Aku pun sedang tak sedap hati tentang kemunculan Adam Nuh. Makhluk yang paling
tak ingin aku jumpa. Ditambah reaksi orang sebelahnya ni yang otak aku buat spekulasi dia
dah tahu. Spekulasi yang kena disahkan oleh mulut dia sendiri. Itu jawapnya aku kena tanya
sendiri.
“Yayang…”
“Hmmm.”
“I know there is something. Am I right?” Dia diam. Nampak rengkungnya bergerak-
gerak.
“Saya tak marah. Tapi saya nak dengar.” Matanya melirik sekilas. Aku tayang
senyum kecil. Mata lelaki ini kembali berpindah ke depan.
“Kalau sudi nak kongsi. Yang sarat akan ringan. Yang bergumpal akan terlerai.”
“And you also have something to share with me. Am I right?”
Pandai dia balas. Dah agak dah. Mesti pasal setan bertanduk tu.
“Sampai rumah baru kita cakap ye.”
“Noted.” Mataku kembali memandang ke depan. Tangan masih di ribanya. Macam
tak nak lepas aje. Memasuki Jalan Bangsar, fikiran tiba-tiba teringat sesuatu.
“Yayang…”
“Hmmm.”
“Nak minta beli something boleh tak? Lapar lagi laa.” Kepalanya menoleh seketika.
Riak wajahnya macam nampak bersalah. Mesti dia fikir sebab tindakannya tadi, aku tak dapat
nak menikmati makan tengah hari sepuasnya.
“Lapar?”
Kepala terangguk ala-ala Ash selalu buat. “Emmmmm.”
“Nak makan apa, hmmm? Name it, sweetheart.” Terus lebar senyumku. Bab makan
memang akan buat aku senyum.
“Dekat depan stesen Petronas sebelum lorong masuk ke rumah kita tu ada orang jual
rojak dengan cendol. Sedap tau.” Aku pusingkan kepala pandang dia. Dia pun pusing muka
tengok aku. Bibir koyak senyum lebar. Gerenti dia faham. Al-maklum bini dia ni kuat makan.
Lagipun aku tak kenyang makan tadi gara-gara si Irina punya pasal.
“Okay. I stop and buy for you.”
“Thanks, Yayang.”
Telunjuknya menekan pipi kiri. Laju aku jatuhkan bibir di situ. Upah. Seperti biasa.
Kalau tak mengusik aku macam ni, tak sah.
“I love you so much, sweetheart.”
“Same here.” Suara lembut berdesir ke telinganya usai bibir terlerai dari pipi lelaki
ini. Tubuh aku rapatkan. Kepala dijatuhkan ke bahunya. Tiba-tiba rasa nak buat macam ni
kat dia. Mahu membuang segala galau yang cuba singgah.
Aku bukan takut pada Adam Nuh. Aku cuma tak mahu dia tahu kewujudan Ash. Aku
tak mahu dia tahu apa-apa pasal kami. Aku tak mahu dia muncul dalam hidup kami. Aku tak
mahu kalau dia tahu pasal Ash dia akan cuba buat sesuatu. Macam yang pernah dia lakukan
dulu. Ash itu dosa yang dia cuba padamkan. Dosa yang cuba dinafikan. Dosa yang tak mahu
dia akui.
Harum tubuh di leher lelaki ini aku sedut rakus. Khayal. Terbuai.
“Kenapa ni, hmmm.”
“Nak manja. Boleh?” Memang tiba-tiba rasa nak manja dengannya. Mahu mendakap
tenang dan damai daripadanya.
“I am all yours, sweetheart. Nak buat apa pun boleh.”
“Buat apa pun boleh? Betul ni?” Akal nakal dan dan menjelma sambil tersengih-
sengih kat aku.
“Hmmm.”
“Nak gigit telinga boleh?”
“No.”
Laju suaranya terluncur. Aku gelak. Tahu dia memang sensitif yang tu.
“Tiup-tiup okey.” Makin galak aku usik dia.
“No.”
“Kata tadi semua boleh.”
“Not for that one.”
“Kenapa pulak telinga tak boleh?”
“Are you going be responsibility if we failed to reach home and end up on this car
behind seat at the roadside?” Aku angkat kepala mendongak pandang dia yang sedang
memandu. Seram pulak dengar. Tak memasal kereta ni tersadai tepi jalan. Nahi. Nahi. Kabi
Nahi.
“Serius?”
“You press the on button. You turn me on. You be the responsible person. I am the
victim.”
Amboi. Ayat pertahanan diri tuan professor memang win.
“Actually…I am okay. Behind seat is fine with me. Beside...this car is big enough for
both of us.” Senyum miang dia terjala.
Ciss!
“SWEETHEART…”
Tangan yang menarik tali pengikat telekung terhenti. Kepala berpusing. Dia yang
duduk di birai katil aku pandang. Sebelah tangannya menepuk ruang di sebelah.
“Come here.”
Tangan menarik telekung melepasi kepala sambil kaki menapak ke arahnya. Duduk
aku labuhkan di sebelah lelaki ini. Telekung di tangan aku lipat dan letakkan di tepi katil.
Dua tangan raup rambut dan sanggulkan. Aku perasan dia perhati aje apa yang aku buat.
“Rojak sedap?”
“Sedap.”
“Dah kenyang?”
“Emmm.”
Kepala mengangguk.
“Cendol manis?”
“Yayang…” Tangannya aku capai dan tepuk perlahan-lahan. Tahu yang dia sedang
berusaha untuk mulakan topik yang tergendala waktu dalam perjalanan balik tadi.
“Hmmmm.”
“Just talk. Or…just ask. I am ready. All ears.” Giliran dia balas genggaman tanganku.
Ditarik dan diletakkan ke riba.
“Marriage is a partnership, Not a democracy.”
Kepala boleh agak ke mana arah tuju ayat dia. Betul. Perkahwinan itu diikat dengan
ikrar janji. Aku dan dia. Kena setia. Jujur. Kena saling percaya. Tak ada rahsia. Tak apa. Aku
diam dulu. Biar dia bercakap pasal hal yang buat dia meletus tadi. Giliran aku tiba nanti aku
akan cakap. Tak ada yang perlu aku sembunyikan. Dia berhak tahu tentang Adam Nuh. Siapa
Adam Nuh. Kura tanganku dielus-elus.
“Layyin tu tau tak apa maknanya?”
Kepala mengangguk lembut.
“Tau.”
Tentulah aku tahu. Nama sendiri kan.
“Arwah abah saya pernah beritahu.” Aku senyum pahit. Tiba-tiba terbayang wajah
abah yang damai. Walaupun waktu tu aku masih kecil. Wajahnya tetap tak luput dari pita
kenangan. Terakam kemas diingatan.
Bibirnya tersimpul senyum. Aku balas dengan cebik. Dia ketawa kecil. Sebelah
tangannya nak ke bahu. Menarik tubuh rapat ke sisi.
“Lemah lembut.”
“Lemah lembut yang bertempat. Bukan setiap masa. Sepanjang masa.”
“Sebab tu kuat menjawab.”
Eh eh.
“Kurangkan menjawab.” Bibirku disentuh dengan telunjuk.
“Lebihkan mendengar.” Bibirnya kucup telingaku. Aku jauhkan muka. Tak suka
pulak dengar ayat dia.
“Stop describing me please. Takkan salah menjawab. Kenalah jawab kalau tak betul.”
Wajahku spontan ditarik rapat. Tak sempat nak mengelak.
“Ummm…ummmm.” Aku tolak perlahan tubuhnya.
“Suka betul buat serang hendap macam ni kan. Bagi la salam dulu.” Pecah gelaknya.
Aku tampar bahunya. Bahuku kembali dipaut kemas. Satu kucup melekat di pelipis. Kalinya
kucupannya terasa lain. Luhur.
“You are my best half. Hayyin is not going to be better without Layyin next to him.”
Wajahnya aku kerling.
Best half.
Teringat perbualannya dengan ibu mentuaku dahulu. Bila dia sebut pasal hadis, aku
cub acari makna kata-katanya. Dan aku temui jawapannya. Cuma waktu tu aku anggap ia
kebetulan aje. Tapi benarlah aturan DIA. Hayyin tu pasti akan ditemukan dengan Layyin.
“Layyin dan Hayyin itu gandingan ke syurga.” Tanganku yang diriba berpindah ke
dada.
“Hayyin nak Layyin ada dengan dia kat syurga. Hayyin kena tegur kalau Layyin
tersalah lorong untuk ke Firdausi. Hayyin tak nak ulang silap dulu.”
Silap dulu.
Silap dia?
Silap apa?
Seketika hanya desiran angin dari pendingin hawa yang bergasak dalam ruang bilik
yang luas ini.
“Brianna. You heard that name just now.”
“Hmmmm.”
“Want to know?”
“If you want to share with me.”
Pelipisku dikucup sekali lagi. Suaranya diam seketika. Aku biarkan aje. Mungkin
sedang cuba untuk mencari cara terbaik untuk bercerita.
“Brianna is Irina’s cousin.”
Patutlah minah tu beria-ia. Sepupu rupanya. Kepalanya berpaling. Melekat ke
wajahku. Bibir lakar sejemput senyum.
“And…she was my ex-wife.”
Akhirnya!
Bab 36
“WHY YOU GUY SPLIT UP?”
Lama aku pendam soalan ni. Nak tau kenapa dia bercerai dengan Brianna. Penceraian
yang buat dia ambil tindakan drastik mengundurkan diri daripada AHZA Group. Langkah
memilih untuk sambung PhD si Amerika Syarikat dan bertukar haluan kerjaya dengan
menjadi pensyarah matematik sesuatu yang agak mengejutkan semua ahli keluarga. Itu yang
Kak Kay cerita padaku. Tapi kata Kak Kay, mereka semua hormat dengan keputusan lelaki
ini. Asal sahaja dia dapat lupakan kesedihan hati.
“I do not want to grow old with someone who don’t grow up.”
Cuba aku hadam dan fahami maksud tersirat lelaki ini. Tak matang? Kebudak-
budakan? Degil? Keras kepala? Kaki gaduh? Kaki melawan? Tak boleh tolak-ansur? Atau
suka bertindak melulu? Entah. Akupun tak tahu yang mana satu. Panjang pulak nanti senarai
yang keluar daripada dalam otak aku ni.
“There is a different between “the have” and “the have not”.” Tak sempat otak
berfikir jawapan untuk ayat yang tadi, dia lempar pulak ayat yang lebih berselirat. Ahh.
Malas la nak fikir. Tanya aje la terus.
“What?”
“Arrogantness.”
“Brianna macam tu ke?”
“It is truth. But not the whole truth.”
Berbelit lagi. Hmmm. Tuan professor kan. Kaya dengan perbendaharaan kata yang
kau pun sakit kepala fikir nak cari jawapannya Reda aje la Fatin.
Tapi kan…apa yang betul dan apa yang tak betulnya. Kalau dari ayat dia apa yang
aku faham bekas isteri dia si Brianna nasi beriani tu sombong namatee. Tapi kan… macam
mana dia boleh kahwin dengan perempuan sombong namatee tu ek?
Hesy. Kenapalah aku sibuk nak tahu hal rumahtangga dia yang dulu ni haa. Bukan
urusan aku kan. Kau ni dah kenapa Fatin? Sebelah tangan ringan aje nak naik ke pelipis
“Is family arrangement marriage.”
Macam tau tau aje apa yang ada dalam kepala aku ni.
“Brianna’s daddy was papa old friend when he did his master in State. We were been
introduced during her parent anniversary. Well…it was a planned introduction session
actually. Get us to know each other.”
“Dia mesti cantik kan?” Matanya menoleh padaku. Mengerdip lembut.
