Siap ucap terima kasih kat aku sebab kembalikan anak dia yang dahulu. Aku pun tak
tahu apa sumbanganku tapi bila lihat kegembiraan seorang ibu seperti Puan Sri, aku
bersyukur dan ikut rasa gembira.
Lama kami berbual dan wanita ini ikut sama menemaniku buat kerja di luar rumah
hingga selesai. Siap dia ikut sama membantu sapukan sampah daun-daun kering walaupun
aku membantah. Waktu dia nak balik tiba-tiba mama prof ini hulurkan dua beg kertas yang
dia bawa masa sampai tadi.
Terharu serta rasa nak menangis bila wanita ini kata ia memang buah tangan untukku
dan Ash Faheem. Terkejut aku bila dia sebut nama Ash. Aku mati-mati ingatkan beg-beg itu
untuk anak dia. Katanya itu buah tangan tanda perkenalan. Prof ada cakap kat dia yang aku
ada anak lelaki berusia 4 tahun. Tak pastilah aku apa lagi yang prof dah beritahu mama dia
pasal aku.
Bila dia dah balik, aku keluarkan isi dalam dua beg kertas tu. Teruja punya pasal
sebab dapat buah tangan. Selama ini manalah pernah aku dapat hadiah. Untuk aku dua helai
blaus berlogo FK.
Aku pernah kerja di butik jadi aku tahu jenama FK tu boleh tahan harganya. Memang
tak pakai la aku. Sayang. Mahal gila ni. Untuk Ash pun sama. Dua sweater Moschino. Rezeki
untuk Ash. Dapat baju tidur mahal. Mama tak mampu beli, orang hadiahkan untuk Ash.
Alhamdulillah.
NAMPAK kereta mewah berwarna hitam dia masuk, terus aku bangun. Bersedia untuk balik.
Selalunya memang aku pastikan siapkan semua kerja sebelum dia balik dari kampus.Tangan
sapu-sapu baju kemeja lengan panjang yang berkedut. Aku tunggu dia parkir kereta di garaj.
Langkahnya mendekat. Selain shoulder bag berwarna hitam yang tersangkut di bahu,
ada beg plastik berwarna kuning yang dijinjit. Dia berdiri di depanku. Tali lehernya sudah
ditanggalkan. Kemeja merah lembut di tubuhpun dah berlipat lengannya hingga ke siku. Tapi
macam biasalah. Handsome dia tu tak pernah hilang. Makin bertambah-tambah adalah bila
tengok dia macam sekarang ni.
“Dah nak balik?”
“Ya, prof.”
“How was your session with my mom?” Bunyi macam sesi temuduga pulak. Walhal
borak sakan. Ketawa sakan. Semualah.
“Okey. Puan Sri baik orangnya. Kelakar. Seronok borak dengan mama prof tu.” Aku
baling senyum lebar. Kepalanya mengangguk.
“She enjoyed your company and your coffee very much.” Bibir koyak senyum. Aku
agak mesti Puan Sri dah cerita kat prof apa yang kami berdua buat tadi. Saya pun suka mama
prof. Ayat yang tak terluah. Biar aje la aku simpan. Orang yang baik-baik ni kena simpan
dalam hati.
“I do hope she won’t steal my coffee maker. Not an easy task to find a good one these
days.” Dia jongket kening. Aku ketawa. Cofee maker dia gelarkan aku ye. Ada-ada aje la dia
ni. Plastik kuning yang dijinjit dihulurkan padaku.
“Apa ni, prof?” Aku tak terus sambut. Kena tanya jugak. Mana tau dia suruh simpan
kat dalam rumah ke. Bagi kat jiran sebelah ke.
“Untuk awak.” Kening terus berkerut.
“Un…untuk saya?”
“Hmm. Ambil.” Dia suakan lagi plastik kuning tu kat aku. Perlahan-lahan aku
sambut.
“Apa ni, prof?” Aku belek-belek plastik kuning ditangan. Macam…
“Beg makcik pergi kerja. Ganti beg-beg awak tu.”
Beg makcik pergi kerja?
Ada ke beg nama macam tu?
“Senang bawak satu beg yang boleh sumbat semua harta-karun awak tu.”
Terus mata terangkat. Bertembung dengan riak bersahaja lelaki ini. Matanya terhala
pada tiga beg kain kecil yang aku jinjit dan sangkut kat bahu. Selamba badak aje dia sebut
harta-karun aku semua ni. Lirik melekat pada beg telekung, beg bekal, beg duit dan sewaktu
dengannya yang aku sandang dan jinjit.
Mengutuk aku la tu.
Amboi-amboi. Kemain lagi ek dia ni. Macam tak biasa pulak.
Prof…ni saya nak beritahu ek. Mana tau kut nanti prof dapat girlfriend yang angkut
beg-beg kiri-kanan. Perempuan kan memang macam ni.
Satu beg mana cukup!
Bab 12
“SABAR YE, KAK NAH. Sabar banyak-banyak. Banyak-banyak berdoa. Insya-Allah moga
dipermudahkan urusan mak mentua Kak Nah.”
Aku gosok-gosok lembut belakang tubuh wanita yang sudah aku anggap seperti
kakakku sendiri. Mahu menenangkannya. Sedih bercampur risau memang jelas di wajahnya.
Tahu betapa sayangnya Kak Nah kat mak mentuanya. Terkejut bila sampai kat rumah ni tadi
Kak Nah terus beritahu ibu mentuanya dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dalam bilik air
kat dapur.
Sekarang ini sedang dirawat di hospital. Dia tunggu aku balik dulu ambil Ash
sebelum gerak ke hospital. Lagipun dia kata adik iparnya cakap tak perlu tergesa-gesa. Dia
akan minta Julia; adik ipar Kak Nah yang bongsu jemput nanti.
“Kak Nah pun harap macam tu, Fatin. Risau tak tau nak cakap bila dengar adik ipar
telefon tadi. Hati ni…” Tangannya dilekap ke dada. “TUHAN aje yang tahu macam mana
rasanya. Bimbang. Risau.”
Aku terus gosok-gosok belakang badan Kak Nah sambil angguk kepala. Mahu dia
tahu yang aku faham perasaan dia. “Mak mentua Kak Nah tu bukan kuat sangat. Tapi dia tu
bukan jenis reti duduk diam. Ada aje yang dia nak buat. Fatin bukan tak tengok perangai dia
kalau datang sini. Tak larat dah nak tegur. Ada aje jawab dia. Malas nak larang.”
“Ha’a. Rajin Mak Hajah tu, Kak Nah. Orang dah biasa kerja dari muda gitu la, kak.”
Memang aku pun selalu dengar Kak Nah tegur mak mentua dia yang suka sangat tolong dia
buat kerja rumah dan memasak kalau datang rumah Kak Nah.
Kadang tu ketawa jugak bila tengok dorang berdua berdebat. Pengakhirnya Kak Nah
jugak yang kena surrender. Macam dia cakap. Tak larat nak tegur.
Aku tahu Kak Nah sayang sangat kat mak mentua dia sebab tu dia tak nak tengok mak
mentua dia penat. Orang tua ni kalau jenis yang ringan tulang sejak muda memang payahlah
nak duduk diam. Boleh sakit-sakit badan kalau tak buat kerja.
“Mana pulak si budak Jue ni. Jam ke jalan?”
“Petang-petang memang gini la, Kak Nah. Semua berpusu-pusu nak balik kerja kan.”
“Yelah kan. Habis kerja semua berlumba la nak balik rumah masing-masing.”
Kepalanya terangguk. Aku tahu risau dan bimbang masih bergayut di hati wanita ini
walaupun dia sedaya-upaya mahu menyembunyikannya.
Bunyi enjin kereta menghentikan perbualan kami. Laju Kak Nah bangun menuju ke
pintu. Aku ikut bangun sambil dukung Ash. Daun pintu dan grill dibuka. Kak Nah dah
melangkah keluar. Aku pulak masih berdiri di palang grill. Susuk tubuh berbaju kurung biru
yang turun dari Myvi putih singgah di mata. Susuk yang tidak asing buatku.
“Assalamualaikum. Kak Long.” Julia angkat tangan kat aku. Tanda menyapa. Aku
ikut membalas.
“Waalaikumsalam. Haa…Jue.” Aku pun sama jawab dalam hati salam Julia.
“Panjang umur. Baru kak long sebut. Mana la budak Jue ni. Kak ngah kamu kata Jue akan
jemput kak long bawak pergi hospital tengok mak.”
“Sorry, Kak long. Jalan petang-petang ni tau aje la. Sesak dia memang tak boleh
bawak bincang. Jom la kita gerak.”
“Mak macam mana, Jue?” Nampak jelas wajah risau Kak Nah.
“Tak tahu lagi, kak long. Jue ni pun dari office. Terus ke sini dulu. Kak long dah siap
ke?”
“Ye…ye. Kak long ambil beg kejap. Jue tunggu ye.” Kak Nah laju masuk semula ke
dalam rumah. Aku capai beg Ash di tepi pintu dan sangkutkan ke bahu. Beg aku pulak aku
jinjit. Langkah hala ke halaman Kak Nah. Kaki mendekati Julia yang bersandar di pintu
pemandu. Senyum saling bertukar. Beg yang dijinjit aku sandarkan ke kaki.
“Aku doakan mak kau tak apa-apa, Jue. Sabar banyak-banyak. Moga dipermudahkan
urusan dia. Banyakkan istighfar.” Bahunya aku usap perlahan. Kepalanya mengangguk.
“Aku pun harap macam tu. Insya-Allah. Terima kasih, Fatin.” Senyum terus bertaut.
Giliran bahuku ditepuk lembut.
“Kau apa khabar? Lama sungguh tak jumpa kau kan.”
“Kau tu yang sibuk semedang. Mengalahkan PM.” Bibirku mencebik. Jawapanku
menjemput ketawa kecil Julia.
“Kerja kuli gini la weh. Hujung minggu pun kerja. Aku ni macam tak ada social life.
Reda aje la. Dah pilih kerjaya macam ni kan.” Keluhan halus terdesir dari lohong nafasnya.
“Aku dengar kau dah kerja tempat baru.” Tangannya naik mengusap rambut Ash yang
terlentuk di bahuku. Adik ipar bongsu Kak Nah ni auditor. Baik dan tak sombong. Dia tua
enam tahun dari aku.
“Ha’a, Jue. Kerja kemas rumah orang.”
“Tak apalah, Fatin. Kerja kat mana-mana pun tak apa. Yang penting rezeki halal.”
“Ya la. Betul cakap kau tu. Yang halal tu kita utamakan.”
“Dah. Jom kita gerak.” Kak Nah yang muncul dari belakang buat aku berundur sedikit
daripada kereta Julia.
“Aku balik dulu, Jue. Hati-hati bawak kereta tu.” Aku pandang Kak Nah yang dah
menghala kaki ke pintu penumpang hadapan.
“Eh. Jom naik sekali. Aku hantar. Aku pun kan lalu jalan ke flat yang kau sewa tu
sebelum ke jalan besar.”
“Tak apa, Jue. Aku jalan kaki aje. Karang lambat korang sampai ke hospital.” Tak
nak menyusahkan dia. Aku dah biasapun balik jalan kaki. Bukan jauh pun.
Tanganku ditarik oleh Julia. Tubuh kemudian ditolak ke pintu penumpang belakang.
Dia ni boleh tahan garang dan ganas kalau tak kena gaya. Aku pun seram dengan dia.
“Masuk! Jangan nak mengada ek. Budak tu mengantuk dah. Tak nampak terkulai dah
kepala dia?” Julia jegilkan biji mata. Pemegang pintu ditarik.
“Naik aje, Fatin. Cepat sikit sampainya. Karang lambat sampai dah terkejar-kejar.
Nak mandi. Nak solat. Nak masak. Nak membasuh.” Suara Kak Nah dari dalam perut kereta
berbunyi. Julia bagi isyarat mata dan gerakan kepala. Nak cakap kat aku…masuk cepattt!
ALLAH.
Pesanan WhatsApp daripada Kak Nah yang masuk aku baca dengan rasa simpati.
