The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar).

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stephenjimbaanakenggit, 2021-04-25 23:48:16

Nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar)

Mengandungi nota Modul SKM AF-034-2 (Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar).

Keywords: AF-034-2,Juruteknik Akuakultur,Juruteknik Akuakultur (Ternakan Air Tawar)

Terdapat 2 kaedah yang diamalkan:
• Proses aklimasi suhu

‒ Aklimasi suhu bermaksud menyesuaikan suhu
air di dalam bekas penghantaran dan air di
dalam sistem ternakan supaya mempunyai
bacaan suhu yang sama.

i. Aklimasi suhu di dalam sistem ternakan:

1) Beg-beg plastik yang mengandungi benih direndam
di dalam kolam ternakan.

2) Membuka beg plastik tanpa melepaskan benih di
dalamnya dan biarkan dalam keadaan terapung.

3) Memeriksa suhu air di dalam beg plastik dan juga
suhu air di dalam kolam ternakan.

4) Sekiranya terdapat perbezaan suhu, dengan sedikit-
dikit campurkan air kolam ke dalam beg plastik
sehingga suhu menjadi sama.

Kaedah aklimasi suhu di dalam
sistem ternakan

ii. Aklimasi suhu di luar sistem ternakan:

1) Bekas atau tong benih diletakan ditempat yang stabil dan
paling hampir dengan tebing kolam.

2) Sekiranya bekas berada di atas kenderaan seperti lori,
langkah yang sama boleh dibuat.

3) Pastikan suhu air di dalam bekas penghantaran benih dan
juga suhu air kolam.

4) Secara perlahan dan teliti pam air kolam ke dalam bekas
penghantaran.

5) Pada masa yang sama air di dalam bekas penghantaran di
sifon keluar dan dialirkan keluar. Proses dihentikan apabila
suhu telah menjadi sama.

Aktiviti kerja perlepasan benih ikan direkod dan
didokumentasikan mengikut prosedur yang ditetapkan:

Rekod aktiviti
perlepasan

Masa Tarikh Nama Nombor
kolam

AF-034-2 JURUTEKNIK AKUAKULTUR
(TERNAKAN AIR TAWAR)

Tajuk: Modul 4 Pengiraan Keperluan Makanan
Ternakan

NAMA PENSYARAH:
STEPHEN JIMBA A/K ENGGIT

Pihak Pekerja
pengurusan
• Jumlah stok
• Arahan ternakan
pengurusan
makanan • Pengiraan
ternakan keperluan
makanan
ternakan

• Pengiraan jumlah makanan untuk sehari boleh
dijadikan panduan untuk mendapatkan jumlah
keperluan makanan untuk setahun.

Pengiraan jumlah makanan untuk setahun:

30 kg (sehari) X 28 hari X 12 bulan = 10800 kg
• Pembelian makanan perlulah dibeli secara

berperingkat kerana kebiasaan makanan boleh
bertahan antara 4 – 6 bulan sahaja.

Makanan ternakan

Makanan rumusan Makanan tambahan
(pellet) (dedak padi, jagung
atau hampas kelapa)

Makanan rumusan (pellet) Makanan tambahan

• Saiz makanan rumusan
yang sesuai dengan stok
ternakan:

1) Pellet starter (saiz
±2mm, kandungan
protein ≥32% dan
kebiasannya diberi
kepada benih yang
berumur 1 -2 bulan)

• Saiz makanan rumusan
yang sesuai dengan stok
ternakan:

2) Pellet Grower (saiz ›
2mm, kandungan
protein ≥20% dan
kebiasannya di beri
kepada benih yang
berumur 4 – 5 bulan)

• Saiz makanan rumusan
yang sesuai dengan stok
ternakan:

3) Pellet Finisher (saiz
lebih besar dari Grower,
kandungan protein 18%
- 20% dan diberi kepada
ikan yang berumur 5
bulan sehingga dituai
hasilnya)

Dedak padi • Makanan tambahan perlu
mengandungi kandungan
protein, serat, dan
karbohidrat yang terdiri
daripada sumber
tumbuhan dan haiwan.

