The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marlinajpnin, 2020-02-18 05:38:11

Draf Antologi Cerpen Atuk Karya Othman Rasul

DRAF ANTOLOGI CERPEN ATUK_OTHMAN RASUL_PDF

0

KANDUNGAN Muka Surat

Tohmah
Terkulai di Pangkuan
Api
Si Tangan Kecil
Tom
Tamu Dari Medan
Yang Berkaca Mata Tebal
Mencari Kerja
Riki Kucing Siam
Pulang Ke Bumi Hijau
Tok Sidang Busu
Satu Perpisahan
Resah Seorang Murid
Dol Sastera
Rintangan Yang Merintang
Tersingkir
Ketakutan
Sebuah Kuburan
Remaja
Lambaian Terakhir
Pak Usu
Jejak
Dalam Sangkar Emas

1

1. TOHMAH

PETANG yang redup itu ingin dinikmatinya di tepi bekas lombong. Bekas lombong
tersebut terletak hanya kira-kira 300 meter dari rumahnya. Udara di sekitarnya bersih dan
sesekali angin manja menggoyang-goyangkan pokok-pokok renik yang menjulur di tepi
tebing lombong. Airnya berkocak hanya apabila ada tilapia menyambar atau burung
udang yang rakus menyambar anakanak ikan yang menjenguk di permukaan air.

Tuk Mus melontarkan tali pancingnya sejauhjauh yang terdaya. Apabila mata
pancing yang berumpan anak udang tangguk itu telah mencecah air, dia membiarkannya
beberapa ketika sebelum membetulkan regangan tali yang halus itu.

Tuk Mus menumpangkan punggungnya di atas tunggul kayu di sebelahnya.
Tunggul itulah tempatnya berehat sambil memerhatikan tali pancing yang menjunam ke
dasar bekas lombong yang berair biru-jernih itu.

Minatnya memancing atau menjala memang tertanam sejak dulu. Sewaktu kecil
lagi Tuk Mus sudah menahan taut di tepi sawah atau paya. Alangkah gembiranya dia
apabila melihat joran tautnya dibenam-benamkan haruan yang meronta-ronta! Paling
gembira ialah apabila dilihatnya haruan seberat 1.2 kilogram tergayut-gayut dan melibas-
libas di hujung tali unjun.

Mata Tuk Mus tidak terlepas langsung dari tali pancing. Dia menunggu saja kalau-
kalau ada tilapia, lampam, atau tongsan menarik umpannya. Biasanya Tuk Mus tahu
jenis-jenis ikan yang mencuba umpannya. Kalau lampam atau tilapia yang mencuba, tali
pancing tidak begitu segera direnggut. Tuk Mus juga tahu bagaimana melayan ikan-ikan
itu sebelum menyentaknya keluar dari air.

Sebenamya memancing bukanlah mata pencariannya. Dia ke tepi bekas lombong
itu hanya untuk berehat dan menenangkan flkiran. Kalau benar-benar mahukan ikan,

2

lebih baik ia menjala anak-anak tengas daun dan selimang yang banyak berkeliaran di
celah-celah batu sungai di lereng bukit di sebelah barat rumahnya.

Sungai yang jemih aimya itu, walaupun menjadi tempat berkelah pada waktu
siangnya, ketika bulan terang menjadi lebih indah. Anak-anak tengas daun dan selimang
itu berebut-rebut keluar dal'i gaung-gaung dan di bawah longgokan-longgokan batu yang
berlumut itu. Kalau ditebarkan jala ke dalam lubuk-lubuk yang agak dalam sedikit,
pastilah lima atau enam ekor akan terperangkap. Pernah beberapa kali Tuk Mus
mendapat hampir setengah kilogram untuk sekali tebar. Rezeki sebanyak itu lebih
daripada cukup untuk dijadikan lauk selama dua hari.

Sekarang Tuk Mus memancing atau menjala ikan bukan untuk mencari nafkah.
Hartanya sudah banyak. Dia ada saham lombong, saham balak, dan saham kelapa sawit,
di samping memiliki tiga buah rumah batu.

Tuk Mus memang berasa bertuah hidup di atas bumi merdeka ini. Apabila dia
sendirian di tepi bekas lombong itu, fikirannya selalu melayang ke peristiwa lima belas
tahun yang lampau, ketika beliau menjadi seorang Wakil Rakyat. Sekarang segala
peristiwa itu hanya. menjadi kenangan.

Akukah yang pernah bersidang di parlimen dulu? Akukah yang berhujah di
hadapan anggotaanggota parti pembangkang dulu? Akukah yang menggegarkan Dewan
Rakyat dengan isu-isu yang hangat pada ketika itu?

Tuk Mus merenung tali pancingnya lagi. Air yang jemih memaut perhatiannya
seketika apabila melihat bayang-bayang dirinya yang hampil bertinggung di atas tunggul
kayu itu.

Begitu mudah mereka melupakan jasaku, dan begitu senang mereka
melemparkan sesuatu tuduhan. Apa, mereka menyangka menjadi Wakil Rakyat itu
mudah? Tidakkah mereka tahu bahawa aku terpaksa bertungkus-lumus pagi petang,

3

siang malam? Tidakkah mereka sedar bahawa' aku terpaksa menggadai nyawa untuk
membela nasib mereka?

Perhatian Tuk Mus bulat kepada tali pancing yang merenang ke dasar bekas
lombong yang dalam itu.

Ini bekas lombong penjajah. Penjajah sudah menghisap bijih dari bumi kita.
Kekayaan bumi kita ini sudah dikaut oleh penjajah untuk membesarkan tembolok mereka.
Hanya hampas yang ditinggalkan oleh mereka sekarang. Apakah orang-orang kampung
di kawasan ini tidak menyedari segala itu?

Apakah mereka tidak tertikir kalau aku tidak berjuang, sungguh-sungguh bumi ini
akan terus dicengkam penjajah? Tahukah mereka bahawa peluhku telah banyak tumpah
ke bumi kerana mengisi kemerdekaan yang dilaung-laungkan mereka itu? Tidak insafkah
mereka bahawa jika aku berpeluk tubuh saja di dalam Dewan dan di luar Dewan, nasib
mereka tetap akan seperti dulu?

Tuk Mus mengetapkan gigi. Seekor ikan pun belum mahu mencuba umpan
kailnya, seolah-olah semua ikan di situ turut mahu menyingkirkannya.

Sepatutnya mereka mengenang aku mereka hormati dan mereka sanjungi.
Lupakah mereka bahawa tanah untuk tapak rumah mereka itu pun adalah hasil daripada
usahaku yang membawanya kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar? Kalau permohonan tanah ini tidak kuusahakan, sudah tentu mereka tidak akan
berkampung halaman di sini. Sudah tentu mereka berpondok di pinggir-pinggir pekan
kecil itu atau menyewa rumah-rumah usang yang berceranggah di tepi rel kereta api atau
di kawasan-kawasan lembah.

Bukankah aku yang mengubah nasib mereka? Bukankah aku yang
menyelamatkan mereka daripada hidup tak keruan di kawasan sesak dan sempit itu? Ah,

4

sepatutnya mereka sedar bahawa akulah penyelamat mereka, penyelamat bangsaku
juga!

Bukankah aku yang berusaha mendirikan masjid kampung ini? Lihatlah masjid itu.
Begitu besar dan indah. Lengkap dengan permaidani dan pembesar suaranya sekali.
Kipas anginnya berputar ligat sentiasa. Lampu-lampunya berpuluh buah menerangi
mereka yang beribadat. Tapi, apakah mereka sudah melupai jasaku itu?

Kalau mereka mengenang jasaku tak kan mereka sanggup melemparkan tuduhan
yang dahsyat itu. Tak kan mereka melemparkan tohmah yang menghiris jantungku.
Inikah balasannya?

Mujur jugalah aku dikurniai kesabaran oleh Allah. Jika tidak, sudah tentu perkara
buruk akan berlaku. Mujur jugalah imanku masih teguh.

Perbuatan mereka membusukkan namaku terdengar di merata ceruk kampung di
kedai kopi, di tepi jambatan, di rumah orang kahwin, di rumah orang kematian, malah di
tangga masjid.

Anak-anak muda itu apa tahunya? Adakah mereka melihat aku berjuang dulu?
Pernahkah mereka mengkaji dan meneliti detik-detik perjuangan kami pada waktu itu?
Apakah mereka dengar sorakan dan pekikan “Merdeka! Merdeka!” ketika bendera Union
Jack menggelongsor turun?

Umpan anak udang tangguk masih belum disentuh, namun Tuk Mus sedikit pun
tidak khuatir. Telah terpacak dalam fikirannya sejak tadi bahawa kedatangannya ke tepi
bekas lombong tinggal itu hanyalah untuk menenangkan flkiran. Dan anak muda yang
baru melangkahkan kakinya ke tangga universiti itulah yang sentiasa menggalang dalam
benaknya.

5

“Kita tak mahu pemimpin yang rasuah. Pemimpin yang rasuah tak kan kekal.
Tengok bekas MP kita tu. Dah kenyang. Dan buncit sakunya. Sampai mati pun hartanya
tak kan habis basil daripada rasuah,” tekan anak muda itu dengan lantang di depan
hadirin.

Para pendengarnya tercengang dan temganga. Luahan anak muda yang
berambut gondrong dan berbaju batik berbunga-bunga dengan khat nama universitinya
itu tambah memikat. Semua mata tertumpu kepadanya.

“Saudara-saudara kalau memilih ketua, janganlah gunakan hati, tapi gunakanlah
kepala. Kita hendaklah berhaIi-hati dan berwaspada. Kita mahu seorang ketua yang
bersih, cekap, dan amanah.” Anak muda itu terus menggegarkan dewan.

“Tuan Pengerusi.” Ada seorang mencelah sambil menjulangkan tangan.

Pengerusi majlis terdongak. Semua mata tertumpu pula kepada seorang anak
muda yang tergigil-gigil bangun.

“Jangan biarkan sesiapa pun berkempen. Kalau ada kempen bererti cara
pengundian kita tak bersih lagi.”

Siswa muda berpaling dan memandang jelik anak muda yang melarangnya
bercakap itu.

Pengerusi mailis membiarkan anak muda itu meneruskan ucapannya.