“You beat her.” Aku senyum. Tahu lelaki ini nak ambil hati aku aje. Kalau Irina
cantik, tentulah sepupu dia pun cantik. Ataupun sangat cantik.
“Brianna and me has no love commitment so we just give it try. It was a smooth
marriage in the beginning. Well…marriage is about accepting the beauty and beast of your
partner. I am not perfect too.”
Bicara terhenti. Senyap sunyi. Aku perhati sebelah tangannya naik bibir. Jari telunjuk
mengelus bibir. Mata turun ke dadanya. Berombak. Tak berapa laju. Tapi cukup untuk
difahami ada yang sedang mengganggu perasaannya. Sedaya upaya tidak memburukkan
bekas isterinya.
“She met someone during her work assignment in Dubai.” Aku tengok turun naik
dadanya makin pantas. “It’s continued. Behind me. Secretly. Until both was caught…by me.”
Terpejam mata lelaki ini seketika. Dapat aku bayangkan perasaannya ketika itu. Dapat aku
rasakan sakitnya. Lukanya. Pilunya. Isteri ditangkap berselingkuh dengan lelaki lain di depan
mata sendiri. Dengan tangannya sendiri.
“You can stop. I understand.” Tangan kami yang saling mendakap dan melekat di
dadanya aku bawa ke bibir. Kepala mengangguk. Nak dia faham. Tak perlu teruskan kalau ia
akan buat luka lama terhiris semula.
“Partnership mean no secret, sweetheart.”
“Your partner will understand. Some secret will remain secret.” Genggaman tangan
berpindah ke bibirnya. Dikucup.
“I want to share my secret with you. Please?” Mata melontar kelip. Senyum kecilnya
terjala.
“I was not a good husband. Bad husband. Workaholic. Neglected her. Careless
person. No sensible. Maybe…it was my mistake.”
“She claimed?”
Ini agaknya silap yang dia katakan tadi. Ada kala manusia tak nampak salah sendiri.
Tak mahu akui salah sendiri. Tak tahu bersyukur bila dikurniakan pasangan yang baik. Itulah
sifat buruk manusia. Ada suami pakej lengkap macam ni pun kena aniaya.
“My bad.”
“Her bad. This drop-dead handsome professor is mine now. Dia boleh main jauh-
jauh. Jangan nak dekat-dekat dengan my Hayyin. Kalau nak rasa kena mandi dengan air kopi
cubalah.” Dia gelak kecil sambil picing hidungku. Mesti dia faham apa yang aku maksudkan.
Kalau Irina cuba nak masuk jarum lagi, dengan dia aku mandikan dengan air kopi.
Si Brianna nasi beriani tu yang malang sebenarnya sebab lepaskan lelaki sebaik ini.
Orang cakap, kalau kita tak tau hargai apa yang TUHAN bagi, DIA akan ambil balik. Kalau
ikut daripada ayat si Irina tadi aku boleh teka yang Brianna si nasi Beriani tu nak kenen
semula dengan tuan professor handsome namatee ni.
Well…too bad.
Sorry, Brianna nasi beriani. He is mine. You can get lost.
“MY TURN.”
Aku naikkan dua kaki ke atas katil. Kaki kanan naik menindih lipatan kaki kiri. Dua
belah tangan aku labuhkan ke paha. Mata melirik pada dia di sebelah yang ikut membuka
sila. Sama macam yang aku buat. Nafas aku hela dalam-dalam. Terasa tangan kananku
ditindih tapak tangannya. Faham apa yang dia isyaratkan.
“I want to, Yayang.”
“I want you to know.”
“Okay.”
“The guy we meet at Abang Fahmi’s office.”
“Adam Nuh.”
“Yeah.” Kepala mengangguk. Liur aku telan walaupun payah. Mendengar namanya
umpama pisau yang menghiris salur darah. Darah merah yang pernah mengalir kerana
keiblisannya. Yang hampir-hampir meragut nyawa yang berada dalam rahimku.
“He is…”
“The John Doe. My Ash’s biological father.” Tangan kiri naik mendakap bibir.
Memang aku dah agak dia dah tahu.
“How do you spot?” Nak tahu juga macam mana dia tahu.
“His eyes on you. Deep inside. I see that. Your look on him. Full with…fear. I can
sense that. Are you afraid of him?” Orang bijak ni tajam mata dan tajam penglihatannya kan.
Hela nafas terhempas.
“Saya cuma takut dia tahu pasal Ash. Takut dia apa-apakan Ash.” Wajah bimbang tak
mampu aku sorokkan. Memang inilah satunya perkara yang aku takutkan.
“Over my dead body. He come after my son; he needs to face me first.” Tangan
kananku di paha digenggam erat. Penzahiran kata janjinya.
“Dunia ni kecil dan sempit aje kan?” Bibir tarik senyum pahit. Itulah hakikatnya.
“Punyalah saya harap takkan jumpa lagi Adam Nuh sampai bila-bila. Tapi
ketentuanNYA tiada sapa yang mampu elak. Seperti kata ustaz-ustaz yang selalu saya tengok
di tv tazkirah mereka.
Bersangka baiklah dengan TUHAN dan TUHAN akan bersangka baik dengan kita.
Mungkin TUHAN nak tunjuk kat dia yang Ash hidup bahagia dengan mama dan abah dia
yang sangat sayangkan dia. Kan, Yayang?”
Bibir humban senyum paling manis. Aku tak nafi dulu aku benci pada lelaki itu.
Benci sebenci-bencinya. Sangat-sangat benci sampai aku sumpah dia. Macam-macam yang
aku sumpah. Tapi itu aku Fatin yang dulu. Fatin si tolol yang fikir benci dan dendam juga
sumpah maki akan buat hati tenang. Tak pun. Sikitpun tak. Makin berat. Makin sakit.
Dan masa la ubat yang paling mujarab pada segala rasa itu. Ubat itulah yang aku sapu
pada kebencian yang ada di hati. Yang aku rawat dan balut dengan keinsafan di jiwa.
“Memaafkan tu tak mudah. Payah. Berat. Tapi itulah penawar yang paling berkesan.
Dulu saya pernah tengok satu filem. Ada dialog dalam filem tu yang saya ingat sampai
sekarang.”
“Care to share?” Bibir sulam senyum kecil.
“Memaafkan itu seperti memberi satu ruang kecil yang bahagia dalam hati kerana
bahagia itu bermula dalam hati. Letakkan benci itu di situ. Ia akan pudar dan hilang. Ruang
kecil itu akan ditutupi bahagia semula.
Apa guna ada rumah besar tapi hati tak bahagia. Apa guna kaya dan mewah tapi hati
tak tenteram. Manusia boleh bina rumah…bina istana. Tapi tak boleh bina bahagia kalau
rumah dalam hati tak bahagia.” Aku tatap wajahnya.
“Kita mungkin tak boleh lupakan apa yang pahit yang dah jadi dalam hidup kita
sebelum ni. Tapi pahit tu kalau kita hirup dengan tawakal, dengan berserah pada DIA, rasa
pahit itu pasti berganti manis. DIA takkan menduga hamba-NYA dengan apa yang tak
mampu ditanggung.”
Tubuhnya dipusingkan mengadapku. Aku ikut berpusing. Kepala lutut saling berlaga.
Dua tangannya didakap ke pipiku.
“I am blessed to have you, sweetheart.”
“Same here.”
“I love you, Layyin.”
“Same here, Hayyin.”
Tubuhku ditarik dalam pelukan. Dua tangan naik melilit lehernya.
Bab 37
TUBUH BERSANDAR di daun pintu. Dua tangan berpaut di daha. Aku perhatikan aje dia
baring di sebelah sambil bacakan Ash buku cerita. Tadi aku biarkan mereka berdua di bawah
menonton Didi and Friends. Bukan main riuh dia ikut bernyanyi. Suamiku pun sama naik.
Dah bertukar jadi budak-budak. Aku yang mengemas di dapur hanya ketawa dan
menggelengkan kepala.
Telinga boleh dengar mulut becok itu dah mulai surut rancak pertanyaannya. Mesti
dah mula nak hanyut la tu. Setiap malam, memang abahnya ini jadikan kemestian untuk
bacakan buku untuknya sebelum tidur. Katanya tanamkan minat Ash membaca sejak kecil.
Dekatkan dia dengan ilmu dan bahan bacaan. Biar minat itu tumbuh. Biar suka itu kembang
mekar.
Tubuh lelaki yang sudah hampir tiga bulan bergelar suamiku bangkit perlahan-lahan.
Selimutnya ditarik hingga ke paras dada. Bibirnya jatuh ke dahi dan kemudian pipi kiri serta
kanan Ash. Lampu tidur di kanan katil dimalapkan. Bohong kalau hati tak terkesan dengan
apa yang dilihat. Ini bukan pertama kali.
Rutin yang dia lakukan sejak aku dan Ash secara rasmi menjadi penghuni banglo ini.
Dan jika dia tiada kelas, dia yang ambil tugas mandikan Ash dan siapkan Ash. Jangan kata
jiwa perempuanku tak tersentuh melihat kasih sayangnya yang kudus buat Ash. Tak putus
doaku moga kasih sayang ini kekal hingga ke liang lahad.
Buku di tangannya diletakkan di rak buku di kiri katil. Memang dalam bilik Ash ni
dipasangkan rak buku yang punya macam-macam koleksi bacaan. Semuanya kerja suamiku.
Tuan professor kan. Haruslah ulat buku. Dalam bilik tidur kami pun ada rak kecil untuk
letakkan buku-buku yang dia nak baca sebelum tidur.
“Dah ti…” Bicara terhenti bila telunjuknya melekat ke bibir. Tanganku spontan naik
ke mulut. Bibirnya mencecah telinga.
“Your turn to hear bed time story.” Bibir mencebik. Yelah tu. Cerita lain yang dia
bisik kat telinga aku nanti adalah. Cerita seram. Dia senyum. Tanganku dicapai. Pintu bilik
Ash memang kami tak tutup. Bilik yang sudah dibina bersebelah bilik tidur utama ini
sederhana ruangnya tapi cukup luas buat Ash.
Melangkah masuk ke bilik dia terus tanggalkan kaca mata dan letakkan di meja ye.
Kalau membaca dia memang akan pakai kaca mata. Ash mula-mula dulu pun heran. Lepas tu
dia boleh cakap abah macam cikgu kat sekolah la. Terburai ketawaku. Aku masuk ke dalam
bilik air. Rutin sebelum tidur. Gosok gigi dan bersihkan muka.
Melangkah keluar mata dihidang dengan adegan t-shirt yang melekat ditubuh lelaki
ini ditarik melepasi kepala dan dimasukkan ke dalam bakul pakaian di hujung pintu bilik air.
Tubuh tinggi ni naik memanjat ke tilam. Uniform tidur lelaki ni memang seluar pajama aje.
Baju tak ada. Tak selesa katanya. Tak sejuk ke aku tanya. Dah la bilik ni aircond boleh tahan
sejuk.
“Well…I have a special heater now. So do her.”
Kalau tak buat aku merah muka memang tak sah. Sejak dah jadi teman sebilik ni lagi
sakan dia buat merah muka. Kaki menghala ke meja hias. Pelembap muka dicapai dan sapu
ke muka. Losyen J&J aku capai dan sapu ke sekitar lengan, leher. Dari biasan cermin aku
boleh nampak dia yang bersandar di kepala katil sedang memerhati. Dah biasa.
Waktu mula-mula dulu segan namatee jugak. Dahlah dia tenung tak lepas. Sekarang
ni aku dah boleh biasakan diri dengan renungannya. Dengan sentuhannya. Ikut nasihat dia.
“Be comfortable when I am with you. Be familiar with my touch as I am going to
touch you more…and more.”
