The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2021-01-10 07:37:26

Datanglah Cinta_10012021_final

Datanglah Cinta_10012021_final

“Soon. Insya-Allah.”

“Amin.Amin. Amin. Moga dimakbulkan doa prof untuk saya.” Senyum yang terbit di
bibir lelaki ini buat aku rasa semacam. Senyum yang ada menyimpan sesuatu. Hesy. Tak baik
kan. Berdosa. Syoh syoh. Nyah kau dari sini akal jahat.

“Jom, prof. Saya nak beli sekali untuk Ash dengan Kak Nah. Nanti kita boleh makan
kat sana.” Aku capai pemegang pintu.

“Fatin.” Kornea berlari ke wajah di sebelah.

“Ya, prof.”

Dia beri isyarat supaya aku bersandar semula. Pegangan di pintu aku lepaskan. Mata
tak lepas tengok dia yang juga sedang buat benda yang sama. Ada benda yang tak kena ke?

“Prof ada nak cakap apa-apa? Kalau prof tak makan burger macam kat depan tu, saya
minta maaf. Saya belanja prof lain hari la ye. Belanja makanan yang prof suka. Asal jangan
minta mahal sangat dah la ye. Okey?”

Aku memanglah tak mampu nak belanja dia kat Menate Steak House. Macam yang
dia bawak aku dan Ash dinner hari tu. Juga masa dia belanja Kak Nah. Tengok hargapun dah
urut dada.

Kepalanya menggeleng.

“I do not want to talk about food.”

“Oh. Then?”

“About you.”

“Pasal saya?” Telunjuk tekan dada sendiri.

“Hmmm.”

“Kenapa dengan saya, prof? Saya ada buat apa-apa kesalahan ke masa kerja?” Tengok
muka dia yang diam sahlah tu. “Kalau ada dan saya tak sedar atau tak perasan tu…saya
minta maaf, prof.” Dua tapak tangan aku rapatkan dan angkat sedikit dan melekat di bibir.
Ala-ala minta ampun.

“How long have you been working with me?”

“Emmm. Jap. Saya kira.” Tapak tangan yang bercantum tadi terus terlerai. Jari kiri
rancak bergerak.

“Tiga bulan 12 hari.”

“Hmmm. Right.”

Dah tahu lagi mahu tanya.

“Kenapa prof tanya ni?” Aku angkat-angkat kening. “Nak naikkan gaji saya ke?”
Sengih meluncur deras dari bibir.

“Awak nak saya naik gaji awak ke?”

“Gila tak nak. Mesti la nak, prof.”

“Okay. I will consider when I evaluate your performance.” Makin lebar senyum aku.
Dua tangan naik melekap ke muka.

“Alhamdulillah. Moga-moga dimurahkan rezeki bos saya yang super handsome ni.
Dapatlah saya tumpang sama. Amin. Amin Amin.” Deham halusnya terlantun. Aku gelak
sambil dua tangan dijatuhkan ke riba.

“How do you find me?” Aku sengetkan muka. Tapak tangan kiri memaut dagu. Bibir
ikut memuncung. Dalam kepala akal nakal berlumba-lumba buat tayangan perdana.

“Prof nak saya evaluate prof ke?”

“Yes, please.” Biar betul. Tapi dah orang minta kan. Janganlah menghampakan.
Hahahaha.

“Emmm. Biasa aje. Nothing special. Macam bos-bos yang acah-acah bagus.” Dan
dan matanya memicing. Bibirku melebar. Tayang gigi. Seronok mengenakan dia.

“Acah aje laa. Relaks la, prof.”

“So?” Keningnya terjongket rendah.

“Okey. Saya cakap yang betul-betul sekarang.” Tubuh kembali bersandar. Dua tangan
mendarat di paha. “Prof baik hati. Bertimbang rasa. Pemurah. Boleh bawak bincang. Boleh

terima pendapat. Bukan pemarah. Pembengis. Maki-maki orang tak tentu pasal memang
bukan sejenis prof la. Cuma…”

“Cuma?” Kening lelaki ini naik setingkat macam tadi.

“Cuma awal-awal dulu aje muka ketat nak mati. Kerek. Senyum pun tak nak.
Macamlah kita nak mengurat dia.”

“Excuse me?” Gelak kecil terburai. Part membahankan dia memang kesukaan aku.

“Saya cakap yang betul. Prof tanya, saya jawab.” Kepalanya mengangguk. Tubuh
disengetkan sedikit mengadap aku.

“So…awak memang pernah ada niat nak mengurat saya la ye?” Riak muka dia jelas
tengah tahan senyum. Nak kenakan aku la tu. Silap orang ye, prof.

“Setakat mengurat buat apa. Belum tentu dapat. Saya dah buat lagi advance. Baik
punya.” Bibir mencebik. Keningnya terangkat. Seronok pulak berbalas-balas isyarat dengan
dia.

“Saya dah jampi-jampi dan tiup-tiup dalam kopi yang prof minum tiap hari tu. Biar
ingat kat saya aje. Siang malam. Setiap detik dan saat.” Aku tayang muka berlagak.

“You know what.” Wajahnya didekatkan. Sangat dekat. Aku pulak jadi cuak. Tubuh
makin ke tepi sampai tersepit di cermin pintu.

Sebelah tangannya naik melingkar di leher kerusi yang jadi tempat aku bersandar.
Mata aku meliar pada tangannya yang memaut leher kerusi. Dah kenapa pulak dia ni?
Tersampuk jin burger ke?

Adoila jin burger.

Kenapalah kau kacau bos aku. Pergi la kacau mamak cendol kat depan sana tu. Orang
sebelah makin mendekatkan tubuhnya ke kerusiku. Ada jugak yang kena terajang dengan aku
ni karang.

“A…apa…apa prof nak buat ni?” Senyum yang dia tahan tadi terhampar jelas depan
mata. Senyum yang meleret. Senyum miang. Matilah aku. Sah dia dah kena sampuk dengan
jin burger spesies miang. Padan muka aku. Nak kenakan dia…aku pulak yang termasuk
dalam jerat sendiri.

“You did it.”

“Did what?!” Terbuntang mataku. Suara pun naik setangga. Apa benda dia merepek
tengah hari-tengah hari buta ni.

“Buat saya teringat kat awak siang dan malam. Setiap detik dan saat. Jampi-jampi dan
tiup-tiup awak berkesan betul.”

Alamak.

Itu tipu-tipu la, prof.

Tubuhnya makin merapat. Dua tangan naik separas dada. Macam surrender. Lebih
kepada perisai.

“Aaa…saya…saya tak buat semua tu.” Kepala laju menggeleng. “Sa…saya kelentong
prof aje. Sumpah, prof. Tu kan berdosa. Khurafat. Syirik.” Kepala mengangguk pulak. Tapi
senyum miang dia makin menjadi-jadi pulak aku tengok. Seramnya aku.

“Awak dah dapat apa yang awak nak. I deserved the same. Right, dear?”

Mampus.

Mampus aku!!!

Bab 19

“ABAH…nah. Ash dah kenyang. Tak nak dah.” Kepalanya menggeleng laju. Suku burger
ayam di tangan Ash dihulurkan pada lelaki di sebelah.

“Okey. Abah habiskan.”

“Ash. Kenapa makan tak habis ni? Mama kan dah cakap. Tak baik.” Mata sengaja
aku bulatkan. Amaran.

“Sorry, mama. Ash tak buat lagi. Abah boleh habiskan. Mama jangan marah.” Amboi
ayat. Sengihnya terlantun sebelum mengatur larian ke depan. Ke arah Kak Nah dan Kak
Munirah yang sedang berbual. Aliya ikut berlari mendapatkan Ash. Bukan main seronok lagi
dia orang berdua. Pandai betul mengelat kena marah dengan aku.

“Biar saya yang makan, prof. Tu kan sisa Ash. Bak sini.” Tangan memanjang. Mahu
mengambil baki burger yang Ash berikan pada lelaki ini.

“Ada racun ke sisa Ash ni kalau saya yang makan?” Bibir terdiam sekejap. Salah
faham lagi la ni. Huh. Payah betul la bercakap dengan orang bijak ni. Salah selekoh sikit
mesti aku juga yang masuk gaung.

Dah la tadi dalam kereta dia sengaja huru-harakan hati aku. Sengaja mengusikku.
Nasib baik aku tak menjerit sebab ingat dia nak buat gila. Rupanya dia nak kenakan aku aje.
Padan dengan muka aku sebab aku yang kunun nak kenakan dia. Nak menyakat dia. Sekali
aku yang terkena balik.

“Bukan macam tu, prof. Orang cakap tak elok.”

“Care to explain?”

Fuh.

Berat punya kes ni. Hujung telunjuk naik menggaru kening. Akal sedang ligat
mencari alasan logik. Yang boleh dihadam lelaki ini. Mata berkalih dan melontar kerling ke
sebelah. Membuntang biji mata bila tengok dia selamba aje sedang mengunyah burger di
tangan. Terus aku rampas daripada tangan dia.

“Jangan makan sisa orang. Nanti prof pun dapat sisa orang juga. Tau tak?! Degil
sungguh!”

Seriuslah Fatin. Mana kau dapat pantang larang tu? Aaaa…Aku hentam aje. Tak nak
dia bagi makan sisa Ash aje. Sisa anak aku, biarlah aku yang habiskan.

Matanya dia tak berkelip pandang aku. Sah masih terkejut dengan tindakan spontan
aku tadi. Dan aku yang tersedar sudah terlajak lidah menghempas nafas berat. Malu.
Bersalah. Dua rasa yang saling bergasak dalam dada. Lama kami saling mengunci diam.

Renung berpindah pada Ash yang riang berlari dengan Aliya. Bibir tanpa sedar
menguntum senyum. Melihat dia gembira, aku ikut bahagia. Tak ada apa yang aku harapkan
di dunia ni selain mahu melihat Ash terus hidup dengan gembira dan bahagia. Macam Aliya.
Macam Azif. Macam Yusof. Dia berhak bahagia macam mereka. Dan aku sanggup buat apa
sahaja untuk dapatkan hak itu buat Ash.

“Tak berdosa pun kalau dapat sisa orang. Agama pun tak kata haram. Yang penting
saya suka dia. Yang penting dia pun suka saya.” Kepala berpusing perlahan ke sebelah. Baik
aku dan baik dia, saling berbalas renung seketika.

Nafas perlahan terhembus. Kepala berpusing balik ke depan memandang kat Ash.
Akal pula sedang keliru menafsir kata-katanya tadi. Macam-macam yang hati aku rasa
sekarang. Kacau-bilau. Libang-libur. Huru-hara. Semuanya.

Arrghhhh!

Prof la punya pasal ni.

“Do you like me, Fatin?” Tak sempat akal memberi jawapan pada kata-katanya tadi,
sebaris ayat dia yang baru singgah di telinga buat aku terngadah. Sepantasnya kepala berputar
mencari wajah orang sebelah. Terkebil-kebil mata melempar tatap.

“Prof…cakap apa tadi?” Kepalanya mendekat. Aku laju menjarakkan tubuh. Buat
pasal pulak dia ni.

“I know you heard me. Loud and clear.” Bisik garaunya menghentam telinga. Dan
tak sempat nak buka mulut untuk bertanya lanjut, tubuh lelaki ini sudah berdiri. Kepalanya
dijatuhkan ke arahku.

“Jom.”

“Pergi mana?”

“Balik.”

“Balik mana?” Macam mamai pulak aku tanya dia. Sahlah balik tu balik rumah aku.
Bongok la kau, Fatin.

“I am fine if you want to go back to my place. You are most welcome. I have got a
companion for tonight.” Jawapan mengundang sungguh. Sengaja la tu nak kenakan aku. Hari
ni hari aku terkena dengan dia apa.

