The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainabukassim, 2019-12-16 19:29:41

SEJARAH SEM 2

SEJARAH SEM 2

Malik Shah (Jalal al-Daulah Malik Shah I) dan khalifah al- Qa’im bagi menaungi kegiatan ilmu
pengetahuan di samping sikap mereka yang amat gemar mendampingi para ulama.

Soalan 85: Bincangkan perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umaiyah di
Andalus abad ke-11 hingga ke-13 masihi.

Pendahuluan

Ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang dari sumber yang
sentiasa benar dan tidak diragui. Ilmu naqli juga merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w kemudian diperturunkan kepada para sahabatnya.ilmu ini lebih dikenali
sebagai ilmu syar’iyyah meliputi tafsir al-quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu
tasawwuf, ilmu bahasa arab dan ilmu sirah.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-quran hanyalah layak
dijelaskan oleh baginda sahaja. tidak ada orang yang boleh dan berani untuk mentafsir al-quran
semasa Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. namun selepas kewafatan baginda,tugas mentafsir
al-quran disandang oleh para sahabat baginda yang alim lagi dipercayai seperti ibnu abbas.
selepas zaman sahabat nabi, tugas ini dipikul pula oleh golongan tabi’in dan seterusnya para
ulama.

Isi-isi penting:

1. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah di Andalusia, ilmu naqli berkembang subur di
wilayah islam sebelah timur yang lain. ramai sarjana islam yang lahir di bumi Andalusia semasa
800 tahun pemerintahan kerajaan Khalifah Umayyah. sarjana-sarjana tersebut berkecimpung
dalam bidang fiqah, hadis, tasawwuf dan qiraat.

2. Pemerintah yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu naqli ialah Abdul Rahman III dan
anaknya, al-Hakam II yang memerintah pada abad ke-10 masihi. Mereka mendirikan sekolah-
sekolah agama dan menjemput para ulama dari timur mengajar di Andalusia. usaha mereka telah
diteruskan oleh pemerintah-pemerintah islam seterusnya. dalam tempoh ini juga, muncul ramai
tokoh agama yang terkemuka di andalusia khususnya pada abad ke-11 dan abad ke-12 masihi.

3. Dalam bidang fiqah, sarjana-sarjana terkemuka seperti; Abu al-Qasim Abdullah dari
Granada, menghasilkan kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil dan kitab al-Anwar al-Saniyyah fi al-
Alfaz al-Saniyyah. Ibn Hazm (994-1065 M.) dianggap imam dalam ilmu fiqah. antara kitab dan
syariah yang beliau hasilkan ialah Masa’il Usul al-Fiqh,al-Ahkam fi Usul al-Ahkam dan Ibtal al-
Qiyas wa al-Ra’y wa al-Istihsan wa al-Taqlid. Karya Ibn Hazm paling penting ialah al-Fasl fi al-
Milal wa ‘i-ahwa’ wa ‘i-nithal’.karya ini merupakan sebuah buku kajian tentang sejarah para
nabi,perbincangan segala agama,pendapat ahli falsafah, dan hujah yang menolak golongan anti-
Tuhan khasnya penentang Islam.

4. Perkembangan bidang hadis pula dapat diukur dengan kemunculan tokoh terkemuka seperti
Ibn Abd al-Barr (978-1070 M.) Ibn Abd al-Barr merupakan seorang ulama hadis yang terkenal
di Sepanyol dan Afrika Utara. Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi Muhammad s.a.w.
dan ilmu Mustalah Hadis.karya beliau paling agung ialah al-Istiab li Sahabah. Beliau juga

pernah dilantik menjadi kadi di Lisbon, Portugal. Ibrahim al-Ansari pula menghasilkan kitab al-
Arbain Hadithan al-Buldaniyyah dan kitab fi Tabyin al-Mushkilat al-Hadithah.

5. Kejatuhan kerajaan Bani Umayyah pada tahun 1031 M. tidak menjejaskan perkembangan
aktiviti keilmuan di Andalusia. Hal ini kerana pemerintah al-Muwahiddun yang berkuasa
selepasnya turut mengambil terhadap perkembangan ilmu. Pemerintah al-muwahiddun berusaha
gigih mengumpul para cendekiawan dari seluruh dunia bagi mengisi keperluan tenaga pengajar
di institusi pengajian tinggi yang mereka dirikan.

6. Pemerintah al-muwahiddun juga bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu tafsir di
andalusia. sarjana islam digalakkan membuat tafsir bukan sahaja mengikut ayat tetapi juga
membuat pelbagai ulasan dan pendapat tentang ayat yang dibaca.mereka juga menghuraikan
maksud sesetengah ayat secar mendalam dan terperinci berbanding sebelumnya.

7. Pada abad ke-12 masihi, Qadi Iyad yang berasal dari Ceuta merupakan tokoh agama dan
seorang pakar dalam bidang hadis, fiqah, dan sejarah dan menghasilkan lebih 20 kitab dalam
bidang-bidang tersebut. Beliau pernah bertugas sebagai tokoh agama mahzab Maliki dan
menjadi penasihat kerajaan al-Murabitun.

Penutup:

Sementara dalam ilmu tasawwuf,lahir tokoh seperti Abu Hasan Ali bin Farhun,Ibrahim bin
Muhammad Ibrahim bin Ubaidus yang menulis kitab Manahib al-Uqul wa Haqaiq al-
Ma’qul,dan Abu Abdullah Muhammad al-Ansari yang mengarang Baghiyah al-Salik fi Ashraf
al-Masalik.
Bidang seperti qiraat dan cabang-cabang kecil ilmu naqli turut melahirkan ramai tokoh ternama
seperti Abu Amru al-Dani,Ibn Abd Barr,Abu al-Walid al-Baji,dan al-Shatibi.

Soalan 86: Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman kerajaan Umaiyah di
Andalus abad ke-11 hingga ke-13 M

Pendahuluan

Perkembangan ilmu aqli lebih berkembang pesat pada zaman Khalifah Umaiyah kerana
mendapat galakan dan insentif daripada pemerintah. Ilmu aqli merupakan ilmu yang
bersumberkan akal manusia yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan ada kalanya benar
atau salah.
Ilmu aqli terbahagi kepada tiga pecahan besar, iaitu ilmu kemanusian, ilmu sains sosial dan
ilmu sains tulen. Ilmu aqli mula berkembang selepas Islam berjaya menakluk wilayah Parsi dan
jajahan Rom.

Isi-isi penting:

1. Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani
dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia ketika masyarakat
Kristian di Eropah berada dalam Zaman Gelap. Terdapat beberapa tokoh falsafah yang terkenal

di Andalusia seperti Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Tufail, Ibn Maimon, Said Ibn Fattuh dan Ibn
Hazm.

2. Selain itu, bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila ahli astronomi
berjaya mencipta alat astrolab bernama Safihah dan membolehkan orang Eropah
menentukan saiz bumi dengan lebih tepat berbanding pengiraan yang dilakukan oleh ahli
astronomi Greek. Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya yang dikenali sebagai al-Zarqali (Arzachd)
merupakan ahli astronomi pertama yang mengemukakan teori bintang, pergerakan planet dan
kedudukan matahari. Beliau membina sebuah jam air yang menunjukkan masa pada waktu siang
dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan.

3. Perkembangan Ilmu matematik berkait rapat dengan bidang astronomi iaitu matematik
tulen dan matematik gunaan. Antara ahli matematik terawal ialah Abu Habbah bin Ubaidah
Manakala, Abu Ayyub merupakan sarjana terkenal dalam bidang geometri. Kemunculan ilmuan
Islam yang memperkenalkan teknologi dalam bidang kimia membolehkan mereka mencipta
banyak ubat baharu serta menghasilkan pharmacopoeia iaitu daftar buku ubat-ubatan dan
menubuhkan kedai-kedaiapotekaris atau farmasi.

4. Ilmu perubatan di Andalusia sangat memberangsangkan malah pencapaian mereka
lebih tinggi berbanding pencapaian ahli perubatan di sebelah Timur. Abu al-Qassim al-
Zahrawi telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif yang
membincangkan tentang pembedahan seperti pemotongan anggota badan, pembedahan gigi dan
mata serta rawatan anggota yang luka dan parah. Abu Marwan Ibn Zuhr menerangkan tentang
penyakit tumor mediastinal dan penanahan di dalam ruang paru-paru. Ibn Zuhr dianggap doktor
Muslim yang pertama kerana berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut
dan rawatan penyakit buah pinggang.

5. Ilmu geografi iaitu Abu Ubaid Abdullah bin Abd. Aziz al-Bakhri merupakan tokoh
geografi yang terkenal di Andalusia. Beliau menghasilkan Kitab al-Masalik wa al-Mamalik
dan sebuah kamus geografi bertajuk Mu'jam ma isti'jam. Selain itu, Abu Abdullah Muhammad
bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif merupakan orang pertama yang menghasilkan
peta dunia seperti peta glob yang diperbuat daripada perak. Penguasaan dalam pelbagai ilmu,
menyebabkan sarjana Islam menggembangkan idea yang mengatakan bumi ini berbentuk sfera
dengan menggabungkan ilmu geografi, astronomi dan matematik.

Penutup

Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelaslah bahawa tamadun Islam di Andalusia banyak
membantu perkembangan ilmu yang menjadi asas ilmu pengetahuan moden.

Soalan 87: Huraikan faktor-faktor perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Umaiyah di
Andalus abad ke-11 hingga ke-13 M

Pendahuluan

Pemerintah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan intelektual di Andalusia.
pemerintah-pemerintah Bani Umayyah di Andalusia berminat dengan ilmu pengetahuan dan
menjemput serta mengumpulkan ramai golongan intelektual dari pelbagai tempat. Dibentuk
melalui sistem pelajaran yang intensif,membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-
sarjana dari timur bagi mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Andalusia berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam bidang termasuk sains
dan teknologi hasil daripada sekolah, perpustakaan dan universiti di bandar cordova.

Isi-isi penting:

1. Peranan pemerintah dalam menekankan kemajuan intelektual di Andalusia kerana
minat mereka dengan ilmu pengatahuan. Khalifah menjemput serta mengumpulkan ramai
intelektal dari pelbagai tempat di Andalusia. Kegiatan ilmu pengetahuan dibentuk melalui sistem
pelajaran yang intensif, membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-sarjana dari timur
ke Andalusia di samping menghantar pelajar-pelajar ke timur bagi mempelajar pelbagai bidang
ilmu pengetahuan. Khalifah mendirikan sekolah, perpustakaan dan universiti di bandar Cordova.
Kesannya, Andalusia berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam pelbagai
bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Pemerintah Andalusia membari penghargaan dan penghormatan yang tinggi terhadap
golongan sarjana yang dianggap sebagai teras negara. Sumbangan mereka dalam sesuatu
bidang dianggap oleh pemerintah melebihi sumbangan para pentadbir.

3. Masyarakat Andalusia yang berlainan agama berminat dengan ilmu
pengetahuan. mereka sanggup mengembara ke dalam negeri atau luar negara untuk mendalami
pelbagai ilmu pengetahuan. Golongan wanita turut terlibat dalam kegiatan keilmuan
terutamanya bagi golongan yang miskin sebagai menyalin al-Quran dan buku. Aktiviti ini
dilakukan di kedai-kedai buku.

4. Masyarakat Andalusia cuba menguasai bahasa arab dengan menghafal al-
Quran, membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa al-Quran, mempelajari puisi, dan
perkara-perkara yang membantu mereka menguasai bahasa arab.

5. Kota cordova menjadi pusat keilmuan yang termasyur di Eropah. pasarnya yang
terkenal dengan aktiviti penjualan buku. Penjual dan pembeli datang dari pelbagai tempat di
Andalusia.

6. Perpustakaan menjadi pemangkin kepada perkembangan institusi pengajian dan
intelektual.perpustakaan merupakan tempat untuk mengumpul bahan atau sumber ilmu zaman
lalu dan kini yang digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan ilmu. Tumpuan ini
diberikan untuk melahirkan pemimpin yang berkemampuan dan bertanggungjawab,amanah,dan
bertaqwa. pembangunan manusia merujuk kepada pembangunan berdasarkan agama.

Penutup

Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelaslah bahawa tamadun Islam di Andalusia banyak
membantu perkembangan ilmu yang menjadi asas ilmu pengetahuan moden.

Soalan 88: Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam perkembangan intelektual Islam

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi / Abu Abdullah / Al-
Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism (kalangan orang Barat), al-Khawarizmi (sempena nama
tempat kelahirannya Khwarizmi atau Khuway yang sekarang dipanggil Republik Uzbekistan).
Berbangsa Parsi, lahir pada tahun 780 M dan berhijrah ke Baghdad (meninggal disana pada
tahun 846 M) .
Seorang tokoh dan ulama yang warak dalam Islam. Rajin dalam menuntut ilmu sehingga
sanggup berulang alik ke negara India untuk menimba ilmu daripada seorang tokoh metematik
India pada masa itu Karkah, membuatkan beliau tekenal sebagai seorang intelektual Islam
berjasa besar

Isi-isi Penting:

1. Menyandang Jawatan Penting

Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun (Zaman Abbasiyah) , beliau pernah dilantik
menyandang jawatan-jawatan penting iaitu Penasihat Bidang Astronomi , Pengawas Khalifah ,
Pengurus Marsod ( bilik pemerhati bintang ) . Beliau juga pernah berkhidmat di bawah
penyeliaan Hunayn bin Ishaq di Baitul Hikmah (pusat penterjemahan buku-buku asing kepada
bahasa Arab) .
Beliau sangat penting kepada negara dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan berjasa dalam
menterjemah , memudahkan dan menambahbaik buku-buku dari luar untuk kegunaan ilmuan
Islam .
2. Bapa Matematik Moden

Melalui kitabnya Al-Mukhtasar fi Hisab Al-Jabr Wal-Muqaba , beliau
memperkenalkan algebra iaitu salah satu kaedah dalam matematik dan berguna dalam setiap
bidang astronomi . Menyelesaikan masalah masyarakat pada masa itu dalam urusan
pembahagian zakat , harta pusaka, wasiat dan lain-lain .
Algebra bermaksud mengubah nombor atau nilai kepada bentuk huruf dan tanda yang lebih
ringkas dan mudah difahami . Sumbangan beliau dalam bidang algebra memang tidak dapat
disangkal , kitab beliau ini dicetak semula oleh Dr.Ali Musthafa Musyarrafah dan
Dr.Muhammad Mursi Ahmad ke dalam Bahasa Arab berdasarkan naskhah asal tulisan tangan
yang disimpan rapi di Pepustakaan Bodlein, Oxford . Al-Gorithm(satu istilah dalam metematik
moden ) dipetik sempena nama beliau al-Khawarizmi .

