150 Koko Bersepadu Setapakian
Dari tahun 1955 hingga 2018, SMK Tinggi Setapak telah ditadbir oleh
19 orang pengetua mulai. Puan Zubidah binti Md Yunos merupakan Pengetua
Cemerlang DG54 adalah Pengetua baharu yang telah melapor diri pada 9 Oktober,
2017. Sebelum ini, Pengetua telah berpengalaman sebagai Pengetua selama tiga
tahun tiga bulan dan sebagai Penolong Kanan selama 13 tahun.
Status Quo SMK Tinggi Setapak
Semasa Pengetua mengambil alih pengurusan sekolah, SMK Tinggi Setapak
merupakan sekolah berprestasi rendah dengan status quo seperti Rajah 16.1.
2.2 STATUS QUO SMK TINGGI SETAPAK
Pengurusan Kewangan Nilai PGB Sebagai
dan Aset Sekolah profesionalism Peneraju
Hubungan Luar
Audit penyata & Kurang mematuhi Struktur
pengurusan etika kerja organisasi
kewangan tidak jelas
memuaskan penjawat awam
KSIB PIBG
GO (KG) Alumni
Pemimpin NGO Pengurusan Komunikasi Visi dan misi
setempat kewangan tidak kurang berkesan sekolah tidak jelas
sistematik dengan pihak SEKOLAH
berkepentingan BERPRESTASI
RENDAH
Kawalan Kawalan kokurikulum Wujud jurang
keselamatan kebersihan
Pencapaian antara guru
Pengurusan Kokurikulum
Asrama arus perdana Suasana psikologi
& tingkatan 6 sekolah kurang
Bangunan dan HEM bersemangat
bilik darjah
Pengurusan Akademik Harga diri
kehadiran guru Pengurusan warga
& AKP MMI Program Kecemerlangan sekolah
Sekolah
Pemantauan Suasana fizikal
pengoperasian kurang kondusif
Iklim Sekolah
Rajah 16.1: Status quo SMK Tinggi Setapak pada tahun 2017
Berdasarkan status quo di atas, Pengetua perlu bertindak pantas agar SMK Tinggi
Setapak dapat keluar daripada status sekolah berprestasi rendah. Oleh itu, Pengetua
telah menjelaskan semula struktur organisasi sekolah agar tiada jurang pemisah
di antara guru-guru Arus Perdana dan guru Tingkatan 6. Moto ‘Sederap Meluru
Memburu Gagal Sifar’ diperkenalkan kepada semua warga sekolah, termasuk
ibu bapa agar kami sama-sama dapat bersatu hati dengan semangat Setapakian,
menggembeleng tenaga secara berpasukan dan belari kehadapan untuk mencapai
Key Performance Indicator (KPI) yang telah dirancang.
Koko Bersepadu Setapakian 151
Analisis kehadiran SMK Tinggi Setapak
Isu kehadiran di SMK Tinggi Setapak di analisis seperti pada Rajah 16.2.
Bahan Manusia longgar
Ponteng
Kurang digunakan Mbuorisdan Pentadbir Kurang kemahiran Tindakan
Gur manipulasi data
ketika PdP BBM u
Tidak sesuai Murid
bosanMurid Ponteng PdP guru tidak Bekerj
kurang menarik a
Murid Murid bosan
Leti
faham Ponteng Ponteng
Ponteng h
Ibu
Ketidak hadiran yang tinggi Tidak ambil bap PKerhoadbiralen
dalam kalangan murid tahu a mMurid Rendah
Tingkatan 3 selepas PT3 pelajaran murid
Rumah sempit
Program selepas Sekolah
pt3 membosankan luar Tiada tempat Tidak patuh SOP
Tidur
Kehadiran yang rendah di belajar di rumah Ponteng
semasa aktiviti koko lewat
Melepak
Letih
Ponteng
aktiviti koko Kaedah Persekitaran
membosanka
n
Rajah 16.2: Anilisis Isu kehadiran di SMK Tinggi Setapak
ISU DAN PELAKSANAAN PROGRAM
Purata kehadiran yang rendah pada tahun 2017, iaitu 85.77 peratus, merupakan
salah satu isu utama di SMK Tinggi Setapak. Kehadiran yang rendah juga
melibatkan kehadiran murid semasa aktiviti kokurikulum yang diadakan pada
setiap hari Rabu bermula pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dengan purata kehadiran
hanya 65.70 peratus sahaja. Progam KOKO Bersepadu Setapakian diperkenalkan
di sekolah ini bertujuan untuk mengatasi masalah ketidakhadiran yang rendah ini.
Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. Antara faktornya
ialah faktor manusia, persekitaran, kaedah dan bahan. Punca yang dikenalpasti
ialah murid tidak minat untuk hadir semasa aktiviti kokurikulum dijalankan kerana
ia tidak menarik dan membosankan.
PELAN TINDAKAN PROGRAM KOKO BERSEPADU SETAPAKIAN
Perancangan
Setiap unit Kokurikulum telah ditetapkan tarikh pelaksanaan aktiviti dan dimuatkan
dalam Takwim Program KOKO Bersepadu Setapakian 2018.
152 Koko Bersepadu Setapakian
Jadual 16.1: Takwim Program Koko Bersepadu Setapakian bagi Kelab Sukan dan Permainan
Bil. Tarikh Program Anjuran
1. 24/1 Mesyuarat Agung Kelab Bola Sepak.
Permainan Perjumpaan 1
Kelab Bola Tampar.
2. 14/2 Program Bersepadu 1
Kelab Ping Pong, & Kelab Catur/
3. 07/3 Perjumpaan 2 Scrabble.
Kelab Badminton/ Bola Jaring
4. 1/4 Program Bersepadu 2 Kelab Olahraga & Kelab Bola
Keranjang.
5. 25/4 Perjumpaan 3 Kelab Kriket, Kelab Sofbol & Kelab
Takraw.
6. 16/5 Program Bersepadu 3 Anjuran Kelab Hoki & Kelab Bola
Baling.
7. 27/6 Program Bersepadu 4
8. 11/7 Program Bersepadu 5
9. 29/8 Program Bersepadu 6
10. 10/10 Program Bersepadu 7
Jadual 16.2: Takwim Program Koko Bersepadu Setapakian bagi Unit Beruniform
Bil Tarikh Program Anjuran
1. 17/1 Mesyuarat Agung Unit Beruniform
Perjumpaan 1 PBSM
2. 07/2
3. 28/2 Program Bersepadu 1` KRS
4. 28/3 Perjumpaan 2 Taekwando,
5. 16/4 Program Bersepadu 2 Silat Gayung &
Program Bersepadu 3 Pancaragam.
6. 09/5 Program Bersepadu 4
7. 04/7 Program Bersepadu 5
8. 15/8 Program Bersepadu 6
Koko Bersepadu Setapakian 153
Jadual 16.3: Takwim Program Koko Bersepadu Setapakian bagi Kelab Persatuan
Bil Tarikh Program Anjuran
1. 10/1 Mesyuarat Agung Kelab/
Persatuan Perjumpaan 1
2. 14/3 Program Bersepadu 1 Persatuan Bahasa Dan Kebudayaan Cina
Persatuan Bahasa Dan Kebudayaan India.
3. 8/4 Program Bersepadu 2 Kelab Bimbingan dan Kerjaya,KKJR &
Pencegahan Jenayah.
4. 02/5 Program Bersepadu 3 Persatuan Sains & Matematik Kelab
ICT,Reka cipta & Robotik.
5. 06/6 Program Bersepadu 4 Kelab Kemahiran Quran, Pendidikan
6. 18/7 Islam, Pendidikan Moral.
*Ramadhan
Program Bersepadu 5 Persatuan Sejarah dan Geografi, Rukun
Negara &Pencinta Alam Sekitar
7. 08/8 Program Bersepadu 6 Persatuan Kemahiran Hidup, Sains
Pertanian & Usahawanan.
8. 05/9 Program Bersepadu 7 Persatuan Bahasa & Kebudayaan Melayu
& Bahasa Inggeris.
9. 17/10 Program Bersepadu 8 Persatuan Pendidikan Seni.
Kertas Kerja Program
Setiap unit kokurikulum akan menyediakan kertas kerja projek beserta dengan
anggaran perbelanjaan (jika ada). Penyediaan kertas kerja dilakukan oleh murid-
murid sendiri dan mereka dilatih mengurus program sementara guru penasihat
berfungsi sebagai fasilitator.
Pelaksanaan Program
1. Setiap unit kokurikulum berpeluang melaksanakan aktiviti kokurikulum
bersepadu sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
2. Beberapa unit akan bergabung dan membentuk Jawatankuasa Pelaksana
Kokurikulum Bersepadu. Jawatankuasa ini dianggotai oleh murid dengan
bimbingan guru penasihat. Mereka bertanggungjawab merancang dan
mengelola aktiviti mengikut tarikh yang ditetapkan.
3. Aktiviti yang dianjurkan boleh berbentuk pertandingan, demonstrasi, tayangan
video dan aktiviti lain yang bersesuaian.
154 Koko Bersepadu Setapakian
4. AJK pelaksana ini akan diberi markah penglibatan bagi arus perdana manakala
bagi Tingkatan 6 mereka diberi markah untuk pengurusan projek.
5. Murid berpeluang berkongsi aktiviti yang mereka mahir dengan rakan-rakan
lain.
6. Pertandingan yang diwujudkan dapat memberi motivasi dan persaingan yang
sihat.
7. Kumpulan yang menang akan diberi ganjaran.
8. Semua murid berpeluang menambahbaik gred Pentaksiran Amalan Jasmani,
Sukan dan Kebudayaan (PAJSK) melalui penyertaan dan pencapaian dalam
pertandingan pada peringkat sekolah.
IMPAK PROGRAM
Kehadiran semasa aktiviti kokurikulum.
Rajah 16.3: Peratus kehadiran murid Unit Kokurikulum
Rajah 16.3 jelas menunjukkan bahawa Program KOKO Bersepadu
Setapakian telah berjaya meningkatkan purata peratus kehadiran untuk semua
unit kokurikulum dari 65.67 peratus kepada 79.51 peratus. Kehadiran Kelab dan
Persatuan meningkat dari 65.80 peratus kepada 73.89 peratus. Kehadiran Unit
Beruniform pula meningkat dari 63.64 peratus kepada 75.66 peratus manakala
kehadiran bagi Sukan dan Permainan juga meningkat dari 67.58 peratus kepada
88.98 peratus.
Koko Bersepadu Setapakian 155
RUJUKAN
1. Hallinger, P & Murphy, J (1985), Assessing The instructional Management
Behavior of Principals, The Elementary School Journal, 86.
2. Hussein Mahmood, (2016). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah (Edisi
kedua). Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Jainabee Md Kassim & Jameela bibi Abdullah (2011), Promoting Learning
Enviroment and attitude towards Change Among secondary school Principals
In Pahang, Malaysian Procedia-Social and Behavioral Science.
4. Kamaruzam Moidunny, (2012) Standard Kompetansi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia, (atas Talian)
5. Nemann, F.M, King, M. B., &Youngs, Peter. American Journal Of Education,
~17~
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH MELALUI
PEMERKASAAN GURU DAN STAF SOKONGAN
Siti Khadijah Binti Ngosman
Pengetua, SMK Sungkai, Sungkai, Perak,
Dr. Balasandran a/l A. Ramiah,
emel: [email protected]
Mohd Zaidi Bin Basir,
emel: [email protected]
ABSTRAK
SMK Sungkai berpotensi untuk menjadi sekolah cemerlang kerana mempunyai
kekuatannya yang tersendiri iaitu guru-guru, murid-murid dan komuniti sekolah
itu sendiri. Mengupayakan guru-guru dalam melakukan tugas dan tanggungjawab
secara optimum telah memberi kesan yang besar kepada sekolah, terutama dari aspek
kemenjadian murid. Penyuburan semangat bekerja secara sepasukan dalam kalangan
seluruh warga sekolah menjadi pemangkin kepada kejayaan yang dicapai oleh sekolah
ini. Kesan daripadanperancangan rapi dan dengan pendekatan yang sesuai oleh semua
pihak di sekolah ini, usaha-usaha untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan telah menampakkan hasil melalui
peningkatan prestasi sekolah dari segi akademik, kokurikulum, kepimpinan dan program
jaringan dan jalinan.
Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, kepimpinan, hubungan luar,
pengurusan fizikal.
PROFIL SEKOLAH
SMK Sungkai merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di
Jalan Pekan Lama Sungkai, dalam Daerah Batang Padang, Perak. Sekolah yang
sudah menjangkau usia 52 tahun pada tahun 2018 ini menjadi tempat murid-murid
dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam menuntut ilmu. Murid-murid sekolah
ini terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Hampir kesemua
murid ini datang dari latar belakang keluarga yang taraf sosio-ekonomi mereka
sederhana dan rendah. Sebilangan murid sekolah ini datangnya dari keluarga
bermasalah.
