The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainabukassim, 2019-12-16 19:29:41

SEJARAH SEM 2

SEJARAH SEM 2

SEJARAH PENGGAL 2 STPM

1.1 MASYARAKAT JAHILIAH

Soalan 1: Huraikan konsep dan struktur masyarakat Jahiliah

Pengenalan

Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan
Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk
dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal
yang melambangkan peradapan yang tinggi.
Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan
peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab suci
al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu,
masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi,
sosial dan ilmu pengetahuan.

Isi-Isi Penting:

Konsep Jahiliah

Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud
bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak
mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta
masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.
Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan
agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun.
Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal.Ini
kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis)
telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan
Saba’ sebagai “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15)
Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah
SWT dan mengalami kejatuhan.

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem susun lapis masyarakat yang jelas. Masyarakat
arab jahiliah mengamalkan sistem berkabilah. Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal
sistem pentadbiran masyarakat pada zaman Jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah
berdasarkan pertalian darah atau keturunan. Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan
dan dipertahankan melalui semangat asabiyyah yang tinggi.
Oleh kerana semangat asabiyyah yang tinggi, kabilah telah berperang sesama kabilah dan
peperangan ini berlanjutan pada masa yang singkat mahupun pada masa yang panjang seperti
perang al-Basus di antara Kabilah Bakar dan Kabilah Taghlib. Sekiranya kabilah lain dapat

menewaskan kabilah lain, maka anggota kabilah yang tewas akan dijadikan hamba abdi atau
tebusan untuk keluarga mereka.
Ketua kabilah dikenali sebagai ‘Syeikh’ dan haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dari segi
kepintaran,berani pemurah dan berupaya mempengaruhi anggota-anggota kabilahnya.
Seorang syeikh sangat dihormati oleh anggota kabilahnya. Walau bagaimanapun, tabiat
masyarakat jahiliah pada umumnya lebih suka hidup bebas tanpa kekangan mana-mana pihak
dan peraturan.
Umumnya, masyarakat Jahiliah yang mengamalkan semangat asabiyyah yang tinggi
menyebabkan peperangan dan perbalahan berlaku dan seterusnya membawa kepada perpecahan
dan kemunduran. Kesannya masih dirasai sehingga hari ini.

Kesimpulan:

Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab
sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Soalan 2: Sejarawan Islam dan Barat berbeza pendapat tentang Masyarakat Jahiliyah
sebagai masyarakat yang bertamadun. Bincangkan.

Pendahuluan

Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang
bermaksud sesat dan bodoh. Masyarakat ini telah bermula apabila jatuhnya kerajaan Saba’ dan
Himyar pada tahun 300 M sehingga bermulanya kerasulan nabi Muhammad SAW pada tahun
620 M di Makkah dan Madinah.
Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun manakala
menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang
dinyatakan.

Isi-Isi Penting:

a) Pandangan Sarjana Islam – Merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun, kerana:
Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat
Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat
menjadi ketua
Ekonomi – amalan riba dan suka menipu
Ilmu pengetahuan dan pendidikan - Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan
membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak
mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.
Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan
Sosial – Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma
sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.
Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa
dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan
yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah

b) Pandangan Sarjana Barat – PK Hitti “History of the Arab”
Masyarakat Jahiliyah adalah bertamadun tetapi hanya jahil dari segi agama dan akhlak sahaja.
Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah
dan Taif
Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua
Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza,
al-Manat dll
Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan
perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman
Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah dll

Penutup

Terdapat percanggahan pendapat dengan Sarjana Islam tentang konsep dan ciri-ciri Jahiliyah.
Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman
Jahiliah.

Soalan 3: Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Pendahuluan

Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang
bermaksud sesat dan bodoh. Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di
Semenanjung Tanah Arab. Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam
kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta Allah
SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.
Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun manakala
menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang
dinyatakan.

Isi-Isi Penting:

1. Dari aspek sosial masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Masyarakat jahiliah
sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam bayi
perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial dan
hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan dan
dijadikan sebagai barang dagangan.

2. Dari aspek politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang
sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah. Setiap kabilah diketuai oleh seorang
syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan
bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah
iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap
menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.

3. Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi
sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh masyarakat Arab

Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, kegiatan
pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah yang
diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Perdagangan dijalankan secara sistem barter. Amalan
riba dan penipuan berlaku secara meluas.

4. Dari aspek agama dan kepercayaan, masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis
agama dan kepercayaan. Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama
Wathani iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-
Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti
Majusi, Hanif sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur,
pokok bukit dan sebagainya.

5. Dari aspek ilmu pengetahuan pula, masyarakat jahiliah dianggap masyarakat yang tidak
memiliki ilmu pengetahuan tinggi.

Kesimpulan:

Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab
sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Soalan 4: Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat arab pada zaman Jahiliyah

Pendahuluan

Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):Bererti bodoh dan sesat. Definisi jahiliyah oleh P.K.
Hittimenyatakan mereka hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk. Ciri-ciri jahiliyah
(mengikut al-Quran):Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai
petunjuk. Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun. Zaman masyarakatnya tidak
berakhlak, angkuh dan bongkak serta zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis
dan membaca.
Era/jangka masa zaman jahiliyah: Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya
kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar. Sekitar tahun 300M
hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M

Isi-isi Penting:

Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah

1. Mengamalkan Pertanian

Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan
kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada
sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang
mempunyai oasis seperti di Yaman.

2. Menjalankan kegiatan Perdagangan

Orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti
perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di
Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah.
Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-
wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.

3. Melakukan Rompakan

Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

4. Menjalankan Penternakan

Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta,
kambing dan biri2. Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi
binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara
golongan yang kaya dengan miskin.

5. Struktur Masyarakat

Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar)
dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan
pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah). Mereka bermegah dengan kabilahnya dan
memandang hina terhadap kabilah yang lain.

6. Semangat Assabiyyah

Mereka ada perasaan setiakawan atau assabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu berlaku
peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda
sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan antara mereka sering melibatkan 2
atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja.
Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.

7. Kedudukan wanita

Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat atau keluarga.
Mereka menanam anak perempuan hidup-hidup .
Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila
besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.

Kesimpulan:

Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan
kesesatan. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul
untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

Soalan 5: Bincangkan sistem agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat
Arab sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan:

Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib yang
mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada seluruh kehidupan manusia. Pada zaman
Jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis
kepercayaan iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur suci,
upacara-upacara keagamaan, penyembahan dan mempunyai Tuhan masing-masing.
Kepercayaan adat pula merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang
diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka.
Masyarakat arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan agama
Samawi (Langit) yang diturun Allah melalui nabi-nabi tertentu dan mempunyai kitab dan agama
Ardhi (agama ciptaan) yang direka sendiri oleh manusia.

Isi-isi penting:
1. Agama Hanif

Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. Ia diturunkan di kota
Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan
agama ini kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth
iaitu amalan-amalan kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya bersembayang,
berpuasa dan tawaf mengelilingi kaabah.
Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya setelah sekian lama kewafatan
nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala
sehingga terdapat segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin
Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru dan Umayyah Abis Salt.

2. Agama Nasrani

Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui
kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani
Qadaah dan Bani Rabiah.
Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan
Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana
persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

3. Agama Yahudi

Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah,
Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir,
Bani al-Harith dan Bani Kandah.

Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana
beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.

4. Agama Wathani atau Penyembahan Berhala

Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz
daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara
mendekatkan diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan
mudarat.
Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah
ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki
setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah.
Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.

5. Agama Majusi.

Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api. Agama ini agak lama dan
kabur. Para pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk
menyembah bulan, air dan api.
Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita). Agama ini mengizinkan
perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.

6. Agama Penyembahan Cakerawala.

Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan.
Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab. Mereka beranggapan bahawa matahari
sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari sebagai
Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.

7. Kepercayaan Aninisme

Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang boleh
mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi. Mereka
menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas
memerah susu kambing dan sebagainya.
Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.

8. Kepercayaan Adat
Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem sosiobudaya.
Menghalang perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular membalas dendam. Meyakini
pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya. Roh si mati boleh menjadi seekor burung
Hammah.
Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum
keluar dari rumah.

Kesimpulan

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan polytheisme. Namun,
selepas kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan
kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu
mengesakan Allah.
Agama berhala dapat ditamatkan. Bagaimanapun agama-agama lain masih di amalkan seperti
agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama. Antara penekanan
dalam ajaran Islam yang di bawa oleh Rasululah ialah aspek Akidah, Akhlak, Ibadah dan
Syariah.

Soalan 6: Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah
sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan:

Nama asal Makkah ialah “Makaroba” diubah kepada “Bakah” dan akhirnya kepada Makkah.
Sebelum kedatangan Islam, Makkah telah berkembang sebagai pusat perdagangan, ibadat dan
kebudayaan. Sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w, Madinah dikenali sebagai Yathrib. Kota ini
terletak 500 km dari Makekah dan merupakan bandar kedua terpenting di Hijaz. Madinah subur
dengan pertanian dan berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dan
Makkah di selatan.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Makkah dan Madinah dikenali sebagai masyarakat
Jahiliah.

Isi-isi penting:

1. Golongan Masyarakat Di Makkah

Penduduk terawal kota Makkah sekitar 2400 tahun dahulu didiami oleh puak Amaliqah
dan seterusnya puak Jurhum. Pada waktu inilah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi
Ismail telah membina kaabah di Makkah. Kemudian Bani Khuzaah berjaya menguasai
pemerintahan kota Makkah selama tiga tahun.
Sekitar abad ke-5 M kota Makkah diperintah oleh kaum Quraisy dibawah pimpinan
Qusay bin Qilab. Di bawah pemerintahan kaum Quraisy, kota Makah menjadi pusat ibadah dan
pusat perdagangan. Kaum Quraisy merupakan satu kelompok besar daripada keturunan Arab
Adnaniyah. Mereka berasal dari Fihr. Perkataan quraisy berasal dari kata taqarrasya yang
bererti penyatuan sempena kejayaan Qusay bin Kilab menyatupadukan kaum Quraisy di
Makkah. Kota Makkah merupakan kota yang bebas daripada pengaruh Byzantine
Puak Quraisy yang masyhur di Makkah - Bani Hasyim, Bani Umaiyah Bani Yazqah, Bani
Adi dan Bani Taym. Tokoh-Tokoh yang masyhur seperti Nabi Muhammad s.a.w (Bani
Hasyim), Muawiyah Bin Abu Sufyan (Bani Umaiyah) Khalid al Walid (Bani Makhzum), Abu
Bakar al-Siddiq (bani Taym) dan Umar al-Khattab (Bani Adi). Kaum Quraisy yang tinggal di
pingir kota Makkkah dikenali sebagai Quraisy al-Zawahir. Mereka terkenal dengan tentera
yang gagah bertugas mengawal kota Makkah. Mereka juga disebut Arab Badwi
Kaum Quraisy al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Makkah. Mereka melibatkan
diri dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik. Dikenali sebagai Arab Hadari Perebutan

kuasa yang berlaku antara anak-anak Qusay bin Kilab menyebabkan kaum Quraisy
berpecah kepada dua puak yang bertentangan iaitu Abd al-Dar dan Abd Manaf. Abd al-Dar
disokong oleh Makhzum, adi dan Sahm. Sementara Abd Manaf disokong oleh Asad, Taym dan
zuhrah. Puak-puak yang berpecah ini kemudiannya berpecah pula kepada puak-puak yang lebih
kecil.