3. Peneroka Ilmu Geometri & Astronomi

Terdapat ramai tokoh Greek yang menerokai bidang geometri , namun terdapat 1 bab dalam
kitab Al-Mukhtasar tulisan al-Khawarizmi yang menceritakan secara lebih terperinci tentang
ilmu geometri tanpa ada unsur-unsur pengaruh Greek dari segi istilah mahupun unsur-unsur
Euklid (Sarjana Geometri Greek terkenal) , yang membuatkan tokoh-tokoh Greek terdahulu
kagum dengan beliau. Sebelum kegemilangan Tamadun Islam , Tamadun Yunani adalah
pelopor ilmu astronomi dan geometri namun masih kurang berkembang .
Kedatangan al-Khawarizmi kedalam bidang ini mengangkat Tamadun Islam, lalu
memperkenalkan algebrauntuk digunakan dalam kaedah mengira astronomi. Al-Khawarizmi
memperkenalkan juga pengiraan segi 3 tegak, segi 4 selari, teorem dan luas setiap bentuk dalam
bab sukatan luasnya al-Misahah . Dalam sebuah buku yang berjudul Zaij Al-Sindhind
(Astronomical Tables of Sind and Hind) al-Khawarizmi ada membincangkan tentang peredaran
matahari, bulan dan 5 planet yang diketahui pada ketika itu . Beliau orang pertama yang
menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri .

4. Ahli Geografi Islam

Beliau satu-satunya tokoh ilmuan Islam yang pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi
pada tahun 830 M , dengan mendapati ukurannya ialah 40.248 km berbanding penemuan masa
sekarang iaitu 40.070 km . Dalam sebuah bukunya yang berjudul Kitab Surat al-Ard (The
Image of Earth) beliau mengemukakan beberapa koordinat tempat di Lautan Medditeranean,
Asia dan Afrika berdasarkan karya Ptolemy .
Pada Zaman Khalifah al-Makmun , al-Khawarizmi telah melakar peta dunia serta menjalankan
pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 ahli geografi yang lain . Beliau kemudian
menulis sebuah buku bertajuk Taqwiinul Buldaan dimana beliau menerangkan secara terperinci
buku penulisan Bethmulus (tokoh ilmu Barat) dengan berpandukan buku-buku beliau yang lama
seperti Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) .

Penutup

Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh ilmu yang mengharumkan agama Islam dalam
menyebarkan pelbagai ilmu bukan sahaja dalam kalangan orang Islam juga kepada seluruh
masyarakat dunia . Ilmu algebra yang beliau perkenalkan digunakan sehingga sekarang dalam
dunia Metemarik Moden, berjaya menyelesaikan permasalahan masyarakat dalam pelbagai
bidang .
Mengangkat martabat orang Islam dalam kalangan tokoh Greek dan Barat. Kitab-kitab dan
buku-buku peninggalan beliau berguna kepada seluruh masyarakat dunia dan menjadi rujukan
sehingga ke hari ini .

Soalan 89: Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik

Pendahuluan :

Nama sebenar al-khawarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-khwarizmi . Di
kenali sebagai al-Khwarizmi , al-Cowarizmi , al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi dan al-
Gorismi . Dilahirkan pada tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M . Beliau juga
merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah , logik , aritmetik ,
geometri , muzik , kejuruteraan , sejarah islam dan kimia .
Beliau juga dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau . Beliau
lebih dikenali sebagai sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang
yang ahli sains islam yang terulung dalam bidang matematik .

Isi-isi penting :

1. Kepakarannya dalam matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah

Khalifah Harun al-Rashid telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi
matematik di Baitul Hikmah .
Beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana khalifah oleh khalifah al-
Ma’mun . Malah , Baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana ,
termasuk al-khwarizmi .

2. Memperkenalkan sistem nombor

Menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu
Merupakan orang pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik.
Melalui penggunaan angka sifar , akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti .

3. Pengenalan sistem angka yang sistematik

Membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa , log , kosinus
dan sebagainya. Malah , membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih
pesat .
Angka yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan
sebutan CIFRE, CHIFFRE dan ZERO .

4. Pengenalan sistem al-Jabar (Algebra)

Memperkenalkan jurusan aritmetik, iaitu al-Jabar. Melalui kaedah ini , penggunaan simbol yang
mewakili nombor , nilai atau pemboleh ubah membolehkan banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan .
-Buku yang memperkenalkan kaedah aritmetik al-Jabar ini turut diterjemahkan ke bahasa latin
dan menjadi rujukan di university-universiti di Eropah mulai abad ke-12 hingga abad ke-16 M .

5. Pengenalan istilah baharu

Istilah-istilah baharu tentang ilmu matematik diperkenalkan dan digunakan sehingga kini ,iaitu
pemboleh ubah , pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar.
Dalam kitab tersebut mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topic seperti pengiraan
darab , campur tolak dan bahagi, persamaan , timbangan dan ukuran , keluasan bulatan dan segi
tiga dan isi padu piramid dn kon .

6. Pengiraan pembahagian harta pusaka

Menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
Ilmu yang diperkenalkan dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan
kompleks yang tidak dihuraikan dalam al-Quran dan hadis dan ianya tidak bertentangan dengan
kedua-duanya .

Penutup :
Sesungguhnya kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang matematik terbukti bukan sahaja beliau
disanjung oleh umat islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana barat .
Apa yang lebih menarik lagi ialah kepakaran beliau dalam bidang ini turut sama digunakan
dalam kajiannya dalam bidang astronomi dan geografi .

Soalan 90: Huraikan sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan intelektual Islam

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-hasan bin Ali bin Sina dan
berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Aviceanna di Barat. Beliau
dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara, Turkestan. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun
dalam mempelajari ilmu umpamanya, beliau pernah membaca buku membaca buku metafizik
karangan Aristotle sebanyak 40 kali.

Beliau Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu Naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan
seorang yang berinovatif. Beliau juga seorang penganut agama yang taat dan beliau serig kali
berdoa kepada Allah SWT ketika menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan. Semasa beliau berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan.
Berkat daripada usaha dan kesungguhan, beliau telah muncul sebagai seorang pakar perubatan
yang terkemuka.

Isi-isi Penting:

1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan

Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke 11 M. Pada usia 12
tahun, ketika berada di Kawarazm, beliaumula menulis karnya yang pertama, iaitu Al-
Majnu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap diikuti dengan buku-buku
lain. Buku-buku yang dihasilkan termasuklah risalah yg berukuran kecil, telah dihimpunkan dan
dimuatkan dalam satu buku besar yg berjudul Essai de BibliogaraphieAvicenna yg dihasilkan
oleh Pater Dominican di Cairo. Antara buku yg amat terkenal berjudul al-Qanun fi al-Tibb.

Karya teragungnya, al-Qanun fi al-Tibb merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan
menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan yg terdapat
dalam buku itu masih diterima dalam dunia perubatan moden masa kini. Gerard Cremona telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina ke BahasaLatin. Buku ini menjadi rujukan utama di kalangan
university Eropah pada tahun 1500M. Buku tersebut telah dicetak sebanyak 16 kali. Sebanyak
15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Selain itu, buku
tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.

Beliau juga merupakan individu terawal yg mengemukakan teori Anatomi dan Fisiologi yang
mnggambarkan analogy manusia terhadap Negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap
alam semesta sebagai makro kosmos(dunia besar). Penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina
sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana menyatupadukan teori Perubatan Yunani seperti Hippocrates dan
Galen dan pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi, di samping pengalaman
beliau sendiri. Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” Raja Diraja
Doktor oleh kaum Latin. Antara gelaran lain ialah “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia islam ia
dianggap telah mencapai tahap kemuncak kecemerlangan. Ia puncak tertinggi dalam ilmu
kedoktoran.

Ibnu Sina pernah menjadi Doktor Diraja kepada Sultan Nuh II bin Mansur di Bukhara pada
tahun 997M bersamaan ketika beliau berusia 17 tahun. Tidak adseorang doctor pun yg Berjaya
mengubati Sultan,, akan tetapi dengan berkat pertolongan Ibnu Sina, baginda dapat kembali
sihat.

Al-Qanun fi al-Tibb telah membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit saraf. Buku
tersebut juga telah mengajar tentang cara-cara pembedahan dan penekenan tentang pembersihan
luka. Malhan buku itu menjelaskan keterangan di samping gambar hisan sekaligus
menampakkan ilmu anatomi Ibnu Sina yg luas.

Beliau sering melakukan penyelidikan. Impaknya, beliau menemui penyakit baharu sera
puncanya. Pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy),
cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau mendedahkan bahawa penyakit batuk kering
merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air juga salah satu
punca penularan kepada kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang
farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yg giat melakukan penyelidika, beliau telah menemui dan
menjelaskan kepentigan ubat bius Selain itu, beliau juga telah mencipta benang khusus untuk
menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain.

2. Bidang Falsafah

Bidang falsafah Ibnu Sina yg terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu
logic,psikologi dan metafizik. beliau telah menghasilkan karya falsafahnya dengan memuatkan
bersama sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa’.

Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada
masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Beliau cuba mengharmonikan antara falsafah dengan
agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agama dengan menggunakan akal dan yakin bahawa
roh tidak pernah musnah.

3. Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-
sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu
mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli
Geografi Yunani dan Romani sejak daripada Herodotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious.

Menurut Ibnu Sina, kesan daripada aliran sungai terhadap kawasan bergunung-ganang telah
menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang amat produktif.

4. Bidang Geologi dan Kimia

Sumbangan Ibnu Sina ,kesan dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat
disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina menngenai ilmu mineral yang
menjadi sumber geologi di Eropah.

Dalam bidang kimia, ia meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben
Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu
dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu
‘Bapa Kimia Muslim’.

5. Bidang Psikologi

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa
penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu
perubatan psikosomatics atau“psychosomatics”

Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk
mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja. Dengan perkataan lai, Ibnu Sina menyedari
kepentingan emosi dalam pemulihan.

Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak
menulis berkenaan gangguan psikologi.

Kesimpulan

Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan
sahaja disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat.
Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang
perubatan malah merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .

Soalan 91: Bincangkan sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina ,
berkuturunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau
dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara , Turkestan. Merupakan seorang yang berinovatif. Sifat ini

terbukti apabila beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai
ilmu terutama dalam bidang perubatan .
Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan . Berkat kesungguhan yang
tidak mengenal jemu, beliau telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka .

Isi-isi Penting

1 . Menghasilkan karya perubatan , iaitu al-Qanun fi al-Tibb

Karya tersebut merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan
utama di university-universiti di Eropah . Segala rumusan yang terdapat dalam karya tersebut
masih diterima dalam dunia perubatan moden hingga ke hari ini .
Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 . Buku
ini telah dicetak sebanyak 16 kali . Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi
dalam bahasa Yahudi (Hebrew) . Selain itu , buku tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa
Inggeris , Perancis , Sepanyol dan Itali .

2 . Mengemukakan Teori-teori Anatomi dan Fisiologi .

Menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap
alam semester sebagai makro kosmos (dunia besar). Misalnya , digambarkan bahawa syurga
kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki
itu empat persegi .

3 . Menyatukan dengan teori perubatan Yunani

Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai “Bapa Doktor Perubatan” kerana
beliau telah menyatukan teori perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman
daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dengan pengalaman beliau sendiri .
4 . Menyembuhkan pemerintah Bukhara

Diberi gelaran “Medicorum Principal” atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik
Gelaran lain yang diberikan diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat” . Malahan dalam
dunia Islam, beliau dianggap telah mencapai tahap kemuncak kecermelangan (zenith), iaitu
puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran setelah berjaya menyembuhkan penyakit pemerintah
Bukhara

5 . Membincangkan kaedah pembedahan

Karya beliau , iaitu Qanun fi al-Tibb telah mengajar tentang cara-cara pembedahan serta
menekankan keperluan terhadap pembersihan luka .
Dinyatakan juga tentang keterangan-keterangan dengan lebih jelas , di samping hiasan gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibn Sina yang luas .

6 . Kerap melakukan penyelidikan

Menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit . Jangkitan virus
seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Mendedahkan bahawa

penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit . Beliau juga mengenal pasti
bahawa air merupakan pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi
punca penularan kebanyakan penyakit .
Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi . Menghasilkan ubat dan preskripsi yang
mujarab untuk pelbagai jenis penyakit . Menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius dan
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain .

Kesimpulan

Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan
sahaja disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat.
Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang
perubatan malah merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .

Soalan 92: Huraikan sumbangan al-Ghazali dalam perkembangan intelektual Islam.

Pendahuluan

Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin ahmad. Dilahirkan pada tahun
450 hijrah bersamaan 1058 masihi dan dikenali sebagai ‘al-ghazali’ bersempena dengan nama
kampung kelahirannya Ghazala. al-ghazali berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya
seorang yang soleh dan bekerja sebagai penenun benang. Beliau ingin melihat anaknya menjadi
orang yang alim dan soleh. Selain itu, Al-ghazali seorang yang bijaksana, kuat ingatan,
berpegang teguh, kepada syariat islam, tekun belajar, dan bijak berhujah. Beliau juga kuat
beribadat, warak dan tidak meyukai kemewahan. Disamping itu, Beliau juga digelar sebagai
(Hujjatun islam) kerana kepetahan, kemasyhuran dan kekuatannya dalam membela
islam. Imam al-ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah islam yang terkemuka.
Pada peringkat awalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang
guru kerana kemiskinanya. Beliau juga belajar di sekolah yang didirikan oleh perdana menteri
Nizam Al-mulk di thus dan melanjutkan pelajaran di thus ke jarjan dan naisabur. selain itu,
beliau belajar pelbagai ilmu fikah, ilmu kalam, ilmu falsafah daripada imam Al-Harmain di
Naisabur. Beliau dilantik sebagai tenaga pengajar kanan di Baghdad.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di thus pada hari isnin 14 jamadilakhir tahun 505 hijrah
bersamaan 1111 masihi.