“Tuan Pengerusi, saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh
saudara itu.” Semua mata lekat memandangnya pula. “Saudara itu tadi bukan saja
berkempen, tapi menyeret pula hal peribadi orang lain. Dia tak sepatutnya menuduh
bekas MP kita itu rasuah. Dapatkah saudara itu menunjukkan bukti yang sah?”

6

Suasana bertambah tegang. Pengerusi nampak tangan siswa muda menjulang.

“Saudara-saudara sekalian,” kata Pengerusi. “Nampaknya kita dah melencong.
Menurut atur cara kita di papan hitam ialah melantik ketua pergerakan kita. Saudara-
saudara boleh membuat beberapa cadangan dan sokongan. Selepas itu kita undi
beramai-ramai.”

Tuk Mus kenal benar siswa yang menuduhnya rasuah itu. Petang itu juga tohmah
itu sampai ke telinganya. Rasyid, anak saudaranya sendiri yang mengadu.

“Orang kampung percaya kepadanya, Tuk. Dia pandai bercakap,” kata Rasyid.

“Hah, baru sekali balik cuti dah nak tunjuk lagak!” kata Tuk Mus.

“Kalau saya tak bantah, tentu dia meneruskan mhmahnya itu.”

Tuk Mus menggeleng.

“Budak-budak sekarang ni begitulah. Apabila dah diberi peluang masuk universiti,
lain pulak yang dibuatnya. Apakah universitinya mengajar berbuat begitu?”

“Entahlah, Tuk. Saya tak faham.”

“Ada pulak yang tak sepan dan tak menghormati orang tua. Apa mereka fikir
merekakah yang paling bijak?” kata Tuk Mus meletakkan kopiah. Dia mengelap peluh
yang mulai merenik di pelipis. Mukanya merah sedikit.

“Memang dia pandai bercakap, Tuk. Kalau jadi pemimpin, memang terpengaruh
orang dibuatnya.”

7

“Aku tahu, tapi mereka tak menghalusinya sebelum bercakap. Pakai hentam saja.
Tidak memikirkan akibatnya. Aku tahu benar budak tu. Waktu nak minta bantuan buku
dulu, akulah yang menyokongnya. Sekarang dia menuduh aku yang bukan-bukan pulak.”

Muka Tuk Mus bertambah merah. Urat-urat bercabang mula timbul di dahinya
yang agak sulah.

“Tapi pemimpin seperti dia, tak kan kekal, Tuk. Pemimpin palsu. Cakap saja
berdegar-degar.”

“Betul.” Tuk Mus cepat-cepat mengangguk. “Pemimpin seperti itu tidak berjuang.
Tidak seperti kami, pemimpin-pemimpin lama. Kami berjuang bukan saja dengan
semangat, tapi juga dengan tenaga malah jiwa.”

Anak saudara Tuk Mus mengangguk, bersetuju. Tuk Mus memang pemimpin
lama. Dia pemah menjadi seorang Wakil Rakyat. Dialah yang menyampaikan rintihan
dan kepiluan rakyat kepada kerajaan. Dialah salah seorang yang membela nasib kaum
bangsanya sehingga menjadi bangsa yang berperibadi tinggi.

Tapi, adilkah tuduhan itu?

Tiba-tiba tali pancing halus itu direnggut. Mula-mula perlahan, kemudian agak
ganas. Tali pancing yang diregangkan bertambah regang. Joran juga mulai mengangguk-
angguk. Dengan tenang dia menyentak jorannya. Kemudian tali itu digulungnya.
Jorannya mengangguk-angguk apabila kailnya ditarik semakin pendek.

Seekor tilapia besar, hitam berkilat, tergantung dan mengedik-ngedik di hujung
tali. Tuk Mus menariknya keluar dari air dengan hati yang amat puas. Untuk beberapa
waktu perasaan yang terganggu oleh berita daripada Rasyid itu tenang seketika.

8

Kepulangan Tuk Mus disambut di depan pintu oleh isterinya dengan agak
bimbang. Tekanan darahnya menurun.

“Kenapa lewat senja baru pulang? Kalau terjadi apa-apa di tepi lombong itu,
bukankah susah?” tegur isterinya, masam.

“Aku nak tenangkan flkiran. Di situ tak ada sesiapa yang mengutuk aku. Tak ada
sesiapa yang bencikan aku.” Suara Tuk Mus menggigil sedikit.

“Tapi, kan Abang tu sakit. Doktor suruh berehat. Tekanan darah Abang tak banyak
turun.”

“Kalau duduk di rumah, lagi flkiran aku runsing. Bukankah doktor nasihatkan
supaya jangan runsing, flkiran mesti tenang.”

“Kenapa flkiran Abang mesti runsing lagi? Kalau dulu, yalah. Terpaksa memikirkan
hal rakyat dan bermacam-macam hal lagi. Sepatutnya Abang berehat dan bertenang
sekarang. Biarkan politik itu berjalan. Janganlah politik itu merunsingkan Abang lagi.”

Tuk Mus tunduk, menggeleng lemah. Dia tahu isterinya belum memahami
keadaan sebenar. Dan dia begitu kesal kerana sehingga kini isterinya belum juga dapat
memahami perasaannya sebagai seorang ahli politik.

“Awak tak faham, Pah.”

“Apa yang saya tak faham? Saya tahu Abang ahli politik. Pejuang politik, kata
orang. Bertahun-tahun Abang bergiat dalam politik. Banyak jasa yang telah Abang
taburkan kepada rakyat. Rakyat selalu memuji dan menyanjung jasa baik Abang itu.”

Tuk Mus menggeleng-geleng.

9

“Tapi awak tak tahu apa balasan yang saya dapat”

Wan Pah terpegun sebentar. Matanya tepat memandang wajah Tuk Mus yang
hambar dan kecewa itu.

“Apa maksud Abang?”

“Rasyid dah beritahu aku. Rupa-rupanya orang-orang kampung ini berpura-pura
saja. Di depan aku mereka memuji, menghormati, dan menyanjung. Tapi di belakang aku
mereka menuduh yang bukan-bukan. Mereka sebarkan tohmah.”

“Saya tak pernah dengar pulak. Apa, Abang percaya cakap Rasyid?”

“Aku percaya. Aku sendiri dah dapat merasakan. Aku sendiri dah nampak
daripada wajah-wajah mereka itu.”

“Apa kata mereka?” Wan Pah semakin ingin tahu punca yang menyebabkan Tuk
Mus selalu menyendiri semenjak akhir-akhir ini.

“Mereka tuduh aku rasuah!” kata Tok Mus, lemah.

Wan Pah terdiam sebentar. Memang tidak diduga tuduhan sedemikian akan
dilemparkan kepada suaminya. Tok Mus berpolitik dar memimpin semenjak merdeka lagi.
Dihar%inyg segala ranjau dan liku politik dengan tabah dar berani.

“Abang seorang pemimpin, bukan?” Wan Pah berkata.

Tuk Mus mengangguk.

“Setiap pemimpin mesti berkorban, bukan?”

10

Tuk Mus mengangguk lagi.
“Kalau dulu lagi Abang dah berkorban, kenapa Abang gentar sekarang? Tohmah
terhadap Abang itu sebenarnya adalah cabaran daripada pengorbanan Abang selama
ini. Dan setiap cabaran itu bukankah mainan pejuang seperti Abang?”
Tuk Mus tersentak. Tidak disangkanya Wan. Pah mampu menilainya begitu. Kata-kata
itu sekurang-kurangnya mengembalikan semangatnya. Dia mulai yakin tohmah itu
memang cabaran daripada rakyat yang pernah diperjuangkan nasibnya.
Dan dia terbayang air bekas lombong yang tenang, umpan kailnya yang direnggut,
dan ikan yang meloncat. Dia tersenyum.

11

2. TERKULAI DI PANGKUAN

Ia menguap di depan kaca TV. Kelopak matanya terasa berat. Rancangan-rancangan
yang ditayangkan tidak menarik lagi. Ceritanya terlalu hambar dan menjemukan. Tidak
seperti rancangan-rancangan petang tadi yang penuh dengan peristiwa-peristiwa cemas
dan genting. Cerita-cerita kartun sang tikus mengenakan kucing, robot-robot merobohkan
bangunan-bangunan, makhluk-makhluk asing dengan rancangan mereka, si kenit
berkawan dengan monyet, dan sebagainya. Semuanya ini sungguh menarik hati Lina.
Sungguh mempesonakannya.

Malam masih muda benar. Senja baru sahaja pupus. Tetapi Lina merasakan
malam yang gelap terlalu lambat berengsot, sama seperti siput babi menaiki pagan Dan
betapa pendeknya siang. Cuma beberapa waktu sahaja matahari cerah, selepas itu
hilang semula ditelan gelap malam yang panjang. Segala-galanya kaku dan beku
sekarang. Tidak seperti siang yang semuanya berjalan dengan lancar dan riang.

Dia memujuk matanya semula ke arah kaca TV itu. Tayangan hiburan yang tak
difahaminya itu masih berlangsung dengan lancar. Tak menarik sekali. Berkisar hanya di
luar lingkungan alamnya. Tidak menarik minatnya, sungguhpun bunyi tawa penonton
undangan dalam TV tetap bergema, menggelikan hati.

Menguap lagi dia. Ah, sungguh membosankan! Fikimya lagi sambil menggenyeh-
genyeh matanya. Hendak pergi tidur saja sekarang? Ah, terlalu awal! Ia lalu menyandar
dan melunjurkan kaki menghadap peti TV. Hanya itulah temannya malam itu. Ia
kesunyian benar sekarang. Lalu teringat akan pesanan ibunya senja tadi.

“Lina, kalau nak tidur, tidurlah dulu. Jangan tunggu Emak dan Abah. Emak dan
Abah lambat pulang. Majlis tu lambat habis, tau.”

Berasa keseorangan, Lina menoleh pula ke pintu menuju ke dapur. Kalau-kalau
nampak Mak Cik Yam, orang gaji. Tetapi ia juga tidak kelihatan. Barangkali sibuk di dapur

12

mencuci pinggan mangkuk atau menyapu lantai. Kepada Mak Cik Yam pun Emaknya
ada berpesan:

“Yam, kalau Lina nak tidur, suruh dia tidur dalam biliknya. Saya barangkali lambat
pulang. Majlis tu tentu memakan masa. Maklumlah, majlis bersara. Semua orang tentu
nak berucap.”

