The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainabukassim, 2019-12-16 19:29:41

SEJARAH SEM 2

SEJARAH SEM 2

Pengaruh perjuangan Ikhwanul Muslimin telah berkembang ke seluruh Negara Islam di dunia
untuk melaksanakan pembentukan Islah dan pembebasan daripada penjajahan kuasa Barat.

Soalan 113: Terangkan reaksi masyarakat tempatan di Algeria pada abad ke-19.

Pengenalan

Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki
uthmaniyah. Kelemahan pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada
kuasa Perancis campur tangan di Algeria. Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan
wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria bermula kerana isu kewangan.
Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campur tangan
Perancis dalam politik bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang dari
tentera Perancis yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.

Isi-Isi :

Penentangan Pada Zaman Husain Dey

Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah. Beliau
ingin mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak.
Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis
telah menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.

Penentangan Semasa Betrand Clausel

Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang
mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Mereka menceroboh masjid dan
tanah perkuburan orang Islam.
Keadaan ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Penentangan paling
hebat berlaku pada tahun 1830-an dan 1840-an.

Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir

Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul
Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera.
Pengalaman yang diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat
kepimpinan dalam dirinya. Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak
untuk menentang Perancis.

Peranan Dan Aktiviti Amir Abdul Qadir Dalam Penentangan

Amir Abdul Qadir ialah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Penentangan
beliau berterusan sehingga tahun 1842. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik
perang gerila. Beliau bergabung dengan Abu Ma’zi untuk menentang Perancis di wilayah Oran.

Beliau berjaya menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam
pertempuran Sidi Ibrahim. Sepanjang penentangan selama 10 tahun, beribu-ribu umat Islam
terkorban.

Kekejaman Thomas Robert Bugeaud

Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara
berterusan dari tahun 1841 hingga 1847. Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka
Perancis di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis. Tindakan
Bugeaud sangat ganas dan penduduk Algeria sangat menderita.
Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam
yang dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.

Undang-Undang 1848

Undang-undang 1848 membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat, iaitu
masyarakat Eropah yang hidup mewah dan masyarakat Islam yang hidup menderita.Penduduk
Eropah menyokong dasar perluasan.
Selepas tahun 1851, Raja Napoleon III memberikan tanah dirampas daripada penduduk Algeria
kepada syarikat-syarikat Perancis. Syarikat-syarikat ini mengupah penduduk tempat untuk
bekerja di ladang-ladang mereka.

Pemberontakan Kabylia

Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk di
kawasanKabylia melancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini kemudian merebak ke
kawasan-kawasan lain. Lebih kurang satu pertiga penduduk Algeria terlibat dalam
pemberontakan ini.
Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1872. Selepas
pemberontakan berakhir, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin.

Kesan Pemberontakan

Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk
menampung perbelanjaan Perancis. Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung
dengan masyarakat Islam lain.
Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai
kerajaan untuk mengelakkan penentangan peribumi. Perancis juga mengehadkan pendidikan
orang Islam, mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang khas untuk
mengawal masyarakat tempatan.

Gerakan Algeria Muda

Pada tahun 1900, golongan modenis Islam Algeria (Algeria Muda) menghantar satu
memorandum kepada pemerintah Perancis bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik
perwakilan. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pendukung modenis Islam di timur tengah
untuk membebaskan diri daripada Imperialisme Eropah secara politik, ekonomi, dan
kebudayaan.

Selepas Perang Dunia Pertama, golongan Algeria Muda yang memperkenalkan diri mereka
sebagai orang Islam Perancis berusaha menuntut kemajuan dalam pendidikan dan hak politik.
Selain daripada golongan Algeria Muda, terdapat juga rakyat Algeria yang bangkit menentang
penjajah Perancis dengan menjadikan dasar Pan-Islamisme sebagai penyesalesaian kepada
masalah di Negara mereka. Gerakan ini berjaya menyekat kegiatan Kristianiti di Algeria dan
Afrika Utara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun
1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah
untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis.
Jihad yang berterusan telah berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara
ini juga digelar “negara sejuta syuhada”. Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang
dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh
kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.

Soalan 114: Jelaskan peranan yang di mainkan oleh Abdul Qadir dalam gerakan
penentagan masyarakat islam Algeria terhadap Perancis.

Pendahuluan:

Gerakan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Amir Abdul Qadir.Beliau dilahirkan pada 26
September 1807 di Bandar Mascara, Wilaya Oren, Algeria. Ayahnya, Shaykh Muhyiddin al-
Hasani, merupakan seorang tokoh ulama terkemuka di Algeria.
Pada tahun 1825, beliau bersama ayahnya menunaikan ibadah haji di makkah. Abdul Qadir
bertemu Imam Shamil, pemimpin dan perjuang Chechnya yang berperang menentang penjajah
Rusia di negaranya. Mereka berbincang megenai politik dan nasib umat Islam.

Isi-isi penting

1. Pengalaman Abdul Qadir ini Berjaya menanamkan semagat dalam diri beliau dan pulang ke
Algeria beberapa bulan sebelum penjajah Perancis. Dalam tempoh dua tahun, Abdul Qadir
dilantik sebagai amir dan beliau Berjaya menyatukan perbagai puak dan melakukan penentagan
terhadap Perancis. Abdul Qadir menggunakan teknik perang gerila selama hampir sedekad, dan
dalam tempoh tersebut, beliau Berjaya megalahkan Perancis dalam beberapa petempuran.
Sementara itu, wilayah barat Algeria menjadi kubu kuatnya untuk menentang Perancis.

2. Abdul Qadir dikenali sebagai seorang ahlui sufi dan pejuang gerila yang memainkan peranan
menyusun barisan tentera untuk menentang musuh. Antara tokoh lain yang berperanan dalam
gerakan penentagan di Algeria ialah Abu Ma’zi yangberasal dari Mahhribi dan dating ke Algeria
pada tahun 1835. Beliau memgerakkan masyarakat untuk menentang Perancis di wilayah
Selatan Oran.

3. Abu Ma’zi seterusnya memindakan aktiviti penentagannya di Zawawah dan bergabung
dengan Abdul Qadir yang kemudiannya melantik beliau sebagai Gabenor di wilayah tersebut.
Abu Ma’zi kemudiannya dipaksa pulang ke Maghribi pada tahun 1845, namun kembali semula
pada tahun yang sma. Abu Ma’zi kemudiannya Berjaya mengerakkan penduduk Algeria dan
Berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Situasi ini membingbangkan

Perancis, lalu Jenerel Bugeaud menggerakkan pasukan tenteranya dan mereksut seramai 10 000
orang tentera dan Berjaya menewaskan pasukan Abdul Qadir.
4. Selepas perang dunia pertama, struktur social masyarakat Algeria mengalami kemunduran
dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Keadaan ini memaksa mereka memimjam daripada
golonganYahudi, namun golongan tersebut memeras masyarakat dengan mengenakkan kadar
bunga yang tinggi, iaitu sehingga 50 hingga 60 peratus. Begitu juga dengan golongan petani
yang tinggal di daerah sekitar yang masih mempunyai tanah, yang juga mengalami dua kali
pemindahan milik harta mereka, iaitu daripada tengan orang Algeria kepada Yahudi atau Eropah
dan satu pihak lagi daripda golongan kelas menegah kepada golongn peniaga.
5. Berakhirnya perang Rif, membawa semangat baharu kepada rakyak Algeria. Semangat social
mula kelihatan dalam tindakan.Madrasah dan masjid bebas daripada kawalan pemerintah.
Perang Rif ini juga di kenali sebagai Second Morrocan War yang melibatkan Perancis, Sepanyol
dan juga Maghribi di kawasan pergunungan Rif. Perang ini bermula pada tahun 1920 dan
memperlihatkan kekalahan Sepanyol menguasai Djebala.
6. Pada tahun 1921, kegagalan yang lebih besar dialami oleh Sepanyol yang dikalahkan oleh
pasukan pemimpin Shaykh Abdul Karin yang mengakibatkan kematian seramai 14 000 orang
tentera yang pemimpin oleh Jenerel Silvestre. Perang ini kemudiannya diteruskan oleh Perancis,
walaupun kekalah berpihat kepada umat Islam, ia memberikan suntikan semagat kepada rakyat
Algeria untuk menentang penjajah. Dari satu, lahir sebuah msyarakat baharu di Algeria hasil
sumbagan bersama dari segi kesedaran dan autonomi dalam membuat keputusan yang
memberikan cirri sah kepada sesebuah masyarakat.

Kesimpulan

Abdul Qadir merintis herakan kemerdekaan di Algeria.Penentangan pertama yang dipimpin oleh
beliau berlaku pada tahun 1832.

Abdul Qadir dikenali sebagai seorang yang tegas serta mempunyai semagat kecintaan yang
tinggi kepada tanah air. Beliau juga ialah seorang ahli sufi yang bijak menyusun barisan tentera
untuk menenteng musuh.

3.3 GERAKAN NASIONALISME

3.3 Gerakan Nasionalisme Mesir dan Syria

Soalan 115: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir abad
ke-20M

Pendahuluan

Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah,namun
pengaruh British di mesir sangat kuat. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918
iaitu sehingga tamatnya perang dunia pertama. selepas itu,pihak british mula melonggarkan
sedikit cengkamannya ke atas pentadbiran dalam negeri mesir,namun mereka tetap melindungi
kepentingan ekonomi mereka di mesir.
Dengan melantik seorang konsul jeneral,iaitu Lord Cromer,british seolah-olah memerintah mesir
pada ketika itu. Jentera pentadbiran tradisional di bawah kepimpinan Khedif,iaitu wakil
pemerintah empayar Turki Uthmaniyah,namun pemerintah mesir hanyalah seperti boneka untuk
mengawal penduduk tempatan sahaja. Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas
sehinggakan membawa kepada semangat anti-british dan pengaruh kuasa asing.

Isi-isi penting

1. Pengaruh agama

Melihatkan cara british di mesir yang cuba untuk membaratkan masyarakat mesir serta
menjauhkan agama islam daripada tertegak di mesir,muncul golongan rerformis islam
menentang pihak british.pergerakan ini dinamakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh
sheikh Hassan al-Banna. Sebagai sebuah pergerakan islam,Ikhwanul Muslimin cuba
menegakkan kembali islam di mesir berlandaskan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w
dan menolak modenisme yang berbentuk sekular yang telah meresap masuk dalam masyarakat
mesir ketika itu.
Gerakan ikhwanul muslimin menggunakan pengaruh agama dengan menyedarkan umat islam
mesir untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan syirik,khurafat dan sebagainya
serta berbalik kepada islam. Ikhwanul muslimin semakin bimbang apabila wujud golongan
cerdik pandai islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat.
Antaranya termasuklah syaikh ali abdul raziq yang menulis buku berjudul islam dan dasar-dasar
pemerintahan.beliau menyokong tindakan Mustafa kamal Ataturk kerana memisahkan antara
agama dengan politik. Ali menegaskan bahawa islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan
Negara bahkan adanya khalifah islam itu akan membawa bencana kepada umatnya.

2. Peranan bahasa dan kesusasteraan

Boutros ghali seorang berbangsa Qibti iaitu penduduk asal mesir yang memegang jawatan
sebagai hakim telah dibunuh pada tahun 1910 selepas menandatangani perjanjian pemerintahan
bersama sudan. Pembunuhan beliau berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak parlimen
mesir bagi memberikan konsesi terusan suez yang lebih kepada pihak british.

Kematian beliau diabadikan oleh penyajak ahmad shawqi dan hafiz Ibrahim yang diterbitkan
dalam al-muayyaddan al-liwa.sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk tempatan.
Golongan modenis islam yang dipelopori oleh rasyid rida sangat lantang memperjuangkan
bahasa arab mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi
dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa inggeris dan bahasa perancis.dengan cara ini ,dapat
mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit.