Isi-isi penting

1. Bidang Falsafah

Al-Ghazali lebih terkenal dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Muqasid ul-
Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-
Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat tentang fizik dan metafizik dari
sudut pandangan Islam yang dihasilkan di Baghdad dan memaparkan kritikan dan kecaman
hebat terhadap ilmu falsafah Barat. Contohnya, beliau menegur falsafah Aristotle berkenaan
kewujudan dunia yang berasal daripada keadaan tidak ada dan diciptakan oleh Tuhan.

2. Bidang Kegamaan

Sumbangan beliau seterusnya ialah dalam bidang keagamaan. Karya beliau iaitu kitab Ihya’
Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu agama) telah dihuraikan oleh ramai ulama selepasnya,.
Oleh kerana keraguannya yang tinggi terhadap aspek ketauhidan yang diperolehnya, al-ghazali
pernah melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran semata-mata untuk memahami dengan
terperinci tentang ajaran islam serta membangunkan kembali ajaran islam. Kitab ini menjadi
pegangan umat Islam masa kini dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, Turki, Jerman dan
Urdu

3. Bidang Sains Politik

Beliau turut dikaitkan dengan bidang sains politik. Terdapat bukti yang nyata bahawa al-
ghazali pernah belajar ilmu sains politik daripada gurunya, Imam juwaini yang pernah bertugas
sebagai imam masjidil Haram, Makkah, Masjid Nabawi dan Madinah. Buku penulisan beliau
dibahagikan kepada teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Antara buku-buku yang dihasilkan
ialah Mustazh-hiri danal-Munqiz. Karyanya berjudul al-iqtiad fil-Itiqad membincangkan tentang
soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan
politik seseorang pemimpin seperti mana terkandung dalam karyanya al-Tik al-Masbuk Fi
nasihat al-Muluk.

4. Bidang pendidikan.

Berdasarkan pengalaman al-Ghazali sebagai pelajar, guru dan ketua di Universiti Nizamiyah,
beliau banyak memberikan pandangan dalam bidang pendidikan. Kitab beliau yang berjudul
Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) menjelaskan tentang kewajiban ibu bapa terhadap anak-
anak dan kewajiban seorang murid dan guru. Kitab ini dianggap penting kerana mengandungi
nasihat beliau kepada muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada 8 perkara dan telah
diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Penutup

Imam al-Ghazali seorang yang tabah dan bersemangat kuat untuk menuntut ilmu dan berjaya
menghafal al-quran dalam usia yang muda.
Selain itu, beliau dapat menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa arab dan parsi. Disamping itu,
beliau juga menguasai hadis, usuluddin, tasawuf dan falsafah serta sanggup mengembara untuk
mendapatkan ilmu ALLAH.

Soalan 93: Bincangkan peranan Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.

Pengenalan

nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin
al-Hasan. beliau dilahirkan di Khalduniyah, Tunisia pada 1 Ramadan 732H atau 1332M.
berketurunan Arab Hadramaut @ Arab Yaman. meninggal dunia pada 808H atau 1406 M di
Kaherah,Mesir ketika berumur 87 tahun. mempunyai perwatakan yang tekun sejak kecil, kuat
ingatan, berjiwa pemimpin, kreatif dan bijak berpidato

Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith,
perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik serta ilmu aqli seperti falsafah,
matematik dan sejarah. beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli persuratan di Istana Faz,
Hajib di Bougie dan Hakim mahkamah-mahkamah Raja di Mesir. sarjana Barat seperti G.Sarton
menyatakan bahawa Ibnu Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung sepanjang zaman

Isi-Isi

1. Kitab al-Ibar

kitab ini merupakan sumbangan utama beliau. kitab agung dalam bidang pensejarahan. kitab ini
merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan
terbahagi kepada 3 bab dan diasingkan dalam tujuh bab terdiri daripada bahagian asasi
dan bukan asasi. kitab ini banyak membantu ahli-ahli sejarah menghasilkan karya atau kajian
yang benar dan berbentuk ilmiah

2. Muqaddimah Ibnu Khaldun

merupakan pengenalan kepada kitab Al-Ibar. mengandungi 700 muka surat yang membahaskan
isu-isu tentang sejarah dan pensejarahan dalam pendahuluan beliau membincangkan aspek
sejarah,tema-tema dan kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa sejarah. kitab ini cuba
memahami pola perubahan kepada organisasi politik dan sosial manusia. kitab ini turut
menjelaskan peristiwa sejarah harus dikaji dan difahami
merupakan sumbangan agung dalam bidang pensejarahan. kitab ini diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa seperti Perancis,Turki,Jerman, Inggeris, Sepanyol dan Melayu. hasil
pemikirannya dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di Eropah. menjadi
rujukan semua pelajar di dunia dan rujukan utama sehingga kini

3. Bidang pengkajian sejarah

beliau mengutarakan beberapa konsep dan prinsip pengkajian sejarah. beliau menekankan
konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia. beliau telah meluaskan ruang
lingkup kajian sejarah, iaitu aspek geografi dan sosiologi
prinsip utama yang beliau kemukakan ialah prinsip hubungan antara sebab dan akibat. sejarah
manusia ditentukan oleh manusia sendiri kecuali jika melanggar hukum Tuhan

4. Mengkaji sejarah daripada perspektif sosiologi

pendekatan ini digunakan untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan kehidupan sosial
umat Islam. menurutnya ,sejarah menentukan peristiwa-peristiwa luaran manakala ilmu
sosiologi
menerangkan aspek dalaman iaitu sifat-sifat semula jadi

5. Penekanan kepada aspek-aspek dalaman
kaedah penyelidikan beliau mirip kepada kaedah sosiologi. beliau menghasilkan sejarah khas
yang mengandungi dua kualiti,zahir dan batin
penjelasan dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu peristiwa dan sebabnya diberikan
dalam aspek batin. sejarah berkait rapat dengan latar belakang masyarakat

6. Bidang teori dan pendekatan sejarah

beliau memperkenalkan pendekatan multidisciplinary dalam pengkajian sejarah. disiplin ilmu
lain seperti geografi dan sosiologi digunakan
penggabungan ilmu atau disiplin ini membantu dalam memberikan satu penilaian yang kritis
terhadap peristiwa sejarah

7. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sikap berat sebelah

tokoh sejarah yang dapat menjelaskan sebab ahli-ahli sejarah berat sebelah dan tidak ada tafsiran
yang jujur. ini disebabkan wujud semangat kepartian yang menghalang pertimbangan yang
waras
selain itu ahli sejarah juga gagal dalam memahami sumber kerana tidak mengesahkan sumber
tersebut. ahli sejarah juga gagal menempatkan seuatu kejadian dalam hubungan yang sebenarnya

8. Perkara yang perlu dilakukan untuk menganalisis laporan sejarah

Ibnu Khalidun menegaskan pentingnya perbandingan peristiwa sejarah berdasarkan kaedah dan
sebab musabab. kajian terhadap peristiwa lalu harus dilakukan lalu untuk dijadikan iktibar
kepada peristiwa yang sedang berlaku
Ibnu Khaldun juga mengambil kira iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. beliau
juga mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Kesimpulan

peranan dan sumbangan Ibnu Khaldun tidak ternilai ketokohannya dalam bidang pensejarahan
juga tidak dapat dinafikan hasil karyanya memberikan sumbangan besar kepada peradaban
manusia
beliau merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang pensejarahan Ibnu
Khaldun telah meletakkan asas bagi perkembangan sejarah bercorak saintifik.

Soalan 94: Huraikan sumbangan Ibnu khaldun dalam perkembangan intelektual Islam.

Pendahuluan

Nama sebenar ibnu khaldun ialah Abdul ar-Rahman bin Muhammad bin khaldun al-
Hadrami.Mana khaldun berasal dari nasab keturunan Khalid bin uthman, seorang tentera yaman
yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia,nama Khalid berubah
menjadi khaldun.Selain itu, Beliau berketurunan Hadramaut, yaman tetapi di lahirkan di
tunisiapada 1331masihi/732 hijrah dan meninggal dunia pada 1404 masihi./808 hijrah di mesir.
Ibnu khaldun merupakan seorang sarjana islam dalam bidang
sejarah,sosioiogi,politik,agama.Semasa kecil,beliau dididik oleh bapanya dan berguru dengan
ramai sarjana islam yang hebat di Tunisia.
Zaman mudah beliau banyak di habiskan merantau dan berkerja serta terlibat dengan bidang
politik sehingga pernah di penjarakan beberapa kali kerana difitnah orang sekeliling yang iri hati

meelihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.Di samping itu,beliau juga telah banyak
memegang jawatan penting semasa berada di Tunisia magribi,dab mesir. Beliau pernah dilantik
sebagai Ahli Persuratan di istana faz,menjadi Hajib (sama taraf dengan Perdana Menteri) di
bougie,menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja,dan Hakim
Mahkamah-Mahkamah Raja di Mesir.
Setelah menunaikan fardhu haji pada tahun 749 Hijrah, beliau telah memberikan sepenuh
tumpuan dalam bidang penulisan. Penulisaannya merupakan himpunan daripada pembelajaran
dan pengalaman yang diperolehinya dalam bidang ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan
semasa terutama dalam bidang politik.

Isi-isi Penting:

1. Karya teragung Ibnu Khaldun yang mengangkat beliau sehingga diberi gelaran (Bapa
Ketamadunan) ialah kitab Al-Ibar. Dalam kitab ini, yang paling menonjol ialah pengenalan
pada kitab yang diberi nama Muqaddimah Ibnu khaldun setebal lebih kurang 700 helai muka
surat. Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu khaldun membahagikan kepada pendahuluan dan enam
bab utama. Dalam pendahuluan, beliaumembicarakan tentang sejarah, tema-tema,dan
kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa yang terjadi.Bab pertama memuatkan kajian
pertumbuhan umat manusia.Bab kedua menceritakan kehidupan desa dan kaum Badwi
manakala bab ketiga membahaskan tentang Negara,institusi Khalifah,dan sesebuah kerajaan.

2. Di dalam bab 4,ibnu khaldun menyatakan kajiannya tentang perkembangan negeri-negeri
dan kota-kota serta bagaimana untuk membezakan antara satu kota dengan kota yang lain
melalui bentuk bangunan, social, ekonomi, dan bahasa.Bab kelima menerangkan tentang
kehidupan ekonomi penduduk sesuatu tempat dan bab keenam dimuatkan tentang cara
mempelajari ilmu pengetahuan.Melalui Muqaddimah,ahli sejarah cuba memahami pola
perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.

3. Menurut ibnu khaldun, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia
yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Beliau menganggarkan kadar
tempoh sesebuah peradaban terbahagi kepada empat generasi, iaitu generasi pengamal, generasi
pengikut, generasi pemelihara, dan generasi pemusnah tradisi.

4. Ibnu Khaldun turut memperbaharui kaedah penyelidikan sosiologi. Beliau menekankan
sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab sejarah. Menurut beliau, jika pengkaji hanya mengkaji
sesuatu peristiwa tanpa mengetahui latar belakangnya, maka pengkaji hanya menghasilkan
sejarah am. Sebaliknya, jika seseorang pengkaji itu menitikberatkan dekua-duanya, maka
sejarah itu dianggap sejarah khas. Sejarah khas terbahagi kepada dua,iatu zahir dan batin.zahir
yang di maksudkan ialah kejadian sesuatu peristiwa seperti berita-berita perang, jatuh
bangunnya sesebuah kerajaan, atau kemajuan sesebuah masyarakat. Batin pula bermaksud
tinjauan dan penyelidikanserta keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan
pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu kejadian dan sebab musababnya.

5. Kajian Ibnu khaldun memberi penekanan dalam aspek-aspek dalaman bagi sesuatu
peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat. Para pengkaji
sebelum ibnu khldun kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka menulis
berdasarkan maklumat yang diberikan tanpa mengetahui tentang asal-usul, sifat semula jadi,atau
sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian.

6. Ibnu khaldun juga merupakan ahli ekonomi Islam yang melihat kepentingan tenaga kerja
dan kaitannya dengan penawaran dan permintaan.Bagi beliau, kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.Menurut Ibnu
khaldun, buruh merupakan factor pengeluaran utama walaupun terdapat faktor-faktor lain untuk
menghasilkan pengeluaran.
Penutup

Ibnu Khaldun seorang yang kuat untuk menuntut ilmu dan berjaya menghasilkan karya-karya
yang amat berguna kepada perkembangan ilmu khususnya ilmu sosiologi dan sejarah. Sarjana
Barat seperti Toynbee dan R. Nicholson menganggap beliau sebagai ahli fikir dan tokoh
intelektual yang tiada bandingnya
Ibnu khldun merupakan ahli sejarah dan ahli falsafah agung sepanjang zaman yang bermula
dari zaman ahli sejarah klasik sehinggalah zaman Machiavelli, Bodin dan Vico.

2.4 PENEROKAAN

Soalan 95: Huraikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan.

Pendahuluan

Al-Mas’udi atau nama sebenarnya ialah Abu al-Hasan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi
merupakan seorang tokoh pelayar yang berasal dari Iraq. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq
pada akhir abad ke-9 M.
berketurunan Arab, iaitub dari keturunan Abdullah al-Mas’ud, yang juga merupakan sahabat
Nabi Muhammad SAW. meninggal di Fustst pada 345 H/956 M.

Isi-isi Penting:

Faktor beliau belayar dan menyelidik:

Faktor persekitaran - keadaan kawasan tanah arab yang dikelilingi padang pasir yang luas
memerlukan mereka menguasai ilmu astronomi, ilmu mengesan air, ilmu meramal cuaca, ilmu
mengesan kedudukan dan sebagainya.
Faktor budaya – factor pekerjaan(perdagangan), adat istiadat seperti haji yang memerlukan
pengetahuan tentang kaji bintang bagi tujuan mengetahui arah dan keperluan untuk hidup di
padang pasir yang juga memerlukan kemahiran.
Faktor nilai dan sikap – semasa zaman Islam, aktiviti pelayaran dan geogafi mencapai
kemajuan berbanding semasa zaman peradaban Yunani yang berada pada tahap. Islam itu
sendiri menggalakkan penyelidikan dan perkaa ini banyak dinyatakan dalam al-Quran.

Ringkasan Pelayaran dan Penyelidikan al-Mas’udi

Al-Mas’udi mula belayar antara tahun 914 hingga 915 M. Di India, beliau juga melakukan
penyelidikan berkenaan flora dan fauna di persisiran laut Bombay.
Beliau meneruskan pelayaran bersama dengan pelayar lain ke Deccan, Sri Lanka, Indochina dan
China.
Beliau juga mengunjungi pantai Laut Kaspia dan menyusuri Turkimenistan (Asia Tengah),
Tiberis dan Gujerat.