Sebelah kaki aku naikkan ke kerusi. Losyen di tangan aku lumur di kaki. Diulang pula
kaki yang satu lagi. Tubuh kembali menegak. Botol losyen kembali ke tempat asalnya. Aku
pusing mengadap dia.
“Done?”
“Hmmm.”
“Come here.” Hujung duvet diselak. Isyarat suruh aku masuk dan baring di sebelah.
Tubuh melolos masuk. Tangannya naik ke rambut. Simpulan sanggul dileraikan. Aktiviti
wajib tangannya. Suka lihat aku lepaskan rambut. Jangan ikat tocang. Macam budak-budak.
Dia rasa diri dia tua bila tengok aku macam tu.
“Hmmm. Your J&J smell always drive me crazy.” Bibir mencecah telinga sebelum
melekat ke bahu. Dileret naik ke leher.
“Can’t beat your Acqua Di Gio.”
“Itu yang hidung sampai tersumbat. Tahan godaan.” Aku pusing kepala. Terkejut. Tak
sangka dia sedar pasal hal ni. Mati-mati aku ingat dia percaya alasan hidung tersumbat tu.
“You know?”
“Of course. I am super good at charmed a woman.” Bibir terjongket. Acah-acah
berlagak.
“Ramailah yang tergoda ye, tuan professor?” Geram pulak aku dengar ayat dia. Tapi
itu fakta. Entah sebelum aku kenal dia, dah berapa ramai perempuan yang terpikat dan
terpesona dengan lelaki ini. Yang tersungkur syok kat dia pun mesti ramai.
“Uncounted.”
Kan aku dah kata. Tapi ayat selamba berlagak dia buat aku tabah geram. Laju aje aku
siku rusuknya. Muka berkerut tapi ketawa lelaki ini terlepas bebas. Kuat. Laju aku tekup
bibirnya sambil jegilkan mata. Beri isyarat bibir hala ke bilik Ash. Dua tangannya melilit
bahuku.
“But it is not easy to charmed Fatin Iman Layyin.” Kucupan singgah di pelipis dan
kemudian jatuh ke pipi. “She is one in a kind.”
“Ala. Fatin tu biasa aje. Tak istimewa pun. Budak kam…”
“Ummmm…Ummmm.”
“Yayang!” Aku tampar dadanya. Kalau tak serang hendap bibirku sehari tak sah.
“Say it again and I will lock your lips till dawn.”
“Euwwww. Takutnya.” Aku gelak-gelak. Nafasku dicuri sekali lagi. Kali ini lebih
lama.
Tubuhku ditarik masuk dalam pautan dua kakinya dan bersandar ke dadanya. Dua
tangannya menyusup masuk dari belakang ke depan. Melilit kemas pinggangku.
“Tau tak kenapa abang suruh Ash panggil abah?” Abang tu bahasa panggilan untuk
diri dia sendiri. Dan juga bahasa yang aku gunakan kalau di depan keluarganya setiap kali
kami ke sana untuk acara makan tengahari dwi bulanan. Lima kali dah aku ke sana. Setakat ni
lidah masih berdisiplin. Tak terbabas lagi panggil Yayang. Mahunya nanti tersembur air yang
papa dan mama minum kalau dengar.
Kepala menggeleng.
“Saya tak tau.” Memang dulu nak tanya jugak. Apasal bukan papa. Daddy. Atau ayah.
Abah tu kan macam klasik untuk orang macam dia yang sangat moden.
“What did you call your late father?”
“Abah. Orang kampung biasalah panggil bapak dorang abah.”
“Sebab tu abang suruh Ash panggil abang, abah. Abang nak jadi orang kampung.”
Aku sengetkan muka. Pandang dia dari sisi.
“Jadi orang kampung?”
“Hmmm.”
“Kenapa nak jadi orang kampung pulak?”
“You always graded me as orang bandar. Claiming yourself as orang kampung. It is
not fair. I want you to look at me the same level as others. I feel isolated.”
Bibir mencebik dengan riak mengusik.
“Tak suka la ni? Merajuk?”
“Very much.” Dia buat riak merajuk. Comel sungguh!
Aku ketawa. Pipinya aku kucup. Sebelah tangan melekap di situ.
“Well professor Falah. You are a being a good orang kampung. A lovely abah. A
good husband. I am a lucky orang kampung.”
“Only good husband?”
“Hmmm.” Sebelah tangan naik memegang rahangnya. Aku pusing ke kiri dan kanan.
“A handsome husband.”
“Some more?”
“Sexy.” Sengaja tangan menjalar di dadanya yang terdedah. Bergerak-gerak membuat
pusingan. Sesekali buat dia sesak nafas seronok jugak. Selalu aku aje yang kena mana aci
kan. Pantas tanganku ditangkap. Ketawaku berderai.
“Hotttt.” Saje aku garaukan suara. Terbatuk-batuk dia. Sekali lagi aku ketawa.
Natijahnya puncak hidung kena picit.
“And.”
“And?”
“And you've got an awfully kissable mouth.” Keningnya terangkat. Aku kulum
senyum.
“Your words are the kisses but many of the times they don't taste so good as the touch
of your lips does to mine.” Wajahnya mendekat.
“Wanna taste it again?” Bibirnya mula melata ke pipi.
“A lecture or a tutorial?”
“You choose.”
“How about you? Which one you prefer, Mr Professor?” Mata saling bertaut.
Telunjuk digerakkan di atas bibirku.
“I choose a double XX versus XY tutorial class. Details. With classroom exercise.”
“Do you tooks coffee just now, Yayang?” Rasanya aku tak ada buat kopi untuk dia.
Kadang-kadang tu sesekali dia akan minta. Kalau dia kena buat kerja kuliah.
“No need. You are the caffeine, sweetheart.” Bibirku dipagut lembut. Dua tangan
naik melilit lehernya.
Tubuh dibaringkan. Bibirnya mula memanjat di leher.
Bab 38
LANGKAH kaki jadi perlahan bila dengar suara-suara bercakap di dapur kering. Lebih tepat
tiga suara lelaki yang aku kenal. Suamiku. Fazrul dan Abang Fahmi. Dan kenapa pulak pilih
dapur untuk berbual ni? Banglo papa ini punyalah banyak bilik. Kat luar banglo pun banyak
tempat.
“She is my wife. I know her better than both of you.”
Langkah kaki nak masuk ke dapur terhenti bila dengar suara suamiku sebut namaku.
Nasib baik sempat break. Pasal apa pulak tiba-tiba nama aku naik ni? Nada suara tuan
professor pun keras semacam. Rasa tak sedap hati. Niat nak ambil jus yang mama pesan dah
bertukar haluan.
Aku tegak menyandar di luar tembok yang memisahkan dapur kering dengan ruang
makan utama. Nasib semua belum ada kat situ sebab Kak Munah dan Bibik Kasmi tengah
siapakan hidangan untuk makan tengahari. Dapur basah agak terpisah dari dapur kering. Jadi
perbualan ketiga-tiganya tidak didengari Kak Munah dan Bibik Kasmi.
"You know me, bro."
"Yeah. World heavyweight champion of hypocrite."
Sekali lagi langkah terpasung. Terkelip-kelip biji mata. Suara suamiki jelas di telinga.
Ayat makan dalam sungguh. Aku yang dengarpun meriding bulu tengkuk.
"Excuse me?"
"You heard me. Loud and clear."
“FH…come on.”
Apahal dia orang bertiga tu? Kenapa libatkan aku?
“Bro…you listen to me.”
“You listen to me, FI. She is my wife. You go after her, you better come after me first.
You got that clear?”
“She is not good for you, bro. You know me, bro. I speak because I care. She is not
worth it.”
Sebelah tangan menekup mulut. Ayat adik bongsu suamiku bagaikan pisau yang
menghiris. Kenapa dia tiba-tiba cakap macam ni? Selama ini dia layan aku dengan baik aje.
Apa salah aku kat dia?
“Watch your words, FI. Don’t speak for the truth that you know nothing!”
“Hey! What happened to both of you!?”
“Why you jumped down my throat? He is accusing my wife. Put your feet in my shoes.
You will know what I feel.”
“Okay…apologize, bro. I am sorry. But seriously you don’t have to act like that to
him.”
“What do you expect haa. Just smile. Pretend deaf? You can touch me. But don’t
touch my wife.”
“Adam is not creating story, bro. Her mother won’t talk nonsense.”
“I heard his story too, FH. It is the truth about Fatin. Leave her. She brings a bad
image to our family. You can find someone better. You deserved a good woman.”
“Brings bad image haa? Fine!” Jelas getaran pada suamiku. Pasti dia sedih. Pasti dia
tak sangka abang dan adiknya sanggup cakap macam ni pasal isteri dia.
Yayang…maafkan saya. Sebab saya, awak kena hadap semua ini.
ALLAH.
Makin kuat aku pekup mulut. Mata terasa hangat. Sampai hati Abang Fahmi cakap
macam tu. Hina sungguh aku di matanya. Sampai hati nak pisahkan aku dengan suamiku.
Abang Fahmi tak tahu cerita sebenar.
FI…you tak kenal siapa Adam Nuh.
Kau memang setan, Adam Nuh!
Kau dan mak kau memang setan!!!
“Ash tu anak luar nikah.”
Terkelip mata. Jantung bagai direntap.
“Stop it, FI. Don’t you dare talk about my son. You do not know the truth about him.”
“That kid does not deserve to be your son, bro. He is just a trash. A trash, bro!”
“Pang!!!!”
Tak sanggup nak dengar lagi aku pusingkan tubuh. Jiwa dilapah-lapah bila anakku
dihina. Dikeji oleh insan yang aku hormat dalam keluarga ini. Kalau tak fikirkan aku berada
di rumah mentuaku dan dua lelaki itu anak-anak mentuaku memang aku aku serbu masuk
sekarang dan tampar muka masing-masing.
Hati rasa tersangat pilu dengan kata-kata kedua-duanya. Tubuh berpaling. Aku ingat
nak cari Ash di luar dan bawa balik. Tak sanggup nak pandang muka Abang Fahmi dan
Fazrul. Namun kaki terpasung bila susuk tubuh depan mata melontar pandangan. Bibir aku
kemam. Laju aku sapu pelupuk mata.
“Pa…papa. Bu…buat apa kat sini?” Senyum di bibir tua ini terhampar tenang. Dia
pun dengar sama apa yang aku dengar tadi?
“Come…”
“Haa?” Tersentak dengan kata-kata lelaki ini.
“Come, Fatin…ikut papa.” Kepala papa mengangguk. Walaupun hati enggan, tapi
jiwa tak tergamak membantah pada arahan lelaki yang sangat aku hormati ini.
“Dah habis berperang?” Suara bapa mentuaku yang tenang tapi sangat sarkastik buat
tiga pasang mata saling berpandangan. Tersentak disergah. Dan mata-mata mereka terkejut
bila lihat aku yang berada di belakang papa. Suamiku lontar pandangan sayu. Aku tunduk.
Tak sanggup nak pandang dia. Hati masih sedih dengan apa yang aku dengar tadi.
“All…reading room. Now.” Arahan tegas daripada bapa mentuaku buat ketiga-
tiganya bergerak keluar. Suamiku yang terakhir. Tanganku dicapai dari ditarik. Digenggam
erat. Bapa mentuaku ikut langkah kami berempat daripada belakang.
Pintu bilik bacaan ditutup. Langkah bapa mentuaku di hala ke sofa. Tenang dia
labuhkan duduk. Ciri seorang ketua yang sangat berkarisma. Kami berempat masih berdiri.
Tiada siapapun antara mereka bertiga yang berani duduk. Hormat dan gerun ketiga-tiga lelaki
ini pada insan bernama Tan Sri Zaharul.