Lina tau majlis yang akan dihadiri oleh Emak dan Abahnya itu adalah majlis orang-
orang besar. Semuanya berpangkat dan kebanyakannya bergelar. Cuma Abahnya masih
dipanggil orang “Encik”. Walaupun Abahnya belum bergelar apa' apa, tetapi dia tahu
Abahnya itu kadang kala lebih sibuk dan giat daripada orang-orang yang bergelar itu.
Abahnya lebih kerap tidak ada di rumah. Memang Abahnya orang penting juga. Banyak
kenalan pula. Tentu satu hari nanti orang akan memanggil Abahnya itu “Datuk” atau
sebagainya.

Namun begitu, hati Lina sentiasa kosong. Dia selalu berasa keseorangan. Dia
berasa ada sesuatu yang mengosongkan hatinya. Lina sedar dia semakin tidak
mendapat cukup perhatian daripada Abahnya. Sejak kebelakangan ini ciuman Abahnya
jarang-jarang benar diterimanya. Abahnya sibuk dan sibuk. Ibunya selalu
memberitahunya bahawa Abah adalah orang penting. Sentiasa sibuk ke sana ke mari.
Pernah berhari-hari lamanya meninggalkan rumah terbang ke luar negeri mengurus hal-
hal negara dan rakyat.

Mata Lina terpaut pada sekeping gambar foto berwarna dalam bingkai besar yang
tersangkut pada dinding. Dia mendongak. Itu gambar terbaru keluarganya. Abah
kelihatan berdiri segak di samping Emak yang duduk sopan. Dia sendiri duduk di
tengahnya berjuntai kaki, memandang tepat ke lensa kamera. Gambar itu sungguh besar
dan terang. Boleh nampak jelas dari ruang tamu.

Dan Lina mulai mengelamun. Oh, alangkah seronoknya kalau benar-benar
macam di gambar itu! Betapa seronoknya kalau setiap masa berada begitu.

13

Berdampingan dengan Abah dan Emak selalu. Boleh bermanja-manjaan semahu-
mahunya.

Lina terlena di atas kerusi empuk dengan kepalanya terlentok. Mak Cik Yam
datang dan mematikan suis TV. Badan Lina diangkat. Dia diletakkan perlahan-lahan di
atas katil. Diselimutkan. Kemudian Lina ditinggalkan lagi seorang diri. Sebelum menutup
daun pintu bilik, Mak Cik Yam memandaiig Lina sebentar dengan pandangan keibuan
yang penuh hiba. Sambil menggeleng dua kali, daun itu ditutupnya perlahan-lahan.

Mata Lina terbuka luas apabila tersentuh panahan cahaya matahari yang
menjunam menerusi tingkap. Dia melongsor dari katilnya, terus ke bilik tidur Abah dan
Emak di sebelah. Tapi hampa juga. Tiada seorang pun di dalam bilik itu. Emak sudah
lama turun ke halaman menyiram pokok-pokok bunga. Memang telah menjadi kegilaan
bagi Wan Munira menyiram bunga-bunga itu dahulu sebelum maluk ke bilik air. Lina
memang tahu Emaknya itu gila bunga. Dan setiap pagi begini bunga itu lebih penting
daripada Lina sendiri.

Pagi itu Wan Munira bangun lebih awal daripada biasa. Encik Lazim hendak ke
luar kota. Dia terpaksa bertolak awal menuju ke sebuah pekan kecil yang seratus
kilometer jauhnya untuk menghadiri satu majlis dialog. Pada sebelah petangnya pula dia
dijadualkan merasmikan bangunan koperasi serbaguna pekan kecil itu. Hingga larut
malam baharulah dia akan sampai semula di rumah.

Tapi, bagi Wan Munira, kesibukan suaminya itu tidak menjadi hal kepadanya. Dia
sudah biasa ditinggalkan. Dia cukup memahami akan keadaan itu. Kesibukan suaminya
itu telah membawa perubahan besar dalam hidupnya. Mereka telah dapat mengumpul
harta sedikit sebanyak hasil daripada kecekapan Encik Lazim sendiri.

Petang itu Lina dibawa Emaknya bermain buaian di pekarangan rumah. Lina
sangat gembira. Kesempatan begitu bukan selalu didapati. Sambil tertawa sambil dia

14

berbuai. Langit merah di sebelah bukit sana menjadi latar belakang yang menakjubkan.
Semakin laju ayunan semakin menggerbang rambut Lina.

“Hari jadi Lina, bila Mak?” Lina teringat tiba-tiba pada hari jadinya.

“Seminggu lagi hari Rabu depan.”

“Tentu banyak kawan Lina datang, ya Mak?” “Oh, dah tentu! Memang Emak
panggil banyak kawan Lina.”

Wan Munira sedar bukan kali ini sahaja Lina bertanyakan hari jadinya itu. Memang
dia akan mengadakan majlis itu lebih meriah pada tahun ini. Dia akan mengundang
semua anak jirannya. Dia akan mengundang anak-anak kenalan Encik Lazim juga.
Tahun ini tahun bertuah. Membawa rezeki besar kepada keluarga mereka. Encik Lazim
telah bertungkus-lumus sebilang waktu.

Pagi minggul Lina sungguh riang. Waktu turun tangga dia nampak Abahnya
sedang duduk bersandar di sofa di ruang tamu. Tetapi mukanya dilindungi lembaran-
lembaran akhbar. Tentu Abah baca berita-berita penting. Tentu dia mahu baca berita dia
berucap di majlis perhimpunan dua hari lalu. Lina tahu surat khabar selalu menyiarkan
berita dan gambar Abahnya besar-besar. Di kaca TV juga gambar Abahnya selalu
mendapat tempat.

Dalam bulan itu Abah cukup sibuk. Tidak seperti bulan-bulan sebelumnya. Lina
tak pasti entah kenapa. Kadang-kadang ada tauke-tauke berkereta besar datang ke
rumahnya. Abah sangat gembira dan tertawa terbahak-bahak bersama dengan tauke-
tauke besar itu. Ada kalanya Abah keluar rumah dan pulang jauh-jauh malam. Esok
paginya pun Abah tertawa terkekeh-kekeh dengan Emak. Nampaknya Emak senang hati
sekali.

15

Sebiji bola getah merah besar yang baru dibeli petang semalam sungguh
menyenangkan hati Lina. Dengan bola itu ia bermain. Melambung, menyambut, melontar,
dan menendang sendirian dalam ruang tamu itu. Bola bergolek ke bawah meja. Melantun
dan bergolek pula melompat-lompat menuruni anak-anak tangga batu, terus keluar ke
bawah kereta. Lina mengejar bola itu.

Kereta Encik Lazim memang ditinggalkan di depan pintu rumah pada hari itu. Hari
minggu dia tidak mahu menyusahkan drebarnya. Dia mahu sendirian berpeleser di
pinggir kota bersama dengan anak dan isterinya pada petang nanti.

Tiba-tiba telefon yang kaku di atas meja menjerit panjang dan lantang. Wan Munira
lantas mengangkat gagangnya. Dia bercakap sesuatu melalui telefon itu.

“Abang, Datuk Abu nak bercakap.”

Encik Lazim yang sejak tadi tenggelam di bawah lembaran akhbar, bangun lalu
terus menjawab panggilan Datuk Abu. Kelihatan dia menepuk-nepuk dahi, kesal. Rupa-
rupanya dia telupa akan janjinya dengan Datuk Abu. Pada pagi itu sepatutnya dia
bersama dengan Datuk Abu harus berada di rumah Tauke Leong yang menjanjikan
sesuatu untuk mereka berdua. Tauke itu juga berjanji hendak menjamu mereka makan
tengah hari di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Ya, terlupa benar dia! Sekarang
sudah terlambat, tapi tak mengapa. Masih ada waktu. Dia tahu, Tauke Leong tak kan
lupa akan janjinya.

Okey, sekarang I datang. Sorrylah, Datuk. I terlupa.” Pantas Encik Lazim
bercakap. Wan Munira memerhatikan saja suaminya yang tergesa-gesa ke bilik atas
hendak menukar pakaian. Gerak-geri sedemikian tidak menghairankannya lagi. Tidak
perlu tanya-tanya lagi. Sudah tentu ada hal penting dengan Datuk Abu. Dia sendiri tidak
perlu meragui kejujuran suaminya itu.

16

Menuruni anak-anak tangga Encik Lazim lakukan dengan agak pantas. Dia berasa
bersalah benar kerana terlupa akan janji dengan Datuk Abu dan Tauke Leong itu. Entah
kenapa pula janji itu berada di luar ingatannya pagi itu. Tapi tak mengapa Waktu masih
ada.

Encik Lazim membuka pintu dengan pantas lalu melompat masuk ke keretanya.
Dia terus menghidupkan enjin tanpa menoleh-noleh lagi. Dia mengundurkan keretanya
dengan pantas sambil menjeling jarum jam di pergelangan tangannya

Encik Lazim terasa keretanya terhenjut, melanggar sesuatu benda. Lalu, satu
jeritan nyaring terdengar menumbuk anak telinga. Bulu roma Encik Lazim meremang dan
darah terasa melonjak. Dia mendengar jeritan yang memilukan, lalu melompat keluar dari
keretanya. Sekujur tubuh montok terbaring di tepi longkang. Dia berkejar lalu merangkul
tubuh yang sedang mengerang kesakitan itu.

“Lina! Oh, Lina!!” jerit Encik Lazim

Di sisinya darah panas sudah bertakung. Di kepalanya masih mengalir darah
membasahi baju Encik Lazim. Encik Lazim terkaku. Wajah Lina tak dapat dilihatnya lagi
dengan jelas. Darah terus mengalir hidung dan mulut Lina yang terbuka perlahan-lahan.

“Abah..., kenapa Abah langgar Lina...? Kenapa, Abah?” Suara Lina putus-putus.

Encik Lazim mahu menjerit, tetapi lidahnya kelu. Sebentar kemudian, Wan Munira
dan Mak Cik Yam dalam raungan menerpa datang. Tetapi tubuh Lina sudah kaku. Dan
mata Encik Lazim terpaut pada bola getah merah besar di tepi longkang yang petang
semalam baru dibelinya Sebagai sebahagian daripada hadiah hari jadi Lina Yang ketiga.
Dan sekarang Lina sudah terkulai di pangkuannya.

17

3. API

MELIHAT asap yang masih melingkar naik itu, Bustam bertambah riang. Dia terlompat-
lompat dan terkinja-kinja. Sambil melompat dia bersorak dan bertepuk tangan. Badannya
yang berlengeng, berpeluh dan berkilat-kilat seperti berlumur minyak.