Pengetua telah melaporkan diri ke sekolah ini pada 27 September, 2017 tetapi
menangguhkan tugas sehingga 10 Oktober, 2017 bagi menyelesaikan tugas-tugas
di sekolah lama. Pengetua memang sudah sedia maklum tentang prestasi SMK
Sungkai, iaitu Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) berada pada Band 6. Umum
Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan 157
telah sedia mengetahui yang sekolah ini berada di tangga paling bawah di Daerah
Batang Padang selama tiga tahun berturut-turut. Pada peringkat awal, Pengetua
berasa kurang senang dengan arahan pertukaran tersebut kerana masih ingin
lagi berkhidmat di sekolah lama. Keadaan kesihatan bapa dan suami Pengetua
yang sakit berpanjangan dan memerlukan perhatian serta rawatan berulang di
hospital menjadi cabaran besar buat Pengetua. Beliau pernah berulang-alik dari
FELDA Gedangsa di Hulu Selangor dan ke hospital Tuanku Bainun, Ipoh untuk
menjaga bapa dan suami yang sedang sakit pada hari yang sama sedangkan jarak
antara kedua-dua tempat itu adalah lebih dari 100km. Sebagai penjawat awam,
beliau menerima arahan ini dengan hati terbuka. Pengetua memulakan tugas di
SMK Sungkai dengan fikiran positif dan dengan kesedaran bahawa di bahunya
ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, iaitu memimpin sekolah ke arah
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
MENGENAL PASTI ISU
Pengetua melaksanakan proses 3L, iaitu LOOK, LISTEN and LEAD untuk
mengumpul maklumat mengenai status quo sekolah sebaik sahaja melaporkan
diri di sekolah ini. Konsep 3L diadaptasi dari Greg Martin (2016), iaitu LOOK,
LISTEN and LEARN yang diperolehi dari laman https://aboutleaders.com/the-
3l-s-of-leadership/ #gs.nYgsO58. Data dan maklumat yang diperolehi penting
untuk membolehkan Pengetua mengetahui sama ada terdapat korelasi antara
sikap pentadbir, guru-guru dan murid-murid dengan prestasi sekolah yang rendah.
Pengetua telah menetapkan objektif 3L, iaitu;
i. mengesan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan guru-guru dan Anggota
Kumpulan Pelaksana terhadap visi dan misi sekolah sebagai punca kuasa
untuk menjalankan tugas dan sebagai hala tuju yang hendak dicapai;
ii. mendapatkan maklumat tentang kemungkinan ada amalan, rutin dan budaya
sekolah yang tidak relevan dengan keperluan sekolah;
iii. mendengar sendiri pendapat dan penilaian jujur guru-guru, staf sokongan dan
murid-murid terhadap aspek kepimpinan sekolah;
iv. mengumpul maklumat punca yang menjadi penyebab SMK Sungkai berada
di dalam kategori Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) dari sudut pandangan
guru-guru dan staf;
v. mengesan tentang amalan bekerja secara sepasukan dalam kalangan warga
SMK Sungkai dan pengaruhnya terhadap prestasi sekolah.
Aspek pertama 3L ialah LOOK, iaitu proses memerhatikan persekitaran
sekolah dan sumber yang berada di sekolah tersebut. Ia bermaksud Pengetua
membuat pemerhatian mendalam ke seluruh kawasan sekolah bertujuan untuk
mengumpul maklumat berkaitan dengan keadaan sekolah. Semua aspek fizikal
sekolah seperti bangunan, bilik darjah, kantin, bilik-bilik khas, padang, gelanggang,
158 Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan
pagar termasuk tandas, bilik guru dan juga parkir kenderaan dilihat oleh Pengetua.
Aspek kebersihan seperti pengurusan sampah sarap, longgokkan perabot rosak dan
lama, keadaan rumput, pagar serta keadaan pokok hiasan turut diperhatikan. Selain
daripada aspek fizikal, Pengetua turut menyemak dokumen dan rekod sekolah
yang disimpan dalam bentuk fail atau pun secara dalam talian. Perkara ini penting
bagi membolehkan Pengetua memahami situasi sekolah secara mendalam sebelum
membuat apa-apa keputusan. Pada sesi LOOK ini, Pengetua tidak melakukan
apa-apa selain daripada melihat dan mengumpul maklumat. Tiada teguran yang
dibuat walaupun penemuan Pengetua menunjukkan ada perkara yang tidak kena
atau agak tersasar dari peraturan dan arahan rasmi. Pengetua hanya mengingat dan
mencatat semua penemuan yang difikirkan perlu diberi perhatian.
Tindakan kedua dalam proses 3L ini ialah LISTEN, iaitu Pengetua melakukan
temu bual, perbincangan dan dialog dengan seluruh warga sekolah bagi
mendapatkan maklumat, pandangan dan cadangan. Pengetua telah mendengar
pandangan, cadangan, buah fikiran, kritikan dan keluhan seluruh warga sekolah
yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid, staf bukan akademik termasuk
dari pekerja kontraktor keselamatan, kebersihan dan kantin. Pengetua juga
telah mendapatkan padangan dari Yang Dipertua PIBG, ibu bapa dan pemimpin
setempat. Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), Ketua
Panitia dan guru-guru telah diberi peluang untuk ‘meluahkan apa sahaja’ dalam
sesi formal dan tidak formal yang diadakan. Pengetua telah menjadikan platform
dialog prestasi, mesyuarat guru, mesyuarat staf sokongan, mesyuarat pantia dan
lain-lain lagi sebagai saluran untuk guru-guru dan staf untuk berkongsi pandangan.
Pengetua juga memberi peluang kepada seluruh warga sekolah untuk
mendengar ‘suara guru’ di mana-mana sahaja termasuk ketika berada di kantin,
di bilik guru, di padang, di gelanggang dan di mana sahaja yang sesuai. Pengetua
pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan beberapa orang guru di pejabat
bagi mendapatkan pandangan dan cadangan. Pengetua melihat bahawa kelab guru
sekolah ini adalah satu entiti penting yang patut dimanfaatkan secara optimum
kerana ia boleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah melalui
semangat bekerja sepasukan dalam kalangan guru. Pengetua telah memberi peluang
kepada Pengerusi Kelab Guru untuk mengemukakan permintaan yang berkaitan
dengan keperluan dan kebajikan guru-guru sekolah ini. Pengetua telah mengadakan
sesi dialog bersama-sama dengan guru-guru bagi tujuan ini. Pengetua juga telah
mengadakan perbincangan dengan murid-murid SMK Sungkai untuk mendengar
pandangan dan cadangan mereka. Sesi dialog dengan persatuan Tingkatan Enam,
Majlis Pelajar, Lembaga Pengawas, Pengawas Pusat Sumber sekolah dan secara
berkumpulan dan secara individu dibuat bagi mendapatkan sebanyak mungkin
maklumat yang berguna kepada pengetua. Usaha ini telah membolehkan Pengetua
mengutip sebanyak mungkin maklumat berkaitan tanggapan murid-murid terhadap
guru-guru dan kepimpinan sekolah. Sesi ini turut dilakukan secara tidak formal di
kantin, di padang, di gelanggang atau di mana-mana sahaja tanpa mengira umur,
bangsa, agama dan siapa murid tersebut.
Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan 159
LEAD ialah fasa Pengetua melakukan tindakan di bawah bidang kuasanya
berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi semasa proses LOOK dan LISTEN
sebelum ini. Pengetua membuat rumusan dan kesimpulannya sendiri seterusnya
mengatur strategi untuk membangunkan SMK Sungkai. Pengetua sedar bahawa
beliau tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak tetapi ini tidak menjadi
halangan kepadanya untuk melakukan tindakan memajukan sekolah. Hasil daripada
pengalaman beberapa tahun sebagai Penolong Kanan dan Pengetua di beberapa
buah sekolah, Pengetua telah menyusun strategi yang sesuai untuk membangunkan
sekolah ini. Pengetua juga telah memanfaatkan potensi yang ada dalam kalangan
warga sekolah, iaitu kepakaran dan pengaruh beberapa orang guru sekolah ini. Pada
fasa ini, pengetua mempimpin seluruh warga sekolah dan Ahli Jawatankuasa PIBG
dalam melaksanakan tindakan yang patu dilakukan demi kecemerlangan sekolah.
Pengetua juga telah melibat kontraktor-kontraktor sekolah seperti syarikat kawalan
keselamatan, syarikat kebersihan, pengusaha kantin dan kontraktor dewan makan
asrama untuk sama-sama melakukan tindakan demi kebaikan bersama. Sebagai
pemimpin, Pengetua telah melakukan tindakan secara kolektif dengan melibatkan
seluruh warga sekolah sejak dari awal lagi. Antara tindakan yang dilakukan ialah
menghasilkan Analisis SWOT bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman yang alami sekolah. Analisis SWOT ini dibina bersama-sama semua
penolong kanan, GKMP dan Ketua Panitia dalam satu sesi sumbang saran. Pengetua
telah bersetuju untuk menjadikan motto yang dibawa oleh YB Menteri Pendidikan
Malaysia sekarang, iaitu LOVE, HAPPINESS dan MUTUAL RESPECT sebagai
asas kepada perancangan dan tindakan sekolah.
ANALISIS PERSEKITARAN
Hasil daripada pemerhatian, tinjauan dan pengamatan (LOOK) serta
pengumpulan maklumat secara lisan dan bersemuka (LISTEN) yang dilakukan
sejak dari hari pertama berada di SMK Sungkai, Pengetua mendapati bahawa
terhadap banyak ruang dan peluang yang boleh dipertingkatkan. Antara yang
dikenalpasti ialah aspek budaya kerja sepasukan dalam kalangan guru bagi
meningkatkan kualiti perkhidmatan dan membolehkan murid-murid mendapat
peluang berlajar yang terbaik. Sekolah ini mempunyai kekuatan tersendiri, iaitu
kombinasi kepakaran dan pengalaman di antara guru-guru lama dan baharu.
Pengetua telah memanfaatkan kombinasi ini dalam usaha memajukan sekolah.
Pengetua berpendapat pembangunan profesionalisme dan kebajikan guru mesti
diberi keutamaan dan dilaksanakan secara serentak. Ini akan mewujudkan suasana
give and take antara pihak pentadbiran dengan guru-guru. Pengetua mahukan
semua guru melakukan anjakan paradigma, iaitu memberi fokus terhadap
pencapaian murid-murid mereka serta pada masa yang sama Pengetua berusaha
memenuhi kehendak dan kebajikan guru-guru tersebut. Tindakan pertama yang
160 Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan
Pengetua lakukan di sekolah ini ialah membina garaj kereta guru kerana ia adalah
permintaan guru-guru sendiri. Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi
ketika fasa 3L ini, rumusan yang dapat dibuat oleh Pengetua ialah;
a) Pencapaian murid dalam akademik rendah (berdasarkan keputusan SPM dan
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat tahun 2017);
b) Amalan sahsiah terpuji dalam kalangan murid rendah (bilangan peratus murid
tegar salah laku berat dan sederhana agak tinggi sebagaimana yang direkodkan
dalam SSDM/Aplikasi Pengkalan Data Minda (APDM) tahun 2017;
c) Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (berdasarkan Gred
Purata Sekolah tahun 2017);
d) Amalam PdPc boleh dikatakan baik tetapi masih ada ruang untuk
dipertingkatkan (berdasarkan pemerhatian, pemantauan dan lawatan kelas ke
kelas);
e) Kualiti profesional guru tidak mencapai standard piawaian rasmi (berdasarkan
skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 dan penglibatan
guru dalam aktiviti sekolah);
f) Kepimpinan kurang ekfektif (berdasarkan perbualan, pemerhatian dan catatan
Penolong-Penolong Kanan dan pemimpin-pemimpin pertengahan kurang
mendapat bimbingan Pengetua dalam aspek kepimpinan dan pengurusan);
g) Hubungan dan pemuafakatan strategik rendah antara sekolah dengan
pemegang taruh (berdasarkan rekod, pihak sekolah kurang merujuk dan
memanfaatkan PPD dan JPN dalam program-program sekolah);
h) Kurang aktiviti jaringan dan jalinan (berdasarkan rekod sekolah kurang
aktiviti jalinan dan jaringan dengan sekolah lain, universiti awam, institusi
pengajian tinggi, agensi kerajaan, swasta dalam atau luar negara).
PENAMBAHBAIKAN
Pengetua dan barisan kepimpinan sekolah bersetuju bahawa sesuatu mesti
dilakukan dengan segera bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah ini. Pengetua
telah memilih untuk menggunakan Model POLC sebagai kerangka kerja dan
tindakan seluruh warga sekolah ini.
i. P bermaksud Planning, iaitu semua tindakan mesti dirancang dengan betul
kerana ‘kegagalan untuk merancang sama seperti merancang untuk gagal.’
