The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stephenjimbaanakenggit, 2021-04-25 23:48:16

Nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar)

Mengandungi nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar).

Keywords: AF-034-2,Juruteknik Akuakultur,Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar)

AF-034-2 JURUTEKNIK AKUAKULTUR
(TERNAKAN AIR TAWAR)

Tajuk: Modul 2 Penentuan Keperluan Kapur
dan Baja

NAMA PENSYARAH:
STEPHEN JIMBA A/K ENGGIT

• Kolam ternakan perlu
dikapur sebelum pusingan
ternakan hendak
dimulakan.

Pengapuran dasar kolam

• Pembajaan kolam

membiakkan pertumbuhan

makanan semulajadi di

dalam air seperti fitoplankton

dan zooplankton.

• Pembajaan dilakukan di

antara 7 hingga 10 hari Pembajaan kolam ternakan ikan
selepas pengapuran.

Fitoplankton Zooplankton

Ringkasan tatacara penyediaan kolam untuk ternakan

Maklumat tempat asuhan dan ternakan:

• Mengenalpasti lokasi dan saiz kolam.

• Bilangan kolam yang perlu dikapur dan dibaja.

• Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan pengapuran atau
pembajaan mencukupi.
• Kakitangan yang terlibat dalam proses pengapuran atau
pembajaan yang dibuat mencukupi.

Peralatan keselamatan diri yang digunakan semasa pengapuran
kolam dijalankan:

Sut PPE Kasut but getah

Sarung tangan Topeng muka
getah

Mengenalpasti lokasi dan saiz tempat ternakan:

• Lokasi kolam yang hendak dikapur atau dibaja ditentukan.

• Ukuran luas kolam ditentukan.

Mengenalpasti jenis ternakan:

Kenalpasti spesies ternakan
• Udang
• Ikan

Saiz ternakan
• Umur ternakan – rega (anak ikan), benih, baka induk, dan induk (saiz
pasaran)
• Taburan ternakan (stocking density)

Rega (anak ikan) ikan keli

Induk jantan dan betina ikan keli

Mengenalpasti masalah ternakan:

Kuantiti dan kualiti air yang menurun
• Kandungan ammonia meningkat
• pH rendah
• Suhu turun naik

Kesuburan air kolam
• Air hijau mati – air jernih
• Pemangsaaan berlaku

Mendapatkan maklumat tempat asuhan melalui:

Rekod ladang
• Rekod kualiti air kolam
• Rekod pengapuran dan pembajaan
• Rekod persampelan
• Rekod stocking ikan

Pemerhatian harian
• Kematian ikan
• Air kolam jernih
• Dapat dilihat musuh dan pemangsa dari liar contohnya ikan liar

Kapur abu panas – kalsium
oksida (CaO)

• Menaikkan pH air dengan
serta merta.

Kapur abu sejuk – kalsium
hidroksida (Ca(OH)2)
• Sejenis kapur yang telah

dibakar dan bercampur air.
• Tindakannya cepat.
• Kesannya cepat hilang.

Kapur pertanian – kalsium
karbonat (CaCO3)
• Dikenali ‘limestone’.

• Kesan kapur ini agak lambat
tetapi tahan lama.

Zeolite

• Penggunaanya lebih kepada
menurunkan kadar
ammonia dalam kolam.

• Menyerap dan mengunci
logam berat.

• Mengelak pembentukan
logam berat dalam air.

Dolomite

• Penggunaannya hampir
sama dengan kapur abu
panas.

• Digunakan untuk
memperbaiki pH tanah yang
berasid supaya kembali
optimum.

• Mengandungi unsur
magnesium di dalamnya.

TUJUAN
MENGAPUR

Menstabilkan pH tanah agar mencapai tahap
yang optima untuk ternakan ikan.

Mengeraskan dasar kolam.

Membunuh hidupan yang tidak diperlukan di dalam
sesebuah kolam.

• Kaedah mengapur melalui 2 cara iaitu:

Kering: Basah:

• Untuk mengawal parasit. • Dilakukan di kolam yang
• Kapur digunakan adalah berisi air.

kapur abu panas 1.0-1.5 tan • Sebuah perahu boleh
kapur per hektar. digunakan di dalam operasi
• Kapur ini ditaburkan ke atas ini.
tanah kolam yang masih
basah. • Kadar pengapurannya adalah
200kg/hektar/hari.

• Untuk mengawal pH air
kolam supaya tidak melebihi
pH 8.3.