2. Golongan Masyarakat Di Madinah

Penduduk awal Madinah di katakan berketurunan Arab. Setelah itu tiba pula kaum Yahudi
dan kaum Arab dari Selatan Semenanjung Arab. Pada amnya mereka terbahagi kepada dua
kelompok bangsa iaitu bangsa Arab dan Yahudi dan daripada setiap itu pula terbahagi kepada
beberapa puak dan sub suku. Kaum Arab asli Madinah tidak diketahui asal usul mereka dan
tidak pula disebutkan oleh sumber-sumber Arab tentang suku dan nama anggotanya.
Puak Arab yang baru tiba dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu kaum Aus dan Khazraj atau
dikenali dengan nama bani Qailah. Daripada kelompok besar ini berpecah kepada beberapa
kelompok suku atau bani. Jika dilihat kepada jumlah suku ternyata suku Khazraj adalah lebih
besar dan lebih berpengaruh daripada suku Aus.
Penyatuan kuasa Aus dan Khazraj menyebabkan kaum Yahudi berasakan tidak puas hati dan
mereka bertindak memecah belahkan perpaduan kaum Aus dan Khazraj dengan melaga-lagakan
mereka. Puak Yahudi yang sememangnya merancang untuk memecah belahkan orang Arab.
Kaum Yahudi Berasal dari Palestin. Terdapat lebih 20 suku kaum Yahudi yang tinggal di
Madinah. Antara suku kaum tersebut hanya 3 yang terkenal dan berpengaruh iaitu Bani Qunaiqa,
bani Nadhir dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa merupakan kaum Yahudi yang paling ramai dan
terawal sampai ke Madinah . Mereka menetap di di kawasan barat daya berhampiran Musalla
yang melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Memihak kepada kaum
Khazraj. Bani Nadhir merupakan kaum Yahudi kedua mendiami Madinah. Mereka telah
melarikan diri dari Palestin kerana menghadapi tekanan daripada tentera Rom. Mereka
menjalani kehidupan yang agak berasingan dari petempatan Arab dan bertutur dalam loghat
mereka sendiri. Mereka menetap di Bukit al-Nadhir. Terlibat dengan aktiviti pertukangan,
pertanian dan perniagaan. Mereka pengikut kepada kaum Aus ketika berlaku perselisihan antara
Aus dan Khazraj.
Bani Quraizah tiba agak lewat dan terbahagi kepada 2 suku iaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru.
Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian selatan di wadi Mahzur dan terlibat dalam
aktiviti pertanian. Kehidupan mereka agak mewah antara bani-bani yang lain. Memiliki perlatan
senjata dan makanan yang encukupi. Bani ini juga memihak kepada kaum Aus dalam
perbalahan antara Aus dan Khazraj.

Kesimpulan

Sebelum kedatangan Islam latar belakang masyarakat di Kota Makkah lebih kepada semangat
assabiyah dan juga pelbagai keturunan Arab sehingga akhirnya mewujudkan kepada kekuasaan
Kaum Quraisy yang menimbulkan tuntutan untuk berkuasa.
Di madinah pula, pelbagai kaum dan keturunan yang setentunya memerlukan seorang pemimpin
yang berwibawa untuk memimpin mereka

1.2 MASYARAKAT ISLAM

Soalan 7: Kehidupan manusia pada zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah
kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan
merujuk kepada masyarakat Tanah Arab.

Pendahuluan:

Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh. Zaman ini berlangsung sebelum
kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w pada 610M.
Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut: Zaman yang tidak
mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau
tamadun. Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Zaman
masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Isi-isi penting

1. Perbezaan konsep ketuhanan

Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama yang
berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran
agama mengesakan Allah S.W.T
2. Perbezaan aspek politik

Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah. Sistem politik Islam berasaskan
khalifah Allah di muka bumi.
Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al- Rasyidin.
Berasaskan al-Quran dan Sunnah

3. Perbezaan aspek ekonomi

Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan
kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing di kawasan subur seperti Yaman dan
Madinah mereka menanam kurma dan anggur. Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar.
Terlibat dalam kegiatan pertukangan, membuat patung dan membuat senjata. Terlibat dalam
kegiatan perdagangan.
Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas
pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli. Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus
kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan

Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan mereka
merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan naluri dan
emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-

kira 17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti
golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dalam bentuk lisan
Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem
mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.

1. Perbezaan aspek sosial
Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina dan
membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti atas,
menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu
lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.
Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan menghapuskan
perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan
wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan. Nabi pernah bersabda
bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T.

Kesimpulan

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacir
dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat Tanah Arab
mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 8: Sejauh manakah prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam telah
menimbulkan penentangan daripada masyarakat Arab Quraisy di Makkah?

Pengenalan

Nabi Muhammad telah berusaha menyebarkan ajaran Islam di Makkah secara berperingkat-
peringkat. Dakwah Nabi pada mulanya dilakukan secara rahsia dan kemudian secara terbuka.
Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana
hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. sahaja
Namun selepas dilakukan secara terang-terangan dan mendapat tempat di hati sebilangan ramai
orang, barulah mereka menentangnya. Prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam
merupakan salah satu sebab masyarakat Arab Quraisy menentang Nabi

Isi-isi Penting

1. Prinsip persamaan taraf dalam ajaran Islam

Di dalam Islam semua manusia adalah sama taraf. Prinsip ini bertentangan dengan sistem sosial
masyarakat Jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan mewujudkan perbezaan darjat antara
golongan atasan dengan bawahan.
Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep
assabiyah yang menjadi pegangan mereka

2. Perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan

Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
Orang Arab Quraisy pula mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun mereka iaitu
menyembah patung berhala dan mempercayai animisme

3. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh

Penentangan ini berlaku disebabkan orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah
terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa
tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua
atau pemerintah Makkah
Puak Arab Quraisy bimbang jika memeluk agama Islam, kuasa dan kepimpinan Kota Makkah
akan terus berada di tangan Bani Hashim yang telah memegangnya sejak zaman nenek moyang
Rasulullah

4. Bimbang hilang punca pendapatan

Puak Arab Quraisy ingin mempertahankan pusaka nenek moyang mereka iaitu penyembahan
berhala. Islam melarang pengukiran, penjualan dan penyembahan patung berhala
Puak Arab Quraisy bimbang mereka akan kehilangan punca pendapatan dan perniagaan berhala
akan terjejas

5. Takut hari pembalasan

Mereka takut tentang pembalasan pada hari Kiamat. Dalam ajaran Islam perbuatan dosa akan
dibalas dengan seksaan api neraka
Mereka sedar telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran seperti minum arak, berzina,
membunuh, mengamalkan riba dan sebagainya

6. Perasaan iri hati

Mereka berasa iri hati akan kedudukan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul
Selain itu Nabi juga disanjung oleh ramai orang kerana sifat-sifat mulia yang ada pada baginda

Kesimpulan

Penentangan masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap Nabi bukan sahaja disebabkan oleh
prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor
lain. Tentangan daripada masyarakat Quraisy Mekah sedikitpun tidak merencatkan usaha Nabi
untuk berdakwah malah semakin menambahkan keazaman baginda untuk menyebarkan ajaran
Islam
Dalam menghadapi tentangan tersebut, Nabi telah mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke
Habsyah. Penentangan masyarakat Quraisy Makkah menerima tamparan hebat apabila beberapa
orang pembesarnya telah memeluk Islam seperti Umar al Khattab

Soalan 9: Perihalkan penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu
berada di kota Makkah dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi
mengatasinya.

Pendahuluan

Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah
menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah
Al-Hijr. Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan kemudian setelah mula menegaskan
kesesatan golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun
temurun.
Terdapat beberapa sebab masyarakat Makkah menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Isi-isi penting:

Sebab-sebab Penentangan Rasulullah Semasa di Kota Makkah

1.1 Faktor Agama

Ajaran Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada keesaan Allah, akidah, dan tauhid. Perkara-perkara
dalam rukun iman seperti percaya hari kiamat sukar untuk diterima oleh masyarakat Makkah
Sukar menerima hakikat seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka
yang dianggap oleh mereka bertentangan dengan ajaran nenek moyang
Apatah lagi menyembah berhala adalah dilarang dalam Islam dan dianggap perbuatan syirik.
Menganggap Rasulullah s.a.w. cuba menghapuskan ajaran nenek moyang yang diwarisi

1.2 Faktor Politik

Suku-suku lain di Makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w. akan mengambil alih kuasa di
Makkah. Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim yang melindungi baginda dalam
menyampaikan ajaran Islam. Sebab itulah Bani Hasyim dikenakan pemulauan social oleh suku
lain di Makkah selama hampir tiga tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w.
Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w. ditentang dan dituduh cuba
mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran baru.

1.3 Faktor Sosial

Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang bertakwa dengan Allah. Begitu
juga dengan prinsip keadilan, persaudaraan sesama manusia
Sedangkan golongan masyarakat Makkah telah biasa dengan fahaman asabiyah yang kuat dan
menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan hamba. Sekali lagi ajaran Islam dianggap
sangat bertentangan dengan fahaman sosial yang telah diwarisi

1.4 Faktor Ekonomi

Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. amat menentang keras penyembahan berhala
yang dianggap menyekutukan Allah. Sedangkan tumpuan golongan pedagang ke Kota Makkah
antara lainnya disebabkan berkembangnya perusahan peralatan berhala

Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w. berkembang akan menghapuskan
kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyakat sumber pendapatan penduduk
Makkah yang mengusahakan berhala

2. Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Masyarakat Makkah

2.1 Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w

Mereka menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status.
Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah
akan keburukan Rasulullah s.a.w.
Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan memperolok-olokkan baginda.
Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah
mengalami luka akibat dilempar dengan batu.

2.2 Melakukan Penyiksaan

Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya golongan yang lemah dan hambah
dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan menghentikan ajaran Islam
Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih
dengan batu besar. Begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa oleh Bani
Makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia

2.3 Melakukan Diplomasi

Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w. dengan pangkat, wanita, dan
harta agar Rasulullah s.a.w. menghentikan ajaran Islam
Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota Makkah dengan syarat baginda
menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w.

2.4 Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w.
Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemuai kegagalan. Mereka
pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh
dan sebagai ganjarannya Abu Talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya
Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat Makkah mengambil keputusan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku yang terdapat di Kota Makkah. Usaha ini masih
gagal kerana Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah untuk segerah berhijrah ke
Madinah

2.5 Peperangan

Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah. Beberapa siri
peperangan berlaku antara Islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti Perang Badar,
Uhud, dan Perang Khandak
Tujuannya adalah untuk melenyapkan ajaran Islam bersama-sama dengan Rasululah s.a.w. dan
pengikutnya

3. Cara Rasulullah S.A.W. Mengatasi Penentangan

3.1 Penebusan Pengikut Islam

Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu
Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan Islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan
harga yang tinggi
Contohnya Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar

3.2 Melakukan hijrah ke Habsyah

Untuk meringankan baban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasululllah s.a.w. telah
menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah yang dilakukan sebanyak dua kali dalam
sejarah
Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 10
lelaki dan 5 perempuan dan keduanya pada tahun ke-7 setelah baginda dilantik sebagai
Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan

3.3 Dengan Perlindungan

Pengikut Islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku yang mempunyai kedudukan.
Rasulullah s.a.w. sendiri berlindung di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib di
samping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati oleh masyarakat Makkah
Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat Kota Makah masih menghormati Qanun al-Jiran
(menghormati tetamu dan jiran)

Kesimpulan

Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada
masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w.
setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi
penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat
ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Soalan 10: Huraikan Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah

Pendahuluan:

Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang
ajaran Islam. Baginda ialah nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah
masyarakat (ummah) dan Negara islam di Madinah.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut
politik, ekonomi dan sosial umat islam yang terdiri membawa kepada perkembangan budaya
dan msyarakat Islam yang terdiri dripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah

mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa al-
Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

Isi-isi penting:

Aktiviti dakwah

Antara usaha Nabi Muhammad SAW untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah
melalui dakwah.Langkah-langkah dakwah di ambil sama ada secara sulit atau terang-
terangan. Secara sulit, baginda berdakwah kepda keluarga, anak-anak angkat, saudara mara
dan para sahabat. Baginda menyeru mereka beriman kepda Allah SWT dan rasul-NYA serta
meninggalkan amalan menyembah berhala.
Baginda juga menyeru mereka kebaikan, iaitu ma’ruf dan meninggalkan kejahatan,
iaitu munkar seperti minum arak, brjudi, berzina, mencuri dan membunuh. Dakwah yang
dijalankan oleh baginda adalah secara lemah lembut. Hanya beberapa org dalam kalangan
penduduk Makkah yang memeluk islam setelah kira-kira tiga tahun dakwah dakwah secara sulit
di jalankan. Orang pertama yang memeluk islam ialah: Siti khadijah (wanita), Ali bin Abu
Talib (kanak-kanak) dan Abu Bakkar al-siddiq (lelaki dewasa)
Peringkat dakwah secara sulit telah dilakukan secara sulit telah dilakukan secara berhati-hati
melalui individu tertentu seperti Abu Bakar al-Siddiq dan al- Arqam bin Abi al-Arqam yang
menghadiahkan rumahnya sebagai markas untuk menyebarkan agama Islam. Mereka yang
memeluk islam di Makkah terdiri daripda golongan miskin dan kaya, termasuk Abu bakar al-
Siddiq dan uthman bin Affan. Namun begitu, bilangnya terlalu kecil berbanding dengan
Madinah selepas hijrah.
Selepas 3 tahun berdakwah secara sulit, turun wahyu supaya Nabi Muhammad SAW bedakwah
secara terang-terangan. Walaubagaimanapun sambutan daripada kaum keluarga baginda agak
dingn, terutamanya tentangan oleh bapa saudaranya, Abu Lahab sehingga turun ayat al-Quran
yang mengutuk perbuatan tersebut, iaitu surah al-Lahab, ayat 1-5. Selepasnya turunnya ayat al-
Quran, maka bermulalah aktiviti dakwah secara terang-terangan Allah swt mengarahkan
baginda supaya memberikan peringatan dan amaran kepada kaum keluarga baginda supaya
patuh dan setia kepada orang yg beriman. Namun begitu, Abu Lahab enggan menurut perintah
Allah SWT dan Rasul-NYA serta terus menentang dan memusuhi baginda dan agama
islam.

