The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainabukassim, 2019-12-16 19:29:41

SEJARAH SEM 2

SEJARAH SEM 2

Penutup

Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam merupakan suatu bidang
ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.Selain itu, ekonomi islam berasaskan
konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 55: Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi Islam

Pendahuluan.

Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia
selaras dengan tuntutan syariat islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau
pengurusan sumber untuk diri, masyarakat dan negara, dari segi rohani dan jasmani.
Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan
pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam khasnya dan umat manusia
amnya.

Isi-isi penting

1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan
seumpamanya adalah untuk beribadah kepada allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang
aktiviti ekonomi islam dilaksanakan selain dasar ini.
Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah, bertanggungjawab dan tidak mengetepikan
aspek nilai dan kebajikan.

2. Matlamat jangka panjang diutamakan.
Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat
Bagi individu yang mengushakan perniagaan,matlamat jangka dalam aktiviti yang diletakkan
adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.

3. Memberi kemakmuran kepada masyarakat.

Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan
kepada masyarakat Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan
nilai dan tahap hidup masyarakat.
Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam senarai
aktiviti ekonomi islam Sebagaimana yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di
madinah,kerana ia membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.

4. Keuntungan dunia dan akhirat.

Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan meterial dan pahala
daripada aktiviti yang dilakukan nabi muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,"peniaga yang
amanah berada di bawah naungan arash pada hari pengadilan." Hadis menjelaskan bahawa

peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta
sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan.
Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha yang
dilaksanakan. Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dn
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan
ganjaran Allah s.w.t.

Penutup.

Sistem ekonomi islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman,beramanah
bertanggungjawab dan sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan
segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam.

Soalan 56: Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan
aktiviti ekonomi yang dilarang oleh Islam.

Pengenalan

Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras
dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan
sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi
mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup
Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani
Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi
kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan
penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum
dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Umat Islam dibenarkan menjalankan kegiatan
ekonomi bagi memperoleh pendapatan selagi cara yang digunakan tidak melanggar peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah

Isi-isi
Prinsip asas ekonomi Islam
Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT. sebagai Penguasa yang membuat
peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan makhluk untuk mencapai
kesempurnaan Islam.
Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubungan manusia dengan pencipta-Nya dan
hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep Tauhid.
Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa melalui amalan
seperti zakat dan sedekah.
Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang
amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.

Konsep persaudaraan dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan keimanan
seseorang melibatkan kasih sayang, hormat menghormati , bertanggungjawab dan rela bekorban.

Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan atau pun kebahagian yang diperoleh sama ada
di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang berteraskan syarak

Dalam Islam, hak milik terbahagi kepada dua iaitu hak milik individu dan hak milik
masyarakat atau negara (umum).

Hak milik individu :

Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan
mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam
adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah.

Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan
pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa, kehormatan dan keselamatan harta
serta melarang memperoleh harta secara haram.

Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan
terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup
masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah
dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembaharuan
harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang
banyak.

Umat Islam diingatkan supaya perolehan harta yang banyak boleh mendatangkan kecintaan
yang berlebihan terhadap harta dan seterusnya melalaikan manusia daripada melakukan ibadat
dan mengingati Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan kekufuran.

Pemilik harta juga harus membelanjakan harta ke jalan Allah SWT. dengan
menderma,membuat amal jariah dan mengeluarkan zakat. Jika seorang hartawan tidak
mengeluarkan zakat,nasib orang miskin tidak akan terbela dan mereka akan terus berada dalam
kemiskinan dan kemelaratan.

Hak milik umum :

 Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta
umum yang sedia ada atau ciptaan Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan
raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan
dikongsi bersama.

 Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan
secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.

 Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah
yangdiharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.

 Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan,
penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.

 Mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat
cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkara yang
diharuskan sahaja.

Aktiviti ekonomi yang diharamkan :
Riba

 Islam mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi yang berasaskan riba.
Pengamalan riba yang bermaksud pembayaran kembali kepada peminjam yang dilakukan oleh
individu atau berkumpulan terhadap modal kewangan dengan melibatkan tambahan nilai
melebihi daripada asal sesudah selesai tempoh pembayaran yang dipersetujui bersama.
 Riba jelas diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-
Baqarah yang bermaksud “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.
Oleh itu, riba jelas hanya akan menyusahkan peminjam dan dianggap sebagai penindasan
kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Rasuah
 Islam turut mengharamkan amalan rasuah kerana akan melibatkan unsur penipuan dan
dapat meruntuhkan nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan kestabilan negara. Kesan
pengamalan rasuah amat ketara iaitu melibatkan penyalahgunaan kuasa, melemahkan
pentadbiran dan ekonomi negara akan turut terjejas.

Judi
 Islam juga mengharamkan judi kerana mendatangkan kerosakan akhlak dan moral
manusia. Orang yang mengusahakan perjudian dan melibatkan diri dalam perjudian akan
menanggung dosa. Allah SWT. telah berfirman dalam surah “ al-Maidah yang bermaksud
“…Sesungguhnya (minum) arak ,berjudi,….adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan.”
Malahan , judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas dan sentiasa mengharapkan
belas ihsan daripada orang lain sahaja.

Pelacuran :
 Kegiatan pelacuran juga adalah sumber ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Kegiatan
ini melibatkan perkhidmatan untuk mendapatkan wang menerusi penzinaan. Jelasnya, amalan
ini akan merosakkan masyarakat, merendahkan moral serta menjejaskan keturunan.

Mencuri dan merompak :
 Kegiatan mencuri dan merompak juga merupakan aktiviti ekonomi yang diharamkan oleh
Islam. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Maidah yang bermaksud “ Lelaki dan wanita
yang mencuri potonglah tangannya sebagai balasan kejahatan yang dilakukannya dan seksaan
daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 Hal ini membuktikan bahawa Islam amat tegas dalam hukum mencuri kerana kegiatan ini
bukan sahaja meruntuhkan moral individu malahan turut mengancam keharmonian masyarakat
dan negara.



Kesimpulan :
prinsip ekonomi Islam lebih mementingkan pemilikan harta untuk dikongsi bersama dan
mengharamkan ekonomi yang menjurus kepada kemusnahan diri, agama, masyarakat dan
negara
pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras
sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta
antara individu di satu pihak dan masyarakat dipihak yang lain

Soalan 57: Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi
Muhammad SAW pada abad ke-7 Masehi.

Pendahuluan

Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah oasis. kawasan yang subur dan kaya
dengan kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian.
Apa-apa yang berkaitan.

Isi-isi Penting:

Kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan
gandum. tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah.
Barangan yang di perdagangkan ialah kurma, bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di
Madinah di monopoli oleh golongan yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga
yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus dan kharaj mengusahakan tanah yang kering
kontang dan hidup dalam kemiskinan.
Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim.
Muhammad bin habib al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sebelas
pasar bermusim sebelum kedatangan islam dan terus berkembang pada zaman islam seperti ukaz,
majannah, Zu al-majaz dan hubashah

Sumber pendapatan ekonomi

Derma

Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai
kemuncak kegemilangannya. Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan
sumbangan kepada kebajikan satu kabilah yang baru memeluk islam. Contoh; makanan, pakaian,
sementara orang ansar mendermakan wang.
Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung bersama. contohnya;
dalam perang khandak, sa’ad bin ubadah, jabir bin Abdullah menderma kan makanan dan kurma
kepada tentera islam. Abu bakar mendermakan seluruh wang yang di milikinya berjumlah 4 000
dirham dan umar mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma dalam bentuk
wang, masyarakat islam juga menderma dalam bentuk hartanah.

Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi Muhammad s.a.w juga turut
menyumbang.contohnya; mukhairiq daripada bani nandhir yang nabi memeluk islam sebelum
perang uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu tujuh buah dusun kepada nabi Muhammad
s.a.w

Rampasan Tunai dan harta benda

Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama sekiranya mereka di perangi oleh
musuh yang berniat untuk menghalang penyebaran islam. Nabi Muhammad s.a.w bersama
tentera islam menentang tentera Quraisy pada 623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai
313 orang telah memenangi Perang Badar mengalah kan tentera Quraisy seramai 1000 orang.
Merupakan kemenangan pertama dan menghasilkan rampasan seperti senjata, 150 ekor unta,10
ekor kuda,tikar kulit,dan pakaian.
Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan islam daripada bayaran tebusan tawanan
perang yang membayar sejumlah wang untuk membebaskan mereka. Sumber pendapatan
berdasarkan harta rampasan perang di nikmati oleh orang islam selepas menyertai peperangan,
Antaranya; perang khandak, al-kurd, muraisi, khaibar, pertempuran di dumat al-jandal, serangan
abu salamah ke Qatan, pertempuran wadi al-Qura.

Rampasan hartanah

Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di peroleh daripada puak yahudi, iaitu Bani
Fityun yang di usir keluar dari Madinah. Seterusnya, amwal Bani Qunaiqah; iaitu kubu serta
pasar mereka di ambil oleh orang islam yang telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di lantik oleh
Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi amwalKhaibar. Meliputi kebun kurma yang luas dan ladangnya
telah di isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai al-fai’ atau safiy yang membiarkan di
miliki oleh petani dengan syarat menyerahkan 50% hasilnya.
Tanah khaibar yang di bahagikan kepada orang islam dan Negara islam , iaitu tanah khumus di
urus oleh 2 orang pegawai. Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh pejuang islam tanpa
pertempuran. Nabi Muhammad s.a.w melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk
berbincang dengan orang Yahudi.

Jizyah

Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar
golongan zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh Negara islam keatas keselamatan jiwa
dan harta benda mereka. Jizyah boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka yang enggan
membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan kadar
bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.
Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan
sepasang jubbah setiap lelaki. Jizyah juga di kutip daripada orang kristian Najran dengan
bayaran sebanyak 2 000 pakaian yang perlu diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1 000
pada bulan safar.

Saqadat

Saqadat ialah istilah yang digunakan bagi cukai agama yang dikenakan ke atas umat islam.
Zakat diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w keatas setiap orang islam, tiadk kira lelaki atau

perempuan.zakat dikenakan keatas oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang
ternakan. Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil
kurma dan nisf al-ushrbagi hasil gandum mereka.
Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi Muhammad s.a.w menunjukkan perintah
membayar zakat ternakan bagi orang islam,misalnya, Bahilah diwajibkan
membayar fariz (lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah (unta tua) sebanyak 5 ekor.
Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau separuh daripada
hasil pertanian mereka.

Penutup

Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam merupakan suatu bidang
ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.
Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 58: Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-
11 hingga ke-12.

Pendahuluan

Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan
perindustrian. Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah
peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya,
dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi
yang tinggi.

Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli serta buah-
buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai.

Isi-isi penting

1. Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa langkah.
Antaranya adalah dengan melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi kawasan
pertanian,membina empangan dan menggalakkan penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti
pertanian.

2. Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini
mendorong kepada kemunculan ramai cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-
idea bagi memajukan aktiviti pertanian pada zaman itu.

3. Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman,
Maghiribi dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta pasar yang dikenali
sebagaisuq al-baqar juga telah diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan juga merupakan
kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.

4. Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan sektor
perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi
di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan
keselamatan untuk mengelak berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan.

5. Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada zaman tersebut
adalah seperti Baghdad, Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.

6. Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan kerajaan
Abbasiyah.Kilang-kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk
tenunan,hamparan dan permaidani.

7. Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan maghiribi,
manakala oleh Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.

Penutup

Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak langsung telah
dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.

Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk
menyediakan kemudahan prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah.

Soalan 59: Bincangkan Kegiatan ekonomi Kerajaan Kesultanan Melaka abad ke-15
Masehi

Pendahuluan

Ekonomi menurut pandangan islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ini menjelaskan bahawa
ekonomi islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek rohani dan jasmani.
Kegiatan ekonomi utama bagi Kerajaan Kesultanan Melaka adalah ekonomi sara diri dan
perdagangan sehingga menjadi pusat entrepot utama perdagangan di Nusantara pada abad ke-15.
Isi-isi penting

Aktiviti Ekonomi Sara Diri

Masyarakat Melaka masih terikat dengan aktiviti ekonomi yang bersifat sara diri. Masyarakat
melayu tradisional Melaka menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi untuk mendapatkan
keperluan harian atau barangan bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Antara aktiviti ekonomi
yang dilakukan ialah pertanian menanam pokok buah-buahan, menternak binatang, berburu,
mengutip hasil hutan dan sebagainya.
Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama apabila wujudnya tanah bendang,sawah dan lading.
Seterusnya, kelaziman orang melayu Melaka adalah membuat dusun selai mengerjakan sawah
padi.

Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan menjadi sumber
protein utama bagi masyarakat melayu. Mereka ke laut mengunakan sampan yang diperbuat
daripada sebatang kayu bulat bertebuk.
Aktiviti berburu juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri. Masyarakat melayu
mencari hasil hutan seperti rotan,damar dan getah jelutung di samping perburuan binatang.
Masyarakat melayu juga menternak binatang. Binatang juga diternak ialah kerbau, lembu dan
kambing.

Aktiviti Ekonomi Perdagangan

Aktiviti perdagangan bukanlah satu aktiviti ekonomi baharu bagi masyarakat melayu Melaka.
Aktiviti perdagangan telah menjadi warisan dan merupakan penerusan tradisi kegiatan ekonomi
peribumi yang telah berlangsung sejak zaman awal kerajaan melayu Langkasuka dan Srivijaya
iaitu dari abad ke-17 hingga awal abad ke-13. Pelbagai kemudahan dan keistimewaan Melaka
yang membolehkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal.
Perkahwinan antara pemerintahan Melaka juga meningkat dan memajukan perdagangan Melaka.

Penutup

Masyarakat melayu Melaka telah melakukan pelbagai aktiviti ekonomi pada zaman
pemerintahan kerajaan islam di Melaka.
Kemakmuran Melaka membolehkan penyebaran islam turut berkembang di Melaka.

Soalan 60: Bincangkan faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pelabuhan entrepot
pada abad ke-15 masihi

Pendahuluan

Ekonomi berasaskan perdaganagan merupakan kegiatan ekonomi utama kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15. Hal ini disebabkan kejayaan Parameswara mengubah landskap
Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan yang berorientasikan
perdagangan

Kemuncak kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa berlaku setelah raja Melaka Islam iaitu sewaktu zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah. Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan pd abad ke-15

Isi-isi Penting:

1. Kedudukan geografi yang straegik

Menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara,Timur dan Barat Membolehkan
pedagang singgah berdagang, mendapatkan makanan,minuman serta membaiki kapal yg rosak.
Perlabuhannya terlindung daripada tiupan angin monsoon olh Banjaran Titiwangsa dan
Kepulauan Sumatera. Muaranya yg dalam mmbolehkan kapal brlabuh dgn mudah.

Kawasan bbrbukit mnjdi panduan kpd pedagang dan Paya bakau menjadi banteng pertahanan
semula jadi

2. Kemunculan pemimpin dan pentadbir yg berwibawa
Parameswara, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah serrta Bendahara Tun Perak tlh
Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yg terkenanl di serata dunia.
Para pemimpin menjadi tulang belakang yg membawa kpd keagungan politik dan ekonomi
Kesultanan Melayu Melaka.

3. Peranan dan pengaruh agama
Empayar Melaka merupakan Empayar Islam. Pengislaman parameswara lh mnyebabkan ramai
pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka.
Saudagar-saudagar Islam merupakan pedagang utama di Alam Melayu

4. Hubungan persahabatan Melaka dengan China
Mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh. Melaka terselamat
dari siam
Suasana yg aman dan damai membolehkan perdagangan berjalan lancar. China telah
menggalakkan pedagangnya dtang berdagang ke Melaka sekaligus membolehkan berlakunya
perkembangan perdagangan dua hala

5. Dasar imprealisme Melaka
Berjaya menguasai kawasan yg luas dan sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran
tempatan. Hasil-hasi tempatan dibawa ke pelabuhan untuk dniagakan
Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera tlh menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan

6. Peranan orang laut
Dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun
Mengetahu selok-belok imlu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka

Kesimpulan.

Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenl pada abad ke-15.Perkembangan
ini disebabkan beberapa faktor seperti kedudukan yang strategik.kedudukan Melaka di Selat
Melaka berseuaian dengan laluan kapal-kapal untuk berdagang.
Melaka menjadi pelabuhan entrepot atau telah mencapai kemuncak kegemilangan semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Iaitu sewaktu Islam mula berkembang di Alam Melayu.

Soalan 61: Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Pendahuluan

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta
umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu
permata dan seumpamanya.
Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-
Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-
Rasyidin. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama; Harta Masyarakat - Sumber
yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai
kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian
dan sebagainya.
Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara,
menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal
ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

Isi-isi Penting.

1. Sumber Baitulmal

Zakat.

Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat
emas dan perak.

Kharaj.

Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan
Islam dengan kadar 10 peratus.

Jizyah.

Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di
bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang
kafir Zimmi.
Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih
bidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

Ghanimah dan Al-fay.

Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta
peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.
Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di
Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

Usyur.

Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.
Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan
usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam
hanya dikenakan sebanyak 5 %.
Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

2. Peranan Baitulmal

Membantu perkembangan ekonomi Islam.

Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan
antara golongan kaya dengan golongan miskin.
Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.
Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.
Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk
memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.

Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman
pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera
sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki
tanah.

Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.

Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.

Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika
menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

Menyimpan harta negara.

Kesimpulan

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan
tidak berlaku penyelewengan.

Soalan 62: Huraikan perlaksanaan sumber-sumber Baitulmal pada zaman Khalifah al-
Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 M.

Pendahuluan

Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan Negara. Menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga
seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.
Institusi baitulmal wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya,
dinyatakan Abu Ubaidah adalah pemegang kunci baitulmal pada zaman tersebut. Ketika
Khalifah Abu Bakar al-siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar bin al-
Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 800 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal.

Isi-isi penting:

Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab, disebabkan
harta Negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan ekspedisi. Antara sumber pendapatan
ialah zakat, fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan
pusat pentadbiran baitulmal.
Pada peringkat awal, Khalifah Umar bin la-Khattab telah melantik Uqail bin Abi Talib,
Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im untuk mengendalikan institusi yang sebelumnya
ini dikenali sebagai Diwan atauKhazanah.
Antara kepentingan atau peranan institusi baitulmal ialah bertanggungjawab secara langsung
dalam menentukan pendapatan Negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang
berhak dan untuk pembangunan Negara seluruhnya.
Matlamat penubuhannya untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam. Membina
infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social, perdagangan dan perindustrian.
Kepentingan yang seterusnya ialah menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk
tujuan pembangunan Negara, bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
Sumber daripada baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan
golongan tentera yang tetap ataupun secara sukarela.

Sumber-sumber Baitulmal

Zakat

Zakat daripada segi bahasa berasal daripada kata dasar zaka, iaitu bereti penambahan atau
penyucian. Pada zaman Khulafa’ al-Risyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan
pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar
nisab tertentu. Zakat disalurkan kepada lapan golongan asnaf.
Antara peranan serta kepentingan ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala,
mensucikan jiwa daripada kekotoran dan serta memperoleh keberkatan. Zakat juga dapat
mendamaikan dan mewujudkan kedamaian, dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta
tolong-menolong antara satu sama lain.

Cukai

Kharaj

Hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Pada zaman nabi
Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan syarat
membayar cukai dan bagi kawasan penganut Islam wajib mengeluarkan zakat. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah
yang ditakluki terutama di Iraq.
Tanah lain yang dikenakan kharaj ialah tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam
dan pengusahanya terdiri daripada bukan orang Islam. Kharaj pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj
muqasamah. Antara factor yang menentukan kadar kharaj ialah kualiti tanah, disiram air hujan
atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kawasan tanaman
dengan Bandar.
Hasil yang diperoleh daripada daripada sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal dan akan
dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan
pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan
pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Jizyah

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang
kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta
benda mereka. Orang kafirdhimmi yang wajib menbayar jizyah ialah orang yang sihat fizikal
dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta.
Jizyah dibahagi kepada dua kategori iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan
bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam. Biasanya jizyah dibayar
setiap tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dirham.bagi sesetengaj mazhab seperti mazhab
Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 14 dirham bergantung kepada status
seseorang individu.
Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya sesorang itu menganut agama Islam atau
kerajaan Islam gagal membayar jaminan keselamatan nyawa atau harta benda orang-orang
kafir dhimmi.

Penutup

Baitulmal telah membawa perubahan kepada dari segi pendapatan umat Islam melalui pinjaman
subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
Zakat juga dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama
lain.

Soalan 63: Huraikan perkembangan institusi Baitul Mal pada zaman pemerintahan
khualafa al-Rasyidin.

Pengenalan

Baitul mal dapat didefinisikan sebagai perbendaharaan negara atau institusi yang bertanggung
jawab menyelengarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Institusi ini berperanan
menguruskan harta umum, tempat menyimpan barangan berharga dan barangan amanah seperti
harta wakaf
sejarah penubuhan baitul mal dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhamad SAW tetapi pada
masa itu, pendapatan negara sedikit iaitu hanya diperoleh melalui, zakat, sedekah, dan harta
rampasan perang. Oleh itu, Nabi Muhamad SAW mengagihkannya kepada sesiapa yang layak
menerimanya. Oleh itu, peranan baitul mal ketika itu tidak ketara. sumber baitul mal boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu harta masyarakat, harta negara dan harta umum

Isi-Isi

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

pada zamanKhalifah Abu Bakar telah wujud baitul mal. Buktinya ada dinyatakan bahawa Abu
Ubaidah merupakan pemegang kunci baitul mal pada zaman tersebut
ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar al-
Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada baitul
mal. namun, apa yang dapat dikatanya, pelaksanaanya ketika itu agak terhad dan tidak
menyeluruh

Khalifah Umar bin al-Khattab

ramai sejarawan berpendapat bahawa institusi baitul mal ditubuhkan secara rasmi pada zaman
beliau kerana berlaku perluasan kuasa dan kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan. Antara sumber
pendapatan negara Islam ketika itu ialah zakat, al-fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan
ghanimah. beliau melaksanakan pengurusan baitul mal secara sistematik. Beliau telah
menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk dari segi
pendapatan dan perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin
Naufal dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi baitul mal yang dikenali sebagai
Diwan atau Khazanah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitul mal. Cawangan
baitul mal kemudiannya telah ditubuhkan di setiapwilayah Islam. Pegawai-pegawai akan
dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada baitul mal peringkat pusat

Beliau melaksanakan fungsi baitul mal sebagai wakil dalam mengurus segala harta dan
membelanjakan demi kepentingan rakyat dan negara dengan bersandar akidah, syarak dan
akhlak Islam. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke
dalamnya dan pengeluarannya yang bertentangan dengan syarak dan mengharamkan sebarang
tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan merupakan amanah Allah SWT
Beliau telah mengisytiharkan peraturan iaitu para tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan
rumah sebagai rampasan perang sebaliknya membiarkan tanah-tanah di negeri yang ditaklukinya
diusahakan oleh pemilik asalnya. sebagai balasan, tentera Islam mendapat elaun atau gaji
daripada baitul mal. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham
sesama anggota tentera Islam yang boleh mengugat kestabilan negara di samping menurunkan
disiplin anggota tentera berkenaan
pada masa beliau juga, wang baitul mal dikhaskan kepada jaminan sosial bukan hanya kepada
masyarakat Islam sahaja tetapi juga kepada bukan Islam. Contohnya seseorang yang uzur dan
berusia lanjut sehingga tiada upaya menyara hidupnya akan diberikan elaun sara hidup dari
baitul mal

Khalifah Uthman bin Affan

pada zaman beliau, timbul kontroversi mengenai baitul mal. beliau dituduh menyalahgunakan
harta baitul mal untuk kepentingan diri dan keluarganya kerana mengerah rakyatnya membayar
cukai yang lebih, tidak mengagihkan harta rampasan perang, dan berbelanja boros
sebenarnya apa yang dituduh itu tidak tepat dan merupakan pandangan orentalis. Hal ini kerana
beliau memang terkenal dengan kekayaan dan sifatnya yang dermawan. Malahan bagi
menambah harta baitul mal, beliau sebenarnya telah menyerahkan perdagangan yang besar
kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitul mal sebelum kerajaan Islam
menubuhkan baitul mal yang sebenarnya

Khalifah Ali bin AbiTalib

beliau meneruskan sistem baitul mal sebagai perbendaharaan untuk menyimpan harta. Beliau
meneruskan kehidupanya yang sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang diterima oleh
Khalifah Abu Bakar dan Khlaifah Umar. ketika peperangan, pengikutnya menggesa agar
mengambil sebahagian daripada harta baitul mal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani
tentera Mu’awiyah. Namun beliau menolak dengan alasan harta berkenaan adalah amanah Allah
SWT
beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu
Aqil bin Abi Talib supaya meminta sedikit sumber daripada baitul mal kerana kesederhanan
hidupnya, beliau menolak dengan menyatakan ‘Adakah engkau mengkehendaki agar Allah swt
membakar diriku di neraka jahanam kerana memberimu sesuatu daripada harta milik kaum
muslimin’

Kesimpulan

penubuhan baitul mal pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi
negara dan wilayah Islam serta membantu golongan yang tidak bernasib baik di samping
memastikan harta yang dimiliki dijaga sebaik mungkin berdasarkan syariat yang ditetapkan

Kewujudan institusi ini juga menggambarkan kehebatan kerajaan Islam dalam mengurus
‘amanah’ Allah SWT dan memanfaatkan sumber yang ada untuk digunakan bagi menjana
ekonomi umat Islam

Soalan 64: Terangkan pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khalifah Abasiyyah abad ke-9
hingga ke-11 M

Pendahuluan

Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga
seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.

