The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainabukassim, 2019-12-16 19:29:41

SEJARAH SEM 2

SEJARAH SEM 2

Rasyid juga Berjaya memaksa Byzantine menbuat perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah
berikutan tindakan tentera tersebut yang menyerang wilah Islam di Asia Minor. Melalui
perjanjian tersebut, Byzantine bersedia membayar 90 ribu dirham kepada Khalifah Harun al-
Rasyid dan membenarkan Islam dikembangkan di Byzantine. Keengganan Nicephorus menepati
perjanjian awal yang dimeterai menyebabkan Khalifah Harun al_Rasyid tentera menuju ke Asia
Minor. Baginda Berjaya menawan beberpa wilayah Heracelan, Tyans, Iconium dan Emphesus
sehingga memaksa Nicephorus tunduk semula serta sanggup membayar ufti kepada kerajaan
Islam

2. Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga
Barmaki yang semakin kukuh. Antara tindakan yang dilakukan ialah mengahwini Puteri Jaafar
bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-
Baraki.Tindkan tersebut menghilangkan pengaruh keluaga Barmaki dalam kerjaan baginda.
Bagind ajuga telah menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untuk menghapuskan pemberontakan di
Nosol, Armenia dan Afrika Selatan

3. Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat
kawalan rapi di lautan dan di pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang
berlabuh di Basrah, sekali gus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri

4. Dalam bidang ekonomi, Khalifah harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalam
bidang pertanian dan perdagangan. baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru
serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada petani. Baginda juga
membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampsan perang kepada tentera dan golongan miskin
untuk diusahakan. Khalifah harun al-Rasyid juga memajukan Baghdad sebagai pusat
perdagangan dengan meluaskan hubungannya dengan ke Eropah, China dan India serta
membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, laut Meditersanean, Tunisia dan maghribi

5. Khalifah Harun al-rasyid juga mencintai ilmu pengetahuan sebagai bukti, baginda
menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan
majlis-majlis ilmu yang berkaitan.Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid
dan maktab.Buku-buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab. Sehubungan dengan
itu baginda telah membina Baitul hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu
astronomi, perubatan, falsafah, sejarah dan geografi. Bandar-bandar Islam seoperti Madinah,
Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan. Pada zaman ini muncul beberapa
cendekiawan terkenal seperti Imam Muhammad ,Al-hajaj bin Matar, Yuhanna bin Musawaih
dan Suffian al-Thauri . Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya
dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu kegiatan pembukuan penyusunan ilmu pengetahuan
agar tidak menyimpang daripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahan

Kesimpulan
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan Kerajaan
Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjaya menghapuskan atau memadamkan apa jua
bentuk penentangan tetapi yang paling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang
makmur dengan ekonomi yang teguh.

1.6 BENTUK PEMERINTAHAN

Soalan 28: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman khulafah al-
Rasyidin pada abad ke-7 masihi.

Pendahuluan

Kerajaan khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-
Siddiq dipilih sebagai umat Islam Khalifah yang pertama,malah Kerajaan ini juga diperintah
oleh empat orang sahabatNabi Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah
Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Talib. Dengan ini,
gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Madinah kekal menjadi pusat pemerintahan dan
pentadbiran. Namun,Masjid Nabawi menjadi tumpuan lokasi perbincangan dan penggubalan
dasar pemerintahan dan pentadbiran.

Isi-isi penting:

Pemerintahan dan pentadbiran pusat

1. Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya
tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura,
iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan
setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman
dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.

2. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga
merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat
baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, loparan kewangan daripada tanah jajahan akan
dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

3. Selain daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab
mengendalikan segala bentuk Hal-ewal politik,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil
(kerajaan wilayah) yang bernaung dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan kerajaan
pusat ialah Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah
berpusat di Damsyik, Bani Abbasiyah berpusat diBaghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan
Bani Uthmaniyah yang berpusat di Turki.

4. kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan
pentadbiran untuk kemajuan kerajaan wilayah. Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah
khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu atau secara
musyawarah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan mengikut
sunnah(hadis). Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada
kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan,
membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula berhak
meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.

Pemerintahan dan pentadbiran wilayah

1. Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya ekoran daripada kejayaan-kejayaan
yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman,
Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada
peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-
Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan
kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq,
Mesir dan Palestin.Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat
pentadbiran masing-masing.

2. Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-
Khattab telah membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuai
oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pengawai
tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera, Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj),
Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait al-Mal) dan
seorang kadi.

3. Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan zaman semasa pemerintahan ialah Khulafa’
al-Rasyidin berwilayah di Makkah, Baghdad dan Damsyik. Pada zaman pemerintahan Bani
Umaiyah berwilayah diMakkah, Madinah dan Baghbad. Manakala pada zaman pemerintahan
Bani Abbasiyah berwilayah diMakkah, Madinah dan Damsyik. Individu yang dilantik
memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan
tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan
kelak. Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan baitulamal bagi memudahkan urusan
pendapatan dan perbelanjaan negara.

4. Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun,
Pemerintah tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah tertinggi
kerajaan pusat, iaitu Khalifah.Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesar seperti kadi dan
wazir yang dilantik oleh Khalifah. Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut
pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah
mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran
kerajaan pusat.

5. Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu
kerajaan pusat dalam semua perkara seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk
menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya.Tetapi karajaan wilayah harus
mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan
kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan dikenakan
ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai contoh, memecat
gabenor dan pegawai kerajaan.

Penutup

Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa’
al-Rasyidin yang telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.
Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah Umar
bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.

Soalan 29: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Pendahuluan

Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 Masihi. Pada tahun 1453 Masihi,
pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya
menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan
ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah
Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.

Isi-Isi Penting :

1. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Pusat

Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik,
pentadbiran dan kewangan. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi
tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai
ketua pentadbir dan penasihat sultan. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan
juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang
hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua
orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan), seorang Agha (wakil
tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di
ibu kota Istanbul. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika
menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada
Byzantine. Sistem pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali
sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan
tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah
menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak. Fief yang berkhidmat
secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai
100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah.
Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000
ekor kuda. Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian
mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.
Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak
atauLiwa’). Ketua ini dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang beylerbey; terbesar ialah
Beylerbey, Anatolia dan yang kedua Beylerbey Rumali di Eropah. Bey-bey ini juga memakai
gelaran Pasha. Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa
yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa
menyerahkan kuasa tanah fief kepada Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan
kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan
merampas tanah fief daripada orang yang melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini

telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname (1530 M).
Walaubagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat-syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan
senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera
Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200
orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11 500
orang bagi setiap skuadron (1534 M).

2. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Wilayah

Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan
yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah
mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan Al-Quran
dan hadis.
Multezim pula bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu.
Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Pegawai
kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk
perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan
wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim.
Ada kalanya, golongan ini berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang
lain kelas pemerintah.

Penutup

Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.
Pada tahun 1924 M, tamatnya zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Soalan 30: Huraikan sistem pemerintahan kesultanan Andalusia pada abad ke-13

Pendahuluan

Pada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan kemunculan
kerajaan islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492 M. Kerajaan ini
dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum kemunculan kerajaan ini,
Andalusia mnjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan islam. Antaranya ialah Abu Jamil
Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau
juga dikenali sebagai Ibn Hud.
Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada dibawah pemerintahan kerajaan al-
Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini
dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M.

Isi-isi Penting:

1. Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun

Berjaya menguasai beberapa buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun
demikian ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah. Pemerintahn
yang terakhir iaitual-mustansir tidak berupaya mengembalikan semula kadaulatan wilayah-
wilayah kerajaan al-Muwahhidun yang ditawan oleh tentera Kristian.
Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsure-unsur Syiah seperti
al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walaubagaimanpun, penggunaan gelaran ini menimbulkan
rasa kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan system
demokrasi islam.
Pentadbiran kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah berasaskan sumber
perundangan daripada mazhab maliki. Hal ini secara tidak langsung telah melemahkan golongan
yang tidak berpegang terhadap fahaman syiah.

2. Perjanjian damai

Bagi mewujudkan iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan pernah mengadakan perjanjian
damai dengan Raja leon dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya berkekalan selama 10
tahun sahaja. Semasa pemerintahan al-Nasir, Bainda terpaksa melepaskan wilayah kekuasaan
kepada tentera Kristian.

3. Murcia sebagai pusat pemerintahannya

Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami ata Ibn Hud berusaha menerajui
pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya.
Pada tahun 1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-Mukminin Sayf al-
Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah Berjaya menawan Murcia daripada wakil kerajaan al-
muwahhidun. Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova, Seville, Granada,
Almeria, Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.

4. Melaksanakan syariah islam

Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasai. Beliau juga
telah memaklmkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang kejayaan
penguasaannya terhadap Bandar-bandar tersebut.
Walaubagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Huda mat getir. Akibat tekanan
dan serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau mengalami kekalahan termasuk Di
Cardova

5. Saingan daripada al-Ahmar
Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada al-Ahmar yang kemudiannya
Berjaya membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn al-Ahmar juga berusaha
mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan abbasiyah di Baghdad.
Implikasinya , pada tahun 1231 M, beliau Berjaya memperluaskan pemerintahannya dengan
menduduki wilayah-wilayah seperti Carmona, Cardova, dan Seville. Beliau juga telah
bekerjasama dengan pemimpin di Seville, iaituu al-Bajji bagi menewaskan Ibn Hud

6. Berjaya menyingkirkan al-Bajji

Sebagai seorang yang hebat berpolitik, beliau kemudiannya Berjaya menyingkirkan al-Bajji
dengan melakukan pembunuhan secara rahsiah. Bermula pada tahun 1232 M , beliau Berjaya
memperoleh kesetiaan penduduk jerz, Malaga dan kawasan sekitarnya.
Disebabkan pentadbiran kota Seville serta kota-kota lain di bahagian barat andalus di pegang
oleh pemimpin tempatan yang sedia memberikan ketaatan kepadanya, maka Ibn al-Ahmar telah
membentuk kuasa ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut.

7. Mengamalkan pentadbiran yang zalim

Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M, iaitu apabila
beliau Berjaya menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan
pentadbira yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada bersedia memberikan
kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar
Pada tahun 1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandataingani perjanjian dengan pihak Kristian.
Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan
wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepada Castille yang ketika itu
berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.
Beliau menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian di Granada dan menjamin
penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalus.

Kesimpulan

Sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah Berjaya menguasai Granada dan wilayah-
wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera Kristian,
Kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah diteruskan oleh 21
orang sultan berikutnya sehingga lah kerajaan ini berakhir pada tahun 1492 M.

Soalan 31: Huraikan sistem pemerintahan kesultanan Moghul di India pada abad ke-16
hingga 17 Masihi

Pendahuluan
Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur/Baber berikutan kejayaannya mengalahkan sultan
Ibrahim Lodi. Dalam perang panipat sekali gus Berjaya membentuk kerajaan Mughal.
Kerajaan ini mempunyai beberapa orang pemerintah yang berwibawa. Antaranya ialah Akbar
dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke
Myanmar oleh Britishpadapertengahan abad ke 17 M

Isi-isi Penting:

1. Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah
pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau
juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini
Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya. Akbar telah membentuk sistem

‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan bangsawan) merupakan pegawai yang ditugaskan
memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab
melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33
peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah
antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.

2. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang
dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar ‘wazir’. Menteri paling kanan selepas
Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu jawatan Ketua Turus Tentera
bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga diraja
sahaja.

3. Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn kpd 18 buah wilayah@ subas dan d’tmpatkan
seorang gabenor (subadar) yg merangkap ketua tentera. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah
‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan, ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun
dan ‘Sadr-us-Sudur’ yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan. ‘Muhtasib’
pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman dan
perundangan. Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan
pencuri dan orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau
dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan
Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar.

4. Manakala pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-1707
sebagai maharaja berjaya menghadapi segala permasalahan yg berlaku di empayarnya dgan
berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama. Beliau bercita-cita menjadikan seluruh india
mnjadi sebuah negara yg mengamalkan mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMAAH . Mereka
menyakat pengaruh HINDU dan melarang org islam masuk ke sekolah hindu. Semasa
pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat
sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah. Al Quran dan hadis
dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula dri pemerintahan
Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila ulama memainkan peranan mereka dalam
menasihati pemerintah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.amalan syura dalam
pemerintahan.

5. Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn polisi Aurangzeb dan ingin menumpaskan
kerajaan mughal mnakala golongan syiah pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap
syiah adalah golongan sesat yg hampir sama dgan hindu.

Kesimpulan

Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah
tidak dapat dicabar individu lain.
Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama
memainkan peranan penting menasihati pemerintah.

Soalan 32: Huraikan organisasi pentadbiran dalam pentadbiran pusat dan wilayah yang
dijalankan oleh Maharaja Akhbar.

Pendahuluan

Jalaluddin Muhammad Akhbar (Akhbar Agung)ialah anak kepada Humayun, iaitu pemerintah
empayar Moghul yang kedua (1556 – 1605M). Pada 14 Februari 1556, Akhbar menggantikan
ayahnya yang meninggal dunia. Akhbar menjadi pemerintah Moghul yang ketiga. Semamsa
menaiki takhta beliau berusia 13 tahun. Ketika pemerintahannya, Akhbar Berjaya
menghapuskan ancaman daripada Sher Shah
Berkahwin dengan seorang puteri Rajput. Dirundung malang pada tahun-tahun akhir
pemerintahannya akibat salah laku anak-anaknya. Akhbar meninggal dunia pada 15 Oktober
1605 dan disemadikan di Sikandra, berhampiran Agra.

Isi-isi Penting:

Pentadbiran Pusat dan Wilayah

Akhbar menjalankan system pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah. Telah mengasingkan
politik dengan agama dan menghapuskan perbezaan dari segi agama dan bangsa. Contohnya
orang bukan Islam mendapat kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam bagi mengisi
jawatan dan pentadbiran
Pada tahun 1581M, baginda memperkenalkan agama baharu, iaitu Din Ilahi (gabungan agama
Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster)
Telah meghapuskan amalan perhambaan dan disokong oleh rakyat. Turut menghapuskan
bayaran jizyah dengan alas an mewujudkan keadilan dan membekalkan kestabilan empayarnya
Kerajaan Akhbar berasaskan pewarisan dan baginda menjadi ketua Negara yang bergelar sultan
(maharaja). Sultan memerintah dan mempunyai kuasa mutlak serta dibantu oleh pegawai yang
dilantik seperti Bairam Khan (perdana Menteri) Navratnas (Sembilan Permata)

Organisasi Pentadbiran

Peringkat Pusat:

Mewujudkan Mansabdar yang dijalankan oleh pegawai yang dilantik untuk melakukan tugas-
tugas pentadbiran awam. Serta ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja
Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat. Di setiap peringkat, Mansabdar memerintah satu
batalion tenetra (antara 10 hingga 1000 orang)
Jawatan-jawatan utama yang lain, iaitu:

a) Wakil (perdana menteri)
b) Wazir (menteri) – Menteri kewangan ialah menteri paling kanan selepas perdana menteri
c) Ketua Turus Angkatan Tentera – dipanggil sebagai 'Khan Qanan'. Ia bertanggunjawab

terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul keluarga diraja sahaja
d) Kadi besar – bertanggungjawab terhadap kehakiman
e) Muhtasib – menjaga moral awam
f) Diwan – mengurus hal-hal kewangan
g) Mir Bakshi – menjaga soal akaun dan gaji tentera

h) Sard-us-Sudur – bertanggungjawab tentang hal agama dan kebajikan
i) Kotwal – menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi pengintip dan mengesan pencuri

Peringkat Wilayah:

India dibahagikan kepada 18 wilayah(subas) ketika akhbar memerintah
Di setiap wilayah (subas) dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar)
Faudjar bertanggungjawab menguruskan pentadbiran diperingkat daerah
Di setiap sarkar dibahagikan kepada parganah (mukim) dan mahal (kampung)

Kesimpulan

Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah
tidak dapat dicabar individu lain.
Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah
pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau
juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini
Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya.

1.7 PERTAHANAN DAN PEMBUKAAN WILAYAH

1.7.1 Jihad dalam Islam

Soalan 33: Huraikan jenis-jenis dan tujuan jihad dalam Islam.

Pendahuluan:

Perkataan jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud
pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu
yang dibenci. Dari segi bahasa, bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai
suatu cita-cita, iaitu menegakkan syiar Islam.Setiap mazhab mempunyai pandangan yang
berbeza tentang jihad.
Menurut Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan.Tetapi,satu
perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam.
Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal
kebangkitan Islam. Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam
pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad
sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi
orang kafir.
Sesuai dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak menggalakkan
peperangan.Namun peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang
kekafiran.

Isi-isi Penting:

a) Jenis-jenis jihad.

1. Jihad nyawa dan tenaga.

Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama
Islam.

Jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban dianggap mati syahid.
Contohnya,Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di Perang Uhud.

2. Jihad harta.

Pengorbanan harta dan wang juga termasuk dalam jihad fisabilillah. Bagi golongan kaya,
mereka boleh berjihad dengan menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong golongan
yang berada di medan perang
Sebagai contoh,Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya dengan perjuangan menegakkan
syiar Islam.

3. Jihad akal fikiran.
Sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi manfaat kepada masyarakat dan
negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.

Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang beliau juga menyumbangkan
idea dalam pembinaan parit dalam Perang Khandak.

4. Jihad menuntut ilmu.

Menuntut ilmu adalah suatu jihad dalam Islam. Selain berjihad di medan perang,umat Islam jua
disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan
dalam setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti
fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan. Tujuannya supaya
umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib
sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya.

5. Jihad menentang golongan munafik.

Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung disebalik nama
Islam.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan mengenai golongan munafik ini. Antara
dalil al-Quran yang terdapat surah at-Taubah ayat 73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang
kafir dan dan munafik ialah “Wahai Nabi,berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-
orang munafik,dan bertindak keras terhadap mereka.”

6. Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran.

Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan. Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada
melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati.
Terdapat dalam dalil daripada al-Quran yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan,iaitu
surah al-Baqarah ayat 112,”Tidak,barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan
Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada
mereka dan mereka tidak bersedih hati”.

7. Jihad melawan nafsu.

Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi dalam darjatnya disisi Islam. Melaluinya
seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah
SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.
Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan
nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan dakwah
Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.

8. Jihad menentang syaitan.

Syaitan ialah musuh manusia yang sebenar-benarnya.Buktinya banyak ayat al-Quran yang
menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan manusia. Misalnya,dendam Iblis kepada Nabi
Adam a.s. Terdapat dalil dalam suah al-Fatir ayat 6 yang membuktikan syaitan ialah musuh
manusia”Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai
seteru”.

Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap
manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana, kedua-
duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.

b) Tujuan jihad dalam Islam:

1. Menjaga kesucian agama Islam.

Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan al-Riddah yang merosakkan
kesucian agama Islam yang mengaku menjadi nabi,enggan membayar zakat dan
mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam(murtad).

2. Menjaga keselamatan Negara Islam.

Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman. Pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w,baginda sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapi ancaman
Quraisy yang mencetuskan Perang Badar,Perang Uhud dan Perang
Ahzab.

Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan Ghassan,tentera Islam
digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk.

3. Menjaga maruah umat Islam.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh
Yahudi Bani Qainuqa’,tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung perkampungan mereka
seterusnya menyebabkan Yahudi berkenaan diusir dari bumi Madinah.

4. Menghapuskan kezaliman.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti)
memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu
Khalifah Umar menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang membawa kepada
pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir.

Penutup:

Jihad merupakan elemen terpenting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim
khususnya di medan perang. Umat Islam akan berjihad di medan perang sekiranya agama,
negara dan maruah diri diancam oleh musuh.
Namun, umat Islam dilarang bertindak sewenang-wenangnya.Nabi Muhammad s.a.w telah
menggariskan tatacara peperangan yang merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas
peperangan.

Soalan 34: Huraikan etika peperangan dalam islam.

Pendahuluan

Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya
agama, negara dan maruah diri diancamoleh musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama
islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan.
Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam dikehendaki
mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas
peperangan.

Isi-isi penting

1. Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Islam hnaya
membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal
ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu
serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.

2. Membayar cukai jizyah. Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada
di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Ia sebagai simbol
balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.

3. Mentaati arahan pemimpin atau ketua. Merupakan salah satu etika yang amat penting
tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan
impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud
pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan (kecuaian pasukan
pemanah meninggalkan posisi yang ditetapkan)

4. Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya
upaya. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang
cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-
golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak
mengancam keselamatan negara Islam.

5. Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali
dadrurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada
masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if,
harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.

6. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh setiap individu muslim
yang terlibat dalam peperangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang
paling ketara adalah kesetiaan umat Islam terhadap gencatan senjanta yang diputuskan dalam
perjanjian hudaibiyah.

7. Tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ini merupakan salah satu kaedah berdakwah
yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kecuali bagi musuh yang benar-benar berbahaya.

Penutup:

Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam
mempunyai disiplin yang tinggi malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang
dijalankan oleh para tentera di medan perang.

1.7.2 Peperangan dalam Islam

Soalan 35: Huraikan tujuan peperangan dalam Islam

Pendahuluan:

Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam
sendiri membawa maksud aman (salam) dan kedamaian. Oleh itu, Islam tak menganjurkan
peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa alasan
dan sebab yang munasabah.
Peperangan yang diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah atau Fi Sabillah, iaitu
sebagai tanda pengabdian individu Muslim hanya kepada Allah s.w.t.

Isi-isi penting :

1. Mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan.

Bagi mempertahankan diri dari sebarang serangan atau ancaman musuh, maka orang Islam dan
Nabi Muhammad sendiri terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Sebagai
contoh, pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qunaiqa’, Bani Nadir, dan Bani Quraizah
terhadap perlembagaan Madinah. Mereka sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah.
Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah juga telah mencetuskan
perang Azhab pada tahun ke-5 Hijrah. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan sebagai
akibat, semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran
kepada orang Yahudi.
2. Mempertahankan agama.

