The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2021-01-10 07:37:26

Datanglah Cinta_10012021_final

Datanglah Cinta_10012021_final

tahu peluang itu sudah tiada. Dan aku tak pernah terfikir akan berpeluang melalui saat itu.
Tapi itulah. Kita takkan pernah tahu apa yang bakal terjadi di masa depan.

"I am giving you the honour. Just ask yourself." Bibir spontan terkemam.
Penghormatan yang paling sukar bagi aku. Nak panggil dia apa? Takut karang apa yang aku
pilih nanti dia tak suka pulak. Dah jadi masalah pulak nanti.

"Okay. But you need to promise not to say anything. Just accept it. Deal?" Giliran aku
angkat kening.

"Deal."

"Hmmmm. Okey."

Sebelah tangan naik menggosok pelipis. "Sekejap saya fikir."

"Mama nak fikir apa?" Suara halus Ash yang tiba-tiba mencelah buat kepala jatuh ke
bawah. Memandang dia yang mendongak. Bibir koyak senyum.

"Mama fikir nak panggil abah apa." Orang sebelah pulak yang menyampuk. Siap
lempar sengih. Aku gulung mata ke atas.

“Iye ke, mama?” Kepala jatuh semula ke riba.

“Hmmm.” Aku angguk sambil tayang senyum kat Ash. Pipi mulusnya aku usap-usap.

"Ibu Aliya kan mama, panggil abah Aliya abahnya abahnya." Aku angkat kening pada
orang sebelah sambil tayang sengih. Laju dia geleng kepala. Muka tayang riak tak suka.
Sangat-sangat tak suka. Berkerut habis.

Nak tergelak aku tengok. Okey apa. Comel aje. Abahnya...oh abahnya. Ni ha kopinya.
Aku bayangkan dia pakai kain pelikat dengan t-shirt pagoda sambil cicip kopi. Mesti seksi.
Hahahaha. Jahat betul otak mereng aku ni.

"Mak Azif selalu cakap kat abah dia sayang sayang." Orang sebelah tersenyum. Aku
cebik.

"Maybe you can combine it."

"Abahnya sayang?"

" The other ways round sound nice to me."
"Sayang abahnya."
“Something similar maybe?” Mata terkelip-kelip. Cuba memikirkan sesuatu. Macam
yang dia cakap. Sambil mata pandang dia, otak ligat berfikir. Bibir tiba-tiba melempar
senyum.
“Yayang…”
“Yes, sweetheart.”
“Euwww. Bersemutnya. Sila berhati-hati. Ada kontena gula tumpah di highway. Sila
cari jalan alternatif jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan.”
Ketawa aku dan lelaki sebelah saling bergema. Ash yang tak tahu apa-apa ikut
ketawa. Kepala Ash ditarik lalu ubun-ubun Ash dicium lelaki ini. Satu pemandangan yang
cukup membahagiakan jiwa perempuanku. Saat kepalanya naik sedikit, tautan mata aku dan
dia ikut Bersatu. Bibir kami ikut menyulam senyum.
TUHAN…datangkanlah rasa itu buatku. Juga buat lelaki ini.
Datangkanlah ia sekali lagi buat kami berdua.

Bab 28

“ARE YOU OKAY?”
Bahu terangkat. Memang tak tahu aku ni okey ke tidak sekarang. Tak ada jawapan

untuk soalan itu. Degup jantung terasa laju. Selaju Audi dipandu lelaki ini yang sudah
melepasi Kota Damansara. Macam bersayap aku rasa kereta ni. Berdesup dia bawak. Macam
ni punya laju dia pandu memang sekejap lagi sampailah kereta ni ke destinasinya.

Shah Alam.

Ya. Hari ni lelaki yang masih berstatus majikan padaku akan perkenalkan aku dan
Ash pada semua ahli keluarganya. Secara rasmi. Semua ahli keluarganya sudah menanti
kedatangan aku dan Ash. Dengarpun dah buat aku rasa nak demam aje.

Rasa nak suruh lelaki ini patah balik aje sekarang. Nak tunda lain hari aje. Tapi bila
aku lihat sinar kebahagiaan yang terhampar jelas di wajahnya sejak dari dia sampai nak
jemput aku dan Ash hinggalah saat ini, jiwa jadi tak sanggup mahu memudarkan sinar itu.
Berdosa pastinya yang menghantui aku sepanjang malam. Mahunya tak boleh tidur nanti.

Sejak dari hari aku terima lamarannya, aku nampak kegembiraan di wajah lelaki ini.
Semalam dia atur panggilan video untuk perkenalkan aku dan Ash dengan kakaknya serta
keluarga wanita itu yang menetap di Hamburg. Mula tu aku takut juga. Rasa macam tak
bersedia. Rasa gusar. Rasa rendah diri. Rasa tak yakin. Rasa takut tak disukai. Tak diterima.

Yelah, Profil keluarga prof bukan calang-calang rupanya. Keluarganya pemilik
konglomerat rangkaian syarikat yang menjual dan mengimport kereta-kereta mewah di
Malaysia dan juga ada cawangan di luar negara.

Lelaki ini dah berterus-terang bila aku minta dia cakap siapa keluarga dia yang bakal
aku temui. Aku tak mahu datang dengan otak kosong. Kenalah tahu serba-sedikit perihal
mereka.

Bila dia sebut AHZA Motors memang rahang rasa nak jatuh ke bawah. Gila namatee
punya terkejut. Prof anak Tan Sri Zaharul rupanya. Pemilik AHZA Motors Group yang
sangat-sangat wellknown. Siapa tak kenal dengan AHZA Motors Group. Sebaris namanya
dengan Naza Motors. Sama gah. Sama hebat. Aku pulak datang dan bakal masuk dalam
keluarga ini dengan segala yang tidak sempurna serba-serbi.

Tapi segalanya hilang bila kakaknya dan ahli keluarga wanita itu sangat-sangat
sporting. Menerima aku dan Ash dengan baik sekali. Rancak kami berbual. Ash pulak tau-tau
laa. Hantu video call. Mulut dia yang paling becok bercakap bila ditanya. Macam dia punya
talk show pulak. Sibuk bertanya itu ini yang dia nampak dalam skrin.

Seronok sungguh anak-anak kakaknya melayan Ash. Sampaikan budak-budak tu
cakap kat aku boleh tak pinjamkan Ash. Dia orang dah lama mengidam nak adik lelaki yang
comel dan banyak mulut macam Ash.

Yang kelakar prof menyampuk cakap Ash tu hak milik dia. Mana boleh pinjam-
pinjam. Nak adik lelaki sila mintak kat mommy dan daddy dia orang. Tekan aje suis. Mesti
dapat. Mintak aje berapa. Bila budak-budak tu dengan polos tanya kat kakak dan abang ipar
prof nak tekan suis mana untuk dapat adik lelaki, apa lagi memang gamatkan kami ketawa.

Paling aku terkejut kata-kata kakak dia waktu berbicara berdua denganku. Wanita
bernama Farah Izani itu beritahu dia tahu kisahku. Prof dah ceritakan segalanya. Tentang Ash
pun dia tahu. Aku rasa prof mesti rapat dengan kakak dia. Kalau tidak dia pasti takkan buka
mulut. Dia tak kisah siapapun aku. Katanya dia percayakan pilihan adiknya.

Apa yang dia mahu hanya lihat prof kembali seperti dahulu. Kemunculanku dan Ash
dah banyak memberi sinar dalam hidup prof. Malah dia minta aku janji untuk sayang adiknya
dan jaga adiknya dengan baik. Hanya itu saja yang dia mahu.

Dia mahu adik dia bahagia dan dia yakin akulah orangnya yang akan beri bahagia itu.
Berat janji yang dia mintak kat aku. Apa yang aku katakan padanya aku ni tak sempurna tapi
kami berdua akan saling melengkapi. Itu janji aku dan lelaki ini.

“Don’t think so much, hmmm.”

Suara dia yang berdesir lembut buat segala yang bergumpal dalam kepala habis
berkecai. Mana la boleh aku tak fikir banyak. Nak mengadap satu famili dia tu. Giler punya
cuak tu. Aku pun tak pasti adakah dorang macam Kakak Farah dan Abang Khalil Mc Kenna
serta anak-anaknya yang menerima aku serta Ash dengan tangan terbuka.

Mama dia aje la yang aku dah jumpa dan pernah berbual. Tapi itu bukan lesen aku
akan diterima sepenuhnya oleh keluarga ini. Adik bongsu dia si FI tu setakat berbual sekejap
aje masa jumpa kat Mid Valley hari tu.

Yelah hari tu dia macam layan tak layan aje adik dia. Takkan aku pulak nak beria-ia
kan. Aku pun sampai sekarang tak pernah tanya dia samada dia ada masalah dengan adik dia.
Itu bukan urusan aku. Jangan masuk campur urusan peribadi lelaki ini. Aku memang pesan
pada diri sendiri. Kena tahu had diri. Setiap orang ada hak peribadi. kena hormat.

Yang belum aku jumpa dan bertentang mata tentulah papa dia, Tan Sri Zaharul dan
abang sulung dia sekeluarga. Berdebar juga fikir penerimaan diaorang pada aku dan
Ash. Dalam kepala aku ni sedang bergasak dengan macam-macam perkara yang bakal
berlaku sebentar lagi. Dalam dada aku ni pulak hati rancak berbisik itu ini. Suruh aku
bertenang. Suruh aku relaks. Dan suruh aku jangan nak gelabah biawak macam selalu.

“You will be fine, Layyin dear.”

Layyin.

Katanya nama ini panggilannya istimewa buatku. Hanya dia. Orang lain tak boleh
guna. Dilarang keras. Amboi. Macamlah dia pergi patternkan pulak untuk jadi hak milik dia
sorang.

“Saya risaulah.” Rambut Ash yang duduk di pangkuan aku elus. Risau memikirkan
penerimaan ahli keluarganya pada aku dan Ash.

“Reason?”

“Saya dengan Ash ni…” Suara terhenti. Tak tau nak cakap macam mana kat dia.
Sudahnya aku diam. Tunduk sambil bermain-main dengan rambut Ash. Dari ekor mata aku
nampak kepalanya berkalih sedikit.

“They will love you and Ash. If you can make me fall…you can do the same to my
family. You did it with my sis and her family. I bet she have spread the news to the family.”

Mata naik memanjat ke wajahnya. Aku tahu betapa lelaki ini cuba untuk buat aku
selesa dan menyalur yakin. Aku juga pasti dia faham apa maksudku tadi. Kalau Kak Farah
dah cerita kat keluarganya pasal aku dan Ash, memang makin seram sejuk la aku. Liur aku
telan berkali-kali. Mata dikerdipkan padaku. Agaknya dia perasan riak muka aku yang mula
nak panik.

“Trust me, hmmm. Just relaks.” Bibirnya koyak senyum. Kepala mengangguk.

Ya. Aku kena percaya pada lelaki ini.

Kena relaks.

Jangan panik.

Dan jangan nak gelabah biawak ya, Fatin!

“WAH! BESARNYA rumah ni.”

Kepala Ash sedikit mendongak sebaik dia keluar dari perut kereta. Kagum matanya
menatap banglo putih tiga tingkat depan mata. Aku ikut sama memandang. Memang besar.
Jauh lebih besar daripada banglo prof. Tangan lelaki yang berdiri di sebelahku dicapai.
Terus tubuh kecilnya diangkat dan diletakkan di atas lengan. Sebelah tangan Ash naik
memaut leher lelaki ini.

"Ini rumah siapa, abah?"

"Rumah atok dengan nenek, Ash." Muka polos melempar riak hairan. Aku tahu apa
yang ada dalam fikiran Ash. Pasti dia keliru. Pasti dia tertanya-tanya.

"Atok dengan nenek Ash?"

"Hmmm."

“Tapi dulu mama cakap atok dengan nenek dah mati. Kan, mama?" Aku dan lelaki ini
saling bertatapan seketika. Dia kerdipkan mata. Isyarat yang dia akan selesaikan. Aku jangan
risau.

“Hey handsome boy. Listen here. Abah want to tell you something.” Pipi Ash dia
usap. “Ini rumah papa dan mama, abah. Papa dan mama abah tu atok dan nenek Ash. Dulu
Ash tak ada abah. Sekarang Ash ada abah. Dulu Ash tak ada atok dan nenek. Sekarang Ash
dah ada.”

“Ash ada atok dan nenek macam atok dan nenek Yusof ke abah?” Matanya masih
mahukan kepastian.

“Ya. Ash suka tak ada atok dan nenek?”

“Emmm. Ash suka ada atok dengan nenek. Nanti Ash boleh cerita pada Aliya…pada
Azif…pada Yusof. Kan, abah?”

“Sure, you can.” Matanya kecilnya berpindah pandang aku. Bibir mungilnya koyak
senyum lebar.

