"Entahlah. Dah puas memutar. Tapi tak ada yang terluang. Budak-budak muda
mentah juga yang diutamakan."
“Sudahlah. Tinggalkan saja flet tu. Marilah kita berbudi dengan tanah pulak,” pujuk
Mak Tam.
Pak Baba tak menjawab. Pura-pura tak mcndengar. Dia terus menyuap nasinya.
Menambah lagi. Sungguh berselcra dia makan malam itu. Maklum saja sudah lama tak
bersua dengan ikan darat dan sayuran kampung yang masih segar.
“Abah, tinggalkanlah Kuala Lumpur tu,” lonjak salah seorang anaknya pula.
Pak Baba menoleh si Tamin, anak sulungnya. Kemudian tunduk semula mcnyuap
nasinya. Hati batunya mulai bertempur dengan fikiran.
“Bumi di kampung ini lebih berjasa dari bumi Kuala Lumpur, abah,” sambung si
Tamin.
“Jangan nak mengajar abah engkau,” celah Mak Tam. “Abah engkau lebih
mengerti dari engkau. Kan dia berasal dari kampung ini. Dia lebih tau tentang tanah.”
Masih juga membisu Pak Baba. Pertempuran hati batu dengan fikiran masih
sengit. Semakin tegang. Dan nasi terus juga disuap. Sesuap. Sesuap.
“Aku mesti ke Kuala Lumpur esok.”
“Awak nak balik juga?”
“Ya.”
100
“Abah nak balik ke Kuala Lumpur?” “Ya, mesti.” Semua keluarga itu membisu.
Mereka scmua memang sudah tahu hati Pak Baba tidak dapat dilentur-lentur kerasnya.
Tapi:
“Lusa aku balik ke mari.”
Semua mata terbeliak menikam Pak Baba. Masih belum mengerti mereka. “Tamin,
ikut abah kemaskan barang-barang. Aku nak angkut semuanya ke mari lusa.”
“Abah nak balik kampung?” Pak baba mengangguk. Mak Tam melepaskan nafas
lega. Tercuit hatinya. Suaminya mahu pulang ke bumi nan hijau.
101
11. TOK SIDANG BUSU
LETIH benar rasa Tok Sidang Busu petang itu. Dia baru pulang dari Balai Penghulu
Mukim menyerahkan borang-borang mengandungi butir-butir lengkap mengenai
keluarga mangsa-mangsa banjir di kawasannya. Ban-jir sudah lama surut. Sudah lesap.
Keadaan sudah pulih. Anak-anak buah Tok Sidang Busu pun semuanya sudah berada
kembali di rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah kesan banjir itu saja lagi-
kemusnahan.
Setiap keluarga yang ditimpa banjir besar tahun 1970 mesti mengisi borang yang
disediakan oleh kerajaan. Borang-borang itu memang disediakan dua jenis: hijau muda
dan putih. Dalam borang putih semua nama-nama anggota keluarga yang ditimpa banjir
hendaklah dituliskan dengan lengkap, meliputi umur, kad pengenalan dan pendapatan
bulanan.
Dalam borang hijau pula, selain daripada nama anggota keluarga dan butir-butir
mengenainya, dikehendaki pula kepala keluarga itu menurunkan semua nama
Anak-anak yang bersekolah, buku-buku yang hilang dan segala harta benda yang
musnah ditelan banjir besar tahun itu.
Pening kepala Tok Sidang Busu mengisi setengah borang-borang itu.
Pertamanya, kerana memikirkan bencana alam yang menimpa kampung dan anak-anak
buahnya. Keduanya, mengenangkan ada di antara anak-anak buahnya yang berbohong
bila disuruh mengisi boring-borang itu. Ada yang mendakwa menanggung kerugian yang
tak berpadanan yang tidak menasabah benar. Butir-butir karut ini telah ditulis dalam
borang hijau muda.
"Ini semuanya karut, Itam. Takkanlah sampai begini teruk awak menanggung
kerugian. Tak menasabah. Air banjir tak sampai pun ke kaki tangga rumah awak. Dan
bendang awak yang saya tahu, tak sampai pun lima belas ekar. Kenapa awak tulis luas
102
bendang yang dimusnah kan banjir seluas ini? kata Tok Sidang Busu bila salah seorang
anak buahnya menyerahkan borang-borangnya.
"Tok Sidang fikirlah. Dah dua musim padi yang saya tanam musnah. Bermacam-
macam penyakit menyerangnya Beribu-ribu gantang padi saya kerugian. Saya terpaksa
tanggung sendiri. Kerajaan tak mahu ambil tahu pun. Tak siapa yang datang menyiasat
dan sanggup memberi pertolongan. Tapi, bila tiba musim banjir besar begini, barulah
kerajaan ambil perhatian. Barulah nak disuruh kita mengisi borang-borang. Pada hal
bukan musim banjir ini saja kita kerugian. Dah bermusim-musim lamanya. Apa salahnya
saya tulis begini? Fikirlah tu baik-baik Tok Sidang."
"Tapi, Itam, borang ini berkenaan dengan kemusnahan dek banjir tahun ini saja.
Banjir baru yang melanda bendang-bendang kita ini. Banjir besar tahun 70 ini saja.
Bukan disuruh isikan dengan segala kemusnahan padi tahun-tahun lalu," kata Tok
Sidang Busu lagi menegaskan kebenarannya sebagai seorang ketua kampung yang jujur
dan taat kepada orang-orang atasannya.
"Tapi, Tok Sidang, ini hak kita. Gantirugi mesti diberi kepada petani-petani yang
mendapat kerugian. Bila kita berhak menuntut, inilah masa dan ketikanya kita
mengemukakan hak kita itu. Dan ini jugalah masa yang baik kalau benar-benar kerajaan
hendak memberi gantirugi kepada petani-petani yang malang seperti kita."
"Jangan sangka kerajaan bodoh, Itam. Jangan sangka kerajaan menerima saja
segala laporan yang ditulis di dalam borang ini. Jangan sangka orang-orang kerajaan
yang di bandar dan yang di Kuala Lumpur sana menutup mata saja. Mereka nanti akan
menghantar pegawar pegawai menyiasat perkara ini. Mereka akan dating meredah
kampung kita ini untuk melihat sendiri dengan mata kepala mereka sama ada laporan
dalam borang ini betul atau tidak."
"Itu saya tak peduli, Tok Sidang. Sama ada mereka datang menyiasat atau tidak.
Saya mahu gantirugi bendang saya yang musnah itu diberikan kepada saya. Itu saja.
103
Saya berhak menuntut," kata lagi Itam, anak buah Tok Sidang Busu yang pada suatu
ketika dulu pernah masuk bertanding menentangnya dalam undiraya jawatan Ketua
Kampung Pisang Sebatang. Itam memang bijak bercakap. Kalau di kedai kopi dialah
inteleknya. Dialah manusia serba tahu. Dan dia berani pula masuk pejabat-pejabat
berjumpa orang-orang besar di dalamnya.
Tapi orang-orang kampung Pisang Sebatang memandang tinggi kepada kejujuran
dan kesetian Busu. Lalu Busulah diangkat untuk mengetuai mereka.
"Bukan kampung kita ini saja yang ditimpa banjir, Itam," balas Tok Sidang Busu
yang penyabar dan tegas orangnya itu. “Kalau nak dikira, mangsa-mangsa banjir di
tempat lain lebih dahsyat. Mereka kehilangan rumah, harta-benda dan juga nyawa. Ada
di antara mereka yang hanya dapat lari sehelai sepinggang untuk menyelamatkan nyawa.
Kampung kita mujurlah dilindungi Tuhan juga. Cuma air Batang Padang itu saja yang
menyebak naik dan melimpah masuk ke dalam bendang kita. Cuma batang-batang padi
kita tu saja yang terendam beberapa hari. Bukannya banjir tahun ini meninggalkan kesan
buruk macam di tempat-tempat lain tu!"
"Saya tak peduli itu, Tok Sidang. Walaupun kita orang-orang kampung ini
setengahnya berundur dengan tenteram ke pusat pemindahan, tapi dikira sebagai orang-
orang mangsa banjir, bencana negara juga. Dan borang-borang ini kenapa dikirim ke
mari? Kenapa kita disuruh mengisinya? Kenapa kerajaan hendak tahu segala butir-butir
mengenai diri kita yang terkena banjir ini? Kenapa?"
Muka Itam yang sedikit cengkung itu kelihatan berminyak. Berpeluh dia. Kemerah-
merahan pula terbayang. Ini kerana darah yang merentas naik ke mukanya itu sudah
berkumpul.
"Begini, Itam. Saya sebagai Ketua Kampung di sini. Awak sendiri maklum. Dan
saya mesti perhatikan segala butir-butir yang ditulis di dalam borang ini adalah benar
belaka. Saya mesti awasi segala yang berhubung dengan perkara ini harus ditulis dengan
104
jujur. Saya perlukan kejujuran. Kalau tidak nanti saya kena tempelak Tok Penghulu. Saya
juga nanti dituduh tidak amanah dan tak bertanggungjawab oleh Tuan Pegawai Daerah."
Itam tetap berdegil juga. Dia tidak mahu memadam segala butir-butir segala
kerosakan harta-benda dan bendangnya yang sengaja ditulis tidak benar itu. Dia tak
mahu melepaskan peluang ini. Dia mahu gantirugi lima belas ekar bendangnya. Dia tidak
peduli sama ada perbuatannya itu menghitamkan nama baik Tok Sidang Busu atau
membusukkan nama penduduk-penduduk kampung lainnya. Dia tak peduli. Itu bukan
masalahnya.
Inilah salah seorang anak buah Tok Sidang Busu yang memeningkan kepalanya.
Sebenamya ada beberapa orang lain lagi anak-anak buahnya yang bersikap begitu.
Mereka selalu saja hendak menunjukkan kepintaran masingmasing. Hendak
menunjukkan handal masing-masing. Di kedai kopilah tempat mereka meraja. Ada
kalanya sengaja mereka membangkang perkara-perkara yang patutnya dihormati ramai.
Perkara-perkara yang hakikatnya baik dan menguntungkan.
Tok Sidang Busu memang benci dengan anak-anak buahnya yang bersikap
begini. Mereka ini sengaja hendak mengkucar-kacirkan kampung. Suka menimbulkan
suasana panas. Sengaja hendak merosakkan imej Tok Sidang Busu. Sengaja hendak
mengharu-birukan ketabahan hatinya yang sentiasa mengambil berat di atas segala
sungutan dan aduan orang-orang kampung.
