The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsiah, 2020-04-03 05:13:50

e-posiding InPeKS 2017

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi pendidikan (PCIP) bagi Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Pendidikan (InPeKS) Kohort 2017

Keywords: inpeks

~21~
IKLIM SEKOLAH KONDUSIF TUNGGAK

KECEMERLANGAN AKADEMIK
MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID

Vellan a/l Raman
Pengetua SMK Dato’ Shamsudin Nain,Rantau, Negeri Sembilan

Muhammad Bustaman Bin Abdul Manaf,
emel: [email protected]
Siti Arija Binti Abdul Rahman,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di
Sekolah Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi. Berasaskan
perubahan Iklim Sekolah Yang Kondusif Dalam Peningkatan Kecemerlangan Akademik,
Kemenjadian Murid semakin meningkat. Kajian ini membincangkan pendekatan di luar
kotak mengikut Strategi Lautan Biru yang digunakan oleh pemimpin untuk menghadapi isu-
isu dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa ada perbezaan
yang signifikan dalam perubahan iklim sekolah secara holistik (prasarana, budaya kerja,
kehadiran dan budaya belajar serta sahsiah murid) terhadap lonjakan prestasi murid SMK
Dato’ Shamsudin Nain. yang berada dikedudukkan Band 6 NKRA sebelum perubahan
kepimpinan. Gred Purata Sekolah SPM pada tahun 2015 ialah 6.76 dan telah melonjak
kepada 5.83 (lonjakan 0.93 mata) pada 2016 selaras dengan perubahan kepimpinan dan
seterusnya 5.75 (lonjakan 0.08) pada tahun 2017. Bagi mencapai peningkatan tersebut
pelbagai inisiatif telah diambil dalam pelbagai aspek pengurusan sekolah.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, pengurusan fizikal, perubahan iklim sekolah,
pengurusan hal ehwal murid

PENGENALAN

Sebelum Pengetua baharu melaporkan diri di SMK Dato Shamsuddin Nain,
keadaan fizikal sekolah ini berada dalam keadaan yang amat daif. Bilik-bilik darjah
kekurangan kerusi serta meja di samping tingkap dan pintu yang rosak. Sesetengah

Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik 201

bilik darjah mempunyai kipas yang tidak berfungsi. Berlaku kesukaran pergerakan
murid sewaktu datang dan pulang ketika hujan. Di mana ibu bapa terpaksa
menghantar anak mereka sehingga ke dalam kawasan sekolah mengakibatkan
kesesakan lalu lintas yang merbahaya kepada keselamatan murid lain.

Terdapat dua buah bilik guru (sebelum ini terdapat sebuah bilik guru lelaki
dan sebuah bilik guru perempuan) yang menyebabkan guru terpisah dan kurang
interaksi di antara satu sama lain. Keadaan bilik mesyuarat yang tidak selesa, panas,
tidak ceria. Keadaan bertambah buruk dengan kekurangan peralatan komputer
yang memberi kesan kepada Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru dalam
kelas. Makmal Sains juga terpaksa ditutup berikutan masalah keselamatan.
Kekurangan dua bilik darjah menyebabkan murid terpaksa belajar di kantin
(floating). Terdapat runtuhan cerun di belakang bangunan empat tingkat di blok
baru yang menyebabkan ianya berkenaan tidak dapat digunakan. Situasi ini amat
membahayakan keselamatan murid sekiranya bangunan ini dijadikan bilik darjah.

Purata kehadiran tahunan, iaitu 80% adalah sangat rendah dan belum
mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI). Kes salah laku disiplin yang
juga tinggi telah menyebabkan sekolah ini disenaraikan sebagai sekolah ‘hotspot’
Negeri Sembilan. Keadaan ini menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan
kepada sekolah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini kerana prestasi
akademik dan disiplin yang tidak menunjukkan kecemerlangan.

Budaya kerja profesional dalam kalangan guru kurang menyerlah kerana
sekolah ketiadaan Pengetua selama 10 bulan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
menghadiri kursus NPQEL dan GPK Hal Ehwal Murid menunggu masa untuk
berpencen. Keadaan ini mewujudkan ruang kekosongan dalam pengurusan
tertinggi dan kurang kawalan dalam kalangan guru-guru. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak berlaku dengan baik menyebabkan prestasi akademik merosot
kepada Band 6 dan dikategorikan sebagai Sekolah Berprestasi Rendah (SBR).

Lantaran itu, kekurangan atau kelemahan sekolah sebelum ini perlu
ditangani dengan segera demi kemajuan sekolah. Analisis SWOC telah dibuat
untuk mengetahui jurang perbandingan keadaan sekolah dahulu dan sekarang.
Melalui Analisis SWOC, strategi pelaksanaan telah disusun menggunakan
kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran. Sejajar dengan ini, satu perancangan
strategik dan taktikal yang holistik telah dirancang merangkumi sembilan Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid SMK Dato’ Shamsudin Nain.

202 Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik

MENGENAL PASTI ISU

Masalah sekolah ini adalah meliputi pelbagai aspek daripada Kurikulum, Ko
kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Namun, isu terbesar ialah kehadiran murid ke
sekolah yang sangat rendah iaitu 80% purata. Kadar ini adalah sangat jauh daripada
angka yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri, iaitu 90%.

STRATEGI

Antara pelaksanaan strategi termasuklah mendapatkan sokongan PIBG dan
komuniti. Oleh itu, inisiatif awal Pengetua ialah menubuhkan jawatankuasa Task
Force yang dianggotai oleh komuniti luar untuk membantu pihak sekolah dari
segi kewangan. Jawatankuasa Task Force telah bertindak dengan cemerlang dalam
menghulurkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan banyak kekurangan di
sekolah ini. Bantuan kewangan digunakan untuk membeli peralatan ICT, pembelian
kerusi meja, membaiki pintu bilik-bilik darjah, menaiktaraf Dewan Bestari,
mengecat keseluruhan bangunan sekolah, membaik pulih tiga buah Makmal Sains
yang terbiar selama lapan tahun, menaiktaraf dan baikpulih tandas yang terbiar
selama tiga belas tahun dan membaiki kerosakan-kerosakan kecil. Kini semua
blok bangunan sekolah telah berubah menjadi lebih kondusif, cantik dan menarik.

Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga Tahun
Organisasi, Pengetua berjaya melengkapkan lima buah kelas dengan prasarana
PAK21 melalui sumbangan individu dan Task Force. Banyak program peningkatan
akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama Pengetua ialah
memperkasakan panitia mata pelajaran. Contohnya, Panitia Bahasa Melayu telah
menunjukkan peningkatan akademik dalam peperiksaan awam, iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia. Hal ini telah memberikan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan
akademik dan kemenjadian murid sekolah ini.

Hasil kutipan Jogaton telah digunakan untuk menambah baik dan menaik
taraf bilik-bilik khas di bawah Pusat Sumber Sekolah seperti Kampus Ilmu,
Dewan Bestari, Dewan Nain, Galeri Sejarah, Bilik Akses, Bilik BBM, Makmal
Bahasa, Bilik Tayangan, Makmal Komputer, Bilik Kebitaraan, Bilik Self Access
Learning Centre (SALC), Bilik Peperiksaan dan Bilik Pengurusan Bidang. Situasi
ini membawa kepada perubahan iklim sekolah yang kondusif dalam peningkatan
kecemerlangan akademik dan membentuk kemenjadian murid.

Dalam meningkatkan budaya kerja warga sekolah, Prinsip Total Quality
Management (TQM) telah diamalkan dengan menjadikan mutu pengajaran
dan pembelajaran sebagai elemen utama memperkasakan sekolah. Contohnya
mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan dan aktiviti kerja berpasukan(Team

Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik 203

Building) telah mewujudkan perubahan positif dari segi budaya kerja dan amalan
guru dalam bilik darjah. Kesannya dapat meningkatkan prestasi akademik, Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum sehingga melonjak keluar dari Band 6.

PELAKSANAAN PROGRAM

Langkah-langkah penyelesaian masalah telah disusun mengikut kitaran Pengurusan,
bermula dengan Perancangan, Pengelolaan, Bimbingan atau Kepimpinan dan
Kawalan atau Penilaian.

a) Merancang

Merancang adalah penting dalam pengurusan di mana pihak pengurusan harus
menetapkan matlamat, objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil
bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut. Antara cabaran utama di SMK
Dato’ Shamsudin ialah menaikkan prestasi akademik sekolah terutamanya dalam
peperiksaan awam (SPM). Satu perancangan strategik dan Pelan Taktikal telah
dirangka merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA. Dalam kajian ini,
mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan sebagai contoh peningkatan pelonjakan
akademik. Langkah-langkah berikut telah diambil;

i. Menetapkan misi dan visi sekolah

Pengetua telah menetapkan misi dan visi untuk mengatasi status Sekolah Berprestasi
Rendah (SBR) Band 6 ke prestasi sekolah yang lebih baik atau sekurang–kurangnya
pencapaian Band 5. Realitinya GPMP subjek Bahasa Melayu sebagai subjek teras
harus dilonjakkan dari 5.55 pada tahun 2017 ke 4.95 menjelang tahun 2020.

ii. Menetapkan matlamat dan objektif

Analisis SWOC bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah dibuat untuk
mengenalpasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid. Analisis
ini telah membantu dalam menetapkan Key Performance Indicartor (KPI) dari
segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), peratus murid mencapai Gred A serta
peratus murid yang lulus subjek Bahasa Melayu bagi tiga tahun yang akan datang.
Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan
agar setiap yang terlibat jelas akan matlamat dan objektif yang telah Pengetua
tetapkan. Maklum balas berkualiti dalam dialog prestasi telah membantu dalam
melakukan intervensi secara tepat dan segera.

204 Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik

iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik terutamanya mata
pelajaran Bahasa Melayu, maka pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount,
program–program kecemerlangan dan intervensi. Strategi yang dirangka adalah
berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus.

Infrastruktur sedia ada tidak dapat diguna sepenuhnya kerana sebelum ini
tidak diselenggara mengikut jadual. Selepas dua tahun keberadaan pengetua di
sekolah ini, perubahan yang ketara dapat dilihat dan dikongsi bersama-sama semua
pihak. Usaha mencari dana melalui Task force, Program Jogat on dan sumbangan
individu membolehkan pembelian peralatan yang diperlukan seperti kerusi meja
murid, menaiktaraf bilik-bilik khas supaya dapat digunakan dengan lebih selesa
sehingga dapat melengkapkan limabuah Kelas PAK21 dengan peralatan yang
kondusif dalam tempoh lapan bulan. Iklim sekolah telah diubah secara menyeluruh
walaupun terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk kepentingan
pembangunan sekolah demi mewujudkan sekolah berkualiti dan kemenjadian
murid. Pelbagai bantuan daripada dalam dan luar sekolah telah dimaksimakan.

Penyatuan guru-guru merupakan elemen penting bagi memastikan sesebuah
sekolah itu harmonis dan seterusnya murid mendapat pendidikan yang berkualiti.
Pengetua merancang dan mengadakan program-program untuk meningkatkan
tahap profesionalisme guru-guru seperti team building di Universiti of Nottingham,
Malaysia beserta Latihan Dalam perkhidmatan (LDP) dalam Pentadbiran dan
Pengurusan Cekap.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan jangka masa panjang selama tiga tahun dirangka oleh Panitia

Bahasa Melayu bagi memastikan matlamat yang ditetapkan oleh Pengetua
tercapai.

b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi

panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.

c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program

bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh
diadakan.

Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik 205

d) Penambahbaikan
Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke

semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat
menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang segera.

b) Mengelola

Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber
dirancang dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai
matlamat sekolah.

Langkah yang telah diambil ialah;

i. Merangka Struktur Organisasi
Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi
memastikan program-program kecemerlangan berjalan dengan lancar.

ii. Pengagihan Peruntukan/Sumber
Menyedari akan kepentingan kualiti tenaga pengajar dalam melonjakkan
kecemerlangan akademik, maka Pengetua amat menitik beratkan tenaga
pengajar mengikut opsyen. Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh
guru-guru untuk membantu murid dalam peningkatan akademik mereka.

iii. Reka Bentuk Kerja
Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik
melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan
program akademik, penyediaan prasarana melalui Pasukan Task Force,
kutipan dana Jogaton dan sumbangan individu. Hasilnya lima buah bilik
darjah model PAK21 telah berjaya diwujudkan. Bilik-bilik darjah ini disusun
atur mengikut susunan kelas abad ke-21 dilengkapi dengan meja banquet,
kerusi plastik yang selesa, Led contrast Display (LCD) serta visualiser bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik khas seperti Makmal
Bahasa, Bilik Tayang, Bilik Pembelajaran Kendiri telah juga dinaik taraf bagi
menepati ciri-ciri bilik darjah PAK21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan
dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Dalam aspek kehadiran murid ke sekolah antara strategi yang digunakan
bagi mencapai peratus kehadiran murid sekurang-kurangnya 90% pada setiap
bulan ialah melalui program kunjungan mesra ke rumah murid, Titian Kasih,
sesi kaunseling dan Program Keibubapaan. Segala data kehadiran dikenal
pasti melalui Unit Hal Ehwal Murid (HEM).

206 Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik

c) Kepimpinan

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi,
mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan
perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya
mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi yang dipimpinnya.

Antara amalan kepimpinan yang telah diterapkan ialah menjelaskan Falsafah
Sekolah, Prinsip Pengetua, Kepimpinan Melalui Teladan, memberi motivasi,
Menyediakan Sumber Yang Mencukupi, Kerja Berpasukan (Team Building),
Lawatan Penanda Aras, Empowerment kepada Pengurusan Pertengahan, Amalan
Prinsip Good to Great-Jim Collins dan membuat keputusan yang tepat secara
kolektif.

d) Kawalan

Kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk
bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan mewujudkan keadaan untuk tindak
balas secara kolektif. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan
adalah melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru, Pemantauan
Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Pemantauan Perdana, Buku Pemantauan
Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan, Dialog Prestasi.