Menurut pengasuh anakku itu, kaki kanan dan tangan kiri mak mentuanya cedera dan akan
ditahan di wad untuk beberapa hari. Kak Nah kata adik iparnya akan menjaga mak
mentuanya sehingga hujung minggu nanti. Dia minta aku jangan risau dan hantar Ash macam
biasa esok.
Aku balas pesanan Kak Nah dan minta dia jangan risau sebab esok dan lusa aku
memang tak kerja di rumah prof dan Mini Market Ah Seng. Jadi dia boleh rehat. Agaknya
Kak Nah lupa pasal hal ni dek terlampau risau memikirkan hal mak mentua dia. Harap dua
hari berehat nanti fikiran dia akan tenang semula.
Mata melirik pada Ash yang nyenyak tidur. Bibir mencari dahinya. Pipi polosnya aku
usap. Melihat dia membesar hati bercampur-baur. Bangga mampu membesarkan dia dengan
dua tanganku sendiri. Sedih memikirkan nasibnya yang tak seindah kanak-kanak lain. Bukan
aku tak pernah ditanya Ash kenapa dia tak ada papa macam anak-anak jiran Kak Nah. Anak-
anak yang menjadi kawan sepermainannya.
Jauh di sudut hati TUHAN sahaja yang tahu betapa pilunya yang aku rasa. Dia
memang bijak. Bijak yang seringkali buat aku hilang kosakata. Kacau-bilau perbendahara
kata mahu mencari jawapan yang boleh buat dia mengangguk faham. Pipinya aku kucup.
Tangan betulkan pelukannya pada Tommy; si teddy bear kesayangannya.
Patung beruang sebesar saiz tubuh Ash ini hadiah daripada Kak Azie sempena
ulangtahunnya yang keempat hujung bulan lepas. Adakala aku sayu melihat dia yang
menumpang kasih seorang ayah dari Abang Lan yang dia panggil daddy.
Aku bersyukur Abang Lan memang faham keadaan kami dan sangat menyayangi
Ash. Terlayar kebaikan lelaki itu yang sudi mengazankan Ash usai dia dilahirkan. Dalam
kesakitan, mengalir air mata pilu waktu itu mengenangkan nasib Ash yang diazankan oleh
orang yang bukan darah dagingnya.
Maafkan mama, sayang.
Maafkan, mama.
Sejak Abang Lan dan Kak Azie berpindah ke Johor, Ash selalu kerinduan. Selalu dia
bertanya tentang mereka berdua. Pengubatnya panggilan video la. Suka sungguh dia kalau
dapat panggilan video dari Abang Lan dan Kak Azie. Becok mulut dia bercerita itu ini.Abang
Lan pulak suka melayan makin rancaklah mulut si kecil ni bercerita. Aku selalu berterima
kasih pada kedua-duanya kerana sudi memberikan kasih sayang pada anakku sejak daripada
dia dilahirkan hingga sekarang.
Selimut yang membalut tubuhnya aku betulkan. Wajahnya yang comel dibuai lena
aku tatap. Hujung jari bermain dengan anak rambut yang terjuntai di dahi Ash. Melihat dia
makin membesar aku tidak dapat lari dikejar kebimbangan dan ketakutan. Apakah nasib masa
depan Ash nanti? Apakah penerimaaan masyarakat bila status dirinya diketahui? Bagaimana
pula dia sendiri nanti bila tahu status dirinya yang sebenar?
Mata terpejam seketika. Sebelah tapak tangan meraup wajah bersama helaan nafas
berat. Aku sentiasa berdoa agar Ash jadi anak yang kuat dan reda dengan ketentuan takdir
dirinya. Wajahnya aku dekati. Bibir jatuh ke ubun-ubunnya.
Maafkan mama, sayang.
Bab 13
AKU DUKUNG ASH sambil labuhkan duduk di perhentian bas menunggu Grab yang dalam
perjalanan ke sini. Kepala tertoleh memandang ke depan. Memang rutin dua minggu sekali
bila bercuti daripada bekerja adalah hari untuk ke pasar. Top up barangan kering dan juga
barang basah.
Selalunya aku memang pergi sendiri. Tapi hari ini aku harus bawa Ash sebab Kak
Nah tak ada untuk menjaga. Aku tak mahu nak susah Kak Hanum, jiranku walaupun dia
tawarkan diri tadi untuk jaga Ash. Lagipun anak-anak dia pun ramai. Ash ni boleh tahan
nakalnya. Buatnya bergaduh karang, dah jadi pasal.
“Are we going to the market, mama?”
“Yes. We are going to the market, sweetheart.” Dari malam tadi aku dah beritahu dia
tentang itinerary kami hari ini. Pagi pergi pasar. Lepas tu balik masak. Siap masak, makan
tengahari bersama. Lepas solat kena tidur. Rehat. Petang nanti aku akan bawa dia ke laman
permainan. Agenda yang sangat dia tunggu-tunggu.
“Pin!!!”
Hon yang berbunyi menyentak fikiran. Laju aku peluk Ash sambil gosok kepala dia.
Terkejut punya pasal. Siapa la hantu yang suka main hon ni haa? Spontan kepala pandang ke
depan.
Kereta mewah berwarna kelabu yang menjalar depan mata saat ini macam biasa aku
tengok aje. Macam kereta orang tu aje. Hesy. Laju kepala menggeleng. Tak mungkin la.
Menidakkan apa yang singgah dalam fikiran.
“Kereta siapa tu mama?”
“Mama pun tak tahu, Ash.”
“Macam kereta yang kita tengok kat tv hari tu kan mama?” Ingat aje dia.
“Ya, sayang.”
“Mama cakap kalau mama banyak duit nanti mama nak beli kereta besar macam tu
jugak. Kan, mama?” Aku senyum sambil gosok kepalanya. Mata kembali ke depan. Yang
berhenti kat depan aku ni dah kenapa pulak kereta ni? Tunggu orang kut.
Cermin gelap kereta ini menyukarkan aku untuk melihat gerangan pemandu yang
bunyikan hon tadi. Dan macam tau tau aku sedang bercakap pasal dia, cermin diturunkan.
Mulut dan mata ternganga serentak bila susuk tubuh depan mata menolak aviator yang
tersangkut di matanya naik ke dahi.
“Prof?!!!”
Terkejut giler aku tengok dia ada depan mata. Suarapun terkuat sedikit. Tak sengaja.
Hantu handsome namatee rupanya yang main hon tadi. Mana pulak datangnya dia ni. Tiba-
tiba aje muncul depan mata. Takkan sesat kut. Jauhnya sesat.
“Assalamualaikum.” Aviator disangkutkan semula ke mata.
“Err. Waa…waalaikumsalam. Prof buat apa kat kawasan flat saya ni?” Sungguh tak
boleh nak masuk dalam kepala aku dia yang tinggal di Bangsar muncul di Wangsa Maju. Ada
urusan apa dia kat kawasan kejiranan rakyat marhaen macam aku ni.
“Awak buat apa kat bus stop ni? Nak pergi mana?” Lain yang tanya, lain pulak yang
dia jawab.
Ciskek betul!
“Err…tunggu Grab. Nak pergi pasar Chow Kit beli barang dapur. Barang kering dan
basah.” Muka dia tenang aje. Macam tak terkejut nampak aku. Apahal pulak dia ada kat
kawasan flat aku tinggal ni? Soalan tadi masih berlegar dalam kepala.
“Masuk. Saya hantar.”
“Eh…tak apa, prof. Tak apa.” Kepala menggeleng pantas. Tak termasuk dalam kepala
aku naik kereta mewah dia pergi pasar Chow Kit. Audi tu. Huhuhu. Nahi. Nahi.
“Grab saya dah nak sampai. Tengok ni.” Telefon aku angkat, goyang-goyangkan dan
hala kat dia. Nak dia tahu aku cakap yang betul. Bukan mengelak. Telefon yang kemudian
aku jatuhkan ke tapak tangan. Mata melihat ke skrin. Kebetulan sungguh.
Driver is nearby.
Dia matikan enjin kereta dan terus keluar. Dah kenapa pulak prof ni? Terus aku
bangun dan letakkan Ash berdiri di sisi. Kepalanya mendongak. Seperti mahu bertanya.
Mungkin sebab melihat ada kereta yang berhenti di depan kami. Pemandunya pula sedang
keluar dari perut kereta dan memandang ke arahnya sambil tersenyum. Laju dia capai
tanganku dan genggam erat. Tahu apa yang bermain dalam fikirannya. Takut pada orang
yang tak dikenali. Wajah yang sangat asing buat Ash. Yang tak pernah dia lihat.
Aku tayang senyum. Mahu dia tahu yang dia tak perlu takut apa-apa. Ash memang
sudah aku ajar sejak kecil supaya tidak sesekali mendekati orang yang tidak dikenali. Situasi
sekarang membuatkan aku sangat berhati-hati. Macam-macam boleh jadi.
Tangan kecil Ash aku balas genggamannya kemas-kemas. Sebaik sahaja lelaki ini
berpusing untuk melangkah ke arah kami, sebuah Myvi merah menghampiri dan berhenti di
belakang keretanya. Tak payah teka, aku memang tahu ni Grab yang aku tunggu dan ia dah
sampai.
Lelaki ini menukar arah kaki dan menuju ke arah Myvi berkenaan. Dia buka pintu dan
terus melolos masuk. Aku pulak hanya termangu. Macam patung. Terkejut. Apa yang dia
tengah buat ni?
Tak sampai berapa minit, lelaki tadi keluar dan berjalan ke arahku. Myvi tu pulak
terus memecut laju. Eh...Eh. Nak pergi mana pulak tu? Ternganga aku. Dah kenapa pulak
Myvi tu blaah aje? Habis aku ni macam mana? Nak pergi Chow Kit dengan apa pulak? Nak
kejar memang tak sempat dah.
Hesy. Kacau sungguh. Prof laa punya pasal ni!
“Jom.”
“Jom?” Aku tayang muka kosong. Jom ke mana?
“Awak kata nak beli barang kering dan basah kan?”
“Aaa…iye. Iye.” Kepala mengangguk bendul. Dia hampar senyum seraya tunduk
memandang Ash yang sedang mendongak hairan. Terasa genggaman tangannya dikuatkan.
Agaknya dia takut sebab wajah ini memang asing buatnya.
Lelaki ini rendahkan tubuhnya. Separas ketinggian Ash. Aviator ditanggalkan dan
disangkutkan di nia t-shirt. Sempat aku teliti penampilannya yang bersarung t-shirt bodyfit
hitam dan berseluar jeans biru lusuh. Nampak simple. Dan super seksi. Itu memang tak boleh
nak dinafikan.
Think sexy.
Think prof.
Yeay.
Hey bengong…diam la!
“Hello.” Ash dongak pandang aku. Mata bundarnya terkelip-kelip. Isyarat minta izin.
Kepalaku mengangguk. Mahu dia menjawab. Kepala dijatuhkan kembali memandang lelaki
yang sedang berada di depan mata.
“Hello.” Suara halus tapi jelas milik anakku ini tertampar di telinga. Sapaan lelaki di
depan mata dibalas bersulam riak hairan. Lama dia tenung wajah prof. Agaknya dalam kepala
Ash rancak mencari jawapan.
“Ash Faheem, right?”
“Emmm.” Kepalanya mengangguk sekali. Dia memang diajar untuk tau nama
penuhnya sendiri. Mata dilarikan pandang aku semula. Bibir koyak senyum. Mahu dia tahu
yang lelaki ini bukan ancaman buatnya. Bibir mungilnya ikut membalas. Membentuk lekuk
seakan kawah kecil di pipi kanannya. Sama macam aku.
Tangan lelaki ini dihulurkan pada Ash. Sekali lagi wajah polos ini mencari wajahku.
Aku kenyitkan mata. Terus bibirnya humban senyum. Raut lelaki ini direnung sejenak.
Tangan kanannya dipanjangkan. Menjabat tangan lelaki di depannya.
“Nice meeting you, handsome boy.”
“Siapa uncle ni, mama? Kawan mama ye?”