Isi-isi penting

Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Telah wujud institusi baitulmal ,buktinya ada dinyatakan bahawa Abu Ubaidah adalah
pemegang kunci Baitulmal ketika itu
Walau bagaimanapun,pelaksanaannya masih tidak formal dan sisitematik

Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab

Peranan institusi ini menjadi penting.Harta negara Islam kian bertambah dan pelbagai, antaranya
ialah zakatfay, jizyah, sedekah, kharaz, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan
pusat pentadbiran baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap wilayah Islamsebagai
cawangannya. Pegawai-pegawai akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada
baitulmal peringkat pusat.
Khalifah Umar al-Khattab juga telah menyediakan buku kira-kira bagi mengesan perbelanjaan
dan pendapatan secara sistematik.Beliau tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke dalamnya
atau pengeluarannya sekiranya bertentangan dengan syarak.
Mengharamkan sebarang tindaka untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan adalah
amanah Allah SWT

Zaman Khalifah Uthman bin Affan

Timbul kontroversi mengenai baitulmal.Khalifah Uthman bin Affan telah dituduh
menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau juga
dipercayai menorah rakyat membayar cukai yang lebih dan tidak mengagihkan harta rampasan
perang di samping dituduh berbelanja dengan boros
Tuduhan bahawa beliau telah mengambil harta baitulmal adalah tidak tepat kerana Khalifah
Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawannya.Malah bagi menambahkan harta
baitulmal,beliau telah bertindak menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum
keluargannya yang menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelim kerajaan Islam
menubuhkan baitulmal yang sebenarnya

Zaman Khalifah Abi bin Abi Talib

Baitulmal masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah dalaman. Walaupun digesa oleh
pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada harta baitulmal untuk menguatkan tenteranya
bagi menangani tentera Mu’awiyah beliau telah menolak dengan alasan harta berkenaan adalah
amanah Allah SWT
Beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan memenuhi permintaan saudaranya,iaitu
Aqil supaya memeberikan sedikit sumber daripada baitulmal

Penutup

Penubuhan baitulmal pada zaman Khulafah’ al-Rasyidin sesungguhnya dapat menjamin bukan
sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam bahkan ia dapat membantu golongan
yang tidak bernasib baik serta memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaiknya
berdasarkan syariat yang ditetapkan

Soalan 65: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai Kharaj pada zaman khalifah al-
Rasyidin abad ke-9 hingga ke-8M.

Pendahuluan

Kharaj ialah cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan,sama ada secara berperang atau
secara damai.Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilk tanah tersebut yang beragama Islam atau
bukan Islam.
Kharaj hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Isi-isi penting

Tanah yang dikenakan cukai Kharaj

Tanah-tanah yang dikenakan cukai Kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di
Iraq.Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik memeluk agama Islam.
Selain itu,cukai Kharaj juga dikenkan ke atas tanah rampasan perang yang dimiliki tentera Islam
dan pengusahanya terdiri dari golongan Dhimmi dengan kebenaran pemerintah Islam,tanah
terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam dan tempat tinggal golongan Dhimmi yang diubah
menjadi kawasan pertanian.

Golongan Ahl al-Ayyam (Pemegang Amanah)

Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar memutuskan untuk dijadikan milik bersama dan
akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan pentadbiran badan induk yang
dinamakan Pemegang Amanah atau golongan Ahl al-Ayyam.
Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya
dihantar kepada kerajaan pusat sementara bakinya diagihkan kepada mereka yang terlibat dalam
penaklukan Iraq.

Kadar Kharaj

Kharaj wazifah/ masahah dikenakan mengikut keluasan kawasan tanah atau jumlah pokok yang
ditanam, dikenakan sekali dalam setahun. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan untuk setiap
jarib anggur dikenakan Kharaj sebanyak 10dirham.
Kharaj muqasamah yang merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang
diperoleh daripada tanaman.Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan banyak perkara bagi
mengelakkan penganiayaan kepada petani.Dikenakan setiap kali hasil pertanian diperoleh.
Kadar Kharaj adalah berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum ialah
½ daripada keseluruhan hasil dibayar dalam bentuk mata wang yang diusahakan.
Pelaksanaan cukai kharaj

Dikenakan kepada pemilik tanah penduduk dhimmi sahaja,Kharaj tdak akan dikenakan
sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj tetap dikenakan ke atas
pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk
mengerjakannya.Sekiranya pemilik tidak berupaya,kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut
kepada orang lain.

Pengutipan cukai dijalankan secara adil.Jika Kharaj tidak dapat dibayar disebabkan masalah
kewangan,mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga dia
mampu.Sebaliknya jika seseorang itu mampu tetapi enggan membayar tindakan boleh diambil
menerusi undang-undang atau dijual oleh kerajaan.

Penutup

Pelaksanaan dasar ini diteruskan oleh para Khulafa ar-Rasyidin tetapi semasa akhir
pemerintahan khalifah Uthman bin Affan golongan Ahl al-Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk
menguruskan cukai di Iraq sebaliknya diserahkan kepada pentadbiran gabenor.
Hasil cukai Kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan dimanfaatkan untuk memperbaiki
infrastruktur,rancangan memajukan pertanian, keamanan dll.

Soalan 66: Terangkan perlaksanaan Cukai Kharaj pada zaman Khalifah Abbasiyah abad
ke-7 hingga ke-11 Masihi

Pendahuluan

Perkataan Kharaj dipinjam daripada bahasa Byzantine bermaksud ufti. Dalam konteks sejarah
Islam, Kharaj bukan bermaksud ufti tetapi bermaksud cukai tanah. kharaj ialah cukai tanah yang
diperoleh sewaktu penaklukan, sama ada secara berperang atau secara damai. Kharaj dikenakan
ke atas pemilik-pemilik tanah tersebut sama ada orang Islam atau bukan Islam.
kharaj merupakan satu daripada sumber kewangan negara yang penting dan dimulakan secara
sistematik pada zaman Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H / 634-644M).

Isi-isi penting

1) Pada zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur

Khalifah Abu Jaafar telah mengadakan beberapa perubahan untuk meningkatkan ekonomi
negara dan melengkapkan pusat pentadbiran Baghdad. Bagi menjayakan rancangannya,
Khalifah Abu Jaafar telah mengenakan cukai tanah atau kharaj kepada para petani.
Kaum pendatang dikenakan cukai perdagangan atau Usyur dengan kadar yang berpatutan
mengikut hasil pendapatan mereka. Pengutipan cukai-cukai tersebut telah menambah
pendapatan perbendaharaan Negara.

2) Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M)

Amalan kharaj ini diteruskan pada era pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M) hingga
Khalifah Al-Muktamid (870-892M) dan kerajaan Tahiriyah yang diasaskan oleh Tahir Bin
Hussain, panglima Khalifah Al Makmun.
Jasa Tahir Bin Hussain dalam membantu Khalifah Al-Makmun menewaskan saudaranya, Al-
Amin menyebabkan Khalifah Al-Makmun memberi kemerdekaan kepada Khurasan dan
mengiktiraf pemerintahan Tahir Bin Hussain. Kerajaan Tahiriyah telah menghantar Ufti atau
Kharaj setiap tahun ke Baghdad.

3) Pada zaman pemerintahan Al-Muqtadir (908-932M)

Pendapatan utama ialah dari hasil cukai daripada wilayah-wilayah yang ditakluki. Wilayah-
wilayah ini perlu membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai
tanah atau kharaj, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol dan cukai pasir di Iraq berjumlah 1 547
734 dinar.
Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania ialah 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1
768 015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam Baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan
negara pada zaman Al-Muqtadir.

4) Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Radni (934-940M)

Kerajaan Bani Abbasiyah mengalami zaman kemerosotan. Orang Turki mula menguasai hampir
seluruh pentadbiran. Wilayah terpencil tidak lagi menaruh kepercayaan kepada pemerintahan
pusat dan mengisytiharkan kemerdekaan dan bebas daripada pentadbiran Bani Abbasiyah.
Misalnya, kerajaan Touloniyah (868-905M) mengisytiharkan kemerdekaan dan segala hasil
negeri tidak lagi dihantar ke Baghdad.
Pada masa ini perbendaharaan negara merosot dan tidak lagi dapat mengutip Kharaj sehingga
Khalifah sendiri tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak mampu membayar gaji tentera.

Penutup

Hasil yang diperoleh daripada sumber Kharaj ini akan disimpan di dalam Baitulmal dan akan
dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan
pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan
pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Soalan 67: Terangkan perlaksanaan cukai jizyah pada zaman khalifah al-Rasyidin abad
ke-7 hingga ke-8

Pendahuluan:

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-oramg kafir
dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta .
Secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori; Jizyah yang kadarnya ditetapkan secara
persetujuan bersama dan Jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kearajaan islam.

Isi-isi penting

1. Bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya meraka wajib membayar
jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serts bukan ahli
agama paderi atau pendeta. Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun , paling minima kadarnya
ialah satu dirham, namun bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali,
kadarnya ialah antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorng individu.

2. Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islan atau
kerajaan islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang
kafir dhimmi. Selain itu, amalan pungutan jizyah ini diteruskan pada zaman khalifah Abu Bakar
al-Siddiq. Buktinya ketika menghantar ekspedisi bagi menyaingi Byzantine dan Parsi sebelum
peperang, panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam,berperang
ataupun membayar jizyah.

3. Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bn al-Khattab
berukutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syam, Mesir
dan sebagainya. Pemimpin Baitulmauqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan
khalifah Umar bin a-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan
islam mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa.

4. Penduduk Qibti menjemput Amru al-As untuk menghalau orang Rom dengan persetujuan
membayar jizyah sebanyak 2 dinar setahun, di Syam pula dikenakan 1 hingga 4 dinar
bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijian pula, walaupun diberikan
kelongaran membayar jizyah pada tahun 22 H,namun tahun berikutnya dikenakan dengan kadar
tertentu.

5. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman bin Affan pula, Jizyah dikanakan ke atas
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah, Qairawan setelah termeterainya perjajjian
damai.

Penutup:

Kesimpulanya, Perlaksanaan system jizyah pada zaman Abbassiyah, adalah sama seperti pada
zaman khulafah al-Rasyiddin dengan beberapa perubahan kecil.

Soalan 68: Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman khulafa al-Rasyidin.

Pengenalan

jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir
dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda
mereka
walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya
mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta

Isi-Isi

1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, Sebelum
berperang panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang
ataupun membayar jizyah
pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk
kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar satu dinar per individu sewaktu
ekspedisi ke Daumat al-Jandal

2. Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab

sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bin al-
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. pemimpin
Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin al-Khattab
dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan
jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka
penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru Bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah dua dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1 – 4 dinar
per individu bergantung kepada status individu. penduduk Azerbaijan pula walaupun diberikan
kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22H, namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan
kadar tertentu

3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan

susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di Utara Afrika berjaya dikuasai pada
zaman ini
jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya perjanjian damai

4. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-
Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang
kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah

Kesimpulan

Peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanfaatkan untuk memajukan
negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik
sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.