“Hore! Kapal! Kapal!!”

Tiada sesiapa pun menghiraukannya.
“Hore! Kapal! Kapal!!”

Tiada sesiapa pun menghiraukannya.

Bustam tetap terlompat-lompat dan terkinja-kinja. Dia melonjak-lonjak keriangan
di bawah sinar yang terik. Peluhnya meleleh membasahi badan. “Mana kapal?” sergah
Mardinah yang sekelip mata sudah berada tercegat di sisinya. Matanya memandang
tepat Bustam. “Itu, itu bukan kapal!” Lonjak lagi Bustam, kegirangan. Telunjuknya lurus
menuding ke arah lingkaran-lingkaran asap putih yang menjulang ke langit.

“His, itu bukan kapal!”

“Ya, itu kapal! Kapal berlabuh.”

“Bukanlah! Itu bukan kapal. Itu rumah kita. Rumah kita dah hangus kau bakar,”
sambut Mardinah dengan suara yang agak keras.

Bustam berhenti melonjak. Dia menoleh dan mendongak. Wajah Mardinah,
kakaknya, ditenungnya tepat-tepat. Wajah itu tiba-tiba saja mematikan keriangannya.

“Apa? Itu rumah kita?”

18

“Ya, engkaulah yang membakar rumah kita. Tengok, semuanya dah jadi arang.
Kita tak berumah lagi.” Mardinah mendengus.

Bustam melontar pandangannya lagi ke arah Hngkaran asap yang panjang
memanjat langit itu.

Bustam biasa benar dengan asap seperti itu. Asap yang memanjang menjalar ke
langit seperti itu selalunya kelihatan di balik bukit. Kalau asap seperti itu kelihatan,
tentulah ada kapal melintas. Apabila ada kapal yang melintas, pastilah Bustam akan
melompat-lompat kegirangan, terlonjak-lonjak dan terlompat-lompat.

Tetapi, asap yang dilihat pada kali ini rupa-rupanya bukan asap kapal.

“Tengok, apa dah jadi?” sambung Mardinah lagi. “Sebab engkaulah rumah kita
terbakar. Kakak larang jangan main api pelita tu, tapi engkau degil. Kau main api pelita.
Sekarang apa dah jadi, hah? Kita tak berumah lagi.”

Bustam melangut memandang kakaknya yang selalu becok-becok. Apakah kakak
benar-benar marah? Memang semenjak mula lagi kakaknya suka marah-marah. Dia
tidak mengerti kenapa tiba-tiba api besar menyambar rumahnya. Dia masih terbayang
akan emaknya mendukungnya dan berlari-lari gila keluar. Kemudian, seluruh penduduk
kampung datang ribut-ribut berlari ke sana ke mari. Api besar itu memarak dan berjangki-
tjangkit mengeluarkan bahang.

Selepas itu, Bustam dibawa ke bawah surau ini. Dan dari sinilah dia nampak asap
itu melingkarlingkar, melira-lira naik ke udara.

“Mana kita ada rumah lagi?” tegas Mardinah.

"Ini?”

19

“Ini bukan rumah kita. Ini surau!” Mardinah masih cuba melayan pertanyaan
adiknya yang baru berusia empat tahun itu.

“Rumah ini cantik.” “Yalah, rumah ini memang lebih cantik daripada pondok kita,
tapi ini bukan rumah kita, tahu?” Mardinah meradang. “Kita duduk di sini?” “Kita tumpang
di sini sekejap saja. Lepas itu tak tahu ke mana.”

Bustam memandang bungkusan-bungkusan kain di bawah surau. Dia nampak
juga beberapa helai lagi tersidai di sana sini. Sehelai tikar mengkuang yang cabik-cabik
terhampar di atas tanah. Ada tin-tin dan karung-karung plastik di atasnya.

Sewaktu Mardinah menarik adiknya itu berteduh ke bawah surau, terdengar suara
beberapa orang sedang menuju ke arahnya. Orang-orang itu datang secara berkumpulan
yang diketuai oleh seorang lelaki berpakaian seragam coklat muda dan bertopi.
Badannya agak gempal, melangkah dengan penuh yakin dan dihormati oleh orang-orang
yang mengiringinya.

“Ini juga mangsa kebakaran itu, Tuk Penghulu?” tanya lelaki yang berpakaian
seragam coklat muda itu.

“Benar, Yang Berhormat. Kami tempatkan mereka di surau ini buat sementara.”

“Kedua-dua orang tua budak-budak ini di mana?”

“Bapa budak-budak ini memang tak ada, Yang Berhormat. Dah lama meninggal.”

“Emaknya?” Lelaki yang bergelar Yang Berhormat itu menyoal lagi.

Tuk Penghulu menghampiri Mardinah pula. Mungkin Mardinah dapat
menjelaskannya.

20

“Emak engkau mana?”

“Dia di sana.” Mardinah menuding ke arah puntung rumahnya yang masih
berasap.

“Apa dibuatnya di situ?”

“Nak cari barang-barang, kalau-kalau ada yang tinggal lagi.”

Lelaki berpakaian seragam coklat muda dan bertopi itu memperhatikan keadaan
sekitar. Pandangannya tertebar ke arah kain-kain yang tersidai dan bergantung di bawah
surau. Tikar yang cabik-cabik, tin-tin, dan karung-karung plastik itu juga menjadi sasaran
matanya sekali lalu. Mardinah juga tidak lepas daripada leretan matanya sebelum
memandang sekilas lalu ke arah tubuh Bustam yang berlengeng.

“Punca kebakaran ini memang tidak diketahui, ya, Tuk Penghulu?” tanya Yang
Berhormat sekali lagi kepada Tuk Penghulu. Tetapi Tuk Penghulu berasa tidak perlu
menjawab lagi kerana soalan itu hanya soalan ulangan. Lalu dia menggeleng-geleng
saja.

Sebenarnya Yang Berhormat Encik Munawir, Wakil Rakyat kawasan itu, sudah
pun ditaklimatkan awal-awal lagi oleh Tuk Penghulu. Tuk Penghulu Kassim telah pun
merekodkan butirbutir yang agak terperinci tentang jumlah rumah Yang terlibat, jumlah
penduduk yang menjadi mangsa, jumlah mangsa lelaki, jumlah mangsa perempuan,
kanak-kanak, dan anggaran kasar kerugian yang hangus disebabkan pukulan api: yang
memusnahkan hampir seperempat Kampung Pulau Bukit Kera.

Cuma punca kebakaran itu tidak dapat dijawabnya dengan tepat kerana sehingga
ini belum sesiapa pun yang tampil memberitahunya punca yang sebenar, melainkan dia

21

mendengar cakap-cakap penduduk yang menghubungkannya dengan api pelita minyak
tanah.

Di dalam kepala Yang Berhormat Encik Munawir memang api pelita minyak tanah
itulah yang berkemungkinan besar menjadi punca kebakaran, kerana nahas itu berlaku
pada kira-kira pukul 9:00 malam.

Jika kebakaran itu berpunca daripada api pelita minyak tanah, maka perkara itulah
yang amat mengganggu ketenteraman perasaannya. Dan perkara itu jugalah yang
sentiasa melibas-libas benaknya sehingga pertanyaan tentang punca kebakaran itu
berulang di bibirnya. Apakah benar punca kebakaran yang pahit itu datangnya daripada
api pelita minyak tanah?

Sambil merenung asap yang masih melingkar naik ke langit, Yang Berhormat
Encik Munawir cuba melembutkan rasa terbuku di dalam dadanya.

Dia berasa kesal kerana api pelita minyak tanah itu telah mendahului pencapaian
hasratnya. Hasrat yang telah lama terpendam selama ini adalah hendak membekalkan
tenaga elektrik secukupnya ke kampung itu. Dan hasratnya itu belum pun satu peratus
terlaksana, api pelita minyak tanah itu telah meruntun jiwanya.

Kebakaran yang berpunca daripada api pelita minyak tanah itu akan menjadi isu
besar penduduk Kampung Pulau Bukit Kera. Permohonan bekalan elektrik ke kampung
itu bukan sahaja berkali-kali telah dikemukakan kepada wakil mereka dati Tuan DO,
malah rungutan pernah disiarkan dalam akhbar juga.

Rungutan dalam akhbar itu, biarpun enam sentimeter saja panjangnya, tetapi
tersebar Iuas ke seluruh pelosok negara. Rungutan itu bukan saja dibaca oleh para
penduduk kawasan, malah dibaca oleh rakyat banyak, termasuk Wakil-wakil Rakyat di
kawasan lain dan oleh para Menteri Kabinet juga. Yang dikhuatiri sekali adalah rungutan
itu tidak sebesar mana, tetapi ekorannya akan menjadi besar, merebak-rebak macam api

22

sehingga menimbulkan tohmah jahat yang bukan-bukan pula. Inilah yang merusuhkan
hati dan perasaan.

Sebenarnya, rancangan hendak membekalkan tenaga elektrik ke Kampung Pulau
Bukit Kera itu adalah sebuah janji yang Pernah diucapkan' Janji itu dipegang teguh oleh
para penduduk. Semenjak janji itu disimpul, para penduduk pun terlonjak keriangan. Dan
mereka menunggu saja cahaya elektrik itu akan menggantikan cahaya pelita minyak
tanah yang malap.

Tetapi sayangnya para penduduk Kampung Pulau Bukit Kera tidak faham. Mereka
tidak mengerti kenapa rancangan itu tidak dapat dilaksanakan. Mereka masih tidak mahu
percaya biarpun berkali-kali dikatakan bahawa kesan inflasi dunia telah memerosotkan
pendapatan negara. Mereka masih mencebik walaupun dijelaskan bahawa negara
sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Apakah mereka tidak nampak kesan-kesan
kemelesetan ekonomi dunia kepada ekonomi negara?

“Yang Berhormat, kami tak tahan lagi menunggu. Kami mahu api elektrik ke
kampung kami disegerakan.” Pernah salah seorang penduduk bersuara apabila Yang
Berhormat Encik MunaWir mengunjungi kampung itu.

“Rancangannya memang ada, tapi projek ini terpaksa ditangguhkan dulu.
Ekonomi negara kita belum pulih.”

“Tapi Yang Berhormat, kampung seberang semuanya dah menikmati api elektrik.
Kenapa kampung ini belum? Adakah sebab kedudukan kampung ini terpencil?”