“Ni bo…” Aku pandang dia. Tangan Ash masih dalam genggaman lelaki ini.
“Abah.” Terus berlari kornea memanjat ke wajah lelaki yang sedang mengadap Ash.
Tak sempat aku sudahkan ayat, suara lelaki ini laju mencantas. Dengan perkataan luar alam
pulak tu. Aku rasa aku tak pekak lagi. Jelas kut apa yang disebut. Loud and clear.
“Abah?!” Suara aku yang terlebih oftah terlepas spontan. Haruslah. Terkejut kan.
“I guess the slot for the word in his vocabulary is still available. Reserve it for me.”
Tak boleh rundingcara punya jawapan. Aura professor dia dah keluar la tu. Apa dia
ingat aku ni student dia ke nak perintah-perintah. Banyak cantik muka dia.
Muka dia kacak, handsome. Handsome namatee, Fatin. Kau kan yang cakap macam
tu dulu.
Shut up!
“Ash boleh panggil uncle, abah. Okey?”
“Abah?”
“Yeap. Abah.” Anggukan lelaki ini menerbitkan senyum ceria Ash.
“Macam abah Aliya, abah Azif dengan abah Yusof tu?” Berkelip-kelip mata kecilnya
menghumban tanya. Teruja yang sukar disembunyikan dari wajahnya yang polos. Semua itu
nama anak-anak jiran Kak Nah yang jadi rakan sepermainan Ash sejak dahulu.
“Hmmm. Ya. Macam abah Aliya. Abah Azif. Abah Yusof.”
Memandai aje dia ni tau. Macamlah kenal!
“Nanti Ash pun ada abah macam kawan-kawan Ash jugak. Best kan mama? Mesti
seronok.” Raut comelnya yang menghampar sinar mata yang berkilauan berpaling padaku.
Itu tanda dia bahagia. Tanda suka yang amat.
Ada sayu yang menggigit tangkai hati melihat keterujaannya. Bibir koyak senyum
kecil. Membalas riak seronoknya. Lirik terlontar pada susuk tubuh di depan Ash. Dia ikut
tarik senyum kecil.
Senyum di bibirku terus berlabuh. Jiwa berkocak dengan macam-macam rasa kala
matanya melontar renung. Kornea berlari ke jalan di depan. Tak sanggup nak beradu renung
dengannya. Nanti hati aku gerenti huru-hara.
“Kan, abah?” Suara halus Ash menjemput wajah berpaling. Tapak tangan lelaki ini
naik mengelus pipi Ash.
“Hmmm.” Kepala lelaki ini mengangguk.
“Nanti Ash pun nak cakap dengan Aliya, Azif sama Yusof laa Ash pun ada abah
jugak. Nanti abah pun akan duduk rumah kita. Kan, mama?”
Ah sudah. Masalah besar ni. Kacau!
“Abah nanti duduk rumah Ash ke? Macam abah Aliya. Abah Azif. Abah Yusof.”
“Kalau mama bagi abah duduk rumah Ash, abah okey aje.”
Ni bukan kacau lagi. Ni kacau-bilau namanya. Bibir aku ketap sambil jegilkan mata
kat dia. Nasiblah. Yang pergi bagi jawapan giler macam tu kat anak aku siapa suruh. Dan dia
buat aku tambah geram sebab dengan selamba tak bersalah humban senyum dengan dua
kening saling terangkat.
Eeei. Dia ni kan. So jahat laa.
“So… yang ni siapa, Ash?” Telunjuknya menekan dada. Ash laju menayang senyum
comelnya yang berlekuk di pipi kanan. Bersatu dengan senyum yang sangat manis dari
rekahan bibir lelaki ini. Lawa giler prof bila senyum macam ni. Aku pulak yang terawangan.
Godaan sungguh!
“Abah.”
“Abah siapa, Ash?”
Hoi hoi hoi. Apa ni. Apa ni. Prof ni janganlah cari masalah. Aku yang masak nanti.
Karang Ash nak abah dia malam-malam mana aku nak cekau. Ingat boleh dapat beli kat 99
Speedmart depan tu ke?
Eeei prof ni. Sengaja betul laa tau.
Ringan aje tangan aku ni nak tekup mulut dia. Jangan nak merepek meraban boleh
tak, prof? Anak saya ni cerdik tak boleh bawak runding. Yang nak kena hadap soalan luar
alam dia nanti saya. Bukan prof. Ada faham?
“Abah Ash laa.” Lekuk di pipi kanannya sekali lagi terserlah. Matanya yang bersinar
mendongak mencari mataku. “Ini abah Ash. Kan, mama? Best kan mama Ash dah ada abah?
Ash suka. Ash seronok.” Aku layang senyum. Lidah terpasung dari menjawab. Tak tergamak.
Jawapan yang aku pasti akan buat senyumnya mati.
Mampus aku.
Arghhh prof ni!
Boleh tak kalau aku nak cekik dia?
“Clever boy. Macam ni laa anak abah.” Matanya dikenyitkan. Reaksi yang buat
senyum lebar Ash terlakar jelas.
Buat perangai sungguh la prof ni. Banyaklah dia punya abah. Nanti budak tu tanya
pasal apa abah dia dulu tak ada sekarang ada, tak ke aku yang basah peluh sampai ketiak pun
basah nak jawab nanti. Sengaja mengundang pasal betul la tuan professor ni.
Kacau!
Kacau sungguh!
“Jom, Ash.” Terus tubuh kecil anakku diangkat dan didukung. Ash pulak selamba aje
peluk dua tangannya ke leher lelaki ini. Amboi Ash seronoknya peluk abah awak. Kakinya
dibawa ke kereta. Aku hanya mengekori dari belakang. Pintu penumpang depan ditarik.
“Are we going to the market, abah?” Soalan Ash buat tangan lelaki ini terhenti dari
menarik pintu kereta.
“Do you like going to the market?”
“Emmm.” Matanya terkelip-kelip. Mesti tengah cari jawapan la tu. “Ash tak pernah
pergi market. Mama cakap market ada banyak makanan. Betul ke, abah?” Kepala lelaki ni
menoleh ke belakang. Keningnya terangkat.
“Makanan, hurm?”
“What?”
Aku tayang muka tak bersalah. Betul apa. Barang-barang untuk buat makanan
memanglah banyak kat pasar. Takkan kat kedai baiki motorsikal pulak.
Ciskek kuasa dua betul!
“KENAPA prof masuk sini? Saya nak pergi pasar. Bukan pasaraya. Tahu beza kan?” Tak
agak-agak aku jegil biji mata kat dia. Nasiblah kan!
“You still can do marketing here, Fatin. What is your problem?”
Jawapan dia memang mengundang geram aje. Selamba badak aje dia tarik troli sambil
dukung Ash. Aku lajukan kaki menyaingi langkah panjang lelaki ini. Sempat aku melirik
pada Ash yang dalam dukungan lelaki ini menayang wajah ceria. Seronok sungguh dia dapat
masuk dalam pasaraya besar ni.
“Masalahnya barang-barang kat sini mahal, prof. Mana saya ada banyak duit. Saya
dah la bawak duit cukup-cukup aje ni.” Suaraku berbisik perlahan. Tak mahu didengar
pengunjung-pengunjung yang lain. Memang aku jenis tak bawak banyak duit. Tak biasakan
diri buat macam tu. Lagipun aku memang mana ada banyak duit. Gaji pun cukup-cukup
untuk hidup aku dan Ash aje.
“Did I ask for your money?”
“Dah tu, nak bayar dengan duit siapa? Prof nak bayar?” Aku tembak aje dia. Siapa
suruh tanya kan. Nak sangat ke aku paw duit dia. Jangan cari pasal dengan Fatin ye prof.
“Do you have problem with my money?” Dia angkat kening. Aku pun balas aksi yang
sama. Hmmm. Nak sangat belanja aku ye. Baiklah. Tengok nanti aku isi penuh-penuh satu
troli. Baru dia rasa!
“Rezeki jangan ditolak, prof. Kecil tapak tangan, troli gedabak AEON saya
tadahkan.” Bibir koyak senyum lebar sambil humban kenyit. Reaksi yang buat dia pandang
aku tak lepas.
“Jom!” Troli di tangannya aku sambar dan laju tolak ke dalam kawasan pasaraya.
Orang nak bayar kan. Peluang jangan keemasan jangan dilepaskan. Rugi beso.
Well Fatin…let’s do your marketing!
EH…NAK KE MANA pulak tuan professor ni?
Bila troli yang ditolak tidak berhenti di pintu lif memang otak aku tertanya-tanya.
Kepala memang tak boleh nak kawal daripada terus statik. Terus pusing pandang dia. Aku tau
dia perasan aku pandang dia. Tapi dia tak balas pandanganku. Sengaja la tu!
“Ash suka makan ais krim?” Ash yang berada di atas dukungan menganggukkan
kepala.
“Emmmm. Suka. Mama pun suka makan ais krim. Kan, mama?” Aku senyum. Ais
krim memanglah aku suka. Suka giler. Rugilah tak suka.
“Hmmm. Mama semua dia suka makan.”
Amboi mulut. Tak ada Takaful sungguh.
Langkah kami mendekati premis Baskin-Robbins yang cukup terkenal. Aku boleh
agak mesti dia nak berhenti kat sini. Tak sanggup la aku nak tengok dia bayar lagi untuk
kami. Dan telahan aku tepat bila dia menolak troli masuk ke tempat duduk yang disediakan
untuk pengunjung premis ini.
“Prof. Tak payahlah. Mahal la ais krim kat sini. Cukuplah dah belanja banyak tadi.”
Mata menjunam pada troli yang aku pegang. Penuh. Macam-macam. Berpinar aku tengok. Itu
tak masuk lagi pakaian Ash yang baru dia beli tadi.
“You love ice cream, right?”
“Memanglah suka. Tapi ais kr…”
“It’s my treat.”
“Profff…” Meleret dah suara aku. Rasa tebal muka ni. Aku rasa entah berapa ratus dia
habis tadi. Entah ribu. Pakaian Ash tadi bukan murah. Berpasang-pasang pulak tu dia sambar.
“Jom Ash ikut abah. Kita pilih ais krim.”
“Okey, abah.”
“Mama duduk sini ye. Abah dengan Ash nak pergi pilih ais krim.” Selamba badak dia
punya ayat. Siap dengan pakej telunjuk yang digerakkan dari atas ke bawah. Isyarat suruh
aku duduk. Nak tak nak, reda aje tarik kerusi dan labuhkan duduk. Kaki pun dah penat tawaf
satu AEON.
“Your favourite flavor?” Kepalanya mendekat. Aku dongak. Melihat dia senyum dan
senyum manis Ash, aku ikut tersenyum. Ash memang suka laa dapat makan ais krim kat sini.
Dua bulan sekali memang aku akan bawa dia ke sini. Senyum lelaki ini melebar. Saya
senyum kat anak saya ye, prof. Jangan salah faham.
Ye ke, Fatin?
Bukan kau kata senyum prof lawa ke.
Diam la!
“Fatin?” Suara dia yang menyeru buar segala yang ada dalam kepala menyerbu
keluar. Deham kecil terhumban. Cover sebab terkantoi sempat berkhayal.
“Anything with nuts.”
“Got it.” Langkahnya yang mendukung Ash menghala ke bahagian peti yang
mempamerkan pilihan perisa ais krim.
AKU perhati aje dua makhluk depan aku saling bersuap-suapan. Seronok sungguh dorang
berdua. Senyum tak mampu nak sorok. Bila dengar Ash rancak bercerita tentang Azif dan
Aliya sambil ketawa orang depan dia pun ketawa. Aku pulak sembunyikan ketawa.
Entah faham ke tidak orang kat depan Ash tu. Dalam hati aku berterima kasih pada
lelaki ini sebab menggembirakan anakku. Melihat gaya mereka berdua berbual macam gaya
orang dah lama kenal walhal baru beberapa jam aje. Tersentuh melihat layanan lelaki ini kat
Ash. Ada tokoh jadi abah yang baik untuk Ash.