PENILAIAN DAN IMPAK

Hasil pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga para guru dan warga sekolah,
luar dan dalam, telah menampakkan hasil yang diharapkan. Aktiviti peningkatan
akademik dan disiplin atau sahsiah diadakan supaya murid-murid sekolah ini
setanding dengan sekolah yang lain.Antara aktiviti yang dijalankan seperti Program
Sinar Pagi, Kelas Kecemerlangan, Pecutan Akhir, dan sebagainya. Pengorbanan
warga sekolah yang sudi meluangkan banyak masa bersama murid seawal pukul
7.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang setiap hari persekolahan memberikan
impak yang sangat positif dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2016, pencapaian akademik diperingkat SPM telah menempatkan
SMK Dato’ Shamsudin Nain disenarai 10 buah sekolah yang terakhir di daerah
Seremban pada tahap Band 6 dan sebanyak 75% murid-murid yang tidak layak
mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Purata kehadiran murid setiap bulan
lebih kurang 75% sahaja berbanding tahun 2018 ianya melebihi 90% pada setiap
bulan. Kehadiran murid memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, di mana murid yang sentiasa datang ke sekolah
akan mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding dengan murid yang
selalu ponteng.

Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik 207

RUMUSAN

Kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi sebagai pemacu ke arah usaha membawa
Perubahan Iklim Sekolah Yang Kondusif Dalam Peningkatan Kecemerlangan
Akademik Membentuk Kemenjadian Murid ke arah penghasilan pendidikan yang
berkualiti juga menghadapi pelbagai cabaran yang harus ditangani. Antaranya,
Pengetua terpaksa menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan
terutamanya guru dalam usaha melakukan perubahan iklim sekolah. Keadaan
sekolah yang daif serta pelbagai kekurangan prasarana merupakan cabaran besar
yang terpaksa saya tempuh dalam usaha untuk mengubah iklim sekolah yang
kondusif. Pencapaian akademik yang rendah sebelum ini memberi tanggapan
yang negatif dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai halangan dari segi latar
belakang sosio ekonomi yang berbeza.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, Pengetua percaya perubahan iklim
sekolah tidak akan tercapai tanpa kepimpinan yang cemerlang. Dengan itu,
pengetua memerlukan pasukan yang benar-benar komited dan sanggup berkerja
keras untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan. Pengetua telah berusaha meningkatkan prasarana sekolah. Bilik
darjah dinaik taraf dengan kemudahan ICT, ke arah Pendidikan Abad Ke-21,
Pusat Sumber Sekolah telah dinaik taraf dengan persekitaran yang bersih, ceria
dan selamat. Stail kepimpinan Pengetua cemerlang mempunyai ciri kepimpinan
yang berupaya menetapkan matlamat, serta menyelaras tugas, dan aktiviti untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengetua menetapkan pelbagai kontigensi
dengan kerjasama daripada pihak pengurusan untuk mencapai matlamat dalam
melahirkan guru berwatak, berketrampilan dan berkesan dalam pelbagai program
yang dilaksanakan. Pengetua menjadi penasihat dan hasilnya mendapat kejayaan
dengan memastikan setiap program yang dirancang mengikut landasan yang betul,
dengan pembahagian tugas kepada setiap pengurusan.

Pengetua telah menunjukkan komitmen tinggi mengurus setiap program dan
sentiasa membuat semakan dan pemantauan terancang melalui penilaian program,
pada pertengahan tahun dan akhir tahun serta sentiasa membuat penambahbaikan
dalam setiap program yang dirancang. Visi dan Misi Pengetua yang jelas ini telah
menjadi pendorong kepada warga sekolah dalam mengubah iklim sekolah yang
lebih kondusif dan berkesan. Secara tidak langsung dapat mengubah budaya
kerja warga sekolah ke arah yang lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai
wawasan dan aspirasi sekolah. Pengetua mampu bertindak sebagai pembolehubah
yang penting ke arah perubahan iklim sekolah yang lebih kondusif. Jelas dengan
perubahan budaya culture change seperti mana yang diuar-uarkan oleh Datuk
Dr. Amin Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam Melangkah Ke
Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 telah menjadi pemangkin ke
arah kecemerlangan sekolah.

208 Iklim Sekolah Kondusif Tunggak Kecemerlangan Akademik

RUJUKAN
1. Covey, Stephen R. (1991). Principle-centered leadership. New York: Simon &

Schuster
2. Shor, Ira. (1992). Empowering education.Chicago: The University Of Chicago

Press.
3. Thandi, Harchand Singh. (1977). The relatio professional leadership and

teachers’ feeli schools. Unpublished doctoral dissertation, University Of
Malaya.
4. Wall, Stephen J. & Wall, Shannon Rye. (1995). The new stategies: creating
leader at all levels. New York: The Free Press.
5. https://web.archive.org/web/20081203070029/http://www.insead.edu/alumni/
newsletter/February2005/Interview.pdf
6. https://web.archive.org/web/20081203070029/http://www.insead.edu/alumni/
newsletter/February2005/Interview.pdf
7. https://www.mbaknol.com/modern-managementconcepts/an-introduction-to-
blue-ocean-strategy/
8. https://blog.hubspot.com/marketing/leadership-styles
9. https://www.edglossary.org/student-outcomes/
10. https://www.researchgate.net/publication/324031026_IKLIMDAN_BUDAYA_
KESAN_TERHADAP_KEMENJADIAN PELAJAR

~22~

MEMBUDAYAKAN AMALAN
PAK21 DI SEKOLAH

Zamnah Binti Hj. Hashim
Pengetua SMK Padang Temu, Melaka

Dr. Ekerim a/l Din Chen,
emeil: [email protected]

Aziah Binti Adi,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Pengajaran Abad ke-21 merupakan konsep yang diperkenalkan untuk menyediakan
pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif serta pembelajaran secara kolaboratif. Guru pula bertindak sebagai fasilitator
yang memberi galakan kepada pelajar berfikir sehingga mampu menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. PAK
21 ini masih belum menjadi budaya dalam kalangan guru di SMKPT. Justeru melalui
pelaksanaan Learning Walk, pengetahuan guru mengenai pedagogi, yakni cara-cara
untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan di samping penguasaan isi kandungan dapat
dipertingkatkan. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjadikan
sesuatu amalan itu sebagai budaya di sekolah memerlukan usaha yang berterusan dan
jangka masa yang panjang. Penilaian sejauh mana keberkesanan program ini telah dibuat
menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian di bilik darjah.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, pembelajaran kolaboratif, PAK21, learning walk

PROFIL SEKOLAH

SMK Padang Temu, Padang Temu, Melaka adalah sekolah menengah luar bandar
gred B yang beroperasi satu sesi. Pada ketika ini, enrolmen murid adalah seramai
672 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Terdapat 33
Kelas Aliran Perdana dan lima Kelas Pendidikan Khas (masalah penglihatan dan
disleksia). Sekolah dibina di atas tanah berkeluasan 10 hektar dan mempunyai
33 bilik darjah, bilik-bilik khas, sebuah dewan dan padang. SMK Padang Temu
juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 06-2820117 dan nombor faks 06-
2811612.

Enrolmen Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

Pada ketika ini, enrolmen guru di SMK Padang Temu adalah seramai 80 orang, iaitu
61 orang guru perempuan dan 19 orang guru lelaki. Manakala Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) adalah sebanyak 11 orang, iaitu lapan perempuan dan tiga lelaki.
Pada awal tahun 2017, bilangan murid-murid di sekolah ini adalah seramai 672

210 Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah

orang yang terdiri daripada 642 (95.5%) murid kaum Melayu, 7 (1.0%) murid
kaum Cina, 6 (0.9%) murid kaum India dan 17 (2.5%) murid lain-lain.

MENGENAL PASTI ISU

Sebahagian besar daripada murid-murid di sekolah ini berasal daripada keluarga
yang mempunyai status sosio-ekonomi yang sederhana dan rendah. Melalui
analisis persekitaran di SMK Padang Temu serta penggunaan analisis punca
masalah menggunakan rajah Tulang Ikan Ishikawa sebagai alat, didapati sekolah
ini berada dalam keadaan;

1. murid-murid kurang bermotivasi dan kurang berminat terhadap pelajaran.
2. pencapaian Akademik dan Kokurikulum murid kurang memberangsangkan.
3. peratus murid ponteng sekolah dan hadir lewat ke sekolah adalah tinggi.
4. ketrampilan diri dan disiplin murid berada pada tahap sederhana rendah.
5. semua barisan pentadbir bersedia menerima arahan tetapi kurang inisiatif dan

idea.
6. terdapat sebilangan guru yang kelihatan kurang bersemangat.
7. majoriti guru hanya menggunakan cara konvensional chalk and talk.
8. persekitaran fizikal sekolah (dalam dan luar bilik darjah) kurang ceria dan

kurang kondusif.

Dari segi pencapaian akademik, SMKPT telah berada dalam kelompok
Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) Band 6 di mana keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia tahun 2016 adalah peratus lulus keseluruhan 85.6% dan Gred Purata
Sekolah (GPS) adalah 6.28. Beberapa mata pelajaran didapati telah mengalami
penurunan dari segi peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Mata
pelajaran tersebut ialah Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah
Tangga, Pendidikan Islam dan Kimia. Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan
analisis data didapati antara faktor yang menyumbang kepada masalah pencapaian
akademik yang kurang memberangsangkan ini adalah murid ponteng sekolah,murid
ponteng kelas, murid tidak bermotivasi untuk belajar dan pengajaran guru yang
kurang berkesan.

Berdasarkan pemerhatian dan analisis data menunjukkan bilangan murid
yang datang lewat ke sekolah adalah agak ramai malahan terdapat murid yang
hadir ke sekolah selewat jam 8.30 pagi. Maklumat ini disahkan oleh guru disiplin
dan guru bertugas yang menyambut kehadiran murid di pintu pagar utama sekolah.
Data murid hadir lewat ke sekolah ini turut dicatat dalam buku laporan murid
hadir lewat oleh guru disiplin bertugas. Dapatan daripada pemantauan ke kelas-
kelas pada minggu pertama pula telah memberi beberapa input yang berguna untuk
kepada kawalan kelas yang lemah, murid tidur semasa guru mengajar, PdPc guru
secara satu hala chalk and talk serta ada guru yang lewat masuk ke kelas untuk
memulakan PdPc.

Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah 211

Pada mesyuarat pengurusan yang pertama bersama semua pentadbir (G9)
penyelidik telah meminta semua Gred Purata Sekolah (GPK) menyatakan isu-isu /
masalah yang dihadapi dalam unit masing-masing di samping intervensi yang telah
dilaksanakan serta yang dirancang. Maklumbalas daripada PK Pentadbiran tentang
masalah yang dihadapi dalam bidang akademik ialah guru tidak melaksanakan
PAK21, guru kurang memberi dorongan dan motivasi kepada murid, sebilangan
guru berada pada zon selesa dan murid tidak fokus kepada pelajaran. Isu yang
dikemukakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah, kadar ponteng
sekolah yang tinggi, murid ponteng kelas, ramai murid hadir lewat ke sekolah dan
kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa. Maklumbalas daripada Penolong
Kanan Kokurikulum pula adalah: murid ponteng aktiviti kokurikulum pada hari
Rabu, murid kurang aktif dan purata pencapaian Pentaksiran Aktiviti Jasmani
Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2016 adalah rendah. Setelah mengenal
pasti segala isu yang diutarakan, saya membuat keputusan untuk memberi fokus
utama kepada isu akademik iaitu penambahbaikan kepada PdPc guru yang kurang
berkesan.Semua pentadbir sebulat suara bersetuju untuk menjadikan program
amalan PAK21 sebagai amalan PdPc yang mesti dilaksanakan oleh semua guru.
Pengetua berpendapat sekiranya isu utama ini dapat diatasi masalah kemenjadian
murid di sekolah ini akan dapat ditingkatkan sama ada dalam bidang akademik
mahu pun bidang kokurikulum.

PELAKSANAAN

Pendekatan yang digunakan untuk pelaksanaan program Amalan PAK21 dalam
PdPc guru ialah mengikut Kitaran Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan
Tindakan Plan, Do,Check, Act atau PDCA. Oleh itu pelaksanaan program ini telah
dijalankan secara sistematik iaitu;

Langkah I: Plan (Perancangan) dimulakan dengan penubuhan Jawatakuasa
PAK21 yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan program
tersebut.Jawatankuasa tersebut perlu menetapkan objektif dan matlamat amalan
PAK21 ini dilaksanakan. Penetapan sasaran kepada program ini adalah semua
guru SMKPT. Ahli Jawatakuasa juga perlu mengumpul data daripada semua guru
teachers voice melalui soal selidik yang disediakan di dalam google forms. Data
juga boleh diperoleh daripada kaedah pemerhatian serta temubual. Tujuan data ini
adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru tentang PAK21 dan amalan
PAK21 dalam bilik darjah.

Langkah II: Do (Pelaksanaan) melibatkan Ahli Jawatankuasa berbincang untuk
menetapkan kaedah pelaksanaan program yang telah dipilih. Komitmen Ahli
Jawatankuasa di dalam melaksanakan tugas masing-masing amat penting dan
menjadi faktor kejayaan program yang dirancang. Pelaksanaan Amalan PAK21
bermula daripada analisis data berdasarkan soal selidik, pemerhatian dan temu bual
prauijan yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan.

212 Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah

Jadual 22.1: Analisis Pemahaman Guru Terhadap PAK21

Item % TS % KS % S % SS

Tidak mempunyai maklumat PAK21. 86.0 9.3 2.3 2.3

Tidak diberi taklimat PAK21. 77.0 9.3 4.7 6.9
Tidak selesa menjalankan PAK21. 33.0 65.1 2.3 0.0
PdPc PAK21 sangat membebankan. 27.9 65.1 0.0 0.0

Tidak mahu membuat transformasi PdPc. 44.1 55.9 0.0 0.0

PdPc perlu menyeronokkan. 0.0 6.9 51.2 41.9

Murid menjadi pembelajaran aktif. 0.0 4.6 58.1 34.9
Memerlukan perkongsian ilmu PAK21. 0.0 44.1 55.8 0.0
Bersedia melaksanakan PAK21. 0.0 69.7 30.2 0.0
Membudayakan PAK21 dalam PdPc. 0.0 69.7 30.2 0.0

Petunjuk: TS= tidak setuju KS= Kurang setuju S = Setuju SS= Sangat Setuju

Secara keseluruhannya, analisis Jadual 22.1 menunjukkan 69.7% guru
kurang bersetuju untuk melaksanakan dan membudayakan PAK21 dalam PdPc.
Manakala 55.8% guru masih memerlukan perkongsian ilmu PAK21. Keputusan
yang diambil oleh Jawatankuasa adalah untuk membuat perkongsian ilmu PAK21
melalui program LADAP. Perkongsian ilmu PAK21 ini adalah bertujuan untuk
mencapai objektif Amalan PAK21, iaitu PdPc yang berkesan dan menyeronokkan.
Beberapa siri program LADAP telah menekankan perkongsian ilmu PAK21
untuk memantapkan pengetahuan para guru dari segi pelaksanaanya dalam
PdPc. Beberapa orang penceramah luar yang dikenalpasti telah dijemput untuk
melaksanakan program LADAP yang telah diaturkan.