“Tuan-tuan bersabarlah dulu. Saya sebenarnya berusaha bersungguh-sungguh,
tapi peruntukan belum ada,” balas Yang Berhormat dengan menekankan perkataan
“belum” sambil terus memaniskan muka.

23

Yang Berhormat Encik Munawir memang menyedari kegelisahan orang-orang di
Kampung Pulau Bukit Kera. Dia tahu pelita minyak tanah tidak sepatutnya ada lagi di
kampung itu sedang arus pembangunan melanda seluruh negara. Dia juga cukup faham
bahawa cerahnya Kampung Pulau Bukit Kera akan cerah bersama dengan harapannya
yang tersemat di dada.

Tetapi, para penduduk Kampung Pulau Bukit Kera masih belum mengerti juga.
Mereka mahu segera bekalan elektrik. Mereka mahu segera menikmati seperli apa yang
dinikmati oleh penduduk kampung di seberang. Mereka mahu memiliki televisyen, kipas
angin, dapur elektrik, cerek elektrik, mesin kelapa elektrik, mesin pelumat elektrik, dan
bermacam-macam lagi.

Segala usaha telah dilakukan untuk memenuhi keperluan para penduduk. Dalam
mesyuarat perancangan dan pembangunan daerah, banyak juga perkara yang dibawa
untuk membangunkan Kampung Pulau Bukit Kern. Projek-projek kecil, seperti
pembinaan jalan dua meter, surau, jambatan, dan perigi telah lama dilaksanakan.
Semuanya itu memberikan kemudahan dan keselesaan kepa. da para penduduk. Mereka
tentu sudah bersyukur.

Tetapi, kenapa projek bekalan api elektrik menjadi isu pula? Kalau benarlah api
pelita minyak tanah yang menyebabkan kebakaran di kampung itu, sudah pastilah
perkara ini akan memberi tamparan yang hebat. Seluruh penduduk akan menyalahkan
Yang Berhormat Encik Munawir kerana mengabaikan projek yang mereka tunggu-
tunggu. Mereka akan terasa dianaktirikan. Mereka akan melemparkan tuduhan yang
bukan-bukan. Rungutan dan kekesalan itu akan berbunyi lagi di ruangan-ruangan
akhbar.

Sebenarnya mereka tidak mengerti beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh
seseorang Wakil Rakyat, fikir Yang Berhormat Encik Munawir. Mereka hanya nampak
masalah yang dihadapi mereka, tetapi mereka tidak nampak masalah-masalah dan
kerenah-kerenah yang terpaksa dihadapi oleh seorang Wakil Rakyat. Terlalu banyak

24

masalah dan terlalu banyak rintangan yang mesti ditempuh. Kadang-kadang masalah
dan rintangan itu tidak berkaitan langsung dengan tugas pokok yang diamanahkan.
Umpamanya, Yang Berhormat Encik Munawir sendiri pernah diminta mencarikan
pekerjaan untuk anak salah seorang penduduk.

Mereka tahu mencari kelemahan seseorang saja. Mereka fikir Wakil Rakyat tidak kuasa
bersusah payah dan ambil pusing. Padahal projek bekalan elektrik ke Kampung Pulau
Bukit Kera itu timbul dalam setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Dan
Wakil Rakyatlah yang banyak menyuarakan darihal projek itu. Sebenarnya Wakil
Rakyatlah yang benar-benar ingin melihat projek-projek kerajaan sampai ke pangkuan
para penduduk kawasannya. Tetapi apa daya? Mereka masih tidak mengerti juga!

Petang nanti Menteri pula akan datang melawat. Dia akan menemui mangsa kebakaran.
Dia akan melihat sendiri tunggul-tunggul dan puntung-puntung yang masih berasap. Dia
akan berbualbual dan bertanyakan khabar dan masalah para penduduk Kampung Pulau
Bukit Kera. Dia akan mendengar sendiri keluhan dan keresahan mangsa kebakaran.

Isu bekalan api sudah tentu menjadi topik hangat. Mangsa kebakaran akan
mengeluarkan isi hati dan perasaan mereka. Mereka tentu akan mengadukan hal
kelambatan bekalan elektrik ke kampung mereka. Tentu akan ada mangsa kebakaran
yang memberikan sebab kenapa rumah mereka hangus dengan tiba-tiba. Pelita minyak
tanah akan dijadikan punca nahas itu berlaku.

Pemberita akhbar akan menjadikan isu itubbahan panasnya. Esoknya akan
terpampang pada dada akhbar tajuk berita yang berbunyi: 200 KELUARGA HILANG
TEMPAT BERTEDUH. Atau mungkin tajuk itu berbunyi: 10 BUAH RUMAH HANGUS
DIJILAT API. Atau mungkin tajuk itu berbunyi: API PELITA MUSNAHKAN 10 BUAH
RUMAH.

Berita ini akan tersebar luas ke merata pelosok negara. Seluruh negara akan tahu:
Kebakaran di Kampung Pulau Bukit Kera itu berpunca daripada api pelita minyak tanah.

25

Dan dalam hati mereka akan bertanya: Kenapa penduduk kampung itu masih
menggunakan pelita minyak tanah? Kenapa bekalan elektrik tidak sampai ke kampung
itu? Kenapa? Dan kenapa?

“Kakak, burung besar! Burung besar!!” Lonjak Bustam saran menunjuk ke arah
langit.

“Mana?”

"Tu!"

Mardinah datang mendekati adiknya. Dia mendongak memandang arah puncak
kayu di kaki bukit. Sinar matahari terik memedihkan matanya.

“Mana ada burung besar?”

“Tu!” sambut Bustam. Matanya tegak memandang pesawat yang sedang berlegar
di udara.

"Itu bukan burung. Itu helikopter!”

“Bukan burung besar? Ohhh!” Mulut Bustam terlopong. Matanya terbeliak besar.
Helikopter itu semakin jelas menunjukkan badan dan kipasnya. Bunyi jenteranya
membingitkan. Bustam menekup kedua-dua kuping telinganya.

“Kak! Dia terbang rendah lagi. Rendah lagi!”

Mardinah memerhatikan saja pesawat itu menjongketkan ekomya.

“Tengok, Kak! Dia berpusing lagi!”

26

Mardinah memerhatikannya berlegar-legar di udara Kampung Pulau Bukit Kera.
Sebentar kemudian. pesawat itu terbang semakin rendah dan oudah jelas tulisan yang
pada dinding pesawat. Dua orang penumpangnya memandang ke bawah.

“Tengok, Kak! Dia hendak turun!”

Kedatangan pesawat itu seolah-olah membawa taufan. Kipas helikopter yang
berputar ligat itu menguakkan daun-daun kayu, dan melentok-lentokkan pokok-pokok
renik. Daun-daun kelapa terkipas-kipas dan daun-daun yang luruh beterbangan semula
ke udara.

Akhirnya, pesawat itu mendarat di kawasan lapang berhampiran dengan surau.
Rombongan Yang Berhormat Encik Munawir berkejar datang.

Mereka tidak menyangka helikopter itu akan mendarat di situ. Para penduduk juga
bertumpu ke arah pesawat yang baru menjejakkan rodanya di bumi di Kampung Pulau
Bukit Kera.

“Kakak. kenapa helikopter itu turun di sini?”

“Ada orang besar datang. Menteri. Dia datang dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur
itu jauh.“

“Kenapa dia datang. Kak?"

“Din datang nak tengok kitalah."

“Nak tengok kita?” Bustam agak terperanjat kepalanya dijengukkan hendak
melihat dengan lebih jelas lagi pintu pesawat yang sedang terbuka. “Oh, orang itu datang
nak tengok kita, Kak?" Lonjak Bustam.

27

“Fasal engkaulah."
“Fasal Tam?”
“Ya, fasal engkaulah! Engkau puncanya,” balas Mardinah sambil memandang
pintu helikopter yang darinya keluar seorang yang berpakaian serba biru gelap, berkaca
mata hitam. Dia diikuti oleh dua orang lagi yang mengepit sesuatu dengan membimbit
sesuatu.
Bustam memandang kakaknya. Kata-kata kakaknya itu membuat dia tergamam,
lulu menagaru kepala. Barulah dia teringat akan pelita minyak tanah yang tumbang di
depannya ketika dia hendak membesarkan sumbunya.

28

4. SI TANGAN KECIL

SETELAH mendaki dan menuruni bukit sekitar kawasan rumahnya pada pagi itu, Puan
Jasmah tidak terus ke bilik air untuk mandi. Badannya tidak berpeluh, tetapi dapat
dirasakannya panas wap tubuhnya sendiri. Nafasnya agak kencang, tetapi dia tidak
tercungap seperli kalau dia melompat tali skipping.

Dia berdiri lurus-lurus menghadap rimbunan pokok orkidnya. Dia
mengembangkan dadanya, berjengket, sambil mendepangkan kedua-dua belah
tangannya. Nafasnya dihela semampunya, kemudian dihembuskan sambil menurunkan
tangan dan mengincupkan dadanya. Tumitnya mencecah bumi. Dia melakukannya
berulang-ulang.

Matanya melurut memandang dadanya yang masih menjongket. Terasa
kebanggaan menyelubungi hatinya. Sederap itu juga ingatannya melayang kepada
suaminya yang masih enak tidur di bilik.

Pagi masih dingin, dan biarkan dia tidur sepuasnya. Jangan ganggu dia. Tidumya
lewat malam tadi kerana menonton tayangan larut malam di TV Biarkan dia berehat,
kerana sepanjang minggu dia memerah otak dan tenaga. Otak dan tenaga fizikal yang
terpaksa dicurahkan kepada masyarakat dan negara itu mainan hariannya.

Bunga orkid merah ungu bercampur putih itu menyedapkan matanya. Seketika
kemudian dia sudah berada di sisi rimbunan orkid tersebut, menjirus, merawat, dan
menggemburkan tanahnya. Orkid-orkid itu subur hidupnya. Memang sudah menjadi
kegilaannya menanam pokok-pokok bunga itu di kawasan rusuk rumahnya.

Udara pagi masih menenteramkan hatinya. Sebentar lagi panas matahari akan
melimpahi seluruh kawasan rumah dan sekitarnya. Dia tersenyum sendiri apabila berasa
hatinya secerah pagi minggu itu.