Eh…apa aku merepek ni.
Syiohh….syioh.
“Abah suap mama pulak.”
Suara anakku yang tiba-tiba hinggap di telinga buat kepala terangkat. Terkelip-kelip
mata pandang Ash tayang sengih sambil suap ais krim ke mulut. Pandangan berpindah pula
pada orang di sebelah. Dia angkat kening.
“What?”
“You heard him.” Tubuhnya mendekat. Sudu di tangannya ditekan ke dalam bekas ais
krim lalu diangkat dan didekatkan ke mulutku. Kepala menjauh sedikit.
“Saya suap sendiri.” Aku cuba capai sudu di tangannya. Pantas dia larikan tangannya.
Mata memicing. Bibir aku kemam. Dia buat muka tak bersalah.
“Abah suap mama kan Ash?”
“Emmm. Mama buka la mulut macam ni.” Ash siap tunjuk gaya buka mulut luas-luas.
“Nanti abah tak boleh suap.”
Ash…jangan lah buat mama macam ni, sayang. Lirik mata tertumpah pada Ash yang
tersengih keseronokan sambil sambung suap ais krim.
“Please open your mouth mama.” Senyum meleretnya terhumban.
Sudunya kembali mendekat ke bibirku. Aku perhatikan aje ais krim yang berada
dalam sudu di tangan lelaki ini. Mata bertaut. Kepalanya mengangguk bersama senyum
meleret. Lain macaam aje senyum dia.
Kau tutup mata dan buka mulut la Fatin. Settle.
Bongok. Nanti dia pedajal suap kat hidung aku macam mana?
Perlahan-lahan aku buka mulut. Sudu mencecah bibir dan terus masuk ke dalam
mulut. Fuh. Dia masukkan sudu yang baru keluar dari mulut aku ke dalam mangkuk ais
krimnya dan suap ke mulut.
Eh. Mata tak berkelip tengok gelagat lelaki ini. Dia tak basuh ke sudu tu dulu? Tu kan
bekas mulut aku?
Nak rasa mulut kau la, Fatin. Manis ke. Masin ke.
Bongok.
Mulut menghadam perlahan-lahan ais krim yang selamat disuapkan lelaki ini.
“Okey…mama suap abah pulak.”
Aduhai. Apalah angin anakku hari ni.
Ash jangan macam-macam ye.
Orang sebelah dekatkan mukanya ke arahku.
“Come mama. Abah is waiting to taste your Macadamia Nuts ‘n Cream.” Hujung
telunjuk naik menggaru pelipis.
Err. Prof suap sendiri boleh tak?
Kau tak nak rasa mulut dia ke, Fatin? Macam dia buat tadi. Mesti sedap…macam
orangnya jugak kan.
Eh bengong…diam la kau!
Tapi aku rasa hasrat dalam kepala tak termakbul bila dia dengan sengaja makin
mendekat sambil membuka mulut.
“Ash is waiting, mama.”
Errr. Pejam mata sambil suap dia boleh tak?
Kalau kau sumbat lubang hidung dia macam mana Fatin?
Arghhh!!!
Why, Ash…
Why do this to mama……
Bab 14
KUNCI DI TANGANNYA AKU PANDANG TAK LEPAS. Bila dia sua bendalah tu sekali
lagi, perlahan-lahan aku ambil. Mata sempat melata ke seluruh pelusuk biliknya yang luas
lagi besar. Saiznya lebih besar daripada flat yang sewa. Ada dua walk-in-closet hitam di
hujung selekoh bilik ini. Mesti banyak harta-karun dia sampai kena ada dua buah kabinet
gedabak tu.
Ada bilik kecil di selekoh tu. Aku teka bilik solat. Rak buku kecil pun ada. Mesti
untuk simpanan buku-buku yang dibaca sebelum tidur. Professor kan. Haruslah speies ulat
buku. Mata terus menjelajah ke seluruh penjuru bilik ini. Bersih. Kemas. Tersusun. Mesti dia
jenis lelaki yang sangat menjaga kebersihan dan kekemasan.
Dalam hati terbit rasa kagum. Lelaki ini macam orang kata rupa sepadan dengan
tuannya. Luar dan dalam. Kadang-kala ada lelaki yang kita tengok kat luar penampilan
bukan main kemas bergaya. Yang kita tak tengok, Rumah dorang…bilik tidur dorang macam
dilanggar Garuda. Okey. Perempuan pun ada spesies macam tu. Aku tak double standard ye.
Terngiang kembali di telinga ayat dia tadi. Ayat arahan. Kenalah aku ikut sebab aku
kerja dalam banglo dia. Aku faham yang tu. Aku kan tukang kemas. Tukang bersih. Yang
buat aku tak faham kenapa dia tiba-tiba tukar the do and don’t dalam banglo ni.
Macam-macam benda pelik dia buat kebelakangan ini. Dua minggu lepas tiba-tiba
muncul kat flat aku. Bawak aku dengan Ash berbelanja di AEON. Aku acah aje nak kenakan
dia hari tu. Tapi tak tergamakpun. Rasa berdosa ambil kesempatan kat orang.
Tapi dia pulak yang beria namatee. Penuh troli dengan barang-barang dapur. Tiga
bulan punya stok barang kering. Itu belum masuk dia belanja beli kan barang-barang
keperluan dan pakaian mahal untuk Ash. Bila aku tanya kenapa dia buat semua tu. Jawapan
dia memanglah buat aku rasa nak jadi tugu negara sekejap.
“I am officially his abah.”
Persoalan kenapa dia muncul pagi tu sampai sekarang dia tak jawab. Aku pun tak ada
nak tanya lagi. Nanti dia bagi jawapan sarkastik baru padan muka aku. Baik diam. Lepas tu
dia suruh aku guna bilik baru kat tingkat bawah. Tak bagi dah guna bilik kat belakang.
Katanya bilik belakang tu sempit. Aku kan tukang kemas aje. Yang nak bagi bilik
lengkap dengan perabot dan katil besar dah kenapa? Bukannya aku nak tidur pun dalam bilik
tu.
Hairan betul aku dibuatnya. Banyak betul peraturan kerja yang dia beritahu masa aku
mula-mula masuk kerja dulu dia langgar dan ubah sesuka hati. Buat sarapan. Buatkan minum
petang sebelum dia balik.
Ya. Minum petang pulak. Sabar aje la aku dengan prof ni.
Ni tambahan skop kerja yang baru okey. Nak bantah? Memang tak mampulah. Aku
kuli. Dia bos. Dan bos selalu betul. Yelah dia yang bayar gaji kan. Macam minggu lepas dia
suruh aku buatkan goreng pisang dengan sambal kicap.
Sama macam yang pernah aku bawak untuk dia beberapa hari lepas. Kadang aku rasa
dia sengaja nak duga aku ni jenis ikut perintah atau tidak. Samada aku ni sabar dengan
karenah dia atau tidak.
Setakat ini aku turutkan aje. Asal aje yang dia suruh buat tu tak memudaratkan, aku
ikut aje. Aku cari makan di sini. Jangan cerewet. Kena sentiasa bersyukur. Itu yang aku selalu
pegang dan amal.
"Boleh ke saya kemas bilik prof ni?" Kena pastikan betul-betul. Manalah tau dia kena
serang temporary amnesia ke kan. Orang banyak fikir ni tak mustahil ingatan dia hilang
sekejap. Hahahaha. Memandai-mandai aje aku.
"Hmmm."
“Tapi bukan ke bilik prof ni kawasan larangan?” Nak jugak aku dengar jawapan
sebenar dia. Sampai sekarang aku ingat pesanan dan amaran Auntie Vasanthi pasal bilik
lelaki ni. Tak berani aku nak langar.
“Not to you.”
Pulak dah. Ayat dia tu kalau diterjemahkan macam dia beri kuasa kat aku sorang aje
untuk boleh masuk bilik dia. Wah wah. Boleh kembang selaman hidung aku yang tak berapa
nak mancung ni.
"Tapi kalau saya jumpa..." Spontan tangan naik garu pelipis. Macam mana ek nak
cakap. Ini memang masalah terbesar. Tapi kalau tak cakap aku yang susah nanti. Bahagian
paling menyeramkan tu.
"Jumpa apa?" Dan dan liur pecut terjun dalam lohong kerongkong. Seram tengok
muka serius nak mati lelaki ini.
"Err...jumpa...jumpa…"
“Fatin?”
“Jumpa your personal treasure, prof.” Senafas ayat terluncur dari mulut. Nasiblah
lidah aku tak tersebut bendalah tu. Mahu haru. Akulah yang haru nanti.
“Can you please be more specific. What do you mean by my personal treasure?”
Tu dia soalan. Memang soalan tak ada talian hayat ni. Tujahan mata lelaki ini buat
aku rasa nak pusing dan berlari turun ke tingkat bawah. Menyesal pulak aku sebut pasal
benda tu. Kalau tak, kan dah selamat. Mulut ni pun satu. Gatal pergi sebut tentang benda tu
pasal apa!
“Fatin?” Sekali lagi dia seru nama aku.
“Err… aah…anu…anu…” Aduh dia ni. Takkan tak faham kut. Mata spontan bergerak
ke tubuhnya yang segak berbalut suit jaket kelabu gelap. Sedondon dengan seluar panjang
yang dipakai. Macam selalu. Super handsome. Dan laju mata jatuh ke bawah. Dia yang ikut
sama pergerakkan mataku turut terhenti di point yang sama.
“I see what you see.”
Saya tak nampak, prof. Betul. Benda tu kat dalam kan. Sumpah saya tak nampak
warna apa!
Bengong kau, Fatin.
Betul la!
“Is my personal treasure giving you problem?”
“Err…Tak. Tak ada.” Kepala rancak bergerak kanan ke kiri. Kiri ke kanan.
Iye ke, Fatin?
Diam la kau!
“So…are we good?” Matanya memicing. Riak yang buat liur berlari deras masuk ke
rengkung.
“Yeah. I’m good.”
“Good then.”
Tangannya betulkan ikatan tali leher sambil mata masih melekat kat muka aku.
Shoulder bag yang terbaring di atas katil dicapai lalu disangkutkan ke bahu dan terus
melangkah melintasiku untuk keluar daripada bilik.
Hidung kembang kempis menghirup haruman Acqua Di Gio yang seksi dan
menggoda untuk entah yang kali ke berapa. Aku pun tak ingat. Lost count. Yang pasti setiap
kali dia ada di sekitar memang bauan ini akan mengkucar-kacirkan sistem dalaman tubuh.
Menghuru-harakan pertahanan jiwa. Aku ekori langkahnya sampai ke depan pintu bilik.
Aku pusing sikit. Membelakangkan dia. Tubuh menunduk sedikit dengan renung
melekat kat bahagian belakang dia yang sedang menapak menuju ke tangga. Mata terpejam.
Hidung sekali buat aksi menghidu. Hela dalam-dalam. Bauan maskulin tadi masih kuat
meradak rongga. Bibir tiba-tiba koyak senyum nakal.
Think sexy.
Think masculine.
Think seductive.
Think sensual.
Think manhood.
Think prof.
Auuwwww!
Apa aku mengarut ni? Sebelah tangan naik mengetuk kepala.
Otak…kau dah kenapa haa?
“Fatin. My coffee.” Pantas aku hala langkah keluar dari biliknya. Tak minum kopi aku
boleh pengsan agaknya dia.
“Coming, prof!”
NAMPAK AUDI DIA melepasi pintu pagar aku segera bangun. Beg jut aku angkat dan
sangkut ke bahu. Bersedia untuk balik. Kepala mendongak ke langit. Gelap. Harap janganlah
hujan sekarang. Biarlah aku sempat sampai ke mini market si Ah Seng sebelum hujan.
Tangan seluk dan meraba-raba dalam beg. Cari payung. Dah dapat terus aku
keluarkan. Senang dah sediakan awal-awal. Mana tau karang tiba-tiba tengah jalan hujan
turun. Tak ada aku kelam-kabut.
Aku perhati aje langkahnya yang mendekat.
“Dah siap nak balik?”
“Ya, prof.”