“The kitchen conversation… I heard them all. So do my daughter in law.” Abang
Fahmi dan Fazrul pandang aku. Bahuku dipaut kemas oleh suamiku. Kepalanya disentuh ke
pelipisku.
“Shamed on both of you.” Kedua-duanya saling berpandangan.
“Fahmi…Fazrul. You both disappoint me very much.”
“Falah…you should punch both of them. Why don’t you do that, hmmm? A king will
do anything to protect his queen.” Terngandah semua dengar ayat yang baru keluar daripada
mulut bapa mentuaku. Aku sendiri terkejut giler. Tapi entah kenapa aku rasa nak peluk dia
kuat-kuat.
“That thing does cross my head, papa. Shall I proceed now?” Aku balas genggaman
tangannya. Tahu perasaan lelaki ini. Dia pandang aku. Kepalaku menggeleng. Karang ada
pulak yang diangkut naik ambulans.
“Fatin…come.” Pautan di bahuku dilepaskan suamiku. Kepalanya mengangguk.
Isyarat suruh aku ikut arahan papanya. Aku langkah ke depan dan labuhkan duduk di sebelah
bapa mentuaku.
“I want to make this clear. Especially to both of you. Fatin is the daughter in law to
me and this family. She deserved respect from the members of this family. Ash is the grandson
in this family. He deserved his status equally. Do I make myself clear? Fahmi? Fazrul?”
Kepala menunduk. Jiwa rasa tersentuh dengan kata-kata bapa mentuaku. Kata-kata yang
mencantas dahan pilu di hati.
“Crystal clear, papa.” Dua suara serentak bergema.
“You two.”
Telunjuk lelaki ni dihalakan pada Abang Fahmi dan Fazrul satu persatu.
“Before you accuse and judge my daughter in law based on those bullshit stories from
that idiot Adam Nuh, you should come to me first to clarify. I am still the head of this family.
And I know my family members very well. I never thought I have a dumbs son like both of
you. How long do you know that idiot and his mother? More than you know you own family?
Your own sibling?” Kedua-duanya saling menunduk. Tak berani angkat muka. Tak memasal
kena panggil bodoh depan aku.
“You want to know the whole stories about my daughter in law? Fine. I can show it to
both of you. I can show all the supporting records that I have about her. Stay here after this
session.”
Aku pandang bapa mentuaku. Sekali lagi dia buat kejutan. Dia kenal Adam Nuh.
Dokumen sokongan? Dokumen apa?
Dia senyum.
“Papa minta maaf. Papa siasat latar belakang Fatin sebelum kamu berdua kahwin.
Papa tak mahu ulang silap papa dahulu masa perkahwinan pertama Falah. Itu salah papa. Dan
sebab salah papa, Falah yang jadi mangsa.” Nafasnya dihela dalam-dalam. Suasana jadi
senyap seketika. Semua mata tertumpu pada lelaki di sebelah aku ini. Menanti dia sambung
bicara.
Pasti dia sedang mengenang kisah perkahwinan pertama suamiku yang dia atur. Tapi
malang putus di tengah jalan. Pasti dia sedang mengenang rasa bersalah pada suamiku kerana
meminta dia berkahwin dengan Brianna dulu. Brianna yang disangka baik namun rupanya
duri yang memamah hati anaknya secara diam-diam.
“Papa upah penyiasat persendirian untuk siasat tentang Fatin. Papa hanya tak mahu
Falah buat silap. Macam yang papa pernah buat. Tapi pilihan Falah ni…” Bapa mentuaku
pandang aku. Bibirnya jala senyum manis.
“Sangat-sangat mengagumkan papa. Kuat. Tabah. Cekal. Baik hati. Ibu yang
penyayang. Jadi papa faham kenapa Falah boleh jatuh hati kat menantu papa yang cantik ni.”
Aku pandang suamiku. Dia baling senyum. Aku dapat rasa dia tahu apa yang bapa mentuaku
lakukan.
“Fatin…”
“Ya, papa.”
“You tell me what should I do to the bastard name Adam Nuh. You name it.” Laju aku
pandang suamiku. Kepalanya mengangguk. Isyarat memberi aku buat keputusan sendiri. Liur
aku telan perlahan-lahan. Gaya cakap bapa mentuaku ini dah bunyi macam mafia aje. Seram
pulak aku. Ditambah riaknya yang tegas.
“Fatin nak minta izin papa untuk jumpa dan bercakap dengan dia di pejabat. Hanya
kami berdua. Fatin mahu bersemuka dengan dia. Fatin harap papa izinkan.”
Ya. Aku memang nak bersemuka dengan Adam Nuh. Nak tanya dia apa motif dia
cerita pasal aku pada Abang Fahmi dan Fazrul. Apa tujuan dia buruk-burukkan aku pada
dorang sedangkan aku tak buka mulut pun pasal hal yang dah lepas.
Kalau aku mahu boleh aje aku suruh tuan professor tu buat sesuatu lepas pertemuan
pertama dulu. Tapi aku pilih untuk diam. Tak mahu singkap silam yang dah lama aku
tinggalkan. Tapi rupanya aku silap. Adam Nuh tetap Adam Nuh. Setan tetap setan!
Diam aku jangan dicabar, Adam Nuh.
“Papa izinkan. Nanti papa suruh Reza uruskan.”
Kau tunggu aku datang, Adam Nuh.
“Terima kasih, papa.”
“Tak nak papa pecat dia? Upah gengster belasah dia? Pijak dia separuh mati macam
dia pernah buat pada Fatin dulu?” Aku pandang suamiku. Dia senyum pahit. Aku yakin dia
tahu. Dari hujung mata aku nampak Abang Fahmi dan Fazrul berpandangan sesama sendiri.
Kepala menggeleng perlahan. Bibir aku kemam. Lama aku diam. Suasana ikut sepi.
Tatkala aku angkat muka, empat pasang mata sedang memandang ke arahku. Bibir koyak
senyum kecil.
“Dendam takkan bawa kita ke mana-mana. Kejahatan bukan kejahatan balasannya.
Bukan tugas kita untuk balas. Serahkan pada yang lebih berhak. Fatin tak mahu ada apa-apa
urusan dengan dia waktu “di sana” nanti, papa. Fatin nak hidup tenteram dan damai dengan
suami serta keluarga kami. Itu aje.”
“This is why I permitted him to marry you. Because I know he deserve a woman like
you. This family deserve a good daughter in law like you. My Hayyin is only for a woman
named Layyin.” Senyum manis bapa mentuaku ini aku balas dengan riak yang sama. Mata
mencari wajah suamiku. Kenyitannya buat senyumku makin lebar.
SANGKAKU tiada lagi perkara yang mengejutkan jantung akan berlaku. Mana tau waktu
semua dipanggil ke meja makan utama, kemunculan Irina dengan seorang wanita yang sangat
cantik buat aku tertanya-tanya tentang siapa dia.
Hati dah berdetik. Macam boleh teka aje. Yang lain pulak aku tengok saling
berpandangan. Macam terkejut sangat-sangat. Reaksi yang menguatkan lagi rasa yang ada
dalam hati. Tapi suamiku buat macam tak nampak aje. Dia layan Ash berbual. Langsung tak
pandang.
“Afternoon all. Sorry I am late. Hope you guys don’t mind I invite Brianna to join us.
FI said it is okay. FH must really look forward to meet her. Right guys?” Suara mengada-
ngada Irina buat telinga aku macam tumbuh bulu aje. Sorang pun tak bagi respon kat dia. Bila
bertembung mata denganku cepat-cepat dia larikan mata dan terus tarik kerusi sebelah Fazrul.
Apa kes tu? Takut ke?
Mata menjelajah wajah perempuan yang masih berdiri di belakang Irina. Hmmm. Ini
rupanya si nasi Beriani tu. Betullah tekaanku tadi. Eh jap. Tadi Irina kata Fazrul cakap suami
aku mesti teruja nak jumpa si beriani ni. Sahlah ni akan buat marah suamiku membara balik.
Kepala aku kawal dari pusing ke sebelah. Nanti nampak sangat aku ni cemburu buta.
“Hai Falah dear. How are you? Do you miss you?”
Amboi. Ber dear-dear tu. Siap bertanya rindu dengan laki aku. Bukan main lagi kau
ye, nasi beriani. Sapaannya langsung tak diendahkan suamiku. Pandang dia pun tidak.
Agaknya malu sebab tak dapat respon suamuku lirik matanya terlempar kat aku. Tapi hanya
seketika. Macam tak nak pandang. Kerat jari dia tak tau aku ni isteri orang sebelah. Mesti
Irina dah cerita kata dia.
“Seat, Brianna.”
Suara bapa mentuaku yang sedikit tegas buat perempuan ini sedikit tersentak tapi riak
manis mukanya macam dibuat-buat.
“Thanks, papa.”
Papa? Aku perasan mak mentuaku pandang aku dengan riak serba-salah. Aku
senyum. Tak salahkan dia. Perempuan ini aje yang tak sedar diri. Ataupun sengaja buat-buat
tak sedar diri. Kerusi di sebelah Ash ditarik. Sengaja nak mengadap muka suami aku la tu.
Tak malu betul!
“Hmmm. Ini ke anak luar nikah yang you cakap tu, FI? Abang Fahmi pun baru tau
kan?”
Zap!
Aku kepal dua tangan diriba kuat-kuat. Senyum perempuan ini dihumban pada kedua-
duanya. Giliran aku pandang kedua-dua. Masing-masing menunduk. Daripada ekor mata,
aku lihat renung tajam suamiku naik tegak. Laju dia cari wajah Fazrul dan Abang Fahmi.
Silih berganti. Muka ketat dan tegangnya tak mampu nak disembunyi. Kedua-duanya jelas
serba-salah.
“Mind your words, Brianna. He is grandson.” Suara tegas dan keras bapa mentuaku
terlontar.
“Sorry, papa.” Riak pura-pura perempuan ni memang mengundang kaki aku aje.
“Falah dear…you tak tau ke wife baru you ni ada anak hasil zina? Teruknya perangai
wife you.” Dia baling senyum sinis kat aku. Rasa nak aje aku koyak-koyakkan bibir tebal dia.
Tangan aku genggam erat. Menahan rasa.
Ya ALLAH. Sabarkan hambaMU ini.
“Brianna!!!” Suara suamiku bergema. Tubuhnya spontan berdiri.
“Don’t you dare talk about my wife. You have no right to talk about her!” Laju aku
sambar tangannya. Pegang kuat-kuat. Takut jadi apa-apa pulak. Matanya jatuh pada tanganya
yang aku pegang. Bila mata kami bertaut, kepalaku menggeleng. Rengkungnya bergerak laju.
Pasti menahan marah yang menggila.
Melihat pandangan beberapa pasang mata yang terlontar kat aku, rasa nak menangis
pun ada. Malunya kena hina depan semua ahli keluarga mentuaku. Depan suamiku.
Meja jadi sepi. Sesepi-sepinya. Ash ikut terkelip-kelip. Kesian anakku. Pasti dia
tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sampai abahnya meninggikan suara.
Tubuh Ash suamiku sambar dan letak ke atas dukungan. Tanganku kemudian ditarik.
Perlahan-lahan tubuh bangkit. Kerusi aku tolak ke belakang.
“My wife admitted her wrong. She took responsibility for her sin. Do you do the
same, Brianna? Do you?” Wajah perempuan ini terkesima. Terkejut dengan pertanyaan
suamiku.
“Sleeping with other man while you are still other man wife are called zina too. A big
zina. So please look at a mirror before you judge others.” Tanganku ditarik.