“Ash dah ada atok dengan nenek, mama. Ash suka.” Aku balas senyumnya sambil
mengganggukkan kepala. Kornea berpindah pada pemilik lengan tempat tubuh Ash berpaut.
Bibir bergerak. Berbicara senyap. Ucapkan terima kasih.

“I love you too.”

Besar biji mata. Lain yang aku ucap, lain pulak yang dia balas. Mengambil
kesempatan sungguh.

SAMBIL MELANGKAH menuju ke pintu utama mata ambil peluang menikmati
persekitaran banglo ini. Hijau dan damai. Lapang aje. Dapat kat Ash ni memang seronoklah
dia berlari-lari. Ada kolam renang di hujung kiri halaman. Kolam yang menganjur hingga ke
arah pintu gelangsar di bahagian tengah banglo.

Rumah prof tak ada pulak kolam renang. Mungkin dia tak suka berenang. Aku teka la.
Tapi elok juga tak ada. Bahaya ada kolam renang terbuka macam ni kat banglo dia. Nanti ada
pulak orang skodeng makhluk seksi sedang berenang.

Siapa yang skodeng? Kau ke, Fatin?

Eh…mana ada la. Aku cakap aje laa.

Yelah tu. Kau tu kan suka tengok lelaki seksi.

Diam la kau!

Mata terus menikmati pemandangan banglo keluarga lelaki ini. Di kanan halaman ada
lanskap laman bunga. Bunga orkid okey. Bersinar mata aku. Ringan aje kaki nak ke sana.
Tak tahu pulak mama prof sukakan orkid. Sama macam aku.

"Come. They are waiting for us."

"Okey. Jom." Aku ikut saingi langkah ke pintu utama. Sebaik loceng ditekan, pintu
terus dibuka. Susuk wanita separuh usia menyambut kami dengan senyum manis.

"Assalamualaikum bibik. Sihat?"

"Waalaikomsalam, Tuan Falah. Alhamdulillah. Bibik ya sihat-sihat aja kok. Syukor
pada TUHAN. Kangen deh bibik sama tuan." Lelaki ini ketawa kecil.

“Saya pun rindu sama bibik. Selalu teringat sama bibik.” Sebelah tangannya digoyang
kemudian melekap di muka. Tanda segan.

“Ya ampun. Jangan deh ngomong gitu. Malu deh bibik.” Aku hulur tangan padanya
sambil menunduk hormat. Dia pun sama membalas.

"Ni calon isterinya ya?"

"Ya, bibik."

"Waduh. Kok cantik banget, Tuan Falah. Persis pelakon sinetron aja. Cocok sekali
sama Tuan Falah." Nak tergelak aku. Segan pun iya juga. Faham kata-kata wanita ini. Muka
aku ni sama dengan pelakon Indon yang mana tu. Ringan aje mulut nak tanya. Matanya
melekat pada Ash yang dalam dukungan prof.

"Ini anaknya ya?" Mendengar pertanyaannya aku simpulkan semua dalam rumah ini
sudah tahu statusku. Mungkin Puan Sri yang beritahu. Cuma aku tak pastilah apa yang dia
beritahu.

Aku tak marah. Aku berfikir positif dengan niat mama lelaki ini. Mungkin tujuan dia
tu mahu semua ahli keluarganya bersedia bila bertemu mata denganku. Mungkin juga untuk
menjaga lidah agar tidak bertanya perihal latar belakang Ash. Juga silamku. Barangkali.

"Ya, saya bibik. Ini anak saya. Nama dia Ash Faheem."

"Waduh waduh. Bagus sekali namanya. Ganteng banget." Pipi Ash diusap-usap. Aku
ketawa bila Ash tersengih-sengih kena usap.

“Semua dah sampai ke, bibik?” Suara prof buat tangan wanita ni di pipi Ash terlerai
spontan.

“Ya iya. Semuanya udah sampai. Tunggu Tuan Falah sama calon isterinya aja. Ngak
sabar semuanya mahu ketemu.”

“Okey. Jom, sayang.” Terangkat keningku. Bersayang-sayang la pulak tuan professor
ni. Dia tayang muka selamba aje walhal wanita yang dipanggil bibik ini sudah tersengih-
sengih pandang kami berdua. Aku pulak jadi segan. Wanita ni mendepa tangan kanannya ke
depan. Mempersilakan aku dan lelaki ni untuk melangkah dahulu.

“Ya ayuh kita ke ruang makan keluarga. Kakak Munah masak istimewa hari ni. Puan
Sri bilang harus masak yang istimewa kerna tetamunya sangat-sangat istimewa.”

Aku teka Kakak Munah itu tukang masak Puan Sri dan bibik ni kerjanya macam aku.
Tukang kemas dan tukang bersih. Mata wanita ini berpindah padaku. Bibir tuanya jala
senyum lebar. Aku ikut membalas tapi dalam dada ni jantung dah mula memukul paluan
gendang.

Fuh. Okey…okey. Tarik nafas, Fatin. Lepas. Tarik. Lepas.

Relaks.

Cool.

Senyum.

Dan…dan bibir tarik senyum manis sebaik kaki memijak ruang yang disebut ruang
makan keluarga. Giler besar. Aku amati wajah-wajah yang sedang asyik berbual. Masih tidak
menyedari kehadiran kami.

"Assalamualaikum. Afternoon all." Suara orang sebelah buat suasana jadi senyap.

"Waalaikumsalam."

Salam yang dijawab serentak dalam gema suara yang ramai Berpasang-pasang mata
berkalih pandang pada kami. Dan tiba-tiba aku rasa macam nak lari aje. Tapi tak sempat
rasanya cubaan nak lari. Tanganku pantas dicapai dan digenggam kemas orang sebelah. Laju
mata melirik ke sebelah. Dia koyak senyum senget. Nak cakap, jangan nak lari letew.

Dia boleh baca apa dalam kepala otak aku ni ke ek?

Bab 29

“SWEETHEART…meet my family. My dad… Tan Sri Zaharul. My mom…Puan Sri Aisyah
Humaira. My big bro, Fahmi Izmir. His wife Kak Kamalia. Their daughters…Jijie and
Jasmine and my little bro, Fazrul Ismeet. Next to him is his girlfriend…Irina.”

Aku tunduk hormat.

“Assalamualaikum semua. Saya Fatin.” Muka berbahang sebab lelaki ini dengan
selambanya panggil aku macam tu depan ahli keluarga dia.

“Waalaikumsalam, Fatin.” Serentak semuanya membalas dan menghulur senyum
yang mengalukan kedatanganku. Kecuali wanita bernama Irina yang duduk di sebelah adik
prof yang aku kenali sebagai FI. Riak wajahnya jelas lempar rasa tak suka. Tapi aku tak mahu
menuduh yang bukan-bukan. Mungkin mood dia tengah tak baik. Mana lah tau kan.

“Semua…Kenalkan…My Fatin Iman Layyin.” Bahuku dia paut tenang. Wajahnya
toleh pandang aku sambil kenyit mata. Aduh prof ni. Main kenyit mata depan famili dia
pulak.

Dia buat muka selamba tak bersalah aje. Pautan di bahu makin dieratkan. Aku pulak
yang menggigil kena peluk macam ni depan-depan famili ida. Tadi pegang tangan. Ni bahu
pulak. Prof ni kan…

“Layyin?” Beberapa suara yang serentak bertanya sambil berpandangan sesama
sendiri buat mataku tak berkelip. Laju mencari wajah Puan Sri yang mengerdipkan mata.
Isyarat yang aku faham. Dia tak beritahu nama penuhku rupanya. Mahu bikin kejutan
barangkali.

“Yeap. The one and only.”

“When Hayyin meet Layyin.” Suara Tan Sri Zaharul tiba-tiba berbunyi tenang. Tapi
cukup untuk buat semua tersenyum-senyum.

“And here comes their romance.” Adik prof si FI pula membalas. Masing-masing
makin lebar tersenyum.

“Mom and dad are really waiting for a grandson. Your turn, bro.”

“I agree, sayang.”

Aku rasa pipi macam kena panggang dah ni dek usikan dorang. Tapi orang sebelah
relaks aje melangkah mendekati meja makan. Pautan di bahuku masih tidak berganjak.
Pautan yang mengundang semua mata di meja melekat di situ.

Tapi lelaki ni selamba tak berdosa aje tayang muka sardin kena lenyek. Sekali lagi
Irina buat muka ketat bila mata kami bertembung. Langsung tak senyum. Dia ni tengah
period kut.

“And this handsome boy…is Ash Faheem.” Tangan Ash diangkat sedikit.

“Say hello to everyone, Ash.”

“Hello everyone.” Comel dan polos aje suara Ash menyapa semua ahli keluarga
lelaki ini. Tangan kecilnya melambai pada semua di meja makan.

“Hello handsome boy.” Sekali lagi suara bergema. Bersama lambaian balas. Siap
dengan ketawa kecil. Mesti seronok kena sapa dengan suara kecil Ash yang acah konfiden
aje. Aku perasan Irina menghumban cebik. Walaupun orang lain tak perasan, tapi mataku
cekap menangkap. Dia tak suka aku dan Ash ke ek? Pasal apa pulak?

“Abah.”

“Yes, Ash.” Dua susuk tubuh di sebelahku ini menjadi tatapan riak terkejut mata-mata
di depan kami. Tentunya sebab panggilan Ash pada lelaki di sebelahku ini.

“Hmmm. I like how he addressed you, FH. Classic. Sound fatherly.” Lelaki yang
duduk di sebelah kiri Puan Sri bersuara. Aku rasa ni abang sulung prof kalau berdasarkan
pada raut wajahnya yang sedikit berusia.

FH.

Jadi ni nama panggilan prof di kalangan keluarga dia. Falah Hayyin. Mesti punya.
Agaknya abang dia ni apa pulak kan nama panggilannya. Kakak prof hari tu prof panggil
Farah aje. Keluarga F prof ni.

“Ash nak cakap apa dengan abah, hmmm.” Pertanyaan lelaki di sebelah mengalih
tumpuan kornea.

“Bila kita nak makan ni, abah? Asyik cakap-cakap aje. Ash lapar laa. Ash nak makan
nasi. Abah cakap kita datang sini nak makan. Bukan nak cakap-cakap.” Dan ketawa-ketawa
nyaring bergema. Lelaki di sebelah aku ni pun ikut ketawa sambil mencubit lembut pipi Ash.

Aduh anakku ni. Sungguhlah tak malu tau!

“FATIN.”

Mata yang sejak tadi ralit melihat Ash riang bermain dengan dua anak gadis abang
sulung prof berpindah ke sisi. Langsung tak sedar bila mama prof dah terpacak kat sebelah.
Ingatkan dia masih dengan isteri abang sulung prof sebab tadi lepas berbual dengan Kak
Kamalia, dia minta diri sekejap. Nak masuk ke dalam bilik Puan Sri. Puan Sri ada mintak
tolong dia sikit perihal kerja sosial mereka.

Kakak ipar sulung prof itu baik sangat orangnya. Seronok berbual dengannya.
Katanya mereka semua tak sabar nak jumpa aku lepas dengar cerita daripada Puan Sri.
Menurut Kak Kay, panggilan untuknya yang dia mahu aku gunakan, sejak tau prof ada
pembantu baru yang bernama Fatin, Puan Sri jalankan misi “berkenalan” denganku.

Terkejut aku dengar bila dia cakap bakal ibu mentuaku ini minta Pakcik Lokman
perhatikan aku setiap kali prof ke kampus. Ikut bas yang aku selalu ambil bila pergi dan balik
kerja. Puan Sri tahu semua maklumat tentang tempat tinggalku.

Pasal Kak Nah yang jaga Ash. Pasal aku kerja part time di Mini Market Ah Seng. Kata
Kak Kay semua itu buat Puan Sri sangat kagum padaku. Dan dia faham kenapa prof boleh
jatuh hati padaku.

Tapi prof memang tak tau langsung tentang ni. Kak Kay mintak sangat aku jangan
beritahu prof. Dia minta maaf kalau aku marah apa yang Puan Sri buat di belakangku. Nanti
prof mesti akan rasa bersalah padaku. Aku kata aku tak ambil hati. Aku faham niat Puan Sri.

Sebagai ibu, tentu dia tak mahu anaknya buat pilihan yang salah. Mana-mana ibupun akan
buat begitu.

Kata Kak Kay, Puan Sri hanya mahu lebih mengenali wanita istimewa yang berjaya
curi hati anaknya. Segan aku bila Kak Kay cakap masa dia tengok aku tadi dan cara prof
layan aku, dia kagum dan tabik bagaimana aku mampu mengubah sikap prof yang selama ini
begitu sukar menunjukkan sikap diri kepada seorang lelaki yang tidak segan silu
menunjukkan kasih sayangnya padaku dan Ash.