“Awak tunggu sekejap boleh? Saya nak tukar baju.” Terus dia berlari-lari kecil ke
pintu utama. Heran pulak aku dia suruh tunggu. Nak saing keluar kut. Agaknya la tu.
“Prof nak keluar ke?”
“Yeap.”
“Cepat ye.” Suaraku terjerit sedikit. Takut terlepas bas. Nanti lambat pulak aku
sampai. Kena potong gaji laa jawabnya.
“Give me 5 minutes.”
“JOM naik kereta saya.” Suara dia menjengah cuping buat mataku terangkat daripada skrin
telefon di tangan naik melekat ke wajahnya.
“Haa?”
“Saya hantar awak balik. Nak hujan ni."
Hantar. Awak. Balik.
Satu persatu ayat yang keluar daripada mulut lelaki ini menujah dalam kepala. Apahal
tetiba nak hantar aku balik? Mimpi apa prof malam tadi ek? Bulan dan bintang jatuh ke riba
gamaknya.
Aku pandang aje dia yang bergerak ke kabinet kasut tepi pintu utama. Apahal pulak
tiba-tiba nak hantar aku balik hari ni? Makin pelik la dia ni. Selama ni tak adapun nak hantar
aku balik. Biar aje aku redah hujan. Tangan seluk beg jut yang tersangkut kat bahu.
"Tak apalah. Saya balik sendiri. Saya ada payung, prof. Boleh aje redah hujan. Dah
biasa." Kepalanya berpusing. Payung di tangan aku angkat. Tunjuk kat dia. Matanya pandang
kat payung dan kemudian berpindah kat muka aku pulak.
Riak dia gaya nak telan aku hidup-hidup aje. Lain macam pulak dia petang ni.
Patutlah tadi dia suruh aku tunggu sekejap dia nak salin baju. Aku ingatkan dia nak keluar
saing dengan aku. Rupanya nak hantar aku balik.
Kasut dicapai dan disarung. Susuk yang ringkas dengan jeans biru dan t-shirt putih
menampar kornea. Langkahnya diatur ke arah kereta. Mata terus ikut langkah dia.
"Fatin." Suara dia buat aku tersentak.
"Err. Ya, prof."
"Saya hantar." Sekali lagi dia ulang ayat arahan. Mata dikerdip. Isyarat memanggil.
"Jom."
"Tapi saya ada payung, prof." Tak nak menyusahkan dia. Aku dah biasa balik sendiri.
Kakinya mendekat.
"Are you coming, or do you want me to carry you?"
“Tapi…” Aku kan suka aje mengundang aksi matanya yang mengecil. Itu riak
amaran.
“Who is the boss?” Telunjuk naik lurus ke arahnya.
“You.”
“So…whatever I say…goes. No argument. Clear?”
“Kalau tak clear?” Aku tayang sengih. Macam tau tau aje aku akan kutuk belakang
dia. Biasalah Fatin. Dia kan suka menjawab.
“Fatin?” Langkahnya mendekat.
“Copy that, bos.” Laju aku menuju ke kereta. Cari pasal kena cempung dengan dia.
Mahu aku mimpi jatuh katil malam nanti. Aiyak!
“In.”
Tangannya tarik pintu penumpang hadapan. Matanya jatuh ke bawah. Isyarat yang
jelas untuk suruh aku masuk ke dalam kereta dan jangan cari pasal. Laju tubuh melolos
masuk. Seram tengok muka ketat dia. Suka betul buat aksi macam tu. Nasib baik handsome!
Bab 15
“PROF TURUNKAN SAYA kat depan tu aje cukup. Dekat dah.” Aku tanggalkan tali
pinggang keledar. Badan menunduk nak capai beg jut kat bawah.
“Rumah pengasuh Ash mana?” Tubuh dan kepala terangkat lalu berpusing padanya.
Aku betulkan sandar semula.
“Kat dalam sana je. Jalan kaki dalam sepuluh minit macam tu.” Beg jut aku sandang
ke bahu. Telunjuk hala ke lorong di depan.
“I will drop you there.” Pantas kepala menggeleng.
“Eh…eh. Tak payahlah, prof. Sini pun cukup.” Aku bukannya nak pergi sana pun
lagi. Belum sampai masanya nak ambil Ash. Habis kerja petang nanti barulah boleh ambil.
“Awak ada masalah ke kalau saya hantar awak sampai ke rumah pengasuh Ash?” Aku
kemam bibir sambil pandang dia. Kepala menggeleng sekali lagi. Rasa bersalah pulak dengar
dia tanya macam tu. Salah faham prof ni.
“I missed Ash. Really missed him.” Senyum kecilnya terlepas. Macam malu-malu.
Nak tergelak aku tengok riak dia. Alahai. Kenapa comel sangat ni, prof?
“Ada orang sedang rindu rupanya.” Kepalaku menyenget pandang dia. Ketawa kecil
ikut meletus. Seronok jugak sesekali dapat usik lelaki ini. “Patutlah beria nak hantar saya
balik. Ada lobster di sebalik mee rupanya. Ingatkan orang tu ikhlas nak hantar saya balik.
Rupanya…hmmmm.” Bibir mencebik. Dia ketawa kecil.
Rindu Ash.
Sungguh tak sangka ayat ini yang keluar dari mulut dia. Lepas dua minggu peristiwa
berbelanja di AEON memang kerap juga dia tanya pasal Ash. Adakala dia telefon juga minta
nak cakap dengan Ash. Aku bagi aje. Tak ada sekatanpun. Dia nak borak dengan Ash aje.
Suka dengar Ash bercerita katanya.
Ash macam biasalah. Dapat panggilan video memang becoklah mulut dia bercerita.
Entah zaman bila punya cerita aku pun tak tahu. Macam dah kenal lama lelaki ini aje
lagaknya. Walhal baru dua minggu.
“He must be missing his abah too.” Aku angkat bahu. Bibir ikut humban cebik
macam tadi.
“Well. You need to ask him yourself.”
“I will. Definitely. Shall we?”
“Saya kena masuk kerja kat mini market seberang jalan sana tu dulu, prof. Saya buat
part time. Pukul 6 petang nanti habis kerja baru ambil Ash.” Muka dia memang nampak
terkejut teruk bila aku habis bercakap.
Aku teka mesti pasal aku buat kerja part time. Agaknya orang macam dia tak sangka
kut perempuan macam aku buat dua kerja. Kalau lelaki tu biasa la. Bagi aku tak ada beza.
Lelaki ke. Perempuan ke. Nak tambah pendapatan kena rajin. Kalau kau malas, rezeki tu
takkan dapat bergolek kat kaki. Ringankan kaki dan tangan. Usaha kena lebih. Barulah rezeki
tu datang melayang.
“Awak buat dua kerja?” Nada suara sama level dengan riak muka lelaki ini.
Terkejut namatee.
Bibir tayang senyum kecil.
“Nak hidup di KL ni kena rajin, prof. Jangan buang masa. Jangan malas-malas. Tak
berasap la dapur.” Aku gelak kecil.
“Gaji yang saya bagi tak cukup, hmmmm. My bad.” Kepalanya menunduk. Macam
rasa bersalah. Demi TUHAN tak sekumanpun ada rasa tentang itu dalam hati.
Aku sambung senyum.
“Alhamdulillah. Rezeki DIA bagi tak baik dipersoal. Gaji yang saya dapat dari prof tu
setimpal dengan kerja saya. Saya cuma cari rezeki lebih. Tambah mana yang kurang. Buat
belanja dapur. Tak salah kan?” Diam aje orang sebelah. Mungkin rasa pelik perempuan
muda macam aku buat dua kerja.
“Agama kita pun suruh kita berusaha sungguh-sungguh mencari rezeki selagi
termampu. Cari rezeki ni jihad juga prof. Betul tak?” Dia tak bagi apa-apa respon. Agaknya
masih tak boleh nak hadam yang aku buat dua kerja untuk kelangsungan hidup.
“Saya ni ada tanggungan. Kenalah rajin usaha. Saya nak simpan duit untuk masa
depan Ash. Buat tabungan untuk belanja pengajian dia nanti. Dia hanya ada saya aje dalam
dunia ni. Kalau bukan saya yang berusaha sungguh-sungguh cari duit untuk anak saya dan
masa depan dia, siapa lagi yang saya nak harapkan. Kami ni tak ada lagi darah daging yang
boleh bergantung harap, prof.” Mata lelaki ini masih tak lepas pandang aku.
“Prof tak payah pandang saya macam tu. Saya okey. Dah biasa buat dua kerja ni. Dari
zaman sekolah lagi saya dah biasa kerja part time ni. Cari duit poket. Kerja kat warung kopi
tau.” Kata-kataku tak berjaya buat dia mengalihkan pandangan.
Apalah yang pelik sangat kalau aku kerja part time ni kat mata dia ek. Ahh.
Lantaklah. Malas nak fikir banyak-banyak. Karang lambat pulak aku masuk kerja mahu kena
bebel dengan bini si Ah Seng. Semalam pun dia dah pesan jangan lambat sebab banyak stok
barang sampai hari ni. Dia nak aku uruskan tagging tanda harga.
“Macam ni la. Saya guide prof ke rumah Kak Nah; pengasuh Ash. Prof boleh jumpa
dia kat sana. Saya akan beritahu pengasuh dia yang prof nak datang jumpa Ash. Saya kena
masuk kerja sekarang. Nanti lambat tak berkat gaji saya. Betul tak, prof?” Tengok dia masih
diam, aku seluk beg dan keluarkan telefon. Nombor Kak Nah aku cari dan tekan. Nak kena
maklumkan dia yang lelaki merangkap bos aku ini akan sampai ke rumah dia sekejap lagi.
“Assalamualaikum, Kak Nah. Fatin nak beritahu satu perkara ni.” Mata melirik pada
orang sebelah. Masih macam tadi. Dah kenapa pulak terbisu dia ni? Muka aku ni ada rupa
makhluk paling seksi di muka bumi ke sampai dia hilang kata-kata?
“MAMA! Mama!”
Dari jauh Ash dah memanggil sambil berlari mendapatkan aku. Seronok gayanya.
Ketawa riang. Dan dari jauh juga aku nampak kereta mewah prof masih terparkir di depan
rumah Kak Nah. Susuk tubuhnya dan Kak Nah sedang duduk di kerusi kayu panjang di luar
pintu dapur menghambat pandangan. Tak balik lagi ke dia ni?
Waktu berhenti untuk rehat tadi sambil makan pau kacang yang diberikan oleh Ah
Seng aku baca pesanan WhatsApp Kak Nah. Katanya lelaki ini cukup seronok melayan Ash
bercakap dan bercerita. Tak penat ke dia melayan Ash? Anakku itu boleh tahan becoknya
kalau bercakap. Tak reti penat. Akupun kadang-kadang pancit.
“Mama…mama.”
Iye…iye, sayang.” Tubuhnya sudah berada dalam dukunganku. Sebelah tapak tangan
mengelap wajahnya yang berpeluh. Pergi main kat lamanlah ni sampai berpeluh-peluh.
Selalunya petang-petang Kak Nah akan bawa Ash ke laman hujung laman. Entah-entah lelaki
kat depan tu ikut sama.
“Mama…abah datang. Tu…kat sana.” Tangannya lurus menghala ke depan. Mahu
tunjuk kat aku gerangan orang yang dimaksudkan. “Abah datang jumpa Ash.” Aku tayang
wajah manis sambil kepala mengangguk.
“Iye…iye. Mama nampak, sayang.” Wajah cerianya terlontar jelas di mata. Bibir terus
koyak senyum. Kaki terus melangkah ke depan.
“Tadi abah bawak Ash sama ibu pergi Yoyon makan ice cream dengan burger.” Mata
mengecil. Ke mana pulak dia bawak anak aku tadi ni?
“Yoyon? Kat mana tu?” Bibir memuncung. Reaksi yang buat Ash ketawa sambil dua
tangannya melekat di pipiku.