Betapa tidak. Kalau bendang kering tak berair, Tok Sidang Busulah yang tampil
ke pejabat berjumpa Tuan Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat mengadukan hal. Kalau
orang-orang miskin anak buahnya meminta bantuan Kebajikan Masyarakat, Tok Sidang
Busulah yang menghayunkan kaki ke pejabat dan meminta boring-borang. Dialah yang
mengerjakan segala. Kalau orang-orang kampung mahukan tanaman padi dua musim,
Tok Sidang Busu jugalah yang jadi juara menyampaikan hasrat anak-anak buahnya itu.
Pendeknya Tok Sidang Busulah tempat mereka menggantungkan harapan.
105
Bila di rumahnya pun Tok Sidang Busu sentiasa saja dikehendaki orang. Dia
sering saja dipanggil ke Balairaya atau ke masjid atau ke kedai kopi tumpuan ramai di
kampung kecil itu. Ada pegawai pertanian hendak bertemunya. Bila di rumahnya pun Tok
Sidang Busu sentiasa saja dikehendaki orang. Dia sering saja dipanggil ke Balairaya atau
ke masjid atau ke kedai kopi tumpuan ramai di kampung kecil itu. Ada pegawai pertanian
hendak bertemunya. Ada pegawai FAMA hendak bertemunya. Ada orang polis hendak
bertemunya. Ada kakitangan dari pejabat agama hendak bertemunya. Dan berbagai-
bagai lagi orang-orang dan bandar yang hendak berurusan dengan Tok Sidang Busu.
Sekali-sekala datang juga rombongan Tuan Pegawai Daerah meredah kampung
Pisang Sebatang untuk melawat. Ketika inilah Tok Sidang Busu kelihatan paling sibuk.
Dia terpaksa pula berugi bersakit menjamu selera pelawat-pelawat itu dengan gulai ayam
dan goreng udang galah.
Tandatangan dan cop Tok Sidang Busu juga amat bernilai. Kalau di awal tahun.
Silih bergantilah anakanak buahnya datang ke rumahnya meminta tandatangan dan
copnya diturunkan ke atas borang-borang biasiswa pelajaran anak-anak mereka.
Tok Sidang Busu yang merasa badannya kian kurus dan letih itu, mendapati
dirinya sering diperlukan orang. Sering dia diminta menghadiri majlis-majlis tertentu
anjuran anak-anak buahnya. Dia diangkat menjadi Yang Dipertua masjid. Dia dilantik
menjadi penasihat Persatuan Belia. Dia dipilih menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus
sekolah dan menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa sekolah agama rakyat kampung.
Memang orang-orang kampung Pisang Sebatang menganggapnya sebagai
seorang ketua kampung yang berkebolehan juga. Anggapan ini dimiliki juga oleh
beberapa orang ‘musuhnya’ yang iri hati kepadanya. Tok Sidang Busu sentiasa saja
sibuk melayan anak-anak buahnya Tapi kesibukannya itu bukanlah untuk ditonjol-
tonjolkan seperti yang diperbandingkan oleh ‘musuh-musuhnya’ dengan Tok Sidang Tok
Sidang lain di mukim itu. Mereka itu mahu nama saja, hanya nama!
106
Kesibukan Tok Sidang Busu adalah kesibukan yang terbit dari kejujuran dan
kesetiannya ingin berjasa. Waktu banjir mula hendak menyerang kampung itu dua
minggu lalu, Tok Sidang Busu mulai membimbangkan keselamatan kampung dan anak-
anak buahnya. Dia mulai cemas. Sedangkan anak-anak buahnya belum merasa apa-apa
pun lagi. Pukul tiga pagi itu dia tersedar dari tidurnya.
“Heh, mengapa awak ni? Mengigau? Apa," sergah isterinya yang tidur di sisinya.
"Aku nak ke ban besar tu sekejap, Munah.”
“Apa dibuat ke sana? Ada apa di sana di tengah malam ini?" jerkah Munah lagi…
"Aku nak periksa ban besar tu. Kalau ia pecah habislah kampung ini. Matilah kita
semua," Tok Sidang Busu memperlihatkan kebimbangannya.
"Takkan tanah ban sekukuh itu mahu pecah," jawab isterinya tawar saja.
“Apa kau kata Munah? Ban itu tak mahu pecah? Kau ingat air sungai tu tak kuat?
Jangankan ban besar tu. Gunung batu sekalipun boleh roboh kalau air deras melandanya
lama-lama," Tok Sidang Busu mulai menyinga.
"Takkan pecah. Percayalah cakap aku."
"Jangan berkata begitu, Munah. Kuasa air tu kuasa Tuhan, kau tahu. Kau tahu
dab bcrapa banyak tempat di negeri kita sekarang diserang banjir? Kau tak dengar siaran
radio semalam?"
"Tempat mereka tu lainlah. Tanahnya rendah. Tempat kita ini berbeza. Tanahnya
tinggi. Lagipun selama kita diam di kampung ini, semenjak berpuluh-puluh tahun, belum
pernah pun banjir. Tengoklah di masa-masa yang lalu. Tempat orang terendam dek air.
Tapi kaapung kita ni nak bagi terjejas sedikit pun.”
107
“Kau Munah bila dah ditimpa kesusahan nanti baru nak percaya. Baru tahu." jawab
Tok Sidang Busu yang terus juga menggelunsur keluar dari dalam kelambunya, tidak
memahukan kata-kata dingin isterinya itu.
Setelah siap memakai seluar dan baju lusuhnya, Tok Sidang Busu menerkam pula
ke pintu. Sebelum turun membelah malam sunyi yang ditaburi hujan renyai-renyai itu ia
berpesan lagi kepada isterinya menyuruhnya berjaga-jaga. Dengan bersuluhkan cahaya
lampu picitnya dia tens saja meluru ke ban besar yang panjang melengkung memagari
kampung Pisang Sebatang. Ban besar inilah yang diharapkan selama ini membentengi
air sungai Batang Padang dari menyerbu masuk ke petak-petak sawah kepunyaan orang-
oraqg kampung.
Sampai di ban besar itu, Tok Sidang Busu mendapati air sungai itu hamper hendak
melimpah masuk ke bendang. Ban itu hampir hendak terbungkus pula. Kalau ban besar
itu ditakdirkan terbungkas akan meletuslah malapetaka yang lebih dahsyat. Banjir
baaryang amat ditakuti itu akan meraja, menelan anak-anak buah Tok Sidang Busu.
Sampai pagi Tok Sidang Busu tak mahu tidur lagi. Hatinya sentiasa saja
diselubungi bimbang dan cemas. Anak-anak buahnya barangkali belum menyedari maut
yang akan datang mencekek leher mereka. Mereka barangkali masih enak bergulung
digeluti mimpi di kala hujan renyai-renyai yang semenjak pagi semalam turunnya belum
juga reda-reda.
"Tumin! Abu! Sebak! Pak Salim!” seru Tok Sldang Busu dari pintu rumahnya,
melihat beberapa orang anak buahnya sedang hendak ke surau sembahyang subuh.
“Ada apa. Tok Sidang?"
"Air Batang Padang dah melimpah ke bendang kita. Ban besar itu pun hampir nak
pecah! Eloklah kita berjaga-jaga!"
108
"Benar ke?"
"Benar! Aku sendiri sudah pergi periksa!"
Anak-anak buah Tok Sidang Busu itu mendesas-desus seketika. Lepas itu
kelihatan mereka mempercepatkan langkah menuju surau. Barangkali mereka sudah
mengambil keputusan: hendak berdoa panjang-panjang memohon perlindungan dari
Tuhan.
Pagi itu sekelian penduduk kampung Pisang Sebatang sudah gempar. Mereka
tahu air sungai Batang Padang telah melimpah masuk ke petak-petak sawah mereka.
Beberapa jam kemudian kelihatan bendang mereka sudah digenangi air keruh
berlumpur. Pokok-pokok padi yang baru berumur sebulan itu sudah tenggelam ditelan air
Batang Padang yang menyerbu datang. Batas-batas sawah sudah banyak diputuskan
air. Petani-petani bertambah cemas melihat bendang mereka yang macam laut itu.
Air masih bertahan di petak-petak bendang. Belum lagi naik ke tanah kampung
yang lebih tinggi itu. Orang-orang yang tadinya tertawa-tawa saja sekarang kelihatan
sudah melatah dan berwajah suram, cemas berjalan ke sana ke mari.
Tapi ada pula di antara mereka yang masih bercakap besar dan berlagak berani.
“Ah, apa ditakutkan. Takkan air besar datang. Sebentar lagi surutlah dia.”
“Kampung kita ni memang payah nak tenggelam,” tampuk seorang lagi yang
meringan-ringankan suasana kampung vang hampir-hampir hendak dilanda ribut itu.
“Tok Sidang kita ke mana?" ada orang bertanya.
“Entah. Subuh tadi ada dia. Sekarang entahlah," Jawab yang lain.
109
"Dia ke Balai penghulu," ada orang mencelah. "Ke Balai Penghulu merepotkan hal
ini?
"Barangkali tu . . . "
"Ah, perkara ini tak payah direpotkan. Kita bukan kena banjir. Cuma bendang kita
tu aja yang tenggelam sejekap. Apa yang boleh penghulu buat?"
Air Batang Padang bertambah banyak datangnya. Semakin luas taklukannya. Ada
seorang anak muda menyukat paras air itu dengan menyacakkan sepotong kayu. Kayu
itu jelas kelihatan dinaiki air inci demi inci.
Lidah air Batang Padang sudah menjilat gigi-gigi tanah kampung dan mulai
melimpah pula ke halaman beberapa buah ruma Beberapa keluarga yang melihat air di
halaman rumah ereka semakin dirundung cemas. Pendeknya hati kebanyakan
penduduk-penduduk kampung itu sudah merusuh. Kepala air dapat didengar melesah-
lesah memutuskan batas-batas bendang.
“Itu Tok Sidang datang!”
“Ya, Tok Sidang! T ok Sidang! Apa macam kita ni?” seru anak buah Tok Sidang
Busu.
Dengan berwajah lusuh dan cemas, Tok Sidang Busu datang hampir dengan
menunggang basikalnya. Ia menghampiri anak-anak buahnya yang berlonggok itu.
"Kita mesti pindah sekarang. Ini perintah dari Tuan D.O. Datuk Penghulu dapat
arahan dari Tuan D.O. menyuruh kita semua pindah,” kata Tok Sidang Busu tergagap-
gagap.
110
“Ke mana kita nak pindah, Tok Sidang? Apa kita nak tinggalkan kampung laman
kita ni?" mereka bertanya.
"Kita diperintahkan berpindah ke bangunan sekolah. Lekas, bersiaplah. Kemaskan
barang-barang. Selamatkan anak bini dulu," perintah Tok Sidang Busu.