Soalan 69: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai Jizyah pada zaman Khalifah
Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.

Pendahuluan

Kamus Dewan mentakrifkan jizyah sebagai satu pemberian ufti yang dibayar oleh individu atau
negara bukan Islam kepada negara Islam yang di bawah pememerintahnnya. Kamus Bahasa
Arab menyatakan bahawa jizyah ialah cukai perlindungan. Perkataan jizyah berasal daripada
perkataan jaza yang membawa maksud ganti rugiatau balasan terhadap kebaikan atau keburukan.
Kata jamaknya ialah jizan.
secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu, jizyah yang kadarnya ditetapkan
secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam

Isi-isi Penting

Peranan cukai Jizyah

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang- orang kafir
dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda
mereka.
Sebagai Perlindungan yang diberikan oleh negara Islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda
orang bukan Islam yang menetap atau bernaung di bawah pemerintahan Islam ini memberikan
tanggungjawab kepada orang bukan Islam mempertahankan negara dan patuh kepada undang-
undang negara yang melindunginya.
Malahan, orang bukan Islam diberikan kebebasan beragama dan dikecualikan daripada bertugas
dalam tentera serta mendapat hak yang sama seperti orng Islam. Walau bagaimanapun, bukan
semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya merek yang wajib membayar
jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli
agama seperti paderi atau pendeta.

Perlaksanaan cukai jizyah

Umumnya, jizyah dibayar setiap awal tahun, di bayar dalam bentuk tunai atau barangan atau
kedua-duanya sekali. Bayaran jizyah secara tunai ialah satu dinar atau kain senilai dengannya.
Jika bayaran dalam bentuk barangan, ia mungkin sampai satu daripada hasil pertanian. Mereka
yang enggan membayar jizyah dianggap tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan
hukuman berat.
Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau
kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang
kafir dhimmi.

Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem jizyah yang diamalkan pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Bani Abbasiyah telah menghapuskan perbezaan yang wujud
antara keturunan Arab dan bukan Arab atau golongan mawali yang diamalkan pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah.
Hal ini adalah kerana pemerintahan Bani Abbasiyah banyak dipengaruhi oleh bangsa-bangsa
asing.

(a) Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786 - 809 M)

Khalifah Harun memimpin angkatan tentera memerangi tentera Rom. Berlaku peperangan antara
Baghdad dengan Constantinople kerana pemerintah Byzantine telah menyerang sempadan di
Asia Minor. Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom dan Khalifah Harun
mengemukakan tiga pilihan seperti yang pernah dibuat oleh Khalifah al-Rasyidin, iaitu memeluk
agam Islam, membayar jizyah, atau terus berperang.
Maharani Irene Leo IV, wakil utusan pemerintah Byzantine telah bersetuju membayar jizyah
kepada Khalifah Harun. Setelah kematian Maharani Irene Leo IV, Raj Nicephorus I
menunjukkan sikap biadap apabila enggan meneruskan perjanjian yang ditandatangani oleh
Maharani Irene Leo IV dan merasakan dirinya gagah dan dapat melawan tentera Islam. Malah,
beliau menuntut Khalifah Harun membayar balik segala jizyah yang telah dibuat oleh Maharani
Irene Leo IV.
Permintaan tersebut menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera untuk menemui raja
tersebut. Angkatan tentera ini terus mara dan menawan bandar Heraclea, Tyans, Iconium, dan
Emphesus. Seterusnya mara dan menawan Pulau Cypus pada tahun 805 M. Dengan kejayaan ini,
Raja Nicephorus I bersetuju berdamai dan menyambung semula pembayaran jizyah.

(b) Zaman pemerintahan Khalifah al-Muqtadir (908-932 M.)

Memperlihatkan pendapatan utama daripada hasil cukai daripada wilayah seperti Iraq, Khuzistan,
Parsi, Jazirah, Syiria, Mesir, wilayah Oman, Adharbayyah, dan Armania. Wilayah-wilayah ini
membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah, cukai
pendapatan, cukai air, cukai tol, cukai pasir di Iraq berjumlah 1,547,734 dinar.
Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania pula ialah 226, 370 dinar, dan pendapatan lain
ialah 1,768,015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam baitulmal dan dapat menampung
perbelanjaan negara pada zaman al-Muqtadir. Wang yang diperoleh ini digunakkan untuk:
Menampung perbelanjaan menjaga kota Makkah dan Madinah, Menyediakan jalan pergi haji
atau pertahanan di perbatasan dan Membayar gaji tentera istana.

(c ) Zaman pemerintahan Khalifah al-Qadir (991-1074 M.)

Khalifah al-Qadir berjaya memenangi peperangan Turki, Wasit, dan Basrah. Kemenangan ini
membolehkan banyak harta pampasan perang diperoleh. Malahan, serangan ke atas Batihah dan
Basrah juga mencapai kejayaan.
Mereka yang tewas bersetuju membayar cukai jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun kepada
kerajaan pusat Abbasiyah.

Penutup

Pada zaman Bani Buwayh, khalifah tidak mempunyai kuasa dan hanya menjadi lambang sahaja,
kerana yang berkuasa ialah pegawai kerajaan yang terdiri daripada orang Buwayh.
Ketika Bani Saljuk (1055-1242 M.) mengambil alih pamerintahan, kerajaan Abbasiyah berada
dalam keadaan yang aman dan ini menyumbang kepada peningkatan kewangan negara.
Khalifah-khalifah Abbasiyah seperti al-Gaim, al-Muqtadi, al-Muqtazhir hinggalah al-Mutansir
hanya menerima bayaran tertentu sahaja. Ketika Abbasiyah diserang oleh tentera Moghul,
pemerintahan Abbasiyah telah berakhir dan perbendaharaan negara diambil alih oleh orang
Moghul.
Pelaksanaan sistem jizyah pada zaman Abbasiyah, adalah sama seperti pada zaman Khulafa' al-
Rasyidin engan beberapa perubahan kecil.

Soalan 70: Terangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman khalifah al-Rasyidin
abad ke-7 hingga abad ke-8M.

Pendahuluan

Zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisab dan genap setahun
(haul). Zakat akan di berikan kepada orang yang berhak memilikinya dengan syarat yang khusus.
Zakat harta benda di wajibkan oleh allah s.w.t sejak permulaan islam lagi,iaitu sebelum hijrah
Nabi Muhammad s.a.w ke madinah
Kewajipan zakat ketika itu hanya bertaraf pilihan (ikhtiar) tanpa di hadkan kadar nisab dan jenis
harta benda yang hendak dikeluarkan zakat. Pada tahun kedua hijrah (632M),zakat difardukan
secara ijabari (kuat kuasa) atau ilzumi (wajib) antara bulan syaaban hingga bulan syawal .Mulai
tahun itu , keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa
membayar oleh pemerintah

Isi-isi penting

Peranan Zakat

Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala , mensucikan jiwa daripada kekotoran dan
dosa serta memperoleh keberkatan
Dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya , ia dapat
mengeratkanhubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang social
Dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta
Dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain

Pelaksanaan Zakat

Pada zaman khulafah al-rasyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan
pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat
terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Khalifah abu bakar al-siddiq
bertindak tegas dengan memerangi orang yang enggan membayar zakat

Zakat di salurkan kepada lapan asnaf,iaitu orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan
dirinya, orang miskin ,orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir, dan amil
Kutipan zakat bertambah meningkat kesan dasar perluasan kuasa yang dijalankan pada zaman
khalifah umar bin al-khattab serta para khalifah berikutnya
Khalifah uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik-pemilik kuda .pengenalan
zakat ternakan kuda initidak pernah dilakukan sebelumnya pada zaman nabi Muhammad s.a.w
Namun, khalifah uthman menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh
masyarakat islam sehingga berupaya memiliki binatang seumpama itu wajar dikenakan zakat
sejajar dengan zakat yang dikenakan keatas binatang unta

Penutup

Pelaksanaan zakat memberi banyak kepentingan
Dengan pengeluran zakat berdasarkan kaedah yang ditetepkan, ia membuktikan sifat mentaati
hukum Allah S.W.T

Soalan 71: Terangkan peranan dan perlaksanaan zakat pada Zaman Khalifah Abbasiyah
abad ke 9 hingga abad ke 11 Masihi

Pengenalan

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan fardu ain ke atas tiap- tiap
orang yang cukup syaratnya . Kewajipan mengeluarkan zakat ini disebut dalam surah an-
Nisa,ayat 77 iaitu , ‘dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat hartamu .’
Pemerintahan kerajaan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan
perlaksanaan zakat .Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat pada zaman ini , kadi yang pakar
dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat.

Isi- Isi Penting

Peranan zakat

Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala , mensucikan jiwa daripada kekotoran dan
dosa serta memperoleh keberkatan
Dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya , ia dapat
mengeratkanhubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang social
Dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta
Dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain

Perlaksanaan zakat Khalifah Abbasiyah

Khalifah-khalifah Bani Abbasiyah menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
Para khalifah meggalakan kebebasan berfikir dan bertukar-tukar pendapat bagi mewujudkan
suasana perkembangan ilmu dalam negara islam.Suasana keilmuan ini telah melahirkan
mazhab-mazhab awal dalam Islam. Antaranya, Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki, Mazhab Shafi’e,
dan Mazhab Hambali yang telah membawa tafsiran zakat yang berbeza –beza dan kemudiannya

telah memperanguhi urusan pentadbiran dan pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan untuk
Khalifah Abbasiyah dan pemerintahan Islam seterusnya.
Pemerintahan Bani Abbasiyah telah membahagikan zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan
zakat harta.Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa
pada bulan ramadandan tujuannya adalah untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada
ucapan dan perbuatan yang sia-sia. Orang yang berhak menerima zakat fitarh ialah hamba atau
orang merdeka tidak kira jantina dan klasifikasinya . Selain itu juga , zakat fitrah juga harus
diberikan sebelum solat Aidilfitri .Masa pemberian ini telah dipersetujui oleh para ulama.
Dalam mazhab hanafi menyatakan bahawa zakat fitrah tidak semestinya disegerakan kerana
perintah menunaikan zakat tidak ada batasan waktunya. Sebaliknya, mazhab syafi’e pula
menyatakan bahwa zakat fitrah bolrh ditunaikan dalam bulan Ramadan kerana pada dasarnya
puasa dan fitri iaitu berhentinya puasa. Mazhab syafi’e dijadikan asas bagi pemberian zakat
fitrah. Oleh itu, zakat fitrah harus diberikan sebelum solat hari raya aidilfitri kerana jika
diberikan selepasnya akan dikira sedekah biasa. Hal ini telah dijelaskan oleh Abu Daud dan Ibn
Majah. Zakat fitrah dikelurkan oleh seseorag islam, kaum keluarganya atau
tanggungannya yang beragama islam,iaitu isteri dan anak-anaknya. Manakala, Mazhab Maliki
pula lebih mengutamakan kedua ibu bapa sebelum anak-anaknya.
Zakat harta merupakan harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang
ternakan,emas,perak,barang perdagangan,dan biji-bijian. Zakat hasil ternakan mempunyai
syarat-syarat yang harus diikuti ialah cukup nisab,haul,binatang peliharaan dipelihara dalam
padanh rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk berkerja.
Zakat emas dan perak ialah zakat yang wajib diberikan jika mencapai syarat seperti cukup
hisab,haul (iaitu setahun) dan milik yang sempurna.Wanita yang memiliki ems dan perak
dijadikan perhiasan tidak wajib berzakat keran wanita dikehendaki berhias untuk suaminya.
Namun, jika sekiranya emas dan perak dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka wajib
dikeluarkan zakat kerana ianya bertujuan untuk barang simpanan.
Zakat barang dagangan dan pertanian. Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk
mengeluarkan zakat barang dagangan ialah niat untukmendapatkan keuntungan dan
menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain itu , cukup nisab dan haul.
Manakala, bagi zakat pertanian mazhab syafi’e,hanafi dan maliki bersependapat bahawa
waktu wajib mengeluarkan zakat tanaman dan buah-buahan ialah apabila sudah boleh dimakan.