“Hari tu kita pergi dengan abah la, mama. Ash makan ais krim kat sana. Mama
makan. Abah makan. Ash suap mama…suap abah. Abah suap mama. Mama suap abah. Ash
makan dua.” Jari telunjuk dan jari tengahnya ditegakkan dan dihala padaku. “Ash makan
banyak.” Barisan gigi susunya yang putih terpamer. Menzahirkan kegembiraan.
Ais krim.
Bibir tak mampu nak kawal senyum bila teringat kenangan itu.
Kenangan…yang manis.
Semanis ais krim.
“Ash suka pergi Yoyon. Yoyon best.” Aku ketawa. Ash…Ash.
“AEON, sayang. A…EON. Tengok mulut mama ni.” Telunjuk mencecah bibir.
“A…Yon?” Terkelip-kelip mata bundarnya tenung aku.
“Ye, sayang.” AYON pun AYON la. Janji aku faham. Langkah makin menghampiri
dua susuk yang sedang duduk di kerusi kayu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Kedua-duanya menjawab serentak. Sebaik aku turunkan Ash
daripada dukungan, laju dia berlari masuk ke celah dua kaki lelaki di sebelah Kak Nah. Aku
ambil tempat di sebelahnya. Beg di bahu aku jatuhkan ke sisi. Mata melirik pada Ash yang
elok aje bersandar di paha lelaki ini.
“Prof tak balik lagi?” Wajahnya nampak ada kesan peluh. Betullah tekaanku tadi.
Mesti dia pun ikut Kak Nah dan Ash ke laman. Tapi Kak Nah elok aje rupanya. Tak nampak
berpeluh pun. Selalunya tak banyak pun mesti akan nampak kesannya di muka Kak Nah.
“Balik apanya, Fatin. Baru balik dari laman permainan prof tu.”
“Laa. Ye ke, Kak Nah?”
Kan betul aku cakap.
“Ha’a. Bos Fatin ni yang bawa budak lesung pipit tu main-main kat sana hari ni. Kan,
Ash? Suka ye main dengan abah tadi kat laman?” Pipinya dicubit lembut oleh Kak Nah.
“Suka. Ash suka main-main dengan Abah. Kan, abah?” Kepalanya mendongak
memandang lelaki di sebelahku sambil menayang sengih comel yang menampakkan lesung
pipit di pipi kanannya. Rambut digosok-gosok oleh lelaki ini yang ikut membalas senyum
Ash.
Aku dan Kak Nah saling bertukar pandang. Bibir Kak Nah humban senyum meleret.
Aku pulak buat muka sardin kena lenyek. Kalau aku tayang muka ala-ala pipi terbakar,
memang masaklah kena usik dengan dia esok.
Kerat jari la!
“Kak Nah tak ikut sama ke tadi?” Nak matikan senyum meleret dia yang tak habis-
habis dari tadi, aku humban tanya. Lagipun aku syak Kak Nah memang tak ikut ke laman.
Hanya lelaki ini dan Ash aje yang ke sana.
“Kak Nah tak ikut. Bos kamu ni suruh Kak Nah rehat. Katanya biar dia yang teman
Ash main petang ni. Kak Nah pun ambil la kesempatan tidur seround. Peluang tidur jangan
dilepaskan. Rugi beso.” Dia gelak kecil. Aku dan prof ikut tergelak sama dengan lelucon Kak
Nah.
Patutlah muka Kak Nah bersih aje. Kedua-dua saling bertukar senyum. Tengok gaya
kedua-duanya macam dah mesra aje dorang berdua. Kak Nah memang ramah orangnya. Jadi
aku tak terkejut kalau prof pun boleh cepat mesra dengannya.
“Mama…Mama.” Tangan mengelus rambut Ash yang lembab.
“Ya, sayang.”
“Abah cakap nanti dia bawak Ash dinner. Tapi kena tanya mama dulu. Ash nak. Ash
suka. Mama suka tak?” Batuk-batuk halus Kak Nah terlontar. Sengaja la tu buat-buat sakit
tekak.
Spontan mataku terhumban pada Kak Nah. Elok pulak dia main angkat-angkat
kening. Mulalah tu bunga-bunga kepala dia masuk air. Aku buat muka batu. Malas nak
membalas. Kornea kemudian berpindah pada orang sebelah.
“Prof mesti dah penat kan? Bawak dia jalan-jalan ke AEON. Sepetang melayan Ash
di laman. Lagipun anak saya ni memang kena tidur awal. Dia kalau lambat tidur nanti
meragam. Merengek. Menangis.”
Tangan terus mengelus rambut Ash. Bukannya nak mengelak. Aku cakap yang betul
pasal anakku. Lagipun aku yakin dia mesti penat juga. Aku pun penat. Dari sebelum subuh
sampai nak masuk senja ni barulah habis kerja.
Aku cuma nak balik rumah, mandi, solat, masak makan malam dan makan bersama
Ash. Siap solat isyak nanti aku aku tidurkan dia sambil berbual dengar dia bercerita sampai
dia terlelap. Ini memang rutin setiap hari.
Nanti dia dah tidur barulah aku boleh berkemas apa yang perlu dan siapkan barang-
barang untuk masak awal pagi esok. Siap semua aku pun akan letak kepala. Tak larat dah nak
keluar ke mana-mana. Lagipun bukan sejenis aku yang keluar merayap malam-malam.
Lelaki ini terus bangun dan mengangkat Ash lalu diletakkan dalam dukungan. Elok
aje Ash paut dua tangan ke leher lelaki ini. Macam dah biasa aje lagaknya. Hesy anak aku ni.
Tak malu sungguh. Kak Nah ikut bangun. Akupun sama sambil capai beg jut yang terletak di
lantai dan sangkutkan ke bahu.
“Saya hantar Fatin dan Ash balik dulu, Kak Nah. Terima kasih sudi terima saya
sebagai tetamu. Layan berbual dengan saya. Ikut saya layan Ash makan-makan ke AEON.
Buat cucur pisang sedap.” Aku tukang dengar aje dia bercakap. Tangan hulur kat Ash. Mahu
ambil dia dari dukungan majikanku ini. Menggeleng kepala dia. Amboi. Aku besarkan mata.
Laju dia sorokan muka di bahu lelaki ini.
“Ala tak apa apa sangat, prof. Nak datang makan cucur pisang singgah aje. Tapi cucur
pisang Kak Nah tak boleh lawan Fatin punya. Sedap giler!” Kak Nah humban kenyit. Orang
sebelah pandang aku sekilas.
Eh…eh. Apasal aku pulak yang masuk dalam kisah cokodok pisang dorang berdua ni.
“Kak Nah pun seronok borak dengan prof. Seronok dapat makan western kat restoran
mahal orang belanja. Bukan senang tu dapat belanja dari orang handsome. Nanti boleh la ajak
orang tu pulak.” Kak Nah kenyit mata sekali lagi kat aku. Lelaki ni senyum kecil sambil
pandang aku.
Apa pulak pandang-pandang aku ni?
Aku buat muka macam tak apa-apa yang berlaku. Bila dia pusing pandang Kak Nah
semula aku besarkan mata kat Kak Nah. Haa. Tengok, Kak Nah. Yang kenyit mata kat saya
dah kenapa? Kan dah mengundang gossip liar.
Lelaki ini bergerak ke kereta sambil dukung Ash. Aku hulur salam pada Kak Nah.
“Saya balik dulu, Kak Nah.” Tanganku digenggam kemas. Mata Kak Nah tenung aku
lain macam aje. Itu tenung masuk air namanya. Masak sangat dah dengan perangai wanita
ini. Muka didekatkan sambil mata memerhati lelaki di depan. Aku ikut perhatikan aje gelagat
Kak Nah. Ada la tu!
“Kak Nah rasa bos Fatin tu suka kat Fatin. Dah jatuh hat ikat awak. Kerat jari!”
Suaranya terdesir perlahan. Kepalanya mengangguk yakin.
Jatuh hati? Dengan perempuan macam aku?
Mengarut sungguh!
Laju kepala menggeleng.
“Merepek aje, Kak Nah. Tak adalah. Dia nak jumpa Ash aje tadi tu. Rindu katanya.”
“Rindu anaknya ke…rindu mamanya.”
“Dah dah…” Aku jegilkan mata. Kak Nah gelak.
“Tengok aje nanti masin ke tidak mulut Kak Nah ni.”
“Mulut Kak Nah memanglah masin sebab Kak Nah kuat makan garam.” Bahuku
ditampar. Mengekek aku gelak.
“Balik dulu, Kak Nah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hati-hati duduk sebelah prof handsome tu. Aura dia kuat. Karang
terbawak dalam mimpi pulak orang sebelah dia tu.”
Bulat mataku. Giliran Kak Nah mengekek ketawa.
Bab 16
“SEJAK BILA KAK NAH jaga Ash?”
Pertanyaan yang tiba-tiba keluar dari kotak suara orang sebelah buat kepala bertukar
posisi. Ekor matanya jelas sedang melirik kat aku sambil tangan cekap pada stereng kereta.
Pastilah tunggu jawapan dari soalan yang dia tanya.
Aku rasa dia tak tanya soalan ni kat Kak Nah tadi. Dia mesti tau tak manis dia
bertanya begitu. Takut nanti kalau-kalau Kak Nah fikir dia nak menyibuk. Fikiran jauh
menerawang. Teringat waktu-waktu dahulu. Kala aku berjuang untuk sebuah kehidupan.
Perit dan sukarnya hanya DIA yang tahu.
“Sejak Ash dalam kandungan lagi memang Kak Nah yang jaga. Selepas Ash lahir, dia
yang jaga saya dalam pantang. Jaga Ash bagaikan anak sendiri. Segala keperluan Ash Kak
Nah sekeluarga yang tanggung.” Tak terbalas budi baik mereka sekeluarga. Hanya doa yang
tak pernah putus aku panjatkan.
“Prof tau tak, nama kedua Ash…Faheem tu Kak Nah yang bagi.”
“Really?”
Kepala mengangguk. Teringat dulu betapa sukanya Kak Nah bila tengok nama yang
dia pilih tertera di sijil kelahiran Ash. Itu tanda penghargaanku padanya. Tanda sayangku
padanya.
“Kata Kak Nah moga Ash jadi anak yang bijak ilmu dunia akhirat, berjaya dalam
hidup dan bela nasib kami.”
“Sebab tu Ash panggil Kak Nah ibu?” Sekali lagi bibir terkoyak dengan senyum
manis.
“Kak Nah tu bukan sekadar ibu untuk Ash. Dia juga ibarat ibu pada saya. Dialah
kakak. Dialah ibu. Tempat saya mengadu. Tempat saya meluah perasaan. Bila letih. Bila
penat. Bila susah. Bila payah. Hanya dia yang saya ada. Saya dah tak ada keluarga. Tak ada
saudara-mara. Mak dan abah…” Mata hangat tiba-tiba. Kepala menunduk ke riba. Tangannya
tiba-tiba hulur sapu tangan. Terus kepala tegak. Matanya mengerdip.
Suasana jadi sepi. Hanya desir pendingin udara yang menampar telinga.
“Sorry. I make you sad.”
Kepala menggeleng. Ketawa kecil. Segan sebab boleh pulak jadi melankolik tetiba.
“Tak apa. Saya okey, prof. Ada masa hati saya akan jadi lebih rapuh daripada tisu.”
“Tak perlu teruskan.” Sterengnya berputar. Memasuki ke lorong untuk ke blok aku
tinggal.
“Saya okey.” Dah terlanjur bercerita biar aku habiskan. Biar lelaki ini tahu sebab apa
aku sangat rapat dengan Kak Nah. Inilah sejarahnya.
“Mak abah dah tak lama meninggal dunia masa saya masih kecil. Mak saudara pulak
dah tak mengaku saya keluarga. Saya ni bawak malu pada keluarga. Menconteng arang.
Kalau orang dah tak suka, kita cakap apa pun dia takkan percaya. Tak apalah. Ada
hikmahnya. Dibuang keluarga sendiri, saya ditemukan dengan keluarga baru yang melimpah
kasih-sayangnya buat kami berdua. ALLAH tu adil. Kan, prof?” Matanya menghumban
pandang. Bibir ikut jala senyum kecil.