Mereka bersurai dari situ.
"Awak, Itam, mengapa membatu saja? Tak selamatkan nyawa?"
"Saya belum mau berpindah, Tok Sidang. Air ini takkan naik ke tanah kampung
merosakkan kita. Cuma berlegar-legar di bendang itu saja. Sebentar lagi surutlah dia."
"Bukan begitu, Itam. Kita semua dapat perintah Tuan D.O. supaya berpindah.
Kalau tak mau berpindah dan dapat malang nanti, Tuan D.O. tak mau bertanggungjawab
lagi. Dan kalau kita berpindah sekarang ke pusat pemindahan, barulah dapat dihantar
bekalan makanan dengan segera," ujar Tok Sidang Busu mengembang-ngembangkan
tangannya hendak memahamkan Itam yang berlagak bijak dan degil itu.
"Saya belum mau berpindah, Tok Sidang. Orang-orang lain tu kalau nak makan
feri, dapat susu, roti dan kopi percuma, bolehlah mereka ke pusat pemindahan tu
sekarang. Tapi, diri saya ni, tidak! Saya seumur hidup belum pernah makan nasi kawah!"
“Ini perintah dari atas, Itam. Bukan dari saya.”
Itam berdegil juga.
“Saya tau ini perintah. Tapi, buat saya perintah seperti ini boleh diingkari. Kita
bukan kena banjir lagi. Cuma bendang kita saja yang karam. Kampung kita belum. Tuan
D.O mana tau. Dia cuma ikut kata Penghulu. Dan Penghulu ikut apa kata Tok Sidang
saja. Tuan D.O. dan Datuk Penghulu bukan datang menyaksikan keadaan yang sebenar,
”kata Itam dengan satu sindiran.
111
“Tapi, ltam, kalau ban besar tn pecah dan terbungkus, tcntu seluruh kampung kita
ini karam. Kita semua pun akan karam juga. Jadi, sebelum perkara ini berlaku, kan lebih
baik kita scmua berundur dulu. Kalau di tcngah malam nanti ban besar terbungkus, kan
susah nak memindahkan anak isteri?” ujar Tok Sidang Busu lagi dengan bersungguh-
sungguh.
Itam terdiam dan berfikir sebentar. Tok Sidang Busu mengira tentu kebenaran
kata-katanya itu masuk juga ke hati ltam. Dia sedap hati. Tapi jawapan Itam lain benar
bunyinya:
“Kalau ayam itik dan beras saya dicuri orang semasa tinggal di pusat pemindahan
itu, dapatkah Tok Sidang mcmberi gantiruginya. Dan kalau Tok Sidang dapat pingat PJ.K.
tahun depan, apa pula yang saya dapat?”
Tok Sidang Busu tidak kuasa berkata-kata lagi. Dia bcredar dari situ. Hatinya
terbakar betul. Dia menahan api kernarahannya yang sedang hendak menjulang itu. Dan
sampai sekarang pun kesannya membekas di hatinya.
112
12. SATU PERPISAHAN
Dalam merah senja yang tak berawan itu Liza masih bersama Tamrin berjuntai di atas
buaian besi bermesra dengan tiupan angin. Angin kering dari kota itu berhembus
mengerbangkan rambut mereka. Liza menyelak hujung rambutnya yang hampir melitupi
muka.
"Iza takutlah, bang. Malam tadi, Iza dengar pakcik dan emak bertengkar lagi."
"Kau dengar apa yang ditengkarkan?"
"Dengar. Tapi Iza tak faham. Emak menangis teresak-esak."
"Kau tahu mengapa abah dan makcik bertengkar?"
"Entahlah, Iza tak tahu. Iza dengar pakcik selalu marah-marah. Lepas itu emak
menangis tersedu-sedu."
"Lepas itu?"
"Lepas itu pakcik pergi. Tutup pintu kereta kuat-kuat"
"Lepas itu?"
"Lepas tu mak datang peluk Iza. Emak peluk Iza lama-lama dan kuat. Iza rasa air
mata emak banyak keluar.”
“Kau pun menangis?”
“Ya, Iza mahu menangis. Tapi tak tahu apa yang nak Iza tangiskan, Iza pun tak
tahu kenapa mak menangis."
113
Tamrin merenung muka Liza yang kesedihan. Hiba terasa memandang adik tirinya
itu. Mengapa harus Liza yang tak pernah melihat dunia ini tersiksa? Haruskah dia
mengerti tentang apakah dunia ini terlalu penuh dengan esak tangis? Dengan mata yang
tak bercahaya itu, mestikah dia mendengar segala apa yang menghiris hati?
Memang ia tak pernah melihat dunia semenjak dilahirkan. Entah bagimanalah
rupa ibu yang selalu memeluk dan menciumnya itu, dia tak tahu. Entah bagaimanalah
rupa abang tirinya yang bernama Tamrin itu dia tak dapat bayangkan. Entah bagaimana
paras ayah tirinya yang dipanggil pakcik itu dia tak dapat gambarkan.
"Pakcik baik orangnya, kan, bang?”
“Baik. Tapi sekali-sekala dia perengus.”
“Emak pun begitu. Tapi emak selalu sangat menangis.”
“Aruah emak abang pun begitu juga. Tapi emak pergi cepat sangat. Dia patutnya
ada bersama kita . . . "
"Bersama kita?" '
“Oh, tidak, Iza, tidak. Kalau emak ada bersama di sini, tentu kau juga takkan ada
di sini kan? Tentu abah . . . tentu . . . eh, kau menangis!”
Liza mengesat air matanya yang tiba-tiba saja mencucur. Matanya terkelip-kelip
dan dalam benaknya terbayang gambar yang tidak menentu. Terhiris betul hatinya
mendengar kata-kata Tamrin itu.
"Maafkan abang, Iza. Abang tak sengaja." Tamrin menepuk-nepuk bahu Liza,
mahu mententeramkannya semula.
114
Liza memang selalu mendapat teman dari abangnya itu. Bila Tamrim pulang dari
sekolah, dia akan gembira mendengar Tamrin bercerita. Tamrin akan bercerita tentang
kawan-kawan sekelasnya yang nakal-nakal dan yang baik-baik. Dia akan menceritakan
tentang Cikgu Khalil, guru darjah 6Anya yang selalu mcradang tapi jujur. Dan Liza tidak
akan berpuas hati jika Tamrin tidak menceritakan kembali kepadanya kisah-kisah yang
dibacanya dari buku.
"Bagaimana dengan mak? Tidakkah abang disiksanya?”
“Oh, tidak. Emak kau baik. Dan dia jadi makcik abang? Abang anggap dia macam
emak abang juga."
"Tapi abang selalu cerita emak tiri itu garang. Kan dalam buku cerita abang kata
gitu?"
Tamrin geli hati mendengar kepetahan Liza yang berumur lima tahun itu bertutur.
Dia bingkas tertawa.
"Abang ketawa! Tapi pernahkah abang disiksanya?"
"Tidak, Iza. Emak tiri abang tu baik hati. Dia baik hati macam kau juga." '
"Jadi, emak Iza tak pernah siksa abang?"
"Tak pernah."
"Tapi, mengapa pakcik selalu bertengkar dengan emak? Salah siapa? Salah
emak?"
115
"Entahlah, Iza. Abang tak tahu. Abang pun jarang-jarang tengok abah di rumah.
Abah sibuk sangat dengan kerjayanya. Kadang-kadang makcik pun tak sempat makan
sama-sama abah."
"Semalam pakcik bertengkar dengan mak waktu abang di sekolah. Iza dengar
pakcik merengus. Iza dengar juga pakcik tengking mak. Lepas tu dia berjalan hentakkan
kasut dan tutup pintu kuat-kuat."
"Kau dengar apa yang abah cakap?"
"Dengar juga."
"Apa katanya?"
Liza terhenti sebentar dari meneruskan kata-katanya. Kerongkongnya terasa
macam tersumbat. Kepedihan menyenak dalam dada. Mulutnya tenjebik, tapi dia tidak
menangis. Ia ingin menangis sepuas hati tapi . . .
"Apa kata abah?"
"Dia kata mak jahat. Dia kata mak mesti keluar dari rumah. Dan . . dan . . . "
“Dan apa lagi kata abah?"
"Katanya, mak macam semak dalam rumah." Lagi sekali air mata Liza mencucur,
bertakung dan meleleh pada pipinya.
“lza, kau percaya cakap abah tu?" Tamrin memegang kedua bahu Liza pula.
"Entahlah. Tapi begitulah kata pakcik. Sebab itulah mak peluk Iza kuat-kuat."
116
"Abah tak marah lagi lepas itu?"
"Entahlah. Iza tak dengar apa-apa pun lagi. Emak pun diam juga."
"Tapi hari ini abah dan makcik dah keluar. Ke mana mereka?"
"Entahlah, Iza tak tahu," ia menggeleng.
Barulah Tamrin tersedar bahawa pertanyaan itu tidak seharusnya ditujukan
kepada Liza. Sepatutnya dia sendiri yang lebih mengetahui akan segala perkembangan
berkeluarga abah dan ibu tirinya itu.
“Oh, ya, hari ini Sabtu. Abah bekerja sekerat hari. Tentu dia pergi entah ke mana
bersama makcik," bingkas Tamrin sambil menghayunkan sedikit buaian yang mereka
tenggek itu.
"Sepatutnya abang Tamrin tahu ke mana pakcik dan mak."
“Tidak, Iza. Abang tak tahu."
"Mengapa abang tak tahu? Tidakkah pakcik beritahu abang?"
"Abah selalu sibuk. Kau bukan tak tahu, Iza. Tapi abah tu ganjil juga. Sekarang
jarang-jarang benar dia di rumah."
"Sebab itu mak selalu merungut?"
"Barangkali . . . ya . . . barangkali."
"Tapi, takkan abang tak tahu. Iza lainlah. Iza buta."
117
Tamrin menarik nafas sepanjang mungkin. Dia menghembuskannya keluar
melalui mulut yang sedikit terbuka. Dia memandang lagi wajah Liza yang kelihatan keruh.
Kakinya menolak-nolak tanah berumput untuk menggerak-gerakkan buaian yang mereka
naiki itu. Muka Liza agak mendongak tanpa diketahui menjadi sasaran renungan Tamrin
beberapa ketika.
“Iza. Sebenamya perangai abah pun dah jauh berubah sekarang. Tak macam dulu
lagi."
"Abang nampak?"
“Ya, abang nampak dan tentu kau dapat rasa.”
“Tapi, abang tentu lebih merasakan kerana abang anak kandungnya."
"Betul, Iza. Tapi makcik tentu lebih merasakan dari abang."