Kadar
penggunaan

kapur

pH tanah Keluasan kolam

• Kapur ditabur secara rata di permukaan ban
dan dasar kolam untuk memastikan bacaan
pH tanah mencapai paras sekitar pH7.

pH • Mengakibatkan perubahan
tanah kepada pH air sesebuah kolam.
terlalu
rendah • Menjejaskan ternakan.
atau
terlalu
tinggi

pH Kadar tebaran kapur abu panas
CaO (Quick Lime) (tan/ha)
<4.0
4.0 – 4.5 2.9
4.5 – 5.0 2.3
5.0 – 5.5 1.8
5.5 – 6.0 1.4
6.0 – 6.5 0.8
0.6

Piawaian Kadar Penggunaan Kapur Abu Panas Mengikut
pH Tanah

Timbangan perlu dibuat menggunakan
penimbang spring biasa atau penimbang
elektronik setelah kuantiti kapur dikira.

Kapur perlu diceduk dan dipindahkan ke dalam
bekas penimbang seperti guni atau besen besar.

Kuantiti kapur juga boleh ditentukan berdasarkan
catatan timbangan berat pada setiap beg kapur.

pH air kg / ha
Kapur pertanian
< 4.0 4.0- 4.5-5.0 5.0-5.5 5.5-6.0 6.0-6.5
4.5

3805 3044 2283 1902 1012 888

Kapur abu panas 2917 2283 1776 1395 761 634

Kapur abu sejuk 1903 1522 1142 1015 507 507

Jadual penggunaan kapur mengikut pH air

Contoh pengiraan kuantiti kapur untuk kolam seluas
364 m2 :
Luas kawasan = 364 m2÷ 10000 = 0.0364 ha
Kadar kapur abu panas untuk pH 5.9 ialah 0.8 tan/ha
(sila rujuk Piawaian Kadar Penggunaan Kapur Abu
Panas Mengikut pH Tanah)

Jadi,
0.8 tan/ha × 0.0364 ha = 0.02912 tan
0.02912 tan x 1000 = 29.12 kg / 29 kg

‒ Mengetahui arah tiupan angin

Arah tiupan angin perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum
menabur kapur.

Kapur perlu ditabur mengikut arah tiupan angin.

Arah tiupan angin boleh ditentukan dengan berpandukan
penunjuk arah angin atau melihat pergerakan ranting pokok
semasa tiupan angin.

‒ Cuaca yang sesuai

Cuaca panas adalah sesuai untuk melakukan aktiviti

pengapuran. Waktu hujan merupakan masa yang tidak
sesuai untuk aktiviti ini.

‒ Teknik mengapur
Kapur perlu ditabur secara menyeluruh dan rata ke seluruh
permukaan ban dan kolam dalam aktiviti ini.

Skop boleh digunakan untuk memastikan teknik
mengapur dapat dibuat dengan mudah.

Setelah aktiviti mengapur selesai, kolam dibiarkan selama
tiga hingga lima hari sebelum air dimasukkan.

Lokasi pengapuran pada kolam ternakan

Bahan-bahan membasmi Dipterex
musuh ternakan yang Hampas biji teh
tidak dikehendaki
ditaburkan selepas
membuat pengapuran.

Contoh-contoh pembasmi:
1. Dipterex
2. Hampas biji teh (Tea

seed cake powder)

Jenis-jenis dan fungsi
baja:

Baja organik Baja kimia

Baja organik

• Dihasilkan secara semulajadi sama ada oleh haiwan atau
tumbuhan dan mengandungi unsur karbon di dalamnya.

• Sesuai digunakan untuk sistem ternakan.

• Kesan pembajaan agak lambat dan memerlukan masa
sekitar 10 –14 hari.

• Baja jenis ini sesuai digunakan di kolam berbanding di
tangki.

• Contoh baja organik adalah najis ayam kering, najis
lembu kering, tepung ikan, soya, dan dedak padi.

Baja kimia

• Dihasilkan oleh manusia melalui pemprosesan bahan-
bahan kimia.

• Sesuai digunakan di kolam ternakan dan juga di tangki.

• Kesan pembajaan adalah cepat berbanding baja organik.

• Kesan pembajaan dapat dilihat dalam tempoh 3-5 hari.

• Contoh baja kimia yang sesuai digunakan di kolam
adalah jenis urea, Trisuperfosfat (TSP) dan NPK
(Nitrogen fosfat kalium).

• Baja yang sesuai digunakan di tangki adalah jenis TMRL,
convey dan lain-lain.

• Kadar penggunaan baja Kolam yang mengandungi
yang sesuai adalah terlalu banyak fitoplankton.
ditentukan oleh
keluasan sesebuah
kolam.