Tentangan dan Cabaran

Kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dan mencabar baginda supaya
menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi terdahulu. Tujuan mereka semata-mata untuk menghina
Nabi Muhammad SAW dan kerasulan baginda. Kaum Quraisy mula terasa terhina kerana
Nabi Muhammad SAW menyelar agama berhala mereka, iaitu agama nenek moyang mereka.
Mereka meminta agr abu talib menasihati anak saudaranya, tetapi Nabi Muhammad SAW tetap
meneruskan seruan islam. Sikap dan pendirian Abu Talib memihak Nabi Muhammad SAW
menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan meminta agar Nabi Muhammad SAW di
serahkan kepada mereka.

Setelah usaha tersebut gagal, mereka cuba memujuk Nabi Muhammad SAW dengan
menawarkan perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan islam,
tetapi tawaran ini di tolak. Kaum Quraisy kemudiannya menggunakan cara kompromi dengan
mencadangkan agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan mereka akan menyembah
Tuhan Nabi Muhammad SAW. Tawaran ini di tolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah
SWT dalam surah al-Kaafirun,ayat 1-6 yang bermaksud “terdapat pemisahan mutlak antara
agama Islam daripada agama berhala.”
Kaum Quraisy tdk mahu beralah kerana tdk mahu kuasa yang ada pda mereka tergugat. Selepas
gagal denagn pelbagai cara,akhirnya kaum Quraisy mengambil tindakan menyeksa orang Islam.
Walaupun orang islam diseksa dgn dahsyat,namun bilangan org yang memeluk islam terus
bertambah.
Umat islam telah berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan kaum Quraisy, di
samping berdakwah utk menyebarkan agama islam. Peristiwa tersebut berlaku pada bulan rejab
tahun 615 M. Mereka selamat sampai di Habsyah dan di berikan perlindungan oleh rajanya
Najasyi. Nabi Muhammad SAW pula terus berdakwah di Makkah. Kaum Quraisy masih tdk
berpuas hati dan menghantar dua org utusan meminta agar raja Najasyi memulangkan org islam.
Namun usaha tersebut gagal kerana raja Najasyi sendri telah tertarik dgn islam.
Berita pengislaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Zulhijah tahun 616 M yg juga merupakan
seorg pemimpin yang berperpengaruh dalam kalangan masyakat di Makkah. Kaum Quraisy
semakin berpecah kerana umar bin al khattab merupakan orang kuat mereka.
Pemulauan yg berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan melakukan urusan
jual beli, perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum keluarga Nabi Muhammad
SAW. Mereka hanya di benarkan keluar pada musim haji. Peluang ini di gunakan oleh nabi
Muhammad SAW menyebarkan agama islam kepada jemaah haji yg datang dari seluruh
semenanjung Tanah Arab.

Sebab-sebab kaum Quraisy menentang Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Kuasa dan pengaruh yang di pegang selama ini berhubung dengan kepimpinan kota Makkah
perlu di kekalkan.
Agama islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia. Konsep ini sangat bertentangan
dengan konsep sistem sosial masyarakat jahiliah.
Pusaka nenek moyang mereka juga harus di pertahankan.mereka bimbang akn hilang punca
pendapatan daripada penjualan berhala yang telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang
mereka.
Takut akan hari pembalasan kerana mereka telah banyak melakukan dosa di dunia.
Iri hati dgn kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai seorg Nabi dan Rasul.
Kematian Abu Talib dan Siti Khadijah menyebabkan tiada perlindungan kepada Nabi
Muhammad SAW.hal ini memberikan kekuatan kepada kepada kaum Quraisy utk menentang.

Proses penentangan

Selepas kematian Abu Talib dan siti Khadijah, penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi
Muhammad SAW semakin kuat. Keadaan ini memaksa baginda mencari perlindungan di Ta’if
kerana di Makkah baginda tiada lagi tempat berlindung. Nabi Muhammad SAW telah pergi ke

Ta’if secra bersendirian untuk meneruskan usaha dakwah di samping mendapatkan pertolongan
dripada pemimpin Ta’if, namun usaha ini gagal. Kegagalan tersebut tdk melemahkan usaha
baginda untk meneruskan perjuangan menegakkan agama islam.baginda terus menyeru kpada
kabilah-kabilah Arab yg datang ke Makkah utk menunaikan haji agar menerima islam.
Nabi Muhammad SAW berasa tersisih daripda masyarakat Makkah setelah seruannya ditolak
oleh kaum Quraisy dan Bani Thaqif di Ta’if. Kaum Quraisy tdk senang melihat org islam
berhijrah ke madinah kerana dikhuatiri mereka akan mewujudkan kuasa baharu d sana. Satu
komplot utk membunuh Nabi Muhammad SAW telah di usulkan oleh Abu Jahal. Dgn ini
berharap ajaran islam akan terkubur dan mereka yg berhijrah ke Madinah akn pulang semula ke
Makkah. Nabi Muhammad SAW tlh mengetahui komplot pembunuhan trsebut. Oleh itu, Ali bin
Abi Talip menawarkan diri utk tidur di tmpat baginada.baginda telah berhijrah bersama-sama
abu bakar secara senyap-senyap. Berita tentang kegagalan menangkap Nabi Muhammad SAW
telah mnggemparkan masyarakat seluruh penduduk Makkah.
Dalam suasana yg tertekan akibat ancaman Quraisy itu, berlaku peristiwa yg menakjubkan
iaitu israk dan mikraj pada 27 rejab tahun ke-11 kerasulan baginda. Peristiwa ini merupakan
mukjizat yang amat besar ke atas Nabi Muhammad Saw. Peristiwa israk dan mikraj telah
menggemparkan masyarakat Quraisy Makkah. Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW
sebagai pembohong. Namun keadaan tersebut tdk mengugat iman org islam dan Abu Bakar
merupakan org yg pertama menyakini peristiwa israk dan mikraj. Disebabkan itu, beliau
mndapat gelaran al-siddiq (yang membenarkan).
Kepentingan israk dan mikraj adalah menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Bermulanya fardu
solat lima waktu sehari semalam keada umat islam, Dapat memeperkukuh iman dan nead org
islam, Membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW diutus bagi seluruh umat mnusia
sepanjang zaman hingga kiamat dan telah melahirkan kira-kira 150 org masyarakat islam
Makkah hasil daripada usaha dakwah.

Kesimpulan

Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada
masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w.
setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi
penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat
ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Soalan 11: Huraikan konsep dan ciri-ciri ummah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

Pendahuluan

Umat Islam sebagai ummah yang bertanggungjawab mengembangkan tugas sebagai khalifah di
atas muka bumi ini sesuai dengan tujuan manusia diciptakan. Rasulullah S.A.W telah
meletakkan batu asas kepada umat islam melalui pembentukan generasi islam yang pertama
ketika baginda S.A.W masih hidup. Generasi islam yang pertama adalah contoh ummah yang
memiliki ciri-ciri yang lengkap dan menjadi contoh kepada umat islam selepasnya
Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan,
ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat

islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan
kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat islam tanpa
mengira bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-isi penting

Konsep Ummah

Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam &
bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain
kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat atau ummah berdasarkan pada bangsa,seperti
tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi
dan sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti
masyarakat, kumpulan atau manusia.
Konsep ummah berbeza dengan konsep masyarakat. Konsep masyarakat terbatas dengan
geopolitik, bahasa, Negara & bangsa tertentu. Istilah masyarakat timbulkesan daripada
pergolakan sosiopolitik di Eropah yang menekankan aspek nasionalisme atau semangat
kebangsaan sesebuah masyarakat & Negara. Manakala dalam Islam, konsep ummah bermaksud
masyarakat universal yang di anggotai oleh pelbagai jenis kaum & bangsa disatukan oleh
komitmen terhadap Islam.
Oleh itu, setiap individu muslim secara langsung menjadi anggota dalam kesatuan ummah atau
umat Islam. Dalam erti kata yang lain, mereka bersatu berasaskan tauhid (keimanan kepada
allah) & bukan berlandaskan warna kulit, bahasa dan bangsa. Atas dasar Islam, maka tidak
wujud permusuhan kelompok atau kaum. Oleh itu, terbentuklah ummah atau umat Islam yang
aman damai, harmoni dan lahirlah tamadun umat islam yang gemilang.

Ciri-Ciri Ummah

1. Ummah yang berilmu

ummah islam yang pertama di makkah dan di madinah dibina atas dasar ilmu bersesuaian
dengan prinsip islam yang meletakkan ilmu sebagai asas keimanan dan ibadah. Rasulullah
S.A.W telah menerapkan kepentingan ilmu sejak permulaan dakwah. Justeru, baginda
menjadikan rumah al-Arqam bin abi al-Arqam sebagai markas untuk menyampaikan ilmu
akidah dan islam.
Baginda S.A.W turut mengutus Mus’ab bin Umair untuk menjadi guru al-Quran kepada
penduduk madinah selepas perjanjian aqabah pertama, Melalui sirah, baginda S.A.W telah
meletakkan prinsip bahawa penyebaran islam hendaklah berasaskan kepada dakwah ilmu
bukannya di sebarkan melalui mata pedang.

2. Ummah wasatiyyah

ummah wasatiyyah bermaksud ummah yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara
yang melandasi kehidupan. ummah wasatiyyah ialah ummah yang adil terhadap seluruh manusia
dan tidak bersikap ekstrem dan melampau dalam menjalani aktiviti kehidupan mereka.
Baginda S.A.W sentiasa mengajar para sahabat supaya bersikap menjalani aktiviti kehidupan
yang meliputi politik,ekonomi,dan sosial. Rasulullah S,A,W menyatakan bahawa baginda ialah

orang yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T tetapi baginda berkahwin dan mempunyai
keluarga. hal ini sebagai petunjuk bahawa perlu ada keseimbangan dalam memenuhi keperluan
rohani dan jasmani.
Baginda S.A.W juga pernah melarang seorang sahabat yang begitu gemar membaca al-Quran
sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan kesihatan diri. Baginda menasihatinya
dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu ada hak yang perlu dipenuhi, iaitu hak kepada Allah,
hak kepada isteri, hak kepada tubuh badan dan sebagainya.

3. Ummah ukhuwwah

ummah ukhuwwah bermaksud umat islam adalah saling bersaudara antara satu dengan yang
seperti ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ayat 10. ikatan persaudaraan yang
dijalinkan oleh Rasulullah S.A.W antara umat islam membentuk satu ummah yang sanggup
berkorban jiwa, tenaga, dan harta untuk saling membela dan mempertahankan antara satu
dengan yang lain.
semangat persaudaraan yang kental dapat dilihat ketika peristiwa kepungan ekonomi selama tiga
tahun di Makkah, walaupun berada dalam kesusahan, mereka tetap bersatu padu, bersama-sama
melalui kesusahan dan kepayahan serta tetap istiqamah di samping Rasulullah S.A.W.

4. Ummah yang berjihad

Nabi Muhammad S.A.W mendidik generasi sahabat agar sanggup berkorban untuk
mempertahankan dan mendaulatkan islam. Islam ialah agama keamanan yang menghormati
agama dan orang lain. Namun, peperangan peperangan disyariatkan sebagai jalan terakhir untuk
mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.
Islam menggalakkan peperangan tetapi hanya dibenarkan dalam tiga keadaan sahaja, iaitu
mempertahankan diri, mempertahankan kebebasan berdakwah, dan mempertahankan orang yang
dizalimi.

Penutup

Ciri-ciri sesuatu ummah, iaitu ummah yang beribadah dan menyembah Allah S.W.T, ummah
yang berilmu ummah wasatiyyah, ummah Ukhuwwah, ummah yang bersatu padu dan
menghormati penganut agama yang mendaulatkan islam dan ummah yang berjihad.