"Maksud abang?" _
"Abah nampaknya tak memperdulikan kita lagi. Abang sendiri pun tak
dihiraukannya. Pelajaran sekolah abang pun abah tak ambil hal lagi. Bila abang minta
duit beli buku, dimarahnya pulak abang."
"Kenapa agaknya, bang?"
"Entahlah, Iza, entahlah," Tamrin menggeleng-geleng Tapi gelengnya itu sia-sia
saja kerana Liza tak dapat melihatnya.
Liza yang lebih muda 5 tahun dari Tamrin itu datang ke rumah besar ini ketika
umurnya dua tahun. Dia kehilangan bapanya waktu usianya baru mencapai setahun. Dia
118
tak pernah tahu bahawa bapanya telah terkorban dalam kemalangan helikopter di hutan
sempadan Malaysia-Thailand waktu bertugas.
Tamrin pula menemui Liza setelah abahnya mengahwini janda kapten tentera
udara itu. Tapi dia masih terbayang lagi peristiwa ngeri kemalangan jalanraya yang
membawa maut ibunya. Sampai sekarang pun masih diingatnya.
"Kalaulah mak ada, tentu abang tak jadi begini."
"Kalaulah ayah Iza hidup, Iza juga tentu takkan jadi begini."
Masing-masing terdiam seketika mengingat sesuatu.
"Abang sayang pada pakcik dan mak?" tanya Liza.
"Tentulah. Kau pulak bagaimana?"
"Sayang juga. Kedua-duanya Iza sayang."
"Tapi, bang, sayangkah pakcik pada kita lagi?"
Tamrin mengetap bibir. Dalam hatinya berligar berbagai kemungkinan yang
membuatkan hatinya sendiri was-was.
“Iza, nampaknya fikiran abah rungsing sekarang. Sebab itulah dia jarang-jarang
lagi bercakap dengan makcik.”
“Tapi, bang, kenapa pakcik jadi begitu?”
“Entahlah. Agaknya abah banyak kerja di pejabat.”
119
“Kalau pakcik banyak kerja mengapa mak pun dimarahnya?”
“Orang tua-tua, Iza. Kita tak tahu apa yang merungsingkannya.”
Pagi itu Liza duduk sendirian di dapur. Dia duduk saja sendirian di atas kerusi
rotan lama di tepi dinding. Tekaknya haus, ia pun melangkah meraba-raba menuju ke
peti air batu yang terletak pada tepi pintu bilik dapur itu. Sebelum tangannya membuka
pintunya, tiba-tiba dia dengar suara batuk lelaki. Suara itu jelas bunyinya dalam ruang
tamu atau dalam bilik tidur berkembar di bahagian depan.
"Pakcik dah pulang dari pejabat? Oh, tapi takkanlah. Belum pernah pula pakcik
pulang awal-awal begini," suara hati Liza berbisik.
Kemudian dia dengar suara ibunya perlahan sekali. Sungguh perlahan bagai
orang berbisik kebimbangan.
Tapi Liza terus juga membuka pintu peti air batu itu. Dia mahu segelas air sejuk.
Tangannya lalu meraba sebiji gelas yang memang tersedia di dalam. Dia mengeluarkan
gelas itu. Tapi, pranggggg . . . .gelas itu tergelincir dari tangan dan terhempas jatuh
bersepai di atas lantai simen. la jadi gugup.
"Iza! Apa kau buat di sini, ah?" sergah ibunya yang menerpa datang.
“Iza haus, mak."
"Kenapa tak panggil emak?"
"Emak tengah bercakap dengan . . . " cepat-cepat tangan ibunya itu menekup
mulut Liza hingga sebentar sukar ia hendak bernafas.
120
Ibu Liza mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Dia
membuangkannya ke dalam tong sampah di penjuru bilik dapur. Liza diberi minum air
limau sejuk, kemudian dipimpin menuju kerusi rotan untuk dia kembali duduk bermenung
di situ.
“Lain kali kalau Liza nak apa-apa, panggil emak, tau.”
"Baiklah, mak."
Liza ditinggalkan di situ seorang diri. Dia bermenung lagi. Dan suara batuk kasar
dalam bilik depan sebentar tadi itu sekarang terngiang-ngiang semuanya dalam
telinganya. Batuk siapakah itu? Tak mungkinkah batuk orang lain selain dari batuk
pakciknya? Terpampang satu tanda soal besar dalam kepalanya. Siapakah dia?
Kalau Tamrin berada di rumah ketika itu, tentu dia dapat tahu. Tak perlulah ia
melayan tanda tanya besar itu. Tapi sekarang Tamrin di sekolah. Tengahari nanti barulah
dia sampai ke rumah.
“Kau dah makan, Iza?"
"Belum, bang."
"Kenapa?" .
"Tadi Iza kenyang. Lagipun Iza memang tunggu abang, nak makan bersama."
"Makcik mana?"
"Emak ke rumah Makcik Nab. Katanya nak pulangkan duit kutu. Dia tak mahu main
kutu lagi.”
121
Tamrin makan sehidang dengan Liza tengahari itu. Biasanya Liza makan bersama
emaknya kalau waktu hari Tamrin bersekolah. Tapi hari itu seleranya tak terbuka
meskipun emaknya mengajak makan.
"Kau belum tidur, Iza?" tanya Tamrin bila dilihatnya adik tirinya itu masih lagi
gelisah di tempat tidurnya malam itu. “Kan dah pukul sepuluh ni?”
“Mata Iza belum mengantuk. Tapi, pakcik mana, bang? Sampai sekarang belum
pulang dari pejabat."
“Ah, tentu dia pergi mesyuarat agaknya.”
“Barangkali itulah yang dimarah mak. Pakcik selalu lambat pulang.”
“Entahlah, Iza. Itu hal orang tua.”
Liza menelentang dengan matanya masih membedik-bedik. Fikirannya sedari tadi
menjengkau-jengkau tak menentu. Di sebelah katilnya Tamrin mengerengkan badan,
juga melayan fikirannya dengan persoalan yang belum ada jawapan.
“Iza, kau pun tak mahu lelap?”
"Memang. Iza rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Iza takut. bang."
"Tentang abah dan makcik?"
“Ya, tentang pakcik dan mak."
"Apa yang kau tahu, Iza?" Tamrin menongkatkan kepalanya, memandang tepat
kepada adik tirinya itu.
122
"Pagi semalam ada orang lelaki datang berjumpa mak. "
“Kan tahu siapa?”
"Entahlah. Iza dengar suaranya saja bercakap-cakap dengan mak."
"Lepas itu?"
"Lepas itu mak berlari-lari datang menerpa Iza. Agaknya mak dengar gelas
terhempas dari tangan Iza. Mak marah Iza. Semenjak itulah hati Iza takut. Iza sungguh
takut, bang."
"Apa yang kau takutkan?"
"Kerana mak dan pakcik bertengkar petang itu. Mak dan pakcik tengking-
menengking. Mereka betul-betul berkelahi.”
“Ah, pedulikanlah. Itu bukan hal kita. Biarkanlah.”
“Tapi pakcik kata mak yang bersalah. Dan mak kata pakcik yang tak pedulikan dia
lagi. Emak pun ..... "
“Sssttt . . . diam, Iza . . . kita jangan campur. Tak baik."
Pagi itu Liza terjaga dikejutkan emaknya. Dia terperanjat. Lalu emaknya
mcmeluknya sambil menangis tersedu-sedu panjang.
“Iza, hari ini kita balik kampung, rumah nenek."
"Kenapa, mak? Pakcik dapat cuti?"
123
"Tidak, Iza. Kita pulang berdua saja."
"Kenapa pakcik dan abang Tamrin tak pulang sama?"
"Mereka tak boleh ikut kita." "Abang Tamrin dan pakcik tak boleh ikut? Kenapa?
"Kerana kita akan pulang selama-lamanya. Mereka tak boleh ikut bersama kita
lagi. Kita dah berpisah . . . kau akan faham nanti."
Dada Liza berasa sebu. Badannya bagai akan terangkat ke langit. Sungguh dia
tak sangka perpisahan itu akan berlaku juga. Di mana abang Tamrin sekarang? Hatinya
berbisik pilu.
"Abang Tamrin!” Liza menjerit sekuat hatinya. Lalu ia pun menyembamkan
mukanya ke dada emaknya. Di situlah dia melepaskan segala-galanya yang menyenak
dada kecilnya itu.
124
13. RESAH SEORANG MURID
Yang paling dibencinya dalam dunia ini ialah Cikgu Samad. Muka Cikgu Samad yang
bengis dan tak bertimbang rasa itu bersilang-pukang dalam kepalanya. Kedua matanya
yang tajam menikam-menikam itu menyemakkan fikirannya saja. Suaranya yang garuk
kasar itu sentiasa berbunyi aneh. Segala sesuatu dari Cikgu Samad tak pernah
menyenangkan. Memang dia manusia, orang yang sentiasa menggalang dalam
fikirannya.
Kebenciannya terhadap Cikgu Samad selama ini memang dipendamkan dalam
lubuk hati. Kadangkala meluap-meluap dan menjulang-julang bagai api besar yang tidak
terkawal. Ada kalanya kebencian itu memanjat sampai ke kemuncak. Di kala itu hatinya
akan menjerit, mulut mencebir dan gigi menggertup geram.
Namun begitu dia cukup pandai menyimpan kebencian itu. Dikurungnya betul-
betul bersama perasaannya supaya tidak kelihatan langsung riaknya. Kerana itulah tiada
seorang pun di antara kawan-kawannya yang dapat mencium kebenciannya terhadap
Cikgu Samad. Mengapa dia memusuhi aku? Mengapa dia begitu kasar dan tak
bertimbang rasa padaku? Mengapa aku diperbezakan dengan kawan-kawan sedarjah?
Semakin difikir, semakin kacau dan kusut fikiran. Muka Cikgu Samad yang dibenci
itu datang juga melompat-lompat-lompat dalam ingatan. Muka itu juga yang datang
marah-marah, mengejek-ejek dan mengejinya. Kenapa muka Cikgu Samad yang jadi
tumpuan? Kenapa?
Sungguh Cikgu Samad sudah mengganggu emosinya. Tahun lalu Cikgu Samad
mengajar darjah 4B. Tahun ini dia mengajar darjah 5B pula. Tapi mengapa tahun ini pun
dia masih marah-marah dan mengejek-ejek lagi?