3. Pengaruh kewartawanan

Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk mesir yang rata-rata beragama islam ketika itu. Penulisan rasyid rida melalui
akhbar salafiya banyak membuka minda rakyat mesir pada waktu itu.rasyid rida merupakan
orang kanan kepada Muhammad abduh,dan penulisannya banyak menyentuh soal modenisasi
islam.
Rasyid rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan
menyalahkan dan menganggap penjajah yang membuatkan umat islam mundur.beliau dan
pendukung modenisasi islam cuba menegakkan warisan dan keperibadian arab terutamanya
bahasa arab mesir iaitu lanjah misriyah.
Penulis wanita juga giat memperjuangkan hak mereka seperti malak hifni nasif yang
menggunakan nama pena bahithat al-badiya.beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan
wanita secara terbuka dalam penulisannya dan mesejnya sampai kepada masyarakat terutama
golongan intelektual.

4. Peranan pendidikan

British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di mesir walaupun mereka mampu
membiayainya.hal ini memberi kesan kepada golongan muslim di mesir untuk membaiki taraf
kehidupan mereka.lebih teruk lagi,kesemua jawatan kerajaan diisi oleh golongan berpendidikan
yang berasal daripada keluarga berada.
Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan
kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada
penduduk tempatan,dan gaji yang diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada
penduduk tempatan.
Pada tahun 1908, rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan dan beberapa tokoh nasionalis
terkenal cuba menubuhkan sebuah university swasta mereka sendiri.selepas melihat usaha
mereka ini,barulah kerajaan mula mengambil berat tentang penubuhan universiti ini.
Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di mesir
terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.ramai daripada bijak pandai berhujah serta
bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.
Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh
pembelajaran mereka.selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british melalui guru-guru
mereka yang berbangsa perancis.
Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih berkhidmat di
mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang berkomplot dengan empayar Turki
Uthmaniyah untuk merampas mesir dari perancis.

5. Peranan golongan intelektual

Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang kuasa barat di mesir
terbahagi kepada dua,iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan barat.
Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa kamil dan
mohammed farid.mustafa kamil cukup terkenal dalam kalangan masyarakat mesir kerana
sikapnya yang keras dalam menentang british.
Beliau menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia barat,dan cuba meraih
sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan qibti.cita-cita Mustafa kamil adalah
untuk merebut kemerdekaan daripada british dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-
barat.
Sheikh Hassan al-banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menetang
british melalui penubuhan ikhwanul muslimin.pertubuhan ini merupakan sebuah organisasi yang
teratur dan mempunyai cawangan di seluruh mesir.
Melalui ikhwanul muslimin,sheikh Hassan al-banna melaksanakan program-program keislaman
yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di mesir dengan tujuan untuk
membina sebuah kerajaan islam.
Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera mesir memberikan sumbangan yang
cukup besar dalam gerakan nasionalisme mesir.ini terbukti apabila golongan pegawai-pegawai
tentera berketurunan Fellahin bangkit menetang british dan pemerintahan khedif dari empayar
Turki Uthmaniyah yang suda korup.

6. Pengaruh luar

Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan penduduk mesir bangkit melawan kuasa
asing ialah perang dunia pertama.
Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh british untuk meninggalkan ladang-ladang mereka
dan menyertai perang dunia pertama dengan membantu pertubuhan palang merah dan menjadi
kuli kepada tentera british di palestin,Gallipoli serta perancis.
Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta ini.

Penutup

Gabungan faktor-faktor yang dibincangkan tadi menimbulkan gerakan nasionalisme di mesir
pada abad ke-20m.
Bagaimanapun faktor pengaruh agama,peranan golongan intelektual,dan peranan pendidikan
memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di negara sungai Nil.

Soalan 116: Perincikan usaha dan peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh
intelektual Mesir iaitu Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida dalam gerakan
pembaharuan di Mesir.

Pendahuluan

Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, Mesir merupakan sebahagian daripada kerjaan Turki
Uthmaniyah. Pada tahun1798 Masihi ,Mesir telah dikuasai oleh Perancis(diketuai oleh Napoleon
Bonaparte) selama tiga tahun. Tahun 1801 selepas pakatan Uthmaniyah-British telah berjaya
mengalahkan Perancis dan British telah mengambil alih pemerintahan di Mesir. British mula
menguasai Mesir dengan sumber ekonomi yang berharga seperti minyak.
Tindakan British yang mengeksploitasi masyarkat Mesir demi kepentingan mereka telah
mengakibatkan berlakunya penindasan – jaul ketinggalan berbanding golongan pendatang.
Menyedari keadaan tersebut, timbul gerakan semangat nasionalisme bagi memulihkan keadaan
ini yang dipelopori golongan intelektual tempatan seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad
Abduh dan Muhammad Rashid Rida.

Isi-isi

1. Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Biodata Muhammad Abduh (1849-1905M)

Biodata Muhammad Abduh

Nama penuh- Muhammad bin Abduh bin Hasan Khayr Allah. Lahir di desa Mahallat Nashr, al-
Buhayrah, Mesir tahun 1849 Masihi dan meninggal pada 1905M. Berketurunan-bangsa Turki
sebelah ayahnya Abduh bin Hasan Khayr Allah. Pendidikan- awal mempelajari Al-Quran, hafal
kitab umur 12 tahun. Formal di Masjid Ahmadi dan bapa saudaranya Shaykh Darwish Khidr di
Shibral Khit. Melanjut pelajaran di Universiti Al-Azhar di Kaherah tamat tahun 1877 Masihi
Ketika ini (1869Masihi) bertemu dengan tokoh reformasi dunia Islam, Sayyid Jamal al-Din al
Afghani dalam sebuah diskusi. Terpengaruh dengan fahaman Al –Afghani yang merupakan
seorang pemikir moden yang memiliki semangat tinggi untuk mengembalikan kegemilangan
umat islam yang ketika itu berada di bawah penjajahan Barat dan menolak kefanatikan

Usaha Pembaharuan (Reformasi ) Muhammad Abduh.

a. Pendidikan Masalah Pendidikan Dualisme di Mesir

Semasa era Shaykh Muhamad Abduh, Mesir mempunyai dua sistem pendidikan yang berlainan
dari segi matlamatnya iaitu: Sistem Pendidikan Tradisional yang menfokuskan kepada ilmu-
ilmu keagamaan-golongan konsevertif. Sistem pendidikan moden yang mengambil contoh dari
Barat-Muhammad Ali Pasha. Muhammad Abduh melihat bahaya akan timbul berikutan
daripada dualisme dalam pendidikan. Akibatnya, sistem pendidikan tradisional akan melahirkan
ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu moden. Manakala sekolah kerajaan yang moden
melahirkan lulusan yang kurang ilmu agamanya. Berikutan perbezaan yang wujud, semasa
menjadi pensyarah di Dar al-Ulum dan Universiti al-Azhar Shaykh beliau berani melakukan
perubahan-perubahan radikal. Berusaha memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan
sistem pendidikan moden. kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden buang amalan kolot
dan fanatik

Sekembalinya dari buangan pada tahun 1888M, Muhammad Abduh cuba menangani isu
pendidikan dan memberi laporan kepada pihak berkuasa mengenai rancangan pendidikan untuk
membaiki kemerosotan di Universiti al-Azhar. Caranya ialah melakukan penambahan ilmu-ilmu
moden dalam Universiti al-Azhar di samping memperkukuhkan ilmu-ilmu agama di sekolah-
sekolah kerajaan supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pendidikan
tersebut-Dar al Ulum 1871. Meskipun pembaharuan yang diperkenalkan mendapat sambutan
perlahan pada peringakat awal, namun pembaharuan telah mewujudkan suasana keilmuan
baharu di Universiti al-Azhar sekaligus telah dapat menyediakan asas perubahan seterusnya.
Reformasi Pendidikan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh di Universiti al-Azhar pad akhir
abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menaikkan imej universiti tersebut dan menjadi simbol
modenisasi dalam Islam.

b. Masalah Buta Huruf Dalam Kalangan rakyat Mesir

Reformasi juga dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalamkalangan rakyat Mesir.
Shaykh Muhammad Abduh mendapati pihak kerajaan gagal menyediakan pendidikan yang
sesuai kepada rakyat Mesir –menyebabkan berlakunya buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir.
Sistem pendidikan yang dirancang oleh penjajah ketika itu tidak memberi faedah kepada
sebahagian besar rakyat Mesir. Contohnya, golongan petani yang menjadi penyumbang utama
pendapatan negara hidup terbiar, kehadiran ke sekolah hanya 4% sahaja. Didapati setelah empat
dekad penjajahn British 92% penduduk lelaki dan 99% penduduk wanita buta huruf.
Tindakan – kegiatan penterjemahan buku ilmiah ke dalam bahasa Arab dilakukan bagi
membolehkan rakyat Mesir membaca dan memahaminya. Setelah beliau kembali ke Mesir
selepasdipecat mendapat tugas oleh pemerintah untuk terbit majalah al-Waqa’I al- Misriyyah.
Kesempatan ini diguna oleh beliau untuk bekongsi isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sperti
nasib rakyat, pendidikan dan pengajaran.

c. Gerakan Nasionalisme

Muhammad Abduh dan Al-Afghani telah meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan
rakyat Mesir. Menyusun gerakan untuk memberim kesedaran kepada seluruh umat Islam untuk
menentang penjajahan Barat dalam al-Urwahal-Wuthqa. Melindungi masyarkat tempatan
dibelenggu penjajah yang menindas dan menguasai ekonomi dan politik di Negara Mesir.
Kesannya, semangat kebangsaan bergema seluruh dunia dan member pengaruh kuat kebangkitan
umat Islam menentang penjajahan. Akibatnya, pihak British berasa bimbang dan akhirnya
pemerintah British menyekat kemasukan majalah tersebut ke wilayah Mesir dan India. Tetapi
gerakan Muhammad Abduh tetap diteruskan setelah beliau menjadi mufti Mesir pada 1899
kembali berjuang meniup roh perubahan dan kebangkitan kepada umat Islam.

Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935)

Biodata Muhammad Rashid Rida;

Nama- Muhammad Rashid bin Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din
bin Munla al-Khalifa. Lahir- di Qalamun, Tripoli, Lubnan 23 September 1865. Pendidikan-
kanak-kanak belajar di kuttab setelah lancar membaca dan menulis beliau belajar di Madrasah
al-Rashidiyyah.

Mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf, dan ilmu agama lain seperti akidah dan ibadah.
Pendidikan tinggi umur 18 tahun melanjut pengajian di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiah
yang didirikan oleh Shaykh Husayin al-Jisr. Mempelajari mantik falsafah dan ilmu agama
lain. Mempelajari bahasa Turki Prancis dan karya-karya imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah.