Sumbangan al-Mas’udi dalam Bidang Geografi

Sumbangan beliau tidak terbatas dalam satu bidang sahaja tetapi dalam banyak bidang termasuk
astonomi, sejarah, geografi kemanusiaan dan fizikal.
Karyanya Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir dianggap sebagai ensiklopedia geografi
yang terawal. Kajiannya menggabungkan ilmu geografi dan dislipin sejarah agar ia menjadi
lebih menarik.
Beliau membuat kajian tentang tanah fay’ dan mengkaji perbezaan aspek wilayah. Beliau juga
pernah mengkaji flora dan fauna.
Beliau juga Berjaya mengupas secara terperinci kawasan-kawasan di India seperti Makram,
Sind dan Pantai Barat India standing dengan apa yang dihasilkan oleh Ibn Kurdabih dan Istakri.
Sumbangan al-Mas’udi dalam Bidang pelayaran

Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang pelayaran. Al-Mas’udi menjelaskan tentang
laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika yang dinyatakan dalam buki
beliau, Muruj al-Dhahab.
Al-Mas’udi telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelaut-pelaut dan ahli-ahli
pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-namasungsi yang dilalui oleh mereka dalam
pelayaran.

Penutup

Beliau wajar dianggap sebagai tokoh ilmuan berikutan kemampuannya mengemukakan dan
melontarkan idea-idea yang berkaitan bidang geografi dan pelayaran.

Soalan 96: Al-Mas’udi telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang intelektual
dan pelayaran. Bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan

nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin. Ali al-Masudi. dilahirkan pada 283 Hijrah
dan beliau berketurunan Arab. ajaran Islam sememangnya menggalakkan umatnya menjelajah
dengan tujuan untuk menambahkan keimanan, menyebarkan dakwah dan menambahkan ilmu
pengetahuan
penjelajahan yang dilakukanoleh al-Masudi telah memberikan sumbangan yang yang besar
dalam bidang intelektual dan pelayaran

Isi-Isi

1. Hasil karya al-Masudi

pelayaran al-Masudi meliputi China, India, Sri Lanka, Alam Melayu dan Indocina. hasil
pelayarannya telah dibukukan dalam karya Muruj al-Dhahab dalam 9 jilid. catatan-catatan yang
terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan bidang
geografi. beliau telah berjaya menggabungkan disiplin geografi dengan sejarah dalam karya ini
beliau berjaya menjelaskan kejadian gempa bumi dan perairan Laut Mati. hasil karya lain ialah
akhbar al-Zaman sebanyak 30 jilid dan kitab al-Tanbihwa al-Ishraf. hasil-hasil karya ini telah
berjaya meningkat keintelektualan Islam dan perkembangan tamadun dunia

2. Teori Determinisme Alam Sekitar

iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia. hasil
penyelidikannya adalah mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di kawasan lintang
tinggi dipengaruhi oleh bulan dan penduduknya dikatakan panjang umur
perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang pasir yang
memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan

3. Bidang Geografi

beliau menekankan nama-nama tempat dan kedudukannya, jarak antara satu dengan yang lain
dan keadaan tempat tersebut. maklumat ini amat berguna kepada peneroka lain dan memberikan
pengetahuan yang lengkap kepada sesiapa sahaja tentang sesuatu tempat
di India pula, beliau menganalisa fauna dan flora. Nama diberikan kepada pelbagai binatang
yang terdapat di India. Antaranya gajah, burung kakak tua dan burung merak. catatan ini sangat
berguna kepada bidang keintelektualan

4. Bidang Pelayaran

beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran. beliau telah menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelaut dan ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka
dengan nama-nama sungai yang mereka lalui dalam pelayaran beliau juga membetulkan
kesilapan pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Sebenarnya setiap laut
adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi
beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab Bahasa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambungan. Kedua-dua laut ini tidak bersambungan. beliau telah berjaya menganggarkan
jarak di antara benua Eropah dengan benua China iaitu bersamaan dengan separuh daripada
lingkungan bumi. penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat yang berguna kepada
pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran

Kesimpulan

sememangnya hasil-hasil penerokaan al-Masudi telah memberikan sumbangan besar dalam
bidang intelektual dan pelayaran
penyelidikan yang dilakukannya telah berjaya memperkenalkan kepada penduduk di Tanah Arab
kepada dunia luar. Seterusnya dapat menambahkan keimanan umat Islam

Soalan 97: Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan

Pendahuluan

Nama penuh beliau ialah Shihab al-Din Ahmad bin majid al-Nadji. Beliau dilahirkan di Julphar
(Oman) dan merupakan pelayar Arab termuka pada abad ke-15 M. Datuk dan bapanya mahir
dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran serta arif dengan Laut Merah.

Ibn Majid digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi.

Isi-isi Penting:

1. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.Buku beliau
yang paling ialah al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid (kaedah dan faedah ilmu
laut).Buku bertarikh 1490 M.Ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan mengandungi 12 bab.

2. Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut
Merah,dan Lautan China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan
pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.

3. Di dalam buku ini, Ibn Majid menulis tentang permulaan pelayaran, jarum magnet,dan angin
monson yang sesuai bagi melakukan pelayaran mengikut perkiraan orang parsi.

4. Ibn Majid menghasilkan Hawiyat al-ikhtisar fi Usul ‘Ilm Al-Bihar’ berkaitan tanda
hampirnya barat,ilmu bintang,ilmu astronomi.

5. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku
penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan
sebelumnya.Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi
dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.

6. Ibn Majid menjadi jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi (pantai
timur Afrika) hingga ke Kalikat, India. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malemo
Canaqua. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan
mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid,
mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Penutup

Ibn Majid telah memberikan sumbangan yang besar dalam ilmu penjelajahan dan penerokaan

Soalan 98: Huraikan sumbangan Ibnu Battutah terhadap perkembangan tamadun
manusia.

Pengenalan

nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. dilahirkan pd tahun 730 Hijrah
(1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi. bapa dan datuknya terdiri daripada ulama. beliau menerima
pendidikan agama Islam sejak kecil. sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran melalui
karyaTuhfat al-Nazar.
pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:- peringkat 1 : merentasi Afrika Utara ke
Makkah, peringkat 2 : dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke Makkah,
peringkat 3 : dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki dan
peringkat 4 : dari Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan Andalusia. sarjana
Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers

Isi-Isi

1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan

beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad pertengahan.
terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa. hasil pelayaran beliau banyak memberikan
pendedahan kepada masyarakat dunia dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial,
agama dan kebudayaan
di India : beliau memfokuskan tentang: kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti
adatsuttee (adat membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)dan kepentingan Sungai
Ganges kepada masyarakat di India untuk upacara penyucian diri. dari aspek yang lain : beliau

mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara di Asia Tenggara,
China dan lain-lain

2. Gambaran umum tentang negara Islam

beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan Muhammad Tughliq
(era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives. catatan
pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah,
Konstantinople, Syiraz dan Isfahan
beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil
Haram, Kaabah, makam para imam. hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan
yang berlaku di negara-negara Islam

3. Kepentingan karya al-Rihlah

beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar. kitab ini lebih dikenali
sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah. hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi
rujukan oleh sarjana sejarah di seluruh dunia
karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda,
Jerman dan sebagainya. karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor
H.A.R. Gibb dikenali sebagai The Travels of Ibn Battutah

4. Motivasi kepada pelayar lain

kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain untuk
mengikut jejak langkahnya. hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan
Sulayman al-Mahri
contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol,
selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily

5. Sumbangan dalam bidang geografi

sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi. beliau gemar
mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati
antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di
Afrika Utara. catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan
untuk disinggahi oleh mereka

6. Sumbangan dalam bidang sejarah

beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati. ketika sampai di
negara tersebut : beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai tinggi
dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong dengan
sumber-sumber lain yang berkaitan. di Kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu
yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar
seperti St Sophies. di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur
dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu

Kesimpulan

kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan beliau
sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo. yang paling penting ialah
catatan beliau telah menjadi sumber rujukan ilmuwan yang berikutnya
sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat

Soalan 99: Huraikan sumbangan Ibn Batuttah dalam bidang penerokaan.

Pendahuluan

Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al-Lawati,dilahirkan pada tahun 1304M di Tanger,
maghribi. Sejarah pengembaraannya bermula ketika berusia 21 tahun.Beliau meninggalkan
kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu agama
Islam.Pengembaraan beliau melalui kawasan-kawasan seperti Maghribi,Palestin,Mesir,Syam
dan Madinah.

Beliau dikatakan seorang yang berperibadi mulia,berwibawa,pandai berdiplomasi, tegas, gigih
dan pandai berkomunikasi dalam bahasa asing. Contohnya: bahasa Parsi dan Turki. Sarjana atau
orientalis barat menamakannya sebagai The Prince of Muslims Travellers.

Isi-isi penting

1. Karya dan catatan pengembaraan Ibn Battutah

Karya atau sumbangan beliau menjadi sumber sejarah bagi pelbagai Negara yang dilawatinya.
Melalui karya al-Rihlah,pembaca didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti
agama,politik,sosial,ekonomi dan kebudayaan masyarakat khususnya di negara-negara seperti
Afrika barat dan India.
Contohnya di India, catatannya berkisar tentang pelbagai kepercayaan masyarakat agama Hindu,
kepentingan sungai Ganges khususnya untuk penyucian diri.

2. Catatan menggambarkan Negara Islam

Berkaitan dengan sejarah islam di India semasa pemerintahan Muhammad Tughluq. Ibn battutah
juga menulis tentang kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah,Konstantinople dll. Di
samping iitu,catatan tentng tempat-tempat yang pernah dilawati di Makkah seperti Masjidil
Haram,makam Imam dan Kaabah.
Catatan beliau mendapat tumpuan para sarjana Barat di seluruh dunia. Karya ini kemudian
diterjemahkan dalam bahasa asing,termasuk bahasa Inggeris,Perancis,Belanda dan Jerman.
Terjemahan karyanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh prof.H.A.R Gibb bertajuk “The
Travels of Ibnu Battutah”.

3. Menjadi pendorong kepada para pelayar Islam

Para pelayar Islam mengikut jejak langkah beliau. Sebagai contoh Ibn Hawqal telah berlayar ke
Afrika Utara, Sepanyol, Sahara dan Negara-negara Arab dari tahun 947 hingga 973M.
Sementara Sulayman al-Mahri Berjaya merentasi lautan antarabangsa seperti lautan
pasifik,lautan Artik dan lautan Atlantik.

4. Karya Ibn Battutah meningkatkan ilmu geografi dan persejarahan

Karyanya mencatatkan tentang kedudukan geografi dan iklim. Sebagai contoh, beliau menulis
tentang iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim Afrika. Hal ini dapat menentukan pemilihan tapak
bagi sebuah pangkalan perdagangan.
Di Konstantinople beliau mencatat akan keindahan kota tersebut, berkaitan seni bina seperti
kewujudan Gereja Besar St. Sophies.

Penutup

Kejayaan Ibn Battutah telah meletakkan beliau setaraf dengan pelayar terkenal seperti Marco
Polo. Keperibadian dan kemahiran beliau berkomunikasi dalam bahasa asing telah
menyebabkan beliau diberi layanan yang baik oleh pemerintah atau masyarakat setiap negara
yang dikunjungi.

Soalan 100: Bincangkan Kepentingan pelayaran yang dilakukan oleh Ibn Battutah
terhadap perkembangan tamadun manusia .

Pendahuluan :

Ibnu Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah al-Lawati dilahirkan pada tahun
1304 M di Tanger, Maghribi . Sumbangan Terpenting beliau dalam bidang pelayaran ialah
kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al-Nazar Atau lebih dikenali
sebagai al-Rihlah.
Sarjana atau orientalis Barat menyifatkan Ibn Battutah sebagai The Prince of Muslim Travellers

Isi-isi penting :

1. pengembaraannya Menjadi sumber sejarah abad pertengahan

Khalayak pembaca didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti agama, polotik, social,
ekonomi dan Kebudayaan masyarakat di Afrika Barat dan di India.
Di India, catatannya berkisar tentang pelbagai kepercayaan yang diamal oleh masyarakat Hindu,
malah beliau turut menyatakan khususnya untuk upacara penyucian diri.

2.Gambaran tentang Negara islam

Catatan sejarah India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Anatolia, Afrika Timur dan
barat serta Maldives.

Ibn Battutah juga menulis catatan tentang kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah,
Konstantinople, Syiraz dan sifahan. Di samping itu, Terdapat juga catatatan tentang tempat-
tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.

3.Kepentingan karya al-Rihlah

Mendapat tumpuan para sarjana barat di Seluruh dunia. Karya ini kemudian telah diterjemahkan
ke dalam pelbagai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.
Terjemahan Keryanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh Profesor H. A. R. Gibb dikenali
sabagai The travels of Ibnu Batuttah.

4.Rangsangan Kepada Pelayar lain

Pendorong kepada para pelayar Islam yang lain untuk mengikut jejak langkahnya. Kemunculan
beberapa orang tokoh lain sperti Ibn Hawqal dan Sulayman al-Mahri
Ibn Hawqal umpamanya tlah memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara,
Negara-negara Arab , Armenia, Azerbaijan dan Sicily dari tahun 947 hingga 973 M

5.Bidang Geogarafi

Meningkatkan pengetahuan ilmu geografi. Mencatatkan keadaan geografi sesebuah Negara.
Antara catatan terpenting ialah tentang iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara.
Catatan seumpama ini dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah pangkalan perdagangan.

6.Bidang Sejarah dan Persejarahan

Menggarap penulisan dalam bidang persejarahan apabila Berjaya menemui ramai
pemerintahan,wazir dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang majoritynya bolh dipastikan
dengan sumber-sumber lain.
Di Konstantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi dengan pasar atau
gudang membeli-belah, Jalan raya yang indah yang dibina daripada batu, dan kewijudan sebuah
Gereja Besar St. Sophies di tengah-tengah kota berkenaan. Pasai dicatatkan sebagai kawasan
yang subur yang dipenuhi dengan Pokok Kelapa, Cengkih dan gaharu.

Kesimpulan.