Aku tau dia menganggap aku bodoh dan tongong. Aku mengaku otakku amat
lemah dan lembab. Memang aku tau aku seorang murid yang paling lembab dalam
125
darjah. Otakku tidak macam otak Ajmain, atau otak Murni atau otak Ghafar atau otak
Hasnah. Mereka cekap dalam semua matapelajaran. Mereka mempunyai otak cerdas
dan kalau disuruh menjawab soalan, lekas-lekas dapat mereka siapkan sampai terus
memuaskan hati Cikgu Samad. Sudah tentu mereka dapat markah tinggi mengatasi
murid-murid lain. Patutlah mereka dipuji, disanjung dan disuruh jadikan contoh.
Dan aku sedar aku murid lembab. Paling lembab. Kalau disuruh menjawab,
jarang-jarang benar jawapanku itu dirait. Kalau disuruh menjawab lisan, lambat benar
jawapannya keluar dari mulut. Kalau keluar pun, meleleh macam air. Di kala itulah kawan-
kawanku akan tertawa menggelekek melihat ketololanku. Mereka malah sanggup
beramai-ramai mentertawakan aku bila aku tergagap-gagap memberi jawapan. Sebab itu
aku sering jadi bahan ketawa kelas.
Bukan kawan-kawanku saja memandang benci padaku. Malah Cikgu Samad pun
memandang rendah terhadapku. Kebodohanku yang menggelikan hati kawan-kawan
rupanya sungguh mendongkolkan hati Cikgu Samad. Kelembapan otakku rupanya
sungguh tidak menyenangkan hati dan perasaannya. Lantas aku pun dikutuk dan dibenci.
Aku dibiarkan dengan kebodohanku. Aku dibiarkan cicir tatkala kawan-kawanku
menerima pelajaran baru. Aku tidak dipedulikan langsung lagi. Dibiarkan macam tunggul
di tengah padang.
Murid bertubuh kecil, kerdil itu menyandarkan badannya pada pangkal sena yang
tegap di tepi pagar sekolah. Dia mengkhayal. Dia tau tubuhnya bangkut dan jika bermain
berkejar-kejar dengan kawan-kawan sedarjahnya sudah tentu dia akan dikalahkan
dengan mudah. Dia tak upaya berlari sepantas kawan-kawan yang jauh lebih tinggi dan
tegap darinya. Dan dia sendiri sedar dia tidak akan dikehendaki kalau bermain kejar-
kejar. Lalu tersisihlah dia. Bila waktu rehat, menyendiri di pangkal sena besar itu dengan
teman angan-angannya. Dia berangan-angan dan berangan-angan.
Dia mengerti dialah murid yang paling tidak disukai ramai. Baik dalam pelajaran
atau dalam sukan. Sama ada dalam darjah mahupun di padang. Dalam ujian-ujian selalu
saja dapat nombor pencorot. Dalam sukan pun begitu. Membuat kawan-kawan
126
sepasukannya marah dan menyalahkannya bila kalah. Lagi-lagi murid cergas dan deras
berlari dapat pujian. Sedangkan dia sendiri tak pernah mendapat tempat yang baik dalam
hati guru pasukannya.
Ke mana saja dia pergi, dia tidak akan mendapat tempat yang baik. Kadang-
kadang tidak diendahkan langsung oleh kawan-kawan. Bila waktu rehat, selepas
menyumbat mulutnya dengan nasi lemak sebungkus dan segelas kecil air serbat ia akan
pergi ke bawah pokok sena besar dekat pagar sekolah itu menyisihkan diri dari kawan-
kawan. Dia tau kawan-kawannya tidak akan kehilangannya bila dia tidak turut bermain
seperti budak-budak lain.
Dia lebih merasa tenteram menyendiri begitu. Bersandar pada pohon sena besar
itu. Mengguris-guris dengan telunjuknya pada pasir putih gembur yang melitupi akar-akar
pohon. Pasir halus lembut di depannya itu sungguh baik diguris-guris. Lalu ia pun
mengguris gambar Toyota Corolla, Cigku Samad. Dengan mudah saja dibentuknya. Tapi,
apabila muka Cikgu Samad membentuk pula di dalam kepalanya, lalu lukisan pasir itu
dimusnahkannya. Dicakar-cakar dan dikecai-kecaikannya. Berserakan pasir halus
gembur itu. Kini kebenciannya kepada Cikgu Samad memuncak semula.
Kebengisan Cikgu Samad menjelma semula. Pagi tadi Cikgu Samad yang tak
pernah menyelami hatinya itu menengkingnya lagi. Mukanya mencarah merah.
“Heh, betullah otak kamu otak lembu. Dah berapa kali saya cakap. Masih kamu
tak tau. Bodoh. Tak guna hidup. Membeban orang. Lebih baik gantung batu, pergi terjun
sungai belakang sekolah."
Kecutnya hati bukan kepalang. Badannya yang bangkut itu kelihatan semakin
kecil. Muka dijatuhkan da'n sesekali biji matanya diangkat menjeling Cikgu Samad. Hati
Cikgu Samad betul-betul menggerutu. Terbayang lagi pada mukanya yang merah
mencarah itu. Dia bukan orangnya yang pernah menyelami hati dan jiwa Tamrin, budak
yang senantiasa menyemakkan fikirannya itu.
127
"Betullah kamu menyusahkan saya. Hari-hari membeban saya. Tolol!"
Kenapalah nasibku begini? Kenapa aku dilahirkan sebagai berotak lembu?
Kenapa aku tidak seperti Ajmain atau Murni atau Ghafar atau Hasnah? Oh, alangkah
bertuahnya mereka. Lahir dengan kecerdikan. Senantiasa dapat pujian dan sanjungan
orang. Beruntunglah mereka menjadi orang yang disayangi.
Ketika di rumah pun Tamrin tak lepas dari kena marah. Ayahnya marah-marah
dan terus marah-marah. Ada saja perkara yang hendak dimarahkan. Dan hati ayah mana
yang tidak membara apabila melihat kenyataan keputusan ujian anaknya bertaburan
dengan dakwat merah. Di sana sini terdapat perkataan-perkataan seperti 'lemah', 'terlalu
lemah', 'tak ada harapan maju’, ‘pelajaran terlalu mundur’ dengan ditandatangani sah
besar-besar oleh guru darjahnya: Cikgu Samad.
"Tamrin! Inikah yang kamu dapat! Tengok, semuanya merah. Semuanya tak lulus.
Tidak macam abang dan kakak kamu."
Dia akan tunduk saja mengunci mulut. Menunggu saja sebarang hukuman dari
ayahnya. Menunggu saja dengan patuh. Dia tidak akan melawan walau dengan sepatah
kata pun.
"Kamu tak boleh dibiarkan begini lagi. Kamu pemalas. Barangkali di sekolah kamu
banyak bermain. Tak endahkan ajaran guru," lalu si ayah pun bangkit untuk mengambil
sebilah rotan sega seela panjang yang terselit di dinding.
"Kamu mesti dihukum. Tak boleh dibiarkan. Kamu sekarang dah melampau
sangat. Dah naik lemak."
Tamrin tercegat, kedua tangannya lurus ke bawah dan kepalanya ditundukkan.
Menunggu.
128
"Ayah mau kamu seperti abang dan kakak kamu. Abang dan kakak kamu bagus
dalam pelajaran. Sehak dapat nombor satu. Asmah nombor tiga. Tapi kamu nombor tiga
puluh tiga. Ayah mau kamu juga mesti pandai macam abang dan kakak kamu itu. Jangan
nanti bila dah besar tak berguna."
Si ayah sudah sedia dengan sebilah rotan di tangannya. Tamrin juga memang
telah sedia berdiri di depan ayahnya dengan kepalanya ditundukkan, menunggu saat dan
ketika saja rotan sega sebesar telunjuknya itu akan singgah beberapa kali pada
ponggongnya.
“Ayah mau bila besar nanti kamu berjasa. Boleh bantu ayah dan emak kamu. Ayah
tak mau kamu bekerja macam ayah. Bersawah. Bergelumang dengan lumpur seumur
hidup. Ayah mau kamu sekurang-kurangnya jadi macam Cikgu Samad tu."
Debus . . . debus . . . rotan sega itu singgah beberapa kali pada daging ponggong
Tamrin yang timpus itu. Dia memejam matanya menahan keperitan. Kemudian ia berlalu
pergi dengan teresak-esak.
Sehinggalah tempoh rehat habis dan semua murid beratur untuk masuk, tapi
Tamrin masih tidak dihiraukan oleh sesiapa. Kawan-kawan yang keletihan setelah
berkejaran itu pun tidak pernah menanya ke manakah dia menghilang waktu mereka
bermain tadi. Memang dia tak pernah dikehendaki dalam sebarang permainan pun.
Sewaktu hendak meninggalkan pangkal pohon sena itu. Tamrin sempat merenung
dengan agak lama Toyota Corolla merah Cikgu Samad yang berteduh di bawah
lindungan pokok mempelam. Sambil bercekak pinggang timbul satu niat jahat dalam
hatinya. Dia teringat hendak melepaskan geramnya. Dia bercadang hendak mengguris
kereta Cikgu Samad dengan sekeping siling satu masa nanti. Ya, dia mesti lepaskan
geramnya pada Toyota Corolla merah itu. Mungkin dengan turisan panjang pada warna
merahnya akan memberikan kepuasan. Dia amat benci Cikgu Samad yang tak
bertimbang rasa, melukakan hatinya senantiasa.
129
Sampailah masa yang ditunggu-tunggu. Murid-murid berduyun keluar hendak
pulang. Satu demi satu kereta guru-guru itu bergerak meninggalkan kawasan sckolah.
Hanya kereta Toyota Corolla Cikgu Samad saja masih berteduh di bawah pokok
mempelam itu. Tamrin lalu meraba siling 10 sen yang tersimpan dalam kocek seluarnya.
Dia memerhati saja dulu dari pangkal pohon sena itu dengan pandangan yang tajam.
Tapi, kenapa hanya kereta Cikgu Samad yang masih tinggal? Ke mana dia? Masih
dalam bilik darjah menyiapkan kerjanya? Oh, itu pun dia. Cikgu Samad sedang keluar
dari bilik darjah 5B, mengepit fail dan beberapa buah buku. Dan mengapa kelihatan
tertunduk-tunduk. Matanya liar mencari-cari sesuatu. Dia meraba semua koceknya dan
menyeluknya. Kemudian menjenguk pula ke dalam longkang. Menunduk lagi sambil
melangkah pelahan-lahan dan hati-hati. Dia berjalan berkeliling di sekitar itu dan bergerak
pergi balik.
Oh, barangkali ia kehilangan sesuatu. Tentu ia kehilangan barang yang berguna
kepadanya. Padan dia!
Cikgu Samad berdiri tegak lagi dan mengingat-ingat. Dia menoleh. Temampak
Tamrin yang berdiri lurus seorang diri di pangkal pohon sena itu. Lalu ia pun menggamit.