Usaha-usaha Muhammad Rashid Rida:

a. Seorang Reformis Pembaharuan Pendidikan:

Merupakan penulis yang prolifik berpengaruh dengan reformasi Islam, pen- Arabisama dan
Nasionalisma Arab. Idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida ditanam oleh
Syaykh Husayin al-Jsir. Ketika menuntut Rida juga mengikuti perkembangan dunia Islam
melalui akhbar al-‘Urwah al- Wuthqa melalui akhbar ini beliau mengenali gagasan permikiran
dua orang tokoh pembaharuan yang sangat dikaguminya iaitu al-afghani dan Muhammad
Abduh.Penelitian terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah telah memberikannya
inspirasi mengenai kepentingan membaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran
Islan dalam kalangan umatnya.
Sepanjang karer interlektualnya Rida mendukung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran
umat Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin. Namun
begitu Rida juga menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban barat
dan mengambil aspek-aspek positif seperti ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau juga
menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan
pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da’wah al-Irshad pada tahun 1912 di
Khahirah. Idea-idea Muhammad Rashid Rida amat mempengaruhi pendidikan Islam pada abad
ke-20 Masihi dalam pembangunan dan perlaksanaan falsafah politik sebuah “Negara Islam”.

b. Pemimpin Politik

Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Pesiden Kongres Syria pada
tahun 1920. Di samping sebagai wakil deligasi Palestin Syria ke Giniva Pada tahun 1921.
Menghadiri persidangan Islam di Makkah 1926 dan diJerusalem pada tahun 1931.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sumbangan kedua-dua tokoh reformasi ini telah berjaya membawa perubahan
dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir untuk berubah dan memerdekakan diri
daripada penjajahan barat.
Berikutan perentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat
tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922.
Gerakan reformasi oleh kedua-dua tokoh ini telah berjaya mempengaruhi gerakan Nasionalisma
di seluruh dunia Islam dan mereka menjadi benteng umat Islam daripada idea dan pemikiran
barat yang tidak selari dengan syariat Islam.

Soalan 117: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada
abad ke-20 Masehi.

Pendahuluan

Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar turki
uthmaniyah yang menaungii Negara-negara arab islam. Kuasa imperialis barat mula mengambil
alih peranan empayar turki uthmaniyah. Di Syria, perancis telah diberi mandate untuk menjaga
hal ehwal Negara tersebut. Walaupun perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada
Syria, namum mereka telah menjajah Negara tersebut selama tujuh tahun..
Pada tahun 1927, perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh parti
blok nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan perancis tanpa mendapt
kemerdekaan penuh.

Isi-isi penting

1. Pengaruh agama

Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua Negara dan bangsa arab
sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria. Kedudukan palestin yang bersempadan
di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berberat perihal
saudara islam mereka di palestin
Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang palestin jelas
kelihatan apabila golongan turki muda yang memerintah turki dikuasai oleh pertubuhan al-
Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi
semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah.

2. Peranan bahasa dan kesusteraan

Perancis cuba menonjool kan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minority. Dengan
alas an tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Antara
kesan ketara dasar berkenanan ialah perjuangan bahasa oelh golongan minority agar diiktiraf
seperti bangsa kurdi yang meninginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan
yang diduduki oleh puak kurdi.
Di alexandrett, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang
majoritinya berbangsa turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa turki.

3. Peranan pendidikan

Sebuat akademik telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistic di seluruh
pelusuk tanah arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan akademik bahasa ini
adalah untuk menyuasaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyrakat arab yang
mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka
bersatu dibawah satu perkara, iaitu bahasa arab.
Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah Negara arab merdeka di
Syria ialah Abu Khaldun Sati al-husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya,

beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan turki uthmaniyah. Di damsyik dan Beirut, beberapa
buah university yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempetan.

4. Peranan golongan intelektual

Rasyid rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan
modenisme islam yang awalnya dipelopoti oleh jamaluddin al-afghani dan Muhammad abduh.
Raysid rida mengkaji kelemahan masyrakat islam ketika itu dibandingkan dengan masyrakat
colonial barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyrakat islam
kembali kepada perinsip-prinsip dasar islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi
kehidupan moden.
Penulis beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat islam
ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke mesir pada tahun 1897 untuk
menuntut ilmu.

5. Pengaruh luar

Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar turki uthmaniyah.
Oleh kerana dasar pan-islamisme menjadi dasar kerajaan turki uthmaniyah, maka dasar ini telah
menyemarakkan semangat penduduk tempatan menagkis ancaman pihak barat.
Shakid arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah
kerajaan turki uthmaniyah dan menolak konspirasi barat yang mahukan penduduk Syria
menentang penguasaan kerajaan turki uthmaniyah. Syaked arselan yang berasal dari lubnan
menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak british semasa perang dunia
pertama, iaitu pada tahun 1916.

Penutup

Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918 , terdapat banyak faktor yang
menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20m.
Gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua Negara dan bangsa arab.

3.4 PERANG DUNIA PERTAMA

Soalan 118: Huraikan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

Pendahuluan

Perang dunia Pertama (1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman, Austria-Hungary dan
Turki Uthmaniyah yang di kenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan Rusia,
Britain serta Perancis yang di kenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang
kemudiannya di sertai Itali pada tahun 1907

Meletus di sebabkan oleh persaingan dalam bidang politik dan ekonomi antara perikatan negara-
negara di Eropah.Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah membunuh waris takhta
kerajaan Austria-Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, ibu negeri Serbia.
Peristiwa ini menjadi sebab serta merta meletusnya The Great War atau Perang Dunia Pertama
dan membawa kuasa-kuasa besar di Eropah melibatkan diri dalam kancah Perang Dunia
Pertama.

Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah di perintah oleh Sultan Abdul Hamid ll.
Namun, kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah di pegang oleh tiga serangkai pemimpin
Turki Muda, iaitu Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri) dan
Tal’at Pasha (Menteri Dalam Negeri)
Isi-Isi Penting

Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

1. Perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menguasai Bosnia-Herzegovina,
bekas wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah bermula sejak abad ke-19 lagi. kuasa-kuasa
Eropah khususnya Rusia berhasrat untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah.Rusia menghasut
orang Serb di Bosnia-Herzegovina supaya memberontak terhadap pemerintahan Turki
Uthmaniyah.Rusia juga membantu Serbia menentang Turki Uthmaniyah pada tahun 1878.
Dengan bantuan Britain, empayar Turki Uthmaniyah masih bertahan daripada tekanan Rusia.
Namun, apabila Britain mula berbaik dengan Rusia pada tahun 1907 dan sebelum itu Britain
berbaik dengan Perancis pada tahun 1904 menyebabkan keselamatan Turki Uthmaniyah mula
tergugat. Kemudian, ketiga-tiga kuasa Eropah itu berpakat untuk menguasai empayar Turki
Uthmaniah dan meruntuhkan pemerintahan Khalifah Turki. Keruntuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menjadi penaung kepada umat Islam sejagat akan memudahkan kuasa-kuasa
Eropah itu menguasai dunia.

2. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah memihak kepada Jerman.
Perbincangan diadakan antara pemimpin Turki Uthmaniyah iaitu Enver Pasha (Menteri
Peperangan) dan Said Halim Pasha(Perdana Menteri) dengan Wangenhaim, iaitu Duta Jerman
dan Pallavicini, duta Austria-Hungary di Istanbul pada 22 Julai 1914. Kedua-dua pemimpin
Turki Uthmaniyah ini menandatangani perjanjian dengan Jerman pada 2 Ogos 1914 dengan
menyatakan persetujuan untuk menyokong Jerman dalam Perang Dunia Petama sekiranya
Jerman memberikan bantuan dalam krisis Austria dan Serbia.Perjanjian ini di hadiri oleh Said
Halim Pasha,Enver Pasha,Tal’at Pasha(Menteri Dalam Negeri) serta Halil Bey(Ketua
Parlimen). Sebab utama Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman adalah kerana bimbang
dengan rancangan Rusia yang ingin menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah di
kawasan Balkan. Lagipun Jerman tidak di anggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa

imperialis seperti Britain,Perancis, dan Rusia yang menjajah negara umat Islam.Kaiser Wilhelm
ll(Jerman) menonjolkan imejnya sebagai pembela umat Islam. Kaiser Jerman cuba memujuk
orang Islam bahawa mereka akan membantu perjuangan umat Islam dalam menentang
penjajahan di Afrika Utara dan percubaan kuasa asing menduduki kawasan-kawasan yang masih
berada di bawah penguasaan orang Islam.Dengan bersekutu bersama Jerman dan Austria,Turki
Uthmaniyah berharap empayarnya dapat di pertahankan.

3. Apabila perang meletus antara Jerman dan Britain, dua buah kapal Jerman,
iaitu Goeben danBreslau di serang oleh tentera laut British dari Laut Mediteranean ke
Selat Dardanellas. Enver Pasha membenarkan dua buah kapal tersebut berada di perairan Turki
Uthmaniyah pada 11 Ogos 1914. Bagi melindungi perkara tersebut,dua buah kapal ini di beli
oleh Turki Uthmaniyah yang kemudiannya di daftarkan dengan nama Yavuz Sultan
Selim dan Midili. Admiral Jerman iaitu Wilhelm Souchon turut di pakaikan dengan pakaian
seragam tentera Turki Uthmaniyah. Tindakan Turki Uthmaniyah tersebut menyebabkan
Rusia dan Eropah memprotes kerana tindakan itu mencabar dasar berkecuali. Apabila
kapal-kapal Turki Uthmaniyah menyerang Rusia pada bulan Oktober, Rusia dan sekutunya
bertindak menyerang balas dengan mengisytiharkan perang pada 5 November 1914.Kerajaan
Turki Uthmaniyah kemudiannya mengisytiharkan perang jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu
Britain,Rusia dan Perancis. Pengisytiharan perang oleh Britain memaksa Turki mengeluarkan
fatwa yang dikenali sebagai Jihad-i-Ekhbar Fard-I-Aenon pada 11 November 1914. Fatwa
tersebut di tandatangani oleh Sheikh al-Islam, Khayri Effendi.

4. Semasa Perang Dunia Pertama, Enver Pasha selaku Menteri Pertahanan Turki telah
menggunakan slogan Pan-Islamisme (Perpaduan Islam Sejagat) bagi mencabar pihak
Berikat.Namun, strategi ini gagal memperoleh sokongan umat Islam kecuali di Libya dan
Mesir. Mesir dan Libya telah mengupah pasukan tentera asing yang besar bagi membantu
tentera Turki Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, penentangan mereka dapat di patahkan oleh
Britain. Pada tahun 1916, sebahagian daripada orang Arab yang di ketuai oleh Sharif Husayn ibn
Ali, Gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah mengisytiharkan perang terhadap empayar
Turki Uthmaniyah. Sharif Husayn bertindak demikian kerana pihak British berjanji untuk
membantu beliau mendirikan sebuah negara Arab yang merdeka di wilayah Arab yang akan di
rampas daripada Turki Uthmaniyah. Ketika berlakunya peperangan, Britain telah mengadakan
rundingan sulit dengan banyak pihak terutama di Timur Tengah .Sebelum perang meletus,wakil
British di Kaherah telah menghubungi Abdullah,anak kepada Sharif Husayn yang berketurunan
Bani Hasyim.Abdullah menemui Lord Kitchener untuk mengetahui bentuk bantuan yang akan di
berikan oleh Britain sekiranya mereka bangkit memberontak menentang empayar Turki
Uthmaniyah.

5. Pihak berkuasa Turki Uthmaniyah menghubungi Sharif Husayn ibn Ali memaklumkan
pengkhianatan British dan mencadangkan agar memutuskan hubungan dengan kuasa tersebut
dan kembali kepada sistem Khalifah Islam. Namun begitu, Sharif Husayn ibn Ali menghubungi
British memohon penjelasan,malangnya penerangan yang di berikan oleh British agak kabur.
Apabila perang meletus,Sharif Husayn ibn Ali enggan memberikan bantuan kepada Turki
Uthmaniyah. Kemudian, Turki Uthmaniyah menyekat kemasukan jemaah haji dan pedagang ke
Hijaz menyebabkan sumber pendapatan Sharif Husayn ibn Ali terjejas.