29

Berat badannya telah dapat dikurangkan sebanyak dua kilogram dalam tempoh
enam bulan. Kalau dia terus berjalan kaki mendaki dan menuruni bukit kecil di luar pagar
rumahnya itu pada setiap pagi, dia yakin beberapa kilogram lemak lagi akan dapat
dibuang. Menyiram dan merawat orkidnya pada setiap pagi dan petang itu pun tentunya
akan dapat meringankan lagi berat badannya. Malah dia berikhtiar juga mengurangkan
makanan yang berlemak dan bergula.

Dia tentu masih terkapuk di bilik air-cond itu. Mungkin dia masih digeluti mimpi.
Biarkan. Semenjak akhir-akhir ini suaminya selalu merungut tentang tenaganya.
Katanya, dia selalu letih dan sendi-sendi tulangnya sengal-sengal. Maklumlah kerjanya
itu nampak saja mudah, tetapi berfikir itu pun boleh meletihkan badan.

Biarkan lagi dia tidur seenaknya. Jangan sesiapa pun mengganggu. Cuma Mak
Ton yang selalu tidak faham. Dia selalu menggunakan vacuum cleaner berhampiran
dengan bilik ketika suaminya sedang terlena. Bunyi itu memekakkan telinga dan
dibimbangkan akan mengejutkannya.

Biarkan dia menikmati kedamaian dan ketenangan pagi itu. Puan Jasmah memiliki
Encik Latif melalui cinta yang dibina bersama. Mereka bercinta ketika Encik Latif menjadi
seorang guru sekolah rendah di sebuah kampung terpencil. Masih diingatnya bagaimana
dia mengintai cikgu muda itu dari celah dinding pelupuh rumahnya.

“Betul-betulkah dia maukan engkau?” tanya emaknya, waswas sekali.

“Entahlah, tapi Emak tengoklah suratnya ni.”

“Dia Cikgu, bergaji besar pulak. Tapi engkau tu sekolah setakat Darjah Enam
saja.”

“Tapi, kata suratnya ni dia cintakan saya.” Dia bertegas.

30

“Engkau, macam mana?” Barulah dia tersipu-sipu. “Tak kan dia hendak. Kita orang
miskin. Rumah pun tengoklah, ha!” “Tapi, katanya nak datang meminang selepas Raya
nanti.” Nampak benar keriangan memancar di muka emaknya. Jasmah tidak terkata-kata
lagi.

Pada mulanya payah juga Jasmah hendak menyesuaikan dirinya dengan
kehendak Latif. Tetapi akhirnya segala-galanya berlalu dengan baik. Mereka dikurniakan
dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Kesedaran Latif terhadap pelajaran memang sudah lama membiak. Dia disuruh
membaca dan belajar daripada buku-buku. Kemudian dia menduduki peperiksaan. Mula-
mula dia lulus SRP, kemudian dia lulus SPM pula. Selepas itu dia terkial-kial beberapa
kali sebelum lulus peperiksaan STP pula. “Abang pergilah ke universiti. Kawan-kawan
Abang dah banyak yang pergi.” “Tapi, Abang dah tua. Dan awak dan anak-anak kita siapa
pula nak beri makan?” Dia bergurau.

“Siapa kata dah tua?” Kata-kata itulah yang mula memberangsangkannya.

“Tentang anak dan Mah, janganlah Abang bimbang. Gadaikanlah semua harta
Mah yang ada. Sementara itu, Mah boleh menjual nasi lemak di kantin sekolah.” Latif
masuk ke universiti hanya dengan tekad dan perangsang isterinya. Segala kesusahan
dan kesulitan dalam hidup ditanggung bersama. Akhirnya, berjaya juga Latif mendapat
ijazahnya. Dan sekarang dia membina hidupnya bersama-sama dengan golongan elit
yang lain di atas lereng bukit itu. Bunyi radio dari bilik Mak Ton itu sudah memancar
keluar. Lagu-lagunya mengalun, menghanyut, dan mengapung dalam udara pagi yang
masih basah. Tetapi, mengapa Mak Ton membiarkan radionya meraung begitu?
Tidakkah nanti akan mengganggu suamiku yang sedang nyenyak tidur? Cih, radio yang
memekakkan telinga! Apakah fungsi engkau pada pagi dingin yang memberi keenakan
kepada suamiku? Engkau benar- benar pengacau ketenteraman.

31

Sudah hampir dua puluh tahun dia bersuamikan Latif. Anaknya yang sulung, Sariful,
sekarang menuntut di Australia. Fatimah dan Firdaus masih di ITM. Mengenangkan hal
ini timbul rasa senang yang tidak pemah dimimpikannya.

Telefon berdering.

Telefon sial. Siapa pula yang mengganggu Dada Pagi-pagi begini? Siapa yang tak
berotak itu. Celakal

Berdering lagi telefon tersebut. Tak ada kerjalain ke? Pengacau! Puan Jasmah
berkejar mendapatkan telefon yang terletak di sudut ruang tamu. Dia mengangkat
gagangnya dengan geram, marah.

“Siapa?”

Pemanggil pun bersuara.

“Ha? Ini bukan rumah Haji Amran. Bukan. Salah nombor!” 0

Dia meletakkan kembali gagang itu. Rasa jengkelnya masih belum reda. Dan dia
takut benar deringan itu tadi sampai ke telinga suaminya. Janganlah engkau berdering
lagi, wahai telefon!

Di bilik air, Puan Jasmah membersihkan dirinya. Dia membiarkan air mandinya
mencucurinya beberapa ketika, menghapuskan buih sabun yang memulih di badannya.
Kenangan kepada suaminya tidak dapat dihilangkan apabila membersihkan anggota-
anggota badannya yang tertentu. Dia berasa puas puas kerana dapat memberikan setiap
sesuatu dengan penuh khidmat kepada suaminya.

Makan minum suaminya pun dijagai dengan empuma. Dia tidak mahu Mak Ton ke
dapur memasak makanan suaminya. Dia mahu biarlah apa jua yang dapat dinikmati

32

suaminya datang dari air tangannya sendiri. Kehadiran Mak Ton di dalam rumah itu pun
bukan kehendaknya. Encik Latif sendiri yang membawanya ke rumah. Katanya, Mak Ton
boleh bantu mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, membasuh kain, dan
menggosok.

Memang dia ingin melihat suaminya senantiasa senang dan riang. Apakah yang
diperlukan lagi oleh seorang isteri? Rumah? Kereta? Perhiasan? Kasih sayang? Suami?
Ah, dia tidak peminum, tidak penjudi, tidak kaki betina! Apa lagi? Suaminya bukan macam
beberapa orang jirannya yang kaki betina, kaki botol, kaki judi dan macam-macam “kaki”
lagi.

Alangkah bertuah dapat bersuamikan Encik Latif yang belum pernah menghancurkan
hatinya‘. Suaminya baik, tidak macam suami Halimahton yang beristeri dua. Atau macam
suami Rogayah yang beristeri tiga! Bukan juga macam suami Ai Lian yang menyimpan
perempuan di merata-rata tempat.

Mengapa suami Halimahton, suami Rogayah, dan suami Ai Lian menjadi liar? Ah, salah
siapa? Puncanya sudah tentu daripada isteri-isteri itu juga. Tindak mahu menyelam lubuk
hati suami sendiri. Tidak tahu berbuat apa jua yang disenangi suami. Mungkin tidak
pandai membelai hati suami. Tidak pandai membelai selera suami, dan tidak pandai
menjaga badan, mengurus diri.

Apa susahnya dengan suami? Taati perintahnya, ikut kehendaknya. Jangan selalu
membantah kalau suami mengemukakan fikirannya. J angan menentang kalau kadang-
kadang dia menun. jukkan ego kelelakiannya. Membahagiakan suami bukannya susah
sangat. Semuanya berpunca dari. pada isteri juga. Kalau isteri bijak, jamin suami akan
bahagia!

Dari bilik mandi, Puan Jasmah berjengketjengket ke bilik tidur. Dia berkemban.
Mak Ton yang baru selesai menghapuskan habuk-habuk di lantai memerhatikannya

33

dengan ekor mata. Dia melihat jejak-jejak jejari kaki Cik Puannya yang merantai di atas
lantai.

Pintu bilik itu pun dibukanya dengan perlahan dan hati-hati sekali. Dia meluluskan
dirinya. Apabila hendak mengatup daun pintu, ada suara menegumya: “Baru mandi?”

“Oh, Abang dah bangun!”

“Dah mandi pun.’ ’Encik Latif tersenyum dan senyuman itu seolah-olah
mengejeknya.

“Bila Abang mandi?”

“Semasa awak bersenam tadi.”

Puan Jasmah mengukir senyumannya sendiri. Bagai mengejek pula senyuman itu
dirasakannya. Tetapi, dia cuba meyakini hatinya dengan meneruskan senyuman penuh
kasih sayang kepada suaminya yang sedang menghadap cermin.

“Hari ni Abang ada apa-apa appointment ke?”

“Sampai ke pagi esok Abang tak ke mana-mana. Cuma petang nanti kita ke Medan
Selera. Okey?”

Puan Jasmah mengangguk manja. Senang betul hatinya mendengar pengakuan
suaminya itu. Dia memandang ke luar tingkap melihat cahaya matahari yang bersinar
semakin terang bersama dengan hatinya.

Selama suaminya berada di sisinya, Puan Jasmah cukup bahagia. Memang ada
kalanya Encik Latif terpaksa meninggalkan rumah beberapa hari lamanya. Tetapi itu

34

sudah terpaksa kerana tugas. Tiga bulan lalu pun dia ke luar negeri atas urusan dagang.
Dan ke luar negeri itu baginya macam berulang ke tandas saja.

Puan Jasmah membuka almari pakaian dan memilih pakaiannya. Dia mengambil
kebaya moden kain jarang berbunga kuning bertanah perang, dan batik lepas coklat
hitam yang baru dibeli suaminya di Kuching. Dia tahu suaminya amat tertarik melihatnya
memakai pakaian fesyen itu. Menurut suaminya, kulit Puan Jasmah kena dengan wama
dan fesyen bajunya. “Jadi Abang pergi minggu depan?" Puan Jasmah menghadap
suaminya.

“Belum pasti. Esok taulah jadi tidaknya.”

“Kali ini Mah nak hantar Abang ke lapangan terbang.”

“His, kenapa pulak?” Encik Latif memalingkan seluruh badannya menghadap
Puan J asmah yang masih terkial-kial mengenakan butangnya. Dia yang memakai baju
Melayu dan bersarung itu merapati isterinya. Dipegangnya kedua-dua belah bahu Puan
Jasmah dan memandang tepat ke muka isterinya itu.