“My place.” Laju aku bangun. Dia layang senyum meleret. Nak ketawakan aku la tu.

“Soon it will be my place.” Kornea terus mengecil. Jantung berdegup deras. Orang
sebelah aku ni pulak terus menarik senyum senget. Macam tadi.

“What do you….” Tak habis lagi ayat aku, kakinya terus melangkah ke depan sambil
menyeru nama Ash. Berlari riang anakku ke arahnya sambil memeluk kedua-dua kaki lelaki
ini. Tubuh Ash dia angkat dan dipusing-pusing. Ketawa riang Ash mendakap halwa telinga.
Pemandangan yang buat kelopak mata menjadi hangat. Laju dua tapak tangan singgah di situ.
Dan kata-katanya tadi kembali terngiang di telinga.

Do you like me, Fatin?

Renung mengejar susuk di depan yang sedang seronok berlari-lari dengan Ash dan
Aliya.

Do you like me too, prof?
Aahh, Fatin. Tolong jangan perasan.

Bab 20
"AWAK BAWA BEKAL makanan tengah hari apa hari ni?" Mata dia singgah pada dua
bekas plastik lutsinar yang aku letakkan kat tepi sinki. Memang hari-hari aku bawa bekal dari
rumah. Masak sekali untuk Ash. Tak nak susahkan Kak Nah. Dan tiap hari jugalah lelaki ini
akan tanya bekalan aku.

Entah apalah yang dia sibuk sangat nak tahu. Susuknya yang cuma memakai t-shirt
dan jeans buat aku sedikit heran. Tak pernah-pernah dia pergi ke kampus dengan berpakaian
ringkas macam ni.

"Sambal tumis telur, ikan sepat masin dengan sayur lemak kobis, prof." Kepala paip
sinki aku putar dan hulur dua tangan bawah aliran air. Heran jugak dia tak gerak lagi ke
kampus. Nak kata tak sarapan dah sudah. Habis licin nasi lemak sambal tumis udang dia
bedal. Setengah teko kopi pun dah selamat masuk dalam perut dia. Tak ada kelas ke hari ni?

"Lepas ni awak tak payah bawak bekal lagi."
Gerakan tangan terhenti. Kepala spontan pusing pandang dia yang bersandar di
kabinet dapur.
“Prof cakap apa tadi? Saya tak payah bawak bekal lagi?” Biar betul bos aku ni. Dah
mabuk ke?

“Yeap.”

"Habis nanti saya nak makan apa, prof?" Kepala paip sinki aku tutup. Tuala yang
tersangkut aku capai dan lap kat tangan.

"Awak masak kat sini."

"Haa?" Terlongo sekejap aku. Masak kan sini? Dah kenapa pulak dia ni? Tetiba aje.
Mula tu buat buat undang-undang baru. Kerat kuku laa.

"Mulai esok saya akan balik makan tengahari."

Hai. Kan dah kata. Makin bertambah pulak skop kerja aku. Mula-mula sediakan
sarapan. Sekarang ni dah berjangkit ke makan tengah hari pulak. Hari tu cakap sarapan aje.
Ni dah lain. Nak kena dia ni. Mata ikut aje langkah dia yang melabuhkan duduk di kerusi
kitchen island.

"Prof lambat pergi kampus ke hari ni?" Sambil bertanya aku bawa bekas bekal makan
tengahari ke peti sejuk. Simpan dulu. Karang nak makan baru panaskan. Kepala sedang
terfikirkan kata-katanya tadi. Harap dia cuma bergurau. Pintu peti sejuk aku tarik dan
masukkan bekal plastik di tangan.

"Cuti."

Terhenti tangan yang sedang masukkan bekal. Walaupun cuma sepatah aje
jawapannya tapi cukup untuk buat aku terkejut. Patutlah pakai macam ni. Cuti rupanya.
Tapi…tak adapun dia cakap pasal ni semalam. Kalau dah cuti tak payahlah suruh aku datang.
Takkan nak berdua-duan dalam banglo ni. Cari pasal namanya. Tangan tolak semula pintu
sejuk.

" Ikut saya keluar."

"Keluar?" Riak muka aku semestinya dua kali terkejut.

“Hmmm.” Perlahan aje dia jawab. Pastinya sebab faham bila tengok muka aku yang
tak boleh nak cover. Nak sorok macam mana. Takkan nak tutup dengan dua tangan depan
dia. Memang taklah. Heran betul la aku dengan lelaki ni. Dah kenapa dia asyik buat aku
terkejut aje pagi ni. Nak test jantung aku ke?

“Pergi mana, prof?” Kena jugak aku tanya untuk kepastian.

"Beli barang dapur. Awak kan kena masak untuk saya mulai esok." Maknanya dia
bukan bergurau la tadi. Kalau kena masak mesti aku balik lambat nanti. Kalau dah lambat
keluar dari sini mesti aku akan sampai lambat kat tempat Ah Seng. Mahunya dia bising nanti.
Silap-silap dia pecat aku. Hesy prof ni. Kacau betul la. Geram pulak aku tengok muka
selamba tak bersalah dia.

"Tapi dulu prof kata saya cuma kerja bersih dan kemas aje. Lepas tu tambah buat
sarapan. Kan?" Nak ingatkan dia perjanjian masa aku mula kerja dahulu. Lepas tu
penambahan klausa buat sarapan. Suka-suka hati dia aje tukar itu ini. Tambah itu ini. Jangan
nak macam-macam ye tuan prof.

"Awak naik pangkat."

"Naik pangkat?" Banyaklah dia punya naik pangkat. Cakap ajelah tambah kerja.
Tambah masa kat sini. Huh!

"Gaji awak saya akan tukar dari harian ke bulanan." Terus aku menapak. Mendekat
dan berdiri setentang dengannya. Lain macam betul dia hari ni.

"Maksud, prof?"

“Awak kerja 5 hari seminggu. 8 pagi hingga 5 petang. Sabtu ahad awak cuti.” Laju
kepala menggeleng.

“Tak boleh, prof.”

“Saya bayar awak dua ribu lapan ratus.” Aku geleng lagi. Bukan soal gaji yang aku
fikirkan walaupun jumlah yang dia sebut tu sangat lumayan bagiku. Ash nanti macam mana.
Takkan nak minta Kak Nah bawak sekali ke rumah mak mentua dia. Memang taklah aku buat
begitu walaupun Kak Nah mesti tak kisah. Aku tak mahu ambil kesempatan atas kebaikan
dia.

“Tak boleh, prof. Tak boleh. Saya tak boleh tukar waktu kerja baru yang prof cakap
tu.”

“And your reason?” Dua tangannya bersilang ke dada. Muka memang langsung tak
manis. Nak tak nak kenalah aku cerita. Tak nak dia anggap aku saja tolak tawaran tadi.

“Ash nanti tak ada yang nak jaga. Kak Nah memang jaga dia 3 hari seminggu aje
sekarang. Dua hari lagi dia kena ke rumah mak mentua dia. Jaga mak mentua dia yang sakit.
Bergilir dengan adik ipar dia. Takkan saya nak suruh dia bawak anak saya pulak. Tak
bolehlah macam tu. Mengganggu kerja dia kat sana nanti.”

Lelaki ini diam pandang aku. Macam tak percaya aje dengan cerita aku tadi. Nafas
perlahan terdesir. Tengok gaya lelaki ini aku memang kena cari kerja lain nampaknya.
ALLAH. Tak apalah. Nak buat macam mana.

“Kalau prof nak juga saya kerja ikut jadual baru tu, saya minta maaf sangat-sangat.
Saya sungguh tak boleh. Saya fikir jalan terbaik memang kena ber….”

“Bawa Ash ke sini.” Tak habis lagi aku cakap, dia dah laju potong ayat aku. Memang
melongo la sekejap dengar jawapan dia. Biar betul prof ni?

“Haa? Ap…apa prof cakap? Ba…bawak anak saya datang kerja?”

“Hmmm. Sambil awak kerja, awak boleh jaga Ash. When I am back from campus, I
can take over to look after him. I am his abah. Remember?” Macam tak percaya aje apa yang
aku dengar. Terutama ayat yang akhir tu. Buat hati jadi libang-libur sungguh.

“Tapi nanti kalau anak saya merayau-rayau dalam rumah prof macam mana?” Takkan
aku nak dukung Ash masa buat kerja. Dia dahlah tengah lasak.

“Biarlah dia merayau. Let him explore the house. I am alright.”

Senangnya dia bercakap. Banyaklah dia punya explore. Dia tak tahu Ash tu macam
mana. Pantang nampak benda baru. Kalau rosak tak ke aku yang kena bayar nanti?

“Nanti kalau barang perhiasan prof pecah ke…matilah saya nak kena ganti. Gaji saya
bukannya besar.”

“Pecah…saya beli la lain. Simple as that. Besides, I am not a glass collector. So, you
don’t have to worry. Barang-barang dalam rumah ni lebih banyak kayu dan besi dari kaca.”
Memang pun perabot dan perhiasan dalam banglo ini banyak dari jenis kayu, besi, tembaga.
Kaca tu memang pinggan mangkuk kat dapur ni aje.

“Barangan perhiasan kayu dengan besi prof tu lagi la super mahal. Barang rare. Silap-
silap kena bekerja kat sini seumur hidup nak bayar gantirugi.”

“You are most welcome to work in this house for the rest of your life.” Takkan aku
nak kerja sampai bongkok tiga kat sini. Gila apa. Agak-agaklah dia ni.

“Betul ke prof beri izin saya bawak Ash datang kerja?” Malas nak balas ayat dia
pasal gantirugi tadi, baik aku tanya hal yang jadi topik perbincangan awal tadi.

“Do I look like I am teasing you?”
Kalau tak sarkastik tak sah dia ni.
Ingatkan dah insaf. Huh!

Bab 21
TANGAN membelek paket strawberry di tangan. Ulas-ulasnya yang besar, segar dan merah
ranum cukup menggiurkan. Mesti sedap ni. Basuh lepas tu masukkan dalam peti sejuk
sekejap baru makan. Memang heaven. Terus mata terlayar wajah comel Ash.

“Sedap kan mama stoberi ni. Ash suka la.”
“Hmmm. Tapi tak bolehlah makan selalu, sayang.”
“Kenapa tak boleh, mama?”
“Mahal sayang.”
“Mahal itu apa, mama?”
“Mahal tu mama kena kena ada duit banyak kalau nak beli.”
“Mama tak ada duit banyak?”
Kepala mengggeleng. Bibir koyak senyum. Ash…Ash.
Aku memang tak sangka prof betul-betul nak bawak aku keluar beli barangan dapur.
Selesai sesi terang dan jelas di kitchen island pasal waktu kerja baharu aku dan hal bawak

Ash ke tempat kerja, dia terus arah aku ikut ke kereta. Masuk aje dalam perut kereta dia terus
pecut ke kompleks membeli-belah yang terkenal di kawasan Bangsar ini.

“These strawberry looks tempting.” Suara yang berbisik di telinga menerbangkan
segala khayalan tadi. Main bisik-bisik pulak dia. Suara dahlah gemersik seksi. Cobaan
sungguh.

“Hmmm.” Tangan terus belek-belek paket strawberry di tangan. Kepala tak bergerak.
Sebab kalau aku gerak, confirmed kemalangan pipi akan berlaku. Silap-silap kemalangan
bibir.

Auch.

Itu paling ngeri. Dan paling epik.