6. Tekanan daripada Turki Uthmaniyah ini membuatkan Sharif Husayn bergantung
kepada British bagi mendapatkan bekalan makanan. Tiga minggu sebelum Sharif Husayn

merasakan bahawa beliau telah menunaikan tanggugjawabnya dengan memulakan
pemberontakan dalam kalangan orang Arab, pihak British tidak menunaikan janji mereka
sebaliknya telah merancang Perjanjiaan Sykes-Picot(16 Mei 1916). Menurut beberapa
perjanjian sulit yang di buat oleh Kuasa Bersekutu semasa perang, seluruh willayah Turki
Uthmaniyah termasuk wilayah yang di diami oleh bangsa Arab akan di bahagi-bahagikan antara
mereka. Persetujuan Sykes-Picot yang di tandatangani antara British dengan Perancis
membahagikan Timur Tengah kepada zon-zon yang akan di letakkan di bawah pengaruh mereka.
Menerusi persetujuan ini, Perancis mempunyai autorirti di Utara Iraq, Syria dan Lubnan
manakala British di Iraq, Transjordan, Haifa dan Acre. Palestin di letakkan di
bawah international administration.Keputusan yang di buat dalam persetujuan ini turut di
bincangkan dengan Rusia sebagai sekutu dalam perang. Pada peringkat awal, Rusia bersetuju
dengan perjanjian ini, namun menolaknya berikutan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada tahun
1917. Rusia kemudiannya mendedahkan kandunganPerjanjian Sykes-Picot dan beberapa
dokumen rahsia lain yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Arab yang
mengetahui hal ini.

Penutup

Dengan menghasut gabenor-gabenor Turki Uthmaniyah di kawasan-kawasan tertentu dan
penduduk tempatan yang anti-kerajaan di samping sokongan kuat pihak Berikat menyebabkan
kerajaan Turki Uthmaniyah tewas dalam Perang Dunia Pertama ini.

Soalan 119: Bincangkan konflik di Balkan yang merupakan faktor tercetusnya Perang
Dunia Pertama

Pendahuluan

Perang Dunia Pertama membawa perubahan yang besar kepada dunia keseluruhannya .
Setelah Revolusi Industri berakhir , kuasa Eropah enggan berkongsi sumber ekonomi dan bahan
mentah hingga menyebabkan berlakunya jurang perbezaan , pertentangan dan juga konflik .

Isi-Isi Penting

1 . Kemelut perang Dunia Pertama

a. Senario sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama , menunjukkan hasrat dan matlamat yang
berbeza daripada pelbagai negara . Serbia berjuang untuk mencapai perpaduan nasionalis untuk
orang Serb , Austria pula ingin menjadi antara kuasa yang kuat , Rusia mempunyai misi untuk
menguasai Istanbul dan Selat Dardanelles . Jerman muncul sebagai kuasa besar cuba untuk
mengimbangi ekonomi Eropah , Perancis pula berusaha mengekalkan kuasa di Alsace-Lorraine
selepas berakhirnya pemerintahan Jerman . Britain berusaha berusaha menyaingi kekuasaan
angkatan laut Jerman dan juga ketenteraan Prusia kemudian Britain , Perancis dan Rusia bersatu
menjadi Kuasa Bersekutu (The Entente Powers) manakala Jerman , Austria dan Itali sebagai
Kuasa Pusat (The Central Powers) kemudian Itali menarik diri dari pakatan itu .

b. Jerman berharap kerajaan Uthmaniyah menyebelahinya , sejak akhir abad ke-19 Jerman
berusaha menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Uthmaniyah dan ini dapat dilihat melalui

pengaruh Jerman dalam bidang ketenteraan Uthmaniyah . Kerajaan Uthmaniyah dilihat
mempunyai kepentingan menerusi penglibatan merka dalam Perang Dunia Pertama seperti
peperangan dengan Greek . Ini bertujuan untuk menguasai semula Wilayah Salonika yang gagal
di pertahankan dalam konflik di Balkan .

2 . Konflik di Balkan dan Tragedi Jun 1914

a. Wilayah Balkan di duduki pelbagai bangsa seperti Serbia , greek , Slavia dan Romania yang
beragama Kristian , mendesak kuasa autonomi daripada kerajaan Uthmaniyah . Austria berjaya
menguasai Bosnia dengan sokongan dari Rusia . Serbia pula membentuk pakatan dengan
Bulgaria pada 13 Mac 1912 untuk menghalang monopoli dari Austria . Seterusnya pakatan
Greece-Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912 . Pada Oktober 1912,
Montenegro menandatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria bersedia untuk berperang.
Kerajaan Uthmaniyah terpaksa brhadapan dengan percaturan politik dengan jiran-jirannya di
Balkan .

b. Perang Balkan yang pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke
utara Albania da Nozi Pazar pada 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke
atas wilayah di Eropah, persempadanan wilayah berdasarkan etnik, melantik gabenor
masyarakat Kristian , majlis pentadbiran daerah, pendidikan secara percuma dan sebagainya .
Kerajaan Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. Ini memberi kesan buruk kepada
mereka , terutama apabial Greek-Montenegro berjaya menawan pulau Aegean dan juga
menyekat laluan ke Anatolia dengan menguasai Rumalia .Bulgaria memberi peluang kepada
Greek-Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan Edirne . Siri
kedua Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthmaniyah . Albaniah mendapatkan
kemerdekaan dan memberi sokongan kepada Itali untuk berkuasa di Adriatik .

c. Seruan ke arah perpaduan dan kesamarataan yang dilaungkan oleh pemimpen Turki Muda
selepas Revolusi 1908 , membawa kesan kepada kerajaan Uthmaniyah. Wilayah-wilayah di
balkan mula bangkit dan menuntut kemerdekaan . Antara faktor yang menyebabkan kekalahan
kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran Turki muda untuk menangani kemelut di
Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan. Perjanjian London yang ditandatangani pada 30 Mei
1913, memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan Bulgaria , Serbia , Greek dan juga
Montenegro .

d. Pembunuhan Archduke Franz ferdinand dan isterinya , Duchees Sophie dari Austria-Hungary
pada 28 Jun 1914 di Sarajevo , Bosnia menjadi faktor kepada konflik yang dilihat membawa
kepada Perang Dunia Pertama. Akhbar di Austria telah mengumumkan tentang lawatan Putera
Mahkota Austria, iaitu Archduke Ferdinand dan isterinya , Countess Sophie ke Sarajevo , Ibu
Negara Bosnia pada 28 jun 1914 . Hari tersebut merupakan tarikh sensitif bagi Serbia kerana
mencatatkan kekalahan untuk mendapatkan kemerdekaan di Kosovo pada tahun 1839 . Kolonel
Dimitrieve , ketua Bahagian Risikan Serbia memberikan latihan menembak menggunakan bahan
letupan kepada Gavrilo Princip dan dua orang pemuda dari orang Bosnia untuk melakukan
pembunuhan pada 28 Jun 1914 .

e. Pada 3 Ogos 1914 , Jerman mengisytiharkan perang ke atas Perancis apabila tentera
udaranya melakukan serangan bom berhampiran Wilayah Karlsruhe dan Nuremburg. Manakala
pada 4 Ogos 1914 , Britain mengisytiharkan perang ke atas Jerman . Peristiwa ini kemudiannya
membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama .

Penutup

Perang Dunia Pertama membawa perubahan yang besar kepada dunia Eropah dan juga dunia
Islam di Timur Tengah setelah berakhirnya peperangan .

Soalan 120: Huraikan penyelesaian Perang Dunia Pertama yang melibatkan kerajaan
Turki Uthmaniyah.

Pendahuluan

Perang Dunia Pertama tamat pada tahun 1981 M dan Kuasa Pusat mengalami kekalahan.
Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia ini telah mendedahkan wilayah
kekuasaan mereka di Timur Tengah kepada Kuasa Bersekutu. Kuasa Bersekutu telah memeterai
perjanjian sulit semasa perang. Menurut perjanjian tersebut seluruh wilayah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyah akan dibahagi-bahagikan termasuk wilayah yang didiam ole bangsa Arab.
Hal ini disedari oleh pemimpin Uthmaniyah setelah Rejim Bolshevik mendedahkan isi kandunan
perjanjian tersebut. Hal ini telah meninmbulkan rasa tidak puas hati kerajaan Uthmaniyah .

Isi –isi penting:

Perjanjian Sykes- Picot

Perjanjian ini telah ditandatangani secara sulit antara British dan Perancis. Dalam perjanjian ini,
Timur Tengah dibahagikan kepan zon-zon yang menjadi wilayah mereka selepas perang.
Contohnya , kawansan Teluk dan utara Syria dikuasai oleh Perancis. Manakala Iraq, Haifa,
Arced an Transjordan dikuasai oleh British. Palestin di bawah pengaruh international
administration.
Sebarang keputusan yang dibuat dalam perjanjian ini turut dibincangkan bersama Rusia sebagai
sekutu dalam perang ini. Pada awalnya Rusia bersetuju. Namun kemudiannya menolak
berikutan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 M.
Rusia telah bertindak mendedahkan isi kandungan perjanjian Sykes- Picot kepada kerajaan
Uthmaniyah. Hal ini menimbulkan kemarahan orang Arab kerana pihak British dan Perancis
telah menunjukkan ketamakan melampau dengan penguasaan wilayah umat islam.

Perjanjian Mudros

Telah ditandatangani pada30 oktober 1981 M antara kerajaan Uthmaniyah dengan Kuasa
Bersekutu yang diwakili oleh Rauf Bey dan Admiral Arthur Gouh-Cathrope. Timur Tengah
dilepaskan dan membuka Selat Dardanelles dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu.
Di samping itu, tentera kerajaan Uthmaniyah dibubarkan. Malahan penguasaan ke atas Istanbul
dan kejatuhan empayar Uthmaniyah.

Perjanjian Versailles

Telah ditandatangani pada 12 Januari 1919 M semasa Paris Peace Conference yang diketuai oleh
Kuasa Bersekutu. Wakil mereka iaitu Georges Clemenceau (Perancis), David Lloyd George
(British), Vittorio Orlando (Itali) dan Woodrow Wilson (AS).
Kuasa Bersekutu bersetuju menghukum Jerman iaitu dengan penyerahan semua tanah jajahan,
wilayah Alsace-Lorrainutane dipulangkan, penyerahan wilaya Eupen-Malmedy kepada Belgium
dan pungutan suara diadakan di sebelah utara Schleswig.

Pengharaman penggabungan Jerman dan Austria.

Sekatan dalam bidang ketenteraan dikenakan ke atas Jerman. Rhineland sebagai kawasan bebas
tentera selama 15 tahun, Jerman membayar hutang perang sebanyak $6600 juta, Jerman
mengakui menjadi punca kepada Perang Dunia Pertama, Menghadkan tentera Jerman kepada
100 000 sahaja dan Tentera laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah 10 000 tan dan
tidak boleh memiliki kapal airship.

Penutup

Perjanjian Versailles merupakan tamparan besar kepada Jerman dan kerajaan Uthmaniyah. Di
samping itu, keruntuhan kerajaan Uthmaniyah memperluaskan jurang antara Islam dengan kuasa
Eropah. Hal ini juga membawa kepada Perang Dunia Kedua

Soalan 121: Perang Dunia Pertama telah memberikan impak yang besar kepada
kedudukan Kerajaan Turki Utrhmaniyah. Bincangkan kesan peperangan tersebut
terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah .

Pengenalan

Perang Dunia Pertama berlaku antara blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga iaitu Britain,
Peranchis dan Rusia yang digelar Tentera Bersekutu menentang Perikatan Kuasa Tengah iaitu
Jerman dan Austria-Hungary yang digelar Kuasa-kuasa Pusat.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain menyertai Pakatan Bertiga (Tentera
Bersekutu), manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Perikatan Kuasa Tengah.
Isi-isi :

Impak Politik

Kehilangan wilayah

Kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan wilayah yang luas termasuklah Palestin. Britain dan
Peranchis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.
Dari situ munculnya Negara bangsa apabila sempadan-sempadan telah digariskan dengan
memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama. Pada
tahuun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyah iaitu
Istanbul.