Kesimpulan

Pemerintahan kerajaan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan
perlaksanaan zakat .Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat pada zaman ini , kadi yang pakar
dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat.
Masyarakat islam yang berharta perlu mengeluarakan zakat kerana dua sebab iaitu zakat
merupakan suatu sebab yang diharap akan mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala.
Selain itu, zakat merupakan suatu kenyataan kesucian jiwa daripada kekotoran dosa.

2.2 PENDIDIKAN

Soalan 72: Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

Pendahuluan :

Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara
teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh
kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus
antaranya tarbiyah , ta’lim , tadris , ta’dib dan irsyad.
pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta
kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti
tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan
ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad
iaitu petunjuk berasaskan syariah

Isi-isi penting :

Falsafah Pendidikan Islam

Proses Pendidikan Sepanjang Hayat

tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal
Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan , dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki
mahupun wanita. Oleh itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu
kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.
Ciri-ciri Pendidikan Islam

Sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah

Sumber yang sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu,
berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang
tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
Focus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam
pemikiran dan hati , pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun,
matlamat pendidikan islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu
mengajarnya tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.

Mempertingkatkan daya pemikiran

Tahap pemikiran yang tinggi , seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan
menambahkan daya kreativitinya.
Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai khalifah
dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf
nahi munkar.

Pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah

Membolahkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-Nya.
Bersifat dinamis , melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat , iaitu bermula daripada
buaian hingga ke liang lahad.

Memenuhi keperluan kerohanian

Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak
Membangunkan jiwa merdeka dan Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau
melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

Melengkapkan keperluan sosio-budaya

Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya dengan membekalkan
kemahiran , kesenian , termasuk muzik , syair , khat , seni bina dan lain-lain.

Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis

setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina,
warna kulit, kedudukan atau kekayaan. sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah
dibiarkan mengalir tanpa sekatan
sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu
kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu

Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah

al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran
ialah sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga
berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara
yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.
sumber-sumber ini telah menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan
sempurna yang mengabdikandiri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaanNya

Mewujudkan pembangunan yang seimbang

pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali
penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. penekanan diberi kepada semua aspek
pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai
khalifah Allah di bumi ini.
pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya
tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut
ajaran agama Islam

Menekankan nilai dan keikhlasan manusia

Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat
memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal

Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam
kehidupannya

Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif

Pendidikan dapat mempertingkat daya pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat
menjalankan pelbagai pekerjaan

Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh

falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini
akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia.
dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan
mengetahui baik dan buruk tindakannya

Kesimpulan

Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai
kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam
adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk
mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji , menyedarkan manusia tentang
hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan
akhirat.
Tujuan khasnya , mengharapkan perubahan-perubahan yang berlaku , khususnya tingkah laku
melalui penurunan ilmu yang dilaksanakan secara sistematik.

Soalan 73: Huraikan faktor-faktor perkembangan pendidikan kerajaan Khalifah
Umaiyah abad ke-8

Pendahuluan

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat banyak kemajuan yang telah disumbangkan
menjadi tapak tamadun Islam yang telah diasaskan Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan
Khulafa ar-Rasyidin.
Kemajuan yang telah disumbangkan oleh kerajaan Bani Umayyah termasuklah bidang
pendidikan.

Isi-isi penting :

Faktor kemajuan yang dinikmati dalam bidang pendidikan didorong oleh:

1. Perkembangan kerajaan Bani Umayyah

Khalifah-khalifah Bani Umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar Islam dan
seterusnya mengembangkan pendidikan Islam

Contohnya, khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan (661-681M) telah Berjaya menakluk Rom,
Bukharan, Samarkhand, Sind, Kabur, Khyber, Afghanistan, Tiensan (Siankiang, China) dan
Afrika Utara seperti Tripoli.

2. Perkembangan ilmu pengetahuan

Khalifah-khalifah Bani Umayyah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu
pengetahuan. Mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi
menyatakan bahawa Khalifah Muawiyah akan membaca sepertiga malam untuk mempelajari
cerita-cerita bangsa Arab, dan peperangan serta cerita-cerita bangsa asing.
Usaha perkembangan ilmu dapat dilihat apabila Khalifah al-Walid menjadikan Bandar Khufah
sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid dan sekolah dibina dengan menekankan pengajaran
ilmu al-Quran, hadis, bahasa, geografi, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Ketika
inilah lahir bebrapa imam terkemuka seperti Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di
Iraq.

3. Perkembangan masyarakat Islam

Perluasan kuasa turut membawa perkembangan masyarakat Islam. Mereka bukan lagi terdiri
daripada orang Arab, tetapi berkembang meliputi bangsa Eropah, India dan China. Oleh itu,
perkembangan ini membawa kepada keperluan pendidikan Islam.
Selain itu, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada
zaman pemerintahan Bani Umayyah, iaitu :

4. Gerakan agama

Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama.
Berlaku dengan luasnya pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama bersemangat
melihat Islam gemilang di persada dunia telah memperkembangkan ilmu keagamaan.

5. Gerakan falsafah

Kemunculan ilmu falsafah sebagai satu bidang ilmu yang banyak menggunakan akal untuk
berhujah. Diwujudkan untuk melawan fahaman Yahudi dan Nasrani yang telah meresap ke
dalam masyarakat pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Cendikiawan Islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yang lengkap
dan mantap serta bukti yang kukuh.

6. Gerakan sejarah

Perkembangan ini sejajar dengan perkembangan ilmu keagamaan seperti ilmu al-hadis, sejarah
Islam dan lain-lain.
Perkembgan ini penting dalam menyediakanputera-putera khalifah memahami ilmu
ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi mentadbir Negara.

Penutup

Kemajuan pendidikan yang dicapai pada zaman Bani Umayyah ialah dari segi penambahan
institusi pendidikan dan perkembangan ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu falsafah, ilmu sejarah,
ilmu geografi, ilmu bahasa dan sastera, qira’at (cara-cara membaca al-Quran), ilmu tafsir, hadis
dan lain-lain.

Soalan 74: Huraikan perkembangan pendidikan kerajaan Khalifah Abbasyiah abad ke-11
hingga ke-12

Pendahuluan

Zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan
pendidikan Islam. Dasar pendidikan berteraskan wahyu al-Quran dan hadis manakala sumber
pendidikan berasal dari al-Quran dan hadis serta sumber ilmu dari luar seperti India, Parsi dan
Greek. Selain daripada ilmu keagamaan, ilmu lain ialah sains, perubatan, fizik, kimia, matematik,
geografi, falsafah, astronomi, falak dan sebagainya.
Pengajian pada zaman Bani Abbasiyyah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Peringkat
permulaan atau rendah, Peringkat menengah dan Peringkat tinggi

Isi-isi penting :

Institusi pendidikan

1. Masjid
Dijadikan tempat atau sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Selain itu,
diadakan juga Majlis muzakarah, iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama,
sarjana, ahli fikir dan lain-lain.

2. Istana

Khalifah telah menggunakan sebagai salah satu institusi pendidikan pada masa itu. Istana
khalifah dipenuhi dengan golongan cendikiawandan bijak pandai dan khalifah sendiri
merupakan seorang yang berpengetahuan dan cinta kepada ilmu pengetahuan.

3. Madrasah

Satu institusi pendidikan baru dalam era Bani Abbasiyyah. Namun merupakan lanjutan daripada
institusi sebelumnya dalam pelbagai bentuk. Madrasah juga dikenali sebagai sekolah-sekolah
tinggi yang ditubuhkan pada zaman pemerintahan Nizam al-Mulk.

4. Perpustakaan

Didirikan untuk membantu masyarakat Islam menuntut ilmu terutamanya di pusat pengajian
seperti masjid dan sekolah. Fungsi utama ialah tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik
dan belajar secara halaqah.

Perkembangan ilmu

1. Ilmu hadis

Pada abad ke-3 H, menyaksikan perkembagan ilmu mustalah hadis, iaitu satu ilmu yang
menyaring hadis-hadis sahih dan palsu dengan memeriksa peribadi perawi-perawi hadis sejak
mula meriwayatkan hadis sehingga ke akhirnya. Perkembangan ini membawa kepada penulisan
kitab-kitab musnad.

2. Ilmu kalam

Ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan kepercayaan keagamaan dengan bukti yang
meyakinkan. Di dalam ilmu ini dibahas tentang cara ma’rifat atau mengetahui secara mendalam
tentang sifat-sifat Allah dan para Rasul dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.

3. Ilmu tasawuf

Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah yang ke-3, lahir tokoh tasawuf seperi Rabiyah al-
Adawiyah yang mempopularkan fahaman hudd atau cinta kepada Allah. Pada peringkat ke-4,
Abu Mansur al-Hajjaj telah dijatuhkan hukuman mati kerana fahaman pantheisme.

Pertumbuhan ilmu sekular

1. Ilmu falsafah

Pengajian falsafah sebagai satu ilmu dalam Islam yang dipelopori oleh Abu Ishak al-Khindi
yang mengarang berates-ratus buah kary meliputi aspek mantik, falsafah, muzik, matematik dan
lain-lain. Ibn Maskawaih terkenal sebagai ahli falsafah akhlak, melalui bukunya tahzibul akhlak.
Keraguan terhadap ilmu falsafah menyebabkan al-Ghazali beralih kepada ilmu tasawuf dan
Berjaya menguasai sebahagian besar pemikiran umat Islam dan Berjaya menggugat pengaruh
falsafah Yunani pada zamannya.

2. Ilmu sains dan perubatan
Ilmu sains dan perubatan turut mengkaji bidang biologi, zoology, fizik, geologi, matematik, serta
kimia yang banyak membantu dalam bidang perubatan pada zaman tersebut.

3. Ilmu sejarah

Kemahiran dalam ilmu hadis telah memberi manfaat yang besar dalam melahirkan ulama sejarah
yang Berjaya menghasilkan kajian yang teliti berasaskan fakta yang benar.

4. Ilmu alam dan geografi

Umat Islam tidak ketinggalan dalam ilmu geografi. Berasakan karya terjemahan Ptolemy oleh
Thabit bin Qurrah lahirlah buku Suratul Ard oleh Khawarizmi. Hasil daripada pengembaraan
ilmiah, umat Islam telah menghasilkan kitab geografi yang sangat bernilai.

5. Kesenian

Perkembangan ilmu seni dan budaya juga dapat dilihat pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyyah. Misalnya Firdausi menghasilkan karya epic yang agung iaitu Shah Nameh. Epic ini
mengambil masa lebih 30 tahun untuk disiapkan dengan pelbagai gambar raja dan pahlawan.

Penutup

Pada keseluruhannya, perkembangan ilmu pengetahuan semasa zaman Bani Abbasiyyah bukan
sahaja dalam bentuk keagamaan tetapi meliputi pelbagai ilmu lain seperti sains dan perubatan.

Soalan 75: Huraikan perkembangan dan faktor-faktor perkembangan Pendidikan pada
zaman khalifah umayyah pada abad ke-7 hingga ke 8

Pendahuluan

Pada zaman pemerintahan bani umayyah , terdapat banyak kemajuan yg telah di sumbangkan
menjadi tapak tamadun islam yg telah diasaskan oleh nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan
khulafa al-Rasyidin. kemajuan yang disumbangkan oleh kerajaan bani umayyah termasuklah
bidang pendidikan.
Isi-isi penting:

Perkembangan pendidikan kerajaan bani umayyah

Khalifah-khalifah bani umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar islam dan
seterusnya mengembangkan pendidikan Islam. Contohnya , khalifah Muawiyah bin abu sufyan
( 661-681M) telah berjaya menakluk Rom, Bukharan , Samarkhan , Sind , Kabur , kyber ,
Afghanistan , Tienshan (Sinking , China) dan Adrika utara seperti Tripoli .
Manakala khalifah abdul malik bin marwan (685-705M) berjaya menakluki negeri-negeri timur
seperti Khujah , Fhurukush , dan Khatal .
Khalifah al-walid bin abdul malik (705-715M) yang terkenal sebagai Balk, Sugh , Supania ,
Fargharah, Khawarizam atau Uzbekistan , India seperti Sind, Afrika utara sperti Mesir dan
pergunungan atlas, andalus seperti cordova dan teledo hingga ke china .
Khalifah-khalifah bani umayyah memainkan peranan penting dlm perkembangan ilmu
pengetahuan. mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi
menyatakan bhw khalifah Muawiyah akan menbaca smpai sepertiga malam untuk mempelajari
cerita-cerita bangsa arab , dan peperangan, serta cerita2 bangsa asing .
Usaha perkembangan ilmu pengetahuan dpt dilihat apabila khalifah al-walid menjadikan
Bandar kufah sebagai perkembangan ilmu . pada zaman khalifah umar bin abdul aziz (717-
702M) . kota kufah , Damsyik , dan basrah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu
pengetahuan islam.
Malahan, masjid dan sekolah dibina sebagai institusi perkembangan islam dengan menekankan
pengajatan ilmu al-quran , hadis , bahasa , geografi , sains , matematik , perubatan , dan
sebagainya .
Ketika inilah , lahir beberapa imam terkemuka spt imam abdul malik di hijjaz dan imam hanifa
di Iraq .