Tamrin dengan pantas merapatinya. Dia berlari-lari datang.
“Ada kamu nampak kunci kereta saya, Tamrin?”
"Tidak, Cikgu.”
“Kunci kereta Cikgu hilang. Boleh kamu tolong carikan?”
"Boleh cikgu,"jawabnya dengan penuh kegembiraan.
130
Lalu Tamrin pun menundukkan kepalanya, melangkah perlahan-lahan
memerhatikan rumput. Kakinya terus membawanya ke pangkal pohon sena di tepi pagar
sekolah. Beberapa depa lagi hendak sampai ke pohon sena itu mata Tamrin terpaut pada
sejambak anak-anak kunci terdampar di atas rumput.
“lni dia Cikgu!” Tamrin terlompat lalu berlari menuju Cikgu Samad dengan
megahnya.
“Oh, terima kasih, Tamrin. Mujur kamu jumpa. Kalau tidak susah saya," kata Cikgu
Samad tersenyum gembira.
Alangkah bangganya.
Tamrin masih tercegat berdiri memerhati Cikgu Samad pergi ke keretanya.
Dadanya terasa lapang. Matanya tidak lepas-lepas mengekori kereta Cikgu Samad yang
membelok keluar kawasan sekolah. Sekarang dia merasa satu perasaan baru pula
tumbuh dalam jiwanya. Dia merasa amat bangga kerana menjumpai kunci kereta Cikgu
Samad itu. Dia telah dapat menolong Cikgu Samad yang dalam kesusahan sebentar tadi.
Oh, alangkah besar ertinya. Dan dia tak akan membenci Cikgu Samad lagi.
131
14. DOL SASTERA
Kedatangannya ke dalam dewan besar berhawa dingin itu tidak sedikitpun mendapat
perhatian sesiapa. Dia cuba mengatur langkahnya lebih bersopan kalau mendapat
perhatian.
Dia mendongak dan menoleh ke kiri kalau-kalau ada di antara hadirin yang
menegur atau merenungnya. Dan dia terus bergerak ke bahagian depan melalui lorong
tengah dewan besar itu. Di belakangnya dua tiga orang lagi sedang tercangak-cangak
mencari tempat.
Dia memilih barisan kedua, bangku yang paling tepi. Dia sedar barisan pertama
untuk para jemputan khas, terdiri dari sasterawan-sasterawan besar, penulis-penulis
terkenal dan pengkaji-pengkaji sastera dari universitiuniversiti dalam dan luar negeri. Dia
mengerti bukan di situ tempatnya.
Duduklah dia menyendiri. Ditoleh ke kanan. Nampak masih banyak bangku
kekosongan. Ditoleh pula ke kiri. Cuma tiga empat kerat saja yang tampil mengisi
kekosongan di barisan kedua.
Pada hal di bahagian belakang dewan sudah berasakasak para peserta. Sudah
ramai pula yang berdiri-diri dan mengintai-intai tempat.
Dia berfikir. Di zaman aku giat bersastera dulu, suasana tidak seperti sekarang.
Tidak ada upacara perasmian. penyampian-penyampaian hadiah, seminar-seminar.
bengkel-bengkelan dan sebagainya.
Tidak ada sorak-sorai. Tidak ada kunjung-kunjungan dan tidak ada pertemuan-
pertemuan penulis dan sasterawan.
132
Dia menoleh sekejap ke belakang. Para hadirin masih mengasak-asak dewan
pintu masuk. Berduyun-duyun macam sepat masuk lukah. Wajah masing-masing
nampak riang gembira. Mereka dapat bertemu sesama mereka. Bersalam-salaman,
bertegur sapa dan tertawa.
Kenapa mereka tidak menegur sapa aku? Kenapa aku dibiarkan begini? Kerana
aku sudah tua? Kerana rambutku seluruhnya sudah putih? Dan rupaku tidak
menampakkan identiti seperti mereka? Mungkin. Barangkali kerana aku tidak terkenal
macam mereka.
Barangkali kerana namaku tidak pernah terlintas dalam kepala mereka seperti
nama penulis-penulis dan sasterawan terkenal itu. Kerana itu aku tidak diperlukan hadir
dalam pengkajian perkembagan sasterawan tanahair. Mungkin juga.
Aku bukan penulis agung. Bukan sasterawan veteran. Cuma gatal-gatal menulis.
Semasa aku muda dulu, aku hanya pencerita kisah-kisah asmara dan kisah-kisah
rumahtangga orang.
Karyaku termuat hanya dalam majalah-majalah ringan, itu pun tak seberapa.
'Lembing Sakti' itulah nama penaku. Dan percayalah, harus tiada siapa pun di antara
mereka itu ingat akan nama itu.
Di bahagian depan dewan, cantik perhiasannya. Bunga-bunga dahlia dan daun-
daun hijau menjurai membumbui pasu-pasu. Kain-kain rentang, bendera-bendera,
pembesar pembesar suara adalah persiapan yang merancakkan suasana. Dan sejuknya
hawa dingin dewan itu makin meresap ke tulang. Kekosongan di bahagian depan sudah
hampir dipenuhi sekarang. Para jemputan khas dan sasterawan terkenal itu sudah
diiringkan ke situ oleh para petugas.
Mereka datang lewat. Kehadiran mereka sungguhpun kelewatannya entah
disengajakan atau tidak, sudah pasti mendapat perhatian para hadirin.
133
Di antara para hadirian yang baru masuk gelanggang penulisan berbisik-bisik
sama sendiri, memperkatakan sesuatu tentang setiap peribadi di barisan depan.
Sekarang aku masih tidak dikenali juga. Tidak siapa pun di antara yang begitu
ramai menegurku. Kecuali seorang penyambut tamu yang bertugas di luar pintu masuk
tadi mengarahkan aku supaya lantas saja masuk ke dalam.
Lepas itu aku tidak dipedulikan. Apakah aku tidak penting dalam dunia sastera
Melayu? Apakah dalam pengkajian sastera namaku tidak pernah ditemui? Dalam
perkembangan sastera Melayu aku ini di mana diletakkan orang? Entahlah.
Kerana aku tidak tonjolkan diri dalam kegiatan dulu, barangkali hal ini berlaku.
Kerana aku tidak menulis lagi hampir tiga puluh tahun agaknya membuat orang
melupakan jasaku. Benar, aku sudah ditinggalkan, diketepikan dari sisi mereka.
Memang selama ini aku tidak pula pernah mengenali pengarang-pengaran dan
sasterawan-sasterawan itu dari dekat. Bagaimana harus aku mengenali mereka?
Sedangkan tempat tinggalku dengan tempat tinggal mereka menjarak beratus-ratus batu.
Hampir kesemua mereka itu tinggal di Kuala Lumpur. Sedangkan aku hanya diam
di tepi bendang, di sudut kampung yang berpuluh-puluh batu dari bandar ini.
Dan hari ini baru dapat kukenali mereka. Wajah-wajah mereka yang selalu tertera
dalam akhbar-akhbar, baru sekarang aku melihat orangnya. Ya, aku kenal mereka. Malah
memang selalu juga perkembangan kegiatan mereka itu aku ikuti. Aku masih mengikuti.
Tapi, mereka masih tidak mengenaliku. Bagaimana. Mereka tentu tidak pernah
mengikuti tulisanku yang tersiar hampir 30 tahun yang silam. Mungkin mereka
memandangnya seperti memandang sampah yang berlonggok di tepi jalan Alor Setar ini.
134
Pada hal kalau hendak dibuat perbandingan, aku lebih dulu menulis dan lebih dulu
merasa garamnya dari mereka. Tapi, kini apakah yang berlaku?
Mereka tidak tahu betapa gigihnya aku menulis waktu itu. Mereka tidak mengerti
betapa peritnya hidupku kerana minatku yang dalam di bidang sastera. Aku bercerai
dengan isteri pertamaku kerana tumpuanku kepadanya tidak sepenuh tumpuanku
kepada penulisan. Sebahagian dari kasih sayangku terhadapnya telah dirampas. Hari-
hari kami bertengkar dan berpisahlah kami.
Isteri keduaku mula-mula tidak membantah. Dia tahu aku gila menulis. Gila
sastera. Siang menulis, malam menulis. Aku dibiarkannya. Tapi, lama-kelamaan muka
isteriku itu jadi masam.
Hatinya sudah mula berubah. Dia sudah membantah dan memberontak.
Kegilaanku telah menghiris perasaannya. Setiap malam sudah mula kami bertengkar.
"Kerja sia-sia. Apa yang abang dapat?"
"Kau tak mengerti, Nah. Kan aku ini penulis?"
"Penulis apa? Bukan dapat duit. Bukan dapat apa. Bila malam Nah tak
dipedulikan. Abang gilakan kertas saja."
"Nah, cubalah mengerti. Inilah perjuanganku. Bukan aku seorang yang begini. Kau
mesti sabar."
Hasnah tidak mau melawan dengan kata-kata lagi. Lalu dia melawan dengan air
mata dan sedu-sedan saja. Aku tau hati isteriku telah menderita parah. Lantas berhenti
saja aku menulis dan penaku mendadak tumpul dan mati tak bergerak lagi. Aku menjadi
petani yang gigih pula. Dan Hasnah tidak marah lagi.
135
Tapi sampai sekarang minatku di bidang ini masih juga membara. Cuma untuk
menulis aku tidak punya tenaga lagi. Bakatku menulis sudah hampir lenyap. Aku pun
hilang dari dunia penulisan. Dan ilmu orang sekarang dalam bidang ini sudah terlalu jauh
meninggalkan aku.
Mujurlah hari ini lapangan yang masih kuminati itu tiba-tiba mencerah datang.
Kegiatannya diadakan dalam bandar hampir kampungku pula. Syukurlah, para penulis
dan sasterawan akan berkampung di daerahku membincangkan hal masyarakat dan
kegiatan sasteranya. Perbincangan-perbincangan yang akan diadakan nanti akan
menggilap minatku semula. Aku mesti menghadirinya.
“Awak nak ke mana pagi-pagi buta ni?"
"Nak ke bandar."
"Hai, kan Lebai Mat menjemput awak ke kenduri kahwin anaknya."
"Aku tak dapat pergi. Kau sajalah pergi, Nah.”
“Ngapa pulak? Awak tak segan dengan Lebai Mat? Masa langsung cucu kita dulu
kan dia yang bertungkus lumus."
"Aku pergi tak lama. Ada hal mustahak . . . Nanti petang aku pulang," berbohong
nak menyedapkan hati isteri.
Dia tinggalkan kampung laman dengan bas MARA menuju dewan besar yang
hampir 20 batu jauhnya. Dibohongi isteri untuk menghadiri upacara perasmian hari
sastera yang akan dilancarkan oleh pak menteri dari ibukota.