Selama sepuluh tahun ni prof memang tak pernah nak sebut atau puji mana-mana
perempuan. Kemunculanku dalam hidup lelaki itu buat dia berubah. Perubahan yang
mengejutkan seluruh anggota keluarga. Jika selama ini dia menjauhi keluarga selepas
penceraian dahulu, kemunculanku buat dia kembali seperti dahulu. Makin terujalah Puan Sri
nak kenal siapa aku sebenarnya.

Aku cakap pada Kak Kay, aku ni perempuan biasa aje. Malah tak sangka prof boleh
jatuh hati padaku. Kak Kay kata, di mata mereka sekeluarg aku perempuan luar biasa dan
sangat istimewa.

Tan Sri pun kata Kak Kay sangat tak sabar menunggu perkahwinanku dengan prof.
Tak sabar mahu menerima menantu baru…bakal isteri Falah Illman Hayyin yang dia tunggu-
tunggu sejak bertahun-tahun.

Kemudian kami berbual tentang aktivit Kak Kay dan bakal mak mentuaku. Baru aku
tahu yang anak dan menantu ni aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan bersama beberapa
pertubuhan NGO. Kata Kak Kay itu salah satu daripada sumbangan AHZA Motors Group
kepada masyarakat.

Dia cerita tadi yang dia dan Puan Sri sudah beberapa ikut rombongan ke kem pelarian
perang di Syria untuk mengagihkan sendiri bantuan makanan dan barang-barang keperluan
musim sejuk. Rezeki kena dikongsi bersama. Sesama saudara seagama. Tersentuh dengar dia
cerita pasal pengalaman di sana. Melihat betapa baiknya keluarga ini, aku rasa sangat bertuah
kerana DIA anugerahkan mereka padaku dan Ash.

“Ya, Puan Sri.”

“Jom kita borak. It is our turn. All those men already MIA. Semua dah lesap dalam
bilik mesyuarat. Tak ada lain la tu. Cakap pasal business. Property. Investment. Boring
topic.” Riak bosan yang bersahaja dipamerkan buat aku ketawa. Comel aje mama prof ni.

“Sorry about Irina. Katanya tiba-tiba ada something urgent kat office. She had to go
leave. Tidak, boleh lah join kita borak.”

“Tak apa, Puan Sri.” Aku senyum. Entah kenapa hati kecil aku cakap Irina tu sengaja
berhelah. Mahu mengelak pandang muka aku. Tak sudi nak berbual dengan aku. Masa makan
tadi pun waktu kami bertembung tatap, dia lempar jeling kemudian pandang tempat lain dan
berbual mesra dengan lain. Macam tak rasa tak bersalah buat aku macam tu. Apa masalah dia
dengan aku sebenarnya? Rasanya aku tak pernah kenal dan jumpa dia seumur hidup.

Bahuku dipaut. Tindakan yang buat segala yang bergelut dalam kepala terus hilang
ditelan suasana sekitar.

“Jom. Rindu nak borak dengan Fatin. Boleh sambung cerita kat ruang tamu tadi.”

“Jom.”

Tadi usai makan tengahari kami semua berbual-bual di ruang tamu utama. Mula-mula
tu aku risau jugak bila Puan Sri dan Tan Sri ajak berbual. Risau tak reti nak berbual nanti.
Topik apa nak cakap. Kalau pasal kereta, mahunya aku jadi patung cendana. Yelah. Aku
mana tau bab-bab kereta ni kan. Kereta sorong pun tak ada!

Lagipun aku rasa segan sangat kat semua famili prof walaupun masa sesi makan tadi
semuanya layan aku dan Ash dengan baik sekali. Ash la yang paling jadi tumpuan sebab
mulut dia kan becok. Aci redah aje anak aku tu. Macamlah dah kenal lama dengan semua
orang kat sini. Aksi spontan dan bersahajanya memanglah buat ramai jatuh suka. Semua
bertanya dan melayan. Itu ini.

Dan mulut mungil dia pun sama naik membalas sampaikan prof yang tukang suap dia
makan pun geleng kepala dan ketawa. Puan Sri lempar usikan cakap Ash ni boleh jadi model
untuk kempen kereta baru syarikat mereka.

Jurucakap yang comel tapi banyak mulut. Harus iklan meletup. Ash pun boleh
meletup jadi model cilik paling popular nanti. Hesy. Tak perlu kut. Biarlah Ash lalui zaman
kanak-kanaknya tanpa gangguan. Tak sanggup aku tengok jadual hidupnya kacau-bilau nanti!

Tan Sri pulak buat kejutan suruh aku duduk sebelah dia masa makan tadi. Tak boleh
lupa ayat selamba dia.

“My daughter in law to be should be seated here. Next to me. Come, Fatin.” Mahu
tak panik aku bila dia tarik kerusi di sebelah. Laju cari muka prof. Dia pulak boleh muka tak
bersalah cakap duduk aje. Papa nak interview tu. Gila nak interview masa makan. Harus tak
tersuap nasi kat mulut. Silap-silap tercucuk kat lubang hidung.

Tapi papa prof macam tau dan boleh faham yang aku gementar gila sebab kena duduk
sebelah dia. Selamba dia cakap aku tak perlu takut duduk sebelah dia. Selama ni dia tak ada
catat rekod makan orang. Lagipun dia tak suka makan orang. Dia suka makan lempeng
kelapa dengan sambal tumis bawang. Harap nanti aku boleh buat untuk dia. Terbuka biji mata
aku. Sahlah orang sebelah aku yang buka cerita. Tengok Tan Sri gelak, aku pun ikut gelak.
Spontan.

“Come. We sit over there. Near the orchid park.” Tanganku dicapai dan digenggam
kemas. Aku ikut membalas. Sama melangkah ke kanan halaman.

Duduk dilabuhkan di kerusi kayu bersebelahan laman orkid. Mata memang ditarik-
tarik ke sebelah. Cantiknya. Ada Cattleya. Ada Cymbidium. Ada Miltonia. Dendrobium dan
Oncidium yang paling aku suka pun ada. Zygopetalum yang unik warnanya pun ada. Vanda
paling banyak. Pelbagai warna. Keliling lamannya majoriti adalah spesies Vanda. Aku rasa
mesti Puan Sri suka Vanda.

“Fatin okey?” Suaranya pantas menjemput kornea ke sebelah.

“Okey, Puan Sri.”

“Falah kata Fatin suka orkid.” Sengih terlontar spontan. Semua tentang aku dia cerita
kat mama dia. Agaknyalah. Prof…prof.

“Ya. Suka sangat, Puan Sri. Lebih tepat gila orkid.”

“You know what darling…” Kura tanganku ditepuk lembut.

“…you should be practicing by calling me mama. Dua bulan je lagi ni. Bagi lidah tu
biasakan sebut panggilan yang betul. Biasakan yang betul. Betulkan yang biasa.” Nafas
perlahan terhembus.

Bohong kalau kata aku tak terharu dengan kata-kata wanita ini. Dan perihal tempoh
dua bulan yang dia sebut tadi buat aku berdebar. Segala yang terjadi di ruang tamu utama tadi
kembali terlayar.

Waktu berbual di ruang tamu tadi terus Tan Sri tanya prof bila nak langsungkan
pernikahan kami. Bila nak hantar rombongan merisik. Bila Tan Sri tanya aku, memang hilang
kosakata sekejap sebab tak jangka akan ditanya. Aku jawab aku serahkan pada prof. Lagipun
aku memang tak ada keluarga. Dah kena buang. Ibu bapa memang dah lama meninggal
dunia.

Memang aku dah beritahu dia pasal hal ini. Aku juga minta kami buat akadnikah dan
kenduri doa selamat aje. Hanya itu dah cukup buatku. Katanya dia dah pernah bersanding.
Jadi dia tak kisah.

Cuma dia kata akulah yang tak pernah lalui semua itu. Kalau aku mahu, dia akan
ikut. Asal aku bahagia dan gembira. Bila fikir dan kenang baik buruknya, aku pilih yang
menolak yang buruk. Aku perlu jaga nama baik keluarga prof. Kalau fitnah itu boleh dielak,
wajiblah dielak. Kan?

Prof minta keluarganya hantar rombongan merisik ke rumah Kak Nah minggu
hadapan dan terus tetapkan tarikh nikah dua bulan lagi. Dia tak mahu tangguh lama-lama.

“Puan Sri…”

“Mama…please darling.” Kerdipan matanya aku balas dengan anggukan.

“Mama…”

“Yes, darling.”

“Mama mesti dah tau pasal sejarah silam saya dan Ash kan? Prof mesti dah beritahu
kan?” Bibir merah samarnya koyak senyum kecil. Senyum yang tak sukar aku faham
maksudnya. Kedatangan dia ke banglo dahulu sudah menjelaskan. Aku tak salahkan prof. Dia
pasti tahu apa yang terbaik.

“Saya minta maaf sebab mama akan dapat menantu yang “tak cantik” rekod
hidupnya. Menantu yang ada anak macam Ash.

Maaf banyak-banyak kalau saya dan Ash bakal memalukan mama sekeluarga nanti.”
Tanganku ditarik dan dikucup. Mata terasa hangat dengan tindakannya. Kemudian dibawa
pautan tangan kami ke ribanya. Digenggam kemas-kemas.

“When I saw you for the first time…I know why Falah fall for you. You…” Sebelah
tangannya melekap di dadaku. “… have a noble and soft heart. Here.” Kepalanya
mengangguk. Mengiyakan. Tangannya yang melekap di dada naik memanjat pipi. Agaknya
dia boleh agak yang aku masih memikirkan tentang kisah silamku yang bukan rahsia lagi
padanya.

“Secret will remain secret. And your secret is safe with Falah, Farah and his parent.
Insya-Allah.”

“Tan Sri pun?” Ini memang mengejutkan. Aku sangka hanya wanita ni dan Kak Farah
aje yang tahu.

“Papa, darling.”

“Papa pun ta..tau?”

“He was actually the first to know. Falah’s best advisor.”

Maknanya Tan Sri Zaharul awal-awal dah tahu pasal status aku dan Ash. Memang
nampak jelas tadi rapatnya prof dengan papanya. Bahasa tubuh mereka cukup membuktikan.
Tapi aku tak sangka sungguh yang Tan Sri dah tahu semua cerita. Cara dia tadi macam tak
tahu apa-apa. Pandai betul dia “berlakon.” Rasa malu tiba-tiba menghambat.

“Entah apalah pandangan Tan Sri tentang saya dan Ash.” Aku tayang senyum pahit.
Tanganya yang me

“He loves both of you. He was really looking forward for lunch today actually.
Excited to meet the Layyin of his Hayyin.”

The Layyin for his Hayyin.

Bunyinya memang buat aku rasa nak terjelepuk. Terharu. Terasa tinggi benar
pengiktirafan Tan Sri padaku. Tapi… Liur pahit aku telan.

“Saya ni perempuan yang berdosa, mama.” Itu kenyataan yang tak mungkin mampu
dipadamkan. Sampai bila-bila. Dua tanganku dicapai dan digenggam kemas.

“You…me. We are all humans, darling. And humans make mistake. I make mistake.
A lot. Who am I to judge you? Who am I to punish you? All humans are a sinner. You…me.
We are equal, darling.” Air mata laju menitis ke pipi. Rasa macam nak peluk dia.

“Our duty in HIS world is to be good people and be good to others. Kata
Rasulullah…tak sempurna iman seseorang sehingga dia kasihkan saudaranya sama seperti dia
kasihkan dirinya sendiri. Remember that hadith?”

Kepala mengangguk laju. Selaju air mata yang jatuh. Aku sapu dengan sebelah tapak
tangan. Esak ikut terdesir. Aku buang malu depan wanita ini. Biar dia tahu betapa aku sangat
menyesal atas apa yang terjadi. Sebelah tangannya naik ke pipi. Mengesat baki air mata.

“I love you and Ash, darling. We all in this family love you and Ash very much.
Well…Falah loves you more. That’s I can’t deny. He really in love with you.” Genggaman
tanganku yang berada diriba dibawa ke dada. Dapat aku rasa degup jantung wanita ini.

“Thank you for accepting him into your life. Thank you so much.”

ALLAH.

Sepatutnya aku yang ucapkan terima kasih pada dia dan keluarga ini kerana sudi
terima aku dan Ash.

“Falah minta mama, papa juga Farah tolong jangan tanya pasal hal silam Fatin dan
Ash. Cukuplah sekadar apa yang dia dah beritahu. Dia minta mama beritahu family members
yang lain Fatin ibu tunggal sebelum kami semua jumpa Fatin hari ni.