“Come, sweetheart. Let’s go home. I lost my appetite seeing this big dirty trash at this
table.” Perempuan bernama Brianna ini terlongo. Terkelu. Terkejut gamaknya dengan
libasan sindir daripada suamiku.
“Sorry papa…mama. This is so galling. Nobody in this house have the right to
disdain my wife and my son. My family is my honour.”
Aku menundukkan kepala pada kedua-dua mentuaku tanda minta diri. Papa dan
mama mengangguk. Tanda faham. Kaki hanya mengikut langkah laju suamiku meninggalkan
ruang makan utama. Mata tiba-tiba panas. Sedih dengan apa yang berlaku hari ini.
Ya ALLAH.
Kuatkan kami untuk hadapi dugaan perkahwinan ini.
Kuatkan cinta kami untuk menempuh ujian ini.
Bab 39
BUNYI INSTRUMENTAL BERSULAM ALIRAN AIR DARIPADA TELEFON PINTAR
SUAMIKU mencecah telinga. Bunyi yang mengasyikan dari meja sisi katil buat kepala
terangkat. Orang sebelah elok berselimut sampai tutup muka. Sahih tak dengar. Dengan mata
yang masih terpejam aku angkat badan sedikit melangkah tubuhnya sambil tangan meraba-
raba ke meja sisi di sebelah katilnya.
Telefon pintarnya yang berada di tangan aku pandang skrinnya. Siapa pulak yang call
awal-awal pagi ni? Call la lewat sikit. Dalam pukul sepuluh ke. Hujung minggu kut. Mestilah
tuannya sedang bercengkerama dengan mimpi. Itu pun tak boleh fikir ke?
Mata terpicing kecil. Melihat nama papa yang tertera, Terbeliak terus mata sambil
tepuk mulut. Sorry, papa. Tak sengaja terkutuk. Terus aku sentuh skrin untuk menjawab.
Tubuh aku dudukkan di atas katil.
“Assalamualaikum, papa.”
“Waalaikumsalam. Fatin dah bangun?”
“Err. Baru bangun ni papa.” Sebelah tangan tutup mulut yang menguap. Hesy. Mata
ni pun. Pantang dapat peluang sambung tidur.
“Papa nak cakap dengan abang ke?”
“Falah dah bangun?”
“Lepas subuh tadi kami sambung tidur papa. Abang tidur lagi.”
“Tak apa. Biar dia tidur. Fatin tolong buka pintu gate ni dulu. Papa dengan mama ada
kat luar.”
“Haaa? Papa dengan mama ada kat luar?” Makin bulat biji mataku. Tubuh merangkak
laju turun dari katil dan menghala ke tingkap. Langsir aku selak. Ada dua buah kereta di luar
pagar rumah. Tak salah aku kereta yang belakang kereta papa tu kereta Abang Fahmi. Dorang
pun datang ke? Aduh. Nak hidang apa ni ek? Barang basah dalam fridge banyak yang dah
habis. Takkan nak buat cokodok tepung?
Orang kaya kut Fatin. Takkan sarapan makan cokodok.
Tu la.
Aduhai.
“Fatin?”
“Err…haa. Iye iye. Papa. Kejap Fatin buka pintu pagar.” Segala yang berkumpul
dalam kepala habis semua lenyap. Laju aku ke katil. Tubuh suamiku aku tepuk perlahan.
Selimutnya aku tarik ke bawah.
“Yayang…Yayang. Bangun.” Matanya terpejam-pejam. Perlahan-lahan kelopak
matanya terbuka. Kecil.
“Hmmm. Sweetheart, is still early. Come to bed.” Tubuhku cuba ditarik. Laju aku
pegang tangannya.
“Papa dan mama kat luar.” Terus terbuka luas matanya. Terkejut.
“What?” Kepala mengangguk. Mengiyakan.
“Saya turun dulu. Buka pintu gate. Bangun cuci muka okey. Lepas tu turun.” Pipinya
aku kucup dan tepuk lembut. Bergegas aku ke meja hias. Rapikan diri dan sanggulkan rambut
kemas-kemas. Belek muka kiri dan kanan. Lepas puas hati terus aku tarik pintu. Nasib dah
mandi dan tukar baju masa nak solat subuh tadi.
Pintu utama aku buka dan alat kawalan pintu pagar ditekan. Kaki menapak ke
halaman. Dua buah kereta menjalar masuk. Aku tekan semula alat kawalan di tangan. Pintu
pagar tertutup semula. Tubuh tegak. Menanti susuk-susuk tubuh daripada Maserati dan Lexus
melolos keluar. Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa mereka muncul tiba-tiba tanpa
beritahu.
Selepas kejadian di banglo papa tiga minggu lepas, suamiku seakan menjauhkan diri
dari keluarganya. Panggilan telefon daripada pihak keluarganya langsung dia tak jawab.
Akulah yang terpaksa jawab. Bi-month family lunch minggu lepas dia tak pergi. Kalau dia tak
pergi, jawabnya aku dan Ash pun tak bolehlah pergi.
Aku tahu dia masih marahkan Abang Fahmi dan Fazrul. Masih sakit hati dengan
tindakan Fazrul yang mengizinkan Irina bawa Brianna datang masa tu. Dan aku tahu dia tak
mahu nak bertembung mata dengan kedua-duanya. Takut nanti amarahnya Meletus lagi dek
kisahku dan Ash sampai ke Brianna. Aku pujuk juga. Tapi dia diam. Tak mahu balas apa-apa.
Aku tahu dia sayang aku dan Ash. Kerana kami, dia sanggup “berpatah arang” dengan kedua-
dua mereka.
Tubuh tunduk dan salam kedua-dua bapa dan ibu mentuaku sambil bertanyakan
khabar. Tubuhku dipeluk ibu mentuaku. Pipiku ikut dikucup. Aku perasan Fazrul yang
berdiri di belakang kedua-dua menunuk hormat padaku. Aku ikut buat aksi yang sama.
“How are you darling? I missed you so much.”
“Alhamdulillah. Fatin sihat mama.” Aku hulur tangan pada Kak Kay yang ikut sama
peluk tubuhku. Kepala menunduk hormat pada Abang Fahmi yang ikut menganggukkan
kepala. Jijie dan Jasmine hulur tangan. Aku peluk kedua-duanya.
“Ash dah bangun ke, Auntie Fatin?”
“Tidur lagi. Jijie.”
“Nak pergi kacau dia la. Boleh tak?”
“Hesy jangan.” Kak Kay laju menahan. Siap dengan aksi bulatkan mata. Jijie humban
muka cemberut.
“Ala mama. Rindu la kat Ash.”
“Ha’a la. Kakak pun rindu kat Ash comel.” Aku senyum dan gosok kepala kedua-
duanya.
“Tak apa, Kak Kay. Dah masa pun Ash bangun. Kejap lagi becok la mulut dia.” Aku
angguk pada Jijie dan Jasmine.
“Pergi la tengok Ash kat bilik dia. Auntie rasa dia bangun ni.”
“Yeayy. Thank you, Auntie Fatin.” Laju kedua-duanya berlari ke pintu utama. Aku
pegang tangan mak mentuaku.
“Jom la kita masuk. Boleh berbual kat dalam.”
Melangkah masuk ke ke dalam rumah, mata semua tertumpu pada susuk tubuh
berkain pelikat dan berbaju melayu yang sedang menuruni tangga.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Semua menjawab serentak. Suamiku tenang aje melangkah dan
mendekati papa dan mama.
“Papa…mama.” Tangan kedua-duanya dicapai dan disalami. Belakang tubuhnya
ditepuk bapa mentuaku. Tubuhnya berpindah pulak dalam pelukan ibu mentuaku.
“Falah merajuk kat mama ke ni. Tak datang ke sana.” Suamiku tak jawab. Bibir
dikunci. Kepala diangkat. Mata pandang pada semua. Fahmi dan Fazrul datang melulu dan
peluk tubuh suamiku.
“Bro…please forgive us.”
“We know we did big wrong to you and your family. Fatin…” Pandangan kami
bertembung. “…please forgive Abang Mie.” Abang iparku menunduk hormat. Fazrul di
sebelah pun sama.
“Me to, Kak Fatin. I am truly sorry for what had happened. It was my biggest
mistake.”
“Saya dah maafkan.” Kepala mengangguk pada kedua-duanya. Mengiyakan kata-
kata sendiri. Aku yakin papa dah ceritakan hal sebenar pada mereka. Pelukan kedua-duanya
di tubuh suamiku masih belum dilepaskan.
“Please forgive us,bro. We missed our FH very much.”
Aku lihat suamiku diam aje. Tak balas apa-apa. Aku faham hati lelaki ini. Luka di
hatinya sangat dalam. Lebih dalam daripada aku yang jadi subjek hinaan kedua-duanya hari
itu. Isterinya dihina di depan mata oleh darah-dagingnya sendiri. Sesuatu yang tak mampu
dia maafkan.
Ditambah pula dengan penglibatan mulut lancang Brianna yang melempar kejian
padaku dan Ash. Luka di hati lelaki ini makin dalam ditoreh. Saat dia angkat mata, renung
kami bertembung. Aku kerdipkan mata.
Memaafkan memang berat dan susah, Yayang. Saya tau. Saya faham. Tapi cubalah.
Ingatkan cerita saya dulu. Yang saya cerita dulu. Cubalah beri satu ruang kecil yang
bahagia dalam hati kerana bahagia itu bermula dalam hati. Letakkan benci itu di situ. Ia
akan pudar dan hilang. Ruang kecil itu akan ditutupi bahagia semula.
Cuba ye.
Maafkan dorang.
Air dicincang takkan putus, Yayang.
“Yeah. I missed too, idiots.” Pelukan ketiga-tiga kembali bertaut. Bersulam ketawa.
Aku senyum. Dia humban kenyit. Aku ikut membalas. Pelukan ketiga-tiganya terlerai.
Syukur aku panjatkan. Tak mahu mereka tiga beradik terputus ikatan akibat salah sangka.
“Duduk dulu semua. Fatin buat air kejap.”
“Papa ada breakfast request, Fatin. Boleh?” Kepala mengangguk. Jangan bapa
mentua aku ni mintak yang bukan-bukan sudahlah. Mana aku nak cekau. Mahunya aku suruh
encik suami pergi beli.
“Boleh, papa. Papa nak makan dan minum apa?”
“Actually, it is a request from all of us.” Abang Fahmi bersuara.
“Owh. Okey. Request apa tu, Abang Fahmi?” Makin berdebar pulak aku. Janganlah
dorang mintak yang pelik-pelik.
“Kopi O kaw best in town satu!”
“Cucur bawang bilis kucai dengan kuah cili terbaik di KL satu!”
Suara Fazrul dan Kak Kay yang bergabung buat ketawaku berderai.
“Siap, bos!” Giliran aku balas. Meledak lagi ketawa. Suamiku menapak mendekati
dan paut bahuku.
“Abang tolong.” Kepala menggeleng.
“Tak payahlah. Saya boleh buat sorang-sorang. Abang duduklah borak dengan dorang
semua.” Suamiku tayang muka batu. Muka tak ada talian hayat.
“Nak tolong jugak.”
Abang.” Suaraku menegah lembut.
“Biar aje tuan professor tu tolong, Fatin. Suruh dia potong bawang. Tengok dia
surrender ke tidak.” Ketawa bergema. Aku ikut ketawa dan melangkah laju ke arah dapur.
Suamiku ikut dari belakang.
“KENAPA cucur ni sedap sangat? Sayang letak apa kat dalam ni?”
Dah tiga keping masuk mulut dia. Upah tolong katanya. Pandai dan pantas juga lelaki
ini di dapur. Skil tersembunyi yang aku tak tau selama ni. Dia potong bawang, bersihkan ikan
bilis, cili merah dan kucai. Semua bahan dia tolong siapkan. Tepung pun dia tolong
masukkan dalam mangkuk. Aku cuma gaulkan dan tambah perisa dan kemudian goreng.