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) mesti dijajarkan semula. Begitu juga
dengan objektif sekolah yang perlu dilaraskan semula agar menjurus ke arah
visi, misi dan hasrat KPM yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) serta memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
ii. O ialah Organising, iaitu Pengetua memastikan seluruh warga sekolah
menjalankan amanah mereka dengan sebaik-baiknya atas prinsip ‘betulkan
Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan 161
yang biasa dan biasakan yang betul. Pengetua memastikan setiap unit di
sekolah menjalankan tanggungjawab sebagaimana sepatutnya mengikut
bidang tugas masing-masing. Pengetua memastikan Penolong Kanan (PK),
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Penolong Kanan Kokurikulum
(PKKo) dan Penolong Kanan Tingkatan Enam (PKT6) bertindak sedarap
secara maksimum dalam skop tugas masing-masing. Pengetua menanamkan
dalam diri warga sekolah tugas guru ialah mengajar dan tugas murid adalah
belajar. Jika perkara ini menjadi pegangan semua guru, kemenjadian murid
dan kecemerlangan sekolah dapat dicapai.
iii.L ialah Leading, iaitu Pengetua memimpin seluruh warga sekolah dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagaimana yang telah
ditetapkan. Selain mengajar, setiap guru turut diberi tugas sampingan,
seperti menjadi guru Penasihat Kelab dan Persatuan, Setiausaha kepada
Jawatankuasa Khas, Penyelaras Program Sekolah dan sebagainya. Sebagai
pemimpin, Pengetua juga menggalakkan guru-guru ini melaksanakan
tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan berkesan dan
bersungguh-sungguh. Pengetua menggunakan pendekatan coaching dan
mentoring untuk mendekati dan menggalakkan guru-guru dan staf sokongan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Pengetua
juga mengupayakan semua penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan
Ketua Panitia dalam membuat keputusan dan melakukan tindakan mengikut
bidang tugas masing-masing.
iv. C ialah Controlling, iaitu pengetua mengawal, memantau dan menyelia
semua proses dan aktiviti yang berlaku di sekolah. Misalnya, dalam aktiviti
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di bilik darjah, Pengetua melakukan
learning walk berfokus bagi memastikan yang proses PdPc berjalan
sebagaimana sepatutnya. Masa instruksional dipastikan sentiasa dilindungi
oleh guru-guru. Pengetua juga memastikan proses tertentu, seperti yang
melibatkan kewangan, cuti, pergerakan guru dilakukan berdasarkan Perintah
Am dan Standard Operasi Prosedur yang telah ditetapkan. Pengetua juga
memantau perjalanan aktiviti murid pada sebelah petang dan malam (asrama)
serta pada hari Sabtu dan Ahad. Pengetua turut memastikan yang dirinya
sendiri, Penolong-Penolong Kanan dan semua guru menulis rancangan
pengajaran harian dan menghantar ke pejabat untuk disemak tepat pada
waktunya.
PENILAIAN DAN IMPAK
Usaha untuk membawa SMK Sungkai keluar dari kelompok Sekolah
Berprestasi Rendah (SBR) ke tahap yang lebih baik bukan satu tugas yang mudah.
Isu dan punca masalah yang membelenggu sekolah perlu diperhalusi untuk diatasi
162 Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan
secara berkesan terlebih dahulu kerana menurut Uma Sekaran (2000), masalah
ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan
ideal. Dalam konteks SMK Sungkai, cabaran Pengetua ialah membawa sekolah ini
dari keadaan yang ada sekarang kepada satu tahap yang lebih baik. Hasrat Pengetua
ialah membawa SMK Sungkai menuju ke arah situasi yang ideal daripada situasi
Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) sekarang.
Antara yang menjadi fokus utama Pengetua ialah melibatkan semua warga
sekolah dalam setiap aktiviti tanpa mengira sesiapa. Antara pencapaian yang
paling bermakna bagi Pengetua ialah dapat penglibatan semua guru Tingkatan
Enam dalam setiap aktiviti sekolah. Guru-guru Tingkatan Enam dan guru-guru
Arus Perdana saling bekerja dan bertindak secara aktif sebagai satu pasukan dalam
semua aktiviti sekolah.
Pendekatan yang Pengetua gunakan telah menampakkan hasil yang
diharapkan. Usaha-usaha untuk meningkatkan imej dan reputasi sekolah serta moral
guru-guru, murid-murid serta komuniti semakin menampakkan hasil. Sedikit demi
sedikit SMK Sungkai memperlihatkan pencapaian yang membanggakan seluruh
warga sekolah. Pengetua juga berasa yakin bahawa seluruh warga sekolah ini akan
lebih bersemangat dan optimis apabila melihat kesan yang positif hasil daripada
bekerja secara sepasukan ini. Pengetua juga berkeyakinan yang harapan untuk
meningkatkan kecemerlangan SMK Sungkai dan menjadi salah sebuah sekolah
pilihan di Daerah Batang Padang dan di Negeri Perak akan berhasil.
Pendekatan utama yang Pengetua ambil untuk kelancaran tindakan
memimpin perubahan dan memacu transformasi di SMK Sungkai ialah dengan
memberi fokus kepada membina persekitaran sekolah yang positif. Menubuhkan
Kumpulan Pemikir dalam kalangan guru yang berfungsi sebagai Think Tank dan
sinergi sekolah antara pilihan utama apabila melihat lebih separuh guru di sekolah
ini merupakan guru-guru senior yang telah berkhidmat lebih 10 tahun, iaitu yang
terdiri daripada guru-guru gred DG48 dan DG52. Pengetua memberikan mereka
peranan dan tanggungjawab kepimpinan bagi membantu Pengetua dan Senior
Management Team yang terdiri daripada penolong-penolong kanan dan guru-guru
kanan mata pelajaran dalam memberi idea, tenaga dan kepakaran demi kemajuan
sekolah. Pasukan pemikiran SMK Sungkai ini yang bergerak sebagai satu pasukan
memberi sumbangan yang amat bermakna dalam usaha mentransformasi SMK
Sungkai dari Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) kepada sekolah berkesan. Pada
peringkat awal, Pengetua telah membina mind setting pasukan ini dari aspek
visi, misi dan halatuju sekolah agar semua bergerak atas landasan yang sama
menuju ke arah satu matlamat. Perkara ini penting bagi mewujudkan kesepakatan
dan keseragaman cara berfikir dan bertindak dalam kalangan ahli pasukan bagi
menjamin keharmonian sekolah dan tercapinya objektif yang disasarkan.
Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan 163
Rasional Pengetua menubuhkan Kumpulan Pemikir dalam proses
membangunkan sekolah ialah;
a. Menyumbang idea think tank dan pemikiran konstruktif yang praktikal, sesuai
dengan visi dan misi sekolah untuk dilaksanakan.
b. menjadi sinergi sekolah, iaitu suatu tenaga dan jentera untuk menggerakkan
pengurusan atau aktiviti sekolah.
c. kumpulan yang akan menterjemahkan dan melaksanakan gagasan idea
pengetua dalam program dan aktiviti sekolah.
d. Poin menjadi titik tolak kejelekitan budaya kerja sepasukan bagi memastikan
perubahan positif terus berlaku dalam kalangan guru-guru dan warga sekolah
bagi membina persekitaran sekolah yang harmoni.
e. perkongsian pintar: berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama
kumpulan guru senior membangunkan sekolah.
f. menghargai dan mengiktiraf keperluan, kepentingan dan peranan kumpulan
guru-guru senior dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah.
g. membantu kelancaran dan meringankan beban tugas kumpulan Senior
Management Team yang terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan dan
Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran.
h. menyediakan ruang dan peluang untuk guru-guru membuat sebarang inovasi.
i. Memberi cabaran dan peluang kepada guru-guru membina daya kepimpinan
mereka sendiri dengan memberikan empowerment, menyediakan ruang
mengambil risiko, mencuba perkara-perkara baru dan melatih mereka
membuat keputusan.
j. melatih ilmu dan kemahiran memimpin sebagai persediaan menjadi pemimpin
sekolah masa hadapan.
i) Impak Pengurusan Kokurikulum
Satu bukti pencapaian yang boleh dibanggakan ialah kejayaan sekolah
mewujudkan jaringan antarabangsa dengan SMP Negeri 9, Medan, Indonesia,
iaitu melalui Perjanjian Kerjasama yang ditandatangani pada 20 Ogos 2018 lalu.
Ini adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang pendidikan, kepimpinan dan
kebudayaan antara kedua-dua buah sekolah. Kedua-dua sekolah ini adalah sekolah
yang mewakili negara masing-masing dalam 2nd World Toba Lake Ecosystem and
Culture Dialogue yang telah diadakan pada 18-21 Ogos 2018, di Danau Toba.
Bagi SMK Sungkai, jalinan kerjasama ini adalah satu pencapaian yang amat
membanggakan bagi seluruh warganya. Ini adalah satu proses mengangkat sekolah
ini ke suatu tahap yang lebih tinggi dan membolehkannya berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBPT dan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Imej, harga diri dan
164 Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan
reputasi sekolah dan seluruh warganya akan meningkat melalui program jalinan
antarabangsa ini.
Satu lagi kejayaan besar SMK Sungkai yang lain ialah sekolah telah disenarai
pendek oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk dipilih sebagai wakil Perak
ke pertandingan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Kebangsaan
pada tahun 2019. ASAT adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada
asrama harian yang telah mencapai standard pengurusan yang ditetapkan dan
layak dijadikan penandaras dalam aspek pengurusan asrama bagi sekolah-sekolah
di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Ini bermakna asrama harian SMK Sungkai telah diiktiraf oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai asrama yang diurus dengan cemerlang
menggunakan instrumen Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) dan
elemen-elemen Transformasi Asrama Harian. Kejayaan ini dicapai hasil kolaborasi
dan komitmen tinggi guru-guru, staf, murid-murid yang tinggal di asrama dan
kumpulan pemegang taruh yang lain.
Seterusnya peningkatan pencapaian dalam bidang akademik dalam tempoh
sembilan bulan pertama tahun 2018 berbanding tempoh yang sama pada tahun
2017 memberi petunjuk bahawa transformasi sedang berlaku di SMK Sungkai.
Antaranya ialah peningkatan pencapaian murid-murid Tingkatan Lima dalam
peperiksaan peringkat sekolah. Pada tahun 2017, keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun murid-murid Tingkatan Empat hanya 56% dengan nilai Gred Purata
Sekolah (GPS) 6.59 yang lulus serta layak mendapat sijil. Dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2018 (Tingkatan 5), murid-murid yang sama telah lulus dan
layak mendapat sijil telah meningkat kepada 68% dengan gred purata sekolah
6.05. Peningkatan prestasi murid-murid Tingkatan lima ini berterusan telah
terbukti melalui peperiksaan percubaan SPM mereka, iaitu GPS menurun kepada
5.69 dan sebanyak 71% murid lulus dan layak mendapat sijil. Perkembangan ini
membuktikan bahawa tindakan Pengetua membina persekitaran pembelajaran
sekolah yang positif dan peningkatan komitmen guru-guru dalam kerja buat
mereka telah memberi kesan terhadap pencapaian sekolah dan prestasi murid.
Kerja sepasukan dan Pasukan Pemikir sekolah telah memberi sumbangan yang
bermakan dan mendalam terhadap pencapaian ini.
ii) Impak di bidang pengurusan ko-kurikulum
Tempoh lapan bulan pertama tahun 2018 berbanding dengan tempoh yang
sama pada tahun 2017, SMK Sungkai telah membuktikan pendekatan yang
diambil oleh Pengetua dan seluruh warga sekolah telah memberi impak terhadap
peningkatan pencapaian murid. Pada tahun 2017 Gred Purata Sekolah bagi
kokurikulum ialah 2.5, dengan 0.7% Gred A, 47.6% Gred B dan 51% Gred C. Data
Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pemerkasaan Guru Dan Staf Sokongan 165
pencapaian kokurikulum murid-murid setakat bulan Ogos 2018 menunjukkan
peningkatan membanggakan, iaitu Gred Purata Sekolah dalam Kokurikulum ialah
2.25 dengan 6.38% Gred A, 66.4% Gred B dan 23.82% Gred C. Peningkatan
berlaku pada tahun ini kerana murid-murid telah mendapat bimbingan daripada
Guru-guru Penasihat sebagaimana sepatutnya. Bilangan ahli aktif meningkat
dengan banyak dan pencapaian baik dalam aktiviti serta pertandingan di Peringkat
Daerah, Negeri dan Kebangsaan juga meningkat. Pada tahun ini, SMK Sungkai
telah mencapai kejayaan seperti Tempat Ketiga dalam pertandingan sofbol
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak (MSSPK) kategori Bawah 18 tahun, pingat
emas acara merejam lembing MSSPK kategori lelaki Bawah 15 tahun, Johan
pertandingan melukis sambutan Hari Harimau Sedunia Peringkat Kebangsaan
2018, Naib Johan orienteering perkhemahan pembangunan insaniah pendidikan
luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan sebagainya.
RUMUSAN
Hasil daripada penjajaran semula Rancangan Pemajuan Sekolah, pemantapan
pasukan pemikir dan penyuburan kerja sepasukan sekolah, SMK Sungkai telah
memperlihatkan beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan. Pencapaian
yang diperolehi setakat ini adalah indikator yang menunjukkan bahawa sekolah
ini boleh berjaya dan cemerlang sebagaimana sekolah-sekolah lain yang lebih
ternama. Pengetua akan memastikan semangat kerja sepasukan dalam kalangan
seluruh warga sekolah terus subur dan menjadi terus menjadi penyumbang kepada
kecemerlangan SMK Sungkai. Pasukan Pemikir Sekolah (Think Tank) akan terus
dimanfaatkan kerana ia adalah sumber cadangan, pandangan dan buah fikiran
yang amat bernilai bagi sekolah ini. SMK Sungkai adalah ibarat permata di dalam
lumpur yang memiliki banyak potensi yang boleh digilap untuk menjadi salah
sebuat sekolah pilihan di dalam Daerah Batang Padang dan di negeri Perak.