Dia jaga sangat hati Fatin. Dia cakap dia sayang sangat-sangat kat Fatin. Dia nak
Fatin rasa dan tahu semua ahli keluarga dia terima Fatin dan Ash dengan tangan terbuka.”

Hangat kolam mata. Rasa nak cari dia dan peluk dia kuat-kuat. Nak cakap aku pun
sayang dia sangat-sangat. Suasana jadi hening seketika. Terasa tanganku yang dalam
genggaman wanita ini dielus-elus. Mata spontan memanjat ke wajahnya. Bibir saling
bertembung senyum.

“Mama nak cakap sesuatu kat Fatin.”

“Cakap apa, mama?”

“Mama minta maaf kalau rasa teruja nak tau siapa Fatin mungkin tak patut. Apa kata
budak-budak sekarang…seko…seko…Alahai. Jijie dengan Jasmine sekali sebut. Seko…”
Matanya terpejam-pejam. Comel aje. Aku gelak kecil.

“Skodeng, mama.” Kepalanya terangguk laju dengan telunjuk ikut bergerak-gerak.
Mengiyakan jawapanku.

“Haa. Skodeng. Mesti Kay dah cerita kan mama suruh Lokman skodeng Fatin?”
Pandai wanita ni menerjah. Agaknya dia dah nampak aku berbual rancak dengan Kak Kay
tadi.

“Saya tak salahkan mama. Semua ibu akan buat macam yang mama buat. Demi anak,
seorang ibu itu akan sanggup buat apa aje. Gadai nyawa pun sanggup. Kan, mama?”
Kepalanya mengangguk. Nampak matanya bergenang.

“Mama tak payah nak rasa bersalah. Saya okey aje. Seronok juga kena skodeng ni.
Feeling macam artis gitu. Kan, mama?” Aku gelak-gelak. Dia pun sama gelak. Sambil gelak
sambil nangis. Aduhai bakal mak mentuaku ni. Buat aku touching pulak.

“Welcome to the family, darling.”

Tubuhku ditarik dalam pelukan. Tangisan pecah sekali lagi. Namun kali ini ia
berbeza. Ini tangisan gembira. Tangisan bahagia.

Bab 30

BIBIR KOYAK SENYUM merenung lanskap di depan. Laman yang aku impikan selama ini
termakbul. Kelmarin laman yang dibina sebagai hadiah perkahwinan oleh suamiku siap.
Laman yang cukup luas. Bersebelahan dengan laman bonsainya.

Merenung persekitaran laman ini yang dipenuhi spesies orkid pelbagai warna dan
rupa buat hati sangat terharu. Terulamanya bila memandang orkid kegemaranku;
Dendrobium dan Oncidium menguasai separuh daripada kawasan. Mesti mama yang beritahu
dia pasal ni sebab masa ke sana dahulu aku pernah beritahu pasal dua spesies orkid
kesukaanku ini.

Macam mimpi aje bila tengok apa yang terhidang depan mata. Kejutan yang dibuat
suamiku ini memang betul-betul buat hati berbunga-bunga. Tak perlu dia hamparkan barang
kemas mahukan aksesori berjenama kesukaan kebanyakkan perempuan. Aku memang tak
minat langsung dengan semua tu.

Namun set barang kemas daripada ibu mentuaku yang dia hadiahkan sebagai hadiah
perkahwinan aku terima. Mana boleh tak terima. Berdosa menolak hadiah yang beri secara
ikhlas. Lagi-lagi daripada pemberian seorang yang bergelar ibu mentua.

Dia suruh aku pakai. Aku pun turutkan aje. Asal dia bahagia. Pahala besar tu
membahagiakan hati mak mentua. Serba berdiri pun serba berdiri la. Walaupun mulanya rasa
tak selesa, macam kena lilit dengan logam emas dari telinga hingga ke kaki, namun aku
biasakan diri. Demi mak mentua tercinta…hehehe.

Suamiku pernah bertanya apa yang aku mahu sebagai hadiah perkahwinan. Jangan
sebut makanan katanya. Itu bukan hadiah. Itu memang tanggungjawab dia untuk bagi aku
makan apa yang aku suka nak makan.

Banyak mana nak makan, dia tak kisah. Bila aku sebut orkid, dia kerut dahi. Aku
cakap buatkan aku laman orkid. Itu sahaja hadiah paling mahal yang aku mahu sebagai
hadiah perkahwinan daripada suamiku.

Suami.

Ya. Aku dan lelaki bernama Professor Dr Falah Illman Hayyin selamat diijabkabulkan
minggu lepas. Majlis yang cukup ringkas. Seperti yang aku minta. Kenduri di banglo
keluarga mentuaku hanya untuk kaum keluarga terdekat dan kenalan perniagaan. Juga rakan-
rakan sekerja daripada universiti tempat suamiku mengajar. Dapatlah aku berkenalan dengan
canselor dan timbalan canselor juga para dekan dan teman akrab sefakulti dengan suamiku.
Rasa kerdil aje bila dikelilingi para ilmuan dan bijak pandai macam mereka.

Buat aku terharu mereka puji aku perempuan bertuah sebab berjaya curi hati
pensyarah paling popular di kalangan pelajar perempuan di universiti. Mesti ramai yang
minat dia. Tak menghairankan pun. Lelaki ini punya pakej lengkap lelaki dambaan
perempuan. Dan aku memang perempuan yang bertuah sebab dapat dia.

Jemputan di sebelahku, Kak Nah dan keluarga hadir. Terharu bila Abang Lan dan
Kak Azie sudi turun dari Johor demi meraikan perkahwinanku dan prof. Kawan-kawan
rapatku di butik juga aku jemput. Lili, Wani, Alice dan Nozi.

Punyalah terkejut dorang bila aku layangkan jemputan. Dan lagi terkejut bila dorang
tahu aku kahwin dengan bos sendiri. Anak dara bertiga tu tak sudah-sudah puji prof.
Handsome tak boleh bawak bincang. Seksi boleh sesak nafas. Pakej kayangan kata Alice.
Pakej terkam tak lepas kata si Lili dan Wani.

Tergelak aku bila kembali fikirkan kenangan hari tu. Macam-macam sungguh dorang
berempat tu. Waktu nak balik, dorang berempat tarik aku ke tepi. Terkejut juga aku masa tu.
Ingatkan pasal apa. Kata diaorang ada perkara yang nak beritahu aku. Mereka dah tahu
daripada mana Shima tau pasal aku dan Ash.

Kata Lili diaorang memang tanya direct dengan Shima. Tak puas hati dengan apa
yang dah berlaku padaku. Shima cakap dia nampak gambarku dan rakan sekolah yang lain di
rumah sepupu suaminya. Dari situ dia tahu cerita tentang aku.

Aku pun tak pasti siapalah sepupu Shima tu. Aku pun tak tanya Lili. Tapi tak mustahil
ada kalangan bekas rakan sekolahku yang tahu cerita pasal aku sebab kami sekampung. Aku
cakap kat diorang. Kalau orang nak bercakap pasal aku, aku tak boleh nak halang.

Dulu mungkin aku akan risau. Tapi kini, aku dah ada suami dan keluarga mentua
yang tahu siapa aku dan Ash. Terima aku dan Ash seadanya. Bagi aku, itu dah cukup buatku.
Aku dah tak mahu ingat lagi apa yang dah aku tinggalkan di belakang. Aku sudah lepaskan
semuanya. Sekarang fokusku hanya untuk masa depan bersama lelaki yang telah
menganugerahkan status isteri padaku. Itu janji pada suamiku bila aku sambut “tangannya”
dahulu.

Aku pun tak buka mulut kisah aku dibawa mak mentuaku ke HQ CUIR de Boutique
di Shah Alam. Kalau dorang tau pasal ni, mahu kecoh satu butik nanti. Aku tak mahu nanti
cerita ini akan memalukan Dati Miara. Biarlah hal ni hanya aku, dia dan mak mentuaku yang
tahu.

Mula tu aku memang terkejut bila tengok butik yang mama bawak untuk buat baju
nikah. Ibu mentuaku memang tahu agaknya kisah aku kena pecat dengan Datin Miara. Itu
yang dia pegang kemas-kemas tangan aku dan tarik masuk ke dalam butik. Takut aku lari
masuk semula dalam kereta.

Datin Miara yang memang menunggu kedatangan ibu mentuaku memang panik bila
tahu aku bakal menantu pelanggan ulamanya. Muka memang pucat habis. Giler tak panik bila
ibu mentua dengan selamba beruang sound Datin Miara.

“Kalau you haramkan menantu I ni jejak butik you, I akan pastikan seluruh keluarga I
dan kawan-kawan plus all business associates of AHZA Group haramkan butik you. Do I
make myself clear, Miara?” Tak boleh bawak bincang ugutan mak mentua aku bag ikat
bekas bos aku tu. Giler tak takut. Mahu lingkup business dia kalau semua pelanggan besar
boikot butik dia.

Di hujung pertemuan, dia minta maaf atas tindakan dia pecat aku. Siap puji aku
pekerja yang sangat baik dan rajin kat mak mentuaku. Aku beritahu Datin Miara, aku anggap

kejadian itu hikmah dari-NYA. Kalau tak asbab itu, mungkin aku tak jumpa suamiku. Tak
jumpa keluarga mentua yang sangat baik dan terima aku seadanya.

Dia ucap tahniah atas perkahwinanku. Aku jemput juga dia datang. Tapi memang dia
tak muncul hari tu. Mungkin masih malu dan bersalah atas tindakannya dahulu.

Apa-apapun aku bahagia dapat kongsi hari paling bermakna dalam hidup dengan
orang-orang yang aku sayang dan menyayangiku. Seronok tengok kawan-kawan butik datang
meraikan hari bahagiaku.

Macam-macam pesanan yang dorang titipkan padaku. Sengal pun ada. Anak dara
bertiga tu la. Tapi aku sangat terkesan dengan pesanan Kak Nah, Abang Lan dan Kak Azie
pada suamiku. Minta aku dijaga dan Ash dijaga dan dilayan dengan baik. Kalau aku buat
silap dan salah, tolong maafkan aku. Tolong tegur dan beri tunjuk ajar untuk aku jadi isteri
yang baik.

Paling rasa tersentuh bila Kak Nah cakap kalau suamiku sudah tak mahukan aku dan
Ash lagi, pulangkan pada mereka dengan cara yang baik. Jangan aniaya atau pukul aku dan
Ash. Jangan aniaya anak yatim. Jawapan suamiku buat aku menangis.

“Lama saya tunggu mereka datang dalam hidup saya. Mereka nyawa saya sekarang.
Nyawa yang akan saya jaga sebaiknya selagi diberikan nafas. Doakan saya untuk jadi suami
dan abah yang terbaik buat mereka. Doakan kami. Doakan kami kekal bahagia hingga ke
Firdaus. Saya hanya nak bersama Layyin saya di sana.”

Mata terus merenung laman di hadapan mata. Terasa damai. Hela nafas aku tarik
perlahan-lahan. Menghirup udara pagi yang damai dan nyaman. Bila melihat semua ni aku
rasakan seperti bermimpi. Tak pernah terlintas dalam kepala akan berkahwin, punya suami,
punya keluarga mentua yang sangat penyayang dan menerima aku dan Ash seadanya.

Terasa ada sepasang tangan sasa yang melilit pinggang. Haruman yang sejak dulu
menyihirkan rongga nafas aku hidu penuh nikmat. Bibir koyak senyum. Tahu siapa gerangan
pemiliknya. Tapi tubuh tak berkalih. Tetap tegun macam sekarang.

“Good morning, Layyin darling.”

Satu kucupan singgah di pelipis. Ketawa kecilku terlepas sambil kepala meliuk-liuk
bila bibirnya sengaja digerakkan ke sekitar daerah pelipis. Lama bibirnya melekat di situ.

Baru aku tahu kenapa dahulu dia selalu tegur bila aku suka tempar pelipis. Katanya pelipis tu
lawannya bibir. Bukan tapak tangan.

“Ever inch of your body is now my responsibility. Only my lips know how to handle it
with best care.”

Auch.

Ayat paling seram yang dia ucap pada malam pertama. Meriding segala bulu dengar.
Kenangan itu terlayar di mata. Memang tak mampu nak bertentang mata dengan dia bila
dengar dia ucap ayat tu. Namun dia tetap bijak mengemudi untuk aku mengikut rentaknya
tanpa rasa tertekan. Tanpa gementar.

“One step at a time, sweetheart.”

Bisik suara garaunya yang melumpuhkan pertahanan jiwa kembali terngiang. Pipi
kembali membahang. Bibir jala senyum kecil. Dia bijak buat aku selesa dengan belaian demi
belaian. Dan aku membalas setiap sentuhannya. Segan yang awalnya menebal makin menipis
sedikit demi sedikit. Berganti selesa. Berganti bahagia.