Soalan 12: Terangkan konsep ummah dan usaha-usaha pembinaan masyarakat Islam di
Madinah.

Pendahuluan:

Nabi Muhammad s.a.w diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang
ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir. Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di
Madinah. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam
bermula daripada era Khulafa` al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam &

bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain
kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat @ ummah berdasarkan pada bangsa,seperti
tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi
& sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti
masyarakat,kumpulan @ manusia.

Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan,
ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat
islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan
kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat islam tanpa
mengira bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-Isi Penting:

Konsep Ummah

Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut dalam al-Quran
sebanyak 40 kali.Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s,
umat Nabi Isa a.s., dan umat Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi juga
termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi yang berada di Madinah ketika itu.
Dengan kata lain, ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyarakat yang mematuhi undanh-
undang Negara Islam sama ada mereka seagama ataupun tidak. Namun berikutan penyingkiran
kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada umat Islam yang tinggal di kota
Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus
terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w
Sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, agama Islam tersebar di Madinah
menerusi usaha mereka yang menyertai Perjanjian Aqabah I dan II serta 12 orang naqib yang
dilantik oleh baginda. Oleh itu,penyebaran Islam di Madinah lebih mudah daripada berbanding
di Makkah. Meskipun begitu, usaha kearah mendaulatkan agama Islam di Madinah bukanlah
satu perkara yang mudah. Banyak rintangan dan cabaran telah di hadapi oleh baginda serta
sahabat terutama setelah agama Islam mendapat tempat yang kuat dan kukuh dari segi politik
dan ekonomi.
Sebelum itu tidak ada rintangan,ini terbukti apabila umat Islam dapat mendirikan sebuah masjid
di tengah-tengah Kota Madinah dan boleh beribadat secara terbuka di kota tersebut berbanding
ketika berada di Makkah. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada baginda berfikir
menerusi bimbangan wahyu untuk membangunkan umat Islam. Tujuan ini tidak mungkin
terlaksana melainkan setelah umat Islam bersatu padu.Oleh itu,langkah baginda seterusnya
adalah menyatupadukan umat Islam Madinah dan membentuk Negara Islam.

Usaha-usaha Penyatuan Ummah

1 Menyatukan Aus dan Khazraj

Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi
Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang

lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan Perrang
Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa,malah peperangan antara mereka berlarutan
sekian lama.
Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui
pentadbiran Kota Madinah.Oleh itu, bagi mewujudkan Negara dan pentadbiran Islam yang aman,
masalah persengketaan Aus dan Khazraj haruslah diatasi terlebih dahulu.
Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua
pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulallah SAW menerapkan
akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku
antara mereka yang sekian lama.

2 Membina Masjid

Masjid menjadi lambing kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW
tiba di Madinah,baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3
kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid pertama yang
dibina dalam sejarah umat. Rasulallah SAW terus menunaikan solat selepas masjid itu siap.
Pembinaan masjid ini menujuikkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk
berkumpal. Masjid juga menjadi institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan
dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu
serta berbincang (bernesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang
dibina di Madinah ula ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang
yatim,iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.

3 Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Setelah Nabi Muhammad SAW Berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,Rasulallah SAW
berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulallah berbuat
demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan kepentingan umum
juga, termasuklah social dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat
diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk membangunkan sebuah
Negara yang benar-benar kukuh.
Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu
selepas meninggalkan kampong halaman mereka sehelai sepinggang.

4 Menggubal perlembagaan Negara-Sahifah Madinah

Sebelum membentuk sebuah Negara, perlembagaan Negara dibentuk untuk menjamin
keamanan dan pengurusan pentadbiran Negara sama ada dalam bidang politik, sosial, agama,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, perlembagaan untuk Negara Islam Madinah telah
diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk
Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam.
Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan
orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara
terbuka. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi
Muhammad SAW seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madianah, kebebasan

beragama, al-Qurqn sebagai asas peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulallah SAW
sebagai ketua Negara.

5 Melaksana Syura

Pelaksanaan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting dalam sesebuah
pertubuhan atau pentadbiran Negara Syura ialah sebuah konsep perbincangan bagi
menyelesaikan masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya syura dilaksanakan adalah
untuk mengelakkan perbalahan pendapat., pandangan dan sebagainya dalam rangka untuk
menyatukan persafaham dan permuafakatan antara semua pihak dalam pelbagai perkara.
Daripada segi pentadbiran Negara, syura dikaitkan dengan khalifah berdasarkan dasar yang
dibuat, iaitu; Melaksanakan hukum-hukum Islam; dan Menjaga maslahat ummah. Dua dasar
inilah yang dijamin melalui pelaksanaan system syura yang juga merupakan sebuah badan
muhasabah terhadap pemeritah.
System syura atau mesyurat telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW melibatkan semua
peringkat, yang bertujuan untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang
masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial akan dibincangkan dan
diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarakat diberikan peluang untuk memberi dan
mengemukakan pendapat selagi tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
al-Quran.

6 Menyusun pentadbiran

Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin agung umat Islam dan baginda merupakan pemimpin
dan orang pertama yang menegakkan Negara Islam di Madinah. Oleh itu, baginda bertindak
sebagai ketua Negara Islam dan juga pemimpin masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah
tentera serta panglima dalam peperangan. Baginda menyusun dan membentuk dasar
pemerintahan kerajaan Islam dengan menubuhkan struktur pemerintahan, iaitu memebentuk
organisasi kerajaan yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di
peringkat pusat dan wilayah.
Selain itu, baginda turur menubuhkan dan membentuk system kewangan yang merangkumi
sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain-lain. Selain bidang
kewangan, Nabi Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Pasukan tentera adalah
penting bagi sesebuah Negara. Tujuannya adalah untuk mempertahankan kesucian serta
kedaulatan agama dan Negara. Rasulallah SAW telah Berjaya menubuhkan pasukan tentera
yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh
beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Khandak, Mu’tah, dan sebagainya.
Dengan menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah sistematik-dengan matlamat dapat
menggerakkan Negara Islan dengan lebih tersusun semua pihak akan bertanggungjawab
terhadapnya, maka perpaduan ummah dapat dibentuk dengan jayanya.

7 Dakwah dan Diplomatik

Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Kegiatan tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa
utusan telah di hantar untuk menjalin hubungan diplomatic disamping berdakwah. Antaranya
termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada antara utusan
tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.

Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatic dapat dilihat sebagai usaha
membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad kepada tanah Arab Madinah tetapi diluar
wilayah dan sempadan Negara Islam.

Penutup:

Pembentukan ini merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka masa panjang
untuk kemenangan Islam.
Kesetiaan yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan
satu jaminan terhadap kejayaan Islam di Madinah. Nabi telah berjaya membentuk ummah
sungguhpun berhadapan dengan cabaran getir terutama daripada pihak Yahudi

Soalan 13: Huraikan struktur masyarakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Pendahuluan

Konsep masyarakat
Latarbelakang pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin

Isi-isi penting:

Masyarakat Islam

terdiri daripada bangsa Arab yang berasal dari keturunan Semitik di kawasan lembah Sungai
Tigris dan Furat. Mereka terbahagi kepada dua kelompok yang utama iaitu Arab Selatan
(Keturunan Qahtan) dikenali Arab Aribah dan Arab Utara (Keturunan Adnan) dikenali sebagai
Arab Mustaribah.

Golongan al-Riddah

iaitu golongan yang menentang Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Mereka adalah
golongan yang murtad, enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku sebagai Nabi
Palsu sepertimana Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi di Yaman.
Golongan ini telah ditentang secara habis-habisan oleh Khalifah Abu Bakar melalui ketenteran
di seluruh pelosok Tanah Arab dan khususnya di Iraq dan Yaman. Peristiwa ini telah
memberikan kemenangan kepada pihak Islam danb bermulanya perluasan wilayah di luar Tanah
Arab seperti Iraq, Syria dasn Mesir.

Kaum Mawali

Kaum mawali ialah golongan hamba yang memeluk Islam. Dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin,
golongan Mawali dianggap sebagai masyarakat kelas kedua.

Namun terdapat juga sebahagian daripada mereka yang berjaya menaiki hierarki politik yang
tinggi dan menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.

Kaum Syiah

Kaum Syiah ialah pengikut-pengikut Khalifah Ali yang setia dan wujud selepas peristiwa Majlis
Tahkim. Selepas Muawiyah bin Abu Sufyan secara nyata memperdayakan Khalifah Ali dalam
Majlis Tahkim, golongan ini menjadi semakin aktif. Golongan Syiah menjadi kuat dan fanatik
selepas kuasa sebagai Khalifah yang disandang oleh Khalifah Ali Abi Talib telah diambil alih
oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
Bagi golongan ini, perjuangan mereka yang suci adalah untuk mengembalikan hak khalifah
kepada keturunan Ali. Bagi khalifah-khalifah Umaiyyah pula, golongan Syiah adalah puak
pemberontak.

Kaum Khawarij

Golongan Khawarij adalah bekas tentera dari pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib yang
bertindak untuk meninggalkan beliau kerana mereka menuduh beliau terlalu berkompromi
dengan Muawiyah bin Abu Sufyan.
Setelah meninggalkan pasukan Khalifah Ali, golongan ini menjadi semakin radikal dan
berbahaya. Menurut golongan ini, kedua-dua khalifah Ali dan Muawiyah adalah
bersalah. Golongan ini juga dianggap sebagai pemberontak oleh pemerintah Umiayah.

Penganut Agama Nasrani

Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui
kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani
Qadaah dan Bani Rabiah.
Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan
Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana
persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

Penganut Agama Yahudi

Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah,
Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir,
Bani al-Harith dan Bani Kandah.
Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana
beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.

Kesimpulan

Masyarakat Islam selepas zaman Khalifah al-Rasyidin menjalani kehidupan secara
sempurna. Mereka adalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi
cabaran dan rintangan.
Keadaan politik yang selalu bergolak menjadikan masyarakat ini menghadapi pelbagai rintangan
dan cabaran dalam kehidupan. Ajaran agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan
kehidupan mereka.

1.3 SISTEM PEMERINTAHAN

Soalan 14: Huraikan ciri-ciri dan Kandungan yang terdapat dalam Piagam Madinah

Pengenalan

Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan
pentadbiran negara dengan memberikan contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan
ikutan umat manusia. Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara islam di Madinah
berteraskan wahyu yang telah di turunkan oleh ALLAH SWT untuk menjadikan panduan
mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh manusia.
Al-Quran menegaskan konsep keadilan akan melahirkan kesetiaan rakyat terhadap
pemerintahnya. Keadilan yang di maksudkan bukan merujuk kepada rakyat biasa sahaja, tetapi
juga kepada golongan atasan pemerintah supaya berlaku adil dalam semua hal serta dalam
semua keadaan bagi mencetuskan keadilan dan kesejahteraan dalam sesebuah kerajaan.

Isi-Isi Penting:

Ciri-ciri Piagam Madinah

Piagam ini mengandungi 23 fasal mengenai orang Islam dan 24 fasal berkenan orang
bukan Islam Madianah, ciri-ciri Piagam ini ialah;

a) Undang-undangnya berdasarkan wahyu Allah SWT
b) Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin ummah dan Negara Madianh;
c) Semua anggota piagam mempunyai hak dan kebebasan beragama.
d) Piagam ini menjamin keselamatan kepada orang Islam dan orang bukan Islam;
e) Orang Mukmin daripada golongan Ansar dan Muhajirin adalah bersaudara;
f) Semua anggota memikul tanggungjawab memperkukuh ekonomi dan mempertahankan

Negara.

Kandungan Piagam Madinah

1. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari
segi agama dan budaya seperti orng islam, yahudi dan musyrikin. Mereka sememangnya
memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan
hidup.Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara-perkara yang berikut; Perjanjian
yang berkaitan dengan golongan muslimin, Perjanjian yang berkaitan dengan golongan
yahudi,Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin dan Perjanjian yang melibatkan
semua pihak, berkaitan dengan peraturan-peraturan umum.

2. Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil SAHIFAHMADINAH atau
PIAGAM MADINAH yang digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah. Undang-undang ini
melibatkan antara penduduk madinah, iaitu antara orang islam sesama islam dan antara orang
islam dengan kaum yahudi.

3. Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu
yang terdiri daripada orang islam dan bukan islam. Kaum yahudi pada mulanya
memberikan sambutan yang baik. Baginda telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.
Baginda telah membentuk undang-undang yang dikenali sebagai SAHIFAH setelah kedua-dua
pihak saling mempercayai .