RUJUKAN
1. Greg Martin. (2016). Look, Listen and learn. https:// aboutleaders.com/the-3l-
s-of-leadership/gs.nYgs058.
2. Henry, F. (1949).General Industrial Administration Principles of Management.
New York: Taylors & Francis
~18~
PROGRAM CANAI GEMILANG
Mohd Salleh Bin Shari
Pengetua SMK Batu Kawan, Seberang Perai
Dr. Nor Asikin Binti Salleh,
emel: [email protected]
Dr. Abdul Wahab Bin Muda,
emel: [email protected]
ABSTRAK
Isu utama di SMK Batu Kawan ialah masalah ponteng yang turut mempengaruhi
pencapaian akademik secara keseluruhan. Sekolah yang terletak di daerah Seberang
Perai Selatan ini menghadapi banyak cabaran luaran ekoran pertumbuhan ekonomi
dan infrastruktur yang terlalu pesat yang memberi kesan ke atas cara hidup masyarakat
setempat dan akhirnya mempengaruhi kecenderungan remaja untuk ponteng sekolah
atau hilang minat belajar. Pada tahun 2017 hampir 30% murid-murid tidak layak
menerima sijil SPM manakala purata kehadiran bulanan adalah 90% dan kadang kala
lebih rendah. Bagi mengatasi situasi ini, pelbagai usaha dalam aspek Hal Ehwal Murid
dan Akademik telah dilaksanakan yang turut meningkatkan kerjasama ibu bapa dan
komuniti setempat dalam menangani masalah ponteng ini. Pada masa yang beberapa
program pengantarabangsaan menggunaan teknologi komunikasi melalui Skype juga
telah dilaksanakan bagi meningkatkan minat murid-murid ke sekolah. Gabungan pelbagai
initiatif ini telah diberi nama ‘Canai Gemilang’. Penilaian keberkesanan program diukur
melalui perbandingan data pencapaian pada akhir tahun 2017 dengan 2018 dalam aspek
kehadiran murid, penglibatan ibu bapa dan peratus lulus ujian percubaan SPM.
Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid, kemenjadian murid
PROFIL SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap
murid menimba ilmu pengetahuan. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid
kerana di sinilah sebahagian besar masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai
rumah kedua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk
memberikan keselesaan kepada para penghuninya.
Program Canai Gemilang 167
SMK Batu Kawan telah dibuka pada 6 Januari, 2003. Sebelum itu SMK
Batu Kawan telah menumpang sementara di SK Bukit Tambun. Bangunan SMK
Batu Kawan dan SK Batu Kawan ini yang bernilai hampir RM22 juta telah siap
sepenuhnya dan boleh mula beroperasi pada 29 April, 2003. Nama sekolah ini
telah diambil sempena nama Pulau Batu Kawan yang sebelum ini merupakan
nama sebuah ladang kelapa sawit dan kelapa. Sekolah mula dirintis dengan 90
orang murid dan sembilan orang guru dengan diketuai oleh Penyelaras En. Mohd
Mustaffa bin Man (Penyelia Petang SMK Valdor).
Selama 15 tahun seramai lima orang Pengetua telah berkhidmat di sekolah
ini. Pengetua yang keenam memulakan perkhidmatan di sekolah pada 1 Disember,
2017. Senarai Pengetua yang berkhidmat di SMK Batu Kawan ialah seperti berikut;
1. En. Nafiah Bin. Mat ( Mantan Penolong PPD Seberang Perai Selatan) 2004
hingga pertengahan 2004
2. Tn. Hj. Aziz Bin. Yusof
3. Pn. Hjh Jusniar Binti. Ab Jalil
4. En. Ahmad Ezzat Bin. Ismail
5. Cik Azma Binti. Ismail 2011 hingga Dis 2014
6. En. Anuar Bin Rahim Dis 2014 hingga Dis 2017
7. En. Mohd Salleh Bin Shari Dis 2017 hingga kini.
Sekolah ini mempunyai 49 orang guru termasuk dua Kaunselor serta lapan
orang staf.Jumlah murid yang belajar di sekolah ini ialah seramai 479 murid.
Murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kaum Melayu, Cina
dan India. Majoriti murid di sini daripada keluarga yang sederhana. Rajah 18.1 di
bawah menunjukkan komposisi murid mengikut kaum.
Rajah 18.1: Komposisi murid mengikut kaum
168 Program Canai Gemilang
Sekolah ini berada di kawasan luar bandar. Sekolah ini juga berdekatan laut
dan dikelilingi oleh bukit bukau. Terdapat banyak kawasan perumahan sekeliling
sekolah ini. Sekolah ini dilokasikan di tempat yang selamat dan selesa. Selepas
jambatan kedua Pulau Pinang beroperasi, kawasan ini berkembang secara drastik.
Kini kawasan Batu Kawan terdapat banyak kilang besar dan sederhana. Bukan itu
sahaja terdapat satu pusat membeli belah yang besar dan dikenali sebagai Design
Village. Perkembangan seperti ini memberi impak kepada kehidupan penduduk di
seni.
a) Meningkatkan prestasi kelulusan dalam SPM
Sebagai sekolah Gred B. Pihak sekolah berusaha meningkatkan prestasi kelulusan
dalam SPM 2018. Berikut ialah graf prestasi kelulusan SPM 2011-2017 dan
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. rajah 18.2 menunjukkan bahawa peratus
kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tidak stabil lagi. Lebih daripada 30% murid
masih gagal untuk mendapat sijil SPM. Maka pihak sekolah akan berusaha untuk
mengurangkan peratus gagal dan membimbing murid untuk mempertingkatkan
peratus murid yang layak menerima sijil SPM. Pihak sekolah telah merancang dan
melaksanakan program untuk meningkatkan peratus kelulusan SPM 2018. Berikut
ialah program-program intervensi yang dijalankan.
90
79.41 73 74.72
80
70 64.79 62.96 66.31
60 56.81 52.38
50
40
30
20
10
0 2012 2013 2014 2015 2016 2017 PPT 2018
2011 SPM
Rajah 18.2: Prestasi kelulusan SPM 2011-2017 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
Jadual 18.1: Program Intervensi SPM dan PT3 2018
BIL AKTIVITI KUMPULAN TARIKH TARIKH JANGKAAN HASIL CABARAN
SASARAN MULA AKHIR
1 Program Tingkatan 3 12/1/18
Penetapan Tingkatan 5 12/1/18 Peningkatan dalam UP1,PPT, - Kehadiran waris
Target PT3 dan 20/7/18 Percubaan dan seterusnya
SPM Tingkatan 3 dalam peperiksaan sebenar
Tingkatan 5 16/7/18 PT3 dan SPM.
2 Pelaporan Jaya
Waris 1/8/18 20/7/18 Ibu bapa dapat mengenal
Februari pasti kekuatan dan kelemahan
pelajar ke arah peningkatan
akademik anak-anak.
3 Program Teknik Tingkatan 5 31/7/18 Pelajar dapat menguasai Sumber kewangan
Menjawab SPM teknik menjawab dengan (dana akademik PIBG)
berkesan. tidak mencukupi
bagi menampung kos
penceramah luar. Program Canai Gemilang 169
4 Jadual waktu Tingkatan 3 Peperiksaan PdPc dapat dilaksanakan
anjal Tingkatan 5
sebenar secara berfokus mengikut
kelompok pencapaian murid.
5. Kelas Tambahan Tingkatan 3 PT3-Sept Kehadiran pelajar kurang
Tingkatan 5 SPM-Okt memuaskan terutamanya
pada hari Sabtu.
170 Program Canai Gemilang
b) Meningkatkan kehadiran murid
Kehadiran murid ke sekolah adalah salah satu salah laku biasa bagi segelintir murid
sekolah harian. Murid-murid yang sering hadir lewat dan tidak hadir ke sekolah
kebanyakannya murid yang sama. Namun begitu, ibu bapa dan murid sendiri tidak
menganggap masalah ini sebagai salah laku disiplin. Sesetengah ibu bapa atau
penjaga mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dianggap sebagai perkara
yang remeh.
Justeru, isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia akan memberikan
impak yang besar dalam pengurusan disiplin di sesebuah sekolah dan proses
pembangunan modal insan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Ibu bapa perlulah mengambil tanggung jawab untuk memastikan anak
mereka datang awal ke sekolah dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk
seharian berada di sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar.
Penyebab utama murid datang lewat adalah kerana bangun lewat, rumah
jauh dari sekolah, bas lewat, banjir dan suka melengah-lengahkan masa untuk
ke sekolah. Walaupun Unit Hal Ehwal Murid mengambil pelbagai tindakan masih
terdapat masalah ketidakhadiran ke sekolah.
Jadual 18.2: Peratus kehadiran murid mengikut bulan
BULAN PERATUS KEHADIRAN
JANUARI TAHUN 2017 TAHUN 2018
FEBRUARI
91.0 92.9
MAC
APRIL 90.2 91.0
MEI 92.9 92.5
JUN
JULAI 90.6 89.6
OGOS
SEPTEMBER 91.5 89.1
OKTOBER
NOVEMBER 83.6 84.6
88.2 89.0
89.8
87.3
87.8
78.1
Program Canai Gemilang 171
Key Perfomance Indicator (KPI ) Hal Ehwal Murid ialah untuk meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah dari 86.9% kepada 90%. Mengikut data
kehadiran murid, Januari hingga Mac telah pihak sekolah mencapai KPI Hal
Ehwal Murid manakala dari bulan April hingga Julai tidak mencapai KPI Hal
Ehwal Murid. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan peratus kehadiran
murid SMK Batu Kawan mengikut bulan bagi tahun 2017 dan 2018.
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah SMK Batu Kawan telah mengambil inisiatif
untuk menggalakkan murid-murid datang awal ke sekolah menerusi Program WE
SEE. Program ini telah dirangka bagi mencari jalan terbaik dalam usaha untuk
memastikan masalah disiplin dan dapat ditangani dengan baik dan berkesan
terutamanya berkaitan masalah murid datang lewat ke sekolah. Program-program
berikut dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran murid;
1. ‘Program Seronoknya ke sekolah,’ iaitu perjumpaan dengan ibu bapa dan
penjaga bagi murid yang tegar masalah ketidakhadiran ke sekolah.
2. ‘Program Sentuhan Kasih,’ iaitu memanggil dan berjumpa dengan murid-
murid yang tidak hadir ke sekolah pada waktu pagi selepas perhimpunan
setiap hari.
3. ‘Kunjung bantu,’ iaitu guru pergi ke rumah murid dan membawa murid ke
sekolah bagi murid yng tidak mempunyai alasan kukuh dengan keizinan ibu
bapa mereka. Memberi surat amaran bagi murid yang kerap tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab.
Tuntasnya, tanggungjawab mendidik adalah tugas yang mulia dan besar
ganjarannya di sisi Tuhan. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu dan
memainkan peranan untuk membangunkan modal insan seperti yang termaktub di
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Program-program yang dijalankan di sekolah
seperti Program WE SEE adalah bertujuan untuk membangunkan aspek Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intenlek (JERI) murid-murid agar seimbang dunia dan akhirat.
c) Meningkatkan kehadiran ibu bapa
Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah digalakkan kerana ia adalah elemen
penting dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Permuafakatan antara guru, ibu bapa
dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara
berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.
PIBK merupakan inisiatif penting di bawah Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 hingga 2025). Adalah satu daripada 11 Anjakan yang
terkandung dalam dasar pendidikan terbaru. Anjakan kesembilan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberikan penekanan terhadap
penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam memperkasakan sekolah.
SMK Batu Kawan juga telah menganjurkan pelbagai program dengan
172 Program Canai Gemilang
kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat. Pihak sekolah mengambil pelbagai
insentif untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti. Namun begitu,
penglibatan mereka dalam aktiviti di sekolah masih belum mencapai tahap yang
membanggakan dan perlu dipertingkatkan.dalam membuka pintu tindakan yang
luas untuk mewujudkan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu
bapa, komuniti dan pelbagai agensi luar demi memberikan impak yang optimum
terhadap pembangunan modal insan anak-anak murid di SMK Batu Kawan.
Perancangan dan inisiatif strategik telah disusun dengan melibatkan seberapa
banyak pihak yang boleh untuk menjana kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian
serta kejayaan yang dapat ditransformasikan ke dalam penghasilan modal insan
berkualiti di SMK Batu Kawan. Interaksi dan pengalaman yang berbeza dalam
setiap ekosistem yang berbeza akan membentuk tingkah laku murid yang unik.
Diharapkan kajian kes ini akan memberikan manfaat, khususnya kepada komuniti
pentadbir sekolah, sebagai satu rujukan dalam menggemblengkan ibu bapa,
penjaga, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, komuniti setempat dan komuniti
antarabangsa untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan
berkualiti.
Berikut adalah senarai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan
ibubapa dan komuniti;
Jadual 18.3: Senarai Aktiviti Jaringan dan Jalinan SMK Batu Kawan
BIL TARIKH AKTIVITI PIHAK YANG TERLIBAT
1 30 /12/2017 Ibu bapa
Hari Taklimat Waris bersama
2 19/1/2018 murid Tingkatan 1 dan Bekas pelajar, ibu bapa,
peralihan. pihak Polis dan Pihak RELA
bantuan.