Bagaikan sedang menari. Setiap gerakan anggota tubuh mengikut iramanya. Akal pula
perlu fokus dengan sepenuh rasa dan jiwa. Dan menarilah aku dengan yakin. Mengikut rentak
yang dia alunkan.

“Do you like it?”

“Very much.”

“Do you want more?”

“It’s me or you, hmmm.”

Ketawanya bergema. Makin galak bibirnya buat kerja. Menjalar ke leher pula.
Pantang dapat peluang.

“Hmmm. Sayang abahnya. What are you doing?” Kalau nak mengusik dia, memang
inilah yang aku guna. Dia pun reda aje. Asal ada bunyi sayang katanya. Hmmm. Manja jugak
kan prof ni rupanya.

“Can I have a sexy calling voice.” Nafas sengaja dihembuskan ke telinga beberapa
kali. Nak goda aku la tu.

“Emmm. Tu tak seksi ke?”

“Try more.”

Kepala berpusing sedikit ke sebelah. Bibir berkalih. Mencari telinga lelaki ini.
Sengaja aku hembus beberapa kali. Tadi dia buat macam tu kat aku kan. Tengok dia tergoda
tak. Tapi kerat jari laa. Gerenti punya!

“What are trying to do, sweetheart?”

“Being sexy.”

“That is not sexy.”

“Then what?”

“It is call…you are pressing the turn on button.”

Terlepas ketawaku. Kan aku dah kata. Dia ikut ketawa. Nafasku dicuri ringkas.
Namun tak terus dilepas. Terus dipagut kembali. Aku ikut membalas.

“Buat apa kat sini?” Suaranya mencecah telinga sebaik tautan bibir kami terlepas.
Kepalanya disangkutkan ke bahuku. Bauan maskulin seksi dari tubuh lelaki ini sejak dahulu
tak pernah gagal buat jiwa huru-hara. Kembang kempis hidung menghirupnya. Tangannya
yang melilit pinggang aku elus perlahan.

“Ambil udara pagi sambil tengok orkid.”

“You are really a diehard fan of orchid.” Aku ketawa dengan kata-katanya. Nak buat
macam mana. Dah suka. Kan dia kata dulu suka tu datang daripada DIA. Mana boleh nak
halang.

“Yayang…”

“Hmmm.”

“Terima kasih.”

“For?”

“Tu.” Bibir hala muncung ke depan.

“Anything for my Layyin.”

“Careful with your word, Yayang. I will ask for more.”

“I am fine. Everything comes with a price, sweetheart.”

“Jerk.”

Dia gelak. Sekali lagi bibirnya melekap di pelipis. Dah jadi tempat favourite bibir dia.
Selain dari bibir aku. Yang ni tempat wajib bibir dia singgah.

“Jom masuk. Mandi. Nanti nak pergi kerja kan.” Aku leraikan lilitan tangannya di
pinggang. Tangannya kemudian aku sulam dengan jari-jemariku.

Dua hari lepas nikah dia dah kerja semula. Dia minta maaf padaku sebab tak dapat
nak ambil cuti panjang. Minggu untuk persediaan peperiksaan katanya. Banyak kerja yang
perlu disiapkan. Aku faham. Tak ambil hatipun. Dah kerja dia macam tu.

“Opps!” Sekelip mata tubuh melayang ke atas dan tercempung kemas dalam pautan
dua tangannya. Pantas juga dua tangan memaut lehernya. Tubuhku dipusing-pusingkan.
Bergema katawaku dan kemudian mula berjalan meninggalkan halaman.

Sebelah tangan naik mengelus rambutnya daripada belakang. Tindakan yang buat
senyumnya mekar. Aku ikut membalas. Bila dia masih tak turunkan aku, kepala mula
tertanya-tanya apa yang ada dalam kepala lelaki ini. Bukan boleh agak dia ni. Ada aje akal
dia nak “kenakan” aku.

“What are you doing, Mr Professor?” Kakinya melangkah menuju ke pintu utama.

“I need a long shower session. With my sexy assistant. No clothes please.” Mata
dikenyitkan. Aku tampar lembut bahunya. Tak malu betul. Kakinya menolak pintu utama dan
laju menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Nasiblah aku ni kecil. Tidak, mahu megah dia
nak dukung naik tangga.

“Hmmm. Okay. What shall be the theme?” Giliran aku balas usikannya. Pintu bilik
tidur utama dia tolak dengan kaki macam tadi.

“Under the shower, under the rainbow.”

“Or…you jump, I jump into the jacuzzi.”

“Err… I think… I…” Pintu bilik air dia tarik dan tubuhku sudah berada dibawah
pancur air. Aku bagi isyarat dia turunkan aku. Dia akur tapi dua tangannya ditekankan ke kiri
dan kanan kepalaku. Buat aku yang tersandar di dinding sebelah pancur air terkepung. Mesti
dia tau aku nak lari. Padan muka aku. Provok lagi. Kan dah makan diri sendiri.

“Both.” Tak sempat aku habiskan ayat dia dah pangkah.

“Tak nak.” Harus jadi macam hari tu. Kena kurung dalam bilik air berjam-jam.
Berendam dalam jakuzi. Gila sejuk. Sudahnya kena tidur pakai stokin. Haruslah aku rompak
stokin dia. Lantaklah.

“I nak.” Sebelah tangannya menekan punat pintu bilik air. Terbeliak bijik mata.
Bahaya ni.

“Yayang… tak nak lah. Nanti saya sejuk. Nanti kena pakai stokin macam hari tu. Tak
kesian ke kat saya?” Dua tangan memaut pipinya. Cubaan untuk melepaskan diri. Tapi rasa
macam tipis aje peluang sebab dia dah kunci bilik air.

“Don’t worry. I will warm you, sweetheart. Head to toe. No sock needed.” Riak
miang dia tertayang jelas. Matilah kau, Fatin. Bibirnya makin mendekat ke wajahku.

“Nanti you lambat pergi kampus. Nanti kelas lewat pulak mula.” Apa aje alasan yang
terlintas kat kepala aku bentangkan kat dia. Asal dia lepaskan aku.

“Yayang… you mandi dulu ye. I mandi kemudian. Nanti you lambat. Okey ye?”
Masih mencari helah untuk lepaskan diri. Usaha itu tangga kejayaan kan. Jangan putus asa.

Yeah. You go, Fatin.

“Don’t worry. I have another 3 hours, sweetheart. I need to complete the shower
class first with my partner. This one is compulsory.” Matanya dikenyitkan.

Aduh. Tipis ni peluang untuk meloloskan diri. Aku tayang muka simpati.

“Yay…”

“Ummm…ummm…ummm.” Di saat diri berhempas-pulas cuba menangkis serangan
rakus bibirnya, percikan air dingin dari atas mula membasahi tubuh. Makin lama, makin
lemah pertahanan diri. Tubuh mula menggigil.

Aku tewas lagi.
Argh!!!!

Bab 31
“SEJAK BILA TUAN PROFESSOR dah tak reti nak ikat tali leher sendiri ni, hmmm?”

Kolar kemeja coklat lembut yang membalut tubuhnya aku tegakkan. Kemeja yang aku
pilihkan untuk dia. Bukan setakat kemeja ni aje. Aku kena pilihkan satu persalinan untuk dia.
Luar dan dalam.

Ya.
Yang dalam pun. Dan yang dalam tu la paling kritikal nak pilih. Teringat sehari lepas
kami bernikah, aku dibawa menjelajah keseluruhan bilik tidur utama banglo ini. Selepas
ditunjukan bahagian walk in closet untuk simpanan pakaianku, di sebelahnya pula adalah
walk in closet milik pakaian dia.
Siap dia terangkan bahagian pakaian, tali leher, stokin juga suit kerja dia, dua laci
yang sederhana besar kat dalam walk in closet tiba-tiba dia ditarik. Aku teka mungkin
simpanan aksesori lelaki. Jam tangan, cufflinks, tali pinggang. Lelaki ini boleh tahan banyak
koleksi aksesori yang aku sebut tu. Selalu juga aku perhatikan setiap kali dia muncul depan
mata.

Punyalah berpinar biji mata tengok isi dalam laci-laci tu. Acah macam kena sumpah
sekejap bila tubuh kejung depan laci tu. Dia pulak selamba badak daripada belakang tarik dua
tangan aku dan sentuhkan ke bendalah tu. Kena biasakan. Kena feel. Nanti tak kekok lagi
bila pegang atau sentuh. Banyaklah dia punya feel. Feel seram adalah.

Dia cakap dia punya tak banyak warna. Pastel semua. Aku punya kerat jari mesti
warna-warni. Perempuan kan macam tu dia cakap. Memandai aje tuan professor ni.

Aku sangkutkan tali leher di kolar kemejanya. Tali leher berwarna blue gelap berjalur
coklat lembut aku tarik dan mulakan lilitan. Nasib baiklah masa sekolah dulu aku ni
pustakawan yang wajib pakai tali leher hari-hari. Bergunalah juga skill tu kat aku sekarang.
Tidak, mahunya aku mengelupur tanya Auntie Googelina.

“Sejak tuan professor dah ada sexy assistant.” Bibir humban cebik.

“Ummm…ummmm”

“You ask for it, sweetheart. And I know you enjoy it very much.” Selamba aje dia
cakap lepas leraikan tautan bibir aku dari bibirnya. Aku tumbuk lembut dadanya. Ketawa
kecilnya terdesir. Nasib pipi dah biasa kena usik part kena cium curi ni. Jadi kejadian pipi
rentung tak berlaku. Kolar kemejanya aku kemaskan semula.

“Mengada-ngada ek.” Aku tepuk dadanya. Puas hati dengan hasil kerja sendiri. Lilitan
dua tangannya di pinggangku masih tak lepas. Makin kejap adalah.

“Mengada-ngada dengan isteri sendiri tak apa. Jangan mengada-ngada dengan isteri
orang lain.” Aku tayang senyum meleret. Sengaja la tu nak umpan kerek aku.

“Tu mencari kuali dan periuk terbang namanya. Cubalah kalau nak rasa kuali dengan
periuk duduk atas kepala. Elok juga kan sesekali dua beradik tu rasa tempat landing yang
best. Asyik duduk berkurung dalam kabinet aje boring jugak. Kan, Yayang?” makin lebar
senyum aku tayang kat dia.

Kuat dia tergelak. Bibirnya melekat di pipiku. Aku cubit perut dia. Orang serius dia
main-main pulak. Aku cuba leraikan pautan dua tangannya di pinggang. Tapi dia buat tak
faham aje. Makan galak pulak bibirnya melata di sekitar muka.

“Yayang…lepaslah. Saya nak turun masak air. Nak buat kopi. Karang lambat pergi
kampus.” Kepala melentuk-lentuk kegelian. Kalau tak menggomol aku sehari tak sah tuan
professor ni. Entah apa penyakitnya aku pun tak tahu.

“10 minutes, sweetheart.” Tau ke mana arah tujuan suamiku ini, kepala terus
bergerak ke kiri dan kanan. Mengelak serangan bibirnya. Bukan boleh dibiarkan. Bahaya.
Melarat-larat nanti. Aku juga nanti yang lambat nak siapkan sarapan dia.

“Janganlah. Nanti baju ni berkedut.”
Apa punya alasan ni, Fatin.

Betul laa.
“Tukar baju lain. No issue.”

“Amboi sedapnya mulut dia bercakap. Orang penat gosok tau. Nak kena ni.”
Ketawanya sekali lagi berderai.

“I help to iron later, sweetheart. Let me finish my job with you first.” Bibirnya mula
memanjat ke leher. Aku cuba tolak wajahnya.

“Yayang…janganlah!”

Rasa tubuh terangkat ke udara.
“Arghhhh!”

“RINDUNYA saya kat Ash. Dah bangun tidur ke belum budak bertuah tu.”

Aku bawa teko yang sudah dituang air panas ke kitchen island. Piring berisi cucur
bawang bilis yang sempat aku siapkan dengan kepantasan maksima turut aku letakkan di
depan lelaki ini yang santai duduk di kerusi bar. Aku suruh duduk di ruang makan utama dia
tak nak. Katanya lebih selesa makan di dapur sambil tengok aku buat kerja.

Kepala terbayang wajah comel Ash yang keletah. Rindu mendengar becok mulutnya
bercerita. Walaupun panggilan video bersama buah hatiku itu kami berdua lakukan saban hari
ia tetap tak sama dengan melihat dia di depan mata. Rindunya mama kat Ash.

Sehari lepas aku dan tuan professor kat sebelah ni diijabkabulkan, ibu mentuaku
cadangkan Ash tinggal di banglo mereka untuk seminggu dua. Mahu berikan ruang untuk
kami berdua. Katanya ini peluang untuk kami saling mengenali diri masing-masing.