• Jika terlalu banyak baja
digunakan boleh
menyebabkan
peningkatan kandungan
fitoplankton di kolam.

• Kadar baja yang digunakan adalah mengikut
jenis jenis baja tersebut.

Baja organik : 9-10 Baja kimia
tan/ha/tahun
i) Triple superfosfat (TSP) -
340kg/ha/tahun

ii) Double superfosfat -
400kg/ha/tahun

• Baja superfosfat tidak Baja superfosfat
mengurangkan pH air
kolam dan mudah larut
ke dalam air kolam.

• Pemberian fosfat yang
mencukupi dapat
memastikan untuk
pertumbuhan plankton
di dalam kolam.

• Baja boleh disukat Baja pepejal
berdasarkan berat atau
isipadunya.

• Penimbang digunakan
bergantung kepada jumlah
baja yang digunakan.

• Penimbang yang lebih
besar/kasar digunakan
untuk jumlah baja yang
besar.

• Alat sukatan perlulah
dilaraskan ke bacaan 0 g
sebelum digunakan.

• Baja cecair disukat Baja cecair
berdasarkan
isipadunya.

• Kelalang silinder dan
bikar boleh digunakan
untuk menentukan
jumlah baja yang
dikehendaki.

• Pembajaan bertujuan Ikan yang memakan
menggalakkan fitoplankton dan
pertumbuhan zooplankton.
fitoplankton dan
zooplankton di dalam
air kolam.

• Kedua-duanya
merupakan sumber
makanan semulajadi
kepada ternakan
terutamanya di
peringkat benih.

• Pembajaan juga

berperanan dalam

mengawal suhu air di

kolam.

• Pertumbuhan fitoplankton

akan menyediakan ruang

yang redup kepada

ternakan di mana cahaya

matahari tidak tembus Air sungai yang
secara terus. mengandungi banyak
fitoplankton.
• Membantu ternakan dari

mudah dikesan oleh

musuh atau pemangsanya.

Kaedah-kaedah membaja: Air yang menghijau setelah
baja digunakan
• Memasukkan baja di
dalam bakul kemudian
direndam di dalam
kolam.

• Menggunakan guni jut
atau beg plastik yang
berlubang.

• Kantung baja diikat pada
pancang kayu di dasar
kolam.

• Langkah penting dilaksanakan supaya keadaan
terbaik dapat disediakan sebelum proses
ternakan bermula.

• Proses sanitasi dan penyelenggaraan yang
dilakukan di peringkat penyediaan tempat
asuhan dan ternakan.

• Arahan kerja penyediaan tempat asuhan dan
ternakan:
• Masa
• Tempat
• Kaedah digunakan
• Bilangan petugas

• Lisan Arahan secara lisan dibuat
dalam perjumpaan pagi
‒ Dilaksanakan secara
lisan terutama pada
waktu pagi di mana
pekerja berkumpul
pada setiap pagi
bagi tujuan memberi
arahan
pembahagian tugas
harian.

• Bertulis Contoh memo jadual
‒ Melalui memo dan jadual tugasan ladang

tugasan bulanan
kakitangan yang
disediakan oleh pihak
atasan.
‒ Arahan bertulis ini perlu
sampai kepada pekerja
pada masa yang
dianggarkan mencukupi
untuk tugasan persediaan
dilakukan terlebih dahulu.

• Elektronik

‒ Teknik memberi arahan
terkini digunakan di zaman
berasaskan penggunaan
teknologi maklumat.

‒ Arahan kerja juga diberikan
dengan menggunakan
telefon pintar
(smartphone).

• Memasang sistem asuhan dan ternakan

‒ Kolam / tangki asuhan dan ternakan yang akan
digunakan perlu dikenalpasti.

‒ Segala keperluan sistem asuhan dan ternakan
seperti paip PVC dan alat pengudaraan berada
dalam keadaan baik untuk digunakan.

‒ Tindakan pembaikan perlu diberikan sekiranya
selepas didapati berlaku kerosakan atau
ketidakbolehfungsian berlaku semasa
pemeriksaan dibuat.

• Sanitasi tempat asuhan dan Sodium hypochlorite
ternakan

‒ Dilaksanakan selepas tempat
asuhan dan ternakan telah
dipasang dan disediakan.

‒ Semua peralatan termasuk
tangki asuhan dan ternakan
serta penyauk perlu disanitasi.

‒ Bahan sanitasi yang digunakan
sesuai digunakan adalah:

‒ Sodium hypochlorite

‒ Garam


Click to View FlipBook Version