Sehinggalah keluar pintu dewan besar dia masih tidak dikenali. Sampai badannya
ditolak-tolak dan dihimpit-himpit orang di pintu besar masih juga dia tidak ditegur sapa.
136
Di luar dewan orang telah berkumpul-kumpul di sana sini. Selonggok di sana
selonggok di sini. Para penulis kecil dan para sasterawan besar berkenal-kenalan,
berbual-bual bertanyakan kegiatan.
Di tepi tembok bangunan, seorang tua beruban sepertinya juga sedang dikepung
oleh beberapa orang anak muda. Ia dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan. Ada yang
menulis sesuatu dan ada yang memotretnya.
Tapi dia terus saja menghayunkan kaki kecilnya, membelok ke kiri lewat orang tua
beruban yang dipagari anak-anak muda itu. Upacara perasmian sudah selesai. Menteri
sudah pergi. Hanya tinggal jeritan seren polis pengiring saja lagi kedengaran sayup-
sayup ditelan angin.
Waktu hendak meninggalkan pekarangan bangunan untuk makan, dia tersintak
bila namanya tiba-tiba diteriak orang. Fikirnya tentu perasaanya saja yang memanggil.
Tapi namanya diteriak lebih kuat. lalu dia menoleh ke belakang.
Orang tua yang beruban tadi bergegas menujunya. Di belakangnya mara anak anak
muda yang mengepungnya tadi dengan tercengang cengang. Dia tercegat kehantanan.
"Hei Dol Sastera! Engkaukah ini?"
Dia tercengang dan membatu sekejap. Lepas itu mengangguk sedikit.
"Engkau tak kenal aku lagi?"
"Siapa?"
"Wahab Kereko!"
137
Gambaran di kepalanya semakin jelas. Wahab Kereko rupanya dia. Teman
penulis seangkatan. Seperjuangan. Sekarang jadi sasterawan besar. Namanya bukan
Wahab Kereko lagi. Patutlah ia dikerumuni.
Setelah berjabatan tangan begitu erat dan berpelukan begitu kukuh, dia
diperkenalkan kepada anak-anak muda yang berderet itu. Anak muda itu begitu ghairah
nampaknya hendak mengenali seorang lagi orang tua sasterawan yang mungkin penting
untuk diselidik.
"Ini lagi sasterawan tua seangkatan denganku," ia diperkenalkan.
"Siapa? Siapa namanya?" bisik-bisik kecil terdengar di antara anak-anak muda itu.
"Namanya Dol bin Ulung Basir. 'Lembing Sakti' nama penanya."
"Lembing Sakti?"
Beberapa orang anak muda itu mengerutkan dahi. Ada di antaranya yang
menggaru-garu kepala. Dan tidak seorang pun yang mencatit sesuatu.
"Bapak tinggal di mana?" seorang anak muda berjambang tampil ke depan hendak
mencatit.
“Di tepi bendang, di kaki gunung, dalam Kampung Akar Terendam."
Anak muda berjambang mencatit butir-butir penting.
“Boleh kami ke rumah bapak nanti? Kami nak tulis tentang bapak. Kami perlu
jumpa bapak lagi."
138
Dol Sastera tidak terus mengangguk. Dia memandang teman seangkatannya.
Kemudian matanya berair dan tidak berkelip merenung muka anak muda berjambang itu.
Dia terkenangkan Hasnah di rumah. Lepas itu barulah dia mengangguk.
139
15. RINTANGAN YANG MERINTANG
MOTOBOT nombor 29 itu meninggalkan jambat. Sudah sarat benar muatannya. Mula-
mula motobot itu menyusur dengan malasnya mengharungi air yang berlumpur itu.
Kemudian meluncur laju.
Barang-barang yang berbungkus di dalam kertas dan ikan-ikan kering yang sudah
bertapuk-tapuk itu menimbulkan semacam bau yang mengaruk batang hidung. Bau
belacan berbaur dengan bau ketiak berpeluh. Mengembangkan tekak.
Penumpang-penumpang di dalam motobot itu ramai yang menghalakan lubang
hidung keluar. Udara di luar dapat menggantikan bau yang tidak menyenangkan itu. Di
sana sini penuh dengan bungkusan-bungkusan ikan kering, belacan, gula, garam,
tembakau dan serba macam keperluan yang diangkut dari bandar untuk dijual di
Kampung Ulu.
Di atas bangku kayu panjang itu Yasin duduk mengipas-ngipas tubuhnya yang
kepanasan dengan kertas Suratkhabar. Baju putih non-iron sudah lembab disimbahi
peluh. Mukanya berminyak-minyak.
“Jauhkah lagi, bang? Suara halus di sebelahnya menghala ke telinganya.
"Lima tanjung lagi." Jawapan itu disambut oleh keluhan yang berat.
"Yah peninglah, bang!" Suara itu bertukar manja.
Lalu Yasin pun mengeluarkan sebuah botol kecil dari dalam kocek seluarnya. Dia
menuang minyak di dalam botol itu ke tapak tangannya. Kemudian disapusapunya
dengan jarinya, lantas digosok-gosokkannya ke kening isterinya. Isterinya membiarkan
140
keningnya dipicit-picit dan dilumuri minyak angin itu. Dilihatnya bibir isterinya sudah
pucat. Mukanya berubah tidak bermaya.
Sebaris penumpang yang duduk di hadapan semuanya menumpukan mata ke
hala mereka berdua. Yang tua-tua menjeling sahaja. Mereka terlihat pada tepi tapak kaki
isteri Yasin yang tersarung dengan kasut tumit tinggi. Dan hati mereka segera berkata
bahawa perempuan ini baharu sahaja menjadi pengantin. Keliling tapak kaki isteri Yasin
masih merah berinai. Baharu dua minggu mereka berkahwin. "Bang, nak muntahlah
rasanya," kata isterinya lalu membongkok dan menekan-nekan perut.
"Muntahlah di sini," ujar Yasin menunjukkan keluar.
Rogayah menjengukkan kepalanya keluar. Muntahnya menyunggah keluar dan
jatuh bertabur ke atas air. Yasin mengurut-urut belakang isterinya. Sejumlah besar
penumpang yang duduk sebaris di hadapan mereka segera melarikan muka ke arah lain.
Rogayah menyandarkan badannya ke tubuh Yasin. Mungkin dia berasa enak
sedikit di situ. Yasin membiarkan kepala Rogayah terlekap di bahunya.
"Pening lagi?" tanya Yasin.
"Dah kurang sikit."
"Agaknya Yah belum pernah naik motobot." "Inilah baru pertama kali seumur hidup
Yah." Rogayah memang berasa pening dan hendak muntah. Selama hampir lima jam
tadi dia diayun bas. Bas meluru mengikut jalan raya yang berbelit-belit di tepi gunung.
Sungguh tidak tahan dia dihenyak-henyak dan diayun-ayun begitu. Memabukkan.
Sekarang dia terpaksa pula dibuai-buai, dilenggang-lenggang oleh motobot ini. Sungguh
menderakan.
Penumpang yang ramai itu semuanya menghalakan mata sebentar ke arah
pasangan pengantin baharu itu. Di antara mereka ada pula yang berbisik-bisik sesama
141
sendiri. "Abang dah dua tahun naik bot ini. Mula-mula dulu pening juga. Tapi sekarang
taklah lagi," kata Yasin menceritakan tentang dirinya.
"Kenapa tak dibuat jalan raya ke tempat abang bekerja?" tanya Rogayah tiba-tiba
menghadapkan soalan itu kepada Yasin. "Memang ada angin-anginnya nak buat jalan
raya. Tapi sehingga ini sungai inilah yang menjadi jalan raya ke sana."
Yasin berharap jawapan itu akan memuaskan hati Rogayah, dan berharap
janganlah hendaknya dia akan menghadapi soalan yang serupa itu lagi. Motobot tiba-tiba
berhenti dengan mengejut di tengah-tengah sungai. Ini tidak menjadi kehairanan bagi
Yasin lagi. Semenjak tadi sudah tiga kali motobot ini terkandas ke atas timbunan pasir.
Air di bahagian ini cetek dan motobot terpaksa ditolak semula.
Empat orang lelaki yang memang sedia memakai seluarjerut segera terjun ke
dalam air. Lalu mereka pun menolak motobot itu dengan melaung-laung. Dua orang lagi
menggalah dari atas bot. Hampir setengah jam motobot tidak juga berganjak. Enjinnya
terus menggigil. Penumpang-penumpang mulai menjenguk-jenguk ke bawah.
"Hei! Tolonglah turun! Sama-sama kita tolak!" seorang daripada yang memakai
seluar jerut berteriak-teriak.
Makin ramai penumpang lelaki yang melucutkan seluar dan baju untuk turun
memberi pertolongan. Yasin juga turut mengungkai seluar dekron dan baju putih non-
ironnya. Dia terjun ke dalam air, lalu sama-sama menolak bot itu. Akhirnya motobot dapat
berjalan kembali, tetapi tidak selaju tadi lagi. Motobot menepi. Kemudian berhenti
membiarkan penumpang-penumpang turun. Ramai penumpang yang turun dan banyak
barang yang diturunkan.
"Cantik-cantik pemandangan di sini, ya, bang," ujar Rogayah mengkagumi
keindahan kampung yang ditumbuhi berbagai pokok buah-buahan itu.
142
"Ya, cantik! Lihat pokok kelapa di sana. Buah rambutan yang memerah di tepi air
dan pokok durian yang meredupkan. Di tempat Yah tak ada macam ini, bukan?" Rogayah
mengangguk. Kemudian dia merapatkan tubuhnya ke bahu Yasin. Duduknya separuh
bersandar. Yasin terlihat kepada seorang pemuda yang duduk dekat enjin merenungnya.
Pemuda itu cepat-cepat mengalih pandangannya.
Di atas motobot yang menggigil. Rogayah berasa tulang belakangnya sakit.
Lantas baring memanjang sambil meletakkan kepalanya ke atas paha Yasin. Yasin
sempat melihat mata beberapa orang penumpang memerhatinya. Seorang perempuan
tua di situ menceberkan bibir. Kemudian meludah ke air.
"Sejam lagi tibalah," kata Yasin mengejutkan Rogayah yang sedang khayal di atas
ribanya.
"Ai, jemulah rasanya!"
"Itulah yang nak ditanggung."
Motobot yang mereka tumpangi menyusur terus dengan malasnya di muka sungai
yang berbelok-belok itu. Mereka lalui rumah-rumah yang berderetan di tepi tebing. Di kiri
kanan penuh dengan pokok buah-buahan yang membuahkan rambutan, langsat, rambai,
durian, manggis dan pisang.