Selepas perkongsian ilmu diberikan kepada para guru, Ahli Jawatan Kuasa
telah mengaturkan jadual Learning Walk (LW) untuk memantau PdPc guru-guru
di dalam bilik darjah. Keputusan telah dibuat untuk membudayakan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) melalui Learning Walk. Pemantauan yang dibuat
adalah dengan menggunakan borang yang mengandungi instrumen Standard
4 SKPMg2. Jadual Learning walk (LW) yang disediakan oleh Setiausaha PAK
21 adalah mengikut tingkatan dan hari yang tertentu. Learning Walk (LW) yang
dilaksanakan adalah mengikut proses yang telah ditetapkan daripada permulaan
hingga akhir. Dapatan daripada Learning walk (LW) akan dikumpulkan untuk
melihat berlaku penambahbaikan dalam PdPc guru atau sebaliknya.

Langkah III: Penyemakan (Check) merupakan langkah yang diambil oleh
AJK untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan program yang dijalankan.
Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif/matlamat program Amalan PAK

Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah 213

21 tercapai atau tidak. Penilaian boleh dijalankan melalui pengumpulan data dan
analisis Learning Walk yang telah dijalankan dalam tempoh tiga bulan. Selain
daripada melihat amalan PAK21 dalam PdPc guru, pengumpulan data juga turut
dibuat terhadap murid sebagai pembelajar aktif secara pemerhatian semasa LW.
Data penglibatan murid dalam PdPc sebelum amalan PAK21 dikumpul melalui
pemerhatian dan temubual dengan para guru.

Rajah 22.1: Dapatan Analisis Amalan PAK21
Rajah 22.1 menunjukkan dapatan analisis Amalan PAK21 dalam tempoh tiga
bulan. Pada keseluruhannya terdapat peningkatan amalan PAK21 dalam PdPc guru
pada setiap tingkatan. Dalam tempoh tiga bulan tersebut telah berlaku peningkatan
yang sangat ketara bagi setiap Tingkatan. Perbandingan antara bulan Jun dan Ogos
menunjukkan Amalan PAK21 bagi Tingkatan 1 telah meningkat sebanyak 43%,
Tingkatan 2 meningkat sebanyak 49%, Tingkatan 3 meningkat sebanyak 38%,
Tingkatan 4 meningkat sebanyak 49% dan Tingkatan 5 meningkat sebanyak 46%.

Rajah22.2: Analisis Perbandingan Penglibatan Murid dalam PdPc Sebelum
dan Selepas Amalan PAK21

214 Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah

Rajah 22.2 menunjukkan analisis perbandingan penglibatan murid dalam PdPc
sebelum dan selepas Amalan PAK21 dijalankan.Dapatan menunjukkan semua
tingkatan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari segi penglibatan
murid dalam PdPc selepas Amalan PAK21 dijalankan. Bagi Tingkatan 1 peglibatan
murid dalam PdPc meningkat sebanyak 43.5%, Tingkatan 2 meningkat sebanyak
45.4%, Tingkatan 3 meningkat sebanyak 57.7%, Tingkatan 4 meningkat sebanyak
43.4% dan Tingkatan 5 meningkat sebanyak 34.4%.

Langkah IV: Tindakan (Act) merupakan langkah akhir dalam kitaran PDCA.
Sekiranya objektif dan sasaran program Amalan PAK21 dalam PdPc tercapai maka
tindakan penambahbaikan terhadap program ini perlu diteruskan untuk mencapai
matlamat yang dihasratkan. Dapatan analisis data menunjukkan program Amalan
PAK21 telah menunjukkan impak yang positif. Ini telah dapat dibuktikan melalui
berlakunya peningkatan yang ketara dalam amalan PAK21 bagi setiap tingkatan
yang terlibat. Impak jangka panjangnya ialah Amalan PAK21 dalam PdPc guru
akan menjadi budaya di sekolah ini selaras dengan hasrat Program Transformasi
Sekolah 2025 untuk menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Ahli
Jawatankuasa PAK21 hendaklah mengemaskini proses kerja, carta aliran kerja dan
Key Perfomance Indacator (KPI) yang berkaitan supaya pelaksanaan program
dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif pada masa hadapan.

PENILAIAN DAN IMPAK

Dapatan analisis data menunjukkan pada keseluruhannya terdapat peningkatan
amalan PAK21 dalam PdPc guru bagi setiap tingkatan. Dapatan analisis menjelaskan
kebayakan guru SMKPT telah membuat perubahan dalam PdPc melalui Amalan
PAK21. Ini merupakan satu perubahan sikap yang positif dalam kalangan guru
di sekolah ini. Dapatan ini juga menunjukkan secara puratanya hampir 80% guru
di sekolah ini telah menjadikan Amalan PAK21 dalam PdPc mereka. Bukti ini
dapat diperkukuhkan lagi melalui dapatan penglibatan murid sebagai pembelajar
aktif. Apabila guru melaksanakan PAK21 dalam PdPc semestinya akan melibatkan
lebih ramai murid mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dalam bilik darjah. Kemahiran guru dalam mengaplikasikan aktiviti Pembelajaran
Abad Ke-21 seperti hot seat, ‘gallery walk,’ ‘one stay three stray,’‘round table’
dan sebagainya akan menjadikan suasana pembelajaran dalam bilik darjah lebih
menyeronokkan dan berkesan.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara chalk and talk
semata-mata kurang berhasil untuk menarik minat murid sebaliknya memerlukan
kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan
sesuai dengan perkembangan semasa. Murid-murid mudah berasa bosan apabila
pengajaran sehala oleh guru yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk
menyuarakan pendapat mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan bahan
bantuan mengajar seperti teknologi maklumat serta alat-alat lain akan menimbulkan
masalah murid tidak fokus kepada pelajaran. Sebaliknya, penglibatan murid

Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah 215

sebagai pembelajar aktif dalam PAK21 akan menjadikan suasana pembelajaran
dalam bilik darjah lebih menarik dan bermakna.

Semua guru yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu
menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi
pendidikan. Malah, perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring
perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru-guru perlu bersedia
menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan
berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi
keperluan murid.

RUMUSAN DAN REFLEKSI

Program Membudayakan Amalan PAK21 dalam PdPc guru di SMKPT merupakan
satu usaha yang dilakukan bagi mempastikan semua guru mempunyai pengetahuan
yang mendalam tentang PAK21 seterusnya dijadikan amalan PdPc dalam bilik
darjah. Pengetua yakin jika semua guru dapat menjadikan amalan PAK21 dalam
PdPc mereka masalah yang sering dihadapi oleh guru di dalam bilik darjah akan
dapat diatasi. Corak susun atur kedudukan murid dalam bilik darjah juga turut
1banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran guru selama ini. Perubahan
positif ini adalah bagi memastikan apa yang guru lakukan adalah seiring dengan
perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan
pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan
pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

Walau bagaimanapun untuk menjadikan Amalan PAK21 sebagai budaya
dalam PdPc guru di sekolah ini bukanlah merupakan satu perkara yang mudah.
Pembudayaan ini memerlukan jangka masa yang panjang serta usaha yang
berterusan. Kerjasama yang diberikan oleh semua pentadbir, AJK program serta
semua guru amat diperlukan untuk menjayakan program ini. Melalui program
yang dijalankan ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu
dipertimbangkan dan disertakan dengan tindakan penambahbaikan.

Kekuatan
i. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pentadbir dan Ahli

Jawatankuasa program sangat memberangsangkan.
ii. Kerjasama daripada majoriti guru untuk merealisasikan objektif program

ini, iaitu membudayakan Amalan PAK21 dalam PdPc guru adalah sangat
menggalakkan.
iii. Sikap guru yang positif dan proaktif dalam melaksanakan PAK21 dalam bilik
darjah sangat membantu.
iv. Sebahagian besar guru memberikan respon yang baik terhadap soal selidik
dan temubual yang dijalankan untuk mengumpul maklumat dan data.

216 Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah

Kelemahan
i. Masih terdapat sebilangan guru yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya

untuk menjayakan program yang dirancang.
ii. Sikap segelintir guru yang enggan melakukan perubahan walaupun sedia

maklum tentang pekembangan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
i ii. Sebilangan responden yang ditemubual tidak menunjukkan kesungguhan

dalam memberi maklumat yang diperlukan.
iv. Masalah kekangan masa menjadi alasan kepada segelintir guru untuk tidak

memberi respon kepada soal selidik yang disediakan.
v. Instrumen yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang subjektif mungkin

tidak dapat menunjukkan keadaan sebenar dengan lebih tepat.

Cabaran

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang
menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik
darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta
maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Guru secara berterusan
perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi
(pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang
untuk mendepani cabaran ini.

Sikap guru yang telah berada dalam zon selesa serta ingin mengekalkan kaedah
konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu tamparan hebat
untuk melaksanakan perubahan dalam organisasi. Oleh itu, satu keputusan yang
bijak perlu diambil bagi merealisasikan objektif yang ingin dicapai dalam program
yang dilaksanakan. Tindakan yang perlu dijalankan kepada golongan ini adalah
sama ada terus memotivasi dan membimbing mereka atau meminggirkan mereka
daripada perubahan arus perdana. Melalui tindakan meminggirkan mereka ini
diharap akan dapat menimbulkan kesederan dalam diri bahawa mereka telah jauh
ketinggalan dan akhirnya berusaha untuk berubah.

Program Membudayakan Amalan PAK21 ini juga perlu dijadikan sebagai
platform untuk menarik minat murid hadir ke sekolah di samping dapat mengatasi
masalah yang sering ditimbulkan oleh murid semasa guru mengajar seperti murid
tidur, murid tidak fokus terhadap pelajaran, menganggu rakan, dan membuat
bising dalam kelas. Melalui penglibatan murid sebagai pembelajar aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dapat membina keyakinan diri murid untuk
berkomunikasi, berkolaboratif, berani berhujah dan mengemukakan pendapat.

Membudayakan Amalan PAK21 Di Sekolah 217

PENAMBAHBAIKAN

i. Bagi memastikan semua guru memberi respon terhadap soal selidik yang
dikemukakan oleh pihak Jawatakuasa, penetapan masa dan tarikh perlu
dirancang untuk memanggil semua guru dalam satu taklimat khas. Semua
responden akan diberi masa untuk menjawab soal selidik secara serentak
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

ii. Bilik darjah disusun atur secara kondusif, bersih dan ceria selari dengan
keperluan PAK21.

iii. Menjadikan suasana persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan selamat
sepanjang masa untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa dan murid-murid
semasa berada dalam kawasan sekolah.

Kesimpulannya, PendidikanAbad Ke-21 memfokuskan tiga komponen utama,
iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
atau kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, atif dan kolaboratif sememangnya
menjadi impian setiap murid pada arus perdana ini. Semoga pembudayaan amalan
PAK 21 ini akan terus menjadi pendorong kepada peningkatan peratus kehadiran
murid ke sekolah setiap hari serta menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid
dalam bidang akademik dan kokurikulum.

RUJUKAN

1. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

2. James Ang Jit Eng, Balasandran, A.R. (2013). Kepimpinan Instruksional. Kuala
Lumpur: Ramiah: PTS Akademia.2013

3. http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/04/perkongsian-amalan-baik-pdpc-
pak21.html

~23~
PEMBUGARAN EKOSISTEM GUSTO
(ECOSYSTEM GUSTO RESTORATION)

Abul Halim Bin Hussin
Pengetua SMK Taman Sejahtera
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Dr. Nor Asikin Binti Salleh,
emel: [email protected]
Dr. Abdul Wahab Bin Muda,
emel: [email protected]

ABSTRAK

Pelan pembangunan SMK Taman Sejahtera (SMKTS) 2018 - 2020 dirangka bagi menetapkan
hala tuju sekolah ini dan dijangka memakan masa antara tiga kelima tahun. Ianya adalah
usaha yang berhati-hati dan teratur bagi menghasilkan keputusan serta tindakan asas yang
membentuk dan memandu apa yang dilakukan dan mengapa ia dilaksanakan, (Bryson,
2011). Perancangan strategik adalah pendekatan yang berkait rapat dengan isu serta
cabaran yang dihadapi oleh organisasi berorientasikan tindakan dan keputusan. Pelan ini
seterusnya dihubungkan kepada pelan operasi dan pelan taktikal sekolah. Perancangan
ini telah dirangka selaras dengan PPPM (2013-2025) dalam usaha merealisasi enam
aspirasi murid. Inisiatif Yayasan Amir (YA) dan LeapEd (LE) yang memberi sokongan
selama tiga tahun (2015-2017) menjadikan SMKTS sebagai Sekolah GUSTO (Ground
Up School Transformation). Kesinambungan perlu diteruskan oleh sekolah di bawah fasa
kendiri pada Tahun 2018. Projek Pembugaran Ekosistem GUSTO dilaksanakan dalam
usaha memantapkan SMK Taman Sejahtera secara menyeluruh setelah Program Sekolah
GUSTO (PSG) tamat. Program ini disepadukan dengan beberapa program baru yang lain
bagi mencapai misi dan visi sekolah.

Kata kunci: pengurusan strategik, infrastruktur

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Taman Sejahtera terletak di Daerah Bukit Mertajam,
dikategorikan sebagai sekolah luar bandar di bawah Pejabat Pendidikan Seberang
Prai Tengah. Sekolah ini mempunyai 54 orang guru dan tujuh orang staf pelaksana
atau staf pentadbiran. Sekolah ini melaksanakan persekolahan satu sesi dengan
bilangan murid seramai 592 orang murid lelaki dan perempuan (pada September
2018). Pengetua yang ada sekarang telah memulakan tugas di sekolah ini sejak
Disember 2017.