“And the taste…trust me…heaven.” Suara dia cukup dekat bertiup di telinga
sampaikan desir nafas dia pun boleh terasa hingga ke kulit tengkuk. Meriding aku rasa. Tiup-
tiup nafas pulak dah dia. Seram sejuk ooi. Liur aku rasa payah benar nak telan senafas.
Relaks, Fatin. Jawap tetap kena jawap. Kalau kau tak jawab, mahu dia tiup-tiup pulak telinga
kau. Nak ke?

Tiup-tiup telinga?!

“Yeah. It should be.” Tangan kiri dan dan naik menutup sedikit daerah telinga. Fuh.
Selamat. Dugaan sungguh. Paket di tangan aku letakkan semula di tempatnya. Tubuh beralih
sedikit ke tepi sebelum berpusing. Saling berdepan.

Matanya naik memandang tangan kiri yang masih melekat di telinga. Laju aku
jatuhkan ke pemegang troli. Bibirnya macam sedang ikat senyum. Dia tahu ke apa yang aku
fikirkan tadi? Kalau gaya senyum dia tu memang betul la.

Aduh. Malunya.

Terus aku tunduk sikit pandang isi troli Kalau boleh halimun saat ini kan ke bagus.
Mata terangkat semula. Bertembung dengan rautnya yang masih macam tadi. Boleh tak jalan
buat senyum kepit-kepit macam tu, prof? Saya seram tau tak?

Habislah kau, Fatin.

“Prof dah jumpa ke barang-barang yang nak beli tadi?” Aku buat-buat tanya. Nak
alihkan mata dia dari tengok muka aku dengan muka terkepit-kepit tahan senyum. Mata jatuh
ke tangan dia. Tengok kosong aje. Tadi kata nak ke rak depan. Nak beli something. Entah apa
bendanya aku pun tak tahu. Tak tanya pun dia. Matanya menuju pada paket strawberry yang
aku letakkan semula tadi.

“Kenapa tak ambil?” Lain yang aku tanya. Lain yang dia jawab. Tangannya mencapai
paket strawberry yang aku letakkan tadi dan hala padaku.

Bibir senyum kecil sambil geleng kepala. Gila nak ambil. Dahlah mahal ya amat.

“Tengok aje tadi tu. Jom la. Prof nak beli apa lagi?”

Mata kembali menjunam ke dalam troli. Dah penuh juga dengan segala jenis mak
nenek barang kering dan basah untuk seminggu. Segala macam dia capai tadi. Ikan tenggiri,
ikan merah, ikan bawal putih, ikan kurau, ikan jenanak, udang putih, udang harimau, ayam,
daging.

Aku perhati aje tadi. Pandai juga dia beli ikan. Suruh potong. Suruh siang. Suruh
bersihkan. Sama juga masa pilih sayuran tadi. Cara dia belek dan pilih tu aku tahu dia jenis
lelaki yang biasa ke dapur.

Kita boleh kenal spesies lelaki yang begini. Mesti dulu-dulu dia rajin tolong bekas
isteri dia beli barang dapur. Ataupun dia pandai masak. Sebab tu tengok dapur dia sangat
lengkap. Aku tekalah kalau tengok dari cara dia.

Paket strawberry di tangani sudah berpindah masuk ke dalam troli. Mata terpaku
seketika. Dia capai tiga lagi paket strawberry dan masukkan dalam troli. Daripada terpaku,
mata aku kini jadi terkelip-kelip. Terkejut dengan tindakan lelaki ini.

“Prof nak buat apa banyak-banyak tu?”

“Makan.” Jawapan dia buat aku sedikit terkejut. Rasanya aku belum lupa lagi apa
yang dia cakap masa kami masuk ke bahagian buah-buahan ini tadi.

“Bukan ke prof kata tadi nak beli anggur dengan…”

“Awak suka makan kan?” Laju dia cantas ayat aku dengan ayat yang buat mata
terkelip-kelip. Suka tu memanglah suka tapi…

“Err…saya…”

“Ash pun suka jugak kan?” Terlongo aku pandang lelaki ini. Dia boleh baca apa
dalam kepala aku ke tadi? Tengok aku diam dia angkat kening.

“Am I right?”

“Tapi…” Hujung telunjuk garu pelipis. Rasa segan kalau dia beli sebab aku dan Ash
suka makan. Banyak sangat dah dia beli untuk kami berdua. Malu aku.

“…mahal tu, prof. Tak payahlah. Kita beli buah yang murah sikit pun okey.” Aku
capai keempat-empat paket strawberry dalam troli. Nak letak semula kat rak. Pantas
tangannya menghalang.

“Saya nak beli untuk awak dan Ash makan. Ada masalah?” Tengok muka serius dia
kepala laju aje menggeleng. Takut jugak aku bila dia tayang aura “pensyarah garang” dia tu.

“I wanted this to be crystal clear. Are we good?” Kepala mengangguk laju. Baik ikut
aje.

“Yeah. I am good.”

“Good. Shall we ma…”

“Hey, bro.” Dua kepala serentak berpusing ke kanan bila ayat lelaki ini dicantas
dengan suara yang menegur. Susuk tubuh lelaki berpakaian gaya orang korporat dengan
kemeja biru berpetak dipadan dengan suit jacket biru senada dan seluar kelabu.

Lelaki yang aku rasa lebih kurang sebaya prof ini sedang merenung aku dan
kemudian berpindah pada wajah di sebelah dengan riak penuh tanda tanya. Orang sebelah
aku ini tenang-tenang aje riaknya. Dia rapatkan tubuhnya ke sisiku hingga bahu saling
bersentuhan. Sempat aku curi tengok garis senyum kecil di bibir merahnya. Yang lembab.

Fatin…sempat lagi kau kan?

Mata ni yang menderhaka laa.

“Hey, little FI. What a surprise.” Dua tubuh saling bertaut. Suara girang bersalutan.
Muka pamer ceria. Tapi kenapa aku nampak ceria mereka macam dibuat-buat aje. Macam
terpaksa. Tak sebulu kut.

Hesy. Menyibuk pulak aku.

Kedua-duanya saling menepuk belakang masing-masing. Aku hanya menjadi
pemerhati. Kepala kembali teringat perkataan yang disebut orang sebelah.

Little FI? Nama lelaki ni ke? Peliknya nama. Kawan dia agaknya. Tapi muka dia
orang macam ada iras-iras laa. Hesy apasal aku nak sibuk ni.

“Lunch? Meeting?”

“Both.”

“As expected.”

“You know better.”

“Yeah.”

“Marketing?” Mata lelaki di depan kami ini menjunam ke dalam troli.

“Yeah. Sort of.” Mata yang kemudian naik memanjat pandang aku. Senyum dilontar.
Aku ikut tarik senyum. Kenalah senyum kan. Nanti orang sebelah aku ni cakap tak sopan
pulak kalau aku buat dek aje.

“And this beautiful angel…’” Keningnya yang terangkat berpindah ke wajah orang
sebelah. Aku ikut pandang ke arah yang sama. Menunggu dia kenalkan aku. Takkan aku nak
kenalkan diri sendiri pulak kat lelaki ni. Aku mana tau dia siapa. Lagipun aku kan ikut di tadi.
Dialah yang kena beritahu.

“Fatin…”

“Ya, prof.” Sebelah tangannya hala pada orang sebelah.

“Meet Fazrul Ismeet.”

Oh. FI tu Fazrul Ismeet. Kisahnya.

“Assalamualaikum. Saya Fatin.” Kepala menunduk sedikit tanda hormat. Dia
hulurkan tangan. Aku pandang orang sebelah. Dia tunduk. Isyarat yang aku faham. Huluran
tangan lelaki depan mata aku sambut.

“Fatin?”

“Ya, saya encik.” Kepala terangguk sekali lagi bila dia sebut nama aku dengan nada
mahu mengesahkan. Laju aku tarik tangan. Seram pulak bila tengok mata orang sebelah
pandang aje tangan aku yang dalam genggam lelaki ini.

“Just FI will do.”

“Okey.” Dan kesekian kalinya aku mengangguk. Penat pulak aku rasa. Tapi bila
tengok dia koyak senyum senget sambil pandang orang sebelah aku, aku rasa tak sedap hati.
Ada apa yang aku tak tahu ke?

“Hmmm. I see.” Senyum lelaki ini melebar padaku. Cuak pulak aku tengok gaya dia
humban renung.

“So…this is the popular Fatin that mama always talking about. Am I right, bro?”

Mama.

Mama tu Puan Sri kan?

Mama prof. Jadi lelaki depan mata aku ni…

Mata aku pandang ke dua-duanya silih berganti. Orang sebelah aku dengan muka
selamba do I care dia. Langsung tak beri apa-apa reaksi pada pertanyaan orang sebelah yang
menayang senyum senget. Reaksi yang mengundang tanda tanya. Entah apa bahasa antara dia
orang berdua ni aku pun tak tahu. Tak nak ambil tahu.

Yang akal nak tahu sangat sekarang maksud kata-kata lelaki ini tadi. Kenapa aku jadi
topik bualan Puan Sri? Aku ada buat apa-apa kesalahan ke? Rasanya masa Puan Sri datang
kat rumah prof hari tu kami okey aje berbual. Tapi tak tahulah kalau ada-ada yang kurang.
Yang aku terlepas pandang. Prof tak pulak cerita apa-apa kat aku.

Lirik mencuri pandang sekali lagi lelaki di depan mata. Patutlah muka ada iras-iras
muka prof. Adik-beradik rupanya. Tekaan akulah sebab dia sebut perkataan mama tadi kat
prof. Mesti rujuk pada Puan Sri kan.

Dan menguatkan tekaan aku bila orang sebelah panggil lelaki ini tadi Little FI. Mesti
lelaki ini adik dia. Tapi kenapa dia nampak tua daripada prof ek. Orang sebelah aku ni
nampak jauh lebih muda. Dan super handsome.

Amboi kau Fatin.

Fakta mata mana boleh tipu laa. Aku cakap yang betul aje.
Eh jap. Lelaki ini tadi ada sebut aku the popular Fatin kan?
Bila masa aku jadi artis ni?

Bab 22
“BILA NAK DATANG SHAH ALAM?”

Aku pandang adik bongsu prof ini dengan riak sedikit terkejut. Tak jangka kena tanya
soalan begini. Soalan yang aku yakin tiada kena mengena dengan aku.

“Err…” Bibir tayang senyum kecil. Ligat kepala cari jawapan sebab orang sebelah
selamba tak bersalah. Haram nak tolong. Boleh pulak dia sibukkan diri pindahkan barang-
barang dalam troli ke perut bonet kereta. Aku rasa lelaki ini pun perasan aku pandang kat
abang dia untuk dapatkan jawapan. Atau lebih tepat nak abang dia yang jawapkan.

“Bro…”
“Yeap.”
Suara menyahut tapi dia masih tetap dengan aktiviti memindahkan barangan dalam
troli masuk ke dalam bonet kereta. Langsung tak angkat muka pandang lelaki depan aku ni.
Bibir jala senyum serba-salah. Rasa tersepit pulak antara dia orang berdua. Perang dingin apa
korang dua beradik ni haa?
“Bimonthly family lunch next weekend would be great.”

Aku memang tak faham maksud ayat adik prof ni. Tak nak ambil tahu pun. Aku cuma
kesian sebab dia macam tak dipedulikan. Kalau kena kat aku memang merasa sepakan kaki
laa orang sebelah ni. Selamba tak bersalah aje prof ni tau. Haram dia nak bagi respon kat adik
dia ni.

Ya. Lelaki bernama Fazrul Ismeet aka FI ni adik bongsu prof. Tekaan aku awal tadi
memang tepat. Little FI itu merujuk sebagai adik yang kecil. Itupun lepas adik dia yang
bersuara beritahu hubungan mereka berdua.