Merentas desa peringkat Ketua bahagian UMNO Batu
sekolah. Kawan dan ibu bapa.
Pegawai JPJ
3 29/1/2018 Majlis penyerahan wang
bantuan khas persekolahan Tentera Darat (ATM)
2018.
Pihak Polis
4 14/2/2018 Ceramah keselamatan Jalan
raya sempena Tahun Baru Pihak JPJ
Cina.
5. 11-13 /2/2018 Kem kepimpinan pengawas,
AJK tertinggi PSS dan Unit
Uniform.
6. 22/2/2018 Majlis perjumpaan mesra
bersama Polis diRaja Malaysia
negeri PP.
7. 23/2/2018 Ceramah keselamatan Jalan
Raya 2018.
Program Canai Gemilang 173
8. 5/3/2018 Majlis pelancaran bulan Pihak Polis
sahsiah dan watikah pelantikan
pengawas sekolah, pengawas
PSS, Pengawas SBPT dan
PRS.
9. 6/3/2018 Bengkel Frog VLE SMK Batu Pihak PKG Sungai Bakap dan
Kawan. BTPNPP
10. 30/3/2018 9th sggs international studentS’ Methodist Girls School,
CONFERENCE. Singapore,
Modern School, India,
Matthayom Watnairong
School Thailand,
SMAP Kajang,
SMK Batu Kawan,
Esol Learning Centre
Malaysia,
SM Maktab Sabah dan
ST George’s Girls School,
Malaysia
11 2-5/4/2018 Pengelola Pertandingan Bola Sekolah sekitar SPS, Pihak
Jaring Peringkat Daerah SPS. PPD.
12 4/4/2018 Penggelola Pertandingan Sekolah sekitar SPS, Pihak
‘Public Speaking’ dan Pidato PPD.
Peringkat Daerah SPS.
13 18-23/4/2018 Perkongsian pintar Bersama Mr. Honda (Jepun), Pihak
Onna JHS Okinawa Jepun. sekolah Onna JHS Okinawa
Jepun, Bekas Pengetua dan
GK Kemanusiaan.
14. 28/4/2018 Hari Sukan Tahunan 2018. Pihak Ibu Bapa
15 16/5/2019 Majlis Sambutan Hari Guru Pihak Ibu bapa
peringkat sekolah.
16 1/6/2018 Majlis Berbuka Puasa. Pihak ibu bapa dan bekas guru
yang berkhidmat di SMK Batu
Kawan.
17 6/6/2018 Ceramah Keselamatan Jalan Pegawai JPJ
Raya menjelang Hari Raya
Aidilfitri.
18 6/7/2018 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bekas Pelajar, Para ibu bapa.
peringkat sekolah.
174 Program Canai Gemilang
19 16/7/2018 “International SMKBK, PENANG,
Children’s Conference MALAYSIA
20 21/7/2018 2018”:MALAYSIA,(Okinawa) JUNIOR HIGH SCHOOL
21 Julai - JAPAN, (Bangkok) STUDENTS, OKINAWA,
THAILAND AND (Tainan) JAPAN
Oktober TAIWAN”dan dokumentasi. RACHAWINIT JUNIOR
22 28/7/2018 HIGH SCHOOL,
BANGKOK, THAILAND
NAN-SHIN JUNIOR
HIGH SCHOOL, TAINAN,
TAIWAN.
Program Jaya Waris Pelaporan Para Ibu bapa/Penjaga.
pencapaian PPT 2018.
Teknik menjawab SPM. Pencarama dari Guru Sekolah
Lain.
Hari Anugerah Kecemerlangan Ahli Parlimen Batu Kawan,
Sekolah 2018. Pegawai Polis, Ibu bapa/
Penjaga.
PELAKSANAAN
Istilah pengurusan seringkali dikaitkan dengan empat aktiviti penting yang
dikenali dengan singkatan POLC. Empat komponen ini adalah merancang
(P-Planning), Mengelola (Organizing - O), Memimpin (Leading-L) dan Mengawal
(Controlling-C). Manakala strategi pula boleh dikaitkan dengan rancangan
yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai matlamat atau kejayaan
sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007). Dengan kata lain, pengurusan
strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai matlamat sesebuah
organisasi. Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat
sebagai keperluan asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi
tersebut. Dalam konteks penulisan ini, pengurusan strategik dilihat sebagai salah
satu elemen terpenting bagi setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau
pengurus di sesebuah organisasi. Pengurusan strategik juga dikenal pasti sebagai
pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program yang
dilaksanakan di organisasi. Segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
secara teori, dapat diaplikasikan melalui program-program berasaskan konsep
pengurusan strategik ini.
Mengikut perancangan SMK Batu Kawan, kami telah menetapkan visi dan
misi Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai visi dan misi sekolah. Setiap unit
Program Canai Gemilang 175
seperti kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid mempunyai visi dan misi
tersendiri selaras dengan visi dan misi sekolah. Selepas itu kami telah mengelola
aktiviti-aktiviti yang relevan dengan visi dan misi kami. Telah mewujudkan
barisan pengurusan dan kepimpinan yang komited untuk membimbing warga
organisasi. Proses pengawalan yang dilaksanakan di sekolah ini ialah seperti
mengawal memantau, menjaga keselamatan, membuat penilaian dan juga menjaga
kemudahan dalam pentadbiran sekolah.
Perancangan pengurusan di sekolah adalah mengandungi perancangan jangka
panjang dan jangka pendek. Perancangan sepanjang tahun ini bagi menjalankan
aktiviti dan program sekolah serta perancangan dari segi sumber dan keperluan
untuk melaksanakan aktiviti dan program sekolah. Perancangan tahunan
melibatkan perancangan takwim, jadual aktiviti dan program sekolah yang akan
dianjurkan sepanjang tahun, menentukan tarikh mesyuarat pentadbiran, kurikulum,
kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Perancangan dalam bentuk kemudahan adalah
melihat kepada kebolehupayaan dan kecukupan sesuatu peralatan dan tempat
untuk melaksanakan aktiviti dan program sekolah.
Pengelolaan merupakan penyelarasan sumber tenaga manusia dalam
pengurusan sekolah seperti membuat pemilihan guru, menubuh dan mengagihkan
jawatankuasa sekolah dan memberikan penerangan berkaitan tugas dalam aktiviti
sekolah.
Pemilihan guru berdasarkan kepada kebolehan dan pengalaman mereka
mengendalikan ketiga-tiga unit di sekolah. Menubuhkan jawatankuasa
dan mengagihkan tugas jawatankuasa untuk sesuatu program sekolah bagi
memudahkan perjalanan aktiviti atau program sekolah. Memberi penerangan
berkaitan dengan tugas yang diberikan supaya guru faham akan tanggungjawab
dan dapat melaksanakan tugas mereka semasa aktiviti atau program dijalankan.
Motivasi dan sokongan adalah kata-kata semangat yang diberikan daripada
pemimpin sekolah untuk menanamkan semangat kepada guru-guru di sekolah ini
dan juga murid untuk terus menunjukkan prestasi yang baik dalam program sekolah
yang disertai sama ada di luar mahupun di dalam sekolah. Pemimpin sekolah perlu
kreatif dalam pengurusan sekolah dengan mencipta aktiviti dan program baru
untuk sekolah supaya dapat menarik minat murid untuk menyertai dan seterusnya
meningkatkan lagi pencapaian murid dalam akademik dan kokurikulum sekolah.
Kepimpinan melalui teladan merupakan kemahiran manusia merujuk kepada
sikap pengurus sekolah yang positif secara tidak langsung dapat diteladani oleh
guru-guru yang lain seperti pemimpin akan selalu turun padang, buat seperti yang
disuruh, bekerjasama, minat dalam bidang pengurusan sekolah, bertanggungjawab,
menepati masa, sistematik, berkorban masa dan tenaga dan seorang yang rajin serta
mampu berkomunikasi dengan berkesan agar dapat memberikan guru peluang
untuk menyuarakan pendapat bagi melaksanakan sesuatu tugas di sekolah.
176 Program Canai Gemilang
Pemantauan merupakan aktiviti meninjau dan membimbing guru serta murid
supaya aktiviti sekolah bergerak seperti mana yang dirancangkan. Penilaian dibuat
secara tersurat dan tersirat. Bagi penilaian tersurat adalah markah pencapaian
akademik sekolah. Manakala yang tersirat adalah perubahan dari segi pelakuan guru
dan murid selepas menyertai sesuatu program di sekolah. Keselamatan merupakan
tindakan yang diambil oleh pengurusan seperti memiliki surat kebenaran waris
bagi murid menyertai sesuatu aktiviti sekolah dan meminta alamat dan nombor
telefon saudara terdekat guru untuk dihubungi semasa kecemasan. Selain itu,
dari memastikan kemudahan yang disediakan, dijaga dan dikawal oleh pihak
pengurusan supaya tidak berlaku kehilangan atau kerosakan.
Pengurusan strategik merupakan aspek yang penting dalam organisasi
pendidikan di sekolah. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen yang tinggi dan
sepenuh hati terhadap pengurusan stategik merupakan suatu perkara yang dituntut.
Hal ini adalah selaras dengan usaha melonjakan organisasi pendidikan agar
menjadi organisasi yang bermanfaat kepada warga sekolah dan pelanggannya.
IMPAK PROGRAM
Berikut ialah jadual pencapaian Key Performance Indicator (KPI) unit kurikulum,
kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Jadual 18.4 : Key Performance Indicator (KPI) Unit Kurikulum
BIL ASPEK TARGET PENCAPAIAN
DALAM PROSES
1 SKPMg2 BAIK
(80%-89.99%) 92.98
2 Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke BAIK 164.15/320
21 (Skor 80-89) (Data Mac 2018)
TIDAK CAPAI
3 penarafan sekolah HIP Band 3 ke (Skor 161-240)
atas
4 penggunaan FrogVle di Daerah MEMUASKAN
Seberang Perai Selatan
Program Canai Gemilang 177
Jadual 18.5 : Key Performance Indicator (KPI) Unit Hal Ehwal Murid
BIL ASPEK TARGET PENCAPAIAN
1 PERATUS KEHADIRAN 90% 89.81%
Jadual 18.6 : KPI Unit Kokurikulum
BIL ASPEK TARGET PENCAPAIAN
3 MURID 37 MURID
1 PROGRAM SETAHUN
PENGANTARABANGSAAN 2 MURID 2 MURID
2 PEMAIN PERINGAKT 3 MURID 6 MURID
KEBANGSAAN
3 PEMAIN PERINGKAT NEGERI
IMPAK PROGRAM
1. Peratus kehadiran berjaya ditingkatkan.
2. GPMP matapelajaran dan Gred Purata Sekolah keseluruhan berjaya
ditingkatkan.
3. Berjaya menentukan kebitaraan sekolah melaui program pengantarabangsaan
iaitu program skype dan Program.
RUMUSAN
SMK Batu Kawan telah merancang program dan aktiviti untuk mengatasi tiga isu
utama iaitu, isu berkaitan peningkatan prestasi sekolah, isu ketidakhadiran murid
dan meningkatkan kehadiran ibu bapa ke sekolah. Semua aktiviti dan program
berjaya dirancang dan dilaksanakan bersama warga SMK Batu Kawan. Semua
warga SMK Batu Kawan telah menggembeleng tenaga dan berusaha giat untuk
mengatasi isu-isu tersebut. Kerjasama antara warga SMK Batu Kawan akan
melahirkan generasi yang bermutu dan berpotensi.
~19~
PROGRAM DUHHH PONTENG
Speedy Bena Anak Alber Luna
Pengetua SMK Tun Abdul Razak,
Padawan, Sarawak
Meriam Binti Alias,
emel: [email protected]
Faridah Binti Mohamad,
emel: [email protected]
ABSTRAK
SMK Tun Abdul Razak adalah sebuah Sekolah Asrama Harian dengan enrolmen murid
seramai 1,500 orang murid. Kategori sekolah ialah Luar Bandar dan terletak pada jarak
38km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Antara masalah yang dihadapi oleh sekolah
adalah ketidakhadiran atau ponteng sekolah. Pada Tahun 2017, purata peratus kehadiran
murid ialah 90%, iaitu belum mencapai sasaran kehadiran 95% yang ditetapkan oleh
pihak PPD Padawan. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah melaksanakan satu program
intervensi yang dinamakan ‘Duhhh Ponteng’ dalam bahasa tempatan yang bermakna
‘Jangan Ponteng.’ Modus operandi program Duhhh Ponteng melibatkan Ahli Jawatan
Kuasa program mengadakan beberapa sesi dialog di kampung-kampung. Data kehadiran
selepas pelaksanaan program menunjukkan kesan positif, yang mana kes ponteng telah
berkurangan.
Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid, kemenjadian murid
PROFIL SEKOLAH
SMK Tun Abdul Razak (SMK TAR), Kod Sekolah YEB1301, adalah lebih popular
dengan nama lamanya Dragon Secondary School dan juga Kolej Tun Abdul Razak.