“Mengapa pulak awak nak hantar Abang ke lapangan terbang? Abang bukan pergi
lama. Dua minggu saja.”

“Dah lama Mah tak hantar Abang.”

Encik Latif tersenyum melihat perangai isterinya yang tiba-tiba keanak-anakan itu.
Dan pada wajah itu memang terbayang keinginan yang mendalam hendak
menghantamya ke lapangan terbang. '

“Ganjil nampaknya awak ni, Mah.”

“Tak boleh ke Mah pergi hantar Abang?”

35

“Abang tak melarang. Apa salahnya. Tapi, kan lebih baik kalau awak duduk di
rumah saja?”

“Itu pun kalau Abang benarkan,” kata Puan J asmah, sayu. Encik Latif tahu
isterinya itu hendak merajuk. Dan dia tahu pula bagaimana hendak bertindak dalam
keadaan begitu.

“Okeylah, Mah boleh hantar. Tapi janganlah menangis pula. Nanti tak sampai hati
pulak nak tinggalkan awak.”

Sesuatu yang amat bahagia dirasakannya ialah kata-kata bujukan suaminya itu.
Alangkah nikmamya apabila suami pandai menyelam rasa hatinya! Kata-kata itu
mengusap-usap, membelaibelai. Dan tahu-tahu Puan Jasmah sudah pun menerkam dan
memeluk erat suaminya. Beberapa ketika, dia merehatkan kepalanya di bahu suaminya
itu. Hatinya membawanya tersenyum.

“Ingat, ya, Mah! Jangan menangis di lapangan terbang, tau?”

“Tidak, Bang.”

“Betulkah ni?”

Puan Jasmah melepaskan pelukannya. Dia merenung tajam ke mata suaminya
yang masih memancar itu.

“Eh, kenapa pulak Mah mesti menangis?”

“Ah, manalah tau, kan!”

“Tapi, kenapa Abang berkata begitu? Tak sedap pulak rasa hati ni.”

36

“Satu hari nanti, sama ada awak atau Abang akan menangis juga, kan?” “Ah,
merepeklah Abang ni! Macam tak ada perkara lain yang nak dicakap.”

Encik Latif melepaskan tawanya. Bergema bunyinya dalam bilik lapang itu. Mak
Ton yang masih berada di bawah tentu hairan mende. ngarkan tawa tuannya yang begitu
lepas.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada petang itu, Puan Jasmah
berdiri memandang ke bawah. Sebuah kapal terbang MAS sedang menunggu. Kira-kira
setengah jam lagi pesawat itu akan menerbangkan suaminya.

Beberapa orang penumpang sudah pun mulai berjalan menuju kapal terbang.
Puan Jasmah tertinjau-tinjau. Mana dia? Mana suamiku? Ah, ke mana pula dia? Tak
mungkin pula dia pergi ke mana-mana. Tetapi, antara para bakal penumpang itu belum
lagi kelihatan Encik Latif.

Ha, itu pun dia! Dia yang terkebelakang. Dia berjalan amat tenang menjinjing
sebuah beg.

Alangkah tampannya dia! Usianya yang 42 tahun itu dapat dilindungi oleh
pakaiannya. Tetapi, kenapa dia tertunduk-tunduk saja? Tidakkah dia melihatku di sini?

Rasanya mahu sahaja Puan Jasmah menjerit memberitahu suaminya bahawa dia
berada di sini.

Dia mahu melambai, tetapi apalah gunanya? Encik Latif masih melangkah menuju
ke tangga kapal terbang.

Dia sudah pun hampir dengan tangga kapal terbang, tetapi mengapa pula dia tidak
juga menolehnoleh lagi? Bakal penumpang yang lain sudah pun lesap masuk ke perut
kapal terbang. Suaminya juga sudah menghampiri tangga kapal terbang. Tidak tahukah

37

dia aku berada di sini? Lupakah dia bahawa aku, isterinya, yang menghantarnya ke mari?
Ah, tidak mungkin dia lupa! Sepanjang jalan dalam kereta tadi kami berbual-bual. Aku
banyak bercakap dan mengenangkan peristiwa-eristiwa manis yang kami lalui. Dia
tersenyum dan mengangguk. Aku bercakap lagi. Dia tersenyum dan mengangguk lagi.
Dan aku terus bercakap juga.

Sudah hampir benar dia dengan tangga kapal terbang itu. Tiga empat langkah lagi
sampailah dia kepada anak tangga pertama. Tetapi, dia masih juga menganggap sepi
akan kehadiranku. Kenapa dia tidak memandangku?

Mungkinkah dia sedih kerana meninggalkan aku? Sebab itukah dia tunduk saja
dan tidak berani memandangku?

Sudah pun diinjaknya anak tangga pertama. Anak tangga kedua. Anak tangga
ketiga. Anak tangga keempat. Anak tangga kelima. Sampai di nitu Encik Latif berhenti.
Dia memalingkan mukanya. Mendongak pula. Lalu dia pun mengangkat tangan,
melambai sambil tersenyum. Dia melambai-lambai lagi. Lambaian tangannya begitu
Iembut dan mesra. .

Puan Jasmah pun tidak bertangguh-tangguh lagi. Dia membalas lambaian
suaminya itu. Hatinya sungguh lapang bercampur hiba. Dia tersenyum, tertawa sendirian,
tetapi dirasanya ada sesuatu yang aneh.

Puah Jasmah berpaling ke kiri. Seorang ibu muda sedang mendukung anak di
sebelahnya. Ibu muda itu mengangkat dan melambaikan tangan linggi-tinggi. Anak itu
pun melambai-lambai juga apabila tangan kecil itu diangkatkan oleh ibunya. Tangan kecil
itu melambai-lambai lagi.

‘Tata! Tata, Papa!”

“Tata! Tata, Papa!”

38

Puan Jasmah membiarkan matanya melurut si ibu muda dan anaknya yang
terkinja-kinja nakal itu. Si ibu muda dan anak masih memandang ke bawah, tidak
menyedari mereka sedang diperhatikan.

“Maafkan saya, Cik Puan.”

Ibu muda menoleh. Anaknya masih melambai-lambai M. 40
“Tata, Papa! Tata Papa!” “Cik Puan menghantar siapa?” “Suami.” Ibu muda
tcrsenyum bangga. “Cik Puan?” “Saya pun hantar suami. Suami Cik Puan nak ke mana?”
“Ke Amerika. Los Angeles.”
“Oh, samalah dengan suami saya! Agaknya mereka pun dah sama-sama kcnal.”

Ibu muda itu tertawa senang. Puan Jasmah tergelak sumbing.
“Siapa nama suami Cik Puan tu?” Spontan pertanyaan keluar dari mulut Puan
Jasmah.
“Latif.”
“Latif...?”
“Ya, Latif! Katanya, dia nak pergi dua minggu. Tapi, kenapa Cik Puan ni
terperanjat?”
“Oh!”

39

Bagai luruh jantung dan segala isinya. Puan Jasmah memandang si tangan kecil
yang masih melambai pesawat yang mulai menggegar bumi melalui matanya yang mulai
kelam oleh air mata.

40

41

5. TOM

TELAH lama Tom menanam azam hendak melancong ke Malaysia dahulu dikenalinya
sebagai Malaya. Sewaktu mengemukakan hajat itu kepada isterinya, Ann mula-mula
membantah. Katanya ia tidak ingin pergi ke negara yang tidak dikenali itu.

Di dalam buku Geografi, katanya, negara Malaysia itu seperti tidak wujud, malah
tidak pernah pun guru kelasnya menyebut bahawa sekeping tanah yang menganjur ke
laut itu adalah sebahagian daripada milik tanah jajahan British. Cuma yang dia tahu,
penduduknya pemah mengamuk. Banyak di antara mereka tinggal di dahandahan pokok
atau hidup di tepi-tepi pantai.

“Sangkaanmu itu salah, Sayang.” Tom meyakinkan isterinya agar tidak lagi berfikir
sepertimana setelah meninggalkan persekolahannya.

“Habis, Malaysia itu tidak seperti dalam buku Sejarah?”

“Ha, sayang, sebab itulah aku ingin membawa kau ke sana! Kau akan terperanjat
nanti.”

Agak lama juga Ann kebingungan. Setelah berkali-kali Tom menjelaskan bahawa
negara ualaysia itu bukanlah seperti apa yang disangkakannya, barulah ia mengangguk-
angguk lemah. Tetapi, angguknya itu tidak membayangkan kesungguhannya hendak
pergi ke negara itu. Air mukanya masih kelihatan tawar sahaja.

“Kenapa kita tak ke Filipina saja? Kan di situ pun ada pantai yang indah, cahaya
matahari panas dan suasananya damai.”

Jawapan Ann itu menyebabkan Tom menggeleng panjang. Nampaknya Ann
masih yakin bahawa Malaysia tidak akan dapat menarik minatnya. Negara kecil yang jika

42

dilihat pada peta dunia, tak sampai sebesar kelengkengnya itu tidak akan dapat
menyempurnakan hajatnya untuk berhibur.

“Aku tetap hendak ke sana, Sayang. Dari sana nanti bolehlah kita pergi ke mana-
mana yang kita suka.”

Ann sudah termakan pujukan Tom. Ia tersenyum sambil membulatkan matanya,
tetapi masih ragu-ragu.

“Tapi, kau pernah bercerita bahawa Malaysia itu dipenuhi hutan rimba. Apa, kau
nak ajak aku masuk ke hutan?”

Tom tertawa sahaja. Geli hatinya memikirkan kecetekan pengetahuan Ann. Ann
adalah anak seorang peladang. Dan pengetahuannya hanya berkisar di sekitar ladang
ayahnya dan bandar. bandar kecil yang berhampiran sahaja. Ia memba. ca buku dan
majalah yang ringan-ringan sekadar untuk memenuhi masa terluang sambil berhibur. Ia
meagenali Tom, seorang bekas tentera, da_lam satu majlis kemmaian di sebuah bandar
kecil. Hanya setelah berkahwin dengan Tom, barulah ia mendengar nama Malaysia.

“Betul, Sayang. Negara itu masih mempunyai hutan tebal. Semasa aku di sana
dahulu, hutan tebal itulah tempat kami berjuang. Kami sering bertempiaran dengan
pengganas komunis.”