Faktor-faktor perkembangan pendidikan bani umayyah
Gerakan agama

Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama . Proses ini berlaku dgn luasnya
pda zaman khalifah umar bin abdul aziz.
Para ulama yg bersemangat melihat islam gemilang di persada dunia telah memperkembangkan
ilmu keagamaan .
Gerakan falsafah

Kemunculan ilmu falsafah sbgai satu bidang ilmu yg banyak menggunakan akal untuk berhujah .
Gerakan falsafah ini diwujudkan untuk melawan fahaman yahudi dan nasrani yg telah meresap
ke dalam msyarakat pda zaman pemerintahan bani umayyah.
Para cendiakawan islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yg
lengkap dan mantap serta bukti yg kukuh .
Gerakan sejarah

Perkembangan ini sejajar dhn perkembangan ilmu keagamaan spt ilmu al-hadis , sejarah
islam dan lain2 .
Perkembangan ini penting dalam menyediakan putera-putera khalifah memahami ilmu
ketatanegaraan , sistem pemerintahan , dan pentadbiran bagi mentadbir negara .
Penutup

Pemerintahan bani umayyah yg mementingksn pendidikan telah mempelbagaikan mata
pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain drpd ilmu agama spt fiqah , tauhid , tafsir al-
quran dan hadis , mata pelajaran lain yg diajar ialah ilmu hisab, sejarah, sastera , ilmu perubatan,
kesenian dan falsafah .
Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi abbasiyah, namun sistem
pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh utk perkembangan seterusnya .

Soalan 76: Huraikan faktor-faktor perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan
Abbasiyah.

Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi
asas untuk menggerakkan ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan
suatu proses yang berlaku sepanjang hayat
Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap
pemerintahan kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan
Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu keduniaan

Isi-Isi

1. Usaha dan galakan para khalifah

Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan
yang ulung iaitu Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab
dari daerah taklukannya seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk
majlis ilmu
Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan
kedudukan istimewa kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-
Rasyid dan al-Makmum menggalakkan kegiatan penterjemahan

2. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu

Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi
Penterjemahan yang pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90
orang murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi daripada pelbagai bahasa
diterjemah ke dalam bahasa Arab. Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-
tokoh dalam bidang tersebut

3. Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu

Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar. Abul Ali al-Hussein
ibn Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam
bidang falsafah dan perubatan. Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang
mengarang lebih kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya
bidang ekonomi. Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal
ehwal pemerintahan Bani Abbasiyah. Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah,
Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah

4. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik

Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai
pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan
moden didirikan di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-
lain. Pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah,
menengah, dan tinggi. Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah,
tafsir dan kesihatan. Di masjid diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama,
sarjana, ahli fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa
Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi
sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan
kemudahan fizikal pembelajaran. Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian
tinggi yang pertama bertaraf universiti. Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai
tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara
perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah, Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)

5. Sistem pendidikan yang tersendiri

Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau
rendah yang bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-
Quran, sirah Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah,
ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi
dan sebagainya
Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan
ilmu. Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan

6. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah

Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada
hasil tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan negara

Kesimpulan

Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah
mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun. Kedudukan guru mula mendapat tempat
dengan disediakan segala kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid
telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-masing
Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak
kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa

Soalan 77: Huraikan institusi Pendidikan pada zaman khalifah umayyah pada abad ke-7
hingga ke 8

Pendahuluan

Kemajuan pendidikan yg dicapai pda zaman pemerintahan bani Umaiyyah ialah dri segi
penambahan institusi pendidikan dan perkembangan sains , ilmu perubatan , ilmu falsafah ,
ilmu sejarah , ilmu geografi , ilmu bahasa, dan sastera , qira’at (cara-cara membaca al- Quran)
Pada zaman pemerintahan bani umayyah, terdapat pelbagai institusi pendidikan untuk
membolehkan perkembangan pendidikan dilaksanakan. Antara institusi pendidikan tersebut
ialah masjid, istana, kuttab dan halaqah.

Isi-isi penting

1. Istitusi Masjid

Merupakan institusi pendidikan utama yg bermula sejak permulaan islam . pemerintahan bani
umayyah telah mendirikan bnyk masjid spt masjid amawiyin (umawi) di damsyik , masjid di
kufah , basrah , dan fustat yg menjadi pusat oendidikan .

Pda zaman pemerintahan khalifah Khalid al-walid (705-715M) , beliau berusaha
mengembangkan ilmu pengetahuan dan menghapuskan buta huruf dalam kalanagn umat islam
dengan mendirikan masjid dan kuttab sbgai pusat pendidikan dan pusat ibadat di seluruh
wilayah islam .
Khalifah Khalid al-walid telah membina masjid amawiyin di damsyik yg mengambil masa
selama 8tahun . masjid ini telah dijadikan tempat ibadat dan tempat belajar kaum muslimin . di
dalam masjid ini terdapat halaqah atau kelompok2 yg dipenuhi dgn pelajar2 yg terdapat drpd
pelbagai mazhab.
Guru-guru diberi gaji dan ada yang berkhidmat secara sukarela. Kurikulum yang diperkenalkan
ialah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah seperti bahasa , kesusasteraan , ilmu hisab , dan
ilmu falak .

2. Institusi Istana

Pda masa pemerintahan bani umayyah , istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan
pendidikan . istana khalifah yg menjadi pusat pembelajaran ialah di damsyik , Syria . istana
khalifah dijadikan pusat pembelajaran dan tempat penyimpanan bahan2 bacaan yg ditulis dalam
bahasa yunani . bahan2 bacaan ini kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa arab .
Khalifah muawiyah bin abi sufyan sering mengundang para ulama dan cendiakawan ke
istananya bgi membicarakan ilmu sejarah bangsa arab, sejarah peperangan dan sejarah raja2
parsi , sistem pemerintahan dan pentadbiran .
Pendidikan di istana memberi tumpuan kpda putera2 khalifah dan anak2 pembesar diajar mata
pelajaran sejarah , kesusasteraan , ilmu pidato , tatasusila . dan moral , cara2 bergaul dgn
msyarakat dan rakyat jelata . kesemua mata pelajaran yg diajar ini adlah sebagai pengetahuan
dan pengalaman serta persediaan untuk menghadapi kehidupan bermsyarakat serta mjadi
pemimpin .

3. Institusi Kuttab

Terdapat 2jenis kuttab, iaitu untuk orang awam yg dikenakan yuran pengajian dan kuttab al-
sabil untuk kanak2 miskin dan yidak dikenakan bayaran yuran pengajian .
Pengajian di kuttab memfokuskan kpd pengajian al-quran dan asas2 ilmu agama bagi
persediaan untuk melangkah ke peringkat yg lebih tinggi yg lebih dikenali sbgai halaqah .

4. Halaqah

Pengajian halaqah diadakan di masjid. halaqah ialah satu sistem pengajian tradisional di mana
murid-muird berkumpul dlm bentuk bulatan mengelilingi guru dgn menadah kitab yg diajar .
jangka waktu pengajian tdk di tentukan tetapi semakin lama belajar , semakin tggi ilmu
seseorang itu . Pada kebiasaannya , pengajian halaqah dilaksanakan di peringat tinggi di mna
murid2 nya sudah mempunyai asas2 ilmu yg kukuh .
Pendidikan halaqah telah berkembang di negara2 islam yg lain termasuk nusantara .

5. Guru-guru yang Mengajar

Guru-guru yang mengajar diberi kepercayaan menyebarkan ilmu pengetahuan di institusi
pendidikan mempunyai pengetahuan yg berbeza-beza mengikut tahap pendidkan . Kuttab bagi
Guru-guru yang kurang pengalaman. Istana bagi Guru2 bnyk pengalaman dan ilmu

pengetahuan berbanding guru2 di masjid yang digelar muaddib. Mereka mengajar putera2
khalifah dan anak2 pembesar ilmu pengetahuan dan mendidik mreka dri segi budi bahasa ,
moral , dan sahsiah . Masjid tenaga Pengajar terdiri drpd golongan ulama yg terkenal.
Antaranya , Abdullah bin abbas , khatib al-baghdadi , dan Hassan al-basri, Abdullah bin abbas
merupakan ahli dalam bidang tafsir , hadis , fiqah , dan sastera. Beliau pernah menjdi guru
dimasjid al-haram pda zaman khalifah abdul malik bin marwan . Khatib al-baghdadi telah
berkhidmat di masjid amawiyin di damsyik pd tahun 456H. sebagai guru mata pelajaran al-
hadis . Hassan al-basri merupakan ulama fiqah dan usuluddin yg terkenal di Iraq . antara yg
pernah mjadi muridnya ialah wasil bin ‘Ata yg mrupakan pengasas mazhab Mu’tazilah .

Penutup

Pemerintahan bani umayyah yg mementingksn pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran
yg diajar di institusi pendidikan . Selain drpd ilmu agama spt fiqah , tauhid , tafsir al-quran dan
hadis , mata pelajaran lain yg diajar ialah ilmu hisab , sejarah , sastera , ilmu perubatan,
kesenian , dan falsafah .
Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi abbasiyah , namun sistem
pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh utk perkembangan seterusnya .

Soalan 78: Huraikan institusi pendidikan kerajaan Khalifah Abbasiyyah abad ke-11
hingga ke-12 .

Pendahuluan

Zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah 750-1258M dikenali sebagai zaman keemasan dan
kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu (al-Quran) dan
hadis, manakala sumber pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan hadis serta sumber
ilmu dari luar seperti dari India, Parsi, dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan, ilmu lain
ialah ilmu sains, perubatan, fizik, kimia, matematik, kimia, geografi dan sebagainya.
Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, institusi pendidikan ialah masjid, surau, kuttab dan
istana yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Isi-isi penting

1. Masjid

Masjid dijadikan tempat atau sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Selain
itu, di masjud juga diadakan majlis muzakarah, iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara
para ulama, sarjana, ahli fikir, dan lain-lain yang berkenaan dengan isu semasa. Contohnya,
Masjid al-Mansur yang didirikan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 145H di Baghdad
dan diperluaskan serta diperbaharui oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Mata pelajaran yang
disampaikan ialah ilmu hadis dan syair.
Pada tahun 383H/993M , Khalifah al-Qadir telah melantik seorang imam untuk memimpin solat
jumaat. Tenaga pengajar yang bertugas di masjid jamek akan dipilih dan dibayar gaji oleh
pemerintah. Bidang pengajian juga hendaklah mendapat kelulusan pemerintah. Khalifah al-
Qadir telah melantik Abu n-Najm Badr menjadi gabenor jajahan timur islam. Semasa

pemerintahannya, beliau telah membina 3000 kompleks masjid-khan atau kolej masjid
berasrama bagi menyediakan tempat tinggal untuk para pelajar. Institusi yang dibina
membolehkan penyebaran pengajian falsafah tabiie dan sains.