Pembugaran Ekosistem Gusto 219

Sekolah ini didirikan di atas tanah seluas 3.64 hektar dan telah siap dibina
pada 26 september, 2001. Pada awal penubuhannya, terdapat seramai 320 orang
murid, 19 orang guru, dan beberapa staf pelaksana yang terdiri daripada seorang
Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Tadbir Rendah dan dua orang Pembantu Am
Rendah. Kelas murid-murid pula terbahagi kepada sembilan kelas iaitu tiga buah
kelas peralihan dan enam buah kelas Tingkatan 1. Sesi persekolahan yang pertama
dimulai pada 7 Januari, 2002 dan Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik
Wan Abd Halim b. Haji Wan Mohamad yang dilantik sebagai penyelaras pada 1
Disember 2001 dan Pengetua pada 1 Januari 2002.

Pelaksanaan Program

Program Sekolah GUSTO (PSG) dibawah fasa sokongan oleh Yayasan Amir
dan LeapEd (LE) telah tamat pada tahun 2017. Justeru, kesinambungan program
tersebut perlu diteruskan oleh sekolah ini di bawah fasa kendiri. Pencapaian SPM
2017 dari segi kualiti dan kuantiti adalah masih kurang memuaskan di mana
peratusan murid yang layak mendapat sijil SPM ialah 57.94 peratus (lulus Bahasa
Melayu dan Sejarah), manakala Gred Purata Sekolah ialah 6.40.

Peratus kehadiran murid adalah 86 peratus dan ia lebih rendah berbanding KPI
yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, iaitu 95 peratus.
SMK Taman Sejahtera termasuk dalam senarai Sekolah Hotspot, iaitu sekolah
yang dikaitkan dengan kes disiplin dan dadah di seluruh negara oleh Polis DiRaja
Malaysia (PDRM). Jumlah sekolah yang tersenarai ialah 402 buah.

Selain dari itu, laporan audit yang diterima daripada Bahagian Audit
berteguran sepanjang tiga tahun (2015-2017) turut diambilkira.

Sumber Bahagian Audit, Definisi Sekolah Hotspot

220 Pembugaran Ekosistem Gusto

MENGENAL PASTI ISU

Isu adalah kesulitan yang dirasakan oleh Pengetua sebagai sesuatu yang menghalang
tercapainya sesuatu matlamat. Bagi mengenal pasti isu-isu yang memberi kesan
kepada prestasi sekolah, kaedah Analisis Persekitaran/SWOT telah digunakan.
Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh sekolah diambil
kira dalam proses mengatur strategi dan membuat keputusan.

Isu dalaman dan luaran yang dikenalpasti di sekolah ini adalah hasil daripada
sesi percambahan idea yang dilontarkan oleh guru-guru. Isu dalaman yang
telah dikenalpasti adalah berkaitan dengan aspek murid, guru, pengurusan dan
persekitaran. Manakala isu luaran pula berkaitan dengan ibu bapa dan komuniti.

Jabatan Pendidikan telah membahagikan kehadiran murid sekolah di Malaysia
kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan satu Key Perfomance Indicator (KPI)
melebihi 90 peratus, manakala kumpulan 2 KPI kurang 90 peratus. SMKTS berada
di kumpulan dua, iaitu KPI purata kehadiran murid adalah rendah (86 peratus)
berbanding sasaran yang ditetapkan. Isu ini perlu ditangani bagi mengelakkan
lebih banyak implikasi negatif yang mungkin timbul. Faktor kehadiran murid
adalah antara faktor penyumbang utama terhadap pencapaian akademik yang
kurang memuaskan. Kes ketidakhadiran murid didapati lebih banyak dicatatkan
pada hari-hari yang hujan di awal pagi, selepas musim peperiksaan dan musim
perayaan. Hasil tinjauan dan perbincangan dengan guru-guru mendapati bahawa
latar belakang keluarga; sosio ekonomi, tempat tinggal dan PdPc guru mempunyai
perkaitan yang rapat dengan ketidakhadiran murid.

Pada tahun 2015, Yayasan Amir (YA) dan LeapEd (LE) telah memilih
SMKTS dibawah fasa sokongan sebagai sekolah GUSTO (Ground Up School
Transformation). Guru peralihan/Tingkatan terlibat pada tahun 2015, diikuti guru
Tingkatan 2 pada tahun 2016 dan seterusnya guru Tingkatan 3 pada tahun 2017
dalam Program Sekolah GUSTO (PSG). Perluasan kepada guru Tingkatan 4 pada
tahun 2018 dan Tingkatan 5 pada tahun 2019, seterusnya fasa kelestarian pada
tahun 2020.

Di bawah fasa kendiri, sekolah telah merangka strategi menambahbaik
kompetensi guru dalam PdPc melalui projek yang diberi nama Pembugaran
Ekosistem GUSTO di mana semua guru SMKTS akan terlibat dalam projek ini.

Pembugaran Ekosistem Gusto 221

Projek yang dinamakan ‘Sekolahku Rumahku’ dilaksanakan sebagai
sokongan kepada inisiatif menambahbaik kompetensi guru dalam PdPc. Antara
program-program yang dijalankan di sekolah ini;

1. Hadiah Kehadiran Penuh/Tertinggi Bulanan diadakan setiap bulan dengan
memberi hadiah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
yang mencapai rekod kehadiran penuh dan tertinggi dalam sesuatu bulan.

2. Sambutan hari ulang tahun guru (kad ucapan) dan murid diadakan dua bulan
sekali dengan memberi hadiah (epal) dan upacara potong kek beramai-ramai.
Acara yang paling istimewa adalah Pengetua menyuapkan kek tersebut
kepada guru/murid sebagai simbolik kasih sayang terhadap guru/murid di
samping menerapkan konsep guru penyayang.

3. Sambutan hari perayaan (Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Ponggal)
diadakan bagi memperkenalkan budaya kaum disamping meningkatkan
keakraban antara warga sekolah. Murid turut diberi peluang untuk membuat
persembahan.

4. Acara qurban diadakan sempena Hari Raya Aidiladha. Gotong-royong
melapah dan memasak dibuat oleh guru dan pelajar. Pelajar bukan Islam
dihidangkan dengan nasi tomato sebagai menghormati agama dan budaya
kaum.

PELAKSANAAN (POLC)

Pelan Pembangunan SMKTS dibina dengan menggunakan kerangka kerja POLC
di mana ia terdiri daripada Perancangan Jangka Strategik (3 ke 5 tahun) dan
Perancangan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi (1 tahun).

222 Pembugaran Ekosistem Gusto

Jadual 23.1: Kerangka Kerja POLC

Kerangka Kerja POLC

Merancang Mengurus Memimpin Mengawal
(Planning) (Organizing) (Leading) (Controlling)

• pembentukan • Merangka • Kepimpinan • Proses dan
misi dan visi struktur dan hala tuju. standard.
organisasi. organisasi.
• Motivasi. • Menyemak
• Menetapkan • Pengagihan • Koordinasi dan semula dan
matlamat dan peruntukan penilaian.
objektif. sumber. komunikasi.
• Tindakan
• Menyusun • Reka bentuk pembetulan.
strategi. kerja.

• Rancang
tindakan.

Jadual 23.2: Terjemahan Visi dan Misi

Misi Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Berkualiti Untuk Membangunkan Negara Sejahtera.
Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara.

Jadual 23.3: Key Performance Indicator SMKTS

Indikator Kejayaan SMKTS Alat ukuran

Berfokus Murid

1. Kehadiran pelajar. • Peratus kehadiran murid ke sekolah.

Indikator Kejayaan SMKTS Alat ukuran

Tidak Berfokus Murid

2. Kompetensi guru dalam PdPc. • Skor rubrik pencerapan pengajaran
PSG (SKPMg2).

Matlamat Strategik Objektif

3. Kehadiran pelajar meningkat. • 88 % kehadiran murid ke sekolah.

Matlamat Strategik Objektif

1. Kompetensi guru dalam PdPc • 100% guru kompetensi capai

meningkat. sasaran 2.50.

Pelaksanaan Perancangan Jangka Pendek (1 tahun) melibatkan Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi. Pendekatan human ecological memastikan POLC dilaksanakan
melalui amalan komunikasi, kerja sepasukan, berpengetahuan global, mengurus
kendiri dan tindakan strategi berasaskan kemanusiaan dengan tema Seronok

Pembugaran Ekosistem Gusto 223

Kalau Kerja Bersama (SKKB).

Jadual 23.4: Senarai aktiviti disusun mengikut keutamaan.

Inisiatif / Strategi Program / Aktiviti

1. Kompetensi guru dalam PdPc - Pembugaran Ekosistem GUSTO.
2. Sekolahku Rumahku - Kehadiran penuh / tertinggi.
- Sambutan hari ulang tahun kelahiran.
- Sambutan hari perayaan.
- Korban hari raya aidil adha & dll.

Membina Pelan Taktikal dan pelan operasi.

OPPM adalah pelan yang menunjukkan laluan untuk keseluruhan dan
tanggungjawab yang jelas dan boleh digunakan untuk mengukur kemajuan
projek. OPPM mendokumenkan rancangan dan melaporkan kemajuan projek
berkaitan jalan penyelesaian pemantauan dan tindakan penambahabaikkan oleh
pemimpin sekolah terhadap pelan strategik.

Jadual 23.5: Pelan Operasi SMKTS

Pelan Operasi

Matlamat Strategik : Menambahbaik kompetensi guru dalam
PdPc.

Inisiatif/Strategi : Kompetensi guru dalam PdPc.

Nama Projek : Pembugaran Ekosistem GUSTO.

Objektif : 90% guru kompetensi dalam PdPc.

Tanggungjawab : Penolong Kanan Pentadbiran.

Tempoh : I Januari hingga 31 Disember.

Tempat : Makmal Komputer. Pusat Sumber Skolah
dan Bilik Mesyuarat.

Sasaran : Semua guru seramai 54 orang.

Kos/Anggaran Perbelanjaan : RM 500.00

Sumber : Sumbangan daripada PIBG.

Jawatankuasa : Rujuk Lampiran 4: Pasukan Teras GUSTO.

224 tujuan melatih guru dengan kemahiran tertentu. CPD dibahagikan kepada 2
kumpulan yang diterajui ole Guru Pengubah Kanan (Senior Change Teacher
(SCT). Manakala Komuniti Pembelajaran Profesional / Profesional Leraning
PemCboumgamrauniEtyko(PsiLsCte)mmGeumsbtoeri tumpuan kepada isu / masalah (rujuk Lampiran 10
& 11 : PLC & Jadual PLC In House Panitia).

PENILAIAN / IMPAK

Baseline (JanB20a1s8e)line (Jan 2018)
P1TT2..aae rrtgg ueenPktmPGettejSatue10ufarGmraakpu::h.ipgSNa:kauomoomrmbumaPai21nertrrik..iotuPbneagegrdnGtmPTTsmPProrukeeukaaeSaguaeerbsdnerrurtrtsrGpemngguaenetutreuu/sneena.rtpsngskubhnTattjea4ucugnaaj/i01tuarmkaura&rntSpuPkdua::sr:aieakurSaNSt5dkbdiatitGanoaioeeisnmkndg.mnetdriPaitkrektaueptpenraalsgoeaiuftePadaagSknmndrihsnroMcjeoeudamaPrdg4skaKhmpiSrsilkat&eaaTSaeGanm/siSnMdnaa5Ts.nbKui/aenTSdrtSaukeekdnikaita213Ln...O 1SByTPBL(aaCaOaeMnrrsrTga221Lgleaael..gO&kitcdunu(3i2yPBBr1eCSjua.0a:aaepeT(l1ndEpMrsrea.al8ginteannlea)ailhkkgdminctnuaauiigjhebnn2arkpeu.c0lmaeareo1tddnneal8eiliknlna2)ahalg0tusnik1hIeiSa8olCmeMt)laepPeanhDls-/asISleuMlieCp/PasD
Target 2 : SMigenmifuicaasTnkatarPngreotg2re:sSsMi/genmifuicaasnktaPnrogr2e3s0s SCT & CT.
Target 3 : EnhanceTda/rgBeatik3 : Enhanced / Baik / 3. LO2 (September 2018) -

Target 3 : Enhanced

Rajah 23.1: Impak Pengajaran Projek Gusto

Rajah 23.2: Pola Kehadiran Murid Projek Gusto mulai 2017 hingga 2018

Pembugaran Ekosistem Gusto 225

Ringkasan Program : Lesson Observation (LO), Learning Walk
LW, Continuous Professional Development
(CPD) dan Profesional Learning Community
(PLC) yang berkesan

• LO pencerapan yang dilaksanakan dua
kali setahun.

• LW aktiviti rondaan sebagai kaedah
pemantauan sekolah yang berkesan.
LW umum untuk memantau keadaan
pengurusan bilik darjah, guru dan
sekolah. LW berfokus untuk mencerap
satu dua item dalam Rubrik Pencerapan
Pengajaran.

• CPD pemacu utama untuk menjalankan
transformasi ke arah sekolah yang lebih
mantap berdasarkan keperluan guru dan
sekolah.

• PLC aktiviti yang melibatkan
perbincangan idea guru berdasarkan
tema yang telah ditetapkan atau
keperluan untuk berkongsi cabaran/idea
/pendapat/hasil kerja serta bekerjasama
untuk meningkatkan pencapaian murid.

Baseline Observation dijalankan pada bulan mengguna rubrik pencerapan
pengajaran GUSTO (SKPMg2). Data yang diperolehi dianalisa untuk menentukan
kekuatan dan kelemahan guru yang dicerap. Pencerapan Pengajaran/Lesson
Observation (LO) Moderasi dibuat untuk menentukan guru Pengubah /Change
Teacher (CT) Tingkatan 4 dan 5. Rondaan pembelajaran /Learning Walk (LW)
aktiviti rondaan untuk memantau pengurusan sekolah berkesan. Pembangunan
Profesional Berterusan/ Continuous Professional Development (CPD) dilaksanakan
dengan tujuan melatih guru dengan kemahiran tertentu. CPD dibahagikan kepada
dua kumpulan yang diterajui oleh Guru Pengubah Kanan (Senior Change Teacher
(SCT). Manakala, Komuniti Pembelajaran Profesional/Profesional Learning
Community (PLC) memberi tumpuan kepada isu /masalah

PENILAIAN DAN IMPAK

Intervensi Projek Pembugaran Ekosistem GUSTO dan lain-lain intervensi yang
dilaksanakan memberi impak yang terhadap peningkatan kehadiran murid dan
kompetensi guru dalam PdPc PAK21. Kehadiran murid telah meningkat dari 86
peratus pada tahun 2017 kepada 87.3 peratus (setengah tahun 2018).