“Yeah. I missed my handsome boy too.” Pipiku dielus. Kepala melentuk ke kiri.
Tangannya aku kepit dengan pipi. Hujung jarinya membelai pipi. Mungkin dia faham
perasaanku saat ini. Aku mana pernah berpisah dengan Ash.

“Petang nanti kita pergi rumah sana.” Bersinar mataku. Tangannya capai sekeping
cucur dan digigit separuh. Separuh lagi disua ke mulutku. Laju aku buka mulut.

“Betul, Yayang?” Sambil kunyah, suara teruja terhumban. Tak boleh nak kawal.
Harus dia cakap dalam hati bini sapa la ni bila tengok perangai tak semenggahku. Bercakap
dengan mulut penuh. Lantaklah. Janji dapat jumpa Ash petang nanti.

Telunjuknya menekan pipi kiri. Bibir koyak senyum lebar. Nak upah la tu. Upah pun
upahlah tuan professor. Janji dapat jumpa Ash. Cium aje pun. Bukan susah sangat. Tangan
aku sapu kat bibir yang ada kesan minyak dari cucur yang aku kunyah. Satu kucupan melekat
di situ.

“Another one.” Telunjuknya beralih tempat. Bibir melekat di pipi kanannya.

“Here.” Puncak hidungnya aku kucup.

“This too.” Bibirku memagut bibirnya. Tangannya naik memegang belakang
kepalaku. Menahan aku dari lepaskan bibirnya. Rakus dia membalas. Pantang dapat peluang.
Memang dia tak lepas.

“Done.” Pantas aku tarik bibir dari bibirnya dan laju menjarakkan wajah. Dia sandar
tubuh bersama keluhan kecil.

“Too short. I need more oxygen with a cucur bawang taste.” Pecah ketawaku. Laju
bibirnya melekat sekali lagi.

“Eei…dah la tu. Banyak dah tau hari ni.” Aku cucuk rusuk lelakinya sebaik bibirku
dilepaskan.

“Never enough when is come to your kiss, sweetheart. I am addicted to your magic
oxygen.”

“Oksigen la sangat.”

Ketawanya terlerai. Duduk aku labuhkan di sebelahnya. Teko kopi aku angkat
bersama cawan dan piring.

“Yayang…”

“Yes, sweetheart.”

“Give me some sugar, please.”

Aku hala isyarat mata pada bekas kaca bulat depan dia. Heran juga aku dengan dia.
Tak minum kopi yang aku buat tak boleh ke. Aku tanyakan soalan ini pada hari pertama
bergelar isteri lelaki ini.

Katanya kalau tak minum kopi yang aku buat dia tak boleh fokus mengajar nanti.
Sejak dari hari pertama aku buatkan untuknya, dia dah ketagih. Macam-macam. Sebelum-
sebelum ni elok aje teguk kopi café omputih tu hari-hari.

Kepalanya berkalih padaku. Dua tangan serentak menompang dagu. Dua sikunya
menekan lantai kabinet. Bola matanya menghantar renung. Kening aku pulak yang berkerut.

“What?”

“I am your sugar.”

Mula dah sesi menegakkan bulu tengkuk. Hmmm. Prof…prof. Mana belajar bahasa
gula ni. Kat universiti ye?

“Really?” Kening terjongket rendah. Muka memang tayang riak selamba blur. Harus
buat-buat blur. Tidak nanti aku yang nahas.

“Hmmm.” Mata dikerdipkan. Acah-acah seksi la pulak tuan professor ni. Tapi
memang dia seksi namatee pun. Haruman jenama Giorgio Armani yang sentiasa melekat di
tubuhnya menambahkan tarikan keseksian lelaki ini.

“White or brown?” Sengaja buat-buat tak faham.

“Which one taste nice to your lips?”

Auch! Dia buat lagi.

Kalau dilayan mahunya dia tak pergi kerja ini karang.

Bab 32
“SAYA KENA PERGI OFFICE PAPA ESOK?”

“Yeap.”
Tangan yang mengelap rambutnya terhenti seketika. Apasal pulak aku kena pergi
pejabat urusan AHZA Group ni? Apa relevannya aku ke sana. Aku cuma menantu aje. Nak
tawarkan aku kerja? Tak mahulah aku. Tangan kembali teruskan aktiviti yang terhenti tadi.
Dan aku rasa kalau aku setuju terimapun tawaran papa tu, orang depan ni gerenti tak
benarkan. Dia dah cakap kat aku siang-siang lagi masa kami lepas nikah hari tu. Dia nak
isteri dia ada depan mata kalau dia balik kerja. Dia tak nak aku penat-penat lagi buat dua
kerja macam sebelum ni. Lagipun dia cakap tanggungjawab cari nafkah tu suami dan dia
mampu tanggung aku dan keluarga kecil kami.

Pasal apa ek papa nak jumpa aku kat sana? Datang kat rumah ni tak boleh ke? Tadi
masa aku pergi rumah sana tengok Ash tak ada pulak papa cakap apa-apa. Cuma dia minta
izin aku nak bawak Ash untuk bercuti ke Langkawi lusa nanti.

Semua kat rumah sana akan ke Langkawi selama tiga hari. Ada family day untuk kaki
tangan dan ahli keluarga AHZA Group di sana. Aku benarkan bila aku tengok Ash seronok
kat sana sebab anak-anak Kak Kay suka melayan dia bermain. Abang Fazrul dan Kak Kay
sekeluarga memang tinggal dengan papa dan mama.

Ke…papa nak tanya aku pasal ayah kandung Ash ke? Mungkin dia rasa tak sesuai nak
tanya kat rumah sana sebab ramai orang. Persekitaran tak sesuai. Mungkin jugak kut. Tapi
yang mama kata kat aku hari tu lain. Diorang semua hormati permintaan suamiku agar jangan
tanya perihal silamku. Juga tentang Ash. Habis kalau bukan pasal tu, pasal apa?

Hesy. Pening pulak aku fikir.

Soalan demi soalan yang menerjah akal buat aku tak betah untuk diam selagi tak
dapat jawapan yang memuaskan hati. Kepala menjenguk dari celahan bahu kanannya. Mata
mendongak ke atas. Berlaga dengan sepasang matanya yang tersenyum. Dua tangan melorot
ke depan hingga mencecah dadanya yang terdedah.

“Yayang…”

“Hmmm.” Dua tanganku dipegang lembut.

“Kenapa papa nak jumpa saya kat office dia? Ada hal apa ek?”

“I have no idea, sweetheart.” Mata memicing.

“I swear.” Sebelah tangannya naik separas dada.

“Betul ni papa tak cakap apa-apa?”

“Yeap.”

“Hurm. Tak apalah kalau macam tu. Kita pergi aje esok.” Terus aku terjun dari katil.
Malas nak peningkan kepala. Tunggu aje la esok. Apa susah. Sekarang kena guna masa yang
ada untuk berkenal-kenalan dengan tuan professor. Tu kata mak mentua aku laa. Hmmm.
Dah terlebih berkenalan aku rasa.

“Hey, careful, sweetheart.” Sempat dia sambar tanganku. Aku tayang sengih.

“Terima kasih.” Aku melangkah ke walk in closet. Nak ambilkan pakaian untuk dia
ke masjid sekejap lagi.

“Welcome.”

“Wrong answer, prof.” Suara melantun spontan sambil tangan menarik keluar baju
melayu dan sehelai kain pelekat. Tuan professor ni cakap malam ni dia nak pergi masjid. Ada
mesyuarat AJK masjid tentang dana masjid yang mahu disumbangkan untuk Tabung Syria.
Baru aku tahu dia bendahari masjid. Orang kuat masjid rupanya tuan professor ni.

“Excuse me?” Bunyi suara dekat aje kat telinga. Ditambah haruman yang satu itu laju
meradak rongga nafas. Tak payah toleh. Tahu yang tuan punya bau itu mesti ada kat belakang
aku.

“I said wrong answer, mr professor.” Teringat kata-kata dia dulu masa usik aku. Kali
ni aku usik la dia balik. Barulah adil. Kan?

Laci di depan mata aku tarik. Hmmm…nak ambil yang mana ek? Mata melata pada
bendalah di depan mata. Jangan ingat perempuan aje yang banyak simpan koleksi seluar
kecik. Lelaki pun sama. Tengok la encik suami aku punya koleksi ni. Penuh dua laci.
Hmmm. Baju melayu kelabu. Bagi sedondon la dengan yang dalam laa. Habis cerita. Settle.

“So, what is the correct answer, mrs professor?” Hembus nafasnya sengaja ditiupkan
ke telingaku. Berulang kali. Meriding buku tengkuk.

“Saya dah terima kasih awak. Kan?” Aku pusing sekilas pandang dia sambil kenyit
mata. Kemudian pusing semula ke depan. Hmm. Songkok dia kat mana ek? Dalam wardrobe
sebelah bilik solat rasanya. Terasa dingin di cuping.

Dia buat dah.

“Euwww…main tiup-tiup telinga pulak ni.” Aku susun semua persalinan untuk ke
masjid. Dua tangan sedang menyusup masuk dari belakang pinggang dan terus memautnya
kemas-kemas.

“Let me know then the area you pefer.”

Ah sudah. Mahunya melarat adegan tiup-meniup ni karang.

“Yayang… saya nak letak baju melayu, kain pelekat dengan seluar kecik you ni kat
katil. Nak pakai kan? Takkan nak bertuala aje.”

“You yet to answer me.”

“Tak nak tiup-tiup. Dalam bilik ni dah cukup sejuk.” Dia gelak kuat dan terus
cempung tubuhku keluar dari walk in closet. Terjerit aku. Terus dia angkat dan baringkan ke
katil. Tubuhnya naik berbaring di sebelah. Sebelah tangan menongkat kepala. Aku pun ikut
mengiring.

“Naughty.” Hidungku ditarik lembut. Aku tolak tangannya. Suka betul picit hidung
aku. Nanti kembang hidung comel aku ni.

“Betul la. Bilik ni ada aircond. Tak payah nak tiup-tiup. Jimat tenaga.”

“Yeah. I need to save that energy for our XX versus XY class.”

“Owh. Bukan kelas Teori X versus Teori Y ke, tuan professor?” Aku humban muka
acah-acah sesuci embun pagi. Hahaha. Tangannya membelai rambutku dan dikucup. Main
rambut pulak. Signal la tu.

“Well…that class, it’s a bit boring. You will sure get sleepy before it is finish.” Riak
muka dia selamba kerang aje. Aku tahan ketawa. Jarinya naik mengusap pipi. Okey. Pipi
pulak. Next signal please.

“Really?”

“Yeah. But the class I which you join it is much fun…exciting. You will enjoy it very
much.” Mata dikenyitkan. Mula dah tu. Cukup dah signal. Main rambut. Usap pipi. Kenyit
mata. Siap sedia laa kau, Fatin.

“And…If both parties cooperate well….it can produce a junior XX or junior XY.”

“Wow…that is hot.”

“With me in the class…it will be superhot.” Wajah didekatkan ke wajahku. Sebelah
tangan menyusup masuk di belakang badan. Dua tangan spontan nak melilit lehernya.

“Shall we start our class, my beautiful student?”

“The classroom is yours, professor.”

Giliran aku kenyitkan mata. Bibirnya mula meliar di sekitar leher. Mata terpejam.
Desir nafas ikut bersatu. Jangan terlajak maghrib sudah ye, encik bendahari masjid. Karang
mesyuarat AJK ditunda pulak. Tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu.

Bab 33
MATA memandang takjub bangunan di depan mata. Selama ini selalu tengok di layar kaca,
kat FB dan kat majalah. Sekarang ni dua kaki aku sedang berdiri di depan AHZA Tower yang
gah berdiri. Macam tak percaya aje aku akan jejak kaki ke sini.

Di sebelahnya pulak ada AHZA Showroom. Daripada tempak letak kereta VIP ni aku
boleh lihat bangunan tiga tingkat berdinding kaca tu mempamerkan deretan kereta. Tak perlu
nak tengok dekat-dekatpun aku boleh tahu itu semua kereta import yang khas untuk orang
superduper have-have aje. Aku ni boleh mampu tengok aje. Jadilah.

“Come, sweetheart. Papa is waiting for his guest of honour.” Aku gelak kecil.
Bersulam dengan senyum manisnya. Banyak la dia punya tetamu terhormat. Huluran
tangannya aku sambut. Jari-jemari disulami dan digenggam kemas. Langkah beriringan
mendekati kawasan lobi.

“Assalamualaikum. Good morning, Dr Falah.” Seorang lelaki dalam lingkungan tiga
puluhan menyambut kami di lobi. Tangannya dihulurkan pada suamiku. Saling berjabat.

“Walaikumsalam. Morning, Reza. It’s have been a while, right?”