Peperangan berlaku dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan
memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam.
Sebagai contoh, peperangan Badar yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah disebabkan oleh orang
Quraisy Makkah ingin menghapuskan Islam di Madinah. Musyrikin Makkah juga ingin
melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi setiap
orang Islam mempertahankan Syiar dan agama Islam supaya terus berkembang.
3. Mempertahankan kedaulatan negara.

Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di
dalam negaranya sendiri seperti di Madinah. Dengan mempertahankan negara, maka kedaulatan
Islam akan dapat dipertahankan.
Imam Al- Ghazali menyatakan “Agama adalah asas, pemerintahan (negara) adalah pengawal.
Sesuatu yang tiada asas akan hancur, sememtara sesuatu yang tiada pengawal akan lenyap. “

4. Mencari keamanan, keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.

Tujuan peperangan dalam Islam adalah untuk menyebarkan keamanan dalam kehidupan manusia.
Justeru , Islam hanya akan memerangi golongan yang melakukan kezaliman dan enggan
berdamai dengan umat Islam. Dengan menghapuskan golongan ini, kehidupan akan kembali
aman, keadilan akan tertegak dan hak asasi kehidupan seperti harta benda , maruah dan nyawa
akan terpelihara.
Islam mewajibkan umat Islam agar berkelakuan baik dan adil dengan golongan yang tidak
melakukan sebarang kezaliman atau mencetuskan permusuhan dengan umat Islam.
5. Melindungi rumah ibadat.
Islam amat menitikberatkan pegangan agama dalam kehidupan manusia. Secara prinsipnya,
Islam amat menghormati agama lain dan tidak mengenakan paksaan terhadap penganut agama
lain untuk memeluk islam.
Peperangan dalam Islam, antara lain ialah bertujuan untuk menjaga kepentingan Islam dan
kebebasan beragama seluruh manusia.
Penutup :

Kesimpulannya, Islam ialah agama yang damai dan cinta akan kedamaian dan juga keamanan.
Mereka terlibat dalam peperangan kerana ingin mempertahankan diri, meneguhkan kedudukan,
mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara, melindungi rumah ibadat,
mencari keamanan, menegakkan keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.

Soalan 36: Jelaskan strategi peperangan yang dipraktikkan oleh tentera Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendahuluan:

Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang
membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk
angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan Negara, maruah serta
kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin, quraisy, Yahudi,
serta Rom dan Parsi.
Isi-isi penting:

1. Menguasai tempat strategik

Perang badar yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun
bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera
Quraisy yang berjumlah 1000 orang.
Faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang
stategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian, pihak musuh keputusan bekalan
air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan
peperangan.

2. Kaedah bertahan/membuat benteng pertahanan dengan menggali parit

Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi
bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam.
Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan
pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang di turunkan Allah SWT telah
memecahbelahkan tentera musuh.

3. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit

Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan
kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas
Bukit Uhud. Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun, disebabkan oleh
kecuaian para pemanah, Benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.
Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga
menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.

4. Kaedah penyamaran.
Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecahbelahkan
benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan
berlaku pertelagahan sesama mereka.
Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa
menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

5. Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima
syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut kerana
menjangkakan bahwa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian
tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli oleh Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w
dan tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota
Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Penutup

Jihad merupakan elemen penting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim
khususnya medan perang.
Umat Islam akan berjihad di medan perang seandainya agama, Negara dan maruah diri diancam
oleh musuh.

Soalan 37: Huraikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan
dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pendahuluan

Latar belakang Nabi Muhammad secara ringkas. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi.
Ghazwah – peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w – sebanyak 28 ghazwah,
sembilan daripadanya telah membawa kepada pertempuran. Sariyyah – peperangan yang tidak
disertai oleh Rasulullah – sebanyak 47 sariyyah.
Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan
tentera Islam. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan
yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan.

Isi-isi penting

1. Contoh kepimpinan yang terbaik

Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu,
baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh.
Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-
Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.
Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.

2. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji

Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta
mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf
menyerah diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-
musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.
Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional
yang tidak berperang dalam musim haji.

3. Sering berbincang dengan para sahabat

Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat.
Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan kuasa
secara mutlak.
Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.

4. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari

Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari
meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif
serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan. Tindakan mengejar musuh
akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang.

Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin
memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh, Nabi tidak mengejar musuh yang lari
dalam Perang Taif.

5. Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang

Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi
ketenteraan. Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf – contoh dalam
Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan – barisan hadapan bersenjatakan
tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan
didahului dengan pembawa bendera.
Baginda menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.

6. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk

Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan. Contoh, Perang Taif, Nabi Muhammad
memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif.
Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam
Perang Badar dan Perang Uhud.

7. Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan

Menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan
kerana dahaga. Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar. Penyusunan barisan
tentera Islam – dalam perang Uhud
Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak dan Taktik menggali parit – perang Khandak

8. Memberi kefahaman tentang konsep jihad

Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar
Islam hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang dalam
Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan
Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani. Mempraktikkan taktik dan
strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh, perang Ahzab, dll.

Kesimpulan

Kepimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah
melalui taktik dan strategi peperangan baginda.
Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah
pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

Soalan 38: Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan
dan memperaktikkan taktik dan strategi peperangan. Bincangkan taktik dan
strategi yang dilaksanakan oleh baginda.

Pendahuluan

Islam hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan
mempertahankan kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w., baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah.
Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan baginda menggunakan beberapa rancangan
strategi sebelum peperangan.

Isi-isi penting

1. Taktik Perang

a) Taktik Menunggu Musuh: Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila
tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

b) Taktik al – Saf : Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan;
barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua
bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya
berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

c) Taktik Menggali Parit : Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali
menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam
kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

d) Taktik Kepungan : Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam
mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera
Islam bertindak melancarkan serangan.

e) Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar : Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera
musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada
serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam
diperdaya oleh musuh.

f) Taktik Penyamaran : Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin
Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah
dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

2. Strategi Perang

a) Menguasai tempat strategik – contoh Perang Badar(2H). Tindakan pantas tentera Islam
menguasai kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud –
Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.

b) Menanti kedatangan musuh atau bertahan- Perang Khandak, atas cadangan Salman al
Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota Madinah sebagai benteng.

c) Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka- Perang Tabuk, kesinambungan
dari Perang Mu’tah(8H) berperang dengan tentera Byzantine yang besar jumlahnya. Tidak
mengejar musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh. Ini
memberi kemenangan moral kepada tentera Islam

d) Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi - Perang Ta’if, ke atas benteng pertahanan
pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin Auf. Nabi juga memberi amaran kepada Bani
Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk di bawah
pemerintahan Islam. Strategi ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.
Kesimpulan :

Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam
menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan
strategi peperangan.
Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

Soalan 39: Huraikan strategi peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafa' al-
Rasyidin.

Pendahuluan

Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang
membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk
angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
Matlamat penubuhan angkatan tentera untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian
agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyirikin Quraisy, Yahudi, serta
Rom dan Parsi. Pada zaman Rasullulah s.a.w, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan
kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah

Isi-isi penting:

1. Menguasai Tempat Strategik

Perang Badar berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun
bilangan tentera berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang
berjumlah 1 000 orang.
Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai
tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian , pihak musuh
keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan
seterusnya mencetuskan peperangan.

2. Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit

Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi
melindungi kota Madinah Daripada serangan musuh Islam.
Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan
pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah
memecahbelahkan musuh.

3. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit

Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan
kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas
Bukit Uhud.
Ternyata keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun disebabkan kecuaian para
pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Kekalahan ini berlaku kerana tentera
Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meniggalkan
posisi masing-masing.

4. Kaedah Penyamaran

Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah diarahkan memecahbelahkan
benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku
pertelagahan sesama mereka.
Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa
menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa

6. Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima
syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tesebut kerana
menjangkakan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian
tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli berikutan pihak Quraisy Makkah, maka Nabi
Muhammad s.a.w dan para tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan
berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

Tindakan Nabi Yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka
sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.
Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dengan strategi musuh.
Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah,
Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

Penutup

Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam
mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang
dijalankan oleh para tentera di medan perang.

Soalan 40: Huraikan Peperangan yang berlaku Pada Zaman Nabi Muhammad SAW

Pendahuluan

Peperangan adalah bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Islam
tidak menggalakkan peperangan dan pencerobohan ke atas negara-negara asing kerana ia adalah
agama yang cintakan perdamaian. Objektif dan matlamat utama peperangan dalam Islam adalah
untuk menegakkan ajaran agama Allah dan setelah diancam oleh musuh sama ada dalaman
mahupun luaran.

Perang zaman nabi terbahagi kepada ghazwah (disertai nabi) dan sariyah (wakil kepada
sahabat). Baginda telah menyertai 27 siri peperangan yang mana 9 drpnya membawa
pertempuran, manakala 38 sariyah diwakilkan kepada sahabat nabi.

Isi-isi penting:

1. Perang Badar

Perang Pertama yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 H / 624 M di antara orang Islam
Madinah dengan Musyrikin Mekah. Dikenali Badar kerana ia berlaku di pinggir telaga antara
Mekah dan Madinah yang dimiliki oleh Badr. Dikenali sebagai al-Furqan iaitu pemisah antara
hak dan batil.
Perlawanan peringkat awal melibatkan 3 orang pahlawan Islam iaitu Ali Abi Talib, Saidina
Hamzah dan Ubaydah yang berjaya membunuh al-Walid, Utbah dan Shaybah. Kemenangan
oleh Tentera Islam seramai 313 menentang seramai 1,000 tentera musyrikin yang diketuai oleh
Abu Sufyan dan Abu Jahal.

2. Perang Uhud

Berlaku pada tahun 3H / 625 M. Pertempuran di Bukit Uhud yang berpunca daripada kekalahan
puak Musyrikin Mekah dalam Perang Badar. Tentera musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan
seramai 3,000 tentera yang terdiri daripada pelbagai suku Quraisy. Manakala Islam seramai

1,000 tentera. Tetapi 1/3 tentera pimpinan Abdullah bin Ubay ketua munafik telah keluar
daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah.
Peringkat awal mencapai kemenangan namun disebabkan kelalaian tentera Islam, akhirnya
tewas oleh tentera Musyrikin.

3. Perang Khandak (al-Ahzab)

Tentera Yahudi dan Musyrikin seramai 10,000 telah melancarkan perang ke atas penduduk
Islam di Madinah. Tentera Islam seramai 3,000 orang hanya bertahan di Madinah dengan
menggunakan taktik Menggali Parit (al-Khandak) yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi, di
sebelah utara Madinah dan dibahagian-bahagian lain dibentengi tamar dan bukit-bukau.
Tentera Musyrikin tidak berjaya menembusi benteng yang telah dibina mengelilingi Kota
Madinah. Pihak nabi memecahbelahkan musuh dengan menghantar Na’im bin Mas’ud yang
menyamar sebagai orang bukan Islam dan menemui musuh dengan tipu helah.