226 Pembugaran Ekosistem Gusto

Kehadiran murid Tingkatan peralihan, 1, 2, 3, 4 menunjukkan peningkatan.
Manakala peratus kehadiran murid Tingkatan 5 tahun 2017 kekal pada tahap yang
sama dengan tahun 2018. Memandangkan murid Tingkatan 5 akan mengambil
SPM, projek Sekolahku Rumahku akan diadakan dari semasa ke semasa untuk
meningkat kehadiran murid ke sekolah.

Seorang murid SMKTS telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Penasihat
Pemimpin Murid Student Leader Advisory Council di bawah program antarabangsa
Teach for All iaitu jaringan NGO pelatihan dan penempatan guru di seluruh dunia
di mana hanya tujuh orang murid sahaja dipilih di seluruh dunia.

Selain itu, murid sekolah SMKTS juga berjaya mendapat tempat kedua
(perak) dan tempat ketiga (Gangsa) dalam Pertandingan Sime Darby Young yang
diadakan di Kolej TAR Pulau Pinang pada 18 Ogos 2018.

FI in Schools Malaysia serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
mengadakan Pertandingan 4 X 4 in Schools Malaysia National Finals 2018 di
Arena Axiata, Bukit Jalil bertujuan menarik minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 20 buah pasukan
termasuk SMKTS telah Berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Lima orang murid SMKTS dipilih untuk menyertai program ‘Digital Ninja
Accelerator Lab,’iaitu Program Boot-Camp/Kem Inovasi peringkat kebangsaan
untuk anjuran Malaysia Development Economy Corporation (MDEC) di Stadium
Putra/Axiata, Bukit Jalil pada 29-30 September 2018 dengan kerjasama rakan
industri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 100 orang ‘young innovator’ terbaik
dari seluruh Malaysia dibawa bersama selama 10 hari untuk menghasilkan ciptaan
inovasi.

RUMUSAN

Refleksi Cabaran

Pengetua melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah SPS apabila mendapat
surat pertukaran ke SMK Taman Sejahtera (SMKTS). Hasil perbincangan dengan
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD), beliau memaklumkan bahawa ada
beberapa isu yang perlu diberi perhatian. Antaranya, isu-isu yang berkaitan
pengurusan kewangan (audit berteguran), pencapaian PT3 dan SPM, kehadiran
murid, hubungan dengan komuniti, disiplin muridkurang memuaskan.

Hari pertama menjejaki kaki di SMKTS Pengetua telah dimaklumkan oleh
guru bahawa ‘semua Pengetua yang dipindah mendapat surat layang’. Hati

Pembugaran Ekosistem Gusto 227

terdetik mungkin saya akan menjadi bahan ujikaji dan mangsa keempat penerima
surat layang. Sebagai pemimpin yang mempunyai aspirasi menjayakan visi dan
misi KPM Pengetua menukar konflik yang bermain di kepala kepada penyelesaian
masalah. Pengetua perlu kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari yang
mendatang.

Pada mesyuarat guru pertama tahun 2018, dengan keberanian luar biasa saya
telah mencabar guru dengan kata-kata, ‘saya tidak hairan dengan tuan dan puan,
jika jodoh panjang saya akan kekal di sini tetapi jika jodoh pendek saya sedia
keluar dari sekolah ini pada bila-bila masa dan redha dengan ketentuan-Nya. Saya
pernah bertugas di sekolah yang paling jauh di Pulau Pinang (SMK Teluk Bahang),
bertolak jam 5.00 pagi, solat di mana-mana masjid yang dijumpai dan pulang pada
jam 8.00 malam. Cuma saya bimbang guru-guru di sini ditukar ke sekolah yang
jauh, menangis tidak berlagu masa itu tidak berguna lagi.’

Walaupun PdPc yang dijalankan menggunakan pedagogi PAK21, namun
kehadiran murid belum lagi mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Latar belakang
keluarga murid dari golongan berpendapatan rendah. 82.60 peratus adalah
golongkan miskin (pendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan), kebanyakan
tinggal dirumah kos rendah dan kampong yang berdekatan. Kebanyakan murid
bekerja pada waktu petang dan malam untuk membantu keluarga. Kesibukan
ibubapa dengan bekerja mencari rezeki pagi dan petang menyebabkan anak-anak.
diabaikan dan kurang mendapat kasih sayang. Ibu bapa dan komuniti tidak kisah
sama ada anak datang sekolah atau tidak.

Rajah 23.3: Pendapatan Ibu Bapa Mengikut Kategori.

228 Pembugaran Ekosistem Gusto

Jadual 23.6: Pendapatan Ibu bapa

Pendapatan (RM) Bilangan

0000 - 1000 123
1001 - 2000 224
2001 - 3000 142

3001 - 6000 83

6001 - 14000 18

14001 - 38000 2

JUMLAH 592

Catatan: Pendapatan di bawah RM3,000.00 seramai 489 orang, 489/592 X
100 = 82.60 % (paras miskin)

Sumber: Aplikasi Pangkalan Data Murid, Kementerian Pelajaran Malaysia

Kepimpinan merupakan satu seni untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti
sekumpulan manusia supaya berusaha secara sukarela dalam organisasi ke arah
penentuan dan pencapaian matlamat organisasi. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu
mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi subordinat membuat usaha dan
mengambil tindakan yang berkesan bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan
prestasi dan pencapaian sekolah. Keupayaan ini telah digunakan sepenuhnya saya
dalam usaha untuk melonjakkan sekolah dan kemenjadian murid.

Melalui Projek Pembudayaan GUSTO, Pengetua telah menggerakkan seluruh
warganya ke arah pencapaian matlamat dan objektif sekolah. Dengan sokongan
dan kerjasama semua pihak, projek ini disokong oleh projek sokongan lain telah
memberi impak yang sangat positif terhadap perkembangan dan pembangunan
murid, guru, ibu bapa dan komuniti sekitarnya.

RUJUKAN

1.Garis Panduan Sekolah GUSTO. Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pulau
Pinang.Henry Fayol, H. (1949). General and Industrial Administration.
Pitman. New York.

2.Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. 2017. Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015 (2012). Kementerian Pendidikan Malaysia

3.Tuan Naufal Tuan Khaled. 2017, “Apakah Pendidikan Abad Ke-21”, https://
www.sistemguruonline.my/2017/03/pendidikan-abad-ke-21.html

4.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Am Disiplin Sekolah-
Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

~24~
BE THE FIRST

Che Ahmad Zaini Bin Hussin
Pengetua SMK Kampung Dangar,

Pasir Mas, Kelantan.
Hamzah Bin Said,

emel: [email protected]
Hamizi Bin Osman,

emel: [email protected]

ABSTRAK

Cabaran pendidikan dalam dunia globalisasi kini adalah untuk menghasilkan modal
insan yang berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang
juga sahsiahnya. Pengetua berusaha mewujudkan persekitaran positif dan kondusif agar
warga sekolah dihargai dan seterusnya dapat mengupayakan misi kemenjadian murid.
Hasrat utama untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar
sebagai yang terbaik dan meletakkan Slogan Be The First dalam menentukan yang terbaik
dan pertama dalam semua aspek, kurikulum, kokurikulum dan kemenjadian murid. Slogan
Be The First diperkenalkan di sekolah agar slogan ini diharap dapat meresap dalam
sanubari setiap warga dan tidak hanya mahu yang terbaik dan cemerlang tetapi yang
pertama dalam mengubah sesuatu kepada yang lebih baik. Hasrat utama adalah untuk
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar sebagai yang terbaik dan
pertama dalam semua aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pembudayaan
Be The First merupakan satu langkah strategik secara holistik yang sangat penting dalam
membantu kecemerlangan sekolah. Kolaborasi dengan pelbagai agensi serta penglibatan
pemimpin setempat dan pemegang taruh menjadi suatu nilai tambah kepada slogan Be the
first ke arah kemenjadian pelajar dan keberhasilan organisasi.

Kata kunci: pengurusan organisasi, kemenjadian murid, jaringan dan jalinan, pemegang
taruh.

PENGENALAN

Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar pada 17 Januari
2017. Menerajui sebuah sekolah yang telah sekian lama dipandang sebelah
mata oleh kebanyakan masyarakat setempat bukanlah suatu tugas yang mudah.
Pengetua sedar yang beliau sendiri perlu menjadi faktor penarik kepada seluruh
warga sekolah menuju hala tuju yang ditetapkan. Menyedari hakikat ini, maka
suatu pendekatan Be the first telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampung Dangar.

230 Be The First

Kepimpinan Pengetua telah berjaya menarik hati warga sekolah melalui
kepimpinan melalui teladan. Pendekatan awal dengan konsep ‘Mudah Baso, Sene
Kiro” telah merapatkan hubungan dengan seluruh warga. Hubungan positif antara
Pengetua dengan warga guru memberi impak besar kepada prestasi, komitmen
guru dan kepuasan kerja di sesebuah sekolah (Aminuddin, 1990). Kecemerlangan
sesebuah sekolah pula sentiasa berkolerasi dengan komitmen yang dimiliki oleh
warganya. Justeru itu, hubungan yang erat telah mewujudkan suasana harmonis
serta keseronokan bekerja dalam kalangan warga sekolah.

Slogan yang selalu diuar-uarkan oleh Pengetua telah menyemarakkan
semangat kebersamaan dalam melakukan perubahan positif di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Dangar. Senario baharu ini berjaya menyingkirkan tanggapan
negatif yang telah lama bersarang di minda warga sekolah. Penyemarakan visi
Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah, iaitu ‘Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera’telah mendorong setiap warga sekolah berperanan secara
proaktif. Mereka dapat merasakan mereka adalah sebahagian daripada batu-bata
yang dapat menyempurnakan sebuah bangunan yang gah dalam merealisasikan
visi besar Kementerian Pendidikan Malaysia itu sendiri.

Keberkesanan sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan prestasi pemimpin
yang efektif. Hussein Mahmood (1993) menegaskan bahawa sekolah yang berkesan
dipimpin oleh Pengetua yang berkesan. Justeru itu, Pengetua mempelbagaikan
kerangka orientasi kepemimpinan dalam melahirkan persefahaman seluruh warga.
Konsep twin leaders dalam kalangan pemimpin telah memperkasakan kecekapan
melalui kepimpinan teragih. Saling bergandingan sesama barisan kepimpinan
dapat memantapkan lagi kepimpinan instruksional dalam bidang masing-masing.

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar mula ditubuhkan pada 1
Januari, 2010 dan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan
sehingga 24 Mei 2010. Bermula 25 Mei 2010, bangunan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Dangar telah diserahkan untuk diduduki. Mempunyai
empat buah sekolah saluran, iaitu Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha, Sekolah
Kebangsaan Bayu Lalang, Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong (berkongsi dengan
Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti) dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim
3 (berkongsi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2). Kini
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar mempunyai seramai 436 orang
murid dan kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai buruh kasar, petani dan bekerja
sendiri yang kurang menitikberatkan pendidikan anak-anak. Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Dangar merupakan sebuah sekolah harian biasa yang agak
tercorot dalam pencapaian akademik dalam Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas.
Peningkatan dalam pelbagai aspek Kurikulum, Hal Ehwal Murid Dan Kokurikulum

Be The First 231

perlu diperkasakan melalui komitmen 45 orang guru, 19 orang staf serta kejelekitan
hubungan dengan pemegang taruh, PIBG serta pemimpin setempat.

MENGENAL PASTI ISU

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar merupakan sebuah sekolah
yang berada dalam kedudukan yang terakhir dalam Pejabat Pendidikan Daerah
Pasir Mas dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh kualiti muridyang ada di sekolah ini merupakan murid yang
berlatarbelakangkan kelulusan akademik yang rendah. Ini kerana murid yang baik
keputusan akademiknya akan ke sekolah-sekolah lain di daerah ini. Punca utama
berlaku sedemikian disebabkan persepsi masyarakat yang terlalu negatif terhadap
sekolah ini. Ini mungkin disebabkan di awal penubuhan sekolah ini kebanyakan
muridnya adalah buangan dari sekolah-sekolah sekitar. Keadaan ini membawa
kepada pencapaian yang rendah dalam peperiksaan awam.

Sebagai Pengetua yang baru di sekolah ini, seharusnya perlu membina
semula sekolah ini supaya dapat bersaing dengan sekolah-sekolah lain dari segi
pencapaian akedemik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Keyakinan masyarakat
terhadap sekolah ini harus diperbaiki. Tanggapan negatif masyarakat terhadap
sekolah – “SMKKD is danger” dan “lagu ni dah SMKKD sejak dulu-dulu” harus
dinyahkan daripada pemikiran masyarakat setempat. Antara usaha-usaha yang
dilakukan untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dangar
setanding dengan sekolah-sekolah lain adalah;

1. Meningkatkan kesedaran seluruh warga tentang keupayaan peningkatan
sahsiah, akademik dan kokurikulum.

2. Mengekalkan amalan “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.”
3. Menghapuskan tanggapan negatif masyarakat tempatan terhadap sekolah.
4. Mengurangkan bilangan murid yang memiliki tingkahlaku negatif.

Penyelesaian dan Amalan Terbaik Be The First

Beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mencapai matlamat pelaksanaan “Be
The First” melibatkan Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid
dan Pengurusan Kokurikulum. Sebanyak tujuh program telah dilaksanakan untuk
peningkatan akademik murid di bawah pengurusan kurikulum. Program yang
dilaksanakan ialah Menuju Puncak, Kelas Tambahan Berfokus Fasa I, II dan III,
Program Julang A, Morning Touch, Genggam Bara Api Biar Jadi Arang, Jangan
Tinggal Daku dan Profesional Excellent.