Sekolah Gred A Luar Bandar ini terletak di KM 38 Jalan Kuching-Serian, 94200
Kuching, Sarawak semenjak ditubuhkan pada 1 Januari, 1959. Sidang persekolahan
dilaksanakan bagi sesi pagi dan petang kerana bilangan murid yang ramai daripada
Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6. Pusat Tingkatan 6 menggunakan Mod 3.
Sekolah ini dikategorikan dalam jenis Asrama Sekolah Harian dengan kapasiti 221
orang penghuni daripada sejumlah 1493 murid. Bilangan guru yang ada adalah 111
(Quota: 115) dan 20 bukan guru.
SMK TAR mempunyai 30 bilik darjah bagi menampung 51 buah kelas.
Daripada sebilangan ini, satu kelas diperuntukkan untuk 24 murid Tingkatan
Program Duhhh Ponteng 179
Peralihan, lapan kelas untuk 254 murid Tingkatan 1, dan lapan kelas untuk 244
murid Tingkatan 2 yang datang untuk sesi petang. Enrolmen untuk sesi pagi
memperuntukkan lapan kelas kepada 227 murid Tingkatan 3, lapan kelas untuk
251 murid Tingkatan 4 Sains dan Tingkatan 4 Kemanusiaan, lapan kelas untuk
230 murid Tingkatan 5 Sains, Tingkatan 4 Kemanusiaan dan Tingkatan 5 PVMA,
dan 10 kelas bagi memuatkan 265 murid Tingkatan 6 Sains dan Tingkatan 6
Kemanusiaan.
Mengurus sekolah dengan jumlah 1493 anak remaja ini adalah satu tugas
yang sangat mencabar, tambah lagi lokasi sekolah yang terletak di kawasan pinggir
bandar. Isu yang paling besar pastinya kehadiran.
Perpindahan Stesen Bertugas Ke SMK Tun Abdul Razak
Peserta melapor diri bertugas di SMK Tun Abdul Razak pada 3 Julai 2017, sebagai
Pengetua yang ke-12. Sebelumnya beliau berkhidmat sebagai Pengetua di SMK
Balleh, Kapit.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Tun Abdul Razak merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan
luar bandar, kira-kira 38 kilometer dari Bandaraya Kuching. Majoriti murid
adalah daripada kaum Bidayuh dari kampung-kampung Daerah Padawan. Murid-
murid sekolah ini datang dari latar belakang sosio ekonomi yang pelbagai,
iaitu kebanyakan ibu bapa mereka merupakan petani, pekebun kecil, buruh dan
kakitangan awan, swasta dan industri.
SMK Tun Abdul Razak telah ditubuhkan pada Tahun 1959, di bawah Colombo
Plan dengan nama Dragon Secondary School, sempena bukit-bukit kecil yang
menyerupai Dragon, melingkari kawasan sekolah. Pembinaannya telah dilakukan
oleh Australian Army. Pada awal penubuhannya Dragon School telah ditadbir oleh
Kerajaan Australia. Mulai Tahun 1967 Dragon School telah diserahkan kepada
Kerajaan Malaysia.
Dragon Secondary School telah mula beroperasi sebagai sebuah sekolah
yang menempatkan Murid Tingkatan 6. Tenaga guru terdiri daripada pegawai
sukarelawan Overseas Service dari Australia, England dan New Zealand. Pada 12
Julai, 1980, Dragon School telah ditukar nama kepada Kolej Tun Abdul Razak.
Dan pada 1 Januari, 1999 Kolej Tun Abdul Razak telah ditukar nama menjadi SMK
Tun Abdul Razak. Sehingga kini, seramai 12 orang Pengetua telah berkhidmat di
SMK Tun Abdul Razak.
180 Program Duhhh Ponteng
Status Quo Sekolah Semasa Ketika Melapor Diri
Pada ketika peserta melapor diri pada awal Julai 2017, sekolah berfungsi tanpa
Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran sejak beberapa bulan. Pengetuanya
sudah bercuti sebelum bersara selama empat bulan bermula bulan Mac 2017.
Penolong Kanan Pentadbiran pula telah mengambil cuti akibat penyakit barah
(satu tahun) sejak bulan Jun 2017. Tugas Penolong Kanan Pentadbiran waktu
itu dijalankan oleh seorang Guru Ketua Bidang yang berpengelaman. Status
quo sekolah pada waktu itu, pada keseluruhannya baik. Sekolah ini mempunyai
budayanya tersendiri. Tenaga guru ramai yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun
di sekolah ini, dan ramai juga yang diperhatikan sudah berada dalam zonselesa.
Namun, masih banyak ruang dan peluang untuk penambahbaikan dalam setiap
bidang pengurusan utama seperti Hal Ehwal Murid, Kurikulum dan Kokurikulum.
Sokongan ibu bapa, PIBG, Alumni dan wakil rakyat setempat adalah baik
dan merupakan peluang yang besar untuk sekolah mendapatkan pelbagai bantuan
dan sumbangan, khususnya kewangan dan tenaga manusia. Semakan data bantuan
menunjukkan pihak PIBG dan wakil rakyat setempat banyak menghulurkan
membantuan kepada sekolah.
MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN
Isu yang dikenalpasti bagi sekolah sebesar ini selepas pemerhatian atau
environmental scanning oleh peserta pada awalnya agak banyak. Peserta agak
terkesima dengan jumlah kakitangan yang seramai 133 orang dan enrolmen murid
tinggi, iaitu 1560 orang. Sekolah menerima Laporan Kewangan Berteguran bagi
tahun 2016. Jika diperhatikan, sekolah ini beruntung kerana mempunyai ramai
guru senior yang terdiri daripada DG54 (seorang), DG52 (dua orang), DG48 (28
orang) dan DG44 (34 orang). Namun, sebilangan besar mereka berada dalam zon
selesa, dan ramai yang telah berkhidmat di sekolah yang sama melebihi 10 tahun.
Amat menyedihkan lagi, Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah rendah dengan
angka 5 dan 6 dalam tempoh lima tahun kebelakangan dan peratus murid layak
sijil SPM rendah iaitu 80% pada 2016. Peratus kehadiran murid rendah iaitu 90%
pada tahun 2016. Saiz fizikal kelas kecil tetapi enrolmen besar antara15-70 orang
menyebabkan kesesakan kelas. Makmal dalam keadaan daif dan bocor. Koperasi
sekolah mengalami kerugian, memerlukan Ahli Lembaga Koperasi baru. Tempat
parkir kereta staf tidak mencukupi, menimbulkan ketegaangan dalam kalangan
staf. Keceriaan sekolah pada tahap rendah.
Program Duhhh Ponteng 181
Isu-isu tersebut merupakan antara isu yang wujud waktu peserta masuk.
Daripada 13 isu tersebut, Pengetua memilih isu ketidakhadiran atau ponteng
sekolah sebagai isu yang diketengahkan dalam laporan ini. Rasional pemilihan isu
ponteng adalah disebabkan kesannya terhadap aspek lain seperti prestasi akademik
dan kawalan disiplin. Bahagian berikut akan menjelaskan langkah-langkah yang
diambil untuk menangani masalah ponteng dalam kalangan murid.
Isu Murid Ponteng Sekolah
Definisi ponteng sekolah adalah merujuk kepada ketidakberadaan murid di sekolah
semenjak awal pagi tanpa sebarang sebab penjelasan daripada pihak murid atau
penjaga murid. Walaupun ponteng sekolah bukanlah isu baharu di sekolah tetapi ia
perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana boleh menyumbang kepada banyak
aspek disiplin dan pencapaian prestasi lain, seperti masalah keciciran murid
dalam sistem pendidikan dan kemajuan akademik murid sepanjang persekolahan
mereka. Laporan salah laku murid sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah
dan ponteng kelas merupakan salah laku yang tertinggi peratusan penglibatan
dikalangan murid (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1995). Pihak sekolah
menggunakan sepenuh Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang disediakan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan merekod salah laku murid seperti
kesalahan ponteng dan mengeluarkan surat-surat amaran berdasarkan bilangan
hari ponteng yang telah ditentukan seperti dalam Jadual 19.1 di bawah.
Jadual 19.1: Bilangan murid ponteng sekolah mengikut bulan
Bulan Bil Amaran Berdasarkan Hari Ponteng
3@10 10@20 17@40 31@60 Bil
20
Jan 15 4 1 47
22
Feb 42 5 57
146
Mac 11 9 2 31
11
Apr 38 18 1 49
13
Bil Murid 106 36 4 0 104
250
Mei 18 9 4
Jun 4 5 2
Jul 20 20 8 1
Ogos 324 4
Bil Murid 45 36 18 5
Jumlah Besar 151 72 22 5
182 Program Duhhh Ponteng
Data murid ponteng sekolah mengikut jantina ditunjukkan dalam Rajah 19.1 di
bawah;
Rajah 19.1: Bilangan murid ponteng sekolah mengikut jantina
Pelaksanaan Program ‘Duhhh Ponteng’
Program tersebut dinamakan ‘Duhhh Ponteng’ dalam bahasa tempatan atau
‘Jangan Ponteng.’ Modus operandi program tersebut ini melibatkan pihak sekolah
mengadakan lawatan muhibah ke kampung-kampung yang telah dikenal pasti
mempunyai banyak kes ponteng sekolah. Semasa lawatan diadakan, sekumpulan
pegawai daripada sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Petang, Guru Disiplin, Guru Kaunseling dan wakil PIBG akan
pergi ke kampung sasaran untuk mengadakan dialog/perjumpaan dengan penghuni
dan ibu bapa murid-murid yang bermasalah, khususnya yang ponteng. Jadual 19.2
berikut menunjukkan Pemetaan Tiga Tahun Program Duhhh Ponteng.
Jadual 19.2: Pemetaan Pengurangan peratus Kes Ponteng Sekolah
Dalam Tempoh Tiga Tahun
Bidang Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Pencapaian
sebenar
Sasaran
prestasi
Pencapaian
sebenar
Ssasaran
prestasi
Pencapaian
sebenar
Ssasaran
prestasi
TOV
KPI
HEM
Penurunan
kes disiplin % 13.10 11.50 10.72 10.00 8.50
ponteng
sekolah
Program Duhhh Ponteng 183
Analisis data ponteng Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sekolah dengan
membuat pemetaan unjuran pengurangan peratus salah laku ponteng murid
sekolah seperti Jadual diatas, menjadi teras dan fokus berterusan pihak sekolah
untuk mengurangkan penglibatan murid dengan salah laku ponteng. Mengambil
maklum, merancang aktiviti perjumpaan dan membangun kesedaran dalam
kalangan murid terlibat menjadi satu proses dan tindakan kawalan ke atas kualiti
produk, iaitu murid.
i) Plan (Perancangan)
Sekolah melalui unit Hal Ehwal Murid (HEM) berdasarkan data-data Sistem
Sahsiah Diri Murid dalam tempoh Januari-April, mendapati isu salah laku murid
ponteng sekolah agak menonjol berbanding salah laku disiplin yang lain. Terdapat
hubungan yang murid sebagai produk sekolah mempunyai hubungan yang relevan
dengan kadar kes ponteng. Oleh yang demikian, pihak sekolah merancang satu
program untuk menjejak murid-murid yang ponteng hingga ke kampung-kampung
untuk menunjukkan keperihatinan terhadap masalah disiplin murid.
ii) Do (Pelaksanaan)
Pelaksanaan program Duhhh Ponteng bermula dengan Penubuhan Ahli Jawatan
Kuasa Duhhh Ponteng, yang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru Disiplin, Guru Kaunseling dan Warden asrama. Pengetua berperanan sebagai
penasihat. Pelaksanaan program adalah berdasarkan tempoh tiga tahun, 2018-2010.
Sasaran adalah ibu bapa kepada murid-murid yang banyak kes ponteng. Pihak
sekolah berpendirian bahawa ibu bapa dan komuniti perlu dilibatkan bersama
dalam usaha menangani kes ponteng. Dialog dan bersemuka dengan pihak ibu
bapa adalah amalan yang baik dalam menangani masalah ponteng, memandangkan
maklumat dari pihak sekolah sering kali tidak kesampaian kepada pengetahuan ibu
bapa.
iii) Check (Semak)
Setelah membuat perjumpaan dan dialog kumpulan berkenaan pada 4 April, 2018
bersama Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling bilangan kes baharu ponteng menunjukkan
potensi menurun. Memang tidak dinafikan masih ada kelompok murid yang
mengulangi salah laku yang sama.
iv) Action (Tindakan)
Setelah meneliti hasil selepas aktiviti pertama, iaitu perjumpaan pentadbir, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan personel tertentu dapatan data menunjukkan terdapat
184 Program Duhhh Ponteng
penurunan kes ponteng sekolah baharu seperti pada jadual 4.0(c). Selain usaha
kaunseling berfokus oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling, program sekolah
perihatin telah dirancang dan dilaksanakan pada 10 Julai, 2018 dengan melibatkan
Pentadbir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Penolong Kanan Petang,
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua Warden dan Ketua Guru Disiplin telah
mengadakan sesi lawatan ke kampung-kampung fokus kepada murid-murid yang
mempunyai masalah bertindih selain kes ponteng sekolah disamping memberi
penekanan kepada calon-calon Sijil Pelajarn Malaysia, Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3). Sesi dialog melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Merang
Baru, Kampung Merang Lama, Rumah Panjang Raeh dan Kampung Segenam.