4. Perang Muktah

Berlaku pada 8H / 630M di antara Madinah dengan Syria di bawah pengaruh Byzantine. Utusan
nabi Harith bin Umayr al-Azdi untuk menyebarkan Islam ke Ghassan telah dibunuh.
Zaid bin Harithah dan seramai 3,000 tentera Islam dihantar menyerang Ghassan namun terpaksa
berpatah balik kerana tentera musuh yang ramai 200,000 orang tentera.

5. Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Mekah

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun 6H / 628M iaitu atas dasar keinginan untuk
menziarahi Kaabah Rombongan Nabi yang diketuai oleh Uthman al-Affan telah diutus untuk
tujuan menyiasat kedudukan Kota Mekah dan memeterai perjanjian dengan Musyrikin Mekah.
Pada tahun 8H / 630M, nabi dan seramai 10,000 tentera telah ke Mekah dan tidak berlaku
pertempuran darah kerana pemimpin Quraisy Abu Sufyan dan tokoh-tokoh lain telah memeluk
Islam. Telah menguasai kota Mekah secara aman dan membuka kepada penyebaran Islam
dengan lebih meluas lagi.

6. Perang Hunayn dan Taif

Selepas 25 hari pembukaan Kota Mekah, kaum Musyrikin suku Hawazin dan Thaqih bertindak
menyerang Kota Mekah yang diketuai oleh Malek bin Arf. Pertempuran berlaku di Lembah
Hunayn dan memihak kepada tentera musuh walaupun bilangan tentera Islam yang ramai.
Pertempuran seterusnya berlaku di Bandar Taif. Namun, pihak Taif mengaku kalah kerana
ramai daripada mereka yang telah memeluk Islam disebabkan keperibadian baik yang
ditunjukkan oleh nabi.

7. Perang Tabuk

Berlaku pada 9H / 631M di Utara Madinah sambungan daripada Perang Muktah di mana tentera
Islam pimpinan Khalid al-Walid berundur ke Madinah. Nabi sendiri mengetuai peperangan
dengan membawa seramai 30,000 tentera menuju ke Tabuk. Perang terakhir yang diikuti oleh
nabi sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Nabi menghantar Khalid al-Walid Dumat al-Jandal dan berjaya menewaskan musuh. Tentera
Byzantine mengalami kekalahan dan terpaksa berundur ke Utara Syria.

Penutup

Nabi sendiri mengetuai sebagai Panglima Perang

Soalan 41: Bincangkan peristiwa dan implikasi Perang Uhud pada Tahun Ketiga Hijrah
kepada umat Islam dan Musyrikin Makkah.

Pendahuluan

Perang Uhud merupakan salah satu daripada siri peperangan yang berlaku pada zaman Nabi
Muhammad S.A.W bagi melaksanakan jihad dan mendaulatkan agama Allah. Peperangan yang
kedua dalam sejarah Islam ini berlaku di kaki Gunung Uhud pada pertengahan bulan Sya’ban
tahun 3 hijrah di antara 3000 tentera Quraisy dengan 700 tentera Islam. Tentera Quraisy
dipimpin oleh Abu Sufian manakala tentera Islam dipimpin Nabi Muhammad S.A.W sendiri.
Kaum Quraisy yang menerima kekalahan yang memalukan di Badar telah bertekad untuk
membalas dendam dan menebus kembali maruah mereka.

Isi-Isi Penting:

Peristiwa Perang Uhud

1. Keinginan untuk membalas dendam di kalangan kaum Musyrikin Makkah atas
kekalahan mereka semasa Perang Badar. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-
mata ramainya tentera mereka terbunuh atau nilai harta benda yang bernilai sebanyak 5000 dinar
yang dirampas oleh tentera Islam, tetapi yang lebih penting ialah kerana nama dan maruah yang
selama ini sentiasa bermegah dengan kekuatan dan kejaguhan telah jatuh.

2. Kemaraan Tentera Abu Sufian ke Kota Madinah. Untuk menghadapi tentera Islam , kaum
Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian berjumlah seramai 3000 orang yang terdiri daripada
berbagai – bagai suku iaitu Quraisy , al – Ahabish ( Bani al – Harith , Kinanah dan Khuza’ah )
dan Arab Tihamah telah berlepas dari Kota Makkah pada bulan Sya’ban tahun 3 hijrah menuju
ke utara.

3. Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W , kemudian baginda
mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini lahir dua pendapat, pendapat pertama
mencadangkan supaya pergi menyerang . Manakala pendapat kedua pula mengesyorkan supaya
bertahan sahaja di Kota Madinah. Pada mulanya baginda bersetuju dengan pendapat kedua,
tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi
majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai
1000 orang di bawah pimpinan baginda telah meninggalkan kota Madinah untuk menemui kaum
Musyrikin. Dalam pada itu , seramai 1/3 daripada jumlah tentera itu yang diketuai oleh Abdullah
bin Ubay , ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke
Makkah.Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Jabal ( Uhud ) .

4. Nabi Muhammad S.A.W telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan pertahanan
dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lereng – lereng gunung.Pasukan
pemanah ini diketuai oleh Abdullah bin Zubir. Strategi inilah yang telah menghancurkan barisan
tentera Quraisy sehingga mereka akhirnya lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta
yang banyak. Pasukan pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat
lalu mereka meninggalkan lokasi masing – masing untuk turun merebut harta – harta rampasan.

5. Pada peringkat awal peperangan ini memperlihatkan kemenangan di pihak Islam, tetapi pada
akhirnyaramai tentera Islam terkorban. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah kaum
muslimin khususnya pasukan pemanah yang ditempatkan di kawasan tinggi sekitar Bukit Uhud
ini telah meninggalkan tempat tersebut kerana mengejar harta rampasan perang.

6. Peluang ini digunakan oleh Khalid Al –Walid untuk mengumpulkan semula pasukan berkudanya
dan mara dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam.
Setelah kubu strategi umat Islam itu jatuh, Khalid Al-Walid menyerbu tentera Islam dari
belakang sehingga mereka bertempiaran lari.Akibatnya tentera Islam telah tertangkap dan
akhirnya tertewas di tangan Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dan Khalid bin Al Walid
Al – Makhzumi (Quraisy). Ramai antara sahabat –sahabat Nabi Muhammad S.A.W, termasuk
bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a telah gugur syahid.

Implikasi peperangan

1. Kabilah – kabilah Arab yang lain mula memandang rendah kepada umat Islam. Mereka
mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Makkah. Malah ada yang berani
membunuh umat Islam sewenang – wenangnya seperti Bani Bakar yang membunuh seramai 70
orang utusan dakwah Islam di suatu tempat bernama Bir – Mauna.

2. Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad S.A.W mengirimkan pendakwah
kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka telah dibunuh, manakala dua yang lain
dibawa ke Makkah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum Qurasiy. Dua orang bersaudara bernama
Tulaihah dan Salama bin Khuwailid telah berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi
Muhammad S.A.W mendengar berita ini lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang
untuk memerangi mereka terlebih dahulu.

3. Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya bahawa kekuatan Islam
mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin bersemangat untuk berusaha mengalahkan
umat Islam pada peperangan yang seterusnya.

4. Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan Yahudi dan Munafikin di
Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi pengajaran agar lebih patuh dan taat
kepada arahan pemimpin pada masa – masa akan datang.

5. Peperangan ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Makkah memang sentiasa
berazam untuk menghancurkan umat Islam pada bila – bila masa sahaja dan tanpa diduga.
Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati – hati dalam menghadapi serangan –
serangan yang bakal diterima daripada musuh – musuh mereka.

6. Bagi pihak umat Islam , mereka menerima pengajaran mengenai konsep ketaatan terhadap
pemimpin dengan bayaran yang sangat mahal. Kekalahan itu mengajar mereka betapa
pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap mereka telah membawa padah yang amat besar.

7. Namun umat Islam tidak bersedih selama- selamanya . Mereka mengambil iktibar daripada
kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatu padu , berdisiplin , dan
taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang seterusnya.

8. Perang ini juga memberikan gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat dan bahaya –
bahaya yang ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar umat Islam untuk lebih
berhati–hatimenghadapi golongan tersebut yang hanya bersemangat di bibir tetapi bukan di
hati.

Penutup

Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam
mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang
dijalankan oleh para tentera di medan perang.

1.7.3 Kepemimpinan

Soalan 42: Huraikan kepemimpinan Khalifah Salahuddin al-Ayyubi

Pengenalan

Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu
bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak
kepada seorang gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak
saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.
Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam
yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55
tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di
jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika itu, beliau meninggal dunia tanpa
meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham
wang perak dan 1 dinar wang emas. Oleh itu, urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh
keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Isi-isi Penting:

1. Menentang Tentera Salib

Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar
kepada umat Islam pada ketika itu. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula
berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan
pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau
membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama
Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya
mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas
Shirkuh meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah menggantikan tempatnya. Pada masa
sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan
Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Al-Islam
Wa Al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun
583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan mudah untuk
menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan
kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis
daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan
negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi. Pihak
Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang
dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada
kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

3. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

Lane-Poole, seorang penulis Barat mengesahkan mengenai kebaikan hati Salahuddin mencegah
rakyatnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan
ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat
bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan
sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan
Baitulmaqdis kali pertama iaitu pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan
Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang
tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara
beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih
sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

4. Memulih dan membangunkan negara

Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah yang diawasi oleh arkitek yang
bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Membangunkan Pulau al-
Raudah dan al-Gizah yang menyediakan kemudahan petempatan dan pasaraya.
Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal
perang dan armada perang yang besar.
Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan gedung ubat-ubatan bagi membolehkan
ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred. Ruangan khas untuk wanita disediakan dan
pesakit mental.

5. Memajukan aspek pendidikan

Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan cerdik pandai dan ulama ke negaranya.
Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib yang
menjadi pusat pendidikan kanak-kanak mempelajarai al-Quran, menghadal hadis dll
Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar berperanan sebagai pusat pembelajaran
ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.

6. Kemajuan dalam bidang ekonomi

Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah (tawanan perang) dan kharaj. Menumpukan
kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyediaan dan
penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian bagi tujuan meningkatkan
produktiviti pengeluaran negara.
Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat pertemuan dai timur dan barat. Membina
banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria selain membaik pulih serta meluaskan pasar yang sedia
ada.

Penutup:

Apa-apa yang berkaitan.

Soalan 43: Huraikan sumbangan Khalifah Salehuddin al-Ayyubi dalam Islam

Pengenalan

Nama penuh beliau ialah Salehuddin Yusof Bin Najmuddin Ayub.
Beliau digelar sebagai Saladin, berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suku Ruwaidhah.
Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138 M dan
meninggal dunia pada tahun 1193 M di Damsyik.
Merupakan seorang panglima tentera, pemimpin & pentadbir negara yang berbakat tinggi dan
masyhur pada zaman perang Salib.