“Ash tu awak yang bagi namanya?”
“Yeap. As tu daripada nama Ashim. Manusia yang menjauhi maksiat. Doa saya dia
jadi anak yang begitu. Moga dosa yang pernah saya lakukan takkan dijejaki oleh anak saya.
Nauzubillah. Jangan ulangi dosa yang pernah aku lakukan.”
“Insya-Allah. He is a good boy…and he will be a god son. To his parent.” Matanya
lempar kenyit. Kereta dihentikan di parkir belakang blok. Kepala masih cuba hadam kata-
kata akhir lelaki ini.
To his parent?
Kenapa bukan …to his mama?
KUNCI pintu grill aku putar dan tolak ke kanan. Tarik keluar anak kunci tu dan kemudian
anak kunci pintu rumah pula aku sumbat ke lubangnya. Tombol pintu aku pusing perlahan
dan masukkan beg-beg di tangan.
Tubuh pusing semula ke depan dan hulur dua tangan. Dia yang faham menarik
perlahan pautan tangan Ash di leher. Perlahan-lahan aku sambut huluran tubuh Ash
daripadanya. Tak nak dia terjaga. Lena sungguh dia tidur. Walhal bukan jauh pun rumah aku
dengan Kak Nah. Akibat penat sangat main kat laman tadi la ni. Tu yang tertidur. Tertidur kat
celah riba lelaki ini pulak tu.
Masa dia gerak dari rumah Kak Nah tadi boleh pulak lelaki ini letakkan Ash duduk
kat tengah-tengah riba dia. Aku dah larang. Biar aku pegang Ash. Aku tak nak dia rasa tak
selesa. Dia cakap tak apa. Dia tak ada masalah memandu macam tu. Bukan jalan besar.
Lagipun dia bawa perlahan aje kereta. Sudahnya aku diamkan aje. Lantaklah. Nak sangat
susahkan diri.
Sampai kat parkir blok yang aku tinggal, aku terus turun dan sandang beg-beg di
bahu. Dia pun turun sambil dukung Ash. Dia cakap dia hantar sampai ke depan rumah. Aku
cakap tak apa. Tak payah nak hantar. Aku boleh dukung Ash dan bawak beg-beg kami. Aku
dah biasa.
Dia tetap bertegas nak hantar sampai depan pintu. Nanti Ash terbangun. Boleh pulak
dia sambung bagi alasan nanti Ash terjaga mesti dia meragam dan menangis sebab aku dah
kacau tidur dia.
Pandai betul dia cipta sebab untuk aku izinkan dia hantar kami. Segan juga
sebenarnya sebab dia ikut sampai ke depan pintu flat yang aku sewa. Segan jiran-jiran
tengok. Nasib baiklah aku duduk tingkat bawah di unit yang tersorok dan sebelah tembok.
Tak ada la nampak.
“Terima kasih, prof. Susah-susah aje hantar kami balik.” Tapak tangannya melekat ke
pipi Ash yang tertidur.
“Empty your calendar for this weekend. We shall go for an early dinner.”
Laa. Tak habis lagi pasal hal ni rupanya. Ingatkan tak sebut pasal perkara ni dalam
kereta tadi makna tak jadi. Tengok dia asyik melayan Ash bercerita tanpa sebut nak makan
malam di luar hari ni aku dah lega dah. Tak boleh lega lagi la gamaknya.
“Eh…tak perlu kut. Lagipun tak payahlah susah-susah, prof. Buang duit aje makan-
makan kat luar tu. Mahal tau.” Aku tak naklah dia buang duit pasal kami. Lagipun aku tak
nak biasakan Ash makan di luar. Susah aku nanti. Tangan usap belakang Ash. Tepuk-tepuk
badan dia.
“Awak ni kedekut ye.”
Amboi mulut. Sedap sungguh ye.
“Bukan macam tu laa, prof. Tak baik tau tuduh saya macam tu. Kecik hati saya.” Aku
tayang cebik. Dua tangan diangkat separas bahu.
“Okay. My bad. Sorry.”
“Haa. Tau takut.” Terus aku tayang sengih. Reaksi yang mengundang gelengan
kepalanya. Nasiblah. Siapa suruh kutuk aku depan-depan. Kan dah mendapat kerek aku.
“Saya tak nak prof membazir aje.” Matanya memicing. Tak suka la tu. Aku memang
faham dah sekarang Bahasa mata dia. Mengecil pandang aku tu tanda tak setuju la tu. Tanda
dia tak suka.
“Prof tau kan mahal tau tak makan kat restoran. Baik masak sendiri. Murah. Jimat.
Selamat. Bersih dan halal. Sebab tu saya cakap membazir. Bazir duit tau!” Muka aku
memang tayang muka sehabis serius. Nak dia tahu aku memang serius tentang apa yang aku
cakap.
“Lagipun saya tak nak biasakan Ash makan di luar. Tak elok untuk budak-budak. Tau
la kan. Makanan kat luar banyak guna perasa makanan.”
“Awak nak ajak saya makan malam kat rumah awak ke? I am fine.”
“Err…” Tu cari nahas namanya.
“I have made a promise to Ash. Do you want me to be a promise breaker?”
Sebelah tangan naik menggaru kepala. Susah betul la cakap dengan orang bijak-bijak
ni. Sudahnya aku yang serba-salah. Tak ada niatpun nak buat dia mungkir janji dengan Ash.
Aduh. Macam mana ni?
“Tak payah nak garu-garu kepala. Ahad petang nanti saya datang. Dinner on me.
Clear?”
Tak habis-habis dengan clear…clear.
“Are you clear, Fatin?”
Kerek la dia ni.
“Tersangattttlah clear, prof.” Sengaja aku leretkan suara sebut perkataan tersangatlah
tu.
“Good.”
“Yeah. I am good.”
Aku pun nak jugak tayang kerek kat dia.
“Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Tangannya menyentuh kepala Ash. Ada rasa
sayu yang meniup di hati bila mata menyaksikan aksi lelaki ini. Tubuh tingginya kemudian
berpusing dan mengatur langkah.
“Waalaikumsalam.”
“Prof.” Suaraku buat langkahnya terhenti. Tubuh dipusingkan.
“Terima kasih.” Kening dia berkerut halus. Tapi cuma seketika. Heran pun aku dia
tiba-tiba tayang muka macam tu. Aku ada salah cakap ke?
“Are you sure?”
“About what?”
“About what you have just said.”
Cakap apa pulak. Aku kan ucap terima kasih kat dia.
“Of course.” Bibirnya koyak senyum manis.
“I will think about it.”
“Fikir pasal apa, prof?” Giliran aku yang berkerut kening dengar jawapan dia.
Amende pulak tu.
“Terima…” Suara dia terhenti seketika. “…kasih awak.”
“Euwwww.”
Spontan bibir mencebik. Tak tercapai akal aku dia boleh cakap macam tu. Aku
perasan kebelakangan ni dia kerap juga humban ayat yang buat hati dan jantung melontar
irama yang bikin jiwa huru-hara. Alahai alahai bosku ini.
“Kalau saya terima kasih awak…ada yang marah tak?”
Walla. Ini bukan huru-hara lagi. Jiwa boleh tungggang-langgang ooi. Kesampukkan
apakah bosku hari ni ek.
“Who is that talking?”
Dia gelak dan kembali berpusing semula ke depan.
“See you tomorrow, Fatin.” Sebelah tangan diangkat dan digoyangkan.
Terima…kasih awak.
Ada yang marah tak?
Hmmm. Aku rasa tersampuk jin jongkang-jongket kat laman permainan tadi tu
agaknya bos aku ni.
Hmmmm.
Tak ada yang marah, prof.
Euuuw Fatin. Is that you talking?
Shut up!
Bab 17
SIAPA, MAMA?”
“Fatin Iman Layyin. Your new house assistant, darling.”
“Haa. Fatin.”
Kaki tak jadi nak melangkah ke arah luar pintu gelangsar ruang tamu utama bila
dengar Puan Sri Aisyah petik nama penuh aku depan prof. Sudahnya jadilah aku si patung
cendana di balik tembok ini sambil tatang dulang. Dah macam patung kat muzium perang
pulak aku rasa. Bezanya patung-patung tu pegang tombak. Aku pegang dulang.
“Mama suka nama dia. Orangnya pun mama suka. Suka sangat. Cantik. Pandai
masak. Pandai buat kerja rumah. Cekap urus rumah.”
Ait. Lain macam pulak Puan Sri puji aku depan anak dia. Ada apa-apa ke?
“Noted, mama.”
“How about you?”
“She is good. I like her works.”
Terima kasih prof puji saya. Hehehe.
“How about liking her...personally as a woman?”
“Mama…”
Jantung berdegup bila dengar ayat akhir Puan Sri. Liur tersekat-sekat. Kenapa pulak
dia tanya macam tu kat prof? Takkanlah orang macam prof ada hati kat perempuan macam
aku. Tak mungkin!
Telinga terus dengar perbualan mereka. Dan aku terus-terusan jadi topiknya. Kalau
aku kat depan dorang haruslah pipi kiri dan kanan rentung. Hangus. Nasib baik juga sempat
break tadi. Tapi bila terpacak kat tembok ni sungguh buat aku rasa tak sedap hati. Rasa
macam tak elok aje. Boleh jatuh hukum curi dengar. Berdosa tu.
Habis macam mana ni? Takkan nak terpacak kat sini. Aku dahlah kejar masa. Nanti
sampai lambat pulak kat rumah Kak Nah. Kesian Ash tunggu aku. Kami dah janji nak makan
burger sebab aku tak kerja kat mini market petang ni. Ah Seng telefon malam tadi cakap dia
balik kampung. Ayah dia masuk hospital. Jadi mungkin tiga hari mini market akan ditutup.
Mata jatuh pada isi dalam dulang. Ada kopi. Ada goreng pisang dengan sambal kicap
yang tuan majikan suruh buat. Balik aje dari kampus tadi dia muncul kat dapur sambil jinjit
pisang nangka. Minta aku tolong goreng dan buat sambal kicap. Teringin nak makan macam
yang aku pernah buat dulu.
Kesian pulak dengar. Ditambah pakej muka penat minta simpati. Lagilah dua kali aku
jatuh kesian. Tak jadi nak terus balik. Siapkan dulu apa yang dia minta. Lepas tu barulah
angkat kaki.
Dia balik awal dari biasa sebab agaknya dia tahu permintaan dia ambil masa juga nak
disiapkan. Jadi memang cantik siap semua sebelum pukul satu. Ingatnya lepas siap semuanya
aku boleh terus balik. Lagipun dah janji dengan Ash nak bawak dia makan burger yang dia
tuntut dari minggu lepas.
Tak sangka pulak Puan Sri Aisyah tiba-tiba muncul dan nak minum sama dengan
anaknya. Takkan aku nak cabut pulak. Sungguh tak patut kan. Maka tersangkutlah aku di
sini. Bancuhkan kopi dulu untuk dua beranak ni. Permintaan khas daripada Puan Sri. Siap dia
minta aku buatkan satu teko. Nak minum banyak. Aduhai mama prof ni. Lawak sungguh.
“Tengok nama kamu dengan nama dia pun dah padan sangat.” Terkebil-kebil mata
aku dengar. Keningpun ikut berkerut. Padan? Padan apanya. Nama prof bukan ke…
“Layyin. Sesuai sangat nama dengan tuannya.”
Sesuai.
Liur yang mengalir di rengkung nafas rasa kesat. Berpasir. Kadang aku rasa tak layak
aje dapat nama seindah dan sebaik ini. Aku gagal jaga kemurniannya. Aku gagal jaga
keluhurannya. Aku rosakkan kecantikannya. Aku cacatkan kesempurnannya.
Hey…hey. Apa yang kau merepek ni, Fatin? Dah janji kan takkan toleh ke belakang
lagi? Hold on to your promise, girl. Everybody deserved a second chance. You deserved a
second chance. Always remember that.
Aku kemam bibir. Dada kembang menghela nafas.
“Do you still remember that hadith?”
“Which one, mama?