“Yakah?” Ann memuncungkan mulutnya, seolah-olah takjub mendengar kata-kata
Tom itu.

“Kami berjuang maIi-matian. Kalau tidak kami yang mempertahankannya,
percayalah, negara itu team terlepas ke tangan pengganas komunis.”

“Begitukah?” Ann menunjukkan kekagetannya. Dia membayangkan Tom meredah
hutan, sungai, dan mendaki gunung. Memangku senjata dan mara ke depan. Meniarap

43

dan menembak. Mara lagi, meniarap dan menembak. Peluru bersemburan dari muncung
senapangnya. Mara lagi sambil mengacah senapang ke pihak musuh. Peluru terns
dimuntahkan hala ke musuh yang kekurangan tenaga. Akhirnya, musuh-musuh itu
bergelimpangan dengan darah membuak-buak setelah seluruh badan bersarang dengan
peluru-peluru dari muncung raifal Tom.

“Kami juga pernah diserang hendap, tapi mereka belum tahu penangan kami.
Kami cukup dengan mortar, meriam, dan kapal terbang....”

“Berapa orang dapat kau bunuh, Tom?”

“Oh, aku tak ingat! Er, sebenarnya aku tak tau dengan tepat! Maklumlah bertempur
dalam semak dan hutan tebal. Yang terdengar hanya bunyi tembakan, kemudian suara
lolongan. Aku tak pasti berapa orang yang kubunuh.”

“Kau dapat pingat keberanian?”

“Oho...!” Tom tertawa geli. “Apa gunanya pingat? Tak perlu. Cukup hanya jika
jasaku itu dikenang. Jasa kami kepada negara lebih daripada segala-galanya. Kami telah
selamatkan negara itu daripada kucar-kacir dan huru-hara. Jika kami tidak bertindak,
sudah pasti banyak rakyat tetancam dan sentiasa dalam ketakutan.”

“Bertuahlah kau menjadi seorang penyelamat!”

Tom tertawa bangga. Ia melihat Ann betul-betul simpati dengan perjuangannya.
Ann tertarik dengan perjuangan Tom yang terpuji itu.

“Aku bangga. Aku bangga betul.”

Kata-kata Tom itu masih terkenang-kenang olehnya. Dan Ann berasa puas hati
mendapat Tom yang pemah mempertahankan tanah bekaa jajahan British itu.

44

Mereka sekarang berada dalam perut pesawat MAS. Ann mengancing tali keledar
setelah suara arahan terdengar daripada suara halus yang lunak dalam bahasa Malaysia.

“Apa maknanya, Tom?”

“Yang kau lakukan itulah.”

“Kau dapat memahami bahasa itu, Tom?”

“Oh, tentu! Kami yang berkhidmat di sana mesti belajar memahaminya. Dan
sekarang pun aku boleh bertutur seperti mereka.”

“Bagaimana rupa orang-orang negara itu?” tanya Ann lagi dengan suara yang
agak tinggi.

“Kau mahu mengenalinya?” Tom menentang wajah isterinya. .

“Sudah tentu.”

Tom tertawa geli hati. Kemudian setelah memanjangkan lehemya sebentar dan
menolehnoleh ke kiri dan ke kanan, ia pun berkata:

“Cuba lihat penumpang yang duduk di sebelah tepi sana.” Tom memberikan
arahan sambil menudingkan telunjuknya.

“Ya, aku nampak!” jawah Ann, pantas.

“Ya, itulah rakyat negara itu!”

“Yang itu? Eh, bukankah itu rakyat negara China atau Jepun?”
45

“Tidak, itulah orang Malaysia. Aku pasti daripada roman mukanya. Dan banyak
lagi orang Malaysia dalam kapal terbang ini. Oh, ya! Kau ingat tak lelaki yang membawa
beg besar tadi dan hampir melanggar kau? Kau menyumpahnyumpah, bukan?”

“Oh, ya, aku ingat! Bukankah dia dari Hawaii atau India?”

“Tidak. Itulah orang Melayu, warga bumi negara itu.”

“Orang Melayu? Tapi, apa dibuatnya di sini?”

“Aku tak tau sebenarnya, tapi mungkin datang ke mari untuk belajar. Banyak juga
orang Melayu yang datang melanjutkan pelajaran ke mari.”

Ann termenung sebentar. Pada wajahnya terbayangkan ketakjuban yang
memakunya.

“Itulah...,” kata Tom lagi, menyindir, “... kau dah lihat sendiri, kan? Mereka tidak
tinggal di dahan pokok seperti yang kausangkakan. Mereka sudah banyak yang
berpelajaran tinggi. Sudah bijak dan sudah boleh memerintah negara sendiri. Sayang,
kau akan lihat lebih daripada itu nanti. Kau akan malu pada diri sendiri.”

Apabila pesawat MAS itu telah terbang rendah dan hampir tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Subang, Tom tidak lepas-Iepas menebarkan pandangannya ke
bawah. Ann juga tidak melepaskan peluang pertama kali memandang bumi yang mmpak
hijau dan bertompok-tompok dengan longgokan-longgokan putih. Beberapa minit
kemudian Ann terpesona melihat bangunan-bangunan yang menjulang megah
bercerancangan di sana sini.

“Ini Malaysia?”

46

“Ya, kita akan mendarat di ibu kotanya sebentar lagi!”

“Wah, memang benar kata kau, Tom! Ada kota besar di Malaysia ini. Aku hampir
tak percaya.”

Tom tersenyum. “Ini adalah salah sebuah. Banyak lagi kota yang hampir sebesar
ini berselerak di seluruh negara.”

Mulut Ann berdecit-decit sambil menggelenggeleng. Matanya terbeliak
mengagumi sebuah negara yang pemah dianggapnya hanyalah sebuah tempat terpencil
yang dipenuhi hutan rimba dan binatang-binatang liar seperti harimau, gajah, badak
sumbu, ular sawa, dan beruang.

Ann tidak sabar-sabar lagi hendak keluar daripada perut pesawat itu apabila para
penumpang diberitahu bahawa mereka kini telah mendarat dengan selamat di Lapangan
Terbang Antarabangsa Subang. Dan Tom tidak tertahan-tahan lagi hendak melepaskan
rindunya terhadap tanah tcmpat dia berjuang dahulu. Ia mahu melihat sungai yang
panjang melingkar, gunung-ganang berbanjaran, air terjun yang menyemburkan air
dingin di celah-celah bukit batu, dan kampong-kampung Melayu dengan daun-daun
kelapanya melambai-lambai. la mahu menghirup udara Malaysia sepuas-puasnya kali
ini.

Masih ingatkah Harun padaku? Jamil, Boon Leong, Linggam, Mat Agus, Sarjan
Dolah masih hidupkah mercka? Tom berkata-kata sambil menuruni tangga pesawat
udara itu. Dan apabila melemparkan pandangan ke ates, alangkah terpeIonanya ia
kerana keadaan lapangan terbang itu tidak pernah tergambar dalam ingatannya!

Di sini Ann nampak banyak wajah orang seperti yang pernah melanggamya di
Lapangan Terbang London. Ia mengamat-amatinya sejenak apabila bertembung atau
berselisih dengan orang-orang Melayu itu. Pada wajah-wajah yang tenang itu dilihatnya

47

seperti tiada apa-apa pernah berlaku di negara ini, yang kalau menurut Tom pemah
menjadi medan pertempuran sengit pada suatu ketika dahulu.

“Kita naik teksi ke ibu kota. Aku dah cari seorang pemandu Mclayu." kata Tom
apubila ia datang mendupatkan Ann yang masih lugi teroegat memerhatikun gclugut
orang-orang yang pemuh diangizannya tinggul di duhan pokuk atuu mendirikan ptmduk-
ponduk di tepi pantai.

“Kenapa pemandu Melayu saja yang kau cari?”

“Aku mahu berbual-bua dengannya sewaktu dalam perjalanan nanti.”

Teksi yang ditumpangi suami isteri itu terus meluncur tidak terlalu laju dan tidak
terlalu perla. han. Pemandunya sudah mengerti bahawa penumpang-penumpang asing
itu ingin menikmati pemandangan indah negaranya. Ia tahu setiap pelancong yang
pemah dibawanya tidak berhenti-henti membualkan keadaan sekitar yang dilihat.

“Encik siapa nama? Saya Tom,” kata Tom ingin memulakan perbualan setelah
beberapa ketika melayani kekagumannya melihat pembangunan yang begitu pesat di kiri
kanan.

“Nama saya Sabri.” Pemandu itu menjeling sebentar penumpang asing yang tidak
diduganya fasih berbahasa Melayu. “Encik dari mana?”

“London.”

“Oh, London!”

“Ya, dan ini isteri saya, Ann namanya!”

48

“Oh....” Pemandu teksi itu menganggukangguk. Timbul pula rasa kemesraan
dalam hatinya. Setelah didengarnya Tom dan isterinya bercakap-cakap seketika dalam
bahasa mereka, pemandu teksi itu ingin lagi melanjutkan hubungan mesranya. “Encik
berdua ini selalu datang ke mari?"

“Tidak, sudah lama saya tidak ke mari,” jawab Tom meskipun hatinya rasa tercalar sedikit
kerana pemandu Melayu itu telah dua kali membahasakannya “Encik”, bukan lagi “Tuan”
seperti yang lumrah didengarnya apabila seorang Melayu bercakap dengan seorang
Inggeris pada masa dia bertugas di sini dahu\u.

“Oh, begitu‘. Encik datang untuk melancong?”

“Ya, begitulah‘. Saya dulu pernah bertugas di negara ini sebagai tentera. Hampir
empat tahun saya berkhidmat di negara Encik ini,” kata Tom dengan lancar dan bangga.

“Oh, jadi sudah lamalah Encik tak datang ke mari?”

“Ya, tapi saya ikuti sedikit-sedikit perkembangan negara ini! Saya baca juga berita-
berita mengenai Malaysia. Wah, nampaknya sungguh jauh bezanya daripada dahulu!.
Dahulu, kalau tak silap saya, kawasan yang kita tempuh ini dipenuhi hutan. Tempat
sarang pengganas komunis.”

Pemandu teksi tersenyum bangga. Ia mengangguk-angguk membenarkan kata-
kata Tom itu.

“Semenjak merdeka, kami telah berdikari,” katanya kemudian.

“Apa kata Encik?” “Berdikari.”

“Saya tak faham maksud perkataan itu.”

49


Click to View FlipBook Version