Kejayaan pelayaran Ibn Battutah selama 28 tahun merentasi sejauh 120 000 kilometer antara
tahun 1325-1353 M telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal
seperti Marco Polo .
Keberanian Ibn Battutah dalam pengembaraan menyebabkan ramai sarjana menggelar beliau
sebagai The Prince of Muslim Travelers .

2.5 SENI BINA

Soalan 101: Huraikan ciri-ciri utama seni bina Islam

Pengenalan

Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni
ukiran,khat,bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam selari dengan pencapaian sni
khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama
lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi.
Zaman pertengahan merupakan zaman perkembangan dan kegemilangan seni bina islam yang
merupakan gabungan unsur –unsur daripada bangsa Parsi,Roman,Turki, dan Byzantine yang
meninggalkan kesan kegemilangan sebagi contoh bangunan-bangunan di sepanyol dan India.
Dua kawasan yang menjadi sebutan sehingga kini kerana meninggalkan kesan yang cukup
membanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India.

Isi–Isi Penting:

1. Mempunyai ruang udara utk keselesaan mengerjakan ibadat di dalam masjid atau di rumah
kediaman. seni bina islam di Andalusia mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti yang dinyatakan
oleh Titus Burkhardt iaitu luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan merupakan
cirri-ciri yang diterapkan dalam seni bina islam. Ciri-ciri ini semestinya wujud tanpa sebarang
percanggahan diantara unsur-unsur kerohanian dengan kebendaan.

2. Terdapat ukiran dan Hiasan – Tulisan Khat dapat dibuktikan melalui masjid cordova. Al-
maqqaridan beberapa orang penulis telah memberikan pendapat mereka tentang masjid cordova.
Mereka semuanya terpesona dan menganggap masjid cordova teristimewa sekali kecantikannya
begitu menabjubkan sehingga tidak dapat digambarkan dengan perkataan .Ringkasnya,masjid
ini merupakan expression seni bina Andalusia yang hebat sekali.

3. Reka bentuk bangunan sesuai dengan iklim dan keadaan setempat. Bangunan selamat
digunakan untuk jangka waktu yang lama – cth usia masjid sehingga beratus tahun lamanya.

4. Terdapat ruang bilik memisahkan lelaki dan wanita. ruangan khas atau bilik yang mempunyai
fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan
besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulatdaripada
marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuru, ruang persiraman diraja dll berfungsi untuk
keselesaan dan keindahan

5. Bumbung dan menara sebagai ciri seni bina Islam. Menara ialah tempat muazzin melaungkan
azan dan dibina tinggi dengan maksud memanggil orang ramai melakukan sembayang
berjemaah di masjid atau suara muazzin itu kedengaran sampaike tempat jauh. Menara masjid
cordova menjulang 36 meter dan mempunyai dua tangga untuk naik dan turun. Kebanyakan
menara azan di Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’ yang memperlihatkan
gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.

Penutup

Bentuk pembinaan bagunan-bangunan dalam kedua-dua kawasan tersebut tetap tidak dapat lari
daripada keagungan seninya yang merangkumi samaada seni ukiran, khat , ukir , sains dan
teknologi , seta seni lukis . Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya
menghasilkan satu binaan yang amat dikagumi.
Dua kawasan yang menjadi sebutan hingga ke hari ini kerana meninggalkan kesan yang cukup
menbanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India. Kesan perkembangan
ilmu yang begitu meluas merangkumi bidang matematik, kejuruteraan, geologi, seni ukir dan
seni khat telah membawa kepada satu hasil yang bernilai dalam bidang seni bina.

Soalan 102: Huraikan konsep dan ciri-ciri seni bina islam kerajaan Andalusia abad ke-13
Masihi

Pendahuluan :

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk, reka letak yang
dibina oleh manusia. Alfred Frazer berpendapat, seni bina islam merupakan gambaran dari sudut
agama, dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah
kediaman.
Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi, Roman, Turki dan
Byzantine. Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk memenuhi keperluan
jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya.

Isi-isi penting :

1. Konsep Seni Bina Islam

Unsur seni bina islam mula bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia yang
meliputi bangunan , masjid , istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman.
Menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk membina masjid ketika membuka sesuatu
Bandar.

2. Mempunyai Menara Tinggi

Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud untuk
memanggil orang ramai melakukan sembahyang berjemaah di masjid atau suara muazzin itu
kedengaran sampai ke tempat jauh. Kebanyakan menara di Andalusia berbentuk segi empat dan
dipanggil murabba’.yang memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.
Menara-menara yang dibina di istana merupakan satu ciri seni bina islam di Andalusia. Sebagai
contoh , di sekeliling dinding Alhambra terdapat menara-menara yang megah sebanyak 13 buah
da nada antaranya menjangkau 26 meter.

3. Menggunakan Teknik Pencahayaan

Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik
mahupun tidak terlalu kurang sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak
muram. Dengan sistam pencahayaan yang baik dalam seni bina islam , bangunan yang dibina
kelihatan lebih cerah , hening , dan tenang.
Jesteru itu bangunan-bangunan yang dibina di Andalusia sama ada masjid atau istana
mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu. bangunan itu.

4. Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan

Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam bangunan yang
dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen yang segar dan menapis udara
kotor di sekeliling.
Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di Alhambra
misalnya , terdapat taman-taman yang dilengkapi dengan kolam dan pancutan air.

5. Seni Ukir Islam

Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan-kerajaaran islam di Andalusia.
Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri merupakan ciri utama seni bina
di Andalusia.
Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran , hadis-hadis dan kata-kata hikmat menghiasi
dinding-dinding istana dan masjid. Sebagai contoh , di istana Alhambra iaitu di dinding masjid
dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunkan tulisan arab
seperti al-Qudratu bi’llah , al-mulku li’llah dan La ghaliba illa’alah.

1. Pembinaan menara

terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra
Nevada. tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-
taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau
istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iatu untuk
keselamatan

2. Ruangan khas

ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang
mempunyai beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan
taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuru, ruang
persiraman diraja dll
berfungsi untuk keselesaan dan keindahan

3. Mempunyai nilai keindahan

ukiran khaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb.
contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II

di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-Sultan Abdillah.’ Dan di bawahnya
terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama Islam. dibahagian dinding masjid diukir
hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran. mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas
dan struktur mihrab bertahtakan permata zamrud, yaqut dsb

4. Kategori keseniaan
terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada dikenali sebagai
keseniaan Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar. kesenian di luar
Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan 14. contohnya Alcazar di
Seville
keseniaan di Granada pula melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana dihasilkan
oleh seniman-seniman Islam. Contohnya istana al – Hamra’

Kesimpulan

kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang mempunyai nilai keseniaan
yang unik yang menggabungkan seni Islam denganseni-seni tempatan asing menggambarkan
nilai ketamadunan yang tinggi
bangunan-bangunan ini telah dimanafaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam Andalus
dihancurkan oleh tentera Kristian selepas itu

Soalan 103: Huraikan bentuk seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India
sehingga abad ke-17 Masihi.

Pengenalan

maksud seni bina: bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia. seni bina islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian
Islam
merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan
rohani. zaman kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembangan seni bina
yang menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi

Isi-Isi

1. Istana

istana yang terkenal ialah Taj Mahal yang dibina oleh Syah Jehan sebagai tanda cinta terhadap
isterinya iaitu Mumtaz Mahal didirikan di Agra dihujung sebuah taman yang luas dengan pintu
masuk berbentuk lengkuk awan. binaan bangunan ini terdiri daripada batu mamar merah, batu
mamar biru dan putih sebagai bahan binaannya di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok
yang dihiasi dengan takukan-takukan
di bangunan tersebut juga didirikan masjid yang mempunyai seolah-olah tiga hingga tujuh buah
mihrab yang dibina bersebelahan. terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal tanpa
jendela serta memmpunyai kubah yang runcing. istana lain ialah terletak di Fathpur Sikri yang

diperbuat daripada batu merah dan dihiasi dengan pintu gerbang. istana ini dikelilingi dengan
tembok batu yang mempunyai tempat bersemayam pemerintah

2. Masjid

masjid penting sebagai tapak kemunculan kerajaan dan tamadun Islam. dilengkapi dengan
menara dan kubah serta mihrab. menara yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni
khat). binaan kubah menggabungkan gaya Parsi dan tempatan
contoh, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang didirikan di dalam kompleks. contoh, Masjid Lama
di Delhi yang mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi dengan ayat-
ayat al-Quran

3. Makam Diraja

merupakan lambing kemegahan seni bina yang dihasilkan oleh kerajaan Moghul di India.
diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama dilengkapi dengan menara
yang didirikan secara khusus yang terpisah daripada bangunan induknya
contoh, makam Humayun (pemerintah kedua kerajaan Moghul) dibina hasil gabungan seni bina
India-Parsi, terdiri daripada batuan merah, bata putih, mamar hitam dan putih, tamannya dihiasi
pancutan air, dikelilingi oleh tembok

4. Kubu

kubu yang terkenal dikenali sebagai Kota Merah yang merupakan istana dan pusat pentadbiran
kerajaan Moghul. terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok
pertahanan Kota Delhi
merupakan campuran seni bina Parsi dan India dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi
corak flora dan dilengkapi pembinaan dua buah kubah

5. Taman bunga

didirikan pada zaman pemerintahan Syah Jehan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,
Taman Dara Shikoh di Kashmir dan Taman Shalamar Bagh di Delhi terdiri daripada hiasan flora
yang berwarna-warni serta pohon-pohon yang menghijau

Kesimpulan

seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina tempatan
dan Parsi yang mementingkan keindahan
kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolah bidang
kesenian

Soalan 104: Huraikan ciri-ciri seni bina Islam kerajaan India abad ke-16 hingga ke-17 M.

Pendahuluan:

Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama islam disebabkan
sifat agama islam yang menyukai sesuatu yang indah. Islam bertapak di India sejak abad ke-10
M. Kerajaan Islam pertama di India diasaskan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi (997-1030 M )
yang berketurunan Turki diikuti Sultan Mahmud Ghori (1175-1206 M). India seterusnya
diperintah oleh kesultanan Delhi (1206-1526 M )
Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara Islam dan budaya tradisional India, segala
bentuk budaya tempatan tetap diterima dengan mudah oleh Islam. Maharaja Akbar dan
Maharaja Syah Jahan merupakan pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada
perkembangan kesenian khususnya seni bina Islam di India.
Isi-isi penting:

1. Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks

yang mengandungi pelbagai kemudahan. contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah
Bandar yang didirikan oleh akbar pada pertengahan abad ke-16 M.
kompleks ini mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah,
kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod. begitu juga dengan kubu Kota Agra yang mengandungi
pelbagai kemudahan termasuk masjid dan istana.

2. Bahan-bahan binaan untuk membina masjid dan monumen lain menggunakan bahan-
bahan seni bina Hindi

terutamanya bekas pembinaan candi-candi hindu. Misalnya terdapat tiang-tiang masjid yang
dibina msih menunjukkan ukiran-ukiran unsur hindu secara jelas. hal ini terjadi kerana bahan-
bahan binaan yang digunakan diambil daripada peninggalan bangunan-bangunan candi.
contohnya, masjid tertua delhi, masjid qutubbudin. Gapura (pintu gerbang) pada dinding
bahagian depan yang berhadapan dengan dinding yang mengarah ke kiblat masih mempamerkan
ciri-ciri bangunan ala-india.
Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung, kubah dan
menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah. sebanyak 43
jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk
menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia

3. Bentuk-bentuk binaan lebih memperlihatkan penonjolan ciri-ciri tempatan.

Sejak kerajaan Monghul memerintah, seni bina islam di india banyak menerapkan ciri-ciri dan
gaya seni Parsi. selain minat yang mendalam dalam bidang seni,pemerintah-pemerintah
monghul pernah diasuh oleh ahli-ahli seni dari parsi.
Maharaja Akbar pernah diasuh oleh dua orang pelukis terkenal parsi, iaitu mir sayyid ali dan
abd al-samad. kedua-dua pelukis ini kemudiannya dilantik menjadi pelukis istana.

4. Seni bina Islam juga mempunyai menara yang tinggi.

menara Qutubminar misalnya mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat.
selain itu, terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter menghiasi
setiap penjuru Taj Mahal.

5. Bentuk binaan masjid di India umumnya menyerupai bentuk masjid lapangan

yang dilengkapi dengan Gapura yang dihiasi indah dengan motif-mitif arab.Misalnya Taj Mahal
merupakan bangunan yang didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkung yang menawan.

6. Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India berunsurkan jambangan bunga atau
geometri

Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam sekitar
dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan bunga dan bentuk
geometri.

7. Monumen lain yang terdapat pada kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur atau
tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya.

Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan bahan-bahan merah yang kekal lama.
kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus
serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari bangunan yang menjadi induknya.

Penutup:

Seni bina di india dipengaruhi oleh seni bina Parsi. Selain Andalusia, india juga sehingga kini
menjadi sebutan kerana meninggalkan kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina.

Ini membuktikan bahawa betapa besarnya jiwa dan kemahiran umat Islam pada masa lampau.

3.1 PERLUASAN KUASA

Soalan 105: Huraikan peluasan kuasa barat terhadap kerajaan Uthmaniyah

Pendahuluan

sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan peluasan kuasa secara besar-
besaran melalui bidang perdagangan , kebudayaan, politik dan sbagainya seluruh dunia berada
di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Perancis sanggup
mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi mencari kawasan baharu dan menakluki
kawasan-kawasan yg telah dirancang terlebih awal.
Norman Daniel melalui bukunya Islam, Europe and Empire menegaskan bahawa,
“…..perluasan kuasa atau imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah
empayar”. Negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh turki
Uthmaniyah yg mereka gelar sebagai orang sakit Eropah untuk merebut bahagian masing-
masing daripada wilayah dan harta peninggalan empayar turki uthmaniyah.