Gencatan Senjatan Mudros

Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang
memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920. Pendudukan Tentera
Bersekutu ke atas Constantinople dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan
Kebangsaan Turki. Di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha /Atartuk (seorang komander
tentera yang tersohor ketika Pertempuran Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki
yang menarik balik terma-terma Perjanjian Sevres
Pada 18 September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dan tertubuh sebuah negara Turki yang
baharu. Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan
sistem kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan
Uthmaniyah.

Perjanjian Lausanne

Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923 membawa kepada pengiktirafan antrabangsa terhadap
`Republik Turki` yang baharu dibentuk sebagai negara pewaris empayar Uthmaniyah. Perjanjian
Lausanne menggariskan beberapa tuntutan, iaitu; Sistem khalifah ditamatkan, Khalifah dibuang
negeri, Harta khalifah dirampas dan Kerajaan Turki baharu akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan negara Turki. Republik tersebut diisytiharkan
secara rasmi pada 29 Oktober 1923 di ibu negara baharu iaitu Ankara.

Kebangkitan Mustafa Kamal Atartuk

Beliau telah mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu lalu merombak parlimen yang
sedia ada yang tidk bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Parlimen kedua yang
ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Akhirnya Kemal Atartuk
mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan
Pada 3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah secara rasminya ditamatkan . Khalifah Abdul
MejidII diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kemal Atartuk mengambil alih tahta .

Pembentukan negara sekular Turki

Mustafa Kemal Atartuk menjadi Presiden Turki yang pertama dan memperkenalkan banyak
pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baharu dengan
prinsip memisahkan agama daripada politik.
Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukan, Jawatan Syeikhul Islam dimansuhkan,
Pentadbdiran sekolah agama dipindahkan dipindahkan ke Jabatan Sivil yang bertanggungjawwb
terhadap pendidikan umum, Mahkamah Syariah dihapuskan dan bidang kuasanya dipindahkan
ke Mahkamah Sivil. Penulisan dengan huruf Arab juga diubah kepada huruf Latin. Gelaran Arab
dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat.

Perpecahan Wilayah Umat Islam

Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naunganya telah membebaskan diri dan
ditakluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan,
Prins Milaan, Serbia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan negara umat Islam.

Hal ini diparahkan dengan kejatuhan negara-negara Arab ke tangan musuh dan sebahagiannya
mahu membebaskan diri daripada naungan Kerajaan Uthmaniyah selepas kekalahan dalam
perang ini.

Kesan Ekonomi

Kemerosotan ekonomi

Negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang menyebabkan negara tersebut
membuat perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan. Hal ini menyebabkan negara
Islam di bawah pengaruh Turki seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan
ekonomi.

Kesan Persetujuan Sykes –Picot 1916

Wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Peranchis, Inggeris, Rusia dan
Itali. Akibat penguasaan kuasa-kuasa Eropah , ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah
terjejas.

Perdagangan negara Islam merosot

Perdagangan negara Islam merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di
Laut Hindi, Laut Mediteranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Situasi ini
menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam. Sebagai contoh , Peranchis
dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang yahudi di Mesir memiliki hampir
seluruh gedung besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham.
Contoh Peranchis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di
Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri
dalam pasaran saham
Soviet Union menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan
ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.

Kesan Sosial

Kemerosotan Akhlak dan Moral

Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini telah
menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam
Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang
membawa kepada perpecahan umat Islam.

Kesimpulan

Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang
terlibat. Kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah menyebabkan berakhirnya
sistem pemerintahan khalifah dan bermulanya proses pengsekularan Turki yang diterajui oleh
Mustafa Kemal Atartuk.

Negara-negara Islam juga mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan kemerosotan akhlak dan
moral yang akhirnya menyebabkan dunia Islam berpecah-belah.

Soalan 122: Huraikan Kesan-kesan perang dunia pertama kepada Empayar Turki
Uthmaniyah

Pendahuluan

Perang dunia pertama (1914-1918) berlaku antara dia pihak, iaitu Jerman, Austria-Hungary dan
Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan pihak
yang satu lagi, iaitu Rusia, Britain serta Perancis yang dikenali sebagai Triple Entente (Pakatan
Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai Itali pada tahun 1907.
Perang dunia pertama meletus disebabkan persaingan politik dan ekonomi antara perikatan
negara-negara di Eropah.

Isi-isi penting:

1. Kesan utama selepas Perang Dunia Pertama keapda Empayar Turki Uthmaniyah ialah
kehilangan wilayah kepada kuasa-kuasa Barat. Pada penghujung tahun 1918, pertahanan
Turki Uthmaniyah lumpuh. Ibu negaranya berjaya diduduki oleh tentera British dan Perancis.
Sementara itu, wilayah-wilayah dalam empayar Uthmaniyah telah diagih-agihkan kepada
Perancis, Britain, Yunani, Armenia, Kurdish, Itali, dan Istanbul yang ditinggalkan kepada sultan
Turki Uthmaniyah (Hodgson, 2004: 308).

2. Seterusnya, kehilangan kekuasaan rejim Turki Muda turut tumbang akibat Kekalahan
Perikatan Kuasa Tengah. Ketiga-tiga pemimpin utama iaitu, Enver Pasha, Jamal Pasha dan
Tal’at Pasha melarikan diri ke luar negara dengan menaiki kapal Jerman. Enver Pasha melarikan
diri ke Rusia, iaitu kawasan yang diduduki oleh orang Turki.

3. Turki menggunakan hujah yang termaktub dalam Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow
Wilson. Deklarasi ini mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyatnya
sendiri dan prinsip negara berasaskan sempadan. Bagaimanapun tidak mengubah kuasa Berikat
yang menang yang berhasrat untuk membubarkan empayar Turki Uthmaniyah. Gencatan senjata
Mudros yang dimeterai pada 30 Oktober 1918 bagi menamatkan peperangan di Asia Barat Daya
di mana kerajaan Turki Uthmaniyah telah mempersetujui perjanjian tersebut.

4. Munculnya negara bangsa yang baharu iaitu Chechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia,
Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro,
Croatia, dan Bosnia-Herzegovina akibat pembahagian wilayah kepada kuasa Berikat.

5. Rakyat Turki didesak menerima Perjanjian Serves yang terpaksa ditandatangani pada 10
Ogos 1920 oleh Sultan Mehmed VI. Akibatnya, Istanbul telah diduduki oleh Kuasa Berikat. Hal
ini bermakna empayar Turki Uthmaniyah sudah dicabar dan kerajaan Sultan Mehmed VI hanya
bertindak di bawah telunjuk kuasa Berikat yang membawa kepada kejatuhan empayar Turki.
Keseluruhan rakyat Turki bertekad untuk menentang sebarang penyelesaian yang dibuat oleh

kuasa Berikat. Rakyat Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk bergerak ke bahagian
Pedalaman Anatolia bagi membebaskan Turki daripada penjajahan asing.

6. Mustafa Kamal Ataturk telah mengisytiharkan perjuangannya ialah “membebaskan
bumi islam,rakyat Muslim dan sultan/khalifah daripada cengkaman orang kafir”. Beliau telah
mendapat sokongan daripada para ulama dan pengikut mereka. Serangan tentera Greek yang
disokong oleh kuasa Berikat dapat dikalahkan pada tahun 1922. Hasil daripada kemenangan
tersebut terbentuklah Republik Turki moden yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Penutup

Negara-negara Eropah terlibat secara langsung dalam perang dunia pertama. Turki Uthmaniyah
tidak terkecuali daripada krisis politik dunia.

Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman dan Austria-Hungary, iaitu pihak yang kalah. Kekalahan
tersebut bukan sahaja memberi impak yang besar kepada Jerman tetapi juga kepada Turki
Uthmaniyah.

3.5 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 123: Jelaskan pembentukan konsep negara bangsa di dunia Islam

Pendahuluan

Mengikut John Stuart Mill, “bangsa” (a nation) bermaksud bahagian rumpun manusia yang
terikat dengan rasa takjub bersama yang tidak wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu
dengan rumpun bangsa lain. Rasa kesatuan sedemikian, lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa,
kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama.
Manakala “negara” (a state) merupakan sebuah entity undang-undang yang berdaulat serta
mempunyai kerajaan yang sah memerintah ke atas rakyatnya di dalam kawasan yang ditentukan
sempadannya dengan jelas.

Isi-isi penting:

1. Konsep negara bangsa

Dalam hal ehwal antarabangsa, negaralah yang berperanan memainkan hubungan dengan
negara-negara lain dan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sama ada
dalam keadaan perang atau damai.
Konsep negara bangsa menjadi matlamat tertinggi bagi nasionalisme abad ke-19 dan 20. Kerana
bangsa, anggota masyarakat beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan
kesetiaan mereka kepadanya.
Kemunculan konsep negara bangsa (the nation state) merupakan fenomena politik zaman moden
yang penting di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika.

2. Istilah Timur Tengah

Manakala istilah “Timur Tengah” merupakan ciptaan Barat, khususnya Britain, pada akhir abad
ke-19 dan dipakai meluas sehinggalah sekarang. Penentuan takrif atau kawasan yang dicakupi
oleh sesuatu istilah seperti Timur Tengah (Middle East) dan yang seumpamanya adalah penting
kepada sesebuah negara tertentu, terutamanya apabila ia melibatkan soalan penggubalan polisi
umum serta tindakan tertentu dalam hubungan luar negeri.
Sememangnya istilah Timur Tengah tiada satu definisi yang utuh. Hanya berasaskan kawasan
yang sering dicakupi daripada penggunaannya yang pelbagai seperti Timur Dekat (The Near
East) dan Asia Barat (West Asian). Istilah “Timur Dekat” digunakan untuk merujuk kerajaan
Uthmaniyah dan setelah perang dunia Pertama tamat. Berikutan kehancuran kerajaan
Uthmaniyah, istilah ini menjadi kurang popular.
Pada tahun 1951, Ernest Davies, Setiausaha Rendah Britain menjelaskan dalam House Of
Commons bahawa istilah “Timur Dekat” yang berkait dengan kerajaan Uthmaniyah sudah tidak
dipakai lagi di Britain dan istilah “Timur Tengah” digunakan secara rasmi. “Timur Tengah” ini
merangkumi Mesir, Turki, Iran, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain,
Qatar, Muscat, Aden dan Yaman.
Sehubungan dengan “Doktrin Eishenhower” pada tahun 1957, Setiausaha Negara Amerika
Syarikat pada masa itu, diminta memberikan definisi “Timur Tengah” bagi tindakan bantuan
ekonomi dan ketenteraan. Mengikut penjelasannya, “Timur Tengah” meliputi kawasan yang

terletak di antara Libya di bahagian Barat, Pakistan di bahagian Timur, Turki di bahagian Utara
dan Semenanjung Arabia di bahagian Selatan, termasuk Sudan dan juga Habshah.
Berikutan krisis di Lubnan dan revolusi di Iraq pada tahun 1958, konsep “Timur Tengah”
diperjelaskan lagi oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat, iaitu merangkumi Mesir, Syria, Israel,
Jordan, Lubnan, Iraq, Arab Saudi dan negara-negara teluk. Bahkan ada juga yang memberi
pendapat yang lebih ketara dengan menyamakan “Timur Tengah” dengan dunia islam.
Keseluruhannya, pemakaian istilah “Timur Tengah” dan “Timur Dekat” berorientasikan Eropah.
Justeru, bagi sesetengah kalangan dalam negara Asia seperti India dan Malaysia, cenderung
memakai istilah “Asia Barat”.