“For your info Fatin…this is my big bro. Third in the family to be specific. I am the
youngest.”

Aku ingat lagi riak muka prof. Macam tak berapa setuju dengan perbuatan adik dia
mendedahkan pertalian antara mereka. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku fikir positif aje.
Mungkin prof ada sebab sendiri.

Hak dia kan. Aku tak ambil hati pun. Lagipun aku dan prof tak ada apa-apa. Tiada
hubungan perasaan yang boleh buat aku terasa dan yang sewaktu dengannya. Kalau ada rasa
pun aku dah lenyapkan awal-awal. Kena sedar diri. Lagipun aku tak pernah pun fikir pasal
hati dan perasaan ni. Semua tu dah lama mati.

Bila nak datang Shah Alam.

Our family is looking forward to meeting up with you. Very much.

Pertanyaan lelaki ini tadi kembali terngiang di telinga. Tak ada keperluan kut untuk
aku ke sana. Aku bukannya ada kaitan dengan keluarga dia orang. Aku ni cuma bekerja di
banglo prof aje. Jauh di sudut hati aku berpihak pada prof yang tak beri jawapan pasal hal
tadi waktu ditanya adiknya. Aku harap dia cakap tak perlu nak bawak aku ke sana.

“What did you say?” Kepalanya terangkat dan pintu bonet kereta ditutup. Selamba
bergerak dan berdiri rapat sebelah aku.

“You heard me.” Lelaki depan aku ini hala isyarat mata kat aku. Walaupun lelaki ini
tak bersuara, aku cukup faham makna isyarat matanya. Kepala bagai ditarik magnet berkalih
ke sebelah. Bertaut pandangan aku dan dia. Bibir lelaki ini koyak senyum kecil.

“I see.”

Cakap tak perlu, prof.

Cakap macam tu tau, prof.

Faham tak ni, prof? Jangan nak senyum-senyum pulak.
Hesy dia ni!

“When the time is right you will be there. Right, my dear?” Keningnya terjongket
rendah.

Dia main dear-dear la pulak.

“ARE YOU OKAY?”
“Hurm?”

Tangan yang sedang tarik tali pinggang keledar terhenti seketika. Telinga dengar apa
yang dia sebut. Aku tahu dia merujuk pada kata-kata adik dia. Lelaki ini tahu aku tak selesa
dengan situasi tadi. Aku memang tak selesapun. Lagi-lagi dengan ayat akhir dia.

Ayat yang membuatkan kedua-duanya saling bertukar acara angkat kening. Reaksi
yang buat aku rasa macam ada maksud tersirat aje. Cuma aku malas nak tanya. Nanti lagi
panjang cerita. Dan aku memang tak minat nak terlibat.

Kornea terangkat. Dia yang sedang dalam posisi mengiring buat mata terkelip-kelip.
Langsung terkunci bibir nak jawap soalan tadi. Apahal pulak pandang aku semacam ni.
Bibirnya koyak senyum, makin laju kelopak mata berkelip. Senyum pulak. Ketawanya
berderai. Dan dan kening berkerut tengok gelagat lelaki ini. Apa yang lucunya ni?

“Kenapa prof ketawa? Saya tak buat lawak pun.” Aku kembali pasangkan tali
pinggang keledar yang tergendala tadi.

“Seeing your cute face is enough. No joke is needed to make me laugh, dear.”

Dear lagi. Dua kali dah masuk yang ini. Cukup tiga kali memang aku kena mandi
bunga bawah jambatan LRT Wangsa Maju gamaknya.

Apa yang kau mengarut ni Fatin ooi.

“Euwww.” Aku ketawa kecil. Dua tanganku melekat ke pipi. Giliran aku sengetkan
tubuh dan pandang dia. Kepala tergeleng ke kiri dan kanan sambil tayang senyum lebar.
Bebola mata sengaja aku kelip-kelipkan. Acah-acah comel.

“Saya cute ke?”

Tubuhnya tiba-tiba mendekat. Wajahnya ikut mendekat. Dekat hingga puncak hidung
kami hampir-hampir berlaga. Dekat hingga telinga boleh dengar desir nafasnya. Desir yang
menerobos masuk ke lohong nafasku. Yang aku telan dengan macam-macam rasa. Matanya
menjunam ke dasar kolam mata.

Tindakannya yang spontan buat aku terkaku seketika. Rasa macam kena sumpah jadi
patung. Kejung seketika. Matapun berhenti berkelip. Apasal rasa seram sejuk ni.
Ha…habislah aku. Dahlah kereta ni berkunci. Liur aku telan rakus. Bergerak-gerak rengkung
nafas. Apa nak buat ni? Apa dia nak buat ni? Apasal tenung aku lain macam ni?

“Err…prof…saya okey. Saya okey, prof.” Aku jarakkan tubuh.

“Syyhh…” Jari telunjuknya melekat di bibir. Zon bahaya ni. Matilah aku. Apa nak
buat ni? Dahlah kat parkir ni sunyi. Kelam pulak pula tu. Guard Nepal pun tak ada untuk
mintak pertolongan cemas. Memang mengundang sungguh. Aduh. Okey. Okey. Jangan
panik. Think, Fatin. Think. Cepat. Karang dia ngap kau.

Ngap?!

Dua tangan spontan naik separas dada. Isyarat menahan.

“Tarik nafas, prof. Ikut saya. Macam ni.” Aku tegakkan dada dan tarik nafas dalam-
dalam. Mata dia tak berkelip tengok aku. Aku buat bodoh aje.

“Lepas nafas pelan-pelan. Macam ni.” Aku hembus nafas keluar. Dia masih tenung
aku tak lepas. Dan masih terus buat bodoh. “Lepas tu istighfar, prof. Istighfar. Ikut saya.
Tengok bibir saya ni.”

Kata-kataku buat bibir lelaki ini menguntum senyum lebar. Hesy. Orang suruh
istighfar la. Bukan senyum!

“Pap!”

Terkelip-kelip mataku. Hujung mata pandang tapak tangan dia yang melekap di pipi.
Tamparan perlahan aje. Tapi aku yang terkejut namatee. Dahlah aku rasa macam jari dia
sedang bergerak-gerak kat lantai pipi. Main usik-usik pipi pulak dah dia.

“Nyamuk.” Terasa pipi dicubit halus dan dua jarinya diangkat dan dihala kat aku.

“Nyamuk rupanya. Ingat…”

“Ingat saya nak cium awak, hmmm?”

Aduh. Ayat makan dalam sungguh. Panas muka dah ni. Rasa nak terjun aje bawa
kerusi. Takpun hilangkan diri. Tolonglah jangan pandang sini. Tolonglah.

“Am I right, Fatin?” Tak termakbul permintaan aku. Dia dengan selamba jengah
muka aku sambil tersenyum. Cakap sudahlah prof. Main jengah-jengah pulak. Saya malu tau
tak?

“Err…ma…mana ada.” Aku telan liur sendiri. Tergagap ni sah laa dia tau aku tipu
dia. Tebal muka tahan malu. Dia ketawa kecil dan betulkan sandar. Enjin kereta dihidupkan.
Eei. Malu. Malu. Doremon mana ni. Cuti kecemasan ke?

“If I want to kiss you. I will do it in proper…officially.” Sekali lagi dia humban lirik
sambil senyum senget.

Kenapa tetiba prof bertukar versi miang ni?

Seram pulak aku.

Eh…tapi ayat dia I will do it in proper…officially tu makna apa tu?

Hesy.

Prof ni makin hari makin pelik laa perangai dia.

Bab 23

SEPANJANG PERJALANAN BALIK KE BANGLO dia tiba jadi diam. Macam canggung
pulak aku rasa. Walhal masa pergi tadi rancak dia berbual. Cerita pasal ragam pelajar-pelajar
dia. Pasal nak siapkan kertas soalan untuk peperiksaan.

Aku menyampuk juga tanya itu ini. Bila dia masuk tanya pasal Ash, makin
seronoklah perjalanan. Aku pulak yang becok bercerita. Biasalah kalau pasal anak. Seribu
macam cerita ada dalam kepala.

Tapi bila balik ni dah jadi senyap sunyi pulak. Bunyi penghawa dingin dalam kereta
ini dan desir nafas kami sahaja yang bersuara. Aku nak buka mulut pun takut. Takut tak
berbalas. Jadi baiklah aku pun bisukan mulut.

Aku tak pasti adakah sebab terjumpa adik bongsu dia tadi buat sikap lelaki ini tiba-
tiba berubah. Tapi mata dan telinga jadi saksi cara mereka yang tak akrab macam adik-
beradik yang lain. Macam ada sesuatu yang tak selesai antara kedua-duanya. Rumusan aku
inilah jawapan untuk kemusykilan pertama tadi.

Kereta yang dia pandu masuk ke halaman banglo. Sebaik sahaja enjin kereta
dimatikan, terus aku tanggalkan tali pinggang keledar. Pemegang pintu aku capai. Nak cepat
tolong dia keluarkan barang-barang dalam bonet.

Nak cepat masuk dalam banglo. Nak Cepat siapkan kerja rumah. Inipun dah rugi
masa dua jam sebab kena ikut dia membeli-belah tadi. Haruslah aku kena kerah tenaga untuk
siapkan semua kerja rumah sebelum pukul satu. Mahukan macam kartun karang aku buat
kerja.

“Fatin.”

“Ya, prof.” Kepala berpusing ke kanan. Dia sedang pandang aku.

“I am sorry.”

“Hurm?” Berkerut kening. Maaf pasal apa pulak ni.

“What you have heard from my little brother.”

Hmmm. Pasal tadi.

“The family bi-monthly lunch…”

“Oh. Yang tu. Tak apa, prof. Saya faham. Prof tak payah rasa apa-apa.” Terus aku
pangkah ayat dia. “Itu hanya untuk keluarga. Bukan untuk orang luar. Namapun family lunch
kan?” Aku tahu apa yang dia maksudkan. Mungkin dia fikir aku terasa dengan jawapan dia
tadi.

Bibir koyak senyum kecil. Aku pun sedar diri. Siapalah aku nak makan semeja
dengan keluarga terhormat macam dia.

“I will bring you and Ash to the lunch.”

Mulut terkesima. Mata terpasung. Terkejut dengan apa yang lelaki ni baru lontarkan.
Tak menyangka itu yang dia keluar dari mulut dia. Bunyinya memang enak didengar. Namun
akal laju kejutkan aku agar jangan hanyut. Jangan perasan!

“If you agree to follow me.”

“Prof…” Aku hala mata ke depan. Lama aku diam. Cuba mencari kata-kata yang
sesuai kat dia. Bukan tak faham maksud yang tersirat daripada kata-katanya. Aku tak mahu
berpaut pada harapan yang jelas memang bukan milik aku.

Berilah peluang kedua pada diri kau, Fatin.

Peluang kedua tu untuk aku baiki diri. Bukan untuk yang ini. Yang ni tak pernah
langsung masuk dalam mimpi indah aku. Orang macam aku tak layak bermimpi indah.
Realiti pahit tentang siapa aku laa kenyataan yang kena aku telan seumur hidup.

Tapi Fatin…

Cukup!

“Saya dah terima kasih awak.” Aku ketawa kecil. Tak sempat nak fikir pasal nak
jawab ayat dia tadi, dia tembak pulak aku dengan kata-kata yang masih aku ingat kisahnya.
Sesak nafas aku dibuatnya.

“Do you like me, Fatin?”

Sekali lagi dia buat aku rasa sesak nafas. Bertalu-talu soal hati dia hamparkan. Dan
dia tanya aku soalan yang sama. Kali pertama hari tu aku tak jawab. Bibir masih diam. Nafas
yang dihela aku lepaskan perlahan-lahan. Sekalipun kalau aku ada perasaan suka kat dia, aku
tahu aku tak layak. Sangat-sangat tak layak.