4. Piagam yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad SAW merupakan piagam pertama di
dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya kerana mampu memenuhi tujuan dan
objektif berhubung kewajiban dan tanggungjawab rakyat serta keperluan-keperluan lain.
Piagam Madinah terdiri daripada 47 FASAL . Secara umumnya piagam madinah terbahagi
kepada lima bahagian umum : Fasal 1 merupakan pengenalan kepada piagam ini dan mengakui
tentang keesaan ALLAH SWT dan kerasuan Nabi Muhammad SAW. Fasal 2 hingga 11
menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara islam Madinah. Fasal 12 hingga 23
menerangkan kewajiban umat islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkara-
perkara yang patut ditinggalkan.Fasal 24 hingga 38 merupakan fasal yang menyebut keduduk
kaum Yahudi dalam negara islam di Madinah. Fasal 39 hingga 47 pula menerangkan kedudukan
yathrib (madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya
dalam segala peperangan.

5. Sahifah ini juga memberi garis panduan tentang prinsip umum tentang dasar
pentadbiran masyarakat dan negara islam yang penduduknya terdiri daripada berbilang
kaum. Wahyu ALLAH SWT merupakan sumber utama undang undang negara. Masyarakat di
madinah dianggap sebagai sebuah ummah yang bertanggungjawab ke atas negara mereka. Nabi
Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat, Semua anggota masyarakat bebas menganut
sebarang agama, Setiap anggota SAHIFAH mesti menjalinkan hubungan yang erat dan Memberi
jaminan keselamatan kepada orang bukan islam.

6. Piagam Madinah secara khususnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu; Bahagian
pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat islam dengan kaum
yahudi dan tanggungjawab sesama sendiri . Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan
kedua hijrah , iaitu sebelum Perang Badar. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang
membabitkan kaum yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap islam Madinah.Bahagian ini
ditulis selepas Perang Badar .

Penutup:

Kesimpulannya Piagam Madinah ini menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan
penduduk Madinah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Piagam ini menyusun sebuah
negara kota serta menggariskan hak-hak ,tanggungjawab dan peraturan antara mereka
berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Piagam ini telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina negara islam yang aman dan
damai.Piagam ini penting untuk membentuk negara yanng berdaulat ,malah piagam ini dianggap
undang-undang bertulis yang pertama di dunia dan berjaya membuktikan keunggulan Nabi
MUhammad SAW.

Soalan 15: Bincangkan kepentingan Piagam Madinah pada masyarakat dan negara Islam
pada Zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendahuluan:

Istilah Piagam atau Sahifah merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis
mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Piagam Madinah
merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Piagam ini digubal oleh Nabi
Muhammad SAW sewaktu baginda berada di kota Madinah sejak tahun pertama Hijrah.
Menurut Professor Hamidullah, kemungkinan bahagian pertama digubal pada tahun pertama
Hijrah manakala bahagian kedua ditambah pada tahun kedua Hijrah selepas Perang Badar.
Tujuan piagam ini digubal adalah untuk dijadikan panduan bagi menegakkan sebuah Negara
Islam yang berdaulat di Madinah. Piagam ini dibuat antara orang Islam dengan orang
Yahudi dan antara orang Islam sesama Islam [Muhajirin dan Ansar]. Bahagian pertama piagam
ini berhubung dengan peraturan bagi orang Islam manakala bahagian kedua berhubung dengan
peraturan bagi orang Yahudi.

Isi-isi penting:

1. Kelahiran Negara Islam
Piagam Madinah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina sebuah Negara Islam yang
berdaulat dan bermaruah. Piagam ini membantu melahirkan sebuah Negara yang aman dan
damai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
Penyebaran Agama Islam dan Hubungan Diplomatik. Dengan kewujudan Perlembagaan
Madinah, agama Islam dapat disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dengan mudah.
Rasulullah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran seperti Rom dan Parsi.

2. Penyatuan Penduduk Madinah.
Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk beragama Islam dan
bukan Islam di awah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW. Masyarakat
berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai satu masyarakat atau ummah yang
mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap Negara Islam. Penduduk Islam yang terdiri
dua kumpulan Muhajirin dan Ansar diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat bagi mengelakkan
musuh mengambil kesempatan daripada perpecahan mereka. Persaudaraan Islam bertujuan
mempereratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal
dan warna kulit.
Piagam ini membuktikan bahawa Islam tidak memutuskan hubungan dengan bukan Islam.
Terdapat toleransi dalam Islam demi menjaga keharmonian hidup masyarakat. Piagam ini
berperanan supaya masyarakat berbilang bangsa hidup aman damai, teratur dan bersistem serta
menghindarkan permusuhan.

3. Mewujudkan Sistem Politik Yang Teratur

Piagam Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu sistem politik yang teratur dan
kemas.Sistem politik Islam berlandaskan kepada syariah, akidah dan akhlak

Islam. Perlembagaan Madinah juga melahirkan pemerintah yang berpegang teguh kepada
prinsip Musyawarah.
Dalam konteks ini, semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah mereka. Piagam ini juga
mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala masalah penduduk Madinah.

4. Nabi Sebagai Pemimpin

Piagam Madinah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai sebagai seorang negarawan yang
berwibawa. Ketokohan baginda bukan sahaja terserlah dalam aspek akidah tapi juga dalam hal
ehwal duniawi.
Perlembagaan Madinah meletakkan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua dan
hakim negara. Sebagai ketua negara, baginda berjaya menyelesaikan masalah perselisihan kaum
dan mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan di Madinah.

5. Menggariskan Tanggungjawab Mempertahankan Madinah

Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa penduduk Madinah sama ada yang Islam atau
bukan Islam harus mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Mereka tidak boleh
mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi menentang negara Islam.
Semangat cintakan Negara Madinah dipupuk bagi menghindari permusuhan sesama sendiri.

6. Kebebasan Penduduk Dijamin

Perlembagaan Madinah menjamin kebebasan hak asasi kaum Yahudi dan penganut-penganut
agama lain. Masyarakat Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama dan adat istiadat
masing-masing tanpa sekatan. Kebebasan itu meliputi kebebasan diri, kebebasan beragama,
kebebasan berfikir dan bersuara, kebebasan beramal, kebebasan bekerja dan
sebagainya. Jaminan kebebasan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi tidak bercanggah
dengan syariat Islam.
Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah antara perkara yang disetujui oleh
Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah. Orang Yahudi tidak boleh memaksa penduduk
Madinah untuk menganut agama mereka. Orang Yahudi tidak boleh menindas golongan yang
lemah. Mereka yang mematuhi perlembagaan, akan diberi jaminan perlindungan dan
keselamatan.

7. Ekonomi

Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini
dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam
seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat
pedagang – pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat
perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur–
ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya. Kegiatan riba
diharamkan.

Kesimpulan

Kepentingan Piagam Madinah jelas terserlah dari segi politik, sosial dan agama. Dari segi
agama, piagam ini mempunyai pengertian yang besar terhadap perkembangan Islam. Ia juga
melambangkan bahawa Islam sentiasa dapat dipraktikkan dalam peraturan-peraturan berkerajaan.
Perlembagaan ini menyusun masyarakat yang sebelum ini tidak pernah mempunyai peraturan
dalam erti kata yang sebenar. Perlembagaan Madinah adalah perlembagaan yang unggul dan
tiada tolok bandingan sehingga ke hari ini.

Soalan 16: Huraikan faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah.

Pendahuluan

Latar belakang tentang Piagam Madinah.
Pembentukan negara Islam Madinah.
Isi-isi Penting

Faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah

Keperluan sistem perundangan yang khusus diperlukan bagi menangani masyarakat orang
Islam dan bukan Islam.

Bertujuan menyatukan pelbagai suku kaum yang terdapat di Madinah.- Nabi Muhammad
S.A.W. menggunakan kedudukannya untuk memantau serta mengambil tindakan yang
diperlukan bagi- mewujudkan iklim politik yang stabil.

Mengelak timbulnya senario yang tidak diingini dalam kalangan kaum Aus dan Khazraj serta
membendung eksploitasi kaum Yahudi.

Bertujuan mendapat pengiktirafan negara-negara jiran- keselamatan negara terjamin,
lambang negara yang berdaulat.

Mengukuhkan keamanan negara- masyarakat Madinah bersama-sama menggembleng tenaga
menghadapi ancaman musuh,larangan menandatangani apa-apa jua persetujuan dengan pihak
luar tanpa persetujuan Baginda.
Kesimpulan

Piagam yang digubal ini menjadi garis panduan tentang prinsip umum mengenai dasar
pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

Soalan 17: Huraikan Sturuktur dan bentuk pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah.

Pendahuluan

Berpandukan piagam madinah ,Rasulullah SAW, mengemudi Negara dan meletakkan asas-asas
sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di madinah boleh di bahagiakan kepada dua
peringkat ,iaitu zaman Rasulullah SAW, dan zaman khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh
tersebut, struktur pentadbiran islam yang mantap telah Berjaya di bentuk dn menjadi
panduan kepada zaman-zaman selepasnya.
Selepas peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW. telah mengambil langkah awal
dengan menyatupadukan umat islm dan bukan islam melalui konsep pembentukan ummah.
Semasa ketibaan Baginda di kota madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu
orang arab dan yahudi.Orang arab islam, terdiri dari ansar aus dan khazraj. Dan orang muhajirin.
Manakala orang yahudi di madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani
Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Isi-Isi Penting:

1. Bagi mententeramkan keadaan gawat di madinah, Baginda telah membuat perjanjian
dengan seluruh penduduk di madinah dan menulis satu piagam ,iaitu sahifah al-
madinah. Sahifah al-Madinah atau piagam madinah menjadi sistem perundangan dan teras
pentadbiran baginda.Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang
tanggungjawab orang islam dan bukan islam yang mendiami kota madinah. Sistem ini menjadi
sistem pemerintahan yang bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk
teokrasi dan demokrasi Islam.

2. Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin tertinggi Negara. Sebagai ketua Negara atau
ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua
tentera,dan pemimpin masyarakat.Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat
sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rasulullah Saw mengetuai sendiri kuasa eksekutif
(perlaksanaan), kehakiman, dan legislatif (tasyri’i-penggubalan undang- undang.

3. Jawatan yang diwujudkaan untuk membantu ketua Negara hanyalah beberapa jawatan
sahaja. Oleh itu, apabila seseorang yang dilantik memegang jawatan, mereka menerimanya
dengan sukarela dan mereka tidak menerima sebarang gaji atau pendapatan daripada Negara.
Walaubagaimanapun, tidak ada ahli parlimen dan tidak ada ahli mesyuarat yang khusus dan
tetap. Struktur organisasi pentadbiran telah dibentuk oleh baginda dan mengandungi jawatan-
jawatan seperti yang berikut; Ketua negara, Nuqaba; Sohib al-sirr; Pemegang amanah
Rasulullah SAW; Wali (gabenor); Kadi, Penulis (wahyu,surat dan sebagainya); Penterjemah dan
Pekerja (‘amil’)

4. Bagi memantapkan pemerintahan di kota madinah, satu intitusi pemerintahan telah
ditubuhkan, iaitu majlis syura. majlis syura ini terdiri daripada ketua golongan muhajirin,
ansar, para sahabat yang terdekat, panglima tentera dan merekaa yang arif dalam sesuatu bidang
terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui majlis ini, sistem perbincangan dan
rundingan (musyawarah)diadakan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui persetujuan

bersama hasil daripada perbincangan tersebut. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW
mengamalkan prinsip musyawarah dan menjalanan musyawarah semasa mewujudkan
persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara
suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk asal madinah. Demikian juga semasa baginda
mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah
tentang cara-cara umat islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang quraisy.

5. Dalam mempertahankan kota Madinah, baginda telah membina angkatan tentera
islam. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah madinah.
Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama islam
daripada ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan
tentera ini membolehkan umat islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang
musyrikin Makkah seperti dalam perang badar,perang uhud,dan perang khandak. Ekspidisi
ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang
disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil ‘ghazwah’; Ekspedisi ketenteraan yang
tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai ‘sariyah’;

6. Baginda telah meletakkan kuasa keagamaan di Madinah ialah agama islam. Masjid
telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja Sebagai pusat ibadatmalah menjadi
pusat pemerintahan serta penyebaan ilmu,kebudayaan ,dan oertemuan umat islam dalam
menyelesaikan sebarang masalah rakyat.sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi
tempat ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW,hal ini menunjukkan bahawa dalam
pentadbiran di kota Madinah , agama dan politik tidak dipisahkan

7. Di Madinah, pemerintahan memberi perhatian kepada soal keadilan social agar tidak
terdapat jurang status sosial yang ketara. Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan
perhambaan dengan menyeru para sahabat supaya membeli dan membebaskan hamba-hamba.
Baginda turut memansuhkan kedudukn seseorang berdasarkan keturunan dan warna kulit. malah,
martabat dan kedudukan golongan wanita turut diangkat.