Isi- isi penting

1) tuntutan kuasa autonomi
selain bersaing dgn wilayah dunia islam, kerajaan uthmaniyah jga trpaksa bersaing dgn kuasa 2
barat dlm abad ke -19. Cabaran dri dunia barat lebih menekankan kerajaan utmaniyah di
sebabkan kuasa barat membawa ancaman politik dan jga tlah mnyebarkan fahaman @ semangat
nasionalisme. Semangt ini pd mulanya brkembang di Greece , Serbia dan jga Romania .
sepanjang abad ke -18 m, situasi kemerosotan jelas kelihatan dan tidak dpt di elakkan.
Sebahagian besar wallachia Serbia dan bosnia di sempadan sgai Morava , dwina dan unna
berserta kupu 2 pertahanan di Belgrade serta semendria telah diserahkan kpd Austria dlm
peperangan peterwadien dan Belgrae, kerajaan utmaniyah turut mengalami
kekalahan. Perjajnjian Belgrade telah di tandatangani pd tahun 1739 m merupakan percubaan
utk brdamai tetapi usaha trsebut lebih menguntungkan rusia.pengistyiaran perang oleh krajaan
utmaniyah trhadap rusia mendorong tentera rusia ke Bulgaria .
Peperangan trsebut di akhiri dgn perjanjian kucuk kaynarca pd thun 1774 m. menerusi prjanjian
ini crimea mndpt kemerdekaan. sepanjang abad ke -19 M, hubungan di plomatik dgn negara2
eropah turut diwujudkan seperti hubungan dgn perancis, british dan Holland. seterusnya pd
tahun 1897 m, Greece mengistyiarkan perang ke atas utmaniyah apabila sultan abdul al hamid II
menghantar tenteranya untk mematahkan pemberontakan bangsa greek di pulau crete. meskipu
tentera uthamaniyah brjaya mngalahkan tentera greek yg di hntar di Athens bgi mnyokong
pemberontakan, namun ia terpaksa mmberi autonomi kpd crete atas desakan kuasa barat.

1.1 Uthmani muda
uthmani muda @ uthmani bru di kenali sbgai yeni osmanlilar. kebebasan yg di anjur oleh
krajaan utmaniyah pd ketika itu tlah memberi peluang yg luas kpd golongan ini utk mengkritik
dasar polisi kerajaan yg di lihat mengabaikan hak rakyat dan brtentangan dgn ajaran
islam .golongan ini trdiri dripada sekumpulan intelektual yg brpendidikan barat yg brkrja sbgai
wartawan dan prterjemahan di biro pentrjemahan prdana mnteri.antara tokoh utamanya
ialah,nemik Kemal , ali suavi, nuri bey dan jga Mustafa fazil pasha.golongan ini muncul pd awal
tahun 1960-an, berikutan ketidakpuasan hati mreka trhadap system pemerintahan yg di
peruntukkan kuasa yg lebih kpd perdana menteri dan dasar era tanzimat yg pro barat.antara

konsep pembaharuan yg dipelopori oleh golongan ini ialah mnukar system politik yg sedia ada
kpa ;system khalifah brpelembagaan ;yg brteraskan system syura

1.2 Turki muda
kemunculan gerakan turki muda telah mnjadi satu titik tolak yg mmbawa kpd perubahan dlm
krajaan uthmaniyah pd abad ke – 19 m. kebangkitan rakyat yg brlaku dlm revolusi turki muda
adalah brtujuan untuk memperbaiki kelemahan yg ada. namun ia jga turut mnyumbang kepada
kelemahan pemerintah kerajaan utmaniyah.semangat yg wujud dlm kalangan para pelajar ini
dianggap sbagai asas kpd kemunculan pergerakan pelajar yg mnentang kerajaan.idea pergerakan
ini di teruskan oleh Ibrahim temo yg merupakan seorg muslim Albania. beliau prnah mnjadi
tenaga pengajar di akedemi perubatan tentera selama beberapa tahun.

2) konflik Uthmaniyah – Eropah
kerjasama antara kerajaan eropah dan rusia untuk menguasai wilayah 2 kerajaan uthmaniyah dpt
di lihat pd zaman kemerosotan.kelemahan kerajaan uthmaniyah jga mnyebabkan wujudnya
wilayah 2 yg menuntut kuasa autoriti dan kemerdekaan.austria dan rusia brminat dgn isu2 yg
brlaku di Balkan dan menguasai pantai Mediterranean. British dan perancis jga mempunyai
cita2x yg sma utuk menguasia kawasan trsebut.penglibatan british dan perancis dlm perang
crimer membuktikan kebinbangan mereka trhadap pengaruh rusia.basi pihak uthmaniyah pula,
mereka trpaksa brdepan dgn percaturan politik dripada jiran2 nya di Balkan.peperangan
uthmaniyah – itali memberi kesan kpd wilayah kekuasaan kerajaan uthmaniyah. Sejak bulan
oktober 1909 m, itali dan rusia membuat persepakatan bahawa itali akan menguasai trapoli dan
kapal perang rusia mndapat laluan ke selat dardanelles.

1.1 Perang Balkan

perang Balkan prtama meletus apabila pasukan tentera Montenegro brgerak msuk ke utara
Albania novi Pazar pd 8 oktober 1912 m.montenegro menuntut kuasa autonimi ke atas wilayah
di eropah , persempadan wilayah brdasarkan etnik , melantik gabenor masyarakat kristian dan
sbagainya.kerajaan uthmaniyah tidak mnerima permohonan trsebut,ini memberi kesan yg hebat
kpd mereka trutamanya apabila greek-montenegro brjaya mnawan pulau Aegean dan jga
mnyekat laluan ke Anatolia dgn menguasai rumelia.bulgaria pula memberi peluang kpd greek-
montenegro,dan servia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan jga Edirne.siri
peperangan perang Balkan ini mnyaksikan kekalahan kerajaan uthmaniyah.albania mndapat
kemerdekaan dan mmberi sokongan pd itali utk brkuasa di adriatika.

1. Permasalahan timur

3.1 Perancangan Kuasa Barat
permasalahan timur @ the eastern question ialah, persepakatan di antara Rusia, British dan
perancis utk menguasai wilayah2 kerajaan uthmaniyah sekiranya kerajaan trsebut
runtuh.menurut al-jabarti, permasalah timur ialah msalah agama yg tidak dpt di nilai dgn
sepenuhnya sebab-sebab, faktor-faktor serta rahsia yg mnyebabkan permasalahan itu brlaku.
walaubagaimanapun, kerajaan uthmaniyah berusaha utk mnyelesaikan msalah trsebut.

3.2 Perang crimea
perang ini mrupakan turning point kpd krajaan uthmaniyah dlm dasarnya trhadap masyarakat
kristian eropah.walaubagaimnapun, selepas perjanjian paris 1856 m .kesangsian di lahirkan kpd

british dan perancis kerana mengeksplotasikan hak2 persamaan yg di berikan kpd masyarakat
islam.rusia dan british mengadakan perbincangan sulit , iaitu di antara raja Nicholas I dgn sir
Hamilton Seymour, duta british di st.petersburg pd awal tahun 1853 m. kedua-dua pihak mneliti
semula persetujuaan yg di buat pd tahun 1844 m.prsetujuaan trsebut mnekankan bahawa apabila
kerajaan utmaniyah runtuh,mereka akan brkerjasama dlm pembahagian kuasa ke atas wilayah
kerajaan uthmaniyah.

4) Tanzimat dan pembaratan dlm kerajaan uthmaniyah

4.1 Tanzimat

Tanzimat ialah istilah yg brasal dri bhasa arab. Kata dasarnya ialah tanzim yg brerti mngatur.dri
segi sejarah perkataan ini membawa pengertian satu gerakan pembaharuan, khususnya yg di
laksanakan oleh kerajaan uthmaniyah pd thun 1839-1876 m. namun begitu berbeza dripada
pembaharuan pd zama awal yg di laksanakan dlm skop yg lebih luas dan meningalkan kesan yg
mndlm pd masyarakat turki.pada era tanzimat , tekanan dripada kuasa luar yg brlaku secara
brterusan, khususnya oleh pihak british merupakan antara factor utama pelaksanaan
pembaharuan kerajaan uthmaniyah,sama ada dri aspek pentadbiran mahupun perundagan.

4.2 Hatt-I shari gulhane

piagam trsebut yg di lancarkan pd tahun 1839 m, memberi hak yg sma kpd semua warganegara
walaupun brlainan agama.aspek undang2 sperti,meclis-I adliye di naikkan bidang kuasanya.
Selain kodifikasi undang2 yg brlandaskan syariat islam ,undang2 sivil yg di ambil dri barat turut
dimasukkan.pd thun 1847 m, mahkamah sivil di tubuhkan dan wujudnya undang2 jenayah dan
perdangangan yg baharu.Antara jaminan yg di berikan dlm piagam ini, pertama.keselamatan
nyawa ,kehormatan dan harta benda. Kedua , menubuhkan system pungutan dan agihan cukai yg
tetap dan adil.ketiga,mewujudkan satu system teratur dlm pemilihan tentera bgi mnjamin
keadilan khasnya dlm system kerahan latihan dan sebagainya.

4.3 Hatt-I humayun

pada 1 febuari 1856 m, piagam hatt-I humayun pulak di perkenlkan. Segala jaminan yg di
tentukan dlm hatt-I gulhane dan bersesuaian dgn dasar tanzimat adalah di sahkan dlm hatt-I
humayun.di samping itu, piagam ini jga mnyebut bahawa masyarakat kristian dan bkn islam di
benarkan utk mnganut mna2x agama dgn bebas dn tidak ada paksaan dlm bragama.
Piagam ini di umumkan pd thun 1856M, lebih byk menempukan pembaharuan mengenai
kedudukan rakyat uthmaniyah brbangsa eropah.piagam ini di buat atas desakan negara2x eropah
berikutan kekalahan kerajaan uthmaniyah dlm perang crimea.

Penutup

Abad ke-18 m dan abad ke-19 m, menyaksikan kerajaan uthmaniyah brhadapan dgn pelbagai
tuntutan kuasa autonomi kpd wilayah2 yg di naunginya.
Situasi ini mndorong kpd perkembangan kegiatan intelktualisme dan politik dgn kemunculan
gerakan uthmaniah muda dan jga turki muda.dlam perbahasan brkaitan perluasan pengaruh dan
jga kuasa barat trhadap dunia islam mnyebabkan brlakunya konflik uthmaniyah-eropah sehingga
mmbawa kpd trcetusnya perang Balkan pada tahun 1912-1913 m.

Soalan 106: Sejauhmanakah dasar imperialisme menyebabkan peluasan kuasa Barat pada
abad ke-18 hingga ke-20.

Pengenalan

Sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara besar-
besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan petempatan rakyat
mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah
cengkaman pengaruh Barat. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, British, Belanda
dan Perancis telah menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa ini berusaha keras merebut
bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta benda peninggalan empayar Turki
Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa Barat juga bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang dikuasai.
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain
dasar imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada perluasan kuasa-
kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi perindustrian, bahan mentah,
pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran falsafah dan pemikiran Barat.

Isi-Isi

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat

Persaingan kuasa-kuasa telah telah menjadi ancaman kepada empayar Turki Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama lain
untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh mereka.
Perancis misalnya telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki
Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada
tahun 1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan
kabilah Tunisia yang menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah
tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.
Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthmaniyah (1877-1878) telah
menyebabkan beberapa Wilayah seperti Romania, Serbia dan Montenegro telah mengistiharkan
kemerdekaan setelah empat abad berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.

2. Kesan Perjanjian Berlin

Perjanjian Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah.
Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina dan Rusia
menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian Berlin, Austria-Hungary
dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara. Namun selepas 30 tahun,
mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal kerajaannya.
Dalam perjanjian Berlin (1878) Turki Uthmaniyah mendapat sokongan Britain dalam menentang
Rusia. Sokongan Britain bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan
Cyprus kepada Britain. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi
kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari kuasa pemerintahan
Britain menguasainya.

3. Konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia

Konflik antara dua kerajaan ini turut menyumbang kepada dasar imperialisme Rusia dalam
wilayah Turki Uthmaniyah.
Peperangan pada tahun 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano pada tahun 1878M.
Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa kepada kemerdekaan Serbia
dan Montenegro. Rusia pula berjaya memiliki Caucasus.

4. Kepesatan sektor perindustrian

Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18
menyebabkan kuasa-kuasa Eropah tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa
bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Tambahan pula, hasilan Revolusi
Perindustrian seperti jentera atau enjin berkuasa wap memajukan bidang pengangkutan.
Kemajuan bidang pengangkutan memudah dan mempercepatkan perjalanan.
Begitu juga dengan penciptaan telegarf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada pewagai-
pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Turki Uthmaniyah.

5. Keperluan bahan mentah

Faktor seterusnya adalah mengenai bahan mentah yang didapati oleh Turki
Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum.
Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan
hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.

6. Pembinaan Terusan Suez

Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka
pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan
antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan
ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat
antara dua laut tersebut.
Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan
yang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.

7. Faktor agama

Faktor agama juga merupakan sebab peluasan kuasa Barat di kawasan Emapayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama
turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini.
Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib
yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.

8. Penyebaran falsafah dan pemikiran Barat

Tambahan pula, melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah
jajahan masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)
Barat ke dalam masyarakat peribumi.

British menyemai falsafah hidup Barat di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881.
Sebaliknya, sesiapa yang menolak konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang
mundur, kolot, atau ketinggalan zaman.

Penutup

Jelas dasar imperialisme dan beberapa faktor yang lain telah membawa kepada peluasan kuasa-
kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat, Kelemahan
kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah
mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus menyumbang
kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya.
Penglibatan Turki Uthmaniyahdalam kancah politik dunia juga menyebabkan empayar ini
dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul bebarapa negara bangsa
yang baharu di Eropah.

Soalan 107: Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki
Uthmaniyah

Pendahuluan :

Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan
rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia
berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan
Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan
baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal.
Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280.
Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih
600 tahun.

Isi-isi penting :

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,
Jerman dan Austria-Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah.
Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang kemudiannya membawa
keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan kuasa-kuasa barat yang berlumba-lumba
ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa barat bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan
daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang
dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa barat itu. Keluasan tanah
jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah empayar Turki
Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria. Kemudian, Tunisia

dikuasai Perancis pada tahun 1881 dengan alasan untuk melindungi Algeria puak kabilah
Tunisia yang menetap di sempadan.
Rusia berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1877-1878. Peperangan ini
berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang
terlepas dalam Perang Crimea (1854-1856). Rusia berjaya menewaskan Turki Uthmaniyah
dalam peperangan (1877-1878) ini.
Dalam Perjanjian Berlin (1878), Britain menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketika itu,
kerajaan Turki Uthmaniyah memerlukan sokongan Britain untuk menentang Rusia. Namun
sokongan yang diberi bukanlah percuma. Britain mahukan Cyprus. Hal ini menyebabkan Cyprus
berada di bawah dua kuasa. Dari sudut kedaulatan, Cyprus berada di bawah kerajaan Turki
Uthmaniyah tetapi dari segi kuasa pemerintahan, Britain menguasainya sungguhpun Cyprus
disewa daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
Britain kemudiannya menguasai Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Syeikh
Mubarak al-Sabah pada tahun 1899 yang antara lain isi perjanjiannya ialah bandar Kuwait atau
sebarang tanah lain tidak boleh disewa kepada kuasa lain tanpa pengetahuan dan kebenaran
Britain. Pihak British juga membuat membuat perjanjian dengan penguasa wilayah di
Hadhramaut, Bahrain dan Muscat (Oman).