“Saya tak boleh suka prof.”

“Sebabnya?” Aku kalih pandang dia.

“You know what I mean, prof.”

“No. Please explains.” Keluh berat terluncur. Aku tau dia sengaja buat-buat tak tau.

“Saya ada silam yang hitam. Prof pun tau kisah saya. Saya dah cerita kan sebelum ni.”

"Silam itu kisah peribadi yang tak perlu dibuka hikayatnya, Fatin. Your secret saved
with me. Forever. " Aku tayang senyum yang berpasir. Rasa nak menangis. Benda buruk ni
selama manalah boleh disimpan dan ditutup.

"Prof tahu status saya kan?" Liur pahit bertakung di rengkung aku telan bersama mata
yang terpejam.

"Yang perlu saya tahu status hati awak sekarang, Fatin."

"Kenapa dengan hati saya?"

"Hati awak itu masa depan saya. Masa depan yang akan dikongsi bersama.
Awak...dan saya." Tapak tangan melekat di dahi. Tak tau nak cakap apa lagi.

“Prof…”

“You are the heart and soul in this house, Fatin.”

“Jom kita turun, prof. Nanti saya lambat balik kalau lambat siapkan kerja saya kat
sini.” Pemegang pintu aku capai dan terus melolos keluar. Mahu dia hentikan perkara hati
yang sedang dia cakapkan. Sungguh aku tak sanggup nak dengar. Dan aku takut kalau aku
tak kuat untuk pertahankan diri nanti kalau terus-terusan dipujuk-rayu.

Keluar daripada perut kereta aku terus bersandar di tepi bonet kereta dan berdiri tegun
di situ. Tunggu dia keluarkan barang-barang yang dibeli tadi. Aku nak tolong bawa masuk ke
dapur.

Lama juga aku tunggu baru dia keluar. Dan langkah lelaki ini berpusing ke depan lalu
menapak ke arahku. Debar jantung tiba-tiba bergendang. Kuat. Laju. Aku rasa nak lari aje
masuk dalam rumah. Tapi kaki bagai tak mengizinkan. Memaku langkah dan tubuh untuk
terus tegak di sini.

Dua tangannya ditekan ke kiri dan kanan bumbung kereta. Buat aku terperangkap di
tengah-tengah. Nasib la dah masuk halaman rumah dan pintu pagar pun dah tertutup. Kalau
tak, mahu haru jugak jadi tontonan orang. Aku pandang dia sambil telan liur. Dalam kepala
ligat fikir apa yang lelaki ini nak buat. Janganlah dia buat benda bukan-bukan. Haruslah aku
buka silat!

“Are you afraid of me?”

“Tak.” Tahu ke mana arah pertanyaan dia. Memanglah aku tak takut kat dia. Aku
cuma takut pada diri sendiri.

“Then why did you run away?”

“Saya tak lari. Saya kan berjalan keluar daripada kereta tadi. Prof pun nampak.”

“Fatin. I am serious.” Bila dia tekan suara, mata spontan jadi terpasung. Masing-
masing diam. Aku tunduk. Dia pun sama. Dah la muka dia dekat dengan muka aku. Dahi pun
sampai nak bersentuhan.

Aku hela nafas dalam-dalam. Muka aku angkat perlahan-lahan. Gerakan yang
langsung tak mengerakkan kepala dia. Jadinya posisi aku sedang mendongak pandang dia.
Dan dia pulak sedang menunduk pandang aku. Rapat sangat. Posisi yang sangat merbahaya
dan super ngeri. Nafas yang dia hembus masuk ke dalam rengkung. Bersatu dengan nafasku.
Kacau ni!

“Look, prof. I….”

“I like you. Very much.” Dia cantas ayat aku dengan humban ayat jampi yang buat
sendi kaki longgar. Kalau tak sebab dua tangan menahan di badan kereta, harus aku dah
melorot ke bawah.

Tolonglah faham, prof.

Kan saya dah ca….

“On the first day I met you…I have already like you.”

Pengakuan yang buat aku benar-benar terkejut. Kalau suka kenapa tayang muka ketat
masa tu. Takut aku perasan? Takut nak mengaku perasaan sendiri? Malu? Tak kisah apapun
jawapannya. Yang nyata dia memang buat aku terperanjat namatee.

“I love you.”

Alaaa. Alaaa. Apa love love pulak ni, prof?

Terkelip mata. Dia pulak tak berkelip pandang aku. Aku terpaku sesaat. Dada
berombak laju. Aku rasa dia pun perasan dada aku turun naik. Tak boleh nak cover. Nafaspun
huru-hara. Kalau tadi sendi kaki terasa longgar.

Saat ini aku rasa macam terlambung tinggi ke udara dan kemudian ditambung dua
tangan sasa lelaki ini. Yang membuai. Yang terbang membawa aku naik tinggi hingga
mencecah awan.

“I love you, Fatin.”

Sekali lagi dia ulang. Dan sekali lagi aku cakap kalau la tak sebab aku bersandar di
badan kereta, memang tubuh dah melorot ke bawah.

“I love you very much, Fatin.”

Tiga kali. Ti. Ga. Ka. Li. Kacau bilau jiwa aku dibuatnya. Prof ni dah kenapa? Kan
aku dah cakap dalam kereta tadi. Dia tak faham ke? Dia tak dengar ke?

“Fatin…”

“You are falling in love with a damaged person, prof.” Hanya ayat itu yang spontan
terluncur dari bibir. Terkejut sungguh dengar luahan rasa lelaki ini. Tak sangka. Sungguh-
sungguh tak sangka!

“I am damaged too, Fatin.”

Kepala menggeleng. Dia tak “rosak” macam aku. Dia masih “elok” walaupun
statusnya sudah bertukar menjadi “bekas” orang. Dia masih punya “nilai” yang cukup tinggi
di mata masyarakat. Tapi tidak aku. Aku ni benda rosak yang jijik di mata masyarakat.

“We both are the same, Fatin.”

Aku dan dia sama? Memang tak mungkinlah.

Itu gila!

“Yes, we are both damaged. When two damaged people trying to heal each other,
there is love.”

Cinta.

Cinta tu dah mati bagi aku.

“Prof…saya….”

“Only broken hearted, can offer you a piece of their soul to you. Because that person
knows…what it felt like being shattered into pieces.”

Gemersik suaranya menampar cuping. Bibir aku kemam buat. Kepala tertunduk. Mata
terpejam seketika.

Hati yang berderai.

Dan kenangan pahit tu terlayar kembali.
Kenangan yang mencarikkan jiwa. Berkeping-keping.
Menghancurkan segalanya.
Punah.

Bab 24
“KATA IKA NATASSA…kecanggungan tidak pernah ada di antara dua orang yang tidak
ada apa-apanya.”

Hmmm. Berfalsafah la pulak dia. Aku toleh sekilas pada dia yang berdiri di sebelah.
Tak sedar bila dia keluar dari perpustakaan. Akal tak sukar menghadam kata-kata lelaki ini.
Mesti tuju kat aku la tu. Nak nafikan, memang ada kebenarannya. Canggung yang muncul
tanpa sedar sejak dia dengan berani luahan perasaan. Tunjuk secara terang-terangan.

“I can feel that you are, Fatin.” Menderu rasa hangat di muka disimbah kata-katanya.
Nak sorok memang tak boleh la. Mata dia sedang melekat kut kat muka aku sekarang.

“Drop it….and you will be just fine.” Kemam bibir terus aku berpaling ke depan. Tak
tahu nak jawab apa. Lebih penting tak nak dia tengok muka aku yang hampir rentung dah ni.

“You are blushing. There is no need to hide it from me.”

Aduh aduh. Sudah sudah la tu, prof. Janganlah huru-harakan hati saya lagi.

“Awak suka bunga kan?” Suara dia yang bertanya memecah sunyi antara kami.

“Orkid.”

“Yeah. I remember.”

“Nak hadiahkan saya orkid ke?” Ketawa kecilku terlepas. Dia ikut ketawa.

“Kata Jorge Luis Borges…maka tanamlah bunga di laman sendiri. Hiaskanlah
jiwamu sendiri. Itu lebih baik berbanding menanti seseorang memberi bunga kepadamu.”

Hujung mata mencuri pandang padanya yang sedang merenung tunak ke depan. Aku
rasa selain dari jadi pensyarah matematik, prof ni mesti buat kerja part time jadi pensyarah
falsafah.

Mata terus melekat pada lanskap di depan. Agaknya pasal ni dia buat laman bonsai
yang terhampar depan mata sekarang. Laman yang menjadi pengubat jiwa laranya selama ini.
Aku teka laa.

“But I don’t agree with that phrase anymore.” Giliran dia balas pada kilasan renung
yang aku lontar. Bibir merah tanpa pewarna itu ukir senyum kecil.

Hai Fatin. Tang situ jugak yang mata kau singgah kan.

Dah seksi. Aku tengoklah.

“I am done with waiting. Years. It is time for me to make a move…bringing the
flowers to the one. The one I am waiting for.” Mata lelaki ini tepat merenung ke dasar mata.
Bukan tak faham apa yang dia maksudkan. Aku tarik senyum kecil. Balas senyum dia.
Kepala kembali berpindah ke depan.

“Saya bukan orangnya. Prof ada banyak pilihan di sekeliling yang menunggu. Yang
sepadan. Saya tak nak ambil atau jadi salah satu daripada pilihan tu. Saya tak padan. Bagilah
bunga tu pada yang layak menghidu harumnya.” Saya ni jangankan nak hidu. Nak pegangpun
tak layak prof. Kata yang hanya terlontar dalam hati.

Itu hakikat yang cukup jelas. Orang yang berprofil tinggi macam dia, petik jari
memang bersusun yang datang. Berbeza dengan aku. Siapalah nak pilih perempuan macam
aku. Perempuan yang silamnya terpalit dosa yang bukan calang.

"You cannot deny my choices. You are my choice, Fatin."

Mata sekali lagi lontar lirik pada dia yang setia berdiri di sebelah sejak tadi. Bohong
kalau aku kata hati tak terusik dengan kata-kata lelaki ini. Luahan perasaan dan
pengakuannya waktu di luar kereta tadi pun dah cukup buat aku rasa macam bermimpi.
Macam tak percaya. Terawang-awang jiwa. Terapung-apung di awan rasa.

Tapi aku cepat sedarkan diri. Kena sedar diri. Segala rasa indah dan berbunga itu
harus segera diracun. Biar mati. Biar tiada benih harapan yang tumbuh. Orang macam aku tak
punya harapan untuk bina masa depan. Jangan mengharap. Berhenti menyulam impian yang
takkan muncul!

Melihat dia, kerdil diri aku rasanya. Aku dan lelaki ini terpisah antara dua jurang.
Jurang yang luas. Silap melangkah akan terjerumus ke rabung yang dalam. Dan akulah nanti
yang akan terjerumus.

Bibir aku kunci daripada beri apa-apa balasan. Tak mahu memanjang bual tentang hal
ni lagi. Mahu ia ditamatkan. Aku memang tak mahu lagi bicara soal hati. Soal perasaan. Aku
tak mahu simpan harapan. Aku takut!

Langkah aku hala ke kepala paip. Tarik hose getah ke arah laman. Dari hujung mata
aku nampak dia menapak. Mendekat. Kepala hose getah aku hala ke arah laman bonsai di
depan. Percikan airnya tersebar. Aku siram dengan berhati-hati.