• Contoh makanan
tambahan daripada
sumber tumbuhan: dedak
padi, jagung, hampas
kelapa

• Contoh makanan
tambahan daripada
sumber haiwan: rotifer,
artemia, microworm,
bloodworm, moina, dan
daphnia.

Rotifer

Rotifer • Rotifer ialah sejenis
zooplankton yang hidup
di dalam air tawar dan
air masin.

• Diberikan kepada
ternakan dalam keadaan
hidup dan kering.

Artemia • Artemia ialah sejenis
udang bersaiz halus yang
hidup di dalam air tawar.

• Diberikan kepada ternakan
dalam keadaan hidup dan
kering.

• Artemia mudah dibiakkan
di dalam tangki dan
ditetaskan dengan sodium
hypoclorite (klorox).

• Microworm (cacing
halus) ialah sejenis
cacing bersaiz halus yang
hidup di dalam air tawar.

• Diberikan kepada
ternakan dalam keadaan
hidup dan kering.

Microworm

Bloodworm • Bloodworm (cacing
darah) ialah sejenis
cacing bersaiz halus
berwarna merah yang
hidup di dalam tanah
berpasir parit dan kolam.

• Diberikan kepada
ternakan dalam keadaan
hidup.

Moina • Moina ialah sejenis kutu
air yang hidup di dalam
air masin.

• Diberikan kepada
ternakan dalam keadaan
hidup .

• Daphnia ialah sejenis
zooplankton yang hidup
di dalam air berpaya dan
air tawar.

• Diberikan kepada
ternakan dalam keadaan
hidup dan kering.

Daphnia

Bahan - bahan yang diperlukan untuk membiak
cacing microworm:

Roti Telur Yis

• Makanan tambahan yang terdiri daripada
hidupan seni hidup seperti rotifer, artemia,
dan lain-lain perlu dibungkus selepas
penggunaan menggunakan beg plastik, ais,
kotak styrofoam, gas oksigen, dan gelang
getah untuk mengelakkan kematian hidupan
tersebut.

• Memastikan spesis ternakan yang dijalankan.
‒ Keli
‒ Tilapia
‒ Udang Galah
‒ Patin
‒ Puyu
‒ Kerai lampam
‒ Baung

Kadar Faktor-faktor Peringkat
pemberian keperluan tumbesaran
makanan
makanan ikan ternakan

Berat ikan

• Ikan diberi makan pada
satu tempat sahaja
(sebelah tepi kolam)
kerana ikan akan datang
berkumpul di kawasan
tersebut.

Dulang makanan • Bagi ternakan udang
galah, makanan ditabur
sekeliling kolam supaya
ternakan mendapat
makanan dengan
sekata.

• Dulang makanan juga
digunakan bagi
menganggar keperluan
makanan seharian.

Rekod Kadar Penambahan
pemberian penerimaan kadar makanan
makanan
makanan Pengurangan
kadar makanan

• Jumlah stok makanan ternakan diperolehi
melalui buku stok makanan ikan.

• Kedudukan lokasi buku stok makanan ternakan
disimpan di tempat yang ditetapkan supaya
mudah diperolehi dan tatacara perolehan
dipatuhi.

• Pengiraan stok makanan ternakan dikira dengan
cermat dan teliti bagi tujuan mendapatkan
kuantiti akhir baki makanan.

• Stok makanan di dalam stor dikira untuk
memastikan kuantiti akhir yang telah direkod di
dalam buku stok adalah sama.

• Buku stok makanan ternakan dikemaskini setiap
kali kemasukan dan pengeluaran berlaku dengan
betul dan perlu disahkan oleh pihak pengurusan.

Rekod Direkod oleh Umur ikan
persampelan operator
akuakultur Berat purata
ikan ikan

Anggaran
biojisim
ternakan

Nombor kolam

Peralatan yang digunakan untuk mengukur
panjang ikan dalam kerja persampelan ikan:

Pembaris Papan

Peralatan yang digunakan untuk menyukat berat
ikan dalam kerja persampelan ikan:

Bekas Penimbang Sauk
elektronik

Langkah-langkah mengambil persampelan panjang dan berat ikan:

• Tangkap ikan secara rawak sebanyak 50-100 ekor dengan menggunakan sauk.
1.