2. Istana

Khalifah telah menggunakan istana sebagai salah sebuah institusi pendidikan pada masa
itu. Istana khalifah dipenuhi dengan golongan cendekiawan dan bijak pandai dan khalifah
sendiri merupakan seorang yang berpengetahuan dan cinta kepada ilmu pengetahuan. Bagi
memperlihatkan cinta khalifah kepada ilmu pengetahuan, golongan cendekiawan dan bijak
pandai diberi pelbagai kemudahan menetap di Baghdad dan diberi perbelanjaan tetap dan
kedudukan istimewa. Contohnya, Khalifah al-Makmun yang merupakan seorang khalifah yang
cintakan ilmu pengetahuan tertarik dengan pengajian ilmu dan pengajaran sastera.
Beliau telah menghimpunkan setiap kitab dari daerah-daerah takhluknya seperti Syria, Afrika,
dan Mesir. Kitab-kitab yang dikumpul dan bermutu tinggi telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab. Oleh itu, istana kerajaan lebih berfungsi sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat
pemerintahan. Baghdad terkenal di seluruh pelusukdunia bukan sahaja sebagai ibu kota Dau-lah
‘Abbasiyyah dan kemegahan istana diraja malah menjadi pusat ilmu pengetahuan dan
kebudayaan yang termasyhur pada masa itu.

3. Madrasah

Merupakan institusi pendidikan yang baharu dalam era Bani Abbasiyyah. Namun institusi ini
merupakan lanjutan kepada institusi pendidikan yang sebelumnya dalam pelbagai bentuk. Faktor
pembentukan madrasah sebagai salah satu institusi pendidikan dan terpisah daripada bangunan
masjid ialah kerana suasana pengajian di masjid yang dipenuhi dengan perdebatan dan
perbincangan yang seringkali menyebabkan suasana bising dan menggangu peribadatan orang
lain. Selain itu, ketidakmampuan masjid untuk menampung jumlah pelajar yang besar dalam
bentuk halaqah yang ramai.
A. Shalaby menyatakan bahawa madrasah pada awalnya belum mempunyai kurikulum yang
seragam.kurikulumnya bergantung kepada kepakaran guru-guru, pandangan tentang
kepentingan sesuatu ilmu, dan hubungan dengan pihak yang membangunkan madrasah.
Madrasah merupakan institusi pendidikan yang menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran
untuk para penuntut ilmu serta menjadi model kepada institusi pengajian tinggi yang muncul
kemudiannya. Madrasah juga dikenali sebagai sekolah-sekolah tinggi yang ditubuhkan pada
zaman pemerintahan Nizam al-Mulk (456H-485H)

4. Perpustakaan

Perpustakaan juga memainkan peranan yang penting dalam memantapkan perkembangan ilmu
pengetahuan pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Perpustakaan didirikan bagi
membantu masyarakat islam menuntut ilmu terutamanya di pusat pengajian seperti masjid dan
sekolah. Fungsi utama perpustakaan ialah tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan
belajar secara halaqah.
Antara perpustakaan yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyyah ialah perpustakaan awam,
perpustakaan separa-awam dan perpustakaan persendirian. Perpustakaan awam adalah seperti
Baitul Hikmah yang merupakan perpustakaan pertama yang dibina di dunia islam. Perpustakaan

ini dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Perpustakaan Baitul Hikmah menjalankan pelbagai
aktiviti seperti pengkajian buku-buku, pengkajian ilmiah, dan disediakan sebuah tempat khas
untuk majlis perbincangan dan syarahan. Beberapa tokoh saintis termasuklah al-Khawarizmi
dan Hanayn bin Ishaq pernah berkhidmat di perpustakaan ini.
Manakala perpustakaan separa awam pula dimiliki oleh golongan khaifah dan raja.perpustakaan
ini bertujuan mencari kemasyhuran dan minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Keahlian
perpustakaan ini diterhadkan kepada gollongan berpangakat tinggi dan terkenal. Contohnya,
Ibnu Sina, tokoh perubatan yang terkenal dan dihormati dibenarkan memasuki perpustakaan
Sanianid setelah mendapat kebenaran khas. Contoh perpustakaan separa awam ialah
Perpustakaan al-Nasir Lidnilah, Perpustakaan al-Musta’sim billah, dan sebagainya.
Perpustakaan persendirian pula adalah seperti Perpustakaan Ibnu al-Khasysyab dan
perpustakaan sekolah.

Penutup

Kesimpulannya, pada zaman pemerintahan Bani Abasiyyah, institusi pendidikan terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu masjid, surau, madrasah, perpustakaan dan sebagainya.yang moden
dan lengkap didirikan di seluruh negara terutama di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan
lain-lain.
Di samping institut tersebut, pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi
pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Soalan 79: Huraikan perkembangan pendidikan dan institusi pendidikan Islam di Mesir
abad ke-8

Pendahuluan :

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah didatangi oleh Amr bin al-As,
salah seorang pemimpin yang diarah oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk memasuki dan
membuka negeri-negeri Syria dan Palestin untuk meminta izin membuka Mesir. Khalifah Umar
al-Khattab mementingkan ilmu pengetahuan yang berbentuk kerohanian dan fizikal. Beliau
mengingatkan Amr bin al-As agar mengajar anak-anak di Mesir berenang, menunggang kuda,
dan riwayat yang baik serta syair yang indah.
Hasil daripada arahan Khalifah Umar ini telah mengembangkan ajaran Islam serta keilmuan di
Mesir. Namun begitu, gerakan keilmuan di Mesir hanya tertumpu di kota Fustat dan kota
Iskandariah. Para sahabat nabi hanya memilih daerah Fustat (Kaherah) dan Iskandariah sebagai
tempat tinggal mereka. Selepas zaman sahabat dan tabiin, barulah orang Islam mendirikan
tempat tinggal di daerah lain dan tidak mendirikan masjid.
Hanya selepas Khalifah al-Makmun berjaya menghapuskan orang Kibti dalam pemberontakan
pada tahun 216H, barulah orang Islam menguasai Mesir sepenuhnya dan membawa ilmu
pengetahuan bercorak agama dan bahasa.

Isi-isi penting :

1. Perkembangan pendidikan

pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang mana guru-guru terdiri
daripada para sahabat. Sekolah ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para
sahabat. Para pelajar akan mempelajari ilmu hadis dengan menggunakan kaedah hafalan dan
menulis kembali hadis-hadis tersebut. Selain itu, mereka akan mengkaji al-Quran dan hadis serta
mengeluarkan hukum-hukum daripadanya. Dari sekolah ini, muncul beberapa ulama yang
terkenal seperti Sulaiman bin Aiter Al-Tujaibi dan Abdul Rahman bin Juhirah Abu Abdullah Al-
Khaulani.
Perkembangan ilmu semakin terserlah semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Khalifah Umar merupakan seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Pada zaman
pemerintahannya, beliau menggalakan kegiatan penulisan dan penyusunan dalam bidang ilmu
kalam, ilmu hadis dan usul fiqah. Malahan falsafah Yunani mulai meresap ke dalam bahasa
Arab dan kesusasteraan pada zaman pemerintahannya.
Di samping perkembangan ilmu bercorak agama, terdapat juga perkembangan ilmu bercorak
sastera. Perkembangan ini bermula selepas orang Arab tiba di Mesir. Kata-kata yang bernas dan
bernilai akan diambil seperti ucapan dan perutusan daripada Amr bin al-As. Masyarakat Mesir
juga diperkenalkan dengan syair dan puisi apabila penyair Arab mengunjungi Mesir
terutamanya pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Walaupun mendapat
pendedahan daripada penyair Arab, namun tidak ditemui penyair-penyair ulung dalam kalangan
orang Mesir sendiri. Sajak-sajak yang dihasilkan sama ada pada zaman Bani Umayyah dan
zaman Bani Abbasiyah oleh orang Mesir hanya ada dalam beberpa rangkap sahaja.
Kedai buku juga berfungsi sebagai tempat terpancarnya ilmu pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyah. Banyak kedai buku muncul di Mesir. Di kedai buku ini, para ilmuwan akan dating
berkumpul dan berbincang sesama mereka. Sekiranya terdapat buku-buku yang baik dalam
bahasa asing, mereka akan menterjemahkannya dan dijual kepada orang ramai degan harga yang
murah. Aktiviti ini telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu di Mesir.

2. Institusi pendidikan (masjid)

Masjid menjadi pusat kegiatan agama di Mesir. Kegiatan agama ini dijalankan secara meluas di
Masjid Amru Ibnul al-As di Kota Fustat. Kegiatan ini telah dipelopori oleh para sahabat yang
mengunjungi Mesir. Para sahabat berkumpul dan membincangkan serta mencatatkan hadis-hadis
mereka. Malah, ada hadis-hadis tersebut hanya diketahui oleh mereka sahaja.
Masjid Amru Ibnul al-As dijadikan pusat pengajian dan dikatakan terdapat sehingga 40
kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu
pengetahuan dan membuat kajian. Secara umumnya, kelompok pengajian yang berada di Masjid
Amru al-As bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al-Quran,
hadis, tauhid, fiqah, dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu
bintang, dan perubatan turut dipelajari. Antara 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat d
masjid ini ialah Kelompok Imam Shafi’e, Kelompok Al-Majdiah dan Kelompok Al-Shibiah.

3. Institusi pendidikan (kuttab)

Selain masjid, kuttab juga dijadikan sebagai pusat pengajian di Mesir. Kuttab ialah tempat
belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Kuttab menjadi tempat

bagi kanak-kanak untuk belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran yang diajar ialah al-
Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz diatas luh (papan batu). Guru-guru
akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada kanak-kanak dan kanak-kanak itu akan menulisnya
atas luh. Setelah itu, guru akan melihat tulisan mereka dan membetulkan sekiranya terdapat
kesalahan. Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran tersebut. Setelah
dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan dating semula kepada guru dan menghafaznya di
hadapan guru.
Selain itu, kanak-kanak di kuttab juga diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Di
kuttab, ilmu pengetahuan akan diberi secara percuma kepada semua golongan tidak kira kaya
atau miskin dan sama ada lelaki atau perempuan. Pembelajaran di kuttab dilakukan secara
berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan.

Penutup :

Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk keagamaan dan
fardu ain. Namun, ilmu fardu kifayah seperti prosa dan puisi, falsafah, ketuhanan dan perubatan
turut berkembang.

Soalan 80: Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

Pengenalan

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Pendidikan
menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat yang
penting. Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-
Khattab. Atas permintaan penduduk Mesir sendiri, Amru bin al-As telah dihantar bagi
menamatkan pemerintahan Rom yang kejam. Kejayaan Amru al-As memulakan era pertapakan
dan perkembangan agama Islam.
Terdapat beberapa institusi pendidikan yang dijadikan sebagai pusat pengajian Islam di Mesir.

Isi-Isi Penting
1. Masjid

Menjadi pusat kegiatan agama di Mesir. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengarahkan Amru
bin al-As, supaya mendirikan masjid dalam kawasan yang dikuasai kerajaan Islam. Peranan
masjid sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan dan institusi pendidikan. Masjid terawal
ialah Masjid Amru al-As, berkembang sehingga terdapat 40 buah kelompok majlis pengajian
yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Pengajian
tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain (al-Quran, hadis, tauhid, fiqah) dan ilmu kifayah (ilmu
hisab, ilmu bintang dan perubatan). Antara kelompok utama ialah kelompok Imam Shafie yang
dikenali juga sebagai ‘Zawiyah’. Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah,
yang diwujudkan oleh Majduddin Abu al-Asybal. Beliau telah menempatkan Abdul Wahab al-
Bahnasi di Mesir.kelopok al-Shibiah pula diusahakan oleh al-Sahib Muhammad Bin Fakhruddin.
Beliau telah menempatkan dua orang tenaga pengajar yang masing-masing daripada Mazhab
Shafie dan Maliki.

Masjid Ahmad bin Tolun, ramai ulama dan ahli fikah berkhimat sebagai guru. Kurikulum
merangkumi ilmu tafsir, hadis, fikah, membaca, ilmu hisab dan perubatan. Masjid awal yang
menjadi asas kepada terdirinya masjid tersohor di Mesir ialah Masjid al-Azhar, didirikan oleh
Jauhar al-Siqili. Masjid ini mempunyai ruang khas untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak
yatim.kemudahan penginapan juga disediakan. Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung
di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah serta dalam bentuk kuliah, para guru membaca,
menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan yang timbul
diajukan kepada seseorang guru dalam majlis halaqah. Para pelajar juga digalakkan menghafal
sesuatu pelajaran kerana melalui halafan pengukuhan ilmu pengetahuan dapat dimilki dengan
mudah.