“Saya tiup-tiup. Hembus-hembus. Baca-baca sikit kat adunan tu tadi.” Aku buat muka
sungguh-sungguh. Dalam hati dah ketawa sakan. Ikhlas Batch cucur terakhir dalam kuali aku
angkat dengan letakkan atas tray untok toskan minyak. Dua pinggan besar yang dikeluarkan
tadi aku capai dan susun cucur yang ada atas tray. Sos cili yang memang aku dah siap buat
dan simpan dalam fridge aku tuangkan dalam tiga mangkuk comel.
“Hmmm. I didn’t know my wife is a witch.” Aku gelak sambil cubit pipinya.
“Baru tau ke, tuan professor? Slow!”
“You say what?” Matanya mengecil. Acah-acah marah. Marah la sangat. Aku suruh
tidur luar malam karang baru tau.
“Slow!” Aku tayang muka berlagak.
“Ummmmmm!”
“Yayang!” Laju kepala menoleh ke pintu. Nasib baik line clear. Bahunya aku tampar.
“Kalau orang nampak tadi?” Sengaja jegilkan mata.
“Nampak mean they saw we kissed. I am kissing my wife. Not a sin.”
Sabar ajelah. Selamba aje ayat tak bersalah. Yang merah muka dan hidung nanti aku.
Bukan dia. Siap bahagian cucur dan sos cili, aku capai dua teko yang direndam air panas dan
hulurkan padanya.
“Tolong Yayang, buangkan air dalam teko-teko ni kat sinki. Saya nak bancuh kopi.”
“Baca apa?”
“Jampi.” Aku gelak-gelak sambil sudu di tangan terus kacau kopi dalam teko. Kena
buat dua teko sebab ramai. Karang tak cukup pulak. Kopi aku kan best in town…hehehe.
“Jampi apa?”
“Siapa yang minum nanti dia akan teringat-ingat kat…” Sengaja aku gantungkan ayat.
Nak usik dia.
“Teringat-ingat kat…” Keningnya terangkat. Giliran dia gantungkan ayat. Kalau
professor tu ada aje cara nak balas balik. Aku sengih.
“Kat kopi laa, sayang.” Puncak hidung aku geselkan ke puncak hidungnya.
“Kopi tak apa. Jangan teringat-ingat kat tukang bancuh kopi. She’s taken. Over my
dead body.” Aku ketawa. Tak boleh blaah punya cemburu.
“Jom, Yayang. Tolong saya angkat semua ni ke meja makan.”
“Yes, madam professor. Your words are my command.”
“Euuuwww.”
Kami sama-sama ketawa.
Bab 40
“EH, YAYANG…BILA SAMPAI?”
Terkejut dengan kemunculannya. Pintu walk-in-closet aku rapatkan. Dia kata kat aku
semalam balik esok. Ni apasal malam ni dah terpacak depan mata? Kursus habis awal ke?
Pertanyaanku tak dijawab. Hanya langkahnya yang mara. Tangannya melilit ke bahu. Mata
mendongak.
“Yay…”
“Uummm…uummm.” Terbeliak biji mata. Sesak nafas. Serang hendap lagi. Untuk
entah kali berapa. Lupa dah aku. Tangannya di bahu berpindah ke bawah. Pinggang aku
dikunci kemas. Bibir terus dipagut. Tersepit nafas sekali lagi. Rakus bibir kena gomol. Geram
semacam pulak dia ni. Rindu sangat ke sebab dah seminggu tak jumpa aku.
“Itu denda.” Suaranya terburai usai bibirku dilepaskan. Tapi pelukan di pinggang
masih tak lepas.
“Sebab apa pulak saya kena denda?” Aku besarkan mata. Tak puas hati. Bibirnya
didekatkan. Tangan aku tolak muka dia menjauh. Menahan. Bukan boleh agak dia ni. Lilitan
dipinggang juga aku leraikan. Nasib baik dia lepaskan.
“Sebab buat abang rindu giler kat isteri abang yang comel ni.” Satu kucupan melekat
di pipi. Sekali lagi aku tolak mukanya. Tak ditahan, mesti melarat-larat. Pakaian Ash yang
berlipat tadi masih ada atas katil. Tak masukkan lagi dalam wardrobe.
“Kan kita video call tiap hari. Tiap malam, Yayang.”
“Tak sama.” Kening berkerut.
“Tak sama macam mana pulak, hmmm?”
“Tak boleh pegang. Tak boleh peluk. Tak boleh nak kiss…Tak boleh nak…” Mula la
tu.
“Okey. Stop. Saya tau.”
“Tau? Good. Jom.” Tubuhku diangkat.
“Jom?”
“Bayar hutang rindu abang.” Renungnya yang lain macam tu bukan aku tak faham
apa mahunya. Aku pun rindu kat dia. Siapa tak sayang laki oooi. Tapi sebab dah seminggu
tak menyakat dia, kenalah buat-buat blur. Muka suci murni embun pagi kena tayang kat dia.
“Kata balik esok?”
“Tomorrow is just a closing lunch. I can ignore. Not important.”
“Are you sure? I thought you always go by the book.” Sekali lagi cubaan untuk
menyakat dia. Tapi hakikatnya dia memang orang yang sangat menjunjung prinsip hidup
yang berperaturan. Tengok aje dulu bagaimana dia sanggup boikot keluarga sendiri bila aku
dan Ash dihina. Menggelupur semua turun mencemar duli ke banglo ini untuk minta maaf kat
dia dan aku. Jadi bila bila dia sanggup tak nak hadir pada acara makan tengah hari esok
sebagai acara penutup kursus aku heran jugak.
“Not with you, doll face. Rules no longer valid.” Kadangkala dia panggil aku dengan
panggilan ni. Comel katanya. Mata dia yang tak lepas merenung daripada tadi. Hmmm.
Rindu sangat ke tuan professor?
“Euwww.” Cubaan mengusik tak berjaya. Makin dalam renung dia kat aku. Meriding
bulu tengkuk.
“Why do you like to look at me like that?”
“Like what?”
“Like I am a crispy snack.”
Langkahnya mara setapak. Dan aku pulak undur dua tapak. Auch. Salah langkah laa
pulak. Terlupa pulak aku sekarang sedang membelakangkan walk-in-closet. Masa dia masuk
tadi aku sedang susun pakaian yang siap dilipat. Kaki dan tubuh sama-sama tersandar
belakang pintu kabinet pakaian ini. Tak nak tunjuk muka dah kalah, aku balas renung dia
dengan bersahaja. Haruslah kena tayang muka cool.
“Well, doll face.” Dua tangannya menekan di kiri dan kanan dinding walk-in-closet.
Mengunci tubuhku. Okey Fatin. Take a deep breath. A very deep one.
“You are more than a crispy snack.” Kepala mendongak sedikit. Posisi bahaya
sungguh. Kalau dia jatuhkan kepala, sah bibir dulu yang kena.
“Hmmm. Let me guess. Keropok lekor kan? Yang nipis atau yang tebal? Saya suka
yang tebal. Liat liat sedap. Kunyah lama sikit pastu baru telan. Baru boleh feel rasa dia.”
Sengih terhumban. Sebenarnya nak cover dup dap yang menggila kat dalam.
Pecah ketawanya. Dua tangannya melekat di pipi.
“You like it?”
“Very much.” Aku kenyitkan mata. Hmmm. Tetiba pulak tekak rasa nak makan
keropok lekor ni apahal. Malam-malam buta ni mana nak cari.
“Can I be that liat-liat keropok lekor? I really want to be bite…slowly…and slowly.”
Kenyitnya dia pulak yang terhumban.
Aku kena kunyah dia la ni kan. Mata nakal meliar ke batang tubuh di depan. Bahagian
mana nak baham dulu ek.
“Hmmm…the six packs look soo chewy.” Aku gelak nakal. Sebenar dah seram sejuk
pandang mata dia yang dah lain macam aje. Ala-ala helang nak terkam mangsa.
“Ummm…ummmm.” Dua tangan memegang wajahnya dan jauhkan dari
wajahnya. Tekak rasa lain macam tiba-tiba. Aku telan liur. Apasal ni? Kejap tadi rasa nak
makan keropok lekor sangat. Ni rasa macam loya pulak.
“What’s wrong?” Agaknya dia nampak muka aku lain macam. Kepala menggeleng.
“Sesak nafas. Ada orang lepas geram nak gomol bini dia.” Tak mahu dia risau canda
spontan terluncur dari bibir. Ketawanya pecah. Sedikit kuat. Dahi didekatkan. Saling melekat.
“Did you miss me?’ Suara garaunya berbisik di telinga. Rasa lain macam tadi
kembali mencanak. Aku salah makan ke tadi? Rasanya aku makan sama dengan Ash. Tak ada
pulak Ash tunjuk reaksi keracunan makanan. Elok lena dia tidur.
“Sweetheart?”
“Yes, I do.”. Bibir cuba senyum. Bertarung dengan loya yang melambai.
“What’s your favourite place to visit?” Kepala dah mula nak ting tong.
“Wherever you are.”
“I am in front of you now, sweetheart.” Dada turun naik. Tak boleh tahan dah. Mahu
bertabur kat lantai ni karang. Aku tolak perlahan tubuhnya.
“Sweetheart…kenapa ni?” Tanganku dicapai. Kepala menggeleng.
“Nak muntah.” Sebelah tangan tekup mulut. Peganganya aku lepaskan. Kaki berlari
ke bilik air.
“XX?”
Kepala menggeleng.
“XY.”
“Sure?”
“99%.”
“Reason?” Aku senyum meleret.
“Sebab masa Ash dulu pun saya ada rasa macam ni.”
“Rasa macam ni tu rasa macam mana?”
“Rasa nak gigit orang.” Bibir tayang sengih. Memang betul pun. Aku terpaksa gigit
anak patung yang Kak Neh belikan khas. Lain punya mengidam. Lunyai juga tangan patung
tu aku kerjakan. Lengannya aku capai dan dekatkan ke bibir.
“Habis dulu gigit siapa?”
“Teddy bear.”
“Abang beli teddy bear besar nak?” Kepala menggeleng. Siap dengan pakej bibir
mencebik. Tanda tak suka.
“Teddy bear dada banyak bulu laa. Geli.” Ketawa spontannya berderai kuat.
Kepalaku ditarik ke dada. Terasa rambut dikucup.
“Tak nak gigit keropok lekor?”
“Keropok lekor tak ada bau Acqua Di Gio.”
“Habislah abang kena baham.”
“Ala. Gigit sikit-sikit aje.”
“Tangan aje kan.” Kepala mendongak. Sengih lebarku bertembung dengan kerut
keningnya. Tangan melekap ke dadanya.
“Six pack pun nak jugak. Yang ni pejal. Berketul-ketul. Liat-liat. Sedap gigit.”
“ALLAH.” Tangannya melekat di dahi.
Giliran ketawa aku yang bergema.
Epilog I
MATA LELAKI INI bulat pandang aku yang bersandar di kerusinya.
“Close the door.”
“What?”
“Sejak bila hilang pendengaran ni, hmmm?” Gengus kasarnya terluncur. Serentak
daun pintu dihempas. Aku tak bagi apa-apa reaksi. Dia ingat boleh gertak aku dengan tunjuk
garang. Jangan mimpi!
“What the hell are you doing in my office?” Masih nak tunjuk lagak. Manusia yang
tak sedar diuntung ni memang nak kena.
“I am here to do my job. The job that I am good at.”