Kesimpulan

Sistem pentadbiran Negara pada zaman baginda adalah sangat ringkas,sesuai dengan tahap
kemajuan tamadun pada masa itu, Baginda bertindak sebagai ketua badan legislatif, kehakiman
dan eksekutif.

1.4 KEPEMIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW

Soalan 18: Huraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW

Pendahuluan

Keluarga Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Bani Hasyim. Kewibawaan kepimpinan Bani
Hasyim dapat di lihat pada zaman Abdul Mutalib. Nabi Muhammad s.a.w berjaya
menyelesaikan masalah peletakan semula Hajar al-Aswad yang menjadi rebutan dalam kalangan
ketua-ketua kabilah di Makkah. Di Madinah, beliau dilantik sebagai pemimpin tertinggi negara
Islam dan sekali gus dapat membawa masyarakat Islam Madinah meraih pelbagai kejayaan.
Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar
(siddiq), amanah, menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut,
berbudi pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang
dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
Isi-isi penting

1. Bersikap Adil

Menyelesaikan pertikaian mengenai perletakan Hajar al-Aswad. Membela atau menghapuskan
diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalkan membunuh bayi
perempuan.
Memperkenalkan sistem ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan.
Menghapuskan semangat ‘asabiyyah’ dan amalan diskriminasi antara kabilah.

2. Bersifat Berani

Mengetahui setiap kali ekspedisi peperangan. Umpamanya,dalam Perang Badar,Perang
Uhud,Perang Khandak dan Perang Tabuk.
Menanamkan semangat jihad dalam perjalanan Islam meskipun mempunyai bilangan tentera
yang sedikit berbanding dengan musuh.Contohnya ketika Perang Badar dan Perang Khandak.

3. Bijak

Bijak dalam merencana Perlembagaan Madinah yang merangkumi semua aspek dan semua
kaum.
Merencana strategi peperangan bagi mengatasi ancaman musuh. Contohnya, menggunakan
taktik menguasai tempat strategik dalam Perang Badar dan strategi bertahan dalam Perang
Khandak.

4. Berpandangan jauh

Menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiayah; bersetuju dengan fasal
menghantar semula orang-orang Makkah yang berhijrah tanpa kebenaran wali mereka.
Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

5. Bersifat Tegas

Menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam
Madinah. Bani Qainuqa’ diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam
Perang Badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.
Bani Nadhir di usir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w. dan Bani Quraizah
diusir disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab.

6. Mahir berpolitik ( bijak bersiasah )

Merencana proses Hijrah; dimulai dengan memeterai perjanjian Aqabah I dan II bagi menanam
“benih” Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak. Mengubal Piagam
Madinah; bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan
syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah dipersetujui oleh masyarakat tanpa
mengira agama.
Mengasaskan hubungan diplomatik dengan negara lain, bukan sahaja mengukuhkan negara
Islam bahkan melalui penghantaran utusan ia dapat menyebarkan agama Islam dengan lebih luas
sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.

7. Cekal dan Sabar

Meskipun menghadapi cabaran hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar
mempertahankan akidah Islam walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada dalam
bentuk fizikal, psikologi mahupun kewangan.
Tidak berputus asa walaupun misi dakwah di Ta’if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda
meninggalkan impak positif apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda untuk
menyatakan pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput baginda berhijrah ke
Madinah.

8. Bertoleransi

Sedia memaafkan golongan Quraisy yang selama ini mengkhianati pejuangan Islam. Buktinya,
tawanan Perang Badar tidak dijatuhkan hukuman bunuh, sebaiknya baginda menetapkan supaya
mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat untuk
menebus diri.
Memperkenalkan etika peperangan; bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islam yang
berdisiplin malah menolak tanggapan bahawa tentera Islam berperang berdasarkan dendam dan
mementingkan habuan dunia. Mengamalkan musyawarah dalam pemerintahan; mengelak rasa
tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.

Penutup

Nabi Muhammad s.a.w dianggap oleh sejarahwan Islam sebagai negarawan yang unggul.
Dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin politik, pemimpin masyarakat,
perancang ekonomi, panglima tentera, ketua hakim yang adil, role model dalam pembentukan
institusi keluarga Islam, pemimpin agama dan penaung kegiatan keilmuan.

Soalan 19: Nabi Muhammad bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang
negarawan. Bincangkan.

Pendahuluan:

Nabi Muhammad s.a.w b Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
tahun gajah 570 Masihi. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan
16 Ogos 610 Masihi. Dengan ini baginda secara rasmi telah dilantik sebagai nabi ketika berusia
40 tahun 6 bulan. Kerasulan Baginda telah tercatat dalam ayat al-Quran iaitu dalam surah al
Muddathir ayat 1 hingga 7. Baginda telah diseru agar berdakwah secara senyap dan secara
terang-terangan.
Akibat tentangan yang hebat oleh kaum Musyrikin Makkah baginda terpaksa berhijrah ke
Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan disegani di sana. Al-
Quran menyifatkan nabi Muhammad s.a.w. sebagai ‘Contoh Terbaik’atau Uswah Hasanah.
Baginda mempunyai akhlak sebagaimana akhlak yang diajar dalam al-Quran.
Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar
(siddiq),amanah, menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut,
berbudi pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang
dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan
masyarakat. Pada awalnya beliau cuma terkenal sebagai nabi dan rasul namun akhirnya baginda
muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin negara yang disegani.

Isi-isi penting:

1. Sebagai Pemimpin Masyarakat dan Negarawan

Baginda terkenal sebagai seorang yang sangat amanah atau digelar al-Amin dalam kalangan
masyarakat Makkah. Sewaktu berada di Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula
masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu
lama. Kemudian baginda telah mempereratkan hubungan persaudaran antara kaum Muhajirin
dan Ansar. Bagi mengekalkan perpaduan nabi Muhammad s.a.w menyeru semua kaum yang
terdapat di Madinah bersama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab mempertahankan
Madinah daripada serangan musuh-musuh Islam. Perkara ini terkandung dalam piagam Madinah
yang menjelaskan tanggungjawab orang Islam dan orang bukan Islam dalam mempertahankan
Madinah.
Konsep keadilan beliau dalam masyarakat terserlah dalam kes komplot kaum yahudi bani
Quraizah yang berkomplot dengan kaum Musyrikin Quraisy untuk menentang Islam. Dalam kes
ini beliau telah menyerahkannya kepada ketua-ketua suku iaitu Sa’d b. Ubadah ketua kaum
Khazraj dan Sa’d b. Mu’adh ketua suku Aus untuk menjalankan siasatan. Setelah siasatan
selesai nabi menyerahkan kuasa menjatuhkan hukuman kepada Sa’d b. Mu’adh kerana beliau
lebih arif tentang kedudukan bani Quraizah.

2. Sebagai Pemimpin Politik

Kepimpinan politik Nabi Muhammad s.a.w. terserlah sejak beliau berada di Makkah lagi iaitu
ketika beliau menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di
Kaabah. Kepimpinan politik beliau juga tergambar diperingkat antarabangsa apabila baginda

dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke
luar negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam
kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini lah telah menyebabkan Negara-negara
tersebut akhirnya telah tunduk dibawah pemerintahan Islam.
Baginda juga telah memperkenalkan sistem syura (musywarah). Sistem ini telah dilaksanakan di
semua peringkat pentadbiran dalam semua bidang. Sebagai contoh pengadilan terhadap
tawanan Yahudi bani Quraizah dilakukan secara sistem Syura. Lanjutan daripada ini lah suatu
Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al- Khattab.

3. Sebagai Pemimpin dan Perancang Ekonomi
Nabi s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman
Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan
perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan di dunia adalah
diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul
dan nisabnya.
Baginda sendiri telah berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya tanah-
tanah yang terbiar telah diusahakan semula serta tanah-tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi
berjaya ditebus semula dan dikerjakan.
Selain itu, baginda juga berjaya menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti
perdagangan terutamanya yang berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi kafilah pedagang kaum
Quraisy pada zaman itu.

4. Sebagai pemimpin Tentera

Nabi Muhammad s.a.w telah mengetuai beberapa ekspedisi peperangan yang besar.
Kepimpinan beliau dalam bidang ketenteraan adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak
yang mulia. Menerusi akidah baginda dan para sahabatnya berkeyakinan untuk menghadapi
musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil berbanding tentera musuh seperti dalam
peperangan Badar.
Melalui peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah, baginda dan para
sahabatnya bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan
yang lemah dan orang yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan
rumah ibadat dan tanam-tanaman.
Dalam perang di Hunayn dan Ta’if, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang
baik dengan menggambarkan sifat perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda
yang telah ditawan kepada pihak musuh. Tindakan baginda ini telah memikat hati pihak musuh
untuk memeluk agama Islam.
Baginda juga seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur pelbagai strategi
peperangan yang berkesan dan membawa kejayaan kepada umat Islam. Antara perang yang
mengandungi strategi yang diatur oleh Baginda ialah dalam perang Badar, Perang Uhud dan
perang Khandak.
Sebagai contoh dalam perang Khandak baginda telah menggunakan strategi bertahan dengan
menggali parit disekeliling dan strategi ini telah menyebabkan anggota musuh mengaku kalah
terhadap tentera Islam.

5. Sebagai Ketua hakim

Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Baginda
menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contohnya, keadilan
yang dipaparkan oleh baginda ialah ketegasan tentang hokum memotong tangan terhadap
pencuri, walaupun pencuri itu ialah Fatimah r.a anak yang paling disayang oleh baginda.
Tindakan tegas baginda jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi Madinah kerana
pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka.

Kesimpulan

Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul malahan baginda juga adalah
sebagai pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan panglima angkatan tentera
yang berjaya. Hal ini menunjukkan agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek akidah
semata-mata malahan merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Justeru itulah, baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula pada zaman Khalifah
dan zaman-zaman seterusnya. Baginda juga telah menjadi contoh teladan yang terbaik kepada
umat manusia khususnya masyarakat yang beragama Islam

Soalan 20: Bincangkan kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW Madinah

Pendahuluan

Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W telah terserlah sewaktu sewaktu baginda berada di Kota
Makkah atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
Kepimpinan baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah; diiktiraf sebagai pemimpin
tertinggi Negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah.
Isi-isi Penting:

1. Mendirikan Negara Islam dan menggubal Piagam Madinah; simbol Negara Islam yang
berdaulat dan menjadi asaqs perundangan Negara.

2. Melaksanakan amalan Syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan mendapat
kerjasama daripada warga Madinah.

3. Menghapuskan semangat ‘asabiyyah’ dilakukan melalui penerapan semangat persaudaraan,
contohnya, kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan atas dasar akidah.

4. Memperkenalkan sistem ekonomi Islam; menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi serta
memperkenalkan sistem ekonomi yang adil.

5. Membentuk angkatan tentera; meniup semangat jihad bagi mempertahankan kesucian agama
Islam, mempertahankan Negara dan maruah diri.

6. Menyingkirkan kaum Yahudi; pengancam keselamatan Negara dan diibaratkan ‘barah’ dalam
kerajaan Islam di Madinah.

Kesimpulan

Kejayaan menyelesaikan pelbagai permasalahan di Madinah menggambarkan kehebatan Nabi
Muhammad S.A.W sebagai pemimpin di Madinah.

1.5 INSTITUSI KHALIFAH

Soalan 21: Bincangkan konsep dan tanggungjawab seorang khalifah.