“The one that Imam Herman told you. About your name.”
“Yeap.”
“Your partner is in existence, darling. Right in front of you.”
“Yeah.
“I think HE already sent you the other half best. Don’t you think so?”
Hadith.
Name partner.
Half best.
Apa tu?
"SAYA BALIK DULU, PROF." Aku sangkut jut beg ke bahu. Segala khazanah yang Puan
Sri bagi tadi dah selamat terjun dalam beg maha gedabak ni. Macam-macam pulak buah
tangan dia bagi kali ni. Makanan semuanya.
Dia kata prof pesan kalau nak bagi aku buah tangan, bagi makanan sebab aku suka
makan. Hampeh betul. Tak cover sungguh. Janganlah Puan Sri fikir aku ni pelahap. Aku ni
suka makan aje. Bukan kuat makan. Beza tu. Jangan salah hukum.
Beg makcik. Itu yang dia selalu gelar tapi dia juga yang hadiahkan kat aku. Senang
katanya sumbat semua. Risau tengok aku bawak dua tiga beg naik pengangkutan awam untuk
datang kerja.
Bukan aku tak perasan mata dia sejak dari tadi masih statik pandang aku. Kalau ada
sayap memang terbang dah. Segan sebab tertangkap curi dengar perbualan dia dan Puan Sri.
Bertambah segan tertangkap sebab sedang sibuk meneka nama penuh dia sampai tak sedar
tuan badan sudah terpacak depan mata.
"Fatin." Kaki yang sedang sarungkan sandal terhenti. Kepala dan mata sama-sama
terangkat. Bibir tayang senyum kecil.
"Ya, prof."
"Awak tak nak tahu nama penuh saya?"
“Na..nama penuh, prof?”
“Hmmm.”
"Err…" Dan dan liur berlumba main terjun papan anjal. Kenapa pulak tanya aku kan.
Nak bagi tahu cakap aje la. Takkan aku pulak nak tanya. Buatnya dia jawap kenapa nak tahu,
tak ke tebal muka aku nanti. Hesy. Tak naklah aku.
“Laa. Fatin tak tau nama penuh bos sendiri lagi ke?"
Dua kali liur buat terjunan. Kali ini lebih tinggi. Terjun platform. Tak tau nak bagi
respon macam mana kat soalan Puan Sri yang tiba-tiba muncul kat belakang orang depan aku
ni. Tapi kalau tak jawab mahunya lambat balik. Kesian Ash tertunggu-tunggu. Kejap la
mama sampai ye, sayang. Kita mesti makan burger petang ni. Mama dah janji kan.
“Fatin tak pernah tanya prof ke nama dia?”
"Err...” Dua kali dah ni dia tanya. Kena jawab la gamaknya kan. Aku cepat tampal
senyum. Nak cover gabra yang buat tayangan perdana tadi. Sempat aku kerling kat lelaki
depan aku ni. Dia pulak tampal muka tak bersalah.
Dasar ciskek!
“Macam ni ceritanya, Puan Sri. Masa saya masuk kerja ganti Auntie Vasanthi dulu dia
kata nama prof, Prof Man. Panggil prof aje. Prof pun suruh panggil prof aje. Jadi saya tak
adalah nak tanya prof lagi, Puan Sri. Ikut aje apa yang jadi rutin. Saya okey aje."
Bibir tarik senyum lagi. Bagi kukuh alasan yang aku bagi. Takkan aku nak cakap anak
dia pun tak pernah nak cakap. Pesen mulut berlian. Sekarang ajelah berlian tu dah keluar dari
gua. Tu yang terlebih ramah-tamah dan mesra alam. Sampai aku pulak yang seram sejuk.
"Emmm. Kisahnya ye. " Kepalanya menggeleng pandang aku dan kemudian pandang
orang sebelah dia yang sedang menggosok-gosok belakang tengkuk. Raut muka macam
orang terkantoi tak puasa aje. Nak senyum pun macam terkepit-kepit aje mulut.
" Falah pun satu. Kenapa tak cakap kat Fatin. Kesian dia. Ada ke tak nak cakap nama
sendiri. Nama dahlah sepadan berdua."
Padan. Dah kali aku dengar perkataan ni. Eh. Jap. Jap. Mulut macam nak ternganga.
Tapi nasib baik dapat break. Dahi berkerut sedikit.
Puan Sri panggil orang depan aku ni Falah kan.
Falah? Bukan Man ke nama prof?
"Kalau Fatin nak tahu nama boss Fatin ni Falah. Nama penuh Falah Illman Hayyin."
Ooo. Kepala aku elok selamba aje mengangguk. Man tu Illman. Kisahnya. Aku rasa
mesti kes Auntie Vasanthi tak reti nak sebut nama penuh orang depan aku ni. Agaknya dia ni
pun malas nak cakap panjang. Atau nak paksa. Reda aje cakap nama dia Man.
Falah Illman Hayyin.
Sedapnya nama prof. Cantik.
Eh…eh.
Falah Illman Hayyin.
Fatin Iman Layyin.
Macam sama rentak pulak nama aku dengan dia ek. Ececeh. Patutlah mama dia kata
sepadan. Barulah aku faham. Bibir tanpa sedar koyak senyum. Hai. Kecilnya dunia kan.
Boleh pulak dapat bos yang nama akan-akan sama dengan aku. Walla. Berjodoh sungguh.
Jodoh?
Mata tiba-tiba terkebil-kebil. Laju kepala menggeleng.
“Apasal yang menggeleng tu, Fatin?”
“Err…tak apa-apa, Puan Sri.” Kening orang depan berkerut. Aku buat-buat pandang
tempat lain.
"Kamu Layyin. Prof kamu ni Hayyin. Padan sangat kan? Betul tak apa yang auntie
rasa?" Senyum Puan Sri lain macam aje aku tengok. Apa pulak tanya aku pasal rasa dia. Aku
mana boleh rasa apa yang orang lain rasa.
“Hayyin tu pasangannya Layyin.”
Terkelip-kelip aku pandang wanita ini. Bibirnya jala senyum manis.
Orang depan aku angkat kepala dan mata pandang aku. Menjunam masuk hingga ke
dasar. Terus liur buat somersault. Aku rasa baik aku balik sekarang sebelum lidah terpeleot
depan dua beranak ni.
Bab 18
“WARUNG BURGER?”
“Ya. Warung burger kat sebelah bus stop tu.” Telunjuk lurus ke arah tempat yang aku
sebut. “Prof turunkan saya kat sini aje. Saya boleh jalan kaki ke sana.” Aku tanggalkan tali
pinggang keledar. Mata melirik ke pergelangan kiri. Pukul dua setengah. Sedang elok sebab
warung burger tu pun baru buka.
“Terima kasih sebab susah-susah hantar saya balik,prof.”
Ya. Dia hantar aku balik. Hasrat nak angkat kaki dan cabut tadi terbantut bila lelaki
ini terus bagi ayat kena patuh tak boleh bantah. Ayat lock down. Haru sungguh.
“Saya hantar awak balik. Bas mesti dah terlepas. Nanti lama awak duduk kat
perhentian bas tu. Kawasan tu sunyi. Bahaya sorang-sorang kat situ. Apa-apa jadi nanti saya
yang bertanggungjawab. Saya majikan awak.”
Alasan dia memang bagus. Macam baca skrip drama la pulak aku rasa. Terbaik
sungguh la bos aku ni. Tapi betul jugak dia cakap. Bas ke Pasar Seni memang dah terlepas.
Kena tunggu setengah jam lagi. Dan betul jugak kat perhentian bas tu memang sunyi. Giler
punya sunyi. Aku pun kadang seram jugak kalau duduk tunggu bas sorang-sorang kat situ.
Dan mematahkan lagi cubaan aku untuk menolak tidak dihantar balik oleh lelaki ini
bila Puan Sri Aisyah pulak lontar hujah sokongan. Bersalut pujukan halus. Kacau bilau hati
aku dibuat dua beranak ni.
“Fatin selamat sampai nanti kalau Falah auntie ni yang hantar. Okey, darling? Biar
Falah hantar balik ye.” Bila dia pegang tangan aku dan elus lembut kura tangan, lidah terus
jadi longlai nak jawab. Senyum aje la yang mampu aku tayang. Dilema sungguhlah jiwa
kalau Puan Sri berdarling-darling dengan aku.
Dalam perjalanan tadi dia tanya macam-macam pasal kerja part time aku kat Mini
Market Ah Seng. Yelah. Hari tu tak sempat tanya sebab lidah dia dilanda sihir bisu. Dia tanya
gaji aku berapa. Kerja apa yang aku kena buat. Kena angkat barang berat-berat tak.
Aku jawap aje apa yang dia nak tau. Dah namanya kerja kat mini market. Memang all
rounderlah. Tak adanya kau buat satu kerja aje. Ni bukan kerja pejabat. Cuma part angkat
barang berat tu Ah Seng yang buat. Dia pun tak kejam suruh aku buat kerja-kerja orang
jantan.
Heran jugak aku bila orang sebelah ni tiba-tiba tanya macam-macam. Tapi aku tak
adalah nak fikir yang buruk-buruk. Mungkin dia nak tahu kerja aku macam mana kat situ.
Dia tanya juga aku nak makan burger ni aku tak kerja part time ke. Aku cakaplah aku cuti
tiga sebab tauke mini market balik kampung. Ada urusan keluarga.
“Awak tak nak belanja saya makan burger?” Pertanyaan lelaki di sebelah buat
gerakan tangan terhenti. Perlahan-lahan aku tolak tali pinggang keledar ke tempat asalnya.
“Prof makan ke burger tepi jalan macam tu? Itu makanan orang mar…” Mata tiba-
tiba terkelip-kelip.
“Alamak!”
Terus aku tekup mulut. Kepala pusing ke kanan. Matilah aku kena sedas dengan dia.
Mulut ni memang la. Tak reti nak control. Dasar suka menderhaka.
Tapi mata dia tak memicing tajam macam selalu kalau aku salah cakap. Muka pun tak
ketat. Sebaliknya dia tayang senyum kecil sambil geleng kepala. Ait. Apa sudah jadi ni?
Bermimpi di siang harikah aku?
Bengong kau, Fatin.
“You look so cute when you reacted like that.” Terus tangan terlerai dari mulut.
“Saya cute?”
“Yeap.”
“Euwww.” Bibir mencebik. Dia sambung senyum.
“Why do you always judging on me? Am I that bad?”
“Mana ada.”
“Tak mengaku pulak, hmmm.” Kepalanya menggeleng lembut.
“Betul la.”
“Tadi tu apa, hmmm.”
“Tadi tu…errr. Tadi tu…”
“Tadi tu?”
“Tadi tu…aar…lidah…lidah terbabas.” Mata aku kelipkan. Mahu mengiyakan kata-
kaa sendiri. “Haa. Lidah terbabas. Tak sengaja. Sorry. Ampun maaf dipinta. Kosong-kosong.
Okey?” Kepala aku sengetkan. Condong ke kanan. Bibir koyak sengih bersalah.
Berderai ketawa kuat lelaki ini. Aku ikut ketawa. Terpesona tengok dia ketawa lepas
macam ni. Memang namatee punya terpesona. Kenapa lawa sangat ketawa ni, prof?
“Okeylah. Sebagai tanda minta maaf, saya belanja prof makan burger. Burger
marhean aje la ye. Itu jer yang saya mampu. Burger orang tak have-have.” Aku layang
ketawa kecil. Kepala dia menggeleng.
“What is orang have-have? This is the second time I heard from you.” Tergelak aku
dengar soalan polos dia. Alahai prof ni. Have-have pun tak tahu. Sahlah dia ni set-set kawan
dengan sekufu dia aje gamaknya. Tu yang tak ikut perkembangan bahasa terkini.
“Macam prof la. Orang kaya. Orang ada-ada…super have-have. Faham?”
“And you?”
“Saya?” Telunjuk melekat ke puncak hidung
“Yes. Which type of have-have is your category?”
“Saya orang no have-have. Little have-have pun tak ada, prof. Orang biashe-biashe
aje.”