“Yeap. All of us here missed you so much.” Orang sebelah aku gelak kecil. Mak
mentua aku masa mula-mula jumpa dulu ada cerita yang suamiku aku dulu kerja di AHZA
Group. Tapi lepas bercerai dengan bekas isteri dia terus letak jawatan.

Ibu mentuaku tak cerita sebab apa. Aku pun tak tanya. Itu kan hal peribadi suamiku.
Tak nak aku jadi penyibuk. Kalau suatu hari nanti dia buka mulut cerita, aku akan jadi
pendengar yang baik. Aku yakin pasti ada sebab dia tiba-tiba letak jawatan. Kepalanya
menoleh padaku. Senyumnya aku balas. Genggaman tangan rasa makin erat.

“Meet my wife…Fatin. Sweetheart…this is Reza. Papa’s PA.”

Oh. PA papa. Hebat. Lelaki jadi PA. Rare jugak ni. Rupa pun boleh tahan. Segak.
Ada karisma. Harus ramai perempuan yang usyar dia. Kalau masih single laa.

“Puan Fatin…nice meeting you.” Kepalanya menunduk hormat padaku dengan
sebelah tangan melekat di dada. Aku pun sama buat aksi yang sama.

“Nice meeting you too, Encik Reza.”

“Come…Dr Falah…Puan Fatin. Tan Sri is waiting for both of you.” Sebelah
tangannya dibuka. Untuk mempersilakan kami melangkah. Aku nampak dia angkat tangan ke
kaunter penerangan di tengah lobi. Pintu keselamatan di depan kami terbuka. Aku ikut
langkah suamiku yang mendahului Reza di belakang untuk ke ruang lif.

“How is work?”

“Working with Tan Sri is always challenging yet very motivating. You know Tan Sri
very well, Dr Falah.” Aku tengok PA papa ni tekan butang 19. Makna pejabat bapa
mentuaku di tingkat 19. Orang sebelah terangguk-angguk.

“Yeah. He is always a challenging person. 100 steps ahead.”

“Level 19. Chairman’s office.” Suara operator lif yang lunak bergema dalam perut lif
dan serentak pintu lif terbuka. Lelaki bernama Reza ni menekan butang di tepi pintu untuk
mempersilakan kami keluar dahulu.

Kami terus melangkah melepasi pintu kaca yang dibuka menggunakan kad akses yang
disentuh Reza pada sebuah kotak empat segi tepat di sisi cermin pintu. Mata melatari

pemandangan warna crème di depan mata. Warna macam ni selalu buat ruang nampak besar
dan tenang.

Luas sekali tingkat ni. Ada empat buah bilik. Dua di kiri. Satu di depan dan satu di
kanan. Di sudut kanan tidak jauh dari bilik besar tu ada dua work station yang diduduki dua
staff perempuan yang sedang berbual-bual. Telinga sempat menangkap perkataan yang
diaorang cakapkan. Family day. Langkawi.

Langsung aku teringat cerita bapa mentuaku semalam waktu dia minta izin nak bawak
Ash ke Langkawi esok untuk aktiviti AHZA Group family day. Mesti seronoklah Ash. Mesti
teruja dia pertama kali naik kapal terbang. Mama tak mampu dulu nak bawak Ash naik flight.
TUHAN bagi Ash dapat rezeki daripada atok dan nenek.

Masing-masing melempar senyum kat aku. Bibir koyak senyum balas. Dan satu lagi
work station berada di depan. Yang ni sedikit besar berbanding yang dua tadi. Betul-betul di
depan bilik. Aku teka itu bilik papa. Bilik chairman dan work station yang besar tu tempat
kerja Reza.

Langkah suamiku tiba-tiba berhenti tidak jauh dari bilik besar sebelah kanan. Aku
nampak plak warna emas dengan tulisan Chief Executive Officer. Pintunya terbuka sedikit.
Boleh dengar suara orang bercakap-cakap kat dalam. Langkah Reza mendekati meja kedua-
dua wanita di luar bilik.

“Ida…Shanaz. Meet Dr Falah; Tan Sri’s second son and his wife, Puan Fatin.” Aku
rasa kedua-dua wanita muda ni mungkin tak kenal suamiku dari gaya Reza perkenalkan dia
pada mereka.

“Nice meeting both you, ladies.”

“Nice meeting you, Dr Falah…Puan Fatin.” Dua-duanya hulur tangan pada kami.
Suamiku sekadar angguk. Aku yang sambut salam keduanya silih berganti.

“Fahmi ada?”

“CEO ada dalam bilik dia, Dr Falah. I think he have a discussion. Maybe Ida…his
secretary can assist you for the details. Tuan Fazrul is out for meeting.” Wanita bernama Ida
terus berdiri bila Reza beri isyarat padanya.

“I just want see the CEO.”

Ooo. Abang Fahmi CEO untuk AHZA Group. Tapi tak heranlah. Masa jumpa dia hari
tu pun boleh nampak tokoh orang korporat kat lelaki itu. Gaya dan personaliti dia pun
memang terserlah masa berbual dengan papa dan suamiku.

“Saya masuk sekejap jumpa dia. Just wanna hello to him. Then I will go to Tan Sri’s
room.”

“Sure, Dr Falah. I will inform Tan Sri.” Reza terus melangkah lurus ke depan. Aku
tengok dia ketuk pintu dan terus melolos masuk. Mesti nak cakap dengan papa yang aku dan
suamiku dah sampai tapi melencong ke bilik lain dulu.

“Come, Dr Falah. I will let Tuan Fahmi know that you are here.”

“Sure.”

Aku dan orang sebelah ikut langkah Ida mendekat bilik tuan CEO yang sudah sedikit
daun pintunya. Mungkin sengaja tidak ditutup. Suara lelaki yang aku kenal mencecah telinga.

“Remember Alan Jope the CEO of Unilever said. Companies with purpose last.
Brand with purpose grow and people with purpose thrive. The first two won’t success if the
people in the companies does not thrive. I want AHZA staffs to thrive. As the BMC division,
it is important for you guys to convey this message to all of staffs. Be creative. Pick up the
correct materials as the booster.”

Daun pintu diketuk kura tangan Ida lalu dikuak lebih luas. Abang Fahmi yang duduk
berdepan dengan pintu mengangkat muka. Suaranya ikut terhenti. Dua orang yang duduk
membelakangkan pintu tidak menoleh. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Boss…sorry to interrupt. Dr Falah and his wife are here to say hello to you.”
Suamiku terus mara ke depan usai setiausaha Abang Fahmi maklumkan tentang kedatangan
kami.

“Hey, big bro. Got a minute?”

“Hey pengantin baru. Come…come. Thanks, Ida.” Abang Fahmi terus bangun dan
menolak kerusi ke belakang lalu melangkah ke depan. Setiausahanya yang bernama Ida
tunduk hormat padaku sebelum meninggakan kami. Mata kembali memandang dua tubuh
yang saling berpelukan dan kemudian berjabat tangan. Bibir abang iparku ini kemudian
tersenyum bila pandang.

“How are you, Fatin?”

“Alhamdulillah, Abang Fahmi.” Senyumnya aku balas.

“Welcome to AHZA.”

“Terima kasih.”

Daripada hujung mata aku nampak susuk lelaki yang duduk di kerusi
membelakangkan kami menoleh. Matanya tak berkelip pandang aku. Jelas dia terkejut sangat
tengok aku depan mata dia. Macam nampak hantu pun ada.

Dan aku pun tak bohong memang terkejut giler nampak raut wajah yang sudah lama
aku kuburkan. Namun sedayanya aku cuba mengawal rasa itu daripada terpapar di wajah.
Tak nak dia nampak rasa terkejut itu terpampang kat muka aku.

Setan bertanduk ni kerja kat sini ke?

ALLAH.

Tolong jauhkan aku daripada iblis bertopeng manusia ini.

Sempitnya dunia aku rasa saat ini. Dari ekor mata aku sedar dia masih renung aku dan
tanganku yang dalam pautan tangan orang sebelah. Buat tak peduli, sengaja aku eratkan
genggaman tangan suamiku dan rapatkan tubuh kami.

Perempuan di sebelahnya menoleh. Sesak dada pulak aku rasa bila bertembung mata
dengannya. Tak sukanya aku tengok dia ni. Bibir merahnya melempar senyum manis pada
suamiku. Kat aku haram nak senyum. Gedik punya perempuan. Kat laki orang kemain kau
senyum. Kat bini kau buat muka tertelan cuka.

“Hey FH. Nice to see you again. Hai Fatin. We meet again.” Lengkok suara dia bila
menyapa suamiku punyalah gemalai. Meleret-leret. Geli telinga dengar. Bila sebut nama aku
jadi keras pulak. Nampak sungguh dia tak suka aku. Heran sungguh aku dengan perangai
jengkel perempuan ni. Aku ada hutang dengan dia ke?

“Hai Irina.” Suamiku menyapa balas. Tenang aje. Agaknya dia pun gatal telinga
dengar suara gedik perempuan ni. Macam manalah si Fazrul tu boleh ada girlfriend spesies
macam ni ek. Aku tarik senyum tak ikhlas. Nasiblah kan. Kau pun tayang muka ketat kat aku
kan.

“Am I interrupting you guys?” Abang Fahmi geleng lembut sambil tepuk bahu
suamiku.

“Naa. It is fine. I am having short discussion with the BMC team…Adam dan Irina
for the company family day itinerary tomorrow.”

Family day.
Langkawi.
Ash.
Jantung berdegup kencang.
ALLAH. Anakku.
Mata kami saling bertembung.
Ya ALLAH.
Tak boleh!
Sebelah tangan spontan memegang perut. Ngilu dipijak dahulu masih terasa. Sakitnya
takkan aku lupa. Sampai bila-bila. TUHAN panjangkan nyawakan anakku yang tak berdosa.
Anak. Terus wajah Ash terlayar di mata. Bertaut dengan renung setan bernama Adam Nuh.
Terasa peluh dingin singgah di dahi. Telunjuk perlahan naik ke dahi. Perlahan aku usap. Tak
mahu dikesan sesiapa.
Ash tak boleh pergi Langkawi.
Ash tak boleh pergi!
Tak boleh! Tak boleh!
Kena ambil Ash lepas ni.
Adam Nuh tak boleh jumpa Ash.
Nanti…nanti dia bunuh Ash.
Nanti…nanti dia pijak Ash.

“Irina will take in charge since Adam have to go down to Singapore this evening for
the Singapore Motor show preparation.”

ALLAH. ALLAH. ALLAH.

Alhamdulillah.

Rasa macam mahu terduduk dek penat mengejar degup jantung yang kencang tadi.
Genggaman tangan suamiku aku eratkan pautannya. Dia menoleh. Aku senyum dan geleng
kepala.

Bahu Adam Nuh ditepuk lembut oleh abang iparku. “This is Adam Nuh. Our head for
the BMC. Great young leader.”

“I see. New face.”

“Not really. Adam Nuh almost 5 years with us.” Hati bagai dilapah-lapah semula bila
nama itu terus-terusan berkumandang di bibir Abang Fahmi. Kepala sedikit menunduk. Bibir
aku kemam kuat-kuat. Cuba menyeru kekuatan untuk berdepan dengan makhluk paling
kejam yang pernah aku kenal.

“Adam…come.” Dia bangun dan menolak kerusi belakang. Melangkah mendekati
kami. Dalam jarak yang cukup dekat, aku beranikan diri pandang dia dengan pandangan
bersahaja.

“Meet my middle bro, Dr Falah…the former MD of AHZA. Retired almost 10 years
to be a math lecturer.” Tangannya dihulurkan pada suamiku.

Oh. Suamiku bekas Managing Director AHZA Group rupanya. Pasti penceraian
dahulu sangat beri kesan hingga dia sanggup tinggal jawatan tinggi dalam syarikat ini.

“Dr Falah…nice to meet you.”

“Yeah. Nice to meet you too, Adam.” Jabat tangan mereka bertaut. Aku nampak
suamiku pandang setan ni lama. Berdetik juga hati. Takkan dia dah tahu siapa setan ni.

“Next to him is his wife, Fatin.” Dia tayang senyum.

“Nice meeting you, Puan Fatin.” Aku pun tayang senyum sama. Aku perasan orang
sebelah pandang aku tenang bila namaku disebut oleh lelaki ini. Entah kenapa aku macam
rasa suamiku ini seperti tahu sesuatu. Aku baling senyum kat dia.

What is in your head, prof?

“Nice meeting you too, Encik Adam.” Aka setan bertanduk. Suara yang cuma
bergema dalam hati. Pandai betul dia ni berlakon buat muka manis. Aku pun pandai jugak
berlakon. Dulu-dulu aje aku bodoh. Naif. Lurus bendul.