Pendahuluan :

Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan
lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan sunnah. Ia
ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seorang pemimpin atau pemerintah
bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun.
Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, iaitu apabila Abu Bakar al-
Siddiq dilantik menjadi khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat, iaitu Umar bin al-
Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Era khalifah selepas itu ialah khalifah
daripada kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Namun, institusi khalifah mulai merosot selepas
kerajaan Abbasiyah kerana kebanyakkan pemerintah telah menyeleweng daripada konsep
pemerintahan Islam sebenar.
Isi-isi penting

a) Konsep khalifah

Istilah khalifah berasal daripada Bahasa Arab bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
konsep khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua islam bagi menggantikan kepimpinan
Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda.
Pelantikn khalifah mengikut syarat-syarat tertentu, iaitu seorang lelaki islam mempunyai
istiqamah dalam akidah mengeluarkan pendapat, tidak cacat anggota yang boleh menghalang
daripada menjalankan tugas serta mempunyai ilmu yang tinggi sama ada dalam bidang agama
dan pentadbiran.
Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak, dan mahir dalam ilmu keagamaan dan pentadbiran.
Proses pelantikan khalifah mestilah melalui Majlis Syura seperti pelantikan Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq.

b) Tanggungjawab khalifah

1. Menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah “ menegakkan agama dan mentadbir dunia
mengikut hokum syariah untuk kebaikkan dunia dan akhirat”.

2. Seorang khalifah bertanggungjawab dalam megendalikan urusan pentadbiran negara dan juga
melaksanak hokum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah
mengikut hokum seperti yang telah terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu, perkara-
perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti pelantikan hakim, saksi dan pelaksanaan
hukuman mesti dikawal dengan betul.

3. Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping menyediakan
kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan hospital. Selain itu, beliau
juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah utuh.

4. Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara
daripada ancaman musuh sama ada dari dalam mahu pun luar negara. Contohnya, ketika
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah memperkemaskan pasukan tentera

islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing, iaitu Byzantine dan
Parsi.

Kesimpulan :

khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya.
Oleh itu, seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan
kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.
Pelantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan menghancurkan
sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat
jelata.

Soalan 22: Bincangkan Kaedah Pemilihan Khalifah pada Zaman Pemerintahan Khulafa’
al-Rasyidin.

Pendahuluan

Khalifah ialah institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbira dan pemerintahan
Negara dan umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Mahmood Mohd. Taib an-
Najmi dalam Sejarah Tamadun Islam menyatakan, khalifah ialah satu jawatan menggantikan
Nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda wafat untuk memerintah dan mentadbir Negara dan
umat Islam.
MahayudinHj. YahyadalamTamadun Islam menyatakan khalifah berasal daripada perkataan
khulafa yang membawa maksud pengganti, iaitu pengganti Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah
ialah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang menjadi ketua (imam atau imamah)
negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pengurusan pemerintahan dan
pentadbiran.
Isi-isi penting

1. Perundingan beramai-ramai

Cara ini dilakukan dengan mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan calon
terlebih dahulu. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, baginda tidak meninggalkan sebarang
wasiat atau pesanan kepada sesiapa untuk dicalonkan sebagai khalifah (pengganti). Untuk
menentukan siapakah yang akan dilantik menjadi khalifah, umat Islam yang diwakili oleh kaum
Muhajirin dan Ansar telah berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik
khalifah pertama.
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan dalam kalangan kamu Muhajirin dan Ansar,
Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan
Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar untuk dipilih sebagai khalifah. Saidina Umar al-
Khattab menarik diri daripada pencalonan dan diikuti oleh Abu Ubaidah.
Sebaliknya, Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai
khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah. Cadangan tersebut disokong oleh umat Islam dan
Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibaiahkan dalam musyawarah/syura sebagai khalifah pertama
memerintah Negara dan umat Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.

2. Mengusul seseorang calon

Apabila seseorang khalifah baharu hendak dipilih, namanya diusul atau dicalonkan oleh
khalifah sebelumnya terlebih dahulu sebelum musyawarah dalam majlis Syura dan dibaiahkan
oleh umat Islam. Nama khalifah itu akan diputuskan dalam majlis Syura. Contohnya, pelantikan
Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua dalam khulafa al- Rasyidin.
Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tengah gering, umat Islam berusaha pulih daripada
masalah kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Untuk mengelakkan masalah dalam
negeri berlaku kembali, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab
untuk dipilih sebagai khalifah menggantinya memerintah Negara dan umat Islam.
Pencalonan itu dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam. Setelah wafatnya Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq pada tahun 644Masihi, pencalonan Saidina Umar al-Khattab dibawa ke Majlis
Syura. Melalui musyawarah, para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, plantikan Saidina
Umar al-Khattab dipersetujui oleh para sahabat dan menerima baiah daripada umat Islam tanpa
bantahan.

3. Mengusul sekumpulan calon

Khalifah terdahulu akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk
dipilih salah seorang daripada mereka sebagai khalifah seterusnya. Cara ini berlaku dalam
pemilihan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.
Khalifah Umar al-Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh seorang keturunan hamba dari
Parsi telah mengemukakan nama enam orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali
bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin
Abu Waqas. Manakala puteranya, Abdullah bin Umar al-Khattab tidak dicalonkan sebagai
khalifah. Pemilihan dan musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aishah bin Abu Bakar al-
Siddiq.
Tiga hari selepas wafatnya Khalifah Umar al-Khattab (644 Masihi), satu majlis diadakan untuk
memilih pengganti khalifah. Musyawarah tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin Auf
yang menarik diri sebagai calon khalifah. Serentak dengan itu, Zuber al-Awwam, Saad bin Abu
Waqas, dan Talhah bin Ubaidillah menarik diri daripada pencalonan jawatan khalifah.
Pemilihan diadakan antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan. Dalam
pemilihan tersebut, Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi. Dengan ini, Saidina
Uthman bin Affan dibaiahkan sebagai menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah
ketiga dalam Khalifah al-Rasyidin memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah
(644-656 Masihi).

4. Penyusulan oleh sekumpulan masyarakat

Masyarakat Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya
memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku semasa
pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah seterus memerintah Negara
selepas kewafatan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 656 masihi. Apabila wafatnya
Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan
siapakah khalifah yang akan menggantikannya.
Pada masa tersebut, Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan
Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin

Ubaidillah sebagai khalifah, dan penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai
khalifah.
Oleh kerana terdapat tiga orang calon untuk jawatan khalifah, maka pemilihan dan musyawarah
diadakan untuk menentukan siapakah antara tiga orang calon tersebut yang akan dipilih oleh
umat Islam sebagai khalifah berikutnya. Keputusan pemilihan dalam musyawarah tersebut,
Saidina Ali bin Abu Talib dibaiahkan sebagai khalifah yang keempat.

Penutup

Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin berlaku secara demokrasi. Pemilihan
dilakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura yang ahli-ahlinya
terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan ketua-ketua kaum.

Soalan 23: Huraikan Sumbangan (Kejayaan) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Pendahuluan

Nama sebenar Abu Bakar al-siddiq ialah Abdullah bin Uthman. Beliau berasal daripada Bani
Taim. Beliau dilahirkan di kota Makkah. Khalifah Abu Bakar al-siddiq dilahirkan dua tahun
setengah setelah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, sejak awal lagi, mereka telah
mempunyai hubungan yang akrab.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang terkenal dengan sifat seperti pemurah, jujur dan
baik hati.
Isi-isi penting:

1. Meneruskan Gerakan Tentera
Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera
yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang
ketika itu berada dibawah jajahan Byzantine. Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa
orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk
menyambung semula usaha baginda. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang
dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Mereka mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar
al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan memandangkan
ancaman al-Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun,
Khalifah Abu Bakar al-siddiq tetap tegas dengan keputusan beliau.
Setelah berperang selama 40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh kemenangan.
Kemenangan ini menyedarkan kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera islam adalah
kuat dan tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota
Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan kota Madinah. Tindakan ini dapat
menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.

2. Menentang Gerakan al-Riddah

Khalifah Abu Bakar al-siddiq menyedari bahawa kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir
yang dapat menghancurkan kerajaan islam. Oleh itu, suatu tindakan yang bersungguh-sungguh

perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai langkah awal untuk mengatasi
ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menghantar para utusan kepada ketua
kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali kepada Islam.
Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada islam, Khalifah Abu Bakar al-siddiq
terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut.
Sebanyak 11 buah pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Islam yang terkenal seperti
Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan Amru bin al-‘ As telah dibentuk oleh beliau.
Pasukan tentera islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq ke luar kawasan
Hijjaz bagi memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera tersebut
beroleh kemenangan apabila berjaya menundukan dan mengembalikan golongan al-Riddah
kepangkuan islam.

3. Penulisan al-Quran

Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para sahabat yang
juga merupakan huffaz al-Quran terkorban. Keadaan ini menyebabkan timmbul kebimbangan
dalam kalangan umat islam kemungkinan akan hapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga
bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran.
Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan daripada para sahabat supaya menubuhkan satu
kumpulan khas bagi menulis al-Quran. Khalifah Abu Bakar al-siddiq menerima dengan baik
cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan oleh Khalifah Abu Bakar al-
siddiq untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para
sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran yang telah ditulis semula itu kemudiannya
disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.

4. Menentukan Bakal Khalifah

Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-
Khattab. Beliau telah mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal
pengganti beliau. Perkara ini berlaku ketika beliau sedang sakit. Dalam pertemuan tersebut,
Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengcadangkan supaya Umar bin al-Khattab dilantik
menjadi Khalifah.
Cadangan beliau mendapat tentangan daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-
siddiq telah mengarahkan supaya Uthman bin Affan menulis keputusan tersebut. Dengan cara
ini, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah berjaaya mengukuhkan kedudukan politik Islam.

Kesimpulan :

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang
sampai ke hari ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.
Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat besar untuk dijadikan teladan oleh
umat Islam.

Soalan 24: Bincangkan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Al-Khattab
dalam bidang pentadbiran.

A. Pendahuluan:

Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Abu Bakar al-Siddiq dengan
persetujuan para sahabat yang lain. Antara ucapan dasar Umar semasa dilantik menjadi
khalifah ialah beliau berjanji memimpin menurut perintah Allah dan Rasulnya seperti yang
dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar.
Khalifah Umar telah memerintah selama kira-kira 10 tahun iaitu antara 12-23 H/ (634-644
M). Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mengotakan janjinya dengan mengadakan
pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama.

B. Isi-isi penting:

1. Memantapkan Majlis Syura

Majlis syura merupakan majlis perunding negara yang tertinggi yang terbahagi kepada dua iaitu
Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis ini dianggotai oleh enam tokoh Islam dan
sahabat Nabi iaitu Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Sa’ad b. Waqqas, Abd Rahman b. Auf,
Talhah dan al-Zubair.
Fungsi utamanya ialah bagi menentukan jawatan khalifah. Beliau membuka peluang dan
kebebasan untuk bersuara dan mengemukakan pendapat di majlis ini

2. Pembahagian Wilayah-wilayah Islam

Khalifah Umar telah menghadapi masalah kesan daripada kejayaan tentera Islam menakluki
kawasan yang luas, meliputi dari sempadan negeri China di sebelah timur hingga ke Eropah di
sebelah barat. Untuk mengatasi masalah ini, Khalifah Umar membahagikan wilayah-wilayah
Islam kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbirannya. Wilayah-wilayah itu ialah
Kufah, Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia), Mawsil, Yaman dan Bahrain.
Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam

3. Perlantikan pegawai

Setiap wilayah tersebut dilantik beberapa orang pegawai
Ia terdiri daripada seorang wali gabenor dan seorang setiausaha dengan dibantu oleh pegawai-
pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Setiausaha Tentera (Kitab al-Diwan),
Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai
Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.

4. Penyerahan surat perintah

Semua pegawai itu termasuk gabenor telah diberikan surat perintah oleh Khalifah Umar. Surat
perintah ini menyebutkan tugas-tugas dan kuasa mereka. Sebelum seseorang pegawai itu
dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu diberitahu tentang kuasa dan
tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul kekeliruan semasa mereka menjalankan tugas.

Begitu juga apabila seseorang pegawai itu dilantik ia terlebih dahulu diperiksa harta benda dan
juga peribadinya sebagai langkah ke arah mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa. Apabila
seorang pegawai berhenti kerja segala hartanya dihitung sekali lagi. Jika terdapat hartanya
berlebihan dan terbukti harta itu didapatinya dengan cara melanggar peraturan negara, maka
harta itu akan diambil dan diserahkan kepada perbendaharaan Negara (Baitul-Mal).

5. Laporan setiap tahun

Setiap tahun pada musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke tanah suci Makkah
untuk memberikan laporan tentang sebarang perkara berhubung dengan pentadbiran wilayah.
Disamping itu, rakyat jelata yang mengerjakan ibadat haji diberikan hak untuk menyuarakan
sebarang kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan. Khalifah Umar tidak
teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

6. Memantapkan Penubuhan Baitul Mal

Khalifah Umar merupakan orang yang pertama menubuhkan institusi Baitul Mal atau
Perbendaharaan Negara, iaitu tempat semua harta kerajaan disimpan. Sebuah buku kira-kira
negara disediakan untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan
negara.
Sumber-sumber kewangan negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat, ghanimah
(harta rampasan perang), fay (harta rampasan tanpa perang), jizyah (cukai perlindungan), kharaj
(cukai tanah), usyur (cukai perniagaan) dan harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai
waris.