Program Menuju Puncak mensasarkan 82 orang calon SPM yang
menekankan kepada motivasi meningkatkan persiapan minda, sahsiah dan akhlak
pelajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kelas Tambahan

232 Be The First

berfokus melibatkan aktiviti stayback selepas kelas pada hari persekolahan dan
kelas tambahan hujung minggu kepada 82 orang murid yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Rajah 24.1: Kerangka Be The First
Program Morning Touch pula mensasarkan kepada pengukuhan latihan mata
pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu supaya 40 orang murid mendapatkan A dalam
matapelajaran berkenaan. Manakala Program Jangan Tinggal Daku mensasarkan
supaya 20 orang muridyang tercicir dalam Bahasa Melayu dan Sejarah lulus dalam
matapelajaran berkenaan. Program Genggam Bara Api Biar Jadi Arang dan Projek
Julang A yang melibatkan aktiviti stayback selepas kelas pada hari persekolahan
dan kelas tambahan hujung minggu mensasarkan 28 orang murid mendapat A+
dalam semua mata pelajaran pada peringkat SPM. Di samping itu sekolah juga
menganjurkan Program Profesional Excellent yang melibatkan aktiviti motivasi,
bimbingan dalam hala tuju kerjaya kepada semua murid Tingkatan 4 dan 5 supaya
mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam pendidikan dan kerjaya masa
depan.
Pengurusan Hal Ehwal Murid pula menganjurkan program Cakna Hadir,
Santapan Rohani dan Sayangi Daku bertujuan untuk meningkatkan jatidiri dan
sahsiah pelajar. Program Cakna Hadir melibatkan aktiviti pihak Pentadbiran
dan Kaunselor membuat kunjungan kasih ke rumah muridyang menghadapi

Be The First 233

masalah kehadiran ke sekolah. Ceramah motivasi tentang pentingnya kehadiran
dan keberadaan di sekolah diberikan kepada murid dan ibu bapa supaya mereka
memahami matlamat kehadiran murid ke sekolah.

Program Santapan Rohani melibatkan aktiviti bacaan ayat-ayat lazim Al
Quran pada setiap pagi, bacaan surah Yasin, solat zohor berjamaah dan solat
hajat untuk murid yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan
Sijil Pelajaran Malaysia. Matlamat aktiviti-aktiviti ini adalah untuk memastikan
nilai-nilai kerohanian dapat diterapkan dalam diri murid dan seterusnya dapat
membentuk sahsiah yang baik pada individu murid. Untuk memastikan hubungi
yang erat antara guru dan murid, program Sayangi Daku dilaksanakan di mana
guru menanti kehadiran murid dan mengiringinya masuk ke kelas. Satu lagi
aktiviti yang dilaksanakan ialah meraikan hari jadi murid yang bertujuan supaya
murid merasa dihargai dengan kehadiran mereka ke sekolah. Token ganjaran juga
diberikan oleh pihak pentadbiran kepada murid yang mencapai kehadiran 100%
setiap bulan.

Sekolah Menengah Kampung Dangar dalam usaha memantapkan Pengurusan
Kokurikulum sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan teater
peringkat negeri. Pasukan Kadet Polis pula mengambil bahagian dalam pemilihan
kawat peringkat daerah dan pasukan Kadet Remaja Sekolah telah mengikuti
perkhemahan perdana dan mengambil bahagian dalam pertandingan Kawat Mara
Lasak. Pasukan Bola Baling sekolah juga telah menyertai pertandingan bola baling
peringkat Majlis Sukan Sekolah Kelantan.

IMPAK

Sekolah Menengah Kampung Dangar telah menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian akademik di mana dalam pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun,
peratus lulus telah meningkat sebanyak 12.37%, manakala nilai Gred Purata
Sekolah (GPS) telah menguncup sebanyak 0.43. Keputusan untuk memperolehi
syarat lulus untuk mendapatkan sijil untuk Mata Pelajaran Sejarah juga meningkat.

Dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid pula, kehadiran murid sehingga Julai
menunjukkan peningkatan bila mana untuk tahun 2017 peratusnya hanya 88.44%
dan meningkat kepada 91.61% pada tahun 2018. Data salahlaku murid juga
menurun dari 78 kes pada tahun 2017 kepada 53 kes pada tahun 2018.

Pasukan Bola Baling sekolah telah mengharumkan nama sekolah apabila
berjaya merangkul Pingat Emas dalam pertandingan bola baling peringkat Majlis
Sukan Sekolah Kelantan.

234 Be The First

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

a) Kurikulum
i. Mengadakan Kolaborasi Murid ke sekolah terpilih seperti SMKA Lati.
ii. Bantuan kepakaran dari SIP+ dan SISC+ setiap bulan.
iii. Menjadikan tempat belajar lebih eksklusif– bilik hawa dingin.
iv. Mengundang tenaga guru yang hebat dari sekolah sekitar.
v. Mengalakkan murid belajar cara belajar dan betul.
vi Menyediakan ruangan sesuai untuk pembelajaran Abad ke-21(PA 21).
vii. Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan

b) Hal EkohmwpaeltMenusirgiduru terutama dalam PAK21.
i. Hadiah utama bagi cabutan bertuah bagi kehadiran 100% akan
dikerapkan lagi penawarannya kepada murid yang layak.
ii. ‘Task Force’dengan kerjasama PIBG, PDRM, AADK akan dilaksanakan
bagi menggempur murid ponteng pada ‘port-port’ yang biasa bagi
pelajar ponteng.
iii. Program guru penyayang- SAYANGI DAKU akan dimantapkan.
iv. Bacaan Al-Quran (Ayat-ayat Lazim) ini akan disertai dengan
terjemahannya pada masa akan datang supaya pelajar dan guru dapat
mengambil pengajaran dan pengertian dari ayat-ayat yang dibaca.
vi. Program Tazkirah bulanan akan diadakan dan disampaikan oleh ustaz
jemputan.
v. Solat hajat akan diadakan setiap hari mengikut tingkatan.

c) Kokurikulum
i. Menjadikan aktiviti teater sebagai kebitaraan sekolah
ii. Meningkatkan latihan dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum
pada peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN

1.Aminuddin Mohd Yusuf. (1990). Kepimpinan: Satu analisa psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 235

~25~

PENGURUSAN SUMBER DAN KEMUDAHAN

FIZIKAL SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN

Puan Noridah binti Ab Rahim
Pengetua SMK Hang Kasturi,

Masjid Tanah, Melaka.
Muhammad Bustaman Bin Abdul Manaf,

emel: [email protected]
Siti Arija Binti Abdul Rahman,

emel: [email protected]

ABSTRAK

Persekitaran sekolah dan kemudahan fizikal pembelajaran khusus di bilik darjah
merupakan elemen penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan
menyeronokkan. Persekitaran dan fizikal bilik darjah yang kondusif akan dapat membantu
mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran di samping mengekalkan tumpuan
dan minat belajar dalam bilik darjah. Laporan ini ditulis bagi mengenal pasti tahap kualiti
pengurusan persekitaran serta kemudahan fizikal pembelajaran di SMK Hang Kasturi
sejak pengetua mula bertugas di SMK Hang Kasturi iaitu dari tahun 2014 sehingga kini.
Laporan ini juga memaparkan tentang usaha yang dilakukan oleh Pengetua dan warga
sekolah bagi mewujudkan persekitaran serta kemudahan fizikal sekolah yang kondusif
dan membawa kepada pembelajaran yang menyeronokkan. Data tentang persekitaran
dan kemudahan fizikal di SMK Hang Kasturi menunjukkan bahawa aspek pengurusan
persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah masih berada pada tahap minimum dan
perlu ditingkatkan. Tindakan awal ke arah usaha meningkatkan tahap persekitaran dan
kemudahan fizikal bilik darjah, perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan dirancang
dengan teliti kerana persekitaran dan kemudahan fizikal bilik darjah yang bersesuaian
dapat mempengaruhi suasana pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku
murid.

Kata kunci: pengurusan fizikal, infrastruktur, pengurusan sumber


PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi dibuka pada tahun 1976 di atas
tapak tanah seluas 12.16 ekar. Semasa pembukaannya, sekolah ini dinamakan
Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah. Nama Sekolah Menengah Rendah
Masjid Tanah tidak lagi sesuai digunapakai apabila ia berkembang dan memulakan
kelas menengah atas. Pada tahun 1990, nama sekolah ini diubah dan dengan rasmi
dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah
(SMKHK), Melaka.

236 Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal

Pada tahun 1996, satu blok bangunan dua tingkat makmal Sains dan bengkel
KH telah dibina dan kelas aliran Sains tulen bagi murid Tingkatan 4 mula
ditawarkan. Kemudian, dua blok bangunan tambahan pula dibina pada tahun
2002, iaitu satu blok empat tingkat untuk pentadbiran, kelas, bilik-bilik khas dan
satu blok dua tingkat untuk makmal Sains. Bangunan baru ini mula digunakan
pada tahun 2004. Sehingga kini, terdapat lapan blok bangunan di sekolah ini.
Mata Pelajaran MPV Landskap, serta Katering dan Penyajian mula diajar kepada
murid Tingkatan 4 pada tahun 2003, seterusnya pada 2007, Mata Pelajaran MPV
Menservis Motosikal pula diperkenalkan. Mulai tahun 2016, kelas pakej mata
pelajaran Katering dan Penyajian telah ditukar kepada Mata Pelajaran Penyediaan
Makanan bermula dengan murid Tingkatan 4.

Puan Noridah Binti Ab Rahim telah memegang jawatan sebagai Pengetua
sekolah ini sejak 30 Jun, 2014 sehingga kini. Beliau merupakan Pengetua yang ke-
14 di SMKHK yang merupakan sekolah Gred A, kategori sekolah menengah luar
bandar. Ketika itu, terdapat 84 orang guru,16 orang staf sokongan dan 753 orang
murid yang terdiri daripada 610 orang murid kaum Melayu, 83 orang murid kaum
Cina dan 60 orang murid kaum India.

Pada tahun 2016, pihak sekolah telah menerima peruntukan sebanyak
RM700,000 dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambah baik
kemudahan fizikal sekolah. RM200,000 diperuntukkan untuk menaik taraf tandas
murid, RM150,000 untuk membaiki tingkap serta pintu kelas dan RM350,000
diperuntukkan untuk membina dewan terbuka yang dinamakan sebagai Dewan
Terbuka Tan Sri Abd Rahim Tambichik.

MENGENAL PASTI ISU

Pada peringkat awal menerajui SMK Hang Kasturi, didapati pengurusan
persekitaran dan fizikal sekolah masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Berdasarkan pemerhatian, persekitaran dan kemudahan fizikal tidak diuruskan
dengan rapi. Contohnya, kebanyakan kelas kurang kondusif kerana kerusi, meja
dan papan tulis yang usang dan sering dirosakkan oleh segelintir murid yang
melakukan vandalisme. Terdapat banyak pintu tandas murid yang rosak dan tidak
dibaik.

Tambahan pula, sikap sebilangan kecil guru kelas yang kurang menitikberatkan
keceriaan kelas menyebabkan kelas kurang ceria. Pihak pengurusan sekolah sering
menerima aduan tentang kerosakan kerusi, meja dan peralatan lain di kelas. Keadaan
ini menyebabkan murid di kelas terlibat tidak mempunyai rasa tanggungjawab
untuk menjaga kemudahan yang ada di kelas mereka. Mereka sering didenda
akibat kerosakan yang berlaku. Kesannya, ramai murid yang ponteng sekolah
dan ini menjejaskan pencapaian akademik mereka.Situasi ini dilihat berdasarkan

Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 237

peratus kehadiran murid dan pencapaian akademik murid di kelas yang terlibat.

Selain itu, sekolah tidak mempunyai dewan besar dan hanya bergantung
kepada dua buah dewan kelas untuk menjalankan aktiviti sekolah. Kerap kali
aktiviti pembelajaran murid terganggu apabila kelas mereka perlu digunakan
untuk program rasmi sekolah. Aktiviti-aktiviti sekolah yang dijalankan juga terhad
disebabkan dewan sedia ada hanya mampu memuatkan murid dan guru sekitar 300
hingga 350 orang sahaja.

Walaupun sekolah ini mempunyai sebuah makmal komputer yang agak
lengkap, namun capaian internet adalah tidak menyeluruh. Keadaan ini
menyebabkan PdPc yang memerlukan guru dan murid mengakses maklumat
dengan bantuan peralatan ICT tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Suasana pejabat yang suram dan kurang ceria menggambarkan situasi
pengurusan yang kurang sistematik. Keadaan bilik dan fail-fail yang tidak disusun
dengan baik sering menimbulkan masalah dalam pengurusan sekolah, khususnya
yang berkaitan dengan pengurusan maklumat sekolah. Buktinya, laporan audit
kewangan tahun 2014 melaporkankan bahawa sekolah memiliki Akaun Belum
Bayar sebanyak RM32,000. Keadaan ini berlaku disebabkan banyak dokumen
tidak dapat dikesan kerana tiada sistem pengurusan fail yang baik. Kerap kali
juga urusan berkaitan perkhidmatan guru seperti kesilapan pembayaran gaji, kes
keciciran dalam kenaikan pangkat dan bayaran elaun menggambarkan pengurusan
yang tidak efisyen berpunca dari pengurusan bilik fail yang tidak sistematik.

Kawasan persekitaran sekolah tidak diurus dengan baik, pokok-pokok
besar dan kecil ditanam secara tidak berstruktur dan tidak teratur menyebabkan
suasana sekolah kurang ceria dan tidak selamat. Kelihatan juga perabot sekolah
seperti pintu-pintu kelas yang rosak, kerusi dan meja yang telah pecah atau patah
bersepah di belakang blok dan di bawah pokok yang membuatkan warga sekolah
terdedah kepada ancaman binatang berbisa. Sumber kewangan yang terhad dan
kos penyelenggaraan yang tinggi memburukkan lagi pengurusan sekolah. Semua
ini merupakan isu dan cabaran yang dihadapi pada ketika itu.

Maklumat di atas dikumpul melalui semakan dokumen dan rekod (fail), temu
bual, suara murid dan guru serta pemerhatian. Pendekatan yang digunakan untuk
melakukan diagnosis serta analisis persekitaran adalah Analisis SWOT Analisis
ini merupakan penilaian kendiri organisasi meliputi keseluruhan aspek dalam
pengurusan. Data dan maklumat yang dikumpul dijana bagi menentukan strategi
yang sesuai untuk tindakan penambahbaikan. Pelan Tindakan dirancang bagi
tujuan melaksanakan strategi dengan berkesan dalam usaha mencapai objektif yang
ditetapkan. Pemetaan tiga tahun (2018 - 2020) yang selari dengan perancangan
strategik turut dirancang

Jadual 25.1: Pemetaan Dan Pelaporan Prestasi Projek Tiga Tahun (SMK Hang Kasturi) 238 Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal

9 Bidang Skksm Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
(Bidang Fokus (Fuft 1-3) 2019 2020
Sekurang- 2018
Kurangnya Satu
Dari Pada Berikut)

Kpi Tov Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian
Prestasi Sebenar Prestasi Sebenar Prestasi Sebenar

Pengurusan Bilangan

Persekitaran Dan Kemudahan Yang

Kemudahan Fizikal Ditingkatkan 4 75 3 2

Jadual 25.2: Pelan Taktikal: Bidang Pengurusan Kemudahan Fizikal SMK Hang Kasturi

Strategi 1 : Meningkatkan kemudahan fizikal sekolah untuk pembelajaran yang menyeronokkan

Bil Program / Tanggungjawab Tempoh / Kos / Sumber Output KPI Pelan
Projek Hari Kontingensi

1. Taman PK Jan- RM3,000 Taman bertema (Taman Sains,Taman Bilangan taman bertema
bertema dan Kokurikulum Disember Herba,Taman Orkid,Taman ilmu yang ada di kawasan
bermaklumat Fertigasi, Taman Lestari dan Taman sekolah.
Linguistik).