Motobot itu merapati tebing. Yasin memapah isterinya turun. Kemudian
memunggah keluar beg pakaian serta dua buah bakul yang sarat dengan buah-buahan
dari kampung. Di atas sebatang kayu tumbang, sekumpulan pemuda duduk berborak-
borak. Apabila melihat seorang wanita berpakaian cantik dan rambut mengurai-urai turun,
seorang di antara mereka bersiul-siul. Ada pula yang mengeluh-ngeluh kekaguman.
"Baru sampai, cikgu?" seorang pemuda dari kumpulan itu datang tersengih-sengih
merapati Yasin.
143
“Ya, baru sampai. Apa macam?"
"Yang itu siapa?" pemuda itu berbisik dengan melepaskan jelingan ke arah
Rogayah.
"Isteri saya," jawab Yasin dengan senyum mengulum.
"Oh, oh, bila cikgu kahwin?"
"Dalam cuti inilah, " jawab Yasin tersipu-sipu.
"Wah, cikgu kahwin diam-diam, tak beri tahu orang sini, " kata pemuda itu selaku
kesal. Yasin tergelak kuat. Dan sekejap itu juga Rogayah datang ke dekatnya. Pemuda
itu tersengih-sengih, lalu undur pergi. '
“Di mana sekolahnya, bang?" tanya Rogayah sambil memerhati keliling.
"Dua batu lagi ke dalam."
Rogayah mengeluh lagi. Jawapan Yasin sudah cukup menghentakkan hatinya ke
tanah. Apabila mengingat penjelasan itu dapat dia merasakan kekuatan hati seorang
isteri terhadap suaminya yang tercinta.
Teringat dia pada suatu ketika di atas sebuah bangku panjang di taman bunga di
Kuala Lumpur.
"Tidakkah Yah menyesal mengikut abang nanti?"
"Tidak. Apa yang hendak disesalkan?"
144
"Mahukah Yah meninggalkan kota K.L. ini?" bisik Yasin ke telinga Rogayah.
"Kenapa pulak tidak?"
"Kalau abang diperintahkan pergi mengajar di ceruk hutan?" "Yah ikut."
"‘Terpaksa naik bot, sampan, rakit dan gajah!"
"Tak kiralah." Dan Rogayah melepaskan ketawa mengekek menggegarkan
tubuhnya. Yasin memeluknya erat-erat. Kemudian dia terkenang isi surat Yasin yang
diterimanya di awal tahun.
Terperanjat juga dia membaca isi surat yang ditulis oleh Yasin. Di antara
kandungan surat itu dia menulis: "Yah, semasa abang menulis surat ini abang sedang
berada di tengah-tengah hutan Tanah Melayu. Abang terpaksa menaiki motobot untuk
datang ke kampung ini yang jauhnya berpuluh-puluh batu dari bandar. Apa boleh buat,
sudah nasib abang di hantar ke mari. "
"Eh, apa yang nak dimenungkan itu? Yah suka tempat ini?". Rogayah terkejut dari
lamunannya. Sekarang dia sedar bahawa dirinya sedang berada di dalam kampung yang
serba serbinya jauh berbeza daripada tempat ting galnya di bandar. Dia tidak dapat
mengelak diri daripada menghadapi pelbagai kemungkinan nanti.
"Bagus tempat ini ya, bang."
Yasin tersenyum mengulum sambil melemparka pandangannya ke hala seorang
budak yang datang de ngan basikal buruk.
"Man, mari sini!" panggil Yasin.
145
Budak yang hanya memakai seluar biru kusam ber selekeh itu datang terkial-kial
mengayuh basikalnya Dengan wajahnya yang bercampur takut dia datang mendekati
Yasin.
"Nak apa, cikgu?" tanyanya. Suaranya parau. "Tolong hantarkan barang-barang
cikgu ini ke rumah."
Lalu Yasin pun menaikkan barang-barangnya ke atas basikal yang berkaria besar
itu. Budak itu perg membawa basikal yang dibebani sebuah beg besar dan dua buah
bakul.
Hari sudah senja, baharulah mereka tiba di kawasan sekolah. Yasin
memperkenalkan kepada Rogayah akan bangunan sekolahnya yang jauh lebih buruk
dari pada sebuah kandang lembu yang pernah dilihatnya. Keliling sekolah penuh dengan
sampah sarap dan rumput-rumput.
Dalam masa cuti kawasan ini tidak diurus. Empat orang guru yang mengajar di
sini, hanya Yasin sahaja yang tinggal menjaga sekolah. Dan sudah empat minggu
bangunan sekolah ini tidak bertunggu.
"ltulah rumah kita," kata Yasin menuding ke sebuah pondok buruk di sudut
kawasan sekolah itu. Budak pembawa beg tadi kelihatan duduk menjuntai-juntaikan kaki
di atas tangga.
Yasin membuka pintu. Rogayah menaiki anak tangga yang terbuat daripada
keratan kayu sebesar lengan itu dengan hati-hati sekali.
"Kemaskanlah rumah ini. Biar abang hidupkan api di bawah," kata Yasin seperti
memerintah, lalu turun ke bawah rumah untuk membakar sabut.
Rumah itu dipusungi asap tebal. Nyamuk dan agas yang riuh berterbangan itu
mesti dihalau. Dan Rogayah terbatuk-batuk oleh asap itu. Matanya berair.
146
Malam itu Rogayah tidak dapat tidur lena. Senja lagi sudah terdengar bunyi
cengkerik dan katak memekik-mekik di keliling rumah. Tengah malamnya terdengar pula
laungan burung hantu sahut menyahut. Bunyi burung hantu yang menggerunkan itu
meremangkan bulu tengkuknya. Semua ini tidak pernah didengar di Kuala Lumpur.
“Bagaimana rasa Yah tinggal di sini?” tanya Yasin esok paginya.
"Bagus. Semuanya bagus. Cuma malam tadi saja Yah tak dapat tidur nyenyak.
Tak apalah kerana belum biasa lagi. Di tempat Yah pun bising juga bunyi motokar di
waktu malam." Yasin terbahak. Rogayah tergoncang-goncang tuuhnya oleh derai
ketawanya yang membubung-bubung.
"Tapi tentu pemandangan di Kuala Lumpur lebih itik, bukan? Ada stadium cantik,
jalan biadak, Bangunan Parlimen "
"Tidak. Pemandangan di sini lebih menarik. Suasana di sini lebih mesra. lebih
permai. Yah sudah benci dengan hidup di kota. Orang-orangnya semuanya angkuh dan
sombong. Semuanya nak tunjuk lagak, nak tunjuk kebesaran masing-masing."
"Yah tak suka kalau abang ditukarkan ke bandar?"
"Tak suka."
"Apa sebabnya?"
"Kalau di bandar tentu abang beli kereta. Kemudian abang bawa perempuan lain
naik kereta abang. Abang pun mulalah pulang jauh-jauh malam bila dapat gaji."
"Takkan Yah kecam abang semacam itu," kata Yasin membela diri.
147
"Dah banyak Yah tengok. Bila guru-guru bergaji besar, mereka jadi peminum, jadi
penjudi. Isteri di rumah tak dipedulikan," ujar Rogayah semakin rancak.
Yasin menengadah, menyandarkan kepalanya ke dinding. Dia memandang ke
sekeping gambar kawannya yang tergantung di dinding.
"Tapi bukan semuanya macam itu, Yah. Tengok gambar itu. Yang itu Ramli. Dia
sudah tamat FMC. Gajinya sudah naik. Yang lagi seorang itu Azmi. Dia akan mengambil
periksa HSC tahun ini. Bemakna taraf hidupnya akan meningkat. Mereka berpeluang
belajar kerana mereka itu mengajar di sekolah dekat bandar. Yah tak suka kalau abang
belajar dan dapat gaji besar?"
Rogayah terdiam sekejap. Ternyata dia sedang memikir-mikir.
"Yah suka, tapi Yah bimbang. Yah bimbang bila abang bergaji besar abang akan
lupakan Yah. Dan banyak orang yang bergaji besar simpan perempuan di tempat sulit."
"Abang bukan macam itulah, Yah. Cuba tukarkan abang ke bandar. Dapatlah
abang buktikan," sahut Yasin bersemangat. Hatinya sudah terusik oleh cabaran isterinya
itu. Jantungnya berdenyut.
"Takkan mereka nak tukarkan abang ke bandar. Dah berapa pucuk surat abang
kirimkan? Buat penat saja menulis surat ke pejabat. Siapa yang nak menggantikan abang
datang ke mari? Takkan guru-guru yang sudah kotai di bandar itu nak datang masuk
hutan ini."
Hari itu masih cuti lagi. Yasin mengeluarkan peluh di badannya dengan
mencangkul-cangkul di keliling rumah, membuang rumput-rumput yang mulai menjongol
di sana sini.
148
Rogayah turun menolong membersihkan kawasan rumah. Dia membakar daun-
daun kering yang banyak rontok itu.
Kemudian Yasin membawa Rogayah pergi ke tepi sungai. Yasin membawa
sebilah joran pancing. Di sana mereka duduk-duduk menikmati kemesraan suasana
kampung. Rogayah mengkagumi pemandangan yang mengkhayalkannya.
"Cantik ya, bang!" kata Rogayah merenung air yang jemih, deras mengalir itu. Dia
lantas merapatkan badannya ke badan Yasin.
“Ya, cantik!” balas Yasin sambil membiarkan umpan digetur ikan.
Rogayah makin merapatkan badannya dengan manja. Rambutnya sudah mencecah
telinga Yasin.
"Jaga, Yah, jaga! Abang nak membalas!"
Seekor anak baung tercabut dari muka air dan melenting-lenting di udara.
Rogayah terjerit kaget. Dia melompat mendapatkan anak baung itu. Kemudian mereka
mandi di tepi sungai itu. Yasin terjun menghambur dari atas sebatang pohon rambai. Dia
berenang ke tengah, kemudian kembali mendapatkan Rogayah. Rogayah berpaut pada
sebatang akar yang menyumbul di tepi tebing. Dia menggosok-gosok badannya di situ.
Di sebelah hilir terdengar pekikan budak-budak muda yang juga mandi di situ.
Mereka berlumba-lumba berenang merebut sepotong kayu hanyut. Di seberang sana,
sekumpulan anak-anak gadis yang juga mandi, bersorak-sorak dengan girangnya.
Mereka menyunggah-nyunggahkan air ke atas. Ada yang menyirami muka kawan.
"Sudahlah, bang. Sejuk," kata Rogayah memeluk dadanya. Yasin naik ke tebing
dengan mata yang merah.
149