7. Memantapkan Pentadbiran tanah

Pentadbiran tanah yang teratur dan sistematik juga telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar.
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis; Pertama,
tanah dhimmah iaitu tanah yang bertuan. Tanah Dhimmah ditadbir oleh pemilik-pemilik asal.
Kedua, tanah sawafi ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada
golongan Ahl al-Ayyam iaitu golongan peneroka (Ahl al-Fay). Tanah-tanah ini tidak boleh
dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan umat
Islam.

8. Penubuhan Dewan Tentera

Tentera terbahagi kepada dua iaitu tentera tetap dan simpanan. Tentera tetap diberi gaji dan
pakaian seragam serta keluarga mereka turut diberi bantuan Khalifah pertama yang memberi
gaji kepada tentera. Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak 3000 – 5000 dirham setahun. Ahl
al-Ayyam menerima sebanyak 3000 dirham setahun
Peserta-peserta dalam Perangan Yarmuk dan Qadisyah menerima Sebanyak 2000 dirham
setahun. Pendatang-pendatang baru (Rawalif) yang tiba selepas Perang Yarmuk dan Qadisyah
menerima antara 1500 – 2000 dirham setahun.

9. Pembinaan bandar tentera

Bandar-bandar tentera telah dibina seperti Kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar
ini dijadikan pusat tentera dan didirikan khemah-khemah tentera.
Tujuannya untuk kemudahan tentera Islam apabila selesai menjalankan ekspedisi dan untuk
mengawal sempadan-sempadan wilayah yang sudah ditakluki dan bandar-bandar tersebut.

10. Pembaharuan Bidang Kehakiman

Beliau mengetatkan syarat-syarat untuk menjadi seorang hakim. Gaji hakim dinaikkan bagi
mengelakkan terjadinya rasuah. Hakim/Kadi tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan
perniagaan/ membeli belah seperti orang ramai di pasar pasar
Mahkamah keadilan diwujudkan dan ia dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain.

11. Memperkenalkan takwim Islam

Khalifah Umar memperkenalkan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1
Muharram.
Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17H. Tujuannya bagi memudahkan urusan
pentadbiran negara.

Kesimpulan

Khalifah Umar al-Khattab banyak memberikan sumbangan kepada usaha meninggikan martabat
Islam. Ia tidak terhad kepada perluasan jajahan sahaja, malahan pembaharuan dan pembangunan
meliputi semua aspek agama, politik, ekonomi dan sosial.
Kejayaan ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaannya di samping kestabilan dan keamanan
yang diwarisi dari Khalifah Abu Bakar. Kemajuan dan keamanan semasa pemerintahan
Khalifah Umar ini selanjutnya

Soalan 25: Huraikan dasar pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Pendahuluan

Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Al-Hakam bin Al-‘As bin Umayyah dilahirkan di Bandar
Hulwan ,Mesir pada tahun 63 Hijrah (683 Masihi). Bapanya, Abdul Aziz bin Marwan
merupakan gabenor di Mesir.Manakala ibunya, Ummu ‘Asim binti Umar bin Al-Khattab Ialah
anak kepada khlifah Islam yang kedua, iaitu sayyidina Umar al-Khattab.
Beliau berketurunan Bani Umayyah dan menjadi pemerintah Bani Umayyah yang kelapan
sesudah pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Umar bin Abdul Aziz telah
menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Kemudian, Beliau telah dihantar ke Madinah oleh bapanya
dengan tujuan dapat dibesarkan dengan persekitaran yang baik dan dapat mendalami ilmu
semasa di sana. Di Madinah, beliau mendalami ilmu fiqah,periwatan hadis, mempelajari ilmu
tafsir,dan ilmu islam yang lain termasuk Bahasa, kesusasteraan dan kesenian.

Isi-isi Penting:

1. Mengarahkan kegiatan peperangan dan penaklukan di hentikan.

Tentera-tentera yang sedang berperang di Kota Constantinople diarahkan pulang. Tentera yang
berada di kawasan bekas jajahan Byzantine di arahkan pulang.
Dasar penarikan tentera dari medan peperangan serta penaklukan ini amat berbeza dengan
khalifah umayyah sebelumnya. Hal ini juga memberi peluang untuk tentera kerajaan berehat dan
pulang ke pangkuan keluarga mereka.
2. Menggalakkan perkahwinan antara orang arab dengan bukan arab.

untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan stabil. Untuk mengelakkan
permusuhan yang pernah berlaku semasa berlaku dasar perkauman kerajaan umayyah.
Ini kerana sebelum ini kedua-dua golongan sering bermusuhan akibat daripada dasar perkauman
kerajaan Umayyah.
3. Memperkenalkan dasar ekonomi baharu.

melalui cukai tanah(khazraj). tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik
bersama orang islam. Hasil tanamannya akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Membezakan
antara cukai jizyah dengan khazraj. Mengubah cara pembayaran cukai dengan hanya
mengenakan cukai jizyah kepada orang bukan islam sahaja manakala khazraj dikenakan kepada
sesiapa yang memiliki tanah.
Semasa pemerintahan Khalifah Umar, cukai jizyah hanya di kenakan ke atas orang bukan islam
manakala khazraj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah. Memansuhkan semua jenis
perayaan,upacara rasmi, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir. Cara ekonomi baharu ini
menjadikan kedudukan Negara semakin kukuh.
4. Memansuhkan jizyah ke atas orang Islam bukan arab

walaupun di tentang oleh beberapa gabenornya namun baginda tetap meneruska usaha tersebut.
Baginda bertujuan untuk menegakkan syiar islam dan mewujudkan sistem sosial yang adil dan
saksama. Ditentang oleh beberapa gabenornya . Siasah ini membuahkan hasil kerana banyak
daripada golongan Zimmi yang memeluk islam.
Pendapatan Negara daripada kutipan jizyah didapati semakin menurun tetapi mereka tetap di
kenakan zakat. Teknik ini untuk menarik mereka memeluk islam dan kewangan islam tetap
tidak tergugat dengan penghapusan jizyah ini.
5. Menentang kezaliman dan penindasan

Tidak bertolak ansur apabila melibatkan penindasan kezaliman serta menjalankan dasar
persamaan dalam menikmati kemakmuran Negara. Ketegasan beliau dapat dilihat melalui
tindakan drastik apabila beliau memecat gabenor serta para pegawai kerana didapati
menyeleweng dan melakukan kezaliman.
Antara amalan buruk yang cuba di hapuskan oleh Khalifah Umar dalam pemerintahannya iaitu:
rasuah di jabatan kerajaan, menggunakan wang Negara sewenang-wenangnya, terpesona dengan
keseronokan dunia, kezaliman dan penindasan terhadap rakyat oleh sesetengah pegawai
kerajaan.
6. Langkah berbaik-baik terhadap musuh Kerajaan Umaiyah.

Berbaik dengan musuh dari dalam dan luar Negara termasuk kaum khawarij. Untuk memperoleh
toleransi semasa pemerintahan baginda. Hal ini dilakukan menerusi dialog atau perbahasan.
Kaum khawarij yang cuba menetang baginda adalah dari suku yashkur yang di piumpin oleh
Saudhab. Hujah dan dalil yang kukuh di kemukakan oleh baginda telah menyebabkan kaum
khawarij berasa insaf dan sedar lalu memberhentikan rancangan penentangan mereka.

Penutup

Khalifah Umar telah meninggal dunia pada bulan Rejab , tahun 101 hijraf/Februari 720 Masihi.
Tempoh pemerintahannya adalah selama kira-kira dua tahun setengah. Walaupun
pemerintahannya tidak lama, beliau di anggap setaraf dengan Khulafa AR Rasyidin yang empat.
Makamnya di hormati oleh semua pihak termasuklah Khulafa’ Bani Abbas yang membongkar
kubur seluruh Khalifah Bani umayyah melainkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Soalan 26: Huraikan dasar pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid

Pendahuluan

Nama sebenar Khalifah Harun al-Rasyid ialah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahadi Bin
Abu Jaafar al-Mansur. Beliau merupakan khalifah kelima dalam pemerintahan Bani
Abbasiyah.Beliau telah dilahirkan di al-Raj,Khurasan pada Zulhijah 145 H.Beliau merupakan
seorang yang berpendidikan tinggi dan memiliki sifat keperibadian yang tinggi.
Khalifah Harun al-Rasyid mempunyai pengalaman yang luas dalan aspek pentadbiran,
kemasyarakatan dan politik. Beliau terkenal sebagai seorang pemerintah yang bijaksana,ahli
falsafah dan cendekiawan islam. Setelah Khalifah Muhammad al-Mahadi bin Abu Jaafar al-
Mansur wafat,jawatan khalifah telah diganti oleh puteranya,Musa bin Muhammad(al-Hadi).
Terdapat beberapa sumbangan beliau, antaranya ialah :-

Isi-Isi Penting:

1. Sumbangan dalam aspek Pendidikan

Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam
penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu
institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya
seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu
bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang
aman dan makmur.
Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara
agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik
mahupun sosial. Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang
khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad
selama 23 tahun.

2. Sumbangan dalam aspek Pentadbiran

Keberanian seseorang khalifah juga amat penting untuk mentadbir sesebuah negara agar menjadi
sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup, sseorang khalifah tidak akan
mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh untuk mendapatkan keamanan
dan kemakmuran. Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan
pentadbiran negara.
Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya
dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya, beliau telah berjaya dalam peperaangan
tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun
semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan
teratur. Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi
perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

3. Kemajuan Dalam Intelektual

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu
sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan
ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual.
Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering
kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang
ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali
lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah,
beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada semua masyarakat dalam negaranya.

4. Kemajuan dalam Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dibuat oleh Khalifah Harun ar-
Rasyid. Malah, beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan
Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Masyul, Damsyik dan Aleppo muncul
sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam
membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa
pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad.
Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan
mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan, bukan sahaja pedagang-pedagang asing
yang datang berniaga, penduduk di Kota Bahgdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama
mereka.

5. Hubungan Diplomatik

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan
Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian
antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan
Byzantium. Hubungan yang baik dengan Kristian-Peranchis adalah kerana mereka sama-sama
mempunyai musuh yang sama iaitu kerajaan Bani Umayyah. Kedua-dua buah kerajaan ini
sentiasa bertukar duta dan kemudiannya diikuti oleh pemimpin mereka iaitu Khalifah Harun ar-
Rasyid sendiri dan Charlemange.

Malah, kerajaan Peranchis begitu menghormati dan meniru dasar pentadbiran
kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk kebaikan negara mereka sendiri. Manakala keluarga al-
Barmaki pula sangat terpengaruh dalam pentadbiran mereka. Mereka memegang banyak
jawatan yang penting seperti wazir hinggalah kepada gabenor daerah. Disebabkan itu,
hubungan antara kerajaan Abbasiyah tidak begitu baik dengan keluarga al-Barmaki.

6. Penubuhan Baitul Hikmah

Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah
dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan
mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu
pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan
oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah.
Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat
penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai
penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat
menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai
seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan

Kesimpulan

Terdapat banyak seumbangan yang telah dilakukan oleh Khalifah yang merangkumi aspek
politik, ekonomi dan sosial. Sumbangan khalifah adalah amat penting dalam perkembangan
intelektual Islam sehingga hari ini.

Soalan 27: Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid
sepanjang pemerintahannya.

Pendahuluan

Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan
Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehingga tahun 1258 M. Sepanjang
pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah
Harun al-Rasyid. Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi .
Sebelum menaiki takhta , baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantik sebagai
Putera Mahkota pada tahun 782M.
Beliau seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan
Abbasiyah semasa pemerintahan baginda menuju era kegemilangan

Isi-isi

1. Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negara lain
Byzantine, Perancis dan Andalusia bagi meluaskan syiar Islam dan mengukuhkan
kerajaan Abbasiyah.Hubungan antara kerajaan tersebut dengan Perancis dijalin kerana
Perancis juga bermusuhan dengan kerajaan Umayyah di Andalus. Hubungan Khlkifah Harun al-
Rasyid dengan Charlemenge amat erat, malah sering bertukar cenderahati . Khalifah Harun al-


Click to View FlipBook Version