“Okay. I shall make a move. Need to see Mr Chairman. Catch-up with you later,
bro.” Bahu Abang Fahmi ditepuk lembut suamiku. Dua tangan kembali bersalaman macam
mula-mula tadi.

“Yeah, sure. See both of you later. Fatin…ask the former MD to give you a nice tour
in here.” Matanya dikenyitkan sambil ketawa kecil. Suamiku ikut ketawa. Aku senyum pada
Abang Fahmi.

“See you around Adam…Irina. Come, sweetheart.” Tanganku terus ditarik ke arah
pintu. Melepasi pintu bilik CEO AHZA Group ini, suamiku terhenti seketika. Aku ikut
terhenti.

“Are you okay, sweetheart?”

“Hurm?” Blur pulak aku bila ditanya begini. Aku nampak tak okey ke?

Dia senyum dan kuis pipiku. Makin heran aku dengan tingkahlaku suamiku. Akal
cuba mengaitkan pertanyaannya dengan makhluk yang aku dan dia temui tadi.

Dia…dia kenal Adam Nuh ke?

Dia…dia dah tahu ke pasal hubungan aku dengan setan bertanduk tu dulu?

“Come. Papa is waiting.”

Dan aku terus ikut langkahnya bersama gumpalan persoalan yang belum terlerai
dalam kepala.

Prof…are you hiding something me?

I can feel it.

Bab 34

“HADIAH UNTUK SAYA, PAPA?”

Berpinar mata tengok deretan kereta-kereta mewah yang terdampar depan mata.
Hilang seketika persoalan tentang hal kemunculan tiba-tiba Adam Nuh yang aku jumpa tadi.
Usai berbual dalam bilik bapa mentuaku tadi, dia terus bawa aku dan suamiku ke lif. Reza
pun ikut sama.

Kata bapa mentuaku ada acara special untuk aku. Ingatkan nak turun belanja kami
pergi makan kat restoran istimewa. Biasalah orang suka makan ni kan. Lagi pulak tengah
lapar. Kepala memang ingat makan aje.

Bila kaki dia menghala ke lif yang menyambungkan bangunan ini ke bangunan
sebelah dan dia sebut nak bawak aku ke showroom, aku jadi heran. Fikiran tertanya-tanya.
Acara special apa kat showroom? Ada buat makan-makan ke sempena sambut kami datang?

Rasanya macam tak sebab aku tengok staff-staff semua sibuk semacam. Aku dengar
tadi Ida dengan Shanaz sebut family day masa mula-mula sampai kat pejabat papa. Mestilah
staff sibuk pasal persiapan acara esok di Langkawi.

Aku pandang orang sebelah. Dia angkat bahu. Sedapkan hati sendiri aku cakap dalam
hati mungkin bapa mentua aku nak tunjuk jenis-jenis kereta mewah yang mereka import. Nak
aku tahu perniagaan AHZA Group dengan lebih jelas.

“Ya. Hadiah daripada papa untuk menantu baru. Mama bagi set barang kemas. Papa
pun nak bagi juga hadiah kat Fatin. Wedding present to you.” Suara lelaki ini mencantas
deras sengala yang terkhayal dalam fikiran.

“ALLAH. Fatin tak tahu nak cakap apa, papa.” Kepala menggeleng dengan dia tapak
tangan melekap di dada. Dada rasa sempit dengan nafas yang aku hela dalam-dalam.
Sungguh aku rasa terharu sangat-sangat. Tak pernah pun berharap apa-apa dalam
perkahwinan ini. Cukuplah dia terima aku dan Ash seadanya. Itu hadiah yang sangat
istimewa buatku.

“Tak perlu cakap apa-apa. Fatin perlu pilih aje kereta idaman hati.”

“Kereta idaman hati?” Terkejut pulak dengar ayat yang keluar daripada mulut bapa
mentua aku ni.

“Ash kata kat papa Fatin ada cakap kat dia kalau Fatin banyak duit nak beli kereta
besar macam dalam tv. Sekarang papa tunaikan impian Fatin.” Aku kerling suamiku yang
ketawa kecil.

Aduhai mulut becok Ash la ni rupanya. Ash…tengoklah apa Ash dah buat kat mama
ni. Malu mama. Naughty la Ash ni tau!

“Fatin gurau-gurau aje dengan Ash tu papa. Papa jangan ambil serius ye. Ash tu
memang banyak mulut.”

“My grandson is a brilliant boy. He knows her mama’s dream.” Tangan ikut
mendepa ke depan. Isyarat minta aku bergerak. Reza di sebelah ikut buat aksi yang sama
dengan bos dia.

“Please. Hajat papa ni. Fatin pilih mana yang berkenan. Mana yang Fatin suka.
BMW, Merc, Audi, Porsche, Jaguar, Tesla, Maserati, Lexus, Genesis. Just point one. Then it

is yours.” Aku pandang orang sebelah yang sejak tadi jadi pemerhati dan pendengar. Dua
tangannya bersilang kemas di dada. Mata mengerdip. Isyarat suruh aku pilih. Ikut apa yang
dipinta papa mentuaku.

Kaki melangkah ke depan. Satu per satu kereta yang berbaris aku tetap kagum. Fuh.
Tengok pun dah telan liur berkali-kali. Harga memang namatee semua ni. Baris demi baris
aku lalui. Cantik. Gah. Mewah. Aku yang tengok bertambah gerun. Membayangkan aku
memandunya. Liur aku telan. Kemudian aku pandang belakang. Dia masih di situ. Tegun
pandang aku bersama wajah manis.

“Fatin ada driving license?”
“A…ada, papa.”
Tergagap pulak kau ye Fatin. Nampak kereta-kereta mewah terus gagap.
Diam la, kau!
Memang aku ambil lesen memandu lepas dapat kerja kat butik dulu. Abang Lan yang
suruh. Katanya senang nanti. Kalau ada rezeki beli kereta. Kecil pun tak apa. Cukup untuk
aku dan Ash. Senang nak ke sana sini. Tak perlu naik kenderaan awam.
“Lagi senang. Lepas ni boleh terus drive. Falah boleh jadi co-pilot. Right son?”
“So true, papa.”
Aku picingkan mata. Biar betul dia nak aku jadi pemandu lepas ni.
Are you sure, prof?
Dan seakan faham, keningnya terjongket bersama sekuntum senyum manis di bibir.
“Have you decided?”
Errk…nak pilih kereta yang mana ek.
Aduh. Masalah negara sungguh ni.

“WHY DON’T YOU JOIN the family day with us, FH?”

Suara Irina mencecah telinga. Dia sebut you tu rujuk kat suami aku aje. Aku memang
tak masuklah dalam jemputan. Aku lirik kat orang sebelah. Selamba aje dia suap hirisan
ayam. Langsung tak angkat muka. Sedar aku pandang dia, dia palingkan wajah.

Bibirnya terus koyak senyum. Lepas tu selamba dia suap baki hirisan ayam di
garfunya ke mulutku. Aku perasan Irina menjeling. Lagi aku buat-buat manja dengan
ngangakan mulut acah-acah comel. Sambil kunyah, aku dekatkan mulut ke telinga orang
sebelah.

“Thanks, sayang.” Satu kucupan singgah di pelipis. Selamba aje dia cium aku. Fazrul
dah senyum-senyum. Orang sebelah dia makin tajam menjeling. Kau kena perempuan?
Sengugut ke?

Hmmm. Terbakar la kau, Irina. Kalau bibir aku yang kena cium mahu rentung minah
ni kan. Hahahaha.

“Yeah. Why not FH. It is gonna be fun. Fatin…jom la. Boleh honeymoon kat
Langkawi.”

Fazrul pulak yang bersuara. Menyokong ayat teman wanitanya. Ajakan lelaki ini yang
menyebut namaku dibalas dengan senyum kecil. Aku perasaan Irina gulung mata. Aksi
meluat. Dia ni aku rasa ada masalah kecelaruan personaliti. Dia mungkin ingat rupa aku ni
sebijik rupa musuh ketat dia masa zaman sekolah dulu yang buli dia kaw kaw. Aku agaklah.
Tu yang dia acah menyampah giler kat aku.

Menyesal pulak setuju dengan pelawaan Fazrul untuk belanja kami lunch tadi.
Patutnya aku ikut saranan orang sebelah makan kat tempat lain tadi. Bapa mentuaku dan
Abang Fahmi ada tetamu dari Jerman. Mungkin mesyuarat akan ambil masa. Jadi suamiku
tak mahu nak ganggu.

Bila kami nak balik, Fazrul yang baru balik dari mesyuarat terus ajak kami lunch.
Orang sebelah aku nampak macam keberatan. Aku macam rasa diaorang berdua ni tak ngam.
Tapi bila adik bongsu suamiku ini beria, rasa macam kesian pulak. Aku pun setuju. Orang
sebelahpun macam reda aje. Mana tau sampai di lobi, Irina sudah menunggu untuk ikut serta.

“Brianna is in Langkawi tau, FH.” Suara Irina tertampar lagi. Kali ini mata kami
bertembung. Bibirnya jongket senyum sinis.

Brianna?

Siapa tu?

“Her whereabout is not my business.”

Tu dia jawapan. Tajam. Macam anak panah yang tepat ke sasaran. Aku perasan Fazrul
dan Irina saling berpandangan. Dan Fazrul seakan memberi isyarat pada Irina untuk berhenti
namun dia enggan. Bahasa tubuh dengan gerakan mata memang jelas dia tak mahu ikut cakap
teman lelakinya.

Tapi kan. Siapa Brianna ni?

“Come on, FH. Passed is passed. Forgive and forget. Say hello. She really wants to
meet you. She missed you very much.”

Satu demi satu perkataan yang terluncur daripada mulut Irina melekat di kepala. Cuba
aku jalin dan hubungkaitkan dengan perempuan bernama Brianna yang menjadi subjek
perbualan dia dengan suamiku.

She missed you very much.

Brianna ni bekas isteri suamiku ke?

“Mind your words, Irina. Have some respect with my wife.” Suara suamiku dah lain
macam bunyinya. Ada desir amaran.

“She still loves you, FH.” Suamiku humban tatapan pada Irina. Aku rasa suasana
meja kami tegang sekarang. Tatapan yang aku rasa mereka bertiga aje yang faham.

Aku yakin tekaanku tadi tepat. Nama perempuan yang disebut Irina tadi pasti bekas
isteri orang sebelahku ini. Dan sebagai suami, tentu dia rasa bersalah kalau bekas isterinya
disebut-sebut masih sayang padanya di depan isteri barunya.

Aku tak terasa apa-apapun. Yang penting perasaan lelaki ini padaku. Perempuan tu
nak syok sendiri dia punya pasal la. Kau dulu yang buat hal kan.

“Irina, stop it.” Fazrul pandang Irina. Dengus perempuan ini terlepas. Tak setuju.
Mata dia pandang suamiku.

“You should ga…”

“Irina!!!”

Suara suami naik sedikit tinggi. Meja ikut dihentak dengan tumbukan sebelah tangan.
Semua di meja tersentak. Terperanjat aku. Nasib baiklah kami berempat berada dalam
President’s Room di kelab persendirian terkenal ini. Tidak, mahu jadi tatapan meja-meja
yang lain. Terus suamiku berdiri. Tanganku dicapai. Aku ikut bangkit sambil tolak kerusi ke
belakang. Mataku berlari pada Irina. Kan dah mendapat. Seronok?

“Are you done, sweetheart?” Suaranya kembali lembut.

“Emmmm.” Terus aku angguk. Selera memang dah hilang dari sebelum masuk sini
lagi. Semua sebab perempuan ni la.

“Let’s go, sweetheart.”

“FH…please. I am sorry for what Irina had said.”

Tanpa ucapan balas apa-apa, dia tolak kerusi ke belakang dan tinggalkan meja.
Langsung tak pandang pun kat Fazrul yang menggeleng kepala sambil pandang Irina. Aku
pun tak berani nak bersuara. Ini kali pertama aku dengar lelaki bernama Professor Dr Falah
Illman Hayyin tinggikan suara.

Seram!

Seram giler!

Bab 35

“I AM SO SORRY, sweetheart.”

Kepalanya menggeleng perlahan bersulam senyum kecil. Faham apa yang
dimaksudkan. Pastinya pasal letusan amarah dia tadi. Letusan yang berpunca dari mulut tak
bayar takaful Irina. Subjeknya Brianna. Tangan kananku yang terdampar di riba dia capai
tiba-tiba. Aku toleh dan pandang dia. Tanganku dielus dan kemudian dibawa ke bibir lalu
dikucup. Lama.

Genggaman tangan yang kemudian dibawa ke riba. Rasa pautannya yang sangat erat.
Matanya masih fokus pada jalanraya di depan. Aku boleh rasa apa yang bergelora dalam dada
dan yang berkecamuk dalam fikirannya saat ini.


Click to View FlipBook Version