Isi-isi Penting:

1. Menentang Tentera Salib

Salehuddin mula menyertai peperangan pada tahun 1164 M apabila
menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, iaitu Shirkuh yg dihantar
oleh Khalifah Nur al-Din.
Dalam peperangan ini, tentera islam pimpinan Shirkuh telah
berjaya menewaskan tentera salib yg berada di bawah pimpinan Amaury I. Pada tahun 1169
M, tentera islam jg berjaya menumpaskan tentera salib di Mesir. Peperangan ini
berlaku disebabkan tentera Salib melanggar perjanjian damai yg dimeterai.

2. Dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

Meskipun tentera Islam telah berjaya menguasai Baitulmuqaddis, orang-
orang kristian tetap diberi peluang mengunjungi kota suci ini. Melalui perjanjian damai
yg dimeterai oleh Salehuddin dengan Richard The Lion Heart di Ramalah pada 2 November
1192 M, pihak Islam bersedia memberi kelonggaran kepada penganut Kristian mengunjungi
dan beribadat di Baitulmuqaddis.

3. Memulih dan membangunkan negara

Salehuddin memberi tumpuan kepada pemulihan benteng kota

Katherah. Usaha pemulihan diawasi oleh seorang jurutera bangunan, iaitu al-Tawasyi

Bahauddin. Benteng ini merangkumi 4 buah bandar yg membentuk kota

Katherah. Tujuan pembinaan & pemulihan ini adalah untuk mengawal

negara daripada pencerobohan musuh.
Salehuddin juga mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-Jabal yg terletak di atas bukit

bagi membendung saki baki musuh yg masih berada di dalam kota Katherah. Beliau jg

membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah. Ibn Jubair pernah menjelaskan bahawa

pasar besar akan diadakan pada setiap hari Ahad.

Beliau juga menubuhkan Diwan Armada yg bertanggungjawab menyelia urusan

pembinaan kapal-kapal perang & armada perang yg besar. Salehuddin turut membina

hospital , beliau mengubah sebuah dewan yg terletak di dalam istana oleh Al-Aziz Bin Al-

Muiz untuk dijadikan sebuah hospital dan dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah

bangunan gedung ubat-ubatan jg disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan kepada

pesakit.

4. Memajukan aspek pendidikan

Salehuddin banyak membina sekolah & menjemput
golongan ulama & cerdik pandai ke negaranya. Memperkenalkan sistem pendidikan
prasekolah yg dikenali sebagai sistem al-Katib. Kanak-kanak diajar mempelajari al-Quran,
menghafal hadis, kemahiran seni khat, ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat & ibadat
seperti solat berjemaah.
Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yg penting khususnya ilmu keagamaan se
perti ilmu tafsir. Masjid yg terkenal pada zamannya ialah Masjid Amru al-As, Masjid al-
Azhar, Masjid al-Alttarin. Beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai

untuk dijadikan sekolah, malah turut membiayai gaji guru2x yg mengajar di

sekolah yg didirikan. Beliau

juga berusha mengutamakan pendidikan berasaskan mazhab Sunni.

5. Memajukan aspek ekonomi

Negara
pada zaman pemerintahannya memperoleh sumber pendapatan yg pelbagai seperti jizyah y
g dikenakan golongan bukan islam. Fidyah yg dibayar oleh tawanan perang utk menebus
diri, harta rampasan perang dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai yang membebankan telah
dapat dilaksanakan sepenuhnya pada zaman kerajaan Fatimiyyah juga dihapuskan.

Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor

pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyediaan dan

penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-

teknik pertanian agar berlaku peningkatan produktiviti dan mengelakkan

kekurangan bekalan makanan. Beliau juga mengalakkan

aktiviti perdagangan. Mesir menjadi pusat pertemuan para pedagang dari Timur & Barat.

Penutup:

Apa-apa yang berkaitan.

Soalan 44: Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Sultan Muhammad al-
Fatih

Pendahuluan

• Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid lahir pada 29
Mac 1432 m di Adrianapolis dan meninggal pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 Tahun.
Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya iaitu Sultan
Murad II.

• Dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota
Konstantinople. Baginda memerintah empayar yang luas selama 30 tahun di antara 1451 hingga
1481 M. Dianggap sebagai negarawan yang ulung dan seorang penglima tentera yang agung
telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.

Isi-isi Penting:

1. Menawan Konstantinople

Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M
sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-
Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul. Ia telah dijadikan sebagai ibu
kota semasa pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2. Kebebasan Beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople.
Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan
gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja
berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka.
Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka
melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah
menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak
dimusnahkan atau diapa-apakan.

3. Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara,
kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di
bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan
semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km
persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi.
Matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan
menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

4. Mendirikan masjid dan bangunan-bangunan lain

Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid,
sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan
pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk Gereja Besar St. Sophies dijadikan pusat ibadat
orang islam yang hari ini dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.

5-Menambah bilangan penduduk Konstantinople

Mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota
berkenaan. Baginda juga engarahkan negeri-negeri di bawah kekuasaannya menghantar wakil-
wakil untuk memakmurkannya.
Sifat baik dan pemurah baginda merupakan factor utama kepada pertambahan penduduk dari
luar.

6-Menyatukan Empayar di Utara Balkan

Tujuan penyatuan empayar adalah bagi mengelakkan serangan kaum Magyar dengan cara
mengambil alih pemerintahan Serbia dan Berjaya menawan Belgrade ekoran krisis istana.
Berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya.
kesannya,kekuasaan Kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

7-Menghapuskan kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah

Pada tahun 1458, baginda Berjaya menjatuhkan kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani yang
terakhir di Asia Kecil.
Kerajaan Uthmaniyyah telah Berjaya mengalahkan tentera Venice pada 1462, membawa kepada
penyerahan wilayah Venice dan Albania.

Penutup:

Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di
kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda
adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai
seorang Yahudi.

Soalan 45: Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih
dalam menawan Kota Konstantinople daripada Byzantine.

Pendahuluan:

Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda, Muhammad bin Murad bin Muhammad
bin Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang
agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang pemerintahannya.
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Andrianapolis dan meninggal dunia pada 3 Mei
1481M ketika berumur 49 tahun. Digelar Muhammad al-Fatih kerana kejayaan baginda
membebaskan Kota Konstantinople. Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi
menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang begitu luas selama
hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451M hingga 1481M.

Isi-isi penting:

1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.

Sepenjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota
Konstantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor
kelemahan kota tersebut.
Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tenteranya tentang strategi-strategi terkini
yang sesuai untuk digunakan.

2. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.

Angkatan tenteranya disertai para mujahidin seramai 265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400
buah. Baginda mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang
boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli
dibina di tebing sebelah Eropah, iaitu lebih kurang 8 kilometer jaraknya dari Kota
Konstantinople bagi mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Kota Konstantinople apabila mereka diserang. Menara bergerak yang mempunyai
ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera
Islam.

3. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.

Baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan
perang bagi membakar semangat jihad tenteranya, terutama ketika mereka akan menghampiri
dinding kubu Kota Konstantinople. Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat
berjemaah disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265 000
orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang
memecah kesunyian alam.
Tentera Islam diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama’ dan mengingatkan
agar tentera Islam sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Baginda menyampaikan pidato untuk
menaikkan kembali semangat jihad para mujahid Islam yang semakin turun setelah jemu
mengepung Kota Konstantinople selama 53 hari.

4. Mengepung Kota Konstantinople.

Baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota
Konstantinople secara aman kepadanya, tetapi pemerintah Byzantine enggan. Kota
Konstantinople mula telah dikepung dan mula diserang pada 19 April 1453M bersamaan dengan
12 Rabiulakhir 857H bersama tentera Islam seramai 265 000 orang. Kota tersebut dihujani oleh
peluru daripada meriam raksasa selama 48 hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding
kota tersebut.
Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta
boleh memuatkan ratusan tentera Islam digunakan dan berjaya menembusi dinding tengah kubu.
Namun, berjaya dimusnahkan oleh tentera Byzantine.

5. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.

Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah armada yang dihantar
oleh Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih
menggunakan satu kaedah luar biasa. Kapal-kapal perang dibawa melalui jalan darat ke atas
gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal Byzantine
kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan pertahanan Byzantine
menjadi semakin lemah.
Tentera Islam memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik yang besar serta mengibarkan bendera kerajaan Uthmanniyah.
Namun, strategi tersebut berjaya dipatahkan dan mengakibatkan ramai tentera Islam syahid.
Tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Akhirnya, baginda bersama
tenteranya yang hebat berjaya menawan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M.

Penutup:

Sultan Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang ada pada zamannya bagi
menjayakan usaha menawan Kota Konstantinople. Baginda telah dapat membuktikan tentang
kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.
Nama Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan sebagai ibu
kota semasa pemerintahan Uthmanniyah. Gereja Besar St. Sophies juga kemudiannya telah
ditukar menjadi Masjid Aya Sofia.

1.8. PERHUBUNGAN LUAR

Soalan 46: Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Nabi
Muhammad SAW

Pendahuluan

Negara Islam Madinah terbentuk sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan
tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri,
khususnya kaum Aus dan kaum Khazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi
oleh mereka.
Berikutan penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan
hubungan dengan negara-negara lain mengantaran utusan diplomatic dan dakwah, baik dalam
atau luar Semenanjung Tanah AAraPP

Isi-isi Penting:

1. Hubungan diplomatik terawal yang dijalinkan oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah
berlaku sejak baginda di Makkah lagi. Umpamanya, baginda pernah mengarahkan agar orang-
orang islam berhijrah ke Habsyah kerana baginda mendapati Raja Najasyi merupakan pemerinta
yang adil. Baginda merealisasikan hasrat tersebut dengan menghantar Ja’afar bin Abi Talib
mengetuai utusan dan ternyata orang-orang islam telah dilindungi daripada Quraisy Makkah
pada masa tersebut.

2. Kesan daripada peristiwa hijrah, baginda kini menjadi pemimpin tertinggi negara islam.
Sehubungan dengan itu, baginda telah menghantar utusan-utusan sama ada dalam dan luar
Semenanjung Tanah Arab yang secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan menyearkan
agama islam di negara-negara berkenaan. Selain itu, baginda juga telah mengirim utusan-utusan
ke negara seperti Bahrain, Oman, Yaman, Mesir, Ghassan, Byzantine dan Parsi bagi
menjayakan misi dakwah dan politik.

3. Nabi Muhammad SAW telah mengutus surat kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing
untuk menyeru mereka memeluk islam. Surat-surat ini dibawa oleh wakil-wakil baginda ke
negar-negara yang bersikap pro islam ataupun anti islam. Antara utusan yang dihantar ialah
Amru bin Umayyah al-Damri ke Habsyah, Dihyah bin Khalifah al-Kalbi ke Byzantine, Abdullah
bin Hudhafah al-Sahmi menemui Kisra (Maharaja Parsi) dan Hatib bin Abi Balta’ah menemui
pemimpin Mesir, iaitu al-Muqawqis. Menurut sejarah, para utusan yang dihantar telah diberi
layanan yang baik oleh ketua-ketua negara dan raja-raja berkenaan. Ini membuktikan utusan
yang dihantar menggunakan cara-cara diplomasi yang sangat halus dan berkesan. Tujuan Nabi
Muhammad SAW menghantar utusan ke luar juga adalah untuk menunjukkan bahawa orang
islam pada ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dan dihormati.

