berjaya membaca. Bagi murid Tingkatan Lima pula murid ini diberi latihan
menyalin ayat dan karangan.

Pencapaian dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Empat 2017,
pencapaian murid amat rendah. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak menjadikan
peperiksaan ini sebagai take-off value (TOV) bagi SPM 2018. Dalam Peperiksaan
Akhir Tahun peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran semakin meningkat.

148 Era Baharu SMK Kenering

Trend meningkat ini telah berlanjutan sehingga Peperiksaan Percubaan Sijil
Pelajaran Malaysia di akhir 2018. Walaupun peningkatannya tidak seberapa namun
adalah diharapkan ianya dapat mencapai Key Performance Indicator (KPI), iaitu
95% layak mendapat sijil dan Gred Purata Sekolah 5.90. Adalah diharapkan dengan
peningkatan peratus kehadiran murid Tingkatan Lima dan peningkatan motivasi
diri murid Key Performance Indicator yang telah ditetapkan akan tercapai dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018.

Jadual 15.6: Sasaran Pencapaian Lima Tahun SPM dan Key Performance Indacator (KPI) 2018

TAHUN KUANTITI KUALITI GPS
2013 0 73.53 6.66
2014 0 87.67 6.53
2015 0 82.14 6.38
2016 0 91.49 5.92
2017 0 82.98 6.21
2 95.89 5.90
2018 (Target)

RUMUSAN DAN REFLEKSI

Program membina Era Baru di SMK Kenering ini telah sedikit sebanyak merubah
suasana pembelajaran di sekolah untuk murid-murid yang terdiri daripada anak-
anak petani dan nelayan. Masalah ponteng dapat dibendung walaupun belum cukup
memuaskan. Suasana pembelajaran lebih kondusif dan pencapaian akademik
semakin meningkat melihat kepada ujian bulanan.

Antara cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan projek ini adalah untuk
meningkatkan motivasi murid yang rata-rata datang dari keluarga ekonomi rendah.
Tabung murid miskin telah diwujudkan untuk membantu murid dan derma kepada
ahli keluarga yang ke hospital untuk mendapat rawatan penyakit kronik bagi
mengurangkan cabaran kemiskinan ini.

Kesimpulannya, semoga Projek Era Baru SMK Kenering ini telah mula
menampakkan kejayaan dalam peningkatan motivasimurid. Peningkatan motivasi
murid dan ibu bapa ini telah membawa kepada peningkatan peratus kehadiran,
pencapaian peratus dan Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan percubaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2018. Guru-guru juga telah dibekalkan dengan latihan dan
pembangunan yang sesuai bagi meningkatkan motivasi dan kecekapan dalam
pedagogi dan pengurusan bilik darjah.

RUJUKAN

1. W Chan Kim. (2005). Blue ocean strategy. New Jersey: Harvard Business
Review.

~16~
KOKO BERSEPADU SETAPAKIAN

Zubaidah Binti Md Yunos AAP
Pengetuan Cemerlang SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur

Dr. Jamelaa Bibi Binti Abdullah
e-mel: [email protected]
Mariani Binti Rahim
e-mel: [email protected]

ABSTRAK

SMK Tinggi Setapak adalah sekolah bandar yang mempunyai bilangan murid seramai
934 orang dari Arus Perdana dan Tingkatan 6. Program KOKO Bersepadu Setapakian
merupakan program inovasi yang diperkenalkan pada tahun 2018. Program ini dimulakan
pada Januari 2018 dan dilaksanakan sepanjang tahun. Isu utama yang dikenalpasti di
sekolah ini ialah isu kehadiran murid ke sekolah yang rendah. Ia juga melibatkan kehadiran
murid semasa aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dalam jadual persekolahan pada
hari Rabu bermula pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Kehadiran murid dalam aktiviti
kokurikulum yang rendah telah menyumbang kepada purata kehadiran rendah pada tahun
2017. Menyedari akan situasi ini, saya telah merangka program KOKO Bersepadu
Setapakian sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini. Program ini dirangka dengan
menekankan kepada pengisian program semasa aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan
pada setiap hari Rabu. Program dilaksanakan secara kolaboratif di antara satu unit
kokurikulum dengan unit kokurikulum yang lain dengan melibatkan keseluruhan murid
semasa pelaksanaan program. Pengisian program disusun supaya menjadi lebih menarik,
ceria, menyeronokkan dan menggembirakan di samping adanya penerapan nilai-nilai
murni dalam setiap program yang dianjurkan. Murid-murid juga diasah dan diserlahkan
ketrampilan kepimpinan masing-masing melalui penganjuran program.

Kata kunci: pengurusan Hal Ehwal Murid, KOKO bersepadu setapakian, kehadiran murid

PROFIL SEKOLAH

Latar belakang sekolah

SMK Tinggi Setapak telah ditubuhkan pada 12 Januari, 1955 sebagai sebuah
sekolah lelaki dengan nama asalnya ialah High Street Scholl. Nama baharu ditukar
kepada High School Setapak (SMK Tinggi Setapak) pada tahun 1968. Terletak di
Jalan Ayer Jernih, Setapak, Kuala Lumpur, maka, sekolah ini merupakan sekolah
bandar Gred A dan memakai kod sekolah WEB0216. Sekolah ini juga merupakan
pusat Tingkatan 6 Mod 2. SMK Tinggi Setapak mempunyai 131 orang guru dan
murid seramai 934 orang.


Click to View FlipBook Version