Dalam sesi tersebut sesi taklimat dan soal jawab bersama ketua-ketua kampung/
tuai rumah bersama pihak sekolah tentang tanggungjawab bersama terhadap
kepentingan keberadaan murid-murid ke sekolah. Dalam perjumpaan berkenaan
dianggarkan 155 orang ibu bapa / penjaga yang terlibat. Suasana perbincangan
sangat baik dan harmoni. Respon ibu bapa dan penjaga serta Ketua Kaum terhadap
inisiatif pihak sekolah amat positif dan turut memuji pendekatan perbincangan
mesra tanpa wujud prasangka antara kedua belah pihak.
Kesediaan ketua kaum memaklumkan kepada pihak ibu bapa dan penjaga
tentang kedatangan pihak sekolah serta pengaturan tempat perjumpaan yang selesa
sebagai bukti kesungguhan komitmen dan perhatian masyarakat tentang pendidikan
anak-anak mereka meskipun fokus perbincangan melibatkan isu disiplin dan salah
laku anak-anak mereka.
PENILAIAN DAN IMPAK
Berdasarkan data yang dikutip untuk fasa kedua, iaitu data Sistem Sahsiah Diri
Murid (SSDM) bulan Mei-Ogos, setelah melaksana sesi kaunseling berterusan,
perjumpaan kelompok sasaran bersama pentadbir dan program sekolah perihatin
melalui pendekatan dialog bersama penjaga-penjaga di kampung-kampung yang
terpilih, terdapat hubungan yang boleh dikaitkan dengan sebab penurunan bilangan
murid ponteng pada tempoh tersebut, seperti pada Jadual 19. 3 berikut;
Jadual 19.3: Perbandingan bilangan murid ponteng berdasarkan tempoh
Fasa Bilangan Amaran Berdasarkan Hari Ponteng
Jan – April 3@10 10@20 17@40 31@60 Bil
Mei - Ogos
Jumlah Besar 107 36 4 0 146
44 36 18 5 104
151 72 22 5 250
Program Duhhh Ponteng 185
Rajah 19.2: Perbandingan bilangan murid ponteng berdasarkan jantina dan tempoh
Secara perbandingan kutipan data bagi dua tempoh yang berbeza menunjukkan
penurunan kes murid ponteng sekolah yang baharu, iaitu daripada 106 kes ponteng
pada tempoh Januari hingga April berbanding 45 kes baharu pada tempoh Mei
hingga Ogos. Murid lelaki menyumbang kepada 75.70% pada Jan–April, 70.45%
pada tempoh Mei–Ogos daripada keseluruhan bilangan murid ponteng sekolah.
Pendekatan pihak sekolah dalam menangani isu murid ponteng sekolah cuba
menarik perhatian kumpulan sasaran dan pihak masyarakat tentang kepedulian
dan tindakan serius sekolah dalam mengurangkan gejala murid ponteng sekolah.
Pemerhatian setiap langkah dan peringkat alat Plan-Do-Check-Aet (PDCA) banyak
membantu dan membimbing pihak sekolah untuk mengesan dan menambah baik
pendekatan serta aktiviti dalam usaha menangani dan mengurangkan salah laku
murid ponteng sekolah.
RUMUSAN
Sekolah sentiasa peka pada isu-isu yang berlegar dalam sekolah, terutamanya
berkaitan dengan kemenjadian murid. Proses membangun dan mengilap potensi
murid sukar dilakukan sekiranya murid tidak berada di tempat yang sepatutnya
mereka berada iaitu di sekolah. Keberadaan murid di sekolah dalam tempoh
persekolahan yang maksimum dapat mendedahkan murid kepada pelajaran dan
kemahiran yang baharu sepanjang masa.
Sekolah yang mempunyai sesi persekolahan dua sesi dengan enrolmen murid
sekitar 1500 orang menjadi cabaran dalam aspek pembangunan kemenjadian
murid secara lebih efisien. Pihak sekolah sentiasa berusaha mencari pendekatan
yang kreatif, berkesan dan berterusan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan enam aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
186 Program Duhhh Ponteng
Kutipan data murid ponteng sekolah juga menunjukkan murid lelaki lebih
ramai terlibat dengan kes salah laku ponteng sekolah. Antara faktor penyumbang
adalah sikap murid, latar belakang keluarga dan lokasi sekolah di pinggir bandar dan
dikeliling kampung-kampung, kawalan keluarga yang longgar berkemungkinan
menjadi salah satu punca murid ponteng sekolah dan berada di rumah dan kampung
tanpa merasa tekanan untuk berada di sekolah.
Dapatan kajian, Prestasi Akademik Mengikut Gender oleh Zalizan dan
rakan-rakan agak menarik untuk diberi perhatian. Antara dapatan mereka, murid
perempuan mengatasi murid lelaki dalam pencapaian akademik peperiksaan
awam dalam semua subjek kecuali subjek bersifat praktikal, kemahiran dan
teknikal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid perempuan, secara
keseluruhannya, lebih mengamalkan gaya pembelajaran abstract sequential
berbanding dengan murid lelaki. Ini bermakna murid perempuan lebih memberikan
perhatian kepada teori, hipotesis, penganalisisan, hal-hal akademik, berdisiplin
dan mementingkan ilmu pengetahuan berbanding murid lelaki. Hasil dapatan
ini menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai amalan yang diperlukan
untuk memenuhi keperluan pembelajaran di bilik darjah, iaitu gaya pembelajaran
yang bersesuaian dengan gaya pengajaran guru perempuan.
Selain dari itu, pemeriksaan pengkaji tersebut juga terhadap tindakan
daripada ketidakpuasan murid ke atas kepuasan terhadap persekitaran sekolah
turut menjelaskan bahawa tahap kepuasan antara murid lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan yang signifikan. Murid perempuan menunjukkan
kecenderungan untuk mengambil tindakan yang lebih positif berbanding murid
lelaki. Tuntasnya murid perempuan berkecenderungan untuk mengambil tindakan
yang lebih mendekatkan mereka dengan sekolah berbanding murid lelaki. Ini
bermakna, jika keadaan persekitaran sekolah yang tidak memuaskan hati, murid
perempuan akan mengambil tindakan yang positif dan terus belajar seperti biasa,
manakala murid lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng
kelas, ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran. Tegasnya,
walaupun dalam keadaan yang kurang selesa pun murid perempuan tetap lebih
mementingkan pelajaran mereka (Zalizan, 2005).
Sekiranya aspek kandungan kurikulum yang sedia ada mempunyai
kecenderungan memenuhi ciri-ciri keperempuanan, serta ditambah lagi dengan
situasi majoriti guru terdiri daripada guru perempuan di sekolah berkemungkinan
turut menyumbang kepada punca ramainya salah laku ponteng sekolah terutama
dalam kalangan murid lelaki. Pihak sekolah terus berusaha mencari jalan untuk
menyediakan guru agar lebih peka dengan keperluan perbezaan gaya belajar murid
berbeza jantina dan seterusnya merapatkan ruang penguasaan dan pencapaian
kemenjadian murid berasaskan aspirasi murid.
Projek Buffering 187
KERTAS-KERTAS
PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN TAHUN 2018
TEMA 4: PENGURUSAN KURIKULUM,
PERSEKITARAN DAN FIZIKAL
~20~
PROJEK BUFFERING
Tan Soo Soo
Pengetua SMK Munshi Sulaiman
Batu pahat, Johor
Nor Kamsiah Binti Jaapar,
emel: [email protected]
Siti Anidah Binti Mahadi,
emel: [email protected]
ABSTRAK
SMK Munshi Sulaiman (SMKMS), Batu Pahat, Johor adalah sebuah sekolah menengah
kebangsaan yang terletak di kawasan bandar. SMKMS tergolong dalam senarai Sekolah
Fokus atau Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) kerana masih berada di Band 5. Hasil
sumbangsaran kumpulan Think, Tank dan data Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
5 (PPT) 2018, isu strategik SMK Munshi Sulaiman adalah Gred Purata Sekolah SPM yang
masih rendah. Hal ini adalah kerana Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) mata pelajaran
Sejarah (TOV 8.58 berdasarkan PAT Tingkatan 4 tahun 2017)) merupakan penyumbang
utama kepada kemerosotan Gred Purata Sekolah (GPS) Take-off Value (TOV) sekolah
adalah 7.80, Expected Target Result (ETR) sekolah adalah 6.00). Peperiksaan Pertengahan
Tahun (PPT) diambil sebagai dapatan praujian manakala Peperiksaan Percubaan
(PPC) pula diambil sebagai dapatan pascaujian untuk mengesan keberkesanan program
intervensi. Intervensi dijalankan terhadap 46 orang murid. Kumpulan ini dikenal pasti
dari Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (PAT Tingkatan 4 tahun 2017), iaitu mereka
yang gagal dalam mata pelajaran Sejarah. Mereka juga tergolong dalam kumpulan murid
yang tidak mencapai kehadiran melebihi 90%. Mereka juga didapati tidak berminat dalam
aktiviti kokurikulum, terutama aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah. Oleh itu,
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) telah dibina untuk menangani isu strategik SPM
SMK Munshi Sulaiman, iaitu program intervensi berfokuskan PILL PdPc Sejarah dan
disokong oleh intervensi daripada Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum. Suatu
program sinergi, ‘Indahnya Sekolahku’ telah berjaya membuahkan output yang diingini.
Daripada 46 orang murid, 12 orang murid telah menunjukkan peningkatan dalam mata
pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Mereka juga mencatatkan peningkatan dalam
kehadiran lebih 90% dan peningkatan dalam Gred Pendidikan Amali Jasmani Sukan dan
Kesenian (PAJSK). Daripada mereka yang berpotensi ini, tiga orang murid telah berjaya
lulus dalam kedua-dua mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu, iaitu lulus dalam
Peperiksaan Percubaan SPM.
Kata Kunci: pengurusan kurikulum, sejarah, bahasa melayu, program sinagi, pengurusan
hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum
190 Projek Buffering
PROFIL SEKOLAH
KOD SEKOLAH : JEB0018
ALAMAT` : KM6, JALAN KLUANG, 83000 BATU PAHAT,
JOHOR.
GRED : A
LOKASI : BANDAR
TARIKH TUBUH : 14.08.1965
SESI : PAGI DAN PETANG
JENIS SEKOLAH : SMK / SEKOLAH KERAJAAN
LABEL SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM MOD 3 INTEGRASI
KELAS KHAS (PEMBELAJARAN)
PENGETUA : TAN SOO SOO
TARIKH MASUK : 16.8.2014 SEHINGGA SEKARANG
Sejarah SMK Munshi Sulaiman bermula sebagai sebahagian daripada
Sekolah Dato’ Bentara Luar. Apabila Sekolah Dato Bentara Luar dijadikan sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan pada tahun 1964, Sekolah Munshi Sulaiman
dipisahkan daripada sekolah induknya. Pada tahun 1965, sekolah ini dipindahkan
dari induknya dan menumpang di Sekolah Tinggi Batu Pahat dan dikenali
sebagai Sekolah Tinggi II. Pada 14 Ogos, 1965, setelah wujud sebagai suatu entiti
menumpang untuk beberapa tahun, akhirnya sekolah ini berpindah ke bangunan
kekal di satu kawasan seluas 10 ekar di Jalan Kluang, Batu Pahat.
Pada tahun 1970, nama sekolah ini ditukar dari panggilan Sekolah Menengah
Rendah ke Sekolah Menengah Inggeris kerana telah berkembang dan menerima
murid Tingkatan Lima. Pencarian identiti dan nama berakhir pada tahun 1981
apabila sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Menengah Munshi Sulaiman dan
nama ini kekal sehingga sekarang.
Ketika melapor diri sebagai Pengetua, status quo SMK Munshi Sulaiman
masih berada di Band 5. Tinjauan data menunjukkan bahawa Feeder School adalah
sekolah-sekolah rendah yang berhampiran seperti SK Bukit Soga, SK Sri Broleh,
SJKC Hwa Nan, SJKC Sin Hwa dan SJKT Seri Gading. Take-Off Value murid
juga agak rendah, malahan SJKC Hwa Nan juga sekolah rendah yang menduduki
ranking terendah di Daerah. Jumlah murid ialah 1,169, iaitu 853 murid lelaki dan
316 murid perempuan (data Julai 2018). Demografi ras murid pada hari ini adalah
Melayu 42%, Cina 55.5%, India 2% dan lain-lain 0.5%.
Latar belakang sosio-ekonomi keluarga murid juga agak rendah. Data
Aplikasi Pangkalan Data Murid menunjukkan pendapatan purata ibu bapa adalah
RM1,000.00. Ibu bapa dan keluarga kebanyakan bekerja sebagai buruh, pemandu
lori, pekerja kilang, pekerja di kedai-kedai makan; iaitu kebanyakan ibu bapa
bukan profesional atau pemilik perniagaan. Tahap pelajaran juga setakat sekolah
rendah.