4. Kemuncak kepada wujudnya hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 H , iaitu selepas
kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka kota Makkah. Tahun ini dikenali sebagai Tahun
Perutusan ( Am al-Wufud) kerana ramaidalam kalangan suku Arab yang dating atau menghantar
utusan kepada baginda untuk memeluk islam atau menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan
islam pimpinan baginda.

Kesimpulan

Kewujudan sesebuah negara tidak akan beerti seandainya negara berkenaan mengamalkan sikap
pasif atau memencilkan diri. Sehubungan dengan itu, apabila negara islam ditegakkan oleh Nabi
Muhammad SAW,
Baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain bukan sahaja untuk menyebarkan
agama islam malah yang penting negara yang berdaulat diiktiraf oleh negara-negara lain.
Hubungan boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah diplomatik.

Soalan 47: Perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Khulafah al-Rasyidin

Pendahuluan

negara Islam terbentuk sebaik sahaja nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan tentangan yang
hebat daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri,
khususnya kaum Aus danKhazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh
mereka.
berikutan penubuhan negara islam Madinah, nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan
hubungan dengan negara-negara lain melalui penghantaran utusn diplomatik dan dakwah, baik
dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab

Isi-isi penting

1. Dasar-dasar Nabi Muhammad SAW ini diteruskan oleh para sahabat pada
zaman Kulafah al-Rasyidindan responnya melalui hubungan diplomatik ada yang menganut
agama islam, sanggup membayarjizyah dan ada juga yang mengamalkan sikap anti islam
sebagaimana Byzentine dan Parsi hingga memaksa negara islam menggunakan senjata untuk
memmpertahankan kedaulatannya

2. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan islam di Madinah
daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi disebelah timur dan kerajaan
Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan islam
di Madinah. Ketika kewafatan rasulullah beliau menghantar Usamah bin Zaid ke Syam untuk
melindungi umat islam daripada ancaman Rom.

3. Perlantikan Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera oleh Kalifah Abu Bakar al-
Siddiq. Beliauberjaya memimpin angkatan tersebut dalam peperang an Ajnadi pada tahun
13 Hijrah (634 Masihi)menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan timur dan
Utara Palestin.kerajaan islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan
negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan keatas negara-negara yang
enggan menjalinkan kerjasama.

4. Khalifah Umar bin Al-Khattab menjalinkan hubungan perdamaian dengan kerajaan
Baitulmuqaddis ekoran kebimbangan penduduk Baitulmuqaddis terhadap gereja agung
mereka akan dimusnahkan oleh orang islam. Petempuran tentera islam dalam Perang
Yarmuk menyaksikan tentera islam yang berjumlah 40 000 orang berjaya menumpaskan
tentera Byzantine yang berjumlah 120 000. Kejayaan ini mengakhiri pemerintahan Byzantine
di selatan Asia Kecil.

5. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, empayar islam berkembang dengan pesat.
Bliau menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar
Parsi sekaligus berjaya menamatkan hayat Empayar Parsi. Beliau juga menawan Mesir,
Palestin, Syam, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Penutup

hubungan diplomatik amat perlu dijalinkan oleh mana-mana kerajaan kerana secar tidak
langsung rakan diplomatik akan mengiktirafkan negara yang baharu dibentuk ini.
malah melalui hubungan yang dijalinkan ini sumber pendapatan negara kian meningkat
diperoleh daripada sumber zakat, jizyah, ghanimah dan sebagainya.

Soalan 48: Huraikan perkembangan hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman
Nabi Muhammd SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.

Pengenalan

Pada zaman Nabi Muhammad saw terdapat beberapa perjanjian ataupun jalinan hubungan
diplomatik yang dilaksanakan oleh Rasuullah S.A.W bersama dengan bangsa-bangsa dan
negara-negara yang lain.
Semua ini membuktikan bahawa Islam mengharuskan hubungan diplomatik tersebut dilakukan
untuk kebaikan secara bersama antara dua pihak yang terlibat dan tidak member sebarang
mudarat dan keburukan. Hubungan ini bermula selepas berlakunya perjanjian damai-Perjanjian
Hudaibiyah pada tahun keenam Hijrah.

Isi-isi

Perjanjian Damai-Perjanjian Hudaibiyah

Berlaku pada bulan Zulkaedah pada tahun keenam Hijrah. Berlaku disatu tempa tbernama
Hudaibiyah berhampiran Makkah. Umat Islam berasakan mereka berhak untuk menunaikan
ibadah di Masjidil al-Haram selepas kemenangan Islam ke atas Quraisy dan penyebaranIslam
semakin meluas bangsa. Rasulullah S.A.W telah bermimpi melakukan ibadah umrah di Makkah
dan berita itu telah dsiambut dengan gembira oleh sahabat-sahabat.
Isnin, 1 Zulkaedah tahun ke-6H, Rasulullah S.A.W memulakan perjalankan ke Makkah bersama
1400 orang Islam.Umat Islam keluar membawa pedang yang tersimpan dalam sarungnya dengan
tujuan mempertahankan diri seandainya diserang sahaja. Dalam perjalanan, sesampai di Zi
Tuwa, rombongan Rasulullah dihalang oleh Khalid bin al-Walid yang ditugaskan oleh Quraisy
bersama-sama 200 orang tentera berkuda untuk menyekat Rasulullsh saw.
Namun, Rasulullah dan rombongan berjaya melepaskan diri daripada pasukan Khalid dengan
melalui jalan yang tidak digunakan orang untuk menuju ke Makkah. Sampai di Hudaibiyah,
rombongan Rasulullah saw berhenti dan baginda menghantar Uthman bin Affan sebagai duta
Islam kepada Quraisy. Uthman ditugaskan menyampaikan kepada Quraisy Makkah bahawa
tujuan rombongan Rasulullah saw bukan untuk berperang tetapi untuk menunaikan ibadah
umrah

Berita kematian Uthman tersebar luasdan Rasulullah saw telah mengambil ba’iah daripada
rombongannya iaitu sumpah setia dan mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang
terakhir kerana membela Uthman. Ba’iah ini dinamakan Ba’iah al- Ridwan dan menyebabkan
kaum Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk membawa mesej perdamaian.
Perbincangan antara Rasulullah saw dan Suhaik bin Amru mengasaskan Perjanjian Hudaibiyah
berdasarkan beberapa ciri. Rasulullah menerima perjanjian ini kerana perjanjian tersebut amat
menguntungkan umat Islam dalam jangka panjang walaupun ada sahabat yang tidak bersetuju.
Perjanjian ini menjadi pengiktirafan terhadap kekuatan umat Islam

Surat Diplomatik

Rasulullah mengutuskan beberapa utusan kepada raja-raja dan pemerintah yang mempunyai
kekuasaan di beberapa wilayah. Kandungan surat mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua
negara serta kaum dan rakyat lain untuk memeluk agama Islam. Surat-surat ini ditandatangani
dengan cop mohor berupa cincon perak yang berukiran kalimat ‘Muhammad Rasulullah’.
Sesetengah mereka menerima seruan Rasulullah dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa
yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh menerima utusan tersebut. Baginda
menggunakan segala cara untuk menyampaikan Islam ke merata dunia termasuklah pemerintah
di Damsyik, pemerintah di Yamamah, Raja Iskandariah, Maharaja Rom, Raja Parsi dan
beberapa pemerintah dan ketua negara yang lain.

a. Surat untuk Raja Habsyah melalui utusan Amru bin Umaiyah

Nabi Muhammad saw mengutuskan Amru bin Umaiyah sebagai wakil menemui Raja Habsyah
Raja Habsyah ialah raja beragama Kristian yang bernamaAsyam bin al- Jabr atau lebih dikenali
sebagai Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima surat Rasulullah saw dan kemudiannya
membalas surat baginda.

b. untuk Surat Raja Bahrain melalui utusan Ala’ bin Hadrami

Al’a bin Hadrami dihantar sebagai wakil membawa surat kepada Raja Bahrain
Raja Bahrain ketika ituMunzir bin Sawa(S’adi). Raja Munzir berbesar hati menerima utusan itu
dan memeluk Islam.

c. Surat untuk Raja Oman melalui Amr’ bin Al-‘As

Amr’ bin Al-‘As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk
surat. Kedua-dua raja Oman, iaitu Jayfar dan Abbed bin Julundi memeluk Islam

d. Surat untuk pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam melalui utusan Shuja’ bin
Wahb al-Asadi

Rasulullah saw mengutuskan Shuja’ bin Wahb al-Asadi dengan membawa surat menemui
pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam yang bernama Munzir bin Abi Shamsir al-Ghassani.
Sambutan yang diberi adalah kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang
Madinah. Namun, pujukan Shuja’ berjaya menenangkan mereka dan melayan utusan ini dengan
penuh hormat dan sopan. Namun mereka tidak memeluk Islam.

e. Surat untuk pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin ‘Amr

Salit bin Amr’dihantar sebagai wakil Rasulullah menemui pemerintah Yamamah iaitu Hauzah
bin Ali yang beragama Kristian
Beliau menyatakan persetujuan memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah
sebagai separuh negara Islam. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari
setelah beliau menyatakan syaratnya.

f. Surat untuk Raja Iskandariah melalui utusanBatib bin abi Balta’ab

Hatib diutuskan sebagai wakil Rasulullah untuk menemui pemerintah Iskandariah (penguasa
Mesir) Jarih bin Matthew (dikenali sebagai Raja Muqauqis).
Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah dengan
penuh hormat. Beliau juga mengirimkan hadiah kepada Rasulullah sebagai tanda persahabatan.

g. Surat untuk Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-Kalbi

Dihiyah bin Khalifah bin al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom,
Heraclueus. Surat daripada Rasulullah menyeru Heracleus memeluk Islam diterima ketika
mereka meraikan kemenengan ke atas Parsi. Walau bagaimanapun Heracleus menerima surat
daripada Rasulullah dan ingin mengetahui kebenaran kenabian MuhammadS.A.W.
Abu Sufyan yang sedang mengetuai kafilah perdagangan Quraisy diminta memberi pendapat
mengenai keperibadian, kedudukan social dan kejujuran Rasulullah untuk membuktikan
kenabian Muhammad S.A.W. Heracleus mengakui kenabian Muhammad S.A.W dan melayan
wakil baginda dengan penuh hormat tetapi beliau tidak memeluk agama Islam.

h. Surat untuk Raja Parsi melalui Abdullah bin Huzaifa

Abdullah bin Huzaifah membawa Raja Parsi, Khasroe Pervez Raja Parsi begitu marah selepas
membawa surat tersebut lalu mengoyakkan kerana berasa terhina kerana menganggap salah
seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah berani menulis namanya sebelum nama Raja Parsi.
Abdullah kembali ke Madinah dan memaklumkan tindakan Raja Parsi mengoyakkan surat
tersebut. Rasulullah menyatakan bahawa kerajaan dan empayar Kharoe Pervez akan musnah
sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.
Hal ini terbukti apabila Parsi kalah dalam peperangan dalam peperangan dengan Rom.
Seharusnya kerajaan Parsi telah jatuh dan hancur sehingga akhirnya ditakluki oleh tentera Islam
pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.

i. Surat untuk Amir, pemimpin dan pemerintah yang lain

beberapa pemerintah lain yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menerima seruan
Rasulullah saw ialah: Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun kelima Hijrah.
Walau bagaimanapun beliau dibunuh atas arahan daripada pemerintah Rom. Thumamah dari
Najdyang memeluk Islampada tahun keenam Hijrah. Jablin, pemerintah Ghassan memelik Islam
pada tahun ketujuh Hijrah. Kedar, pemerintahDaunataul Jandal memeluk Islam pada
tahunkesembilan Hijrah. Dzul Kala bin Himyar, Raja Himyar memeluk Islam, baginda telah
membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.

Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah saw telah menyampaikan dakwahnya kepada
sebahagian besar raja-raja di dunia. Ada antara mereka yang beriman dan ada sebahagian yang
kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal
dan mengetahui nama ‘Muhammad’dan agamanya Islam.

Hubungan diplomatik zaman Khalifah al-Rasyidin

a) Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, hubungan negara Islam dengan negara luar khususnya
kuasa-kuasa besar dunia adalah agak tegang. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya
mempertahankan kerajaan Islam di Madinah daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu
kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang
kerap kali mengancam kerajaan Islam di Madinah. Beliau meneruskan perancangan Rasulullah
S.A.W yang tergendala kerana kewafatan baginda iaitu menghantar tentera pimpinan Usamah
bin Zaid ke Syam untuk melindungi umat Islam daripada ancaman Rom. Beliau melantik
panglima perang, Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera yang dipecahkan kepada
empat battalion tentera seperti yang berikut: Batalion pertama dipimpin oleh Yazid bin Abi
Sufian ; Batalion kedua Dipimpin oleh Shurahbil bin Hasanah ; Batalion ketiga dipimpin oleh
abu Ubaidah al-Jarrah ; dan Battalion keempat dipimpin oleh Amru bin al-As. Khalid berjaya
memimpin angkatan tersebut dalam peperangan Ajnadin pada tahun 13 Hijrah (634M)
menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan Timur dan Utara Palestin. Siasah
hubungan luar pada zaman Khalifah Abu bakar diteruskan oleh Khalifah-khalifah selepas beliau.

b) Kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara luar sama
ada secara diplomatik atau penguasaan ke atas negara-negara yang enggan menjalinkan
kerjasama. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam berkembang
dengan pesat. Beliau menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada empayar
Parsi sekaligus menamatkan hayat Empayar Parsi. Beliau juga menawan Mesir, palestin, Syam,
Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Kota Baitulmuqqadis telah berjaya
ditakluki tentera Islam pada 637 M

c) Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam juga telah diperluaskan lagi hingga ke
Afghanstan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli

d) Pada zaman Khalifah Ali, hubungan diplomatic tidak dapat diperluaskan kerana sibuk
dengan pergolakan dalaman.

Kesimpulan :

Hubungan diplomatik dari zaman Rasulullah S.A.W hingga ke zaman Khulafa al-Rasyidin
memperlihatkan usaha penyebaran Islam secara aman dan perdamaian.
Walaupun terdapat penentangan daripada kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi namun
hubungan diplomatik tetap dijalankan sebagai alternatif terbaik untuk menyebarkan Islam ke
seluruh pelosok dunia.

Soalan 49: Bincangkan bentuk hubungan luar, iaitu naungan melalui bayaran jizyah
semasa zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.

Pendahuluan

Jizyah ialah ufti yang dibayar oleh Negara bukan Islam kepada Negara Islam. Boleh dianggap
sebagai cukai politik dan dikenakan ke atas golongan pembayar jizyah yang digelar sebagai
Zimmi. Perlu dibayar secara tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan
dan kemampuan individu tersebut.
Orang bukan Islam atau Zimmi yang dikenakan jizyah ialah individu yang sihat, waras, tidak
cacat, sudah mencapai akil baligh, orang lelaki yang merdeka dan orang yang tidak menderita
penyakit berpanjangan. Orang miskin dan orang tua dikecualikan.
Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan dapat
berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua
kategori iaitu, secara baik-jizyah dibayar atas kerelaan serta persetujuan antara orang bukan
Islam dengan pemerintah Islam dan secara paksaan-pemerintah Islam akan menentukan kadar
jizyah yang perlu diberi apabila berlakunya hubungan antara mereka dengan pemerintah Islam

Isi-isi Penting

A. Zaman Khulafa’al-Rasyidin

Pembayaran jizyah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, jizyah menjadi lebih signifikan kerana dasar peluasan kuasa
yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan
antara Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin diserang,
membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu dirham
setahun sebagai jizyah.
Melalui jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi wilayah naunan kerajaan
Madinah. Contohnya,pada zaman Khalifah Abu Bakaral-Siddiq, kerajaan al-Anbar dan ‘Ain al-
Tamartelah menjadi naunan kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya
menawan kedua-dua kerajaan tersebut.
Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan
menjadikan mereka berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Melalui pembayaran
jizyah dan naungan pengaruh serta kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekali gus
membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.

Zaman Khalifah Umar al-Khattab, sistem jizyah masih diguna pakai dan
dimantapkan. Khalifah Umar al-Khattab menugaskan para Gabenor untuk

bertanggungjawab dalam urusan urusan pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah taklukan Islam.
Sebagai contoh, gabenor-gabenor bagi wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon
dan Byzantine bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh
wilayah tersebut. Lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Islam
Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umaral-Khattab berikuan dasar perluasan yang
dilaksanakan oleh khalifah. Kebanyakan kerajaan-kerajaan wilayah ini membayar jizyah kepada

pemerintah Islam dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan. Antara wilayah tersebut ialah
Tripoli, Nabawan, dan Qairawan.
Semasa Khalifah Uthman bin Affan, wilayah-wilayah tersebut masih kekal sebagai negeri
naungan kerajaan Islam Madinah dan hasil pungutan jizyah menambahkan lagi hasil pendapatan
negara. Namun, akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa
pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam
tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi wilayah naungan kerajaan
Islam Madinah.

B. Zaman Khalifah Bani Umaiyah

Para khalifah Bani Umaiyah masih lagi mengamalkan sistem jizyah tetapi konsep dan sistem
pelaksanaannya berbeza antara khalifah-khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-
masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan
kerajaan Islamyang berpusat di Damsyik.
Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, jizyah dikenakan ke atas golongan Mawali,
iaitu orang bukan Islam berketurunan Arab, namun jizyah ini ditentang oleh puak Syiah kerana
dianggap sebagai penindasan.
Pungutan jizyah juga pada masa itu bertujuan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan naungan
Islam, iaitu Byzantine yang telah berjanji untuk melindungi keselamatan kerajaan Bani Umaiyah
di samping untuk menambah pendapatan negara.

Pembayaran jizyah pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik,

oleh kerajaan naungan digunakan untuk meluaskan syiar Islam dan menambah pendapatan
Negara. Khalifah al-Walidbin Abdul Malik melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah
yang ditakluk sebagai naungan kerajaan Islam Bani Umaiyah dan dalam masa yang sama
mengembangkan syiar Islam.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah
naungan Islam berkurangan. Hal ini diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh
Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah.
KhalifahUmar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-
Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan
baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan campur antara golongan bukan
Arab dengan golongan Arab.
Apabila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem
jizyah para khalifah terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang
menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh golongan petani.

Kesimpulan

Jizyah yang dibayar oleh golongan Zimmi digunakan untuk pembangunan dan menjamin
keselamatan serta kesejahteraan mereka.
Layanan dan hak yang sama diberikan kepada orang bukan Islam dan orang Islam. Syiar Islam
dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan Islam

Soalan 50: Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman khulafa al-Rasyidin dan
kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke-7 hingga 8

Pendahuluan;

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan islam berkait rapat dengan cukai jizyah.
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi. Tujuan
pelaksanaan cukai ini ialah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang-
orang bukan Islam.
Sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipratikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, namun
pelaksanaannya lebih formal pada zaman khulafa' al-Rayidin.

Isi-isi penting;

Sistem naungan zaman Khulifah' al-Rasyidin:

1. Pelaksanaan cukai ini sememangnya amat ketara pada zaman khulifah' al-Rasyidin berikutan
banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupunluar
semenanjung tanah Arab. Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan
menerima agama Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah nanguan
kerajaan Islam.

2. Sewaktu pemerintahan kalifah Abu Bakar al-siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah
kawasan diperintah oleh parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, dan
Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah nanguan kerajaan
islam Madinah.

3. Zaman khalifah umar bin al-khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan
kesanggupan berada dibawah naungan kerajaan islam. Mesir contohnya, sanggup berada di
bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana.
Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan
khalifah dengan khalifah umar bin al-kattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah
dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa, harta benda, jaminan
kebebasn beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping
bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk
Baitulmuqaddis kepada pemerintah Islam. Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama
menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera islam di bawah pempinan
Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberpa siri
peperangan.

4. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara
Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup
membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

Pelaksanaan sistem nanguan zaman kerajaan Umayyah:

5. Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan khalifah al-walid bin abdul
Malik, kejayaan ekspidisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah
menyebabkan beberapa buah kawasn menyatakan kesanggupan berada dibawah naungan
kerajaan Islam. Kempen ketenteraan di india di bawah pempinan Muhammad al-Qasim, bukan
sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah sind, malah kemarahan tentera

Islam ke Multan telah menyebabkan pendudukanya menyerah diri dan bersetuju membayar
jizyah dengan kadar tertentu.
6. Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan
Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama islam sanggup membayar jizyah sebagai
balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenornya, Qutaibah
bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa
bin Nusair mengalahkan bangsa Barabar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier
dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu
loncatan kemaraan tentera islam ke Andalus.

Kesimpulan:

Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan
negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti
Islam.
Melalui hunbungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah
terserlahmelangkaui sempadan geografi.

Soalan 51: Huraikan hubungan luar yang melibatkan kerajaan Abbasiyah dengan
kerajaan-kerajaan lain.

Pendahuluan

Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatic dengan Negara luar.
Namun hubungan ini lebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan
Abbasiyah ke atas Negara wilayahnya.
Isi-isi Penting

1. Hubungan Kerajaan Umaiyah di Andalusia

Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umawiyah sentiasa tegang disebabkan
permusuhan. Hal ini menyebabkan ABDUL RAHMAN BIN MU’AWIAH cuba melarikan diri
daripada kerajaan Abbasiyah. Beliau Berjaya menubuhkan kerajaan Umawiyah di Andalusia
dan menjadikan Qurtubah dan Cordova sebagai ibu negeri. Kerajaan abbasiyah berjaya
mengepung sebahagian kawasan Andalusia dan berjaya menewaskan kerajaan Umawiyah.
Khalifah Abu Ja’afar Al-Mansur membuat revolusi untuk menjatuhkan Al-Ala Bin Mughias Al-
Jazami di kota Bajah pada tahun 763(m). Abdul Rahman berusaha untuk memisahkan syam
daripada jajahan Abbasiyah. Oleh itu, Abdul Rahman telah menulis kepada pengikutnya di syam
untuk melantik anaknya Sulaiman sebagai pemerintah Andalusia selepas kematiannya.