“Get o…” Telunjukku lurus ke depan. Mencantas mulut lancangnya. Mata
mencerlung tajam. Sedap aje nak halau aku. Dasar manusia tak sedar diri. Kalau aku nak,
petik jari aje. Sekarang juga AHZA boleh humban kau keluar dari bangunan ni tau!
“Watch your tone. Bear in mind who are you talking to. Where are your manners?”
Terdiam dia sesaat. Pasti dia faham apa yang aku maksudkan tapi masih tak lepas pandang
aku.
“Sit.” Mata aku junamkan pada kerusi di depan. Silap orang dia nak kurang ajar
dengan aku. Dulu bolehlah kau pijak aku. Hari ni giliran aku “pijak-pijak” kau pulak.
“I say sit…or I make you.” Langkahnya menapak ke depan. Leher kerusi hitam
ditarik. Riak tak puas hati memang tak boleh nak sorok. Tapi aku peduli apa!
Melihat lelaki ini, aku teringat pada kata-katanya dahulu. Kata-katanya yang
memakan diri sendiri. Dia lupa yang TUHAN itu Al-Hakam dan Al-Muqsit. Tiada apa yang
akan terlepas dari hukuman dan pengadilanNYA.
“I want to tell you my decision.” Bibirnya menguntum senyum mengejek.
So…have you decide? Option 1 or 2?”
“Leave this family dan leave your husband. Or leave that boy with me. Permanently.”
Giliran aku baling senyum mengejek sambil menggeleng kepala.
“Naa.” Telunjuk aku goyang. Matanya mengecil.
“I go for the third option.”
“There is no third option.”
“My option, fool.” Riaknya tersentak. Terkejut sebab aku panggil dia bodoh. Memang
dia bodoh. Bodoh nak mampus!
“Listen carefully. I will go after you. I will sue you for the blackmail. The threaten,
the untrue story. This time…I will come after you until I get your surrender.” Sengaja nak
gertak dia. Jangan dia ingat senang-senang boleh nak ugut aku. Aku bukan budak hingusan
lagi.
Lepas kami terjumpa di pejabat dulu, entah apa cerita yang dia reka kat Irina sampai
perempuan tu percaya dan sanggup umpan aku keluar dari kawasan rumah semata-mata nak
tengok Ash. Siap ugut aku untuk sebarkan status Ash pada umum. Memang perangai macam
setan bertanduk.
Aku tak sangka insiden di rumah keluarga mentuaku dulu buat Irina simpan rasa tak
puas hati. Menganggap aku penghalang untuk sepupunya; Brianna kembali pada suamiku
semula.
Dipengaruhi cerita rekaan Adam Nuh yang aku ni perempuan tak bermoral yang ada
anak luar nikah, mereka berdua berkomplot untuk mengugut sebarkan statusku dan Ash
kepada umum.
Cerita itu nanti akan menjatuhkan nama baik suamiku dan keluarganya. Aku diberi
pilihan untuk tinggalkan suamiku atau serahkan hak penjagaan Ash pada Adam Nuh.
Nampak sangat dia memang ada niat jahat nak jahanamkan hidupku dan Ash. Bangang punya
jantan. Dia ingat aku bodoh macam dulu ke.
Silapnya mereka, bapa mentuaku tau kisah sebenar tentang aku dan Ash. Rekod aku
dimasukkan ke hospital dahulu akibat cedera dipijak Adam Nuh pun ada. Bapa mentuaku
memang marah sangat bila dapat tahu hal ni. Dia nak buat laporan polis.
Aku menghalang dan cakap biar aku selesaikan hal ini dengan Adam Nuh macam
yang aku minta izin dia sebelum ini. Irina bagi aku hanyalah alat yang dipergunakan lelaki itu
untuk kepentingan peribadinya.
Ikut perancangan memang aku nak jumpa Adam Nuh di pejabatnya lepas kes di
rumah keluarga mentuaku hari tu. Tapi perancangan DIA mengatasi segala-galanya. Lepas
disahkan mengandung, aku terpaksa mengadap simptom mabuk hamil yang sedikit teruk.
Hinggalah kandunganku masuk ke usia empat bulan, barulah okey. Waktu mengandungkan
Ash aku pun mabuk teruk jugak.
Bila aku dah sihat betul, barulah suamiku izinkan aku selesaikan hal ini dengan Adam
Nuh. Waktu hantar tadi pun dia nak ikut aku masuk dalam bilik lelaki ini. Risau sangat dia
kalau aku diapa-apakan. Aku cakap lelaki itu takkan berani apa-apakan aku. Kalau nak mati,
cubalah cuit menantu Tan Sri Zaharul!
Mata terpejam. Tak boleh lupa peristiwa dia dan Irina di luar pagar banglo suamiku.
Memang aku marah sangat masa tu tapi aku tak tunjuk. Aku fikirkan Ash. Tak mahu dia takut
dengan keadaan masa tu. Aku diam dan biarkan aje dorang tunjuk kebodohan diri. Masing-
masing ada kepentingan peribadi.
Bila Irina kena gertak dengan suamiku dan Abang Fahmi untuk laporkan hal dia
menceroboh di luar banglo dan mendatangkan ketakutan kepada Ash hari tu pada polis, baru
dia buka cerita dan tunjuk segala bukti yang semua yang dilakukan adalah daripada
rancangan Adam Nuh. Peguam peribadi suamiku pun dah bagi nasihat cara nak ajar lelaki ini.
“You need some softs of evidents for that, women.” Masih cuba nak pertahankan
kesalahan sendiri. Kalau dah bodoh tu bodoh jugak!
“You are good in playing both sides. Aren't you?” Aku tahu dia gunakan Irina lebih
dari Irina gunakan dia. Nasib baiklah perempuan tu dah insaf. Melutut dan meraung minta
maaf kat aku dan tuan professor. Takut masuk lokap. Padan muka kena basuh kaw-kaw
dengan tuan professor.
Dengarnya hubungan dia dengan FI pun dah putus. Tan Sri Zaharul tak mahu
bermenantukan perempuan kurang adab macam Irina. Baru aku tahu kenapa hubungan
suamiku agak dingin sebelum ini dengan FI. Rupanya dia dari awal tak sukakan Irina.
Suamiku memang tahu Irina rapat dengan FI kerana Brianna. Nak tolong bekas isteri
suamiku itu kembali padanya. FI aje yang tak nampak niat serong Irina. Anggap suamiku
paranoid dengan semua orang yang ada kaitan dengan Brianna. Lepas apa yang dah berlaku,
barulah adik bongsu suamiku itu buka mata. Minta maaf sebab tuduh suamiku yang bukan-
bukan dahulu.
“You are messing with the wrong person, Mr Adam Nuh. I have all the records of
your allegations. Your WhatsApp message with Irina. Your dirty plan. Your talk with FI. Is
all here.” Telefon aku angkat.
“The evidents…as your said earlier. I have consulted my lawyer. This…” Aku suakan
telefon ke mukanya. “...is enough to put you in jail…for a very long time.” Riak mukanya
lelaki ini mula berubah. Nampak cemas.
Rengkung bergerak perlahan. Wajahnya aku hadam perlahan-lahan. Kerana pangkat
dan harta, dia sanggup aniaya aku dan darah daging sendiri.
“I have full support from my husband and his family. I am not stupid, Adam Nuh. I
am no longer the naïve Fatin you knew. I grew up. please put that in your skull.” Matanya
tak berkelip. Tak sangka kut aku maki dia.
“You know Adam Nuh…I love this family. Very much. And I love my husband very
much. They know who I am and they accept me sincerely.” Aku pandang muka lelaki ini. Nak
dia tahu suamiku dan keluarganya bukan jenis yang cepat melatah. Mereka menerima aku
seadanya kerana mereka tahu setiap manusia itu tak sempurna.
“I never come and step into your life. I have told you we are done. We are finish. I
mean it when I say it. But you…” Kepala menggeleng perlahan bersama hempasan nafas
kasar. Wajah serius terlontar.
“But you are so arrogant!”
Telunjuk terhunus ke mukanya.
“If you try to come after my son again…I swear I will come after for your life, your
career, your family….and I will destroy you, Adam Nuh. I will destroy you in front all of
them.”
“He is my son.” Bibir terjongket. Senyum sinis terlontar.
“You got proof?”
"Because half of his DNA is mine. Meaning his is my son."
"Your son haa?" Senyum sinis makin lebar.
"Yes!" Suara lantangnya bergema
"Let me recall your rusty memory, Adam Nuh. You told me...you told me that thing…”
Dua telunjuk aku gerakkan. “… is not yours. It's the product of my betrayal. Remember. That
thing is not yours. He is mine. "
Aku tahu kenapa dia beria-ia mahu dapatkan Ash semula. Kata Irina, perkahwinan
lelaki ini sampai sekarang tak dikurniakan cahaya mata. Menurut cerita Irina, lelaki ini
disahkan ada masalah kesuburan. Isterinya pun dengar-dengar nak failkanm cerai. Aku tak
mendoakan yang tak baik untuk rumah tangga dia. Kifarah ini bagiku balasan DIA untuk
jentik kesedaran lelaki ini supaya bertaubat atas dosa silam yang pernah dia lakukan.
Aku bangun dari duduk dan bergerak perlahan ke pintu biliknya. Perut dah lima bulan
ni memang dah mula terasa berat. Tombol pintu aku capai.
“Fatin.” Langkah terhenti. Tapi tubuh tidak bergerak. Tetap memandang daun pintu.
“Does he know I am his father?”
Aku pejam mata. Perasaan jadi bercampur-baur. Segala yang terjadi dahulu bagaikan
semalam. Melintasi layar mata. Menghampar pilu yang menampar jiwa. Nafas tenang aku
jemput. Kepala berpusing. Wajah di depan aku hadam.
“Dia tak punya ayah saat dia cuba disingkirkan oleh manusia durjana bernama ayah
untuk melihat dunia ini. That Jon Doe…is dead.” Riaknya seperti kosong. Terkesima. Aku
pusingkan tubuh. Aku tarik tombol pintu dan melangkah keluar. Tapi kaki terhenti seketika.
Kembali aku toleh ke belakang.
“Do you know Hummarabi code?”
“Apa?”
“An eye for an eye. A tooth for a tooth. Does that ring the bell?”
Matanya terkelip-kelip pandang aku.
“Bertaubatlah sebelum terlambat, Adam Nuh. Dan bersyukur kau masih di sini. Tak
dipecat. Aku tak kejam. Keluarga mentua aku pun tak kejam. Kau tu yang menzalimi diri kau
sendiri.”
Tubuh kembali berpusing dan kaki melangkah penuh kepuasan. Bibir koyak senyum
lebar. Di depan pintu kaca muncul susuk tubuh yang menemani aku ke sini. Aku sendiri yang
memandu Lexus hadiah perkahwinan daripada bapa mentuaku. Dia cuma duduk di sebelah.
Kata lelaki ini, aku kena biasakan diri memandu. Kalau ada kecemasan aku boleh
bawak kereta. Tak perlu tunggu dia. Lagipun katanya sekarang kerja di unversiti makin
banyak, jadi masanya bersamaku agak terhad. Kalau aku bosan di rumah, aku boleh keluar ke
mana-mana sebab dah boleh bawak kereta. Dah dapat lampu hijau daripada dia, memang
panjanglah langkah aku lepas bersalin nanti.
Kakinya melangkah masuk. Laju mendapatkan aku yang berjalan perlahan. Dah mula
nak jadi kenderaan berat beginilah. Mana boleh lincah-lincah macam dulu.
Tanganku dicapai dan digenggam kemas.
“Done?” Kepala mengangguk.
“Yeap.”
“Let’s go home, sweetheart.”
“Yayang…”
“Hmmmm.”
“Kita singgah cafe kat lobi boleh?”