2. Kuttab

Tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Tempat bagi
kanak-kanak belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan
menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz di atas luh atau papan batu.
Turut diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Ilmu pengetahuan diberi percuma dan
secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan.

3. Sekolah

Guru-guru terdiri daripada para sahabat. Menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh
para sahabat.
Pelajar mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali hadis.
Kesimpulan

Tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi umat Islam Mesir.
Contohnya kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang menjadi Universiti
al-Azhar
Pada keseluruhannya perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk ilmu fardu
ain dan ilmu fardu kifayah

Soalan 81: Huraikan Perkembangan Pendidikan dan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh
Abad Ke- 16 hingga Ke-17 Masihi

Pendahuluan

Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan
Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. Acheh turut memainkan peranan sebagai
pusat pengajian Agama Islam yang utama di Nusantara.. Institusi pendidikan islam di Acheh
merupakan institusi yang tersususn & terancang..
Pendidikan asas bermula di madrasah @ meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di
Rangkang ,dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di bale. Pengajian islam berkembang
dengan pesat merangkumi fiqah,usuluddin, dan tasawwuf. Pendidikan di acheh terbahagi
kepada lima peringkat :

Isi-isi Penting:

1. Madrasah atau meunasah

Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung. Para pelajar
diajar membaca Al-Quran, membaca & menulis huruf Arab ,dan belajar perkara asas dalam
islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam,
fiqah, ibadat ,dan akhlak.
Para pelajar dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama, iaitu Dinakan dike(zikir) atau
seulaweut(selawat) pd setiap malam jumaat. Kanak-kanak yg khatam al-Quran diajar beberapa
kitab agama yang di tulis dalam bahasa jawa dan acheh seperti kitab perukunan dan risalah
masail al-muhtadin. Sejarah islam diajar dengan cara bercerita.

2. Masjid

Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat islam. Merupakan pusat pendidikan
yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama
Beberapa masjid di naik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti masjid baiturrahman.

3. Rangkang

Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau
disebut pondok,pasantren, atau madrasah. Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil
mengelilingi masjid yang dijadikan asrama . Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung
kepada tahap ilmu yang dimiliki olh guru yg mengajar.. Pelajar yang pintar pada kebiasaannya
berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru
yang lebih mahir. Ada antara pelajar yang melanjutkan pelajaran ke makkah , india , dan mesir.
Rangkang yg terkenal ialah terletak di banda acheh barussalam. Banyak ulama terkenal dari luar
Negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah. Mata
pelajaran yang di ajar ialah fiqah ,ibadat ,tauhid, tasawwuf, sejarah islam, dan bahasa Arab.
Pelajar menggunakan buku-buku yg di tulis dalam bahasa melayu selain daripada buku bahasa
Arab. ilmu umum turut diajar seperti geografi, sejarah, dan matematik.

4.Dayah

Di Acheh, dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah Aliyah.
Hampibr setiap daerah Nanggore(negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di
masjid bersama rangkang tetapi kebanyakkan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid
dengan menyediakan sebuah balai utama,iaitu aula yang di gunakan sbagai tempat belajar
sembahyang. Pusat pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan islam tinggi
yang pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama yang menjadi pendakwah islam di
nusantara. Kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab
dari Arab
Dua jenis dayah,iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus
seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian,
ilmu pertukangan, ilmu perniagaan, dan sebagainya menurut syariat islam. Antara dayah yang
terkenal ialah dayah cot kala dan dayah teungku chik.

Mata pelajaran yang diajar di dayah teungku chik ialah bahasa Arab, fiqah, jinayat( hukum
pidana ) , fiqah munakahat( hukum perkhawinan ) ,fiqah duali( hukum tatanegara ) , sejarah
islam, sejarah Negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat, tasawwuf, akhlak, ilmu falak, tafsir,
hadis, dan sebagainya. Menurut Beaulieu (pengembara perancis ) yang mengunjungi Acheh
pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran islam yang berkembang sejak sekian lama telah
dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.

5. Jamiah/universiti baiturrahman

Masjid baiturrahman dinaik taraf menjadi jamiah / universiti baiturrahman. Sultan Iskandar
Muda Makhota mendirikan masjid baiturrahman yang digunakan khas untuk dijadikan tempat
menuntut ilmu. Terdapat 17 dar ( fakulti ) seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis, fakulti ilmu
kedoktoran, fakulti ilmu kimia, fakulti pertanian,fakulti peperangan, dan lain-lain.
Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan Negara islam yng lain
seperti Arab, Turki, Parsi, India, dan lain-lain. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda
Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607-1636), terdapat 44 orang guru besar di Jamiah
baiturrahman.

Penutup

Kewujudan institusi pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual islam
seperti syeikh Nuruddin Al-Raniri, Abdul Ra’uf Singkel, Hamzah fansuri, dan lain-lain
Kesannya telah membantu perkembangan agama islam di nusantara.

Soalan 82: Huraikan Faktor-faktor kemunculan Acheh sebagai pusat ilmuan Islam pada
abad ke-16M

Pendahuluan

Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerap ilmu pengetahuan sama ada secara teori
atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang imdividu dalam menempuh
kehidupan yang semakin kompleks.Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses
yang berlaku sepanjang hayat iaitu bermula daripada dalam buaian hingga ke liang lahad.
Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa
mengira jantina,kekayaan dan warna kulit.Acheh berkembang menjadi pusat ilmuan selepas
kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.Terdapat beberapa faktor yang
menyebkan Acheh muncul sebagai Pusat Keilmuan/Pendidikan Islam pada abad ke-16.

Isi-isi penting

Peranan pemerintah

Mempunyai inisiatif mengembangkan ilmu pengetahuan. Istana dijadikan Pusat pengajian Islam
terutamanya untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan. Memberikan galakan dalam bidang
intelektual Islam seperti menubuhkan Balai Gadang yang dianggota oleh para ulama.

Antara sultan yg trkenal ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar thani
Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

Peluasan wilayah membolehkannya muncul sebagai perdagangan
Pemerintah memberikan tumpuan kpd perkembangan system penddikan dan intelektual
Hubungan diplomatik

Hal ini telah membawa kpd kemasukan kitab agama dan para ulama
Kemudahan dan perlindungan kpd para ulama luar yg menetap di Acheh spt Muhammad al-
Yamani
Kewujudan pelbagai system pendidikan

Kewujudan tiga peringkat pendidikan yg sistematik
Ia menjadi tumpuan penduduk di Nusantara sehingga digelar ‘serambi makkah’
Peranan ulama luar

Sheikh Abdul Qadir,Nuruddin al-Raniri bnyk membantu prkembangan pndidikan dan intelektual
di Acheh.
golongan ini mnjadi tnaga pengajar di Jamiah Bait al-Rahman dan mnghasilkan karya yg brmutu
trmasuk karya sastera brcorak tasawuf
Kelahiran ulama tempatan

kesan daripada prkmbangan system pendidikan di Acheh mghasilkan penulisan brcorak
keagamaan,politik dan sejarah
antara tokoh yg trkenal ialah Hamzah Fansuri,Shamsuddin al-Sumaterani dan Bukhari al-Jauhari
Peranan bahasa Melayu

Berfungsi sebagai bahsa penulisan intelektual dan mencapai tahap ligua franca
Ia menjadi asas perkembangan tulisan jawi srta membolehkan karya dari Asia Barat
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
Iklim intelektual yg bebas

Ia telah menggalakkan polemic dan menyuburkan ilmu pengetahuan
Berlakunya polemic antara fahaman Wahdatul Wujud dgn Wahdatul Syuhud
Kejatuhan Melaka

Membolehkan Acheh mengambil alih peranan Melaka bukan shj pusat perdagangan ttp pusat
pendidikan Islam

Kesimpulan

Perkembangan Acheh sebagai pusat pendidikan bermula Portugis menjajah Melaka pada tahun
1511,hal ini menyebabkan Pusat pendidikan Melaka telah diambil alih oleh kerajaan Acheh.
Munculnya Acheh sebagai Pusat Ilmuan disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor ini telah
menyebabkan Acheh semakin berkembang sebagai pusat pendidikan Islam malah pusat
Perdagangan yang telah mengantikan Kerajaan Melaka.

2.3 PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

Soalan 83: Bincangkan perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Abbasiyah abad
ke-11 hingga abad ke-13 M.

Pendahuluan

Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu
ilmu naqli(revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational
sciences). Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang
daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa benar. Ilmu naqli merupakan ilmu
yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannya diperturunkan kepada para
sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syar’iyyah yang mana meliputi tafsir al-Quran,
ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di
jelaskan oleh baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa
Nabi Muhammad masih hidup. Namun selepas kewafatan baginda, tugas mentafsir al-Quran
telah disandang oleh sahabat baginda yang alim dan dipercayai seperti Ibnu Abbas. Selepas
zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabi’in dan seterusnya para
ulama. Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad
ke-13 masihi.

Isi-isi Penting:

1. Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli
pada masa itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam
usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada
pembangunan ilmu aqli.

2. Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk
bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam
penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada
tahun 1067 m. Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.

3. Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi.
Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.

4. Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak.
Terutamanya melalui karyanya Tahzibul-Akhlak.

5. Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah
Yunani telah mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di
peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau
menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.

6. Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau
merupakan ahli dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation
(persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang
geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.

Penutup

Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga
abad ke-13 lagi.

Soalan 84: Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman kerajaan Abbasiyah abad
ke-11 hingga ke-13 M.

Pendahuluan

Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak pemerintahan
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai zaman kemuncaknya ketika pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun. Meskipun kerajaan ini melalui era kemerosotan pada zaman pemerintahan
Bani Buwaih dan Bani Saljuk, namun peranannya dalam bidang ilmu tetap utuh.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ilmu akli (bukan agama) telah mengalami
perkembangan yang membanggakan berikutan kelahiran ramai tokoh ilmuan yang unggul dalam
bidang-bidang tertentu.

Isi-isi penting

1. Pada tahap ketiga pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ia berada di bawah kekuasaan Bani
Buwaih. Pada zaman ini, telah muncul ahli-ahli fikir terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina, al-
Biruni, Ibn Miskawayh dan golongan pelajar Ikhwan al-Safa. Al-Farabi, Ibn Sina dan al-Biruni
merupakan ilmuwan terkenal dalam bidang falsafah. Manakala Ibn Miskawayh pula bukan
sahaja dapat menguasai ilmu falsafah tetapi juga merupakan seorang ahli sejarah yang
berwibawa.

2. Menjelang abad ke-11 M, al-Istakhri merupakan tokoh falsafah yang turut terlibat dengan
aktiviti pelayaran, di samping juga merupakan seorang ahli ilmu bumi. Sementara a-Nasawi
pula menyumbangkan kemahirannya dalam bidang matematik dengan memperkenalkan huruf
(angka) India ke wilayah Arab.

3. Pada zaman kekuasaan Bani Saljuk (1055-1199 M) pula, perkembangan kedua-dua ilmu ini
agak ketara dengan terdirinya Universiti Nizamiyah dan Hanafiah serta cawangan-cawangan
Universiti Nizamiyah pada setiap kota Iraq dan Khurasan. Penubuhan institusi ini penting
kerana ia telah Berjaya melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu akli.

4. Hujjat al-Islam yang terkenal, iaitu Imam al-Ghazali merupakan individu yang pakar dalam
ilmu akli. Beliau telah menghasilkan karya Tahajut al-Falsafah. Beliau juga merupakan antara
ahli falsafah yang unggul dalam sejarah perkembangan falsafah islam.

5. Umar al-Khayyam pula bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah beliau juga mahir dalam
bidang algebra dan geometri. Kehebatannya dalam bidang matematik menyebabkan Malik Shah
Jalal memerintahkannya supaya memperbaiki sistem takwim.

Penutup

Perkembangan pesat dalam ilmu aqli ini pada zaman kekuasaan Bani Saljuk bukan sahaja
disebabkan oleh kemunculan tokoh ilmuan, tetapi turut dibantu oleh peranan pentadbir seperti
Nizam al-Mulk (Perdana Menteri), yang sentiasa bersama dengan pemerintah seperti sultan


Click to View FlipBook Version