2. Hubungan Kerajaan Karolonji

Kerajaan yang kuat terletak di laut anriatik iaitu di selatan Perancis pada zaman sekarang.
Pemimpin kerajaan ini ialah Raja Perancis yang bernama Raja Charlemagne dan telah menjalin
hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar duta
masing-masing khususnya pada zaman khlaifah Harun Al-Rashid. Pemerintahan kerajaan Raja

Charlemagne. Beliau menjalin hubungan baik dengan negara islam seperti sering bertukar-tukar
hadiah.
Kerjasama antara Sharlaman dengan khalifah Harun Al-Rashid dibuat dengan 2 tujuan. Iaitu
memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umawiyah bagi berdiri di Andalusia sesuatupun
disebabkan kerajaan Umawiyah memiliki kekuatan yang cukup besar dan secara politik,
Sharlaman memperoleh beberapa faedah dari Baghdad terutmanya dalam keilmuan. Hal ini
kerana Eropah dan orang kristian pada ketika itu dalam zaman kegelapan ilmu.

3. Hubungan Kerajaan Byzantine

Merupakan musuh tradisi karajaan islam sejak zaman berzaman. Permusuhan terhadap islam
bertambah hebat sejak islam tersebar di Negara-negara dibawa jajahan Byzentine seperti Syam,
Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan Abbasiyah lagi, telah berlaku pertempuran
antara kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzentine di sempadan utara Syam. Kerajaan
Byzentine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiyah pada awal
penubuhannya dengan mengutuskan bala tentera berkuda untuk memerangi islam.
Keadaan yang berlaku memaksa khalifah Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di syam bagi
mematahkan serangan tersebut. Namun,hasratnya menemui kegagalan kerana beliau
meninggalkan dunia terlebih awal. Apadila al-Mansur dilantikmenjadi khalifah, beliautelah
berusaha untuk menguasai kembali kawasan yang dirampas leh kerajaan Byzentine. Usaha ini
telah menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
Beliau juga telah membina kekuatan di beberapa kawasanutama. Kawasan ini telah dibahagikan
kepada 2 kawasan, iaitu: Kubu al-Jazariah, iaitu kawasan yang dikhaskan untuk
mempertahankan kepulauan Furat dan utara Iraq. Antara kawasan yang terpentingdi dalam
kawasan ini ialah Maltiah,Masisah dan Kubu syam yang terletak di barat kubu al-Jazariah. Kubu
ini berfungsi untuk mempertahankan syam. Kekuatan terpentingnya ialah Tarsus dan Adnah.

Kesimpulan

Pemerintah Abbasiyah sibuk dengan kekacauan dalam negari dan ketidakstabilan politik
menyebabkan Byzentine mengambil peluang dan menduduki kembali wilayah-wilayah meraka
yang pernah diduduki oleh kekeuasaan Abbasiyah mulai dari masa pemerintahan khalifah al-
Mansur hingga khalifah al-Mutawakkil.

Soalan 52: Huraikan kesan perjanjian ke atas hubungan luar pemerintahan kerajaan
Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan lain

Pendahuluan:

Selepas pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz iaitu khalifah yang kelapan Kerajaan
Umayyah muncullah pula kerajaan baru iaitu Kerajaan Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah
Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.
selama hampir 23 tahun, iaitu dari tahun 786 hingga 809 masihi. Beliau juga merupakan seorang
yang berani, warak , bijak, gagah dan meminati ilmu pengetahuan. oleh itu, terdapat beberapa
kesan perjanjian ke atas hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan yang lain.

Isi-isi Penting:

a) Mengeratkan hubungan dan hentikan konflik yang berlarutan.

Semasa pemerintahan zaman kerajaan Abbasiyah,khususnya sewaktu pemerintahan khalifah
Harun al-Rasyid,terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan beberapa buah
kerajaan lain atas matlamat tersebut.
Hal yang sama juga berlaku berlaku semasa peemerintahan kerajaan Uthmaniyah, terutamanya
pada zaman kegemilanganya

b) Usaha menguasai Asia kecil

sebagaimana yang diketahui, hubungan antara kerajaan islam dengan kerajaan Byzantine
sentiasa berada dalam keadaan tegang sewaktu zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid.
Oleh disebabkan itu, untuk mengelakkan peperangan dengan kerajaan islam berlaku,wakil Raja
Byzantine, iaitu Maharani Irene IV telah memeterai perjanjian damai dengan Khalifah Harun al-
Rasyid dengan menyatakan kesanggupan membayar ufti sebanyak 90 000 dinar setiap tahun dan
membenarkan perkembangan agama islam serta aktiviti perdagangan orang islam di Byzantine
di lakukan. Perjanjian ini juga memutuskan gencatan senjata selama tiga tahun.

c) Maharani Irene IV melanggar perjanjian

Dengan tindakan maharani tersebut Khalifah Harun al-Rasyid bertindak menyerang dan
menawan beberapa buah Bandar seperti Heraclea, Tyans, Iconium, Emphesus dan seterusnya
mara ke pulau Cyprus. Kemaraan ini menyebabkan Nicephorus membuat perjanjian damai
sekali lagi dan sanggup membayar ufti tahunan kepada kerajaan islam.

d) Jalinan hubungan yang baik

Kerajaan Abbasiyah pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid menjalinkan hubungan baik dengan
Perancis. Kedua-dua kerajaan ini mewujudkan perjanjian kerjasama disebabkan mereka
menghadapi musuh yang sama iaitu Kerajaan Umayyah di Andalus. Keakraban kedua-dua buah
Negara ini dapat dilihat dengan adanya pertukaran hadiah. Umpamanya, Khalifah Harun al-
Rasyid pernah mengirimkan sebuah jam yang menggunakan kuasa air bagi menandakan waktu
kepada Raja Charlemagne, Perancis.

Penutup:

Dengan kebijaksanaan dan kewarakan khalifah Harun al-Rasyid iaitu khalifah yang memerintah
kerajaan Abbasiyah kebaikan telah dapat diwujudkan melalui perjanjian dan kerajaan-kerajaan
yang lain juga dapat memupuk semangat persaudaraan dan menjalinkan hubungan tanpa
menyebabkan peperangan di antara satu sama lain. seperti hubungan baik di antara perancis
dapat di wujudkan kerana kerajaan Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik
dengan kerajaan Umayyah, Sepanyol (Andalus).
Namun, kerajaan Abbasiyah dan Byzantine pula adalah genting dan sering bermusuhan. Selepas
pemerintahan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Fatimiyyah akan muncul dan berakhir dengan
pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Soalan 53: Huraikan hubungan luar dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kerajaan
Uthmaniyyah dengan kerajaan lain antara abad ke-17 - 19.

Pendahuluan;

Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M. Pada tahun1453 M,
pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya
menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin
Ertughrul.
Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan ke-17 M hingga abad ke-19 M.
Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi beberapa tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk
menandatangani beberapa perjanjian bagi manamatkan konflik yang timbul.

Isi-isi penting;

1. Perjanjian Radsin

Telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1681 M dengan Rusia setelah
kalah dengan teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa
menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam.
Ini bermakna orang Turki telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam setelah berjaya
menguasai laluan tersebut untuk beberapa abad.

2. Perjanjian Karlowitz

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa menghadapi masalah dari
luar dan juga dalam negeri. Di luar Negara, baginda terdedah kepada serangan tentera kristian
di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan Kerajaan Uthmaniyah pada
zaman SultanMustafa II.
Peperangan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Karlowitz. Kesan daripada perjanjian
tersebut, sebahagian besar daripada wilayah Kerajaan Uthmaniyah di Hungary dan kawasan
Laut Hitam, temasuk Azou diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.

3. Perjanjian Passarowit

Turki telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala,
Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada abad ke-18 M merupakan tempoh yang
paling buruk yang pernah berlaku dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah.
Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria akhirnya telah berjaya
mengalahkan tentera kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1716 M.

4. Perjanjian Jassy

Termeterai antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia sewaktu pemerintahan Sultan Salim III.
Ini kerana keadaan Kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara
Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula Kerajaan Greek-Byzantine.
Ini terbukti apabila perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia daripada kerajaan
Uthmaniyah.Kemudian termeterailah perjanjian tersebut yang menyerahkan kembali Wilayah

seperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada Kerajaan Uthmaniyah manakala
Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

5. Perjanjian San Stefeno

Pada tahun 1876 M, kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan’Abd al-Hamid II. Setahun
selepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini
diselesaikan melalui pada tahun 1878 M. Namun, perjanjian ini hanya menguntungkan Rusia
sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaanya
yang kini berpindah milik kepada Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah
membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan
sebaliknya mengamalkan prinsip demokrasi.

Kesimpulan;

Hubungan boleh diwujudkan melalui perjanjian persahabatan. Kaedah sebeginilah yang
digunakan oleh kerajaan-kerajaan Islam tatkala menjalinkan hubungan luar dengan negara-
negara lain. Melalui perjanjian-perjanjianyang termeterai, kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja
telah kehilangan wilayah, bahkan yang paling teruk ia telah menyumbang kepada kejatuhan
kerajaan ini ekoran kemunculan gerakan Turki Muda.
Keengganan Sultan Abd al-Hamid II melayan permintaan perjuangan Gerakan Turki Muda yang
mendapat sokongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan. Bermulanya era
pemerintahan sekular di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Attatartuk di Turki Uthmaniyyah.

2.1 SISTEM DAN INSTITUSI EKONOMI

Soalan 54: Huraikan konsep asas dan prinsip ekonomi dalam islam

Pendahuluan

Menurut pandangan islam, ekonomi merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji
kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat, sama ada di peringkat perolehan,
penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi
rohani dan jasmani bagi mendapat keredhan Allah SWT.
Ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,
beramanah dan bertanggungjawab.

Isi-isi Penting

Asas-asas ekonomi Islam

Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT sebagai penguasa yang membuat
peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan makhluk bagi mencapai
kesempurnaan islam
Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubugan manusia dengan pencipta-NYA dan
hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep tauhid.
Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa melalui amalan
seperti zakat dan sedekah.
Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang
amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.
Konsep persaudaraann dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan
keimanan seseorang melibatkan kasih saying,hormat-menghormati,bertanggungjawab dan rela
berkorban.
Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan ataupun kebahagian yang diperoleh sama ada
di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang berteraskan syarak.
Prinsip-Prinsip ekonomi Islam

Hak milik individu. Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan
hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang di anugerahkan oleh Allah
SWT.Hak milik dalam islamadalah tidak mutlak tetapi terikat dengan hokum dan peraturan
islam.
Hak milik umum ini pada kebiasaannya di urus oleh pihak pemerintah dan di agihkan secara
adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama
Aktiviti ekonomi yang di uruskan. melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan.Barang
pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh islam iaitu yang bersih,suci,berguna dan tidak
membahayakan


Click to View FlipBook Version