• Ukur panjang ikan menggunakan pembaris dan papan.
2.

• Sukat berat ikan menggunakan penimbang elektronik
3.

• Catatkan panjang dan berat ikan di dalam rekod persampelan
4.

5. • Buat pengiraan persampelan seperti purata berat dan panjang ikan.

Contoh rekod persampelan

Kiraan
biojisim ikan

Bilangan Berat purata
ikan ikan

Umur ikan Berat ikan Makanan % Jenis

(minggu) (g) makanan

1-6 1 – 60 6 – 10% Starter
Grower
6-9 61 - 95 3% Finisher

9 ke atas 95 ke 2%
atas

Jadual 1: Pemberian makanan
mengikut berat dan umur ikan

FORMULA PENGIRAAN

PURATA BERAT x JUMLAH IKAN HIDUP x
KADAR PEMBERIAN MAKANAN = JUMLAH
KEPERLUAN MAKANAN UNTUK SEHARI

Contoh:
Purata berat 1 ekor ikan: 50g
Jumlah ikan yang masih hidup: 5000 ekor
Kadar pemberian makanan: 10% dari berat
badan
Jumlah makanan yang diperlukan untuk sehari =
50g x 5000 ekor x 10% = 25,000g / 25 kg

Pemberian makanan diberi dua kali sehari. Oleh
itu, 25 kg dibahagi dua menjadikan 12.5 kg
untuk sesi pagi dan 12.5 kg untuk sesi petang.

No. Kolam Jumlah Jenis/ Kekerapan Jumlah

Makanan/ Kelas / Bilangan pemberian/

Hari Pellet Sehari kali

A1 30 kg Finisher 2 X 15 kg

A2 25 kg Grower 2 X 12.5 kg

B1 15 kg Grower 2 X 7.5 kg

Jadual 2: Contoh jadual keperluan
makanan harian/mingguan

AF-034-2 JURUTEKNIK AKUAKULTUR
(TERNAKAN AIR TAWAR)

Tajuk: Modul 5 Rawatan Ternakan
Berpenyakit

NAMA PENSYARAH:
STEPHEN JIMBA A/K ENGGIT

Penyenaraian
penyakit

Kesan Rebakan Diagnosis
penyakit penyakit penyakit

Ikan yang Ikan sebagai Penyakit ikan
boleh pembawa
(carrier)
dijangkiti penyakit
(susceptible

species)

• Penyakit boleh terjadi apabila ikan terdedah
kepada dua faktor iaitu patogen dan alam
sekitar.

IKAN

PENYAKIT

ALAM PATOGEN

SEKITAR

Rajah sniezko menunjukkan kaitan penyakit ikan dengan
patogen dan alam sekitar

• Penyakit yang menyerang bahagian dalaman
tubuh dan organ seperti jantung, hati atau
usus dikenali dengan istilah endotern.

• Penyakit yang menyerang bahagian luar
tubuh ikan keli seperti sirip dan kulit dikenali
sebagai eksotern.

Contoh penyakit endotern disebabkan bakteria yang
menyerang bahagian dalaman ikan (bahagian perut)

Contoh penyakit eksotern disebabkan kulat yang
menyerang bahagian luaran ikan (kulit)

• Sebelum pemeliharaan, kolam tanah perlu dikeringkan dan dikapurkan
untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

1.

• Kualiti air perlu dijaga dalam keadaan yang baik.

2.

• Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang
telah ditetapkan di mana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

3.

• Proses pengumpulan dan pengambilan ikan mesti dilakukan dengan
baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalami kecederaan.

4.

• Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput
haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

5.

• Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku
jangkitan ke atas ikan lain.

6.

• Tidak memasukkan tangan ke dalam air takungan ikan (bagi
mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia
dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan

7. dalam PVC/kanvas/tangki.


Click to View FlipBook Version