2 Papan Putih PK Pentadbiran 6 bulan RM3,000 Papan hijau ditukar kepada papan Bilangan papan hijau yang
Kelas RM500 putih. ditukar kepada papan putih.

3 Pentas Pidato PK 2 bulan Program pidato murid, Kekerapan program Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 239
Kokurikulum diadakan.

4 Naik taraf PK Pentadbiran 4 bulan RM80,000 Bilik masak PVMA yang memenuhi Kekerapan penggunaan.
spesifikasi penggunaan.
Bilik PVMA (Sept-Dis)
Susun atur kerusi meja dan peralatan Bilangan kelas PAK 21.
5 Kelas PA 21 PK Pentadbiran Jan-Dis RM4,000 mengikut PAK21.
Permohonan
peruntukan
PIBG.

6 Peningkatan GKMP(TV) Jan-Jun RM1,500 Capaian internet yang mantap. Bilangan bilik yang ada
Talian internet (6 bulan) (Parenthon) internet.

7 Gotong royong PK HEM Jan-Dis RM2,000 Keadaan kelas, tandas dan Bilangan warga sekolah

persekitaran sekolah lebih bersih dan dan PIBG yang terlibat.

ceria.

Jadual 25.3: Instrumen MaklLuAmMbaPlIaRsAPNre8stasi SMK Hang Kasturi 240 Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal

LAMPIRAN 8 BORANG PENGUKURAN PRESTASI DAN MAKLUM BALABOSRANG PENGUKURAN PRESTASI DAN MAKLUM B

BORANMGI PSEINGUpMKoUeteRmnAbsNie rPiinRkdEaiSnvTisAdiSsuIt eDbmaAgNpi eMmnAedBKmiOdLeUiRknMAauNn hBGiyA PaaLEsAnpNgSi GrbaUesKrikUnuReaAglNiatr iPauR.nEtSuTkASmMI eDImASNIb aMnAguKnLmMUkeeMammnb bBaeAnrigLkuAannSkV sainIsStpeIomtepnesnidiniPTddieeikvrnaidddniuidydbaiinkakgg,aibNnmeerekgmuaeaBrnliaeutihrSukineautjsuaapklihirtaties,ira Insan VISI Pendidi

negara

instpeomtepnesnidiniddiikvaidnuybanaM(BggTiIbImaSDenrIekAdmuaNeaknliGutaihnuimnMnae/etdesgumpmaikirbrbraauesnr-iigkuannksaKPinsEtUpeNomRtTVepInAKIesSniDUIdinidLdiiUkvaiMdnuyPbaenanggdibimderiekmauneanlBiutiehruiknKFautsIuaOpZlkiirtKIia,KsUIinARsaLInKTBUeIrDdLiAdUViNkIMS,GNI egara/ SePjeanhdteidrHaikEanMBerkualiti, Insan TerdidKikE, NWegAarNa GSeAjahNtera HEM
angan) KURIKP.USLUUMMBER KOKURHIUKUBLUUNMGAN P.SUMBER

PEJABAT (Tandakan /di PENTAMDANUSIA FIZIKALLUAR /

ruangan) PEJABAT MANUSIA

KOBKIDUARMNIAKGTULLAUMMATKURIKULUMHEM KOKURIKULUM KEWANGAHNEM KEWANGAN

FI(ZTIaKnAdaLkan /di PENTA/D P.SUMBER FIZIKAL HUB/UNGAPN.SULUMABRER HUBUNGAN LUAR
SASARAN PRESTAMMSIAANTLUASMIAAT
ruangan) PEJABAKTEY PMERAFNOURSMIAANCE INISIATIF/ PRESTASI SEBENAR
OBJEKTIF

INDICATORS (KPI) OBJEKTIF TINDAKAKNEY SASARAN PRESTASI INISIATIF/

MATMLAenMinAgTkatkan LAG LEAD 2018 2019 2020 PERFORMANCE 2018 2019 2020

KEY kemudahan PREST0ASI KEY 6 INISIATISFA/TSIANRDAANKAPRNESTASI Mkeemn1duPia.ndTRngaaEkhbmSaaeatnTrknmAafiIbnaSzNkeiIkrIlutSaemlEImABaaTtEINF/AT3RININDLDAIGKCAANTORSLE(K0APDI) P2R01E8STAS2I 0S1E9BENA2R020
RFORMANCE fiOzSiBAkJaSElAKuRnTtAuIFNk
ICATORS (KPI) PERFORMANCE 6 1.Taman bertema da
pembelajaran 2. Papan Putih Kelas
4 INDICATORS5(KPI) untu2k. PpeampabnelPaujatirhan 5 3. Pentas Pidato
yang 4 5 4. Naik taraf Bilik P
G LEADMeni2mn0g1ekn8aytkeraonn2o0k1k9an 2020LAG LEAD 2018 2019 2020 yan2gK01me8laesnyer2o0n1o9kkan 2020 20181 2019 2020 5.Kelas PA 21
0 6.Peningkatan Talian
0 kemudah6an fizikal 1.Tama1n0bertema d6an bermaklumat 13.T.3aPmenatnasbePritdeamtoa dan0 bermaklumat 0 31 7. Gotong royong
4 untuk pe5mbelajaran 0 2. PPaepnat1ans04PPuitdihatKo ela15s 324P.. .VPP05NaeMnpaiAatkanstPaPruaitfdihBatiKolieklas0 53
0 yang me1nyeronokkan 0 3. 5 03
1
01 4. Naik t0araf Bilik P1VMA 4. N0aik taraf Bilik PVMA 1 0 2
53 5.Kelas5 P5A 21 3 3 5.Kelas PA 21 3 3
5.K3elas PA 21
6.Penin1g1katan Talia3n 3internet 6.P3eningkatan Talian6.Pinetneirnngektatan Talian 33
13 7. Goton1g royong 2 7. G1otong royMoenlegpasiinstaesranreatn 1
12

12 7. Gotong royong 1

n MMeelelepaassiisassaarsaanran TidTiadkakccaappaaiisassaarsaanran TTididaakkccapaTapiidasaaikssacraaapsnaaitrestaasnpairtamenetlaeppaismi TeOlVepasi TOV

aran tetapi melepasi TOV Tidak capai sasaran tetapi melepasi TOV

LAMPIRAN 9

Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 241

FASA 7 : Penilaian Prestasi dan Penambahbaikan
Berterusan

FASA 6 : Pelaksanaan Strategi (Implementasi)

FASA 5 : Penjanaan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi

FASA 4 : Isu Starategik, Matlamat, Objektif, KPI dan Sasaran

FASA 3 : Analisis Persekitaran (SWOT) Maklumat Dalaman dan
Luaran
FASA 2 : Hala tuju organisasi (Mandat, Misi, Visi, Misi dan Visi secara
implicit)

FASA 1 : Pra-Perancangan (Pembentukan Jawatankuasa dan pengumpulan
maklumat)

Sumber asal: BRryasojan,hJ.2M5.(12:00M3)oSdteral tMeguicdPalhanPinegnfgoruPruubslaicnaSndtrNatoeng-PikroSfietkOorlgaahnization. San

FrancisLcAo:MJPoIsRseAyN-B1a0ss

Sumber asal: Bry2Gs0ao0m3n)b,aJr.Mraja(h204:0I3n)teSrdtreapetengdeicncPy loafnMJionasngsaefgoyemr-BePnautsbTsloioclsainndDENFoFnR-APAroCfiMt OODrgEaLn(iYzaatpi,on. San Francisco:

Rajah 1 : Model Mudah Pengurusan Strategik Sekolah

CELEBRATION

APPRECIATION

ACTION

REFLECTION

FOLLOW- THROUGH

FOLLOW-UP

EMPOWERMENT
DELEGATION

Rajah 25.2: Interdependency of Management Tools in DEFFRAAC MODEL (Yap, 2003)

242 Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal

Selain itu, Analisis Pemegang Taruh (Stakeholder), terutama pemegang taruh
dalaman iaitu PIBG, guru, staf dan murid turut dibuat kerana pengaruh mereka
juga akan memberi impak yang tinggi pada program meningkatkan kemudahan
fizikal sekolah.

PELAKSANAAN

a) Planning (Perancangan)

Pada tahap perancangan, pengetua berkongsi maklumat dengan semua warga
tentang isu strategik bagi tujuan menentukan matlamat strategik Matlamat
strategik sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan persekitaran
dan kemudahan fizikal sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Objektif yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut
adalah dengan meningkatkan kualiti pengurusan kemudahan fizikal sekolah. Indeks
Petunjuk Prestasi (KPI) bagi menentukan pencapaian objektif tersebut adalah
merujuk kepada bilangan kemudahan fizikal pembelajaran yang ditingkatkan atau
dibaikpulih. Senarai Pemetaan dan Pelaporan Prestasi tiga tahun turut digunakan
untuk melihat sama ada objektif telah mencapai sasaran atau tidak Jadual 25.1.

Pelan Taktikal telah dirancang selari dengan strategi untuk meningkatkan
kemudahan fizikal pembelajaran murid Jadual 25.2. Beberapa projek telah dikenal
pasti dan diletakkan di bawah tanggungjawab pentadbir yang terdiri daripada guru
Penolong Kanan (PK) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Output yang
dijangkakan akan diukur berdasarkan KPI yang telah ditetapkan. Antara projek
yang telah dilaksanakan dari Januari hingga Ogos adalah taman bertema dan
bermaklumat, penggantian papan hijau kepada papan putih, Kelas PAK21, projek
meningkatkan capaian internet dan naik taraf Bilik Gerakan. Sasaran prestasi
bagi tahun 2018 adalah tujuh projek dan sehingga kini sebanyak lima projek telah
dilaksanakan. Dijangkakan dua projek lagi akan dapat dilaksanakan menjelang
Disember 2018.

Sebagai contoh, pihak sekolah telah menukar enam unit papan hijau kelas
kepada papan putih bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Projek
di bawah seliaan Penolong Kanan Pentadbiran ini dilakukan sepanjang tahun
mengikut sasaran dan menggunakan sumber kewangan daripada PIBG. Pihak
sekolah telah dapat mewujudkan tiga daripada enam taman-taman bertema dan
bermaklumat seperti Taman Herba, Taman Orkid, dan Taman Fertigasi, Jadual
25.3. Program ini dipertanggungjawabkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum
dan berjalan sepanjang tahun.

Sepanjang tahun 2014 hingga 2017, pihak sekolah telah menambah banyak
kemudahan fizikal seperti menambahkan bilangan kerusi dan meja murid dengan

Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 243

sumber dana PIBG bagi menggalakkan pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-
21, membina dewan terbuka, menaiktaraf tandas murid dan guru serta kemudahan
prasarana di kelas selari dengan kandungan dalam Standard 2, SKPMg2 berhubung
dengan pengurusan persekitaran fizikal sekolah. Aspek 2.5 di bawah tajuk Iklim
sekolah, yang mana persekitaran dan suasana sekolah perlu diurus supaya kondusif
bagi memastikan kesejahteraan warga sekolah.

Pendekatan untuk penambahbaikan dalam menangani isu persekitaran dan
kemudahan fizikal ini dibuat berdasarkan Model Mudah Proses Pengurusan
Strategik Sekolah oleh Muhamad Bustaman Abdul Manaf dan Dr. Hairuddin
Mohd. Ali, Institut Aminuddin Baki yang digunakan dalam Kursus Pengurusan
Strategik Sekolah. Terdapat tujuh fasa yang ditentukan dalam model ini, Jadual
25.4. Model ini dijadikan panduan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang
strategik dalam membangunkan kemudahan fizikal pembelajaran di SMK Hang
Kasturi.

b) Organize (Mengurus)

Bagi memastikan persekitaran dan kemudahan fizikal pembelajaran di sekolah
ini terus meningkat, pengetua telah menyemak kembali Perancangan Strategik
sekolah untuk melihat apakah yang telah dicapai, apakah yang belum dicapai serta
apakah tindakan selanjutnya yang perlu dalam menambahbaik dan meningkatkan
lagi kemudahan fizikal di sekolah ini. Semakan Perancangan Strategik sekolah
dilakukan bersama dengan kumpulan pengurusan sekolah. Perancangan Strategik
yang telah dirancang dengan baik akan diturunkan untuk dilaksanakan oleh unit
di bawahnya (cascading) oleh itu, ia perlu diperjelas pada peringkat bawahan agar
mudah dilaksanakan.

Perkongsian maklumat dengan ibu bapa atau penjaga semasa Mesyuarat
Agong PIBG tentang senario dan isu-isu berkaitan dengan kemudahan fizikal
sekolah turut dilakukan bertujuan supaya mereka turut sama menyumbang idea
dan sumber. Seterusnya, pembentukan jawatankuasa kerja kemudahan fizikal
dibentuk dan mesyuarat diadakan untuk membincang isu-isu dan langkah-langkah
seterusnya. Pemantauan oleh guru yang dipertanggungjawabkan dan laporan oleh
Jawatankuasa yang terlibat dapat membantu memastikan kejayaan pelaksanaan
projek tersebut.