Nak selesaikan tugas ini dengan segera. Nak kena cepat siapkan kerja kat luar ni.
Boleh cepat balik. Jiwa makin huru-hara dibuat lelaki ini. kalau lagi lama aku kat sini mahu
punah ranah jiwa aku jadinya nanti. Jalan selamat. Balik cepat!

Suasana jadi sepi seketika. Macam masa dalam rumah tadi. Kepala kembali
menerawang. Sesi di kereta terhenti bila masing-masing diam. Dia terus keluarkan barang-
barang dari dalam bonet. Aku ikut bantu angkat dan laju masuk dalam rumah.

Sebenarnya nak elakkan diri daripada dia. Siap simpan kan barang-barang dapur yang
dia beli di dalam fridge dan kabinet barang makanan, aku terus buat kerja dalam rumah.
Langsung tak hiraukan kehadiran dia.

Dia agaknya faham yang aku tak mahu cakap pasal hal tadi tak ganggu aku. Dia
hanya cakap nak buat kerja sikit dalam perpustakaan bersebelahan ruang tamu utama. Dan
sehingga aku selesai buat kerja dalam rumah dia memang langsung tak keluar. Aku tahu dia
mahu beri aku ruang buat kerja dengan tenang.

“I mean what I have said. No turning back.”

Suara yang berdesir tenang tapi jelas menampar cuping. Menerbangkan segala yang
berawangan dalam kepala. Aku tak terus jawab. Habis siram pokok-pokok di laman bonsai,
terus aku melangkah ke kepala paip. Kunci dan tarik hose getah. Dia menapak. Mendekati.
Tahu yang dia masih mahu menagih jawapan.

“Have you ever heard of this song, prof?”

“What song?”

“Knife

Cuts like a knife.
How will I ever heal?
I'm so deeply wounded.”
“May I?” Kepala mengangguk.
“Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life.”
Ya. Luka yang satu ni telah membawa pergi raga jiwa. Meranapkan percaya pada adil
dunia. Takkan ada pembelaan untuk apa yang aku lalui.

Bad thing happened to innocent people…to good people and no one does anything
about it. No one. No such punishment like Hummarabi’s code. An eye for an eye. A tooth for
a tooth. It is all bullshit.

Damn bullshit!

Hingga aku pernah rasa hidup ni tiada gunanya lagi. Hingga aku rasa mati itu sahaja
pilihan yang aku ada.

"Hidup saya ni...terlalu banyak kenangan yang pahit. Terlalu banyak, prof. Jangan
janjikan saya angan-angan. Saya dah tak percaya lagi pada itu semua." Sungguh. Aku dah
lupa untuk menganyam angan-angan indah untuk diri sendiri. Realiti yang terpikul di pundak
sangat berat. Biarlah aku berpijak di bumi nyata. Fantasi waktu remaja itu sudah lama
terkubur.

"Bad memories...they faded with time, Fatin. Take my hand and I will promise you
they will never touch you again."

Kata-kata lelaki ini buat jiwa jadi sayu. Sikap terus-terangnya menyentuh hingga ke
lubuk rasa. Aku tunduk dan letakkan hose getah di sebelah kepala paip. Tubuh kembali tegak
dan beranikan diri berdiri secara saling mengadap.

“Saya ada anak, prof.” Aku nak dia faham maksudku. Dan aku tahu dia sangat-sangat
makna kata-kataku. Ash bukan seperti anak-anak yang biasa. Aku tak mahu Ash nanti akan
membebankan dia di masa hadapan.

“And I am his abah. Always will be. And he entitled the status as my son. Unless you
forbid me.”

Aduhai. Janganlah cakap macam ni, prof.

“Prof tahu kan saya ni perempuan macam mana?”

“The woman that I fall for. Head to toe.”

Aku hela nafas dan lepaskan perlahan-lahan.

“You have bewitched me. Body and soul. In total.”

Sebelah tangan naik meraup bibir. Terkelu seketika. Raut tenang lelaki ini hinggap di
mata. Setenang dia lafazkan rasa hatinya kat aku. Tanpa ragu. Tanpa sangsi.

“Kenapa prof suka saya?”

“Tanya DIA.” Telunjuknya tegak ke langit. Mataku ikut bergerak mengikut
telunjuknya.

“Bukan ke rasa suka tu DIA yang terbitkan dalam hati hamba-hamba-NYA yang
terpilih? Seperti rasa suka saya pada awak.” Suaranya yang tenang membentang hujah buat
suara terkunci.

Bibir aku kemam. Jawapan yang tak mampu dibantah. Tak ada juga alasan untuk
menafikan. Jauh sekali mahu mencantasnya. Malah tiada siapapun di dunia ini yang mampu
menidakkan bila ia melibatkan DIA.

“Kenapa prof cinta pada saya?”

Telunjuknya kembali tegak macam tadi. Mata aku tegun memandang. Menunggu
jawapan yang bakal keluar dari mulut dia.

“Tanya DIA.”

“Tanya apa?” Kali ini aku beranikan diri berbalas kata dengan dia.

“Tanya DIA tentang rasa cinta yang DIA datangkan buat saya pada awak. Tanya
DIA…bukankah cinta itu DIA yang tiupkan dalam jiwa setiap yang bernyawa. Tanya DIA
mana rasa cinta awak untuk saya. Tanya DIA supaya tiupkan rasa itu dalam jiwa awak buat
saya. Supaya awak boleh rasa apa yang saya rasa.” Kepalanya dirapatkan ke wajahku. Aku
yang seperti tersihir tegun tak bergerak. Bagaikan menyerah.

“Sudah tertulis Hayyin itu pelengkapnya Layyin. Bukankah Layyin dan Hayyin itu
segandingan hingga ke Firdausi?” Mataku terkelip-kelip.

Hayyin tu pelengkapnya Layyin.

Layyin dan Hayyin segandingan ke syurga.

Aku…aku Layyin.

Dia…dia Hayyin.

“Tanya DIA kenapa kita dipertemu. Tanya DIA kenapa Hayyin ini tak dibukakan hati
pada hawa yang lain. Tapi hanya pada Layyin…rasa itu menyerbu masuk. Memenuhi seluruh
pelusuk jiwa.”

Lidah terkelu.

“YOU'RE MY WINGS. YOU MAKE ME FLY.”

“You are driving right now, prof. Not flying. So please concentrate. Jangan nak
mengayat. Salah tempat dan masa. Karang dua-dua “terbang” dalam semak. Nak ke?”
Matanya memicing. Aku tayang muka selamba tak bersalah.

Aku cakap yang betul. Nak bagi pick up line pun pandanglah jugak kiri-kanan.
Tengah memandu atas jalanraya kut. Aku nak sampai rumah dengan selamat. Kepalanya
menggeleng sebelum menghumban ketawa kecil. Aku gulung mata ke atas. Orang cakap
betul dia gelak pulak.

“We can fly together. With you next to me…I am willing to fly anywhere. Will you fly
with me, Fatin?”

Hmmm. Tak putus asa sungguh lelaki ini. Sungguh aku kagum dengan semangat dia.

“Enggang dengan pipit tak boleh terbang sama, prof.”

“Climb up on my shoulder and stay there. We will fly together. Higher and higher.”

Fuh. Ayat rebah terkulai ni.

Dia hulurkan tangan kiri. Mata aku pulak statik tengok tangan dia. Kemudian naik
memanjat ke atas. Melekat di wajah cerah dia yang dia berjambang halus di kiri dan kanan
rahang. Mata yang kemudian jatuh ke dua rekahan merah pudar.

Bibir yang awal-awal dulu sangat mahal dengan senyum melebar manis. Hot prof ni
bila senyum manis macam ni. Patutlah dulu susah nak senyum. Takut aku tergoda. Hmmm.
Sekarang ni bukan tergoda lagi. Dah hampir longlai ni.

“Touch my hand and I made you touch the sky.”

Ni lagilah. Harus koma.

Aku kalih pandang ke depan.

“Haram pegang-pegang tangan bukan mahram, prof.”

“Will you give me the honour to change the status?”

Jangan toleh, Fatin.

Kau toleh memang kau koma.
Confirmed!

Bab 25
USAI SOLAT SUBUH pantas tangan siapkan semua barang-barang Ash dan aku. Dia yang
masih lena aku angkat perlahan-lahan dan baringkan atas sofa panjang di ruang tamu.
Kemudian aku masuk semula ke dalam bilik dan angkat keluar dua beg kami.

Kaki menapak ke depan dan letakkan beg-beg di tepi pintu. Selak pintu atas bawah
aku tarik dan tombol aku putar. Daun pintu tangan kuak luas. Grill aje yang masih dibiarkan
berkunci.

Telefon di tangan aku masukkan ke dalam poket jeans. Sebelum subuh tadi gajet ni
dah bergegar. Tanda ada pesanan masuk. Tak payah tengok pun aku tahu gerangan yang
menghantar. Tentulah si tuan professor. Mestilah nak ingatkan aku la tu. Takut aku lupa yang
dia akan datang menjemput aku dan Ash.

Bermula hari ni aku akan bekerja dengan jadual baru seperti yang dia beritahu
semalam. Lima hari seminggu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Aku dibenarkan bawa Ash
bersama. Aku pun dah beritahu Kak Nah pasal hal ni semalam lepas aku dan encik bos aku tu
balik dari Mini Market Ah Seng.

Terkejut juga Kak Nah tapi dia tak kisah. Cuma dia pesan kat aku supaya jaga diri dan
jaga Ash baik-baik kat rumah prof. Dia minta juga aku hantar la Ash ke rumah dia sesekali
bila hujung minggu. Dia rindu nanti kalau lama tak jumpa Ash.

Katanya nanti Ash lupa pulak kat ibu dia bila dah duduk rumah banglo abah dia. Buat
aku sedih aje bila Kak Nah cakap macam tu. Manalah Ash boleh lupakan ibu yang jaga dia
sejak daripada dalam perut aku lagi.

Petang semalam prof teman aku ke Mini Market Ah Seng. Rasa bersalah juga kena
hantar notis 24 jam. Bila dia minta izin aku untuk bercakap sendiri dengan Ah Seng, takkan
aku nak cakap tak boleh. Tak tahu apa yang dua lelaki itu cakapkan dalam bilik belakang
pasaraya ni yang jadi pejabat Ah Seng.

Lama jugak aku menunggu kat depan kaunter pembayaran. Nasib ada Connie; bini Ah
Seng. Dapat juga lawan bercakap. Keluar aje dari bilik tu kedua-dua bukan main lagi ketawa
sakan dan bersalam-salam.

Aku memang tak tahu apa yang dia beritahu Ah Seng sampai Tauke Mini Market tu
ucap tahniah padaku. Tahniah amendenya. Jangan tuan professor tu merapu yang bukan-
bukan sudahlah. Aku cakap kat Ah Seng aku minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa
berhenti mendadak macam ni.

Aku cakap aku memang tak ada cara lain dah. Jadual kerja dah berubah. Aku tak ada
pilihan. Ah Seng cakap tak apa dia faham. Lagipun notis aku dah ada orang bayar. Memang
terkejut gila aku. Bila aku tanya dia kenapa buat macam tu. Aku yang harus bayar. Dan ayat
balas dengan memang selalu aku buat lidah aku kena sihir.

“Are you having issue with my money?”

Sudahnya malas aku nak cakap. Nak membebel pun tak kuasa. Suka hatilah. Dia
banyak duit kan.

Kepala tinjau keluar. Persekitaran di luar masih gelap tapi kawasan flat yang aku sewa
ni dah riuh dengan suara para penghuninya. Terutama yang punya anak-anak yang nak ke
sekolah sesi pagi. Suasana yang dah biasa bagi aku sejak tiga tahun duduk di sini. Riuh-
rendah serta hiruk-pikuk yang langsung tak membingitkan. Beginilah kehidupan manusia
marhean di Kuala Lumpur.