“Nak makan apa?”
“The blueberry tart at the cafe looks so delicious.”
“Anything for you, sweetheart.” Kaki melangkah ke dalam perut lif. Masih terbayang-
bayang tart blueberry kat dalam cermin kat kaunter café tu tadi. Liur aku telan rakus.
“But I guess I am more delicious.” Tubuhku ditarik dalam dakapan. Aku cebik.
“Wrong.”
“Wrong?”
“Hmmm. You are not delicious, Yayang.”
“Excuse me?” Matanya sengaja dibesarkan.
Aku gelak. Sebelah tangan nak mengusap dadanya. Matanya yang besar mula
mengecil. Makin galak aku ketawa.
“You are the sexy chewy thing. Sedap dihidu….” Hidung mendekat ke dadanya.
“…enak digigit-gigit. Dikunyah. Tapi tak boleh ditelan. Too bad.”
Bergema ketawanya di dalam perut lif.
Epilog II
“I MISSED YOU.”
“I missed your J & J smell.” Hidung dijatuhkan ke bahu. Digesel-gesel. Sengaja la tu.
Aku cubit perut dia.
“Don’t be charming when I am mad with you.” Memang sedang marah. Janji dicapati
betul! Macadamia Nuts ‘n Cream yang aku pesan boleh dia terlupa beli. Geramnya!
Ketawanya berderai. Tangannya makin erat melilit di pinggang. Tangan dia pulak aku
cubit. Sakit hati tau!
“You always attracted to my charm.”
“Not true. I am a charm proof.”
Ye ke tu, Fatin.
Shut up!
“Really?”
“Try me.”
“I am about too.”
Bibirnya mula menari di bahu dan memanjat ke leher. Mataku terpejam. Nafas mula
kucar-kacir. Aku tolak kuat tubuhnya dan melangkah perlahan-lahan ke katil. Sebelum tewas
baik cipta helah kan. Nanti sendiri yang malu sebab terkantoi.
Kaki rasa macam berat sangat. Dah sarat ni macam siput berjalan aje aku rasa. Dia
pegang tanganku dan pimpin ke katil walaupun aku cuba menolak. Marah masih merah. Dia
reda je aku cubit-cubit kuat lengan dia.
Tubuh aku labuhkan ke katil. Dia ikut duduk di sebelah. Kepala pusing pandang ke
pintu. Sengaja mengelak pandang orang sebelah.
“My wife is damn angry.”
“Jangan cakap. Tak nak kawan.”
Ketawanya mengelungsur lagi dari bibir. Bahuku ditarik rapat. Walaupun aku
menolak dia tetap tarik. Kesudahannya muka aku melekat di dadanya. Sedapnya bau dia.
Hidung hirup rakus bauan yang sangat menggiurkan naluri.
Daripada sebelum kahwin inilah bau yang menggoda jiwa. Tak pernah tak wangi
lelaki ini. Dari ekor mata nampak dia menekan sesuatu pada telefon pintar. Bibir mencebik.
Orang nak ais krim, dia sibuk main telefon!
Matanya jatuh ke bawah pandang aku.
“Apa pandang-pandang? Saya marah ni tau. Orang nak ais krim pun tak dapat.” Dia
ketawa. Pipiku dicubit lembut. Aku tolak tangannya.
“15 minutes and your Macadamia Nuts ‘n Cream will reach out this house front
door.” Bulat biji mataku. Senyum terkoyak lebar.
“Betul ni, Yayang?”
“Quart enuff?”
Walla. Quart tu. Kenduri ais krim akulah malam ni.
“Happy?”
Gila tak happy.
Terus aku lilit dua tangan ke lehernya dan kucup pipinya kiri dan kanan.
“I love you, Yayang. Muahhhhh.”
“Yeah. I love both of you too.” Tangannya melekat ke perutku.
“Tak merajuk lagi?”
“Boleh kawan balik dah.”
Ketawanya terburai untuk kesekian kali. Bibirku dikucup ringkas. Anak rambut yang
jatuh ke dahi dikuis-kuis. Jari-jemarinya melata di seluruh wajah. Mata terpejam. Seronok
kena belai.
“Words can’t tell how much I love you, Fatin Iman Layyin.” Mata terbuka. Senyum
koyak senyum paling manis.
“Same here, My Hayyin.” Giliran bibirku melekap ke bibirnya.
“ASH NAK ADIK lelaki satu lagi macam Faleeq ni. Lepas tu nak adik girl. Boleh tak,
abah?” Tangan halusnya membelai pipi mulus Faleeq Illman Akhtar yang nyenyak tidur.
Sebijik macam Ash masa kecil dulu. Tak banyak meragam.
“Boleh, Ash. Mama mesti boleh bagi. Kan, mama sayang?” Tuan professor humban
senyum meleret. Aku balas dengan sengih perli.
“Amboi-amboi. Sedap aje orang tu bercakap. Yang nak mengandung dan beranak tu
siapa ye, tuan professor? Nak tukar tempat boleh jugak.” Dia gelak sambil picit hidungku.
“Ye ke, mama?” Aku senyum.
“Insya-Allah.” Rambut Ash aku gosok. Sejak adiknya lahir lebih tiga bulan lepas,
punya la dia seronok. Hari-hari asyik mengulit adik dia. Tak galak main macam dulu.
Seronok mengadap adiknya.
Aku faham perasaannya. Sejak dulu dia selalu inginkan adik. Selalu tanya aku kenapa
dia tak ada adik-beradik macam kawan-kawannya. Sedih bila aku tengok dia selalu diam
dengan muka pilu bila kawan-kawannya bercerita tentang adik masing-masing.
“Ash nak dua girl tau, mama.” Dua jari ditegakkan ke atas.
“Nanti boleh mandi kat swimming pool besar rumah atok dengan nenek ramai-ramai.
Sama Kak Jijie dengan Kak Mimin. Sama Uncle Faz.Kan, abah.” Wajah cerianya terhumban
pada suamiku.
“Hmmm. Abah nak lima. Dua boys, tiga girls.”
Amboi amboi. Lebih dah ni.
“Ash suka. Mama suka tak?” Orang sebelah angkat kening. Aku siku rusuknya. Bibir
lontar senyum pada Ash. Melihat wajah riangnya, hati ikut bahagia.
“Mama mesti laa suka. Kan, mama?” Mengundang ketam ni. Jari-jemari menyusup
masuk ke celah pahanya.
“Auch!” Mukannya berkerut. Aku tarik senyum lebar. Ash pulak lempar riak hairan.
Haruslah hairan. Sorang senyum. Sorang berkerut.
“Kenapa muka abah macam tu?” Terus bertukar riak ceria. Acah cool la tu. Dalam
hati aku dah gelak sakan.
“Tak apa-apa. Nak buat adik kena buat muka macam ni dulu. Mama suka buat abah
buat muka macam ni.” Besar bijik mataku. Mula la merepek tu. Dia pulak tayang muka
selamba tak bersalah. Nak balas dendam kat aku la tu.
“Mama dengan abah nak buat adik?”
“Hmmm.”
“Susah tak?” Tangan orang sebelah menggosok tengkuk sambil pandang aku. Aku
jongket kening. Pandang aku buat apa. Jawablah. Sendiri cari masalah, sendiri selesaikan.
“Taklah susah sangat. Tapi kalau Ash nak adik cepat, Ash kena turun bawah dan bagi
Abah cakap dengan mama kejap. Boleh?” Kepalanya mengangguk akur.
“Emmm.”
“Good boy. Tutup pintu, sayang.” Sekali lagi tangan merayap ke paha orang sebelah.
Namun kali ini tanganku ditangkap dan dikunci kemas.
“Okey, abah. Ash turun bawah main dengan bibik. Abah boleh buat adik dengan
mama. Nanti mama buat adik dengan abah ye?” Aku gigit bibir bawah dan tampar lengan
orang sebelah. Dia gelak. Tak senonoh betul la tuan professor ni.
Sejak aku mengandung, suamiku mahu ambil pembantu rumah untuk bantu kerja-
kerja di rumah. Tak bagi aku buat kerja. Nak bantah memang tak mampu la bila tuan
professor bentang macam-macam hujah. Bila mama tau terus mama pinjamkan Bibik Kasmi
ke sini untuk membantu kerja-kerja rumah.
Paling terharu lelaki ini sanggup turun dapur untuk masakkan makanan yang aku nak
daripada air tangannya. Mengandung kali ini memang aku buat permintaan pelik. Nak makan
dari air tangan dia. Reda aje dia ikut kemahuaanku. Manalah aku tersentuh.
Masa aku berpantang pun dia yang jaga. Kak Nah ada datang membantu waktu bulan
pertama aku berpantang. Suamiku sendiri yang jemput dan hantar Kak Nah setiap hari. Aku
yang mahukan bantuan Kak Nah sebab masa bersalinkan Ash dia yang jaga aku. Bila dia
tengok bibik dah okey, dia lepaskan bibik jaga aku. Sekarang bibik dah jadi penghuni tetap di
banglo ini. Dia pun dah selesa dan seronok tinggal dengan kami sebab suka melayan Ash
yang becok bercakap.
Mama serahkan bibik untuk jadi pembantu kekal di sini. Kata mama, aku perlukan
pembantu yang cekap macam bibik. Ada rezeki aku dapat anak lagi nanti, tentu la aku tak
mampu nak uruskan semuanya. Mama mentua aku pun bijak plan untuk tambah cucu.
Macam orang sebelah ni laa. Lima pulak tu,
Masak.
Sebaik pintu ditarik oleh Ash, orang sebelah berpusing dan menekan dua tangan ke
kanan dan kiri katil.
“Shall we, sweetheart?”
“Shall what?”
“XX & XY class.”
“Formula math yang mana tu?”
Buat-buat blur.
“Don’t pretend innocent, sweetheart.” Muka tayang riak bersahaja.
“I am inno…”
“Ummmm…uummmm.”
“TENGOK APA?” Sebelah tangan lelaki ini naik memaut bahu. Tanganku capai jari-
jemarinya yang terjuntai di bahu dan pegang erat.
“Tengok keajaiban TUHAN. Malam yang gelap. Langit yang hitam. Bulan dan
bintang yang bercahaya dan bersinar. Menerangi seluruh alam.” Mata masih menjamah
pemandangan malam. Aku lihat diri dahulu umpama langit yang gelap itu. Meraba-raba
mencapai cahaya untuk menyuluh masa depan aku dan Ash.
Dan lelaki ini umpama bulan dan bintang itu. Hadir dalam hidup kami secara tiba-
tiba. Menghulur cahaya agar aku tidak teraba-raba lagi. Cahaya yang terang-benderang.
Cahaya yang gemilang.
“You are a miracle too, sweetheart. Miracle from HIM.” Bibirnya melekat di pelipis.
Mata terpejam. Menikmati kenikmatan yang sangat tulus.
“Yayang…” Kepala berpusing pandang dia. Bibir koyak senyum.. “Hmmm.”
“Bahagia tak hidup dengan saya?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Answer me please.” Aku tayang muka manja. Bibirnya sentiasa basah itu mengukir
senyum indah.
“No words can describe. You are the world to me, sweetheart. I can’t imagine my life
without you.”
“You are a magical dream. A dream that never cross my mind. My handsome
dream.” Pipinya aku kucup.
“Handsome aje?”
“Super sexy.”
“More…”
Hot…chewy…yumm yumm.” Dia gelak.
“Next?”
“Long list. Mahu tak tidur karang.”
Dia sambung ketawa. Aku ikut ketawa. Dua tangan mendarat ke lehernya.
“Professor Dr Falah Illman Hayyin.”
“Saya, Puan Fatin Iman Layyin.” Kami saling berbalas senyum.