2. Revolusi Perindustrian

Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-
kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi
kehendak Revolusi Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak
lagi bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin, alat-alat elektrik
dan kereta. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu transformasi yang memperlihatkan
sesetengah kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.
Penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam
proses perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada
penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.
Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para usahawan telah
menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian arang batu, timbul masalah
takungan air di dalam lubang yang digali. Masalah ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen
mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.
Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu. Oleh yang
demikian, arang batu dapat dihasilkan dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan
pengusaha besi yang memerlukan banyak arang batu.
Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan kemajuan bidang
pengangkutan.sistem pengangkutan bukan sahaja melibatkan pengedaran bahan mentah dan
barangan siap dalam negara tetapi juga menjana urusan eksport dan import.
Penciptaan lokomotif enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi
kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat iaitu kapal menggunakan
enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan kapal layar.
Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa eropah
mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat perdagangan di seberang
laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada

pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah turki
Uthmaniyah.

3. Bahan Mentah Petroleum

Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini
mendorong kuasa-kuasa barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak
keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
Duta Britain datang sekali lagi meminta kebenaran untuk menggali punca air perigi di wilayah
Syria dan Hijaz kononnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di sana. Tujuan
mereka sebenarnya untuk mencari telaga minyak.

4. Agama

Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut
mendorong kuasa-kuasa barat menghapuskan empayar Islam ini.
Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang
berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Golongan yang berselindung di sebalik alasan
kajian ilmiah ini telah berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat
sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai
agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.

5. Menyebarkan Falsafah dan Pemikiran Barat

Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-
masing, kuasa-kuasa barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)nbarat ke dalam
masyarakat peribumi yang mereka jajah itu.
British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Peranan
British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon
Bonaparte semasa menakluki Mesir pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan
kedaulatan dan ketaatan kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden denagn jolokan seperti
orang yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan
tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis) Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk,
Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.

Penutup :

Tujuan sebenar negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh
Turki Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai “Orang Sakit Eropah” adalah untuk membuat
bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyah.

Soalan 108: Huraikan sejarah kemunculan dan perkembangan gerakan Uthmani Muda
dan Turki Muda.

Pendahuluan

Uthmani muda atau Uthmani Baru dalam Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar. Kebebasan
yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu telah memberi peluang yang
luas kepada golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat mengabaikan
hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran islam.
Kemunculan gerakan Turki Muda telah menjadi satu titik tolak yang membawa kepada
perubahan dalam kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19M. kebangkitan rakyat yang berlaku
dalam Revolusi Turki Muda ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Namun, ia juga turut menyumbang kepqdq kelemahan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Isi-isi penting

a. Uthmani Muda
Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang
bekerja sebagai wartawan dan penterjemahan di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri.
Antara tokoh utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri bey, Ziya Pasha dan
Mustafa Fazil Pasha.
Secara umum, gerakan Uthmani Muda turut terpengaruh dengan gerakan lain yang muncul di
Eropah seperti Young Spain, Young Italy dan Young France. Golongan ini muncul pada awal
tahun 1860-an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pemerintahan yang
memperuntukkan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri serta dasar dalam era Tanzimat
yang pro-Barat.
Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran dasar pembaharuan ala Barat yang
semakin meluas. Penguasan Barat terhadap permerintahan dan pentadbiran kerajaan
Uthmaniyah mula mencengkam dan mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran
disebabkan kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada
kuasa Eropah.
Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik
yang sedia kepada ‘’sistem khalifah perlembagaan’’ yang berteraskan sistem syura (menerusi
penubuhan parlimen). Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan ‘’sistem khalifah
perlembagaan’’ mampu mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Mereka melihat
ajaran Islam sudah tidak diendahkan dan dalam masa yang sama, pengambilan budaya Barat
terlalu berleluasa tanpa melihat kesesuaian dengan ajaran Islam.
Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan ‘Abd al-‘Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan
Uthmaniyah yang mula goyah dan muflis..

b. Turki Muda

Organisasi gerakan Turki Muda yang terawal dalam kerajaan Uthmaniyah telah ditubuhkan di
Akademi Perubatan Tentera di Istanbul pada bbulan Mei 1887M apabila Kazim Nami Duru
bersama rakan-rakannya telah mewujudkan Ittihat Ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan
Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress) atau CUP.seterusnya dalam masa
dua tahun , iaitu pada bulan Mei 1889M. sekumpulan pelajar dari akademi tersebut telah

membentuk satu pertubuhan rahsia yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan ‘Abd al-Hamid II
(1876-1909 M).
Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo yang merupakan seorang muslim Albania.
Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa tahun.
Pada bulan Mei 1889M, Ibrahim Temo bersama beberapab orang rakannya, iaitu Ishak Sukuti,
Cerkez Mehmed Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu pertubuhan
rahsia diwujudkan dalam kalangan para pelajar. Pertubuhan ini mulanya dinamakan sebagai
Ittihat Osmani Cemiyeti (Ottoman Union Commiitte).kemudiaan , nama pertubuhan tersebut
ditukar kepada Ittihat Ve Terakki (Union and Progress) dan menjadi terkenal dengan nama
tersebut. Perjuangan mereka kearah Constitutionalism, Ottomanism dan kebebasan, untuk
menggulingkan Sultan ‘Abd-al-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya,
Murad V atau pun mehmed Resad.
Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar
Negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri
daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Di paris contohnya,
sekumpulan rakyat Uthmaniyah yang berfahaman liberal telah bergabung untuk menggerakan
idea revolusi. Namun begitu, agak sukar bagi mereka untuk bergabung kerana kewujudan
perbezaan ideologi dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza walaupun tujuan mereka sama,
iaitu menentang Sultan ‘Abd al-Hamid II.
Pada tahun 1889M, kumpulan tersebut dipimpin oleh Ahmid Riza (1859-1930M) yang terkenal
dalam kalangan kumpulan Turki Muda di Eropah. Beliau telah meninggalkan jawatannya
sebagai pengarah pendidikan di wilayah Bursa bagi mengetuai kempen menentang pemerintahan
Sultan ‘Abd al-Hamid II dari luar Negara. Dalam pada itu, apabila Selanikli Nazim tiba di paris,
beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya Ahmad Riza menjadi pengarah
dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
Pada akhir tahun 1895 M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim menerbitkan akhbar dwibulanan,
iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitnya akhbar tersebut.
Akhbar Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan
Berjaya disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin
semangat kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
Pada tahun 1895 M, Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan
Syeikh Naili yang terdiri daripada ulama dan kadi. Selain daripada Ahmad Riza, seorang lagi
tokoh utama gerakan Turki Muda di luar Negara ialah Mehmed Afendi (1853-1912M). ketika
berada dalam negeri, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah Perkhidmatan Awam
pada tahun 1878M.
Beliau berhubung rapat dengan para penulis liberal dan mula menerbitkan hasil karyanya, iaitu
Tarih-i Umumi dan Osmamli Tarih. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasratnya yang tidak
kesampaian untuk mengubah keadaan, beliau telah pergi ke Mesir pada tahun 1895 M. Beliau
menerbitkan akhbar Mizan dengan bantuan pesuruhjaya Tinggi kerajaan Uthmaniyah di Mesir.
Beliau kemudiannya pergi ke Eropah dan mengumpul seramai yang boleh pengikutnya di sana.
Ishak sukuti pula pernah menubuhkan cawangan baharu gerakan Turki Muda dan turut
menerbitkan beberapa buah naskah akhbar. Beliau kemudiannya pergi ke Geneva dan
bekerjasama dengan Mizanci Murad dan Abdullah cevdet untuk menubuhkan cawangan baharu
dan mula menerbitkan akhbar Osmanli. Mehmed murad pula mempunyai pandangan yang lebih
jauh dengan cita-citanya untuk menyelamatkan Kerajaan Uthmaniyah daripada Kristianisasi dan
menuduh sultan menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan
penentangan, sama ada dari dalam atau luar.

Kesimpulan

Kemunculan gerakan Uthmani Muda dan Turki muda berkait rapat dengan pembaharuan yang
dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan Barat menjadi
pendorong kepada gerakan ini.
Reaksi yang diberikan adalah supaya kerajaan Uthmaniyah melaksanakan sistem kerajaan
perlembagaan

Soalan 109: Bincangkan konflik Uthmaniyah-Eropah dan kesannya terhadap Kerajaan
Uthmaniyah

Pendahuluan

Kerjasama antara kerajaan Eropah dengan Rusia untuk menguasai wilayah-wilayah kerajaan
Uthmaniyah dapat dilihat pada zaman kemorosotannya Kelemahan kerajaan Uthmaniyah juga
menyebabkan wujud wilayah-wilayah yg menuntut kuasa autonomi dan kemerdekaan

Austria dan Rusia berminat dengan isu-isu yang berlaku di Balkan dan menguasai pantai
Mediteranean. Britain dan Perancis yg mewakili kuasa Eropah juga turut menyimpan cita-cita
untuk menguasai kawasan tersebut.

Isi-isi Penting:

a) Konflik Uthmaniyah-Eropah

Penglibatan Perancis dan Britain dalam Perang Crimea pada tahhun 1850-an, membuktikan
kebimbangan mereka terhadap pengaruh Rusia. Austria Berjaya menguasai Bosnia dgn
sokongan daripada Rusia. Manakala Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13
Mac 1912 bagi menghalang monopoli olh Austria. Pakatan Greek-Montenegro dan Bulgaria
pula diwujudkan pada 29 Mei 1912.Pada bulan Oktober 1912 , Montenegro menandatangani
perjanjian dgn Serbia dan Bulgaria dan bersedia utk berperang

Bagi pihak kerajaan Uthmaniyah, mereka tepaksa berhadapan dgn percaturan politik daripada
jiran-jirannya di Balkan. Perang Uthmaniyah-Itali memberi kesan kpd wilayah kekusaan
kerajaan Uthmaniyah.sejak bulan Oktober 1909,Itali dan Rusia membuat persepakatan bahawa
Itali akan menguasai Tripoli dan kapal perang Rusia mendapat laluan ke Selat Dardanelles. Pada
29 September 1911,Itali melancarkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne
yg ditandatangani pda 18 Oktober 1912, menyaksikan wilayah Tripoli dan Cyrenaica diserahkan
kepada Itali. Manakala Pulau Dodecanese hanya diserahkan kepada kerajaan Uthmaniyah
setelah keadaan menjadi damai. Itali terus menguasai pulau Dodecanese sehingga Perang Dunia
Pertama.

Peperangan Uthmaniyah-Itali juga membawa kesan kepada wilayah di Semenanjung Balkan spt
Serbia, Bulgaria, Montenegro dan Greek yg berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
Wilayah-wilayah tersebut mengambil peluang membentuk gabungan utk mengadakan

revolusi,menentang kerajaan Uthmaniyah yg kemudiannya membawa kpd konflik peperangan di
Balkan

b) Perang Balkan

Perang Balkan Pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke Utara
Albania dan Novia Pazar pd 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas
wilayah Eropah, persempadanan wilayah brdasarkan etnik,melantik gabenor masyarakat
Kristian,majlis pentadbiran daerah,pendidikan secara percuma.

Kerajaan Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. ini memberi kesan yg hebat kpd
mereka terutama apabila Greek-Montenegro Berjaya menawan Pulau Aegean dan menyekat
laluan ke Anatolia dgn menguasai Rumelia. Bulgaria pula memberi peluang kpd Greek-
Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan Edirne

Siri kedua Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthmaniyah.Albania mendapat
kemerdekaan dan memberi sokongan pada Itali utk berkuasa di Adriatik. Seruan ke arah
perpaduan dan kesamarataan yg dilaungkan olh pemimpin Turki Muda slps Revolusi 1908.
membawa kesan kpd kerajaan Uthmaniyah

Kerajaan Uthmaniyah bimbang sekiranya berlaku konflik yg besar tlh membuat perjanjian
perdmaian terlebih dahulu dgn Albania pada bln September 1912 dan Itali pada bln Oktober
1912. Itali tdk hanya mndapat wilayah Tripoli dan Cyrenaica,bahkan memanipulasi isu perang
di Balkan utk mndapatkan Pulau Dodecaness

Pentadbiran Turki Muda realitinya tidak bersedia tk berperang walaupun sering menumpaskan
kebangkitan yg berlaku di Balkan. Kebangkitan kali ini amat kuat utk dihadapi olh kerajaan
Uthmaniyah.wilayah-wilayah di Balkan mula bangkit utk menuntut kemerdekaan

Faktor menyebabkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran Turki Muda
utk menangani kemelut di Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan. Perjanjian London yg
ditandatangani pada 30 mei 1913, memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan Bulgaria, Serbia,
Greek dan Mentenegro.