Projek Buffering 191
Bilangan guru yang berkhidmat di sekolah adalah 99 orang guru. Guru lelaki
25 orang sementara guru perempuan 74 orang. Hampir semua guru adalah siswazah
(97 orang). Sekolah ini dianggotai hampir 35% guru-guru berpengalaman melebihi
10 tahun. Walau bagaimanapun, guru-guru muda didapati berpotensi dalam
melaksanakan kelas PAK21. Selain itu, terdapat seorang mantan Guru Cemerlang
(telah menerima tawaran Tingkatan 6), ramai pemeriksa kertas peperiksaan, dan
beberapa orang guru Jurulatih Utama Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
MENGENAL PASTI ISU
Jawatankuasa Think,Tank Inpeks SMK Munshi Sulaiman telah berbengkel untuk
membuat analisis isu dalaman dan isu luaran dengan menggunakan Analisis
SWOT. Daripada Analisis SWOT, pilihan intervensi strategik telah dibuat. Tulang
Ikan Ishikawa Rajah 20.1 juga digunakan sebagai alat untuk menganalisis isu,
iaitu untuk melihat aspek-aspek Manusia, Kaedah, Bahan, Mesin dan Persekitaran.
Analisis SWOT dan Tulang Ikan Ishikawa telah membantu Think,Tank meraih isu,
punca dan intervensi untuk meningkatkan prestasi sekolah.
Rajah 20.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa digunakan mengenal pasti isu
192 Projek Buffering
Rajah 20.2: Analisis SWOT Menjana TOWS Matriks
PELAKSANAAN
Hasil daripada sumbangsaran kumpulan Think,Tank dan data peperiksaan
pertengahan tahun Tingkatan 5 (PPT) 2018, isu strategik SMK Munshi Sulaiman
adalah Gred Purata Sekolah SPM yang masih rendah. Hal ini kerana Gred Purata
Mata Pelajaran (GPMP) mata pelajaran Sejarah (TOV 8.58 berdasarkan PAT
Tingkatan 4 tahun 2017)) merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan
GPS (TOV sekolah adalah 7.80, expected Target Resukt (ETR) sekolah adalah
6.00). Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) diambil sebagai dapatan praujian
manakala Peperiksaan Percubaan (PPC) pula diambil sebagai dapatan pascaujian
untuk mengesan keberkesanan program intervensi.
Berdasarkan Take-off Value (TOV) mata pelajaran Sejarah, didapati 46
orang murid yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2017
(PAT Tingkatan 4) Kumpulan ini juga tidak mencapai kehadiran 90%. Mereka
juga didapati tidak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, terutama aktiviti
yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah. Oleh itu, Rancangan Pemajuan Sekolah
(RPS) telah dibina untuk menangani isu strategik SPM SMK Munshi Sulaiman,
iaitu program intervensi yang menitikberatkan sinergi antara tiga bidang, yakni
akademik (mata pelajaran Sejarah), Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.
Projek Buffering 193
PROGRAM INTERVENSI
BIDANG: INTERVENSI
KURIKULUM: • Pemantauan PdPc/SKPMg2 Standard 4
• Bengkel Pemantapan PdPc
• Peer-Teaching
• Bengkel Bina Item
• Bengkel Penandaan Cross-Checking
HEM: • Program Sekolah Penyayang
• Program Anugerah Peningkatan Kehadiran
• Program Kerohanian
KOKURIKULUM: • Kursus Pengurusan Guru Persatuan Sejarah dan
Bahasa Melayu
• Kursus Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Persatuan
• Program Pemantapan Patriotisme
ISU GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) SEJARAH BELUM
CAPAI SASARAN
Jadual 20.1: Menunjuk Gred Purata Mata Pelajaran Sejarah masih melebihi
8.0 (Pencapaian dalam TOV ialah 8.58)
PERKARA TOV 0TI 1 AR 1 0TI 2 AR 2 0T1 3 AR 3 ETR
(189) SPM
LAYAK 29 66 29 88 37 106 48 133
DAPAT SIJIL (15.34) (36.06) (15.68) (48.09) (19.79) (56.38) (26.97) (70.74)
% LULUS
(BM & SEJ)
% LULUS 30 56 51 82 43 108 65 133
SEJARAH (15.87) (31.46) (29.48) (46.06) (23.76) (60.68) (38.69) (72.20)
GPMP 8.54 8.19 7.92 7.83 8.10 7.48 7.78 7.10
SEJARAH
194 Projek Buffering
Menentukan Punca dan Faktor Masalah
Rajah 20.3: Punca dan Faktor Masalah
Senanai Intervensi (Sasaran Guru Sejarah)
1. Pemantauan PdPc/SKPMg2 Std 4
2. Bengkel Pemantapan PdPc
3. Peer-Teaching
4. Bengkel Bina Item
5. Bengkel Penandaan Cross-Checking
Senarai Intervensi (Sasaran Murid)
1. Minimum Adequate Syllabus
2. Kelas Tambahan Berfokus
3. Kuiz Jom Baca
4. Permainan Kahoot
5. Frog VLE
Projek Buffering 195
Rajah 20.4: Timeline Pelaksanaan sasaran Guru Sejarah Projek Buffering
Rajah 20.5: Senarai Pelaksanaan Intervensi Sasaran murid
196 Projek Buffering
Dari segi akademik, intervensi yang dijalankan untuk meningkatkan pencapaian
mata pelajaran Sejarah adalah kepada guru dan murid. Intervensi guru merangkumi
bengkel SKPMg2 Standard 4 (4.4.1 dan 4.4.2), bengkel pemantapan PdPc PAK 21
dan Professional Learning Community (PLC) guru-guru mata pelajaran Sejarah.
Program intervensi murid yang dijalankan secara rutin adalah penggunaan
Minimum Adequate Syllabus (MAS) semasa PdPc dan pelaksanaan Kelas
Tambahan Berfokus. Untuk menarik minat murid, aktiviti PdPc yang menyokong
pembelajaran aktif seperti Kuiz Jom Baca, permainan KAHOOT dan FROG VLE
telah dilaksanakan. Tambahan pula, murid diberi peluang untuk membina bahan
Alat Bantu Mengaja (ABM) Sejarah dan memanfaatkan Galeri Sejarah.
Pada masa yang sama, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengumpul
maklumat 46 murid, iaitu kutipan maklumat (borang Big Data) yang merangkumi
kehadiran bulanan, maklumat peribadi (kerja ibu bapa, pendapatan ibu bapa,
pekerjaan sambilan murid), sesi bimbingan kaunseling secara individu dan
kelompok, ujian psikometrik dan amalan kerohanian. Selain dari itu, Unit HEM
juga melaksanakan beberapa program untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah.
Antaranya, program Sekolah Penyayang, Anugerah Peningkatan Kehadiran dan
Program Kerohanian (kerjasama dengan rakan strategik Persatuan ibu bapa dan
komuniti (PIBK) dan Fakulti Pendidikan Teknologi Vokasional (FPTV UTHM).
Unit Kokurikulum juga tidak ketinggalan menjalankan intervensi sebagai
langkah menyokong Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS). Antara program
intervensi yang dijalankan adalah Kursus Kepimpinan dan Pengucapan Awam
kepada Guru-Guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah. Guru-guru dan
Ahli Jawatan Kuasa yang telah dibimbing telah menjadi penggerak kepada
aktiviti-aktiviti yang menggalakkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
Buktinya, adalah semangat kebangsaan yang semarak semasa Bulan Kebangsaan
dan Bulan Akademik.
Pada akhirnya, ‘Program Indahnya Sekolahku’ iaitu, suatu usaha sinergi
yang menggabungkan ketiga-tiga bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM)
dan Kokurikulum, telah disasarkan kepada 46 orang murid berkenaan. Mereka
dibahagi kepada empat kumpulan dan diagihkan tapak di sekitar sekolah untuk
dipulih dan dipelihara. Program ini telah berjaya menarik minat mereka ke sekolah
di samping menimbulkan semangat ‘esprit de corp’kerjasama dan menguatkan
semangat cintakan sekolah. Mereka didapati amat bekerjasama dan bangga
Projek Buffering 197
terhadap projek mereka serta menunjukkan semangat kepunyaan terhadap sekolah
yang sebelum ini tidak wujud.
PENILAIAN DAN IMPAK
Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan
Percubaan Tingkatan Lima. Seramai 12 orang murid daripada 46 orang murid telah
dikenal pasti berpotensi untuk mendapat sijil SPM. Mereka telah menunjukkan
peningkatan dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Peningkatan juga
berlaku dalam aspek kehadiran (melebihi 90%) dan pemerolehan Gred B dan C
dalam Penilaian Amali Jasmani Sukan Kesenian (PAJSK). Tiga daripada 12 orang
murid tersebut pula didapati LULUS dalam kedua-dua mata pelajaran Sejarah dan
Bahasa Melayu.
PRPORGORGARMAIMNTINETREVREVNESINPSEI NPEINNGINKGAKTAANTAGNPMGPMSEPJSAERJAAHRAH
G 46 ( KUMPULAN SASARAN )
Pemilihan berdasarkan TOV 2017:
- Gagal mata pelajaran Sejarah dan BM
- Kehadiran bawah 90 %
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Sejarah
TRANSFORMASI MUNSHI TM12
( KUMPULAN BERPOTENSI LULUS )
G46 yang menunjukkan peningkatan berdasarkan:
- Mata pelajaran Sejarah dan BM berdasarkan
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
- Kehadiran melebihi 90%.
- Gred PAJSK.
3 JAUHARI ( BERJAYA LULUS DALAM PPC )
TM 12 yang telah berjaya:
- Lulus mata pelajaran Sejarah dan BM.
- Mencapai kehadiran melebihi 95%.
- Mendapat B dan C dalam PAJSK
Rajah 20.6: Program Intavensi Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah
Program sinergi “Indahnya Sekolahku” telah berjaya melahirkan tiga (daripada 12
orang murid) yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu dan layak
memperoleh sijil SPM.
198 Projek Buffering
Program sinergi “Indahnya Sekolahku” telah berjaya melahirkan tiga (daripada
12 orang murid) yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu dan
layak memperoleh sijil SPM.
RUMUSAN
Program Rancangan Pemajuaan Sekolah (RPS) ini telah berjaya menghasilkan
output iaitu, tiga orang murid telah lulus dan berjaya mendapat sijil dalam
Peperiksaan Percubaan SPM. Walau bagaimanapun, ia tidak lari daripada kekangan
dan cabaran. Antaranya pemantapan PdPc PAK 21, penguasaan Standard 4
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2), terutamanya 4.4.1
(keupayaan guru mendorong minda murid) dan 4.4.2 (keupayaan guru mendorong
emosi murid) dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Cabaran seterusnya ialah isu
kehadiran murid melebihi 90% yang sukar dicapai kerana faktor Sosio-Ekonomi
Status (SES) keluarga. Tambahan pula, masyarakat setempat beranggapan murid
yang bekerja sambilan masih mampu belajar. Ibu bapa juga beranggapan jika
anak-anak tidak hadir ke sekolah tetapi berada di rumah bukan masalah ponteng
sekolah.
Pemetaan untuk Rancangan Pemajuaan Sekolah (RPS) ini berlangsung selama
tiga tahun. Rancangan Pemajuaan Sekolah (RPS) yang dirancang ini diharap dapat
mencapai matlamat sekolah ke Band yang lebih tinggi.
Jadual 20.2: Pemetaan Rancangan Pemajuaan Sekolah (RPS)
BIDANG TAHUN 1 (2018) TAHUN 2 TAHUN 3
SASARAN (2019) (2020)
KPI TOV PRESTASI SASARAN SASARAN
PRESTASI PRESTASI
KURIKULUM GPMP 8.58 6.26 6.13 6.00
SEJARAH
HAL EHWAL PERATUS 71.89 92.0 % 93.5 % 95.0 %
MURID KEHADIRAN %
MURID TG 5
CGPA
KOKURIKULUM KELAB DAN 2.87 2.50 2.32 2.14
PERSATUAN
Rumusnya, pemetaan tiga tahun yang bermula dari 2018 hingga 2020 juga
dibuat untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan program dan strategi-strategi ke
arah mencapai Key Results Area (KRA) yang telah diputuskan. Berkat intervensi-
intervensi yang telah dijalankan, peningkatan Key Results Area (KRA) telah
berlaku. Program-program akan sentiasa dipantau untuk ditambah baik sepanjang
tempoh pelaksanaan. Diharap, pada tahun 2020 SMK Munshi Sulaiman dapat
Projek Buffering 199
dijadikan penanda aras kepada sekolah-sekolah lain pada tahun 2020 bahawa
pelaksanaan program sinergi mampu melonjakkan prestasi sekolah.
RUJUKAN
1. Edward de Bono. (2018). Handbook for a positive revolution: The five success
principles for personal and global change. New Jersey Penguin
2. Haji Zakaria Bin Haji Haiyun. (2017). Corak Kepimpinan Pengetua Dalam
Memimpin Pembelajaran Abad ke-21 Di Sekolah Menengah–Isu, cabaran
dan cara mengatasinya. Jurnal Pendidikan Majlis Pengetua Sekolah-
Sekolah Malaysia Kebangsaan.
3. Md Said bin Md Daimon. (2018). Kompilasi Panduan Pelaksanaan PdPc
PAK21. Pejabat Pendidikan Daerah.