Seronok sebenar mendengar jerit-pekik para suri rumah pada anak-anak masing-
masing. Irama yang menyegarkan minda. Menerbit senyum di bibir. Membayangkan suatu
hari nanti bila Ash menjejak kaki ke sekolah aku juga bakal begitu. Menjerit macam
tarzan…hahaha.

Derap tapak kasut dari hujung selekoh unit menggamit telinga. Tak sempat nak
berpaling, susuk tinggi yang aku tunggu kedatangannya terpacak depan mata. Senyum saling
berbalas. Tubuh yang ringkas bersarung kemeja tee putih dan seluar khakis coklat gelap
nampak cukup santai. Dan tetap handsome namatee!

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam, prof. Selamat pagi.” Kunci grill yang tersangkut di tepi pintu aku
capai dan sumbat ke dalam lubangnya.

“Morning to you too. Ready?”

“Yeap. I am ready. Kejap saya angkat Ash.” Aku melangkah ke sofa. Perlahan-lahan
dan berhati-hati aku angkat Ash. Mengeliat-ngeliat dia tapi mata tetap terpejam rapat.

“Let me hold my Ash.” Tubuh Ash yang dalam dukunganku berpindah tangan. Elok
dan selesa aje Ash terlentok di bahu pejal lelaki ini.

My Ash.

Bohong kalau aku cakap hati tak terusik. Orang kata macam ada bunga dalam taman.
Bunga pulak bunga orkid. Bunga favourite aku. Dan jiwa makin terbuai melihat dia letakkan
kepala Ash ke bahunya sambil diusap lembut. Ada rasa halus yang bertiup di lubuk sanubari.
Rasa yang damai. Dan indah sangat-sangat.

“Shall we make a move?”

“Ahhh…ya. Jom. Jom.” Suaranya melenyapkan khayal yang berbunga. Pantas tangan
capai beg-beg di tepi pintu. Gugus kunci yang tersangkut aku sambar deras. Telunjuk tekan
suis lampu dan kipas untuk mematikannya. Tombol pintu aku tarik. Kunci di tangan aku
sumbat ke lubang. Pintu grill aku tolak dan kunci. Gugus kunci aku sumbatkan dalam beg jut
yang aku tersandang di bahu.

“Jom, prof.” Aku jalan di belakang dia yang mendukung Ash. Tangan usap rambut
halus Ash yang terjuntai. Tak bergerak dia. Lena sungguh. Belakang Ash diusap-usap oleh
lelaki ini.

“Kita pergi rumah abah Ash ye.”

Rumah abah Ash.

Dan sekali lagi suara dan kata-kata lelaki ini buat jiwaku terawangan. Bibir tanpa
sedar koyak senyum.

Sampai di kereta yang terparkir dia tekan punat di tangan seraya mencapai pemegang
pintu penumpang belakang. Laju aku meluru. Kesian pulak kat dia yang mendukung Ash.

“Biar saya tolong bukakan, prof.” Pantas pintu aku tarik dan buka. Perlahan-lahan dan
penuh berhati-hati dia baringkan Ash di kusyen. Aku ikut sama betulkan kaki Ash yang
terjuntai. Puas hati dengan keadaan Ash pintu aku tolak. Dia bergerak ke depan pintu
penumpang hadapan dan ditarik. Mata pandang aku dengan isyarat suruh aku masuk.
Terkejut sedikit dengan apa yang lelaki ini lakukan.

“Terima kasih, prof.”

“Saya dah lama terima kasih awak tu. Lupa ke?” Dia jongket kening. Laju aku
melolos masuk. Mahunya tak habis karang cerita terima kasih ni. Sabar aje la aku dengan
orang angau ni.

Siapa yang angau?

Dia la. Takkan aku.

Iye ke?

Diam la, kau!

“KITA NAK pergi mana ni, mama?”

Suara halus Ash yang tiba-tiba menyapa telinga buat aku berpaling ke belakang. Dia
sudah duduk tersandar dengan kaki bersila bersama muka yang terpisat-pisat. Tak sedar pulak
aku dia dah bangun. Matanya membuang pandang ke luar tingkap kereta bersama riak hairan.

“Kita nak pergi rumah abah Ash.”

Eh eh orang sebelah ni. Budak tu tanya mama dia la. Bukan abah dia. Sibuk aje
menyampuk.

Suara lelaki ni buat mata Ash terkelip-kelip memandang ke depan. Tubuhnya
mengengsot turun. Aku sengetkan badan dan panjangkan tangan untuk menangkap
tangannya. Takut terjatuh.

Selesa berdiri dengan sebelah tangannya memeluk leher kerusi pemandu dia
menjenguk ke celahan pemisah kerusi pemandu dan penumpang hadapan. Tangan halusnya
memegang bahu lelaki ini yang tenang memandu. Kepalanya melirik sekilas pada Ash sambil
bertukar senyum antara kedua-duanya. Aku yang tukang tengok pun ikut tarik senyum.

“Abah.”

“Yes, my handsome hero.”

“Kita nak pergi rumah abah ke?”

“Ye. Kita nak pergi rumah abah. Ash suka tak nak pergi rumah abah?”

“Emmm.” Kepalanya mengangguk. “Suka. Ash suka nak pergi rumah abah. Jauh ke
rumah abah?”

“Sekejap lagi kita sampai okey.” Suara lelaki ini buat aku menoleh ke depan.
Keretanya sudah memasuki Lebuhraya SPRINT menuju ke Bukit Kiara. Memang tak jauh
lagi nak sampai ke Bukit Bandaraya.

“Okey.”

“Abah.”
“Hmmm.”
“Ash lapar.”
Tanganku naik menggosok kepalanya. Bibir koyak senyum.
“Sekejap lagi kita sampai mama buatkan breakfast untuk Ash ye. Okey, sayang?”
Kepalanya mengangguk.
“Emmm. Okey, mama.”
“Breakfast untuk abah dengan Ash ye, mama. Kopi sedap abah satu teko jangan lupa
mama.” Dia berpaling dengan segumpal senyum senget. Mata aku ikut memicing.
Amboi amboi tuan professor ni. Mengambil kesempatan sungguh!

Bab 26
"MACAM KEK ASH MAKAN semalam kan?"

"Hmmm." Piring aku letak di tepi meja. Dia capai sepotong kecil dan sua ke mulut.
Sayup-sayup dengan desir aluanan basmallah. Mata menoleh pada Ash yang seronok bermain
dengan basikal di halaman.

Diam tak diam dah seminggu dia ikut aku ke sini. Seronok katanya sebab boleh main
dengan abah setiap kali lelaki ini balik dari kampus. Lelaki ini kalau sampai aje di rumah
memang akan terus cari Ash.

Hati memang tersentuh gila dengan limpahan kasih-sayangnya kat Ash. Bibir koyak
senyum. Bahagia tengok dia gembira bermain dengan basikal baru yang selama ni selalu dia
tanyakan padaku.

Ya. Basikal yang “abah” dia ni belikan. Tanpa pengetahuanku. Dia tak bincang dan
cakap dengan aku pun pasal hal ni. Tau-tau aje hari kedua aku bawa Ash ke sini dia
keluarkan dari garaj. Geram jugak aku dengan lelaki ni. Tapi takkan aku nak suruh dia buang
atau bakar pulak sebab tak setuju.

Ada tak ada pun aku cuma suarakan pendapat padanya. Jangan membazir. Kalau nak
beli pun, beli yang murah sudahlah. Ini sampai beratus harganya. Aku tak mahu ambil
kesempatan atas kebaikan dan kemurahannya. Bila dia balas dengan sebut hak dia sebagai
“abah” aku malas dah nak buang air liur bergaduh mulut dan bertegang urat leher dengan dia.

Lantaklah. Suka hati. Duit dia kan. Dia kan banyak duit. Lagipun kalau gaduh mulut
dengan dia, sah-sah aku kalah teruk bila dia bentang segala fakta dan hujah. Professor kan.
Aku ni tukang kemas dan tukang bersih aje.

"Superb. Sama rasa macam semalam. Awak kata dah habis." Suara dia yang menyapa
telinga buat wajah kembali berpaling. Memanglah dah habis. Aku buat sikit aje untuk Ash
malam kelmarin dan bawa bekal ke sini.

Mana tau dia nak lagi lepas makan lebihan Ash. Sedap dia cakap. Siap tanya kenapa
buat sikit. Manalah aku tau dia makan kek kampung macam ni kan.

Dia cakap dia suka kek kampung yang macam ni. Kek yang tekstur dia kasar. Yang
halus-halus dan berkrim-krim dia tak suka. Cepat muak. Kek ni aku godak guna kuasa tangan
aje. Rumah memang tak ada cake mixer. Oven pun Kak Nah yang bagi sebab dia beli yang
baru. Aku jaga dengan baik. Nak beli memang fikir empat lima kali laa.

"Saya buat lain."

"For me?" Aku baling sengih geram. Tangan dia capai sepotong lagi dan sua ke
mulut. Laju aje nampak dia kunyah. Macam berselera sangat. Sedap giler kut.

"Taklah. Untuk Guard Nepal muka hero Hindustan banglo hujung selekoh bus stop.
Kenal kan?" Sengaja aku tayang riak menyampah. Lagi mahu tanya. Memang mendapatlah
kerek aku kan.

Ketawa lelaki ini terburai. Aku baling jeling tajam.

"Okey. Okey. Terima kasih."

"Sama."

"Wrong answer." Mata mengecil. Apa yang salahnya. Macam-macam la dia ni. Mata
dia pun balas aksi yang sama. Tak puas hati la tu. Berbulan kerja dengan dia aku dah masak
dengan perangai lelaki ini. Bahasa tubuh dia pun aku dah hafal.

“What?”

“I said wrong answer.”

Hmmm. Ada aje bantahan tuan professor ni.

“So? What is the right answer, Prof Dr Falah Illman Hayyin?” Sengaja aku sebut
nama penuh dia seraya labuhkan duduk dan dekatkan wajah ke wajahnya. Suarapun acah-
acah husky. Gedik pulak aku rasa. Okey kut. Sesekali aku cuit iman dia tak apa kan. Dia ikut
dekatkan wajah. Hampir-hampir aje puncak hidung dia yang mancung tu accident dengan
hidung aku yag comel.

“Sure, you want to hear, Fatin Iman Layyin?” Sengaja pulak dia main hembus-
hembus nafas. Nak jampi aku ke ni? Hai…main jampi hembus-hembus la pulak.

“Try me.”

“Close your eyes then.”

“Eh…” Aku tayang muka cuak. “Kenapa pulak nak kena tutup mata? Haa…” Aku
hala telunjuk kat dia sambil biji mata aku kecilkan. Tajam.

“Nak kenakan saya la tu. Kan? Baik ngaku.” Siap pakej jongket bibir. Lempar
senyum senget. Mesti ada benda dalam kepala dia tu nak kenakan aku.Orang macam dia
mesti banyak akal. Dia lepas nafas dan kembali tersandar.

“Nak kenakan awak dapat apa. Baik saya cium terus. Dapat juga merasa.”

Ayat. Memang rentas sempadan sungguh!

“Tu cari nahas namanya!” Baling jeling tajam kat dia. Ingat senang-senang nak cium
aku. Ingat aku anak kucing ke boleh digomol-gomol. Terus aku bangkit dari duduk dan
menapak untuk ke halaman. Duduk kat situ karang silap-silap memang dia cium aku.
Mahulah betul-betul nahas namanya.

“CINTA MASIH BERSALAH pada awak?”