Leading (Memimpin)

Dalam mengurus sekolah, pengetua telah membentuk pasukan kerja (Team work).
Bagi memastikan keberkesanan pasukan kerja tersebut, pengetua telah merujuk
dan menggunakan model DEFFRAAC (Yap,2003) Jadual 25.1. Pengetua telah
menurunkan tanggungjawab kepada pemimpin pertengahan yang terdiri daripada
guru-guru Penolong Kanan (PK) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Pengetua
turut mengaplikasikan komunikasi dua hala bagi mendapatkan pandangan untuk

244 Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal

penambahbaikan. Delegasi sistematik yang dilakukan dapat membantu pengurusan
sekolah melalui pembahagian tugas dan kepercayaan melaksanakan tugas secara
kompeten. Walaupun delegasi dilakukan kepada pemimpin pertengahan, namun
kawalan perjalanan aktiviti dibuat melalui laporan yang diberi. Pengetua turut
mengamalkan konsep ‘turun padang’ supaya penglibatan dan keberadaannya
dirasai dalam menjayakan program ini.

Controlling (Mengawal)

Dalam memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar, Pengetua
akan mendapatkan laporan aktiviti dan meneliti keberkesanannya. Aktiviti yang
kurang berjaya dibincangkan bersama untuk mengenal pasti punca sebenar. Bagi
meningkatkan kepimpinan pemimpin pertengahan, Pengetua melaksanakan
bimbingan dan pementoran (Coaching and Mentoring). Mereka diminta berkongsi
situasi atau masalah bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut. Dalam konteks pengurusan fizikal sekolah, segala penambahbaikan dan
penyelenggaraan yang melibatkan kos haruslah dirujuk kepada Pengetua terlebih
dahulu.

PENILAIAN IMPAK

i. Impak kepada organisasi

Persekitaran sekolah menjadi lebih menarik dan kondusif. Pemimpin di peringkat
pertengahan memainkan peranan masing-masing bagi memajukan sekolah. Melalui
proses bimbingan dan pementoran, mereka lebih memahami, bijak merancang dan
mengendalikan sesuatu projek tanpa perlu menunggu arahan. Sekiranya timbul
sebarang masalah, mereka mampu menyelesaikannya. Program dan aktiviti yang
dirancang juga dapat dilaksanakan mengikut jadual dan bilangannya semakin
meningkat kerana kemudahan dewan dan bilik-bilik khas yang lebih selesa.

Penglibatan murid turut meningkat dan membawa banyak kejayaan baik
di peringkat negeri dan kebangsaan (Jadual 25.4) Proses pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 yang berpusatkan kepada murid juga semakin baik.
Dengan kemudahan capaian internet yang lebih baik, guru lebih kreatif dan
inovatif dalam menyediakan latihan dan alat bantu mengajar. Guru-guru dan murid
telah memanfaatkan kemudahan makmal komputer dan bilik-bilik khas yang
mempunyai capaian internet yang baik untuk membuat persediaan mengajar dan
menyiapkan tugas-tugas lain yang berkaitan. Ini dapat dibuktikan melalui rekod
penggunaan bilik-bilik khas, makmal dan sebagainya.

ii. Impak kepada diri sendiri

Program ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri kepimpinan
yang berkesan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani isu-isu

Pengurusan Sumber dan Kemudahan Fizikal 245

pengurusan sekolah. Program ini meningkatkan kefahaman terhadap Perancangan
Strategik Sekolah dan menjadikannya sebagai panduan dalam membuat perubahan
yang signifikan dalam organisasi. Pengetua juga dilatih supaya bermuhasabah
dan sentiasa memperbaiki diri agar menjadi pemimpin yang membawa kemajuan
kepada sekolah. Program ini telah mengeratkan hubungan antara Pengetua dengan
komuniti luar melalui program jalinan dan jaringan. Dari segi penilaian instrumen
pemantapan diri didapati, aspek memacu kreativiti dan inovasi masih belum
mencapai skor 5. Pengetua perlu sanggup mencuba sesuatu yang baru dengan
melangkaui amalan sedia ada serta berhadapan dengan risiko. Pengetua juga
perlu meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan aspek tersebut dengan
pembacaan yang lebih meluas.

RUMUSAN

Tanggungjawab mengurus persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah tidak
seharusnya diletakkan kepada Pengetua sekolah semata-mata. Semua pihak
terutamanya Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah perlu mempunyai
maklumat tepat tentang tahap dan kemajuan prasarana sekolah dan menyalurkan
peruntukan untuk membantu meningkatkan kemudahan fizikal pembelajaran agar
matlamat untuk mencapai misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia akan
tercapai. Dicadangkan juga supaya peruntukan yang mencukupi diperuntukkan
khusus untuk penyelenggaraan kemudahan asas di sekolah. Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah juga perlu melakukan pemantauan terhadap
kemudahan fizikal pembelajaran di sekolah-sekolah penyeliaan masing-masing
untuk menyalurkan maklumat yang tepat bagi tindakan selanjutnya.

RUJUKAN

1.Hairuddin Mohd. Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf. (2009).
Perancangan Strategik Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

2.Mary Yap Kain Ching. (2007). Visi Ke Realiti. Kuala Lumpur: Kreatif Kembara
Sdn Bhd.

3.Robiah Kulup Hamzah (2001). Kepimpinan. Kuala Lumpur: PTS Publications
& Distributors Sdn Bhd.

4.Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah-sekolah Malaysia (2006). Kuala
Lumpur: Institut Aminuddin Baki.

5.Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) 2018. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

~26~
FROM HOSTEL TO HOTEL

Roger Anak Peter
Pengetua

SMK Padawan Sarawak
Meriam Binti Allias

emel: [email protected]
Faridah Binti Mohamad

emel: [email protected]

ABSTRAK

SMK Padawan adalah sebuah sekolah menengah Gred A yang terletak 47km di kawasan
luar bandar Kuching. Sekolah ini pernah dianugerahkan Sekolah Cemerlang Peringkat
Negeri pada Tahun 2007. Walau bagaimanapun, keadaan fizikal sekolah sudah agak
terbiar dan banyak infrastruktur dalam keadaan memerlukan penyelenggaraan segera.
Antaranya tandas, bilik mandi, bilik asrama, perabot dan aspek keselamatan penghuni,
terutama sekali penghuni perempuan. Program From Hostel To Hotel diambil untuk
mengembalikan kecemerlangan sekolah selari dengan visi melestarikan kecemerlangan
SMK Padawan. Program ini telah bermula pada bulan Januari 2018 dan dijangka
berakhir pada Disember 2020. Sepanjang tempoh pelaksanaan program tahun ini, impak
positif telah jelas kelihatan yang mana suasana fizikal di asrama semakin ceria dan
memberangsangkan murid-murid yang menghuninya untuk lebih tekun belajar.

Kata kunci: pengurusan, sumber dan fizikal, infrastruktur, pengurusan asrama harian, 3K.

PROFIL SEKOLAH

SMK Padawan terletak di kawasan Puncak Borneo, lebih kurang 45km dari
Bandaraya Kuching. Kohort pertama sekolah ini bermula pada 4 Januari, 1984
dengan seramai lapan guru, sembilan staf sokongan dan 179 murid dalam satu blok
lima buah kelas Tingkatan 1. Pada tahun 1986, dua sesi persekolahan dimulakan
kerana pertambahan murid. Sekolah ini telah melalui pimpinan sembilan orang
Pengetua dan pada masa ini Pengetuanya ialah Encik Roger anak Peter. Dalam
tempoh 34 tahun ini, sekolah sudah berkembang dengan bilangan murid seramai
835 orang, guru seramai 61 orang dan 14 staf sokongan pada tahun 2018. Bangunan
sekolah pun terus berkembang ke 16 bilik darjah, tiga makmal Sains yang diguna
sama oleh Sains Teras dan Sains Tulen.

Sekolah ini dianugerahkan taraf Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri pada
Tahun 2007. Walau bagaimanapun keadaannya sudah jauh berubah terutama
sekali dari segi fizikal dan pengurusan am. Pengetua memulakan tugas di SMK
Padawan pada 26 Disember 2017. Pada ketika itu, didapati keadaan fizikal

From Hostel To Hotel 247

asrama memerlukan banyak penyelenggaraan dan penambahbaikan yang kritikal
terutamanya dari segi keselamatan dan keselasaan. Tandas didapati tidak berfungsi,
tempat mandi murid perempuan terdedah, penghadang koridor tidak selamat, pintu
bilik rosak, jaringan nyamuk koyak, kerosakan perabot, pili tidak dapat ditutup,
sekitar asrama gelap pada waktu malam, dalam bilik asrama tidak ceria dan sinki
di tempat cuci tangan tidak berfungsi.

PELAKSANAAN PROJEK

Pengetua menggunakan pendekatan model Fayol Planning, Organising, Leading
dan Controlling (POLC) dalam merangka kerja untuk projek ini.

a) Planning (Merancang)

Dalam mesyuarat pengurusan asrama, pihak sekolah telah mengenal pasti isu yang
wujud dan perlu diselesaikan segera. Pihak sekolah menetapkan Program from
Hostel to Hotel dan mula melaksanakannya bulan Januari untuk tempoh tiga tahun
iaitu 2018 – 2020.

Projek rintis transformasi Program from Hostel to Hotel SMK Padawan
merupakan satu daripada inisiatif yang diambil setelah berbincang dengan pasukan
pengurusan sekolah. Ini adalah kerana keadaan asrama yang daif dan terbiar
dan kurang selesa kepada penghuni. Ia adalah salah satu daripada strategi untuk
melestarikan kecemerlangan SMK Padawan. Pihak kami ingin membudayakan
asrama yang berkualiti dan bercirikan hotel sebagai tempat yang kondusif sejajar
dengan perkembangan kokurikulum dan kurikulum penghuni asrama. Kami
juga ingin melihat bekas murid SK St.Bernard Sadir yang telah mengalami
pembudayaan ‘Sekolah Ala Resort’ memulakan dan memberi tunjuk ajar kepada
penghuni asrama yang lain tentang cara-cara pengurusan dan menceriakan bilik-
bilik di asrama masing-masing.

Projek rintis ini melibatkan dua asrama perempuan iaitu asrama Dahlia
dan asrama Mawar dan tiga asrama lelaki, iaitu asrama Wira, asrama Gagah dan
asrama Perkasa. Projek transformasi ini berhasrat menjadikan asrama sebagai satu
organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang
selamat dan ceria. Persekitaran yang bersih dan sihat akan merangsangkan suasana
pembelajaran yang berkesan dan memupuk semangat cintakan asrama.

Matlamat

Membentuk ketrampilan dan keperibadian penghuni asrama yang unggul
melalui transformasi Program from Hostel to Hotel berlandaskan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).

248 From Hostel To Hotel

Objektif Program

1. Melahirkan penghuni asrama yang berkeperibadian unggul melalui
pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

2. Mewujudkan tanggungjawab dan semangat sayangkan asrama dikalangan
penghuni asrama.

3. Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara SMK Padawan dengan
agensi-agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bagi membentuk jalinan
kerja sama dalam usaha merealisasikan Program From Hostel to Hotel.

b) Organising (Mengelola)

Jawatankuasa pengurusan asrama yang terdiri daripada semua Penolong Kanan,
Ketua Warden, warden dan penyelia asrama, menetapkan hala tuju pengurusan
asrama melalui Program from Hostel to Hotel. Program ini melibatkan semua
penghuni serta PIBG. Setiap penghuni diberi tanggungjawab untuk menyumbang
kepada aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan asrama. Pihak sekolah
mendapati penghuni mempunyai kebitaraan, iaitu melukis mural untuk menceriakan
asrama.

Pelaksanaan

Lokasi yang terlibat adalah tiga buah bilik di setiap asrama di bawah penyeliaan
warden asrama dan penyelia asrama. Tiga bilik di Asrama Wira termasuk Bilik
Pengawas terletak di bawah jagaan En. Francis Bin Puni. Tiga bilik di Asrama
Gagah termasuk Bilik Pengawas terletak di bawah jagaan Warden Asrama En.
Lawrence Anak Johiew dan En. Fabian Anak Mica. Tiga bilik di Asrama Perkasa
termasuk Bilik Pengawas terletak di bawah jagaan En. Peter Robinson Anak
Joing dan En. Jimmy Babok. Sementara di Asrama Puteri, tiga bilik di Asrama
Dahlia termasuk Bilik Pengawas terletak di bawah jagaan warden Cik. Mastura
Binti Ahmat dan Cik Dayang Rafidah. Akhir sekali, tiga bilik di Asrama Mawar
termasuk Bilik Pengawas terletak di bawah jagaan warden Cik Raihana Binti Haji
Abdul Rahman.

c) Leading (Memimpin)

Pihak warden diberi kuasa memimpin penghuni membuat kerja kerja pembersihan
dan keceriaan asrama bersama warden masing-masing. Kekuatan juga terdapat
daripada penghuni yang datang dari SK St. Bernard Sadir yang pernah terdedah
dengan program ‘Ala Resort’ untuk memimpin penghuni lain untuk kerja-kerja
keceriaan dan tatacara yang perlu di asrama. Dengan bimbingan pengawas dan
penyelia asrama, kerja-kerja kebersihan dan keceriaan dilakukan dengan segera
dan berkesan.

From Hostel To Hotel 249

d) Controlling (Mengawal)

Setiap inisiatif yang diambil oleh penghuni dikawal oleh pihak sekolah untuk
memastikan ia selari dengan norma sekolah. Dari segi kos juga sangat terkawal
kerana peruntukan sangat terhad. Selain dari itu pemantauan juga dilaksanakan
secara teratur bagi memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik
mungkin.

RUMUSAN

Setakat ini, boleh dikatakan Program From Hostel to Hotel ini telah mengubah
penampilan asrama secara fizikal, terutama dari segi keselamatan, kebersihan
dan keceriaan. Aspek tersebut terbukti dengan pemilihan sekolah oleh Pejabat
Pendidikan Daerah Padawan untuk menyertai dua pertandingan, iaitu 3K ASAT
anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan pertandingan 3K anjuran Dutch
Lady Malaysia Bhd.

Selain dari itu, kadar vandalisme hampir sifar, tiada kes pencerobohan atau
kecurian, kes disiplin hampir sifar, semangat murid bertambah tinggi, murid lebih
suka tinggal di asrama dan bilangan penghuni keluar juga berkurangan (rujuk
Jadual 1 di bawah). Disiplin murid asrama juga bertambah baik dan suasana
persekolahan menjadi lebih positif.

Jadual 26.1: Bilangan Penghuni Asrama yang Keluar 2016 – 2018

Bilangan penghuni 2016 2017 2018
Januari 530 515 493
September 514 493 481
Bilangan keluar 16 22 15

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga projek rintis ini berjaya menjadi detik perubahan dan inspirasi
bagi semua penghuni asrama di setiap asrama.


Click to View FlipBook Version