3. Pembentukan Negara Bangsa Di Dunia Islam

Perkembangan dan perubahan yang berlaku pada abad ke-20 yang melahirkan negara bangsa di
Timur Tengah difahami dengan jelas jika dikaitkan dengan zaman-zaman sistem islam yang
universal. Bermula pada Nabi Muhammad s.a.w yang mencetuskan perubahan asasi lagi
menyeluruh kepada cara hidup orang Arab. Zaman ini berjaya merubah pola kesetiaan kepada
kabilah-kabilah yang berpecah-belah kepada tauhid dan munculnya satu perpaduan dalam
konsep “ummah”. Pada zaman ini, lahirnya negara islam di Madinah pada tahun 622. Nabi
Muhammad s.a.w memegang peranan sebagai pemimpin politik dan pengisytiharan
perlembagaan atau piagam Madinah menyediakan kepada orang Arab satu wadah kesatuan
politik.
Pembukaan Kota Makkah pada tahun 630, membawa sebahagian besar kabilah-kabilah di
semenanjung Tanah Arab memeluk agama Islam dan menjadi anggota ummah tersebut.
Penegakan konsep “ummah” ini merupakan kejayaan besar dalam menukarkan sistem
berkabilah kepada sistem pemerintahan negara universal di Semenanjung Tanah Arab. Fasa-fasa
seterusnya memperlihatkan peringkat perkembangan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman
Umayyah dan zaman Abbasiyah adalah mewarisi dan memperluaskan sistem pemerintahan
negara universal tersebut.
Walaupun terdapat juga aspek dasar kelemahan dalam sistem politik secara praktis di akhir
zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman berikutnya, namun sebagai sebuah tamadun, Islam tetap
menjadi dominan dan syariah terus berkuat kuasa sebagai undang-undang dasar negara.
Serangan Hulagu Khan ke atas kota Baghdad pada tahun 1258, mengakhiri zaman Abbasiyah
dan menandakan bermulanya zaman kelemahan tamadun Islam.
Lebih kurang 41 tahun kemudian, teraju kepimpinan politik beralih kepada orang Islam Turki,
iaitu dengan pengasasan kerajaan Uthmaniyah pada 1299. Zaman kekuasaan Uthmaniyah yang
berakhir dalam tahun 1918, masih dikira sebagai zaman mewarisi sistem kerajaan Islam
universal. Institusi khalifah yang ditegakkan menjadi faktor politik terpenting mengikat
perpaduan ummah.

Kesimpulan:

Perkembangan yang berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di timur. Nabi
Muhammad s.a.w telah berjaya mencetuskan perubahan dalam cara hidup orang Arab dengan
wujudnya satu perpaduan dalam konsep “ummah” dan lahirnya negara Islam pertama di
Madinah pada tahun 622.
Konsep negara bangsa pada abad ke-19 dan 20 berkait rapat dengan kesediaan masyarakat
beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya.
Sistem politik pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman Islam seterusnya mempunyai

kelemahan dan kekurangan masing-masing, namun Islam tetap menjadi dominan dalam aspek
pentadbiran.

Soalan 124: Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara bangsa

Pendahuluan

Negara ialah suatu komuniti politik tersusun yang menguasai sesuatu kawasan dan mempunyai
kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan
kekerasan yang difikirkan wajar. Negara juga boleh didefinisikan sebagai suatu badan atau
autoriti dalam sesuatu wilayah yang menguruskan serta mengendalikan peraturan dalam sesuatu
masyarakat.
Perubahan dan perkembangan politik di Eropah pada zaman awal dan pertengahan telah
membawa kepada pembentukan negara bangsa. Sejarah kemunculan konsep ini adalah seawal
abad ke-15 kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara
mendadak. Contoh negara bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.
Idea ini meledak di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi
Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Pada ketika itu
muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa.

Isi penting :

1. Kemunculan Semangat Nasionalisme

Semangat nasionalisme (kesedaran kebangsaan) ialah sifat utama bagi kemunculan negara
bangsa. Sebagai contoh, pada zaman kemunculan negara bangsa seseorang yang dilahirkan di
Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan sebagai seorang British atau Portugis. Para
nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk Negara
bangsa masing-masing. Penyatuan dan pembentukan Negara bangsa merupakan matlamat akhir
para nasionalis.
Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914-1918 berakhir dengan kekalahan Jerman
dan sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui
Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip,
iaitu penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan Negara berasaskan
bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah
dibahagi-bahagikan serta menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh
kemerdekaan.
Oleh itu, muncullah Negara bangsa yang baharu. Tujuh Negara bangsa baharu yang muncul di
Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.
Negara Itali dan Jerman merupakan contoh Negara bangsa pada abad ke-19.

2. Keruntuhan Sistem Feudal

Sistem feudal dan keinginan raja untuk menegakkan kembali kuasanya telah mendorong
pembentukan negara bangsa. Sistem ini telah wujud di Eropah sejak keruntuhan empayar Rom

pada abad ke-5 Masihi. Hal ini telah menimbulkan susunan masyarakat yang berperingkat-
peringkat seperti Raja, Vassal (golongan bangsawan) dan Serf (petani dan rakyat biasa). Raja
memiliki semua tanah dalam negara dan baginda berperanan melindungi golongan bawahannya.
Baginda telah memberikan tanah kepada golongan bangsawan (Lord) atau Vassal sebagai tanda
taat setia kepadanya. Sebahagian daripada hasil tanaman pula diberikan kepada raja sebagai
balasan.
Oleh itu, lama-kelamaan kedudukan Vassal semakin kukuh dan kuasa raja pula semakin
berkurangan dan terpaksa bergantung pada sokongan kepada kebanyakan Vassalnya. Kesedaran
raja untuk menegakkan semula kuasanya telah menyebabkan raja menubuhkan pasukan tentera
dan berperang dengan Vassal-vassalnya. Hal ini telah menyebabkan berlakunya proses
penyatuan kawasan persekitaran yang biasanya didiami oleh kelompok masyarakat daripada
bangsa yang sama.
Kesannya, sistem feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah. Sebagai contoh, di England,
Raja Henry VII telah Berjaya menggubal undang-undang baharu yang melarang golongan
feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri dan melarang mempunyai
lambang kuasa khas.

3. Kesan Perang Salib

Perang Salib telah membawa kesan yang penting kepada proses pembentukan negara bangsa.
Perang ini berlaku antara orang Kristian di Eropah dengan Orang Islam di Timur Tengah selama
200 tahun (1095-1291). Tujuan utama orang Kristian berperang dalam Perang Salib adalah
untuk membebaskan Baitulmuqaddis dan Palestin daripada orang Islam.
Paus (Pope) yang merupakan ketua agama Kristian telah meminta pemimpin Negara Eropah
untuk membantu membebaskan tanah suci orang Kristian itu. Pemerintah-pemerintah di Eropah
telah mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Vassal untuk menyumbangkan tenaga Serf
sebagai tentera.
Hal ini telah menyebabkan kekuatan ketenteraan Vassal semakin berkurangan, lebih-lebih lagi
apabila kebanyakan Serf yang pulang daripada medan peperangan tidak kembali kepada Vassal.
Mereka berkunjung ke bandar-bandar dan peluang ini telah digunakan oleh raja-raja untuk
mengukuhkan kedudukan mereka. Raja-raja telah melaksanakan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan
untuk membawa Vassal ke bawah kekuasaannya dalam usaha membentuk negara bangsa.

4. Perkembangan Bandar

Perkembangan bandar dan peranan bandar yang menjadi pusat pembangunan, terutama dalam
membangunkan ekonomi telah mengubah sistem ekonomi tradisional yang lebih mementingkan
pertanian.
Perang Salib telah membawa kepada pembentukan bandar-bandar baharu dan kemunculan
bandar-bandar lama semula. Ekonomi bandar berkembang pesat dengan bertambahnya
penduduk dan penggunaan wang. Oleh itu, golongan Serf mula berhijrah ke bandar untuk
mencari pekerjaan, manakala askar-askar yang kembali dari medan peperangan juga tidak
pulang ke kampung mereka.
Hal ini telah melemahkan kekuasaan Vassal yang bergantung pada penguasaan tanah serta
kesetiaan Serf di tanah kawalan mereka. Kemerosotan kuasa Vassal telah menambahkan kuasa
dan pengaruh raja yang Berjaya meluaskan kekuasaannya ke seluruh negeri.

5. Kemunculan Golongan Pertengahan

Kemunculan golongan pertengahan di bandar akibat kemajuan pesat dalam ekonomi
perdagangan dan perindustrian telah menyebabkan golongan ini menyokong pemerintah yang
kuat, yang boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menjamin kestabilan
dan kemakmuran negara.
Mereka memerlukan perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang berkesan. Oleh itu,
mereka sanggup membayar cukai bagi mendapatkan kestabilan politik untuk menjalankan
perdagangan dan perniagaan.
Kepentingan dan pengaruh golongan bangsawan atau Vassal telah digantikan oleh golongan
pertengahan dan pengusaha justeru, raja kini boleh mengumpul lebih banyak wang melalu
percukaian yang dikenakan terhadap golongan bangsawan. Sebagai balasan, raja dapat menggaji
tentera dan pegawai perkhidmatan awam untuk memberikan perlindungan kepada kelas
pertengahan dan bentuk kerajaan yang mereka perlukan.

6. Kemajuan Ekonomi dan Institusi Kebangsaan

Penubuhan institusi kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Negara
bangsa. Kemajuan perdagangan dan ekonomi akibat Perang Salib menyebabkan sistem feudal
tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Eropah seperti menjamin keamanan dan
menyediakan kemudahan awam, khususnya di kawasan bandar.
Raja-raja di England dan Perancis melihat perkembangan ini sebagai memberi peluang kepada
mereka untuk meluaskan kuasa dan kawalan.
Mereka mula membentuk institusi-institusi kebangsaan bagi sebuah kerajaan, antaranya
pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang-undang kebangsaan. Kesemua institusi ini
merupakan permulaan negara bangsa dan membawa kepada kemerosotan sistem feudal.

7. Perkembangan Bahasa Kebangsaan

Pembentukan negara bangsa juga dibantu oleh perkembangan bahasa kebangsaan. Pada
Zaman Renaissance(yang wujud selepas Perang Salib berakhir), buku-buku tidak lagi ditulis
dalam bahasa Latin tetapi dalam bahasa pertuturan masyarakat berkenaan.
Situasi ini berlaku berikutan penciptaan mesin pencetak. Hal ini juga menyebabkan penduduk di
kawasan pedalaman Perancis mula bercakap serta berfikir seperti orang Perancis dan akhirnya
berjaya mewujudkan identiti yang sama untuk penduduk sesuatu wilayah.
Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa dialek tempatan.
Situasi ini berjaya menarik minat rakyat untuk membaca dan memudahkan lagi usaha
menyatukan rakyat dan penubuhan negara bangsa.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pembentukan negara bangsa dapat dicapai disebabkan oleh faktor-faktor di atas,
khususnya kemunculan semangat nasionalisme. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai
sekiranya masih ada perasaan etnosentrik dalam kalangan masyarakat, iaitu perasaan
merendahkan sesuatu bangsa dan budaya kaum lain kerana merasakan bangsa sendiri lebih hebat.
Negara bangsa ini dapat membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,
berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat patriotik yang kental.

Soalan 125: Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada
tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang
mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan
Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu
menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan
dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.

Isi-isi Penting :

Pembentukan negara bangsa Turki bermula sejak empayar Turki Uthmaniyah diperintah
oleh Sultan Abdul Hamid II apabila baginda memperkenalkan sistem pemerintahan
berperlembagaan menggantikan sistem pemerintahan khalifah. Selain daripada menukar sistem
pemerintahan Turki Uthmaniyah, baginda juga tidak lagi mengamalkan sistem syura yang
menjadi amalan dalam sistem pentadbiran Islam.

Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II meluluskan draf perlembagaan yang dirangka
oleh Midhat Pasha dan beberapa pembantunya berdasarkan Perlembagaan Belgium dan Prussia.
Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II menambah satu fasal dalam perlembagaan
tersebut yang membenarkan Sultan membuang sesiapa sahaja yang dianggap mengancam
keselamatan negara. Melalui perlembagaan ini, Sultan ddiisytiharkan sebagai khalifah bagi
seluruh dunia Islam. Perlembagaan ini juga menekankan persamaan hak untuk semua rakyat
tanpa mengira agama.

Selain itu, tumpuan pembaharuan baginda ialah dalam bidang pendidikan. Beliau sangat
mementingkan ilmu pengetahuan dan memuliakan golongan cerdik pandai. Perbelanjaan negara
telah diperuntukkan untuk menyelenggara sekolah dan institusi pendidikan tempatan. Baginda
menubuhkan sekolah dan pusat penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu perubatan,
penternakan ulat sutera, perikanan dan perhutanan. Pada ketika itu, pembinaan sekolah
diperhebatkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di wilayah naungannya. Penduduk tempatan
mendapat faedah daripada pembinaan sekolah tersebut khususnya sekolah atau kolej ketenteraan.
Pendekatan pembinaan sekolah di wilayah naungan berlaku dalam rentak dan pendekatan yang
berbeza. Wilayah Yaman dan Hijaz tidak didirikan sekolah tentera sebaliknya menceduk ilmu
pengetahuan dari sumber Islam yang tulen. Pada zaman itu, di Syria terdapat aktiviti penyebaran
agama Kristian Katolik dan Protestan yang hebat dalam bidang kebudayaan dan ilmu
pengetahuan. Oleh itu, pendekatan di Syria secara umumnya dan Lubnan khususnya adalah
cenderung kepada kebudayaan Eropah.

Sultan Abdul Hamid II menggunakan seluruh tenaganya untuk merealisasikan matlamat
penubuhan Pan-Islamisme. Baginda cuba menghidupkan kembali sistem dan gelaran khalifah
dalam kalangan umat Islam seluruh dunia dan mengharapkan penjajah terutamanya Britain
merasa gerun kerana menjajah berjuta-juta umat Islam. Namun, dasar Pan-Islamisme yang
dibawa oleh Sultan Abdul Hamid II tidak bertahan lama kerana benih-benih nasionalisme Barat

yang telah ditanam sekian lama dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki sehingga
berjaya membuahkan bibit-bibit perpecahan dan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid
II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908,
Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division
Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul
Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Slogan ini merupakan
semangat daripada Revolusi Perancis 1789.

Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada
khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain
dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah.
Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang
Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera
Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah
naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam
Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk
berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.

Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar
Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul
tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba
memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam
bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal
Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada ulama,
syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-
sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan
kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.

Penutup :

Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau
gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk
dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

Soalan 126: Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-
20

Pendahuluan

Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada
tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang
mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri. Empayar Uthmaniyah sudah
mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya
mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada
imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun
pemerintahannya.
Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa
tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada
tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan
wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga
merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang
terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk
apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak
barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

Isi-isi Penting :

Faktor Dasar Pan-Islamisme

Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme
yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai
satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah
pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki
malah di seluruh dunia.
Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki
hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang
berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki
Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu
penjajahan barat.
Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan
usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar
Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada
kekuatan Islam.
Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh
lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada
pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh
yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-
Maghribi dan Rashid Rida.

Faktor Pendidikan

Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang
pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding
dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada
pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan
modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan
akhlak Islam.
Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan.
Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung
dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah
331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah
kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti

Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan
minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan
diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah.
Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah
keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam
empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka
beragama Kristian dan Yahudi.
Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai
keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat
golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di
kedutaan dan pentadbiran wilayah.
Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila
orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama
dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru,
berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi
Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan
Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Faktor komunikasi dan pengangkutan

Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah
memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem
telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah
masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina
talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta
bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk
melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang
bertanggungjawab menjayakannya.
Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran,
ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi
dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.

Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta
api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini
telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu.
Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya
terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan
pemimpin dan masyarakat Islam.
Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek
ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang
kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini.
Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya
membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan.
Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan
oleh baginda.

Faktor Dasar Turkifikasi

Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah
hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta
lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk
membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan
hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan
pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat
demikian.
Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka
menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi
kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman
Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada
tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu
selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki
dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam
Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-
Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan
Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang
mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat
nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan,
perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka
dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at
Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di
bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk
menjadi Turki.

Penutup :

Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau
gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.

Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk
dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

Soalan 127: Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa
di Turki pada abad ke-20.

Pendahuluan

Pembentukan negara bangsabermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu
perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin
membebaskan negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki
kesedaran semangat kebangsaanini telah membawa kepada kemunculan negara bangsa di Turki.
Kesedaran ini semakin kuat kerana negara mereka dijajah, melalui kekalahan dalam Perang
Dunia Pertama. Ekoran ini negara Turki telah dibahagi-bahagikan.
kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki
pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam hal ini faktor politik, merupakan
salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa di negara ini.

Isi-isi

1. Politik

a. Masalah Dalaman pemerintahan negara Turki

Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun
Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah
serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan
beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya. Pada awal abad ke-20, Sultan
Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan
hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh
1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan
rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-
kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda. Sementara itu, keadaan menjadi
semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh
pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang
direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina
negara bangsa Turki.

Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul
Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki
Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada
tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera
Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan
Sultan Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Semenjak
peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh

kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk
menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki
Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama
bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang
dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki
Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia
Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat
kemerdekaan tanah air sendiri.

Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan
empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur
sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa
Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda
menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai
Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat
sokongan padu daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat
jihad, rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya
mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara. Semasa rejim Turki Muda
menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar
Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan
pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas
mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu
selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa
Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.

Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan
Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan
diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang
tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya
dipelopori oleh bangsa Rusia dan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah
Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya
bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian
bangsa Turaniah. Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan
“kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan
fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga
serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa
seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang
lain-lain untuk menjadi Turki.

b. Tindakan kuasa barat

Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang
terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk
menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah
Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah
dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa
rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

c. Gerakan pan-Islamie/ gerakan islah

Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme
yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai
satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah
pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki
malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada
dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah.
Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong
khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing
daripada belenggu penjajahan barat.

Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan
usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar
Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada
kekuatan Islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah
menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan
pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran.
Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani,
Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

2. Faktor lain

a. Faktor ekonomi

Menangani hutang negara. Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada
di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda
mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang
sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat.
Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak
musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya,
baginda sanggup berbuat demikian.

Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan pengangkutan. Bagi menghadapi era
pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian
yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan
di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum
menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf
sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh
bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah,
Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan
Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya. Sesungguhnya sistem telegraf
dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih
cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar
Turki Uthmaniyah.

Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan
kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun
1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu
sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya
terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan
pemimpin dan masyarakat Islam. Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji
mereka untuk menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta
menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan
harta terhadap projek ini. Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar
kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik
dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-
Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

b. Faktor sosial

Pendidikan. Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju,
maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah
supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai
pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada
kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan
agama dan akhlak Islam. Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan
tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di
seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah
manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki
pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti. Untuk membina negara dan bangsa Turki,
Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan
Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan
minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan
minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan
Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi. Pemerintah Turki Uthmaniyah
telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti.
Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan
tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah.
Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila
orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama
dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru,
berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi
Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan
Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Kesimpulan

Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun
beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki
Uthmaniyah. Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka
telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
Faktor politik merupakan faktor utama pencetus ke arah pembentukan negara bangsa dan faktor
lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa di Turki
pada abad ke-20.

Soalan 128: Huraikan perkembangan era Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah dan
Kemunculan negara bangsa di Timur Tengah

Pendahuluan

Konsep negara bangsa di dunia Islam, menjadi fenomena politik berikutan kejatuhan kerajaan
Uthmaniyah. Dasar capitulationss oleh kerajaan Uthmaniyah dan juga pelaksaan sistem millet
untuk memenuhi toleransi agama pada abad ke-19 M, menjadi agitan politik.
Idea-idea persamaan dan persaudaraan yang tersabar di Eropah mempengaruh masyarakat Islam,
terutamanya Kristian dan Yahudi. Situasi ini mendorong Perancis, British dan Rusia bersaing
untuk melindungi masyarakat Kristian Katolik, Prostestan dan Yahudi dalam kerajaan
Uthmaniyah.

Isi-isi Penting:

1. Bagi melemahkan kuasa Islam Uthmaniyah, kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal,
Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang berusaha mengusai lautan yang melingkungi dunia
Islam dan sistem perdagangan antarabangsa. mereka tidak lagi menggunakan pendekatan
kekuatan ketenteraan sebagaimana dalam Perang Salib. Oleh itu, Zaman kemunculan kerajaan
Uthmaniyah dapat dilihat dalam rangka dasar hubungannya dengan kuasa barat. Negara-negara
Kristian memahami aspek kekuatan dan kelemahan kerajaan Uthmaniyah sejak abad ke-16 M
lagi. Berikutan daripada ini, sumber kekuatan ekonomi dan kuasa laut kerajaan Uthmaniyah
mula tercabar. Kemenangan yang dicapai oleh kerajaan Uthmaniyah semasa era keagungannya
dalam menghadapi Kristian Eropah menyebabkan meraka memandang mudah berkaitan dengan
perkembangan yang berlaku di luar negara.Hubangan secara diplomatik secara timbal balik
dengan kuasa Eropah menyebabkan yang berlaku di luar negara. Hubangan diplomatik secara
timbal balik dengan kuasa Eropah dianggap tidak penting walaupun diplomat Eropah
dibenarkan berada di Istambul.

2. Pada abad ke-17 M, sikap kerajaan Uthmaniyah terhadap Eropah mula berubah
melalui beberapa Perjanjian yang memaksa kerajaan Uthmaniyah menyerahkan
wilayahnya kepada barat. Contohnya, kepada Habsburg hampir keseluruhan Hungary dan
sebahagian besar Silvania dan Croatia. Di samping menyerahkan sebahagian Ukraine dan
Prodolia kepada Poland. Perkembangan ini dipandang sebagai bermulannya era kemorosotan
kerajaan Uthmaniyah serta tidak menjadi ancaman kepada Kristian Eropah. Kuasa Eropah yang
bercita-cita besar ke atas kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu ialah Rusia. Disamping itu,

Austria juga berminat dengan Balkan dan menjadi pengimbang untuk menyekat pengaruh Rusia
daripada menjadi beditu kuat. Fasa baharu ini memperlihatkan persaingan pengaruh dalam
kalangan kuasa-kuasa Eropah seperti Rusia, Austria, Jerman, Perancis dan Bratish yang
mempunyai kepantingan masing-masing. Persaingan yang berlaku ketika era kemerosotan
kerajaan Uthmaniyah ini dinamakan “The Eastern Question”, iaitu kuasa Barat mencari peluang
untuk mengusai wilayah kerajaan tersebut.