Gemersik suara lelaki ini yang bertiup di telinga buat tumpuanku pada Ash berpaling
sekilas. Cuma sekilas dan berbalas pandangan. Kepala berpusat semula pada susuk kecil yang
riang mengayuh basikal di sekitar halaman.

Masih tak percaya cinta?”

“Siapalah saya untuk tak percayakan rasa yang DIA terbitkan dalam hati nurani tiap
hamba-hamba-NYA. Percayakan DIA itu tauhid yang kita pegang selama jadi hamba-NYA.”
Kaki bergerak ke depan dan bersandar ke dinding Audi hitam yang menjalar di halaman. Dia
pula berdiri di sebelah dengan tangan kiri diletakkan di atas bumbung kereta. Posisi yang
sangat menggoda.

“Tak ada yang salah pada cinta. Cinta tak pernah salah. Yang salahnya kita. Kita yang
bersalah, prof.”

“Maksud awak?”

Aku tak terus jawab. Hanya melontar pandang ke halaman. Melihat Ash yang masih
asyik dengan basikal baru yang dibelikan lelaki ini. Bukan main gembira lagi dia. Riang
daripada cetus suara Ash buat bibir menguntum senyum tipis. Tumpang kebahagiaan yang
terpancar di wajah polosnya.

Hiba tiba-tiba mencelah di ufuk rasa bila terkenangkan nasib dan masa depannya.
Aku tak henti berdoa siang dan malam agar DIA pelihara anakku ini daripada sebarang
musibah dunia. Juga tohmah dan cacian masyarakat.

“Ash tu bukti salah saya pada cinta. Saya yang tersasar. Saya yang gagal menafsir
luhur cinta. Saya yang bodoh. Yang tolol. Yang terlalu yakin pada janji atas nama cinta. I was
dammed stupid. And I regretted it till now.” Sebelah tangan meraup bibir. Kesal yang tak
pernah berkesudahan. Kalaulah masa boleh diundur kembali…

“Manusia dan dosa itu bukti kita tak sempurna. Dan kerana tak sempurna itu DIA
wujudkan doa. Wujudkan taubat. Datangkan takut. Datangkan sedar.”

Pandangan berputar dan hinggap di wajah tenang lelaki ini. Bukan aku tak faham
segala huluran kias yang dia lontarkan selama ini. Cuma ragu dan was-was itu masih berada
di pundak. Bermaharajalela di situ. Buat aku tak punya keberanian untuk menyambut.

“Been left. Been cheated. Been hurt. I feel so damaged.”

“Don’t you remember that I was being left too? I’m damaged too. Here…”

Kornea tunak pandang dia. Tapak tangannya melekap di dada kiri.

“…it is all damaged. She damaged me.” Aku masih terus pandang dia. Tapi
pandangan kali ini terasa lain. Melihat rusuh di wajah lelaki ini aku jadi sayu. Faham duka
dan sakit yang dia simpan dan tanggung selama ini. Kerana aku juga pernah merasa sakit
ditinggalkan. Duka dikhianati oleh insan yang bertakhta di hati.

“We are equal, Fatin.”

Ya. Kita memang sama, prof.

Sama-sama pernah tersakiti.

Sama-sama pernah dilukai.

Sama-sama pernah ditinggalkan.

Sama-sama pernah rasa mati itu lebih baik.

Dan kisah tentang penceraiannya yang dia singkap secara ringkas waktu perjalanan
dari rumahku ke sini kembali terlayar di mata. Terngiang jelas di telinga.

Dalam kepala tertanya-tanya siapa gerangan perempuan yang sanggup mencurangi
suami sebaik lelaki ini. Lelaki yang sempurna serba-serbi. Lelaki yang punya pakej pujaan
makhluk bernama perempuan. Lelaki yang takkan mungkin dilepaskan mana-mana
perempuan jika memilikinya. Hanya perempuan hilang waras akal aje yang buat keputusan
gila begini.

Sungguh aku ingin lihat wajahnya. Dan jika bertemu aku nak sangat tanya dia.
Kenapa curang yang dia pilih. Kenapa lepaskan suami sebaik lelaki ini?

Kenapa tak bersyukur?
Kenapa yang haram juga dikejar?
Tak cukup baikkah yang halal?

Bab 27
“DO YOU THINK I GIVE A DAMN with your past? It’s who you are now that matters.”

Suara lelaki ini tenang aje tapi kata-katanya tak mampu buat jiwa menghadamnya
setenang itu. Mata bergenang. Sebelah tangan naik ke muka. Esak aku tahan. Namun gagal.
Terlepas juga. Ketakutan pada silam tak pernah padam. Ketakutan yang buat aku tak berani
menanam keinginan. Jauh sekali menyulam angan-angan indah.

“I am not good enough for you.”

“The past makes you someone better. Not only good. Someone in front of me right
now is more than good. She is a hero. A brave hero. A hero who fight. A hero who have sense
of purpose for her life.”

Aku hanya berjuang demi Ash. Kerana Ash, aku bangkit sedar dan berdepan dengan
dunia. Kerana Ash aku jadi kuat. Kuat untuk mempertahankan dia yang aku bawa ke dunia.
Kerana aku tahu tanggungjawab itu tergalas di bahu. Ash tiada sesiapa lagi di dunia ini untuk
dia bergantung harap. Dia hanya ada aku.

“I did wrong. A big wrong.” Dua tangannya naik melekat di pipi. Hujung jarinya
bergerak menyapu pinggir mata yang basah.

“There is a clear line between past and present. You get me?” Bibir aku kemam.
Makin laju air mata jatuh ke pipi. Tak semua orang akan menutup mata pada silam kita. Lagi-
lagi silam yang legam. Dan jarinya juga laju buat kerja. Menyapunya dengan penuh
kehangatan.

“Mistake is a lesson. Not a lifetime responsibility. Clear?”

“Prof.” Kornea naik memanjat ke wajahnya.

“Do you get me, Fatin?”

“Are you going to propose me or lecture me, Mr Professor?”

“Both.”

“Jerk.”

Dia gelak. Aku pun gelak sama.

“I want to do something that matter to my life. Being a hero is hard.”

“I know that. Let’s do it together.”

“Are you sure?”

“More than sure.”

Mata mendongak lagi. Rengkung nafas bergerak-gerak memandang raut wajahnya
yang masih tenang. Seakan tak percaya apa yang dah berlaku. Seakan tak percaya apa yang
baru aku cakap kat dia.

“Trust your heart.”

Bibir tarik senyum pahit. Cekap dia menangkap apa yang ada dalam kepalaku saat ini.

“You're the most fascinating and adorable creature I've ever met." Hujung
telunjuknya menguis anak rambutku yang jatuh menutup dahi. Meriding bulu tengkuk.
Nafaspun dah tak tentu arah aje. Mata terkelip-kelip.

“I have never believed in fate until I met you... then I started thinking coincidence is
not the answer. You are actually the gift to me…from HIM.” Hujung jarinya mengelus lantai
pipi.

Fuh Fuh. Main kuis pipi la pulak prof ni.

“I'm not the same person I was before. As I said earlier, I am a damaged person,
prof.” Kepalanya menggeleng lembut.

“Nikita Gill said…show me the most damaged parts of your soul, and I will show you
how it’s still shines like gold." Mata terkelip. Reaksi yang berbalas anggukan kepalanya.

“What is real and what is not is for your heart to decide and for your heart to know.”
Liur aku telan. Mudah aje dia patahkan ayatku dengan mudah. Bersulam hujah. Yang tak
mampu disanggah.

“Someone once told me love isn’t perfect. I am not perfect. Far from it.”

“Let us make it perfect, Fatin.” Aku terus pandang dia. Lama. Merenung jauh ke
dasar matanya. Dekat begini baru aku sedar. Anak matanya coklat gelap. Bulu mata panjang.
Orang tengah melankolik ni sempat lagi kau kan Fatin. Aku tarik nafas. Sisa esak ikut
terdesir.

“I wanted it so much. But I am afraid to wish or even think about them.” Harapan
untuk diri sendiri tak pernah ada dalam kamus hidup. Selama ini harapanku hanya untuk Ash.

“Never be afraid to wish.” Lembut suaranya terdesir rapat di cuping. “It is the only
way to begin.”

“How?” Polos aje aku bertanya. Dia buat segala kosakataku hilang.
“Let me be in there.” Telunjuknya mengarah ke dadaku.
“Then?” Mata saling bertaut. Kepala didekatkan ke telinga.
“Let me touch it.” Garau suara yang bertiup di cuping buat segala bulu tengkuk dan
roma kembali meriding. Dingin bertiup. Ayat bagi pengsan ni.
“How?”
“My love. My swear. My promise.” Kepala berkalih sedikit. Kalau laju memang
berlaga bibir jawabnya.
“When?”
“It is a yes?”
Mata aku kerdipkan. Cukup untuk dia faham. Tak perlu suara untuk lafazkan
jawapan.
Bibirnya koyak senyum. Aku ikut tersenyum. Dan tubuh macam rasa ringan.
Terapung-apung. Jiwa ikut melayang-layang. Terbang tinggi bersama dia. Tanpa rasa takut.
Tanpa rasa bimbang.
Terbang bebas!

“PROF…”
Kepala toleh ke sebelah pandang dia yang sedang memandu. Dia lempar lirik balas

dan layang senyum kecil. Kemudian pandang depan semula.
“Can you please not to call me with that salutation anymore.”
Berkerut kening. Apahal pulak ni?
“Kenapa pulak tak boleh panggil prof lagi? Selama ni memangpun saya panggil prof

macam tu kan. Okey aje. Tu kan tanda hormat.”
“Not suitable anymore.”

“Kenapa pulak tak sesuai sekarang?” Makin pelik pulak aku dengar. Tiba-tiba pulak
tak sesuai dah kenapa?

“We soon need to change the way we call each other. Am I right, dear future wife?”

Opps.

Sebab ni rupanya. Dan dan aku layang sengih tak bersalah. Dia geleng kepala. Laju
sungguh dia fikir ke depan. Walhal baru aje tadi dia ajak aku kahwin. Lamaran terus-terang.
Katanya nanti dia akan hantar wakil merisik ke rumah Kak Nah.

Aku yang minta begitu. Hanya Kak Nah aje keluarga yang aku ada. Walaupun bukan
keluarga sedarah sedaging, dia aku anggap lebih daripada itu.

Aku pun dah telefon dia tadi beritahu pasal hal ini. Terjerit dia keseronokan. Ucap
tahniah. Dan sempat juga dia mengusik aku. Katanya kan betul masin mulut dia. Prof tu
memang ada hati kat aku. Dia awal-awal lagi dah perasan. Aku aje yang rabun. Selamba aje
dia tembak aku.

“Nama apa saya nak panggil?”

“The name that suit me as your future husband.”

“Apa ek.”

Aku pandang dia sambil garu-garu dagu. Serius otak aku tak boleh nak fikir. Nak
panggil apa kat dia. Abang? Hesy. Tak naklah. Dah ramai sangat orang sekeliling yang aku
panggil abang. Daddy Ash aku panggil Abang Lan. Suami Kak Hanum jiran sebelah aku
panggil Abang Jumali. Suami Kak Munirah, mama Aliya aku panggil Abang Aziz. Abah si
Azif aku panggil Abang Jabar. Suami Kak Jalima, umi si Yusof aku panggil Abang Leman.

“Not ek okay. Please don’t call me with that word. Sound weird.” Spontan aku
ketawa. Lawak pulak ayat dia.

"Any suggestion? I am not good at this." Dia angkat kening.

"Serious."

Aku tayang muka sungguh-sungguh. Memang betul pun. Aku tak bohong dia. Selama
ini memang tak pernah fikir hal sweet sweet romantik dengan makhluk bernama lelaki. Aku


Click to View FlipBook Version