Peperangan di Balkan dianggap olh kebanyakan umat Islam sebagai Perang Salib yg
dilancarkan olh masyarakat Kristian Eropah terhadap saudara mereka disana

Kesimpulan

Konflik uthmaniyah- Eropah melibatkan percaturan antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Eropah di rantau Balkan yg menuntut kuasa autonomi. Siri perang Balkan menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah berusaha untuk mempertahankan wilayah kekuasaanya

Perjanjian London yg ditandatangani pada 1913,memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan
Bulgaria,Serbia,Greek dan Montenegro berikutan kekalahan dalam perang balkan

Soalan 110: Jelaskan dasar tanzimat yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah pada
tahun 1839

Pendahuluan

Dari segi sejarah perkataan tanzimat membawa pengertian satu gerakan pembaharuan atau
reformasi, khususnya yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah antara tahun 1839-1876
Pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan uthmaniyah boleh dilihat melalui implementasi piagam hatt-
I sharif gulhane (1839) dan juga piagam hatt- humayun (1856)

Isi-isi penting

a) Dasar Tanzimat
Tanzimat tidak berlaku secara mendadak, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada
usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh sultan salim III (1789-1807) dan sultan
Mahmud II (1808-183). Namun begitu berbeza pada pembaharuan pada zaman awal yang
dilaksanakan dalam skop yang lebih luas dan meninggalkan kesan yang mendalam pada
masyarakat turki khasnya dan umat islam amnya
Dasar pembaharuan tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan uthmaniyah daripada
kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran dan memberi focus kepada masalah rakyat
yang beragama kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada
Negara atau kuasa luar. Pada era tanzimat tekanan daripada kuasa luar yang berterusan
khususnya oleh Britian merupakan antara factor utama pelaksanaan pembaharuan kerajaan
uthmaniyah, sama ada dari aspek pentadbiran dalaman mahu pun perundangan
Kuasa eropah terbabit amat mengambil berat tentang nasib dan kedudukan golongan minorit
kristian dalam kerajaan uthmaniyah yang selama ini dianggap sebagai masyarakat kelas kedua.
mereka akhirnya Berjaya memperoleh persamaan hak sebagaimana yang dinikmati oleh
majority orang islam. Sultan Mahmud II merasakan pembaharuan yang perlu dilakukan adalah
memodenkan bidang ketenteraan kerajaan uthmaniyah dan menghapuskan tentera janissary.

b) Hatt-I sharif gulhane

Piagam hatt-sharif gulhane yang dilancarkan pada tahun 1839, memberikan hak yang sama
kepada semua warganegara walaupun berlainan agama, menekankan keharmonian masyarakat ,
harta benda dan kehormatan warganegara
Aspek undang-undang seperti meclis-i ahkam-iadliye dinaikkan bidang kuasanya . selain
kodifikasi undang-undang yang berlandaskan syariat islam ,undang-undang sivil yang diambil
dari barat turut dimasukkan
Jaminan yang diberikan dalam piagam ini ialah pertama, keselamatan nyawa, kehormatan dan
harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat islam dan hukuman tidak
akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang juga
tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan
terhadap harta yang dimilikinya

c) Hatt-humayun

Diperkenalkan pada tahun 1856. segala jaminan yang ditentukan dalam hatt-I sharif gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar tanzimat disahkan dalam hatt I – humayun. Kandungan hatt-I
humayun mengesahkan segala segala janji yang dibuat melalui hatt-I sharif gulhane.
Sekiranya terdapat sebarang bentuk diskriminasi degan sebab agama, bangsa dan bahasa, ia akan
dihapuskan

Kesimpulan

Tanzimat merujuk kepada era pembaharuan dan reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan
uthmaniyah untuk mengembalikan segala kegemilangannya. Dua dasar penting dalam tanzimat
ialah hatti-I humayun.
Pembahruan yang dilaksanakan menerima pengaruh barat, terutamanya dalam memberikan hak
dan kesaksamaan kepada setiap rakyat kerajaan uthmaniyah.

3.2 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan Mesir dan Algeria

Soalan 111: Huraikan reaksi masyarakat tempat terhadap pemerintahan kuasa barat di
Mesir ke-19 hingga ke-20 M.

Pendahuluan

Pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kebanyakan dunia Islam berada di bawah belenggu
penjajahan Barat. Proses perluasan kuasa oleh Barat bermula semenjak abad ke-16 M hingga
abad ke-18 M. Sejak adab ke-16 M, mesir merupakan sebahagian drpd kerajaan Uthmaniyah.
Namun, pada akhir adab ke-18 M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada
tahun 1798 M. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai olehnapoleon Bonaparte berikutan
tercetusnya revolusi perancis.
Penjajahan british merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British pada
bulan September 1882 M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai
pengaruh yang kuat di Mesir.

Isi-isi Penting:

Pendudukan Perancis

Penguasaan perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar 3 tahun tahun
sahaja. Peranciskemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera
Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801 M.
Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar 3 tahun sahaja, namun kesan jangka panjangnya
telahberjaya mengubah demografi politi mesir. Ini kerana, ia telah membawa kepada
kejayaan penjajahan british ke atas Mesir pada tahun 1882 M.
Sebelum ini, british pernah mencuba menjajah mesir pada tahun 1807 M, namun usaha tersebut
tidak berjaya. Selama tiga tahun perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan.
Antaranya: Membuka kilang senjata, Mengadakan perkhidmatan percetakan dan Menggalakkan
pengkajian sains,termasuk menghantar para plajar mesir untuk belajar di barat.
Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh british dipimpin oleh Kononel
‘Urabi pasha.

Penjajahan British

Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik
sebagaiConsul General antara tahun 1883 hingga 1907 M. Dasar British yang
jelas mendiskriminasi golongan pribumi menghidupkan kembali semangat nasionalisme.
Pengisian nasionalisme Mesir initerbahagi kepada dua aspek yang berbeza, iaitu Negara secular
dan Islam.Perbezaan ini berlaku berikuan kemunculan golongan intelektual yang
menerima pendidikan Barat yang tidak lagi melihat Islam sebagai al-Din dan memisakan
peranan politik daripada agama.
Era penjajahan juga mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja dlam kalangan
pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera Mesir sendiri. Pada tahun

1914 M, Perang Dunia Pertama yang meletus menyaksikan kerajaan Uthmaniyah turut terlibat
dalam kancah peperangan tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pihak British dengan
mengisytiharkan mereka sebagai protectorate(naungan) ke atas Mesir .
Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 M merupakan antara penyelesaian
Perang Dunia Pertama bagi mengekalkan Mesir di bawah kekuasaan Bitish. Revolusi yang
berlaku pada bulan Mac 1919 M ini dilihat sebagai satu kebangkitan nasional yang melibatkan
para pelajar, pegawai kerajaan, golongan professional dan juga petani.
Ke Arah Kemerdekaan

Berikutan gerakan nasionasilme yang hebat, British mengisytiharkan kemerdekaan
Mesir pada 22 Februari 1922 M. Kerajaan baharu yang ditubuhkan bersifat raja
berperlembagaan. Antara tahun 1922-1936 M, pola yang sama berlaku secara berulang-ulang,
iaitu raa menmbubarkan parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa
kemenangan kepada parti Wafd.

Pada tahun 1948 M, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel,
tetapi kalah dalam peperangan tersebut. Golongan nasionalis yang tidak berpuas hati
telahmenggulingkan institusi beraja pada tahun 1952 M dalam Revolusi
Mesir dan mengistiharkanRepublik Arab Mesir pada tahun 1953 M.
Muhammad Naguib menjadi Presiden Republik Arab Mesir yang pertama. Beliau
memerintah Mesir secara ketenteraan. Namun, tidak sampai setahun memerintah, beliau
digulingkan pula oleh Gamal Abdel Nasser. Presiden Gamal Abdel Nasser mengambil langkah
berani dengan memiliknegarakan Terusan Suez dan menubuhkan “Badan Penguasa Terusan”
yang menguruskan terusan bagi pihak kerajaan Mesir.
Tindakan Presiden Gamal Abdel Nessar memiliknegarakan terusan suez pada tahun 1956 M
membangkitkankemarahan British dan Perancis, lalu mengakibatkan konflik tentera, iaitu
Krisis Suez.
Pada tahun Jun 1956 M, Presiden Gamal Abdel Nessar mengisytiharkan
sebuah perlembagaan republic baharu yang menetapkan: Islam sebagai agama rasmi,
Mengakui kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada dunia Arab dan Penubuhan
sebuah kerajaan berpresiden.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan
Barat di negara itu. Perkembangan ini tidak di senangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian
besarnya beragama Islam. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam. Namun begitu,
mereka juga cuba mereka cuba mencari jalan supaya orang Islam tidak ketinggalan.
Antara gerakan Islam yang memainkan peranan penting dalam memberikan reaksi terhadap
penjajahan Barat, ialah Ikhwan al-Muslimin. Gerakan Ikhwan al-Muslimin
berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar berjihad dengan membersihkan diri
daripada amalan seperti syirik dan khurafat, Kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan
Mengecam penjajahan British yang zalim.
Gerakan ini juga memberikan tumpuan dalam bidang ekonomi dan sosial bagi menyedarkan
kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan.
Selain itu, Ikhwan al-Muslimin turut menubuhkan sekolah dan pusat kesihatan di seluruh
Negara. Hasilnya, gerakan tersebut mendapat sambutan hebat bukan sahaja di Mesir tetapi juga

di Negara-negara Arab yang lain. Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi
Ikhwan al-Muslimin yang berlandaskan pengajaran Islam seiring dengan pelbagai aktiviti,
terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial telah dapat menjadikan Ikhwan al-
Muslimin satu pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir. Kejayaan Ikhwan al-Muslimin
membentuk satu pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir.

Penutup
Penjajahan British di Mesir dan Perancis pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M membawa
kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh seperti ‘Urabi
Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir , mereka telah Berjaya
menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan.
Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat
tempatan, akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922 M.

Soalan 112: Bincangkan reaksi gerakan Ikhwan al-Muslimin terhadap penguasaan British
di Mesir.

Pengenalan

Penguasaan British ke atas Mesir memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di
negara itu. British juga menjauhkan agama Islam tertegak di Mesir. Perkembangan ini tidak
disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Dalam banyak hal,
penduduk tempatan ditindas sehingga membawa kepada semangat anti British dan anti kuasa
asing.
Gerakan Islam Ikhwan Muslimin merupakan pertubuhan terawal yang memberikan reaksi kesan
daripada perluasan penjajahan Barat. Gerakan ini diasaskan dan diketuai oleh Hassan al-Banna
di Ismailliyah pada tahun 1928 M. Pada tahun 1932, Ikhwanul Muslimin membentuk struktur
organisasi dan membuka cawangannya di Suez dan di al-Mahmoudiya dan pada tahun 1933,
Ikhwanul Muslimin telah menerbitkan majalah mingguannya. Gerakan ini juga berperanan
menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit berjihad mempertahankan kesucian agama Islam
dan negara. Perjuangan Ikhwan al-Muslimin bukan terhad dalam aspek agama sahaja, malah
mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, social dan kemasyarakatan.

Isi-Isi
a) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang politik.
Pergolakan di Mesir berlaku di antara pihak istana yang bersekongkol dengan British dan juga
Parti Wafd yang terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan. Pemerintah
Mesir kurang berwibawa dan tidak mengikut ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan
Sunah dalam pemerintahan. Raja-raja Mesir menjadi boneka dan berkompromi dengan
pemerintah barat demi mengekalkan kuasa. Akibatnya rakyat tidak berpuas hati dengan situasi
yang berlaku dan Ikhwanul Muslimin yang mewakili golongan yang inginkan pemerintahan
berlandaskan Islam dan tidak fanatik cuba melakukan perubahan dalam pemerintahan di Mesir
Gerakan ini telah bersatu padu untuk menggulingkan pemerintahan boneka, penaklukan dan
pengawalan British di Mesir dan membersihkan Negara tersebut daripada “kerosakan” akibat
daripada pengaruh barat. Tindakan gerakan ini telah memberi inspirasi dan kekuatan kepada
rakyat untuk berani bersuara dan menentang pemerintahan raja yang autokratik dan pro-barat.

b) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang ekonomi
Berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membantu pengaruh dan gerakan Ikhwan
Muslimin di seluruh Mesir. Gerakan Ikhwanul Muslimin menyebarkan kegiatan dakwah seperti
membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan. Pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat
menyumbang ke arah perjuangan gerakan.
Tindakan ini membolehkan umat Islam berdikari dan tidak bergantung kepada British dalam
menghadapi cabaran semasa.

c) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang sosial
Dalam bidang keagamaan, golongan ini menyarankan agar umat Islam bangkit berjihad
dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis. Golongan ini
juga menyeru agar masyarakat Mesir menghapuskan segala amalan khurafat dan tahyul yang
boleh menyekat kemajuan dan kebebasan mereka. Amalan seumpama ini harus digantikan
dengan amalan sebenar mengikut ajaran Islam dan menjadikan syariah sebagai paksi perjuangan.
Gerakan ini juga menjalankan dakwah ke seluruh pelusok Mesir seperti di kedai-kedai kopi dan
tempat-tempat awam
Bagi memastikan kebajikan rakyat, Ikhwanul Muslimin telah membuka sekolah-sekolah dan
pusat-pusat kesihatan di seluruh negara. Gerakan tersebut turut menggesa agar program
pembangunan yang dijalankan mestilah seimbang, utuh dan sesuai dengan tuntutan Islam.
Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di
Mesir bahkan di negara-negara Arab lain. Tindakan ini dapat melahirkan masyarakat Islam
Mesir yang berilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam.

d) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam hubungan luar
Golongan Ikhwanul Muslimin juga mengadakan hubungan yang akrab dengan negara-
negara Islam lain. Tindakan ini dapat mengukuhkan perjuangannya di Mesir sekaligus
mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam termasuk membantu saudara seagama yang
ditekan oleh kuasa-kuasa barat. Contohnya masyarakat Islam di Palestin yang dizalimi oleh
rejim Zionis.
Gerakan ini juga mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhammad
Rashid Reda, Farid Wajdi dan Muhibbuddin al-Khatib

e) Reaksi Ikhwanul Muslimin terhadap pemerintah tempatan
Pengaruh Ikhwanul Muslimin mendapat sambutan hebat dan memiliki lebih 2000 cawangan di
seluruh Mesir dangan bilangan pengikut seramai dua juta orang. Perjuangannya amat konsisten
dalam menentang segala bentuk kezaliman terutamanya idea-idea kerajaan yang berbentuk
penjajahan pemikiran yang dicedok dari Barat. Tindakan gerakan ini lebih agresif dalam
membuat tuntutan daripada pemerintah Mesir, Presiden Gamal Abdel Nasser untuk melakukan
perubahan pemerintahan bercorak Islamiah
Akibatnya telah berlaku pertempuran antara mahasiswa Ikhwanul Muslimin dengan penyokong
pemerintah di Universiti Al-Azhar. Pada 13 Januari 1954, pertubuhan ini telah diharamkan oleh
pemerintah

Kesimpulan
Walaupun Gerakan ini telah diharamkan oleh pemerintah Mesir tetapi pengaruhnya masih lagi
kuat dalam kalangan masyarakat Mesir. Kejayaan Ikhwan al-Muslimin membentuk satu
pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir selaras dengan objektif penubuhannya yang
menjurus kepada kepentingan masyarakat dan Negara.


Click to View FlipBook Version