3. Dalam masa yang sama, persoalan lain yang perlu dihadapi oleh kerajaan
Uthmaniyah ialah bagaimana untuk mengembalikan kekuatan serta menyelamatkan
perpaduan negara. Pd abad ke-19, situasi kelemahan kerajaan Uthmaniyah dilihat semakin
serius. Kekalahan dalam perang Crimea pd thn 1875 M, bertambah jelas buat Perancis dan
Inggeris bahawa kerajaan Uthmaniyah sudah tidak mempunyai sumber kekayaan yang boleh di
kaut lagi. Oleh itu, kerajaan ini dianggap tidak lagi menjadi sekutu penting dalam pakatan
tentera. Berikutan itu, British dan Perancis mula berpaling tadah dan menyertai Rusia dalam
merampas wilayah kerajaan Uthmaniyah. Pd thn 1875 M, British menduduki Cyprus dan Rusia
menyerang Bulgaria. Pd thn 1878 M, Rusia memaksa Uthmaniyah menyerahkan tiga buah
wilayah di bahagian Timur, iaitu Batum, Ardahan dan Kars. Pd 1881 M, Perancis menakluki
Tunisa, British mengusai Mesir dan akhirnya pd thn 1909 M, Bulgaria mengistiharkan
kemerdekaan dan Austria merampas Bosnia dan Herzegovina. Imperilisme baharu Eropah, yang
bermula pd thn awal kurun ke-19 M itu telah mengakibatkan penembusan idea-idea Barat secara
berunsur-unsur dalam kehidupan masyarakat Timur Tengah. Idea-idea tersebut akhirnya
dimanifestasikan dalam bentuk nasionalisme dan sekularisme. Fahaman kebangsaan moden
yang mencetus konsep “negara bangsa” adalah bersumpah Revolusi Perancis.

4. Masalah dalaman menjadi punca utama memudahkan penembusan pengaruh asing
pd abad ke-19 M yang akhirnya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah pd abad ke-20
M. Keutamaan yang diberikan oleh Uthmaniyah dalam dasar capitualations dan juga pelaksaan
sistem millet untuk memenuhi toleransi agama pd abad ke-19 M menjadi aditasi politik.
Pengaruh idea-idea persamaan dan persaudaraan yang tersebar meluas di Eropah menyebabkan
masyarakat bukan Islam, terutamanya Kristian dan Yahudi bangkit memperjuangkan konsep
tersebut. Kelemahan yang semakin ketara ini, dimanipulasi oleh Perancis, British dan Rusia
dengan masing-masing mengaku menjadi juara untuk melindungi kepentingan masyarakat
Kristian Katolik, Protestan dan Yahudi dalam kerajaan Uthmaniyah. Idea-idea Revolusi Perancis
dan campur tangan asing tersebut ternyata membangkitkan masyarakat bukan Islam, terutama di
bahagian Eropah Kerajaan Uthmaniyah yang menuntut persamaan status serta kemerdekaan
sepenuhnya daripada kerajaan Uthmaniyah. Polisi yang dipilih ke arah modenisasi Negara ialah
nasionalisme Turki. Melalui Pan-Turanisme, darah Turki tidak hanya menjadi identity etnik
malahan juga identity politik. Penggulingan Sultan Abd al-Hamid 2 (1876-1909 M),
menandakan satu era perubahan yang keluar dari rangka dasar Pan-Islamisme dan Ottomanisme.

5. Perang Dunia Pertama yang berakhir pada 1918 M, membawa kepada perubahan
yang besar ke atas Timur Tengah, khususnya dunia Arab. Semasa peperangan berlangsung,
British mengistiharkan Deklarasi Balfour yang menjadi asas penubuhan negara Yahudi di bumi
Palestin pada tahun 1948 M. Antara tahun 1920 M hingga 1948 M, dunia Arab mengalami satu
tempoh kemunculan entiti politik yang berasingan di bawah rejim-jejim yang didukung oleh
Perancis, British, Sepanyol dan Itali. Setelah Algeria , Tunisia dan Maghribi jatuh di bawah
kekuasaannya pada tahun 1920 M, Perancis berjaya menawan Syria. Kesatuan Syria yang
dinikmati selama berada di bawah kerajaan Uthmaniyah turut dileburkan menjadi enam buah

negeri, iaitu Great Lebanon, ‘Alawiyyah, Damsyik, Aleppo, Druze dan Alexandretta. Rasional
di sebalik pemecahan sedemikian ialah kea rah mewujudkan pandangan kedaerahan. Iraq,
Palestin, Transjordan diletakkan di bawah British. Kedua-dua kuasa Eropah ini, iaitu British dan
Perancis, menguatkan cengkaman masing-masing ke atas wilayah yang diperuntukan atas nama
kuasa mandate.

6. Berikutan itu, perjuangan nasionalisme Arab bertukar arus kepada penentangan
kuasa-kuasa Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua memperlihatkan banyak daripada Negara-
negara Timur Tengah mencapai kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur
oleh penjajah Barat. Kuasa-kuasa penjajah seperti British, Perancis, Sepanyol dan Itali di
bahagian-bahagian sesama mereka wilayah Arab Afrika manakala wilayah Arab Asia
dibahagikan di antara British dan Perancis. Penjajahan Perancis di Lubnan, British di Iraq dan
Palestin, Itali, di Libya dan Sepanyol di Maghribi meningggalkan kesan yang mendalam ke atas
penduduk tempatan hingga ke tahap mengisi kemerdekaan. Proses kelahiran Negara bangsa di
Timur Tengah berkait rapat dengan penjajahan Barat yang begitu ketara terutama selepas Perang
Dunia Pertama.

Penutup

Konsep Negara bangsa ini juga menjadi fenomena politik yang menyeluruh berikutan kejatuhan
kerajaan Uthmaniyah dan kebangkitan gerakan nasionalisme di rantau tersebut. Penjajahan
Perancis di Syria dan Lubnan, British di Iraq dan Palestin, Itali di Libya dan Sepanyol di
Mighribi meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk tempatan hingga ke tahap
mengisi kemerdekaan.
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak daripada Negara-negara Timur Tengah mencapai
kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur oleh Barat.

Soalan 129: Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Mesir Pada abad Ke-20

Pendahuluan

Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah
negara Arab pada mulanya. Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis
apabiala Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan
kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
Namun, penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sulta
salim 3 menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir
daripada tangan Perancis.Angkatan tentera ini diketuai oleh Muhammad Ali Pasha.

Isi-isi penting:

1. Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniyah
mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Namun, penganti-penganti Ali
Pasha yang banyak dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang sebanyak 100 Juta
Pound Euro dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu kuasa imperialis Barat campur
tangan secara terang-terangan dalam pentadbir Mesir.

2. Pada tahun 1882, Britain meletakkan seorang Prokonsul British di Mesir dan
bermulanya penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir. Ia berlaku selepas
pemberontakan Urabi dalam menentang diskriminasi yang dikenakan kepada tentera fellhahin
(atau penduduk asal Mesir) berjaya dipatahkan, Semasa berada di bawah cengkaman British,
banyak perubahan yang telah berlaku di Mesir. Antaranya ialah sistem pemerintahan Khedif
(Gabenor) diletakkan di pengawasan Britain dan sistem buruh paksa yang menjadi amalan
tradisonal di Mesir dihapuskan.

3. Sebelum tahun 1914, sistem pendidikan British mengenakan yuran pendidikan kepada
pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan, walhal di bawah pemerintahan Khedif
sebelum ini, pendidikan di Mesir adalah percuma. Ini meluaskan jurang perbezaan kelas
dalam masyarakat Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah, Britain menggalakkan
penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah atau Amiiyah dalam pengajaran di
dalam kelas. Ini mengukuhkan lagi identiti Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir
memahami bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.

4. Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Mesir secara rasmi diumumkan sebagai jajahan
British yang berlindung di bawah Kerajaan Diraja British. Namun, disebabkan kekacauan
dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa menyertai Perang Dunia Pertama, rakyat
mula bangkit memberontak. Pada 13 November 1918, satu delagasi (wafd) yang terdiri
daripada pemimpin nasionalis yang diketuai olah Saad Zaghlul telah menemu Pesuruhjaya
Tinngi British di Mesir, Jeneral Ser Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir
secara formal dan menuntut untuk menghantar seorang wakil ke perundagan Damai Paris.
Permintaan delagasi wafd ini ditolak mentah-mentah oleh British malah pemimpin utama
deligasi ditangkap dan dibuang negeri serta-merta ke Malta. Tindakan British ini mencetuskan
kebangkitan nasional yang melibatkan seluruh penduduk Mesir tanpa mengira darjat,pekerjaan
mahupun agama.

5. Kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dibendung lagi oleh British dan pada Disember
1919, mereka menghantar satu suruhanjaya peninjau yang dikenali sebagai Misi Milner
untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada kerajaan British untuk
memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan bersyarat. Empat Prasyarat Kemerdekaan
Mesir menyatakan Kerajaan Diraja British bertanggugjawab untuk menguruskan: Keselamatan
sitem komunikasi (Terusan Suez) empayar British di Mesir, Pertahanan di Mesir, iaitu
dicerobohi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa asing. Perlindungan bagi
kepentingan orang asing dan golongan minoriti di Mesir dan Kepentingan di Wilayah Sudan.

Penutup

Akhirnya pada tahun 1992, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir
bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
Sejurus kemerdekaan diumumkan, Perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja
Fuad 1 ditabalkan menjadi Sultan Mesir Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul
menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

Soalan 130: Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir abad ke-20.

Pendahuluan

Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah
negara Arab pada mulanya. Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis
apabila tentera Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan
kerajaan Mamluk pada tahun 1798.

Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sultan
Salim III menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir
daripada tangan Perancis.

Isi-isi penting

1. Kemunculan golongan nasionalis

Diskriminasi pihak British telah mewujudkan golongan nasionalis yang menuntut kemerdekaan
Mesir dan sistem parlimen seperti di Barat. Pihak tentera(orang Mesir) telah dikawal rapi oleh
pihak British, manakala lulusan undang-undang tidak disekat aktivitinya. Golongan pemimpin
ini ialah Mohammad Farid dan Mustafa Kamil.

Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir.
Mereka telah menjalankan kegiatan untuk menghasut pelajar agar memusuhi pihak British. Hal
ini berkembang dengan subur dan merasakan diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.

Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara tetapi sebahagian besar penduduknya
merasakan mereka adalah sebahagian daripada orang Arab. Pihak British cuba menghapuskan
keadaan tersebut dengan menggalakkan masyarakat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi
mengukuhkan identiti Mesir.

Generasi baharu Mesir akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-
Quran. Oleh itu timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama Mesir.

2. Pembukaan Terusan Suez

Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan
British untuk sama-sama menguasainya sehingga mereka berjaya memeteri perjanjian dengan
Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang akan membenarkan kapal-kapal
dari seluruh pelusuk dunia.

Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif ismail dibelenggu masalah
hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka menguasai Terusan Suez.Terusan Suez
menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak penjajah akan menempatkan tentera di
kawasan terusan itu.Penduduk tempatan sememangnya tidak dapat berbuat apa-apa terhadap
perkembangan tersebut.

3. Faktor Politik

Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918 tidak memihak kepada penduduk tempatan.
Mesir masih berada di bawah empayar Utmaniyah yang diwakili oleh Khedif, namun kuasa
pemerintahan sebenar berada di tangan pihak British yang sudah bertapak kukuh sejak tahun
1882.

Kedua-dua pihak yang memerintah, iaitu Khedif dan pihak British tidak berusaha membaiki
keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap untuk menerima kritikan serta protes
daripada rakyat yang tidak sukakan mereka.

4. Kebudayaan masyarakat

Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh kebudayaan penjajah
yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah di Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang
menyatakan Mesir merupakan sebahagian daripada Eropah.

Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir
sehingga mengenepikan ajaran Islam.

5. Kedudukan ekonomi

Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-
orang British yang bekerja di tapak projek Terusan Suez. Ini bermakna sebahagian besar
masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung kepada kedudukan ekonomi penjajah.

Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil buminya, namun hasil-hasil itu dikaut
oleh pedagang-pedagang kaya dari Barat.

Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi Barat terhadap
negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.

Penutup

Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir
bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.

Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja
Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul
menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.


Click to View FlipBook Version